The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafliena2111, 2022-01-06 07:27:05

e-Portfolio Latihan Mengajar (Hafliena)

e-Portfolio LM (Hafliena)

NUR HAFLIENA ADZWEEN BINTI AZMAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
VOKASIONAL (PEMESINAN AM)

Edisi 1/20211

LATIHAN MENGAJAR
SEMESTER 1 2021/2022

Pensyarah Penyelia Ts.

DR AINI NAZURA BINTI PAIMIN @ ABDUL
HALIM

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Guru Pembimbing TUAN

ZAINUDIN BIN TUAN YAHYA
Institut Latihan Perindustrian Tangkak

Edisi 1/20212

SENARAI SEMAK PORTFOLIO

No Perkara ( √ ) Catatan Tindakan
1 Maklumat Pelatih
2 Visi UTHM

Perkara Am Perguruan

(a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(b) Falsafah Pendidikan Guru
3
(c) Standard Guru
(d) Tatasusila Profesional Perguruan Malaysia
(e) Lirik Lagu Guru Malaysia
Institusi Latihan

(a) Latar Belakang Institusi Latihan
4

(b) Maklumat Institusi Latihan
(c) Takwim Institusi Latihan
Dokumen Standard Pengajaran

(a) Jadual Waktu Latihan
5 (b) Silabus Kursus @ Sukatan Mata Pelajaran

(c) Senarai Rujukan @ Bahan Kursus @ Mata
Pelajaran

6 Rancangan Kerja dalam Tempoh Latihan
Rancangan Pengajaran

7 (a) Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
(b) Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

8 Jurnal Mingguan
Lampiran

(a) Bahan Pengajaran & ABBM
(b) Soalan Kuiz/ Ujian/ Peperiksaan
9
(c) Skema Kuiz/ Ujian/ Peperiksaan
(d) Kehadiran Pelajar
(e) Markah Pencapaian Pelajar
10 Laporan Aktiviti Latihan Mengajar

MAKLUMAT
PELATIH

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT , JOHOR DARUL TA’ZIM

TEL : 07- 453 8208 / 8211 FAX : 07-454 1050
http://www.uthm.edu.my

MAKLUMAT PELATIH

PROGRAM LATIHAN MENGAJAR

(Kembalikan 2 salinan kepada Penyelaras LM)

Nama Pelatih: NUR HAFLIENA ADZWEEN BINTI AZMAN
(Dengan Huruf Besar)
941121-14-5922 No. Matrik: DB160045
No. KP:
019-7860921 E-mail: [email protected]
No. Tel:
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
Program:
Bidang Pengkhususan: PEMESINAN AM

Alamat Tetap: T/L 7, KAMPUNG SEROM 5 HILIR, 84400, TANGKAK, JOHOR

Nama Waris: NISANORAH BINTI PON
Alamat Waris: T/L 7, KAMPUNG SEROM 5 HILIR, 84400, TANGKAK, JOHOR

No. Tel: 014-6762667 E-mail: -

Tempat Latihan: INSTITUT LATIHAN PERIDUSTRIAN TANGKAK

(Nama Institusi/Sekolah) KM 43, JALAN SEGAMAT, SAGIL, 84900, TANGKAK, JOHOR

Alamat Semasa 06-9773800 No. Fax: 06-9773799
Latihan Mengajar:
EN. MOHAMMAD MUSA BIN AHMAD
No. Tel:
Nama Pengarah/ TUAN ZAINUDIN BIN TUAN YAHYA No. Tel. 017-6475864
Pengetua:
Nama Pembimbing: Ts. Dr. AINI NAZURA BINTI PAIMIN @ ABDUL HALIM No. Tel. 012-7979710

Nama Penyelia 1: No. Tel.
Nama Penyelia 2: T. Tangan Pelatih: Hafliena
Tarikh: 4/10/2021

VISI
UTHM

( LAGU & LIRIK : HASHIM AHMAD)

VISI UTHM

Berazam menerajui aplikasi sains dan teknologi untuk kemakmuran sejagat.

MISI UTHM

Untuk melahirkan dan melatih ahli professional dan teknologi yang bersahsiah mulia dan
berdaya saing di arena global melalui program akademik holistik dan pembudayaan ilmu

serta penyelidikan yang berteraskan konsep tauhid.

MOTO UTHM

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA
“WITH WISDOM WE EXPLORE”

POLISI KUALITI

Matlamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ialah untuk menyediakan program akademik
berkualiti berteraskan sains dan teknologi bagi memenuhi atau melampaui kehendak

pelanggan melalui kecemerlangan pengurusan organisasi dan pembaikan berterusan. Puhak
pengurusan tertinggi dan staf di semua peringkat adalah komited untuk melaksana dan

mengekalkan sistem pengurusan yang berkualiti yang efektif dengan memenuhi keperluan MS
ISO 9001: 2000. Objektif kualiti Universiti diwujud, dilaksana, dipantau dan secara berkala
dikaji semula untuk menentukan pencapaian, kesesuaian serta dikemaskini bagi
merealisasikan visi dan misi universiti.

VISI FPTV

Menjadi pusat rujukan bertaraf dunia dalam bidang Pendidikan Teknikal bertunjangkan
tauhid ke arah mencapai wawasan Negara.

MISI FPTV

Melahirkan sumber manusia profesional bertaraf dunia dalam Pendidikan Teknikal untuk
mempelopori, mengembang dan mengaplikasikan ilmu dan teknologi terkini melalui

penyelidikan, pengajaran, dan pembelajaran bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.

OBJEKTIF FPTV

• Mengendalikan program-program pengajian yang khusus dalam bidang Pendidikan
Teknikal dan Vokasional di peringkat Sarjana Muda dan Pasca Ijazah.

• Menjalankan penyelidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan dalam bidang
Pendidikan Teknikal dan Vokasional

• Meningkatkan Profesionalisme staf dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
keperluan pembangunan sumber manusia Negara.

• Mempelopori kaedah dan menghasilkan bahan bagi peningkatan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

• Menawarkan kepakaran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional melalui
pusat kecemerlangan.

