PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Tinjauan awal pengkaji mendapati murid-muridnya dapat menulis karangan mengikut
format karangan yang dikehendaki. Selain itu, murid-murid juga mampu mengutarakan idea-
idea karangan berdasarkan peta minda yang dihasilkan. Perkara yang menjadi kebimbangan
pengkaji ialah murid-murid gagal menghuraikan idea yang diberikan secara menarik dan
matang. Huraian yang dihasilkan juga banyak bersandarkan kaedah penulisan tradisional. Hal
tersebut menunjukkan, murid-murid gagal memperoleh markah pada peringkat kepujian (66-
79 markah) mahupun cemerlang (80-100 markah) dalam SPM.
Seramai 14 orang murid ini merupakan responden kajian. Responden kajian dipilih
berdasarkan tahap penguasaan murid dalam peperiksaan PT3. Kajian ini memberi tumpuan
kepada murid-murid Tingkatan Empat tahap sederhana memandangkan murid-murid ini
mempunyai penguasaan bahasa yang memuaskan. Hal ini penting untuk membantu murid-
murid aras sederhana mencapai peningkatan kepada aras baik dan cemerlang.
Karangan perbincangan diberi tumpuan sepenuhnya oleh pengkaji sebagai proses
menyediakan murid-murid menguasai kemahiran menulis yang efektif. Karangan berbentuk
perbincangan merupakan jenis karangan yang popular dikemukakan dalam peperiksaan SPM.
Aspek tatabahasa seperti perbendaharaan kata, kesalahan ejaan, rangkai kata dan ayat turut
diberi perhatian. Proses PdPc diatur berdasarkan KSSM. Hampir semua aktiviti PdPc
dilaksanakan secara kolaboratif pada peringkat sumbang saran dan perbincangan proses
penulisan.
Kaedah UMIBaKaP ini boleh digunakan dalam semua bahagian dalam sesebuah
karangan yakni, bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup. Kaedah
UMIBaKaP ini hanya sesuai dilaksanakan kepada murid-murid tahap sederhana dan baik
sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, penguasaan bahasa yang baik di samping
pemahaman yang tinggi terhadap sesuatu tugasan soalan karangan diperlukan bagi
memastikan murid-murid dapat mencapai prestasi yang optimum dalam penulisan karangan.
Sehubungan dengan itu, bagi mencapai markah yang cemerlang murid-murid perlu
menghasilkan karangan yang mempunyai idea yang bernas, huraian yang menarik dan
persembahan yang matang. Oleh itu, satu program intervensi telah dirancang bagi
membimbing dan membantu pelajar untuk menulis karangan yang berkualiti daripada segi
huraian dan bahasa serta mampu meraih markah yang tinggi dalam setiap kali peperiksaan.
Kajian ini dilakukan secara bersungguh-sungguh demi mendedahkan cara menarik dan matang
dalam menghasilkan karangan bahan respons terbuka melalui penggunaan Kaedah
UMIBaKaP dan penggunaan alat bantu mengajar KFC.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikankaedah UMIBaKaP dan Fail KFC dalam penulisan
karangan perbincangan bahasa Melayu dalam kalangan murid tingkatan empat. Objektif
khusus kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengkaji keberkesanan kaedah UMIBaKaP dan Fail KFC dalam penulisan karangan
perbincangan bahasa Melayu bagi meningkatkan kualiti penulisan karangan murid -
murid Tingkatan Empat.
387
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
ii. Mengkaji penggunaan kata, istilah, frasa, rangkai kata, peribahasa, dan ayat yang tepat
serta indah untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan koheren dengan
UMIBaKaP dan Fail KFC dalam penulisan karangan perbincangan bahasa Melayu.
iii. Mengenal pasti keberkesanan UMIBaKaP dan Fail KFC dalam penulisan karangan
perbincangan bahasa Melayu bagi meningkatkan kualiti penulisan karangan dalam
kalangan murid-murid Tingkatan Empat.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang akan dijawab dalam kajian ini adalah seperti
berikut :
i. Bagaimanakah murid-murid dapat mengaplikasikan kaedah UMIBaKaP dan Fail KFC
dalam karangan jenis perbincangan untuk meningkatkan kualiti penulisan karangan
murid-murid Tingkatan Empat?
ii. Bagaimanakah murid-murid dapat menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata,
peribahasa dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara
tersusun dan koheren dengan menggunakan kaedah UMIBaKaP dan Fail KFC dalam
penulisan karangan perbincangan bahasa Melayu?
iii. Adakah terdapat kesan penggunaan UMIBaKaP dan Fail KFC dalam penulisan
karangan perbincangan bahasa Melayu tersebut dalam kalangan murid-murid
Tingkatan Empat?
6.0 KERANGKA KONSEPTUAL
Kajian ini menggunakan Rangka Kerja Gradual Release of Responsibility (GRRF) dan Modul
Pembelajaran Kolaboratif yang menjadi panduan utama untuk melihat keberkesanan strategi
pengajaran yang berpusatkan murid-murid. Guru-guru tidak lagi menjadi dominan dalam
pelaksanaan PdPc di bilik darjah sebaliknya menjadi fasilitator atau pemudah cara dalam
membimbing murid-murid. Rangka Kerja Gradual Release of Responsibility (GRRF) yang
dipetik dan diubah suai daripada Fisher, D. & Frey, N. (2008).
Rajah 1 menunjukkan penglibatan murid-murid dalam proses PdPc di bilik darjah telah
melalui proses peralihan secara berperingkat-peringkat. Modul pembelajaran kolaboratif
menjadi elemen penting dalam pelaksanaan PdPc di bilik darjah mengikut Rangka Kerja
GRRF. Dalam hal ini, pelaksanaan strategi pengajaran guru secara terperinci dapat dijelaskan
dengan menggunakan Model Pembelajaran Kolaboratif (Reid, 1989). Model Pembelajaran
Kolaboratif ini menekankan lima aspek dalam proses PdPc iaitu penglibatan, eksplorasi,
transformasi, persembahan dan refleksi. Berdasarkan Rangka Kerja GRRF dan Model
Pembelajaran Kolaboratif, maka terhasillah kerangka baharu yang diubahsuai untuk
kepentingan kajian ini.
388
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 1: Rangka Kerja Gradual Release of Responsibility (GRRF)
Kerangka baharu ini merupakan integrasi daripada Rangka Kerja GRRF dan Model
Pembelajaran Kolaboratif yang penting untuk melaksanakan kajian ini. Proses PdPc secara
terancang mampu menarik minat murid-murid melibatkan diri secara aktif sepanjang proses
PdPc. Oleh itu, dalam kerangka baharu ini dijelaskan secara rinci bahawa guru seharusnya
bertindak sebagai pemudah cara (fasilitator) dengan melaksanakan proses PdPc secara
kolaboratif bersama murid-murid.
389
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rangka Kerja Gradual Release of Responsibility (GRRF)
TANGGUNGJAWAB GURU
Pembelajaran Fokus
Pengajaran Berpandu
Guru Sebagai Kolaboratif
Pemudah Kendiri
Cara
TANGGUNGJAWAB MURID
Fasa Pembelajaran
PENGLIBATAN
EKSPLORASI Pengajaran
TRANSFORMASI Berpusatkan
Murid
PERSEMBAHAN
REFLEKSI
Model Pembelajaran Kolaboratif
Rajah 2: Kerangka Konseptual Baharu Rangka Kerja Gradual Release of Responsibility
(D.Fisher & Nancy Frey, 2013) dan Model Pembelajaran Kolaboratif (Reid, 1989)
Pengajaran yang berpusatkan murid dapat meningkatkan daya tumpuan murid,
membina kerjasama yang baik, keyakinan dalam memberi pendapat dan menyelesaikan
sesuatu tugasan secara koperatif mengikut lima fasa pembelajaran yang termaktub dalam
390
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Model Pembelajaran Kolaboratif ini. Fasa-fasa pembelajaran yang bermula daripada fasa
penglibatan, eksplorasi, transformasi, persembahan dan refleksi dilaksanakan secara
kolaboratif dan berpusatkan murid di samping melihat peranan guru sebagai pemudah cara
sepanjang fasa pembelajaran tersebut dilakukan.
7.0 TEKNIK PENGUMPULAN DATA
7.1 Tinjauan Awal
Kajian terhadap empat belas orang pelajar dari kelas 5 Akaun tidak mampu memberikan
huraian yang bernas berdasarkan tugasan karangan, walaupun idea-idea atau isi-isi diberikan
oleh murid-murid. Perkara yang menjadi isu di sini ialah murid-murid ini gagal
mempersembahkan karangan yang cemerlang dan matang. Tinjauanawal terhadap isu ini telah
dibuat melalui dua cara, iaitu:
7.1.1 Temu bual dengan pelajar
Pengkaji telah bertanya responden tentang punca-punca yang menyebabkan karangan mereka
pendek, kurang matang dan idea tidak berkembang. Responden memaklumkan bahawa mereka
mampu memberikan idea tentang tugasan tetapi mereka menghadapi masalah untuk mengolah
idea supaya menjadi matang dan menarik. Murid-murid juga menghadapi masalah besar dalam
menghasilkan karangan yang menarik .
7.1.2 Analisis Dokumen (Hasil Karangan Murid)
Pengkaji telah memberikan tugasan kepada murid untuk menulis karangan berdasarkansoalan
yang dikemukakan. Setelah memeriksa dan menganalisis karangan yang ditulis oleh
responden, terbukti bahawa mereka mampu mengutarakan idea-idea penting berdasarkan peta
minda yang dihasilkan, tetapi mereka tidak dapat mengembangkan idea mengikut tugasan dan
tidak mampu menyatakan contoh-contoh yang relevan dengan kehendak soalan. Pengolahan
ayat juga tidak menunjukkan kegramatisan dan kematangan.
7.1.3 Ujian Pra dan Ujian Pasca
Seterusnya, pengkaji melakukan ujian pra dan ujian pasca bagi mengenal pasti keberkesanan
penggunaan Kaedah UMIBaKaP dan Fail KFC dalam penulisan karangan murid-murid. Ujian
Pra dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dalam ujian formatif yang dilakukan.
Sebanyak 14 buah karangan diteliti oleh pengkaji dan dilakukan analisis secara deskriptif.
