ELVROSETH KAF | 397 yang dulu… takut disakiti. Bila saya masuk dewan exam, saya akan menggigil ketakutan sebab dalam kepala saya… saya rasa saya akan fail walaupun saya study banyak mana. Saya insecure sampai macam itu, Kaf. Kadang-kadang, saya rasa tak ada makna saya hidup. Saya tak dipandang orang. Saya rasa saya tak cantik dan saya tak akan dapat cinta macam orang lain. Kalau saya dapat pun, mungkin saya akan gagal dan ditinggalkan. Bagi saya, diri saya ini hanyalah sebuah kegagalan. Tetapi…. Mengenali seorang Kaf Ar Ra’d, buat saya rasa lain. Kaf ajar saya tentang gagal itu indah dan berjaya itu mudah. Kaf sentiasa ada bersama saya di saat saya menangis dan ditenggelamkan dengan insecurity saya. Kaf ajar saya macam mana mahu study dengan baik. Kaf jugalah yang lap air mata saya dan peluk saya. Kaf pujuk saya dan Kaf cium dahi saya. Kaf buat saya rasa hangat dan dilindungi. Kaf sangat sempurna di mata saya sedangkan saya ini hanya gadis yang biasa-biasa.
ELVROSETH KAF | 398 Kaf ada semuanya. Tetapi… Maafkan saya, Kaf. Dalam surat ini, saya nak beritahu kepada awak apa yang saya sedih tentang awak tetapi saya tak berani nak tegur. Kaf… saya sedih bila awak jarang solat, Kaf. Awak solat bila saya ajak sahaja. Saya teringin sangat nak tengok awak solat tanpa disuruh. Saya tahu, saya juga tak baik mana, tetapi saya harap sangat, lepas kita dapat anak, kita dapat sentiasa solat bersama dan Kaf… akan lebih beratkan agama untuk anak-anak kita nanti. Saya sayang awak sangat-sangat, Kaf. Saya mahu awak masuk syurga bersama saya. Setiap hari, saya berdoa kepada Tuhan agar pintu hati awak terbuka. Itu pun jika saya sempat melihat ini semua. Kaf, sayang… Saya tahu rahsia awak. Saya tahu yang awak Putera Izrail Ar Ra’d. Itu nama diraja awak. Awak putera sulung Putera Iqlab Abasa. Awak Putera Tashkeel dan awak keturunan diraja Manthuqah. Jika awak mengaku yang seorang Izrail Ar Ra’d masih hidup, awak akan berada di barisan kedua selepas Putera Mahkota Hijaiyah yang sekarang ini. Saya juga tahu yang
ELVROSETH KAF | 399 awak mengahwini saya kerana awak mahukan pewaris supaya kedudukan awak lebih kuat daripada Putera Mahkota Hijaiyah… Putera Sod AlFateh, kawan satu batch saya. Izrail dan Sod, kamu berdua sangat berahsia. Bukan saja kamu berdua sebenarnya, saya juga tahu yang Ba An-Nisaa, kawan saya sebenarnya adik awak, Kaf. Puteri Ba An-Nisaa binti Putera Iqlab Abasa. Kamu berdua telah sorokkan identiti masing-masing sejak awak jejakkan kaki ke Hijaiyah lagi. Sekarang ini semuanya jelas kenapa, awal-awal dulu, Ba ajak saya ke perpustakaan tapi awak yang muncul. Kaf, I’m married to a Prince. I’m lucky, right? Tapi awak mahu tahu macam mana saya tahu, Kaf? Beberapa bulan lepas, saya berjumpa dengan abi. Abi minta maaf atas segala yang dia pernah buat dekat saya. Kemudian, abi serahkan saya satu dokumen rahsia kerajaan Hijaiyah yang baru dia dapat. Di situ, ada semua maklumat tentang Putera dan Puteri Tashkeel dan Putera Mahkota Hijaiyah. Saya terkejut, Kaf… kerana gambar awak dan nama awak semuanya ada di situ. Dalam maklumat itu, ada mengatakan bahawa, kes pembunuhan semua ahli keluarga saya
ELVROSETH KAF | 400 mungkin berpunca daripada Putera Tashkeel. Saat itu, abi menangis dan menggigil ketakutan. Dia takut dirinya dibunuh dan dia suruh saya tinggalkan awak, Kaf…. Tapi, saya tak mahu tinggalkan awak. Saya tahu, awak mahu bunuh saya tetapi saya juga tahu, awak terlalu sayangkan saya. Kaf, saya pun tahu yang awak bunuh kakak saya, Nun Maryam. Saya sebenarnya tahu yang saya mengandung tetapi saya sengaja mahu menduga kakak saya dan awak kerana… sejak kes pembunuhan abang dan lelaki yang malukan saya kerana ais krim, saya rasa pelik sangat dengan apa yang terjadi. Semuanya ada berkaitan dengan saya. Aneh. Kemudian, kakak bagi saya ubat gugur. Saya tak bodoh. Saya tahu itu ubat gugur. Saya makan kerana saya tak bersedia mengandung tetapi dalam waktu yang sama, saya rasa jahat dan kejam dengan awak. Saya bunuh anak kita. Maafkan saya, Kaf… Maafkan saya. Tetapi saya juga menangis dan hampir terkena depresi selepas gugur. Saya rasa saya terlalu kejam….
