137
moderator dan mengemukakan pandangan tentang hasil pembelajaran
murid serta kesesuaian isi kandungan pelajaran.
[G1\SA\Chan\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: PR memberi pendapat yang agak bernas tentang
kelemahan dalam RPH. PR mencadangkan penambahbaikan RPH dari
aspek perancangan aktiviti PdPc agar menjurus kepada pencapaian
objektif pembelajaran. Cikgu Fazli mendengar komen sambil membuat
catatan.
[G11\SF\Fazli\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: PR atau KO terlibat secara aktif dalam sesi refleksi
pengajaran Lesson Study untuk sama-sama menyumbang idea bagi
penambahbaikan RPH. Cikgu Norol mencatat semua komen untuk
dijadikan sebagai Laporan Refleksi Lesson Study.
[G4\SB\Norol\CP2\KPK3]
Dapatan kajian tersebut ditriangulasi melalui analisis dokumen terhadap RPH
KP setiap peserta kajian. Melalui penelitian, pengkaji mendapati maklumat berkaitan
PR atau KO yang dijemput hadir dalam pelaksanaan KP turut dicatatkan dalam RPH
KP bagi setiap peserta kajian yang terlibat (G1\SA\Chan\AD\RPH1; G11\SF\Fazli\
AD\RPH1). PR atau KO yang hadir dalam sesi pengajaran dan pemerhatian kajian
pengajaran terdiri daripada guru cemerlang, guru pakar mata pelajaran, guru kanan
akademik, guru kanan mata pelajaran, dan ketua panitia.
b. Pakar rujuk sebagai guru pakar mata pelajaran
Hasil temu bual turut melaporkan manfaat kehadiran pakar rujuk sebagai guru pakar
mata pelajaran. Menurut peserta kajian, perkongsian ilmu dan kemahiran bersama
guru yang berpengalaman meningkatkan pengetahuan kandungan subjek yang diajar
memandangkan PR adalah terdiri daripada kategori guru yang dianggap sebagai
Subject Matter Expert dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Petikan temu bual
berikut menjelaskan dapatan kajian tersebut.
“…amalan ini baik sebenarnya untuk menimba ilmu daripada rakan guru
yang lain termasuk KO. Sebab KO ini golongan yang boleh kita anggap
sebagai Subjek Metter Expert atau SME, jadi, amat baik dan sesuai lah
untuk membantu kekurangan …”
[G11\SF\Fazli\TB:37-39]
138
Dapatan kajian tersebut ditriangulasi melalui analisis dokumen terhadap RPH
KP setiap peserta kajian. Melalui penelitian, pengkaji mendapati maklumat berkaitan
PR atau KO yang dijemput hadir dalam pelaksanaan KP turut dicatatkan dalam RPH
KP bagi setiap peserta kajian yang terlibat (G11\SF\Fazli\AD\RPH1). Antara PR atau
KO yang dijemput hadir adalah terdiri daripada penolong kanan akademik, guru
cemerlang Bahasa Melayu, guru kanan bahasa, ketua panitia, dan pegawai SISC+
Bahasa Melayu. Peranan utama PR atau KO termasuk memberikan pandangan dan
idea terhadap pengajaran guru serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan
hasil pembelajaran murid. Dapatan kajian turut dibuktikan melalui contoh catatan
pemerhatian yang diberi.
Catatan Pemerhatian: Seramai enam ahli kumpulan KP termasuk Cikgu
Fazli sedang melakukan refleksi pengajaran guru bersama PR atau KO.
PR atau KO yang hadir merupakan Guru Kanan Bahasa.
[G11\SF\Fazli \CP1\KPK3]
Kesimpulannya, berdasarkan dapatan temu bual, analisis dokumen dan catatan
pemerhatian pengkaji, kajian ini mendapati bahawa kehadiran PR sebagai moderator
atau pemudah cara dalam sesi refleksi membantu meningkatkan kemahiran PdPc
Bahasa Melayu. Kehadiran PR yang dianggap sebagai SME merupakan pakar rujuk
PdPc berkesan di samping meningkatkan pengetahuan pedagogi dan pengetahuan
kandungan guru dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tegasnya, kehadiran PR
adalah semata-mata untuk memberi penambahbaikan RPH, perkongsian idea terhadap
pengajaran guru, serta cadangan untuk meningkatkan hasil pembelajaran murid.
4.3.4 Pembudayaan Amalan Kolaboratif
Salah satu daripada prinsip asas KP ialah membina budaya kolaboratif. Justeru,
kefahaman guru Bahasa Melayu tentang pendekatan KP sebagai PPB amat menepati
dapatan ini. Dapatan tersebut diperoleh melalui temu bual, dan catatan pemerhatian
oleh pengkaji. Melalui temu bual, pengkaji dimaklumkan bahawa menerusi panitia
mata pelajaran, amalan PdPc Bahasa Melayu melalui pendekatan KP berupaya
membina amalan kolaboratif dalam kalangan guru menerusi peranan yang dimainkan,
iaitu (a) peranan guru pakar mata pelajaran, (b) peranan guru cemerlang, dan (c)
peranan panitia mata pelajaran.
139
a. Peranan guru pakar mata pelajaran
Kefahaman guru tentang KP dalam PdPc Bahasa Melayu dipercayai membina
pembudayaan amalan kolaboratif dalam kalangan guru. Hasil temu bual bersama
Cikgu Aqmal dan Cikgu Dila melaporkan bahawa gabungan tenaga guru pakar mata
pelajaran dan guru berpengalaman telah membina amalan kolaboratif dalam kalangan
guru. Contoh dapatan kajian seperti ditunjukkan dalam petikan temu bual berikut.
“…aa…misalnya dalam satu panitia, apabila kita dapat bergabung
tenaga dengan ramai guru pakar dan berpengalaman, ini memang banyak
membantu…”
[G2\S1\Aqmal\TB: 40-41]
“…kolaborasi antara guru pakar, guru berpengalaman dengan guru
novis amat penting lah. Para guru boleh berkongsi idea, pendapat
masing-masing berbanding apabila seorang guru sahaja berfikir untuk
mengajar satu-satu topik tersebut …”
[G8\SD\Dila\TB: 49-51]
Triangulasi data melalui analisis dokumen terhadap RPH KP menunjukkan
guru pakar yang dijemput dalam sesi KP turut tercatat dalam RPH KP
(G2\SA\Aqmal\AD\RPH1; G8\SD\Dila\AD\RPH1). Seterusnya, hasil pemerhatian
terhadap KP yang dilaksanakan oleh guru, pengkaji dapat menyaksikan dengan jelas
bagaimana amalan budaya kolaboratif terbina dalam kalangan guru pakar bersama
peserta kajian. Sepanjang sesi pemerhatian, guru pakar mata pelajaran (SME) yang
terlibat dengan KP bekerjasama menyumbang idea untuk mencapai matlamat
perbincangan. Gambaran mengenai dapatan kajian tersebut seperti terdapat dalam
catatan pemerhatian terhadap sesi KP Cikgu Dila.
Catatan Pemerhatian: Kerjasama antara enam anggota dalam kumpulan
KP berjaya melaksanakan satu sesi PdPc yang menarik. Sesi pengajaran
disampaikan oleh Cikgu Dila di Tingkatan 4ST1. Kelihatan seorang guru
pakar (SME) hadir bersama.
[G8\SD\Dila\CP2\KPK3]
Berdasarkan dapatan temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian, jelaslah
bahawa penglibatan guru pakar dalam pendekatan KP berupaya memupuk amalan
pembudayaan kolaboratif dalam kalangan guru. Kerjasama yang disumbangkan oleh
140
semua ahli KP bersama guru pakar memudahkan penyampaian dan perkongsian ilmu
dengan lebih bermakna.
b. Peranan guru cemerlang
Tidak dinafikan bahawa KP dalam PdPc Bahasa Melayu turut membina amalan
kolaboratif melalui kerjasama guru cemerlang. Melalui temu bual bersama peserta
kajian menjelaskan bahawa hasil perkongsian ilmu bersama guru cemerlang
dipercayai amat berguna untuk meningkatkan amalan PdPc guru di bilik darjah.
Dapatan berkaitan perkara tersebut seperti dijelaskan dalam contoh petikan temu bual
bersama Cikgu Chan, Cikgu Hedzal dan Cikgu Betha.
“…guru cemerlang, guru berpengalaman dan guru baharu pun kita tidak
boleh ketepikan. Semua mereka ini memiliki ilmu yang berbeza-beza. Jadi,
perkongsian ilmu bersama mereka ini sangat baik kerana boleh
menggalakkan semangat kerjasama…”
[G1\SA\Chan\TB:39-43]
“…kehadiran guru cemerlang amat penting dalam kajian pengajaran
kerana guru-guru, khususnya guru novis boleh berkongsi idea tentang
ilmu pedagogi …”
[G6\SC\Hedzal\TB:518 - 520]
“…kajian pengajaran ini dia aaa menitikberatkan amalan kolaboratif.
Jadi, dalam pendekatan ini, khidmat bantu guru cemerlang terhadap
semua guru dalam satu panitia itu amat penting kerana aaa… mereka
akan sama-sama mengeluarkan pendapat, kita boleh bekerjasama dalam
merancang RPH …”
[G10\SE\Betha\TB: 758-761, 767-768]
Dapatan kajian tersebut dibuktikan dengan hasil analisis dokumen terhadap
RPH KP peserta kajian (G1\SA\Chan\AD\RPH2; G6\SC\Hedzal\AD\RPH2;
G10\SE\Betha\AD\RPH1). Melalui penelitian pengkaji, kehadiran guru cemerlang
turut tercatat dalam RPH yang disediakan. Malahan, dalam sesi pemerhatian yang
dilakukan, pengkaji dapat menyaksikan guru cemerlang hadir bersama kumpulan guru
kajian pengajaran untuk menjayakan KP dalam Kitaran 3, Kitaran 4 dan Kitaran 5.
Penyertaan yang baik sepanjang menjalani tiga kitaran tersebut menunjukkan peranan
yang dimainkan guru cemerlang dalam menjayakan kajian pengajaran amat jelas.
141
Catatan pemerhatian mengenai perkara tersebut seperti digambarkan dalam catatan
pemerhatian KP yang dilaksanakan oleh Cikgu Chan, Cikgu Hedzal dan Cikgu Betha.
Catatan Pemerhatian: Cikgu Chan dan ahli kumpulan KP yang lain
mengadakan perbincangan bersama guru cemerlang Bahasa Melayu
untuk mengenal pasti hasil pembelajaran murid bagi topik yang telah
diajar. Perbincangan mendapat kerjasama sepenuhnya melalui
penglibatan aktif semua ahli KP.
[G1\SA\Chan\CP2\KPK4]
Catatan Pemerhatian: Sesi refleksi dan maklum balas dihadiri guru
cemerlang. Perbincangan memberi fokus masalah dan hasil pembelajaran
murid. Guru cemerlang menyarankan bahawa guru perlu menyediakan
aktiviti serta penilaian formatif berdasarkan aras kognitif murid.
[G6\SC\Hedzal\CP2\KPK2]
Catatan Pemerhatian: Sesi refleksi dimulakan dengan melihat semula
matlamat kajian pengajaran. Guru cemerlang didapati memberi pendapat
tentang keperluan untuk penambahbaikan RPH dan sesi pengajaran
semula. Semua ahli mencapai kata sepakat untuk melakukan sesi
pengajaran RPH semula.
[G10\SE\Betha\CP1\KPK4]
Berdasarkan dapatan temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian, dapatlah
dirumuskan bahawa perkongsian ilmu bersama guru cemerlang menggalakkan
pembudayaan amalan kolaboratif dalam kalangan guru kumpulan KP. Melalui
kerjasama yang ditunjukkan, sudah pasti perbincangan guru mencapai manfaat seperti
yang dihasratkan.
c. Peranan panitia mata pelajaran
Amalan PdPc Bahasa Melayu melalui pendekatan KP turut menyumbang amalan
kolaboratif dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Dapatan kajian mengenai perkara
tersebut seperti dilaporkan dalam sesi temu bual bersama peserta kajian. Hasil temu
bual, panitia memainkan peranan untuk menggembleng tenaga semua guru Bahasa
Melayu di bawah pimpinannya untuk memastikan subjek yang diajar mencapai
kecemerlangan. Peranan panitia dalam hal tersebut selaras dengan prinsip KP yang
menitikberatkan amalan kolaboratif. Dapatan mengenai perkara ini seperti dinyatakan
dalam contoh petikan temu bual bersama Cikgu Balqis dan Cikgu Betha.
142
Menurut Cikgu Balqis, perkongsian ilmu antara guru berpengalaman dan guru
baharu dipercayai memberi sumbangan yang berguna dalam pelaksanaan KP. Hal ini
demikian kerana menurut beliau, pendekatan KP memberi ruang dan peluang kepada
semua guru di bawah satu panitia berkongsi pengetahuan dengan lebih luas tentang
strategi PdPc yang berkesan. Bagi Cikgu Betha pula, pendekatan kajian pengajaran
membolehkan semua guru baharu dan berpengalaman dalam satu panitia bekerjasama
untuk memikirkan penyelesaian kepada masalah pembelajaran murid. Dalam hal ini,
guru dipercayai sama-sama memberi pendapat dalam merancang RPH yang lebih
mantap. Berikut adalah contoh petikan temu bual bersama Cikgu Balqis dan Cikgu
Betha bagi menjelaskan dapatan kajian mengenai perkara tersebut.
“…memandangkan prinsip KP ini dia aaa menitikberatkan amalan
kolaboratif. Maka, pendekatan KP ini memberi ruang dan peluang kepada
semua guru di bawah satu panitia berkongsi pengetahuan dengan lebih
luas…”
[G7\SD\Balqis\TB:72-75]
“…dalam pendekatan kajian pengajaran, semua guru baharu dan
berpengalaman dalam satu panitia itu boleh bekerjasama memikirkan
penyelesaian kepada masalah pembelajaran murid kita lah, jadi mereka
akan sama-sama memberi pendapat dalam merancang RPH …”
[G10\SE\Betha\TB:42-44, 53-54]
Melalui sesi pemerhatian pula, pengkaji mendapati perkongsian ilmu antara
guru berpengalaman dan guru baharu atau guru novis memberi input yang amat
berguna berkaitan strategi PdPc yang berkesan. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji
mendapati kumpulan KP adalah terdiri daripada guru baharu dan berpengalaman.
Hasil kajian mendapati peserta kajian yang terlibat dalam KP saling bekerjasama
untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan secara bersama ketika merancang
RPH, menentukan aktiviti PdPc, menyediakan BSP, melaksanakan sesi pengajaran,
sesi refleksi pengajaran guru, dan penambahbaikan RPH. Pendek kata, amalan
kolaboratif dalam kalangan peserta kajian seperti dizahirkan dalam contoh catatan
pemerhatian ini.
Catatan Pemerhatian: Sesi pelaksanaan kajian pengajaran didapati
melibatkan guru baharu, guru berpengalaman, dan ketua panitia.
Perbincangan kali ini memberi fokus masalah pembelajaran murid dalam
143
penulisan format Surat Kiriman Rasmi. Perbincangan mencapai hasil
melalui permuafakatan semua ahli dalam kumpulan kajian pengajaran.
[G7\SD\Balqis\CP2\KPK2]
Catatan Pemerhatian: Sesi perbincangan melibatkan Cikgu Betha yang
bakal menyampaikan pengajaran KP. Ahli kumpulan terdiri daripada
guru baharu dan berpengalaman. Semua ahli KP menyumbang idea untuk
memikirkan aktiviti berpusatkan murid. Akhirnya, satu RPH KP yang
lengkap dengan BSP, dan lembaran kerja untuk penilaian bertulis.
