PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Refleksi bermakna perlu dijadikan amalan, tabiat dan budaya dalam kalangan guru.
Pemikiran reflektif dan bersifat pertumbuhan (growth mindset) dan wajar disuburkan dalam
kalangan guru bagi memastikan mereka terus relevan, berkualiti tinggi dan kompetetif terhadap
sistem dan keperluan pendidikan. Perubahan dalam diri guru secara professional memberikan
implikasi terhadap pembentukan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna. Amalan
refleksi bermakna diyakini mendorong guru menjadi lebih relevan dan compatible dengan
keperluan konteks semasa.
Untuk tujuan memacu perubahan dalam konteks pembangunan profesionalisme guru
di daerah Kuala Kangsar, satu program dengan format perancahan pertandingan direka bentuk
dan diimplementasikan yang dikenali sebagai Reimagining RefleksiDEA. Selain membangun
dan mengembangkan professionalisme guru, program ini secara implisit bertindak sebagai
faktor penarik (attracting factor) untuk guru berperanan sebagai pengamal yang proaktif dan
kompeten dalam bilik darjah dan mampu menjadi a) strategizer dan b) proactive / ejent of
change. Guru dirancah secara sistematik dan diprogramkan untuk bertindak sebagai expert
practitioner yang berupaya mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran bagi meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan matlamat akhir untuk memastikan penyampaian
pendidikan dengan kualiti tertinggi dapat disampaikan menerusi: a) pembangunan sekolah
unggul di daerah Kuala Kangsar dan b) keupayaan produksi dan penyediaan murid kompeten
yang menepati standard global untuk pasaran masa hadapan.
3.0 OBJEKTIF
Penyelidikan ini mempunyai satu objektif utama iaitu untuk:
Meneroka implikasi modul program terhadap pembelajaran professionalisme guru daripada
aspek perubahan pengetahuan, perubahan kemahiran, perubahan persepsi terhadap inovasi dan
perubahan Professional Learning Community (PLC).
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Penyelidikan ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut, iaitu:
i. Sejauh manakah modul Reimagining RefleksiDEA memberikan implikasi kepada
perubahan pengetahuan?
ii. Sejauh manakah modul Reimagining RefleksiDEA memberikan implikasi kepada
perubahan kemahiran?
iii. Sejauh manakah modul Reimagining RefleksiDEA memberikan implikasi kepada
perubahan persepsi terhadap inovasi?
iv. Sejauh manakah modul Reimagining RefleksiDEA memberikan implikasi kepada
perubahan Professional Learning Community (PLC)?
4.1 Skop kajian
Penyelidikan ini adalah berfokus kepada strategi pembangunan profesionalisme guru
menerusi implementasi program Reimagining RefleksiDEA. Ia melibatkan guru-guru yang
berkhidmat di daerah Kuala Kangsar. Perincian bagi populasi, sampel dan peserta kajian
adalah seperti yang berikut:
i. Populasi kajian: Guru guru di daerah Kuala Kangsar
ii. Sampel kajian: 64 orang guru peserta
iii. Peserta kajian: 32 orang guru finalis
137
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Kepentingan dan sumbangan cadangan kajian dalam meningkatkan kualiti pendidikan,
penyampaian perkhidmatan awam dan pembangunan negara
Penyelidikan ini menyediakan satu eviden dan reka bentuk program yang berupaya merancah
pembangunan profesionalisme guru yang berfokus kepada cetusan inovasi autentik yang
berpunca daripada refleksi yang bermakna. Ia juga menyediakan d ata berguna mengenai
teacher’s voice mengenai pembelajaran profesionalisme.
5.0 METODOLOGI
Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Daripada aspek teknik
persampelan, teknik persampelan bertujuan digunakan untuk memilih peserta kajian.
5.1 Kajian kes
Pendekatan kajian kualitatif dipilih oleh penyelidik untuk penyelidikan ini. Pendekatan ini
dijalankan dengan latar semula jadi untuk meneroka dan menyelidik sesuatu isu (Yin, 2003)
yang berteraskan kepada elemen (i) tuntutan ilmu, (ii) strategi inkuiri yang mengandungi
prosedur dan (iii) kaedah pengumpulan dan analisis data. Data secara kualitatif dapat
menghuraikan dan menjelaskan secara terperinci dan mendalam malah ia mampu membongkar
dan memberikan pemahaman kepada apa yang berlaku di sebalik fenomena yang sebelum ini
kurang diketahui.
Penyelidikan kualitatif banyak bergantung kepada persepsi tafsiran seluruh
perancangan, pengumpulan data, analisis dan penulisan kajian. Ciri-ciri utama penyelidikan
kualitatif ialah keutamaan yang diberikan kepada tafsiran yang mana hasil kajian bukan sahaja
dianggap sebagai penemuan tetapi juga sebagai penyataan dan dakwaan. Dapatan kajian tidak
akan melalui sebarang prosedur pengiraaan dan statistik. Dapatan kajian adalah tentang
menjelaskan dapatan melalui perkataan yang diorientasikan untuk menjelas dan menerangkan
pelbagai jenis pemahaman.
5.2 Kaedah
Kajian kes dipilih dengan tujuan untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam dan
terperinci mengenai sesuatu kes yang diselidiki (Creswell, 2003). Penyelidik mempunyai minat
yang sangat mendalam untuk mengkaji satu kes yang berlaku dalam sistem pendidikan di
Malaysia iaitu daerah Kuala Kangsar melaksanakan program Reimaging RefleksiDEA.
Program ini dirangka, dijana dan dilaksanakan khusus untuk semua guru di sekolah dalam
daerah Kuala Kangsar dan memberikan perubahan secara berperingkat – dan begitu menarik
untuk dikaji.
Kes utama ialah bagaimana guru-guru yang terlibat dalam program ini mengalami
proses perubahan profesionalisme setelah mengikuti program Reimagining RefleksiDEA.
Rentetan daripada itu, penyelidik perlu menjawab secara mendalam persoalan-persoalan yang
terbit terhadap “perubahan” yang dimaksudkan iaitu daripada segi (i) pengetahuan, ii)
kemahiran, iii) persepsi terhadap inovasi, iv) profesional learning community (PLC), (v) faktor
kejayaan dan (iv) cadangan penambahbaikan. Penyelidik mendapati kajian kes merupakan
138
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
kaedah kajian yang tepat untuk menjawab persoalan “bagaimana” dan “mengapa” dalam
penyelidikan ini.
5.3 Pensampelan
Kaedah persampelan tidak rawak atau juga dikenali sebagai pensampelan bukan
kebarangkalian (non-probability sampling) yangmerupakanpersampelanbertujuan (purposive
sampling) dipilih oleh penyelidik untuk penyelidikan. Hal ini kerana dalam peny elidikan
kualitatif, sampel sengaja dipilih berdasarkan kepada kehendak kajian. Penyelidik sengaja
memilih sampel dengan tujuan mendapatkan jumlah sampel yang dikehendaki supaya mudah
memperolehi data yang dicari, memenuhi kritirea, menggambarkan ciri dan paling penting
bertepatan dengan keperluan objektif kajian.
5.4 Populasi
Penyelidikan ini melibatkan populasi dalam kalangan guru yang mengajar di Daerah Kuala
Kangsar. Penyelidik mengecilkan populasi kepada guru-guru di Daerah Kuala Kangsar yang
menyertai secara rasmi program Reimagining RefleksiDEA (peserta rasmi yang mendaftar).
5.5 Sampel
Program berformat pertandingan ini melibatkan proses saringan kualiti. Proses ini
membenarkan dan menyediakan penyelidik dengan sampel yang bersesuaian bagi tujuan
penyelidikan. Maka, penyelidik memilih 65 orangsampel yangterdiri daripada guru -guru yang
merupakan peserta finalis program. Jumlah sampel ini ditentukan dengan bergantung kepada
keperluan penyelidik untuk menjawab soalan-soalan kajian.
5.6 Lokasi
Penyelidik memilih daerah Kuala Kangsar sebagai lokasi kajian. Justifikasi pemilihan adalah
kerana penyelidik berkhidmat di daerah ini dan ini merupakan faktor terbesar yang
membolehkan penyelidik terlibat secara langsung dan terus bagi tujuan koordinasi program.
Sampel kajian berada di sekolah-sekolah yang berada di dalam daerah Kuala Kangsar.
Terdapat 113 buah sekolah di daerah Kuala Kangsar ini. Sampel di lokasi ini yang
dihimpunkan menerusi program Reimagining RefleksiDEA sangat sesuai bagi memenuhi
keperluan sebuah kajian kes yang diselidiki. Bagi tujuan penerokaan maklumat awal,
penyelidik akan bertemu secara bersemuka dengan setiap peserta kajian di sekolah masing
masing, namun wujud keterbatasan pergerakan akibat daripada perintah kawalan pergerakan
(PKP). Aplikasi Flipgrids bertindak sebagai alat yang digunakan dalam tujuan mendapatkan
maklum balas daripada persoalan-persoalan yang berfokus secara dalam talian. Flipgrids
memberikan manfaat untuk pengumpulan data dengan lebih cepat, konsisten dan mudah.
5.7 Instrumen
Instrumen kajian ialah apa-apa alat, cara atau apa-apa kaedah yang digunakan oleh penyelidik
untuk mendapat dan mengumpul data kajian. Instrumen kajian dipilih berdasarkan kesesuaian
kajian. Dalam penyelidikan ini, penyelidik turut telah bertindak sebagai instrumen. Penyelidik
sebagai instrumen haruslah berupaya memproses data secara serta-merta, berupaya menjelas
dan merumuskan data serta sentiasa peka dan cakna dengan sebarang perubahahan yang
berlaku di persekitarannya.
139
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
5.8 Kaedah pengumpulan data
Penyelidik menggunakan teknik pengumpulan data melalui pencarian data primer dan data
sekunder. Sumber data primer diperoleh menerusi teknik temu bual manakala sumber data
sekunder diperoleh melalui teknik analisis dokumen. Penyelidik mengumpul data melalui
teknik trangulasi iaitu a) temu bual, b) analisis dokumen dan c) pemerhatian (Creswell, 2003).
5.9 Kaedah menganalisis data
Data dianalisis dengan kaedah analisis kandungan, pengekodan, kaedah perbandingan konstan
dan analisis induktif.
5.10 Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan dalam penyelidikan kualitatif merupakan elemen yang sangat
penting dan perlu diberikan perhatian yang lebih kerana ia melibatkan data yang bersifat
subjektif. Dalam penyeliidkan ini, kesahan dalaman melibatkan a) pembandingan sumber
data, b) pemeriksaan rakan (rakan pakar) dan c) pemeriksaaan rakan sekerja. Kesahan luaran
pula melibatkan a) deskripsi yang boleh difahami sampel dan b) interpretasi tidak dipengaruhi
emosi. Aspek kebolehpercayaan dalam penyelidikan ini adalah melibatkan a) triangulasi, b)
jejak audit (audit trail) dan peranan / fungsi c) peranti perakam suara dan video menggunakan
aplikasi Flipgrids.
5.11 Etika dan kredibiliti
Penyelidik bertanggungjawab mematuhi semua etika penyelidikan sepanjang melaksanakan
kajian. Penyelidik juga harus memastikan penyertaan peserta kajian adalah sukarela.
Penyediaan borang kenyataan persetujuan dan borang kenyataan kerahsiaan oleh penyelidik
adalah tindakan yang paling tepat. Semasa mengendalikan sesi temu bual, bahasa yang
digunakan haruslah ringkas dan mudah difahami. Aspek ruang masa yang mencukupi untuk
setiap peserta kajian menjawab persoalan perlu diberikan perhatian oleh penyelidik. So alan-
soalan yang boleh menimbulkan rasa malu, menganggu emosi dan mewujudkan situasi yang
tidak menyenangkan tidak boleh dilakukan oleh penyelidik. Penyelidik harus sentiasa
bertanggungjawab memelihara dan menjaga kerahsiaan maklumat peserta kajian.
5.12 Kajian rintis
Penyelidik telah menjalankan kajian rintis dengan memilih seramai 12 orang guru finalis.
Mereka merupakan peserta rasmi program Reimagining RefleksiDEA yang telah melalui
beberapa fasa pembangunan professionalisme guru menerusi pelibatan da lam program.
Penyelidik telah menggunakan kaedah temu bual berstruktur untuk mengumpulkan data. Data
temu bual dikumpulkan secara efektif berbantukan aplikasi flipgrids. Data temu bual disimpan
secara simpanan awanan (cloud storage) yang disediakan oleh aplikasi Flipgrids.
Hasil daripada dapatan kajian rintis ini banyak membantu penyelidik untuk melakukan
penambahbaikan dalam mereka bentuk instrumen soalan temu bual dengan peserta kajian yang
seterusnya. Kelemahan yang ada dalam soalan temu bual dapat dikenal pasti penyelidiksemasa
kajian rintis ini terutama mengenai teknik pertanyaan soalan kepada peserta kajian. Laras
bahasa dan intonasi yang digunakan sebagai item dalam soalan temu bual berstruktur perlu
140
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
bersesuaian dengan pemahaman peserta guru. Keupayaan ini membantu penyelidik
memperoleh jawapan yang lebih jelas, telus dan tepat. Hasil temu bual yang telah dibuat juga
menyebabkan penyelidik mendapat beberapa idea baharu dan tema serta subtema yang
sebelum ini tiada dalam kerangka kajian. Dapatan ini sangat bermanfaat untuk penyelidik
mendapatkan konstruk dan temak tentatif yang lebih berkualiti.
6.0 KERANGKA KONSEPTUAL
Rajah 1 berikut menunjukkan kerangka konseptual bagi penyelidikan ini.
Rajah 1: Kerangka konseptual Reimagining RefleksiDEA 2020
Program Reimagining RefleksiDEA dibangun dan diimplementasikan dengan tujuan
untuk memacu perubahan dalam kalangan guru menerusi pembangunan professionalisme.
