237
penting berkaitan strategi pelaksanaan aktiviti KP dalam PdPc Bahasa Melayu, iaitu
(a) aktiviti berpusatkan murid, (b) aktiviti PdPc pelbagai, (c) mewujudkan interaksi
pelbagai hala, (d) aktiviti PdPc melibatkan KBAT, dan (e) menggalakkan kreativiti
dan bermotivasi. Berikut adalah huraian secara terperinci bagi menerangkan setiap
elemen yang berkaitan dengan aspek pelaksanaan aktiviti PdPc tersebut.
a. Aktiviti berpusatkan murid
Bagi mencapai objektif pembelajaran yang dirancang dengan mudah, pelaksanaan
aktiviti PdPc perlu diambil kira dan dilakukan dengan penuh ketelitian. Dalam kajian
ini, hasil temu bual bersama peserta kajian melaporkan bahawa peserta kajian
melaksanakan aktiviti pengajaran berpusatkan murid. Dapatan mengenai penyataan ini
seperti diucapkan dalam sesi temu bual bersama Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB:428-
429), Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:324-326), dan Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\
TB:342). Perkara yang sama turut dijelaskan dalam sesi temu bual bersama Cikgu
Saraj, Cikgu Hastika, Cikgu Aqmal, Cikgu Betha, Cikgu Balqis, dan Cikgu Fazli.
Penjelasan yang lebih lanjut tentang aktiviti berpusatkan murid mengatakan
bahawa aktiviti tersebut memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara
optimum dalam aktiviti PdPc (G5\SC\Saraj\TB:259-260; G9\SE\Hastika\TB:309-310;
G2\SA\Aqmal\TB:323-324; G10\SE\Betha\TB:434-437; G7\SD\Balqis\TB:250-252).
Selain itu, aktiviti tersebut juga dimaklumkan mendorong pembelajaran kendiri murid
(G5\SC\Saraj\TB:260-261) dan menjana idea murid (G3\SB\Mila\TB:304-306) selain
menggalakkan perkongsian idea antara murid (G11\SF\Fazli\TB:351-353). Berikut
adalah beberapa contoh petikan temu bual bagi menerangkan dapatan tersebut.
“…aktiviti berpusatkan murid yang mana melibatkan penglibatan murid
itu secara optimum …”
[G5\SC\Saraj\TB:259-260]
“…aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid supaya murid-murid
diberi peluang menjana idea sendiri…”
[G3\SB\Mila\TB:304-306]
“…Aktiviti yang mendorong pembelajaran kendiri di mana guru bertindak
sebagai pemantau dan membimbing pelajar …”
[G11\SF\Fazli\TB:260-261]
238
Selain itu, dapatan kajian turut melaporkan bahawa aktiviti berpusatkan murid
memberi peluang kepada murid untuk melakukan penerokaan dan kajian dengan lebih
mendalam tentang sesuatu isi pelajaran. Dapatan tersebut sebagaimana dinyatakan
dalam temu bual bersama Cikgu Chan.
“…Kalau dari segi aktiviti, saya lebih suka aktiviti berpusatkan murid
kerana murid ada berpeluang untuk mengetahui sesuatu dengan lebih
mendalam. Mereka berpeluang untuk mengkaji sesuatu akhirnya mereka
ada peluang untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran…”
[G1\SA\Chan\TB:342-345]
Penjelasan yang lebih lanjut daripada Cikgu Norol mendapati aktiviti
berpusatkan murid juga dapat memberi kefahaman yang lebih mudah sekiranya
melibatkan aktiviti yang berfokus kepada murid, misalnya pembelajaran abad ke-21
seperti aktiviti hands on. Idea ini turut mendapat sokongan daripada Cikgu Dila
memandangkan corak pembelajaran abad ke-21 menekankan aktiviti berpusatkan
murid, misalnya aktiviti berkumpulan dan aktiviti menyelesaikan masalah. Dapatan
kajian ini digambarkan melalui petikan temu bual Cikgu Norol dan Cikgu Dila.
“…kemudian aktiviti yang berpusat kepada pelajar untuk memberi
kefahaman murid dengan lebih mudah jika ada aktiviti hands on …”
[G4\SB\Norol\TB:333-334]
“…kerana aa...untuk pengajaran abad ke 21 ini kita lebih didedahkan
agar melakukan PdPc yang berpusatkan murid iaitu emm…contohnya
melalui aktiviti berkumpulan, aktiviti penyelesaian masalah …”
[G8\SD\Dila\TB:429-432]
Triangulasi data melalui analisis dokumen terhadap BRM peserta kajian turut
mendapati semua peserta kajian menyediakan aktiviti berpusatkan murid. Aktiviti
berpusatkan murid dilakukan secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Aktiviti
berpusatkan murid secara individu berlaku semasa menjalani sesi soal jawab,
penilaian lisan dan bertulis. Sementara itu, aktiviti berpusatkan murid secara
berpasangan dilakukan ketika melakukan aktiviti Think Pair Share, memberi pendapat
dan membina ayat. Namun, bagi aktiviti berpusatkan murid secara berkumpulan,
kebiasaannya aktiviti tersebut melibatkan aktiviti pembelajaran koperatif seperti
aktiviti penyelesaian masalah, dan aktiviti berasaskan projek. Data analisis dokumen
239
menunjukkan dapatan tersebut tercatat dalam RPH peserta kajian (G1\SA\Chan\AD\
RPH2; G2\SA\Aqmal\AD\RPH2; G3\SB\Mila\AD\RPH1; G4\SB\Norol\AD\RPH2;
G5\SC\Saraj\AD\RPH2; G6\SC\Hedzal\AD\RPH1; G7\SD\Balqis\AD\RPH1; G8\SD\
Dila\AD\RPH2; G9\SE\Hastika\AD\RPH2; G10\SE\Betha\AD\RPH1; G11\SF\Fazli\
AD\RPH2; G12\SF\Shamil\AD\RPH2).
Dapatan kajian yang diperoleh melalui data pemerhatian turut menyaksikan
bahawa semua peserta kajian mengendalikan aktiviti PdPc berpusatkan murid.
Aktiviti berpusatkan murid dilakukan dalam semua aktiviti PdPc yang bermula
daripada langkah perkembangan, iaitu penerokaan, penerangan, dan aplikasi atau
penelitian. Antara aktiviti berpusatkan murid seperti aktiviti perbincangan dan
pembentangan secara berpasangan dan berkumpulan. Dalam aktiviti perbincangan,
murid melakukan tugasan seperti aktiviti menyelesaikan masalah, sumbang saran,
simulasi, melengkapkan cerita dan sebagainya. Sementara itu, guru bertindak sebagai
pemerhati, memantau dan pembimbing. Contoh verbatim pemerhatian dan catatan
pemerhatian berikut menjelaskan dapatan kajian tersebut.
Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Hastika :Diminta senyap, semua. Sekarang, sila cari pasangan
masing-masing. Perbincangan kali ini, saya nak kedua-
dua pasangan bekerjasama menghasilkan dua rangkap
pantun.
Murid-murid :Pantun berapa kerat, cikgu?
Cikgu Hastika :Tunggu dulu. Saya belum habis cakap ni. Pantun 4
kerat, yang mempunyai rima a, b, a, b, boleh?
Lepas ni kita nak jual dan beli pantun pula.
Catatan Pemerhatian: Murid mengarang dua rangkap pantun empat
kerat. Aktiviti dilakukan secara berpasangan. Aktiviti berbalas pantun
berjaya menarik perhatian semua murid.
[G9\SE\Hastika\CP2\KPK3]
Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Balqis :Baiklah. Cikgu nak semua bergerak dalam kumpulan
masing-masing.
Murid-murid :Ada pembentangan lepas ni, cikgu?
Cikgu Balqis :Ya, ada. Perbincangan ini mengambil masa selama 15
minit daripada sekarang. Semua murid diminta main
peranan, boleh?
240
Catatan Pemerhatian: Aktiviti berpusatkan murid. Murid berbincang
dalam kumpulan tentang isi tersurat dan isi tersirat berdasarkan tajuk
‘Amalan tegur-menegur dalam kalangan masyarakat hari ini’.
[G7\SD\Balqis\CP1\KPK3]
Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Dila :Perhatian semua, kelas. Ok, cikgu perlukan seorang
wakil kumpulan, datang ke depan sini, untuk membantu
cikgu, cepat sikit.
Murid-murid :Baik, cikgu. Saya boleh. Nak buat apakah, cikgu?
Cikgu Dila :Cikgu nak kamu membantu untuk bahagikan tugasan ini,
seorang satu. Baca arahan dengan teliti, kemudian
fikirkan apakah penyelesaian yang terbaik, buat
cadangan kemudian beri sebab mengapa cadangan itu
dibuat.
Catatan Pemerhatian: Guru mengarahkan kepada murid untuk melakukan
sejenis aktiviti menyelesaikan masalah. Aktiviti berpusatkan murid secara
berkumpulan. Aktiviti berjalan lancar, semua murid terlibat secara aktif.
[G8\SD\Dila\ CP2\KPK3]
Kesimpulannya, berdasarkan dapatan temu bual, analisis dokumen, dan
beberapa contoh verbatim pemerhatian serta catatan pemerhatian oleh pengkaji jelas
menunjukkan bahawa semua peserta kajian mengendalikan aktiviti PdPc berpusatkan
murid. Aktiviti berpusatkan murid dilakukan secara individu, berpasangan dan
berkumpulan. Pelaksanaan aktiviti berpusatkan murid dalam kajian ini mampu
memberi peluang kepada penglibatan murid secara optimum dalam aktiviti PdPc
secara menyeluruh selain menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid.
Tegasnya, aktiviti berpusatkan murid menggalakkan corak pembelajaran koperatif
yang aktif dalam kalangan murid di dalam bilik darjah.
b. Aktiviti PdPc pelbagai
Aktiviti PdPc yang pelbagai dan menarik amat penting bagi mendapatkan tumpuan
dan perhatian murid sepanjang proses PdPc berlaku. Dapatan temu bual bersama
peserta kajian melaporkan bahawa aktiviti PdPc haruslah sesuai, menarik dan pelbagai
bagi mengelakkan murid-murid daripada mengalami situasi PdPc yang membosankan
dan akhirnya hilang fokus terhadap pelajaran. Dapatan ini seperti dilaporkan dalam
sesi temu bual bersama Cikgu Mila (G3\SB\Mila\TB:307-309), Cikgu Hastika
241
(G9\SE\Hastika\TB:312-314) dan Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB:252-253). Contoh
petikan temu bual mengenai dapatan tersebut ditunjukkan dalam petikan temu bual
Cikgu Hastika dan Cikgu Balqis.
“…aktiviti yang kita jalankan haruslah sesuai dan menarik supaya pelajar
kita tidak bosan. Jadi, sebaik-baiknya aktiviti boleh dipelbagaikan …”
[G9\SE\Hastika\TB:312-314]
“…aktiviti kita juga lebih seronok kalau ada bermacam-macam atau
pelbagailah setiap hari ada lain-lain aktiviti yang kita adakan…”
[G7\SD\Balqis\TB:252-253]
Bagi Cikgu Aqmal, kepelbagaian aktiviti menggalakkan kreativiti dan inovasi
murid (G2\SA\Aqmal\TB:324-325, 327). Menurut Cikgu Norol pula, kepelbagaian
aktiviti menjurus kepada pencapaian objektif pembelajaran (G4\SB\Norol\TB:331-
332). Namun, Cikgu Dila menegaskan bahawa aktiviti pengajaran yang dipelbagaikan
juga perlu mengambil kira tahap kebolehan atau kecenderungan murid
(G8\SD\Dila\TB:185-187).
Sementara itu, bagi Cikgu Chan pula, beliau menegaskan bahawa sekiranya
guru menunjukkan minat yang tinggi dan kesungguhan yang mendalam untuk
mendidik, maka tiada masalah untuk melaksanakan aktiviti pengajaran yang sesuai
dan menarik jika sesuatu yang dilakukan adalah lahir daripada hati atau teaching from
the heart (G1\SA\Chan\TB:323-325). Dapatan temu bual bersama Cikgu Chan
membuktikan dapatan kajian tersebut.
“…tiada masalah untuk melaksanakan aktiviti yang pelbagai kerana apa
yang kita buat tu memang lahir daripada hati, bak kata orang, “teaching
from the heart …”
[G1\SA\Chan\TB:323-325]
Temu bual lanjut bersama peserta kajian menjelaskan bahawa antara aktiviti
yang kerap dilaksanakan terdiri daripada Jigsaw Puzzle, Three Stray One Stay, Match
Mine, Think-Pair-Share, Gallery Walk, Gallery Tour, Round Robin, Round Table,
sumbang saran, simulasi lakonan, nyanyian, dan sebagainya. Kebanyakan aktiviti
yang dilaksanakan melibatkan pembelajaran koperatif. Walau bagaimanapun, tidak
dinafikan adakalanya peserta kajian mengendalikan aktiviti pengajaran konvensional
242
seperti teknik syarahan, bercerita dan tunjukcara. Dapatan mengenai aktiviti tersebut
dinyatakan oleh Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:308-311), Cikgu Aqmal (G2\SA\
Aqmal\TB:301-304), Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:328-330), Cikgu Dila (G8\
SD\Dila\TB:416-420), Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\TB:334-338) dan Cikgu Hastika
(G9\SE\Hastika\TB:321-323). Sebagai contoh, petikan temu bual Cikgu Chan dan
Cikgu Fazli menjelaskan dapatan kajian tersebut.
“…saya suka aktiviti yang lebih kepada aktiviti KBAT dalam
pembelajaran koperatif lah seperti Jigsaw Puzzle, Three Stray One Stay,
Match Mine, Think-Pair-Share, dan Gallery Tour. Kadang kala ada juga
guna aaa … macam Round Table, Round Robin, Teams-Games-
Tournament …”
[G1\SA\Chan\TB:308-311]
“…bagi saya aktiviti pengajaran kita hendaklah dipelbagaikan, sebab
seperti mana yang kita tahu, murid ni kalau aktiviti PdPc kita biasa atau
sama saja, murid pun mesti bosan dan tak minat. Jadi, kena
dipelbagaikan lah contoh seperti aktiviti sumbang saran, aktiviti simulasi,
penyelesaian masalah, Gallery Walk, Think Pair Share, Round Table atau
nyanyian…”
[G11\SF\Fazli\TB: 334-338]
Triangulasi data melalui pemerhatian pengkaji terhadap PdPc peserta kajian
turut mengesahkan dapatan tersebut. Melalui pemerhatian, pengkaji menyaksikan
semua peserta kajian menggunakan pelbagai jenis aktiviti dalam PdPc Bahasa
Melayu. Aktiviti PdPc yang dikendalikan menjurus pencapaian objektif pembelajaran.
Beberapa contoh verbatim pemerhatian dan catatan pemerhatian pengkaji terhadap
pengajaran peserta kajian menggambarkan fenomena yang berlaku berkaitan strategi
pelaksanaan aktiviti dalam PdPc Bahasa Melayu melalui pendekatan KP.
Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Balqis :Ok, baiklah. Sila beri perhatian di sini semua. Kalau
tadi awak dah dengar rakan-rakan mendeklamasikan
sajak “Ku Ingin Berterima Kasih”, suara yang lunak,
merdu pula tu, sekarang apa kata kita pecahkan kepada
beberapa kumpulan, ya.
Murid-murid :Apakah kita nak buat, cikgu?
Cikgu Balqis :Cikgu nak awak bincang bersama-sama rakan dalam
kumpulan. Kita guna aktiviti Jelajah Pembelajaran,
ok. Tugasan kita, aa… cikgu nak awak bincangkan
tema, persoalan, nilai dan pengajaran dalam sajak.
