e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Di Kolej Komuniti Bagan Datuk, PISH bemodular telah ditawarkan secara berkala kepada
pusat-pusat pendidikan tahfiz khususnya bermula pada tahun 2018. Antara pusat tahfiz yang
telah menyertai Kursus PISH bermodular ialah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin dan
Maahad Tahfiz Annur Lilbanat di Kampung Sungai Keli, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
Addin Vokasional Tanjung Bayan, dan Maahad Tahfiz dari Yayasan Addin di Hutan Melintang.
Kesemua pusat tahfiz ini bertempat di daerah Hutan Melintang. Selaras dengan matlamat
Kolej Komuniti Bagan Datuk dalam membekalkan pengetahuan kemahiran kepada komuniti
setempat, maka kolaborasi telah dijalinkan di antara kedua-dua pihak.
Kursus PISH yang ditawarkan secara bermodular di Kolej Komuniti Bagan Datuk antaranya
ialah kursus Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi, Seni Kreatif, Sistem Komputer dan
Rangkaian serta Membaik Pulih Komputer. Kursus-kursus yang telah diajarkan ini sama ada
dengan menggunakan tenaga pengajar yang terdiri daripada para pensyarah Kolej Komuniti
Bagan Datuk mahupun daripada tenaga pengajar jemputan.
Dalam mengenalpasti sama ada kursus yang telah dilaksanakan ini berjaya atau tidak, maka
kajian ini perlu dilakukan bagi mengetahui jika usaha-usaha yang telah dilakukan itu betul
dan berkesan atau tidak. Ini kerana, menurut Nur Hazwani, et al. (2018) elemen kesediaan
penting kerana ia dapat membantu setiap warga organisasi bersikap terbuka dan bersedia
untuk melakukan perubahan.
2. OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Mengenalpasti tahap kesediaan pelaksanaan kursus Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat dalam kalangan Pelajar Tahfiz di Kolej Komuniti Bagan Datuk berdasarkan
kursus yang ditawarkan.
2.2 Mengenalpasti keberkesanan kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dalam
kalangan pelajar tahfiz di Kolej Komuniti Bagan Datuk.
2.3 Mengenalpasti hubungan antara tahap kesediaan pelaksanaan kursus
pendidikan Sepanjang Hayat dengan keberkesanan kursus dalam kalangan
pelajar tahfiz di Kolej Komuniti Bagan Datuk.
3. KAJIAN LITERATUR
3.1 Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) merupakan inisiatif yang lahir dari
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang telah dicetuskan ideanya oleh Mantan
YAB Timbalan Perdana Menteri semasa ucapan di Perhimpunan Agung Umno pada 7
Disember 2013. Semasa Mesyuarat Jemaah menteri yang berlangsung pada 4 Jun
2014, Kertas Nota Jemaah Menteri berkenaan dengan Program PISH telah
dibentangkan. Objektif Program PISH bertujuan untuk memberikan kesinambungan
Pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat dan
memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada golongan sasaran seperti
pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok dan pelajar Maahad.
235
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
3. 2 Pusat Tahfiz
Asas penubuhan pusat tahfiz telah bermula semenjak agama Islam disebarkan di
Tanah Melayu lagi. Dahulunya pusat tahfiz dipanggil sekolah pondok yang mana asas
kepada pendidikan tersebut bersumberkan al-Quran dan hadis. Menurut Mohd Yakub
et al., (2016) walaupun jumlah pusat tahfiz semakin banyak dibina, namun jarang
terdengar pusat tahfiz tersebut terpaksa ditutup. Fenomena ini membuktikan ibu bapa
di Malaysia begitu berminat dan ingin terus menghantar anak-anak mereka ke pusat
tahfiz walaupun yuran pengajiannya begitu tinggi. Ibu bapa berpendapat bidang ini
mampu membentuk akhlak anak-anak mereka ke arah yang positif.
Matlamat penubuhan dan kaedah pelaksanaan setiap pusat tahfiz berbeza-beza
antara satu-sama lain. Sebahagian daripadanya memberi penumpuan sepenuhnya
kepada aspek hafazan al-Quran semata-mata. Manakala sebahagiannya yang lain
memberi penekanan kepada beberapa komponen lain dengan kadar yang berbeza
selain daripada hafazan al-Quran seperti pengajian akademik (yang ditawarkan oleh
sekolah aliran perdana), pengajian kitab kuning (turath) dalam bahasa Arab di
pondok-pondok, aliran sains, kemahiran-kemahiran tertentu seperti vokasional dan
lain-lain. (Noor Hisham et al., 2014).
3.3 Kesediaan Kursus
Menurut Ishak (2009) pembelajaran boleh didefinisikan sebagai proses pemerolehan
maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan
sikap dan kepercayaan. Perkara ini terangkum sebagai kesediaan. Oleh yang
demikian, satu kajian untuk melihat kesediaan Kolej Komuniti Bagan Datuk
melaksanakan Kursus PISH di kolej perlu dijalankan bertujuan untuk melihat sama ada
pelaksanaan program PISH yang telah dilaksanakan ini seiring dengan matlamat dan
objektif Kementerian Pendidikan Tinggi. Bagi memastikan kesediaan ini berlaku,
terdapat beberapa aspek yang perlu dititiberatkan. Di antaranya seperti, kemahiran
pengajaran oleh tenaga pengajar, kemudahan yang disediakan serta masa yang
diperuntukkan. Apabila kesediaan ini telah ada dan berada dalam keadaan baik,
maka pengajaran dan pembelajaran juga berkesan. Menurut Mohd Nor et al., (2012)
pendidik mahupun pensyarah yang bertindak sebagai pelaksana kepada sesuatu
kurikulum baru perlulah sentiasa bersedia dalam melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran supaya ianya menjadi lebih berkesan.
4. METODOLOGI
Rekabentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Dalam kajian ini pengkaji mengenalpasti persepsi
peserta dari Maahad Tahfiz yang menjalani Kursus Pendidikan Islam sepanjang Hayat di Kolej
Komuniti Bagan Datuk terhadap tahap kesediaan pelaksanaan kursus dan keberkesanan
kursus yang telah mereka ikuti. Populasi kajian terdiri daripada pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran
Wal Qiraat Addin Kampung Sungai Keli, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin Vokasional,
Tanjung Bayan, Maahad Tahfiz Annur Lilbanat, Sungai dan peserta Maahad Tahfiz dari
Yayasan Addin iaitu seramai 81 orang. Kesemua 81 orang populasi ini dijadikan sebagai
sampel kajian.
236
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian untuk diedarkan kepada
responden. Soal selidik mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A maklumat demografi
responden, Bahagian B mengukur kesediaan pelaksanaan kursus dari Kolej Komuniti Bagan
Datuk dan Bahagian C mengukur keberkesanan kursus terhadap peserta Kursus Pendidikan
Islam Sepanjang Hayat. Pengukuran kesediaan pelaksanaan dan keberkesanan kursus
menggunakan soal selidik yang dikeluarkan oleh Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, JPPKK.
Kesemua item soal selidik di Bahagian B dan C menggunakan Skala Likert 4 bagi mengukur
maklumat persetujuan responden. Soal selidik diedarkan kepada responden selepas sahaja
kursus selesai dijalankan.
Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi melalui perisian IBM SPSS
versi 20. Analisis skor min diperolehi bagi mengukur tahap kesediaan pelaksanaan kursus dan
keberkesanan kursus kepada peserta yang mengikuti Kursus Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat di Kolej Komuniti Bagan Datuk. Interpretasi tahap skor min bagi setiap pemboleh ubah
adalah seperti Jadual 1.
Jadual 1. Interpretasi tahap skor min
Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana
3.01 – 4.00 Tinggi
Analisis korelasi Pearson pula digunakan untuk menentukan hubungan antara pemboleh
ubah kajian. Bagi menjelaskan kekuatan perhubungan antara pemboleh ubah, pengkaji
menggunakan indeks pekali korelasi yang dikemukan oleh Cohen (1988) seperti Jadual 2.
Julat (+ / -) Jadual 2. Indeks pekali (r) dan kekuatan korelasi
0.50 – 1.00
0.30 – 0.49 Kekuatan Korelasi
0.10 – 0.29 Kuat
0.00 Sederhana
Lemah
Tiada Hubungan
5. DAPATAN KAJIAN
5.1 Demografi Responden
Jadual 3 menunjukkan taburan responden mengikut jantina di mana dapatan ini
menunjukkan seramai 61 responden adalah terdiri dalam kalangan pelajar lelaki
manakala 20 orang responden adalah terdiri dalam kalangan pelajar perempuan.
Responden lelaki melebihi 50.6% daripada responden lelaki.
237
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Jadual 3. Taburan responden berdasarkan jantina
Pemboleh Kategori Kekerapan Peratusan
ubah (f) (%)
Lelaki 61 75.3
Jantina Perempuan 20 24.7
Jumlah
81 100.0
Jadual 4 di bawah menunjukkan taburan responden berdasarkan Kursus Pendidikan
Islam Sepanjang Hayat yang diikuti. Kategori responden yang paling ramai terdiri
daripada peserta yang mengikuti kursus Penyenggaraan Motosikal Berkuasa
Tinggi iaitu 39 orang (48.2%). Manakala kategori yang paling sedikit ialah peserta yang
mengikuti kursus Baik Pulih Komputer iaitu seramai 7 Orang (8.6%). Selebihnya adalah
peserta yang mengikuti kursus Seni Kreatif seramai 20 orang (24.7%) dan ikuti oleh
peserta yang mengikuti kursus Sistem Komputer dan Rangkaian iaitu seramai 15 orang
(18.5%).
Jadual 4. Taburan responden berdasarkan program
Pembole Kategori Keke Pera
h ubah rapa tusa
Penyenggaraan Motosikal n (f) n (%)
Kursus Berkuasa Tinggi 39 48.2
Seni Kreatif
Sistem Komputer dan 20 24.7
Rangkaian 15 18.5
Baik Pulih Komputer
Jumlah 7 8.6
81 100.0
5.2 Tahap Kesediaan Pelaksanaan Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Di
Kolej Komuniti Bagan Datuk Berdasarkan Kursus Yang Ditawarkan.
Jadual 5 di bawah, menunjukkan persepsi peserta terhadap tahap kesediaan
pelaksanaan Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti Bagan Datuk
berdasarkan kursus yang ditawarkan. Kesediaan pelaksanaan kursus bagi kursus Seni
Kreatif mencatatkan skor min paling tinggi iaitu (M = 3.59, SP = .83), diikuti oleh kursus
Sistem Komputer dan Rangkaian (M = 3.39, SP = .78) dan Penyenggaraan Motosikal
Berkuasa Tinggi (M = 3.34, SP = .69). Manakala skor min paling rendah dicatatkan oleh
Kursus Baik Pulih Komputer (M = 3.00, SP = .72). Walaubagaimanapun skor kesediaan
pelaksanaan kursus Baik Pulih Komputer masih berada dalam julat tahap skor min yang
tinggi. Ini menunjukkan tahap kesediaan pelaksanaan kursus bagi keempat-empat
kursus yang ditawarkan di bawah Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Kolej
Komuniti Bagan Datuk adalah pada tahap tinggi. Secara keseluruhannya, tahap
kesediaan pelaksanaan Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti
Bagan Datuk adalah pada tahap tinggi.
238
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Jadual 5. Tahap kesediaan pelaksanaan Kursus Pendidikan Kursus Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti Bagan Datuk berdasarkan kursus yang
ditawarkan
Kursus Bilan Sko Sisih Taha
gan r an p
Mi Piaw
n ai
Penyenggaraan Motosikal 39 3.3 .69 Tinggi
Berkuasa Tinggi 4
Seni Kreatif dan 20 3.5 .83 Tinggi
15 9 Tinggi
Sistem Komputer 7 3.3 .78 Tinggi
Rangkaian 81 9 Tinggi
Baik Pulih Komputer 3.0 .72
0
Keseluruhan 3.3 .89
3
5.3 Keberkesanan Kursus dalam kalangan peserta Kursus Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti Bagan Datuk
Jadual 6 menunjukkan persepsi peserta kursus terhadap keberkesanan kursus
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dari aspek pengetahuan dan kemahiran
berdasarkan empat bidang kursus yang diikuti iaitu Penyenggaraan Motosikal
Berkuasa Tinggi, Seni Kreatif, Sistem Komputer dan Rangkaian dan Sistem Komputer
dan Rangkaian. Berdasarkan skor min yang diperolehi secara keseluruhannya, berlaku
peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kursus dalam kalangan
kesemua peserta selepas mengikuti kursus iaitu melebihi 55%. Peserta bidang kursus
Seni Kreatif mencatatkan peningkatan pengetahuan paling tinggi iaitu sebanyak
80.2%. Manakala peserta bidang kursus Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi
pula mencatatkan peningkatan kemahiran paling tinggi selepas mengikuti kursus iaitu
sebanyak 71.7%.
Jadual 6. Keberkesanan kursus dalam kalangan peserta Kursus Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti Bagan Datuk
Sebelum Selepas Peningkatan
(%)
Kursus Item Skor Sd Skor Sd
Min Min 63.5%
71.7%
Penyenggaraan Pengetahuan 2.22 0.84 3.63 0.60 80.2%
69.8%
Motosikal Berkuasa
Tinggi Kemahiran 2.05 0.80 3.52 0.57
Seni Kreatif Pengetahuan 2.12 0.83 3.82 0.55
Kemahiran 2.15 0.79 3.65 0.58
239
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Sistem Komputer Pengetahuan 2.02 0.80 3.40 0.56 68.3%
dan Rangkaian
Kemahiran 2.03 0.75 3.33 0.54 64.0%
Baik Pulih
Komputer Pengetahuan 2.12 0.83 3.35 0.78 58.0%
Kemahiran 1.98 0.84 3.15 0.65 59.1%
5.4 Hubungan antara tahap kesediaan pelaksanaan kursus dan keberkesanan
kursus dalam kalangan peserta Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Di Kolej
Komuniti Bagan Datuk.
Jadual 7 seperti berikut menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan kuat antara
kesediaan pelaksanaan kursus dengan keberkesanan kursus dalam kalangan peserta
kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (r = .875**, p < .05). Hubungan signifikan yang
positif dan kuat menggambarkan keberkesanan kursus dalam kalangan peserta
cenderung meningkat apabila kesediaan pelaksanaan kursus juga meningkat.
Menurut Cohen (1988) kriteria signifikan merupakan suatu standard bahawa sesuatu
fenomena itu wujud.
Jadual 7. Ujian korelasi pearson bagi min kesediaan pelaksanaan kursus dan
keberkesanan kursus dalam kalangan peserta Kursus Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat di Kolej Komuniti Bagan Datuk
Pemboleh Ubah Keberkesanan Kekuatan
kursus Hubungan
Kesediaan
pelaksanaan kursus .875** Kuat
6. PERBINCANGAN
Berdasarkan persepsi peserta kursus Program PISH di Kolej Komuniti Bagan Datuk secara
keseluruhannya menunjukkan tahap kesediaan pelaksanaan kursus PISH adalah tinggi. Di
mana tahap kesediaan bagi keempat-empat kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Bagan
Datuk iaitu Penyelenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi, Seni Kreatif, Sistem Komputer dan
Rangkaian serta Baik Pulih Komputer adalah tinggi. Ini menunjukkan aspek-aspek yang
menyumbang kepada perkara ini seperti kemahiran tenaga pengajar, kemudahan yang
disediakan serta masa yang diperuntukkan adalah di landasan yang baik.
Walaubagaimanapun, peningkatan tetap perlu dilakukan terhadap aspek-aspek ini supaya
bertambah mutu.
Manakala persepsi peserta terhadap tahap keberkesanan kursus dari segi pengetahuan dan
kemahiran sebelum dan selepas mereka mengikuti kursus PISH secara keseluruhannya
menunjukkan berlaku peningkatan terhadap tahap pengetahuan dan tahap kemahiran
selepas mengikuti keempat-empat bidang kursus yang ditawarkan. Tahap pengetahuan dan
tahap kemahiran peserta kursus PISH secara puratanya meningkat lebih daripada 50%. Kadar
240
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
peningkatan pengetahuan peserta yang paling tinggi ialah yang mengikuti kursus Seni Kreatif
iaitu sebanyak 80.2%. Manakala kadar peningkatan tahap kemahiran peserta yang paling
tinggi ialah kursus Penyelenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi iaitu 71.7%. Peratusan ini
menunjukkan akan kemahiran dan kepakaran para pensyarah yang mengajar berada
dalam keadaan baik.
Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan dan kuat
antara kesediaan pelaksanaan kursus program PISH dengan keberkesanan kursus dalam
kalangan peserta. Ini menggambarkan bahawa kesediaan pelaksanaan kursus akan
cenderung mempengaruhi dan meningkatkan keberkesanan kursus dari aspek tahap
pengetahuan dan kemahiran peserta. Ini kerana jika pensyarah yang mengajar tidak
berpengetahuan dan berkemahiran, maka hasil dapatan tidak akan menunjukkan peratusan
yang baik. Walaubagaimanapun, para pensyarah wajar untuk meningkatkan lagi kemahiran
mereka agar menjadi lebih pakar berbanding berasa selesa dengan pencapaian semasa.
7. KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan Program PISH merupakan laluan yang sewajarnya
dipertingkatkan dan diperluaskan khususnya kepada para pelajar di institusi pendidikan Islam
seperti pusat tahfiz dan sekolah pondok. Ini terbukti keberkesanannya dalam menyumbang
kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran teknikal para pelajar tahfiz dalam
pelbagai bidang. Di mana, ianya dapat memberi satu nilai tambah kepada para pelajar
tahfiz dalam bidang teknikal dan kemahiran di samping mengikuti program-program
kerohanian yang dapat meningkatkan lagi pengetahuan tentang agama Islam meliputi ilmu
akidah, syariah dan akhlak. Program PISH dilihat mampu memberikan laluan, peluang dan
ruang kepada pelajar-pelajar tahfiz untuk menerokai bidang kemahiran dan teknikal.
Berdasarkan dapatan kajian ini, Kolej Komuniti Bagan Datuk memberikan tahap kesediaan
yang tinggi dari aspek tenaga pengajar, kemudahan dan peralatan dalam melaksanakan
Program PISH sejajar dengan dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Mohd Nor dan
Nurshahida (2012). Kesediaan Kolej Komuniti yang tinggi dalam melaksanakan program PISH
sewajarnya diambil peluang ini dan digunakan dengan sebaik mungkin oleh pusat-pusat
tahfiz untuk meningkatkan potensi diri pelajar mereka pada masa akan datang.
RUJUKAN
Cohen, J. (1988). Statistical power and analysis for the behavioral sciences (2nd ed.). Hillsdale,
NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
Ishak, B. (2009). Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kaitannya Terhadap
Prestasi Akademik Pelajar. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dari
https://core.ac.uk/download/pdf/20488778.pdf
JPKK (2012). Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015. Putrajaya: PNMB.
KPT (2007). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Melangkau Tahun 2020. Putrajaya:
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Mohd Nor, I., & Nurshahida, M. A. B. (2012). Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan
Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Dari
https://core.ac.uk/download/pdf/12008223.pdf
241
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Mohd Yakub, Z., & Nordin, A. (2016). Memperkasa Generasi Penghafaz Al-Quran. Selangor:
Darul Quran Jakim.
Noor Hisham, M.N., Nur Azuki, Y., Mohd Binyamin, C.Y., & Nasrul Hakim, S. (2014). Matlamat Dan
Halatuju Sistem Pengajian Tahfiz Di Kelantan; Satu Pengamatan Awal. Universiti
Malaysia Kelantan: Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah. Dari
http://umkeprints.umk.edu.my/6189/
Nur Hazwani, Z., & Jamalul Lail, A.W. (2018). Tahap Kesediaan Komuniti Sekolah Terhadap
Keberkesanan Program Pendidikan Asas Vokasional Di Sekolah. Universiti Kebangsaan
Malaysia: Fakulti Pendidikan. Dari
http://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/104/13
242
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
KESEDIAAN PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI PROGRAM TEKNOLOGI PEMBUATAN
TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI ATAS TALIAN (PdPDT)
Norasiah Abd Razak,
Politeknik Mukah
[email protected]
Noor Rahimi Idiris
Kolej Komuniti Kuantan
Nor Mohd Syamsi Abd Malek
Kolej Komuniti Kuantan
Abstrak Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sangat memberi implikasi besar
terhadap semua sektor di seluruh dunia. Proses pembelajaran dan pengajaran merupakan
antara proses yang terkesan kerana pendidik biasanya menggunakan kaedah bersemuka
berbanding kaedah atas talian terutamanya dalam bidang teknikal. Kajian ini dilaksanakan
bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan pensyarah Kolej Komuniti bagi program Sijil
Teknologi Pembuatan (SMN) dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran di
atas talian (PdPDT). Sampel kajian dipilih secara rawak melibatkan 35 orang pensyarah
Program SMN dari Kolej Komuniti Kuantan, Kolej Komuniti Kepala Batas, Kolej Komuniti
Segamat dan Kolej Komuniti Taiping. Data-data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik
dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil
dari analisis data kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa 91.4% pensyarah SMN tidak
bersetuju modul teknikal dilaksanakan secara PdPDT. Manakala tahap kesediaan pensyarah
dalam pembelajaran dan pengajaran di atas talian berada pada tahap baik dengan skor
min 3.52. Selain dari itu, tahap pembelajaran dan pengajaran di atas talian sesuai dijalankan
untuk matapelajaran teknikal Teknologi Pembuatan berada pada tahap memuaskan
dengan skor min 3.08. Diharap hasil daripada dapatan kajian ini dapat menjadi panduan
kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti untuk menilai sejauh mana kesediaan pensyarah
dalam perlaksanaan PdPDT.
Kata kunci: Pembelajaran dan Pengajaran Atas Talian, Kolej Komuniti, Teknikal
1. PENGENALAN
Sijil Teknologi Pembuatan (SMN) merupakan program yang membolehkan pelajar mendapat
pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam
bidang pembuatan. Program ini dilaksanakan dalam tempoh empat semester di mana tiga
semester pembelajaran berlaku di dalam kampus dan satu semester akhir pelajar akan
menjalani latihan industri. Program SMN yang ditawarkan di Kolej Komuniti mengandungi
modul yang memerlukan pelajar melaksanakan amali menggunakan peralatan dan mesin
mekanikal seperti mesin kisar, mesin larik, mesin CNC (Computer Numerical Control) dan
stesyen kerja Pneumatik dan Hidraulik bagi melengkapkan pentaksiran dan penilaian mereka.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini dapat membantu dan
mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Namun begitu, impak dari pandemik Covid-19 yang wujud sejak
243
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
awal tahun 2020 telah merubah corak pembelajaran di mana semua kelas perlu dilaksanakan
secara atas talian. Persoalannya, adakah pensyarah SMN Kolej Komuniti Malaysia bersedia
dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran di atas talian (PdPDT) secara teori dan
amali. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap kesediaan
pensyarah dan tahap kesesuaian modul teknikal Program Teknologi Pembuatan dalam
menjalankan pembelajaran dan pengajaran secara atas talian. Hasil kajian ini diharapkan
dapat membantu pensyarah Program Teknologi Pembuatan khususnya dalam menambah
baik proses pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Malaysia.
1.1 PERNYATAAN MASALAH
Tahun 2020, dunia digemparkan dengan pandemik Covid-19 yang telah memberi
kesan besar kepada proses PdP di mana pembelajaran atas talian telah menjadi
kewajipan dan bukannya pilihan. Kolej Komuniti juga menerima arahan daripada
JPPKK untuk melaksanakan PdPDT berikutan penularan pandemik Covid-19 yang
membimbangkan. Keadaan dan situasi ini memberi impak kepada kesediaan
pensyarah terhadap PdPDT terutamanya dalam bidang Pendidikan Teknikal dan
Latihan Vokasional (TVET) khususnya Program Sijil Teknologi Pembuatan. Pensyarah
perlu menetapkan kaedah PdP yang bersesuaian untuk menilai tugasan pelajar agar
hasil pembelajaran tercapai. Namun begitu sejauh manakah kesediaan pensyarah
dalam menjalankan PdPDT kerana pandemik yang melanda ini hadir tanpa dirancang.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan meninjau tahap kesediaan pensyarah Program
SMN di Malaysia terhadap pembelajaran dan pengajaran di atas talian.
1.2 PERSOALAN KAJIAN
1.2.1 Apakah tahap kesediaan pensyarah Program Teknologi Pembuatan Kolej
Komuniti Malaysia terhadap pembelajaran dan pengajaran di atas talian?
1.2.2 Adakah pembelajaran dan pengajaran di atas talian sesuai dijalankan untuk
modul teknikal Program Teknologi Pembuatan di Kolej Komuniti Malaysia?
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
1.3.1 Mengenalpasti tahap kesediaan pensyarah Program Teknologi Pembuatan
Kolej Komuniti Malaysia terhadap pembelajaran dan pengajaran di atas
talian.
1.3.2 Mengenalpasti tahap kesesuaian pembelajaran dan pengajaran di atas
talian untuk modul teknikal Program Teknologi Pembuatan Kolej Komuniti
Malaysia
1. KAJIAN LITERATUR
PdPDT merupakan kaedah pendidikan yang menggunakan infrastruktur teknologi internet
sepenuhnya di mana pelajar serta pendidik perlu hadir ke kelas secara maya tanpa
bersemuka. Kelas ini di jalankan sepenuhnya secara atas talian yang lebih dikenali sebagai e-
pembelajaran. Banyak platform telah tersedia bagi memudahkan pembelajaran dan
pengajaran atas talian seperti Google Classroom, ZOOM, Google Meet, Microsoft Teams,
244
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Whatsapp, Telegram, dan lain-lain lagi. Para pendidik perlu sentiasa bersedia menyahut
cabaran berdepan dengan teknologi terkini. Tambahan pula pada tahun 2020 dunia
digemparkan dengan pandemik Covid-19 yang telah memberi kesan kepada proses PdP di
mana pembelajaran dalam talian telah menjadi kewajipan dan bukannya pilihan. Keadaan
dan situasi ini memberi impak kepada kesediaan pensyarah terhadap PdPDT terutamanya
dalam bidang TVET.
Menurut Ahmad Al-Munzir (2020) kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa tahap
kesediaan pensyarah terhadap penggunaan m-pembelajaran dalam sistem TVET di Komuniti
Lahad Datu adalah sederhana rendah. Hal ini disebabkan oleh sikap atau persepsi positif
mereka terhadap m-pembelajaran masih wujud. Kajian ini merumuskan sikap pensyarah
terhadap m-pembelajaran adalah bergantung kepada tanggapan atau persepsi mereka
terhadap m-pembelajaran.
Nor Halina et al. (2020) merumuskan pengajaran secara atas talian semasa PKP memberi
banyak cabaran kepada pensyarah di Kolej Komuniti. Banyak medium secara atas talian
yang boleh diguna pakai seperti Telegram, Google Classroom dan Whatsapp. Namun begitu
terdapat pelbagai aplikasi lain yang perlu dikaji lebih lagi seperti media sosial, e-learning,
video streaming dan youtube.
Siti Balqis dan Muniroh (2020) melalui kajian tinjauan mendapati kesediaan pelajar dalam PdP
atas talian adalah pada kadar yang agak memuaskan. Ini adalah kerana masih ada segelintir
pelajar belum bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menerima proses PdP atas talian
disebabkan akses capaian internet yang tidak stabil. Hasil kajian ini sejajar dengan kajian
Briliannur, Aisyah, Uswatun, Abdy dan Hidayatur (2020) yang mendapati pembelajaran secara
atas talian bagi pelajar sekolah adalah kurang berkesan kerana wujudnya masalah ekonomi
dari segi kemudahan dan infrastruktur. Kajian ini juga turut mendapati para pelajar tidak
bersedia dengan kemajuan teknologi dari segi akses pencapaian internet dan juga
kekurangan sumber maklumat mengenai penyediaan teknologi mudah alih pada masa kini.
Syed Lamsah (2017) mendapati pengajaran melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram
berpotensi untuk meningkatkan kemampuan pelajar menguasai hasil pembelajaran. Para
pelajar mempunyai perspektif positif terhadap m-pembelajaran, tetapi kesediaan mereka
untuk terlibat dengan m-pembelajaran bergantung kepada inisiatif pensyarah untuk
membimbing serta fasiliti yang disediakan. Selain dari itu, kajian ini turut mendapati pelajar
program kejuruteraan, bioteknologi dan sains komputer dan teknologi maklumat lebih aktif
terlibat dengan perbincangan atas talian berbanding pendidikan.
Menurut Wahyudin et al. (2020) melalui kajiannya mendapati bahawa pembelajaran atas
talian adalah terbukti efektif dilaksanakan semasa bekerja dari rumah (BDR) disebabkan
pandemik COVID-19 seiring menghadapi dunia pendidikan digital abad ke 21. Kajian ini juga
menyarankan bahawa betapa pentingnya mengembangkan idea dalam melaksanakan
pembelajaran secara atas talian. Jaka Kusuma dan Hamdiah (2020) mendapati bahawa
pembelajaran secara terus iaitu Zoom lebih baik jika dibandingkan dengan pembelajaran
melalui WhatsApp semasa pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, Jaka Kusuma et al.
(2020) mencadangkan supaya proses pembelajaran perlulah menggabungkan kedua-dua
kaedah ini iaitu dengan menggunakan Zoom dan juga WhatsApp agar proses PdP lebih
lengkap dan berkesan.
Siti Hajar et al. (2019) merumuskan penggunaan teknologi digital seperti pembelajaran
teradun (blended learning), i-Folio dan Massive Open Online Courses (MOOC) membantu
245
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Di samping i-Folio
dan MOOC, online Journal merupakan salah satu usaha melengkapkan pelaksanaan
pembelajaran teradun iaitu gabungan antara kaedah bersemuka dan pembelajaran atas
talian. Pembelajaran atas talian seperti penggunaaan aplikasi seperti Zoom, Google Meet
dan Webex mula mendapat perhatian dalam dunia pendidikan yang merupakan strategi
baharu dalam mengajar generasi milenial.
2. METODOLOGI
3.1 Reka bentuk kajian
Kajian yang digunakan merupakan tinjauan berbentuk kuantitatif untuk mengkaji
tahap kesediaan pensyarah Kolej Komuniti dalam bidang Teknologi Pembuatan
terhadap Pembelajaran dan Pengajaran di atas talian. Sumber data dan input kajian
ini adalah maklum balas daripada pensyarah-pensyarah yang mengajar modul
teknikal untuk Program Sijil Teknologi Pembuatan di Kolej Komuniti Kuantan, Kolej
Komuniti Segamat, Kolej Komuniti Taiping dan Kolej Komuniti Kepala Batas. Kajian ini
dipilih kerana ingin mengetahui tahap kesediaan pensyarah SMN dalam menjalani
PdPDT. Selain dari itu, program SMN dipilih kerana para pengkaji terdiri daripada
pensyarah dalam bidang dan fokus menjurus kepada bidang Teknologi Pembuatan.
3.2 Sampel Kajian
Sampel kajian adalah berdasarkan persampelan bertujuan. Semua pensyarah dalam
bidang Program Teknologi Pembuatan Kolej Komuniti telah dipilih sebagai sampel iaitu
seramai 35 orang. Penentuan saiz sampel kajian ini adalah menurut Krejcie dan
Morgan (1970) dimana sekiranya jumlah populasi N=35 maka bilangan saiz sampel
sekurang-kurangnya S=32.
3.3 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan adalah secara kuantitatif iaitu melalui borang soal
selidik yang telah diedarkan melalui platfom Google Form. Soalan soal selidik ini yang
diadaptasi dan diolah semula dari kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa
Penyelaras Pembelajaran Digital JPPKK. Hasil kajian menunjukkan soal selidik
mempunyai nilai Alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.832. Soal selidik mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.Soal selidik yang dibangunkan
mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian A yang mengandungi maklumat pensyarah
dan bahagian B mengandungi item-item mengenai tahap kesediaan pensyarah
dalam pembelajaran dan pengajaran di atas talian. Sebanyak 35 orang responden
yang dipilih terlibat dalam kajian ini.
Skala Likert yang mengandungi 5 pilihan jawapan membantu responden mengukur
tahap persetujuan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Jadual 1
menunjukkan Skala Likert yang digunakan.
246
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Jadual 1. Skala likert
Kod Aras Pengukuran
SS Sangat Setuju
S Setuju
N Neutral
TS Tidak Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
3. ANALISIS DATA
Data daripada soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Data diperolehi dalam
bentuk peratusan dan min. Bahagian A iaitu maklumat pensyarah hanya mengandungi dua
soalan iaitu lokasi kolej dan tahun mengajar dan bahagian B mengandungi enam.
4.1 Analisis Maklumat Pensyarah
Rajah 1 di bawah menunjukkan taburan responden mengikut kolej. Responden kajian
terdiri daripada 34.3% dari Kolej Komuniti Kepala Batas, 22.9% dari Kolej Komuniti
Segamat, 22.9% dari Kolej Komuniti Taiping dan 20% dari Kolej Komuniti Kuantan.
Rajah 1. Taburan responden mengikut kolej
Rajah 2 di bawah menunjukkan taburan tahun berkhidmat responden. Daripada
keseluruhan, didapati bahawa 48.6% responden telah berkhidmat lebih daripada 15
tahun. Manakala 31.4% responden telah berkhidmat diantara 10 hingga 14 tahun dan
20% responden telah berkhidmat selama 5 hingga 9 tahun.
