The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL TERBIT Prosiding Kolokium Kajian Tindakan 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iab-1132, 2021-08-13 05:58:45

FINAL TERBIT Prosiding Kolokium Kajian Tindakan 2021

FINAL TERBIT Prosiding Kolokium Kajian Tindakan 2021

Keywords: Prosiding,Kajian Tindakan,Kolokium pengurusan dan kepimpinan

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

4.2.3 Mengenal pasti keberkesanan Program Adab 7T dalam mengatasi masalah yangmenjadi
punca ketidakhadiran mereka ke sekolah.

5.0 KUMPULAN SASARAN /RESPONDEN

74 orang murid tingkatan 5, termasuk 15 orang murid yang ponteng tegar, layak surat amaran
kedua malah ada murid yang sudah layak dibuang sekolah.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN/KAEDAH

6.1 Tinjauan Masalah
Analisis ketidakhadiran murid tingkatan 5 apabila sekolah dibuka selepas PKP
bermula 24 Jun hingga Ogos 2020.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah

Jadual 1: Data peratus kehadiran murid tingkatan lima dari Jun 2020
hingga Ogos 2020

Kelas Jun Julai Ogos
5 Alfa 92.75 94.81 91.30
5 Beta 90.00 92.98 91.38
5 Gama 84.00 83.90 87.06
5 Delta 83.04 89.56 89.58

Kehadiran murid tingkatan lima yang tidak mencapai 95%, cuti Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dan peperiksaan SPM yang akan menjelang tiba amat
merisaukan kerana mereka telah banyak ketinggalan dalam pelajaran dan ada murid yang
langsung tidak mengikuti pembelajaran dari rumah disebabkan pelbagai alasan tiada gadget
dan data internet.

Jadual 2: Data Ponteng Sekolah 15 Responden Ponteng Tegar

Responden Bilangan hari tidak hadir Alasan Diberi
Sakti 169 Tiada alasan kuat
Haikal 52
Aisyah 27 Kerja
34 Malas/lewat
Tharvin 22 Lewat bangun
Siva 12 Tiada alasan kukuh
Priya 17
21 Malas
Ashraf 43 Masalah keluarga
Darshini 22 Masalah keluarga
Ameer 35
Malas bangun
Habil Malas bangun
Ikmal Masalah keluarga

87

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Farhan 18 Malas bangun
Thavanesh 12 Malas bangun
26 Malas bangun
Thaqif 36 Kerja dan lewat bangun
Alif Haikal

7.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif seperti pemerhatian, analisis kehadiran,
temu bual dengan murid dan ibu bapa semasa ziarah 10 minit serta soal selidik murid yang
ponteng tegar dan data kaunseling individu yang dilaksanakan oleh Guru Bimbingan dan
Kaunseling.

7.1 Langkah / kaedah kajian yang dijalankan

Program ADAB – 7T yang membawa maksud Anda Datang Anda Belajar melalui 7
Tindakan telah dilaksanakan untuk mengatasi isu ponteng ini, iaitu:

1. Buku Kawalan Kehadiran
2. Talian Gegas
3. Surat Seminggu Bersyarat

4. Ziarah 10 Minit
5. MC KKM
6. Bersua Pengetua
7. Motivasi Berterusan oleh Guru B & K

7.2 Pelaksanaan Tindakan:

Tindakan 1: Buku Kawalan Kehadiran – Ditandatangani oleh murid apabila masuk
Tindakan 2:
ke kelas. Pada pukul 7.40 pagi buku dihantar ke pejabat untuk semakan
Tindakan 3: segera.
Talian Gegas – Terus menghubungi murid yang tidak hadir. Jika alasan
Tindakan 4: yang diberi adalah lewat atau tiada kenderaan, maka murid berkenaan
Tindakan 5:
Tindakan 6: akan dijemput dari rumah ke sekolah oleh guru Bimbingan dan
Kaunseling atau guru tingkatan malah Pengetua sendiri.
Tindakan 7: Murid yang tidak mahu hadir atas alasan COVID-19 diminta menulis
surat setiap minggu dengan syarat ibu bapa hadir untuk mengambil dan

menghantar tugasan sekolah pada setiap minggu. Jika gagal berbuat
demikian dianggap ponteng dan surat amaran akan dikeluarkan.
Ziarah 10 Minit pada setiap hari Rabu. Seramai mungkin murid dilawati
bertujuan berdialog ringkas dengan ibu bapa untuk menyampaikan

hasrat dan harapan agar anak-anak mereka hadir tanpa gagal.
MC KKM – Hanya sijil cuti sakit Kementerian Kesihatan Malaysia
sahaja diterima jika sakit.
Murid yang ponteng tanpa sijil cuti sakit atau alasan munasabah akan

dihantar ke bilik pengetua oleh guru tingkatan, tindakan pengetua
menasihat dan memberi kesedaran dan memberi amaran keras jika
murid yang sama berulang.
Guru Bimbingan & Kaunseling terus menjalankan kaunseling individu

berjumpa dengan murid-murid yang bermasalah dan kurang motivasi.

88

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

8.0 IMPAK TINDAKAN /KAJIAN

Apabila didapati data 3 bulan tidak mencapai sasaran, Program ADAB dengan tindakan 1
hingga tindakan 7 dilaksanakan bermula dari bulan Ogos hingga November 2020 (walaupun
diisytihar PKP namun Ziarah 10 Minit diteruskan untukmemastikan muridtingkatan lima terus
belajar di rumah).
Impak yang jelas dapat diperhatikan apabila data analisis peratus kehadiran bulanan
meningkat dan murid yang tidak hadir mempunyai sijil cuti sakit:

Jadual 3: Kehadiran Bulanan dan Cuti Sakit

Kelas Jun Julai Ogos Sept Okt Jan 2021 Feb 2021
5 Alfa 92.75 94.81 91.30 96.97
5 Beta 90.00 92.98 91.38 95.67 96.24 100 100
5 Gama 84.00 83.90 87.06 91.38
5 Delta 83.04 89.56 89.58 95.86 97.19 100 100
Purata 87.43 90.31 89.83 94.97
92.06 94.73 94.73
Sebelum Program
98.04 98.60 100

95.88 98.33 98.68

Selepas Program

Graf Bar 1: Peningkatan Peratus Kehadiran

Daripada pemerhatian dan temu bual, murid-murid juga didapati lebih bermotivasi
untuk datang ke sekolah dan pernah pada hari-hari tertentu kehadiran mencapai 100 %.
Kehadiran murid semasa kelas tambahan juga kadang kala mencatat kehadiran 100 %.
Kebanyakan murid yang tidak hadir adalah kerana sakit yang tidak dapat dielakkan dan bukan
lagi alasan malas bangun pagi atau masalah keluarga. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) sekolah juga telah menyumbang makanan percuma pada pukul 10.00 pagi pada setiap
hari persekolahan bermula bulan 20 Januari 2021 hingga 20 Februari disebabkan murid
tingkatan lima akan tamat persekolahan pada pukul 4.30 petang setiap hari.

Daripada data ini, dapat disimpulkan bahawa keberkesanan Program ADAB -7T
dengan Tindakan 1 hingga 7 telah membantu meningkatkan kehadiran murid tingkatan lima

89

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

ke sekolah. Impak peningkatan kehadiran tingkatan lima ini juga telah memberi kesan kepada
kehadiran sekolah keseluruhan walaupun berlaku penurunan peratus kehad iran pada tahun
2018 ke tahun 2019 sewaktu tiada pandemik, namun berlaku peningkatan kehadiran dari 2019
ke tahun 2020 sebnayak 0.6 %, difahamkan pencapaian kehadiran Daerah Kinta Utara pada
2020 hanya 86.8 % dan hampir 60 % sekolah menengah di Daerah Kinta Utara mengalami
kemerosotan kehadiran yang agak kritikal (sumber unit HEM ,PPD Kinta Utara).

Jadual 4: Purata Kehadiran Ke Sekolah Kinta Utara, Perak 2020

Nama Sekolah ( Bukan Nama Sebenar) Purata Kehadiran 2020

Sekolah Menengah Kebangsaan A 78.62%

Sekolah Menengah Kebangsaan P 79.54%

Sekolah Menengah Kebangsaan P 79.60%

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai 80.32%

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' 80.73%

Sekolah Menengah Kebangsaan Ta 80.89%

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri 81.43%

Sekolah Menengah Kebangsaan B 81.72%

Sekolah Menengah Kebangsaan T 81.79%

Sekolah Menengah Kebangsaan P 82.42%

Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Pasir 83.09%

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang 83.88%

Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang 84.02%

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar 84.23%

Sekolah Menengah Kebangsaan B 84.29%

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri 84.70%

Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu 84.70%

Sekolah Menengah Kebangsaan Dr 85.20%

Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Dato' Ahmad 85.15%

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 85.72%

Sekolah Menengah Kebangsaan C 86.37%

Sekolah Menengah Kebangsaan Wira 86.49%

Sekolah Menengah Kebangsaan An 86.63%

Sekolah Menengah Kebangsaan Puteh 86.32%

Sekolah Menengah Kebangsaan Tar 86.94%

Sekolah Menengah Kebangsaan J 86.87%

Sekolah Menengah Kebangsaan St. 86.79%

Sekolah Menengah Kebangsaan M 87.34%

Sekolah Menengah Kebangsaan Setia 87.59%

Sekolah Menengah Kebangsaan Rambutan 87.82%

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja 88.09%

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri 88.64%

(Sumber – PPD Kinta Utara)

90

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Jadual 4: Berikut adalah peratus kehadiran SMK Lahat dari 2016-2020

Tahun Peratus Kehadiran Catatan

2016 89.78 Peningkatan
Peningkatan
2017 90.23 Penurunan (tiada Pandemik)
Peningkatan walaupun pandemik
2018 90.34

2019 89.29

2020 89.89

Walaupun peningkatan hanya 0.6 %, namun ia amat bermakna memandangkan
kehadiran ke sekolah secara bersemuka pada tahun 2020 adalah isu utama setiap sekolah.
Apabila kita dapat atasi masalah kehadiran muridTingkatan Lima, sekali gus menaikkanpurata
kehadiran sekolah kerana murid tingkatan empat dan lima yang kerap ponteng tanpa surat.

9.0 REFLEKSI KAJIAN DAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Daripada kajian yang dijalankan ini dan tindakan yang diambil, didapati bahawa tiada masalah
yang tidak dapat diselesaikan. Perkara utama adalah mengenal pasti punca masalah dan
mencari langkah penyelesaian yang paling berkesan serta bersesuaian dengan isu yang
dihadapi.

Kajian ini sesuai dilaksanakan pada bila-bila masa dan terhadap mana-mana murid
mengikut isu murid tersebut. Tindakan mengatasi masalah ponteng ini akan terus diguna pakai
dengan melibatkan lebih ramai guru dalam tindakan-tindakan tersebut.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa adatindakan yangperlu kita ambil secara paksaan
seperti sijil cuti sakit KKM, surat mingguan bersyarat walaupun tidak disukai oleh ibu bapa
tetapi membantu menyelesaikan masalah ponteng anak-anak mereka. Semoga hasil kajian ini

dapat membantu sedikit sebanyak memberi idea mengatasi masalah ponteng kepada sekolah-
sekolah yang mengalami masalah kehadiran kerana ia sesuai digunakan di mana-mana sekolah
dengan sedikit pengubahsuaian mengikut situasi sekolah.

RUJUKAN

Ahmad Junaidi, Utusan Borneo Online access 23/04/2020
Nurhaiza bt Che Mat , http:// www.nurhaizachemat.com , 20
Kementerian Pendidikan Malaysia , Surat Pekeliling Iktisas Bil 6/1995

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru
Besar dan Guru , DBP

91

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

EKSA DAN PRESTASI CEMERLANG WARGA SEKOLAH SK MELANGKAP KM

ATIAH BINTI HJ. AWANG
Guru Besar, SK Melangkap, Sabah
[email protected]

DR. MOHD AZIZUAN ABDULLAH, HALIM BIN BIDIN, BARBARA RANTAI
PPD Kota Marudu, Sabah

Abstrak
Pada abad ke-21 ini, pelbagai perubahan telah berlaku dalam bidang pengurusan dan
pentadbiran pendidikan bersesuaian dengan trend semasa dunia. Sesuai dengan
perubahan yang berlaku pihak sekolah mengambil inisiatif untuk melaksanakan inovasi di
sekolah dengan memperkenalkan Program EKSA. Kajian tindakan ini bertujuan meninjau
keberkesanan Program EKSA dan hubungannya dengan prestasi warga sekolah Sekolah
Kebangsaan Melangkap. Model Kemmis dan McTaggart. (1988) digunakan dalam kajian
ini yang melibatkan pengumpulan data secara kuantitatif sebagai rujukan data
(perbandingan peratusan) dan kualitatif melalui pemerhatian dan temu bual. Guru
sekolah, murid dan ibu bapa yang terlibat dalam program ini merupakan sampel kajian
ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan terhadap prestasi dan
penglibatan warga sekolah tersebut. Pengurusan EKSA perlu dibudayakan secara
berterusan di sekolah ini meliputi semua aspek agar prestasi cemerlang dan pelibatan
semua pihak dapat dikekalkan.

Kata Kunci: EKSA, Prestasi Cemerlang, kondusif

1.0 PENGENALAN

Antara tanggungjawab guru besar yangberkesanialah menyediakanpersekitaran yangkondusif
agar budaya pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) yang cemerlang dapat diwujudkan.
Sehubungan dengan itu, Program EKSA dipilih sebagai satu cara untuk mewujudkan iklim
pembelajaran yang kondusif. Program ini perlu dilakukan secara konsisten dan diterajui oleh
guru besar dengan bersungguh-sungguh agar iklim dan prestasi institusi berkenaan
dapat ditingkatkan. Antara faedah mengamalkan EKSA kepada sesebuah organisasi
pembelajaran ialah mengelakkan pembaziran melalui amalan Go Green, mewujudkan
persekitaran kerja yang kondusif, meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi, menjana
idea kreatif dan meningkatkan imej sesebuah organisasi awam.