Setelah mengetahui kelemahan murid dalam penulisan karangan, murid -murid diberi
pendedahan terhadap penggunaan Kaedah UMIBaKaP dan Fail KFC di bilik darjah. Selama
enam minggu, pengkaji melaksanan PdPc mengikut model pembelajaran kolaboratif yang
berpandukan sistem KSSM baharu. Ujian pasca dilakukan terhadap murid -murid untuk
mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kaedah UMIBaKaP dan Fail KFC dalam penulisan
karangan murid-murid. Dapatan kajian diperoleh berdasarkan hasil tugasan murid (karangan
perbincangan) yang dianalisis secara deskriptif.
391
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
8.0 PROSES PELAKSANAAN KAEDAH UMIBaKaP DAN PENGGUNAAN FAIL
KFC
Pencapaian murid-murid ini dalam peperiksaan dalaman di sekolah sejak dari tingkatan empat
tidaklah begitu memberangsangkan.Rata-rata mereka hanya mencapai C, C+, B dan B+ sahaja.
Namun, selepas penggunaan kaedah UMIBaKaP ini, murid-murid didapati bersungguh-
sungguh menukar corak penulisan mereka kepada yanglebih cemerlang dan matang. Hasilnya,
prestasi murid-murid dalam bahasa Melayu turut meningkat dengan GPMP yang
membanggakan.
Lazimnya, sesebuah karangan yang terhasil terikat kepada kaedah tradisional yang
menekankan aspek isi terlebih dahulu, diikuti huraian, contoh dan penutup huraian. Namun
begitu, melalui kaedah ini, murid-murid akan memulakan ayat dengan Ungkapan Menarik
seperti peribahasa, pendapat tokoh dan fakta-fakta yang berkaitan dengan tajuk. Ungkapan
menarik yang dipilih mestilah bersesuaian dengan penyampaian idea yang hendak
disampaikan. Akronim Kaedah UMIBaKaP merujuk kepada:
a. U – Ungkapan Menarik
b. M – Mengapa ? (Huraian)
c. I – Idea/Isi Tugasan
d. Ba – Bagaimana ? (Contoh)
e. Ka – Kesan (sama ada positif atau negatif)
f. P – Penegasan/Penutup (Huraian)
Kaedah UMIBaKaP boleh dilaksanakan dengan berkesan menggunakan modul
pembelajaran kolaboratif dan rangka kerja Gradual Release of Responsibility (GRRF) yang
merangkumi lima aspek, yakni :
8.1 Fasa Pertama (PENGLIBATAN)
Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk membaca dan menyemak pelbagai jenis
bahasa pujukan yang ditemui dalam karya seperti iklan, brosur dan papan tanda. Dalam
pelaksanaan kaedah UMIBaKaP ini pula, guru memberikan Fail KFC untuk menyemak
ungkapan-ungkapan menarik seperti peribahasa, pendapat tokoh dan fakta-fakta berkaitan
untuk dipilih secara berkumpulan. Setiap kali waktu pembelajaran dan pengajaran penulisan
karangan, pelajar diminta menggunakan penanda wacana, kata, dan frasa menarik yang telah
diberikan yang boleh dirujuk melalui Fail KFC dan boleh diakses dengan cara Kod- QR seperti
di bawah:
392
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
8.2 Fasa Kedua (EKSPLORASI)
Dalam fasa ini, murid-murid akan melakukan penerokaan untuk mencari idea dan maklumat.
Guru menyediakan LEMBARAN TEKNIK MENJANA IDEA untuk menetapkan input-input
yang perlu dibincangkan sebagai tugasan murid.
8.3 Fasa Ketiga (TRANSFORMASI)
Di sini, murid-murid secara berkumpulan akan membentuk semula maklumat-maklumat
dengan cara menyusun, menjelaskan, menghuraikan dan menghubungkan konsep-konsep
pembelajaran. Dalam hal ini, guru menyediakan lembaran kerja UMIBaKaP untuk
memudahkan proses PdPc berjalan dengan lebih lancar. PdPc dilaksanakan mengikut
pengajaran abad ke-21.
8.4 Fasa Keempat (PERSEMBAHAN)
Pada peringkat ini pula, murid-murid dikehendaki membentangkan hasil karanganberdasarkan
kaedah UMIBaKaP. Guru juga boleh memilih kaedah ICT dalam pelaksanaan hasil tugasan
mereka melalui perisian MS Power Point supaya kumpulan-kumpulan lain dapat melihat hasil
tugasan mereka secara menyeluruh.
8.5 Fasa Kelima (REFLEKSI)
Guru bertindak sebagai fasilitator (pemudah cara) untuk membimbing murid-murid membaiki
kelemahan pembelajaran mereka terutamanya aspek bahasa. Murid-muridjuga dapat mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses PdPc yang dijalankan.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat oleh pengkaji, pelajar telah berupaya
mengingati dan menggunakan penanda wacana, kata, dan frasa menarik yang telah diberikan.
Murid-murid mula menunjukkan minat menulis karangan kerana pengetahuan mereka tentang
penggunaan penanda wacana, kata, dan frasa menarik bertambah. Karangan yang dihasilkan
memperlihatkan kematangan dan kecemerlangan.
Aktiviti ini telah berjaya mengubah persepsi pelajar bahawa aktiviti penulisan
merupakan aktiviti yang menyeronokkansekiranya mereka mempunyai ilmu tentangpenulisan
dan mereka mempunyai pengetahuan luas tentang penanda wacana. Hasil penulisan akan
bertambah menarik sekiranya mereka mampu menulis dengan menggunakan kata dan frasa
menarik dan tepat penggunaanya
Justeru,, kaedah UMIBaKaP wajar dimanfaatkan penggunaannya sebagai teknik
penulisan karangan yang berkesan bagi memantapkan penulisan karangan yang cemerlang dan
matang sekali gus mencapai prestasi yang baik dalam Bahasa Melayu SPM.
9.0 DAPATAN KAJIAN
Jadual 1 menunjukkan pencapaian murid-murid kelas 5 Akaun dalam penulisan karangan
perbincangan Bahasa Melayu. Keputusan markah dalam ujian pra yang dilaksanakan didapati
pencapaian murid-murid hanyalah sekitar markah memuaskan sahaja dengan lingkungan
markah antara 51 hingga 70%. Namun begitu, setelah murid-muriddiberi pendedahanterhadap
penggunaan Kaedah UMIBaKaP dan penggunaan alat bantu mengajar Fail KFC ini, murid-
393
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
murid telah menunjukkan perkembangan markah yang baik dengan purata peningkatan
sebanyak 18%. Peningkatan markah ini menunjukkan keberkesanan kaedah UMIBaKaP dan
Fail KFC yang telah membantu murid-murid menulis karangan secara efektif, menarik dan
matang.
Jadual 1: Keputusan Pra ujian dan Pasca ujian Karangan B (Kertas 1) Bahasa Melayu
terhadap murid-murid 5 Akaun Sekolah A Tahun 2020
Nama Murid Ujian Pra Ujian Pasca Pencapaian
Murid 1 55 % 72% + 17
Murid 2 57% 74% +17
Murid 3 60% 77% +17
Murid 4 53% 70% +17
Murid 5 62% 78% +16
Murid 6 54% 73% +19
Murid 7 61% 76% +15
Murid 8 63% 80% +17
Murid 9 57% 77% +20
Murid 10 60% 75% +15
Murid 11 52% 70% +18
Murid 12 64% 82% +18
Murid 13 51% 70% +19
Murid 14 70% 85% +15
Perubahan dari aspek gaya penulisan murid-murid dapat dilihat dengan lebih ketara.
Murid-murid tidak lagi menggunakan teknik penulisan secara tradisional. Kaedah UMIBaKaP
ini juga didapati berbeza dari aspek penggunaan rangkai kata, pengolahan ayat, penggunaan
penanda wacana dan variasi bahasa. Alat bantu mengajar Fail KFC juga telah membantu
murid-murid meningkatkan penguasaan ungkapan-ungkapan menarik yang boleh digunakan
dalam penulisan. Selain itu, sistem QR-Kod yang digunakan juga memudahkan murid-murid
untuk mengakses ungkapan-ungkapan menarik tersebut di mana-mana sahaja dan pada bila-
bila masa. Hal ini juga telah menambahkan ilmu pengetahuan murid selain menarik minat
murid untuk meningkatkan amalan membaca.
Berdasarkan Jadual 2, pencapaian bahasa Melayu murid-murid dalam peperiksaan
akhir tahun telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara. Keseluruhannya, keputusan
murid-murid dalam subjek Bahasa Melayu telah meningkatkan kualiti (A+, A dan A-).
Sebanyak tiga murid telah mencapai A+ selain sembilan murid dengan pencapaian A dan dua
orang yang mendapat keputusan A- amat membanggakan. GredPurata Mata Pelajaran (GPMP)
subjek Bahasa Melayu bagi kelas 5 Akaun juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak0.93.
394
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Jadual 2: Keputusan Ujian Sumatif (Peperiksaan Akhir Tahun) Murid-Murid 5 Akaun bagi
tahun 2020
Nama Murid Kertas 1 Kertas 2 Markah Gred
Murid 1 120 100 92 A+
Murid 2 100 92 80 A
Murid 3 117 97 90 A+
Murid 4 97 97 81 A
Murid 5 98 93 80 A
Murid 6 113 78 80 A
Murid 7 104 88 80 A
Murid 8 97 95 80 A
Murid 9 99 100 83 A
Murid 10 111 84 81 A
Murid 11 113 83 82 A
Murid 12 114 101 90 A+
Murid 13 92 78 71 A-
Murid 14 94 80 73 A-
10.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, strategi penulisan yang efektif penting dalam usaha membantu murid-murid
aras sederhana meningkatkan prestasi dalam bahasa Melayu SPM. Kaedah penulisan yang
efektif, penggunaan alat bantu mengajar yang menarik serta pengaplikasian model
pembelajaran kolaboratif berupaya meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid-
murid. Guru-guru tidak harus mendominasi PdPc di bilik darjah sebaliknya hendaklah
berpusatkan murid-murid. Proses penulisan murid akan menjadi lebih terancang, sistematik,
menarik dan matang kerana penggunaan kaedah penulisan yang efektif. Kemahiran menulis
seperti ini perlu dilatih secara berterusanagar dapat membentukmurid-murid yanglebih kreatif
dan kritis.
