LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
3.0 ULASAN PENEMUAN
Berdasarkan pemeriksaan visual ini, berikut merupakan ulasan keberangkalian punca bagi setiap
penemuan berikut:
3.1 GFRC Retak dan Subframe GFRC Berkarat
Keretakan GRFC mungkin berpunca daripada beberapa aspek antaranya:
i. Pemasangan Silikon pada kawasan penyambungan GFRC mungkin kurang sempurna
atau telah tamat tempoh jangka hayat bahan.
ii. Sub-frame GFRC yang dipasang mungkin tidak mampu menanggung beban GFRC dan
terdapat perubahan daya yang berlaku menyebabkan besi bengkok dan keretakan pada
GFRC.
iii. Jenis Sub-frame GFRC yang digunakan tidak tahan karat.
iv. GFRC dipasang tanpa mengambil kira ‘wind load’ persekitaran yang berhampiran pantai.
3.2 Dinding Kaca (Tempered Glass Curtain Wall) Retak dan Penyusupan Air Melalui
Penyambungan Bingkai Dinding Kaca.
Dinding kaca retak mungkin disebabkan oleh kerosakan pemasangan dan perincian yang tidak
betul sebagaimana butiran pengeluar. Persentuhan langsung kaca dengan elemen dekoratif
(GFRC) juga mungkin penyebab keretakan tersebut.
Penyusupan air melalui bingkai tingkap kaca pula berlaku mungkin disebabkan oleh kegagalan
sealant.
3.3 Siling Gantung (Strip Ceiling) Tertanggal
Siling tertanggal mungkin disebabkan oleh pemasangan tidak mengikut spesifikasi atau perincian
bahan tidak sesuai untuk lokasi bangunan di kawasan berhampiran pantai.
3.4 Pemeleh (Expanded Polystyrene (EPS)) Tertanggal Oleh Angin Kuat.
EPS amnya lebih ringan berbanding GFRC ataupun konkrit. Pemilihan bahan pemeleh perlu
mengambil kira beban angin di persekitaran dan perlulah digantikan dengan bahan binaan yang
lebih tepat.
16 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
4.0 PENGESYORAN TEKNIKAL
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi kerosakan tersebut adalah seperti berikut:
4.1 GFRC Retak dan Subframe GFRC Berkarat
i. Silikon perlu diperiksa dan ditukarganti baru. Penyelenggaraan berkala hendaklah
mengikut cadangan daripada pengeluar.
ii. Perincian teknikal/ shop drawing oleh pembekal diperlukan bagi memastikan Sub-frame
GFRC yang dipasang mampu menanggung beban GFRC dan menahan perubahan daya
akibat ‘wind load’ persekitaran yang berhampiran pantai.
iii. Pemasangan GFRC perlulah mengikut perincian pengeluar dan mestilah daripada jenis
tahan karat dan mematuhi standard yang diiktiraf. Sub/ main frame hendaklah
menggunakan Mild Steel Hot Dipped Galvanized.
Contoh butiran GFRC di bahagian ‘cornice’. Sumber: GFRC Facade (M) Sdn. Bhd.
17 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
Penyambungan antara konkrit dengan GFRC hendaklah dipasang
dengan Sikahyflex-140 atau setaraf
Contoh butiran di bahagian penyambungan GFRC yang menggunakan sealant (SIKA HYFLEX-140)
bersama dengan backer rod. Sumber: GFRC Facade (M) Sdn. Bhd.
18 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
Contoh perincian GFRC yang menggunakan perincian menggunakan Hot Dip Galvanised Mild steel (H.D.G
M.S.) bagi komponennya seperti Flex Anchor, SHS Steel Sub-frame, M.S. L-Bracket, Bolt & nut dan stud
anchors supaya tahan karat. Sumber: GFRC Facade (M) Sdn. Bhd.
19 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
4.2 Dinding Kaca (Tempered Glass Curtain Wall) Retak Dan Penyusupan Air Melalui
Penyambungan Bingkai Dinding Kaca.
Kaca yang retak perlu ditukar ganti baru dan dipasang dengan sempurna sebagaimana
dinyatakan dalam Spesifikasi Piawai JKR di bawah Section E: Wall System dan butiran
pengeluar. Perincian/ butiran pengeluar diperlukan pada bahagian terlibat supaya kaca tidak
bersentuhan secara langsung dengan bahan GFRC bagi mengelakkan kaca retak.