2.0 REFLEKSI/ ISU KAJIAN

Sepanjang pemerhatian pengkaji yang lepas berkenaan dengan guru dan Anggota kakitangan
sokongan di sekolah ini mendapati bahawa mereka kurangbermotivasi disebabkan tidak selesa
dengan ‘work station’ dan persekitaran tempat kerja yang kurang memberangsangkan.
Seringkali guru-guru tidak akan duduk atau berada di kawasan ‘work station’ atau bilik guru,
lesu dan kurang bersemangat ketika berada di kawasan sekolah. Begitu juga halnya berkenaan
keputusan lulus penuh UPSR di sekolah ini sebelumnya agak rendah, peratus kehadiran murid
ke sekolah yang rendah dan penglibatan dan pencapaiandalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
rendah. Seterusnya penglibatan yang kurang daripada ibu bapa serta ahli Persatuan Ibu bapa
dan Guru (PIBG) dalam aktiviti di sekolah dapat dilihat melalui analisis kehadiran ibu bapa
dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah. Oleh itu, satu perancangan dan tindakan

92

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

yang efektif perlu dilaksanakan bagi mengatasi isu yang telah dikenal pasti ini. Pengurusan
EKSA yang berterusan dan konsisten merupakan inisiatif dan intervensi yang dilakukan dalam
menangani isu yang telah dinyatakan, agar prestasi cemerlang warga sekolah dapat
direalisasikan.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan EKSA terhadap prestasi warga sekolah SK
Melangkap Kota Marudu, Sabah iaitu kakitangan sekolah, murid dan ibu bapa.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah beberapa objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini, iaitu:

i.Meningkatkan motivasi dan keselesaan persekitaran kerja staf sekolah
ii.Meningkatkan peratus lulus penuh UPSR
iii.Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah
iv.Meningkatkan penglibatan dan pencapaian aktiviti ko-kurikulum dan sukan
v.Meningkatkan penglibatan dan kehadiran ibu bapa dalam aktiviti sekolah
5.0 METODOLOGI KAJIAN
5.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan yang digunakan sebagai suatu pendekatan
untuk membaiki atau meningkatkan kualiti persekitaran kerja dan sekolah dengan
menggalakkan warga sekolah mengamalkanbudaya EKSA ke arah prestasi cemerlangsekolah.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan model penyelidikankajian tindakan berdasarkan
Model Kemmis dan MacTaggart (1988) yang menggariskan empat fasa perkembangan, iaitu:

Rajah 5.1: Model Kemmis dan McTaggart (1988)
5.2 Sampel Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada semua warga SK Melangkap iaitu 17 orang guru, 8
Anggota Kumpulan Sokongan (AKP), 230 murid dan 123 ibu bapa yang dipilih melalui
teknik persampelan bertujuan.

93

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

5.3 Instrumen Kajian
Rujukan dokumen digunakan oleh pengkaji dengan merujuk buku rekod kehadiran pelajar
ke sekolah, kehadiran ibubapa dalam aktiviti yang diadakan di sekolah, pencapaian pelajar
dalam PBD, UPSR dan juga pencapaian dan penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum.

Pemerhatian juga digunakan bagi menyokong dapatan kajian dengan menggunakan
borang pemerhatian lapangan bagi mendapatkan data berkaitan dengan proses dan aktiviti
EKSA yang dilaksanakan di sekolah.

Temu bual semi berstruktur digunakan kepada kumpulan berfokus yang telah dipilih
secara rawak bagi mendapatkan persepsi penerimaan mereka tehadap EKSA yang
dilaksanakan di sekolah. Kaedah temu bual semi berstruktur ini adalah bertujuan untuk
mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang perubahan yang berlaku, persepsi dan
pandangan seseorang individu (Cresswell, 2014).
6.0 PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN
Penyelidikan dijalankan mengikut Model Kemmis dan Mac Taggart (1988) yang terdiri
daripada empat fasa perkembangan iaitu:
6.1 Tinjauan Awal
Pengkaji telah menjalankan tinjauan awal tentang masalah atau isu (seperti yang telah
dinyatakan di atas) yang dihadapi oleh guru-guru, Anggota Kumpulan Sokongan (AKP),
Murid-murid dan ibu bapa berdasarkan pengalaman pengkaji, temu bual guru, murid dan ibu
bapa serta pemerhatian situasi dan persekitaran sekolah.
6.2 Merancang
Pengkaji, guru-guru dan ibu bapa telah merancang pelaksanaan persekitaran sekolah
yang kondusif dan menarik dengan melaksanakan EKSA secara berperingkat bagi mengatasi
masalah yang timbul dalam tujuan awal pengkaji.

94

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Rajah 6.2.1: Carta Alir Perancangan Pelaksanaan EKSA SK
Melangkap

Rajah 6.2.2: Jawatankuasa Induk EKSA SK Melangkap

95

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Rajah 6.2: Pembahagian Jawatankuasa Zon EKSA SK Melangkap

6.3 Pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan EKSA adalah dari bulan Februari 2018 hingga Ogos 2019. Dalam kajian
ini pengkaji telah mendapatkan data awal kehadiran murid dan kehadiran serta penglibatan ibu
bapa dalam aktiviti sekolah. Keputusan PBD serta keputusan penuh UPSR tahun sebelumnya
juga telah dikutip awal untuk dibuat perbandinganselepaspelaksanaan EKSA di sekolah kelak.
Data kehadiran murid dan kehadiran serta penglibatan ibu bapa,Data keputusan PBD dan lulus
penuh.

Keputusan UPSR yang terkini juga dikutip untuk melihat impak program EKSA ini.
Pengkaji juga telah menjalankan pemerhatian terhadap beberapa kumpulan guru, murid dan
ibu bapa dalam kajian ini dengan mengisi borang pemerhatian lapangan yang telah disediakan.
Pengkaji juga telah menjalankan sesi temu bual semi berstruktur terhadap beberapa orangguru,
murid dan ibu bapa di luar waktu sekolah.

Gambar 6.3.1: Pelaksanaan EKSA

96

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Gambar 6.3.2: Sudut ‘Go Green’
Gambar 6.3.3: Bilik Darjah

Gambar 6.3.4: Bilik Guru

97

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Gambar 6.3.5: Asrama Desa Bakawali, SK Melangkap
Gambar 6.3.6: Kawasan Sekolah

Gambar 6.3.7: Pelaksanaan EKSA (Pelabelan)

98

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Gambar 6.3.8: Pelaksanaan EKSA (Pelabelan)

6.4 Refleksi
Keputusan daripada data awal kehadiran murid, kehadiran penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
di sekolah, pencapaian PBD dan keputusan lulus penuh UPSR dari tahun yang sebelumnya
digunakan untuk menentukan peningkatan prestasi selepas pelaksanaan EKSA di sekolah.
Data pemerhatian digunakan untuk menentukan reaksi dan penerimaan mereka terhadap
pelaksanaan EKSA dan temu bual digunakan untuk mendapatkan persepsi penerimaan murid
terhadap pelaksanaan EKSA.
7.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN
a) Adakah EKSA dapat meningkatkan motivasi dan keselesaan persekitarankerja staf sekolah?
Berdasarkan data pemerhatian terhadap pelaksanaan EKSA dan komitmen guru serta riak
muka yang ditunjukkan oleh staf telah mendapati bahawa kebanyakan staf telah
mempamerkan kesungguhan dan perasaan puas hati serta selesa dengan persekitaran baharu
yang lebih kemas, cantik dan mudah untuk bergerak walaupun pada peringkat awal
pelaksanaan aktiviti EKSA didapati bahawa berlaku salah faham terhadap konsep EKSA di
mana beberapa staf beranggapan pelaksanaan EKSA ini menyusahkan.

Namun begitu, setelah merasai sendiri keselesaan dan kekemasan hasil pelaksanaan
EKSA staf sekolah berkenaan berasa yakin bahawa EKSA ini dapat meningkatkan motivasi
dan keselesaan persekitaran kerja mereka. Justeru, data pemerhatian ini telah melaporkan
bahawa EKSA berjaya meningkatkan motivasi dan keselesaan persekitaran kerja guru dan
AKP. Data temu bual yang diperolehi dalam kajian ini telah menunjukkan bahawa persepsi
penerimaan terhadap pelaksanaan EKSA adalah positif. Semua guru berpan dangan bahawa
pelaksanaan EKSA ini adalah telah merubah suasana persekitaran sekolah
secara keseluruhannya, meningkatkan motivasi dan semangat kerja serta meningkatkan
keselesaan persekitaran kerja staf sekolah berdasarkan contoh petikan transkrip temu bual
daripada beberapa orang guru yang ditunjukkan. Persepsi penerimaan yang positif ini jelas
dilihat dari segi kesungguhan dan minat mereka dalam melaksanakan EKSA di sekolah yang

99

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

bertujuan antaranya untuk meningkatkan motivasi dan keselesaan persekitaran kerja staf
sekolah.

G1: “Saya sangat seronok bekerja…sekolah yang nyaman dan cantik”

G2: “Saya jadi lebih bermotivasi bekerja dan gembira…tak macam sebelum ini
saya rasa down” G3: “Bila duduk di meja saya…saya rasa sangat selesa”

S1: “Sebelum ini kami tiada tempat duduk di pejabat am… sekarang ni tempat
duduk kami sangat selesa dan cantik”

S2: “Kawasan sekolah kami yang sangat cantik macam taman…ada kolam ikan
yang jinak”

S3: “EKSA menjadikan saya lebih bermotivasi…cara kerja saya tersusun”

b) Adakah EKSA dapat meningkatkan peratus lulus penuh UPSR?

Berdasarkan data peningkatan peratus lulus UPSR dari tahun 2017 hingga 2019
menunjukkan peningkatan yang sangat ketara iaitu meningkat 33.8 peratus pada tahun 2019
berbanding keputusan tahun 2018, di mana peningkatan itu dapat ditunjukkan seperti graf di
bawah. Data PBD tahap 1 juga menunjukkan kualiti, iaitu semua murid mencapai TP3 iaitu TP
minimum.

Rajah 7.0: Peningkatan Peratus Lulus Penuh UPSR

100

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
c ) Adakah EKSA dapat meningkatkan peratus Kehadiran Murid Ke Sekolah?
Berdasarkan data peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah dari tahun 2017 hingga
2019 menunjukkan peningkatan iaitu meningkat 0.07 peratus pada tahu 2018 berbanding
tahun 2019. Peningkatan itu dapat ditunjukkan seperti graf di bawah.

Rajah 7.1: Peratus Peningkatan Kehadiran Murid Ke Sekolah
d) Adakah EKSA dapat meningkatkan penglibatan dan pencapaian aktiviti ko-kurikulum
dan sukan?

Berdasarkan data peningkatan penglibatan dan pencapaian aktiviti ko-kurikulum dan
sukan dari tahun 2017 hingga 2019 menunjukkan peningkatan penglibatan dan pencapaian
iaitu hanya satu penyertaan di peringkat negeri pada tahun 2018 iaitu mendapat tempat ketiga
di peringkat negeri berbanding tahun 2019 terdapat 3 penyertaan di peringkat negeri dan serta
ketiga-tiga acara menjadi johan dan mendapat pingat emas serta murid SK Melangkap
dianugerahkan penjaring terbanyak bola jaring peringkat negeri. Peningkatan dan
pengiktirafan ini dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 7.2.

101

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Rajah 7.2: Peningkatan Penglibatan dan Pencapaian Aktiviti Ko-kurikulum dan Sukan
e) Adakah EKSA dapat meningkatkan penglibatan dan kehadiran ibu bapa dalam aktiviti
di sekolah?

Berdasarkan data peningkatan penglibatan kehadiran ibu bapa dalam aktiviti sekolah
tahun 2017 hingga 2019 menunjukkan peningkatan penglibatan kehadiran ibu bapa dalam
aktiviti sekolah iaitu meningkat sebanyak 30 peratus pada tahun 2019 berbanding tahun 2018.
Peningkatan penglibatan kehadiran ini dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 7.3.

Rajah 7.3: Peningkatan Penglibatan dan Kehadiran ibu bapa dalam Aktiviti
Sekolah

102

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Gambar 7.1: Sambutan Hari Guru Anjuran PIBG/PIBK

Gambar 7.2: Sambutan Hari Keluarga PIBG/PIBK

103

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Gambar 7.3: Aktiviti Gotong-Royong Ahli PIBG
8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pelaksanaan EKSA dapat meningkatkan prestasi cemerlang
warga sekolah. Dapatan kajian ini dijadikan panduan kepada pengkaji untuk meluaskan
dan membudayakan EKSA di sekolah ini demi kecemerlangan sekolah yangberterusan selaras
dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam TS25 iaitu kepimpinan sekolah
yang berkesan, guru berkualiti dan sokongan ibu bapa ke arah kemenjadian murid dan sekolah
yang berkualiti.
9.0 CADANGAN KAJIAN LANJUT
Pelaksanaan EKSA perlu dibudayakan dan diteruskan di semua peringkat di sekolah ini
pada masa hadapan. Beberapa aspek dalam perancangan untuk dilaksanakan seperti
keceriaan bangunan yang telah usang, pelaksanaan taman herba dan taman buah-buah, pusat
mini perkhemahan dan eco pelancongan agar budaya EKSA ini dapat dilaksanakan secara
berterusan.