[G10\SE\Betha\CP2\KPK2]
Berdasarkan dapatan temu bual dan pemerhatian, disimpulkan bahawa atas
fahaman bahawa setiap orang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang berbeza,
maka kerjasama yang erat antara guru pakar, guru cemerlang, guru berpengalaman,
guru baharu, ketua panitia, dan lain-lain pihak yang dianggap sebagai SME perlu
dititikberatkan bagi meningkatkan amalan PdPc yang bermakna. Sesungguhnya,
amalan kolaboratif memerlukan kerjasama yang tinggi antara semua ahli kumpulan.
4.3.5 Peningkatan Profesionalisme Guru
Dapatan kajian berkaitan kefahaman guru tentang pendekatan KP turut melaporkan
bahawa pendekatan tersebut berupaya meningkatkan profesionalisme guru. Hasil
kajian melalui temu bual melaporkan bahawa pengalaman pengajaran guru melalui
pendekatan KP dipercayai membentuk sifat seorang guru yang profesional melalui
ciri-ciri peribadi seperti, (a) bersifat terbuka, (b) berfikiran positif, (c) membina
keyakinan dan jati diri, dan (d) milik nilai sepunya.
a. Bersifat terbuka
Salah satu daripada ciri-ciri peribadi yang membentuk peningkatan profesional guru
melalui pendekatan KP ialah sifat terbuka. Hasil temu bual bersama Cikgu Norol,
Cikgu Aqmal dan Cikgu Chan, pengkaji difahamkan bahawa amalan KP yang bersifat
terbuka dalam sebarang teguran dan kritikan dapat membentuk guru menjadi seorang
yang profesional. Hal ini demikian kerana teguran dan kritikan yang membina
menjadikan guru turut bersifat terbuka dalam PdPc di bilik darjah. Dapatan kajian ini
dijelaskan dalam contoh petikan temu bual bersama Cikgu Norol dan Cikgu Aqmal.
144
“…sebenarnya amalan KP ini bersifat profesional kerana sebarang
kritikan atau teguran adalah membina yang bertujuan emm meningkatkan
profesionalisme guru. Jadi, aaa … untuk profesional kenalah bersifat
terbuka dalam PdPc…”
[G4\SB\Norol\TB:29-32]
“…kita bersifat lebih profesional apabila kita berfikiran terbuka dan
mudah menerima kritikan dan teguran …”
[G2\SA\Aqmal\TB:41-42]
Dapatan kajian turut dibuktikan melalui catatan pemerhatian pengkaji terhadap
sesi maklum balas guru dalam kitaran KP ke-4. Melalui pemerhatian, semua guru
yang terlibat dengan pelaksanaan KP kelihatan begitu tekun mendengar sebarang
kritikan dan teguran daripada rakan KP. Walaupun adakala berlaku ketegangan dalam
sesi perbincangan, namun akhirnya perbincangan berakhir dengan beberapa cadangan
penambahbaikan untuk RPH dan PdPc guru akan datang. Gambaran mengenai
dapatan kajian tersebut turut dicatat sebagai catatan pemerhatian pengkaji.
Catatan Pemerhatian: Berlaku sedikit ketegangan dalam sesi refleksi
pengajaran guru. Ahli kumpulan mengambil lebih banyak masa untuk
membincangkan masalah pembelajaran murid dalam menulis karangan
berformat. Perbincangan akhirnya selesai dengan adanya permuafakatan
antara semua pihak tentang cadangan idea untuk penambahbaikan RPH
dan PdPc guru.
[G4\SE\Norol\CP2\KPK4]
Berdasarkan data temu bual dan pemerhatian kajian, jelaslah bahawa sifat
terbuka guru melalui teguran dan kritikan membina dalam KP membantu peningkatan
profesionalisme guru. Dalam hal ini, amalan kritikan dan teguran yang membina
dalam KP memberi peluang kepada guru untuk melakukan muhasabah diri bagi
memikirkan penambahbaikan terhadap kekurangan yang dialami sebelum ini.
b. Berfikiran positif
Peningkatan profesionalisme guru turut dikaitkan dengan ciri-ciri peribadi seperti
berfikiran positif. Hasil temu bual bersama peserta kajian melaporkan bahawa
pengalaman mengikuti KP dalam PdPc Bahasa Melayu membentuk karakter guru
melalui ciri-ciri peribadi berfikiran positif yang ditunjukkan semasa menerima teguran
145
dan kritikan membina oleh rakan KP. Dapatan kajian ini terdapat dalam petikan temu
bual bersama Cikgu Chan.
“…Pengalaman ini membentuk karakter kita sebagai guru yang
profesional kerana kita boleh berfikiran positif lah, dan bersifat terbuka
semasa menerima kritikan …”
[G1\SA\Chan\TB:45-47]
Seseorang guru yang berfikiran positif dipercayai dapat menerima perubahan
dengan mudah melalui kritikan dan teguran yang membina. Dapatan mengenai
perkara ini turut dikemukakan dalam petikan temu bual bersama Cikgu Betha.
Menurut beliau, pendekatan KP meningkatkan profesionalisme guru jika guru
bersedia menerima perubahan. Petikan perbualan bersama Cikgu Betha membuktikan
dapatan kajian berkaitan perkara tersebut.
“…KP ini dapat meningkatkan profesionalisme guru jika kita bersedia
menerima perubahan. Jadi, kritikan dan teguran dalam KP meningkatkan
kemahiran pengajaran dan …”
[G2\SE\Betha\TB:39-41]
Data pemerhatian turut mengukuhkan dapatan kajian tersebut. Melalui
pemerhatian dan pengamatan secara teliti, pengkaji mendapati sesi perbincangan KP
berlangsung dengan baik. Walaupun pada mulanya perbincangan berlaku agak
rencam, namun melalui sifat positif yang ditunjukkan, guru mencapai kata sepakat
untuk menerima cadangan bagi penambahbaikan RPH dan PdPc guru.
Catatan Pemerhatian: Semua ahli kumpulan menunjukkan sikap yang
positif dalam sesi refleksi pengajaran guru. Semangat kerjasama, bersifat
terbuka dan permuafakatan antara semua ahli kumpulan KP menjadikan
sesi refleksi berjalan dengan lancar. Cadangan penambahbaikan RPH
dan PdPc guru diterima dengan baik oleh semua guru yang terlibat dalam
perbincangan KP.
[G10\SE\Betha\CP\KPK4]
Berdasarkan dapatan temu bual dan pemerhatian, disimpulkan bahawa KP
meningkatkan profesionalisme guru melalui pemikiran positif yang ditunjukkan dalam
sesi perbincangan KP. Pemikiran positif amat penting jika seseorang guru ingin
melakukan perubahan dalam proses PdPc untuk menjadi guru yang profesional.
146
c. Membina keyakinan diri
Dapatan kajian berkaitan kefahaman guru Bahasa Melayu tentang KP seterusnya turut
melaporkan bahawa KP dipercayai meningkatkan profesionalisme guru melalui ciri-
ciri peribadi seperti keyakinan diri guru. Hal ini seperti dilaporkan dalam temu bual
bersama Cikgu Hedzal.
“…dapat memberi keyakinan dan jati diri kepada kita lah, bila ada
confident, sekaligus menjadikan kita lebih bersikap profesional ...”
[G6\SC\Hedzal\TB:56-58]
Menurut Cikgu Hedzal, untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru
itu harus mempunyai keyakinan diri yang kukuh untuk membentuk keperibadian guru
yang utuh. Menerusi pemerhatian pengajaran yang dilakukan oleh pengkaji, peserta
kajian kelihatan mempunyai keyakinan yang tinggi semasa menyampaikan pengajaran
di hadapan kelas walaupun diperhatikan oleh ramai guru ketika menjalani Kitaran 3
KP. Dapatan mengenai perkara tersebut seperti digambarkan dalam catatan
pemerhatian berikut.
Catatan Pemerhatian: Sesi pengajaran guru berjalan dengan lancar.
Cikgu Hedzal kelihatan begitu yakin menyampaikan topik pelajaran yang
dianggap sukar dalam PdPc kali ini, iaitu topik pelajaran berkaitan
penulisan kreatif. Sesi pengajaran dilaksanakan oleh Cikgu Hedzal di
kelas 5ST3.
[G6\SC\Hedzal\CP2\KPK3]
Kesimpulannya, dapatan kajian merumuskan bahawa KP dalam PdPc Bahasa
Melayu dapat meningkatkan profesionalisme guru melalui terbinanya keyakinan dan
jati diri. Oleh itu, keyakinan dan jati diri guru amat penting untuk menjadi seorang
guru yang profesional dalam PdPc Bahasa Melayu.
d. Milik nilai sepunya
Kefahaman guru Bahasa Melayu tentang pendekatan KP menyatakan bahawa
profesionalisme guru meningkat apabila guru memiliki nilai sepunya dalam diri. Hasil
temu bual bersama Cikgu Balqis menjelaskan bahawa nilai sepunya yang ada pada
seseorang guru memupuk rasa bertanggungjawab dalam kalangan guru. Perasaan
147
tersebut menyedarkan guru tentang keperluan untuk melengkapkan diri dengan
kepelbagaian ilmu bagi membentuk nilai profesional guru. Hal ini seperti dijelaskan
dalam petikan temu bual bersama Cikgu Balqis.
“…memupuk nilai sepunya dan bertanggungjawab dan ada keinginan
melengkapkan diri kita dengan ilmu yang pelbagai. Jadi, secara tidak
langsung jika semua ini ada pada kita, sudah pasti dapat membentuk nilai
profesionalisme dalam diri kita …”
[G7\SD\Balqis\TB:27-30]
Triangulasi data melalui pemerhatian oleh pengkaji dalam kitaran KP ke-4 dan
ke-5 telah mengesahkan dapatan kajian tersebut. Hasil pemerhatian menunjukkan
guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan yang telah dicapai dalam
perbincangan KP. Dalam kajian ini, guru didapati merancang dan mengaplikasikan
RPH KP untuk PdPc Bahasa Melayu dengan penuh tanggungjawab. Dapatan kajian
seperti digambarkan dalam catatan pemerhatian oleh pengkaji.
Catatan Pemerhatian: Semua ahli kumpulan KP menyumbang idea untuk
menghasilkan RPH yang lengkap. Perbincangan merangkumi objektif
pembelajaran, aktiviti PdPc, BSP, aktiviti penilaian, dan sebagainya. Sesi
perbincangan berjalan dengan lancar.
[G7\SD\Balqis\CP2\KPK4]
Berdasarkan dapatan temu bual dan pemerhatian, pengkaji menyimpulkan
bahawa PdPc Bahasa Melayu melalui pendekatan KP meningkatkan profesionalisme
guru. Tegasnya, nilai sepunya amat penting dan perlu ada pada setiap guru Bahasa
Melayu untuk menjadi lebih bertanggungjawab.
4.3.6 Rumusan
Dapatan kajian telah menjawab soalan kajian pertama, iaitu Apakah kefahaman guru
tentang pendekatan kajian pengajaran sebagai program Pembangunan Profesionalisme
Berterusan. Sebagai rumusan, kefahaman guru tentang pendekatan KP sebagai PPB
adalah pendekatan tersebut meningkatkan penambahbaikan RPH, menggalakkan
perkongsian ilmu melalui sesi refleksi pengajaran, memperoleh manfaat kehadiran
PR, membina amalan kolaboratif, dan meningkatkan profesionalisme guru. Jadual 4.3
menjelaskan secara terperinci kefahaman peserta kajian tentang pendekatan tersebut.
148
Jadual 4.3 Taburan pola kategori kefahaman guru tentang pendekatan kajian pengajaran
sebagai program PPB
Peserta Kajian
Chan
Bil. Tema Sub Tema Aqmal
Mila
Norol
Saraj
Hedzal
Balqis
Dila
Hastika
Betha
Fazli
Shamil
Jumlah
1 Penambahbaikan bincang masalah
Rancangan pembelajaran √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
Pelajaran murid
Harian (RPH) PdPc berfokuskan
hasil pembelajaran
murid √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
2 Peningkatan kekuatan dan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
kualiti kelemahan RPH
perkongsian kekuatan dan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
ilmu
kelemahan PdPc
guru
3 Manfaat PR sebagai √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
kehadiran pemudah cara
pakar rujuk PR sebagai guru √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
pakar mata
pelajaran
4 Pembudayaan peranan guru pakar √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
amalan peranan guru √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
kolaboratif cemerlang
peranan panitia √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
mata pelajaran
5 Peningkatan bersifat terbuka √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
profesionalisme berfikiran positif √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
guru
keyakinan diri xxxx√√xxxxxx2
milik nilai sepunya x x x x x x √ x √ x x x 2
x – dapatan kategori dan tema kajian
Berdasarkan Jadual 4.3, taburan pola menunjukkan peserta kajian mempunyai
kefahaman yang pelbagai tentang pendekatan KP. Hasil temu bual, analisis dokumen
dan pemerhatian pengajaran, pengkaji mendapati semua peserta kajian menyokong
semua elemen pengajaran yang berkaitan dengan aspek penambahbaikan RPH,
peningkatan kualiti perkongsian ilmu, memperoleh manfaat melalui kehadiran PR,
dan pembudayaan amalan kolaboratif. Melalui pelaksanaan pendekatan KP, semua
peserta kajian didapati bersetuju bahawa pendekatan tersebut telah memberi peluang
kepada guru untuk melakukan penambahbaikan RPH melalui perbincangan yang
memberi fokus kepada masalah pembelajaran murid, serta hasil pembelajaran murid.
Tegasnya, prinsip asas KP memberi penekanan kepada penyediaan RPH yang dapat
memberi fokus kepada pembelajaran murid.
149
Seterusnya, semua peserta kajian bersetuju bahawa pendekatan KP
meningkatkan kualiti perkongsian ilmu melalui perbincangan yang teliti tentang
kekuatan dan kelemahan RPH, serta kekuatan dan kelemahan PdPc guru. Selanjutnya,
semua peserta kajian juga didapati bersetuju bahawa pendekatan KP memberi manfaat
kepada guru melalui kehadiran pakar rujuk. Kehadiran pakar rujuk yang dianggap
sebagai pemudah cara dan juga guru pakar mata pelajaran dipercayai menyumbang
kefahaman yang luas berkaitan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdPc yang
sesuai untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Seterusnya, semua peserta kajian
didapati bersependapat bahawa PdPc Bahasa Melayu melalui KP berupaya
membudayakan amalan kolaboratif dalam kalangan guru melalui perkongsian amalan
bersama guru pakar, guru cemerlang dan ketua panitia.
Akhir sekali, dapatan kajian mendapati semua peserta kajian yang berpendapat
bahawa PdPc Bahasa Melayu menerusi KP berupaya meningkatkan profesionalisme
guru melalui sifat berfikiran terbuka dan positif terhadap kritikan dan teguran dalam
sesi perbincangan dan sesi refleksi KP. Walau bagaimanapun, hanya dua peserta
kajian yang berpendapat bahawa pendekatan KP meningkatkan keyakinan diri serta
memupuk nilai sepunya dalam kalangan guru, manakala sepuluh lagi peserta kajian
lebih mengharapkan jika kitaran KP dapat diringkaskan bagi memudahkan
pelaksanaannya. Bagi mereka, kitaran kajian pengajaran yang lebih ringkas dapat
mengoptimumkan masa guru yang terlibat dengan program pembudayaan Komuniti
Pembelajaran Profesional dengan lebih mudah. Saranan ini amat sesuai dan
memerlukan penelitian agar setiap perubahan yang berlaku memberi impak yang
positif kepada guru dan juga murid.
