PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Analisis Dokumen
Tarik: 19.10-30.10.2020
Tempa: Sekolah peserta
Peristiwa:
Semua peserta melaksanakan penarafan PBD peringkat sekolah masing-masing sebelum
penarafan peringkat daerah. Penyelaras melaksanakan penarafan PBD menggunakan
instrumen penarafan bersama-sama dengan ketua panitia mata pelajaran di sekolah
masing-masing.
Refleksi
Skor bagi kriteria dalam isntrumen penarafan perlu ditambahbaik kerana agak mengelirukan.
6.0 DAPATAN KAJIAN
6.1 Pelaksanaan PBD bertambahbaik
Berdasarkan dapatan penarafan pelaksanaanPBD di 22 buah sekolah setelah melalui 5 langkah
intervensi yang dijalankan didapati bahawa pelaksanaan PBD di semua sekolah telah
bertambahbaik. Berikut adalah hasil rumusan keseluruhan penarafan tersebut mengikut aspek
dalam instrumen penarafan:
Rajah 1: Rumusan keseluruhan aspek penarafan PBD
Oleh itu,analisis data penarafan tersebut turut digunakan untuk menilai keberkesanaan
program intervensi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru melaksanakan PBD.
187
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Jadual 4: Rumusan skor penarafan pelaksanaan PBD
Skor Catatan Bilangan Sekolah
80-100 Cemerlang 9
65-79 Baik 4
50-64 Memuaskan 8
40-49 Mencapai Tahap Minimum 1
0-39 Belum mencapai Tahap Minimum 0
Jadual 4 menunjukkan rumusan skor penarafan pelaksanaan PBD iaitu sebanyak
sdmbilan (9) buah sekolah mendapat skor cemerlang (80-100), empat (4) buah sekolah pula
mendapat skor baik (65-79), lapan (8) buah sekolah mendapat skor memuaskan (50-64), juga
1 buah sekolah mendapat skor mencapai tahap minimum (40-49). Rumusan skor ini
menunjukkan bahawa selepas menjalani lima langkah sebagai didapati juga pengetahuan dan
kemahiran guru-guru melaksana PBD turut bertambahbaik. Terdapat sembilan (9) buah
sekolah mendapat skor cemerlang dan empat (4) buah sekolah mendapat skor baik. Jumlah
tersebut menunjukkkan bahawa, guru-guru di sekolah mula menunjukkan komitmen yang baik
untuk melaksana dan mengurus PBD dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Justeru, ini
menunjukkan pemantauan hendaklah dilaksanakan bagi menyokong latihan peningkatan
pengetahuan dan kemahiran melaksana PBD di sekolah.
6.2 Pengetahuan dan kemahiran guru melaksanakan PBD meningkat
Jadual 5 pula menunjukan rumusan bilangan sekolah mengikut min berdasarkan skop
penarafan dalam borang insturmen yang digunakan untuk menaraf PBD di sekolah. Bagi skop
pengurusan dokumen, didapati daripada 22 buah sekolah terdapat 3 buah sekolah yang
mendapat min di bawah 3.82 daripada min tertinggi iaitu 4. Seterusnya, 12 buah sekolah
mendapat min di bawah 3.16 bagi skop pengurusan fail induk. Bagi skop pengurusanfail PBD
guru mata pelajaran, didapati 11 buah sekolah mendapat min di bawah 3.16 manakala 11 buah
sekolah mendapat min di bawah 3.58 bagi skop pelaksanaan PBD. Terdapat 13 buah sekolah
mendapat min di bawah 2.26 dalam skop pengurusan fail atau penjaminan kualiti di peringkat
sekolah. Ia menunjukkan juga, bahawa skop pengurusan fail atau penjaminan kualiti di
peringkat sekolah yang perlu ditambahbaik dalam pengurusan dan pentadbiran PBD di daerah
Selangau yang melibatkan 13 buah sekolah tersebut.
Jadual 5: Rumusan bilangan sekolah megikut min berdasarkan skop penarafan
Skop penarafan Min Bilangan
(1.00 - 4.00) sekolah
Pengurusan dokumen kurang dari 3.82 4
Pengurusan fail induk kurang dari 3.40 12
Pengurusan fail PBD guru mata pelajaran kurang dari 3.16 11
Pelaksanaan PBD kurang dari 3.58 11
Pengurusan Fail/ Penjaminan kualiti Peringkat Sekolah kurang dari 2.26 13
188
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.3 Aspek Penjaminan Kualiti perlu ditambah baik
Seterusnya, didapati aspek penjaminan kualiti merupakan aspek yang mempunyai min yang
paling rendah berbanding aspek lain iaitu kurang daripada 2.26. Rajah 3 merupakan min empat
kriteria yang terdapat dalam aspek komponen jaminan kualiti yang menunjukkan bahawa
kriteria pengesanan merupakan kriteria yang paling rendah dengan min 2.15.
Rajah 2: Rumusan keseluruhan komponen Penjaminan Kualiti
Justeru, program peningkatan pengetahuan dan kemahiran guru berkaitan dengan
penjaminan kualiti hendaklah dilaksanakan pada tahun 2021. Seterusnya skop yang kedua
yang perlu ditambahbaik ialah pengurusan fail PBD guru mata pelajaran yang melibatkan 11
buah sekolah di daerah ini. Ia meliputi rekod borang transit, instrumen pentaksiran dan RPH
melaksanakan PBD juga. Berikut adalah analisis bagi data bagi pengurusan fail/penjaminan
kualiti yang akan dimantapkan pada masa akan datang. Dalam pengurusan fail/penjaminan
kualiti terdapat beberapa komponen yang perlu dititik berat bagi memastikan kualiti dan
kesahihan pentaksiran Bilik darjah (PBD) diperakui diperingkat sekolah.
7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian yang dijalankan didapati bahawa latihan dan bimbingan amat penting bagi
membantu guru-guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan,
mengurus dan mentadbir pelaksanaan PBD di sekolah. Oleh sebab itu, perlu dilakukan kajian
terhadap bimbingan dan kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran guru-guru agar tahap pencapaian murid yang dikesan melalui PBD diyakini oleh
semua pihak. Selain itu, kajian tentang aspek pembinaan instrumen PBD amat dituntut dalam
memastikan kelestarian PBD dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Dalam pada itu, kajian
terhadap aspek kesediaan guru melaksanakan PBD juga boleh dilaksanakan sejak PBD mula
diperkenalkan dalam tahun 2017. Kajian ini penting untuk kita meninjau tahap kesediaan guru
dalam memastikan PBD difahami sejelasnya oleh para guru. Kajian secara lebih mendalam
dengan menggunakan statistik inferensi dan kaedah gabungan data amat digalakkan agar
dapatan kajian lebih holistik dan pelbagai.
189
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
RUJUKAN
Anniliza Binti Mohd Isa, Al-Amin Bin Mydin, Abdul Ghani Kanesan Bin Abdullah &
Wan Fadhlurrahman W. Md. Rasidi. 2020. Transformasi Pendidikan Tahap 1:
Peperiksaan Ke Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Kesan Terhadap Autonomi Guru.
Diambil daripada https://www.researchgate.net/publication/343669 pada 20
Mac 2021
Fakhri Abdul Khalil & Mohd Isha Awang.2016. Isu Kesediaan Guru dalam Amalan
Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Diambil daripada
http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=100123 pada 20 Mac 2021.
Kalai Selvan Arumugham. 2020. Kurikulum, Pengajaran Dan Pentaksiran Dari
Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Diambil daripada Asian People
Journal (APJ) (Unisza.Edu.My) pada 20 Mac 2020
190
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DISKALKULIA DALAM PENGIRAAN
ASAS NOMBOR OPERASI TAMBAH DAN TOLAK MENGGUNAKAN KAEDAH
SPEEDLINE DOTS-CULIA
NOR AZMIDY BIN ISMAIL
SK Bukit Beruang, Melaka
[email protected]
Abstrak
Speedline Dots Kulia merupakan kaedah baru yang sesuai digunakan untuk murid
Diskalkulia. Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan saya dalam pengajaran
mengenai kemahiran mengira operasi tambah dan tolak terhadap murid Diskalkulia.
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk kajian tindakan yang melibatkan
kumpulan sasaran seramai lima orang murid Pendidikan khas di kelas Marikh yang
bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang Melaka pada tahun 2020. Data yang
dikumpulkan dalam kajian ini dengan menggunakan pemerhatian, temu bual, rakaman
video, gambar dan ujian yang dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati
aktviti yang telah dirancang telah membantu guru serta dapat menambah baik proses
amalan pengajaran dan pembelajaran dari segi aspek merangka, merancang dan
melaksanakan aktiviti PdP berpusatkan murid tanpa menjejaskan elemen isi kandungan
yang perlu dikuasai oleh murid. Malahan kajian ini dapat membantu guru memahami
proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.
Kata Kunci : Kaedah Speedline Dots-Culia, Operasi Tambah Dan Tolak, Murid
Pendidikan Khas Diskalkulia.
1.0 PENGENALAN
Kesedaran masalah pembelajaran murid-murid Pendidikan Khas iaitu Diskalkulia telah lama
wujud di Malaysia. Di Malaysia, Pendidikan Khas telah bermula sejak awal tahun 1920an.
Walaupun mereka tidak seperti kanak-kanak normal yanglain tetapi dengan gaya pembelajaran
yang sesuai dan tepat, mereka juga boleh menguasai sesuatu cabang ilmu dengan baik. Hal ini
dibuktikan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner (Gardner, 2000). Setiap
manusia mempunyai kecerdasannya yang tersendiri. Kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran iaitu juga dikenali sebagai lembam (slow-learners) adalah merupakan salah satu
daripada kategori kanak-kanak istimewa yang perlu diberikan perhatian dan pedagogi yang
berbeza daripada kanak-kanak normal.
Mereka juga mempunyai tahap kognitif yang rendah dan pada kebiasaannya tidak
mampu untuk mencapai tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal ini disebabkan
mereka tidak boleh atau terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pembelajaran yang
mudah dan perlu diselesaikan dalam jangka pendek. Di samping itu, mereka juga mempunyai
daya pengamatan serta daya rangsangan yang lemah. Menurut Mohd Zuri Ghani, Aznan dan
Che Ahmad Diskalkulia merupakan sejenis masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak yang
tidak dapat melakukan operasi yang melibatkan angka dan simbol dalam Matematik.
Diskalkulia mencirikan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam Matematik secara
amnya dan dalam operasi Matematik secara khususnya. Punca utama masalah dihadapi oleh
kanak-kanak yang mengalami masalah kesukaran Matematik (diskalkulia) ini ialah
pengamatan. Selain itu, ciri-ciri diskalkulia seperti masalah memproses maklumat atau
kelajuan pemprosesan yang agak perlahan menyebabkan kanak -kanak ini tidak boleh
menyelesaikan atau memahami sesuatu kemahiran baru dengan cepat.
191
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
2.0 PENYATAAN MASALAH
Tercetusnya idea untuk mencipta kaedah baru dalam kajian tindakan ini iaitu Speedline Dots-
Culia adalah berdasarkan kesukaran murid dalam mengira operasi tambah dan tolak yang
melibatkan nilai yang besar. Untuk mengira operasi nilai yang besar murid perlulah
mempunyai daya ingatan yang tinggi untuk mengingat nilai nombor dan kemahiran imiginasi
nombor yang tinggi. Memandangkan murid Pendidikan Khas mempunyai masalah pada
kecerdasan otak, mereka tidak mampu untuk mengira dengan menggunakan daya ingatan dan
otak, terutamanya jumlah nilai nombor yang besar.
Kesedaran daripada masalah murid Diskalkulia ini, maka saya mencuba memikirkan
apakah cara yang terbaik dan mudah untuk murid-murid Diskalkulia ini untuk menguasai
kemahiran fakta asas Matematik dengan mudah berdasarkan kekuatan fikiran yang mereka
ada. Apabila meninjau kekuatan yang ada pada murid yang lemah ini, secara keseluruhannya
mereka hanya mampu untuk membilang nombor asas 0 hingga 9 sahaja untuk menjawab asas
operasi tambah dan tolak. Oleh demikian dengan menggunakan kekuatan yang mereka ada
saya mencuba mencipta satu kaedah/teknik yang mudah difahami untuk membantu mereka
dalam menjawab soalan operasi tambah dan tolak sehingga melibatkan penambahan nombor
besar hingga nilaian juta. Kaedah ini hanyalah melibatkan penggunaan nombor asas iaitu
nombor 0 hingga 9 iaitu membilang dan menulis secara menaik dan menurun serta
menggunakan beberapa titik sahaja tanpa menggunakan sebarang alat bantu mengajar, jari dan
kemahiran kognitif otak yang tinggi. Proses kaedah ini tidak perlu mengumpul semula soalan
yang diberikan.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Matlamat pendidikan Matematik rendah adalah untuk membina pemahaman mengenai konsep
dan kemahiran asas dalam pengiraan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan dalam
kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pelajaran, 2003). “Kemahiran
mengaplikasi [pengetahuan] dalam kehidupan seharian dengan berkesan” oleh negara -negara
lain, seperti Singapura (Curriculum Development and Planning, 2001) dan Amerika Syarikat
(National Council of Teachers of Mathematics, 2000). Penguasaan Matematik, terutamanya
murid-murid Diskalkulia, adalah masih lemah disebabkan oleh asas Matematik yang
lemah. Oleh sebab menyedari kekurangan yang ada pada diri sendiri, murid Diskalkulia ini
mempunyai tahap motivasi yang rendah dan tidak yakin pada diri sendiri. Kesan daripada
perasaan sebegini membuatkan murid-murid ini cenderung untuk mengasingkan diri daripada
rakan-rakan dan lebih gemar untuk bersendirian.
Sebelum kaedah Speedline Dots-Culia ini dijalankan saya telah memberikan beberapa
latihan operasi tambah dan tolak serta Ujian Pra kepada semua murid kelas Marik. Selepas
latihan dan ujian diberikan saya dapati murid tidak mampu menjawab soalan penambahan dan
penolakan yang melibatkan nilai yang besar. Oleh yang demikian, saya cuba mengajar dengan
cara yang lama/konvensional iaitu bentuk lazim. Melalui daripada kaedah konvensional ini
murid-murid Diskalkulia ini masih lagi tidak mampu untuk menguasai operasi tambah dan
tolak yang melibatkan kumpulan nombor yang besar kerana kognitif dan kemampuan otak
untuk imiginasi nombor di dalam otak terlalu lemah. Kebanyakan murid-murid berkata
“susahlah cikgu nak kira,” “malaslah nakkira cikgu sebab nombor banyak” dan pelbagai alasan
dengan menggunakan kaedah lama ini. Kesimpulannya markah peperiksaan tidak cemerlang
dan hanya memuaskan.
192
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Selepas dari itu, saya mencuba untuk mengaplikasikan kaedah baru iaitu Speedline
Dots-Culia saya ini pada mereka. Hanya dalam masa beberapa hari sahaja mereka mampu
menjawab soalan operasi tambah dan tolak yang melibatkan kumpulan nombor yang besar
hingga tujuh (7) digit. Selain dari itu, secara tidak langsung mereka mampu membuat
pengiraan yang melibatkan digit yang banyak hingga tujuh (7) digit dengan mudah dan cepat
melalui kaedah baru ini. Seterusnya mereka telah menunjukkan rasa minat dan penuh yakin
untuk belajar Matematik setelah berjaya menjawab beberapa soalan buku latihan dengan cepat
dan betul dan mendapat markah yang tinggi semasa Ujian diberikan. Kesimpulannya dengan
peningkatan markah ujian ini menunjukkan bahawa pemahaman murid-murid Diskalkulia ini
dalam pengiraan asas nombor meningkat dengan baik.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Meningkatkan kefahaman murid diskalkulia dalam pengiraan asas nombor operasi tambah
dan tolak menggunakan kaedah speedline dots-culia.
