The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Khairina Huda, 2023-12-07 10:30:06

KAF (HIJAIYAH SERIES)

KAF (HIJAIYAH SERIES)

ELVROSETH KAF | 147 tempah sendiri dari kilang Litman. Ada ukiran nama awak juga. Ada Classic III, Master Classic II, Classic II Paediatric, Classic II Infant Stethoscope juga. Awak boleh pilih yang mana-mana. Ini semua untuk awak. Anggap saja yang ini hantaran perkahwinan kita.” “Kaf, ini banyak sangat. Lagi pun, saya belum masuk Clinical lagi!” Aku menggeleng kepala. Biar betul Kaf ini? Kedua ibu bapa aku pun tak pernah bagi aku macam ini. “Ini saja yang saya mampu bagi, Mim. Saya harap awak lagi semangat nak belajar. Saya akan…” Kaf tarik tangan aku dan tiba-tiba, dia melutut di hadapan aku. Aku terkedu. Dia merenung aku, hangat. Kedua-dua belah tapak tangan aku, dia kucup dengan… penuh rasa. “Saya akan bantu awak untuk berjaya. Saya akan selalu ada disamping awak sampai awak dapat segulung ijazah. Saya mungkin tak macam lelaki lain yang bagi awak bunga dan benda lain. Mungkin… saya akan cuba. Tapi, buat masa ini, saya hanya mahu bagi awak sebuah kejayaan dalam pelajaran. Saya nak awak tersenyum dan berpuas hati dengan apa yang awak usahakan.” Kata-katanya menyentuh naluri jiwa aku.


ELVROSETH KAF | 148 “I know, you always have problems with your own insecurity, Mim. But trust me, you don’t have to overthink about that. You’re beautiful….” Ibu jari Kaf mengusap pipi aku. “And you’re smart, you’re kind, soft, and sweet. You’re the most hard-working person that I’ve ever met in my life. One day, your efforts and all of the pain that you endured in medical school, will be paid off. You will be a great, beautiful, and… amazing doctor.” Aku tak mahu menangis. Tetapi mata aku sudah kabur. Tak pernah dalam hidup aku, seseorang mengungkapkan tentang kelebihan aku sambil merenung tepat ke anak mata aku. Hanya Kaf yang mampu buat semua ini. Hanya Kaf. “Awak buat saya nak menangis, Kaf.” Aku ketawa kecil sambil menyeka air mata aku. Kaf senyum. Ibu jari mengusap titisan air mata di pipi aku. “Saya suami awak, saya pensyarah awak dan saya… akan jadi ayah kepada anak-anak awak.” Kaf bangun dari melutut di hadapan aku dan aku juga bangun dari kerusi. Dia menunduk, tangan Kaf


ELVROSETH KAF | 149 melingkar pada pinggang aku. “Mim, awak nak jadi orang yang hebat, kan?” Aku angguk. Senyum lebar. “Saya akan bantu awak, Mim…Pertama sekali, depan saya, awak tak perlu rasa insecure. Sekarang, saya mahu awak buka tudung awak ini.” Kaf tarik hujung tudung instant aku dan mata aku mula membulat! Tangannya aku tahan. “No!” Aku geleng laju. “Why?” soalnya. “Because my hair is not pretty, Kaf. Abi dan umi selalu cakap kakak lebih cantik daripada saya. Kakak lebih pandai juga. Jadi, saya rasa… semua yang dekat badan saya, semua tak cantik dan bila saya fail exam… saya rasa abi dan umi betul, kakak lebih pandai. Rambut saya… kulit saya… kadangkadang saya malu dengan diri saya. Saya tak bersedia lagi nak tunjuk dekat awak ram….” Tak sempat aku habis cakap, Kaf tarik tudung aku! Selamba! Aku tergamam. Tak bertudung depan dia, aku rasa macam aku sedang berbogel. Kaf senyum nakal. Tangannya mula menarik scarf aku pula.


ELVROSETH KAF | 150 Aku terdiam dan terus menunduk malu. Aku tak cantik… Mesti Kaf cakap isteri dia tak cantik. Kaf tarik getah rambut aku dan sanggul aku dilepaskan serta merta. Aku tak betah merenung wajah Kaf. Jari jemarinya mula menyentuh rambut aku yang jatuh hingga ke pinggang. “You have a very beautiful shiny brunette hair, Mim Maryam. Awak dapat rambut macam ini dari mana? Dr. Syamsi ke? Sebab dia nampak macam berdarah kacukan.” Aku yang terkedu dengan pujian Kaf. Lantas, aku merenung wajahnya semula. Dia sibuk membelek rambut aku. Pipi aku jadi hangat bila tersedar yang diri ini diperhatikannya. “Ya, daripada umi.” Aku menjawab soalannya. Umi asalanya orang Sukoon. Orang Sukoon ada rambut macam aku. “You’re beautiful and you have to trust that you’re beautiful, Mim.” Kaf menarik hujung rambut aku dan dibawa ke bibirnya. Dikucup lembut. Aku tergamam. “Saya cakap awak cantik bukan kerana saya nak tubuh awak. Saya cakap awak cantik sebab


ELVROSETH KAF | 151 awak memang cantik, Mim. Bila ada orang yang layak tahu dia cantik, baik dan bijak… jangan teragak-agak untuk beritahu dia kerana kata-kata kita sentiasa akan buat orang sedar tentang kelebihan mereka. Tak semua orang ada keyakinan yang tinggi.” Kaf menyebak rambut aku hingga ke belakang telinga. “Semua orang cantik dengan apa yang mereka ada, Mim. Tak kira kulit gelap atau cerah, gemuk atau kurus... semua orang cantik dengan cara mereka. And as for you, I would give you an extra honest compliment because you’re my wife.” “Awak ada keyakinan yang rendah sangat, Mim. Mungkin sebab kerana umi dan abi awak. Awak sentiasa cuba puaskan hati mereka. Tapi dalam hidup ini, lagi kita mahu puaskan hati orang, lagi kita penat kerana orang… tak akan pernah puas, Mim. Jadi, mulai saat ini… awak isteri saya dan awak duduk di rumah ini. Tak ada lagi abi, tak ada lagi umi awak atau abang dan kakak awak. Saya nak awak jadi apa yang awak nak jadi di sini. Awak kena puaskan hati awak sendiri. Awak kena belajar untuk jadi doktor kerana awak nak jadi doktor, bukan kerana orang lain. Saya nak awak pakai cantik-cantik dan kemas… kerana awak nak rasa puas dengan diri awak. Faham, Mim?”


