The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK TAHUN 2021_compressed-a

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahrah, 2022-08-24 03:00:16

KOMPILASI LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK TAHUN 2021_compressed-a

KOMPILASI LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK TAHUN 2021_compressed-a

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK
SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
SHAH ALAM, SELANGOR

CAWANGAN ARKITEK Tel (03) 2616 5045 - Pengarah Kanan
Jabatan Kerja Raya Malaysia
Faks (03) 2616 5200 - Pentadbiran
Aras 7-13, Menara Tun Ismail Mohamed Ali Web (03) 2691 9011 - Telefon,s lbu Pe1abat
lbu Pejabat JKR Malaysia (03) 2697 7430 - Pengarah Kanan
Jalan Raja Laut (03) 2697 7424 - Pentadbiran
50350 Kuala Lumpur https/lwww�kr gov my/

Pengarah qRuj. Kami : (32) JKR.CA.26/31/8/001
Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan Tarikh : Disember 2021
lbu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur
(u/p: Ir. Jayanthi A/P J.Thangam)

Puan,

TAJUK: PEMERIKSAAN BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ
SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

PER : P engemukaan Laporan P emeriksaan Forensik (Skop Senibina)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat Permohonan
Pemeriksaan Forensik Senibina daripada pihak puan bil. (50)
JKR/SKS/(FB)/080.080.008/5 Jld.54 bertarikh 29 September 2021 dan Lawatan
Pemeriksaan Forensic (Skop Senibina) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam, Selangor pada 11 November 2021 adalah berkaitan.

2. Bersama-sama ini, disertakan Laporan Pemeriksaan Forensik (Skop Senibina)
terhadap masalah kerosakan kepingan granit di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah, Shah Alam, Selangor untuk perhatian dan tindakan pihak puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

� (D Ar.

c::::' , Pengarah,

Sahagian Kepakaran Pembangunan Lestari (BKPL),

b/p Pengarah Kanan,

Cawangan Arkitek, lbu Pejabat JKR Malaysia.

... 2/-

-2-

Ruj. Kami : (32) JKR.CA.26/31/S/001

Tarikh Disember 2021

EDARAN DALAMAN;

1. Pengarah Kanan
Cawangan Arkitek
lbu Pejabat JKR Malaysia

2. Pengarah Sahagian Reka Sentuk 1
Cawangan Arkitek
lbu Pejabat JKR Malaysia

3. Pengarah Sahagian Reka Sentuk 2
Cawangan Arkitek
lbu Pejabat JKR Malaysia

4. Arkitek Penguasa Kanan
Sahagian Kepakaran Konservasi,
Cawangan Arkitek
lbu Pejabat JKR Malaysia

5. Fail Projek: JKR.CA.26/31/B/001

(21) JKR.CA.26/31/B/001

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN
SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
PADA 11 NOVEMBER 2021
(SKOP SENIBINA)

Disediakan Oleh :

BAHAGIAN KEPAKARAN PEMBANGUNAN LESTARI
CAWANGAN ARKITEK

IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
MENARA TUN ISMAIL MOHAMED ALI

NO.25, JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR
NOVEMBER 2021

LAPORAN INI ADALAH UNTUK KEGUNAAN JABATAN SAHAJA

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3
2.0 MAKLUMAT AM PROJEK/ BANGUNAN 4
3.0 OBJEKTIF PEMERIKSAAN 5
4.0 SKOP DAN LIMITASI PEMERIKSAAN 5-6
5.0 METODOLOGI PEMERIKSAAN 7
6.0 HASIL PENEMUAN PEMERIKSAAN 8
9
6.1 Pelan Yang Menunjukkan Lokasi Kerosakan Kepingan 15
Granit. 18

6.1.1 Lokasi Pemeriksaan & Komponen Senibina (Copping) 20
Yang Mengalami Kerosakkan/Terjejas.
21
6.1.2 Lokasi Pemeriksaan & Komponen Senibina (Dinding)
Yang Mengalami Kerosakkan/Terjejas. 25

6.1.3 Lokasi Pemeriksaan & Komponen Senibina (Tiang)
Yang Mengalami Kerosakkan/Terjejas.

7.0 RUMUSAN PENEMUAN PEMERIKSAAN
7.1 Rumusan Penemuan Pemeriksaan dan Komponen
Senibina Yang Mengalami Kerosakan/Terjejas.

8.0 PENGESYORAN
8.1 Menangani Masalah Dinding Granite Jatuh dan Bulging
(Membonjol dan Lengkung)

9.0 KESIMPULAN

SENARAI LAMPIRAN:

LAMPIRAN A : Contoh Kaedah Pemasangan Dinding Granite
(daripada Maxi Stone Marketing Sdn. Bhd)

LAMPIRAN B : Jenis & Kaedah pemasangan Dinding Granite.
LAMPIRAN C : Laporan Pemeriksaan Bahagian Senggara, JKR Selangor.

2|UFCA

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

1.0 PENGENALAN

Unit Forensik, Bahagian Kepakaran Pembangunan Lestari (BKPL), Cawangan Arkitek (CA) Ibu

Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur telah menerima surat permohonan khidmat nasihat teknikal

berhubung isu Jubin Dinding Granite daripada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB),

IPJKR dengan No. Rujukan: (50)JKR/SKS/(FB)/080.080.008/5 Jld.54 bertarikh 29 September 2021.

