The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Khairina Huda, 2023-12-07 10:30:06

KAF (HIJAIYAH SERIES)

KAF (HIJAIYAH SERIES)

ELVROSETH KAF | 47 pukul 8:15 pagi. Pensyarah aku masih tak sampaisampai lagi. Aneh… ke mana perginya dia ini? Pagi ini, aku ada kelas Phamarcology dengan Dr. Idgham. Jarang-jarang Dr. Idgham datang lambat. Biasanya, kalau murid datang lambat seminit pun… mesti kena jawab soalan Dr. Idgham yang menyeramkan dan susah! Rasa nak terkucil, aku terus menuju ke tandas sesudah aku berjaya keluar dari dewan kuliah yang sejuk beku itu. Haba matahari pagi, menggigit ke roman kulitku. Tenang dan damai rasanya jiwa ini. Masuk ke dalam bilik air dan selesai menunaikan hajat, aku keluar dari bilik air dan menuju ke pintu dewan kuliah. Tergesa-gesa kerana aku rasa aku dah lambat, aku mula berlari pantas sembari mata melekat pada jam di pergelangan tanganku. Baru pukul 8:25 pagi…. Buk! Kepalaku aku terlanggar tubuh seseorang! Kerasnya! Akibat momentum perlanggaran yang kuat, aku tak sedar yang aku sudah jatuh ke lantai dengan fail-fail dan buku yang bersepah di kiri dan kananku. Kepala yang masih berpusing, aku urut


ELVROSETH KAF | 48 lembut sebelum aku bingkas bangun. Fail dan buku yang bertaburan di atas lantai, aku kemas dan susun. Aku dah langar orang. Mesti dia marah aku. Kalau dia marah aku, mesti dia rasa aku teruk. Aku ini… memang selalu menyusahkan orang ke? “Mi… minta maaf, ya?” Terketar-ketar bibirku mengungkapkan maaf. Namun, diri ini tak berani mahu angkat muka. Aku takut. Aku ini… teruk! Sambil aku sibuk menyusun fail dan buku yang bertaburan, mataku menangkap sepasang kaki tegap di hadapan aku. Kemudian, ada tubuh yang berjongkok. Sepasang tangan kekar, mengambil beberapa helai kertas yang bersepah di atas lantai sebelum tangan itu menarik fail yang aku pegang. “Awak tak perlu minta maaf pun, saya salah juga,” beritahunya.


ELVROSETH KAF | 49 Automatik, sepasang mataku terangkat dan renungan oculus aku bersambung dengan sepasang mata coklat terang di hadapaku. Bibirnya mengukir senyum. Cermin mata tanpa bingkai yang bersarung di matanya, membuatkan wajah lelaki ini nampak… kemas. Mata aku jatuh pada tali leher yang diikat pada kolar bajunya. Kemas. Kukunya? Pendek dan kemas. Jari jemarinya? Nampak bersih dan jernih. Lengan bajunya? Disenteng sehingga ke siku tetapi masih kemas. Mata aku terangkat semula pada wajahnya. Dia… sangat kemas dan… “Erm, handsome sangat ya muka saya ini?” “Hah?” Spontan aku membalas. Rahangku yang ternganga tadi, cepat-cepat aku tutup. Pipi aku berubah hangat. Menggeleng sendiri, aku menunduk merenung lantai kembali. “Maaf, saya… saya tak sengaja pandang macam itu.” Teruknya aku ini. Mesti dia rasa aku gatal, kan? Kenapa aku pandang dia macam itu? Aku ini memang tak guna. Semua benda aku tak boleh buat. Jaga maruah sendiri pun tak boleh. Aku ini memang tak gu….


ELVROSETH KAF | 50 “You’re beautiful.” Eh? Aku terpanar dengan apa yang dia cakap. Tiba-tiba je! “Maafkan saya sebab saya pun sebenarnya tengok awak tanpa berkelip masa awak kutip buku saya tadi. Saya sengaja biar awak kutip sebab saya nak tatap wajah awak lama-lama.” Jujurnya lelaki ini! Membulat mataku merenung lelaki di hadapan aku. Bibirku terkunci. “Saya minta maaf. Saya… tak sepatutnya buat macam itu.” Lelaki di hadapanku ketawa selamba. Tetapi masih nampak sopan. Pipinya berubah merah serta merta dan nampak sangat jelas warna crimson-nya. Barangkali kerana kulitnya yang cerah. Dia menggosok belakang tengkuk. “Aaaa… saya masuk dulu lah, ya? Cik ini, okey tak ini? Kepala itu macam merah sebab terlanggar badan saya.” “Badan awak macam batu. Besar.” Mataku terkelip laju. Eh?! Mulut aku ke yang cakap itu?! Melihat lelaki di hadapanku yang tergamam dengan


ELVROSETH KAF | 51 luahan mulut aku ini, aku terus menekup bibirku dan pandangan mata aku buang ke sisi! Tak mahu pandang muka dia lagi! Tak guna punya mulut! Selamba aje ya kau bercakap tanpa kebenaran aku? Bad little mouth! Tetapi hujung telinga aku menangkap tawa kecil lelaki di hadapan aku ini. Berdekah. Wajahnya bertukar lebih merah bila dia ketawa. Matanya terjeling-jeling ke arah wajahku. Kepala geleng-geleng. “Hmm, pelik betul awak ini….” Aku terdiam dan menunduk. Aku memang pelik. Mungkin itu sebab aku tak ada kawan dan selalu menyusahkan umi dan abi. Aku memang tak guna dalam semua hal. Aku…. “So sweet... so strange.” Tegak telingaku apabila empat patah perkataan itu diucapkannya. Kepala aku mendongak semula, merenung lelaki di hadapan aku yang sudah bangun berdiri sambil mengemaskan bajunya. Dia peluk fail di tangan. “Saya dah lambat nak mengajar. Minta maaf ya sebab langgar awak? Saya pergi dulu.” Aku angguk.