ELVROSETH KAF | 152 “Faham,” jawabku, lantas bibir bawah aku gigit. Kenapa Kaf… sangat baik? “Can you do something for me?” Kaf memegang kedua-dua belah tangan aku. “Yes?” “Boleh awak cakap dekat saya, Mim Maryam seorang yang cantik dan pandai?” Aku terkedu. Kepala geleng. “Saya….” “Kalau tak saya cium awak,” ugutnya. Sengih nakal melebar. Mata aku terbeliak besar! “Hesy! Apa awak ini, Kaf!” “Cepat cakap, ‘Mim Maryam seorang yang cantik dan pandai’.” Aku mengeluh berat. Lantas, aku ikut saja arahannya. “Mim Maryam seorang yang cantik dan pandai.” “Lagi. Awak kena pandang mata saya.” Kaf mencengkam rahang aku, memaksa aku merenungnya. Dia menunduk. Matanya jatuh pada bibir aku. “Do it or I will kiss you, hard.”


ELVROSETH KAF | 153 Bulu roma aku merinding. Kepala terus terangguk laju. “Mim Maryam seorang yang cantik dan pandai.” Aku menyebut patah perkataan itu, satu persatu. Kaf senyum lebar. “Say, Mim Maryam Officially owned by Kaf Ar Ra’d.” Aku mengerutkan dahiku. Kaf sengih nakal. Dia mula mendekat, bibirnya hampir menyentuh bibir aku tetapi aku menjauh dan dua jari aku menahan bibirnya. Urgh! Baiklah! Aku sebut! Aku sebut! “Mim Maryam Officially owned by Kaf Ar Ra’d!” Suara aku sedikit ternaik. Tak puas hati punya pasal. Aku dapat rasakan bibirnya yang berada di bawah permukaan dua jariku, tersenyum sebelum dia kucup jari aku tadi. Aku terus tarik tangan aku! Ya Tuhan, peliknya lelaki ini. Kenapa manis sangat ini? “Alright, Mim. Mulai hari ini awak kena study dengan saya setiap pukul sembilan malam sampai pukul sebelas setengah malam. Saya dah susun jadual awak.” Kaf mula masuk aura ‘Dr. Kaf’.


ELVROSETH KAF | 154 Tangan sebelah lelaki itu, merangkul bahu aku. Dia tunjuk sesuatu yang berada di atas meja. “Ini, lecture tracker awak.’ “Lecture tracker?” Dahi aku berkerut. Mata aku jatuh pada jadual yang terbentang di atas kertas. “Nak belajar, kena ada lecture tracker. Untuk malam ini, awak ada satu kerja. Pertama, dalam lecture tracker ini, saya dah buat untuk Mim. Semua tajuk untuk setiap module. Jadi, dekat sini,” Kaf tunjuk pula pada tiga batang highlighter yang terbentang di tepi kertas tadi. “Ada tiga warna. Pertama, warna merah. Itu, awak warnakan dekat tajuk yang awak rasa susah nak faham. Kedua, warna hijau. Itu awak warnakan dekat tajuk yang awak rasa senang nak faham dan penting. Ketiga, warna kuning, itu awak warnakan dekat tajuk yang awak rasa, awak dah kuasai. Untuk hari ini, awak mula dengan tajuk Gastrointestinal.” Aku angguk. Faham! “Dan jangan tidur selagi awak tak siap lagi. Faham?” Kaf menyoal aku. Tegas! Aku angguk lagi. Faham lagi! Tiba-tiba bersemangat nak berjaya!


ELVROSETH KAF | 155 “Untuk warna merah, itu bermakna awak kena ulang banyak kali study tajuk itu. Untuk warna kuning, itu bermakna awak tengok sekali lalu saja tajuk itu sebelum exam. Untuk warna hijau, itu bermakna awak perlukan bacaan sekali lalu juga, tetapi banyak buat latihan dan biasanya soalan daripada tajuk yang berwarna hijau itu, ialah tajuk yang akan masuk dekat dalam soalan One Best Answer. Biasanya, tajuk begini mudah tetapi basic yang sangat penting. Kalau yang warna merah dan perlukan repetitive, itu bermaksud awak kena faham banyak proses dan penghafal. Biasanya tajuk begitu akan masuk dalam soalansoalan seperti essay.” Panjang lebar Kaf menerangkan dekat aku. “Okey, saya cuba,” balasku. Tak sabar nak mula! “Okey, Mim. Sebelum itu, saya nak beritahu sesuatu.” Kaf tarik wajah aku dengan tangannya. Sepasang mata coklat terang, menatap aku dengan pandangan lembut. “Saya nak, sebelum awak mula belajar… awak pakai make-up. Jangan pakai baju tshirt biasa, faham? Saya akan belikan awak baju baru.” Aku terkejut!


ELVROSETH KAF | 156 “Peliknya! Ini nak belajar ke atau nak pergi jalan-jalan, Kaf?” Kening aku bertaut. “Saya nak awak ada keyakinan yang tinggi, Mim. Mungkin, ada orang kata make up itu maksudnya perempuan itu insecure kalau dia pakai make-up. Tapi… bagi saya, kalau awak pakai make-up dalam rumah seorang diri, itu tandanya awak nak tingkatkan kepuasan awak dekat diri awak sendiri.” Kaf bersungguh-sungguh memberitahu aku. Sisi wajah ini, dia usap. “Please, Mim. I want you to feel happy with yourself. No more intense personal feeling of inadequacy, weakness, and insecurity. You’re beautiful just the way you are,” sambung Kaf lagi. Dah berapa kali dia cakap aku, ‘beautiful’? Dia cakap macam ini dekat perempuan lain juga ke? Ah, sudah. Kenapa dengan aku ini? Cemburu? “Terima kasih.” Aku tersenyum manis pada Kaf. Tangannya yang memegang pipi aku, aku cengkam lembut. “Kaf, saya nak minta maaf ya sebab saya tak mampu lagi nak berikan awak nafkah sepenuhnya sebagai seorang isteri. Saya takut nak serahkan diri saya lagi. Saya betul-betul minta maaf.”


