The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL TERBIT Prosiding Kolokium Kajian Tindakan 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iab-1132, 2021-08-13 05:58:45

FINAL TERBIT Prosiding Kolokium Kajian Tindakan 2021

FINAL TERBIT Prosiding Kolokium Kajian Tindakan 2021

Keywords: Prosiding,Kajian Tindakan,Kolokium pengurusan dan kepimpinan

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAJU INOVASI SISTEM PENCERNAAN
DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) TAHUN 3

ASHOK PILLAI A/L KUPPUSAMY
SJK (T) Ladang Chemor, Perak
[email protected]

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan baju inovasi sistem
pencernaan untuk mengenal pasti bahagian-bahagian sistem pencernaan serta fungsinya.
Penggunaan baju inovasi ini dapat membantu murid-murid Tahun 3 dalam memahami
konsep sub topik Sains iaitu sistem pencernaan. Kajian ini menggunakan kaedah
pemerhatian dan kuiz. Seramai 10 orang murid Tahun 3 dari Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Ladang Chemor, Perak Darul Ridzuan dipilih sebagai sampel kajian. Hasil tinjauan
awal mendapati murid masih lemah dan keliru dalam sub topik sistem pencernaan seperti
salah mengenal pasti dan salah melabel bahagian-bahagian serta kurang mengingati
fungsi-fungsi bahagian-bahagian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan baju
inovasi sistem pencernaan mendorong murid menjadi aktif semasa PdPc, tidak keliru
malah menjadikan PdPc lebih menarik dan menyeronokkan, mencapai objektif
pembelajaran (OPEM) secara mudah, dapat menguasai topik sistem pencernaan dan
memperoleh skor yang baik dalam ujian penilaian. Ia juga meningkatkan kualiti
pembelajaran.

Kata kunci: baju inovasi, sistem pencernaan, mudah mencapai OPEM, ujian penilaian,
kualiti pembelajaran

1.0 PENGENALAN

Mengikut Buku Teks Sains Tahun 3 (2017) Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian
Pendidikan Malaysia pencernaan ialah proses menghancurkan makanan menjadi cebisan yang
lebih kecil supaya nutrien daripadanya boleh diserap semasa melalui urutan aliran makanan di
dalam badan. Makanan yang dimakan akan melalui beberapa bahagian badan, bermula dari
mulut, esofagus, perut, usus dan berakhir di dubur. Makanan dihancurkan oleh gigi, lidah dan
air liur menjadi cebisan yang lebih kecil supaya lembut dan mudah ditelan. Makanan akan
melalui esofagus dan menjadi makin kecil di perut. Nutrien makanan akan diserap ke dalam
usus. Apabila sampai ke dubur, makanan menjadi tinja atau tahi yang tidak diperlukan lagi.
Perbuatan yang mengganggu pencernaan seperti berlari selepas makan, makan gelojah dan
bercakap semasa makan boleh memberi kesan seperti tersedak, muntah, tercekik dan sakit
perut.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Saya mengajar subjek Sains Tahun 3 di sebuah sekolah kategori luar bandar di estet iaitu SJK
(T) Ladang Chemor. Murid-murid tahun 3 menghadapi masalah dalam tajuk Sistem Proses
Manusia. Mereka sukar mengenal pasti nama dan fungsi bahagian-bahagian sistem pencernaan.
Ini telah menyebabkan mereka tidak dapat menguasai topik itu sepenuhnya dan sukar
menjawab pentaksiran secara formatif iaitu soalan kuiz.

Saya sebagai guru menggunakan pelbagai strategi pedagogi untuk mengukuhkan ilmu
pengetahuan murid-murid dalam topik ini tetapi tidak berjaya. Murid sukar menguasai

287

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

subtopik-subtopik seperti sistem pencernaan. Mereka seringkali keliru dengan nama bahagian
dan fungsinya.

Justeru, murid-murid tidak dapat menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan oleh
guru. Skor murid-murid juga tidak berpuashati. Ramai murid beranggapan bahawa topik ini
sangat susah untuk belajar. Ramai murid juga mengatakan bahawa kami tidak dapat melihat
bahagian-bahagian dalaman secara autentik. Murid-murid juga berkata, kami hanya melihat

dalam buku teks sahaja. Ada murid berkata walaupun anda menunjukkan menerusi LCD tetapi
kurang menguasai konsep topik tersebut.

Berikutan daripada itu, keadaan ini telah menjadikan kami runsing. Saya amat sedih
kerana tidak dapat menyelesaikan masalah murid sedangkan saya merupakan ahli akademik
yang berpengalaman dalam bidang pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Oleh itu, saya
mencari punca masalah untuk menyelesaikan masalah murid-murid tahun 3 dalam topik ini.

3.0 FOKUS KAJIAN

Guru telah merumuskan masalah kajian iaitu isu tidak mengenal pasti bahagian -bahagian
sistem pencernaan. Ia merujuk kepada kegagalan murid-murid tidak menguasai topik tersebut.
Tambahan pula, objektif pembelajaran (OPEM) tidak dicapai oleh murid-murid.

Oleh itu, saya sebagai guru mencari idea dan cara efektif untuk murid tahun 3 bagi
menyelesaikan masalah dalam topik ini. Saya juga ingin membantu murid-murid dengan cara
yang paling mudah untuk menguasai standard kandungan 3.3 Pencernaan dan standard
pembelajaran 3.3.1 Memerihalkan Proses Pencernaan dan 3.3.2 Membuat urutan aliran
makanan semasa pencernaan yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
(DSKP) Sains Tahun 3 Terbitan April 2017 yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Mengkaji keberkesanan penggunaan Baju Inovasi Sistem Pencernaan dalam meningkatkan
pemahaman murid dalam tajuk pencernaan.

5.0 TINJAUAN LITERATUR

Pencernaan ialah proses menghancurkan makanan menjadi kecil supaya zat-zatnya mudah
diserap ke dalam sistem peredaran darah. Sistem pencernaan melibatkan bahagian pencernaan
seperti mulut, esofagus dan dubur. Manakala organ pencernaan pula ialah perut, usus kecil dan
usus besar.

Jadual 1: Organ Pencernaa dan Fungsinya

Bil Organ/Bahagian Fungsi

1 Mulut Menghancurkan makanan denagn bantuan gigi dan enzim

yang terdapat dalam air liur

2 Esofagus Menghantar makanan ke perut

3 Perut Mencernakan makanan

4 Usus Kecil Mencernakan dan menyerap zat makanan ke dalam system

peredaran darah.

288

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

5 Usus Besar Menyerap semula air yang berlebihan dan membentuk najis
6 Dubur Mengeluarkan najis

Jadual 1 menunjukkan organ pencernaan dan fungsinya. Sistem pencernaan manusia
bermula dari mulut sehingga dubur. Fungsi mulut ialah menghancurkan makanan dengan
bantuan gigi dan enzim yang terdapat dalam air liur. Berikutan itu, esofagus. Esofagus pula
menghantar makanan ke perut. Perut mencernakan makanan. Usus Kecil pula mencernakan
dan menyerap zat-zat makanan ke dalam sistem peredaran darah. Usus Besar pula menyerap
semula air yang berlebihan dan membentuk najis. Akhirnya, dubur mengeluarkan najis.

Nazihah Binti Idris (2019), SMK Dato’ Ahmad Razali, Ampang dalam Kajian
Tindakan “Kaedah Schematic Digestive Diagram (sdd) Untuk Topik Sistem Pencernaan”
menyatakan bahawa:

“ Kaedah Skematik Diagram sistem pencernaanmemberi saya peluangmembuat nota
dengan kreativiti sendiri. Bagi saya topik sistem pencernaan mudah difahami dengan
diagram skematik sistem pencernaan. Saya rasa seronok belajar biologi dengan
kaedah diagram skematik yang lebih mudah. Saya diberi peluang untuk meneroka
ilmu baru dengan lebih jelas menggunakan kaedah diagram skematik. Bagi saya topik
sistem pencernaan sangat mudah sekiranya memahami konsep dengan diagram
skematik. Melalui diagram skematik sistem pencernaan, saya dapat meneroka ilmu
baru. Saya dapat mengenal pasti kelemahan saya dalam tajuk sistem pencernaan
melalui latihan dengan merujuk diagram skematik sistem pencernaan Kaedah
diagram skematik sistem pencernaan membantu saya mengingati fakta dengan lebih
baik berbanding dalam bentuk jadual. Kaedah diagram skematik sistem p encernaan
akan membantu saya sebagai rujukan untuk ulangkaji pada tahun hadapan bagi
peperiksaan Biologi SPM 2017 Ujian penilaian persepsi berkaitan aktiviti SDD”

Pencernaan makanan merupakan proses mengubah makanan dari ukuran besar menjadi
ukuran yang lebih kecil dan halus, serta memecah molekul makanan yang kompleks menjadi
molekul yang sederhana dengan menggunakan enzim dan organ-organ pencernaan. Proses
pencernaan makanan terjadi secara fisik dan kimiawi, sehingga pencernaan makanan
dibedakan atas pencernaan mekanik dan pencernaan kimiawi. Pencernaan mekanik adalah
proses penghancuran dan penggilingan makanansecara fisikmenjadi potongan-potongan kecil.
Proses penyerapan partikel-partikel makanan oleh tubuh dengan bantuan enzim pencernaan
disebut pencernaan kimiawi. Berikut adalah pandangan dari guru-guru:

“Cikgu M, dalam persembahan Flipbooknya menerangkan bahawa makanan
dihancurkan oleh gigi, lidah dan air liur menjadi cebisan yang lebih kecil supaya
lembut dan mudah ditelan”

“makanan yang kita makan tidak dapat langsung diserap dan digunakan oleh tubuh
kita melainkan harus dicernakan terlebih dahulu oleh organ -organ pencernaan.
Terdapat 2 jenis proses pencernaan makanan iaitu pencernaan mekanis dan
pencernaan kimiawi. Pencernaan mekanis merupakan suatu proses yang melibatkan
organ-organ pencernaan sedangkan pencernaan kimiawi adalah suatu proses yang
melibatkan kalenjar-kalenjar pencernaan. Proses mencerna makanan terjadi melalui
saluran pencernaan yang dimulai dari mulut, lalu menuju ke kerongkongan,lambung,
usus halus, dan berakhir di usus besar”

289

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

6.0 METODOLOGI KAJIAN

6.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian berbentuk ini menggunakan pemerhatian dan kuiz. Kaedah pemerhatian digunakan
untuk melihat keberkesanan murid menjawab soalan secara lisan mengenai sistem pencernaan
manusia dan fungsinya. Ujian Penilaian Formatif dalam bentuk kuiz ditanyakan oleh cikgu
kepada murid secara spontan. Ujian Penilaian Formatif seperti pelabelan bahagian dan
fungsinya juga dilabelkan oleh murid. Kedua-dua penilaian diadakan untuk menilai tahap
pemahaman dan penguasaan murid dalam topik tersebut.

6.2 Kumpulan Sasaran

Kajian ini mensasarkan kepada 10 orang murid dari kelas Tahun 3 yang mengambil mata
pelajaran Sains. Seramai 10 murid dipilih sebagai responden bagi sampel kajian ini. Daripada
14 orang murid-murid, 10 orang murid-murid (71.4%) dipilih sebagai responden bagi kajian
ini. Semua responden berumur 9 tahun, Seramai 5 orangmurid-murid lelaki (50%) dan seramai
5 orang murid-murid perempuan (50%) dipilih untuk kajian ini.

6.3 Instrumen Kajian

Soalan-soalan kuiz seperti dibawah:
1. Ceritakan proses pencernaan secara ringkas.
2. Senaraikan organ-organ terlibat dalam proses pencernaan.
3. Apakah masalah yang dihadapi oleh seseorang yang sukar mencerna makanan?
4. Sejauh manakah proses pencernaan membantu manusia untuk mencernakan makanan?
5. Lukiskan organ-organ terlibat dalam proses pencernaan.
6. Ciptakan organ-organ terlibat dalam proses pencernaan dengan menggunakan bahan kitar

semula.

7.0 PERANCANGAN TINDAKAN

Jadual 2 menunjukkan Pengumpulan Maklumat iaitu Tinjauan Awal Masalah bagi kajian ini.

Jadual 2: Pengumpulan Maklumat (Tinjauan Awal Masalah)

Cara Instrumen Responden / Peserta Kajian
Pelaksanaan Pemerhatian
1 Kaedah pemerhatian digunakan untuk melihat
Langkah 1 keberkesanan murid menjawab soalan secara lisan
27 – 28 Julai mengenai sistem pencernaan manusia dan fungsinya.
2 Murid sukar menumpukan perhatian terhadap topik
2020 tersebut.
3 Melalui pemerhatian, guru merekodkan sikap murid
terhadap topik semasa PdPc di kelas.
4 Seterusnya guru dapat menentukan teknik, aktiviti dan
kaedah PdPc yang efektif dan sesuai dengan pengalaman
sedia ada murid dan tahap pengetahuan murid.

290

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Langkah 2 Kuiz Bina 1 Kuiz ditanyakan oleh cikgu kepada murid secara spontan.
29 Julai 2020 Minda 2 Ujian Penilaian Formatif seperti pelabelan bahagian dan
fungsinya juga dilabelkan oleh murid.
3 Kedua-dua penilaian diadakan untuk menilai tahap

pemahaman dan penguasaan murid dalam topik tersebut.

Jadual 3 menunjukkan analisis tinjauan masalah bagi kajian ini.
Jadual 3: Analisis Tinjauan Masalah

Cara Instrumen Responden / Peserta Kajian
Pemerhatian
Pelaksanaan 1 Hasil pemerhatian, kebanyakan murid suka bergantung
kepada guru sahaja.
Langkah 1 2 Murid tidak menimba ilmu pengetahuan menerusi
27 – 28 Julai pelbagai media.
2020 3 Murid lemah dari segi Kemahiran Proses Sains.

Langkah 2 Kuiz Bina 1 Dapatan menunjukkan hanya segelintir sahaja yang
29 Julai 2020 Minda menjawab soalan dengan skor yang rendah.
2 Guru mendapati murid tidak mahir mengingati bahagian-
bahagian serta fungsinya melalui kuiz dan aktiviti melabel.

Langkah 3 Aktiviti PAK21 1 Berdasarkan kepada Pdpc yang lalu, aktiviti hot seat
30 Julai 2020 ‘Hot Seat’
diadakan. Keseluruhan murid tidak dapat soal dan jawab
‘Round Table’ dalam Aktiviti ‘Hot Seat’ secara betul dan tepat.
2 Dalam aktiviti ‘Round Table’ pula murid gagal
melabelkan nama organ serta fungsinya.
3 Ada yang meninggalkan ruang kosong sahaja dan tidak

berkongsi apa-apa idea.

4 Guru juga mengesan bahawa murid mencampur adukkan

bahagian-bahagian dengan fungsinya.

8.0 DAPATAN KAJIAN

Tindakan dan aktiviti yang dirancang oleh pengkaji setelah menganalisis tinjauan masalah
ialah:
1 Memperkenalkan Baju Inovasi sistem pencernaan.
2 Melabelkan bahagian-bahagian dan fungsinya
3 Mempersembahkan hasil dapatan kepada keseluruhan kelas melalui aktiviti PAK21

‘Pembentangan Hasil Sendiri’
4 Menguji murid dalam aktiviti PAK21 iaitu melalui ‘Hot Seat’

291

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Jadual 4 menunjukkan langkah atau aktiviti menjalankan program intervensi seperti yang
berikut:

Jadual 4: Langkah / Aktiviti Menjalankan Program Intervensi

Langkah Tujuan

Langkah 1 Memperkenalkan Baju Inovasi
03 Ogos 2020 1 Guru menunjukkan Baju Inovasi sistem pencernaan.
2 Murid memerhatikan bahagiannya dengan bantuan buku teks.
Langkah 2 1 Murid menyatakan bahagian-bahagian.
04 Ogos 2020 2 Murid melabelkan bahagian-bahagian dan fungsinya.
3 Murid memastikan pelabelan itu betul dan tepat.
Langkah 3 1 Murid berbincang dalam kumpulan secara kolaboratif iaitu melalui
05 Ogos 2020 aktiviti PAK21 ‘Pembentangan Hasil Sendiri’

Langkah 4 2 Guru memastikan fakta yang disampaikan oleh murid tersebut betul
06 Ogos 2020 dan tepat.
1 Murid memberi maklum balas jawapan secara lisan melalui aktiviti
PAK21 ‘Hot Seat’.