Program berformat pertandingan ini menerima sebanyak 124 penyertaam rasmi daripada guru-
guru di dalam daerah Kuala Kangsar. Berpandukan kepada teori perubahan yang dipelopori
oleh Kurt Lewin (1951), program ini dikerangkakan berdasarkan kepada tiga tahap dalam teori
perubahan iaitu ; a) (pembekuan) freezing, b) perubahan (change) dan c) pembekuan semula
(refreezing). Program Reimagining RefleksiDEA berada padatahap perubahan dan dipecahkan
kepada dua bahagian iaitu ; a) elemen perubahan dan b) proses perubahan.
Elemen-elemen perubahan yang direka bentuk dalam program ini termasuklah poster
creation, google sites creation, 3-mins videocreation, infographic creation, google classroom,
Flipgrids, meaningful reflector, communication skills dan ejent of change yang diadunkan
dalam proses perubahan digital assignment submission, 9-mins physical interview session,
Flipgrids digital interview session, 8-HOURS [Re] Focus + Improve + Share dan Bual Bicara
Reimagining RefleksiDEA.
141
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.1 Carta perbatuan program Reimagining RefleskiDEA
Program Reimagining RefleksiDEA dilancarkan secara digital pada 13 Januari 2020 dan
menerima sebanyak 124 penyertaan rasmi. Data pendaftaran dikumpulkan secara digital
menggunakan google form.
Perkataan Reimagining ditambah di hadapan namaprogram menjadikannama program
ialah Reimaging RefleksiDEA. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh fak tor penutupan
sekolah di seluruh Malaysia pada pertengahan Mac 2020. Reimagining membawa maksud
program dirangkakan semula. Elemen-elemen perubahan dirangkakan semula dan bersifat
dinamik selari dengan keperluan dan tuntutan persekitaran. Program ini yang pada asalnya
ditentatifkan berakhir pada4 Mei 2020 mengalami proses penstrukturan semula dan diteruskan
sehingga 6 Januari 2021.
Rajah 2 menunjukkan carta perbatuan bagi peringkat-peringkat dalam Reimagining
RefleksiDEA. Setiap peringkat diadungan elemen-elemen perubahan yang dihasratkan secara
implisit dalam pembangunan profesionalisme guru. Pada setiap peringkat, peserta guru
dibimbing dan dirancah oleh peranan penyelidik sendiri, pasukan pembimbing pembangunan
sekolah dan pasukan pengurusan di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar. Perancahan
peserta guru dilaksanakan secara perjumpaan fizikal (dengan pematuhan kepada SOP
pencegahan penularan) dan dinamakan sebagai Scaffolding Workshops. Setiap peringkat turut
memperuntukkan masa dan jenis cabaranberbeza yangmemberi peluangkepada setiap peserta
guru belajar dan menerokai kemahiran, pengetahuan dan nilai teradun.
Rajah 2 : Carta perbatuan program Reimagining RefleksiDEA
7.0 DAPATAN
Penyelidikan ini menemukan penyelidik kepada beberapa dapatan penting. Meskipun
penyelidik menerima dan berjaya mengumpulkan data yang banyak dan bersifat tepu, huraian
penyelidik bagi penulisan ini berfokus dan tertumpu kepada aspek perubahan.
Aspek ini menjadi fokus penyelidik kerana penyelidik begitu menyakini bahawa
perubahan merupakan perkara yang paling penting dalam pembangunan professionalisme
guru. Penyelidik ingin sekali memahami bagaimanakah program seumpama ini mampu
142
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
memberikan perubahan kepada guru? Aspek perubahan spesifik yang ingin diteroka oleh
penyelidik pasca implementasi program ialah daripada segi pengetahuan, kemahiran, persepsi
terhadap inovasi dan Komuniti Pembelajaran Profesional atau lebih dikenali sebagai
Professional Learning Community (PLC).
7.1 Perubahan pengetahuan
Rajah 3 menunjukkan ringkasan dapatan mengenai perubahan pengetahuan dalam kalangan
guru setelah menyertai Reimagining RefleksiDEA. Data ini telah diekstrak daripada temu bual
berstruktur berbantukan aplikasi Flipgrids. Soalan temu bual bertanyakan kepada guru
bagaimanakah program Reimagining RefleksiDEA memberikan perubahan kepada
pengetahuan mereka.
Analisis data menemukan pengetahuan sebagai salah satu konstruk perubahan.
Konstruk ini mendedahkan kepada lima tema utama. Setelah menyertai program Reimagining
RefleksiDEA, peserta guru berubah dalam aspek pengetahuan daripada segi: a) semakim
memahami untuk menulis refleksi bermakna, b) tahu mengenai kepentingan refleksi bermakna,
c) menerima input-input baru, d) semakin jelas tentang peranan guru sebagai pemudahcara dan
e) berupayaan mengaplikasi ilmu inovasi dalam konteks sebenar.
Bagi tema pertama iaitu semakin memahami penulisan refleksi bermakna, terb it dua
subtema susulan iaitu : a) guru tahu refleksi bermakna adalah asas kepada inovasi autentik dan
b) guru telah berupaya membezakan antara refleksi bermakna dan refleksi tidak bermakna.
Rajah 3: Ringkasan dapatan mengenai perubahan pengetahuan
7.2 Perubahan kemahiran
Rajah 4 menunjukkan ringkasan dapatan mengenai perubahan kemahiran. Data ini diesktrak
daripada temu bual berstruktur berbantukan aplikasi Flipgrids. Soalan temu bual bertanyakan
kepada guru bagaimanakah program Reimagining RefleksiDEA memberikan perubahan
kepada kemahiran mereka?
143
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Analisis data mendedahkan kemahiransebagai salah satu konstruk dalam perubahan. Konstruk
ini menemukan kepada dua tema utama. Reimagining RefleksiDEA memberikan implikasi
kepada guru yang menyebabkan peserta guru mengalami perubahan dalam aspek kemahiran
iaitu daripada segi : a) berkeupayaan mengendalikan teknologi dan b) menjadi dan bertindak
sebagai sumber rujukan utama di sekolah.
Bagi tema pertama iaitu berkeupayaan mengendalikan teknologi, data turut mendedahkan
subtema iaitu guru berubah menjadi : a) semakin efisien terhadap pengendalian perkakasan dan
perisian teknologi dan b) berkebolehan menggunakan perkakasan dan perisian teknologi
dengan efektif.
Rajah 4: Ringkasan dapatan mengenai perubahan kemahiran
7.3 Perubahan persepsi terhadap inovasi
Rajah 5 menunjukkan ringkasan dapatan mengenai perubahan persepsi terhadap inovasi. Data
telah diesktrak daripada temu bual berstruktur berbantukan aplikasi Flipgrids. Soalan temu
bual bertanyakan kepada guru bagaimanakah programReimaginingRefleksiDEA memberikan
perubahan kepada persepsi terhadap inovasi.
Konstruk ini mendedahkan kepada dua tema utama. Setelah menyertai program
Reimagining RefleksiDEA, peserta guru berubah dalam aspek perspesi terhadap inovasi
daripada segi: a) pemahaman yang semakin jelas tentang konsep inovasi dan b) mempunyai
pemikiran yang positif.
144
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 5: Ringkasan dapatan mengenai perubahan persepsi terhadap inovasi
7.4 Perubahan dalam Professional Learning Community
Rajah 6 menunjukkan ringkasan dapatan mengenai perubahan terhadap Professional Learning
Community (PLC). Data diekstrak daripada temu bual berstruktur berbantukan aplikasi
Flipgrids. Soalan temu bual berstruktur bertanyakan kepada guru bagaimanakah program
Reimagining RefleksiDEA telah memberikan perubahan kepada Professional Learning
Community?
Konstruk ini menemukan kepada dua tema utama daripada segi: a) budaya kerja
berpasukan b) perkongsian pintar dan c) keupayaan mempengaruhi dan menarik minat guru
lain. Tema pertama iaitu budaya kerja berpasukan turut mendedahkan dua subtema iaitu
jaringan kolaboratif dan sebaran luas.
Rajah 6: Ringkasan dapatan mengenai perubahan Professional Learning Community
145
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
8.0 KESIMPULAN
Penyelidikan ini menyediakan jawapan yang jelas kepada penyelidik mengenai perubahan
yang berlaku kepada guru setelah mengikuti program Reimagining RefleksiDEA. Kajian kes
menyediakan data yang bersifat kaya dan tepu dengan pemahaman maksud yang begitu
mendalam. Penyelidik ingin membuat kesimpulan dengan berkisarkan kepada empat fokus
utama iaitu:
8.1 Implikasi kepada pembangunan profesionalisme guru
Program Reimagining RefleksiDEA dibuktikan mempunyai implikasi yang postitif terhadap
perubahan guru merangkumi aspek-aspek professionalisme yang penting seperti pengetahuan,
kemahiran, persepsi terhadap inovasi dan Professional Learning Community. Perubahan yang
dihasratkan telah berlaku dan menerbitkan rangkaian-rangkaian implikasi yang pada akhirnya
dihasratkan dapat membentuk pengalaman pembelajaranbermaknapada murid. Dalam tempoh
yang begitu kritikal seperti yang sedangdialami sekarang, guru perlu terus berubah untuk terus
seiring dan relevan dengan keperluan persekitaran.
8.2 Keperluan perubahan
Pandemik COVID-19 mencetuskan gelombang gangguan yang melibatkan hampir
keseluruhan sistem kehidupan manusia sejagat. Tidak ketinggalan ialah guru sebagai pendidik
dan murid sebagai pelajar. Gangguan yang berlaku mentransisikan kita kepada norma baharu
yang mungkin sebelum ini belum pernah dipelajari atau dialami. Maka, perubahan menjadi
satu keperluan yang perlu dilakukan secara tangkas, pantas dan cepat. Setiap sektor, unit atau
individu dengan pantas perlu berefleksi dan merangka semula perancangan agar ia sentiasa
bertepatan dengan keperluan.
8.3 Perubahan instruksional – norma baharu
Selain murid, guru merupakan aset yang paling bermakna dalam sistem pendidikan sesebuah
negara. Pembelajaran yang bermakna melahirkan murid yang kompeten dan mampu menepati
setiap standard global. Guru perlu dibimbing oleh pasukan yang lebih berpengetahuan dan
berpengalaman. Guru perlu disantuni agar mereka terus boleh berkembang secara eksponen
dengan keperluan. Dalam tujuan bimbingan instruksional, gaya bimbingan turut perlu diubah
selari dengan keperluan norma baharu. Teachers’ voice perlu didengari, dipertimbangkanagara
tindakan yang bersesuaian dapat dilaksanakan dengan kadar yang pantas, tepat dan pantas.
Pasukan pembimbing perlu memastikan kompetensi diri dan pasukan berada pada tahap yang
lebih baik sesuai dengan istilah More Knowledgable Others (MKO) seperti yang dihuraikan
dalam teori Zone of Proximal Development (ZPD).
8.4 Peranan perancahan
Penyelidik melihat perancahan mempunyai peranan yang sangat besar terhadap pembangunan
profesional guru. Guru yang berada di lapangan memerlukan sumber sokongan yang boleh
mereka percayai untuk terus mereka berkembang, membangun dan beransur maju. Sokongan
yang diberikan haruslah mempunyai kompetensi yang relevan dengan keperluan semasa.
“Bahasa sekolah” yang digunakan menjadikan guru lebih dekat dan selesa dengan peranan
instruksional Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
146
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
RUJUKAN
Ali, W. (2020). Online and remote learning in higher education institutes : a necessity in light
of COVID-19 pandemic. Higher Education Studies.
Chen, J. &. (2006). Using Computers in Early Childhood Classrooms. Journal of Early
Childhood, 169-188.
Creswell, J. W. (2003). Research Design : Qualitative, Quantitave and Mixed Methods
Approaches. California: Sage Publications, Inc.
Creswwll, J. W. (2012). Educational Research : A Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research (Fourth Edition). University of Nebraska-
Lincoln: Pearson.
Fedynich, L. (2014). Teaching Beyond Classroom Walls : The Pros and Cons of Cyber
Learning. Journal of Instructional Pedagogies.
Huang, L. T. (2020). Handbook for Facilitating Flexible Learning During Educational
Dsiruption : The Chinese Experience in Maintaining Undisrupted Learning in
COVID-19 Outbreak. Retrived from https://iite.unesco.org/wp-
content/uploads/2020/03/Handbook-on-Facilitating-Flexible-Leanring-in-COVID-19-
Outbreak-SLIBNU-V1.2-20200315.pdf.
Kalogiannakis, M. (2010). Training with ICT for ICT from the Trainer Perspective. A Local
ICT Teacher Training Experience. . Education dan Information Technologies, 15 (1)
3-17.
Kim, J. (2017). Transfroming Music Education for the Next Generation : Planting Four Cs
through Children Songs. International Journal of Early Childhood, 49 (2), 181-193.
Kim, J. (2020). Learning and Teaching Online During COVID-19 : Experiences of Student
Teachers in an Early Childhood Education Practicum. International Journal of Early
Chilhood, 145-158.
Murgatrotd, S. (2020). COVID-19 and Online Learning.
Pardo, A. N. (2015). Reflection on Teachers' Personal dan Professional Growth Through
Materials Development Seminar. HOW, 54-74.
Sanal Ernigel, S. (2006). Developing Reflective Teachers : A Study on Perception and
Improvement of Reflection in Pre-Service Teacher Education. Doctorate Thesis, 1-
232.
Setiyani. (2020). Designing Digital Tevahing Module Based on Mathematical
Communication in Relation and Function. Journal of Mathematics Education, 223-
236.
UNESCO. (2020). COVID-19 Educational Disruption Response. Retrived from
https://en.unesco.org/covid19/educationresponse/.
Wedenoja, L. (2020). What to Expect When You Weren't Expecting Online Classes.
Rockefeller Institute of Government.