243
Catatan Pemerhatian: Murid terlibat secara aktif sepanjang waktu PdPc.
Aktiviti berpusatkan murid, wujud interaksi pelbagai hala.
[G7\SD\Balqis\CP2\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Guru menggunakan aktiviti Three Stray and One
Stay bagi tajuk pelajaran ‘Khasiat Perubatan Tradisional’. Setelah selesai
aktiviti perbincangan dalam kumpulan, murid-murid bergerak dari stesen
ke stesen untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang ‘Khasiat
Perubatan Tradisional’. Aktiviti ini sangat menarik minat semua murid.
[G1\SA\Chan\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Murid melakukan aktiviti Gallery Walk bagi tajuk
pelajaran, ‘Tanaman Herba di Malaysia’. Murid menampal hasil kerja di
dinding. Murid memberi komen tentang hasil kerja kumpulan lain di atas
stiker note dan menampal pada hasil kerja kumpulan tersebut.
[G9\SE\Hastika\CP1\KPK3]
Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Fazli :Perhatian semua. Tadi awak semua dah baca cerpen
Oren, kan. Sekarang cikgu nak seorang daripada kamu
duduk di sebuah kerusi ni. Secara sukarela.
Murid-murid :Kita nak buat apa, cikgu?
Cikgu Fazli :Kita nak buat aktiviti yang dipanggil ‘Kerusi Panas’.
Dulu kita pernah buat, betul tak?
Catatan Pemerhatian: Guru melaksanakan aktiviti ‘Kerusi Panas’.
Seorang murid secara sukarela duduk di atas kerusi untuk menjadi pakar
atau watak. Pakar menjawab segala soalan yang dikemukakan oleh murid
lain berkaitan Cerpen Oren yang telah dibaca. Murid kelihatan seronok
menyertai aktiviti ini.
[G12\SF\Fazli\ CP2\KPK3]
Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Norol :Baiklah semua. Bagaimana dengan aktiviti tadi?
Seronok?
Murid-murid :Seronok, cikgu. Buat lagi, cikgu.
Cikgu Norol :Nak buat lagi? Ok, semua bangun. Kali ini kita buat
aktiviti lain pula.
Catatan Pemerhatian: Guru menggendalikan aktiviti PdPc yang menarik
dan pelbagai pada hari ini, iaitu aktiviti Think Pair Share dan Round
Table. Semua murid kelihatan seronok menyertai aktiviti PdPc pada hari
ini. Semua murid terlibat secara aktif.
[G4\SB\Norol\C2P\KPK3]
244
Secara keseluruhannya, dapatan kajian melalui data temu bual, analisis
dokumen dan catatan nota lapangan memperlihatkan dengan jelas corak pengajaran
guru Bahasa Melayu berasaskan kepelbagaian aktiviti dalam pengajaran. Kajian
mendapati bahawa aktiviti pengajaran yang dilaksanakan adalah menjurus kepada
pembelajaran koperatif yang menekankan aktiviti pembelajaran abad ke-21. Walau
bagaimanapun, adakalanya peserta kajian mengadakan aktiviti PdPc konvensional
seperti teknik bercerita, syarahan, dan tunjuk cara. Aktiviti tersebut dilakukan apabila
peserta kajian menyampaikan pengajaran secara kelas. Pengajaran secara kelas
dikendalikan apabila peserta kajian memberi fokus kepada pengajaran lisan. Jelaslah,
pengajaran berasaskan aktiviti yang pelbagai dalam pengajaran guru memberi
keseronokan dan menarik minat serta tumpuan murid terhadap pengajaran guru.
c. Mewujudkan interaksi pelbagai hala
Selain berpusatkan murid dan kepelbagaian aktiviti, pengajaran guru Bahasa Melayu
juga mewujudkan interaksi pelbagai hala di dalam bilik darjah. Melalui temu bual,
pengkaji dimaklumkan bahawa interaksi pelbagai hala yang berlaku dalam sesi PdPc
melibatkan interaksi antara murid dengan murid, murid dengan guru, dan murid
dengan bahan. Dapatan temu bual tersebut seperti dinyatakan oleh Cikgu Aqmal
(G2\SA\Aqmal\TB: 325-327) dan Cikgu Norol (G4\SB\Norol\TB:332-333).
Dapatan temu bual tersebut turut diperkukuhkan melalui catatan pemerhatian
oleh pengkaji. Kajian ini mendapati semua peserta kajian mewujudkan interaksi
pelbagai hala dalam aktiviti PdPc. Melalui penelitian dan pengamatan pengkaji,
interaksi pelbagai hala yang wujud antara murid dengan murid berlaku apabila
terdapatnya aktiviti yang melibatkan perbincangan secara berpasangan dan
berkumpulan. Sementara itu, interaksi antara murid dengan guru terbina dalam setiap
sesi penerangan, arahan tugasan dan bimbingan yang dilakukan sepanjang sesi PdPc.
Seterusnya, interaksi antara murid dengan bahan melibatkan penggunaan
kepelbagaian sumber PdPc atau BSP secara betul dan berkesan, misalnya kertas
sebak, papan putih, kad manila, kad gambar, lembaran kerja, dan lain-lain. Beberapa
contoh verbatim pemerhatian dan catatan pemerhatian berikut menjelaskan dapatan
kajian mengenai perkara tersebut.
245
Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Aqmal :Ok, kelas. Dengar sini semua. Untuk aktiviti ini cikgu
nak kamu buat perbincangan dalam kumpulan. Cikgu
nak semua orang sama-sama memberi pendapat
masing-masing tentang kesan-kesan jerebu dan langkah-
langkah menanganinya, ok.
Murid-murid :Hari ini kita guna kumpulan mana satu, cikgu?
Cikgu Aqmal :Duduk dalam kumpulan seperti semalam. Senaraikan
isi-isi penting sahaja.
Murid-murid :Baiklah, cikgu.
Catatan Pemerhatian: Cikgu Aqmal menggalakkan murid berinteraksi
aktif dalam aktiviti Gallery Walk tentang punca, kesan dan langkah-
langkah menangani masalah jerebu
[G2\SA\Aqmal\CP2\KPK3]
Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Norol :Ok, topik pelajaran kita pada hari ini tentang faedah
menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Kita akan
buat aktiviti yang dinamakan “Fikir Padan-Berkongsi”.
Mula-mula, pilih pasangan masing-masing. Kemudian,
bincangkan bersama pasangan kamu, apakah faedah
menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Jika cikgu
mainkan muzik, awak akan tukar pasangan. Kemudian
berkongsilah maklumat yang kamu dah dapat dengan
pasangan yang baharu pula. Nanti laporkan apakah
yang awak dapat hasil daripada perkongsian itu, ok.
Boleh tak?
Murid-murid :Baik, cikgu.
Catatan Pemerhatian: Semua murid mendengar arahan guru dengan
teliti. Aktiviti Think Pair Share mewujudkan interaksi pelbagai hala.
Aktiviti PdPc dilaksanakan seperti yang dirancang.
[G4\SB\Norol\CP1\KPK3]
Berdasarkan data temu bual dan pemerhatian, kajian mendapati pengajaran
guru berasaskan interaksi pelbagai hala mewujudkan corak pembelajaran yang aktif.
Suasana pembelajaran sedemikian didapati mewujudkan interaksi pelbagai hala antara
murid, guru dan bahan kelihatan menjana hubungan PdPc yang berkesan.
c. Aktiviti PdPc melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu daripada ciri-ciri
pengajaran abad ke-21. Aplikasi KBAT dalam mengendalikan aktiviti PdPc bertujuan
246
mencetus pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid. Dalam kajian ini,
dapatan tentang amalan guru mengendalikan aktiviti PdPc yang melibatkan aktiviti
KBAT diperoleh melalui data temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Melalui
temu bual, pengkaji mendapati hampir semua peserta kajian mengaku bahawa aktiviti
PdPc yang dikendalikan melibatkan aktiviti KBAT. Menurut Cikgu Shamil, aktiviti
KBAT mendorong pemikiran kreatif dan kritis murid agar berupaya berfikir di luar
kotak pemikiran (G12\SF\Shamil\TB:407-409). Bagi Cikgu Norol pula, aktiviti PdPc
harus melibatkan KBAT, namun disesuaikan dengan persekitaran murid
(G4\SB\Norol\TB:144-145). Dapatan kajian mengenai perkara ini ditunjukkan dalam
petikan temu bual bersama Cikgu Shamil dan Cikgu Norol.
“…Soalan yang aras tinggi yang dapat mencetuskan tahap pemikiran
murid yang kritis dan kreatif seperti KBAT yang boleh mencungkil
pemikiran mereka. Mungkin soalan itu membolehkan mereka boleh
berfikir di luar kotak pemikiran …”
[G12\SF\Shamil\TB:407-409]
“…aktiviti itu juga haruslah melibatkan unsur-unsur KBAT dan
dirancang bersesuaian dengan persekitaran pelajar…”
[G4\SB\Norol\ TB:144-145]
Seterusnya, dapatan kajian temu bual bersama Cikgu Betha turut
mendedahkan pelbagai kemahiran berkaitan merancang aktiviti PdPc Bahasa Melayu.
Temu bual bersama Cikgu Betha melaporkan beliau mengutamakan aktiviti yang
melibatkan KBAT agar dapat mencetuskan KBAT dalam kalangan murid. Walau
bagaimanapun, jika merancang aktiviti yang melibatkan KBAT, kebolehan murid
haruslah diambil kira dan disesuaikan dengan kemahiran yang hendak diajar. Menurut
Cikgu Betha lagi, aktiviti berpusatkan murid sesuai digunakan bagi membolehkan
beliau mengenal pasti murid-murid mencapai objektif pembelajaran. Petikan temu
bual Cikgu Betha menjelaskan dapatan kajian tersebut.
“…kita perlu menekankan aspek KBAT dengan pelajar lah sebab itu
KBAT. Tetapi mungkin ada sesetengah kelas yang memang tidak dapat
kita gunakan tetapi melalui aktiviti PdPc ini, seharusnya kita perlu
mengambil kira kebolehan pelajar kita. Kita perlu aaa mengenal pasti
kemahiran atau tahap yang mereka ada. Jadi, kalau boleh kita perlu
melakukan aktiviti yang berpusatkan pelajar …”
[G10\SE\Betha\TB:184-189]
247
Temu bual lanjut bersama beliau mendapati banyak aktiviti telah dirancang
untuk mencapai objektif pembelajaran. Antara aktiviti yang selalu menjadi pilihan
semasa merancang aktiviti PdPc adalah seperti Pembelajaran Bersama, Kumpulan
Membantu Individu, Sumbang Saran, Simulasi dan aktiviti Penyelesaian Masalah.
Menurut Cikgu Betha lagi, perkara yang menjadi keutamaan dalam merancang aktiviti
PdPc ialah sesuatu aktiviti yang dipilih haruslah sesuai dengan potensi murid untuk
mencapai objektif pembelajaran.
Seterusnya, Cikgu Shamil melaporkan bahawa aktiviti yang menarik mampu
merangsang minda murid untuk berfikir di luar kotak pemikiran di samping dapat
mengelakkan murid daripada rasa bosan (G12\SF\Shamil\TB:407-409). Bagi Cikgu
Chan pula, beliau percaya bahawa aktiviti KBAT merupakan salah satu elemen yang
sangat penting sebagai pengisian kemahiran yang perlu ada pada setiap murid pada
abad ke-21. Dapatan mengenai perkara ini ditunjukkan dengan jelas dalam petikan
temu bual bersama Cikgu Betha dan Cikgu Chan.
“…saya lebih gemar guna aktiviti seperti Pembelajaran Bersama,
Kumpulan Membantu Individu, Sumbang Saran, Simulasi dan aktiviti
Penyelesaian Masalah dalam PdPc saya sebab saya harus melihat supaya
aktiviti yang dirancang itu betul-betul sesuai dengan keadaan murid untuk
mencapai objektif pembelajaran. Itulah keutamaan saya …”
[G10\SE\Betha\TB:409-412]
“…KBAT, salah satu elemen yang sangat penting sebagai pengisian
kemahiran pembelajaran abad ke-21 ini …”
[G1\SA\Chan\TB:361-363]
Dapatan yang lebih ekstrem mengenai aktiviti PdPc yang melibatkan aktiviti
KBAT terdapat dalam temu bual bersama Cikgu Betha. Menurut beliau, pihak
kementerian menekankan aktiviti KBAT dalam PdPc guru. Pendapat ini mempunyai
persamaan dengan penyataan Cikgu Fazli, iaitu aktiviti KBAT wajar diutamakan
dalam aktiviti PdPc guru agar sesuai dengan format peperiksaan yang sedia ada
sekarang. Menurut Cikgu Fazli, format peperiksaan awam kini berkonsepkan KBAT.
Oleh itu, pendedahan dan pelaksanaan aktiviti KBAT dalam pengajaran guru perlu
berlaku. Berikut ditunjukkan petikan temu bual bersama Cikgu Betha dan Cikgu Fazli
sebagai pembuktian dapatan kajian tersebut.
248
“…untuk mendorong pemikiran kritis dan kreatif para pelajar di dalam
kelas, seperti yang kita ketahui aaa aspek KBAT dan iThink itu sekarang
memang ditekankan oleh pihak kementerian …”
[G10\SE\Betha\TB:484-486]
“…Tapi yang sekarang ini aktiviti KBAT memang sangat diutamakan lah
sebab ini sesuai dengan format peperiksaan sekarang …”
[G11\SF\Fazli\TB:353-354]
Dapatan temu bual bersama peserta kajian yang lain turut menjelaskan
pelaksanaan aktiviti KBAT dalam PdPc yang dikendalikan (G3\SB\Mila\TB:306-307;
G9\SE\Hastika\TB:311-312; G5\SC\Saraj\TB:261-263; G2\SA\Aqmal\TB:327-328;
G6\SC\Hedzal\TB:324; G8\SD\Dila\TB:432-433; G7\SD\Balqis\TB:253-255). Bagi
menjayakan aktiviti KBAT dalam PdPc, peserta kajian menggunakan pelbagai alat
pemikiran atau peta pemikiran seperti peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta
pokok, peta alir, peta pelbagai alir dan peta dakap. Dapatan mengenai perkara ini telah
dinyatakan dalam temu bual bersama Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:204-207:353-
355), Cikgu Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB:313-316), Cikgu Norol (G4\SB\Norol\TB:
328-330), Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:326-328), Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\
TB:265-267), dan Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:486-488). Berikut dikemukakan
petikan temu bual Cikgu Chan dan Cikgu Norol bagi menjelaskan dapatan kajian.
“…untuk menjayakan aktiviti KBAT saya, saya ada banyak guna alat
pemikiran KBAT lah atau iThink seperti peta buih, peta dakap, peta buih
berganda, peta alir dan sebagainya laa…”
[G1\SA\Chan\TB:204-207: 353-355]
“…peta i-think memang perlulah. Saya banyak gunakan peta i-think
dalam aktiviti KBAT ni, seperti peta buih, peta dakap, peta alir, peta
pokok dan bahan grafik yang lain …”
[G4\SB\Norol\TB:328-330]
Triangulasi data analisis dokumen terhadap BRM mendapati semua peserta
kajian mencatat alat berfikir atau peta pemikiran dalam setiap RPH bagi menjayakan
aktiviti PdPc. Antara peta pemikiran yang ditulis sebagai alat berfikir dalam RPH
adalah seperti peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta alir, peta
dakap, dan peta pelbagai alir (G1\SA\Chan\AD\RPH2; G2\SA\Aqmal\AD\RPH2;
249
G4\SB\Norol\AD\RPH2; G6\SC\Hedzal\AD\RPH1; G7\SD\Balqis\AD\RPH1; G10\
SE\Betha\AD\RPH1).