Susulan permohonan itu, satu lawatan pemeriksaan bersama JKR Selangor, Bahagian Kepakaran

Konservasi Cawangan Arkitek, IPJKR, wakil Masjid Negeri, wakil Jabatan Agama Islam Selangor
dan wakil Kontraktor Senggara (Waaqil Sdn. Bhd.) telah diadakan pada 11 November 2021

(Jumaat). Sebelum pemeriksaan dijalankan di tapak, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh Puan

Siti Safura Binti Jamaludin (Bahagian Senggara, JKR Selangor) yang dihadiri oleh:

BIL. NAMA JAWATAN / JABATAN / AGENSI

Arkitek Kanan,

1. En. Mohammad Alias bin Khairuddin Unit Forensik Senibina, Cawangan

Arkitek, JKR

2. Pn. Siti Safura Binti Jamaludin Juruukur Bangunan,
Bahagian Senggara, JKR Selangor

Arkitek,

3. En. Mohd Nor Sahrul bin Md Ali Unit Forensik Senibina, Cawangan

Arkitek, JKR

4. En. Syed Khairudin bin Syed Abdul Arkitek,
Rahim Bahagian Kepakaran Konservasi,
Cawangan Arkitek, JKR

Pelukis Pelan Senibina,

5. En. Ahmad Izzuddin bin Noor Azizi Unit Forensik Senibina,

Cawangan Arkitek, JKR

6. En. Abu Bakar bin Abdul Rani Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
(MSSAAS)

7. Pn.Siti Hajar binti Madon Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

8. En. M. Azman bin Abizer JKR Selangor

9. En. Nurazam bin Che Azelan JKR Selangor

10. Pn. Wan Rosmida Wan Seman JKR Selangor

11. Cik. Balqis Zakaria JKR Selangor

12. Cik. Nik Nurul Syahirah binti Nik Mohd JKR Selangor

13. Cik. Siti Natila Nazira binti Ahmad JKR Selangor
Busran

14. En. Khairul Azman Penyelia Wa’aqil

Fokus pemeriksaan adalah pada masalah kerosakan kemasan dinding granite (komponen dinding,
copping, & tiang) pada fasad bangunan dan turut menyentuh penemuan lain untuk diusulkan kepada
disiplin berkaitan bagi mendapatkan ulasan teknikal dan pengesyoran pembaikan.

3|UFCA

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

2.0 MAKLUMAT AM PROJEK/ BANGUNAN

a) Maklumat am Projek:

Nama Bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Kategori Bangunan Dalam Senarai Jabatan Warisan Negara (JWN). Rujuk
Kos Pembinaan Laporan Bahagian Kepakaran Konservasi, Cawangan
Arkitek, IPJKR untuk perincian Masjid Sultan Salahuddin
Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. (Rujukan
akta berkaitan : Akta Warisan Kebangsaan).

RM 160 Juta

Keluasan Tanah 35 Ekar
Perunding Arkitek
Kapasiti Jemaah Jurubina Bertiga Internasional Sdn. Bhd (Dato’ Baharuddin
Abu Kassim)

24,000 Orang

Tahun Dibina/ Siap (CPC) Mula Pembinaan 1982 / Pembinaan Siap 1987@1988

Kaedah Perlaksanaan Reka dan Bina / Tender Terbuka / IBS

Pelanggan Jabatan Agama Islam, Selangor, Malaysia

Kerosakan Mula Dikesan Sekitar 2013 sehingga kini Nov. 2021

b) Lokasi bangunan :

Rajah 1a : Gambar satelit bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan (Sumber: Google Earth)

4|UFCA

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

c) Fasad bangunan :

Rajah 1b : Gambar tampak hadapan

bangunan Masjid Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah, Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

(Sumber:https://www.google.com/url)

3.0 OBJEKTIF PEMERIKSAAN

Matlamat utama lawatan pemeriksaan adalah untuk menentukan perkara berikut;
a) Mengenalpasti dan menyiasat tahap kerosakan kemasan Kepingan Granite (komponen
dinding, copping, & tiang) pada fasad bangunan;
b) Mengenalpasti punca kerosakan yang perlu dibaiki dengan segera;
c) Menilai dan menyiasat tahap kerosakan kemasan Kepingan Granite dan
d) Mengesyorkan cadangan teknikal dan kaedah pembaikan/pemasangan bagi komponen
senibina yang mengalami kerosakan yang dikenalpasti kepada sistem/bahan yang lebih
bersesuaian bagi kemasan kepingan granite seperti berikut:
i. Kaedah pembaikkan jangka pendek; dan
ii. Kaedah pembaikkan jangka panjang.

4.0 SKOP & LIMITASI PEMERIKSAAN

Skop pemeriksaan tertumpu kepada perkara berikut:
a) Bahagian atau ruang yang boleh diakses menggunakan skylift, cat ladder dan akses secara
konvensional.
b) Pemeriksaan secara pemerhatian visual dan tidak melibatkan Destructive Test.

5|UFCA

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

c) Pemeriksaan berdasarkan maklumat/dokumen yang masih tersimpan dan dibekalkan oleh
Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), IPJKR Selangor seperti berikut:

i. Lukisan Terukur yang dilukis semula (tanpa lukisan terperinci pemasangan bagi
komponen granite di bahagian dinding, copping & tiang);

ii. Dokumen kaedah pemasangan daripada pihak pembekal & kontraktor bagi kerja-
kerja baikpulih gerbang 3 & 4 laluan Tuanku;

iii. Tanpa Bil Kuantiti (BQ)/ Spesifikasi dan Method Statement Asal; dan
iv. Tanpa Senarai Inventori (Operational Maintenance Manual).

d) Tahap kerosakan diklasifikasikan kepada tiga (3) tahap iaitu:

Bil TAHAP KATEGORI ULASAN

KEROSAKAN KEROSAKAN

1. 1 (SATU) Peringkat i. Kerosakan tidak mendatangkan bahaya;
Awal ii. Kerosakan tidak memerlukan pembaikan

segera; dan

iii. Tidak mengancam fungsi bangunan.
2. 2 (DUA) Separa i. Kerosakan mengganggu fungsi bangunan;
Kritikal ii. Memerlukan pembaikan dalam jangka masa

terdekat; dan

iii. Jika kerosakan tidak dibaiki akan membahayakan
dan mengganggu fungsi bangunan.

