PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 6: Senarai Bidang eBeSS
Rajah 5 dan 6 serta Jadual 2 menunjukkan beberapa inovasi mengikut bidang yang
terlibat dalam pengurusan eBeSS. Secara umumnya, kegunaan eBeSS boleh dibahagikan
kepada tiga kategori seperti yang berikut:
i.Penyimpanan Dokumen
ii.Data dan Maklumat
iii.Pelaporan Program/Aktiviti
Jadual 2: Senarai Inovasi (Mengikut Bidang)
Bil Inovasi Bidang Catatan
1 ePantau Pengurusan Pemantauan Pengoperasian Sekolah
2 eMinit Curai Pengurusan Penyediaan Minit Curai (Bengkel/Mesyuarat)
3 eDuty Pengurusan Laporan Guru Bertugas Harian
4 eCerap Kurikulum Pencerapan PdPc
5 OPIC Kurikulum Bimbingan Instruksional
6 ePBD Kurikulum Perekodan Pentaksiran Bilik Darjah
7 ePanitia Kurikulum Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
8 eKoku Kokurikulum Pengurusan Unit-Unit Kokurikulum
9 eKeceriaan HEM Pemantauan Keceriaan Kelas
10 eSuhu HEM Rekod Bacaan Suhu Murid & Guru
8.0 DAPATAN KAJIAN
Bagi memastikan keberkesanan eBeSS dalam pengurusan sekolah seramai 53 orang guru
menjadi responden telah memberikan maklum balas melalui soal selidik yang disediakan.
Dapatan menunjukkan eBeSS berjaya dilaksanakan dalam pengurusan sekolah. Kebanyakan
pentadbir dan guru memberikan maklum balas positif terhadap keberkesanan eBeSS berhubung
isu penggunaan fail dan pengurusan data. Jadual 3 menunjukkanperincian keberkesanan eBeSS
berdasarkan persepsi guru dan pentadbir. Skor min tertinggi mendapati eBeSS berkesan dalam
pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid dengan masing-masing memberikan
min skor 4.96.
37
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Jadual 3: Keberkesanan eBeSS
Bil. Item Skor Tahap
Min Tinggi
1. eBeSS mudah dicapai dan digunakan 4.79 Tinggi
4.92 Tinggi
2. eBeSS sesuai dijadikan sebagai medium sebaran dan 4.92 Tinggi
menyampaikan maklumat yang berkaitan 4.96 Tinggi
Tinggi
3. eBeSS membantu dalam pengurusan dan pentadbiran di 4.96
sekolah (contoh: ePengurusan, SKPMg2, TS25) Tinggi
4.96 Tinggi
eBeSS membantu guru-guru dalam melaksanakan tugas-
4.75
4. tugas berkaitan kurikulum (contoh: eRPH, ePanitia, 4.89
ePBD)
5. eBeSS membantu guru-guru dalam melaksanakan tugas-
tugas berkaitan kokurikulum
eBeSS membantu guru-guru dalam melaksanakan
6. berkaitan HEM contoh eHEM, eCakna BeSS, eSuhu,
Tempahan Makanan)
7. eBeSS sangat mudah digunakan sebagai medium
mendokumentasikan program atau aktiviti sekolah
KESELURUHAN
Skor tertinggi dalam bidang tersebut berasaskan aplikasi atau inovasi yang
memudahkan urusan harian guru-guru dalam PdPc mahupun tugasan sampingan yang lain.
Contohnya dalam aspek PdPc, eRPH dan ePBD digunakan oleh guru-guru untuk menyediakan
Rekod Pengajaran Harian dan seterusnya merekodkan Tahap Pencapaian (TP) murid di dalam
ePBD. Pentadbir akan membuat semakan penyediaan eRPH atau menggunakannya ketika
membuat pencerapan PdPc dan Instruksional Coaching (OPIC). Manakala data dari ePBD
digunakan untuk membuat intervensi oleh guru mata pelajaran dan seterusnya dibentangkan
dalam sesi Dialog Prestasi bersama Pengetua. Manakala dua item mencatatkan skor bawah
4.90 iaitu eBeSS mudah dicapai (4.79) dan eBeSS sangat mudah digunakan sebagai medium
mendokumentasikan program atau aktiviti sekolah (4.75).
38
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 7: Keberkesanan Penggunaan eBeSS Dalam Pengurusan Sekolah
9.0 REFLEKSI
Dapatan kajian menunjukkan bahawa eBeSS telah memudahkan pengurusan sekolah. Namun
demikian masih terdapat beberapa aspek perlu dibuat penambahbaikan. Capaian internet yang
terhad menyebabkan kelancaran penggunaan eBeSS. Ini disebabkan kuota internet daripada
syarikat perkhidmatan talian internet ke sekolah adalah terhad. Bagi mengatasi kekangan ini
pihak sekolah telah membuat penambahan talian internet melalui kerjasama dengan pihak
PIBG sekolah.
Di samping itu, sebagai medium mendokumentasikanprogram atau aktiviti sekolah eBeSS
masih tidak diaplikasikan sepenuhnyaoleh segelintir guru. Keadaan ini disebabkan kekurangan
pengetahuan dalam kalangan guru untuk menggunakan OPR (One Page Report) dalam
membuat laporan aktiviti atau program. Bengkel berkaitan pendokumentasian perlu
dilaksanakan sebagai penambahan ilmu.
10.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, amalan penggunaan digital di Sekolah Menengah Kebangsaan
Bentong melalui eBeSS telah memberikan impak yang sangat positif dalam aspek pengurusan
sekolah. Seiring dengan revolusi 4.0 dan VUCA pemimpin sekolah perlu lebih proaktif dalam
mencari kaedah-kaedah baru dalam memudahkan dan mempercepatkan urusan di sekolah.
eBeSS juga sangat fleksibal penggunaan sewaktu negara dilanda pandemik COVID-19, segala
urusan kemas kini fail pengurusan telah dibuat secara online tanpa guru hadir ke lokasi.
Diharapkan eBeSS dapat diperluaskan penggunaannya ke seluruh sekolah di Malaysia.
39
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahya. (2003). Mengurus Sekolah. PTS Publications & Distributors Sdn
Bhd : Bentong
Azman Safii. (2017). Penggunaan Data Dalam Program Penambahbaikan Sekolah.
www.jprisma.com
Cox, R.J. (2001). Managing Records as Evidence and Information. Westport: Quorum.
Johare, R.(2001). Electronic records management in Malaysia: the need for an
organisational and legal framework. Records Management Journal11(2)
Umi Asma’, M. & Zawiyah, M. Y. (2009). Polisi Pengurusan Rekod Elektronik dalam
Sektor Awam di Malaysia. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia7(2009): 51 -67
40
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) DALAM MEREALISASIKAN
SEKOLAH BERKUALITI NORMA BAHARU
NOR ASIKIN BINTI ABDULLAH
Guru Besar, SK Gong Tok Nasek, Terengganu
[email protected]
DR. YUSNITA BINTI MD YUNUS
SISC+ PPD Kuala Terengganu, Terengganu
[email protected]
Abstrak
Kurangnya pelibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK) dalam program-program di sekolah
mewujudkan jurang antara pihak sekolah dan PIBK itu sendiri. Isu pelibatannya ibu bapa dan
komuniti semakin terhad dan hampir tidak wujud semasa penularan Pandemik COVID-19. Bagi
menangani isu tersebut, pihak sekolah telah melaksanakan Projek Sejahtera Garden. Tujuan
kajian dibuat adalah untuk melihat keberkesanan program ini dalam merapatkan hubungan
antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti bagi menzahirkan Sekolah Berkualiti norma baharu.
Kajian ini mengaplikasi kaedah kualitatif dengan menggunakan instrumen pemerhatian. Hasil
dapatan menunjukkan program ini berjaya membantu pemimpin sekolah merapatkan hubungan
antara pemimpin PIBK sekali gus mewujudkan hubungan baik antara pihak sekolah dan PIBK.
Kata Kunci: Sekolah, Pelibatan Ibu Bapa Komuniti (PIBK), Murid Golongan B40, Sekolah
Berkualiti, Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
1.0 PENGENALAN
Keperluan kepada kebersamaan antara pihak sekolah dan ibu bapa serta komuniti menjadi
tuntutan dalam usaha merealisasikan elemen kemenjadian murid dan sekolah berkualiti di
bawah Program Transformasi Sekolah 2013 – 2025 (TS25). Usaha yang signifikan ini dapat
juga dilihat melalui Inisiatif #62 ‘Peluasan Pelaksanaan Ibu Bapa dan Komuniti dalam
ekosistem sekolah telah digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (KPM, 2013). Selain itu, Anjakan kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 telah menggariskankepentingankepada peluasan kerjasama antara sekolah
dengan ibu bapa dan komuniti. Friend dan Cook (2007) menyifatkan kebersamaan yang
melibatkan dua pihak atau lebih sebagai menyokong kepada konsep permuafakatan. Secara
kontekstual, pelibatan mereka ini amat penting bagi menyokong pendidikan anak -anak di
sekolah mahupun di rumah (El Nokali, Bachman, & Votruba‐Drzal, 2010).Justeru,sumbangan
ibu bapa dan komuniti dilihat signifikan dalam membantu sekolah dalam membentuk
kemenjadian murid.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Meskipun di peringkat kementerian menekankan kepada peri pentingnya pelibatan ibu bapa
dan komuniti dalam program-program yang melibatkan akademik, kokurikulum dan
peningkatan sahsiah murid, pelibatan masih tidak meluas malahan, hampir tidak berlaku.
Perkara ini berlaku dalam dua keadaan, sama ada pihak sekolah tidak melibatkan ibu bapa dan
komuniti (Epstein & Sanders, 2006) ataupunpihakibu bapa dan komuniti menganggap sekolah
bertanggungjawab penuh dalam menyediakanpendidikan anak-anak (Ibrahim & Razak, 2015).
Secara realitinya, kehadiran ibu bapa ke sekolah melibatkan keluarga B40 sahaja.
Mereka hadir ke sekolah dengan tujuan menerima agihan wang sumbangan. Sekiranya
41
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
sumbangan diberi semasa Mesyuarat Agung PIBG, maka ibu bapa, penerima agihan akan
hadir. Ibu bapa melihat tiada keperluan untuk hadir ke sekolah pada waktu lain kecuali apabila
dijemput oleh sekolah berkenaan masalah pembelajaran anak mereka, itupun sekiranya
difikirkan perlu atau ada masa terluang. Oleh yangdemikian, wujud jurangantara ibu bapa dan
pihak sekolah. Selain pelibatan ibu bapa yang minima, komuniti setempat dilihat tidak terlibat
langsung dalam apa-apa aktiviti sekolah. Dalam erti kata lain, program atau aktiviti yang boleh
merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan komuniti masih terhad.
Rentetan itu, timbul persoalan apakah strategi yang dapat dilaksanakan bagi
merapatkan jurang antara sekolah dan ibu bapa serta komuniti? Dengan kehadiran guru besar
baharu yang sangat aktif, yang mana penglibatan beliau dengan ibu bapa dan komuniti di
sekolah sebelum ini terserlah kemenjadian murid dengan berlakunya peningkatan pencapaian
murid dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sekolah berkualiti. Persoalannya
adalah bagaimana kepimpinan yang diterajui oleh guru besar baharu ini dapat menarik
pelibatan ibu bapa dan komuniti dan seterusnya mewujudkan kerjasama antara mereka dan
sekolah ke arah merealisasikan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian tindakan yang dijalankan ini merupakan kajian tindakan yang melibatkan kajian
hubungan antara pihak sekolah dengan persatuan ibu bapa dan komuniti setempat. Kajian yang
mempunyai signifikan berpusatkan komuniti sosial setempat yangmenjurus kepada perubahan
yang memberi sumbangan kepada sekolah khususnya (Creswell, 2005). Sehubungan itu, ia
juga selari dengan Kemmis dan Wilkinson (1998) yang melihat kajian tindakan bertujuan
meningkatkan perhubungan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa serta komuniti setempat.