2 Guru mencatatkan markah setiap murid bagi setiap jawapan.

8.1 Intervensi 1

Guru memperkenalkan Baju Inovasi sistem pencernaan pada 03 Ogos 2020. Guru menjelaskan
tujuan hasrat baju inovasi kepada murid supaya minat terhadap pelajaran bertambah dan
mereka dapat memberikan kerjasama baik.

CATATAN PEMERHATIAN

Tarikh: 03 Ogos 2020 (Isnin)
Tempat: Kelas 3 Masa:

8.45-9.15 pagi
Peristiwa:

Mereka nampak agak bosan apabila guru menulis objektif pelajaran (OPEM) di papan
tulis. Namun, mereka begitu teruja apabila guru memperkenalkan Baju Inovasi sistem
pencernaan.

Refleksi
Guru cuba memulihkan semangat murid selepas sesi PdPc yang lalu. Guru mendapati masih

ada peluang dan harapan buat murid tahun 3. Setelah guru memperkenalkan Baju Inovasi
sistem pencernaan murid-murid kelihatan ceria dan bermotivasi. Semangat inkuiri penemuan
teruja dalam kalangan mereka. Ini telah menambahkan semangat guru untuk membantu
mereka menerusi program intervensi ini.

292

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

8.2 Intervensi 2

Pada 04 Ogos 2020, murid menyatakan nama organ-organ. Mereka juga melabelkan nama
bahagian –bahagian dan fungsinya. Murid-murid suka mengambil aktiviti label dengan
menggunakan baju inovasi.

CATATAN PEMERHATIAN
Tarikh: 04 Ogos 2020 (Selasa)
Tempat: Kelas 4 Masa:
10.45-11.15 pagi
Peristiwa:
Mereka menyatakan bahagian–bahagian. Mereka melabelkan bahagian–bahagian dan
fungsinya dengan menggunakan baju Inovasi sistem pencernaan.

Refleksi
Guru mendapati murid-murid dapat melaksanakan aktiviti menyatakan nama dan melabelkan
bahagian –bahagian sistem pencernaan. Murid sangat aktif mengambil bahagian dalam aktiviti
ini.

8.3 Intervensi 3
Guru melaksanakan aktiviti PAK 21 iaitu ‘Pembentangan Hasil Sendiri’ pada 05 Ogos 2020.
Murid membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan kepada keseluruhan
kelas. Mereka melaksanakan pembentangan dengan mencipta baju inovasi itu dengan kertas
mahjong.

CATATAN PEMERHATIAN
Tarikh: 05 Ogos 2020 (Rabu)
Tempat: Kelas 3 Masa:
8.45-9.15 pagi
Peristiwa:
Mereka agak ceria dan giat mengambil bahagian dalam slot pembentangan di hadapan
kelas. Namun, mereka begitu teruja apabila guru memberi pujian atas pembentangan
yang baik dan berkesan itu.

Refleksi
Guru mendapati murid dapat melaksanakan ‘Pembentangan Hasil Sendiri.’ Murid dapat
membentangkan hasilnya dengan pemahaman yang baik tentang topik. Ini telah menunjukkan
bahawa murid dapat menguasai sistem pencernaan.

293

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

8.4 Intervensi 4
Guru melaksanakan aktiviti PAK 21 iaitu ‘Hot Seat’ pada 06 Ogos 2020. Aktiviti susulan
selepas murid membuat pembentangan bersama kumpulan dilaksanakan. Setiap sepuluh orang
murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi “pakar” atau “watak”. Murid lain
pula melontarkan soalan-soalan kuiz. Murid yang menjadi “pakar” atau “watak” menjawab
semua soalan kuiz yang dilontarkannya.

CATATAN PEMERHATIAN
Tarikh: 06 Ogos 2020 (Khamis)
Tempat: Kelas 3
Masa: 12.35-1.05 tengah hari Peristiwa:
Mereka agak ceria dan giat mengambil bahagian dalam ‘Hot Seat’ di hadapan kelas.
Guru mencatatkan markah bagi setiap murid apabila mereka menjawab soalan. Murid-
murid mendapat token berupa hadiah-hadiah kecil.

Refleksi
Guru mendapati murid melontarkan banyak soalan kepada murid. Murid -murid berani dan
cuba menjawab segala soalan kuiz yang dilontarkan. Pemberian tokensebagai perangsangatau
peneguhan positif menjadi satu pendekatan yang berkesan bagi kejayaan murid -murid ini
menguasai sepenuhnya topik sistem pencernaan.

9.0 REFLEKSI KAJIAN
Guru telah memilih kaedah ujian penilaian f ormatif iaitu berupa sesi kuiz ‘Hot Seat’ dalam
menilai pencapaian murid tahun 3 dalam menguasai topik tersebut. Penggunaan baju inovasi
bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah menjadikan PdPc lebih menarik dan
menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran. Oleh itu, PAK21 diintegrasikan
mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi
kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran.

Kefahaman murid semasa keadaan awal telah mengecewakan guru. Para murid tidak
mampu memberikan jawapan yang tepat dan betul. Selepas penggunaan baju inovasi,
transformasi ilmu pengetahuan yang berkualiti meningkatkan keputusan kuiz secara
mendadak. Guru agak terkilan melihat perubahan yang ketara terhadap pemahaman murid di
mana kebanyakan mereka mencapai skor markah yang lebih baik berbanding keadaan awal.
Keadaan ini telah memotivasikan guru serta warga pendidik SJK T Ladang Chemor.

294

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

10.0 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, banyak perubahan yangberlakukepada murid tahun3 dan juga kepada
guru sendiri antaranya:

i) Baju inovasi sistem pencernaan membantu murid-murid memahami konsep topik.
ii) Murid-murid juga dapat memberi penerangan serta penjelasan akan fungsi bahagian-

bahagian tanpa mengharapkan bantuan guru.
iii) Murid-murid juga berminat untuk menyertai dalam pertandingan inovasi peringkat

sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan mahupun antarabangsa.
Guru akan mengekalkan penggunaan baju inovasi ini untuk membantu murid
menguasai topik sistem pencernaan. Guru juga akan menggunakan baju inovasi ini dalam
bengkel PdPc dan kursus pemantapan PdPc untuk murid. Guru juga akan cuba memperbaiki
model baju inovasi yang diguna pakai sekarang agar lebih menarik perhatian dan mudah
diingati oleh murid. Dalam masa yang sama, guru perlu menambahkan satu lagi cabang idea
untuk mengadakan satu lagi program intervensi bagi tujuan pengukuhan dan pemantapan
bukan sahaja dalam konteks menyelesaikan masalah penguasaan sistem pencernaan tetapi
kepada kemahiran membina, membentang dan mengulas huraian dengan baik. Kemungkinan
besar, minta murid-murid Tahun 3 ini mengambil inisiatif untuk menyertai dan melibatkan
dalam pertandingan inovasi antara sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan mahupun
antarabangsa.

Penggunaan penggunaan Baju Inovasi dalam PdPc amat sesuai dan memanfaatkan
warga sekolah iaitu guru dan murid dengan baik. Mengikut Dokumen StandardKurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) 2017, pelbagai kaedah boleh digunakan bagi mencungkil bakat murid
dalam mata pelajaran Sains. Antaranya:

i. Melahirkan amalan pembudayaan Pendekatan STEM (Science, Technology,
Engineering and Mathematics). Pendekatan STEM ialah PdP yang mengapikasikan
pengetahuan, kemahiran danniai STEM melalui inkuiri, penyelesaian masalah, atau
projek dan konteks kehidupan harian, alam sekitar dan masyarakat tempatan serta
global.

ii. PdP STEM yang konstekstual dan autentik dapat menggalakkan pembelajaran
mendalam dalam kalangan murid. Murid boleh bekerja secara berkumpulan atau secara
individu mengikut kemampuan murid ke arah membudayakan pendekatan STEM.

Oleh itu, penggunaan Baju Inovasi dalam PdPc dapat meningkatkan minat murid
terhadap Sains. Pelajaran Sains yang menarik akan memotivasikan murid untuk belajar
bersungguh sungguh dan seterusnya mempengaruhi pencapaian dan kemenjadian murid setara
dengan hasrat Menteri Kanan Menteri Pendidikan Malaysia YB Dr.Radzi Md Jidin.

295

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Standard Kurikulum dan Pentaksiran. (DSKP)

.Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Buku Teks Sains Tahun 3 2017..Kementerian

Pendidikan Malaysia Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
(2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Edisi Ketiga. Disember 2008. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2018). Buku Prosidang
Persidangan Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan kali ke XIV. Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan Yayasan Guru Tun Hussien Onn.
Jabatan Pelajaran Perak. (2007). Buku Prosidang. Konvensyen Kajian Tindakan. Jabatan
Pelajaran Perak.
Pejabat Pendidikan Daerah Machang. (2018). Kolokium Pendidikan Peringkat Kebangsaan.
Pejabat Pendidikan Daerah Machang, Kelantan.Kementerian Pendidikan Malaysia.
Othman Lebar.Kajian Tindakan dalam Pendidikan. 2009. Universiti Perguruan Sultan Idris,
Perak.

296

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID DALAM MENJAWAB SOALAN
RUMUSAN BAHASA MELAYU TINGKATAN EMPAT DENGAN
MENGGUNAKAN KIT RuPaSi

NURUL IZZATI ADLINA ABDULLAH
SMK Kudat II, Sabah
[email protected]

Abstrak
Penulisan rumusan merupakan salah satu soalan dalam kertas Bahasa Melayu SPM.
Berdasarkan pemerhatian dan dapatan, murid gagal memperoleh markah cemerlang
dalam soalan ini kerana murid gagal menguasai teknik penulisan Rumusan yang menepati
kriteria penskoran. Kit RuPaSi dihasilkan untuk membantu calon, khususnya calon yang
lemah untuk menguasai teknik penulisan rumusan agar calon dapat memperoleh markah
cemerlang untuk soalan ini. Kajian ini dijalankan di Kelas 4 Al-Farabi yang berjumlah 24
orang. Teknik RuPaSi telah digunakan sepanjang kajian dan murid diberi pengukuhan dan
pengayaan melalui Kit RuPaSi. Jelaslah bahawa, dengan penggunaan Kit RuPaSi ini, ia
dapat meningkatkan jumlah markah yang murid peroleh dalam soalan Rumusan dan
sekaligus meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci:Bahasa Melayu SPM, Rumusan SPM, Pedagogi, PdPc, Inovasi.

1.0 PENGENALAN

Kajian Tindakan ini tercetus apabila keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2018
diperoleh. Berdasarkan keputusan tersebut, wujud kebimbangan terhadap masa depa n calon-
calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020. Hal ini kerana, berdasarkan analisis keputusan
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2018, didapati ramai calon yang belum mencapai
tahap minimum untuk Ujian Bertulis Bahasa Melayu. Perkara ini amat membimbangkan
kerana pada tahun 2020, murid-murid ini akan menduduki peperiksaan SPM dan sekiranya
murid-murid yang lemah ini tidak dibantu, ia akan meleburkan rekod pencapaian 100% lulus
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SPM di sekolah ini. Selain itu, jika murid-murid ini gagal
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM, bermakna mereka juga gagal memperoleh sijil
SPM. Oleh hal yang demikian, inisiatif pemulihan perlu dilaksanakan lebih awal iaitu semasa
murid-murid ini berada di tingkatan empat. Berikut adalah keputusan Ujian Bertulis Bahasa
Melayu PT3 2018 sekolah ini:

Rajah 1: Pencapaian Ujian Bertulis Bahasa Melayu PT3 2018

297

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Berdasarkan Rajah 1, terdapat 29 orang murid yang boleh dianggap lemah iaitu 14
orang memperoleh Gred E dan 15 orangmemperoleh Gred F. Murid-murid ini ditempatkan
di Kelas 4 Al-Farabi berdasarkan pencapaian PT3 mereka dan juga Ujian Psikometrik
yang telah dijalankan.

Berikut merupakan data pencapaian murid-murid Tingkatan 4 Al-Farabi bagi Ujian
Bertulis Bahasa Melayu dalam PT3 tahun 2018. Berdasarkan data ini, jelas menunjukkan
bahawa hanya lima orang murid ang mencapai pencapaian baik, memuaskan dan mencapai
tahap minimum, manakala 19 orang murid lagi belum mencapai tahap minimum, tidak hadir,
dan tidak menduduki PT3. Keadaan amat membimbangkan saya kerana sekiranya keadaan ini
tidak ditangani sejak awal, iaitu semasa murid berada di tingkatan empat, nescaya keadaan
akan bertambah parah semasa tingkatan lima nanti yang akhirnya akan menyebabkan
Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Bahasa Melayu SPM 2020 turut terjejas. Hal ini juga
akan memberikan kesan ke atas Gred Purata Sekolah (GPS) semasa SPM 2020.

Rajah 2: Pencapaian Ujian Bertulis Bahasa Melayu PT3 2018
Kebimbangan ini berasas apabila ujian 1 dijalankan pada bulan Mac 2019, didapati
hanya empat orang murid yang lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala
20 orang murid lagi gagal seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 di bawah. Keputusan
tertinggi yang dicapai semasa ujian ini hanya setakat kepujian atas sahaja.

Rajah 3: Keputusan Bahasa Melayu Semasa Ujian 1 2019

298

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Rajah 3 menunjukkan keputusan Bahasa Melayu semasa Ujian 1 yang diadakan pada
bulan Mac 2019. Berdasarkan data tersebut jelas menunjukkan hanya empat orang murid iaitu
16 % sahaja yang lulus semasa Ujian 1 manakala 20 orang iaitu 84% lagi gagal.

Analisis item telah dilakukan selepas Ujian 1 dan mendapati markah murid bagi
soalan rumusan berada di tahap lemah dan sederhana iaitu antara 10 – 16 markah sahaja.
Berikut adalah analisis item Ujian 1 Bahasa Melayu Tingkatan 4 Al- Farabi.

Rajah 4: Analisis Item Ujian 1 2019 Bahasa Melayu
Berdasarkan analisis item seperti Rajah 4 di atas, didapati murid gagal menguasai
semua soalan sama ada dalam kertas 1 mahupun kertas 2. Tindakan penambahbaikan
dilakukan ke atas kertas 2 iaitu soalan rumusan kerana soalan ini merupakan lubuk markah
kepada murid. Hal ini kerana sekiranya murid menguasai teknik menulis rumusan, murid
boleh memperoleh markah sekurang-kurangnya 24 markah, dengan hanya menulis
pendahuluan, isi tersurat, dan kesimpulan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4 di
bawah.

Rajah 5: Markah Minimum Murid
Teknik RuPaSi ini telah digunakan selepas Ujian 1 dan didapati setelah murid
diperkenalkan dengan teknik ini, murid lebih mudah untuk menulis Rumusan dan markah
yang diperoleh untuk soalan ini semakin meningkat. Peningkatan ini dapat dinilai melalui
latihan yang diberikan dan markah Peperiksaan Pertengahan Tahun. Berikut adalah

299

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

perbandingan markah yang diperoleh murid semasa Ujian 1 dan Peperiksaan Pertengahan
Tahun.

