e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Validasi/Sesi Interaktif Juri Pertandingan Piala Seri Endon 2019
Rajah 3. Produk akhir rekaan fesyen di pentas akhir Piala Seri Endon 2019
Rajah 4. Produk akhir rekaan fesyen di pentas akhir Piala Seri Endon 2019 bersama Pereka/
Penyelidik
135
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Rajah 5: Penyelidik menjuarai kategori fesyen Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon
2019, Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan hadiah.
Rajah 6: Penyelidik Bersama piala pusingan dan mock up cheque diiringi model professional
yang memakai produk akhir penyelidik.
Sesi validasi penyelidikan dilakukan melalui penjurian Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri
Endon 2019 bagi kategori rekaan fesyen di mana sesi interaktif antara penyelidik dan juri-juri
profesional yang telah berlangsung di Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur. Hasil pendapat serta
pandangan daripada penjurian tersebut, kebanyakkan juri memberi komen yang positif di
mana Pua Kumbu sebagai sumber inspirasi yang diolah menjadi reka corak batik
136
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
kontemporari yang dihasilkan sangat menarik serta pemilihan warna yang relevan mengikut
trend semasa. Ketua Juri Dato Dr. Mohamed Najib Bin Ahmad Dawa berpendapat inovasi
teknik ini sangat menarik kerana ia menghasilkan kesan warna dan teknik lilin yang tidak
semua pembatik boleh hasilkan. Selain itu, juri Prof. Madya Dr. Mohd Azhar bin Samin
mengatakan bahawa penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik sangat kuat dengan
melakukan beberapa rujukan serta research & development sebelum reka corak batik
dihasilkan. Penggunaan material yang sesuai dengan rekaan memberikan kesan yang
menarik pada rekaan pakaian. Justeru itu, juri telah memilih produk inovasi penyelidik
menjuarai Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon 2019 bagi kategori rekaan fesyen.
Penganugerahan menjadi juara dalam pertandingan ini merupakan satu pengiktifan yang
besar kepada penyelidik kerana bersaing dengan ramai pereka/ penyelidik batik yang hebat
serta pakar di dalam industri batik Malaysia.
8. HASIL DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan daripada kajian ini dapat penyelidik simpulkan bahawa penyelidik dapat
mengenal pasti pembaharuan dari segi motif atau corak Pua Kumbu yang sesuai digunakan
sebagai sumber inspirasi di dalam kajian di mana kaedah kajian pemerhatian lapangan yang
dilakukan di Muzium Tekstil Sarawak untuk melihat sendiri corak Pua Kumbu untuk dijadikan
sumber inspirasi di dalam reka corak batik hasil inovasi gabungan teknik batik blok dan shibori.
Di samping itu, hasil dapatan eksperimentasi teknik batik dan shibori yang sesuai telah
dilakukan dan digabungkan bagi menghasilkan reka corak batik kontemporari adalah
berjaya di mana ia menghasilkan reka corak tekstil yang menarik dan abstrak. Selain itu, hasil
dapatan produk rekaan fesyen pakaian yang menarik berasaskan reka corak tekstil telah
dihasilkan dan dipertandingkan di dalam Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon 2019
serta telah menjuarai di dalam pertandingan tersebut.
Selain itu juga, hasil dapatan dari proses validasi terhadap produk yang telah dihasilkan telah
berjaya dilakukan melalui pertandingan. Kaedah temubual dan sesi interaktif bersama juri
juga mendapati bahawa corak Pua Kumbu sangat sesuai dan relevan digunakan mengikut
trend permintaan pengguna semasa. Gabungan teknik batik blok dan teknik shibori ini adalah
satu inisiatif yang baik bagi menambahbaik rekacorak yang dihasilkan lebih segar dan
menarik. Menurut Ketua Juri Dato Dr. Mohamed Najib Bin Ahmad Dawa berpendapat inovasi
teknik ini sangat menarik kerana ia menghasilkan kesan warna dan teknik lilin yang tidak
semua pembatik boleh hasilkan. Selain itu, juri Prof. Madya Dr. Mohd Azhar bin Samin
mengatakan bahawa penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik sangat kuat dengan
melakukan beberapa rujukan serta research & development sebelum reka corak batik
dihasilkan.
9. CADANGAN DAN KESIMPULAN
Cadangan yang penyelidik dapati di dalam penyelidikan ini adalah lebih banyak corak Pua
Kumbu yang boleh dijadikan kajian dan juga pelbagai teknik shibori boleh dieksperimenkan
serta gabungan dengan medium atau alatan membuat batik yang lain seperti berus, span
dan lain-lain peralatan boleh diaplikasikan untuk mendapatkan hasil reka corak yang
berbeza-beza. Selain itu juga, teknik tekstil yang lain seperti printing dan digital print juga boleh
137
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
digunakan di dalam rekaan, namun teknik tradisi batik perlu diterapkan dan dikekalkan agar
ia agar teknik tradisional warisan budaya ini kekal terpelihara sehingga generasi akan datang.
Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini didapati bahawa corak Pua Kumbu sesuai dan
relevan dijadikan sebagai sumber inspirasi pereka dalam menghasilkan reka corak batik
kontemporari dan abstrak. Menurut Prof. Madya Sulaiman Abdul Ghani (2001) perkembangan
teknologi di dalam penghasilan tekstil semakin hebat maka wajarlah tekstil tradisional ini
mengorak langkah, mencari nafas baru dari aspek teknik, warna dan ragam hias.
Oleh itu, corak batik blok Pua Kumbu dan penggabungan teknik batik dan shibori dalam satu
reka corak batik adalah sangat menarik dan menghasilkan corak yang kontemporari serta
moden. Dalam penyelidikan ini, reka corak Pua Kumbu telah direka bentuk dan digunakan
sebagai reka corak baru di dalam rekaan batik bagi penghasilan rekaan fesyen pakaian.
Berdasarkan hasil dapatan penyelidikan mendapati rekaan fesyen pakaian hasil gabungan
teknik batik dan shibori berinspirasikan corak Pua Kumbu yang dihasilkan menepati citarasa
pengguna pada masa kini. Di samping itu, hasil kajian ini dapat membantu Pengusaha Batik
dan mahasiswa yang melibatkan diri di dalam pengeluaran dan penghasilan batik di
Malaysia.
10. RUJUKAN
Abdullah, J.A.S (1990). Batik: Sejarah dan Keistimewaan Tekniknya. Akademika, 37, 73 - 90.
Batik Guild Magazine, (2017). Interview with Tun Abdullah Ahmad Badawi, Patron of Malaysia
Batik: Crafted for the World Movement (Yayasan Budi Penyayang Malaysia)
Bilon, B, N. (2014). Kemerosotan Pembuatan Pua Kumbu Secara Tradisional Dalam Kalangan
Masyarakat Iban. Tesis UNIMAS
Che Ya, M. S. (2019). Motif Alam Semulajadi Sebagai Sumber Inspirasi Dalam Penghasilan Batik
Shibori. Prosiding 9th National Conference In Education Technical & Vocational
Education and Training, 657-667. Selangor : Politeknik Banting.
Fauziah, F. (2001). Seni Alam dan Kenegaraan. Kuala Lumpur. Balai Seni Lukis Negara. Jabatan
Muzium Sarawak. Diakses daripada https://museum.sarawak.gov.my/
Janice, G. (2017). Shibori For Textile Artists. United States: Kodansha America, Inc.
Jeros, D. G. (2007) Motif Iban Dalam Pengaplikasian Seni Tampak Di Malaysia. Tesis UNIMAS
Laporan Penyelidikan Motif Purba Dalam Penghasilan Produk Batik, 2003. UPSI, Tanjong Malim,
Perak
Lias, H., Ismail, A. R., & Abd Hamid, H. (2020). Technological Development of Bamboo for
“Batik” Stamp in Malaysian Textile Industries. 2nd International Conference on Green
Environmental Engineering and Technology. In IOP Conference Series: Earth and
Environmental Science, 616. IOP Publishing.
Mandy, S. (2009). Shibori: the inventive art of Japanese shaped resist dyeing. United Kingdom:
Search Press Ltd.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Diakses daripada
https://www.kraftangan.gov.my/
Samin, A. M. , Legino, R. & Kari, R. (2018). Alternative Batik - The Potential of Its Outcome and
Designing Methods. International Journal of INTI
138
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Sapiai, N. S., Awang, J., & Abu Bakar, R. (2021). Reka Corak Batik Kontemporari Berinspirasikan
Sarung Pelikat. e-Proceedings of International Conference on Language, Education,
Huamanities & Social Sciences (i-LEdHS2021), 311. UITM cawangan Machang, Kelantan.
Sultan, N. & Jusilin, H. (2018). Estetika Motif Dan Corak Tenunan Pua Kumbu Orang Iban Di
Sarawak. Jurnal Komunikasi Borneo 2018 vol 6, 22-27. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Yoshiko, W., Mary. K. R., & Jane B. (2012). Shibori: the inventive art of Japanese shaped resist
dyeing. United States: Kodansha America, Inc.
Yunus, N. A. (2014) Malaysia Batik: Reinventing a Tradition. Yayasan Budi Penyayang Malaysia.
139
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT TERHADAP BELIA
Siti Saleha Abdul Azis,
Kolej Komuniti Pasir Salak
Mohd Rashidi Omar
Kolej Komuniti Chenderoh
Basuriah Yunus
Kolej Komuniti Chenderoh
Yufiza Mohd Yusof
Politeknik Ungku Omar
Abstrak: Idea pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) telah dicetuskan oleh
YAB Timbalan Perdana Menteri semasa ucapan di Perhimpunan Agung pada 7 Disember
2013. Kolej Komuniti diamanahkan sebagai hub bagi pelaksanaan PISH bagi institusi
pendidikan di Malaysia dan pelaksanaannya bermula tahun 2014. Kajian ini meneroka sejauh
mana perlaksanaan Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat terhadap para belia yang
dilaksankan oleh pihak kolej komuniti. Kajian ini adalah kajian tinjauan dengan mengedarkan
soal selidik. Seramai 270 responden belia dari institusi keagamaan dan belia setempat telah
menjawab soal selidik yang ditadbirkan. Data-data adalah dianalisis menggunakan perisian
SPSS v24. Dapatan nilai min keseluruhan bagi kaedah pengajaran terhadap kursus PISH
adalah sederhana tinggi (min=3.95, sp=0.54), manakala dapatan nilai min keseluruhan bagi
tahap reaksi pelajar terhadap kursus PISH, adalah pada tahap tinggi (min=4.10, sp=0.52).
Dapatan keseluruhann tahap penerimaan pelajar terhadap kursus PISH berada pada tahap
tinggi (min=4.18, sp=0.47). Pelaksanaan PISH di kolej komuniti telah memberi pendedahan
tentang ilmu kemahiran teknikal kepada institusi keagamaan dan belia setempat. PISH
adalah saluran utama ke arah pembentukan satu masyarakat yang seimbang dunia dan
akhirat. Pengkaji mencadangkan kajian terhadap keberkesanan pelaksanaan program “1
Tahfiz 1 Kemahiran” untuk melihat impak program dan pencapaian Pelan Tindakan
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang digariskan di dalam Pelan Induk PISH 2017.
Kata kunci: Keberkesanan, PISH, Institusi Keagamaan dan Belia.
1. PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan tunjang utama dalam melahirkan individu yang berpengetahuan
serta mampu bersaing di peringkat global. Cabaran-cabaran seperti perubahan ekonomi
global, perkembangan teknologi yang pantas serta persaingan yang sengit dalam sektor
pekerjaan mendesak kita supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran
yang sedia ada (Yufiza et al., 2016). Untuk menjadi seorang yang berjaya, ilmu pengetahuan
itu amatlah penting dan ia bergantung kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki untuk terus
maju di dalam apa juga lapangan yang diceburi, baik di dunia mahupun di akhirat (Riwayat
Al-Tarmizi). Demi menyahut cabaran menjadikan modal insan yang berilmu, maka Jabatan
Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mewujudkan satu program
Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) untuk dilaksanakan kepada komuniti setempat
untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai kerjaya dan pelajar-pelajar institusi
140
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
keagamaan seperti pelajar Sekolah Tahfiz, Maahad, Sekolah Pondok, Madarsah, Masjid, Surau
(Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017).
Pendidikan Islam telah diberi perhatian pada masa kini, dimana program ini diharap mampu
memberi keseimbangan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Perubahan ini perlu dilaksanakan
untuk mencapai kecemerlangan dan kemajuan negara, dan akhirnya membentuk modal
insan yang holistik dan kompeten (Yufiza et al., 2016). Malah, mereka mengatakan bahawa
kolej komuniti memainkan peranan yang besar dalam menyediakan kemahiran kepada
komuniti setempat tanpa mengira umur, latar belakang dan status sosio-ekonomi (Yufiza et
al., 2016). Saluran pendidikan melalui PSH berupaya melahirkan modal insan berkemahiran
dan berpengetahuan. Justeru, pelaksanaan program PISH menjadi antara agenda utama
pada tahun 2014 bagi memperkasakan lagi Pendidikan Islam dalam kalangan komuniti
(Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017).
1.1 Latar belakang
Idea pelaksanaan PISH berdasarkan saranan yang dikemukakan oleh YAB Timbalan
Perdana Menteri Malaysia (TPM) semasa Perhimpunan Agong UMNO pada 7 Disember
2013. Rentetan dari itu, JPKK mengadakan satu pertemuan dengan Menteri
Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 9 Disember 2013 untuk mendapatkan input
awal berkenaan hala tuju PISH.
Menurut Mohd Zainudin (2014) aktivti PISH diteruskan dengan sesi Pembentangan PISH
di Persidangan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran & Pendidikan Islam (LEPAI)
kali ke-42 pada 8 Mei 2014 untuk makluman ahli LEPAI. Seterusnya, pada 4 Jun 2014
Pembentangan Nota Jemaah Menteri bertajuk “Dasar Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat (PISH)” dalam Mesyuarat Kabinet telah dibentangkan. Mesyuarat diteruskan
bagi Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri Kali ke-6 Bil. 1/2014 pada 16
Jun 2014 dan pada 3 November 2014 Jawatankuasa PISH Nasional diluluskan di dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Nasional PSH Bil. 1/2014. Bagi memantapkan pelaksanaan
PISH, Mesyuarat Jawatankuasa Induk PISH Nasional telah diadakan pada 11
November 2014 untuk status pelaksanaan dan penambahbaikan program PISH
(Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017).
