The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tesis PHD Nur Ain Kualitiatif Kajian Kes

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazrahjamaludin159, 2021-06-07 02:25:20

Tesis PHD Nur Ain Kualitiatif Kajian Kes

Tesis PHD Nur Ain Kualitiatif Kajian Kes

187

Merujuk Jadual 4.6, kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH KP dihuraikan
secara terperinci berdasarkan tema-tema utama yang diperoleh melalui hasil temu
bual, pemerhatian dan analisis dokumen.

4.5.1 Objektif Pembelajaran

Dapatan kajian tentang kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH Bahasa Melayu
diperoleh melalui temu bual dan analisis dokumen terhadap BRM peserta kajian.
Melalui analisis dokumen, hasil kajian mendapati sekurang-kurangnya enam elemen
penting telah dikaitkan dengan kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH KP dalam
PdPc mata pelajaran Bahasa Melayu. Elemen yang dimaksudkan adalah seperti, (a)
bentuk perlakuan jelas dan eksplisit, (b) mengukur kriteria kejayaan murid, (c)
mengambil kira keupayaan murid, (d) sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang
diajar, (e) boleh dicapai dalam tempoh masa PdPc, dan (f) berpandukan Model
S.M.A.R.T. Goal.

a. Bentuk perlakuan jelas dan eksplisit

Hasil temu bual bersama peserta kajian, pengkaji dimaklumkan bahawa salah satu
daripada kemahiran menulis RPH KP dalam PdPc Bahasa Melayu adalah bentuk
perlakuan jelas dan eksplisit. Penerangan lanjut daripada Cikgu Aqmal menjelaskan
bahawa bentuk perlakuan yang jelas dan eksplisit merujuk kepada perlakuan
pembelajaran murid berkaitan kemahiran membaca dan kemahiran menulis dalam
konteks pembelajaran bahasa. Contoh dapatan kajian mengenai perkara tersebut
seperti dijelaskan dalam petikan temu bual Cikgu Aqmal dan Cikgu Hastika.

“…seperti bentuk perlakuan aa ... jelas dan spesifik, iaitu apa yang
pelajar itu akan dapat sama ada dia boleh mengira, membaca dan
menulis, menyatakan dan sebagainya…”

[G2\SA\Aqmal\TB:87-88]

“…Seterusnya, sudah semestinya jelas dan explisit, begitulah …”
[G9\SE\Hastika\TB:80-84]

Dapatan kajian tersebut turut terdapat dalam RPH peserta kajian
(G2\SA\Aqmal\AD\RPH1; G9\SE\Hastika\AD\RPH2). Hasil analisis, pengkaji

188

mendapati objektif pembelajaran yang ditulis adalah jelas dan eksplisit. Hal ini dapat
dilihat dengan jelas apabila peserta kajian menulis objektif pembelajaran dengan
menggunakan perkataan spesifik bagi menunjukkan perlakuan murid yang perlu
dicapai pada akhir sesi PdPc. Perkataan spesifik yang dimaksudkan adalah seperti
membaca, menulis, menukarkan, melengkapkan dan seumpamanya.

Seterusnya, melalui tinjauan pengkaji ketika sesi pengajaran guru, pengkaji
menjumpai satu perkara menarik berkaitan kemahiran mengaplikasikan RPH KP
dalam PdPc guru. Sebelum memulakan sesi PdPc, guru terlebih dahulu mempamerkan
objektif pembelajaran dan membincangkan fokus pelajaran yang sepatutnya dicapai
pada akhir sesi PdPc secara spesifik. Contoh dapatan pemerhatian berkaitan perkara
tersebut seperti terdapat dalam catatan pemerhatian pengajaran Cikgu Aqmal.

Catatan Pemerhatian: Setelah memperkenalkan tajuk pelajaran, Cikgu
Aqmal membacakan objektif pembelajaran kepada murid. Cikgu Aqmal
memberi penekanan kepada murid tentang kehendak objektif
pembelajaran, misalnya, Menulis ayat aktif kemudian menukarkan ayat
aktif kepada ayat pasif.

[G2\SA\Aqmal\CP2\KPK3]

Berdasarkan dapatan temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian, dapatan
kajian merumuskan bahawa ketika guru menulis objektif pembelajaran untuk RPH,
perlu disedari bahawa objektif pembelajaran hendaklah dalam bentuk perlakuan yang
jelas dan eksplisit bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai dengan lebih
mudah pada akhir sisi PdPc guru.

b. Mengukur kriteria kejayaan murid

Dalam sesi temu bual bersama peserta kajian, pengkaji dimaklumkan bahawa perkara
yang perlu dititikberatkan ketika menulis RPH ialah objektif pembelajaran yang
dirancang seharusnya dapat mengukur kriteria kejayaan murid. Menurut Cikgu Shamil
dan Cikgu Aqmal, objektif pembelajaran yang dirancang sebaik-baiknya boleh diukur
dan disesuaikan dengan keupayaan murid dalam kelas yang diajar. Perkara yang sama
turut dinyatakan dalam temu bual bersama Cikgu Saraj (G5\SC\Saraj\TB:93). Contoh
dapatan kajian ini dapat ditemui dalam petikan temu bual bersama Cikgu Shamil dan
Cikgu Aqmal.

189

“…itu kita akan menggunakan angka lah contohnya seperti biasanya kita
akan menetapkan kriteria kejayaan murid aaa contohnya menyatakan
sekurang-kurang 3 hingga 5 …”

[G12\SF\Shamil\TB:131-133]

“…kemudian perkara yang boleh diukur keupayaan murid untuk
mencapai objektif itu…”

[G2\SA\Aqmal\TB:89]

Dapatan temu bual berkaitan kemahiran menulis objektif pembelajaran
diperkukuhkan melalui data analisis dokumen terhadap RPH peserta kajian.
Berdasarkan analisis, pengkaji mendapati peserta kajian merancang objektif
pembelajaran dengan menetapkan kriteria kejayaan yang hendak dicapai. Kriteria
pencapaian objektif dinyatakan dalam bentuk perlakuan yang boleh diukur
(G12\SF\Shamil\AD\RPH1; G1\SA\Aqmal\AD\RPH2).

Seterusnya, hasil pemerhatian pengkaji ketika sesi pengajaran guru, pengkaji
amat tertarik dengan amalan guru ketika memulakan sesi PdPc. Melalui pemerhatian,
guru terlebih dahulu mempamerkan objektif pembelajaran dan membincangkan
kriteria kejayaan yang patut dicapai oleh murid pada akhir sesi PdPc. Kriteria
kejayaan yang ingin dicapai adalah dalam bentuk kuantiti yang boleh diukur. Objektif
pembelajaran yang dipamerkan dirujuk dari semasa ke semasa sepanjang waktu PdPc
berlangsung. Contoh dapatan pemerhatian berkaitan perkara tersebut seperti terdapat
dalam catatan pemerhatian pengajaran Cikgu Aqmal.

Catatan Pemerhatian: Cikgu Aqmal membincangkan objektif
pembelajaran kepada murid. Beliau menyatakan kriteria kejayaan yang
perlu dicapai dalam objektif pembelajaran hari ini. Contohnya, Murid
membina ayat majmuk menggunakan sekurang-kurang lima daripada
lapan kata majmuk yang diberi dengan struktur ayat yang betul.

[G2\SA\Aqmal\CP2\KPK3]

Berdasarkan data temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen, dapatan
kajian merumuskan bahawa kemahiran menulis dan mengaplikasikan RPH KP
berdasarkan objektif pembelajaran hendaklah memberi penekanan terhadap kriteria
kejayaan murid yang boleh diukur. Melalui cara tersebut, guru dapat mengenal pasti
tahap penguasaan murid terhadap isi pelajaran yang telah dipelajari.

190

c. Mengambil kira keupayaan murid

Dalam sesi temu bual bersama peserta kajian berkaitan kemahiran menulis dan
mengaplikasikan RPH KP, pengkaji dimaklumkan bahawa objektif pembelajaran yang
dirancang hendaklah mengambil kira keupayaan murid yang pelbagai. Dapatan kajian
adalah seperti dinyatakan dalam petikan temu bual bersama Cikgu Shamil, Cikgu
Saraj, Cikgu Hastika, Cikgu Balqis, Cikgu Mila, Cikgu Betha, Cikgu Norol, Cikgu
Chan, dan Cikgu Aqmal. Menurut peserta kajian, guru perlu menganalisis dan menilai
keupayaan murid terlebih dahulu sebelum menentukan aras kemahiran yang hendak
diajar. Penerangan mengenai dapatan kajian tersebut ditunjukkan dalam contoh
petikan temu bual bersama Cikgu Saraj dan Cikgu Shamil.

“…sebenarnya objektif PdPc harian diambil kira dari sudut keupayaan
pelajar. Maknanya sebelum sesuatu RPH disediakan untuk sesuatu kelas
aa ... guru menganalisis dan menilai kemampuan dan keupayaan pelajar
untuk mengadaptasi apa yang disampaikan oleh guru sebelum
menyediakan objektif…”

[G5\SC\Saraj\TB:84-87]

“…Kebolehan murid ni aaa berdasarkan kalau ikut kelas. Kalau kelas itu
kelas yang baik kita akan beri aras dia yang lebih tinggi, kalau sederhana
tu saya akan lihat aaa yang lebih sesuai dengan merekalah, mungkin lebih
sederhana dan yang kalau yang lemah tu memang menggunakan aras
rendahlah …”

[G12\SF\Shamil\TB:140-143]

Hasil analisis dokumen turut memberi pengukuhan terhadap dapatan kajian
tersebut. Melalui penelitian terhadap RPH peserta kajian, guru didapati menulis
objektif pembelajaran dengan menetapkan kriteria kejayaan murid yang berbeza dari
segi kualiti dan kuantiti (G5\SC\Saraj\AD\RPH2; G12\SF\Shamil\AD\RPH1). Murid
yang pandai diberikan latihan yang lebih mudah dan bilangan soalan yang disediakan
sesuai dengan tahap kognitif murid, manakala murid yang sederhana dan pandai
diberikan latihan yang lebih banyak serta mencabar. Langkah ini sesuai dengan
kebolehan murid yang pelbagai dalam kelas yang diajar. Hasil penelitian terhadap
RPH guru turut dicatatkan dalam buku catatan pemerhatian pengkaji. Catatan
pemerhatian terhadap RPH Cikgu Shamil dan Cikgu Saraj menggambarkan dapatan
kajian tersebut.

191

Catatan Pemerhatian: Cikgu Shamil memberikan latihan bertulis
berdasarkan keupayaan murid. Latihan bertulis yang diberikan telah
mengambil kira kualiti dan kuantiti soalan. Bilangan soalan yang
diberikan adalah bebeza mengikut keupayaan murid.

[G12\SF\Shamil\CP1\KPK3]

Catatan Pemerhatian: Cikgu Saraj mengedarkan lembaran bertulis
kepada murid. Murid-murid diberikan latihan formatif yang berbeza
mengikut keupayaan murid yang pelbagai.

[G5\SC\Saraj\CP2\KPK3]

Berdasarkan analisis data kajian ini, pengkaji mendapati peserta kajian
merancang objektif pembelajaran dengan mengambil kira tahap keupayaan murid.
Melalui cara ini, guru dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah
manakala tahap penguasaan murid dapat diukur dengan lebih cepat dan praktikal.

d. Sesuai dengan kemahiran yang diajar

Dapatan temu bual berkaitan kemahiran menulis dan mengaplikasikan RPH KP dalam
PdPc Bahasa Melayu mendapati objektif pembelajaran yang dirancang perlu sesuai
dengan pengetahuan dan kemahiran yang diajar. Contoh dapatan kajian tersebut
seperti dijelaskan dalam temu bual bersama Cikgu Betha. Menurut beliau, objektif
pembelajaran mestilah menepati topik pelajaran. Kemudian topik pelajaran yang
dipilih perlu disesuaikan dengan kemahiran yang terdapat dalam HSP. Menurut Cikgu
Betha lagi, objektif pembelajaran yang dirancang juga harus mengambil kira isu-isu
semasa yang boleh dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid dan kemahiran
yang hendak diajar. Dapatan kajian yang sama turut disuarakan dalam temu bual
bersama Cikgu Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB:90), Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB:98-99),
Cikgu Dila (G6\SC\Hedzal\TB:97-98), dan Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:105-106).
Contoh petikan temu bual bersama Cikgu Betha menjelaskan dapatan kajian tersebut.

“…untuk merancang objektif pembelajaran sudah semestinya objektif
yang kita rancang mestilah menepati topik pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran. Maksudnya, objektif ini mesti ada kaitan dengan
Huraian Sukatan Pelajaran. Seterusnya, objektif ini juga seharusnya
berkaitan dengan situasi semasa. Kita haruslah memahami situasi semasa
yang sedang berlaku sekarang dan seboleh-bolehnya mesti ada kaitan
dengan pengalaman murid untuk memastikan objektif tersebut

192

tercapailah…, boleh diukur, seterusnya sesuai dengan keupayaan murid,
sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang kita ajar …”

[G10\SE\Betha\TB: 104-109, 115-116]

Dapatan kajian tersebut diperkukuhkan melalui hasil analisis dokumen
terhadap RPH KP peserta kajian (G10\SE\Betha\AD\RPH1; G1\SA\Chan\AD\RPH2;
G2\SA\Aqmal\AD\RPH1; G8\SD\Dila\AD\RPH2; G6\SC\Hedzal\AD\RPH2; G5\SC\
Saraj\AD\RPH1; G4\SB\Norol\AD\RPH2; G11\SF\Fazli\AD\RPH2; G12\SF\Shamil\
AD\RPH2). Berdasarkan analisis, pengkaji mendapati topik pelajaran yang dirancang
disesuaikan dengan kemahiran yang hendak diajar. Bagi kemahiran yang agak sukar,
guru meletakkan dua objektif pembelajaran dalam satu RPH yang dirancang
(G3\SB\Mila\TB:103-106) agar bersesuaian dengan aras kebolehan murid.

Berdasarkan dapatan kajian tersebut, jelaslah bahawa kemahiran menulis dan
mengaplikasikan RPH dalam PdPc Bahasa Melayu perlu melihat kepada pengetahuan
dan kemahiran yang hendak diajar terlebih dahulu sebelum menulis objektif
pembelajaran. Hal ini demikian bagi memastikan topik pelajaran dan kemahiran yang
diajar sesuai dengan aras pengetahuan murid juga. Tegasnya, objektif pembelajaran
yang dirancang perlu disesuaikan dengan topik pelajaran dan kemahiran yang diajar
agar dapat memenuhi keperluan murid yang terdiri daripada tahap kecerdasan yang
pelbagai. Hal ini penting bagi memastikan objektif pembelajaran yang dirancang
dapat mengukur pencapaian murid dengan lebih tepat.

e. Boleh dicapai dalam tempoh masa PdPc

Temu bual berkaitan kemahiran menulis dan mengaplikasikan RPH KP dalam PdPc
Bahasa Melayu turut mendapati bahawa objektif pembelajaran boleh dicapai dalam
lingkungan masa PdPc yang telah dirancang. Dapatan kajian ini seperti terdapat dalam
sesi temu bual bersama Cikgu Mila (G3\SB\Mila\TB:95-97), Cikgu Chan
(G1\SA\Chan\TB:92-94), Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:98-99), Cikgu Norol
(G4\SB\Norol\TB:105-106), Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB\99-102), dan Cikgu Aqmal
(G2\SA\Aqmal\TB:85-91). Menurut peserta kajian, masa PdPc harus sesuai dengan
aktiviti atau objektif pembelajaran yang dirancang. Contoh mengenai dapatan kajian
ini ditunjukkan dalam petikan temu bual bersama Cikgu Mila dan Cikgu Hedzal.