Rajah 4.1 menunjukkan tema dan sub tema dapatan kajian berkaitan
kefahaman guru tentang kajian pengajaran sebagai program Pembangunan
Profesionalisme Berterusan untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran guru dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu. Berdasarkan rajah, empat elemen
pengajaran yang telah dikenal pasti untuk membantu kefahaman guru dengan lebih
lanjut tentang manfaat KP sebagai program PPB. Ringkasnya, PdPc Bahasa Melayu
melalui KP dipercayai dapat membuka lembaran baharu kepada guru untuk
mencorakkan PdPc yang sesuai dan menarik bagi melengkapkan diri dengan situasi
pembelajaran abad ke-21.
150
Rajah 4.1 Kefahaman guru tentang kajian pengajaran sebagai program Pembangunan
Profesionalisme Berterusan
151
4.4 PERSEPSI GURU TENTANG PELAKSANAAN KAJIAN PENGAJARAN
DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN BAHASA MELAYU
Dapatan kajian seterusnya melaporkan dapatan bagi persoalan kajian yang ke-2, iaitu
Apakah persepsi guru tentang pelaksanaan kajian pengajaran (KP) dalam PdPc
Bahasa Melayu. Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji memperoleh data
melalui temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Hasil temu bual, analisis
dokumen dan pemerhatian, persepsi guru tentang pelaksanaan KP dalam PdPc Bahasa
Melayu dipecahkan kepada dua bahagian utama, iaitu (a) amalan pengajaran guru, dan
(b) amalan pembelajaran murid menurut persepsi guru. Jadual 4.4 menunjukkan
senarai kategori tema dan sub tema bagi menjelaskan persepsi guru tentang
pelaksanaan pendekatan KP dalam PdPc Bahasa Melayu.
Jadual 4.4 Senarai kategori, tema, dan sub tema persepsi guru tentang pelaksanaan kajian
pengajaran dalam PdPc Bahasa Melayu
Kategori Tema Sub Tema
a. amalan
Persepsi guru tentang meningkatkan pengetahuan
pelaksanaan kajian pengajaran guru kandungan
pengajaran dalam PdPc
Bahasa Melayu b. amalan pemantapan pengetahuan pedagogi
pembelajaran pengurusan bahan sumber
murid menurut
persepsi guru pembelajaran
tumpuan dan perhatian murid
penglibatan aktif murid
respons positif murid
murid berfikiran kritis dan kreatif
memupuk bakat kepimpinan murid
refleksi pembelajaran murid
mendorong amalan berdikari
Bagi mendapatkan gambaran dan pemahaman yang lebih jelas tentang tema-
tema yang diperoleh, pengkaji menghuraikan setiap tema secara terperinci
berdasarkan dapatan temu bual, verbatim pemerhatian, dan catatan pemerhatian oleh
pengkaji di lokasi kajian.
4.4.1 Amalan Pengajaran Guru
Hasil analisis data terhadap maklumat temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen,
dapatan kajian mendapati sekurang-kurangnya empat elemen penting telah dikaitkan
dengan persepsi guru tentang pelaksanaan pendekatan KP terhadap amalan pengajaran
152
guru. Antara persepsi guru adalah, (a) meningkatkan pengetahuan kandungan, (b)
pemantapan pengetahuan pedagogi, dan (c) pengurusan BSP. Elemen tersebut
merupakan perkara penting yang diperoleh melalui perkongsian pengalaman berkaitan
pelaksanaan KP dalam PdPc Bahasa Melayu. Berikut adalah huraian yang lebih lanjut
berkaitan dapatan kajian tersebut.
a. Meningkatkan pengetahuan kandungan
Pengetahuan kandungan guru memainkan peranan penting dalam PdPc Bahasa
Melayu. Kekuatan guru dalam pengetahuan kandungan tentang subjek yang diajar
membantu pembelajaran murid dengan lebih mudah. Dapatan kajian diperoleh melalui
data utama, iaitu temu bual dan disokong oleh data analisis dokumen dan
pemerhatian. Dalam kajian ini, amalan PdPc Bahasa Melayu melalui KP mengaitkan
pengetahuan kandungan guru dengan penguasaan isi pelajaran. Dalam sesi temu bual
bersama peserta kajian, sekurang-kurangnya enam orang menyatakan bahawa guru
seharusnya menguasai isi pelajaran terlebih dahulu sebelum menyampaikan
pengajaran kepada murid. Menurut peserta kajian, guru yang mempunyai pengetahuan
kandungan yang baik dipercayai dapat menyampaikan penerangan atau penjelasan
tentang isi pelajaran dengan lebih berkesan.
Dapatan kajian mengenai perkara tersebut seperti diungkapkan dalam petikan
temu bual bersama Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:200-202), Cikgu Norol
(G4\SB\Norol\ TB:216-217), Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB:158-161), Cikgu Dila
(G8\SD\Dila\ TB:264-266), Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\TB:193-195), dan Cikgu
Hastika (G9\SE\ Hastika\TB:175-178). Contoh dapatan temu bual bagi menerangkan
dapatan tersebut ditunjukkan dalam petikan temu bual bersama Cikgu Balqis dan
Cikgu Hastika.
“…dalam menyampaikan ilmu pengetahuan ni sebenarnya guru terlebih
dahulu perlu menguasai isi pelajaran yang nak diajar. Kalau tak
memahami bagaimana nak menerangkan kepada pelajar dengan cara
yang lebih mudah dan ringkas…”
[G7\SD\Balqis\TB: 158-161]
“… guru perlu menguasai ilmu dalam topik pembelajaran pada hari itu
terlebih dahulu. Hal ini penting supaya.... sekiranya murid itu mempunyai
153
masalah atau ada pertanyaan topik pada hari itu guru dapat memberikan
penjelasan dengan lebih baik dan mudah difahami oleh mereka …”
[G9\SE\Hastika\TB:175-178]
Triangulasi melalui data pemerhatian oleh pengkaji turut menyaksikan dapatan
kajian tersebut. Berdasarkan pemerhatian, semua peserta kajian didapati menguasai isi
pelajaran yang diajar kepada murid dengan baik. Senario yang dimaksudkan berlaku
apabila peserta kajian berusaha menerangkan isi pelajaran secara terperinci kepada
murid sehingga berjaya membentuk kefahaman yang mudah terhadap topik pelajaran
yang disampaikan. Gambaran tentang dapatan kajian tersebut seperti terdapat dalam
beberapa contoh catatan pemerhatian ini.
Catatan Pemerhatian: Cikgu Chan memberi penjelasan secara terperinci
tentang proses pembentukan kata nama daripada kata adjektif, binaan
ayat, dan lain-lain. Terdapat banyak contoh dikemukakan tentang proses
pembentukan kata nama. Penerangan berjalan lancar.
[G1\SA\Chan\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Penjelasan secara terperinci oleh Cikgu Fazli
tentang plot ‘Cerpen Oren’ membantu kefahaman murid dengan lebih
mudah. Murid dapat mengemukakan sekurang-kurangnya empat contoh
peristiwa berkaitan dengan nilai yang diberi sebagai tugasan kumpulan.
[G11\SF\Fazli\CP2\KPK3]
Dalam pada itu, dapatan temu bual bersama peserta kajian menjelaskan
bahawa guru yang menguasai isi pelajaran dengan baik dapat menyampaikan isi
pelajaran dengan jelas dan tepat. Dalam hal ini, isi pelajaran yang disampaikan
dengan jelas menjurus kepada pencapaian objektif pembelajaran yang telah dirancang.
Dapatan kajian berkaitan kejelasan ilmu bagi pengetahuan kandungan guru Bahasa
Melayu seperti dijelaskan dalam petikan temu bual bersama empat peserta kajian,
iaitu Cikgu Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB:208-209), Cikgu Mila (G3\SB\Mila\TB:203-
204), Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB:257), dan Cikgu Saraj (G5\SC\Saraj\TB: 174-175).
Dapatan tersebut diperkukuhkan melalui data pemerhatian pengkaji di lokasi
kajian. Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian, fenomena yang berlaku memberi
gambaran yang lebih kukuh tentang hasil temu bual tersebut. Peserta kajian didapati
menyampaikan isi pelajaran dengan memberi penerangan yang agak jelas tentang
154
konsep dan fakta untuk membina kefahaman murid terhadap topik pelajaran.
Pengajaran guru disampaikan dengan lebih jelas apabila penerangan dilakukan dengan
mengemukakan lebih banyak contoh untuk memberi keyakinan kepada murid.
Sehubungan itu, penerangan guru yang disertai dengan pelbagai contoh
membantu kefahaman murid dengan lebih mudah terhadap isi pelajaran yang
disampaikan. Contoh catatan pemerhatian bagi menerangkan dapatan tersebut adalah
seperti G2\SA\Aqmal\CP2\KPK3, G3\SB\Mila\ CP2\KPK3, G8\SD\Dila\CP1\KPK3,
dan G5\SC\Saraj\CP2\KPK3. Sebagai contoh, dapatan kajian mengenai perkara ini
digambarkan melalui catatan pemerhatian pengajaran Cikgu Aqmal dan Cikgu Saraj.
Catatan Pemerhatian: Cikgu Aqmal menjelaskan konsep dan fakta dengan
jelas, misalnya rangkai kata ‘rimba belantara’ yang bermaksud “hutan
tebal”. Guru memberi jawapan yang relevan terhadap jawapan murid.
[G2\SA\Aqmal\CP2\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Cikgu Saraj memberi penerangan tentang
penulisan karangan satu perenggan. Karangan satu perenggan
mempunyai sekurang-kurangnya 4 ayat, iaitu Ayat Topik, Ayat Huraian,
Ayat Contoh, dan Ayat Penegasan. Cikgu Saraj menunjukkan contoh
karangan satu perenggan yang lengkap kepada murid.
[G5\SC\Saraj\CP2\KPK3]
Berdasarkan data temu bual dan catatan pemerhatian, penguasaan isi
kandungan menjamin kejelasan ilmu untuk menghasilkan PdPc yang berkesan.
Penyampaian ilmu yang jelas memudahkan pemahaman murid secara optimum
tentang sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru. Sehubungan itu, penguasaan
ilmu yang luas dalam kalangan guru Bahasa Melayu turut memberi pengiktirafan yang
baik daripada murid. Kesimpulannya, kejelasan ilmu merupakan suatu entiti yang
perlu ada pada setiap guru bahasa bagi memantapkan pengetahuan kandungan
berkaitan topik pelajaran yang diajar.
Seterusnya, dapatan kajian berkaitan pengetahuan kandungan guru dalam
pengajaran bahasa turut dikaitkan dengan keupayaan peserta kajian menyampaikan isi
pelajaran yang menepati topik pelajaran. Dalam sesi temu bual, didapati semua
peserta kajian berpendapat bahawa isi pelajaran yang disampaikan mestilah berkaitan
dengan topik pelajaran yang hendak diajar. Dapatan kajian berkaitan perkara tersebut
155
seperti dijelaskan dalam contoh petikan temu bual bersama Cikgu Aqmal
(G2\SA\Aqmal\TB:209-210) dan Cikgu Saraj (G5\SC\Saraj\TB:177-178).
Dalam pada itu, melalui pemerhatian pengkaji sepanjang tempoh kajian ini
dilakukan, didapati semua peserta kajian menyampaikan isi pelajaran yang menepati
topik pelajaran. Dapatan tersebut dapat disaksikan dalam RPH peserta kajian yang
lain (G1\SA\Chan\AD\RPH2; G3\SB\Mila\AD\RPH1; G4\SB\Norol\AD\RPH2; G6\
SC\Hedzal\AD\RPH1; G7\SD\Balqis\AD\RPH1; G8\SD\Dila\AD\RPH2; G9\SE\
Hastika\AD\RPH2; G10\SE\Betha\AD\RPH1; G11\SF\Fazli\AD\RPH2; G12\SF\
Shamil\AD\RPH2).
Menerusi pemerhatian, dapatan kajian turut menyaksikan fenomena yang
berlaku sebagaimana yang dirancang. Dapatan kajian mengenai perkara tersebut
seperti digambarkan dalam catatan pemerhatian pengkaji, misalnya G2\SA\Aqmal\
CP1\KPK3, G5\SC\Saraj\CP1\KPK3, G3\SB\Mila\CP2\KPK3, G8\SD\Dila\CP1\
KPK3, dan G12\SF\Shamil\CP2\KPK3. Contoh dapatan kajian mengenai perkara
tersebut seperti digambarkan melalui catatan pemerhatian Cikgu Dila.
Catatan Pemerhatian: Guru mengajar tentang binaan ayat majmuk.
Murid didedahkan dengan pelbagai jenis ayat majmuk. Murid seterusnya
membina ayat majmuk sebagai latihan bertulis.
[G8\SD\Dila\CP1\KPK3]
Berdasarkan dapatan temu bual, analisis dokumen dan beberapa catatan
pemerhatian, kajian mendapati peserta kajian menyampaikan pengajaran menepati
topik pelajaran. Pengajaran guru yang menepati topik pelajaran memudahkan ilmu
disampaikan dengan lebih berkesan. Tegasnya, ketepatan isi pelajaran yang
disampaikan membantu penguasaan dan pemahaman murid menjadi lebih mudah
kerana murid tidak perlu mengambil masa untuk mentafsir setiap pertuturan guru
apabila guru berkemahiran menyampaikan isi pelajaran dengan tepat.
Seterusnya, dapatan kajian tentang pengetahuan kandungan guru turut
dikaitkan dengan objektif pembelajaran. Dalam sesi temu bual, semua peserta kajian
percaya bahawa isi pelajaran yang disampaikan mestilah menepati objektif
pembelajaran. Contoh dapatan kajian berkaitan elemen tersebut dinyatakan dalam sesi
156
temu bual bersama Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:203-204), Cikgu Aqmal (G2\SA\
Aqmal\TB:210-211), dan Cikgu Saraj (G5\SC\Saraj\TB:178-179). Penerangan yang
lebih lanjut ditunjukkan dalam contoh petikan temu bual bersama Cikgu Hastika.
Menurut Cikgu Hastika, sekiranya isi pelajaran tidak menepati objektif pembelajaran,
sudah pasti hasrat untuk mencapai objektif pembelajaran tidak kesampaian. Akhirnya,
guru dikatakan mengajar syok sendiri.
“…kita kena lihat juga objektif pelajaran supaya isi pelajaran yang
disampaikan disesuaikan dengan objektif. Sebabnya, kalau objektif lain,
isi pelajaran pun lain, nanti objektif pun tidak tercapai, akhirnya kita saja
yang syok sendiri mengajar …”
[G9\SE\Hastika\TB:179-181]
Triangulasi data melalui analisis dokumen terhadap Buku Rekod Mengajar
semua peserta kajian mendapati topik pelajaran adalah selaras dengan objektif
pembelajaran yang ditulis dalam RPH. Isi pelajaran yang ingin disampaikan
disesuaikan dengan objektif pembelajaran (G1\SA\Chan\AD\RPH2; G2\SA\Aqmal\
AD\RPH1; G4\SB\Norol\AD\RPH2; G5\SC\Saraj\AD\RPH2; G9\SE\Hastika\AD\
RPH1; G10\SE\Betha\AD\RPH2). Menerusi pemerhatian PdPc yang dianjurkan pula,
pengkaji turut menyaksikan bahawa penyampaian ilmu dan pengetahuan oleh semua
peserta kajian adalah menyangkut objektif pembelajaran yang hendak dicapai.