RUJUKAN
Abdul Ghani Bin Jalil (2016). Tingkah Laku dan Proses Semasa Menulis Karangan Respons
Terbuka Murid Berprestasi Rendah. Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 951-958.
Abdul Jalil Othman, (2001). Perkaitan semantik dalam penulisan. Issues in Education, 24,
141-157.
Abdul Rasid Jamian.(2016).Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-Murid Sekolah Menengah Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol
1, Bil 1:1-12.
Abdul Shukor.(2011). Kanak-Kanak Minoriti Orang Asli di Malaysia: Menggapai Literasi
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol 1, Bil 2: 59-70.
Chellamal Bagavathy. (2005). Mengatasi kelemahan murid menguasai aspek tatabahasa
dalam Bahasa Melayu melalui cara permainan bahasa. Prosiding Seminar
Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu. Vol.1, Bil.1: 67 -87.
Elina Abd Kahar & Abdul Jawi.(2018). Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan
395
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Menggunakan Pendekatan Berfokus. Sumber Internet:
https://www.academia.edu/18983831/Kajian_tindakan_pendekatan_berfokus .
Farah Aziana.(2018). Sorotan Kajian Kesediaan dan Keperluan Guru Bahasa Melayu dalam
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Bilik Darjah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. Jilid 9. Vol.1, Bil.1: 80-101.
Fisher, D. & Frey, N. (2008). Better Learning Through Structured Teaching: A Framework
for the Gradual Release of Responsibility. Virginia: Association for Supervision and
Curriculum Development (ASCD).
Griffen Anak Encharang.(2012). Kesan Teknik “Think-Pair-Share” dalam Kemahiran
Menulis Ayat Topik dan Ayat Huraian Murid Tahun Empat. Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL 2012, ms 15-29.
Haris Fadzilah Kassim. (2002). Masalah menulis karangan dalam kalangan pelajar tingkatan
empat: Satu kajian kes. Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
Julinda Hassan, et.al., (2012). Kod QR:Karangan Ekspositori. Sumber Internet:
https://academyofsingaporeteachers.moe.edu.sg/mlcs/resource.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2014). Laporan Pembangunan Pendidikan Malaysia:
Kedudukan bahasa Melayu. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2014).Laporan Tahunan 2013 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2018).Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Bahasa Melayu. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2004).Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Bahasa Melayu. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia. Dimuat
turun pada 20 Januari 2011. http://www.moe.gov.myl.
Lai, L.C., Chin, H.L., & Chew, F.P.(2017). Amalan Pengajaran Guru Bahasa
Melayu Tingkatan Empat Dalam Penulisan Karangan Dari Aspek Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Dan Kreatif Serta Pembelajaran Kolaboratif. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan. Januari 2017, Bil. 4, Isu 1
Mohd Nasruddin Basar.(2017). Perkaitan antara Kemahiran Menulis Karangan Dengan
Kecekapan Penggunaan Tatabahasa Bahasa Malaysia dalam kalangan Pelajar
Tingkatan Empat (Tesis: Ijazah Sarjana). Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Noriah Mohd Ishak, Siti Fatimah Mohd Yassin, Mohd Izham Mohd Hamzah & Siti Rahayah
Ariffin. (2010). Kajian Kes Dalam Noraini Idris, Penyelidikan dalam Pendidikan (hlmn
345-371). Kuala Lumpur:Mc Graw Hill Education.
Nor Asiah binti Ismail (2011). Penguasaan Penulisan Karangan Bahasa Melayu dari
Perspektif Komunikatif. Seminar Penyelidikan 2011 Zon Timur di IPG Kampus
Sultan Mizan, Besut, Terengganu pada 10-12 Mei 2011)
Noor Habsah Ali & Yahya Othman (2018). Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Kalangan Pelajar Melanau Daerah Daro.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal –
MyLEJ). Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 33-41
Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar & Nor Hashimah Jalaluddin (2012). Pembelajaran
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua: Pengungkapan Idea dalam Penulisan Pelajar
Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal Melayu (9)2012: 227-240.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood, (2009).
Tatabahasa dewan: edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka.
Mariati Mokhtar & Mazliza Mohtar (2018). Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar
396
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Pintar dan Berbakat: Analisis Ungkapan Indah Dalam Penulisan Karangan. Journal of
Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4 : No. 10 (January 2018)
page 19-25.
Reid Enhancing Student thinking through Collaboration Learning, 2004. Sumber Internet:
http//www.ed.gov/database/ERIC_Digest/.
Rozita Radhiah & Abdul Rasid Jamian. (2012). Amalan Pengajaran Karangan Guru
Cemerlang Di Dalam Bilik Darjah: Kajian Satu Kes Pelbagai Lokasi. Asia Pacific
Journal of Educators and Education. Vol.27: 52 – 68.
Khawidah Abd Samad & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad.(2009). Pengaplikasian
Teori Rangkaian Motor Pembelajaran Dalam Kemahiran Menulis Karangan Bahasa
Melayu Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman
Shah. Special Issue (2019).
Zaleha Ahmad.(2014). Kemahiran Menulis: Peningkatan Kemahiran dalam Kalangan
Pelajar Melalui Program ‘Tinta Emas’. Park View Primary School, Ministry of Education
Singapore.
397
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
DOH NOMBOR MEMBANTU MURID PRASEKOLAH MENGENAL DAN
MEMBILANG NOMBOR 1 HINGGA 10
NORAINI BINTI ANDI ARIP
SK Seri Perak, Perak
[email protected]
Abstrak
Kajian tindakan yang dijalankan bertujuan membantu murid prasekolah yang belum kenal
nombor 1 hingga 10 dan bilangannya. Intervensi yang dilakukan adalah membentuk, menyebut
serta membilang jumlah objek mengikut nilai nombor menggunakan doh. Subjek kajian terdiri
daripada tiga orang kanak-kanak prasekolah yang dikenal pasti belum kenal nombor 1 hingga
10 dan bilangannya. Data diperolehi melalui ujian pra dan ujian pos, kaedah pemerhatian,
senarai semak dan temu bual. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan doh membantu
kanak-kanak prasekolah mengenal, menyebut dan membilang nombor 1 hingga 10. Secara
keseluruhan , kajian ini dapat memudahkan tugas guru dan memberi keseronokan terhadap
kanak-kanak prasekolah semasa menjalankan aktiviti.
Kata kunci : prasekolah, intervensi, doh, ujian pra dan pos
1.0 REFLEKSI AWAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Setiap kali selepas menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara kelas iaitu
menggunakan kad nombor dan objek di persekitaran seperti pen, pensel, pensel warna dan
sebagainya, saya akan menilai kanak-kanak prasekolah dari segi tahap penguasaan mereka.
Saya dapati, kanak-kanak prasekolah yang terlibat dalam kajian ini tidak dapat menyebut
dengan betul nombor yang ditunjukkan oleh guru. Mereka menjawab sesuka hati mereka.
Contohnya jika saya menunjuk nombor 2, mereka sebut 4 dan begitulah untuk nombor yang
lainnya. Apabila saya menunjukkan beberapa objek dan menyuruh mereka mengira objek
tersebut, mereka tidak dapat kira mengikut urutan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa
mereka belum menguasai kemahiran mengira mengikut urutan nombor 1 hingga 10. Mereka
juga gagal menunjukkan bilangan yang betul apabila saya menunjukkan nombor. Contohnya
saya tunjukkan nombor 2, mereka tunjukkan 4 objek, 3 objek mengikut sesuka hati mereka.
Kemudian saya berfikir bagaimana untuk mengajar mereka agar dapat kuasai kemahiran kenal
nombor dan bilangannya. Saya mula memerhatikan tingkahlaku mereka semasa saya
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya dapati mereka memandang ke arah lain,
leka dengan aktiviti sendiri seperti bermain dengan pemadam mereka, leka d engan alat tulis
dan bermain dengannya. Kalau sebut nombor yang disuruh oleh saya, mulut mereka kelihatan
bercakap tetapi mereka tidak memandang ke arah nombor yang ditunjukkan. Ini menunjukkan
bahawa mereka tidak fokus dengan pengajaran dan pembelajaran yang sedang saya jalankan.
Saya memikirkan untuk memberikan mereka alat yang boleh membantu mereka belajar secara
hands -on.
2.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN
Kajian yang saya laksanakan ini adalah untuk membantu kanak -kanak prasekolah kenal
nombor 1 hingga 10 dan boleh membilang nombor 1 hingga 10. Jika masalah tidak kenal
nombor dan bilangan secara berterusan, akan menyukarkan mereka untuk menguasai
kemahiran yang melibatkan operasi nombor seterusnya seperti tambah dan tolak.
398
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengkaji keberkesanan penggunaan doh nombor dalam PdP.
ii. Meningkatkan penguasaan kanak-kanak pra sekolah dalam kemahiran:
a. Kenal nombor 1 hingga 10
b. Sebut nombor 1 hingga 10
c. Membilang jumlah objek mengikut nilai nombor 1 hingga 10
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 3 orang kanak-kanak prasekolah yang belum kenal nombor 1 hingga 10
dan bilangannya. Mereka terdiri daripada 3 orang murid lelaki.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan awal
Tinjauan awal dibuat dengan menjalankan penilaian ke atas penguasaan kemahiran kenal
nombor dan bilangannya selepas kanak-kanak prasekolah ini diajar di dalam kelas. Penilaian
dijalankan melalui soalan secara lisan iaitu menjawab soalan yang diberikan secara lisan iaitu
guru akan menunjukkan nombor dan murid perlu menyebut nombor tersebut. Murid juga
diminta untuk menjawab soalan yang terdapat dalam lembaran kerja yang disediakan. Melalui
jawapan yang diberikan oleh murid jelas menunjukkan bahawa murid tersebut memerlukan
program intervensi bagi tujuan tersebut.
5.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian dibuat ke atas tingkahlaku kanak-kanak prasekolah semasa sesi pengajaran guru.
Hasil pemerhatian mendapati kanak-kanak prasekolah yang terlibat sentiasa tidak memandang
ke arah guru sebaliknya leka dengan barang yang ada dihadapan mereka. Ini menunjukkan
bahawa mereka tidak memberi perhatian terhadap pengajaran guru. Apabila mereka diminta
mengulang semula nombor yang telah disebut oleh guru, mereka boleh menyebut tetapi
pandangan mereka tidak memfokus ke arah nombor yang ditunjukkan oleh guru.