ELVROSETH KAF | 157 “It’s okay. Love is not about sex, Mim. It’s not always about body-to-body interaction. We can always talk to each other, cuddle, or learn something new together every day. If you’re ready, make sure you have fallen in love with me deeply. I want you to give your soul and everything in you, Mim. I will do the same.” Kaf gosok lembut kepala aku seperti aku ini kanak-kanak lima tahun. Tapi aku suka. Aku suka dengan sentuhan lembutnya pada tubuh aku. Aku tak rasa sentuhannya, sentuhan yang seksual. Kadang-kadang, dia suka peluk aku dari belakang dan gosok kepala aku seperti sekarang…. Aku rasa aku disayangi dan perhatiannya semua pada aku. “Tapi, syarat awak untuk saya lahirkan anak awak….” Aku tak dapat menyambung patah perkataan yang seterusnya. Kaf ketawa kecil. “Ya, masih berjalan. Tetapi bukan sekarang awak kena lahirkan anak saya. If you’re ready, I will wait for you until you finish your study. For now, I


ELVROSETH KAF | 158 just wanna fall in love with you…” Kaf rangkul pinggang aku dan wajahnya menunduk, merapati roman wajahku yang semakin hangat. “…my dear beautiful little Mim Maryam,” bisiknya, lembut. Bibir aku terbisu. Lelaki ini… sungguhlah sesuatu. “Terima kasih…” Aku berbisik semula. Wajahku angkat, menadah untuknya supaya lebih mendekat. Hidung kami bersentuhan. Dari dekat, cantiknya mata coklat terang Kaf tanpa kaca mata seperti selalu. Terhipnotis, aku rangkul belakang lehernya. “…Kaf Ar Ra’d.” Sebut bibirku. Aku suka sebut namanya. Namanya yang indah seperti dirinya. Bibir kami hampir bersatu, tetapi tidak bersentuhan. Akhirnya, kami hanya begitu. Dia tersenyum dan dahinya bersandar pada dahi aku. Aku ketawa kecil, tenangnya....


ELVROSETH KAF | 159 Kasih dan sayang yang terbit, tak semestinya melalui sentuhan fizikal yang dikuasai nafsu. Seperti Kaf Ar Ra’d, sentuhannya… bermula pada jiwa dan ruh aku. Ya Tuhanku… adakah aku sedang semakin jatuh cinta? Jatuh. Jatuh. Jatuh. Tetapi kenapa aku rasa seperti aku terbang?


ELVROSETH KAF | 160 BAB 14 INGGU depan ada EOM untuk modul ini! Aku mula berdebar-debar sekali lagi. Jumaat ini pula itu. Aku janji aku tak mahu tidur. Malam ini, aku akan mula study dengan Kaf. Aku mula runsing, baju jenis apalah yang dia akan berikan padaku dan… make-up?! Tak pernah dibuatnya yang aku pakai make-up sebelum belajar! Pelik. “Hmm, Mim. Kau nampak semakin berseriseri sekarang ini.” Ba menegur aku dari tepi. Kini, kami sama-sama sedang menunggu Kaf untuk masuk ke kelas. Baru tadi kelas Microbiology habis. Sekarang, kelas Kaf pula kerana dia gantikan kelas Dr. Mislain yang ambil waktu dia semalam. Buat pertama kalinya, aku masuk ke kelas Kaf sebagai isterinya dalam diam. Kenapa jantung M


ELVROSETH KAF | 161 aku rasa berdebar-debar sangat? Teringat apa yang terjadi semalam, bibir ini mula senyum panjang. “Ha! Kau tengok! Kau tengok!” Ba di tepi aku mula kecoh. Wajah aku dipagut dengan tangannya dan bibir aku ditenung gadis itu. “Kau dah pandai senyum seorang diri dah sekarang ini, Mim! Baik kau beritahu aku. Apa yang terjadi sebenarnya ini?!” Aku geleng laju. Mulut yang masih mengukir senyum, aku tekup. Ah, kenapa dengan aku ini? Angau dah ke? Ya Allah…. Lain macam betul angau aku ini. Mesti aku saja yang beria-ria padahal Kaf itu, rilek aje. Tak ada pun angau macam aku. Apalah aku ini! Macam budak-budak. “Salah ke aku senyum?” Aku menyoal Ba semula. Wajah, cuba aku seriuskan. “Senyum salah… sedih pun salah. Apa yang betul?” “Ha, tengok! Mim yang sekarang dah pandai membebel dan melawan! Dulu Mim tak macam ini!” Ba menepuk bahu aku. “Baik kau bagi tahu aku, mambang mana yang telah sampuk kau ini, Mim!” Kuat betul suara si Ba ini. Risau aku.


ELVROSETH KAF | 162 “Mambang apa pula ini?” Suara garau melantun dari mikrofon. Suara Kaf. Aku tergamam. Kaf dah sampai? Kenapa aku tak perasan. Disebabkan Kaf tegur aku dan Ba, kini… semua pasang mata di dewan kuliah merenung kami. Aku naik malu. Ba di tepi aku selamba tersengih-sengih pada Kaf. “Tak ada apa, Dr. Kaf! Kawan saya ini, Mim… dia dari tadi tersengih seorang diri. Risau saya! Mungkin Dr. Kaf ada ubat untuk kawan saya ini?” Selamba betul Ba ini. Aku meraup wajah sendiri yang panas. Kaf yang berdiri di hadapan podium, tersenyum tenang. Matanya bergerak, dari wajah Ba, melekat pada wajahku. Keningnya terangkat ke atas. “Mungkin kawan awak sedang jatuh cinta dan teringatkan dekat kekasihnya?” Aku jegilkan mata pada Kaf! Dia buat muka selamba dengan senyuman nakal di pinggir bibir. Disebabkan kata-katanya, semua orang dalam dewan kuliah ini mula ketawa dengan lelucon Kaf. Aku menunduk malu. Pipi aku semakin panas.


ELVROSETH KAF | 163 “Oh dear, Mim Maryam is blushing. Maybe we should stop teasing her and start our class, students. Or else, little Mim Maryam will turn into a tomato.” Kaf mengusik lagi dan makin kuatlah tawa kawankawan aku yang lain. Aku tidak tahu bagaimana mahu kawal reaksi wajahku. Akhirnya, aku diam dan tunduk sambil berpura-pura menyelak buku nota aku. Aku dapat rasakan pandangan sepasang mata Kaf pada wajah aku lagi apabila dia mulakan kelas. Aku sedaya upaya cuba menahan senyum di bibir aku. “My Mim Maryam is beautiful….” Itu katakatanya kepada aku sebelum kami berpisah dalam kereta. Aku masih dapat rasakan kucupan bibirnya pada dahi aku. “Study hard, Mim. And then, please love me harder.” Ya Tuhan, lelaki ini memang tanam tebu di bibirnya. “Today, my dear students. We’re going to learn a new topic about the drugs in the reproductive system. There are a few things that I want you to understand about this topic, please take out your pen, paper, or your Ipad and jot down what


ELVROSETH KAF | 164 I’m going to say.” Marker pen di tangannya, dia putar-putar dengan selamba. Kemudian, dia tulis sesuatu pada papan putih. “First of all, we’re going to learn about drug acting of the uterus which is stimulant for uterus and muscle relaxant for uterus known as tocolytic. The next important topic for this module, you need to learn about anti-retroviral drugs and drugs for sexually transmitted infections. Next… Anti-Cancer drug. That’s all!” Kemudian, Kaf pandang kami semua. Wajahnya serius. “Dalam sekolah perubatan ini, tak semua benda yang kamu perlu tahu dengan terlalu ‘deep’ semasa belajar. Buat masa sekarang walaupun saya dan lecturer lain ajar kamu topik yang sangat banyak… tapi bukan semua topik kamu harus belajar ‘too deeply’, faham? Kamu kena tahu topik mana yang kamu harus baca banyak kali dan topik mana yang kamu harus baca sekali lalu.” Kaf berpeluk tubuh. Kali ini, matanya menembus ke arah aku pula. “I will help my students to know what