3. 3 (TIGA) Kritikal i. Kerosakan membahayakan;
ii. Mengganggu fungsi dan keselamatan
bangunan; dan
iii. Perlu dibaiki segera.

Rujukan: ASTM: E2018 Standard Guide for Property Condition Assessments

e) Pemeriksaan & pengesahan maklumat daripada Jabatan Warisan Negara (Permohonan
Inventori Warisan) bagi status bangunan warisan (Inventori Jabatan Warisan Negara)

f) Pemeriksaan maklumat Jabatan Meteorologi (Kajian arah & Beban Angin / Wind Load) bagi
membantu semakan lanjut untuk mengenalpasti hubungan cuaca dan kegagalan kepingan
granite di bangunan berkenaan.

g) Pengesyoran bagi mengekalkan elemen warisan dan jubin yg dipasang semula perlu sama
dari segi properties bahan dan warna asal.

6|UFCA

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

5.0 METODOLOGI PEMERIKSAAN
Metodologi pemeriksaan yang digunakan adalah seperti berikut :
a) Mengadakan mesyuarat dan temubual dengan pihak pengguna bagi mengenal pasti
latar belakang bangunan dan kategori kerosakan;
b) Pemeriksaan secara visual terhadap kerosakan yang dilaporkan;
c) Menggunakan Protimeter untuk memeriksa kelembapan relatif objek pada permukaan
konkrit @ lepaan simen yang memegang bracket & suspended metal dowel rods untuk
granite cladding; dan
d) Perbincangan dan khidmat nasihat teknikal melibatkan pembekal & kontraktor bahan
berkenaan (yang terlibat dengan kerja baikpulih laluan Tuanku - Gate 3 & 4) bagi
kemasan kepingan granit untuk dinding, copping, & tiang.

Gambar 1 : Protimeter dan petunjuk
maksud bacaan warnanya.

7|UFCA

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

6.0 HASIL PENEMUAN PEMERIKSAAN
6.1 Rajah di bawah menunjukkan Pelan & lokasi pemeriksaan kerosakan dinding granit pada

bangunan Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah tersebut:-
Kawasan bertanda merah
adalah kawasan pemeriksaan
kerosakan kepingan granite
yang paling ketara.granit yang
paling ketara

Rajah 2 : Pelan yang menunjukkan lokasi kerosakan kepingan granit.

8|UFCA

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

6.1.1 Lokasi pemeriksaan & komponen senibina (Copping) yang mengalami kerosakan/terjejas.

LOKASI i. Keseluruhan perimeter bangunan Masjid Biru.
ii. Fasad belakang bangunan (yang diwarnakan merah pada rajah 2)

adalah bahagian yang paling terjejas (kebanyakkan kepingan granite
jatuh).
iii. Elemen dekoratif granite cladding pada copping.

BAHAN KOMPONEN TAHAP KEROSAKAN KONDISI/KECACATAN
Copping Kritikal
Kepingan Panel granite tertanggal
Granite dan jatuh

 Dinding Granit di bangunan Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah ini adalah
dipasang menggunapakai system anchor bolt & embedded anchor iaitu steel
bracket on anchor fastener system (dry mechanical installation) rujuk Rajah
3a dan 3b.

Rajah 3a : Embedded anchors Rajah 3b : Anchor bolts system tiada
with bolt & nut. bracing@dowel rods/pin pada bahagian
bawah steel bracket.
KETERANGAN

 Sistem anchor bolt ini terdiri daripada steel bracket, expansion bolt, dowel &
pin dan epoxy glue.

 Epoxy glue adalah elemen penting yang menyambungkan sub-struktur
dengan panel granit selain daripada dowel dan pin.

 Spesifikasi bahan dan perincian pemasangan kepingan granit gagal
menampung berat kepingan granit dan beban angin yang telah menyebabkan
kegagalan bahan.

 Kepingan granit jatuh dan pecah akibat kedudukan dan bilangan pemasangan
bracket yang tidak bersesuaian dengan saiz kepingan granit dan saiz lubang
yang ditebuk bagi perletakkan bracing@dowel rods adalah terlalu besar.

 Pengaratan aksesori bracket dan suspended metal dowel rods kerana
kemasukkan air daripada bahagian penyambungan adhesive (epoxy) yang
terdedah kepada cuaca.

9|UFCA

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

 Granite di bahagian atas copping yang dipasang secara mendatar dan
hanya menggunakan kaedah tampalan sahaja telah mula tertanggal dan
mendedahkan bahagian konkrit yang menyebabkan air masuk ke bahagian
copping lain. (rujuk rajah 4)

KECACATAN/
KEROSAKAN

Rajah 4 : Pemasangan kepingan granit di bahagian atas copping hanya
menggunakan wet method iaitu kaedah tampalan mortar simen.

 Terdapat granit retak/pecah di tengah dan di bahagian bucu kepingan
granite.

 Pemasangan ‘L’ bracket dan bracing@steel dowel rods untuk granite
cladding yang tidak mencukupi, ada sesetengah yang patah dan berkarat.

 Adhesive (epoxy glue) pada penyambungan metal dowel rods / ‘L’ shape
bracket tidak mencukupi dan telah mengeras

 Lubang yang ditebuk untuk perletakkan bracing terlalu besar dan ditutup
dengan epoxy glue yang menjadi punca kepingan granit jatuh kerana tidak
kukuh dan cepat longgar apabila epoxy glue telah lama dan mengeras.

