The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafliena2111, 2022-01-06 07:27:05

e-Portfolio Latihan Mengajar (Hafliena)

e-Portfolio LM (Hafliena)

SILIBUS
KURSUS

12/16/21, Sukatan Pelajaran

Sukatan Pelajaran Dalam Tempoh Latihan

NAMA : NUR HAFLIENA ADZWEEN BINTI NO TEL : 0197860921
AZMAN

SUBJEK : TURNING MULAI 3/10/2021 HINGGA : 6/1/2022
OPERATION :

BIL TAJUK KANDUNGAN HURAIAN OPERASI

2.6 Kenalpasti jenis

mata alat Pembelajaran pada hari ini adalah

2.7 Tentukan saiz mata dengan menunjukkan kepada pelajar
alat cara untuk mengasah mata alat larik Kemaskini

1 SEDIAKAN MATA 2.8 Kenalpasti jenis dengan kaedah yang betul. Seterusnya, Rancangan

ALAT bahan mata alat para pelajar dapat menerangkan Pengajaran

2.9 Kenalpasti jenis tentang cara untuk mengasah mata alat Mingguan

pemegang mata alat larik dengan menggunakan kaedah dan
2.10 Kenalpasti jenis proses yang betul.

bahan benda kerja

3.4 Kenalpasti jenis

bahan benda kerja

PILIH BAHAN 3.5 Kenalpasti kuantiti Pembelajaran pada hari ini adalah Kemaskini
bahan benda kerja mengenai mengenalpasti jenis bahan Rancangan
Pengajaran
2 MENTAH UNTUK 3.6 Tentukan yang akan digunakan untuk benda Mingguan
DIPOTONG spesifikasi bahan kerja. Benda kerja akan dipotong
mengikut ukuran yang ditetapkan.

3.7 Memotong bahan

benda kerja untuk

digunakan

4.3 Tentukan jenis
mesin larik

PILIH MESIN 4.4 Kenalpasti jenis Pembelajaran pada hari ini ialah Kemaskini
pelajar akan kenalpasti jenis mesin Rancangan
3 LARIK DAN ALAT alat tambahan larik yang ada di industri, kenalpasti Pengajaran
jenis alat tambahan, dan belajar cara Mingguan
TAMBAHAN untuk mengendalikan mesin larik.

4.5 Uji pengendalian

mesin larik dan alat

tambahan

5.5 Kenalpasti jenis

alatan tangan Pembelajaran pada hari ini ini adalah
tentang penggunaan sebuah mesin

5.6 Kenalpasti alat larik yang boleh dipelbagaikan jika Kemaskini
pengapit kerja dibekalkan dengan beberapa jenis

4 PERSEDIAAN aksesori. Aksesori ini boleh dipasang Rancangan
BENDA KERJA
5.7 Jalankan penjajaran kepada beberapa bahagian utama Pengajaran

benda kerja mesin larik seperti headstock, Mingguan

tailstock, landasan dan kereta angkut

5.8 Pastikan benda (carriage dibekalkan dengan beberapa
kerja sedia untuk jenis aksesori).

dimesin

eplm.uthm.edu.my/eplm/silibus.php?a 1

12/16/21, Sukatan Pelajaran

NAMA : NUR HAFLIENA ADZWEEN BINTI NO TEL : 0197860921
AZMAN
Kemaskini
6.7 Tetapkan datum Rancangan
Pengajaran
benda kerja Mingguan

Pembelajaran pada hari ini adalah

6.8 Gunakan instrumen berkenaan dengan penetapan datum

pemeriksaan seperti: pada benda kerja dengan

6.8.1 Dial indicator menggunakan tetengah yang

6.8.2 Tool setter diletakkan pada alatan belakang.

5 PERSEDIAAN Dengan ini, proses melarik dapat
MATA ALAT
6.9 Kenalpasti jenis dilaksanakan dengan sempurna tanpa

pra alat pemotong mengalami kerosakan pada benda

kerja. Seterusnya, setiap pemegang

6.10 Kenalpasti jenis mata alat mempunyai fungsi yang

pemegang alatan berbeza bergantung kepada operasi

yang ingin dilakukan.

