The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Khairina Huda, 2023-12-07 10:30:06

KAF (HIJAIYAH SERIES)

KAF (HIJAIYAH SERIES)

ELVROSETH KAF | 247 Hmm…. Aku menghirup haruman biliknya. Haruman ini berbisik sesuatu pada roman kulitku. Kaf... Kaf... Kaf.... Semuanya tentang Kaf yang misteri. “Kaf?” panggilku. Kaf tak ada. Kening aku bertaut. Jam baru tunjuk pukul tujuh pagi. Takkan dia dah pergi tinggalkan aku? Sampainya hati dia… aku ini, pakai tudung pun belum lagi sebab nak keringkan rambut aku yang basah. Lagi pun, hari ini pergi lambat sikit pun tak apa kerana peperiksaan bermula pada pukul 10 pagi. Takkan Kaf dah pergi dulu? Kaki aku berjalan, melangkah ke arah meja kecil yang ada lampu tidur di tepi katil Kaf. Mata aku tertumpu pada bingkai gambar yang berdiri teguh di atas meja itu. Perlahan-lahan, tangan aku menarik bingkai gambar tersebut dan… Pipi aku berubah hangat serta merta. Gambar aku dalam baju nikah. “Cantik, kan?” soal satu suara yang berbisik di tepi telinga aku.


ELVROSETH KAF | 248 Aku tergamam apabila Kaf tiba-tiba saja muncul dari belakang. Tangannya memeluk erat abdomen aku. Sisi wajahnya, direhatkan di sebelah sisi wajahku. Dia ketawa kecil. “Cantik kan gadis dalam gambar itu?” “Gambar saya….” jawab aku dengan suara perlahan. Bingkai gambar, aku tenung lama. Cantik? Kaf kata aku cantik? Mim, bukan banyak kali ke Kaf kata kau cantik tapi kau masih tak percaya? Kenapa, Mim? Aku menyoal diri aku sendiri dalam diam. Kerana aku sentiasa diberitahu yang aku ini tiada apa-apa… sehingga aku tak ada keyakinan diri. “Kenapa saya nak cari isteri lain kalau awak tak ada, Mim? Awak cukup untuk saya,” beritahu Kaf. Satu keluhan berat, dia lepaskan. Tubuh aku masih terkunci dalam tubuh sasanya. Kaf menyambung, “Kalau bukan awak, bukan orang lain, Mim.” “I didn’t give you anything in return for what you have done for me, Kaf. I think… I’m so… useless.” Aku tersenyum hambar dan gambar di tangan ini, aku letakkan semula ke atas meja.


ELVROSETH KAF | 249 “No,” Kaf membantah. Tubuh aku ditarik, berpusing menghadapnya semula. Kaf hanya bertuala putih dan ini pertama kali aku melihat tubuhnya. Sasa. Is he a fighter? Aku mula bersoal jawab sendiri. Tubuh Kaf tak macam tubuh lelaki biasa. Dia nampak seperti selalu work out dan ada parut berselirat di perut dan bahunya. Takkan doktor ada parut sampai macam ini? Tiba-tiba, aku teringat pada apa yang Mak Cik Ya, wanita yang aku jumpa semasa hari pengebumian abang tempoh hari pernah kata. Mata aku jatuh pula pada bintik hitam keperangan yang berada di atas dada Kaf. Tanda… lahir? Aku cuba diamkan fikiran aku dan lupakan apa yang Mak Cik Ya pernah cakap. Mata aku naik merenung rambut Kaf basah. Baru lepas mandi? Patutlah aku panggil dia tadi, dia tak sahut. Kaf seperti tahu yang aku sedang perhatikan setiap inci tubuh dan wajahnya kerana lelaki itu hanya terdiam sebentar sebelum pandangan matanya benar-benar mengunci pergerakan mataku.


ELVROSETH KAF | 250 “You’re not useless. Tak perlu pun beri saya apa-apa semula. Saya buat semua ini kerana awak, Mim. Kenapa awak rasa awak perlu bagi saya sesuatu?” “Bukankah perkahwinan itu sepatutnya bukan one-sided tetapi memerlukan kedua-dua belah pihak untuk saling berkongsi? Saya tak pernah bagi awak duit, Kaf. Inikan lagi nafkah batin dan benda lain… saya tak pernah bagi dan awak tak pernah paksa. Awak baik dan saya jahat. Saya tak pernah bagi awak apa-apa.” Rasa bersalah mula menghuni aku. Aku bukan seorang isteri yang sempurna dan aku terlalu bergantung dekat dia. I’m a damsel in distress, I’m not anyone’s favorite character, I’m flawed and insecure about everything…. “Ya, tapi untuk awak… awak perlukan masa. Saya akan beri awak masa untuk beri apa yang saya nak. Tapi itu semua tak penting pun.” Kaf menggosok kepala aku macam aku ini kanakkanak lima tahun. Kemudian, dia ambil kedua-dua belah tangan aku dan dia kucup tapak tangan aku macam biasa. “Saya minta maaf sebab tengking


ELVROSETH KAF | 251 awak semalam, Mim. Saya minta maaf sebab hempas pintu juga.” Lelaki yang aku kenal dalam hidup aku… ego dan susah nak minta maaf seperti Abi dan arwah abang. Tetapi Kaf… lelaki ini sangat lain. “Tak apa, Kaf. Salah saya juga sebab bergurau macam itu,” beritahu aku dan tangan aku yang berada dalam genggamannya, aku tarik sebelum aku letakkan tapak tangan aku di kiri dan kanan wajahnya. “Maafkan saya juga, ya?” Kaf senyum dan angguk. “Masih ada waktu lagi kan? Kita gerak pukul lapan. Sementara itu, Mim nak study ke?” soal Kaf sambil berjalan ke arah meja tepi katil. Kemudian, dia belek wireless earphone miliknya pula. “Hmm, tak kot. Bukan awak kata jangan study sangat sebelum masuk dewan exam?” “Kalau macam itu…” Kaf berjalan merapati aku bersama sepasang wireless earphone di tangannya. Bahagian sebelah kanan, dia sumbatkan ke telinga aku dan sebelah kiri lagi, dia pakai. Sambil menyebak rambut aku ke belakang telinga, Kaf berikan aku satu senyuman nakal.


