The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL TERBIT Prosiding Kolokium Kajian Tindakan 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iab-1132, 2021-08-13 05:58:45

FINAL TERBIT Prosiding Kolokium Kajian Tindakan 2021

FINAL TERBIT Prosiding Kolokium Kajian Tindakan 2021

Keywords: Prosiding,Kajian Tindakan,Kolokium pengurusan dan kepimpinan

2021 PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

PROPSIDRINOG KSOLIODKIUIMNG

PENKYOELLOIDKIKIUAMNPKEANJYIAELNIDIKAN

TKINADJAIAKANN 2T0IN21DAKAN

PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN

PENDIDIKAN NORMA BAHARU

Anjuran:

Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan

Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

Tarikh: 21-22 April 2021
Tempat: Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

Azhan Ahmad
[COMPANY NAME] [Company address]

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

PROSIDING
KOLOKIUM PENYELIDIKAN

KAJIAN TINDAKAN
2021

PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
NORMA BAHARU

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

CAWANGAN GENTING HIGHLANDS

21 - 22 April 2021

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Diterbitkan oleh:

INSTITUT AMINUDDIN BAKI
CAWANGAN GENTING HIGHLANDS
(National Institute of Educational Management and Leadership)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sri Layang, 69000 Genting Highlands
Pahang Darul Makmur
Tel: 03-6105 6100
Faks: 03-6105 6299
http://www.iab.edu.my
[email protected]

Urusan Penerbitan oleh:

Jabatan Dokumentasi, Penerbitan dan Promosi
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Genting Highlands
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta Terpelihara @ 2021 Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

Sebarang bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran
atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara
elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut
Aminuddin Baki terlebih dahulu.

Semua kerta kerja yang dibentangkan dalam Kolokium Kajian Tindakan anjuran Institut Aminuddin
Baki Cawangan Genting Highlands, Kementerian Pendidikan Malaysia, Sri Layang, 69000 Genting
Highlands, Pahang.

(e ISBN 978-967-25649-0-4)

Pengurus Penerbitan
Jamilah binti Jaafar, PhD

Pereka Grafik dan Susun Atur Huruf
Azhan bin Ahmad

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

PROSIDING KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2021

PENAUNG

Dato’ Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, PhD
Pengarah Institut Aminuddin Baki

PENASIHAT

En. Zainuren bin Haji Mohd Nor
Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

Kamaruzaman bin Moidunny, PhD
Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

PENGARANG
Semua peserta Kolokium Kajian Tindakan 2021

PENYUNTING

Abd Wahab bin Muda, PhD Norhayati binti Aziz @ Esa
Jamelaa Bibi binti Abdullah, PhD Jamilah binti Jaafar, PhD
Azhan bin Ahmad
Nor Hasimah binti Hashim Meriam binti Allias
Nakoo bin Mustan, PhD Noor Mala binti Othman
Ahmad Sabri bin Abdullah
Norazizah binti Abd Rahman, PhD
Mohd Huzairi bin Mohd Sani, PhD

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

HALAMAN KANDUNGAN

Kandungan i
Kata Alu-Aluan Pengarah Institut Aminuddin Baki iv
Kata Alu-Aluan Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands vi
Kata Alu-Aluan Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kepimpinan
Pendidikan vii

BIL PERKARA MUKA
SURAT
TEMA : KEPIMPINAN DIGITAL
1
1. Sistem PeSiLaGu SMEKTARIAN 8
Haji Mohamad Al-Beari bin Haji Binsin, Fatin Nabila binti Aladin
31
Keberkesanan Membudayakan Prinsip POLC Dalam Komuniti 41
54
2. Pembelajaran ProfesionaL(KPP) Secara Maya 69
Norharlinda binti Harun, Hashim bin Sulong, Azman bin Abdullah, Wan 85
92
Bazlan bin Wan Idris dan Mohammad Shahril Lizan bin Azahan
105
eBeSS Dalam Pengurusan Sekolah 118
127
3. Hanifah bin Hj Veerankutty, Husna binti Muhadzir, Afzan Asyiq binti
Karim, Ainul Aiza binti Karim, Ana Melissa binti Zainal dan Albia

Syuhaida binti Zainon

Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) Dalam Merealisasikan Sekolah

4. Berkualiti Dalam Norma Baharu

Nor Asikin binti Abdullah dan Dr. Yusnita binti Md Yunus

TEMA: PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

5. Touch Your Heart
Jagdave Singh a/l Avtar Singh

SMoCS COM. C

6. Rusmawati Mahmood, Kamal Abdul Nasir Yazid, Mazulizam Ismail, Wan

Ramlah Ton Abdullah, Siti Rafidah Salleh, Abdul Razak Abdullah
Program Adab – 7T Dalam Meningkatkan Kehadiran Murid Tingkatan 5

7. Di SMK Lahat Semasa Pandemik COVID-19

Bainah binti Ab.Dolah

EKSA dan Prestasi Cemerlang Warga Sekolah SK Melangkap Kota

8. Marudu, Sabah.
Atiah binti Hj Awang, Dr. Mohd Azizuan Abdullah, Halim bin Bidin,

Barbara Rantai

Impak Peranan Guru Perpustakaan dan Media Dalam Mempromosikan

9. Gerakan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Murid-Murid SMK Pernu Di
Bawah Program NILAM

Habsah binti Jalani, Haji Jasmi bin Husin

Intervensi Kaunseling Menangani Kekerapan Murid Mencederakan Diri

10. Sendiri Kerana Stres Semasa Tempoh COVID-19

Nurhaiza binti Che Mat

Penggunaan Sistem Easy Order Memudahkan Proses Pengurusan

11. Penempahan Makanan
Md Desa bin Ibrahim

i

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

TEMA: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU 134
Implikasi Reimagining REFLEKSIDEA 2020 Terhadap Pembangunan 151
165
12. Profesionalisme Guru di Daerah Kuala Kangsar 179
Azneezal Ar-Rashid bin Mohd Ramli
191
PLC PP: Inovasi Tapak PLC Berfokus Ke Atas Pelaksanaan PBL STEM 203
13. Yang Berkesan 217
230
Habibah binti Ja’afar 240

Pendekatan Bimbingan GSI Dapat Mengupayakan Guru Untuk 252
14. Meningkatkan Prestasi Murid Sains SPM
263
Hjh. Sabiah bte Ninggal 278
287
Lestarikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Sebagai Wahana 297

15. Kemenjadian Murid
Kiah Anak Sakudan, Noel Jimbai Balang dan Mohamad Faizal bin

Semion

PDP BERKESAN

Meningkatkan Kefahaman Murid Diskalkulia Dalam Asas Pengiraan
16. Operasi Tambah dan Tolak Menggunakan Kaedah Speedline Dots Kulia

Nor Azmidy bin Ismail

Pembelajaran Hibrid Bagi Murid Berkeperluan Khas Dalam

17. Pembelajaran Dandanan Rambut

Rohaya binti Mohd Hatta

VYes: Pembangunan Aplikasi Permainan Interaktif Sebagai Strategi

18. Mengingat Istilah Saintifik Nama-Nama Vitamin Bagi Mata Pelajaran
Sains Rumah Tangga

Noorhidayah binti Ismail, Normah binti Karmani dan Rosmah binti Ishak

19. Elemen Didik Hibur Sebagai Sarapan Minda
Manjulaah a/p Thiruvengadam

ELV-R-CAMP: English Language Virtual-Real Classroom of Arts &

20. Music Pedagogy as the new norm

Jen Renita binti Mappah

Meningkatkan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Secara dalam

Talian Bagi Tajuk Hukum Coulomb Menggunakan Kaedah Penyoalan

21. Sokratik
Nazaruddin bin Zakaria, Siti Farina binti Abdul Shukor, Muhammad

Nazdrin bin Mat Ariffin, Hanna Izzati binti Ramlan, Hairul Faezi bin

Lokman

Meningkatkan Pencapaian Matematik Tambahan Melalui 'The Big
22. Picture'

Chin Siau Ling
Penggunaan Akronim Bagi Meningkatkan Pemahaman Fakta

23. Sejarah 940/2 Tingkatan 6 Atas Ekonomi
Di SMK Dato’ Sedia Raja

Dr. Balakrishnan Govinthasamy

Keberkesanan Penggunaan Baju Inovasi Sistem Pencernaan Dalam PdPc

24. Sains Tahun 3

Ashok Pillai a/l Kuppusamy

Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam Menjawab Soalan Rumusan

25. Bahasa Melayu Tingkatan Empat Menggunakan Teknik RuPaSi

Nurul Izzati Adlina Abdullah

ii

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Pengurusan Teknik Penyoalan Guru Dalam Proses Instruksional

26. Pemulihan Khas Berintegrasikan VAKT 310
321
Nor Bibi Maslina binti Jusoh, Norliza binti Kushairi 333
346
Kesan Pandemik COVID-19 Terhadap Prestasi Bahasa Melayu Di 358

27. Sekolah Kebangsaan Sarang, Kota Belud, Sabah 372

Sinon binti Longguyu 383
398
28. Kad Kalkulator 411
Mohammad Azri bin Ahmad Anuar
417
29. RoFKarF 4.0 (Roda Formula Karangan Fakta 4.0)
Siti Nurjamia’tul Aisyah binti Omar

TKH: Satu Teknik Efektif Menguasai Huruf Tunggal Jawi Dalam

30. Pelajaran Jawi Prasekolah

Farizyan binti Piut, Hairul Faiezi bin Lokman

Meningkatkan Pelibatan Murid Dalam PdPr Dengan Menggunakan
‘Magic Box’
31. Diyana binti Mustapar, Norazwa binti Sani, Roziah binti Omar, Noor

Anita binti Nawi, Muhammad Norakmal Nizam bin Mat Nor

Penggunaan Kaedah UMIBaKaP dan Fail KFC Dalam Meningkatkan

32. Kemahiran Menulis Murid-Murid Tingkatan Empat

Richard Ignacy

Doh Nombor Membantu Kanak Kanak Mengenal dan Membilang

33. Nombor 1 Hingga 10

Noraini binti Andi Arip

Pengaplikasian Teknik BASuH Dalam Menjawab Soalan Kemahiran

34. Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Soalan Pemahaman

Haslindar Nor binti Ismail

Merangsang Ingatan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Dalam

35. Pembelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan Menggunakan
Aplikasi Tik Tok

Nur Hufaidah binti Mohd Najamudin

iii

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

KATA ALU-ALUAN PENGARAH INSTITUT
AMINUDDIN BAKI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Pengarah
dan Salam Sejahtera Institut Aminuddin Baki

Syukur kita kehadhrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya Kolokium
Penyelidikan Kajian Tindakan anjuran Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kepimpinan
Pendidikan (JPPKP), Institut Aminuddin Baki Cawangan GentingHighlands berlangsungpada
21 dan 22 April 2021. Penganjuran kolokium ini merupakan satu langkah positif yang dapat
menggalakkan pembangunan profesionalisme dalam kalangan pengurusan dan kepimpinan
pendidikan, iaitu melalui penyebaran ilmu yang dapat dikongsi bersama sesuai dengan
temanya, iaitu Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Norma Baharu. Pihak IAB
sentiasa mencari ruang dan peluang bagi mengangkat hasil Penyelidikan Kajian Tindakan
dalam kalangan warga pendidikan untuk dikongsi dan disebarluaskan kepada seluruh warga
pendidikan melalui hasil penyelidikan dan pengalaman pemimpin semasa menerajui organisasi
mereka dalam era Pandemik COVID-19.

Aktiviti penyelidikan melalui pelaksanaan Kajian Tindakan di peringkat sekolah sudah
sekian lama disebar luas untuk bacaan dan rujukan bagi tujuan penambahbaikan amalan yang
sedia ada. Bahkan, aktiviti ini tidak pernah terhenti kerana pemikiran manusia sentiasa
inginkan sesuatu penyelesaian yang dapat mengatasi maslah yang sedang dihadapi. Justeru,
lahirlah percambahan ilmu dengan pelbagai idea dan inovasi melalui pelbagai elemen baharu
sesuai dengan perkembangan dunia terkini dan memenuhi keperluan pendidikan pada masa
hadapan. Penyelidikan Kajian Tindakan dalam kalangan warga pemimpin sekolah wajar diberi
perhatian kerana resolusi daripada hasil penyelidikan yang diperoleh secara langsung di
peringkat sekolah (lapangan sebenar) mampu membawa perubahan baharu kepada aspek
kepimpinan dan pengurusan pendidikan terutama dalam mengoperasikan organisasi.

Bermula pada 18 Mac 2020, Prosedur Operasi Standard (SOP) terhadap semua aktiviti
dan pergerakan rakyat dari sektor yang bukan beroperasi kepada penjanaan ekonomi negara.
telah dilaksanakan bagi mengelak penularan penyakit berjangkit COVID-19. SOP KPM turut
memberi garis panduan khusus bagi mengurangkan gejala penyakit berjangkit dalam kelangan
warga sekolah. Sehingga kini, SOP terus dilaksanakan dengan penataran norma baharu.
Justeru, ramai dalam kalangan penyelidikmenatarkan pelbagai isu pendidikan khususnya yang
melibatkan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) melibatkan pembelajaran murid
secara dalam talian yang perlu dilaksanakan bagi kelangsungan pendidikan. Walaupun begitu,

iv

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
sekolah tetap memainkan peranannya bagi merealisasikan pembelajaran secara berterusan
walaupun masih lagi berdepan dengan isu COVID-19.

Melalui kolokium ini, diharapkan hasil perkongsian ilmu ini dapat menemui satu titik
baharu dalam usaha membudayakan pemikiran warga pendidikan mencapai objektif
penyelidikan sekali gus mewarnai dunia pendidikan melalui gabungan idea yang baharu,
inovatif dan kreatif bagi menangani cabaran pendidikan yang semakin kompleks.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas
kepada pihak penganjur kolokium ini dan IAB Cawangan Genting Highlands kerana dapat
melaksanakan inisiatif ini dan diharapkan usaha yang murni ini dapat diteruskan dalam
beberapa siri yang akan datang. Sekian, terima kasih.

YBHG. DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS
Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

v

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

KATA ALU-ALUAN PENGARAH IAB
CAWANGAN GENTING HIGHLANDS

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
dan Salam Sejahtera

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan
Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands atas usaha
menjayakan Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan pada tahun ini. Setinggi-
tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua pembentang kertas kerja dan peserta yang
telah memberi komitmen tinggi dalam menjayakan kolokium ini yang julung kali diadakan.

Abad ke-21 menjadikan dunia semakin mencabar. Ledakan teknologi pada zaman
Revolusi Industri 4.0 ketika ini dan ketidaktentuan dunia atau dikenali sebagai VUCA
WORLD ditambah lagi dengan cabaran pandemik COVID-19 yang melanda telah menuntun
kita ke suatu dunia yang luar biasa. Namun, kita tidak dapat mengelak malah perlu mendepani
arus globalisasi melalui kaedah pendidikan yang relevan dengan norma semasa. Justeru, tema
kolokium pada kali ini, iaitu Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Norma Baharu
sangat bertepatan dengan situasi semasa.