Berdasarkan tinjauan awal dan refleksi yang dibuat, penyelidikan bertujuan membuat
tindakan bagi merapatkan jurang antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti setempat. Ini
kerana pelibatan ibu bapa dan komuniti dapat membantu pihak sekolah menyelesaikan
beberapa masalah berkaitan dengan anak-anak seperti masalah ketidakhadiran ke sekolah
(Henderson & Mapp, 2002; Sheldon & Epstein, 2004) dan masalah pembelajaran anak-anak
(Gross et al., 2015; Sheldon, 2003).
Dengan adanya hubungan erat nescaya ibu bapa dan komuniti lebih mengenali dan
percaya kepada guru anak mereka. Andai timbul sebarang masalah berkaitan anak mereka di
sekolah, ibu bapa atau komuniti tidak merasa segan silu untuk berbincang dengan pihak
sekolah, ini sememangnya akan mengelakkan sebarang aduan atau timbulnya isu -isu di
sekolah. Selain itu juga, ibu bapa dan komuniti dapat membantu pihak sekolah menjejaki
rumah dan sejarah murid-murid yang bermasalah pembelajaran di sekolah.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Meninjau keberkesanan Program Sejahtera Garden dalam meningkatkan pelibatan dan
hubungan antara sekolah dan ibu bapa.
42
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
5.0 TINJAUAN LITERATUR
Kajian Literatur membincangkan beberapa elemen utama dalam kajian ini, iaitu pelibatan ibu
bapa dan komuniti. Dalam usaha mewujudkan sekolah berkualiti, semua pihak perlu sama-
sama mengembleng tenaga bagi memastikan pendidikan yang diberi kepada anak-anak sangat
berkesan. Selain guru-guru di sekolah, ibu bapa juga perlu memikul tanggungjawab dalam
pembelajaran anak-anak bukan sahaja di rumah, malah pada setiap masa. Noraini (2002)
menegaskan bahawa ibu bapa mempunyai pengaruh yang penting dalam mencorakkan masa
depan anak-anak. Merton (2006) menyentuh tentang ketidakfahaman tentang fungsi dan
tanggungjawab persatuan ibu bapa dan guru menyebabkan tiada kebersamaan dalam
menjayakan program-program yang dianjurkan. Sekiranya semua pihak jelas tentang fungsi
dan tanggungjawab, maka segala permasalahan dapat diatasi bersama.
Ramalingam, Maniam, dan Karuppanan, (2019) dalam kajian mereka mendapati
terdapat enam jenis penglibatan yang boleh berlaku, iaitu keibubapaan, pembelajaran di
rumah, komunikasi, sukarelawan, kolaborasi komuniti dan membuat keputusan (p.319). Hasil
kajian mereka mendapati aspek yang paling relevan dalam keterlibatan ibu bapa dengan
sekolah dengan pencapaian tertinggi ialah dalam aspek pembelajaran di rumah. Hasil
komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dan guru mengenai pencapaian anak di sekolah,
dapat membantu ibu bapamemahami keperluan untukterus membantudi rumah. Kajian -kajian
lepas menyokong peranan komunikasi yang berkesan dapat melestarikan perhubungan yang
baik antara sekolah dengan keluarga dan komuniti (Epstein, 2015) yang seterusnya dapat
membantu meningkatkan pencapaian anak-anak dalam pelajaran (Baker & Soden, 1997).
Hasil dapatan kajian juga mendapati kerjasama dengan komuniti dapat juga
membantu pencapaian akademik (Ramalingam, Maniam & Karuppanan, 2019). Ibu bapa
sebagai ahli komuniti bertindak sebagai sukarelawan di samping sukarelawan yang lain
membantu pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti atau program yang dianjurkan.
Melahirkan persekitaran yang positif amat signifikan dalam membantu proses pembelajaran
anak-anak. Andin, Ambotang, Kamin, dan Hamzah (2019) pula mendedahkan ada dua faktor
yang mendorong kepada permuafakatan antara sekolah dan komuniti iaitu kepimpinan dan
komunikasi yang berkesan. Seorang pengetua atau guru besar yang berkesan dapat
membangunkan sekolah dan dalam masa yang sama dapat menarik pelibatan ibu bapa dan
komuniti bersama-sama untuk menjayakan program-program terutamanya program-program
peningkatan sekolah.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
6.1 Instrumen Kajian
Pemerhatian
Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif berdasarkan pemerhatian yang dibuat melalui tiga
cara iaitu:
a. Pemerhatian secara langsung
b. Pemerhatian melalui gambar foto
c. Pemerhatian dengan rakaman video
43
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
6.2 Sasaran Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek. Sekolah ini terletak di Daerah
Kuala Terengganu iaitu kira-kira 4.2 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu. Pada
tahun 1962 pihak kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah
Kebangsaan Gong Tok Nasek. Akhirnyapada 1 Julai 1963 telah dibuka dengan rasminya.Data
semasa kajian dijalankan pada tahun 2020 menunjukkan bilangan 52 orang guru termasuk 1
orang guru besar, dan 3 orang penolong kanan. Manakala, 764 murid yang berdaftar dengan
381 murid lelaki dan 383 murid perempuan. Dalam kalangan murid ini, 439 murid terdiri
daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau B40. Selain guru dan murid, terdapat 6
orang anggota kumpulan pelaksana. Sasaran kajian melibatkan ibu bapa dari keluarga B40 dan
komuniti setempat yang melibatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gong Baru Kampung
Gong Tok Nasek.
7.0 PERANCANGAN TINDAKAN
Pencapaian akademik dan sahsiah diri murid masih lagi pada tahap sederhana. Apabila diteliti,
pengkaji mendapati keadaan ini masih boleh diubah dengan melatih anak-anak dengan aktif
dalam pelbagai program dan aktiviti, contohnya melibatkan mereka dalam program atau
aktiviti yang boleh menarik minat mereka supaya suka dan sayangakan sekolahmereka, seperti
mewujudkan Sejahtera Garden. Lumrahnya kita akan dapati murid-murid yang agak rendah
pencapaian akademik terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah, dan mereka ini
akan lebih cenderung kepada aktiviti- aktiviti berbentuk amali. Oleh yang demikian, pengkaji
telah membuka ruang dan peluang kepada murid-murid Tahap 2 bersama komuniti dalam
kalangan keluarga B40 untuk terlibat sama dalam pembinaan Sejahtera Garden.
Di samping itu juga, pengkaji berpendapat, sekiranya ada penglibatan ibu bapa atau
penjaga dan komuniti, semua masalah yangtimbul dalam kalangan anak-anakini dapat diatasi.
Ini kerana mereka akan lebih faham kenapa sesuatu masalah atau isu itu timbul, dan mereka
dapat berbincang dengan pihak sekolah dengan lebih telus. Apabila hubungan antara pihak
sekolah dengan ibu bapa atau penjaga dan komuniti telah terbina erat, sudah pasti mereka akan
lebih mempercayai dan yakin dengan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah. Sekali gus
akan mengelakkan sebarang aduan dalam kalangan ibu bapa atau penjaga dan komuniti. Maka
dengan ini, bermulalah pembinaan Sejahtera Garden pada tanggal 8 Mac 2020 bersamaan Hari
Sabtu.
Sejahtera Garden dimulakan untuk memberi peluang kepada anak-anak dari keluarga
berpendapatan rendah atau B40. Pelibatan ibu bapa dan komuniti membantu dalam kejayaan
projek. Kenaikan kos sara hidup memberikan kesan terhadap kesejahteraan anak -anak di
sekolah. Projek ini merupakan projek kolaboratif antara pentadbiran sekolah, guru, murid, ibu
bapa, dan komuniti. Penglibatan semua pihak telah menjadikan projek ini dapat dilaksanakan.
Projek ini merupakan salah satu cara untuk memberi pendidikan dan juga membuka peluang
kepada murid-murid, ibu bapa dan komuniti daripada keluarga B40 untuk tinggal bersama
dalam Dunia Sejahtera. Kaedah Sejahtera SPICES menunjukkan unsur-unsur dalam Falsafah
Pendidikan Nasional (FPN), yang telah mendasari perkembangan projek ini.
Pada dasarnya Sejahtera Garden ini seperti namanya, Sejahtera, mampu memupuk
nilai-nilai murni. Buktinya kita dapat lihat bagaimana kebun itu mampu melahirkan
kebahagiaan, kepuasan, jati diri yang tinggi dan kerjasama. Sekali gus Sejahtera Garden dapat
membantu mengembangkan dan memperkuatkan potensi individu sepertimana yang telah
44
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
dibahaskan dalam Falsafah Pendidikan Nasional iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, dan
intelektual. Sejahtera Garden yang dibina di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek bertujuan
untuk mengembangkan dan memantapkan kemahiran berkebun serta memberi peluang kepada
murid dan keluarga berpendapatan rendah atau B40 untuk menangani kenaikan kos sara hidup
dan kesannya mereka boleh hidup dalam keadaan yang sejahtera.
Sejahtera Garden diilhamkan untuk melahirkan individu yang seimbang, yang tidak
hanya berfokuskan kepada aktiviti kurikulum sahaja, tetapi juga kepada aktiviti ko kurikulum
bagi menyokong idea kelestarian untuk hari esok. Sejahtera Garden diwujudkan bagi
memperkenalkan pertanian kepada anak-anak sekolah dengan tujuan untuk mengajar mereka:
Dari mana asal makanan mereka. Sayuran adalah makanan misteri yang terpaksa
mereka makan. Pengetahuan anak-anak ini dapat dicambahkan lagi apabila mereka tahu asal
usul makanan mereka, bagaimana ia tumbuh, membesar dan paling menakjubkan ialah
bagaimana tumbuhan dari ladang diproses hingga ke pinggan mereka.
Bertanggungjawab terhadap apa sahaja yang ditanam. Penjagaan harian untuk tumbuh-
tumbuhan penting bagi meningkatkan dan menghasilkan produk yang berkualiti, segar dan
lazat. Pembajaan dan penyiraman, membersihkan dan mendandan, serta membina dan
memperbaiki adalah tugas harian yang berlaku di setiap ladang pada setiap hari. Anak-anak
yang bertani boleh belajar betapa pentingnya peranan mereka dalam penghasilan makanan
untuk diberikan kepada diri mereka sendiri termasuklah keluarga dan rakan mereka.
Kemahiran hidup yang boleh dipelajari secara langsung, yang mana mengajar kanak-
kanak dari semua peringkat umur akan kemahiran hidup seperti menjaga tanaman, rajin
berusaha, bekerja keras, berkomunikasi, menjaga hak orang lain dan banyak lagi.
Kemahiran menjaga keselamatan agar dapat mengetahui keadaan sekeliling, yang
merupakan peraturan nombor satu ketika bertani seperti mengendalikan peralatan pertanian,
malah bekerja di kebun semuanya memerlukan penjagaan keselamatan pada setiap saat. Oleh
itu, kanak- kanak secara tidak langsung telah dilatih melindungi diri mereka dan juga ladang
mereka pada setiap masa.