Yilmaz, A. B. (2019). Distance and Face to Face Students' Perceptions Towards Distance
Education : A Comparative Metaphorical Study. Turkish Online Journal of Distance
Education-TODJE, 1302-6488.
Yin, R. K. (2003). Case Study Research : Design and Method Volume 5 (Third Edition).
California: Sage Publications, Inc.
Zhang, W. W. (2020). Suspending Classes Without Stopping Leanring : China's Education
Emergency Management Policy in the COVID-19 Outbreak. Journal of Risk and
Financial Management, 13 (55), 1-6.
147
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
LAMPIRAN: PETIKAN TRANSKRISPI (KAJIAN RINTIS)
148
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
149
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
150
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
PLC PP: INOVASI TAPAK PLC BERFOKUS KE ATAS PELAKSANAAN PBL STEM
YANG BERKESAN
HABIBAH BINTI JA’AFAR
Guru Kanan Mata Pelajaran, SMK Bentong, Pahang
[email protected]
Abstrak
Pendidikan bidang Sains dan Teknologi, Kejuruteraan serta Matematik adalah satu bidang
yang sedang mendapat perhatian banyak pihak kerana peranannya dalam transformasi
pendidikan ke arah Revolusi Perindustrian 4.0. Bagi memenuhi hasrat untuk
melengkapkan murid di sekolah dengan kemahiran menyelesaikan masalah,
berpengetahuan serta inovatif, maka pendekatan pembelajaran secara Problem Based
Learning (PBL) adalah satu pendekatan yang bertepatan untuk tujuan ini. Kajian ini
adalah bertujuan untuk mengkaji pendekatan dan keperluan pembangunan komuniti
profesional (Continuing Professional Development-CPD) melalui platform Komuniti
Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community- PLC) dalam kalangan
guru apabila menjalankan pelaksanaan PBL (Problem Based Learning) STEM. PBLSTEM
adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bercirikan adanya permasalahan
nyata sebagai konteks untuk murid belajar berfikir secara kritis dan kreatif. Pemilihan
platform PLC dengan secara berstruktur dan berfokus dengan aplikasi inovasi PP
(Pentagon PLC) dalam melaksanakan tugasan PBL STEM murid dilihat dapat memberi
kesan positif dalam peningkatan profesionalisme guru dilihat daripada aspek pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Metodologi pengumpulan data adalah daripada
dokumen SKPMG2 (Std 4.1.1), laporan PBL STEM dalam fail panitia dan laporan PLC
panitia. Responden adalah terdiri daripada 6 guru Ketua Panitia Host dan 6 panitia yang
terlibat dengan integrasi PBL STEM. Intervensi yang dilaksanakan adalah aplikasi inovasi
Pentagon PLC (PP) berfokus yang mengguna pakai 5 tapak PLC bagi tujuan perancangan
PBL STEM yang berkesan. Kekerapan PLC bagi setiap panitia adalah menunjukkan
peningkatan 100% dan ini menjurus kepada pembudayaan pembangunan profesionalisme
guru. Penerapan pengintegrasian panitia dalam PBL juga menunjukkan peningkatan 75%.
Manakala bagi Tahap Tindakan SKPMg2 Standard 4 menunjukkan terdapat peningkatan
100% bagi aspek 4.1.1.
Kata kunci: PBL, PLC, Standard 4.1.1, SKPMg2, fail panitia
1.0 PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menggariskan antara matlamat utama
FPK adalah untuk melahirkan generasi warganegara yang berpengetahuan serta berkemahiran
demi menghadapi cabaran hidup masa kini dan masa hadapan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2001).
Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) adalah satu bentuk strategi dan reka bentuk
kurikulum yang telah dilaksanakan di Universiti McMaster, Kanada pada tahun1969. Menurut
Barrows & Tamblyn (1980), PBL boleh diterjemahkan sebagai satu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang dapat merangsang pencapaian pelajar menerusi aspek -aspek berikut:
• Penyesuaian dan penglibatan dalam sesuatu perubahan.
• Aplikasi dalam penyelesaian masalah dalam keadaan semasa dan masa hadapan.
• Pemikiran kreatif dan kritikal.
• Adaptasi pendekatan yang menyeluruh ke atas permasalahan dan situasi kritikal.
• Menyantuni pendapat dari pelbagai disiplin.
151
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
• Kolaborasi pasukan kerja yang mantap.
• Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
• Ransangan ke atas pembelajaran kendiri.
• Kemahiran komunikasi berkesan.
• Pemantapan konsep pengetahuan.
• Kemahiran kepimpinan.
• Penggunaan pelbagai sumber yang berkaitan.
PBL adalah satu bentuk pendekatan pengajaran dan pemudahcaraan (PdP) dan proses
pendidikan yang memerlukan seseorang pelajar mengalami pembelajaran bermakna yang
mempunyai kaitan dengan alam kehidupan yang nyata. Matlamat utama kaedah pendekatan
PBL ini adalah memberikan pengalaman sebenar dalammenghadapi masalah dalamkehidupan
supaya pelajar dapat berfikir dan bertindak juga sebagai stimulus kepada pembelajaran yang
akan diaplikasikan pada masa hadapan.
“an education process that requires the learner to go through the same activities during
learning that are valued in the world. The intent is to challenge the learner with problems
found in practice but as a stimulus for learning and as a focus for organising what has been
learned to later recall and application for future work”
(Boud & Feletti, 2001)
PBL (Problem Based Learning) adalah satu strategi pendekatan pendidikan yang
didasarkan dari pernyataan masalah, yang kemudiannya digunakan untuk merangsang pelajar
untuk berfikiran kritis dan kreatif berorientasikan pada masalah. Pendekatan PBL menekankan
fokus ke atas kemahiran menyelesaikanmasalah dengan cara aplikasi pemikiran kritikal dalam
konteks dunia sebenar (real life situation). Kemahiran menyelesaikan masalah ini adalah
sangat penting untuk diberi penekanan dalam kurikulum mata pelajaran panitia-panitia di
sekolah. Ini adalah fasa persediaan untuk melengkapkan pelajar kita untuk menangani
permasalahan dunia sebenar di luar dunia persekolahan mereka nanti. Pendekatan ini adalah
seiring dengan transformasi dunia yang sedang bergerak pantas ke arah IR 4.0.
2.0 ISI KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Sebagai seorang Penyelaras PBL STEM, saya telah merefleksi amalan pelaksanaan PBL
STEM yang sepatutnya dijalankan supaya objektif dan matlamat tersirat PBL STEM itu dapat
diterjemahkan secara praktikal dan berkesan. Hasil refleksi ke atas pelaksanaan PBL STEM
sewaktu PdP di dalam kelas, didapati beberapa aspek perlu diberi penambahbaikan ke atas
perancangan PBL STEM. Kajian tindakan saya ini adalah untuk mengkaji masalah
pengintegrasian panitia-panitia dalam pelaksanaan PBL STEM. Elemen integrasi ini adalah
unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain
yang ditetapkan dalam standard kandungan mata pelajaran itu sendiri. Integrasi ini adalah
penting untuk menyediakan pelajar dengan pengukuhan kemahiran dan ketrampilan modal
insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
Integrasi adalah penggabungjalinan kerjasama antara panitia dalam menjalankan satu projek
atau kerja kursus mengikut penetapan Dokumen StandardKurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Kerja projek atau kerja kursus adalah satu bentuk tugasan yang membolehkan pelajar dinilai
tahap penguasaan mereka dalam sesi pembelajaran sepanjang PBL itu berlangsung. Cadangan
atau aktiviti yang disarankan dalam DSKP adalah berdasarkan senario permasalahan dunia
sebenar yang perlu ditangani dengan cara penyelesaian kritis dan kreatif oleh pelajar yang
152
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
mempunyai hubung kait dengan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP)
mata pelajaran.
Untuk menyelesaikan masalah, murid harus berupaya mengemukakan idea, ciptaan,
inovasi atau bentuk penyelesaian yangkritis dan kreatif. Ia tidak boleh hanya bersandar kepada
satu bentuk konsep pengetahuan sahaja. Bentuk penyelesaian masalah adalah mempunyai
jalinan konsep daripada pelbagai disiplin ilmu daripada panitia-panitia yang berbeza, maka ini
adalah teras kepada penyelesaian masalah yang berfokus dan bermakna. Fokus kajian saya ini
adalah tertumpu kepada penggunaan platform PLC sebagai satu bentuk medium perancangan
antara panitia-panitia di dalam melaksanakan PBL STEM yang bermakna.
PBL STEM adalah satu bentuk pendekatan pendidikan yang menjurus kepada
kemahiran berfikir aras tinggi seperti pemikiran kritis, analitik dan kreatif. Daripada hasil
pemerhatian saya ke atas analisis dokumen seperti Rancangan Pelajaran Harian (RPH) guru,
rekod Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pelajar dan data perekodan laporan PLC panitia-panitia
(Professional Learning Community) didapati guru-guru tidak menerapkan integrasi antara
panitia-panitia dalam pelaksanaan PBL panitia mereka. PBL yang dijalankan hanya tertumpu
kepada Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) mata pelajaran panitia itu
sahaja. Dengan itu, saya berpendapat satu kajian tindakan perlu dijalankan dengan bentuk
intervensi yang sesuai bagi memastikan PBL STEM dapat dirancang secara berfokus.
Perancangan PBL STEM ini akan menggunakan platform PLC.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Meningkatkan pembangunan profesionalisme guru dengan penggunaan
platform PLC secara berfokus dengan aplikasi inovasi PP: Pentagon PLC ke
atas perancangan PBL STEM yang berkesan.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Untuk mengenal pasti kekerapan PLC antara panitia dalam perancangan
pelaksanaan PBL STEM yang berkesan.
3.2.2 Untuk mengenal pasti kesepaduan integrasi antara panitia ke atas
pelaksanaan PBL STEM.
3.2.3 Untuk mengenal pasti skor tahap Tindakan (TT) guru dalam pencerapan
Standard 4 : 4.1.1 (Guru Sebagai Perancang)
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah 6 orang guru Ketua Panitia dan 6 panitia.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN
Berikut adalah pelaksanaan kajian tindakan ini.
5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan awal ke atas pelaksanaan PBL STEM oleh panitia-panitia sebelum kajian tindakan
ini dijalankan menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran PBL adalah secara memberi
tugasan PBL berdasarkan cadangan aktiviti yang terdapat di bahagian catatan dalam buku
panduan DSKP. Pelaksanaan PBL pula adalah secara perbincangan dalaman panitia sahaja.
153
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Kemahiran-kemahiran dan konsep pengetahuan dari disiplin ilmu lain adalah tidak diberi
penekanan khusus.
Objektif pendekatan pembelajaran PBL STEM yang memf okuskan bentuk
penyelesaian masalah ke atas masalah berkaitan situasi dunia sebenar menuntut
pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin ilmu dan ini dapat
dicapai dengan menerapkan pengintegrasian dengan panitia lain dalam peranca ngan PBL
STEM itu sendiri. Keperluan untuk menyediakan murid dalam menceburi bidang Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sangat ditekankan (Thibaut L. et al., 2018).
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan data-data daripada dokumen sumber seperti bilangan laporan PLC yang diambil
daripada fail panitia menunjukkan bahawa bilangan PLC adalah rendah. Pencerapan Standard
4 SKPMg2 bagi elemen 4.1.1. iaitu guru sebagai perancang juga menunjukkan skor merit yang
sederhana. Isu yang dapat dikenal pasti di sini adalah pelaksanaan PBL itu tidak dirancang
secara sistematik dan berfokus. Dengan itu, pengkaji berpendapat satu kajian tindakan perlu
dijalankan dengan menggunakan pelaksanaan bentuk intervensi yang sesuai bagi memastikan
PBL dapat dirancang secara berfokus. Perancangan PBL ini akan menggunakan platform PLC
yang lebih berfokus iaitu dengan inovasi template Pentagon PLC.
Jadual 1: Analisis Dokumen Bil. PLC, Bil. Integrasi dan skor TT SKPMg2 Std 4 : 4.1.1
sebelum intervensi Pentagon PLC PP
FOKUS KAJIAN
Bil. PANITIA Bilangan Bil Skor Tahap Tindakan (TT)
PLC Panitia Integrasi SKPMg2 Standard 4:
Panitia 4.1.1 Ketua Panitia
1 SAINS 3 23
2 MATEMATIK 2
3 BAHASA 2 13
MELAYU 1 13
4 PJK 2
5 REKA BENTUK 23
1 13
TEKNOLOGI
6 PENDIDIKAN 45 13
SENI VISUAL 33 50
Peratusan %
5.3 Tindakan yang dijalankan
Saya menjalankan intervensi tindakan dengan menggunakan lima platform PLC yang saya
namakan sebagai Pentagon PLC (PP). Lima PLC itu adalah:
154
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Bil PLC Spesifikasi
1 PLC 1 Idea Utama / Big Idea
2 PLC 2 Merungkai Kurikulum / Unpack Curriculum
3 PLC 3 Pentaksiran Autentik@Authentic/ PBD
4 PLC 4 RPH / Lesson Study
5 PLC 5 Refleksi
PLC 1
BIG IDEA
STRATEGI PLC: COLLABORATION(PROBLEM SOLVING GROUPS)
PANITIA HOST: (PANITIA INDUK)
Bil. Perkara CATATAN
1. Apakah topik/bab di dalam DSKP yang sesuai dijadikan PBL?
2. Nyatakan satu MASALAH, berdasarkan topik/bab tersebut yang
berkaitan dengan kehidupan dunia sebenar (real life situation).
3. Namakan IDEA UTAMA (BIG IDEA) terhadap masalah itu.
4. Namakan panitia-panitia yang sesuai untuk integrasi DSKP.
5. Tetapkan garis masa (time-line) bagi PBL ini.
6. Tetapkan tarikh PLC-PLC seterusnya.
PLC 2
UNPACK CURRICULUMS AND CURRICULUM MAPPING
STRATEGI PLC : COLLECTIVE FOCUS ON STUDENT LEARNING
(CURRICULUM MAPPING)
PANITIA HOST menjelaskan pemilihan IDEA UTAMA (BIG IDEA) dan PERNYATAAN
MASALAH kepada Rakan Panitia.