ELVROSETH KAF | 252 “Saya nak dengar lagu dengan awak. Tak perlu menari. Dengar saja.” “Tapi…” Aku mahu buka mulut untuk membantah tetapi Kaf terus merangkul pinggang aku dan menarik sebelah tangan aku ke belakang lehernya. “Setiap kali saya dengar lagu ini, saya teringat Mim,” ujar Kaf sambil mengusap bahagian belakang wireless earphone- nya. Kemudian, lagu bergema. Fire on Fire, Sam smith. “Lagu lama.” Ujarku dan Kaf angguk. “It’s released one hundred years ago. But this song is like wine. It gets better with age. Awak tahu bahagian mana yang saya rasa lagu ini mengingatkan saya dekat awak?” “Tak tahu….” Aku geleng. Mata aku jatuh merenung lehernya. Kenapalah Kaf ini manis sangat macam gula-gula? Aku ini pun satu, semenjak duduk dengan Kaf aku mula ada penyakit yang buat aku rasa automatik nak demam bila Kaf buat aku macam ini.


ELVROSETH KAF | 253 Roman kulit aku panas. Janganlah aku demam semasa exam…. “I don’t say a word….” Kaf menyanyi sama dengan rentak Sam Smith. Bibirnya tersenyum manis. “But still, you take my breath and steal the things I know. There you go, saving me from out of the cold….” Aku tersenyum juga akhirnya. Ah, manisnya dia ini…. Bahaya… bahaya… “Lagi.” Kaf menunduk dan rapatkan dahinya pada dahi aku. “Cause when you unfold me and tell me that you love me and look in my eyes, you’re my perfection, my only direction. It’s fire on fire….” Awak buat saya sesak nafas, Kaf. “Don’t let them ruin, our beautiful rhythms, Mim Maryam.” Seperti biasa, Kaf tarik kedua-dua belah tapak tangan aku dia dikucupnya kiri dan kanan. “Good luck, Mim. Semoga boleh jawab exam. Semoga jadi doktor berjaya. Semoga mencintai Kaf Ar Ra’d selama-lamanya juga….” Aku ketawa kecil.


ELVROSETH KAF | 254 Senyuman kami bersatu. Aku tak pernah kata yang aku cintakan dia dan dia juga begitu. Ada ke? Entah, aku tak perasan. Tetapi setiap apa yang dia buat dekat aku, cukup untuk segala-galanya. Kerana Kaf, memang manis. Tetapi manisnya bukan kosong. Bukan. Study hard and love him harder, Mim. SEBELUM masuk ke dewan peperiksaan, aku buat keputusan untuk jadi orang terakhir yang masuk. Ada lagi setengah jam mahu bermula tetapi kami semua disuruh masuk awal. Entah mengapa, tibatiba satu perasaan takut menjengah aku. Tangan aku mula menggeletar. Tubuh aku tidak boleh bergerak. Adrenalina berlari dalam pembuluh darah. Ya Tuhan, kenapa dengan aku ini?


ELVROSETH KAF | 255 “Mim? Kenapa tak masuk lagi?” Dr. Halaqah yang berdiri di hadapan pintu menegur aku. Aku pandang dia dengan senyum hambar. Tetapi dahi Dr. Halaqah berkerut seribu. “Mim? Kenapa awak menangis ini? Aku menangis? Cepat-cepat aku sentuh wajah aku dan bawah kelopak mata aku. Aku menangis. Aku tak tahu kenapa. Tangan aku mula menggigil teruk. Jantung aku berdegup kencang. Bola mata aku berlari ke kiri dan ke kanan. “Mim…” Dr. Halaqah bergerak merapati aku. Aku menahannya dengan tangan aku. Kemudian, kaki aku melangkah dari situ, berlari jauh ke tempat yang lebih sunyi. Air mata aku mengalir laju ke pipi. Dalam kepala aku, seperti ada banyak benda yang menggasak masuk. Boleh ke aku buat? Macam mana kalau aku tak dapat buat soalan? Abi dan umi kata aku tak pandai. Macam mana kalau aku gagal lagi?


ELVROSETH KAF | 256 Nanti mesti Kaf sedih dengan aku! Mesti Kaf tinggalkan aku! Mesti…. Aku jatuh terduduk di satu sudut yang sunyi. Teresak-esak aku menangis di situ. Perut aku rasa mual. Aku rasa mahu muntah. Aku mula rasa terlalu berdebar-debar. Aku tak dapat kawal emosi aku. Macam mana kalau otak aku kosong dan tak boleh jawab soalan? Aku ini seorang yang gagal. Aku sentiasa gagal walaupun banyak mana aku berusaha. Aku akan dibenci Kaf. Aku akan kehilangan segala-galanya…. “Mim Maryam.” Suara yang sangat aku kenal, menegur aku. Angkat wajah, bola mata aku yang berkaca bertemu dengan wajah Kaf yang segak. Dia tersenyum hambar, merenung isterinya ini yang hanya tahu menangis dan lemah. Kaf terus melutut di hadapan aku. Kemudian, kedua-dua belah tangannya diletakkan ke kiri dan ke kanan wajah aku. Ibu jari lelaki itu mengusap air mata aku.


ELVROSETH KAF | 257 “Jangan takut, Mim,” pesan Kaf. Seolah-olah dia tahu apa yang ada dalam kepala aku. “Awak tak akan gagal.” “Macam mana awak tahu? Sa… saya selalu gagal… Saya ini memalukan, bukan? Saya lemah dan asyik menangis. Saya tak tahu macam mana nak ubah emosi saya. Saya tak boleh kawal gemuruh saya. Saya tak boleh kawal overthinking dan insecurity saya. Saya akan kecewakan awak. Awak dah banyak tolong saya.” Aku menangis teresak-esak lagi dan menunduk dari pandangan matanya yang hangat. “Mim, look at me.” Aku enggan. “Mim Maryam. Awak study bukan untuk saya. Awak study untuk diri awak. Saya hanya tolong awak. Awak… tak akan kecewakan saya, Mim. Awak isteri yang baik dan tak pernah kecewakan saya. Awak gagal atau berjaya, saya tetap ada dengan awak. Saya tak akan… tak akan tinggalkan awak, Mim.” Setiap patah perkataannya membuatkan air mata aku semakin menjulur laju ke pipi. Ya Tuhan, kenapa lelaki ini baik sangat?


ELVROSETH KAF | 258 “Look at me, Mim.” Kaf pagut wajah aku dan sepasang mata kami berserobok, syahdu. “I love you, Mim. I really do.” Aku tergamam. “And what is the most important thing here is, you have to love yourself more than the way I love you, Mim. Love yourself more than you love me, Mim. You’re beautiful and smart. You studied hard enough. If you’re going to fail, I will be there for you, I will help you to get up after the fall. If you’re going to pass this exam, I will be there for you too, Mim. I will always be there for you no matter what.” “Now, repeat after me, Mim.” Suara Kaf mengeras. Aku pandang wajahnya tanpa berkelip. Bekas air mata aku di pipi mengering. “Mim Maryam is the most beautiful girl and the smartest girl,” sambung Kaf. Aku geleng. Enggan. Aku tak rasa itu aku. “Repeat after me, Mim!” Suara Kaf ternaik.


