LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK
SENIBINA BAGI MASALAH RESAPAN AIR
DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS
MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH
Ruj Kami : (5)JKR.CA.26/32/S/001
Tarikh: 28 Oktober 2021
s.k.
Luar
1. Pengarah Kanan,
Cawangan Kerja Bangunan Am 1,
Tingkat 13A, Menara PJD, lbu Pejabat JKR Malaysia,
No. 50 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Dalam
1. Pengarah Kanan Cawangan Arkitek
Cawangan Arkitek
lbu Pejabat JKR Malaysia
2. Pengarah Reka Bentuk 1
Cawangan Arkitek
lbu Pejabat JKR Malaysia
-
3. Pengarah Reka Bentuk 2
Cawangan Arkitek
lbu Pejabat JKR Malaysia
4. Fail
(5)JKR.CA.26/32/S/001
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN
AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU
KOTA KINABALU (KMKK), SABAH
(SKOP SENIBINA)
Disediakan Oleh :
UNIT FORENSIK SENIBINA
BAHAGIAN KEPAKARAN PEMBANGUNAN LESTARI
CAWANGAN ARKITEK
IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
MENARA TUN ISMAIL MOHAMED ALI
NO.25, JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR
OKTOBER 2021
LAPORAN INI ADALAH UNTUK KEGUNAAN JABATAN SAHAJA
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA 3
3.0 MAKLUMAT AM PROJEK/ BANGUNAN 4
4.0 OBJEKTIF PEMERIKSAAN 12
5.0 SKOP DAN LIMITASI PEMERIKSAAN 12
6.0 METODOLOGI PEMERIKSAAN 12
7.0 PENEMUAN DI TAPAK 13
8.0 ULASAN PENEMUAN 30
9.0 CADANGAN TEKNIKAL 37
10.0 KESIMPULAN 41
2 | UFCA
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
1.0 PENDAHULUAN
Pada 7 April 2021, Unit Forensik Senibina, Cawangan Arkitek (UFCA) telah membuat lawatan
bersama wakil Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur JKR, Pasukan Projek Khas 2
(sebagai pengiring dan wakil bagi Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan), wakil Facility
Manager (Strive Excellence Sdn. Bhd.) dan wakil kontraktor utama projek (Kibaran Pelangi Sdn
Bhd ) untuk semakan kebocoran di beberapa bahagian GFRC seperti kubah dan façade di
bangunan Mahkamah Kota Kinabalu.
2.0 PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA
Pemeriksaan telah diadakan dihadiri oleh pegawai-pegawai berikut:
BIL. NAMA JAWATAN /JABATAN /AGENSI
1. Ahmad Faaris Bin Suden
2. Ahmad Izzuddin Bin Noor Azizi Arkitek
3. Ir Mohd Zainazim Bin Zaini Unit Forensik Arkitek, CA
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Pelukis Pelan Seni Bina
Unit Forensik Arkitek, CA
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jurutera Awam Kanan
Pasukan Projek Khas 2
4. Mohd Zamli Bin Pali Penolong Jurutera Awam
Pasukan Projek Khas 2
5. Lukman Suarif Bin Andi Lantara Penolong Jurutera Awam
Pasukan Projek Khas 2
6. Farah Ezira Binti Zulkepli Penolong Jurutera Awam
Pasukan Projek Khas 2
7. Mohd Fairoze Mazly Bin Zulkifli Jurutera Awam
8. Othman Bin Mohd Joned Cawangan Kejuruteraan Awam dan
Struktur (CKAS),
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Penolong Jurutera Awam
Cawangan Kejuruteraan Awam dan
Struktur (CKAS),
Ibu Pejabat JKR Malaysia
9. Mohd Shamsul Azri Bin Abdul Wahid Wakil Strive Excellence Sdn. Bhd.
10. Mohd Zuhairzaim Bin Awang Said Wakil Strive Excellence Sdn. Bhd.
3 | UFCA
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
11. Franklin Lim Tiam Yang Wakil Strive Excellence Sdn. Bhd.
12. Julianti Binti Abbas
13. Mazreen Bin Mohd Nuh Wakil Strive Excellence Sdn. Bhd.
14. Tan Keng Leng Wakil Pengguna Mahkamah Kota
15. Amrizal Bin Tasse Kinabalu
16. Rushamizan Bin Rustam
Wakil Kibaran Pelangi Sdn Bhd
Wakil Kibaran Pelangi Sdn Bhd
Wakil Kibaran Pelangi Sdn Bhd
3.0 MAKLUMAT AM PROJEK/ BANGUNAN
a) Butiran Projek: Kompleks Mahkamah Baharu Kota Kinabalu, Sabah
Nama Bangunan
Pemilik Mahkamah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan
Agensi Pelaksana Perdana Menteri
Jabatan Kerja Raya Malaysia
Kaedah Pelaksanaan Konvensional perunding
Tahun Milik Tapak 22-07-2014
Tahun Siap (CPC) 28-04-2018 (CPC)
Tarikh Occupation Certificate 17-07-2018
Tarikh Tamat Kecacatan (DLP) 27-04-2019
Tarikh Patut Tamat CMGD 10-08-2019
Tarikh Sebenar Sempurna 26-10-2019
Baiki Kecacatan
Lain-lain Maklumat 1) Dokumen yang telah diterima adalah seperti berikut:
a. Pelan Siap Bina
b. Method statement bahan GFRC (Kubah dan Façade)
c. Gambar dan Video Drone Arial view.
d. Laporan Pemeriksaan Perunding Shah Architect Sdn
Bhd
4 | UFCA
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
b) Lokasi bangunan Parlimen Malaysia:
Rajah 1: Gambar satellite tapak bangunan Mahkamah Kota Kinabalu. Sumber Google Map
11 10
14
13 12
&
15
19
17 18
20
Rajah 2: Lokasi penemuan (mengikut bilangan rajah) pada Lukisan Siap Bina Pelan
Bumbung Mahkamah Kehakiman
5 | UFCA
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
Rajah 3: Lukisan Siap Bina Keratan A-A Mahkamah Kehakiman
Rajah 4: Lukisan Siap Bina Aras 1 Mahkamah Kehakiman
6 | UFCA
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
11
12
Rajah 5: Lukisan siap bina aras 6 menunjukkan lokasi resapan air pada siling (rujuk rajah 11
dan 12)
7 | UFCA
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
Rajah 6: Shop drawing menunjukkan susunatur panel luar kubah di mana terdapat 16 kepingan panel
GFRC bagi melengkapkan satu segmen kubah.
8 | UFCA
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
10
10
10
Rajah 7: Shop drawing pembalikan siling kubah menunjukkan lokasi penemuan (rajah 10).
9 | UFCA
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
B
A
Rajah 8: Shop Drawing Kubah menunjukkan terdapat dua lapisan GFRC panel di dalam dan luar
bangunan. Penanda A dan B merupakan lokasi flashing di antara komponen skylight dan
panel serta puncak GFRC panel.
10 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
Rajah 9: Data kelajuan angin serta prevailing wind direction bagi kawasan Kota
Kinabalu.
11 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
4.0 OBJEKTIF PEMERIKSAAN
Matlamat utama lawatan pemeriksaan adalah untuk menentukan perkara berikut;
a) Mengenalpasti kecacatan yang melibatkan isu keselamatan dan kecacatan berulang.
b) Menilai tahap kerosakan terlibat.
c) Mengemukakan cadangan dan pengesyoran teknikal.
5.0 SKOP & LIMITASI PEMERIKSAAN
Skop pemeriksaan yang dilaksanakan adalah tertumpu kepada pemeriksaan seperti berikut:
a) Kerja-kerja pemeriksaan dan penilaian ini terhad kepada kerja-kerja senibina yang
dilaporkan bagi bahagian atau ruang yang boleh diakses.
b) Pemeriksaan dilakukan secara pemerhatian visual serta dengan bantuan beberapa
peralatan pemeriksaan dan tidak melibatkan ‘destructive test’.
c) Pemeriksaan dijalankan mengambilkira syarat jaminan bahan sedia ada dan mengelakkan
kerosakan kepada permukaan bahan yang masih di bawah tempoh jaminan.