Menghargai makanan mereka, kerana mereka telah menghabiskan masa sehari,
seminggu atau masa mereka di kebun. Mereka tahu betapa susahnya bercucuk tanam, menjaga
tanaman sehingga mengeluarkan hasil, menyebabkan mereka tidak lagi membuang makanan
mereka.
i. Kitaran hidup, iaitu mereka akan lebih memahami mengenai pertanian bahawa ada stok
hidup ada stok mati dan mengajar mereka tentang fakta kehidupan
ii. Mengetahui iklim dan tanaman sesuai untuk berkebun serta mengajar mereka mengenai
penjagaan dari pencemaran dan pemanasan global.
iii. Kemahiran menyelesaikan masalah seperti mencabut rumput, memperbaiki sistem
penyiraman dan semua yang akan memastikan fungsi pertanian berjalan lancar.
iv. Kerja keras pasti membuahkan hasil, sama ada dari segi fizikal, mental, tekanan, dan
emosi. Sememangnya ia sangat memberi kesan dalam kehidupan seharian.
45
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Diharapkan melalui projek ini dapat melahirkan anak-anak yang mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, boleh dipercayai, boleh bekerjasama dan memupuk sifat
kepemimpinan di samping mampu berinteraksi, berkomunikasi dan berintegrasi dengan
masyarakat di dalam dan di luar sekolah, dan dapat hidup dengan aman damai, sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Nasional iaitu bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).
Diharapkan dengan pelaksanaan Sejahtera Garden ini, anak-anak Sekolah
Kebangsaan Gong Tok Nasek akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman mengenai
kesedaran pertanian. Selain itu, dengan penglibatan murid dalam setiap aktiviti, diharapkan
murid dapat memahami kemampuan mereka dan juga yang lain dalam membentuk
perkembangan positif dan berpotensi menjadi individu yang cemerlang dan berdisiplin yang
mampu hidup sejahtera.
8.0 DAPATAN KAJIAN – PELAKSANAAN KAJIAN DAN TINDAKAN YANG
DICADANGKAN
a. Pemerhatian secara langsung
Pemerhatian secara langsung sebelum kajian ke atas ibu bapa dan komuniti Sekolah
Kebangsaan Gong Tok Nasek:
1. Pada akhir tahun 2019, didapati suasana agak hambar, sunyi dan sepi tanpa sebarangaktiviti
khusus melibatkan ibu bapa atau penjaga dan komuniti.
2. Apabila diteliti dengan lebih mendalam, didapati majoriti keluarga di Sekolah Kebangsaan
Gong Tok Nasek terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah atau B40 iaitu dengan jumlah
439 daripada 764 murid. Gambaran awal mendapati kebanyakanibu bapayangmenunggu anak
agak segan silu apabila disapa dan mempunyai perasaan rendah diri.
3. Pada pemerhatian yang dibuat, didapati YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek
adalah seorang yang sangat positif dan sentiasa menyokongsegala program dan aktiviti sekolah
ini.
4. Manakala Naib Yang DiPertua PIBG pula seorang yang proaktif dan merupakan Pengerusi
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gong Baru Kampung Gong Tok Nasek, yang merupakan
Johan Anugerah Perdana Pengurusan KRT Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 dan Naib Johan
Anugerah Perdana Pengurusan KRT Peringkat Kebangsaan pada Tahun 2020.
Pemerhatian secara langsung selepas kajianke atas ibu bapa dan komuniti Sekolah Kebangsaan
Gong Tok Nasek:
1. Majoriti ibu bapa atau penjaga dan komuniti sangat positif dan aktif. Sebilangan daripada
mereka mempunyai kemahiran-kemahiran tersendiri seperti bertukang, berkebun,
memasak, tatarias dan sebagainya.
46
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Pemerhatian secara langsung sebelum kajian ke atas murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong
Tok Nasek didapati:
1. Murid-murid didapati agak pasif, apabila ditanya tidak mahu menjawab dan merasa rendah
diri. Keadaan ini agak membimbangkan kerana tanpa keyakinan diri yang tinggi mungkin
murid-murid ini tidak akan ke mana.
2. Kehadiran tidak melepasi KPI Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu iaitu
menetapkan 95% kehadiran sepatutnya setiap bulan.
3. Apabila didekati didapati bahawa murid-murid ini mampu menunjukkan perubahan
sikap, cuma memerlukan perhatian, bimbingan dan masa.
4. Oleh itu, Program Sejahtera telah dibuat untuk mengembangkan lagi potensi dalam diri
murid-murid ini iaitu Sukan Rakyat Sejahtera, Prasekolah Sejahtera dan Sejahtera Garden.
b. Pemerhatian melalui gambar foto
Gambar 1, Gambar 2 dan Gambar 3: Keadaan di lokasi sebelum Projek Sejahtera Garden
Gambar 3
c. Semasa berlangsungnya Projek Sejahtera Garden
1. Sesi penerangan penanaman kaedah fertigasi oleh Encik Syahmi, pegawai dari GM
Peladang.
2. Penglibatan daripada guru, AJK PIBG, komuniti KRT Gong Baru
3. Kampung Gong Tok Nasek dan pekerja swasta Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek.
47
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
4. Pada Hari Ahad bersamaan 8 Mac 2020, pukul 4.00 petang
Gambar 4: Pegawai GM Peladang sedang memberi Bimbingan berkaitan Sistem Fertigasi
Gambar 5 Gambar 6
Gambar 7
48
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Gambar 8
Gambar 9
Gambar 10
49
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Gambar 11
Gambar 4,5,6,7,8,9,10 dan 11: Keadaan semasa Projek Sejahtera Garden dijalankan
Gambar 12: YDP dan NYDP PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek yang proaktif
sentiasa menyokong program sekolah
Gambar 13: Guru Besar bersama guru-guru, AJK PIBG, ibu bapa dan komuniti yang terlibat
dalam Projek Sejahtera Garden
50
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Gambar 14: Puan Nor Asikin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek
bersama Dr. Yusnita Md Yunus SISC+ PPD Kuala Terengganu merangkap Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS)
3. Selepas wujudnya Sejahtera Garden
Gambar 15
Gambar 16 Gambar 17
Gambar 15, 16 dan 17: Hasil Sejahtera Garden dapat dikongsi bersama guru-guru, ibu bapa
dan komuniti
51
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Pemerhatian dengan rakaman video
1- Link video Sejahtera Garden Fasa 1
https://drive.google.com/file/d/1ui99etNhMC7jj6f8 grjNV-HmvjAbWkGF/view?usp=sharing
9.0 REFLEKSI
Strategi yang digunakan iaitu dengan menubuhkan Sejahtera Garden dilihat berjaya mencapai
objektif, yang mana pihak sekolah berjaya membina hubungan yang baik dengan ibu bapa,
penjaga atau komuniti. Kami saling mempercayai dan membantu bagi memastikan Sekolah
Kebangsaan Gong Tok Nasek sentiasa berada dalam keadaan yang sejahtera. Andai ada
sebarang permasalahan, maka akan terus dibawa berbincang bersama-sama, hal ini akan
menyebabkan tidak timbul sebarang masalah. Inilah sebenarnya sejahtera yang dimaksudkan
iaitu Warga Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek dapat hidup bersama dalam situasi yang
aman, damai dan tenteram sekaligus akan melahirkan generasi yang tenang dan sejahtera
hidupnya di masa akan datang. Selari dengan Kerangka Transformasi Sekolah 2025 (TS2 5)
iaitu sokongan PIBG dan komuniti yang membantu mewujudkan sekolah berkualiti dan
kemenjadian murid.
Namun demikian, ada sedikit kekangan sewaktu melaksanakan Program Sejahtera
Garden ini iaitu semasa berlakunya Pandemik COVID-19. Penularan wabak ini menyebabkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan, dan segala aktiviti terpaksa
dihadkan kerana tidak dibenarkan orang awam memasuki ke dalam kawasan sekolah. Walau
bagaimanapun, hasil dari Sejahtera Garden dapat dinikmati bersama-sama kerana Sejahtera
Garden telah berjaya diwujudkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
10.0 KESIMPULAN
Pelibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam memastikan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti. Walau bagaimanapun, melalui tinjauan awal mendapati kurangnya
pelibatan daripada ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti dan program sekolah. Melalui
kepimpinan yang berkesan oleh guru besar di samping komunikasi yang baik wujud antara
pemimpin sekolah dengan ibu bapa dan komuniti, satu inisiatif telah dijalankan. Ini merupakan
strategi bagi merapatkan jurang antara ibu bapa dan komuniti dengan sekolah. Melalui
pemerhatian yang dijalankan, mendapati program Sejahtera Garden dapat membina hubungan
baik antara guru dengan ibu bapa dan komuniti. Ibu, bapa dan komuniti menyokong segala
program dan aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain itu, perpaduan dapat dipupuk dalam
kalangan guru, ibu bapa dan komuniti. Hasil dari permuafakatan atau kebersamaan antara
semua pihak dapat membantu memastikan pembelajaran bermakna murid. Rentetan kejayaan
program, pihak sekolah akan meneruskan Sejahtera Garden untuk fasa yang ke -3 dan
diharapkan selepas Pandemik COVID-19, penglibatan dalam kalangan warganya yang
menyeluruh akan dapat diperluaskan. Kejayaan projek ini atas sumbangan i. YBrs. En Salim
bin Ab. Ghani Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu; ii. YBrs. Tuan Haji Jelani bin Sulong;
iii. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu; iv. YBrs. Dr. Kunalan a/l Kuriaya,
v. Rakan Elit TS25 (Pengurusan) IAB GentingHighland; vi Warga Sekolah KebangsaanGong
Tok Nasek, Kuala Terengganu; vii. PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek, Kuala
Terengganu; viii. Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gong Baru, Kampung Gong Tok Nasek,
Kuala Terengganu, ix. Semua yang telah terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung
dalam menjayakan kajian tindakan ini.
52
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
RUJUKAN
Andin, C., Ambotang, A. S., Kamin, Y., & Hamzah, R. (2019). Transformasi persekitaran
sekolah melalui permuafakatan sekolah dan komuniti luar bandar. Geografia-
Malaysian Journal of Society and Space, 15(2).
Baker, A. J. L & Soden, L. M. (1997). Parent involvement in children’s education: A
critical assessment of the knowledge base. New York: National Council of Jewish
Women’s Centre for the Child.
Coleman, J. (2006). Social capital in the creation of human capital. American Journal of
Sociology, Modified Version, 94, S95-S120.
Creswell, J 2005, Educational research: planning, conducting and evaluating qualitative
and quantitative research, 2nd edn, Merrill/Pearson Education Upper Saddle River,
New Jersey.
El Nokali, N. E., Bachman, H. J., & Votruba‐Drzal, E. (2010). Parent involvement and
children’s academic and social development in elementary school. Child development,
81(3), 988-1005.
Epstein, J. L. (2005). Forward. In Patrikakaou, E.,Weissberg, R., Redding, S. Wallberg, H.
(Eds.), School-Family Partnerships for Children’s Success: The Series on Social
Emotional Learning (pp.vii- xi). New York: Teachers College Press.
Epstein, J. L., & Sanders, M. G. (2006). Prospects for change: Preparing educators for
school, family, and community partnerships. Peabody journal of Education, 81(2), 81-
120.
Friend, M., & Cook, L. (1992). Interactions: Collaboration skills for school professionals.
Longman Publishing Group, 95 Church Street, White Plains, NY 10601.
Gross, J. (2015). Strong School-Community Partnerships in Inclusive Schools Are" Part of
the Fabric of the School... We Count on Them". School Community Journal, 25(2), 9-
34.
Henderson, A., & Mapp, K. L. (2002). A New wave of evidence: The impact of school.