Dapatan kajian terbukti dengan jelas apabila peserta kajian menganjurkan semua
aktiviti PdPc yang menjurus kepada pencapaian objektif pembelajaran. Dapatan kajian
tersebut seperti digambarkan dalam catatan pemerhatian PdPc peserta kajian
(G1\SA\Chan\CP2\KPK3; G2\SA\Aqmal\CP1\KPK3; G4\SB\Norol\CP2\KPK3; G5\
SC\Saraj\CP2\KPK3; G9\SE\Hastika\CP1\KPK3; G10\SE\Betha\CP2\KPK3).
Berdasarkan data temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian, hasil kajian
mendapati pengetahuan kandungan guru yang baik seharusnya menepati objektif
pembelajaran yang ingin dicapai pada akhir sesi PdPc yang laksanakan. Dalam hal ini,
kekuatan guru Bahasa Melayu dalam aspek tersebut amat diperlukan bagi memastikan
objektif pembelajaran yang telah ditetapkan betul-betul berupaya mengukur
penguasaan murid terhadap isi pelajaran yang telah dipelajari. Kegagalan guru
menyampaikan ilmu pengetahuan, konsep, fakta dan kemahiran yang diajar boleh
157
menjejaskan pencapaian objektif pembelajaran. Tegasnya, keberkesanan pengajaran
guru adalah terletak pada kekuatan pengetahuan kandungan yang ada pada diri.
Dalam pada itu, pengetahuan kandungan guru turut dikaitkan dengan
kemahiran guru memeringkatkan isi pelajaran dalam PdPc Bahasa Melayu.
Kemahiran memeringkatkan isi pelajaran dengan baik dalam penyampaian guru amat
penting bagi memastikan isi pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan kepada
murid. Dalam sesi temu bual bersama peserta kajian, semua peserta kajian
menyatakan tentang keperluan pemeringkatan isi pelajaran. Contoh mengenai dapatan
kajian tersebut dapat diperoleh menerusi sesi temu bual bersama Cikgu Fazli
(G11\SF\Fazli\TB:196-198), Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\TB:236-238), Cikgu
Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:212-218), dan lain-lain. Menurut peserta kajian,
memandangkan murid yang diajar di dalam sesebuah kelas terdiri daripada pelbagai
kebolehan, iaitu lemah, sederhana, dan cerdas, maka penyampaian ilmu berdasarkan
pemeringkatan isi perlu dilakukan mengikut keupayaan murid. Langkah iIni boleh
dilakukan dengan menggunakan pendekatan daripada mudah kepada susah.
Sehubungan itu, pemeringkatan isi pelajaran yang disertai dengan contoh yang
pelbagai memudahkan pemahaman murid. Contoh petikan temu bual mengenai
penyataan ini seperti dijelaskan oleh Cikgu Fazli dan Cikgu Hedzal.
“…paling penting, bagi kelas yang murid nya kurang pandai, lebih baik
kita mulakan dengan memberi banyak contoh sehingga mereka faham.
Kita gunakan pendekatan dari yang mudah kepada yang susah …”
[G11\SF\Fazli\TB:196-198]
“…Pertama sekali kita kena tahu tahap keupayaan pelajar pada ketika
itu. Kita mempunyai pelbagai tahap pelajar, ada yang cerdas, ada yang
sederhana, ada yang lemah. Jadi kita tak boleh anggap semua pelajar itu
sama…,…dan pemeringkatan isi tu ajarkan dari yang mudah sehingga ke
peringkat yang susah, yang mereka boleh terima …”
[G6\SC\Hedzal\TB:211-218]
Ketepatan data kajian ditriangulasikan menerusi data analisis dokumen
terhadap BRM peserta kajian. Berdasarkan rekod, pengkaji mendapati isi pelajaran
disusun mengikut tertib yang betul, iaitu bermula dengan Fasa 1, iaitu Set Induksi.
Kemudian, diikuti Fasa 2, iaitu peringkat Penerokaan. Seterusnya, disusuli Fasa 3,
158
iaitu peringkat Penerangan. Manakala, Fasa 4 merupakan peringkat Aplikasi atau
Penelitian. Akhir sekali, diakhiri dengan Penutupan dan Pentaksiran. Contoh dapatan
kajian tersebut seperti tercatat dalam RPH peserta kajian (G11\SF\Fazli\AD\RPH2;
G12\SF\ Shamil\AD\RPH2; G6\SC\Hedzal\AD\RPH1).
Hasil analisis data pemerhatian turut mengesahkan dapatan kajian ini. Melalui
pemerhatian dan pengamatan pengkaji, kajian mendapati isi pelajaran disampaikan
secara berperingkat mengikut keupayaan murid yang pelbagai. Guru memeringkatkan
isi pelajaran mengikut prinsip asas pedagogi, iaitu isi pelajaran disampaikan daripada
konkrit kepada abstrak, dan daripada mudah kepada susah. Misalnya, teknik menulis
karangan yang koheren (G11\SF\Fazli\CP2\KPK3; G12\SF\Shamil\CP2\KPK3; G6\
SC\Hedzal\CP1\KPK3; G1\SA\Chan\CP2\KPK3; G2\SA\Aqmal\CP1\KPK3; G5\SC\
Saraj\CP2\KPK3; G9\SE\Hastika\CP1\KPK3; G3\SB\Mila\CP2\KPK3; G8\SD\Dila\
CP1\KPK3; G10\SE\Betha\CP1\KPK3). Peserta kajian menggunakan banyak contoh
karangan yang bermutu untuk mengukuhkan pemahaman murid.
Berdasarkan data temu bual, analisis dokumen, dan catatan pemerhatian oleh
pengkaji, kajian mendapati peserta kajian berkemahiran menyampaikan isi pelajaran
berdasarkan prinsip asas pedagogi, iaitu menggunakan pendekatan daripada mudah
kepada susah. Keupayaan guru memeringkatkan isi pelajaran dalam PdPc Bahasa
Melayu amat penting. Hal ini bertujuan bagi membolehkan murid yang terdiri
daripada pelbagai kebolehan dapat mengikuti pengajaran guru dengan lebih mudah.
Secara tuntas, keupayaan guru Bahasa Melayu memeringkatkan isi pelajaran
menunjukkan sebahagian daripada kekuatan pengetahuan kandungan guru dalam
menyampaikan ilmu dan pengetahuan dengan berkesan.
Seperkara lagi unsur penting yang dikaitkan dengan pengetahuan kandungan
guru adalah keupayaan peserta kajian mengaitkan ilmu dan kemahiran dengan realiti
kehidupan dalam PdPc yang dilaksanakan. Hasil temu bual berkaitan dapatan tersebut
diperoleh daripada sekurang-kurangnya enam peserta kajian Cikgu Norol
(G4\SB\Norol\TB:228), Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:327-328), Cikgu Shamil
(G12\SF\Shamil\TB:233-235), Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:217-218), Cikgu Saraj
(G5\SC\Saraj\TB:175-177), dan Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB:249-251). Beberapa
contoh petikan temu bual berikut menjelaskan dapatan tersebut.
159
“…sekali gus mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan ilmu
yang mereka pelajari …”
[G4\SB\Norol\TB:228]
“…semestinya ilmu pengetahuan yang kita sampaikan tersebut haruslah
dikaitkan dengan kemahiran yang kita gunakan …”
[G10\SE\Betha\TB: 327-328]
Walau bagaimanapun, kupasan yang lebih lanjut tentang dapatan tersebut
terdapat dalam temu bual bersama Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB: 224-225) dan Cikgu
Beth (G10\SE\Betha\TB:332-335). Seperti yang dijelaskan oleh Cikgu Chan,
pengajaran guru perlu mengaitkan ilmu dan kemahiran dengan kehidupan seharian
murid bagi meningkatkan keberkesanan sesuatu PdPc. Bagi Cikgu Betha pula,
pengajaran guru lebih berkesan jika guru mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan
seharian murid. Petikan temu bual bersama Cikgu Chan dan Cikgu Betha menjelaskan
dapatan ini dengan lebih lanjut lagi.
“…kita perlu buat hubung kait antara ilmu dengan kemahiran, dan boleh
juga buat hubung kait antara ilmu dan kemahiran dengan kehidupan
seharian pelajar kita …, untuk meningkatkan keberkesanan sesuatu
PdPc…”
[G1\SA\Chan\TB:217-218, 224-225]
“… kaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian mereka, jadi secara
tidak langsung, ilmu yang kita sampaikan itu dapat difahami oleh para
pelajar kita sebab kita mengaitkan aaa… menggunakan kemahiran yang
betul, yang sesuai dengan kehidupan mereka …”
[G10\SE\Betha\TB:332-335]
Kesahan dapatan tersebut ditriangulasi melalui data pemerhatian oleh pengkaji
terhadap sesi PdPc yang dianjurkan oleh peserta kajian. Berdasarkan pemerhatian,
kajian mendapati guru berkemahiran mengaitkan ilmu dan kemahiran dengan realiti
kehidupan seharian murid. Peserta kajian kelihatan menyampaikan pengajaran dengan
lebih mudah apabila didapati berupaya mengemukakan lebih banyak contoh atau isi
pelajaran yang berkaitan isu-isu semasa dan pengalaman seharian murid. Gambaran
tentang dapatan yang lebih jelas terdapat dalam catatan pemerhatian oleh pengkaji.
Catatan Pemerhatian: Cikgu Mila mengakhiri sesi PdPc. Tajuk pelajaran,
iaitu “Ciri-ciri Pelajar Cemerlang” dikaitkan dengan kehidupan seharian
160
murid. Misalnya, untuk menjadi pelajar yang cemerlang, murid-murid
hendaklah berdisiplin, berilmu dan rajin berusaha.
[G3\SB\Mila\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Cikgu Hedzal mengajar tajuk karangan umum,
‘Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu’. Beliau memberikan
pelbagai contoh tentang kesan jerebu kepada kesihatan manusia seperti
radang paru-paru, mata berair, ekosistem terjejas, dan sebagainya.
[G6\SC\Hedzal\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Cikgu Betha mengajar tentang tajuk pelajaran
‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Tajuk pelajaran dikaitkan
dengan usaha yang patut dilakukan sebagai murid yang sedang belajar di
bangku sekolah, misalnya, kalau hendak berjaya, tiada yang mustahil.
[G10\SE\Betha\CP1\KPK3]
Dapatan kajian tersebut turut digambarkan dalam catatan pemerhatian oleh
pengkaji terhadap peserta kajian yang lain seperti G2\SA\Aqmal\CP1\KPK3, G3\SB\
Mila\CP1\KPK3, G4\SB\Norol\CP1\KPK3, G6\SC\Hedzal\CP2\KPK3, G7\SD\Balqis
\CP1\KPK3, G9\SE\Hastika\CP1\KPK3, G11\SF\Fazli\CP2\KPK3, dan G12\SF\
Shamil\CP2\KPK3. Berdasarkan dapatan temu bual, analisis dokumen dan catatan
pemerhatian oleh pengkaji, kajian mendapati bahawa kekuatan pengetahuan
kandungan seseorang guru juga terletak pada kebolehan diri ketika mengaitkan ilmu
dan kemahiran dengan aktiviti seharian murid. Pengetahuan kandungan guru yang
baik dan berkesan bergantung kepada kebijaksanaan dan kebolehan diri semasa
mengaitkan ilmu dan kemahiran dengan realiti kehidupan murid.
Secara keseluruhan, dapatan kajian merumuskan bahawa PdPc Bahasa Melayu
melalui pendekatan KP memberi peluang kepada peserta kajian untuk meningkatkan
kefahaman yang lebih baik dalam pengetahuan kandungan bagi topik pelajaran yang
diajar. Dalam kajian ini, pengetahuan kandungan guru Bahasa Melayu yang baik
dikaitkan dengan kejelasan ilmu, menguasai isi pelajaran, menepati topik pelajaran,
menepati objektif pembelajaran, berkemahiran memeringkatkan isi pelajaran, serta
mengaitkan ilmu dan kemahiran dengan realiti kehidupan murid. Lantas, perkongsian
pengalaman melalui KP memberi peluang kepada guru Bahasa Melayu untuk
memperbaiki dan memantapkan pengetahuan kandungan mereka dalam topik yang
hendak diajar kepada murid.
161
b. Pemantapan pengetahuan pedagogi
Memiliki kemahiran pedagogi sangat penting bagi setiap guru Bahasa Melayu untuk
menjana PdPc yang berkesan. Pengalaman PdPc melalui pendekatan KP telah
mendedahkan pelbagai kemahiran pedagogi dalam merancang PdPc Bahasa Melayu.
Dapatan ini diperoleh melalui data temu bual, analisis dokumen dan catatan
pemerhatian oleh pengkaji di lokasi kajian. Berdasarkan data temu bual, pengkaji
mendapati hampir semua peserta kajian mengakui bahawa pendekatan KP dalam PdPc
Bahasa Melayu meningkatkan pengetahuan pedagogi guru.
Dapatan mengenai perkara tersebut dinyatakan dalam sesi temu bual bersama
Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:29-31), Cikgu Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB:48-52),
Cikgu Mila (G3\SB\Mila\TB:60-61), Cikgu Norol (G4\SB\Norol\TB:52-54), Cikgu
Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:463-464, 469-470), Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB:52-
56), Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB:63-64), Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\TB:59-60),
Cikgu Hastika (G9\SE\Hastika\TB:34-36), Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:52-53),
dan Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\TB:567-568). Menurut fahaman semua peserta
kajian, perbincangan KP melahirkan percambahan idea untuk memikirkan strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dalam PdPc Bahasa Melayu. Dapatan
kajian diterangkan dengan lebih jelas melalui beberapa contoh petikan temu bual
bersama beberapa peserta kajian. Misalnya, petikan temu bual bersama Cikgu Aqmal
dan Cikgu Norol menjelaskan perkara tersebut.
“…meningkatkan kemahiran PdPc Bahasa Melayu kerana guru Bahasa
Melayu dalam kumpulan akan berbincang memikirkan langkah, kaedah
pengajaran terbaik untuk sesuatu topik yang sukar dan bagaimana
perjalanan satu sesi PdPc itu berlangsung dengan baik berdasarkan idea
dari beberapa orang guru ...”
[G2\SA\Aqmal\TB:48-52]
“…Kita dapat emm…menimba ilmu secara praktikal kerana semuanya
berlaku di depan mata kita. Lagipun ada banyak strategi dan pendekatan
PdPc menarik yang kita boleh pelajari …”
[G4\SB\Norol\TB:52-54]
Dapatan kajian tersebut ditriangulasikan melalui data analisis dokumen
terhadap RPH semua peserta kajian. Melalui penelitian, pengkaji mendapati seramai
162
lapan orang peserta kajian mempunyai perancangan yang lengkap dalam RPH yang
dirancang. Hal ini dijelaskan melalui strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdPc
yang dirancang. Didapati strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang dipilih adalah
pelbagai dengan mengambil kira keupayaan murid.
Selain itu, pemilihan aktiviti PdPc disesuaikan dengan objektif pembelajaran,
manakala langkah-langkah pengajaran diperingkatkan mengikut prinsip asas
pedagogi, iaitu Fasa 1 bermula dengan set induksi, Fasa 2 penerokaan, Fasa 3
penerangan, Fasa 4 aplikasi dan penelitian, dan akhir sekali diikuti fasa
penutupan/pentaksiran. Peserta kajian turut menyatakan aktiviti bagi setiap langkah
PdPc yang dirancang. Dapatan kajian seperti dijelaskan dalam RPH semua peserta
kajian (G1\SA\Chan\AD\ RPH2; G2\SA\Aqmal\AD\RPH2; G3\SB\Mila\AD\RPH1;
G4\SB\Norol\AD\RPH1; G5\SC\Saraj\AD\RPH2; G6\SC\Hedzal\AD\RPH2; G7\SD\
Balqis\AD\RPH1; G8\SD\Dila\AD\RPH1; G9\SE\Hastika\AD\RPH2; G10\SE\Betha\
AD\RPH2; G11\SF\Fazli\AD\RPH1; G12\SF\Shamil\AD\RPH1).