Rajah 6: Perbandingan Pencapaian Murid Semasa Ujian 1 dan Peperiksaan Pertengahan
Tahun 2019

Berdasarkan perbandingan dalam Rajah 6 ini, jelas menunjukkan bahawa pencapaian
murid semakin meningkat dengan penggunaan Teknik RuPaSi dalam penulisan rumusan.
Berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, didapati bilangan murid yang
memperoleh markah 20 dan ke atas semakin meningkat malah terdapat dua orang murid yang
sudah memperoleh markah penuh. Jelaslah bahawa, Teknik RuPaSi ini telah berjaya
memudahkan murid menulis Rumusan dan memperoleh markah cemerlang.

Kit RuPaSi merupakan pakej lengkap untuk memudahkan guru mengajarkan
Rumusan kepada murid dan memudahkan murid menguasai penulisan rumusan yang
terdapat dalam soalan satu, kertas dua Bahasa Melayu SPM. RuPaSi merupakan akronim
daripada frasa Rumusan pasang siap. Inovasi ini merupakan teknik mudah yang boleh
membantu murid memperoleh markah cemerlang iaitu antara 26 hingga 30 markah dalam
soalan rumusan. Kit RuPaSi ini mengandungi tujuh komponen iaitu:

1. Buku Teknik RuPaSi: Inovasi Teknik Menjawab Soalan Rumusan Bahasa
Melayu SPM
2. Buku Modul Latihan Teknik RuPaSi
3. Buku Rujukan Pantas Teknik RuPaSi
4. Papan/Rangka RuPaSi
5. Desktop RuPaSi
6. Rancangan Pengajaran Harian
7. Cakera Padat (Compact Disk)

300

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Terdapat dua komponen utama pengunaan teknik ini iaitu langkah dan rangka RuPaSi.
Murid perlu menguasai langkah-langkah teknik ini sebelum dapat menggunakan rangka
RuPaSi. Penjelasan tentang langkah-langkah ini dimuatkan di dalam Buku Teknik RuPaSi:
Inovasi Teknik Menjawab Soalan rumusan Bahasa Melayu SPM. Inovasi ini terhasil
daripada semakan refleksi dalam RPH dan didapati sebahagian besar murid tidak dapat
menguasai semua komponen penulisan Rumusan iaitu pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat,
dan kesimpulan. Berdasarkan refleksi ini, langkah- langkah menulis penulisan Rumusan telah
dibina untuk memudahkan murid menguasai penulisan Rumusan. Seterusnya, rangka
Rumusan juga telah dibina untuk membantu murid menulis rumusan dengan lebih mudah.
Langkah-langkah menulis Rumusan ini dan rangka penulisan Rumusan ini akhirnya
melahirkan inovasi Teknik RuPaSi. Teknik ini seterusnya berkembang menjadi sebuah kit
pengajaran dan pembelajaran yang dilengkap yang dinamakan Kit RuPaSi.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Pada sesi persekolahan tahun 2019, saya telah meminta Ketua Panitia Bahasa Melayu untuk
meletakkan saya untuk mengajar di kelas yang paling lemah iaitu Tingkatan 4 Al-Farabi. Hal
ini kerana, apabila saya melihat analisis keputusan PT3 tahun 2018 dan mendapati ramai calon
yang tidak melepasi pencapaian tahap minimum untuk kertas Bahasa Melayu. Perkara ini amat
membimbangkan saya kerana pada tahun 2020, murid-murid ini akan menduduki peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sekiranya murid-murid yang lemah ini tidak dibantu, ia
akan meleburkan rekod pencapaian 100peratus lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SPM
di sekolah ini. Selain itu, jika murid-murid ini gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
SPM, bermakna mereka juga gagal memperoleh sijil SPM.

Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu selama 240 minit seminggu di kelas ini
dengan pecahan 120 minit setiap perjumpaan iaitu 3 waktu bersamaan 40 minit setiap satu
waktu. Saya meminta jadual waktu sedemikian kerana mengetahui latar belakang murid di
kelas ini yang agak lemah dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyelesaikan
sesuatu isi pelajaran. Sejak saya mengajar di kelas 4 Al-Farabi saya sering berhadapan dengan
masalah murid-murid kelas ini yang amat payah menguasai isi pelajaran. Hal ini disebabkan
oleh beberapa faktor seperti sikap dan minat.

Kesimpulannya, berdasarkan kepada pemerhatian dan refleksi pengajaran lampau,
didapati kelemahan calon berpunca daripada sikap, minat dan tahap daya ingatan yangsingkat.
Berdasarkan isu yang dinyatakan di atas, saya perlu untuk membina satu teknik baharu untuk
mengelakkan murid dari terus gagal untuk mendapat markah cemerlang soalan Rumusan. Ini
kerana soalan ini merupakan soalan yang amat mudah untuk murid memperoleh markah.
Teknik baharu yang dibina perlu menarik minat murid, memerlukan murid untuk
berkomunikasi sesamamereka dan partisipasi aktif dalamkalanganmurid secara aktif. Dengan
demikian, murid bukan sahaja dapat menumpukan perhatian tetapi juga tidak ada ruang
melengah-lengahkan tugasan atau latihan malah ia dapat memupuk persaingan dalam kalangan
mereka.

Teknik ini dinamakan sebagai Teknik RuPaSi. RuPaSi merupakan kependekan
daripada frasa Rumusan Pasang Siap. Teknik ini didatangkan sekali dengan Buku Modul
Latihan menggunakan Teknik RuPaSi yangmengandungi 17 Modul Latihan, mencukupi untuk
satu tahun pengajaran rumusan berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah
ditetapkan oleh Panitia Bahasa Melayu sekolah ini.

301

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

3.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian Tindakan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Teknik RuPaSi bagi
memudahkan murid menulis dan memperoleh markah cemerlang dalam soalan Rumusan.
Selain itu ia juga membantu guru menguasai teknik ini supaya dapat melaksanakan teknik ini
di dalam bilik darjah.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

a. Mengkaji keberkesanan Teknik RuPaSi bagi memudahkan murid menulis dan
memperoleh markah cemerlang dalam soalan Rumusan.

b. Meningkatkan penguasaan murid untuk menulis pendahuluan, menyenaraikan isi
dalam rumusan dengan Teknik RuPaSi.

5.0 TINJAUAN LITERATUR

Menurut Teori Gestalt pula, pembelajaran akan digerakkan oleh rangsangan yang berbentuk
‘kekaburan’ yang memerlukan penyelesaian (Bower dan Hilgard, 1983). Oleh hal demikian,
manusia akan tergerak untuk menyelesaikan ‘kekaburan’ tersebut melalui proses yangdikenali
sebagai ‘celik akal’. Lantaran, dalam proses ‘celik akal’ struktur kognitif manusia yang telah
sedia tersimpan dengan pelbagai maklumat dan pengalaman akan dikaitkan dengan masalah
(rangsangan) yang perlu diselesaikan itu. Situasi ini bermakna bahan rangsangan mempunyai
peranan untuk membantu dalam mengaktifkan proses ‘celik akal’ atau pembelajaran aktif itu
sendiri. Berdasarkan konteks kajian ini, pelajar yang masih ‘kabur’ atau lemah menulis
karangan akan mengalami proses ‘celik akal’ atau pembelajaran aktif apabila guru memberi
bimbingan dan panduan dalam penulisan karangan yang baik.

Kajian ini menggunakan ‘Teori Pembelajaran Kognitif’ berpandukan ‘Pendekatan
Berfokus’ yang ditekankan dalam penulisan Rumusan. Berdasarkan Teori Kognitif
Behaviorisme, manusia menyedari bahawa rangsangan akan menyebabkan gerak balas. Oleh
hal demikian, manusia sentiasa melihat rangsangan sebagai sesuatu yang perlu diberi tindakan
menurut perspektif yang sesuai berdasarkanpersepsi, pengalaman,persekitaran atauapa sahaja
yang berkaitan. Hal ini bermakna, tingkah laku manusia adalah berasaskan pengetahuan atau
pemikiran mereka tentang sesuatu situasi (rangsangan) yang menyebabkan sesuatu perubahan
tingkah laku akan berlaku. Oleh itu, dalam situasi kajian ini rangsangan berlaku apabila guru
mengemukakan soalan menyebabkan pelajar bertindak balas mencari jawapan berdasarkan
bahan dalam modul pendekatan berfokus sehingga mewujudan gerak balas kognitif.

6.0 METODOLOGI

Kajian ini dijalankan mengikut Prosedur Kajian Tindakan menggunakan Model Kajian
Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988) seperti Rajah 7.

302

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Rajah 7: Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988)
Berdasarkan model ini, kajian tindakan ini melalui fasa-fasa berikut:
1. Pemerhatian
2. Ujian Pra
3. Intervensi kaedah dan bahan
4. Ujian Post
6.1 Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan ke atas cara murid menulis Rumusan di dalam kelas semasa proses
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berlangsung. Pemerhatian ini penting dilakukan
untuk melihat sama ada murid menguasai teknik menulis Rumusan atau sebaliknya.
Berdasarkan pemerhatian didapati murid gagal menguasai penulisan Rumusan yang
menyebabkan murid gagal mendapat markah cemerlang walaupun latihan tersebut dalam
pemantauan guru di dalam kelas. Berdasarkan pemerhatian ini, Teknik RuPaSi digunakan
untuk memudahkan murid menulis Rumusan sekaligus memberikan murid peluang untuk
mendapatkan markah cemerlang dalam soalan ini.
6.2 Ujian Pra
Ujian 1 yang diadakan pada bulan Mac 2019 dijadikan Ujian Pra bagi melihat pencapaian
murid. Pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu amat membimbangkan kerana
hanya empat orang murid yang lulus mata pelajaran ini dan bilangan murid yang mendapat
markah di bawah 10 soalan Rumusan sebanyak 17 orang.

303

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Berdasarkan keputusan ini, saya telah melakukan analisis item. Berdasarkan analisis
item yang dijalankan selepas ujian ini mendapati markah murid bagi soalan Rumusan berada
di tahap lemah dan sederhanaiaitu antara 10 – 16 markah sahaja. Berdasarkan analisis item ini,
didapati murid gagal menguasai semua soalan sama ada dalam Kertas 1 mahupun Kertas 2.
Tindakan penambahbaikan dilakukan ke atas Soalan 1, Kertas 2 iaitu soalan rumusan kerana
soalan ini merupakan lubuk markah kepada murid. Hal ini kerana sekiranya murid menguasai
teknik menulis rumusan, murid boleh memperoleh markah sekurang-kurangnya 20 markah
dengan hanya menulis isi tersurat yang terdapat dalam petikan yang diberikan.

6.3 Intervensi Kaedah dan Bahan

Teknik RuPaSi dibina khusus untuk membantu murid meningkatkan kemahiran menulis
Rumusan dan diharapkan apabila kemahiran ini dapat ditingkatkan murid-murid akan
mendapat markah yang lebih baik dalam soalan ini selepas murid menguasai Teknik RuPaSi
ini. Selepas keputusan Ujian 1 diperoleh, saya telah mula menggunakan Teknik RuPaSi ini
dalam mengajarkan tajuk Rumusan di dalam kelas. Saya mengambil masa dua kali perjumpaan
iaitu 240 minit untuk menjelaskan kepada murid kaedah penulisan Rumusan menggunakan
teknik ini.

Pada perjumpaan pertama, saya mengajarkan Langkah 1 hingga Langkah 3 manakala
pada perjumpaan kedua, pengkaji mengajarkan Langkah 4 hingga Langkah 7. Langkah-
langkah Teknik RuPaSi adalah seperti berikut:
Langkah 1: Mengenal pasti fokus soalan 1 dan fokus soalan 2
Langkah 2: Mengenal pasti kata kunci dalam fokus soalan 1 dan Menukarkannya dengan

perkataan sinonim
Langkah 3: Membina pendahuluan Rumusan
Langkah 4: Menyenaraikan Isi fokus soalan 1
Langkah 5: Menyenaraikan Isi fokus soalan 2
Langkah 6: Menulis kesimpulan
Langkah 7: Menulis Rumusan lengkap menggunakan rangka RuPaSi

6.3.1 Langkah 1: Mengenal Pasti Fokus Soalan 1 dan Fokus Soalan 2
Dalam langkah ini murid diajarkan cara- cara untuk mengenal pasti fokus soalan 1 dan fokus
soalan 2 dengan menyediakan jadual seperti contoh di bawah:

6.3.2 Langkah 2: Mengenal Pasti Kata Kunci Dalam Fokus Soalan 1 dan Menukarkannya
dengan Perkataan Sinonim
Dalam langkah ini, murid diajarkan bagaimana untuk mengenal pasti kata kunci soalan dalam
fokus soalan 1 dan kemudiannya menukarkan kata kunci tersebut dengan perkataan yang
sinonim seperti contoh di bawah :

304

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.3.3 : Langkah 3: Membina Pendahuluan
Dalam langkah ini, murid diajarkan dua teknik menulis pendahuluan dengan menggunakan
pendahuluan pasang siap seperti contoh berikut:

6.3.4 Langkah 4: Menyenaraikan Isi Fokus Soalan 1 (Isi Tersurat)
Dalam langkah ini, murid diajarkan cara-cara menyenaraikan isi-isi tersurat yang terdapat
dalam petikan dengan menggunakan jadual isi tersurat yang disediakan. Murid perlu membaca
keseluruhan petikan dan menandakan ayat-ayat yang mengandungi isi tersurat seperti contoh
jadual di bawah:

6.3.5 Langkah 5: Menyenaraikan Isi Fokus Soalan 2 (Isi Tersirat)
Dalam langkah ini, murid diajarkan bagaimana untuk mencari isi tersurat sesuai dengan
kehendak fokus soalan 2 dengan membina sendiri soalan-soalan yang berkaitan dengan fokus
soalan. Murid dibantu menyenaraikan isi tersirat seperti contoh panduan di bawah:

305

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.3.6 Langkah 6: Menulis Kesimpulan
Dalam langkah ini, murid diajarkan cara-cara menulis kesimpulan lengkap dengan
menggunakan empat elemen iaitu penanda wacana, pihak sasaran, cadangan, dan harapan
seperti contoh di bawah:

6.3.7 Langkah 7: Menulis Rumusan Lengkap
Dalam langkah ini, murid diajarkan menggunakan rangka RuPaSi untuk menulis Rumusan
yang lengkap. Pada peringkat ini, murid akan menggunakan maklumat yang telah dipelajari
dari Langkah 1 hingga Langkah 6. Murid hanya perlu memasukkan maklumat yang telah
diperoleh dari Langkah 1 hingga Langkah 6 di tempat kosong rangka RuPaSi ini untuk
menghasilkan sebuah Rumusan yang lengkap dan menepati kriteria penskoran. Rangka RuPaSi
adalah seperti yang ditunjukkan di bawah ini:

Murid dibekalkan dengan buku teknik RuPaSi: Inovasi Teknik Menjawab Soalan
Rumusan yang saya tulis. Setelah semua langkah ini dikuasai murid, saya menggunakan Buku
Modul Latihan RuPaSi untuk latihan pengukuhan.Buku ini juga saya tulis sebagai bahan bantu
kepada murid untuk mengukuhkan kemahiran menulis Rumusan menggunakan Teknik

306

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
RuPaSi. Murid telah menggunakan Teknik RuPaSi ini selama 7 minggu sebelum Ujian Pos
iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun diadakan.
6.4 Ujian Pos
Ujian Pos digunakan untuk menilai sama ada teknik RuPaSi ini berjaya meningkatkan markah
untuk soalan Rumusan atau sebaliknya. Berdasarkan analisis item, jelas menunjukkan
peningkatan markah murid bukan sahaja markah bagi rumusan tetapi juga untuk keseluruhan
markah Bahasa Melayu. Jelaslah bahawa teknik RuPaSi ini membantu murid meningkatkan
kemahiran menulis Rumusan dan secara langsung membantu murid memperoleh markah
penuh.
7.0 PERANCANGAN TINDAKAN

8.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian tindakan yang dihasilkan ini telah dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan
pada peringkat awal penghasilan inovasi ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui pencapaian
murid dalam peperiksaan yang dijalankan selepas menggunakan teknik ini. Inovasi ini
telah membantu meningkatkan markah Rumusan murid dalam Ujian 1, Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Berikut adalah perbandingan markah
Rumusan semasa Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

307

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Rajah 8: Perbandingan Markah Rumusan Semasa Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun
dan Peperiksaan Akhir Tahun 2019

Berdasarkan keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8 ini, jelas menunjukkan
sembilan orang murid telah berjaya memperoleh markah penuh iaitu 30 markah, berbanding
dua orang semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun. Tidak ada murid memperoleh markah di
bawah 10 markah. Semua murid mendapat markah 26 dan ke atas. Jelaslah bahawa, inovasi
ini berkesan untuk menangani masalah murid yang tidak menguasai penulisan Rumusan
yang menyebabkan murid gagal memperoleh markah cemerlang untuk soalan ini.