ELVROSETH KAF | 259 Automatik aku ulang apa yang dia cakap. “Mim Maryam is the most beautiful girl and the smartest girl.” “Mim Maryam deserves everything in this world.” Suara Kaf bertukar lembut. Aku ulang dengan esakan yang masih bersisa, “Mim… Maryam deserves everything in this world.” Kemudian, Kaf diam. Wajah aku dilepaskan tetapi ibu jarinya masih mengusap air mata aku. “Mim, look at me.” Aku masih menunduk. “Sayang.” Kaf panggil. Hati aku jadi suam. Hujung jarinya angkat dagu aku. Sepasang mata kami bertemu. “I’m so proud of you, Mim.” Kaf senyum lembut. Kemudian, dia kucup dahi aku. “Mim… my Mim Maryam.” Akhirnya, aku tubuhnya aku peluk erat dan di situ, esakan aku pecah.


ELVROSETH KAF | 260 You’re so used to the voice in your head; telling you that you’re not enough and you’re not pretty and you’re not smart, You don’t Know how great you are, how beautiful you look to a stranger.


ELVROSETH KAF | 261 BAB 21 UDAH seminggu peperiksaan habis. Aku sendiri mula tak tahu mahu buat apa dekat rumah. Aku cuti tetapi tidak untuk Kaf. Tahun akan datang, dia harus jadi batch coordinator untuk budak tahun satu. Baru semalam, dia sibuk dengan interview budak-budak yang nak masuk ke Fakulti Perubatan Hijaiyah. Aku semakin bosan duduk di rumah apabila Kaf tak ada. Aku rindu sangat nak masuk kelas dia. Ya Tuhan, adakah aku sudah angau? Tepat pukul sepuluh malam, aku berada di bilik belajar. Aku tak tahu mahu belajar apa tetapi… aku dah biasa berada di bilik belajar waktu-waktu begini. Kaf baru saja pulang pukul sembilan malam tadi. Katanya, dia ada mesyuarat dengan bahagian lembaga peperiksaan. KertasS


ELVROSETH KAF | 262 kertas peperiksaan kami disemak oleh pensyarah daripada universiti lain. Manakala pensyarah universiti kami menyemak kertas peperiksaan pelajar perubatan universiti lain. Kaf juga terlibat sama dalam menyemak kertas soalan daripada universiti lain. Itu sebabnya, dia selalu pulang lewat malam. “Bosan,” ucapku pada diri sendiri. Kaki melangkah ke arah almari buku yang bersusun di belakang meja pejabat Kaf. Bola mata aku melekat pada satu buku yang berwarna biru tua yang tebal dan berkulit. Di situ, ada tertulis…. ‘Book of Royal Tashkeel’ Dahiku berkerut. Wow, Kaf baca buku sejarah tempat dia lahir? Buku itu, aku tarik dan punggung aku terus labuhkan ke kerusi Kaf. Perlahan-lahan, jari aku menyelak satu halaman ke satu halaman yang lain. Ada gambar lama dan maklumat tentang keluarga diraja Tashkeel. Aku tidak minat sangat sejarah tetapi tiba-tiba… Aku rasa mahu baca buku ini.


ELVROSETH KAF | 263 Aku dapati bahawa, Maharaja Hijaiyah yang pertama, Raja Muhammad Manthuqah mempunyai ramai orang anak. Nama asal kepada empayar Hijaiyah ialah empayar Manthuqah. Anak-anak lelakinya, diberikan kepada mereka beberapa buah wilayah di empayar ini dan setiap wilayah diberikan mengikut nama-nama puteraputera Raja Muhammad Manthuqah yang menguasai setiap wilayah. Putera Hijaiyah, Bandar Hijaiyah. Putera Tashkeel, Bandar Tashkeel dan Bandar Harakat. Putera Shadda, Bandar Shadda dan kemudian ditawan oleh Putera Tashkeel untuk menjadi Wilayah Tashkeel. Putera Tanween, Bandar Tanween tetapi juga ditawan oleh Putera Tashkeel untuk menjadi Wilayah Tashkeel. Putera Sukoon dan Putera Shadda, masingmasing ada bandar sendiri tetapi akhirnya ditawan oleh Putera Tashkeel untuk menjadi bandarnya sendiri.


ELVROSETH KAF | 264 Kemudian, setelah Raja Muhammad Manthuqah meninggal dunia, enam orang puteranya telah berbincang untuk jadikan empayar mereka empayar yang sangat besar dan mempunyai seorang maharaja yang kuat untuk menggantikan ayahanda mereka supaya manamana empayar lain tidak mudah menyerang mereka jika mereka mempunyai maharaja yang mengetuai setiap wilayah besar di Manthuqah. Yang tersebut berlaku sebelum empat bandar lain ditawan oleh Tashkeel. Maka, Raja Tashkeel diangkat sebagai Maharaja dan bermula dari sinilah, dia membesarkan lagi pengaruh Tashkeel ke bandarbandar lain kecuali Hijaiyah. Sehinggalah berdekad-dekad lamanya, Raja Tashkeel dikatakan tiada pewaris dan keturunan Putera Hijaiyah diangkat menjadi Raja. Maka, terciptalah nama baru…. Empayar Hijaiyah. Raja Tashkeel diberikan hak untuk menjaga wilayah kecilnya yang mula berpecah dan terasing dari wilayah-wilayah lain di Hijaiyah kerana


ELVROSETH KAF | 265 keturunan Tashkeel dikatakan menyeleweng dan suka mengkhianati Raja Hijaiyah yang baru. Dalam buku ini telah tercatat yang keturunan Raja Tashkeel yang memerintah di Tashkeel merupakan sepupu jauh keluarga asal Putera Tashkeel yang sebenar. Di sini juga tercatat yang keluarga diraja Tashkeel yang sebenar tidak mahu menuntut hak mereka sebagai keturunan Raja Tashkeel. “Kalau mereka tuntut hak mereka….” Aku membaca petikan terakhir muka surat yang sedang aku buka. “Mereka mungkin boleh dapat takhta Hijaiyah semula. Dengan syarat, mereka harus ada pewaris yang akan mewarisi legasi Tashkeel dan dengan syarat, legasi Hijaiyah menjadi lemah dan tidak mempunyai pewaris.” Jadi, semuanya tentang pewaris…. Aku ketawa kecil. Lucunya. Dah macam drama dalam televisyen. “Apa yang lucu?” satu suara menegur aku. Tersentak! Terus saja buku di tangan, aku tutup.