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, didapati semua peserta kajian mempunyai
gaya penyampaian yang tersendiri. Namun, bukan semuanya menampilkan gaya
pengajaran yang menarik. Hal ini berlaku kerana peserta kajian kurang berupaya
mengelakkan diri daripada beberapa gangguan seperti kawalan kelas, pengurusan
masa, teknik penyoalan, dan komunikasi guru yang agak membosankan murid. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa hal yang boleh dibanggakan dalam sesi pengajaran
beberapa peserta kajian, iaitu kebolehan mengaplikasikan corak pembelajaran abad
ke-21 dalam PdPc Bahasa Melayu. Menerusi pemerhatian, didapati semua peserta
kajian menjadikan pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif sebagai
aktiviti yang dominan dalam pengajaran yang dikendalikan.
Antara contoh aktiviti pembelajaran yang kerap menjadi pilihan dalam
pengajaran peserta kajian adalah seperti Three Stray One Stay, Gallery Walk, Think
Pair Share, Jigsaw Puzzle, perbincangan dan pembentangan kumpulan, dan
sebagainya. Beberapa contoh catatan pemerhatian mengenai dapatan kajian tersebut
adalah seperti G1\SA\Chan\CP2\KPK3, G2\SA\Aqmal\CP2\KPK3, G3\SB\Mila\CP1\
KPK3, G4\SB\Norol\CP1\KPK3, G7\SD\Balqis\CP1\KPK3, G6\SC\Hedzal\CP2\
KPK3, G12\SF\Shamil\CP1\KPK3, G10\SE\Betha\CP2\KPK3, dan G11\SF\Fazli\
163
CP1\KPK3. Contoh catatan pemerhatian bagi menjelaskan dapatan kajian yang
berkaitan boleh dirujuk dalam catatan pemerhatian pengajaran Cikgu Chan, Cikgu
Norol, dan Cikgu Mila.
Catatan Pemerhatian: Guru melaksanakan PdPc dengan mengaplikasikan
corak pembelajaran abad ke-21 seperti Think Pair Share dan Gallery
Walk bagi tajuk ‘Khasiat Perubatan Tradisional’.
[G1\SA\Chan\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Murid melakukan refleksi tentang pengajaran guru
pada hari ini. Murid menulis dan menampal refleksi mereka di Parking
Lot ‘L’. Guru membaca refleksi murid di Parking Lot ‘L’ secara satu
persatu.
[G4\SB\Norol\CP2\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Guru menayangkan video tentang sekumpulan
murid yang sedang bergaduh. Sesi soal jawab menyusul untuk
merangsang pemikiran kreatif dan kritis murid terhadap isu yang
dipertontonkan. Murid memberi respons yang relevan terhadap soalan
guru.
[G3\SB\Mila\CP1\KPK3]
Berdasarkan dapatan temu bual, analisis dokumen, dan catatan pemerhatian,
jelaslah bahawa perkongsian pengalaman melalui KP telah memberi idea kepada
peserta kajian untuk meningkatkan kemahiran dalam PdPc Bahasa Melayu.
Perbincangan yang melibatkan kemahiran memilih dan menggunakan strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dan menarik telah membuka
ruang kepada peserta kajian untuk mengaplikasikan pembelajaran koperatif dan
pembelajaran kolaboratif dalam pengajaran. Tegasnya, perbincangan dalam KP
membantu kemahiran pedagogi guru dengan lebih mantap dan kukuh kerana peserta
kajian yang terlibat dapat duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan kaedah
pengajaran yang sesuai bagi mengajar topik yang sukar dikuasai oleh murid.
c. Pengurusan bahan sumber pembelajaran
Bahan sumber pembelajaran (BSP) merupakan elemen penting untuk membantu guru
menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan di samping memudahkan
pembelajaran dan pemahaman murid. Dalam konteks kajian ini, pengurusan BSP
164
merujukkan kepada kebolehan guru menguruskan BSP dalam pengajaran. BSP yang
sering digunakan dalam pengajaran guru adalah terdiri daripada semua jenis alat tulis,
bahan bercetak, keratan gambar, alat pandang dan dengar, dan sebagainya.
Dalam kajian ini, kemahiran guru menguruskan BSP dikenal pasti melalui
dapatan temu bual, analisis dokumen, dan pemerhatian terhadap pengajaran peserta
kajian. Dapatan kajian mendapati pengetahuan guru menguruskan BSP berkait rapat
dengan perkongsian amalan terbaik melalui perbincangan KP. Hasil temu bual,
pengkaji telah mengesan pelbagai tema yang menggambarkan kemahiran yang
dimiliki oleh peserta kajian semasa menguruskan BSP dalam PdPc Bahasa Melayu.
Sesi perbincangan KP telah memberi kefahaman kepada peserta kajian tentang
kemahiran menggunakan BSP dalam melaksanakan PdPc Bahasa Melayu.
Berdasarkan analisis data temu bual, peserta kajian mengakui bahawa
penggunaan BSP membantu pembelajaran murid dengan lebih mudah jika digunakan
secara berkesan. Dapatan temu bual bersama Cikgu Mila melaporkan BSP membantu
pembelajaran murid berdasarkan pemahaman dan penguasaan terhadap isi pelajaran
yang diajar (G3\SB\Mila\TB:168-171). Hal yang demikian menunjukkan bahawa guru
berjaya menggunakan BSP kerana menurut Cikgu Chan pula, keberkesanan
penggunaan BSP boleh diukur melalui pencapaian murid. Sekiranya pencapaian
murid meningkat, ini bermakna guru telah menggunakan BSP dengan baik
(G1\SA\Chan\TB:178-180). Bagi Cikgu Dila pula, keberkesanan penggunaan BSP
mempengaruhi minat dan respons positif murid terhadap pengajaran guru
(G8\SD\Dila\TB:222-225).
Bagi Cikgu Balqis, BSP membantu pembelajaran murid sekiranya murid dapat
memberi respons dan jawapan yang tepat melalui sesi soal jawab atau penyoalan guru
(G7\SD\Balqis\TB:117-120). Menurut Cikgu Hastika pula, BSP memberi kesan yang
sangat tinggi sekiranya dilekatkan di papan tulis dan dirujuki dari semasa ke semasa
sepanjang proses PdPc berlangsung (G9/SE\Hastika\TB:163-166). Bagi Cikgu Hedzal
pula, penggunaan BSP yang berkesan memberi impak yang positif sekiranya murid
dapat memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru G6\SC\Hedzal\TB:176-179).
Akan tetapi, penggunaan BSP yang berkesan menurut Cikgu Fazli ialah jika bahan
edaran adalah kekal dan dapat digunakan sebagai rujukan kepada murid untuk aktiviti
165
yang seterusnya walaupun isu atau topik yang berbeza (G11\SF\Fazli\TB:169-172).
Contoh petikan temu bual tentang dapatan kajian tersebut ditunjukkan dalam catatan
pemerhatian pengajaran Cikgu Dila dan Cikgu Hastika.
“…kita dapat mengenal pasti adakah bahan tersebut berkesan apabila
kita dapat melihat para pelajar berminat dengan bahan bantuan mengajar
yang kita gunakan dan mereka memberi respons yang positif apabila kita
menggunakan bahan bantu tersebut…”
[G8\SD\Dila\TB:222-225]
“…BSP yang digunakan haruslah ditunjukkan kepada murid sepanjang
proses PdPc berlangsung aa ... contohnya sekiranya menggunakan bahan
bergambar kita perlu melekatkannya pada papan putih supaya dapat
dirujuk oleh murid sepanjang PdPc berlangsung dan dapat dimanfaatkan
sepenuhnya lah …”
[G9/SE\Hastika\TB:163-166]
Dapatan mengenai temu bual tersebut ditriangulasikan melalui pemerhatian
PdPc peserta kajian. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati peserta kajian
menggunakan BSP yang telah dirancang dan disediakan dengan berkesan semasa
melaksanakan PdPc Bahasa Melayu. Penggunaan BSP seperti bahan-bahan bercetak,
gambar-gambar, dan alat pandang dengar membantu pembelajaran murid untuk
mencapai objektif pembelajaran. Hal ini demikian kerana penggunaan BSP yang
berkesan memudahkan penyampaian guru untuk menerangkan konsep dan fakta bagi
sesuatu isi pelajaran. Sehubungan itu, penggunaan BSP juga melancarkan
perbincangan murid dalam aktiviti berkumpulan. Sementara itu pula, penilaian secara
bertulis juga dilaksanakan dengan lebih mudah, manakala pengurusan masa
dioptimumkan sepenuhnya untuk semua aktiviti PdPc.
Bagi menggambarkan peristiwa yang berlaku melalui data pemerhatian,
dapatan kajian mengenai perkara ini boleh dirujuk dalam catatan pemerhatian
pengajaran peserta kajian yang terlibat seperti G3\SB\Mila\C2\KPK3, G1\SA\Chan\
CP1\KPK3, G8\SD\Dila\CP1\KPK3, G7\SD\Balqis\CP1\KPK3, G9\SE\Hastika\CP2\
KPK3, G6\SC\Hedzal\CP1\KPK3, dan G11\SF\Fazli\CP1\KPK3. Contoh catatan
pemerhatian berikut menggambarkan dapatan kajian tersebut.
Catatan Pemerhatian: Guru menunjukkan beberapa contoh tumbuhan
hutan (benda maujud) seperti daun sirih, batang serai, ibu kunyit, halia
166
dan sebagainya kepada murid. Guru juga menayangkan gambar-gambar
tumbuhan hutan yang boleh digunakan dalam perubatan tradisional.
[G1\SA\Chan\C2\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Murid melengkapkan peta bulatan tentang tugasan
yang bertajuk ‘Gejala Sosial’. Murid kelihatan khusyuk menjalani aktiviti
perbincangan kumpulan. Pembentangan kumpulan berjalan dengan
lancar.
[G8\SD\Dila\CP1\KPK3]
Berdasarkan dapatan temu bual dan catatan pemerhatian oleh pengkaji,
jelaslah bahawa peserta kajian menggunakan BSP secara berkesan dalam
melaksanakan PdPc Bahasa Melayu. Dapatan kajian mendapati, penggunaan BSP
yang berkesan membantu pembelajaran murid untuk menguasai isi pelajaran dengan
mudah. Selain itu, penggunaan BSP yang berkesan menggalakkan murid untuk
memberi respons dan jawapan yang tepat terhadap penyoalan guru. Dalam pada itu,
terdapat juga BSP yang boleh digunakan secara kekal, misalnya papan putih mini dan
bahan grafik seperti peta pemikiran untuk sesi pengajaran guru yang seterusnya
walaupun tajuk atau isu yang berbeza. Tamsilnya, BSP yang digunakan secara
berkesan memudahkan penyampaian guru dan meningkatkan penguasaan murid.
Selain itu, tidak dinafikan bahawa BSP yang membantu pembelajaran murid
harus mengambil kira aspek kualiti dan kuantiti BSP yang digunakan dalam PdPc
Bahasa Melayu. Hasil temu bual bersama peserta kajian mendapati pendekatan KP
telah memberi kefahaman tentang keperluan menggunakan BSP yang berkualiti dan
berkuantiti. Menurut Cikgu Aqmal, BSP yang berkualiti berjaya menarik minat murid
dan memberi impak positif kepada pencapaian murid apabila murid dapat
menunjukkan keputusan yang baik dalam pelajaran (G2\SA\Aqmal\TB: 177-180).
Bagi Cikgu Chan dan Cikgu Mila pula, BSP yang pelbagai dapat mengelakkan murid
daripada bosan (G1\SA\Chan\TB:187-188; G3\SB\Mila\ TB:171-172).
Bagi Cikgu Shamil pula, BSP yang berkualiti memberi impak yang besar
walaupun murah. Dari segi kuantiti pula, BSP hendaklah mencukupi dan memenuhi
keperluan semua murid di dalam kelas yang diajar (G12\SF\Shamil\TB:223-224).
Dapatan yang sama turut dinyatakan dalam temu bual bersama Cikgu Chan
(G1\SA\Chan\TB:187-188), Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB:226-227), Cikgu Saraj
167
(G5\SC\Saraj\TB:163-165), dan Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:246-249). Dapatan
kajian mengenai perkara tersebut seperti ditunjukkan dalam contoh petikan temu bual
bersama Cikgu Dila dan Cikgu Shamil.
“….Selain tu, bahan bantu mengajar yang kita guna tentulah mencukupi
dan selamat digunakan …”
[G8\SD\Dila\TB:226-227]
“…BSP ni walaupun murah tetapi memberi impak yang besar seperti
kualiti dia …”
[G12\SF\Shamil\TB:223-224]
Triangulasi data melalui pemerhatian pengkaji menyaksikan kemahiran peserta
kajian menggunakan BSP semasa melaksanakan PdPc Bahasa Melayu. Semua peserta
kajian yang terbabit didapati amat mengambil berat terhadap kualiti dan kuantiti BSP
yang digunakan dalam pengajaran. Peserta kajian menggunakan BSP yang menarik
seperti kad gambar, kad perkataan, kad trafik, papan putih mini, tayangan video dan
rakaman lagu, dan sebagainya. Bagi memenuhi keperluan murid, peserta kajian juga
menyediakan BSP yang mencukupi dan sesuai dengan bilangan murid di dalam kelas
yang diajar. Bahan-bahan edaran terdiri daripada lembaran kerja, kertas edaran A4
yang kosong untuk sesuatu tugasan secara individu dan juga kertas sebak untuk
aktiviti secara berkumpulan atau berpasangan. Catatan pemerhatian bagi menjelaskan
dapatan kajian tersebut adalah seperti G2\SA\Aqmal\CP2\KPK3, G1\SA\Chan\CP2\
KPK3, G3\SB\Mila\CP2\KPK3, G8\SD\Dila\CP1\KPK3, G5\SC\Saraj\CP1\KPK3,
dan G10\SE\Betha\CP1\KPK3. Contoh catatan pemerhatian berikut menggambarkan
dapatan kajian tersebut.
Catatan Pemerhatian: Tajuk pelajaran pada hari ini ‘Wabak Dengi’.
Guru menggunakan BSP seperti Enam Topi Pemikiran de Bono, peta
pemikiran (I-Think), kertas sebak dan sticky note.
[G3\SB\Mila\CP2\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Guru mengagihkan setiap kumpulan dengan kad
trafik (merah, kuning dan hijau), sticky note, pen marker dan kertas sebak.
Semua kumpulan mendapat tugasan masing-masing. Bahan edaran
mencukupi dan memenuhi keperluan semua murid.
[G8\SD\Dila\CP1\KPK3]
168
Berdasarkan dapatan temu bual dan catatan pemerhatian oleh pengkaji,
dapatlah disimpulkan bahawa peserta kajian mengambil kira kualiti dan kuantiti BSP
yang digunakan dalam PdPc Bahasa Melayu. Sehubungan itu, pemerhatian pengajaran
yang dijalankan oleh pengkaji menyaksikan semua peserta kajian menggunakan BSP
yang mencukupi bagi setiap aktiviti yang dijalankan serta memenuhi keperluan semua
murid. Tuntasnya, dapatan kajian mendapati BSP yang sesuai, menarik dan pelbagai
memberi impak yang positif dalam merangsang pemikiran murid.