Keberkesanan ini juga terbukti apabila saya menyampaikan perkongsian teknik ini di
sekolah-sekolah lain. Murid yang didedahkan dengan teknik ini buat kali pertama juga mampu
mendapat markah penuh dengan menggunakan teknik ini seperti yang ditunjukkan dalam
gambar di bawah:

Rajah 9: Contoh Jawapan Murid Bagi Penggunaan Kali Pertama

308

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

9.0 REFLEKSI

Bagi memantapkan keberkesanan teknik RuPaSi ini, saya mencadangkan agar satu kajian
lanjut dilaksanakan dengan pembelajaran mengaplikasikan penggunaan warna untuk menarik
perhatian murid di samping menarik minat murid untuk menghasilkan kerja murid yang lebih
baik. Rangka RuPaSi yang didatangkan dengan pelbagai warna untuk membezakan kandungan
penulisan memudahkan murid untuk mengklasifikasikan setiap satu keperluan penulisan
Rumusan ini. Hal ini kerana, seperti yang dijelaskan di peringkat awal penulisan murid-murid
ini terdiri daripada kalangan murid yang lemah dan tidak mempunyai minat untuk belajar.
Sekiranya keadaan ini tidak ditangani, dikhuatiri ia akan menjejaskan usaha guru untuk
membantu murid mendapat keputusan yang lebih baik.

Selain itu, dicadangkan juga agar teknik ini diperluaskan kepada murid-murid yang
cemerlang kerana potensi untuk mereka mendapat markah penuh adalah sangat tinggi. Hal ini
kerana, didapati ada juga sebilangan murid yang cemerlang masih lagi ga gal memperoleh
markah penuh untuk soalan ini. Keadaan ini akan menyebabkan murid tersebut gagal untuk
mendapat keputusan cemerlang tertinggi iaitu A+ dalam mata pelajaran ini. Ringkasnya, ada
keperluan untuk teknik RuPaSi ini digunakan oleh semua calon yang menduduki SPM.

Inovasi ini juga sedang disemak semula untuk membolehkannya digunakan mengikut
keperluan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Perubahan sukatan pelajaran
SPM mulai tahun 2021 ini memerlukan kajian semula inovasi ini supaya ia dapat disesuaikan
dengan perubahan kurikulum ini. Inovasi ini sedang disemak semula dan inovasi baharu hasil
daripada inovasi ini dinamakan BEBOLA KusKus RuPaSi 2.0, sesuai dengan keperluan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu yang baharu.

Kesimpulannya, berdasarkan kejayaan dan keberkesanan inovasi ini menangani
kelemahan murid dalam penulisan Rumusan yang menepati kriteria penskoran, inovasi ini
berpotensi besar untuk dikembangkan dan disebar luaskan penggunaannya dengan
penambahbaikan inovasi ini sesuai dengan keperluan semasa.

RUJUKAN

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner. Geelong,
Victoria, Australia: Deakin University Press.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kupasan
Mutu Jawapan SPM 2016, Bahasa Melayu 2. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikaan Malaysia. (2017). Kupasan
Mutu Jawapan SPM 2017, Bahasa Melayu 2. Putrajaya: Kemeneterian Pendidikan
Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004)
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.(2004).
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

309

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

PENGURUSAN TEKNIK PENYOALAN GURU DALAM PROSES
INSTRUKSIONAL PEMULIHAN KHAS BERINTEGRASIKAN VAKT

NOR BIBI MASLINA BINTI JUSOH
Guru Pemulihan Khas, SK Gurun (Pusat) Kedah

[email protected]

NORLIZA BINTI KUSHAIRI
School of Education, Universiti Utara Malaysia

[email protected]

Abstrak
Pengurusan Teknik Penyoalan Kuasai Kemahiran Membaca dan Menulis Putera-Puteri
Aksara (K2M2PA) merupakan satu strategi gabungan berpusatkan bahan dan guru.
Pengurusan teknik penyoalan ini dilaksanakan oleh guru pemulihan khas sebagai satu
intervensi untuk murid menguasai kemahiran membaca dan menulis. Sampel kajian terdiri
daripada 13 orang murid-murid pemulihan khas tahun dua yang telah mengikuti
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) sepanjang bulan Januari dan Februari
2021. Setelah guru membuat refleksi berdasarkan PdPr didapati murid-murid masih tidak
menguasai kemahiran asas literasi kerana kurangnya masa instruksional. Selepas
intervensi, analisa deskriptif mendapati varians bagi nilai σ2 = 24.90 menunjukkan skor
relatif dan seragam dengan intervensi yang diterima. Kajian tindakan ini menggunakan
Model Gelung Kemmis & McTaggart. Tindakan yang diambil dalam kajian ini adalah cara
menguruskan penyoalan semasa proses instruksional antara guru dan murid pemulihan
khas berlaku.

Kata kunci : Pembelajaran Abad ke-21, Aras Pemikiran, Pemulihan Khas, Instruksional

1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan hak asasi setiap manusia. Perkataan pendidikan sangat sinonim dengan
kanak-kanak. Pelbagai organisasi antarabangsa memandang serius dalam hal pendidikan
kanak-kanak seperti WHO, UNICEF dan Bank Dunia. Di Malaysia melalui laporan outreach
2018 mendapati seramai 4,016 orang murid-murid masih belum menguasai kemahiran
membaca dan menulis ditempatkan ke Program Pemulihan Khas-PPK (PADU KPM, 2018).
Murid-murid pemulihan khas merupakan salah satu kategori yang mempunyai hak untuk
mendapat pendidikan berkualiti semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
seperti yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM,
2013). Kualiti dalam konteks ini adalah dengan mengolah kembali teknik yang sedia ada di
dalam PdP dengan menambah elemen-elemen seperti penyoalan mengikut aras Taksonomi
Bloom serta penggunaan bahan bantu belajar (BBB). PPK amat penting dijalankan kerana
terdapat 20% daripada jumlah murid-murid adalah golongan yang lemah (Bahagian
Pendidikan Khas, 2012). Mereka terpaksa bersaing dengan murid-murid yang lain untuk
mengikut kehendak sukatan pelajaran yang sama. Penempatan murid -murid di dalam darjah
masih lagi berdasarkan umur kronologi bukan umur mental. Perkara ini menimbulkan masalah
perbezaan tahap kognitif individu di dalam kelas. Dengan adanya PPK, murid-murid ini akan
mendapat perhatian khas daripada pihak sekolah.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Pada bulan Mac 2020 telah diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh
Malaysia. Berdasarkan data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia seramai 2.7 juta orang

310

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

murid sekolah rendah tidak dapat mengikuti sesi PdP secara bersemuka. Impak yang paling
terkesan ialah data murid pemulihan khas telah mencatatkan kenaikan sekali ganda berbanding
tahun 2019 dan 2020. Pada Mac 2021 pula, Sekolah KebangsaanGurun (Pusat) (SKG(P)) telah
menerima pencalonan murid ke kelas Pemulihan Khas (PM) iaitu seramai 40 orang bermula
dari tahun dua sehingga tahun enam. Berdasarkan Perancangan Strategik Organisasi (PSO)
Pemulihan Khas 2021-2025, terdapat 8.67 % murid-murid SKG(P) tidak menguasai asas 2M.

Masa instruksional dalam PdP yang diperuntukan tidak dapat dilaksanakan bermula
Mac 2020 sehingga Februari 2021. Kekurangan masa instruksional bermaksud pembelajaran
secara bersemuka dengan murid-murid pemulihan khas yang memerlukan stimuli dalam
bentuk visual, audio, kinestatik dan taktil (Bibi, 2018; Murphy, 1997) tidak berlaku. Kesukaran
untuk menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (2M) Bahasa Melayu perlu dikaji dan
diadakan perancangan agar tindakan Guru Pemulihan Khas (GPM) dapat menyampaikan PdP
dengan berkesan.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Merujuk kepada latar belakang aras pemikiran yang terkandung dalam pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21 (Bibi, 2018), satu mekanisme harus dibentuk untuk memastikan
setiap langkah pengajaran fonemvokal, konsonan dan diftongdapat dikuasai oleh murid-murid
pemulihan khas. Mekanisme dalam konteks ini bermaksud sesuatu cara atau perkara itu
dilaksanakan ketika proses PdP. Kedua-dua tujuan ini bergerak secara selari. Terdapat dua
tujuan kajian iaitu:-

i) Mengenal pasti penyoalan yang hendak digunakan ketika teknik kuasai 2M putera
puteri aksara pasca pandemik (K2M2PA).

ii) Mengenal pasti elemen-elemen VAKT yang dapat digunakan ketika teknik kuasai
2M putera puteri aksara pasca pandemik (K2M2PA).

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji keberkesanan Teknik Kuasai 2M Putera-Puteri Aksara
iaitu:-

a. Meningkatkan pencapaian murid-murid dapat menguasai 5/5 huruf vokal (a,e,i,o,u).
b. Meningkatkan penguasaan murid-murid 15/15 huruf konsonan.

5.0 TINJAUAN LITERATUR

5.1 Elemen Aras Pemikiran dalam Pembelajaran Abad ke-21

Berdasarkan definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) didefinisikan sebagai
keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu (KPM, 2015) yang digabungkan sekali dengan aras pemikiran dalam proses
pengajaran.

Kajian ini dimulakan dengan melihat proses pengajaran Bahasa Melayu yang menjadi
teras atau nadi dalam PPK. Komunikasi dua hala yang berjaya antara guru pemulihan dan
murid pemulihan adalah apabila murid dapat menguasai setiap kemahiran dalam pemulihan

311

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Bahasa Melayu. Komunikasi verbal yang diikuti dengan enam aras pemikiran perlu diguna
pakai oleh guru agar murid-murid pemulihan dapat berfikir melangkaui tahap pemikiran
mereka. Perkara ini penting kerana murid-murid pemulihan memerlukan lebih usaha oleh
kedua belah pihak iaitu guru dan murid untuk mencapai objektif setiap sesi pembelajaran.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Shoniah (2006), menekankan kemahiran berfikir
melalui soalan dan penyoalan. Menurut sarjana tersebut, pengajaran kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif tidak boleh dipisahkan daripada penggunaan soalan. Ini ada kaitan dengan
kenyataan berikut:

“Soalan dan penyoalan boleh membantu murid membuat pertimbangan,
menjalankan idea baru, mengembangkan proses berfikir secara kritis dan
kreatif, menguji kebolehan serta menilai pencapaian”.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001, ms. 43)

Oleh itu, berbalik kepada aras pemikiran di dalam PPK adalah selari dengan kemahiran
fonem dan fonemik yang hendak disampaikan oleh GPM. Satu mekanisme perlu dilaksanakan
agar dapat mencapai objektif kelas abad ke-21 dengan mengoptimumkan penggunaan soalan
yang mempunyai aras pemikiran yang sepatutnya dengan tahap murid-murid pemulihan khas.

Jika dilihat di dalam 32 kemahiran membaca dan menulis pemulihan khas, seawal
kemahiran 1 dan kemahiran 2 iaitu mengenal huruf vokal dan mengenal huruf konsonan kecil
masih belum dikuasai oleh murid-murid ini. Setelah membuat refleksi terhadap pemerhatian,
peluang PdP yang ada sekarang harus diintergrasikan dengan Model Pem belajaran VAKT
seperti yang dicadangkan oleh Mercer & Mercer 1993 (Brenda Martin Moustafa, 1999; Hanif,
Madjdi, & Utomo, 2019; Murphy, 1997) agar murid ini dapat mengikuti satu proses
pembelajaran asas literasi 2M yang betul. Pengkaji menjadikan Teori Pemb elajaran Kognitif
Multimedia (CTML) oleh Mayer 2003 (Mayer, 2003) dan model VAKT sebagai sandaran
utama dalam pelaksanaan kajian tindakan ini. CTML menekankan motivasi murid terhadap
keterlibatan mereka dengan media-media tertentu seperti visual, audio, teks dan video.

Selain itu teknik penyoalan yang digunakan ketika proses pembelajaran antara guru,
murid dan bahan bantu mengajar, pengkaji telah mengadaptasi teknik penyoalan berdasarkan
kajian lepas oleh S.Supramani (2006) yang bertajuk Penyoalan Guru: Pemangkin Pemikiran
Aras Tinggi Murid (S. Supramani, 2006) dan (Bibi, 2018) . Manakala model kajian tindakan
menggunakan Model Gelung (Kemmis & McTaggart, 1988) yang bermula dengan
perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi serta ia bersifat lingkaran atau spiral.

6.0 METODOLOGI KAJIAN

6.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian menggunakan Model Gelung (Kemmis & McTaggart, 1988) yang bermula
dengan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi serta bersifat lingkaran atau spiral.

312

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Rajah 1: Kajian Tindakan Model Gelung
6.2 Sasaran Kajian
Kajian ini melibatkan murid-murid SK Gurun (Pusat) Kedah. Sampel kajian terdiri daripada
murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan khas Bahasa Melayu Tahun dua Gemilang
seramai 13 orang. Mereka terdiri daripada murid-murid golongan B40, lapan orang murid
lelaki dan lima orang murid perempuan yang semuanya berbangsa Melayu. Kajian juga
menyasarkan kemahiran 2M yang terdapat di dalam Buku Panduan Pemulihan Khas Bahasa
Melayu berdasarkan peruntukan masa yang terdapat di dalam Garis Panduan Pelaksanaan
Pemulihan Khas (2012). Manakala BBB pula menggunakan bahan maujud papan huruf dan
penutup mata.
6.3 Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini ialah Instrumen Saringan Literasi Bahasa
Melayu (menulis), saringan dua tahun satu, 2018. Justifikasi penggunaan instrumen ini
berdasarkan cadangan Perancangan Pemulihan Khas (2019). Oleh kerana penyataan masalah
dalam kajian ini menyatakan masa instruksional yang kurang, maka murid tahun 2 ini diberi
instrumen yang lebih rendah bagi mendapatkan tahap minimum ketidakuasaan mereka dalam
menguasai kemahiran membaca dan menulis.
7.0 PERANCANGAN TINDAKAN
7.1 Tinjauan Masalah
Berdasarkan demografi yang diberikan di atas, GPM dengan kerjasama guru mata pelajaran
Bahasa Melayu kelas dua Gemilang mendapati murid-murid masih tidak mengenal 27 abjad.
Dikuatkan lagi tinjauan menggunakan analisis dokumen iaitu melalui ujian saringan mendapati
seramai 13 orang murid masih belum kenal nama dan bunyi huruf vokal secara konsisten.
Berdasarkan pemerhatian lain mendapati isu-isu seperti kehadiran, kesihatan, tingkah laku dan
kemahiran sosial bukanlah punca utama. Setelah membuat pemerhatian sepanjang PdPr dua
bulan pertama 2021, GPM mendapati:

313

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

i) Isu kurang masa instruksional antara murid dan guru secara bersemuka
menggunakan pedagogi yang sepatutnya menyebabkan murid -murid
masih belum menguasai kemahiran asas tersebut.

ii) Isu memberi stimulasi visual, audio, kinestatik dan tektil (VAKT) tidak
berlaku semasa proses pembelajaran secara pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPr) melalui secara dalam talian.

iii) Isu perkembangan pemerolehan bahasa seperti yang disarankan oleh
teori pembelajaran Piaget mengikut tahap perkembangan umur telah
berlaku kelewatan terhadap sekelompok murid ini.