6.0 METODOLOGI PEMERIKSAAN
Metodologi pemeriksaan yang digunakan adalah seperti berikut :
a) Mengadakan perbincangan/temubual serta pemeriksaan bersama dengan pihak
senggaraan bangunan (facility manager), wakil Pasukan Projek Khas 2 dan kontraktor asal
projek berkenaan mengenal pasti latar belakang bangunan dan kategori kerosakan.
b) Menjalankan pemeriksaan secara visual dan menggunakan alatan pengukuran seperti
measuring tape.
c) Menyemak lukisan shop drawing dan lukisan siap bina.
12 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
7.0 PENEMUAN DI TAPAK
7.1 Kesan kotoran air dapat dilihat di beberapa lokasi di bahagian dalam kubah, di bahagian
papak kiri dan kanan kubah.
Rajah 10 : Kesan kotoran air terbentuk di bahagian penyambungan dua panel Glassfibre
Reinforced Concrete (GFRC) di bahagian dalam bangunan dan telah menyebabkan
kerosakan kepada lapisan kemasan dalam kubah.
`
13 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
Struktur
Ring Beam
Rajah 11 : Siling yang mempunyai kesan kotoran air dibuka oleh Facility Manager untuk melihat
kesan` air pada bahagian siling kubah dengan lebih dekat.
`
Rajah 12 : Terdapat kesan air pada bahagian siling yang menutupi ruang di antara struktur ring
beam.
`
14 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
Rajah 13: Kesan gelembung udara (blister) jelas kelihatan di beberapa kawasan permukaan luar
kubah
`
Rajah 14 : Lapisan waterproofing mempunyai kesan gelembung udara (blister) di bahagian panel
bawah GFRC.
15 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
AB
CD
Rajah 15 : Kecacatan gelembung udara ini berkemungkinan berpunca daripada resapan air dari
bahagian dalam panel ke bahagian luar kubah. Terdapat juga hairline crack seperti di
lokasi B.
16 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
Rajah 16 : Lapisan cat dan kalis air telah mengelembung, terkupas serta tertanggal di bahagian
kubah.
17 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
Rajah 17 : Gambar keadaan kubah yang diterima pada 3 Ogos 2021 menunjukkan keadaan kubah
yang mengalamai kecacatan gelembung udara di bahagian penyambungan.
18 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
AB
b
A
B
b
Rajah 18 : Gambar keadaan kubah yang diambil pada Oktober 2021
menggunakan drone menunjukkan kesan gelembung di
bahagian penyambungan.
19 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
B
b
A
A
B
b
Rajah 19 : Gambar keadaan kubah yang diambil pada Oktober
2021 menggunakan drone menunjukkan kesan cat
berbalam pada bahagian permukaan panel GFRC.
20 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
AB
b
A
B
b
Rajah 20 : Gambar keadaan kubah yang diambil pada Oktober 2021
menggunakan drone menunjukkan kesan sepertimana rajah 18
dan 19.
21 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
A B
A b
B
b
Rajah 21 :Gambar keadaan kubah yang diambil pada Oktober 2021
menggunakan drone menunjukkan kesan sepertimana rajah 18,
19 dan 20.
22 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
A
A
Rajah 22 : Gambar keadaan flashing di bahagian pinnacle dan bingkai tengah skylight tidak
menutupi permukaan kaca sepertimana lukisan keratan.
23 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
A
Rajah 23 : Terdapat kesan kotor seakan-akan kesan air pada bahagian struktur sokongan
pinnacle.
24 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
A B
A
A
B
B
Rajah 24 : Gambar keadaan flashing di bahagian bingkai skylight tidak ditutup sepenuhnya dan
kelihatan bukaan kecil di antara komponen berkenaan dan bingkai.
25 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
A
A
Rajah 25 : Gambar keadaan kubah menggunakan drone menunjukkan terdapat bahagian
flashing dan bingkai yang tidak selari dan mempunyai kesan bukaan kecil.
26 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
D
A C
A
B
Rajah 26 : Empat lokasi GFRC tidak ditutup sepenuhnya di bahagian bawah skylinght.
27 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
Rajah 27 : Panel GFRC di bahagian façade mempunyai kesan kotoran akibat takungan air di
beberapa lokasi disebabkan pemasangan panel yang lebih tinggi daripada paras flat roof.