5.0 TINJAUAN LITERATUR
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendefinisikan kanak-
kanak yangmengalami Masalah Pembelajaran sebagai kanak-kanakyangmempunyai masalah
kognitif yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Terdapat
pelbagai kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran seperti Sindrom Down,
Autisme, Hiperaktif, terencat akal minima, kurang upaya dalam pembelajaran (learning
disabilities) dan kurang upaya dalam pembelajaran khusus, contohnya kanak -kanak yang
mempunyai Diskalkulia. Kebiasaannya, masalah kanak-kanak menulis abjad terbalik sering
dikaitkan dengan masalah disleksia. Sebaliknya apabila melibatkan permasalahan dengan
angka ataupun nombor yang dialami oleh kanak-kanak ini disebut sebagai Diskalkulia.
Menurut Aznan Che Ahmad dan Mohd Zuri Ghani (2011) peserta kajian yang
mengalami jenis kesukaran matapelajaran Matematik boleh diklasifikasikan sebagai
Diskalkulia. Jenis kesukaran Matematik(Diskalkulia) ini sebenarnya terdiri daripada gabungan
disleksia dan akalkulia. Akalkulia ini merujuk kepada masalah yang dihadapi kanak -kanak
yang tidak dapat melakukan operasi yang melibatkan angka dan simbol Matematik. K.A.
Jamila (2008) menyatakan bahawa peserta kajian yang mengalami Diskalkulia ini disebabkan
beberapa faktor, antaranyaialah kelemahan dalam proses pengamatan iaitu peserta kajian tidak
mengamati nombor-nombor dalam Matematik secara keseluruhan. Peserta kajian juga sering
mengalami masalah dalam mengenal nombor dan sering bertukar-tukar nombor. Masalah lain
ialah dalam aspek penyusunan nombor.
Kanak-kanak yang mengalami Diskalkulia ini merupakan satu jenis ketidakupayaan
pembelajaran yang melibatkan Matematik apabila kanak-kanak itu mengalami masalah dalam
pengiraan dan hitungan. Walaupun berkali-kali diajar dengan cara yang paling mudah, namun
murid tetap sukar memahaminya. Selain itu, K.A Razhiyah (2006) menyatakan bahawa
Diskalkulia ini melibatkan beberapa bentuk kesukaran iaitu kesukaran visual dan pendengaran
ialah kanak-kanak gagal untuk tidak menghiraukan pelbagai rangsangan berbentuk visual
mahupun pendengaran yang tidak berkaitan kepada masalah atau tugasan yang diberikan.
Seterusnya ialah kesukaran mendengar dan memberi perhatian, iaitu kesukaran dalam
menentukan apa yang perlu diberikan perhatian untuk mengekalkan perhatian, berkongsi serta
menukar perhatian dan tidak menghiraukan pelbagai gangguan dalam memberi perhatian.
Kesukaran mengingati, ketidakmampuan untuk mengatur maklumat serta data bagi tujuan
193
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
penyimpanan di dalam memori jangka pendek atau panjang pelajar. Menurut Sumiyati (2009)
telah menjalankan kajian ke atas seorang peserta kajian yang mengalami masalah dalam
menulis iaitu menulis nombor dan abjad terbalik secara terbalik. Dalam kajian beliau telah
menggunakan beberapa kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai. Teknik yang digunakan
ialah teknik latih tubi.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Dalam membuat satu-satu kajian yang ingin dijalankan, terdapat pelbagai jenis reka bentuk
kajian yang dipelopori oleh pelbagai tokoh terkemuka. Dalam menjalankan kajian tindakanini,
reka bentuk kajian merupakan satu aspek yang sangat penting yang perlu diberikan perhatian
dan penelitian oleh para penyelidik. Reka bentuk ini menjadi asas kepada panduan kepada
kajian. Untuk kajian tindakkan yang dijalankan oleh pengkaji, pengkaji telah membuat
keputusan untuk memilih Model Kurt Lewin (Lewin, 1946) sebagai panduan asas bagi
pengkaji dalam menjalankan proses kajian ini seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (Lewin, 1946)
6.1 Reka bentuk Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat penyelidikan dalam meningkatkan kefahaman
pengiraan asas nombor dalam operasi tambah dan tolak dalam kalangan peserta kajian murid
murid Diskalkulia dengan mengaplikasi reka bentuk Model Kurt Lewin (1946) menyatakan
bahawa terdapat lima langkah penting dalam proses pelaksanaan kajian tindakan. Langkah-
langkah tersebut ialah (i) mengenal pasti masalah, (ii) membuat perancangan berhubung data
yang akan dipungut dan cara pemungutan (iii) memungut dan menganalisis data, (iv) merumus
serta (v) berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yangberkaitan. Satu kelainan
model ini ialah langkah terakhir di mana penyelidik membincangkan persoalan penyelidikan
dalam konteks teoritikal.
194
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.2 Sasaran Kajian
Kajian ini melibatkan lima (5) orang murid Diskalkulia kelas Marikh yangterdiri daripada lima
(5) orang murid lelaki.
6.3 INSTRUMEN KAJIAN
Kajian yang dijalankan menggunakan beberapa jenis instrumen pengumpulan data. Pengkaji
telah memilih instrument pemerhatian, ujian dan soal selidik. Instrumenyangdigunakan adalah
untuk membantu pengkaji melihat peningkatan dan perubahan melalui kaedah yang digunakan
kepada peserta kajian yang dipilih.
6.3.1 Ujian Diagnostik 1
Bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terperinci dalam menjalankan sesuatu kajian,
pengkaji menjalankan Ujian Diagnostik 1 untuk mengenal pasti tahap keupayaan semua
peserta kajian dan mengetahui sejauhmana tahap kelemahan atau masalah yang dihadapi oleh
peserta-peserta kajian. Peserta kajian diberi Ujian Diagnostik 1 dan hasil daripada ujian
tersebut akan dianalisis oleh pengkaji. Ujian tersebut dilakukan secara bertulis dan peserta
kajian dikehendaki menulis angka dalam lingkungan 10. Dalam ujian ini, ia melibatkan
beberapa komponen iaitu tulisan, pendengaran, penglihatan dan pengiraan.
Dalam ujian ini, pengkaji mengajar tanpa menggunakan sebarang kaedah. Hal ini
adalah untuk melihat sejauh mana peserta-peserta kajian dapat mengatasi masalah pengiraan
yang dialami. Hasil daripada ujian tersebut, pengkaji mendapati lima (5) orang peserta kajian
mempunyai masalah yang sama iaitu tidak boleh mengira operasi tambah dan tolak dengan
mudah. Ujian ini melibatkan nilai digit yang besar iaitu angka ribu untuk diuji. Ujian ini
menjadi alat pengukur dalam melakukan sesuatu penilaian sebelum melakukan program
intervensi ataupun rawatan terhadap peserta kajian.
6.3.2 Ujian Diagnostik 2
Ujian Diagnostik 2 dilaksanakan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Sesi pengajaran
dan pembelajaran ini melibatkan intervensi yang dirancang. Ujian ini dijalankan sebanyak dua
kali. Ujian Diagnostik 2 adalah sama dengan Ujian Diagnostik 1 iaitu melibatkan angka yang
dikenal pasti kesukaran peserta kajian untuk mengira operasi tambah dan tolak. Markah bagi
setiap Ujian Diagnostik ini disimpan dan dianalisis. Ia bertujuan untuk melihat dan membuat
perbandingan data bagi mengukur keberkesanan sebelum dan selepas intervensi serta dapat
melihat peningkatan kefahaman peserta kajian.
6.3.3 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu proses penelitian terhadap sesuatu keadaan secara kritikal.
Pemerhatian ini amat sesuai digunakan bagi mengamati dan melihat minat serta penglibatan
peserta kajian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam menjalankan
pemerhatian ini, pengkaji telah menggunakanborangsenarai semak bagi pemerhatianterhadap
Skala Pengkadaran bagi melihat minat serta penglibatan peserta-peserta kajian. Pemerhatian
ini dijalankan selari dengan intervensi yang dijalankan pada waktu yang sama dengan bantuan
guru-guru lain. Pemerhatian ini dapat membantu pengkaji untuk membuat penilaian terhadap
intervensi yang dijalankan dalam mengurangkan masalah keterbalikkan angka yang dihadapi
195
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
oleh peserta kajian. Pemerhatian ini dijalankan setiap minggu. Hasil dapatan ini telah
direkodkan dan dicatatkan dalam borang-borang yang telah dibina.
7.0 PERANCANGAN TINDAKAN
Sebelum pengkaji menjalankan kajian ini, pengkaji telah membuat terlebih dahulu pelan
perancangan yang teliti supaya pengkaji lebih memahami tindakan yang perlu dilaksanakan
oleh pengkaji. Dengan itu, matlamat kajian pengkaji dapat dicapai dengan betul dan tepat.
Rentetan daripada itu, pengkaji telah membuat rujukan dan juga keberkesanan intervensi-
intervensi bagi membolehkan kajian ini dilaksanakan dalam membantu peserta kajian. Kaedah
yang digunakan ialah kaedah Speedline Dots-Culia sebagai intervensi kajian dalam mengatasi
masalah angka yang terbalik dialami oleh peserta kajian. Berikut merupakan perancangan
tindakan dalam melaksanakan kajian tindakan ini.
Fasa 1: Mengenal pasti Isu
Dalam mengenal pasti isu kajian ini, pengkaji telah membuat Ujian Diagnostik Matematik.
Melalui hasil daripada Ujian Diagnostik dan lembaran kerja peserta kajian yang melibatkan
angka 1 hingga 10 yang telah dibuat ke atas peserta kajian didapati beberapa orang peserta
kajian telah dikenal pasti mengalami masalah dalam mengira angka 1 hingga 9. Selain dari itu,
pemerhatian berstruktur turut dijalankan untuk melihat minat peserta kajian terhadap
pengajaran dan pembelajaran.
Fasa 2: Perancangan Tindakan
Sebelum pengkaji menjalankan kajian ini, pengkaji telah membuat terlebih dahulu pelan
perancangan yang teliti supaya pengkaji lebih memahami tindakan yang perlu dilaksanakan
oleh pengkaji. Dengan itu, matlamat kajian pengkaji dapat dicapai dengan betul dan tepat.
Rentetan daripada itu, pengkaji telah membuat rujukan dan juga keberkesanan intervensi-
intervensi bagi membolehkan kajian ini dilaksanakandalam membantupeserta kajian. Kaedah
yang digunakan ialah kaedah Speedline Dots-Culia sebagai intervensi kajian dalam mengatasi
masalah mengira nombor menaik dan menurun yang dialami oleh peserta kajian. Berikut
merupakan perancangan tindakan dalam melaksanakan kajian tindakan ini.
Jadual 2: Perancangan Tindakan
BIL. TINDAKAN
1 Menjalankan ujian diagnostik Matematik ke atas 5 orang peserta kajian.
2 Melakukan pemerhatian secara spontan.
3 Melakukan semakan kerja peserta kajian.
4 Menganalisis dapatan hasil ujian diagnostik, pemerhatian dan semakan kerja peserta kajian.
5 Merangka kaedah intervensi yang sesuai.
6 Merancang penggunaan kaedah intervensi.
7 Menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.
• Sesi 1: Pengajaran dan pembelajaran biasa tanpa kaedah Speedline Dots Culia
• Ujian Diagnostik 1
• Sesi 2: Pengajaran dan pembelajaran menulis nombor menaik 0-9 dan menurun 9-0
• Sesi 3: Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Speedline Dots Culia Operasi Tambah
196
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
• Sesi 4: Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Speedline Dots Culia Operasi Tolak
- Ujian Diagnostik 2
8 Mengumpul dan memeriksa dapatan yang diperoleh
9 Menganalisi data dan maklumat yang diperoleh
10 Membuat penilaian
11 Membuat refleksi
Fasa 3: Melaksanakan Tindakan
Pada fasa 3 ini, pengkaji telah menjalankan tindakan yang telah dirancang pada fasa kedua
mengikut model yang dipilih. Pengkaji juga menyediakan jadual perlaksanaan tindakan bagi
memastikan kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Melalui jadual yang
telah disediakan dapat membantu pengkaji membuat intervensi dan aktiviti secara teratur dan
terancang. Berikut merupakan jadual tindakan pengkaji.
Jadual 3: Pelaksanaan Tindakan
Tindakan Pelaksanaan Intervensi (Aktiviti)
- Murid diajar kemahiran mengira nombor 0 hingga 9 secara menaik dan berulang.
Minggu 1 - Murid diajar kemahiran mengira nombor 9 hingga 0secara menurun dan berulang.
- Murid diajar untuk mengira operasi tambah menggunakan kaedah Speedline Dots-Culia.
- Murid hendaklah meletakkan titik dot di bawah nombor soalan bahagian pertama
Minggu 2 mengikut
nombor soalan bahagian kedua yang diberikan.
- Murid diminta membilang nombor secara menaik 0-9 secara berulang ulang.
- Apabila menyebut nombor sifar / kosong semasa membilang 0-9 murid mestilah
memberikan titik tambahan di bawah nombor bahagian sebelah.
- Murid diminta menulis setiap nombor terakhir di bawah.
Minggu 3 - Murid diajar untuk mengira operasi tolak menggunakan kaedah Speedline Dots-Culia.
- Murid hendaklah meletakkan titik dot di bawah nombor soalan bahagian pertama
mengikut
nombor soalan bahagian kedua yang diberikan.
- Murid diminta membilang nombor secara menurun 9-0 secara berulang ulang.
- Apabila menyebut nombor sembilan semasa membilang 9-0 murid mestilah
memberikan
titik tambahan di bawah nombor bahagian sebelah.
- Murid diminta menulis setiap nombor terakhir di bawah.
Fasa 4: Mengumpul dan Menganalisis Data
Pengumpulan data adalah sangat penting dalam melaksanakan sesuatu kajian. Hal ini kerana
data merupakan tunjang utama dalam membuktikan tentang kebenaran sesuatu kajian serta
menilai sesuatu kajain itu samada berjaya atau tidak. Dalam mengumpul data dan maklumat
sesuatu kajian, alat atau cara bagaimana data itu dikumpulkan dan ditentukan oleh pengkaji itu
sendiri. Pengumpulan data ini ditentukan sebelum penilaian dilakukan. Dalam kajian ini,
setiap objektif yang ditetapkan mempunyai instrumen yang boleh dianalisis bagi melihat sama
ada objektif tersebut tercapai ataupun tidak. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah
pengumpulan data iaitu Ujian Diagnostik 1 dan Ujian Diagnostik 2, analisis serta senarai semak
pemerhatian. Data-data ini dikumpul bermula pada awal kajian dilaksanakan. Kemudian
dapatan diperoleh dan dianalisis dengan lebih terperinci supaya hasil yang diperoleh dapat
menentukan keputusan kajian ini.
197
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Fasa 5: Refleksi
Dalam peringkat refleksi ini, pengkaji cuba membuat rumusan tentang apa yang telah
dirancang dan dilaksanakan oleh pengkaji samada berjaya atau tidak. Melalui refleksi juga,
pengkaji dapat melihat kekuatan dan kelemahan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Rentetan daripada itu, penambahbaikan dalam perancangan dapat dilakukan. Tambahan pula,
kesimpulan daripada kajian tindakan ini dapat dibuat sama ada mengikut dan menepati objektif
kajian yang dirangka ataupun tidak di samping menyatakan luahan perasaan p engkaji
sepanjang kajian ini dijalankan.
7.1 Tinjauan masalah
Jadual 1 menunjukkan skor Penilaian Ujian Diagnostik 1 seramai lima (5) orangpeserta kajian.