ELVROSETH KAF | 52 Tetapi dia tak berganjak dari situ. Dia hanya memerhatikan aku yang sedang cuba bangun. Bibirku terkunci. Mata melekat pada lantai. Kaki mula melangkah pergi dari situ dengan selamba tanpa merenung dia di belakang aku. Aneh, aku dapat rasakan dia mengekori aku hingga ke pintu masuk bilik kuliah. Aku rasa tak sedap hati, maka aku pun berpaling ke belakang dan automatik lelaki di belakang aku yang membuntuti diri ini tadi, brek mengejut sehingga dada kami hampir berlanggaran. Nasib baik kedua-dua belah tangannya sempat berpaut pada pintu bilik kuliah yang masih bertutup. Tangannya jatuh di sisi kanan aku dan hidung aku hampir menyentuh bahunya. Aku mendongak. Dia menunduk. Kedudukan kami…. “Awak ikut saya?” Keliru, aku memberanikan mulut untuk bertanya. Mata lelaki itu jatuh melekat pada wajahku. Dia bagaikan sedang mengamati sesuatu. Dia


ELVROSETH KAF | 53 masih tak berganjak ke belakang. Aku semakin tak selesa. Aku… aku nak suruh dia menjauh tetapi aku takut. Aku jarang marah orang dalam hidup aku. Biasanya, orang yang selalu marah aku sebab aku tak guna bagi mereka. Ya Tuhan, kenapa setiap masa aku harus overthinking macam ini? Tak… aku tak boleh berhenti. Kepala aku… kepala aku sentiasa ada bisikan semua ini. “No, I’m not following you. But this is my class and maybe, you’re one of my students,” ucapnya. Nafasnya yang dihembus, mengena pipi aku. Mataku terkelip laju. “Awak… pensyarah saya?” tanya aku. Dada aku mula rasa sesuatu yang tak enak. Pensyarah baru? Dia senyum kecil dan terus menjauhi aku beberapa tapak. Kemudian, dia membuka pintu di belakang aku. Lelaki itu menunduk hormat padaku, “Well… lady first?” Sekejap, jangan cakap dia pensyarah baru yang Ba cerita?! Aku terus pegun di tempat aku berdiri. Tiba-tiba teringat cerita Ba tentang


ELVROSETH KAF | 54 pensyarah baru. Seorang doktor yang genius. Oh no… Dia?! Jadi, dialah Dr Kaf?! Keningnya terangkat dan matanya diarahkan pada pintu masuk yang dia bukakan untuk aku. “Saya tak suka student saya masuk kelas lambat. Jadi, Cik Mim nak masuk ke tak ini? Hmm, nak saya denda?” Aku terkedu. Denda?! Laju kepala ini menggeleng dan langkah kaki aku berkawad masuk ke dalam dewan kuliah! Oh, aku sudah terlanggar pensyarah baru pagi ini! Mampuslah aku! Apabila aku masuk, Dr Kaf turut mengikut aku dari belakang dan automatik dewan kuliah yang tadi bising terus senyap seperti di bilik mayat! Ba yang perasan aku datang bersama Dr. Kaf, mula ternganga. Disenggol-senggol bahuku apabila aku selamat duduk di sebelahnya. “Weh! Apa citer?” Ba berbisik. Mataku melekat pada Dr. Kaf yang mula buat muka serius. Dia letakkan fail di atas pentas. Kemudian, matanya mula merenung kami semua.


ELVROSETH KAF | 55 Tajam. Mata itu tajam. Apabila renungan kami berserobok, Dr. Kaf tidak mengalihkan matanya buat beberapa minit. Jantung aku berdegup kencang. Kenapa dia pandang aku macam itu? Terus saja aku kalihkan mataku merenung Ba di tepi. Lambat-lambat aku menjawab soalannya tadi. “Tak ada apa-apa….” “Eleh, yelah itu.” Ba ketawa kecil tetapi masih perlahan. Aku malas mahu layan dia, maka aku terus diam. “Assalamualaikum semua.” Dr. Kaf mula berbicara di hadapan. “Waalaikumussalam.” Serentak, suara kami menjawab. “Saya, Dr. Kaf Ar Ra’d, akan ganti Dr. Idgham untuk ajar kamu semua Phamarcology sebab lecturers kita banyak yang tak cukup. Ada yang bertugas sepenuhnya di hospital. Untuk pengetahuan kamu, saya juga ajar Surgery. Jadi, kita akan berjumpa di tahun ketiga dan lima. Insya-Allah… di tahun keempat, kamu akan


ELVROSETH KAF | 56 berjumpa dengan saya di Forensic Medicine,” beritahu Dr. Kaf sambil berpeluk tubuh. “Wow, see? Dia… semua benda dia boleh buat.” Ba berbisik ke telinga aku. Aku menjulingkan mata ke atas. Ba ini, memang nak kahwin dengan lelaki ini ke apa? “Jadi, untuk permulaan kelas kita.” Dr. Kaf mengambil microphone yang ada di atas pentas. Microphone dirapatkan ke bibir. Dia senyum mesra untuk kami semua. Hilang sudah wajah serius tadi. Dia sambung, “Apa kata kau orang memperkenalkan diri dekat saya? Saya nak tahu nama seorang-seorang. Oh, ada 130 orang kan dalam ini? Siapa ketua batch?” “Saya! Nama saya Sod!” Tanpa mengalih pandangan ke belakang, aku tahu itu suara Sod. Mata Dr. Kaf tidak terus ke arah Sod. Sebaliknya, dia merenung aku dulu. Aku mula kalihkan mataku ke arah lain. Pipi aku berubah merah. Aku tak faham… kenapa dengan aku ini dan kenapa dari tadi dia pandang aku banyak kali? Ke... aku perasan sendiri? “Okey, Sod. Batch kamu ada 130 orang, betul?”


ELVROSETH KAF | 57 “Betul, Dr. Kaf!” Sod jawab dengan penuh semangat. “Alright. Now… I would like to read your names from this list,” Dr. Kaf angkat list nama di tangannya. Senyum di bibir tak punah, masih melekat di situ dengan ramah. Dia pandang wajah murid-muridnya di hadapan. “And then, I would like you to raise up your hand so that I can see your face.” Kemudian, bermulalah sesi perkenalan kami semua. Aneh, aku mula teringat sesuatu…. Tadi, Dr. Kaf ada sebut nama aku sebagai ‘Cik Mim’ semasa di hadapan pintu dewan kuliah, bukan? Mengingatkan itu, dahi aku mula berkerut. Macam mana…. Mataku bertemu lagi dengan mata coklat terang miliknya di hadapan aku. Adrenalina menyentuh pembuluh darahku. ….dia kenal nama aku?