8.0 DAPATAN KAJIAN-PELAKSANAAN KAJIAN

8.1 Intervensi

8.1.1 Pelaksanaan PdP

Berdasarkan manual pelaksanaan teknik VAKT (Bibi, 2018), guru boleh mengikuti secara
penuh turutan arahan yang telah ditetapkan. Namun begitu pengolahan dan kreativiti untuk
mempelbagaikan arahan oleh guru digalakkan berdasarkan kemampuan murid. Modifikasi
teknik VAKT ini yang dinamakan sebagai K2M2PA berdasarkan isu persekitaran iaitu
pandemik COVID-19 yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan khas.

Langkah pertama adalah guru melaksanakan teknik mengingat dan memahami yang
merangkumi Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR). Langkah ini perlu dimasukkan dengan
penentuan kemahiran yang hendak dipelajari. Contohnya huruf-huruf melibatkan kemahiran 1
dan kemahiran 2. Kegagalan pada peringkat mengingati dan memahami inilah harus diteruskan
dengan penerapan KBAT iaitu 4 elemen seterusnya.

Langkah kedua iaitu meletakkan elemen mengaplikasi sebagai KBAT di dalam proses
ini. Murid diberikan pengalaman baharudengan mengenali dua huruf konsonanbaru iaitu yang
mempunyai ciri-ciri bertiang dan berekor secara lazim, bermaksudsetiap kali PdP dilaksanakan
murid hanya mengeluarkan dua kumpulan huruf konsonan ini sahaja iaitu g, j, k dan l. Guru
pula perlu menyebut huruf sahaja, murid mengaplikasikan dengan menyatukan semua huruf.
Isu bentuk huruf di sini tidak timbul kerana murid perludisedarkandengan kehadiran duahuruf
konsonan terakhir dalam satu-satu perkataan. Ansur maju dilaksanakan sehingga kepada 15
huruf.

Langkah ketiga pula adalah menganalisis. Dalam proses ini, soalan -soalan daripada
guru memainkan peranan penting untuk meningkatkan lagi cara murid melaksanakan imlak
ketika di dalam proses menilai kelak. Antaranya ialah :

i) Cuba bilang berapakah huruf yang ada di hadapan kamu? (Siasat).
ii) Cuba bilang berapakah huruf konsonan yang ada di hadapan kamu? (Siasat).
iii) Berapakah huruf yang ada tiang?(Siasat).
iv) Berapakah huruf yang ada ekor (Klasifikasi).
v) Asingkan huruf yang ada tiang dan ekor, apakah perbezaan
mereka?(Membandingkan/membezakan).
vi) Goncang huruf-huruf di dalam genggaman kamu dan susun semula mengikut jenis
huruf bertiang dan berekor? (Klasifikasi).
vii) Apakah huruf mula pada susunan di hadapan kamu? (klasifikasi).

314

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

viii) Apakah huruf akhir pada susunan di hadapan kamu? (Klasifikasi).
ix) Pejam mata dan buka semula mata serta semak huruf apakah yang hilang?( Siasat).

SESI 1 SESI 2

SESI 3

Gambar 1: Tiga Sesi Intervensi Dilaksanakan Menggunakan Teknik K2M2PA

Langkah keempat adalah melaksanakan penilaian. Dalam penilaian tidak semestinya
murid menjawab soalan. Dalam MAPPAK-21, teknik bermain dan menggerakkan fizikal
adalah digalakkan. Antaranya ialah ‘Mixing Time’ iaitu Menggaul huruf-huruf yang ada dalam
dan membentuknya kembali. Selain itu, teknik permainan ‘Huruf apa hilang’,(Hide and Seek),
telah merancakkan proses pembelajaran apabila murid menutup mata mereka, sementara guru
mencabut satu atau dua huruf di dalam barisan huruf. Proses eksplorasi akan bermula ketika
ini dengan stimuli VAKT.

Berdasarkan ketidakmampuan murid menguasai 27 abjad, guru membuat refleksi
bahawa satu teknik yang berkesan harus dilaksanakan untuk mempastikan murid -murid
pemulihan khas dapat menguasai kemahiran asas 2M. Jika dilihat 32 kemahiran membaca dan
menulis pemulihan khas, seawal kemahiransatu dan kemahirandua iaitu mengenal huruf vokal
dan mengenal huruf kecil masih belum dikuasai oleh murid-murid ini.

315

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Jadual 1: Data Selepas Perancangan,Pemerhatian dan Intervensi Dilaksanakan

Murid Tahun Huruf Skor PdPr tanpa Skor PdP
K2M2PA dengan
M1 2 a,e,i,o,u :h,j,q,l,y,b,t,g,k,b K2M2PA
M2 2 a,e,i,o,u : h,j,q,l,y,b,t,g,k,b 12/15 15/15
M3 2 a,e,i,o,u : h,j,q,l,y,b,t,g,k,b 9/15 15/15
M4 2 a,e,i,o,u : h,j,q,l,y,b,t,g,k,b 11/15 15/15
M5 2 a,e,i,o,u : h,j,q,l,y,b,t,g,k,b 1/15 5/15
M6 2 a,e,i,o,u : h,j,q,l,y,b,t,g,k,b 1/15 5/15
M7 2 a,e,i,o,u : h,j,q,l,y,b,t,g,k,b 1/15 3/15
M8 2 a,e,i,o,u : h,j,q,l,y,b,t,g,k,b 15/15 15/15
M9 2 a,e,i,o,u : h,j,q,l,y,b,t,g,k,b 1/15 5/15
M10 2 a,e,i,o,u : h,j,q,l,y,b,t,g,k,b 15/15 15/15
M11 2 a,e,i,o,u : h,j,q,l,y,b,t,g,k,b 11/15 15/15
M12 2 a,e,i,o,u : h,j,q,l,y,b,t,g,k,b 15/15 15/15
M13 2 a,e,i,o,u : h,j,q,l,y,b,t,g,k,b 1/15 5/15
13/15 13/15

Jadual 1 di atas telah dicatat oleh GPM semasa melaksanakan kajian. Murid diberikan
kod M1 hingga M13, Tahun 2, kategori abjad vokal dan konsonan, skor PdPr tanpa K2M2PA
dan skor PdP dengan K2M2PA.

Berdasarkan Jadual 1 di atas, skor PdPr tanpa K2MPA M1 mendapat 12/15, M2
mendapat 9/15, M3, M10 mendapat skor 11/15, M10 dan M13 mendapat 11/15 dan 13/15.
Manakala M4, M5, M6 serta M8 pula skor masing-masing ialah 1/15. Seterusnya M7, M9,
M11 mempunyai skor sebanyak 15/15. Skor PdPc dengan K2M2PA pula mendapati
M1,M2,M3,M7,M9,M10,M11 masing-masing ialah 15/15. Manakala M4,M5,M8 dan M12
pula ialah 5/12. Dapatan skor bagi M6 dan M13 ialah 3/15 dan 13/15.

8.2 Penganalisisan Data

Data-data mentah di atas telah dianalisis menggunakan Standard Deviation Calculator melalui
halaman sesawang https://www.calculator.net/standard-deviation bagi mendapatkan nilai
sisihan piawai,min dan varians.

Jadual 2: Statistik Deskriptif Selepas Intervensi K2M2PA

Skor PdPr tanpa K2M2PA Skor PdP dengan K2M2PA

Sisihan 6.13 4.98
Piawai, σ
13 13
Bilangan
106 141
sampel, N: 8.15 10.85
Jumlah, Σx: 37.64 24.90
Min μ:
Varians, σ2:

316

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

8.3 Perbincangan

Dapatan data mentah jumlah markah telah dianalisis secara statistik deskriptif. Sisihan piawai
bagi skor PdPr tanpa K2M2PA ialah σ =6.13 iaitu skor bagi data ini lebih jauh tersebar di
sekitar min iaitu sebanyak μ=8.15. Ini bermaksud skor PdPr tanpa K2M2PA (sebelum

intervensi) merekodkan skor yang rendah kerana kekurangan masa instruksional dan tiada
stimuli VAKT semasa sesi PdPr dilaksanakan. Varians sebanyak σ2 = 37.64 pula menunjukkan

sangat tinggi kerana skor yang tidak relatif dan tidak seragam dengancara PdPr. Namun setelah

menjalankan intervensi iaitu PdPc dengan K2M2PA secara konsisten dan serentak bagi N=13,
nilai σ2 = 24.90 menunjukkan skor relatif dan seragam dengan intervensi yang diterima oleh
sampel N=13. Manakala sisihan piawai ialah σ = 4.98 menunjukkan skor sebenar hanya
tersebar di sekitar min iaitu sebanyak μ = 10.85 sahaja. Berdasarkan jumlah markah pula
perbezaannya ialah Σx = 35 menunjukkan ada peningkatan terhadap intervensi yang

dijalankan. Sebagai kesimpulannya, intervensi yang dijalankan adalah berjaya meningkatkan

skor dalam masa 3 sesi intervensi. Pengkaji percaya jika jangka masa dipanjangkan lagi dari

tiga sesi PdP dengan K2M2PA, murid-murid akan secara konsisten dapat mengenal 27 huruf-

huruf dan seterusnya dapat meneruskan kepada kemahiran 3 hingga kemahiran 32 dalam

Bahasa Melayu Pemulihan Khas.

9.0 REFLEKSI

Refleksi terhadap PdP adalah berdasarkan ketekalan respons murid ketika mengikuti proses
bersoal jawab bersama guru. Guru membuat catatan respons atau jawapan yang diberikan oleh
murid. Ini bagi memastikan guru dapat merekodkan setiap tahapsoalanyangdiberikanolehnya
dapat dijawab oleh murid. Kesedaran fonem dan fonemik inilah yang sebenarnya menjadi inti
pati penting kepada guru bahawa ketika murid memberi respon yang betul makanya elemen-
elemen di dalam VAKT sebenarnya telah berfungsi kepada mereka. Sebagai contoh, ketika
soalan satu sehingga lapan diajukan kepada murid-murid, keseluruhan kelas memberi respons.
Ini menunjukkan soalan aras siasat, membanding beza dan mengklasifikasi huruf dapat
diterjemahkan oleh murid berbantukan elemen-elemen VAKT.

Jadual 3: Refleksi Berdasarkan Penyoalan Guru dan Peratus Respon yang Diberikan oleh
Murid-murid ketika Mengikuti Teknik K2M2PA

Bil. Soalan Aras Pemikiran Respons Peratus
Murid 100
1. Cuba bilang berapakah huruf yang 3 13/13
ada di hadapan kamu? Siasat 100
DAT 13/13 100
2. Cuba bilang berapakah huruf 100
konsonan yang ada di hadapan 3 13/13
kamu? Siasat
DAT 13/13
3. Berapakah huruf yang ada tiang ?
3
4. Berapakah huruf yang ada ekor Siasat
KAT

5
Membandingkan/

membezakan
KAT

317

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

5. Asingkan huruf yang ada tiang 4 13/13 100
dan ekor, apakah perbezaan Klasifikasi
mereka ?
KAT

6. Goncang huruf-huruf di dalam 4 13/13 100

genggaman kamu dan susun Klasifikasi

semula mengikut jenis huruf KAT

bertiang dan berekor?

7. Apakah huruf mula pada susunan 4 13/13 100

di hadapan kamu ? Klasifikasi

KAT

8. Apakah huruf mula pada susunan 4 13/13 100

di hadapan kamu ? Klasifikasi

KAT

9 Pejam mata dan buka semula mata 5 12/13 92.3

. serta semak huruf apakah yang Memeriksa

hilang? DAT

Penyoalan berdasarkan Aras Taksonomi Bloom iaitu DAT=Divergen Aras Tinggi dan

KAT=Konvergen Aras Tinggi

Berdasarkan Jadual 3 di atas proses mempelajari huruf vokal dan konsonan, guru
melontarkan sebanyak 9 soalan diberikan semasa PdP. Dengan menggunakan papan huruf
(elemen visual, kinestetik dan tektil) seperti dalam rajah dua, murid pemulihan memberi
jawapan atau respons terhadap soalan yang diberikan oleh guru pemulihan khas. Kategori
soalan mengandungi sebanyak enam soalan konvergen aras tinggi (KAT) dan tiga soalan
divergen aras tinggi (DAT). Menurut Shoniah (2006), soalan-soalan konvergen sepatutnya
dijadikan sebagai dasar bagi menguruskan pemikiran murid ke arah pemikiran aras tinggi.
Manakala soalan-soalan divergen pula menggalakkan murid untuk menilai kandungan yang
dipelajarinya dan melibatkan diri mereka dalam pemikiran kritis dan kreatif.

Respons yang diberikan murid mengikut kategori KAT dan DAT adalah seperti jadual
di bawah :-

Jadual 4: Peratus Respons Murid untuk Penyoalan Guru

Aras Pemikiran Peratus Respons
KAT 96
DAT 93

Berdasarkan Jadual 4, jenis soalan mengikut aras pemikiran secara konvergen
(bertumpu) lebih dominan dengan cara memanipulasikan teknik pertany aan soalan kepada
murid-murid pemulihan khas iaitu sebanyak 96 peratus respons telah diberikan oleh murid
secara positif. Manakala jika memanipulasikan aras pemikiran murid secara divergen
(bercapah) peratus respons daripada murid juga didapati masih tinggi iaitu sebanyak 93
peratus. Kedua-dua KAT dan DAT dikategorikan pada aras pemikiran tinggi dalam
Taksonomi Bloom.

Memandangkan kajian yang dilaksanakanmelibatkan 15 huruf bagi kemahiransatu dan
kemahiran dua Bahasa Melayu pemulihan khas, murid-murid ini perlu diberi intervensi yang
seterusnya sehingga kemahiran 32. Semasa sesi PdP dijalankan didapati 5 orang murid masih

318

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

memerlukan intervensi dengan menambah semula elemen teknologi tinggi sebagai BBB untuk
dijadikan stimuli yang lebih berkesan. Semasa PdP juga murid-murid kelihatan ceria di
samping memberi respons bagi setiap penyoalan guru. Berlaku komunikasi dua hala yang
mendorong kepada penguasaan murid. Guru bercadang untuk mengecilkan kumpulan sasaran
di masa-masa PdP akan datang untuk mengesan daerah kekuatan dan kekurangan murid-murid
ini.