Family, and Community Connections on Student Achievement.
Ibrahim, M. S., & Razak, A. Z. A. (2015). Strategi Implementasi: Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Penerbit Universiti Malaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kemmis, S., & Wilkinson, M. (1998). Participatory action research and the study of practice.
Action research in practice: Partnerships for social justice in education, 1, 21-36.
Merton, R. K. (2006). Sociological ambivalence and other essays. New York : The Free
press.
Noraini Ahmad. (2002). Siri motivasi dan kecemerlangan utusan: Kaunseling kekeluargaan.
Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ramalingam, S., Maniam, M., & Karuppanan, G. (2019). Penglibatan ibu bapa dalam
pencapaian akademik pelajar sekolah Tamil di Selangor. Muallim Journal of Social
Sciences and Humanities, 308-333.
Sheldon, S. B. (2003). Linking school–family–community partnerships in urban elementary
schools to student achievement on state tests. The Urban Review, 35(2), 149-165.
Sheldon, S. B., & Epstein, J. L. (2004). Getting students to school: Using family and
community involvement to reduce chronic absenteeism. School Community Journal,
14(2), 39-56.
53
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
TOUCH THE HEART
JAGDAVE SINGH A/L AVTAR SINGH
SMK Sierramas, Kuala Lumpur
[email protected]
Abstrak
SMK Sierramas merupakan sebuah sekolah luar bandar yang mempunyai seramai 1024 orang
murid dari aras Peralihan hingga Tingkatan 5 selain dari aliran PPKI. Intervensi program Touch
the Heart (TTH) ini berfokuskan kepada inovasi yang diperkenalkan pada tahun 2018. Isu utama
yang dikenal pasti di sekolah ini ialah isu kehadiran murid. Ini berdasarkan peratus kehadiran
murid yang merupakan antara yang terendah di Daerah Gombak, iaitu 78.24% pada tahun 2017.
Menyedari akan isu ini, pengetua bersama pentadbir dan Unit Bimbingan Kaunseling(UBK)
telah merangka program TTH sebagai intervensi untuk mengatasi masalah ini. Sasaran program
kolaboratif ini melibatkan semua murid SMK Sierramas. Laporan ini mengandungi huraian
program yang dipilih sebagai usaha untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah, seterusnya
membantu meningkatkan prestasi akademik murid pada tahun 2018 sehingga mendapat
Anugerah Lonjakan Saujana dan pelbagai anugerah HEM yang lain. Pengisian program ini
bertumpu kepada aktiviti budaya penyayang yang melibatkan elemen keseronokkan untuk
menarik murid datang ke sekolah. Program ini dan pencapaiannya sejajar dengan ‘10 Hasrat
KPPD Gombak’ dalam ‘Gombak On Top’ iaitu Kepimpinan Cemerlang.
Kata Kunci: Peningkatan Kehadiran, Sekolah Penyayang, Menarik Minat Murid
1.0 PENGENALAN
SMK Sierramas dibuka secara rasmi pada 2011 dan berstatus sekolah luar bandar. Ia
dikategorikan sebagai sekolah harian dua sesi, Gred B kerana bilangan murid sekitar 1000
orang sahaja. Majoriti murid sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu (71%), India (15.8%),
Cina (10%) dan lain-lain seperti kaum Asli. Seramai 573 orang (56%) muridnya adalah dalam
kalangan B40 dan kebanyakan mereka tinggal di Kampung Melayu Sungai Buloh.
Rajah 1: Maklumat Sekolah
54
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
2.0 PERNYATAAN MASALAH DAN KAJIAN LITERATUR
Aspirasi murid yang keempat dalam PPPM 2013-2025 ialah melahirkan murid yang beretika
dan berkerohanian melalui konsep sekolah penyayang yang cemerlang. Konsep ini merupakan
salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia yang mempunyai hubungan
yang cukup erat dengan Anjakan Ketiga dalam Wawasan 2020, iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang akur dengan penghayatan nilai (KPM, 2013).
Namun, sejak penempatan sebagai pengetua di sekolah ini pada penghujung 2017,
didapati berlaku peningkatan peratus murid yang tidak hadir ke sekolah setiap hari. Kehadiran
murid yang rendah perlu diatasi segera kerana kehadiran 78.24% pada tahun 2017 telah
meletakkan sekolah ini di kedudukan tercorot di daerah Gombak dan juga negeri Selangor.
Pengkaji perlu segera mengenal pasti faktor kehadiran murid rendah dan menjalankan suatu
intervensi berimpak tinggi yang dapat menarik minat murid serta memotivasi seluruh warga
sekolah untuk mengatasi isu ketidakhadiran ini.
Hasil semakan data APDM sekolah menunjukkan 68% murid sekolah ini datang dari
keluarga B40 yang bermasalah kewangan. Kesusahan ibu bapa menyebabkan kebajikan anak-
anak sukar diuruskan. Kesannya kepada anak-anak ialah segala perilaku anak-anak di luar
rumah dan di sekolah diabaikan (Abdull Shukor, 2008).
Murid sekolah juga mempunyai pendirian yang lemah dan mudah dipengaruhi oleh
orang lain. Mereka mudah menerima ajakan rakan sebaya untuk tidak hadir ke sekolah kerana
dianggap menyeronokkan. Kajian Abdullah Sani (2006) menunjukkan rakan sebaya dan
kemudahan-kemudahan untuk berhibur yang banyak seperti pusat permainan video, pusat
snooker, siber kafe dan pusat membeli-belah yangdibina berhampiran dengan kawasansekolah
menarik murid untuk ponteng sekolah.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan membosankan juga
boleh menjadi faktor kritikal murid lebih suka ponteng sekolah. Mc Whirter (1998)
mengatakan antara faktor utama yang menyebabkanpelajar tidak berminat terhadappengajaran
dan pembelajaran dan ingin meninggalkansekolahdengansegera ialah faktor bencikansekolah
kerana beranggapan sekolah adalah tempat yang membosankan dan tidak dapat memenuhi cita
rasa murid. Pemilihan strategi tradisional seperti ‘chalk and talk’ membosankan murid.
Mengikut Abdull Shukor(2008) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah
yang tenteram kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik
dalam kalangan murid.
Mengikut cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, sekolah harus berperanan sebagai
sekolah penyayang untuk melahirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Mengikut
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
KP8591/Jld.VIII (9) bertarikh 5 September 1995, sekolah penyayang dirasakan adalah elemen
penting dalam melahirkan warga negara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Ini
dapat membantu mengatasi masalah disiplin terutama sekali yang berkaitan dengan masalah
ketidakhadiran murid.
Menurut Manja (1990), apabila sekolah menyediakan suasana yang kondusif, ceria dan
menarik, ia akan berjaya menarik minat para murid untuk ke sekolah. Sekolah harus bersaing
dengan pusat membeli-belah dan tempat hiburan yang lain untuk memastikan murid tidak
berasa bosan berada di sekolah. Hanya sebuah sekolah yang aktif dengan pelbagai aktiviti dan
sentiasa ceria boleh memujuk murid untuk tidak sabar ke sekolah semula.
55
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Antara budaya sekolah penyayang yang dapat menyentuh hati murid ialah kemesraan
dan kasih-sayang, hormat-menghormati dan pengukuhan positif. Semua murid suka dipuji,
dihormati dan disayangi bukan dicela. Aktiviti seperti memberi salam, sambutan hari jadi dan
kata-kata pujian perlu dijadikan budaya sekolah penyayang. Kempen menyayangi sekolah
seperti gotong-royong, menceriakan kelas dan persekitaran bersih boleh memberi impak yang
positif. Tambahan pula, kelengkapan untukmakmal komputer dan kemudahancapaian internet
misalnya adalah pemangkin semangat serta memenuhi cita rasa murid untuk ke sekolah pada
era ICT ini.
Misi peningkatan kehadiran murid ke sekolah amat penting untuk menjayakan aspirasi
sekolah penyayang dan ini lebih mudah tercapai jika semua guru memiliki sifat kepedulian
(concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters)
dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang.
3.0 MENGENAL PASTI ISU KRITIKAL DAN INTERVENSI
Untuk mengenal pasti punca isu ketidakhadiran murid di sekolah ini, pengkaji menggunakan
kaedah Tulang Ikan Ishikawa seperti dalam Rajah 2.
Rajah 2: Analisis Isu Kehadiran di SMK Sierramas
Purata kehadiran tahunan yang rendah pada tahun 2017, iaitu sebanyak 78.24% telah
meletakkan sekolah di kedudukan paling rendah di Daerah Gombak. Banyak faktor seperti
peralatan, manusia, persekitaran dan kaedah yang menyumbang kepada permasalahan ini
seperti yang dapat dilihat dalam rajah 2. Antara punca utama yang dikenal pasti ialah tiada
ganjaran, aktiviti kokurikulum tidak menarik, guru lambat mengambil tindakan, murid kurang
motivasi, suasana sekolah membosankan dan kurang penghargaan.
Isu kehadiran ini memberi impak yang negatif kepada keputusan peperiksaan awam
khususnya SPM pada tahun 2017 dengan peratus murid layak sijil hanya pada tahap 62.43%.
Menyedari perkara ini, pengetua dan barisan pentadbir telah membentuk pelan intervensi
Touch The Heart sebagai langkah untuk menangani isu kehadiran sekolahdengan tujuan untuk
56
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
membudayakan keseronokkan hadir ke sekolah, yang diharapkan akan seterusnya
meningkatkan pencapaian akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Perancangan dan pelaksanaan pelan intervensi Touch The Heart ini telah dikendalikan
melalui pendekatan PDCA ( Plan - Do - Check - Action ) seperti dalam Rajah 3.
Rajah 3: Pendekatan PDCA
PDCA yang juga dikenali sebagai Bulatan Deming adalah kaedah pengurusan yang
melibatkan proses pemecahan masalah empat langkah interaktif yang biasa digunakan untuk
mengawal dan menambah baik secara berterusan proses atau produk. Kaedah ini dapat dilihat
pada Jadual 1.
Jadual 1: Perancangan Program Touch The Heart
Pendekatan PDCA Program
Plan Persediaan
Sesi 'Brainstorming' - mengenal pasti masalah & intervensi
Do Perlaksanaan Penyediaan Kertas Kerja
Check Penilaian Penubuhan Jawatankuasa
Mesyuarat AJK Pelaksana
Action Penambahbaikan Perasmian dan Pelaksanaan Program Touch The Heart
Berterusan Soal selidik Keberkesanan
Analisis data e-kehadiran bulanan/tahunan
Penyampaiaan Sijil & hadiah (bulanan dan tahunan)
Penambahbaikan Kempen Touch The Heart 2018 dan
program ini diteruskan pada 2019. Proses penambahbaikan
ini diulang semula pada 2020 dengan penjenamaan semula
ekoran penutupan sekolah kerana pandemik COVID-19
Antara pengisian utama program ini ialah pendekatan amalan guru penyayang yang
melibatkan pergerakan meletakkan tapak tangan kanan di dada sambil senyum dan memberi
salam ataupun ucapan seperti terima kasih. Amalan 3S ini, iaitu Senyum, Salam dan Sapa
dimulakan oleh guru di pintu pagar sekolah, di kelas, kantin atau di mana-mana sahaja. Ini
diperluas dalam majlis-majlis rasmi, terutamanya perhimpunan dan akhirnya menjadi budaya
sekolah. Untuk memastikan kejayaannya, sebanyak sembilan (9) aktiviti sokongan telah
diselitkan di bawah program induk TTH ini.