193

“…dan yang ketiga peruntukan masa, masa yang ditetapkan sama ada
aktiviti atau pun objektif yang dirancang dapat dilaksanakan dalam
tempoh masa yang ditentukan …”

[G3\SB\Mila\TB:95-97]

“…Selain itu, objektif ini kenalah tengok kita punya masa yang
secukupnya untuk mencapai objektif yang telah kita set kan tadi …”

[G6\SC\Hedzal\TB:98-99]

Triangulasi data melalui analisis dokumen turut mengesahkan dapatan kajian
tersebut. Hasil analisis yang dilakukan terhadap RPH KP peserta kajian mendapati
aktiviti PdPc yang dirancang adalah sesuai dengan tempoh masa yang telah ditetapkan
berdasarkan jadual waktu yang sepatutnya (G3\SB\Mila\AD\RPH1; G1\SA\Chan\AD\
RPH2; G6\SC\Hedzal\AD\RPH2; G4\SB\Norol\AD\RPH1; G8\SD\Dila\AD\RPH2;
G2\SA\Aqmal\AD\RPH1). Pengaplikasian RPH KP dalam PdPc Bahasa Melayu
menyaksikan bahawa guru berjaya menamatkan sesi PdPc dalam lingkungan masa
yang telah ditetapkan. Melalui semakan hasil pembelajaran murid, objektif
pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya.

Berdasarkan analisis dapatan kajian, pengkaji menyimpulkan bahawa objektif
pembelajaran yang dirancang harus sesuai dengan masa PdPc. Hal ini demikian bagi
membolehkan guru mempunyai masa yang secukupnya untuk mengendalikan aktiviti
PdPc seperti yang telah dirancang. Ringkasnya, pelaksanaan sesuatu aktiviti PdPc
memerlukan kecekapan dan kebijaksanaan seseorang guru untuk mengatur masa PdPc
agar dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah.

f. Berpandukan Model S.M.A.R.T. Goal

Kajian berkaitan kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH KP dalam PdPc Bahasa
Melayu telah menemui satu elemen menarik tentang penulisan objektif pembelajaran.
Hasil temu bual bersama peserta kajian, pengkaji dimaklumkan bahawa amalan
terbaik untuk merancang objektif pembelajaran adalah berpandukan model S.M.A.R.T.
Goal. Kenyataan tersebut seperti dijelaskan dalam temu bual bersama Cikgu Aqmal
(G2\SA\Aqmal\TB:75-79), Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:101-107), Cikgu Norol
(G4\SB\Norol\TB:90-92), dan Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB:95-100). Menurut peserta
kajian, model S.M.A.R.T Goal bermaksud specific, measurable, attainable, relevant

194

dan time bound. Contoh petikan temu bual bagi menjelaskan dapatan kajian tersebut

seperti digambarkan dalam petikan temu bual bersama Cikgu Aqmal dan Cikgu Dila.

“…Baiklah. Model S.M.A.R.T. Goal ini sebenarnya sebagai panduan
utama kami ketika kami merancang objektif pembelajaran. Maksudnya,
objektif pembelajaran yang dirancang itu pastikan boleh diukur
berdasarkan kriteria kejayaan yang ditetapkan dan sesuai dengan tahap
keupayaan murid. Selain itu, objektif pembelajaran juga kena sesuai
dengan masa yang kita rancang untuk sesuatu PdPc itu …”

[G2\SA\Aqmal\TB:75-79]

“… untuk merancang objektif kita mestilah ada lima kriteria yang
dikenali sebagai S.M.A.R.T Goal iaitu kita mesti menyatakan objektif
secara khusus, iaitu apa perkara yang perlu dicapai dalam objektif
tersebut dan objektif tersebut mestilah boleh diukur maksudnya ada
bilangan yang perlu kita capai, sesuai dengan kemahiran dan
pengetahuan yang diajar dan juga kita pastikan objektif tersebut relevan
dengan masa yang ditentukan …”

[G8\SD\Dila\TB:125-130]

Temu bual lanjut bersama peserta kajian tentang makna S.M.A.R.T. Goal,

Cikgu Chan dan Cikgu Norol telah menjelaskan bahawa S.M.A.R.T bermaksud:

“…S itu specific, iaitu bentuk perlakuan yang spesifik seperti membaca
dan menulis. Contohnya, pada akhir pelajaran pelajar boleh menulis
sekurang-kurangnya 2 atau pun tiga ayat...emm yang lebih spesifik
macam inilah. M itu Measurable, iaitu sesuatu kriteria kejayaan yang
dapat diukur, manakala A itu Attainable iaitu sesuatu objektif yang
ditetapkan sesuai dengan keupayaan murid, kemudian R itu relevan iaitu
sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang diajar. Kemudian T
ialah Time Bound iaitu sesuatu objektif itu boleh dicapai dalam
lingkungan masa yang ditetapkan …”

[G1\SA\Chan\TB:101-107]

“…aspek yang perlu diambil kira ketika merancang objektif pembelajaran
dan pembelajaran ialah berpandukan kepada Model S.M.A.R.T yang
mana menerangkan tentang specific, measurable, attainable, relevan dan
time bound …”

[G4\SB\Norol\TB:85-87]

Analisis dokumen terhadap RPH peserta kajian mendapati bahawa objektif

pembelajaran ditulis dengan jelas dan eksplisit, iaitu berdasarkan Model S.M.A.R.T.

Goal (G1\SA\Chan\AD\RPH1; G2\SA\Aqmal\AD\RPH1; G4\SB\Norol\AD\RPH1;

195

G8\SD\Dila\AD\RPH1). Melalui penelitian pengkaji, objektif pembelajaran yang
ditulis dalam RPH turut dimaksimumkan dengan keupayaan murid. Hasil analisis
menunjukkan bahawa perkongsian ilmu dalam KP telah memberi pendedahan tentang
amalan penulisan objektif pembelajaran dengan lebih mudah dan tepat. Contoh
analisis dokumen RPH berkaitan kaedah menulis objektif pembelajaran berpandukan
model S.M.A.R.T Goal seperti ditunjukkan dalam RPH Cikgu Chan dan Cikgu Norol.

Contoh Analisis Dokumen RPH:
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan sekurang-kurangnya dua kebaikan dan dua keburukan

kaedah perubatan tradisional kepada kesihatan.
2. Menulis sekurang-kurangnya empat ayat dalam perenggan isi yang

terdiri daripada ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat
penegasan.
3. Menggunakan penanda wacana yang betul dalam perenggan isi.

[G1\SA\Chan\AD\RPH1]

Contoh Analisis Dokumen RPH:
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menulis surat kiriman rasmi menggunakan format yang betul.
2. Menghuraikan sekurang-kurangnya 3 isi surat aduan.
3. Menggunakan sekurang-kurangnya 2 peribahasa dalam surat.

[G4\SB\Norol\AD\RPH1]

Sebagai kesimpulan, dapatan kajian merumuskan bahawa penulisan objektif
pembelajaran yang baik adalah berpandukan kaedah S.M.A.R.T Goal. Melalui cara ini,
guru Bahasa Melayu dapat menetapkan objektif pembelajaran dengan lebih terancang,
iaitu bentuk perlakuan spesifik, mengukur kriteria kejayaan murid, sesuai dengan
keupayaan murid, sesuai dengan kemahiran yang diajar, dan dapat dicapai dalam
lingkungan masa yang ditetapkan. Penemuan baru ini boleh dijadikan sebagai
panduan kepada guru agar dapat merancang objektif pembelajaran yang lebih jelas
dan eksplisit untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

4.5.2 Isi Pelajaran

Selain menentukan objektif pembelajaran, pemilihan isi pelajaran yang mantap amat
penting bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan.
Pemilihan isi pelajaran yang tepat dan jelas dapat mempengaruhi proses PdPc dengan
lebih lancar. Dalam kajian ini, kemahiran guru Bahasa Melayu memilih isi pelajaran

196

dikenal pasti melalui data temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Hasil temu
bual, terdapat sekurang-kurangnya empat elemen penting telah dikaitkan dengan isi
pelajaran apabila menulis dan mengaplikasikan RPH KP dalam PdPc Bahasa Melayu.
Antara elemen tersebut adalah seperti, (a) merujuk refleksi PdPc lepas, (b) bidang
kemahiran bahasa berfokus, (c) pemeringkatan isi pelajaran, dan (d) pengetahuan
sedia ada murid. Berikut adalah huraian lanjut mengenai setiap elemen tersebut.

a. Merujuk refleksi PdPc lepas

Kajian berkaitan kemahiran menulis dan mengaplikasikan RPH KP dalam PdPc
Bahasa Melayu telah mengenal pasti elemen menarik tentang pemilihan isi pelajaran.
Elemen yang dimaksudkan adalah guru perlu merujuk refleksi PdPc lepas terlebih
dahulu sebelum menentukan isi pelajaran yang ingin diajar kepada murid. Dapatan
yang sama turut dijelaskan dalam temu bual bersama Cikgu Hedzal dan Cikgu Dila.
Amalan merujuk refleksi PdPc lepas penting kerana menurut Cikgu Aqmal, amalan
tersebut dapat membantu beliau untuk mengetahui penguasaan murid terhadap perkara
yang telah dipelajari dalam sesi PdPc yang lepas. Melalui temu bual yang dijalankan,
penjelasan daripada peserta kajian mengatakan bahawa:

“…untuk isi pelajaran ni, saya juga merujuk kepada refleksi pdp lepas
sebab ini penting bagi saya …aa untuk lihat kembali pencapaian murid,
lepas tu saya buat perancangan lah…”

[G6\SC\Hedzal\TB:106-107]

“…merancang isi pelajaran ni … dengan mengambil kira refleksi PdPc
lepas memang keutamaan bagi saya lah sebab cara ini dapat membantu
saya untuk mengetahui sejauh mana penguasaan murid terhadap apa
yang telah diajar tu dapat dikuasai …”

[G2\SA\Aqmal\TB:110-116]

Penjelasan yang lebih lanjut daripada Cikgu Aqmal mengatakan bahawa
sekiranya terdapat isi pelajaran yang masih belum dapat dikuasai oleh murid, maka
beliau melakukan pengubahsuaian terhadap PdPc akan datang. Bagi Cikgu Dila pula,
beliau merancang RPH dengan mengambil kira tahap keupayaan murid berdasarkan
refleksi PdPc lepas dan pengetahuan sedia ada murid. Bagi mengesahkan pembuktian
mengenai perkara tersebut, berikut ditunjukkan contoh petikan temu bual bersama
Cikgu Aqmal dan Cikgu Dila.

197

“…kalau saya tengok yang mereka ni belum kuasai sepenuhnya isi
pelajaran dalam PdPc lepas, maka dari situ saya akan buat
pengubahsuaian untuk PdPc akan datang lah. Jadi, senang untuk saya
lihat apa topik seterusnya yang boleh saya ajar kepada mereka…”

[G2\SA\Aqmal\TB:130-136]

“…isi pelajaran yang kita rancang pun kena ikut tahap murid
lah…refleksi kena lihat dari segi aktiviti PdPc, serta juga dari segi
pengetahuan sedia ada murid …”

[G8\SD\Dila\TB:148, 156-157]

Hasil penelitian terhadap RPH semua peserta kajian, pengkaji turut mendapati
bahawa isi pelajaran yang dirancang mengambil kira refleksi PdPc lepas. Situasi ini
berlaku apabila beberapa peserta kajian didapati mengulang balik tajuk-tajuk yang
belum dapat dikuasai oleh murid di samping mengadakan bimbingan secara
berterusan (G6\SC\Hedzal\AD\RPH1; G8\SD\Dila\AD\RPH2).

Berdasarkan maklumat temu bual dan analisis dokumen, kajian ini
menyimpulkan bahawa amalan refleksi PdPc lepas amat penting. Hal ini demikian
bagi membolehkan guru merancang isi pengajaran dengan mengambil kira tahap
keupayaan murid berdasarkan penguasaan yang telah dicapai dalam hasil
pembelajaran lepas. Dengan itu, guru dapat menentukan isi pelajaran yang ingin
disampaikan dalam PdPc yang seterusnya dengan lebih mudah dan lancar.

b. Bidang kemahiran bahasa berfokus

Hasil temu bual berkaitan kemahiran menulis dan mengaplikasikan RPH KP dalam
PdPc Bahasa Melayu, terdapat satu hal yang perlu diberi perhatian berkaitan
merancang isi pelajaran. Melalui temu bual, pengkaji dimaklumkan bahawa isi
pelajaran yang dirancang perlu memberi fokus pada bidang kemahiran bahasa. Contoh
dapatan kajian berkaitan perkara tersebut seperti dijelaskan dalam temu bual bersama
Cikgu Fazli, Cikgu Norol, dan Cikgu Betha. Menurut peserta kajian, bagi merancang
isi pelajaran yang berkaitan kemahiran bahasa, guru perlu menentukan fokus utama
dan fokus sampingan. Elemen ini penting kerana menurut peserta kajian, tindakan
demikian memudahkan guru memberi fokus kepada bidang kemahiran bahasa yang
ingin diutamakan dalam aktiviti PdPc bagi mencapai objektif pembelajaran.

198

Bagi Cikgu Norol pula, beliau menentukan fokus utama dan fokus sampingan
bagi mana-mana bidang kemahiran bahasa yang hendak diajar, sama ada bidang
interpersonal, bidang maklumat atau bidang estetik. Petikan temu bual Cikgu Norol
dikemukakan bagi menjelaskan dapatan kajian dengan lebih lanjut.

“…saya akan menentukan fokus utama dan fokus sampingan yang akan
difokuskan dalam proses PdPc. Misalnya, dalam kemahiran bahasa dekat
situ, dia ada tiga bidang utama seperti Bidang Interpersonal, Bidang
Maklumat dan Bidang Estetik. Jadi, daripada bidang ni, saya akan pilih
salah satu sebagai fokus utama dalam pdp saya, dan satu lagi nanti
mana-mana bidang lain akan jadi fokus sampingan …”

[G4\SB\Norol\TB:116-117, 127-130]

Seterusnya, dapatan yang serupa turut dilaporkan dalam hasil temu bual
bersama Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\TB:128-131). Namun, dalam tindakan merancang
isi pelajaran Bahasa Melayu, satu perkara mustahak yang perlu diketahui oleh guru
Bahasa Melayu adalah penggabungjalinan kemahiran bahasa. Tanpa disedari elemen
ini seringkali diabaikan oleh kebanyakan guru Bahasa Melayu. Namun, bagi Cikgu
Betha, beliau merancang isi pelajaran dengan menggabungkan semua atau sekurang-
kurang dua bidang kemahiran bahasa dalam setiap perancangan PdPc Bahasa Melayu.
Dapatan mengenai perkara ini penting memandangkan objektif pembelajaran yang
dirancang turut mengambil kira bidang interpersonal, bidang maklumat, dan bidang
estetik dalam RPH guru. Huraian lanjut dalam petikan temu bual bersama Cikgu
Betha menjelaskan perkara tersebut.

“…terdapat 3 bidang kemahiran bahasa dalam Huraian Sukatan
Pelajaran tersebut seperti Bidang Interpersonal, iaitu yang berkaitan
dengan komunikasi pelajar, semestinya estetik dan maklumat. Jadi, isi
pelajaran tersebut mesti ada kaitan dengan mana-mana bidang tersebut,
iaitu seboleh-bolehnya dua bidang yang berbeza-beza lah dan secara
tidak langsung penggabungjalinan isi pelajaran itu pun ada kaitan
dengan bidang kemahiran bahasa…”

[G10\SE\Betha\TB:163-168]

Menurut Cikgu Betha lagi, hal ini demikian kerana PdPc Bahasa Melayu harus
melibatkan empat kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran membaca,
kemahiran menulis dan kemahiran menaakul. Jadi, isi pelajaran yang dirancang harus

199

mengambil kira semua aspek kemahiran bahasa tersebut. Dapatan kajian mengenai
perkara ini telah dijelaskan dalam petikan temu bual bersama beliau.