10 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

RAJAH 6

RAJAH 8 RAJAH 7

Rajah 5 : Pelan Tampak Belakang bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan

Ulasan Rajah 6a : Kebanyakkan kepingan granit telah tertanggal daripada suspended hooked metal
dowel rods dan merbahaya kepada para jemaah dan pengunjung (kategori 3). Pemasangan

suspended hooked metal dowel rods tidak mencukupi perlu 4 bahagian dan bukannya 2 bahagian
serta perlu digam di bahagian bawah dan atas sambungan kepingan granit dengan epoxy glue
berkualiti seperti TENAX Marble Glue.

Ulasan Rajah 6b : Kebanyakan kepingan granite tercabut daripada bracket / metal dowel rods dan
ada yang telah retak dan pecah di bahagian tengah atau bucu kepingan granite.

11 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

Rajah 6c : Penjuru kepingan granit tidak diikat antara satu sama lain dengan U bar Cramp in
horizontal joint (Sumber Vertical Surfaces : Marble Institute of America)

 Kaedah pemasangan panel menegak (vertical panel) dan panel mendatar (horizontal panel)
bagi bahagian copping tidak mempunyai pin sokongan di bahagian atas dan bawah bagi
mengurangkan regangan kedua-dua panel di bahagian building copping dan tidak digam
dengan sempurna.
12 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

Rajah 6d : Antara contoh kepingan granit yang pecah di bahagian atas copping dan merbahaya
kepada pengguna masjid. (kerosakan kategori 3)

Rajah 6e : Antara contoh penyambungan suspended dowel rods hooked ke panel granit yang tidak
cukup dan tidak kukuh serta tiada bracket dipasang pada panel granit menegak menyebabkan
kurangnya sokongan ke atas beban menegak dan beban angin kepingan granite. Granite edge
pada bahagian atas & bawah juga tidak digam (TENAX Marble Glue) bagi mengukuhkan kepingan
granite.

13 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

 Didapati kesan karat pada suspended steel dowel rods dan dowel pin pada panel granit
(rujuk Rajah 6e) menunjukkan bahawa jenis bahan yang digunakan bagi menyokong panel
granit adalah bukan daripada Stainless steel yang berkualiti. (stainless steel yang berkualiti
seperti SUS304, SUS306 & SUS316). (*SUS304 means ; 304 stainless steel under
Japanese standard JIS). Steel Use Stainless > SUS

 Bahan yang digunakan untuk bracket dan suspended steel dowel rods tidak dapat
dipastikan kerana ketiadaan lukisan terbina (as-built drawing) dan perincian untuk dijadikan
sumber rujukan.

Rajah 6f : Antara contoh penyambungan suspended hooked dowel rods @ lug wire ke panel granit
yang tidak sempurna, berkarat dan tidak kukuh yang menyebabkan kurangnya sokongan ke atas
beban menegak dan beban angin kepingan granit. Granite edge pada bahagian atas & bawah juga
tidak digam dengan sempurna menggunakan (epoxy glue) bagi mengukuhkan kepingan granit.

14 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

6.1.2 Lokasi pemeriksaan & komponen senibina (dinding) yang mengalami kerosakkan/terjejas.

LOKASI i. Keseluruhan perimeter bangunan Masjid Biru.
ii. Fasad belakang bangunan adalah bahagian yang paling terjejas

(kebanyakkan kepingan granite jatuh).
iii. Elemen dekoratif granite cladding pada dinding

BAHAN KOMPONEN TAHAP KEROSAKAN KONDISI/KECACATAN
Kritikal
Kepingan Granit Dinding Panel granit tertanggal &
jatuh

 Granite retak/pecah pada pediment

KECACATAN/
KEROSAKAN

Rajah 7a : Aksesori i.e bracket & suspended hooked steel dowel rods untuk
granite cladding yang patah dan berkarat pada dinding / pediment granit.
 Lokasi dan bilangan pemasangan bracket tidak sesuai dan tidak mencukupi

bagi menampung beban mati (kepingan granit) dan beban angin (wind
load).

15 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

KECACATAN/
KEROSAKAN

 Rajah 7b : Lokasi dan bilangan pemasangan ‘L’ shape bracket tidak
mencukupi bagi menampung berat kepingan granit yang beranggaran 23kg
untuk sekeping granit. Bersaiz 1200 x 380 mm.

KETERANGAN  Spesifikasi bahan dan perincian pemasangan kepingan granit gagal
menampung berat kepingan granit dan beban angin yang telah menyebabkan
kegagalan bahan i.e jatuh & pecah serta pengaratan aksesori bracket &
suspended hooked metal dowel rods kerana kemasukkan air daripada
bahagian penyambungan adhesive (epoxy) yang terdedah kepada cuaca.

 Pemasangan Epoxy Glue yang tidak mencukupi berbanding lubang yang
ditebuk bagi memegang steel dowel pin/rods yang menyebabkan kegagalan
kepingan granit tersebut.

16 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

RAJAH 6

RAJAH 8 RAJAH 7

Rajah 5 : Pelan Tampak Belakang bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan

‘L’shape bracket

tidak dipasang

pada kiri dan

kanan kepingan

? granit seberat ?
23.70kg/pcs

Rajah 8a: Sebahagian besar bahagian bawah & Rajah 8b : Kedudukan & bilangan pemasangan
bracket yang tidak bersesuaian/ mencukupi
bucu granite yang diikat dengan bracket & untuk menampung beban kepingan granit.
bracing@metal dowel rods retak dan ada yang telah
pecah serta metal dowel rods yang berkarat.

17 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

6.1.3 Lokasi pemeriksaan & komponen senibina (tiang) yang mengalami kerosakkan/terjejas.

LOKASI i. Keseluruhan perimeter bangunan Masjid Biru.
ii. Fasad belakang bangunan adalah bahagian yang paling terjejas

(kebanyakkan kepingan granite jatuh).
iii. Elemen dekoratif granite cladding pada tiang.