Sekolah, sebagai pusat pemikiran yang menghasilkan kemenjadian murid yang syumul
dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seharusnya lebih fleksibel, adaptatif dan
inovatif dalam mendepani arus globalisasi. Manakalapara pendidik pula perlu bersegera dalam
mempersiap diri dan minda dengan pengetahuan baharu agar lebih bersedia dengan karakter
generasi millennial yang intim dengan teknologi dan lebih jagat. Sehubungan dengan itu,
Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan ini diharapdapat menjadi platformperkongsianhasil
penyelidikan kajian tindakan serta inovasi baharu dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah
selari dengan tuntutan norma semasa.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua barisan kepimpinan pendidikan agar sentiasa
peka dan cakna dengan perubahan zaman serta berupaya mengadaptasi situasi semasa dengan
membina kerangka baharu yang relevan. Selaku pemimpin pendidikan, kita harus menangani
ketidaktentuan ini dengan wadah yang bijaksana dan wasilah yang terpimpin.

ZAINUREN BIN HJ. MOHD NOR
Pengarah
Institut Aminuddin Baki,
Cawangan Genting Highlands

vi

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
dan Salam Sejahtera

Kolokium ini dijalankan dengan hasrat untuk mendapatkan Ketua Jabatan
pengalaman pemimpin sekolah melaksanakan dan mengoperasikan

institusi mereka dalam bentuk penyelidikan kajian tindakan.

Objektif kolokium ini adalah untuk menggalakkan perkongsian hasil penyelidikan kajian

tindakan pengurusan dan kepimpinan pemimpin sekolah dalam situasi norma baharu dan

memberi peluang kepada pemimpin sekolah berkongsi hasil inovasi dari kajian tindakan untuk

kepentingan bersama.

Sehubungan dengan itu, Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
menganjurkan Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan kepada semua warga pemimpin
pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menghimpunkan beberapa hasil
penyelidikan kajian tindakan yang bertemakan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Norma
Baharu. Kolokium ini juga diharapkan akan menjadi platform kepada pemimpin sekolah
membangunkan kompetensi melalui perkongsian hasil penyelidikan kajian tindakan serta
inovasi norma baharu dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih
dan penghargaan tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kolokium
Penyelidikan Kajian Tindakan Bil 1/2021 khususnya kepada semua AJK Kolokium dan Jabatan
Penyelidikan dan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan IAB Cawangan Genting Highlands
selaku penganjur yang telah bekerja keras mempastikan kolokium ini dapat dijalankan dengan
sempurna bermula daripada kerangka konsep, prosedur dan tatacara sehinggalah kolokium ini
berupaya dilaksanakan. Terima kasih atas komitmen dan integrasi padu semua pihak.

Sekian, terima kasih.

YBRS. DR. ABDUL WAHAB BIN MUDA
Ketua Jabatan
Jabatan Penyelidikan dan
Pembangunan Kepimpinan Pendidikan

vii

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

PeSiLaGu SMEKTARIAN PENGURUSAN SISTEM LAPORAN PDPR GURU SMK
TAMAN RIA TUARAN

HAJI MOHAMAD AL-BEARI BIN HAJI BINSIN,
Pengetua, SMK Taman Ria Tuaran, Sabah
[email protected]

FATIN NABILA BINTI ALADIN
[email protected]

Guru Penolong, SMK Taman Ria Tuaran, Sabah

Abstrak
PeSiLaGu SMEKTARIAN (Pengurusan Sistem Laporan PdPR Guru SMK Taman Ria Tuaran).
Secara ringkasnya, sistem ini bertujuan untuk meninjau, merekod dan menganalisis setiap data
guru yang telah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta bagi
mengatasi masalah untuk penyediaan keabsahan data dalam laporan PdPR guru. Kebelakangan
ini pentadbir menghadapi masalah dalam penyediaan laporan PdPR. Hal ini berlaku kerana,
segala rekod PdPR guru tidak tersusun dan sukar untuk mengetahui peratus serta jumlah guru
yang telah melaksanakan PdPR. Selain itu, data Pelaksanaan PdPR guru sukar dicari serta
laporan analisis pelaksanaan PdPR guru sukar disediakan. Kaedah yang digunakan ialah secara
kualitatif yang melibatkan pemerhatian. Dari sudut perspektif terdapat empat objektif PeSiLaGu
iaitu menyediakan maklumat dan laporan PdPR guru yang lebih sistematik; memastikan rekod
PdPR guru disediakan pada waktu ditetapkan; memastikan guru melaksanakan PdPR harian;
memastikan rekod yang tepat digunakan untuk proses membuat keputusan (decision making).
Seramai 60 guru SMEKTARIAN yang terlibat tidak termasuk 2 orang guru kaunselor dalam
penghantaran laporan PdPR dalam PeSiLaGu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PeSiLaGu
mampu merekodkan dan menganalisis segala data laporan PdPR guru SMEKTARIAN dengan
teratur dan lebih sistematik. Dapatan PeSiLaGu SMEKTARIAN juga menunjukkan masih wujud
persepsi positif tentang penggunaan kemudahan ICT (Information and Communications
Technology) Justeru, penggunaan sistem pengurusan ini perlulah didedahkan agar keupayaan
penyediaan laporan PdPR guru tepat dan lebih sistematik. Sistem ini akan menjadi pemangkin
pelaporan tahun 2021, guru akan melaksanakan PdPR khusus kepada semua murid yang
mendaftar masuk sesi persekolahan berkenaan.

Kata Kunci: PdPR, Keabsahan data, Guru, Rekod, ICT

1.0 PENGENALAN

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran(PdP) yang
dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR
boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan
terancang. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh
yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar
negeri (Manual PdPR Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)). PeSiLaGu SMEKTARIAN
merupakan suatu sistem bagi meninjau, merekod dan menganalisis setiap data guru yang telah
melaksanakan PdPR harian serta bagi mengatasi masalah untuk penyediaan keabsahan data
dalam laporan PdPR guru.

Berdasarkan Manual PdPR, KPM dan Garis Panduan Pelaksanaan Tugas di KPM
menjadi salah satu panduan dalam langkah persediaan dan panduan kepada semua warga KPM
bagi pengurusan dalam tempoh pelaksanaan PdPR. Oleh hal demikian, kaedah PeSiLaGu
SMEKTARIAN ini digunakan bagi memastikan guru-guru melaksanakan PdPR serta

1

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

menganalisis data pelaksanaan PdPR setiap guru di SMK Taman Ria, Tuaran. Rentetan itu,
antara medium yang dirangkaikan dalam penyediaansistem PeSiLaGu SMEKTARIAN seperti
Google Data Studio, Google Forms dan Google Sheets. Kaedah ini digunakan bagi
memudahkan pentadbir memperoleh data laporan PdPR yang tepat dan sistematik.

Oleh itu, pentadbir mempunyai tanggungjawab yang penting dalam kepimpinan
sesebuah organisasi. Dalam usaha untuk mencapai keberkesanan di institusi pe ndidikan,
kepemimpinan pengetua sering dilihat sebagai faktor utama. Kajian yang dijalankan oleh
sarjana barat menunjukkan bahawa pemimpin pendidikan yang berkesan adalah terdiri
daripada para pengetua yang dapat memahami peranan yang dimainkan oleh mereka dalam
program pendidikan di sesebuah institusi pendidikan. Mereka bukan sahaja faham, tetapi
bercita-cita tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pencapaian akademik
para murid mereka secara keseluruhan.

Pemimpin yang berkesan adalah terdiri daripada mereka yang tahu menyesuaikan diri
dalam keadaaan yang sentiasa berubah-ubah. Namun begitu, faktor situasi kritikal dalam
kepimpinan pendidikan seperti persekitaran, peranan pemimpin, kerenah kakitangan dan sifat-
sifat organisasi juga perlu diambil kira untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan
(Baharom, Johdi &Noraini,2009). Produktiviti boleh dicapai tanpa kepuasan bekerja dan sering
kali pula kepuasan bekerja tercapai tanpa produktiviti yang tinggi. Oleh sebab itu, ada individu
yang menganjurkan supaya keberkesanan itu diukur daripada keupayaan sesebuah organisasi
mendapatkan dan menggunakan sumber dengan cekap untuk mencapai matlamat organisasi.
Kesimpulannya sesebuah organisasi dikatakan berkesan apabila pekerjanya melakukan tugas
dengan baik dan melakukan tugas yang betul. Rentetan itu, amalan ini memerlukan pemikiran
yang strategik dan latihan yang sesuai dengan jenis kerja yanghendak dilakukan agar mencapai
kejayaan dalam pengurusan organisasi.

Bagi pemimpin-pemimpin yang ingin berjaya dalam abad ke-21, mereka bukan sahaja
perlu mempelajari dari masa lampau, tetapi juga perlu berkembang maju mengikut anjakan
paradigma. Oleh itu, kepimpinan pendidikan yang berkesan adalah memerlukan satu usaha
yang teratur, bersistem, bertatatertib serta optimum yang dapat menyepadukan dan
memanfaatkan semua komponen pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai kejayaan
(Baharom, Johdi & Noraini,2009).

2.0 PERNYATAAN MASALAH

KPM telah memberi perhatian serius terhadap keselamatan, kesejah teraan dan kebajikan
warganya. KPM juga menitikberatkan terhadap tugas pengetua dalam merancang, memantau
dan menyelaraskan pelaksanaan PdPR dalam tempoh Perintah Kawalan fPergerakan. Pada
awalnya, pihak pentadbir menggunakan medium Google Forms sahajasebagai mediumkaedah
pelaporan pelaksanaan PdPR guru. Namun begitu, segala rekod pelaksanaan PdPR harian guru
tidak tersusun dan sukar untuk mengetahui peratus serta jumlah guru yang telah melaksanakan
PdPR kerana pengisian laporan tersebut adalah secara berterusan. Selain itu, pentadbir sukar
mencari dan mengenal pasti data laporan PdPR setiap guru yang telah melaksanakan PdPR.
Misalnya, pentadbir sukar mencari nama guru, bilangan guru mengajar harian mengikut tarikh
dan bilangan PdPR yang telah dilaksanakan oleh setiap guru. Pihak pentadbir keliru di antara
mengurus maklumat yang direkodkan di dalam Google Forms.

Di samping itu, laporan analisis pelaksanaan PdPR guru sukar disediakan kerana
terdapat ketidaktekalan data menyebabkan kesukaran bagi pihak sekolah membuat keabsahan

2

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

data. Hal ini demikian kerana, laporan harian PdPR daripada setiap guru tidak teratur dengan
sistematik setelah mengisi laporan melalui Google Forms.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi meninjau,
merekod dan menganalisis setiap data guru yang telah melaksanakan PdPR serta bagi
mengatasi masalah pentadbir untuk menyediakan keabsahan data dalam laporan PdPR guru.
Garis Panduan Pelaksanaan Tugas KPM telah ditetapkan menjadi salah satu panduan dalam
langkah persediaan dan panduan kepada semua warganya. Manakala, Manual PdPR KPM pula
dirujuk bagi pengurusan dalam pelaksanaan PdPR. Oleh hal yang demikian, Pentadbir sekolah
dikehendaki menyediakan medium pelantar bagi merekodkan laporan guru yang telah
melaksanakan PdPR.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini adalah menyediakan maklumat dan laporan PdPR guru yang lebih
sistematik. Misalnya, dalam proses pengurusan guru yang melaksanakan PdPR, sistem ini
penting untuk merumuskan data yang absah kerana data tersebut akan dianalisis dari masa ke
masa dan di rekodkan.

Objektif kedua kajian ini adalah untuk memastikan rekod PdPR guru disediakan pada
waktu ditetapkan. Hal ini demikian kerana, ketetapan masa dalam pengurusan rekod PdPR
telah ditetapkan bagi memudahkan tugas pentadbir untuk menganalisis. Oleh hal demikian,
guru terikat kepada masa dalam penghantaran laporan PdPR harian bagi memudahkan data
yang disediakan pada masa yang tepat.

Objektif ketiga, sistem PeSiLagu juga adalah suatu sistem yang memastikan guru
melaksanakan PdPR harian. Hal ini demikian kerana, guru yang terlibat PdPR harian perlu
menghantar laporannya pada hari tersebut dan pada tempoh masa yangditetapkan agar laporan
tersebut direkodkan dalam PeSiLaGu. Jika gagal menghantar laporan menyebabkan guru
tersebut direkodkan tidak melaksanakan PdPR bersama murid.

Seterusnya, memastikan rekod yang tepat digunakan untuk proses membuat keputusan
(decision making). Ketepatan data yang direkodkan dapat memberi ketepatan jumlah peratus
guru yang melaksanakan PdPR di sekolah.

5.0 TINJAUAN LITERATUR

Kaedah tinjauan adalah popular dalamkajian pengurusanrekodmenggunakan Information and
Communications Technology (ICT). Pengurusan rekod data dalam pelaksanaan PdPR pada
tempoh PKP adalah suatu anjakan kepada pihak pentadbir untuk menyediakan inisiatif dalam
penyediaan rekod pelaksanaan PdPR norma baharu. Kemajuan teknologi menjadi suatu
komponen penting dalam Sistem PeSiLagu SMEKTARIAN bagi membantu menguruskan
pelaksanaan data pendidikan norma baharu.

3

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan pemerhatian bagi
mengenal pasti inisiatif dalam penyediaan maklumat dan laporan PdPR melalui sistem
PeSiLaGu SMEKTARIAN yang telah dilaksanakan semasa pendemik COVID-19.

6.1 Sasaran Kajian

Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 60 orang guru SMK Taman Ria Tuaran tidak
termasuk 2 orang guru kaunselor.

6.2 Instrumen Kajian

Bagi kajian ini, Instrumen kajian yang digunakan melibatkan tiga medium iaitu Google Forms,
Google Sheets, dan Google Data Studio. Pada awalnya, medium yang terlibat adalah Google
Forms sahaja sebagai pelantar laporan PdPR guru. Seterusnya, medium Google Forms, Google
Sheets, dan Google Data Studio dirangkaikan dalam sistem PeSiLaGu SMEKTARIAN
memberi kemudahan dalam pengurusan rekod PdPR guru.

7.0 PERANCANGAN TINDAKAN

Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah kajian ini berkaitan proses pengurusan laporan PdPR guru
menggunakan Google Forms dengan mengenal pasti cara penambahbaikan terhadap sistem
agar data disediakan adalah tepat dan lebih sistematik. Pemerhatian dilihat melalui proses
penghantaran laporan PdPR secara berterusan daripada setiap guru menggunakan medium
Google Forms. Dapatan menunjukkan data yang direkodkan adalah tidak teratur dan
menyukarkan pihak pentadbir menganalisis data yang dihantar bagi mendapatkan data yang
absah.

