PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
6.1 Temu Bual Berstruktur
337
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
338
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
339
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
340
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Kesimpulannya, melalui analisis temu bual murid, jelas menunjukkan peningkatan
yang sangat memberangsangkan antara kedua-dua murid dalam menyelesaikan masalah
menambah dan menolak melalui penggunaan Kad Kalkulator. Kedua-dua murid telah
menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran menambah dan menolak melalui analisis
temu bual yang telah dilaksanakan oleh saya sebelum dan selepas penggunaan bahan inovasi.
6.3 Pemerhatian Secara Langsung
Jadual 2: Skor Standar Prestasi
Skor Simbol Kriteria
( Tahap TM
Penguasaan ) SM Tahu dan boleh buat sendiri dengan baik secara
bertatasusila
Tahap
Menguasai Tahu dan boleh buat dengan bimbingan
Sedang Maju
Belum BM Tahu beberapa perkara asas ( yang minimum ) berkaitan
Menguasai dengan konstruk tetapi tidak boleh buat ( sentiasa
memerlukan bimbingan )
Sumber: Penilaian dan Pentaksiran Prasekolah
Hasil dapatan analisis pemerhatian yang dikumpul dan direkodkan di dalam instrument
senarai semak selepas tiga kali sesi pemerhatian dijalankan ke atas murid 1 dan 2 seperti yang
ditunjukkan dibawah.
341
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Pemerhatian 1
Jika diperhatikan di dalam borang senarai semak untuk pemerhatian yang pertama, murid A
dan B tidak menguasai lagi tentang operasi tambah dan tolak. Mereka tidak faham cara
menambah dan menolak dengan betul. Kedua-dua murid ini memerlukan bimbingan dan
perhatian lebih untuk menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak ini. Mereka perlu
didedahkan dengan pemahaman terhadap cara menambah dan menolak dengan betul.
Pemerhatian 2
Hasil daripada pemerhatian seterusnya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan
terutama sekali kepada murid A yang mula aktif dan berminat dalam kelas. Pada peringkat ini
murid A sudah yakin untuk berinteraksi dengan guru dan boleh melakukan aktiviti secara
berdikari. Ini kerana pada peringkat ini guru telah melakukan menggunakan bahan inovasi
yang dibina bagi mengubah gaya pembelajaran mereka sebelum ini. Manakala bagi murid B,
mula menunjukkan sedikit peningkatan tingkah laku yang positif. Hal ini mungkin kerana
murid B masih kurang keyakinan diri dan hanya boleh berinteraksi dengan guru apabila guru
mengajukan beberapa soalan kepada murid B.
Pemerhatian 3
Pada pemerhatian ketiga yang dibuat, menunjukkan kedua-dua murid telah menguasai
pengetahuan tentang operasi menambah dan tolak dengan baik. Dengan bantuan Kad
Kalkulator ciptaan saya ini, murid telah menguasai tentang cara menambah dan menolak
dengan betul. Murid mula sedar dan faham bahawa nilai tambah dua angka akan menjadi lebih
banyak. Manakala nilai tolak pula akan menjadi sedikit.
342
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.4 Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Berdasarkan pemerhatian sepanjang pdpc berjalanmenggunakankaedahKad Kalkulator bagi
operasi tambah serta penelitian ke atas hasil kerja murid dapat diterjemahkan ke dalambe ntuk
jadual.
Jadual 3: Ujian pra dan ujian pasca sampel kajian bagi operasi penambahan
Soalan Murid A Murid B
Ujian pra Ujian pasca Ujian pra Ujian pasca
1. 9 + 6 = X√ X √
2. 8 + 6 = X√ X √
3. 3 + 6 = X√ X √
4. 6 + 6 = X√ X √
5. 0 + 6 = √√ X √
6. 1 + 6 = X√ X √
7. 2 + 6 = X√ X √
8. 7 + 6 = X√ X √
9. 4 + 6 = X√ X √
10. 5 + 6 = X√ X √
Jadual 4: Ujian pra dan ujian pasca sampel kajian bagi operasi
penolakan
Soalan Murid A Murid B
1. 2 – 1 = Ujian pra Ujian pasca Ujian pra Ujian pasca
2. 5 – 2 = √
3. 6 – 2 = √√ X √
4. 7 – 5 = √
5. 8 – 7 = X√ X √
6. 9 – 2 = X√ X √
7. 8 – 4 = √
X√ X √
X√ X
X√ X
√√ X
343
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
8. 7 – 6 = X√ X √
9. 6 – 6 = X√ X √
10. 3 – 1 = X√ X √
7.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan penguasaan kedua-dua murid ketika
melaksanakan operasi tambah dan tolak dengan menggunakan kaedah Kad Kalkulator
membuktikan bahawa kaedah ini dapat membantu semua murid untuk menguasai objektif
pembelajaran yang dinyatakan. Murid telah dapat membentuk keyakinan diri ketika
menyelesaikan latihan bertulis, iaitu menyelesaikan operasi tambah dan tolak. Penggunaan
kad kalkulator ini merupakan satu bentuk bahanmaujudyangmenarik perhatianmurid-murid
dalam proses PdPc. Kaedah kad kalkulator ini juga merupakan kaedahbelajar sambil bermain
yang akan membuatkan murid-murid lebih tertarik untuk belajar.
Kajian tentang pendidikan awal kanak-kanak menitik beratkan persekitaran
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang perlu menyediakan aktiviti bermain sambil
belajar supaya kanak-kanak dapat meneroka, menyiasat dan menyelesaikan masalah
(Broadhead, 2004). Seperti mana yang telah dijelaskan oleh Nuthbrown (1994), aktiviti
bermain yang disediakan kepada kanak-kanak sebenarnya memberi ruang kepada mereka
membina kefahaman tentang alam semula jadi hasil gabungan daripada keseronokan,
pengalaman sendiri dan skemata yang timbul. Di akhir pembelajaran juga kanak-kanak lebih
berkemahiran dan dapat membinakefahamansendiri melalui persekitaranpembelajaran yang
menyokong dan sesuai. Oleh sebab itu, Moyles et.al (2002) menjelaskan bahawa kualiti
pembelajaran kanak-kanak sebahagian besarnya bergantung kepada kebolehan dan
kemampuan guru dalam menggalakkan dan memperkembangkan prestasi kanak-kanak
melalui penggunaan bahan yang disediakan.
8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Setelah melihat keberkesanan penggunaan bahan inovasi Kad Kalkulator ini, saya akan
membuat kajian lanjutan berkaitan nombor yang lebih besar dan menyediakan bahan yang
mudah digunakan dan boleh di bawa ke mana-mana bagi memudahkan murid-murid untuk
belajar. Bahan tersebut juga mestilah menarik supaya murid lebih suka untuk belajar dan
yang paling penting adalah fungsinya mestilah dapat digunakan dan dimanfaatkan dengan
sebaiknya.
9.0 KESIMPULAN
Melalui kajian yang telah dijalankan menunjukkan kepentingan belajar melalui bermain
terhadap murid prasekolah. Seperti yang di ketahui, kanak -kanak membina pengalaman
pembelajaran melalui penerokaan, pengalaman dan juga persekitaran fizikal di sekeliling
mereka. Pendekatan belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang perlu disusun
secara sistematik agar aktiviti yang di rancang dapat dilaksanakan dengan tersusun dan dapat
dilaksanakan dengan baik. Penggunaan Kad Kalkulator ini telah dapat membantu proses
pembelajaran kanak-kanak prasekolahdalam subjekMatematik dengan berkesan. Ini terbukti
bahawa kajian ini telah menunjukkan tahap peningkatan kefahaman tentang konsep tambah
dan tolak bagi kanak-kanak yang terlibat dalam pelaksanaan kajian ini.
344
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
RUJUKAN
Broadhead, P. (2004). Early years and play and learning : Developing social skills and
cooperation. London: Routledge Falmer.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Pusat Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur.
Majalah Pendidik, November 2016
Mariani Md. Nor & Siti Hawa Abdullah (2009). Pendekatanmain dalammenangani masalah
pembelajaran kanak-kanak. Diges Pendidik. Jilid 9, Bil. 2/2009. Penang : Universiti
Sains Malaysia.
Moyles, J. R., Adams, S. & Musgrove , A. (2002). SPEEL: Study of pedagogical effectiveness
in early learning. DfES research report. London: Department of Education and Skills.
Nutbrown, C. (1994). Threads of thinking: Young children learning and the role of early
education. London: Paul Chapman Publishing.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6/1997: Amalan Kebersihan Di Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/…/pekeliling/..
Vygotsky, L.S. (1978). Mind in society: The development of the higher
psychological processes.Cambridge, MA: Harvard University Press.
345
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
” RoFKarF 4.0 ”
(RODA FORMULA KARANGAN FAKTA 4.0)
SITI NURJAMIA’TUL AISYAH BINTI OMAR
SK Buloh Kasap, Segamat, Johor
[email protected]
Abstrak
Kemahiran menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul dengan menggunakan idea
utama dan idea sampingan secara kohesi dan koheren dengan bahasa yang santun. merupakan
komponen kemahiran yang penting bagi murid tahap rendah. Kemahiran ini terkandung dalam
DSP untuk standard pembelajaran 2.4 dan 3.6 yang menjadi penilaian pentaksiran kepada
murid. Membina dan menulis idea dalam menjawab soalan penilaian khususnya UPSR dan
penilain kemahiran PBD untuk kemahiran menulis merupakan elemen yang sangat penting
pada murid agar murid mampu mengembangkan idea tanpa tersasar daripada kehendak
soalan. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah bagi murid tahun 6 yang masih lemah
dalam membina idea serta mengembangkan idea tersebut dengan huraian yang baik. Guru
berharap melalui kajian ini dan langkah-langkah yang diambil dapat membantu murid-murid
mengatasi masalah dalam membentuk idea utama dan idea sampingan berdasarkan kepada
kehendak soalan., seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam mengembangkan
idea tersebut menjadi ayat yang gramatis. Kajian ini mengambil masa selama tiga minggu iaitu
pelaksanaannya sepanjang tempoh PDPR. Pada akhir kajian ini, guru mendapati prestasi
murid-murid dalam ujian pos telah meningkat. Menarik minat murid dalam penulisan bukanlah
sesuatu yang mudah dan guru telah berjaya melaksanakannya dalam kaedah inovasi yang
digunakan ini dengan membina idea mengikut landasan yang betul. Guru berharap method
yang boleh membantu pelajar ini dapat berterusan supaya dapat membantu lebih banyak
pelajar khususnya pelajar yang sederhana dan lemah khususnya dalam penulisan Bahasa
Melayu.
Kata Kunci: formula karangan, Bahasa melayu, UPSR, PBD, tahun 6.
1.0 PENGENALAN
Guru memberi fokus pada Bahagian C Kertas 2 Penulisan kerana bahagian ini menyumbang
sebanyak 25 markah (50%). Pemilihan guru pula adalah kepada Karangan Fakta kerana
karangan ini merupakan karangan yang sangat popular dan sering menjadi keutamaan dalam
setiap latih tubi, ujian mahupun penilaian. Guru telah melakukan tinjauan pencapaian dan
penguasaan murid-murid pada tugasan yang lalu dan guru dapati murid–murid di kelas ini
sangat lemah dalam penulisan atas sebab mereka kurang jelas dalam mengembangkan idea
utama degan membina idea sampingan, huraian mahupun contoh.
Walaupun dalam kalangan mereka mempunyai idea atau menjawab soalan dengan betul
namun jawapan hanya berlandaskan semata-mata kepada jawapan sedangkan penilaian dalam
penulisan Bahasa Melayu memerlukan murid menulis karangan itu bersama dengan idea
sampingan dan contohnya. Dapatan menunjukkan, murid hanya mampu mencapai tahap
memuaskan dan objektif guru agar murid-murid di dalam kelas ini untuk mencapai aras
cemerlang tidak akan tercapai.
Guru telah cuba membimbing murid membina idea berdasarkan kepada kata kunci dan
bahan rangsangan kepada murid. Namun, murid-murid masih tidak mampu mengembangkan
idea malah mula kurang berminat untuk menulis dengan hanya membina dua perenggan sahaja
yang menyumbang kepada markah yang lemah. Malah, mereka turut gagal mem bina idea
346
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
utama berdasarkan kepada bahan bantu belajar sebelum ini seperti teknik « 4w1h » mahupun
« SKOP » yang sering digunakan oleh guru-guru lain sebelum ini. Berikutan itu, hasil
pembinaan jawapan karangan murid tidak memenuhi untuk memperolehi tahap menguasai dan
cemerlang.