BAHAN KOMPONEN TAHAP KEROSAKAN KONDISI/KECACATAN
Kepingan Granit
Tiang Kritikal Panel granit melengkung
KECACATAN/ / gelembung (bulging)
KEROSAKAN
 Granite melengkung & gelembung (bulging)

 Pemasangan ‘L’ bracket dan bracing@metal dowel rods untuk granite

cladding pada tiang tidak mencukupi.

 Adhesive (epoxy glue) pada penyambungan dowel rods / ‘L’ shape bracket

tidak mencukupi dan telah mengeras (jangka hayat bangunan telah

mencapai 33 tahun) menyebabkan terdedah kepada cuaca dan

mengaratkan bracing@metal dowel rods.

 Spesifikasi bahan dan perincian pemasangan kepingan granite gagal
menampung berat kepingan granite dan beban angin yang telah
menyebabkan kegagalan bahan i.e bulging, jatuh & pecah serta pengaratan
aksesori bracket & suspended metal dowel rods kerana kemasukkan air
daripada bahagian penyambungan adhesive (epoxy) yang terdedah kepada
cuaca.

KETERANGAN

Rajah 9a : Penampakkan kepingan granit yang melengkung & membonjol
bulging dikebanyakkan bahagian atas tiang masjid.

18 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

 Kebanyakan kepingan granit pada tiang masjid telah rosak dan bulging
melengkung berkemungkinan lokasi dan bilangan bracket tidak sesuai dan
mencukupi untuk menampung beban mati (kepingan granit) dan beban angin
(wind load) serta penggunaan epoxy glue yang tidak mencukupi.

Rajah 6

Rajah 7

Rajah 8

Rajah 9

Rajah 5 : Pelan Tampak Belakang bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan

Rajah 9b : Kebanyakkan kepingan granit pada tiang masjid terkopak, bulging & melengkung kerana
tiada bracket sokongan di bahagian tepi kepingan granit dan epoxy glue yang tidak mencukupi.

19 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

7.0 RUMUSAN PENEMUAN PEMERIKSAAN

Berdasarkan pemeriksaan visual ini, berikut merupakan hipotesis/ keberangkalian punca bagi setiap

kerosakan berikut:

BIL. BANGUNAN/ JENIS TAHAP PUNCA KEROSAKAN/ Catatan

BLOK KEROSAKAN/ KEROSAKAN/ KECACATAN

KECACATAN KECACATAN

1. Blok Utama Kemasan KRITIKAL i. Kegagalan epoxy glue Perlu
yang menjangkau tempoh tindakan dan
Masjid granite jaminan. langkah
pembaikan
Sultan cladding ii. Impak luar seperti beban segera bagi
angin melebihi keupayaan semua panel
Salahuddin yang sokongan sistem sub- dinding luar
struktur sedia ada. (dry yang masih
Aziz Shah tertanggal mechanical installation) belum
bracket & bracing dilaksanakan
adalah kerja
iii. Penyediaan dan lokasi pembaikan.
melibatkan bracket dan bracing@
dowel pin bagi
dinding luar menyokong panel granit
tidak sesuai dan tidak
seperti mencukupi.

copping, iv. Pemasangan bucu
copping bagi panel
dinding dan menegak dan mendatar
adalah tanpa pin
tiang. sokongan.

v. Penggunaan bahan
bracket selain daripada
stainless-steel
menyebabkan ia berkarat.

vi. Kedudukan pemasangan
lug/wir/suspended dowel
rods hooked bagi panel
bawah copping adalah
tidak sesuai &
penggunaan epoxy glue
yang tidak mencukupi.

Antara faktor lain juga adalah berkemungkinan workmanship /mutu kerja pemasangan yang tidak
mengikut method statement, jenis dan kualiti bahan (aksesori seperti steel dowel rods, suspended
hooked, lokasi dan bilangan pemasangan ‘L’ bracket tidak mencukupi, pemasangan epoxy glue
yang tidak sempurna & tidak mencukupi, serta faktor pengembangan dan pengecutan jubin akibat
perubahan suhu dan beban angin yang mungkin tidak diambilkira semasa penentuan jenis
pemasangan bracket dan dowel rods/pin tersebut.

20 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

8.0 PENGESYORAN

8.1 Berdasarkan pemeriksaan visual dan fizikal yang telah dilaksanakan, tahap kerosakan
komponen granit yang dilaporkan adalah pada peringkat kritikal di mana panel granit boleh
tertanggal/jatuh dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa sekiranya kegagalan kemasan
ini berulang. Maka, tindakan pencegahan dari segi pembaikan secara menyeluruh
(jangkamasa panjang) atau pun berperingkat (jangkamasa pendek) yang melibatkan penutupan
kawasan di sekitar bangunan adalah mandatori untuk dilaksanakan.

8.2 Tindakan pencegahan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku dan risiko
kehilangan nyawa adalah MANDATORI sebelum kerja-kerja pembaikan granite secara
berperingkat dan menyeluruh dilaksanakan.

8.3 Bagi menangani masalah kepingan granit jatuh, tertanggal dan bulging (membonjol@
melengkung) pejabat ini mencadangkan pengesyoran seperti berikut.

8.3.1 Pengesyoran jangkamasa pendek:

i. Kenalpasti kepingan granit yang tertanggal, hilang, pecah, dan jatuh. Cadangan
penggantian dan baikpulih perlulah merujuk kepada Laporan Bahagian Kepakaran
Konservasi, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR.

ii. Kenalpasti kepingan granit yang longgar dan bracket yang tidak kukuh di bahagian
dinding dan tiang. Semua kepingan granit yang longgar perlu dibuka dan diikat
semula menggunakan method statement sediada yang dipersetujui oleh JKR dengan
penambahbaikkan lokasi dan bilangan ‘L’ bracket dan bracing (steel dowel rods/pin)
serta tambahan epoxy glue yang diiktiraf.

