e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
tiga pembolehubah yang ingin dilihat oleh pengkaji iaitu kesan kepada motivasi kakitangan
Kolej Komuniti Arau terhadap penggunaan StaKCS, kesan kepada motivasi kakitangan Kolej
Komuniti Arau terhadap penggunaan StaKCS dan kesan kepada kecekapan kendiri
kakitangan Kolej Komuniti Arau terhadap penggunaan StaKCS.
Rajah 2. Kerangka kerja konseptual kajian
Kerangka kerja konseptual seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 menerangkan bahawa
pengkaji menggunakan kakitangan Kolej Komuniti Arau, Perlis sebagai sampel kajian bagi
menguji keberkesanan penggunaan StaKCS sebagai storan perkomputeran awan. Terdapat
tiga pembolehubah yang ingin dilihat oleh pengkaji iaitu kesan kepada motivasi kakitangan
Kolej Komuniti Arau terhadap penggunaan StaKCS, kesan kepada motivasi kakitangan Kolej
Komuniti Arau terhadap penggunaan StaKCS dan kesan kepada kecekapan kendiri
kakitangan Kolej Komuniti Arau terhadap penggunaan StaKCS.
Untuk melihat keberkesanan penggunaan StaKCS sebagai storan simpanan berasaskan
perkomputeran awan, satu kajian telah dilaksanakan terhadap dua kumpulan kakitangan
Kolej Komuniti Arau iaitu kumpulan kawalan dan eksperimen yang terdiri daripada 20 orang
kakitangan di Kolej Komuniti Arau setiap kumpulan dengan merujuk kepada model Lewin
(1946) sebagai panduan melaksanakan kajian. Kumpulan kawalan terdiri daripada 20 orang
kakitangan Kolej Komuniti Arau yang menggunakan kaedah penyimpanan secara manual di
komputer masing-masing. Manakala kumpulan eksperimen pula terdiri daripada 20 orang
kakitangan Kolej Komuniti Arau yang menggunakan StaKCS sebagai medium simpanan
utama. Model Kurt Lewin (Lewin, 1946) yang digunakan melibatkan lima langkah utama iaitu
mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan,
melihat kesan tindakan, dan membuat refleksi ke atas segala tindakan. Dalam mengenal
434
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
pasti aspek amalan, para pengkaji telah mengenal pasti aspek amalan dengan
menggunakan tiga kaedah iaitu menemubual kakitangan Kolej Komuniti Arau secara tidak
rasmi, menjalankan pemerhatian semasa proses penggunaan storan dan menganalisis
markah penilaian sebelum ini. Selepas masalah dikenal pasti, satu pelan tindakan bagi
mengatasi masalah telah direkabentuk.
Tindakan seterusnya adalah memilih strategi untuk menyelesaikan masalah yang wujud dan
mengenal pasti instrumen bagi proses pengumpulan data. Sebelum sesi pengujian dijalankan,
para pengkaji telah menjalankan ujian pra ke atas peserta-peserta kajian. Langkah
seterusnya adalah memberi rawatan menggunakan strategi yang telah ditentukan. Dalam
langkah ini, aplikasi StaKCS telah dipilih sebagai storan simpanan berasakan perkomputeran
awan bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Langkah seterusnya bagi memenuhi
reka bentuk kajian tindakan mengikut model Kurt Lewin (Lewin, 1946) adalah membuat
penilaian terhadap strategi yang telah dipilih dan dijalankan ke atas peserta kajian dengan
menjalankan ujian pasca. Tujuan penilaian tersebut adalah bagi menentukan keberkesanan
strategi yang telah diberikan terhadap peserta. Akhirnya refleksi dilakukan terhadap rawatan
yang telah diberikan terhadap peserta kajian.
Dalam pelaksanaan kajian ini, beberapa kaedah digunakan untuk pengumpulan data iaitu
pemerhatian, ujian pra dan pasca, soal selidik serta temubual bersemuka dengan kumpulan
eksperimen. Pemerhatian terhadap tingkah laku dan tindak balas kakitangan Kolej Komuniti
Arau telah dibuat semasa proses pengunaan StaKCS. Adalah didapati kakitangan Kolej
Komuniti Arau menunjukkan tindak balas yang minimum dan minat yang kurang terhadap
penyimpanan fail secara sendiri di komputer peribadi.
Ujian pra diberikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan untuk mengesan
sejauh mana kefahaman mereka berhubung penggunaan perkomputeran awan. Selepas
menjawab soalan ujian pra, markah mereka direkodkan dan kertas jawapan mereka tidak
dipulangkan. Seterusnya, kumpulan eksperimen didedahkan pula dengan kaedah
perkomputeran awan dengan menggunakan StaKCS untuk membuat storan simpanan.