Guru telah bertemu dan berbual dengan murid-murid melalui kelas ‘Googlemeet’
dan mendapati bahawa kebanyakan murid kurang berminat menulis kerana merasakan agak
sukar untuk membentuk idea dan mengembangkannya menjadi ayat yang gramatis. Ini
disebabkan penguasaan kosa kata murid yang agak lemah dan teknik yang diberikan guru
sebelum ini kurang berkesan kerana rata-rata murid merupakan golongan murid yang beraras
sederhana. Untuk membantu murid mengatasi masalah ini, guru telah mengambil keputusan
untuk mencari jalan penyelesaian dengan cara membina satu kaedah yang dinamakan sebagai
‘RoFKarF 4.0’.
2.0 LATAR BELAKANG
Pembinaan RoFKarF 4.0 adalah untuk membantu menyelesaikan masalah murid dalam
membina karangan fakta. Guru melakukan beberapa latihan dan mengenal pasti masalah-
masalah dalam membina karangan fakta.
‘RoFKarF 4.0’ merupakan istilah yang diakronimkan daripada rangkai kata « Roda
Formula Karangan Fakta » dan 4.0 itu adalah inovasi yang ke-4 dihasilkan oleh guru. Idea ini
terhasil daripada cetusan ‘Pregnancy Wheel’ memandangkan guru merupakan seorang ibu
yang mempunyai 7 kali pengalaman mengandung. Daripada kad pemeriksaan mengandungini,
telah mencetus idea kepada guru untuk menghasilkan inovasi ‘RoFKarF 4.0’.
Setiap roda itu boleh berpusing dan juga diberi warna yang berbeza dengan tujuan
menarik minat murid untuk menggunakannya. Malah, setiap roda memainkan peranannya
tersendiri yang memudahkan murid membezakan setiap idea agar dapat mengelakkan masalah
idea berulang. Penggunaan perkataan seperti ‘DASSAR’ dan ‘SUKA’ merupakan formula
kepada murid untuk membantu mereka dalam menjana idea membentuk rangka karangan
dengan mudah dan cepat.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
a. Mengkaji keberkesanan penggunaan RoFKarF 4.0.
b. Meningkatkan pengusaan kemahiran murid dalam membina idea utama dan idea
sampingan berdasarkan kehendak soalan secara kritis dan kreatif menggunakan
RoFKarF 4.0.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan ke atas murid-murid Sekolah Kebangsaan Buloh Kasap, Tahun 6 Ibnu
Khaldun. Murid terdiri daripada 5 orangyangdilihat mempunyai potensi dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu tetapi berada di tahap lemah. Murid-murid ini terdiri daripada 3 murid lelaki
dan 3 murid perempuan yang semuanya terdiri daripada berketurunan melayu dan beragama
islam. Sasaran guru adalah memastikan murid mencapai hingga ke tahap cemerlang.
347
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
5.0 ISU / MASALAH
5.1 Tinjauan Awal Masalah
Tinjauan awal yang dilakukan oleh guru adalah berdasarkan kepada beberapa kaedah iaitu
secara pemerhatian, soal jawab (kuiz) dan ujian pra (bertulis). Data tinjauan masalah
dikumpulkan melalui ujian PRA dan semakan buku latihan, didapati murid-murid tidak mampu
membina idea yang baik dalam karangan fakta.
Jadual 1: Tinjauan Awal Masalah
BIL AKTIVITI CATATAN
5.1.1 Pemerhatian dan Guru meneliti setiap perkataan dan binaan idea dalam
semakan latihan karangan dan mencari kelemahan dalam jawapan murid.
5.1.2 Temu bual 3 orang pelajar dipilih secara rawak dalam sesi PDPR
5.1.3 Ujian Pra Googlemeet mendapatkan gambaran sebenar tanggapan pelajar
terhadap soalan karangan
Ujian pra yang mengandungi 1 contoh soalan berdasarkan
format peperiksaan. Ujian ini adalah bertujuan melihat sejauh
mana kefahaman murid dalam menguasai kemahiran menulis
karangan.
Jadual 2: Analisis Kesilapan Binaan Jawapan Murid Dan Markah Diperoleh
BINAAN KARANGAN
MURID pendahuluan Idea utama Huraian Penutup Markah
( /25m)
1 √ √ -√
2 √ √ -- 14
3 - √ -√ 12
4 √ √ -- 13
5 - √ -- 12
6 - √ -- 8
JUMLAH 10
MURID 3 5 21
-
Berdasarkan kepada analisis yang diperolehi, guru mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh murid ketika membina karangan sehingga murid hanya mampu memperoleh
markah di tahap memuaskan (8 hingga 15 markah). Antara kelemahan yang dikenal pasti oleh
guru adalah:
i. Murid tidak membina karangan dengan format yang lengkap (tidak mempunyai
pendahuluan mahupun penutup walaupun telah dibimbing berulangkali)
348
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
ii. Murid membina isi yang berulang-ulang atau isi tidak bertepatan dengan tajuk yang
menyebabkan tiada markah diperolehi.
iii. Rata-rata murid tidak menghuraikan isi dan tidak tahu cara untuk menghuraikan isi
yang menyebabkan mereka hilang markah huraian dan gaya bahasa.
Ini dibuktikan dalam Gambar 1 dan 2 di bawah:
Gambar 1: Contoh jawapan murid (Tidak menjawab soalan dan format karangan tidak
lengkap)
Gambar 2: Contoh jawapan murid yang tiada huraian dan idea berulang
6.0 MASALAH YANG DITANGANI INOVASI ‘RoFKarF 4.0’
6.1 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi
Penghasilan bagi inovasi ini adalah menggunakan bahan yang mudah didapati dan ada
antaranya menggunakan bahan yang terpakai atau tidak digunakan. Kos untuk menghasilkan
inovasi sangat murah dan mudah untuk didapati. Gambar 3 memaparkan bahan-bahan untuk
meyediakan RoFKarF 4.0 dan Gambar 4 cara aplikasi RoFKarF 4.0.
349
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Kertas A4 berwarna Kertas dinding bercorak
Kotak terpakai Alat tulis
Gambar 3: Bahan-bahan menyediakan RoFKarF 4.0
1 (RODA 2)
Kehendak soalan A – idea 1
(RODA 1) (RODA 3)
Pendahuluan S – idea 2
( DJT ) (RODA 4)
S – idea 3
(RODA 6)
Rumusan (RODA 5)
A – idea 4
Gambar 4: Cara Aplikasi Inovasi ‘RoFKarF 4.0’
350
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.2 Tatacara Aplikasi Inovasi ‘RoFKarF 4.0’
Rajah 1 hingga Rajah 6 menunjukkan tatacara penggunaan RoFKarF 4.0 .
.
Rajah 1: Roda 1 Membina pendahuluan
Rajah 2: Roda 2 Membina idea 1
Rajah 3: Roda 3 Membina idea 2
351
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 4: Roda 4 Membina idea 3
Rajah 5: Roda 5 Membina idea 4
Rajah 6 : Roda 6 Membina rumusan
352
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.2.2 Pelaksanaan Inovasi Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu.
Inovasi ini telah memberi impak kepada pencapaian murid bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
khususnya. Murid telah dibekalkan dengan alat RoFKarF 4.0 dan belajar membina karangan
fakta dengan bimbingan guru seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 5 dan Gambar 6.
Implikasi daripada itu, kebanyakkan murid dapat membina karangan dengan baik berbanding
sebelumnya dan mendapat markah yang lebih baik.
Gambar 5: Pelaksanaan Bimbingan Menggunakan RoFKarF 4.0 Semasa Sesi Google Meet
Gambar 6: Pelaksanaan Bimbingan Menggunakan RoFKarF 4.0 Semasa Sesi Semuka
353
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.2.3 Keberkesanan Inovasi Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
Pencapaian murid-murid dalam ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan yang ketara
selepas tindakan diambil seperti dalam Gambar 7 dan Gambar 8. Berikut merupakan
perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos.
Gambar 7: Perbandingan jawapan pra dan pos bagi responden 1
.
Gambar 8: Perbandingan jawapan pra dan pos bagi responden 3
Rajah 7 dan Rajah 8 menjelaskan impak hasil penggunaan RoFKarF 4.0 terhadap mata
pelajaran Bahasa Melayu. RoFKarF 4.0 ternyata satu produk inovasi yang mudah digunakan,
murah kos penyediaan serta memberi jawapanyangtepat kepada murid yangmenggunakannya
bagi membina karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
354
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 7: Analisis Ujian Pra dan Ujian Post Mengikut Responden
7.0 REFLEKSI KAJIAN
Murid telah mengalami peningkatan yang ketara. Selain itu, murid telah menunjukkan minat
yang lebih tinggi dalam mempelajari kemahiran penulisan karangan. Murid juga lebih
beryakinan semasa menjawab soalan Bahagian C (karangan).
Murid-murid juga lebih berminat untuk belajar jika pelbagai jenis kaedah pengajaran
dan pembelajaran digunakan. Guru berpuas hati dengan kemajuan murid-murid kerana bukan
355
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
mudah untuk menggalakkan murid-murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini
juga dapat membantu murid meningkatkan daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang
dipelajari di samping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan
menyeronokkan.
Untuk meningkatkan lagi kefahaman dan juga peringatan murid terhadap teknik ini,
guru telah menghasilkan satu lagu yang diubahsuai daripada nyanyian asal untuk murid terus
ingat pada pelajaran atau masa yang akan datang. Lagu tersebut diubah senikatanya
berdasarkan kepada ciri-ciri inovasi yang membolehkan murid dapat mencapai kefahaman
dalam pembelajaran khususnya membina karangan fakta yang menyumbang sebanyak 50%
markah bagi kertas Bahasa Melayu Penulisan.
7.1 Penulisan Lagu Inovasi
ROFKARF UNTUK KAMU
LAGU ASAL: LAGU UNTUK KAMU (ALYSSA DEZEK)
BILA NAK BINA KARANGAN
ROFKARF KAN BANTU BINAAN
FORMULA KARANGAN FAKTA
AGAR TIDAK TERSASAR
PUSING DAN INGAT KAEDAH ‘DASSAR’
TERDAPATLAH ENAM RODA
WAKILI ENAM PERENGGAN
MULA PENDAHULUAN
EMPAT UNTUKLAH ISI
AKHIRI RODA KECIL NGAN RUMUSAN
FORMULA PENDAHULUAN
INGATLAH DJT,
DEWASA JUSTERU
TERDAPAT PELBAGAI DAN…
MASUKKAN KATA KUNCI
SUPAYAKAU NANTI
TIDAK LARI MENCARI IDEA PASTI
ISI DIMULAKAN DENGAN
PENANDA WACANA
GABUNGKAN HURAIAN
DENGAN FORMULA ‘SUKA’
BINLAH CONTOH JUGA
GUNA WH
SETIAP IDEA ADA TIGA PERKARA
ULANG
AKHIRI DENGAN RODA KECIL RUMUSAN
JANGAN LUPA HARAPAN DAN RASA
356
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
RUJUKAN
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka,` 2014
J.Nulawadin Mustafagani, Asas Kemahiran Berbahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1992.
Jurnal Kajian Tindakan, Jilid 01, 2006, Pejabat Pelajaran Daerah Segamat. Kamus Dewan,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005. Manual Kajian Tindakan, BPPDP,
KPM.
Model Penulisan Bahasa Malaysia, PEP Publications Sdn. Bhd, SEL. Standard Kurikulum
Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 5, BPPDP, KPM. Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2011.