10.0 KESIMPULAN

Kajian tindakan ini yang bersifat mendalam telah mengkaji beberapa aspek yang menjuruskan
kepada kejayaan terhadap sampel kajian. Bermula dengan penerokaan dan proses klasifikasi
kategori murid yang bercirikan pemulihan, seterusnya kajian tentang kandungan fonem yang
dipelajari oleh murid-murid pemulihan sehinggalah melaksanakan metodologi dalam PdPc.
Menjadi satu prinsip dalam kajian ini iaitu ‘mengukur baju di badan sendiri’ bertepatandengan
fokus sampel kajian berkaitan aras unit terendah dalam pengajaran Bahasa Melayu terhadap
murid-murid yang agak ketinggalan dalam perkembangan peringkat pembelajaran bahasa
seperti yang di gariskan oleh (Marshall, 2016). Kajian ini telah men capai objektif iaitu
mencipta satu mekanisme dan mengkaji kesesuaian aras pemikiran murid pemulihan secara
konvergen dan divergen tahap tinggi dalam Taksonomi Bloom. Ternyata dengan melaksanakan
beberapa kaedah mengenali fonem dan fonemikserta memanipulasikan aras pemikirandengan
rangsangan VAKT telah dapat meningkatkan peratus pencapaian lisan tahun semasa. Kajian
akan diteruskan lagi secara ansur maju bagi kemahiran-kemahiran yang terdapat 32 kemahiran
di dalam pemulihan khas Bahasa Melayu.

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Khas. (2012). Garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas.

Bibi, N. B. (2018). Memanipulasikan Aras Pemikiran Pembelajaran Abad ke 21 Dalam
Kalangan Murid-Murid Pemulihan Khas. Seminar Kebangsaan : Kualiti Pemulihan

Khas Dalam Revolusi Industri Ke 4-11/2018.

Brenda Martin Moustafa. (1999). Multisensory Approaches and Learning Styles Theory in

the Elementary School: Summary of Reference Papers. The Educational Resources

Information Center (ERIC).

Hanif, S., Madjdi, A., & Utomo, S. (2019). The Vakt Model Based on Psycholinguistic

Review for Overcoming Dyslexia Children. https://doi.org/10.4108/eai.20-8-

2019.2288133.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Action Research.

Kemenerian Pendidikan Malaysia. (2015). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan

Perlaksanaan KBAT di Sekolah. Buletin Anjakan, 1–4.

Marshall, A. (Ed.). (2016). Panduan Lengkap Ibu Bapa Kanak-kanak dengan Disleksia

(1st ed.). Massachusetts.

Mayer, R. E. (2003). The promise of multimedia learning: Using the same instructional
design methods across different media. Learning and Instruction, 13(2), 125–139.

https://doi.org/10.1016/S0959-47520200016-6.

Murphy, N. (1997). A Multisensory Vs . Conventional Approach to Teaching Spelling Kean

College of New Jersey.

PADU KPM. (2018). Laporan PPPM 2017, 356. Retrieved from

319

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
https://www.padu.edu.my/wp-content/uploads/2018/07/PADU-LAPORAN-
TAHUNAN -BM-2017-1.pdf.
PPPM. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025. Education, 27(1), 1–
268. Retrieved from http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0742051X10001435.
S. Supramani. (2006). Penyoalan Guru: Pemangkin Pemikiran Aras Tinggi Murid. Jurnal
Pendidikan Universiti Malaya, 225–247.
Shoniah, S. (2006). Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 225. Jurnal Pendidikan,
225–247.

320

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PRESTASI BAHASA
MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN SARANG, KOTA BELUD,

SABAH

SINON BINTI LONGGUYU
SK Sarang Kota Belud, Sabah

[email protected]

Abstrak
Fokus kajian ini untuk melihat kesan pandemik terhadap prestasi Bahasa Melayu Tahun 6 di
SK. Sarang, Kota Belud.Pada tahun 2018 dan 2019, prestasi Bahasa Melayu 100% dalam
kedua-dua kertas.Pada tahun 2020, UPSR dibatalkan tetapi diganti dengan Peperiksaan
Alternatif. Hasil ujian, prestasi Bahasa Melayu Pemahaman 85% dan penulisan Bahasa
Melayu 75%. Pengumpulan data menggunakan Ujian Pra, Ujian Pos, data UPSR dan temu
ramah dengan ibu bapa pelajar. Kajian mendapati 25% murid yang tidak lulus terdiri
daripada pelajar yang berprestasi rendah. Mereka memerlukan bimbingan dan motivasi
untuk meningkatkan motivasi diri. Data dianalisis secara manual menggunakan jadual, graf
dan peratus.

Kata kunci: Prestasi, Bahasa Melayu, kesan pandemik, data skor, PDPC.

1.0 PENGENALAN

Kajian ini telah dimulakan pada hujungbulan Disember 2020 untuk melihat prestasi Bahasa
Melayu Tahun 6 sebelum dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) untuk menyekat
penularan virus COVID-19. PKP telah menyebabkan sekolah ditutup pada 18 Mac 2020
sehingga 21.7.2020. Sekolah dibuka tetapi dalam masa yang singkat sah aja dan ditutup
semula pada 12.10.2020 sehinggalah cuti. Sebaik sekolah tertutup pelaksanaan PDPC
terubahsuai secara automatik kerana guru dan murid tidak lagi dapat bersemuka. PDPC
yang lebih popular dengan nama PDPR dilaksanakansepenuhnya melalui aplika si whatsapp
dan modul bercetak. Situasi pembelajaran dan pengajaran sangat berbeza kerana masa
bersemuka dengan murid terlalu kurang manakala penggunaan WhatsApp sepenuhnya pada
masa penutupan sekolah. Selain itu, talian internet terlalu terhad pada PKP be rbanding
sebelumnya. Jika sebelumnya pada masa persekolahan harian murid bersemuka dengan
guru di sekolah dan pada malamnya murid menyambung kerja melalui WhatsApp, tetapi
masa PKP murid hanya boleh bersoal jawab melalui whatsapp dalam telepon mudah alih.
PDPR yang di laksanakan merujuk sepenuhnya kepada arahan Kementerian Pendidikan
Malaysia iaitiu Manual PDPR 2020.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Sekolah Kebangsaan Sarang terletak 38km daripada pekan Kota Belud. Murid seramai 128
orang yang terdiri daripada suku Dusun, Irranun, Bajau dan sedikit China. Pekerjaan ibu
bapa petani, nelayan dan buruh di Kota Kinabalu. Pendidikan ibu bapa 50% setakat tahun 6
(data APDM). 85% murid layak menerima Rancangan Makanan Tambahan. Prestasi
akademik murid rendah dilihat melalui keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR).
Pihak pentadbir menjadikan prestasi akademik murid fokus utama yang harus ditingkatkan.
Pelbagai program sejak 2017 untuk meningkatkan prestasi murid. Walaupun dalam
kalangan murid mempunyai kekangan untuk mengubah prestasi, namun dipihak sekolah
dengan sedaya upaya mencari pendekatan yang sesuai. Pihak pentadbir memberi fokus
kepada prestasi Bahasa Melayu kerana murid harus menguasai kemahiran dalam bahasa

321

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

terlebih dahulu untuk memudahkan murid tersebut menguasai kemahiran mata pelajaran
lain. Usaha meningkatkan prestasi Bahasa Melayu telah berjaya. Berikut adalah
peningkatan prestasi Bahasa Melayu 2016 hingga 2019 di SK. Sarang.

Jadual 1: Prestasi Bahasa Melayu 2016 hingga 2019 di SK. Sarang

TAHUN% LULUS BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN UJIAN
PENILAIAN

Bahasa Melayu Kefahaman Bahasa Melayu Penulisan

2016 70 72

2017 78 82

2018 100 100

2019 100 100

Murid yang tidak melepasi tahap minimum yang mendapat gred E dalam salah satu
mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan mengakibatkan
murid tersebut tidak tersenarai dalam pengiraan peratus lulus keseluruhan ujian. Nora’azian
Nahar dan Fadzilah Abd. Rahman (2018), Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan
dan wajib lulus bagi setiap murid. Kegagalan murid menguasai mata pelajaran Bahasa
Melayu akan mempengaruhi kepada kepada subjek lain. Contohnya, jika murid tersebut

tidak boleh membaca atau memahami kandungan teks yang dibaca, murid tersebut tidak
dapat memberi penyelesaian masalah atau memberi jawapan yang betul kepada soalan
dalam semua subjek kerana murid tidak tahu kehendak soalan. Ini menyebabkan guru
berusaha berlipat kali ganda mencari idea bagaimana cara terbaik mengatasi kelemahan
murid dalam pembelajaran untuk mengurangkan gred ‘E’ kerana gred inilah yang menjadi
penyebab peratusan lulus UPSR rendah. Kualiti sekolah dan kemenjadian murid dapat
digambarkan melalui pencapaian murid terutamanya dari sudut akademik. Sekolah
kebangsaan Sarang Kota Belud, tidak terlepas daripada masalah yang sama iaitu

mempunyai bilangan murid yang tidak melepasi tahap minimum iaitu mendapat gred E
dalam peperiksaan UPSR.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah memastikan prestasi bahasa melayu sentiasa kekal pada tahap
cemerlang. Penurunan prestasi subjek bahasa melayu akan dikaji untuk mencari
penambahbaikan. Bahasa melayu harus diperkasakankerana subjek ini membawapengaruh

yang sanggat tinggi jika murid belum menguasai kemahiran terutama sekali memahami
maksud dan cara penulisan yang betul. Kelemahanmurid dalam subjek bahasa melayu akan
memberi kesan dalam pembelajaran mereka.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai dua objektif yang perlu dicapai;
1. Melihat kesan pandemik COVID-19 terhadap prestasi Bahasa Melayu Tahun 6 di
Sekolah Kebangsaan Sarang, Kota Belud, Sabah.
2. Mengenal pasti faktor perubahan prestasi bahasa melayu Di Sekolah Kebangsaan
Sarang, Kota Belud Sabah

322

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

5.0 TINJAUAN LITERATUR

Prestasi akademik merupakan indikator utama untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar
dalam semua peringkat dari prasekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Menurut Nur
Maizatul Azra Mukhtar et.al. (2017), penguasaan bidang akademik diukur pada tahap
penguasaan, pencapaian yang diperolehi, khususnya prestasi dalam setiap mata pelajaran
yang diambil. Prestasi murid harus berada ditahap cemerlang untuk memastikan kualiti
sekolah baik dan melahirkan kemenjadian murid serta tidak meragukan pelanggan sekolah.

Menurut Sylvester Lau Yueh Wei el.al. (2020), apabila seseorang murid tidak
menguasai kemahiran bahasa Melayu dengan baik, ini akan menjejaskan proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Ini sangat bertepatan kerana buku
teks yang dibekalkan oleh kementerianselain daripada buku teks BahasaInggeris semuanya
menggunakan bahasa melayu . Berlandaskan fakta ini pihak sekolah mengambil langkah
proaktif dengan segera bagi mengatasi kelemahan dan kekangan penguasaan Bahasa
Melayu dalam kalangan murid yang tidak semua bertutur bahasa melayu di rumah.

Noor Azmira Mohamed & Nor Azlili Hassan. (2019), penggunaan Bahasa Melayu
menjadi medium penting dalam mewujudkan keharmonian dan mengukuhkan perpaduan
masyarakat di Malaysia. Penguasaan Bahasa Melayu akan mengeratkan perpaduan yang
telah menjadi ejenda penting kerajaan dalam mewujudkan dan mengekalkan keharmonian
dan kestabilan masyarakat di Malaysia khususnya dalam bidang pendidikan untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama. Dengan erti kata lain Bahasa Melayu dapat
mengelakkan kecelaruan murid dalam kelas.

Mohd Khaidir Abdul Wahab et.al.(2016), Matlamat pendidikan bahasa bukan
sekadar untuk menguasai sistem dan kemahiran bahasa, tetapi membentuk murid yang
bersahsiah tinggi, mempunyai semangat nasionalisme terhadap negara, menyuburkan
tradisi pemikiran dan budaya ilmu melalui kreativiti bahasa.J usteru itu, Bahasa Melayu
perlu diketengahkan kepada murid agar dapat melahirkan murid yang bukan sahaja
cemerlang dalam aspek sistem bahasa malahan dapat membentuk murid yang berakhlak
mulia di peringkat individu dan masyarakat.

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan pelbagai pendekatan dari mula
perancangan sehinggalah selesai kajian.

6.1 Reka bentuk

Reka bentuk dalam penyelidikan ini terdiri daripada perancangan, pelaksanaan pemerhatian
dan refleksi. Data Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) Bahasa Melayu Tahun
6 bagi dua tahun berturut-turut diperolehi daripada Sektor pengurusan sekolah daerah.
Pelaksanaan, peringkat sekolah telah membekalkan bahan iaitu bahan cetak dan modul sebagai
tugasan PDPR kepada murid Tahun 6 dan dijelaskan penerangan tugasan melalui saluran
kumpulan WhatApp. Pemerhatian dilaksanakanmelalui respontugasan murid dalam kumpulan
kelas Tahun 6. Penyelidik menyimpulkan refleksi selepas ujian pos.

323

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

6.2 Persampelan

Kajian ini menggunakan prosedur persampelan bertujuan dalam kategori persampelan
bukan kebarangkalian kerana telah memilih murid Tahun 6 sebagai sampel yang telah
ditetapkan. Menurut Chua (2013), persampelan bertujuan adalah pemilihan responden
dengan tujuan untuk mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki dalam menjawab
persoalan kajian.

6.3 Instrumen

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data kajian ini, iaitu ujian pra dan post untuk
melihat prestasi dan interaksi pelajar. Menurut Lay & Khoo (2013), Instrumen merupakan
satu alat atau prosedur yang digunakan untuk mengumpul maklumat secara sistematik
manakala instrumentasi pula merangkumi instrument dan cara pengurusan instrument
termasuk tempat, masa dan kumpulan sasaran. Ujian pra sebagai markah awal dan ujian Pos
(Peperiksaan Alternatif) berikutan pengumuman KementerianPendidikan Malaysiabahawa
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dibatalkan.Sepanjang penutupan sekolah
pembelajaran dan pemudahcaraan dirumah (PDPR) dilaksanakan melalui aplikasi whatsapp
dalam group kelas setiap kelas. Penghantaran modul dan bahan bercetak ke rumah murid di
aktifkan setiap minggu.

6.4 Temu bual

Dalam kajian ini temu bual tidak berstruktur, soalan-soalan tidak berformat fokus umtuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan kajian. Kamarul Azmi Jasmi, (2012), melalui temu
bual pengkaji boleh memperoleh kefahaman yang meluas dan sempurna dengan cara
“mendalami” sesebuah topik tertentu dalam kajian, kerana itu temu bual mendalam
merupakan instrument yang dianggap penting.

6.5 Pemerhatian

Penyelidik telah membuat pemerhatian sepanjang kajian melalui grup whatsap. Respon
setiap responden melalui tugasan bahasa melayu. Kekerapan penghantaran tugasan adalah
dasar penyelidik membuat ziarah cakna ke rumah responden untuk mendapatkan maklumat
pembelajaran responden.

6.6 Prosedur pengumpulan data

Penyelidik membuat perbincangan dengan ketua panitia Bahasa Melayu dan Guru Bahasa
Melayu Tahun 6 diawal perancangan kajian. Data ujian pra dan data ujian pos iaitu daripada
peperiksaan alternatif. Penyelidik juga telah menziarah cakna kepada respon dan untuk
mendapat maklumat pembelajaran dan pengajaran dirumah (PDPR). Penyelidik juga telah
menemubual ibu bapa responden untk mendapatkan maklumat berkaitan pembelajaran
murid. Data peperiksaan UPSR diperolehi fail peperiksaan UPSR; Lembaga Peperiksaan
Malaysia.

324

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

6.7 Analisis data

Data yang telah dikumpul dianalisis secara manual. Ujian pra,pos dan keputusan ujian
UPSR dimasukkan dalam jadual dan diaplikasikan dalam graf untuk melihat perkembangan
prestasi kedua-dua kertas Bahasa Melayu. Penyelidik hanya membuat perbandingan
prestasi berdasarkan peratus pencapaian sebelum dan semasa pandemik. Hasil temu bual
dari responden dicatat dan dikod. Hasil permerhatian direkod untuk melihat kekerapan
responden menyelesaikan tugasan.