“…Penggabungjalinan semua kemahiran bahasa itu ada diambil kira
seperti menaakul, mendengar, membaca dan juga menulis …”

[G10\SE\Betha\TB:174-175]

Triangulasi dapatan kajian melalui analisis dokumen terhadap RPH peserta
kajian menunjukkan isi pelajaran yang dirancang dilakukan dengan menetapkan fokus
bidang kemahiran bahasa yang hendak diajar. Hasil penelitian pengkaji, semua peserta
kajian menggabungkan sekurang-kurangnya dua bidang kemahiran bahasa dalam satu
sesi PdPc, iaitu sama ada bidang interpersonal, bidang maklumat atau bidang estetik
untuk isi pelajaran yang telah ditentukan.

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, pengkaji menyimpulkan bahawa
pemilihan isi pelajaran untuk PdPc Bahasa Melayu hendaklah memberi fokus pada
bidang kemahiran bahasa yang ingin diutamakan dalam pengajaran guru. Hal ini
demikian bagi memastikan sesi pengajaran guru tidak lari daripada kemahiran
pengajaran bahasa. Tegasnya, bidang kemahiran bahasa merupakan fokus utama
dalam PdPc Bahasa Melayu yang selaras dengan tujuan utama kurikulum bahasa yang
terkandung dalam senarai Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan (DSKP) terkini.
Justeru, pemilihan isi pelajaran perlu menggabungkan kemahiran bahasa dalam RPH.

c. Pemeringkatan isi pelajaran

Dapatan kajian berkaitan aspek isi pelajaran bagi kemahiran menulis dan
mengaplikasikan RPH KP dalam PdPc Bahasa Melayu turut dikaitkan dengan
pemeringkatan isi pelajaran oleh peserta kajian. Bagi mengaplikasikan RPH KP dalam
PdPc Bahasa Melayu dengan berkesan, pengkaji dimaklumkan bahawa pemeringkatan
isi pelajaran perlu berdasarkan prinsip asas pedagogi, iaitu isi pelajaran disusun
berdasarkan pendekatan induktif yang bermaksud daripada khusus kepada umum.
Tindakan ini dilakukan dengan mengambil kira tahap keupayaan murid. Jadi, isi
pelajaran yang dirancang harus disesuaikan dengan potensi murid. Petikan temu bual
bersama Cikgu Betha menjelaskan dapatan kajian tersebut secara terperinci.

200

“…untuk pemeringkatan isi, sudah semestinya bagi tahap pelajar di SE
ini adalah terdiri daripada murid yang aaa… pada tahap kecerdasan
yang pelbagai lah. Jadi, isi pelajaran yang disampaikan bermula
daripada yang senang, seterusnya pergi ke peringkat yang sederhana dan
sekiranya pelajar boleh melepasi tahap senang dan sederhana tersebut
barulah kita akan pergi ke peringkat yang lebih tinggi…”

[G10\SE\Betha\TB:143-147]

Dapatan kajian yang sama turut dijelaskan dalam temu bual bersama peserta
kajian yang lain seperti Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:114), Cikgu Mila (G3\SB\
Mila\TB:132-134), dan Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB: 88-91). Misalnya dalam
petikan temu bual bersama Cikgu Hedzal dan Cikgu Mila, isi pelajaran perlu
disampaikan secara berperingkat dan disesuaikan dengan tahap kebolehan murid.

“…isi pelajaran perlu disampaikan secara berperingkat lah dan
berdasarkan juga tahap kebolehan pelajar …”

[G6\SC\Hedzal\TB:114]

“...untuk isi pelajaran saya akan pilih isi pelajaran yang sesuai dengan
kebolehan pelajar dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran
yang dapat dicapai oleh pelajar …”

[G3\SB\Mila\TB:132-134]

Triangulasi data melalui catatan pemerhatian mengukuhkan dapatan kajian
tersebut. Hasil pemerhatian, guru berkeupayaan melakukan pemeringkatan isi
pelajaran. Isi pelajaran disampaikan bermula daripada peringkat mudah kepada
peringkat susah. Bagi memudahkan pemahaman murid, guru didapati memberikan
banyak contoh sehingga murid faham. Contoh catatan pemerhatian daripada Cikgu
Betha menerangkan gambaran mengenai dapatan kajian tersebut.

Catatan Pemerhatian: Cikgu Betha mengajar murid mengenai ayat
majmuk. Beliau terlebih dahulu menerangkan maksud kata majmuk, jenis-
jenis kata majmuk, contoh kata majmuk dan penggunaan kata majmuk
dalam ayat.

[G10\SE\Betha\CP2\KPK3]

Analisis dokumen terhadap RPH menunjukkan Cikgu Betha mengajar ayat
majmuk sebagai fokus utama dalam PdPc Bahasa Melayu pada hari ini. Ayat majmuk
telah dicatatkan dalam RPH pada ruangan Sistem Bahasa. Dalam pada itu, ayat

201

majmuk juga terkandung dalam objektif pembelajaran yang dirancang pada hari
tersebut (G10\SE\Betha\AD\RPH2).

Kesimpulannya, kebolehan guru melakukan pemeringkatan isi pelajaran amat
penting dalam PdPc Bahasa Melayu. Hal ini penting bagi memudahkan murid
mendapat pemahaman yang lebih jelas tentang isi pelajaran yang disampaikan oleh
guru. Ringkasnya, pemeringkatan isi pelajaran dengan mengambil kira keupayaan
murid membantu penguasaan terhadap isi pelajaran dengan lebih mudah.

d. Pengetahuan sedia ada murid

Pengetahuan sedia ada murid memainkan peranan penting untuk memastikan murid
dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan dengan mudah. Dapatan kajian
mengenai perkara ini seperti dijelaskan dalam sesi temu bual bersama peserta kajian
seperti Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:133-137), Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:
106-107, 113-114), dan Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:135-137). Menurut peserta
kajian, sebaik-baiknya pengetahuan sedia ada murid dikaitkan dengan isu-isu semasa.
Walau bagaimanapun, isu-isu semasa pula perlu disesuaikan dengan objektif
pembelajaran dan pengalaman pembelajaran murid. Lihat contoh petikan temu bual
bersama Cikgu Hedzal dan Cikgu Betha.

“…Selain itu, melihat pula kesesuaian isu-isu semasa serta disesuaikan
pula dengan objektiflah …”

[G6\SC\Hedzal\TB:113-114]

“… dan mestilah berkaitan kalau seboleh-bolehnya isi pelajaran ini kita
kaitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku dan pengalaman murid ...”

[G10\SE\Betha\TB:135-137]

Namun, penjelasan yang lebih lanjut daripada Cikgu Chan melaporkan bahawa
rasional kepada tindakan tersebut adalah untuk menyesuaikan keupayaan murid
dengan kemahiran yang telah dirancang dalam RPT berdasarkan SP, HSP, dan
objektif pembelajaran. Bagi tajuk yang sukar, beliau melakukan pengubahsuaian
mengikut kebolehan murid. Dalam hal ini, beliau lebih mengutamakan isi pelajaran
yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid atau isu-isu semasa. Hasil temu
bual bersama Cikgu Chan menjelaskan dapatan kajian dengan lebih lanjut.

202

“…ini semua sangat perlulah jika nak sesuaikan dengan keupayaan
murid. Kalau saya tengok isi pelajaran dalam RPT tu agak sukar, jadi
saya kena tukar ikut budi bicara sendiri lah, ikut kebolehan murid yang
saya ajar. Tapi saya lebih suka jika isi pelajaran itu berkaitan dengan
pengetahuan sedia ada murid, atau isu-isu semasa yang sangat dekat
dengan persekitaran murid dalam kelas …”

[G1\SA\Chan\TB:133-137]

Dapatan kajian ini ditriangulasi melalui analisis dokumen dan catatan
pemerhatian oleh pengkaji. Berdasarkan analisis, pengkaji mendapati isi pelajaran
yang dirancang adalah berdasarkan isi pelajaran yang telah disusun dalam RPT.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isi pelajaran terpaksa diubahsuai berdasarkan
isu-isu semasa dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada murid bagi memenuhi
objektif pembelajaran. Hal ini diakui sendiri oleh sekurang-kurangnya 10 peserta
kajian melalui hasil temu bual bersama pengkaji. Pengubahsuaian terhadap isi
pelajaran juga dilakukan mengikut potensi murid.

Kesimpulannya, dapatan kajian merumuskan bahawa gabungan persamaan dan
perbezaan idea yang wujud dalam kalangan guru telah menyumbang pelbagai
kemahiran dalam merancang isi pelajaran untuk RPH Bahasa Melayu. Ringkasnya,
guru dapat memperoleh idea yang bermakna untuk memantapkan kaedah menulis dan
mengaplikasikan RPH dalam PdPc Bahasa Melayu.

4.5.3 Bahan Sumber Pembelajaran

Dapatan kajian berkaitan kemahiran merancang BSP untuk RPH KP diperoleh melalui
data temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen terhadap RPH peserta kajian.
Melalui perkongsian KP, dapatan temu bual bersama peserta kajian melaporkan
pelbagai dapatan berkaitan kemahiran merancang BSP untuk RPH KP dalam PdPc
Bahasa Melayu. Antara aspek yang diambil kira untuk merancang BSP adalah seperti,
(a) BSP sesuai dan menarik, (b) BSP merangsang pemikiran murid, (c) BSP pelbagai,
(d) BSP berkonsepkan KBAT, dan (e) BSP mudah diperoleh. Menurut peserta kajian,
aspek tersebut menjadi kriteria utama ketika merancang RPH dalam PdPc kajian
pengajaran bagi memastikan pengajaran guru dapat menarik tumpuan dan perhatian
murid sepanjang waktu PdPc berlangsung di bilik darjah. Berikut merupakan huraian
lanjut mengenai perkara tersebut.

203

a. Bahan sumber pembelajaran sesuai dan menarik

Hasil temu bual bersama peserta kajian, pengkaji dimaklumkan bahawa salah satu
aspek yang perlu diambil kira ketika merancang dan menyediakan BSP adalah BSP
yang disediakan hendaklah sesuai dan menarik. Dapatan kajian berkaitan aspek
tersebut seperti disuarakan dalam sesi temu bual bersama semua peserta kajian.
Menurut peserta kajian, BSP yang berkesan serta membantu pengajaran guru adalah
dalam bentuk animasi, iaitu penggunaan audio dan visual (G4\SB\Norol\TB:154-155;
G11\SF\Fazli\TB:154-156; G12\SF\Shamil\TB:197-199; G8\SD\Dila\TB:232-325;
G1\SA\Chan\TB:168-170; G6\SC\Hedzal\TB:164-165; G7\SD\Balqis\TB:108-110).
Contoh petikan temu bual bagi menerangkan dapatan kajian tersebut seperti dijelaskan
dalam temu bual bersama Cikgu Norol, Cikgu Fadzli, dan Cikgu Shamil.

“...memastikan alat bantu mengajar tersebut dapat menarik perhatian
sama ada dalam bentuk animasi dari segi audio video …”

[G4\SB\Norol\TB:154-155]

“…Selain daripada tontonan video itu ataupun gambar semua itu hanya
untuk menarik perhatian mereka terhadap isu yang dibincangkan…”

[G11\SF\Fazli\TB:154-156]

“…Kalau di sini, multimedia lah kalau kita lihat seperti menggunakan
video-video tu, kemudian apa sahaja yang mereka boleh nampak juga dan
juga boleh mereka dengar dan rasa, haa itulah yang mereka lebih tertarik
atau lebih kepada visual lah…”

[G12\SF\Shamil\TB:197-199]

Selain itu, BSP yang disediakan adalah berkaitan dengan topik yang diajar dan
memudahkan proses penyampaian ilmu kepada murid. Dalam pada itu, BSP
seharusnya menggalakkan respons yang positif dan penglibatan aktif murid. Contoh
petikan temu bual bagi menerangkan dapatan kajian tersebut seperti yang
diungkapkan dalam petikan temu bual Cikgu Dila.

“…pastikan BSP tersebut sesuai dengan topik yang dipelajari dan
kemudian aa ... apabila kita menggunakan bahan bantuan mengajar
tersebut kita dapat mengenal pasti adakah bahan tersebut berkesan
apabila kita dapat melihat para pelajar berminat dengan bahan sumber
pembelajaran yang kita gunakan dan mereka memberi respons yang

204

positif apabila kita menggunakan bahan sumber pembelajaran tersebut.
Contohnya mereka turut serta dalam sebarang aktiviti yang dijalankan…”

[G8\SD\Dila\TB:220-226]

Bagi Cikgu Hastika pula, BSP yang disediakan oleh guru berjaya menarik
perhatian murid untuk terus belajar sepanjang waktu PdPc berlaku. Dalam merancang
BSP, perkara yang menjadi fokus utama oleh beliau ialah memastikan bahawa BSP
yang disediakan adalah bersesuaian dengan persekitaran dan pengetahuan sedia ada
murid. Berikut adalah contoh petikan temu bual bagi menjelaskan dapatan kajian
tersebut.

“…BSP yang digunakan juga perlulah bersesuaian dengan topik
pelajaran dan pengetahuan sedia ada murid supaya mudah untuk mereka
mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada …”

[G9\SE\Hastika\TB:128-130]

Menurut Cikgu Chan pula, BSP wajar digunakan dalam set induksi untuk
menarik minat murid, selain meningkatkan kefahaman dan menggalakkan kreativiti
murid dalam pembelajaran pada hari berkenaan. Dapatan yang sama turut terdapat
dalam hasil temu bual bersama Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB:108-110). Bagi Cikgu
Betha pula, BSP berkesan jika disesuaikan dengan objektif pembelajaran dan topik
pelajaran yang telah dirancang. Petikan temu bual bersama Cikgu Chan dan Cikgu
Betha menerangkan dapatan kajian dengan lebih lanjut.

“…sekiranya sesuatu BSP itu berkesan, maksudnya bahan BSP itu dapat
meningkatkan kefahaman murid dan dapat menarik perhatian murid..,
dari segi kreativiti, selamat dan bahan bantu juga mestilah mudah
digunakan …”

[G1\SA\Chan\TB:152-154, 161]

“ …BSP ini kita sediakan aaa sebelum kita mula mengajar, bergantung
dengan topik yang kita ajar, boleh menarik minat pelajar kita supaya apa
yang kita nak sampaikan kepada mereka nanti berkesan, sesuai dengan
objektif kita, sesuai dengan topik pembelajaran…”

[G10\SE\Betha\TB:197-200, 204-205]

Seterusnya, menurut Cikgu Balqis, BSP yang berjaya menarik minat dan
perhatian murid dapat membantu murid memahami topik pelajaran dengan mudah.

205

Bagi Cikgu Hedzal pula, BSP yang menarik menurut beliau ialah dapat menggalakkan
respons positif murid sejak diperkenalkan semasa set induksi lagi. Petikan temu bual
berikut menjelaskan dapatan kajian berkaitan perkara tersebut.

“...mereka memberi respons yang baik dan mereka berminat mengikuti
pengajaran saya yang seterusnya, jadi saya beranggap BSP saya itu
dapat membantu dan dapat menarik perhatian …”

[G6\SC\Hedzal\TB: 147-151]

“…yang pertama kalau BSP yang kita guna itu menarik, dan apabila kita
mengajar BSP itu betul-betul dapat memudahkan pelajar untuk
memahami sesuatu topik atau tajuk yang kita ajar boleh mencetuskan
pemikiran murid le …”

[G7\SD\Balqis\TB:108-110]

Dapatan kajian berkaitan penyediaan BSP yang sesuai dan menarik
diperkukuhkan sepenuhnya melalui triangulasi data analisis dokumen dan
pemerhatian oleh peserta kajian. Hasil analisis terhadap RPH peserta kajian, pengkaji
mendapati bahawa semua peserta kajian mencatatkan BSP dalam setiap RPH yang
dirancang. Antara BSP yang tercatat dalam RPH peserta kajian adalah seperti bahan
audio, misalnya rakaman lagu, manakala bahan visual terdiri daripada rakaman video,
tayangan slaid, gambar, kad dan poster (G4\SB\Norol\AD\RPH1; G11\SF\Fazli\
AD\RPH2; G12\SF\Shamil\AD\RPH1; G8\SD\Dila\AD\RPH1; G1\SA\Chan\AD\
RPH2; G6\SC\Hedzal\AD\RPH2; G7\SD\Balqis\AD\RPH2; G2\SA\Aqmal\AD\
RPH2; G3\SB\Mila\AD\RPH2; G5\SC\Saraj\AD\RPH1; G10\SE\Betha\AD\RPH2).