Seterusnya, menerusi data pemerhatian pula, pengkaji mendapati semua guru
dan murid menggunakan alat berfikir dalam setiap sesi PdPc yang dilaksanakan.
Usaha tersebut bertujuan untuk membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan
murid ke arah menghasilkan murid yang berinovatif. Fenomena berkaitan dapatan ini
seperti direkodkan dalam buku catatan nota lapangan pengkaji seperti G3\SB\Mila\
CP2\KPK3, G12\SF\Shamil\CP1\KPK3, G10\SE\Betha\CP2\KPK3, G9\SE\Hastika\
CP2\KPK3, G11\SF\Fazli\C1P\KPK3, G2\SA\Aqmal\CP2\KPK3, G7\SD\Balqis\C2P\
KPK3, G8\SD\Dila\CP1\KPK3, G5\SC\Saraj\CP1\KPK3). Beberapa contoh catatan
pemerhatian berikut menggambarkan dapatan kajian ini.
Catatan Pemerhatian: Perbincangan murid pada hari ini berkaitan
tugasan yang bertajuk ‘Khasiat tanaman herba dalam perubatan
tradisional’. Perbincangan dipermudahkan dengan menggunakan alat
berfikir KBAT, iaitu Peta Buih.
[G1\SA\Chan\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Murid melengkapkan Peta Alir dengan jenis-jenis
Kata Adjektif. Murid juga diberi peluang untuk memberikan contoh bagi
setiap jenis Kata Adjektif yang dipelajari.
[G8\SD\Dila\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Cikgu Saraj mengedarkan lembaran kerja kepada
murid untuk melengkapkan Peta Buih Berganda bagi aktiviti membanding
beza ‘Perubatan Tradisional dan Perubatan Moden’.
[G5\SC\Saraj\CP2\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Sesuai dengan topik pelajaran “Kata Ganti
Nama”, semua kumpulan memilih alat berfikir, iaitu Peta Pokok.
Penggunaan alat berfikir memudahkan pembentangan setiap kumpulan.
[G7\SD\Balqis\C2P\KPK3]
Keseluruhannya, hasil temu bual, analisis dokumen, dan catatan pemerhatian,
pengkaji merumuskan bahawa aktiviti KBAT menjadi keutamaan peserta kajian
semasa mengendalikan aktiviti PdPc. Bagi menjayakan aktiviti tersebut, pelbagai peta
pemikiran digunakan dalam sesi PdPc peserta kajian. Antara peta pemikiran yang
digunakan adalah seperti peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta alir, peta alir
250
pelbagai, dan peta dakap. Hasil pemerhatian, pengkaji mendapati aktiviti KBAT
membantu PdPc dengan lebih mudah. Peserta kajian dapat menyampaikan
pengetahuan, kemahiran, nilai dan refleksi dengan lebih lancar. Peserta kajian juga
didapati berupaya meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep dan fakta dengan
lebih jelas, serta mencetuskan pemikiran murid untuk memberi pendapat,
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta idea.
d. Menggalakkan kreativiti dan bermotivasi
Kreativiti dan motivasi merupakan satu lagi unsur penting dalam pengajaran guru.
Melalui pemerhatian, peserta kajian menggalakkan kreativiti dan motivasi dalam
kalangan murid. Perkara tersebut dilakukan melalui aktiviti perbincangan secara
berkumpulan, berpasangan atau secara individu. Peserta kajian menggalakkan murid
menggunakan peta pemikiran seperti peta buih, peta bulatan, peta alir, peta pokok,
KWL Chart, Carta Kebaikan-Keburukan-Cadangan, dan sebagainya. Dapatan kajian
seperti direkodkan dalam buku catatan nota lapangan pengkaji (G1\SA\Chan\CP2\
KPK3; G2\SA\Aqmal\CP2\KPK3; G4\SB\Norol\CP2\KPK3; G8\SD\Dilla\CP2\
KPK3; G12\SF\Shamil\CP2\KPK3; G5\SC\Saraj\CP2\KPK3).
Amalan pengajaran guru yang menggalakkan kreativiti dan memotivasikan
murid merupakan suatu unsur kelebihan dalam PdPc seseorang guru bagi menjadikan
aktiviti PdPc lebih menarik. Melalui temu bual, sekurang-kurangnya lima orang
peserta kajian memaklumkan bahawa amalan tersebut perlu diambil kira ketika
mengendalikan aktiviti PdPc. Hal ini demikian kerana menurut peserta kajian, amalan
tersebut memberi kebebasan kepada murid untuk memikirkan idea sendiri, selain
menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti PdPc yang dikendalikan.
Sehubungan itu, amalan tersebut dipercayai dapat mencungkil minat, bakat serta
kebolehan murid, serta mengelakkan murid berasa bosan. Akhirnya, murid hilang
tumpuan dan perhatian. Sebagai contoh, petikan temu bual berikut menjelaskan
amalan tersebut ketika melaksanakan aktiviti dalam pengajaran peserta kajian.
“…aktiviti yang bermakna dan menjurus kepada pencapaian objektif,
interaksi pelbagai hala, menarik, bermotivasi dan melibatkan semua
murid, menggalakkan kreativiti dan inovasi murid dan aktiviti yang
dirancang sesuai dengan persekitaran dan juga melibatkan KBAT …”
[G2\SA\Aqmal\TB:141-144]
251
“…saya lebih menekankan elemen pengajaran yang bercorak
demokrasi. Jadi, saya rasa itulah cara yang paling sesuai, amalan yang
terbaik yang telah saya gunakan …”
[G10\SE\Betha\TB:463-465]
Namun, penjelasan yang lebih lanjut daripada Cikgu Betha pula melaporkan
bahawa beliau menekankan elemen pengajaran yang bercorak demokrasi semasa
mengendalikan aktiviti PdPc Bahasa Melayu. Bagi menggalakkan kreativiti murid,
beliau mencadangkan agar murid menggunakan peta minda atau peta buih untuk
menyampaikan hasil tugasan kumpulan. Dapatan mengenai perkara ini ditunjukkan
dalam petikan temu bual bersama beliau.
“…akan menerangkan kepada mereka untuk menggunakan kreativiti
mereka sendiri, bagaimana mereka hendak membina peta minda tersebut
atau pun bubble map tersebut …”
[G10\SE\Betha\TB:488-490]
Dalam pada itu, corak PdPc yang berunsur kreativiti dan bermotivasi turut
mendapat perhatian daripada peserta kajian seperti Cikgu Saraj, Cikgu Shamil dan
Cikgu Dila. Cikgu Saraj menjelaskan bahawa beliau memberi kebebasan kepada
murid untuk memikirkan perkara yang sesuai bagi menjalankan sesuatu aktiviti
mengikut kreativiti sendiri (G5\SC\Saraj\TB:263-265). Bagi Cikgu Shamil dan Cikgu
Norol pula, pendapat murid diberi keutamaan untuk mencadangkan sesuatu aktiviti
mengikut pilihan sendiri. Langkah tersebut memberi peluang kepada murid untuk
menjadi lebih kreatif dan bermotivasi (G12\SF\Shamil\TB:343-345; G4\SB\
Norol\TB:330-331).
Bagi Cikgu Dila pula, beliau memberi kebebasan kepada murid untuk
menghasilkan idea sendiri agar murid belajar dengan lebih bermotivasi. Walau
bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kebebasan yang diberikan kepada murid
tetap dalam keadaan terkawal (G8\SD\Dila\TB:433-436). Contoh petikan temu bual
Cikgu Saraj, Cikgu Shamil dan Cikgu Dila menjelaskan perkara tersebut.
“…saya memberi kebebasan kepada murid untuk memikirkan cara
mereka suka untuk sesuatu aktiviti supaya mereka bebas mengeluarkan
idea dengan kreativiti sendiri …”
[G5\SC\Saraj\TB:263-265]
252
“…terlebih dahulu meminta pendapat murid kalau mereka ada cadangan
untuk sesuatu aktiviti yang dia orang sukalah. Bagi saya amalan ini boleh
buat mereka kreatif supaya mereka lebih bermotivasi, so, sangat
pentinglah dalam pdp …”
[G12\SF\Shamil\TB:343-345]
“…untuk sesuatu aktiviti, lebih baik kalau murid diberi peluang untuk
menghasilkan idea sendiri, biar mereka lebih bermotivasi. Maknanya
mereka diberi kebebasan untuk buat aktiviti yang mereka suka tetapi
dalam keadaan yang terkawal …”
[G8\SD\Dila\TB:433-436]
Triangulasi data melalui pemerhatian terhadap PdPc peserta kajian turut
mengesahkan dapatan kajian tersebut. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji
menyaksikan sekurang-kurangnya sepuluh daripada peserta kajian menggunakan
amalan demokrasi dalam PdPc. Peserta kajian didapati menggalakkan kreativiti dalam
kalangan murid semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Dapatan tersebut
diperlihatkan dengan jelas melalui aktiviti KBAT menggunakan alat berfikir seperti
peta pemikiran. Antara alat berfikir yang digunakan dalam pengajaran peserta kajian
adalah seperti peta buih, peta buih berganda, peta pokok, dan sebagainya.
Selain itu, peserta kajian berkeupayaan melaksanakan aktiviti yang menarik
dan disesuaikan pula dengan topik pelajaran, serta tahap keupayaan murid yang diajar.
Dapatan mengenai perkara ini amat penting bagi memastikan ilmu pengetahuan yang
disampaikan memenuhi aras kognitif murid yang diajar. Dapatan kajian mengenai
perkara ini turut digambarkan melalui beberapa verbatim pemerhatian oleh pengkaji.
Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Aqmal :Cikgu nak awak menghasilkan perbincangan
menggunakan peta i-Think.
Murid-murid :Peta i-Think yang bagaimana, cikgu?
Cikgu Aqmal :Pada fikiran awak, peta i-Think yang mana sesuai untuk
tugasan ini? Kena pilih yang bersesuaian lah. Ikut
kreativiti kumpulan masing-masing, Ok, kelas. Sila
mulakan tugas sekarang. Sekarang, cikgu nak wakil
kumpulan tampil ke depan untuk mendapatkan kertas
sebak ni.
Murid-murid :Cikgu, kalau macam ni, maknanya kami boleh pilih ikut
suka hati kami lah, gitu?
Cikgu Aqmal :Ya, ya. Kan cikgu dah kata, asalkan sesuai dengan idea
yang hendak disampaikan, ha… gitu.
253
Catatan Pemerhatian: Guru menggalakkan kreativiti dalam kalangan
murid. Untuk aktiviti hari ini, guru mengarahkan murid menggunakan
peta pemikiran yang sesuai bagi menyampaikan idea dalam kumpulan.
[G2\SA\Aqmal\CP2\ KPK3]
Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Betha :Baik, murid-murid. Cikgu tahu awak mesti suka buat
aktiviti berbentuk projek, betul tak?
Murid-murid :Ya, cikgu. Projek apa, cikgu?
Cikgu Betha :Aktiviti ni memerlukan kreativiti semua ahli untuk
menghasilkan projek yang baik. Setiap kumpulan
memikirkan satu produk kraf tangan tempatan.
Kemudian bincangkan bahan-bahan yang digunakan,
bagaimana dihasilkan, kegunaan dan sambutan
barangan kraf tangan itu di pasaran, ok. Kemudian
laporkan kepada kelas.
Catatan Pemerhatian: Murid menyampaikan idea perbincangan
menggunakan kreativiti masing-masing. Murid membentangkan hasil
perbincangan menggunakan peta pemikiran seperti peta bulatan dan peta
buih.
[G10\SE\Betha\CP2\KPK3]
Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Saraj : Kali ini cikgu nak kamu menghasilkan satu sajak yang
bertemakan pengorbanan seseorang guru. Lepas tu,
kamu deklamasikan sajak tu atau kalau nak dinyanyikan
seperti lagu pun boleh.
Murid-murid :Nyanyikan seperti lagu? Fuyooo… Biar betul ni, cikgu.
Cikgu Saraj :Ya, guna kreativiti sendiri.
Catatan Pemerhatian: Murid-murid membuat persembahan di hadapan
kelas. Guru menilai hasil kerja murid kemudian meneruskan aktiviti sesi
soal jawab berdasarkan peta bulatan bagi menerangkan maksud sajak
tersebut.
[G5\SC\Saraj\CP1\KPK3]
Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Fazli :Baik, untuk aktiviti kita yang seterusnya cikgu nak kamu
lukis sesuatu mengikut fahaman kamu apakah maksud
sajak tadi.
Murid-murid :Lukis gambar kah, cikgu?
Cikgu Fazli :Ya, lukis gambar untuk menerangkan maksud sajak tadi.
Catatan Pemerhatian: Guru memberi peluang kepada murid-murid untuk
melukis gambaran yang menunjukkan maksud sajak yang dibaca. Murid-
254
murid diarahkan memberi gambaran berdasarkan kreativiti kumpulan
masing-masing. Murid menggunakan peta bulatan.
[G12\SF\Fazli\CP1\KPK3]
Berdasarkan data temu bual, verbatim pemerhatian dan catatan nota lapangan
pengkaji, kajian mendapati amalan demokrasi guru dalam aktiviti PdPc menggalakkan
kreativiti dan motivasi dalam kalangan murid. Melalui pemerhatian, pengkaji
menyaksikan murid mengeluarkan idea secara bebas semasa melakukan aktiviti
perbincangan dalam kumpulan. Ringkasnya, amalan demokrasi guru secara tidak
langsung menggalakkan penglibatan murid secara optimum di samping memupuk
amalan pembelajaran kendiri murid.
4.6.3 Rumusan
Berdasarkan data temu bual, analisis dokumen dan catatan pemerhatian oleh pengkaji,
kajian ini telah menjawab soalan kajian ke-4, iaitu Apakah strategi pelaksanaan
aktiviti pendekatan Kajian Pengajaran dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
Bahasa Melayu. Dapatan kajian mendapati strategi pelaksanaan aktiviti KP dalam
PdPc Bahasa Melayu telah dibahagikan kepada dua tema utama, iaitu (a) aspek
perancangan aktiviti PdPc, dan (b) aspek pelaksanaan aktiviti PdPc. Bagi aspek
perancangan aktiviti PdPc, sekurang-kurangnya empat elemen penting berkaitan
perancangan aktiviti PdPc Bahasa Melayu, iaitu menjurus pencapaian objektif
pembelajaran, sesuai dengan kemahiran yang diajar, sesuai dengan persekitaran
murid, dan sesuai dengan tempoh masa PdPc.
Bagi aspek pelaksanaan aktiviti PdPc Bahasa Melayu pula, pengkaji
memperoleh sekurang-kurangnya lima elemen penting berkaitan strategi pelaksanaan
aktiviti KP dalam PdPc Bahasa Melayu, iaitu aktiviti berpusatkan murid, aktiviti PdPc
pelbagai, mewujudkan interaksi pelbagai hala, aktiviti PdPc melibatkan KBAT, dan
menggalakkan kreativiti dan bermotivasi. Nampaknya, PdPc Bahasa Melayu melalui
KP telah memberi pengalaman yang berguna kepada semua peserta kajian untuk
mengaplikasikan corak pengajaran berasaskan aktiviti dalam PdPc Bahasa Melayu.