Selain itu, sealant pada penyambungan kepingan kaca (glass wall) dan penyambungan pada
rangka dinding kaca di bahagian luar dan dalam bangunan perlu dibuat semula bagi mengelakkan
penyusupan air, udara dan kerosakan keretakan apabila berlakunya pengembangan dan
penguncupan kaca dan sebagainya. Antara bahan sealant yang boleh digunakan adalah seperti
berikut:
Silicone sealant (Sikasil-701 (black)) atau setaraf boleh dipasang semula pada permukaan dinding kaca
di bahagian luar bangunan bagi menggantikan sealant asal yang telah rosak.
20 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
Silicone sealant (Sikasil-701) atau setaraf boleh dipasang semula pada penyambungan kaca dengan
bingkai dinding kaca pada bahagian dalam bangunan bagi menggantikan sealant asal yang telah rosak.
Sealant (Sikahyflex-140) atau setaraf boleh dipasang semula pada penyambungan konkrit dengan
bingkai dinding kaca pada bahagian dalam bangunan bagi menggantikan sealant asal yang telah rosak.
21 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
4.3 Siling Gantung (Strip Ceiling) Tertanggal
Pemasangan siling hendaklah merujuk kepada Spesifikasi Piawai JKR untuk kerja-kerja
bangunan sepertimana yang telah ditetapkan di bawah Section I: Ceiling Works dan Garis
Panduan Pembinaan Pesisiran Pantai (GPPP).
Spesifikasi Piawai JKR di bawah Section I: Ceiling Works
4.4 Pemeleh (Expanded Polystyrene (EPS)) Tertanggal Oleh Angin Kuat.
Merujuk Garis Panduan Pembinaan Pesisiran Pantai (GPPP) 2020, pemilihan kemasan
dan elemen bumbung perlu menitikberatkan faktor berkaitan:
i. Tiupan angin kencang (uplift pressure) dan hujan lebat (rujuk Jabatan Meteorologi
Malaysia untuk butiran data kelajuan angin tempatan).
ii. Udara masin dari laut menjadi penyebab pengaratan bahan (material rusting),
terjadi hasil daripada tindak balas elektrokimia.
22 | U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
5.0 KESIMPULAN
Antara punca utama penyebab kerosakan GFRC adalah perincian dan spesifikasi pemasangan
GFRC kurang sesuai untuk bangunan di persisiran pantai selain kerosakan sealant (sila rujuk
Lampiran C) yang umumnya telah tamat tempoh jangka hayat sebagaimana dilaporkan dalam
laporan ini.
Selain itu, masalah lain yang dimaklumkan oleh pihak pelanggan disertakan pada Lampiran B
untuk makluman dan tindakan pembaikian lanjut pihak berkaitan.
Oleh itu, pembaikan GFRC perlulah mengambilkira kesemua aspek yang dinyatakan di dalam
laporan ini supaya kerosakan dapat diatasi dengan efisyen dan berkesan. Bersama-sama laporan
ini disertakan anggaran kos bagi kerja-kerja pembaikan yang disediakan oleh pengeluar seperti
di Lampiran sebagai rujukan.
Disediakan oleh : Disemak oleh:
(NIK FARAH ELINA BT N. RAMZI SHAH) (MOHAMMAD ALIAS BIN KHAIRUDDIN)
Arkitek Arkitek Kanan
Unit Forensik Senibina Unit Forensik Senibina
Bahagian Kepakaran Pembangunan Lestari Bahagian Kepakaran Pembangunan Lestari
Cawangan Arkitek IPJKR Cawangan Arkitek IPJKR
Disahkan oleh:
(DATIN Ar. YONG RAZIDAH BT RASHID)
Pengarah
Bahagian Kepakaran Pembangunan Lestari
Cawangan Arkitek IPJKR
23| U F C A
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
LAMPIRAN A
i| L A M P I R A N
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
LAMPIRAN B
LAIN-LAIN MASALAH REKABENTUK (BUKAN SKOP FORENSIK) YANG DILAPORKAN
PENGGUNA
MASALAH:
Akses ke bumbung rata menara kawalan sukar dibuka dan boleh
mendatangkan kecederaan.
KETERANGAN:
Akses tidak praktikal dan membahayakan (apabila siling dibuka) kerana
jika tidak berhati-hati bucu yang tajam boleh mengenai kepala dan
mencederakan seseorang.
