The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahwan83, 2021-08-04 09:25:46

e-PROSIDING PolyCCRISe 2021

e-PROSIDING PolyCCRISe 2021

Keywords: e-PROSIDING POLYCCRISE 2021

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

11. Pensyarah bersama ketua-ketua kumpulan 603
mengira bilangan napkin

12. Pensyarah bersama ketua-ketua kumpulan 51
mengambil napkin

13. Pensyarah mengunci pintu Silver Room 4

Pensyarah bersama ketua-ketua kumpulan
14. 689

bergerak ke Bilik Bankuet D'Bayu di Aras 2

Pensyarah bersama ketua-ketua kumpulan
15. 61

masuk ke dalam kelas

16. Wakil pelajar meletak napkin di working station 30

17. Proses 3 : Memulakan Meminta pelajar bergerak ke working station 62
Kelas pensyarah untuk sesi demonstrasi

18. Pensyarah membuat demonstrasi lipatan 231
napkin yang pertama

19. Pensyarah membuat demonstrasi lipatan 272
napkin yang kedua

20. Pensyarah membuat demonstrasi lipatan 237
napkin yang ketiga

21. Pensyarah membuat demonstrasi lipatan 212
napkin yang keempat

Pensyarah membuat demonstrasi lipatan
22. napkin yang kelima 241

23. Proses 4 : Aktiviti Pelajar Pelajar bergerak ke work station masing-masing 15

24. Pensyarah membuat pemantauan di setiap 635

work station pelajar – lipatan 1

Pensyarah membuat pemantauan di setiap
25. 740

work station pelajar – lipatan 2

26. Pensyarah membuat pemantauan di setiap 520

work station pelajar – lipatan 3

Pensyarah membuat pemantauan di setiap
27. 479

work station pelajar – lipatan 4

28. Pensyarah membuat pemantauan di setiap 560
work station pelajar – lipatan 5

Proses 5 : Membuat Pensyarah memberi maklum balas kedua
29. 65
refleksi terhadap hasil lipatan napkin pelajar

30. Pensyarah melaksanakan sesi soal jawab 600
dengan pelajar

Proses 6:

31. Memulangkan Dan Pelajar menyemak bilangan napkin 312

Menyimpan Napkin

32. Pelajar melipat napkin untuk di simpan 207

33. Pensyarah bersama ketua-ketua kumpulan 131

bergerak ke Silver Room di aras bawah

34. Pensyarah membuka pintu Silver Room 5

35. Pensyarah bersama ketua-ketua kumpulan 4
bergerak ke rak linen

Ketua-ketua kumpulan meletak semula napkin 17
36. di rak linen

285

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

37. Pensyarah mengunci pintu Silver Room 3

Pensyarah bersama ketua-ketua kumpulan
38. 207

bergerak ke Bilik Bankuet D'Bayu di Aras 2

39. Pensyarah bersama ketua-ketua kumpulan 7
masuk ke dalam kelas

Jumlah 10,060

Hasil dari current VSM, kesemua aktiviti pelaksanaan kelas lipatan napkin telah dapat
diperincikan. Jadual 1 di atas menunjukkan 25 aktiviti non value added activity yang di
keluarkan dari keseluruhan 53 aktiviti yang dikenal pasti di objektif kajian (a). Menurut
Langstrand (2016), non value added adalah masa yang digunakan kepada aktiviti yang tidak
memberikan nilai kepada sesuatu proses. Aktiviti tiada nilai ini berkait rapat dengan bentuk
pembaziran yang telah dikenal pasti dalam proses pelaksanaan kelas praktikal lipatan napkin.
Pada P1, pembaziran yang terlibat adalah pergerakan dan masa menunggu dimana
terdapat pergerakan pelajar dalam aktiviti pembahagian kumpulan, masa menunggu untuk
pelantikan ketua kumpulan dan seterusnya menunggu apakah tugas mereka yang akan
diberikan oleh pensyarah. Pembaziran pada P2 juga sama iaitu pergerakan dan masa
menunggu yang melibatkan pergerakan pensyarah dan pelajar untuk mengambil peralatan
PdP seperti meja untuk setup working station dan bahan PdP iaitu kain napkin. Manakala
masa menunggu pula berlaku apabila proses persediaan PdP ini perlu dilaksanakan terlebih
dahulu sebelum kelas dapat dimulakan. Sanahuja (2020) menjelaskan bahawa pergerakan
yang tidak perlu ini adalah pembaziran kerana masa terbiar tanpa aktiviti pengajaran dan
melakukan perkara yang di luar dari tujuan utama pembelajaran (Singh, 2019). Ini bermakna
pengajar membuat perkara selain daripada mengajar dalam tempoh masa tersebut. Begitu
juga dengan masa menunggu, Sanahuja (2020) menjelaskan masa menunggu ini
‘menghentikan’ pelaksanaan tugas mengajar pensyarah dan pelaksanaan proses belajar
pelajar dan pembaziran ini didapati sering berlaku semasa permulaan kelas (Sremčev et al.,
2018).

Selain itu terdapat 14 lagi aktiviti yang dikenali sebagai necessary non value added activity
yang diwarnakan warna kuning turut dikeluarkan dari 53 aktiviti yang dinyatakan di atas. Jasti
dan Sharma (2014) menjelaskan bahawa necessary non value added activity ini walaupun
dirasakan penting oleh organisasi namun ia tetap dikira sebagai pembaziran kerana tidak
memberikan sebarang impak kepada pelanggan. Pernyataan ini disokong oleh Wang et al.
(2020) yang menyatakan kajian telah membuktikan bahawa bahagian aktiviti yang bernilai
adalah sedikit dan kebanyakannya adalah percampuran necessary non value added dan
aktiviti yang membazir. Oleh kerana itu, aktiviti ini dimasukkan sebagai aktiviti yang tiada nilai.
Semasa P3 berlangsung, pembaziran yang terlibat adalah pergerakan, masa menunggu dan
lebihan pemprosesan. Ini kerana pelajar bergerak ke working station pensyarah untuk sesi
demonstrasi dan kemudian kembali ke working station mereka. Masa menunggu dan lebihan
pemprosesan berlaku secara serentak di mana semasa pensyarah menunjukkan kelima – lima
jenis lipatan napkin yang asas pensyarah akan mengulang sekurang – kurangnya tiga kali
untuk setiap jenis lipatan. Tahap kecerdasan pelajar berbeza dan pembelajaran lipatan
napkin ini bersifat perkara baru bagi mereka maka, ada pelajar yang perlu pengulangan lebih
lagi bagi sesi demonstrasi ini dan bagi pelajar yang telah dapat menguasai lipatan, perlu
menunggu hingga kesemua rakan kelas dapat melakukan lipatan. Pembaziran di P4 pula
adalah pergerakan, masa menunggu dan lebihan pemprosesan dimana pelajar bergerak ke
working station mereka untuk memulakan lipatan napkin hasil dari sesi demonstrasi tadi.

286

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

Pergerakan pensyarah dari satu working station pelajar ke working station lain untuk
pemantauan juga mengakibatkan pergerakan berlebihan berlaku kerana pengajar perlu
sentiasa bergerak dan menyahut panggilan pelajar daripada lima kumpulan yang berbeza
dalam satu masa dan pelajar pula akan terus memanggil pensyarah selagi pensyarah tidak
hadir ke working station. Masa menungu terlibat apabila ada pelajar dalam kumpulan yang
sama perlu menunggu giliran untuk menggunakan kain napkin atas faktor perkongsian
sumber dan menanti pensyarah datang ke working station untuk mendapatkan
‘pengesahan’ daripada pensyarah bahawa lipatan yang dilakukan betul seperti sesi
demostrasi tadi. Lebihan pemprosesan berlaku apabila pelajar berulang kali menghasilkan
lipatan seperti yang ditunjukkan oleh pensyarah.

Pembaziran di P5 adalah masa menunggu dan lebihan pemprosesan di mana pelajar perlu
menunggu pensyarah memberikan maklum balas kali kedua di sesi refleksi PdP. Ini melibatkan
pengulangan kepada pelajar yang tidak berjaya menunjukkan lipatan napkin dengan baik
pada sesi refleksi pertama dan pensyarah meminta pelajar memperbaiki lipatan yang pelajar
tunjukkan. Semasa sesi refleksi ini, pelajar yang tidak terpilih tadi hanya berdiri dan melihat.
Ketiga – tiga proses ini (P3 hingga P5) banyak melibatkan aktiviti necessary non value added
dimana dari segi pandangan pensyarah ianya penting namun dari sudut nilai pelajar
(pelanggan secara individu) ianya tidak penting (Jasti & Sharma, 2014). Ini berkaitan dengan
pembaziran yang berlaku semasa proses ini berlangsung dimana Sanahuja (2020)
menjelaskan dari konteks PdP, lebihan pemprosesan ini melibatkan ulangan terhadap perkara
yang pelajar telah tahu atau telah didedahkan semasa awal sesi demonstrasi tadi, namun
diulang lagi atas faktor pelajar masih tidak lagi faham atau pelajar tidak memberikan
tumpuan semasa kelas dilaksanakan. Lebihan pemprosesan ini juga berlaku semasa sesi
pemantauan disebabkan oleh aktiviti praktikal yang diulang berkali – kali yang mana kaedah
yang digunakan bagi lipatan napkin tidak berjaya seperti hasil yang diharapkan (Sanahuja,
2020). Manakala bagi sesi refleksi pula, pembaziran yang terlibat adalah masa menunggu
dimana menurut Sanahuja (2020), dari konteks PdP, masa menunggu turut melibatkan pelajar
menunggu maklumbalas dari pensyarah. Apabila kumpulan pelajar adalah heterogen,
rentak pembelajaran pelajar adalah pelbagai dan ini akan mengakibatkan masa menunggu
bagi pelajar yang cepat faham, terutamanya apabila pensyarah mengambil masa untuk
menjelaskan lebih lagi kepada pelajar yang kurang dan masih tidak faham dalam sesi refleksi
tersebut (Sanahuja, 2020).

P6 pula lebihan pemprosesan dimana pelajar berulang kali mengira bilangan kain napkin
sebelum melakukan pergerakan untuk menghantar dan menyimpan napkin ke tempat
simpanan bahan PdP, manakala pelajar lain melakukan pergerakan menyimpan semula
meja yang dipakai dan menyusun kembali kerusi ditempat asal sebelum pensyarah boleh
menamatkan kelas pada hari tersebut.

5. PERBINCANGAN

Melalui konsep lean, keseluruhan proses pelaksanaan kelas lipatan napkin dapat di
gambarkan dalam bentuk Rajah 1 dan di kenali sebagai current VSM (Wang et al., 2020). Dari
analisis data pelaksanaan kelas, 6 proses dapat dikenal pasti beserta PT, WT dan LT bagi setiap
proses. Berdasarkan pengiraan Eq 1, PE bagi keseluruhan proses adalah 39.7% yang
membawa maksud hanya peratusan sebanyak itu sahaja aktiviti bernilai dalam pelaksanaan

287

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

kelas dan selebihnya adalah aktiviti yang tidak bernilai dari sudut pandang pelajar. Ini kerana
menurut Yeh et al. (2021) value atau nilai ditentukan dari sudut pandang pelanggan itu sendiri
iaitu pelajar. Setelah berjaya mengenal pasti peratusan aktiviti bernilai tambah, aktiviti tiada
nilai tambah bagi pelaksanaan kelas ini juga dapat dikenal pasti dimana dari keseluruhan 53
aktiviti, 39 aktiviti adalah non value added dan necessary non value added. Necessary non
value added menurut Jasti dan Sharma (2014) tetap dikira sebagai aktiviti tiada nilai biarpun
pada organisasi ianya adalah perkara penting dan disokong oleh Wang et al. (2020) dimana
aktiviti bernilai adalah sebahagian kecil saja manakala selebihnya adalah necessary non
value added dan non value added activity. Analisis aktiviti yang tiada nilai tadi terbukti
sebagai pembaziran melalui rujukan kepada jenis – jenis pembaziran dalam kajian Klein et al.
(2021) yang mana tiga jenis pembaziran telah dikenal pasti dalam kelas lipatan napkin iaitu
pergerakan, masa menunggu dan lebihan pemprosesan. Pembaziran ini juga diperkukuhkan
dari dapatan kajian Sanahuja (2020), Singh (2019) dan Sremčev et al. (2018) dalam konteks
berkaitan PdP.

6. KESIMPULAN

Kajian ini membolehkan penyelidik membuat analisis non value added activity bagi
pelaksanaan kelas lipatan napkin dan hasil dapatan menunjukkan 60.3% aktiviti yang
dilaksanakan merupakan pembaziran dari 7 jam pelaksanaan kelas praktikal. Ini memberikan
maksud bahawa pengurusan kelas yang dilaksanakan selama ini lebih terarah kepada aktiviti
tiada nilai dan impak kepada penyampaian pengajaran yang tidak efisyen ini adalah ia akan
memberi kesan secara langsung kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Berdasarkan
dapatan kajian ini, penyelidik mendapati bahawa melalui pendekatan lean, terdapat ruang
dan peluang untuk proses penambah baikan dan penyelidik mencadangkan current VSM
bagi kelas lipatan napkin ini di teruskan bagi mendapatkan future VSM dengan
menggunakan konsep kaizen dengan inovasi sebagai penambahbaikan bagi proses PdP
lipatan napkin ini. Mengambil kira situasi pandemik Covid-19 ini, penyelidik mencadangkan
penambah baikan dengan menggunakan elemen digital agar pelaksanaan kelas menjadi
lebih menarik dan lebih dekat dengan pelajar masa kini.

Namun begitu, kajian ini mempunyai limitasi di dimana dokumen pelaksanaan kelas ini diambil
pada satu kali sahaja di atas faktor kekangan pelaksanaan kelas yang berkisarkan topik,
minggu dan kandungan yang termaktub di dalam kurikulum dan sampel kajian adalah satu
kelas sahaja pada sesi dan ambilan semasa kajian ini dijalankan. Limitasi kedua pula tiada
kajian terdahulu yang dapat dirujuk terutamanya pendekatan lean bagi proses PdP yang
menggunakan kaedah VSM.

Cadangan untuk kajian akan datang ialah pelaksanaan pemerhatian bagi future VSM bagi
mengesahkan pelaksanaan dan keterlibatan pelajar dapat dipertingkatkan lagi setelah
aktiviti yang tiada nilai ini di kurangkan dan dihapuskan bagi kelas lipatan napkin dan
seterusnya reka bentuk kajian ini dapat diperluaskan kepada kursus – kursus lain yang
menghadapi situasi yang sama.

288

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

RUJUKAN

Baudin, M. (2013). Where do value stream maps come from. Muat turun dari

https://michelbaudin.com/2013/10/25/where-do-value-stream-maps-come-from.

Bhat, S. & Bhat, S., Raju, R., D’Souza, R. & Gopalakrishna, B. (2020). Collaborative Learning for

Outcome Based Engineering Education: A Lean Thinking Approach. Procedia

Computer Science, 172, 927-936

Bradley, D.M., Elenis, T., Hoyer, G., Martin, D. and Waller, J. (2017). Human capital challenges

in the food and beverage service industry of Canada: Finding innovative solutions.

Worldwide Hospitality and Tourism Themes, 9(4), 411-423

Douglas, J., Antony, J. and Douglas, A. (2015). Waste identification and elimination in HEIs: the

role of Lean thinking. International Journal of Quality & Reliability Management, 32(9),

970-981.

Flanders Investment & Trade, Malaysia Office. (2020). Food & Beverages Industry Report. Muat

turun dari

https://www.flandersinvestmentandtrade.com/export/sites/trade/files/market_studies

/FB%20Industry%20Report.pdf

Horng, J-S. & Hsu, H. (2020). A holistic aesthetic experience model: Creating a harmonious

dining environment to increase customers' perceived pleasure. Journal of Hospitality

and Tourism Management, 45, 520-534

Jasti, N. V. K & Sharma, A. (2014). Lean manufacturing implementation using value stream

mapping as a tool: A case study from auto components industry. International Journal

of Lean Six Sigma, 5(1), 89-116

Klein, L.L., Tonetto, M. S., Avila, L. V. & Rodrigo Moreira, R. (2021). Management of lean waste

in a public higher education institution. Journal of Cleaner Production,286.

Kocaman, E. M. & Kocaman, M. (2016). The employment situation of the students studying for
food and beverage management bachelor’s degree within the sector. International
Journal of Social Economics, 43(2), 123-133.

Kumar, S., Dhingra, A. and Singh, B. (2018). Lean-Kaizen implementation: A roadmap for
identifying continuous improvement opportunities in Indian small and medium sized
enterprise. Journal of Engineering, Design and Technology, 16(1), 143-160.

Langstrand,J. (2016). An introduction to value stream mapping and analysis. Division of
Logistics and Quality Management. Department of Management and Engineering
Linkökping University Sweden

Riezebos, J. and Huisman, B. (2021). Value stream mapping in education: addressing work
stress. International Journal of Quality & Reliability Management, 38(4), 1044-1061.