RUJUKAN
Creswell, J. W., (2014). A Concise Introduction to Mmixed Methods Research. SAGE

Publications.
Hameed, N. M. (2017). EKSA Perkasa Sektor Awam. Harian Metro, pp. 30-31.
Kemmis, S. McTaggart.(1988). The Action Research Planner. Geelong. Victoria:

Deakin University Press.
Malaysia, K. P. (2016). Garis Panduan EKSA KPM Versi 2.0. KPM.
MAMPU. (2015). Panduan Pelaksanaan EKSA. Penerbit UPM.
UPM, B. (2016). Garis Panduan Pelaksanaan EKSA BHEP UPM. BHEP UPM
Yahaya, A. S. (2005). Mengurus Hal Ehwal Pelajar (e-book). Pahang, Malaysia:

PTS Professional Publising Sdn. Bhd. Dalam http://books. google. co. id/books.

104

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

IMPAK PERANAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA DALAM
MEMPROMOSI GERAKAN TABIAT MEMBACA DALAM KALANGAN MURID-

MURID SMK PERNU DI BAWAH PROGRAM NILAM

HABSAH BINTI JALANI
Guru Penolong, SMK Pernu, Melaka

[email protected]

HAJI JASMI BIN HUSIN
Pengetua, SMK Pernu, Melaka
([email protected])

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengenal pasti impak peranan Guru Perpustakaan
dan Media (GPM) dalam usaha mempromosikan gerakan tabiat membaca
dalam kalangan murid-murid SMK Pernu di bawah Program NILAM. Kajian turut
bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang minat murid-murid terhadap aktiviti
membaca serta melihat reaksi dan komitmen warga SMK Pernu terhadap program
NILAM. Kajian dijalankan dalam kalangan murid SMK Pernu dan warga sekolah seperti
pentadbir dan guru-guru. Subjek kajian yang dipilih adalah seramai 100 orang murid dan
10 orang guru. Instrumen kajian adalah menggunakan borang soalselidik dan soalan temu
bual. Hasil kajian mendapati, sampel yang terdiri daripada murid dan guru bergantung
kepada GPM dalam melaksanakan Program NILAM atau aktiviti bacaan yang lain. Secara
keseluruhannya, walaupun tidak semua warga sekolah berminat terhadap program ini,
namun mereka mengakui bahawa program NILAM ini mampu menyemai minat dan
mendorong murid-murid untuk membaca sekiranya dilaksanakan dengan bersungguh-
sungguh. Justeru, GPM merupakan guru yang bertanggungjawab melaksanakan Program
NILAM untuk memupuk minat membaca. Peranan GPM dengan kerjasama guru-guru dan
pentadbir memberi impak positif kepada keberkesanan Program NILAM.

Kata Kunci: NILAM, Pusat Sumber, GPM, Membaca, Tabiat Membaca

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan komponen penting dalam sesebuah institusi pendidikan.
Bukan sahaja bertindak menjadi gedungilmu, Pusat Sumber Sekolah (PSS) turut menjadi pusat
pengumpulan maklumat dan penyebaran pelbagai jenis ilmu serta menyediakan kemudahan
dan perkhidmatan khususnya kepada murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
penyelidikan dan rekreasi (Padlon, 2004). Di samping itu, Pusat Sumber Sekolah juga
berperanan untuk menjana maklumat dan kecemerlangan sekolah dari segi kemenjadianmurid.
Justeru, Pusat Sumber Sekolah merupakan komponen atau aspek yang tidak boleh dipandang
enteng oleh semua pihak.

Menurut Yusuf (1997) pusat sumber adalah gedung yang menyokong ke arah
kesempurnaan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pengurusan PSS yang cemerlang perlu
didokong oleh individu yang bertanggungjawab dan komited untuk mengurus dan mengelola
PSS. Sehubungan itu, melalui Waran Peruntukan B.41 Kementerian Pendidikan Malaysia,
setiap sekolah telah diperuntukkan seorang Guru Perpustakaan dan Media Sekolah sepenuh
masa. Pelantikan ini diharapkan dapat membantu meningkatkan keupayaan pengurusan dan
kepimpinan pengurusan Pusat Sumber Sekolah supaya lebih berkesan dan cemerlang.
Antara tugas utama seorang Guru Perpustakaan dan Media yang mengurus PSS adalah
merancang dan menggerakkan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah. Menurut

105

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

laporan Pusat Sumber Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2002), Kementerian
Pendidikan berpendapat satu pendekatan perlu diambil untuk menanam sifat membaca yang
sejati dalam kalangan murid. Sejajar itu, Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)
dilancarkan.

Di SMK Pernu, Guru Perpustakaan dan Media melaksanakan Program NILAM setiap
tahun dengan tujuan untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid. Matlamat utama
adalah supaya minat membaca dijadikan amalan berterusan dalam kalangan murid -murid dan
warga sekolah dan sebati dalam diri masing-masing.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Budaya membaca merupakan amalan yang mampu menjadikan masyarakat berilmu masih lagi
belum boleh dibanggakan terutamanya dalam kalangan murid-murid SMK Pernu, Melaka.
Budaya mencintai buku dan ilmu masih tidak mencapai tahap memuaskan. Guru dan murid
perlu rajin membaca kerana membaca boleh menjadi nilai tambah kepada kejayaan mereka
dalam bidang akademik, kokurikulum serta sahsiah.

Namun, membaca kini menjadi sesuatu yang sukar untuk diamalkan. Walaupun ramai
boleh membaca namun ia tidak dijadikan sebagai satu tabiat. Maka, adalah p enting agar sikap
murid-murid dan guru-guru SMK Pernu diubah supaya ia menjadi satu tabiat atau aktiviti
berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi sepanjang hayat. Dalam hal ini, Guru Perpustakaan
dan Media mesti memainkan peranan dengan menggerakkan Pusat Sumber Sekolah sebagai
nadi gerakan membaca.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Dalam usaha untuk membudayakan amalam membaca, Guru Perpustakaan dan Media
memainkan peranan yang sangat penting (rujukan KP (BS-DSR)8787/008//2(10) bertarikh 18
Julai 2005) Kementerian Pendidikan Malaysia dalam lampiran 2 pekeliling berkenaan bahawa
salah satu peranan Guru Perpustakaan dan Media adalah merancang dan mengurus program
pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. Namun, secara perseorangan Guru
Perpustakaan dan Media memerlukan sokongan dan kerjasama warga sekolah termasuk
pengetua, barisan pentadbir, guru-guru Pusat Sumber Sekolah serta guru-guru mata pelajaran.
Sewajarnya promosi gerakan tabiat membaca di bawah program NILAM dapat dijayakan.

Warga sekolah mestilah berpandangan positif untuk menjayakan program NILAM.
Penyelidikan ini menjurus kepada 3 aspek yang berikut:

i.Minat guru dan murid terhadap aktiviti membaca

ii.Peranan Guru Perpustakaan dan Media dalam menggerakkan tabiat membaca di
bawah program NILAM

iii.Pengetahuan serta pemahaman guru dan murid tentang Program NILAM

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini mempunyai 4 objektif untuk dicapai, iaitu:

1. Mengkaji minat murid dan guru SMK Pernu terhadap aktiviti membaca.

2. Menilai pemahaman warga guru SMK Pernu terhadap tugas dan peranan Guru
Perpustakaan dan Media.

106

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

3. Mengenal pasti impak tanggungjawab dan strategi Guru Perpustakaan dan Media
dalam melaksanakan program NILAM di SMK Pernu

4. Mengenal pasti impak promosi yang dijalankan oleh Guru Perpustakaan dan
Media dalam melaksanakan Program NILAM di SMK Pernu

5. Melihat reaksi dan komitmen murid dan guru SMK Pernu terhadap program
NILAM

5.0 TINJAUAN LITERATUR

Pusat Sumber Sekolah juga berfungsi sebagai kelas atau tempat belajar yang sesuai untuk
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Murid juga dapat membentuk nilai dan tabiat
membaca yang pastinya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang berguna dalam
kehidupan. Hari ini Pusat Sumber Sekolah bukan hanya sebuah bilik tetapi ia merangkumi
seluruh sekolah (Azman, 2005). Justeru, Pusat Sumber Sekolah merupakan unit terpenting
yang menyimpan maklumat untuk kemenjadian murid dalam pelbagai bidang seperti
akademik, kokurikulum dan sahsiah. Sehubungan dengan ini, Wan Ismail (2001), menyatakan
bahawa kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah bukan hanya bermaksud Pusat Sumber Sekolah
itu mesti cantik, canggih dan berseri tanpa memberi apa-apa hasil kepada sekolah.

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah adalah bertunjangkan komitmen dan kesungguhan
Guru Perpustakaan dan Media. Satu jawatan yangdiperuntukkanoleh KementerianPendidikan
Malaysia kepada setiap sekolah untuk mengetuai Pusat Sumber Sekolah berdasarkan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2015, Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyelaras Bestari
serta Guru Perpustakaan dan Media (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah), bertarikh 18
Julai 2005. Maka, Guru Perpustakaan dan Media merupakan individu yang bertanggungjawab
untuk mengurus, menyelaras dan melaksanakan program-program berkaitan kemenjadian
murid dengan dibantu oleh guru-guru mata pelajaran, guru-guru Pusat Sumber, ahli
jawatankuasa Pusat Sumber dan sokongan daripadapentadbir sekolah. Ini termasuklahgerakan
tabiat membaca di bawah Program NILAM.

Membaca ialah proses yang melibatkan daya mental, daya berfikir serta memerlukan
kemahiran berbahasa di samping merupakan perlakuan kompleks, rumit dan memerlukan
pemikiran aktif (Padlon, 2004). Menururt Tan Siew Eng (1991), tabiat membaca merujuk
kepada pembacaan yang ditanam hasil daripada kecenderungan seseorang dan bukan hasil
daripada paksaan. Maka, gerakan tabiat membaca adalah aktiviti-aktiviti yang dirancang dan
dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan murid untuk sedar tentang kepentingan membaca
dan menanam minat membaca secara berterusan.

Menurut sumber daripada Bahagian Teknologi Pendidikan (1998) dalam Padlon
(2004), Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan satu program bacaan yang
dikenali sebagai Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Program ini merupakan
penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di
sekolah-sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini dilaksanakan ke
semua sekolah rendah dan menengah mulai tahun 1999 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
13/1998 bertarikh 22 Mei 1998.

107

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

6.0 METODOLOGI KAJIAN

6.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah kajian kualitatif dan kuantitatif. Kajian campuran adalah
merupakan kajian yang bermatlamat untuk menerangkan fenomena yang se dang berlaku
(Mohd Majid, 2000) juga mengumpulkan data berbentuk kuantitatif dari soal selidik. Pada
dasarnya data diperoleh dalambentuktinjauanatau kajian pemerhatian yangmemberi tumpuan
kepada pendapat daripada sampel yang berkaitan program yang dikaji. Kajian ini dilakukan
untuk meninjau keadaan yang berlaku dalamkalangan warga SMK Pernu untuk mengenal pasti
impak peranan Guru Perpustakaan dan Media dalam mempromosi gerakan tabiat membaca di
bawah Program NILAM.

6.2 Sasaran Kajian

Kajian yang dijalankan di SMK Pernu, Melaka melibatkan 10 orang guru termasuk pentadbir
sekolah, guru-guru mata pelajaran dan ahli jawatankuasa kerja Pusat Sumber Sekolah serta 100
orang murid SMK Pernu terdiri daripada murid tingkatan 2 hingga tingkatan 5 yang dipilih
secara rawak. Semua guru dan murid ini dijadikan responden kajian dan borang soal selidik
diberikan ‘Google Form’ diberikan secara dalam talian.

6.3 Instrumen Kajian

Alat sesuatu penyelidikan adalam elemen penting dalam sesebuah kajian. Ia turut dikenali
sebagai alat ukur atau instrumen kajian. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan 2 set
borang soal selidik, iaitu set A untuk dijawab oleh guru-guru dan set B untuk dijawab oleh
murid-murid. Kedua-dua set soalan ini disediakan secara dalam talian menggunakan aplikasi
Google Form. Borang soal selidik ini hanya diberikan kepadaguru-guru dan murid-murid yang
menjadi sampel untuk mendapatkan data-data yang diperlukan.

Soal selidik Set A yang disediakan untuk guru mengandungi 15 soalan yang terbahagi
kepada 4 bahagian iaitu maklumat peribadi, maklumat tentang peranan Guru Perpustakaan dan
Media, usaha promosi Guru Perpustakaan dan Media dalam mempromosi program membaca
dan soalan mengenai Program NILAM.

Manakala soal selidik set B disediakan untuk mendapatkan data daripada murid-murid
seramai 100. Terdapat 5 bahagian di dalam borang soal selidik set B. Bahagian -bahagian
tersebut adalah maklumat peribadi, latar belakang tabiat membaca murid, maklumat tentang
peranan Guru Perpustakaan dan Media, promosi yang diajalankan oleh Guru Perpustakaan dan
Media berkenaan Program NILAM dan soalan-soalan berkaitan dengan Program NILAM.

Selain itu, terdapat juga temu bual yang diadakan dengan pentadbir sekolah iaitu
Pengetua. Melalui kaedah ini, maklumat diperoleh secara langsung. Pentadb ir diminta
memberi pandangan tentang Program NILAM yang dijalankan di sekolah tersebut.

7.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hasil kajian ini adalah berdasarkan data-data dan maklumat yangdiperoleh melalui soal selidik
dan temu bual yang dijalankan kepada 10 orang guru dan 100 orang murid tingkatan 2 hingga
tingkatan 5 di SMK Pernu.