247
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Rajah 2. Taburan responden mengikut tahun berkhidmat
4.2 Analisis Tahap Kesediaan Pensyarah Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran di
Atas Talian
Jadual 2. Tahap kesediaan pensyarah dalam pembelajaran dan pengajaran di atas talian
BIL ITEM SKOR
MIN
1 Pensyarah mempunyai pengetahuan dalam pelaksanaan Pembelajaran 3.54
dan Pengajaran Di Atas Talian (PdPDT) 3.46
3.49
2 Latihan berkaitan PdPDT yang diikuti oleh pensyarah sangat membantu 4.49
dalam menyediakan kandungan pengajaran 3.03
3.11
3 Latihan yang diikuti dapat membantu pensyarah menggunakan teknologi
yang bersesuaian bagi tujuan PdPDT 3.52
4 Pensyarah memerlukan latihan tambahan bagi meningkatkan kemahiran
untuk melaksanakan PdPDT
5 Pensyarah memiliki kemahiran berkaitan PdPDT dan bersedia untuk
memberi latihan kepada rakan PPPT yang lain
6 Pensyarah mempunyai kemahiran di dalam PdPDT (cth: kemahiran
menggunakan perisian aplikasi komputer dalam pembelajaran digital,
multimedia, video dsb)
Purata Min
Berdasarkan Jadual 2 diatas mendapati secara keseluruhannya, tahap kesediaan
pensyarah SMN dalam pembelajaran dan pengajaran di atas talian berada dalam
keadaan sederhana berdasarkan purata min 3.52 yang diperolehi. Ini kerana
pensyarah telah mengikuti latihan asas dalam melaksanakan PdPDT. Namun begitu
pensyarah memerlukan latihan tambahan bagi meningkatkan kemahiran untuk
melaksanakan PdPDT.
248
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
4.3 Mengenalpasti tahap pembelajaran dan pengajaran di atas talian sesuai
dijalankan untuk mata pelajaran teknikal Teknologi Pembuatan
Jadual 3. Tahap pembelajaran dan pengajaran di atas talian sesuai dijalankan untuk mata
pelajaran teknikal Teknologi Pembuatan
BIL ITEM SKOR
MIN
1 Pensyarah bersedia melaksanakan PdPDT 3.46
2 Pembelajaran digital adalah sesuatu kebiasaan dalam PdP. 3.00
3 Kandungan pengajaran boleh didapati dalam bentuk digital daripada 3.63
pelbagai sumber. (cth:e-book, Digital Library, YouTube dsb) 3.11
4 Pensyarah selalu menggunakan Learning Management System (LMS) -
3.89
CIDOS, Microsoft Teams, Google Classroom dsb 2.03
5 Kandungan pengajaran teori boleh dilaksanakan di dalam bentuk PdPDT 2.46
6 Kandungan pengajaran amali boleh dilaksanakan di dalam bentuk PdPDT
7 Pensyarah yakin penyampaian kandungan pengajaran secara PdPDT 3.08
boleh mencapai hasil pembelajaran kursus (CLO).
Purata Min
Berdasarkan Jadual 3 diatas mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap
pembelajaran dan pengajaran di atas talian berada dalam keadaan sederhana
berdasarkan purata min 3.08 yang diperolehi. Namun begitu, kandungan pengajaran
amali boleh dilaksanakan di dalam bentuk PdPDT berada dalam keadaan rendah. Ini
kerana pelaksanaan amali memerlukan kelengkapan dan peralatan bengkel dimana
hanya terdapat di kolej. Selain itu didapati juga bahawa CLO sukar dicapai dimana
min hanyalah 2.46. Ini kerana hasil pembelajaran (CLO) seperti mana dinyatakan
dalam kurikulum pelajar perlu melaksanakan amali di dalam bengkel.
Jadual 4. Peratus tahap kesediaan dan pelaksanaan PdPDT di kalangan pensyarah
SMN
BIL ITEM YA TIDAK
22.9
1 Saya pernah mengikuti latihan yang berkaitan pelaksanaan PdPDT 77.1 25.7
2 Saya pernah menggunakan PdPDT dalam pengajaran saya 74.3 91.4
Pada pendapat saya modul teknikal Sijil Teknologi Pembuatan di
3 8.6
Kolej Komuniti sesuai dilaksanakan secara PdPDT
Berdasarkan Jadual 4 di atas, didapati sebanyak 77.1% pensyarah SMN pernah
mengikuti latihan yang berkaitan dengan perlaksanaan PdPDT. Manakala 74.3% juga
mengaku pernah mengunakan PdPDT dalam pengajaran mereka. Dengan ini dapat
disimpulkan bahawa sebanyak 91.4% pensyarah SMN tidak bersetuju modul teknikal
SMN dijalankan secara di atas talian.
249
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
4. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Perbincangan kajian ini adalah merujuk secara terus kepada objektif kajian yang
disenaraikan. Merujuk kepada objektif pertama kajian iaitu tahap kesediaan pensyarah
Program Teknologi Pembuatan Kolej Komuniti Malaysia terhadap pengajaran dan
pembelajaran atas talian. Melalui skor min yang diperolehi menunjukkan bahawa secara
majoritinya pensyarah Teknologi Pembuatan Kolej Komuniti sudah dilengkapi dengan
pengetahuan, kemahiran serta latihan dalam menggunakan peranti ICT terkini untuk proses
Pembelajaran dan Pengajaran. Namun majoriti responden juga berharap agar latihan
lanjutan diberikan kepada mereka supaya perlaksanaan PDPDT dapat dijalankan dengan
lancar dan berkesan.
Objektif kajian yang seterusnya adalah untuk merungkai adakah tahap pembelajaran dan
pengajaran atas talian sesuai dijalankan untuk mata pelajaran teknikal Program Teknologi
Pembuatan di Kolej Komuniti Malaysia. Melalui dapatan soal selidik yang dilakukan, secara
keseluruhannya responden memberikan maklum balas skor kategori memuaskan untuk
perlaksanaan PDPDT bagi mata pelajaran teknikal Program Teknologi Pembuatan. Ini kerana
majoriti responden melihat perlaksanaan kelas amali tidak boleh dan tidak sesuai untuk
dilaksanakan di atas talian. Jika dirujuk kepada Kurikulum Program Teknologi Pembuatan
Semakan Julai 2017 secara jelas menyatakan bahawa mata pelajaran teknikal perlu
melaksanakan kerja-kerja amali menggunakan peralatan dan kelengkapan bengkel seperti
alatan tangan dan mesin.
Berdasarkan soal selidik dirumuskan bahawa pensyarah merasakan amali tidak dapat
dijalankan secara PdPDT kerana memerlukan mesin dan kelengkapan peralatan bengkel.
Latihan amali juga perlu dilaksanakan secara bersemuka di dalam kelas. Kekangan
kemudahan peralatan seperti komputer juga mengganggu perjalanan PdPDR. Malahan
terdapat segelintir pensyarah SMN yang masih belum menguasai PdP di atas talian. Selain itu
pelajar kekurangan kemudahan seperti komputer riba, perisian dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, berdasarkan kajian mendapati bahawa PdPDT bagi Program
Teknologi Pembuatan Kolej Komuniti Malaysia adalah tidak sesuai dilaksanakan bagi mata
pelajaran teknikal. Ini kerana mata pelajaran teknikal memerlukan proses pembelajaran
secara amali yang memerlukan penggunaan peralatan dan kelengkapan di bengkel secara
bersemuka. Namun begitu untuk pembelajaran secara teori masih boleh dilaksanakan kerana
pensyarah Teknologi Pembuatan Kolej Komuniti telah dilengkapi dengan asas pengetahuan
dan kemahiran berkaitan penggunaan teknologi perisian aplikasi komputer dalam
pembelajaran digital, multimedia, video dan sebagainya. Selain dari itu, latihan lanjutan
kemahiran menggunakan peralatan ICT sentiasa perlu diberikan kepada para pensyarah
bagi memajukan dan melancarkan proses PdP. Manakala kepada pihak pengurusan institusi
pula perlu sentiasa memberi sokongan dari segi kewangan, infrastruktur dan kemudahan
berkaitan perkembangan teknologi dan applikasi ICT di institusi.
Kekangan utama dalam menghasilkan kajian ini adalah untuk mendapatkan kerjasama dari
pensyarah SMN bagi mengisi borang soal selidik kerana mereka sibuk dengan tugas hakiki
dan tugas sampingan yang lain. Selain itu keikhlasan dalam mengisi borang soal selidik juga
menjadi salah satu cabaran dalam menghasilkan kajian ini agar lebih berimpak. Pengkaji juga
sukar menerangkan dengan lebih lanjut soalan soal selidik kepada setiap responden atas
faktor lokasi, masa dan perhubungan. Pada masa akan datang diharap dapat membuat
kajian dengan lebih mendalam berkaitan kesediaan kemudahan ICT di institusi dan di rumah
pensyarah.
250
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
RUJUKAN
Agatha F. Umbit & Muhamad Suhaimi Taat. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi
penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar di institut. Retrieved from
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2016/Agatha.pdf.
Ahmad Al-Munzir Ridzuan (2020). Tahap kesediaan pensyarah terhadap penggunaan m-
pembelajaran dalam sistem Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET).
Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Science and Humanities, 5(1).
Briliannur Dwi C., Aisyah Amelia, Uswatun Hasanah, Abdy Mahesha Putra & Hidayatur Rahman.
(2020). Analisis keefektifan pembelajaran online di masa pandemik Covid-19.
MAHAGURU: Jurnal Pendidikan Guru Sekolah Dasar, 28-37.
Jaka Wijaya Kusuma & Hamidah. (2020). Perbandingan hasil belajar matematika dengan
penggunaan platform whatsapp group dan webinar zoom dalam pembelajaran
jarak jauh pada masa pandemik Covid-19. Jurnal Ilmiah Pendidikan Matematika, 5(1),
97-106.
JPPKK. Sijil Teknologi Pembuatan. Retrieved from
http://www.mypolycc.edu.my/index.php/program/sepenuh-masa/sijil
Martina Napratilora, Hendro Lisa & Indra Bangsawan. (2020). Using whatsapp as a learning
media in teaching reading. MITRA PGMI: Jurnal Kependidikan MI, 6(2), 116-125.
Mojtaba, A. & Mahsa, A. (2018). The effect of online cooperative learning on students’ writing
skills and attitudes through telegram application. International Journal of Instruction,
11(3), 433-448.
Noor Halina Nordin, Norlizawati Hashim, Norhafinas Abd Latib (2020). Cabaran pensyarah Kolej
Komuniti dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. e-
Proceeding of the Green Technology & Engineering 2020 Virtual Conference. Retrieved
from https://www.researchgate.net/publication/348993020
Siti Balqis Mahlan, Maisurah Shamsuddin, Ahmad Zia Ul-Saufie Mohamad Japeri & Norazah
Umar. (2014). An evaluation of learning style: Whatsapp application based on one
sample t-test. The proceedings of 5th International Conference on Science &
Technology: Applications in Industry & Education (ICSTIE 2014), 66-69.
Wahyudin Darmalaksana, R. Yuli Ahmad Hambali, Ali Masrur & Muhlas. (2020). Analisis
pembelajaran online masa WFH pandemic Covid-19 sebagai tantangan pemimpin
digital abad 21. Karya Tulis Ilmiah (KTI) Masa Work From Home (WFH) Covid-19 UIN
Sunan Gunung Djati Bandung Tahun 2020, 1-12.
251
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
KAJIAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) UNTUK
PERSEMBAHAN PROJEK AKHIR KURSUS SMP 3223 PORTFOLIO DAN SHOWCASE
SECARA ATAS TALIAN DI KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS
Norsuzila Shafie
Kolej Komuniti Kok Lanas
[email protected]
Abstrak. Kajian ini melibatkan 64 orang pelajar semester 3 Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
Sesi Jun 2020 Kolej Komuniti Kok Lanas yang mengikuti kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase.
Kursus ini telah dijalankan secara hibrid disebabkan pandemik Covid19. Tujuan utama kajian
adalah bagi mengukur keberkesanan pelaksanaan PdP dan penilaian projek akhir kursus ini
ke atas pelajar dengan menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick. Hasil daripada penilaian
keberkesanan ini dapat mengukur Hasil Pembelajaran Kursus, mengenalpasti masalah-
masalah yang dihadapi oleh pelajar serta kesan persembahan dan penilaian projek akhir
kursus secara atas talian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diedarkan secara atas
talian dengan penggunaan google form sebagai medium instrumen. Analisis data responden
menggunakan perisian Statistical Package For Social Sceince (SPSS. Nilai kebolehpercayaan
instrumen kajian adalah α = 0.84. Analisis kajian menunjukkan skor min yang paling tinggi iaitu
4.406 bagi pengukuran Hasil Pembelajaran Kursus untuk menghasilkan portfolio pelajar. Tiga
masalah dikenalpasti dihadapi oleh pelajar iaitu kesediaan fasiliti dengan purata skor min
2.06, aspek emosi purata skor min 3.53 dan kewangan nilai skor min adalah 3.266. Bagi kesan
yang ke atas pelajar pula memberikan nilai purata skor min 3.490. Analisa kesediaan pelajar
bagi mengikuti PdP secara atas talian di masa akan datang memberikan nilai skor min 3.531.
Sebagai kesimpulan kajian, dapat dilihat pelajar menghadapi masalah dalam menyediakan
kemudahan fasiliti untuk menghadapi PdP secara atas talian dengan baik namun dengan
kekangan yang ada juga pelajar dapat mencapai Objektif Hasil Pembelajaran selari dengan
rubrik penilaian yang ditetapkan.
Kata Kunci: Kursus SMP3223, Pembelajaran secara atas talian, Kolej Komuniti Kok Lanas
1. PENGENALAN KAJIAN
Pada Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan situasi
pandemik akibat penularan sejenis virus Korona baharu yang menyebabkan wabak
COVID19. Kesemua sektor telah diarahkan ditutup termasuklah sektor pendidikan bagi
memutuskan rantaian penularan wabak ini. Akibatnya, proses pengajaran dan pembelajaran
secara bersemuka yang telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi terpaksa dihentikan dalam
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan telah digantikan dengan PdP hibrid iaitu
pembelajaran secara atas talian.
Mengikut Ehwan Ngadi (2020) dalam terbitan risalah berita dalam laman web rasmi Universiti Sains
Islam Malaysia pada 2 Jun 2020 yang telah membincangkan isu Covid19 dan implikasi terhadap
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Beliau menyatakan terdapat tiga implikasi utama
yang menjadi cabaran besar kepada pendidik bagi menjalankan pembelajaran secara atas talian,
252
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
iaitu kebolehcapaian internet dan kestabilan platform pengajaran, pengurusan emosi serta
pentaksiran secara holistik.
Nor Fauziana binti Mohd Salleh (2020) menyatakan kaedah PdP secara atas talian menuntut
komitmen dan kerjasama daripada semua pihak terutamanya dari segi pengetahuan
dan kemahiran berkaitan teknologi maklumat, penyediaan peranti digital dan akses capaian
internet yang berkualiti serta penyediaan kaedah penilaian yang bersesuaian bagi
mengukur pencapaian pelajar. Justeru itu, semua pihak haruslah mempersiapkan diri bagi
menghadapi norma baharu iaitu kaedah PdP secara atas talian secara menyeluruh semasa
tempoh PKP ini demi kelangsungan proses PdP pelajar.
Siti Nazilah Hamzah, Liyana Mat Rani, Adirah Isa (2020), telah menjalankan Kajian Penerimaan
Pelajar Politeknik Balik Pulau Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian
(Pdpdt) telah menunjukkan skor min pada tahap tinggi seterusnya membuktikan proses PdPDT
berlaku dan pelajar menerima baik proses PdPDT tersebut. Mereka juga menyarankan agar
satu kajian dilakukan pada masa hadapan berkenaan faktor- faktor keberkesanan PdPDT
dengan menggunakan Teori Pembelajaran Gagne dan mengambil kira aspek teknikal
seperti kelajuan capaian Internet dan literasi penggunaan perkakasan ICT.
Bagi kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase, pelajar perlu menganjurkan satu program yang
mempamerkan hasil kerja sepanjang pembelajaran di mana kaedah pentaksiran adalah
berasaskan projek akhir yang dilaksanakan bersama rakan program, pensyarah, pihak
pengurusan, komuniti, pemain industri dan lain-lain melalui kajian kes, ulasan artikel,
merekabentuk item-item pengiklanan termasuk poster, banner, bunting, risalah, majalah dan
lain-lain lagi. Namun setakat mana pelaksanaan PdP secara hibrid ini boleh memberi kesan
kepada pelajar mengikut Hasil Pembelajaran Kursus sperti yang telah ditetapkan.
1.1 Penyataan Masalah
Visi dan Misi Kolej Komuniti untuk membangunkan komuniti setempat sebagai tenaga
kerja berpengetahuan dan terlatih untuk memenuhi tuntutan dunia pekerjaan melalui
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
yang perlu melibatkan praktikal dan latihan amali dalam pelbagai bidang. Namun
pandemik Covid19 yang sedang menular kini telah membataskan aktiviti-aktiviti bagi
mencapai sasaran tersebut.
Surani, D., & Hamidah, H., (2019) telah menjalankan kajian untuk menentukan persepsi
pelajar dalam pembelajaran secara atas talian. Hasil daripada kajian mendapati
bahawa 80% pelajar bersedia mengambil bahagian dalam pembelajaran dalam
talian, 62% daripada pelajar mendakwa pembelajaran dalam talian memberikan
faedah, dan 32% pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami bahan tersebut.
Perkara ini membuktikan persepsi pelajar dalam pembelajaran dalam talian agak
baik dengan beberapa halangan yang memerlukan penambahbaikan. Oleh itu,
disarankan agar pembelajaran dalam talian harus dirancang, dilaksanakan, dan
dinilai agar dapat diminimumkan masalah dan memaksimumkan pencapaian objektif
pembelajaran.