Jadual 4.9 menunjukkan taburan pola bagi kategori strategi pelaksanaan aktiviti KP
dalam PdPc Bahasa Melayu untuk setiap peserta kajian berdasarkan triangulasi data
hasil temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.
255
Jadual 4.9 Taburan pola kategori strategi pelaksanaan aktiviti pendekatan kajian pengajaran
dalam PdPc Bahasa Melayu
Peserta Kajian
Chan
Bil. Tema Sub Tema Aqmal
Mila
Norol
Saraj
Hedzal
Balqis
Dila
Hastika
Betha
Fazli
Shamil
Jumlah
1 Aspek menjurus pencapaian √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
perancangan objektif pembelajaran
aktiviti PdPc sesuai dengan kemahiran √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
yang diajar
sesuai dengan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
persekitaran murid
sesuai dengan tempoh √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
masa PdPc
2 Aspek aktiviti berpusatkan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
pelaksanaan murid
aktiviti PdPc aktiviti PdPc pelbagai √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
mewujudkan interaksi √√x√x√√xx√√√8
pelbagai hala
aktiviti PdPc melibatkan √ √ x √ x √ √ x x √ √ √ 8
KBAT
menggalakkan kreativiti √ √ x √ x √ √ √ √ √ √ √ 10
dan bermotivasi
x – dapatan kategori dan tema kajian
Berdasarkan jadual, hasil kajian mendapati semua peserta kajian merancang
aktiviti PdPc menjurus pencapaian objektif pembelajaran dan disesuaikan dengan
kemahiran yang diajar. Selain itu, semua peserta kajian juga didapati merancang
aktiviti PdPc dengan mengambil kira persekitaran murid, serta disesuaikan dengan
tempoh masa PdPc yang telah ditetapkan dalam jadual waktu persekolahan guru.
Kekuatan RPH yang dirancang adalah hasil perbincangan secara kolaboratif oleh
semua ahli KP. Melalui perbincangan semua ahli kumpulan, peserta kajian berjaya
menghasilkan RPH yang mematuhi semua elemen penulisan RPH yang lengkap.
Bagi aspek pelaksanaan aktiviti pula, tidak semua peserta kajian dapat
melaksanakan aktiviti berdasarkan empat elemen penting dalam aspek pelaksanaan
yang telah dibincangkan. Semua peserta kajian didapati melaksanakan aktiviti PdPc
yang pelbagai serta berpusatkan murid. Walau bagaimanapun, seramai empat peserta
kajian didapati kurang berjaya mewujudkan interaksi pelbagai hala. Sementara itu,
aktiviti PdPc yang dikendalikan juga kurang melibatkan KBAT. Keadaan ini terjadi
256
dalam kalangan peserta kajian yang mempunyai pengalaman berkhidmat kurang
daripada lima tahun, iaitu Cikgu Mila, Cikgu Saraj, dan Cikgu Dila.
Seterusnya, dua lagi peserta kajian didapati kurang menerapkan kreativiti
dalam PdPc memandangkan kelas yang diajar adalah kelas sederhana dan lemah.
Melalui pemerhatian PdPc, kedua-dua peserta kajian lebih banyak memberi tumpuan
untuk membimbing dan membantu murid menguasai isi pelajaran melalui
pembelajaran terbeza. Kedua-dua peserta kajian juga didapati melaksanakan aktiviti
yang lebih menjurus kepada usaha untuk mencapai objektif pembelajaran.
Sebagai kesimpulan, PdPc Bahasa Melayu melalui KP telah memberi
pengalaman yang pelbagai dan berguna kepada semua peserta kajian. Peserta kajian
mampu mengaplikasikan corak pengajaran berasaskan aktiviti dalam PdPc Bahasa
Melayu dengan baik. Oleh itu, dapatan kajian merumuskan bahawa corak pengajaran
berasaskan aktiviti dalam KP boleh ditransformasikan dalam PdPc Bahasa Melayu
untuk mencapai kesan yang optimum terhadap hasil pembelajaran murid. Rajah 4.4
menunjukkan tema dan sub tema berkaitan dapatan kajian tentang strategi
pelaksanaan aktiviti kajian pengajaran dalam PdPc Bahasa Melayu.
Rajah 4.4 Strategi pelaksanaan aktiviti kajian pengajaran dalam PdPc Bahasa Melayu
257
4.7 STRATEGI PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PENDEKATAN KAJIAN
PENGAJARAN DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHACARAAN
BAHASA MELAYU
Dapatan kajian seterusnya membincangkan persoalan kajian ke-5, iaitu Apakah
strategi pentaksiran dan penilaian pendekatan kajian pengajaran (KP) dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu. Hasil analisis data temu bual,
analisis dokumen dan pemerhatian pengajaran, pengkaji telah mengkategorikan tiga
tema utama berkaitan strategi pentaksiran dan penilaian Bahasa Melayu berasaskan
pendekatan KP, iaitu (a) aspek perancangan pentaksiran dan penilaian, (b) aspek
pelaksanaan pentaksiran dan penilaian, dan (c) aspek intervensi. Jadual 4.10
menunjukkan perincian bagi setiap aspek yang terlibat dalam strategi pentaksiran dan
penilaian dalam PdPc Bahasa Melayu berasaskan pendekatan KP.
Jadual 4.10 Senarai kategori, tema, dan sub tema strategi pentaksiran dan penilaian kajian
pengajaran dalam PdPc Bahasa Melayu
Kategori Tema Sub Tema
Strategi pentaksiran dan a. aspek mengenal pasti kebolehan murid
penilaian kajian perancangan merujuk objektif pembelajaran
pengajaran dalam PdPc pentaksiran dan pentaksiran dan penilaian berfokus
Bahasa Melayu penilaian menentukan kuantiti dan kualiti soalan
sesuai dengan masa PdPc
b. aspek penilaian secara lisan
pelaksanaan penilaian secara bertulis
pentaksiran dan
penilaian
c. aspek aktiviti pemulihan
intervensi aktiviti pengayaan
Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, pengkaji menghuraikan dapatan
kajian dengan lebih terperinci berdasarkan tiga tema utama yang diperoleh, iaitu aspek
perancangan aktiviti pentaksiran dan penilaian, aspek pelaksanaan aktiviti pentaksiran
dan penilaian, dan aspek intervensi.
4.7.1 Aspek Perancangan Pentaksiran dan Penilaian
Pentaksiran dan penilaian sangat penting dalam PdPc guru Bahasa Melayu untuk
menguji kefahaman murid dan menaksir objektif pembelajaran. Dapatan kajian
berkaitan kemahiran merancang aktiviti pentaksiran dan penilaian untuk RPH
258
diperoleh melalui data utama kajian, iaitu temu bual. Kekukuhan dapatan kajian juga
ditriangulasikan melalui analisis dokumen dan catatan pemerhatian terhadap
pengajaran peserta kajian. Hasil temu bual, terdapat lima elemen penting berkaitan
aspek perancangan aktiviti pentaksiran dan penilaian dalam KP Bahasa Melayu, iaitu:
(a) mengenal pasti kebolehan murid, (b) merujuk objektif pembelajaran, (c)
pentaksiran dan penilaian secara berfokus, (d) menentukan kuantiti dan kualiti soalan,
dan (e) sesuai dengan masa PdPc. Berikut merupakan huraian lanjut bagi
menerangkan setiap elemen tersebut.
a. Mengenal pasti kebolehan murid
Bagi merancang aktiviti pentaksiran dan penilaian, peserta kajian mengenal pasti
kebolehan murid terlebih dahulu ketika merancang pentaksiran dan penilaian untuk
PdPc Bahasa Melayu. Contoh dapatan kajian mengenai perkara ini seperti diujarkan
dalam sesi temu bual bersama Cikgu Betha. Penjelasan lanjut daripada Cikgu Betha
mengatakan bahawa untuk mengetahui kebolehan murid, guru perlu mengenal pasti
latar belakang murid terlebih dahulu. Hal ini penting kerana menurut beliau, penilaian
yang dibuat perlu disesuaikan dengan potensi murid supaya selaras dengan objektif
pembelajaran. Melalui cara ini, beliau dapat merancang aktiviti pentaksiran dan
penilaian mengikut keupayaan murid yang diajar. Contoh petikan temu bual Cikgu
Betha menjelaskan dapatan kajian tersebut.
“…kita mesti tahu latar belakang keupayaan murid dalam kelas, Jadi,
buatlah penilaian yang betul-betul disesuaikan dengan potensi murid
supaya selaras dengan objektif kita tadi lah. Seterusnya, murid dikategori
mengikut aras kecerdasan mereka. Setelah itu, boleh lah fikirkan apa jenis
medium penilaian yang kita nak buat. Kemudian aktiviti penilaian juga
hendaklah dipelbagaikan mengikut aras kebolehan murid kita tadi, supaya
ini adil untuk semua murid lah …”
[G10\SE\Betha\TB: 259-264]
Selain Cikgu Betha, hasil temu bual bersama peserta kajian yang lain turut
mengesan perkara yang sama, misalnya dapatan temu bual bersama Cikgu Aqmal
(G2\SA\Aqmal\TB:186-188, Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:189-190), Cikgu
Balqis (G7\SD\Balqis\TB:146-150), Cikgu Mila (G3\SB\Mila\TB:189-192), dan
Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\TB:385-387). Menurut peserta kajian tersebut, fokus
259
terhadap keperluan murid amat penting bagi membolehkan guru membuat
perancangan dengan lebih teliti. Selain itu, penilaian formatif perlu dipelbagaikan bagi
memenuhi keperluan murid yang pelbagai juga. Dapatan ini ditunjukkan dalam contoh
petikan temu bual bersama Cikgu Aqmal dan Cikgu Mila.
“…saya harus mengambil kira kebolehan murid lah. Jadi, kalau
merancang pentaksiran dan penilaian, biasanya saya sediakan penilaian
formatif ikut kebolehan murid yang pelbagai dalam latihan bertulis…”
[G2\SA\Aqmal\TB:186-188]
“…melihat kepada siapa sasaran kita, maksudnya lihat keupayaan murid
kita. Kemudian, tentukan kumpulan murid ikut tahap kecerdasan lah.
Kemudian daripada situ, barulah dapat merancang apakah jenis
penilaian yang kita nak beri kepada murid ikut kebolehan kumpulan…”
[G3\SB\Mila\TB:189-192]
Menerusi data pemerhatian pula, pengkaji menyaksikan semua peserta kajian
mengendalikan aktiviti pentaksiran dan penilaian mengikut keupayaan murid. Dapatan
ini amat ketara apabila guru memecahkan murid kepada beberapa kumpulan untuk
melaksanakan tugasan berdasarkan kecerdasan murid (G6\SC\Hedzal\CP1\KPK3;
G7\SD\Balqis\CP2\KPK3; G3\SB\Mila\CP1\KPK3; G12\SF\Shamil\CP2\KPK3).
Dapatan mengenai penilaian yang dikendalikan juga dicatatkan dalam RPH peserta
kajian, misalnya RPH Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\AD\RPH1), Cikgu Balqis
(G7\SD\Balqis\AD\RPH2), Cikgu Mila (G3\SB\Mila\AD\RPH1), dan Cikgu Shamil
(G12\SF\Shamil\AD\RPH2). Aktiviti pentaksiran dan penilaian yang diberikan
kepada murid adalah berbeza-beza antara setiap kumpulan.
Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji menyimpulkan bahawa sebelum
menyediakan aktiviti pentaksiran dan penilaian, guru Bahasa Melayu sewajarnya
mengenal pasti kebolehan murid yang diajar terlebih dahulu. Hal ini penting bagi
memastikan aktiviti pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan dalam PdPc betul-
betul menguji pencapaian objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru. Jadi,
dalam hal ini, guru perlu mengkaji dan menganalisis latar belakang murid, masalah
pembelajaran murid, tahap kebolehan murid, kecenderungan murid, serta kekuatan
dan kelemahan murid. Tegasnya, aktiviti pentaksiran dan penilaian hendaklah sesuai
dengan kebolehan murid di dalam kelas yang diajar.
260
b. Merujuk objektif pembelajaran
Bagi merancang aktiviti pentaksiran dan penilaian Bahasa Melayu, satu lagi elemen
penting dan perlu diambil kira menurut peserta kajian adalah merujuk objektif
pembelajaran. Hasil temu bual berkaitan dapatan kajian tersebut telah diperoleh
melalui sesi temu bual bersama Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:198-199), Cikgu Betha
(G10\SE\Betha\TB:259-261), Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB:135-138) dan Cikgu
Mila (G3\SB\Mila\TB:186-193), dan Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:188).
Menurut peserta kajian, sebelum merancang aktiviti pentaksiran dan penilaian,
peserta kajian merujuk objektif pembelajaran terlebih dahulu. Hal ini penting
memandangkan pentaksiran dan penilaian adalah bertujuan untuk mengukur
pencapaian objektif pembelajaran. Jadi, dalam hal ini aktiviti pentaksiran dan
penilaian yang diberikan kepada murid harus selaras dengan objektif pembelajaran
yang telah ditetapkan. Penjelasan mengenai perkara ini ditunjukkan dalam contoh
petikan temu bual bersama Cikgu Betha dan Cikgu Mila.
“…Sebetulnya, kita kena lihat dahulu lah apakah objektif pembelajaran
yang kita dah setkan…, supaya selaras dengan objektif kita tadi lah…”
[G10\SE\Betha\TB: 259-261]
“…Pertama sekali perlu merujuk kepada objektif pembelajaran kerana …
aaa sebab kita nak tahu apa objektif yang hendak diuji…, Yang penting,
penilaian itu benar-benar menguji objektif pembelajaran …”
[G3\SB\Mila\TB:186-193]
Hasil penelitian pengkaji terhadap RPH peserta kajian, aktiviti pentaksiran dan
penilaian yang dicatat dalam RPH adalah selaras dengan objektif pembelajaran
(G10\SE\Betha\AD\RPH2; G7\SD\Balqis\AD\RPH2; G1\SA\Chan\AD\RPH1; G3\SB
\Mila\AD\RPH2). Selain dicatatkan dalam RPH, aktiviti pentaksiran dan penilaian
turut diimplementasikan dalam sesi PdPc semua peserta kajian yang sebenar, malahan
melalui semakan pengkaji, aktiviti pentaksiran dan penilaian juga diselaraskan dengan
kebolehan murid (G10\SE\Betha\CP2\KPK3; G7\SD\Balqis\CP2\KPK3; G1\SA\Chan
\CP1\KPK3; G3\SB\Mila\CP2\KPK3). Sehubungan itu, penilaian formatif yang
disediakan juga berdasarkan tahap kebolehan murid yang pelbagai di dalam kelas
yang diajar.
261
Kesimpulannya, berdasarkan dapatan kajian temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen, pengkaji merumuskan bahawa merujuk objektif pembelajaran
sebelum menyediakan aktiviti pentaksiran dan penilaian adalah suatu keperluan.
Dapatan kajian mengenai perkara ini perlu diberi perhatian wajar oleh semua guru.
Hal ini demikian agar aktiviti pentaksiran dan penilaian adalah selaras dengan objektif
pembelajaran. Pandangan mengenai perkara ini amat penting supaya pentaksiran dan
penilaian yang berlaku dapat menguji pencapaian objektif pembelajaran.
c. Pentaksiran dan penilaian secara berfokus
Dapatan kajian berkaitan aspek perancangan aktiviti pentaksiran dan penilaian Bahasa
Melayu turut memberi fokus terhadap kemahiran yang hendak diuji dalam pengajaran
guru. Pandangan mengenai perkara ini telah diucapkan dalam sesi temu bual bersama
Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\TB:179-184), Cikgu Mila (G3\SB\Mila\TB:340-341), dan
Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:272-278). Menurut peserta kajian tersebut, aktiviti
pentaksiran dan penilaian biasanya dilakukan secara berfokus. Perkara ini dilakukan
dengan memberi fokus pada kemahiran yang hendak diuji, misalnya fokus utama dan
fokus sampingan.