ELVROSETH KAF | 58 BAB 5 A kata dia mahu berjumpa denganku di perpustakaan, tetapi mana perginya dia? Aku mengeluh berat. Sudah hampir tiga puluh minit aku menunggu, tapi kelibatnya langsung tak ada. Berbaki lagi tiga puluh minit, aku harus bergerak ke Faculty of Medicine Department untuk berjumpa dengan pensyarah aku, year coordinator aku. Iyalah. Aku kan gagal? Kalau gagal… memanglah kena jumpa dengan pensyarah. Malunya muka aku. Asyik-asyik muka ini saja yang menempel di kubikel pensyarah, mendengar ceramah tentang prestasi pelajaran aku. Beberapa minit berlalu, Ba masih tak muncul-muncul. B


ELVROSETH KAF | 59 Akhirnya, aku buat keputusan untuk belajar sendiri di perpustakaan sementara waktu masih ada. Aku bangun dari kerusi, telefon pintar aku bawa sekali. Yang aku tinggalkan di meja, hanyalah buku-buku aku yang berselerakan dan beg yang tak ada apa-apa. Kaki melangkah longlai ke arah barisan rak buku yang menyimpan rata-rata… semuanya buku perubatan. Aku paling lemah Pharmacology, jadi aku memilih untuk belajar subjek itu hari ini. Kadangkadang… aku penat. Apalah yang sebenarnya tidak kena dengan aku ini? Aku belajar banyak mana pun, aku tetap gagal. Apa salah aku? Tengoklah, persoalan yang sama bermain dalam kepala aku. Berulang-ulang. “Mungkin betul,” aku mengumam sendiri sambil tangan menarik buku teks Pharmacology di hadapan aku. Keluhan berat, aku lepaskan. “Mungkin betul yang aku ini bodoh.” Tak jadi mahu tarik buku Pharmacology, hujung jari aku menolaknya semula untuk masuk ke dalam celah susunan buku. Belajar banyak mana pun… rajin banyak mana pun… aku tetap sama.


ELVROSETH KAF | 60 “Kenapa awak ini banyak mengeluh eh?” Tergamam aku mendengar suara itu! Lantas, kepala berpaling ke tepi. “Dr. Kaf?” Mulutku ternganga. Dr. Kaf sedang menyandar pada rak buku dengan posisi sisi sambil lengan kekarnya disilang ke dada. Kini, beberapa butang bajunya telah dibuka dari atas. Cermin Dr. Kaf masih bergayut di batang hidung. Dia menunduk, merenung aku yang masih menjadi daging kejal di tempatku berdiri. Dr. Kaf nampak sedikit kurang kemas dari biasa. Mungkin kerana kemeja yang tidak bertali leher dan rambutnya yang sedikit berserabai seperti orang baru bangun tidur. Jika dia tak pakai cermin mata… aku pasti yang lelaki ini nampak seperti bad boy. “Awak suka pandang saya lama-lama. Aneh,” tegurnya. Mata aku membulat. Eh, aku pandang dia lama-lama? Tersedar di atas ketelanjuran aku, aku kalihkan mataku merenung buku-buku yang bersusun di hadapan. “Saya minta maaf. Saya tak sengaja.”


ELVROSETH KAF | 61 “Awak selalu minta maaf walaupun awak tak salah.” Dr. Kaf memberi komen lagi. Kali ini, hujung mataku menangkap tubuhnya yang sudah tidak bersandar pada rak buku. Dia yang tadi berdiri sangat dekat dengan aku… berdiri dengan lebih dekat lagi. Aku dapat rasakan bahu aku tersentuh dadanya. Tangan Dr. Kaf melandai pada buku teks Phamarcology yang aku tarik tadi. “Awak nak baca buku ini, tapi awak letak balik buku ini ke rak bila awak nampak saya. Kenapa?” “Saya tak tahu.” Tiga patah perkataan itu, aku jawab mudah. “Saya nak tahu.” Aku angkat wajah, merenung sepasang mata coklat terang yang sangat dekat dengan aku saat ini. Dahi aku berkerut. Kenapa lelaki ini… semacam bila dia dengan aku? Takkan sebab kejadian terlanggar buku itu? “Saya dah baca buku itu,” jawabku. Sebenarnya itu bukan alasan yang jujur dari aku


ELVROSETH KAF | 62 tetapi aku tidak bohong apabila aku cakap yang aku sudah baca buku tadi. “Awak macam baca sampai habis?” soal Dr. Kaf. Buku di tangannya, dia belek dan dia selak dengan hujung jari. Bergaya betul lelaki ini. Dalam keadaan macam ini pun, dia nampak… ‘lain’. Maksud aku… dia nampak misteri dan charming. Ah, Mim. Apa yang kau merepek ini? Dia pensyarah kau! “Patutlah awak fail, Mim. Awak baca buku tebal macam ini.” Pap! Dr. Kaf terus tutup buku! Matanya merenung aku semula. Aku terkedu. Dia tahu… aku fail? Berderau darah naik ke wajahku. Rasa malu dan hina serta merta. Mesti Dr. Kaf ingat aku teruk! “Dr. Kaf tahu yang saya fail?” Suara aku mengecil, sedih. Bahuku jatuh. Seorang lagi manusia yang pandang rendah dekat aku lebih bertambah di muka bumi ini. Aku mula menyulamkan jari jemari aku antara satu sama lain. Aku memang tak guna.


ELVROSETH KAF | 63 “Failure is normal in medical school. You don’t have to look down on yourself, Mim. I didn’t mean to make you more insecure. Sometimes, things might not go on your own way. But… you make me feel proud of you, Mim. You didn’t give up. You always put effort in everything,” beritahu Dr. Kaf. Dia kembali menyandar pada almari dan buku Pharmacology tadi, dipeluk erat ke dada. “You should be proud of yourself too.” Aku merenung senyuman yang terbit dari bibirnya. Lama. Apa yang lelaki ini tahu tentang aku sehingga dia boleh kata semua ini? Baru kenal dua hari… tetapi aku tidak menafikan yang katakatanya membuatkan aku tersentuh. “Tapi, orang kata kalau kita ulang buat kesilapan yang sama, maksudnya itu bukan kesilapan. Itu maksudnya… we haven’t learn enough. So, maybe… I didn’t learn enough, I didn’t work hard enough and… maybe I don’t deserve to be a doctor. My place is not here.” Aku mengeluh berat. Tiba-tiba aku rasa bodoh. Sejak bila aku berani meluahkan dekat lelaki yang baru aku kenal ini?


ELVROSETH KAF | 64 “No, I think you have worked hard enough but the problem is… how you study, Mim,” beritahu Dr. Kaf dan buku di tangannya, dia sumbat masuk ke dalam rak buku tadi. “Maksudnya?” soalku. “Awak tak ada kelaskan lepas ini?” Aku geleng bagi menjawab soalannya. Dr. Mim sengih nakal. “Jom pergi minum dekat kafe bawah sana? Saya belanja awak.” “Tapi… saya ada perjumpaan dengan batch coordinator.” Nasib baik aku ada alasan yang satu itu, tak perlulah aku susah payah untuk fikir tentang cara untuk menolak pelawaan Dr. Kaf. Lagi pun, aku tak selesa keluar berdua dengannya. Dia… pensyarah dan aku? Aku hanyalah pelajar biasa. Nanti apa pula kata kawan-kawan aku yang lain kalau mereka nampak kami? “I know.” Dr. Kaf ketawa kecil. Kedua-dua tangannya, dia selukkan ke dalam poket seluar. Aku lihat, lelaki itu masih merenung aku dengan pandangan yang buat aku rasa tak selesa lagi... bukan pandangan orang gatal ke apa, cuma kalau