1.2 Pernyataan Masalah
Menurut Hamidah, (2009) kebanyakan pelatih tidak dapat menggunakan kemahiran
dan pengetahuan yang dipelajari apabila mereka pulang daripada menjalani latihan
kursus. Malah Abdul Ghafar (2015) menyatakan bahawa faktor latihan yang diterima
merupakan antara perkara penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu
pekerjaan. Beliau menambah bahawa kecekapan, keberkesanan tugas dan peluang
menambah ekonomi dalam kehidupan seharian datangnya daripada latihan yang
sistematik dan berterusan.
Manakala Yusuf Ismail (1991) menyatakan untuk membangunkan kesempurnaan
pekerja muslim ke arah mencapai al falah (kejayaan), mereka perlu menjalani latihan
dalam pembangunan. Kenyataan beliau membuktikan bahawa latihan ataupun
kursus yang dilaksanakan memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi
untuk melahirkan insan yang berilmu dan berkemahiran serta berkualiti. Zulkiple, Noor
Azizi dan Adnan (2015), menyatakan antara cabaran utama pelaksanaan PISH di USIM
ialah untuk memperkenalkan pakej pembelajaran yang sesuai dengan kehendak
141
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
sasaran dan dapat mengartikulasi antara niche USIM dalam mengintegrasikan ilmu
naqli dan aqli dan tempat kerja, komuniti, status sosio ekonomi dan aspek
perkembangan dan penggunaan teknologi.
Pelaksanaan sesuatu kursus atau latihan perlu dinilai keberkesanannya supaya
mencapai objektif dan matlamat yang digariskan. Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kursus yang berkualiti serta memenuhi piawaian negara di bawah
Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) perlu dititikberatkan bagi semua program kursus.
Hal ini bagi mempertingkatkan kualiti penyampaian dalam teras 1 kompenan Pelan
Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).
Kajian ini dijalankan bagi membincang dan menganalisis keberkesanan kursus
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di kolej komuniti. Banyak kajian menyatakan
bahawa faktor yang menyebabkan kegagalan latihan berpunca daripada kaedah
pengajaran yang digunakan sewaktu latihan dijalankan. Keadaan ini menyebabkan
pelajar kerap menunjukkan reaksi yang negatif terhadap kursus yang dijalankan.
Berdasarkan isu yang dinyatakan masalah ini maka pihak pengkaji ini ingin melihat
sejauh mana pelaksanaan kursus PISH ini benar-benar dapat diterima oleh pelajar-
pelajar yang mengambil bahagian dalam program ISH ini. Lantaran itu, dengan
adanya kajian seperti ini ianya dapat menambahkan kajian di institusi kolej komuniti
terutamanya berkaitan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan kursus PISH yang
dijalankan di kolej komuniti di negeri Perak terhadap program Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH) di kolej komuniti.
i. Mengenalpasti kaedah pengajaran terhadap pelajar Kursus Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH).
ii. Mengenalpasti reaksi pelajar terhadap pelajar Kursus Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH).
iii. Mengenalpasti penerimaan pelajar kursus terhadap Kursus Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH).
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian, dapat disimpulkan soalan kajian adalah seperti
berikut:
i. Apakah tahap kaedah pegajaran terhadap pelajar kursus Kursus Pendidikan
Islam Sepanjang Hayat (PISH)?
ii. Apakah tahap reaaksi pelajar terhadap Kursus Pendidikan Islam (PISH)?
iii. Apakah tahap penerimaan pelajar kursus terhadap Kursus Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH)?
1.5 Kepentingan Kajian
Kejayaan sistem Pendidikan Islam di Malaysia bukanlah tugas Kementerian Pendidikan
Malaysia semata-mata ia perlu disokong oleh semua pihak yang mahukan pendidikan
Islam dilaksanakan dengan lebih cemerlang dan dapat melahirkan bakal-bakal
cendikiawan, usahawan dan teknokrat. Justeru, hasil penyelidikan ini adalah
merupakan sumbangan ke arah memperkasakan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
di Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
142
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
merangka dan melaksanakan penambahbaikan kursus-kursus Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat yang ditawarkan di kolej komuniti. Salah satu kepenitngan kajian ini
adalah untuk mencadangkan solusi terbaik dan penambahbaikan Kursus Pendidikan
Islam Sepanjang Hayat di masa akan datang.
2. KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat merupakan satu usaha dan inisiatif yang
menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agama demi membentuk
masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin
kesejahteraan. PISH menggabungkan konsep ukhrawi dan duniawi secara berterusan
kepada komuniti setempat. Konsep duniawi dalam PISH memberikan ilmu kemahiran
dan keusahawanan kepada pelajar institusi agama seperti tahfiz, pelajar sekolah
pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti manakala konsep ukhrawi membina
hubungan dan merapatkan ukhwah sesama umat Islam dan penganut agama lain
bagi mengekalkan keamanan sejagat (Yufiza Mohd Yusof, 2016; Mohd Zainudin
(2014).
2.2 Kajian Lepas Keberkesanan Program latihan dan Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat
Thilagavathi et al., (2015) dalam kajian mengenai tahap kepuasan pelajar kursus
pendek di Kolej Komuniti Lahad Datu (KKLD) mendapati bahawa pelajar dapat
menambah kemahiran dan ilmu pengetahuan dan penyampaian isi kandungan
mencapai objektif serta kandungan kursus teratur. Liu Tse Hui et al., (2015) dalam kajian
mereka terhadap keberkesanan kursus pendek bermodular yang dilaksanakan di Kolej
Komuniti Mas Gading Sarawak mendapati bahawa pelatih mempunyai persepsi yang
baik terhadap keberkesanan kursus yang dijalankan. Antara elemen yang penting
dalam meningkatkan keberkesanan kursus adalah fleksibiliti, peranan pengajar,
motivasi, keusahawanan, peralatan, masa kursus, tindakan susulan dan maklum balas
serta model latihan yang sistematik. Peranan pengajar adalah faktor utama dalam
menentukan keberkesanan kursus.
Siti Norbaini (2015) mendapati majoriti responden menyatakan bahawa faktor-faktor
yang menyebabkan kegagalan latihan berpunca daripada tiga pihak yang penting
iaitu pelatih, pihak organisasi dan juga jurulatih. Menurut Mohd Faizal Mohd Isa et al.,
(2013) menyatakan bahawa di antara faktor yang menjadi penentu kepada
keberkesanan sesebuah latihan adalah faktor rekabentuk latihan seperti jangka masa
dan objektif kursus, penekanan kepada amali dan teori sahaja, kepakaran tenaga
pengajar dan maklumbalas prestasi dan perubahan pelajar setelah menngikuti
latihan. Faktor yang mempengaruhi prestasi pembelajaran pelajar kursus ialah
motivasi untuk belajar, kemahiran komputer yang mencukupi, kandungan program
latihan, hubungan dua hala antara pelatih dan jurulatih, mudah untuk digunakan dan
akses, sokongan daripada jurulatih dan persekitaran pembelajaran kosisten dan
manakala faktor yang mempengaruhi prestasi ialah motivasi pembelajaran,
kandungan program latihan, sokongan jurulatih dan pencapaian pembelajaran
(Mohd Rashidi, 2019). Malah beliau menjelaskan PISH adalah faktor penting dalam
membawa nilai keseimbangan dalam diri individu terutamanya dalam mendidik
143
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
masyarakat secara berterusan. Mohd Farid (2015), dalam kajiannya menjelaskan
bahawa PISH bukan sekadar berperanan sebagai pemerkasaan budaya ilmu dalam
kalangan masyarakat malah ia juga penting dalam memperkukuhkan nilai dan jati diri
masyarakat melalui Pendidikan Islam secara berterusan. Bagi masyarakat Islam PISH
akan memperkukuhkan lagi pembelajaran ilmu teras dalam masyarakat iaitu ilmu
fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Antara usaha yang dilaksanakan oleh IKIM dalam
memperkukuhkan PISH islah menjalankan seminar, persidangan meja bulat, bengkel-
bengkel kemahiran, program kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan jabatan-jabatan agama serta
menganjurkan dialog antara agama.
Hasbullah (2015) dalam kajiannya berkaitan kerjasama PERKIM dengan Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti menjelaskan kolej komuniti menawarkan pelbagai kursus
dengan kos yang minima sewajarnya direbut oleh seluruh warga PERKIM untuk
meningkatkan keupayaan modal insan umat Islam. Mohamad Amir et al., (2015)
menyatakan melalui Seksyen Pembelajaran Sepanjang Hayat pelbagai program
pengajian sepanjang hayat dapat dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti pengajian di
masjid-masjid, agensi-agensi kerajaan.
Noraini et al., (2015) dalam kajian mengaskan bahawa usaha untuk membudayakan
masyarakat supaya mengutamakan ilmu pengetahuan melalui Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat bukanlah sesuatu yang malah memerlukan masa yang panjang.
Cabaran utama adalah memastikan kualiti PISH berada pada tahap piawaian yang
tertentu.
3. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan bagi mengumpulkan maklumat berdasarkan soal
selidik yang dijawab oleh responden. Menurut Syed Arabi (1998) kaedah tinjauan merupakan
satu kaedah penyelidikan yang digunakan bagi mengumpul data atau pun maklumat
berkaitan sesuatu populasi. Populasi kajian ini terdiri daripada 717 pelajar yang terdiri
daripada tiga buah kolej komuniti iaitu Kolej Komuniti Sungai Siput seramai 240 pelajar, di Kolej
Komuniti Chenderoh seramai 387 pelajar dan Kolej Komuniti Kuala Kangsar seramai 90 orang
pelajar. Pemilihan kolej-kolej ini adalah kerana negeri Perak yang mempunyai kolej komuniti
terbanyak (13 kolej) malah mudah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kursus
Pendidikan Islam kerana lokasi yang berhampiran. Kajian akan melibatkan 270 pelajar
berdasarkan jadual Krejie dan Morgan 1970 (lihat Azlan Ahmad, Norfadhillatun Zahari (2012).
Terdapat 104 buah kolej komuniti di seluruh Malaysia dan 13 kolej komuniti di negeri Perak
(Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, 2017). Jadual (Jadual 3.1-Lampiran) menunjukkan jumlah
pelajar yang diambil daripada setiap kolej namun jumlah sampelnya tidak seimbang antara
kolej komuniti. Ini adalah kerana terdapat kolej yang menumpukan kursus PISH kepada pelajar
tahfiz sahaja dan melibatkan pelajar yang sama bagi kursus-kursus PISH yang dianjurkan oleh
kolej komuniti (Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, 2017).
144
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
3.1 Instrumen
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Ia dibentuk berpandukan
adaptasi daripada kajian-kajian lepas. Soalan-soalan dibentuk dan diubahsuai
berpandukan kajian oleh Surizan et al., (2015), Azlah et al., (2009) dan Abdul Latif et
al., (1997). Item-item tersebut menggunakan skala likert yang terdiri daripada empat
pilihan jawapan iaitu 1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = kurang pasti 4 = setuju
dan 5 = sangat setuju. Kajian Rintis, Kesahan dan Kebolehpercayaan dilaksanakan
untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan item-item dari aspek kesahan,
kesesuaian makna istilah dan pola ayat yang digunakan dalam soal selidik. Kajian rintis
ini melibatkan 30 pelajar Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang telah
menyertai kursus yang dianjurkan di kolej komuniti. Seterusnya kesemua soal selidik
yang dikutip telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the
Social Sciences Version 24. Pengkaji menggunakan interpretasi Skor Purata 5 tahap
(skala likert 5) adalah seperti di jadual (Jadual 3.1) (Majid Konting, 2005).
Jadual 3.1. Jadual interpretasi skor purata 5 tahap (skala likert 5)
Julat Tahap Skor Min
1.00 – 1.80 Sangat Rendah (SR)
1.81 – 2.60 Rendah (R)
2.61 – 3.40 Sederhana (S)
3.41 – 4.20 Tinggi (T)
4.21 – 5.00 Sangat Tinggi (ST)
Pada amalan kebanyakkan pengkaji mencadangkan skor alfa yang melebihi 0.60
bagi menunjukkan aras minimum kebolehpercayaan (Mohd Majid, 2005). Item-item
yang kurang dari 0.60 digugurkan bagi meningkatkan skor kebolehpercayaan
terhadap instrumen tersebut. Perkara ini juga disokong oleh Sekaran (1992) yang
menyatakan bahawa, skor alfa antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima manakala
nilai alfa yang melebihi 0.80 adalah dianggap baik. Oleh itu, hasil daripada
kebolehpercayaan instrumen soal selidik dalam kajian ini ialah 0.912 berada pada aras
yang sangat tinggi. (Jadual 3.2).
Jadual 3.2. Klasifikasi indeks kebolehpercayaan
Indikator Nilai alfa Cronbach
Sangat Tinggi 0.90-1.00
Tinggi 0.70-0.89
Sederhana 0.30-0.69
Rendah 0.00-0.30
Sumber diambil dari Alan Bryman dan Duncan Cramer, 1999
4. HASIL DAPATAN
4.1 Latar Belakang Demografi
Taburan sampel mengikut jantina, tempat tinggal, kekerapan mengikuti kursus dan
jenis latihan seperti dipaparkan dalam jadual di bawah. Berdasarkan jadual 4.1.
seramai 270 orang responden terlibat dalam kajian ini. Dari jumlah ini, 154 orang
(57.0%) adalah pelajar lelaki manakala 116 orang (43.0%) adalah pelajar perempuan.
Ini menunjukkan jumlah responden pelajar lelaki lebih. Taburan responden
145
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
berdasarkan tempat tinggal, seramai 159 orang (58.9%) adalah dari pelajar yang
menetap di bandar, manakala seramai 111 orang (41.1%) lagi adalah pelajar tunggal
di luar bandar. Pelajar mengikuti kursus PISH, 145 orang pelajar (53.7%) mengikuti 1
hingga 3 kali, 91 orang pelajar (33.7%) mengikuti 4 hingga 6 kali, 9 orang pelajar (3.3%)
mengikuti 7 hingga 9 kali manakala 25 orang pelajar (9.3%) pernah mengikuti lebih 10
kali kursus PISH di kolej komuniti. Manakala 42 orang (15.6%) merupakan responden
yang mengikuti kursus keagamaan, 70 orang responden (25.9%) merupakan pelajar
menyertai kursus kemahiran dan seramai 158 orang responden (58.5%) terdiri pelajar
yang telah mengikuti kursus keagamaan dan kemahiran dalam kursus Pendidikan
Islam Sepanjang Hayat.