Dalam hal ini, jika PdPc pada hari itu memberi fokus pada bidang kemahiran
bertutur, maka penilaian dilakukan secara lisan tetapi jika fokus kemahiran yang
hendak dinilai adalah bidang kemahiran menulis, maka penilaian dilakukan secara
bertulis. Walau bagaimanapun, memandangkan kedua-dua jenis penilaian adalah sama
penting, maka peserta kajian tidak menafikan jika kedua-duanya dilakukan secara
serentak dalam sesi pengajaran. Menurut peserta kajian, kedua-dua penilaian tersebut
perlu dijalankan bagi melengkapkan murid dengan kemahiran bahasa yang harus
dikuasai dalam sesuatu pembelajaran. Berikut dikemukakan petikan temu bual
bersama Cikgu Fazli bagi menjelaskan perkara tersebut.
“…biasanya saya melihat kepada fokus kemahiran yang ingin diuji pada
hari tersebut, contohnya fokus utama dan fokus sampingan. Kalau fokus
utama kemahiran tentang bidang kemahiran bertutur, maka saya
membuat penilaian lebih kepada penilaian lisan lah tapi jika fokus
kemahiran lebih kepada kemahiran menulis maka saya menguji mereka
menggunakan penilaian bertulis. Ok, yang ini saya beri latihan bertulis.
Tapi kedua-duanya dilakukan serentak le dalam satu PdPc …”
[G11\SF\Fazli\TB:179-184]
262
Triangulasi data temu bual tersebut diperkukuhkan melalui catatan
pemerhatian pengkaji. Hasil pemerhatian, pengkaji mendapati sekurang-kurangnya
sembilan peserta kajian melaksanakan aktiviti pentaksiran dan penilaian berfokuskan
kemahiran yang hendak diuji dalam objektif pembelajaran. Walaupun guru
melaksanakan penilaian secara berfokus, namun penilaian lisan dan bertulis tetap
dijalankan serentak cuma bezanya adalah dari segi pemberatan masa dan aktiviti
penilaian yang dibuat. Contoh catatan pemerhatian mengenai dapatan kajian tersebut
turut direkodkan dalam buku catatan nota lapangan pengkaji (G11\SF\Fazli\CP2\
KPK3; G3\SB\Mila\CP2\KPK3; G10\SE\Betha\CP1\KPK3; G6\SC\Hedzal\CP1\
KPK3; G7\SD\Balqis\CP2\KPK3; G12\SF\Shamil\CP2\KPK3; G2\SA\Aqmal\CP2\
KPK3; G9\SE\Hastika\CP1\KPK3; G1\SA\Chan\CP1\KPK3).
Sebagai kesimpulan, berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, kajian ini
merumuskan bahawa aktiviti pentaksiran dan penilaian perlu dilakukan secara
berfokus. Hal ini perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua guru Bahasa Melayu
agar aktiviti pentaksiran dan penilaian adalah selaras dengan fokus kemahiran yang
hendak diuji. Sebenarnya, pandangan mengenai perkara tersebut amat berguna kepada
semua guru Bahasa Melayu bagi memastikan PdPc Bahasa Melayu yang dilaksanakan
sememangnya berkaitan dengan bidang kemahiran bahasa yang diajar.
d. Menentukan kualiti dan kuantiti soalan
Bagi merancang aktiviti pentaksiran dan penilaian dalam PdPc Bahasa Melayu, satu
perkara yang turut dianggap sebagai elemen yang penting adalah menentukan kualiti
dan kuantiti soalan. Dari segi kuantiti soalan, peserta kajian didapati menyediakan
soalan mengikut tahap kecerdasan murid. Dapatan kajian mengenai perkara ini seperti
dinyatakan dalam sesi temu bual bersama Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:190),
Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB:146-150), Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\TB:384-
386), Cikgu Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB:186-190), Cikgu Hastika (G9\SE\Hastika\
TB:352-357) dan Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:260-264). Menurut peserta kajian,
kualiti dan kuantiti soalan yang disediakan untuk murid perlu disediakan mengikut
tahap kecerdasan murid yang pelbagai. Hal ini demikian, agar murid dapat menguasai
kemahiran yang telah dipelajari. Contoh petikan temu bual bagi menerangkan dapatan
kajian tersebut ditunjukan dalam temu bual bersama Cikgu Hedzal.
263
“…biasanya, murid yang pandai, saya bagi dia orang latihan yang lebih
banyak serta mencabar. Bagi murid yang berpencapaian sederhana, saya
bagi dia orang latihan yang lebih senang berbanding dengan murid yang
pandai tadi. Manakala murid yang dikategorikan sebagai lemah, saya
selalu bagi latihan yang sangat mudahlah, contohnya melengkapkan teks
atau mengisi tempat kosong atau memadankan ayat dengan gambar …”
[G6\SC\Hedzal\TB:190]
Triangulasi data bagi menunjukkan dapatan kajian tersebut dapat dilihat
melalui pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil pemerhatian terhadap sesi
pengajaran guru, peserta kajian memberikan aktiviti penilaian berdasarkan aras
kecerdasan kognitif murid yang pelbagai. Kuantiti soalan yang diberikan adalah
berbeza antara murid berdasarkan tahap keupayaan murid. Seterusnya, analisis
dokumen terhadap lembaran kerja atau latihan bertulis menyaksikan semua peserta
kajian menyediakan aktiviti penilaian mengikut aras kebolehan murid. Aktiviti
penilaian terdiri daripada melengkapkan teks, menghuraikan isi penting, memadankan
ayat dengan penyataan yang diberi serta mengisi tempat kosong.
Catatan Pemerhatian: Guru mengagihkan lembaran bertulis kepada
murid. Murid kategori pandai menghuraikan perenggan isi menggunakan
perkataan sendiri. Murid sederhana pandai melengkapkan ayat topik
dengan ayat huraian, ayat contoh dan ayat kesimpulan yang disediakan
oleh guru. Seramai lima orang murid lemah dikehendaki menyusun ayat
topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat kesimpulan kecil mengikut
urutan yang betul.
[G6\SC\Hedzal\CP2\KPK3]
Dari segi kualiti, aktiviti pentaksiran dan penilaian diberikan mengikut
kesesuaian murid. Memandangkan murid yang diajar adalah terdiri daripada pelbagai
kebolehan, maka guru perlu menyediakan aktiviti untuk pentaksiran dan penilaian
yang pelbagai juga. Dalam hal ini, murid digolongkan mengikut kategori lemah,
sederhana dan pandai. Bagi murid kategori lemah dan sederhana, aktiviti pentaksiran
dan penilaian adalah lebih mudah, manakala bagi murid kategori pandai, aktiviti yang
diberikan adalah lebih mencabar. Contoh petikan temu bual bagi menerangkan
dapatan ini seperti ditunjukkan dalam petikan temu bual bersama Cikgu Hastika.
“…Biasanya saya bagi dalam bentuk latihan bertulis lah iaitu mengikut
kesesuaian murid. Contohnya, kumpulan murid pandai, sederhana dan
lemah. Kalau murid tu pandai latihan lebih mencabar. Bagi kumpulan
264
murid sederhana dan lemah, latihan saya beri lebih mudah lah,,. aras
kesukaran dibezakan. Tapi ada juga saya buat pentaksiran dan penilaian
cara lisan seperti soal jawab secara individu atau secara kelas …”
[G9\SE\Hastika\TB:352-357]
Sementara itu, dari segi kuantiti pula, pengkaji dimaklumkan bahawa aktiviti
pentaksiran dan penilaian yang diberikan kepada murid juga berbeza. Bagi murid
yang berada dalam kategori lemah dan sederhana, jumlah aktiviti atau latihan yang
diberikan adalah memadai untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap isi
pelajaran yang telah dipelajari berdasarkan objektif pembelajaran. Contoh penjelasan
lanjut mengenai dapatan ini seperti ditunjukkan dalam petikan temu bual bersama
Cikgu Balqis, Cikgu Shamil dan Cikgu Aqmal.
“...Ikut kecerdasan muridlah. Kalau murid yang pandai, saya bagi mereka
kerja yang lebih susah lah atau mencabar. Kerja pun mungkin banyak
lagi. Kalau murid yang kurang atau lemah, saya bagi mereka kerja yang
senang-senang. Kuantiti pun kurang tapi boleh ditambah-tambah kalau
saya tengok mereka dah boleh buat kerja dengan baik …”
[G7\SD\Balqis\TB:146-150]
“…biasanya menyediakan latihan yang pelbagai kepada murid lah. Saya
tidak hadkan kepada satu atau pun dua jenis untuk saya mengukur pelajar
lah sebab mengikut tahap mereka sebab tahap mereka tidak sama …”
[G12\SF\Shamil\TB:384-386]
“…harus mengambil kira kebolehan murid lah. Jadi, kalau merancang
pentaksiran dan penilaian, biasanya saya sediakan penilaian formatif ikut
kebolehan murid yang pelbagai dalam latihan bertulis mereka…”
[G2\SA\Aqmal\TB:186-190]
Hasil analisis data pemerhatian pengkaji terhadap sesi pengajaran peserta
kajian turut mengesahkan dapatan yang serupa. Menerusi pemerhatian, pengkaji
menyaksikan murid menjalani aktiviti pentaksiran dan penilaian berdasarkan
kumpulan, iaitu mengikut kebolehan murid yang pelbagai. Latihan yang diberikan
kepada murid juga berbeza dari segi kualiti dan kuantiti. Catatan mengenai dapatan ini
juga direkodkan dalam buku catatan nota lapangan pengkaji (G6\SC\Hedzal\CP1\
KPK3; G7\SD\Balqis\CP2\KPK3; G12\SF\Shamil\CP2\KPK3; G2\SA\Aqmal\CP2\
KPK3; G9\SE\Hastika\CP1\KPK3; G10\SE\Betha\CP1\KPK3).
265
Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperoleh, pengkaji menyimpulkan
bahawa aspek perancangan untuk aktiviti pentaksiran dan penilaian perlu
mempertimbangkan kualiti dan kuantiti soalan yang diberikan kepada murid. Hal ini
demikian setelah mengambil kira kesesuaiannya bagi menepati tahap kecerdasan
murid yang pelbagai. Justeru, dengan mengambil kira elemen tersebut, nescaya
aktiviti pentaksiran dan penilaian yang dijalankan dalam PdPc guru Bahasa Melayu
dapat menguji objektif pembelajaran dengan lebih tepat.
e. Pentaksiran sesuai dengan tempoh masa pembelajaran dan pemudahcaraan
Dalam merancang aktiviti pentaksiran dan penilaian, seperkara lagi elemen yang
wajar diberi perhatian adalah aktiviti yang dirancang perlu disesuaikan dengan
tempoh masa PdPc. Hal ini seperti diakui dalam sesi temu bual bersama Cikgu
Hedzal. Menurut beliau, proses PdPc memerlukan perancangan masa yang teliti bagi
membolehkan aktiviti pentaksiran dan penilaian dapat dilaksanakan dengan lancar.
Justeru, bagi memastikan pengurusan PdPc berjalan dengan lancar, beliau
mengutamakan elemen tersebut dalam perancangan aktiviti pentaksiran dan penilaian.
Contoh petikan temu bual Cikgu Hedzal menjelaskan dapatan kajian tersebut.
“…dan yang terakhir ialah kesesuaian masa. Aspek ini penting untuk
kelancaran proses pdp dan pencapaian objektif. Jadi, gabungan kesemua
err.. elemen ini memang saya utamakan dalam perancangan …”
[G6\SC\Hedzal\TB:190-192]
Dapatan kajian tersebut diperkukuhkan melalui analisis dokumen terhadap
RPH peserta kajian. Hasil analisis RPH, didapati semua peserta kajian menetapkan
masa untuk setiap fasa perkembangan pengajaran yang dirancang, termasuk set
induksi. Untuk aktiviti pentaksiran dan penilaian, masa yang diperuntukkan oleh
peserta kajian untuk menilai penguasaan murid dalam ilmu, kemahiran dan nilai yang
telah dipelajari adalah sekurang-kurangnya 20 minit. Pada masa ini, peserta kajian
menggunakan masa dengan penuh optimum bagi memastikan penilaian mencapai
tujuan sebenar. Contoh dapatan kajian mengenai perkara tersebut boleh dirujuk dalam
RPH peserta kajian (G10\SE\Betha\AD\RPH2; G7\SD\Balqis\AD\RPH2; G1\SA\
Chan\AD\RPH1; G3\SB\Mila\AD\RPH2; G6\SC\Hedzal\AD\RPH1; G12\SF\Shamil\
AD\RPH2; G2\SA\Aqmal\AD\RPH2; G9\SE\Hastika\AD\RPH1).
266
Dalam sesi pemerhatian pula, pengkaji berpeluang menyaksikan bahawa
aktiviti pentaksiran dan penilaian telah diimplementasikan seperti yang dirancang oleh
semua peserta kajian. Dapatan mengenai perkara ini dapat dilihat dengan jelas apabila
sepanjang proses PdPc berlangsung, semua peserta kajian begitu mengambil berat
tentang pengurusan masa untuk setiap aktiviti PdPc termasuk aktiviti penilaian.
Sebelum sesuatu aktiviti PdPc berlangsung, peserta kajian memaklumkan masa yang
diambil untuk setiap aktiviti PdPc terlebih dahulu. Malahan pengumuman tentang
perjalanan masa untuk sesuatu aktiviti turut dilakukan oleh semua peserta kajian
sepanjang proses pengajaran guru. Contoh gambaran mengenai dapatan kajian
tersebut turut direkodkan dalam buku catatan nota lapangan pengkaji
(G6\SC\Hedzal\CP1\KPK3; G7\SD\Balqis\CP2\KPK3; G12\SF\Shamil\CP2\KPK3;
G2\SA\Aqmal\CP2\ KPK3; G9\SE\Hastika\CP1\KPK3; G10\SE\Betha\CP1\KPK3).
Kesimpulannya, dapatan kajian merumuskan bahawa aktiviti pentaksiran dan
penilaian perlu dirancang mengikut kesesuaian masa PdPc. Pandangan mengenai
perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh guru Bahasa Melayu. Hal ini penting
kerana kegagalan guru mengatur pengurusan masa PdPc dengan sistematik boleh
mengganggu kelancaran proses PdPc. Ringkasnya, kelancaran sesuatu proses
pengajaran guru adalah bergantung sepenuhnya terhadap kecekapan pengurusan masa
sepanjang PdPc berlangsung. Justeru, penyesuaian aktiviti pentaksiran dan penilaian
dengan masa PdPc amat penting bagi memastikan proses PdPc berjalan dengan lancar.
4.7.2 Aspek Pelaksanaan Pentaksiran dan Penilaian
Bagi memastikan pentaksiran dan penilaian berjalan dengan teratur, pengkaji
difahamkan bahawa terdapat dua aspek pelaksanaan aktiviti pentaksiran dan penilaian
yang menjadi amalan peserta kajian dalam pengajaran, iaitu (a) penilaian secara lisan,
dan (b) penilaian secara bertulis. Berikut adalah huraian lanjut tentang bentuk
pentaksiran dan penilaian yang digunakan dalam pengajaran peserta kajian.
a. Penilaian secara lisan
Perkongsian rakan guru Bahasa Melayu melalui pendekatan KP telah membuka idea
kepada peserta kajian tentang strategi pentaksiran dan penilaian dalam PdPc Bahasa
Melayu. Berdasarkan analisis data temu bual, pengkaji mendapati peserta kajian
267
mengendalikan pentaksiran dan penilaian secara lisan sepanjang sesi PdPc. Hal ini
bertujuan bagi mengukur tahap penguasaan murid dan pencapaian objektif
pembelajaran. Penilaian secara lisan dilakukan dengan mengemukakan soalan-soalan
respons tertutup dan respons terbuka kepada murid.