CADANGAN PENYELESAIAN:
- Cadangan semula rekabentuk
ii | L A M P I R A N
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
LAMPIRAN C
ULASAN DAN CADANGAN OLEH PEMBEKAL SEALANT: SIKA KIMIA SDN BHD
PROBLEM :
EXTERIOR
SEALANT ON
GLASS
SIKA SOLUTION : To reseal the
exterior joint of glass with Silicone
Sealant Sikasil- 701 (black)
PROBLEM :
INTERIOR VIEW OF
CURTAIN GLASS
WITH LEAKAGES
SIKA SOLUTION : To reseal the
joint of glass with Silicone Sealant
Sikasil-701
iii | L A M P I R A N
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
PROBLEM : INTERIOR
VIEW OF CURTAIN
GLASS WITH
LEAKAGES
SIKA SOLUTION : To reseal the joint of
glass with Silicone Sealant Sikasil-701
PROBLEM : INTERIOR
VIEW OF CURTAIN
GLASS WITH
LEAKAGES
SIKA SOLUTION : To reseal the joint
between Concrete and window frame
using Sikahyflex-140
iv | L A M P I R A N
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
PROBLEM : WATER
SEEPAGES FROM
JOINTING
SIKA SOLUTION : Concrete repair ,
replace aluminium frame and reseal
back using Sikahyflex-140
(Between Concrete and aluminium
frame) and Sikasil-701 (between
glass and aluminium)
PROBLEM :
DETERIORATION OF
JOINT BETWEEN
GFRC AND AND
CONCRETE SLAB
SIKA SOLUTION : Concrete repair
then To reseal the joint between
Concrete and GFRC using
Sikahyflex-140 system.
v| L A M P I R A N
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BAGI MASALAH GRC PANEL DAN KERAWANG DI KOMPLEKS MENARA KAWALAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (SKOP SENIBINA)
PROBLEM : RE-
WATERPROOFING
THE RC FLAT ROOF
SIKA SOLUTION :
Option 1 : Polyurea
Waterproofing using
Sikalastic 853R-AP
Option 2: Sikalastic 110
Concealed system
PROBLEM :
ACCESS TO RC
FLAT ROOF
SIKA SOLUTION : To reseal the
joint between Concrete and metal
using Sikasil-701
vi | L A M P I R A N
LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN
DAN FASILITI BERKULAT, USANG SERTA
BERISIKO KESIHATAN DI UKM, KAMPUS
BANGI, SELANGOR
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA Tel . : (03) 2616 5045 – Pengarah Kanan
CAWANGAN ARKITEK Faks : (03) 2616 5200 – Pentadbiran
Ibu Pejabat JKR Malaysia
: (03) 2691 9011 – Telefonis Ibu Pejabat
Aras 7-13, Menara Tun Ismail Mohamed Ali Fax : (03) 2697 7430 – Pengarah Kanan
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur : (03) 2697 7424 – Pentadbiran
Web : www.jkr.gov.my.
Rujukan Kami : (23) JKR.CA.26/31/B/001
Tarikh : 19 Ogos 2021
Pengarah
Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur.
(U/p : Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria)
Tuan,
TAJUK : UKM – MENAIK TARAF BANGUNAN DAN FASILITI BERKULAT, USANG
PER SERTA BERISIKO KESIHATAN DI KAMPUS BANGI
: Pengemukaan Laporan Pemeriksaan Forensik (Skop Senibina)
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas dan keperluan untuk pemeriksaan
Forensik Senibina melalui Mesyuarat Penyelarasan serta surat dengan No. Rujukan:
(1)JKR(CA)12/PENTD.Jld.19 bertarikh 03 Mac 2021 adalah berkaitan.
2. Bersama-sama ini disertakan Laporan Pemeriksaan Forensik (Skop Senibina) bagi
masalah kulat di bangunan-bangunan yang telah diperiksa di dalam kampus UKM, Bangi untuk
perhatian dan tindakan selanjutnya pihak Tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
@. (DATIN Ar. YONG RAZIDAH BT. RASHID)
Pengarah
Bahagian Kepakaran Pembangunan Lestari (BKPL)
b/p: Pengarah Kanan
Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Rujukan Kami : (23) JKR.CA.26/31/B/001
Tarikh : Ogos 2021
EDARAN DALAMAN:
1. Arkitek Penguasa Kanan
BRBF Pendidikan Tinggi
Cawangan Arkitek
Ibu Pejabat JKR Malaysia.