ELVROSETH KAF | 266 Kaf sedang menyandar pada almari buku, yang berhadapan dengan kerusi yang aku duduk. Rambutnya basah. Dia baru lepas mandi. Malam ini, Kaf pakai baju t-shirt tanpa lengan warna putih dan seluar pendek. Hujung kakinya mengusik-usik ibu jari kaki aku. Sengaja. Nakal. Kaf senyum senget. “Ada komedi ke dalam buku itu, hmm?” Aku geleng. Bibir bawah, aku gigit. “Err… minta maaf sebab baca buku awak tanpa izin.” “Semua buku saya dekat sini, buku awak, Mim,” ujar Kaf. Tangannya selamba menarik buku biru di tanganku. Kemudian, dia buka buku itu dan bibirnya tersenyum lebar. “Awak tahu, Mim… Putera Tashkeel masih hidup lagi?” “Maksud awak?” Dahiku berkerut. “Putera Tashkeel masih hidup lagi. Putera yang sebenar. Dulu, dia dan keluarganya hidup sebagai orang biasa. Kemudian mereka telah dikhianati oleh keluarga diraja Hijaiyah. Walaupun mereka dah janji nak hidup sebagai orang biasa, keluarga diraja Hijaiyah ini sentiasa perhatikan mereka dan pastikan hidup mereka tak aman. Sehinggakan Putera Tashkeel dan adiknya


ELVROSETH KAF | 267 berpisah setelah bapa mereka meninggal dunia akibat khianat, Mim.” Saat Kaf bercerita, wajahnya bertukar serius. Melihat wajah Kaf begini, aku teringat semula wajahnya di saat dia tumbuk lelaki yang pijak ais krim aku. Automatik, bulu roma aku merinding. Kaf seperti bukan Kaf yang aku kenal apabila dia marah dan hilang sabar. “Jadi, akhirnya Putera Tashkeel itu harus berikan adiknya kepada orang lain supaya jadi anak angkat. Putera Tashkeel itu terpaksa tukar identiti dan nama.” Kaf tersenyum hambar dan tiba-tiba, dia melutut di hadapan aku. Kedua-dua belah tangan aku, dia pegang dan dibawa ke pipinya. Sepasang mata coklat itu merenung aku, hangat. “Awak tahu tak apa nama sebenar Putera Tashkeel itu?” Aku geleng. “Putera Izrail Al-Tashkeel Manthuqah.” Aku tersenyum lebar dan pipinya aku usap dengan penuh kasih. “Sedapnya nama.”


ELVROSETH KAF | 268 Kaf angguk perlahan. Wajahnya berubah sedih. Aku tertanya kenapa. Mood lelaki ini tibatiba berubah dan itu memberi kesan kepada aku juga. Tangan aku mula mengusap rambutnya. “Kaf, are you okey?” Kaf angguk. Langsung tak pandang aku. “Awak penat ini, Kaf. Jom tidur? Malam ini saya tidur dengan awak ya?” Aku bangun dari kerusi dan tangannya aku tarik sekali. Bangun sekali. Kaf seperti terhipnotis, dia hanya mengikut langkah aku ke bilik. Kemudian, aku tolak dia ke katil dan aku mula merangkak ke bawah selimut dan tubuh Kaf, aku peluk. Tangan sasanya merangkul pinggang aku. Dia masih diam seperti ada sesuatu yang difikirkannya. Aku tak mahu paksa dia untuk ceritakan kepada aku tetapi aku mahu buat dia tersenyum semula. “Izrail. Nama itu indah dan cantik, Kaf….” Aku letak tapak tangan aku pada dadanya, merasa degupan jantungnya. “Malaikat maut. Barangkali… dia ialah Putera Maut.” “Mim, nak dengar satu cerita?” soal Kaf tibatiba. Tubuh aku dirangkul lebih rapat. Dia


ELVROSETH KAF | 269 menunduk, aku mendongak dan kami bertatapan mata. Jari jemari kaf naik pada sisi wajahku, dibelai lembut. “Cerita ini… cerita sedih. Awak nak dengar?” Aku angguk dan senyum. “Ada suatu hari, seorang Putera ini… dia dipaksa untuk berebut takhta.” Kaf memulakan ceritanya. “Wah! Cerita macam Putera Tashkeel ke ini?” Kaf ketawa kecil. “Yeah, I’m sorry if this sound super childish but….” “It’s okay, Kaf. We’re not too late for dark fairytale.” Aku memintas kata-katanya. Kaf mengeluh berat. “Baiklah. Cerita dia… pada zaman dahulu, ada seorang Putera ini, dia digelar Putera Maut. Kemudian, dia dilupakan daripada kerajaan. Dia ditindas. Untuk balas dendam, dia nak rebut semula takhta yang sepatutnya milik dia. Maka, suatu hari… dia terjumpa seorang penolong misteri. Penolong misteri ini ada kaitan dengan dia kerana Penolong Misteri ini sebenarnya adik beradik dengan bapa


ELVROSETH KAF | 270 Putera Maut. Penolong Misteri ini menyamar menjadi penasihat Raja yang kejam, si penindas keluarga Putera Maut.” “Maka, kata si Penolong Misteri… kalau Putera itu mahu ambil semula takhta dan balas dendam, dia harus balas dendam dekat seorang lelaki yang rapat dengan Raja Kejam itu. Kita panggil lelaki ini… Lelaki Bodoh, okey?” Aku tergelak mendengar nama gelaran yang diberikan Kaf untuk lelaki itu. Tetapi kepala hanya mengangguk laju. “Okey!” “Lelaki Bodoh ini sebenarnya orang yang sama bunuh bapa Putera Maut. Jadi, Putera Maut ini buat satu perjanjian dengan Penolong Misteri. Penolong Misteri kata, kalau Putera Maut dapat bunuh semua keturunan Lelaki Bodoh yang rapat dengan Raja Kejam, maka Penolong Misteri akan bantu Putera Maut untuk naik takhta. Putera Maut juga perlu ada pewaris dalam waktu yang sama.” Kaf terdiam sejenak. Matanya tidak berkelip merenung wajah aku. Kemudian, dia lepaskan satu keluhan berat. “Putera Maut itu kena bunuh satu persatu keluarga Lelaki Bodoh itu. Tetapi dia tak sedar


ELVROSETH KAF | 271 yang salah seorang anak perempuan Lelaki Bodoh itu ialah kawannya semasa dia kecil. Apabila mereka dah besar, mereka berjumpa semula… Putera Maut itu tertarik dengan gadis, anak si Lelaki Bodoh itu,” sambung Kaf lagi. “Boleh saya letak nama gadis anak si Lelaki Bodoh itu?” Mata aku membundar, merenung Kaf. “Please?” Kaf tersenyum dan angguk. Pucuk hidung aku dicuit. “Bagi nama sedap-sedap sebab dalam cerita ini, dia heroin.” Aku sengih. “Erm… bagilah nama, Puteri.” “Okey, Puteri.” Kaf angguk setuju. Kemudian, dia sambung, “Putera Maut jatuh cinta dekat Puteri. Tapi, dia kena bunuh semua keturunan Puteri. Tapi Putera Maut cakap dekat Penolong Misteri yang dia mahu mainkan perasaan Puteri. Dia mahu jadikan Puteri sebagai wanita yang akan lahirkan keturunannya. Penolong Misteri bersetuju kerana dia suka idea Putera Maut yang kejam itu. Tanpa Penolong Misteri tahu… itu hanyalah alasan supaya Putera Maut dapat dekat lagi dengan Puteri dan jadikan Puteri orang terakhir yang kena bunuh.”