8.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang intervensi 1 dan intervensi 2 bagi kajian sistem ini.

8.1 Intervensi 1

Intervensi pertama kaedah digunakan dalam kajian ini hanya melibatkan medium Google
Forms sahaja. Analisis serta pengurusan rekod data dalam GoogleForms sukar disediakan oleh
pentadbir. Pelaksanaan pelaporan menggunakan Google Forms sahaja pada 2 April 2020
sehingga 13 Oktober 2020. Penghantaran melalui medium tersebut menyukarkan pihak
pentadbir menyediakan data yang absah. Hal ini demikian kerana laporan pelaksanaan PdPR
setiap guru tidak tersusun maka sukar menyediakan dan menghitung peratus jumlah guru yang
melakasanakan PdPR pada hari berkenaan. Penggunaan medium ini menyukarkan pentadbir
mencari dan mengenal pasti data laporan PdPR setiap guru yang telah melaksanakan PdPR.
Misalnya, pentadbir sukar mencari nama guru, bilangan guru mengajar harian mengikut tarikh
dan bilangan PdPR yang telah dilaksanakan oleh setiap guru. Pihak pentadbir keliru antara
mengurus maklumat yang direkodkan dalam Google Forms.

4

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Di samping itu, dalam pelaksanaan kajian ini juga penggunaan medium Google Forms,
laporan analisis pelaksanaan PdPR guru sukar disediakan kerana terdapat ketidaktekalan data
menyebabkan kesukaran bagi pihak sekolah membuat keabsahandata. Hal ini demikian kerana
laporan harian PdPR daripada setiap guru tidak teratur dengan sistematik setelah mengisi
laporan melalui Google Forms. Walau bagaimanapun, segala rekod pelaksanaan PdPR harian
guru tidak tersusun dan sukar untuk mengetahui peratus serta jumlah guru yang telah
melaksanakan PdPR kerana pengisian laporan tersebut adalah secara berterusan. Laporan
analisis pelaksanaan PdPR guru sukar disediakan kerana terdapat ketidaktekalan data
menyebabkan kesukaran bagi pihak sekolah membuat keabsahan data. Oleh itu, pentadbir perlu
mengambil inisiatif penambahbaikan terhadap sistem pengurusan laporan PdPR guru.

8.2 Intervensi 2

Intervensi kedua berdasarkan pelaksanaan sistem PeSiLagu SMEKTARIAN, melibatkan tiga
medium yang utama iaitu Google Forms, Google Sheets, dan Google Data Studio.
Perhubungan antara tiga medium ini dapat menganalisis data yang direkodkan dengan teratur
dan lebih sistematik. Pelaksanaan penggunaan Sistem PeSiLaGu bermula pada 14 Oktober
2020 sehingga 26 Mac 2021. Pentadbir akan menetapkan Identity Document (ID) setiap guru
yang ID tersebut akan digunakan setiap kali pengisian laporan PdPR dalam borang di Google
Forms. Kemudian, analisis penghantaran setiap guru akan dipaparkan ke dalam Google Sheets
bahkan dalam Google Sheets juga akan menganalisis jumlah guru yang telah melaksanakan
PdPR dan jumlah guru yang tidak melaksanakan PdPR serta rekod penghantaran seperti masa
guru juga direkodkan bagi memastikan guru tersebut mematuhi peraturan pentadbir dalam
menepati masa penghantaran laporan ke sistem PeSiLaGu SMEKTARIAN. Data tersebut akan
dihitungkan secara automatik maka pentadbir mudah mengenal pasti guru yang tidak
melaksanakan PdPR. Justeru, data yang direkodkan akan dikemaskini ke Google Studio.
Google Studio merupakan tapak utama bagi paparan sistem PeSiLaGu SMEKTARIAN, dalam
Goole Studio terdapat link bagi borang pengisian laporan guru iaitu Google Forms serta
disediakan juga link analisis pelaksanaan PdPR iaitu link akses ke Google Sheets.

Oleh itu, hal ini mencapai objektif sistem ini ditubuhkan, dengan pelaksanaan sistem
ini, dapatlah ditunjukkan keberhasilannya untuk mendapatkan keabsahan data jumlah guru
yang melaksanakan PdPR. Sistem ini akan memaparkan semua rekod data PdPR guru di dalam
Google Data Studio secara automatik bahkan pentadbir dan guru boleh periksa atau lihat
semula laporan yang telah dihantar mengikut nama guru dan tarikh data yang telah dihantar
selepas pelaksanaan PdPR. Pentadbir beroleh data yang absah apabila rekod data pelaksanaan
PdPR akan dikemaskini secara automatik dalam tapak analisis iaitu Google Sheets. Pentadbir
dan guru boleh melihat atau memeriksa keseluruhan laporan yang telah dihantar, dengan
menekan button analisis dalam Google Data Studio. Kemudian, pentadbir dan guru boleh
melihat jumlah dan bilangan PdPR yang telah dihantar bahkan jumlah peratusan semua guru
yang menghantar laporan PdPR juga akan dipaparkan dalam tapak analisis tersebut, maka ini
memudahkan pentadbir.

Selain itu, dapatan kajian seterusnya ialah rekod PdPR guru disediakan pada waktu
ditetapkan. Ini kerana, ketetapan masa dalam pengurusan rekod PdPR telah ditetapkan bagi
memudahkan tugas pentadbir untuk menganalisis. Oleh itu, guru terikat kepada masa dalam
penghantaran laporan PdPR harian bagi memudahkan data yang disediakan pada masa yang
telah ditetapkan. Penghantaran laporan PdPR yang ditetapkan oleh pentadbir pada pukul 8.00
malam kemudian itu pada pukul 8.30 malam akan dipaparkan di kumpulan (group) dalam
aplikasi Whatsapp dan Telegram. Guru yang lewat dan tidak menghantar laporan pelaksanaan

5

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

PdPR, ID mereka akan terpapar dalam tapak status terkini sistem PeSiLaGu SMEKTARIAN
bahkan dalam tapak analisis Google Sheets akan memaparkan warna merah. Sistem ini akan
mendorong guru tersebut amanah dalam menepati masa dalam tempoh penghantaran laporan
PdPR.

Seterusnya, dapatan kajian juga ialah sistem ini juga memastikan guru melaksanakan
PdPR harian. Oleh itu, guru yang terlibat PdPR harian perlu menghantar laporannya pada hari
tersebut dan pada tempoh masa yang ditetapkan agar laporan tersebut direkodkan dalam
PeSiLaGu. Jika gagal menghantar laporan menyebabkan guru tersebut tidak melaksanakan
PdPR bersama murid. Justeru, tapak analisis tersebut akan diwarnakan bagi bilangan PdPR
yang dilaksanakan oleh guru. Misalnya, warna merah menunjukkan guru tersebut tidak
menghantar laporan, warna kuning pula guru yang ada membuat PdPR sebanyak 1 kali
sehingga 5 kali, manakala warna hijau pula menunjukkan bahawa guru tersebut melaksanakan
PdPR lebih daripada 5 kali. Setiap guru mempunyai jadual waktu mengajar harian bagi setiap
kelas dan subjek yang berlainan. Oleh itu, pentadbir mudah mengenal pasti guru yang tidak
melaksanakan PdPR.

Di samping itu, sistem PeSiLaGu SMEKTARIAN juga dapat merekod data tepat yang
akan digunakan untuk proses membuat keputusan (decision making). Ketepatan data yang
direkodkan dapat memberi ketepatan jumlah peratus guru yangmelaksanakan PdPR di sekolah.
Pencapaian sistem merupakan anjakan bagi pengurusan organisasi yang lebih teratur bahkan
suatu komponen yang penting pemangkin kepada pencapaian matlamat bagi setiap sesuatu
organisasi yang diurus sebaiknya serta membuat keputusan rekod PdPR data yang absah akan
dilaporkan bahkan direkodkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD). Oleh itu, sistem ini amat penting dalam melaksanakan decision
making bagi rekod data PdPR.

9.0 REFLEKSI

Refleksi kajian ini, pentadbir beroleh satu data yang absah untuk melihat pelaksanaan PdPR
setiap guru. Data tersebut memberikan impak dalam pengurusan pelaksanaan PdPR. Ini kerana
sebelum ini pentadbir susah membuat analisis dengan Google forms maka wujud perbezaan
dapatan antara data PdPR Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD). Ini membolehkan pentadbir lihat pelaksanaan capai 99% harian manakala JPN telah
merumuskan keseluruhan guru yang terlibat dalamPdPR harian secara 100% sedangkan guru
yang terlibat melaksanakan PdPR berdasarkan jadual waktu harian. Oleh hal demikian, sistem
PeSiLaGu SMEKTARIAN berpotensi menyediakandata yangtepat dan lebihsistematik dalam
pelaporan PdPR guru. Justeru, sistem ini juga memberi banyak pengajaran dan pengetahuan
dalam penggunaan kemudahan teknologi seperti ICT bagi penyediaan rekod laporan tersebut
misalnya PeSiLaGu SMEKTARIAN menunjukkan masih wujud persepsi positif tentang
penggunaan kemudahan Information and Communications Technology (ICT). Kemudahan
teknologi ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam sistem PeSiLaGu SMEKTARIAN
kerana ia memudahkan pentadbir dan guru bagi merekodkan data PdPR dengan lebih produktif
dan sistematik.

6

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

10.0 KESIMPULAN

Kemajuan pesat dalam teknologi maklumat perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya untuk
melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak. Penggunaan
teknologi membantu pengurusan dan pentadbiran di sekolah supaya lebih sistematik dan
canggih. Sistem PeSiLaGu SMEKTARIAN ini membantu pihak pentadbir sekolah dalam
pengurusan organisasi dan penyediaan data pelaksanaan PdPR yang lebih tepat.

PeSiLaGu SMEKTARIAN dibuktikan berjaya kerana SMK Taman Ria Tuaran
mendapat penghargaan sekolah terbaik kerana mencapai Key Performance Indicators (KPI)
Negeri dalam melaksanakan PdPR sepanjangPKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) daripada PPD Tuaran pada bulan Januari hingga Februari tahun 2021 melalui
pengisian link PdPR Jabatan Pelajaran Negeri, Sabah. Tambahan lagi, Sistem PeSiLaGu
SMEKTARIAN juga mendapat pingat medal emas dalam penyertaan International Colloqium
On Education and Social Sciences, pada 21 Disember 2020 dan 22 Disember 2020. Oleh itu,
sistem ini telah menunjukkan prestasi secara progresif bagi mencapai setiap objektif kajian ini
dan sesuai digunakan dalam pengurusan di sekolah.

RUJUKAN

Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh, dan Che Noraini Hashim (2009).
Kepimpinan Pendidikan Berkesan: Prosiding “Seminar Kepengetuaan
KebangsaanKe-V1” – Halatuju Kepemimpinan Sekolah Untuk Penambahbaikan Yang
Mapan –10-12Mac 2009.

Garis Panduan Pelaksanaan Tugas di KPM (2020)
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.ppdpontian.e
du.my/files/tadbir/Garis_Panduan_Pelaksanaan_Tugas_di_KPM_Dalam_Tempoh_P
KPB.pdf&ved=2ahUKEwjN__iQ09XvAhU_zjgGHfxLDDsQFjAEegQIDxAC&usg=
AOvVaw0QD-US_Ggk_L1lw1snwKj7&cshid=16170263154

Manual PdPR KPM (2020)
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.moe.gov.my
/muat-turun/lain-lain/manual-pdp-di-rumah/3727-manual
pdpdr/file&ved=2ahUKEwiD5tqV0NXvAhUbzjgGHWwUDUoQFjAAegQIBRAC&
usg=AOvVaw2EtHZuIlRfHJGdM7_WzJuR

Nurul Ulfa Abd Aziz, Zawiyah M.Yusof dan Umi Asma’ Mokhtar (2011) Aplikasi ICT dalam
Pengurusan Rekod:Kajian Kes Dalam Jabatan Kerja RayaMalaysia .Jurnal Teknologi
Maklumat & Multimedia 10(2011) 21-33

7

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

KEBERKESANAN PEMBUDAYAAN PRINSIP POLC DALAM KOMUNITI
PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) SECARA MAYA

NORHARLINDA BINTI HARUN
Pegawai SISC+ Bidang Bahasa, PPD Rompin, Pahang

[email protected]

HASHIM BIN SULONG, AZMAN BIN ABDULLAH, WAN BAZLAN BIN WAN IDRIS DAN
MOHAMMAD SHAHRIL LIZAN BIN AZAHAN
Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+)
PPD Rompin, Pahang
[email protected]

Abstrak
Pendekatan prinsip POLC (Planning, Organizing, Leading, Controlling) dalam melaksanakan
KPP dibangunkan untuk membantu guru-guru terutama dalam kalangan pemimpin pertengahan
(PP) agar dapat membudayakan amalan KPP ini sebagai strategi pembangunan kompetensi guru
ke arah kemenjadian murid mengikut kitaran pelaksanaan yang lebih sistematik. Pendekatan
prinsip POLC diterapkan sebagai panduan mengurus, memimpin dan mentadbir agar lebih
berkesan dalam pelaksanaan KPP secara maya di sekolah. Selaras dengan hasrat KPM dalam
usaha meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan memperkasakan amalan
KPP dalam kalangan guru. Implikasi positif amalan KPP diharapkan dapat mengaplikasikan
amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015. Kajian ini merupakan kajian tindakan
yang dipraktikkan dalam kalangan SISC+ di Pejabat Pendidikan Rompin semasa melaksanakan
bimbingan ke arah peningkatan kredibiliti Pemimpin Pertengahan (PP) bagi pedagogi
pengajaran, pelaksanaan pentaksiran dan kefahaman penjajaran kurikulum secara dalam talian.
Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pelaksanaan KPP yang tidak terancang
dan sistematik sehingga menjurus kegagalan penyelesaian beberapa isu berkaitan pengajaran
dan pembelajaran berfokus secara maya atau PdPR. Kajian ini dilaksanakan secara berfokus di
13 buah sekolah dalam Program Transformasi Sekolah 2025(TS2025) daripada Kohort 2 hingga
Kohort 5 di daerah Rompin, Pahang melibatkan 52 orang Pemimpin Pertengahan (PP) atau
Ketua Panitia (KP) bagi 4 mata pelajaran teras. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif yang dianalisis melalui dapatan soal selidik pra dan pasca yang
dibina menggunakan aplikasi Google Form. Dapatan kajian ini mampu menjadikan amalan KPP
dilaksanakan secara maya mengikut prinsip POLC sehingga kelemahan dan kebaikan semasa
pelaksanaan PdPR dapat ditambahbaik, dimurnikan, diadaptasikan serta mengenal pasti amalan
terbaik dalam komuniti pendidik sekolah semasa.