IDEA UTAMA / BIG IDEA
PERNYATAAN MASALAH
PENYELESAIAN MASALAH
Bil PANITIA DSKP / STANDARD STANDARD TAHAP
1 PANITIA A TINGKATAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN PENGUASAAN/PBD
HOST
TP 6
2 PANITIA B
3 PANITIA C TP 6
4 PANITIA D TP 6
TP 6
155
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
PLC 3
PENTAKSIRAN AUTENTIK / AUTHENTIC ASSESSMENT/PBD
STRATEGI PLC: COLLECTIVE FOCUS ON STUDENT LEARNING
(COMMON ASSESSMENT)
BIL. ASPEK / PANITIA PANITIA PANITIA PANITIA PANITIA
A B C D
1 Standard Kandungan (SK)
2 Standard Pembelajaran (SP) TP 6 TP 6 TP 6 TP 6
3 Tahap Penguasaan (TP)
4 Item Pentaksiran PBD
5 Objektif TP 6
6 Bentuk Persembahan TP 6
yang selaras
PLC 4
LESSON STUDY
STRATEGI PLC: DE-PRIVATIZATION OF PRACTICE
(LESSON STUDY)
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN / RPH
(Cara membuat Lesson Study/RPH bagi mata pelajaran masing-masing adalah berdasarkan
PLC mode Lesson Study)
Perkara-perkara yang tersenarai di bawah adalah untuk Garis Panduan item/elemen/konstruk
yang mesti ada dalam Lesson Study/RPH panitia masing-masing)
Bil. Perkara Catatan
1 Panitia
2 Standard Kandungan
3 Standard Pembelajaran
4 Tahap Penguasaan
5 Bilangan Minggu Terlibat PBL
6 Induksi untuk RPH
7 Aktiviti untuk RPH
8 Pentaksiran untuk RPH
156
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
PLC 5
REFLECTION / REFLEKSI
STRATEGI PLC: REFLECTIVE DIALOGUE
(STUDY GROUP)
Bil. Perkara Ya Tidak
1 Adakah pelaksanaan PBL menepati aspekStandard4.1.1?(Guru Sebagai
Perancang)
2 Adakah pelaksanaan PBL menepati aspek Standard 4.5.1 ? (Guru
Sebagai Penilai)
3 Adakah pelaksanaan PBL menepati aspek Standard 4.6.1? (Murid
Sebagai Pembelajar Aktif)
4 Adakah pelaksanaan PBL dapat meningkatkan kualiti guru dari aspek
pembangunan profesional guru?
5 Adakah kekerapan bilangan PLC panitia meningkat dengan pelaksanaan
PBL?
Langkah 1:
Daripada kumpulan sasaran kajian ini, daripada 6 panitia itu, dua panitia dipilih untuk
mengetuai atau menjadi ‘host PBL STEM’. Panitia Host (PH) akan menjalankanPLC 1 terlebih
dahulu dalam panitia mereka. Dalam PLC 1, ahli panitia akan menyumbang idea secara kritis
ke atas permasalahan dunia sebenar pada masa semasa dan memikirkan akan alternatif
penyelesaian masalah tersebut. Pernyataanmasalahmestilah berdasarkanDSKP daripada topik
yang sesuai dijadikan PBL STEM.
Langkah 2:
Panitia Host (PH) akan mengeluarkan satu memo panggilan CPD PLC untuk Panitia Integrasi
(PI); panitia yang menjadi rakan panitia dalam integrasi PBL itu untuk duduk bersama dalam
PLC 2. Setiap PI yang dijemput adalah secara automatik menjadi Master Knowledge (MK)
kepada ahli panitia mereka nanti. Dalam PLC 2, Panitia Host (PH) akan menjelaskan Idea
Utama dan Pernyataan Masalah yang telah dipilih sebagai PBL STEM. Setiap panitia MK akan
dikehendaki untuk merungkai kurikulum dalam DSKP panitia masing-masing yang
mempunyai kaitan dengan PBL STEM tersebut.
Langkah 3:
Ahli panitia MK akan kembali ke panitia dan memanggil satu perjumpaan PLC 3. Dalam PLC
3, ahli panitia akan mereka bentuk satu Rancangan Pelajaran Harian / RPH / Lesson Study
yang memperincikan satu perancangan PBL STEM berdasarkan tiga bahagian utama iaitu
Induksi, Aktiviti dan Pentaksiran yang akan dijalankan semasa PdP. Bilangan RPH yang
berkaitan dgn PBL STEM adalah bergantungkepada tahappenguasaan(TP) tertinggi PBD dan
Standard Prestasi (SP) tertinggi DSKP yang boleh diterjemahkan oleh murid.
Langkah 4:
Ahli panitia MK mengeluarkan memo panggilan untuk PLC 4 kepada panitia masing-masing.
Dalam PLC 4, panitia akan berbincang dan menetapkan jenis pentaksiran autentik yang akan
berlaku dan akan dinilai sepanjang proses pembelajaran PBL STEM berlangsung. Tahap
157
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Penguasaan (TP) ditentukan dengan mengambil kira TP murid paling tinggi yang boleh
dicapai.
Langkah 5:
Dalam PLC 5, ahli panitia akan membuat refleksi ke atas kerja buat pelaksanaan PBL STEM
yang telah dijalankan. Cadangan dan usul penambahbaikanjuga akan dibincangkan dalamPLC
5 ini.
5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian
PP : PENTAGON PLC KE ATAS PANITIA SAINS SEBAGAI HOST PBL STEM
PLC 1 : IDEA UTAMA / BIG IDEA
PANITIA HOST:
BIL. PERKARA CATATAN
1 Apakah topik/bab di dalam DSKP yang sesuai Bab 3: Teknik Mengukur
dijadikan PBL STEM? Parameter Kesihatan Badan
2 Nyatakan satu PERNYATAAN MASALAH, Obesiti dalam kalangan murid
berdasarkan topik/bab tersebut yang berkaitan sekolah SMK Bentong.
dengan kehidupan dunia sebenar (real life (Apakah cara-cara untuk
situation). mengatasi masalah obesiti dalam
kalangan murid SMK Bentong?)
3 Nyatakan PENYELESAIAN MASALAH Melalui Menu Pinggan Sihat,
Senaman & Aktiviti Cergas dan
Poster, Infografik Amalan Gaya
Hidup Sihat.
4 Namakan IDEA UTAMA (BIG IDEA) KLINIK CAKNA SIHAT
terhadap pernyataan masalah.
5 Namakan panitia-panitia yang ada kaitan untuk PJK, Biologi, Matematik,
integrasi DSKP. B.Melayu
6 Tetapkan garis masa (time-line) bagi PBL ini. 3 minggu
7 Tetapkan tarikh PLC-PLC seterusnya. PLC 2,3,4,5
158
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
PLC 2: MERUNGKAI KURIKULUM DAN MERANGKAI KURIKULUM
‘UNPACK CURRICULUM’
PANITIA HOST menjelaskan pemilihan IDEA UTAMA (BIG IDEA) dan PERNYATAAN
MASALAH kepada Rakan Panitia
IDEA UTAMA / BIG IDEA
KLINIK CAKNA SIHAT
PERNYATAAN MASALAH
Obesiti dalam kalangan murid sekolah SMK Bentong.
(Apakah cara-cara untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan murid SMK
Bentong?)
PENYELESAIAN MASALAH
-Senaman dan Aktiviti Cergas
-Poster Infografik Tentang Gaya Hidup Sihat
-Kajian Kes
-Amalan Menu Pinggan Sihat
Bil. Panitia Dskp / Standard Standard Tahap
Ting. Kandungan
Pembelajaran Penguasaan/Pbd
1 PANITIA A HOST DSKP 3.4 3.4.2 TP 6
(SAINS) TING 4
2 PANITIA B DSKP 10.6 10.6.1 TP 6
(BIOLOGI) TING 4
3 PANITIA C DSKP 8.2 8.2.2 TP 6
(MATEMATIK) TING 4
4 PANITIA D DSKP 1.6 1.6.1 TP 6
(B.MELAYU) TING 4
PLC 3: PENTAKSIRAN AUTENTIK / AUTHENTIC @ PBD
BIL. ASPEK / PANITIA PANITIA A PANITIA B PANITIA C PANITIA D
1 SAINS BIOLOGI MATEMATIK B.MELAYU
2 Standard Kandungan 3.4 10.6 8.2 1.6
3 (SK) 10.6.1
4 Sta nda rd 3.4.2 TP 6 8.2.2 1.6.1
Pembelajaran (SP) -Kajian Kes
5 Tahap Penguasaan TP 6 TP 6 TP 6
6 (TP) /
Item Pentaksiran -Video -Kajian Kes La tiha n: Latihan :
PBD Sena m a n Analisa data. Isi penting idea.
-I nf ogra f ik
Objektif TP 6 -Poster / Penghuja han
Bentuk Persembahan Pinggan Sihat idea
TP 6 yang selaras Aplikasi ke atas
/ analisa data yang /
-Video terkumpul dalam
Sena m a n ka jia n. Pem benta nga n
bagi Infografik
-Poster
Pinggan Sihat
159
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
PLC 4: LESSON STUDY
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
ASPEK STANDARD 4 SKPMg 2: 4.1.1
BIL. PERKARA CATATAN
1 Panitia -mengikut panitia masing-masing-
2 Standard Kandungan -mengikut panitia masing-masing-
3 Standard Pembelajaran -mengikut panitia masing-masing-
4 Tahap Penguasaan Tahap Penguasaan 6
5 Bilangan PdP yang terlibat PBL -mengikut panitia masing-masing-
6 Induksi untuk RPH -mengikut panitia masing-masing-
7 Aktiviti untuk RPH -mengikut panitia masing-masing-
8 Pentaksiran untuk RPH -mengikut panitia masing-masing-
PLC 5: REFLEKSI
Bil. Perkara Ya Tidak
1 Adakah pelaksanaan PBL STEM menepati aspek Standard 4.1.1? /
(Guru Sebagai Perancang)
2 Adakah pelaksanaan PBL STEM menepati aspek Standard 4.5.1? /
(Guru Sebagai Penilai)
3 Adakah pelaksanaan PBL STEM menepati aspek Standard 4.6.1? /
(Murid Sebagai Pembelajar Aktif)
4 Adakah pelaksanaan PBL STEM dapat meningkatkan kualiti guru dari /
aspek pembangunan profesional guru?
5 Adakah kekerapan bilangan PLC panitia meningkat dengan /
pelaksanaan PBL STEM?
Daripada dapatan data ke atas dokumen sumber, didapati bahawa bilangan PLC bagi
panitia secara keseluruhannya telah meningkat secara purata sebanyak 100% di mana
penetapan maksima PLC yang diambil kira adalah 4 PLC per panitia untuk pengisian PLC di
dalam SPLKPM. Bilangan integrasi atau penggabungjalinan panitia-panitia dengan
pelaksanaan PBL adalah meningkat kepada 75%. Penetapan maksima kepada 4 panitia dalam
panitia rakan adalah sebagai langkah permulaan untuk setiap panitia memahami penerapan
integrasi dalam PBL STEM yang dijalankan. Skor Tahap Tindakan (TT) bagi elemen Standard
4, 4.1.1 juga meningkat 100% dengan menunjukkanpenskoran4 bagi semua guru yangterlibat
dalam perancangan penyediaan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) PBL tersebut. Ini adalah
satu peningkatan kepada markah skor Std 4.1.1 (ii) iaitu: menentukan kaedah pentaksiran
dalam PdPc.
160
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
5.5 Refleksi Kajian
Daripada pelaksanaan intervensi yang telah dijalankan, dapatan hasil kajian telah dianalisis
seperti ditunjukkan dalam jadual 3.
Jadual 2: Analisis Dokumen Bil. PLC, Bil Integrasi dan skor TT SKPMg2 Std 4 : 4.1.1
selepas Pentagon PLC dijalankan
FOKUS KAJIAN
Bil. PANITIA Bilangan Bil. Skor Tahap Tindakan (TT)
PLC Panitia Integrasi SKPMG2 Standard 4:
Panitia 4.1.1 Ketua Panitia
1 SAINS 4 44
2 MATEMATIK 4
3 BAHASA 4 24
MELAYU 4 44
4 PJK 4
5 REKA BENTUK 34
4 34
TEKNOLOGI
6 PENDIDIKAN 100 24
SENI VISUAL 75 100
Peratusan %
Jadual 3: Peratusan Peningkatan Item Fokus Kajian
Bil. Panitia Fokus Kajian
Bil. Integrasi
Bil. PLC Tahap
Panitia Panitia Tindakan
Std 4.1.1
1 SAINS 25% 50% SPKMg2
2 MATEMATIK 50% 25% 25%
3 BAHASA MELAYU 50% 25% 25%
4 PJK 75% 50% 25%
5 REKA BENTUK 50% 25% 25%
25%
TEKNOLOGI 75%
6 PSV 54% 25% 25%
Peratusan Purata Peningkatan 33% 25%
Daripada dapatan data ke atas dokumen sumber, didapati bahawa bilangan PLC bagi
setiap panitia telah meningkat secara purata sebanyak 54% Bilangan integrasi atau
penggabungjalinan panitia-panitia dengan pelaksanaan PBL adalah meningkat secara purata
33%. Skor Tahap Tindakan (TT) bagi elemen Standard 4, 4.1.1 juga meningkat 25% dengan
menunjukkan penskoran 4 bagi semua guru yang terlibat dalam perancangan penyediaan
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) PBL tersebut.
Analisis dalam bentuk graf dalam Rajah 1 menunjukkan perbezaan antara sebelum
dan selepas intervensi PLC PP dijalankan.