Rajah 28 : Lokasi yang melibatkan pemasangan GFRC panel yang lebih rendah daripada
paras flat roof mempunyai kesan kotoran takungan air yang tidak ketara. Walau
bagaimanapun, kecerunan bagi flat roof masih tidak mencukupi dan masih menyebabkan
takungan air berlaku.
28 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
Rajah 29 : Keadaan reinforced concrete (RC) gutter disebalik balustrade turut mempunyai kesan
takungan air yang ketara dan turut mempunyai masalah kecerunan bagi mengalirkan air ke
bahagian RC gutter.
Rajah 30: Kesan kotoran air dan pecahan plaster ceiling di bawah lokasi RC gutter dan di
bahagian penyambungan antara panel GFRC.
29 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
8.0 ULASAN PENEMUAN
8.1 Berdasarkan lawatan Unit Forensik, BKPL di tapak pada 7 April 2021, semakan dokumen
berkaitan, perbincangan bersama pihak pembekal asal GFRC panel serta pembekal kalis air,
dan laporan perunding arkitek, kesimpulan dapat dibuat seperti berikut:
Keadaan permukaan GFRC panel dan
penyambungan pu sealant sebelum
lapisan-lapisan lain dipasang
Permukaan Panel GFRC (Kubah)
Lapisan Cat Sedia ada (di sebahagian lokasi)
Lapisan Kalis Air Polyurea (jaminan 10 tahun)
Lapisan Cat (Metallic Paint) [ jaminan 5 tahun]
Rajah 31: Berdasarkan semakan bersama pihak perunding arkitek pada 7 Oktober 2021,
permukaan panel GFRC bagi kubah yang ditutupi oleh lapisan cat sedia tidak
dibersihkan sepenuhnya sebelum pemasangan lapisan kalis air polyurea dilaksanakan.
Maka terdapat lapisan bahan melibatkan lapisan cat sedia ada, lapisan kalis air
polyurea, dan lapisan cat (metallic paint).
30 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
8.1.1. Kebocoran Kubah.
i) Kebocoran berlaku bekemungkinan daripada beberapa faktor seperti:
a. Potensi kegagalan pada bahagian skylight - Kesan kotoran air pada permukaan
dalam kubah dapat dilihat pada bahagian penyambungan panel di keseluruhan
bahagian permukaan siling (rujuk Rajah 10). Komponen flashing di antara komponen
puncak GFRC dan skylight serta di antara panel kubah GFRC dan skylight berpotensi
bocor dan menyebabkan air masuk. Pengesahan secara visual keadaan fizikal flashing
di bahagian luar telah dibuat dengan menggunakan imej dan video drone (rujuk rajah 22
hingga 25) dan didapati terdapat profil flashing yang di pasang tidak seperti lukisan
keratan di bahagian penyambungan antara skylight dan panel kubah di mana komponen
flashing berkenaan terhenti di bahagian tengah frame dan wujud ruangan kecil di antara
komponen flashing dan bingkai skylight berkenaan (rujuk rajah 24 dan 25). Manakala
komponen flashing di antara pinnacle dan skylight tidak disediakan sepertimana lukisan
keratan di rajah 31 (rujuk keadaan semasa flashing di tapak pada rajah 22-25). Keadaan
ini dikhuatiri boleh menyebabkan resapan air di antara celahan kecil berkenaan
memandangkan kelajuan angin bagi lokasi Kota Kinabalu adalah sehingga 10.7 m/s
(rekod Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan terdapat bacaan kelajuan angin
sehingga 10.7 m/s). Justeru reka bentuk flashing berkenaan hendaklah mampu
menahan kelajuan angin seperti yang dinyatakan tanpa rosak atau deformasi.
Rajah 32: Dua lokasi flashing yang boleh menyebabkan air mengalir ke bahagian dalam sekiranya
pemasangan flashing tidak dilaksanakan mengikut lukisan keratan.