6.8 Kebolehpercayaan dan kesahan

Chua (2016), kebolehpercayaan dan kesahan adalah merupakan dua ciri utama yang saling
berkait dalam menentukan kesesuaian dan kebolehgunaan sesuatu instrumen dalam
sesebuah kajian penyelidikan. Kajian ini menggunakan beberapa kaedah untuk
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan.

6.9 Triangulasi

Kaedah triangulasi digunakan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam
kajian ini, data dikutip dan dicatat dari hari ke hari melalui temu bual, pemerhatian dan
tinjauan, kenyataan ini disokong oleh Jasni K.A (2012). Data yang diperolehi dikumpul dan
dianalisis utuk perbandingan, melihat perkembangan murid dan seterusnya sebagai bahan
utama untuk menjawab persoalan kajian. Chua (2016), triangulasi adalah satu kaedah yang
dapat memberikan data yang mempunyai kreadibiliti dan kesahihan yang tingi kerana
dilihat dari pelbagai arah, kenyataan ini disokong oleh Lay (2013) dan Lily Hanefarezan
Asbulah (2018), dalam konteks penyelidikan di mana kesahan dan kebolehpercayaan
digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan dalam kajian.

7.0 PERANCANGAN KAJIAN
Jadual 2: Carta Gantt

Bil Aktiviti Tempoh Pelaksanaan
(BULAN)
1. Mengenal pasti Masalah dan
pengumpulan data awal 34567891111234
012
2. Merancang dan Melaksanakan
Ujian Pra

3. Merangka draf awal proposal
4. Menulis draf penuh proposal
5. Merancang dan melaksanakan

tindakan Ujian Post
6. Mengumpul data (Temu bual dan

Skor Ujian)
7. Menganalisis data

325

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

8. Menulis kajian dapatan
9. Mengedit laporan penuh kajian
10. Menghantar Kertas Penuh

8.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Berikut adalah prestasi murid Tahun 6 dalam Bahasa Melayu Kefahaman dan Bahasa
Melayu Penulisan pada tahun 2020.

Jadual 3: Analisis Markah PRA dan POST BMK dan BMP murid Tahun 6 (2020)

Bil .Skor Murid POST %lulus Bil .Skor Murid POST %lulus
G BMK A+B+C+D G BMP A+B+C+D
3 7
PRA %lulus 7 17 PRA %lulus 2 15
5 (85%) GPMP 2.63 3 (75%) GPMP 2.7
A+B+C+D 2 A+B+C+D 3
2 4
A9 1 A5 1
19 19
B3 17 B5 17
C3 (85%) C4 (85%) GPMP 2.7
D1
GPMP 2.15 D3

E3 E3

TH 0 TH 0

Jumlah 20 20

Analisis ini menunjukkan pencapaian secara terperinci Bahasa Melayu Tahun 6
dalam Peperiksaan Alternatif. Bilangan skor A dalam kertas Bahasa Melayu Kefahaman
(BMK) telah menurun daripada 9 kepada 3 orang murid, tetapi bilangan skor B bertambah
kepada 7 dan skor C juga telah bertambah. Jumlah tidak mencapai lulus kekal 3 orang.
Manakala kertas Bahasa Melayu Penulisan (BMP), skor A juga bertambah dari 5 kepada 7.
Walau bagai manapun skor yang lain berkurang. Bilangan tidak mencapai seramai 5 orang.
Rumusannya, murid yang mempunyai prestasi baik kurang terkesan dengan penutupan
sekolah dan boleh mengadaptasi pembelajaran tanpa bersemuka dengan guru, manakala
murid yang belum kukuh pencapaiannya akan terus tertinggal kerana masih memerlukan
bimbingan guru secara bersemuka. Pencapaian Bahasa Melayu dalam kedua-dua kertas
tidak mencapai 100%.

Jadual 4: Perbandingan Keputusan Prestasi Bahasa Melayu Tahun 6

TAHUN% LULUS PENILAIAN
PRA BMK TOV/Pra BMP
65% 100% UPSR
2018 75% 100% 62% 100% UPSR
2019 70% 100% 85% 75% Pentaksiran Alternatif (PA)
2020 85% 85%

Jadual 3 menunjukkan perbandingan prestasi Bahasa Melayu Kefahaman (BMK)
dan Bahasa Melayu Penulisan (BMP) dalam penggunaan aplikasi whatsapp sebelum dan
semasa PKP. Pada tahun 2018 dan dan 2019, pencapaian prestasi kedua-dua kertas BMK
dan BMP mencapai 100% walaupun TOV atau markah awal tahun lebih rendah berbanding
TOV murid tahun 2020. Pada tahun 2020, pencapaianprestasi murid Tahun 6 dalam Bahasa
Melayu Kefahaman(BMK) 85% tiada peningkatan prestasi dari pencapaian TOV. Manakala
Bahasa Melayu Penulisan (BMP) 75% lebih rendah daripada markah awal iaitu 85%.

326

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

BMK
BMP

UPSR2018 UPSR 2019 PA 2020

Rajah 1: Menunjukkan perbandingan Mata Pelajaran Bahasa Melayu 2018 hingga2020

Rajah 1 menjelaskan perbezaan prestasi Bahasa Melayu Kefahaman (BMK) dan
Bahasa Melayu Penulisan (BMP) dalam penggunaan aplikasi whatsapp sebelum
dan semasa PKP. Pada tahun 2018 dan dan 2019, pencapaian prestasi kedua-dua kertas
BMK dan BMP mencapai 100% dalam peperiksaan UPSR pembelajaran bersemuka

sepenuhnya. Pada tahun 2020 prestasi Bahasa Melayu dalam kertas BMK(85% ), manakala
BMP (75%) hasil keputusan PeperiksaanAlternatif akhir tahun 2020. Data yangdipaparkan
dalam graf ini dapat menjawab objektif yang pertama.

Jadual 5: Memaparkan 5 murid yang tidak mencapai lulus penuh dan telah
menyebabkan peratus lulus menurun.

BI L NAMA MURID UJIAN AWAL UJIAN AKHIR UJIAN UJIAN AKHIR

MAC (PRA) DISEMBER (POS) AWAL MAC DISEMBER (POS)

(PRA)

TO V G PA BM K G TO V G PA BMP G
BM K BM P

1 ABBYGIRL 62 C 54 C 42 D 42 C C
BINTI
JAPAN A 70 B 70 B 60 C C
C 60 C 50 C 66 B B
2 ANDREAN 80
JULIA

3 ARWIN BIN 60
SARINON

4 BATCY ALEX 80 A 70 B 76 B 46 D D

5 DESMOND 84 A 80 A 74 B 80 A A
DOINIS A 80 A 86 A 80 A A
A 76 B 80 A 80 A A
6 ERIC BENZIRY 94
KUDIT E TH TH 28 E TH TH

7 ERICXEL 84
GERMAINE
JACK

8 EXSOL BIN 30
PULIN

9 FANNEY BINTI 42 D 44 D 40 D 5E E
KETAWA

327

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

10 HIJ. MUHIRA 30 E 20 E 20 E 10 E E
BINTI
YAPIN A 78 B 80 A 80 A A
C 42 D 50 C 44 D D
11 IQRAM BIN 82 B 70 B 74 B 66 B B
JOHONING
B 72 B 60 C 10 E E
12 JUDIT DOMINIE50 E 42 C 32 E 34 E E
A 80 A 80 A 80 A A
13 LIYELL 74 C 50 C 42 D 42 D D
OSHWEL
B 60 C 60 C 50 C C
MASINGKIN
A 80 B 82 A 80 A A
14 MOHD HAIKAL 70 A 80 B 66 B 80 A A
ASYRAF TAIP

15 NEL WILSON 34
LATIUS

16 NORMAN 80
MEZILON

17 RUBEINSTEIN 60

RAY
JEFEREN

18 SINTA JACK 66
BINTI

ABDULLAH

19 SUZANA 86

SAMSUDI

20 ZUL NAZWANI 86
BINTI
JOEMINEUS

Faktor Kegagalan mencapai markah lulus

Hasil daripada kunjungan penyelidik ke rumah setiap murid yang dikenal pasti, berikut
adalah hasil perbincangan daripada penjaga murid. Tema terhasil daripada temu bual
dengan murid Bersama ibu bapa.

Jadual 6: Tema faktor Kegagalan murid

BILTEMA BIL.MURID

1. Ibu bapa berpendidikan rendah 5

2. Masalah kewangan keluarga 4

3. Tiada dorongan daripada ibu bapa 4

4. Tidak berminat belajar 3

5. Masalah keluarga 4

328

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

Jadual 7: Analisis faktor kegagalan murid tidak mencapai skor lulus

BIL NAMA FAKTOR Tema
MURID
Ibu yang tidak pernah bersekolah. Tiada galakan daripada penjaga 1
1 dan kemudahan pembelajaran kurang terutama kos kreadit telepon. 2
Exsol Modul pembelajaran oleh guru yang dibekalkan tidak diendahkan. 3
Bin Pekerjaan ibu menorah getah, bapa buruh di Kota Kinabalu. Datuk 4
Pulin dan nenek murid tinggal bersama yang telah uzur.Jumlah orang 5
dalam rumah seramai 5
2 orang. 1
Fanney 2
Binti Murid tinggal dengan ibu bapa. Jumlah adik beradik 8 3
Ketawa orang.Sekolah menengah 2 orang, sekolah rendah 3 orang. 5
Pekerjaan bapa penoreh getah, ibu suri rumah sepenuhnya. Hasil
3 perbincangan, mendapati ibubapa tidak mampu membeli kredit 1
Hij. telepon bimbit.Pendidikan Ibu bapa setakat Tahun 6. 2
Muhira Murid membantu jaga adik-adik yang masih kecil. 3
Binti 5
Yapin Pendidikan ibu bapa lepasan Tahun 6. Murid ini tidak boleh
menyebut perkataan dengan betul (sengau). Adik-beradik
4 seramai 5 orang dan seorang daripadanya OKU(sindrom).
Mohd Pekerjaan bapa nelayan.
Haikal
Asyraf Ibu bapa murid bercerai. Ibu dan murid tinggal dengan datuk dan 1
Taip nenek. Murid sebenarnya bijak. Murid ini telah menyalahgunakan 4
telepon. Telepon digunakan untuk keseronokan ‘ketagihan games’ 5
5 sehingga tidak memperdulikan
Nel tugasan sekolah dan sering menimbulkan masalah.
Wilson
Latius Murid tinggal dengan ibu bapa. Tiada galakan belajar daripada ibu 1
bapa. Pekerjaan bapa petani. Bilangan keluarga yang ramai. Tidak 2
mampu membeli kreadit telepon. Murid membantu kerja bapa 3

menorah getah. 4

Rumusan daripada temu bual ini didapati kelima-lima tema telah mempengaruhi murid
yang tidak mencapai skor markah lulus.

i. Ibu bapa berpendidikan rendah
Tema pertama iaitu ibu bapa berpendidikan rendah setakat tahun 6 melibatkan semua murid.
Sebaik-baiknya mempunyai pendidikan yang baik dan mempunyai kesedaran bahawa
pendidikan anak-anak penting bagi menjamin masa depan yang mapan. Selain itu, ibu bapa
yang rendah pendidikannya tidak mampu membantu anak mereka dalam pembelajaran
kerana mereka tidak memahami dan mengetahui isi kandungan pelajaran anak mereka.
Peranan ibu bapa sangat terbatas.

ii. Masalah kewangan keluarga
Terdapat empat orang murid yang menghadapi masalah kewangan atau kemiskinan.
Menurut Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid et.al.(2018), hubungan kemiskinan dengan
pencapaian pendidikan dapat dikaitkandengankesannegatif terhadap perkembangan minda

329

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

yang melibatkan prestasi murid. Kemiskinan secara psikologinya mengurangkan minat
murid belajar disebabkan keperluan murid tidak dipenuhi.

iii. Tiada dorongan daripada ibu bapa
Penyelidik mendapati empat orang murid kekurangan dorongan daripada ibu bapa
menyebabkan murid kurang motivasi menghadapi pelajaran. Zulkifli Abd.Hamid.et.al.
(2011), ibu bapa mempunyai peranan yang sangat penting untuk mendorong anak -anak
dalam pendidikan dari awal untuk mencorakkan keperibadian menerusi didikan yang
sempurna dalam suasana yang harmoni. Ini bermaksud perhatian yang secukupnya serta
kasih sayang terhadap anak-anak agar mereka lebih berkeyakinan dalam apa juga yang
mereka lakukan. Murid yang lambat menerima pelajaran sangat memerlukan bimbingan,
dorongan dan motivasi daripadaibubapa selain guru. Semasapenutupan sekolah muridakan
menghadapi PDPR, ibubapa adalah orang yang terdekat dan orang yang terpenting dalam
melangsungkan pembelajaran murid.

iv. Tidak berminat belajar
Hasil daripada temu ramah didapati 3 orangmurid tidak berminat belajar semasa penutupan
sekolah tanpa bersemuka dengan guru.Murid seperti ini sangat memerlukan bim bingan
selain daripada ahli keluarga iaitu guru. Guru tahu keperluan murid dan memahami cara
terbaik untuk membantu supaya berlakunya pembelajaran yang efektif dan berkesan. James
(2019), guru menguasai kemahiran dan pendekatan mengajar dalam proses mendidik.
James (2013), kepentingan guru dalam pengajaran tidak boleh dinafikan kerana kualiti guru
mempunyai perkaitan rapat dengan peningkatan pencapaian akademik murid. Berdasarkan
pernyataan tersebut murid yang lambat memerlukan bimbingan guru untuk membantu
murid memperbaik prestasi sekurang- kurangnya menguasai tahap minimum. Data hasil
temu bual ini untuk menjawab objektif yang kedua.

v. Masalah keluarga
Murid yang menghadapi masalah keluarga seperti bercerai dan dijaga oleh nenek seramai
empat orang. Menurut Maznah Othman et.al.(2018), keluarga menjadi tonggak pembinaan
masyarakat, bermakna jika keluarga itu berperanan dengan baik dan sejahtera, maka sudah
semestinya melahirkan masyarakat yang baik , sejahtera dan harmoni. Maka itu, keluarga
seharusnya stabil untuk menwujudkan persekitaran yang sempurna bagi anak-anak.
Keluarga yang bahagia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak terutamanya
Pendidikan dari semua aspek.

9.0 CADANGAN

Kajian ini telah menyedarkan penulis agar memperbagaikan kaedah dalam usaha
menyampaikan PDPR kepada murid. Murid harus menguasai dengan kukuh kemahiran-
kemahiran pelajaran ketika mereka berada di Prasekolah dan di Tahap 1 iaitu Tahun 1
hingga 3 agar mereka mempunyai persediaan di Tahap 2 yang kemahirannya lebih
mencabar. Jika murid telah menguasai kemahiran awal, murid mudah menguasai kemahiran
seterusnya. Selain itu, mengharapkan sepenuhnya kepada aplikasi whatsapp adalah tidak
sesuai kerana terdapat pelbagai rintangan yang terpaksa diharungi oleh murid sehinggakan
skor tidak mencapai. Pengkaji berpendapat penggunaan Modul adalah lebih baik kerana
tanpa talian internet murid masih boleh menyiapkan tugasan. Tugasan dalam modul
mestilah jelas walaupun terdapat arahan guru melalui whatsap. Pengkaji mendapati
penggunaan modul lebih jimat kos dan memudahkan kerja murid. Cadangan kajian

330

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

seterusnya, pengkaji ingin mengkaji bentuk modul yang sesuai bagi mengukur pentaksiran
murid terutama murid yang lambat menguasai kemahiran.