Triangulasi data melalui pemerhatian pengajaran juga mendapati adakalanya
peserta kajian menggunakan tayangan video atau filem yang berkaitan dengan tajuk
pelajaran untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (G4\SB\Norol\CP1\
KPK3; G11\SF\Fazli\CP2\KPK3; G12\SF\Shamil\CP1\KPK3; G8\SD\Dila\CP1\
KPK3; G1\SA\Chan\CP2\KPK3; G6\SC\Hedzal\CP2\KPK3; G7\SD\Balqis\CP2\
KPK3). Hasil pemerhatian, rakaman video atau filem yang dipertontonkan terdiri
daripada sedutan peristiwa lucu, dokumentari tentang haiwan dan tumbuh-tumbuhan,
dan persembahan nyanyian. Beberapa contoh verbatim pemerhatian dan catatan nota
lapangan berikut menjelaskan penggunaan rakaman video atau filem dalam set
induksi peserta kajian.

206

Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Chan : Baiklah, semua dah bersedia? Sekarang cikgu nak

pertonton kan kamu satu cerita, iaitu sedutan daripada
sebuah filem. Lihat dan perhatikan lakonan dalam
sedutan filem ini. Sila senyap, ya.
Murid-murid : Cerita apa tu, cikgu?
Cikgu Chan : Tak boleh cakap dulu, kamu tonton lah dulu.

Catatan Pemerhatian: Guru menayangkan rakaman video kepada murid,
iaitu sedutan filem “Seniman Bujang Lapuk”. Semua murid kelihatan
seronok mengikuti sedutan filem tersebut. Adegan lucu yang terdapat
dalam filem tersebut amat memukau perhatian murid. Setelah tayangan
tamat, guru bersoal jawab bersama murid untuk mengaitkan mesej dalam
lakonan filem dengan isi pelajaran, iaitu “Bahasa Mencerminkan
Bangsa”.

[G1\SA\Chan\CP2\KPK3]

Verbatim Pemerhatian:
Cikgu Norol : Baiklah, sila beri perhatian, ok. Sebab hari ini ada

sesuatu yang cikgu nak perdengarkan untuk kamu
semua. Sila perhatikan lirik lagu ini. Kamu pun boleh
ikut nyanyi bersama. Perhatikan dengan teliti.

Catatan Pemerhatian: Guru memperdengarkan sebuah lagu nyanyian
Allahyarham Sudirman Hj Arshad, iaitu “Lagu Kemerdekaan, Tanggal 31
Ogos”. Murid kelihatan seronok sambil menyanyi bersama guru.

[G4\SB\Norol\CP1\KPK3]

Berdasarkan dapatan temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian, dapatan
kajian merumuskan bahawa BSP yang berkesan adalah sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian murid, sesuai dengan topik dan objektif pembelajaran. BSP yang
mempunyai ciri-ciri tersebut dipercayai membantu pembelajaran murid serta
menggalakkan penglibatan dan respons aktif murid.

b. Bahan sumber pembelajaran merangsang pemikiran murid

Hasil temu bual lanjut bersama peserta kajian melaporkan bahawa BSP yang
digunakan boleh merangsang pemikiran murid. Hal ini seperti dijelaskan dalam hasil
temu bual bersama Cikgu Mila (G3\SB\Mila\TB:149-151), Cikgu Norol
(G4\SB\Norol\TB:153-157), Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:164-169), Cikgu
Balqis (G7\SD\Balqis\TB:108-110), dan Cikgu Hastika (G9\SE\Hastika\TB:125-130).
Cikgu Mila menjelaskan bahawa BSP dapat merangsang pemikiran murid, serta

207

membantu guru untuk menggalakkan kreativiti dan mencetus inovasi dalam kalangan
murid. Petikan temu bual bersama beliau menjelaskan perkara tersebut.

“…BSP tersebut mestilah sesuai dan berjaya menarik minat pelajar
seterusnya dapat merangsang pemikiran pelajar. Oleh itu, kita dapat
menggalakkan kreativiti dan inovasi murid dalam pembelajaran pada hari
itu …”

[G3\SB\Mila\TB:149-151]

Bagi Cikgu Hedzal, beliau menekankan BSP yang dapat mencetuskan
pemikiran murid. Antara BSP yang digunakan adalah seperti LCD, alat pemikiran
seperti peta minda, serta alat pengurusan grafik yang melibatkan peta buih, peta
bulatan, dan sebagainya. Menurut beliau, murid lebih tertarik dengan BSP dalam
bentuk audio dan visual yang berupa animasi dan muzik. Walau bagaimanapun, beliau
tidak menafikan jika kertas sebak dan kad manila tetap menjadi keutamaan dalam
perancangan yang disediakan. Hasil temu bual mengenai dapatan kajian ini
ditunjukkan dalam petikan temu bual Cikgu Hedzal.

“…emm… saya lebih suka jika BSP ini mencetuskan pemikiran murid,
misalnya alat-alat seperti LCD untuk bahan audio dan visual sebab
murid-murid saya lebih suka kalau ada bahan seperti animasi. Mereka
juga suka dengan muzik. Selain itu, alat berfikir juga baik juga kerana
boleh mencetus idea murid iaitu seperti aaa peta pemikiran dan
pengurusan grafik, contohnya peta buih, peta bulatan, dan sebagainya.
Tapi alat-alat seperti kertas sebak atau kad manila …”

[G6\SC\Hedzal\TB:164-169]

Menurut Cikgu Hastikah pula, penglibatan murid menjadi aktif apabila guru
menggunakan BSP yang mampu merangsang pemikiran murid. Hal ini memudahkan
murid untuk memahami sesuatu topik yang diajar (G9\SE\Hastika\TB: 125-130).
Dapatan yang sama turut dinyatakan dalam petikan temu bual bersama Cikgu Balqis
(G7\SD\Balqis\TB:108-110).

Dapatan kajian tersebut diperkukuhkan melalui data analisis dokumen
terhadap RPH peserta kajian, misalnya RPH Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\AD\RPH1)
dan Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\AD\RPH1). Melalui semakan RPH, peserta kajian
mencatatkan BSP yang digunakan dalam setiap RPH yang dirancang seperti LCD,
peta pemikiran dan alat pengurusan grafik untuk mencetuskan pemikiran murid.

208

Triangulasi data melalui catatan pemerhatian turut mengesahkan dapatan kajian
tersebut (G6\SC\Hedzal\CP1\KPK3; G11\SF\Fazli\CP1\KPK3).

Kesimpulannya, dapatan kajian merumuskan bahawa BSP yang digunakan
dalam PdPc guru harus berupaya merangsang pemikiran murid. Hal ini penting bagi
mencetuskan idea murid dengan lebih mudah dan pada masa yang sama murid dapat
menanggap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan lebih lancar.

c. Bahan sumber pembelajaran pelbagai

Adalah tidak dinafikan bahawa BSP yang pelbagai sudah semestinya membantu
proses PdPc guru dengan lancar. BSP yang pelbagai dipercayai dapat mengelakkan
murid daripada bosan, akhirnya menyebabkan murid hilang fokus dan tumpuan
terhadap pengajaran guru. Dapatan ini seperti diungkapkan dalam sesi temu bual
bersama Cikgu Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB:151-153), Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB:
232-326, dan Cikgu Hastika (G9\SE\Hastika\TB:137-144).

Penjelasan lanjut tentang dapatan kajian tersebut boleh dilihat dalam contoh
petikan temu bual Cikgu Dila. Menurut beliau, BSP yang selalu digunakan adalah
seperti alat LCD untuk tayangan video dan slaid memandangkan murid lebih tertarik
kepada bunyi dan animasi. Selain itu, beliau juga menyediakan keratan akhbar,
gambar, poster, kad perkataan, kad ayat, dan juga buku kamus sebagai perancangan
dalam PdPc. Dapatan kajian yang sama juga terdapat dalam temu bual bersama Cikgu
Norol (G4\SB\Norol\TB:169-173). Perhatikan contoh petikan temu bual berikut.

“…untuk memastikan BSP itu berkesan, saya melihat bagaimana
pemahaman murid selepas tu dan bagaimana ia menarik minat murid lah
agar mereka tidak bosan. Jadi, kepelbagaian BSP yang disediakan oleh
cikgu sangat pentinglah …”

[G2\SA\Aqmal\TB:151-153]

“…sebenarnya saya suka BSP yang pelbagai supaya murid tidak bosan,
contohnya, Peta Pemikiran i-Think, misalnya peta buih, peta bulatan, peta
pokok, ishikawa, termasuk juga penggunaan LCD untuk rakaman video
dan tayangan slaid sebab murid-murid ni dia orang ni emm…memang
suka kepada animasi dan bunyi, iaitu visual dan audio. Selain itu, kertas
sebak, carta PMI, papan putih, pen papan putih …”

[G8\SD\Dila\TB:232-326]

209

Dapatan kajian tersebut mendapat persetujuan sepenuhnya daripada Cikgu
Shamil (G12\SF\Shamil\TB:187-189, 197-199). Menurut beliau, BSP yang
mempunyai kelainan dan pelbagai sangat menarik minat dan tumpuan murid,
misalnya penggunaan bahan multimedia dalam PdPc Bahasa Melayu. Hasil temu bual
bersama Cikgu Hastika turut menyatakan perkara yang sama (G9\SE\Hastika\TB:137-
144). Contoh petikan temu bual berikut menjelaskan perkara tersebut.

“…kita boleh menggunakan aaa BSP yang kita gunakan itu mungkin agak
berlainan atau mungkin tak pernah mereka lihat. Pemilihan dibuat lebih
kepada segi tersebutlah … Kalau di sini, multimedia lah kalau kita lihat
seperti menggunakan video-video tu, kemudian apa sahaja yang mereka
boleh nampak juga dan juga boleh mereka dengar dan rasa, haa itulah
yang mereka lebih tertarik atau lebih kepada visual lah …”

[G12\SF\Shamil\TB:187-189,197-199]

“…saya melihat keutamaan kepada muridlah, maknanya jika murid
seronok dan BSP membantu pembelajaran murid, maka itulah pilihan
saya. Jadi, bahan yang selalu menjadi pilihan saya adalah lebih kepada
bahan audio dan visual, misalnya, tayangan video dan tayangan slaid.
Bahan yang lain seperti keratan akhbar, gambar-gambar, poster, kad-kad
perkataan dan ayat…”

[G9\SE\Hastika\TB:137-144]

Dapatan tersebut diperkukuhkan sepenuhnya melalui triangulasi data catatan
pemerhatian oleh pengkaji. Hasil pemerhatian menunjukkan guru menggunakan BSP
yang pelbagai dalam pengajaran. BSP yang digunakan seperti yang tercatat dalam
RPH peserta kajian (G2\SA\Aqmal\AD\RPH1; G4\SB\Norol\AD\RPH1; G8\SD\Dila\

AD\PRH2; G12\SE\Shamil\AD\RPH2). Berdasarkan analisis, peserta kajian mencatat
BSP yang pelbagai dalam RPH yang dirancang. Antara BSP yang dicatatkan adalah
seperti peta pemikiran i-Think, peta minda, LCD, tayangan video, tayangan slaid,
Sticky Note, kertas sebak, kad manila, carta PMI, enam topi pemikiran, alat
pengurusan bahan grafik, keratan akhbar, kad manila, kad bergambar, kad ayat, kad
perkataan, nota, lembaran kerja, buku teks, buku kerja atau buku aktiviti, papan putih,
pen papan putih dan sebagainya.

Kesimpulannya, berdasarkan dapatan kajian ini pengkaji merumuskan bahawa
guru perlu menggunakan BSP yang pelbagai dalam PdPc Bahasa Melayu. BSP yang

210

pelbagai membantu untuk menarik tumpuan dan perhatian murid terhadap pengajaran
guru. Selain itu, BSP yang pelbagai juga menggalakkan kreativiti dan memotivasikan
minat murid untuk belajar. Tuntas nya, BSP yang pelbagai berupaya mengelakkan
murid daripada berasa bosan untuk mengikuti pengajaran guru.

d. Bahan sumber pembelajaran berkonsepkan kemahiran berfikir aras tinggi

Selaras dengan corak pendidikan yang memberi penekanan kepada pembelajaran abad
ke-21, hasil temu bual bersama peserta kajian turut melaporkan bahawa BSP yang
digunakan haruslah berkonsepkan KBAT. BSP yang berkonsepkan KBAT melibatkan
alat berfikir yang dinamakan peta pemikiran i-Think seperti peta minda, dan alat
pengurusan grafik. Petikan temu bual Cikgu Aqmal, Cikgu Chan, dan Cikgu Hastika
menunjukkan contoh dapatan kajian tersebut.

“…untuk BSP ni, saya lebih selesa guna alat pemikiran KBAT seperti peta
pemikiran i-Think, peta minda, bahan-bahan bergambar, kad-kad
gambar, carta PMI, Sticky Note, Topi Pemikiran, kertas sebak, dan kad
manila. Saya guna bahan-bahan begini murid memang suka lah mereka
seronok …”

[G2\SA\Aqmal\TB:159-162]

“…Saya juga guna peta pemikiran i-Think untuk menggalakkan KBAT
murid, misalnya peta buih, peta bulatan, peta pokok, dan lain-lain lagi…”

[G1\SA\Chan\TB:170-171]

“…alat berfikir KBAT pun ada seperti peta pemikiran, misalnya peta
pokok, rajah tulang ikan …”

[G9\SE\Hastika\TB:142-144]

Melalui pemerhatian terhadap pengajaran peserta kajian, pengkaji mendapati
kebanyakan BSP yang digunakan dalam pengajaran adalah melibatkan alat berfikir
seperti peta pemikiran atau peta minda, peta buih, peta pokok, rajah tulang ikan dan
sebagainya (G2\SA\Aqmal\CP1\KPK3; G1\SA\Chan\CP1\KPK3; G9\SE\Hastika\
CP2\KPK3). Triangulasi data melalui analisis dokumen mendapati peserta kajian
mencatatkan BSP yang digunakan dalam setiap RPH yang dirancang
(G4\SB\Norol\AD\RPH1; G8\SD\Dila\AD\RPH2; G12\SF\Shamil\AD\RPH1; G5\SC\
Saraj\AD\RPH1). Antara BSP yang ditulis dalam RPH seperti LCD, rakaman video,

211

rakaman berita, rakaman lagu, tayangan slaid, Peta Pemikiran i-Think seperti peta
buih, peta bulatan, peta pokok, ishikawa, carta PMI, papan putih, pen papan putih,
sticky note, kertas sebak, buku teks, buku aktiviti, lembaran kerja, kertas sebak, kad
manila, kad bergambar, dan buku kamus. Dapatan ini diperkukuhkan melalui catatan
pemerhatian PdPc peserta kajian.

Kesimpulannya, dapatan kajian merumuskan bahawa BSP yang berkonsepkan
KBAT amat sesuai untuk diamalkan dalam PdPc Bahasa Melayu. Hal ini demikian
kerana penggunaan peta minda dan bahan pengurusan grafik memudahkan murid
menyampaikan buah fikiran dalam aktiviti perbincangan kumpulan. Peta minda atau
bahan pengurusan grafik boleh disediakan oleh guru atau dihasilkan oleh murid
sendiri. Ringkasnya, BSP yang berkonsepkan KBAT sebagai pencetus idea murid
yang kreatif dan kritis.

e. Bahan sumber pembelajaran mudah diperoleh

Salah satu kriteria penyediaan BSP berkaitan kajian kemahiran menulis dan
mengaplikasikan RPH KP dalam PdPc Bahasa Melayu ialah BSP yang disediakan
mudah diperoleh. Dalam sesi temu bual bersama Cikgu Mila, huraian lanjut daripada
beliau menjelaskan bahawa beliau menggunakan apa-apa sahaja BSP yang difikirkan
sesuai memandangkan sekolah mempunyai kemudahan yang agak terhad. Situasi yang
sama turut berlaku kepada Cikgu Betha. Walaupun berkhidmat di sekolah yang serba
kekurangan, namun situasi tersebut tidak menjadi halangan kepada peserta kajian
untuk menggunakan BSP dalam PdPc yang dikendalikan. BSP yang digunakan lebih
kepada bahan bercetak dan bahan terbuang. Petikan temu bual Cikgu Mila dan Cikgu
Betha menjelaskan perkara tersebut.