ELVROSETH KAF | 165 topic is ‘must-know-topic’ and what topic is ‘goodto-know’ topic.” “Dr. Kaf? Bukan ke kalau nak jadi doktor… kita kena tahu banyak benda sebab kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis pesakit. Maka, bukankah seharusnya kita kena belajar ‘deep’?” tanya seorang pelajar yang lain tiba-tiba. Perhatian mata Kaf, merenung pelajar itu pula. “Yes, you’re right. But it depends on your ability to study. If you have the strength to study everything deeply and read the whole textbook, please do that. As long as you understand everything very well.” “Tapi malangnya tak semua pelajar perubatan boleh buat macam itu. Kamu perlukan tenaga untuk fokus dan kamu juga perlu buat benda lain yang kamu suka semasa waktu lapang. Kamu tak boleh duduk di meja belajar dan belajar dua puluh empat jam seperti orang gila. Kalau kamu mampu, buatlah. Saya tak larang. Tetapi tolong. Tolong jaga kesihatan mental kamu juga. Maka, disebabkan itu, kamu harus tahu apa yang perlu kamu belajar dalam satu topik.” Dr. Kaf menerangkan panjang lebar lagi.


ELVROSETH KAF | 166 “Macam mana kita nak tahu apa yang perlu kita belajar, Dr. Kaf?” Ba ditepi aku menyoal. “Pertama sekali, kamu harus fokus dalam kelas. Dalam kelas, kamu harus faham sikit demi sikit apa yang pensyarah ajar. 30% pun cukup, Ba. Kemudian, kamu harus baca semula di rumah dan gunakan method ‘recall’. Kemudian, untuk tahu apa yang penting, kamu kena tengok semula soalan-soalan pass year dan buat banyak soalan… kalau kamu rajin, tolong cari senior dan tanya,” jelas Dr. Kaf dan kami semua terangguk-angguk faham. “Tetapi oleh kerana kamu belajar dengan saya, kamu semua bertuah. Dalam modul ini, kamu akan belajar banyak tajuk. Tetapi saya nak cakap, tajuk yang saya sebutkan tadi ialah tajuk yang kamu kena baca banyak kali….” Untuk apa yang Kaf kata, aku mula tulis dalam kertas. Maksudnya tajuk ini, aku kena warnakan dengan highlighter warna merah dalam lecture tracker. “Alright, students. Please tell me what is a sexually transmitted infection that you have learned in pathology or microbiology?” soal Kaf.


ELVROSETH KAF | 167 “Chancroid, Doctor!” “Chlamydia!” “Gonorrhea, Sir!” “Syphilis.” “HIV!” “Trichomonas Vaginalis!” “Alright, alright….” Kaf ketawa suka apabila dia mendengar jawapan-jawapan anak didiknya. Aku tersenyum juga melihat dia ketawa. Kaf sambung, “Today, we’re going to learn about that. So please dear student, take note. Please do a table that consist of mode of action, adverse effect and….” Dan kelas hari ini, berjalan seperti biasa. Aku tak nafikan yang Kaf memang seorang pensyarah yang sangat bagus. Dia tidak mengajar hanya melalui lecture notes. Gaya dia mengajar, tak ubah seperti seorang guru tadika. Tapi, itulah yang terbaik. Kerana seorang guru tadikan biasanya akan tunjuk kepada anak murid mereka, satu persatu. Itulah yang Kaf buat.


ELVROSETH KAF | 168 Dan aku tak sabar mahu balik rumah, dan belajar dengan suami aku lagi…. AKU menyesal bersetuju dengan cadangan Kaf. Tadi, selepas kami solat berjemaah, dia berikan aku satu beg kertas yang berisi baju. Kaf kata, aku harus pakai baju itu sebelum masuk ke bilik belajar. Tetapi sekarang ini, aku sedang berdiri di hadapan Kaf dengan pakai baju ini dan wajah yang aku solek nipis. Rambut, aku lepaskan ke bahu. Kaf tidak berkelip matanya, merenung aku dari atas hingga bawah. Dia bersandar tepi pintu dan kakinya dipanjangkan, menahan aku untuk masuk bilik belajar kerana dia nak tengok aku dalam baju baru ini dulu. “You’re beautiful.” Kaf tersenyum lebar. Aku menunduk, tak berani nak pandang wajahnya. Tubuh sendiri, aku peluk dan tangan mengusap lengan yang terdedah. “Saya… saya tak biasa pakai baju terdedah macam ini, Kaf. Saya lebih suka kalau saya pakai baju lengan panjang macam biasa.”


ELVROSETH KAF | 169 “Tapi kita dalam rumah dan awak isteri saya.” “Tak… saya rasa kulit saya tak cantik. Tubuh saya tak cantik untuk pakai baju ini semua. Saya tak cantik macam orang lain. Saya rasa saya annoying dan mengada-ngada bila pakai macam ini walaupun depan awak. Saya rasa…” Kata-kata aku terhenti apabila Kaf pagut dagu aku dan ibu jarinya ditekapkan pada belahan bibir ini. Diam. Gaya tubuhnya seolah-olah berbisik. Aku dipaksa mendongak, merenung sepasang mata coklatnya yang terang. “You’re beautiful, Mim Maryam. You have beautiful skin, you have beautiful hair and beautiful smile and everything about my Mim Maryam is beautiful. Don’t be insecure when you’re with me. You can be everything you want. Wear everything you want,” beritahu Kaf, suaranya lembut. Tapi, aku tak dapat tahan perasaan insecure yang selalu ada dalam diri aku. Aku rasa kalau aku melebih-lebih dalam sesuatu, orang akan ingat aku beria-ria dan mereka akan benci aku. Aku tak cantik. Kaf tipu. Aku tak cantik.