ELVROSETH KAF | 65 dia pandang aku, dia pandang aku tepat pada wajah dan mata aku. Dia seolah-olah sedang berfikir sesuatu, membaca gerakan aku dan... mengamati respon aku kepada perbualan ini. Atau… hanya imaginasi aku sahaja semua rasa ini? Ah, entahlah. “Sebab itu saya ajak awak keluar minum di kafe. Sebab… sayalah batch coordinator awak yang baru,” sambungnya lagi dan aku terkejut. Dia batch coordinator aku?! Rahangku hampir jatuh. Baru masuk ke sini dah boleh jadi batch coordinator?! “Tapi… saya tak selesa keluar berdua dengan Dr. Kaf. Saya tak mahu orang lain pandang saya lain macam.” Jujur, aku memberitahunya. Pipi aku berubah hangat sekejap. Nanti kalau Ba nampak kami berdua, macam mana? Sudahlah mulut kawan aku itu memang macam mulut murai. “Kalau macam itu, awak jadilah isteri saya….” Eh?! Aku terkejut lagi! Myocardial infarction!


ELVROSETH KAF | 66 “Apa yang Dr. Kaf cakap ini….” Suaraku berbisik. Aku mula panik dan malu. Bola mataku menjeling ke kiri dan kanan kami. Takut ada orang yang dengar. Ya Tuhan! Gila apakah lelaki di hadapan aku ini. Dr. Kaf hanya ketawa berdekahdekah. Aku merenungnya geram. Sempat dia ketawakan aku?! “Salah ke ya saya mengurat pelajar saya sendiri? Tapi saya 28 dan awak 23 tahun… jadi sepatutnya, boleh saja. Tapi kalau awak tak selesa saya mengurat awak di sini, jom saya bawa awak ke kafe bawah yang ramai orang. Tapi… saya mengurat awak dengan cara terhormat. Kita bersembang tentang pelajaran saja.” “Saya tak mahu ada apa-apa hubungan dengan pensyarah saya sendiri, Dr. Kaf. Lagi pun kita baru berjumpa dan awak… menakutkan saya. Saya tak selesa dengan cara awak ini. Saya student dan awak pensyarah. Maafkan saya kalau saya kurang ajar. Tetapi untuk pelawaan awak supaya awak belanja saya di kafe, saya tolak serta merta. Maafkan saya. Mungkin lain kali saja. Saya berjumpa dengan awak dekat kubikel lecturer. Esok, lepas zohor, saya tak ada kelas selama dua


ELVROSETH KAF | 67 jam, kalau awak ada waktu lapang, awak boleh panggil saya ke kubikel, Dr. Kaf.” Tegas, aku memberitahunya. Dr. Kaf terus terdiam. Aku ingatkan dia terasa tetapi senyumannya melebar dengan tenang. Kepala lelaki itu terangguk. “Baiklah kalau macam itu.” “Okey, saya pergi dulu. Assalamualaikum!” Berpaling dari situ, kaki aku bergegas keluar daripada perpustakaan dengan debaran jantungku yang semakin menggila. Gila. Gila. Gila. Dia ajak aku jadi isteri dia, main-main saja, kan?


ELVROSETH KAF | 68 BAB 6 UDAH tiga hari berlalu. Aku tak tahu kenapa Dr. Kaf masih tak panggil aku untuk ke kubikelnya. Kelas berjalan seperti biasa. Setiap kali dia masuk ke kelas, dia bawa wajah ceria. Makin lama, dia semakin menjadi pensyarah kegemaran semua pelajar batch aku ini. Pelajar perempuan, ramai yang puji dia kacak dan charming. Masakan tidak? Dr. Kaf sentiasa senyum dan rajin membantu pelajar-pelajarnya. Namun begitu, pelajar perubatan di sini, bukanlah sejenis yang ‘menggedik’ sangat. Mereka hanya sekadar memuji saja. Ingat ada masa ke nak ‘menggedik’ dengan pensyarah? Aku pun tak nafikan yang Dr. Kaf ini… memang sesuatu. Charming. Masculine. Soft. A genius. S


ELVROSETH KAF | 69 Dia pandai mengajar dan aku cepat faham dengan apa yang dia ajar. Dr. Kaf tak macam Professor lain yang hanya baca slide show dan bentangkan di hadapan, Dr. Kaf suka tulis di whiteboard besar belakang projector. Sebelum mula belajar sesuatu topik, Dr. Kaf akan tulis dulu apa yang perlu kami belajar. “Alright, hari ini kita akan belajar modul baru. Oh, sebelum itu… bila kamu semua punya EOM ya?” soalnya kepada kami semua. EOM (End Of Module Exam). Lantunan suara Dr. Kaf bergema disebalik microphone kecil yang diselitkan pada baju. “Minggu depan, doktor!” Sod, selaku ketua batch, menjawab. Dr. Kaf angguk. “Okey, goodluck semua. Jawab elok-elok. Jangan kasi saya pening tengok jawapan awak semua. Macam biasa, kertas soalan tidak disediakan oleh lecturerstetapi kertas soalan akan disediakan oleh pensyarah atasan untuk Pharmacology. Begitu juga dengan subject lain seperti Pathology Part 2 dan Microbiology.”


ELVROSETH KAF | 70 Kami semua angguk. Pathology Part 1, kami belajar semasa di tahun satu. Tahun dua, kami belajar Pathology Part 2 pula. “Okey semua. Sebelum kita masuk ke topik seterusnya, saya akan bagitahu kamu semua apa yang penting dalam modul Urinology ini. Please everyone, take note. I want you to have at least a piece of paper on your table or if you have Ipad, open your Ipad and jot down everything that I’m going to tell you in your Goodnotes.” Kali ini wajah Dr. Kaf bertukar serius. Dia bercekak pinggang sambil merenung kami semua. “Understand?!” “Yes, Dr.” Jawab kami, serentak. Aku mula mencari pen dan kertas aku. Tibatiba rasa berdebar pula bila tengok muka serius Dr. Kaf. Hari ini, dia pakai baju kemeja warna hitam dan seluar warna hitam. Bagi aku, dia… sangat sesuai dengan warna hitam. Nampak lebih berseri. Mataku jatuh pada jari jemarinya yang sedang menulis sesuatu pada whiteboard di hadapan. Those hands… are beautiful. Tiba-tiba aku tersedar dengan mata liar aku. Cepat-cepat aku beristighfar! Ya Allah, dah kenapa dengan aku ini?! Aku menggeleng kepala. Wajah


ELVROSETH KAF | 71 sendiri, aku raup. Air masak dalam botol, aku teguk laju. Sejak bila aku mula pandai berfikiran macam ini?! Aku mendengus kasar. “Okey, dalam tajuk ini… kau orang kena fokus dekat dua benda ini.” Dr. Kaf membulatkan sesuatu yang telah dia tulis pada papan putih. Nasib baiklah dia ini tinggi, kalau aku… mesti aku terjengkit-jengkit di situ. Dr. Kaf sambung, “Mechanisme of nephrotoxicity, Diuretic Drug and Drugs in Urinary tract infection. As for drug in urinary tract infection, I think you don’t have any problem if you have memorized antibiotic that we have learned in fundamental module. There are few important drugs for UTI that you have to remember until the day you die. Remember the classes of these drugs… Fluroquinolone, Cefuroxime (2G), Aminoglycosides, Aztreonam, Piperacillin plus Tazobactam….” Here we go again. Oh, God. I hate pharmacology. “Mim Maryam!” Namaku dipanggil tiba-tiba.