ELVROSETH KAF | 272 “Kasihan Puteri itu….” Aku menyampuk. “Tapi Putera Maut itu,” Kaf rapatkan dahinya pada dahi aku. Matanya terpejam sejenak. Tangannya mencengkam sisi wajahku. “Dia sayang sangat sangat dekat Puteri itu, Mim.” “Jadi, adakah akhirnya dia bunuh Puteri itu?” soalku. Kaf jauhkan wajahnya. Bibir menarik senyum. Kepala geleng. “Putera Maut itu kata dekat Penolong Misteri yang dia akan bunuh Puteri itu lepas Puteri itu lahirkan anak mereka. Tetapi akhirnya, Putera Maut itu buat keputusan untuk bunuh diri kerana tak sanggup mahu sakitkan Puteri kesayangannya….” Mata kami bertatapan. Entah mengapa, aku rasa sebak mendengar cerita ini. “Macam mana kalau…” Aku tersenyum pedih. “Puteri itu tetap mati sebelum Putera Maut sempat bunuh diri? Adakah Putera Maut itu akan bersedih?” Kaf terdiam sebentar.


ELVROSETH KAF | 273 Kemudian, dia tarik tubuh aku ke dalam pelukannya. Erat. Terlalu erat sehingga aku sukar untuk bernafas. Tetapi lama-lama, aku rasa selesa. Mata aku terpejam. Aku… tak mahu momen indah ini berakhir. Sentuhan yang ada, bukan bererti seksual. Kehangatan ini semua… penuh kasih. Kaf sentiasa begini… dirinya seolah-olah penuh dengan cinta dan sentiasa hormatkan aku. When my heart beat stop, would you stay mine? “The Prince of Death shall…” Kaf berbisik. Bibirnya menyentuh dahi aku. Jeda. Aku dapat rasakan dadanya yang berombak. “…wake his princess from death, Mim.”


ELVROSETH KAF | 274 BAB 22 ANGAN aku menggigil. Dah berapa kali aku tekan kata kunci untuk masuk ke Laman Web Universiti Hijaiyah tetapi kata kunci aku asyik salah kerana tangan aku menggigil sehingga salah tekan nombor dan huruf. Tiba-tiba, telefon pintar aku melucut jatuh ke tanah sebelum telefon itu bernasib baik kerana disambut oleh satu tangan yang lain. “Mim, kau okey?” soal satu suara garau. Aku terkejut apabila Ghain berdiri di hadapan aku. Ghain Az-Zumar, itu namanya. Lelaki yang bertubuh sasa persis Kaf ini tersenyum. Dia hulurkan telefon aku di tangannya kepadaku. “Kau nak cek keputusan ke, Mim?” Aku angguk. Telefon di tangannya, aku ambil. “Aku… aku takut. Tangan aku menggigil.” T


ELVROSETH KAF | 275 “Aku pun tadi menggigil juga. Tapi Alhamdulillah. Okey saja keputusan aku. Dapat pergi tahun tiga. Aku siap menangis dekat Sod tadi. Iyalah, Mim… Sod saja kawan aku yang kalau aku menangis, dia gosok-gosok belakang tubuh aku sebab nak tenangkan aku. Kalau si Alif itu, mungkin dia tampar muka aku tiba-tiba sebab kata aku ini gay. Kalau dengan Jim… mungkin dia tendang aku sampai aku mandul. Jim itu memang kurang asam jawa orangnya….” Panjang lebar Ghain bercerita. Aku ketawa kecil juga akhirnya. “Kenapa kau dekat sini? Kau ke tetamu Dr. Kaf? Jadi….” Aku tidak dapat meneruskan katakata yang mahu terbit di bibir ini. Tadi, Kaf kata ada orang mahu singgah ke rumah ini sekejap dan orang itu ialah batchmate aku. Kaf kata lagi… hanya manusia ini saja yang tahu hubungan aku dengan Kaf. Ghain menyeringai suka apabila dia mendengar soalan aku. “Kau ingat aku tak tahu ke, Mim? Dalam kelas, kau dengan Kaf itu asyik terjeling-jeling manja. Aku rasa sangat single. Kurang asam ye kau orang sebab buat aku rasa single….”


ELVROSETH KAF | 276 Tiba-tiba, rasa gementar aku hilang kerana tawa aku pecah berdekah-dekah. Ghain tersenyum melihat aku ketawa. “Macam mana kau tahu yang aku dengan Kaf dah kahwin? Lagi pun… kau panggil ‘Kaf’ dan bukan Dr. Kaf?” Dahi aku berkerut. “Kaf itu kawan sekampung aku. Aku ini sebenarnya umur dah 24 tahun. Kaf 28. Aku pun repeat year juga dulu. Aku dengan geng-geng aku semua repeat year masa year 1 sebab kami ada buat hal dulu, lepas itu kena berehat dalam beberapa tahun… tak mahulah aku cerita. Penat menangis sampai hingus jadi hijau. Dekat baju Sod jugalah aku lap. Haha!” Ghain ketawa macam pontianak sambil menekan perutnya. Aku geleng kepala. Kasihan Sod. Sod AlFateh, ketua batch kami. Dia itu memang ‘charming’ dan baik orangnya. Berbeza dengan Ghain, seorang playboy, Alif pula seorang yang jenis ‘malas aku layan kau, baik aku tidur’ dan Jim pula sejenis kaki bergaduh dengan semua orang. Sod sajalah yang agak sopan. Pertama kali aku kenal Sod, dia ber’awak-saya’ dengan aku. Orangnya pun, sangat segak berkaca mata halus macam Kaf.