LAMAN WEB
https://www.google.com/search?q=ANALISIS++SOALAN+KARANGAN+UPSR&tbm=isc
h& ved=2ahUKEwih-IfM6s3rAhUkVXwKHVy9CZEQ2
cCegQIABAA&oq=ANALISIS++SOALAN+KARANGAN+UPSR&gs_lcp=CgNpb
WcQA
zoECAAQQzoFCAAQsQM6AggAOgQIABAeOgQIABAYUP7tA1jxmARg5p4EaA
BwA
HgAgAHVAYgB7RGSAQYxMS43LjKYAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ8ABA
Q&scli ent=img&ei=DVNRX-G9A6Sq8QPc-
qaICQ&bih=608&biw=1366#imgrc=1FgbXDxC- RsLXM.
https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/lp/3056-pelaporan-pentaksiran-
sekolah-rendah-2019/file https://gengsekolah.com/dskp-bahasa-melayu-kssr-semakan/
http://eilahasnor.blogspot.com/p/kajian -tindakan.html
https://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977
357
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
TKH: SATU TEKNIK EFEKTIF MENGUASAI HURUF TUNGGAL JAWI
DALAM PELAJARAN JAWI PRASEKOLAH
FARIZYAN BINTI PIUT
SK Sementa, Klang, Selangor
[email protected]
HAIRUL FAIEZI BIN LOKMAN
IPG Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur
[email protected]
Abstrak
Pembelajaran tulisan jawi seharusnya diajar seawal usia dengan mempelbagaikan strategi yang
boleh menarik minat murid seterusnya boleh menguasai tulisan Jawi dengan berkesan. Pengkaji
yang merupakan Guru Pendidikan Islam prasekolah mendapati isu yang sering terjadi semasa
pengajaran dan pemudahcaraan Jawi iaitu murid tidak dapat menguasai huruf tunggal jawi
dengan baik. Oleh sebab itu, objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk memastikan murid
boleh menguasai huruf tunggal jawi bagi subjek Pendidikan Islam prasekolah. Sebagai langkah
alternatif, pengkaji telah menggunakan intervensi Teknik Kisah Huruf (TKH). Seramai 6 orang
responden terdiri murid Pra Cekal SK Sementa terlibat dalam kajian yang diselesaikan dalam
tempoh tiga bulan. Data dipungut dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan ujian pra dan
pasca. Dapatan kajian menunjukkan murid Pra Cekal telah dapat menyebut dan menulis huruf
tunggal jawi dengan betul.
Kata kunci : tulisan Jawi, Pendidikan Islam, prasekolah, kajian tindakan, minat
1.0 PENGENALAN
Tulisan jawi berkembang sekitar 700 tahun dahulu dengan perjumpaan batu bersurat yang
dijumpai pada tahun 1899 Masihi di Sungai Tersat, Terengganu. Batu bersurat 702 Hijrah
bersamaan 1303 Masihi itu mengandungi sepuluh fasal syarat undang-undang. Penemuan ini
membuktikan bahawa sebelum tahun 1303 Masihi lagi sudah ada orang di Tanah Melayu yang
mengetahui tulisan jawi.
Menurut Ismail Hamid (1981), ejaan jawi telah diperkenalkan dan disebarkan oleh
pedagang-pedagang yang mengembangkan Islam di nusantara khasnya di Tanah
Melayu. Tulisan jawi digunakan secara meluas di Nusantara dalam pentadbiran adat istiadat
perdagangan dan pendidikan. Ejaan jawi telah memainkan peranan penting dalam
perkembangan ilmu dan kebudayaan bangsa Melayu (Abd. Jalil, 2012). Tulisan Jawi yang
digunapakai kini telah mengalami penyesuaian dengan penuturan bangsa Melayu. (Hussain,
Mohd Hisyam, Rafiuddin, Shakila, Mikdar, 2011). Huruf-huruf jawi dipinjam dari huruf Arab
atau diambil terus dari Bahasa Parsi dan Hindi dengan penambahan 5 huruf iaitu ca ()خ, pa (ف
), ga ()ض, nga ( )غdan nya ()ث. Kemudian, huruf va ( )ؤditambah pada 1984 melalui
Konvensyen Tulisan Jawi Terengganu dan kekal hingga sekarang. Perkembangan dan revolusi
tulisan jawi berlaku untuk menambahbaik sistem tulisan jawi itu sendiri. Sehingga kini,
terdapat beberapa pengubahsuaian yang dilakukan agar tulisan jawi lebih mudah difahami dan
dipelajari.
Pemupukan benih-benih Islam dalam kalangan kanak-kanak bermula seawal pra sekolah
lagi. Selain daripada penekanan terhadap penguasaan asas Al-Quran, pembentukan akidah,
pemupukan asas ibadah,penyuburan adab dan akhlak dan pengenalankepada sirah,Pendidikan
Islam prasekolah juga mengutamakan asas pelajaran Jawi agar murid tidak ketinggalan dalam
358
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
subjek Pendidikan Islam apabila masuk ke alam persekolahan rendah memandangkan semua
buku teks Pendidikan Islam tahun 1-6 menggunakan tulisan jawi. Oleh itu, tulisan jawi
merupakan medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-
sekolah Malaysia pada hari ini. (Kang Kyoung Seouk, 1990). Selari dengan ayat al-Quran
yang pertama diturunkan :
ٱ ۡق َر ۡأ بِٱ ۡس ِم َربِ َك ٱلَّ ِذي َخ َل َق
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu, yang : Maksudnya
.)menciptakan (sekalian makhluk
“Bacalah”, ia merupakan kunci kepada pelbagai cabang ilmu yang lain. Begitu juga,
kemahiran mengenal huruf tunggal merupakan kunci dan asas kepada kemahiran mengeja dan
membaca jawi. Kemahiran menulis jawi pula memerlukan latihan dan bimbingan bagi
melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk yang
sempurna dengan menggunakan deria dan mental. (Norhawati, 2000, Shazana, 2009).
Menurut Nik Rosila (2007) dalam kajiannya, murid-murid perlu menguasai jawi untuk
kemahiran al-Quran dan menjadi tanggungjawab guru di sekolah menyediakan pembelajaran
proaktif dan menarik. Oleh itu, tulisan jawi yang merupakan khazanah berharga perlu
dipelihara dan dipulihara secara berterusan dan sudahtentu guru terutamanya Guru Pendidikan
Islam di sekolah memainkan peranan yang sangat penting agar tulisan jawi tidak pupus ditelan
zaman.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Pengkaji telah mengajar Pendidikan Islam prasekolah selama 4 tahun. Saban tahun, masalah
yang murid-murid hadapi ialah menyebut dan menulis huruf jawi tunggal . Kedua-dua aspek
ini merupakan asas penting bagi menguasai subjek jawi pada peringkat prasekolah.
Murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Sementa berusia 6 tahun. Ada antara
mereka yang sudah pernah bersekolah di tabika pada usia 4 dan 5 tahun, manakala ada juga
yang tidak pernah bersekolah langsung. Melalui pemerhatian dan ujian pra dan pasca, terdapat
beberapa masalah yang dihadapi murid dalam mempelajari subjek Jawi iaitu:
1. Murid tidak dapat menyebut huruf tunggal jawi dengan betul.
2. Murid tidak dapat menulis huruf tunggal jawi dengan betul.
2.1 Murid tidak dapat menyebut huruf tunggal jawi dengan betul
Melalui analisis pemerhatian, sebahagian murid prasekolah tidak dapat menyebut huruf
tunggal jawi dengan betul. Hal ini kerana mereka tidak mengenal huruf jawi tersebut. Murid
kelihatan terpinga-pinga dan tersengih-sengih semasa pengkaji menunjukkan huruf dan
meminta murid menyebut huruf tersebut.
2.2 Murid tidak dapat menulis huruf tunggal jawi dengan betul
Melalui ujian pra, sebahagian murid-murid prasekolah sukar untuk menulis huruf tunggal jawi.
Apabila diperhatikan semasa mereka membuat lembaran kerja, terdapat murid yang berkhayal
dan tidak menulis dan ada juga murid yang menulis tetapi dengan tulisan cakar ayam
359
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
sehingga menyebabkan huruf yang mereka tulis itu tidak betul dan tidak kemas. Dalam pada
itu, terdapat murid yang menulis seperti menulis tulisan rumi iaitu dari kanan ke kiri.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian tindakan yang dilaksanakan ini adalah untuk menentukan kesan Teknik Kisah Huruf
terhadap pencapaian murid Pra Cekal SK Sementa dalam bidang Jawi Pendidikan
Islam. Dalam bidang Jawi , murid akan menyebut dan menulis huruf Jawi seperti yang
terkandung dalam silibus mata pelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan huruf-huruf
yang sukar disebut dan ditulis iaitu huruf ض, ص, خ, خ, ح, ج. Hal ini yang demikian, fokus
utama kajian tindakan ini dilakukan adalah untuk memastikan murid dapat menyebut dan
menulis huruf tunggal jawi ض, ص, خ, خ, ح, ج. Selain itu, kajian tindakan ini juga bertujuan
membantu guru agar dapat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek
Pendidikan Islam prasekolah.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengkaji keberkesanan Teknik TKH dalam meningkatkan pemahaman dan daya
ingatan murid dalam mempelajari tulisan jawi.
ii. Meningkatkan penguasaan 6 orang murid dalam menyebut huruf tunggal jawi dan
menulis huruf tunggal jawi dengan betul menggunakan Teknik TKH.
5.0 TINJAUAN LITERATUR
Hakikat sebagai seorang guru prasekolah, mengajar murid mengeja, membaca dan menulis
bukanlah sesuatu yang mudah walaupun ia terlihat mudah oleh segelintir
masyarakat. Walaupun terdapat beberapa orang murid yang sudah boleh menyebut dan
menulis huruf tunggal jawi dengan betul, namun terdapat beberapa orang yang belum pun
mengenal huruf tunggal jawi ini.
Namun sebagai pendidik, kita haruslah sentiasa berusaha mengajar murid agar mereka
dapat mencapai tahap yang sepatutnya. Guru merupakan role model dengan memberi motivasi
kepada murid dalam pencapaian prestasi pendidikan di sekolah. Kekuatan murid mendalami
penulisan jawi membabitkan kebolehan guru semasa pembelajaran iaitu tidak hanya
menggunakan buku teks atau chalk and talk (Siti Aishah, 2009). Menurut Fadzlina (2014),
setiap pengajaran yang ingin dilaksanakan harus dirancang melalui penyediaan perancangan
pengajaran dan tindakan penulisan.
Menurut N. S Rajendran (2001), guru-guru harus berkemampuan menangani pelbagai
cabaran yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran selain memiliki ilmu, kemahiran dan
sikap yang sesuai. Antara cabaran utama seseorang guru ialah guru berautoriti dan
memonopoli wacana kelas keseluruhannya yang akhirnya menyebabkan murid-murid menjadi
pasif.
Zainora Binti Mohd (2005) melalui kajiannya mendapati pada awalnya ujian pra murid
tidak dapat membaca namun setelah diberi peneguhan dan bimbingan mereka dapat membaca
dengan lebih baik. Mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar bukan sahaja dapat
membantu murid menguasai tajuk dengan berkesan tetapi juga boleh meningkatkan motivasi
guru itu sendiri mengajar murid di dalam kelas. Menurut Allen (1992), kaedah dan teknik
pengajaran yang baik boleh menyumbang kepada mutu pengajaran dan pembelajaran yang
360
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
berkesan. Kaedah penerangan atau berceramah yang bersifat pembelajaran sehala kurang
membantu murid kerana murid tidak terlibat secara langsung dalam PdPC. Melalui kaedah
bercerita atau ilustrasi, murid akan lebih ingat dan faham tajuk yangdiajar melalui penggunaan
bahan-bahan bantu mengajar yang disesuaikanguru semasa teknik bercerita digunakan. Selain
itu, penggunaan gambar atau bercerita dikatakan dapat melatih murid berfikir (Shahabuddin &
Rohizani 2003).
Bahan bantu mengajar seperti kad imbas juga membantu meningkatkan minat dan
fokus pelajar terhadap sesuatu tajuk yang dipelajari. Menurut Rasihidi Azizan & Abdul Razak
Habib (1998), penggunaan bahan bantu mengajar merupakan sebahagian daripada usaha guru
bagi memberangsangkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran yang seterusnya
menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar. Dalam pada itu, penghasilan
bahan bantu mengajar juga boleh membantu guru berfikir dan mencetuskanidea serta kreativiti
seiring dengan kebolehan dan tahap murid yang diajar.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dimulakan dengan menjalankan ujian pra pada responden untuk menentukan nilai
mula atau Take Off Value (TOV).
6.1 Reka Bentuk Kajian
Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan
yang diasaskan oleh Kemmis dan McTaggart (1988) seperti Rajah 1:
Rajah 1 : Proses Kajian Tindakan
Rajah 1 ini menghuraikan sebuah rekabentuk dalam melaksanakan proses pelaksanaan
kajian tindakan yang terdiri dari pada proses merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek. Berdasarkan Model Kemmis & Mc Taggart (1988), kebanyakan kumpulan akan
361
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal terhadap sesuatu situasi
sebagai asas untuk merancang dan bertindak.
6.2 Sasaran Kajian
Kajian ini melibatkan 6 orang murid Pra Cekal. Responden terdiri daripada 3 orang murid
lelaki dan 3 orang murid perempuan. Pengkaji mengambil keputusan untukmengadakankajian
tindakan ini ke atas 6 orang murid yang lemah penguasaan Jawi.