5.2 Ujian pra dan analisis dan refleksi
5.2.1 Ujian pra
Ujian pra diberikan kepada kanak-kanak prasekolah yang terlibat bagi mengesahkan masalah
mereka. Oleh itu, soalan yang ada dalam ujian pra lebih kepada soalan soalan yang
mengandungi item :-
1. Tunjuk nombor 1 hingga 10 yang disebut oleh guru
2. Sebut nombor 1 hingga 10 yang ditunjuk oleh guru
3. Kira titik hitam dan padankan dengan nilai nombor 1 hingga 10.
399
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Item ujian pra:
Rajah 1: Item 1 Tunjuk nombor 1 hingga 10 yang disebut oleh guru.
Rajah 2: Item 2 Sebut nombor 1 hingga 10 yang ditunjuk oleh guru
400
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 3: Soalan atau lembaran kerja berkaitan
5.2.2 Analisis Ujian Pra dan refleksi
Daripada jadual 1, bagi item 1 iaitu tunjuk nombor 1 hingga 10 yang disebut guru ketiga -tiga
kanak-kanak prasekolah (R1,R2,R3) hanya dapat menunjuk 1 hingga 3 nombor daripada 10
nombor dengan betul. Bagi item 2 iaitu Sebut nombor 1 hingga 10 yang ditunjuk oleh guru,
ketiga-tiga kanak-kanak prasekolah hanya dapat menyebut 1-3 nombor daripada 10 nombor
dengan betul. Bagi item 3 iaitu kira titik hitam dan padankan dengan nilai nombor 1 hingga 10,
ketiga-tiga kanak-kanak prasekolah hanya dapat memadankan 1 hingga 3 bilangan titik hitam
dengan nombor dengan betul.
Jadual 1: Ujian Pra Item 3
Responden/item Item 1 Item 2 2/10
R1 2/10 2/10 1/10
R2 1/10 1/10 3/10
R3 3/10 3/10
Berdasarkan data yang ditunjukkan menunjukkan bahawa kanak -kanak prasekolah
yang terlibat benar-benar belum dapat kenal nombor 1 hingga 10 dan bilangannya. Saya
mengambil tindakan untuk memperkenalkan mereka dengan satu alat dan aktiviti bagi
mengenalkan mereka dengan nombor 1 hingga 10 dan bilangannya. Aktiviti yang ingin saya
jalankan ialah aktiviti membentuk nombor menggunakan doh. Aktiviti ini dipanggil sebagai
doh nombor.
5.3 Tindakan yang dijalankan
5.3.1 Penggunaan doh dan kad nombor 1 hingga 10
Gambar 1.1 hingga 1.4 menujukkan alat yang digunakan untuk menjalankan intervensi adalah
doh (campuran tepung, air, minyak, garam dan pewarna),kad nombor yangmempunyai simbol
nombor dan bilangan lubang mengikut nilai nombor tersebut serta tapak untuk menjalankan
aktiviti. Kad nombor 1 hingga 10 pula disediakan menggunakan kertas bersaiz A4. Nombor
dicetak di atas kertas. Kad nombor tersebut kemudiannya disaluti dengan plastik laminat.
Kemudian di bawah nombor tadi ditebuk menjadi lubang. Jumlah lubang tersebut adalah
mengikut nilai nombor. Contohnya kalau nombor 5 maka lubang yang ada ialah 5 sahaja.
Tapak untuk menjalankan aktiviti pula diperbuat daripada kadbod plastik yang b erwarna.
401
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Gambar 1.1
Gambar 1.2
Gambar 1.3
402
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Gambar 1.4
5.3.2 Perbelanjaan
Perbelanjaan bagi menjalankan Kajian Tindakan ini adalah ditanggung sendiri oleh pengkaji
iaitu guru prasekolah. Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan bahan kajian
Tindakan ini ialah :-
Jadual 2 : Perbelanjaan penyediaan bahan
Bil Perkara Kuantiti Harga (RM)
1. Doh RM2.80
Tepung gandum
-Campuran tepung gandum, air, serbaguna 1 paket
garam, minyak dan pewarna.
(bahan lainnya sudah ada
2. Kad nombor berlubang di prasekolah)
Kertas A4
Plastik laminat 10 helai Percuma
10 helai (bahan sedia ada di
3 Kadbod plastik prasekolah)
Jumlah 1 saiz 2 X 2
Percuma
RM 2.80
5.3.3 Cara Doh Nombor digunakan
Gambar 2 hingga 7 menunjukkan cara menggunakan doh nombor. Cara -cara menjalankan
aktivitinya ialah kanak-kanak prasekolah perlu membaca carta nombor 1 hingga 10 yang
ditunjukkan oleh guru sebagai pembukaan aktiviti. Kemudian membuat bentuk nombor
menggunakan doh. Doh diuli menjadi bentuk silider panjang kemudian letakkan di atas bentuk
403
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
nombor yang ada pada kad nombor tersebut. Sambil meletakkan doh tersebut, kanak-kanak
prasekolah menyebut nombornya. Kemudian kanak-kanak prasekolah membuat bentuk bulat
daripada doh dan meletakkan di atas lubang-lubang yang ada pada kad nombor yang sama
sambil mengira bilangan bentuk bulat yang telah dibuat.
Kemudian mereka memicit nombor yang telah dibentuk di atas kad nombor sambil
menyebut nombornya. Kemudian picit pula bentuk bulat yang telah dibuat tadi sambil mengira
bergantung kepada nilai nombor dan bilangannya. Proses ini berulang sehinggalah murid
mereka betul betul kenal nombor yang dipelajari sebelum buat bentuknombor yangseterusnya.
Aktiviti membentuk menggunakan doh ini bukan sahaja dapat membantu kanak -kanak
prasekolah kenal nombor dan bilangannya tetapi juga ia dapat menguatkan otot otot tangan.
Jika mereka lupa nama nombor yang dibuat, mereka perlu kira lubang-lubang yang ada
pada kad nombor tersebut dan sebut jumlahnya. Kemudian sebut lagi nombor yangtelah dibuat
daripada doh yang ditampal di atas kad tersebut.
Gambar 2: Uli doh menjadi bentuk silider panjang
Gambar 3: letakkan di atas nombor yang terdapat pada kad nombor Pastikan mengikut bentuk
nombor sambil menyebut nama nombor
404
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Gambar 4: Buat bentuk bulat dan letakkan di atas bulatan yang terdapat pada
Kad nombor
Gambar 5 Gambar 6
Gambar 5 dan 6: Kemudian kira lagi dan sebut nombor yang tertera pada kad nombor.
405
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Gambar 7
Gambar 7 menunjukkan Murid prasekolah yang terlibat menjalankan aktiviti doh nombor.
6.0 REFLEKSI PENGGUNAAN DOH NOMBOR
Sepanjang menjalankan aktiviti doh nombor, kanak-kanak prasekolah kelihatan aktif dan
seronok dengan hasilan bentuk nombor mereka. Ada juga yang tidak membuat bentuk bulat
bagi jumlah objek mengikut nilai nombor tetapi mereka membuat bentuk -bentuk lain yang
hanya mereka sahaja memahaminya contohnya bentuk bulat ditambah ada bulatan kecil lain di
atasnya. Sepanjang aktiviti dijalankan juga, guru prasekolah sentiasa membim bing mereka.
Bimbingan lebih kepada sebut nombor dan kira bilangan objek mengikut nilai nombor yang
dibuat.
6.1 Ujian Pos, Analisis Dan Refleksi
6.1.1 Ujian pos
Ujian pos diberikan kepada kanak-kanak prasekolah yang terlibat selepas dua minggu mereka
menjalankan aktiviti doh nombor (Rajah 4 hingga 6). Soalan dalam ujian pos adalah sama
dengan ujian pra yang berfokus kepada kenal nombor dan bilangan objek mengikut nilai
nombor.
406
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Item ujian pos
Rajah 4: Item 1 Tunjuk nombor 1 hingga 10 yang disebut oleh guru
Rajah 5: Item 2 Sebut nombor 1 hingga 10 yang ditunjuk oleh guru
Rajah 6: Item 3 Kira titik hitam dan padankan dengan nilai nombor 1 hingga 10
407
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.1.2 Analisis ujian pos dan refleksi
Jadual 3 menunjukkan, bagi item 1 iaitu tunjuk nombor 1 hingga 10 yang disebut guru ketiga-
tiga kanak-kanak prasekolah (R1,R2,R3) dapat menunjuk 10 nombor dengan betul. Bagi item
2 iaitu sebut nombor 1 hingga 10 yang ditunjuk oleh guru, ketiga-tiga kanak-kanak prasekolah
dapat menyebut 10 nombor dengan betul. Bagi item 3 iaitu kira titik hitam dan padankan
dengan nilai nombor 1 hingga 10, mereka dapat memadankan bilangan titik hitam dengan
nombor dengan betul.
Jadual 3: Analisis ujian pos
Responden/item Item 1 Item 2 Item 3
R1 10/10 10/10 10/10
R2 10/10 10/10 10/10
R3 10/10 10/10 10/10
Berdasarkan data yang ditunjukkan menunjukkan bahawa kanak -kanak prasekolah
yang terlibat dapat kenal nombor 1 hingga 10 dan bilangannya. Ini menunjukkan bahawa
aktiviti doh nombor telah berjaya membantu kanak-kanak prasekolah kenal nombor 1 hingga
10 dan bilangannya.
6.1.3 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian / Penilaian
Kajian Tindakan ini dijalankan selama 10 hari iaitu satu hari perkenalkan satu
nombor. Aktiviti dijalankan pada waktu pagi sementara menunggu waktu sarapan pagi dan
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu mereka ditempatkan dalam satu tempat
untuk menjalankan aktiviti bermain dengan doh nombor ini. Sepanjang menjalankan aktiviti,
mereka kelihatan seronok dan aktif. Oleh kerana keseronokan inilah yang menyebabkan
mereka suka untuk terus menjalankan aktiviti tersebut, doh yangdigunakan bukan sahaja dapat
digunakan untuk membentuk nombor dan bentuk bulat tetapi ia juga mereka gunakan untuk
membuat bentuk lain yang mereka suka. Aktiviti doh nombor ini telah dapat membantu kanak-
kanak prasekolah yang terlibat untuk kenal nombor dan bilangannya.