Kata Kunci: POLC, KPP, PdPR, Middle Leader Team(MLT), TS2025

1.0 PENGENALAN

Konsep utama Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) atau Professional Learning
Community (PLC) bertumpu kepada perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru,
membina hubungan yang berkualiti, merancangprogram berfokus,mengerakkan sumber sedia
ada di persekitaran atau lokaliti sekolah dan berkongsi kaedah pengurusan kepimpinan dalam
merealisasikan dasar pendidikan negara. Setinta kata daripada Datuk Dr. Amin bin Senin,
mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Professional Learning Community
(PLC) merupakan satu platform untuk guru-guru berkolaboratif secara profesional dan
berkongsi amalan terbaik serta membudayakan KPP untuk melonjakkan kemenjadian murid.
Sejajar dengan ini, amalan KPP perlu dilaksanakan secara konsisten terutama dalam

8

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

mengharungi perkembangan teknologi yangsemakin pesat dan penuh cabaran,terutama dalam
memantapkan pengajaran dan pembelajaran norma baharu. Pelaksanaan KPP ini perlu
menepati kerangka etika kepimpinan dan pengurusan agar segala isu dan masalah yang timbul
dapat diselesaikan secara sistematik, terancang dan fleksibel sesuai dengan lokaliti sesebuah
organisasi. Prinsip pengurusan dalam POLC menekankan tentang kitaran mengurus yang
sistematik meliputi penetapan kerangka kerja dan peluang tindakan secara terancang.
Walaupun prinsip POLC ini didedahkan kepada Guru Besar dan Pengetua dalam menerajui
kepimpinan, namun bagi menyahut cabaran ke arah mentransformasikan pemikiran pendidik,
golongan pemimpin pertengahan juga dianggap adalah sebahagian daripada peneraju
kepimpinan terutama dalam menerajui pembelajaran abad ke-21 dalam norma baharu.

Pemimpin pertengahan terdiri daripada Ketua Bidang, Ketua Panitia Mata Pelajaran,
Guru Cemerlang, Guru Pakar atau Guru Inovasi juga merupakan peneraju pembelajaran di
sekolah. Mereka adalah tunjang kepimpinan bagi mengurus, mengawal, menilai serta
merancang ke arah pembangunan profesionalisme guru sekali gus bertanggungjawab
melahirkan modal insan yang berkualiti dan pembelajaran bermakna. Hal ini selari dengan
pandangan Boyer (2010) bahawa amalan penambahbaikan dalam kalangan komuniti sekolah
berupaya membawa anggota komuniti ke sekolah untuk menyokong usaha ke arah
penambahbaikan sekolah yang melibatkan murid, guru dan pengurusan sekolah. Dalam
konteks pendidikan di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
mendefinisikan KPP sebagai komuniti sekolahyangbersama-sama berusaha secaraprofesional
melakukan penambahbaikan pembelajaran murid melalui lima ciri yang telah dibangunkan
oleh Hord (2004) iaitu perkongsian dan sokongan kepimpinan, perkongsiannilai, misi dan visi,
pembelajaran secara kolektif dan aplikasi, keadaan persekitaran yang menyokong dan
perkongsian amalan individu.

Kesimpulannya, KPP merupakan alat untuk membudayakan penambahbaikan sekolah
bagi menghadapi cabaran dalam meningkatkan pencapaian murid dalam menghadapi norma
baharu. Pelaksanaan KPP secara konsisten dapat membantu guru belajar cara mengajar secara
sistematik melalui aktiviti-akvititi yang relevan walaupun secara dalam talian. Untuk
melaksanakan KPP kerjasama yang padu diperlukan daripada pelbagai pihak dalam komuniti
seperti pentadbir, pengurusan sekolah, masyarakat, ibu bapa, guru -guru dan murid-murid.
Dalam hal ini, KPP bertindak sebagai ejen untuk meningkatkan kemahiran profesional guru
dan perkongsian pengetahuan sesama rakan sejawat secara kolaborasi. Pada akhirnya,
matlamat pelaksanaan KPP adalah untuk meningkatkan keberkesanan guru mengajar dan
supaya murid dapat belajar dengan sempurna dan akhirnya pencapaian mereka dapat
ditingkatkan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkanStandard Kualiti Pendidikan
Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) untuk menggantikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
2003 (SKPM2003) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010). Perubahan
ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan
perkembangan bidang pendidikan semasa. Semua sekolah di bawah KPM akan melaksanakan
Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) menggunakan instrumen SKPMg2 mulai 1 Mac
2017. Penilaian akan dilakukan sepanjang tahun dan semakan hasil penilaian akan dibuat
sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November. Berfokuskan Standard
4 SKPMg2 guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP)
yang berkesan, dalam suasana bersemuka atau dalam talian. Justeru, bermula daripada

9

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

perancangan guru sehingga kemenjadian murid perlu diberi perhatian agar suasana
pembelajaran norma baharu dilaksanakan secara terancang, seimbang dan fleksibel menepati
lokaliti semasa persekitaran pembelajaran. Amalan pengajaran yang tidak terancang
menimbulkan pelbagai isu dalam kalangan ibu bapa dan komuniti setempat. Antara cabaran
murid dalam menghadapi pembelajaran norma baharu ialah ketiadaan dan kekurangan peranti,
masalah capaian internet, ketidakseimbangan tugasan murid, keselarasan pemahaman murid,
isu penyertaan dan kekangan waktu. Para guru menghadapi isu ini setiap hari, disusuli dengan
tindakan dan percubaan berbagai-bagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti Online
(dalam talian dan bersemuka), Offline (menggunakan talian tanpa bersemuka) dan Tutorial
(dalam talian atau luar talian dengan bimbingan on-time). Segala kaedah, teknik, strategi dan
aktiviti yang dilaksanakan dalam kalangan guru mata pelajaran sentiasa meme rlukan
bimbingan terutama daripada SISC+ sama ada bersemuka atau dalam talian agar usaha mereka
berada pada landasan yang betul berdasarkan pengukuran Standard 4 SKPMg2. Bimbingan ini
meliputi pelbagai kaedah disesuaikan dengan situasi semasa dalam norma b aharu. Oleh itu,
KPP secara maya sangat membantu para guru kerana bimbingan dari semasa ke semasa secara
tidak langsung dapat meningkatkan lagi kemahiran PdP, menepati standard penskoran guru
juga amalan terbaik juga dapat dikenal pasti. Bagi menyokong amalan ini, pemimpin dalam
pelaksanaan KPP perlu dibimbing agar mereka dapat menggunakan kerangka POLC dengan
berkesan.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan KPP dan menilai prinsip
POLC yang diamalkan oleh pemimpin pertengahan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:

1. Mengkaji amalan prinsip POLC dalam pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional
(KPP) ke arah pengurusan kepimpinan terancang, sistematik dan fleksibel.

2. Menilai perubahan pengajaran guru melalui amalan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran
Profesional (KPP) yang terancang, sistematik dan fleksibel.

3. Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dalam kalangan
Pemimpin Pertengahan (PP) secara terancang, sistematik dan fleksibel.

5.0 TINJAUAN LITERATUR

Sebagai seorang guru, soalan yang pernah ditanya oleh DuFour (2015) perlu diberi perhatian,
"Adakah guru di sekolah untuk memastikan pelajar diajar, atau memastikan mereka
belajar?"(ms 103). Terdapat perbezaanyangbesar antara silibus yangperlu disempurnakan dan
apa yang dipelajari oleh pelajar (Souhon, 2016). Ramai guru cenderungmengajar pelajar untuk
menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengira tahap pembelajaran dan keupayaan pelajar.
Walau apa jua suasana pembelajaran keutamaan patut diberikan kepada pembelajaran
bermakna supaya penjajaran kurikulum dapat dilakukansesuai dengan perubahan yangberlaku
dalam pendidikan.

Terdapat guru yang terlalu bertumpu kepada pengajaran sendiri dan
mengabaikan keperluan dan kepentingan kepada pembelajaran bermakna. Untuk menjawab

10

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

soalan DuFour tersebut memerlukan perubahan kepercayaan guru dan amalan pengajaran dan
pembelajaran mereka. Menurut Fenstermacher dan Berliner (1983), perubahan guru adalah
penyediaan aktiviti yang dirancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan
pemahaman guru dengan cara yang membawakepada perubahan dalam pemikiran dan tingkah
laku dalam kelas mereka. Perubahan kepercayaan dan pemahaman guru akan menghasilkan
perubahan dalamamalan pengajaran dan pembelajaransama ada bersemuka atau dalam talian.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan terdapat kesukaran perubahan guru dalam
kepercayaan dan amalan mereka terutama untuk menuruti norma baharu dalam pendidikan.
Menurut Tam (2014), guru menentang perubahan kerana mereka kurang motivasi, kurang
pengetahuan dan kepakaran untuk mengubah suai mengikut kurikulum yang sedia ada, mereka
juga mengelakkan pengambilan risiko yang bercanggah dengan amalan mereka sekarang, dan
mengelakkan konflik dalam komuniti guru. Tam (2014) mencadangkan bahawa kerjasama dan
sokongan dalam peningkatan professional dari rakan sebaya dan pentadbir adalah faktor
penting yang mempengaruhi perubahan guru.

Salah satu cara untuk mengubah pemikiran guru adalah melalui program pembangunan
profesional. Pentadbir sekolah sering menganjurkan program di mana guru mendengar secara
pasif kepada orang pakar (Clarke & Hollingsworth, 2002) yang dijemput ke sekolah untuk
memberi ceramah dan mengadakan bengkel bertujuan meneruskan hasrat dalam pembangunan
kompetensi profesionalisme guru-guru. Baru-baru ini terdapat perspektif alternatif
mengenai pembangunan profesional yang memberi tumpuan kepada guru sebagai pelajar dan
sekolah sebagai komuniti pembelajaran (Clarke & Hollingsworth, 2002) dan penggunaanKPP
telah menjadi suatu amalan yang digalakkan di sekolah. KPP adalah model utama yang
djalankan di sekolah untuk penambahbaikanpengajaran dan pembelajarankerana potensi guru
untuk belajar dari satu sama lain dan kos yang agak rendah untuk penglibatan guru secara
bekerja bersama (Alysworth, 2012). Kerjasama profesional, dan peranan profesional yang
diperluas dapat meningkatkan keberkesanan guru secara kumpulan (Kaasila & Lauriala, 2010)
dan ia dapat membantu rakan-rakan untuk meneroka kurikulum baru dan cara pengajaran
(Hindin, Maghribi, Matt, & Aguilar, 2007). Selain itu, guru-guru cenderunguntukmeneruskan
amalan baharu apabila pelajar mereka menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran
(Guskey, 2002).

Kruse, Louis, dan Bryk (1995) ada membincangkan lima ciri KPP: (1) dialog reflektif,
(2) fokus pada pembelajaran pelajar, (3) interaksi antara rakan guru, (4) kolaborasi, dan (5)
norma dan nilai berkongsi. Owen (2014) juga membincangkan ciri-ciri ini dengan menyertakan
wawasan bersama, kerjasama yang kuat, penglibatan dalam aktiviti praktikal bersama,
kepimpinan dan penglibatan yang menyokong pengajaran profesional yang berfokus dan
menghasilkan penyelidikan. Saad, Walsh, Mallaburn, dan Brundrett (2017) telah menjalankan
suatu kajian tempatan dalam kalangan guru sebagai strategi KPP dan dapatan mereka
menunjukkan guru adalah lebih bermotivasi, dapat berkongsi kepakaran dan menyumbang
kepada proses pembangunan kendiri.

Dari segi kepimpinan pula, norma baharu pendidikan turut menerima ketibaan pelbagai
cabaran dan permasalahan yang perlu ditangani denganbijak. Kepimpinanmelibatkan manusia
dan berkait rapat dengan kemanusiaan. Aspek pengurusan manusia adalahfaktor kritikal dalam
kejayaan sesebuah sekolah. Ramaiah (1999), melihat kepimpinan sebagai satu fenomena
proses manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya. Norma baharu
pendidikan mengundang pelbagai masalah dan cabaran, dalam mengurus perubahan dan
inovasi, diversiti, gobalisasi dan pengurusan kualiti menyeluruh memerlukan pemimpin yang

11

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

bijak. Oleh yang demikian, penggunaan strategi yang bersesuaian seperti memperkenalkan
prinsip POLC boleh dijadikan amalan dalam mengatasi kepelbagaian isu dan masalah di
sesebuah sekolah. Walaupun prinsip POLC ini mula diperkenalkan dalam bidang perniagaan,
namun boleh juga disesuaikan dan dilaksanakan dalam institiusi pendidikan, khasnya dalam
pengurusan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP). Analogi Lautan Biru menggambarkan
potensi ruang yang begitu besar yang belum diterokai dan strateginya sangat sistematik dan
sesuai dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah, iaitu pasaran baharu yang meninggalkan
pesaing yang tidak lagi relevan dengan mencipta inovasi yang lebih menguntungkan
sekolah. Kejayaan dalam Strategi Lautan Biru telah dapat diamalkan oleh jabatan lain seperti
Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan sejak diperkenalkan oleh kerajaan
dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2009 oleh Perdana Menteri kita. Maka tiba masanya
strategi ini diberi penekanan secara meluas dalam dunia pendidikan walaupun secara tidak
langsung amalan prinsip POLC ini telah dilaksanakan dalam perancangan strategik di
peringkat sekolah.

Di sinilah kebijaksanaan pemimpin menjadi ciri penting dalam melaksanakan strategi
yang sesuai. Sergiovanni (1984), melihat kepimpinan teknikal, kepimpinan manusia dan
kepimpinan pendidikan sebagai aspek-aspek penting bagi mencapai kecemerlangan
sekolah. Dalam kepimpinan pentadbiran, Guru Besar seringkali menggunakan model POLC
(Planning, Organizing, Leading and Controlling) dalam pengurusan kerjaya mereka dan
bersesuaian diserap kepada generasi kepimpinan baharu iaitu Pemimpin Pertengahan (PP)
yang terdiri dalam kalangan insan berpotensi memimpin jika dibimbing.

Justeru, pemimpin pertengahan perlu mencipta inovasi baharu bersama bimbingan
Pakar Pembimbing Peningkatan Sekolah atau SISC+ dengan mengurangkan birokrasi,
menambah pilihan ruang kreativiti semasa proses pembelajaran, menggunakan kemudahan
persekitaran positif ke arah persekitaran pembelajaran bermakna dan mengambil peluang
cemerlang tanpa memikirkan persaingan yang semakin bertambah.