(u/p: Ar. Rinna Siow)
s.k:
1. Pengarah Kanan
Cawangan Arkitek
2. Pengarah Reka Bentuk 1
Cawangan Arkitek
3. Pengarah Reka Bentuk 2
Cawangan Arkitek
4. Fail
(23) JKR.CA.26/31/B/001
LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN DAN FASILITI
BERKULAT, USANG SERTA BERISIKO KESIHATAN DI UKM,
KAMPUS BANGI PADA 19 APRIL 2021
(SKOP SENIBINA)
Disediakan Oleh :
UNIT FORENSIK SENIBINA
BAHAGIAN KEPAKARAN PEMBANGUNAN LESTARI
CAWANGAN ARKITEK
IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
MENARA TUN ISMAIL MOHAMED ALI
NO.25, JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR
OGOS 2021
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN MUKA
1.0 SURAT
2.0 PENDAHULUAN
3.0 3
4.0
5.0 MAKLUMAT AM PROJEK/ BANGUNAN 3
6.0
OBJEKTIF PEMERIKSAAN 5
7.0
SKOP DAN LIMITASI PEMERIKSAAN 5
8.0
METODOLOGI PEMERIKSAAN 5
9.0
INPUT PELANGGAN 5
6.1 Lokasi kejadian Tumpahan sisa bahan kimia di aras L, Blok Kimia pada 21 7
Ogos 2019 dan kejadian Siling runtuh di dalam stor kimia (L128) Blok Kimia 8
pada 05 November 2019.
6.2 Lokasi kejadian Banjir di bangunan di Aras G,1,2 dan 3, Blok Kimia pada 12
Mei 2020
PENEMUAN PEMERIKSAAN 10
7.1 Blok Biologi 10
7.2 Blok Kimia 20
7.3 Kompleks Penyelidikan 35
7.4 Bangunan Inbiosis dan Bangunan Stor (tambahan) 40
7.5 Blok Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 46
7.6 Blok Canselori 50
7.7 Bangunan Kedekanan Fakulti Sains dan Teknologi 52
7.8 Blok Sel Fuel 57
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN REKABENTUK DAN RUJUKAN TEKNIKAL 59
8.1 Faktor Pembentukan Kulat 59
8.2 Strategi Rekabentuk untuk Pencegahan Kulat 60
KESIMPULAN 70
LAMPIRAN : 1-L
A. Procedures for Mold Remediation (EPA Guideline) 6-L
11-L
B. Lampiran Lakaran Info Tambahan pada Pelan oleh Wakil UKM
37-L
C. Senarai Semak Menangani Kulat di Bangunan Kerajaan
D. Laboratory Design and Maintenance: Laboratory Biosafety Manual Fourth 47-L
65-L
Edition and Associated Monograph
E. The Sustainable Laboratory Handbook: Design, Equipment and Operation.
SENARAI RUJUKAN
2|
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
1.0 PENDAHULUAN
Unit Forensik Senibina, Cawangan Arkitek (UFCA) telah menerima permohonan bantuan
khidmat nasihat berkaitan kerja-kerja forensik dan isu kulat bagi Projek Menaik Taraf
Bangunan dan Fasiliti Berkulat, Usang serta Berisiko Kesihatan di Kampus UKM Bangi
daripada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) melalui Arkitek
Penguasa Kanan, Cawangan Arkitek menerusi memo bertarikh 03 Mac 2021 dengan
Rujukan Fail: (1)JKR(CA)12/PENTD.Jld.19.
Sehubungan itu, wakil UFCA telah hadir ke sesi pra-lawatan tapak yang dianjurkan oleh
Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan pada 24 Mac 2021 dan lawatan tapak serta mesyuarat
penyelarasan pada 1 April 2021.
Susulan itu, satu perbincangan dan sesi temu bual bersama pihak pelanggan kemudiannya
diadakan pada 19 April 2021 di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM yang dihadiri oleh:
BIL. NAMA JABATAN /AGENSI
1. Nik Farah Elina bt. Nik Ramzi Shah Arkitek,
2. Ahmad Faaris b. Suden UFCA, JKR
3. Dr. Wan Nur Aini bt. Wan Mokhtar Arkitek,
4. Kamarul Hatta b. Abu UFCA, JKR
5. Muhammad Mukhriz Arief b. Zulkarnain FST (Kimia), UKM
6. Muhammad Syahidi b. Hasbullah FST (Biologi), UKM
Prasarana – UKM
Prasarana – UKM
Melalui perbincangan tersebut, pihak UKM telah membekalkan pelan, input-input berkaitan dan
juga maklumat tentang beberapa kronologi insiden yang pernah berlaku dan telah direkodkan.