6.3 Instrumen Kajian
6.3.1 Pemerhatian
Sikap pelajar dilihat secara langsung di dalam kelas sewaktu aktiviti pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPC). Pemerhatian berstruktur dilaksanakanoleh pengkaji untuk memerhati
sikap dan tingkahlaku murid sebelum dam selepas intervensi TKH dilaksanakan.
6.3.2 Ujian Pra dan Pasca
Alat kajian yang digunakan untuk menentukan pencapaian murid sebelum dan selepas
intervensi dijalankan. Ujian pra dan pasca ini dinilai berdasarkan lembaran kerja dan buku
aktiviti yang diberikan kepada murid sewaktu PdPC dijalankan.
7.0 PERANCANGAN TINDAKAN
Tinjauan Masalah
Tinjauan awal dilakukan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi murid semasa sesi PdPC
Jawi dijalankan. Berdasarkan kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu yang telah
dihuraikan dalam perkara 2.0 kajian, beberapa masalah telah dikenal pasti iaitu:
1. Murid tidak dapat menyebut huruf tunggal jawi dengan betul.
2. Murid tidak dapat menulis huruf tunggal jawi dengan betul.
Seterusnya, pengkaji telah melakukan tindakan kajian yang dirancang berdasarkan Model
Kemmis & Mc Taggart seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1 : Tindakan Kajian Berdasarkan Model Kemmis & Mc Taggart
PERINGKAT TINDAKAN KAJIAN
MODEL KEMMIS
& MC TAGGART Pengkaji merancang intervensi yang sesuai bagi merawat masalah
Merancang murid tidak dapat menyebut dan menulis huruf jawi.
Pengkaji menjalankan intervensi TKH pada responden yang
Bertindak disasarkan.
Pada peringkat ini, pengkaji merekod dan menganalisis segala data
Memerhati yang diperolehi.
362
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Mereflek Pengkaji mereflek keberkesanan TKH dalam merawat masalah
murid yang tidak dapat menyebut dan menulis huruf jawi.
Berdasarkan Jadual 1, pengkaji merancang intervensi yang sesuai bagi merawat
masalah murid tidak dapat menyebut dan menulis huruf jawi. Intervensi yang difikirkan iaitu
TKH diharap dapat merawat masalah murid prasekolah yang sukar menyebut dan menulis
huruf tunggal jawi. Seterusnya dalam fasa bertindak, pengkaji menjalankan intervensi TKH
pada responden yang disasarkan. Pengkaji telah menjalankan TKH terhadap responden yang
terlibat. Pada fasa memerhati pula, pengkaji merekod dan menganalisis segala data yang
diperolehi. Data pemerhatian berstruktur dan ujian pra dan pasca dicatat dalam bentuk jadual
manakala dapatan daripada data tersebut ditukar ke dalam bentuk carta agar perbezaaan dapat
dilihat dengan lebih jelas. Fasa yang terakhir iaitu mereflek. Pengkaji mereflek keberkesanan
TKH dalam merawat masalah murid yang tidak dapat menyebut dan menulis huruf jawi.
8.0 DAPATAN KAJIAN – PELAKSANAAN KAJIAN / TINDAKAN YANG
DICADANGKAN
8.1 Intervensi
Pengkaji memperkenalkan intervensi kajian tindakan TKH. TKH merupakan singkatankepada
Teknik Kisah Huruf. Dalam TKH ini, pengkaji menggunakan Kad Imbas Huruf Jawi
Tunggal. Guru memperkenalkan terlebih dahulu huruf tunggal jawi menggunakan kad imbas
sebelum meminta murid menyebut huruf tersebut. Menggunakan kad ini juga guru
memperkenalkan huruf tunggal jawi dengan menggunakan TKH iaitu teknik bercerita atau
imaginasi agar murid dapat mengenal ciri-ciri huruf tunggal jawi tersebut. Menurut Marjorie
Taylor (2013) kanak-kanak menggunakan imaginasi sebagai alat pemikiran mereka. Mereka
menggunakan imaginasi untuk mencari penjelasan kepada beberapa perkara yangsukar mereka
fahami dalam kehidupan, seperti masalah keluarga, isu ketuhanan, mahupun dunia kanak-
kanak sebelum kelahiran.
Kemudian, pengkaji menggunakan TKH sekali lagi untuk membantu murid menulis
huruf tunggal jawi dengan betul. Guru menulis huruf jawi dengan langkah dan cara yang betul
iaitu dari kiri ke kanan atau dari atas ke bawah sambil menggunakan TKH. Oleh yang
demikian, dalam TKH, pengkaji menggunakan daya imaginasi dan kaedah bercerita untuk
memudahkan murid prasekolah menulis huruf tunggal dengan betul.
8.2 Penerangan Teknik Kisah Huruf
Bertepatan dengan namanya, teknik ini secara keseluruhannya ialah berkaitan cara mengajar
huruf tunggal jawi dengan menggunakan daya imaginasi dan pengkisahaniaitu teknik bercerita
ringkas agar murid mudah untuk mengenali dan menulis huruf tunggal jawi.
Walaupun huruf tunggal jawi mempunyai 35 huruf, namun terdapat beberapa huruf
yang mempunyai kategori sama bentuk tetapi berbeza titik seperti huruf خ,خ,ح,ج. Hal ini secara
tidak langsung dapat memperbanyakkan lagi latih tubi murid menulis huruf. Berikut
merupakan langkah-langkah Teknik Kisah Huruf yang dilakukan oleh pengkaji:
Langkah 1 : Pengkaji memperkenalkan huruf tunggal jawi mengunakan Kad Imbas Jawi
Tunggal. Murid menyebut huruf tunggal jawi mengikut guru. Guru memperkenalkan huruf
dengan menceritakan ciri-ciri huruf tersebut seperti apa. Kemudian guru menggunakan kad ini
363
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
dengan melekatkan kad secara rawak di papan putih dan murid dikehendaki menunjukkan
huruf yang disebut oleh guru di hadapan kelas.
Langkah 2 : Guru menulis huruf tunggal jawi di papan putih sambil mengkisahkan atau
menceritakan ciri-ciri huruf tersebut. Langkah menulis huruf dengan betul termasuk dalam
TKH. Contoh adalah seperti Jadual 2.
Jadual 2: Teknik Kisah Huruf
Huruf Teknik Kisah Huruf
جMula-mula jalan lurus, kemudian buat telinga besar dan titik satu di tengah. Ini ialah
huruf Jim.
حMula-mula jalan lurus, kemudian buat telinga besar. Ini ialah huruf Ha.
خMula-mula jalan lurus, kemudian buat telinga besar dan titik satu di atas. Ini ialah
huruf Kho.
خMula-mula jalan lurus, kemudian buat telinga besar dan titik tiga di tengah. Ini
ialah huruf Ca.
صNaik gunung, jalan lurus, jumpa kolam. Ini ialah huruf Sod.
ضNaik gunung, jalan lurus, jumpa kolam, satu titik di atas. Ini ialah huruf Dod.
Dengan TKH ini, murid akan lebih mudah untuk menulis huruf tunggal kerana sudah
dibantu dengan daya imaginasi kreatif mereka. Hasil daripada pelaksanaan intervensi
menggunakan TKH, murid telah dapat menyebut dan menulis huruf tunggal jawi dengan
betul. Berikut adalah dapatan kajian melalui kajian yang telah dilaksanakan ini.
i. Murid dapat menyebut huruf tunggal jawi dengan betul menggunakan TKH
Objektif kajian iaitu murid dapat menyebut huruf tunggal jawi dengan betul diukur
berlandaskan pemerhatian terhadap tingkah laku murid.
Jadual 3 : Rekod Senarai Semak Pemerhatian
Murid Sebelum TKH dilaksanakan
M1 Tingkah laku murid apabila guru bertanya
M2
M3 Diam
M4 Diam
M5 Tersengih-sengih
M6 Malu-malu
Tersengih-sengih
Murid Diam
M1 Selepas TKH dilaksanakan
M2 Tingkah laku murid apabila guru bertanya
M3 Menjawab penuh yakin
M4 Tersenyum
M5 Bertepuk tangan
M6 Tersenyum
Mengangkat kedua tangan berulang kali (Yeay!)
Bertepuk tangan
364
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Jadual 3 menunjukkan rekod senarai semak pemerhatian tingkahlaku murid apabila
guru bertanya tentang huruf tunggal jawi. Berdasarkan data tersebut, M1, M2, M3, M4, M5,
M6 menunjukkan tingkah laku pasif seperti diam, tersengih-sengih dan malu-malu kerana
mereka tidak dapat menyebut huruf yang ditunjuk oleh pengkaji.
Selepas pengkaji memperkenalkan dan melaksanakan TKH ini, M1 menjawab dengan
penuh yakin menyebut huruf yang ditunjuk oleh pengkaji, M2 dan M4 menyebut sambil
tersenyum, M3 dan M6 bertepuk tangan manakala M5 mengangkat kedua tangan berulang kali
seolah-olah berkata “Yeay yeay!”
Melalui analisis pemerhatian ini, dapatlah dirumuskan bahawa murid dapat menyebut
huruf tunggal jawi dengan betul berdasarkantingkah laku positif dan aktif yangterhasil selepas
TKH dilaksanakan.
ii. Murid dapat menulis huruf tunggal jawi dengan betul menggunakan TKH
Objektif kajian iaitu murid dapat menulis huruf jawi dengan betul menggunakan TKH diukur
berdasarkan ujian pra dan pasca. Ujian pra diberi sebelum pengkaji memulakan intervensi
terhadap murid. Manakala, ujian pasca pula dijalankan setelah pengkaji melaksanakan
intervensi dalam kajian tindakan TKH ini. Pengkaji menggunakan buku aktiviti dan lembaran
kerja dalam menilai ujian pra dan pasca murid.
Jadual 4 : Ujian Pra dan Pasca
Ujian Pra Ujian Pasca
Murid Menulis Menulis Tidak Menulis Menulis
Tidak tetapi tidak dengan menulis tetapi tidak dengan
menulis
betul betul betul betul
M1 /
/
M2 / /
M3 / /
M4 / /
M5 / /
M6 / /
Jadual 4 menunjukkan keputusan ujian pra dan pasca yang dilakukan semasa sesi
PdPC. Dalam ujian pra, 2 orang murid iaitu M1 dan M2 tidak menulis huruf tersebut. Seorang
duduk termenung dan seorang lagi menulis huruf lain yang terdapat dalam buku aktiviti. M3,
M4, M5 dan M6 pula menulis tetapi tidak betul. Ada yang menulis dari arah yang tidak betul,
bentuk huruf tidak dapat dilihat dan tulisan cakar ayam. Selepas intervensi dilaksanakandalam
bilik darjah dan ujian pasca dijalankan, semua murid M1, M2, M3, M4, M5 dan M6 dapat
menulis huruf tunggal jawi dengan betul.
365
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Jadual 5 : Analisa Ujian Pra dan Pasca
• Ujian Pra
Kategori Jumlah Murid Peratusan
Tidak menulis 2 orang 33.3%
Menulis tetapi tidak betul 4 orang 66.6%
Menulis dengan betul 0 orang 0%
• Ujian Pasca
Kategori Jumlah Murid Peratusan
Tidak menulis 0 orang 0%
Menulis tetapi tidak betul 0 orang 0%
Menulis dengan betul 6 orang 100%
Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 2, jelas menunjukkan perbezaan dalam ujian pra dan
pasca yang dijalankan dalam kelas Pra Cekal. Hampir semua murid M1-M6 tidak dapat
menulis huruf tunggal jawi ص, خ, خ, ح, جdan ضdengan betul pada ujian pra. Sebanyak
33.3% murid tidak menulis manakala sebanyak 66.6% murid menulis tetapi tidak betul dengan
tulisan cakar ayam. Pengkaji tidak dapat melihat ciri-ciri bentuk huruf tersebut semasa ujian
pra ini dijalankan. Selepas TKH diamalkan dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC)
dan ujian pasca dijalankan, 100% murid boleh menulis huruf tunggal jawi dengan betul. Ciri-
ciri huruf jawi tunggal tersebut boleh dilihat dari hasil kerja murid walaupun tidak kemas
sepenuhnya. Dapatan dari kajian ini menunjukkan TKH mampu memberikan perubahan yang
jelas dalam kalangan murid Pra Cekal menyebut dan menulis huruf tunggal jawi.