Dalam pada itu, penggunaan BSP dalam PdPc dikatakan memudahkan
penyampaian guru dan meningkatkan penguasaan murid. Walau bagaimanapun,
penggunaan BSP dalam PdPc seseorang guru sewajarnya mematuhi peraturan
keselamatan BSP. Hasil temu bual bersama peserta kajian mendapati perkongsian
dalam perbincangan KP telah mendedahkan serba sedikit tentang keperluan mematuhi
peraturan keselamatan semasa menggunakan BSP dalam melaksanakan PdPc. Hal ini
diakui sendiri oleh Cikgu Betha, Cikgu Saraj dan Cikgu Dila dalam sesi temu bual
bersama pengkaji (G10\SE\Betha\TB:249-250; G5\SC\Saraj\TB:164-165; G8\SD\Dila
\TB:226-227). Menurut peserta kajian, BSP yang digunakan hendaklah selamat agar
tidak membahayakan atau mengancam keselamatan murid.
Dapatan tersebut diperkukuhkan melalui pemerhatian pengkaji terhadap PdPc
semua peserta kajian. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati semua peserta
kajian sangat mengambil berat terhadap keselamatan murid dalam kelas yang diajar
walaupun tidak semua menyentuh isu ini dalam sesi temu bual. Catatan pemerhatian
mengenai dapatan kajian ini seperti terdapat dalam buku catatan nota lapangan
pengkaji (G10\SE\Betha\CP2\KPK3; G5\SC\Saraj\CP1\KPK3; G8\SD\Dila\CP2\
KPK3; G3\SB\Mila\CP1\KPK3; G1\SA\Chan\C2P\KPK3; G4\SB\Norol\CP2\KPK3;
G12\SF\Shamil\CP1\KPK3). Sepanjang pemerhatian dalam sesi PdPc di bilik darjah,
semua peserta kajian mengambil berat terhadap keselamatan murid. Berikut adalah
beberapa contoh catatan pemerhatian bagi menerangkan dapatan tersebut.
Catatan Pemerhatian: Murid menjalankan aktiviti Jelajah Pembelajaran.
Guru mengedarkan kertas sebak, pen marker, pelekat dan sticky note
kepada setiap kumpulan. Guru mengingatkan murid supaya tidak
menggunakan apa-apa bahan yang dibawa daripada rumah.
[G10\SE\Betha\CP2\KPK3]
169
Catatan Pemerhatian: Guru menggunakan BSP seperti gambar, kad
perkataan, kertas sebak, pen marker, lembaran kerja dalam sesi PdPc
pada hari ini. Semua BSP yang digunakan adalah selamat.
[G8\SD\Dila\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Guru membawa benda maujud seperti beberapa
jenis tumbuhan hutan bagi tajuk pelajaran “Khasiat tumbuhan hutan
dalam perubatan tradisional”. Murid dilarang memusnahkan bahan
tersebut.
[G3\SB\Mila\CP2\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Guru mengedarkan BSP seperti pen marker, kertas
manila, dan Sticky note diedarkan kepada murid. Guru menegur tiga
orang murid lelaki yang telah menyalahgunakan sticky note dan pen
marker ketika sesi perbincangan kumpulan berlangsung.
[G12\SF\Shamil\CP1\KPK3]
Berdasarkan dapatan temu bual dan catatan pemerhatian PdPc peserta kajian,
jelaslah bahawa semua peserta kajian yang terlibat sangat mengambil berat tentang
keselamatan murid semasa melaksanakan PdPc Bahasa Melayu. Hal ini jelas terbukti
apabila sepanjang pemerhatian berlaku, pengkaji mendapati tiada sebarang BSP yang
boleh membahayakan keselamatan murid. BSP seperti alatan tulis yang kerap
digunakan dalam sesi PdPc peserta kajian terdiri daripada papan putih mini, kertas
sebak, kad manila, pen marker, gam, kertas kosong A4, bahan bergambar, kad
perkataan, dan sticky note.
Seterusnya, BSP yang terdiri daripada benda maujud seperti batang lidi,
‘batang beliak’, batang serai, daun sirih, ibu kunyit, benang, pencelup, lilin, tali rafia
dan bahan-bahan lain yang tiada mempunyai sebarang unsur yang boleh mengancam
keselamatan murid. Seterusnya, dapatan kajian turut mendapati murid menjalankan
aktiviti atau tugasan dengan menggunakan BSP yang telah dibekalkan oleh guru
dengan mudah, selamat dan teratur. Tamsilnya, penggunaan BSP yang sesuai, selamat
serta mematuhi peraturan keselamatan dalam PdPc guru perlu diambil kira untuk
menjamin keselamatan murid.
Selanjutnya, penggunaan BSP dalam PdPc guru memudahkan penyampaian
guru dan membantu pembelajaran murid. Walau bagaimanapun, soal prosedur
pemerolehan sumber perlu dipatuhi agar penggunaan BSP mencapai tujuan yang
170
sebenarnya. Perkongsian ilmu melalui pendekatan KP telah memberi sedikit sebanyak
kesedaran kepada peserta kajian tentang keperluan menepati prosedur pemerolehan
sumber. Berdasarkan hasil temu bual, beberapa peserta kajian amat mengambil berat
tentang keperluan menepati prosedur pemerolehan sumber ketika menggunakan BSP
semasa melaksanakan PdPc Bahasa Melayu.
Dalam kajian ini, didapati Cikgu Beth, Cikgu Saraj dan Cikgu Shamil
bersependapat bahawa BSP yang digunakan seharusnya diambil daripada sumber
yang sahih dan tepat agar tidak mengelirukan kefahaman murid serta boleh dipercayai
(G10\SE\Betha\TB:250-251; G5\SC\Saraj\TB:165-166; G12\SF\Shamil\TB:221-223).
Contoh petikan temu bual bagi menjelaskan dapatan tersebut ditunjukkan dalam
petikan temu bual Cikgu Betha dan Cikgu Shamil.
“…sumber-sumber yang sahih dan tepat agar tidak mengelirukan
kefahaman murid dan boleh membantu dalam pembelajaran lah …”
[G10\SE\Betha\TB:250-251]
“…kita akan memastikan sumber BSP yang kita gunakan tepat dan sahih
serta boleh dipercayai terutama dalam menggunakan sumber PdPc
supaya murid tidak keliru …”
[G12\SF\Shamil\TB:221-223]
Triangulasi data melalui pemerhatian PdPc peserta kajian turut menjelaskan
dapatan kajian tersebut. Walaupun tidak semua peserta kajian menyatakan secara jelas
tentang keperluan menepati prosedur pemerolehan bahan sumber pembelajaran ketika
ditemu bual, namun melalui pemerhatian pengkaji, didapati semua peserta kajian
menitikberatkan sumber pemerolehan BSP dalam PdPc. Dalam kajian ini, hampir
semua peserta kajian menggalakkan murid membawa kamus ke dalam kelas pada
setiap sesi PdPc Bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, peserta kajian didapati lebih gemar menyuruh murid
merujuk kepada Kamus Dewan dan Tatabahasa Dewan selain menggunakan buku teks
Bahasa Melayu sebagai bahan rujukan utama dalam PdPc. Contoh catatan
pemerhatian mengenai dapatan ini adalah seperti G8\SD\Dila\CP1\KPK3,
G4\SB\Norol\CP1\KPK3, G12\SF\Shamil\CP1\KPK3, dan G6\SC\Hedzal\CP1\KPK3.
171
Berikut merupakan beberapa contoh catatan pemerhatian bagi menggambarkan
suasana tersebut.
Catatan Pemerhatian: Cikgu Norol mengajar Surat Kiriman Rasmi.
Beliau merujuk format penulisan surat rasmi daripada buku teks.
[G4\SB\Norol\CP1\KPK3]
Catatan Pemerhatian: Guru menerangkan maksud perkataan ekosistem,
tadahan, fotosintesis dan atmosfera kepada murid-murid. Murid-murid
turut digalakkan merujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan maksud yang
lebih tepat bagi perkataan tersebut.
[G6\SC\Hedzal\CP1\KPK3]
Secara keseluruhan, dapatan kajian merumuskan bahawa pelaksanaan
pendekatan KP dalam PdPc Bahasa Melayu telah dikenal pasti memberi
penambahbaikan terhadap amalan pengajaran guru Bahasa Melayu. Antara
sumbangan KP terhadap amalan pengajaran guru adalah meningkatkan pengetahuan
kandungan guru, pemantapan pengetahuan pedagogi, dan meningkatkan pengurusan
BSP dalam PdPc.
Kesimpulannya, PdPc Bahasa Melayu melalui KP telah memberikan
sumbangan yang berguna terhadap amalan pengajaran guru dalam PdPc Bahasa
Melayu. Peserta kajian telah menimba pelbagai pengetahuan yang menarik berkaitan
amalan PdPc Bahasa Melayu. Justeru, dapatan kajian menyimpulkan bahawa
pelaksanaan pendekatan KP dalam PdPc Bahasa Melayu merupakan suatu usaha yang
tepat dan boleh diaplikasikan secara berterusan oleh guru Bahasa Melayu. Hal ini
penting bagi memastikan hasil pengajaran guru memberi impak yang bermakna serta
menyumbang kepada hasil pembelajaran murid.
4.4.2 Amalan Pembelajaran Murid Menurut Persepsi Guru
Persepsi guru tentang pelaksanaan pendekatan KP terhadap amalan pembelajaran
murid telah diperoleh melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil
analisis maklumat kajian, pengkaji mendapati sekurang-kurangnya lapan elemen
penting berkaitan persepsi guru tentang pelaksanaan pendekatan KP dalam PdPc
Bahasa Melayu. Antara amalan pembelajaran murid menurut persepsi guru adalah
seperti, (a) tumpuan dan perhatian murid, (b) penglibatan aktif murid, (c) respons
172
positif murid, (d) murid berfikiran kritis dan kreatif, (e) memupuk bakat kepimpinan
murid, (f) refleksi pembelajaran murid, dan (g) mendorong amalan berdikari. Berikut
adalah huraian lanjut berkaitan dapatan kajian tersebut.
a. Tumpuan dan perhatian murid
Keberkesanan PdPc yang disampaikan oleh guru bergantung sepenuhnya terhadap
tumpuan dan perhatian murid sepanjang waktu PdPc berlangsung. Dalam kajian ini,
hasil temu bual bersama peserta kajian mendapati pendekatan KP dalam PdPc Bahasa
Melayu berjaya menarik tumpuan dan perhatian murid terhadap pengajaran guru.
Melalui kepelbagaian strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam
sesi pengajaran KP, kajian menunjukkan tumpuan dan perhatian murid terhadap
pengajaran guru amat memberangsangkan. Dapatan kajian ini seperti diujarkan dalam
sesi temu bual bersama Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:812-814), Cikgu Norol
(G4\SB\Norol\TB:587-590), Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:479-481), Cikgu
Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB: 498-500), dan Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB:426-427).
Contoh petikan temu bual mengenai dapatan ini ditunjukkan dalam petikan temu bual
Cikgu Betha dan Cikgu Norol.
“…KP memang amat sesuai memandangkan murid mudah tertarik
dengan strategi PdPc kita yang tidak membosankan mereka. So, perhatian
murid pun lebih berfokus...”
[G10\SE\Betha\TB: 812-814]
“…Pendekatan KP amat selesa dan mudah untuk menarik perhatian
murid. Murid gemar dengan pendekatan dan kaedah PdPc guru yang
pelbagai. Maka, murid memberi tumpuan sepenuhnya walaupun ada
dalam kalangan murid kita ada yang pasif, tapi mereka tetap seronok…”
[G4\SB\Norol\TB: 587-590]
Menurut peserta kajian lagi, melalui aktiviti PdPc yang mencabar seperti
aktiviti KBAT dan pemilihan isi pelajaran yang sesuai dengan minat serta menepati
aras kebolehan murid dapat menarik tumpuan dan perhatian murid terhadap
pengajaran guru (G9\SE\Hastika\TB:523-525; G8\SD\Dila\TB:656-657; G1\SA\Chan\
TB:548-550. Selain itu, murid dilaporkan berminat mengikuti pengajaran guru dari
awal sehingga ke akhir sesi PdPc walaupun ada dalam kalangan murid dikategorikan
sebagai murid pasif (G3\SB\Mila\TB:454-455; G11\SF\Fazli\TB:528-530). Sementara
173
itu, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa murid berminat dengan BSP yang
digunakan dalam pengajaran guru (G5\SC\Saraj\TB:449-450; G12\SF\Shamil\TB:
575-577, G4\SB\Norol\TB:326-328; G12\SF\Shamil\TB:412-415, G8\SD\Dila\TB:
318-320; G6\SC\Hedzal\CP1\KPK3). Contoh petikan temu bual berikut menjelaskan
dapatan kajian tersebut.
“...Pengajaran melalui KP sebenarnya amat mudah untuk kita mendapat
perhatian daripada murid. Aktiviti yang mencabar seperti aktiviti KBAT
sebenarnya amat menyeronokkan mereka. Jadi, sudah pasti mereka
tertarik dengan PdPc kita...”
[G9\SE\Hastika\TB: 523-525]
“...Saya seronok melihat murid boleh mengikuti PdPc saya dari awal
sampai ke akhir waktu PdPc. Rasanya BSP juga lah. Memang jelas
pendekatan KP ni menyeronokkan...”
[G5\SC\Saraj\TB: 449-450]
“...bagi diri saya lah secara peribadi saya boleh katakan pengajaran KP
ini, murid begitu berminat dan memberi perhatian walaupun mereka
adalah kategori murid yang pasif, bila mereka seronok, maka tumpuan
pun ada sebenarnya...”
[G11\SF\Fazli\TB: 528-530]
Dapatan kajian turut ditriangulasi melalui dapatan pemerhatian dan analisis
dokumen terhadap RPH peserta kajian. Berdasarkan data pemerhatian terhadap sesi
pengajaran peserta kajian, pengkaji mendapati murid kelihatan memberi tumpuan dan
perhatian sepenuhnya sepanjang PdPc berlangsung. Murid kelihatan berminat dengan
aktiviti PdPc yang menarik dan pelbagai serta aktiviti yang melibatkan semua murid,
khususnya aktiviti berpusatkan murid.
Selain itu, melalui pemerhatian pengkaji, murid-murid kelihatan berminat
dengan aktiviti seperti Think Pair Share, Six Thinking Hats, Jelajah Pembelajaran dan
semua jenis aktiviti yang berbentuk pembelajaran koperatif. Melalui pemerhatian
juga, didapati BSP merupakan salah satu faktor tarik kepada murid untuk memberi
tumpuan dan perhatian terhadap pengajaran guru. BSP yang digunakan, misalnya
dalam bentuk audio dan visual. Hasil analisis dokumen terhadap RPH peserta kajian
juga mendapati guru mencatatkan aktiviti yang seumpamanya dalam RPH termasuk
tumpuan dan perhatian murid dalam pelajaran.
174
b. Penglibatan aktif murid
Tidak dinafikan bahawa penglibatan aktif murid dalam PdPc KP membantu
meningkatkan hasil pembelajaran murid. Penglibatan aktif murid yang wujud dalam
PdPc KP sesuai dengan corak pembelajaran abad ke-21. Hasil temu bual, pengkaji
mendapati pendekatan KP dalam PdPc Bahasa Melayu menggalakkan penglibatan
aktif murid dalam semua aktiviti PdPc yang dijalankan. Menurut peserta kajian,
menerusi pendekatan KP, aktiviti PdPc memberi penekanan terhadap pembelajaran
koperatif, aktiviti berpusatkan murid, dan aktiviti hands on. Dalam hal ini, penglibatan
aktif murid dalam semua aktiviti PdPc membantu penguasaan murid dalam pelajaran
dengan lebih mudah.