108

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

7.1 Impak Peranan Guru Perpustakaan dan Media dalam Kalangan Guru
Seramai 10 orang guru terpilih untuk dijadikan sampel. Bilangan guru lelaki adalah 3 orang,
manakala guru perempuan adalah 7 orang. 3 daripada sampel adalah dalam kalangan pentadbir
sekolah, 2 guru adalah ahli jawatankuasa kerja Pusat Sumber Sekolah dan 5 orang guru mata
pelajaran yang terdiri daripada pelbagai subjek.

Hasil kajian mendapati daripada 10 orang guru, 7 orang guru memahami tugas dan
peranan Guru Perpustakaan dan Media manakala 3 lagi memahami sebahagian daripada tugas
Guru Perpustakaan dan Media.

Ini dapat dilihat melalui Rajah 1: Peranan Guru Perpusakaan dan Media. Sebahagian
besar guru memilih semua pilihan jawapan iaitu merancang dan mengurus belanjawantahunan
PSS bersama JK Kurikulum Sekolah, merancang dan melaksanakan dasar dan program
tahunan PSS bersama-sama Pengetua/Guru Besar, kakitanganPSS, guru dan murid, merancang
dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu dan merancang
dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan PSS yang dapat
menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Manakala 3 lagi guru hanya memilih 1
daripada semua pilihan jawapan.

Rajah 1: Peranan Guru Perpustakaan dan Media
Secara keseluruhan, guru-guru yang terlibat menyedari bahawa Guru Perpustakaan dan
Media menjalankan aktiviti untuk Program NILAM dan mengadakan promosi program
tersebut untuk menggalakkan penyertaan warga sekolah sekali gus bertujuan untuk memupuk
tabiat membaca secara berterusan. Rajah 2, Rajah 3 dan Rajah 4 menunjukkan kesedaran guru-
guru terhadap usaha Guru Perpustakaan dan Media dalam menjalankan dan mempromosikan
Program NILAM.

109

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

GPM Mengadakan Aktiviti Galakan
M e mbaca

Ti da k
0%

Ya
100%

Rajah 2: GPM Mengadakan Aktiviti Galakan Membaca

GPM Menyediakan Hadiah dan
Ganjaran bagi Program NILAM

Ti da k
0%

Ya
100%
Ya Tidak

Rajah 3: Penyediaan Hadiah dan Ganjaran Program NILAM

Kesedaran Kewujudan Program
NILAM dalam Kalangan Guru

Ti da k
0%

Ya
100%

Rajah 4: Kesedaran Kewujudan Program NILAM dalam kalangan guru
Daripada 10 orang guru yang menjadi sampel, 7 orang guru mengetahui tentang
Program NILAM daripada hebahan yang diadakan oleh Guru Perpustakaan dan Media melalui
pelbagai saluran seperti pengumuman di sekolah dan melalui aplikasi media sosial seperti

110

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Instagram, Telegram dan Facebook. Manakala 3 lagi guru mendapat maklumat tentang
Program NILAM melalui Pelancaran Program NILAM yang telah diadakan hasil kerjasama
Guru Perpustakaan dan Media dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.

Seramai 7 orang guru, bersedia untuk mengikuti Program NILAM kerana beberapa
alasan seperti seronok, dapat menambah ilmu, mendapat ganjaran, dipaksa oleh pihak
berkenaan dan dipengaruhi rakan. Rajah 5 menerangkan sebab guru-guru mengikuti program
NILAM. Hampir semua responden iaitu seramai 9 orang bersetuju bahawa mereka mengikuti
program NILAM kerana program tersebut dapat menambah ilmu pengetahuan.

Rajah 5 : Sebab Guru Mengikuti Program NILAM
Seterusnya, kajian mendapati hampir semua responden guru mempunyai pendapat yang
positif tentang Program NILAM. Pendapat ini adalah pendapat yangterkait dengan diri sendiri.
Rajah 6 menunjukkan bahawa lebih separuh daripada reponden bersetuju bahawa Program
NILAM ini adalah program yang sesuai. Selain itu, 4 responden mejawab bahawa program ini
menarik.

Rajah 6: Pendapat Guru Tentang Program NILAM

111

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

7.2 Impak Peranan Guru Perpustakaan dan Media dalam Kalangan Murid

Seramai 100 orang murid-murid SMK Pernu telah mjadi respondenkepada kajianini. Daripada
jumlah ini seramai 58 responden adalah dalam kalangan murid perempuan manakala 42 orang
responden adalah daripada murid lelaki. Semua responden adalah murid tingkatan 2 hingga 5
di sekolah ini. Rajah 6 menunjukkan peratus responden megikut tingkatan.

Rajah 6: Peratus Responden Murid Mengikut Tingkatan

Hasil kajian mendapati semua responden berpendapat bahawa membaca merupakan
satu aktiviti yang penting dan berfaedah.

Jadual 1 menunjukkan jenis bahan bacaan yang digemari oleh responden. Komik atau
anime adalah jenis bahan bacaan yang paling digemari oleh reponden, diikuti dengan bahan
bacaan dalam sosial media dan novel atau buku cerita. Sementara, buku teks pelajaran adalah
bahan yang paling sedikit dibaca oleh responden.

Jadual 1: Bahan Bacaan yang Digemari

Jenis Bahan Bilangan responden Peratus

buku fakta/ensiklopedia 27 27%

novel/ buku cerita 52 52%

komik/ anime 73 73%

Buku teks 14 14%

majalah/ surat khabar 17 17%

Bahan digital 24 24%

Laman web 27 27%

Media sosial 59 59%

Responden mendapatkan bahan bacaan melalui pelbagai sumber. Namun hasil kajian
mendapati sumber daripada Internet merupakan sumber yang paling popular dan seramai 83

daripada 100 reponden menggunakan Internet untukmendapatkanbahan bacaan. Terdapat juga
bahan bacaan yang dibeli sendiri (56%) di samping mendapatkannya dari Pusat Sumber
Sekolah (41%). Sumber lain adalah daripada pinjaman di perpustakaan awam dan pinjaman
dari rakan atau ahli keluarga.

112

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Rajah 7: Sumber Bahan Bacaan
Seperti juga guru, murid-murid di SMK Pernu turut mengakui peranan Guru
Perpustakaan dan Media dalam memberi pendedahan dan mempromosikan aktiviti galakan
mebaca terutamanya Program NILAM. Semua 100 orang responden memberi jawapan positif
bahawa Guru Perpustakaan dan Media mengadakan program galakan membaca, menyediakan
ganjaran untuk Program NILAM dan semua 100 responden sedar akan kewujudan Program
NILAM yang kebanyakannya diperkenalkan oleh Guru Perpustakaan dan Media.
Walaupun sebahagian besar responden bersetuju untuk mnjalankan Program NILAM,
masih terdapat responden yang merasakan Program NILAM sebagai sesuatu yang
membebankan kerana mereka terpaksa menjalankan aktviti tersebut atas faktor desakan
daripada guru. Manakala terdapat juga reponden yangtidak pasti dan bereaksi negatif terhadap
Program NILAM yang sepatutnya tidak asing dalam kalangan murid-murid kerana telah mula
diperkenalkan sejak tahun 1999. Rajah 8 menunjukkan populasi responden yang bersetuju
menjalankan Program NILAM, tidak pasti dan tidak menjalankan program tersebut. Dapat
diperhatikan bahawa 62% reponden menunjukkan kecenderungan untuk menye rtai program
ini.

113

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Rajah 8: Penyertaan Program NILAM dalam Kalangan Murid

Bagi murid yang berminat menyertai program ini, mereka mempunyai pelbagai alasan.
Perkara ini dijelaskan melalui Jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Alasan Menyertai Program NILAM

Alasan Bilangan Responden Peratusan

dapat menambah ilmu 54 87.1%

dapat ganjaran 25 40.3%

dipengaruhi rakan 4 6.5%

dipaksa oleh guru 3 4.8%

saya seronok 20 32.3%

Bagi murid yang tidak bersetuju dan tidak pasti, mereka juga mempunyai alasan
tertentu seperti yang disenaraikan dalam jadual di Jadual 3 di bawah. Tiada masa merupakan
alasan yang paling tinggi dan diikuti dengan malas membaca, tidak berminat dan tiada galakan.

Jadual 3: Alasan Tidak Pasti dan Tidak Menyertai Program NILAM

Alasan Bilangan Responden Peratusan

tiada masa 18 47.4%

malas membaca 13 34.2%

tidak berminat 16 42.1%

tiada siapa memberi galakan 6 15.8%

114

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Kajian turut mendapati 82% responden membuat catatan NILAM berbentuk Buku
NILAM, Borang NILAM dan buku catatan peribadi. Hasil tinjauan mendapati responden
mengikuti peredaran dan perubahan cara perekodan NILAM namun masih menggunakanBuku
NILAM (48%) untuk mengelakkan pembaziran Buku NILAM yang telah dibeli pada tahun
berikutnya. Borang NILAM juga masih digunakan (47%) untuk bacaan di sekolah dan murid
tidak mempunyai akses secara langsung kepada internet. Internet diperlukan untuk murid
merekodkan bacaan melalui IQ-NILAM; sistem terbaharu merekod bacaan murid. Terdapat
juga murid yang selesa merekodkan bacaan di dalam buku catatan peribadi (5%) seb elum
direkodkan dalam sistem IQ-NILAM.

Responden turut memberikan pandangan dan saranan kepada Guru Perpustakaan dan
Media untuk menjayakan Program NILAM pada masa akan datang. Antara saranan yang
popular adalah:

1. Memberi ganjaran dan hadiah yang lebih menarik.

2. Menyediakan akses internet yang lebih mesra di kawasan sekolah untuk
mencari bahan bacaan yang sesuai dan merekod bacaan di sistem IQ NILAM.

3. Menyediakan bahan bacaan yang diminati oleh golongan remaja.

7.3 Pendapat Pentadbir Sekolah

Berdasarkan kajian temu bual bersama Pentadbir sekolah, penyelidik mendapati responden
berpendapat bahawa Pusat Sumber adalah pusat maklumat. Pusat Sumber Sekolah merupakan
tempat penyimpanan pelbagai koleksi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
Pusat Sumber Sekolah juga bertanggungjawab mempertingkatkan kecekapan dan kemahiran
guru-guru serta menyokong kemenjadian murid melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan
secara berterusan, penyebaran ilmu dan maklumat terkini. Pusat Sumber Sekolah mesti
menjadi pusat tumpuan warga sekolah sebagai tempat perbincangan dan menambah
pengetahuan. Guru Perpustakaan dan Media berperanan merancang dan mengelola bersama
ahli jawatan kuasa yang telah dilantik bagi mencapai matlamat ini.

Guru Perpustakaan dan Media juga perlu bertindak sebagai pemimpin yang memimpin
aktiviti dan program yang bersuaian untuk menjadikan tabiat membaca sebagai satu nilai
positif dalam diri murid-murid khususnya di SMK Pernu.

8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Walaupun Program NILAM dijayakan saban tahun oleh pihak Pusat Sumber Sekolah, namun
impaknya belum benar-benar menyeluruh. Hanya sebahagian murid-murid di SMK Pernu
mengikuti dan melaksanakan program tersebut secara berterusan sehingga menjadi tabiat
positif dalam diri setiap individu.

Mengambil kira pendapat dan pandangan responden, Guru Perpustakaan dan Media SMK
Pernu perlu lebih giat mempelbagaikanaktiviti yangmampu menarik minat warga SMK Pernu.
Antara cadangan yang disuarakan oleh responden adalah seperti yang berikut:

1. Mewujudkan Sudut NILAM di sekitar kawasan dan tidak berpusat di perpustakaan
sekolah sahaja.

2. Memilih murid untuk menyampaikan rumusan buku yang menarik yang telah dibaca.

115

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

3. Memperbanyakkan bahan bacaan 2 minit yang ringkas tetapi menarik di kawasan
tumpuan murid di dalam kawasan sekolah.

4. Memberi saguhati bulanan dan mengumumkan pemenang bulanan yang membuat
bacaan dan rekod terbanyak setiap bulan.

5. Membenarkan murid-murid masuk ke dalam perpustakaan pada bila-bila masa tanpa
ditemani oleh guru terutama pada waktu senggang apabila guru mata pelajaran tidak
hadir.

6. Menyediakan hadiah yang lebih lumayan untuk menggalakkan warga sekolah
menyertai Program NILAM.

Oleh itu, sebagai pegawai yang bertanggungjawab untuk merancang dan mengurus
program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu, Guru Perpustakaan dan
Media perlu merancang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan lebih teliti agar impak positif
Program NILAM dapat tersebar luas secara menyuluruh dalam kalangan warga SMK Pernu.

9.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

Secara umumnya, kajian ini mendapat gambaran tentang pendapat dan minat warga SMK
Pernu terhadap aktiviti membaca khususnya terhadap Program NILAM di samping mengenal
pasti tanggungjawab Guru Perpustakaan dan Media di samping mengenal pasti strategi Pusat
Sumber Sekolah dalam melestarikan budaya dan tabiat suka membaca. Selain itu, kajian ini
juga mengenal pasti bentuk-bentuk promosi yang dapat menarik minat untuk menyemai
budaya ilmu. Kajian juga dapat melihat komitmen dan reaksi warga SMK Pernu terhadap
Program NILAM.

Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik berpendapat sebahagian besar responden
berkemampuan untuk mengikuti Program NILAM sekali gus menyemai minat membaca.
Namun, Guru Perpustakaan dan Media mesti memberi perhatian yang sewajarnya untuk terus
mendedahkan warga sekolah dengan bahan bacaan yang bermutu dan mampu merangsang
minda pada masa yang sama menarik agar warga sekolah mampu menyumbang idea ke arah
masa depan masyarakat dan negara yang lebih cemerlang.