57
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Berdasarkan Jadual 2, Program Touch the Heart ini telah mendedahkan warga sekolah
kepada budaya penyayang yang berkisar kepada aktiviti yang menyeronokkan di sekolah
sehingga murid berasa tertarik untuk ke sekolah. Kehadiran guru -guru di pintu pagar setiap
hari yang menyambut kedatangan murid dengan senyuman dan ucapan “selamat pagi” dan
“terima kasih kerana datang ke sekolah” bertujuan menarik hati murid. Malahan, pengkaji
biasanya turut bersama menyambut kehadiran murid di pintu pagar sekolah. Pelbagai aktiviti
menarik yang dijalankan sepanjang masa seperti senamrobik, pengenalan permaianan baharu
(hoki dan kriket), serta pembentukan kugiran Sierra Band telah dilaksanakan untuk memenuhi
cita rasa murid.
Jadual 2: Pelan Taktikal Program 'Touch The Heart'
Program/Aktiviti Tanggungjaw Output KPI Catatan/Kerjasama
ab Panitia Pendidikan
Islam & Moral
1 Program Sekolah Unit Bimbingan &
Penyayang (Aspek Kaunseling
PIBG
kerohanian) IPTS
Pegawai Seranta
2 Penghargaan PDRM
My Shining Star
Kehadiran Terbaik Foundation (MySFF)
KSIB
Kelas/Individu Kerjasama guru dan
ibu bapa
bulanan dan Swasta
tahunan (class PIBG, Swasta, Bekas
pizza party dan murid
sijil)
3 Program Jom
Datang Awal
4 Kumpulan Pelajar Jawatankuasa
Kritikal (Motivasi, Program
hadiah Hiking dan Touch The Peningkatan 92 %
peratus
Mendaki Bukit Heart (rujuk kehadiran
Lagong jika ada Kertas Kerja) murid
peningkatan
kehadiran)
5 Gotong-royong
Keceriaan Sekolah
dan Kelas (Mural,
cat, menanam
bunga)
6 Perhimpunan
Sambutan Hari
Lahir Bulanan
(Guru dan Murid -
cupcake untuk
semua)
7 Sambutan Rimup Jawatankuasa Semua 100%
murid
(Silang Budaya) RIMUP murid terlibat
Hari Raya, Tahun mendapat
Baru Cina dan duit raya 3
Deepavali kali setahun
58
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
8 Memeriahkan Jawatankuasa Satu murid PPKI- Jurulatih luar (KSIB,
satu sukan tarian RSC Bukit Kiara dan
aktiviti ko- Kokurikulum Kugiran kebuda- Kelab Aman, KL)
Band Sierra yaan
kurikulum (Bola Sumbangan guru-
guru, PIBG, KSIB,
Sepak bola tampar, swasta
KRS, Kadet Polis)
Memperkenalkan
permainan baharu
- hoki dan kriket
9 Ziarah Cakna dan Jawatankuasa No one left
behind dan
Program Kebajikan Every child
matters
Kebajikan untuk Sekolah
murid asnaf dan
berkehadiran
kritikal
Seterusnya, murid-murid yang menunjukkan peningkatan kehadiran diberi ganjaran
dengan pemberian sijil dan dibawa bersama untuk menyertai aktiviti khas bulanan seperti
jungle trekking, hiking, menonton filem di 1Utama,dijamu dengan pizza party, larian marathon
di Putrajaya dan aktiviti orienteering di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Pengkaji juga
merupakan penganjur dan terlibat dalam setiap aktiviti ini.
Sambutan hari jadi murid dan guru turut diadakan pada setiap bulan untuk memenuhi
keperluan kasih sayang dan penghargaan kendiri murid-murid. Pengisian aktiviti lain seperti
sambutan perayaan-perayaan utama secara RIMUP, menceriakan kelas dan sekolah dengan
elemen TTH serta memperkasakan kegiatan kokurikulum mendapat sambutan positif daripada
murid-murid.
4.0 IMPAK PROGRAM
Analisis dijalankan terhadap data daripada Aplikasi eKehadiran Murid (Aplikasi Pangkalan
Data Murid) KPM untuk melihat peningkatan ataupun penurunan kehadiran murid. Analisis
data daripada tahun 2017 hingga 2019 ditunjukkan seperti pada Rajah 4. Hasil daripada
intervensi yang telah dijalankan membawa impakyangbaik. Purata kehadiran padatahun 2018
telah menunjukkan peningkatan sebanyak 86.96% yang sangat membanggakan iaitu kenaikan
sebanyak 8.72% seperti yang dapat dilihat pada Rajah 4. Ini menunjukkan program TTH telah
berjaya menarik minat murid untuk hadir ke sekolah yang meriah dengan pelbagai aktiviti
kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.
Berikutan dengan itu juga sekolah telah mendapat pengiktirafan daripada Pejabat
Pendidikan Daerah Gombak (PPDG) dengan anugerah Hal Ehwal Murid pada 2018 seperti
Peningkatan Kehadiran Terbaik Daerah, Johan Amalan Terbaik UBK Daerah, Peningkatan
Sahsiah Murid Terbaik Daerah dan Penurunan Salah Laku Murid Terbaik Daerah (sila rujuk
lampiran sijil-sijil). Trend kehadiran murid terus meningkat kepada purata 90.26% pada tahun
2019, iaitu kenaikan sebanyak 3.3% seperti ditunjukkan dalam Rajah 4. Ini membolehkan
sekolah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Amalan Terbaik UBK peringkat negeri
Selangor 2019.
59
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 4: Perbandingan Peratus Kehadiran Murid 2017, 2018 dan 2019
Semua kejayaan yang dicapai turut memberi impak yang positif terhadap kemenjadian
murid dalam peperiksaan SPM seperti dalam Jadual 3. Sekolah telah mendapat Anugerah
Lonjakan Saujana pada tahun 2018 dengan kenaikan 10.59%. Peratus murid ya ng cemerlang
SPM dan gred purata SPM sekolah turut mencatat peratus yang baik. Ternyata peningkatan
kehadiran murid melalui Program TTH ini memberi kesan yang baik terhadap pencapaian
murid dalam peperiksaan awam.Manakaladalam kokurikulumjuga menunjukkan peningkatan
yang amat baik seperti dalam Jadual 4.
Jadual 3: Keputusan Peperiksaan SPM 2017-2019
Tahun 2017 2018 2019
Peratus Lulus 62.43 73.02 73.19
Peratus Cemerlang 10.90 15.57 15.25
Gred Purata 6.15 5.68 5.64
Jadual 4: Pencapaian Kokurikulum 2017-2019
Peringkat/Tahun 2017 2018 2019 2020
(MAC)
Daerah 2 2 18 29
Negeri 1 36 2
Kebangsaan/Antarabangsa 0 45 1
5.0 RUMUSAN
Perancangan dan pelaksanaan intervensi TTH ini dilihat berkesan dan berjaya mencapai
objektifnya apabila ada peningkatan dalam kehadiran murid ke sekolah dan seterusnya
peningkatan sahsiah murid yang positif. Perubahansuasana sekolahyangceria dan diisi dengan
aktiviti yang menarik mempunyai korelasi dengan peningkatan kehadiran murid yang
seterusnya membawa impak positif terutama sekali dari segi penurunan salah laku disiplin,
peningkatan pencapaian kokurikulum dan keputusan SPM yang lebih baik. Kesimpulannya,
untuk memastikan kejayaan sesuatu program, semua pihak perlu bekerjasama dan
60
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
melaksanakannya dengan penuh komitmen. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria perlu
disepadukan dengan amalan nilai kerohanian seperti program TTH. Selain daripada peranan
pengetua dan barisan pentadbir, seluruh warga sekolah terutama sekali guru, murid, PIBG dan
pihak swasta bertanggungjawab dalam menentukan kecemerlangan organisasi tersebut.
Elemen program TTH ini telah diteruskan pada tahun2020 dan 2021walaupun sekolah
ditutup agak lama serta perlu beroperasi dengan SOP yang ketat. Cabaran norma baharu
memerlukan penjenamaan semula denganmodifikasi aktiviti TTH. Namun, sekolah kami telah
mengamalkan penjarakan sosial sebelum pandemik COVID-19 lagi, iaitu tidak bersalaman dan
hanya Touch Your Heart sejak 2018 lagi.
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2012). Panduan Pelaksanaan Guru Penyayang. Surat
Siaran KPPM Bil.4 Tahun 2012: Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang.
Ahmad Zabidi Abdul Razak, (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 313 – 193.
Abdullah Sani Bin Yahya, (2006). Mengurus Disiplin Pelajar. Kuala Lumpur : PTS Publishing
Abdull Shukor Shaari, (2008). Guru Berkesan : Petua dan Panduan. Kedah : UUM Press
Manja Mohd Ludin, (1990). Psikologi Sosiologi Dan Falsafah Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Tajuddin bin Muhammad Dr. (2018). Tahap Kesedaran Pengurusan ICT Sekolah Terhadap
Aplikasi Youtube Dalam Pembelajaran Abad 21. Seminar Nasional Pengurusan dan
Kepimpinan ke-25. Institut Aminuddin Baki
61
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Lampiran
Lampiran 1: Pengamalan TTH setiap hari semasa perhimpunan pagi dan petang
Lampiran 2: Sijil Lonjakan Saujana, Sijil Penurunan Kes Disiplin dan Sijil Peningkatan
Kehadiran
62
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Lampiran 3: Keceriaan sekolah dipertingkatkan dengan elemen TTH dan mesej
menggalakkan kehadiran ke sekolah
63
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Lampiran 4: Perasmian TTH, sambutan murid di pintu pagar dan amalan TTH oleh murid di
sekolah
64
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Lampiran 5: Seluruh warga sekolah dan tetamu turut mengamalkan TTH
65
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Lampiran 6: Antara aktiviti menarik minat murid untuk datang ke sekolah seperti hiking dan
marathon
Lampiran 7: Sijil
kehadiran penuh,
ziarah cakna dan
majlis pizza sebagai
usaha tambahan
untuk meningkatkan
kehadiran.
66
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Lampiran 8: Pengiktirafan Program TTH apabila sekolah mendapat 7 anugerah daripada PPD
Gombak pada tahun 2020 termasuk Johan Keseluruhan HEM dan Anugerah Khas Juri HEM
67
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Lampiran 9: Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang masa seperti senamrobik,
latihan larian, sambutan hari jadi bulanan dan Sierra Band untuk memenuhi citarasa murid
68
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
MENINGKATKAN PERATUS KEHADIRAN MURID 5 PN BAGI MATA
PELAJARAN BAHASA MELAYU DAN SEJARAH MELALUI PROGRAM SMoCS
Com. C SEMASA PANDEMIK COVID-19
RUSMAWATI MAHMOOD
Pengetua, SMK Chalok Model Khas, Terengganu
[email protected]
KAMAL ABDUL NASIR YAZID, MAZULIZAM ISMAIL, WAN RAMLAH TON
ABDULLAH, SITI RAFIDAH SALLEH, ABDUL RAZAK ABDULLAH
Guru Penolong, SMK Chalok Model Khas, Terengganu
Abstrak
Kajian ini dijalankan dalam kalangan murid tingkatan 5 PN di Sekolah Menengah Kebangsaan
Chalok Model Khas, Setiu Terengganu. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti
tahap kesediaan dan meningkatkan peratus kehadiran murid terhadap program yang dijalankan
oleh pihak pengurusan sekolah bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah. Data kuantitatif diperolehi berdasarkan rekod kehadiran murid ke program SMoCS
Com. C terhadap 32 orang murid daripada kelas 5 Perniagaan (5 PN) yang terdiri daripada 20
orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan ekoran pandemik COVID-19 dan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah mengubah proses pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPC). Sebelum munculnya pandemik COVID-19, murid-murid melalui proses PdPC secara
bersemuka dalam norma biasa di dalam sekolah. Namun pandemik COVID-19 ini telah
memperkenalkan guru dan murid kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu, PdPR secara dalam talian dan PdPR
secara luar talian. Kajian ini telah berjaya mencapai kedua-dua objektif kajian.Peratus
kehadiran murid 5PN telah meningkat apabila program SMoCS Com. C dijalankan iaitu
daripada 53.12 % kepada 96.88 % bagi mata pelajaran Bahasa Melayu manakala untuk mata
pelajaran Sejarah pula, ia meningkat daripada 43.75 % kepada 96.88 %.