6.0 METODOLOGI

6.1 Reka Bentuk Kajian

Pada peringkat fasa pertama pengkaji menggunakan kaedah penyelidikan survey iaitu soal
selidik menggunakan aplikasi Google Form sebagai prosedur pengumpulan data. Hasil survey
ini telah dapat mengenal pasti tahap amalan kerja, sikap, kemahiran dan ilmu pengetahuan
responden yang dikaji.

Fasa kedua adalah tindakan intervensi yang melibatkan proses memerhati, mereflek,
merancang dan melaksanakan tindakan mengikut trend bimbingan norma baharu. Langkah
seterusnya semasa merancang bagi memulakan intervensi, dengan menyediakan ruang untuk
memudahkan sesi kolaboratif dan perkongsian ilmu. Laman Perkongsian Ilmu (Google
Classroom). Peringkat akhir dengan menggunakan item Soal selidik yang sama dan masih
kekal menggunakan aplikasi Google Form dan data diperolehi secara terus setelah responden
menjawab semua 13 soalan mengikut 4 dimensi objektif kajian iaitu Dimensi 1 (P-
Planning/Perancangan), Dimensi 2(O-Organizing/Pengaturan), Dimensi 3 (L-
Leading/Pengurusan Data) dan Dimensi 4 ( C-Controlling/Pengawalan).

12

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

6.2 Sasaran Kajian
6.2.1 Responden Kajian – Fasa 1

Responden kajian terdiri daripada 4 orang pemimpin pertengahan bagi mata pelajaran teras
(Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik). 13 buah sekolah rendah terpilih iaitu
terdiri daripada sekolah yang diikhtiraf dalam Program Transformasi Sekolah Tahun 2025

(PTS25) bermula Kohort 2 hingga Kohort 5. Perincian berkenaan responden kajian fasa 1
dinyatakan seperti Jadual 1 di bawah ini: -

Jadual 1: Bilangan Responden mengikut sekolah ( N =52)

Bil Sekolah Kohort PP
1 SK Sungai Puteri 24
2 SK Muadzam Jaya 34
3 SK Kampung Kolam 34
4 SK Tg Gemok 44
5 SK Muadzam Shah 44
6 SK Bukit Ridan 44
7 SK Selendang 01 54
8 SK Selendang 04 54
9 SK Pontian 54
10 SK Janglau 54
11 SK Pianggu 54
12 SK Sarang Tiong 54
13 SJK Cina Rompin 54
52
Jumlah Responden N=52

6.3 Instrumen Kajian

6.3.1 Borang Survey (Soal Selidik)

Borang soal selidik dibina menggunakan skala Likert menggunakan aplikasi dalam talian iaitu
“Google Form”, iaitu data analisis dijanakan secara automatik. Soal selidik ini mengandungi

15 soalan mudah untuk responden jawab. Soalan berfokuskan penerimaan dan pemahaman

berfokus kepada tajuk kajian iaitu persediaan mengurus KPP melalui prinsip POLC. Kaedah
penyebaran instrumen melalui aplikasi dalam peranti mudah alih iaitu “Whatsapp”. Instrumen

ini akan disebarluaskan kepadaresponden sebanyakdua kali, iaitu sebelum kajian dilaksanakan

(Pra) dan selepas kajian dilaksanakan (Pasca). Jadual 2 menunjukkan skala Likert yang
digunakan dalam kajian ini secara maya aplikasi “Google Form”. Jadual 3 pula adalah item

soal selidik yang dibina dalam aplikasi Google Form.

13

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Jadual 2: Skala Likert Skor Soal Selidik(Survey)

Skor Maklum balas
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju

Jadual 3: Item Soal Selidik (Google Form)

NO. ITEM STS TS TP S SS
(1) (2) (3) (4) (5)
A Dimensi 1 – Planning
Semasa merancang KPP/PLC, KP
perlu :-

1 Menentukan objektif sebelum
menetapkan aktiviti yang bersesuaian

2 Menyediakan data yang telah
diverifikasi

3 Mengadakan sesi dialog refleksi
sebelum mengesahkan isu dan masalah

4 Membuat keputusan untuk
berdasarkan keputusan dialog/mesyuarat/pencerapan/lain-lain

B Dimensi 2- Organizing
Semasa mengatur proses KPP/PLC, KP
perlu:-

1 Membina pasukan dan jadual pelaksanaan mengikut perincian
masa pelaksanaan

2 Membimbing pasukan-memahami proses
KPP/PLC ,memproses data dan rubrik

3 Mengumpul data sokongan – suara guru/
suara murid

C Dimensi 3 – Leading
Semasa mengumpul data KPP/PLC,KP
perlu :

1 Menganalisis data dan maklumat yang
diperolehi

2 Membentangkan hasil dapatan data
3 Membincangkan dan membandingkan data

bagi tujuan penambahbaikan pelaksanaan
D Dimensi 4 – Controlling

Semasa mengawal hasil pelaksanaan KPP
/PLC,KP perlu :-
1 Mengekalkan bimbingan rakan sebaya

2 Membudayakan amalan terbaik
3 Menambahbaik kelemahan yang telah

dikenal pasti

14

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

6.3.3 Soalan Tertutup

Soalan tertutup mempunyai beberapa pilihan jawapan yang disediakan. Responden perlu
memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena yang berkaitan. Jenis soalan tertutup
yang digunakan adalah Soalan Tertutup Dichotomous.Soalan tertutup ini menggunakan skala
yang mempunyai dua pilihan seperti Ya/Tidak, Benar/Salah, Ada/Tiada dan Setuju/Tidak
Setuju.

6.3.4 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pemerhatian
dilaksanakan bagi mengamati tingkah laku pelaksanaan dan kaedah kolaboratif antara Ketua
Panitia dan guru-guru yang dibimbing berdasarkan isu dan masalah atau aspek yang dikenal
pasti. Pemerhatian perlu dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berstruktur melalui
Kumpulan Whatsapp atau Laman Google Classroom. Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan
mencatat dapatan tentang apa yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta
bimbingan. Selain itu, pemerhatian juga dilakukan dengan bantuan rakaman video, rakaman
audio, melalui peranti telefon.

Pemerhatian dilaksanakan secara berstruktur, iaitu pemerhatian berstruktur berfokus
kepada aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu. Semasa bimbingan
SISC+ mengupayakan Ketua Panitia, beberapa perkara seperti memerhati, mendengar dan
merekod maklumat berdasarkan empat aktiviti dalam KPP yang telah dikenal pasti perlu
menepati prinsip POLC. Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai
semak berstruktur.

7.0 PERANCANGAN TINDAKAN

7.1 Tinjauan Masalah

SISC+ PPD Rompin telah membuat pemerhatian daripada proses Bimbingan Secara Maya
(BSM) pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang norma baharu
pembelajaran bermula (Oktober 2020). Pemerhatian dilaksanakan menggunakan instrumen
SKPMg2 Standard 4. Dapatan bimbingan dianalisis melalui proses perbincangan berdasarkan
skor Standard 4 bersama-sama Ketua Panitia Mata Pelajaran yang terlibat semasa sesi
Bimbingan Secara Maya (BSM) yang telah dilaksanakan. Antara fokus bimbingan adalah:

Guru sebagai Perancang
Guru sebagai Pengawal (Persekitaran/Suasana)
Guru sebagai Pembimbing
Guru sebagai Pendorong (Minda/Emosi)
Guru sebagai Penilai
Murid Pembelajar Aktif

Setelah Ketua Panitia mengenal pasti isu dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru
semasa melaksanakan proses PdPR, tindakan seterusnya adalah mengupayakan pengurusan
kepimpinan Ketua Panitia membimbing rakan sebaya untuk menyelesaikan isu dan masalah
yang membatasi pembelajaran bermakna.

Peringkat awal SISC+ PPD Rompin membuat pemerhatian pelaksanaan kaedah KPP
yang dilaksanakan dalam kalangan Ketua Panitia. Pemeriksaan penggunaan instrumen KPP

15

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

juga dibimbing dan diberi perhatian sewajarnya agar selaras dan bersesuaian untuk
keberkesanan perlaksanaan KPP.

7.2 Analisis Tinjauan Awal Masalah

Data yang telah dikumpul dan dianalisis untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah itu disenaraikan mengikut keutamaannya.
Antara masalah yang diberi keutamaan adalah seperti yang berikut:

i. Masalah yang menjadi penghalang keberkesanan pelaksanaan KPP
dalam menyelesaikan isu dan masalah dalam proses pembelajaran
norma baharu.

ii. Masalah yangmenjadi penghalangkepada keberkesananpengajaran
dan pembelajaran.

iii. Masalah yang memerlukan tindakan penyelesaian segera.
Setelah masalah dikenal pasti, data dianalisis dan persembahkan data dalam bentuk
yang sesuai seperti Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Analisis ketepatan dan keberkesanan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran
Profesional (KPP) secara maya dalam kalangan Ketua Panitia mengikut Mata Pelajaran

Bil. Sek KP BM KP BI KP MT KP SN
T TP
1 SKSP T TP T TP T TP
2 SKMJ 1
3 SKKK 1 11 1
4 SKMS 1
5 SKBR 1 11 1
6 SKTG 1
7 SKS01 1 11 1
8 SKS04 1
9 SKJ 1 11 1
10 SKOP 1
11 SKP 11 1 1
12 SKST 1
13 SJKCR 1 11 1
JUM 1
PERATUS(%) 1 11
1 12
1 11 8.8 92.2

1 11

1 11

1 11

1 11

1 11

2 11 2 11 1 12

15.5 85.5 15.5 85.5 8.8 92.2

T=Tepat, TP =Tidak Tepat

Berdasarkan Jadual 4 menunjukkan analisis ketepatan dan keberkesanan pelaksanaan
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) secara maya dalam kalangan Ketua Panitia Mata
Pelajaran. SISC+ menilai dan membimbing mengikut prinsip POLC (Planning, Organizing,

Leading, Controlling) dan didapati secara keseluruhan 92% tidak tepat melaksanakan KPP di
peringkat sekolah dalam norma baharu.

Peratus yang melaksanakan KPP dengan tepat tetapi masih perlu diberi bimbingan dari
semasa ke semasa agar kemenjadian murid teserlah. Jika mengikut keselarasan pelaksanaan
KPP bagi Program Transformasi Sekolah (PTS 2025), empat aktiviti KPP yang perlu
dibudayakan adalah Lesson Study (LS), Teacher Sharing Session (TSS), Video Critic (VC) dan

16

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Learning Walk (LW). Semasa SISC+ melaksanakan bimbingan, tiada penetapan aktiviti yang
perlu dilaksanakan. Ketua Panitia diberi pilihan mengikut kesesuaian lokaliti bagi
menyelesaikan isu dan masalah dalam penambahbaikan proses pembelajaran norma baharu.

7.3 Merancang Tindakan

Setelah intervensi dikenal pasti, SISC+ merancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi
masalah yang difokuskan untuk bimbingan ke arah mengupayakan Ketua Panitia mengikut
prinsip POLC dalam keberkesanan membudayakan KPP di peringkat sekolah. SISC+
memulakan proses merancang aktiviti-aktiviti intervensi yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah yang telah dikenal pasti sebagai fokus kajian. Bagi menentukan tindakan intervensi
yang hendak dilaksanakan beberapa perkara berikut telah diberi perhatian, iaitu:

i. Memastikan matlamat tindakan intervensi selaras dengan objektif kajian iaitu
membudayakan prinsip POLC dalam pelaksanaan KPP secara maya dalam kalangan
Ketua Panitia di sekolah rendah.

ii. Menentukan tempoh pelaksanaan bagi setiap aktiviti dalam kitaran prinsip POLC
(Planning, Organizing, Leading, Controlling)

iii. Mengenal pasti instrumen dan rubrik yang diperlukan dibuat penambahbaikan mengikut
kesesuaian pelaksanaan dalam norma baharu bagi memastikan keberkesanan empat
aktiviti dalam KPP.

iv. Menetapkan aplikasi Google Classroom sebagai ruang cetusan ilmu bagi perkongsian
maklumat, dan kaedah penilaian bagi menentukan keberkesanan tindakan intervensi
yang dijalankan seperti soal selidik, soal jawab kemusykilan pelaksanaan, pemerhatian,
analisis dokumen dan sebagainya.

v. Meletakkan penanda aras keberkesanan pelaksanaan KPP iaitu SK Sungai Puteri (TS25
Kohort 2) sebagai Langkah permulaan pembuktian pengupayaan Ketua Panitia dalam
mengurus Persekitaran Pembelajaran Bermakna sebagai tindakan intervensi untuk
mengesahkan keberkesanannya.

7.4 Pelaksanaan Tindakan

Dalam peringkat melaksanakan tindakan bagi mengatasi isu atau masalah yang menjadi fokus
kajian, SISC+ telah melaksanakan bimbingan melalui aktiviti-aktiviti intervensi mengikut
ketetapan perancangan tindakan pelaksanaankajian. Walau bagaimanapun, tindakan intervensi

dilaksanakan secara holistik mengikut kesesuaian lokaliti kajian iaitu mengubah suai
perancangan tindakan sekiranya keadaan memerlukan. Jadual 5 menunjukkan jadual
pelaksanaan yang terancang.

Jadual 5: Jadual Pelaksanaan Aktiviti Bimbingan Intervensi Kajian Tindakan

Tempoh Aktiviti Bimbingan Intervensi
2 minggu Bimbingan Berfokus dan Pementoran Pelaksanaan PdPR secara dalam talian
1 minggu
Menganalisis Dapatan Bimbingan Berfokus dan Pementoran
3 hari Bimbingan dan Pelaporan Ketua Panitia
(Mengenal pasti isu dan masalah)
2 minggu Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional peringkat sekolah
2 minggu
Bimbingan POLC dalam PLC/KPP

17

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

2 minggu Planning (Perancangan Penambahbaikan)
1 minggu Organizing (Mereka bentuk tindakan pelaksanaan, rubrik
instrument/Suara Guru/Suara Murid)
Leading (Analisis dapatan pelaksanaan iaitu data/coaching
mentoring/soal selidik/skor SKPMg2/Suara Guru/Suara Murid)
Controlling (Refleksi penyelesaian isu dan masalah/amalan
terbaik/rakan sebaya sinergi)
Tindakan pelaksanaan prinsip POLC dalam PLC/KPP serta laporan
pelaksanaan
Refleksi pelaksanaan
Rumusan pelaksanaan (Soal selidik/temu bual)
Amalan terbaik dan Refleksi

7.5 Pemerhatian/Penilaian yang dijalankan

Pada peringkat ini, pemerhatian melibatkan dua pihak iaitu pengkaji (SISC+) dan responden
(Ketua Panitia). Peringkat ini melibatkan proses mengumpul dan menganalisis data bagi
menilai keberkesanan tindakan. Antara perkara yang telah diberi perhatian semasa
melaksanakan tindakan adalah seperti yang berikut:

i. Memerhati dan mencatatkan reaksi dan perubahan tingkah laku kumpulan sasaran.
ii. Mencatat maklumat-maklumat di luar jangkaan, kekangan dan halangan yang

dihadapi.
iii. Mengumpul dan menganalisis data dapatan untuk menilai keberkesanan tindakan

tersebut. Kaedah mengumpul dan menganalisis data pada peringkat ini sama dengan
peringkat tinjauan awal.
iv. Mereflek keberkesanan tindakan intervensi yang telah diambil dan seterusnya
mencadangkan tindakan susulan. Contohnya, pemerhatian boleh dilakukan terhadap
perubahan sebelum dan selepas skor SKPMg2, dapatan suara guru, pencapaian tahap
penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah atau dapatan lain yang bersesuaian dengan
objektif kajian.