Maklumat tentang Program NILAM dan promosi perlu disampaikan dalam pelbagai
bentuk dan dinamik. Pendekatan yang lebih menarik dan penuh variasi mesti dirancang untuk
memberi impak menyeluruh.

Walaupun secara keseluruhan, Program NILAM terus relevan dalam kalangan warga SMK
Pernu namun, masih ada murid dan guru yang beranggapan program ini membosankan dan
membebankan. Tindakan segera harus diambil dan tanggungjawab ini perlu dipikul bersama
pihak pentadbiran sekolah, Guru Perpustakaan dan Media, Ahli Jawatan Kuasa Pusat Sumber
sekolah dan semua guru di SMK Pernu.

Kajian ini hanya dilaksanakan di sebuah sekolah di Melaka dan melibatkan hanya 100
orang murid dan 10 orang guru dalam kekanganpandemikyangmelanda dunia. Oleh itu, kajian
ini bukan gambaran secara menyeluruh tentang topik dan bidang yang berkaitan terutamanya
dalam sistem pendidikan negara. Kajian secara menyeluruh pada masa akan datang boleh
dijalankan oleh badan-badan profesional yang berkaitan untuk mendapatkan gambaran jelas
tentang perkara ini. Selain itu, penyelidik lain disarankan menggunakan pelbagai metodologi
untuk mendapatkan data yang lebih kukuh dan jelas.

116

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

RUJUKAN
Azman Larut. (2005). Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah. Batu Caves, Selangor: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.
Bahagian Teknologi Pendidikan, Malaysia. (1998). Program NILAM: Konsep dan Panduan

Pelaksanaan Di Sekolah, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2005. Penyelarasan Waktu

Mengajar Bagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah
(Guru Penyelaras Pusat Sumber), Putrajaya
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press
Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Padlon binti Abdul Rahman (2004). Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Mempromosi
Gerakan Tabiat Membaca di Bawah Program NILAM. Tesis Ijazah Sarjana Sains
Perpustakaan dan Maklumat. Universiti Teknologi Mara
Siti Hajar Abdul Aziz. (1998). Pusat Sumber Sekolah Untuk Sekolah Rendah Dan Menengah,
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Tan, Siew Eng. (1991). Hubungan Tabiat Membaca Dengan Kecenderungan Mencari Ilmu,
Berita Pedoman.
Wan Ismail Wan Hashim. (2001). Pusat Sumber Sekolah Sebagai Institusi Budaya Ilmu,
Projek Khas Institut Bahasa Melayu Malaysia.
Yusof Boon & Rohaizad Selemin. (1997). Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam
Pengajaran Guru Di Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai, Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

117

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

INTERVENSI KAUNSELING MENGURANGKAN KEKERAPAN MURID
MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI KERANA STRES SEMASA
TEMPOH COVID-19

NURHAIZA BINTI CHE MAT
Guru Cemerlang Bimbingan Dan Kaunseling

SMK Cheras, Kuala Lumpur

Abstrak
Kajian berkaitan dengan intervensi kaunseling untuk murid- murid yang mencederakan
diri sendiri kerana stres. Kajian melibatkan murid –murid dari tingkatan empat dan lima
tahun pada tahun2020. Tempoh masa intervensi kaunseling antara Julai 2020 sehingga
Februari 2021 sewaktu COVID-19 melanda. Menggunakan Senarai Semak Keperluan
Murid bagi Normal Baharu, maka dapat mengenal pasti murid – murid yang
mencederakan diri jika stres dengan masalah. Dari kajian yang dijalankan, pengkaji
mengenal pasti isu utama dan cara – cara murid mencederakan diri sendiri ketika stres.
Intervensi pemulihan melibatkan aktiviti ‘Hidupkan Hari Anda’ menurunkan kekerapan
murid - murid mencederakan diri sendiri dan mengurangkan bilangan murid mengulang
tingkah laku tersebut sepanjang tempoh kajian. Oleh itu, aktiviti pencegahan dan mendidik
kesedaran warga sekolah terhadap aktiviti mencederakan diri sendiri adalah penting untuk
murid –murid memilih gaya daya tindak yang positif menangani masalah mereka.

Kata kunci: mencederakan diri sendiri, stres, positif

1.0 PENGENALAN

Secara keseluruhannya, pandemik COVID-19, telah mengakibatkan rata-rata masyarakat
terkesan dari segi emosi dan kesihatan mental. Remaja dan kanak- kanak tidak ketinggalan
menerima impak dari situasi ini. Kajian yang dilakukan di United Kingdom semasa situasi
COVID-19 menunjukkan peningkatan kes kematian akibat bunuh diri dalam kalangan kanak-
kanak berumur 18 tahun ke bawah dalam tempoh tiga bulan pertama kawalan pergerakan
(lockdown) berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Antara faktor penyebab
bagi peningkatan kes ini adalah tekanan di rumah, tidak dapat melakukan aktiviti bersama
rakan, tidak dapat ke sekolah, penerimaan rawatan dan sokongan yang terhad dan isolasi
(NCMD, UK, 2020). Mengikut data yang dikumpulkan oleh Pusat Informatik Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia merujuk kepada bilangan kes mencederakan diri sendiri
(deliberate self-harm) yang discaj daripada hospital Kementerian Kesihatan Malaysia,
sepanjang tempoh Januari sehingga Julai 2020 adalah sebanyak 488 kes, dan daripada jumlah
ini 102 kes merupakan daripada kalangan remaja dan kanak-kanak berumur 19 tahun ke
bawah. Kes mencederakan diri adalah kes serius yang dibimbangi cenderung ke arah idea
membunuh diri. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2017
mendapati kes tingkahlaku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur antara 13 dan 17 tahun
menunjukkan peningkatan tren iaitu prevalen idea bunuh diri adalah 10% dalam tahun 2017
berbanding 7.9% dalam tahun 2012. Kajian yang sama juga mendapati prevalen kemurungan
adalah 18.3%, 1 daripada 5 remaja mengalami gejala kemurungan, 2 daripada 5 mengalami
keresahan dan 1 daripada 10 mengalami stres. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), bunuh diri berada antara 10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab ke-2
kematian bagi mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun.

118

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

2.0 REFLEKSI DAN ISU KEPRIHATINAN

Fokus kajian ditumpukan kepada murid –murid tingkatan empat dan lima. Ini kerana sewaktu
murid –murid tingkatan lima ini mengikuti pengajaran secara bersemuka pada bulan Jun 2020
setelah tiga bulan tidak bersemuka, slot pembugaran emosi dijalankan oleh guru -guru
kaunseling. Guru – guru kaunseling telah masuk ke dalam setiap kelas tingkatan lima pada
minggu pertama persekolahan bersemuka pada Jun 2020. Antara aktiviti yang dijalankan ialah
mengedarkan Senarai Semak Keperluan Murid Dalam KebiasaanBaharu.Di dalam soal selidik
ini mengandungi empat jenis kategori masalah iaitu peribadi, keluarga, rakan dan media sosial
serta guru dan sekolah. Setiap murid akan memberikan maklum balas terhadap 20 soalan di
dalam senarai semak tersebut. Melalui maklum balas tersebut, kategori masalah murid yang
utama adalah berdasarkan kepada masalah yang terbanyak yang dihadapi dalam kategori
tersebut. Pengkaji juga menerangkan mengenai panduan menangani stres dan kebimbangan
dan tanda–tanda murid yang mengalami stres dan kebimbangan. Pengkaji juga
mempromosikan kesihatan minda yang sihat dan menggalakkan murid untuk berkongsi
perasaan dan emosi yang tidak tenang dengan guru kaunseling. Hasil dari komunikasi dua hala
di dalam kelas sewaktu pembugaran emosi dijalankan, pengkaji mendapati lebih 50% murid –
murid di dalam kelas mengalami stres. Pengkaji berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai murid yang stres yang menggunakan kaedah mencederakan diri sendiri untuk
menangani stres mereka. Ini kerana dalam Senarai Semak Keperluan Murid Dalam Kebiasaan
Baharu nombor 13, pengkaji mendapati ada murid – murid yang memberikan maklum balas
‘tidak’ tehadap pernyataan saya tidak akan mencederakan diri saya jika saya berada dalam
keadaan kusut. Oleh itu, pengkaji merasakan bahawa murid –murid ini perlu dibantu dengan
segera dan konsisen dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Intervensi awal dengan
membimbing murid menggunakan daya gaya tindak yang lebih sesuai dan selamat akan
diajar.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Melalui intervensi yang dijalankan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, pengkaji
dapat

1. Mengenal pasti cara –cara yang digunakan oleh murid-murid yang mencederakan diri
sendiri ketika stres

2. Mengenal pasti punca utama murid mencederakan diri sendiri
3. Mengenal pasti keberkesanan intervensi untuk murid menangani stres dengan

menggunakan kaedah yang positif

4.0 KUMPULAN SASARAN

16 murid yang memberikan maklum balas mencederakan diri sendiri ketika stres dalam Soal
Selidik Keperluan Murid Normal Baharu.

5.0 METADOLOGI KAJIAN

5.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian tindakan digunakan dalam penyelidikan ini.

119

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

5.2 Instrumen Kajian

1. Menggunakan Soal Selidik Keperluan Murid Normal Baharu
Dalam soal selidik ini mengandungi empat jenis kategori masalah iaitu peribadi, keluarga,
rakan dan media sosial serta guru dan sekolah. Menggunakan pernyataan pada soal selidik
nombor 13 di bawah kategori masalah peribadi yang menulis saya tidak akan melakukan apa
apa yang mencederakan diri walaupun kusut dengan masalah. Jika jawapan yang diberikan ya
menunjukkan murid tidak mencederakan diri jika kusut dengan masalah. Ba gi murid yang
memberikan maklum balas tidak, maka murid ini dikelompokkan dalam kategori subjek kajian
tindakan pengkaji.

2. Menggunakan instrumen Patient Health Questionaire (PHQ) untuk mengukur skala
kemurungan murid –murid yang mencederakan diri sendiri.

6.0 PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN

6.1 Tinjauan Masalah dan Pemerhatian

Semua murid – murid tingkatan lima tahun 2020 dikehendaki menjawab Soal Selidik
Keperluan Murid Normal Baharu pada bulan Jun 2020 sebaik sahaja murid -murid tingkatan
lima sahaja yang bersekolah setelah perintah kawalan pergerakan COVID-19 sepanjang Mac
hingga awal Jun 2020.

Dalam soal selidik ini mengandungi empat jenis kategori masalah iaitu peribadi, keluarga,
rakan dan media sosial serta guru dan sekolah. Setiap kategori masalah, Unit Bimbingan Dan
Kaunseling merangka pelan intervensi bagi membantu murid –murid ini menangani masalah
mereka.

Pengkaji berminat untuk menjalankan kajian tindakan terhadap kategori masalah peribadi
murid. Dalam kategori ini, pada soalan menggunakan pernyataan pada soal selidik nombor 13
di bawah kategori masalah peribadi yang menulis saya tidak akan melakukan apa apa yang
mencederakan diri walaupun kusut dengan masalah. Jika jawapan yang diberikan ya
menunjukkan murid tidak mencederakan diri jika kusut dengan masalah. Bagi murid yang
memberikan maklum balas tidak, maka murid ini dikelompokkan dalam kategori murid yang
wajib menjalani intervensi dengan guru kaunseling.

Ini kerana sepanjang bulan Mac hingga Jun 2020, guru –guru kaunseling sering menerima
aduan stres daripada murid –murid. Malahan guru –guru subjek juga ada merujuk murid –
murid yang mula tidak memberikan maklum balas sewaktu pembelajaran dalam talian dan ada
yang hilang terus dari pembelajaran secara dalam talian kerana stres. Yang membimbangkan
pengkaji sekiranya murid menangani stres dengan cara yang negatif. Oleh itu, pengkaji
memilih menjalankan intervensi kepada semua murid tingkatan lima dan empat yang memilih
mencederakan diri sendiri ketika stres. Ini kerana murid–murid tingkatan empat yang
menjawab Soal Selidik Keperluan Murid Normal Baharu juga didapati mempunyai rekod
murid yang memilih mencederakan diri sendiri ketika stres. Pengkaji memberikan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfokus sehingga Februari 2021, iaitu seminggu
sebelum murid–murid tingatan lima 2020 mula menduduki peperiksaan SPM.

120

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

6.2 Refleksi Tinjauan Masalah

Berdasarkan Soal Selidik Keperluan Murid Normal Baharu, didapati;

Jadual 6.2.1: Mencederakan Diri Semasa Normal Baharu

Lelaki Perempuan
12 orang 4 orang

Jadual 6.2.1 menunjukkan lelaki lebih ramai cenderung mencederakan diri sendiri berbanding
murid perempuan.

Jadual 6.2.2: Mencederakan Diri Ikut Kaum

Melayu Cina India
12 orang 2 orang 2 orang

Jadual 6.2.2 menunjukkan murid kaum Melayu lebih ramai cenderung mencederakan diri
sendiri.