Dalam usaha untuk memastikan semua pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas tidak
keciciran dalam mengikuti pembelajaran, para pensyarah mula menjalankan pdp
secara atas talian talian agar Hasil Pembelajaran Kursus dapat dicapai oleh setiap
pelajar mengikut kesesuaian masa, keadaan, dan kemudahan yang ada.
253
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Oleh yang demikian, kajian ini sangat penting untuk mengkaji keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta persembahan projek akhir Kursus SMP 3223
Portfolio dan Showcase secara atas talian dan seterusnya dapat mengenalpasti
masalah-masalah yang dihadapi dan kesannya ke atas pelajar Kolej Komuniti Kok
Lanas.
1.2 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk:
1) Mengukur tahap pemahaman pelajar terhadap PdP bagi kursus SMP 3223
Portfolio dan Showcase secara atas talian.
2) Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam
menjalani pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi kursus SMP 3223 Portfolio
dan Showcase secara atas talian.
3) Mengenalpasti kesan yang di hadapi oleh pelajar dalam menghadapi PdP
serta mempersembahkan dan menjalani penilaian bagi kursus SMP 3223
Portfolio dan Showcase secara atas talian kepada pelajar.
1.3 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar semester 3 Sijil Multimedia Kreatif
Pengiklanan Sesi Jun 2020 yang mengikuti kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase.
1.4 Kepentingan Kajian
Proses pembelajaran merupakan suatu proses yang sangat penting bagi pelajar.
Kepelbagaian dalam menggunakan alat bantu mengajar bagi mewujudkan
persekitaran yang boleh menarik minat pelajar semakin diberi keutamaan kini.
Perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi kini telah memberi cabaran
baru dalam dunia pembelajaran dalam kalangan pelajar (Moursund, 2003).
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara atas talian dan seterusnya dapat mengenalpasti masalah-
masalah dan kesan yang di hadapi oleh pelajar dalam menghadapi PdP serta
menjalani penilaian bagi kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase.
2. KAJIAN LITERATUR
Tujuan kajian literatur dalam kajian penyelidikan ini adalah bagi menguatkan justifikasi kajian
yang dijalankan. Terdapat beberapa kajian literatur yang dirujuk oleh penyelidik. Menurut
Huang et al. (2020) virus corona novel, yang dikenal sebagai Covid-19, ditemui pada bulan
terakhir tahun 2019, di pasar makanan laut di Wuhan. Hasil analisis klinikal virus menunjukkan
penularan dari manusia kepada manusia (Li et al., 2020; Paules et al., 2020; Wang, Cheng, et
al., 2020). Ketua Pengarah WHO pada bulan Mac 2020 (WHO, 2020) mengisytiharkan Covid-
19 sebagai wabak setelah penilaian penyebaran dan keparahan virus yang membawa maut
di seluruh dunia dengan pengumuman tambahan mengenai jarak sosial sebagai cara untuk
membendung penyebaran pandemik. Kamus Online Merriam-Webster (2020) menyebut
pandemik sebagai "wabah penyakit yang terjadi di wilayah geografi yang luas dan
mempengaruhi bahagian penduduk yang sangat tinggi".
254
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Model Penilaian Kirkpatrick merupakan salah satu model penilaian yang terawal dan paling
banyak digunakan dalam penilaian latihan. Kajian yang menggunakan model ini telah
terbukti secara empirikal dalam menilai tahap keberkesanan latihan dengan baik sejak tahun
1959 (Alliger dan Janak, 1989; Miller, 1996; Holton, 1996; Bartlett, 1999; Brinkerhoff, 2005). Model
ini kerap digunakan kerana ia mudah untuk diaplikasikan dan mempunyai keupayaan untuk
membantu proses penilaian sesebuah latihan dengan jayanya (Alliger dan Janak, 1989).
Model ini mempunyai empat (4) tahap penilaian iaitu Tahap I – reaksi: adalah pengukuran
yang melihat bagaimana pandangan pelatih terhadap latihan; tahap II – pembelajaran:
tahap ini akan menilai apa yang dipelajari dan disimpan daripada pengalaman
pembelajaran; tahap III – perubahan kelakuan/aplikasi: tahap ini akan menilai sama ada
pelatih mengaplikasikan apa yang dipelajari di tempat kerja; dan tahap IV– hasil: tahap ini
menilai kesan latihan yang membawa kepada perubahan budaya kerja yang positif
(Kirkpatrick, 1976).
Najib, H. M., Bakar, N. R. A., & Othman, N. (2017) telah mengenal pasti hubungan antara faktor-
faktor seperti infrastruktur di dalam dan luar asrama serta sikap kendiri seseorang pelajar
terhadap keberkesanan pembelajaran secara e-learning. Hasil kajian menunjukkan bahawa
faktor-faktor ini mempunyai hubungan yang positif dan amat mempengaruhi tahap
keberkesanan pembelajaran secara e-learning dalam kalangan pelajar.
Horn & Staker, (2011) menyatakan pembelajaran teradun sebagai cara pelajar boleh
belajar pada bila-bila masa dengan diselia atau dikawal secara tradisional atau secara
jauh dari rumah melalui dalam talian yang terkawal berdasarkan masa, tempat dan kadar
pembelajaran. Kerres & Witt, (2003) Herrmann, Popyack, Char, & Zoski (2004) Kaleta, Skibba,
& Joosten 2007) Shivetts, (2011) memberi definisi pembelajaran teradun adalah teknologi
berasaskan web kepada bersemuka untuk pembelajaran atau gabungan kaedah
pengajaran sebagai pembelajaran hibrid.
Menurut Lim (2002) dan Fakhrul Anuar Aziz (2002), keberkesanan penggunaan e-
Pembelajaran bagi tujuan pembelajaran diakui efektif dan efisien. Keberkesanaan e-
Pembelajaran terhasil daripada sebuah pembelajaran yang meliputi motivasi diri, komunikasi,
kecekapan dan teknologi (Pamungkas & Rofiq, n.d.). Berdasarkan buku “Understanding
Organizational Behavior‟, menurut Zainal Ariffin Ahmad (2009) dalam penulisannya
mengatakan bahawa motivasi didefinisikan sebagai daya lingkungan seseorang individu
yang mempengaruhi haluan, kegigihan dan ketekunan dalam tingkah laku individu secara
sukarela (Steers et al., 2004). Pendapat ni disokong di dalam Dasar e-Pembelajaran Negara
(DePAN) untuk Institusi Pengajian Tinggi (Asia e University, 2010) di mana e-Pembelajaran
membentuk pelajar yang aktif dan bertanggungjawab, bebas dan berdikari dalam
pendidikan.
Menurut Al-Mobaideen, Allahawiah, & Alkhawaldeh (2012), revolusi dalam pembelajaran dan
aplikasi pendidikan komputer dan juga penggunaan komputer dalam pendidikan adalah
masih baru dan berkembang dari hari ke hari sehingga akhirnya konsep epembelajaran
berpandukan teknikal diperkenalkan untuk membekalkan ilmu pendidikan kepada pelajar
melalui cara yang efektif. E-Pembelajaran (E-Learning) juga menuntut budaya belajar lebih
efektif sehingga penggunanya harus dapat memotivasi dirinya sendiri untuk belajar (Prakarsa,
n.d.). Selain itu, kajian ini disokong lagi dengan kajian Surjono, Dwi, Herman (2015), yang
mengatakan bahawa e-Pembelajaran (E-Learning) dapat melahirkan sistem pembelajaran
yang flexible dan distributed. Pelajar akan menjadi lebih fleksibel dalam memilih waktu dan
tempat belajar kerana tidak perlu datang di suatu tempat pada waktu tertentu.
255
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Justeru itu kemahiran atau kepakaran dalam pembelajaran atas talian berkonsepkan digital
seperti epembelajaran ini dapat menongkah arus perdana dengan begitu cemerlang.
Namun biasanya terdapat pelbagai kekangan kepada para pelajar untuk cemerlang dalam
bidang yang diceburi seperti latar belakang seseorang pelajar dan tahap pontensi individu
sendiri.
Menurut Jenal (2017) dengan kemunculan pelbagai teknologi ICT telah mewujudkan
pelbagai medium komunikasi yang membolehkan maklumat-maklumat dapat disalurkan
dengan lebih pantas dan menjadikan proses pembelajaran berkesan. Manakala kajian yang
dilaksanakan oleh Yusof & Tahir (2017) yang melihat kepentingan dan keperluan penggunaan
teknologi media semasa dalam pembelajaran merumuskan perkembangan kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi telah membantu pendidik dan pelajar dalam
melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan.
Nor Fauziana binti Mohd Salleh et al., (2020) dalam penulisannya yang diterbitkan di
ResearchGate telah menyenaraikan pelbagai aplikasi atau platform digital yang
bersesuaian yang boleh digunakan sebagai medium pembelajaran secara atas talian bagi
meneruskan aktiviti PdP meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
diarahkan oleh kerajaan seperti Whatsapp, Google Classroom, Zoom, Webex, YouTube dan
sebagainya.
3. METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah merupakan kajian tinjauan deskritif kuantitatif
bersandarkan Model Penilaian Kirkpatrick iaitu penilaian dari segi reaksi,
pembelajaran, tingkah laku dan keberhasilan bagi menilai keberkesanan kursus SMP
3223 Potfolio dan Showcase yang dilaksanakan secara atas talian.
Rajah 1 menggambarkan kerangka kajian untuk melihat keberkesanan kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian dan seterusnya dapat
mengenalpasti masalah-masalah dan kesan yang di hadapi oleh pelajar dalam
menghadapi PdP serta menjalani penilaian bagi kursus SMP 3223 Portfolio dan
Showcase.
Penilaian keberkesanan kaedah pengajaran dalam kajian ini dinilai pada tahap 1 dan
tahap 2 sahaja. Daripada penilaian yang dilakukan dapat mengenalpasti masalah-
masalah dan kesan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini. Tahap 3 dan 4 tidak dapat
diuji kerana pelajar-pelajar ini masih lagi dalam tempoh pembelajaran.
256
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Tahap 1: Pengukuran yang melihat bagaimana
Reaksi pandangan pelatih terhadap latihan
Tahap 2: Respon pelajar terhadap kursus SMP 3223
Pembelajara yang dilaksanakan secara atas talian
n tahap ini akan menilai apa yang dipelajari
dan disimpan daripada pengalaman
Tahap 3: pembelajaran
Tingkah laku
perubahan kelakuan/aplikasi: tahap ini akan
Tahap 4: menilai sama ada pelatih mengaplikasikan apa
Hasil yang dipelajari di tempat kerja
tahap ini menilai kesan latihan yang
membawa kepada perubahan budaya kerja
yang positif
Rajah 1. Kerangka kajian
Soal selidik digunakan untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) untuk persembahan projek akhir Kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase secara
atas talian di Kolej Komuniti Kok Lanas dan seterusnya dapat mengenalpasti masalah
dan kesan pelaksanaan pdp hibrid ini. Menurut Nana, 2005; Chua, 2006; Fraenkel,
2007, pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada
fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan serta analisis data
manakala Azizi Yahaya et al. (2007) pula mengatakan, kaedah tinjauan adalah
pendekatan deskriptif yang banyak digunakan dalam bidang penyelidikan untuk
mengumpulkan data dan maklumat.
3.2 Persampelan Kajian
Populasi kajian yang digunakan adalah populasi capaian iaitu pelajar Semester 3 Sesi
Jun 2020 Kolej Komuniti Kok Lanas yang mengikuti kursus SMP 3223 Portfolio&Showcase.
Dalam memilih sampel kajian, para penyelidik mensasarkan kesemua pelajar yang
sedang mengikuti kursus ini iaitu seramai 64 orang.
3.3 Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini adalah satu set soal selidik yang diedarkan kepada pelajar melalui
Google Form. Soal selidik kajian ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu A, B, C
dan D. Bahagian A merupakan himpunan soalan berkaitan demografi. Menurut
Sabhita (2006), penyelidik masa lalu telah menekankan perlunya mengkaji demografi
responden dalam satu kajian. Untuk Bahagian B pula mengkaji Hasil Pembelajaran
Kursus SMP 3223 dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dari segi kesediaan
fasiliti, aspek emosi, dan kewangan. Bahagian C soal selidik ini mengandungi 6 item
soalan yang mengkaji kesan ke atas pelajar dari pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta persembahan projek akhir Kursus SMP 3223 Portfolio dan
Showcase secara atas talian di Kolej Komuniti Kok Lanas. Bahagian D mengandungi
soalan tentang kesediaan pelajar bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran serta
penilaian dan pentaksiran secara atas talian di masa akan datang.
257
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Soalan-soalan pada instrumen soal selidik ini menggunakan Skala Liker 1-5 di mana
responden diminta memilih jawapan dengan menandakan pada skala yang disetujui
seperti berikut. Skala Likert digunakan kerana ia dapat memberikan gambaran yang
lebih jelas dan tepat melalui maklum balas responden.
Jadual 1. Skala likert Skor
Jawapan 1
Sangat tidak setuju 2
Tidak setuju 3
Kurang pasti 4
Setuju 5
Sangat setuju
Statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan taburan kekerapan, peratusan dan
tahap min dan menjawab persoalan kajian. Tahap min diinterpretasi berdasarkan
skala dalam jadual 2 di bawah.
Jadual 2. Interpretasi skor min
Interpretasi Skor Min Skor Min
(Tahap)
Rendah 1.00 hingga 2.33
Sederhana 2.34 hingga 3.66
Tinggi 3.67 hingga 5.00
Sumber: Jamil Ahmad (1993)
3.4 Kajian Rintis
Satu kajian rintis dilakukan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen. Nadhilah
Abdul Pisal & Kamarul Shukri Mat Teh (2019) menyatakan beberapa isu yang dikenal
pasti semasa mentadbir kajian rintis adalah dari segi arahan soalan yang mudah
difahami, setiap item dikemukakan dengan jelas, tiada kekeliruan dalam memahami
setiap maklumat yang diutarakan dan tiada sebarang kekurangan mahupun
kesalahan yang perlu dibuat penambahbaikan sebelum kajian sebenar dijalankan. Ini
membolehkan pengkaji mengenal pasti kekuatan dan kelemahan instrumen untuk
diperbaiki sehingga tidak akan mempengaruhi hasil kajian. Lima belas (15) pelajar
terlibat dalam kajian rintis ini. Forza (2002) menetapkan ukuran sampel minimum untuk
kajian rintis adalah sebanyak 15 orang. Hasil kajian rintis menunjukkan bahawa nilai
Alpha yang diperoleh adalah 0.84. Menurut Mohd Salleh dan Zaidatun (2001), pekali
alpha lebih besar daripada 0.6 menunjukkan bahawa instrumen kajian mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi dan dapat digunakan untuk penyelidikan yang
sebenarnya. Oleh itu, soal selidik ini digunakan untuk kajian sebenar
3.5 Analisis Data
Penyelidik telah menggunakan Statistical Package for Social Science for Windows
(SPSS) untuk menganalisis data yang dikumpulkan. Pendekatan yang digunakan
dalam analisis data adalah pendekatan statistik deskriptif di mana data yang
diperoleh dikategorikan dalam jadual yang menunjukkan frekuensi, peratusan dan
min.
258
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
4. DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN
4.1 Dapatan Data
Perbincangan dapatan data adalah berdasarkan kepada instrumen kajian yang
telah digunakan iaitu soal selidik yang telah diedarkan kepada 64 orang pelajar yang
mengikuti kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase.
4.2 Analisis Profil Responden
Seramai 64 orang responden memberikan maklum balas dalam kajian penyelidikan ini
yang terdiri daripada 32(50%) orang pelajar lelaki dan 32(50%) orang pelajar
perempuan. Analisis juga menunjukkan 58 responden (90.6%) berumur antara 18-20
tahun, 5 responden (7.8%) berumur 21-23 tahun dan 1 responden (1.6%) pada
kumpulan umur 24-27 tahun.
4.3 Analisis Hasil Pembelajaran Kursus dan Masalah yang Dihadapi Oleh Pelajar
Melalui persoalan kajian yang dikemukakan, terdapat beberapa analisis dibuat bagi
menjawab persoalan terbabit.
4.3.1 Adakah pelajar dapat memahami isi kandungan kursus SMP 3223 Portfolio dan
Showcase yang disampaikan oleh pensyarah secara atas talian?
Bagi menjawab persoalan ini, penyelidik telah mengemukakan soalan berasaskan
Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) dalam Soalan Kaji Selidik pada bahagian B.
Jadual 3. Analisa hasil pembelajaran kursus
Item Min
4.234
i. Saya dapat menerangkan
4.406
mengenai Portfolio dan E-Portfolio 4.172
ii. Saya boleh menghasilkan portfolio 4.270
iii. Saya boleh melaksanakan aktiviti
showcase
Purata Min
Berdasarkan kepada jadual 3 skor min di atas, didapati item “Saya boleh
menghasilkan portfolio” mencatat skor min yang paling tinggi iaitu 4.406 manakala
item “Saya boleh melaksanakan aktiviti showcase” mempunyai skor min yang paling
rendah iaitu 4.172. Berdasarkan kepada analisis data bagi Hasil Pembelajaran Kursus
didapati skor min keseluruhannya adalah 4.270 yang mana menunjukkan berada
pada tahap tinggi.