ELVROSETH KAF | 72 Tersentak! Mataku membulat, merenung Dr. Kaf yang sedang bercekak pinggang sambil merenung aku tajam. Dia mula tanya aku soalan, “What is the characteristic of Aminoglycosides drug?” “Broad spectrum, bacteriocidal,” jawabku laju. “Example of bacteria?” “Primarily for infection caused by gramnegative bacteria. E. coli and P. aeruginosa,” jawabku lagi. Kali ini, liur aku telan. “What is the characteristic of Aztreonam, Mim?” Dia menyoal aku lagi. Aku terkedu. Aztreonam? Lidahku kaku dan kelu. Diam. Aku tak tahu nak jawab apa. Aku dah lupa…. “Alif! Aztreonam!” Dr. Kaf mengalihkan tumpuannya pada Alif pula. “Monobactem. Broad-spectrum and bacteriocidal. Methicillin-Sensitive Staphylococcus aureus and time-dependent, Dr. Kaf.” Alif menjawab mudah.


ELVROSETH KAF | 73 “Excellent.” Dr. Kaf angkat kening dan senyumannya untuk Alif melebar. Kemudian, dia merenung aku semula. Senyumannya mati dan wajahnya serius. “Mim Maryam, jumpa saya bila awak habis kelas hari ini.” Aku ternganga. Eh? Tapi kenapa? “Denda.” Dr. Kaf menjawab, seolah-olah dia dapat membaca soalan yang berada dalam kepala aku. Seterusnya, dia sambung mengajar dengan penuh bersemangat seperti biasa. Aku mula resah. Tak dapat jawab satu soalan pun kena denda?


ELVROSETH KAF | 74 BAB 7 ATILAH aku. Dia mahu suruh aku buat apa? Dia suruh aku tunggu depan kereta dia. Siap hantar mesej gambar kereta dia lagi. Mana dia dapat nombor aku? Ha, misteri! Sampai saja di kawasan letak kereta untuk pensyarah, aku baru perasan yang keretanya diletakkan di kawasan letak kereta untuk pensyarah senior. Senior? Setahu aku, dia baru saja masuk sini dan… dah dapat ‘senior’? Anehnya lelaki ini. Semua benda dia dapat dengan mudah. Sekejap, Mim. Senior lecturer itu apa benda sebenarnya? Balik ini, aku janji yang aku akan cari di internet! Hampir tiga minit aku menunggu, berulangulang kali aku tatap gambar keretanya di skrin telefon aku sebelum aku pandang semula nombor M


ELVROSETH KAF | 75 plat kereta Dr. Kaf. Takut tersalah. Besarnya kereta dia. Kereta mahal ini. Iyalah, dia kan surgeon muda? Aku mula tertanya, dekat mana dia duduk dalam kampus Hijaiyah ini? Mesti dia duduk di rumah ‘banglo’ yang disediakan untuk lecturers. Lelaki ini, ada segala-galanya. Mudahnya hidup dia. Lain betul dengan hidup aku yang lembab ini…. Astaghfirullah, Mim. Silalah bersyukur. Maafkan aku, Ya Allah… Maafkan aku…. “Dah sampai?” Satu bisikan suara dan nafas hangat, berhembus di sisi pipi aku. Bahu aku terenjut, terkejut. Berpaling ke arahnya, mata aku terbeliak apabila aku tersedar yang Dr. Kaf sedikit rapat dengan aku. Tak selesa, aku terus berundur tiga tapak ke belakang. Lelaki itu tersenyum tenang. Dia ini… tenang tetapi dalam masa yang sama, cukup menakutkan aku. “Dr. Kaf ada apa nak jumpa saya? Nak denda apa?” soalku sambil membuntutinya yang berjalan ke arah bahagian penumpang hadapan keretanya.


ELVROSETH KAF | 76 Pintu dibuka dan Dr. Kaf angkat hujung dagu ke arah bahagian penumpang. “Masuk,” beritahunya. “Hah?” Aku ternganga lagi. “Denda.” Dia senyum bersahaja. “Denda?” “Keluar makan dengan saya. Saya lapar.” “Tapi…” Aku menunduk, merenung hujung kasut aku. Kenapa aku didenda keluar makan dengan dia? Memang semua anak murid dia, dia buat benda yang sama ke? Aku mula rasa ada benda tak kena. “Mim Maryam, I want to talk about your result for the previous semester exam too. To make it less stressful for you, what if we talk about it at somewhere else but not... here,” beritahunya. “Hmm, baiklah kalau begitu, Dr. Kaf. Tapi… sekejap saja, ya?” Aku mula risau kalau ada gosip yang pelik-pelik tentang aku dan Dr. Kaf. Dr. Kaf senyum lebar. Nampak macam suka sangat dengan persetujuan aku. “Sekejap saja, Mim….”


ELVROSETH KAF | 77 Akhirnya, aku masuk ke dalam kereta Dr. Kaf dan aku mula gementar. Kerana ini kali pertama aku keluar makan dengan lelaki!


ELVROSETH KAF | 78 BAB 8 KU tak tahu nak buat pilihan makanan apa. Jadi, aku pilih makanan sama dengan apa yang dimakan lelaki di hadapan aku ini. Chicken Chop. Mudah, kan? Dr. Kaf kata, dia mahu belanja aku makan dan aku boleh pilih apa-apa saja makanan yang aku mahu. Tetapi aku tak nak menyusahkan Dr. Kaf. Aku pilih makanan sama macam dia makan dan air kosong. “Awak ini, baik sangat la.” Dr. Kaf tersenyum melihat gelas yang berisi air kosong. “Air kosong saja, Mim? Pilihlah air manis sikit. Bukannya miskin pun saya kalau awak pilih air yang hanya beberapa dollar itu.” “Saya tahulah Dr. Kaf kaya… tapi saya tak mahu ambil kesempatan,” ucapku. Fokus mata masih pada makanan di hadapan. A


ELVROSETH KAF | 79 “Tak ambil kesempatan pun. Saya yang ambil kesempatan, denda awak dan ajak awak keluar. Tapi saya tak menyesal ambil kesempatan macam ini. Saya suka,” ujar Dr. Kaf, selamba. Aku pandang dia tajam. Dia ini… memang suka mengayat perempuan macam ini ke?! “Dr. Kaf tahu kan yang Dr. Kaf tak sepatutnya mengayat saya macam ini? Saya pelajar dan Dr. Kaf itu pensyarah.” “Saya tahu. Okey, maafkan saya.” Dr. Kaf meletakkan kedua-dua sudu dan garfu di tangannya tadi, ke sisi pinggan. Sepasang mata coklat terang itu, merenung aku lembut. “Saya nak berbincang tentang keputusan semester dua awak.” “I failed.” Aku memalingkan wajah ke arah lain selain wajahnya. “I know you have worked hard enough.” “I don’t know why I always fail even though I have worked hard enough, Dr. Kaf. Where did it go wrong?” soalku, sedih. Aku tak tahu apa masalah aku.