7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 Menjimatkan dari aspek penyediaan bahan dan kos
Penggunaan alat doh nombor dapat membantu guru untuk menyediakan bahan bagi
pengajaran dan pembelajaran kenal nombor. Bahan yang digunakan jimat dan mudah
diperolehi, boleh digunakan berulang-ulang serta tahan lama. Atas ciri tahan lama ini yang
membantu guru dapat menjimatkan kos penyediaan.
7.2 Meningkatkan motivasi murid untuk belajar
Aktiviti yang dijalankan lebih berbentuk aktiviti bermain. Ini bertepatan dengan pendekatan
belajar melalui bermain di prasekolah dan memenuhi fitrah semulajadi kanak-
kanak prasekolah iaitu bermain. Oleh kerana aktiviti ini memenuhi fitrah semulajadi kanak-
kanak prasekolah secara langsung ia meningkatkan motivasi mereka untuk belajar kenal
nombor dan bilangannya.
408
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
7.3 Penilaian pencapaian murid
Selepas menjalankan intervensi menggunakan doh nombor, terdapat peningkatan ketara
kepada tahap penguasaan kanak-kanak prasekolah terhadap kemahiran kenal nombor 1 hingga
10 dan bilangannya. Peningkatan ini dapat ditunjukkan melalui jadual yang ditunjukkan.
Dapatan dalam jadual 4 dapat dilihat dengan lebih jelas dalam bentuk graf
perbandingan antara ujian pra dan ujian pos.
Jadual 4 : perbandingan antara ujian pra dan ujian pos
Item Item 1 Item 2 Item 3
Ujian R1 R2 R3 R1 R2 R3 R1 R2 R3
Pra 2/10 1/10 3/10 2/10 1/10 3/10 2/10 1/10 3/10
Pos 10/10 10/10 10/10 10/10 10/10 10/10 10/10 10/10 10/10
Graf di atas menunjukkan peningkatan kanak-kanak prasekolah (R1,R2,R3)) bagi
setiap item yang dinilai. Daripada item 1, jelas menunjukkan kanak-kanak prasekolah telah
boleh menunjukkan nombor yang disebut oleh guru. Daripada item 2 pula jelas menunjukkan
semua mereka telah dapat menyebut nombor yang ditunjuk oleh guru. Manakala item 3 pula
jelas menunjukkan semuamereka dapat memadankanbilangan titik hitam dengan nilai nombor
1 hingga 10.
Rajah 7: Perbandingan antara ujian pra dan pos
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Hasil kajian yang dijalankan dan dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa penggunaan
doh nombor amat membantu kanak-kanak prasekolah kenal nombor dan bilangannya. Oleh
itu, saya ingin meneruskan kajian saya untuk menggunakan doh nombor bagi kemahiran
operasi tambah dan tolak yang melibatkan nombor 1 hingga 10.
409
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
RUJUKAN
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia (2008) Manual Kajian Tindakan. Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum: Putrajaya: KPM.
Latifah.(2021). Meneroka inovasi melalui kajian Tindakan. Kuala Lumpur :Global Mediastreet
Sdn Bhd.
Mohd Ismarezza dan Mohd Hanafi (2019). Meningkatkan Kemahiran Mengecam Dan Menulis
Nombor 1 Hingga 10 Murid-Murid Pendidikan Khas “Slow Learner”. Journal Of
Education And Social Sciences, 12 (2),36-42
Nani Menon Dan Rakan , ( 2007). Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. Selangor:
Pts Profesioanal Publishing Sdn Bhd.
410
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
PENGAPLIKASIAN TEKNIK BASUH DALAM MENJAWAB SOALAN
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) BAGI SOALAN PEMAHAMAN
PETIKAN UMUM DAN SASTERA
HASLINDAR NOR BINTI ISMAIL
SMK Seri Mulia, Kuala Lumpur
[email protected]
Abstrak
Asas kepada kejayaan sistem pendidikan bergantung kepada kualiti kurikulum kebangsaan
seterusnya menentukan kualiti modal insan yang dihasratkan. Rentetan itulah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) membangunkan kurikulum yang memenuhi piawaian antarabangsa
dengan menekankan aspek kemahiran kreatif dan penyelesaian masalah seterusnya memberi
fokus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai
dan mencipta. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu salah satu eleman KBAT diterapkan
melalui soalan pemahaman Petikan Umum dan Petikan Sastera yang membawa 14 markah.
Namun, saya sebagai guru mengalami kesukaran mengajar murid untuk menjawab soalan KBAT
kerana murid perlu menganalisis, membanding beza dan membuat keputusan yang tepat
berdasarkan fokus dan kehendak soalan. Di samping itu, murid haruslah membina ayat yang
betul dan gramatis iaitu mengikut hukum tatabahasa yang betul. Rentetan masalah ini, saya tidak
dapat menarik perhatian murid untuk menjawab soalan KBAT dengan betul dan tepatnya.
Implikasinya, berdasarkan pemerhatian murid tiada motivasi untuk menjawab soalan ini, apatah
lagi untuk mendapat markah penuh. Oleh yang demikian, tujuan kajian tindakan ini
dilaksanakan untuk menambah baik amalan saya ketika mengajar murid menjawab soalan
KBAT. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang
menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Kajian ini melibatkan kumpulan sasaran
seramai 9 orang murid tingkatan lima SMK Seri Mulia, Kuala Lumpur pada tahun 2020. Data
dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan latihan seterusnya dianalisis secara deskriptif.
Hasil daripada kajian ini, saya telah dapat menghasilkan Kit BaSuH merupakan kit yang
berbentuk kotak. Pada empat sisi kotak ditampal akronim BaSuH dan di dalam kotak berisi
penerangan tentang BaSuH. Melalui Kit BaSuH ini dapat menerangkan cara untuk menganalisis
kehendak soalan KBAT dan memberi panduan kepada murid untuk menulis jawapan KBAT
dengan betul dan tepat. Selain itu, Kit BaSuH membantu murid menjawab dengan cepat dan
pantas soalan KBAT. Hasil kajian mendapati bahawa saya dapat mengajarkan teknik menjawab
soalan KBAT kepada murid dengan cara yang berkesan dengan menggunakan Kit BASuH dan
telah dapat menambah baik pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas. Aktiviti pdpc
dapat dijalankan berpusatkan murid dan guru sebagai fasilitator.
Kata Kunci: Bahasa Melayu, KBAT, fokus soalan, tatabahasa
1.0 PENGENALAN
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan satu keupayaan berfikir untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya untuk mencipta
sesuatu (KPM 2013). Hal ini di sokong oleh mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(KPM) iaitu Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof. Beliau menyatakan bahawa dalam usaha
membangunkan modal insan minda kelas pertama, penguasaan KBAT oleh murid adalah
penting untuk melatih mereka pada peringkat sekolah agar dilengkapi dengan pengalaman dan
kemahiran yang sesuai untuk menangani masalahkehidupan seharian yangsemakin kompleks.
Maka dengan itu, saya sebagai guru harus mengaplikasikan KBAT dalam pdp agar murid
mampu mengadaptasi standard kandungan dan standard pembelajaran seterusnya
membudayakan KBAT melalui buku teks sebagai sumber maklumat utama murid. Soalan
411
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM ada
dikemukakan pada soalan pemahaman Petikan Umum dan Sastera. Tujuan soalan ini diuji
memerlukan murid berfikir secara kreatif, kritis dan mengaitkan dengan kehidupan seharian
mereka. Maka, pengaplikasian teknik BASuH ini memberi panduan kepada murid langkah
demi langkah secara sistematik untuk menjawab KBAT SPM
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian yang telah dijalankan ini adalah berfokus untuk meningkatkan amalan saya mengajar
murid menjawab soalan KBAT yang dipelajari oleh murid tingkatan 5. Oleh yang demikian,
saya melihat pengaplikasian teknik BASuH merupakan kaedah yangsesuai bagi meningkatkan
amalan saya di dalam kelas. Dalam kajian ini saya memfokuskan langkah demi langkah untuk
menganalalisis kehendak soalan KBAT. Apabila murid menguasai perkara ini, saya
mengharapkan semua murid tingkatan 5 dapat menjawab soalan KBAT dengan mudah dan
tepatnya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Mengkaji keberkesanan BASuH dalam meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang terdapat dalam soalan pemahaman Petikan
Umum dan Sastera.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Bagaimanakah BASuH dalam meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang terdapat dalam soalan pemahaman Petikan Umum dan
Sastera?
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 9 orang murid daripada kelas aliran Sains Tulen. Mereka terdiri
daripada 2 orang murid lelaki dan 7 orangmurid perempuan dan semuanya berbangsa Melayu.
6.0 KAEDAH KAJIAN
Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian tindakan ini ialah berasaskan kepada Model
Kemmis dan McTaggart (1988). Model ini mengandungi empat peringkat yang perlu dilalui,
iaitu peringkat merancang, bertindak, memerhati dan refleksi.
412
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 1: Kitaran langkah tindakan mengikut Model Kemmis dan McTaggart (1988).
Proses kajian ini melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang
hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi
masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam
proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.
Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak
dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua sehinggalah
masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti membuat refleksi dan membuat
adaptasi terhadap pelan tindakan guru. Tindakannya mestilah selaras dengan tujuan yang
hendak dicapai. Berikut ialah langkah tindakan yang saya laksanakan berasaskan Model
Kemmis dan McTaggart (1988).
6.1 Pemerhatian
Pemerhatian terhadap tingkah laku murid ketika membuat latihan soalan KBAT ialah ada
murid mampu menjawab soalan ini, namun ayatnya tidak gramatis kerana tiada subjek dalam
jawapan yang diberi. Selain itu, ada murid menjawab soalan ini, namun tiada huraian yang
jelas daripada jawapan yang diberi. Ada juga tidak dapat menjawab langsung soalan KBAT
kerana tidak mahir dalam menganalisis kehendak soalan. Rentetan itu, murid tidak
bersemangat apabila membuat latihan soalan KBAT. Melalui latihan yang diberikan
menunjukkan murid rata-rata tidak mendapat markah penuh.