Jadual 4.1. Demografi
Pemboleh Ubah Lelaki N %
Jantina Perempuan 154 57.0
Bandar 116 43.0
Tempat Luar 159 58.9
Tinggal 1-3 kali 111 41.1
Kekerapan 4-6 kali 145 53.7
Mengikuti 7-9 kali 91 33.7
Kursus 10 kali 9 3.3
Keagamaan 25 9.3
Jenis Latihan Kemahiran 42 15.6
Keagamaan 70 25.9
Jumlah Kemahiran & 158 58.5
270 100
4.2 Tahap Kaedah Pengajaran Terhadap Pelajar Dalam Kursus PISH
Taburan analisis deskriptif bagi tahap kaedah pengajaran pelajar terhadap kursus
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dalam kalangan responden ditunjukkan dalam
Jadual 4.2-Lamapiran. Bahagian ini akan menjelaskan dapatan kajian yang dianalisis
secara deskriptif terhadap item-item dalam instrumen 10 item. Dapatan dalam Jadual
4.2-Lamapiran menunjukkan nilai min keseluruhan bagi kaedah pengajaran terhadap
pelajar dalam kursus PISH berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.98 (sp.=0.55). Secara
keseluruhannya 10 item berada di tahap tinggi (Jadual 4.2).
Jadual 4.2. Kaedah pengajaran terhadap pelajar dalam kursus PISH
Kaedah Pengajaran Terhadap Pelajar Dalam Kursus PISH
Kod Item Kekerapan & Peratus (N=270) Min SP Interpretasi
Item Tinggi
B1 STS TS KP S SS Tinggi
B2 15 31 69 104 51 3.54 1.0
syarahan (5.6
) (11.5) (25.6) (38.5) (18.9)
demonstrasi 05 26 111 128 4.34 0.70
(0) (1.9) (9.6) (41.1) (47.4)
146
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
pengajaran 27 29 130 102
B3 berkumpulan (0.7 (2.6) (10.7) (48.1) (37.8) 4.20 0.70 Tinggi
)
B4 bercerita 6 42 123 87 4.01 0.90 Tinggi
(2.2 12 (15.6) (45.6) (32.2)
) (4.4)
kendali kelas 2 9 61 121 77
B5 sepenuhnya (0.7 (3.3) (22.6) (44.8) (28.5) 3.97 0.80 Tinggi
)
2 152 76
B6 perbincangan (0.7 7 (2.6) 33
) (12.2) (56.3) (28.1) 4.09 0.7 Tinggi
6 15 40 132 77
B7 soal jawab (2.2 (14.8) (48.9) (28.5) 3.96 0.90 Tinggi
) (5.6)
penyelesaian 3 12 63 137 55
masalah (4.4) (23.3) (50.7) (20.4)
B8 (1.1 3.85 0.83 Tinggi
)
B9 simulasi 2 14 47 140 67 3.95 0.83 Tinggi
(0.7 (5.2) (17.4) (51.9) (24.8)
)
4 8 56 135 65
(3.0) (20.7) (50.0) (24.1)
B10 sumbangsaran (1.5 3.94 0.87 Tinggi
)
Keseluruhan 3.98 0.55 Tinggi
4.3 Tahap Reaksi Pelajar Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
Taburan analisis deskriptif bagi tahap reaksi pelajar terhadap kursus Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat dalam kalangan responden ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Sebanyak 10 item telah dianalisis bagi memberikan gambaran tentang tahap skor min
tahap reaksi pelajar yang sebenar. Jadual 4.3 menunjukkan dapatan bagi tahap
reaksi pelajar terhadap kursus PISH. Nilai min keseluruhan berada pada tahap yang
tinggi iaitu 4.10 (sp.=0.52). Secara keseluruhannya, sembilan item berada pada tahap
yang tinggi terutamanya item C5 “Pensyarah berkelayakan dan berpengetahuan”
(min=4.26, sp.=0.72) dan item C10 “Saya berasa seronok dan gembira mengikuti kursus
ini” (min=4.26, sp.=0.84). Manakala satu sahaja item yang berada di tahap sederhana
tinggi iaitu C4 “masa yang latihan yang mencukupi (min=3.83, sp.=0.99).
Jadual 4.3. Reaksi pelajar terhadap kursus PISH
Kod Item Kekerapan & Peratus (N=270) Min SP Taha
Item 4.06 0.79 p
C1 Isi kandungan STS TS KP S SS Tinggi
lengkap 4.16 0.67
C2 latihan 1 7 49 131 82 Tinggi
(0.4) (2.6) (18.1 (48.5 (30.4
)))
Kemudahan alat bantu 0 5 27 158 80
mengajar yang bersesuaian
(0) (1.9) (10.0 (58.5 (29.6
)))
147
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
C3 Suasana pembelajaran 2 9 41 137 81 4.06 0.81 Tinggi
C4 (3.3) (15.2 (50.7 (30.0 3.83 0.99 Tinggi
C5 sangat kondusif dan selesa (0.7) ) ) ) 4.26 0.72 Tinggi
C6 28 52 111 75 4.09 0.82 Tinggi
C7 Masa latihan yang 4 (10.4 (19.3 (41.1 (27.8 4.08 0.80 Tinggi
C8 (1.5) ) ) ) ) 4.06 0.80 Tinggi
mencukupi 2 38 119 111
C9 (0.7) (14.1 (44.1 (41.1
Pensyarah yang 0 ) ) )
C10 (0.0) 7 47 124 90
berkelayakan dan (2.6) (17.4 (45.9 (33.3
2 ) ) )
berpengetahuan (0.7) 10 42 131 86
(3.7) (15.6 (48.5 (31.9
Pensyarah mampu menarik ) ) )
9 40 139 80
minat pelajar (3.3) (14.8 (51.5 (29.6
) ) )
Pensyarah prihatin kepada 1 5
(1.9)
kebajikan pelajar. (0.4)
8
Pensyarah berjaya 2 (3.0)
(0.7)
menyampaikan kandungan
2
modul dengan baik dan (0.7)
berkesan. 3
(1.1)
Pensyarah mempunyai 30 134 99 4.20 0.76 Tinggi
(11.1 (49.6 (36.7
tahap keyakinan diri ) ) )
semasa mengendalikan
kursus
Saya berasa seronok dan 26 111 122 4.26 0.84 Tinggi
(24.6 (41.1 (45.2
gembira mengikuti kursus ini ) ) )
Keseluruhan 4.10 0.52 Tinggi
4.5 Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
Bahagian ini akan menjelaskan dapatan kajian yang dianalisis secara deskriptif
terhadap item-item dalam konstruk tahap penerimaan pelajar terhadap kursus
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang merangkumi 10 item. Analisis skor min secara
terperinci bagi 10 item ini menunjukkan kesemua item berada di tahap tinggi. Jadual
4.4 menunjukkan dapatan bagi tahap penerimaan pelajar kursus PISH. Nilai min
keseluruhan berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.18 (Sp.=0.48). Secara
keseluruhannya, semua item berada pada tahap yang tinggi terutamanya item D10
“Kursus ini amat sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat” (min=4.27, sp.=0.72).
Jadual 4.4. Tahap penerimaan pelajar kursus
Kod Item Kekerapan & Peratus (N=270) Min SP Taha
Ite STS TS KP S SS p
m
D1 Saya sangat 3 4 32 138 93 4.16 0.77 Tinggi
berpuashati dengan (1.1 (1.5) (11.9 (51.1 (34.4
hasil pembelajaran. ) )))
148
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
D2 Saya berpendapat 1 5 41 145 78 4.09 0.74 Tinggi
(10.7 (42.7 (53.7 (28.9
kursus PISH memberikan (2.9 ) ) ) ) 4.14 0.68 Tinggi
4.21 0.68 Tinggi
impak yang positif ) 4 35 149 82 4.07 0.81 Tinggi
(1.5) (7.1) (55.2 (30.4 4.20 0.71 Tinggi
terhadap kehidupan ) ) 4.22 0.69
1 36
saya. (0.4) (13.3 137 96 Tinggi
) (50.7 (35.6 4.23 0.69 Tinggi
D3 Saya akan 0 3 ) )
(1.1) 59 4.24 0.71 Tinggi
mempraktikkan ilmu (0.0 (21.9 117 89 4.27 0.72 Tinggi
3 ) (43.3 (33.0 4.18 0.48 Tinggi
yang diperolehi ) (1.1) ) )
31
daripada kursus ini. 0 (11.5 141 94
(0.0) ) (52.2 (34.8
D4 Saya akan berkongsi 0 ) )
3 35
ilmu yang diperolehi (0.0 (1.1) (13.0 136 98
) (50.4 (36.3
untuk dimanfaatkan ) 3 ) )
(1.1) 32
kepada orang ramai. (11.9 134 101
5 ) (49.6 (37.4
D5 Saya akan menyertai 2 (1.9) ) )
28
lagi kursus-kursus PISH (0.7 (10.4 136 102
) (50.4 (37.8
pada masa akan ) ) )
28
datang. (10.4 125 112
) (46.3 (41.5
D6 Kursus ini dapat 1 ) )
memenuhi tuntutan (0.4
fardhu ain bagi setiap )
individu muslim.
D7 Kursus ini dapat 1
memenuhi tuntutan (0.4
fardhu kifayah bagi )
setiap individu muslim.
D8 Kursus ini dapat 0
meningkatkan motivasi (0.0
untuk berjaya dalam )
kehidupan di dunia dan
akhirat.
D9 Kursus ini dapat 1
meningkatkan (0.4
pengetahuan dan )
kemahiran saya.
D10 Kursus ini amat sesuai 0
untuk pelbagai lapisan (0.0
masyarakat. )
Keseluruhan
5. PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap reaksi dan penerimaan pelajar kursus PISH
min keseluruhannya pada tahap yang tinggi. Walaubagaimanapun terdapat item yang
memperolehi min sederhana tinggi iaitu masa latihan yang mencukupi. Ini membuktikan
bahawa pelajar memerlukan tempoh masa dan latihan bersesuaian perlu dikaji semula agar
latihan diperolehi lebih berkesan dan dimanfaatkan oleh pelajar.
149
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
5.1 Tahap Kaedah Pengajaran Terhadap Pelajar Dalam Kursus Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH)
Saemah Rahman (2018) mendapati bahawa pengajaran pelajar mempengaruhi
pencapaian akademik. Noor Aini Ahmad (2018) pula menyatakan bahawa pelajar
mencapai potensi masing-masing melalui penyertaan sepenuhnya, rasa
bertanggungjawab, dihargai dan dipercayai. Guru bertindak sebagai pemudah cara
dan orang sumber yang berperanan untuk merangsang minda pelajar, penuh
dengan bahan pengajaran, kreatif dan menyediakan bahan yang mencukupi untuk
setiap pelajar. Justeru itu, bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan, pelajar hendaklah dilibatkan secara aktif dan menyeluruh melalui pelbagai
bentuk aktiviti. Pensyarah seharusnya mengadakan aktiviti berpusatkan pelajar dan
pensyarah bertindak sebagai fasilitator. Secara kesimpulannya pensyarah seharusnya
memberikan pelajar peluang belajar melalui pengalaman, menggalakkan pelajar
memberikan sumbangan yang berguna dalam aktiviti di kelas dan seterusnya
menggalakkan mereka berkongsi maklumat sewaktu mengendalikan aktiviti
pembelajaran (Mohd Rashidi, 2019).
5.2 Tahap Reaksi Pelajar terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH).
Dapatan kajian terhadap reaksi pelajar terhadap kursus Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat menunjukkan bahawa pelajar berasa seronok dan gembira mengikuti kursus
yang dijalankan di kolej komuniti. Dapatan ini disokong berdasarkan beberapa kajian
yang telah dijalankan. Antaranya, Fadillah et al., (2018) dapatannya menunjukkan
reaksi pelajar terhadap keberkesanan seminar pengukuhan integirti berada pada
tahap yang tinggi. Dapatan kajian Nor Azida et al., (2015) menyatakan tenaga
pengajar kursus PISH mampu menyampaikan isi kandungan kursus dengan sangat baik
dan berkesan serta menepati kehendak pelajar sepanjang kursus dijalankan. Dapatan
kajian Abdul Ghafar et al., (2015) juga menunjukkan penilaian pelajar terhadap kursus
yang ditawar dan dilaksanakan oleh Pusat Latihan Pengurusan dan Pendidikan
Selangor berada pada tahap yang tinggi.
Walaubagaimanapun, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa masa latihan
kurang mencukupi kerana skor min yang diperolehi berada pada tahap sederhana
tinggi. Hal ini memerlukan penelitian daripada pihak pengurusan untuk menambah
jumlah jam dan melaksanakan kursus secara bersiri agar pelajar menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran dengan secukupnya. Dapatan ini disokong
berdasarkan dapatan kajian oleh Osman Fikri et al., (2015) dan Nor Azida et al., (2015)
masing-masing menyatakan bahawa tempoh perlaksanaan kursus secara teori dan
praktikal tidak mencukupi untuk mempelajari kursus yang ditawarkan. Berlainan
dengan dapatan kajian oleh Azlah et al., (2009) mendapati masa yang diperuntukkan
bagi pelajar kursus yang dianjurkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
kepada kakitangannya adalah mencukupi dengan memperolehi skor min yang tinggi.
Secara keseluruhannya, responden memberikan reaksi yang positif terhadap kursus
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang telah mereka ikuti di kolej komuniti.
150
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
5.3 Tahap Penerimaan Pelajar terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
(PISH).
Kursus PISH dapat memenuhi tuntutan fardhu ain dan kifayah serta meningkatkan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan motivasi kepada pelajar. Hal ini dibuktikan melalui
dapatan kajian bagi setiap konstruk memperolehi skor min yang tinggi bagi setiap item
dalam konstruk tahap penerimaan pelajar. Dapatan ini bertepatan dengan Surizan
(2015) mengenai penerimaan pelajar tahfiz terhadap kursus PISH juga menunjukkan
skor min yang tinggi. Ini bermakna kursus PISH yang dijalankan di kolej komuniti
memberikan impak yang positif kepada pelajar yang menyertai kursus tersebut. Begitu
juga kajian oleh Thilagavathi (2015) dan Azlah (2009) menunjukkan bahawa kesemua
pelajar bersetuju bahawa latihan yang diikuti dapat meningkatkan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan motivasi serta memberikan impak yang positif kepada diri pelajar.