Kakitangan Kolej Komuniti Arau yang terlibat kemudiannya diberikan ujian pasca dengan set
soalan yang sama untuk menguji kefahaman dan maklumbalas mereka mengenai
penggunaan StaKCS. Daripada keputusan, para pengkaji dapat membuat analisa untuk
menilai keberkesanan penggunaan StaKCS berdasarkan markah yang direkodkan.
Borang soal selidik tadbir sendiri yang diadaptasi daripada Noraini (2008) turut disediakan dan
diedarkan kepada kakitangan Kolej Komuniti Arau dalam kumpulan eksperimen untuk
mendapatkan maklumbalas kakitangan Kolej Komuniti Arau selepas StaKCS digunakan. Untuk
tujuan ini, instrumen pengujian berskala likert yang mengandungi 4 konstruk Ujian Ukuran Skala
Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS) digunakan. Selain itu, kaedah temubual bersemuka
dilakukan selepas soal selidik dijalankan bertujuan untuk mengesahkan maklum balas
berkaitan penggunaan StaKCS. Temubual ini hanya dilaksanakan ke atas beberapa
kakitangan Kolej Komuniti Arau dari kumpulan eksperimen yang dipilih secara rawak. Set soal
selidik tersebut turut telah diberikan kepada pensyarah pakar untuk membuat semakan dan
diuji kepada tiga puluh (30) orang responden yang relevan sebagai uian rintis dan skor
mendapati Coeficient Alpha adalah 0.979 yang menepati tahap kebolehpercayaan dan
keesahan instrumen yang digunakan.
435
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
4. ANALISIS DAN KEPUTUSAN
Berdasarkan objektif serta faktor yang mempengaruhi kajian ini, beberapa hipotesis telah
dibangunkan untuk diuji bagi mendapatkan keputusan kajian yang lengkap. Hipotesis
tersebut adalah:
1. HO1: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor Min kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen terhadap sikap kakitangan Kolej Komuniti Arau kesan daripada
penggunaan StaKCS sebagai storan simpanan berasaskan perkomputeran awan.
2. HO2: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor Min kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen terhadap motivasi kakitangan Kolej Komuniti Arau kesan
daripada penggunaan StaKCS sebagai storan simpanan berasaskan perkomputeran
awan.
3. HO3: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor Min kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen terhadap kecekapan kendiri kakitangan Kolej Komuniti Arau
kesan daripada penggunaan StaKCS sebagai storan simpanan berasaskan
perkomputeran awan.
Hasil analisis Ujian-t bagi menjawab soalan kajian daripada hipotesis yang dibangunkan
adalah seperti dalam Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4.
Jadual 2. Ujian-t perbandingan skor min ujian pra antara kumpulan eksperimen dengan
kumpulan kawalan terhadap sikap kakitangan Kolej Komuniti Arau kesan daripada
penggunaan staKCS sebagai storan simpanan berasaskan perkomputeran awan
Kumpulan Bilangan Skor Min Sisihan lazim Nilai-t Tahap
Signifikan
Eksperimen 20 48.5 18.590 1.902 0.061
Kawalan 20
41.10 16.127
*Signifikan pada tahap p<0.05
**Signifikan pada tahap p<0.01
Jadual 2 menunjukkan Ujian-t perbandingan skor min ujian pra antara kumpulan eksperimen
dan kumpulan kawalan untuk menjawab soalan kajian (i). Berdasarkan jadual tersebut nilai t
bagi perbandingan skor ujian min ujian pra terhadap sikap kakitangan Kolej Komuniti kesan
daripada penggunaan StaKCS sebagai storan simpanan berasaskan perkomputeran awan
adalah t=1.902. Tahap signifikan tersebut adalah 0.061 lebih besar dari 0.05, (p>0.05). Oleh itu
tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min ujian pra terhadap sikap
kakitangan Kolej Komuniti Arau.
Jadual 3. Ujian-t perbandingan skor min ujian pra antara kumpulan eksperimen dengan
kumpulan kawalan terhadap motivasi kakitangan Kolej Komuniti Arau kesan daripada
penggunaan StaKCS sebagai storan simpanan berasaskan perkomputeran awan
Kumpulan Bilangan Skor Min Sisihan Nilai-t Tahap
Signifikan
Eksperimen lazim 0.00
Kawalan
20 40.9 20.244 0.905
20 46.3 16.226
*Signifikan pada tahap p<0.05
**Signifikan pada tahap p<0.01
436
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Jadual 3 menunjukkan Ujian-t perbandingan skor min ujian pra antara kumpulan eksperimen
dan kumpulan kawalan untuk menjawab soalan kajian (ii). Berdasarkan jadual tersebut nilai t
bagi perbandingan skor ujian min ujian pra terhadap motivasi kakitangan Kolej Komuniti kesan
daripada penggunaan StaKCS sebagai storan simpanan berasaskan perkomputeran awan
adalah t=0.905. Tahap signifikan tersebut adalah 0.00 lebih kecil dari 0.05, (p<0.05). Oleh itu
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min ujian pra terhadap motivasi
kakitangan Kolej Komuniti Arau.