6.3 Tindakan Yang Dijalankan

Selepas mengenal pasti sasaran, maka perjumpaan untuk menjalankan intervensi yang
dinamakan Hidupkan Hari Anda telah dilaksanakan iaitu:

Sesi pertama
1. Menggunakan instrumen PHQ 9 iaitu Patient Health Questionaire (PHQ 9) (rujuk
lampiran) untuk mengukur skala kemurungan murid – murid yang mencederakan diri sendiri
2. Mengenal pasti cara mencederakan diri dan isu utama yang mendorong murid
mencederakan diri

3) Mengenal pasti faktor pelindung untuk sokongan psikososial
4) Menjalankan aktiviti Self love : Aktiviti mengenal pasti kelebihan diri dan impian klien

Sesi kedua
Teori Realiti merupakan pendekatan yang menekankan masa kini dan bukan masa lampau. Ia
bertujuan membantu individu mengawal tingkah laku dan membuat pilihan. Ia memberi
panduan untuk klien menghadapi realiti hidup dan mempelajari cara untuk memenuhi
keperluan klien. Keperluan yang paling utama mengikut Glasser ialah kepentingan keperluan
berkasih sayang dan jika tiadanya kasih sayang, bolehmengakibatkanmasalahjangka panjang.
Kasih sayang bukan sahaja dengan keluarga malah antara rakan -rakan dan kenalan-kenalan
yang lain yang menimbulkan perasaan bahawa diri dimiliki dan saling mempunyai hubungan.
Keperluan ini dapat mendorong kita mencapai sesuatu dalam hidup yang dapat memuaskan
kita. Konsep utama teori realiti ialah manusia bertanggungjawab terhadap apa yang mereka
pilih untuk lakukan di dunia ini. Andaian asas teori ini adalah apa yang boleh dikawal ialah
kehidupan kini. Teori ini juga mengandaikan bahawa punca masalah klien adalahperhubungan
mereka yang kurang memuaskan dengan orang yang signifikan dalam hidup mereka.

Sesi kaunseling berdasarkan teori tersebut dijalankan menggunakan kaedah yang sesuai
dengan faktor keperluan kasih sayang. Maka faktor pelindung akan dikenal pasti sebagai satu
sokongan psikososial untuk murid.

121

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Dalam sesi ini, murid akan diteroka mengenai kaedah self-care yang mereka gunakan.
Murid akan dibimbing dengan kepelbagaian kaedah gaya daya tindak yang positif yang sesuai
dengan klien. Gaya daya tindak ialah kaedah merujukkepada pelbagai cara berfikir dan tingkah
laku yang digunakan dalam situasi menghadapi tekanan dalaman dan luaran.

Tugasan diberikan kepada murid dalam bentuk jurnal diri untuk mencatat selama dua
minggu sebelum berjumpa dengan guru kaunseling untuk dijadikan bahan bantu guru
kaunseling dan klien mengenal pasti gaya daya tindak klien yang positif dan negatif dalam
kehidupannya.

Jurnal Diri
Sila tulis aktiviti yang menyeronokkan dan aktiviti yang menyakitkan anda di ruang yang
disediakan. Nyatakan emosi dan tindak balas anda terhadap aktiviti tersebut.

Hari Aktiviti Menyeronokkan Aktiviti Menyakitkan
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad

Sesi ketiga
Membincangkan aktiviti jurnal diri murid dan Bersama-sama mengenal pasti faktor pencetus

aktiviti yang menyakitkan dan gaya daya tindak murid. Teroka tingkah laku klien yang berjaya
menggunakan gaya daya tindak positif. Teroka juga tingkah laku klien yang menggunakan
gaya daya tindak negatif iaitu mencederakan diri sendiri.

Menyemak kembali gaya daya tindak yang digunakan iaitu self care yang membantu.

Sesi ketiga dan seterusnya ialah menguatkan self respect iaitu penghargaan kendiri klien.
Skrip-skrip diri yang dapat menyedarkan klien bahawa dirinya berharga, dikasihi dan
diisayangi. Simulasi kes kehidupan harian klien yang dapat menghidupkan hari yang
dilaluinya.

6.4 Refleksi Hasil Tindakan

Melalui intervensi yang dijalankan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, pengkaji
dapat:

1. Mengenal pasti cara murid-murid yang mencederakan diri sendiri ketika stres

Cara-cara Murid Mencederakan Diri Bilangan Murid
1. Mengelar tangan dengan benda tajam 2
2. Mengelar kaki dengan pisau lipat 1
3. Menarik-narik rambut hingga tercabut dan berdarah 2
4. Menghantuk kepala di dinding hingga bengkak 5
5. Membiarkan tangan digigit haiwan hingga berdarah 1
6. Menumbuk lantai/dinding hingga tangan berdarah 5

122

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

2. Mengenal pasti punca atau isu utama murid mencederakan diri sendiri

Faktor Bilangan
Murid
Faktor keluarga: Rasa tidak dihargai, rasa selalu diperlekehkan, selalu 13
dimarahi dan dimaki
Faktor kehilangan orang yang disayangi: Ditinggalkan, putus hubungan 3

3. Mengenal pasti keberkesanan intervensi untuk murid menangani stres dengan
menggunakan kaedah yang positif

Kekerapan Pengulangan Mencederakan Diri Bilangan Murid

Tidak mengulang tingkah laku 10 orang

Mengulang tingkah laku 6 orang

7.0 PERBINCANGAN

Daripada intervensi Hidupkan Hari Anda, didapati seramai 10 orang murid tidak mengulang
tingkah laku negatif apabila stres. Faktor yang membantu murid-murid ini tidak mengulang
tingkah laku mencederakan diri mereka kerana mempelajari self care iaitu gaya daya tindak
yang memberikan mereka kesejahteraan dan menangguhkan hasrat mencederakan diri dan
tidak mencederakan diri. Murid-muridjuga mempunyai faktor pelindungyangdapat bertindak
selaku sokongan psikososial murid ketika berdepan dengan stres yang tinggi.

Manakala 6 murid lagi mengulang tingkah laku negatif tersebut apabila faktor –faktor
yang mendorong tingkah laku tersebut muncul. Contoh dimaki dengan ayat yang menyakitkan
hati oleh orang yang sama berkali-kali, mendorong murid tanpa sedar mencederakan diri
mereka. Namun demikian kekerapan mereka untuk mencederakan diri sendiri semakin
berkurang. Sebelum intervensi, murid akan mencederakan diri sebaik sahaja faktor pendorong
muncul. Namun apabila murid sudah dibimbing dengan modul Hidupkan Hari Anda yang
berstruktur iaitu borang impian,borang jurnal diri positif dan teknik grounding berhadapan
dengan tekanan tinggi murid sudah tahu mengaplikasikannya. Ini kerana murid-murid ini
keseorangan dan tiada faktor pelindung yang boleh diharapkan untuk sokongan psikososial
murid.

Cabaran guru kaunseling dalam proses membantu klien melalui intervensi kaunseling
yang telah dilaksanakan ialah memastikan klien membuat tugasan yang diminta. Sepanjang
membantu klien, saya mendapati bahawa murid-muridini sangat tabah dan mempunyai impian
masing –masing dalam kehidupan. Namun sering keseorangan dalam menghadapi masalah
mereka. Apabila tugasan tidak dibuat, ia bermaksud klien masih belum mampu untuk
menjalankan aktiviti itu tanpa bimbingan guru kaunseling Guru kaunseling perlu
meningkatkan gaya daya tindak merekadengan mengenal pasti lebih banyak sumber sokongan
untuk menyokong emosi murid untuk kesejahteraan dirinya. Gaya daya tindak berkaitan
dengan teknik grounding yang lebih berkesan kerana murid sentiasa keseorangan jika tidak ke
sekolah.

Cabaran lain adalah dari aspek masa yang lebih diperuntukkan untuk murid murid ini.
Ini kerana apabila mereka berdepan dengan faktor pencetus, mereka akan berjumpa dengan
guru kaunseling untuk mendengar luahan mereka agar mereka rasa tenteram.

123

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

8.0 IMPLIKASI KAJIAN

Oleh sebab tingkah laku ini boleh mendorong kepada kecederaan, maka pengkaji perlu giat
menjalankan aktiviti kesedaran dan pencegahan dalam kalangan murid. Setiap pagi pukul 7.00
pagi hingga 7.20 pagi diwujudkan slot Hidupkan Hari Anda yang mengandungi 3 slot iaitu
bacaan hafazan Quran selama 5 minit, terapi muzik bunyi alam selama 5 minit dan bicara guru
kaunseling mengenai psikososial dan kesihatan mental untuk mengekalkan kesejahteraan diri
murid-murid. Bahan-bahan infografik mengenai kesedaran kesejahteraan minda juga
disebarkan dalam semua whatsapp kelas. Aktiviti pada tarikh 10 September 2020 diadakan
kesedaran Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia Dengan tema “LET’S TALK Minda Sihat:
Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri dan mempromosikantarikh 1 Mac
2021 yang merupakan Hari Kesedaran Katakan TIDAK Mencederakan Diri Sendiri dengan
tema self-love iaitu memupuk diri untuk menyayangi diri sendiri, self-care iaitu cara-cara gaya
daya tindak atau resilen menjaga diri sendiri dan self-respect iaitu hargai nyawa anda. Kajian
tindakan ini memberikan kesedaran kepada pengkaji dan warga sekolah mengenai isu stres
yang boleh memudaratkan diri dengan tingkah laku negatif.

9.0 CADANGAN

Saya mencadangkan agar intervensi ini diteruskan dengan murid-murid tingkatan lima dan
empat sesi 2021 pula untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan pengkaji mengenai cara
murid-murid mencederakan diri sendiri. Dengan cara ini dapat mempelbagaikan kaedah guru
kaunseling menangani kes murid yang mencederakan diri ketika stres dan menambah baik
intervensi yang dijalankan pada tingkatan lima dan empat tahun 2020. Saya mencadangkan
agar kekerapan perjumpaan dengan klien dalam sela masa antara dua minggu untuk memantau
klien. Apabila tugasan tidak dibuat, ia bermaksud klien masih belum mampu untuk
menjalankan aktiviti itu tanpa bimbingan guru kaunseling. Selain itu, pengkaji sendiri perlu
mempunyai rangkaian sokongan dari pihak luar seperti doktor perubatan yang berhampiran,
doktor psikiatri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kaunselor organisasi untukmembantuguru
kaunseling dalam rujukan murid.

RUJUKAN

WHO Suicide Prevention Fact Sheet https://www.who.int/health-topics/suicide#tab=tab_1
World Mental Health Day 2020: Fact and Figures. International Association for
Suicide Prevention.
https://www.iasp.info/wspd/pdf/2019/2019_wspd_facts_and_figures.pdf

124

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Lampiran
SENARAI SEMAK KEPERLUAN MURID DALAM KEBIASAAN BAHARU

Nama:
Tingkatan:

Arahan: Sila jawab soalan berikut yang jelas menggambarkan tentang diri anda dalam
tempoh tiga bulan yang lalu.

Bil Soalan Ya Tidak
1 Saya bersemangat untuk belajar
2 Ahli keluarga saya selalu bergaduh
3 Saya mempunyai kawan baik
4 Hubungan saya dengan guru tidak baik
5 Saya selalu rasa tertekan
6 Ibu bapa/penjaga selalu memukul saya
7 Saya tidak ada sesiapa untuk berkongsi masalah
8 Guru sentiasa membantu saya
9 Saya rasa hendak berhenti sekolah
10 Saya telah kehilangan orang yang disayangi
11 Saya selalu dibuli oleh kawan di media sosial
12 Guru selalu memarahi saya
13 Saya tidak akan melakukan apa-apa yang mencederakan diri walaupun

kusut dengan masalah
14 Ibu/bapa/penjaga saya hilang punca pendapatan
15 Saya selalu bergaul dan terikut ikut tingkah laku kawan saya
16 Saya suka berada di sekolah
17 Saya rasa tiada harapan untuk lulus peperiksaan
18 Ibu/bapa/penjaga meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap saya
19 Saya banyak menghabiskan masa saya dengan media sosial
20 Saya risau tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru

Apakah masalah lain yang tidak dinyatakan di atas?
______________________________________________________________________
Apakah yang sangat membimbangkan anda?

Soalan Ya Tidak

Pernahkah anda mendapatkan bantuan daripada orang lain?

Adakah anda perlukan pertolongan?

125

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Panduan Mengira Skor
PERIBADI
Soalan S1 S5 S9 S13 S17 Jumlah
Skor Y=0 T=1 Y=1 T=0 Y=1 T=0 Y=0 T=1 Y=1 T=0

KELUARGA
Soalan S2 S6 S10 S14 S18 Jumlah
Skor Y=1 T=0 Y=1 T=0 Y=1 T=0 Y=1 T=0 Y=1 T=0

RAKAN DAN MEDIA SOSIAL
Soalan S3 S7 S11 S15 S19 Jumlah
Skor Y=0 T=1 Y=1 T=0 Y=1 T=0 Y=1 T=0 Y=1 T=0

GURU DAN SEKOLAH
Soalan S4 S8 S12 S16 S20 Jumlah
Skor Y=1 T=0 Y=0 T=1 Y=1 T=0 Y=0 T=1 Y=1 T=0

PATIENT HEALTH SCREENING (PHQ 9)

Dalam tempoh 2 minggu yang lepas, berapa kerap anda terganggu oleh masalah
berikut?

0 = Tidak pernah sama sekali / Not at all
1 = Beberapa hari / Several days
2 = Lebih dari seminggu / More than half the days
3 = Hampir setiap hari / Nearly everyday

1. Sedikit minat atau keseronokan dalam melakukan kerja-kerja. 01 2 3
2. Berasa murung, sedih atau tiada harapan. 01 2 3
3. Masalah hendak tidur/ semasa tidur, tidur terlalu banyak. 01 2 3
4. Berasa letih atau kurang bertenaga. 01 2 3
5. Kurang selera atau terlalu banyak makan. 01 2 3
6. Mempunyai perasaan buruk terhadap diri sendiri atau pun berasa 01 2 3

gagal terhadap diri sendiri atau pun menghampakan diri atau 01 2 3
keluarga.
7. Masalah menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara seperti 01 2 3
membaca surat khabar atau menonton televisyen.
8. Bergerak atau bercakap dengan terlalu lambat sehingga disedari 01 2 3
oleh orang lain. Atau pun bertentangan-terlalu resah atau gelisah
sehingga anda bergerak lebih dari biasa.
9. Berfikiran bahawa lebih elok jika anda telah mati atau ingin
mencederakan diri anda dalam sesuatu cara.