“…BSP yang selalu digunakan biasa-biasa saja lah mudah didapati
seperti buku teks, buku kerja atau buku aktiviti, nota, kad manila, kertas
sebak, kad-kad ayat, kad-kad perkataan, dan apa-apa yang difikirkan
sesuai sebab kalau nak guna lebih daripada itu, rasanya agak susah
sebab kemudahan agak terhad …”

[G3\SB\Mila\TB:158-161]

“…sebenarnya, ini yang buat saya bingung kalau nak fikirkan tentang
BSP sebab sekolah kami ni serba kekurangan. Jadi sangat susah nak
dapatkan bahan. Jadi, BSP dalam PdPc saya, saya biasa menggunakan

212

bahan-bahan yang mudah didapati seperti buku teks, kertas sebak, kad
manila, kad-kad ayat, lembaran kerja, nota, gambar-gambar yang
berkaitan dan apa-apa sahaja yang sesuai di sekeliling, misalnya bahan-
bahan terbuang tadi …”

[G10\SE\Betha\TB:230-235]

Dapatan kajian yang sama turut diperoleh melalui sesi temu bual bersama
Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:161) dan Cikgu Saraj (G5\SC\Saraj\TB:144-146). Bagi
Cikgu Shamil pula, beliau menggunakan BSP daripada bahan kitar semula seperti
kertas terpakai untuk menggantikan sticky note memandangkan beliau bermasalah
untuk mendapatkan bahan tersebut akibat penggunaan sumber yang terhad. Walau
bagaimanapun, beliau mengakui turut menggunakan BSP yang sedia ada seperti bahan
audio dan visual selain bahan bercetak yang lain. Dapatan kajian mengenai perkara ini
seperti dijelaskan dalam petikan temu bual Cikgu Shamil.

“…kalau nak pilih BSP, saya lebih kepada bahan-bahan kitar semula
seperti kertas-kertas yang tidak terpakai untuk buat sticky note sebab
susah nak dapatkan bahan-bahan kerana sumber yang terhad tapi ada
juga saya menggunakan BSP seperti rakaman video, rakaman berita,
rakaman lagu, kertas sebak, gambar-gambar berkaitan dan lembaran
kerja. Yang selebihnya saya banyak guna buku teks …”

[G12\SF\Shamil\TB:206-210]

Akan tetapi, menurut Cikgu Fazli pula, BSP mudah diperoleh apabila bahan
yang disediakan adalah bahan kekal, misalnya bahan cetakan. Melalui cara ini, guru
berpeluang menggunakan semula bahan-bahan tersebut sebagai bahan edaran dan
kegunaan pada masa akan datang apabila difikirkan sesuai. Jadi, dengan adanya
bahan-bahan bercetak yang disediakan oleh guru, sudah pasti dapat membantu murid
untuk mengimbas kembali PdPc lepas. Walau bagaimanapun, beliau tidak menafikan
bahawa tayangan video dan gambar dalam PdPc dapat menarik perhatian murid
terhadap isu-isu dalam perbincangan.

“…yang pertama penyediaan bahan kekal lah iaitu seperti bahan cetakan
yang mana bahan yang kita edarkan mereka boleh simpan untuk
kegunaan akan datang jika didapati sesuai dan apabila kita tanya balik
untuk soalan-soalan atau imbas kembali itu mereka…”

[G11\SF\Fazli\TB:150-152]

213

Hasil penelitian pengkaji terhadap catatan pemerhatian pengajaran guru telah
mengesahkan kejadian tersebut (G3\SB\Mila\CP1\KPK3; G10\SE\Betha\CP1\KPK3;
G12\SF\Shamil\CP2\KPK3; G11\SF\Fazli\CP1\KPK3). Dalam sesi pemerhatian,
pengkaji berpeluang menyaksikan guru mengedarkan bahan bercetak kepada murid
setelah digunakan dalam sesi PdPc kelas lain. Bahan edaran kelihatan banyak
membantu dalam PdPc guru. Dalam pada itu, guru juga didapati menggunakan bahan
terbuang dan juga bahan kitaran semula sebagai BSP dalam pengajaran. Dengan cara
ini, kajian merumuskan bahawa amalan tersebut sudah tentu dapat menjimatkan masa
dan tenaga untuk menyediakan RPH sepanjang masa. Pada masa yang sama, guru
telah memupuk amalan berjimat cermat serta mendapat manfaat daripada bahan
sumber yang sedia ada.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian melalui temu bual, analisis dokumen,
dan catatan nota lapangan pengkaji di lokasi kajian mendapati pelbagai kriteria yang
perlu dipatuhi untuk memastikan BSP yang dirancang adalah sesuai untuk PdPc
Bahasa Melayu. Dalam kajian ini, pengkaji merumuskan bahawa BSP yang
disediakan perlu sesuai dan menarik, merangsang pemikiran murid, BSP pelbagai,
berkonsepkan KBAT, dan juga mudah diperoleh.

4.5.3 Kemahiran Generik

Dapatan kajian berkaitan kemahiran menulis dan mengaplikasikan RPH KP telah
mengenal pasti kemahiran generik sebagai elemen penting dalam PdPc Bahasa
Melayu. Amalan mengintegrasikan kemahiran generik dalam PdPc Bahasa Melayu
diperoleh melalui temu bual dan triangulasi melalui catatan pemerhatian oleh pengkaji
di lokasi kajian. Hasil analisis temu bual, pengkaji telah mengenal pasti pelbagai jenis
kemahiran generik diintegrasikan dalam aplikasi RPH KP dalam PdPc Bahasa
Melayu. Dalam kajian ini, pengkaji mengenal pasti sekurang-kurangnya tujuh jenis
kemahiran generik yang dianggap penting dan menjadi amalan utama dalam
pengajaran guru, iaitu (a) kemahiran komunikasi, (b) kemahiran belajar, (c) kemahiran
berfikir, (d) kemahiran interpersonal, (e) kemahiran fasilitator, (f) kemahiran
menyelesaikan masalah, dan (g) kemahiran teknologi maklumat. Berikut adalah
huraian secara terperinci tentang semua elemen tersebut.

214

a. Kemahiran komunikasi

Dalam sesi temu bual bersama peserta kajian, pengkaji mendapati kemahiran
komunikasi merupakan kemahiran generik yang menjadi keutamaan dalam
penyampaian pengajaran. Dapatan kajian mengenai perkara tersebut seperti
dinyatakan dalam temu bual bersama Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB:171-172),
Cikgu Dila (G8\SD\Dila\TB:275-276), Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:342-344),
Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\TB:214-216). Menurut peserta kajian yang terlibat,
kemahiran komunikasi sangat penting dalam PdPc Bahasa Melayu terutama untuk
menguasai kemahiran lisan Bahasa Melayu.

Dalam aktiviti perbincangan kumpulan pula, kemahiran komunikasi sangat
penting untuk mewujudkan hubungan antara guru dengan murid, dan antara murid
dengan murid. Komunikasi yang baik membantu guru untuk mencapai objektif
pembelajaran dengan lebih mudah. Contoh dapatan kajian bagi menerangkan perkara
tersebut ditunjukkan dalam petikan temu bual Cikgu Betha.

“…saya mengintegrasikan kemahiran generik tersebut untuk memastikan
objektif yang telah saya tetapkan itu tercapailah. Saya dapat mengetahui
cara mereka bekerja dalam pasukan atau pun cara mereka untuk
berkomunikasi, berkomunikasi antara guru dengan pelajar untuk
merapatkan lagi hubungan…”

(G10\SE\Betha\TB:352-355)

Triangulasi dapatan kajian berkaitan kemahiran komunikasi turut ditemui
melalui pemerhatian terhadap pengajaran peserta kajian. Berdasarkan pemerhatian,
peserta kajian didapati seringkali menggalakkan murid bertutur dengan menggunakan
Bahasa Melayu sepenuhnya dalam setiap pengucapan. Hal ini dapat disaksikan
dengan jelas ketika guru mengadakan aktiviti perbincangan dalam kumpulan. Guru
menggalakkan murid bertutur Bahasa Melayu baku ketika mengadakan sesi
perbincangan bersama rakan atau ketika menyampaikan pembentangan hasil kerja
kumpulan. Catatan pemerhatian berikut menunjukkan contoh dapatan kajian tersebut.

Catatan Pemerhatian: Komunikasi guru jelas. Sebutan, bahasa, suara,
dan nada pengucapan sesuai dan mudah difahami. Guru memberi maklum
balas yang baik terhadap jawapan murid.

[G11\SF\Fazli\CP2\KPK3]

215

Catatan Pemerhatian: Teknik komunikasi guru sesuai dengan aras
pengetahuan murid. Guru menggunakan bahasa baku sepenuhnya dalam
penyampaian. Guru menggalakkan murid bertutur BM sepenuhnya.

[G10\SD\Betha\CP1\KPK3]

Berdasarkan dapatan temu bual dan pemerhatian, kajian merumuskan bahawa
kemahiran komunikasi memainkan peranan penting dalam PdPc Bahasa Melayu. Hal
ini demikian bagi memantapkan penguasaan murid dalam bidang kemahiran bahasa
khususnya dalam kemahiran lisan. Oleh itu, guru perlu mengambil berat tentang
kepentingan kemahiran komunikasi dalam pengajaran dan memastikan kemahiran
tersebut diintegrasikan dalam PdPc Bahasa Melayu.

b. Kemahiran belajar

Kemahiran generik yang diintegrasikan dalam pengajaran peserta kajian seterusnya
ialah kemahiran belajar. Dapatan kajian berkaitan perkara ini seperti dinyatakan dalam
sesi temu bual bersama Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:232-234), Cikgu Aqmal
(G2\SA\Aqmal\TB:218-219), dan Cikgu Hastika (G9\SE\Hastika\TB: 188-191).
Menurut peserta kajian yang terlibat, kemahiran belajar penting bagi memberi
pendedahan kepada murid untuk membuat rujukan atau mencatat nota tanpa
bimbingan guru. Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid belajar dan menguasai
pengetahuan melalui aktiviti lisan, menulis serta membuat rujukan. Temu bual lanjut
bersama Cikgu Aqmal dan Cikgu Hastika menjelaskan perkara tersebut.

“…kemahiran generik seperti cara belajar, murid boleh membuat nota
untuk belajar sesuatu yang dapat daripada guru …”

[G2\SA\Aqmal\TB: 218-219]

“…Kemahiran generik yang selalu digunakan dalam pdp ialah kemahiran
belajar iaitu kemahiran yang perlu ada pada murid untuk memudahkan
mereka menguasai pengetahuan seperti kemahiran mendengar, membaca,
menulis, mencatat nota, berfikir dan sebagainya…”

[G9\SE\Hastika\TB:188-191]

Menerusi catatan nota lapangan pengkaji terhadap pemerhatian pengajaran
peserta kajian telah mengukuhkan dapatan tersebut. Berdasarkan pemerhatian,
pengkaji sendiri dapat menyaksikan bahawa kemahiran belajar diintegrasikan dalam

216

pengajaran peserta kajian sepanjang proses PdPc berlaku. Peserta kajian
menggalakkan murid mencatat isi penting yang berkaitan dengan tajuk pelajaran.
Selain itu, murid juga digalakkan untuk menyalin nota atau membuat nota ringkas
tentang cerpen atau novel yang telah dipelajari. Hal yang sama turut berlaku dalam
pengajaran peserta kajian yang lain. Triangulasi dapatan ini dapat ditemui dalam
catatan pemerhatian pengajaran semua peserta kajian (G1\SA\Chan\CP2\KPK3; G2\
SA\Aqmal\CP1\KPK3; G3\SB\Mila\CP2\KPK3; G4\SB\Norol\CP1\KPK3; G5\SC\
Saraj\CP2\KPK3; G6\SC\Hedzal\CP1\KPK3; G7\SD\Balqis\CP2\KPK3; G8\SD\Dila\
CP1\KPK3; G9\SE\Hastika\CP2\KPK3; G10\SE\Betha\CP1\KPK3; G11\SF\Fazli\
CP2\KPK3; G12\SF\Shamil\CP1\KPK3).

Kesimpulannya, kajian ini merumuskan bahawa kemahiran belajar perlu
diintegrasikan dalam pengajaran guru. Hal ini penting bagi memberi pendedahan
kepada murid untuk melakukan penerokaan sendiri tentang ilmu yang dipelajari.
Melalui kemahiran belajar, murid dilatih untuk membuat rujukan, mencatat nota, dan
mencari maklumat tanpa bergantung sepenuhnya terhadap usaha guru. Ringkasnya,
kemahiran belajar dipercayai dapat membina amalan berdikari dalam kalangan murid.

c. Kemahiran berfikir

Temu bual bersama peserta kajian turut mendapati bahawa kemahiran berfikir turut
diintegrasikan dalam pengajaran. Melalui temu bual, semua peserta kajian mengakui
mengintegrasikan kemahiran berfikir dalam PdPc Bahasa Melayu. Contoh dapatan
kajian berkaitan perkara ini dinyatakan dalam sesi temu bual bersama Cikgu Chan
(G1\SA\Chan\TB:232-234), Cikgu Mila (G3\SB\Mila\TB:213-216), Cikgu Norol
(G4\SB\Norol\TB:238-240), Cikgu Saraj (G5\SC\Saraj\TB:186-187), Cikgu Dila
(G8\SD\Dila\TB:299-302), dan Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\TB:252-253).

Sehubungan itu, penjelasan lanjut daripada Cikgu Saraj melaporkanan bahawa
kemahiran berfikir yang diintegrasikan dalam pengajaran bertujuan merangsang murid
untuk berfikir. Namun, bagi Cikgu Shamil pula, beliau memberi pandangan yang
lebih optimis, iaitu kemahiran berfikir bertujuan menggalakkan murid berfikir tentang
sesuatu perkara di luar kotak pemikiran. Melalui cara tersebut, murid dipercayai dapat
memberikan idea yang lebih baik, bernas, padat dan bermaklumat. Petikan temu bual
berikut menjelaskan dapatan kajian tersebut.

217

“…kemahiran generik yang biasa digunakan seperti kemahiran berfikir
untuk merangsang murid berfikir …”

[G5\SC\Saraj\TB:186-187]

“…Sebab saya nak merangsang supaya pelajar saya boleh berfikir lebih
daripada yang sepatutnya, di luar kotak pemikiran, atau di luar jangkaan
mereka sendiri…”

[G12\SF\Shamil\TB:254-256]

Dapatan kajian yang lebih menarik tentang kemahiran berfikir telah diperoleh
melalui temu bual bersama Cikgu Dila dan Cikgu Mila. Menurut Cikgu Dila dan
Cikgu Mila, kemahiran berfikir perlu diintegrasikan dalam PdPc Bahasa Melayu bagi
menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran berfikir dianggap
penting kerana kemahiran tersebut sesuai untuk menjalani aktiviti KBAT. Melalui
aktiviti KBAT, murid perlu berfikir untuk menjana idea secara kreatif. Petikan temu
bual Cikgu Dila dan Cikgu Mila menjelaskan perkara tersebut.

“…kemahiran berfikir memang perlu diintegrasikan dalam pengajaran
kita. Sebab kenapa saya kata macam ni, sebab kemahiran ini memang
sesuai untuk menggalakkan murid kita berfikir secara kritis dan kreatif.
Sebab bagi saya ini memang sesuai untuk aktiviti KBAT. So, murid kita
perlu digalakkan berfikir kreatif lah...”