Rajah 2: Graf Ujian Pra dan Pasca
366
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
9.0 REFLEKSI KAJIAN
Kajian tindakan ini telah dapat membantu murid menyebut dan menulis huruf tunggal jawi
dengan baik dan betul dalam subjek Pendidikan Islam prasekolah. Jika sebelum ini tiada
kaedah khusus untuk mengenal huruf tunggal jawi. Guru hanya mengajar menggunakan
kaedah penerangan yang menyebabkan murid kadang-kadang tidak fokus dan bosan dalam
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC). Walau bagaimanapunterdapat beberapa perkara yang
mengelirukan murid iaitu panjang sesuatu bentuk huruf tersebut . Namun ia telah ditambah
baik oleh pengkaji melalui latih tubi dan bimbingan guru.
Di samping itu, pengkaji telah dapat menambahbaik kaedah pengajaran dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam prasekolah. Walaupun pengkaji pada mulanya agak sukar untuk
menentukan kisah apa yang perlu dijadikan cerita bagi TKH ini, akhirnya dapat menjana idea
juga melalui bantuan rakan seperjuangan dan murid-murid. Alhamdulillah pengkaji rasa
bersyukur dan gembira kerana melalui TKH ini dapat mencapai objektif seperti yang telah
ditetapkan.
Keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat menambah baik proses PdPC yang
wajar dipraktikkan oleh seorang pendidik khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
prasekolah. Maka kaedah kajian tindakan ini dapat membantu proses PdPC guru. Walaupun
kajian tindakan tidak boleh digenerelisasikan, namun dalam keadaaan dan situasi yang sama
guru-guru boleh mengaplikasikannya mengikut keperluan masing-masing.
10.0 KESIMPULAN
Hasil daripada pelaksanaan dan dapatan kajian tindakan yang dijalankan, tindakan yang telah
dilaksanakan ini secara keseluruhannya telah berjaya meningkatkan keupayaan murid untuk
menyebut dan menulis huruf tunggal jawi dalam kalangan murid Pra Cekal di SK Sementa.
Walaupun ringkas dan mudah, penggunaan Kad Imbas Huruf Tunggal Jawi dapat
membantu murid menajamkan pengetahuan dan memberi ingatan jangka masa panjang
terhadap huruf jawi yang mereka pelajari. Bahan maujud ini juga dapat mengukuhkan
pemahaman murid terhadap huruf jawi. Murid berasa suka dan seronok apabila guru
menggunakan bahan maujud semasa proses PdPC.
Teknik Kisah Huruf yang juga merupakan teknik yang ringkas, mudah dan semestinya
percuma tanpa sebarang kos tetapi memerlukan kreativiti guru untuk mempersembahkan dan
mengkisahkan TKH itu secara langsung. Ia sangat membantu murid menyebut huruf dengan
mengingat ciri-ciri yang ada pada huruf jawi tunggal seterusnya memudahkan mereka menulis
huruf tersebut dengan cara-cara yang betul. Konklusinya, TKH ini merupakan satu langkah
efektif bagi murid-murid Pra Cekal menyebut dan menulis huruf tunggal jawi dengan baik.
367
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim
Abd. Jalil Borham (2012). Kertas kerja Ucaptama Seminar Tulisan Jawi dan Teknologi
Peringkat Kebangsaaan. Gambang : Universiti Malaysia Pahang.
Allen, T. (1992). Teaching Arabic in the United States; past, present and future in the Arabic
Language in America. Detroit: Wayne University Press.
Hussain Othman, Mohd Hisyam Abdul Rahim, Rafiuddin Afkari, Shakila Ahmad & Mikdar
Rusdi (2011). Inovasi Huruf Baharu Bagi Mewakili Bunyi 'Eks' Dalam Sistem Tulisan
Jawi. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia : Johor.
Kang Kyoung Seok (1990), Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
KPM (2016). DSKP Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017. Putrajaya :
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
N. S. Rajendran ( 2001 ). Pengajaran KBAT: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran. Seminar Projek KBKK: Poster Warisan Pendidikan
Wawasan. 1-2 Ogos Anjuran PPK KPM.
Nik Rosila Nik Yaacob (2007) Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan
Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan. Jilid 22.
Norhawati Salimuddin (2000). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Pertama. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub (2003). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti.
Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Shazana Muhamed Sa’ad (2009). Kesan Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Terhadap
Pencapaian Akademik Pelajar Di Kolej Komuniti Gerik. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia: Tesis Sarjana.
Taylor, M. (2013). Imagination. In P. Zelazo (Ed.) Oxford Handbook of Child Development:
Body and Mind (Vol. 1, pp. 791-831). New York: Oxford University Press.
Zainora (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Latih Tubi
Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan
IPBA 2005. Institut Pendidikan Kampus Kota Bharu Antarabangsa Kuala Lumpur.44-
49.
368
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
LAMPIRAN
BIL. JENIS KUANTITI x HARGA SEUNIT JUMLAH
1. BAHAN KOS
2. 14 x RM 0.10 RM 1.40
Kertas
A4 14 x RM 2.80
Plastik 0.20
Laminate
JUMLAH RM4.20
Kad Imbas Jawi Tunggal
369
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Contoh tulisan murid sebelum TKH dilaksanakan
Contoh tulisan murid sebelum TKH dilaksanakan
370
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Contoh tulisan murid selepas TKH dilaksanakan.
371
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
MENINGKATKAN PELIBATAN MURID DALAM PDPR DENGAN
MENGGUNAKAN ‘MAGIC BOX’
DIYANA BINTI MUSTAPAR
NORAZWA BINTI SANI
ROZIAH BINTI OMAR
NOOR ANITA BINTI NAWI
MUHAMMAD NORAKMAL NIZAM BIN MAT NOR
SK Seri Geliga, 24000 Kemaman, Terengganu
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid sepanjang
tempoh PdPr. Sampel kajian melibatkan 35 orang murid tahap 2 iaitu dari kelas 4 Bestari.
Dapatan kajian diperoleh daripada tindak balas murid menghantar tugasan menerusi ‘Google
Form’ yang telah disediakan. Tinjauan awal mendapati penglibatan murid menyertai PdPr
menerusi aplikasi dalam talian seperti Google Classroom, Kuiz dan WhatsApp adalah semakin
menurun dari tugasan satu (1) hingga tugasan empat (4). Hal ini berlaku disebabkan oleh
masalah keluarga (ibu bapa bekerja barisan hadapan), kekurangan akses internet, masalah
kekurangan gajet/peranti dan lain-lain masalah seperti sikap diri sendiri. Oleh itu, pihak sekolah
telah mengambil inisiatif untuk menyediakan modul pembelajaran kepada semua murid. Dengan
ini, sebanyak 50 buah ‘magic box’ disediakan untuk pengambilan modul dan 50 buah lagi untuk
penghantaran modul dengan mengikut kelas masing-masing. Ibu bapa atau penjaga perlu
mengambil dan menghantar modul mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Untuk projek ini hanya melibatkan dua (2) ‘Magic Box’ kelas 4 Bestari iaitu satu (1) untuk
pengambilan dan satu (1) untuk penghantaran. Inisiatif penyediaan ‘Magic Box’ ini adalah bagi
mengelakkan kekeliruan dalam kalangan ibu bapa atau penjaga untuk mengambil dan
menghantar modul memandangkan sekolah ini mempunyai murid yang ramai iaitu sebanyak
1593 orang murid. Perubahan yang dilakukan ini telah mendapat pujian positif oleh ibu bapa
atau penjaga kerana mereka mudah untuk mengambil modul di dalam ‘Magic Box’ tersebut
mengikut kelas masing-masing. Data mendapati 97% murid mengambil dan menghantar modul
tersebut di dalam ‘Magic Box’ yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Hal ini menunjukkan
peningkatan murid mengikuti PdPr dan seterusnya meningkatkan motivasi murid untuk terus
belajar agar hasrat pihak kementerian tercapai dengan pembelajaran sepanjang hayat.
Kata Kunci: Magic Box, Sikap, Murid
1.0 PENGENALAN
Negara kini mendepani era kemajuan dalam bidang teknologi dan maklumat. Era globalisasi
ini telah banyak membawa perubahan terhadap ekologi pembelajaran murid (Arifin, 2003).
Dengan erti kata lain, persaingan dalam bidang ekonomi perindustrian yang hebat pada masa
kini memerlukan kemampuan dari segi daya fikir yang bersifat kritis, inovatif, imaginatif dan
kreatif. Dalam hal ini, mutu pendidikan yang lebih berkualiti amat dituntut dalam menghadapi
cabaran alaf baru ini. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 -2010 ada
menyatakan bahawa salah satu matlamat utama dalam menghasilkan sumber insan kelas
pertama di Malaysia adalah dengan melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.
Manakala, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025 pula turut
menekankan akan kepentingan tentang perkara yang sama melalui konsep pembelajaran
sepanjang hayat.
372
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Maka, transformasi pendidikan bermula dengan terlaksananya Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 dengan menerapkan pengajaran pemikiran kreatif
dan kritis serta pembelajaran strategi melalui konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di
sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu, menjadi hasrat
KPM pelajar-pelajar di bawah sistem persekolahan ini akan mampu mempamerkan tahap
pemikiran yang lebih tinggi serta gaya pemikiran kritis dan kreatif. Walau bagaimanapun,
penghujung tahun 2019, dunia mendepani penularan wabak yang dikenali sebagai Corona
virus. Keadaan ini telah berlarutan sehingga tahun 2021 dan sehingga kini masih belum
berakhir.
Kesan daripada krisis pendemik ini, kebanyakan negara di seluruh dunia telah menutup
sekolah, kolej dan universiti bagi menghentikan penyebaran virus ini. Data dari UNESCO
menunjukkan penutupan sekolah bermula seawal April 2020, ketika sekitar 1.6 billion pelatih
terjejas di 194 negara, iaitu menyumbang lebih dari 90% daripada jumlah pelajar yang
mendaftar (GEM, 2020). Susulan fenomena ini maka kebanyakann isntitusi pendidikan di
seluruh negara telah mengubah pengajaran mereka dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Namun, setelah institusi pendidikan diara h untuk
dibuka semula proses PdP tetap diteruskan dengan mengamalkanStandar OperatingProsedure
(SOP) yang ketat. Kekangan dari segi ruangpembelajaran yangterhad memaksapihak sekolah
untuk tertentu untuk membudayakan teknik pembelajaran secara teradun (blended learning)
bagi mencapai objektif pembelajaran tersebut.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Situasi sukar ini telah memberi kesan terutamanya kepada proses pembelajaranmurid di dalam
kelas. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan
untuk menangguhkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka kepada PdP
secara dalam talian (Azizi, 2020). Keadaan ini menyebabkan guru dan murid perlu bersedia
dari segi mental dan fikikal untuk mengikuti PdP secara dalam talian menerusi penggunaan
aplikasi ‘WhatsApp’, Telegram, Google Meet dan sebagainya.
Masalah yang dihadapi apabila proses PdP dilaksanakan secara dalam talian adalah murid
kurang memberi tumpuan kepada proses pengajaran yang telah disampaikan oleh guru mata
pelajaran. Hal ini kerana murid tidak mempunyai akses internet yang cukup dan ada di antara
mereka yang tidak mempunyai gajet bagi mengikuti proses pembelajaran begini. Malah, Ada
juga di antara mereka yang terpaksa berkongsi telefon bersama-sama adik beradik yang lain.
Selain itu, sesetengah ibu bapa yang bekerja sebagai barisan hadapan dan memerlukan masa
yang lebih lama di tempat kerja. Anak-anak ditinggalkan di kampung bagi memastikan
keselamatan mereka lebih terjamin. Justeru, faktor lokasi pula menyeba bkan murid-murid
sukar untuk mengikuti proses PdP akibat capaian internet di lokasi keberadaan mereka.
Keadaan persekitaran rumah juga memainkan peranan yang sangat penting kepada murid
supaya wujud keselesaan dan seterusnya memberi kefahaman kepada mereka semasa
mengikuti pembelajaran. Namun, keadaan ini sangat sukar kepada sesetengah ibu bapa untuk
menyediakan persekitaran belajar yang selesa kepada anak -anak merka. Tiada pengawasan
daripada ibu bapa juga memberi kesan yang sangat besar kepada kegagalan pelaksanaan PdP
secara dalam talian kerana ibu bapa mengambil mudah lalu mengabaikan pendidikan anak-
anak mereka.
373
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ialah:-
a. Mengkaji keberkesanan Magic Box bagi meningkatkan motivasi murid dalam PdPr.
b. Meningkatkan bilangan murid yang mengikuti PdPr dari penggunaan Magic Box .
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian melibatkan sebuah kelas tahap dua (2) iaitu kelas 4 Bestari. Kelas ini terdiri daripada
35 orang murid. Manakala mata pelajaran yang terlibat adalah Matematik. Kaedah PdP dalam
talian yang telah dilaksanakan oleh guru menunjukkan tidak semua murid mengikuti PdPr.