ELVROSETH KAF | 401 Dan suatu malam, saya nampak awak keluar rumah apabila saya sedang tidur. Saya tunggu awak pulang. Saya intai awak melalui balkoni. Saya nampak yang awak pulang dengan keadaan yang berdarah. Jantung saya berdegup kencang… seolaholah tekaan dalam kepala saya saat itu semuanya benar. Kemudian, berita kematian kakak keluar. Ketika itu, saya tahu yang awak pelakunya. Saya yakin. Tetapi saya tak benci dan takut pada awak kerana… saya rasa saya terlalu cintakan awak dan takut awak lepaskan saya. Saya rasa saya tak boleh hidup tanpa awak. Adakah saya bodoh, Kaf? Saya hidup dengan seorang pembunuh. Tapi saya bersama awak. Malah, saya cintakan awak, lebih lagi. Ketika saya menulis surat ini, saya mengandungkan anak kita dan lagi beberapa minggu, saya akan bersalin. Saya dapat rasakan yang… tak lama lagi awak akan bunuh saya. Saya tahu daripada abi yang awak mahu balas dendam
ELVROSETH KAF | 402 dekat kami semua. Tetapi, Kaf… saya tak boleh lari daripada awak. Saya dah janji dengan awak, saya akan setia dengan awak. Awak, Kaf… lelaki yang paling saya cinta. Awak, Kaf… ayah kepada anak kita, Qaf AnNajm. Itu nama anak kita. Dan walaupun suatu hari nanti, jantung saya berhenti berdetak, saya harap awak masih percaya yang saya akan selalu cintakan awak. Saya akan… sentiasa ada dalam ingatan awak. Saya akan sentiasa… dan sentiasa… tunggu awak walaupun dunia kita akan berbeza. Saya sayang awak sangatsangat. Untuk Kaf Ar Ra’d yang mengajar erti kehidupan, Mim Maryam mahu minta maaf atas segala dosa Mim. Maafkan jika diri ini ada terkurang di mana-mana semasa menjadi isteri selama empat tahun ini. Kaf, sayang. Dulu awak kata dekat saya, ‘Study hard and love me harder.’ And now, I have loved you, harder than I’ve ever imagined.
ELVROSETH KAF | 403 Moga Kaf, menjadi lelaki yang lebih baik daripada lelaki yang ada dalam dirinya hari ini. Mim Maryam akan sentiasa tunggu Kaf. And please, fall in love with me again and again even though I’m not there, Kaf.
ELVROSETH KAF | 404 Author Note Hello Assalamualaikum. Maaf jika ebook percuma ini ada banyak cacat cela dan unexplained medical jargon. First of all, I didn’t expect that I would write a 52k words in a week. I want to write a simple story: 20k words. And I didn’t do proper editing for this book. And, this book is not so ‘medical’ pun. It’s about medical students’ life. Tambahan pula, one day i would like to write more about Sod and the gang clinical hospitals life in Hijaiyah: Sod series. Entah bila la kan? Banyak sangat buku aku nak tulis ini. Haha. Anyway, thank you so much for reading. Jangan lupa buat reviu. Hantar dekat Miss Eva (Nombor ada dekat bio Evanotes). Maaf kalau ada terkurang di mana-mana. Assalamualaikum, bai~
ELVROSETH KAF | 405 EPILOG ATA aku terbuka. Luas. Cahaya menembusi retina mata. Kepala aku sakit. Aku dekat mana? “Welcome back.” Satu suara garau menegur. Aku berpaling ke tepi. Wajah seorang lelaki tua menyapa retina mata. Dia siapa? Paling penting.... Aku siapa? M
ELVROSETH KAF | 406 TAMAT