Romero, L. & Arce, A. (2017). Applying value stream mapping in manufacturing: a systematic
literature review. IFAC-PapersOnLine, 50 (1), 1075-1086

Ryu, K. & Han, H. (2011). New or repeat customers: How does physical environment influence
their restaurant experience? International Journal of Hospitality Management, 30(3),
599-611

Sanahuja, S.M. (2020). Towards Lean Teaching: Non-Value-Added Issues in Education.
Education Sciences, 10, 160

Sremčev, N., Lazarevic, M., Krainovic, B., Mandic, J. & Medojevic, M. (2018). Improving
teaching and learning process by applying Lean thinking. Procedia Manufacturing, 17,
595-602

289

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Singh, J. (2019). The lean prescription for non-traditional adult learners. Quality Assurance in

Education, 27(3), 347-359
Thompson, D., Poulston, J. & Neill, L. (2017). How satisfying is real work? An analysis of student

feedback on applied learning in a hospitality degree. Journal of Hospitality, Leisure,
Sport & Tourism Education, 20, 110-121
Tuzunkan, D. & Albayrak, A. (2016). The importance of restaurant physical environment for
Turkish Customers. Jpurnal of Tourism Research & Hospitality, 5(1),
Wang, S., Tang, J., Zou, Y. and Zhou, Q. (2020). Research on production process optimization
of precast concrete component factory based on value stream mapping.
Engineering, Construction and Architectural Management, 27(4), 850-871.
Yeh, S-T., Arthaud-Day, M. & Turvey-Welch, M. (2021). Propagation of lean thinking in
academic libraries. The Journal of Academic Librarianship, 47(3), 1-6
Zahraee, S.M, Esrafilian, R., Kardan, R., Shiwakoti, N. & Stasinopoulos, P. (2021). Lean
construction analysis of concrete pouring process using value stream mapping and
Arena based simulation model. Materials Today: Proceedings, 42(2), 1279-1286,

290

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (PdPDT) DI KOLEJ
KOMUNITI SEWAKTU KRISIS PANDEMIK COVID-19: PENDEKATAN BAGI

MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN KOMPETENSI PELAJAR

Noorulazwa Ayuni Mat
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

[email protected]

NoorNurfaqiha Yusoff
Kolej Komuniti Santubong

Abstrak. Pandemik Covid – 19 telah mengubah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
bersemuka kepada secara dalam talian. Perubahan yang drastik dan tanpa diduga
menyebabkan proses pengajaran bersemuka selama ini di sektor Pengajian Tinggi terpaksa
dijalankan secara dalam talian. Pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) juga
memerlukan pengetahuan kandungan pedagogi terutamanya dalam merancang dan
mewujudkan pengalaman PdP serta persekitaran yang baik dengan bantuan teknologi
digital. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pendekatan yang dilakukan
oleh tenaga pengajar kolej komuniti Malaysia semasa PdPDT bagi meningkatkan
pemahaman dan kompetensi pelajar. Sebanyak 107 borang soal selidik telah diedarkan
kepada tenaga pengajar kolej komuniti di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan majoriti
tenaga pengajar bersetuju terdapat reka bentuk instruksional yang berbeza antara PdP
secara bersemuka dan PdPDT. Oleh itu, dalam mencapai tahap pemahaman dan
kompetensi pelajar sewaktu PdPDT, pelbagai usaha telah dilakukan oleh tenaga pengajar
seperti perancangan reka bentuk instruksional PdP yang bersesuaian mengikut program dan
perhubungan yang kerap dengan pelajar bagi meningkatkan motivasi pelajar. Komunikasi
yang jelas dan komitmen di antara tenaga pengajar dan pelajar menjadi dorongan utama
dalam kejayaan PdPDT. Walau bagaimanapun, pendekatan ini masih tidak mengukur
keberkesanan tahap kompetensi.

Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT), Covid–19, Sektor Pendidikan
Tinggi, Pengetahuan kandungan pedagogi, Reka bentuk instruksional

1. PENGENALAN

Keterpaksaan untuk bekerja secara dalam talian bagi mengekang penularan wabak Covid-
19 kepada kebanyakan sektor pekerjaan amatlah mengejutkan. Sektor pendidikan juga tidak
terkecuali dalam perubahan mod bekerja daripada bersemuka kepada mod dalam talian.
Keadaan ini telah menambahkan tekanan dan beban kerja tenaga pengajar dan staf institusi
Pengajian Tinggi yang sedia ada berjuang dalam mengimbangkan pembelajaran, kajian,
perkhidmatan dan keseimbangan kehidupan kerja (Houston, Meeyer dan Paewai 2006;
Houlden & Veletsianos 2020).

Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan program Pendidikan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) juga tidak terkecuali. Tujuan institusi TVET adalah untuk melengkapkan

291

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

tenaga kerja dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjamin masa
depan dalam dunia pekerjaan selepas mendapat pendidikan. Kolej Komuniti di Malaysia
merupakan merupakan salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) milik kerajaan
sepenuhnya yang menawarkan program TVET. Kolej Komuniti menyediakan latihan
kemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional termasuk bidang perdagangan, mekanikal,
elektrikal dan juga bidang lain bagi memenuhi permintaan tinggi keperluan industri bagi
melahirkan tenaga kerja mahir menjelang revolusi industri 4.0 yang akan datang.

Tenaga pengajar institusi TVET memainkan peranan yang sangat penting dalam aspek
membimbing perkembangan dan orientasi pelajar serta melengkapkan pelajar dengan
pelbagai pengetahuan, sikap, dan kemahiran vokasional. Tenaga pengajar TVET mesti
mempunyai pengetahuan kandungan pedagogi merangkumi teknikal dan aspek
pentadbiran pengajaran dalam talian seperti penggunaan alatan, platform bersesuaian dan
mengatur aliran kerja (Liu, Hartmann, Hariyanto & Liu, 2019). Lebih penting lagi, ia merangkumi
asas-asas pedagogi dan pengetahuan yang diperlukan untuk merancang, memudahkan
dan pengalaman pengajaran yang lebih bermakna. Oleh itu, pelajar mempunyai kekuatan
sebagai pendorong penting dalam menjadi individu atau warganegara yang berwibawa
dan bertanggungjawab.

Tenaga pengajar TVET tidak hanya signifikan dalam penyebaran teknologi dan penyebaran
melalui kemahiran dan pemindahan pengetahuan, mereka juga dapat mempersiapkan dan
mendorong pelajar dalam memenuhi pelbagai jenis tenaga kerja mahir bagi kegunaan
dalam pekerjaan mereka pada masa depan. Di samping itu, tenaga pengajar TVET dapat
menyemak semula kurikulum TVET serta memberi pertimbangan sewajarnya terhadap
perubahan teknologi baru. Tenaga pengajar TVET dapat menyokong pengembangan
kemahiran pelajar dengan sebaiknya kerana memahami permintaan pasaran pekerja dan
keperluan industri.

Bagi tenaga pengajar TVET yang berlainan latar belakang dan umur perlu menyediakan dan
menyampaikan kuliah dari rumah dengan cabaran praktikal dan teknikal yang selalunya
tanpa sokongan teknikal yang betul (Hodges et al,. 2020). Selain itu, cabaran besar bagi
tenaga pengajar TVET adalah kekurangan pengetahuan kandungan pedagogi (Shulunan,
1987) yang diperlukan untuk pengajaran secara dalam talian (Angeli dan Valanids 2005;Kali,
Goodyear dan Markauskaite 2011;Ching, Hsu & Baldwin, 2018).

Walau bagaimanapun, krisis Covid-19 ini telah banyak membawa perubahan kepada
kesediaan pedagogi terutamanya tenaga pengajar TVET tanpa atau sedikit pengalaman
dalam PdPDT. Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Ocak (2011) dan Ching, Hsu dan
Baldwin (2018) mendapati diantara kesukaran utama yang dialami oleh tenaga pengajar
TVET ialah kerumitan kaedah penyampaian dan kekurangan dalam perancangan dan
organisasi. Sebilangan besar tenaga pengajar TVET hanya memberi tumpuan kepada
penggunaan alat dan bahan PdP yang boleh digunakan oleh mereka dalam PdPDT bagi
menggantikan kelas bersemuka mereka.

Apabila kaedah PdPDT kurang berkesan, para pelajar yang telah lulus di Institusi TVET
berkemungkinan tidak atau kurang mempunyai kecekapan untuk mengembangkan potensi
sendiri dan bekerja secara kreatif di dalam industri yang berkaitan (Zhu & Deng, 2013). Isu-isu
ini memaksa pemupukan kecekapan pelajar vokasional agar kelestarian menjadi masalah

292

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

utama yang perlu diselesaikan (Jin, 2014; Yi, He, Luo, & Wang 2018; Zhu & Deng, 2013). Oleh
itu, dalam konteks pandemik COVID-19 ini, tenaga pengajar institusi TVET perlu memikirkan
semula bagaimana mengembangkan kecekapan dan kompetensi pelajar dalam PdP dapat
dipertingkatkan untuk kaedah penyampaian adalah berkesan.

Kertas kajian ini berfokuskan pendekatan yang diambil oleh tenaga pengajar institusi TVET iaitu
pensyarah kolej komuniti Malaysia bagi meningkatkan kefahaman dan kompetensi pelajar
melalui PdPDT. Menurut Rapanta, Botturi, Goodyear, Guardia, dan Koole (2020) menyatakan
terdapat banyak nasihat ditujukan kepada pengajar ketika krisis Pandemik Covid-19 ini.
Antaranya, bahan dan alat yang digunakan sewaktu mengajar bagi menggantikan kelas
bersemuka, beratus petua dan trik tanpa mengambil kaedah perancangan mengajar yang
bersesuaian.

2. KAJIAN LITERATUR

Terdapat banyak istilah Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) digunakan
secara meluas tetapi dengan pelbagai makna. Antaranya ialah ‘pembelajaran dalam
talian’, ‘e-pembelajaran’, ‘pembelajaran teradun’, ‘pembelajaran digital’ dan lain-lain.
PdPDT adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara atas talian yang
boleh dicapai atau digunakan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja dengan
adanya capaian internet dan boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet.

Untuk tujuan artikel ini, PdPDT merujuk kepada pembelajaran yang digunakan secara meluas
oleh masyarakat kini iaitu pembelajaran menggunakan alat teknologi serta internet. Bagi
tujuan kajian ini pula, pembelajaran dalam talian merujuk kepada jenis situasi PdP di mana:

i. pelajar berada pada jarak yang jauh dari tenaga pengajar TVET,
ii. pelajar menggunakan beberapa bentuk teknologi untuk mengakses bahan

pembelajaran,
iii. pelajar menggunakan teknologi untuk berinteraksi dengan tenaga pengajar TVET /

dengan pelajar lain dan
iv. beberapa jenis sokongan diberikan kepada pelajar (Anderson, 2011a).

PdPDT melibatkan pelbagai jenis alat, sumber, pendekatan pedagogi, peranan, susunan dan
bentuk organisasi interaksi, pemantauan dan sokongan dengan banyak kemungkinan
penggantian kombinasi dan integrasi (Bates dan Poole, 2003; Bullen dan Janes 2007; Bach,
Haynes dan Smith, 2007). Dalam membuat sebahagian besar peluang yang diberikan oleh
persekitaran pembelajaran dalam talian, instruksional reka bentuk dan organisasi memainkan
peranan penting (Anderson, Rourke, Garrison & Archer, 2001).

Reka bentuk instruksional (RI) dan reka bentuk pembelajaran (RP) boleh dicirikan sebagai satu
proses, atau rangkaian langkah-langkah yang disarankan, yang dapat digunakan oleh
tenaga pengajar untuk merancang, melaksanakan, dan menilai arahan mereka (Carr-
Chellman, 2016). Seperti mana-mana proses reka bentuk, RI dan RP melibatkan proses
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah (Tennyson dan Breuer, 2010). Mereka
melibatkan pilihan strategi untuk membuat produk tertentu, seperti rancangan mengajar
atau bahan pengajaran, serta pelaksanaan dan pengurusan keseluruhan proses reka bentuk
(Richey, Klein & Tracey, 2011). Di sini, pengajar sebagai pereka harus menangani kedua-dua

293

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

aspek perancangan dan strategi yang berorientasikan proses (Goodyear, 2015). Menurut
Bates (2019), reka bentuk berkualiti baik dikaitkan dengan jelas objektif pembelajaran, isi
tersusun dengan teliti, beban kerja terkawal untuk fakulti dan pelajar, media bersepadu,
aktiviti pelajar yang relevan, dan penilaian sangat berkaitan hasil pembelajaran yang
diinginkan.

Dalam pengajaran bersemuka, teori dan model RI dan RP biasanya tersirat dalam proses
membuat keputusan yang digunakan oleh pengajar yang pakar (Moallem, 1998). Walau
bagaimanapun, apabila PdPDT sebagai kaedah pengajaran utama, penggunaan eksplisit
(penjelasan secara jelas dan mendalam) beberapa jenis proses reka bentuk adalah perlu
(Tennyson & Schott, 2010). Dalam situasi ini, tenaga pengajar bertindak sebagai pembangun
dan pelakon iaitu pembangun rancangan mengajar, persekitaran dan pencarian sumber
tapi dalam masa sama berperanan sebagai fasilitator dan menunjukkan kaedah yang
bersesuaian dengna pelajar (Anderson, 2011). Pendekatan reka bentuk untuk PdPDT telah
dikendalikan dalam pelbagai sistem dan model dengan bahasa perantaraan RI juga mestilah
memberi tumpuan lebih kepada aktiviti pelajar dan tindak balas terhadap kandungan.

Menurut Yaakob dan Yunus (2017), terdapat tiga (3) komponen kompetensi utama seseorang
iaitu dari segi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau profesionalisme. Kompetensi
juga adalah kemampuan untuk melaksanakan sesuatu tugas yang mencakupi aspek
pengetahuan, keterampilan dan sikap yang didasarkan kepada pengalaman dan
pembelajaran yang dilakukan.

Yusof (2003) mendapati kajian ke atas tenaga pengajar-tenaga pengajar yang berkhidmat
di Politeknik Port Dickson beranggapan bahawa kompetensi-kompetensi pengajaran perlu
dikuasai dalam menghasilkan pengajaran yang efektif. Kompetensi-kompetensi pengajaran
yang dinilai meliputi kompetensi perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran,
penilaian pencapaian pelajar dan hubungan interpersonal.

Kompetensi memang sukar diukur berbanding pembelajaran ilmu teori tetapi dilihat melalui
pengalaman praktikal. Bagi meningkatkan tahap kompetensi pelajar, menurut Hartmann
(2017), adalah bermanfaaat bagi tenaga pengajar untuk menganalisis, merancang,
merancang dan mengembangkan situasi pembelajaran yang kompleks (seperti contoh:
Bagaimana menghasilkan produk sesuai dengan permintaan pelanggan atau bagaimana
merancang bahan kerja canggih dari bahan tertentu) yang dapat memberikan banyak
peluang untuk pengembangan kompetensi pelajar mereka.

Hartman (2017) juga menyatakan cara untuk meningkatkan kompetensi pelajar adalah
melalui perkembangan semasa proses PdP. Bagi memaksimumkan PdP, setiap pelajar diminta
untuk melakukan tugas yang ditetapkan atau belajar sesuatu yang baru, tenaga pengajar
perlu menyediakan sistem yang lebih sistematik dan membina situasi pembelajaran yang
sesuai untuk menjadikan cabaran pelajar lebih kelihatan dan belajar lebih efisien. Reka
bentuk situasi pembelajaran perlu difikirkan dengan baik, membina pengetahuan terdahulu
pelajar serta tahap kecekapan mereka yang ada, dan kemudian bergerak untuk memupuk
kecekapan tahap tinggi pelajar.

Mengikut Quah (2020) yang menjalankan kajian terhadap cabaran PdPDT kepada pelajar
kolej komuniti, antara cabaran utama adalah apabila pelajar kurang berkemampuan untuk

294

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

membelanjakan wang bagi membeli data internet. Sehubungan itu, proses PdPDT kepada
pelajar kolej komuniti tidak berjaya. Antara strategi beliau mencadangkan bagi
meningkatkan strategi PdPDT kepada pelajar, tenaga pengajar perlu menyediakan nota dan
video rakaman demonstrasi sebagai pelengkap sekiranya pelajar mempunyai masalah
internet.

3. METODOLOGI

Kaedah yang digunakan untuk kajian ini adalah melalui pendekatan kuantitatif iaitu soal kaji
selidik kepada tenaga pengajar kolej komuniti di Malaysia. Kajian berbentuk soal selidik
adalah satu bentuk kajian yang popular digunakan dalam kalangan penyelidik kerana soal
selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan mudah. Melalui
soal selidik maklumat berhubung dengan responden boleh dirahsiakan. Ini membolehkan
responden menjawab soalan berkenaan dengan selesa tanpa rasa risau atau bimbang.

Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup. Jenis soalan
ini mudah untuk dianalisis dan menyenangkan responden untuk memberikan jawapan
kerana responden hanya dikehendaki memilih satu dari beberapa jawapan yang diberikan
(Syed Arabi, 1998). Pemilihan responden dibuat kerana tenaga pengajar di kolej komuniti
mengajar pelajar di tahap kelayakan sijil.