6.2 Refleksi
Saya telah berbincang dengan rakan sejawat untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi
masalah ini. Saya mendapati bahawa murid masih tidak menguasai kata kunci penting dalam
soalan yang diberikan. Disebabkan tidak menguasai kata kunci maka mereka sukar menjana
idea secara kreatif dan kritis. Selain itu, murid masih tidak mahir dalam menentukan subjek
dalam jawapan yang diberikan. Subjek amat penting dalam ayat kerana tanpa subjek maka
tidak gramatislah ayat tersebut. Murid juga tidak mahir untuk menghurai isi jawapan mereka
menyebabkan jawapan mereka tidak mendapat markah penuh. Saya juga melakukan analisis
soalan SPM tahun lepas supaya saya dapat melihat gambaran yang jelas kata kunci dan aspek
yang perlu ditekankan dalam SPM. Pembacaan juga dibuat ke atas beberapa buku yang
berkaitan soalan KBAT ini.
413
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.3 Perancangan
Pengajaran secara bersistem dan terancang amat penting bagi seorang guru untuk memastikan
murid memahami dan menghayati isi kandungan pengajaran yang ingin disampaikan. Hal ini
disokong oleh Abdul Rashid Ali (2016) dalam bukunya Pendidikan Bahasa dan Pengajaran
Pembelajaran Bahasa Melayu. Beliau berpandapat bahawa, dalam pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang bersistem, seseorang guru biasanya akan mencuba sedaya upaya untuk
menyusun pengamalan pembelajaran untuk anak muridnya secara teratur, jelas dan berfungsi
bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan lebih awal. Maka dengan itu berdasarkan
pengalaman, saya merancang untuk membuat penambahbaikandaripada cara membaca arahan
soalan. Saya memikirkan akronim yang sesuai dan mudah diingati untuk memberi panduan
kepada murid langkah demi langkah apabila menganalisis soalan KBAT. Akhirnya akromin
BASuH telah diilhamkan. Melalui teknik BASuH ini dapat menerangkan cara untuk
menganalisis kehendak soalan KBAT dan memberi panduan kepada murid untuk menulis
jawapan KBAT dengan betul dan tepat. Selain itu, teknik BASuH membantu murid menjawab
dengan cepat dan pantas soalan KBAT. Jadual menjelaskan Huraian Akronim BASuH:
Jadual 1: Akronim BASuH
Akronim Kata Huraian
Kunci
B Baca Baca soalan yang diberikan.
A Analisis Analisis soalan dengan teliti. Cari kata kunci arahan soalan
Contohnya langkah, kesan, punca, tanggungjawab dan peranan.
Su Subjek Tentukan soalan berbentuk subjek banyak pihak atau satu pihak.
soalan Subjek boleh ditentukan dengan merujuk kepada kata nama
pelbagai dimensi.
H Huraian Huraikan jawapan dengan menggunakan teknik BUDAKS iaitu
menyambung ayat dengan perkataan bagi, untuk, demi, agar,
kerana dan supaya atau seperti.
6.4 Tindakan
Setelah membuat perancangan, saya mengadakan ujian pra. Soalan ujian pra ini diambil
daripada soalan SPM sebenar supaya menjamin kesahan soalan. Didapati rata -rata jawapan
murid tidak dapat menjawab markah penuh. Seterusnya, saya memperkenalkan teknik BASuH
dan ujian pos 1 pun dijalankan. Ujian pos 1 ini diambil daripada soalan yang sama daripada
ujian pra. Markah murid menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Bagi memastikan teknik
ini benar-benar berkesan saya telah menjalankan ujian pos 2. Soalan ujian pos 2 in i ialah soalan
yang berlainan. Didapati walaupun soalan berlainan, namun markah murid masih ada
peningkatan. Saya juga membuat penilaian secara berterusan supaya penambahbaikan dapat
dilakukan secara berterusan. Berikut ialah huraian ringkas proses pelaksanaan teknik BASuH:
414
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
7.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian ini menyasarkan sebanyak 9 orang murid tingkatan 5 iaitu murid kelas 5 Musytari
(aliran sains tulen - Cemerlang). Selepas inovasi diperkenalkan, didapati peningkatan markah
murid amat memberansangkan. Selain itu, masa menjawab murid juga semakin berkurang
ketika menjawab soalan KBAT. (Rujuk Jadual 1 dan Rajah 1)
Jadual 2: Data markah dan masa menjawab
Rajah 1: Carta Bar Kategori Cemerlang, Sederhana dan Lemah
8.0 RUMUSAN DAN IMPLIKASI
Jelaslah bahawa, teknik BASuH memberi nafas baharu kepadateknik pengajaran guru dan cara
berfikir murid. Tenas Effendy (2006) melalui bukunya Tunjuk Ajar Melayu mengatakan
bahawa sikap berdikari dan percaya pada diri merupakan punca seseorang untuk berdiri kukuh
atas kakinya sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Hal ini selari dengan
pengaplikasian teknik BASUH dapat melahirkan murid boleh berdikari mampu menganalisis
kehendak soalan KBAT serta mereka yakin dapat menjawab soalan KBAT mudah dan pantas.
415
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
RUJUKAN
Abd. Rahim Abd. Rashid. (1993). KBSM Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairuddin Ayip, Tan CL, Zainurin Hasbullah dan Esah Bujang.(2017). Impak PT3
Tingkatan 1,2,3 Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn Bhd.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2019). Kertas Soalan Sebenar SPM 2012-2018 Bahasa
Melayu.. Selangor: Pustaka Yakin Pelajar Sdn.Bhd.
416
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
MERANGSANG INGATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) DALAM
PEMBELAJARAN PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN
MENGGUNAKAN APLIKASI TIKTOK
NUR HUFAIDAH BINTI MOHD NAJAMUDIN
SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulaijaya Johor
[email protected]
Abstrak
“Skill for living, towards excellent future” adalah visi sekolah dalam usaha melahirkan murid
yang berkemahiran dan berketerampilan. Berikutan proses pembelajaran di sekolah
ditangguhkan akibat pandemik COVID-19, maka suatu kaedah pembelajaran diketengahkan
untuk memastikan pembelajaran murid di rumah ataupun Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) mencapai tahap maksimum. Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan
saya dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada murid berkeperluan khas
(MBK) bagi Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan dengan menggunakan aplikasi TikTok
bagi merangsang ingatan mereka. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk kajian
deskriptif dan kualitatif yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 7 orang murid kelas 5PPMA
yang merupakan pelatih bagi Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Kajian ini
dilaksanakan dengan berkongsi kepada murid video TikTok bagi bahan pembelajaran dengan
menggabungkan unsur gaya atau isyarat khas bagi memudahkan murid mengingati fakta
pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Dapatan kajian mendapati aktiviti pembelajaran
menggunakan aplikasi TikTok telah menambahbaik amalan saya dalam PdPR dan merangsang
murid mengingati fakta pembelajaran malahan menjadikan murid lebih kreatif dalam mengolah
idea bagi penghasilan video TikTok pembelajaran mereka sendiri. Melalui kajian ini telah
dikenal pasti pembelajaran menggunakan aplikasi TikTok dapat merangsang ingatan murid dan
membantu guru memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.
Kata kunci: aplikasi TikTok, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah , Murid Berkeperluan
Khas
1.0 PENGENALAN
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia menyaksikan masyarakat
terpaksa menyesuaikan diri dengan banyak perkara yang bukan menjadi kebiasaan dalam
kehidupan mereka. Penutupan sekolah dan universiti sejak Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) fasa pertama dilaksanakan di Malaysia pada Mac lepas, menyaksikan kaedahpengajaran
secara tradisional atau bersemuka bertukar kepada sesuatu yang baharu iaitu pembelajaran
dalam talian atau secara maya. Pengajaran secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai
teknologi dan aplikasi seperti TikTok, WhatsApp, Skype, Zoom, Google Meet, You Tube mula
dipraktikkan oleh guru sehingga kini bagi memastikan pelajar masih boleh menjalani proses
pembelajaran dan tidak ketinggalan dalam pendidikan.
Murid Berkeperluan Khas (MBK) bagi kategori bermasalah pembelajaran sudah
semestinya menghadapi banyak kekangan. Mereka juga mempunyai tahap kognitif yang
rendah disebabkan tidak mampu atau terlalu lambat untuk mencapai satu -satu objektif
pembelajaran. Selain itu mereka mempunyai daya pengamatan dan rangsangan yang lemah
(Fatihah, 2016). Mereka memerlukan pendidikan dan perkhidmatan khusus bagi
memperkembang potensi dan kemajuan kendiri. Pendidikan khas merujuk kepada pengajaran
yang direka khas bagi melengkapkan keperluan seseorang kanak -kanak yang luar biasa dan
417
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
memerlukan bahan-bahan pengajaran khas, teknik pengajaran yang luar biasa serta
kemudahan-kemudahan yang tertentu (Hallahan & Kauffman, 1986).
Murid Berkeperluan Khas (MBK) bagi kategori bermasalah pembelajaran di sekolah
saya sedang mengikuti kursus vokasional atau kemahiran di bawah kelolaan Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Bahagian Pendidikan Khas (BPK). Bagi Kursus
Penyediaan dan Pembuatan Makanan (HT-012-2:2012), semestinya banyak input yang perlu
mereka fahami dan ingati untuk memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak JPK
bagi melayakkan mereka mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi tahap 2. Maka ini
menjadi cabaran kepada murid ini bagi mengikuti pembelajaran di rumah semasa PKP.
Aplikasi TikTok yang sangat popular ketika ini merupakan aplikasi yang memberi
peluang kepada penggunanya merakam video atau foto dan memasukkan elemen teks, muzik,
suara dan sebagainya ke dalam media sosial. Pada tahun 2020, 41% pengguna TikTok dunia
adalah berumur antara 16-24 tahun. Mereka menyukai aplikasi ini kerana ia menyajikan
hiburan dan maklumat yang ringkas, padat dan menarik seperti pendidikan, motivasi,
keagamaan, kesihatan, politik dan pelbagai lagi. Bagi MBK di sekolah saya sudah semestinya
mereka sangat menyukai aplikasi ini dan aplikasi ini dirasakan paling sesuai ketika ini jika ia
dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Cabaran dalam melaksanakan proses PdPR kepada murid saya adalah kesukaran mereka dalam
mengingati fakta dalam pembelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Semasa sidang
kelas melalui medium Google Meet, jelas menunjukkan bahawa murid sukar mengingati fakta.