• Membantu institusi pendidikan dan latihan serta industri ke arah meningkatkan
profesionalisme sumber manusia.

• Memberi khidmat masyarakat ke arah menggalakkan pendidikan sepanjang hayat
dalam bidang pendidikan Teknikal dan Vokasional

• Menerbitkan bahan ilmiah untuk meningkatkan profesionalisme Pendidikan
Teknikal dan Vokasional.

PERKARA AM
PERGURUAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara meyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan dan berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu

masyarakat yang bersepadu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

STANDARD GURU

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh
guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi

membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai
panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam

usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

a) Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain
b) Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,

mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama
c) Merahsiakan meklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada

mereka yang berhak mengetahuinya

d) Membimbing dan mengajar seseorang pelajar dalam meta pelajaran yang diajar di
bilik darjah tanpa sebarang bayaran

e) Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar

f) Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat, atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

a) Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka

b) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara
institusi pendidikan dengan rumahtangga

c) Menganggap semua maklumat yang di berikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya

d) Memberikan meklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.

e) Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibu bapa pelajar.

f) Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

a) Mengelakkan diri daipada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun
Negara.

b) Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab,
dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

c) Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagi seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

d) Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa ,
institusi pendidikan dengan masyarakat.

e) Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawanan masyarakat.

f) Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN

a) Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

b) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan guru
c) Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab guru dengan rajin dan

bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.
d) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat guru terutamanya mereka yang baru
dalam profesion perguruan.
e) Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
f) Melibatkan diri dalam mana-mana pertubuhan guru yang sah.

(Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan
ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi,
termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan
pendidikan).

PERATURAN LATIHAN MENGAJAR

1.0 PENGENALAN

Latihan mengajar memberi peluang kepada guru pelatih mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar di dalam kelas dan
sekolah atau institusi pendidikan. Pelaksanaan program ini memberi tumpuan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran serta permuafakatan antara Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia, sekolah, politeknik, kolej komuniti dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

2.0 OBJEKTIF

Objektif Latihan Mengajar ini adalah seperti berikut:

i) Mensepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran.
ii) Mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, teknik dan kemahiran pengajaran dan

pembelajaran.
iii) Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
iv) Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.
v) Memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan nilai

profesionalisme keguruan.
vi) Memperkembang potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan

penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.
vii) Mengoptimumkan penggunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses

pengajaran dan pembelajaran.
viii) Menguasai kemahiran pemudahcaraan dan komunikasi.
ix) Menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

3.0 PROSEDUR PELAKSANAAN

3.1 Syarat
Tertakluk kepada syarat pengajian dan Peraturan Akademik UTHM.

3.2 Penempatan
3.2.1 Penempatan guru pelatih dibuat secara pemuafakatan antara UTHM dan
sekolah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri/BPLTV.
3.2.2 Penempatan guru pelatih adalah mengikut bidang pengkhususan
(opsyen) pengajian di UTHM dan kesediaan sekolah.
3.2.3 Guru pelatih ditempatkan di sekolah rendah atau sekolah menengah,
politeknik, kolej komuniti atau agensi-agensi lain yang berkaitan.
3.2.4 Guru pelatih juga boleh ditempatkan di mana-mana institusi pendidikan
yang berkaitan.

3.3 Tempoh
3.3.1 Tempoh minimum pelaksanaan latihan mengajar adalah selama 12 atau
16 minggu
3.3.2 Sebarang tambahan lain adalah tertakluk kepada struktur kursus yang
ditentukan oleh Jawatankuasa Akademik atau Senat dan Peraturan
Akademik UTHM.

3.4 Bilangan Waktu Mengajar
3.4.1 Bilangan waktu mengajar adalah 8 hingga 12 waktu seminggu
merangkumi mata pelajaran major/pengkhususan dan minor/elektif.
3.4.2 Syarat-syarat lain berkaitan dengan bilangan waktu mengajar adalah
mengikut keperluan kursus di UTHM.

3.5 Bimbingan
3.5.1 Bimbingan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing secara
berterusan mesti diamalkan sepanjang latihan mengajar meliputi
bimbingan pengetahuan kandungan pedagogi dan profesionalisme.
3.5.2 Guru pembimbing perlu merekod bimbingan yang diberikan.

3.6 Bilangan Penyeliaan
3.6.1 Penyeliaan hendaklah berasaskan kepada prinsip dan kaedah penyeliaan
klinikal
3.6.2 Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.
3.6.3 Bilangan penyeliaan minimum sepanjang tempoh LM yang dicadangkan
adalah seperti berikut:
i) Penyelia : 3 kali
ii) Pembimbing : 5 kali
3.6.4 Pihak UTHM berhak, menentukan bilangan penyeliaan yang wajar
mengikut struktur atau peruntukan kursus di UTHM.
3.6.5 Penilaian bersama antara Penilai kedua dan Guru Pembimbing perlu bagi
kes-kes khas (cemerlang atau gagal)

4.0 KRITERIA DAN KELAYAKAN

4.1 Penyelia
4.1.1 Mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan/dan telah mengikuti
kursus/latihan penyeliaan yang diperaku oleh UTHM.
4.1.2 Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga tahun/dan
telah disahkan dalam jawatan.

4.2 Pembimbing
4.2.1 Mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan/dan telah mengikuti kursus/
latihan penyeliaan yang diperaku oleh UTHM
4.2.2 Mempunyai pengalaman mengajar bidang pengkhususan (opsyen)
berkenaan sekurang-kurangnya 3 tahun/dan telah disahkan dalam
jawatan serta telah mengikuti kursus/latihan penyeliaan yang diperaku
oleh UTHM.