161
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 1: Peratusan Bilangan PLC mengikut Panitia
Rajah 2: Peratusan Integrasi mengikut Panitia
Rajah 3: Peratusan Tahap Tindakan Std 4.1.1 SKPMg2 mengikut Panitia
Hasil daripada analisis yang dijalankan, dapat dilihat indikator pernyataan masalah ke
atas kehidupan dunia sebenar yang ada dalam modul PLC 1 dapat dijadikan penanda penting
dalam membimbing murid untuk cuba berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses untuk
162
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
mencari langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pendekatan pendidikan PBL
STEM boleh djadikan medium PdPc yang berkesan dalam kemenjadian murid dengan mana
murid-murid akan mula terlibat dengan elemen KBAT yang lain seperti komunikasi dua hala
yang berkesan, sikap koperatif antara satu sama lain dan merangsang pemikiran kritis dan
kreatif di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pendekatan pendidikan
PBLjuga boleh dijadikan medium PdP yang berkesan dalam kemenjadian murid.
“constructivism’s central idea is that human learning is constructed, that
learners build new knowledge upon the foundation of previous learning. This prior
knowledge influences what new or modified knowledge an individual will construct
from new learning experiences”
(Phillips, 1995)
PBL STEM lebih memfokuskan kepada kerja buat murid berbanding dengan kerja buat
guru itu sendiri. Dalam pendekatan PBL, murid itu ‘belajar untuk belajar’ (learn to learn) dan
‘belajar untuk membuat’ (learn to do) yang mana kemahiran yang dibentuk ini digunakan
untuk menyelesaikan masalah. Kita dapat melihat bahawa pelaksanaan PBL STEM yang
berkesan dapat diterjemahkan melalui tiga aspek utama iaitu,
i. Kefahaman mengenai konsep ilmu mata pelajaran.
ii. Penguasaan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran.
iii. Nilai pembentukan aspek aplikasi pengetahuan di dalam pelaksanaan PBL STEM di
dalam PdPc.
Kesepaduan dan integrasi pelbagai mata pelajaran dalam pelaksanaan PBL STEM
dapat dilihat sebagai nilai tambah untuk mencapai objektif yang telah digariskan dalam DSKP
mata pelajaran masing-masing. Untuk mencapai kesepaduan integrasi ini maka adalah sangat
penting medium perbincangan antara panitia dilakukandengan mengguna pakai platformPLC.
Dengan menggunakan inovasi Pentagon PLC (PP) ini, didapati bahawa arah tuju haluan
penetapan objektif DSKP bagi semua panitia yang terlibat dapat diselaraskan dengan baik dan
berkesan.
Guru-guru juga lebih memahami tujuan pelaksanaan PBL STEM dijalankan. Ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan elemen Guru Berkualiti iaitu salah satu aspek dalam
Sekolah Transformasi TS25.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Pengintegrasian kemahiran menyelesaikan masalah adalah melibatkan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) daripada pelbagai disiplin ilmu pengetahuan mata pelajaran. Pendekatan PBL
STEM memberi murid peluang untuk mengalami pengalaman pembelajaran yang lebih luas
dan mempunyai kaitan dengan permasalahan dunia sebenar. Panitia-panitia perlu
memantapkan lagi bidang profesional perguruan dengan meningkatkan bilangan PLC yang
dilakukan antara panitia dan PLC yang dijalankan mestilah secara berfokus agar objektif
pelaksanaan PBL STEM dapat dipenuhi. Oleh itu, cadangan untuk kajian seterusnya adalah
untuk memberi fokus ke atas Standard 4 SKPMg2 iaitu aspek 4.6.1; Murid Sebagai Pembelajar
Aktif. Cadangan kajian seterusnya ini diharap dapat membolehkan murid mencapai tahap
penguasaan yang tertinggi dalam pentaksiran bilik darjah (PBD). Inovasi Pentagon PLC ini
juga akan cuba diaplikasikan secara lebih meluas dalam pelaksanaan PBL STEM yang lain.
163
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Penggabungjalinan pelbagai bentuk kemahiran disiplin ilmu dapat memberikan kesan
positif keterujaan kepada murid dalam usaha untuk mempamerkan hasil aktiviti penyelesaian
masalah mereka dalam bentuk yang kreatif, unik dan menarik. Secara tidak langsung,
pelaksanaan pendekatan PBL STEM ini dapat memupuk elemen KBAT dalam pendidikan.
Apabila elemen KBAT diaplikasi penggunaannya ke dalam disiplin ilmu panitia lain, ia berjaya
menarik murid untuk terlibat secara kendiri dan berpusatkan murid seterusnya
membudayakan lagi pembelajaran PAK 21.
RUJUKAN
Barrows & Tamblyn 1980. Problem-based learning : an approach to medical education.
Springer Publishing, New York, N.Y.
Boud, D. & Feletti, G. (Ed.) (2001). The challenge of problem-based learning (2nd ed.). London:
Kogan Page.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2006). Project-based learning handbook : educating the
millennial learner.
Phillips, D.C. (1995). The good, the bad, and the ugly : the many faces of
constructivism. Educational Researchers, 24 (7), 5-12.
Thibaut L. et al. 2008. Integrated STEM Education: A Systemic Review of Instructional
Practices in Secondary Education. European Journal of STEM Education 3(1):02
Wink, J., & Putney, L.G. 2002. A vision of Vygotsky. Boston: Allyn and Bacon.
164
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
PENDEKATAN BIMBINGAN GSI DAPAT MENGUPAYAKAN GURU UNTUK
MENINGKATKAN PRESTASI MURID SAINS SPM
HJH. SABIAH BTE NINGGAL
SISC+ Unit Sains & Matematik, PPD Alor Gajah, Melaka
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengupayakan guru supaya dapat meningkatkan
peratus lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Sains Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Seramai sembilan orang guru yang mengajar sains tingkatan 5 terlibat dalam
kajian ini. Lima orang guru dari SMK Seri Pengkalan dan empat orang guru dari SMK
Rahmat. Tinjauan awal yang dibuat menunjukkan pencapaian SPM untuk mata pelajaran
sains SMK Rahmat dan SMK Seri Pengkalan paling rendah berbanding dengan sekolah-
sekolah lain di Daerah Alor Gajah dan merosot tiga tahun berturut-turut. Dalam kajian
ini pengkaji menggunakan pendekatan bimbingan Group, Show and Inidvidu (GSI) untuk
mengupayakan guru supaya dapat meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan.
Dapatan Ujian Diagnostik 2 (UD 2) menunjukkan peningkatan peratus dan GPMP murid
berbanding dengan peperiksaan percubaan SPM tahun sebelumnya. Analisis soal selidik
menunjukkan majoriti guru amat setuju dengan pendekatan bimbingan GSI.
Kata Kunci: Pendekatan GSI, Coaching dan Mentoring, PdPc Teknik MIROOH, Peer
Coaching Neuro-Linguistic Programming (NLP)
1.0 REFLEKSI
Setelah 22 tahun menjalankan amanah sebagai seorang guru, pada awal tahun 2019 pengkaji
telah berhijrah ke bidang tugas yang sedikit berbeza iaitu sebagai pegawai School
Improvement Specialist Coach + (SISC+). Tujuan penghijrahan ini adalah untuk mencari
pengalaman dan cabaran baharu. Kini sudah setahun pengkaji melibatkan diri sebagai SISC+,
bidang tugas ini agak berbeza kerana kalau sebelum ini pengkaji mendidik anak -anak murid
kini pengkaji berkongsi pengalaman bersama para guru. Cara pendekatannya sudah tentulah
sangat berbeza. Pengkaji merasakan menjadi SISC+ amat mencabar kerana perlu tahu banyak
perkara dalam masa yang singkat. SISC+ seolah-olah mesti tahu semua perkara. Pengetahuan
tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dalamnya terkandung lima
(5) aspirasi sistem, enam (6) aspirasi murid dan 11 anjakan, SKPMg2, KBAT, PLC, PBD,
pembelajaran terbeza dan sebagainya sangat perlu dikuasai sebelum pengkaji ke sekolah
untuk membimbing guru. Ilmu berkaitan dengan coachingand mentoring amat perlu pengkaji
kuasai agar dapat memberi bimbingan dengan baik dan berkesan. Memandangkan tidak
menjalani apa-apa kursus untuk pengkaji harungi bidang kerja baharu ini maka pengkaji
mencari-cari kursus yang boleh membantu pengkaji. Pengkaji telah meminta kebenaran ketua
jabatan untuk mengikuti kursus Neuro Linguistic Programming (NLP). Walaupun bayaran
untuk mengikuti kursus ini agak tinggi tetapi impaknya sangat memuaskan hati pengkaji.
Dalam kursus ini banyak perkara baharu yang pengkaji belajar yang berkait rapat dengan
coaching and mentoring. Pengkaji lebih yakin membimbing guru selepas mengikuti kursus
ini di samping mengikuti rakan-rakan SISC+ yang lama membuat bimbingan.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Pada akhir tahun 2019, pengkaji telah menjalankan analisis keputusan SPM bagi sekolah-
sekolah Daerah Alor Gajah. Tujuan analisis ini dibuat adalah untuk merancang gerak kerja
165
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
pada tahun 2020. Daripada 19 buah sekolah menengah di Daerah Alor Gajah pengkaji
mengesan terdapat dua buah sekolah yang keputusan SPM sains agak rendah iaitu SMK Seri
Pengkalan dan SMK Rahmat.
Rajah 1 menunjukkan graf bar peratus lulus sains SPM bagi kedua-dua buah
sekolah sepanjang tiga tahun berturut-turut. Kedua-dua buah sekolah telah mencatatkan tiga
tahun berturut-turut peratus lulus yang semakin berkurang. SMK Rahmat peratus
lulusnya berkurang dari 92.5% pada tahun 2017 hingga 83.2% pada tahun 2019. Begitu juga
SMK Seri Pengkalan mencatatkan pengurangan peratus lulus dari 88.41% pada tahun 2017
kepada 77.24% pada tahun 2019.
Rajah 1: Peratus lulus mata pelajaran sains SPM SMK Rahmat dan SMK Seri Pengkalan
Pengkaji juga menganalisis Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi mata pelajaran Sains
kedua-dua buah sekolah.
Rajah 2: GPMP mata pelajaran sains SPM SMK Rahmat dan SMK Seri Pengkalan
Rajah 2 menunjukkan graf GPMP bagi mata pelajaran sains untuk kedua -dua
buah sekolah. Didapati SMK Rahmat GPMP pata tahun 2017 ialah 5.58 kemudian
meningkat kepada 5.47 tahun 2018 tetapi pada tahun 2019 GPMP terus jatuh ke 6.48. Bagi
SMK Seri Pengkalan pula GPMP pada tahun 2017 ialah 6.43 kemudian naik sedikit 6.66
166
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
pada tahun 2018 tetapi pada tahun 2019 GPMP lebih baik iaitu 6.29. Walaupun GPMP SMK
Seri Pengkalan lebih baik tetapi pangkalnya masih berkisar pada 6.00 ke atas.
Analisis trend pencapaian murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 kedua
dua buah sekolah juga menunjukkan mereka perlu dibantu.
Rajah 3: Analisis trend pencapaian murid dalamPeperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4
Rajah 3 menunjukkan graf perbandingan keputusan peperiksaan akhir tahun mata
pelajaran Sains semasa murid di Tingkatan 4. Pengkaji dapati trend yang ditunjukkan oleh
SMK Rahmat amat membimbangkan, iaitu muridnya yang akan menduduki SPM pada tahun
2020 adalah kumpulan murid yang agak lemah kerana GPMP Peperiksaan Akhir Tahun
Tingkatan 4 agak tinggi 8.23 berbanding dengan kumpulan murid tahun sebelumnya 7.86.
Jika dibandingkan dengan SMK Seri Pengkalan, GPMP sains dalam Peperiksaan Akhir Tahun
di Tingkatan 4 muridnya lebih baik dari tahun sebelumnya 7.55 iaitu 7.09. Ini menunjukkan
bahawa kumpulan murid pada tahun ini bagi SMK Seri Pengkalan lebih baik dari tahun
sebelumnya. Walau bagaimanapun, sekolah ini masih perlu dibantu kerana GPMP lebih dari
7.00.
Daripada dapatan analisis trend pengkaji merasakan kedua-dua sekolah ini amat perlu
dibantu ditambah pula dengan bilangan murid yang menduduki peperiksaan bagi kedua-
dua buah sekolah agak tinggi iaitu SMK Rahmat bilangan calon SPM untuk mata pelajaran
sains ialah seramai 182 orang manakala SMK Seri Pengalan seramai 146 orang. Pengkaji
yakin sekiranya kajian ini tidak dijalankan, dengan bilangan murid yang besar dari kedua-
dua buah sekolah boleh menyebabkan GPMP sains Daerah Alor Gajah akan meningkat
dan kesannya menyebabkan Gred Purata Daerah (GPD) akan turut terjejas. Ditambah pula
dengan masalah waktu bersemuka yang minima disebabkan wabak COVID-19 yang sangat-
sangat mencabar warga pendidik untuk mejalankan amanah mendidik anak -anak murid
mereka.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengupayakan guru untuk meningkatkan peratus lulus
dan GPMP Sains SPM di dua buah sekolah menengah dalam Daerah Alor Gajah.
167
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharapkan akan dapat:
1. Meningkatkan motivasi guru untuk mendidik anak murid.
2. Meningkatkan kreativiti guru menyelesaikan masalah yang dihadapi.
3. Meningkatkan penguasaan guru terhadap Kemahiran Proses Sains.
4. Mempelbagaikan pendekatan pedagogi guru.
5. Meningkatkan pengetahuan SKPMg2 Standard 4 dalam kalangan guru Sains.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 9 orang guru yang terdiri daripada 4 orang guru Sains dari
SMK Rahmat dan 5 orang guru Sains dari SMK Seri Pengkalan.