Dapatan mengenai perkara ini seperti dijelaskan dalam sesi temu bual bersama
Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:381-383), Cikgu Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB:352-354),
Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB: 295-297), Cikgu Norol (G4\SB\Norol\TB:367-369),
Cikgu Hastika (G9\SE\Hastika\TB:364-368), Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:349-
352), dan Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB:458-461). Contoh petikan temu bual bagi
menjelaskan dapatan kajian tersebut seperti ditunjukkan dalam petikan temu bual
bersama Cikgu Chan, Cikgu Norol, dan Cikgu Balqis.
“…Biasanya dua cara yang saya gunakan. Cara pertama penilaian
secara verbal atau lisan. Pada akhir PdPc itu saya akan bertanyakan
beberapa persoalan kepada murid untuk melihat sejauh mana mereka
mencapai …”
[G1\SA\Chan\TB:381-383]
“… Kemudian saya akan mengemukakan soalan secara spontan kepada
para pelajar iaitu secara lisan untuk menentukan apakah maklumat yang
telah mereka pelajari …”
[G4\SB\Norol\TB:367-369]
“…kemudian ada juga penyoalan maksudnya mungkin secara lisan kita
dah dapat menaksir dan menilai pelajar itu faham atau tidak, kuasai atau
tidak sesuatu tajuk yang telah diajar…”
[G7\SD\Balqis\TB:295-297]
Melalui penjelasan yang lebih teliti daripada Cikgu Hastika, penilaian secara
lisan dilakukan secara kelas dan secara individu. Soalan-soalan yang dikemukakan
seharusnya dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid serta menjurus
kepada pencapaian objektif pembelajaran. Dapatan yang sama turut diperoleh dalam
temu bual bersama Cikgu Hedzal. Selain itu, peserta kajian juga didapati
menggunakan soalan berbentuk bertumpu dan bercapah. Soalan berbentuk bertumpu
adalah seperti teknik kuiz. Teknik tersebut turut dilakukan oleh Cikgu Hedzal dan
Cikgu Dila bagi menggalakkan persaingan antara murid untuk memberi respons
268
positif terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru. Dapatan mengenai kajian
tersebut dijelaskan melalui petikan temu bual bersama Cikgu Hastika.
“…saya mengendalikan pentaksiran formatif dalam PdPc memberikan
soalan kepada murid yang memerlukan mereka menjawab secara kelas
atau secara individu. Aaa … soalan yang dikemukakan haruslah dapat
mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis murid serta bersesuaian dengan
objektif pembelajaran. Aaa... selain itu, aras soalan yang dikemukakan
juga perlulah sesuai dengan keupayaan murid yang pelbagai …”
[G9\SE\Hastika\TB:364-368]
Hasil temu bual tersebut ditriangulasikan melalui catatan pemerhatian yang
dilakukan oleh pengkaji terhadap sesi PdPc peserta kajian yang terbabit. Berdasarkan
pemerhatian beberapa proses PdPc, pengkaji mendapati semua peserta kajian
mengadakan pentaksiran secara lisan dengan mengemukakan pelbagai jenis soalan
kepada murid pada akhir sesi penerangan, khususnya pada masa merumuskan isi
pelajaran dan membuat kesimpulan pelajaran. Soalan yang dikemukakan juga dalam
pelbagai aras mengikut tahap keupayaan murid yang pelbagai.
Selain itu, semua peserta kajian juga didapati mengemukakan soalan secara
kelas dan individu untuk menilai kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang telah
dipelajari. Soalan yang dikemukakan juga berbentuk bertumpu dan bercapah serta
menjurus kepada pencapaian objektif pembelajaran. Pada masa yang sama, peserta
kajian juga memberi maklum balas yang relevan terhadap jawapan murid, selain turut
menjawab soalan yang dikemukakan oleh murid. Contoh catatan pemerhatian
pengajaran Cikgu Chan menjelaskan dapatan kajian tersebut.
Contoh soalan:
1. Ada sesiapa di antara kamu di sini yang pernah mengamalkan
perubatan tradisional dalam kehidupannya?
2. Tahu kah kamu apakah jenis-jenis tumbuhan hutan yang selalu
digunakan dalam perubatan tradisional?
3. Apakah kelebihan mengamalkan perubatan tradisional?
4. Apakah pula kekurangan perubatan tradisional kepada kita?
5. Pada pendapat kamu, sejauh manakah perubatan tradisional dapat
membantu menyembuhkan penyakit?
Catatan Pemerhatian: Guru mengemukakan beberapa soalan secara
bertumpu dan bercapah kepada murid-murid secara individu atau secara
269
kelas. Soalan-soalan yang diajukan kepada murid-murid berkaitan tajuk
pelajaran “Perubatan Tradisional”.
[G1\SA\Chan\CP2\KPK3]
Berdasarkan dapatan temu bual dan catatan pemerhatian oleh pengkaji,
dapatlah disimpulkan bahawa peserta kajian menggunakan pentaksiran dan penilaian
secara lisan untuk menguji kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang dipelajari di
samping menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis. Soalan-soalan yang
dikemukakan sama ada secara individu atau secara kelas. Pentaksiran dan penilaian
secara lisan kebanyakan dilakukan sepanjang aktiviti PdPc, terutama selepas
penerangan guru dan ketika melakukan semakan sebagai kesimpulan pelajaran.
Soalan yang diajukan kepada murid lebih kepada peneguhan terhadap pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang telah dipelajari. Tuntasnya, teknik pentaksiran dan penilaian
secara lisan dalam PdPc guru amat penting bagi mengenal pasti pencapaian objektif
pembelajaran dan kriteria kejayaan murid.
b. Penilaian secara bertulis
Selain pentaksiran dan penilaian secara lisan, peserta kajian juga melaksanakan
pentaksiran dan pentaksiran secara bertulis untuk menaksir penguasaan murid
terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari. Perkongsian ilmu melalui
KP mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman peserta kajian tentang teknik
pentaksiran dan penilaian secara bertulis KP dalam PdPc Bahasa Melayu. Berdasarkan
analisis data temu bual bersama Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:383-385), Cikgu
Balqis (G7\SD\Balqis\TB:294-295), dan Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\TB:376-377),
pengkaji mendapati peserta kajian mengendalikan pentaksiran dan penilaian secara
bertulis pada akhir sesi PdPc. Latihan yang diberikan adalah berdasarkan kemahiran
yang dipelajari dan menjurus pencapaian objektif pembelajaran.
Walau bagaimanapun, dalam situasi yang berbeza, peserta kajian turut
mengadakan ujian ringkas untuk menguji pemahaman murid tentang sesuatu topik
yang telah dipelajari. Bagi kaedah pentaksiran dan penilaian secara bertulis pula,
penilaian dilakukan lebih kepada secara individu. Dapatan kajian berkaitan perkara
tersebut diperoleh melalui temu bual bersama Cikgu Saraj (G5\SC\Saraj\TB:302-303),
Cikgu Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB:354-355), Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:352-
270
354), Cikgu Mila (G3\SB\Mila\TB:179-180), dan Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB:461-
463). Penjelasan mengenai dapatan ini ditunjukkan dalam contoh petikan temu bual
Cikgu Chan, Cikgu Hedzal dan Cikgu Dila.
“…Selain itu, saya juga akan menggunakan penilaian secara bertulis
iaitu selepas sesuatu PdPc itu disampaikan saya akan memberi latihan
ikut kemahiran untuk pelajar …”
[G1\SA\Chan\TB:383-385]
“…dan juga penilaian bertulis. Berikan latihan kemudian pelajar cuba
menjawab soalan tersebut secara kendiri sama ada mereka faham ke tidak
apa yang telah diajarkan pada hari tersebut …”
[G6\SC\Hedzal\TB:352-354]
“…kita juga boleh mengadakan aa ...ujian ...aa ujian kalau ujian tersebut
mungkin kita boleh adakan aa ... secara ringkas saja le untuk kita uji
sejauh manakah keberkesanan atau pemahaman pelajar tentang satu-satu
topik yang telah kita ajar…”
[G8\SD\Dila\TB:461-463]
Triangulasi data melalui analisis dokumen turut menjelaskan dapatan kajian
tersebut. Berdasarkan analisis terhadap RPH, pengkaji mendapati bahawa semua
peserta kajian menyediakan latihan bertulis kepada murid. Latihan bertulis yang
disediakan bertujuan menilai pencapaian objektif pembelajaran. Ujian topikal turut
dilaksanakan pada akhir sesi PdPc biarpun dilakukan secara ringkas. Kadang-kadang
peserta kajian mengadakan ujian ringkas pada waktu lain secara khusus bagi topik
yang dianggap penting. Dapatan kajian tersebut turut dicatat dalam RPH peserta
kajian (G1\SA\Chan\AD\RPH2; G3\SB\Mila\AD\RPH1; G4\SB\Norol\AD\RPH2;
G5\SC\Saraj\AD\RPH2; G6\SC\Hedzal\AD\RPH1).
Selain dapatan analisis dokumen terhadap BRM, fenomena yang berlaku turut
dijelaskan melalui pemerhatian PdPc peserta kajian. Melalui pemerhatian, pengkaji
dapat menyaksikan semua peserta kajian memberikan latihan bertulis kepada murid-
murid selepas setiap sesi PdPc berlaku. Sesuai dengan keupayaan murid yang
pelbagai, peserta kajian didapati menggunakan pelbagai kaedah untuk membuat
pentaksiran dan penilaian formatif semasa PdPc. Misalnya, melengkapkan teks,
mengisi tempat kosong, memadankan ayat dengan pernyataan yang betul,
271
menghuraikan ayat topik, melengkapkan perenggan cerita, dan menghasilkan
penulisan kreatif seperti karangan yang lengkap. Strategi pentaksiran bertulis pula
berfokus kepada kaedah penilaian secara individu.
Seterusnya, kaedah pentaksiran pula disesuaikan dengan tahap penguasaan
murid. Dalam pada itu, pengkaji turut mendapati peserta kajian menyemak latihan
bertulis bersama-sama dengan murid di hadapan kelas. Selain itu, hasil kerja murid
juga dipamerkan sebagai perkongsian ilmu antara murid. Catatan pemerhatian berikut
menjelaskan dapatan kajian tersebut.
Catatan Pemerhatian: Pada akhir fasa penerangan dan penerokaan, guru
mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid sebagai latihan
bertulis. Latihan dilakukan secara individu. Hasil kerja murid dipamerkan
secara satu persatu di hadapan kelas. Guru memberi peluang kepada
murid untuk memberi komen.
[G1\SA\Chan\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Guru mengedarkan lembaran aktiviti sebagai
latihan. Latihan yang diedarkan mengkhususkan pencapaian objektif
pembelajaran. Murid-murid diarahkan untuk mengecam kata kerja
transitif dan kata kerja tak transitif daripada petikan yang diberi. Latihan
disemak secara perbincangan di dalam kelas.
[G11\SF\ Fazli\CP2\KPK3]
Contoh pemerhatian: Fasa penerangan dan penerokaan berakhir.
Seterusnya, guru memberi latihan kepada semua murid. Latihan yang
diberikan menjurus kepada pencapaian objektif pembelajaran, iaitu
melengkapkan satu perengan isi dengan ayat topik, ayat huraian, ayat
contoh dan ayat kesimpulan. Guru membincangkan hasil kerja murid di
hadapan kelas.
[G3\SB\Mila\AD\RPH1]
Perkongsian ilmu melalui KP juga turut memberi kefahaman yang lebih
meluas kepada peserta kajian dalam mengendalikan pentaksiran dan penilaian
formatif. Melalui temu bual, pengkaji telah mengenal pasti beberapa penemuan
menarik berkaitan teknik pentaksiran dan penilaian KP dalam PdPc Bahasa Melayu.
Hasil temu bual bersama Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:535-538), Cikgu Hedzal
(G6\SC\Hedzal\TB:367-372), Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\TB:385-387) dan Cikgu
Norol (G4\SB\Norol\TB:382-384), pengkaji dimaklumkan bahawa latihan yang
272
diberikan perlu dipelbagaikan mengikut keupayaan murid. Contoh dapatan kajian ini
ditunjukkan dalam petikan temu bual bersama Cikgu Betha dan Cikgu Hedzal.
“…murid memang mempunyai tahap yang berbeza, ada tahap murid yang
boleh dikatakan baik, sederhana dan lemah. Jadi, untuk pentaksiran
formatif yang kita sediakan ini juga perlu bergantung pada tahap
kebolehan pelajar kita …”
[G10\SE\Betha\TB: 535-538]
“…pelajar yang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza saya akan
menilai mereka melalui latihan-latihan seperti kerja rumah dan juga
latihan bertulis mengikut keupayaan murid-murid yang pelbagailah…”
[G4\SB\Norol\TB:382-384]
“…biasanya, murid yang pandai, saya bagi dia orang latihan yang lebih
banyak serta mencabar. Bagi murid yang berpencapaian sederhana, saya
bagi dia orang latihan yang lebih senang berbanding dengan murid yang
pandai tadi. Manakala murid yang dikategori sebagai lemah, saya selalu
bagi latihan yang sangat mudahlah, contohnya melengkapkan teks atau
mengisi tempat-tempat kosong…”
[G6\SC\Hedzal\TB:367-372]
Dapatan kajian tersebut ditriangulasikan melalui analisis dokumen terhadap
BRM peserta kajian. Berdasarkan analisis, pengkaji mendapati semua peserta kajian
turut mencatat dan menyediakan tugasan yang pelbagai mengikut keupayaan murid.
Dapatan ini jelas sekali ditunjukkan dalam penulisan objektif pembelajaran dan
aktiviti penilaian bertulis dalam RPH peserta kajian (G1\SA\Chan\AD\RPH2; G2\SA\
Aqmal\AD\RPH2; G3\SB\Mila\AD\RPH1; G4\SB\Norol\AD\RPH2; G5\SC\Saraj\AD
\RPH2; G6\SC\Hedzal\AD\RPH1; G7\SD\Balqis\AD\RPH1; G8\SD\Dila\AD\RPH2;
G9\SE\Hastika\AD\RPH2; G10\SE\Betha\AD\RPH1; G11\SF\Fazli\AD\RPH2; G12\
SF\Shamil\AD\RPH2).
Selain temu bual dan analisis dokumen RPH peserta kajian, dapatan kajian
turut diperoleh melalui pemerhatian PdPc peserta kajian. Hasil analisis data
pemerhatian, peserta kajian didapati mengedarkan lembaran bertulis kepada murid
berdasarkan tahap kebolehan murid, iaitu kumpulan pandai, kumpulan sederhana, dan
kumpulan lemah. Murid yang pandai diberi tugasan yang lebih banyak dan mencabar.
Bagi murid kategori sederhana, latihan yang diberikan bersesuaian dengan aras
273
kebolehan tetapi agak mencabar manakala bagi murid yang lemah, latihan yang
diberikan adalah lebih mudah seperti melengkapkan teks, mengisi tempat kosong,
menyambung ayat, dan memadankan ayat dengan gambar. Tegasnya, walaupun
latihan yang diberikan adalah berbeza, namun semuanya menjurus kepada pencapaian
objektif pembelajaran yang sama. Beberapa catatan pemerhatian berikut menerangkan
dapatan kajian berkaitan pelaksanaan penilaian bertulis dalam PdPc peserta kajian.