31 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
b. Potensi kegagalan di bahagian penyambungan panel GFRC - Berdasarkan shop
drawing, terdapat 224 bilangan GFRC panel digunakan bagi membentuk kubah di mana
jarak penyambungan antara panel ke panel adalah 10mm. Walau bagaimanapun pihak
pembekal memaklumkan bahawa allowable tolerance bagi kelebaran penyambungan
berkenaan adalah sehingga 20mm (maksimum). Polyurethane (pu) sealant digunakan di
antara GFRC panel bagi melindungi bahagian dalam bangunan daripada air dengan
kapasiti kitaran pengembangan dan pengecutan sebanyak ±50% daripada kelebaran
penyambungan asal (nisbah lebar kepada dalam adalah 1:1 jika lebar penyambung
adalah pada 12mm dan 2:1 bagi lebar 12mm hingga 50mm – rujuk rajah 32). Kelekatan
bahan pu berkenaan akan berkurang sekiranya nisbah di atas tidak dicapai.
Pemeriksaan di tapak tidak dapat mengesahkan pemasangan pu sealant berkenaan
kerana ia telah ditutupi lapisan kalis air flexible membrane dan masih di dalam tempoh
jaminan produk.
.
Rajah 33: Technical datasheet Seal ‘N’ Flex 1: Ilustrasi nisbah lebar kepada dalam
bagi pu sealant bagi kelebaran penyambungan di antara 12mm hingga
50mm (sumber: dilampirkan bersama method statement pembekal GFRC)
32 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
Pejabat ini berpendapat bahawa kegagalan penyambungan boleh berlaku sekiranya
nisbah lebar kepada dalam bagi bahan pu sealant tidak dicapai (rujuk rajah 33) dan
sekiranya kitaran pengembangan serta pengecutan bagi kelebaran penyambung asal
melebihi ±50%. Manakala merujuk kepada method statement pembekal, lapisan cat
yang akan digunakan hendaklah mempunyai kadar elastik yang berupaya menyerap
pergerakan yang rendah tanpa menyebabkan perubahan yang besar kepada lapisan
cat. Seterusnya, keadaan permukaan luar kubah mempunyai kesan gelembung udara
(blister) yang kebiasaannya berlaku apabila terdapat resapan air dari bahagian belakang
suatu dinding yang telah dicat. Pengesahan kelembapan permukaan kubah dengan
menggunakan alat protimeter tidak dilaksanakan bagi menjaga dan memastikan jaminan
bagi produk kalis air dan cat berkenaan terpelihara. Pemerhatian lanjut menemui
retakan rerambut (hairline crack) di bahagian permukaan panel GFRC seperti di rajah
15, namun ia masih berpotensi dalam menyebabkan air terperangkap di bahagian
retakan berkenaan dan seterusnya boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian
panel. Selain daripada itu, lapisan cat serta lapisan kalis air turut tertanggal bagi
kawasan yang mengalami kecacatan gelembung udara berkenaan (rujuk rajah 16).
Rajah 34: Cadangan panel sedia ada menggunakan lapisan kalis air flexible
membrane (jenama Quickseal PP350 dengan elongation capabilities
sebanyak 100%) dan dicat dengan lapisan cat Metallic Paint (Nippon
Paint) dalam tempoh tanggungan kecacatan akibat kebocoran yang
berulang berlaku pada bahagian kubah.
33 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
c. Kebocoran berulang - Kebocoran kerap di bahagian kubah iaitu sebanyak lima kali
dalam tempoh 1 tahun 3 bulan setelah CMGD dikeluarkan (rujuk rajah 32). Kerja
pembaikan yang dijalankan hendaklah dilaksanakan mengikut method statement
pembekal GFRC Malaysia seperti di Lampiran A melibatkan pembaikan kecacatan
kecil, besar dan lapisan cegah karat kepada struktur sokongan panel GFRC.
Manakala bagi pemasangan polyurea yang telah dilaksanakan semasa tempoh
DLP kerana masalah kebocoran bumbung telah berlaku sebelum CPC dikeluarkan
sepertimana surat yang dinyatakan oleh pihak perunding Shah Architects (rujuk
Lampiran F). Semakan semula kaedah pemasangan perlu dibuat di mana sekiranya
pemasangan lapisan berkenaan dibuat tanpa penaggalan lapisan cat sedia ada
dibuat, potensi gelembung juga boleh berlaku sekiranya kelekatan cat sedia ada
pada permukaan GFRC telahpun bermasalah. Walau bagaimanapun, material
adhesion test di antara bahan polyurea dan cat metallic paint yang dilaksanakan
oleh syarikat Nippon Paint (M) Sdn Bhd mendapati tiada masalah keserasian bahan
antara kedua-dua bahan berkenaan (rujuk Lampiran G).