ELVROSETH KAF | 277 “Kau satu kampung dengan Kaf? Jadi… kau orang Tashkeel?” soalku sembari sepasang mata memerhatikan fitur wajahnya. Matanya coklat gelap, tubuhnya sasa dan besar seperti Kaf dan… kulitnya agak cerah, sesuai dengan alis matanya yang pekat. Kalau rambut Kaf warna coklat gelap, rambut Ghain warna coklat terang seperti pasir di pantai. Fiturnya menunjukkan yang dia orang Tashkeel. Kenapa aku tak sedar? Ghain angguk. “Ya, aku orang Tashkeel. Bukan senang je ke nak teka orang Tashkeel macam mana? Biasanya kami ini handsomehandsome. Kau bertuah kahwin dengan Kaf. Nanti anak kau pun handsome dan cantik. Kau tolong carikan aku makwe, Mim. Cakap dekat dia, aku janji aku kasi anak yang comel....” Aku julingkan mata ke atas. Ada-ada sajalah mamat ini! “Jib… erm, Ghain!” Panggil satu suara dari belakang aku. Suara Kaf. Bola mata Ghain menembus ke arah seseorang di belakang bahuku dan serentak dengan itu, aku juga berpaling ke arah Kaf. Bunyi


ELVROSETH KAF | 278 tapak kakinya mendekati kami, semakin jelas. Kaf tidak merenung terus ke arah Ghain, sebaliknya, mata indah itu menikam ke dalam anak mataku. “Mim, Mim okey? Dah cek keputusan?” Kaf pegang tangan aku. Seperti biasa, dia suka kucup tapak tangan aku. Aku sentiasa tertanya kenapa dia suka buat begini. Walaupun di hadapan Ghain, dia langsung tak malu. Bibirnya tersenyum manis… sentiasa… untuk aku. “Belum.” Aku menjawab, gugup. “Tak apa, take your time.” Kaf usap kepala aku yang berbalut tudung. “Mim masuk dalam dulu, ya? Saya ada sesuatu mahu berbincang dengan Ghain.” Aku angguk dan turuti arahannya. Sambil aku masuk ke dalam rumah, aku beranikan diri untuk masuk ke laman web universiti Hijaiyah. Berjaya masuk. Jantung aku berdegup kencang. Mulalah tubuh aku rasa panas semacam. Kemudian, aku labuhkan punggung atas sofa yang berdekatan dan aku beranikan diri untuk tekan di bahagian, ‘Exam’s result.’ Loading.


ELVROSETH KAF | 279 Satu saat… dua saat… tiga saat… Mata aku terpejam. Ya Allah, aku takut aku gagal? Aku masih ingat lagi, satu doa yang diajar oleh Sod kepada kami semua ketika perjumpaan sebelum hari peperiksaan. Sod kata…. “Kalau kita dalam memerlukan pertolongan Allah atau apa saja, tadah tangan dan baca doa ini. ‘Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir’. Apa ertinya, kawan-kawan? Ertinya…” “Ya Rabb, I amin need, for whatever good you would send down to me.” Sambung Sod lagi. Aku masih tidak membuka mataku di saat memori kata-kata Sod itu berlagu dalam kepala ini. Namun, dalam hatiku, aku berbisik membaca doa yang tersebut. Berkali-kali aku baca sehingga hatiku tenang. Ya Allah, aku dah belajar. Ya Allah, aku dah berikan yang terbaik. Ya Allah, aku hanya kepada-Mu aku bertawakal.


ELVROSETH KAF | 280 Ya Allah, jika ini apa yang aku dapat, sama ada baik atau buruk… tolonglah Ya Allah, tolong berikan aku kekuatan untuk terima segala-galanya dengan hati yang reda dan masih tidak berputus asa dengan harapan yang aku letakkan kepada Engkau, Ya Allah. Ya Allah, jadikanlah aku…. Aku buka mata dan saat itu, keputusan yang tertera di atas skrin telefon, aku pandang. …jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur. Mata aku membulat. Dunia aku terhenti buat seketika. MIM MARYAM BINTI MUHAMMAD HALQI MATRIC NUMBER: HYH114-24434-65 SECOND-YEAR MBBS BATCH 702 PROFESSIONAL EXAM 2: A, PASS. RESULT: PROCEED TO YEAR THREE. THIS RESULT IS SUBJECTED TO UNIVERSITY SENATE ENDORSEMENT,


ELVROSETH KAF | 281 DR HALAQAH. Masya Allah. Saat itu, lensa mataku kabur dan mulut sendiri, aku tekup. Air mataku jatuh ke pipi. Dalam pada waktu yang sama, aku dapat rasakan ada satu pelukan erat yang menyelubungi aku daripada belakang. Kaf. Dia tersenyum lebar sembari ibu jarinya mengesat air mataku. “See, Mim?” Kaf sandarkan dahinya pada dahiku. “You’re beautiful and smart. Work hard, paid off.” Aku ketawa dan menangis. Kaf rapatkan bibirnya ke sisi wajahku, hampir dengan telinga ini. Di situ, dia berbisik merdu… “Study hard, Mim. And then, love me… harder.”


ELVROSETH KAF | 282 One day you will meet someone, Who will see the universe That was knitted into your bones, And the embers of galaxies glow To life in your eyes, And you will finally know, What love is supposed to feel like. - Nikita Gill. MALAM ini, aku makan malam dengan Kaf. Tapi dalam rumah je. Kaf kata, dia nak sambut kejayaan aku dan dia akan masakkan untuk aku. Petang tadi, dia siap berikan aku sehelai baju satin warna merah jambu yang lembut. Baju ini berlengan nipis. Cantik sangat apabila dipadankan dengan kulit aku yang kuning langsat. Sekejap, adakah aku sedang puji diri sendiri cantik?


ELVROSETH KAF | 283 Tak, aku tak cantik. Aku cuma cakap baju itu sesuai dengan aku. Aku tak rasa aku cantik. Aku tak layak. Ya, aku tak layak. Dear mind, stop thinking about something that will kill your joy! Aku mendengus kasar. Pelipis kepala, aku tekan-tekan dengan hujung jari. Malas nak layan bisikan dalam kepala, aku pandang diriku dalam cermin. Rambut, aku sanggulkan ke atas. Bibir, aku letakkan sedikit gincu merah jambu. Tiba-tiba, aku rasa… over. Aku rasa aku mengada-ngada. Aku rasa… “Patut ke aku basuh make up ini?” Aku tepuk lembut pipi aku sendiri. Ya Allah, kenapa susah sangat nak hilang penyakit insecurity dan overthinking aku ini? Tibatiba aku terfikir, tak penat ke Kaf layan aku? Tapi aku tak boleh hilangkan rasa ini serta merta. Ini semua ada dalam mental aku. Tapi semenjak Kaf bersama aku, aku dapat rasakan diri aku lain. Aku mahu cuba sesuatu yang baru dan… Kaf buat aku belajar mencintai diri aku sendiri. Kaf suruh aku beranikan diri pakai pakaian yang tunjuk kulit aku di rumah ini, bukan kerana Kaf suruh aku pakai untuk menggodanya