6.11 Betulkan mata
alat dengan selamat

7.6 Identify material
stock allowance

7.7 Laraskan parameter

mesin Pembelajaran pada hari ini berkenaan
dengan usaha untuk mendapatkan
7.7.1 Kedalaman proses yang cepat dan permukaan
benda kerja yang cantik di mesin
pemotongan pelarik, ianya adalah penting untuk
menyesuaikan kelajuan spindle,
7.7.2 Kelajuan kedalaman pemotongan dan kelajuan
hantaran. Perlu diberi perhatian
hantaran bahawa elemen-elemen penting tidak
boleh di buat keputusan dengan
7.7.3 Kelajuan mudah, kerana nilai-nilai ini adalah

pemotongan

7.7.4 RPM Kemaskini
Rancangan
MELAKSANAKAN Pengajaran
Mingguan
6 OPERASI MESIN 7.8 Letak cecair

LARIK penyejuk (coolant)

7.9 Jalankan proses berbeza dengan bahan-bahan, saiz dan
mesin larik: bentuk bahagian.
7.9.1 Straight Pelajar juga akan belajar cara untuk
7.9.2 Step melakukan operasi mengulir,
7.9.3 Taper menggerudi, membunga, melarik
7.9.4 Grooving penampang, melarik lurus, menggerek,
7.9.5 Threading melulas, bersudut.

7.9.6 Knurling

7.9.7 Drilling

7.9.8 Boring

7.9.9 Reaming

8.5 Periksa dimensi

produk Bagi produk yang telah siap, pengajar

PERIKSA 8.6 Periksan kesudahan akan memeriksa dimensi produk, Kemaskini
PRODUK YANG permukaan produk kesudahan permukaan produk, Rancangan
TELAH SIAP penampilan produk dengan
7
menggunakan alat pengukuran. Ini Pengajaran
8.7 Periksa penampilan untuk memastikan produk yang pelajar Mingguan
produk hasilkan memenuhi kriteria yang telah

8.8 Guna alat ditetapkan.

pengukuran

eplm.uthm.edu.my/eplm/silibus.php?a 2

,

Sukatan Pelajaran Dalam Tempoh Latihan

NAMA : NUR HAFLIENA ADZWEEN BINTI NO TEL : 0197860921
SUBJEK : AZMAN
BIL TAJUK
CNC MULAI 3/10/2021 HINGGA : 6/1/2022
SEDIAKAN JENIS TURNING :
1 BAHAN MATA
KANDUNGAN HURAIAN OPERASI
ALAT
3.5 Kenalpasti mata Pembelajaran pada hari ini adalah tentang
alat mata alat pemotong yang merupakan

3.6 Kenalpasti saiz elemen penting pada sesebuah mesin
mata alat
larik CNC. Pelajar harus menitikberatkan Kemaskini

pemilihan mata alat yang betul bagi Rancangan

3.7 Kenalpasti jenis menjamin mutu benda kerja sentiasa Pengajaran
bahan mata alat berada dalam keadaan yang terbaik. Mingguan
Pelajar perlu mengenalpasti jenis mata

3.8 Kenalpasti jenis alat yang betul mengikut operasi
pemegang mata alat pemesinan yang hendak dilakukan.

4.5 Kenalpasti jenis

mesin larik CNC

4.6 Kenalpasti Pembelajaran pada hari ini pelajar akan
spesifikasi mesin
PILIH belajar cara untuk menghidupkan mesin Kemaskini
4.7 Tentukan jenis larik CNC, tentang jenis mesin CNC, Rancangan
2 KEPERLUAN pengawal mesin bahagian-bahagian utama mesin larik Pengajaran
MESIN LARIK CNC, fungsi setiap butang yang ada pada Mingguan
4.8 Kenalpasti papan panel kawalan mesin CNC dan
CNC aksesori mesin

aksesori pada mesin CNC.