Rajah 35: Sumber: Kronologi kecacatan berdasarkan rekod pihak perunding Shah
Architect daripada Laporan Masalah Resapan Air dan Kerosakan di
Bahagian Kubah.
34 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
8.2.1. Kesan Kotor Air Pada GFRC Facade.
i) Kesan kotoran air terbentuk pada bahagian penyambungan serta siling (wetstop ceiling
finish) di bahagian bawah panel GFRC (rujuk rajah 27 hingga 30). Ia berlaku
disebabkan perkara berikut:
a. Balustrade yang dibina tidak mempunyai bukaan bagi membenarkan laluan air
dialirkan ke bahagian RC gutter (rujuk rajah 36) dari lokasi A.
b. Kedudukan aras papak dan panel GFRC juga adalah berbeza di beberapa lokasi
dan menyebabkan air di bahagian kanan (lokasi A) bertakung dan menyebabkan
penyambungan di antara papak dan GFRC mula rosak.
c. Reka bentuk sedia ada membenarkan air hujan dialirkan ke bahagian GFRC
Façade secara free fall tanpa kaedah pengaliran ke bahagian gutter dan
menyebabkan air hujan jatuh secara bebas ke bahagian façade membawa
bersama kotoran yang terkumpul pada flat roof dan menyebabkan kesan kotor air
kelihatan pada komponen GFRC berkenaan.
35 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
BA
C
Rajah 36: Lukisan siap bina keratan bahagian rc flat roof bersama elemen GFRC panel
menunjukkan kecerunan pengairan air hanya disediakan di antara rc gutter
sehingga balustrade dan tidak disediakan di bahagian GFRC. Manakala
aras bagi rc flat roof adalah sama. Keadaan semasa di tapak menunjukkan
perbezaan aras di antara dua elemen berkenaan dan boleh menyebabkan
kegagalan pada bahagian penyambungan di lokasi C akibat takungan air
dalam tempoh yang lama.
36 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
9.0 CADANGAN TEKNIKAL
9.1 Cadangan Teknikal Pembaikan
a. Tempoh Jaminan Produk - Pihak pelanggan disarankan agar memanfaatkan tempoh
waranti produk serta melaksanakan terlebih dahulu pembaikan kecacatan sepertimana
yang disarankan di dalam method statement pembekal GFRC (rujuk Lampiran A).
Berikut merupakan waranti produk bagi bahan sedia ada di bahagian kubah:
i. Bahan kalis air (10 tahun)
ii. Metallic paint sedia ada (5 tahun)
b. Pembaikan pada bahagian skylight.
i. Berdasarkan kerosakan yang kelihatan pada bahagian dalam kubah (rujuk rajah 10,
22, 23, 24, 25 dan 26), adalah keadaan semasa flashing bagi skylight perlu
dilaksanakan penambahbaikan sepertimana lukisan keratan bagi memastikan
keadaan flashing berkenaan bebas daripada karat serta tiada kecacatan fizikal
seperti melengkung/terangkat (rujuk rajah 32) terutamanya dari arah timur
(prevailing wind) serta arah yang mempunyai bacaan kelajuan angin di antara 5.5-
7.9 m/s (rujuk lampiran B).
ii. Dari segi penyambungan antara komponen skylight dan GFRC panel, satu
cadangan daripada pembekal SIKA turut diperolehi di mana penggunaan sistem
joint sealant terdiri daripada bahan polyurethane sealant, primer for porous
substrate, primer for non-porous substrate, backer rod dan adhesion promoter for
backer rod (rujuk rajah 37). Penggunaan sistem ini dapat membenarkan movement
capability sehingga 100% (pengembangan) daripada lebar asal penyambungan dan
50% pengecutan. Pemilihan primer juga penting bagi memastikan joint sealant ini
mempunyai daya lekatan yang cukup sesuai bagi dua permukaan yang berbeza
(bingkai skylight dan permukaan GFRC panel) bagi menghalang air daripada
memasuk bahagian dalam kubah.