Kata kunci: SMoCS Com. C, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pengajaran dan
Pemudahcaraan, PdPR secara dalam talian, PdPR secara luar talian
1.0 PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) menetapkan setiap murid mendapat
akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa
hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka
tidak dapat hadir ke sekolah. Walau bagaimanapun semasa negara menghadapi pandemik
COVID-19, sekolah telah ditutup untuk pengajaran bersemuka menyebabkan guru -guru
meneruskan pengajaran di rumah (PdPR). Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) ialah
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di
mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakandalam talian dan atau luar talian
dan atau off-site dengan berstruktur dan terancang (Manual Pengajaran dan Pembelajaran di
rumah, KPM 2020).
Dalam usaha untuk meningkatkan kehadiran pelajar ke kelas PdPR, pihak sekolah
dengan kerjasama PIBG (Persatuan Ibu bapa dan Guru) dan MPKK (Majlis Permuafakatan
Keselamatan Kampung) telah bersetuju untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
secara bersemuka (PdP) di pusat komuniti. Kaedah Pembelajaran ini adalah dikenali sebagai
Pembelajaran secara off-site, iaitu pihak sekolah hanya menyediakan bahan dan tenaga
pengajar sahaja yang akan bergerak ke lokasi-lokasi yang ditetapkan manakala pihak MPKK
69
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
menyediakan kemudahan seperti tempat program, meja, kerusi, papan putih dan juga makan
minum kepada semua murid dan cikgu yang terlibat di lokasi-lokasi yang telah
ditetapkan. Hasil perbincangan pihak sekolah dengan PIBG dan MPKK telah memutuskan
untuk mengadakan Program SMoCS Com. C di empat lokasi mengikut tempat tinggal murid.
Lokasi- lokasi berkenaan ialah Dewan Sivik Chalok Kedai, Dewan Serbaguna KgGongTerap,
Dewan Agropolitan Kampung Bukit Putera dan Sekolah Agama Rakyat Felda Chalok Barat.
Nama program ini iaitu SMoCS Com. C diambil daripada singkatan perkataan Special Model
of Chalok School - Community Class (Kelas Komuniti Sekolah Menengah KebangsaanChalok
Model Khas).
Kajian ini akan menfokuskan kepada murid tingkatan 5 Perniagaan (5 PN) iaitu lima
orang murid di Dewan Sivik Chalok Kedai, lapan orang murid di Dewan Serbaguna Gong
Terap, 10 orang murid di Dewan Agropolitan KampungBukit Putera dan sembilanorangmurid
di Sekolah Agama Rakyat, Felda Chalok Barat. Kelas ini dipilih kerana berdasarkan hasil
analisis kehadiran kelas PdPR, didapati bahawa peratus kehadiran murid kelas ini sangat tidak
memuaskan berbanding 4 kelas yang lain sedangkan murid kelas ini berpotensi untuk berjaya
dengan cemerlang sekiranya mengikuti kelas sepenuhnya.
Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dipilih untuk kajiankeranamerupakan mata
pelajaran wajib lulus untuk melayakkan murid mendapat sijil SPM. Dalam peperiksaan
percubaan SPM 2020, hanya 28 (84.85 %) murid kelas 5PN lulus Bahasa Melayu. Bagi mata
pelajaran Sejarah pula hanya 18 orang atau 54.55 % yang lulus daripada 33 orang murid. Oleh
sebab itu, maka kelas ini dipilih sebagai fokus kajian kerana berupaya untuk lulus 100% dalam
kedua-dua subjek tersebut seterusnya melayakkan mereka mendapat sijil SPM.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang amat besar terhadap dunia pendidikan bukan
sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Rentetan daripada musibah tersebut turut memberi
impak terhadap murid-murid tingkatan 5 SMK Chalok Model Khas khususnya pelajar 5 PN.
Selaras dengan pandemik tersebut, Kementerian PendidikanMalaysia (KPM) telah mengambil
inisiatif mengarahkan semua sekolah melaksanakan proses pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPC) sepanjang sekolah ditutup sama ada secara luar talian atau dalam talian.
Hasil daripada isu tersebut, pihak pengurusan SMK Chalok Model Khas memberi
peluang kepada guru dan pelajar memilih teknik pengajaran sama ada secara luar talian atau
dalam talian memandangkan kelas secara bersemuka memang tidak dibenarkan untuk
membendung penularan COVID-19 dalam kalangan murid di negara ini.
Dalam usaha untuk memastikan semua murid tidak ketinggalan dalam mengikuti
pembelajaran, warga pendidik mula menggunakan opsyen untuk menjalankan kelas secara
dalam talian. Proses PdPC secara bersemuka yang telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi
terpaksa dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hasil laporan dan pemantauan pihak pengurusan sekolah, didapati bahawa penyertaan
murid 5 Perniagaan dalam kelas pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang
dilaksanakan sama ada secaraluar talian atau dalam talian menunjukkanhasil/ penyertaan yang
sangat tidak memberangsangkan. Apabila perbincangan dibuat, masalah ini berpunca daripada
beberapa faktor iaitu kebolehcapaian internet yang lemah, peranti yang terhad, sikap murid itu
70
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
sendiri dan faktor sosio ekonomi seperti kesediaan ibu bapa untuk menyediakan gajet atau
telefon pintar yang sesuai untuk anak-anak mereka ikuti kelas PdPR
Sehubungan dengan itu, Program SMoCS Com. C ini hanya berfokus kepada mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah memandangkania merupakan mata pelajaranwajib lulus
untuk melayakkan murid mendapat sijil SPM.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Ekoran pandemik COVID-19, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan
agar semua guru dan murid melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
secara dalam talian dan atau luar talian dan atau off- site dengan berstruktur dan terancangbagi
memastikan proses PdP tetap berjalan dan semua murid tetap mendapat peluang mengikuti
pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Pihak pengurusan sekolah telah
menyahut arahan ini dengan melaksanakan PdPR secara dalam talian dan luar talian
termasuklah untuk murid kelas 5 PN. Namun demikian, berdasarkan hasil laporan PdPR
daripada guru-guru, didapati bahawa murid kelas 5 PN masih belum bersedia menghadiri kelas
secara dalam talian mahupun luar talian kerana peratus kehadiran adalah sangat kurang
memberangsangkan. Oleh sebab itu, program SMoCS Com. C diilhamkan bagi menggalakkan
lagi keterlibatan murid kelas 5 PN dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan program SMoCS Com. C sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan SPM untuk meningkatkan peratus kehadiran murid kelas
5 PN ke kelas anjuran PIBG dengan kerjasama MPKK.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat 2 objektif kajian iaitu:
Objektif umum:
Mengenal pasti keberkesanan program SMoCS Com. C SPM untuk meningkatkan peratus
kehadiran murid kelas 5 PN.
Objektif khusus:
Mengenal pasti keberkesanan program SMoCS Com. C SPM dalam peningkatan peratus
kehadiran murid kelas 5 PN bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.
5.0 TINJAUAN LITERATUR
Pembelajaran dalam talian merupakan pembelajaransecara pantas tanpa mengira batasan ruang
dan masa iaitu murid dapat mengakses bahanserta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri
dalam keadaan formal (Mantayla dan Woods, 2001). Pembelajaran ini juga turut
menggalakkan pelajar mengakses maklumat dan informasi dan berkomunikasi melalui
pelbagai alatan komunikasi seperti forum dalam talian, e-mail, video konferens, chatting dan
lain-lain (Mc Vay Lynch, 2002). Pembelajaran dalam talian juga adalah bersifat kos efektif
iaitu banyak bahan terdapat dalam pelbagai laman web yang mampu diakses oleh guru dan
pelajar tanpa melibatkan kos yang tinggi. Malahan sumber pendidikan secara percuma seperti
Sumber Pendidikan Terbuka (open Educational Recources) banyak mendatangkan keuntungan
kepada pelajar (Fakhrul, 2002). Kajian oleh Ahmad Zaki, et. al (2014), dalam kajiannya
berkaitan Penggunaan Aplikasi Dalam talian Dalam Proses Pengajaran dan pembelajaran
71
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Bahasa ketiga: Pengenalan kepada Quizlet.com mendapati bahawa majoriti pelajar berjaya
menghafaz dengan baik 30 perkataan baharudalam tempoh dua jam keranaaplikasi pengajaran
dan pembelajaran secara dalam talian yang menarik, mudah difahami dan menyeronokkan.
Namun demikian, pembelajaran secara dalam talian mempunyai cabaran besar. Ada
murid yang tidak mempunyai gajet @ telefon pintar peribadi, adayangtidak mempunyai cukup
data internet dan ada pula yang tidak mempunyai capaian internet langsung. Menurut Pengarah
Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Yang Berbahagia Datuk Dr
Habibah Abdul Rahim, pembelajaran secara bersemuka adalah lebih berkesan berbanding
pembelajaran secara dalam talian di rumah. Hal ini demikian hasil daripada prosespelaksanaan
pembelajaran secara online di rumah susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan pergerakan
(PKP) yang telah dijalankan. Tambahan pula, pihak kementerian mendapati bahawa akses
kepada teknologi komunikasi bagi tujuan tersebut adalah terhad terutamanya bagi murid dan
guru yang tinggal di kawasan pedalaman dan luar bandar. Hasil kaji selidik yang dijalankan
mendapati bahawa hanya antara 3-10% murid sahaja yang mempunyai peralatan seperti
komputer, note book atau tablet. Rata-rata mereka mempunyai akses kepada telefon bimbit
iaitu antara 34-48% bergantung kepada kawasan bandar atau luar bandar.
Dapatan kajian oleh Nor Halina et. al. (2012) terhadap pelajar Kolej Komuniti
mendapati bahawa, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam
melaksanakan PdP secara dalam talian. Medium PdP yang paling banyak digunakan tertumpu
kepada aplikasi telegram diikuti Google Classroom dan WhatsApp. Terdapat enam jenis
halangan iaitu halangan teknikal, halangan motivasi, halangan infrastruktur, halangan masa,
halangan interaksi sosial dan halangan kemahiran pra syarat. Antara keenam-enam halangan
ini, halangan masa mencatat min yang tertinggi, diikuti halangan interaksi sosial, halangan
teknikal, halangan motivasi, halangan infrastruktur dan halangan kemahiran pra syarat.
Ehwan Ngadi (2021, turut memberikan tiga aplikasi utama yang menjadi cabaran
kepada pembelajaran secara dalamtalian, iaitu kebolehcapaianinternet dan kestabilanplatform
pengajaran, pengurusan emosi serta pentaksiran secara holistik. Beberapa kekangan wujud
terutamanya bagi murid yang tinggal di kawasan yang kurang mendapat liputan internet.