3 SEDIAKAN 4.9 Pastikan mesin Pelajar akan mengenalpasti beberapa Kemaskini
BENDA KERJA larik CNC dan peralatan tangan yang akan digunakan Rancangan
aksesori untuk melakukan proses pemasangan Pengajaran
5.5 Kenalpasti benda kerja pada mesin. Bagi penjajaran Mingguan
alatan tangan tetengah benda kerja pula, pelajar perlu
pastikan pemasangan bindu 3 rahang
5.6 Kenalpasti alat perlulah betul, kedudukan gigi perlu
pengapit kerja berada sekata ketika memegang benda
kerja. Pelajar juga boleh menggunakan
5.7 Laksanakan dial test indicator untuk mendapatkan
penjajaran benda lebih kepastian.
kerja
5.7.1 Concentricity
5.7.2 Straightness

5.8 Pastikan benda
kerja sedia untuk
dimesin

eplm.uthm.edu.my/eplm/silibus.php?a 1

,

NAMA : NUR HAFLIENA ADZWEEN BINTI NO TEL : 0197860921
AZMAN

6.6 Setkan titik

rujukan (datum)
benda kerja

SEDIAKAN MATA 6.7 Menggunakan Pada topik ini akan menerangkan langkah Kemaskini
instrumen seperti: untuk menetapkan datum benda kerja. Rancangan
6.7.1 Dial indicator Langkah ini merupakan elemen yang
6.7.2 Tool pre-setter sangat penting bagi menghasilkan benda
kerja yang bermutu dan bagi
4
ALAT mengelakkan ralat daripada berlaku. Pengajaran
6.8 Kenalpasti jenis Pelajar perlu ambil tahu bahawa terdapat Mingguan
mata alat dua jenis sistem koordinat dalam mesin

6.9 Kenalpasti jenis larik CNC iaitu titik rujukan paksi mesin
pemegang alatan dan titik rujukan benda kerja.

6.10 Betulkan mata
alat dengan selamat

7.7 Kenalpasti
allowance stok
bahan

7.8 Bangunkan
program larik CNC

7.9 Periksa program
CNC
7.9.1 Simulation
7.9.2 Dry run

7.10 Laraskan Pada pembelajaran untuk topik ini,
pelajar akan membangunkan program di
parameter mesin mesin cnc larik dan melakukan simulasi
kepada program yang telah dibangunkan.
7.10.1 Kedalaman Simulasi bertujuan untuk memastikan
bahawa program yang pelajar masukkan
pemotongan tiada kesilapan supaya tidak berlaku
perlanggaran ketika mesin dijalankan.
5 MELAKSANAKAN 7.10.2 Kadar suapan Pelajar juga akan membuat beberapa Kemaskini
OPERASI MESIN 7.10.3 Kelajuan proses pemesinan larik cnc berdasarkan Rancangan
LARIK CNC spindle Pengajaran
Mingguan

7.11 Letak cecair
penyejuk (coolant)

7.12 Jalankan proses lukisan berdimensi.

pemesinan larik

CNC

7.12.1 Straight

7.12.2 Step

7.12.3 Taper

7.12.4 Grooving

7.12.5 Threading

7.12.6 Profiling

7.12.7 Knurling

7.12.8 Drilling

7.12.9 Boring

7.12.10 Reaming

eplm.uthm.edu.my/eplm/silibus.php?a 2

,

NAMA : NUR HAFLIENA ADZWEEN BINTI NO TEL : 0197860921
AZMAN

8.5 Periksa dimensi
produk

8.6 Periksa Bagi produk yang telah siap, pengajar
kesudahan
6 PERIKSA permukaan produk akan memeriksa dimensi produk, Kemaskini
PRODUK YANG kesudahan permukaan produk, Rancangan
TELAH SIAP 8.7 Periksa penampilan produk dengan menggunakan Pengajaran
penampilan produk alat pengukuran. Ini untuk memastikan Mingguan
produk yang pelajar hasilkan memenuhi

kriteria yang telah ditetapkan.