37 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
Rajah 37: Cadangan pembaikan pembekal kalis air SIKA bagi bahagian skylight
dengan mengambilkira dua permukaan berbeza serta membenarkan
movement capability yang lebih tinggi (pengembangan iaitu 100%
berbanding 50% sistem semasa)
38 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
c. Pembaikan pada bahagian kubah.
i. Cadangan ini hanya boleh dilaksanakan jika semua kaedah pembaikan yang lain
gagal dan tempoh waranti polyurea dan cat telah luput. Semakan semula kelebaran
penyambungan antara setiap panel perlu dilaksanakan di mana ia perlu dipastikan
di dalam julat 10mm hingga 20mm. Manakala kecacatan pada permukaan bahan
seperti retakan perlu dibaikpulih terlebih dahulu mengikut method statement
pembekal GFRC seperti di Lampiran A.
ii. Cadangan pembekal kalis air SIKA melibatkan cadangan penukaran sistem pu
sealant sedia ada dan digantikan dengan sistem pu sealant yang mempunyai
movement capability yang lebih tinggi (rujuk rajah 38).
Rajah 38: Nisbah lebar kepada dalam bagi cadangan pu sealant perlu dikekalkan
pada nisbah 2:1 untuk memastikan fungsi optima.
39 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
iii. Bagi tujuan pelaksanaan semula lapisan kalis air di bahagian kubah, lapisan cat dan
lapisan kalis air sedia ada perlu ditanggal dan dibersihkan terlebih dahulu sehingga
mencapai lapisan permukaan panel GFRC (rujuk rajah 31). Permukaan panel
GFRC boleh dikisar sehingga 2mm dalam bagi tujuan pembersihan ini. Bagi tujuan
applikasi lapisan polyurea ini, permukaan panel GFRC hendaklah dipastikan kering
dan bebas dari pada minyak sebelum menerima lapisan broadcast aggregate (0.15-
0.25 kg/m²/mm), waterproofing membrane dan lapisan pelindung UV (rujuk lampiran
C)
d. Pembaikan kebocoran panel GFRC façade – Pejabat ini mencadangkan permukaan
flat roof di lokasi A hendaklah disediakan kecerunan (screed to fall towards rc gutter)
dan bukaan pada bahagian balustrade sedia ada dibuat supaya masalah air bertakung
di lokasi A atau limpahan air yang turun secara terus bersama kotoran ke bahagian
façade dapat dielakkan serta seterusnya dialirkan ke rc gutter di lokasi B. Jumlah
bukaan perlu mengambil kira rekod taburan hujan tempatan seperti di lampiran B.
Pembaikan ini boleh mengurangkan kejadian kotoran air pada permukaan pada panel
GFRC façade. Selain daripada itu, perbezaan aras rc flat roof dan panel GFRC perlu
diselaraskan supaya ia berada pada aras yang sama (flushed) dan tidak menyebabkan
takungan air. Bagi pembaikan bahagian penyambungan, pembaikan seperti perkara
9.1.c.ii perlu dilaksanakan setelah aras kedua-dua komponen di atas diselaraskan.
BA
Rajah 39: Kecerunan mencukupi disediakan untuk mengalirkan air dari rc flat roof
perimeter ke bahagian rc gutter.
40 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
10.0 KESIMPULAN
10.1 Kubah
Kebocoran di bahagian kubah telah menyebabkan kerosakan kemasan dalam bangunan
seperti siling kubah dan siling aras servis (aras 6). Pembaikan yang berkualiti adalah
penting bagi mengurangkan masalah kebocoran yang sama berulang dan seterusnya
merosakkan kemasan dalam bangunan. Adalah disarankan untuk mengoptimumkan dan
memanfaatkan tempoh jaminan yang telah dibekalkan oleh pihak kontraktor di mana
method statement bagi kerja pembaikan kubah berkenaan hendaklah dipastikan ia
adalah selaras dengan method statement pembaikan yang dinyatakan oleh pembekal
GRCM Manufacturer Sdn. Bhd.