Dengan itu, kajian tindakan ini dilakukan bagi memastikan semua murid dapat mengikuti
pembelajaran walaupun berada di rumah.
5.0 TINJAUAN LITERATUR
Jika dahulu peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet adalah platform aplikasi
dalam talian yang dilarang dibawa ke sekolah, namun kini sebaliknyaapabila dunia pendidikan
berada dalam alam maya dan dilakukan di rumah. Krisis global akibat penularan wabak
COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional
tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu
menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses
PdP dilaksanakan secara dalam talian (Adedoyin dan Soykan, 2020). Dalam alaf baharu yang
mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, tiada pilihan selain memanfaatkan
teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian. Konteks pendidikan masa kini memerlukan
guru menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Transformasi digital adalah isu topikal yangmesti dirisaukan oleh beberapa pihak yang
berkepentingan dalam bidang pendidikan, kemampuan untuk menerapkan ICT dalam setiap
bidang kehidupan berada pada tahap yang tinggi, Oleh itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
harus menyiapkan calon profesional untuk menghadapi cabaran dan memberikan penyelesaian
(Bond et al., 2018; Sandkuhl & Lehmann, 2017), dan transformasi ini telah mencadangkan
integrasi pengurusan lestari agar dapat menyesuaikan diri dengan pengubahsuaian yang
dilaksanakan sebagai hasil daripada teknologi baru (Abad-Segura et. al., 2020). Proses ini
terdiri daripada persiapan strategi yang mencukupi, pembentukan kepercayaan, proses dalam
pemikiran, penggabungan dan pengukuhan semua pihak yang terlibat, pengetahuan terpisah,
kolaboratif dan organisasi (Cameron & Green, 2019). Hiltz dan Turoff (2005) berpendapat
bahawa transformasi kontemporari akan dilihat sebagai modifikasi revolusi sebagai proses
dalam 50 tahun ke depan kerana transformasi telah memindahkan program pengajaran
bersemuka dengan menggunakan kaedahpengajaran berpusatkanguru ke program dalam talian
dan hibrid yang menggunakan teknologi digital dalam meningkatkan pedagogi. Dengan latar
belakang yang tidak menentu ini, adalah penting untuk mengenal pasti dasar mana yang dapat
memaksimumkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam talian.
Jika penutupan sekolah berterusan, Burgess (2020) menyatakan bahawa kemungkinan
berlaku gangguan besar dalam pembelajaran kepada murid yang terjejas dalam jangka masa
panjang. Hanushek dan Woessmann (2020), pula menyatakan bahawa perubahan tiba-tiba
beralih menggunakan instruksi digital mungkin membawa kepada hasil yang tidak optimum
jika dibandingkan dengan perniagaan seperti petunjuk di hadapan. Hal ini kerana guru, murid
374
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
dan sekolah harus secara tidak sengaja menyesuaikandiri dengan situasi baru. Ringkasan dasar
ini mengambilkira beberapa kesukaran yang dihadapi oleh murid, guru dan sekolah semasa
menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam talian untuk memahami bagaimana sekolah
jarak jauh dapat dioptimumkan jika sekiranya pembelajaran dalam talian ini menjadi peranan
utama untuk mencegah penyebaran COVID-19 secara meluas.
Kebimbangan pertama yang timbul ialah pembelajaran dalam talian hanya tersedia
untuk murid yang mempunyai akses ke sambungan jalur lebar di rumah yang cukup pantas
untuk menyokong pembelajaran dalam talian. Walaupun pengendali rangkaian telah berjaya
mengekalkan perkhidmatan dan menggunakan kapasiti sedia ada dengan berkesan semasa fasa
penguncian (OECD, 2020), namun masih terdapat kawasan geografi dan kumpulan penduduk
yang tidak mendapat akses internet yang mencukupi, terutama di kawasan pedalaman dan
terpencil dan mereka yang terdiri daripada pendapatan rendah. Sebagai contoh, di banyak
negara OECD, kurang daripada hanya separuh isi rumah luar bandar berada di kawasan yang
mempunyai jalur lebar tetap dengan kelajuan yang mencukupi. Di samping itu, murid juga
perlu mempunyai akses ke peranti seperti komputer, telefon pintar dan perisian yang
diperlukan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran dalam talian, yang sering
menjadi cabaran bagi isi rumah berpendapatan rendah.
Selain itu, apa yang membimbangkanadalahjumlah pelajaran yangditerima oleh murid
tidak mencukupi. Sebagai contoh, di United Kingdom, 71% kanak -kanak sekolah neraga
tersebut tidak menerima atau kurang daripada satu pelajaran dalam talian setiap hari (Green,
2020). Sementara itu di Jerman hanya 6% pelajar mengikuti pelajaran dalam talian setiap hari
dan lebih daripada separuh mengikutinya kurang dari sekali seminggu (Woessmann etal.,
2020). Oleh itu, adalah penting bagi para pembuat dasar pendidikan untuk memahami apakah
faktor-faktor yang menghalang murid-murid tertentu daripada menerima pengajaran yang
mencukupi. Di antaranya ialah, selain kekurangan infrastruktur, ketiadaan persiapan yang
mencukupi di sekolah dan dalam kalangan guru, serta kekurangan garis panduan kurikulum.
Unsur-unsur ini juga menentukan nilai yang besar di semua sekolah dan negara terutamanya
dalam kualiti pembelajaran dalam talian. Sebagai contoh, di United States, lebih daripada satu
pertiga pelajar tidak mengikuti pembelajaran dalam talian, terutamanya murid yang
keluarganya berpendapatan rendah, sementara sekolah swasta elit mengalami hampir
keseluruhan kehadiran (The Economist, 2020; Khazan, 2020). Begitu juga, bukti dari England
(United Kingdom) menunjukkan bahawa murid daripada keluarga yang lebih baik
menghabiskan 30% lebih banyak masa untuk belajar di rumah berbanding murid daripada
keluarga miskin. Ibu bapa mereka menyatakan bahawa mereka merasa lebih mengutamakan
sosio-ekonomi keluarga, sementara pelajar dari sekolah yang lebih kaya mempunyai akses
kepada sumber yang lebih individual seperti mengikuti tutor dalam talian dan bertanya guru
menerusi telefon pintar atau ‘chatting’ (IFS, 2020).
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian yang digunakan ialah:-
6.1 Pemerhatian
Didapati penglibatan murid dalam menyertai PdPr adalah sangat rendah
6.2 Ujian Pra
Ujian pra melibatkan kepelbagaian kaedah pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru
sepanjang tempoh PdPr.
375
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
i. Tindak Balas Dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Tindak balas murid dinilai melalui hasil tugasan yang telah diberikan
ii. Semakan Modul
Modul dihantar oleh ibu bapa mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Modul
akan disemak oleh guru dari semasa ke semasa sebagai tindakan pengayaan dan pengukuhan
penguasaan kemahiran menulis dan mengira. Tindakansemakan secara langsungdapat menilai
tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan.
7.0 PERANCANGAN TINDAKAN
7.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan awal terhadap masalah kajian adalah dengan mengenal pasti masalah pengajaran dan
pembelajaran semasa PdPr. Pemerhatian mendapati penglibatan murid dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru menerusi pelbagai kaedah adalah sangat rendah. Oleh itu,
satu ‘Google Form’ telah disediakan bagi memperoleh data tentangmasalah atau sebab tugasan
yang diberikan oleh guru mata pelajaran tidak dapat dilaksanakan.
Rajah 1 menunjukkan daripada 1593 orang murid hanya 347 orang ibu bapa atau
penjaga sahaja yang memberi maklum balas terhadap soal selidik tersebut. Data mendapati 37
orang telah memberi maklum balas terdiri daripada ibu bapa atau penjaga murid tahun 1.
Manakala, bagi tahun 2 dan tahun 3 menunjukkan nilai yangsama iaitu seramai 31 orang yang
telah memberi maklum balas. Tahun 4 menunjukkan maklum balas yang paling ramai iaitu
sebanyak 104 orang, manakala tahun 5 adalah seramai 55 orang dan tahun 6 adalah seramai 92
orang. Oleh itu, tahun 4 Bestari menjadi sasaran kajian adalah disebabkan semua ibu bapa atau
penjaga murid kelas tersebut iaitu seramai 35 orang telah memberi maklum balas terhadap kaji
selidik ini.
Rajah 1: Malum Balas Soal Selidik Kajian
376
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
7.2 Analisis Tinjauan Masalah
Setelah membuat tinjauan, Rajah 2 menunjukkan kebanyakan murid tidak dapat mengikuti
PdPr adalah disebabkan oleh keluarga bekerja sebagai barisan hadapan iaitu sebanyak 36
orang. Selain itu, seramai 137 orang telah memberi maklum balas tentang kekurangan akses
internet dan 116 orang memberi maklumbalas tentangmasalahperanti atau gajet yangterpaksa
berkongsi dengan adik beradik yang lain. Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga yang
memberi maklum balas tentang lain-lain masalah adalah seramai 168 orang.
Rajah 2: Masalah atau Sebab Tugasan Tidak Dapat Dilaksanakan
Dengan ini, berdasarkan kaji selidik bagi meninjau masalah atau sebab yang menjadi
punca murid tidak dapat mengikuti PdPr bagi kelas 4 Bestari adalah seperti yang terkandung
di dalam Jadual 1. Masalah murid yang tidak mempunyai jalur lebar yang mencukupi adalah
mempunyai nilai tertinggi iaitu 13 orang dan diikuti oleh murid yang tidak mempunyai gajet
dan terpaksa berkongsi bersama adik beradik yang lain adalah seramai 11 orang. Manakala 10
orang murid mengalami masalah keluarga iaitu ibu bapa atau penjaga bekerja sebagai barisan
hadapan dan ada di antara mereka terpaksa tinggal bersama nenek di kampung. Namun, hanya
1 orang murid tidak mengikuti PdPr adalah disebabkan oleh sikap diri sendiri.
Jadual 1: Masalah Murid dalam PdPr Kelas 4 Bestari
377
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
7.3 Tindakan yang Dijalankan
Berdasarkan kaji selidik masalah murid dalam PdPr yang telah dijalankan ini, satu tindakan
telah dijalankan. Langkah pertama ialah pihak pentadbir sekolah dan guru telah berbincang
serta bermesyuarat membincangkan strategi yang perlu diambil oleh pihak sekolah bagi
mengatasi masalah ini. Oleh yang demikian, hasil daripada perbincangan tersebut, satu kata
sepakat telah diperoleh iaitu guru perlu menyediakan modul latihan mengikut mata pelajaran.
Masa ditetapkan bagi guru mata pelajaran menyiapkan modul tersebut. Manakala pihak
sekolah pula akan menyediakan ‘magic box’ untukdiletakkan modul yangtelah disiapkan oleh
guru.
Pada mulanya, pihak sekolah hanya menggunakan kotak ketas A4 untuk diletakkan
modul. Kotak ini diletakkan di pondok jaga bagi pengambilan dan penghantaran modul.
Namun, setelah perbincangan dilakukan, kotak kertas A4 ini digantikan dengan bakul supaya
ibu bapa atau penjaga lebih mudah untuk mengambil dan menghantar modul tersebut dengan
kapasiti bakul yang lebih besar. Bakul ini disediakan mengikut tahun dan diletakkan di pondok
jaga.
Walau bagaimanapun, setelah berbincang dan berkabolarasi dengan barisan Ahli
Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sebanyak 100 buah ‘magic box’ berjaya
disediakan iaitu 50 buah untuk pengambilan modul dan 50 buah lagi untuk penghantaran
modul. ‘Magic Box’ ini disediakan mengikut kelas masing-masingbagi memudahkan ibu bapa
atau penjaga mengambil dan menghantar modul anak masing-masing. Penggunaan ‘Magic
Box’ ini juga adalah mengikut tarikh dan masa yangtelah ditetapkan oleh pihaksekolah. Jadual
2 dan 3 adalah contoh tarikh dan masa penggunaan ‘magic box’ mengikut mata pelajaran yang
telah disediakan oleh pihak sekolah.