Selain itu, suasana pembelajaran juga kurang ceria dan aktif. Justeru, atas kesedaran akan
masalah ini, maka saya cuba memikirkan kaedah terbaik serta mudah untuk murid ini
mengingati fakta penting dalam sesi pembelajaran. Apabila saya bertanya sama ada mereka
bersedia atau tidak jika saya menggunakan aplikasi Tik Tok dalam PdPR, murid terus
menyatakan keterujaan dan bersetuju jika guru menggunakan aplikasi ini. Lebih mengejutkan
lagi apabila 4 daripada 7 orang murid saya telah memiliki akaun Tik Tok. Saya sedia maklum
murid berkeperluan khas amat meminati muzik dan seni, maka saya cuba menggunakan
aplikasi Tik Tok dengan menerapkan elemen gerak gaya untuk menarik minat dan konsentrasi
mereka dalam pembelajaran mata pelajaran ini. Hal ini bertepatan dengan penyataan oleh
Sulistyowati (2009) muzik bertujuan untuk meningkatkan daya konsen trasi. Tidak dapat
dinafikan bahawa murid bermasalah pembelajaran mudah kehilangan konsentrasi semasa
menerima pelajaran. Oleh sebab itulah daya konsentrasi dikatakan dapat dirangsang melalui
kaedah guru mendemonstrasikan gerakan.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan Tik Tok dalam meningkatkan ingatan
Murid Berkeperluan Khas (MBK) bagi kelas 5PPMA.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Mengkaji keberkesanan penggunaan Tik Tok dalam meningkatkan ingatan Murid
Berkeperluan Khas (MBK) dalam pembelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan.
418
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
5.0 TINJAUAN LITERATUR
Murid bermasalah pembelajaran merupakan antara murid yang berisiko dalam aspek
pemahaman dan penyimpanan maklumat berikutan keupayaan mereka dalam memberi
tumpuan adalah lemah. Menurut Zalizan (2009), murid bermasalah pembelajaran merujuk
kepada murid yang mempunyai pelbagai masalah pembelajaran khususnya dari segi membaca,
menulis dan mengira. Menurut beliau lagi, antara ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran
termasuklah sukar mempelajari kemahiran, mengikut arahan dan lemah dalam memberi
tumpuan. Agung (2003) menyatakan kelemahan daya tumpuan murid bermasalah
pembelajaran adalah disebabkan perhatian yang mudah teralih daripada satu stimulus ke
stimulus lain. Hal ini adalah disebabkan berikutan kesukaran untuk mengamati dan menapis
maklumat penting yang wujud daripada pelbagai rangsangan di persekitaran mereka.
Seterusnya ini akan menjejaskan beberapa kemahiran belajar termasuklah mendengar dan
menerima arahan, melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kerap
melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan kerja rumah (Dogru 2014).
Murid pendidikan khas terdiri daripada murid yang bermasalah dari segi penglihatan,
pendengaran dan pembelajaran. Secara spesifik, bahagian ini mengkategorikan murid
bermasalah pembelajaran bercirikan sindrom Down, autisme ringan, gangguan hiperaktif
defisit perhatian atau attention deficit hyperactive disorder (ADHD), terencat akal minimum
dan bermasalah dalam pembelajaran spesifik (Jabatan Pendidikan Khas, 2004:1).
Menurut Sulistyowati (2009) muzik bertujuan untuk meningkatkan daya konsentrasi.
Pada umumnya murid bermasalah pembelajaran mudah kehilangan konsentrasi dalam
menerima pelajaran. Oleh itu, dalam kegiatan muzik guru harus dapat menjadikan muzik
sebagai kaedah untuk mengembangkan daya konsentrasi murid. Daya konsentrasi dapat
dirangsang dengan cara guru mendemonstrasikan gerakan. Menurut Soemarno dan Jendanriyo
(2002) ada beberapa fungsi penggunaan muzik iaitu fungsi ekspresi muzik yang diberikan
kepada murid bermasalah pembelajaran mempunyai maksud agar mereka dapat menimbulkan
rangsangan kemahuan mengekspresikan dan menyalurkan perasaannya secara lebih bebas.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Dalam menjalankan kajian tindakan, rekabentuk kajian merupakan aspek penting yang perlu
diberi perhatian dan penelitian oleh pengkaji. Rekabentuk kajian tindakan digunakan kerana
kajian ini dilaksanakan oleh guru kemahiran Penyediaan dan PembuatanMakanan. Pendekatan
kajian tindakan dikatakan paling berkesan diaplikasikan dalam situasi sebenar. Saya memilih
Model Kajian Tindakan Johnson (2002) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
419
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 1: Model Kajian Tindakan Johnson
6.1 Reka bentuk Kajian
Pengkaji telah membuat penyelidikan bagi merangsang ingatan Murid Berkeperluan Khas
(MBK) dalam pembelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan menggunakan aplikasi Tik
Tok berpandukan rekabentuk Model Kajian TindakanJohnson . 5 langkah yangdiketengahkan
dalam model ini iaitu mengenal pasti isu / masalah, melaksanakan perancangan bagi
pengumpulan data, memungut dan menganalisis data, membuat pelan tindakan dan berkongsi
dapatan dan pelan tindakan dengan pihak berkaitan.
6.2 Sasaran Kajian
Kajian ini melibatkan 7 orang murid bermasalah pembelajaran kelas 5 PPM A, kursus
Penyediaan dan Pembuatan Makanan, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
Indahpura yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan.
6.3 Instrumen Kajian
Kajian ini telah memilih beberapa instrumen bagi pengumpulan data. Ujian pra, ujian pos dan
pemerhatian dipilih oleh pengkaji.
6.3.1 Ujian Pra
Ujian pra dilaksanakan bagi mengenal pasti tahapingatan peserta kajianterhadappembelajaran
yang diuji. Ujian ini diberikan kepada peserta kajian dan datanya dikaji pengkaji. Ujian ini
dilaksanakan pada penghujung sesi pembelajaran dan penyampaian isi pelajaran disampaikan
tanpa menggunakan sebarang kaedah. Ujian ini dilaksanakan dengan memberi ujian secara
dalam talian kepada peserta kajian bagi melihat tahap ingatan mereka. Pengkaji menghantar
soalan ujian pra kepada murid melalui aplikasi telegram. Murid menjawab soalan di dalam
buku latihan dan menghantar bukti gambar kepada guru melalui telefon bimbit. Hasil daripada
ujian pra ini didapati semua murid tidak dapat menjawab dengan tepat dan memenuhi kriteria
yang dikehendaki pengkaji.
420
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.3.2 Ujian Pos
Ujian Pos dilaksanakan pada penghujungkelas dalam talian di mana penyampaian isi pelajaran
disampaikan dengan menggunakan intervensi yang dirancang. Ujian pos adalah sama dengan
ujian pra iaitu melibatkan soalan yang sama. Markah bagi ujian ini disimpan dan dianalisis
bagi tujuan perbandingan data untuk melihat keberkesanan intervensi yang dilaksanakan.
6.3.3 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan suatu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pembolehubah penyelidikan. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat melihat minat dan
penglibatan peserta kajian semasa pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) berlangsung.
Pemerhatian ini telah dijalankan selama 2 minggu. Hasil dapatan kajian disimpan dan
direkodkan dalam borang yang dibina.
7.0 PERANCANGAN TINDAKAN
Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah membuat terlebih dahulu pelan perancangan yang
teliti supaya pengkaji lebih memahami tindakan yang perlu dilaksanakan. Maka matlamat
pengkaji dapat dicapai dengan betul dan tepat. Berikut merupakan perancangantindakandalam
melaksanakan kajian tindakan ini.
7.1 Fasa1: Mengenal pasti isu
Bagi mengenal pasti isu kajian, pengkaji telah membuat ujian pra. Berdasarkan hasil ujian pra
dan pemerhatian yang dibuat, didapati peserta kajian tidak dapat menjawab soalan yang
diberikan oleh guru dengan tepat. Peserta kajian didapati sukar mengingati fakta pembelajaran
dan menunjukkan reaksi kurang berminat, tidak bermotivasi dan tidak aktif dengan
pembelajaran yang dipelajari.
7.2 Fasa 2: Perancangan Tindakan
Jadual 1 menjelaskan pengkaji telah membuat perancangan tindakan sebelum memulakan
kajian. Ini bagi memudahkan pengkaji melaksanakan kajian dan mencapai matlamat yang
diinginkan.
Jadual 1: Perancangan Tindakan
Bil Perancangan Tindakan
1 Melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran kepada peserta kajian tanpa
menggunakan aplikasi Tik Tok.
2 Ujian pra dan pemerhatian dilaksanakan.
3 Melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran kepada peserta kajian dengan
menggunakan aplikasi Tik Tok.
4 Ujian pos dan pemerhatian dilaksanakan.
5 Mengumpul dan menganalisa data yang diperolehi.
6 Membuat refleksi.
421
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
7.3 Fasa 3: Melaksanakan Tindakan
Jadual 2 menjelaskanpPengkaji menyediakan jadual pelaksanaan tindakan bagi memastikan
kajian ini berjaya mencapai matlamatnya. Melalui jadual yang telah disediakan dapat
membantu pengkaji membuat intervensi dan aktiviti secara teratur dan terancang. Berikut
merupakan jadual tindakan pengkaji.
Jadual 2: Pelaksanaan Tindakan
Hari Pelaksanaan tindakan
1 - Murid mempelajari tajuk Penghasilan Pembuka Selera.
- Murid dikehendaki menjawab latihan jenis-jenis salad secara lisan di dalam
google meet kelas 5PPM A yang diajukan oleh guru.
- Guru mengambil data markah bagi jawapan murid untuk dianalisis sambil
membuat pemerhatian ke atas pembelajaran murid secara keseluruhan.
2 - Murid mempelajari tajuk Penghasilan Pembuka Selera.
- Guru menggunakan aplikasi video Tik Tok dalam penyampaian jenis-jenis salad
yang disertakan dengan elemen gaya atau gerakan kepada setiap fakta.
- Murid dikehendaki menghafal dan meniru video Tik Tok pembelajaran yang
dikongsikan oleh guru.
- Murid dikehendaki menjawab latihan jenis-jenis salad secara lisan di dalam kelas
yang diajukan oleh guru.
- Guru mengambil data markah bagi jawapan murid untuk dianalisis sambil
membuat pemerhatian ke atas pembelajaran murid secara keseluruhan.