a. Pembaikan Jangka Pendek
Semakan semula komponen berkaitan serta method statement kerja pembaikan bagi
komponen flashing dan penyambungan di antara skylight dan GFRC panel hendaklah
dilaksanakan dengan persetujuan pihak pembekal jaminan kalis air dan cat terlebih
dahulu supaya kerja-kerja pembaikan yang akan dilaksanakan tidak menyebabkan
jaminan bahan kalis air dan cat terbatal.
b. Pembaikan Jangka Panjang
Setelah tempoh jaminan cat dan bahan kalis air di kubah tamat, cadangan pembaikan
menyeluruh akan melibatkan penukaran semula semua joint sealants sedia ada di
setiap bahagian penyambung (GFRC panel joints) dan skylight sepertimana
cadangan pembekal kalis air dengan kapasiti pengembangan yang lebih tinggi.
Tiada keperluan lapisan kalis air ditunjukkan di dalam method statement bagi bahan
GFRC panel Section B oleh kerana ketebalan GFRC panel sedia ada mampu untuk
menghalang kebocoran air melalui permukaan panel berkenaan. Walau
bagaimanapun, joint sealer dan filler masih diperlukan bagi tujuan menghalang
kebocoran air di bahagian berkenaan.
Sekiranya kebocoran masih berulang, kesesuaian reka bentuk kubah dengan
menggunapakai bahan GFRC dari segi bilangan panel dan sejarah penggunaan
bahan berkenaan untuk komponen kubah bagi lain-lain projek perlu diteliti dan dikaji
sebelum digunakan pada projek lain di masa hadapan supaya ia tidak digunapakai
bagi komponen yang sama di masa hadapan.
41 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
10.2 Flat roof & GFRC Fa�ade Panel
Kebocoran bagi komponen flat roof dan GFRC Fa<;ade Panel telah menjejaskan
kecantikan luaran bangunan seperti siling luar dan permukaan GFRC fa<;ade panel pada
pandangan hadapan kompleks (menghadap pintu masuk utama kompleks mahkamah).
Waiau bagaimanapun, sekiranya dibiarkan tanpa pembaikan, masalah resapan air pada
permukaan flat roof flat roof yang tidak disediakan boleh berlaku dan merebak ke
bahagian dalam bangunan. Justeru, tindakan pembaikan kecerunan, penambahan
bukaan aliran air serta pelarasan semula aras GFRC fayade panel adalah penting bagi
memastikan masalah yang berlaku tidak merebak dan mula merosakkan papak sedia
ada.
Adalah diharap supaya ulasan dan cadangan pembaikan bagi permasalahan di atas
bagi bangunan ini dapat dipertimbang dan dikaji sepenuhnya supaya pembaikan dapat
dilaksana secara holistik dan menyeluruh.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
�
(AHM S BIN SUDEN) (MOHAMMAD ALIAS BIN KHAIRUDDIN)
Arkitek Kanan
Arkitek Unit Forensik Seni Bina
Sahagian Kepakaran Pembangunan Lestari
Unit Forensik Seni Bina Cawangan Arkitek IPJKR
Sahagian Kepakaran Pembangunan
Cawangan Arkitek IPJKR
Disahkan oleh:
(DATIN Ar. YONG RAZIDAH BT RASHID)
Pengarah
Sahagian Kepakaran Pembangunan Lestari
Cawangan Arkitek IPJKR
I42 U F CA
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
LAMPIRAN A
METHOD STATEMENT - GFRC Panel
43 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
METHOD STATEMENT - BONDING AGENT FOR MINOR REPAIR JOB
44 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
45 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH. KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
46 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH RESAPAN AIR DAN KEROSAKAN DI KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH BARU KOTA KINABALU
(KMKK), SABAH, KEROSAKAN PADA DINDING (GLASS FIBER REINFORCED CONCRETE) GFRC BAGI PEMERIKSAAN PADA 7 APRIL 2021)
LAMPIRAN B
1) Sikagard-700MY
2) SikaBitW-15
3) Davcogrout
4) Davco CTC800
5) Sikasil WS 355
6) Sikafloor -137 Screed
7) Davco TTB 98
8) Davco Davelastic 98 C2TEs1
47 | U F C A