ELVROSETH KAF | 170 “Mim, awak cantik. Isteri saya cantik. Saya tak tipu.” Kaf memberitahu aku lagi. Hujung jarinya mengusap pipi aku. “But you’re too insecure to feel that you’re beautiful, Mim. Did your father and mother told you that you’re not beautiful, Mim?” Wajahku automatik bertukar suram. Perlahan-lahan, kepala aku angguk. “Mereka tak nampak awak macam mana saya nampak awak. And, Mim... you will never know if you’re beautiful and smart in stranger’s eyes. You’re so used to the voice in your head telling you that you’re not enough.” Kaf memujuk aku. “Tapi mereka kenal saya sejak dari lahir dan awak saya baru kenal, Kaf… bukankah kalau macam itu, mereka lebih tahu saya macam mana?” Suara aku bertukar sebak. Selama hari ini, aku hanya menerima dan mengeyakan apa yang diberitahu umi dan abi. Kaf memegang kedua-dua belah tangan aku. “Mim, abi dengan umi awak pernah ke tengok awak bersusah payah lawan insecurity awak?” Aku geleng.


ELVROSETH KAF | 171 “Mim, abi dengan umi awak… pernah ke tunjuk usaha mereka untuk faham tentang insecurity awak?” soalnya. Aku geleng lagi dan Kaf tersenyum hambar. “Mereka yang cuba faham awak dan berada di samping awak saat awak lalui semua itu, lebih mengenali awak walaupun kenalnya cuma sementara, Mim. Tak semestinya orang yang kenal awak dari lahir, faham awak dan kenal awak kalau mereka sendiri tak berusaha nak kenal awak, Mim Maryam.” Kaf tarik kedua-dua belah tangan aku dan dikucup lembut. Matanya tertutup rapat dan kucupannya sangat bersungguh-sungguh… Kupu-kupu, naik ke paru-paru aku. Dear butterfly, calm down. “And I’m going to do that, Mim. I’m going to help you with your study and insecurity.” Mata Kaf terbuka. Aku terkesima dengan setiap bicaranya. “Kenapa awak baik sangat, Kaf? Suatu hari nanti, awak akan tinggalkan saya ke kalau saya sakitkan hati awak atau buat awak marah? Saya takut. Saya selalu takut kalau saya berada di situasi di mana...


ELVROSETH KAF | 172 saya buka hati saya untuk orang lain dan suatu hari nanti dia tahu kelemahan saya… dia akan pergi dari saya di saat saya dah bergantung harap pada dia. Awak pun macam itu ke, Kaf?” “No, Mim. I won’t.” “Why?” Suara aku bergetar. “Because you’re all I’ve ever wanted and I’ve been waiting for you since… once upon a time.” Dahi aku berkerut, tak faham dengan kata-katanya. Tetapi Kaf terus meletakkan tangan aku di atas kedua-dua belah bahunya. Dia menunduk dan aku mendongak. “Study hard, my Mim Maryam….” Dahinya digeselkan pada dahi aku. “Hmm?” “And work hard,” dia tersenyum apabila aku turut tersenyum dengan geselan dahinya pada dahi aku. “Then, my Mim… love me harder.” “Mana awak belajar jadi manis macam ini, Kaf?” “Dari pesakit saya dulu yang menghidap kencing manis.”


ELVROSETH KAF | 173 Tawa aku pecah mendengar jawapannya. Dia tersengih. Kemudian, dia tarik aku masuk ke dalam bilik belajar. Malam itu, dia tolong dan temankan aku belajar untuk EOM. Kaf seorang yang serius dalam menunaikan tanggungjawab dan janjinya. Dia ajar aku, sampai aku faham. Cara dia menerangkan dan ajar aku, sangat mudah. Kaf juga tak berhenti bagi aku semangat. Ada saja katakatanya yang membakar semangat aku untuk terus belajar dan berjaya…. “Jangan tidur lagi, Mim. Saya akan temankan awak study sampai awak faham topik ini.” “Come on, Mim. Don’t give up. Someday, you will be a great doctor.” “Mim, buat soalan yang saya bagi ini.” “Mim Maryam… saya kata apa? Kalau tak faham tanya saya dan berhenti baca benda yang sama banyak kali.” “My Mim Maryam is the best student that I’ve ever met in my life.” Dalam hidup aku, aku tak pernah banyak ketawa dan tersenyum.


ELVROSETH KAF | 174 Teach me how to be a good doctor, Kaf. Desis hatiku di saat dia sibuk menulis soalan atas kertas untuk aku. And then, love me harder…. Kaf Ar Ra’d, lelaki yang manis dan aneh.


ELVROSETH KAF | 175 BAB 15 EPUTUSAN dah keluar dan aku sudah semak. Sekarang ini waktu rehat. Aku terus pergi ke kafe Hijaiyah. Tercungapcungap aku menahan nafas yang berdempuk di dalam dada. Penat aku lari semata-mata nak berjumpa dengan Kaf. Dia kata, dia ada dekat kafe. Aku rasa macam nak terbang pergi dekat dia. Malangnya aku tak ada sayap. Sampai saja ke Kafe, aku nampak Kaf sedang berbual mesra dengan beberapa orang Doktor termasuklah Dr. Mislain. Pelik pula aku rasa kerana dulu Dr. Mislain macam tak suka Kaf tetapi sekarang ini, siap tersengih-sengih bila berbual dengan suami aku itu. Keberanian aku menggila, aku berjalan mendekati meja mereka. K


ELVROSETH KAF | 176 “Assalamualaikum!” Aku menegur empat orang lelaki itu. Mereka angkat wajah, merenung aku sambil menjawab salam. “Waalaikumussalam…” “Mim?” Dahi Kaf berkerut bila dia pandang aku. “Err… Dr. Kaf, saya nak jumpa sekejap, boleh?” Aku menyoal sopan. Senyum kecilku melebar. Tiga orang doktor yang lain hanya mengangguk dan Kaf tak tunggu lama untuk bangun dari kerusi. “Ada apa, Mim?” soalnya sambil membuntuti aku dari belakang. Aku tahan tangan aku daripada mahu mengenggam tangan lelaki itu. Sabar, Mim. Bukan dekat sini. Bukan. Aku mengerling ke arah wajah maskulin Kaf. “Ikut saya sekejap, boleh?” Kaf angguk. Sampai sahaja di tempat yang tak ramai orang, aku tarik tangan dia dan entah apa yang merasuk aku, terus saja aku buka Janitor Room yang berdekatan! Tubuh Kaf aku tolak masuk bersama tubuh aku. Pintu aku kunci!