2.0 MAKLUMAT AM PROJEK/ BANGUNAN
Butiran Projek:
Nama Bangunan Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun Dibina/ Siap (CPC) 1970
Kaedah Perlaksanaan Konvensional (Perunding)
Pelanggan Kementerian Pengajian Tinggi
Kerosakan Mula Dikesan 2015 (tindakan gotong-royong pembersihan dan cat)
2016: Kulat yang agresif sehingga kini
3|
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Lokasi blok/ bangunan yang diperiksa, Universiti Kebangsaan Malaysia:
Gambar 1: Lokasi blok-blok bangunan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diperiksa.
Bangunan
Biologi
Jabatan Sains
Kimia
Gambar 2: Lokasi Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - sumber Google Maps
4|
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
3.0 OBJEKTIF PEMERIKSAAN
Matlamat utama lawatan pemeriksaan adalah untuk menentukan perkara berikut;
- Mengenalpasti masalah kulat dan punca pada komponen senibina yang dilaporkan.
- Mengesyorkan cadangan teknikal dan kaedah pembaikan kerosakan yang dikenalpasti.
4.0 SKOP DAN LIMITASI PEMERIKSAAN
Skop pemeriksaan tertumpu kepada perkara berikut:
- Bahagian atau ruang yang boleh diakses.
- Pemeriksaan berdasarkan lukisan dan maklumat yang diberikan.
- Pemeriksaan tidak melibatkan ‘destructive test’.
5.0 METODOLOGI PEMERIKSAAN
Metodologi pemeriksaan yang digunakan adalah seperti berikut:
- Menjalankan pemeriksaan secara visual dan dengan peralatan seperti Protimeter dan Laser
Distance Meter.
- Mengadakan perbincangan/ temubual dengan pihak pengguna dan pasukan rekabentuk
Arkitek bagi mengenal pasti latar belakang bangunan dan kategori kerosakan.
6.0 INPUT PELANGGAN
Berdasarkan laporan perunding yang dilantik UKM, terdapat beberapa punca yang telah
dikenalpasti penyebab berlakunya kulat seperti penggunaan Asbestos, faktor berkaitan sistem
hawa dingin berpusat, pencemaran bahan kimia dan pengubahsuaian secara dalaman.
Sewaktu sesi temu bual dijalankan, dimaklumkan terdapat beberapa insiden dari tahun 2016
sehingga tahun 2020 yang pernah direkodkan di Jabatan Kimia yang mungkin turut menyumbang
kepada pembentukan kulat seperti berikut:
No. Tarikh Insiden Lokasi Minor/
1 16 Jun 2016 Pelepasan Bahan Kimia Trimethylamine (TMA) Tumpahan major
2 19 Ogos 2016 Major
3 23 Nov 2016 Tumpahan Pelarut Dietil Eter Makmal
4 21 Jun 2017 Tumpahan Asid Nitric 3129 Minor
Tumpahan Toluene Diisocyanate (TIA)
Makmal Minor
2124
Major
Koridor
aras 2
Aras L
5|
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
5 21 Ogos 2019 Tumpahan sisa bahan kimia Aras L Minor
6 5 Nov 2019 Minor
Kronologi Insiden: Pelapor membawa turun 2 Aras L
7 3 Mac 2020 botol sisa kimia (2.5l + 2.5l) dengan Minor
8 12 Mei 2020 menggunakan troli melalui lif utama menuju ke Bilik alat Major
aras L dan ke pintu masuk kaca berdekatan bomb
kedai keska. Semasa memusingkan troli untuk
menarik turun troli dari arah belakang, 2 botol calorimeter
sisa kimia tersebut tergolek jatuh lalu pecah di (G101)
laluan hadapan pintu masuk kaca.
Siling runtuh di dalam stor kimia (L128) Aras G,1,2
Kronologi Insiden: Kontaktor yang membuat dan 3
kerja menanggalkan saluran exhaust fan, di atas
bumbung stor kimia (L128) pergi ke aras L yang
kemudiannya disusuli beberapa orang
kakitangan UKM untuk melihat punca elektrik
terputus di aras L dan keadaan di dalam stor
kimia. Setelah pintu stor dibuka, didapati siling
dan lampu stor runtuh. Terdapat 2 botol bahan
kimia o-Anisidine (2x 500ml) telah jatuh dan
pecah di atas lantai dan beberapa botol bahan
kimia organik juga jatuh ke lantai tetapi tidak
pecah. Kerja-kerja pembersihan berkaitan
kemudiannya dilakukan dengan sewajarnya.