4.3.2 Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalani pembelajaran
dan pengajaran (PdP) bagi kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase secara atas talian.
Bagi menjawab persoalan bahagian ini, penyelidik telah membahagikan kepada 3
bahagian iaitu Kesediaan Fasiliti, Aspek Emosi dan Kewangan
259
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Jadual 4. Analisa masalah yang dihadapi oleh pelajar dari segi kesediaan fasiliti
Kesediaan Fasiliti Min
i. Saya mempunyai kemudahan komputer riba peribadi. 1.234
ii. Saya menggunakan telefon pintar untuk sebarang tugas 1.297
1.578
bagi menggantikan komputer riba 2.922
iii. Saya meminjam komputer riba rakan-rakan untuk 1.156
4.172
menyelesaikan tugasan dan projek akhir untuk
persembahan SMP 3223 Portfolio dan Showcase 2.06
iv. Saya mempunyai kebolehcapaian internet yang laju di
kawasan kediaman
v. Saya mempunyai perisian rekabentuk untuk menyiapkan
projek akhir kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase
vi. Saya boleh melayari platform pembelajaran yang stabil
(Google meet, Google Classroom, Telegram, Whatsapp
dan lain-lain lagi)
Purata Min
Berdasarkan kepada jadual 4 skor min di atas, didapati item “Saya boleh melayari
platform pembelajaran yang stabil (Google meet, Google Classroom, Telegram,
Whatsapp dan lain-lain lagi)” mencatat skor min yang paling tinggi iaitu 4.172 dan item
“Saya mempunyai perisian rekabentuk untuk menyiapkan projek akhir kursus SMP 3223
Portfolio dan Showcase” mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 1.156.
Berdasarkan kepada analisis data bagi kesediaan fasiliti oleh pelajar didapati skor min
keseluruhannya adalah 2.06 yang mana menunjukkan berada pada tahap yang
rendah.
Jadual 5. Analisa masalah yang dihadapi oleh pelajar dari segi aspek emosi
Kesediaan Fasiliti Min
2.859
i. Saya meminati kaedah pembelajaran secara dalam 3.641
talian
3.594
ii. Saya didedahkan dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian pada sesi kuliah/ 3.109
kelas yang lepas
4.125
iii. Saya berminat dan mudah untuk menggunakan telefon
pintar sebagai alat untuk mengikuti kelas secara dalam 3.625
talian berbanding komputer riba
3.750
iv. Saya minat menyertai pertandingan mencipta video
kreatif atau blog untuk membiasakan saya kepada
kemahiran komputer dan multimedia
v. Saya boleh memberi perhatian kepada pensyarah
semasa PdP kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase
berlangsung.
vi. Saya selesa untuk mempersembahkan hasil projek akhir
kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase dengan
menggunakan kaedah atas talian
260
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
vii. Saya yakin dalam mempersembahkan hasil projek akhir 3.53
kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase dengan
menggunakan kaedah atas talian
Purata Min
Berdasarkan kepada jadual 5 di atas, didapati item “Saya boleh memberi perhatian
kepada pensyarah semasa PdP kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase berlangsung”
mencatat skor min yang paling tinggi iaitu 4.125 manakala item “Saya meminati
kaedah pembelajaran secara dalam talian” mempunyai skor min yang paling rendah
iaitu 2.859. Jumlah purata min bagi aspek emosi adalah sebanyak 3.53 iaitu berada
pada tahap sederhana.
Jadual 6. Analisa masalah yang dihadapi oleh pelajar dari segi kewangan
Item Min
Saya mempunyai kewangan yang mencukupi dalam 3.266
menyediakan kemudahan untuk mengikuti kursus SMP 3223
Portfolio dan Showcase secara atas talian.
Mengikut maklumat yang diperoleh pada jadual 6 di atas, nilai min bagi masalah
kewangan pelajar dalam menghadapi PdP bagi kursus SMP 3223 Portfolio dan
Showcase adalah sebanyak 3.266 iaitu berada pada tahap sederhana.
4.4 Apakah kesan yang di hadapi oleh pelajar dalam menghadapi PdP serta
mempersembahkan dan menjalani penilaian bagi kursus SMP 3223 Portfolio dan
Showcase secara atas talian?
261
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Jadual 7. Analisa kesan yang dihadapi oleh pelajar dalam mempersembahkan dan
menjalani penilaian secara atas talian
Item Min
i. Saya dapat menambah ilmu pengetahuan dalam 4.391
4.047
pembelajaran digital 3.889
ii. Saya dapat mengikuti pembelajaran kursus SMP 3223 Portfolio 2.750
dan Showcase secara atas talian dengan baik 2.891
iii. Saya dapat mempersembahkan projek akhir kursus SMP 3223
2.969
Portfolio dan Showcase secara atas talian dengan baik 3.490
iv. Saya mengalami kemurungan dalam mengikuti pengajaran dan
pembelajaran serta persembahan hasil akhir kursus SMP 3223
Portfolio dan Showcase secara atas talian
v. Saya mengalami stress dalam mengikuti pengajaran dan
pembelajaran serta mempersembahkan hasil akhir kursus SMP
3223 Portfolio dan Showcase secara atas talian
vi. Saya mengalami masalah kewangan bagi menyediakan
kemudahan untuk mengikuti kelas secara atas talian
Purata Min
Berdasarkan kepada jadual 7 skor min di atas, didapati item “Saya dapat menambah
ilmu pengetahuan dalam pembelajaran digital” mencatat skor min yang paling tinggi
iaitu 4.391 dan item “Saya mengalami kemurungan dalam mengikuti pengajaran dan
pembelajaran serta persembahan hasil akhir kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase
secara atas talian” mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 2.750.
Melalui analisa data ini, nilai purata skor min bagi kesan yang dihadapi oleh pelajar
dalam menghadapi PdP serta mempersembahkan dan menjalani penilaian bagi
kursus SMP 3223 Portfolio dan Showcase secara atas talian adalah sebanyak 3.490 iaitu
berada tahap sederhana.
4.5 Analisa Kesediaan Pelajar Untuk Mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Serta
Penilaian Dan Pentaksiran Secara Atas Talian Di Masa Akan Datang.
Jadual 8. Analisa kesediaan pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran
serta penilaian dan pentaksiran secara atas talian di masa akan datang
Mean N Std. Deviation
3.531 6
.9754
4
Melalui analisa data pada jadual 8 ini, nilai skor min adalah sebanyak 3.531 iaitu
berada pada tahap sederhana. Pelajar masih belum bersedia sepenuhnya untuk
mengikuti 100% kaedah pelaksanaan PdP mengikut norma baharu seperti yang
disyorkan oleh kerajaan.
262
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
5. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Perbincangan
Daripada keputusan kajian yang diperoleh, didapati pelajar dapat memahami isi
kandungan kursus yang dilaksanakan secara epembelajaran dengan sangat baik
selari dengan kajian-kajian yang telah dibuat pada masa lepas. Kekangan PKP untuk
melaksanakan PdP secara konventional tidak menghalang pelajar dari mencapai
Hasil Pembelajaran Kursus seperti yang telah ditetapkan.
Walaubagaimanapun kajian ini juga dapat mengenalpasti masalah-masalah yang
dihadapi oleh kebanyakkan pelajar dalam mengikuti pdp secara hibrid
memandangkan latar belakang pelajar yang pelbagai. Terdapat pelajar yang tinggal
di kawasan yang liputan internet adalah kurang lancar, pelajar-pelajar yang
mempunyai kekangan kewangan bagi menyediakan kelengkapan dan kemudahan
pdp, pelajar yang pasif dan enggan berhubung baik dengan pensyarah secara atas
talian dan lain-lain lagi.
Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar adalah mempunyai kesukaran untuk
menyiapkan tugasan dan persembahan penilaian projek bagi kursus SMP 3223
Portfolio dan Showcase kerana tidak mempunyai kemudahan komputer riba peribadi
dan perisian reka bentuk yang sepatutnya. Pelajar sukar menyediakan kemudahan
sendiri kerana faktor kekangan kewangan di mana kemudahan-kemudahan dan
peralatan ICT memerlukan perbelanjaan yang besar. Jadi bagi menyelesaikan
masalah ini, pihak kolej boleh memberi peluang kepada pelajar bagi menggunakan
kemudahan yang disediakan di kolej dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan
oleh Majlis Keselamatan Negara agar keselamatan pelajar dan kakitangan staf kolej
terjaga sepenuhnya.
Hasil dari kajian ini juga memberi gambaran pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas masih
belum bersedia sepenuhnya untuk mengikuti 100% kaedah pelaksanaan PdP
mengikut norma baharu seperti yang disyorkan oleh kerajaan dan seterusnya
membuktikan pdp secara konventional masih relevan pada masa kini. Namun para
pensyarah dan juga pelajar perlu akur akan kekangan-kekangan yang ada di masa
hadapan yang bakal menghalang pdp konventional ini dari berlaku. Kajian demi
kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti kaedah epembelajaran yang boleh
diaplikasikan bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran secara atas
talian seperti Blended Learning dan MOOC. Alat Bantuan Mengajar (ABM) yang kreatif
dan menarik perlu dibangunkan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang
berteknologi tersebut.
5.2 Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan Kolej Komuniti Kok Lanas perlu mengatasi masalah-
masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar terlebih dahulu agar PdP norma
baharu ini berjaya diikuti oleh pelajar di masa akan datang.
Tidak dinafikan perkara ini sukar dilaksanakan memandangkan rakyat perlu akur
dengan arahan-arahan terkini kerajaan bagi membendung dan memutuskan
rantaian virus Covid 19 yang amat berbahaya ini. Namun kesediaan kolej memberi
ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar dapat meningkatkan prestasi pelajar Kolej
263
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Komuniti Kok Lanas agar selari dengan Hasil Pembelajaran Kursus yang telah
ditetapkan.
Walaubagaimanapun tanggungjawab bagi memastikan epembelajaran dapat
diteruskan di masa hadapan tidak hanya bergantung kepada pengurusan kolej
semata tetapi memerlukan penglibatan kesemua pihak termasuk pensyarah, ibu
bapa dan pelajar sendiri. Hal ini penting agar anak bangsa kita mampu menimba ilmu
pengetahuan walau dalam apa situasi sekalipun. Dengan komitmen yang berterusan,
tidak mustahil epembelajaran menjadi satu medium pendidikan utama di negara kita
di masa hadapan.
RUJUKAN
Abu Bakar, B. & Mohamed, Y. (2013). Metodologi Penyelidikan. Universiti Sains Islam Malaysia
Al-Mobaideen, H., & Allahawiah, S. (2012). Factors Influencing The Effectiveness Of E-Learning
Systems In The Educational Process (" Electronic Learning System")(Eduwave): Jordan
Case Study. European Scientific Journal, 8(28).
Chaolin Huang*, Yeming Wang*, Xingwang Li*, Lili Ren*, Jianping Zhao*, Yi Hu*, Li Zhang,
Guohui Fan, Jiuyang Xu, Xiaoying Gu, Zhenshun Cheng, Ting Yu, Jiaan Xia, Yuan Wei,
Wenjuan Wu, Xuelei Xie, Wen Yin, Hui Li, Min Liu, Yan Xiao, Hong Gao, Li Guo, Jungang
Xie, Guangfa Wang, Rongmeng Jiang, Zhancheng Gao, Qi Jin, Jianwei Wang†, Bin
Cao† (2020), Clinical features of patients infected with 2019 novel coronavirus in
Wuhan, China, https://www.thelancet.com
E. Ngadi (2020), COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian, Univerisiti Sains
Islam Malaysia (USIM)
Hussin, R., Rahman, S. H. A., & Yusuff, S. H. Potensi Dan Cabaran E-Pembelajaran Dalam Era
Covid-19. Editor’s Note, 7.
Mailis, M. I., Hanim, Z. H., & Hassan, N. H. (2020). Persepsi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka
Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Secara Atas Talian Dalam Era Pandemik Covid-
19. Jurnal Kesidang, 5(1), 88-99.
Najib, H. M., Bakar, N. R. A., & Othman, N. (2017). E-pembelajaran dalam kalangan pelajar di
sebuah institusi pengajian tinggi Selangor. Attarbawiy: Malaysia Online Journal of
Education, 1.
Salleh, N. F. M. (2020). Pandemik Coronavirus (COVID-19): Pembelajaran dan pengajaran
secara atas talian suatu keperluan di Malaysia. https://www. researchgate.
net/publication/342886967_.
Salleh, M., Jamaludin, M. F., Safie, N. S. M., & Yusof, J. M. (2021). Tinjauan Keberkesanan
Pembelajaran Secara dalam Talian Ketika Pandemik Covid-19: Perspektif Pelajar Sains
Kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 374-384.
Hamzah, S. N., Rani, L. M., & Isa, A. (2020). Kajian Penerimaan Pelajar Politeknik Balik Pulau
Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian (Pdpdt). International
Journal Of Education And Pedagogy, 2(4), 407-414.
Surani, D., & Hamidah, H. (2020). Students perceptions in online class learning during the Covid-
19 pandemic. International Journal on Advanced Science, Education, and
Religion, 3(3), 83-95.
264
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Thangaiah, E. A., Jenal, R., & Yahaya, J. (2020). Penerokaan Penggunaan E-Pembelajaran
dalam Kalangan Pelajar dan Pengajar TVET-Satu Kajian Awal (Investigating the E-
Learning Usage Among TVET Students and Teachers-A Preliminary
Study). Akademika, 90(3).
265
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DALAM KALANGAN PELAJAR SIJIL MULTIMEDIA KREATIF PENGIKLANAN
DI KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS
Tengku Mohd Aziri Tengku Ali
Kolej Komuniti Kok Lanas
[email protected]
Khairusazwati Mohd Rus
SK Kemahang (2)
Abstrak. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan kepada para pelajar di dalam meningkatkan
dan memantapkan lagi pengurusan dan perlaksanaan proses Pengajaran dan
Pembelajaran(PdP). Seiring dengan peningkatan pelbagai teknologi terutamanya
penggunaan perisian aplikasi teknologi terkini maka perlaksanaan PdP juga telah terkena
tempiasnya. Penggunaan perisian aplikasi pembelajaran juga sudah menjadi keperluan bagi
pelajar-pelajar yang menyambung pengajiannya di institusi-institusi pengajian tinggi di
Malaysia dan di seluruh dunia. Kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui sejauh mana tahap
persepsi dan tahap kesediaan pelajar-pelajar Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan Kolej
Komuniti Kok Lanas terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom dalam membantu
mereka dalam proses PdP. Kajian yang dilaksanakan ini adalah berbentuk kajian kuantitatif
yang menggunakan medium instrumen soal selidik sebagai medium utama untuk mengumpul
data. Sebanyak 88 data responden telah memberi jawapan daripada 111 sampel yang
diambil secara rawak dalam soal selidik yang telah dilakukan secara atas talian dengan
menggunakan borang google form. Data-data yang telah diperolehi ini telah dianalisis
dengan menggunakan statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan min. Hasil dapatan
kajian mendapati bahawa tahap persepsi pelajar dalam menggunakan aplikasi google
classroom adalah pada tahap yang tinggi dengan mencapai Skor Min keseluruhan sebanyak
3.74. Di sampin itu, skor Min keseluruhan yang tinggi sebanyak 4.03 juga menunjukkan bahawa
tahap kesediaan para pelajar terhadap penggunaan aplikasi google classroom dalam PdP
juga adalah tinggi. Hasil inferensi ujian t pula menunjukkan tiada perbezaan tahap persepsi di
antara jantina lelaki dan wanita melalui penilaian yang dijalankan menggunakan ujian
persampelan bebas (t= -1.642). Dapatan daripada hasil kajian ini menunjukkan bahawa
penggunaan google classroom dapat menjadikan proses PDP yang lebih dinamik dapat
direkabentuk, lebih banyak sumber perkongsian maklumat dapat diberikan dan menjadikan
proses PdP itu lebih berteknologi tinggi.
Kata Kunci: Persepsi, Kesediaan, Google Classroom.
1. PENGENALAN
Perkembangan teknologi aplikasi sistem komputer telah berkembang pesat di seluruh dunia
pada zaman ini dan telah mencetuskan satu fenomena yang mempunyai pengaruh yang
besar dalam kehidupan manusia. Kecanggihan teknologi telah menjadi sebati dengan
kehidupan manusia dan ada di antaranya telah menjadi satu budaya oleh sesetengah
masyarakat. Ianya juga telah meresap jauh di dalam sistem pendidikan tanah air kita
266
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
daripada peringkat yang paling rendah sehinggalah ke peringkat yang tertinggi. Kolej
Komuniti Kok Lanas juga telah sekian lama menggunakan perisian aplikasi dalam
melaksanakan PdP. Persekitaran PdP menjadi lebih canggih dan futuristik dengan
mengaplikasikan teknologi (Syed Ismail & Ahmad Subkhi, 2010) di mana kebolehcapaian
maklumat dihujung jari telah memberi kesedaran kepada ramai orang untuk menggunakan
teknologi dalam kehidupan (Ahmad, 2011).