Rajah 10 :
Pemasangan kepingan granite menggunakan dry method installation
(sumber surfaces – Maxi Stone Sdn. Bhd)

21 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

Rajah 11 :

Contoh lokasi / susunan

dan bilangan ‘L’ bracket

yang perlu bagi

pemasangan kepingan

granit menggunakan dry

method installation.

(sumber surfaces - Maxi

Stone Sdn. Bhd)

iii. Kepingan granite di bahagian copping perlulah dipasang semula mengikut method
statement yang dipersetujui JKR (adhesive simen mortar) dengan merujuk kepada
JKR Standard Specification for Building Works 2020 (JKR20800-0226-20) atau edisi
terkini bagi jenis pemasangan wet method installation. Copping perlu dipasang
segera bagi mengelakkan kerosakan pada lapisan konkrit, ‘L’ bracket dan bracing
(steel dowel rods/pin) sediada yang terdedah kepada cuaca.

iv. Penambahan pin dan epoxy glue yang diiktiraf diperlukan pada bahagian atas dan
bawah serta penyambungan bucu bangunan/coping di mana panel granit bertemu
pada sudut 90 darjah. Antara sambungan yang boleh digunakan adalah quirk miter
joint (Rujuk Rajah 10, Sumber Vertical Surfaces: Marble Institute of America)

Rajah 12 : Pemasangan Panel granit di bahagian bucu bangunan
(Sumber Vertical Surfaces : Marble Institute of America)

22 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

8.3.2 Pengesyoran jangkamasa panjang:

i. Perlaksanaan pemeriksaan keadaan bangunan (Building Condition Assessment)
terutama pada bahagian yang menggunakan kemasan granit dan marble perlu untuk
semakan kepada aspek integriti dan stability.

ii. Kesemua panel granit yang masih belum dibuat kerja pembaikan perlu dikenalpasti
supaya semua keadaan penyambung seperti steel bracket adalah tanpa karat dan
masih kukuh di permukaan struktur bangunan asal dan juga di bahagian penyokong
panel.

iii. Pemasangan suspended hooked dowel rods/lug/wire bagi kesemua bahagian copping
perlu diperiksa semula dan dipastikan supaya pemasangannya mengikut method
statement yang dipersetujui JKR bagi mengoptimumkan sistem sokongan suspended
hooked dowel rods/lug/wire dengan horizontal granite.

iv. Pemasangan asal epoxy glue yang tidak sempurna dan telah melangkaui tempoh
waranti hendaklah digantikan dan ditambahbaik dimana penggunaannya perlu
dipastikan mengikut method statement yang dipersetujui JKR serta mengikut
kesesuaian yang disyorkan oleh pihak pembekal granit bagi membenarkan
pengembangan dan pengecutan bahan tersebut.

v. Pemasangan semula sistem sokongan yang menggunapakai stainless steel bracket
dan lug/ wire hendaklah ditambahbaik lokasi dan bilangannya dengan mengambilkira
operasi pengguna di mana bagi bahagian yang kerap digunakan oleh orang
awam/servis (kerja mencuci bangunan) serta bahagian copping hendaklah
mengambilkira beban tambahan selain daripada deadload dan windload panel granit
semata-mata. Cadangan penambahbaikan panel granit daripada pembekal
hendaklah mendapat pengesahan jurutera profesional yang berdaftar.

vi. Penambahan pin dan Epoxy@Marble Glue juga diperlukan pada semua bahagian
atas dan bawah serta penyambungan bucu bangunan/coping di mana panel granit
bertemu pada sudut 90 darjah. Antara sambungan yang boleh digunakan adalah
quirk miter joint (Rujuk Gambar 27, Sumber Vertical Surfaces: Marble Institute of
America)

23 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

Rajah 12a : Pemasangan Panel granit di bahagian bucu bangunan
(Sumber Vertical Surfaces : Marble Institute of America)
vii. Cadangan tambahan juga diberikan bagi menggantikan sistem pemasangan granit
sedia ada berdasarkan pemerhatian di tapak yang bergantung kepada penggunaan
epoxy glue yang hanya berpotensi untuk gagal setelah melampaui tempoh warranti.
Walau bagaimanapun, terdapat pemasangan alternatif bagi kerja pemasangan panel
granit yang tidak bergantung kepada epoxy glue seperti system Back Anchor &
Stainless Steel Clip for Blind Connection on CMU/CONCRETE
(Rujuk Rajah 13 : Sumber Vertical Surfaces: Marble Institute of America) dan
Fischer system (Sumber Laporan Stone Empire). Rujukan: Guideline on ceramic tiles
installation (JKR 20802-0011-09).

28

Rajah 13 :
Pemasangan tanpa
menggunakan bahan
adhesive (sumber
surfaces - Marble
Institute of america

24 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

Rajah 14 :
Pemasangan tanpa
menggunakan bahan
adhesive (sumber
surfaces - Marble
Institute of america

9.0 KESIMPULAN
9.1 Kemasan Panel Granit

9.1.1 Berdasarkan kepada pemeriksaan di tapak, pemerhatian visual tanpa ujian pemusnahan
(non destructive test) serta penilaian bagi sebahagian lukisan terbina, kerosakan bagi
komponen Granit adalah di peringkat KRITIKAL dan memerlukan kerja pembaikan
SEGERA mengikut cadangan seperti di atas melibatkan semua bahagian copping,
dinding, dan tiang di bangunan Masjid Sultan Salahhuddin Aziz Shah, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Kerja pembaikan hendaklah dilakukan dengan kadar segera
dengan mengambilkira tempoh jaminan/waranti daripada pihak pembekal / kontraktor.