Letupan dan percikan semasa menjalankan
amali menggunakan alat bomb calorimeter
Banjir.
Kronologi Insiden: Pemeriksaan keselamatan
Bangunan Sains Kimia telah diadakan pada 12
Mei 2020 (Selasa) dan didapati banjir telah
berlaku di beberapa kawasan melibatkan Aras
G, 1, 2 dan 3. Punca banjir adalah daripada salur
paip kebuk wasap di Makmal Penyelidikan 3144
yang telah reput dan pecah. Akibat daripada itu,
ruang koridor Aras 3 iaitu bilik-bilik pensyarah
bernombor dari 3149 hingga 3155 dan makmal-
makmal penyelidikan bernombor dari 3140
hingga 3146 telah terjejas. Selain itu, air juga
telah memasuki saluran telefon (sepanjang
koridor berkenaan) lalu mengakibatkan banjir
berlaku di beberapa kawasan lain iaitu:
a) Paras G: Galeri JSK
b) Paras 1: Pejabat Am Kimia, Bilik Cetak
dan Pantry, Koridor Makmal 1122,
Makmal 1122 (Bahagian Hadapan)
c) Paras 2: Koridor di sayap Makmal
Penyelidikan (2147, Bilik Elektrik, 2149)
dan koridor sayap tengah Berhampiran
Bilik Kuliah 2125)
d) Paras 3: Koridor di sayap tengah
berhampiran Makmal 3129
Banjir juga mengakibatkan beberapa siling
rosak dan pecah dan telah dimaklumkan untuk
penggantian siling. Punca utama kebocoran air
telah ditutup. Kerja-kerja pembersihan telah
dilakukan termasuk bilik-bilik pensyarah yang
terjejas dengan bantuan pekerja pembersihan.
Jadual: Senarai Kes Tumpahan Bahan Kimia Bangunan Kimia 2016 – 2020
6|
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Berdasarkan senarai kes tumpahan bahan kimia di Bangunan Kimia 2016 – 2020, 3 kes (No.5, 6
dan 8) adalah berkait rapat dengan rekabentuk yang mana susunatur ruang perlulah mematuhi
standard operasi dan penyenggaraan yang bersesuaian agar insiden sebegitu tidak berulang.
Lokasi beserta gambar insiden (daripada pihak UKM) adalah seperti berikut:
6.1 Lokasi kejadian Tumpahan sisa bahan kimia di aras L, Blok Kimia pada 21 Ogos 2019 dan
kejadian Siling runtuh di dalam stor kimia (L128) Blok Kimia pada 05 November 2019.
7|
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
6.2 Lokasi kejadian Banjir di bangunan di Aras G,1,2 dan 3, Blok Kimia pada 12 Mei 2020.
8|
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
9|
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
7.0 PENEMUAN PEMERIKSAAN
Jadual di bawah menunjukkan lokasi serta maklumat bagi ruang-ruang yang telah dilawati
7.1 BLOK BIOLOGI
LOKASI/ ARAS Dewan Kuliah / Tingkat bawah
KOMPONEN Siling dan dinding
KECACATAN/ Kulat dikesan pada sebahagian besar siling dan dinding
KEROSAKAN Kulat turut menjangkiti perabot.
KETERANGAN Perebakan kulat mungkin disebabkan oleh faktor kelembapan tinggi kerana
ruang ini dikatakan pernah banjir.
Dimaklumkan terdapat juga air yang keluar daripada dinding berkemungkinan
berpunca daripada air bawah tanah (di bawah tangga) atau air hujan yang
bertakung di tangga bersebelahan dewan kuliah yang menyerap masuk melalui
dinding ke ruang dewan.
Perincian kalis air (waterproofing) pada dinding mungkin telah rosak.
10 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Dewan Penceramah (052)
11 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
LOKASI/ ARAS Koridor (032), Pejabat Pengurusan Paku Pakis (034) dan Covered Way / Tingkat
KOMPONEN bawah
KECACATAN/ Dinding dan siling
KEROSAKAN
Kulat hijau dikesan pada sebahagian besar dinding koridor.
Bingkai siling mempunyai kesan berkemungkinan hasil daripada tindak balas
kimia.
Pemilihan bahan untuk kemasan siling tidak bersesuaian dan perlu ditukarganti
dan diperincikan semula mengikut standard dan spesifikasi yang tepat.
Kulat mungkin merebak disebabkan oleh kelembapan persekitaran yang tinggi
KETERANGAN kerana berhampiran laluan aliran air (Alur Ilmu) yang melalui bangunan.