1.1 Pernyataan Masalah
Terdapat 5 permasalahan asas yang utama yang telah dikenalpasti oleh penyelidik
yang menjadi asas kepada kajian ini iaitu:
i. Sejauh mana tahap persepsi dan kesediaan pelajar dalam meneruskan
penggunaan aplikasi google classroom dalam PdP.
ii. Kesukaran pelajar untuk menghantar komponen penilaian seperti tugasan,
projek, pembentangan dan sebagainya kepada pensyarah disebabkan oleh
kesibukan jadual waktu masing-masing.
iii. Kekurangan ruangan simpanan untuk mengumpulkan kesemua komponen
penilaian pelajar yang mempunyai jumlah yang ramai.
iv. Berisiko tinggi untuk berlaku kerosakan terhadap dokumen penilaian pelajar
semasa dalam simpanan disebabkan oleh bencana seperti banjir, serangan
makhluk perosak dan sebagainya.
v. Kaedah untuk mendapatkan nota secara fizikal memerlukan kos yang tinggi
untuk dicetak dan dibukukan.
Atas pertimbangan inilah penyelidik berhasrat untuk mendapatkan penyelesaian
dengan menggunakan perisian aplikasi komputer. Tambahan pula Anas, (2013),
menyatakan bahawa menggunakan bantuan multimedia dalam PdP akan
menjadikan ianya lebih menarik, berkesan, lebih jelas dan mudah difahami serta
dapat meningkatkan kualiti seiring dengan kemodenan.
1.2 Objektif Kajian
Terdapat tiga(3) objektif utama yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui kajian ini
iaitu:
i. Untuk mengenalpasti tahap persepsi pelajar Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
Kolej Komuniti Kok Lanas terhadap aplikasi google classroom dalam
menyelesaikan segala cabaran dalam PdP.
ii. Untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
Kolej Komuniti Kok Lanas terhadap aplikasi google classroom dalam
menyelesaikan segala cabaran dalam PdP.
iii. Untuk mengenalpasti sejauh mana aplikasi google classroom dapat membantu
pelajar dan pensyarah dalam proses PdP bagi pelajar Sijil Multimedia Kreatif
Pengiklanan Kolej Komuniti Kok Lanas.
1.3 Soalan Kajian
Terdapat tiga(3) soalan di dalam kajian ini iaitu:
i. Apakah tahap persepsi pelajar Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan Kolej Komuniti
Kok Lanas terhadap aplikasi google classroom dalam menyelesaikan segala
cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran(PdP).
267
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
ii. Apakah tahap kesediaan pelajar Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan Kolej
Komuniti Kok Lanas terhadap aplikasi google classroom dalam menyelesaikan
segala cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran(PdP).
iii. Adakah aplikasi google classroom dapat membantu pelajar dan pensyarah
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) bagi pelajar Sijil Multimedia
Kreatif Pengiklanan Kolej Komuniti Kok Lanas.
2. KAJIAN LITERATUR
Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan pelbagai strategi dan perancangan
dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) dalam proses Pengajaran
dan Pembelajaran(PdP). Ini menunjukkan bahawa ICT merupakan suatu alternatif yang
berkesan dalam meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Namun dalam
melaksanakan suatu teknologi yang baru pasti berliku dan akan ada cabarannya. Menurut
Vebrianto & Osman (2012) telah berpendapat bahawa pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran yang disokong oleh bahan bantu mengajar menggunakan aplikasi multimedia
telah memberikan impak yang baik terhadap matapelajaran Sains dalam kalangan pelajar
di sebuah sekolah menengah di Riau Indonesia. Pendapat (Sidek, 2012) pula menyatakan
bahawa pembelajaran matapelajaran Geografi di dalam sebuah kelas telah memberikan
kesan yang amat baik apabila disokong dengan menggunakan bahan bantu mengajar.
Manakala Kamarudin Ibrahim (2013) pula menyatakan bahawa prestasi pelajar di dalam
memahami dan menguasai matapelajaran Bahasa Arab menjadi lebih cemerlang dengan
menggunakan bantuan bahan bantu mengajar di dalam kelas.
Terdapat banyak kelebihan dan manfaat lain dengan menggunakan aplikasi Google
Classroom dalam pembelajaran. Antara kelebihan-kelebihan dan manfaat tersebut adalah
seperti:
i. Pelajar sangat mudah untuk menyertai sesuatu kelas dengan memohon masuk
menggunakan kod kelas atau boleh juga melalui pelawaan daripada guru kelas.
ii. Pelajar boleh melihat senarai ahli di dalam kelasnya dan ini memudahkan pelajar
untuk mengenali setiap ahli yang berada di dalam kelasnya..
iii. Memudahkan pelajar untuk mendapatkan soalan tugasan daripada guru
seterusnya memudahkan pelajar untuk menghantar semua tugasan tersebut
secara digital.
iv. Memudahkan pelajar untuk menyemak markah tugasan yang telah diberikan oleh
guru dan membolehkan pelajar memberikan maklumbalas serta merta berkaitan
dengan tugasan tersebut.
v. Memudahkan pelajar untuk mengenalpasti sebarang tugasan yang masih belum
diselesaikan sebelum tamat tempoh.
vi. Memudahkan pelajar untuk melaksanakan sebarang tugasan secara
berkumpulan dengan ahli-ahli di dalam kelas masing-masing.
vii. Memudahkan pelajar untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini berkaitan
dengan perjalanan kelas seperti perubahan masa, waktu, tenaga pengajar dan
sebagainya.
viii. Pelajar boleh mendapatkan perhatian yang khusus daripada guru yang mengajar
di dalam kelas tersebut jika terdapat sesuatu isu atau persoalan.
ix. Bahan-bahan pembelajaran seperti nota, slaid dan rujukan sentiasa disimpan di
dalam kelas dan pelajar boleh membuat capaian terhadapnya pada bila-bila
masa dan di mana sahaja.
268
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
x. Capaian terhadap kelas ini juga boleh di laksanakan di mana-mana sahaja, pada
bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan yang dihadapi terutamanya jika
berlaku seperti perintah kawalan pergerakan COVID-19 pada tahun 2020 dan
2021.
3. METODOLOGI KAJIAN
Penyelidik telah menentukan beberapa kaedah dan pendekatan dalam menyelesaikan
kajian ini. Terdapat tiga komponen utama yang akan menentukan kejayaan kajian ini iaitu
rekabentuk kajian, instrumen kajian dan populasi dan sampel kajian.
3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini adalah merupakan suatu kajian yang berbentuk kuantitatif. Pendekatan
yang dilaksanakan adalah secara deskriptif dengan menggunakan rekabentuk
tinjauan. Pendekatan ini menjadi pilihan kerana ia merupakan satu cara yang paling
mudah untuk memperolehi data yang telah dipiawai. Kajian tinjauan secara deskriptif
ini adalah melibatkan frekuensi, sisihan piawai, min, kecenderungan tengah dan
peratusan (Yusuf, 2004). Menurut Kahn (1998) melalui kajian deskriptif ini penyelidik
akan adapat mengetahui keadaan sebenar yang berlaku. Ini juga akan menentukan
keberkesanan corak yang dibangunkan, pendapat dan proses yang berlaku dan
menjelaskan keadaan atau perhubungan. Menurut Gay (1996) menyatakan bahawa
suatu kajian untuk menguji hipotesis dengan mengumpulkan data atau ingin
mendapatkan sesuatu dalam perkara yang dikaji dengan menjawab persoalan kajian
adalah merupakan suatu bentuk kajian deskriptif.
3.2 Instrumen Kajian
Kajian ini dilaksanakan dengan mengambil sampel melalui borang soal selidik untuk
menentukan keputusan berdasarkan persoalan kajian. Justifikasi bagi pembinaan
borang soal selidik ini adalah berdasarkan kajian-kajian lepas dengan beberapa
pengubahsuaian agar sesuai dengan kajian yang hendak dilakukan. Terdapat 3
aspek penilaian utama yang telah diletakkan di dalam borang soal selidik. Aspek
penilaian tersebut telah dilabelkan dengan Bahagian A iaitu latarbelakang
responden, Bahagian B adalah tentang persepsi pelajar terhadap penggunaan
aplikasi Google Classroom dan Bahagian C pula adalah menilai dari aspek tahap
kesediaan pelajar menggunakan aplikasi Google Classroom dalam pembelajaran
mereka. Soalan-soalan yang dikemukakan ini adalah dalam bentuk soalan tertutup
dan jumlah keseluruhan soalan yang merangkumi Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C adalah sebanyak 23 soalan. Bahagian-bahagian soalan yang
merangkumi ketiga-tiga aspek tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual
seperti di bawah.
269
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Bahagian Jadual 1. Kandungan soal selidik Jumlah
A Item
B Item Penilaian 1
C 1
Jantina 1
Kelas 1
Mendaftar Akaun Google
Kemahiran Penggunaan Aplikasi 14
Google Classroom.
Tahap Persepsi Pelajar Terhadap 5
Penggunaan Aplikasi Google
Classroom.
Tahap Kesediaan Pelajar untuk
Menggunakan Aplikasi Google
Classroom.
Melalui borang soal selidik ini satu kajian rintis telah dilaksanakan untuk menentukan
kesahan dan kebolehpercayaan intrumen yang telah dibina. Kajian rintis ini telah
melibatkan seramai 30 orang pelajar Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan Kolej Komuniti
Kok Lanas yang sedang menduduki semester 2 dan semester 3. Data-data yang telah
diperolehi daripada hasil kajian rintis ini telah dianalisis berdasarkan kategori soalan
untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian dengan menggunakan perisian
Statistical Packages For Sosial Science (SPSS) versi 21.0. Ianya adalah amat sesuai
digunakan memandangkan data-data adalah dalam bentuk kuantitatif. Setelah
data-data tersebut diproses maka nilai Alpha Cronbach yang telah berjaya diperolehi
adalah sebanyak .942. Keputusan yang telah diperolehi ini menunjukkan bahawa item
soal selidik yang telah dibina mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi
dan boleh terus untuk digunakan. Nilai Alpha Cronbach yang baik adalah mempunyai
nilai di antara .9 hingga 1.0 (Vierra & Pollockai,1992).
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Dalam kajian ini populasi kajian yang diambil adalah terdiri daripada pelajar-pelajar
semester 2, semester 3 dan semester 4 program Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
Kolej Komuniti Kok Lanas. Jumlah keseluruhan bagi pelajar-pelajar ini adalah seramai
111 orang dan kesemuanya telah diberikan borang soal selidik yang telah dibina untuk
mendapatkan maklumbalas dan data. Jadual di bawah akan menunjukkan secara
terperinci taburan demografi bagi kesemua sampel kajian tersebut.
270
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Jadual 2. Bilangan pelajar dan bilangan responden
B
i Semester Jumlah Responden
l
27 Orang 25 Orang
. 10 Orang 9 Orang
22 Orang 20 Orang
1 Semester 2
24 Orang 22 Orang
2 Semester 3
18 Orang 12 Orang
3 Semester 4
111 Orang 88 Orang
Kelas A
4 Semester 4
Kelas B
5 Semester 4
Kelas C
JUMLAH:
Jadual di atas telah menunjukkan daripada populasi 111 orang jumlah keseluruhan
pelajar, seramai 85 orang responden telah memberi maklumbalas hasil daripada
borang soal selidik yang telah diberi. Ini menunjukkan 76.58% daripada jumlah populasi
telah memberi maklumbalas. Krejcie dan Morgan (1970), menyatakan bahawa jika
bilangan responden adalah melebihi 75% daripada bilangan populasi maka data
yang diperolehi adalah mencukupi untuk dilaksanakan kajian. Borang soal selidik ini
telah diedarkan secara dalam talian dengan membangunkan Google Form dan
responden yang telah memberi maklumbalas juga telah menyerahkan kembali
borang soal selidik tersebut secara dalam talian. Ini telah memudahkan pengkaji untuk
mengumpulkan kesemua borang-borang tersebut tanpa sebarang kerosakan dan
keciciran.
Bagi mengukur darjah keyakinan responden pula, pengkaji merasakan pengukuran
menggunakan Skala Likert adalah amat sesuai memandangkan kajian ini adalah
merupakan suatu kajian tinjauan. Skor bagi Skala Likert tersebut akan dinilai daripada
skala 1 hingga skala 5. Jadual seperti di bawah menunjukkan perincian bagi skala
tersebut.
Jadual 3. Skala likert
Skala Interpretasi
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Neuteral
4 Setuju
5 Sangat Setuju
Dalam kajian ini untuk menentukan skala pengukuran integrasi skor min pula akan
ditunjukkan seperti dalam Jadual 4 di bawah.
271
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Jadual 4. Interpretasi skor min
Skor Min Interpretasi Skor Min
<2.33 Rendah
2.33 – 3.66 Sederhana
>3.66 Tinggi
(Landell, 1997)
Jadual tersebut menunjukkan jika analisis item berada pada bawah nilai 2.33 maka ia
menunjukkan tahap kesediaan pelajar berada pada tahap yang rendah dan jika
analisis item berada pada nilai lebih tinggi daripada 3.66 maka ia menunjukkan tahap
kesediaan pelajar berada pada tahap yang tinggi manakala jika skor min adalah
diantara nilai 2.33 hingga 3.66 maka keputusan itu menunjukkan tahap kesediaan
pelajar adalah pada tahap yang sederhana.
4. DAPATAN KAJIAN
Dalam kajian ini, penyelidik telah menganalisis data berpandukan kepada borang soal selidik
yang telah diedarkan secara atas talian menggunakan Google Form kepada semua
responden. Fokus utama penyelidik adalah untuk meyelesaikan segala persoalan yang telah
dibangkitkan seperti dalam bab 4.0 pada artikel ini. Analisis yang dijalankan telah
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu latarbelakang responden, persepsi pelajar terhadap
penggunaan aplikasi Google Classroom, dan kesediaan pelajar untuk menggunakan aplikasi
Google Classroom.
4.1 Latarbelakang Responden
Dalam bahagian ini analisis akan memberi fokus utama kepada 4 item iaitu Jantina,
Kursus, Mendaftar sebagai pengguna akaun Google dan Kemahiran penggunaan
aplikasi Google Classroom.
4.1.1 Jantina
Responden yang telah memberi maklumbalas bagi kajian ini adalah seramai
88 Orang pelajar yang terdiri daripada semester2, semester 3 dan
semester 4 program Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan Kolej Komuniti Kok
Lanas. Daripada jumlah itu, 51 orang mewakili responden lelaki iaitu sebanyak
60% dan 37 orang pelajar mewakili responden perempuan iaitu sebanyak 40%.
Ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang terlalu ketara diantara
responden lekaki dan perempuan.
4.1.2 Kelas
Sampel yang telah dipilih adalah diwakili oleh pelajar-pelajar berlainan
semester dan ada juga terdapat pelajar yang berada dalam semester yang
sama tetapi berlainan kelas. Jumlah keseluruhan kelas yang terdapat pada
keseluruhan semester tersebut adalah 5 kelas yang mana terdiri daripada satu
kelas di semester 2 iaitu Kelas SMP2, satu kelas di semester 3 iaitu Kelas SMP3
dan 3 kelas di semester 4 iaitu Kelas SMP4A, Kelas SMP4B dan Kelas SMP4C. Ini
272
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
menunjukkan bahawa semua pelajar yang menjadi responden dalam kajian
ini telah belajar di Kolej Komuniti Kok Lanas sudah melebihi satu semester. Ini
menunjukkan bahawa semua responden yang telah memberi maklumbalas
adalah para pelajar yang telah terdedah kepada sistem pembelajaran di kolej
komuniti.
4.1.3 Mendaftar Sebagai Pengguna Google Account.
Hasil maklumbalas responden mendapati bahawa 100% pelajar yang
mengambil bahagian dalam kajian ini telahpun mendaftar sebagai pengguna
akaun Google. Analisis ini menunjukkan bahawa semua responden telah
mempunyai pengetahuan berkaitan dengan beberapa aplikasi yang tertentu
yang telah disediakan oleh Google.
4.1.4 Kemahiran Penggunaan Aplikasi Google Classroom.
Dapatan maklumbalas responden yang telah didapati melalui item ini adalah
menunjukkan bahawa 84.7% daripada jumlah mereka memilih sederhana
mahir dalam penggunaan aplikasi ini iaitu seramai 72 orang manakala
selebihnya iaitu seramai 13 orang menyatakan bahawa mereka kurang mahir.
Ini menunjukkan bahawa keseluruhan responden yang mengambil bahagian
dalam kajian ini sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran yang paling asas
terhadappenggunaan aplikasi Google Classroom.
4.2 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom
Pada bahagian ini pula analisis akan melibatkan sebanyak 14 pernyataan seperti
jadual 5 yang telah diberikan maklumbalas oleh responden yang terlibat. Ringkasan
bagi Skor Min dan Tafsiran untuk keseluruhan pernyataan itu adalah seperti yang telah
ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Jadual 5. Persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi google classroom
Bil Pernyataan Min Tafsiran
1 Aplikasi Google Classroom mudah untuk dipelajari. 3.67 Tinggi
2 Aplikasi Google Classroom mudah untuk digunakan. 3.88 Tinggi
3 Aplikasi Google Classroom mudah untuk dicapai di mana 3.7 Tinggi
sahaja selagi ada capaian internet.