Jadual 2: Pengambilan dan Penghantaran Modul 1
Tarikh Pengambilan Modul 1 Mata Pelajaran Tarikh Penghantaran Modul 1
Bahasa Melayu
24 Januari 2021 Sains 31 Januari 2021
(8.00 pagi – 6.00 petang) Pendidikan Islam (8.00 pagi – 6.00 petang)
Bahasa Arab
Jadual 3: Pengambilan dan Penghantaran Modul 2
Tarikh Pengambilan Modul 2 Mata Pelajaran Tarikh Penghantaran Modul 2
31 Januari 2021 Bahasa Inggeris 7 Februari 2021
(8.00 pagi – 6.00 petang) Matematik (8.00 pagi – 6.00 petang)
Bimbingan dan Kaunseling
378
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
7.4 Hasil Pemerhatian dan Penilaian
Hasil pemerhatian mendapati ibu bapa atau penjaga telah mengambil modul mengikut tarikh
dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah di dalam ‘Magic Box’ yang telah
disediakan. Jika ibu bapa bekerja, mereka mengambil modul tersebut selepas waktu bekerja.
Bagi kelas 4 Bestari sebanyak 34 modul telah diambil oleh ibu bapa atau penjaga. Namun, satu
(1) orang murid tidak mengambil modul yang disediakan.
Inisiatif penyediaan ‘Magic Box’ ini adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam
kalangan ibu bapa atau penjaga untuk mengambil dan menghantar modul memandangkan
sekolah ini mempunyai murid yang ramai iaitu sebanyak 1593 orang. Oleh itu, ‘Magic Box’
yang telah disediakan oleh pihak sekolah telah mendapat pujian positif oleh ibu bapa atau
penjaga kerana mereka mudah untuk mengambil modul di dalam ‘Magic Box’ tersebut
mengikut kelas masing-masing eperti dalam Gambar 1.
Gambar 1: Tempat Penghantaran dan Pengambilan Modul Mengikut Kelas
379
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
8.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian yang dipaparkan dalam Rajah 3 dinilai berdasarkan kaedah PdPr yang telah
digunakan oleh guru iaitu bermula tugasan 1 sehingga tugasan 4. Penglibatan murid telah
direkodkan oleh guru mata pelajaran. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan murid
mengikuti kaedah Google Classroom adalah seramai 21 orang dan 14 orang tidak mengikuti
PdPr Google Classroom bagi tugasan pertama. Namun, bilangan murid mengikuti kaedah
Google Calssroom bagi tugasan kedua meningkat kepada 31 orang dan hanya 4 orang tidak
mengikuti PdPr Google Classroom. Walau bagaimanapun, dapatan kajian mendapati murid
yang mengikuti PdPr Google Classroom bagi tugasan 3 dan 4 terus menurun iaitu masing-
masing 23 orang dan 20 orang. Hal ini menunjukkan penglibatan murid dalam mengikuti
kaedah Google Classroom kurang berkesan kerana menunjukkan nilai pengurangan.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah kuiz juga menunjukkan
penurunan dalam penglibatan murid. Tugasan 1 menunjukkan seramai 30 orang murid
membuat kuiz yang disediakan oleh guru mata pelajaran, namun terus menurun bagi tugasan 2
dan 3 iaitu seramai 26 orang. Manakala, penglibatan murid mengikuti kuiz bagi tugasan 4 pula
adalah seramai 24 orang. Seterusnya, kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah
aplikasi WhatsApp juga menunjukkan penurunan daripada tugasan 1 sehingga tugasan 4 iaitu
bermula daripada 31 orang mengikuti PdPr kepada 30 orang dan menurun kepada 18 orang dan
terus menurun kepada 16 orang. Setelah diselidiki dan mendapati ketiga-tiga kaedah ini
(Google Classroom, Kuiz dan WhatsApp) adalah menggunakan gajet sama ada telefon pintar,
tablet, laptop atau komputer. Ketiga-tiga kaedah ini juga memerlukan data akses internet yang
banyak.
Jumlah penglibatan murid adalah berbeza dengan kaedah PdPr menggunakan modul.
Jadual 4 telah menunjukkan seramai 28 orang telah mengambil dan menghantar modul bagi
tugasan 1. Jumlah ini telah meningkat kepada 30 orang bagi tugasan 2. Manakala bagi tugasan
3 dan 4 jumlah penglibatan murid terus meningkat kepada 34 orang. Namun, masih terdapat
seorang murid yang tidak mengambil dan menghantar modul pada masa yang telah ditetapkan
adalah disebabkan oleh lain-lain masalah seperti sikap murid itu sendiri, tidak mengambil berat
tentang makluman yang disampaikan oleh guru dan sebagainya. Walau bagaimanapun, guru
kelas telah bertindak menghantar modul murid ini ke rumahnya.
Rajah 3: Analisis Perbandingan Kaedah Pembelajaran Murid Tahun 4 Bestari dalam
Mata Pelajaran Matematik
380
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
9.0 REFLEKSI KAJIAN
Berdasarkan data yang diperoleh didapati penggunaan gajet atau peranti adalah sangat sukar
dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi murid SK Seri Geliga
yang terletak di luar bandar dan berhampiran kampung nelayan. Penglibatan murid yang
menyertai PdPr secara dalam talian juga kurang memberangsangkan. Dengan ini, inisiatif
pihak sekolah untuk menyediakan modul merupakan jalan terbaik bagi mengatasi
pembelajaran secara dalam talian. Penyediaan modul ini juga merupakan salah satu kaedah
yang berkesan kepada ibu bapa atau penjaga bekerja yang tidak dapat memantau pengajaran
dan pembelajaran anak-anak. Pihak sekolah juga telah menyediakan tempat yang khusus iaitu
‘Magic Box’ untuk diletakkan modul bagi memudahkan ibu bapa atau penjaga dan guru
mengambil dan menghantar modul mengikut mata pelajaran pada tarikh dan waktu yang telah
ditetapkan.
Inisiatif pihak sekolah ini menunjukkan meningkatan terhadap penglibatan murid
dalam menyertai pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah selaras dengan prinsip KPM
iaitu pembelajaran sepanjang hayat. ‘Magic Box’ untuk pengambilan dan penghantaran modul
yang telah disediakan oleh pihak sekolah ini turut mendapat pujian daripada ibu bapa atau
penjaga serta rakan-rakan guru sekolah berdekatan. ‘Magic Box’ ini telah memudahkan warga
sekolah dalam mengendalikan PdPr agar berlaku pembelajaran berterusan dalam kalangan
murid. Dengan ini, menunjukkan ibu bapa atau penjaga dan guru memainkan peranan yang
sangat penting dalam menyokong pembelajaran dan seterusnyameningkatkanmotivasi kepada
murid untuk terus belajar.
Walaupun modul telah dihasilkan, namun guru masih meneruskan PdP dalam talian
mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tujuan modul dihasilkan dan diletakkan dalam ‘Magic
Box’ adalah menjadi salah satu inisiatif sekolah supaya murid tidak ketinggalan dan keciciran
terus dalam menjalankan PdPr. Selain itu, penghasilan modul ini juga dilakukan bagi
mengelakkan berlakunya jurang pencapaian pembelajaran antara murid yang mempunyai
kemudahan pembelajaran dalam talian dengan murid yang kurang berkemampuan. Keadaan
ini menunjukkan PdPr terus berjalan dengan lancar dan murid dapat menyiapkan tugasan
dengan sempurna semasa berada di rumah.
10.0 KESIMPULAN
Krisis COVID-19 yang berlaku sekarang telah memaksa banyak negara untuk menutup
sekolah, kolej dan universiti bagi menghentikan penyebaran virus. Oleh kerana akibat negatif
yang berpanjangan disebabkan oleh penutupan sekolah terhadap pengumpulan kemahiran
murid, maka banyak sistem pendidikan bergerak dengan pantas secara langsung pada skala
yang belum pernah terjadi sebelumnya. Pelbagai inisiatif telah dilakukan sama ada di pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah
mahupun di peringkat sekolah. Murid pula hanya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal
supaya pembelajaran terus berjalan walaupun berada di rumah. Guru pula perlu menigkatkan
kompetensi dari segi kemahiran teknologi melalui kursus-kursus dalam talian bagi menarik
minat murid terhadap pengajaran yang disampaikan dan seterusnya memantapkan lagi sesi
kemahiran serta pengalaman dalam proses PdP sedia ada. Manakala pihak ibu bapa atau
penjaga pula hendaklah memantau secara bekala hasil pembelajaran anak -anak mereka
disamping cuba untuk menyediakan ruang pembelajaran yang lebih kondusif untuk anak-anak
mereka belajar di rumah.
381
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
RUJUKAN
Abad-Segura, E. , Gonzalez-Zamar, M. D. , Infante-Moro, J. C. , & Ruiperez Gracia, G.
(2020). Sustainable management of digital transformation in higher education: Global
research trends. Sustainability. 12 (5), 2017.Diperoleh pada 2 Mac 2021 menerusi laman
sesawang https://doi.org/10.3390/su12052107 .
Adedoyin, O. B. & Soykan, E. (2020). COVID-19 Pandemik and Online Learning: The
Challenges and Opportunities. Interactive Learning Environment Journal. Diperoleh
Pada 1Mac 2021 menerusi laman sesawang https : // doi .org/10.1080/10494820.2020.
1813180.
Arifin, Anwar. (2003). Memahami Paradigma Baru Pendidikan Nasional Dalam Undang
Undang Sisdiknas. Jakarta: Ditjen Kelembagaan Agama Islam.
Azizi Ahmad. (2020). COVID-19: Pembelajaran Di Dalam talian Perlu Diperkasa.
Bond, M. , Marin, V. I. , Dolch, C. , Bedenlier, S. , & Zawacki-Richter, O. (2018). Digital
transformation in German higher education: Student and teacher perceptions and usage
of digital media. International Journal of Educational Technology in Higher
Education, 15 (1) 48. Diperoleh pada 2 Mac 2021 menerusi laman
sesawang https://doi.org/10.1186/s41239-018-0130-1
Burgess, S. (2020). How should we help the Covid19 cohorts make up the learning loss from
lockdown?.
Global Education Monitoring (GEM). (2020). Diperoleh pada 1 Mac 2020 menerusi laman
sesawang https://en.unesco.org/news/global-education-monitoring-gem-report-2020
Green, F. (2020). Schoolwork in lockdown: new evidence on the epidemicof educational
poverty. LLAKES Research Paper 67.
Hanushek, E. and L.Woessmann. (2020). The Economics Impacts of Learning Losses.
Education Working Paper. OECD Publishing. Paris. Diperoleh pada 2 Mac2021
menerusi laman sesawang https://doi.org/10.1787/21908d74-e.
IFS. (2020). Learning during the lockdown: real-time data on children’s experiences during
home learning. Diperoleh pada 1 Mac 2021 menerusi laman sesawang http://
dx.doi.org/10.1920/BN.IFS.2020.BN0288.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP
2006
2010). Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. (2013). Diperoleh pada 7 Mac 2021 menerusi laman sesawang https://
www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/1818-pelan-pembangunan-
pendidikan-2013-2025/file
Khazan, O. (2020). America’s Terrible Internet Is Making Quarantine Worse. Why millions of
students still can’t get online. Diperoleh pada 1 Mac 2021 menerusi laman sesawang
https://www.theatlantic.com/technology/archive/2020/08/virtual-learning-when-you-
dont-have-internet/615322/
OECD. (2020). Keeping the Internet up andrunning in times of crisis. OECD Publishing. Paris.
OECD. (2020). Learning remotely when schools close: How well are students and schools
prepared? Insights from PISA. OECD Publishing. Paris.
Sandkuhl, K. , & Lehmann, H. (2017). Digital transformation in higher education – the role of
enterprise architectures and portals. Digital Enterprise Computing (DEC 2017).
The Economist. (2020). Closing schools for COVID-19 does lifelong harm and widens
inequality.
382
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
PENGGUNAAN KAEDAH UMIBaKaP dan Fail KFC DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENULIS MURID-MURID TINGKATAN EMPAT
RICHARD IGNACY
SMK Alang Iskandar, 34300 Bagan Serai, Perak
([email protected])
Abstrak
Objektif pendidikan Bahasa Melayu (KSSM dan KBSM) bahawa, setiap murid sekolah perlu
menguasai kemahiran menulis berpandukan penggunaan tatabahasa yang betul dari aspek
perkataan, ayat, sistem bahasa, ejaan dan tulisan yang kemas. Kemahiran menulis merupakan
kemahiran aras tinggi. Murid-murid perlu mempunyai penguasaan yang baik dari aspek
penulisan pendahuluan, pengolahan idea dan bahagian penutup karangan dengan menggunakan
ayat yang gramatis, menarik dan matang. Walau bagaimanapun, penguasaan murid-murid
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu (BM) masih dalam pencapaian masih lemah dan
sederhana. Kajian ini bertumpu kepada kaedah penulisan karangan yang berkesan untuk
meningkatkan kemahiran menulis murid-murid tingkatan empat dengan memfokuskan karangan
perbincangan. Objektif khusus kajian ini adalah mengaplikasikan kaedah UMIBaKaP dan bahan
bantu mengajar (Fail KFC) bagi meningkatkan kualiti penulisan karangan. Kajian ini
menggunakan Rangka Kerja Gradual Release of Responsibility (GRRF) dan Modul
Pembelajaran Kolaboratif yang menjadi panduan utama untuk melihat keberkesanan strategi
pengajaran yang berpusatkan murid-murid. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif.