Catatan Pemerhatian: Guru mengagihkan lembaran bertulis kepada
murid. Murid kategori pandai menghuraikan perenggan isi menggunakan
perkataan sendiri. Murid sederhana pandai melengkapkan ayat topik
dengan ayat huraian, ayat contoh dan ayat kesimpulan yang disediakan
oleh guru. Seramai lima orang murid lemah dikehendaki menyusun ayat
topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat kesimpulan kecil mengikut
urutan yang betul.
[G10\SE\Betha\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Murid melakukan latihan bertulis tentang topik
‘Perubatan Tradisional’. Murid daripada kumpulan pandai
menghuraikan khasiat tumbuhan hutan dalam perubatan tradisional. Bagi
kumpulan murid sederhana pandai, mereka menyenaraikan sebeberapa
banyak tumbuhan hutan yang dikenali membantu menyembuhkan
penyakit. Seramai tujuh orang murid yang lemah memadankan gambar-
gambar tumbuhan dengan fungsinya dalam perubatan tradisional.
[G1\SA \Chan\CP1\KPK3]
Berdasarkan dapatan temu bual, analisis dokumen, dan catatan pemerhatian
oleh pengkaji, jelaslah bahawa semua peserta kajian mengendalikan teknik
pentaksiran dan penilaian secara bertulis untuk menguji penguasaan murid terhadap
kemahiran yang telah dipelajari selain mengukur pencapaian objektif pembelajaran.
Penilaian secara bertulis dilakukan sebaik sahaja selesai sesi penerangan guru.
Penilaian bertulis dilakukan secara individu. Latihan atau soalan yang diberikan
adalah berbeza-beza mengikut tahap kebolehan murid yang pelbagai. Pentaksiran
disemak secara konsisten dan hasil kerja murid yang terbaik dipamerkan di hadapan
kelas sebagai perkongsian ilmu antara murid.
Ringkasnya, amalan pelaksanaan pentaksiran dan penilaian secara bertulis
dalam PdPc KP perlu diberi perhatian yang wajar oleh guru Bahasa Melayu sebagai
penambahbaikan idea dalam pelaksanaan pentaksiran dan penilaian PdPc seterusnya.
274
4.7.3 Aspek Intervensi
Selain pentaksiran dan penilaian secara lisan dan bertulis, intervensi merupakan salah
satu lagi strategi pentaksiran dan penilaian KP dalam PdPc Bahasa Melayu yang
dikendalikan oleh guru dalam pengajaran. Melalui temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen, terdapat dua tema utama yang dikaitkan dengan aktiviti intervensi
dalam proses PdPc guru Bahasa Melayu, iaitu (a) aktiviti pemulihan, dan (b) aktiviti
pengayaan. Aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan kesinambungan daripada
aktiviti pentaksiran dan penilaian yang telah dilaksanakan oleh peserta kajian
berikutan maklumat awal yang diperoleh hasil daripada aktiviti lisan dan bertulis.
Berikut adalah huraian lanjut mengenai dapatan kajian tersebut.
a. Aktiviti pemulihan
Dapatan temu bual berkaitan aktiviti intervensi melaporkan peserta kajian
melaksanakan aktiviti pemulihan kepada murid yang belum menguasai kemahiran
yang telah dipelajari. Dapatan kajian mengenai perkara tersebut dinyatakan dalam sesi
temu bual bersama Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:401-402), Cikgu Norol
(G4\SB\Norol\TB:410-412, 418), Cikgu Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB:361-363), Cikgu
Fazli (G11\SF\Fazli\TB:378-379), Cikgu Saraj (G5\SC\Saraj\TB:302-304), dan Cikgu
Shamil (G12\SF\Shamil\TB:394-398). Menerusi temu bual bersama peserta kajian,
aktiviti pemulihan yang dilakukan adalah seperti menyuruh murid membuat
pembetulan. Pentaksiran dan penilaian dilakukan semula untuk menilai pencapaian
murid. Contoh mengenai dapatan kajian tersebut dipetik daripada petikan temu bual
Cikgu Norol.
“…sekiranya pelajar itu masih lagi kurang menguasai maklumat yang
telah diajar saya akan membentuk mereka dalam satu kumpulan di mana
memberi latihan pemulihan kepada mereka tentang tajuk yang belum
mereka kuasai …, Selepas itu diadakan kembali pentaksiran semula untuk
menilai pencapaian mereka …”
[G4\SB\Norol\TB:410-412, 418]
Selain membuat pembetulan, pengkaji turut difahamkan bahawa aktiviti
pemulihan seterusnya dilakukan dengan memberi latih tubi kepada murid sehinggalah
murid menguasai kemahiran yang dipelajari. Sementara itu, latihan bertulis turut
275
diberikan sebagai latihan pengukuhan atau dijadikan sebagai kerja rumah sekiranya
murid telah menguasai objektif pembelajaran. Latih tubi dan latihan yang diberikan
lebih senang serta sesuai dengan tahap keupayaan murid (G2\SA\Aqmal\TB:361-363;
G11\SF\Fazli\TB:377; G5\SC\Saraj\TB:302-304; G1\SA\Chan\TB:401-403). Contoh
petikan temu bual bagi menerangkan dapatan tersebut seperti ditunjukkan dalam
petikan temu bual bersama Cikgu Chan dan Cikgu Aqmal.
“…Tindakan seterusnya, sebagai pemulihan saya menyuruh murid-murid
saya buat pembetulan lah sehingga mereka dah menguasai atau
contohnya saya boleh memberikan latih tubi dan latihan yang lebih
senanglah mengikut tahap mereka …”
[G1\SA\Chan\TB:401-403]
“…saya akan bagi kerja rumah jugaklah, buat aktiviti pemulihan bagi
yang belum menguasai objektif dan bagi yang dah ok tu, saya biasa bagi
aktiviti pengayaan sebagai kerja rumah dia orang lah dan di sekolah pun
ada juga…”
[G2\SA\Aqmal\TB:361-363]
Dalam kajian ini, pengkaji tertarik dengan dapatan yang seumpamanya apabila
peserta kajian melaksanakan pemantauan secara berterusan terhadap aktiviti
pemulihan yang dijalankan. Penyataan mengenai dapatan ini diperoleh ketika sesi
temu bual bersama Cikgu Shamil, Cikgu Norol, dan Cikgu Saraj. Pemantauan
bertujuan untuk memberi bimbingan kepada murid yang bermasalah dalam
pembelajaran dan ini dilakukan sama ada secara individu, berkelompok atau secara
berkumpulan (G12\SF\Shamil\TB:394-398). Menurut Cikgu Norol dan Cikgu Saraj,
pemantauan secara berterusan dilakukan bagi memastikan murid menyiapkan tugasan
dan menghantar tugasan tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan
(G4\SB\Norol\TB: 399-402; G5\SC\Saraj\TB:304-305). Contoh dapatan kajian bagi
menjelaskan penyataan tersebut dipetik daripada petikan temu bual Cikgu Shamil dan
Cikgu Norol.
“…Semasa pelaksanaan aktiviti tersebut saya akan bersama merekalah
kebanyakannya untuk memberi idea dan juga memberi bimbingan kepada
merekalah aaa… seperti bagi aktiviti pengukuhan contohnya pemulihan
dan pengayaan jugalah dan melakukan pemantauan kepada merekalah,
kalau mereka dalam kumpulan, so, kumpulan ke kumpulanlah …”
[G12\SF\Shamil\TB:394-398]
276
“…Cara pemantauan ialah memastikan para pelajar hantar hasil kerja
mereka mengikut masa yang ditetapkan aa ... dan semasa proses
penyemakan seorang guru itu perlulah menyatakan kelemahan dan juga
kesalahan yang telah mereka lakukan dan apakah pembetulan yang perlu
mereka lakukan …”
[G4\SB\Norol\TB:399-402]
Dapatan temu bual diperkukuhkan melalui data analisis dokumen RPH peserta
kajian. Berdasarkan analisis, semua peserta kajian menyediakan ruangan khas dalam
RPH untuk mencatat aktiviti pemulihan. Dapatan analisis dokumen mengenai perkara
tersebut boleh dirujuk dalam contoh RPH peserta kajian seperti G1\SA\Chan\
AD\RPH2, G2\SA\Aqmal\AD\RPH2, G4\SB\Norol\AD\RPH2, G5\SC\Saraj\AD\
RPH2, G11\SF\Fazli\AD\RPH2, G8\SD\Dila\AD\RPH2, G12\SF\Shamil\AD\RPH2.
Seterusnya, pemerhatian terhadap PdPc peserta kajian melaporkan fenomena
yang lebih jelas berkaitan teknik melaksanakan aktiviti pemulihan. Melalui penelitian
pengkaji, sekurang-kurangnya sembilan peserta kajian melaksanakan aktiviti
pemulihan sebaik sahaja selesai melakukan penyemakan hasil kerja murid. Murid
yang telah dikenal pasti belum menguasai objektif pembelajaran diberikan tugasan
seperti membuat pembetulan, latih tubi, dan bimbingan secara intensif dan berterusan.
Bagi murid yang telah menguasai objektif pembelajaran, latihan yang lebih mencabar
diberikan sebagai pengukuhan kemahiran. Fenomena pemerhatian tersebut seperti
dizahirkan dalam catatan pemerhatian Cikgu Norol dan Cikgu Betha.
Catatan Pemerhatian: Guru memanggil seramai enam orang murid untuk
melakukan pembetulan bagi surat rasmi yang kurang menepati format
penulisan yang tepat. Murid dibimbing menulis Surat Rasmi mengikut
format yang tepat. Murid melengkapkan surat dalam lembaran kerja.
[G4\SB\Norol\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Guru memberi bimbingan kepada murid yang
belum menguasai kemahiran yang diajar. Guru menerangkan semula
tatacara menghuraikan ayat topik. Guru menyuruh murid menulis
pembetulan.
[G10\SE\Betha\CP1\KPK3]
Berdasarkan beberapa contoh dapatan kajian yang telah dibincangkan, kajian
ini merumuskan bahawa aktiviti pemulihan perlu dilaksanakan dalam pengajaran
277
guru. Hal ini penting bagi memastikan semua murid telah menguasai isi pelajaran
yang telah disampaikan oleh guru sekali gus mencapai objektif pembelajaran.
Pandangan mengenai perkara ini perlu diberi perhatian memandangkan setiap murid
mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. Oleh itu, guru perlu bersedia dengan
aktiviti pemulihan dalam setiap sesi pengajaran bagi membolehkan hak murid untuk
menguasai ilmu dan kemahiran bahasa yang dipelajari sentiasa dijaga.
b. Aktiviti pengayaan
Selain aktiviti pemulihan, aktiviti pengayaan merupakan salah satu lagi elemen
intervensi dalam aspek pelaksanaan aktiviti pentaksiran dan penilaian Bahasa Melayu.
Dalam sesi temu bual bersama Cikgu Aqmal, Cikgu Saraj, Cikgu Dila, dan Cikgu
Shamil, pengkaji dimaklumkan bahawa peserta kajian menjalankan aktiviti pengayaan
kepada murid yang telah menguasai kemahiran yang diajar (G2\SA\Aqmal\TB:362-
363; G5\SC\Saraj\TB:302-304; G8\SD\Dila\TB:464-465; G12\SF\Shamil\TB:395-
397). Aktiviti pengayaan dilaksanakan bertujuan untuk memberi pengukuhan terhadap
kemahiran bahasa yang telah dikuasai oleh murid. Antara aktiviti pengayaan yang
dijalankan adalah seperti memberikan latihan atau kerja rumah, ujian topikal serta
penilaian formatif secara berterusan. Contoh petikan temu bual bersama Cikgu Aqmal
dan Cikgu Saraj ditunjukkan bagi menjelaskan dapatan tersebut.
“…saya biasa bagi aktiviti pengayaan sebagai kerja rumah dia orang lah
dan di sekolah pun ada juga. Tugasan ikut kebolehan murid…”
[G2\SA\Aqmal\TB:362-363]
“...selain berdasarkan aktiviti yang diberikan seperti latihan bertulis,
ujian topikal, sesi soal jawab, melaksanakan penambahbaikan PdPc
menggunakan strategi penaksiran formatif yang sesuai seperti pemulihan
dan pengayaan …”
[G5\SC\Saraj\TB:302-304]
Bagi memastikan aktiviti pengayaan berjalan dengan lancar, peserta kajian
turut menjalankan bimbingan dan pemantauan secara berterusan kepada semua murid.
Hasil kajian mengenai perkara tersebut seperti diungkapkan dalam sesi temu bual
bersama Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\TB:394-398), Cikgu Saraj (G5\SC\Saraj\TB:
304-305), dan Cikgu Norol (G4\SB\Norol\TB:399-402). Dapatan hasil temu bual ini
278
dapat diperhatikan dengan jelas melalui pemerhatian pengkaji terhadap sesi
pengajaran peserta kajian. Menerusi pemerhatian, peserta kajian menjalankan aktiviti
pengayaan seperti yang diucapkan dalam sesi temu bual. Dapatan kajian mengenai
perkara ini seperti dijelaskan melalui contoh catatan pemerhatian yang diberi.
Catatan Pemerhatian: Latihan pengayaan seperti menulis karangan
lengkap diberikan kepada murid yang telah berjaya menghuraikan ayat
topik dalam satu perenggan. Murid yang lemah menjalani latih tubi
dengan melengkapkan ayat dalam perenggan.
[G4\SB\Norol\CP2\KPK3]
Selain data pemerhatian, dapatan kajian diperkukuhkan melalui data analisis
dokumen RPH peserta kajian. Berdasarkan analisis, pengkaji mendapati semua peserta
kajian mencatatkan aktiviti pengayaan di dalam ruangan khas yang disediakan dalam
RPH. Hasil analisis dokumen mengenai dapatan tersebut boleh dirujuk dalam contoh
RPH peserta kajian (G1\SA\Chan\AD\RPH2; G2\SA\Aqmal\AD\RPH2; G4\SB\
Norol\AD\RPH2; G5\SC\Saraj\AD\RPH2; G11\SF\Fazli\AD\RPH2; G8\SD\Dila\AD\
RPH2; G12\SF\Shamil\AD\RPH2; G10\SE\Betha\AD\ RPH1).
Berdasarkan dapatan yang telah diperoleh menerusi temu bual, analisis
dokumen, dan pemerhatian, jelaslah bahawa semua peserta kajian mengambil berat
tentang keperluan mengadakan aktiviti pengayaan semasa mengendalikan pentaksiran
dan penilaian dalam PdPc Bahasa Melayu. Hal ini penting memandangkan setiap
murid yang diajar mempunyai kebolehan yang berbeza. Jadi, aktiviti pengayaan wajar
dilaksanakan bagi setiap aktiviti pentaksiran dan penilaian untuk memberi
pengukuhan terhadap kemahiran yang telah dikuasai oleh murid. Ringkasnya, dapatan
kajian mendapati semua peserta kajian tiada menghadapi masalah dalam
melaksanakan aktiviti pengayaan. Jika masa adalah penyebabnya, setidak-tidaknya
aktiviti pengayaan diberi kepada murid sebagai kerja rumah.