ELVROSETH KAF | 80 “Nak tahu tak Mim? Kenapa kadang-kadang, kita dah belajar bersungguh-sungguh tetapi keputusan kita masa macam itu saja? Saya tak mahu masukkan unsur spiritual di sini, saya tahu… Mim lebih tahu hubungan Mim dengan Allah dan banyak mana Mim dah berusaha doa dalam solat. Tetapi, saya hanya nak beritahu di sini, kadangkadang… cara kita study, Mim… Cara kita study itu yang kita kena tengok, dekat mana silapnya cara kita study, Mim,” beritahu Dr. Kaf. “Dekat mana silap cara saya study, Dr. Kaf?” Dahi aku berkerut. Aku dah baca buku teks dan buat nota. Apa lagi yang silap? “You read textbooks, right Mim?” “I’m a textbook person, Dr. Kaf. I learned from textbooks ever since I was in junior school. Textbook helps a lot,” jawab aku. “No, you need to change that, Mim.” “Why?” Keningku bertaut. Tak mengerti. “Saya banyak dapat kes junior saya dulu macam ini. Semasa dia sekolah, dia selalu dapat keputusan yang bagus. Tak pernah tak bagus. Tapi bila dia masuk ke alam universiti, segala-galanya


ELVROSETH KAF | 81 berubah dan… seolah-olah dialah yang paling bodoh. Sebab apa? Sebenarnya sebab… tak semestinya cara kita belajar di sekolah, sesuai untuk kita aplikasikan cara kita belajar di sini, Mim. Awak suka baca buku teks? Saya nak tanya… bila awak baca buku teks, awak baca semua teks dalam setiap page ke, Mim?” Aku angguk sebagai jawapan. Dr. Kaf ketawa kecil. Kepalanya tergelenggeleng sendiri. “Tak boleh itu, Mim. Saya nak tanya, awak ada masa ke keluar dengan kawan-kawan awak? Ada masa untuk diri awak sendiri? Ada masa untuk buat benda yang awak suka?” Aku geleng lagi. “Kalau saya nak habiskan baca buku teks, saya tak ada masa untuk semua itu. Kadang-kadang, Dr. Kaf… saya baca satu ayat, berulang kali kerana saya tak faham.” Jelasku. “Tak boleh itu, Mim. Bukan macam itu cara belajar yang betul. Nanti awak tak boleh kejar silibus dan ketinggalan. Di kolej perubatan, mungkin kita kena faham semua benda kerana kita akan menjadi doktor, Mim. Tapi… itu tak semestinya kita harus paksa otak kita untuk faham


ELVROSETH KAF | 82 semua. Sekarang ini, apa yang awak perlu buat ialah belajar benda yang awak patut belajar saja.” “Contohnya? Lagi pun saya tak suka nota yang pensyarah selalu beri. Kadang-kadang… terlalu ringkas dan saya tak faham dari mana datangnya ringkasan itu. Tak ada pucuk pangkal. Saya lebih suka buku teks.” Makin lama, aku makin selesa berbual dengan Dr. Kaf. “Awak kena kejar silibus, Mim. Awak juga kena faham apa awak belajar. Paling penting, awak kena gembira dengan diri awak. Bila awak gembira dan tenang, ilmu senang masuk. Paling penting sekali… jangan belajar untuk banggakan orang lain dan ketepikan hak diri sendiri. Jangan sesekali buat sesuatu dalam hidup ini, hanya untuk orang lain dan biarkan jiwa merana. Suatu hari nanti, mungkin awak akan berjaya dan orang yang awak cuba banggakan sangat-sangat itu, puas hati dengan awak…. Tetapi… dalam kepala awak ini,” Dr. Kaf tunjuk dahinya sendiri. Wajah lelaki itu serius. “Dalam kepala awak ini, akan tersemat satu memori pahit yang penuh dengan tekanan. Memori ini, awak akan bawa sampai mati dan


ELVROSETH KAF | 83 mungkin sedikit sebanyak, akan memberi impak kepada mentaliti awak.” Sambungnya lagi. “Mentaliti saya?” “Mentaliti awak apabila awak menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Sekarang pun, awak boleh tengok bagaimana impak daripada usaha awak dalam memberi kepuasan hati kepada orang lain itu… menggubah diri awak. Adakah awak yang sekarang ini seorang yang berkeyakinan tinggi? Adakah awak ini seorang yang mempunyai rasa diri awak tak guna dan selalu gagal?” Aku tersentak mendengar hujahnya. Kerana… itu semua ada padaku. “Jadi, belajar untuk diri sendiri, Mim. Sekarang ini, untuk dapat keputusan yang awak nak untuk diri awak, awak perlu belajar dengan betul. Faham?” Aku angguk. Suka pula aku mendengar setiap patah perkataan yang diucapkannya. “Tapi… macam mana? Saya… teringin nak jadi surgeon yang berjaya. Saya nak jadi macam Dr. Kaf juga.”