ELVROSETH KAF | 284 tetapi dia kata supaya aku rasa selesa berada dalam ‘kulit’ aku sendiri ketika di hadapan Kaf. Kaf ajar aku untuk pakai ‘make-up’ dalam rumah dan dia kata itu bukan untuk dia… tetapi untuk aku rasa suka dan yakin dengan diri sendiri walaupun berada di rumah. Kaf kata tak apa kalau aku nak make-up macam hantu pun, sekurang-kurangnya, aku mencuba dan aku berani. Kaf… kenapalah lelaki itu sangat aneh dan manis? Dalam tidak sedar, kaki aku sudah pun melangkah keluar dari bilik ini. Kaf menunggu di bawah. Rumah kami gelap. Aku ketawa kecil apabila ada kelopak bunga mawar dan lilin wangi yang memeriahkan kawasan tangga. Mana Kaf belajar buat semua ini? Barangkali dia tengok drama cinta. Alahai, romantiknya. Tapi aku tak rasa nak muntah dan mual. Aku rasa terharu. Kaf buat semua ini untuk aku. Sampai saja di ruang tamu, aku nampak Kaf sedang menyusun ais krim wafel di atas meja. Dia


ELVROSETH KAF | 285 pakai baju kain cotton biasa, warna putih. Kali ini, dia tak pakai kaca mata. Rambutnya juga tak kemas seperti selalu. Aku suka sangat Kaf yang ini. Nampak… lebih bebas, matang dan… ‘sesuatu’. Di atas meja, ada dua ais krim wafel. Aku ketawa kecil. Takkan dia beli ais krim ini dari Tashkeel? “Awak culik Pak Cik Ais Krim Tashkeel ke, Kaf?” tegurku. Serentak itu, Kaf angkat wajahnya. Sepasang mata coklat terang itu, nampak lebih cantik apabila disinari lampu daripada lilin yang malap. Mata Kaf merenung aku, dari atas hingga bawah dan naik semula, melekat pada wajah aku. Aku mula rasa malu. Tiba-tiba rasa menyesal pakai ini. Apa yang ada dalam kepala Kaf? Mesti dia rasa aku…. “You’re breathtaking, Mim.” Kaf menapak, mendekat. Aku pegun di tempat aku berdiri. Kaf berdiri di hadapan aku dengan kedua-dua belah tangannya mencengkam sisi wajahku, lembut. “Listen here, Mim. Tolong jangan rasa menyesal


ELVROSETH KAF | 286 dengan apa yang awak buat. Jangan fikir benda yang tak tentu. Jangan sakiti diri awak dengan berfikiran benda yang tak penting. Kalau saya cakap awak cantik, awak sangat cantik, Mim.” Sekali lagi, dia menyentuh jiwa aku. Macam mana dia mampu baca apa yang aku rasa? Adakah segala-galanya diucapkan oleh bahasa raut wajahku? Aku menyentuh tangan Kaf. “Saya minta maaf. Saya tak boleh berhenti berfikir.” “Dan saya takkan berhenti buat awak berfikir benda yang tak sepatutnya, Mim. Awak mungkin rasa saya suka bercakap manis dan puji awak. Tapi, percayalah yang saya cakap ini semua sebab saya nak buat awak sedar, awak layak untuk mencintai diri awak, Mim. Hari ini, awak dah dapat keputusan yang cemerlang. Banggalah dengan diri awak, Mim.” Kaf tarik tangan aku, mendekati meja makan kami. “Hari ini, saya ugut Pak Cik Ais Krim itu untuk buatkan Ais Krim yang manis. Manis macam saya. Saya harap, awak suka.” Aku ketawa juga akhirnya. Tiba-tiba teringat Ghain yang memuji dirinya sendiri petang


ELVROSETH KAF | 287 tadi. Sepesen dengan Kaf! Hmm, lelaki Tashkeel memang suka puji diri sendiri ke? “Now, my princess. Sit down and let’s enjoy our date.” Kaf tarikkan kerusi untuk aku dan paksa aku duduk. Kemudian, dia menunduk dan berbisik ke telinga aku, “I’m going to make you fall in love with me, Mim Maryam….” You already make me feel like I’m flying toward you, Kaf. Dan malam itu, kami makan dan ketawa bersama. Kaf banyak buat jenaka dan aku banyak tersenyum. Kaf buat jiwa aku rasa suam. Kaf buat aku rasa selamat. Kaf buat aku rasa… aku nak buat sesuatu untuknya. Habis makan, kami kemas sama-sama dan masuk ke dalam bilik. Tetapi kali ini, aku ikut Kaf dari belakang dan aku berdiri di hadapan pintu biliknya. Kaf yang tersedar apa yang cuba aku buat, mengerutkan dahi. Dia berdiri di hadapan pintu biliknya, kening terangkat. “Mim nak apa-apa ke?” “Saya…nak bagi awak hadiah.” Kaki melangkah setapak ke arahnya dan tangan, aku


ELVROSETH KAF | 288 letakkan ke dada Kaf. Gugup. Wajah, aku angkat. “Boleh?” Kaf tersenyum lucu, mungkin masa tak mengerti dengan maksudku. Tangan aku pada dadanya, dia genggam erat. “Hadiah apa, Mim? “Saya.” Kaf terkedu dan dia pandang aku tanpa berkelip sebelum… “Time for unboxing,” ucapnya, berlagu dengan usikan. ....bibirnya tersenyum lebar. Tawa kecil aku pecah. Tangan aku ditarik, merapat ke bibirnya. Dikucup lembut. Matanya tertutup dan terbuka semula, merenung aku. Indah. Kemudian, dengan lembut, tubuh aku ditarik masuk. Dengan penuh hormat dan sopan… Malam itu, Mim Maryam milik Kaf Ar Ra’d sepenuhnya.


ELVROSETH KAF | 289 Gauze curtains billow in the breeze, Satin’s sheets tangled in love’s fervent dance, -Onur


ELVROSETH KAF | 290 BAB 23 Dua tahun kemudian, Tahun Empat, Kolej Perubatan Hijaiyah. TUDY GROUP! Aku sedang garu kepala yang tak gatal. Sod merenung buku Orthopaedicnya macam nak tembus. Kemudian, dia merenung kami semua sambil tersenyum. Lesung pipitnya jelas kelihatan. Aku memuji Sod dalam diam. Lelaki ini sebenarnya tampan. Wajah Sod tak sesuai jadi good boy tetapi… bad boy dia lebih sesuai. Persis Kaf, wajah Kaf dan gaya Kaf sebenarnya bad boy. Tetapi di luar, Kaf nampak sebagai seorang Dr. Kaf yang sangat baik dan sopan. Apabila teringat Kaf, aku senyum sendiri. The real Kaf is really really a bad boy for me. S


ELVROSETH KAF | 291 “Kaf!” Satu suara menyergah aku! “Sayang, tak sabar nak balik!” Aku melatah. Kemudian, lima pasang mata yang lain merenung aku sambil bibir mereka tersengih gatal. Aku tersedar yang Ghain kenakan aku! Terus saja aku pandang Ghain tajam dan tawa mereka semua pecah. Jahat! Sod saja yang tak ketawakan aku sangat dan dia hanya tersenyum suka. Ghain ketawa macam pontianak sambil tepuk bahu Jim yang ketawa sambil terbatuk-batuk dan ketuk meja. Syin ketawa biasa dan Ba pula… perangainya lebih kurang Ghain! Dia ketawa macam pontianak harum sundal malam. “Jahatlah, kau orang ini.” Aku menarik muncung. Konon merajuk tetapi aku tetap tersenyum sendiri. Setelah tiga tahun kami semua bersama semenjak berada di tahun dua perubatan, kami bertujuh termasuk Alif yang tak datang study group hari ini kerana sembelit, memang selalu belajar bersama. Mereka juga tahu yang aku sudah berkahwin dengan Dr. Kaf. Bertuah untuk aku, kerana aku dapat kawan rapat yang pandai jaga rahsia.