4 Aplikasi Google Classroom membantu saya menyelesaikan 3.87 Tinggi
tugasan dengan berkesan dan efektif.
5 Aplikasi Google Classroom memudahkan saya untuk 3.95 Tinggi
mendapatkan bahan pembelajaran seperti nota, soalan
tugasan dan sebarang makluman terkini daripada
pensyarah.
6 Aplikasi Google Classroom membolehkan saya berbincang 3.7 Tinggi
dengan ahli kelas yang lain menerusi ruangan bual secara
masa nyata.
7 Aplikasi Google Classroom memberi motivasi dan semangat 3.3 Sederhana
kepada saya untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberi
pada masa yang telah ditetapkan.
8 Aplikasi Google Classroom memudahkan saya untuk 3.7 Tinggi
menyelesaikan tugasan secara berkumpulan.
273
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
9 Aplikasi Google Classroom membolehkan saya untuk melihat 3.88 Tinggi
markah tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah 3.67 Tinggi
dengan lebih mudah dan cepat. 3.7 Tinggi
3.88 Tinggi
10 Aplikasi Google Classroom menjadikan aturan keutamaan 3.7 Tinggi
saya untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh 3.83 Tinggi
pensyarah dengan lebih mudah. 3.75 Tinggi
11 Aplikasi Google Classroom sangat membantu saya dalam
pembelajaran.
12 Aplikasi Google Classroom membolehkan saya
menyelesaikan dan menghantar tugasan saya di mana
sahaja saya berada secara dalam talian.
13 Aplikasi Google Classroom membolehkan saya berkongsi
maklumat dengan sesiapa sahaja ahli di dalam kelas.
14 Aplikasi Google Classroom membolehkan saya untuk
memberi maklumbalas dengan kadar yang segera kepada
pensyarah atau rakan-rakan yang lain di dalam kelas.
Min Keseluruhan:
Hasil analisis daripada jadual 5 di atas menunjukkan bahawa 13 daripada 14
pernyataan tersebut mempunyai tafsiran interpretasi Skor Min yang Tinggi dan hanya
satu penyataan sahaja yang mempunyai tafsiran interpretasi Skor Min yang
Sederhana iaitu pernyataan yang ke 7 yang mana hanya mempunyai nilai skor min
3.3 sahaja. Pernyataan yang paling rendah tersebut adalah pernyataan yang
menjadikan responden mempunyai motivasi dan semangat yang tinggi untuk
menyelesaikan tugasan yang telah diberi pada masa yang telah ditetapkan.
Manakala pernyataan yang mempunyai Skor Min yang tertinggi pula adalah
pernyataan yang ke 5 iaitu 3.96 yang menyatakan bahawa responden lebih mudah
untuk mendapatkan bahan pembelajaran seperti nota, soalan tugasan dan sebarang
makluman terkini daripada pensyarah. Skor Min keseluruhan iaitu 3.74 menunjukkan
bahawa hampir keseluruhan responden mempunyai persepsi yang baik terhadap
penggunaan Aplikasi Google Classroom dalam pembelajaran mereka. Ini dikukuhkan
lagi dengan bukti bahawa tafsiran keseluruhan terhadap interpretasi Skor Min adalah
Tinggi hasil daripada maklumbalas yang telah diberikan oleh responden. Hasil inferensi
ujian t pula menunjukkan tiada perbezaan tahap persepsi di antara jantina lelaki dan
wanita melalui penilaian dijalankan menggunakan ujian persampelan bebas (t= -
1.642). Begitu juga tiada perbezaan terhadap tahap persepsi di antara kelas melalui
ujian yang sama (t= -1.698).
4.3 Kesediaan Pelajar untuk Menggunakan Aplikasi Google Classroom.
Fokus seterusnya adalah pada bahagian C yang mana untuk menilai tahap
kesediaan pelajar untuk menggunakan aplikasi Google Classroom dalam
pembelajaran mereka. Penyelidik telah menyediakan sebanyak 5 pernyataan seperti
jadual 6 akan ditunjukkan seperti dalam jadual di bawah.
274
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Jadual 6. Kesediaan pelajar untuk menggunakan aplikasi google classroom.
Bil Pernyataan Min Tafsiran
1 Pensyarah sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya dalam 3.7 Tinggi
3.96 Tinggi
menggunakan aplikasi Google Classroom. 3.96 Tinggi
2 Saya dapat melihat perkembangan terkini sebarang tugasan 4.13 Tinggi
yang sedang dilaksanakan 4.39 Tinggi
3 Saya sangat berminat untuk meneruskan penggunaan aplikasi
4.03 Tinggi
Google Classroom.
4 Aplikasi Google Classroom sangat membantu saya
menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan dengan
pembelajaran.
5 Saya berpendapat bahawa semua pelajar harus meneruskan
penggunaan aplikasi Google Classroom dalam pembelajaran
mereka.
Min Keseluruhan:
Daripada jadual di atas, keseluruhan bagi kelima-lima pernyatan yang telah diberikan
memberikan tafsiran interpretasi Skor Min yang Tinggi manakala bagi Skor Min
keseluruhan pula memberi nilai sebanyak 4.03 dengan menunjukkan nilai Skor Min
yang tertinggi adalah pada kenyataan yang kelima yang memperoleh nilai sebanyak
4.39 iaitu responden berpendapat bahawa aplikasi ini haruslah diteruskan
penggunaannya kepada kesemua pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini
menunjukkan bahawa kesemua responden secara konsisten menerima pendapat ini.
Dalam menyelesaikan persoalan kajian seperti yang telah dinyatakan pada awal
artikel ini pula, hasil analisis yang diperolehi menunjukkan bahawa majoriti responden
adalah bersedia untuk menggunakan aplikasi ini dalam pembelajaran mereka.
Persoalan ini terjawab dengan bukti Skor Min sebanyak 4.03 yang menunjukkan
kesediaan responden dalam penggunaan aplikasi ini dalam pembelajaran mereka.
Hasil inferensi ujian t pula menunjukkan tiada perbezaan tahap kesediaan di antara
jantina lelaki dan wanita melalui penilaian dijalankan menggunakan ujian
persampelan bebas (t= -0.296). Manakala tahap kesediaan di antara kelas juga tiada
perbezaan yang ditunjukkan melalui ujian yang sama (t= -0.173).
5. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik ini adalah untuk
mengenalpasti tahap persepsi dan kesediaan pelajar dalam menggunakan aplikasi google
classroom. Daripada analisis hasil dapatan, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa
persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom adalah pada tahap Tinggi
dan kesediaan pelajar terhadapa penggunaan aplikasi ini juga berada pada tahap yang
Tinggi. Ini menunjukkan penggunaan aplikasi ini adalah amat baik dan mempunyai impak
yang tinggi untuk digunapakai dalam menyokong proses PdP di pihak pensyarah dan juga
pelajar. Tambahan pula pihak penyedia aplikasi ini tidak mengenakan sebarang bayaran
atau sebarang lesen untuk menggunakan aplikasi ini sekurang-kurangnya buat masa ini.
Semua orang boleh memuat-turun aplikasi ini dengan senang dan mudah secara percuma
sahaja. Di samping itu pihak penyedia aplikasi ini juga sentiasa menaiktaraf ciri-ciri yang
terdapat padanya setiap masa sesuai dengan kehendak dan keperluan pengguna. Oleh itu,
amatlah rugi jika kita tidak memanfaatkan aplikasi ini sementara kita boleh.
275
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Akhir sekali dapatlah dirumuskan bahwa responden memberi maklumbalas yang amat positif
terhadap penggunaan aplikasi ini. Penyelidik juga menyeru supaya aplikasi ini dapat
diteruskan penggunaanya dalam pembelajaran khususnya di kolej komuniti ini. Segala hasil
dapatan dan bukti-bukti yang telah diperolehi hasil daripada kajian ini akan dijadikan
sandaran untuk meyakinkan pihak yang berwajib untuk meneruskan penggunaan aplikasi ini
bukan sahaja di kolej komuniti malah dipanjangkan kepada keseluruhan peringkat
pendidikan.
RUJUKAN
Abdul Rahim Mohd Saad (1998). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi: Keperluan
pertimbangan Semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di Seminar
Dinamika
Peribahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001 : USM
Ahmad, A. et.al. (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran
Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan
Pendidikan. Bil. 7, 14-24.
Ahmad, A. R. (2011). Kepentingan Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
http://www.flashkitech.com/?p=501. 10 Mac 2017
Ahmad, S.F &Tamuri,A.H. (2010). Persepsi Guru Terhadap penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaram j-QAF. Journal of
Islamic and Arabic Education 2(2), 2010 53-64
Ali, H. (2009), Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-
Guru Sekolah Kebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia
Amin, N. M. F & Chiew, K. W. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Perisian Multimedia
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina. Universiti Teknologi Malaysia
Anas, M. (2013). Pengaruh Penggunaan Media Audio Visual Terhadap pembelajaran Sholat
Untuk Meningkatkan Motivasi Belajar Peserta Didik di MIN Beji. Sidoarjo : Universitas
Muhammadiyah
Basiron, I. (2012). Kesan Kaedah Pengajaran Multimedia Interaktif Dalam Pengajaran Seni
Visual, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Laporan Projek Sarjana.
Best, J. W.. & Kahn, J.V. (1989). Research In Education. New Jersey: Prentice Hall.
M. Kaviza (2020). Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom Sebagai
Platform Pembelajaran Sejarah. Universiti Utara Malaysia. msocialsciences.com.
Ibrahim, K. (2013). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) Berasaskan Multimedia
Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab J-QAF Di Daerah Muar. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia: laporan Projek Sarjana Muda
Ibrahim, N. H. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
Education Malaysia Sdn. Bhd.
Iskandar Ab. Rashid (2007). Tingkatkan Produktiviti Dengan Google. Selangor Darul Ehsan:
Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.
Khairul Nizam Bin Zainal Badri (2006). Menggali Ilmu Di Internet Menggunakan Enjin Carian.
Selangor Darul Ehsan: Venton Publishing.
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.
Educational and Psychological Measurement,30 (3), 607-610
Landell, K (1997). Management By Menu. London: Wiley and Son Inc.
276
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Rachel, Anuar & Norasmah (2021). Aplikasi Google Classroom Dalam Matapelajaran Sejarah.
Jurnal Dunia Pendidikan, myjms.mohe.gov.my.
Siti Salwa Atan & Jamaluddin Badusah (2013). Aplikasi Rangkaian Sosial Google Plus
Dalam Pengajaran & Pembelajaran Komponen Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3: 31-41.
277
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
ANALISIS NON VALUE ADDED ACTIVITY TERHADAP PROSES PENGAJARAN
LIPATAN NAPKIN BAGI MODUL BERKAITAN BIDANG PENYEDIAAN MAKANAN
DAN MINUMAN
Norasmawati Mohd Noor
Kolej Komuniti Bukit Beruang
[email protected]
Siti Syazana Muhammad Saufi
Kolej Komuniti Bukit Beruang
Nurul Amira Mohd Sanip
Kolej Komuniti Bukit Beruang
Abstrak. Kemahiran lipatan napkin merupakan salah satu set kemahiran asas seorang
pramusaji dalam bidang penyediaan makanan dan minuman. Keperluan tenaga kerja
berkemahiran dalam memberikan dining environment kepada pelanggan menyebabkan
program Sijil Operasi Perhotelan ditawarkan dengan menjurus kepada pembentukan
pramusaji berkemahiran dalam bidang penyediaan makanan dan minuman. Berdasarkan
pengalaman lalu, tenaga pengajar menghadapi situasi tidak cukup masa dalam
pelaksanaan kelas lipatan napkin. Justeru, dengan menggunakan pendekatan lean,
spesifiknya lean tools value stream mapping, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti proses
sesi pengajaran dan pembelajaran lipatan napkin menggunakan peta aliran nilai (value
stream mapping) dan mengenal pasti non value added activity bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran lipatan napkin. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan
melaksanakan kaedah analisis dokumen pelaksanaan kelas lipatan napkin yang
dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap kelas pelajar semester 1 kursus Food and
Beverage Service I pada sesi Jun 2020. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian melalui
Peta Aliran Nilai (Value Stream Map - VSM) iaitu salah satu kaedah yang digunakan dalam
menganalisis data di dalam pengurusan Lean. Hasil kajian mendapati 39.7% aktiviti bernilai
yang berlaku dalam kelas lipatan napkin melalui current VSM dan daripada 53 aktiviti kelas,
39 aktiviti adalah aktiviti tiada nilai kerana ia adalah pembaziran.
Kata kunci: Penyediaan Makanan Dan Minuman, Lean Management, Value Stream
Mapping, Non Value Added Activity
1. PENGENALAN
Bidang penyediaan makanan dan minuman bukanlah satu bidang yang asing lagi.
Menyumbang kepada ekonomi negara (Flander Investment & Trade, Malaysia Office, 2020),
bidang ini sentiasa menjadi tumpuan pasaran dengan pencarian nilai tambah dalam
pengalaman. Horng dan Hsu (2020) menjelaskan bahawa dalam memberikan pengalaman
bermakna ini, kriteria seperti facility aesthetic, suasana, pencahayaan, table setting, susun
atur dan staf perkhidmatan adalah penting dalam dining environment. Ryu dan Han (2011)
pula menambah bahawa salah satu kriteria dining environment iaitu table setting perlu diberi
perhatian kerana ia memberikan gambaran imej yang berprestij kepada pelanggan.
278
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Lantaran itu, pekerja yang berkemahiran dalam menghasilkan dining environment ini
merupakan aset kepada pemberi perkhidmatan makanan dan minuman kerana pekerja ini
yang akan membantu menciptakan pengalaman pelanggan (Bradley, Elenis, Hoyer, Martin
& Waller, 2017).
Pekerja berkemahiran ini pula dapat dipupuk dari sistem pendidikan melalui pendedahan
kepada set kemahiran yang diperlukan (Kocaman & Kocaman, 2016). Rentetan itu, Kolej
Komuniti bertindak sebagai salah satu institusi pendidikan yang menghasilkan tenaga kerja
berkemahiran dalam bidang penyediaan makanan dan minuman melalui penawaran
program Sijil Operasi Perhotelan dan di bawah program ini satu kursus direka khas untuk
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan bidang penyediaan makanan
dan minuman. Kursus ini menjurus kepada PdP secara teori dan lebih tumpuan kepada
praktikal dimana kajian Thompson, Poulston dan Neill (2017) mendapati percampuran
pembelajaran teori dan praktikal mampu memaksimakan pembelajaran pelajar dengan
pendekatan situasi alam pekerjaan sebenar.
Mengambil dari pernyataan Bradley et al., (2017) dimana pekerja yang berkemahiran
merupakan aset bagi institusi penyediaan makanan dan minuman, kursus Food and Beverage
Service I dilihat sebagai salah satu medium pendedahan set kemahiran yang perlu dikuasai
oleh pelajar Sijil Operasi Perhotelan dimana kandungan kursus ini menjurus kepada kemahiran
– kemahiran asas bagi seorang pramusaji dan salah satu kemahiran yang diajar adalah
kemahiran lipatan napkin. Kemahiran lipatan napkin ini adalah salah satu set kemahiran
penting dalam menyediakan table setting kerana menurut Ryu dan Han (2011) persembahan
napkin (napkin presentation) termasuk dalam gambaran berprestij bagi sesebuah restoran.
Pernyataan ini turut disokong oleh Tuzunkan dan Albayrak (2016) yang mendapati napkin
yang menarik menyumbang kepada keseluruhan suasana fizikal sesebuah restoran yang
mana akhirnya memberi impak kepada kepuasan pelanggan.
1.1 Penyataan Masalah
Sijil Operasi Perhotelan mengambil konsep PdP secara teori dan praktikal dan kursus
berkaitan perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman iaitu Food and
Beverage Service I diperuntukkan 7 jam seminggu dan kelas ini dilaksanakan satu kali
seminggu di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Semasa kelas praktikal PdP kemahiran
lipatan napkin dilaksanakan, tenaga pengajar menghadapi situasi tidak cukup masa.
Perkara ini berlaku setiap semester dan ini menjadi tanda tanya kepada tenaga
pengajar dari segi pengurusan pelaksanaan kelas. Keadaan ini menyebabkan
penguasaan pelajar terhadap lipatan napkin tidak dapat dicapai dalam tempoh
yang diperuntukkan dimana terdapat pelajar yang tidak boleh membuat keseluruhan
5 lipatan asas napkin seusai kelas dilaksanakan.
Oleh kerana itu, satu kajian analisis pelaksanaan kelas lipatan napkin dijalankan
dengan menggunakan pendekatan lean kerana menurut Bhat, Bhat, Raju, D’Souza
dan Gopalakrishna (2020) lean adalah konsep atau falsafah yang menumpukan
kepada penyingkiran aktiviti yang tidak bernilai untuk meningkatkan produktiviti dan
prestasi. Ini turut disokong oleh Sanahuja (2020) dimana, dari sudut pandang
pendidikan, lean dilihat sebagai kaedah yang membolehkan universiti, sekolah dan
pengajar menjadi efektif dalam memberikan pengajaran kepada pelajar dan lebih
efisyen melalui penyingkiran atau pengurangan aktiviti tiada nilai dalam proses
279
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
pendidikan supaya aktiviti yang bernilai iaitu ilmu yang diterima dapat digunakan
pada masa mereka bekerja nanti (Sremčev, Lazarevic, Krainovic, Mandic &
Medojevic, 2018). Sehubungan dengan itu salah satu lean tools iaitu peta aliran nilai
atau value stream mapping telah digunakan bagi mendapatkan gambaran
keseluruhan bagi proses pelaksanaan kelas praktikal ini dan seterusnya mengenal pasti
aktiviti yang tidak sepatutnya dilakukan.