Walaubagaimanpun, dapatan ini juga bertepatan dengan kajian oleh Fadillah et. al
(2018) yang menunjukkan tahap keberkesanan dari sudut penerimaan pelajar
terhadap pembelajaran dan kefahaman adalah pada tahap yang sederhana. Oleh
hal yang demikian, beberapa cadangan penambahbaikan perlu dikemukakan
kepada penyedia kursus PISH di kolej komuniti
5.4 Rumusan, Implikasi, Cadangan dan Cadangan Kajian Lanjutan
Rumusan dan implikasi mendedahkan kekuatan dan kelemahan yang terdapat
dalam pelaksanaan kursus PISH. Kekuatan dan kelemahan yang telah dihuraikan
memerlukan tindakan dan perancangan yang sewajarnya. Oleh yang demikian
beberapa cadangan kepada pihak yang terlibat langsung dalam pentadbiran,
perancangan, pelaksanaan dan pemantauan agar melaksanakan
penambahbaikan dan pemurnian terhadap pelaksanaan Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat yang kini merupakan agenda yang penting di peringkat nasional di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul latihan dan bahan bantu mengajar
juga perlu mempunyai standard dan sesuai dengan keperluan semasa supaya pelajar
mendapat maklumat terkini dan tidak ketinggalan zaman. Semakan kurikulum PISH
perlu dilaksanakan secara berkala untuk pemantauan dan penambahbaikan kualiti
secara berterusan. Kurikulum PISH yang dibangunkan juga perlu memiliki elemen
Industri 4.0 dan pembelajaran abad ke-21 yang bersifat futuristik.
Sasaran pelajar PISH juga perlu diseimbangkan di antara pelajar dari tahfiz, pondok
dan masyarakat awam. Ini kerana dapatan kajian menunjukkan terdapat kolej
komuniti yang hanya menumpukan pengambilan pelajar PISH dalam kalangan
pelajar dan pondok semata-mata. Sedangkan terdapat dua matlamat yang
digariskan dalam Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat 2017 iaitu yang
pertama, untuk memperkasa sistem pendidikan tahfiz dan pondok melalui integrasi
Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) dan keusahawanan. Keduanya,
PISH membuka peluang yang lebih luas kepada masyarakat untuk mendalami ilmu
agama melalui program yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi. Hal ini amat
penting agar matlamat PISH dapat dicapai tanpa meminggirkan mana-mana pihak
yang sepatutnya dilibatkan dalam mewujudkan sumber manusia yang seimbang dan
holistik.
Kajian secara keseluruhan telah berjaya mengemukakan gambaran awal terhadap
pelaksanaan kursus PISH di kolej komuniti. Penyelidikan terhadap kursus Pendidikan
151
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Islam Sepanjang Hayat masih kurang dan di peringkat permulaan dan masih belum
meluas di dalam negara. Sehubungan itu masih terdapat banyak ruang dalam
pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang belum dikaji dan diterokai. Sebagai
cadanagn awal pengkaji mencadangkan kajian terhadap keberkesanan
pelaksanaan program “1 Tahfiz 1 Kemahiran” dibawah program PISH yang
dilaksanakan di kolej komuniti untuk melihat impak daripada program tersebut dan
mengkaji pencapaian Pelan Tindakan dan fasa perlaksanaan Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat yang digariskan di dalam Pelan Induk PISH 2017.
5.5 Penutup
Sehingga kini Pendidikan Islam Sepanjang Hayat telah berkembang dan mencapai
peningkatan yang membanggakan semenjak ianya diperkenalkan. PISH adalah satu
saluran utama ke arah pembentukan satu masyarakat yang seimbang dunia dan
akhirat. Ia juga merupakan gagasan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
rabbani, saleh wa musleh, dan seimbang yang mampu menyumbang ke arah
pembinaan tamadun dan peradaban dunia dan menjamin kesejahteraan di akhirat.
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat perlu dipertingkatkan sehingga mencapai kualiti
berstandard antarabangsa berasaskan nilai tauhid dan rabbani.
RUJUKAN
Al Quran dan Terjemahannya. (2007). Kuala Lumpur. Pustaka Darul Iman Sdn Bhd
Abdul Ghafar bin Haji Don, Ab. Halim bin Tamuri, Supyan bin Hussin & Mohd Aderi bin Che Noh.
(2015). Penilaian Keberkesanan Kursus Pusat Latihan Pengurusan Pendidikan Islam
Institut Latihan Dan Dakwah Selangor (ILDAS). Jurnal Kepimpinan Pendidikan 2015
Universiti Malaya.
Abdul Latif bin Abdul Kadir & Maimunah Ismail. (1997). Hubungan Keberkesanan Latihan
Dengan Prestasi Kerja. Pertanika J. Soc Sci & Hmn. Vol 5 No 2 1997 p 74 - 82.
Abdul Rahman Abdul Ghani. (2014). Keberkesanan Program Pusat Islam dalam Membentuk
Sahsiah Pelajar: Kajian Perbandingan Antara UPSI dan UKM. Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil
(81-95). Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Azlah Md Ali, Rozeyta Omar, Noor Ella Mohamad Zip, Nor Suziani Ismail & Thahiroh Zulkifli (2009).
Keberkesanan Latihan Kakitangan Kumpulan Sokongan Di Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. In: Amalan Latihan dan Pembangunan Manusia
di Malaysia. Penerbit UTM Press, Skudai Johor, pp. 57-82.
Azlan Ahmad, Norfadhillatun Zahari (2012). Kajian Keberkesanan Program Pembangunan dan
Penilaian bagi Pegawai Perkhidmatan Tadbiran dan Diplomatik Gred M41. Jurnal
Pengurusan Awam 2012.
Fadillah Ismail, Fatin Izzaty, Adibah Abdul Kadir, Lutfan Jaes, Fauziah Ani. (2018). Keberkesanan
Seminar Pengukuhan Integriti. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Hamidah Abd Rahman, Rozeyta Omar. (2009). Persepsi Staf Sokongan Pentadbiran dan
Teknikal Terhadap Program Latihan di UTM. Universiti Teknologi Malaysia.
Hasbullah L. Isa. (2015). Kerjasama PERKIM dengan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK)
dalam Menerapkan Program Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat. Prosiding Seminar
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015, Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti 2015.
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. (2017). Garis Panduan Pelaksanaan Program PSH di Kolej
Komuniti, Edisi 2017.
152
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-
2025 (Pendidikan Tinggi).
Kementerian Pendidikan Tinggi. (2017). Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
2017-2025, Edisi 2017.
Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
Educational and Psychological Measurement. SAGE, 30(3), ms. 607–610.
Liu Tse Hui, Lenyy Lai Mei Lan, Anum Bazilla Khairul Anwar. (2015). Persepsi Pelatih : Kajian
Keberkesanan Program Kursus Pendek Bermodular di Taman Sri Puteri . Jurnal
Pembelajaran Sepanjang Hayat 2015. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.
Mohamad Amir Danuri, Muhamad Asmadi Mustakim, Muhammad Rodhi Hamzah. (2015).
Program Pengajian Awam, Seksyen Pengajian Sepanjang Hayat JAIS: Satu
Pelaksanaan di Negeri Selangor. Prosiding Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
Peringkat Nasional 2015, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015.
Mohd Farid Mohd Shahran. (2015). Pendidikan Islam Sepanjang Hayat: Peranan Institusi.
Prosiding Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015,
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015.
Mohd Rashidi bin Omar. (2019). Penilaian Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat. Tesis
Master, Universiti Sultan Idris Shah. 2019.
Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka .
Mohd Zainuddin Mohd Esin, Norhidayah Mansor, Mohamad Shawal Mustafa Kamal. (2014).
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat : Membina Hubungan dan Merapatkan Ukhuwah
. Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014.
Nor Azida Mansor, Nor Idayu Shafiza Mohd Najib & Zariasya Jumaat. (2015). Keberkesanan
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti Ledang. Jurnal Pendidikan
Sepanjang Hayat Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015.
Noor Aini Ahmad. (2018). Pengajaran dan Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Osman Fikri Awang Mina, Zulfikhri Sabri. (2015). Kajian Keberkesanan Program Kemahiran
Terhadap Asnaf di Daerah Batu Gajah. Jurnal Pendidikan Sepanjang Hayat Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti 2015.
Saemah Rahman, Zamri Mahamod. (2018). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .
Siti Norbaini Abdul Halim. (2015). Faktor Kegagalan Latihan dalam Organisasi. Universiti
Malaysia Sarawak. Projek Sarjana Muda.
Surizan Romli, Zatil Arumah Shaarani, Ali Othman, Mohamad Khairi Othman. (2015). Hubungan
Pengajaran Pensyarah dan Minat PelajarTahfiz dengan Program Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti. Jurnal Pendidikan Sepanjang Hayat Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti 2015.
Syed Arabi Idid (1998). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Thilagavathi a/p Malayandy, Siti Nur Haslinda Damanhuri. (2015). Kajian Terhadap Kepuasan
Pelajar Kursus Pendek Kluster Katering dan Sajian di Kolej Komuniti Lahad Datu. Jurnal
Pembelajaran Sepanjang Hayat 2015. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.
Uma Sekaran (1992). Research Method For Bussiness: A Skill Building Approach. New York. John
Wiley & Sons, Inc.
Yufiza Mohd Yusof, Rafidah Mohd Basir, Saleha Abd Azis, & Zamaruzaman. (2016).
Perlaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Kementerian
Pendidikan Malaysia. http://umcced.edu.my/psh2016/web_paper/2.4.1.pdf
153
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Yusuf Ismail (1991). Mengurus Secara Islam. Kuala Lumpur:A.S. Noordeen.
Zulkiple Abd Ghani, Noor Azizi Ismail & Adnan Mohd Yusoff. (2015). Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat di Univerisiti Sains Islam Malaysia: Cabaran Dan Hala Tuju. Prosiding Seminar
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015, Jabatan Pendidikan Kolej
Komuniti 2015.
154
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
155
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
TINJAUAN PASARAN DAN ANALISIS KEPERLUAN SEMASA PROGRAM SIJIL
TEKNOLOGI ELEKTRIK DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN
Mohd Nasrol Mohamad
Politeknik Jeli
[email protected]
Maizatul Aqmam Othman
Kolej Komuniti Bandar Darulaman
Mohamad Hafiz Abd. Rahim
Kolej Komuniti Bandar Darulaman
Wan Mahzhir Wan Mahmud
Kolej Komuniti Bandar Darulaman
Abstrak. Kolej Komuniti Malaysia ditubuhkan untuk melahirkan para lulusan separa profesional
dalam pelbagai bidang dan perkhidmatan serta menyediakan laluan alternatif kepada
pendidikan yang lebih tinggi. Kolej Komuniti merupakan institusi yang diletak di bawah
kategori pendidikan TVET (Technical and Vocational Education Training). Proses pendidikan
TVET adalah lebih menuju ke arah industri yang memerlukan tenaga kerja yang terlatih serta
berkemahiran tinggi. Kebanyakan institusi TVET pula menawarkan kemahiran yang
sememangnya menjadi rebutan banyak syarikat. Dengan perkembangan teknologi semasa
serta keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang diperlukan oleh industri, maka
pelbagai program kemahiran dan teknikal telah ditawarkan. Antara program yang
ditawarkan oleh Kolej Komuniti Malaysia khasnya Kolej Komuniti Bandar Darulaman ialah Sijil
Teknologi Elektrik. Maka kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada masih
releven atau tidak program-program yang ditawarkan terutamanya Program Sijil Teknologi
Elektrik yang sedang ditawarkan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman kepada komuniti
setempat. Matlamat utama kajian ini adalah untuk membantu pihak Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menentukan samada program ini masih releven dan
sesuai untuk diteruskan atau tidak. Rekabentuk yang digunakan untuk kajian ini adalah secara
tinjauan berbentuk soal selidik. Dapatan kajian adalah berdasarkan kepada analisis deskriptif
frekeunsi dan peratusan pilihan responden program Sijil Teknologi Elektrik dan Program lain
yang masih ditawarkan di KKBD. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa Sijil Teknologi Elektrik
merupakan pilihan utama dan masih releven untuk diteruskan.
Kata kunci: Berkemahiran, Program, Ditawarkan, Releven, Pilihan Utama
1. PENGENALAN
Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui Memorandum No. 398/2225/00 yang dikemukakan
oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000 seperti yang dinyatakan
di dalam “Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2018-2025), Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti”. Sebanyak 12 buah kolej komuniti rintis telah mula beroperasi
pada tahun 2001. Pada tahun 2004, Kabinet telah bersetuju menjadikan kolej komuniti
sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kini terdapat sejumlah 104 buah kolej komuniti
di seluruh negara di bawah seliaan JPPKK. Antara objektif penubuhan kolej komuniti adalah:
156
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
i. Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang
tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam
bidang-bidang teknikal dan vokasional termasuk perdagangan, pertanian, kesihatan
dan lain-lain;
ii. Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat
bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat;
iii. Membolehkan syarikat-syarikat swasta menggunakan khidmat kolej komuniti untuk
memberi latihan.
Sehubungan dengan itu keputusan pemilihan program yang bersesuaian perlulah
bersandarkan fakta atau pandangan yang seharusnya datang dari keperluan faktor
ekonomi, industri dan penduduk setempat. Maka satu kajian dilaksanakan bertujuan untuk
mengenalpasti sama ada masih releven atau tidak program-program yang sedang
ditawarkan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman kepada komuniti setempat.
1.1 PERNYATAAN MASALAH
Keperluan kepada pengekalan program TVET di Kolej Komuniti Bandar Darulaman
oleh pihak JPPKK dilihat amat perlu bagi menampung keperluan aktiviti ekonomi
setempat bagi melahirkan pekerja terlatih serta memberi peluang pendidikan kepada
semua lapisan masyarakat. Namun pemilihan program yang sesuai dengan keperluan
ekonomi dan komuniti setempat amat penting bagi memastikan Kolej Komuniti
Bandar Darulaman dapat menyediakan Pendidikan, Latihan Teknikal, Vokasional dan
Pembelajaran Sepanjang Hayat seiring dengan keperluan ekonomi komuniti
setempat. Program yang tepat penting bagi membangunkan komuniti setempat
sebagai tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih untuk memenuhi tuntutan dunia
pekerjaan.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini ialah untuk mendapatkan hasil maklumat dan maklum balas
berkaitan program-program yang sedang ditawarkan terutamanya program Sijil
Teknologi Elektrik samada masih releven untuk diteruskan penawaran atau tidak di
Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Objektif khusus pula adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti program-program lain yang sesuai dan menjadi keperluan
kepada pihak industri, masyarakat setempat dan pelajar sekolah.
ii. Membantu pihak JPPKK dalam membuat keputusan pemilihan program yang
sesuai di jalankan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman dengan merujuk
kepada garis panduan “Panduan Penulisan Kajian Keperluan Program (PNA)
Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia” oleh Azman bin Arshad, Khairunnisa binti
A. Rahman, Rusdi bin Rusli yang diterbitkan pada tahun 2019.
1.3 SIGNIFIKAN KAJIAN
Kurang maklumat atau fakta yang boleh membantu dalam memilih program baharu
atau meneruskan program yang sedia ada di Kolej Komuniti Bandar Darulaman.