ELVROSETH KAF | 292 “Hesy, kau ini. Asyik-asyik teringat Dr. Kaf. Tak pening ke kepala itu, Mim?” Syin atau nama sebenarnya Syin An-Noor, merupakan pelajar yang bertukar dari universiti lain ke universiti Hijaiyah semasa kami semua di tahun tiga. Sepatutnya, Syin ialah junior kami tetapi Syin terlalu ‘pandai’ dan skip tahun. Hebat, bukan? “Kenapa pula dia nak pening bila teringat Dr. Kaf? Sepatutnya, bila kita teringat dekat orang yang kita sayang, lagilah kita rasa tenang.” Ghain mengeluarkan hujahnya tentang cinta. “Dah la! Jangan sebut pasal ini. Kita kena study. End of Posting untuk Orthopaedic nak dekat, kan?” Aku menyampuk dan kemudian, aku berpura-pura selak buku nota aku. “Eleh, malulah itu….” Jim mengejek. Aku merenung dia tajam sebelum aku pandang Ba. Ba yang faham dengan renungan aku, membeliakkan matanya untuk Jim. “Kau berani eh nak kutuk kawan aku? Kau jangan sampai aku kemekkan hidung kau macam masa year three dulu, Jim! Kau tak ingat? Minggu sebelum EOP


ELVROSETH KAF | 293 Surgery, aku tampar hidung kau guna kasut aku sebab kau conteng scrub aku!” “Eh! Tadi pun kau juga gelakkan Mim! Sekarang ini, kau bela dia pula?!” Jim melawan. Aku sengih. Suka tengok Jim dan Ba bergaduh. “Dah, jangan gaduh. Jom belajar....” Sod cuba mendamaikan suasana. Buat beberapa minit seterusnya, kami mula belajar bersama. Hari ini, hari sabtu. Petang sabtu, kami buat berjumpaan dekat kafe Hijaiyah yang tak ramai orang sangat. Cara kami study group, senang saja. Seorang akan tanya soalan dan kami semua akan berlawan-lawan nak jawab. Siapa dapat jawab soalan, dia boleh makan coklat yang berada dalam kotak yang disediakan. Setiap minggu, kami tukar-tukar orang. Seorang bawa coklat dan seorang lagi tukang tanya soalan. “Triad of exquisite pain, fever, swelling. There’s tenderness, erythema and warm skin in early stage. Small bullae filled with black serous fluid in intermediate stage….” Tak sempat Sod habiskan ayat penyatakan dan keluarkan soalan, aku jawab dulu!


ELVROSETH KAF | 294 “Necrotizing faciitis!” Aku menjawab bangga sambil curi coklat dalam kotak. Yakin betul! “Cait!” Ba pukul tangan aku. Matanya merenung aku tajam. “Main tipu!” Aku sengih. Coklat tetap aku ambil dan sumbat dalam mulut. Sod mengeluh dan kepalanya menggeleng. Kemudian, dia garu kepalanya. “Penatlah aku belajar dengan budak dean’s list ini.” “Aku penat juga, weh.” Ghain mengeluh juga. Sebelah tangan naik berlabuh pada bahu Sod yang duduk di tepinya. “Penat belajar dengan orang dah kahwin ini. Terasa amat single!’ Tawa kami semua pecah. “Okey! Next! Soalan seterusnya.” Sod selak buku nota dia. Dia berdeham sebelum menyambung. “What is the pathophysiology of diabetic foot? Neuropathy!” “Most common in patient with poor metabolic control due to vascular disease occluding vasa nervorum…” Syin mula menerangkan panjang lebar dan kami semua mendengar dengan teliti. Tiba-tiba, aku rasa coklat yang sedang aku kunyah ini… sungguh memualkan. Kenapa dengan


ELVROSETH KAF | 295 coklat ini? Kemudian, aku cuba cium coklat yang masih bersisa dalam plastik dan kepala aku menjadi lebih sakit. Dengan sekelip mata, aku rasa seperti ada benda yang mahu aku muntahkan dan aku terus berlari, menjauhi meja belajar dan isi perut, aku keluarkan! Kawan-kawan aku yang lain sudah panik. Syin menggosok belakang tubuh aku dan Ba membantu aku untuk tarik tudung aku ke belakang, menjauhi percikan muntah aku. “Kenapa ini?” soal Sod. Panik. Aku geleng kepala. Mata terpejam sejenak dan tubuh aku terasa seperti mela… yang… “Ya Allah, Mim!” Ghain memanggil aku. “Mim pengsan, weh! Bawa dia pergi klinik!” suara Jim. Mata aku telah tertutup rapat dan pandangan aku terus menjadi gelap serta merta.


ELVROSETH KAF | 296 MEREKA hantar aku ke klinik kakak aku. Klinik Nun Maryam. Kakak kata aku terkena keracunan makanan dan dia beri aku ubat. Ubat yang dia bagi, tak ada label. Tetapi aku hanya ambil dengan reda. Bibir aku tersenyum merenung pil putih yang berada di tangan aku saat aku mahu menjamahnya dengan segelas air kosong. Air mata aku... Tiba-tiba mengalir deras ke pipi sebelum aku telan pil itu. Petang itu, Kaf pulang awal dari mengajar. Wajahnya panik apabila dia melihat aku yang terlantar di atas katil bilik kami. Kaf duduk di tepi aku sambil tangannya mengusap wajah aku yang berpeluh. Tangan aku, diambil dan seperti biasa, tapak tangan aku, dia kucup. “Mim, kenapa ini? Pucatnya muka. Doktor kata apa?” soal Kaf. “Doktor kata saya keracunan makanan,” jawabku, seperti orang bodoh. “Tapi takkan keracunan makanan sampai macam ini? Saya tak rasa ini keracunan makanan. Siapa doktor yang merawat awak, sayang?” Kaf


Click to View FlipBook Version