Jadual 1: Penilaian Ujian Diagnostik 1
Murid Ujian Diagnostik 1
Operasi Tambah Dan Tolak
Peserta Kajian 1
Peserta Kajian 2 Markah % Tidak Lulus
Peserta Kajian 3 30 /
Peserta Kajian 4 25 /
Peserta Kajian 5 18 /
26 /
16 /
8.0 PELAKSANAAN KAJIAN
8.1 Intervensi 1
Contoh Pengiraan Operasi Tambah Kaedah Speedline Dots-Culia :
198
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
8.2 Intervensi 2
Contoh Pengiraan Operasi Tambah Kaedah Speedline Dots-Culia:
9.0 DAPATAN KAJIAN
9.1 Analisis Ujian Peserta Kajian
Ujian dijalankan pada bulan September 2020 selepas minggu ketiga kaedah SpeedLine Dots-
Culia selesai dilaksanakan.Keputusan ujian ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Rajah 1:
Jadual 1: Pencapaian Peserta Kajian dalam Ujian 1 dan Ujian 2
Bil. Murid Jantina Ujian 1 (%) Ujian 2 (%) Keputusan
1. Peserta Kajian 1 L 30 94 Meningkat
2. Peserta Kajian 2 L 25 82 Meningkat
3. Peserta Kajian 3 L 18 74 Meningkat
4. Peserta Kajian 4 L 26 88 Meningkat
5. Peserta Kajian 5 L 16 68 Meningkat
Rajah 1: Carta Keputusan Ujian
199
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Pengkaji membuat perbandingan antara Ujian Diagnostik 1 dan Ujian Diagnostik 2
dapati murid amat lemah menguasai operasi tambah dan tolak melibatkan kumpulan
besar. Dengan membuat perbandingan ini pengkaji dapat melihat kaedah SpeedLine Dots-
Culia membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam operasi tambah dan
tolak dengan mudah dan cepat selepas dipelajari.
Melalui semakan Ujian Diagnostik 1 pengkaji mendapati majoriti murid tidak dapat
menjawab soalan operasi tambah dan tolak. Ada dalam kalangan murid yang masih tidak
pandai membaca dan ada dalam kalangan murid yang mengeluh “susahlah cikgu,” “tak
fahamlah cikgu,” “dia kata apa ini cikgu?”. Kasihan juga pengkaji perhatikan gelagat murid.
Kelihatan mereka bersungguh-sungguh membaca soalan untuk menjawabnya. Masalah
membaca merupakan satu lagi masalah utama yang mempengaruhi minat murid untuk belajar
matematik. Majoriti murid dapat menjawab soalan yang diberikan tanpa petikan dengan baik
berbanding dengan soalan yang menggunakan petikan.Ramai murid menunjukkan peningkatan
yang agak baik dalam Ujian Diagnostik 2 berbanding dengan Ujian Diagnostik 1.
Keseluruhannya didapati markah murid pada Ujian Diagnostik 2 menunjukkan berlakunya
peningkatan kefahaman dan pencapaian yang lebih baik.
9.2 Analisis Soal Selidik
Kajian soal selidik dilaksanakan dengan menggunakan skala bercorak Likert. Purata untuk
setiap item dikira dan dicatatkan dalam jadual. Jadual 3 menunjukkan hasil dapatan soal
selidik.
Jadual 3: Kajian Keberkesanan Penggunaan Kaedah Speedline Dots_Culia
Bil. Item Jum la h
Skor Purata
1. Saya suka mengira dengan menggunakan kaedah Speedline Dots-Culia (5 murid)
2. Saya rasa seronok belajar dengan kaedah Speedline Dots-Culia
3. Kaedah Speedline Dots-Culia menyebabkan sayalebih bersemangat untuk belajar 92 4.60
93 4.65
m a tematik. 93 4.65
4. Saya rasa seronok belajar berkumpulan dalam kaedah SpeedlineDots-Culia
5. Saya lebih mudah faham apa yang diajar oleh guru dengan menggunakan kaedah 94 4.7
89 4.45
Speedline Dots-Culia
6. Saya lebih suka mengira dalam bentuk garisan seperti yang terdapat dalam kaedah 94 4.70
Speedline Dots-Culia 95 4.75
7. Saya lebih mudah faham apabila mengira dengan menggunakan garisan kaedah
Speedline Dots-Culia
Dapatan analisis soal selidik penggunaan kaedah Speedline Dots-Culia memberi kesan
yang positif terhadap murid. Majoriti murid sangat suka dengan pengiraan dalam kaedah ini.
Mereka merasa lebih seronok belajar dengan kaedah ini. Kaedah Speedline Dots -Culia
menyebabkan mereka lebih bersemangat untuk belajar matematik. Mereka juga lebih suka
mengira dalam bentuk garisan seperti yang terdapat dalam kaedah ini. Murid sangat setuju
dengan penggunaan kaedah ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kerana mereka lebih
mudah faham serta mereka seronok mengira walaupun melibatkan pengiraan hingga tujuh (7)
digit atau pun juta.
200
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Pengkaji mendapati kelima-lima murid memilih skala ‘5’ iaitu ‘sangat setuju’ untuk
setiap pernyataan yang diberi. Ini menunjukkan semua murid amat meminati penggunaan
kaedah Speedline Dots-Culia. Melalui soalan terbuka yang dikemukakan tentang pandangan
murid terhadap kaedah ini menunjukkan semua murid setuju dengan penggunaan kaedah ini.
Mereka menyatakan mereka seronok belajar. Ada juga murid menyatakan kaedah Speedline
Dots-Culia dapat mewujudkan semangat bekerjasama dalam kumpulan dan semangat daya
saing terhadap kumpulan lain apa bila belajar secara kumpulan. Ada murid komen “Kami
sudah Pintar Matematik Cikgu” dan ada juga murid mencadangkan agar kaedah Speedline
Dots-Culia dikongsikan pada semua murid aliran perdana. Antara komen yang diberikan oleh
murid terhadap pengkaji setelah penggunaankaedah ini ialah “saya suka cikgu mengajar, cikgu
kadang-kadang garang dan kadang kadang ada buat lawak dan cikgu paling best.”
9.3 Analisis Pemerhatian
Suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menunjukkan perubahan yang agak
ketara. Sebelum kajian dijalankan didapati majoriti semua muridkurangberminat untukbelajar
matematik kerana teknik yang biasa cikgu gunakan susah bagi mereka untuk kuasai apa yang
diajar walaupun sudah mengulang banyak kali dan berbulan bulan malah bertahun pun
ada. Selalunya murid murid akan berasa jemu dan kelihatan mengantuk dan ada yang tidur
ketika belajar akan tetapi setelah adanya kaedah Speedline Dots-Culia dilaksanakan, tidak ada
seorang murid pun mengantuk apatah lagi murid tidur kerana prosesnya sangat
menyeronokkan apabila menggunakan Speedline Dots-Culia yang dihasilkan oleh cikgu untuk
murid belajar sambil bermain.
Semasa sesi pembelajaran dalam kelas didapati pada peringkat permulaan teknik ini
diperkenalkan, terdapat beberapa orangpelajar tidak memberikanfokustetapi selepas beberapa
aktiviti dijalankan didapati murid tadi mula melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan.
Mereka sentiasa kelihatan bersemangat dan seronok bermain dan menjawab soalan yang diberi
dan sentiasa cuba.Sebelum kajian dijalankan didapati murid kurang teruja apabila setiap kali
guru matematik masuk ke kelas. Ada yang suka pergi ke tandas dengan kerap.Apa yang agak
menakjubkan di dapati setiap awal persekolahan sebelum bermulanya kelas, mereka akan
selalu bertanyakan cikgu hari ini ada subjek matematik tak, hari ini cikgu ada masuk kelas
tak.Semua murid teruja menanti waktu matematik dan belajar kaedah Speedline Dots-Culia.
Oleh demikian pengkaji perhatikan semua murid Marikh amat berminat dengan kaedah
ini. Semasa kajian dijalankan pada awalnya pengkaji memulakan pengiraan angka ribu iaitu 4
digit dengan 4 digit.Keputusannya amat membanggakan.Seterusnya pengkaji mencuba terus
hingga ke angka juta.Alhamdulillah tiada apa yang mustahil dimana semua murid mampu
mengira tambah dan tolak hingga angka juta dengan baik dan pantas kurang dari 5 minit.
9.4 Refleksi Kajian
Sepanjang kaedah Speedline Dots-Culia dijalankan semua murid kelihatan sentiasa
bersemangat untuk mempelajari subjek matematik.Setiap hari murid akan sentiasa bertanya
hari ini ada matematik tidak cikgu.Oleh itu, saya dapat rasakan dengan adanya kaedah ini ia
telah memberikan kesan yang sangat besar pada setiap murid Diskalkulia.Pernah suatu hari
pengkaji telah mendapat mesej daripada ibu kepada peserta kajian yang mana ibunya
mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga dan rasa penuh gembira kerana anaknya
sudah mampu mengira hingga angka juta dengan cepat setelah ibunya menyemak kerja
rumahnya.Ada juga ibu bapa yang ingin mengekalkan anaknya di kelas saya keranapencapaian
201
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
anaknya dari segi akademik begitu baik terutamanyasubjek matematik.Jika diikutkan umurnya
murid ini perlu di hantar ke sekolah menengah pada tahun hadapan.Pada minggu panatia
matematik pengkaji telah berbincang bersama ketua panitia matematik di mana murid
pendidikan khas akan membuat demo di atas pentas semasa perasmian minggu panitia
matematik sebagai gimik di majlis perhimpunan.Alhamdulillah murid pendidikan khas
Diskalkulia telah membuktikan kepada semua warga sekolah seramai hampir 1000 orang
dimana mereka juga mampu menjadi pintar matematik seperti murid di aliran perdana.
10.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kesimpulannya, setelah saya menjalankan kajian tindakan ini telah berjaya dalam
mengurangkan masalah saya ketika mengajar dan membantu murid dalam penguasaan
pengiraan operasi tambah dan tolak dan dibuktikan melalui keseluruhan data yang diperoleh
yang melibatkan ujian diagnostik 1, ujian diagnostic 2,soal selidik, dan juga pemerhatian.
Semuanya menunjukkan perubahan dan memberikan keputusan yang positif sejajar dengan
sasaran objektif saya. Kaedah Speedline Dots-Culia ini telah membuka minda pengkaji pada
satu lagi aspek yeng perlu diambil berat iaitu penambahbaikan cara pembelajaran yang mana
pengkaji perlu berusaha untuk mempelbagaikanlagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menyeronokkan iaitu PdPc ke arah Revolusi Industri 4.0 E-Learning Mobile Game. Pada
masa akan datang terutamanya berfokuskan pada PAK 21 dan IR 4.0 dapat menarik minat
murid terhadap mata pelajaran matematik seterusnya membolehkan murid menggunakan ilmu
pengiraan ini dalam kehidupan mereka.
RUJUKAN
Bahagian Perancangan dan Penyelidkan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia. (2008). Kaedah Penyelidikan. . (2nd ed). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.
Bahagian Pengurusan Kurikulum. DSKP Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Pendidikan
Khas : Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahun 4, 5 dan 6. Kuala Lumpur
Gardner. H. 2000. Project Zero: Nelson Goodman’s Legacy in Arts Education. Journal of
Aesthetics and Criticism. 58(3), 245-249.
Lewin. K. (1946). Action Research and Minority Problems. Journal of Social Issues
Volume 2, Issue 4 p. 34-46. https://doi.org/10.1111/j.1540-4560.1946.tb02295.x
Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad (2011). Kaedah Dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak
Berkeperluan Khas MPHDistributor Sdn Bhd.
Muhaamad, K.A Jamila(2008). Special Education For Special Children. Jakarta. Hikmah
Nadhirah Yaakob (2013). Sebut Betul Tulis Salah. Kajian Tindakan IPG Kampus Kota
Bharu
K.A Razhiyah (2006). Mengapa Kanak-Kanak Sukar Belajar. Kuala Lumpur, Malaysia. PTS
Profesional Sdn Bhd
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
PEMBELAJARAN HIBRID BAGI PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS DALAM
PEMBELAJARAN AMALI DANDANAN RAMBUT
ROHAYA BINTI MOHD HATTA
SMPK Vokasional Indahpura, Kulai Johor
[email protected]
Abstrak
Sejajar dengan hasrat sekolah untuk melahirkan individu berkemahiran dan berdikari
melalui visinya iaitu“Skills for Living, towards excellent future” maka satu kaedah
pembelajaran Hybrid Learning atau Blended Learning diketengahkan bagi memastikan
proses pembelajaran murid mencapai tahap maksimum.. Tujuan kajian ini adalah untuk
untuk meninjau keberkesanan pembelajaran hybrid bagi mata pelajaran vokasional iaitu
amali dandan. Pembelajaran hibrid turut berupaya meningkatkan kefahaman dan
penguasaan pelajar terhadap isi kandungan pelajaran. Kajian ini melibatkan sejumlah 5
orang pelajar, sebagai pelatih dalam dandanan rambut. Rekabentuk kajian adalah
menggunakan kaedah kualitatif dan berbentuk deskriptif. Kajian ini secara teoritikalnya
melihat pencapaian pembelajaran hibrid bagi murid baharu Tingkatan empat aliran
vokasional sama ada secara kelas teori ataupun amali. Dapatan kajian mendapati aktiviti
pembelajaran hibrid dapat menambahbaik amalan PdPr dari aspek merangka, merancang
dan melaksanakan aktiviti PdPr yang berpusatkan pelajar. Selain itu,dapatan
membuktikan keupayaan mengaplikasikan amalan praktikal (amali) tanpa menjejaskan isi
kandungan yang perlu dikuasai pelajar.. Melalui kajian ini membuktikan bahawa
pembelajaran hibrid sesuai digunakan bagi topik dandanan kerana fleksibiliti dari segi
masa dan tempat antara murid dan guru. Malah, proses pembelajaran adalah secara
dalam talian dan membolehkan pembelajaran secara bersendirian. Selain itu, memberi
peluang kepada murid untuk meningkatkan prestasi kendiri secara berkesan dengan
bimbingan yang minimum.
Kata kunci: pembelajaran hibrid ,Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),
amali,teori,dandanan rambut
1.0 PENGENALAN
Perkembangan dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih dikenali
sebagai ICT (Information and Communication Technology), khususnya dalam pendidikan,
bukan lagi sesuatu yang asing di Malaysia. Perkembangan ICT menjanjikan potensi besar,
terutama dalam pendidikan, iaitu dengan mengubah cara seseorang belajar, cara memperoleh
maklumat, cara menggunakan setiap maklumat, dan sebagainya. Justeru, keberkesanan
penggunaan teknologi dalam pendidikan sering menjadi fokus utama para penyelidik dalam
bidang penyelidikan. Menurut Peterson (2003) antara strategi yang boleh dilaksanakan ialah
Blended Learning (BL) iaitu gabungan pendekatan tradisional, bersemuka dengan
pembelajaran berasaskan web dalam talian, gabungan media dan alat dalam persekitaran e-
pembelajaran dan gabungan pendekatan pedagogi.
Pandemik yang berlaku menyebabkan landskap pendidikan di Malaysia turut
mengalami perubahaan. Bermula Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac
sehingga 13 Jun 2020, pembelajaran dan pemudahcaraan di rumah (PdPr) menjadi platform
utama bagi sesi PdPc. Bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung guru-guru telah
menggunakan pelantar DeLima sebagai medium untuk proses PdP diteruskan. Antara aplikasi
yang meningkat naik ialah Google Classroom,yang menjadi medium utama para guru untuk
memuat naik segala isi kandungan dan aktiviti murid-murid. Selain itu, impak daripada PdPr
203
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
dapat dilihat ibu bapa dan komuniti setempat memberi sokongan terhadap proses pembelajaran
yang berlaku.
Selain itu, terdapat sebilangan guru-guru yang memuat naik video PdPr dalam medium
seperti Youtube bagi tujuan perkongsian sesi pembelajaran. Malah, terdapat pelbagai aplikasi
seperti Zoom, Skype dan Google Meet digunakan sebagai pelantar interaksi secara bersemuka
dalam talian. Bahkan, dari aspek penilaian terutama PBS guru-guru menggunakan aplikasi
seperti
google form, quizziz, kahoot dan kemunculan banyak lagi platform lain yang membantu guru
menyampaikan isi kandungan pembelajaran dan membuat penilaian.