Pelajar kolej komuniti di Malaysia majoritinya terdiri daripada pelajar lepasan sekolah
menengah yang berumur 18 - 20 tahun (data pengambilan JPPKK, (2019). Mereka merupakan
pelajar yang kebanyakannya tidak mempunyai pengalaman dalam pembelajaran lepasan
sekolah yang lebih kepada pembelajaran sendiri. syarat kemasukan yang minimum iaitu lulus
SPM, lulus Bahasa Melayu dan lulus Sejarah bagi SPM tahun 2013 ke atas (Bahagian Ambilan
dan Pembangunan Pelajar, JPPKK (2019).

Instrumen yang digunakan dalam borang kaji selidik ini terdiri daripada 2 bahagian yang
berbeza. Bahagian A dirancang bagi mengumpul maklumat data demografi sampel dan
maklumat asas responden seperti jantina, pengalaman mengajar dan nama institusi.
Bahagian B terdiri daripada soalan yang ingin mencapai objektif kajian ini dengan sejumlah
36 item.

Analisis statistik deskriptif termasuk frekuensi dan peratusan digunakan untuk menganalisis dan
mentafsirkan data yang dikumpulkan dalam kajian ini. Penjelasan mengenai frekuensi dan
peratusan dibuat berdasarkan tafsiran Skala Likert dalam soal selidik. Tahap kesepakatan
digunakan untuk mengukur pelaksanaan mulai dari ‘Tidak Pernah’ ke ‘Sangat Kerap’ dan
‘Sangat Setuju’ ke ‘Sangat Tidak Setuju’.

4. DAPATAN DAN ANALISIS

Dapatan analisis kajian dibuat mengikut kepada pecahan bahagian soalan iaitu Bahagian A
dan Bahagian B. Seramai 29 responden lelaki (27%) berbanding 80 orang (73%) tenaga
pengajar perempuan. Manakala taburan pengalaman mengajar tenaga pengajar adalah
seperti jadual 1 dibawah:

295

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

Jadual 1. Pengalaman mengajar responden

Pengalaman Mengajar Kekerapan
Kurang dari 1 tahun 3
1-5 tahun 19
6-10 tahun 33
11-15 tahun 29
16-20 tahun 21
21-25 tahun 4

Daripada jadual 1 di atas, dapat dirumuskan majoriti responden adalah tenaga pengajar
yang berpengalaman dalam mengajar bidang TVET. Semakin berpengalaman tenaga
pengajar itu, semakin banyak ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Menurut (Ajayi, 2017),
pengalaman mengajar dan kandungan ilmu pengetahuan pengajar adalah berkait rapat
pencapaian pelajar.

Responden adalah tenaga pengajar kolej komuniti dari pelbagai negeri. Terdapat 104 buah
kolej komuniti di Malaysia sehingga kini dan pemilihan responden adalah dari seluruh wilayah
secara rawak. Antaranya 29 orang tenaga pengajar dari Sarawak, 28 orang daripada Sabah,
13 orang daripada Pahang, 16 orang daripada Perak, dan selainnya seperti Pulau Pinang,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu. Pemilihan responden adalah secara rawak
agar dapatan kajian ini tidak menyebelahi mana-mana pihak.

296

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Se
ISBN 978-967-2883-00-5

Strategi Penyampaian PdPDT

Jadual 2. Str

Soalan

Strategi PdPDT disusun supaya pelajar dapat mencapai hasil pembe
yang ditetapkan.

PdPDT dijalankan dengan dua kaedah iaitu secara segerak dan tidak s

Sumber rujukan boleh diakses oleh semua pelajar

Saya menerangkan mengenai struktur kursus, jenis aktiviti, pembel
tugasan, penjadualan penghantaran tugasan

Sebelum kelas, saya bertanya khabar, fizikal dan emosi pelajar

mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan ilmu baharu yan
dipelajari

demonstrasi melalui rakaman video/bahan bantu mengajar yang ses

Menggabungkan pelbagai bahan multimedia

Pelajar menyelesaikan sesuatu masalah dunia pekerjaan sebenar.

Pelajar mempraktikkan kemahiran dalam menyelesaikan sesuatu m
melalui aktiviti pembelajaran/tugasan.

Pelajar menjalankan aktiviti refleksi kendiri (self-reflection activities).

Saya membina hubungan yang positif bersama pelajar agar pelak
PdPDT menjadi lebih efektif.

29

eminar

rategi penyampaian PdPDT

Tidak Kadang- Sederhana Selalu Sangat
Pernah kadang Kerap

elajaran 0.51% 2.59% 7.00% 65.01% 24.89%

segerak 2.51% 7.43% 19.72% 53.35% 16.98%
0.55% 2.62% 10.28% 61.63% 24.93%
2.11% 5.90%
lajaran/ 54.34% 37.03%
0.62%

0.47% 1.38% 9.55% 50.84% 37.76%
ng akan 1.06% 8.38% 59.11% 31.16%

0.29%

suai 1.46% 5.17% 23.65% 50.91% 18.80%
2.15% 5.65% 21.28% 51.13% 19.79%
0.77% 5.58% 31.52% 51.75% 10.39%

masalah 3.90% 18.26% 63.85% 13.30%
0.69% 4.23% 25.51%
1.2% 0% 4% 57.51% 11.55%

ksanaan 0% 45.5% 50%

97

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

Jadual 3. Strategi penyampaian PdPDT

Soalan Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti
12
Strategi dan penyampaian PdPDT berbeza 106 42
dengan strategi PdP secara bersemuka? 38 10
35
Alatan teknologi yang digunakan untuk PdPDT 103 29 34
perlu bersesuaian mengikut kursus

Bahan pengajaran (material seperti nota, video, 61
tatacara) cukup untuk PdPDT

Saya berusaha membuat kandungan dan aktiviti 101
yang menarik sewaktu PdPDT

PdPDT saya berjaya dan pelajar mencapai tahap 46
kompetensi yang diharapkan

Kaedah Peningkatan Pemahaman dan Kompetensi
Jadual 4. Kaedah peningkatan pemahaman dan kompetensi

Soalan Sangat Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju 57 Setuju
44
menyediakan banyak nota dan 49 49 30
video simulasi/demonstrasi 10
53 50
giat melakukan perbincangan 64 36
melalui WhatsApp / Telegram 50

memberi tugasan dengan 55 38 3

menyelesaikan masalah

berdasarkan persekitaran

pelajar

mempelbagaikan kaedah 51

penilaian (substitute) yang sesuai

dengan situasi semasa pelajar

mengarahkan pelajar membuat 21
amali sama seperti di kampus

298

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Keberkesanan Pemantauan Komitmen Pelajar

Jadual 5. Keberkesanan pemantauan komitmen pelajar

Soalan Sangat Efektif Tidak Sangat
Efektif Efektif Tidak
Efektif
Melihat kemajuan pelajar dari semasa ke 29 64 5 0
semasa 60
5 0
Bertanya keadaan emosi pelajar seperti 33 59
burn out, tertekan, depresi, tahap motivasi 50 6 0
5 1
Refleksi selepas kuliah 33

Sentiasa memastikan pelajar memberi 42
komen dan respon sewaktu PdPDT

Faktor Kejayaan PdPDT

Jadual 6. Faktor kejayaan PdPDT

Soalan Kekerapan (%)

Kebolehcapaian (alat teknologi dan internet) 94

Pembelajaran berpusatkan pelajar (memikirkan apa sebenarnya pelajar 58
perlu belajar)

Komunikasi yang jelas 85

Perancangan mengajar yang efektif 71

Persediaan dan motivasi pelajar 64

Komitmen kedua-dua pihak (pelajar dan tenaga pengajar) 84

5. PERBINCANGAN

Daripada Jadual 2, 90% pensyarah kolej komuniti telah merancang strategi PdPDT mereka
supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dan 70% pensyarah menggabungkan pengajaran
PdPDT secara segerak dan tidak segerak. Kombinasi pembelejaran ini penting agar pelajar
dapat mengulang sumber dan aktiviti pembelajaran mengikut kesesuaian mereka. Ini bagi
meningkatkan minat pembelajaran pelajar dan merasakan semangat kerjasama belajar
lebih tinggi.

Hasil analisis data, sebanyak 97% tenaga pengajar bersetuju perancangan, reka bentuk dan
strategi berbeza antara PdP secara bersemuka dan PdPDT. Ini disahkan dengan kajian

299

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

(Goodyear, 2015) dan (Bates, 2019) bahawa perancangan dan strategi yang berorientasikan
proses berkait rapat dengan hasil proses yang diinginkan.

Kekangan pelajar yang tidak dapat hadir ke kampus bagi pembelajaran, 97% responden
merasakan tugasan yang diberikan berdasarkan situasi dan sekitar semasa pelajar adalah
sangat efektif. Tugasan mengikut situasi semasa pelajar agar pelajar tidak merasakan
kekurangan dan kepelbagaian sumber dalam menyiapkan tugasan ini boleh membantu
pelajar merasakan mereka tidak tertinggal kebelakang dan mendapat sokongan pengajar.

Disebabkan motivasi pelajar merupakan satu faktor utama dalam meningkatkan kefahaman
dan komitmen pelajar, tenaga pengajar telah mempelbagaikan usaha melalui
mempelbagaikan aktiviti, memberi kata-kata galakan dan dorongan, fleksibiliti dalam
pembelajaran dan komunikasi yang kerap. Sebanyak 93 responden (87%) bersetuju kaedah
bertanyakan status emosi pelajar sangat efektif dalam usaha meningkatkan tahap
pemahaman dan komitmen pelajaran. Ini disokong oleh (Anderson, 2011a). Walaupun
teknologi maklumat dan sumber diperlukan ramuan untuk PdPDT, sokongan tenaga pengajar
kepada pelajar, termasuk melalui pemantauan proses pembelajaran mereka, inilah yang
menjadikan pengajaran berkesan.

Daripada dapatan menunjukkan 84% tenaga pengajar merasakan refleksi selepas kuliah
efektif dalam meningkatkan pemahaman pelajar. Ini disokong melalui Hartman (2017),
kaedah peningkatan refleksi merupakan alat yang memberi manfaat kepada tenaga
pengajar bagi merancang, mereka bentuk dan membentuk situasi pembelajaran yang boleh
meningkatkan kompetensi pelajar. Kaedah rekfleksi membolehkan pelajar menangani
dengan situasi yang bukan kebiasaan dan kompleks.

6. KESIMPULAN

Data yang dilaporkan dalam kajian ini mewakili projek penyelidikan yang bertujuan
mengenalpasti pendekatan yang dilakukan oleh tenaga pengajar TVET secara umumnya
dan tenaga pengajar Kolej Komuniti Malaysia khususnya bagi meningkatkan pemahaman
dan kompetensi pelajar sewaktu PdPDT sepanjang situasi pandemik kini. Hasil daripada kajian
ini boleh memberi pemahaman dan kerangka kepada untuk mendalami dengan lebih
berkenaan kaedah pelaksanaan yang berkesan bagi PdPDT.

Soalan penyelidikan ini bermula dengan sejauh mana pemahaman tenaga pengajar Kolej
Komuniti dengan strategi PdPDT yang telah dijalankan. Keputusan menunjukkan bahawa
tenaga pengajar bersetuju bahawa PdPDT adalah berbeza dengan bersemuka dan alatan
teknologi yang digunakan sewaktu PdPDT adalah perlu bersesuaian dengan kursus yang
dijalani. Dalam usaha meningkatkan pemahaman dan kompetensi pelajar, antara inisiatif
yang telah dijalankan oleh tenaga pengajar ialah mempelbagaikan reka bentuk dengan
menyediakan lebih video simulasi dan perbincangan secara giat melalui medium aplikasi di
telefon.

Kajian ini berpusatkan tenaga pengajar bagi menilai pemahaman dan kompetensi pelajar
kolej komuniti sahaja. Faktor kompetensi ini juga mungkin berubah dengan kebolehan pelajar
menguruskan diri, asas pengetahuan pelajar dan sebagainya. Kajian seterusnya boleh
membandingkan pemahaman dan kompetensi terhadap pelajar politeknik Malaysia.

300

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

RUJUKAN

Ajayi, Victor. (2017). Relationship between Teachers' content knowledge, qualifications,
experience and Students' achievement in Chemistry. Scholarly Journal of Education. 6.
14-20.

Anderson, T., Rourke, L., Garrison, D. R., & Archer, W. (2001). Assessing teaching presence in a
computer conferencing context. Journal of Asynchronous Learning Networks, 5(2), 1–
17.

Azimi, H. & Rahmani, R. (2013). Importance of Needs Assessment for Implementation of E-
learning in Colleges of Education. In: International Journal of Information and Computation

Technology, 3, 5, 377-382.
Ching, Y.-H., Hsu, Y.-C., & Baldwin, S. (2018). Becoming an online teacher: an analysis of

prospective online instructors’ reflections. Journal of Interactive Learning Research,
29(2), 145–168.
Hodges, C., Moore, S., Lockee, B., Trust, T., & Bond, A. (2020). The difference between
emergency remote teaching and online learning. Educause Review, 27 March.
Https://er.educause.edu/articles/2020/3/thedifference-between-emergency-remote-
teaching-and-online-learning. Accessed 15 June 2020.
Houston, D., Meyer, L. H., & Paewai, S. (2006). Academic staff workloads and job satisfaction:
expectations and values in academe. Journal of Higher Education Policy and
Management, 28(1), 17–30.
Hartmann, M. D. (2017). Theory and method of reflection levels: Its use in Vocational Education
and Training. In: Vocational Education in Subsaharan Africa. Current Situation and
Development. Bielefeld: wbv, 104–111
Jin, H. (2014). Research on the Competencies for Sustainable Development of Vocational
College Students in Their Career. In: Science and Technology Innovation Review, 24,
220-220.
Kali, Y., Goodyear, P., & Markauskaite, L. (2011). Researching design practices and design
cognition:contexts, experiences and pedagogical knowledge-in-pieces. Learning,
Media and Technology, 36(2),129–149.
Liu, H., Hartmann, M., Hariyanto, D. & .Liu, M, (2019). Enhancing students’ key competencies
for Sustainable Development in Chinese Technical and Vocational Education and
Training (TVET): implications for TVET teachers. In: TVET@Asia, issue 14, 1-17
Ocak, M. A. (2011). Why are faculty members not teaching blended courses? Insights from
faculty members. Computers & Education, 56(3), 689–699.
Rapanta, C., Botturi, L., Goodyear, P. et al (2020). Online University Teaching During and After
the Covid-19 Crisis: Refocusing Teacher Presence and Learning Activity. Postdigit Sci
Educ 2, 923–945.
Zhu, L.N. & Deng, Z.W. (2013). Study on the Cultivation of Professional Competencies of
Sustainable Development for Higher Vocational Students. In: National Business Theory
Research, 22, 75-77

301

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

KESEDIAAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BENTONG TERHADAP PEMBELAJARAN
DAN PENGAJARAN DALAM TALIAN (PdPDT) – SATU TINJAUAN

Siti Aishah Sahairi
Kolej Komuniti Bentong
[email protected]

Rasyida A’alaf
Kolej Komuniti Bentong

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesediaan pelajar Kolej Komuniti Bentong
terhadap Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (PdPDT). Dengan peningkatan kadar
pandemik COVID-19 di Malaysia, PdPDT telah menjadi satu keperluan bagi institusi
pendidikan. Kajian ini melibatkan seramai 160 responden. Instrumen soal selidik diguna pakai
dan dianalisis menggunakan kaedah peratusan kekerapan. Keputusan kajian mendapati
pelajar Kolej Komuniti Bentong masih belum bersedia untuk menerima pembelajaran dan
pengajaran dalam talian sepenuhnya. Faktor rangkaian perkhidmatan merupakan halangan
yang terbesar dalam melaksanakan PdPDT. Ini terbukti bilamana hampir keseluruhan pelajar
menyatakan mereka mahu kembali belajar di kampus untuk meneruskan sesi pembelajaran
dan pengajaran.

Kata Kunci: Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (PdPDT)

1. PENGENALAN

Pada penghujung tahun 2019, dunia dikejutkan dengan kewujudan pandemik koronavirus
yang meragut nyawa ribuan penduduk Wuhan, China. Dalam tempoh lima puluh hari
pertama penyebaran pandemik tersebut dan menjangkiti lebih jutaan penduduk yang lain.
Virus ini dinamakan Wuhan coronavirus atau 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) oleh para
penyelidik China (Shereen et al., 2020). Menurut The International Committee of Taxonomy of
Viruses (ICTV), virus ini diberi nama sebagai SARS-CoV-2 dan mengakibatkan penyakit yang
dikenali sebagai coronavirus disease 2019 (COVID-19). Dalam satu kenyataan media yang
dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) pada 11 Mac 2020, COVID-19
dikategorikan sebagai pandemik iaitu wabak penyakit yang berlaku secara global akibat dari
virus baru. Penyebaran COVID-19 berlaku dengan pantas ke seluruh dunia dan secara tidak
lansung ia meninggalkan kesan terhadap sektor ekonomi negara-negara yang terlibat. Kesan
bukan hanya boleh dilihat dari segi ekonomi sahaja malahan sektor-sektor lain seperti sektor
pendidikan turut menerima tempias akibat pandemik ini. Di dalam tempoh yang singkat,
hampir 120 negara telah memberhentikan pembelajaran secara bersemuka dan ia
melibatkan lebih kurang satu bilion pelajar di seluruh dunia (Azzi-Huck & Shmis, 2020). Untuk
membendung penularan pandemik COVID-19, kerajaan Malaysia tidak terkecuali mengambil
inisiatif dengan penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan tinggi di seluruh negara.