8.8 Guna alat
pengukuran

,

BAHAN
KURSUS

,

KERTAS
PENERANGAN

MODUL 4

A21-31-04 TURNING OPERATION

5

,

GROUP CLUSTERING MODULE 4

A21-31-04-LA1 INTERPRET DETAIL DRAWING
C02.01 Interpret Part Drawing

A21-31-04-LA2 PREPARE CUTTING TOOLS
C02.02 Prepare Cutting Tools

A21-31-04-LA3 SELECT RAW MATERIAL TO BE MACHINED
C02.03 Select Raw Material To Be Machined

A21-31-04-LA4 SELECT LATHE MACHINE AND ACCESSORIES
C02.04 Select Lathe Machine And Accessories

A21-31-04-LA5 SETUP WORKPIECE
C02.05 Set Up Workpiece

A21-31-04-LA6 SETUP CUTTING TOOLS
C02.06 Set Up Cutting Tools

A21-31-04-LA7 EXECUTE LATHE MACHINE OPERATION
C02.07 Execute Lathe Machined Operation

A21-31-04-LA8 INSPECT FINISHED PRODUCT
C02.08 Inspect Finished Product

A21-31-04-LA9 SUBMIT FINISHED PRODUCT WITH RECORDING DATA TO
SUPERIOR
C02.09 Submit Finished Product With Recording Data to superior

6



,

INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

COURSE CODE A21 SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN (PERKAKASAN MOULD)
AND NAME

MODULE CODE A21-31-04 TURNING OPERATION
AND NAME

LEARNING LA1 INTERPRET DETAIL DRAWING
ACTIVITY (LA) LA2 PREPARE CUTTING TOOL
LA3 SELECT RAW MATERIAL TO BE MACHINED
CU.WA NO./ LA4 SELECT LATHE MACHINE AND ACCESSORIES
LEVEL LA5 SETUP WORKPIECE
LA6 SETUP CUTTING TOOLS
LA7 EXECUTE LATHE MACHINE OPERATION
LA8 INSPECT FINISHED PRODUCT
LA9 SUBMIT FINISHED PRODUCT WITH RECORDING DATA TO

SUPERIOR

C02.01/L2 C02.06/L2
C02.02/L2 C02.07/L2
C02.03/L2 C02.08/L2
C02.04/L2 C02.09/L2
C02.05/L2

TERMINAL PERFORM TURNING OPERATIONS USING LATHE MACHINE,
PERFORMANCE MACHINE CHUCK, MEASURING EQUIPMENTS, PARTS DRAWING,
OBJECTIVE TURNING TOOLS, MACHINE MANUAL, TOOL HOLDER, CUTTING
TOOL, WORKPIECE HOLDING DEVICES AND WORKPIECE
SUPPORTING DEVICES SO THAT PART DRAWING INTERPRETED,
LATHE MACHINE SET UP, CUTTING TOOL SET UP, WORKPIECE
SET UP, TURNING OPERATION EXECUTED AND FINISHED
COMPONENT SPECIFICATIONS CONFIRMED IN ACCORDANCE
WITH DRAWING

A21-31-04-LA1-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 8

,

INTERPRET DETAIL DRAWING

BENTUK DAN DIMENSI
Sebelum pelajar melakukan kerja-kerja di mesin larik, mereka mestilah boleh

membaca lukisankejuruteraan terutamanya lukisan yang melibatkan pemesinan
menggunakan mesin larik. Melalui lukisan tersebut pelajar dapat mengetahui mana
bahagian yang memerlukan kejituan yang tinggi dan mana bahagian tidak. Pelajar juga
mesti mengetahui simbol-simbol, had terima, tahap penyudahan permukaan dan
sebagainya yang berkaitan dengan pemesinan di mesin larik.

Rajah di bawah dapat menerangkan simbol-simbol dan sebagainya yang berkaitan
dengan lukisan komponen bagi kerja-kerja di mesin larik.