Implikasi kedua pula melibatkan pengurusan emosi iaitu Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) yang agak lama iaitu empat minggu telah menjadikan murid mulai bosan
terkurung di rumah, tidak dapat bertemu rakan sebaya, bermain dan berbual dengan sahabat
karib di sekolah atau pun menjalani aktiviti ko kurikulum di sekolah.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
6.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan gabungan antara kajian berbentuk kuantitatif dengan kajian kualitatif.
Kajian kuantitatif adalahmenganalisis peratus kehadiran murid ke program SMoCS Com. C
menggunakan buku rekod kehadiran murid. Data kehadiran ini akan dianalisis dalam bentuk
peratus seterusnya dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf bar kompaun. Kajian
kualitatif pula adalah berdasarkan tinjauan dan pemerhatian ketika kelas berlangsung.
6.2 Sasaran Kajian
Sasaran kajian ini ialah kelas 5 Perniagaan (5PN) yang terdiri daripada 20 murid lelaki dan 12
orang murid perempuan. Murid-murid akan belajar di empat pusat yang berbeza iaitu lima
72
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
orang murid di Dewan Sivik Kampung Chalok Kedai, lapan orang murid di Dewan Serbaguna
Kampung Gong Terap, sepuluh orangmurid di Dewan Agropolitan KampungBukit Putera dan
sembilan orang murid di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Chalok Barat. Murid -murid
kelas ini boleh dikategorikan pada tahap sederhana.
6.3 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah analisis data kehadiran murid daripada buku rekod kehadiran
dan tinjauan serta pemerhatian semasa kelas berlangsung.
7.0 PERANCANGAN TINDAKAN
Hasil daripada perbincangan antara Pengetua, Penolong Kanan, Penyelaras dan Setiausaha
Projek SPM, guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah bersama Yang
Dipertua PIBG serta Pengerusi MPKK beberapa buah kampung maka tercetuslah idea
untuk mengadakan program yang dinamakan SMoCS Com. C bagi mengatasi masalah
kehadiran murid kelas 5 PN khususnya dalam dua mata pelajaran berkenaan. Seterusnya pihak
sekolah telah menubuhkan pasukan Task Force untuk merancang dan melaksanakan tindakan
seperti jadual di bawah.
Jadual 1: Pelaksanaan SMoCS Com. C Anjuran PIBG dengan Kerjasama MPKK
Bil Perkara Tarikh Catatan
1. Kelas PdPC 8 Nov 2020 10.00
pagi
2. Kelas PdPR bermula apabila Kementerian
Pendidikan Malaysia mengumumkan sekolah
ditutup akibat Pandemik COVID-19 9 – 12 Nov 2020
PdPR Minggu 1 15 – 19 Nov 2020
PdPR Minggu 2
PdPR Ringgu 3 22 – 26 Nov 2020
PdPR Minggu 4 29 Nov – 3 Dis 2020
PdPR Minggu 5 6 – 10 Dis 2020
PdPR Minggu 6 13 – 17 Dis 2020
3. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 16 Dis 2020
awal (analisis kehadiran kelas PdPR bagi kelas 5
PN)
4. Membincangkan masalah yang timbul berkenaan 16 Dis 2020
kehadiran kelas PdPR bagi kelas 5 PN
5. Mesyuarat Post Mortem keputusan Peperiksaan 17 Dis 2020
Percubaan SPM 2020 serta membincangakn cara
untuk mengatasi masalah kehadiran pelajar ke
kelas PdPR
6. Bentuk Jawatankuasa SMoCS Com. C 17 Dis 2020
7. Merancang tindakan SMoCS Com. C 18 Dis 2020
8. Menghubungi MPKK untuk memaklumkan 19 Dis 2020
tentang program yang akan dilaksanakan
9. Perjumpaan dengan MPKK dan PIBG 20 Dis 2020
73
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
10. Penubuhan Group WhatsApp SMoCS Com. C 20 Dis 2020
yang terdiri daripada barisan pentadbir, Pengerusi
dan Naib Pengerusi MPKK setiap kampung yang
terlibat dengan SMoCS Com. C serta YDP PIBG.
11. Penubuhan Group Telegram Tingkatan 5 SMK 20 Dis 2020
Chalok 2020 bertujuan untuk membuat hebahan
berkenaan dengan program yang akan
dilaksanakan.
12. Menghubungi Pegawai Polis IPD Setiu dan 22 Dis 2020
Pejabat Kesihatan Kg Rahmat untuk
memaklumkan tentang Program SMoCS Com. C
13. Taklimat kepada ibubapa tentang Program 23- 24 Dis 2020
SMoCS Com. C di empat lokasi di mana ibubapa
memainkan peranan penting dalam memastikan
program ini berjaya. 9.00 pagi
• Sekolah Agama Rakyat, Felda Chalok 23 Dis 2020 9.00 pagi
10.30pagi
Barat 3.00
petang
• Dewan Sivik, Chalok Kedai 24 Dis 2020
• Dewan Serbaguna, Kg Gong Terap 24 Dis 2020
• Dewan Agropolitan, Kg Bukit Putera 24 Dis 2020
14. Pelaksanaan SMoCS Com. C 27 – 31Dis 2020
SMoCS Com. C Minggu 1 3 – 7 Jan 2021
SMoCS Com. C Minggu 2
SMoCS Com. C Minggu 3 10- 14 Jan 2021
15. Refleksi Kajian 17 Jan 2021
16. Menulis laporan kajian 24 Jan 2021
17. Menyerahkan laporan kajian dan pembentangan 31 Jan 2021
dapatan kajian
8.0 DAPATAN KAJIAN
Jadual 1 menunjukkan Purata Kehadiran Pelajar Ke Kelas PdPR bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah bagi 32 orang murid kelas 5 PN dalam tempoh enam minggu bermula 9
November 2020 sehingga 17 Disember 2020. Didapati bahawa bilangan kehadiran murid bagi
kelas PdPR adalah tidak memuaskan di mana purata bilangannya hanya 17 (53.125 %) sahaja
daripada 32 orang murid bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan 14 (43.75 %) sahaja bagi
mata pelajaran Sejarah.
74
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Jadual 2: Purata Kehadiran Pelajar 5PN Ke Kelas PdPR
Demografi Bilangan Peratus
Jantina Lelaki 20 62.5
Perempuan 12 37.5
Bahasa Melayu 17 53.125
(10 Nov- 17 Dis 2020)
Sejarah
(9 Nov- 16 Dis 2020) 14 43.73
Rajah 1 menunjukkan purata peratus kehadiran Murid Ke Kelas PdPR bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Sejarah bagi 32 orangmurid kelas 5 PN dalam tempoh 6 minggu bermula
9 November 2020 sehingga 17 Disember 2020.
Rajah 1 Peratus Kehadiran Murid 5 PN ke kelas PdPR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Sejarah.
Jadual 2 menunjukkan purata bilangan Kehadiran Pelajar Ke Program SmoCS Com. C bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah bagi 32 orang murid kelas 5 PN dalam tempoh
tiga minggu bermula 27 Disember 2020 sehingga 14 Januari 2021. Didapati bahawa bilangan
murid yang hadir ke Program SMoCS Com. C adalah sangat baik dan mengikut rekod
kehadiran murid bagi minggu ketiga, hanya seorang sahaja murid yang tidak hadir disebabkan
oleh faktor kesihatan.
Jadual 2: Purata Kehadiran Pelajar 5 PN Ke Program SmoCS Com. C
Jantina Demografi Bilangan Peratus
Lelaki 20 62.5
Bahasa Melayu Perempuan 12 37.5
Sejarah 31 96.88
31 96.88
Rajah 2 menunjukkan peratus kehadiran Murid Ke Program SMoCS Com. C bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah bagi 32 orang murid kelas 5 PN dalam tempoh tiga
minggu bermula 27 Disember 2020 sehingga 14 Januari 2021. Didapati bahawa peratus
75
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
kehadiran murid kelas 5 PN untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah adalah sangat
memuaskan di mana peratus kehadiran murid bagi kedua-dua mata pelajaran adalah 96.88 %.
Rajah 2 Purata peratus Kehadiran Murid 5 PN ke Program SMoCS Com. C bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
Jadual 3 menunjukkan perbandingan diantara PdPR dan Program SMoCS Com. C
untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah bagi 32 orang murid kelas 5 PN
Jadual 3: Perbandingan Kehadiran antara PdPR dan Program SMoCS Com. C
Demografi Bilangan Peratus
Jantina Lelaki 20 62.5
Perempuan 12 37.5
PdPr (BM) 17 53.125
SMoCS Com. C (BM) 31 96.88
PdPR (SEJ) 14 43.75
SMoCS Com. C (SEJ) 31 96.88
Rajah 3 menunjukkan peratus perbandingan di antara Kelas PdPR dan Program SMoCS
Com. C untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah bagi 32 orang murid kelas 5 PN.
Melalui rajah tersebut, didapati bahawa bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ia meningkat
daripada 53.125 % kepada 96.88 % di mana peningkatann ya adalah sebanyak 43.755 %.
Manakala untuk mata pelajaran Sejarah pula, meningkat daripada 43.75 % kepada 96.88% dan
peningkatannya sebanyak 53.13 %
76
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Rajah 3: Peratus perbandingan Kelas PdPR dan Program SMoCS Com. C bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Sejarah.
9.0 REFLEKSI KAJIAN
Kajian ini telah berjaya mencapai kedua-dua objektif kajian di mana peratus kehadiran murid
5 PN telah meningkat apabila program SMoCS Com. C dijalankan iaitu daripada 53.125 %
kepada 96.88 % bagi mata pelajaran Bahasa Melayu manakala untuk mata pelajaran Sejarah
pula, ia meningkat daripada 43.75 % kepada 96.88 %. Peratus kehadiran tidak mencapai 100
% kerana terdapat seorang pelajar yang tidak hadir disebabkan masalah kesihatan. Namun
begitu kutipan data membuktikan bahawa PdP secara bersemuka lebih berkesan meningkatkan
kehadiran murid berbanding PdPR secara dalam talian akibat kekangan -kekangansebagaimana
yang telah dibincangkan di atas. Antara faktor yang dikenal pasti yang menyebabkan
peningkatan kehadiran ini ialah murid dapat memberikan fokus kepada mata pelajaran secara
langsung dengan bimbingan guru. Sebarang permasalahan yang timbul ketika kelas
berlangsung dapat diutarakan terus kepada guru. Guru juga dapat memberikan tips -tips
peperiksaan secara terus kepada murid.
Selain itu, program SMoCS Com. C ini juga berjaya mewujudkan satu hubungan baik
antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat yangterdiri daripada ibubapa dan juga pihak
MPKK. Jalinan hubungan ini sangat diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan murid-
murid dalam peperiksaan SPM yang akan berlangsung pada 22 Febuari 2021.
Bukan itu sahaja, program SMoCS Com. C ini juga berjaya menarik murid - murid
daripada sekolah lain untuk turut sama menyertai program ini. Secara tidak langsung ia dapat
mengeratkan hubungan sesama murid itu sendiri di samping bertukar-tukar fikiran dan
berkongsi ilmu yang ada.
10.0 KESIMPULAN
Kecemerlangan dalam peperiksaan SPM adalah idaman semua pihak tidak kira murid, ibubapa
mahupun pihak sekolah. Usaha pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dan MPKK
mengadakan program SMoCS Com. C ini diharap berjaya meningkatkan prestasi murid untuk
menghadapi peperiksaan SPM. Semoga usaha ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan
77
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
murid-murid tingkatan 5 dalam peperiksaan SPM 2020. Program ini wajar d iteruskan pada
tahun-tahun akan datang biarpun Pandemik COVID-19 telah berakhir. Selain itu, program ini
juga boleh diperluaskan untuk kelas-kelas bukan peperiksaan iaitu kelas tingkatan satu hingga
tingkatan empat.