9.1.2 Bangunan adalah dalam keadaan tidak selamat yang berisiko tinggi untuk digunakan
terutama bagi kawasan perimeter luar bangunan di mana ia boleh mendatangkan risiko
kehilangan nyawa sekiranya kegagalan panel granit berlaku. Maka, tindakan pencegahan
bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku adalah MANDATORI selagi kerja
pembaikan granite secara menyeluruh tidak diselesaikan.

25 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

9.1.3 Antara tindakan pencegahan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut;
i. Menyediakan physical barrier dengan jarak selamat dan mengikut keperluan
Department of Occupational Safety And Health (DOSH), Kementerian Sumber Manusia
Malaysia. Notis peringatan yang jelas juga perlu disediakan supaya orang awam tidak
berada dalam lingkungan kawasan barrier berkenaan pada hari-hari biasa mahupun
sewaktu suatu acara berlangsung.

ii. Menyediakan horizontal safety netting bagi semua laluan melibatkan akses keluar
masuk pejalan kaki dan kenderaan untuk menahan panel granit yang berpotensi untuk
jatuh. Kaedah pemasangan juga hendaklah mendapat pengesahan jurutera bertauliah
yang dapat mengesahkan ketahanan pemasangan dengan mengambilkira pengiraan
beban dan aras pemasangan panel yang tertinggi. Penyediaan safety netting yang
dilaksanakan perlu memastikan tiada lantunan panel berlaku ke bahagian luar netting.

iii. Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang telah dibuat, faktor penggunaan
bangunan oleh orang awam dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan juga
merupakan faktor penting dalam memastikan jangka hayat kemasan luar bangunan
dapat dipanjangkan. Kerja pembaikan dan pemasangan panel granit perlu
mengambilkira kriteria seperti load impact dan data iklim berkaitan angin dan hujan
serta disahkan oleh jurutera bertauliah.

9.2 Kaedah pembaikan dan tindakan pembetulan terbaik perlu diambil dengan mengambilkira
spesifikasi teknikal, kos, jangkamasa dan kaedah/ teknik pembaikan. Pemilihan kaedah
pembaikan yang paling berkesan perlulah menjadi keutamaan bagi memastikan masalah
sama tidak berulang. Segala pengesyoran bahan binaan yang dicadangkan adalah tidak
tertakluk kepada pembekal yang dicadangkan/dinyatakan dalam laporan ini.

9.3 Kerja pembaikan bagi komponen granit mestilah mengambilkira tempoh jaminan/ warranty
daripada pembekal sekurang-kurangnya 10 tahun atau setara dengannya. rujuk JKR Standard
Specification for Building Works edisi 2020 (JKR20800-0226-20) /edisi terkini.

9.4 Penyelenggaraan berkala akan dapat memastikan bangunan ini dapat berfungsi dengan
baik, sesuai untuk diduduki dan dapat mengelakkan masalah yang melibatkan keselamatan
dan kesihatan terutamanya kepada pengguna bangunan dan orang awam.

26 | U F C A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

Disediakan oleh Disemak oleh:

······················�·········· {EN. MOHAMMAD ALIAS BIN KHAIRUDDIN)
{EN. MOHD NOR SAHRUL BIN MD ALI) Arkitek Kanan
Arkitek Unit Forensik Senibina
Unit Forensik Senibina Sahagian Kepakaran Pembangunan Lestari
Sahagian Kepakaran Pembangunan Lestari Cawangan Arkitek IPJKR
Cawangan Arkitek IPJKR

Disahkan oleh:

G RAZIDAH BT RASHID)
Pengarah
Sahagian Kepakaran Pembangunan Lestari
Cawangan Arkitek IPJKR

I27 u F c A

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

i|UFCA

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR
PADA 11 NOVEMBER 2021 (SKOP SENIBINA)

LAMPIRAN A

Contoh Kaedah Pemasangan Kepingan Granit
(daripada Maxi Stone Marketing Sdn. Bhd)

i|UFCA

Maxi Stone Marketing Sdn Bhd (1076581-v)

No.5, Jalan Industri PBP 3, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.
Tel : +603 8060 1117 (Hunting) Fax : +603 8060 6555 (Sales) / +603 8060 1551 (Acc)
eMail : [email protected] URL : www.maxistone.com.my
GST Reg. No : 001468481536

THE PURPOSE OF THE METHOD STATEMENT

The purpose of this Method Statement is to describe the steps involved in wall fixing
system namely Fish-Tail & Snake-Tail system.

Metals used for the realization of the various components comprising the fixing system
shall possess special features which, in addition to assuring a satisfactory mechanical
resistance, shall also be immune to the varying forms of corrosion, in order to withstand
both the static and dynamic load conditions to which they are subject throughout
installation and the harmful atmospheric conditions which may arise as well, with
extreme sturdiness and security.

For this reason, the material most commonly-advised for the realization of a complete
set of fixings is Stainless steel which, in addition to guaranteeing optimum mechanical
resistance features, is suited to satisfactory resistance.

Several combinations of different metals may be acceptable, provided that the designer
is aware of the specific environmental conditions, and that the combination is
compatible with the same.