Jadual 4. Ujian-t perbandingan skor min ujian pra antara kumpulan eksperimen dengan
kumpulan kawalan terhadap kecekapan kendiri kakitangan Kolej Komuniti Arau kesan
daripada penggunaan StaKCS sebagai storan simpanan berasaskan perkomputeran awan
Kumpulan Bilangan Skor Min Sisihan Nilai-t Tahap Signifikan
0.380
Eksperimen 20 lazim
Kawalan 20
44.500 19.222 0.883
41.200 13.714
*Signifikan pada tahap p<0.05
**Signifikan pada tahap p<0.01
Jadual 4 menunjukkan Ujian-t perbandingan skor min ujian pra antara kumpulan eksperimen
dan kumpulan kawalan untuk menjawab soalan kajian (iii). Berdasarkan jadual tersebut nilai t
bagi perbandingan skor ujian min ujian pra terhadap kecekapan kendiri kakitangan Kolej
Komuniti kesan daripada penggunaan StaKCS sebagai storan simpanan berasaskan
perkomputeran awan adalah t=0.883. Tahap signifikan tersebut adalah 0.380 lebih besar dari
0.05, (p>0.05). Oleh itu tidak dapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min ujian pra
terhadap kecekapan kendiri kakitangan Kolej Komuniti Arau.
Perbandingan bilangan kakitangan Kolej Komuniti Arau mengikut markah di dalam Ujian Pra
dan Pasca adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 5 berikut.
Jadual 5. Analisis markah ujian pra dan pasca penggunaan StaKCS
Markah Bilangan Kakitangan
10
9 Pra Pasca
8 07
7 05
6 15
5 62
<5 31
Jumlah Kakitangan 30
70
20 20
Daripada 20 sampel yang mengambil kedua-dua ujian, hasilnya pengurangan sebanyak
100% terhadap bilangan kakitangan Kolej Komuniti Arau yang mendapat markah di bawah 5
berjaya dilakukan pada ujian. Bilangan kakitangan Kolej Komuniti Arau yang mendapat
markah penuh di dalam ujian pasca juga meningkat daripada tiada ketika ujian pra kepada
7 orang. Seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 6, tiada kakitangan Kolej Komuniti Arau
yang mendapat markah 5 dan ke bawah di dalam ujian pasca. Hasil dapatan untuk soal
437
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
selidik yang telah dijawab oleh semua responden daripada kumpulan eksperimen pula boleh
dilihat dalam analisis ringkas pada soal selidik seperti dalam Jadual 6 di bawah.
Jadual 6. Hasil analisa soal selidik
SKALA LIKERT Sangat tidak setuju sangat
tidak setuju setuju setuju
1 Perkongsian fail di kalangan 1 2 3 4
3 16 1 0
5 15
rakan sekerja di dalam 0 0
0 0
institusi mudah dilakukan. 0 0
2 Saya lebih suka membuat 0 0 00
simpanan fail tanpa 0 1
menggunakan StaKCS 0 1
3 Saya mendapati antaramuka 13 7
StaKCS menarik dan mudah
digunakan
4 Saya mudah membuat 17 3
perkongsian fail selepas
menggunakan StaKCS
5 Saya rasa lebih bermotivasi 10 10
membuat simpanan fail
apabila menggunakan
StaKCS
6 Saya akan menggunakan 15 5
StaKCS untuk membuat
perkongsian dan
penyimpanan fail lain
sekiranya diberi peluang
7 Saya mengsyorkan 8 11
15 4
penggunaan StaKCS dalam
membuat penyimpanan dan
perkongsian fail
8 Penggunaan StaKCS dapat
membantu meningkatkan
minat saya dalam teknologi
perkomputeran awan
Selain itu, berdasarkan temubual yang dilakukan kepada 10 orang responden, 95% mengakui
bahawa penggunaan penggunaan StaKCS sebagai storan simpanan berasaskan
perkomputeran awan membantu menarik minat mereka. Seramai 80% orang responden pula
bersetuju bahawa penggunaan StaKCS membantu meningkatkan motivasi mereka. bual
yang dilakukan kepada 10 orang responden, 95% mengakui bahawa penggunaan
penggunaan StaKCS sebagai storan simpanan berasaskan perkomputeran awan membantu
menarik minat mereka. Seramai 80% orang responden pula bersetuju bahawa penggunaan
StaKCS membantu meningkatkan motivasi mereka.