Apabila murid telah kembali ke sekolah, terdapat segelintir ibu bapa yang bimbang
untuk menghantar murid kembali ke sekolah akibat pandemik COVID-19 yang masih belum
nampak penyelesaiannya. Di dalam kelas pengkaji sendiri, hanya 3 orang murid yang kembali
meneruskan pembelajaran secara bersemuka manakala 2 orang murid tidak kembali ke sekolah
kerana bimbang dengan risiko Covid dan perjalanan jauh. Sekolah ini merupakan sekolah
berasrama penuh bagi murid berkeperluan khas (MBK) yang pelajarnya bukan sahaja berasal
dari Johor malah daripada satu Malaysia.
Penggabungan pendekatan tradisional di dalam bilik darjah dan pendekatan dalam talian
akan membuka lembaran baharu kepada dunia pendidikan. Menurut Karimi dan Tunku
Badariah (2013), gabungan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersemuka dan dalam
talian dinamakan pendekatan hybrid. Pada dasarnya, dilihat pelajar akan dapat memupuk
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara praktikal. Malah, pendekatan ini dapat
memperbaiki kekurangan yang terdapat di dalam pengajaran tradisional dan pengajaran dalam
talian yang dilaksanakan secara berasingan (Syamimi, Razali & Yahya, 2010).
Syamimi, Razali & Yahya (2010) menyatakan bahawa kelebihan pendekatan ini dilihat
berjaya mewujudkan interaksi di antara guru-pelajar, pelajar-pelajar sama ada bersemuka atau
tidak bersemuka. Interaksi sosial, komunikasi dan kolaborasi melalui teknologi dapat
dipertingkatkan. Pertukaran idea, pengetahuan dan soalan secara alam maya dapat diwujudkan.
Kebergantungan pelajar kepada guru dapat dikurangkan. Pelajar tidak perlu bergantungkepada
input yang diberikan oleh guru semata-mata, bahkan boleh bertindak secara fleksibel (Ling,
Ahmad, Ariffin, Leong & Hamzah, 2011). Ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mengembangkan kemahiran memimpin dan kemahiran berfikir yang terdapat di dalam diri
mereka. Abraham (2007) menyatakan bahawa faedah melaksanakan pendekatan hybrid ini
adalah untuk memupuk kemahiran berfikir kritis pelajar. Ini kerana setiap pelajar dilahirkan
mempunyai potensi yang tinggi serta dapat dikembangkan melalui proses pengajaran dan
pembelajaran.
Berdasarkan beberapa kelebihan seperti yang dinyatakan, bagi memenuhi sukatan
pelajaran CoCu01: Hair Salun Maintenance Smpk Vokasional Indahpura, Kulai telah
mengambil insiatif untuk menggunakan kaedah ini dalam melaksanakan aktiviti amali dan teori
bagi tajuk berkenaan.Dalam memastikan pelatih yangterdiri daripada murid berkeperluankhas
(MBK) dapat menjalankan amali mensyampu rambut dan teori maka adalah wajar satu kajian
dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan hybrid dalam mata pelajaran
vokasional ini.
204
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk untuk menambah baik amalan dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang musim PKPP bagi mata
pelajaran amali bagi MBK kursus dandanan rambut menggunakan strategi pembelajaran hybrid
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Stonner (1982) mengatakan bahawa masalah adalah sesuatu perkara yang kita tidak mahu
ia berlaku. Masalah timbul apabila wujudnya perbezaan di antara apa yang sebenarnya
berlaku dengan apa yang sepatutnya berlaku. Pembelajaran perlu berlaku secara menyeluruh
dan sama rata. Seperti mana yang berlaku di dalam kelas, semua pelajar mendapat hak yang
sama, aktiviti yang sama dan penilaian yang sama. Apabila semua pelajar mendapat hak yang
sama, barulah penilaian peringkat akhir dapat dijalankan dengan adil.
Apabila pelajar telah kembali ke rumah, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak mahu
membenarkan anak mereka kembali ke asrama dan sekolah. Ini menyebabkan proses
pembelajaran menjadi terganggu kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
adalah tidak menyeluruh. Pelajar ini akan menduduki peperiksaan untuk melayakkan mereka
mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 yang mengandungi satu penilaian pengeta huan
teori dan satu penilaian amali. Namun, bagaimana silibus dan praktikal dapat dikembangkan
secara holistik jika dilihat dari aspek dan faktor situasi pandemik terkini.
Selain itu, bagi Kursus Dandanan Rambut, peruntukan jam kredit yang perlu diselesaikan
oleh pelatih untuk mendapat sijil sepenuhnya adalah sebanyak 383 jam. Sepanjang kemasukan
pelajar bermula tahun 2020 sehinggalah masa ini, hanya 363 jam yang merangkumi 55.27%
daripada jumlah jam dapat dicapai. Ini berikutan cuti PKP, PKPB dan PKPB di mana pelatih
hanya dapat mempelajari kelas teori secara dalam talian sahaja sepanjang proses pembelajaran
itu. Manakala, bagi sesi pembelajaran amali pula ia melibatkan pembelajaran bersemuka dan
sentuhan ke atas pelanggan. Hal ini amat mustahil memandangkansituasi pandamik yangmana
agak mustahil untuk dilakukan pada ketika ini.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran
di Rumah (PdPR) sepanjang musim PKPP bagi mata pelajaran amali bagi MBK kursus
dandanan rambut menggunakan strategi pembelajaran hibrid.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Meninjau keberkesanan pembelajaran hibrid bagi mata pelajaran vokasional iaitu amali dandan
iaitu dengan:
i. Mengenal pasti kemahiran dan pengetahuan amali yangsesuai dipraktikkan dengan
pembelajaran hibrid
ii. Mengenal pasti kaedah penilaian yang berkesan semasa pembelajaran hibrid.
iii. Mengkaji kesesuaian pembelajaran hibrid ke atas pembelajaran amali bagi kursus
dandanan rambut.
205
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
5.0 TINJAUAN LITERATUR
Pembelajaran secara Blended Learning (BL) berasal daripada latihan korporat yang
dilaksanakan dalam dunia perniagaan, ia telah berkembang dan diguna pakai dalam pendidikan
seterusnya dalam pembelajaran dan pengajaran. Antara istilah lain yang berkaitan adalah
“hybrid”, “mix-learning”, dan “B-learning”. Konsep BL ini adalah percampuran model
pembelajaran tradisional (bersemuka) dengan pembelajaran secara dalam talian. Melalui BL,
pelajar akan lebih aktif semasaproses pembelajaranserta dapat mencari cara belajar yangsesuai
bagi diri mereka. Fungsi guru hanya sebagai mediator, fasilitator dan teman yang membuat
keadaan pembelajaran lebih kondusif serta terkawal. Sloan Consortium, menggunakan
peratusan untuk membezakan kursus secara dalam talian, kursus pembelajaran campuran, dan
kursus pembelajaran bersemuka (Face to face - F2F).
Pendekatan hybrid merupakan kombinasi pelbagai pendekatan dalam pembelajaran
seperti alam maya dan sumber fizikal. Daripada kedua-dua perkataan tersebut, dapat diketahui
bahawa konsep Blended Learning ini merupakan percampuran pola atau cara belajar. Pola
belajar yang dicampurkan adalah dua unsur utama iaitu pembelajaran di dalam kelas atau
pembelajaran tradisional dengan pembelajaran secara dalam talian iaitu menggunakan
komputer dan teknologi Intenet (Farahiza Zaihan Azizan, Syamimi, Razali dan Yahya , 2010;
Karimi et al. 2013 dan Liyana 2014)
Selain itu, kajian tindakan yang dijalankan ke atas pelajar Universiti Utara Malaysia
yang mengikuti pembelajaran jarak jauh menyatakan bahawa kaedah hibrid lebih efektif
berbanding kaedah tradisional. Kajian beliau dan rakan-rakannya juga melihat impak yang
positif dari segi perspektif dan pandangan pelajar melalui tinjauan soal selidik. Ini disokong
oleh kajian- kajian yang dijalankan iaitu pelajar telah menunjukkan persepsi yang positif
terhadap pendekatan hibrid.
Hasil kajian Lim, Kim,Chen dan Ryder (2008) terhadap 153 orang pelajar telah
mendapati pelajar-pelajar yang mengikuti pendekatan pembelajaran dalam talian dan
pendekatan hybrid menujukkan kesan yang signifikan terhadap pencapaian akademik mereka.
Didapati pelajar yang mengikuti program hibrid mendapat pencapaian yang lebih tinggi
berbanding pembelajaran tradisional.
Sebagai kesimpulannya, ia menjadi tanggungjawab pendidik untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang terbaik untuk pelajar mereka dalam mencapai matlamat
pembelajaran. Pembelajaran Hybrid dilihat sebagai salah satu persekitaran pembelajaran
terbaik yang boleh dilaksanakan apabila kelebihannya dipertimbangkan.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
6.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajiantindakan bagi melihat mengenal pasti keberkesanan
pembelajaran hibrid ke atas pelajar MBK yang mengambil kursus dandanan rambut.
Pemerhatian dan temu bual digunakan kerana dalam proses pengumpulan data semasa
melakukan kajian tindakan di setiap gelung memerlukan kedua kaedah tersebut bagi
mendapatkan maklumat agar pembaikan dapat dilakukan di gelung yang berikutnya. Proses
menjalankan setiap gelung bagi kajian tindakan adalah mengikut Model Mckernan (1996) yang
disesuaikan dengan Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang menerangkan empat proses
206
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
utama. Menurut model ini, kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan
melibatkan empat peringkat atau langkah, iaitu:
Peringkat I: Mereflek
Peringkat II: Merancang
Peringkat III: Bertindak
Peringkat IV: Memerhati
Perancangan
Tindakan
Pemerhatian
Refleksi
Laporan
Rajah 1: Model kajian tindakan Mckernan
Oleh itu, reka bentuk kajian tindakan adalah paling sesuai kerana kajian ini bukan
sekadar menghuraikan proses tetapi menjangkau kepada proses refleksi serta pelaksanaan
tindakan terhadap amalan yang dipraktikkan.
Reka bentuk kajian adalah berbentuk deskriptif yang bertujuan mengumpul maklumat
tentang pembolehubah dan membuat pemerihalan dan tinjauan tentang pembelajaran hibrid
yang berlaku yang bersifat kualitatif yang berkonsepkan kajian tindakan. Secara umumnya,
kajian dijalankan mencakupi kerangka kajian seperti di bawah:
207
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 2: Kerangka kajian kualitatif
6.2 Sasaran Kajian
Responden kajian ini melibatkan 5 orang pelajar tingkatan empat dalam kursus dandanan
rambut. Pelajar adalah pelajar berkeperluan khas (MBK) yang mengambil kursus Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 2 daripada SMPK Vokasional Indahpura. Maklumat pelajar adalah
seperti Jadual 1.
Jadual 1: Profil demografi peserta kajian
Maklumat Jantina Daerah asal Kategori Jenis
pelajar ketidakupayaan Pembelajaran
DR1L Lelaki Merlimau, Melaka Bersemuka
DR2L Lelaki Mersing, Johor Pendengaran Bersemuka
DR3L Lelaki Pembelajaran
Lelaki Kota Tinggi, Johor Pendengaran Hibrid
DR4L Lelaki Kota Tinggi, Johor
DR5L Johor Bahru, Johor Pendengaran Hibrid
Pendengaran Bersemuka
6.3 Instrumen kajian
6.3.1 Pemerhatian
Pemerhatian ialah proses meneliti, melihat berdasarkan objektif yang dibina, situasi atau
kejadian secara kritikal. Ia sesuai digunakan untuk mengamati tingkah laku pelajar berdasarkan
objektif atau pemboleh ubah berdasarkan objektif kajian. pelaksanaannya adalah secara
sistematik kerana semasa pengkaji membuat pemerhatian dalam masa yang sama perlu
membuat kajian lapangan. Nota lapangan adalah hasil pemerhatian yang dilakuka n oleh
208
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
pengkaji. Pemerhatian dilaksanakan dengan membuat catatan tentang apa yang berlaku semasa
proses pengajaran dan pengajaran. Selain itu, data pemerhatian merupakan sumber yang
penting untuk melengkapkan maklumat yangdiperoleh melalui pengutipan data dengan kaedah
yang lain. Melalui pemerhatian, banyak maklumat dapat diperoleh dengan lebih cepat. Malah,
penyediaan soalan sebelum melakukan pemerhatian adalah penting kerana menerusi soalan-
soalan pemerhatian, pengkaji dapat mengumpul banyak maklumat ke atas masalah.
6.3.2 Temu bual
Kaedah temu bual adalah kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka antara
penyelidik dengan responden. Temu bual ialah kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat
daripada informan secara mendalam. Temu bual yang dijalankan kepada responden adalah
berbentuk temu bual berstruktur. Temu bual ini yang dijalankan secara formal dan dirancang
dengan teliti mengikut senarai soalan yang telah disediakan oleh pengkaji. Kaedah temu bual
ini dapat mengukuhkan lagi dapatan kajian yang dijalankan dan dapat menerangkan sesuatu
perkara dengan lebih lanjut.
Soalan yang akan disertakan dalam temu bual berstruktur adalah seperti di bawah.
Soalan Temu Bual Berstruktur
Soalan temu bual pendapat pelajar tentang bagaimana pengalaman pembelajaran hibrid.
(Soalan yang diajukan boleh direndahkan mengikut aras dan kefahaman pelajar tanpa
menghilangkan maksud asal)
1. Adakah tajuk ini sesuai untuk pembelajaran hibrid?
2. Adakah anda memahami penilaian pada hari ini?
3. Adakah tajuk ini boleh membantu anda selepas tamat persekolahan untuk bekerja di
tempat kerja?
4. Adakah guru mengemukakan soalan secara spontan?
5. Adakah guru meminta pelajar untuk berkomunikasi dengan rakan?
6. Adakah anda mudah memahami topik yang disampaikan menggunakan kaedah
pembelajaran hibrid?
Senarai soalan yang disertakan dalam temu bual merujuk kepada objektif kajian yang
diterangkan.
7.0 PERANCANGAN TINDAKAN
7.1 Tinjauan Masalah
Pengkaji melakukan refleksi dan sesi sumbangsaran untuk mengenal pasti fokus kajian.
Rumusan daripada pembentangan semasa sesi PLC secara dalam talian menunjukkan pelajar
tidak menunjukkan kesediaan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) bagi latihan yang melibatkan amali. Malah isu ini sering didebatkan oleh pentadbir
sekolah dan pengurusan tertinggi KPM yang menyarankan agar guru proaktif merancang dan
melaksanakan PdPR. Berdasarkan pengalamanpengkaji, antarakelemahanutama yang dikenal
pasti bagi melaksanakan PdPR adalah dari aspek pelaksanaan kaedah amali khususnya bagi
209
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
mata pelajaran vokasional yang melibatkan pelajar datang ke bengkel atau bekerja dalam
persekitaran salun atau spa.
Antara cabaran utama pengkaji adalah untuk memilih aktiviti amali yang sesuai untuk
pembelajaran hibrid. Pengkaji telah mengenal pasti faktor yang perlu diambil perhatian bagi
menjayakan pembelajaran hibrid secara menyeluruh iaitu faktor kerjasama antara keluarga.
Keluarga yang memberikan sokongan akan menjamin pembelajaran hibrid dijayakan.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji menunjukkanperanan keluarga memberi impak yangcukup
besar memastikan pembelajaran ini berlangsung. MBK yang tinggal di kawasan luar bandar
juga menjadi faktor utama pembelajaran hibrid. Ini kerana orang luar bandar sukar kembali ke
sekolah disebabkan masalah pengangkutan dan kewangan. Pelajar juga akan tetap berada di
rumah kerana tidak keluar melepak bersama rakan-rakan di luar.