COVID-19 meninggalkan kesan yang serius terhadap pelajar, tenaga pengajar dan institusi
pendidikan di seluruh dunia (Mailizar, Almanthari, Maulina, & Bruce, 2020). Pihak pengurusan
akademik berusaha mencari penyelesaian terbaik dalam memastikan proses pembelajaran
dan pengajaran dapat berlangsung di dalam situasi yang mencabar ini. Kaedah

302

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

pembelajaran dan pengajaran kini berubah mengikut situasi semasa pandemik COVID-19.
Peralihan yang tidak dijangka berlaku di mana pembelajaran secara bersemuka (face-to-
face learning) bertukar kepada pembelajaran dalam talian (online learning). Penggunaan
platform digital seperti Zoom, Google Meet dan Microsoft Teams menjadi pilihan dalam
kalangan tenaga pengajar untuk menjalankan pembelajaran dalam talian. Tiada kepastian
bila pandemik ini akan berakhir sepenuhnya dan kembali kepada pembelajaran bersemuka
seperti dahulu. Transformasi yang berlaku ini juga dikaitkan dengan pelbagai halangan dan
cabaran terutama kepada pelajar serta tenaga pengajar (Crawford, Butler-Henderson,
Rudolph, & Glowatz, 2020).

1.1 Pernyataan Masalah
Salah satu langkah untuk mencegah penularan pandemik COVID-19, kerajaan
Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diseluruh negara
bermula Mac 2020. Semua institusi pendidikan telah ditutup manakala proses
pembelajaran dan pengajaran pula dilakukan secara dalam talian. Keadaan luar
jangka ini merupakan satu cabaran bagi pelajar dan tenaga pengajar terutama
institusi seperti Kolej Komuniti di mana pelajar perlu menjalani aktiviti amali seperti yang
terdapat dalam sukatan kurikulum. Pelbagai isu telah timbul dari pelaksanaan
pembelajaran dan pengajaran dalam talian (PdPDT) dan secara tidak lansung ia
mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Sehubungan dengan itu,
penyelidik ingin melihat tahap kesediaan pelajar dalam menjalani PdPDT bagi
menambahbaik proses PdP di masa akan datang.

2. KAJIAN LITERATUR

2.1 Pembelajaran atas talian
Perkembangan pesat teknologi menjadikan pendidikan jarak jauh lebih mudah
(McBrien et al., 2009). Kebanyakan istilah seperti online learning, open learning, web-
based learning, computer-mediated learning, blended learning dan m-learning
mempunyai persamaan dari segi kebolehan untuk menggunakan komputer yang
disambungkan ke rangkaian dan proses pembelajaran boleh berlaku di mana sahaja
pada bila-bila masa (Cojocariu et al., 2014). Yadav et al. (2017) turut menyatakan
bahawa pembelajaran online juga dikenali sebagai online learning, e-learning,
distance learning dan blended learning. Kajian oleh Singh dan Thurman (2019)
mendapati bahawa pelajar boleh berada di mana sahaja untuk belajar dan
berinteraksi dengan tenaga pengajar serta rakan-rakan lain dalam persekitaran
pembelajaran online ini. Kaedah penyampaian pengajaran boleh dilakukan sama
ada offline e-learning dengan penggunaan peranti digital atau sebagai online e-
learning yang memfokuskan pada kedua-dua alat teknologi dan sambungan internet
(Fahmeeda & Ming, 2015).

Pembelajaran online merujuk kepada kaedah pembelajaran di mana kedua-dua
pelajar dan tenaga pengajar terlibat dalam pembelajaran jarak jauh yang
memerlukan kemudahan internet dan teknologi digital (Nor Aniza & Chua, 2015). Ia
menjadikan proses pembelajaran lebih berpusatkan pelajar, inovatif dan fleksibel.
Mod pembelajaran ini mendorong kepada synchronous dan asynchronous learning.
Persekitaran synchronous learning adalah lebih tersusun di mana pelajar menghadiri
kuliah secara langsung, terdapat interaksi antara tenaga pengajar dan pelajar serta

303

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

terdapat maklum balas segera dalam proses pembelajaran. Asynchronous learning
pula kurang tersusun jika dibandingkan dengan synchronous learning di mana kuliah
tidak dijalankan secara lansung. Maklum balas segera dan tindak balas segera tiada
di dalam persekitaran asynchronous learning (Littlefield, 2018). Synchronous learning
memberi banyak peluang untuk interaksi sosial (McBrien et al., 2009). Pandemik
COVID-19 menyebabkan platform pembelajaran online menjadi pilihan oleh tenaga
pengajar di mana (a) persidangan video dengan sekurang-kurangnya 40 hingga 50
pelajar boleh dilakukan dalam satu masa, (b) perbincangan dengan pelajar dapat
dilakukan, (c) kemudahan sambungan internet yang baik, (d) kuliah juga boleh
diakses dalam telefon bimbit dan bukan hanya melalui komputer riba, (e) menonton
semula sesi kuliah yang telah dirakam, dan (f) mendapatkan maklum balas segera
daripada pelajar dan penilaian pelajar dapat diselesaikan (Basilaia et al., 2020).

Pelajar yang mengikuti pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian perlu
memahami dinamik pembelajaran online seperti suasana pembelajaran, interaksi,
persepsi serta peranan pelajar dan tenaga pengajar dalam memastikan proses PdP
berjalan lancar. Pelajar perlu memahami peranan tenaga pengajar sebagai
fasilitator. Pelajar mungkin mempunyai jangkaan tersendiri terhadap proses PdP dan
merasakan tenaga pengajar bukan mengajar. Walaubagaimanapun proses PdP
sebenarnya juga berlaku dalam bentuk bimbingan, pemudahcaraan dan scaffolding.
Transformasi dari face-to-face learning kepada pembelajaran online menimbulkan
kerisauan dikalangan pelajar di mana mereka perlu lebih berdikari dan menguruskan
pembelajaran mereka sendiri. Sebilangan pelajar mungkin menghadapi kesukaran
untuk menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam talian kerana mereka harus
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembelajaran mereka sendiri dan pada
masa yang sama, mereka merasa enggan untuk meninggalkan pengajaran
tradisional secara bersemuka (Vaughan, 2007). Pembelajaran online bukan lagi satu
pilihan tetapi sudah menjadi satu keperluan pada masa kini. Perhatian bukan hanya
menjurus kepada keberkesanan pembelajaran online, apa yang lebih penting adalah
bagaimana institusi pendidikan dapat menggunakan pembelajaran online secara
besar-besaran (Carey, 2020).

Kesediaan pelajar harus dititikberatkan dalam pembelajaran online untuk memberi
pengalaman dan hasil pembelajaran yang signifikan. Engin (2017) mencadangkan
bahawa pelajar harus mempunyai kesediaan belajar secara online untuk
mendapatkan faedah dari pembelajaran online ini. Alem et al. (2016) mentakrifkan
kesediaan belajar dalam talian sebagai sejauh mana pelajar bersedia mengikuti
kursus dalam mod pembelajaran online.

2.2 Faktor mempengaruhi PdPDT
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pembelajaran online di kalangan
pelajar merangkumi kemudahan internet dan teknologi berkaitan efikasi kendiri,
pembelajaran kendiri, kawalan diri pelajar, motivasi belajar dan keberkesanan
interaksi dalam talian (Wei & Chou, 2020). Bandura (1997) merujuk efikasi kendiri
sebagai kepercayaan terhadap kemampuan seseorang untuk mengatur dan
melaksanakan tindakan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu pencapaian. Ia
termasuk tahap keyakinan seseorang dalam melakukan tugas, aktiviti, tindakan atau
cabaran tertentu. Efikasi kendiri menentukan bagaimana perasaan, pemikiran, dan
motivasi seseorang yang akan menentukan tindakan dan kelakuan mereka. Terdapat

304

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

dua pembolehubah yang menyumbang kepada kesediaan pembelajaran online
iaitu sumber pembelajaran yang boleh diakses dan self-direction (Smith et al., 2003).
Wei dan Chou (2020) mendapati terdapat kaitan di antara persepsi pelajar terhadap
pembelajaran online dan prestasi akademik mereka. Mereka menjelaskan bahawa
persepsi positif terhadap ciri-ciri yang berkaitan dengan pembelajaran online seperti
berlakunya interaksi dengan rakan sebaya dan tenaga pengajar, kemudahan
internet, dan ketersediaan teknologi akan menyumbang kepada kesediaan pelajar
untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran online. Adams et al.
(2018) mendapati bahawa pelajar di institusi pengajian tinggi bersedia untuk e-
pembelajaran dan mempunyai kemahiran teknologi yang diperlukan. Oleh itu,
mereka percaya bahawa kesediaan pelajar dapat ditingkatkan dengan
perancangan yang tepat dari segi penggunaan dan ketersediaan teknologi,
keberkesanan komputer dan internet, pembelajaran kendiri dan tingkah laku pelajar.

Menurut Yukselturk dan Bulut (2007) kejayaan pelajar dalam menjalani pembelajaran
online dikaitkan dengan beberapa ciri termasuk jantina, umur, tahap pendidikan,
gaya pembelajaran dan motivasi diri. Engin (2017) menyatakan sifat keperibadian
pelajar seperti tahap keyakinan diri, pengetahuan diri, kawalan diri dan ekspresi diri
akan mempengaruhi kesediaan pembelajaran online. Adalah dipercayai bahawa
terdapat hubungan antara kesediaan pelajar dengan sifat emosi mereka. Pelajar
diharapkan untuk memahami emosi orang lain dan mengawal emosi sendiri semasa
pembelajaran online. Sehubungan dengan itu, penglibatan pelajar dalam membuat
keputusan mengenai proses pembelajaran untuk memastikan kejayaan pelaksanaan
pembelajaran online (Chang & Smith, 2008).

3. METODOLOGI KAJIAN

Pelaksanaan kajian ini melibatkan aktiviti pemilihan sampel, reka bentuk kajian, instrumen dan
kaedah menganalisis data. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang dikendalikan secara
kajian kes. Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk
meneroka suatu bidang yang belum, kurang dikaji atau fenomena yang sering berlaku (Mohd
Najib, 1999). Menurut Mohd Majid (1990) pula, kajian deskriptif adalah satu kajian yang
menerangkan fenomena dengan menganalisis data deskriptif yang diproses daripada soal
selidik atau sumber-sumber lain. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan
pendekatan kuantitatif.

3.1 Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklum balas dari pelajar mengenai
persediaan mereka terhadap PdPDT yang dijalankan di Kolej Komuniti Bentong ketika
pandemik COVID-19.

3.2 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui:

I. Kesediaan pelajar mengikuti PdPDT dari segi kemudahan peralatan.
II. Kesediaan pelajar mengikuti PdPDT dari segi kemudahan rangkaian.
III. Kesediaan pelajar terhadap PdPDT.

305

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

3.3 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan berikut:

I. Adakah pelajar Kolej Komuniti Bentong mempunyai peralatan yang sesuai
untuk PdPDT?

II. Adakah pelajar mempunyai kemudahan rangkaian yang baik untuk
mengikuti PdPDT?

III. Adakah pelajar bersedia melalui PdPDT?

3.4 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Bentong. Responden yang terlibat terdiri
daripada pelajar semestar satu, dua dan tiga meliputi semua kursus yang ditawarkan
iaitu pelajar Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, Sijil Teknologi
Maklumat dan Sijil Pengoperasian Perniagaan.

3.5 Populasi Dan Sampel
Menurut Kamarul Shukri, (2015), persampelan adalah proses memilih sebilangan subjek
daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Dalam
menentukan saiz sampel yang sesuai, penyelidik menggunakan jadual penentuan saiz
sampel Krejcie dan Morgan (1970). Jumlah populasi iaitu pelajar Kolej Komuniti
Bentong adalah seramai 199 orang. Berdasarkan jadual penentuan ini, bagi nilai
populasi 200, saiz sampel yang sesuai adalah sebanyak 132. Dalam kajian ini, sampel
yang terlibat adalah sebanyak 160.

3.6 Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui borang soal selidik
menggunakan aplikasi Google Forms. Google Forms adalah borang maya yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat yang telah ditetapkan dari responden.
Aplikasi Google Forms mempunyai pelbagai fungsi berkaitan penyelidikan. Antaranya
ia digunakan untuk membina instrumen soal selidik, mengumpul hasil dapatan
responden kajian, dan menganalisa dapatan data, instrumen atau soal selidik.
Penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas
yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh pengkaji (Mohamad
Najib, 1999). Menurut Mohd Majid (1990) pula, soal selidik lebih praktikal dan berkesan
digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran
gerak balas yang diberikan oleh sample.

Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A berkenaan
demografi responden, bahagian B tentang Pemilikan peranti/Gajet, bahagian C
tentang rangkaian perkhidmatan dan bahagian D tentang Pembelajaran dan
Pengajaran Dalam Talian (PdPDT). Data kajian yang diperolehi dianalisis
menggunakan kaedah peratusan kekerapan.

4. DAPATAN KAJIAN

Kajian ini mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif. Kajian ini melibatkan seramai 160
orang responden. Data-data yang diperolehi telah dianalisis.

306

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

4.1 Data Taburan Latar Belakang Responden
Data latar belakang responden di Bahagian A telah dikumpul dan dianalisis. Data ini
meliputi semester, kursus, negeri bermastautin dan lokasi rumah kediaman pelajar.
Dapatan analisis adalah seperti di bawah:

Jadual 1. Taburan latar belakang responden

Pernyataan Bilangan (%)*
Semester Pelajar
Semester 1 80 (50.0%)
Semester 2 9 (5.6%)
Semester 3 71 (44.4%)
Kursus
Sijil Teknologi Elektrik 79 (49.4%)
Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan 17 (10.6%)
Sijil Teknologi Maklumat 31 (19.4%)
Sijil Pengoperasian Perniagaan 33 (20.6%)
Negeri Bermastautin
Pahang 51 (31.9%)
Selangor 49 (30.6%)
Kuala Lumpur 28 (17.5%)
Kelantan 15 (9.4%)
Terengganu 10 (6.3%)
Johor 2 (1.3%)
Perak 3 (1.9%)
Negeri Sembilan 2 (1.3%)
Lokasi Rumah Kediaman
Bandar 88 (55.0%)
Luar Bandar 56 (35.0%)
Pedalaman 16 (10.0%)

* Peratus berdasarkan jumlah responden yang menjawab soalan

Merujuk Jadual 1, didapati seramai 160 orang responden terlibat dalam tinjauan yang
dilaksanakan. 50% responden terdiri daripada pelajar semester 1, 5.6% responden
pelajar semester 2 dan 44.4% responden terdiri daripada pelajar semester 3. Jika
dipecah mengikut kursus didapati 49.4% terdiri dari pelajar Sijil Teknologi Elektrik, 10.6%
dari Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, 19.4% dari Sijil Teknologi Maklumat dan 20.6%
terdiri dari Sijil Pengoperasian Perniagaan.

Daripada soal selidik yang dijalankan, didapati 31.9% responden berasal dari negeri
Pahang, 30.6% responden dari Selangor, 17.5% responden dari Kuala Lumpur, 9.4%
responden dari Kelantan, 6.3% responden dari Terengganu, 1.3% responden masing-
masing dari negeri Johor dan Negeri Sembilan dan 1.9% responden berasal Perak.
Daripada soal selidik yang diedarkan juga didapati 55.0% responden tinggal di
bandar, 35.0% responden tinggal di luar bandar dan baki 10.0% responden tinggal di
kawasan pedalaman.