Hasil temu bual mengenai perkara ini dinyatakan dalam sesi temu bual
bersama Cikgu Norol (G4\SB\Norol\TB:596-599), Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\TB:
536-539), Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB:657-660), Cikgu Saraj (G5\SC\Saraj\TB:451-
453), Cikgu Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB:194-195), Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:194-
195), Cikgu Hastika (G9\SE\Hastika\TB:452-455), Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:
500-503), Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\511-513), dan Cikgu Hedzal (G6\SC\
Hedzal\TB: 485-487). Penjelasan mengenai dapatan ini ditunjukkan dengan jelas
dalam contoh petikan temu bual yang diberi.
“...saya nampak aktiviti dalam KP ni dipilih dengan tepat oleh semua
ahli. Maka sudah tentu aktiviti yang berpusatkan murid seperti Jelajah
Pembelajaran, Three Stray One Stay, atau lain-lain seperti aktiviti yang
melibatkan kumpulan lah…aahh… sangat sesuai lah sebab boleh
melibatkan semua murid lah...”
[G4\SB\Norol\TB: 596-599]
“... saya lihat murid-murid begitu mudah bekerjasama dalam aktiviti yang
berbentuk pembelajaran aaa… apa kata orang….aaa…pembelajaran
koperatif. Jika ada aktiviti seperti ini, murid-murid boleh terlibat dengan
aktif dan berbincang dengan baik bersama rakan...”
[G11\SF\Fazli\TB:536-539]
“...ada baiknya jugaklah sebab melalui aktiviti PdPc yang berpusatkan
murid, sebenarnya aktiviti begini bila melibatkan semua murid maka
banyak memberi peluang kepada murid untuk berkongsi idea le…haa
…interaksi yang sangat bagus le...”
[G1\SA\Chan\TB: 194-195]
175
Triangulasi data melalui pemerhatian pengkaji terhadap sesi pengajaran
peserta kajian menunjukkan aktiviti berpusatkan murid dan corak pembelajaran yang
menekankan pembelajaran koperatif menggalakkan penglibatan yang aktif dalam
kalangan murid. Aktiviti PdPc kelihatan berjalan dengan lancar kerana murid dapat
berkomunikasi dengan baik dalam aktiviti perbincangan kumpulan. Penglibatan aktif
murid secara optimum membantu penguasaan murid tentang perkara yang dipelajari
dengan lebih mudah terutamanya dalam aktiviti hands on. Dapatan kajian berkaitan
fenomena tersebut seperti tercatat dalam catatan pemerhatian pengkaji di lokasi kajian
(G1\SA\Chan\CP1\KPK3; G2\SA\Aqmal\CP1\KPK3; G4\SB\Norol\CP2\KPK3; G5\
SC\Saraj\CP1\KPK3; G6\SC\Hedzal\CP2\KLS; G7\SD\Balqis\CP2\KPK3; G8\SD\
Dila\CP1\KPK3; G9\SE\Hastika\CP2\KPK3; G10\SE\Betha\CP1\KLS; G11\SF\Fazli\
CP2\KPK3; G12\SF\Shamil\CP1\KPK3).
c. Respons positif murid
Corak pembelajaran interaksi pelbagai hala yang diamalkan dalam pendekatan KP
amat penting dalam PdPc Bahasa Melayu kerana suasana pembelajaran tersebut
menggalakkan murid memberi respons yang positif terhadap pengajaran guru. Hasil
temu bual bersama, pengkaji diberitahu bahawa sesi pengajaran KP berupaya
merangsang minat murid untuk memberi respons terhadap persoalan guru, khususnya
dalam sesi soal jawab murid bersama guru. Dapatan mengenai perkara ini seperti
dinyatakan dalam temu bual bersama Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:527-529),
Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\TB:585-587), Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:564-565),
Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB:430-432), dan Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB:666-668).
Contoh petikan temu bual bagi menerangkan dapatan tersebut ditunjukkan dalam
petikan temu bual Cikgu Shamil, Cikgu Balqis dan Cikgu Dila.
“...Yang baiknya bagi saya ialah…aaa…respons murid sangat baik
terutama jika ada aktiviti seperti sesi soal jawab. Maklum balas murid
terhadap soalan-soalan yang saya kemukakan sangat positif...”
[G12\SF\Shamil\TB:585-587]
“…saya begitu mudah mendapat tindak balas daripada murid. Lebih-
lebih lagi jika saya kemukakan soalan KBAT, saya nampak murid ni
begitu berani mencuba untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan...”
[G7\SD\Balqis\TB:430-432]
176
“...Respons murid sangat baiklah. Murid tidak malu untuk memberi
jawapan walaupun salah atau kurang tepat. Murid juga secara suka rela
mencuba tanpa dipaksa dalam apa saja aktiviti PdPc yang saya
laksanakan untuk mencapai objektif...”
[G8\SD\Dila\TB: 666-668]
Dapatan kajian diperkukuhkan melalui data pemerhatian oleh pengkaji
terhadap sesi pengajaran guru. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati murid-
murid memberi respons yang amat positif terhadap pengajaran guru. Fenomena yang
berlaku begitu jelas dalam aktiviti seperti sesi soal jawab guru bersama murid. Murid
didapati sentiasa dalam keadaan bersedia dengan setiap soalan yang dikemukakan
oleh guru. Murid juga kelihatan berani menawarkan diri untuk memberi jawapan
walaupun adakala jawapan yang dikemukakan kurang tepat. Dalam aktiviti penilaian
secara lisan pula, respons positif murid begitu ketara apabila semua murid kelihatan
berebut-rebut mengangkat tangan untuk menjawab pertanyaan guru.
Dalam situasi yang kontra pula, terdapat murid yang aktif mengemukakan
soalan kepada guru apabila masih belum faham atau ingin mengetahui sesuatu perkara
dengan lebih lanjut berkaitan ilmu yang dipelajari. Dapatan kajian yang
menggambarkan suasana pembelajaran tersebut turut dicatatkan dalam catatan
pemerhatian pengkaji di lokasi kajian (G6\SC\Hedzal\CP2\KLS; G12\SF\
Shamil\CP1\KPK3; (G1\SA\Chan\CP1\KPK3; G7\SD\Balqis\CP2\KPK3; G8\SD\
Dila\CP1\KPK3). Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, pengkaji merumuskan
bahawa PdPc Bahasa Melayu melalui pendekatan KP didapati memberi sumbangan
yang bermakna terhadap amalan pembelajaran murid.
d. Murid berfikiran kritis dan kreatif
Dapatan kajian seterusnya berkaitan sumbangan KP dalam PdPc Bahasa Melayu ialah
murid berfikiran kritis dan kreatif. Dapatan kajian diperoleh melalui hasil temu bual
dan pemerhatian. Hasil temu bual bersama peserta kajian, pengkaji dimaklumkan
bahawa pengajaran KP dalam PdPc Bahasa Melayu berkeupayaan memupuk murid
berfikiran kritis dan kreatif. Menurut peserta kajian, aktiviti PdPc yang melibatkan
KBAT dalam PdPc guru menggalakkan murid berfikiran kritis dan kreatif. Dapatan
kajian adalah seperti dinyatakan dalam temu bual bersama Cikgu Mila
177
(G3\SB\Mila\TB:462-465), Cikgu Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB:509-511) dan Cikgu
Fazli (G11\SF\Fazli\TB:540-542). Contoh petikan temu bual bagi menerangkan
dapatan tersebut ditunjukkan dalam petikan temu bual Cikgu Aqmal dan Cikgu Fazli.
“...KP ni memang amat sesuai sebab pemikiran kritis dan kreatif murid
perlu dipertingkatkan dan lebih mudah juga jika aktiviti KBAT dilakukan
bersama-sama alat pemikir contohnya aa…seperti peta minda, bahan
grafik dan lain-lain lah...”
[G2\SA\Aqmal\TB: 509-511]
“...Melalui pemerhatian saya lah…pendekatan KP ini dapat memupuk
kreativiti murid terutamanya aktiviti yang melibatkan KBAT. Maka, amat
sesuai lah dengan pembelajaran abad 21...”
[G11\SF\Fazli\TB:540-542]
Seterusnya, hasil temu bual bersama Cikgu Beth, Cikgu Norol dan Cikgu Saraj
memaklumkan bahawa penggunaan alat berfikir atau I-Thinks menggalakkan murid
berfikiran kritis dan kreatif (G10\SE\Betha\TB:829-832). Penggunaan alat berfikir
seperti peta minda, peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, bahan grafik, dan
sebagainya memudahkan murid untuk menyampaikan buah fikiran dengan tepat dan
jelas (G4\SB\Norol\TB:606-608). Selain itu, melalui pendekatan KP, aktiviti
perbincangan murid dalam kumpulan juga dilaporkan berjalan dengan lebih lancar
(G5\SC\Saraj\TB:453-457). Contoh beberapa petikan temu bual berikut
menggambarkan dapatan kajian tersebut.
“…emm…Lesson Study ni sesuai untuk menggalakkan murid berfikiran
kreatif dan kritis. Sebab penggunaan I-Thinks secara meluas dalam pdp
Lesson Study ni murid kita lebih kritis dan kreatif untuk menyampaikan
idea mereka...”
[G10\SE\Betha\TB:829-832]
“…nampaknya Lesson Study ni banyak guna alat berfikir dalam pdp guru.
Jadi, apa yang saya nampaklah… sangat sesuai sebab murid boleh
mengeluarkan idea kreatif mereka melalui alat berfikir seperti peta
minda, peta bulatan dan sebagainya...”
[G4\SB\Norol\TB:606-608]
“...melalui KP ini banyak membantu murid untuk berfikir ke arah yang
lebih kritis dan kreatif. Sebab aaah…ahh…murid didedahkan dengan
pelbagai alat berfikir seperti peta buih berganda, peta alir dan
178
seumpamanya. Jadi dalam PdPc saya, murid saya tiada masalah
menyampaikan hasil perbincangan kumpulan mereka...”
[G5\SC\Saraj\TB: 453-457]
Dapatan temu bual tersebut diperkukuhkan melalui data pemerhatian oleh
pengkaji terhadap sesi pengajaran guru di dalam bilik darjah. Menerusi pengamatan,
sekurang-kurangnya lapan peserta kajian mengatakan bahawa pemikiran kritis dan
kreatif dipupuk melalui aktiviti PdPc yang melibatkan aktiviti KBAT seperti aktiviti
penyelesaian masalah, kontekstual, konstruktivisme, sumbang saran, Enam Topi
Pemikiran, Teknik Meja Bulat, Three Stray One Stay, dan sebagainya. Pengkaji turut
mendapati perbincangan murid berjalan lancar menerusi penggunaan alat berfikir
seperti pengurusan bahan grafik, peta pemikiran, teknik penyoalan, dan sebagainya.
Gambaran tentang fenomena yang berlaku turut direkodkan dalam buku
catatan nota lapangan pengkaji, misalnya G3\SB\Mila\CP1\KPK3, G2\SA\Aqmal\
CP2\KPK3, G11\SF\Fazli\CP2\KPK3, G10\SE\Betha\CP1\KPK3, G4\SB\Norol\CP1\
KPK3, G5\SC\Saraj\C2P\KPK3, G1\SA\Chan\CP1\KPK3, dan G12\SF\Shamil\CP2\
KPK3. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, kajian merumuskan bahawa
amalan PdPc melalui pendekatan KP mencetus pemikiran kritis dan kreatif murid.
e. Memupuk bakat kepimpinan murid
Pengajaran KP dalam PdPc Bahasa Melayu dilaporkan memberi impak yang baik
terhadap hasil pembelajaran murid kerana dipercayai dapat memupuk bakat
kepimpinan dalam kalangan murid. Dapatan kajian mengenai perkara tersebut seperti
dilaporkan dalam hasil temu bual bersama Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:493495),
Cikgu Hastika (G9\SE\Hastika\TB:529-532), dan Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:
832-836). Menurut peserta kajian, aktiviti PdPc yang melibatkan perbincangan murid
dalam kumpulan melatih murid menjadi seorang ketua yang bertanggungjawab.
Sebagai ketua kumpulan, murid didedahkan dengan peranan serta tanggungjawab
seperti kemahiran mengurus dan memimpin ahli dalam kumpulan untuk mencapai
tujuan perbincangan. Melalui cara ini, setiap murid mempunyai rasa
bertanggungjawab serta menjadikan mereka berfikiran dengan lebih bijak dan matang.
Dapatan kajian dijelaskan dalam contoh petikan temu bual Cikgu Hedzal, Cikgu
Hastika dan Cikgu Betha.
179
“...pendekatan KP sebenarnya baik sebenarnya. Sebab kalau kita lihat
semasa kita jalankan aktiviti berkumpulan maka sedikit sebanyak kita
juga memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan murid ...”
[G6\SC\Hedzal\TB:493-495]
“...Oh ya, kalau diperhatikan dalam kelas memang pendekatan Lesson
Study boleh aa...emm...memberi peluang lah, iaitu murid lebih
bertanggungjawab sebagai ketua atau pun pemimpin. Peranan setiap
murid dalam aktiviti berkumpulan menyemai sikap lebih
bertanggungjawab, begitulah ...”
[G9\SE\Hastika\TB:529-532]
“...secara peribadi saya boleh katakan pendekatan PdPc KP dapat
melatih murid-murid untuk lebih bertanggungjawab sebagai ketua untuk
memimpin. Kemudian lagi satu, emm...selama apa yang kita dapat
perhatikan, murid kelihatan berupaya menguruskan ahli-ahli dalam
kumpulan untuk mencapai tujuan perbincangan kumpulan mereka...”
[G10\SE\Betha\TB:832-836]
Menerusi pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, dapatan kajian
menunjukkan aktiviti berpusatkan murid seperti perbincangan kumpulan melatih
murid menjadi ketua yang bertanggungjawab. Melalui penelitian pengkaji, guru
memberi arahan kepada setiap ketua kumpulan untuk membahagikan tugasan kepada
semua ahli kumpulan. Semua ahli kumpulan dikehendaki memainkan peranan dengan
penuh tanggungjawab. Dapatan kajian turut mendapati guru sentiasa memotivasikan
murid dengan mewujudkan budaya saing antara kumpulan melalui aktiviti
berkumpulan. Kumpulan yang berjaya menghasilkan tugasan yang terbaik, kemas dan
teliti, menepati masa, bekerjasama, kreatif dan penglibatan yang aktif menerima
penghargaan daripada guru. Penjelasan mengenai dapatan tersebut direkod dalam
catatan pemerhatian pengkaji (G6\SC\Hedzal\CP1\KPK3; G9\SE\Hastika\CP2\KPK3;
G10\SE\Betha\CP1\KPK3).
f. Refleksi pembelajaran murid
Dapatan kajian seterusnya melaporkan bahawa pengajaran KP dalam PdPc Bahasa
Melayu dikatakan memberi impak yang begitu berguna terhadap hasil pembelajaran
murid. Berdasarkan hasil temu bual bersama peserta kajian, pengkaji dimaklumkan
bahawa amalan pengajaran guru dalam KP telah melatih murid untuk membuat
180
refleksi tentang hasil pembelajaran berkaitan isi pelajaran yang telah dipelajari.
Dapatan kajian dijelaskan dalam petikan temu bual bersama Cikgu Mila
(G3\SB\Mila\TB:469-470), Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB:433-436), Cikgu Dila
(G8\SD\Dila\TB: 669-672) dan Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB: 501-505). Petikan
temu bual bersama Cikgu Mila, Cikgu Balqis, Cikgu Dila dan Cikgu Hedzal
menjelaskan perkara tersebut.