Maxi Stone Marketing Sdn Bhd (1076581-v)

No.5, Jalan Industri PBP 3, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.
Tel : +603 8060 1117 (Hunting) Fax : +603 8060 6555 (Sales) / +603 8060 1551 (Acc)
eMail : [email protected] URL : www.maxistone.com.my
GST Reg. No : 001468481536

STEP NO. 1- RECOGNISE THE TYPE OF WALL
 Stone fixed to concrete wall
 Stone fixed to hollow block wall
 Stone fixed to solid block
 Stone fixed to composite substructure

Type of wall
When natural or reconstituted stone has been chosen as a cladding material، It is
necessary to give consideration to the following key areas for the purposes of choosing
the most appropriate fixing system:
1) Type of structural material (e.g. concrete/block)
2) Design of cavity (e.g. ventilated/full fill insulation)
3) Design of stone joint (e.g. open/closed)
4) Size of stone (e.g. thickness/panel size)
5) Design duration of building

Maxi Stone Marketing Sdn Bhd (1076581-v)

No.5, Jalan Industri PBP 3, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.
Tel : +603 8060 1117 (Hunting) Fax : +603 8060 6555 (Sales) / +603 8060 1551 (Acc)
eMail : [email protected] URL : www.maxistone.com.my
GST Reg. No : 001468481536

STEP NO. 2- FIXINGS SYSTEM

The fixing systems for building cladding are composed of several elements (angles,
expansion bolts, screws, nuts, washers, etc), each of which shall present the appropriate
mechanical features in respect to the requirements posed by the specific project.

Any type of cladding, once fixed, is subject to two primary types of load:

 Permanent load (the dead load), due to the weight of the cladding itself,
 Variable load (applied loads), due to the wind, thermal expansions, seismic

motions, etc.

The design for the supporting structures of buildings claddings should be based on some
basic principles :

a) The type and the material of the structure to which the cladding is to be anchored
(concrete, hollow brick, etc).

b) The type and the dimention to be fixed.

c) The forces to which the building itself may be subject (winds of particular intensity,
seismic activity, etc).

d) The environmental surroundings in which the building is located, paying particular
attention to harmful atmospheric conditions which may be found in industrial, marine or
other areas.

e) Arrangement of panel anchor in vertical or horizontal joints.

The awareness and a complete analysis of these factors are necessary conditions for the
correct planning, in order to guarantee the highest safety levels possible.

Maxi Stone Marketing Sdn Bhd (1076581-v)

No.5, Jalan Industri PBP 3, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.
Tel : +603 8060 1117 (Hunting) Fax : +603 8060 6555 (Sales) / +603 8060 1551 (Acc)
eMail : [email protected] URL : www.maxistone.com.my
GST Reg. No : 001468481536

STEP NO.3- INSTALLATION METHOD

The principle installation phases of a set of fixings for cladding are represented as follows:

1) Accurately locate the position of the drilling hole.

2) Drill a hole of the required depth and diameter.

3) Insert the expansion bolt into the hole and cause it to expand by screwing down the
nut A.

4) To regulate the distance from the wall to the angle, rotate screw B, while keeping the
nut A locked tightly in position. If necessary, to facilitate the operation, loosen the nut A,
which will be re-tightened at the end of the operation.

5) Tighten the lock-nut C for the final locking of the angle in the desired position.

6) Insert the pin in the angle to match the hole in the cladding slab.

Maxi Stone Marketing Sdn Bhd (1076581-v)

No.5, Jalan Industri PBP 3, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.
Tel : +603 8060 1117 (Hunting) Fax : +603 8060 6555 (Sales) / +603 8060 1551 (Acc)
eMail : [email protected] URL : www.maxistone.com.my
GST Reg. No : 001468481536

STEP NO.4- MOUNTING INSTRUCTIONS

Arrangement of fixing system in vertical joint

 Take exact measurements of the building, allowing for existing tolerances.
 Make sufficiently large recesses in thermal insulation for natural-stone anchors.

Drill out anchor-pin holes and remove drilling dust.
 Erect support frame for bottom row of panels.
 Panel mounting starts at the left edge of the building. Mount from left to right

and from bottom to top.
 Place first natural-stone panel on an anchor in horizontal joint and underlay with

wedge.
 Wet anchor holes and fill with cement mortar.
 Insert anchor in the two anchor holes.
 Put anchor pin through anchor and push into sliding sleeve. There shall be a

clearance of about 2mm in the sleeve for the anchor pin. Leave clear space of at
least 2mm on side (sliding-sleeve side) when inserting anchor.
 Pack mortar in anchor hole and re-insert cut-out thermal insulation for exact fit.
 Fill anchor holes of second panel with mortar, and then mount second panel, etc.

Maxi Stone Marketing Sdn Bhd (1076581-v)

No.5, Jalan Industri PBP 3, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.
Tel : +603 8060 1117 (Hunting) Fax : +603 8060 6555 (Sales) / +603 8060 1551 (Acc)
eMail : [email protected] URL : www.maxistone.com.my
GST Reg. No : 001468481536

Mounting at right edge of building:

 Anchor last panel but one at right edge, with pins on one side in vertical joint. -
Mount last panel at right building-edge on 2 support anchors in horizontal joint.

Maxi Stone Marketing Sdn Bhd (1076581-v)

No.5, Jalan Industri PBP 3, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.
Tel : +603 8060 1117 (Hunting) Fax : +603 8060 6555 (Sales) / +603 8060 1551 (Acc)
eMail : [email protected] URL : www.maxistone.com.my
GST Reg. No : 001468481536

Arrangement of fixing system in horizontal joint

 Take the exact measurements of the building façade, allowing for existing
tolerances.

 Cut out recesses in thermal insulation, sufficiently large for natural-stone anchors.
 Drill anchor holes and remove drilling dust.
 Erect support frame for bottom row of panels.
 Wet anchor holes and fill with cement mortar.
 Insert support anchor for bottom row of panels and underlay with wedges.
 Pack cements mortar in anchor holes. Insert cut-out thermal insulation for exact fit.
 Drill anchor-pin holes in first-row panels and fill with mortar. Insert sliding sleeve at

top and then place natural-stone panel on support anchor; align top edge of panel
and fix provisionally and with wall hook, etc.
 Insert support anchor for second row of panels.
 Provide clear space of 2mm between top edge of bottom row of panels and
support anchor of second row.


Click to View FlipBook Version