438
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
5. KESIMPULAN
Penggunaan StaKCS sebagai storan simpanan berasaskan perkomputeran awan di Kolej
Komuniti Arau dapat membantu penyimpanan data yang lebih efisien dan mengurangkan
risiko kehilangan data di kalangan kakitangan Kolej Komuniti Arau. Galakan penggunaan
StaKCS ini juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan faedah dan kepentingan
sinkronisasi auto dan pengkomputeran awan yang menjadi pemangkin ekonomi dan
teknologi semasa, seraya menyediakan kakitangan Kolej Komuniti Arau dengan persediaan
teknologi IR 4.0. Selain itu, penggunaan StaKCS dapat memudahkan pengaksesan fail dari
mana-mana lokasi dengan syarat terdapat capaian Internet dari lokasi tersebut. Justeru itu,
penggunaan StaKCS ini sekali gus dapat meningkatkan produktiviti di kalangan kakitangan
Kolej Komuniti Arau dalam meningkatkan prestasi kerja di dalam institusi.
RUJUKAN
Abdul Talib, N.S., Awang, M.M., Abdul Ghani, K., & Yusuff, N.A. (2019). Penggunaan multimedia
dalam mata pelajaran sejarah. INSANIAH: Online Journal of Language,
Communication, and Humanities, 2(2), 1-13.
A. Regalado (2011), MIT Technology Review, Business Report, Who Coined 'Cloud
Computing'?, diakses pada 1 Mei 2021 melalui
https://www.technologyreview.com/s/425970/who-coined-cloud-computing/
Education Technology Trends for 2017(2017), An Interview With Martin McKay, Edutech 4
Beginners , diakses pada 18 Mei 2021 melalui
https://edtech4beginners.com/2017/01/26/education-technology-trends-for-2017-an-
interviewwith-martin-mckay/,
Gartner. (2016). Gartner Says by 2020 ‘Cloud Shift’ Will Affect More Than $1 Trillion in IT Spending.
diakses pada 19 Mei 2021 melalui http://www.gartner.com/newsroom/id/3384720.
Greenberg, Jerald and Robert A. Baron . (2000), Behavior Organization. New Jersey: Prentice-
Hall. Inc
J. Liang (2012), Government Cloud: Enhancing Efficiency of e-Government and Providing
Better Public Services. IEEE, International Joint Conference on Service Sciences. pp.
261-265.
K. Lewin (1946), Action Research and Minority Problems. Journal of Social Issues, 2, 34-46,
Mohd Nordin, Abdul Rahman and Mohd Fadzil, Abdul Kadir and Syarilla Iryani (2019). The
direction of cloud computing for Malaysian education sector in 21st century, AIP
Proceedings.
Muhamad Reduan Abu Bakar, Nor Azrizal Norazmi, & Muhammad Masri Ahmad (2020), Tahap
Stres Kerja, Kepuasan Kerja dan Komitmen Organisasi Dalam Kalangan Pensyarah di
Politeknik Perlis, Jurnal Dunia Pengurusan, Vol 2 No 3 (2020).
N.A. Albahbooh (2015), Security Challenges of Cross-Border Use of Cloud Services under
Special Consideration of ENISA’s Contributions. COINS Summer School 2015 on Could
Security., diakses pada 4 Mei 2021 melalui https://coinsrs.no/wp-
content/uploads/2015/11/IMT6003_COINS-Summer-School_Summary-Report-
1_Nabeel-v-1-0.pdf.
Noraini Omar (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun
Abdul Razak, Sarawak.
439
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Raja Nurmunira Raja Harman Shah dan Mohamed Yusoff Mohd Nor (2021), Amalan
Kepimpinan Lestari Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan
Padang Jawa Shah Alam, Jurnal Dunia Pendidikan, Vol 3 No 1 (2021): Mar 2021
Senyo, P. K., Effah, J., & Addae, E. (2016). Preliminary insight into cloud computing adoption in
a developing country. Journal of Enterprise Information Management, 29(4), 400–422.
The direction of cloud computing for Malaysian education sector in 21st century (2017), AIP
Proceedings, diakses pada 16 Mei 2021 melalui
https://aip.scitation.org/doi/abs/10.1063/1.4995918.
440