Jadual 4. 1: simbol-simbol

Surface Roughness Ra 2 • ¨ Ra0.8

Work Piece Material Free Cutting Steel(SUM22-B)
Driving Device NC Lathe

Tool CSA800
Processing Parameters
Rotation Speed@600-800min-1
Feed 02.-0.6mm/rev

Unit Milimeter (mm)

7 4
5 1

3

2
6

C1

A21-31-04-LA1-IS Rajah 4. 1: Simbol-simbol dalam lukisan MUKASURAT 9

WIM/L12/12011/S04/P1(?2021)

, 9

8

Rajah 4. 2 : Simbol-simbol dalam lukisan

PENERANGAN MENGENAI SYMBOL YANG TERDAPAT DALAM LUKISAN DI ATAS

1. Bermaksud diameter bahagian tersebut mestilah disudahkan kepada
7.00mm. H7 bermaksud bahagian ini akan dipadankan ke dalam lubang
dimana ‘fit’ bagi 2 bahagian berkenaan dinamakan ‘sliding fit’. H dengan huruf
besar bermaksud diameter lubang perlu dibesarkan agar dua bahagian yang
akan dicantumkan mendapat ‘fit’ yang dikehendaki. Nilai ini bergantung
kepada diameter yang dikehendaki. Semakin besar diameter maka semakin
besar juga nilai basian. Huruf h dengan huruf kecil pula membawa maksud
diameter aci (shaft) perlu dikecilkan untuk mendapatkan jenis ‘fit’ yang
dikehendaki.

2. Bermaksud bahagian berkenaan perlu dibuat ‘chamfer’. C1 bermaksud nilai
‘chamfer’ yang dibuat ialah 1 mm.

3. Bermaksud nilai Ra (Arithmatic Average Roughness) yang dikehendaki.

4. Bermaksud kaedah pemesinan yang diperlukan bagi tahap penyudah
permukaan bahagian ini. Dalam kes ini, kaedah pemesinan yang diperlukan
ialah dengan menggosok (polish). Adakalanya juga kaedah pemesinan ini
ditulis hanya dengan simbol contohnya seperti M, L, ST, BL, G atau P.

5. Garisan putus-putus ini bertujuan untuk memendekkan panjang sebenar
benda kerja di dalam lukisan. Jika ianya dilukis pada skala penuh, dikhuatiri ia
akan memerlukan kertas lukisan yang lebih besar.

6. Bermaksud lebar lurah adalah 8 mm. Dalam kes ini nilai kedalaman lurah tidak
diberi. Oleh itu nilai kedalamannya dianggap tidak penting.

7. Bermaksud arah pergerakan suapan.

A21-31-04-LA1-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 10

,

8. Bermaksud ‘accross flat’ = 28 mm. (Bagi material segi enam atau segi lapan,
ukuran lebar diambil pada jarak ‘across flat’.)

9. M bermaksud bebenang metrik, 20 bermaksud diameter luar ialah 20 mm, 2.5
bermaksud pitch ialah 2.5 mm.

MICROFINISH COMPARATOR
Skala Kekasaran Permukaan MICROFINISH COMPARATOR adalah

diperbuat daripada dua proses pembentukan elektrik di mana nikel adalah
pengenapan untuk menyediakan pengeluaran yang tepat dan terperinci.

Penerangan simbol yang terdapat pada microfinish comparator yang
menerangkan proses pemesinan:
a. L (Lapped) – Disudahkan dengan cara menggosok
b. G (Ground) – Disudahkan dengan cara mancanai di bahagian
c. permukaan roda canai.
d. BL (Blanchard) – Disudahkan dengan cara mancanai di bahagian
e. permukaan tepi roda canai.
f. ST (Shape/Turn) – Disudahkan dengan menggunakan mesin pembentuk
g. (shaping) atau larik (turn)
h. M (Milled) – Disudahkan dengan menggunakan bahagian sisi mata
i. pemotong mesin kisar (milling machine)
j. P (Prifiled) – Disudahkan dengan menggunakan bahagian hujung
k. mata pemotong mesin kisar (milling machine)

A21-31-04-LA1-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 11

,

Rajah 4. 3 : Microfinish comparator
Sumber : http://garelectroforming.com
Skala Kekasaran Permukaan MICROFINISH COMPARATOR ditempatkan
bersama bahan kerja. Alihkan skala supaya petak dan permukaan kasar yang
dimahukan bersebelahan dengan bahan yang diuji. Bandingkan dengan lukisan,
hujung jari yang merentasi setiap permukaan pada sudut tepat kepada alat tanda.