Pengudaraan yang kurang baik mungkin penyumbang kepada masalah kulat.
Bangunan Alur Ilmu
Biologi Covered way
Jabatan
Sains Kimia
12 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Koridor (032)
Pejabat Pengurusan Paku Pakis (034) Covered Way
13 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
LOKASI/ ARAS Makmal Genetik Cendawan / Tingkat Tiga
KOMPONEN Siling
KECACATAN/
KEROSAKAN Siling berkulat
KETERANGAN Hanya satu panel siling yang berkulat dengan aktif dan tiada sumber kelembapan
yang dapat dilihat dengan nyata.
Kulat mungkin terjadi disebabkan aktiviti/operasi di bawahnya.
14 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
LOKASI/ ARAS Bilik Stor (056), Makmal Proxima (057), Bilik AHU (088), Bilik Penyulingan (092),
KOMPONEN Koridor (070) / Aras 1
KECACATAN/
KEROSAKAN Dinding, pintu lantai dan siling
Kesan air (water mark) dari tempias hujan pada ‘half wall’ koridor.
KETERANGAN Kulat menjangkiti kebanyakan dinding yang ditandakan.
Kesan tempias air pada koridor
Kesan ‘water ponding’ dan algae pada scupper drain.
Kulat dan kotoran pada dinding koridor
Masalah berulang walaupun hampir setiap tahun dinding dicat semula sejak
kulat mula dikesan.
15 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Pada dinding hadapan bilik Stor (056) dan pintu Makmal Proxima (057)
Koridor (070)
Pintu bilik AHU (088) Kulat pada siling di depan Bilik Penyulingan (092)
16 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
LOKASI/ ARAS Aras Bumbung
KOMPONEN
Bumbung
KECACATAN/ Paip sesalur kebuk wasap berkarat dan mungkin tidak disenggara dengan baik.
KEROSAKAN Kesan water ponding pada bumbung rata dan box gutter
Rekabentuk saluran keluar (spout pipe) perlu dikaji semula.
KETERANGAN Paip sesalur kebuk wasap dari makmal tidak disenggara dengan sempurna/
merujuk standard rekabentuk makmal.
Kesan karat di beberapa kawasan pada saluran perpaipan daripada makmal
mungkin boleh mengundang risiko buruk dan perlu dipertimbangkan semula
dalam rekabentuk.
Sub-komponen bumbung dan kemasan bumbung seperti Flashing telah
berkarat dan waterproofing didapati telah rosak
Terdapat kesan water ponding dan kotoran dalam box gutter.
Penyenggaraan kawasan bumbung yang kurang baik boleh menyebabkan
risiko kebocoran bumbung.
Sistem paip sesalur kebuk wasap didapati telah berkarat di beberapa lokasi dan terdapat juga paip
keluar yang tidak disalurkan dengan sempurna (free fall)
17 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Sistem saluran/ paip mungkin perlu diatur dan direkabentuk semula
Water proofing didapati telah rosak, Flashing sudah berkarat dan box gutter tidak disenggara
dengan sempurna
18 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Sesalur paip kebuk wasap dari makmal-makmal yang kurang disenggara dengan baik (berkarat,
bocor dan bengkok)
Air hujan daripada bumbung tidak disalurkan terus ke longkang (final discharge).
19 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
7.2 BLOK KIMIA (Rujuk lampiran lakaran info tambahan pada pelan oleh wakil UKM)
LOKASI Tingkat Bawah
KOMPONEN
KECACATAN/ Dinding dan siling
KEROSAKAN
Kulat
KETERANGAN Kelembapan
Spesifikasi dan rekabentuk bilik setor
Dinding dan siling berkulat di Tingkat Bawah berkemungkinan spesifikasi/
perincian dinding tidak mematuhi perincian dinding bilik 8 jam atau 24 jam
berhawa dingin.
Terdapat kulat di sekitar paip disyaki berpunca daripada kebocoran paip.
Setor simpanan barangan kegunaan makmal tidak disimpan dengan kemas dan
sempurna berkemungkinan tidak mematuhi kehendak menentang kebakaran
dan juga Standard penyimpanan bahan kimia.
Lokasi kawasan yang diperiksa
20 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Pengezonan ruang berhawa dingin
dinding Makmal tahun 1B (030) bersebelahan bilik 12 jam berhawa dingin dan dinding
berhampiran saluran berkulat
21 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Pengezonan ruang berhawa dingin
Kebanyakan kawasan dinding Walkway (059) dan machine (056) berkulat.