4.3 Penilai kedua
4.3.1 Terdiri daripada pensyarah yang dikenal pasti oleh JKLM dan dilantik
oleh UTHM

5.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

5.1 Guru Pelatih
5.1.1 Menghadiri taklimat latihan mengajar
5.1.2 Memahami dan menghayati objektif latihan mengajar
5.1.3 Mengamalkan nilai-nilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan
dan Standard Guru Malaysia.
5.1.4 Menghantar laporan kehadiran, jadual waktu, senarai tugas, takwim
sekolah/institusi dan maklumat-maklumat lain kepada UTHM dalam
minggu pertama latihan mengajar.
5.1.5 Berbincang dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk
mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-
masing semasa latihan mengajar.
5.1.6 Membina hubungan profesional dan suasana mesra dengan pengurus
dan guru-guru dan staf sekolah atau institusi berkenaan.
5.1.7 Memetuhi dan mengamalkan etika kerja kementerian pelajaran Malaysia,
peraturan UTHM serta budaya dan peraturan sekolah/institusi.
5.1.8 Hadir ke sekolah/institusi sepanjang tempoh latihan mengajar.
5.1.9 Merekod waktu/menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari
persekolahan dan aktiviti anjuran sekolah/institusi.
5.1.10 Mendapatkan sukatan pelajaran terkini yang disahkan oleh pihak
sekolah/institusi.
5.1.11 Membuat rancangan tahunan/semester, mingguan dan harian dalam
buku persediaan mengajar yang ditetapkan mengikut keperluan UTHM.
5.1.12 Membuat rancangan mengajar harian (RMH) yang lengkap mengikut
format yang ditentukan oleh UTHM sebelum melaksanakan pengajaran.
5.1.13 Menghantar buku rekod persediaan mengajar untuk semakan pengurus
sekolah/institusi pada setiap minggu.
5.1.14 Melaksanakan pengajaran dengan mempelbagaikan strategi dan teknik
pengajaran.
5.1.15 Mengamalkan penulisan log dan jurnal mengikut keperluan UTHM.
5.1.16 Melengkapkan atau mengemaskinikan portfolio latihan mengajar
mengikut keperluan UTHM.

5.1.17 Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu
komponen kokurikulum.

5.1.18 Melaksanakan tugas dan tanggungjawab lain yang ditentukan oleh
UTHM/ pengurus sekolah/institusi berkenaan.

5.2 Penyelia
5.2.1 Menerima perlantikan sebagai Pensyarah Penyelia
5.2.2 Menghadiri taklimat latihan mengajar dan latihan penyeliaan.
5.2.3 Berbincang dengan guru pelatih tentang urusan latihan mengajar.
5.2.4 Membuat lawatan ke sekolah/institusi, berjumpa dan berbincang dengan
pengurus sekolah/institusi dan guru pembimbing untuk menjalin
hubungan profesional
5.2.5 Merekod serta menyimpan dokumen bimbingan yang kemas kini.
5.2.6 Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin guru pelatih sepanjang
tempoh latihan mengajar.
5.2.7 Memaklumkan dengan segera kes-kes khas yang memerlukan perhatian
dan tindakan UTHM, sekolah/institusi, PPD atau JPN/BPLTV.
5.2.8 Menyemak buku persediaan mengajar guru pelatih dan mencadangkan
penambahbaikan yang perlu.
5.2.9 Menyemak portfolio latihan mengajar guru pelatih.
5.2.10 Memastikan guru pelatih melaksanakan penulisan jurnal yang bersifat
reflektif dan kritis.
5.2.11 Melaksanakan penyeliaan berasaskan prinsip-prinsip penyeliaan klinikal.
5.2.12 Menyelia secara tersebar (daripada aspek masa, mata pelajaran dan
kelas) sepanjang tempoh latihan mengajar atau mengikut jadual
penyeliaan yang telah ditetapkan oleh UTHM.
5.2.13 Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan sahsiah yang baik.
5.2.14 Menilai prestasi latihan mengajar guru pelatih.
5.2.15 Mematuhi prosedur dan tanggungjawab yang ditentukan oleh pihak yang
mengurus atau, menyelaras latihan mengajar di UTHM.

5.3 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
5.3.1 Menentukan dasar pelaksanaan latihan mengajar di peringkat UTHM.

5.3.2 Mendapatkan kelulusan daripada pihak yang berkaitan bagi penempatan
guru pelatih.

5.3.3 Melaksanakan taklimat dan latihan untuk pensyarah penyelia dan guru
pembimbing.

5.3.4 Menyelaras dan memantau pelaksanaan latihan mengajar dengan
kerjasama pihak sekolah/institusi berkenaan.

5.3.5 Menentukan dasar penyeliaan pengesahan ke atas guru pelatih yang
dicalonkan gagal atau cemerlang tertakluk kepada UTHM.

5.3.6 Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan
tempoh latihan mengajar, gagal, kes disiplin dan tatatertib dengan
mengambil tindakan sewajarnya.

5.3.7 Mengesahkan penyempurnaan dan keputusan latihan mengajar.

5.4 Pembimbing
5.4.1 Menghadiri taklimat latihan mengajar dan kursus/bengkel yang dijalankan
oleh UTHM.
5.4.2 Memahami dan menjalankan peranan guru pembimbing.
5.4.3 Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru pelatih tentang:-
i) Rancangan kerja tahunan/semester dan rancangan pengajaran
harian
ii) Sumber pengajaran dan pembelajaran
iii) Proses pengajaran dan pembelajaran
iv) Pengurusan bilik darjah/makmal/bengkel
v) Pengajaran berpasangan
vi) Pengelolaan kokurikulum
vii) Hal-hal lain yang berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum.
5.4.4 Memberi peluang kepada guru pelatih memerhati pengajarannya.
5.4.5 Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan profesionalisme
keguruan.
5.4.6 Menyemak dan memberi ulasan bertulis serta menandatangani buku
persediaan mengajar guru pelatih.

5.4.7 Menyelia pengajaran guru pelatih berasaskan prinsip-prinsip penyediaan
klinikal.

5.4.8 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang di kemas kini.
5.4.9 Memaklumkan kepada pengurus sekolah/institusi dan pensyarah

penyelia mengenai kemajuan guru pelatih dari semasa ke semasa.
5.4.10 Memantau dan memaklumkan masalah kehadiran serta disiplin guru

pelatih kepada pengurus sekolah/institusi dan pensyarah penyelia
dengan segera sepanjang tempoh latihan mengajar.
5.4.11 Menyelia secara tersebar (daripada aspek masa, mata pelajaran dan
kelas) sepanjang tempoh latihan mengajar.
5.4.12 Menilai prestasi guru pelatih sepanjang latihan mengajar.