8.0 PELAKSANAAN KAJIAN
8.1 Aktiviti 1 – Merancang
Dalam fasa ini, guru membuat sesi sumbangsaran untuk memilih aktiviti yang sesuai untuk
dijalankan. Pemilihan aktiviti juga bergantung kepada akses internet, peralatan dan bahan dan
tajuk yang akan dipilih. Terdapat beberapa kandungan pembelajaran yang perlu dicapai secara
amali oleh pelajar mengikut sukatan pelajaran tahunan yang dirancang iaitu :
Jadual 2: Sukatan Pelajaran.
STANDARD KANDUNGAN AKTIVITI KERJA
HT-090-2:2012 COCu 02 : WA 01 : IDENTIFY CLIENT’S HAIR SHAMPOOING NEEDS
HAIR SHAMPOOING ( Kenalpasti keperluan pelanggan )
( Mensyampu Rambut) WA 02 : ANALYZE HAIR AND SCALP CONDITION
( Analisa keadaan rambut dan kulit kepala )
HT-090-2:2012 COCu 03 : WA 03 : PREPARE HAIR SHAMPOOING AND
HAIR STYLING CONDITIONING REQUIREMENTS
( Menggayakan Rambut ) ( Menyediakan keperluan mensyampu dan merapi rambut )
HT-090-3:2012 COCu 03 : WA 04 : CARRY OUT HAIR SHAMPOOING
HAIR CUTTING ( Mensyampu rambut pelanggan )
( Guntingan Rambut )
WA 05 : CARRY OUT HAIR CONDITIONING
( Merapi rambut )
WA 06 : CARRY OUT HAIR DRYING
( Mengering rambut )
WA 01 : IDENTIFY CLIENT’S NEEDS
( Mengenal pasti keperluan pelanggan )
WA 02 : CARRY OUT FINGER DRYING
( Mengering rambut menggunakan jari )
WA 03 : CARRY STRAIGHT HAIR STYLING
( Melakukan penggayaan rambut lurus ) – pengenalan
WA 04 : CARRY STRAIGHT HAIR CURL AND WAVE STYLING
( Melakukan penggayaan rambut ikal dan beralun )
MEN HAIR CUT
(Guntingan rambut lelaki)
Setelah mengambil kira pengurusan masa dan peruntukan alat bahan yang disediakan,
amali hair shampooing dan hair cutting dipilih sebagai tajuk yang akan dipelajari bagi kajian
ini.
210
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
8.2 Aktiviti 2 - Persediaan
Pengkaji menjalankan aktiviti pembelajaran hibrid dengan isi kandungan yang sesuai agar
proses PdPR dan penguasaan pelajar terhadap isi kandungan berjalan lancar. Pengkaji juga
bertindak dari aspek penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai serta susun atur bilik darjah
dan kesediaan untuk membuat refleksi dan persiapan yang berkaitan bagi memastikan standard
pembelajaran hibrid tercapai.
Bagi memastikan kesediaan pelajar terhadap pembelajaran amali yang dijalankan,
pengkaji berinisiatif menghantar sendiri alat bantu mengajar kepada pelajar di rumah masing-
masing pada awal PKPB. Guru pada mulanya memberitahu pelajar perlu mengambil kit
pembelajaran hibrid yang telah disediakan sendiri dan melalui pemberitahuan itu seramai 4/5
ibubapa yang tinggal berdekatan dengan sekolah mengambil sendiri kit yang disediakan di
sekolah. Seorang pelajar yang tinggal di Merlimau tidak dapat mengambil Oleh itu, guru
berinisiatif menghantar sendiri ke Merlimau.
Rajah 3 : Kit pembelajaran hybrid
Kit pembelajaran hibrid yang mengandungi :
● Kepala patung mannequin rambut
panjang untuk amali menggunting
rambut.
● Kepala patung mannequin rambut
pendek untuk amali mensyampu
rambut
● Stand kepala patung
● Buku nota dandanan rambut
● Sikat besar
● Sikat ekor
● Berus bulat
● Klip rambut
Guru telah menyusun bilik darjah bagi memastikan suasana kerja di dalam kelas dapat
diperhatikan oleh mereka yang berada di rumah pada masa yang sama. Memandangkan hanya
terdapat dua orang MBK yang tidak hadir pada satu-satu masa, perjalanan pembelajaran hibrid
dapat dilakukan dengan lancar. Pelajar yang berada di rumah dapat mempelajari sama seperti
apa yang rakan di kelas belajar.
8.3 Aktiviti 3 – Amali secara pembelajaran hibrid
Pengurusan amali mensyampu rambut
Amali mensyampu rambut melibatkan pelajar membuat amali menggunakan bahan yang agak
rumit dan kerja yang teliti. Kerja amali melibatkan penggunaan bahan basah seperti air dan
syampu memerlukan ruang kerja yang kondusif dan mudah diurus. Pada peringkat permulaan,
pengetahuan perkhidmatan pelanggan diajar dan pelajar diminta mengambil video prosedur
melayan pelanggan di tempat kerja. Pelajar yang berada di rumah dapat menonton video dan
dapat menjawab soalan yang diberikan secara berbalas telegram.
211
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Bagi memulakan amali mensyampu, guru hanya membuat panggilan video secara
whatsapp video call kepada pelajar yang berada di rumah dan pelajar di rumah melihat amali
yang dilakukan oleh rakan mereka.
Rajah 4: Pelajar melakukan amali mensyampu sambil dilihat melalui paparan video panggilan
whatsapp oleh pelajar yang berada di rumah
i. Pengurusan amali menggunting rambut
Projek Street Barber seperti yang telah diperkenalkan oleh guru kepada pelajar memerlukan
pelajar membuat perkhidmatan kepada pelanggan. Melalui projek itu, pelajar akan diberi link
youtube kaedah menggunting rambut pelanggan menggunakan telegram. Pelajar akan belajar
melalui link youtube dan pelajar perlu melaksanakan tugasan menggunting rambut pelanggan
Pelajar yang berada di sekolah akan membuat guntingan rambut bersama rakan.
Manakala pelajar yang berada di rumah akan membuat guntingan rambut dengan ahli keluarga
di rumah pada masa yang sama.
Rajah 5: Amali guntingan rambut bagi Rajah 6: Amali guntingan
pelajar di sekolah rambut bagi pelajar di rumah.
ii. Pengurusan Penilaian/Latihan/Kerja rumah
Platform google form digunakan sepenuhnya bagi memberi latihan pengukuhan samada di
sekolah ataupun di rumah.Sekiranya berada di rumah, pelajar menjawab secara dalam talian
dan markah boleh terus didapati oleh guru pada masa yang sama. Pelajar di sekolah juga boleh
memilih samada menjawab secara dalam talian atau bahan bercetak. Kebanyakan pelajar
memilih untuk menjawab dalam talian menggunakan telefon dan komputer bimbit guru.
212
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Penilaian secara pemerhatian dilakukan menggunakan skema pemarkahan penilaian
prestasi dan borang kriteria prosedur cemerlang. Manakala penilaian kendiri menggunakan
borang yang sama bagi pelajar yang berada di rumah.
Rajah 7: Skema pemarkahan penilaian prestasi
Rajah 8: Borang Kriteria Prosedur Cemerlang
9.0 DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan aktiviti pembelajaran hibrid, aktiviti pensyampuan rambut didapati mendapat
sambutan menggalakkan daripada pelajar. Berdasarkan pemerhatian, didapati semua MBK
dapat melaksanakan amali pensyampuan rambut di rumah dengan menggunakan patung
mannequin sebagai model. Kerja amali yangdilakukan olehMBK yang semasa beradadi rumah
turut disokong oleh ahli keluarga. Malah, dalam kalangan mereka turut meminta mencuci dan
mensyampu rambut. Hasil amali turut penilaian oleh ibu bapa sokongan ini memberi motivasi
dan keyakinan kepada pelajar. Bagi PdP bersemuka di sekolah pula, latihan berulang dapat
dijalankan pada bila-bila masa sewaktu kelas menggunakan patung mannequin kerana SOP
COVID-19 tidak membenarkan sentuhan secara langsung dengan rakan. Namun patung
mannequin dan bahan yang banyak di bengkel dandanan rambut membolehkan MBK membuat
latihan berulang-ulang.
213
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Hasil temu bual berstruktur yang telah dijalankan kepada tiga orang pelajar yang
bersemuka dan dua orang pelajar pembelajaran hibrid menunjukkan kelima-lima MBK
bersetuju tentang tajuk yang dipelajari sesuai dengan pembelajaran hibrid. Temu bual juga
dijalankan bersama ahli keluarga menggunakan aplikasi whatsapp menunjukkan amali yang
dipelajari mampu membantu MBK menempatkan diri di alam kerjaya kelak. Pembelajaran
hibrid menaikkan kepercayaan ibu bapa dengan kebolehan anak masing-masing kerana MBK
melakukan amali di depan mata mereka.
Bagi pelaksanaan amali guntingan rambut, seawal cuti pertengahan bulan April lagi
pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun pertama telah berani berdepan dengan pelanggan
untuk menggunting rambut dan mensyampu rambut semasa dalam tempoh PKP walaupun PdPr
yang diajar secara jarak jauh. Selepas naik sekolah pada bulan 15 Julai 2020 walaupun hanya 3
orang yang hadir ke sekolah manakala dua orang lagi masih cuti kebimbangan akibat pandemic
COVID-19, pengetahuan amali dapat diteruskan dengan pembelajaran hibrid. Ini menunjukkan
pembelajaran jarak jauh dan hibrid memberi motivasi dan dorongan untuk pelajar boleh
berdikari dengan pembelajaran kendiri.
Melalui pembentangan hasil kerja Projek Street Barber semasa naik sekolah
sekembalinya dari bercuti, pelajar menjelaskan tentang aktiviti guntingan rambut semasa cuti
yang dijalankan sendiri oleh pelajar atas inisiatif galakan oleh pihak sekolah dan tindakan
pelaksanaan oleh ibu bapa.
Rajah 9: Jumlah pelanggan Projek Street Barber sepanjang 18 Mac 2020 hingga
31 Ogos 2020
Rajah menunjukkan MBK yang terlibat dengan pembelajaran hibrid di rumah (DR3L
dan DR4L) masih boleh melakukan guntingan rambut sama seperti rakan yang berada di
sekolah. Malahan bilangan pelanggan semakin meningkat kerana MBK mencari pelanggan
dalam kalangan keluarga dan jiran terdekat pada bila-bila masa sahaja.
Dari segi penilaian, didapati latihan berasaskan google form tidak menunjukkan
perbezaan yang ketara antara pelajar yangberada di sekolah dan yangmelakukan pembelajaran
hibrid. Malahan MBK yang melakukan pembelajaran hibrid dapat menjawab dengan baik
berbanding yang berada di sekolah didorong dengan bantuan keluarga.
214
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
DR3L
DR1L
DR2L
DR4L
Rajah 10: Markah latihan pengukuhan menggunakan google form
10.0 REFLEKSI
Pada dasarnya kajian tindakan ini memfokus kepada menghuraikan proses penyediaan dan
pelaksanaan pembelajaran hibrid serta refleksi pelaksanaannya. Empat data yang dikumpul
adalah hasil kerja pelajar, maklumbalas pelajar, pemerhatian gambar foto, pemerhatian
tayangan video dan catatan refleksi guru. Penulisan kajian tindakan membuka banyak dimensi
pemikiran baru terhadap dunia pendidikan. Pengkaji dapat mencungkil kekuatan dan
kelemahan diri. Pengkaji juga dapat menggunakan teknik ini seawal yang mungkin bagi
mengelakkan keciciran.
Melalui pembelajaran hibrid yang telah dijalankan, didapati tiada perbezaan antara
penilaian hasil kerja pelajar di sekolah yang dinilai menggunakan skema pemarkahan penilaian
prestasi dan borang kriteria prosedur cemerlang. Manakala penilaian kendiri menggunakan
borang yang sama bagi pelajar yang berada di rumah. Hasil dapatan menujukkan tiada
perbezaan yang signifikan antara pembelajaran bersemuka dan pembelajaran hibrid. Penilaian
dapat dilakukan secara sama rata, bilangan jam kredit bertambah kerana semua pelatih
menjalankan tugasan pada masa yang sama
11.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah berjaya melaksanakan satu gelungan
kajian tindakan melaksanakan pembelajaran hibrid di dalam kelas. Kajian ini bukan sahaja
membantu guru meningkatkan pengalaman dan kemahiran melaksanakan PdPc dan PdPr
sekaligus tetapi juga memahami dengan lebih mendalam tentang prosedur dan proses dalam
pelaksanaan kajian tindakan sebagai satu proses penambahbaikandalam amalan pengajaran dan
pembelajaran.
Dapatan menunjukkan pengkaji berjaya melaksanakan pembelajaran hibrid semasa
PdP. Menyedari kelebihan dan kepentingan pembelajaran hibridkepada MBK yangmengambil
mata pelajaran yang melibatkan amali, penggunaan pembelajaran perlu diperluaskan tanpa
perlu memikirkan MBK yang berada di rumah akan ketinggalan silibus atau tidak.
Kesimpulannya dengan pembelajaran hibrid pihak sekolah tidak perlu risau sekiranya pelajar
tidak hadir kerana proses PdPr itu masih dapat dijalankan.
Kajian lanjut perlu dilaksanakan bagi melihat kesan pembelajaran hibrid terhadap
kursus-kursus lain yang ada di sekolah ini seperti Kursus Penyediaan Makanan, Refleksologi,
Housekeeping Operation dan Jurukecantikan. Penambahbaikan berterusan wajar diberi
perhatian oleh semua pihak bagi melaksanakan pembelajaran hibrid ini. Fokus meningkatkan
215
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
kebolehgunaan pembelajaran dalam talian uga perlu agar konsep sebenar kaedah ini tidak
disalah tafsirkan. Hal ini kerana pembelajaran hibrid merupakan satu kaedah campuran antara
pembelajaran bersemuka dan pembelajaran dalam talian.
RUJUKAN
Aliza Adnan, Junaida Ahmad & Rosneni Din (2015), Pembelajaran dalam talian (OLL) dalam
kalangan pelajar Proram Pensiswazahan Guru (PPG): TInjauan aspek penggunaan. In
Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan (pp,1-9)
Farahiza Zaihan Azizan, (2010). Blended learning in higher education institution in Malaysia.
Dalam prosiding Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT
2010 (pp.456-466) diakses dari
http://library.oum.edu.my/oumlib/sites/default/files/file_attachements/odl-
resources/4334/blended-learning.pdf
Hanafi Atan, Hisham Dzakiria, Rozhan Mohd Idrus (2008), The Role of learning interaction in
Open & Distance Learning (ODL) issues, experience, and practices. Penerbitan
Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Hisham Dzakiria, Mohd Sobri, & Hamzah, A. R.,(2012). Action research in blended learning
transformative potential in higher education- learner’s perspective, Business and
management research, I(2),125-134, http://doi.org/10.5430/bmr.v1n2p125
Kalate, R. (2003). Hybrid/ Blended Courses, Learning, Diakses dar
https://www.wisconsin.edu/news/download/news_document/2003/march_6_2003/Hybri
d_blended_courses_presentation.pdf
Karimi, & Tunku Badariah, (2013), Perceived learning and satisfaction in a blended teacher
education programme : An experience of Malaysian teacher traine es, Contemporary
Educational Technology, 4(3),197-211.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia:
Deakin University Press
Lim, J.,Kim, M., Chen, S.S., & Ryder, . E. (2008). An empirical investigation of student
achievement and satisfaction in different learning environments. Journal of Instructional
Psychology, 35, i113-120, Diakses dari http://www.freepatentonline.