8.0 DAPATAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini adalah berdasarkan objektif dan soalan kajian
yang ditetapkan. Dapatan kajian ini akan berfokus kepada dua aspek iaitu paparan data dan
interpretasi data. Paparan data merupakan hasil proses data mentah daripada maklum balas
responden terhadap instrumen soal selidik, manakala interpretasi data pula melibatka n proses
memberi makna dan peratus kepada analisis kecenderungan keberkesanan tahap pelaksanaaan
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP). Skor min yang diperoleh akan diinterpretasikan
berdasarkan skala Likert lima mata yang seperti dalam jadual 2.

18

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

8.1 Intervensi Fasa 1

8.1.1 Analisis Data Demografi Guru

Permulaan tindakan intervensi Fasa 1 ini melibatkan proses memerhati, mereflek, merancang
dan melaksanakan mengikut trend bimbingan norma baharu seperti yang dalam Jadual 6.
Jadual ini memperlihatkan butiran data demografi respondensecara terperinci, iaitu 44 jawatan

Ketua Panitia ialah perempuan (84.6%) dan Ketua Panitia Lelaki 8 orang daripada 52
responden (15.4%). Dari segi pengalaman sebagai KP, peratus tertinggi adalah pengalaman
antara 1 hingga 5 tahun (22orang = 42.3%) dan terdapat 4 orang KP yang mempunyai
pengalaman selama 15 tahun ke atas.

Jadual 6: Proses Intervensi Fasa 1

Proses Tindakan

Memerhati Pemantauan secara dalamtalian proses pengajaran dan pembelajaran norma

baharu

Mereflek Perbincangan dan membuat keputusan ke arah bimbingan berfokus

mengikut sasaran dan lokaliti
Merancang Bimbingan berstruktur – surat arahan, jadual, bimbingan,

Penilaian

Melaksanakan Mengawal pelaksanaan dalam mengupayakan Ketua Panitia

dan menonjolkan amalan terbaik sebagai persampelan.

Penghargaan-poster digital

Jadual 7 menunjukkan seramai 52 orang responden terlibat dalam melengkapkan kajian
tindakan ini.

Jadual 7: Demografi Guru

Demografi Item Bil Per(%)

Ja ntina Lela ki 8 15.4
Perem p uan 44 84.6
Penga laman 42.3
sebagai KP 1-5 tahun 22 28.8
6-10 tahun 15 21.1
Ketua Panitia 7.69
mengikut opsyen 11-15 tahun 11 73.1
Um u r 15 tahun keatas 4 26.9
9.61
Opsyen 38 23.1
Bukan Opsyen 14 34.6
17.3
25-30 tahun 5 15.4

31-35 tahun 12

36- 40 tahun 18

41-45 tahun 9

46 tahun keatas 8

Responden : 52 orang

Bagi keutuhan keberkesanan kajian ini, respondenterdiri dalam kalangan Ketua Panitia
bagi mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Ketua
Panitia ini juga disebut Pemimpin Pertengahan (PP) atau Middle Leader Team (MLT)
mengikut Program Transformasi Sekolah 2025. PP ini adalah barisan pengurus pembelajaran

19

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

positif yang terkandung dalam terma Modul 4 PTS 2025 menerajui pembelajaran ke arah
persekitaran pembelajaran bermakna.

Daripada soal selidik yang telah dilaksanakan, jelas membuktikan terdapat KP yang
memegang peranan ini walaupun bukan opsyen bagi mata pelajaran tersebut. Data
menunjukkan hanya 38 responden (73.1%) adalah opsyen manakala 14 responden (26.9%)
bukan opsyen. Peratus 26.9 ini menggambarkan situasi di mana KP bukan opsyen ini
mempunyai cabaran yang tinggi untuk mengupayakan rakan sebaya yang opsyen bagi tujuan
penambahbaikan amalan proses pengajaran dan pembelajaran.

Faktor umur bagi KP juga menggambarkan pengalaman seseorang itu dalam memikul
tanggungjawab sebagai KP dalam pengurusan norma baharu ini. Data menunjukkan bahawa
jawatan KP ini banyak dipegang oleh mereka dalam lingkungan umur 35 -40 tahun iaitu
seramai 18 responden (34.2%) manakala KP dalam lingkungan umur antara 25 -30 tahun
seramai 5 orang (9.61%). Maklumat ini meliputi kekangan pengurusan dan mempengaruhi
faktor lokaliti sedia ada antaranya kategori sekolah luar bandar,kurangguru opsyen dan kurang
guru. Faktor ini adalah luar kawalan untuk di atasi oleh pengkaji tetapi bimbingan dari semasa
ke semasa tetap dilaksanakan dengan memberi dorongan dan panduan.

8.1.2 Analisis Data Soal Selidik/Survey (Google Form)

Soal selidik dilaksanakan menggunakan aplikasi Google Form dan data diperoleh secara terus
setelah responden menjawab semua 12 soalan mengikut 4 dimensi objektif kajian iaitu Dimensi 1
(P-Planning/Perancangan), Dimensi 2 (O-Organizing/Pengaturan), Dimensi 3 (L-
Leading/Pengurusan Data) dan Dimensi 4 (C-Controlling/Pengawalan). Berikut adalah data
daripada responden yang memberi respon terhadap soalan -soalan tertutup dalam soal selidik.
Seramai 52 orang Ketua Panitia terpilih telah memberi respons kepada 12 item soalan yang
menyentuh tentang pelaksanaan atau pengalaman berkenaan Komuniti Pembelajaran Profesional
(KPP) berdasarkan skala jenis Likert 5 poin, 1- Sangat Tidak Setuju(STS), 2- Tidak Setuju(TS),
3- Tidak Pasti(TP), 4 – Setuju(S) dan 5- Sangat Setuju(SS).

Jadual 8 menunjukkan dapatan analisis skor soal selidik yang dilaksanakan secara dalam
talian. Dapatan menunjukkan daripada Item Dimensi 1 (Item A1, A2, A3, A4), Dimensi 2 (Item
B1, B2, B3), Dimensi 3 (Item C1, C2, C3) dan Dimensi 4 (D1, D2, D3). Perbandingan antara
empat Dimensi ini menunjukkan jumlah skor paling tinggi adalah Dimensi 1 (Planning) iaitu 794,
dan paling rendah adalah Dimensi 4 (Controlling) menunjukkan angka 607 sahaja. Merujuk
kepada objektif kajian iaitu mengkaji amalan prinsip POLC dalam pelaksanaan Komuniti
Pembelajaran Profesional (KPP) ke arah pengurusan kepimpinan terancang, sistematik dan
fleksibel, dapatan soal selidik peringkat awal membuktikan budaya pelaksanaan sebelum
bimbingan SISC+ lebih kepada pelaksanaan tanpa penilaian berterusan. Pelaksanaan KPP
diamalkan hanya mengikut arahan tetapi bukan melalui proses penyelesaian isu. Begitu juga pada
Dimensi 3 (Leading), menunjukkan kelemahan menggunakan data sebaik mungkin sebagai
Langkah tindakan pembetulan atau penambahbaikan. Pada Dimensi 3 (Leading), terdapat
responden yang masih TP-Tidak Pasti dalam menjawab item berkenaan kepenggunaan data.

20

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Jadual 8: Dapatan Analisis Data Soal Selidik/Survey

NO. ITEM STS TS TP S SS Dapatan

A Dimensi 1 – Planning (1) (2) (3) (4) (5)
SM

Semasa merancang KPP/PLC, KP

perlu :-

1 Menentukan objektif sebelum 0 0 10 42 0 198 3.8

menetapkan aktiviti yang bersesuaian

2 Menyediakan data yang telah 0 0 12 40 0 196 3.7

diverifikasi

3 Mengadakan sesi dialog refleksi 0 0 10 42 0 198 3.8

sebelum mengesahkan isu dan masalah

4 Membuat keputusan untuk 0 0 8 42 2 202 3.88

berdasarkan keputusan

dialog/mesyuarat/pencerapan/lain-lain

JUMLAH SKOR = 794

B Dimensi 2- Organizing SM

Semasa mengatur proses KPP/PLC, KP

perlu:-

1 Membina pasukan dan jadual pelaksanaan mengikut 0 0 4 38 10 214 4.11

perincian masa pelaksanaan

2 Membimbing pasukan-memahami proses 0 0 5 35 12 215 4.13

KPP/PLC, memproses data dan rubrik 0 0 5 40 12 235 4.51
3 Mengumpul data sokongan – suara guru/

suara murid

JUMLAH SKOR = 664
C Dimensi 3 – Leading SM

Semasa mengumpul data KPP/PLC, KP

perlu :

1 Menganalisis data dan maklumat yang 0 0 4 38 10 214 4.11

diperolehi

2 Membentangkan hasil dapatan data 0 0 4 38 10 214 4.11

3 Membincangkan dan membandingkan data 0 0 22 30 0 186 3.57

bagi tujuan penambahbaikan pelaksanaan

JUMLAH SKOR = 614
D Dimensi 4 – Controlling SM

Semasa mengawal hasil pelaksanaan

KPP/PLC, KP perlu :-

1 Mengekalkan bimbingan rakan sebaya 0 0 10 32 10 208 4.00

2 Membudayakan amalan terbaik 0 0 9 39 4 203 3.90

3 Menambah baik kelemahan yang telah 0 0 12 40 0 196 3.76

dikenal pasti

JUMLAH SKOR = 607

S = Skor M = Min

8.2 Intervensi Fasa 2

8.2.1 Membina Pelan Intervensi

Peringkat kedua tindakan intervensi ini melibatkan proses yang sama juga iaitu memerhati,
mereflek, merancang dan melaksanakan tindakan mengikut trend bimbingan norma baharu.

21

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
8.2.2 Membina Laman Perkongsian Ilmu (Google Classroom)
Langkah Pertama semasa merancang bagi memulakan intervensi, SISC+ menyedari salah satu
cara membimbing Ketua Panitia dengan menyediakan ruang untuk memudahkan sesi
kolaboratif dan perkongsian ilmu. Laman Perkongsian Ilmu (Google Classroom) ini boleh
diakses melalui akaun DELIMA dan setiap KP mempunyai ID sendiri untuk menyertai
menggunakan Kod Kelas (t62x3k6).

Laman Perkongsian Ilmu (Google Classroom) seperti dalam Rajah 1 sentiasa dikemas kini
dengan menyediakan ruang muat naik bahan berkenaan dengan pelaksanaan KPP seperti :-

i. Kit PLC
ii. Nota pelaksanaan
iii. Contoh Video Pelaksanaan KPP ( Fokus LW,TSS,VC,LS)
iv. Instrumen aktiviti KPP/PLC
v. Borang verifikasi SKPMg2
vi. Rubrik

22

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Rajah 1: Laman Perkongsian Ilmu (Google Classroom)
8.2.3 Jadual Kekerapan Bimbingan Berfokus (KPP/PLC)
Jadual 9 menunjukkan kekerapan Bimbingan SISC+ kepada KP secara dalam talian yang
berfokuskan Pedagogi, Kurikulum dan Pentaksiran. Fokus bimbingan ini bertujuan
memantapkan proses KPP/PLC agar menjadi aktiviti pembelajaran komuniti atau perkongsian
koperatif yang bermakna. Data kekerapan bimbingan menunjukkan kekerapan Bimbingan
Individu (BI) bagi setiap mata pelajaran lebih tinggi daripada kekerapan BimbinganKelompok
(BK). Ini menunjukkan bimbingan secara personal lebih memberi impak pemahaman dan
pemfokusan yang lebih bermakna atau dalam istilah lain “Deep Learning”. Bimbingan
Individu (BI) yang dilaksanakan menepati norma baharu ini seperti melalui Whatsapp,
Telegram, Email, Video Call, dan Google Meet. Hasil perbincangan akan direkod
menggunakan gambar, cetak skrin, dan nota ringkas.

23

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Jadual 9: Analisis kekerapan bimbingan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional
(KPP) secara maya dalam kalangan Ketua Panitia mengikut Mata Pelajaran

SISC+ SEK KP BM KP BI KP MT KP SN

BI BK BI BK BI BK BI BK

NH SKSP 2 2 3 1 3 2 2 3

SL SKMJ 2 2 2 2 3 2 2 3

NH SKKK 3 3 3 2 3 2 3 3

WB SKMS 3 2 2 2 3 2 3 3

WB SKBR 2 2 2 2 2 2 2 2

NH SKTG 2 2 2 2 2 2 2 2

NH SKS01 3 3 2 2 3 2 3 3

HS SKS04 3 2 1 2 2 2 3 2

AA SKJ 3 3 2 1 3 2 3 3

HS SKOP 2 3 2 2 3 2 2 3

SL SKP 2 2 2 2 4 2 2 2

SL SKST 2 2 2 2 2 2 2 2

NH SJKCR 4 2 3 2 2 2 4 2

JUM 34 30 28 27 35 26 34 33

BI=Bimbingan Individu BK=Bimbingan Kelompok

8.2.4 Soal Selidik Selepas Proses Bimbingan

Soal selidik selepas melaksanakan bimbingan, masih menggunakan kaedah yang sama, soalan
yang sama dilaksanakan menggunakan aplikasi Google Form dan data diperoleh secara terus
setelah responden menjawab semua 13 soalanmengikut 4 dimensi objektif kajianiaitu Dimensi
1 (P-Planning/Perancangan), Dimensi 2(o Organizing/Pengaturan), Dimensi 3

(L-Leading/Pengurusan Data) dan Dimensi 4 (C-Controlling/Pengawalan). Berikut adalah data
daripada responden yang memberi respon terhadap soalan-soalan tertutup dalam soal selidik.
Seramai 52 orang Ketua Panitia terpilih telah memberi respons kepada 13 item soalan yang
menyentuh tentang pelaksanaan atau pengalaman berkenaan Komuniti Pembelajaran

Profesional (KPP) berdasarkan skala jenis Likert 5 poin, 1- Sangat Tidak Setuju(STS), 2- Tidak
Setuju(TS), 3- Tidak Pasti(TP), 4 – Setuju(S) dan 5- Sangat Setuju(SS).