6.0 TINJAUAN AWAL
Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), maka pengkaji telah
mengadakan pertemuan secara dalam talian (Google meet) bersama dengan
Pemimpin Pertengahan (ML) iaitu Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Sains dan
Matematik beserta dengan Ketua Panitia Sains.
Gambar 5.1a: Google meet bersama Pemimpin
Gambar 5.1b: Google meet bersama Pemimpin Pertengahan (ML) SMK Seri Pengkalan
Pertengahan (ML) SMK Rahmat
168
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Pengkaji mendapati bahawa terdapat seramai empat orang guru mengajar
sains tingkatan 5 di SMK Rahmat mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 15
tahun. Tiada seorangpun yang memeriksa kertas Sains SPM. Bagi SMK Seri Pengkalan
juga didapati kelima-lima orang guru mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada
15 tahun. Hanya seorang guru menanda kertas SPM sains selama 5 tahun.
Pengkaji juga telah memperkenalkan kaedah bimbingan di dalam bilik darjah
menggunakan pendekatan GSI iaitu group, show dan individu. Bimbingan dimulakan
dengan pendekatan coaching dan mentoring secara kumpulan dimana guru dikumpulkan
bimbingan diberi berkaitan penyampaianPdPc , contohnyakemahiran proses sains, kemudian
show, sesi PdPc tunjuk cara SISC+ dan guru melihat. Sesi ini berfokus kepada teknik
penyoalan. Akhir sekali adalah individu – SISC+ pula melihat sesi PdPc dan beri bimbingan
secara individu.
Semasa bimbingan pengkaji menggunakan SKPMg 2 Standard 4 sebagai panduan.
Pengkaji dapati, suasana pembelajaran lebih berpusatkan guru (>80%), keupayaan guru
mendorong minda murid (SKPMg2, Aspek 4.4.1) agak lemah. Aspek guru sebagai
pendorong emosi (SKPMg2, Aspek 4.4.2) juga antara aspek yangperlu diperbaiki. Guru amat
kurang memberi dorongan dan motivasi kepada murid. Hanya dua orang guru yang bergerak
ke meja-meja murid sepanjang PdPc, tujuh orang guru lagi berdiri statik di tempatnya
sepanjang sesi PdPc. Aspek 4.2.2, guru sebagai pengawal suasana pembelajaran juga perlu
diberi perhatian, Ada dalam kalangan murid yang tidur dibiarkan oleh guru dengan alasan
“dia dah memang macam tu, kerja part time”. Pengajaran guru tiada unsur kecindan
menyebabkan suasana pengajaran agak membosankan. Dari aspek Kemahiran Proses Sains
(KPS), pengkaji dapati majoriti guru masih kurang kemahiran penyampaian kepada murid.
Terdapat dalam kalangan guru yang meminta murid menghafal perkataan tertentu untuk
menjawab soalan KPS. Contohnya sekiranya murid hendak membuat hipotesis, perkataan
yang perlu ada ialah “Jika…..maka”. Malahan ada guru yang menyalahkan jawapan murid
yang betul dan membetulkan jawapan murid yang salah.
Gambar 5.2: Sesi pengajaran guru Sains di SMK Seri Pengkalan
169
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Gambar 5.3: Sesi pengajaran guru di SMK Rahmat
7.0 METODOLOGI
Reka bentuk Kajian Tindakan dijalankan mengikut Model Kajian Tindakan Johnson (2002)
dengan menggunakan beberapa instrumen seperti pemerhatian, soal selidik dan semakan
dokumen untuk mengumpul dan memproses data. Data dianalisis secara deskriptif dan
naratif.
Rajah 6.1: Model Kajian Tindakan Johnson (2002)
8.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Langkah pertama pengkaji menjalankan bimbingan dan pementoran secara berkumpulan
(Group Coaching and mentoring). Dalam bimbingan ini pengkaji menyediakan lembaran
soalan KPS untuk dijawab oleh guru. Selepas guru menjawab semua soalan KPS yang
sediakan sesi perbincangan diadakan bagi menilai jawapan yang dijawab oleh setiap guru
betul atau pun salah. Pada masa yang sama pengkaji memberi beberapa teknik yang boleh
digunakan untuk menyampaikan KPS kepada murid. Pengkaji telah mencipta Teknik
MIROOH, My-Exp 1 dan My-Exp 2 daripada dapatan Kajian Tindakan yang lalu.
170
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Gambar 7.1: Bimbingan dan permentoran secara berkumpulan (Group Coaching and
Mentoring) di SMK Seri Pengkalan
Gambar 7.2: Bimbingan dan pementoran secara berkumpulan (Group Coaching and
mentoring) di SMK Rahmat
Selepas menjalankan bimbingan secara berkumpulan pengkaji membimbing guru
dengan melaksanakan PdPc di dalam bilik darjah (Show coaching and mentoring). Pengkaji
menggunakan pendekatan Peer Coaching Model 2. Pengkaji mengajar murid dan
guru melihat pengajaran pengkaji. Dalam sesi PdPc, pengkaji meminta guru memfokuskan
kepada dua aspek iaitu aspek guru sebagai pendorong minda dan guru sebagai pendorong
emosi. Aspek guru sebagai pendorong minda yang perlu difokuskan oleh guru ialah teknik
penyoalan dan bagaimana penyoalan itu dilontarkan kepada murid (3P1B-Pose, Pause,
Paunce, Bounce). Sepanjang PdPc pengkaji sentiasa memberi dorongan, motivasi dan pujian
kepada murid agar dapat dikesan dan diaplikasikan oleh guru semasa mereka melaksanakan
PdPc. Pengkaji juga telah membuat beberapa rakaman video teknik menyampaikan PdPc
Kemahiran Proses Sains. Video ini pengkaji kongsikan bersama guru -guru supaya dapat
dilihat dan digunakan oleh mereka semasa PdPc mengikut keperluan.
171
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Gambar 7.3: Sesi Peer Coaching (Model 2) di SMK Seri Pengkalan dan SMK Rahmat
Pengkaji juga telah membuat beberapa rakaman video teknik menyampaikan PdPc
Kemahiran Proses Sains. Video ini pengkaji kongsikan bersama guru -guru supaya dapat dilihat
dan digunakan oleh mereka semasa PdPc mengikut keperluan.
Gambar 7.4: Contoh-contoh link video pengajaran teknik menjawab soalan sains SPM dari
pengkaji
Langkah ketiga, pengkaji menjalankan bimbingan secara individu
(Individual coaching and mentoring). Dalam sesi ini kami berbincang berkaitan dengan
dapatan daripada pengajaran pengkaji. Guru diminta mengulas aspek teknik penyoalan dan
aspek guru sebagai pendorong emosi. Aspek-aspek lain juga disentuh semasa bimbingan
mengikut keperluan guru.
Gambar 7.5: Sesi bimbingan secara individu antara pengkaji dengan guru di SMK Seri
Pengkalan dan SMK Rahmat
172
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Selain daripada bimbingan secara bersemuka pengkaji juga membuat
bimbingan dengan menggunakan telegram. Dalam sesi bimbingan ini, guru-guru bertanya
kepada pengkaji tentang apa-apa persoalan berkaitan dengan sains.
9.0 DAPATAN KAJIAN
Semasa sesi aktiviti kumpulan dijalankan pengkaji dapati guru-guru sangat tekun membuat
latihan yang diberi. Banyak soalan dilontarkan kepada pengkaji semasa perbincangan dibuat.
Ada dalam kalangan guru seperti murid juga kerana rajin belajar. Pengkaji perhatikan
majoriti guru masih kurang menguasai kemahiran mendefinisi secara operasi, membuat
inferens dan membuat pemerhatian malahan ada yang masih keliru perbezaan antara
pemerhatian, inferens dan hipotesis.
Gambar 8.1: Seorang guru sedang tekun membuat Latihan Kemahiran Proses Sains (KPS)
Semasa sesi individu juga pengkaji dapati guru-guru memberi respons yang amat
baik. Perbincangan berjalan secara dua hala. Aspek guru sebagai pendorong emosi juga
ditekankan untuk dilaksanakan kepada murid terutama murid yang lemah. Dengan kata-kata
guru sebenarnya boleh membakar semangat murid untuk terus belajar.
Gambar 8.2: Sesi bimbingan individu bersama guru
Guru-guru juga kerap bertanya melalui WhatsApp dan Telegram sekiranya
mereka menghadapi masalah untuk menentukan jawapan yang diberi oleh murid betul atau
tidak. Pengkaji akan memberi respond kepada setiap persoalan yang diajukan oleh guru.
Sekiranya penerangan yang perlu diberikan agak panjang, maka pengkaji akan menghubungi
mereka dengan menggunakan telefon.
173
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Gambar 8.3: Bimbingan melalui aplikasi Telegram
Pada akhir bulan September telah diadakan Ujian Diagnostik 2 (Setara
dengan Peperiksaan Percubaan SPM) untuk melihat pencapaian murid sebelum
menghadapi peperiksaan SPM sebenar. Setiap sekolah di daerah Alor Gajah diberi soalan
selaras. Keputusan Ujian Diagnostik 2 (UD 2) dianalisis dan pengkaji membandingkan
pencapaian murid dalam peperiksaan Percubaan SPM 2019 dengan UD 2 (tahun 2020).
Pencapaian UD2 di SMK Rahmat telah menujukkan peningkatan peratus lulus dari 35.63
peratus kepada 47.19 peratus. Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) sains juga menunjukkan
peningkatan dari 8.09 kepada 7.89. Pencapaian yang sama juga ditunjukkan oleh SMK Seri
Pengkalan. Peratus lulus UD2 SMK Seri Pengkalan (61.38%) lebih baik daripada tahun
sebelumnya (46.21%).GPMP mata pelajaran sains juga turut menunjukkan peningkatanyang
agak ketara dimana pada tahun 2020 GPMP adalah 6.34 berbanding dengan 7.22 pada tahun
2019.
Rajah 4: Perbandingan Peperiksaan Percubaan SPM Sains tahun 2019 dan UD 2
SMK Rahmat dan SMK Seri Pengkalan
174
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 5: Perbandingan GPMP Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2019 dan UD 2 sekolah
sekolah Daerah Alor Gajah
Apa yang menarik perhatian pengkaji ialah SMK Rahmat dan SMK Seri
Pengkalan antara dua buah sekolah yangmenunjukkan peningkatanUD 2 berbandingdengan
percubaan SPM tahun lepas selain daripada dua buah sekolah agama iaitu SMA Agama Al-
Ehya Al Karim (SMAAEAK) dan SMA Jaim Darul Falah (SMAJDF).
Kajian soal selidik dilaksanakan dengan menggunakan skala bercorak Likert. Purata
untuk setiap item dikira dan dicatatkan dalam jadual. Jadual 1 menunjukkan hasil
dapatan soal selidik
Jadual 1 : Kajian Keberkesanan Pendekatan Bimbingan GSI
Bil. Item Jumlah Purata
Skor (9
1. Pendekatan bimbingan GSI ini banyak membantu saya. guru) 4.56
2. Saya suka dengan pendekatan bimbingan GSI. 4.67
41 4.89
3. Pengetahuan Kemahiran Proses Sains (KPS) saya 42
bertambah semasa bimbingan kumpulan dijalankan. 44 5.00
4.78
4. Saya suka apabila SISC+ dapat menunjukkan cara 45 4.78
menyampaikan PdPc kepada murid. 4.78
43 2.00
5. Semasa SISC+ mengajar didalam bilik darjah saya
dapat belajar sesuatu yang baharu. 43
6. Bimbingan secara individu banyak membantu saya 43
dalam PdPc.
18
7. Video Teknik menjawab yang diberi membantu saya
menjalankan PdPc.
8. Pendekatan bimbingan GSI menyebabkan saya
semakin stres.
175
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Keseluruhannya, penggunaan pendekatan bimbingan GSI memberi kesan yang
positif terhadap guru. Majoriti guru sangat suka dengan pendekatan GSI (Purata skor:
4.67). Pengetahuan KPS mereka bertambah semasa bimbingan kumpulan dijalankan (Purata
skor: 4.89). Semua guru sangat suka apabila SISC+ dapat menunjukkan cara menyampaikan
PdPc kepada murid (Purata skor: 5.00). Kebanyakan guru sangat setuju bim bingan secara
individu banyak membantu mereka dalam PdPc (Purata skor: 4.78).
Melalui soalan terbuka yang dikemukakan tentang pandangan guru
terhadap pendekatan bimbingan GSI menunjukkan semua guru setuju dengan pendekatan
bimbingan ini. Ada guru menyatakan mereka bimbang apabila diberitahu mereka akan
dibimbing tetapi selepas melalui pendekatan bimbingan GSI mereka merasa seronok dan tidak
tertekan. Mereka menyatakan apabila melihat SISC+ mengajar banyak memberi idea kepada
mereka untuk melaksanakan PdPc pada masa akan datang. Ada juga guru menyatakan murid
mereka suka dengan pendekatan pedagogi yang SISC+ gunakan. Terdapat tiga orang guru
menyatakan beliau lebih bersemangat dan bermotivasi selepas mendapat bimbingan
dari SISC+.
10.0 REFLEKSI KAJIAN
Sepanjang menjadi guru, pengkaji amat gemar melakukan Kajian Tindakan
untuk menyelesaikan sebarang isu yang dihadapi. Pengkaji dapat melihat sama ada intervensi
yang pengkaji gunakan berkesan atau tidak melalui ujian pasca dan perubahan tingkah laku
murid. Tetapi sebagai SISC+ pengkaji merasakan amat sukar untuk melakukan Kajian
Tindakan.
Pengkaji tidak pasti adakah boleh atau tidak menggunakan pendekatan bim bingan
yang pengkaji terfikir. Pengkaji masih ingat, seorang pengetua menyatakan beliau lebih suka
jika SISC+ dapat mengajar di dalam bilik darjah dan gurunya melihat supaya gurunya
boleh belajar pendekatan pedagogi terbaik yang SISC+ gunakan. Selepas sesi itu, seorang
SISC+ senior menyatakan kepada pengkaji, “kita pegawai tak boleh mengajar”, abaikan
pandangan dia”.