5.5 Pengurus sekolah/Institusi Pendidikan
5.5.1 Menghadiri taklimat latihan mengajar yang di jalankan oleh pihak UTHM.
5.5.2 Menubuhkan Jawatankuasa Latihan Mengajar peringkat sekolah/institusi.
5.5.3 Mengesahkan penempatan guru pelatih
5.5.4 Mencalonkan guru pembimbing daripada kalangan guru terlatih yang
berpengalaman dan bersesuaian serta memenuhi kriteria yang ditetapkan
oleh UTHM.
5.5.5 Memberi taklimat kepada guru pelatih tentang latar belakang
sekolah/institusi, skop tugasan guru, pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
5.5.6 Memberi jadual waktu dan takwim sekolah/institusi kepada guru pelatih.
5.5.7 Mengawasi disiplin guru pelatih dan mengesahkan kehadiran mereka.
5.5.8 Melaporkan secara bertulis kepada pihak UTHM tentang masalah disiplin,
sahsiah, kehadiran, prestasi, tatatertib dan kebajikan guru pelatih.
5.5.9 Menyemak dan mengesahkan rancangan pelajaran dan persediaan
mengajar guru pelatih.
5.5.10 Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan berterusan kepada
guru pelatih.
5.5.11 Mengambil tahu hal-hal berkaitan kebajikan guru pelatih dan membuat
tindakan susulan.

5.5.12 Memastikan segala tindakan berkaitan bimbingan dan penyeliaan latihan
mengajar dilaksanakan dengan sempurna.

5.5.13 Memastikan guru pelatih dilibatkan dalam aktiviti kokurikulum
sekolah/institusi.

5.6 Peranan Dan Tanggungjawab Jawatankuasa Induk Amalan Profesional
Keguruan Peringkat Negeri
5.6.1 Mengadakan mesyuarat penyelarasan perancangan latihan mengajar.
5.6.2 Memastikan semua jenis sekolah/institusi terlibat dan bekerjasama dalam
pelaksanaan latihan mengajar guru pelatih UTHM.
5.6.3 Memantau pelantikan guru pembimbing.
5.6.4 Memastikan pihak sekolah/institusi memberi kerjasama sepenuhnya
kepada pihak UTHM.
5.6.5 Memastikan wujud kerjasama, pemuafakatan dan hubungan profesional
antara jabatan pelajaran negeri, PPD, UTHM berhubung latihan
mengajar.
5.6.6 Memastikan pengurus sekolah/institusi memperuntukkan masa yang
mencukupi untuk guru pembimbing melaksanakan tugas membimbing.
5.6.7 Memastikan sekolah/institusi dan guru pembimbing yang menjayakan
program latihan mengajar diberi merit yang sewajarnya.
5.6.8 Memastikan kerjasama UTHM untuk mewujudkan pangkalan data guru
pembimbing dan sekolah/institusi yang terlibat dalam pelaksanaan latihan
mengajar.
5.6.9 Memastikan kerjasama UTHM dalam menguruskan kursus bimbingan
kepada guru pembimbing.

6.0 KEHADIRAN LATIHAN MENGAJAR

6.1 Kehadiran guru pelatih dalam latihan mengajar adalah 100%.
6.2 Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% adalah merujuk kepada dasar

dan dengan budi bicara UTHM.

7.0 PENANGGUHAN LATIHAN MENGAJAR

7.1 Penangguhan latihan mengajar tertakluk kepada dasar dan keputusan yang dibuat
oleh pihak UTHM.

8.0 SYARAT TAKSIRAN PRESTASI GURU PELATIH DALAM LATIHAN MENGAJAR

8.1 Taksiran adalah secara holistik berdasarkan elemen utama penilaian bagi
menentukan prestasi guru pelatih.

8.2 Komponen penilaian prestasi guru pelatih dalam Latihan Mengajar dibuat
berasaskan kepada elemen-elemen seperti di dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Elemen Utama Penilaian Latihan Mengajar

BIL. ELEMEN UTAMA PENILAIAN RUJUKAN
a) Pengetahuan tentang kandungan mata pelajaran
Buku Persediaan Mengajar,
1. Portfolio Latihan Mengajar,
b) Perancangan dan pelaksanaan pengajaran Instrumen bimbingan dan
a) Penglibatan dalam kokurikulum penilaian serta respon pihak

2. sekolah/institusi
b) Penglibatan aktiviti lain
a) Pengurusan Rutin

3.
b) Sahsiah dan Personaliti Guru Pelatih

8.3 Pemberatan untuk elemen penilaian Latihan Mengajar adalah seperti dalam
Jadual 2.

Jadual 2 : Wajaran Pemberatan Elemen Penilaian Latihan Mengajar

BIL. ELEMEN PENILAIAN PENILAI MARKAH PERATUS
(%)
a) Pengetahuan tentang Penyelia UTHM
80%
1. kandungan mata pelajaran 80
10%
b) Perancangan dan Pembimbing 20
10%
Pelaksanaan Pengajaran Sekolah/ Institusi

a) Penglibatan dalam Pembimbing 100

2. kokurikulum Sekolah/Institusi

b) Penglibatan Aktiviti lain

a) Pengurusan Rutin Pembimbing 100

3. b) Personaliti Guru Pelatih Sekolah/Institusi

JUMLAH 100%

8.4 Instrumen/criteria bagi elemen penilaian Laatihan Mengajar adalah
tertakluk kepada pihak UTHM

8.5 Syarat penentuan keputusan ‘LULUS’ Latihan Mengajar adalah tertakluk
kepada dasar dan pihak UTHM.

LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar Dan Berjanji
Mendidik Dan Memimpin
Putra Putri Negara Kita