ELVROSETH KAF | 84 Dia senyum segaris. “Okey, untuk yang ini, saya boleh tolong awak,” beritahu Dr. Kaf. “Betul?” Mata aku mula seperti mahu bersinar! “Betul. Tapi…” Dr. Kaf berhenti bercakap sebentar. Tangannya mula bermain-main dengan kunci kereta yang dia letak atas meja. Wajahku, dia pandang serius. “Saya ada syarat. Saya akan tolong awak. Bukan hanya tolong, saya akan tolong awak jadi doktor yang berjaya. Awak tahu, The Best Student Award? Saya juga mampu bawa awak naik ke pentas untuk ambil anugerah itu. Hanya awak, Mim.” Aku tergamam. Kenapa aku rasa seram semacam dengan kata-katanya? Adakah ini janjijanji manis? Tapi… dia juga seorang doktor yang berjaya. Aku pun mahu jadi seperti dia. Aku mahu jadi lebih daripada abang dan kakak aku. Lebih daripada abi dan umi. “I’m going to help you, Mim. Saya akan tolong awak pass exam setiap tahun. Saya akan bantu awak naik ke pentas itu sampai tahun kelima. I will


ELVROSETH KAF | 85 help you to be a good doctor. I will help you in your study. But… of course, there will be a price too.” Aku mula tak sedap hati. Tetapi mulut ini rajin bertanya, “Apa bayarannya?” “Marry me, Mim. I need an heir. You have to give birth to my baby.” Dunia aku terasa seperti berhenti berputar. Aku tergamam. Apa dia cakap ini?! Dia angkat kening. “Tak susah kan, Mim?” Aku mendengus kasar. Tak susah dia kata?! “Dr. Kaf ini memang sama dengan lelaki dekat luar sana ke?! Memang gila nak buat benda ‘itu’ aje kan?! Saya ini student lagi tau, Dr. Kaf! Dr. Kaf ini memang… gila!” Aku bangun daripada kerusi dan terus pergi dari situ. Argh! Menyesal betul aku pergi sini! Denda la konon?! Macam mana nak balik? Tak apa! Aku rela naik Grab!


ELVROSETH KAF | 86 BAB 9 KU rasa seperti aku tak dapat fokus dalam kelas. Apa yang ada dalam kepala aku saat ini? Dr. Kaf. Dia ada dalam kepala aku saat ini, bukan sebab aku suka dia. Tetapi kerana aku sendiri pelik dengan apa yang terjadi. Dr. Kaf mahukan seorang pewaris? Tapi kenapa? Kenapa sampai dia sanggup buat ‘sistem barter’ dengan aku? Aneh. Aku menggeleng kepala sendiri untuk menghalau fitur wajah Dr. Kaf yang bergentayangan di hadapan mata. Sepasang mataku mula menempel ke arah wajah Dr. Mislain di hadapan. Kelas pagi ini, kelas Pathology. Dr. Mislain sedang menerangkan tentang Nephrotic Syndrome dan Nephritic Syndrome. Slide show di hadapan, menyakitkan mataku kerana ada yang kabur. Aku mengeluh berat. Macam mana nak A


ELVROSETH KAF | 87 faham ini? Tapi kenapa kawan-kawan batchmates aku yang lain macam boleh faham? Aku mengelih pandangan mataku ke arah Ba yang sudah ‘syahid’ di tepi aku. Selamba betul dia tidur. Aku menggeleng kepala. Dia ini, dalam kelas tidur… tapi keputusan okey saja. Mungkin dia belajar sehingga ke pagi buta? Tapi, aku pun belajar sehingga ke pagi buta. Kenapa keputusan peperiksaan aku tetap sama? “Minimal change disease is the most frequent cause of the nephrotic syndrome. Alright, student! Please take note. Minimal change disease is one of the most favorite topics that always comes in your exam paper. The keyword of minimal change disease is; it always occurs in children and it is characterized by glomeruli that have a normal appearance under light microscopy. Now, my students… to learn more efficiently, you have to know the key point of every disease….” Key point for every diseases. Aku mengerutkan dahiku. Kepala terangguk-angguk. Kali ini, fokus aku menjadi lebih mendalam lagi. Tangan mula mencatat nota.


ELVROSETH KAF | 88 “For example, kalau soalan nyatakan satu case study tentang seorang kanak-kanak yang berusia empat tahun, kemudian… katakan contoh soalan itu, dia sambung lagi yang glomeruli dia nampak normal bawah light microscope tetapi bila kita letak dekat bawah electron microscope, ada diffuse effacement of podocyte foot processes. Kau orang kena ingat… dalam kes ini… dia sebut kanakkanak dan umur. Saya nak tanya, adakah umur penting ketika kita diagnos pesakit?” Soalan Dr. Mislain dijawab sepi oleh semua orang. Dr. Mislain bercekak pinggang di hadapan. Lantas, matanya mula bergerak ke arah satu persatu muka murid-muridnya sebelum berhenti pada muka aku. “You, anak Dr. Halqi.” Dr. Mislain tarik sengih. “Jawab soalan saya.” Aku paling tak suka kalau aku dikaitkan dekat abi di sini. “Penting doktor,” jawabku setelah beberapa saat aku tiada bersuara. “Dalam kes ini, kenapa penting?”


ELVROSETH KAF | 89 “Because the most common age for children to develop Minimal-Change Disease is one to seven years old, Dr. Mislain.” Aku menjawab. Nasib baik aku dah baca sikit tajuk ini semalam. “Amazing.” Dr. Mislain memuji aku. Dia terangguk-angguk sendiri. Berpuas hati. Aku senyum sedikit. Tiba-tiba rasa bangga dengan diri sendiri. “Okey next. Sod, please tell me about Focal Segmental Glomerulosclerosis?” Dr. Mislain menyerang Sod pula kali ini. Sod yang duduk di belakang aku, mula menerangkan tentang FGS. Aku hanya mendengar Sod di belakang aku menerangkan tentang FGS dengan sangat spesifik sehingga Dr. Mislain terdiam. Sod sememangnya seorang pelajar yang sangat bijak. Setahu aku, dia dan kawan-kawannya juga merupakan pelajar ‘repeat year’ sama macam aku. Bezanya, Sod, Ghain, Alif dan Jim dari batch lain. Sambil Dr. Mislain mengajar, aku menjeling ke arah jam di tangan. Dr. Mislain dah ambil waktu Dr. Kaf lebih sepuluh minit. Doktor Pathology yang seorang ini memang suka datang kelas awal


ELVROSETH KAF | 90 sebelum waktu yang dijadualkan dan suka keluar lambat. Aku tak nafikan yang dia memang semangat untuk mengajar murid-muridnya. Perangai Dr. Mislain lebih kurang dengan Dr. Kaf. “Bila nak habis, erk?” Berderau darah aku apabila suara garau itu menyapa sisi telingaku di bahagian kanan. Lantas, aku berpaling ke arah yang sama. Pucat lesi aku jadinya apabila aku tersedar yang Dr. Kaf duduk di tepi aku sambil mengelap cermin matanya. Memanglah kerusi sebelah kerusi aku ini kosong tetapi… “Bila masa Dr. Kaf masuk ini?” Meletus juga soalan itu dari bibirku. Berbisik. Lelaki itu tidak pandang aku. Masih mengelap cermin matanya ditambah pakej tiup meniup habuk di cermin. Dr. Kaf menjawab, “Dah lama dah. Sejak awak jawab soalan Dr. Mislain lagi.” Aku tergamam. Lantas, aku mengerling ke arah batchmates aku di kiri dan kanan, masingmasing merenung aku dan Dr. Kaf sambil simpul senyum lucu. Nampak sangat semua orang dah tak fokus dengan apa yang diajar Dr. Mislain dah!