307

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

4.2 Data Pemilikan Peralatan
Bahagian ini merujuk kepada kemudahan peralatan dimiliki oleh responden atau ahli
keluarga mereka. Dapatan analisis adalah seperti berikut:

* Peratus berdasarkan jumlah responden yang menjawab soalan
Rajah 1. Kemudahan peralatan yang dimiliki responden

Berdasarkan soalan yang dikemukakan, didapati 92.6% responden memiliki
kemudahan komputer peribadi/laptop, 98.7% memiliki kemudahan telefon pintar
sendiri, 21.9% responden memiliki tablet dan 35.0% responden memiliki pencetak.
Daripada data yang diperolehi juga didapati masih ada pelajar yang tidak
mempunyai apa-apa peranti yang sesuai untuk digunakan dalam pembelajaran dan
pengajaran dalam talian. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar pelajar
tinggal di kawasan bandar dan mereka mempunyai kemudahan peralatan untuk
mengikuti PdPDT. Peralatan seperti komputer, laptop dan telefon pintar digunakan
sepenuhnya ketika mengikuti kelas.
4.3 Data Kemudahan Rangkaian Perkhidmatan
Dalam bahagian ini, soalan yang dianalisis adalah berkisar tentang kemudahan
rangkaian perkhidmatan yang digunakan oleh responden. Data yang diperolehi
adalah seperti dalam Jadual 3 di bawah:

308

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

* Peratus berdasarkan jumlah responden yang menjawab soalan
Rajah 2. Kemudahan rangkaian perkhidmatan

Melalui soal selidik yang dijalankan, didapati 61.0% responden boleh menerima
capaian internet tanpa batasan iaitu pada bila-bila masa sahaja. Bagi jenis data yang
digunakan didapati 18.1% responden menggunakan data jenis pasca bayar
(postpaid), 60.6% menggunakan pra bayar (prepaid) dan selebihnya iaitu 21.3%
menggunakan perkhidmatan Wifi. Seramai 81.3% responden bersetuju yang mereka
menanggung atau membeli sendiri data yang digunakan. Jika dilihat dari segi
kecukupan data untuk kegunaan kelas di dalam talian, hanya 57.5% sahaja bersetuju
dengan kenyataan tersebut. Pernyataan berikutnya pula melihat kepada kelajuan
capaian internet di lokasi kediaman responden. Hasil tinjauan mendapati hanya 88.8%
responden bersetuju yang kelajuan capaian internet adalah antara sederhana ke
tinggi manakala yang sebelebihnya menyatakan capaian internet di kediaman
mereka adalah perlahan.
4.4 Data Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (PdPDT)
Bahagian terakhir dalam soal selidik adalah mengenai PdPDT yang dilalui oleh pelajar.
Dapatan analisis adalah seperti dalam Jadual 4 di bawah:

309

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

310

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

* Peratus berdasarkan jumlah responden yang menjawab soalan

Rajah 3. Pembelajaran dan pengajaran dalam talian (PdPDT)

Melalui soal selidik yang dijalankan, didapati 98.7% responden bersetuju yang mereka
menerima PdP daripada pensyarah secara dalam talian. Dalam tempoh seminggu,
44.7% responden menyatakan yang mereka menerima pengajaran sebanyak 4 – 6 kali
seminggu dan 50.0% bersetuju yang tempoh sesi pembelajaran sehari dijalankan
antara 4 – 6 jam sehari. 50.0% responden bersetuju yang mereka mempunyai
kemahiran mengikuti pembelajaran dalam talian.

Jika dilihat dari segi saluran pengajaran yang digunakan pensyarah didapati antara
yang tertinggi ialah dengan cara bersemuka secara dalam talian melalui aplikasi
Google Meet, Zoom, Webex, Microsoft Teams iaitu sebanyak 95.0%, diikut
penggunaan Google Classroom (78.8%) dan menggunakan aplikasi Telegram untuk
memberi, menanda latihan dan melaksanakan perbincangan iaitu sebanyak 63.7%.
Kaedah pembelajaran yang disukai oleh pelajar juga memberikan kesimpulan yang
sama iaitu seramai 86.3% responden suka kaedah bersemuka secara dalam talian
melalui aplikasi Google Meet, Zoom, Webex, Microsoft Teams, 51.2% menyukai
penggunaan aplikasi Telegram dan 46.9% menyukai kaedah penggunaan Google
Classroom (78.8%).

Secara keseluruhannya 53.2% responden bersetuju yang mereka tidak seronok
mengikuti pembelajaran dalam talian walaupun 88.8% responden bersetuju yang
mereka mendapat sokongan dari ibu bapa dan keluarga untuk mengikuti PdP dalam
talian. Apabila ditanya tentang harapan pelajar terhadap PdP yang dilaksanakan,
91.1% responden bersetuju yang mereka mahu kembali belajar secara bersemuka di
Kolej Komuniti Bentong.

Responden juga ditanya tentang kekangan yang dihadapi responden sepanjang
tempoh Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (PdPDT). Antara respon yang
dikemukakan adalah (i) talian internet yang perlahan, (ii) gangguan talian internet, (iii)
capaian internet terhad, (iv) susah untuk memahami kursus yang diajar, (v) tiada/habis
data, (vi) susah untuk melakukan projek dalam talian, (vii) tak sempat membuat
tugasan, (viii) fokus pembelajaran mudah hilang, (ix) kekurangan bahan untuk
melaksanakan projek, (x) tiada kemudahan seperti komputer/laptop sendiri untuk
membuat projek, (xi) susah berbincang, (xii) tiada kemudahan rangkaian dekat
kampung, (xiii) suasana rumah bising, (xiv) masalah keluarga, (xv) kekangan masa
untuk membuat kerja rumah dan (xvi) kekangan masa untuk menguruskan adik
beradik kerana berkongsi data mudah alih.

311

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

5. KESIMPULAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa masih terdapat pelajar Kolej Komuniti
Bentong yang belum bersedia untuk menerima pembelajaran dan pengajaran dalam talian
sepenuhnya. Dapatan kajian mendapati hampir kesemua pelajar mempunyai peranti yang
sesuai untuk mengikuti PdPDT namun masih terdapat sebahagian kecil yang bermasalah
dengan kemudahan rangkaian perkhidmatan terutama dari segi capaian internet dan data
yang terhad. Ini menyokong kepada masalah ketidakhadiran kelas dan secara tidak lansung
ia mengganggu proses PdPDT terutama dari segi penggunaan masa. Sebahagian besar
pelajar mendapat sokongan penuh dari ibu bapa dan keluarga untuk menjalani PdPDT
namun mereka lebih suka mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran di kampus.

Daripada kajian yang telah dilaksanakan, penyelidik mencadangkan satu kajian lain
berbentuk kualitatif dilaksanakan bagi memahami dengan lebih lanjut tahap kesediaan
pelajar dalam menghadapi pembelajaran dan pengajaran dalam talian.

RUJUKAN

A. A. Fahmeeda and L. C. Ming, (2015). Review of e-Learning Practice at the Tertiary Education

Level in Malaysia. Indian Journal of Pharmaceutical Education and Research, vol. 49,

no. 4, pp. 248-257.

A. Nor Aniza and L. N. Chua, (2015). Technology and Higher Education: Using an E-Learning

Tutorial as a Pedagogy for Innovation and Flexible Learning. Malaysian Journal of

Distance Education, vol. 17, no. 1, pp. 21-31.

Azzi-Huck, K. and T. Shmis,(2020). Managing the impact of COVID-19 on education systems

around the world: How countries are preparing, coping, and planning for recovery.

Bandura, A., (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: W.H. Freeman.

Basilaia, G., Dgebuadze, M., Kantaria, M., & Chokhonelidze, G., (2020). Replacing the classic

learning form at universities as an immediate response to the COVID-19 virus infection

in Georgia. International Journal for Research in Applied Science & Engineering

Technology, 8(III).

Carey, K. (2020). Is everybody ready for the big migration to online college? Actually, no. The

New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com.

Crawford, J., Butler-Henderson, K., Rudolph, J., & Glowatz, M. (2020). COVID-19: 20 countries'

higher education intra-period digital pedagogy responses. Journal of Applied

Teaching and Learning (JALT), 3(1).

Cojocariu, V.-M., Lazar, I., Nedeff, V., & Lazar, G. (2014). SWOT analysis of e-learning

educational services from the perspective of their beneficiaries. Procedia-Social and

Behavioral Sciences, 116, 1999–2003.

D. Adams, B. Sumintono, A. Mohamed, A. and M. N. Nur Syafika, M. N, (2018). E-Learning

Readiness among Students of Diverse Backgrounds in a Leading Malaysian Higher

Education Institution. Malaysian Journal of Learning and Instruction, vol. 15, no. 2, pp.

227-256.

Kamarul Shukri Mat Teh, (2015). Persampelan.

https://www.slideshare.net/wmkfirdaus/pensampelan

312

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

E. Yukselturk and S. Bulut. Predictors for Student Success in an Online Course. Educational

Technology & Society, vol. 10, no. 2, pp. 71-83, 2007.

F. Alem, M. Plaisent, C. Zuccaro and P. Bernard, (2016). Measuring e-Learning Readiness

Concept: Scale Development and Validation Using Structural Equation Modeling.

International Journal of e-Education, e-Business, e-Management and e-Learning, vol.

6, no. 4, pp. 193-207.

H. Wei and C. Chou, (2020). Online learning performance and satisfaction: do perceptions

and readiness matter?, Journal Distance Education, vol. 41, no. 1, pp. 48-69.

Littlefield, J. (2018). The difference between synchronous and asynchronous distance learning.

Retrieved from https://www.thoughtco.com/synchronous-distance-learning-

asynchronousdistance-learning-1097959

Mailizar, Almanthari, A., Maulina, S., & Bruce, S., (2020). Secondary school mathematics

teachers’ views on e-learning implementation barriers during the Covid-19 pandemic:

The case of Indonesia. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology

Education, 16(7), em1860.

McBrien, J. L., Cheng, R., & Jones, P., (2009). Virtual spaces: Employing a synchronous online

classroom to facilitate student engagement in online learning. The International Review

of Research in Open and Distributed Learning, 10(3), 1–17.

M. Engin, (2017). Analysis of Students’ Online Learning Readiness Based on Their Emotional

Intelligence Level. Universal Journal of Educational Research, vol. 5, no. 12A, pp. 32-40.

Mohd. Majid Konting, (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar, (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia.

N. Vaughan, (2007). Perspectives on Blended Learning in Higher Education. International

Journal on E-Learning, vol. 24, no. 1. pp. 57-67.

Organization WH., (2020). Laboratory testing for coronavirus disease 2019 (COVID-19) in

suspected human cases: interim guidance, 2 March 2020.

P. J. Smith, K. L. Murphy and S. E. Mahoney, (2003). Towards identifying factors underlying

readiness for online learning: An exploratory study. Distance Education, vol. 24, no. 1,

pp. 57-67.

S. H. Chang and R. A. Smith, (2008). Effectiveness of Personal Interaction in a Learner Centered

Paradigm Distance Education Class Based on Student Satisfaction. Journal of Research

on Technology in Education, vol. 40, no. 4, pp. 407-426.

Shereen, M.A., Khan, S., Kazmi, A., Bashir, N., Siddique, R., (2020). COVID-19 infection: Origin,

transmission, and characteristics of human coronaviruses. J Adv Res 24(7), 91–98.

Singh, V., & Thurman, A. (2019). How many ways can we define online learning? A systematic

literature review of definitions of online learning (1988-2018). American Journal of

Distance Education, 33(4), 289–306.

WHO. (2020). Coronavirus disease (COVID-19) pandemic. 2020, Retrieved from

https://www.who.int.

Yadav, R., Tiruwa, A. and Suri, P. K. (2017). Internet based learning (IBL) in higher education: A

literature review. Journal of International Education in Business, 10(2), pp. 102–129.

313

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

314

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

FAKTOR DAN SIMPTOM STRES DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER AKHIR
JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK KOTA BHARU

Nik Ahmad Azmee Nik Abdullah
Politeknik Kota Bharu

[email protected]

Siti Aslidah Ariffin
Politeknik Kota Bharu

Abstrak. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor stres di kalangan pelajar semester
akhir Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu. Skop kajian melibatkan pelajar semester
akhir daripada Jabatan Perdagangan seramai 120 orang. Objektif kajian ini adalah untuk
mengenalpasti tahap faktor stres pelajar, tahap simptom stres, tahap stres berdasarkan
perbezaan jantina dan tahap stres berdasarkan kewangan di kalangan pelajar. Kajian
adalah berbentuk kuantitatif di mana data diperolehi melalui pengedaran borang soal selidik
kepada responden dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 19.0. Data dianalisis
menggunakan peratusan, skor min. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres di
kalangan pelajar semester akhir Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu berada di tahap
sederhana dengan nilai skor min 2.70 manakala simptom stres di kalangan pelajar semester
akhir pula hanya pada tahap rendah dengan nilai skor min 2.29. Walaubagaimanapun kajian
ini masih boleh dibangunkan oleh pengkaji pada masa hadapan kerana masih terdapat
ruang untuk dibuat penambahbaikan.

Kata Kunci : stres, faktor stres, simptom stres

1. PENGENALAN

Hans Selye (1956) telah mendefinisikan stres sebagai “reaksi atau tindak balas badan yang
tidak spesifik terhadap permintaan atau keinginan” atau maklum balas yang tidak khusus oleh
mana-mana bahagian tubuh terhadap kewujudan sesuatu desakan. Menurut Jerrold (2002),
stres boleh menyebabkan beberapa perubahan tingkah laku dan tubuh badan seperti
kesakitan fizikal, gangguan emosi dan psikologi serta kemerosotan prestasi seseorang. Stres
bukan sahaja dialami oleh golongan dewasa, malahan turut dialami oleh pelajar. Pusat
pengajian seperti Politeknik Kota Bharu merupakan satu tempat yang mempunyai
persekitaran unik yang sering kali menuntut pelajar mengimbangi pelbagai peranan dan
tugas yang perlu dilaksanakan. Sekiranya tidak berjaya, mereka akan merasa kecewa,
bimbang, putus asa dan mudah mengalami stres.

Stres yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong
tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan
mental. Cara kita menangani stres yang dihadapi amat penting dalam menentukan
kesihatan mental dan fizikal.

315

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

1.1 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap stres di kalangan pelajar semester akhir
Politeknik Kota Bharu. Kajian tahap stres ini juga mengenalpasti sama ada pelajar
cepat marah, mudah jatuh sakit, hilang minat untuk belajar atau terlibat dalam
pelbagai masalah sosial sekiranya merdepan dengan masalah stres.

Daripada kajian lepas, jelas menunjukkan bahawa faktor kerjaya masa hadapan,
faktor keluarga, faktor dalaman (intrapersonal) dan faktor kewangan adalah antara
penyebab stres di kalangan pelajar. Ini dibuktikan melalui kajian yang di jalankan oleh
Mastura, Fadilah dan Nor Akmar (2007), Romano (1992), Ellis (2002), Ooi Yoon Phaik
(2002), Misra dan McKean (2000) dan Ross, Niebling dan Heckett (1999).

Terdapat pelajar yang berupaya berhadapan dengan stres tanpa mengalami apa-
apa kesan fizikal, mental atau emosi yang negative sebaliknya boleh memotivasikan
diri. Terdapat juga pelajar yang tidak berupaya menguruskan stres apabila berada
dalam pengajian di alam kampus.

Stres yang melebihi tahap tertentu sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan
pelbagai masalah kepada seseorang individu (Romas & Sharma, 2004).
Kebiasaannya, stres akan dialami dalam pelbagai keadaan seperti rasa kesunyian,
kurang tidur, keresahan, kebimbangan yang tinggi serta simptom- simptom fisiologi
yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami (Wright, 1967). Oleh
yang demikian, stres boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan seharian
seseorang pelajar terjejas sehingga memberi impak negative terhadap tahap
kesihatan, personaliti, interaksi sosial dan pencapaian akademik pelajar.

Oleh itu, mengetahui faktor–faktor stres di kalangan pelajar serta simptom–simptom
stres akan membantu pelajar mengambil langkah–langkah yang perlu bagi
menangani stres yang mereka hadapi.

1.2 Objektif Kajian
Objektif kajian secara amnya adalah untuk mengetahui faktor dan simptom stres di
kalangan pelajar semester akhir Politeknik Kota Bharu. Objektif secara khusus adalah :

a. Mengenalpasti tahap faktor stres di kalangan pelajar semester akhir Politeknik
Kota Bharu

b. Mengenalpasti tahap simptom stres di kalangan pelajar semester akhir
Politeknik Kota Bharu

c. Mengenalpasti perbezaan tahap faktor stres dikalangan pelajar berdasarkan
jantina

d. Mengenalpasti perbezaan tahap stres di kalangan pelajar berdasarkan
sumber kewangan

2. KAJIAN LITERATUR

Morstt dan Furst (1979: 7) mendefinisikan tekanan sebagai suatu keadaan yang dipengaruhi
oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak selesa atau
tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan.

316

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

Ahli psikologi Islam pula seperti al-Ghazali (1967) Muhammad Uthman Najati (1992)
Muhammad ‘Izudin Taufik (1998) dan Hassan Langgulung(1975) melihat tekanan emosi dari
sudut kegelisahan jiwa atau emosi manusia seperti gelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan
takut. Emosi ini wujud kerana hati manusia tidak beriman kepada Allah.

Menurut Rice (1999) stres dapat didefinisikan berdasarkan tiga aspek iaitu pertama merujuk
kepada rangsangan peristiwa atau persekitaran menjadi penyebab seseorang individu
merasa tertekan. Dengan kata lain ia boleh dianggap sebagai faktor luaran. Kedua, stres
merujuk kepada gerak balas subjektif dan ia juga dianggap sebagai faktor dalaman iaitu
aspek mental. Proses emosi, defensive dan daya tindak stres berlaku dalam diri seseorang
individu. Sesetengah proses dalaman ini menghasilkan kematangan fikiran dan ada juga
menghasilkan ketegangan mental. Aspek ketiga merujuk kepada reaksi fizikal tubuh badan.
Fungsi bagi reaksi fizikal ini merujuk kepada cara mengatasi stres melalui kaedah tingkah laku
dan psikologikal. Keadaan stres yang kronik membawa maksud suatu keadaan negatif seperti
merasa keletihan, penyakit dan kematian. Sementara keadaan positif merujuk kepada
cabaran fisiologikal yang baik. Lahey (2001) mentakrifkan stres sebagai satu keadaan yang
tidak selesa dan ancaman yang tidak sihat kepada seseorang individu. Menurut
McNamara (2000) pula, stres merujuk kepada faktor dalaman individu, peristiwa luaran atau
interaksi antara individu dengan persekitarannya.