Pada Seri Paduka
Kami Tumpahkan Setia

Rukun Negara Kita
Panduan Hidup Kami Semua

Di bidang Pembangunan
Kami Tetap Bersama
Membantu, Membina
Negara Yang Tercinta

Amanah yang diberi
Kami Tak Persiakan
Apa Yang Kami Janji
Tunai Tetap Kami Tunaikan

LAGU & LIRIK : HASHIM AHMAD

INSTITUSI
LATIHAN

LATAR
BELAKANG
INSTITUSI

PENGENALAN INSTITUT

Merujuk Surat dari Kementerian Sumber Manusia No Rujukan: KSM/PSM/500-
1/3/15(35) bertarikh 15 Jun 2016, nama Institut Latihan Perindustrian Ledang telah dipinda
kepada Institut Latihan Perindustrian Tangkak selaras dengan perubahan nama Daerah Ledang
kepada Daerah Tangkak melalui Warta Kerajaan Johor bertarikh 17 Disember 2015.

Pada tahun 1998, sejarah bermulanya pembinaan ILP Tangkak sebagai Institut latihan
teknikal dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia di atas tanah seluas 50
ekar berhampiran Pekan Sagil. Dibangunkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-7, ILP
Tangkak yang ditubuhkan untuk melatih kemahiran teknikal secara formal bagi lepasan sekolah
dan pekerja industri yang telah memulakan operasi dengan rasminya pada 13 Oktober 2000
dengan pengambilan pelatih yang pertama telah dilaksanakan pada 8 Januari 2001. Kos
perbelanjaan keseluruhan termasuk bangunan dan peralatan ialah RM170 juta.

Majlis perasmian ILP Tangkak telah dilakukan secara serentak melalui persidangan video
(Video Conference oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Dato' Sri Abdullah
Ahmad Badawi di ADTEC Shah Alam dan disempurnakan di ILP Tangkak oleh Menteri Besar
Johor, Dato' Hj Abdul Ghani Othman pada 11 Januari 2003 yang mana pada ketika itu, Institut
Latihan Perindustrian Tangkak dikenali dengan nama Institut Latihan Perindustrian Muar.

Pihak pengurusan pada masa itu diketuai oleh seorang Pengarah iaitu Pn Rosnah binti
Muhammad Tahir. Kakitangan yang terlibat pada masa itu seramai 70 orang iaitu terdiri dari 60
orang pensyarah dan 10 orang kakitangan pentadbiran. Kapasiti pelajar seramai 600 orang pada
satu masa iaitu 400 orang lelaki dan 200 orang perempuan.

Pada tahun 2004, Pengurusan pentadbiran telah diterajui oleh Tuan Hj Zainuddin Bin Hj
Ahmad. Beliau telah menerajui ILP Tangkak sehingga Oktober 2009. Kakitangan telah
bertambah kepada 97 orang. Pada Oktober 2009, En Adnan Bin Ismail pula telah dilantik
menjadi Pengarah ILP Tangkak yang ketiga sehingga 26 Mac 2014.

Bermula 27 Februari 2014 ILP Tangkak dikemudi pula oleh pengarah baru iaitu En
Mohammad Musa Bin Ahmad sehingga kini dengan jumlah kakitangan seramai 99 orang.

Terdapat 7 Kursus yang dijalankan di ILP Tangkak:
1. Teknologi Pembuatan
2. Teknologi Kimpalan Arka dan Gas
3. Teknologi Fabrikasi Logam
4. CADD Mekanikal (Pembuatan)
5. Teknologi Mekatronik
6. Teknologi Polimer (Plastik)
7. Teknologi Komputer (Rangkaian)

MAKLUMAT
INSTITUSI

PENGENALAN

Institut Latihan Perindustrian Tangkak, Johor Darul Takzim adalah salah satu institut yang
dibangunkan oleh Jabatan Tenaga Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia bertujuan
untuk melahirkan tenaga mahir yang berketrampilan bagi memenuhi kekosongan dalam bidang
perindustrian di alaf ini.

VISI

Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing.

MISI
Mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing.

OBJEKTIF
• Melahirkan tenaga kerja mahir dan berkualiti untuk memenuhi sektor perindustrian
negara.
• Meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja industri.
• Memudahkan belia-belia lepasan sekolah mendapatkan pekerjaan melalui latihan
kemahiran perindustrian yang lebih sistematik dan efisyen.

Lokasi ILP Tangkak



KEMUDAHAN DAN PRASARANA
Bahagian Pentadbiran

Blok bangunan pentadbiran yang menempatkan
Bilik Mesyuarat Utama, Bilik Perbincangan,

Bilik Pengarah, Bahagian Pentadbiran dan kewangan dan Cawangan-cawangan.
Kuarters

Terdapat 46 buah rumah disediakan bagi
kemudahan kakitangan dan pengajar yang turut
dilengkapkan dengan kemudahan taman permainan.

Dewan Makan

Kemudahan dewan makan ini boleh menempatkan
seramai 600 orang pelajar dalam satu-satu masa

Blok Asrama Pelajar Lelaki Dan Perempuan

Terdapat dua blok bangunan asrama lelaki yang
boleh menempatkan seramai 480 orang pelajar
Bagi pelajar perempuan, terdapat sebuah blok
asrama yang boleh menempatkan seramai 160

orang pelajar.

Surau

Surau ini boleh memuatkan seramai 1000 jemaah
Kenderaan Jabatan

Institut menyediakan kenderaan seperti
Kereta, Van dan Bas untuk kemudahan

institut.