[G8\SD\Dila\TB:299-302]

“…kemahiran berfikir, contohnya kita boleh meminta pelajar mengenal
pasti, mencirikan ataupun boleh minta pelajar menyelesaikan masalah.
Selain itu pelajar menjana idea maksudnya kita akan beri beberapa
soalan kepada pelajar yang memerlukan pelajar berfikir dan melontarkan
pandangan mereka…”

[G3\SB\Mila\TB: 213-216]

Dapatan tersebut diperkukuhkan melalui triangulasi data pemerhatian terhadap
pengajaran peserta kajian. Sesuai dengan corak pembelajaran pada masa kini yang
menekankan elemen KBAT, pengkaji mendapati semua peserta kajian
mengintegrasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran. Melalui pemerhatian,
kemahiran berfikir dijana hampir dalam semua aktiviti PdPc seperti aktiviti soal
jawab, penerokaan, penilaian lisan dan juga penilaian bertulis. Penggunaan alat
berfikir seperti peta pemikiran dan bahan pengurusan grafik membolehkan guru

218

mengintegrasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dengan lebih lancar. Catatan
pemerhatian berikut menggambarkan dapatan kajian tersebut.

Catatan Pemerhatian: Guru menggalakkan murid berfikir secara kritis
dan kreatif dengan mengemukakan pelbagai soalan KBAT dalam sesi soal
jawab bagi tajuk pelajaran ‘Faedah Menyertai Aktiviti Sukan Lasak’.
Contoh soalan KBAT: Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan
untuk menggalakkan penyertaan aktif remaja dalam aktiviti sukan lasak di
Malaysia?

[G8\SD\Dila\CP2\KPK3]

Catatan Pemerhatian: Murid membentangkan hasil perbincangan
kumpulan dengan bantuan alat berfikir, iaitu peta bulatan bagi tugasan
‘Nyamuk Aedes dan Bahayanya kepada Kesihatan’.

[G3\SB\Mila\CP2\KPK3]

Selain itu, pemerhatian pengajaran peserta kajian turut mencatatkan bahawa
murid memberi maklum balas yang relevan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan
oleh peserta kajian. Sehubungan itu, pengkaji turut mendapati aras soalan yang
dikemukakan sesuai dengan potensi murid bagi membolehkan semua murid berfikir
dan berpeluang menjawab segala pertanyaan guru (G1\SA\Chan\CP2\KPK3;
G4\SB\Norol\CP2\KPK3; G5\SC\Saraj\CP1\KPK3).

Sebagai kesimpulan, berdasarkan dapatan kajian melalui temu bual dan
pemerhatian, kajian ini merumuskan bahawa kemahiran berfikir perlu diintegrasikan
dalam pengajaran guru. Hal ini demikian memandangkan kemahiran tersebut sangat
berguna untuk merangsang murid berfikir untuk menjana minda bagi mendapatkan
idea yang tepat dan bernas. Ringkasnya, kemahiran berfikir boleh dianggap sebagai
landasan untuk memacu aktiviti KBAT dalam PdPc Bahasa Melayu agar aktiviti
tersebut berjalan dengan lancar.

d. Kemahiran interpersonal

Hasil temu bual bersama peserta kajian, pengkaji mendapati bahawa kemahiran
interpersonal merupakan salah satu kemahiran generik yang turut diintegrasikan
dalam PdPc Bahasa Melayu. Dalam sesi temu bual, pengkaji mendapati sekurang-
kurangnya empat peserta kajian mengakui mengintegrasikan kemahiran interpersonal

219

dalam pengajaran. Dapat kajian ini seperti diujarkan dalam sesi temu bual bersama
Cikgu Norol (G4\SB\Norol\TB:259-260), Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB:172-174),
Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\TB:214-216), dan Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:342-
344). Menurut peserta kajian tersebut, kemahiran interpersonal amat penting dalam
pengajaran guru bagi mewujudkan komunikasi dan hubungan akrab antara murid dan
guru, serta antara murid dan murid.

Contoh penjelasan yang lebih lanjut tentang kemahiran interpersonal adalah
seperti yang dinyatakan dalam temu bual bersama Cikgu Norol dan Cikgu Fazli.
Menerusi temu bual, pengkaji dimaklumkan bahawa peserta kajian mengintegrasikan
kemahiran tersebut dalam aktiviti perbincangan sama ada secara berkumpulan atau
berpasangan. Hasil temu bual lanjut menjelaskan bahawa aktiviti tersebut
menggalakkan interaksi dalam kalangan murid. Interaksi antara murid menghasilkan
idea atau kerja yang lebih baik dan sempurna. Penjelasan lanjut mengenai dapatan
kajian tersebut boleh dirujuk dalam contoh petikan temu bual bersama Cikgu Norol
dan Cikgu Fazli.

“…kadang-kadang ada menggunakan kemahiran interpersonal secara
berpasangan supaya ia lebih menggalakkan pelajar untuk berbincang dan
menjana idea…”

[G4\SB\Norol\TB:259-260]

“…untuk mengintegrasikan kemahiran ini misalnya kemahiran
interpersonal saya lebih kepada aktiviti mereka secara berkumpulan. Di
situ mereka boleh berbual dalam kumpulan, berbincang berkenaan
aaa…dengan isu dan daripada idea yang disampaikan menghasilkan satu
kerja yang sempurna sebab makin banyak dalam satu kumpulan makin
banyak idea dikemukakan kemudian wujud lah ...aa interaksi antara
murid dan juga guru…”

[G11\SF\Fazli\TB:236-240]

Seterusnya, catatan pemerhatian peserta kajian turut mengesahkan dapatan
kajian berkaitan pengintegrasian kemahiran interpersonal dalam pengajaran guru.
Melalui pemerhatian, didapati semua peserta kajian mengintegrasikan kemahiran
interpersonal dalam pengajaran bahasa. Kemahiran tersebut kebanyakannya
diintegrasikan dalam aktiviti lisan dan bertulis sama ada secara berpasangan atau

220

berkumpulan. Contoh dapatan pemerhatian peserta kajian digambarkan menerusi
catatan pemerhatian Cikgu Aqmal dan Cikgu Norol.

Catatan Pemerhatian: Cikgu Aqmal mengendalikan aktiviti wawancara
antara murid tentang tajuk pelajaran, iaitu ‘Rahsia Anugerah Pelajar
Cemerlang’. Murid menyampaikan wawancara di hadapan kelas.

[G2\SA\Aqmal\CP1\KPK3]

Catatan Pemerhatian: Fokus utama pembelajaran hari ini ialah aktiviti
lisan. Guru menggalakkan murid berbincang secara berpasangan tentang
teks dialog ‘Persiapan menduduki peperiksaan SPM’. Kemudian murid
diminta menyampaikan dialog di hadapan kelas.

[G4\SB\Norol\CP2\KPK3]

Kesimpulannya, berdasarkan hasil temu bual dan catatan pemerhatian, kajian
ini menyimpulkan bahawa kemahiran interpersonal perlu diintegrasikan dalam PdPc
Bahasa Melayu. Hal ini penting bagi menggalakkan interaksi aktif dalam aktiviti PdPc
selain mewujudkan interaksi pelbagai hala antara murid dan guru.

e. Kemahiran fasilitator

Seterusnya, bagi kemahiran fasilitator pula sekurang-kurangnya tiga peserta kajian
mengakui mengintegrasikan kemahiran tersebut dalam pengajaran bahasa. Kemahiran
fasilitator banyak diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran koperatif seperti
perbincangan kumpulan. Dapatan kajian mengenai perkara ini seperti dinyatakan
dalam sesi temu bual bersama Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:234), Cikgu Norol
(G4\SB\Norol\TB:240), dan Cikgu Hastika (G9\SE\Hastika\TB:197-199). Contoh
penjelasan yang lebih lanjut daripada Cikgu Chan mengatakan bahawa beliau banyak
mengamalkan kemahiran fasilitator dalam pengajaran. Menurut Cikgu Chan, amalan
tersebut sesuai dengan peranan guru sebagai pemudah cara, khususnya bagi aktiviti
PdPc yang berpusatkan murid. Dapatan kajian mengenai perkaran tersebut disuarakan
dalam contoh petikan temu bual bersama Cikgu Chan. Perhatikan petikan temu bual
berikut.

“…dan kemahiran pemudahcaraan iaitu fasilatitor banyak digunakan
dalam pdp saya sebab cara ini sesuai untuk aktiviti berpusatkan murid,
bukan. So, oklah sebab murid-murid kita amat diperlukan …”

[G1\SA\Chan\TB:232-235]

221

“...saya bertindak sebagai fasilitator dan aa... murid yang bergerak
sendiri lah dalam kelas untuk berbincang dengan rakan yang lain tentang
topik pelajaran. Maknanya semua ini berlaku lebih kepada aktiviti
berpusatkan murid lah…”

[G9\SE\Hastika\TB:197-199]

Menuru Cikgu Norol pula, bagi mengintegrasikan kemahiran fasilitator dalam
pengajaran, beliau mewujudkan aktiviti PdPc dalam kumpulan dengan melantik
seorang wakil sebagai ketua kumpulan. Hal ini bertujuan bagi menjayakan aktiviti
perbincangan dengan lancar manakala guru berperanan sebagai fasilitator. Petikan
temu bual bersama beliau menerangkan dapatan kajian tersebut.

“…dari segi kemahiran fasilitator, saya mewujudkan aktiviti yang
berbentuk kumpulan dan dari segi kemahiran kepimpinan saya akan
bentuk kumpulan yang mempunyai seorang wakil ketua untuk memimpin
kumpulan tersebut…”

[G4\SB\Norol\TB:251-253]

Dapatan kajian melalui hasil pemerhatian pengkaji turut mengesahkan
kejadian tersebut. Malahan, boleh dikatakan bahawa semua peserta kajian
mengintegrasikan kemahiran fasilitator dalam semua sesi pengajaran. Melalui
pemerhatian pengkaji, kemahiran tersebut diintegrasikan dengan jelas dalam aktiviti
perbincangan secara berpasangan atau berkumpulan. Semasa aktiviti perbincangan
berlangsung, peserta kajian bertindak sebagai fasilitator sahaja. Peserta kajian didapati
hanya membimbing murid atau mana-mana kumpulan yang bermasalah dalam
pelajaran. Triangulasi dapatan pemerhatian mengenai perkara ini seperti yang terdapat
dalam catatan nota lapangan oleh pengkaji di lokasi kajian (G1\SA\Chan\CP2\KPK3;
G4\SB\Norol\CP1\KPK3; G9\SE\Hastika\CP2\KPK3).

Sebagai kesimpulan, kajian ini menyimpulkan bahawa pengintegrasian
kemahiran fasilitator dalam pengajaran guru adalah suatu keperluan dan wajar
diamalkan dalam PdPc Bahasa Melayu. Hal ini penting kerana amalan tersebut selaras
dengan peranan guru sebagai pemudah cara untuk menjayakan aktiviti berpusatkan
murid. Melalui amalan tersebut, guru memberi peluang kepada murid untuk
melakukan sesuatu tugas ke arah pembelajaran kendiri. Tamsilnya, kemahiran

222

fasilitator perlu diintegrasikan dalam PdPc Bahasa Melayu bagi mengelakkan corak
pembelajaran berpusatkan guru.

f. Kemahiran menyelesaikan masalah

Hasil temu bual bersama peserta kajian melaporkan bahawa kemahiran menyelesaikan
masalah merupakan kemahiran generik yang dominan dalam PdPc Bahasa Melayu.
Dalam sesi temu bual, pengkaji mendapati sekurang-kurangnya tujuh peserta kajian
mengakui mengintegrasikan kemahiran tersebut dalam pengajaran. Dapatan kajian
mengenai perkara ini terdapat dalam sesi temu bual bersama Cikgu Chan
(G1\S1\Chan\TB:241-242), Cikgu Norol (G4\SB\Norol\TB:236-238), Cikgu Dila
(G8\SD\Dila\TB:275-276), Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:342-344), Cikgu Fazli
(G11\SF\Fazli\TB:214-216), Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\TB:253), dan Cikgu
Hastika (G9\SE\Hastika\TB:206-207).

Menurut peserta kajian, kemahiran menyelesaikan masalah merupakan
kemahiran generik yang menjadi keutamaan dalam pengajaran. Kemahiran tersebut
diintegrasikan dalam pengajaran melalui aktiviti perbincangan secara berkumpulan,
berpasangan atau individu. Contoh penjelasan lanjut bagi menerangkan perkara
tersebut ditunjukkan dalam petikan temu bual bersama Cikgu Chan dan Cikgu Norol.

“…bagi aktiviti menyelesaikan masalah, saya buat dalam aktiviti
perbincangan kumpulan, berpasangan dan individu. Untuk ini saya
kemukakan beberapa isu untuk dibincangkan, jadi di sini murid juga
perlukan kemahiran komunikasi yang baik untuk aktiviti lisan ni. Sebab
mereka perlu kemukakan idea tentang isu yang diberikan…”

[G1\SA\Chan\TB:249-252]

“…untuk kemahiran menyelesaikan masalah, saya emm… aaa…saya
melakukan perbincangan kepada murid untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang mereka harus selesaikan…”

[G4\SB\Norol\TB:249-251]

Seterusnya, penerangan yang menarik berkaitan kemahiran menyelesaikan
masalah telah dijelaskan dalam sesi temu bual bersama Cikgu Hastika. Huraian lanjut
daripada beliau menyatakan bahawa kemahiran menyelesaikan masalah diintegrasikan
dalam pengajaran melalui aktiviti secara berkumpulan. Menerusi aktiviti tersebut,

223

murid melakukan tugasan, khususnya aktiviti PdPc yang melibatkan aktiviti KBAT.
Dapatan kajian berkaitan penemuan tersebut dapat dibuktikan menerusi hasil temu
bual bersama Cikgu Hastika.

“…bagi kemahiran menyelesaikan masalah, biasanya emm… kemahiran
ini banyak digunakan semasa perbincangan yang melibatkan aktiviti
kumpulan terutamanya… aaa, ketika murid melakukan tugasan seperti
aktiviti melibatkan KBAT …”

[G9\SE\Hastika\TB 214-216]

Bagi mengukuhkan dapatan kajian tersebut, pengkaji telah melakukan
pemerhatian sebagai triangulasi data temu bual. Menerusi catatan nota lapangan
terhadap pemerhatian pengajaran peserta kajian, pengkaji mendapati kemahiran
tersebut kerap diaplikasikan oleh semua peserta kajian apabila mengendalikan aktiviti
PdPc yang melibatkan perbincangan kumpulan atau berpasangan. Aktiviti
perbincangan kumpulan melibatkan aktiviti KBAT, misalnya aktiviti enam topi
pemikiran De Bono, jelajah pembelajaran, dan sebagainya. Catatan pemerhatian
berikut memberi gambaran mengenai dapatan kajian tersebut.

Catatan Pemerhatian: Guru mengemukakan satu isu untuk dibincangkan
oleh murid dalam kumpulan. Perbincangan berfokus kepada isu yang
bertajuk, ‘Berhenti sekolah untuk membantu menyara keluarga atau terus
belajar?

[G12\SF\Shamil\CP2\KPK3]

Catatan Pemerhatian: Murid diberikan satu tugasan untuk dibincangkan.
Tugasan menguji kebijaksanaan murid untuk menyelesaikan satu masalah
yang berkaitan isu ‘Buli di Sekolah’. Guru mengendalikan aktiviti Enam
Teori Pemikiran De Bono.