“...baik, dalam PdPc KP, sebenarnya satu elemen menarik yang telah
saya jumpa ialah murid sekarang ni dah boleh membuat refleksi tentang
hasil pembelajaran mereka...”
[G3\SB\Mila\TB: 469-470]
“...peluang yang diberikan kepada murid untuk berkongsi tentang hasil
pembelajaran mereka sebenarnya itulah yang terbaik yang dapat saya
lihat dalam KP…sebab…aa...maklumat tentang pencapaian murid
merupakan yang utama dalam PdPc saya...”
[G7\SD\Balqis\TB:433-436]
“...saya dapati guru suka memberi peluang kepada murid untuk membuat
refleksi tentang penguasaan murid dalam tajuk yang diajar. Memang saya
dapat perhatikan murid-murid dalam kelas kini dah boleh buat refleksi
tentang hasil pembelajaran diri mereka...”
[G8\SD\Dila\TB: 669-672]
“...Ok, memang ada baguslah kerana pendekatan Lesson Study kalau apa
yang dapat saya perhatikan…aaa…aa…murid diberi peluang untuk buat
refleksi tentang hasil pembelajaran mereka. Maka, mudah untuk kita
kenal pasti penguasaan murid kita dalam apa yang kita telah sampaikan
kepada mereka. So, bagi saya pendekatan ini memang sesuai lah…”
[G6\SC\Hedzal\TB: 501-505]
Dalam kajian ini, dapatan penting yang dikaitkan dengan sumbangan KP
dalam PdPc Bahasa Melayu melihat kebolehan murid membuat refleksi tentang hasil
pembelajaran berkaitan penguasaan isi pelajaran yang telah dipelajari. Menurut Cikgu
Chan, Cikgu Hastika dan Cikgu Saraj, kebolehan murid melakukan refleksi tentang
hasil pembelajaran pada hari berkenaan amat berguna kepada guru untuk mengenal
pasti penguasaan murid dalam tajuk pelajaran yang diajar. Menurut peserta kajian
lagi, langkah ini membolehkan guru merancang PdPc dengan lebih baik berpandukan
hasil refleksi murid (G1\SA\Chan\TB:566-568; G9\SE\Hastika\TB:532-535; G5\SC\
181
Saraj\TB:457-459). Contoh dapatan menarik mengenai hal ini dipetik daripada
petikan temu bual Cikgu Chan, Cikgu Hastika, dan Cikgu Saraj.
“...Bagi saya, terbaik lah pendekatan KP untuk PdPc Bahasa Melayu. Hal
ini sangat jelas kepada kita sebab semasa murid buat refleksi, kita dapat
faham apa masalah mereka dalam pelajaran...”
[G1\SA\Chan\TB:566-568]
“…Sebenarnya, Lesson Study banyak memudahkan tugas pengajaran kita
di bilik darjah, khasnya bila kita nak buat perancangan lah untuk
pengajaran kita kalau kita rujuk balik refleksi yang murid kita buat dalam
refleksi mereka, jadi semua ini memudahkan perancangan kita...”
[G9\SE\Hastika\TB:532-535]
“...Sebaik-baiknya, paling ketara ialah murid dapat membuat refleksi
dengan baik. Refleksi murid memang amat berguna untuk kita merancang
PdPc kita akan datang...”
[G5\SC\Saraj\TB: 457-459]
Dapatan kajian tersebut dapat diperhatikan dengan jelas melalui pemerhatian
sesi pengajaran guru di dalam bilik darjah. Semua peserta kajian didapati
melaksanakan amalan refleksi murid dalam pengajaran. Menerusi penelitian dan
pengamatan secara terperinci, pengkaji mendapati sesi refleksi murid biasanya
dilaksanakan pada sesi akhir PdPc, iaitu ketika guru melakukan semakan pencapaian
objektif pembelajaran. Pada ketika ini, pengkaji menyaksikan beberapa orang murid
membuat perkongsian tentang hasil pembelajaran yang telah dicapai termasuk
masalah yang dihadapi dalam pelajaran. Sehubungan itu, murid juga diminta untuk
berkongsi tentang perkara yang menarik berkaitan aktiviti dalam sesi PdPc.
Selain mengarahkan murid membuat refleksi di hadapan kelas secara verbal,
guru juga turut memberi peluang kepada semua murid membuat refleksi tentang hasil
pembelajaran secara bertulis. Refleksi murid dilakukan dengan membuat catatan
dalam kertas. Hasil refleksi secara bertulis kemudian dibaca atau dikutip oleh guru.
Dapatan kajian tersebut terdapat dalam contoh catatan pemerhatian pengkaji
(G3\SB\Mila\CP1\KPK3; G7\SD\Balqis\CP2\KPK3; G8\SD\Dila\CP1\KPK3; G6\SC\
Hedzal\CP2\KPK3; G1\SA\Chan\CP1\KPK3; (G2\SA\Aqmal\CP1\KPK3; G4\SB\
Norol\CP2\KPK3; G10\SE\Betha\CP1\KPK3; G11\SF\Fazli\CP2\KPK3).
182
g. Mendorong amalan berdikari
Dapatan kajian berkaitan sumbangan KP dalam PdPc Bahasa Melayu turut memberi
impak terhadap hasil pembelajaran murid. Hasil temu bual bersama peserta kajian
menunjukkan bahawa pendekatan KP dalam PdPc Bahasa Melayu mendorong amalan
berdikari dalam kalangan murid. Menurut peserta kajian, semangat berdikari murid
timbul setelah menjalani aktiviti berkumpulan, perkongsian pengalaman semasa sesi
refleksi murid, melakukan tugasan secara individu dan peranan murid sebagai ahli
atau ketua dalam aktiviti berkumpulan. Melalui pengalaman tersebut, murid menjadi
lebih dewasa dan berfikiran lebih matang dalam membuat keputusan.
Dapatan kajian tersebut dijelaskan dalam petikan temu bual bersama Cikgu
Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB:512-516), Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\TB:587-591),
Cikgu Mila (G3\SB\Mila\TB:465-468), Cikgu Norol (G4\SB\Norol\TB:610-613) dan
Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\TB:548-550). Contoh petikan temu bual Cikgu Aqmal,
Cikgu Mila, Cikgu Norol, dan Cikgu Fazli menggambarkan dapatan kajian tersebut.
“...bagi saya murid-murid terlatih untuk lebih berdikari sebabnya aaa…
kalau diperhatikan, murid lebih mudah melakukan tugasan dengan
sendiri terutama tugasan secara individu. Semua ini berlaku sebab
murid dibiasakan melakukan aktiviti yang berpusatkan mereka, iaitu
murid itu sendiri...”
[G2\SA\Aqmal\TB: 512-516]
“…pendekatan KP sangat-sangat membantu pengajaran guru kerana
aa… melalui apa yang saya lihat, murid ni boleh bekerja dengan sendiri,
maknanya ... ok…berkeupayaan melakukan tugasan dengan sendiri dan
mainkan peranan sebagai ahli kumpulan yang bertanggungjawab...”
[G3\SB\Mila\TB: 465-468]
“...bila murid berkongsi idea dalam sesi refleksi murid
emmm...aa...apatu...tentang apa yang telah mereka pelajari, ini boleh
mengajar murid menjadi lebih dewasa, fikiran yang matang dan boleh
buat keputusan dengan baik atau tepat...”
[G4\SB\Norol\TB: 610-613]
“…pendekatan Lesson Study sangat membantu murid-murid untuk lebih
berdikari seperti bekerja dalam kumpulan tanpa banyak bergantung
kepada guru dan aaa...guru bertindak sebagai pembimbing sahaja le…”
[G11\SF\Fazli\TB:548-550]
183
Dapatan kajian tersebut diperkukuhkan melalui dapatan pemerhatian terhadap
sesi pengajaran guru. Melalui penelitian pengkaji, impak yang paling ketara
menunjukkan bahawa murid kelihatan berkeupayaan melakukan tugasan secara
kendiri terutama dalam aktiviti berkumpulan dan penilaian secara bertulis. Dalam
menjalani aktiviti berkumpulan, murid berbincang dengan baik bersama rakan dan
juga bertanya soalan kepada guru apabila terdapat perkara yang kurang jelas. Guru
berperanan sebagai fasilitator dan memantau perbincangan murid.
Seterusnya, dalam aktiviti penilaian secara bertulis pula, murid berupaya
melakukan tugasan secara kendiri dengan baik kerana tugasan yang diberikan adalah
berdasarkan kecerdasan murid yang pelbagai. Dapatan kajian ini turut dijelaskan
dalam buku catatan pemerhatian di lokasi kajian (G1\SA\Chan\CP1\KPK3;
G2\SA\Aqmal\CP1\KPK3; G9\SE\Hastika\ CP1\KPK3; G12\SF\ Shamil\CP1\KPK1;
G3\SB\Mila\CP2\KPK3; G4\SB\Norol\CP2\KPK2; G10\SE\Betha\CP2\KPK3; G11\
SF\Fazli\CP1\KPK3; G5\SC\Saraj\CP1\KPK3; G7\SD\Balqis\CP2\KPK3; G8\SD\
Dila\CP1\KPK3; G6\SC\Hedzal\CP2\ KPK3).
4.4.3 Rumusan
Dapatan kajian ini telah menjawab persoalan kajian ke-2, iaitu Apakah persepsi guru
tentang pelaksanaan pendekatan KP dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa
Melayu. Hasil temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen menunjukkan
pendekatan KP memberi manfaat terhadap amalan pengajaran guru dan amalan
pembelajaran murid. Melalui KP, guru memperoleh manfaat seperti meningkatkan
pengetahuan kandungan, pemantapan pengetahuan pedagogi, dan pengurusan BSP.
Seterusnya, manfaat KP terhadap amalan pembelajaran murid adalah KP
menggalakkan tumpuan dan perhatian murid, penglibatan murid aktif, dan murid
memberi respons positif terhadap pengajaran guru. Selain mencetus pemikiran kritis
dan kreatif, KP juga dikatakan dapat memupuk bakat kepimpinan dan mendorong
amalan berdikari dalam kalangan murid. Jadual 4.5 menunjukkan taburan pola bagi
kategori persepsi setiap peserta kajian tentang pelaksanaan KP dalam PdPc Bahasa
Melayu terhadap amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid.
184
Jadual 4.5 Taburan pola kategori persepsi guru tentang pelaksanaan pendekatan kajian
pengajaran dalam PdPc Bahasa Melayu
Peserta Kajian
Chan
Bil. Tema Sub Tema Aqmal
Mila
Norol
Saraj
Hedzal
Balqis
Dila
Hastika
Betha
Fazli
Shamil
Jumlah
1 Amalan meningkatkan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
pengajaran
pengetahuan kandungan
guru pemantapan pengetahuan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
pedagogi
pengurusan bahan bantu √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
mengajar
pelaksanaan penilaian √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
formatif
2 Amalan tumpuan dan perhatian √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
pembelajaran murid
murid penglibatan aktif murid √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
menurut respons positif murid √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
persepsi guru
murid berfikiran kritis √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
dan kreatif
memupuk bakat √ √ √ √ √ √ √ √ x x √ √ 10
kepimpinan murid
refleksi pembelajaran √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
murid
mendorong amalan √ √ √ √ √ √ x x √ √ √ √ 10
berdikari
x – dapatan kategori dan tema kajian
Berdasarkan Jadual 4.5, taburan pola menunjukkan semua peserta kajian
mengatakan bahawa pelaksanaan pendekatan KP dalam PdPc Bahasa Melayu
meningkatkan amalan pengajaran guru dari aspek pengetahuan kandungan,
pemantapan pengetahuan pedagogi, dan pengurusan BSP. Sementara itu, manfaat
pelaksanaan pendekatan KP dalam PdPc Bahasa Melayu terhadap hasil pembelajaran
murid mendapati semua guru bersetuju bahawa pendekatan KP berkeupayaan menarik
tumpuan dan perhatian murid, menggalakkan penglibatan aktif murid, menggalakkan
responds positif murid, murid berfikiran kritis dan kreatif, serta memupuk amalan
refleksi pembelajaran dalam kalangan murid.
Seterusnya, sekurang-kurangnya 10 peserta kajian menyokong bahawa KP
dalam PdPc Bahasa Melayu berupaya memupuk bakat kepimpinan murid dan
mendorong amalan berdikari. Namun, dua daripada peserta kajian tidak menyokong
kedua-dua elemen tersebut kerana pada anggapan peserta kajian berkenaan, murid
185
yang lemah masih memerlukan bimbingan secara intensif untuk menguasai sesuatu
kemahiran yang diajar. Maka, tidak hairan jika peserta kajian yang terbabit didapati
memberi peluang yang lebih banyak untuk aktiviti perbincangan secara berpasangan,
khususnya bagi murid yang mempunyai aras kecerdasan yang sederhana.
Secara keseluruhan, elemen menarik dalam dapatan ini ialah murid
berkeupayaan membuat refleksi tentang hasil pembelajaran diri. Dengan ini, pengkaji
memberi kesimpulan bahawa pelaksanaan pendekatan KP dalam PdPc Bahasa Melayu
memberi banyak manfaat terhadap amalan pembelajaran murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Rajah 4.2 menunjukkan tema dan sub tema dapatan kajian berkaitan
persepsi guru tentang pelaksanaan pendekatan kajian pengajaran dalam PdPc Bahasa
Melayu.
Rajah 4.2 Persepsi guru tentang pelaksanaan kajian pengajaran dalam PdPc Bahasa Melayu
186
4.5 KAEDAH MENULIS DAN MENGAPLIKASIKAN RPH BAHASA MELAYU
BERASASKAN PENDEKATAN KAJIAN PENGAJARAN
Dapatan kajian seterusnya melaporkan dapatan bagi persoalan kajian yang ke-3, iaitu
Apakah kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH Bahasa Melayu berasaskan
pendekatan kajian pengajaran (KP). Bagi menjawab persoalan kajian tersebut,
pengkaji memperoleh data melalui temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar data dalam persoalan kajian ini diperoleh
melalui kaedah temu bual, iaitu kaedah utama teknik pengumpulan data kajian ini.
Hasil analisis dapatan kajian, kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH KP
dapat diperlihatkan melalui empat elemen PdPc, iaitu (a) objektif pembelajaran, (b) isi
pelajaran, (c) bahan sumber pembelajaran (BSP), dan (d) kemahiran generik. Bagi
mendapat kefahaman yang lebih terperinci, Jadual 4.6 menunjukkan tema dan sub
tema untuk menjelaskan elemen tersebut.
Jadual 4.6 Senarai kategori, tema dan sub tema kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH
berasaskan pendekatan kajian pengajaran
Kategori Tema Sub Tema
Kaedah menulis dan a. objektif bentuk perlakuan jelas dan eksplisit
mengaplikasikan RPH pembelajaran mengukur kriteria kejayaan murid
berasaskan pendekatan mengambil kira keupayaan murid
kajian pengajaran sesuai dengan kemahiran diajar
boleh dicapai dalam tempoh masa PdPc
b. isi pelajaran berpandukan model S.M.A.R.T. Goal
merujuk refleksi PdPc lepas
bidang kemahiran bahasa berfokus
pemeringkatan isi pelajaran
pengetahuan sedia ada murid
c. bahan sumber BSP sesuai dan menarik
pembelajaran BSP merangsang pemikiran murid
BSP pelbagai
d. kemahiran BSP berkonsepkan KBAT
generik BSP mudah diperoleh
kemahiran komunikasi
kemahiran belajar
kemahiran berfikir
kemahiran interpersonal
kemahiran fasilitator
kemahiran menyelesaikan masalah
kemahiran teknologi maklumat