Di sudut dalaman hati pengkaji sangat bersetuju dengan pan dangan pengetua
itu. Pengkaji merasakan tiada salahnya kalau SISC+ boleh tunjukkan beberapa
pendekatan pedagogi untuk dinilai oleh guru sama ada sesuai atau tidak dengan murid mereka.
Situasi ini menyebabkan pengkaji merasa serba salah untuk memberi bimbingan kepada guru.
Pengkaji amat takut sekiranya pendekatan bimbingan yang pengkaji gunakan salah dan tidak
mengikut bidang tugas SISC+ tambahan pula dengan ilmu yang masih sedikit.
Rasa serba salah dan ragu-ragu pengkaji hilang selepas menghadiri taklimat
pengarah bersama dengan SISC+. Satu kata-kata pengarah yang pengkaji pegang ialah “tiada
betul, tiada salah, yang penting pergi ke sekolah” Kata-kata pengarah ini telah memberi
kekuatan kepada pengkaji untuk mencuba pendekatan bimbingan GSI.
Semasa mula berkunjung membuat bimbingan kepada guru pengkaji dapati guru-guru
agak kurang selesa. Mereka menyatakan mereka tak selesa dipantau semasa se dang
mengajar. Pengkaji menyatakan “Ini bukan pemantauan hanya sekadar bimbingan untuk
tambah baik apa yang perlu atau kekalkan apa yang dah bagus. Cikgu jangan risau saya datang
176
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
bukan nak menilai cikgu”. Apabila pengkaji menyatakanbegitu barulah nampak mereka selesa
untuk dibimbing.
Sesi bimbingan secara kumpulan yang dilaksanakan banyak memberi kesan
kepada peningkatan pengetahuan dan kefahaman KPS dalam kalangan guru. Bimbingan
secara berkumpulan ini dirasakan amat perlu kerana majoroiti guru di kedua-dua buah sekolah
ini tidak menguasai KPS. Jika guru tidak kuasai KPS bagaimana murid boleh faham sebab
itulah pengkaji ada mendengar komen guru seperti berikut ; “murid nie masa kita ajar dia
faham, bila jawab periksa dia tidak boleh jawab”.
Beberapa orang guru menyatakan bahawa mereka semakin faham dan lebih
yakin menyampaikan KPS kepada murid setelah mengikuti bimbingan berkumpulan.
Semasa melihat guru mengajar di dalam kelas pengkaji perhatikan guru lebih yakin
menyampaikan KPS kepada murid dan boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh
murid dengan tepat.
Pendekatan “Show” melalui Peer Coaching (Model 2) yang dijalankan amat
disukai oleh guru-guru. Selama ini pengajaran mereka dilihat oleh SISC+ tetapi dalam
pendekatan ini mereka melihat SISC+ mengajar. Ada yang kata “Macam nie barulah tak
tension kak, boleh bimbing saya selalu”. Ada juga dalam kalangan guru membuat rakaman
sepanjang sesi PdPc pengkaji.
Semasa sesi bimbingan individu, pengkaji menekankan aspek guru sebagai
pendorong emosi kerana kurang diaplikasikan oleh guru. Pengkaji menerangkancara dan masa
yang sesuai mendorong emosi murid sepanjang sesi PdPc. Bagi pengkaji amat penting
seorang guru mendorong emosi murid terutama murid yang lemah. Walaupun dalam SKPMg
2 Standard 4 skornya hanya 5 markah, tetapi ia merupakan aspek yang amat penting bagi
menarik minat murid untuk belajar. Pengalaman pengkaji sepanjang menjadi guru, murid yang
lemah amat memerlukan sokongan dan bimbinigan dari guru mereka. Guru perlu sentiasa
memberi pujian walaupun murid menunjukkan sedikit peningkatan atau perubahan yangpositif
kerana kata-kata pujian guru sangat memberi makna pada mereka. Guru perlu menunjukkan
sikap mengambil berat terhadap murid supaya mereka merasa disayangi oleh guru mereka.
Terdapat dalam kalangan murid lemah belajar bukan kerana hendak pandai tetapi belajar
kerana hendak mengambil hati guru mereka.
Pengkaji akui pendekatan bimbingan GSI lebih kepada mentoring berbanding
dengan coaching. Memandangkan cabaran masa yang singkat bersemuka dengan guru
disebabkan masalah wabak COVID-19, maka pengkaji membuat keputusan untuk
menggunakan pendekatan bimbingan GSI. Tambahan pula pengkaji mempunyai beberapa
teknik mudah yang boleh dikongsikan bersama guru-guru untuk menguasai KPS. Teknik
mudah ini pengkaji cipta semasa menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dahulu.
Pengkaji dapati pendekatan GSI ini telah berjaya mengupayakan guru untuk
meningkatkan prestasi pencapaian anak murid mereka. Ini jelas terbukti dengan pencapaian UD
2 murid SMK Rahmat dan SMK Seri Pengkalan antara dua buah sekolah daripada 4
buah sekolah menunjukkan peningkatan berbanding dengan percubaan SPM tahun lepas.
Kedua sekolah ini hanyalah sekolah harian biasa berbanding dengan 2 sekolah aliran agama
yang menunjukkan peningkatan. Sedangkan semua sekolah lain mengalami penurunan. Seolah
olah wabak COVID-19 tidak memberi kesan kepada prestasi muridnya malahan meningkat
dari tahun sebelumnya. Pengkaji juga merasa terharu apabila seorang pengetua memuji
177
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
pendekatan yang digunakan oleh pengkaji. Katanya guru-gurunya suka dengan
bimbingan yang diberikan oleh pengkaji.
11.0 KESIMPULAN
Pendekatan bimbingan GSI telah membuka minda pengkaji bahawa guru amat perlukan
bimbingan secara intensif. Pendekatan GSI telah dapat mengupayakan guru
untuk meningkatkan prestasi anak didik mereka. Pengkaji perlu berusaha untuk
mempelbagaikan lagi kaedah bimbingan pada masa akan datang supaya dapat membimbing
guru untuk meningkatkan prestasi murid-murid mereka.
RUJUKAN
Fielden, S.L., Davidson, M.J., and Sutherland, V. J. (2009). Innovations in coaching and
mentoring: Implications for nurse leadership development. Health Services
Management Research, 22(2), 92-9.
178
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
LESTARIKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) SEBAGAI WAHANA
KEMENJADIAN MURID
KIAH ANAK SAKUDAN, NOEL JIMBAI BALANG, MOHAMAD FAIZAL BIN SEMION
PPD Selangau, Sarawak
[email protected]
Abstrak
Kajian ini membincangkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebagai fokus kajian. Kajian
yang merungkai pelaksanaan lima program intervensi yang dijalankan bertujuan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru melaksanakan PBD secara
terancang dan sistematik. Lima program yang dirancang turut dimasukkan dalam
Perancangan Strategik Daerah. Program intervensi ini dirancang bagi meningkatkan
profesionalisme guru. Peserta kajian melibatkan seramai 22 penyelaras PBD di Daerah
Selangau, Sarawak. Dapatan kajian mendapati pelaksanaan program intervensi tersebut
telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelaras PBD yang dinilai
berdasarkan pelaporan PBD Penggal 2 Tahun 2020 bagi murid-murid Tahap 1 (TP)
manakala melalui analisis skor penarafan pelaksanaan PBD bagi Pelaporan PBD Penggal
2 turut menunjukkan TP murid-murid bertambah baik dengan pengurangan peratus murid
menguasai TP 1 dan TP 2 dalam empat mata pelajaran teras. Dalam pada itu,kajian
menunjukkan pengurusan fail dan penjaminan kualiti peringkat sekolah merupakan skop
pelaksanaan PBD yang perlu ditambahbaik.
Kata kunci: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Tahap Penguasaan (TP), pengetahuan dan
kemahiran guru
1.0 PENGENALAN
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mula diperkenalkan dalam tahun 2016 menggantikan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menimbulkan pelbagai polemik dalam kalangan
masyarakat (KPM 2016). Menyedari kepentingan PBD dilaksanakan dan lestari di sekolah
maka KPM telah memperkenalkan buku pelaksanaan PBD format baharu sebagai panduan dan
rujukan agar PBD difahami sejelasnyaoleh warga pendidik. Pengenalan buku panduantersebut
sedikit sebanyak dapat membimbing guru dalam melaksanakan PBD secara lebih terancang
dan sistematik. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakanpentaksiran yangberterusandalam
sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif sebagai
pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Pelaksanaan PBD yang
terancang dan sistematik dapat membantu guru dalam:
a. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
b. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.
c. Mengetahui keberkesanan pengajaran.
d. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran.
e. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Lantaran itu kajian ini dilaksanakan bagi menilai keberkesananlima program intervensi
yang berteraskan PBD bagi membantu penyelaras dan guru agar dapat mentadbir dan mengurus
PBD di sekolah masing-masing secara terurus dan terancang. Intervensi yang dijalankan juga
turut dimasukkan dalam Pelan Perancangan Strategik dan Operasi Daerah (PSPTPO).
179
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Beberapa kajian menunjukkan pengurusan PBD yang kurang berkesan memberikan implikasi
buruk terhadap kemampuan PBD itu sendiri sebagai kayu ukur terhadap kemenjadian murid.
Penyelaras PBD yang berkesan perlu berpengetahuan, bertanggung jawab, yakin dan komited
untuk melestarikan PBD di sekolah (Mahizer et al, 2018). Kajian yang dijalankan oleh Alan
(2004) terhadap pelaksanaan pentaksiran di dalam bilik darjah mendapati tahap pengetahuan
dan kemahiran guru adalah pada tahap sederhana. Melalui dapatan bimbingan Pegawai SISC+
didapati bahawa pengurusan dan pentadbiran PBD berbeza mengikut panitia masing-masing,
begitu juga cara guru melaksanakannya di bilik darjah. Guru-guru yang dilantik mengurus
pelaksanaan PBD seperti Ketua Panitia dan penyelaras panitia kurangmemahami tugas sebenar
mereka dengan baik. Di samping itu, kesahihan dan kesahan data pelaporan PBD yang
dilaporkan diragui kerana tahap pencapaian murid ditentukantanpa melalui proses penjaminan
kualiti. Kesahihan dan kesahan data turut diragui kerana sebahagian besar daripada guru-guru
yang dibimbing tidak mempunyai borang transit untuk merekod pencapaian murid.
Kurangnya latihan dan bimbingan juga menyebabkan guru-guru berasa kurang yakin
untuk memilih kaedah-kaedah pentaksiranyangsesuai dengan pernyataan Standard Kurikulum
dan Standard Prestasi seperti dalam DSKP. Guru-guru juga masih kabur dan tidak mahir
terutama dalam teknik-teknik penilaian PBS (Radin,2008; Tan, 2010; Salmiah, Ramiah, Ab.
Rahim & Abdullah, 2011; Zamri & Nor Razah, 2011) dalam (Fakhri Abdul Khalil & Mohd
Isha Awang,2016). Kajian-kajian tersebut mendapati guru tidak bersedia melaksanakan PBS
kerana kekurangan latihan, secara tidak langsung menjejaskan keyakinan guru tersebut untuk
melaksanakan PBS. Guru-guru kurang yakin memilih aktiviti yang sesuai untuk dijalankan
ketika melaksanakan PBD. Pemantauanyangkurangdilaksanakan terhadap pelaksanaan PBD
menyebabkan pelaporan tahap penguasaan murid dilaporkan secara tidak berintegriti. Ini
kerana menurut Tan (2010, pemantauanpelaksanaan PBS oleh pihak LP dan JPN yangsekadar
berfokuskan kepada laporan penulisan dan menimbulkan isu mengenai akauntabiliti penilaian
berkenaan. Antaranya meliputi isu perbuatan penipuan termasuk pembentukan sikap murid
yang tidak serius terhadap projek dan kerja lisan yang dijalankan. Perkara ini berlaku kerana
pemantauan yang tidak dijalankan pada tahap amali, atau pun penekanan tidak diberi oleh
pentaksir terhadap pemantauan peringkat proses.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan pelaksanaan penarafan
PBD dalam pengurusan pelaksanaan PBD di sekolah. Objektif khusus kajian ini adalah untuk:
1. Menilai pengurusan pelaksanaan PBD di sekolah, dan
2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru melaksanakan PBD semasa
PdP.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan dengan mengaplikasikan Model Kajian
Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) bagi melihat perubahan pengurusan pelaksanaan
pentaksiran bilik darjah (PBD) di sekolah-sekolah melalui pelaksanaan penarafan. Pelaksanaan
penarafan di sekolah menggunakan instrumen penarafan yang dibangunkan oleh penyelidik.
180
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Pelaksanaan penarafan pengurusan PBD dilaksanakan dengan menyemak fail pengurusan PBD
dan juga eviden-eviden yang disediakan oleh Penyelaras PBD di sekolah berdasarkan senarai
semak yang terdapat dalam instrumen yang digunakan semasa penarafan. Kriteria-kriteria
dalam penarafan terbahagi kepada lima aspek utama berserta dengan pecahan perincian yang
perlu diberi skor oleh penilai. Pengurusan pelaksanaan PBD di sekolah-sekolah dilihat
berdasarkan lima aspek utama berikut iaitu pengurusan dokumen PBD, pengurusan fail induk,
pengurusan fail PBD guru mata pelajaran, pelaksanaan PBD dan pengurusan fail penjaminan
kualiti peringkat sekolah.
4.2 Sasaran Kajian
Perserta kajian ini terdiri daripada guru-guru di sekolah yang bertugas sebagai Penyelaras
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di 22 buah sekolah rendah iaitu 11 orang guru lelaki dan 11
orang guru perempuan. Rasional guru-guru yang menyelaras PBD tersebut dipilih kerana
pengurusan pelaksanaan PBD di sekolah yang masih kurang memuaskan pihak pengurusan
pelaksanaan PBD di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah.