Jadual 10: Dapatan Analisis Data Soal Selidik/Survey

NO . ITEM STS TS TP S SS Dapatan
(1) (2) (3) (4) (5)
A Dimensi 1 – Planning
Semasa merancang KPP/PLC, KP SM
perlu :-
0 0 0 42 10 218 4.19
1 Menentukan objektif sebelum 0 0 0 40 12 220 4.23
menetapkan aktiviti yang bersesuaian 0 0 0 14 38 246 6.47
0 0 0 11 41 249 4.78
2 Menyediakan data yang telah
diverifikasi

3 Mengadakan sesi dialog refleksi
sebelum mengesahkan isu dan masalah

4 Membuat keputusan untuk

24

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

berdasarkan keputusan 933
dialog/mesyuarat/pencerapan/lain-lain SM

JUMLAH SKOR = 0 0 0 2 50 258 4.96
B Dimensi 2- Organizing
0 0 0 4 48 256 4.92
Semasa mengatur proses KPP/PLC, KP
perlu:- 0 0 0 5 47 255 4.90
1 Membina pasukan dan jadual
pelaksanaan mengikut perincian masa 769
pelaksanaan SM
2 Membimbing pasukan-memahami proses
KPP/PLC ,memproses data dan rubrik 0 0 0 0 52 260 5.00
3 Mengumpul data sokongan – suara guru/
suara murid 0 0 0 2 50 258 4.96
0 0 0 1 51 259 4.98
JUMLAH SKOR =
C Dimensi 3 – Leading 777
SM
Semasa mengumpul data KPP/PLC, KP
perlu : 0 0 0 18 34 242 4.65
1 Menganalisis data dan maklumat yang 0 0 0 20 32 240 4.62
diperolehi 0 0 0 20 32 240 4.62
2 Membentangkan hasil dapatan data
722
3 Membincangkan dan membandingkan data
bagi tujuan penambahbaikan pelaksanaan M = Min

JUMLAH SKOR =
D Dimensi 4 – Controlling

Semasa mengawal hasil pelaksanaan
KPP/PLC,KP perlu :-

1 Mengekalkan bimbingan rakan sebaya
2 Membudayakan amalan terbaik

3 Menambah baik kelemahan yang telah
dikenal pasti

JUMLAH SKOR =
S = Skor

Berdasarkan graf dalam Rajah 2, min kekerapan hasil soal selidik sebelum dan selepas
bimbingan pelaksanaan Prinsip POLC dalam KPP/PLC jelas menunjukkan peningkatan yang
setara bagi semua item. Item A3 (Mengadakan sesi dialog refleksi sebelum mengesahkan isu
dan masalah) menggambarkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan KP, iaitu peningkatan
skor min hampir 50%.

25

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Rajah 2: Perbandingan Skor Min Kekerapan Sebelum dan Selepas Pelaksanaan Kajian Tindakan
8.0 REFLEKSI
Kajian Tindakan ini adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri, iaitu satu kajian
yang dilakukan oleh SISC+ PPD Rompin dalam situasi sosial peserta itu sendiri. Misalnya
Ketua Panitia (KP) sebagai penyelidik, perlu melakukan refleksi yang diikuti pelaksanaan
tindakan praktik (intervensi) yang dibuatnya sendiri. Ini bertujuan untuk memurnikan atau
meningkatkan kualiti amalannya dalam pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profe sioanal
(KPP) menerajui norma baharu. Di samping itu, dapat meningkatkan kefahaman tentang
amalan tersebut serta situasi di mana amalan yang dilakukan selama ini memerlukan keutuhan
dan kesahihan. Justeru, prinsip POLC yang cuba diterapkan dalam kerangka p elengkap
pelaksanaan sangat berguna sekali gus memberi keberkesanan kepadapeningkatan kualiti guru
serta kemenjadian murid.
Refleksi daripada hasil kajian memberikan impak positif dalam kalangan Ketua Panitia
antaranya adalah:
8.1 Kefahaman Baharu
Ketua Panitia boleh memahami keberkesanan mengamalkan prinsip POLC dalam pengurusan
dan kepimpinan khasnya walaupun KP adalah peneraju medium pembelajaran dengan
bermatlamat mewujudkan persekitaran pembelajaran bermakna. Dengan memahami prinsip
ini, KP mengupayakan pemahaman yang diperoleh agar boleh mengambil tindakan pemulihan
untuk menangani kelemahan dan memperkukuhkan teknik pengajaran kendiri dan rakan
sebaya.
8.2 Kesedaran Kendiri
Ketua Panitia telah menyedari tentang kepentingan pengurusan yang terancang, sistematik dan
fleksibel akan menampakkan keberhasilan nilai kerjaya profesional. Kesedaran ini dapat
membantu KP mengetahui persekitaran tempat beliau bekerja sama ada kondusif atau tidak.
Dalam perkataan lain, KP boleh membuat Environmental Scanning untuk mendapatkan
maklum balas bagi mewujudkan kesedaran tentang lokaliti setempat mengikut norma baharu.

26

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

8.3 Keinsafan

Keinsafan ini adalah berkaitan dengan pembangunan tahap perfesionalisme guru. Peranan KP
adalah menerajui pembelajaran bagi memastikan rakan sinergi sentiasa bersedia untuk
mendidik dan sekiranya KP insaf tentang peranan mereka sebagai seorang pemimpin pendidik
yang berwibawa maka beliau akan sentiasa memikirkan cara terbaik untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pelbagai aspek. Dengan berbuat demikian, segala
pengetahuan dan kemahiran yang diperOleh itu, dapat diterjemahkan kepada pelan tindakan
atau konsep etika kerja.

8.4 Perubahan Persepsi

Perubahan persepsi berkait rapat dengan mewujudkan satu paradigma baharu tentang situasi
KP itu beroperasi dan bertindak. Sebagai contoh, kalau dahulunya KP menganggap rakan
sinergi mempunyai masalah sikap semasa mengajar, perubahan persepsi pada seseorang akan
mengakibatkan seseorang itu mengubah persepsinya kepada sesuatu yang lebih positif. Hasil
refleksi ini akan menjadikan KP memikirkan cara terbaik untuk pendekatan pedagogi yang
sesuai dengan konteks pengajaran dan pembelajaran norma baharu.

8.5 Perubahan Amalan

KP telah mengamalkan perubahan terancang (planned change) untuk membuktikan budaya
kepimpinan berkesan. Kualiti kepimpinan diperlihatkan jika KP sentiasa menganggap sekolah
sebagai organisasi pembelajaran atau learning organisation. Dalam sesuatu organisasi
pembelajaran semua warga sama ada pentadbir, guru mahupun pelajar sentiasa berkolaborasi
antara satu sama lain untuk mencapai objektif organisasi itu. Melalui perubahan amalan, guru-
guru di sekolah itu dapat “belajar” teknik “best practices” yang telah membawa hasil. Amalan
terbaik ini akan diberi penghargaan yang bersesuaian norma baharu ini seperti Poster Digital,
Panel Webinar, Rakaman Pengajaran dan Promosi Youtuber.

Refleksi berdasarkan objektif kajian. Adakah objektif kajian tercapai?

Objektif pertama iaitu mengkaji amalan prinsip POLC dalam pelaksanaan Komuniti
Pembelajaran Profesional (KPP) ke arah pengurusan kepimpinan terancang, sistematik dan
fleksibel. Jelas tercapai merujuk graf pada Rajah 2 ada peningkatan kesedaran prinsip POLC
ini sangat membantu dalam pengurusan kepimpinan dan memberi keberkesanan pada sesuatu
program atau aktiviti yang dilaksanakan. Objektif kedua pula adalah menilai perubahan
pengajaran guru melalui amalan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) yang
terancang, sistematik dan fleksibel. Jelas semasa pemerhatian semula keberkesanan prinsip
POLC dalam PLC ini menampakkan perubahan positif terutama dalam pendidikan norma
baharu iaitu perubahan seperti:
Penulisan Objektif Pembelajaran
Penulisan Kriteria Kejayaan
Kesesuaian aktiviti pembelajaran dengan aras murid
Kekreatifan mengeksplorasi aplikasi dalam pengajaran
Pedagogi Terbeza dalam mengurus gaya pembelajaran
Cara Penandaan
Kaedah Tutorial
Penulisan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

27

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Objektif ketiga adalah memastikan proses pengupayaan KP membawa kepada
membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dalam kalangan Pemimpin
Pertengahan(PP) secara terancang, sistematik dan fleksibel. Ini jelas objektif ini tercapai
setelah hasil kajian ini, impak dikenal pasti RuangPerkongsian Ilmu (Google Classroom) telah
diperkasakan dalam kalangan KP. Sebagai inisiatif dan galakan, SISC+ bersetuju melantik 8
orang KP yang boleh dijadikan pesampelan atau suri teladan daripada usaha dan kesungguhan
melaksanakan KPP dengan terancang, sistematik dan fleksibel.

9.0 KESIMPULAN

Pengurusan Kepimpinan sewajarnya mengamalkan prinsip POLC dalam mengurus organisasi
ke arah pengurusan yang terancang, sistematik dan fleksibel. Ketua Panitia atau Pemimpin
Pertengahan atau Middle Leader Team adalah pasukan yang perlu diberi kepercayaan
sepenuhnya dalam pentadbiran pengurusan kepimpinan.Fokus kepimpinan Ketua Panitia (KP)
adalah menjurus kepada memastikan peningkatan kualiti guru dan kemenjadian murid. Norma
baharu dalam pengurusan pendidikan kini, golongan Ketua Panitia ini umpama “Orang Buta
Hilang Tongkat”, mereka perlu bimbingan dan diupayakan agar kepercayaan memimpin yang
ada pada diri mereka tidak pudar dibawa renjatan arus transformasi pendidikan.

Kesedaran untuk membudayakan prinsip POLC ini dalam pelaksanaan Komuniti
Pembelajaran Profesional (KPP) dapat mengukuhkan lagi pemahaman KP dalam penyediaan
Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi dalam Pengurusan Panitia. Ketua Panitia
lebih peka terhadap persekitaran pembelajaran agar menepati keperluan persekitaran
pembelajaran bermakna.

Pemahaman yang mendalam berkenaan prinsip POLC ini dapat disesuaikanpada setiap
aktiviti KPP yang dilaksanakan mengikut norma baharu dan istilah baharu yang dibina atas
refleksi kendiri kalangan KP. Antara aktiviti KPP norma baharu seperti Jelajah Pembelajaran
(Learning Explore) bagi istilah norma baharu, aktiviti Diskusi Rakaman ( Video Critic), Belajar
Cara Belajar (Lesson Study) dan Kita Sama Kongsi ( Teacher Sharing Session). Semua aktiviti
ini dapat dilaksanakan secara dalam talian dengan memperkasakan aplikasi sedia ada yang
digunakan dalam pendidikan seperti Whatsapp Group, Telegram Group, Google Classroom,
Microsoft Team dan Google Meet.

Walau apa jua jenis aktiviti yang ditentukan untuk penyelesaian atau penambahbaikan
isu dan masalah, semuanya melibatkan data keberhasilan dan instrumen juga boleh
diinovasikan dalam bentuk dalam talian. Semasa pelaksanaan KPP, pelbagai
aplikasi dikongsikan dalam pakej perkongsian ilmu, iaitu untuk mendapat jawapanpantas atau
survey ringkas dalam kalangan KP menggunakan aplikasi Mentimeter, Monkey Survey,
Polleverywhere dan Pollbot. Aplikasi ni sesuai dilaksanakan semasa Dimensi 3( Leading),
iaitu kepelbagaian data mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan KPP. Maka dengan itu,
SISC+ PPD Rompin berpendapat fokus bimbingan dan pementoran yangdiamalkan selama ini
bagi tujuan mengupayakan KP dalam pembangunan pedagogi, pentaksiran dan kurikulum
menampakkan keberhasilan ke arah kemenjadian kepimpinan KP yang berkualiti sekali gus
menjadikan sekolah berkualiti dengan melahirkan kemenjadian murid. Bimbingan Individu
atau Bimbingan Kelompok kini telah serasi dengan norma baharu pendidikan iaitu segalanya
dalam talian. Walau apa jua situasi dan suasana gaya bimbingan, namun setiap yang
dilaksanakan perlu mengikut prinsip yang tepat agar bimbingan menjadi lebih terancang,
sistematik dan fleksibel. Maka, prinsip POLC ini adalah pakej lengkap memastikan sesuatu
pengurusan kepimpinan berada pada landasan yang tepat atau “On Track”.

28

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

10.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan hasil kajian, kami ingin mengemukakan beberapa cadangan yangboleh dilakukan
oleh pihak terbabit secara langsung iaitu Ketua Panitia atau guru atau Pemimpin Pertengahan
dan juga kepada pengkaji akan datang yang ingin melakukan kajian seumpama ini,
berfokuskan pengurusan kepimpinan trend terkini supaya dapat mengukuhkan lagi
penyelidikan ini.

Kami mencadangkan jika fokus kepimpinan mengikut prinsip POLC menjadi pilihan
penyelidikan, prinsip ini boleh disebar luas dalam pengurusan lain seperti KMR (Kefahaman
Melalui Reka bentuk), Flipped Classroom, Pembelajaran Berasaskan Projek dan Kerja Kursus.
POLC ini boleh dianggap sebagai garis panduan pelaksanaan terancang, bukan sahaja
berfokuskan kepadakepimpinan tertinggi seperti Guru Besar atau Pengetua, tetapi sesiapa yang
bergelar pemimpin atau ketua sama ada dalam kalangan guru atau pelajar berhak menguasai
prinsip ini. Semasa membudayakan POLC ini, PDCA (Plan, Do, Check, Action) juga perlu
diterapkan, di mana perlu adakan PDCA? PDCA adalah pengukuran pencapaian sesuatu
tindakan, maka pada Dimensi 3 (Leading) sangat sesuai menggunakan carta PDCA bagi
memastikan interprestasi data sangat penting untuk keberhasilan sesuatu tindakan itu.

Peringkat permulaan, kajian ini telah dilaksanakan dalam kalangan Ketua Panitia Mata
Pelajaran Teras, dan kami mencadangkan kajian ini boleh dilakukan juga dalam kalangan
panitia lain atau kaunselor atau Guru Cemerlang. Usaha ini menepati hasrat KPM untuk
memperkasakan amalan KPP/PLC ini dalam sesebuah organisasi sekali gus menonjolkan
pemimpin berkesan, guru berkualiti, persekitaran pembelajaran bermakna dan merealisasikan
kemenjadian murid.

RUJUKAN

Al Ramaiah.1999. Kepimpinan pendidikan: cabaran masa kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn.
Bhd

Aylsworth, A. J. (2012). Professional learning communities: An analysis of teacher
participation in a PLC and the relationship with student academic achievement.
Graduate Theses and Dissertations.