[G1\SA\Chan\CP2\KPK3]

Sebagai kesimpulan, berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh melalui temu
bual dan pemerhatian, kajian ini merumuskan bahawa kemahiran menyelesaikan
masalah sewajarnya diintegrasikan dalam PdPc Bahasa Melayu. Hal ini sangat penting
memandangkan kemahiran tersebut merupakan asas bagi menjayakan aktiviti yang
melibatkan KBAT. Selain itu, kemahiran menyelesaikan masalah memberi peluang
kepada murid untuk berfikir dan menjana idea bagi menyelesaikan sesuatu isu yang
dibincangkan. Secara tuntas, perkara yang lebih penting di sebalik mengintegrasikan

224

kemahiran menyelesaikan masalah dalam PdPc Bahasa Melayu adalah murid
berpeluang untuk memilih alternatif terbaik dan membuat keputusan dengan tepat
bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

g. Kemahiran teknologi maklumat

Selaras dengan sistem pendidikan yang memberi penekanan kepada corak
pembelajaran abad ke-21, kemahiran teknologi maklumat dalam PdPc Bahasa Melayu
bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan. Hasil temu bual yang dijalankan, sekurang-
kurangnya sembilan peserta kajian mengakui mengintegrasikan kemahiran tersebut
dalam pengajaran di bilik darjah. Dapatan kajian mengenai perkara ini diperoleh
menerusi temu bual bersama Cikgu Chan (G1\SA\Chan\TB:232-234), Cikgu Aqmal
(G2\S1\Aqmal\TB:231), Cikgu Mila (G3\SB\Mila\TB:216), Cikgu Norol (G4\SB\
Norol\TB:238-240), Cikgu Balqis (G7\SD\Balqis\TB:174), Cikgu Dila (G8\SD\Dila\
TB:320-322), Cikgu Hastika (G9\SE\Hastika\TB:223), Cikgu Betha (G10\SE\Betha\
TB:358), dan Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\TB:269-270).

Contoh penjelasan lanjut mengenai dapatan tersebut dijelaskan dalam temu
bual bersama Cikgu Shamil dan Cikgu Dila. Menurut peserta kajian, pengintegrasian
kemahiran teknologi maklumat dalam PdPc Bahasa Melayu memang suatu elemen
pengajaran yang boleh menarik minat murid. Hal ini demikian kerana penggunaan
teknologi maklumat dalam PdPc Bahasa Melayu turut menggalakkan kreativiti dalam
pengajaran guru. Walau bagaimanapun, penggunaan kemahiran tersebut agak terbatas
akibat terdapatnya kekangan yang tidak dapat dielakkan. Berikut adalah contoh
dapatan kajian berkaitan perkara tersebut.

“…kemahiran generik yang biasa saya gunakan seperti kemahiran ICT,
kemahiran cara belajar, kemudian kemahiran berfikir …”

[G1\SA\Chin\TB:240-244]

“…juga menerapkan kemahiran TMK walaupun ada kekangan
menggunakan kemahiran teknologi sebab yang ini satu kemahiran yang
mereka aaa sebenarnya lebih sukalah…”

[G11\SF\Shamil\TB:256-259]

“…dan dari segi aa ...penggunaan ICT, iaitu kreativiti juga kita
hendaklah berusaha menarik perhatian murid dengan pengetahuan ICT,

225

melakukan perkara-perkara yang aa ... aktiviti-aktiviti yang boleh
menarik minat…”

[G8\SD\Dila\TB:320-322]

Triangulasi pemerhatian secara langsung ke atas pengajaran peserta kajian
mengesahkan semua peserta kajian mengintegrasikan TMK dalam pengajaran bahasa.
Hasil penelitian pengkaji, guru didapati amat gemar mengintegrasikan kemahiran
TMK dalam pengajaran. Walaupun beberapa peserta kajian terdiri daripada guru
berpengalaman, namun penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran bukan lagi
perkara yang rumit. Selain itu, pengkaji mendapati terdapat juga sekolah yang tidak
mempunyai kemudahan teknologi yang mencukupi tetapi peserta kajian mempunyai
inisiatif dengan membeli LCD untuk kegunaan sendiri, selain sanggup menggunakan
LCD sekolah secara bergilir-gilir semata-mata mengintegrasikan TMK dalam
pengajaran. Melalui pemerhatian, semua peserta kajian didapati mengendalikan PdPc
dengan menggunakan TMK sepenuhnya dalam pengajaran. Fenomena ini disahkan
melalui beberapa catatan pemerhatian terhadap sesi pengajaran peserta kajian.

Catatan Pemerhatian: Murid sangat tertarik dengan set induksi guru yang
menggunakan tayangan video. Guru menunjukkan pelbagai aksi menarik
tentang aktiviti sukan lasak.

[G8\SD\Dila\CP2\KPK3]

Catatan Pemerhatian: Penggunaan bahan audio dan visual berjaya
menarik perhatian murid terhadap topik pelajaran yang disampaikan.
Guru menggunakan tayangan slaid dan video untuk membantu PdPc yang
lebih berkesan.

[G9\SE\Hastika\CP2\KPK3]

Analisis dokumen terhadap RPH peserta kajian turut mengesahkan dapatan
kajian tersebut. Penggunaan TMK tercatat dalam RPH peserta kajian dalam ruangan
BSP, misalnya G1\SA\Chan\AD\RPH2, G2\SA\Aqmal\AD\RPH1, G3\SB\Mila\AD\
RPH1, G4\SB\Norol\AD\RPH2, G6\SC\Hedzal\AD\RPH1, G7\SD\Balqis\AD\RPH2,
G8\SD\Dila\AD\RPH1. Hasil analisis turut mendapati peserta kajian menggabungkan
sekurang-kurangnya tiga kemahiran generik dalam PdPc Bahasa Melayu. Kemahiran
tersebut diintegrasikan dalam semua aktiviti PdPc yang dilaksanakan. Pengintegrasian
kemahiran generik dalam PdPc guru penting kerana kemahiran tersebut dipercayai
menjadikan ilmu dapat disampaikan kepada murid dengan lebih mudah.

226

Berdasarkan hasil temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen, pengkaji
merumuskan bahawa guru perlu mengintegrasikan kemahiran teknologi maklumat
dalam PdPc Bahasa Melayu. Dapatan ini penting bagi memastikan murid memberi
perhatian dan tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Sehubungan itu,
aplikasi kemahiran tersebut dalam PdPc guru selaras dengan corak pembelajaran abad
ke-21. Justeru, guru perlu menguasai kemahiran tersebut bagi memastikan
pelaksanaan teknologi maklumat dalam PdPc Bahasa Melayu berjalan dengan lancar.

4.5.4 Rumusan

Sebagai rumusan, dapatan kajian hasil daripada temu bual, analisis dokumen dan
catatan pemerhatian oleh pengkaji telah menjawab persoalan kajian yang ke-3, iaitu
Apakah kaedah guru menulis dan mengaplikasikan RPH Bahasa Melayu berasaskan
pendekatan Kajian Pengajaran. Berdasarkan analisis data kajian, dapatan kajian
memperoleh sekurang-kurangnya empat elemen penting berkaitan kemahiran menulis
dan mengaplikasikan RPH KP dalam PdPc dalam Bahasa Melayu, iaitu (a) objektif
pembelajaran, (b) isi pelajaran, (c) BSP, dan (d) kemahiran generik. Jadual 4.7
menunjukkan taburan pola bagi setiap kategori kaedah menulis dan mengaplikasikan
RPH Bahasa Melayu berasaskan pendekatan KP.

Berdasarkan jadual, dapatan kajian mendapati semua peserta kajian merancang
objektif pembelajaran dalam bentuk perlakuan yang jelas dan spesifik, mengukur
kriteria kejayaan murid, mengambil kira keupayaan murid, sesuai dengan pengetahuan
dan kemahiran yang diajar, boleh dicapai dalam lingkungan masa PdPc, serta
berpandukan model S.M.A.R.T Goal. Bagi komponen merancang isi pelajaran pula,
nampaknya semua peserta kajian merujuk refleksi PdPc lepas sebelum menentukan isi
pelajaran. Sementara itu, isi pelajaran yang dipilih memberi fokus kepada bidang
kemahiran bahasa yang dirancang. Namun, hanya sembilan peserta kajian didapati
menitikberatkan pemeringkatan isi dan mengambil kira pengetahuan sedia ada murid
ketika merancang dan menyampaikan isi pelajaran. Seramai tiga lagi peserta kajian
didapati kurang memberi penekanan tentang pemeringkatan isi pelajaran dan
pengetahuan sedia ada murid. Hal ini demikian kerana corak penyampaian peserta
kajian agak ringkas, lagipun pengalaman berkhidmat sebagai guru dalam tempoh yang
agak singkat, iaitu antara dua hingga tiga tahun.

227

Jadual 4.7 Taburan pola kategori kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH Bahasa Melayu
berasaskan pendekatan kajian pengajaran

Peserta Kajian

Bil. Tema Sub Tema Chan
Aqmal
Mila
Norol
Saraj
Hedzal
Balqis

Dila
Hastika
Betha

Fazli
Shamil

Jumlah

1 Objektif bentuk perlakuan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12

pembelajaran jelas dan spesifik

mengukur kriteria √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
kejayaan murid

mengambil kira √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
keupayaan murid

sesuai dengan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
pengetahuan dan
kemahiran yang diajar

boleh dicapai dalam √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
tempoh masa PdPc

Berpandukan Model √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
S.M.A.R.T Goal

2 Isi pelajaran merujuk refleksi PdPc √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
lepas

bidang kemahiran bahasa √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12

berfokus

pemeringkatan isi √√x √x√√x√√√√9
pelajaran

pengetahuan sedia ada √√x√x√√x√√√√9
murid

3 Bahan sumber BSP sesuai dan menarik √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12

pembelajaran BSP merangsang √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
(BSP)
pemikiran murid

BSP pelbagai √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12

BSP berkonsepkan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
KBAT

BSP mudah diperoleh √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12

4 Kemahiran kemahiran komunikasi √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
generik kemahiran belajar √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12

kemahiran berfikir √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12

kemahiran interpersonal √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12

kemahiran fasilitator √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12

kemahiran menyelesaikan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12

masalah

kemahiran teknologi √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
maklumat

x – dapatan kategori dan tema kajian

228

Seterusnya, bagi aspek bahan sumber pembelajaran, hasil temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen turut mengenal pasti semua peserta kajian
berpendapat bahawa BSP yang disediakan untuk PdPc Bahasa Melayu hendaklah
sesuai dan menarik, merangsang pemikiran murid, pelbagai, berkonsepkan KBAT,
serta mudah diperoleh. Bagi kemahiran generik pula, dapatan kajian mendapati semua
peserta kajian menyampaikan ilmu pengetahuan, konsep dan kemahiran bahasa
dengan mengintegrasikan pelbagai kemahiran generik dalam pengajaran. Antara
kemahiran generik yang diintegrasikan dalam PdPc ialah kemahiran komunikasi,
kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal, kemahiran fasilitator,
kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran teknologi maklumat.

Walau apa-apa pun dapatan yang telah dikaitkan oleh peserta kajian dengan
kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH KP dalam PdPc Bahasa Melayu, tidak
dinafikan bahawa elemen pengajaran seperti objektif pembelajaran, isi pelajaran, BSP
dan kemahiran generik merupakan antara elemen penting dalam RPH. Pengabaian
elemen pengajaran tersebut dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran guru
boleh menyebabkan kepincangan berlaku dalam penyampaian PdPc guru. Hal ini
demikian memandangkan elemen pengajaran yang telah digariskan dalam strategi
menulis dan mengaplikasikan RPH merupakan suatu elemen asas yang seharusnya
diambil kira dalam perancangan dan pengajaran guru.

Rajah 4.3 menunjukkan tema dan sub tema berkaitan dapatan kajian tentang
kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH Bahasa Melayu berasaskan pendekatan
kajian pengajaran. Secara keseluruhan, strategi menulis dan mengaplikasikan RPH
kajian pengajaran dalam PdPc Bahasa Melayu meliputi empat elemen pengajaran
yang boleh dikatakan sebagai asas kepada perancangan pengajaran guru, iaitu objektif
pembelajaran, isi pelajaran, bahan sumber pembelajaran, dan kemahiran generik.
Dalam hal ini, guru wajar meneliti elemen tersebut dengan jelas bagi memastikan sesi
PdPc dapat disampaikan dengan lebih tersusun dan terancang.

Rumusannya, perkongsian ilmu melalui KP telah dikenal pasti dapat
memantapkan pengetahuan guru dalam kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH
untuk PdPc Bahasa Melayu dengan lebih lancar. Tegasnya, keupayaan menulis dan
mengaplikasikan RPH penting untuk mengimplementasikan PdPc dengan berkesan.

229

Rajah 4.3 Kaedah menulis dan mengaplikasikan RPH Bahasa Melayu berasaskan
pendekatan kajian pengajaran

4.6 STRATEGI PELAKSANAAN AKTIVITI KAJIAN PENGAJARAN DALAM
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN BAHASA MELAYU

Dapatan kajian diteruskan untuk membincangkan persoalan kajian ke-4, iaitu, Apakah
strategi pelaksanaan aktiviti kajian pengajaran (KP) dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan Bahasa Melayu. Dalam konteks kajian ini, strategi pelaksanaan
aktiviti KP dalam PdPc Bahasa Melayu dikenal pasti melalui dapatan temu bual,
analisis dokumen, dan pemerhatian. Dalam kajian ini, terdapat dua tema utama

230

diperoleh berkaitan strategi pelaksanaan aktiviti KP dalam PdPc Bahasa Melayu, iaitu
(a) aspek perancangan aktiviti PdPc, dan (b) aspek pelaksanaan aktiviti PdPc. Aspek
perancangan aktiviti PdPc melibatkan elemen seperti menjurus pencapaian objektif
pembelajaran, sesuai dengan kemahiran yang diajar, sesuai dengan persekitaran
murid, dan sesuai dengan tempoh masa PdPc.

Seterusnya, bagi aspek pelaksanaan pula, aktiviti PdPc melibatkan elemen
seperti aktiviti berpusatkan murid, aktiviti PdPc dipelbagaikan, aktiviti PdPc
mewujudkan interaksi pelbagai hala, aktiviti PdPc melibatkan KBAT, serta aktiviti
PdPc menggalakkan kreativiti dan bermotivasi. Jadual 4.8 menunjukkan elemen-
elemen yang berkaitan dengan aspek perancangan dan pelaksanaan aktiviti KP dalam
PdPc Bahasa Melayu.

Jadual 4.8 Senarai kategori, tema, dan sub tema strategi pelaksanaan aktiviti kajian
pengajaran dalam PdPc Bahasa Melayu

Kategori Tema Sub Tema

Strategi pelaksanaan a. aspek  menjurus pencapaian objektif
aktiviti kajian perancangan pembelajaran
pengajaran dalam PdPc aktiviti PdPc
Bahasa Melayu  sesuai dengan kemahiran yang diajar
 sesuai dengan persekitaran murid
b. aspek  sesuai dengan tempoh masa PdPc
pelaksanaan
aktiviti PdPc  aktiviti berpusatkan murid
 aktiviti PdPc pelbagai
 wujudkan interaksi pelbagai hala
 aktiviti PdPc melibatkan KBAT
 menggalakkan kreativiti dan

bermotivasi

Perincian bagi setiap tema tersebut dihuraikan berdasarkan semua elemen yang
telah diperoleh untuk menjelaskan dapatan kajian berkaitan aspek perancangan dan
pelaksanaan aktiviti KP dalam PdPc Bahasa Melayu.

4.6.1 Aspek Perancangan Aktiviti PdPc

Merujuk Jadual 4.8, terdapat empat elemen penting berkaitan aspek perancangan
aktiviti PdPc. Elemen tersebut adalah seperti, (a) menjurus pencapaian objektif
pembelajaran, (b) sesuai dengan kemahiran yang diajar, (c) sesuai dengan persekitaran
murid, dan (d) sesuai dengan tempoh masa PdPc. Berikut merupakan huraian lanjut
bagi menerangkan setiap elemen tersebut.