Maka, kajian perlu dilakukan untuk mengumpul maklumat berkaitan program yang
releven dan sesuai ditawarkan kepada komuniti di daerah Kubang Pasu melalui
institusi tersebut.
157
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
2. KAJIAN LITERATUR
Kajian yang dijalankan berkaitan penawaran program baharu agak terhad. Satu kajian yang
dibuat oleh Nurolhuda Bt. Mohd. Noor, Ahmad Walid Bin Md. Yusof, Norsyira Zuraiza Bt. Omar
(2011) bertajuk “Kajian Keperluan Program Baru (PNA) Diploma Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik [Perspektif Industri dan Alumni]”’ telah dibentangkan di Kolokium Pembentangan
Penyelidikan POLIMAS Jun 2011. Kertas kajian tersebut adalah untuk mendapatkan
maklumbalas dari pihak industri dan alumni mengenai penawaran program baharu Diploma
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Penawaran ini adalah susulan kepada Program
Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan menyatakan bahawa 45%
atau 1.5 juta dari 3.3 juta peluang kerja yang diwujudkan menjelang tahun 2020 adalah dalam
pendidikan latihan vokasional dan teknikal. Kajian ini dilaksanakan dengan mendapatkan
maklumbalas dari 14 responden yang terdiri daripada pihak industri yang terlibat secara
langsung dalam bidang tersebut dan maklumbalas dari alumni. Dalam kajian ini dinyatakan
bahawa pelajar merupakan subjek yang akan menjadi pelanggan kepada institusi latihan.
Sesuatu program hanya boleh dilaksanakan sekiranya terdapat peserta yang berhasrat untuk
mengikuti program tersebut. Oleh itu kajian ini perlu bagi mendapat respon daripada pihak
yang berkenaan.
Satu lagi kajian yang dilakukan bertajuk “Kenapakah Program Baharu Diploma Lanjutan
Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) perlu ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Johor Bahru”, oleh Hajah Normala binti Abdullah, Sarawanan A/L Letchumana dan
Norli binti Jaswadi (2010). Kajian ini untuk melihat keperluan penawaran program baharu iaitu
Program Diploma Lanjutan di mana kajian ini melibatkan empat kategori responden yang
melibatkan kaji selidik dan temubual. Hasil dari kajian ini, satu perbincangan dengan pihak
ERICSSON diadakan untuk mengelolakan program baharu ini secara WBL.
3. METODOLOGI
3.1 REKABENTUK KAJIAN
Rekabentuk yang digunakan untuk kajian ini adalah secara tinjauan. Tinjauan
berbentuk soal selidik yang disediakan adalah jenis aneka pilihan dan Skala Guttman.
Ia perlu diisi dan dilengkapkan oleh mereka secara dalam talian (on-line). Sasaran
kajian adalah pelajar tingkatan 5 di beberapa buah sekolah dan beberapa buah
agensi atau syarikat (pihak industri) yang terletak di daerah Kubang Pasu.
3.2 POPULASI DAN SAMPEL
Kajian yang berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik yang perlu dijawab oleh
para pelajar dan pihak industri yang berada di sekitar daerah Kubang Pasu. Populasi
kajian adalah terdiri daripada para pelajar tingkatan 5 di beberapa buah. Sejumlah 5
buah sekolah yang terlibat dalam pengumpulan data tersebut. Manakala di pihak
industri pula sebanyak 3 buah industri yang terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah
tersebut sebanyak 104 sampel yang berjaya menjawab set soalan yang disediakan
iaitu 61 responden daripada sekolah manakala 43 responden daripada industri.
3.3 INSTRUMEN
158
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Kajian yang dijalankan berbentuk deskriptif di mana tinjauan dijalankan untuk
mengenalpasti program sama ada masih releven atau tidak. Dapatan kajian adalah
berdasarkan kepada analisis deskriptif frekuensi dan peratusan pilihan responden
program Sijil Teknologi Elektrik dan Program lain yang masih ditawarkan di KKBD.
Instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data adalah dalam bentuk soal selidik
iaitu secara kuantitatif. Kaedah ini digunakan bertujuan untuk mendapatkan
maklumat dengan cara menyoal responden melalui soalan-soalan yang
dikemukakan di dalam borang yang disediakan. Satu senarai kumpulan soalan
disediakan untuk dijawab oleh pelajar sekolah dan satu senarai kumpulan soalan lain
yang yang perlu dijawab oleh pihak industri. Setiap kumpulan soalan soal selidik
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A merupakan 4 item Profil pelajar dan 5
item profil agensi/syarikat manakala Bahagian B pula adalah 10 item bidang
pengajian yang diminati pelajar dan 8 item bidang pengajian yang difikirkan relevan
ditawarkan oleh agensi/syarikat. Data kemudian dianalisis untuk melihat frekuensi bagi
setiap soalan.
4. DAPATAN KAJIAN
RESPONDEN DARI PIHAK INDUSTRI
Dari analisis profil syarikat didapati bahawa 4.7% merupakan jabatan kerajaan dan 95.3%
adalah swasta. Bilangan pekerja pula majoritinya mempunyai pekerja di antara 1-10 orang
yang mempunyai peratusan 69.8%, di antara 10 – 100 orang mempunyai peratus 16.3% dan
di antara 101-500 orang pekerja adalah sebanyak 14.0%. Dari tempoh operasi majoritinya
beroperasi lebih dari 10 tahun yang mempunyai peratusan 65.1%, dari 5 – 10 tahun sebanyak
20.9%, manakala dari 1-5 tahun adalah 65.1%.
Soalan 4 iaitu soalan berkaitan dengan kewujudan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.
Dapatan menunjukkan 93% responden tahu dan 7% responden tidak. Soalan 5 iaitu soalan
berkaitan kewujudan Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Dapatan menunjukkan 97.7%
responden tahu dan 2.3% responden tidak tahu. Soalan 6 berkaitan penubuhan Kolej Komuniti
Bandar Darulaman. Dapatan adalah 100% bersetuju dengan penubuhan Kolej Komuniti
Bandar Darulaman. Soalan 7 berkaitan dengan kesesuaian Program Sijil Teknologi Elektrik
dilaksanakan di Kolej Komunit Bandar Darulaman. Semua responden bersetuju 100% program
Sijil Teknologi Elektrik dilaksanakan. Soalan 8 berkaitan dengan program-program yang
sedang dilaksanakan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Dapatannya menunjukkan 86%
tahu tentang kewujudan program tersebut manakala 14% lagi tidak tahu. Soalan 9 berkaitan
dengan beberapa bilangan program lain yang sesuai dilaksanakan di Kolej Komunit Bandar
Darulaman selain daripada lima program yang sedia ada. Hasil maklumbalas adalah seperti
dalam Jadual 4.1 berikut.
Program yang mendapat kumpulan peratusan tertinggi iaitu 48.8%, 46.5% dan 44.2% ialah
program Sijil Penyenggaraan Bangunan, program Sijil Pengoperasian Perniagaan, program
Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan dan program Sijil Penyenggaraan Motorsikal. Program yang
mendapat kumpulan peratusan terendah iaitu 20.9%, 18.6% dan 16.5% ialah program Sijil
Pelancongan dan Pengembaraan, program Sijil Kewangan dan program Sijil Agroteknologi.
Lain-lain program yang mendapat peratusan sederhana iaitu 37.2%, 27.9% dan 25.6% ialah
program Sijil Rekabentuk Dalaman, program Sijil Rekabentuk dan Pembuatan dan program
Sijil Operasi Perhotelan.
159
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
50% 48.80% 48.80% 46.50%
45% 44.20%
40% 37.20%
35%
Peratus Responden 30% 27.90%
25.60%
25% 20.90%
20% 18.60% 16.30%
15%
10%
5%
0%
Nama Program
Rajah 4.1. Beberapa cadangan program yang sesuai dilaksanakan
Soalan 10 berkaitan dengan program lain yang sesuai dilaksanakan selain daripada program
tersebut di dalam Rajah 4.1. Rajah 4.2 menunjukkan beberapa cadangan daripada
responden tentang program lain yang sesuai dilaksanakan. Lain-lain program yang
dicadangkan dilaksanakan oleh responden ialah program Sijil Buruh Binaan 2.6%, Sijil
Keusahawanan 2.6%, Sijil Lanskap 2.6%, Sijil Jahitan 2.6%, Sijil Kulinari 2.6%, Sijil Perisian 2.6%, dan
pelbagai lagi program lain tidak disenaraikan di sini sejumlah 77.0%.
160
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
80.0% Sijil
70.0% program
pelbagai,
77.00%
60.0%
peratus responden 50.0% Sijil
40.0% Perisian,
30.0% 2.60%
20.0%
10.0% Sijil Jahitan, Sijil
2.60% Kulinari,
0.0% 2.60%
Sijil
Sijil Lanskap,
Keusahawanan 2.60%
Sijil Buruh , 2.60%
Binaan,
2.60%
Nama Program
Rajah 4.2. Beberapa cadangan program lain yang sesuai dilaksanakan
Soalan 11 berkaitan pemilihan program di Soalan 10 adakah memenuhi keperluan
jabatan/agensi responden. Dapatannya adalah 95.3% adalah Ya dan 4.7% adalah Tidak.
Soalan 12 berkaitan pilihan program di Soalan 10 akan dapat meningkatkan lagi sektor
ekonomi di Daerah Kubang Pasu. Dapatannya adalah 100% adalah bersetuju. Soalan 13
berkenaan dengan kerjasama responden dengan pihak Kolej Komuniti Bandar Darulaman.
Dapatannya adalah 95.3% adalah bersetuju manakala baki 4.7% tidak bersetuju. Soalan 14
berkenaan dengan minat responden untuk bekerjasama dengan pihak Kolej Komunit Bandar
Darulaman. Dapatannya adalah 97.7% adalah bersetuju manakala baki 2.3% tidak bersetuju.
RESPONDEN DARI PELAJAR TINGKATAN 5
Dari analisis profil didapati bahawa majoriti pelajar adalah lelaki iaitu sebanyak 65.6% dan
Perempuan sebanyak 34.4%. Pelajar datang dari Sekolah Menengah Kebangsaan sebanyak
90.2% dan lain-lain Sekolah sebanyak 9.8%. Dari segi aliran pula majoriti adalah dari aliran Sains
iaitu sebanyak 36.1%, Sastera/Agama sebanyak 34.4% dan Perdagangan/Perakaunan
sebanyak 29.5%. Soalan berkaitan mempunyai saudara yang sedang atau pernah belajar di
Kolej Komuniti adalah sebanyak 27.9% memberi jawapan Ya dan sebanyak 72.1% Tidak.
Soalan 5 berkenaan teknik pembelajaran yang diminati secara gabungan teori dan praktikal,
praktikal sahaja, teori sahaja. Dapatannya adalah teori sahaja sebanyak 11.5%, Praktikal
sahaja 27.9% dan gabungan Teori & Praktikal adalah 60.7%. Soalan 6 berkenaan minat
menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Sebanyak 73.8% menjawab Ya
manakala 26.2% menjawab Tidak. Soalan 7 berkenaan dengan pengetahuan responden
terhadap wujudnya lima jenis program yang berlainan yang ditawarkan di Kolej komuniti
161
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Bandar Darulaman. Sebanyak 77% responden memberi jawapan Ya manakala 23% Tidak.
Soalan 8 berkenaan pilihan program yang menjadi minat dikalangan responden. Dapatan
adalah seperti dalam Rajah 4.3.
Program yang mendapat peratusan tertinggi iaitu 57.4% ialah program Sijil Teknologi Elektrik.
Program yang mendapat peratusan kedua tertinggi iaitu 18% ialah program Sijil Komputer &
Sokongan manakala rogram yang mendapat peratusan terendah iaitu 8.2.4% ialah program
Sijil Kenderaan Ringan dan program Sijil Pelukis Pelan & Senibina.
60.0% Sijil Teknologi
Elektrik, 57.40%
50.0%
40.0%
Peratus responden 30.0% Sijil Komputer &
20.0% Sokongan, 18.00%
10.0%
Sijil Kenderaan Sijil Pelukis Pelan &
Ringan , 8.20% Senibina, 8.20%
0.0% Nama Program
Rajah 4.3. Program yang diminati oleh pelajar Tingkatan 5
Soalan 9 ialah program lain yang sesuai dilaksanakan selain program di Soalan 8 di dalam
Rajah 4.3. Maklumbalas responden adalah seperti di dalam Rajah 4.4. Lain-lain program yang
dicadangkan dilaksanakan oleh responden ialah program Diploma Pereka Bentuk, Sijil
Komputer & Sokongan, Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Fesyen Dan Designer, Sijil Servis
Penghawa Dingin dan program beberapa lagi program lain yang tidak disenaraikan di sini.
162
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
100.00% Lain-lain
90.00% sijil,
89.50%
80.00%
70.00%
Peratus Responden 60.00% Sijil
50.00% Pengoperasian
40.00%
30.00% Perniagaan,
20.00% 2.10%
10.00%
Sijil Sijil Fesyen
0.00% Komputer Dan
& Designer,
Sokongan, 2.10%
2.10%
Diploma Pereka Sijil Servis
Bentuk, 2.10% Penghawa
Dingin, 2.10%
Nama Program
Rajah 4.4. Beberapa cadangan program lain yang sesuai dilaksanakan yang diminati oleh
pelajar Tingkatan 5
Soalan 10 berkaitan kemahuan melanjutkan pelajaran selepas SPM. Dapatannya
mengatakan Ya sebanyak 88.5% dan Tidak sebanyak 11.5%. Soalan 11 berkenaan pernah
mendapat maklumat berkaitan program yang dipilih. Sebanyak 36.1% mengatakan Ya
manakala 63.9% Tidak. Soalan 12 berkenaan mempunyai pengetahuan berkaitan pekerjaan
dalam bidang yang dipilih. Seramai 63.9% mengatakan Ya manakala 36.1% mangatakan
Tidak. Soalan 13 berkenaan minat dengan prospek kerjaya dalam bidang yang dipilih.
Sebanyak 80.3% responden menjawab Ya manakala 19.7% menjawab Tidak. Soalan 14
berkenaan minat pelajar menyambung pengajian di Kolej Komuniti Bandar Darulaman dalam
bidang yang dipilih. Sebanyak 73.8% responden memberi jawapan Ya manakala 26.2% Tidak.