ELVROSETH KAF | 177 “Err… Mim?” Dahi Kaf berkerut pandang aku. Aku berpaling, menghadap dia sebelum dengan sekelip mata, aku meloncat ke arah tubuh Kaf sehingga dia terjatuh ke sudut bilik yang ada mop! Tubuh Kaf aku peluk erat. Lehernya aku rangkul dan wajahku, aku sembamkan ke bahu Kaf. Di situ, esakan aku pecah. “Eh, Mim? Kenapa menangis ini?” Kaf peluk pinggang aku sembari sebelah tangannya mengusap belakang tubuh aku. Esak tangisku semakin menjadi-jadi. “Mim… kenapa menangis ini, sayang?” Aku menggeleng. Aku tak mahu jawab. Aku mahu menangis dan peluk dia. “Mim, jangan begini Mim. Dah lah kita dalam janitor. Awak pula menangis. Nanti orang ingat saya cabul awak, Mim. Padahal, awak yang terbang dan terkam saya dulu….” Aku ketawa kecil dengan leluconnya. Lantas, aku angkat wajah dari bahu dia. Air mataku, aku dapat rasakan air mataku masih bersepah di pipi


ELVROSETH KAF | 178 apabila Kaf merenung aku. Ibu jarinya mengusap pipi aku. Matanya jatuh pada bibir aku yang tersenyum. “Dah cek result ya?” tekanya. Aku angguk. Bibir tak mampu nak luah apa. Hanya senyum lebar yang melebar bahagia! “Tahniah, Mim… saya bangga dengan Mim.” Kaf tarik tangan kanan aku yang merangkul lehernya. Tapak tangan ini, dia kucup lembut. “You have done your best, Mim. Semua itu berlaku sebab usaha dan doa Mim juga, kan?” “Tapi awak tolong saya study,” beritahuku. Kaf tolong aku study tetapi itu tak bermakna Kaf bagi aku soalan bocor. Apa yang Kaf bagi dekat aku, Kaf bagi juga dekat murid-murid lain. Cuma, dengan aku… Kaf temankan aku study dan bantu aku untuk faham lagi. Hari ini, aku dapat A. Aku tak pernah dapat A. Bila aku nampak keputusan aku, aku tahan air mata yang nak jatuh. Tiba-tiba, aku rasa yang semua pahit aku lalui, semuanya berbayar dengan penuh makna.


ELVROSETH KAF | 179 Walaupun ini hanyalah End Of Modul Exam, aku masih bangga dengan pencapaian kecil aku ini! “Tapi yang bersemangat untuk ditolong dan belajar sampai tak tidur sangat ialah Mim. Hari ini, awak patut bangga dengan diri awak.” Kaf bawa tapak tangan aku pada sisi pipinya. Sepasang mataku, dia renung hangat. “Look at my beautiful wife… she got A for her exam!” Aku ketawa lagi tapi setitis air mata aku jatuh ke pipi. “Kenapa awak baik sangat, Kaf?” “Sebab awak isteri saya.” “Tapi saya tak pernah bagi awak apa-apa sebagai seorang isteri. Awak saja yang banyak bagi saya. Awak tolong saya dalam pelajaran dan awak buat semua benda.” Aku pegang sisi wajahnya. “Saya… tak tahu nak bagi awak apa buat sekarang ini tapi saya nak bagi awak ini….” Aku kucup kedua-dua belah pipinya. Kaf seperti tergamam. “Terima kasih, Kaf. Terima kasih sangatsangat….” ucapku, syahdu. Satu saat berdetik pantas.


ELVROSETH KAF | 180 Kaf tarik belakang leher aku merapat pada wajahnya dan nafas daripada bibir kami bertemu. Mata aku terbeliak besar sebelum tertutup rapat dan aku biarkan segala-galanya berlaku…. I have never… Wajah aku ditolak lembut. Renungan mata kami bersatu, renungan yang sangat lembut. …In my life… Kaf senyum dan pipi aku diusap, lebih lembut. Felt so calm and yet on fire… Aku balas senyumannya yang terlalu lembut. Knowing deep in my bones, He is who I’ve waited for… All my life. “Kaf Ar Ra’d.” Aku sebut namanya, lembut. “Mim Maryam.” Dia sebut nama aku, lebih lembut.


ELVROSETH KAF | 181 Kaf, membuatkan hati aku sangat-sangat lembut. -Poem, Vera Valentine. AKU masuk ke kelas, membuntuti langkah Kaf. Baru aku teringat yang lepas lunch hour, kelas dia akan mula. Keluar daripada janitor, kami bergegas ke dewan kuliah. Masuk saja ke dalam dewan kuliah, aku menunduk dan berjalan naik ke tempat aku di sebelah Ba, seperti biasa. Kerusi semua nampaknya dah penuh. Mungkin… aku dan Kaf yang lambat. Duduk di kerusi, Ba mengintai wajah aku dari bawah. “Kau okey?” Ba soal. Tangannya menyentuh pipi aku. “Pipi kau merah.” Aku telan air liur.Merah? “Erm, aku tak sihat sangat….”


ELVROSETH KAF | 182 “Lipstick kau comot,” tegurnya lagi. Aku terus tutup mulut aku! Laju saja aku ambil cermin dari dalam beg dan aku intai bibir aku. Comot. Mata aku membulat! Pipi aku semakin panas. Ba di sebelah aku ketawa kecil dan hulurkan tisu basah. “Lap kesan comot tu.” Aku angguk laju dan mengikut arahannya. Tisu, aku tepek-tepek kan di bahagian yang comot. Sambil itu, aku menjeling ke arah Kaf yang berada di hadapan. Dia sedang membetulkan tali mikrofon dan sekelebatan, pandangan kami bertemu. Aku tundukkan pandangan aku semula. Tangan aku yang memegang tisu, tiba-tiba menggigil. “Ehem!” Kaf berdeham. Aku tak pandang. “Good morning and assalamualaikum, everyone.” Dia mulakan bicara. “Dr. Kaf, sekarang ini bukan dah tengahari ke?” Suara Ghain menegur dari belakang dan tawa mereka yang lain pecah. “Oh, erm… afternoon, everyone.” Kaf membetulkan ayatnya. Tanpa pandanga dia, aku


ELVROSETH KAF | 183 sorok senyum yang mahu melebar. Tisu masih mengesat perlahan kesan lipstick yang comot. “Dr. Kaf! Apa yang dekat bibir itu!” Suara Jim pula. Bibir? Aku terus angkat wajah, merenung Kaf yang sedang tergamam di tempat dia berdiri. Dia sentuh sisi bibirnya. “Kenapa dengan bibir saya?” Aku baru perasan sesuatu! Mata aku terbeliak besar! “Macam kesan lipstick aje, Dr. Kaf!” Alif mengusik. Jantung aku mula berdegup kencang. Kaf terus melirikkan matanya ke arah aku dan dia merenung ke arah belakang aku. Mungkin dia sedang merenung Alif. Aku hanya meneka kerana aku tak betah untuk pandang Alif di belakang aku. Oh, malunya! “Ini… sambal!” ujar Kaf. Lantas, dia keluarkan tisu dari poketnya dan cepat-cepat dia lap sambil membelakangi kami semua.