Blue Ocean Strategy is a book published in 2004 written by W. Chan Kim and Renée
Mauborgne, professors at INSEAD, 240 pp, 287 pp

Clarke, D., & Hollingsworth, H. (2002). Elaborating a model of teacher professional growth.
Teaching and Teacher Education, 18, 947–967

DuFour, R. (2015). In praise of american educators: And how they can become even better.
Solution Tree Press

DuFour, R., DuFour, R., & Eaker, R. (2015). Revisiting professional learning
communities at work: New insights for improving schools. Bloomington, IN:
Solution Tree Press.

Fenstermacher, G. D., & Berliner, D. C. (1983). A conceptual framework for the analysis of
staff development. Santa Monica, CA: Rand Corporation

Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2006). Educational Research: Competencies for
Analysis and Applications. Columbus: Merrill Greenwood. 349–376.

Guskey, T. R. (2002). Professional development and teacher change. Teachers and Teaching:
Theory and Practice, 8, 381–391

29

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Hindin, A., Maghrabi Matt, C. C., Mott, E. A., & Aguilar, C. M. (2007). More than just a
group: Teacher collaboration and learning in the workplace. Teachers and Teaching:
Theory and Practice, 13, 349–376.

Hord, S. M. (2004). Professional learning communities: Communities of continuous
inquiry and improvement. Austin, TX: Southwest Educational Development
Laboratory.

Kaasila, R., & Lauriala, A. (2010). Towards a collaborative, interactionist model of teacher
change. Teaching and Teacher Education, 26, 854–862

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan pembangunan profesionalisme
berterusan guru dan pemimpin sekolah. Putrajaya: Kementerian pendidikan
Malaysia.

Kruse, S.D., Louis, K.S. & Bryk, A.S. (1995). An emerging framework for analyzing school-
based professional community. In, K.S. Louis, S. Kruse & Associates (eds).
Professionalism and community: Perspectives on reforming urban schools. Long
Oaks, CA: Corwin.

Owen, S. (2014). Teacher professional learning communities: Going beyond contrived
collegiality toward challenging debate and collegial learning and professional growth.
Australian Journal of Adult Learning 54(2), 54-76.

Saad, K. A., Walsh, B., Mallaburn, A., & Brundrett, M. (2017). Exploring The
International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(5), 1 -18

Sergiovanni, T. J. (1984). Leadership and Excellence in Schooling. Educational Leadership,
41 (5), 4-13.

Souhan, S. F. (2016). Are characteristics of a professional learning community guiding
student achievement. School of Education Student Capstone Theses and
Dissertations. Retrieved from https://digitalcommons.hamline.edu/hse_all/4214

Tam, A.C.F. (2014). The role of a professional learning community in teacher change: A
perspective from beliefs and practices. Teachers and Teaching: Theory and Practice.

30

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

eBeSS DALAM PENGURUSAN SEKOLAH

HANIFAH BIN HJ. VEERANKUTTY
Pengetua, SMK Bentong, Pahang
[email protected]

HUSNA BINTI MUHADZIR, AFZAN ASYIQ BINTI KARIM, AINUL AIZA BINTI KARIM,
ANA MELISSA BINTI ZAINAL DAN ALBIA SYUHAIDA BINTI ZAINON
Guru Penolong, SMK Bentong, Pahang
[email protected]

Abstrak
Kecekapan sesuatu organisasi dapat diukur daripada keupayaan pihak pengurusan untuk
melakukan inovasi yang memberikan manfaat dan memudahkan pihak pelanggan. Hal ini selari
dengan anjakan ke-7 PPPM (2013-2025), iaitu memanfaatkan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Sehubungan dengan
itu, eBeSS telah diilhamkan oleh guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong untuk
memudahkan dan menjayakan pengurusan organisasi yang cekap dan berkesan. Kajian ini
bertujuan untuk melihat keberkesanan eBeSS berdasarkan persepsi pentadbir dan guru dalam
penambahbaikan pengurusan sekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan
berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggart (1988) dengan pendekatan kualitatif dan kuantitatif
untuk mengumpulkan maklumat. Data kualitatif dikumpul berdasarkan analisis dokumen aplikasi
eBeSS manakala data kuantitatif dikumpul menggunakan soal selidik. Kajian Tindakan ini
menggunakan kaedah persampelan bertujuan yang melibatkan seramai 53 orang guru yang
menggunakan aplikasi eBeSS. Dapatan menunjukkan eBess ternyata telah memberi kesan
terhadap penambahbaikan pengurusan sekolah dan membantu menjimatkan masa serta
membantu pembangunan profesionalisme secara berterusan. Penggunaan aplikasi digital wajar
diperluaskan penggunaannya kepada sekolah-sekolah lain di Malaysia.

Kata kunci: ICT, eBeSS, keberkesanan, pentadbir, guru

1.0 PENGENALAN

Anjakan ke-5 PPPM (2013-2025) memfokuskan kepada kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah. Sejajar dengan hasrat tersebut, pengaplikasian digital dalam
pengurusan sekolah diharapkan dapat menjadi satu strategi yang efektif u ntuk memantapkan
pengurusan sekolah dalam pelbagai aspek. Hal ini seiring dengan perkembangan era digital
yang berkonsep mobile serta mudah diakses oleh semua pihak. Penerapan digital secara teratur
dan konsisten secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi kualiti kepimpinan dan
seterusnya meningkatkan keberhasilan murid dalam bidang pengurusan, Kurikulum, Hal
Ehwal Murid dan Kokurikulum.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Menurut Cox (2001) rekod adalah kesinambungan pemikiran manusia yang
diwujudkan untuk menyampaikan maklumat, membuat justifikasi, memperjelaskan
sebarang kekeliruan dan sebagai bahan bukti terhadap sesuatu perkara.
Rekod adalah alat atau bahan terpenting yang diperlukan oleh organisasi untuk
mentadbir dan mengurus (Johare, 2001). Sehubungan itu, di SMKB pihak pengurusan telah
mengambil langkah menyimpan rekod dan data dalam fail kulit keras berwarna putih atau
hitam. Penggunaan fail ini sudah tentunya melibatkan perbelanjaan yang besar untuk membeli
fail, kertas dan juga dakwat pencetak. Sistem pengurusan fail yang lama juga dilihat

31

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan semula atau pencarian dokumen. Guru-guru
sebelum itu terpaksa mengambil masa yang panjang untuk menyediakan, mencetak dan
memindahkan dokumen ke dalam fail.

Pentadbir atau guru memerlukan masa dan ruang untuk membuat pemantauan terhadap
fail atau rekod pengurusan bidang masing-masing. Disebabkan kekangan ini sukar untuk
membuat pemantauan, tambahan pula rata-rata mempunyai tugas dan tanggungjawab lain.
Keadaan ini menyebabkan aktiviti pemantauan selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dikesampingkan dan dianggap tidak penting (Abdullah Sani, 2003).

Sistem pengurusan fail ini juga menyebabkan kelewatan dalam proses menganalisis
data dan intervensi. Menurut Azman (2017) data adalah sangat penting dalam memastikan kita
melaksanakan intervensi yang betul terhadap isu atau permasalahan yang ingin kita tangani.
Data juga akan menjadikan keputusan-keputusan yangakankita lakukanmerupakan keputusan
yang tepat sepanjang proses pengurusan dan pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti.

Dengan mengambil kira semua permasalahan tersebut, inisiatif telah diambil oleh pihak
sekolah dengan membangunkan eBess iaitu sistem pengurusan fail pengurusan dan maklumat
secara digital bertujuan untuk memudahkan urusan semakan dan pengemaskinian yang dapat
mengurangkan kos, menjimatkan masa, mengelakkan kerosakan serta kehilangan dan
seterusnya dapat meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah. eBeSS menjadi inovasi dan
telah diguna pakai selama satu tahun bermula pada Januari 2020. eBeSS menjadi medium untuk
membantu pentadbir dan guru-guru dalam kebanyakan sistem pengurusan.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan eBeSS dalam menambah baik pengurusan
di SMKB berdasarkan persepsi pentadbir dan guru

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. mengenal pasti isu dalam pengurusan sistem fail dan maklumat sekolah.
2. melaksanakan penambahbaikan pengurusan menggunakan platform digital.
3. mengenal pasti keberkesanan eBeSS.

5.0 TINJAUAN LITERATUR

Berdasarkan anjakan ke-7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-
2025), KPM berhasrat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dengan m emanfaatkan
penggunaan ICT. Manakala dalam SPI Bil. 3/1999 (Penyediaan Rekod Pengajaran &
Pembelajaran), KPM menggalakkan rekod Pdp disediakan dalam apa jua bentuk yang
munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Pengukuhanterus dibuat untukmenggalakkan
penggunaan teknologi melalui surat KPM.100/1/9/6(22) bertarikh 29/12/2019 – SKPMg2
menggalakkan pihak sekolah menyimpan dokumen pengurusan sekolah dalam bentuk digital.

Pengurusan sistem penyimpanan fail dan maklumat secara elektronik merupakan trend
kepada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) masa kini. Umi dan
Zawiyah (2009) berpendapat salah satu kaedah untuk meningkatkan pengurusan organisasi

32

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

adalah dengan mewujudkan sistem pengurusan rekod elektronik yang berkesan. Menurutnya
lagi pengurusan rekod elektronik menjamin kepada penjimatan ruang, masa, tenaga dan kos.
Oleh yang demikian penggunaan eBeSS adalah seiringdengansistem yangdicadangan ini, iaitu
fail dan maklumat, disimpan, diakses dan dikongsi secara elektronik menggunakan komputer
dan telefon pintar.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
6.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian menggunakan Kajian Tindakan berdasarkan model Kemmis dan Mc
Taggart (1988) seperti dalam Rajah 1. Kajian Tindakan yang dijalankan ini bermula dengan
tinjauan awal berdasarkan simptom-simptom yang wujud dalam pengurusan sekolah di SMK
Bentong. Hasil tinjauan awal, isu dan punca masalah yang timbul telah dikenal pasti dan
perancangan tindakan dilakukan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan di SMK Bentong.
Seterusnya intervensi yang dikenal pasti dilaksanakan dan dilakukan pemerhatian untuk
melihat keberkesanan intervensi (eBess) dan seterusnya tindakan akhir adalah mereflek
kekuatan dan kelemahan intervensi (eBess) yang telah dilakukan.

Rajah 1: Model Kemmis dan Mc Taggart (1988)
Bagi melihat keberkesanan intervensi, pendekatan kualitatif dan kuantitatif telah digunakan,
iaitu analisis dokumen penggunaan aplikasi eBess dan soal selidik.
6.2 Sasaran Kajian
Sasaran atau sampel kajian terdiri daripada empat orang pentadbir dan 53 orang guru yang
terlibat mengaplikasi eBess dalam pengurusan sekolah. Sampel dipilih menggunakan teknik
persampelan bertujuan.
6.3 Instrumen Kajian
Soal selidik mengandungi 8 item berkaitan keberkesanan penggunaan eBeSS untuk
penambahbaikan pengurusan sekolah. Responden diminta menjawab soal selidik dengan
menggunakan Skala Likert 5 markat (BPPDP, 2006) seperti dalam Jadual 1.

33

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Jadual 1: Skala Likert 5 Markat
Skala Interpretasi
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju

7.0 PERANCANGAN TINDAKAN
Perancangan inovasi eBeSS (Rajah 2) secara tidak langsung sudah bermula pada tahun 2018
apabila Buku Rekod Mengajar (BRM) tidak digunakan lagi di SMKB. Keputusan dibuat oleh
pihak pengurusan sekolah untuk menggunakan fail putih berkulit keras dengan dokumenBRM
cetakan komputer. Pada masa yang sama berlaku pengurangan penggunaan fail panitia dari
sepuluh fail kepada empat fail sahaja.

Rajah 2: Perancangan Inovasi eBeSS
Penambahbaikan terus dibuat menjelang September 2018 apabila Jawatankuasa ICT
mencadangkan agar penulisan Rancangan Pengajaran Harian dilakukan secara dalam talian
(eRPH) dengan menggunakan platform Frog VLE. Keputusan ini juga berpandukan SPI Bil.
3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran & Pembelajaran yang menyatakan Rekod Pengajaran
dan Pembelajaran boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan
teknologi semasa. Sepuluh orang guru secara sukarela telah membuat eRPH termasuk Pengetua
sekolah sebagai pencerap dokumen RPH. Pada penghujung 2018 , beberapa sesi bengkel
berkaitan eRPH telah diadakan dan dihadiri oleh semua guru. Menjelang Januari 2019, eRPH
telah menggantikan sepenuhnya BRM atau Fail BRM. Pencerapan eRPH dilaksanakan oleh
pentadbir (Pengetua, Guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran). Rajah 3 dan
Rajah 4 menunjukkan laman utama eRPH dan kaedah semakan yang dibuat oleh pentadbir
sekolah.

34

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Rajah 3: eRPH 1_2019

Rajah 4: eRPH 2_ 2019
Kejayaan pelaksanaan eRPH pada tahun 2019 telah memberikan dorongan kepada
pihak sekolah untuk membuat transformasi dalam pengurusan sekolah khususnya aspek yang
melibatkan penggunaan fail dan kertas. Beberapa sesi perbincangan dan bengkel telah diadakan
antara Ogos hingga Disember 2019 berkaitan inovasi penggunaan digital dalam pengurusan
sekolah. Walau bagaimanapun, sistem fail di pejabat sekolah tidak dilibatkan kerana ia
tertakluk kepada arahan dan pekeliling yang masih berkuatkuasa.

35

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Januari 2020, eBeSS (electronic Bentong Secondary School) telah dilancarkan secara
rasmi meliputi bidang Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, Kurikulum, Ko-Kurikulum, Hal
Ehwal Murid dan lain-lain. Beberapa punca kuasa telah digunakan dalam membuat keputusan
perubahan ini. Antaranya ialah:
i.Surat Siaran KPM.600-5/1/4 Jld. 8 (6) – Pengurusan Fail Panitia Mata Pelajaran yang
menyatakan semua dokumen boleh disediakan dalam bentuk salinan lembut (soft copy),
Surat Siaran Pengurusan Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan di Sekolah KPM
ii.Surat Siaran KPM. 100-1/7/2 Jld. 6 (8) – Cetakan Laporan Pentaksiran Bilik Darjah yang
memaklumkan perkembangan pembelajaran murid boleh dipaparkan di skrin komputer
tanpa dicetak
iii.Surat Siaran KPM.100-/1/9/6 (22) – Pelaksanaan SKPMg2 Tahun 2020 yang
menggalakkan pihak sekolah menyimpan dokumen pengurusan sekolah dalam bentuk
digital

Rajah 5: Portal eBeSS (Google Classroom)

36


Click to View FlipBook Version