Com/artivle/Journal-instructional-psychology/181365758.html
McKernan, J. 1996. Curriculum action research – a handbook of methods and resources for the
reflective practitioner. 2nd Ed. London: Kogan Page Limited
Mohd Afifi (2019) Pembelajaran Hibrid:Kesedaran penggunaan hibrid dalam kalangan
pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Diakses dari
https://www.researchgate.net/publications/330753220/ Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI)
216
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
VYes: PEMBANGUNAN APLIKASI PERMAINAN INTERAKTIF SEBAGAI
STRATEGI MENGINGAT ISTILAH SAINTIFIK NAMA-NAMA VITAMIN BAGI
MATA PELAJARAN SAINS RUMAH TANGGA
NOORHIDAYAH BT ISMAIL, NORMAH BT KARMANI, ROSMAH BT ISHAK
SMK Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.
[email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah aplikasi permainan interaktif bagi
membantu mengingat 11 istilah nama-nama vitamin bagi subjek SRT. Tinjauan mandapati
nama-nama vitamin tersebut sukar diingat, kaedah Mnemonik tidak berkesan, sebutan
istilah saintifik yang agak asing, ejaan istilah yang mengelirukan dan murid tidak
bermotivasi untuk menghafal. Maka, strategi mengingat yang mempunyai lima tahap
permainan dibangunkan melalui pelantar percuma wordwall.net, dimuat naik sebagai
sebuah aplikasi dengan menggunakan pelantar AppsGeyser yang dinamakan “VYes”.
Permainan direka bentuk dengan menggabungkan elemen multimedia dan Model ADDIE.
Dapatan pascaujian menunjukkan penggunaan VYes telah dapat membantu ingatan murid
dengan peningkatan pencapaian sebanyak 87.5% berbanding praujian.
Kata kunci: ADDIE, multimedia, Wordwall.net, AppsGeyser, interaktif
1.0 PENGENALAN
Mata pelajaran Sains Rumah Tangga merupakan subjek elektif pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) yang terdiri daripada dua bahagian, iaitu Sains Rumah Tangga Kertas 1
(3769/1) dan Sains Rumah Tangga Kertas 2 (3769/2). Kertas 1 terdiri daripada Bahagian A
(Respon Terhad) dan Bahagian B (Respon Terbuka). Penulisan jawapan murid dalam kertas 1
dan 2 masing-masing membawa 50 markah dan merupakan 70% daripada markah keseluruhan
subjek ini dalam SPM.
Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin menarik sekiranya ia diselang
selikan dengan elemen-elemen yang menghiburkan serta mampu memikat hati pelajar. Kajian
saintifik membuktikan bahawa proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia menjadi
semakin mudah apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dalam pelbagai bentuk (O’
Connor dan Brie, 2004).
Berdasarkan kelebihan yang ditawarkanoleh teknologi multimedia dan internet, bidang
pendidikan dapat memanfaatkan kebaikan tersebut ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sehubungan dengan itu, pembelajaran yang menyokong serta mampu
merangsangkan penggunaan pelbagai deria manusia (multi-sensory) dapat dibangunkan
berdasarkan reka bentuk pengajaran (Durak dan Ataizi, 2016). Tujuan utama reka bentuk
pengajaran adalah sebagai rujukan sesuatu proses pembangunan bahan pengajaran yang
berkesan bagi mencapai objektif pengajaran. Reka bentuk pengajaran ialah satu proses untuk
mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran yang dilakukan secara
sistematik dan terancang (Dick dan Reiser, 1988).
217
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan analisis item soalan-soalan SPM bagi mata pelajaran SRT, didapati soalan Bab
Makanan dan Pemakanan merupakan bab yang sering disoal dalam Bahagian A dan Bahagian
B. Selama lebih 10 tahun saya mengajar bab Makanan dan Pemakanan, khususnya nama-nama
vitamin, timbul perasaan kecewa apabila murid sering meninggalkan soalan tanpa jawapan
atau tidak dapat menjawab secara tepat sekiranya soalantersebut memerlukan jawapan vitamin
dalam istilah saintifik.
Daripada pengalaman saya, saya telah mencuba beberapa aktiviti untuk merangsang
dan membantu ingatan murid seperti kad imbas, hafalan separuh-separuh dan hafalan berirama,
namun didapati mereka masih gagal dan tidak bermotivasi untuk mengingat istilah –istilah
saintifik nama vitamin tersebut.
Saya juga membuat refleksi kendiri terhadap kaedah pengajaran saya di mana teknik
tersebut tidak memotivasikan murid khususnya kepada murid lelaki yang kurang berminat
untuk belajar, malas dan mempunyai pencapaian yangagak rendah. Dalam mengharungi tahun
2020 bersama-sama 11 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan kelas 5 Saad,
adakah perkara yang sama akan berlaku? Hal tersebut amat merisaukan saya.Berdasarkandari
masalah itu, satu kaedah interaktif digunakan iaitu dengan membangunkan aplikasi permainan
dalam talian yang menggabungjalin elemen multimedia bagi membantu dan memotivasikan
murid menghafal 11 nama-nama saintifik vitamin.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Melalui refleksi, pemerhatian dan perbincangan bersama rakan, maklum balas punca murid
tidak dapat mengingat nama- nama saintifik telah dikenal pasti. Antaranya ialah :
i) Terdapat 11 nama saintifik yang sukar untuk diingat.
ii) Kaedah Mnemonik agak sukar untuk dikaitkan dan tidak berkesan.
iii) Sebutan istilah saintifik yang asing bagi murid.
iv) Ejaan istilah yang agak mengelirukan.
v) Murid tidak bermotivasi untuk menghafal.
Berdasarkan pemerhatian melalui analisis ujian akhir tahun 2019, didapati bahawa
pencapaian murid kelas 5 Saad dalam ujian tersebut adalah pada tahap sederhana. Sebanyak
25% murid mendapat pencapaian yangtinggi iaitu mendapat keputusan gred A dan A-. 31.25%
murid mendapat gred B+ dan B manakala 50% masih mendapat pencapaian sederhana iaitu
murid mendapat keputusan gred C+ dan C. Analisis ujian tersebut didapati bahawa murid
masih kurang menguasai menjawab solan ujian khasnya bahagian esei.
Saya bertambah kecewa apabila murid saya dapat menjawab istilah biasa bagi vitamin
tersebut, namun gagal menjawab nama vitamin apabila jawapan diperlukan dalam istilah
saintifik. Kegagalan ini disebabkan mereka tidak dapat mengingat nama vitamin dalam istilah
saintifik, sedangkan kemahiran mengingat istilah adalah aras kemahiran belajar aras rendah
menurut Domain Objektif Kognitif, Taksonomi Bloom. Saya sedar saya perlu berbuat sesuatu.
Jika masalah ini tidak diatasi, murid mungkin menghadapi risiko kehilangan 1 hingga 4 markah
dalam Bahagian A dan 12 markah dalam Bahagian B bagi Kertas 1, mata pelajaran SRT SPM.
218
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Oleh yang demikian, satu aplikasi permainan dalam talian yang dapat dimuat turun
dalam telefon mudah alih untuk membantu ingatan murid perlu dibangunkan dan diharapkan
kaedah ini dapat mengatasi faktor kegagalan dalam mata pelajaran SRT dan membantu ingatan
konsep asas murid dalam menjawab soalan berkaitan Makanan dan Pemakanan.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah untuk membangun dan menguji sebuah aplikasi permainan interaktif
dalam mata pelajaran SRT bagi membantu ingatan murid terhadap nama-nama saintifik
vitamin.
4.2 Objektif Khusus:
a) Menguji keberkesanan aplikasi VYes yang boleh di muat turun oleh murid
dalam proses pdpr.
b) Meningkatkan ingatan murid mengingat 9 hingga 11 nama-nama
saintifik bagi vitamin.
c) Meningkatkan pencapaian murid dalam peratus penilaian pasca ujian sebanyak
85% berbanding praujian.
5.0 TINJAUAN LITERATUR
Menurut Alessi dan Trollip (2001) di dalam buku mereka bertajuk “Multimedia for Learning”,
pembelajaran menerusi multimedia mempunyai banyak kelebihan. Multimedia berupaya
menangani permasalahan pembelajaran dengan menyelitkan unsur-unsur yang melibatkan
penggunaan pelbagai deria seperti audio, video, animasi, teks dan grafik ke dalam satu medium
komunikasi.
Rajah 1 menunjukkan lima elemen multimedia. Multimedia interaktif juga telah
terbukti berkesan dalam membentuk serta mengekalkan maklumat untuk tempoh masa yang
panjang dan ia boleh dicapai kembali dalam masa yang lebih pantas berbanding kaedah
pengajaran tradisi (Ng dan Komiya, 2000; Hofstetter, 1995). Selain itu, penggunaan elemen-
elemen multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga didapati mampu menarik
minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan yang
sepenuhnya terhadap proses pembelajaran (Thomas, 1996). Kebanyakan aplikasi multimedia
interaktif juga mula mengambil kira teori-teori pembelajaran. Selain unsur interaktif dan
rekabentuk yang menarik, penggunaan multimedia haruslah menek ankan kepada proses
bagaimana seseorang pelajar belajar bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna
(Durak & Ataizi, 2016; Mahardhika, 2015; Muruganantham, 2015).
Aktiviti pembelajaran yang direkabentuk serta dirancang dengan baik berupaya
menghasilkan pembelajaran yang diinginkan. Sistem pembangunan instruksional (instructional
systems development - ISD) menggunakan Model ADDIE (analysis, design, development,
implementation, and evaluation) merupakan satu pendekatan sistematik yang membantu
aktiviti pembelajaran dilaksanakan dengan jayanya (Molenda, 2015). Model ADDIE
merupakan salah satu rekabentuk pembelajaran yang telah dikembangkan dan menjadi
inspirasi dan panduan dam pembelajaran. (Branson, 1978; Molenda, 2015).
219
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 2 menunjukkan rangka Konseptual Model ADDIE. Terdapat lima fasa dalam
Model ADDIE iaitu fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, implemantasi dan fasa akhir
adalah penilaian. Model ADDIE ini menggambarkan hubungan di antara pengembangan
intervensi instruksional dan pengembangan intervensi peningkatan prestasi. Program
intervensi meningkatkan prestasi murid seharusnya melalui proses analisis, rekabentuk,
pembangunan, implementasi dan penilaian seperti yang terdapat dalam Model ADDIE
(Molenda, 2015).
Rajah 1 Lima Elemen Multimedia
Rajah 2: Rangka Koseptual Model ADDIE
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Pembangunan permainan menggunakan peringkat-peringkat dalam Model ADDIE iaitu
Analisa (Analysis), Reka Bentuk (Design), Pembangunan (Development), Perlaksanaan
(Implementation) dan Penilaian (Evaluation). Dalam persekitaran teknologi yang ada,
permainan telah dimuat naik sebagai sebuah aplikasi dengan menggunakan pelantar percuma
AppsGeyser yang dinamakan “VYes”. Aplikasi VYes terdiri daripada 5 tahap permainan
yang dibangunkan melalui pelantar percuma wordwall.net dan anyflip. Aplikasi direka
bentuk dengan menggabungkan elemen multimedia seperti grafik, audio, animasi dan
interaktiviti.
Murid memuat turun aplikasi dan bermain selama 5 hari secara kendiri sebelum
pascaujian dilakukan. Kajian melibatkan seramai 11 orang sampel. Pelajar yang terlibat
adalah 6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan dari Tingkatan 5 Saad.
220
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Keseluruhan kebolehan murid ini adalah pada tahap sederhana dan lemah. Terdapat 4 orang
murid yang masih belum menguasai teori dan konsep asas SRT.
7.0 PERANCANGAN TINDAKAN
7.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah
tersebut berdasarkan model ADDIE seperti Jadual 1. Tinjauan dilakukan dengan mengutip
data seperti berikut:
7.1.1 Praujian
Pengetahuan murid dalam penguasaan nama-namavitamin dibuat untuk menguji tahap ingatan
murid terhadap istilah biasa dan nama saintifik bagi vitamin. Soalan praujian merupakan
olahan dari koleksi soalan percubaan dan soalan SPM sebenar yang menguji topik nutrein
(vitamin) dalam bab Makanan dan Pemakanan.
a. Pembangunan Aplikasi “VYes”
Aplikasi direkabentuk berpandukan sistem pembangunan instruksional
(instructional systems development - ISD). Model reka bentuk pengajaran yang
dipilih ialah Model ADDIE. Model ADDIE dipilih kerana model ini merupakan
proses generik dan sering menjadi asas kepada model-model reka bentuk
pengajaran yang lain.
Jadual 1: Analisis Hasil Tindakan Berdasarkan Model ADDIE
FASA ADDIE – SOALAN KAJIAN HASIL TINDAKAN
APLIKASI VYes
1. Fasa Analisis (A) -Apakah yang diinginkan oleh -Keperluan dan masalah
Proses mengenal pasti pengguna ? yang dihadapi.
apakah yang perlu dipelajari -Apakah pilihan bentuk -Analisis data praujian
oleh murid penyampaian pembelajaran?
2. Fasa Reka bentuk (D) -Apakah objektif aplikasi? -Objektif yang boleh
Proses spesifikasi -Bagaimana reka bentuk dapat diukur.
bagaimana murid belajar membantu mencapai objektif -Strategi instruksional.
pengajaran? -Rekabentuk antaramuka.
3. Fasa Pembangunan (D) -Adakah aplikasi yang Arahan program/
Proses mengenal pasti dibangunkan mudah dan intervensi
bahan dan sumber murah?
-Apakah keistimewaan Data pascaujian
4. Fasa Implemantasi (I) aplikasi?
Proses pelaksanaan program -Adakah aplikasi mudah dan Cadangan
/intervensi di dalam konteks percuma untuk digunakan? penambahbaikan
sebenar pelajar -Apakah kekangan pengguna?
5. Fasa Penilaian (E)
-Adakah aplikasi membantu
mencapai objektif?
221
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Proses mengenal pasti -Adakah pengguna berpuas
kewajaran arahan dalam hati ?
intervensi
8.0 DAPATAN KAJIAN
Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan nama-nama vitamin dalam istilah biasa lebih
baik daripada istilah saintifik. Namun demikian, kualiti penguasaan masih sederhana di mana
purata penguasaan murid hanya mengingat 1 hingga 5 nama vitamin dalam istilah biasa
seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.
Jadual 3 menunjukkan keputusan praujian istilah saintifik nama-nama vitamin.
Didapati, tahap penguasaan sangat rendah terutamanya bagi murid lelaki. Maklum balas
mendapati murid lelaki tidak bermotivasi untuk mengingat nama vitamin lantaran sikap malas
dan sambil lewa dalam pembelajaran.
Keputusan praujian membuktikan keperluan kepada pembangunan kaedah mengingat
yang dapat memotivasikan dan membantu daya ingatan murid.
Jadual 2: Peratus Pencapaian Dalam Praujian Bagi
Istilah Biasa Nama-nama Vitamin
Bil Penguasaan Nama Vitamin BIL MURID % PENCAPAIAN
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
1 hingga 4 45.45 50.00
5 hingga 8 53 9.09 18.18
9 hingga 11 12 0.00 0.00
00
Jadual 3: Peratus Pencapaian Dalam Praujian Bagi
Istilah Saintifik Nama-nama Vitamin
Bil Penguasaan Nama Vitamin BIL MURID % PENCAPAIAN
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
1 hingga 4 54.55 45.45
5 hingga 8 65 0.00 0.00
9 hingga 11 00 0.00 0.00
00
8.1 Pembangunan Aplikasi “VYes”
Satu aplikasi permainan telah dibangunkan menggunakan pelantar percuma wordwall.net.