Carta Organisasi Pengurusan Tertinggi Jawatan
Bil Nama
1. En Mohamad Musa bin Ahmad Pengarah
2. En Azrul Norazmi bin Abdullah
3. Ts Mohd Nazri bin Salim Timbalan Pengarah
4. En Sharul Suhaizad Bin Samaan Pengurusan Operasi

5. Pn Salwani Binti Daud Timbalan Pengarah
6. En Mat Nizam Bin Ngathinee Pengurusan Latihan

7. En Seliman Bin Wagimin Penolong Pengarah
(Pengurusan Pelajar Dan
8. En Abdul Halim Bin Abdullah Latihan)
9. En Khairul Nizam Bin Ab Ghani
10. Pn Wan Noor Azrina Binti Wan Azhari Penolong Pengarah (Kawalan
11. Pn Noor Azlina Binti Musa Kualiti Latihan)
12. Tn Hj Md Yatim Bin Hussein
13. Pn Noor Azlina Binti Musa Penolong Pengarah
(Pembangunan Dan
Pengurusan Aset)

Penolong Pengarah (Khidmat
Sokongan Kerjaya &
Komuniti (Cess))

Penolong Pengarah (Pusat
Sumber &Multimedia)

Ketua Jabatan Mekanikal
Pembuatan

Ketua Jabatan Kimpalan &
Pengeluaran

Ketua Jabatan Komputer &
Elektronik

Ketua Jabatan Pengajian
Umum

Ketua Bahagian (Teknologi
Komputer & Rangkaian)

14. En Ahmad Mohsin Bin Mohd Yusof Ketua Bahagian (Teknologi
15. En Mohd Faizal Bin Rusli Mekatronik)
16. Ts. Saifuldin Bin Sabdin
17. En Norlizanto Bin Kamiran Ketua Bahagian (Teknologi
18. Tuan Zainudin Bin Tuan Yahya Kimpalan Arka & Gas)
19. En Muhammad Zulfahmi Bin Aripin
20. En Syahrul Rizal Bin Shamsudin Ketua Bahagian (Teknologi
Fabrikasi Logam)

Ketua Bahagian (Teknologi
Polimer Plastik)

Ketua Bahagian (Teknologi
Pembuatan)

Ketua Bahagian (CADD
Mekanikal)

Ketua Bahagian (Khidmat
Pengurusan)

Carta Organisasi Teknologi Pembuatan



TAKWIM
INSTITUSI

PELAJAR SEDIA PELAJAR
ADA BAHARU
SESI 2/2021

TARIK MINGGU JMTI ADTEC TARIK
H 27.12.2020 02.

SKM / PELAJAR SKM / KURSUS JMTI ADTEC
MENYAMBUNG PELAJAR ELEKTRIK
SPM SPM MENYAMBUN (SESI 2/2021)
SEMESTER
G

SEMESTER

27.12.2020 02.01.2021

03.01.2021 09.01.2021 M1 M5 M1 M5 M1 03.01.2021 09.

10.01.2021 16.01.2021 M2 M6 M2 M6 M2 10.01.2021 16.
17.01.2021 23.01.2021 M3 M7 M3 17.01.2021 23.
24.01.2021 30.01.2021 M4 M8 M4 M7 M3 24.01.2021 30.
31.01.2021 06.02.2021 M5 M9 M5 31.01.2021 06.
07.02.2021 13.02.2021 M6 M10 M6 M8 M4 07.02.2021 13.
14.02.2021 20.02.2021 M7 M11 M7 14.02.2021 20.
21.02.2021 27.02.2021 M8 M12 M8 M9 M5 21.02.2021 27.
28.02.2021 06.03.2021 M9 M13 M9 28.02.2021 06.
07.03.2021 13.03.2021 M10 M14 M10 M10 M6 07.03.2021 13.
14.03.2021 20.03.2021 M11 MSP M11 14.03.2021 20.
21.03.2021 27.03.2021 M12 MSP M12 M11 M7 21.03.2021 27.
28.03.2021 03.04.2021 M13 MU M13 28.03.2021 03.
04.04.2021 10.04.2021 M14 MU M14 M12 M8 04.04.2021 10.
11.04.2021 17.04.2021 M15 MPA MSP 11.04.2021 17.
18.04.2021 24.04.2021 M16 MPT MSP M13 M9 18.04.2021 24.
25.04.2021 01.05.2021 M17 MU 25.04.2021 01.
02.05.2021 08.05.2021 M18 MU M14 M10 02.05.2021 08.
09.05.2021 15.05.2021 M19 09.05.2021 15.
M15 M11
16.05.2021 22.
M16 M12 23.05.2021 29.
30.05.2021 05.
MU M13
06.06.2021 12.
MU M14 13.06.2021 19.
20.06.2021 26.
MPA M15 27.06.2021 03.
04.07.2021 10.
MPT M16 11.07.2021 17.
18.07.2021 24.
CUTI M17
SEMESTER M18 25.07.2021 31.

CUTI PERAYAAN

16.05.2021 22.05.2021 M20 MPA / E- MJPK PKP
23.05.2021 29.05.2021 M21 MPT PKP

30.05.2021 05.06.2021 M22 CUTI CUTI
SEMESTER PERAYAAN
06.06.2021 12.06.2021 M23 CUTI
13.06.2021 19.06.2021 M24 CUTI SEMESTER SEMESTER PKP
PKP
20.06.2021 26.06.2021 M25
27.06.2021 03.07.2021 M26 MPT
04.07.2021 10.07.2021 M27 (ONLINE) MPA
(K.KURSUS)
11.07.2021 17.07.2021 M28
18.07.2021 24.07.2021 M29 CUTI SEMESTER

25.07.2021 31.07.2021 M30 PELAJAR
BAHARU
(JTM
ONLINE)

PENDAFTARAN

PELAJAR SEDIA
ADA

01.08.2021 07.08.2021 M31 PELAJAR BAHARU 01.08.2021 07.
(UPU ONLINE)

08.08.2021 14.08.2021 M32 M1 M1 M1 PKP 08.08.2021 14.
M2 M2 M2 PKP 15.08.2021 21.
15.08.2021 21.08.2021 M33 M3 M3 M3 PKP 22.08.2021 28.
22.08.2021 28.08.2021 M34
M4 M4 M4 PKP 29.08.2021 04.
29.08.2021 04.09.2021 M35
M5 M5 M5 PKP 05.09.2021 11.
05.09.2021 11.09.2021 M36 M6 M6 M6 PKP 12.09.2021 18.
12.09.2021 18.09.2021 M37 M7 M7 M7 M1 M1 19.09.2021 25.
19.09.2021 25.09.2021 M38