231

a. Menjurus pencapaian objektif pembelajaran

Bagi merancang aktiviti PdPc, temu bual bersama peserta kajian menyatakan bahawa
aktiviti PdPc yang dirancang perlu menjurus pencapaian objektif pembelajaran.
Dapatan mengenai perkara tersebut seperti dinyatakan dalam sesi temu bual bersama
Cikgu Aqmal (G2\SA\Aqmal\TB:141-142), Cikgu Hedzal ([G6\SC\Hedzal\TB:121-
122), Cikgu Norol (G4\SB\Norol\TB:139-140) dan Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\TB:
307-309). Contoh penjelasan lanjut daripada Cikgu Hedzal menjelaskan bahawa
sebelum menentukan aktiviti, sebaik-baiknya perlu merujuk objektif pembelajaran
terlebih dahulu. Perkara ini perlu kerana menurut beliau supaya aktiviti PdPc yang
dijalankan adalah selari dengan objektif pembelajaran yang ingin dicapai pada akhir
sesi PdPc. Perkara yang sama turut dijelaskan dalam sesi temu bual bersama Cikgu
Norol. Menurut beliau, hal ini penting bagi memastikan perkara yang berlaku
sewajarnya menepati objektif pembelajaran. Contoh petikan temu bual berikut
menjelaskan perkara tersebut.

“…sebaik-baiknya kita perlu rujuk kepada objektif pembelajaran kita.
Dari situ kita pilih lah aktiviti yang boleh dilakukan, misalnya aaa…,
aktiviti yang kita lakukan kena selari dengan objektif lah supaya
emm…perkara yang murid buat menjurus untuk capai objektif
pembelajaran yang telah kita tetapkan…”

(G6\SC\Hedzal\TB:137-140]

“…ok, aspek yang perlu diutamakan dalam merancang aktiviti PdPc ialah
yang pertama aktiviti yang akan dilaksanakan haruslah menjurus kepada
pencapaian objektif pembelajaran yang ditetapkan. Aspek ini amat
penting supaya aktiviti yang kita buat tidak lari daripada objektif yang
ingin dicapai dalam pdp. Jadi apa yang kita buat itu memang menuju
objektif lah …”

[G4\SB\Norol\TB:138-142]

Triangulasi dapatan kajian melalui pemerhatian oleh pengkaji telah memberi
pengukuhan terhadap dapatan temu bual tersebut. Menerusi pemerhatian pengkaji,
guru mengendalikan aktiviti PdPc yang menjurus pencapaian objektif pembelajaran.
Misalnya, pemerhatian dilakukan terhadap pengajaran Cikgu Chan. Dalam pengajaran
tersebut, beliau melaksanakan aktiviti Enam Topi Pemikiran De Bono untuk aktiviti
perbincangan secara berkumpulan. Topik perbincangan adalah berkaitan isu ‘Gejala

232

Buli di Sekolah’, manakala fokus objektif pembelajaran adalah menjelaskan punca,
kesan atau akibat serta langkah mengatasi gejala buli di sekolah,

Dalam aktiviti tersebut, perbincangan yang dilakukan berdasarkan aktiviti
Enam Topi Pemikiran De Bono bertujuan untuk mencapai objektif pembelajaran yang
telah ditetapkan dalam RPH yang telah dirancang. Contoh dapatan kajian mengenai
perkara tersebut digambarkan melalui catatan pemerhatian oleh pengkaji terhadap
pengajaran Cikgu Chan (G1\SA\Chan\CP2\KPK3). Malahan, menerusi analisis
dokumen, pengkaji turut mengesan maklumat yang sama dalam RPH peserta kajian
(G1\SA\Chan\AD\RPH2). Hasil analisis, pengkaji mendapati bahawa aktiviti yang
dilaksanakan adalah selaras dengan objektif pembelajaran.

Kesimpulannya, kajian ini merumuskan bahawa aktiviti PdPc seboleh-
bolehnya dirancang berdasarkan objektif pembelajaran. Hal ini penting bagi
memastikan aktiviti PdPc yang dijalankan oleh murid adalah selaras dengan kehendak
objektif pembelajaran. Dengan cara ini, guru dapat mencapai perkara yang telah
disasarkan dalam objektif pembelajaran dengan lebih mudah dan lancar. Ringkasnya,
aktiviti PdPc yang menjurus pencapaian objektif pembelajaran meletakkan pengajaran
guru secara berfokus.

b. Sesuai dengan kemahiran yang diajar

Dapatan kajian berkaitan strategi merancang aktiviti PdPc turut melaporkan bahawa
aktiviti PdPc Bahasa Melayu seharusnya sesuai dengan kemahiran yang diajar.
Dapatan kajian mengenai perkara ini telah dinyatakan menerusi temu bual bersama
Cikgu Hedzal (G6\SC\Hedzal\TB:311-318), Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:184-
189), dan Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\TB:307-309). Menurut peserta kajian, aktiviti
PdPc yang dirancang juga perlu melihat kepada kemahiran bahasa yang hendak
difokuskan dalam aktiviti perbincangan. Jadi, dalam hal ini, aktiviti PdPc perlu
dirancang mengikut keutamaan sesuatu bidang kemahiran bahasa yang hendak diberi
penekanan dalam sesi pengajaran guru. Menerusi amalan tersebut, guru dapat
merancang aktiviti PdPc dengan mengambil kira tahap kebolehan yang ada pada
murid. Contoh penerangan lanjut mengenai dapatan tersebut diambil daripada petikan
temu bual bersama Cikgu Fazli dan Cikgu Betha.

233

“…aspek yang perlu diutamakan dalam merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran iaitu bergantung kepada fokus utama iaitu skop isu
yang ingin dibincanglah. Di situ kita boleh pecahkan kepada beberapa
aktiviti untuk membentuk dua atau tiga objektif yang maksudnya fokus
sampingan lah …”

[G11\SF\Fazli\TB:138-141]

“…Kita perlu aaa mengenal pasti kemahiran atau tahap yang mereka
ada. Maknanya kemahiran yang diajar mesti selaras dengan aktiviti pdp
kita …”

[G10\SE\Betha\TB:187-188]

Seterusnya, laporan dapatan kajian menerusi temu bual ini menepati dapatan
pemerhatian dan analisis dokumen RPH peserta kajian. Hasil penelitian terhadap sesi
pengajaran peserta kajian, aktiviti PdPc yang dilaksanakan juga diselaraskan dengan
bidang kemahiran bahasa yang hendak diajar. Misalnya, bagi bidang interpersonal
yang menjadi fokus utama dalam pengajaran guru, aktivit PdPc yang dijalankan
adalah lakonan atau simulasi. Ini bermakna, fokus penilaian guru dalam sesi PdPc kali
ini adalah untuk melihat kebolehan murid berinteraksi antara satu sama lain bagi
menyampaikan buah fikiran secara lisan. Contoh dapatan analisis dokumen bagi
pembuktian dapatan kajian tersebut terdapat dalam RPH peserta kajian, misalnya
G6\SC\Hedzal\AD\RPH1, G10\SE\Betha\AD\RPH2, dan G11\SF\Fazli\AD\RPH1.

Berdasarkan hasil analisis data kajian, kajian ini merumuskan bahawa
perancangan aktiviti PdPc Bahasa Melayu perlu disesuaikan dengan kemahiran yang
diajar. Hal ini bertujuan setelah mengambil kira kepentingan melaksanakan aktiviti
PdPc agar memberi fokus kepada kemahiran bahasa yang ingin disampaikan.
Tegasnya, aktiviti PdPc yang disesuaikan dengan kemahiran yang diajar dapat
memandu pengajaran guru agar tidak lari daripada skop kemahiran sebenarnya.

c. Sesuai dengan persekitaran murid

Aspek perancangan aktiviti PdPc Bahasa Melayu yang seterusnya menyatakan
bahawa aktiviti PdPc yang dirancang seharusnya sesuai dengan persekitaran murid.
Dapatan kajian mengenai perkara ini dinyatakan dengan jelas ketika sesi temu bual
bersama Cikgu Saraj, Cikgu Dila, Cikgu Hedzal, Cikgu Betha, Cikgu Fazli, dan Cikgu
Shamil. Penjelasan lanjut peserta kajian mendapati terdapat beberapa perkara yang

234

menjadi keutamaan bagi memastikan aktiviti PdPc sesuai dengan persekitaran murid.
Menurut Cikgu Shamil, beliau memberi penekanan kepada aspek keupayaan murid
berdasarkan kepelbagaian aras kognitif murid. Hal yang sama turut dijelaskan dalam
sesi temu bual bersama Cikgu Betha (G10\SE\Betha\TB:409-412) dan Cikgu Fazli
(G11\SF\Fazli\TB:321-322). Contoh dapatan bagi menjelaskan perkara tersebut
diambil daripada petikan temu bual bersama Cikgu Shamil.

“…aspek keutamaan saya apa nama tu merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran ini saya akan melihat persekitaran murid itu sendiri, itu
yang pertamalah. Yang kedua ya, kebolehan murid itulah bagaimana aras
dia kalau aaa kalau saya beri aaa lebih tinggi kepada murid yang kurang
aaa aras pengetahuan dia maknanya dia akan susah nak fahamlah…”

[G12\SF\Shamil\TB:171-175]

Bagi Cikgu Hedzal pula, aktiviti PdPc yang dirancang perlu berdasarkan
kebolehan murid. Menurut Cikgu Hedzal, aspek kebolehan murid penting bagi
memastikan aktiviti yang dilaksanakan dapat melibatkan semua murid. Langkah ini
bertujuan agar murid tidak bosan dengan pengajaran guru. Dapatan yang sama turut
diperoleh melalui temu bual bersama Cikgu Dila (G8\SD\Dilla\TB:183-185) dan
Cikgu Saraj (G5\SC\Saraj\TB:131-137). Menurut Cikgu Dilla dan Cikgu Saraj, selain
mengambil kira kepelbagaian tahap pembelajaran murid, aspek kecenderungan atau
minat murid juga perlu diberi perhatian. Petikan perbualan Cikgu Hedzal dan Cikgu
Dila menerangkan perkara tersebut.

“…Semestinya sesuai dengan tahap kebolehan muridlah serta melibatkan
semua murid seboleh-bolehnyalah. Jadi, murid tak akan bosanlah …”

[G6\SC\Hedzal\TB:130-131]

“...mengambil kira juga kepelbagaian jenis tahap pembelajaran atau
kecenderungan murid iaitu seperti yang kita tahu para pelajar ini mereka
ada yang kinestetik …”

[G8\SD\Dila\TB:186-188]

Dapatan kajian ini boleh diperkukuhkan melalui analisis dokumen RPH
peserta kajian. Hasil pemerhatian, aktiviti PdPc yang dicatat dalam RPH sesuai
dengan aras keupayaan murid dalam kelas yang diajar. Misalnya, bagi kelas yang
mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi, guru mengendalikan aktiviti PdPc yang

235

lebih mencabar, iaitu aktiviti seperti jigsaw puzzle, jelajah pembelajaran, enam topi
pemikiran De Bono dan seumpamanya. Bagi kelas yang mempunyai murid kategori
sederhana atau lemah, guru merancang aktiviti yang lebih mudah, contohnya aktiviti
think pair share, teknik meja bulatan, teknik permainan dan sebagainya. Contoh RPH
bagi mengukuhkan dapatan tersebut adalah seperti terdapat dalam RPH Cikgu Hedzal
(G6\SC\Hedzal\AD\RPH1) dan Cikgu Dila (G8\SD\Dila\AD\RPH2).

Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji menyimpulkan bahawa aktiviti PdPc
Bahasa Melayu yang dirancang perlu sesuai dengan persekitaran murid. Elemen ini
wajar dipraktikkan oleh guru Bahasa Melayu apabila merancang aktiviti PdPc. Hal ini
demikian bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan sesuai dengan aras kecerdasan
murid di dalam kelas yang diajar. Dalam hal ini, dapatan kajian selaras dengan situasi
pembelajaran abad ke-21 yang memberi penekanan kepada pembelajaran terbeza.
Secara tuntas, aktiviti PdPc yang selaras dengan keupayaan murid membantu
penguasaan murid terhadap isi pelajaran dengan lebih mudah.

d. Sesuai dengan tempoh masa PdPc

Salah satu lagi elemen penting yang telah dikaitkan dengan strategi perancangan
aktiviti PdPc adalah aktiviti yang dirancang perlu sesuai dengan tempoh masa PdPc.
Pernyataan ini dianggap penting agar aktiviti PdPc yang dirancang sesuai dengan
tempoh masa PdPc yang sebenar. Dapatan mengenai perkara ini diakui sendiri dalam
sesi temu bual bersama Cikgu Shamil dan Cikgu Hedzal.

“…kita kena lihat dari segi masa lah supaya aktiviti tu sesuai dengan
masa yang kita rancang …”

[G12\SF\Shamil\TB:171-176]

“…Aktiviti seperti ini saya sesuaikan dengan masa atau ikut topik juga…”
[G6\SC\Hedzal\TB: 311-318]

Triangulasi data pemerhatian dan analisis dokumen mendapati semua peserta
kajian mengambil berat terhadap perkara tersebut. Melalui pemerhatian, pengkaji
mendapati bahawa aktiviti PdPc yang dilaksanakan dalam sesi pengajaran guru
menepati tempoh masa PdPc sebenar. Dalam setiap satu sesi pengajaran guru,
nampaknya guru melaksanakan sekurang-kurangnya tiga aktiviti PdPc untuk

236

mencapai objektif pembelajaran. Sepanjang sesi pemerhatian dijalankan, semua
peserta kajian didapati menguruskan masa PdPc dengan baik apabila aktiviti PdPc
yang dirancang berjaya dilaksanakan tepat pada masa yang telah ditetapkan.

Menerusi data pemerhatian juga, didapati jumlah aktiviti yang dijalankan
dalam satu sesi pengajaran guru dirancang mengikut tempoh masa sesuatu PdPc yang
berlangsung, iaitu satu waktu atau dua waktu pengajaran. Contoh catatan pemerhatian
bagi menerangkan dapatan ini boleh dirujuk dalam catatan pemerhatian pengajaran
Cikgu Chan (G1\SA\Chan\CP2\KPK3), Cikgu Aqmal (G2\SA\Aqmal\CP1\KPK3),
Cikgu Mila (G3\SB\Mila\CP2\KPK3), Cikgu Norol (G4\SB\Norol\CP1\KPK3), Cikgu
Hedzal (G6\SC\Hedzal\CP1\KPK3), Cikgu Dila (G8\SD\Dila\CP1\KPK3), Cikgu
Betha (G10\SE\Betha\CP1\KPK3), Cikgu Fazli (G11\SF\Fazli\CP2\KPK3), Cikgu
Saraj (G5\SC\Saraj\CP2\KPK3), dan Cikgu Shamil (G12\SF\Shamil\CP1\KPK3).
Triangulasi data kajian menerusi analisis dokumen mendapati sekurang-kurangnya 3
aktiviti PdPc dicatatkan dalam RPH yang dirancang. Contoh analisis dokumen bagi
menerangkan dapatan ini boleh dirujuk dalam RPH peserta kajian yang terbabit
(G10\SE\Betha\AD\RPH1; G2\SA\Aqmal\AD\RPH1; G8\SD\Dila\AD\RPH2; G6\SC\
Hedzal\AD\RPH2; G1\SA\Chan\AD\RPH1).

Berdasarkan dapatan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen, kajian ini
merumuskan bahawa aktiviti PdPc Bahasa Melayu perlu dirancang dengan teliti agar
sesuai dengan tempoh masa PdPc sebenar. Perkara ini dianggap mustahak kerana
kegagalan untuk merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tempoh masa PdPc
boleh menyebabkan kesukaran untuk mencapai objektif pembelajaran. Sekiranya ini
yang berlaku dalam PdPc Bahasa Melayu, guru boleh dianggap gagal dalam
pengurusan PdPc secara keseluruhannya. Justeru, kepentingan meningkatkan
pengurusan masa PdPc perlu diberi perhatian serius oleh guru Bahasa Melayu agar
aktiviti PdPc yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

4.6.2 Aspek Pelaksanaan Aktiviti PdPc

Dapatan kajian berkaitan aspek pelaksanaan aktiviti PdPc Bahasa Melayu telah
diperoleh melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Menerusi sesi temu
bual bersama peserta kajian, pengkaji memperoleh sekurang-kurangnya lima elemen


Click to View FlipBook Version