Suriani dan Suraini (2005) dalam kajian mereka dalam kalangan 94 orang pelajar di Universiti
Pendidikan Sultan Idris mendapati sumber stres akademik, pensyarah, peribadi dan universiti
dialami oleh lebih 70 peratus hingga 91 peratus manakala sumber stres berkaitan aktiviti ko-
kurikulum, rakan, keluarga dan ibu bapa dialami oleh lebih kurang 60 peratus hingga 70
peratus pelajar.

Faktor keluarga menyumbang kepada tekanan emosi remaja. Sekiranya keluarga
bahagia, maka emosi remaja stabil, tetapi jika keadaan keluarga tidak bahagia dan berada
dalam keadaan kucar-kacir, maka mengganggu emosi remaja. Berhubung dengan faktor
keluarga banyak aspek yang boleh mempengaruhi tekanan emosi remaja seperti kestabilan
rumah tangga, persekitaran keluarga, corak tingkah laku ibu bapa, sosioekonomi ibu bapa,
latar belakang pendidikan keluarga, kualiti hubungan ibu bapa dan anak serta kualiti
hubungan adik beradik. Berdasar kajian yang dilakukan Fatanah Mohamed (1997:61)
tentang perkaitan pencapaian akademik dengan faktor personaliti dan persekitaran
keluarga mendapati, keluarga yang akrab dan tinggi dimensi pernyataan perasaan
menghasilkan remaja yang kurang tertekan. Remaja daripada keluarga yang
berperancangan adalah lebih stabil, tenang dan selesa.

Othman dan Norazmah (2010) dalam kajiannya mendapati bahawa ibu bapa yang dilihat
sering bertengkar walaupun tidak kerap menyebabkan suasana rumah menjadi kurang aman
Peratusan aspek ini juga berada ditahap yang rendah, tetapi penyelidik berpendapat,
pentengkaran yang berlaku di rumah boleh mendorong remaja melibatkan diri dalam
masalah sosial dengan lebih serius jika ibu bapa sering bertengkar. Ini kerana remaja akan
bosan, tertekan dan tidak suka berada di rumah. Dapatan kajian ini selari dengan Arieff dan
Wardah (2006) yang menjelaskan tiada persefahaman antara ibu bapa akan menyebabkan
konflik berlaku dan mereka akan saling bertengkar dan bergaduh. Keadaan rumah yang tidak
aman seperti ini akan memberikan kesan yang negatif kepada jiwa remaja. Mereka akan
merasa tertekan dan menjauhkan diri daripada ibu bapanya. Sehingga ada yang lari dari
rumah untuk mencari kedamaian dan ketenangan.

317

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

Fariza (2005) dalam kajiannya tekanan emosi remaja islam terhadap remaja di Kajang,
Selangor mendapati bahawa faktor utama stres remaja adalah faktor keluarga. Ini
menunjukkan bahawa, remaja akan mengalami tekanan sekiranya mempunyai situasi
keluarga yang tidak stabil dan tidak harmoni. Manakala dari aspek cara-cara remaja
menangani tekanan pula, kajian ini mendapati, remaja masih menggunakan cara-cara yang
positif dalam menangani tekanan.

Hubungan personaliti dengan tekanan emosi ialah bagaimana tingkah laku dan peribadi
seseorang boleh mempengaruhi cara mereka menghadapi sesuatu keadaan sehingga
menyebabkan tekanan kepada mereka. Misalnya, remaja yang mempunyai personaliti yang
suka memendam perasaan, sentiasa dalam keadaan takut, rigid dan terlalu sempit fikiran.
Hasil kajian menunjukkan bahawa mereka akan lebih terdedah kepada tekanan emosi.
Begitu juga, individu yang mempunyai personaliti seperti kurang sabar, ganas, tinggi daya
saing serta mudah marah akan menyebabkan mereka lebih mudah mendapat tekanan
emosi.

Christina Andin @ Nur Qistina dan Irwan (2010) hasil analisis faktor kerjaya masa depan
terhadap pelajar-pelajar yang menginap di Kolej 17 Utm Skudai, Johor menunjukkan pelajar
mengalami masalah ini di paras tinggi (63.9%). Faktor utama yang menyebabkan masalah
dalam hal kerjaya masa depan adalah pelajar dilihat sangat bermasalah dalam memikirkan
adakah mereka akan mendapat pekerjaan atau terpaksa menganggur. Ini disokong oleh
sebilangan besar pelajar (83.1%) yang bersetuju dengan mengatakan mereka merasa takut
menganggur selepas tamat belajar di universiti. Implikasi dari masalah ini boleh menyebabkan
pelajar menjadi tertekan dan akhirnya boleh berlaku perkara yang tidak baik seperti
pengambilan dadah dan alkohol untuk mengurangkan stress. Menurut Presley (1993), tekanan
menyebabkan pelajar terjebak dengan dadah dan alkohol yang akhirnya mendatangkan
kesan yang lebih buruk seperti melakukan jenayah, kegagalan dan pencapaian merosot.
Pengkaji mendapati bahawa pelajar-pelajar di kolej 17 kurang pengalaman atau juga
pengetahuan dalam sesuatu bidang pekerjaan. Ramai pelajar risau tidak mendapat
pekerjaan yang mereka inginkan pada masa depan. Ini kerana pengetahuan mereka
mungkin terbatas kepada sesuatu bidang sahaja. Mereka risau tidak mampu melakukan kerja
sekiranya diberi pekerjaan di luar bidang pengetahuan mereka kelak.

Christina Andin @ Nur Qistina & Irwan (2010) hasil analisis faktor kewangan terhadap pelajar-
pelajar yang menginap di Kolej 17 Utm Skudai, Johor mendapati pelajar mengalami masalah
kewangan di paras sederhana(51.8%). Faktor utama yang menyebabkan masalah kewangan
pelajar ialah mereka tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan berikutan harga buku
yang pada kebiasaannya mahal, ini dipersetujui dengan peratus sebanyak 78%. Penggunaan
buku rujukan atau buku teks sangat penting terutama dalam sesi pembelajaran kerana
ketiadaan buku rujukan akan menyebabkan gangguan pembelajaran. Faktor kewangan
juga adalah punca stres kepada pelajar kerana akibat dari masalah kewangan, pelajar
(50.8%) didapati memerlukan pekerjaan semasa cuti panjang. Wang yang diperolehi akan
digunakan untuk membiayai pelbagai perbelanjaan seperti pembelian buku rujukan,
membayar yuran-yuran persatuan dan sebagainya. Pelajar dilihat perlu berusaha sendiri
untuk mengumpul wang bagi meneruskan pengajian mereka.
Siti Nuur Haziratul (2012) dalam kajiannya terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi stres
dalam kalangan pelajar kursus secara sambilan (KSS) bidang kejuruteraan di Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) mendapati faktor kedua yang mempengaruhi stres pelajar
adalah faktor kewangan dengan nilai skor min 3.69.

318

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

Sumber kewangan merupakan aset penting bagi seseorang pelajar dalam menuntut ilmu
dan melanjutkan pelajaran. Wang diperlukan untuk pembayaran yuran, keperluan pengajian
yang selesa dan sempurna serta kos sara diri pelajar. Kesempitan wang boleh menyebabkan
seseorang menjadi tertekan. Kajian Yunus (1984) mendapati kesempitan wang menjadi punca
berlakunya tekanan di kalangan mahasiswa. Masalah kewangan adalah antara punca
seseorang individu menangguhkan untuk melanjutkan pelajaran. Situasi ini diakui oleh kajian
Abdul Jalil (1993) yang mendapati faktor kewangan merupakansalah satu
permasalahan bagi seseorang guru untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
Faridah (1976) dalam Ismeehan (2002) juga memperolehi hasil yang sama dalam kajiannya
iaitu pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran merasa bimbang dengan masalah
kewangan. Perasaan runsing dan bimbang yang berterusan akan menyebabkan stres pada
diri seseorang.

Mengenai tanda-tanda atau simptom tekanan pula, pernah dikaji oleh beberapa pengkaji
seperti Muhammad Shah Burhan (1993), Kasmini Kassim (1992), Muhammad ‘Izzuddin Taufik
(1998), Ainsah Omar (2001) dan Muhd Mansur Abdullah (1992). Tanda-tanda atau simptom
tekanan boleh dikenal pasti berdasarkan tiga kategori tindak balas, iaitu fisiologi, psikologi
dan tingkah laku.

Tindak balas fisiologi terhadap tekanan ialah menimbulkan simptom-simptom kardiovaskular
seperti tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol dan gastrousus seperti sakit perut, cirit-birit,
sembelit, loya dan ulser perut. Rangsangan emosi akibat tekanan boleh menyebabkan
pembebasan hormon Katekolamin dan asid urik (Fatimahwati Halim, 2002: 312).

Orang yang mengalami tekanan emosi sering menghadapi masalah dari segi
kesihatan. Mereka akan mengalami sakit kepala, lenguh-lenguh badan, letih dan sesak nafas.
Kajian yang dibuat oleh Muhammad Shah bin Burhan (1993: 57) mengenai tanda-tanda
remaja mengalami tekanan dari sudut fisiologi ialah remaja yang sering mengalami masalah
kesihatan seperti sakit perut, sakit kepala dan bisa-bisa seluruh badan. Tanda-tanda fizikal
yang lain menurut kajian ini ialah kaki dan tangan kerap berpeluh, cepat berasa letih dan
tidak bermaya, tidak nyenyak tidur, berat badan yang menyusut atau berat badan naik
mendadak, berasa sesak nafas dan tangan sering menggeletar.

Tindak balas psikologi pula terhadap tekanan ialah perubahan-perubahan emosi yang
berlaku seperti perasaan tidak puas hati, mudah marah, merasa kecewa dan berputus asa
dan murung. Menurut Kasmini Kassim (1992: 42), antara tanda- tanda psikologi akibat tekanan
emosi ialah tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sebaya sehingga menimbulkan
masalah untuk bergaul, mudah cemas, merasa diri terdedah kepada bahaya dan ancaman,
cepat marah dan mengalami kemurungan. Manakala menurut Hamdan Mohd Ali (2002: 30),
tanda-tanda psikologi terhadap tekanan ialah kemurungan dan tidak boleh bertenang .

Manakala menurut Muhammad ‘Izzuddin Taufik (1998: 389 & 396), antara tanda- tanda
psikologi ialah fanatik, ketegangan, cepat marah kerana perkara–perkara yang remeh
temeh, ketakutan yang berlebihan, melarikan diri, lupa dan sukar memberi tumpuan.

Selain daripada itu, simptom tekanan juga boleh dilihat dari aspek tingkahlaku. Antara
kategori tingkah laku akibat daripada tekanan emosi ialah peranan pelajar seperti prestasi
dalam pelajaran merosot, penggunaan dadah dan rokok, ponteng sekolah, kurang
berdisiplin, vandalisme, samseng, terlibat gejala sosial dan lari dari rumah.

319

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

Menurut Pakar Psikiatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Ainsah Omar (2001:
2), antara tanda-tanda tekanan dari aspek tingkah laku ialah penyalahgunaan dadah,
meminum minuman keras, menghisap rokok dan bermasalah dalam perhubungan sosial.

3. METODOLOGI

3.1 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik sebagai satu kaedah
untuk mendapatkan data kajian. Soal selidik ialah satu instrumen kajian yang
mengandungi satu siri soalan di mana individu menjawab berdasarkan kehidupan
mereka atau kepercayaan mereka seperti melahirkan pendapat mereka. Kelebihan
menggunakan soal selidik adalah membolehkan penyelidik mengumpul maklumat
dalam jumlah yang besar dan boleh dibuat dalam masa yang singkat (Thomas, 2005).

Menurut Mohd. Majid Konting (2004) soal selidik lebih praktikal dan berkesan
digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran
gerak balas yang diberikan oleh sampel. Ini adalah disebabkan ia tidak dipengaruhi
oleh gerak laku penyelidik. Mereka bebas menyatakan pendapat sendiri untuk
menjawab setiap item yang diberikan. Melalui kaedah soal selidik ini juga,
maklumbalas terhadap aspek yang dikaji dapat diperolehi secara terus, cepat,
menjimatkan masa dan perbelanjaan.Segala maklumat yang diterima boleh
ditafsirkan secara kuantitatif.

Bahagian A mengandungi soal selidik yang terdiri daripada item-item demografi
responden seperti jantina, jabatan, umur, bangsa, agama hpnm, sumber kewangan
dan taraf perkahwinan. Responden dikehendaki menandakan tanda v pada ruang
yang disediakan.

Bahagian B pula terdiri daripada bahagian yang mengandungi soalan yang berkaitan
dengan tahap stres, faktor – faktor stres dan simptom stres yang di alami oleh para
pelajar tahun akhir Politeknik Kota Bharu .

Untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, pengkaji menggunakan
ujian Alpha Cronbanch melalui perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS
19.0 for Windows). Menurut Best & Kahn (1986), nilai pekali Alpha yang melebihi 0.6
dianggap mencukupi untuk menerima kebolehpercayaan item tersebut. Hasil
daripada kajian, didapati nilai kebolehpercayaan adalah di antara 0.812 hingga
0.941. Ini menunjukkan bahawa instrumen yang dibina adalah boleh dipercayai dan
boleh digunakan untuk kajian ini. Berikut adalah nilai kebolehpercayaan bagi setiap
faktor dan simptom stres.

Jadual 1. Faktor–faktor dan simptom stres pelajar serta nilai alpha
cronbanch

Faktor dan simptom stres Nilai Alpha
Cronbanch
Faktor kewangan 0.887
Faktor dalaman (intrapersonal) 0.879
Faktor keluarga 0.812

320

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

Faktor masa hadapan 0.910
Simptom – simptom stres 0.941

Pengkaji juga telah menjalankan ujian normaliti untuk memastikan ujian digunakan
untuk menganalisis data-data adalah bersesuaian dan menepati syarat-syarat bagi
penggunaan ujian statistik inferensi. Berdasarkan ujian normaliti yang dijalankan, data-
data yang diperolehi adalah bertaburan normal. Menurut Chua Yan Piaw (2006) bagi
ujian kolmogorov smirnov ,data bertaburan normal jika aras signikan melebihi 0.05
(sig.>0.05).

3.2 Populasi Dan Sampel
Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar semester akhir Jabatan Perdagangan
seramai 250 orang. Penyelidik menggunakan 120 responden sebagai sampel. Menurut
Roscoe (1975) menyatakan bahawa adalah sudah memadai saiz sampel dalam
jumlah 30 hingga 500.

3.3 Kaedah Analisis Data
Data yang diperolehi menggunakan borang soal selidik akan dianalisis menggunakan
Statistical Package for the Social Science (SPSS) 19.0. Data dianalisis menggunakan
kaedah statistik deskriptif menggunakan peratusan dan skor min . Menurut Mohd Najib
(1999), analisis skor berasaskan minimum satu item ialah 1 dan markah maksimun ialah
5. Setelah diubahsuai dan diadaptasi daripada Wiersma (1995), jadual tafsiran min
yang digunakan oleh pengkaji adalah seperti jadual 1 di bawah:

Jadual 2. Interpretasi tahap julat min

Kod kumpulan Julat Tahap
1 1.00 – 2.40 Rendah
2 2.41 – 3.80 Sederhana
3 3.81 – 5.00 Tinggi

4. DAPATAN KAJIAN

4.1 Keputusan Deskriptif
4.1.1 Mengenalpasti Tahap Faktor Stres Di Kalangan Pelajar Semester Akhir
Politeknik Kota Bharu.
Skor min digunakan bagi melihat kebenaran bahawa tahap faktor stres di
kalangan pelajar adalah sederhana.