Terdapat lima peringkat permainan, lima jenis interaktif yang dipilih daripada pelantar
percuma wordwall.net dan setiap peringkat mempunyai strategi untuk membantu murid
mengingat nama-nama vitamin seperti jadual 4 di bawah. Jadual 5 menunjukkan paparanantara
muka aplikasi Vyes yang telah dibangunkan. Aplikasi yangdibangunkanjuga mempunyai nota
rujukan ringkas yang dibuat menggunakan anyflip.com. Nota dan Permainan ini digabungkan
sebagai sebuah aplikasi untuk memudahkan murid memuat turun ke dalam telefon bimbit
masing-masing. Rajah 3 menunjukkan reka bentuk konseptual pembangunan aplikasi VYes.
222
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Jadual 4: Lima Peringkat , Jenis Interaktif dan Strategi Mengingat Nama Vitamin
Peringkat Permainan Jenis Interaktif Strategi Permainan
LEVEL 1 << DRAG ME >> PENGELASAN Mengingat mengikut kategori
LEVEL 2 << TRAIN TAK BUSAN >> LATIH TUBI Memahami dengan bantuan ransangan
LEVEL 3 << SPELLING VIT >> ANAGRAM Mengingat tanparansangan
LEVEL 4 << MATCH UP >> PADANKAN Mengingat secara keseluruhan
LEVEL 5 << VI LA @ VI LE >> SALAH@BETUL Mengingat dan mengkategori
Rajah 3 Reka bentuk Konseptual Aplikasi VYes
Jadual 5: Paparan Antara muka Reka Bentuk Aplikasi VYes
SOALAN REKA BENTUK APLIKASI
KAJIAN
Apakah yang
diinginkan
oleh pengguna
?
Apakah Pengguna menginginkan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan.
pilihan bentuk Bahan Pembelajaran dipersembahkan dalam bentuk nota infografik yang
penyampaian dimuatnaik melalui pelantar percuma iaitu anyflip.com. Kaedah ini
pembelajaran? mempunyai kelebihan interaktif seperti paparan boleh dibesarkan, muka
surat yang boleh diflip secara maya, mempunyai grafik dan audio latar.
Kelebihan multimedia membolehkan nota pembelajaran dipersembahkan
dalam bentuk infografik yang menarik.
223
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Pautan infografik
boleh didapati pada menu utama paparan antara
muka aplikasi untuk memudahkan pengguna.
Apakah Terdapat lima tahap permainan yang direka bentuk. Semua permainan
objektif mempunyai objektif akhir yang sama iaitu membantu murid mengingat 11
aplikasi? nama saintifik vitamin iaitu :
Bagaimana Vitamin Larut Air Vitamin Larut Lemak
reka bentuk Tiamina – Vitamin B1 Retinol – Vitamin A
dapat Roboflavin – Vitamin B2
membantu Kalsiferol -Vitamin D
mencapai Niasin Asid Nikotinik – Vitamin B3 Tokoferol – Vitamin E
objektif Piridoksin – Vitamin B6 Menadion – Vitamin K
pengajaran? Kobalamin – Vitamin B12
Asid Askorbik – Vitamin C
Amigdalin – Vitamin B17
Namun, setiap tahap mempunyai strategi dan jenis interaktif yang
berbeza bagi membantu mengukuhkan ingatan secara berperingkat dan
terarah.
Strategi Interaktif peringkat pertama iaitu peringkat Drag Me
menggunakan jenis interaktif pengelasan di mana murid hanya
memasukkan nama-nama vitamin kepada kategori Vitamin Larut Air atau
Larut Lemak. Peringkat ini membantu murid mengingat mengikut
kategori di mana peringkat ini lebih mudah dan umum.
Strategi Interaktif peringkat kedua iaitu Train Tak Busan (Bosan)
menggunakan ransangan iaitu belon yang membawa nama Vitamin untuk
dipadankan dengan kotak gerabak yang juga mempunyai nama saintifik
bagi vitamin tersebut. Misi peringkat ini untuk membantu murid
mengingat nama saintifik dengan bantuan ransangan secara ulangan.
Strategi Interaktif peringkat ketiga Spelling Vit membantu ingatan secara
berfokus kepada nama setiap vitamin dengan menyusun ejaan nama
vitamin yang diberi sehingga tepat.
Strategi Interaktif peringkat keempat iaitu Match Up memerlukan murid
mengingat secara keseluruhan dengan memadankan semua nama vitamin
dengan tepat sebelum peringkat Vi La @ Vi Le iaitu peringkat terakhir di
mana murid menguji daya ingatan terhadap nama-nama vitamin serentak
dengan itu juga murid mengkategorikan vitamin tersebut kepada Vitamin
larut lemak atau larut air.
224
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
RANSANGA
N
RANSANGA
N
Apakah Semua permainan dibangunkan menggunakan pelantar Wordwall
aplikasi yang (https://wordwall.net) yang membolehkan aktiviti permainan dibina secara
225
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
dibangunkan percuma dan mudah. Nota infografik dibina menggunakan platform
mudah dan percuma anyflip.com
murah?
Semua pautan permainan dan infografik digabungkan dalam satu aplikasi
Apakah menggunakan platform percuma Appsgeyser (https://appsgeyser.com)
keistimewaan yang diberi nama VYes.
aplikasi? Aplikasi VYes kemudian ditukarkan ke format apk sebelum dimuat naik
ke telefon bimbit dan kemudian murid-murid memuat turun aplikasi ke
telefon masing-masing.
Adakah Aplikasi VYes mudah dan percuma untuk digunakan. Namun, terdapat
aplikasi beberapa kekangan iaitu :
mudah dan
percuma a) Terdapat tempoh masa yang ditetapkan oleh pelantar Appsgeyser
untuk
digunakan? untuk penggunaaan secara percuma. Aplikasi perlu dimuat turun
semula untuk penggunaan secara percuma. Namun aplikasi dapat
Apakah digunakan secara kekal sekiranya berbayar.
kekangan b) Murid-murid yang menggunakan iphone (bukan Android) boleh
pengguna?
bermain menggunakan pautan Wordwall di telefon bimbit atau
menggunakan perisian BlueStacks untuk membuka aplikasi VYes
dan bermain permainan dengan menggunakan komputer.
226
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
8.2 Pelaksanaan Kajian
Murid-murid diminta menggunakan aplikasi secara kendiri selama 5 hari mengikut masa dan
keselesaaan masing-masing sebelum sesi pascaujian untuk menguji keberkesanan aplikasi.
Pascaujian dijalankan dengan menggunakan instrumen soalan terbuka yang hampir sama
dengan praujian. Soalan pascaujian merupakan olahan dari koleksi soalan percubaan dan
soalan SPM sebenar yang menguji topik nutrein (vitamin) dalam bab Makanan dan
Pemakanan. Pascaujian dijalankan selepas lima hari sampel kajian menggunakan aplikasi
secara kendiri. Jadual 6 menunjukkan peratus peningkatan markah murid dalam praujian dan
pascaujian (setelah murid mengingat menggunakan aplikasi VYes) .
Jadual 6: Peratus Peningkatan Markah Murid
Rajah 4: Perbandingan Markah Praujian dan Pascaujian Murid
Rajah 4 menunjukkan keputusan pascaujian telah membuktikan pembangunan dan
penggunaan aplikasi VYes dapat memotivasikan dan membantu dayaingatan murid terhadap11
nama saintifik vitamin. Jadual 7 menunjukkanpeningkatanpenguasaannama-namavitamin bagi
istilah biasa dan Jadual 8 menunjukkan penguasaan nama-nama vitamin bagi istilah santifik.
Terdapat peningkatkan bilangan murid lelaki dan perempuan bagi kedua-dua istilah dalam
mengingat nama-nama vitamin.
227
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Jadual 7: Peratus Pencapaian Dalam Pascaujian Bagi
Istilah Biasa Nama-nama Vitamin
Bil. Penguasaan Nama BIL MURID % PENCAPAIAN
Vitamin
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
1 hingga 4 0 0 0.00 0.00
5 hingga 8 1 0 9.09 0.00
9 hingga 11 5 5 45.45 45.45
Jadual 8: Peratus Pencapaian Dalam Pascaujian Bagi
Istilah Saintifik Nama-nama Vitamin
Bil. Penguasaan Nama BIL MURID % PENCAPAIAN
Vitamin
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
1 hingga 4 0 0 0.00 0.00
5 hingga 8 2 0 18.18 0.00
9 hingga 11 4 5 36.36 45.45
9.0 REFLEKSI
Berdasarkan kepada hasil kajian yang diperolehi, suatu perbandingan telah dilakukan untuk
mengetahui tahap penguasaan murid dalam mengingat istilah-istilah saintifik nama-nama
vitamin setelah menggunakan aplikasi VYes. Terdapat perbezaan markah pencapaian murid
dalam praujian dan pascaujian. Hasil dapatan menunjukkan peratus peningkatan bagi setiap
murid adalah di antara 79.2% sehingga 95.8%. Data kajian menunjukkan ingatan murid
terhadap nama-nama istilah saintifik meningkat setelah sampel kajian menggunakan aplikasi
VYes. Berdasarkan perbandingan markah praujian dan pascaujian, terdapat perubahan yang
ketara dalam peningkatan markah murid dalam pascaujian. Peratus peningkatan pencapaian
keseluruhan dalam pascaujian berbanding praujian adalah sebanyak 87.5%. Seramai 9 orang
murid atau 81.8% murid dapat mengingat 9 hingga 11 nama-nama saintifik bagi vitamin.
Secara keseluruhannya, dapat dikatakan aplikasi VYes telah dapat membantu murid 5 Saad
dalam mengingat 11 nama-nama saintifik vitamin. Ini menunjukkan semua objektif khusus
dalam kajian ini telah dicapai.
Ini membuktikan pembangunan permainan interaktif telah dapat membantu murid 5
Saad mengingat istilah-istilah saintifik nama-nama vitamin di samping menjadikan
pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan. Saya yakin aplikasi VYes ini memberi manfaat
kepada beberapa pihak iaitu murid-murid, guru-guru SRT khususnya dan juga pihak sekolah.
Amalan menggunakan teknologi dalam pembelajaran juga dapat memotivasikan murid.
Mungkin kerana mereka telah mendapat sedikit keyakinan kerana menyedari yang mereka
sebenarnya mampu menguasai sesuatu topik. Kebolehan menguasai istilah nama -nama
saintifik secara tidak langsung membantu murid menguasai topik-topik seterusnya dalam bab
228
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Makanan dan Pemakanan. Seterusnya pembangunan aplikasi VYes diharapkan ma mpu
dijadikan pemangkin semangat kepada guru-guru SRT untuk menjadikan PdP menjadi lebih
menarik dan berkesan. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat menyedarkan para pendidik agar
sentiasa berfikiran kritis dan kreatif dalam mencari pelbagai pendekatan baharu dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan dalam mengajar subjek SRT. Kaedah penggunaan
aplikasi ini seterusnya dapat menyumbang kepada peningkatan tahap pencapaian murid dalam
mata pelajaran SRT.
10.0 KESIMPULAN
Atas kesedaran dan keyakinan yang diperolehi, saya berharap agar aplikasi ini digunakan oleh
guru-guru SRT lain di seluruh Malaysia. Kajian seterusnya boleh diperluas untuk fungsi dan
kesan kekurangan vitamin memandangkan terdapat perubahan yang positif dari segi amalan
pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid berdasarkan kajian yang dijalankan. Aplikasi
juga boleh ditambahbaik dengan paparan interaksi yang membolehkan pengguna menilai
secara dalam talian dengan memberi jumlah bintang berdasarkan tahap kepuasan pengguna
semasa menggunakan aplikasi. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan
proses PdP lebih menarik, menyeronokkan dan berkesan.
RUJUKAN
Branson, R. (1978). The Interservice Procedures for Instructional Systems Development.
Educational Technology, 18(3), 11–14.
Durak, G., & Ataizi, M. (2016). The ABC’s of Online Course Design According to Addie
Model. Universal Journal of Educational Research, 4(9), 2084–2091.
https://doi.org/10.13189/ujer.2016.040920
Mahardhika, G. P. (2015). Digital game based learning dengan model ADDIE untuk
pembelajaran. Teknoin, 21(2), 115–122. https://doi.org/10.1007/s13398-014-0173-7.2
Molenda, M. (2015). In Search of the Elusive ADDIE Model. Performance Improvement,
54(2), 34–36. https://doi.org/10.1002/pfi
Muruganantham, G. (2015). Developing of E-Content Package by Using ADDIE Model.
International Journal of Applied Research, 1(3), 52, p 52–54. Retrieved from
http://www.allresearchjournal.com/vol1issue3/PartB/pdf/67.1.pdf
Alessi, T., & Trollip, A. (2001). Multimedia for Learning, 24(3), 34-40.
229
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
ELEMEN DIDIK HIBUR SEBAGAI SARAPAN MINDA
MANJULAAH A/P THIRUVENGADAM
SK Taman Bukit Maluri, Kepong Selangor
[email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan dan motivasi murid sebelum sesi
pembelajaran bermula terutama pada waktu pertama bagi sesi persekolahan. Kajian ini
melibatkan sejumlah 66 orang murid sebagai responden dari Sekolah Kebangsaan Taman Bukit
Maluri. Data diperolehi melalui beberapa instrumen kajian seperti Model SMART,ujian pra dan
ujian pos, dan kaedah pemerhatian. Intervensi yang dilakukan ke atas murid ialah dengan
menggunakan elemen didik hibur menerusi aktivitivi muzik. Dapatan kajian membuktikan baawa
bahawa pelaksanaan kaedah celik emosi berasaskan didik hibur memberi impak yang positif
dalam membantu perkembangan emosi murid-murid. Secara umumnya kajian ini dapat
memudahkan tugas guru disamping mampu menimbulkan keseronokan dalam kalangan murid-
murid terutama pada waktu pertama sesi pembelajaran. Ini adalah kerana kaedah ini dapat
membantu murid-murid mencapai perkembangan emosi yang stabil dan mempunyai kesediaan
untuk belajar yang tinggi.
Kata kunci: perkembangan emosi, didik hibur, murid-murid
1.0 PENDAHULUAN
Perkembangan emosi merupakan salah satu komponen yang wajar dikembangkan dalam
kehidupan murid-murid. Ini adalah kerana perkembangan emosi dapat membantu
mempengaruhi segala perbuatan, pandangan dan aktiviti kehidupan seharian murid-murid.
Murid-murid yang mendapat didikan yang baik mampu menguruskan emosi mereka dengan
baik dan cemerlang. Kebolehan mengurus emosi dengan baik dapat membantu
mengembangkan kemahiran lain seperti kognitif, sosial, dan rohani pada diri seorang individu.
1.1 Refleksi Pengalaman Pengajaran Dan Pembelajaran
Saya adalah seorang kaunselor di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri. Semasa saya
menjalankan pemerhatian awal dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran saya mendapati
terdapat beberapa orang murid yang tidak memberikan tumpuan semasa sesi PdPc berlaku.
Saya juga mengalami kesulitan dalam memulakan aktiviti untuk murid -murid terutamanya
pada setiap waktu pertama sesi pembelajaran. Untuk itu, saya membuat tinjauan dan
pemerhatian dan satu masalah telah dikenal pasti yang menjadi punca murid-murid ini tidak
berminat untuk belajar dan mempamerkan emosi tidak bersedia untuk sesi pembelajaran.
Antara hasil pemerhatian saya semasa kelas secara dalam talian berlangsung ialah terdapat
beberapa orang murid yang berbaring di atas meja atau katil semasa PdPr. Selain itu, ada dalam
kalangan mereka yang berbual-bual dengan ahli keluarga. Ada kelompok murid-murid yang
menconteng atau melukis sesuatu sebelum kelas bermula. Malah, sebilangan besar kumpulan
murid-murid yang masih tidak dapat mengurus diri dengan baik dan masalah pengurusan masa
yang tidak terurus. Masalah ini berlarutan dan terbawa-bawa sehingga ke sesi persekolahan
secara bersemuka bermula.