Instrumen yang diaplikasikan ialah pemerhatian, temu bual separa berstruktur dengan
responden dan analisis dokumen (karangan). Kaedah penulisan karangan yang efektif dengan
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) abad ke-21 dapat meningkatkan prestasi murid-murid aras sederhana kepada aras baik
dan cemerlang.
Kata Kunci: Kemahiran Menulis, Kaedah UMIBakaP dan Fail KFC, Modul Pembelajaran
Kolaboratif, PDPc Abad ke-21
1.0 PENGENALAN
Memetik pandangan Abdul Shukor (2011), Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran utama yang
diajarkan di sekolah seluruh Malaysia perlu dimantapkan lagi bersesuaian dengan
kedudukannya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara (Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan). Kejayaan mendaulatkan bahasa Melayu bersesuaian dengan
kedudukannya perlu diusahakan semua pihak di seluruh negara secara berterusan. Sekolah dan
guru mata pelajaran Bahasa Melayu mempunyai obligasi besar bagi memastikan semua pelajar
berkemampuan menguasai kemahiran menulis seawal tahap satu di sekolah rendah. Hal ini
selaras dengan matlamat kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan
bahasa pengantar utama negara.
Penguasaan kemahiran menulis bahasa Melayu amat berkait rapat dengan fungsi
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan dan bahasa pengantar dalam mata
pelajaran yang diajarkan di sekolah dan sebagai satu daripada mata pelajaran utama dalam
sistem pendidikan negara sejak lebih setengah abad. Dalam menongkah arus cabaran
globalisasi, guru perlu bersedia memantapkan lagi pedagogi bahasa Melayu dan melakukan
383
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
satu transformasi bagi menyesuaikannyadengan keperluan semasa dalam pelbagai bidangilmu
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010).
Salah satu teras Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ialah kemahiran
menulis yang perlu dikuasai oleh setiap murid mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang berikut:
Modul Kemahiran Menulis ialah kemahiran yang paling tinggi
dalam hierarki kemahiran bahasa kerana menggabungkan aspek
kognitif dan psikologi untuk menulis perkataan, ayat dan
perenggan serta melahirkanidea secarakritis dan kreatif melalui
pelbagai jenis penulisan.
(Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSM, 2020)
Hal ini jelas membuktikan bahawa, setiap murid sewajarnya menguasai kemahiran
menulis seiring dengan matlamat KSSM untuk melahirkan generasi muda berkualiti tinggi dari
segala aspek termasuk penguasaan bahasa yang standard. Jika dilihat dari perspektif yang
ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran BahasaMelayu, Kurikulum BersepaduSekolahMenengah
(KBSM, 2014) sebelum ini, telah menjelaskan bahawa matlamat kemahiran menulis yang
merujuk kepada kemampuan murid meluahkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
mempunyai kaitan dengan pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat
yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Selain itu,
murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
bahan ilmu dan imaginatif.
Objektif pendidikan bahasa Melayu melalui dasar KSSM dan KBSM amatlah jelas
yakni, setiap murid sekolah perlu menguasai kemahiran menulis yang gramatis dengan
berpandukan penggunaan tatabahasa yang betul dari aspek perkataan, ayat, system bahasa,
ejaan dan tulisan yang kemas. Kemahiran ini diberi penekanan yang serius dalam dasar
pendidikan kebangsaan kerana penguasaan kemahiran menulis tahap tinggi dapat memastikan
golongan muda bersaing maju dalam cabaran global terutamanya dalam menempuh pasaran
kerjaya kelak.
Perubahan kurikulum sekolah daripada KBSM kepada KSSM turut menuntut setiap
murid menguasai empat kemahiran utama yakni, kemahiran membaca, kemahiran mendengar,
kemahiran bertutur dan kemahiran menulis. Walau bagaimanapun, penguasaan murid-murid
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu masih lemah dan sederhana. Oleh yang demikian,
situasi ini perlu diberi perhatian secara terperinci bagi mencari strategi berkesan dalam
mengatasi isu penguasaan murid dalam kemahiran Bahasa Melayu.
Subjek Bahasa Melayu (BM) ialah subjek teras yang diuji dalam peperiksaan awam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kertas BM dalam SPM ini mencakupi dua bahagian yakni
Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1) dan Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2). Pentaksiran yang
berbentuk format ini digunakan sejak tahun 2004 dan akan digunakan sehingga tahun 2020
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004). Mulai tahun 2021 pula, format pentaksiran mengikut
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan digunakan (Lembaga Peperiksaan
Malaysia, 2020). Kemahiran menulis dikategorikan sebagai kemahiran aras tinggi
memandangkan murid-murid perlu mempunyai penguasaan yang baik dari aspek penulisan
384
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
pendahuluan,pengolahan idea dan bahagian penutup karangan dengan menggunakan ayat yang
gramatis, menarik dan matang (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).
Merujuk Standard Prestasi Kemahiran Menulis dalam Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran (DSKP), Tahap Penguasaan (Band 6) yang cemerlang memerlukan murid-
muridnya menulis ungkapan, ayat, pendapat, meramal, melengkapkan maklumat,
menghasilkan penulisan yang lengkap, mengolah pelbagai bahan dan maklumat, serta
menganalisis kesalahan bahasa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis dan mengikut
konteks pada tahap tekal, terperinci dan menjadi teladan.
Sehubungan dengan itu, murid-murid perlu mempunyai kemahiran menggunakan
bahasa yang bervariasi dalam membina perenggan bahagian pendahuluan, bahagian isi dan
bahagian penutup. Murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan yang baik sukar untuk
menulis karangan mengikut tahap yang dikehendaki. Kajian Zaleha Ahmad (2014)
menekankan bahawa latar belakang murid yang pelbagai, murid -murid tidak didedahkan
dengan bahan bacaan ilmiah bahasa Melayu, kurang perbendaharaan kata dan kekangan
penggunaan bahasa Melayu di rumah merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh guru-guru
BM di sekolah. Oleh itu, strategi penulisan yang efektif perlu dicari agar dapat memberi
kefahaman yang jelas kepada murid-murid.
Walaupun jumlah masa yang diperuntukkan untuk mengajar penulisan karangan di
sekolah agak tinggi yakni, selama enam tahun di sekolah rendah, lima hingga tujuh tahun di
sekolah menengah dan satu atau dua tahun di peringkat tinggi (universiti), namun kebanyakan
murid didapati masih lemah menguasai kemahiran tersebut (Rozita & Abdul Rasid, 2012 dan
Rusnah, 2003). Pandangan ini berpadanan denganNoor Rohana (2003) bahawa, prestasi murid
yang merosot disebabkan oleh kurangnya pengaplikasian elemen kemahiran berfikir dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Perubahan kurikulum pendidikan kepada KSSM menuntut pengkaji untuk
mengaplikasikan kaedah UMIBaKaP dan alat bantu mengajar yang dikenali sebagai Fail KFC
ini dalam kalangan murid. Penggunaankaedah ini dan alat bantu mengajar dirangka berasaskan
pembelajaran kolaboratif dan rangka kerja Gradual Release of Responsibility (GRRF).
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Matlamat pendidikan bahasa Melayu melalui dasar KSSM amatlah jelas yakni, setiap murid
sekolah perlu menguasai kemahiran menulis yang gramatis dengan berpandukan penggunaan
tatabahasa yang betul dari aspek perkataan, ayat, sistem bahasa, ejaan dan tulisan yang kemas.
Kemahiran ini diberi penekanan yang serius dalam dasar pendidikan kebangsaan yang
menuntut setiap murid dapat memiliki kemahiran menulis yangtinggi agar dapat berdaya saing
pada peringkat dunia khususnya dalam menghadapi pasaran kerjaya.
Namun begitu, pencapaian murid dalam penulisan karangan bahasa Melayu didapati
terjejas dan gagal mencapai kepujian dalam mata pelajaran bahasa Malaysia dalam peringkat
SPM kerana kelemahan penguasaan bahasa murid tersebut (Mohd. Nasruddin, 2017). Laporan
Prestasi Calon bagi kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) memperlihatkan bahawa murid
didapati lemah dalam mengolah ayat dan mengutarakan hujah yang bersesuaian dengan
menggunakan bahasa yang gramatis (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2016, 2017 & 2018).
385
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Selain itu, murid-murid juga didapati gagal menguasai format penulisan karangan,
kaedah penulisan yang berkesan, masalah pengolahan ayat dan kekurangan sumber rujukan
yang sesuai (Elina & Abdul Jawi, 2018). Perkara ini turut mendapat perhatian dalam kajian
Abdul Jalil (2001) bahawa murid-murid gagal menggunakan wacana bahasa yang koheren dan
bersesuaian (Nor Asiah, 2011 & Nik Safiah, et al., 2009). Fadzilah (2002) pula menjelaskan
bahawa, murid-murid juga didapati tiada pendedahan secara holistik tentang kemahiran,
kaedah dan strategi penulisan yang berkesan. Hal tersebut mengakibatkan murid-murid tidak
mempunyai persediaan yang rapi untuk memulakan proses menulis karangan.
Chellamal (2005) berpandangan bahawa murid-murid tidak memahami kaedah
penulisan bahasa Melayu yang efektif disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya,
kemenjadian murid yang lemah, kurang minat terhadap mata pelajaran bahasa Melayu,
kelemahan proses penulisan karangan seperti salah memilih tajuk karangan, pemerengganan
yang tidak sistematik, tiada perancangan sebelum menulis karangan, dan pelbagai kesalahan
bahasa yang berlaku dalam penulisan karangan.
Abdul Rasid (2016) mengatakan bahawa, kemahiran asas menulis dan secara
mekanikal tidak dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid luar bandar. Namun, permasalahan ini
dapat diatasi jika PdPc guru dilaksanakan secara kreatif dan inovatif di samping mewujudkan
persekitaran yang kondusif. Selain itu, Farah (2019) mendapati, pendekatan tradisional yang
berpusatkan guru menyebabkan pelajar bersikap pasif dalam PdPc. Pelajar sekadar mendengar
syarahan guru dan mencatat nota, di samping kurangnya pengaplikasian kemahiran berfikir.
Pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar telah menjadi satu keperluanbagi memastikanpelajar
dapat menguasai dan mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan yang mereka peroleh.
Kajian Mohd Zikri (2019) mendapati kebanyakan murid hanya mengu asai menulis
semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan sahaja dan bukan menguasai kemahiran itu
sepenuhnya. Hal ini dapat dilihat daripada pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid
Tingkatan Tiga yang masih belum mencapai peratusan yang boleh dibanggakan. Kebanyakan
murid gagal menguasai kemahiran asas menulis dan seterusnya menyebabkan mereka tidak
mampu menyiapkan dan menghasilkan latihan penulisan dengan baik. Keadaan ini juga
mengakibatkan murid tidak memahami dan tidak mampu menghasilkan penulisan karangan
yang bermakna
Melihat kepada permasalahan tersebut, kajian ini bertumpu kepada kaedah penulisan
karangan yang berkesan dengan menggunakan Kaedah UMIBaKaP dan penggunaan alat bantu
mengajar Fail KFC dalam meningkatkan kemahiran menulis Bahasa Melayu mu rid-murid
tingkatan empat dengan memfokuskan karangan perbincangan. Kaedah penulisan yang efektif
dengan bahan bantu mengajar yang menarik mengikut PdPc abad ke-21 dapat meningkatkan
kemahiran menulis murid bagi meningkatkan prestasi murid-murid aras sederhana kepada aras
baik dan cemerlang.
Pengkaji mendapati, murid-murid kurang membaca bahan bacaan luas seperti majalah
dan surat khabar. Selain itu, kebanyakan murid menganggap Bahasa Melayu merupakan mata
pelajaran yang sukar untuk mendapat gred A dalam peperiksaan SPM. Oleh itu, mereka lebih
memberikan tumpuan kepada mata pelajaran elektif yang dianggap mata pelajaran baru dan
susah bagi kebanyakan pelajar. Murid-murid (tahap sederhana) di sebuah sekolah (Sekolah A)
di Daerah Kerian telah terpilih menjadi kumpulan sasaran kajian ini.
386