ELVROSETH KAF | 91 Lelaki sebelah aku ini, main masuk saja kelas orang lain! Suka hati dia juga buat jantung aku terkena myocardial infarction! Malas mahu layan Dr. Kaf, aku alihkan mata aku ke arah Dr. Mislain yang masih mengajar di depan. Dr. Mislain ini pun satu, takkan dia nak ambil masa Dr. Kaf selama 30 minit? “Tak, saya tak salah. Ini memang masa saya. Jadi saya masuk.” Dr. Kaf memberitahu aku tibatiba. Berbisik. Aku julingkan mata ke atas. Dah itu, kenapa duduk dekat kerusi kosong sebelah kerusi aku? “Rezeki saya, ternampak kerusi kosong sebelah Mim. Saya pun duduk. Mungkin… itu bererti yang masih ada ruang kosong dalam hati Mim untuk saya….” jawabnya, meleret nada suara lelaki itu. Hah! Sempat lagi! Nasib baik dia berbisik dan aku harap-harap orang lain tak dengar. “Tawaran saya masih terbuka.” “Diam, Dr. Kaf.” Aku menjelingnya tajam. Dia ingat aku ini perempuan murah? Senang-senang


ELVROSETH KAF | 92 nak buat anak dengan dia untuk segulung ijazah? Walaupun aku ini tak adalah pandai mana dalam pelajaran tapi… itu tak semestinya aku senangsenang menurut perintah di atas tawarannya! Dr. Kaf angkat bahu, gaya santai. Cermin mata, dia sarungkan ke wajah. Senyum nakal bergayut di bibir. “I will never get bored, waiting for you to change your answer.” “You creep me out. You’re my lecturer and I’m your student. It doesn’t make sense… We don’t love each other.” Aku berbisik keras. “It makes sense. You’re 23-year-old and I’m 28-year-old. You’re not 12-year-old right, Mim? Because that will make me a pedophile.” Dr. Kaf membalas. Aku diam. Malas nak layan dia dah. Akhirnya, selepas 20 minit berlalu, baru Dr. Mislain keluar dari dewan kuliah ini. Dia merenung tajam Dr. Kaf yang sudah bangun dari kerusi di sebelah aku. Dr. Mislain mengeluh dan menggeleng. Dr. Kaf hanya sengih ceria dan kaki melangkah penuh gaya, turun dari tangga.


ELVROSETH KAF | 93 “Hei, Dr. Mislain! Seronok kan mengajar lebih waktu?” perli Dr. Kaf tetapi dia masih ceria. Kuat betul suaranya sehingga aku pun boleh dengar. Dr. Mislain mendengus kasar dan terus keluar dari dewan kuliah. Aku mula pelik dengan cara dia layan Dr. Kaf. Dia yang ambil masa Dr. Kaf, dia yang marah? Peliknya orang tua ini…. Tapi Dr. Kaf langsung tak balas apa-apa. Lelaki itu masih tersenyum ceria. Bola matanya bergerak, merenung kami semua. “Hello, Asslamualaikum everyone. Kau orang nampak mengantuk. Now, everybody! Get up and let’s play Simon Says before we start our class today.” Haih, malasnya aku.... Terdengar keluhan berat dari belajar lain namun mereka semua tersenyum. Barangkali seperti aku, mereka malas nak main tapi mereka tahu, mereka memang memerlukan ‘vitamin’ Dr. Kaf ini. Akhirnya, kami semua bangun dari duduk dan Dr. Kaf yang kacak itu, memulakan kelas Pharmacology-nya dengan ceria dan lucu sehingga


ELVROSETH KAF | 94 aku yang mengantuk ini pun, tak jadi nak mengantuk. Bibir aku tersenyum, merenung keletah lelaki itu. Sekelebatan, renungan mata kami bertemu sedang dia memberi arahan ‘Simon Says’. Senyumannya melebar. Kenyitan matanya diberikan untuk aku dan aku yang tersedar senyuman aku masih tak tanggal dari bibir, mula panar! Oh, dear. Aku matikan senyuman aku dan mataku jatuh pada meja. “Hah! Mim Maryam, awak kalah sebab awak tak fokus.” What? Aku angkat wajah aku untuk merenung Dr. Kaf yang menegur aku tadi. Baru aku tersedar yang dalam dewan kuliah ini, hanya aku seorang saja yang sedang berdiri manakala yang lain sudah duduk! Ba di tepi aku, tersengih-sengih merenung aku sementara mereka yang lain ketawa.


ELVROSETH KAF | 95 Aku pandang semula Dr. Kaf yang tersenyum sambil berpeluk tubuh di hadapan. “Jadi, hari ini… habis kelas, jumpa saya. Saya denda awak lagi.” Apa dia?! Denda lagi? “Tapi….” “Na na naa… no excuse. Now, sit down and let’s start our lecture on drug for diuretic.” Dr. Kaf berpaling terus membelakangi aku dan dia mula panjat pentas. Aku terus terduduk lemah ke kerusi. Adoi la! Denda lagi?! “Best tak, ya? Asyik kena denda dengan Dr. Kaf.” Ba menyenggol aku dari tepi. Senyuman nakalnya menari di bibir. “Mim, he really loves to punish you… oh dear, Mim. I think that’s hot.” Pipi aku berubah merah. Apa dia cakap ini?! Aku merenung Ba, tajam. “Ba, dia lecturer, kita student. Jangan jadikan hubungan antara pensyarah dan student satu hubungan yang romantik dalam imaginasi kita, Ba. That’s disgusting.” “And he is a single and young man, Mim. Why not? Dia sesuai dengan kau.” Mata Ba menjuju ke


ELVROSETH KAF | 96 arah Dr. Kaf yang sedang menulis sesuatu di whiteboard besar. “Aku malas nak bercinta. Aku nak grad on time aje ni tau….” Aku mengeluh berat. Wajah yang semakin merah, aku raup. Tapi kenapa setiap patah perkataan yang keluar dari bibir Ba, buat perut aku rasa bagaikan kilig di situ? “Sambil menyelam, minum air, Mim.” Ba memberitahu aku. Dia ketawa kecil. “Mana tahu, kau boleh belajar banyak benda dari lelaki ini. Kau boleh tanya dia… how to be a great surgeon like him. He is really… a nice man, soft-spoken and charming. Having a crush on someone doesn’t mean you always look at this person in a sexual way, Mim. Gross. Unless both of you are in the halal mode, go get a room and not one will stop you.” Aku gigit bibir bawah. Apalah yang Ba merepek ini? Geli! Malas nak layan, aku tak balas apa-apa. Buku nota, aku buka dan Dr. Kaf pun sudah mulakan penerangannya. Permintaan lelaki itu, semalam… bergentayangan di ruang telinga aku. “Marry me, Mim. I need an heir. You have to give birth to my baby.”


Click to View FlipBook Version