ELVROSETH KAF | 184 “Hmm, ada ke sambal warna macam itu?” Aku dapat dengar suara Jim di belakang aku menyoal entah pada siapa. “Kan?” Ba menyampuk. Hujung mata aku menangkap tubuhnya yang sudah berpusing ke belakang. “Macam warna lipstick, dooo….” Aku semakin berdebar-debar. Bibir aku terkunci. “He kissed someone?” tanya Jim. “I thought so too,” sambut Ba. “He’s unmarried right?” soal Jim lagi. “Who knows….” Suara Ba meleret dan jeling ke arah aku. “Dia kahwin diam-diam!” “Wow, kita kena korek rahsia Dr. Kaf!” Jim berbisik semula pada Ba. Aku tengok, Ba di tepi aku terangguk-angguk setuju. Jim sambung, “Kalau kau tahu apa-apa, bagi tahu aku, Ba! Berita panas ini!” “Ha, kau pun! Kita korek sampai lubang cacing, Jim!” Ba setuju dan bahu aku disenggol. Dah kenapa minah ini? Sejak bila Ba dengan Jim berdamai ini?


ELVROSETH KAF | 185 “Okey, students. Let’s start our class today. Please open the lecture notes that I’ve sent to your email, students.” Kaf berdiri di belakang podium. Cermin matanya yang tadi dia tak pakai, kini disarungkan semula. “So, let’s start with combined pills, oestrogen plus progestron….” Kelas berlangsung dengan aman. Atau mungkin tidak. Kerana sepanjang kelas itu, Kaf asyik menjeling ke arah aku dan kami berbalas senyuman dalam diam. Matanya, hanya pada aku. Mata aku, hanya pada dia. Tiba-tiba, semasa kami buat soalan yang dia berikan, ada mesej masuk ke peti inbox aku. Kaf. Dahi aku berkerut. Mata aku mengintai Kaf yang sedang membelek telefonnya di hadapan dengan muka serius. Aku buka mesej itu. ‘You shake my universe, Mim.’- Kaf. Nafas aku sesak. Telefon yang aku pegang, hampir terlepas dari tangan.


ELVROSETH KAF | 186 “Mim Maryam!” Kaf panggil aku dari depan, mengisi kesunyian dewan kuliah ini. Aku angkat wajah, merenung wajah bengisnya. Eh, dia marah? “Kenapa main telefon dalam kelas? Saya suruh buat soalan kan? Itu, apa senyum seorangseorang itu? Mesej dengan pakwe?” Dia marah aku. Kini, semua orang pandang aku. Kaf siap bercekak pinggang lagi. Aku ternganga. Bukan ke dia yang kacau aku dulu?! “Denda lepas kelas!” beritahunya. Tegas! Aku tahan senyum yang mahu melebar. “Okey, Dr. Kaf….” Dia menjeling aku tajam tetapi aku dapat tangkap senyuman kecilnya. Kemudian, dia terus tulis sesuatu di papan putih dan mula menerangkan jawapan kepada soalan yang dia suruh kami jawab tadi. “Kesian Mim, asyik kena denda je.” Alif menegur aku dari kerusi atas-belakang. Aku berikannya renungan sedih. Bahu aku terangkat.


ELVROSETH KAF | 187 “Tak apa, aku reda…” jawabku. Keluhan palsu, aku lepaskan. Tak sabarnya nak kena denda….


ELVROSETH KAF | 188 BAB 16 ENDAhari ini, dia bawa aku keluar makan ais krim. Kaf bawa aku jauh dari bandar utama Hijaiyah supaya tak ada siapa nampak kami keluar bersama. Dia bawa aku ke bandar Tashkeel. Dalam Empayar Hijaiyah, ada tiga bandar utama yang besar. Antaranya ialah Bandar Hijaiyah iaitu ibu negara Empayar ini, kedua ialah Bandar Harakat dan ketiga ialah Bandar Tashkeel. Bandar Tashkeel sebenarnya sangat besar dan dulu, Bandar Harakat terletak dalam Bandar Tashkeel bersama-sama dengan Bandar Tanween, Sukoon dan Shadda. Tetapi, selepas ada bergolakkan beberapa tahun lepas, Bandar Harakat keluar dari Bandar Tashkeel begitu juga dengan Bandar Tanween, Sukoon dan Shadda. Kini, Bandar Tashkeel yang besar menjadi semakin kecil wilayahnya… tetapi D


ELVROSETH KAF | 189 masih dinamakan sebagai ‘Bandar Utama Hijaiyah’. “Tashkeel ini cantik sangat.” Aku memberitahu Kaf setelah kami sampai ke Bandar Tashkeel setelah empat jam berada dalam kereta. Tak sangka Kaf sanggup bawa aku sejauh ini semata-mata untuk ‘Ais-Krim’. “Ya, Tashkeel cantik.” Kaf tutupkan pintu kereta di bahagian penumpang sebelah pemandu, untuk aku. Kemudian, kereta dikunci. Tangan Kaf menyambar tangan aku. “Tashkeel ini tempat saya lahir, Mim.” Aku pandang Kaf dengan mata membulat. “Saya baru tahu….” Kaf senyum saja. Tangan aku dikucupnya. “Tak apa, banyak lagi yang awak boleh belajar tentang saya, Mim.” “Patutlah muka awak macam orang Tashkeel. Bibir awak pun merah dan mata awak warna coklat terang. Saya selalu dengar orang kata… orang Tashkeel ini, cantik-cantik dan tampan orangnya.” Bola mataku mengitari kawasan tempat Kaf memakirkan kereta.


ELVROSETH KAF | 190 Ada beberapa orang Tashkeel yang aku nampak di sini.Wajah mereka lebih kurang Kaf. Kemudian, aku dapat rasakan yang ada angin kuat menampar aku ke satu arah. Berpaling ke belakang, aku nampak ada pantai! “Pantai?” Aku pandang Kaf. Kaf senyum dan angguk. “Ya, Tashkeel ada pantai yang cantik.” “Best-nya!” Aku tidak dapat menahan keterujaan aku. Aku jarang pergi pantai! “Jom, Mim? Saya belanja awak ais-krim sambil kita jalan-jalan dekat pantai. Malam ini kita tidur hotel nak, Mim? Saya dah tempah hotel online.” Kaf tarik tangan aku untuk merangkul lengannya. Kemudian, tangan Kaf yang lagi satu, sibuk membetulkan tudung bawal aku yang sudah senget akibat aku tertidur dalam kereta tadi. “Awak ni, Mim… comot sebenarnya. Tapi comot awak, cantik.” Kaf tegakkan hujung awning tudung aku. Kemudian, mata kami bertemu. “Mim, do you know what is the most beautiful place that I’ve visited in my life?” Aku geleng. “Tak tahu….”