RUJUKAN
Ahmad Zaki Amiruddin, Ahmed Thalal Hassan, Ahmad Abdul Rahman, Nor Abdul
Rahman, Mohd Shahriman Abu Bakar. (2014). Penggunaan aplikasi Dalam talian
Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Ketiga: Pengenalan kepada
Quizlet.com. Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014(INSAN2014)
Ehwan Ngadi. (2020) Covid19: Implikasi Pengajaran dan pembelajaran Dalam talian.
Uniersiti Sains Islam Malaysia.
Fakhrul Anuar Aziz. (2002). Memanfaatkan sumber-sumber percuma internet dan www unutk
Pendidikan. UUM. Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi, 2002. Maktab
Perguruan Batu Lintang (MPBL). Kuching, Sarawak.
Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2017 (Jilid 18)
Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah, Kementerian Pendidikan Malaysia
(2020)
Mc Vay Lynch. (2002). The online educator: A guide to creating the virtual classroom.
Routtedge Falmer. New York.
Mntyla.K and Woods, J.A. (2001). The 2001/2002 ASTD Distance Learning Yerabook. Mc
Graw Hill. New York.
Nor Halina Noordin, Junaidah Muhamad, Nurul Hafidzah Mohd Hussin (2021). Kaedah
pembelajaran pengajian Malaysia melalui permainan. ‘Apa kerajaan boleh bantu saya’.
International Journal of Modern Education (IJMOE), Vol 3(8).
.
78
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
LAMPIRAN
Lampiran 1
Analisa kehadiran murid kelas 5 PN ke kelas PdPR bagi matapelajaran Bahasa Melayu
Demografi Bilangan Peratus
Lelaki 20 62.5
Jantina Perempuan 12 37.5
Kehadiran BM Minggu 1 (8 Nov) (kelas PdPc) -
Minggu 1 (10 Nov) 21 65.625
Minggu 2 (15 Nov) (Cuti Deepavali) -
Minggu 2 (17 Nov) 21 65.625
Minggu 3 (24 Nov) 18 56.25
Minggu 3 (26 Nov) 18 56.25
Minggu 4 (1 Dis) 17 53.125
Minggu 4 (3 Dis) 17 53.125
Minggu 5 (8 Dis) 14 43.75
Minggu 5 (10 Dis) 13 40.625
Minggu 6 (15 Dis) 15 46.875
Minggu 6 (17 Dis) 12 37.5
Purata 17 53.125
79
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Lampiran 2
Analisa kehadiran murid kelas 5 PN ke kelas PdPR bagi mata pelajaran Sejarah
Demografi Bilangan Peratus
Jantina Lelaki 20 62.5
Kehadiran SEJ Perempuan 12 37.5
Minggu 1 (9 Nov) 20 62.5
Purata Minggu 1 (12 Nov) 16 50
Minggu 2 (16 Nov) 17 53.125
Minggu 2 (19 Nov) 16 50
Minggu 3 (23 Nov) 17 53.125
Minggu 3 (25 Nov) 15 46.875
Minggu 4 (30 Nov) 13 40.625
Minggu 4 (2 Dis) 14 43.75
Minggu 5 (7 Dis) 11 34.375
Minggu 5 (9 Dis) 11 34.375
Minggu 6 (14 Dis) 11 34.375
Minggu 6 (16 Dis) 10 31.25
14 43.75
Lampiran 3
80
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Analisa kehadiran Pelajar 5 PN ke Program SMoCS Com. C
Demografi Bilangan Peratus
62.5
Jantina Lelaki 20 37.5
96.88
Perempuan 12 93.75
96.88
Bahasa Melayu Minggu 1 31 96.88
93.75
Bahasa Melayu Minggu 2 30 96.88
96.88
Bahasa Melayu Minggu 3 31 96.88
Purata 31
Sejarah Minggu 1 30
Sejarah Minggu 2 31
Sejarah Minggu 3 31
Purata 31
Lampiran 4
81
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Menghubungi MPKK untuk memaklumkan tentang Program yang akan dilaksanakan.
Surat jemputan ke Mesyuarat SMoCS. Com C.
82
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Lampiran 5
Perjumpaan dengan MPKK dan PIBG untuk membincangkan tentang Program
SMoCS Com. C
83
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
Lampiran 6
Taklimat Bersama ibu bapa di Dewan Taklimat Bersama ibu bapa di Dewan
Sekolah Agama Rakyat, Felda Chalok Serbaguna, Kg Gong Terap
Barat Tarikh: 24. 12. 2020
Tarikh: 23. 12. 2020 Masa: 10.30 pagi
Masa: 10.00 pagi
Taklimat Bersama ibu bapa di Dewan Taklimat Bersama ibu bapa di Dewan
Sivik Chalok Kedai Agropolitan, Kg Bukit Putera
Tarikh: 24. 12. 2020 Tarikh: 24. 12. 2020
Masa: 9.00 pagi Masa: 3.00 petang
84
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
PROGRAM ADAB - 7T DALAM MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID
TINGKATAN 5 DI SMK LAHAT SEMASA PANDEMIK COVID-19
BAINAH BINTI AB.DOLAH
Pengetua, SMK Lahat, Perak
[email protected]
Abstrak
Kajian Tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kehadiran murid-murid Tingkatan
Lima ke sekolah setelah pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia seawal tahun
2020. Kajian ini melibatkan 74 orang murid yang akan mengambil peperiksaan SPM
2020 apabila didapati kehadiran mereka yang tidak memuaskan apabila sekolah dibuka
semula secara bersemuka pada 24 Jun 2020. Fenomena ini berlaku hampir di semua
sekolah di Malaysia. SMK Lahat tidak terkecuali dari fenomena ini apabila kehadiran
murid pada bulan Julai dan Ogos mula merosot dan tidak mencapai sasaran. Hasil temu
bual, perjumpaan ibu bapa dan pemerhatian, didapati murid mengambil peluang untuk
tidak hadir ke sekolah dengan alasan COVID-19. Tindakan drastik dalam program
ADAB seperti Talian Gegas, Surat Seminggu Bersyarat, Ziarah 10 Minit, MC KMM dan
Bersua Pengetua telah membantu meningkatkan semula kehadiran murid tingkatan lima
ini. Malah ada kelas yang mencapai kehadiran 100% . Bimbingan, galakan dan motivasi
berterusan akhirnya memberi kesan kepada peningkatan kehadiran murid-murid.
Ringkasnya, terdapat beberapa pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan
kehadiran murid-murid.
Kata Kunci : Kehadiran, Pandemik COVID-19, Talian Gegas, Ziarah 10 Minit, Surat
Seminggu Bersyarat
1.0 REFLEKSI
Kajian tindakan ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid tingkatan
lima tahun 2020 tidak hadir ke sekolah setelah dilanda pandemik COVID-19 dan mencari serta
mencuba langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan peratus kehadiran murid
ke sekolah semula setelah beberapa bulan berada di rumah kerana PKP, PKPB dan PKPP.
“Ibu bapa dan warga sekolah perlu menekankan kepentingan menjaga kehadiran anak-anak
ke sekolah. Ini amat penting kerana kehadiran tersebut berkait rapat dengan kemajuan
pembelajaran mereka. Jika anak-anak sering tidak hadir ke sekolah, ia boleh
mengganggu proses pembelajaran sekaligus mengakibatkan murid tersebut ketinggalan”
(Ahmad Junaidi -23/04/2017-Utusan Borneo Online).
Memandangkan mereka akan menduduki SPM 2020 dan pelajaran mereka terganggu
disebabkan pandemik, maka untuk memastikan mereka hadir ke sekolah adalah perkara yang
amat penting. Kajian ini melibatkan usaha-usaha guru untuk menghubungi ibu bapa / penjaga
murid yang tidak hadir ke sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data dan
analisis data-data murid yang kerap tidak hadir ke sekolah, perbualan hasil ziarah 10 minit
bersama ibu bapa , maklum balas soal selidik dengan para murid yang terpilih dalam kajian
dan sesi perjumpaan murid-murid berkenaan bersama dengan guru bimbingan dan kaunseling
dan pengetua serta pemantauan kehadiran mereka dengan penggunaan buku kawalan
kehadiran setiap hari. Tempoh kajian ini adalah dari bulan Ogos hingga Oktober 2020 dan 20
Januari 2021 hingga 13 Februari 2021. Hasil kajian ini diharapkan dapat memba ntu
meningkatkan peratus kehadiran murid-murid yang terlibat dan dapatan kajian ini boleh
85
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2021
diaplikasikan bagi membantu meningkatkan kehadiran murid-murid lain yang menghadapi
masalah untuk hadir ke sekolah walaupun bukan disebabkan pandemik.
2.0 PENGENALAN
Di sekolah SMK Lahat, terdapat empat buah kelas tingkatan lima yang melibatkan 74 orang
murid daripada pelbagai bangsa. Murid-murid yang menjadi responden utama kajian dipilih
berdasarkan kekerapan ketidakhadiran yang paling tinggi, iaitu murid yang te lah layak
menerima surat amaran kedua malah ada yang boleh dibuang sekolah tetapi tidak boleh
dilaksanakan kerana COVID-19. Peratus ketidakhadiran murid ke sekolah semakin merosot
dan tidak mencapai KPI yang disasarkan. Ketidakhadiran murid ke sekolah ini menyebabkan
mereka ketinggalan dalam mata pelajaran yang diajar oleh guru pada hari berkenaan dan
mengakibatkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran teknik dan konten mata pelajaran
tersebut sebagai persiapan menghadapi SPM 2020 lebih-lebih lagi mereka telah bercuti PKP
mulai 18 Mac hingga 24 Jun 2020.
Ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab atau tiada makluman kepada guru adalah
ditakrifkan sebagai ponteng sekolah. Apabila murid-murid berkenaan tidak hadir ke sekolah,
pihak sekolah akan menghantar surat amaran ponteng sekolah kepada ibu bapa atau penjaga
murid-murid berkenaan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) sedia ada seperti
termaktub dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil 6/1995 dan Buku Panduan Tatacara Disiplin
Sekolah, KPM. Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab sebanyak 10 hari tidak
berkala, pihak sekolah akan menghantar surat amaran ponteng sekolah yang pertama kepada
ibu bapa atau penjaga murid berkenaan. Apabila bilangan hari tidak hadir ke sekolah murid
mencapai 20 hari, pihak sekolah akan menghantar surat amaran kedua dan surat amaran yang
ketiga akan dihantar apabila bilangan hari tidak hadir mencapai 40 hari. Namun, tindakan
sedemikian tidak dapat mengatasi masalah ketidakhadiran ini kerana mereka sedar bahawa
mereka tidak boleh dibuang sekolah semasa pandemik ini walaupun telah mencapai 30 hari
ponteng berturut-turut
3.0 ISU: PERMASALAHAN KAJIAN
Kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid Tingkatan Lima di SMK Lahat tidak
menunjukkan sebarang perubahan walaupun mereka telah menerima beberapa surat
amaran daripada pihak sekolah pada bulan Julai dan Ogos 2020.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Objektif Umum
Keberkesanan Program Adab 7T dalam menangani masalahpontengsekolah dalam
kalangan murid tingkatan lima SMK Lahat.
4.2 Objektif Khusus
4.2.1 Mengenal pasti punca ponteng sekolah dalam kalangan murid tingkatan
lima SMK Lahat.
4.2.2 Mengenal pasti kehadiran murid-murid ke sekolah melalui kaedahpaksaan
dan motivasi.
86