Jadual 3. Skor min bagi tahap stres di kalangan pelajar

Bil Item Min Tafsiran Min
1 Faktor Masa Hadapan 3.39 sederhana
2 Faktor Dalaman (Intrapersonal) 2.70 sederhana

3 Faktor Keluarga 2.43 sederhana

321

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

4 Faktor Kewangan 2.29 rendah
Purata min 2.70 sederhana

Skala :1.00 – 2.40 = rendah, 2.41 – 3.80 = sederhana, 3.81 – 5.00 = tinggi

Jadual di atas menunjukkan bahawa faktor masa hadapan memberikan skor
min yang paling tinggi iaitu 3.39 (sederhana) . Dapatan ini disokong oleh
Christina Andin @ Nur Qistina & Irwan (2010). Hasil analisis faktor kerjaya masa
depan terhadap pelajar yang menginap di kolej 17 Utm Skudai, Johor
menunjukkan pelajar mengalami masalah ini di paras tinggi (63.9%). Faktor
utama yang menyebabkan masalah dalam hal kerjaya masa depan adalah
pelajar dilihat sangat bermasalah dalam memikirkan adakah mereka akan
mendapat pekerjaan atau terpaksa menganggur. Ini disokong oleh
sebilangan besar pelajar (83.1%) yang bersetuju dengan mengatakan mereka
merasa takut menganggur selepas tamat belajar di universiti. Implikasi dari
masalah ini boleh menyebabkan pelajar menjadi tertekan dan akhirnya boleh
berlaku perkara yang tidak baik seperti pengambilan dadah dan alkohol untuk
mengurangkan stress. Menurut Presley (1993), tekanan menyebabkan pelajar
terjebak dengan dadah dan alkohol yang akhirnya mendatangkan kesan
yang lebih buruk seperti melakukan jenayah, kegagalan dan pencapaian
merosot. Pengkaji mendapati bahawa pelajar-pelajar di kolej 17 kurang
pengalaman atau juga pengetahuan dalam sesuatu bidang pekerjaan.
Ramai pelajar risau tidak mendapat pekerjaan yang mereka inginkan pada
masa depan. Ini kerana pengetahuan mereka mungkin terbatas kepada
sesuatu bidang sahaja. Mereka risau tidak mampu melakukan kerja sekiranya
diberi pekerjaan di luar bidang pengetahuan mereka kelak. Lawrence Malkin
(1991), pula menyatakan kebanyakan penduduk di Amerika tidak mendapat
pekerjaan kerana tiada pengalaman. Mohamad Zaid Mustafa et al (2009) juga
dalam kajiannya stres terhadap pelajar wanita program sarjana muda
kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mendapati faktor
peribadi yang paling tinggi menyumbang kepada stres pelajar wanita ialah
kebimbangan tentang masa depan iaitu skor min sebanyak 3.62 (tahap
sederhana). Persaingan kerjaya yang semakin sengit pada masa kini serta
kriteria pengambilan pekerja yang ditetapkan oleh syarikat pekerjaan secara
tidak langsung sedikit sebanyak telah memberikan tekanan kepada pelajar
wanita. Di tambah lagi dengan isu yang sedang hangat sekarang adalah di
mana terdapat ramai graduan lepasan IPT yang mengganggu pada masa kini
walaupun mereka mempunyai diploma atau ijazah. Keadaan ini amat
membimbangkan pelajar wanita yang akan menamatkan pengajian kerana
kekurangan maklumat berkaitan kerjaya yang akan diceburi nanti. Amir (1983),
menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai maklumat kerjaya yang jelas
akan dapat mencapai kecemerlangan dan keterampilan dalam bidang
kerjaya yang diceburi kelak. Justeru, pelajar akan berasa tertekan sekiranya
tidak mempunyai persediaan kerjaya yang bersifat komprehensif.

Faktor kedua tertinggi adalah faktor dalaman (intrapersonal) dengan nilai skor
min 2.70 (sederhana). Dapatan ini disokong oleh Ferlis @ Bahari, Balan dan
Rosnah (2009). Hasil kajian yang dijalankan ke atas pelajar sebuah universiti di
Kota Kinabalu, Sabah mendapati bahawa selain stres yang dialami pelajar

322

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

berkait dengan sumber stres akademik dan pensyarah, sumber stres bagi aspek
perubahan fizikal seperti pelajar merasakan mereka tidak cantik/ segak,
merasa rimas dengan perubahan fizikal badan, merasa badan terlalu gemuk,
masalah jerawat dan risau dengan berat badan juga merupakan sumber stres
pelajar yang utama dalam kajian ini. Hasil kajian ini juga selari dengan kajian
Mazni, Mohammad Haji-Yusuf dan Sapora (2004) dan Suriani dan Suraini (2005)
yang mendapati pelajar yang merasa mereka terlalu kurus atau gemuk, terlalu
rendah atau tinggi, dan merasa risau dengan kecantikan wajah boleh
menyebabkan timbulnya stres dalam diri mereka. Fariza (2005) pula
menyatakan bahawa faktor personaliti seperti merasa berdosa dengan ibu
bapa/Allah boleh menyebabkan remaja merasa sangat tertekan.

Dapatan juga menunjukkan faktor stres pelajar kerana keluarga dan
kewangan dengan skor min 2.43 (sederhana) dan 2.29(rendah). Fariza (2005)
dalam kajiannya terhadap remaja di Kajang Selangor Darul Ehsan mendapati
bahawa faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah faktor keluarga dan
faktor persekitaran. Ini menunjukkan bahawa, remaja akan mengalami
tekanan sekiranya mempunyai situasi keluarga yang tidak stabil dan tidak
harmoni. Hasil kajian ini turut mempunyai persamaan dengan kajian yang
dibuat oleh beberapa pengkaji mengenai remaja. Misalnya, kajian oleh
Fatanah Mohamed (1997) mendapati konflik dalam keluarga
menimbulkan banyak ketegangan di kalangan pelajar. Ciri-ciri keluarga yang
mempunyai tahap keakraban yang rendah dan tahap konflik yang tinggi
menjadi petunjuk kepada suasana tertekan di kalangan pelajar remaja. Siti
Nuur Haziratul (2012) dalam kajiannya terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi stres dalam kalangan pelajar kursus secara sambilan (kss)
bidang kejuruteraan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
menunjukkan faktor kedua yang mempengaruhi stres pelajar adalah faktor
kewangan dengan nilai skor min 3.69.

4.1.2 Mengenalpasti Tahap Simptom Stres Di Kalangan Pelajar Semester
Akhir Politeknik Kota Bharu

Simptom stres di kalangan pelajar semester akhir berada pada tahap rendah
dengan nilai skor min 2.29. Antara simptom – simptom yang kerap dirasai
pelajar apabila mereka mengalami stres adalah panik (min = 2.83) , takut
gagal (min = 2.83), hilang tumpuan (min = 2.68) , cepat marah (min = 2.64) ,
fikiran bercelaru (min = 2.61), pening (min = 2.60), letih dan tidak bermaya(min
= 2.56). Terdapat juga segelintir pelajar yang mengalami stres dengan simptom
semakin banyak menghisap rokok (min = 1.93), melepak (min = 1.42) dan
terlibat dalam masalah sosial (min = 1.44) . Walaupun simptom ini hanya
dialami oleh segelintir pelajar namun gejala ini amat dibimbangi kerana
menggambarkan keruntuhan akhlak remaja masa kini. Dapatan pengkaji
disokong oleh Fariza (2005) dalam kajian yang dilakukan ke atas remaja di
Kajang Selangor Darul Ehsan menunjukkan bahawa antara simptom yang
selalu dialami oleh ramai responden ialah simptom yang melibatkan kategori
psikologi seperti mudah bosan, sering lupa, tiada tumpuan dalam kelas,
merasa tidak tenang, mudah panik ketika berhadapan dengan masalah,
merasa kecewa dan gelisah serta takut gagal. Simptom dari aspek tindak balas
fisiologi pula adalah yang kedua banyak seperti responden yang mengalami

323

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

badan yang tidak bermaya dan mudah letih merupakan simptom yang selalu
dialami oleh responden mencatatkan jumlah tertinggi. Manakala simptom
yang selalu dialami responden dari aspek tingkah laku yang menunjukkan
jumlah tertinggi responden ialah ingin lari dari rumah dan merokok. Hasil kajian
ini menunjukkan bahawa remaja yang mengalami tekanan banyak
memperlihatkan tanda-tanda atau simptom dari aspek psikologi.

Manakala tanda-tanda tekanan dari aspek tindak balas tingkah laku adalah
yang paling sedikit ditunjukkan oleh responden. Hasil kajian ini juga
menunjukkan remaja yang mengalami tekanan emosi akan memberi kesan
kepada perkembangan psikologinya.

4.1.3 Mengenalpasti Perbezaan Tahap Faktor Stres Di Kalangan Pelajar
Berdasarkan Jantina

Jadual 4. Bilangan dan peratus subjek kajian mengikut gender

Subjek Bilangan Peratus (%)
Lelaki 68 57
Perempuan 52 43
Jumlah 120 100

Jadual 4 menunjukkan bilangan dan peratus subjek kajian mengikut kategori
gender yang terlibat. Seramai 68 orang lelaki (57%) dan 52 orang perempuan
(43%) terlibat dalam penyelidikan yang sedang dijalankan.

4.1.4 Mengenalpasti Perbezaan Tahap Faktor Stres Di Kalangan Pelajar
Berdasarkan Sumber Kewangan

Jadual 5. Bilangan dan peratus subjek kajian mengikut sumber kewangan

Sumber Kewangan Bilangan Peratus (%)

Biasiswa 75

Pinjaman 96 80

Ibu bapa 13 11

Sendiri / Bekerja 22

Lain – lain 22

Jumlah 120 100

Jadual 5 memperihalkan sumber kewangan yang menampung perbelanjaan

subjek dalam kajian ini. Didapati seramai 7 orang (5%) mendapat biasiswa, 96

orang (80%) menggunakan pinjaman bagi menampung pengajian di

politeknik, 13 orang (11%) pula dibiayai pengajian oleh ibubapa sepenuhnya ,

2 orang (2%) pelajar yang bekerja sendiri bagi menampung perbelanjaan

sepanjang tempoh pengajian di politeknik dan 2 orang (2%) lagi

menggunakan sumber – sumber lain untuk menampung perbelanjaan

pengajian di politeknik. Walau bagaimanapun kami tidak dapat membuktikan

kesan yang jelas terhadap objektif keempat iaitu perbezaan tahap faktor stres

dikalangan pelajar berdasarkan sumber kewangan dari soalselidik yang

dilaksanakan.

324

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

5. PERBINCANGAN

Mengikut keputusan analisis data secara inferensi memberi indikasi bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap faktor stres mengikut gender (lelaki / perempuan).
Keputusan ini disokong oleh Siti Nuur Haziratul (2012) dalam kajiannya terhadap faktor-faktor
yang mempengaruhi stres dalam kalangan pelajar kursus secara sambilan (KSS) bidang
kejuruteraan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).

Mengikut keputusan analisis data secara inferensi memberi indikasi bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan tahap stres mengikut sumber kewangan. Keputusan ini disokong
dengan dapatan Cheng Kai-Wen (2011) dalam kajiannya terhadap pelajar kolej di Taiwan,
menunjukkan pelajar yang mengambil pinjaman lebih merasai stres berbanding dengan
pelajar yang tidak mengambil pinjaman.

Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor
dalaman (intrapersonal) dengan stres. Hasil kajian ini mempunyai persamaan dengan
pendapat Ferlis @ Bahari , Balan dan Rosnah (2009) dalam kajian yang dijalankan ke atas
pelajar sebuah universiti di Kota Kinabalu, Sabah . Korelasi positif yang signifikan dengan nilai
r = 0.213 mengesahkan bahawa semakin banyak sumber stres yang dialami maka semakin
tinggi stres yang dirasai oleh pelajar universiti. Ini jelas menunjukkan sumber stres bagi aspek
perkembangan fizikal pelajar didapati berkait secara positif dengan stres pelajar

Daripada keputusan yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa faktor kerjaya masa depan
memberi stres keseluruhan yang signifikan terhadap stres yang dihadapi oleh pelajar semester
Politeknik Kota Bharu.

6. KESIMPULAN

Masalah stres yang melanda pelajar semester akhir Politeknik Kota Bharu pada masa kini
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Dalam kajian ini, empat faktor diambil kira dalam
mendapatkan dapatan kajian. Faktor tersebut adalah faktor kerjaya pada masa hadapan,
faktor keluarga, faktor kewangan dan faktor dalaman (intrapersonal). Dapatan kajian
menunjukkan faktor kerjaya pada masa hadapan memberikan stres dengan skor min paling
tinggi kepada pelajar berbanding faktor-faktor lain. Dapatan kajian juga mendapati bahawa
faktor stres keseluruhan memberi kesan signifikan terhadap stres yang di alami oleh pelajar
Politeknik Kota Bharu. Justeru itu semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengurangkan
masalah stres di kalangan pelajar. Walaubagaimanapun pelajar yang mempunyai jati diri
yang mantap pasti dapat menghadapi dan mengawal diri dengan baik.

RUJUKAN

A Dictionary of Human Behaviour. 1981. Cambridge: Harper & Row Publisher.Ainshah Omar.
2001. Menangani Tekanan. Kertas Kerja. Wacana Wanita di Yayasan Dakwah Islamiah
Kuala Lumpur 21 Jun 2001.

Al-Ghazali ,Abu Hmid Muhaammad bin Muhammad. 1967. IhQahirah: Matabi’ Subhul
al-‘Arab.’uluya

Amir Awang, (1983). Memilih Pekerjaan. Dewan Masyarakat. 21(12): 4-7. Kuala Lumpur:

325

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arieff Salleh Rosman dan Wardah Mokhtar (2006). Membentuk Jati Diri Remaja.

Bentong: PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd.
Best, J W dan Kahn, J. V (1998). Research in Education. 8 th ed. M. A: Allyn and Bacon
Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah & Irwan Bin Hassim ,(2010). Kajian Tentang Masalah

Yang Dihadapi Oleh Pelajar-Pelajar Yang Menginap Di Kolej 17 Utm Skudai, Johor.
Fakulti Pendidikan . Universiti Teknologi Malaysia
Chua,Yan Piaw(2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan
Buku 2). Selangor : McGraw-Hill(Malaysia)Sdn.Bhd
Fariza Md. Sham. (2005). Tekanan Emosi Remaja Islam . Islamiyyat 27(1)(2005) : 3- 24.
Fakulti Pengajian Islam. UKM. Kuala Lumpur
Fatanah Mohamed. (1997). Perkaitan antara Pencapaian Akademik dengan Faktor
Personaliti dan Persekitaran Keluarga di Kalangan Pelajar Maktab Rendah Sains Mara.
Tesis Ph.D., Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fatimahwati Halim. 2002. Tekanan di Tempat Kerja. Dalam Pasca Sidang Seminar Psikologi
PSIMA 2, Yahaya Mahamood & et al (ed.). Bangi: Jabatan Psikologi UKM.
Ferlis B. Bullare @ Bahari, Balan Rathakrishnan dan Rosnah Ismail (2009) Sumber stres, strategi
daya tindak dan stres yang dialami pelajar universiti. Jurnal Kemanusiaan bil.13, Jun
2009 . Universiti Malaysia Sabah
Hamdan Mohd Ali. 2002. “Meredakan Stress Melalui Sukan. Dalam Pasca Sidang
Seminar Psikologi PSIMA2,
Hassan Langgulung (1975). “Perkhidmatan Pelajar-pelajar Di Sekolah-sekolah
Malaysia”. Jurnal Pendidikan, 2. 1-9. 1975.
Jerrold S. Greenberg (2002). “Comprehensive Stress Management.” 7th Ed. University
of Maryland: McGraw-Hill Higher Education. 301-320.
Kasmini Kassim. 1992. Psikiatri Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lahey, B.B. (2001). Psychology an Introduction. USA: McGraw Hill.
Mazni Mustapha, Mohammad Haji-Yusuf dan Sapora Sipon. (2003). Wanita dan Stres: Satu

Kajian Ke Atas Sampel Remaja. Laporan Penyelidikan Fundamental Kajian Wanita
dan Stres. Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial: Universiti Malaysia Sabah.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Majid Konting , (2004). Kaedah Penyelidikan dan Pendidikan . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Morst, D. R & Furst, M. L. 1979. Stress for success. New York: Van Nostrand Reinhold
Company.
Muhammad ‘Izzuddin Taufik. (1988). al-Ta’sil al-Islamiyy al-dirasat al-insaniah. Kaherah:
Dar al-Salam.
Muhammad ‘Uthman Najati. 1992. Psikoterapi menurut al-Quran. Hj. Abd. Rahman
(ptjh.). Selangor: Human Resourse Enterprise
Muhammad Shah Burhan. 1993. “Kajian Terhadap Tekanan di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Bandar dan Luar Bandar di Negeri Sembilan”, (Tesis Sarjana, Fakulti
Pendidikan, UKM).
Othman Md Johan & Norazmah Mohamad Roslan, (2010). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Rice, P.L. (1999). Stress and health. Pacific Grove, CA: Brooks/Cole.

326

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5
Romas, J.A. and Sharma, M., (2004). Practical Stress Management: A Comprehensive

Workbook for Managing Health and Promoting Health. 3rd edition. Pearson : Benjamin
Cummings.
Roscoe J.T., (1975), Fundanmental Research Statistics for the Behavioural Sciences,(Second
ed.).
Siti Nuur Haziratul binti Ghazali, (2012). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Stres Dalam
Kalangan Pelajar Kursus Secara Sambilan (kss) Bidang Kejuruteraan Di Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Suriani Abdul Hamid dan Suraini Mohd Rhouse. (2005). Punca tekanan pelajar di universiti: Satu
perbandingan antara gender. Prasidang Persidangan Psikologi Malaysia 2005, 30 Julai
– 2 Ogos 2005, Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Teknologi Malaysia.
Wiersma, W. (1995). Research Methods in Education: An Introduction. Boston: Allyn and Bacon.
Wright, J.J., (1967). Reported Personal Stress Sources and Adjustment of Entering
Freshmen. Journal of Counseling Psychology. 14(4): 371-373.