7.4 Fasa 4: Mengumpul dan menganalisis data.
Data yang dikumpul sangat penting dalam pelaksanaan kajian bagi membuktikan kebenaran
sesuatu kajian. Pengkaji telah menggunakan ujian pra dan pos juga pemerhatian. Data telah
diambil pada awal kajian dilaksanakan. Hasil dapatan kajian dianalisis bagi menentukan
keputusan kajian ini.
7.5 Fasa 5: Refleksi
Pengkaji membuat rumusan bagi perancangan dan pelaksanaan kajian yang telah
dilaksanakan. Melalui refleksi, pengkaji dapat melihat kekuatan dan kelemahan sepanjang
tempoh kajian ini dilaksanakan. Selain itu, kesimpulan dapat dibuat sama ada ia mencapai
objektih atau tidak.
422
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
7.6 Tinjauan masalah
Jadual 3: Penilaian Ujian Pra
Peserta kajian Ujian Pra
Markah %
Murid 1 50
Murid 2 40
Murid 3 60
Murid 4 50
Murid 5 40
Murid 6 30
Murid 7 50
8.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian ini berfokus untuk merangsang ingatan Murid Berkeperluan Khas (MBK) bagi
pembelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan menggunakan aplikasi Tik Tok. Melalui
rujukan yang dibuat, didapati MBK sangat meminati muzik di mana ia mendatangkan
ketenangan, konsentrasi dan minat bagi mereka terhadap sesuatu perkara. Sepanjang Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), MBK turut terkesan apabila pembelajaran mereka bukan lagi
secara berhadapan dengan guru, namun dilaksanakansecara maya. Ia memberi kesan psikologi
dan motivasi kepada mereka untuk menimba ilmu dalam norma yangbaru. Sudah pasti cabaran
kepada pengkaji dalam memastikan pembelajaran mereka tetap diteruskan dan mencapai
objektif yang ditetapkan. Selain itu, pengkaji turut perlu berusaha memastikan MBK kekal
berdisiplin untuk sentiasa memasuki kelas di dalam talian melalui aplikasi Google meet.
Peserta kajian terdiri daripada 7 orang MBK dalam kategori bermasalah pembelajaran
bagi pembelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Pengkaji melaksanakankajian secara
berperingkat di mana Ujian Pra dilaksanakan kepada mereka pada hari pertama kajian bagi
mengesan tahap ingatan mereka terhadap pembelajaran yang disampaikan. Pengkaji
melaksanakan PdPR melalui aplikasi Google Meet dengan membuat penyampaian
pembelajaran secara biasa tanpa menggunakan sebarang kaedah tambahan untuk
mengukuhkan ingatan MBK. Semasa sesi akhir pembelajaran dalam Google Meet, pengkaji
memberi soalan secara lisan (soalan bagi Ujian Pra) kepada pesertakajian. Setiap peserta kajian
dikehendaki menjawab soalan yang diajukan pengkaji secara langsung. Pengkaji mencatat
markah bagi jawapan setiap peserta kajian untuk dianalisis. Sepanjang proses pembelajaran
dan pelaksanaan Ujian Pra, pengkaji menjalankan pemerhatian terhadap reaksi peserta kajian.
Pada hari kedua kajian, pengkaji melaksanakan PdPR melalui aplikasi Google Meet
dengan membuat penyampaian pembelajaran dengan menggunakan aplikasi Tik Tok b agi
tujuan merangsang ingatan MBK dalam pembelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan.
Pengkaji memaparkan dalam sidang kelas akan video Tik Tok yang merupakan video rakaman
pengkaji. Dalam video tersebut pengkaji menyebut fakta yang perlu dihafal dan setiap fakta itu
digayakan dengan suatu gerakan ringkas sambil diiringi muzik yang sedang viral dan diminati
peserta kajian. Kemudian pengkaji memberi peluangkepada peserta kajian untuk melihat video
tersebut secara berulang dan menghafal fakta dan gaya yang dikongsikan pengkaji. Semasa
sesi akhir pembelajaran dalam Google Meet, pengkaji memberi soalan secara lisan (soalan bagi
423
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Ujian Pos) kepada peserta kajian. Setiap peserta kajian dikehendaki menjawab soalan yang
diajukan pengkaji secara langsung. Pengkaji mencatat markah bagi jawapan setiap peserta
kajian untuk dianalisis. Pengkaji juga menjalankan pemerhatian sepanjang proses
pembelajaran dan pelaksanaan Ujian Pos.
9.0 DAPATAN KAJIAN
9.1 Analisis Ujian Peserta Kajian
Pengkaji membuat perbandingan di antara Ujian Pra dan Ujian Pos bagi melihat keberkesanan
aplikasi Tik Tok dapat merangsang ingatan MBK dalam pembelajaran Penyediaan dan
Pembuatan Makanan. Berdasarkan hasil keputusan Ujian Pra, pengkaji mendapati peserta
kajian sukar mengingati fakta-fakta yang diajukan. Mereka mengambil masa untuk menjawab
soalan pengkaji yang disampaikan secara lisan. Peserta kajian juga didapati kurang berminat,
kurang aktif dan kurang bermotivasi dalam pembelajaran.
Berdasarkan Ujian Pos yang dibuat, pengkaji mendapati keputusan markah peserta
kajian meningkat. Setelah pengkaji memasukkan video Tik Tok pembelajaran semasa
penyampaian PdPR dilaksanakan, pengkaji dapat melihat peserta kajian sangat bersemangat
dan bermotivasi untuk mengingati fakta pembelajaran. Di dalam video Tik Tok tersebut,
pengkaji memasukkan rakaman pengkaji sedang menyebut fakta-fakta pembelajaran sambil
membuat pergerakan ringkas bagi setiap fakta. Video Tik Tok tersebut juga disertakan muzik
terkini yang menjadi kegemaran peserta kajian. Pengkaji meminta peserta kajian meniru dan
menyebut fakta yang disampaikan dan seterusnya mengingatinya. Setelah peserta kajian
bersedia untuk disoal, pengkaji memulakan Ujian Pos. Keputusannya sangat baik seperti di
Jadual 4.
Jadual 4: Keputusan ujian
Bil Murid Jantina Ujian Pra % Ujian Pos % Keputusan
1 Peserta kajian 1 Lelaki 50 90 Meningkat
2 Peserta kajian 2 Lelaki 40 90 Meningkat
3 Peserta kajian 3 Lelaki 60 100 Meningkat
4 Peserta kajian 4 Lelaki 50 80 Meningkat
5 Peserta kajian 5 Lelaki 40 90 Meningkat
6 Peserta kajian 6 Perempuan 30 80 Meningkat
7 Peserta kajian 7 Perempuan 50 90 Meningkat
Pengkaji mendapati aplikasi Tik Tok ini dapat merangsang ingatan MBK dalam
pembelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Kaedah ini telah menambah baik amalan
pengkaji dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memberi manfaat yang sangat baik
kepada peserta kajian di mana, mereka menjadi lebih kreatif dan bersemangat dalam
pembelajaran. Lebih mengujakan, mereka telah menghasilkan video TikTok sendiri yang
mengandungi isi pelajaran yang telah diajar pengkaji dengan kreatif.
424
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
9.2 Analisis Pemerhatian
Suasana pengajaran dan pembelajaran dalam kelas 5 PPM A di dalam talian melalui aplikasi
Google Meet menunjukkan perubahan ketara dalam kalangan peserta kajian. Sebelum kajian
dijalankan, peserta kajian sukar mengingati fakta penting yang disampaikan oleh pengkaji.
Mereka juga tidak aktif dan kurang bermotivasi sepanjang kelas berlangsung. Namun setelah
diperkenalkan video Tik Tok pembelajaran yang disampaikan oleh pengkaji, ternyata ia
mengubah suasana pembelajaran menjadi lebih ceria, bertenaga, bermotivasi dan aktif. Peserta
kajian lebih mudah mengingati fakta pembelajaran apabila melihat video Tik Tok yang
dikongsikan pengkaji. Mereka bersemangat mengingati fakta yang disampaikan sambil
mengikut gerak gaya khas yang diiringi muzik. Hasilnya mereka dapat menjawab soalan
dengan baik. Mereka juga teruja menantikan videoTik Tok seterusnya yangbakal dikongsikan
pengkaji sepanjang kelas di dalam talian berlangsung. Selain itu, mereka berkobar-kobar untuk
menghasilkan video Tik Tok sendiri juga apabila diberi tugasan berkaitan. Secara
kesimpulannya didapati aplikasi Tik Tok dapat merangsang ingatan murid berkeperluan khas
(MBK) dalam pembelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan.
10.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kesimpulannya, setelah kajian ini dijalankan, ia telah memberi impak yang positif bukan
sahaja kepada pesertakajian, namun kepada diri pengkaji sendiri di mana secara tidak langsung
dapat menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) seperti yang
disarankan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Peserta kajian iaitu
merupakan Murid Berkeperluan Khas (MBK) menunjukkan tahap keupayaan mereka untuk
mengingati fakta lebih meningkat dengan pengaplikasian Tik Tok dalam pembelajaran mata
pelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Mereka dengan mudahdapat mengingati fakta
yang dulunya sukar diingati. Penggunaan aplikasi Tik Tok dalam pembelajaran bagi mata
pelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan telah berjaya merangsang ingatan murid
berkeperluan khas (MBK). Ini menjadi titik tolak kepada pengkaji untuk sentiasa
menambahbaik cara pengajaran dan pembelajaran dengan mempelbagaikan lagi kaedah
pengajaran yang lebih menyeronokkan dan memberi impak positif kepada murid seterusnya
matlamat dan objektif pembelajaran dapat dicapai.
RUJUKAN
Abdullah Yusoff, Safani Bari & Mokhtar Taha, 2009. Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala
Lumpur: Open University Press. https://www.gpsbestari.com/berita/kuala-lumpur/guru-
pendidikan-khas-kongsi-tip-tarik-minat-murid-berkeperluan-khas-belajar-secara-
online-1.934150
Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008. Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1)(2016): 1-6 Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam
Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran (The Intervention Increased Attention in
Students Weith Learning Disabilities) Manisah Mohd. Ali* & Norizza Sahal
Zalizan Mohd Jelas. (Pnyt.). 2009. Pendidikan Kanak-Kanak Bekeperluan Khas: Konsep dan
Amalan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
425
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
426