ILP LATIHAN
INDUSTRI
(BLN) CATATA
N
3 6 18
KH MINGG SEDIA ADA PELAJAR
U BAHARU
SESI 2/2021
.01.2021
SKM / PELAJAR KURSUS

SPM MENYAMBUNG ELEKTRIK SPM SKM

SEMESTER (SESI 2/2021)

.01.2021 M1 M5 M1 1. PENDAFTARAN ASRAMA DI SELURUH ILJTM P ADA 3
JANUARI
2021, AHAD

2. SESI PEMBELAJARAN 2/2020 SECARA BERSEMUKA
DI
INSTITUT BERMULA PADA 4 JANUARI 2021, ISNIN
3. PELAJAR BAHARU LEPAS AN SPM (PBO - DIKIRA 4
MINGGU

PEMBELAJARAN)

.01.2021 M2 M6 M2 LATIHAN INDUSTRI UNTUK PELAJAR ST
.01.2021 M3 M7 M3
.01.2021 M4 M8 M4 LATIHAN INDUSTRI UNTUK PELAJAR DIPLOMA DAN
.02.2021 M5 M9 M5 ST
.02.2021 M6 M10 M6
.02.2021 M7 M11 M7
.02.2021 M8 M12 M8
.03.2021 M9 M13 M9
.03.2021 M10 M14 M10
.03.2021 M11 M15 M11
.03.2021 M12 M16 M12
.04.2021 M13 M17 M13
.04.2021 M14 M18 M14
.04.2021 M15 M19 M15
.04.2021 M16 M20 M16
.05.2021 M17 MPA M17
.05.2021 M18 MPT M18
.05.2021 M19 CUTI
PERAYAAN HARI RAYA AIDIL FITRI - 13 & 14 MEI 2021
.05.2021 M20 PKP
.05.2021 M21 PKP PESTA KEAM ATAN SABAH -30 & 31 MEI 2021
HARI GAWAI SARAWAK - 1 & 2 JUN 2021
.06.2021 M22 CUTI
PERAYAAN
.06.2021 M23 CUTI
.06.2021 M24 SEMESTER PKP

.06.2021 M25 M19
.07.2021 M26
.07.2021 M27 M20

MPT (ONLINE)
MPA

(K.KURSUS)

.07.2021 M28 CUTI HARI RAYA HAJI - 20 &21 JULAI 2021
.07.2021 M29 SEMESTER
SESI PENDAFTARAN 2/2021 BAGI PELAJAR SEDIA ADA
.07.2021 M30 PELAJAR DAN
BAHARU PELAJAR BAHARU (JTM ONLINE) DI SELURUH ILJTM
PENDAFTARA (JTM - 26 & 27 JULAI 2021, ISNIN & SELASA (SIJIL)
ONLINE)
N - 26 - 31 JULAI 2021 (DIPLOMA)
PELAJAR SEDIA ADA PELAJAR BAHARU
(UPU ONLINE) SESI PENDAFTARAN 2/2021 BAGI PELAJAR BAHARU
.08.2021 M31 (UPU
M1 PKP ONLINE) DI SELURUH ILJTM
.08.2021 M32 M1 M1 M1 - 2 & 3 OGOS 2021, ISNIN & SELASA (SIJIL)
M2 PKP - 2 - 6 OGOS 2021 (DIPLOMA)
.08.2021 M33 M2 M2 M2 M3 PKP
PEMBELAJARAN SECARA ONLINE DI SELURUH
.08.2021 M34 M3 M3 M3 M4 PKP ILJTM BAGI
PELAJAR SEDIA ADA - SIJIL & DIPLOMA:
.09.2021 M35 M4 M4 M4 - 8 / 9 OGOS 2021 MENGIKUT NEGERI HARI BEKERJA
- 11 OGOS 2021 (PELAJAR BAHARU)

SESI LI BERMULA :
- 1 SEPTEMBER - 30 NOVEMBER 2021 (DIPLOMA JPK)
- 1 SEPTEMBER 2021 - 28 FEBRUARI 2022 (DIPLOMA

MQA)
- 1 SEPTEMBER 2021 - 28 FEBRUARI 2022 (ST)

.09.2021 M36 M5 M5 M5 M5 PKP

.09.2021 M37 M6 M6 M6 M6 PKP

L PEMBELAJARAN SECARA ONLINE DI SELURUH
A ILJTM BAGI PELAJAR DIPLOMA BAHARU
T - 20 SEPTEMBER 2021 - 1 NOVEMBER 2021

.09.2021 M38 M7 M7 M7 M7 M1

26.09.2021 02.10.2021 M39 M8 M8 M8 M2 M2 26.09.2021 02.

03.10.2021 09.10.2021 M40 M9 M9 M9 M3 M3 03.10.2021 09.
10.10.2021 16.10.2021 M41 M10
17.10.2021 23.10.2021 M42 M11 M10 M10 M4 M4 10.10.2021 16.
24.10.2021 30.10.2021 M43 M12
M11 M11 M5 M5 17.10.2021 23.
M13
M12 M12 M6 M6 24.10.2021 30.
M14
31.10.2021 06.11.2021 M44 M15 M13 M13 M7 M7 31.10.2021 06.
M16
07.11.2021 13.11.2021 M45 M17 M14 M14 M8 M8 07.11.2021 13.
14.11.2021 20.11.2021 M46 M18 M15
21.11.2021 27.11.2021 M47 M19 M16 M15 M9 M9 14.11.2021 20.
28.11.2021 04.12.2021 M48 M17
05.12.2021 11.12.2021 M49 MSP M18 M16 M10 M10 21.11.2021 27.
12.12.2021 18.12.2021 M50 M19
19.12.2021 25.12.2021 M51 MU M20 M17 M11 M11 28.11.2021 04.
MU / E-MJPK
M21 M18 M12 M12 05.12.2021 11.
MPA
MPT MU M19 M13 M13 12.12.2021 18.
MU / E-MJPK
CUTI SEMESTER M20 M14 M14 19.12.2021 25.
MPA
26.12.2021 01.01.2022 M52 MPT M21 M15 26.12.2021 31.