5. PERBINCANGAN
Di dalam kajian ini hasil kajian adalah bergantung kepada kadar peratusan frekuensi pilihan
responden di dalam menjawab borang soal selidik. Persoalan utama dalam kajian ini adalah
apakah program Sijil Teknologi Elektrik dan program sediaada yang di sedang ditawarkan di
Kolej Komuniti Bandar Darulaman menjadi program pilihan dan diminati oleh pelajar tingkatan
5 dan pihak industri. Berdasarkan kepada dapatan kajian, program pilihan utama oleh kedua-
dua kategori responden adalah Sijil Teknologi Elektrik.
163
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Rajah 5.1 menunjukkan empat program pilihan bagi responen jabatan/agensi iaitu pilihan
pertama hingga pilihan keempat. pecahan yang lebih terperinci adalah seperti berikut.
Kedudukan mengikut keutamaan pilihan setiap program adalah Sijil Teknologi Elektrik
sebanyak 70.5%, Sijil Komputer & Sokongan sebanyak 14.5%, Sijil Kenderaan Ringan sebanyak
9.8% dan Sijil Pelukis Pelan & Senibina sebanyak 5.2%.
peratus responden 80.00% Empat program pilihan bagi responden
70.00% jabatan/agensi
60.00%
50.00% Pilihan Pertama -
Sijil Teknologi
Elektrik , 70.50%
Pilihan Pertama - Sijil Teknologi Elektrik
Pilihan Kedua - Sijil Komputer & Sokongan
Pilihan Ketiga - Sijil Kenderaan Ringan
Pilihan Keempat - Sijil Pelukis Pelan & Senibina
40.00%
30.00% Pilihan Kedua - Sijil
20.00%
10.00% Komputer & Sokongan Pilihan Ketiga - Sijil
, 14.50% Kenderaan Ringan ,
0.00%
9.80% Pilihan Keempat - Sijil
Pelukis Pelan &
Senibina , 5.20%
Pilihan program
Rajah 5.1. menunjukkan 4 program pilihan bagi responden jabatan/agensi
Rajah 5.2 menunjukkan empat program pilihan bagi responen pelajar tingkatan 5 iaitu pilihan
pertama hingga pilihan keempat. pecahan yang lebih terperinci adalah seperti berikut.
Kedudukan mengikut keutamaan pilihan setiap program adalah Sijil Teknologi Elektrik
sebanyak 57.4%, Sijil Komputer & Sokongan sebanyak 18%, Sijil Kenderaan Ringan sebanyak
8.2% dan Sijil Pelukis Pelan & Senibina sebanyak 8.2%.
164
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Empat program pilihan bagi responden pelajar
tingkatan 5
60.00% Pilihan Pertama - Sijil
Teknologi Elektrik ,
57.40%
50.00%
peratus responden 40.00%
30.00% Pilihan Pertama - Sijil
20.00% Teknologi Elektrik ,
10.00%
18.00%
Pilihan Pertama - Sijil Pilihan Pertama - Sijil
Teknologi Elektrik , Teknologi Elektrik ,
8.20% 8.20%
0.00%
Pilihan program
Rajah 5.2 menunjukkan 4 program pilihan bagi responden pelajar tingkatan 5
Merujuk kepada dapatan daripada responden jabatan/agensi:
Soalan berkaitan dengan kesesuaian Program Sijil Teknologi Elektrik dilaksanakan, semua
responden bersetuju 100%. Ini menunjukkan bahawa mereka berminat dan yakin bahawa
program tersebut releven dengan keadaan semasa serta mampu untuk mencipta dan
mewujudkan peluang pekerjaan. Soalan berkenaan dengan adakah Program Sijil Teknologi
Elektrik memenuhi keperluan jabatan/agensi responden. Sebanyak 95.3% bersetuju dan 4.7%
tidak. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan agensi memerlukan pekerja atau staf yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut.
Merujuk kepada dapatan daripada responden pelajar tingkatan 5:
Soalan berkenaan dengan program yang menjadi minat dan pilihan utama di Kolej Komuniti
Bandar Darulaman, dapatan menunjukkan 57.4% berminat kepada program Sijil Teknologi
Elektrik. Ini menunjukkan bahawa mereka yakin bahawa program tersebut sesuai dengan
minat serta berguna dalam kehidupan seharian. Soalan berkenaan minat dengan prospek
kerjaya terhadap bidang yang dipilih. Seramai 80.3% berminat manakala 19.7% tidak. Ini
menunjukkan bahawa mereka yakin bahawa program tersebut releven dan mampu untuk
mencipta dan mewujudkan peluang pekerjaan.
165
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
6. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya kajian ini berguna kepada pihak Jabatan Pengurusan Kolej Komuniti
dan Politeknik (JPPKK) kerana dapatan dari kajian ini boleh dijadikan asas rujukan dalam
membuat keputusan terhadap program yang tawarkan atau diteruskan penawaran di Kolej
Komuniti Bandar Darulaman pada masa akan datang. Hasil daripada kajian ini menunjukkan
bahawa Sijil Teknologi Elektrik merupakan pilihan utama dan perlu dikekalkan penawaran.
Selain dari itu dapatan kajian menunjukkan pelajar tingkatan 5 ada menunjukkan minat untuk
menyambung pengajian di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Jabatan/agensi juga
menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Kolej Komuniti Bandar Darulaman dalam
menjayakan program yang dipilih.
RUJUKAN
Agalita anak Joseph, Mazillah Azleen binti Hj. Mazlan, Megat Nabil Mohsin bin Megat Mohd.
Nor, Umi Syahidah binti Anuari, (2018). Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2018-2025),
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
A. Azman bin Arshad, Khairunnisa binti A. Rahman, Rusdi bin Rusli (2019). Panduan Penulisan
Kjian Keperluan Program (PNA) Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.
Hajah Normala binti Abdullah, Sarawanan A/L Letchumanan dan Norli binti Jaswadi. (2010).
Kenapakah Program Baharu Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik
(Telekomunikasi) perlu ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Johor
Bahru. Politeknik Johor Bahru.
Nurolhuda Bt. Mohd. Noor, Ahmad Walid Bin Md. Yusof, Norsyira Zuraiza Bt. Omar (2011). Kajian
Keperluan Program Baru (PNA) Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik [Perspektif
Industri dan Alumni], Kolokium Pembentangan Penyelidikan POLIMAS Jun 2011.
166
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
KIT PEMBELAJARAN ELEKTRIK ASAS BAGI KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRIK
Shazila Idayu Manja
Politeknik Port Dickson
[email protected]
Noor Hashima Harun
Politeknik Port Dickson
Abstrak. Projek ini bertujuan membangunkan alat bantu mengajar amali bagi kursus Teknologi
Elektrik dalam pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran amali. Alat bahan bantu
mengajar (ABBM) amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Penggunaan ABBM dapat menyalurkan maklumat kepada pelajar berkaitan dengan perkara
yang sedang dipelajari. Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar ABBM banyak
memberi sumbangan dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan kualiti pengajaran dan
pembelajaran dikalangan pelajar dan pendidik. Aktiviti membangunkan bahan alat bantu
yang berasaskan pembelajaran bermasalah dapat memberi manfaat kepada pensyarah
dalam menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dinamik. Justeru adalah
penting bagi pelajar dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran dalam
membangunkan bahan alat bantu yang berasaskan masalah yang diberikan. Kursus
Teknologi Elektrik merupakan matapelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar di
Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Asas mengukur arus, voltan dan rintangan diajar dengan
mendalam untuk kursus ini. Penguasaan yang mendalam terhadap ketiga-tiga kemahiran ini
akan membantu pelajar untuk lebih berjaya di masa hadapan. Rasional membangunkan alat
bantu ini sebagai teknik dalam pembelajaran bagi kursus Teknologi Elektrik dan meningkatkan
penggunaan peralatan dengan baik dan berkesan.
Kata Kunci: Ukur Arus Voltan Dan Rintangan, Kit Pembelajaran Elektrik Asas
1. PENGENALAN
Matapelajaran Teknologi Elektrik adalah merupakan matapelajaran teras yang diambil oleh
semua pelajar Kejuruteraan Elektrik di semua Politeknik Malaysia yang menawarkan Diploma
Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik. Sebagai matapelajaran teras ianya bermatlamat untuk
menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai untuk menghadapi
kursus atau matapelajaran pada semester yang mendatang. Ia juga sebagai tapak untuk
mereka memperolehi kemahiran asas sebagai juruteknik atau pembantu jurutera, Kemahiran
yang sangat ditekankan ialah mengukur arus, voltan dan rintangan, Kemahiran lain yang
diajar ialah bagaimana untuk menyambung litar siri, selari, siri-selari, litar Kirchoff dan litar
Thevenin. Walaubagaimanapun, pelajar selalu menghadapi masalah untuk memahami dan
menguasai kemahiran menyambung litar dan mengukur nilai arus, dan rintangan.
Alat bahan bantu mengajar (ABBM) amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Penggunaan ABBM dapat menyalurkan maklumat kepada pelajar
berkaitan dengan perkara yang sedang dipelajari. Penggunaan alat dan bahan bantu
mengajar ABBM banyak memberi sumbangan dalam meningkatkan pemahaman pelajar
dan kualiti pengajaran dan pembelajaran dikalangan pelajar dan pendidik (Nurhanim
167
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Saadah Abdullah, Ramlan Zainal Abidin dan Suhaimi Mohamad (2010). Justeru itu adalah
penting bagi pelajar dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran dalam
membangunkan bahan alat bantu yang berasaskan masalah yang diberikan.
Kit Pembelajaran Elektrik Asas ini dibangunkan sebagai alat bantuan pengajaran dan
pembelajaran untuk memudahkan pelajar memahami dan menguasai kemahiran kerja amali
secara teknikal bagi kursus Teknologi Elektrik.
1.1 Pernyataan Masalah
Kemahiran penggunaan pelbagai jenis meter, cara penyambungan dan ketepatan
membaca instrument atau meter untuk pelajar kejuruteraan elektrik adalah sangat
diperlukan sebagai keperluan untuk memasuki sektor pekerjaan nanti. Amali atau
kerja praktikal kursus Teknologi Elektrik merupakan salah satu kaedah untuk melatih
pelajar menguasai kemahiran tersebut. Untuk tujuan tersebut satu alat bantu
mengajar yang bersesuaian perlu dibangunkan supaya pelajar boleh berlatih dan
mempraktikkan kemahiran yang diperlukan.
Masalah utama yang dihadapi untuk kursus Teknologi Elektrik ialah peralatan yang
tidak digabungkan dalam satu trainer yang sesuai. Ini menyebabkan pelajar
mengambil masa untuk mengenalpasti peralatan yang sesuai dengan amali yang
dikehendaki. Selain itu pelajar tidak dapat mengaitkan pembelajaran teori dan amali
disebabkan masa yang lama diambil hanya untuk menyusun atur peralatan. Masalah
kedua ialah Bekalan Kuasa Voltan yang terdapat dalam makmal berat sekitar 10kg
dan tidak sesuai untuk pelajar untuk mengambil dan meletakkannya kembali dalam
rak yang disediakan. Masalah ketiga ialah wayar penyambung yang digunakan akan
bersepah dan tidak teratur, Untuk mengemas sudah tentu akan mengambil masa dan
kadang kala terpaksa mengambil masa waktu amali pensyarah lain untuk mengemas
dan menyusun semula peralatan.
Selain itu, pelajar sukar membuat penyambungan kerana peralatan untuk praktikal
tidak terletak pada satu tempat. Peralatan yang digunakan seperti perintang, meter
arus, meter voltan dan wayar penyambung. Alat bantu ini dapat memudahkan
pelajar membuat penyambungan litar kerana kesemua komponen telah diletakkan
pada satu papan.
Peralatan yang ada di makmal, semakin hari semakin berkurangan. Ini disebabkan
oleh peralatan rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Peralatan sedia ada juga tidak
tepat nilai ukurannya kerana peralatan sering digunakan dan ada peralatan telah
digunakan selama 25 tahun.
1.2 Objektif
Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah Kit Pembelajaran Elektrik Asas
bagi kursus Teknologi Elektrik. Kajian ini mengenalpasti tiga objektif untuk
menyelesaikan tujuan kajian iaitu:
1.2.1 Membina kit pembelajaran yang lebih ringan, senang dibawa dan mudah
digunakan.
168
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
1.2.2 Membina Kit pembelajaran yang boleh digunakan untuk pelbagai eksperimen
melibatkan penyambungan litar.
1.2.3 Membangunkan Kit Pembelajaran yang dapat meningkatkan kemahiran dan
pemahaman pelajar berkenaan pembinaan litar asas.
1.3 Signifikan Kajian
Rasional membangunkan alat bantu mengajar ini adalah sebagai kaedah alternatif
menjalankan amali pelajar. Alat bantu mengajar ini juga dapat meningkatkan
keyakinan diri pelajar terhadap sambungan litar. rasional lain dalam membangunkan
alat bantu ini adalah seperti berikut:
1.3.1 Keselamatan semasa menghidupkan menggunakan peralatan.
1.3.2 Mempermudahkan penyambungan wayar pada litar kawalan
1.3.3 Mempelbagaikan cara pembelajaran kursus Teknologi Elektrik
1.3.4 Mengatasi masalah peralatan yang sering rosak kerana telah lama digunakan
sejak 1990.
2. KAJIAN LITERATUR
Kajian yang dilakukan oleh Azyan Md Zahri dan Mohammed Isa Othman (2019) bersetuju
penggunaan Kit pembelajaran dapat membantu pensyarah membuat demonstarsi
penyambungan litar dengan lebih mudah dan meningkatkan kefahaman pelajar dengan
lebih cepat.
Kajian Ramli, Ahmin dan Che Ishak (2017) menyatakan hasil daripada menggunakan ‘trainer
kit’ pelajar lebih termotivasi dan berminat untuk membuat amali dan rekabentuknya juga
memainkan peranan dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Abdul Samad Hanif, Mohamed NorAzhari Azman, Hendri, Pratama, Nurul Nazirah
Mohd Imam Maarof (2016) alat bantu mengajar ‘Kit Pemantau Litar Elektrik’ dihasilkan dapat
membolehkan pelajar melatih keyakinan diri dalam membuat sambungan pendawaian llitar
elektrik dengan betul dan selamat digunakan. Selain itu, kit ini juga dapat meningkatkan
kefahaman isi pelajaran dengan cara yang mudah dan efektif.