Sumber: WHO Suicide Prevention Fact Sheet https://www.who.int/health-
topics/suicide#tab=tab_1
World Mental Health Day 2020: Fact and Figures. International Association for

Suicide Prevention.
https://www.iasp.info/wspd/pdf/2019/2019_wspd_facts_and_figures.pdf

126

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

PENGGUNAAN SISTEM EASY ODER MEMUDAHKAN PROSES PENGURUSAN
PENEMPAHAN MAKANAN

MD DESA BIN IBRAHIM
SK Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur

[email protected]

Abstrak
Pengurusan masa dan organisasi yang cekap dengan memanfaatkan bidang teknologi
memberi impak terhadap kualiti dan kecekapan pengurusan bagi sesebuah organisasi
selari dengan anjakan ke-7 PPPM (2013-2025) dan pendidikan STEM negara. Kajian ini
bertujuan meninjau keberkesanan program pengurusan murid dalam membuat tempahan
makanan sama ada lebih efisyen dan teratur atau tidak bagi menangani masalah yang
dihadapi oleh sekolah dalam keadaan norma baharu akibat pandemik COVID-19. Satu
aplikasi telah dibangunkan untuk menerima tempahan makanan daripada murid terus
sampai kepada pihak kantin. Hasil daripada kajian ini, pengurusan tempahan makanan
dapat dilaksanakan dengan teratur dan pengurusan masa lebih cekap bagi memaksimakan
pembelajaran murid di dalam kelas. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) secara meluas memberi impak positif kepada warga sekolah, pengurus kantin dan
ibu bapa.

Kata Kunci: STEM, pandemik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), organisasi,
PPPM

1.0 PENGENALAN

Krisis wabak COVID-19 yang melanda negara pada masa ini telah memberi cabaran hebat
kepada semua sektor. Sektor pendidikan khususnya amat terkesan dengan krisis wabak
COVID-19 ini. Hal ini disebabkan institusi sekolah yang terpaksa ditutup bagi mengekang
rantaian jangkitan penyakit ini daripada tersebar luas. Perkara ini telah menun tut untuk
mengadakan pembelajaran secara dalam talian atau lebih dikenali sebagai PdPr yang memberi
cabaran kepadaguru. Antaranyakerana ketiadaanperanti dan masalah capaian internet. Namun
begitu, dengan penurunan kes wabak sejak kebelakangan ini telah menuntut kerajaan untuk
membuka sekolah semula. Hal ini disebabkan kerajaan ingin membantu murid yang ketiadaan
peranti untuk turut serta dalam sesi PdPR. Melalui pembukaan sekolah, terdapat beberapa
Standard Operating Procedure (SOP) yang perlu dipatuhi oleh kakitangan dan murid-murid
sekolah. Antaranya seperti penjarakkan meja sepanjang satu meter dan larangan murid untuk
berkumpul. Melalui SOP ini juga pergerakkan murid dihadkan dan dilarang makan di kantin
bagi mengelakkan daripada murid berkumpul. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah
mengambil satu inisiatif dengan mencipta satu sistem atau aplikasi Easy Order. Aplikasi
tersebut memudahkan murid membuat tempahan makanan daripada pihak kantin tanpa perlu
bergerak dan seterusnya mengelak jangkitan COVID-19daripada tersebar. Melalui aplikasi ini,
QR Code telah dibangunkan sebagai platform untuk murid membuat tempahan makanan.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Isu dan masalah yang perlu ditangani adalah berkaitan dengan cara tempahan makanan oleh
murid-murid semasa waktu rehat. Memandangkan isu ini agak serius maka satu sistem perlu
diwujudkan agar murid-murid dapat mengamalkan norma baharu di sekolah dengan
mengelakkan 3S iaitu sesak, sempit dan sembang dekat.

127

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Sebelum sistem ini diadakan, ibu bapa terpaksa membuat tempahan makanan pada
waktu malam kepada guru-guru kelas melalui aplikasi WhatsApp. Namun begitu pesanan
tempahan makanan melalui WhatsApp tidak efisien memandangkan ada dalam kalangan ibu
bapa yang terlepas pandang dan ada juga yang tidak memberi respons. Hal ini menyebabkan
murid-murid tercicir daripada mendapatkan makanan.

Selain itu, pihak kantin juga akan datang ke kelas-kelas untuk mengambil tempahan
makanan daripada murid-murid yang terlepas membuat tempahan. Situasi ini mendatangkan
kesukaran kepada mereka dan adakala mereka tidak sempat untuk menyiapkan makanan yang
ditempah oleh murid-murid tersebut.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Secara umumnya, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan pengurusan
tempahan makanan oleh murid-murid dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan daripada
berlakunya perkumpulan murid secara sesak dalam suasana sempit. Pihak pentadbir sedaya
upaya mencari jalan bagi mengelakkandaripada berlakunya3S iaitu sesak, sempit dan sembang
dekat.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti yang berikut, iaitu:

i.Meninjau keberkesanan sistem urusan tempahan makanan murid.

5.0 METODOLOGI

Menurut Othman Mohamed (2001), metodologi adalah suatu pendekatan yang digunakan
dalam penyelidikan bagi mengumpul data. Reka bentuk kajian yang dijalankan di sekolah ini
adalah menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah pengumpulan data
menggunakan instrumen soal selidik dan kaedah temu bual. Hasil dapatan kajian yang
diperoleh, data dianalisis dengan statistik deskriptif dalam bentuk peratusan.

Kumpulan sasaran bagi kajian ini melibatkan ibu bapa, guru-guru, murid-murid dan
pengusaha kantin. Dengan adanya sistem Easy Oder dapat membantu pengurusan makanan
dengan lebih baik lagi.

6.0 PERANCANGAN TINDAKAN

Dalam memastikan pengurusan yang lebih sistematik, isu mengenai cara tempahan makanan
telah diangkat sebagai program inovasi di sekolah agar masalah tempahan makanan
murid dapat diselesaikan. Sistem Easy Order telah diperkenalkan dalam kalangan guru, ibu
bapa dan pengusaha kantin.

Sistem Easy Order adalah satu sistem yangdibangunkan dengan menggunakanperisian
Google Data Studio. Sistem tersebut merupakan satu website yang memaparkan menu dan
harga makanan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Selain itu, senarai nama murid Rancangan
Makanan Tambahan juga boleh diketahui melalui sistem ini. Oleh itu, memudahkan guru-guru
membuat agihan makanan.

Dalam website tersebut, terdapat satu pautan “ Easy Order” yangakan menghubungkan
kepada satu “Google Form” tempahan makanan. Google Form tersebut mengandungi empat
soalan yang perlu diisi oleh guru pada waktu pertama sesi pembelajaran iaitu kelas, nama guru

128

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

yang membuat tempahan, menu makanan dan minuman serta hari persekolahan. Sistem ini
mudah untuk diaplikasikan oleh guru-guru.

Proses kerja dilaksanakan oleh guru yang pertama masuk ke kelas dengan mengambil
fail tempahan makanan terlebih dahulu di pejabat. Guru tersebut akan mencatat menu makanan
dan minuman yang ingin ditempah oleh murid dalam borangyangdisediakan. Seterusnya, guru
akan mengimbas QR Code untuk ke Sistem Easy Order untuk membuat tempahan makanan.
Guru akan membuat tempahan makanan melalui Google Form yangterdapat dalam sistem Easy
Oder sebelum pukul 8.00 pagi. Sekiranya murid lewat hadir yang ingin membuat tempahan
makanan, guru boleh mengimbas kembali QR Code Sistem Easy Order untuk menambah
tempahan makanan.

Berpandukan borang pesanan tempahan makanan, agihan makanan pada waktu rehat
dapat dilakukan oleh guru yang bertugas semasa waktu rehat tanpa melakukan kesilapan. Wang
tempahan makanan daripada murid akan diserahkan oleh guru yang membuat tempahan
makanan kepada penyelaras program. Beliau akan menyerahkan wang tersebut kepada
pengusaha kantin.

Selepas pukul 8.00 pagi, pihak pengusaha kantin akan membuka Sistem Easy Order
dengan mengimbas QR Code yang sama untuk mengetahui bilangan tempahan makanan
berdasarkan menu bagi menyiapkan makanan murid mengikut kelas. Melalui sistem ini,
pengusaha kantin juga akan mengetahui jumlah wang yang akan diterima oleh mereka. Secara
tidak langsung, sistem Easy Order ini telah memudahkan pengurusan mereka dalam
menyiapkan makanan murid. Setelah makanan disiapkan, pengusaha kantin akan membungkus
makanan dan melabelkannya mengikut kelas. Sebelum rehat, dua orang wakil murid tahap dua
daripada setiap kelas akan bergerak ke kantinuntuk mengambil makananyangtelah disediakan.
Sementara makanan bagi murid tahap satu akan dihantar oleh pengusaha kantin ke kelas-kelas.

Tempahan makanan menggunakan Sistem Easy Order telah diperkenalkan dalam
kalangan guru-guru, ibu bapa dan pengusahan kantin. Sistem ini telah diguna pakai sejak
pembukaan sekolah pada 15 Julai 2020 terbukti keberkesanannya. Dalam pelaksanaan sistem
ini, pihak sekolah akan menentukan menu makanan yang harus dipersetujui oleh pihak kantin.

Setiap bulan menu makanan berbeza namun kualiti diutamakan dan makanan yang
dibenarkan sahaja akan dijual. Guru kelas akan memainkan peranan dalam menyebarluaskan
menu dan harga bagi membolehkan pihak ibu bapa membuat tempahan. Whatsapp merupakan
medium utama yang digunakan oleh guru kelas. Bagi ibu bapa yang ingin membuat tempahan
makanan akan memilih menu kegemaran anak-anak dengan memberi wang yang mencukupi.

129

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Berikut merupakan carta alir pelaksanaan Easy Order yang telah diperkenalkan.

PELAKSANAAN SISTEM EASY ORDER OLEH GURU
Guru pertama mencatat tempahan makanan dan minuman dalam borang yang

disediakan di samping mengutip duit daripada murid.
Guru menggunakan website Easy Order

Guru mengimbas QR Code untuk ke paparan Google Form
Guru menjawab soalan yang terdapat dalam Google Form

Hantar kepada pihak kantin
PELAKSANAAN SISTEM EASY ORDER OLEH PIHAK KANTIN

Mengimbas OR Code tempahan makanan murid
Menyediakan makanan mengikut menu

Membungkus makanan yang telah disediakan
Melebalkan makanan mengikut kelas
Menghantar makanan mengikut kelas

130

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

7.0 DAPATAN KAJIAN

Data yang dianalisis merupakan maklumat hasil edaran borang soal selidik yang telah dijawab
oleh 28 orang responden.

Jadual 1.0: Bilangan dan Peratusan Borang Soal Selidik Yang Telah Diedarkan dan
Dikembalikan.

Soal selidik yang telah diedarkan Bilangan Peratus
Soal selidik yang telah dikembalikan 28 100 %
28 100%

Berdasarkan jadual 1, sebanyak28 borangsoal selidik telah diedarkan pada masa kajian
dilaksanakan dan 100% telah berjaya dikumpulkan semula. Responden telah memberi
kerjasama yang baik semasa soal selidik dijalankan.

Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 28 orang guru yang
terdiri daripada 7 orang guru lelaki dan 21 orang guru perempuan. Responden telah menjawab
soal selidik tentang Penggunaan Easy Order dengan jujur.

Lelaki (7) Perempuan(21)

Rajah 1: Peratus Maklum Balas Guru Berkenaan Penggunaan Easy Order
Mengikut Jumlah Respondan Mengikut Jantina

Bagi mengetahui sejauh mana keberkesanan Penggunaan Easy Order, soal selidik yang
dijalankan telah membantu pengkaji untuk mendapatkan pandangan daripada responden dalam
usaha penambahbaikan. Responden telah memberikan pandangan yang positif dan bersetuju
agar sistem ini diteruskan oleh pihak sekolah dalam usaha menangani isu yang dihadapi.

131

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Peratus Maklum Balas Guru Terhadap Penggunaan Easy Order

Rajah 2: Peratus Maklum Balas Responden Terhadap Penggunaan Easy Order
Kaedah pengumpulan data seterusnya adalah melalui temu bual. Instrumen ini juga
telah membantu pengkaji mendapatkan pandangan tentang pelaksanaan Penggunaan Easy
Order. Menurut pandangan ibu bapa mengenai sistem ini menjelaskanbahawa wujudnya sistem
tersebut dapat mengurangkan rasa kebimbangan mereka terhadap anak -anak untuk membeli
makanan di kantin. Seterusnya,sistem ini juga dapat memudahkan ibu bapa membuat tempahan
makanan.
Guru-guru juga turut memberi sokongan dan pandangan mereka terhadap sistem yang
dibangunkan keran amat mudah untuk dikendalikan dan tidak mengambil masa yang lama.
Pengurusan makanan menjadi lebih teratur dan agihan makanandapat dijalankan dengan lancar.
Bagi pengusaha kantin pula, aplikasi yang digunakan ini amat bersesuaian dan efektif.
Sistem ini perlu dikekalkan. Hasil daripada temu bual daripada guru besar, penyelaras program,
pihak ibu bapa dan pengusaha kantin mendapati sistem Easy Order ini patut diteruskan kerana
membantu semua pihak. Memandangkan sistem Easy Order ini mendapat sokongan yang baik
daripada semua pihak maka pengkaji ingin menyebar luas penggunaan sistem ini kepada ibu
bapa. Ibu bapa akan menggunakan aplikasi ini untuk membuat tempahan makananterus kepada
pihak kantin.
8.0 KEBERKESANAN SISTEM EASY ORDER
Antara keberkesanan sistem yang dapat dikenal pasti ini adalah seperti yang berikut:
1. Pengurusan makanan untuk murid menjadi lebih mudah.
2. Guru tidak perlu ke kantin untuk membeli makanan murid
3. Mengurangkan pergerakan guru dan murid ke kantin.
4. Ibu bapa dapat memantau makanan anak-anak mereka dan memberi peruntukkan

kewangan yang mencukupi.
5. Memudahkan pengusaha kantin membuat anggaran perbelanjaan dan menyediakan

menu masakan.
6. Operasi kantin akan berjalan lancar kerana pengusaha kantin mengetahui bilangan

tempahan yang diterima agar tidak berlaku pembaziran.