4.3 Instrumen Kajian
Kajian tindakan ini dinilai melalui tiga kaedah iaitu analisis skor dalam borang penarafan
pelaksanaan PBD, analisis dokumen seperti fail-fail pengurusan pelaksanaan PBD dan juga
melalui temu bual bersama penyelaras. Ketiga-tiga kaedah tersebut dijadikan sebagai
instrumen kajian untuk mengenal pasti pencapaian objektif kajian yang telah
ditetapkan. Instrumen kajian utama yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
4.3.1 Borang Penarafan Pelaksanaan PBD
Skor yang diperoleh oleh setiap sekolah melalui pelaksanaan penarafan menggunaka n borang
penarafan dianalisis mengikut aspek yang terdapat di dalam borang penarafan tersebut.
Analisis skor berdasarkan aspek-aspek di dalam borang penarafan tersebut dilaksanakan yang
bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan penarafan PBD. Selain itu, ia juga
digunakan untuk mengenal pasti aspek-aspek pengurusan dalam pelaksanaan PBD yang perlu
ditambahbaik.
4.3.2 Analisis Dokumen
Analisis dokumen juga digunakan untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan penarafan
PBD dalam meningkatkan pengurusan pelaksanaan PBD di sekolah. Analisis dokumen
dilakukan terhadap fail-fail pengurusan yang disediakan oleh penyelaras berdasarkan aspek
dan kriteria yang terdapat dalam borang penarafan.
4.4 Temu bual
Temu bual bersama dengan penyelaras-penyelaras juga turut dijalankan bagi mengenal pasti
perubahan pengurusan pelaksanaan PBD semasa proses penarafan dilaksanakan. Temu bual
dijalankan berdasarkan keperluan eviden-eviden yang terdapat dalam kriteria borang
penarafan.
181
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan awal terhadap masalah telah dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti
masalah yang dihadapi bagi meningkatkan pemahaman terhadap masalah yang hendak dikaji
dalam meningkatkan perubahan pengurusan pelaksanaan PBD. Tinjauan awal masalah
dilaksanakan dengan mengutip data seperti berikut:
5.1.1 Analisis dokumen
Analisis dokumen dilakukan dengan memeriksa fail-fail yang diuruskan oleh penyelaras-
penyelaras PBD di sekolah yang berkaitan dengan pelaksanaan PBD. Fail-fail tersebut
diperiksa berdasarkan senarai semak yang berkaitan dengan pengurusan PBD berdasarkan
Buku Panduan PBD Edisi 2.
5.1.2 Temu bual tidak berstruktur
Temu bual tidak berstruktur dilakukan bagi mendapatkan perasaan, idea dan cadangan
penyelaras-penyelaras berkaitan dengan keperluan, kekangan mahupun isu mereka tentang
kemahiran dan pengetahuan mengurus PBD di sekolah. Temu bual tidak berstruktur dilakukan
semasa melakukan analisis dokumen.
5.1.3 Soal selidik
Soal selidik telah diedarkan bagi mendapatkan kepastian masalah yang dihadapi dalam
mengurus pelaksanaan PBD di sekolah. Soal selidik yang diedarkan mengandungi lima soalan
untuk dijawab.
Jadual 1: Kaedah Mengutip Data
Langkah dan Cara Kumpulan Tujuan
sasaran
Tarikh Penilaian Mengenal pasti masalah sebenarnya yang
22 orang dihadapi oleh penyelaras ketika mengurus
Langkah 1 Analisis penyelaras pelaksanaan PBD di sekolah.
Temu bual dijalankan secara rawak
15-17.06.2020 dokumen 22 orang bersama 12 orang penyelaras untuk
penyelaras mengenal pasti masalah yang dihadapi.
Langkah 2 Temu bual Soal selidik diedarkan untuk mendapat
15-17.06.2020 22 orang kepastian terhadap masalah yang dihadapi.
penyelaras
Langkah 3 Soal selidik
18.06.2020
5.2 Analisis tinjauan masalah
Jadual 2: Analisis tinjauan masalah
Langkah Cara Kumpulan Masalah telah dikenal pasti
dan Tarikh Penilaian sasaran
Langkah 1 Analisis Fail dan kandungan tidak selaras. Terdapat 2 buah
15- dokumen 22 orang sekolah yang tiada fail langsung. 12 buah sekolah
17.06.2020 penyelaras fail kurang lengkap; terdapat isi fail/eviden yang
182
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Langkah 2 Temu tiada.8 buah sekolah; fail agak baik namun perlu
15- bual ditambahbaik kandungannya.
17.06.2020 22 orang i. 12 orang penyelaras menyatakan kandungan fail
penyelaras mereka tidak lengkap kerana kurangnya panduan
Langkah 3 Soal menyediakan/ menjalankan tugas.
18.06.2020 selidik ii. 8 daripada 12 orang penyelaras menyatakan
mereka ragu-ragu menjalankan tugas manakala 4
orang penyelaras kurang yakin kerana
pengetahuan dan kemahiran menyelaras PBD
yang lemah/kurang mahir/ kurang tahu.
ii. 12 orang penyelaras mengatakan mereka
dilantik menjadi penyelaras tanpa diterangkan
tugas dengan mendalam/ teliti.
22 orang i. 22 orang penyelaras yang ditemu bual
penyelaras mengatakan mereka kurang jelas dan tiada
panduan yang khusus untuk mengurus
pelaksanaan PBD.
ii. 22 orang penyelaras yang ditemu bual juga
mengatakan mereka tidak pernah mendapat tunjuk
ajar/ bimbingan tentang cara mengurus dan
mentadbir PBD yang khusus.
iii. 15 daripada 22 orang yang ditemu bual
menyatakan tidak mempunyai
pengalaman/tidak pernah menjadi
penyelaras/menyelaras pelaksanaan PBD
selama ini.
iv. 22 orang menyatakan memerlukan
latihan/bimbingan untuk mengurus PBD.
v. 12 daripada 22 orang menyatakan berminat
menjalankan tugas sebagai penyelaras dan 10
orang pula mengatakan mereka bersedia
menjalankan tugas dengan sebaiknya.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Penyelidik yang bertugas sebagai Pegawai SISC+ berasa bertanggungjawab untuk
membimbing dan membantu guru-guru tersebut meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
mereka dalam mengurus pelaksanaan PBD khasnya sebagai penyelaras. Beberapa kaedah
intervensi yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
penyelaras PBD iaitu:
183
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Jadual 3: Tindakan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan menyelaras PBD
Langkah 1 Melaksanakan latihan dan bimbingan kepada penyelaras; Bengkel
20-21.07.2020 Cekap PBD.
• Menerangkan secara mendalam Instrumen Penarafan PBD.
Langkah 2 Semua penyelaras melaksanakanLDP di sekolah: Bengkel Cekap PBD.
22.7-10.8.2020 • Laporan pelaksanaan LDP wajib dihantar.
Langkah 3 Bimbingan kunjung bantu ke sekolah.
23.7-16.10.2020
• Bimbingan berdasarkan aspek dan kriteria dalam instrumen
pernarafan.
Langkah 4 Penarafan PBD peringkat sekolah.
19.10-30.10.2020 • Laporan penarafan PBD peringkat sekolah wajib dihantar.
Langkah 5 Pelaksanaan Penarafan PBD peringkat daerah.
2-20.11.2020
• Skor dianalisis untuk menentukan pencapaian pengurusan
pelaksanaan PBD di sekolah.
5.3.1 Pelaksanaan Langkah 1
Bengkel Cekap PBD dilaksanakan pada 20 hingga 21 Julai 2020 yang dihadiri oleh 22 orang
peserta yang terdiri daripada guru-guru yang menjalankan tugas sebagai penyelaras
pelaksanaan PBD di setiap sekolah. Aspek dan kriteria di dalam instrumen penarafan PBD
diterangkan secara terperinci termasuk skor bagi setiap kriteria tersebut. Peserta juga
diterangkan dengan jelas eviden dan isi kandungan yang perlu disediakan bagi setiap aspek
dalam instrumen tersebut untuk dimuatkan di dalam fail nanti. Di samping itu, peserta
diterangkan secara terperinci tugas dan peranan sebagai penyelaras PBD dan takwim
pelaksanaan PBD yang melibatkan kutipan pelaporan data PBD.
Pemerhatian
Tarikh: 21 Julai 2020
Tempat: Bilik Mesyuarat
Masa: 9.00-10.30 pagi
Peristiwa:
Peserta bengkel kelihatan berminat dan berasa gembira dengan instrumen yang diterangkan
kepada mereka. Mereka mengemukakan banyak soalan berkaitan dengan kriteria dalam
aspek yang terdapat dalam borang tersebut. Peserta mengalami masalah menyenaraikan
contoh-contoh eviden yang perlu disediakan bagi mendapat skor yang tinggi dalam
penarafan. Mereka juga keliru tentang jumlah fail yang perlu disediakan bagi menyimpan
dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan PBD. Terdapat juga peserta yangmengatakan
tidak mengetahui kepentingan borang transit untuk merekodkan tahap pencapaian murid
semasa melaksanakan PBD.
184
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Refleksi
Sepanjang bengkel dijalankan peserta kelihatan berminat dan seronok dengan instrumen
penarafan. Namun begitu, mereka masih keliru dengan penyediaan borang transit. Oleh itu,
mereka perlu dibimbing untuk menyediakan borang transit agar dapat menerangkan dengan
baik semasa mereka melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sekolah nanti.
Untuk aktiviti seterusnya, contoh borang transit akan dikongsi bersama dengan peserta supaya
mereka mendapat gambaran yang lebih jelas dan setiap orang guru di sekolah mempunyai
borang transit untuk merekod pencapaian muridsebelummelaporkantahap pencapaianmurid.
5.3.2 Pelaksanaan Langkah 2
Peserta dikehendaki melaksanakan perkongsian (Latihan Dalam Perkhidmatan) tentang
kemahiran dan pengetahuan yang mereka perolehi semasa bengkel dalam tempoh 14 hari
setelah bengkel peringkat daerah dilaksanakan. Ini untuk memastikan guru -guru yang lain
mendapat pengetahuan dan kemahiran yang sama tentang pelaksanaan PBD.
Analisis Dokumen
Tarik: 21 Ogos 2020
Tempat: Bilik Mesyuarat
Masa: 8.00 pagi -5.00 petang
Peristiwa:
Berdasarkan laporan pelaksanaan LDP, terdapat 16 buah sekolah yang menghantar
pelaporan dan mengesahkan LDP dilaksanakan. Manakala 4 buah sekolah mengatakan
mereka melaksanakan LDP tetapi tidak menghantar pelaporan (apabila dihubungi) dan 2
buah (penyelaras menyatakan) sekolah tidak melaksanakan LDP kerana terdapat kekangan
yang tidak dapat dielakkan.
Refleksi
Terdapat 16 buah sekolah yang melaksanakan LDP dengan jayanya. Hal ini menunjukkan
penyelaras menguasai maklumat-maklumat yang telah disampaikan dengan baik. Ini
menunjukkan mereka dengan sendirinya telah dapat memainkan peranan sebagai penyelaras
dengan baik. Namun begitu, untuk sekolah yang tidak menghantar pelaporan LDP dan
melaksanakan LDP bimbingan kunjung bantu perlu dilaksanakan di sekolah tersebut.
5.3.3 Pelaksanaan Langkah 3
Peserta-peserta dibimbing mengurus dan mentadbir pelaksanaan PBD berpandukan aspek-
aspek dan kriteria-kriteria yang terdapat dalam instrumen penarafan PBD. Pasukan penyelidik
yang berperanan sebagai pembimbing membahagikan peserta kepada empat (4) kumpulan,
iaitu setiap penyelidik membimbing sekurang-kurangnya lima (5) orang peserta. Seorang
peserta dibimbing sekurang-kurangnya sekali secara bersemuka. Namun begitu, terdapat juga
dalam kalangan peserta dibimbing secara talian.
185
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Pemerhatian
Tarikh: 23.7-16.10.2020
Tempat: Sekolah peserta / talian
Masa: bergantung kepada jadual bimbingan penyelidik
Peristiwa:
Peserta didapati menghadapi masalah dalam mengurus dan mentadbir aspek penjaminan
kualiti.
Refleksi
Semua peserta didapati bersungguh-sungguh untukmengurus dan mentadbir pelaksanaan PBD
di sekolah masing-masing. Terdapat peserta yang bertanya dengan penyelidik apabila
mengalami masalah dalam mengurus dan mentadbir dalam aspek dan kriteria tertentu.
Penyelidik bercadang akan membimbing lebih mendalam dalam aspek penjaminan kualiti.
5.3.4 Pelaksanaan Langkah 4
Peserta diminta menjalankan penarafan PBD secara dalaman peringkat sekolah setelah
dibimbing mengurus dan mentadbir PBD. Ia sebagai persiapan sebelum ditaraf di peringkat
daerah.
Analisis Dokumen
Tarikh: 19.10-30.10.2020
Tempat: Sekolah peserta
Peristiwa:
Semua peserta melaksanakan penarafan PBD peringkat sekolah masing-masing sebelum
penarafan peringkat daerah. Penyelaras melaksanakan penarafan PBD menggunakan
instrumen penarafan bersama-sama dengan ketua panitia mata pelajaran di sekolah masing-
masing.
Refleksi
Peserta didapati memahami dengan baik kehendak aspek dan kriteria yang terdapat dalam
instrumen penarafan PBD.
5.3.5 Pelaksanaan Langkah 5
Penarafan PBD peringkat daerah dilaksanakan dengan bantuan daripada semua pegawai dari
Pejabat Pendidikan Daerah. Sebelum penarafan dilaksanakan, semua pegawai ditaklimatkan
terlebih dahulu tentang aspek dan kriteria serta skor yang terdapat dalam instrumen penarafan
supaya proses penarafan berjalan dengan lancar.
186