3. METODOLOGI
Terdapat tiga fasa yang telah digunapakai untuk menghasilkan kit pembelajaran ini. Fasa
pertama adalah analisis keperluan, fasa kedua adalah merekabentuk dan fasa ketiga adalah
perlaksanaan.
Fasa pertama bagi menjalankan projek ini ialah mencari dan mengumpul maklumat
daripada temuramah dengan pensyarah mengajar dan temuramah dengan pelajar yang
mengambil kursus Teknologi Elektrik. Selain itu kaedah pemerhatian dijalankan sendiri oleh
pengkaji. Setiap sumber dianalisis dengan teliti dan permasalahan dapat dikenalpasti. Hasil
daripada temuramah tersebut, didapati amali sedia ada kurang menarik minat pelajar
meyebabkan pelajar kurang memahami kaedah penyambungan litar. Selain itu pelajar juga
169
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
banyak membuang masa dengan mengambil satu per satu peralatan. Peralatan pula tidak
mencukupi dimana satu set lengkap peralatan dikongsi bersama 5 orang pelajar.
Melalui kaedah pemerhatian pula, didapati bahawa pelajar menggunakan perintang boleh
laras yang besar dan sangat berat. Perintang ditunjukkan dalam Rajah 1 dibawah. Perintang
boleh laras ini juga sudah tidak jitu mengakibatkan bacaan meter untuk arus dan voltan tidak
tepat.
Rajah 1. Perintang Boleh Laras
Fasa kedua dalam perlaksanaan kajian ini adalah merekabentuk Kit Pembelajaran Elektrik
Asas bagi Kursus Teknologi Elektrik. Segala maklumat yang telah dianalisis daripada fasa
pertama digunakan untuk menjana idea bagi merekabentuk kit pembelajaran yang
mempunyai ciri-ciri yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan. Langkah seterusnya adalah mengenalpasti dan menyenarai semua
keperluan bagi membangunkan kit tersebut.
Lakaran projek haruslah dilakukan untuk memberi gambaran jelas tentang rekabentuk kit
pembelajaran yang hendak dibangunkan. Lakaran kit pembelajaran ini adalah seperti di
Rajah 2 di bawah.
Rajah 2. Lakaran Kit Pembelajaran
170
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Setelah mendapat rekabentuk yang sesuai, fasa seterusnya adalah fasa ketiga iaitu proses
pembinaan kit pembelajaran. Semasa proses tersebut, perlu dipastikan setiap fungsi kit
adalah berfungsi dengan baik dan lancar. Rajah 3 menunjukkan pandangan sisi kit
pembelajaran Elektrik Asas.
Rajah 3. Pandangan Sisi Kit Pembelajaran
Antara ciri-ciri lain yang direka adalah meletakkan perintang boleh laras dan meter
pengukuran sekali diatas papan litar. Rajah 4 menunjukkan susun atur meter pengukuran.
Rajah 4. Susun Atur Meter Pengukuran
Setelah kit dibina dan diuji fungsinya, langkah seterusnya ialah membangunkan prosedur
latihan kepada pelajar supaya mereka dapat menggunakan kit tersebut dengan mudah dan
betul. Rajah 5 menunjukkan kit pembelajaran yang telah siap dibina.
171
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Rajah 5. Kit Pembelajaran Siap Dibina
Kit pembelajaran ini telah diuji agar komponen yang digunakan berada dalam keadaan baik.
Meter pengukuran juga telah diuji bersama-sama komponen yang disambung secara
siri, selari atau siri-selari. Ini bertujuan supaya tidak terjadi beban lampau semasa amali
dijalankan.
4. DAPATAN DAN ANALISIS
Kali selidik pelajar dilaksanakan bagi menganilisis keberkesanan Kit Pembelajaran Elektrik Asas.
Antara elemen yang dijalankan didalam kaji selidik pelajar adalah Kit Pembelajaran mudah
digunakan, meningkatkan kemahiran pelajar, perbandingan tempoh masa pemasangan litar
dan menarik minat pelajar.
Rajah 6: Peratusan penilaian pelajar bagi elemen mudah digunakan pelajar
Rajah 6 menunjukkan peratusan penilaian pelajar bagi elemen mudah digunakan pelajar,
73% pelajar menilai sebagai sangat setuju, 22% adalah setuju dan selebihnya 5% adalah
kurang setuju. Ini menunjukkkan kit pembelajaran ini dapat memudahkan pelajar belajar dan
memahami membuat sambungan litar dalam kerja amali bagi kursus Teknologi Elektrik.
172
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Rajah 7: Peratusan penilaian pelajar bagi elemen meningkatkan kemahiran pelajar
Rajah 7 pula menunjukkan peratusan penilaian pelajar bagi elemen meningkatkan kemahiran
pelajar, 70% pelajar menilai sebagai sangat setuju, 25% pelajar merujuk setuju dan 5% adalah
kurang setuju. Ini jelas menunjukkan kit pembelajaran ini dapat membantu meningkatkan
kemahiran pelajar dalam membuat sambungan litar elektrik dengan lebih yakin.
Rajah 8: Perbandingan tempoh masa pemasangan litar bagi kaedah konvensional dan
trainer.
Rajah 8 menunjukkan perbandingan tempoh masa yang diambil oleh pelajar menyiapkan
kerja amali dengan menggunakan keadah konvensional dengan kaedah menggunakan
trainer. Jumlah masa yang paling tinggi dengan kaedah Konvensional adalah 65 minit dan
yang paling rendah adalah 45 minit. Manakala dengan kaedah trainer pula jumlah masa
yang paling tinggi 30 minit dan yang paling rendah adalah 20 minit. Skor min masa
pemasangan litar bagi kaedah Konvensional adalah 55.5 minit manakala kaedah trainer
adalah 25.8 minit. Oleh yang demikian, penggunaan trainer ini dapat menjimatkan tempoh
masa pelajar menyambung litar dan dapat menyiapkan tugasan kerja amali dan lebih cepat.
173
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Rajah 9: Peratusan penilaian pelajar bagi elemen menarik minat pelajar
Rajah 9 menunjukkan peratusan penilaian pelajar bagi elemen menarik minat pelajar, 68%
adalah sangat setuju manakala 32% adalah setuju. Cara penggunaan yang ringkas dan
mudah ini dapat menarik minat pelajar untuk mencuba pelbagai teknik sambungan litar. Oleh
yang demikian, pelajar merasakan kit ini boleh digunakan didalam bengkel menggantikan
komponen dan peralatan sekaligus dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5. PERBINCANGAN
Merujuk kepada kerja amali yang dijalankan oleh pelajar, dengan menggunakan Kit
Pembelajaran Elektrik Asas ini dapati pelajar lebih mudah melaksanakan kerja amali didalam
waktu yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana Kit ini direkabentuk supaya semua komponen
berada di atas papan litar dan ia juga menggunakan perintang boleh laras yang bersaiz kecil
dan lebih tepat nilai ukuran rintangan yang dikehendaki. Selain itu, perintang boleh laras telah
dilekatkan di papan llitar dan boleh diganti dengan perintang boleh laras yang lain sekiranya
rosak. Wayar penyambung yang bersaiz kecil turut diletakkan di penjuru papan litar supaya
senang diambil dan disimpan semula. Pelajar juga lebih mahir untuk membuat pengukuran
voltan, arus dan rintangan kerana kaedah pengukuran dapat dillaksankan didalam
kumpulan yang lebih kecil. Dengan ini, pemantauan dan penilaian kerja amali pelajar dapat
dijalankan dengan lebih mudah.
6. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Kit Pembelajaran Elektrik Asas ini berjaya dibangunkan sebagai alat
bantu mengajar yang mudah dibawa dan mudah digunakan oleh pelajar bagi kursus
Teknologi ELektrik. Kit Pembelajaran ini juga dapat membantu pensyarah untuk mengajar
konsep asas penyambungan litar kepada pelajar dengan lebih mudah. Selain itu, ia juga
dapat meningkatkan kadar kefahaman dan kemahiran pelajar terhadap perlaksanaan kerja
amali dengan lebih mudah dan lebih cepat. Penghasilan kit pembelajaran ini juga dapat
menjimatkan masa dan tenaga pensyarah di mana ia bersesuaian dengan waktu
perlaksanaan kerja amali yang telah ditetapkan iaitu 14 minggu perkuliahan. Diharapkan
174
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
penggunaan Kit pembelajaran ini akan meningkatkan kreativiti dan tahap intelektual para
pelajar.
RUJUKAN
Abdul Samad H., Mohamed NorAzhari A., Hendri, Pratama, & Nurul Nazirah M. (2016). Kit
pemantauan penyambungan litar elektrik: satu kajian efeksi alat bantu mengajar.
Malaysian Journal of Science and Space 12, 3(69-78).
Azyan MZ, & Mohammed Isa O. (2019). Kit Pembelajaran Litar Siri, Selari dan Siri-Selari, Journal
of Techncal and Vocational Education Volume 1, 15-22
Nurhanim SA., Ramlan Z. & Suhaimi M., (2010). Kesan Penggunaan Kit Pengajaran Bersepadu
Magnetik-PLC (Programmable Logic Controller) Terhadap Kefahaman Konsep Asas
kawalan Magnet dan PLC. Conference: World Congress on Teacher Education for
TVET.
Ramli R, Ahmin MAE, & Che Ishak A. (2017). Kajian Keberkesanan Penggunaan Basic Elctrical
Trainning Kit Bagi kursus Teknologi Elektrik. E-Proceeding icompeX17 Academic Paper,
98-105
175
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR BAGI KURSUS VISUAL
MERCHANDISING DENGAN PENGGUNAAN VM 3D BOX
Siti Nurul Nadiah Huslan
Kolej Vokasional Dato Undang Haji Muhamad Sharip
[email protected]
Zulaikha Nahar
Kolej Vokasional Dato Undang Haji Muhamad Sharip
Arma Ibwana Ibrahim Yahya
Kolej Vokasional Dato Undang Haji Muhamad Sharip
Abstrak. Visual Merchandising adalah salah satu kursus wajib lulus yang ditawarkan dalam
Program Seni Reka Fesyen. Namun, pemahaman pelajar dengan isi kandungan adalah
rendah untuk mendapatkan markah yang baik. Kajian ini adalah bertujuan untuk
meningkatkan pemahaman pelajar dalam menyusun atur produk untuk pemasaran dan
meningkatkan pencapaian pelajar dalam kursus Visual Merchandising. Seramai 28 orang
responden dari kelas Diploma Seni Reka Fesyen di pilih untuk sampel kajian. Satu set soal selidik
diguna pakai sebagai instrumen kajian yang mengandungi 10 item soalan menggunakan
pengukuran Skala Likert. Secara keseluruhannya dapatan kajian mendapati bahawa tahap
pemahaman pelajar semakin meningkat dengan penggunaan VM 3D Box yang boleh
menarik minat pelajar yang tidak berkemahiran dan mengasah kreativiti pelajar untuk
menyusun atur produk lebih teratur, kreatif dan mengikut kepentingan serta keutamaan.
Kaedah pembelajaran yang berbeza dari kaedah sebelumnya membantu penglibatan
pelajar lebih aktif semasa PdPC. Analisis keputusan yang diperolehi juga menunjukkan
terdapat perbezaan yang ketara sebelum dan selepas penggunaan VM 3D Box terhadap
pelajar semasa PdPC. Kebanyakan responden menyatakan pada awalnya mereka tidak
mengetahui cara dan fungsi penggunaan VM 3D Box ini sehinggalah selepas penggunaan
VM 3D Box ini mereka dapat memahami kaedah penyusunan produk yang lebih cepat dan
tercetusnya pelbagai idea kreatif bagi memastikan hasil susun atur produk yang baik sekaligus
meningkatkan pencapaian pelajar dalam kursus Visual Merchandising ini.
Kata Kunci: Seni Reka Fesyen, Produk Pelajar
1. PENGENALAN
Dalam sesebuah institusi pendidikan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dilihat
sebagai satu medium atau pendorong yang penting bagi mencorakkan modal insan yang
dilahirkan berkualiti dan berkemahiran. Program Seni Reka Fesyen telah mewujudkan
pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pemahaman pelajar bagi menguasai pembelajaran
yang berasaskan kemahiran. Terdapat kursus di mana pelajar akan belajar memasarkan dan
mengiklankan produk. Mereka telah mempelajari cara menghasilkan pakaian di peringkat sijil
manakala di peringkat diploma mereka akan mempelajari cara memasarkan dan
mengiklankan serta menyusun atur produk sebagai salah satu kursus pemasaran. Pada
dasarnya para pelajar program Seni Reka Fesyen seharusnya mempunyai kemahiran
mempromosi atau memperluaskan produk masing–masing. Namun demikian hanya segelintir
pelajar sahaja yang mempunyai kemahiran dan yakin dalam memasarkan produk ini kerana
176
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
berkemungkinan mereka mengikuti kursus Seni Reka Fesyen berdasarkan minat kepada
belajar menjahit dan melukis sahaja sedangkan kursus ini mempunyai pelbagai bidang
pengetahuan serta kemahiran. Oleh yang demikian penyelidik merasakan perlunya medium
baru seperti produk inovasi hasil dari kajian penyelidikan yang dibuat supaya dapat
membantu pelajar dalam mengatasi permasalahan yang mereka hadapi. Maka, terhasillah
VM 3D Box sebagai alat pemudahcara untuk membantu pelajar meningkatkan pemahaman
dalam menyelesaikan masalah menyusun atau mempamerkan produk di dalam ruang kedai
dengan kreatif. Menurut Chua Yock Chuan (2001) berpendapat motivasi dan minat serta
semangat baharu akan diperolehi dengan pengisian pembelajaran yang positif dan konkrit
untuk merangsang minda pelajar. Selain itu, motivasi mempunyai kepentingan yang tersendiri
dalam kehidupan setiap individu malah setiap lapisan masyarakat (Muhammad Ikhmal,
Nurazwa Ahmad & Nor Kamariah, 2020). Peranan guru dalam kelas adalah untuk memastikan
pelajar sentiasa berminat untuk mengikuti pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Che
Mansor Che Tom (2000).