10.0 REFLEKSI

Melalui kajian ini juga, penyelidik mendapat kesedaran betapa pentingn ya bimbingan
bersemuka dengan murid terutama murid yang mempunyai masalah pembelajaran dan juga
murid yang menghadapi masalah kewangan keluarga. Mereka perlu dorongan dan motivasi
untk menguatkan semangat untuk menghadapi cabaran yang mereka tempuhi.
Penulis mengharap kajian ini dapat memberi gambaran situasi PDPR pada masa PKP.
Selain itu semoga memberi manfaat bukan sahaja kepada guru-guru di sekolah SK. Sarang
tetapi juga kepada semua warga pendidik. Kebijaksanaan para pendidik melakukan
penambahbaikan dalam mencari kaedah yang sesuai kepada murid adalah bonus bagi
murid-murid. Bagi mencapai kecemerlangan, memang tidak dapat lari dari peranan utama
yang dimainkan oleh para pendidik. James (2019), perolehan akhir pembelajaran adalah
kebijaksanaan. Oleh itu, guru harus kreatif dan inovatif kerana ia adalah tunjang utama bagi
melahirkan murid yang berkemenjadian.

RUJUKAN

Chua, Y.P. (2016). Asas statistic penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill Education.
James A.J.E & Lim.S.N. (2019). Guru Sebagai Pakar. Strategi Pengajaran dan

Pembelajaran Abad Ke 21. Perpustakaan Negara Malaysia. PTS Media Group
Sdn.Bhd. Selangor.
James Ang Jet Ing. (2013). Kepimpinan Intruksional. Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi, (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan
Kualitatitif. Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia.: Jurnal
ResearchGate https://www.researchgate.net/publication/293097563
Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. (2013). Pengenalan Kepada Pendekatan
Kuantitatif dalam Penyelidikan Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah,
Kota Kinabalu.
Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (2020). Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Maznah Othman et.al.(2018). Meneroka Kefungsian Keluarga Remaja Perempuan
Tidak Terkawal Yang Dirujuk Ibu Bapa Untuk Intervensi Kerja. Journal of
SoCial Sciences and Humanities. Vol. 16. No.9 (86-101), ISSN: 1823-884x
Mohd Khaidir Abdul Wahab et.al.(2016).Universiti Pendidikan Sultan Idris interpretasi
Guru Bahasa Melayu Terhadap Penyerapan Elemen Falsafah Bahasa Untuk
Penyatupaduan Nasional: Satu Kajian Analisis Keperluan. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ. ISSN: 2180-
4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 1-15
Nora’azian Nahar dan Fadzilah Abd. Rahman, (2018). Tahap Penguasaan Kemahiran
Bertutur Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Natif. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay MyLEJ ISSN: 2180-4842. V.ol. 8,
Bil. 1 (Mei2018) Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putera Malaysia
Nur Maizatul Azra Mukhtar et.al. (2017). Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian
Pelajar Dalam Mata Pelajaran Fizik: Satu Sudut Pandangan. International

331

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Academic Research Journal of Social Science 3(1) 2017 Page 195-201. Universiti
Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang 2SK Sri Relau Pulau Pinang.
Sylvester Lau Yueh Wei el.al. (2020),Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu
Bukan Penutur Jati DI Bintulu, Sarawak. Journal of Social Science (EJOSS), Vol.6
No.1,2020. Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid & Narimah Samat, (2018). Kemiskinan Keluarga Dan
Pengaruhnya Terhadap Tahap Pendidikan Rendah Masyarakat Luar Bandar:
Kajian Kes Di Jajahan Bachok.Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Vol. 13, No.2
(2018) 011-023, ISSN: 1823-884x11.
Zulkifli Abd.Hamid.et.al. (2011). Hubuangan Antara Penglibatan Ibubapa dan
Pencapaian Akademik Pelajar Miskin di Negeri Selangor. Jounal Of Islamaik and
Arabic Education 3(2), 2011

332

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

KAD KALKULATOR

MOHAMMAD AZRI BIN AHMAD ANUAR
SK Buloh Kasap, Segamat Johor

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan kepada murid prasekolah yang berusia 6 tahun bagi tujuan
mengatasi masalah mengira dalam operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 1 hingga 18
menggunakan satu bahan bantu mengajar yang dibina khas untuk mengatasi masalah tersebut
yang diberi nama “Kad Kalkulator”. Kajian ini dijalankan ke atas dua orang murid prasekolah
di daerah Segamat, Johor. Hasil tinjauan awal, saya dapati terdapat dua orang murid yang
tidak dapat menguasai operasi tambah dan tolak ini dengan baik. Oleh itu, dengan
menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) “Kad Kalkulator” yang dibina khas untuk
membantu murid-murid agar mereka dapat menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak
ini. Saya juga menggunakan pendekatan belajar melalui bermain bagi menarik minat murid
untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya bina. Fokus kajian ini adalah untuk
membantu murid dalam menyelesaikan operasi tambah dan tolak dalam lingkungan nombor 1
hingga 18 sahaja. Ini adalah termasuk dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-
murid prasekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan peningkatan peratus dalam menyelesaikan
operasi tambah oleh murid-murid tersebut. Rumusan yang boleh dibuat ialah murid mampu
meningkatkan kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah operasi tambah ini sekiranya
kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka.

Kata kunci: Prasekolah, Kad Kalkulator, kemahiran

1.0 REFLEKSI

Saya merupakan guru prasekolah yang mengajar kelas Prasekolah Ibnu Battuta. Semasa saya
mengajar mata pelajaran matematik awal tajuk operasi tambah dan tolak, terdapat 2 orang
murid yang kelihatan bingung dan terpinga-pinga serta kurang berminat untuk belajar. Hal ini
kerana, murid saya tidak memahami dengan jelas cara yang betul untuk menyelesaikan
masalah tambah dan tolak ini. Mereka tidak faham apa itu tambah dan tolak. Murid saya tidak
dapat menyatakan dengan betul sama ada operasi tambah dan tolak ini menjadi banyakataupun
sedikit. Sekiranya perkara ini tidak di selesaikan maka ia akan menjejaskan pelajaran mereka
untuk tajuk akan datang kerana menguasai operasi tambah dan tolak merupakan asas yang
bergitu penting bagi murid prasekolah.

Tajuk operasi tambah dan tolak ini juga berkait rapat dengan kehidupan seharian kita sebagai
contoh jual beli barang yang melibatkan operasi tambah dan tolak ini. Sekiranya murid tidak
tahu mengira maka apabila mereka ke kedai dan sebagainya, mereka senang ditipu ataupun
terlupa untuk mengambil baki duit. Sebagai seorang guru, adalah menjadi kewajipan saya
untuk membantu murid menyelesaikan masalah mereka ini dan amatlah mendukacitakan
sekiranya mereka ini tidak dibantu dan dibiarkan begitu sahaja.

2.0 FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, murid tidak boleh menambah dan menolak kerana mereka tidak
faham tentang cara untuk menyelesaikan operasi tambah dan tolak dengan betul. Oleh itu,
kajian ini dilakukan bagi tujuan untuk menilai tahap keberkesanan Kad Kalkulator dalam
membantu mereka menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak ini.

333

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengkaji keberkesanan penggunaan Kad Kalkulator.
ii. Meningkatkan pengusaan murid dalam menyelesaikan masalah:

a. Menambah sati digit engan hasil tambah dalam lingkungan nombor 18
b. Menolak satu digit daripada satu digit, hasil tolak dalam lingkungan nombor 18.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat, Johor. Responden
terdiri daripada 2 orang murid dari Prasekolah Ibnu Battuta yang telah dikesan gagal
memahami dan menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak. Murid-murid yang terlibat
ini terdiri daripada 2 orang murid lelaki sahaja. Mereka adalah berketurunan Melayu dan
beragama Islam.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Saya menggunakan empat langkah bagi mengenal pasti murid yangmemerlukan intervensi dan
inisiatif yang sesuai melalui perlaksanaan kajian tindakan ini. Langkah-langkah tersebut
dimulai dengan menyemak hasil kerja murid, menjalankan temu bual berstruktur bersama
murid, pemerhatian, dan membinaserta mentadbir ujian awal. Pengesanan respondendidahului
dengan menyemak portfolio peribadi murid seramai dua orang. Portfolio yang mengandungi
hasil kerja murid telah saya semak dengan teliti bagi proses mengenal pasti permasalahan yang
dihadapi oleh murid .

Surayah dalam Bhasah (2003) mengatakan bahawa portfolio merujuk kepada aktiviti
murid melakukan tugasan yang bermakna berdasarkan pengetahuan sedia ada, pembelajaran
semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah yang autentik. Tin jauan
terhadap portfolio membolehkan saya mengesan punca sebenar masalah yang dihadapi oleh
murid. Hal ini kerana, portfolio murid mengandungi latar belakang murid, prestasi akademik
serta hasil kerja murid yang lengkap dan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Seterusnya, saya menjalankan temu bual berstruktur bersama murid prasekolah
tersebut. Temu bual ini tidak direkodkan secara audio demi faktor kerahsian namun butiran
temu bual diambil kira secara terperinci termasuklah ekspresi tingkah laku murid sepan jang
sesi pengajaran matematik. Oleh itu, saya akan mendapat respon secara langsung berkenaan
murid-murid tersebut secara sahih. Temu bual sebegini membolehkan saya mengenal pasti
tahap kelemahan murid yang paling ketara dalam mata pelajaran Matematik.

Kemudian, saya melaksanakan pemerhatian secara langsung yang dilaksanakan ketika
Murid A dan B mempelajari Matematik bersama-sama saya dalam kelas prasekolah. Tindakan
ini adalah sebagai membuktikan kesahihan fakta-fakta dalam proses temu bual sebelumnya.
Proses pengesanan murid bagi Kajian Tindakan diakhiri dengan pem binaan Ujian Awal
Kemahiran bagi Operasi Tambah dan tolak.

334

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

5.2 Merancang dan Bertindak
Jadual 1: Analisis dapatan tinjauan awal

Langkah Cara Kumpulan Masalah yang dikenal pasti
penilaian sasaran
2 orang Hasil kerja murid banyak melakukan
1 Hasil kerja murid kesalahan dalam menyelesaikan operasi
murid prasekolah tambah dan tolak.
2 orang Dapatan menyatakan bahawa murid tidak
2 Temu bual murid menunjukkan minat dalam sesi pembelajaran
berstruktur prasekolah dan bersikap pasif.

3 Pemerhatian 2 orang Murid memerlukan masa yang banyak untuk
secara murid menambah dan menolak dua nombor.
langsung prasekolah Penglibatan kedua-dua murid juga amat pasif
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
4 Ujian awal 2 orang Murid didapati belum menguasai kemahiran
murid menambah dua nombor, satu digit dan satu
prasekolah digit dalam lingkungan 1 hingga 18. Murid
juga belum menguasai kemahiran menolak
satu digit daripada satu digit, hasil tolak dalam
lingkungan nombor 18.

Justeru, saya bercadang untuk melaksanakan intervensi berbentuk penguasaan operasi
tambah dan tolak kepada murid seramai dua orang, iaitu murid A dan B. Rasional pemilihan
murid adalah kerana dalam kemahiran yang sama yang telah dikenal pasti melalui Semakan
Hasil Kerja Murid di dalam Portfolio, Temu bual berstruktur, Pemerhatiansecara langsung dan
Ujian Awal Kemahiran Operasi Tambah dan Tolak. Pelabelannya pula merujuk kepada
perbandingan prestasi akademik antara semua murid tersebut.

Berdasarkan kepada jadual analisis tinjauan awal ini, saya dapat mengenal pasti
masalah utama yang telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid secara
terperinci. Jika sebelum ini saya dapat mengenal pasti secara rambang dan tidak berfokus
kepada permasalahan murid yang utama. Melalui beberapa teknik pengumpulan maklumat
yang digunakan, saya dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang permasalahan yang dialami
oleh murid. Setiap teknik yang digunakan memberikan jawapan khusus kepada permasalahan
tertentu yang dialami oleh murid.

Jika dilihat secara mendalam faktor yang paling besar mengganggu serta menyumbang
kepada masalah dalam pembelajaran murid adalah keranatidak ada bahan bantu mengajar yang
sesuai dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila faktor ini
berlaku secara automatiknya ia telah menyebabkan murid tidak bermotivasi untuk belajar
sekaligus mereka tidak berminat dengan gaya pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlangsung. Satu masa telah ditetapkan bagi saya dalam menjalankan tindakan untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam asas menambah dan menolak serta sekaligus
mengubah gaya pembelajaran mereka.

335

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021

5.3 Tindakan yang dijalankan

Berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan didapati murid prasekolah mempunyai masalah
dalam menguasai kemahiran menambah dan menolak. Faktor-faktor seperti tidak berminat
dengan kaedah-kaedah pembelajaran yang sama, bahan bantu mengajar yang tidak sesuai dan
kurang berinteraksi di dalam kelas meyumbang kepada faktor permasalahan ini. Bagi
mengatasi perkara ini, saya telah membina bahan bantu mengajar yang berbentuk maujud,
boleh di sentuh, menyeronokkan dan paling penting fungsinya dapat membantu murid
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Inovasi atau bahan bantu mengajar ini diberi
nama “Kad Kalkulator”.

Terdapat beberapa bahagian yang digunakan dalam kad kalkulator ini. Terdapat empat
bahagian penanda yang digunakan bagi memandu murid-murid menyelesaikan masalah
mengikut langkah yang betul, iaitu penanda A,B,C dan D. Kolum pertama merupakan kolum
nombor yang terdiri daripada nombor 1 hingga 9. kolum pertama ditandakan dengan penanda
A. Kolum kedua terdiri daripada kolum simbol tambah dan tolak. Kolum kedua ini ditanda
dengan penanda B. Kolum ketiga juga merupakan kolum yang terdiri daripada nombor 1
hingga 9. Kolum ketiga ditanda dengan penanda C. Kolum keempat ditandai dengan simbol
=. Namun, penanda D harus diletakkan di bahagian atas kolum manik bagi menunjukkan
hasil tambah. Murid-murid akan mengira hasil tambah dengan menggunakan manik
berwarna.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada usia 6 – 8 tahun masih berada pada tahap
pemikiran operasi konkrit. Jadi mereka perlu belajar sambil bermain dengan bahan atau
simulasikan sesuatu pembelajaran untuk mendapat sesuatu konsep. Mengikut hieraki
matematik juga penggunaan bahan konkrit merupakan peringkat pertama yang perlu dilalui
oleh kanak-kanak dalam mempelajari konsep matematik sebelum beralih kepada peringkat
seterusnya iaitu gambar rajah dan abstrak. Disamping itu, penambahbaikan juga dapat
dilakukan kerana ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan dapat
meningkatkan kemahiran psikomotor halus kanak-kanak.

5.4 Mereflek

Selepas selesai fasa tindakan yang dijalankan, fasa keempat iaitu mereflek semula tindakan
yang dijalankan sama ada berkesan atau tidak kepada murid. Dalam fasa ini saya perlu
memikirkan kekuatan dan kelemahan bahan intervensi yang dijalankan ke atas kedua-dua
murid saya. Sekiranya ada peningkatan maka terbukti bahan intervensi yang saya bina adalah
menepati ciri-ciri bahan yang terbaik dan mampu membantu murid dalam menyelesaikan
masalah. Namun begitu, sekiranya bahan ini memiliki kelemahan, maka saya perlu membuat
penambahbaikan kepada bahan intervensi ini dan seterusnyamelaksanakan kitaran yangkedua
ke atas murid.

336


Click to View FlipBook Version