02.01.2022 08.01.2022 M1 CUTI SEMESTER M22 MSP M16 02.01.2022 08.
M23 M17 09.01.2022 15.
09.01.2022 15.01.2022 M2 M24 MU MPA
MPST MPA MPT 16.01.2022 22.
16.01.2022 22.01.2022 M3 MPT 23.01.2022 29.
23.01.2022 29.01.2022 M4 30.01.2022 05.
30.01.2022 05.02.2022 M5 CUTI CUTI CUTI 06.02.2022 12.
06.02.2022 12.02.2022 M6 SEMESTER SEMESTER SEMESTER 13.02.2022 19.
13.02.2022 19.02.2022 M7 20.02.2022 26.
20.02.2022 26.02.2022 M8

# Latihan Bersemuka tertakluk kepada tarikh kebenaran beroperasi ILKA oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
* Nota: 1. Cuti gantian perlu dibuat permohonan untuk kelulusan Ibu Pejabat bagi mematuhi prosedur ISO.

a) Minggu Latihan Sesi 2/2021 di ILP cukup 20 minggu pembelajaran dan 2 minggu untuk Minggu Peperiksaan
b) Minggu Latihan Sesi 2/2021 di ADTEC & JMTI cukup 20 minggu termasuk minggu semakan portfolio, ulangkaji & peperiksaan akhir
c) Minggu Latihan Program ST tertakluk kepada Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)
d) Program ST - Pelajar Semester Akhir perlu menjalani latihan 6 bulan (24 minggu) di institut sebelum menduduki peperiksaan kekompetenan ST

2. Tempoh Latihan Industri sesi 2/2020 bermula dari 1 Disember 2020 bagi :
a) LI Peringkat diploma DTK, DT, DKM & DLKM tertakluk kepada syarat persijilan Tempoh Latihan Industri sesi 2/2021 bermula dari 1 September 2021 bagi :
a) LI Peringkat diploma DTK, DT, DKM & DLKM tertakluk kepada syarat persijilan (ST, JPK dan MQA)
b) LI Peringkat Sijil DIKECUALIKAN bagi Sesi 2/2021 Tempoh Latihan Industri sesi 1/2022 bermula dari 1 Januari 2022
a) LI Peringkat Sijil
b) LI Peringkat diploma DTK, DT, DKM & DLKM tertakluk kepada syarat persijilan (ST, JPK dan MQA)

3. Minggu MSR sesi 2/2021 dijalankan mengikut kesesuaian institut.
4. Kelas gantian M18 - boleh dilaksanakan hari bekerja selepas pukul 5pm atau hujung minggu (Hari Sabtu) bagi Program Diploma Intake Sesi 2/2021

Panduan:
Pendaftaran Pelajar Baharu
Pendaftaran Pelajar Lama
Sesi Latihan di institut
Minggu Peperiksaan
Cuti Semester
Minggu Peperiksaan ST bagi Pelajar Tahun Akhir (Kursus Elektrik sahaja)
Minggu Semakan Portfolio JMTI
Latihan Industri
Minggu Ulangkaji

.10.2021 M39 M8 M8 M8 M8 M2 PEMBELAJARAN SECARA BERSEMUKA DI SELURUH
ILJTM BAGI
.10.2021 M40 M9 M9 M9 M9 M3 PELAJAR SEMESTER AKHIR & SEMUA PELAJAR
.10.2021 M41 M10 M10 M10 M10 M4 PROGRAM ST -
.10.2021 M42 M11 M11 M11 M11 M5 SIJIL DAN DIPLOMA #
.10.2021 M43 M12 M12 M12 M12 M6 - 03 OKTOBER 2021 - 24 DISEMBER 2021
- 03 OKTOBER 2021 - 29 JANUARI 2022 (Program ST)
.11.2021 M44 M13 M13 M13 M13 M7
PEMBELAJARAN SECARA BERSEMUKA DI SELURUH
.11.2021 M45 M14 M14 M14 M14 M8 ILJTM BAGI
.11.2021 M46 M15 M15 M15 M15 M9 PELAJAR (BUKAN SEMESTER AKHIR) - SIJIL DAN
.11.2021 M47 M16 M16 M16 M16 M10 DIPLOMA #
.12.2021 M48 M17 M17 M17 M17 M11 - 1 NOVEMBER 2021 - 29 JANUARI 2022
.12.2021 M49 M18 M18 M18 M18 M12 DEEPAVALI - 4 NOVEMBER 2021
.12.2021 M50 M19 M19 M19 M19 M13
.12.2021 M51 M20 M20 M20 M20 M14 KRISMAS - 25 DISEMBER 2021
SESI LI 1/2022 BERMULA :
.12.2021 M52 M21 M21 M21 M21 M15 - 1 JANUARI - 31 MAC 2022 (SIJIL)
- 1 JANUARI - 31 JUN 2022 (DIPLOMA)
.01.2022 M1 M22 M22 M22 M22 M16 LATIHAN INDUSTRI UNTUK PELAJAR SIJIL TAHUN BARU - 01 JANUARI 2022
M23 M23 M23 M23 M17
.01.2022 M2 Program Diploma Intake Sesi 2/2021 :
MPA / E- MJPK M24 MPA MPA M18 - perlu buat kelas gantian (max 40 jam)
MPT MPST MPT MPT
.01.2022 M3
.01.2022 M4 CUTI SEMESTER CUTI CUTI CUTI
.02.2022 M5 SEMESTER SEMESTER SEMESTER
.02.2022 M6
.02.2022 M7
.02.2022 M8

DIKEMAS KINI : 26 OGOS 2021

DOKUMEN
STANDARD
PENGAJARAN

JADUAL
WAKTU




Click to View FlipBook Version