4.7.4 Rumusan
Sebagai rumusan, dapatan kajian ini telah menjawab soalan kajian ke-5, iaitu ‘Apakah
strategi pentaksiran dan penilaian pendekatan Kajian Pengajaran dalam pembelajaran
dan pemudahcaraan Bahasa Melayu. Dapatan kajian mengenal pasti tiga aspek utama
berkaitan strategi pentaksiran dan penilaian KP dalam PdPc Bahasa Melayu, iaitu
279
aspek perancangan, aspek pelaksanaan, dan aspek intervensi. Dalam kajian ini, hasil
kajian mendapati elemen yang perlu diambil kira ketika merancang aktiviti
pentaksiran dan penilaian adalah mengenal pasti kebolehan murid, merujuk objektif
pembelajaran, pentaksiran dan penilaian secara berfokus, menentukan kuantiti dan
kualiti soalan, serta menyesuaikan aktiviti pentaksiran dan penilaian dengan tempoh
masa PdPc yang telah dirancang. Bagi aspek pelaksanaan pula, dapatan kajian telah
memperoleh jenis penilaian yang digunakan dalam PdPc Bahasa Melayu, iaitu
penilaian lisan dan bertulis, manakala bagi aspek intervensi pula, peserta kajian
melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan. Jadual 4.11 menunjukkan
taburan pola bagi kategori dapatan setiap peserta kajian.
Jadual 4.11 Taburan pola kategori strategi pentaksiran dan penilaian pendekatan kajian
pengajaran dalam PdPc Bahasa Melayu
Peserta Kajian
Bil. Tema Sub Tema Chan
Aqmal
Mila
Norol
Saraj
Hedzal
Balqis
Dila
Hastika
Betha
Fazli
Shamil
Jumlah
1 Aspek mengenal pasti √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
perancangan kebolehan murid
pentaksiran dan merujuk objektif √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
penilaian pembelajaran
pentaksiran dan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
penilaian berfokus
menentukan kuantiti √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
dan kualiti soalan
pentaksiran sesuai √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
dengan masa PdPc
2 Aspek penilaian secara √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
pelaksanaan lisan
pentaksiran dan penilaian secara √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
penilaian bertulis
3 Aspek intervensi aktiviti pemulihan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
aktiviti pengayaan √ √ √ √ √ x x √ x √ √ √ 9
x – dapatan kategori dan tema kajian
Berdasarkan jadual, taburan pola menunjukkan semua peserta kajian mengenal
pasti kebolehan murid dan merujuk objektif pembelajaran terlebih dahulu sebelum
merancang bahan pentaksiran dan penilaian Bahasa Melayu. Selain itu, semua peserta
kajian juga didapati memilih bahan pentaksiran dan penilaian agar dapat disesuaikan
dengan tempoh masa PdPc yang telah dirancang. Selanjutnya, semua peserta kajian
280
turut merancang aktiviti pentaksiran dan penilaian secara berfokus berkaitan
kemahiran yang dipelajari. Dalam pada itu, semua peserta kajian juga mengambil kira
kualiti dan kuantiti soalan ketika merancang bahan pentaksiran dan penilaian.
Langkah ini bersesuaian dengan usaha guru untuk memastikan bahan pentaksiran dan
penilaian yang digunakan adalah sesuai dengan tahap kebolehan murid yang pelbagai.
Sementara itu, dapatan kajian juga mendapati semua peserta kajian
melaksanakan penilaian lisan dan penilaian bertulis dalam pengajaran. Penilaian lisan
dan bertulis disusuli dengan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Semua peserta kajian
turut melaksanakan aktiviti pemulihan dalam pengajaran, manakala hanya sembilan
peserta kajian yang melaksanakan aktiviti pengayaan. Seramai tiga lagi peserta kajian
tidak melaksanakan aktiviti pengayaan walaupun elemen tersebut dizahirkan dalam
RPH. Hal ini demikian memandangkan masa yang ditetapkan untuk aktiviti
penaksiran dan penilaian agak terhad. Ketiga-tiga peserta kajian juga didapati
meluangkan masa yang agak lama untuk aktiviti pemulihan.
Sebagai kesimpulan, berdasarkan dapatan temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen, pengkaji memberi kesimpulan bahawa pelaksanaan pendekatan KP dalam
PdPc Bahasa Melayu didapati dapat meningkatkan strategi pelaksanaan aktiviti
pentaksiran dan penilaian dalam pengajaran guru Bahasa Melayu. Tidak dinafikan
bahawa perkongsian ilmu melalui pendekatan KP telah memberi peluang kepada guru
Bahasa Melayu untuk memantapkan amalan pelaksanaan aktiviti pentaksiran dan
penilaian dalam pengajaran dengan lebih praktikal. Tegasnya, strategi pentaksiran dan
penilaian KP dalam PdPc Bahasa Melayu boleh diaplikasikan dalam pengajaran guru
sebagai penambahbaikan terhadap amalan pentaksiran dan penilaian Bahasa Melayu.
Rajah 4.5 menunjukkan tema, sub tema, dan sub-sub tema berkaitan dapatan
kajian tentang strategi pentaksiran dan penilaian kajian pengajaran dalam PdPc
Bahasa Melayu. Secara keseluruhan, strategi pentaksiran dan penilaian dalam PdPc
kajian pengajaran adalah terdiri tiga kategori iaitu (a) aspek perancangan pentaksiran
dan penilaian, (b) aspek pelaksanaan pentaksiran dan penilaian, dan (c) aspek
intervensi. Secara asasnya, kategori tersebut amat penting untuk diaplikasikan dalam
PdPc mata pelajaran Bahasa Melayu bagi memastikan kelestarian ilmu pengetahuan
yang telah dipelajari dapat dikuasai dengan sepenuhnya oleh murid.
281
Rajah 4.5 Strategi pentaksiran dan penilaian kajian pengajaran dalam PdPc Bahasa Melayu
282
4.8 KESIMPULAN
Bab ini telah menjelaskan dapatan kajian berkaitan pendekatan KP dalam PdPc mata
pelajaran Bahasa Melayu. Dapatan kajian telah dihuraikan berdasarkan lima persoalan
kajian, iaitu (a) Apakah kefahaman guru Bahasa Melayu tentang kajian pengajaran
sebagai program Pembangunan Profesionalisme Berterusan, (b) Apakah persepsi guru
tentang pelaksanaan kajian pengajaran dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
Bahasa Melayu, (c) Apakah kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH Bahasa
Melayu berasaskan pendekatan kajian pengajaran, (d) Apakah strategi pelaksanaan
aktiviti kajian pengajaran dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu,
dan (e) Apakah strategi pentaksiran dan penilaian pendekatan kajian pengajaran dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu. Rajah 4.6 menunjukkan rumusan
dapatan kajian serta hubung kait elemen kajian pengajaran dalam PdPc mata pelajaran
Bahasa Melayu hasil analisis Atlas.ti versi 7.5.16.
Secara keseluruhan, dapatan kajian bagi persoalan kajian pertama telah
mengenal pasti lima perkara penting berkaitan kefahaman guru tentang KP sebagai
program PPB. Lima perkara tersebut seperti penambahbaikan RPH, peningkatan
kualiti perkongsian ilmu, manfaat kehadiran Pakar Rujuk (PR) atau Knowledgeable
Others (KO), pembudayaan amalan kolaboratif, dan (e) peningkatan profesionalisme
guru. Bagi persoalan kajian ke-2, terdapat dua perkara utama berkaitan persepsi guru
tentang pelaksanaan KP dalam PdPc Bahasa Melayu, iaitu amalan pengajaran guru
dan amalan pembelajaran murid menurut persepsi guru. Bagi aspek amalan
pengajaran guru, pendekatan KP dipercayai meningkatkan pengetahuan kandungan,
memantapkan pengetahuan pedagogi, serta mengukuhkan pengurusan BSP.
Bagi amalan pembelajaran murid menurut persepsi guru pula, pendekatan KP
dipercayai dapat membina amalan pembelajaran murid dari aspek tumpuan dan
perhatian murid, penglibatan aktif murid, respons positif murid, murid berfikiran kritis
dan kreatif, memupuk bakat kepimpinan murid, refleksi pembelajaran murid, serta
mendorong amalan berdikari dalam kalangan murid. Seterusnya, bagi persoalan kajian
ke-3, terdapat empat elemen PdPc telah dikaitkan dengan kaedah menulis dan
mengaplikasikan RPH KP dalam PdPc Bahasa Melayu, iaitu objektif pembelajaran, isi
pelajaran, bahan sumber pembelajaran, dan kemahiran generik.
283
Sementara itu, bagi persoalan kajian ke-4, strategi pelaksanaan aktiviti KP
dalam PdPc Bahasa Melayu melibatkan aspek perancangan dan aspek pelaksanaan.
Aspek perancangan aktiviti PdPc merangkumi elemen seperti menjurus pencapaian
objektif pembelajaran, sesuai dengan kemahiran yang diajar, sesuai dengan
persekitaran murid, dan sesuai dengan tempoh masa PdPc. Seterusnya, bagi aspek
pelaksanaan aktiviti PdPc pula, aktiviti melibatkan elemen seperti aktiviti berpusatkan
murid, aktiviti PdPc dipelbagaikan, aktiviti PdPc mewujudkan interaksi pelbagai hala,
aktiviti PdPc melibatkan KBAT, serta aktiviti PdPc menggalakkan kreativiti dan
bermotivasi.
Akhirnya, persoalan kajian ke-5 telah mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga
aspek penting berkaitan strategi pentaksiran dan penilaian pendekatan KP dalam PdPc
Bahasa Melayu, iaitu aspek perancangan pentaksiran dan penilaian, aspek pelaksanaan
pentaksiran dan penilaian, serta aspek intervensi. Aspek perancangan melibatkan
elemen seperti mengenal pasti kebolehan murid, merujuk objektif pembelajaran,
pentaksiran dan penilaian secara berfokus, menentukan kuantiti dan kualiti soalan,
serta sesuai dengan masa PdPc. Seterusnya, aspek pelaksanaan melibatkan penilaian
lisan dan bertulis, manakala bagi aspek intervensi, elemen tersebut melibatkan aktiviti
pemulihan dan pengayaan.
Rumusannya, pelaksanaan pendekatan KP dalam PdPc mata pelajaran Bahasa
Melayu telah mengenal pasti kefahaman guru tentang KP sebagai program PPB secara
lebih meluas. Dapatan kajian juga telah mengenal pasti persepsi guru tentang
pelaksanaan KP dalam PdPc Bahasa Melayu. Seterusnya, hasil kajian telah mengenal
pasti kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH KP dalam PdPc Bahasa Melayu.
Selanjutnya, dapatan kajian telah memperoleh pelbagai strategi KP dalam pelaksanaan
aktiviti, serta pentaksiran dan penilaian dalam PdPc Bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat elemen pengajaran yang saling
berkaitan antara kategori, tema, dan sub tema dalam PdPc Bahasa Melayu.
Berdasarkan rajah, elemen pengajaran seperti objektif pembelajaran, isi
pelajaran, aktiviti PdPc, dan beberapa lagi elemen pengajaran yang lain didapati saling
berkaitan. Justeru, guru perlu mempunyai perancangan yang rapi dengan mengambil
kira hubungan yang wujud untuk menghasilkan PdPc yang lebih bermakna.
284
Rajah 4.6 Rumusan dan hubung kait elemen kajian pengajaran dalam PdPc Bahasa Melayu
berdasarkan analisis Atlas.ti versi 7.5.16
BAB V
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 PENGENALAN
Secara keseluruhan, pengkaji telah membincangkan dapatan kajian dalam Bab IV.
Seterusnya, perbincangan dalam bab ini mencakupi perkara seperti, (a) ringkasan
kajian, (b) perbincangan hasil kajian, (c) implikasi kajian, (d) sumbangan kajian, (e)
cadangan kajian lanjutan, dan (f) rumusan kajian.
5.2 RINGKASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pelaksanaan pendekatan KP dalam
PdPc mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian mencadangkan dua model
pengajaran bahasa, iaitu Model Kajian Pembelajaran dan Pemudahcaraan, serta Model
PdPc Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Model Kajian Pembelajaran dan
Pemudahcaraan dihasilkan bagi menyediakan suatu wahana atau peluang untuk
peningkatan profesionalisme guru Bahasa Melayu. Model tersebut adalah berasaskan
kajian pengajaran, penyelidikan atau penelitian terhadap pengajaran guru dalam bilik
darjah berkaitan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berkesan. Melalui
pendekatan ini, guru secara kolaboratif berusaha menghasilkan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid dan pengajaran guru.
Seterusnya, bagi Model PdPc Mata Pelajaran Bahasa Melayu, model tersebut
memberi fokus kepada amalan merancang dan melaksanakan PdPc Bahasa Melayu di
peringkat sekolah menengah. Kajian ini melibatkan 12 orang guru Bahasa Melayu di
enam buah sekolah menengah di Sarawak yang terlibat secara aktif dengan sesi PdPc
Bahasa Melayu berasaskan pendekatan KP.
286
Kajian yang dilaksanakan menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif
yang berpaksikan kaedah kajian satu kes pelbagai lokasi (Anderson 1998;
Merriam1988; Noriah Mohamed & Rohani Mohd Yusof 2004; Miles & Huberman
1994). Data kajian diperoleh melalui kaedah temu bual, analisis dokumen dan
pemerhatian. Huraian, tafsiran dan rumusan yang dilakukan dalam kalian ini adalah
berdasarkan penelitian tema, sub tema, kerangka teori dan soalan-soalan kajian yang
dibina (Merriam1988). Dapatan kajian secara keseluruhannya telah dilaporkan dalam
Bab IV. Huraian dan perbincangan adalah berdasarkan dapatan kajian tentang
pelaksanaan pendekatan KP dalam PdPc mata pelajaran Bahasa Melayu. Akhirnya,
dapatan kajian telah diperoleh bagi menjawab semua persoalan kajian yang telah
dibina dalam kajian ini. Dapatan persoalan kajian pertama dalam kajian ini
menjelaskan kefahaman guru tentang pendekatan KP sebagai program PPB dalam
PdPc Bahasa Melayu. Kefahaman guru dilihat daripada aspek penambahbaikan RPH,
peningkatan kualiti perkongsian ilmu, manfaat kehadiran Pakar Rujuk (PR) atau
Knowledgeable Others (KO), pembudayaan amalan kolaboratif, dan peningkatan
profesionalisme guru.
Seterusnya, dapatan kajian bagi persoalan kajian ke-2 menjelaskan persepsi
guru tentang pelaksanaan pendekatan KP dalam PdPc Bahasa Melayu. Persepsi guru
berkaitan pelaksanaan pendekatan KP dalam PdPc Bahasa Melayu diperlihatkan
melalui dua aspek, amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid menurut
perspektif guru. Persepsi guru tentang pelaksanaan pendekatan KP terhadap amalan
pengajaran guru menunjukkan bahawa KP meningkatkan pengetahuan kandungan,
memantapkan pengetahuan pedagogi guru, mengukuhkan pengurusan BSP, dan
meningkatkan pelaksanaan penilaian formatif. Seterusnya, persepsi guru tentang
pelaksanaan pendekatan KP terhadap amalan pembelajaran murid menunjukkan
bahawa KP menggalakkan tumpuan dan perhatian murid, mendorong penglibatan
aktif murid, mewujudkan respons positif murid, merangsang murid berfikiran kritis
dan kreatif, memupuk bakat kepimpinan murid, serta mendorong amalan berdikari.
Selanjutnya, dapatan persoalan kajian ke-3 menjelaskan kaedah guru Bahasa Melayu
menulis dan mengaplikasikan RPH Bahasa Melayu berdasarkan pendekatan KP.
Kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH KP diperlihatkan melalui empat elemen
PdPc, iaitu objektif pembelajaran, isi pelajaran, BSP, dan kemahiran generik.