1.2 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan dengan tumpuan kepada objektif berikut:
a) Mengenal pasti proses sesi pengajaran dan pembelajaran lipatan napkin
menggunakan peta aliran nilai (value stream mapping)
b) Mengenal pasti non value added activity bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran lipatan napkin
1.3 Signifikan Kajian
Kajian yang dijalankan ini amat penting terutamanya kepada pelajar dalam
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam
kurikulum. Kemahiran lipatan napkin ini adalah salah satu kemahiran yang termasuk
dalam proses penyediaan table setting dan penyediaan table setting ini pula
merupakan kemahiran asas bagi seorang pramusaji dalam melaksanakan tatasajian.
Kelemahan pelajar dalam menguasai satu kemahiran ini sahaja akan menyebabkan
pelaksanaan tatasajian ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya
objektif pembelajaran tidak tercapai. Bagi tenaga pengajar pula, kaijian ini dapat
mengenal pasti tahap efisyen dalam pengurusan kelas yang dilaksanakan selama ini.
Ini dapat menjawab persoalan tentang aktiviti yang dilaksanakan semasa PdP
diuruskan dengan baik atau sebaliknya. Jika terbukti terdapat isu di dalam pengurusan
aktiviti semasa pelaksanaan kelas, maka tenaga pengajar perlu memikirkan satu
langkah penambahbaikan bagi pengurusan pelaksanaan kelas untuk masa akan
datang. Seterusnya tenaga pengajar dapat berkongsi dapatan penambahbaikan ini
dengan pihak pengurusan agar kaedah penambahbaikan ini dapat digunakan
sebagai satu kaedah PdP untuk sesi seterusnya.
2. KAJIAN LITERATUR
Peta aliran nilai atau value stream mapping (VSM) adalah salah satu lean tools yang
digunakan dalam pengurusan lean. VSM mula diperkenalkan oleh Toyota Production System
(TPS) dimana pemetaan proses (material) dan rajah aliran maklumat bagi setiap produksi
menjadi amalan kebiasaan mereka. Namun di TPS mereka tidak menggunakan nama VSM
tersebut (Riezebos & Huisman, 2021). Konsep VSM adalah cetusan idea dari Jim Womack dan
Dan Jones yang diterjemahkan dalam buku tulisan mereka iaitu Lean Thinking dan seterusnya
konsep ini dimurnikan oleh Mike Rother dan John Shook dalam buku mereka iaitu Learning to
See: Value Stream Mapping to Add Value and Eliminate Muda (Baudin, 2013). Lean Thinking
ini telah lama digunakan dalam pelbagai sektor seperti pembuatan, pembinaan,
perkhidmatan kewangan, kesihatan dan kini ia sudah mula digunakan dalam bidang
pendidikan (Yeh, Arthaud-Day & Turvey-Welch, 2021). Tujuan utama lean adalah untuk
mengurangkan aktiviti yang tidak bernilai dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi dan
kaedah VSM sering digunakan untuk menyokong pendekatan lean ini (Romero & Arce, 2017).
280
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang VSM, Wang, Tang, Zou & Zhou (2020) menerangkan
bahawa VSM adalah satu kaedah atau tool yang membantu organisasi mengenal pasti
punca kepada pembaziran dan masalah yang timbul dan seterusnya dapat dianalisis secara
sistematik melalui pemetaan proses yang terlibat. Yeh et al. (2021) turut menambah bahawa
value atau nilai adalah titik permulaan yang sangat kritikal dan hanya boleh ditentukan dari
sudut pandang pelanggan itu sendiri iaitu kepentingannya terhadap diri pelanggan. Nilai ini
seterusnya membentuk satu aliran nilai (value stream) yang menunjukkan proses dari titik
pemulaan sehingga sesuatu proses itu lengkap di hujung aliran tersebut yang mana akhirnya
akan mewujudkan peta aliran nilai semasa (Langstrand, 2016). Zahraee, Esrafilian, Kardan,
Shiwakoti, dan Stasinopoulos (2021) pula menerangkan dengan VSM tadi, ia mampu
memberikan gambaran sebenar setiap proses yang berlaku melalui gambarajah susuatur
proses yang berlaku dan disinilah semua aktiviti bernilai tambah (value added activity) dan
juga aktiviti tiada nilai tambah (non value added activity) dapat dikenal pasti dan seterusnya
membantu dalam proses penambahbaikan (Romero & Arce, 2017).
Dari sudut pendidikan, Riezebos dan Huisman (2021) mendapati kaedah VSM ini jarang
digunakan dan terdapat sedikit contoh kajian terdahulu yang menceritakan penggunaan
VSM ini. Pernyataan ini disokong oleh Sanahuja (2020) dimana kajian yang mengadaptasi
prinsip dan amalan Lean Thinking dalam PdP kurang diterokai dan dibangunkan sehinga kini.
Namun kajian – kajian yang ada menggunakan pendekatan lean dan juga kajian terdahulu
dari konteks pendidikan secara umum telah dirujuk sepanjang perjalanan kajian ini
terutamanya dalam mengenal pasti peta aliran nilai bagi kelas lipatan napkin dan juga
mengenal pasti aktiviti yang tiada nilai tambah agar pelaksanaan kelas dapat dilakukan
dengan efisyen. Kaedah bagi mewujudkan VSM kelas lipatan napkin dijelaskan oleh
Langstrand (2016) dan juga Wang et al. (2020) dalam penulisan mereka. Manakala bagi
menentukan jenis aktiviti yang mempunyai nilai tambah dan aktiviti yang tiada nilai tambah
terutamanya di bidang institusi pengajian tinggi, Douglas, Antony dan Douglas (2015)
menjelaskan bahawa aktiviti bernilai tambah adalah hasil akhir yang yang diberikan kepada
pelanggan dengan cara yang betul dan pelanggan mengesahkan ianya benar – benar
bernilai kepada mereka dan aktiviti yang tiada nilai tambah adalah sesuatu proses yang
berlaku dan fungsinya tidak memberikan sebarang impak dan jelas sekali ianya adalah suatu
pembaziran yang nyata. Selain daripada non value added activity yang dianggap
membazir, Jasti dan Sharma (2014) dan Wang et al. (2020) mendapati necessary non value
added activity juga tergolong sebagai aktiviti membazir. Ini kerana Langstrand (2016)
mendapati pembaziran adalah perkara yang memperlahanan aliran nilai dengan tiada
faedah dan penentuan aktiviti tiada nilai ini berkait rapat dengan pembaziran yang timbul.
Kajian Klein, Tonetto, Avila dan Rodrigo Moreira (2021) telah mengenal pasti lapan aktiviti yang
membazir dalam institusi pendidikan tinggi iaitu 1) pergerakan berlebihan, 2) pengangkutan
berlebihan, 3) orang atau bakat yang tidak digunakan, 4) inventori, 5) kerosakan, 6)
penghasilan berlebihan, 7) masa menunggu dan 8) proses berlebihan.
Kajian Sremčev et al. (2018)mendapati melalui lean, pelaksanaan sesi PdP di makmal dapat
mengurangkan pembaziran iaitu masa menunggu dan inventori. Bagi pembaziran masa
menunggu perkara seperti menunggu sebelum latihan amali boleh dilaksanakan, menunggu
pengajar menyediakan bahan pengajaran dan pelajar menunggu peralatan yang perlu
diambil dari lokasi yang berbeza manakala bagi pembaziran inventori pula adalah,
disebaban terlalu banyak tempat simpanan yang ada ini menyebabkan lebihan bahan
disimpan dalam tempat simpanan. Kajian Singh (2019) pula mendapati, perancangan
281
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
menyeluruh kursus bagi pelajar yang mengikuti pembelajaran separuh masa dapat
diperkukuhkan dengan menggunakan pendekatan lean dimana pembaziran seperti masa
menunggu, lebihan proses, kesilapan atau kerosakan dan pergerakan dapat dikurangkan
dan seterusnya ia dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Seterusnya
bagi menangani isu non value added activity dalam subjek STEAM (Science, Technology,
Engineering, Art and Mathematics) khususnya dari segi pelaksanaan PdP, Sanahuja (2020)
mencadangkan penggunaan lean teaching di mana pembaziran yang sering berlaku di IPT
di perkecilkan skopnya bagi teaching – learning process. Sanahuja (2020) turut menambah
bahawa apabila isu non value added ini dapat ditangani, perancangan pengajar dalam
pelaksanaan kelas dapat di buat dengan lebih baik lagi.
3. METODOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif iaitu dengan melaksanakan
kaedah analisis dokumen pelaksanaan kelas lipatan napkin bagi kursus Food and
Beverage Service I pada sesi Jun 2020. Data ini di ambil pada pelaksanaan kelas
lipatan napkin yang bertarikh 25 Ogos 2020 dan direkod sekali sahaja atas faktor
penetapan topik, minggu dan kandungan kursus dalam kurikulum yang disediakan.
Kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif melalui Peta Aliran Nilai (Value Stream
Map - VSM) iaitu salah satu kaedah yang digunakan dalam menganalisis data di
dalam pengurusan lean. Bagi mendapatkan data untuk peta aliran nilai ini, salah
seorang penyelidik yang merupakan tenaga pengajar kursus ini dan dua lagi
penyelidik telah menjadi timekeeper dan pencatat masa dan aktiviti pelaksanaan
kelas yang berlangsung.
3.2 Sampel Kajian
Sampel bagi kajian ini merupakan kelas pelajar semester 1 yang mengambil kursus
Food and Beverage Service I sesi Jun 2020. Bagi ambilan sesi Jun 2020, hanya terdapat
satu kelas sahaja bagi semester 1. Catatan masa bermula dari pelaksanaan aktiviti
PdP antara pensyarah dan semua pelajar kelas tersebut yang terdiri daripada 30
orang pelajar, hingga kelas ditamatkan.
3.3 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian disamping
mengaplikasikan salah satu lean tools iaitu VSM. Menggunakan Process Observation
Sheet, data seperti nama proses, tarikh pemerhatian, masa setiap proses (masa mula,
masa tamat dan tempoh masa yang digunakan bagi setiap proses) dan masa
menunggu direkodkan. Seterusnya data dari Process Observation Sheet tadi
digunakan untuk mengenal pasti dan menganalisis aktiviti yang terdapat dalam
proses PdP lipatan napkin untuk dijadikan satu carta proses aliran. Penghasilan carta
aliran ini melibatkan lima langkah dan langkah pertama bermula dengan membina
aliran berdasarkan proses/aktiviti yang dilaksanakan. Seterusnya, setiap satu proses
tersebut dianalisis bagi mendapatkan VSM semasa yang dilaksanakan (current VSM).
Kemudian hasil dari analisis tersebut, isu atau masalah dikenal pasti dan seterusnya
tindakan atau kaedah penambahbaikan di cadangkan agar VSM yang baru (future
282
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
VSM) dapat di bina dengan pelaksanaan proses/aktiviti yang bernilai tambah (Wang
et al., 2020).
Proses pembentukan current VSM ini membantu penyelidik mengenal pasti value
added activity dan non value added activity yang turut dikenali sebagai pembaziran
atau muda dalam bahasa Jepun, yang telah terhasil semasa proses PdP berlangsung
dalam kelas praktikal lipatan napkin. Seterusnya pembaziran ini akan dikenal pasti
akan kesannya kepada pelaksanaan kelas lipatan napkin kerana di dalam
pengurusan lean, selain daripada tujuan utamanya mengurangkan pembaziran, ia
turut membantu meningkatkan produktiviti dan juga dapat memberikan ruang dan
peluang kepada penambah baikan (Kumar, Dhingra & Singh, 2018). Kesemua proses
ini telah direkodkan dan analisis akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bahagian
analisis dan keputusan.
4. ANALISIS DAN KEPUTUSAN
a) Mengenal pasti proses sesi pengajaran dan pembelajaran lipatan napkin menggunakan
peta aliran nilai (Value Stream Mapping - VSM)
Rajah 1. Current VSM pengajaran lipatan napkin
Peta aliran nilai semasa (current VSM) bagi kelas praktikal lipatan napkin adalah seperti Rajah
1. Terdapat enam proses yang dikenal pasti iaitu proses pertama Persediaan Awal PdP (P1),
proses kedua iaitu aktiviti Persediaan Peralatan PdP (P2), proses ketiga iaitu aktiviti Memulakan
Kelas (P3), proses keempat iaitu Aktiviti Pelajar (P4), proses kelima iaitu aktiviti Membuat Refleksi
(P5) dan proses terakhir iaitu aktiviti Memulangkan dan Menyimpan Napkin (P6). Melalui
current VSM ini process time(PT), waiting time(WT), lead time (LT) dan juga process efficiency
(PE) dapat dianalisis. Langstrand (2016) menerangkan bahawa PT adalah masa yang
diperlukan bagi sesebuah proses dapat dilaksanakan, bermula dari awal hingga akhir proses
terebut. Ini termasuk masa persediaan, masa pelaksanaan dan masa pergerakan. WT pula
adalah masa yang terbiar tanpa sebarang aktiviti bermanfaat semasa pelaksanaan sesuatu
proses, LT adalah jumlah masa yang membolehkan sesuatu proses itu dapat dilaksanakan
dan diperolehi dari percampuran PT dan WT. Manakala PE adalah nisbah PT kepada LT dan
PE akan memberikan maklumat dari segi peratus aktiviti bernilai tambah (value added) bagi
keseluruhan proses ini (Langstrand, 2016).
283
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Dibawah P1, terdapat 7 aktiviti yang menggunakan 2580 saat PT untuk pelajar masuk ke kelas,
pengambilan kehadiran, grooming check, pemberian taklimat, pembahagian kumpulan dan
tugas oleh pensyarah. P2 pula mempunyai 13 aktiviti yang melibatkan 3542 saat untuk pelajar
membuat setup working station dan mengambil bahan PdP di Silver Room. P3 dengan 6
aktiviti (1255 saat) iaitu pensyarah meminta pelajar bergerak ke hadapan untuk sesi
demonstrasi bagi lima jenis lipatan napkin yang asas. P4 melibatkan 11 aktiviti (17,389 saat)
dimana pelajar bergerak ke working station masing-masing untuk membuat lipatan napkin
dan pemantauan oleh pensyarah. Pada P4 inilah masa yang dicatatkan sebagai PT agak
tinggi iaitu sebanyak 17,389 saat atau 63.61% masa yang diperuntukkan bagi keseluruhan
masa sesi pengajaran dan pembelajaran lipatan napkin ini.
P5 mempunyai 6 aktiviti (1105 saat) dimana pensyarah membuat refleksi, memberikan
maklum balas terhadap hasil lipatan pelajar tadi dan sesi soal jawab. P6 dengan 10 aktiviti
(1464 saat)iaitu pelajar menyemak bilangan napkin, bergerak untuk penyimpanan peralatan
dan bahan PdP da masuk ke kelas untuk menamatkan kelas. Keseluruhannya, terdapat 53
aktiviti yang telah dapat dikenal pasti dalam proses sesi pengajaran dan pembelajaran
lipatan napkin dengan menggunakan peta aliran nilai (value stream mapping - VSM). Hasil
dari pengiraan data yang terkumpul, keselurusan PT bagi proses pelaksanaan kelas lipatan
napkin ini adalah 27,335 saat, WT adalah 41,455 saat, LT adalah 68,790 saat dan
menggunakan persamaan seperti di bawah, PE adalah 39.7%. Ini menjelaskan bahawa
secara keseluruhannya hanya 39.7% aktiviti yang dilaksanakan dalam kelas lipatan napkin
bernilai tambah manakala, 60.3% tidak bernilai tambah.
Eq 1 : PE = Σ Process time
Σ Lead time
b) Mengenal pasti non value added activity bagi sesi pengajaran dan pembelajaran lipatan
napkin
Jadual 1. Non Value added activitiy bagi kelas praktikal lipatan napkin
Bil. Proses Aktiviti Tempoh
(saat)
Proses 1 : Persediaan 300
1. Pelajar mengambil tempat masing-masing
Awal PdP
2. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan 184
3. Pensyarah membahagi tugas dalam kumpulan 272
Proses 2 : Persediaan Pelajar bergerak ke bilik stor untuk mengambil
4. 183
Peralatan PdP meja
5. Pelajar memilih meja yang sesuai 269
6. Pelajar membawa meja ke tempat yang 312
ditetapkan
7. Pelajar setup working station 711
Pensyarah bersama ketua-ketua kumpulan
8. 612
bergerak ke Silver Room di aras bawah
9. Pensyarah membuka pintu Silver Room 5
Pensyarah bersama ketua-ketua kumpulan
10. bergerak ke rak linen 12
284