Ekoran daripada masalah ini saya telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian
tindakan terhadap masalah yang dihadapi agar masalah ini dapat diatasi. Oleh itu, saya telah
menjalankan kajian tindakan dengan meneliti dan membuat pemerhatian bermula dari 20
230
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Januari 2021 secara dalam talian sehingga 7 Mac 2021 ketika persekolahan secara bersemuka
bermula. Hasil pemerhatian awal mendapati murid-murid kurang bersemangat dan
menunjukkan sikap tidak bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran terutama pada awal
waktu persekolahan (waktu pertama dalam jadual). Justeru, inisiatif yang dilaksanakan untuk
memastikan murid-murid bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran ialah Program Guru
Penyayang (berterusan) dan aktiviti minda sihat. Program ini adalah untuk membantu emosi
dan minda murid-murid agar berada dalamkeadaanbersediaserta bermotivasi sebelum sesuatu
sesi pembelajaran bermula.
2.0 FOKUS KAJIAN
Hasil daripada ujian pra menerusi pemerhatian dan soal selidik seramai 66 orang murid Tahun
Tiga tidak bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran di awal waktu. Terdapat juga
sebilangan murid yang cuma bersedia untuk bermain-main dengan rakan-rakan dan bukan
untuk proses pembelajaran. Sesetengahnya pula, hanya tidur di atas meja dan pengurusan diri
yang tidak terurus. Kelemahan ini dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran guru
yang kurang menarik minat murid dan sikap murid itu sendiri dalam memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, perkembangan emosi murid-murid boleh dibina dan
diperkembangkan berdasarkan kaedah pengajaran guru yang sesuai. Ini adalah kerana kaedah
pengajaran guru memainkan peranan yang sangat penting dan memberi pengaruh besar
terhadap perkembangan emosi murid-murid yang mampu membentuk perwatakkan imej
kendiri mereka. Salah satu kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk merangsang
perkembangan emosi kanak-kanak ialah didik hibur menerusi aktiviti muzik.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Berikut ialah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini.
3.1 Objektif Umum
Secara umumnya objektif kajian tindakan meninjau keberkesanan elemen didik hibur bagi
memastikan perubahan sikap yang lebih positif sebelum waktu pertama PdPc dimulakan untuk
kelas bersemuka.
3.2 Objektif Khusus
a. Mengenal pasti keberkesanan elemen didik hibur terhadap perubahan sikap positif
responden terhadap sesi pembelajaran bersemuka
b. Mengenal pasti keberkesanan elemen didik hibur terhadap perasaan seronok hadir
ke sekolah dan suasana bilik darjah menarik perhatian
231
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian tindakan ini melibatkan 66 responden yang terdiri daripada murid -murid Tahun Tiga
bagi sesi persekolahan pada tahun 2021. Responden terdiri daripada 34 orang murid lelaki dan
32 orang murid perempuan . Demografi responden ialah seperti yang berikut:
BIL. RESPONDEN Jadual 1: Demografi Responden STATUS
BANGSA SOSIOEKONOMI
B40 M40 T20
LELAKI PEREMPUAN MELAYU CINA INDIA LAIN-
34 20 12
LAIN
34 32 42 3 15 6
5.0 METODOLOGI / PELAKSANAAN
5.1 Reka bentuk Kajian
Penyelidik telah menggunakan beberapapendekatanuntuk mengumpul data iaitu Model Lewin
(1946) dan Model SMART, ujian, dan pemerhatian. Model kajian tindakan (Lewin, 1946)
melibatkan empat langkah kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek.
Rajah 1: Model Kurt Lewin (Lewin, 1946)
232
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Model SMART merupakan langkah-langkah untuk mendapatkan hasil kajian adalah
seperti berikut:
Jadual 2: Model SMART
Specific (Khusus) Kajian ini disasarkan kepada responden iaitu murid-
murid Tahun 3 (Tahap 1) .
Measurable (boleh diukur) Bilangan responden berjumlah 66 (mengikut jantina
Attainable (pencapaian) dan tahap sosioekonomi )
Relevant (Relevan) Perubahan positif terhadap kesediaan responden untuk
PdPc
Isu Pandemik (PKP) dan hubungkait pembelajaran
secara dalam talian dan bersemuka di sekolah
Time-based (Masa) Tempoh kajian selama 3 bulan
Selain itu, instrumen yang diguna oleh penyelidik ialah ujian, dan pemerhatian, bagi
menghasilkan data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang
berlaku dalam kajian ini diperoleh.
5.2 Ujian
Ujian terbahagi kepada dua iaitu ujian pra dan ujian pos digunakan untuk mengenal pasti
perubahan positif terhadap elemen didik hibur. Ujian pra diadakan sebelum intervensi
dijalankan. Kajian ini dijalankan bagi menilai sejauh mana perubahan sikap positif untuk hadir
ke sekolah dan kesediaan untuk melaksanakan proses PdP. Ujian pos diberikan kepada
responden kajian setelah proses rawatan selesai dijalankan. Ujian ini sama dengan ujian pra
dengan meminta murid untuk menjawab soal selidik yang telah disediakan. Perbezaan
pencapaian antara ujian pos dan ujian pra digunakan untuk mengesan perubahan sikap positif
murid-murid. Ujian pos dibuat selepas intervensi dibuat iaitu selepas empat minggu.
5.3 Pemerhatian
Penyelidik menggunakan pemerhatian tidak berstruktur untuk mengumpul data. Penyelidik
membuat pemerhatian terhadap perubahan sikap responden bermula dari awal pagi semasa
murid-murid hadir ke sekolah, diikuti proses seterusnya iaitu pergerakan murid-murid ke bilik
darjah masing-masing dan peringkat terakhir ialah melihat dari sudut emosi iaitu kesediaan
untuk memulakan sesi pembelajaran pada waktu pertama seperti dalam jadual waktu. Segala
pemerhatian direkodkan dengan menggunakan nota lapangan.
6.0 TINJAUAN MASALAH
6.1 Ujian Pra
Penyelidik telah melaksanakan tinjauan awal ujian pra dan mendapati semasa pra pemerhatian
murid-murid menunjukkan emosi yang amat membosankan pada situasi awal pagi dan tidak
bersemangat untuk ke sekolah. Dapatan ujian pra yang diperoleh adalah seperti dalam Rajah 2
dan Rajah 3.
233
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
SK TAMAN BUKIT MALURI KUALA LUMPUR PRA TINJAUAN PENYATAAN 1 - 5
PRA TINJAUAN TINGKAH LAKU MURID SEBELUM MULAKAN WAKTU PERTAMA PdPC 35
ARAHAN :
Sila jawab soalan berikut yang jelas menggambarkan tentang diri anda dalam tempoh dua minggu ini . 30
NO SOALAN YA TIDAK 25
1 SAYA SERONOK HADIR KE SEKOLAH LPLP
30 29 4 3 RESPONDEN 20
15
2 SAYA SUKA SUASANA KELAS SAYA 14 11 20 21 10
5
3 SAYA SUKA BARINGDI ATAS MEJA SEBELUMMULA KELAS 16 19 18 13 0
12345
4 SAYA SUKA MENCONTENGATAUMELUKIS SEBELUMMULA KELAS 23 12 11 20 YA (L) 30 14 16 23 8
YA (P) 29 11 19 12 5
TIDAK (L) 4 20 18 11 26
5 SAYA MELENGKAPKAN KERJA RUMAH TERTANGGUH SEBELUM MULA KELAS 8 5 26 27 TIDAK (P) 3 21 13 20 27
Rajah 2: Pra tinjauan 1-5
Berdasarkan borang kaji selidik pra tinjauan tingkah laku responden sebelum
memulakan sesi pembelajaran waktu pertama. 10 kriteria yang berbentuk penyataan dengan
dua pilihan (YA/ TIDAK) telah diberikan kepada responden. Bagi penyataan pertama, seramai
30 responden lelaki dan 29 responden perempuan menjawab bahawa mereka seronok hadir ke
sekolah kecuali 7 responden menyatakan sebaliknya.
Seterusnya untuk penyataan kedua, seramai 14 responden lelaki suka terhadap suasana
kelas dan sebaliknya 20 responden perempuan berpendapat suasana kelas tidak menarik.
Seramai 16 responden lelaki menyatakan mereka lebih suka baring atas meja berbanding
dengan 19 responden perempuan. Bagi penyataan yang keempat, seramai 23 responden lelaki
lebih suka conteng atau melukis sebelum kelas dimulakan sebaliknya seramai 12 responden
perempuan 12 bersetuju dengan penyataan ini.
Daripada 66 responden , seramai 5 responden perempuan melengkapkan kerja rumah
tertangguh sebelum kelas dan bakinya adalah responden lelaki iaitu seramai 8 orang . Seramai
18 responden lelaki bersetuju membaca buku cerita atau komik sebelum kelas bermula dan 17
responden perempuan pula menyatakan tidak .
SK TAMAN BUKITMALURI KUALA LUMPUR PRA TINJAUAN PENYATAAN 6 - 10
PRA TINJAUAN TINGKAH LAKU MURID SEBELUM MULAKAN WAKTU PERTAMA PdPC 35
ARAHAN :
Sila jawab soalan berikut yang jelas menggambarkan tentang diri anda dalam tempoh dua minggu ini . 30
NO PENYATAAN YA TIDAK 25
6 SAYA SUKA MEMBACA BUKUCERITA ATAUKOMIK SEBELUMMULA KEL1A8S 15 16 17 RESPONDEN 20
7 SAYA SENTIASA BERSEDIA DENGAN PERALATAN SEBELUMMULA KELA1S6 19 18 13 15
10
8 SAYA SUKA BERMAIN SEBELUMGURUMULA MENGAJAR 15 7 19 25 5
9 SAYA SUKA BERBUAL-BUAL DENGAN RAKAN SEBELUMMULA KELAS 23 20 11 12 0
12345
YA ( L ) 18 16 15 23 5
10 SAYA DIGANGGUOLEH KAWAN-KAWAN SEBELUMMULA KELAS 5 8 29 24 YA (P) 15 19 7 20 8
TIDAK (L) 16 18 19 11 29
TIDAK (P) 17 13 25 12 24
Rajah 3: Pra Tinjauan Penyataan 6 -10
234
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 2 menjelaskan kesediaan peralatan sebelum kelas dimulakan bilangan responden
yang bersetuju ialah seramai 16 lelaki dan 19 responden perempuan. Bagi pernyataan yang
kelapan pula, seramai 15 responden lelaki suka bermain sebelum guru mula mengajar
manakala hanya 19 responden perempuan yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut .
Bagi pernyataan yang kesembilan iaitu suka berbual-bual dengan rakan sekelas sebelum mula
kelas iaialah seramai 23 responden lelaki . Sebaliknya 12 responden perempuan tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Seterusnya seramai 27 responden lelaki menyatakan
tidak kepada pernyataan bahawa mereka diganggu oleh rakan sekelas manakala 8 responden
perempuan pula bersetuju dengan gangguan tersebut.
7.0 TINDAKAN MENANGANI MASALAH
Salah satu kaedah pengajaran yang digunakan oleh penyelidik untuk merangsang
perkembangan emosi murid-murid ialah pengajaran berasaskan aktiviti muzik. Ini kerana
kaedah ini dianggap sesuai dengan persekitaran dan rutin harian murid-murid seperti
menyanyi, menghasilkan bunyi-bunyian, bermain alat muzik dan menari.
Tindakan dan aktiviti yang dirancang oleh pengkaji setelah menganalisis tinjauan ialah :
a) Menjalankan elemen didik hibur
a) Menjalankan elemen didik Memasang muzik atau lagu yang diminati oleh
hibur responden -responden sebelum PdPc waktu
pertama dimulakan.
Responden akan melakukan pergerakan berirama
dengan kawalan guru waktu pertama
7.1 Cara Pelaksanaan Tindakan Elemen Didik Hibur
CATATAN PEMERHATIAN
TARIKH: 15 Mac hingga 26 Mac 2021
TEMPAT: KELAS 3A, 3B DAN 3P
MASA: 7.25 PAGI HINGGA 7.35 PAGI
PERISTIWA:
Murid akan membuat pergerakan berirama semasa muzik atau lagu dimainkan.
Murid akan membuat pergerakan di tempat masing-masing mengikut SOP
dengan kawalan guru mata pelajaran waktu pertama atau guru kaunseling.
8.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan penggunaan kaedah pengajaran berasaskan didik hibur menerusi
aktiviti muzik memberi pengaruh besar terhadap perkembangan emosi murid-murid. Ini kerana
pelaksanaan aktiviti muzik membolehkan murid-murid mampu mengurus dan meluahkan
emosi mereka dengan cara yang betul. Tambahan pula, kemahiran -kemahiran lain seperti
kemahiran komunikasi, tahap keyakinan diri, sifat kerjasama dan hubungan bersosial dapat
diperkembangkan melalui pelaksanaan aktiviti muzik. Selain itu,elemen didik hibur
merupakan salah satu pendekatan terapi yang turut membantu perkembangan emosi,
psikomotor, sosial, dan kognitif para pelajar.
235
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Tambahan pula, murid-murid Tahap 1 dilihat suka memberi tindak balas yang positif,
mendengar dan melibatkan diri apabila muzik dimainkan. Oleh itu, kaedah pengajaran
berasaskan aktiviti muzik mampu memberi kesan yang positif terhadap perkembangan emosi
pelajar. Pengalaman aktiviti muzik yang dirancang dengan baik sentiasa dianggap memberi
makna, menyeronokkan serta memberi pengalaman secara langsung kepada mereka. Refleksi
pemerhatian mendapati kebanyakan reponden menunjukkan sikap yang lebih positif selepas
menggunakan elemen didik hibur di mana beberapa lagu kegemaran responden berkumandang
di sekolah sebelum waktu pertama sesi pembelajaran dimulakan. Berikut adalah dapatan ujian
pasca pemerhatian terhadap murid.
8.1 Ujian Pasca
D IK HIB UPtianRdgakahShalraEikyuBarnegsApkoGend-e1An4,sIepbSeenlyAuemliRdbiekrAmteulPalahnAymaNeslaeksMispaenImaNkbaenDlabjaoArraannwg akkatjui selidik pasca tinjauan
pertama diedarkan dan
SCA ANARLajIaSh 4AdanTRINajaJh A5 mUenAunNjukkan hasil dapatan daripada kajian tersebut.
MASALAH
PASCA TINJAUAN PENYATAAN 1 - 5
RTAMA PdPC 40
35
dalam tempoh dua minggu ini . RESPONDEN 30
YA TIDAK 25
20
LPLP 15
34 32 0 0 10
34 32 0 0 5
4 6 30 26
8 3 26 29 0
S 2 0 32 32 12345
YA (L ) 34 34 4 8 2
YA (P ) 32 32 6 3 0
TIDAK ( L) 0 0 30 26 32
TIDAK ( P) 0 0 26 29 32
Jadual 4: Pasca Tinjauan Penyataan 1 - 5
Bagi penyataan pertama, seramai 34 responden lelaki dan 32 responden perempuan
menjawab bahawa mereka seronok hadir ke sekolah . Seramai 34 responden lelaki 32
responden perempuan menjawab suka terhadap suasana kelas yang merupakan pernyataan
kedua dalam borang kaji selidik.
Seramai 4 responden lelaki menyatakan mereka lebihsuka baringatas meja berbanding
dengan 6 responden perempuan dalam pernyataan yang ketiga.Bagi penyataan yang keempat
pula , seramai 8 responden lelaki lebih suka conteng atau melukis sebelum kelas dimulakan
manakala sebaliknya 3 responden perempuan bersetuju dengan pernyataan ini.
Daripada 66 responden, semua responden perempuan melengkapkan kerja rumah
yang tertangguh sebelum kelas dan bakinya adalah 2 orang responden lelaki . 5 responden
lelaki bersetuju membaca buku cerita atau komik sebelum kelas bermula dan 28 responden
perempuan pula menyatakan tidak.
236