ELVROSETH KAF | 191 “Your eyes, you smile and everything about you… is like a very beautiful place. You make me nervous every time you look into my eyes.” Kaf genggam tangan aku lebih kuat. Aku rasa darah naik ke pipi lagi. Pandangan mata aku kalihkan ke sisi. “Kaf, kenapalah awak ini manis sangat? Saya rasa… awak patut ambil metformin, Kaf. Saya tak sanggup jadi balu kalau awak mati dulu sebab kena Diabetes Mellitus Type 2.” Kemudian, Kaf ketawa. “Saya memang manis. Lagi-lagi dengan orang yang halal untuk saya, saya memang manis. Saya rasa, saya nak buat awak tahu yang saya sayang awak dan awak tanggungjawab saya. Sebagai suami, tanggungjawab bukan bereti harta atau benda lain, Mim. Saya rasa… tanggungjawab saya ialah untuk buat awak sedar yang awak layak disayangi dan awak layak semua benda dekat dunia ini, Mim. Saya tahu, jarang kan ada orang cakap benda macam apa yang saya cakap dekat awak ini?” soalnya. Aku tidak angguk. Hanya menunduk. Ya… sangat jarang sekali.


ELVROSETH KAF | 192 “Jadi, Mim… saya tak kesah kalau awak nak rasa geli atau orang lain geli dengan apa yang saya cakap sebab saya bermulut manis. Salah ke saya mulut manis dekat orang yang layak dapat ‘manis’nya saya ini?” Hujung jari Kaf, pagut dagu aku. Mata kami bertemu. “Macam mana saya buat awak study hard dan study smart sampai berjaya, Mim… macam itu juga saya akan buat awak love harder and lover smarter.” Kaf cuit puncak hidung aku dengan jarinya. “Come on, Mim! Let’s celebrate your result with ice-cream!” Tangan aku ditarik pergi dari situ. Dan aku, ketawa. Bahagia. AKU belek ais krim yang Kaf beli untuk aku tadi. Kaf tinggalkan aku sekejap kerana dia sedang beli makan malam kami berdua. Sambil aku membelek


ELVROSETH KAF | 193 ais-krim, aku tersenyum sendiri. Haih, comelnya ais-krim ini. Sebab ini ke Kaf sanggup memandu empat jam untuk ke Tashkeel dan beratur satu jam untuk belikan ais-krim yang mahal dan cantik ini untuk aku? Memang panjang betul barisan orang beratur untuk beli ais-krim ini. Mungkin kerana ais-krim ini cantik dan besar. Kon besar dibalut dengan tisu yang comel. Atas ais krim coklat, ada kon-kon kecil dan wafel. Memang terliur aku tengok tetapi aku kena tunggu Kaf. Aku tak mahu makan seorang-seorang. Kaf langsung tak belikan ais krim untuk dirinya sedangkan dia dah janji nak makan samasama. Haih… Kaf… Kaf…. “Mana Kaf ini?” Bola mata aku bergerak ke kiri dan ke kanan. Lambat lagi ke dia? Aku nak tunggu dia baru aku makan ais krim tetapi aku takut kalau ais krim ini cair. Saat ini, aku hanya berdiri di atas pasir pantai. Skirt panjang yang aku pakai, mula membuai ke kiri dan ke kanan apabila ditiup angin. Beberapa orang kanak-kanak, berlari dan ketawa di hadapan aku. Ibu bapa mereka mengejar daripada belakang.


ELVROSETH KAF | 194 Aku tersenyum sendiri, membayangkan Kaf, aku dan anak-anak kami…. Tiba-tiba senyuman aku mati! Kepala aku menggeleng sendiri. Mim, apa yang kau fikir ini?! Aku mendengus kasar. Tetapi tiba-tiba, aku dapat rasakan bahu aku dilanggar… PAP! Ais krim yang dibeli Kaf jatuh ke tanah. Mata aku terbuntang. Lebih aku rasa mahu menjerit lagi apabila orang yang langgar aku, pijak ais krim itu dan lelaki itu selamba berjalan sambil main telefon tanpa pandang aku atau cuba minta maaf. Apabila dia tersedar yang dia pijak ais krim aku, dia berhenti hanya untuk singkirkan kesan wafel ais krim yang dipijaknya daripada tapak kasut. Kemudian, dia berpaling ke arah aku. Lelaki itu menjeling aku tajam dan dengusan kasar dilepaskan. Reaksi wajahnya mengatakan seolah-olah, aku yang bersalah! “Encik!” Aku panggil dia apabila dia sudah jalan menjauh.


ELVROSETH KAF | 195 Dia buat pekak. Aku geram, terus saja aku tarik baju dia daripada belakang. “Encik! Encik dah pijak ais krim saya!” “Hesy, kau nak apa perempuan?!” Tengkingnya dan bahu aku terenjut. Aku mula mengecilkan diri, takut ditengking tetapi aku cuba buat berani. Bibir aku meligih, takut. “Encik dah pijak ais krim saya. Encik… tak mahu minta maaf?” “Annoying la kau ini! Ais krim je pun. Itu pun nak kecoh! Kau pergilah beli yang baru! Ergh! Perempuan tak guna! Pasal ais krim pun nak bising!” “Tapi Encik tetap salah.” “Kau nak cari gaduh dengan aku ke, perempuan?!” Dia terus cengkam dagu aku dan tubuh aku diheret mendekatinya. Mata aku membulat. Dia sengih dan sambung, “Kau ini memang manja. Pasal ais krim pun kau nak bising! Kau jangan sampai aku tumbuk muka kecik kau ini sampai lebam!”


ELVROSETH KAF | 196 Kemudian, dia lepaskan wajah aku dan aku tergamam apabila dia pijak-pijak lagi ais krim yang Kaf beli untuk aku sampai hancur…. Aku jatuh terduduk ke tanah. Ais krim Kaf…. “Kau nak sangat aku cari pasal dengan kau, kan?! Ha, tengok ini!” Lelaki asing itu pijak-pijak lagi kon ais krim yang masih bersisa. Tubuh aku mula menggigil. Aku takut kalau Kaf marah dan cakap aku tak guna sebab tak reti jaga makanan yang dia belikan untuk aku. Aku mula fikir macam-macam. Kaf sanggup buat apa saja untuk aku dan aku hancurkan semuanya. Kaf sanggup memandu empat jam ke sini dan beratur satu jam untuk beli ais krim tetapi… aku hancurkan ais krim ini dengan mudah. Mesti Kaf akan benci aku. Mesti Kaf akan marah dengan aku. Paling teruk, Kaf akan kata aku isteri tak guna sama macam abi dan umi kata aku anak tak guna kerana aku tak pandai…. Kaf akan tinggalkan aku…. “Hei, Mim? Kenapa ini?” Suara Kaf menegur aku dan dia menarik aku untuk bangun. Tangan


Click to View FlipBook Version