327

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

328

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

KAEDAH PENGAJARAN YANG IDEAL BAGI SUBJEK PRINSIP PERAKAUNAN

Nor Hidayah Ahmad Damanhuri
Kolej Komuniti Hulu Langat
[email protected]

Abstrak. Kajian penulisan ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) yang ideal bagi menarik minat pelajar terhadap subjek prinsip
perakaunan. Ia merupakan tanggungjawab yang mencabar bagi pensyarah terutama
pensyarah Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) untuk
menarik perhatian pelajar yang bukan bidang perakaunan, di mana subjek ini mempunyai
reputasi kurang baik dalam kalangan pelajar. Majoriti pelajar beranggapan ia subjek yang
sukar dan rumit untuk difahami serta melibatkan pengiraan yang membosankan. Oleh itu,
pendidik samada seorang guru atau pensyarah merupakan agen transformasi dalam inovasi
PdP di institusi perlu berusaha untuk memperbaiki tanggapan tersebut. Penulisan ini
membincangkan kaedah-kaedah PdP yang telah dilaksanakan oleh pendidik dan ia berjaya
menarik minat serta tumpuan pelajar semasa proses PdP berlangsung. Pelaksanaan PdP
berpusatkan pelajar dengan melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas, penyediaan
video oleh pensyarah dan dimuat naik di YouTube memberi kelebihan kepada pelajar untuk
menonton secara berulang kali, melibatkan aktiviti permainan untuk pelajar lebih memahami
topik tertentu dan mewujudkan suasana persaingan semasa proses PdP. Dengan
mempelbagaikan kaedah penyampaian, pelajar akan lebih seronok dan teruja untuk
mendalami topik-topik di dalam subjek prinsip perakaunan, secara tidak langsung akan
memperbaiki prestasi pencapaian akademik pelajar.

Kata Kunci: Perakaunan, Kaedah PdP, SPP, KKHL, Pembelajaran

1. PENGENALAN

Pengajaran merupakan satu aktiviti yang melibatkan pelajar untuk membolehkan mereka
memahami dan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari. Ia adalah proses yang
kompleks dan rumit, terdiri dari elemen asas seperti objektif, kandungan, metodologi,
penilaian (pemarkahan & laporan), personaliti pendidik dan kualiti pelajar (Ayua , 2017).
Tanggungjawab seorang pendidik bukan hanya memfokuskan terhadap kepakaran dalam
bidang yang diceburi tetapi juga perlu mengenali latar belakang para pelajar yang berbeza.
Ini kerana setiap pelajar itu berbeza dari segi kebolehan, kepintaran, sikap, minat, motivasi,
dan juga keperluan (Ayua , 2017). Oleh itu, pendidik yang berkebolehan adalah pendidik
yang mengetahui apa, bagaimana, bila, siapa, kenapa dan bagaimana proses PdP perlu
dilaksanakan.

Majoriti pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) berumur lingkungan 20 tahun dikenali
sebagai generasi Z (Gen-Z) iaitu individu yang lahir pada tahun 1988 hingga 2009 (Ahmad Zaki
, Zulazhan , & Nurkhamimi , 2020). Mereka juga dikenali sebagai i-Generation, Silence
Generation, Generasi Net atau Generasi Internet (Nor Asmawati , Najihah , & Norsuhada ,
2019). Mereka membesar di era digital yang memiliki kemampuan untuk mengakses informasi
dengan cepat menggunakan gajet. Gen-Z membesar di era digital, berupaya mengakses
informasi dengan cepat menggunakan gajet dan “multi-tasking” (Nor Asmawati et. al., 2019).

329

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

Walau bagaimanapun, golongan ini mempunyai “short attention span”, lebih berminat
dengan aktiviti di dalam rumah dan kurang kemahiran berkomunikasi (MTDC, 2019). Pendidik
yang berjaya mengadaptasi ciri-ciri umum generasi ini akan membantu mereka untuk
mengaplikasikan kaedah PdP yang bersesuaian supaya pelajar dapat menyerap ilmu yang
disampaikan dengan berkesan.

1.1 Penyataan Masalah
Prinsip perakaunan diperkenalkan sebagai salah satu subjek di dalam struktur program
Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP). Jadual 1 menunjukkan pencapaian pelajar SPP
untuk subjek prinsip perakaunan bagi setiap semester adalah kurang
memberangsangkan. Prestasi kebanyakan pelajar berada pada tahap sederhana
iaitu samada pelajar mendapat gred B atau C dalam penilaian keseluruhan subjek ini.

Jadual 1. Keputusan pencapaian pelajar mengikut semester

SESI JUMLAH CEMERLANG SEDERHANA LEMAH
(D-F)
Nov 2015 PELAJAR (A) (B-C) 3
Mac 2016 1
Jul 2016 18 2 13 2
Nov 2016 3
Nov 2017 22 2 19 3
Dis 2018 0
Jun 2019 20 3 15 0
Dis 2019 1
Jun 2020 15 5 7 4

29 18 8

24 14 10

15 9 6

51 33 17

71 2

(Sumber: Unit Peperiksaan KKHL)

Pensyarah menghadapi kesukaran untuk menarik minat dan tumpuan pelajar
terhadap subjek ini. Ia berkemungkinan dipengaruhi oleh persepsi awal pelajar yang
beranggapan subjek prinsip perakaunan adalah sangat mencabar dan sukar
difahami (Darin , 2017). Subjek prinsip perakaunan sering dikaitkan sebagai subjek
yang berisiko dan mempunyai kadar kegagalan yang tinggi di kalangan pelajar
bukan bidang perakaunan. Oleh yang demikian adalah menjadi satu keperluan untuk
mengenalpasti kaedah pengajaran yang berkesan bagi memastikan peningkatan
dalam pencapaian pelajar (Lloyd & Abbey , 2009; Cohen & Hano , 1993). Penulisan ini
adalah untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang berkesan bagi subjek prinsip
perakaunan Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL).

Kajian lepas menunjukkan bahawa pendidik memainkan peranan penting untuk
mempengaruhi pendekatan pembelajaran pelajar dengan mengubah persekitaran
pembelajaran melalui pembaharuan dalam kaedah pengajaran dan penilaian (Bobe
& Cooper , 2018; English, Luckett & Mladenovic, 2004; Hall, Ramsay & Raven, 2004). Hal
ini kerana pendidik mempunyai pertalian langsung dengan pelajar di dalam kelas dan
bertanggungjawab menentukan keberkesanan proses pembelajaran pelajar melalui
kaedah pengajaran untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar (Noor Lela & Nur
Afrina , 2020; Unal , 2017; Ahmad, 2015). Pendidik di seluruh dunia mempertimbangkan
pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran baharu untuk memastikan

330

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

proses PdP lebih cekap dan berkesan dalam bidang perakaunan (Herman & Rikus ,
2020).

2. KAJIAN LITERATUR

Kajian yang lepas menunjukkan tiada kesepakatan dalam menentukan definisi ‘pengajaran
berkesan’ atau penentuan model pengajaran yang terbaik (Bobe & Cooper , 2018; Hinton ,
2013; Devlin & Samarawickrema , 2010). Pengajaran itu sangat subjektif dan apa yang
dikatakan sebagai “pengajaran yang baik” boleh dilihat dari sudut yang berbeza bergantung
kepada pelajar dan pendidik serta bidang akademik yang diceburi (Bobe & Cooper , 2018;
Parpala , Lindblom-Ylanne, & Rytkonen , 2010; Simendinger, Galperin , LeClair , & Malliaris ,
2009). Secara kesimpulannya majoriti pengkaji terdahulu bersetuju untuk mentakrifkan guru
yang efektif adalah seorang individu yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu dimana
beliau boleh menerangkan konsep yang sukar dengan jelas dan berupaya memberikan
pelbagai contoh serta membuka peluang kepada sesi soal jawab bersama pelajar semasa
di dalam kelas (Bobe & Cooper , 2018; Simendinger et. al., 2009). Antara ciri-ciri pengajaran
yang efektif bagi pendidikan perakaunan merujuk kepada komitmen pendidik semasa
mengendalikan kelas (kreatif dan inovatif), tahap persediaan pendidik, keupayaan pendidik
untuk mengaitkan teori dengan persekitaran sebenar serta sikap pendidik (seperti membantu
pelajar, personaliti yang baik, mudah didekati dan adil) (Alfraih & Alanezi, 2016; Wygal, Watty
, & Stout , 2014). Di Malaysia, terdapat beberapa kaedah PdP yang telah diamalkan oleh
guru berpengalaman untuk menarik minat pelajar terhadap subjek prinsip perakaunan;
pembelajaran berpusatkan pelajar, berasaskan aktiviti atau projek, permainan, perisian
komputer dan penyelidikan internet (Noor Shakira & Halimah , 2014).

2.1 Pendekatan PdP Berpusatkan Pelajar
Pelajar bukan bidang perakaunan tidak mempunyai pengetahuan asas perakaunan
dan faktor-faktor seperti masa kuliah yang singkat dan kandungan subjek yang banyak,
akan mewujudkan perasaan takut kepada subjek prinsip perakaunan (Wang & Qin ,
2017). Prinsip perakaunan merupakan subjek yang berasaskan kompetensi, di mana
pensyarah perlu memastikan pelajar mahir dan memahami topik satu dengan baik
sebelum ke topik berikutnya. Contohnya pelajar perlu memahami topik catatan bergu
terlebih dahulu sebelum ke topik merekod lejar (T-Akaun). Proses pembelajaran dan
pengajaran (PdP) akan lebih efektif apabila pelajar terlibat secara aktif dalam proses
tersebut (AECC, 1990). Kaedah atau kaedah pengajaran telah berubah, dari kaedah
tradisional iaitu pelajar bergantung sepenuhnya kepada pensyarah untuk
menyelesaikan masalah kepada strategi di mana pensyarah bertindak sebagai
fasilitator (pemudah cara) kepada pelajar untuk membantu menyelesaikan masalah
(Herman & Rikus , 2020). Proses PdP yang melibatkan interaksi di antara pendidik
dengan sekumpulan pelajar, pendidik dengan pelajar secara individu, penglibatan
pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran merupakan ciri-ciri pendekatan
pengajaran berpusatkan pelajar (Rosle, Junainah, Thien Sang, & Zaiton, 2009; Smith &
Cranton, 1992; Eble, 1971).

Menurut Fatima, Nik Nazli, Putri Nor Suad, & Anita (2007), pendekatan pengajaran
berpusatkan pelajar merupakan kaedah yang efektif apabila melibatkan aktiviti seperti
perbincangan, tugasan secara berkumpulan, dan pembentangan di dalam kelas.
Rodrigues (2004) menyenaraikan aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam kelas untuk

331

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

menjadikan proses PdP lebih aktif; kajian kes, projek kajian secara individu, projek
berkumpulan dan perbincangan di dalam kelas. Contoh lain kaedah PdP berpusatkan
pelajar yang sering digunakan adalah pembelajaran koperatif, perbincangan dan
penyelesaian masalah (Noor Shakira & Halimah , 2014).

Mengaplikasikan pendekatan pengajaran yang berkesan adalah penting untuk
memastikan pelajar berminat, bermotivasi dan mempengaruhi penglibatan pelajar
sepanjang proses PdP berlangsung (Amaewhule & Rosemary Uju , 2020; Mtsem , 2011).
Kajian daripada Wang & Qin (2017) mencadangkan kaedah pengajaran bagi subjek
prinsip perakaunan kepada pelajar-pelajar bukan bidang perakaunan adalah
berdasarkan kepada kajian kes dan perbincangan berkumpulan mengikut kesesuaian
topik. Agihan tempoh masa PdP yang berkesan adalah 1/3 digunakan untuk
pembelajaran secara teori, 1/3 diperuntukkan untuk PdP bersama industri dan 1/3
adalah perbincangan secara berkumpulan (Wang & Qin , 2017). Amalan kaedah PdP
berpusatkan pelajar melibatkan komunikasi dua hala di antara pensyarah dan pelajar
serta mendidik pelajar untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
dengan pemantauan pensyarah (Noor Shakira & Halimah , 2014).

2.2 Permainan dalam PdP
Pelbagai kaedah dan strategi telah diperkenalkan untuk menarik minat pelajar
termasuklah membangunkan aktiviti permainan dalam PdP (Game based learning)
(Silva , Rodrigues , & Leal, 2019) khusus untuk topik-topik tertentu prinsip perakaunan.
Banyak kajian lepas yang membincangkan penggunaan kaedah permainan sebagai
aktiviti PdP samada secara digital atau fizikal (permainan papan, kad) (Junaidah, et
al., 2016). Keputusan positif dalam peningkatan prestasi akademik pelajar dibuktikan
apabila mengaplikasikan permainan di dalam pengajaran, ini kerana ia berupaya
menarik minat, tumpuan, meningkatkan motivasi dan interaksi sosial pelajar ketika
proses PdP berlangsung (Silva et. al., 2019; Shaffer , 2006).

Kaedah ini telah mengubah pengajaran konvensional, di mana “pembelajaran
dengan mendengar dan melihat” kepada “belajar dengan melakukannya”
(Junaidah, et al., 2016). Permainan akan mempengaruhi pembelajaran dan motivasi
instrinsik pelajar, memupuk minat terhadap pelajaran dan kandungan yang
bersesuaian akan membantu memperbaiki prestasi akademik pelajar (Silva et. al.,
2019). Kajian lepas membuktikan bahawa aktiviti permainan dalam PdP lebih mudah
diterima oleh pelajar, dan membolehkan pendidik mengaplikasikan kaedah
pengajaran yang berbeza serta cenderung mendapat maklumbalas yang positif
semasa proses PdP (Silva et. al., 2019; Denny , 2013; Connolly , Boyle, MacArthur , Hainey
, & Boyle, 2012). Aktiviti ini memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran, ia
bertindak sebagai picu yang mengaktifkan penglibatan pelajar di dalam kelas serta
berupaya memperbaiki kualiti pembelajaran dan secara tidak langsung meningkatkan
prestasi akademik pelajar (Silva et. al., 2019; Lopez Gavira & Omoteso , 2013). Proses
PdP yang kreatif melalui aktiviti permainan akan mengekalkan kefahaman dan ingatan
pelajar mengenai topik yang telah dipelajari di dalam kelas (Noor Shakira & Halimah ,
2014). Kajian lepas menyatakan bahawa pelajar akan merasai pelbagai perasaan
ketika terlibat dalam permainan samada menang atau kalah, perasaan yang berbaur
seperti kekecewaan, keseronokan, kesedihan, optimistik, dan rasa ingin tahu ini
merupakan elemen utama dalam proses pembelajaran untuk memastikan pelajar terus

332

e-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar
ISBN 978-967-2883-00-5

berusaha mencapai keputusan yang lebih baik (Silva et. al., 2019; Connolly et. al., 2012;
Lee & Hammer , 2011).

Moncada & Moncada (2014) dalam kajiannya menyatakan kaedah permainan yang
berkesan memiliki ciri-ciri berikut:
Mempunyai objektif dan hasil pembelajaran yang jelas
Mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang diperlukan semasa aktiviti dilaksanakan
Menawarkan cabaran dan kepuasan daripada aktiviti tersebut
Mempunyai warna-warna yang menarik
Mempunyai susunatur yang jelas
Menggunakan arahan yang ringkas dan jelas
Peraturan yang mudah difahami
Maklumbalas dan ganjaran yang relevan kepada pemain
Kandungan yang relevan dan tepat
Melibatkan pemain secara aktif

Keberkesanan kaedah ini telah dibuktikan oleh kajian Mariyam, Munirah, Hadrah, dan
Ahmad Hafiz, (2012) yang menggunakan permainan saidina untuk menerangkan topik
transaksi perniagaan dan catatan bergu. Ia memberikan pengalaman kepada pelajar
untuk merasai kesan sesuatu urusniaga terhadap persamaan perakaunan. Secara
kesimpulannya, permainan yang digunakan di dalam proses PdP akan mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih seronok, meningkatkan motivasi intrinsik dan
ekstrinsik, tumpuan dan minat pelajar terhadap subjek prinsip perakaunan (Silva et. al.,
2019; Junaidah, et al., 2016).

2.3 YouTube Video
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi
membendung penularan wabak COVID-19 menyebabkan kaedah pembelajaran dan
pengajaran dalam talian (PdPDT) menjadi pilihan untuk memastikan pelajar dapat
meneruskan pengajian. Ia juga dikenali sebagai “blended learning”, membolehkan
pendidik lebih inovatif dengan menggabungkan pedagogi dan teknologi dalam
menyampaikan maklumat kepada pelajar IPT (D'Aquila, Wang, & Mattia, 2019;
Vaughan, Cleveland-Innes, & Garrison, 2013). Walau bagaimanapun, penggunaan
teknologi secara inovatif juga merupakan kaedah yang lebih efektif dalam membantu
kaedah pengajaran tradisional (AACSB, 2007). Boleh menjimatkan masa penyediaan
bahan pengajaran kerana video yang diwujudkan boleh digunakan secara berulang
kali untuk semester yang berbeza samada PdP secara dalam talian atau di dalam bilik
kuliah.

Video boleh menjadi alat pembelajaran yang efektif. Kajian lepas menunjukkan
penggunaan video instruksional merupakan alat pembelajaran yang sangat efektif
dan berkesan (D'Aquila et al., 2019; Hsin & Cigas, 2013; Kay, 2012). Walau
bagaimanapun, D'Aquila et al. (2019) mencadangkan kandungan video YouTube
yang diwujudkan perlulah memfokuskan kepada matlamat pembelajaran,
menggunakan audio dan visual dalam penerangan, menekankan kepada konsep
penting, mewujudkan peluang untuk berinteraksi dengan pelajar dan melibatkan
pembelajaran secara aktif dengan menggunakan soalan berpandu, elemen interaktif
atau penyelesaian tugasan untuk memudahkan pelajar memahami topik yang
dipelajari.

333


Click to View FlipBook Version