Menurut Hidhir Ismail dan Mat Jizat Abdol (2004) guru masa kini gemar menggunakan
pendekatan pengajaran secara tradisional. Ini menyebabkan PdP menjadi tidak
menyeronokkan dan membosankan. Gaya pengajaran guru akan mempengaruhi minat
murid, menimbulkan pelbagai kesan positif kepada anak murid (Siti Norfarhana & Siti Mistima,
2017). Tidak dapat dinafikan penggunaan peralatan yang berinovasi dan berimpak tinggi
mampu memberi impak yang besar kepada pengajar, pelajar dan pengguna yang lain. VM
3D Box ialah penggunaan produk yang telah diinovasikan dapat merealisasikan transformasi
sistem pembelajaran dan pengajaran kepada penggunaan peralatan yang lebih mudah
difahami dan dipraktikkan serta lebih efisyen. Alat bantu mengajar seperti ini dapat
membantu memudahkan urusan kerja pelajar apabila mereka melakukan aktiviti PdPC diluar
bilik kuliah (Harina Abdullah, Wan Nor Syazwani & Nur Shuhadah, 2021 ). Penggunaan VM 3D
Box juga dapat menjimatkan masa kepada tenaga pengajar dan penglibatan pelajar lebih
aktif semasa PdPC. Justeru itu, kajian penyelidikan untuk menghasilkan produk inovasi
amatlah membantu di dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efektif.
1.1 Pernyataan Masalah
1.1.1 Pelajar kurang memahami isi kandungan kursus Visual Merchandising
yang wajib lulus untuk Program Seni Reka Fesyen.
1.1.2 Pelajar kurang mahir dalam pembahagian ruang dan membuat
penyusunan pameran produk di ruang kedai.
1.1.3 Pelajar mengambil masa yang agak lama dalam membuat
penyusunan produk hasilnya juga kurang menarik dan tidak teratur.
1.2 Objektif Kajian
1.2.1 Meningkatkan pencapaian pelajar bagi kursus Visual Merchandising
dengan penggunaan VM 3D Box.
1.2.2 Mengasah kreativiti pelajar untuk menyusun atur produk lebih teratur,
kreatif.
1.2.3 Dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam elemen Visual
Merchadising.
177
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
1.3 Signifikan Kajian
1.3.1 Meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar dalam
pembelajaran Visual Merchandising.
1.3.2 Meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran
bagi pelajar Diploma Seni Reka Fesyen dengan menggunakan VM 3D
Box bagi kursus Visual Merchandising.
1.3.3 Memudahkan proses pembelajaran iaitu menggantikan kaedah lama
kepada kaedah baru.
1.3.4 Menerapkan amalan menjimatkan masa dan kerja yang efisen
disamping penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat
memudahkan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC).
2. KAJIAN LITERATUR
Visual Merchandising adalah amalan dalam industri runcit dalam mengoptimumkan
mengiklankan produk dan perkhidmatan untuk lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuan
pemasaran visual adalah untuk menarik, dan memotivasi pelanggan untuk melakukan
pembelian. Visual Merchandising secara tradisional berlaku di kedai batu bata dan mortar
menggunakan campuran pencahayaan, kombinasi warna, dan hiasan untuk merangsang
pemerhati dan menimbulkan minat. Namun, banyak peruncit e-dagang telah mula
menerapkan teknik ini juga.
Berdasarkan kajian yang yang telah dijalankan oleh Nur Maulida (2020) menunjukkan
pelaksanaan aspek Visual Merchandising, paparan produk dan suasana kedai adalah
memberi kesan secara langsung untuk menarik perhatian pelanggan dan membeli produk
mereka. Dalam kajiannya iaitu Pengaruh Visual Merchandising, product display, dan store
atmosphere terhadap impulse buying pada ritel Miniso di Kota Malang, dalam
pernyataannya hasil kajian menunjukkan bahawa pemboleh ubah Visual Merchandising,
paparan produk dan suasana kedai secara serentak memberi kesan positif terhadap variabel
impuls pembelian di Miniso runcit di Kota Malang.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Syifa Nurfazria (2016) “Penerapan Visual Merchandising
di Laboratorium PUB (Pengelolaan Usaha Busana) Universitas Negeri Jakarta” dalam kajiannya
menunjukkan data melalui temu ramah dengan pakar perdagangan Visual, antaranya; Stiev
Ayub Joshua sebagai Visual Merchandiser Catwalk di Kelapa Gading, Wening Tresnany
sebagai Visual Merchandiser Metro Department Store di Gandaria City, dan Cholilawati
sebagai Visual pensyarah reka bentuk fesyen Merchandising di Universitas Negeri Jakarta.
Hasil penyelidikan ini berdasarkan tujuh elemen Visual Merchandising secara keseluruhan ia
telah diterapkan oleh pelajar, tetapi masih belum sepenuhnya. Pelajar mengelak ketika
mengaplikasikan Visual Merchandising kerana perbelanjaan yang terhad. Pakar Visual
Merchandising memberikan nasihat kepada pelajar semasa melaksanakan Visual
Merchandising pelajar mesti lebih kreativiti bagi minimum pembelanjaan.
Menurut J. S. Farrant (1977) salah tafsir yang berlaku dalam mendefinisikan fungsi BBM
berpunca daripada tahap amalan dan kekerapan penggunaannya yang semakin
berkurangan semasa proses P&P berlaku. Hakikatnya untuk menghasilkan BBM yang dapat
memberi kesan yang terbaik terhadap P&P, perlunya kepada penetapan beberapa ciri-ciri
yang sesuai dengan persekitaran dan keadaan. Antaranya ialah BBM mestilah; menjelaskan
178
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
idea yang kabur, menjelaskan bahagian yang sukar difahami, besar dan jelas, warna yang
menarik dan saiz yang tepat, tahan lama, paling memberi kesan, dan murah (Kamarul Azmi
& Ab. Halim, 2007). Ciri-ciri ini merupakan asas dalam pemilihan BBM yang akan digunakan
oleh guru-guru dalam segala P&P di sekolah. Ciri yang dinyatakan di atas juga merupakan
antara faktor yang mempengaruhi penggunaan BBM dalam PdPc. Selain itu terdapat juga
beberapa sebab antaranya ialah faktor; pengurusan dan pentadbiran, peralatan dan
tempat, kepentingan penggunaan, serta penyediaan dan penggunaan. Penggunaan
bahan bantu mengajar adalah penting bagi guru-guru untuk membantu mereka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kajian juga menunjukkan penggunaan
bahan bantu mengajar bukan sahaja memberi faedah kepada guru, malahan ianya juga
memberi impak yang besar kepada murid-murid (Mohd Suhaimi Omar, Noor Shah Saad &
Mohd Uzi Dollah, 2017).
Secara kesimpulannya penggunaan Visual Mercandising merupakan perkara yang boleh
diaplikasikan untuk memajukan perniagaan dan mengelakkan pembaziran berlaku. Ini
kerana melalui Visual Merchandising kita dapat merancang susun atur kedai, dari segi
penggunaan cahaya, rekaan kedai, baju dan sebagainya.
3. METODOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian
Bagi kajian penyelidikan ini pengkaji menggunakan kaedah Penyelidikan Kuantitatif.
Ini kerana penyelidik menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian.
Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistik.
Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan
piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya.
Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur, mempunyai darjah kekaburan
yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas,
dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden
yang besar. Oleh itu, Ia sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai
pandangan, personaliti, tingkah laku atau sikap orang awam secara meluas dari satu
kelompok yang besar.
3.2 Populasi dan Sampel
Kajian ini melibatkan populasi dalam kalangan pelajar Program Diploma Seni Reka
Fesyen di Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip bagi sesi Jun 2020.
Pelajar tersebut telah disaring berdasarkan hasil pemerhatian. Seramai 28 orang
responden telah dipilih sebagai sampel kajian. Penentuan saiz sampel ini adalah
berdasarkan jadual penentuan saiz sampel yang disediakan oleh Krejcie & Morgan
(1970). Kajian ini melibatkan pelajar semester tiga. Berumur dalam lingkungan 19
tahun.
3.3 Instrumen Kajian
Dalam melaksana dan menjalankan kajian menggunakan instrumen ini, penyelidik
menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen kajian.
179
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Soal selidik
Reka bentuk kajian yang digunakan berbentuk kajian tindakan untuk mengenalpasti
sejauh mana keberkesanan penggunaan 3D Merchandising Box meningkatkan
pemahaman dalam pembelajaran Kursus Visual Merchandising, instrumen kajian yang
digunakan adalah satu set borang kaji selidik yang dibangunkan oleh pengkaji sendiri.
Menurut Noor Azizah Binti Zakaria (2011), penggunaan soal selidik boleh mendapatkan
jawapan yang lebih konsisten. Mohd Majid Konting (2004) turut menyatakan
peyediaan soal selidik yang baik dapat menghasilkan item – item yang konsisten dan
boleh dipercayai. Borang soal selidik ini telah dibangunkan berdasarkan dua
bahagian. Bahagian I adalah Demografi. Bahagian II adalah maklumbalas
keberkesanan 3D Merchandising Box sebanyak 10 soalan. Pilihan jawapan adalah
berdasarkan skala peningkatan Likert 1 hingga 5 yang disediakan seperti jadual 1.
Khalid (2011) menyatakan bahawa penggunaan Skala Likert akan menyediakan
responden dengan pilihan yang menggunakan skala yang telah ditetapkan melalui
satu tahap ekstrem ke tahap ekstrem yang lain.
Borang soal selidik diberikan kepada 28 orang responden. Respondan akan diberi
masa untuk menjawab semua soalan dalam soal selidik dan borang selidik akan di
kutip semula. Carta alir dibawah merupakan proses kajian yang dijalankan oleh
penyelidik untuk mendapatkan maklumat kajian.
180
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Fokus Kajian Penyediaan borang soal selidik
Mengedarkan soal selidik
Mengenal pasti
permasalahan dan
bidang kajian
Mengenal pasti populasi
dan pensampelan yang
sesuai.
Mengumpul semula soal selidik / data
Menganalisis dapatan bagi setiap item
Analisis di buat dalam bentuk peratus
dan nialain asal setiap item
Keputusan
Menulis dapatan, perbincangan dan
merumus kajian
Rajah 1. Carta alir proses mendapatkan maklumat kajian
181
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
4. DAPATAN KAJIAN
Hasil Analisis Kajian
Bahagian A : Tahap pemahaman pelajar bagi kursus Visual Merchandising sebelum penggunaan
VM 3D Box.
Jadual 1.1 Sangat Tidak Tidak Setuju Sederhana Setuju Sangat Setuju
Setuju 2 3 4 5
Soalan 1
Bil (%) Bil (%) Bil (%) Bil (%)
Soalan A1 Bil (%) 6 21% 8 29% 10 36%
Soalan A2 4 14% 4 14% 14 50% 10 36%
Soalan A3 6 21% 8 29% 10 36%
Soalan A4 4 14% 20 71 5 18%
Soalan A5 3 11 25 89% 3 11%
Soalan A6 6 21% 10 36%
Soalan A7 12 43 4 14% 10 36%
Soalan A8 14 50 6 21% 10 36%
Soalan A9 12 43 4 14.3% 4 14.3%
Soalan A10 20 71.4% 2 7% 14 50%
12 43
Hasil Analisis Kajian
Bahagian A : Tahap pemahaman pelajar bagi kursus Visual Merchandising sebelum penggunaan
VM 3D Box.
Rajah 1.1. Taburan bilangan dan peratus responden tentang maklumbalas tahap
pemahaman pelajar bagi kursus Visual Merchandising sebelum penggunaan VM 3D Box.
Berdasarkan jadual dan carta 1.1 di atas, menunjukkan soalan A4 dan A5 mempunyai peratusan
yang tinggi untuk maklumbalas responden tidak bersetuju bahawa VM 3D Box ini dapat
merancang dengan mengikut keutamaan dan kepentingan susun atur produk, ini
berkemungkinan mereka tidak mengetahui cara menggunakan VM 3D Box.
Bagi soalan A1, A2 dan A3 menunjukkan kelompok jawapan yang sama, ini menunjukkan
responden bersetuju bahawa VM 3D Box dapat meningkatkan pemahaman dan sekaligus
182
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
meningkatkan pencapaian dalam kursus Visual Merchandising. Ini adalah berdasarkan
pengalaman lepas responden sendiri bahawa dengan menggunakan alat bahan mengajar
mampu meningkatkan pemahaman dan prestasi dalam pembelajaran.
Bagi soalan A6, A7, A8, A10 juga menunjukkan kelompok jawapan yang sama. Responden sangat
tidak bersetuju bahawa mereka dapat menguasai, berminat, dan berfikiran kreatif dengan
menggunakan VM 3D Box kerana responden tidak mengenali dan menguasai fungsi kegunaan
VM 3D Box tersebut.
Bahagian B : Tahap pemahaman pelajar bagi kursus Visual Merchandising dengan penggunaan
VM 3D Box.
Jadual 1.2
Soalan Sangat Tidak Tidak Setuju Sederhana Setuju Sangat Setuju
Setuju 2 3 4 5
Soalan B1 1
Soalan B2 Bil (%) Bil (%) Bil (%) Bil (%) Bil (%)
Soalan B3 3 11% 25 89%
Soalan B4 3 11% 25 89% 11%
Soalan B5 89% 3 11%
Soalan B6 9 25 89% 3 14%
Soalan B7 10 25 54% 4 21%
Soalan B8 3 32% 15 43% 6 25%
Soalan B9 10 36% 12 64% 7 25%
Soalan B10 6 11% 18 39% 7
7 36% 11 79% 11%
21% 22 64% 3
25% 18
Rajah 1.2. Taburan bilangan dan peratus responden tentang maklumbalas tahap pemahaman
pelajar bagi kursus Visual Merchandising selepas penggunaan VM 3D Box.
Berdasarkan jadual dan carta 1.2 diatas menunjukkan kebanyakan responden bersetuju dengan
soalan yang dikemukakan dalam bahagian B ini mengenai keberkesanan selepas penggunaan
VM 3D Box dalam pembelajaran Kursus Visual Merchandising. Keseluruhan responden sangat
183
e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
bersetuju bahawa dengan menggunakan VM 3D Box ini dapat membantu pelajar dalam
membuat penyusunan produk tampak lebih kreatif dan teratur.
Bagi soalan B1, B2, B3, B4 menunjukkan kelompok jawapan yang mempunyai peratusan setuju
yang tinggi dalam peningkatan pemahaman dan prestasi reponden hasil pembelajaran selepas
menggunakan 3D Merchandising Box.
Bagi soalan B8 kebanyakan responden bersetuju menyatakan bahawa penggunaan 3D
Merchandising Box ini dapat mengembangkan pemikiran secara kreatif, manakala 36%
responden menyatakan hanya memuaskan dari segi penggunaan 3D Merchandising Box
kemungkinan disebabkan responden masih sukar menghasilkan idea dan berfikiran secara
kreatif.
184