132

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
9.0 REFLEKSI
Bagi mencapai hasrat yang diingini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif yang bijak dengan
melaksanakan Sistem Easy Order yangbuat pertama kalinya diadakanbagi memecah persoalan
yang timbul bersesuaian dengan keadaan semasa. Sejajar dengan imp ian kerajaan yang
menekankan kepada norma baharu maka inovasi yang dicipta dapat memberi kesejahteraan
kepada semua murid. Di samping itu, wujudnya sistem tersebut menjadikan sistem pengurusan
sekolah lebih terurus dengan kerjasama semua pihak dan dengan itu, kebimbangan ibu bapa
dapat dikurangkan.
RUJUKAN
Othman Mohamed (2001). Penulisan Tesis dalam Bidang Sains Sosial Terapan.

Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

133

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

IMPLIKASI REIMAGINING REFLEKSI IDEA TERHADAP PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME GURU DI DAERAH KUALA KANGSAR

AZNEEZAL AR-RASHID BIN MOHD RAMLI
PPD Kuala Kangsar, Perak
[email protected]

Abstrak
Penyelidikan ini bertujuan untuk meneroka pembudayaan budaya inovasi yang berasaskan
refleksi bermakna dalam kalangan guru di daerah Kuala Kangsar. Seramai 65 orang guru
di daerah Kuala Kangsar dijadikan sebagai sasaran kajian. Kajian memfokuskan kepada
isu inovasi autentik tidak djadikan sebagai budaya dan amalan refleksi tidak bermakna.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui a) kaedah analisis dokumen, b) pemerhatian.
Hasil tinjauan menunjukkan guru tidak mengamalkan penulisan refleksi bermakna dan
inovasi autentik bukanlah budaya kelaziman. Pelaksanaan tindakan difokuskan kepada
inisiatif PPD Kuala Kangsar memperkenal dan mengendalikan program Reimagining
RefleksiDEA untuk membudayakan budaya inovasi autentik yang dicetuskan daripada
penulisan refleksi bermakna. Dapatan awal membuktikan program Reimagining
RefleksiDEA menunjukkan perubahan ketara kepada aspek pengetahuan, kemahiran,
persepsi terhadap inovasi, Professional Learning Community, sikap dan pengalaman
pembelajaran bermakna murid.

Kata kunci: pembangunan profesionalisme guru, refleksi bermakna, inovasi autentik,
perubahan

1.0 PENGENALAN

Mac 2020 menyaksikan sejarah penutupan semua sekolah di Malaysia akibat penularan
pandemik COVID-19. Perubahan drastik begini bersifat tidak tentu memberikan kesan
langsung kepada proses, norma dan kualiti penyampaian pengajaran. Pembelajaran
konvensional murid secara bersemuka seperti amalan lazimnya, berhenti seketika akibat
daripada penularan wabak ini. Sistem pendidikan dan guru perlu berubah kepada pengajaran
norma baharu yang menuntut mereka untuk sentiasa kompeten dan bersedia dengan keperluan
semasa dalam tempoh kritikal ini.

Data membuktikan institusi pendidikan di seluruh dunia telah beralih kepada
pembelajaran jarak jauh (remote learning), pembelajaran dalam talian (online learning) dan
pembelajaran di rumah (home based learning). Dalam tempoh ketidaktentuan ini, sistem
pendidikan di seluruh dunia yang terjejas terus komited bereksperimentasi dengan merangka
semula sistem, kaedah dan strategi terbaik dalam tujuan memastikan pembelajaranmurid dapat
terus berlangsung walaupun sekolah masih perlu ditutup atau tidak dapat dibuka sepenuhnya.
Pembelajaran berintegrasi teknologi dipengaruhi oleh: a) sumber, b) kesediaan guru, c)
keyakinan,d) kebolehcapaian murid dan e) motivasi (Ali, 2020). Pelbagai istilah baharu dalam
bentuk strategi dicipta mengikut konteks berdasarkan keperluan lokaliti termasuklah istilah
pembelajaran hibrid yang menggabungkan kaedah pembelajaran secara dalam talian dan luar
talian.

Seiring dengan keperluan peralihan sistem pendidikan kepada pembelajaran dalam
talian atau hibrid, perkakasan dan perisian teknologi dilihat sebagai penyelesaian palingefektif
bagi memastikan pembelajaran dapat terus berlangsung. Pengajaran secara talian berbantukan
teknologi perkakasan dan perisian kini menjadikan satu keperluan (Wedenoja, 2020).

134

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Permintaan yang tinggi terhadap perkakasan dan perisian teknologi menjadikan sektor ini
meledak secara luar biasa dan imersif. Jumlah jualan perkakasan seperti komputer riba, tablet
dan telefon pintar meningkat secara mendadak. Perisian-perisian baharu seperti Microsoft
Teams, Google Meet, Webex, Zoom dan banyak lagi muncul. Pelbagai pakej daripada percuma
kepada premium diperkenalkan dan usaha ini dilihat sebagai rangsangan daripada penularan
wabak.

Pelbagai teknologi pengajaran mutakhir terbit seiringdengan permintaan dan keperluan
norma baharu yang mendesak guru untuk kekal kompetetif dengan Technology-Pedagogy
Content Knowledge (TPCK) dan Technology-Pedagogy Content Skills (TPCS). Bagi tujuan
ini, guru perlu memahami dan berupaya menggunakan teknologi dan perkakasan untuk
menyampaikan kandungan pembelajaran kepada murid.

1.1 Guru, refleksi bermakna dan keperluan perubahan

Selain sistem pendidikan, guru merupakan komponen utama yang mengalami kesan peralihan
norma baharu pengajaran. Bertindak sebagai penyampai kandungan pembelajaran, amalan
konvensional seperti diamalkan secara lazim semasa pembelajaran bersemuka dilihat tidak lagi
relevan dengan keperluan persekitaran. Dalam tempoh kritikal ini, guru perlu dari masa ke
masa melakukan refleksi. Refleksi dilihat sebagai satu alat yang berupaya mengenal pasti isu
untuk penyelesaian secara kontekstual, namun ia perlu dilakukan dengan penuh makna.
Amalan refleksi bermakna dilihat boleh mendorong guru untuk kekal agile, relevan dan
berupaya mencetuskan inovasi autentikbagi penyelesaian mikro dalam bilik darjah (Kincheloe
& Berry, 2004; Sousa, 2020).

Seperti murid, guru turut memerlukan bimbingan, runding cara dan sokongan secara
berterusan dalam usaha memastikan mereka sentiasa kompetitf dengan keperluan pendidikan
semasa. Guru mungkin merasakan penggunaan teknologi untuk pengajaranadalahrumit. Sikap
dan kemahiran guru menggunakan teknologi untuk pembelajaran dalam talian boleh
mempengaruhi motivasi dan pembelajaran murid (Kalogiannakis, 2010). Guru mengalami
kesukaran mengoptimumkan teknologi disebabkan jurang antara kursus pendidikan yang
pernah dipelajari dan keperluan kemahiran teknologi tinggi yang diperlukan untuk pengajaran
mutakhir ini (Kalogiannakis, 2010).

Bimbingan terarah dan secara sistematik dalam tempoh ketidaktentuan ini perlu
dilaksanakan dengan drastik sebagai satu wadah sokongan kepada pembangunan kompetensi
guru yang juga boleh disebut sebagai profesionalisme guru. Amalan refleksi bermakna yang
dilihat sebagai punca pengenalpastian isu dan penyelesaian autentik wajar dirancah
(scaffolding) oleh peranan Pejabat Pendidikan Daerah agar sekolah-sekolah yang merupakan
subunit di daerah dapat menyesuaikan dengan baik dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran norma baharu secara efektif. Kelemahan pembelajaran secara dalam talian
termasuklah; a) insfrastruktur pengajaran dalam talian yang lemah, b) guru kurang
pengalaman, c) jurang maklumat, d) persekitaran di rumahyangkompleks (Murgatrotd,2020).

Norma baharu pendidikan menerbitkan kekaburan kepada pengajaran (ambiguity to
teach) yang meliputi : a) apa yang perlu diajar (what to teach), b) bagaimana untuk mengajar
(how to teach), c) bebanan tugas guru dan murid (workloads of teachers and students), d)
persekitaran pengajaran (teaching environment), e) kesamarataan pendidikan (education
equity) (Zhang, 2020) dan cabaran-cabaran ini perlu dibimbing, disokong, ditadbir dan

135

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

dirancah oleh pasukan perancahan (scaffolding teams) yang bersifat lebih kompeten atau lebih
dikenali sebagai pasukan yang lebih tahu (More Knowledge Others).

Biarpun berada dalam situasi di luar jangkaan dan kabur (ambiguity), penyelidik lebih
melihat kepada perspektif positif norma baharu pendidikan ini. Sesuatu perubahan perlu
dilakukan bagi memastikan guru-guru yang berada di lapangan konteks bersedia untuk
menerima perubahan dan optimis denganperubahan.Penyelidik melihat situasi ini sebagai satu
peluang untuk guru di sesuatu daerah dibangunkan kompetensinya menerusi satu program
yang dirangka, dirancang dan disusun secara sistematik serta bertepatan dengan keperluan
konteks semasa. Program berbentuk pembangunan profesionalisme bertindak sebagai input
yang membimbing, menyokong dan merancah (scaffolding) pembangunan guru dalam tempoh
yang kritikal ini, seiring dengan keperluan pengajaran mereka secara kontekstual. Perspektif
ini bertepatan seperti yang disorot dalam literatur berikut iaitu pemegang taruh dan pihak
berkepentingan adalah perlu; a) menyediakan maklumat pendidikan yang lebih mencapah, b)
melengkapkan guru dan murid dengan kelengkapan yang cukup, c) melaksanakan bimbingan
kepada guru secara dalam talian, d) menyokong kajian mengenai pengajaran dalam talian (Ali,
2020). Program yang direka bentuk dengan baik boleh meningkatkan motivasi guru dan
penggunaan teknologi baharu untuk tujuan pengajaran (Chen, 2006). Program dengan reka
bentuk bimbingan dan perancahan kepada guru menjadi keperluan dalam situasi mutakhir.
Pendekatan, pengetahuan dan kemahiranbaharuperlu diberikankepada guru untuk mendepani
pengajaran pada masa hadapan (Kim J., 2020). Untuk itu, penyelidik merancang,
merangka, membangun dan mengimplementasikan satu program yang seiring dengan
keperluan dan inisiatif guru untuk meneroka norma baharu sistem pendidikan yang dinamakan
sebagai Reimagining RefleksiDEA.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Refleksi bermakna (meaningful reflection) bertindak sebagai indikator yang berupaya
menggambarkan kualiti pembelajaran sebenar di dalam bilik darjah. Penulisan refleksi oleh
guru perlu lebih berfokus kepada penyelesaian isu. Refleksi bermakna perlu meliputi aspek-
aspek utama iaitu: a) simptom (symptoms), b) masalah (problems) dan c) cadangan
penyelesaian (propose solutions). Cadangan penyelesaian daripada refleksi bermakna
merupakan asas dan teras kepada penciptaan inovasi autentik apabila: a) guru menjadi pemikir
(teacher as a thinker) dan penyelesai autentik (teacher as a problem solver), b) guru
manfaatkan pelbagai sumber dalam persekitarannya untuk menyelesaikan isu dan masalah
dalam bilik darjah.

Namun secara praktis dan amalannya di daerah Kuala Kangsar, penyelidik mendapati
refleksi yang ditulis oleh guru pasca proses pengajaran hanyalah bersifat dan secara permukaan
(surface), tidak mendalam (not in-depth) dan tidak bermakna (non-meaningful). Dapatan
daripada analisis dokumen yang dijana daripada Collaborative Instrusctonal Design System
(CIDS) mendapati refleksi yang ditulis oleh guru bersifat tidak berfokus kepada proposed
solutions / way forward / what’s next. Dapatan ini menyatakankorelasi bahawainovasi autentik
bukanlah amalan, tabiat dan budaya guru. Menerusi temu bual awal, inovasi dipersepsikan
sebagai rumit dan terpisah daripada praktis dan amalan pendidikan. Situasi ini, sekiranya
terus berterusan dan tiadanya sebarang tindakan, maka ia akan turut memberikan implikasi
terhadap kualiti pengalaman pembelajaran murid dan tidak berada pada tahap yang divisikan.
Guru tidak akan berupaya menjadi ejent of change, tidak relevan dan sepadan (compatible)
dengan keperluan murid yang kini majoritinya merupakan generasi digital (digital natives).

136


Click to View FlipBook Version