22 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Kulat dikesan pada dinding Bilik peniup kaca (052)
Kulat pada dikesan pada dinding Bilik instrumen (053) terutamanya sekitar saluran paip. Mungkin
terdapat kebocoran pada paip yang mengakibatkan kelembapan dan perlu dibaiki dan
direkabentuk semula dengan sistematik berdasarkan standard bersesuaian.
23 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Pengezonan ruang berhawa dingin
Lokasi kawasan pemeriksaan
24 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Dinding di sekitar kawasan ruang legar 133 didapati berkulat. Lokasi ini pernah mengalami banjir
sebagaimana dilaporkan dalam kronologi insiden di Bangunan Kimia pada 12 Mei 2020
Dinding r (113) (bilik senior lecturer) yang mempunyi pintu ke makmal mempunyai sistem operasi
penyaman udara yang tidak sama. Perebakan kulat mungkin disebabkan oleh pengezonan ruang
penyaman udara dan perincian bilik 8jam/12jam penyaman udara.
25 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Koridor (100) dikatakan pernah terkesan akibat kebocoran paip.
26 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Ruang legar (092)
Dinding luar (104) berkulat dan mungkin pernah berlaku kebocoran di sekitar dinding berhampiran
siling. Spesifikasi ruang A/c pump room juga perlu merujuk standard atau rujukan rekabentuk
pihak mekanikal.
Dinding luar (121) berkulat. Semakan terhadap operasi penyaman udara dan spesifikasi untuk
makmal mematuhi standard yang bersesuaian adalah perlu.
27 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Siling luar (121)
Dinding dan siling dalam dan luar makmal (121) berkulat mungkin disebabkan penggunaan sistem
penyaman udara yang berbeza dan perincian ruang tidak mematuhi spesifikasi ruang 24jam / 8jam
penyaman udara.
28 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
LOKASI Aras Bawah dan “tunnel”
KOMPONEN
KECACATAN/ Dinding, siling dan lantai
KEROSAKAN
Kulat
KETERANGAN Kelembapan
Hampir keseluruhan kawasan (dinding, siling dan lantai) di kawasan
“tunnel” dan ruang berhampirannya berkulat teruk.
“Tunnel” sentiasa menakung air kotor daripada pelbagai sumber
seperti banjir, kebocoran paip dan sebagainya.
Melalui temubual, wakil UKM memaklumkan bahawa, sistem saliran air
sedia ada masuk ke dalam bangunan, manakala pam yang ada tidak
berfungsi. Paras air yang bertakung dalam bangunan mencecah
sehingga ke paras lutut. Selain itu, air juga masuk dari pelbagai sumber
seperti hujan, “tunnel”, tasik dan lain-lain. Apabila aliran alur air yang
dikenali sebagai “alur ilmu”1 (tasik berhampiran bangunan kimia)
melimpah, airnya dikatakan pernah memasuki ke ruang bawah
bangunan. Air juga keluar daripada tepi (kiri kanan tanah).
Kulat yang terjadi di kawasan “tunnel” mungkin merupakan salah satu
punca utama bermulanya perebakan kulat di bangunan ini.
1 Alur Ilmu adalah aliran sungai kecil berukuran 1.8 km panjang yang dibina dengan simen konkrit
berasaskan saliran semulajadi sejak pembinaan kompleks bangunan pada awal 70-an. Alur Ilmu bermula
dari kawasan Tasik Ghazali berdekatan Fakulti Sains & Teknologi dan mengalir melalui bangunan-
bangunan lain merentasi kampus UKM, Bangi yang akhirnya diluahkan ke Sungai Langat. Ia merupakan
sebuah sistem saliran air yang berfungsi sebagai saliran untuk mengalirkan air hujan dari kawasan sekitar
lingkungan pertama kampus ke Sungai Langat dan juga sebagai sumber air.
29 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Alur Ilmu
Bangunan
Biologi
Jabatan Sains
Kimia
Sumber gambar: UKMTUBE (https://www.youtube.com/watch?v=yExLef3nsn4)
30 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
tunnel
tunnel
31 |
LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK SENIBINA BAGI BANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KAMPUS BANGI
PADA 19 APRIL 2021 (SKOP SENIBINA)
Pada pelan asal, ruang dinyatakan sebagai server room
Kawasan pertemuan dinding dengan siling paling teruk berkulat berkemungkinan terdapat
penyusupan angin di kawasan berkenaan
Siling makmal penyelidikan siswazah (103)
32 |