A21-31-04-LA1-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 12

,

SOALAN
1. Nyatakan maksud M16 x 2.0
2. Apakah maksud Ra?
3. Terangkan simbol ST (Shape/Turn) yang terdapat pada Microfinish comparator.
4. Nyatakan maksud G (Ground) dan L (Lapped) pada Microfinish computer
5. Terangkan maksud simbol dibawah

RUJUKAN
1. Technology of Machine Tools 3ED By Krar, Stephen F loc.066
2. Technology of Machine Tools 7e By Arthur R. Gill, Peter Smid, Steve F. Krar 2010
3. Machinists Library : Basic Machine Shop Vol. 1 by Rex Miller (1983, Hardcover)
4. The Engine Lathe: For the Beginner by J. Randolph Bulgin / machine shop 2014

A21-31-04-LA1-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 13

,

PREPARE CUTTING TOOLS

JENIS-JENIS MATA ALAT PEMOTONG
Berikut adalah contoh-contoh mata alat pemotong yang biasa digunakan dalam

kerja-kerja di mesin larik
a. Mata alat gerek (Boring tool)
b. Mata alat memenggal (parting tool)
c. Mata alat membenang (threading tool)
d. Mata alat melarik bentuk (profile turning tool)
e. Mata alat membunga (knurling tool)
f. Mata alat gerudi (drilling tool)
g. Mata alat pelulas (Reamer tool)
h. Mata alat larik kasar (Roughing tool)
i. Mata alat larik penyudahan (finishing tool)

MATA ALAT GEREK (BORING TOOL)
Menggerek ialah operasi membesarkan lubang yang telah digerudi terlebih

dahulu. Dengan menggerek lubang yang digerudi, lubang itu boleh diluaskan
kepada satu saiz yang tertentu dengan tepat dan licin. Untuk menghasilkan satu
lubang yang tepat dan licin, lubang yang digerak itu kemudian dilulas dengan
pelulas.

Mata alat penggerek pepejal ditempa daripada batang keluli karbon atau keluli
tahan lasak. Kadangkala hujung pemotong alat ini dikimpal loyangkan dengan
tungsten karbida.

A21-31-04-LA2-IS Rajah 4. 4 : Mata alat gerek MUKASURAT 14

WIM/L12/12011/S04/P1(?2021)

,

Sumber : http://www.globalcnc.com
MATA ALAT MEMENGGAL (PARTING TOOL)

Rajah 4. 5 : Mata alat memenggal
Sumber : https://www.machineryhouse.com.au
MATA ALAT MEMBENANG (THREADING TOOL)

Rajah 4. 6 : Mata alat membenang
Sumber : https://www.sandvik.coromant.com
MATA ALAT MELARIK BENTUK (PROFILE TURNING TOOL)

A21-31-04-LA2-IS Rajah 4. 7 : Profile turning tool MUKASURAT 15

WIM/L12/12011/S04/P1(?2021)

,

MATA ALAT MEMBUNGA (KNURLING TOOL)
Terdapat lima (5) jenis mata alat untuk melakukan kerja-kerja membunga

(knurling) di mesin larik iaitu :
a. Jenis tiga roda boleh laras
b. Jenis satu roda
c. Jenis sendi buku jari
d. Jenis sendi humpelang
e. Jenis kepala berputat

Rajah 4. 8 : Jenis-jenis knurling tools

Mata alat gerudi (drilling tool)
Secara asasnya batang (shank) gerudi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
i) batang lurus (straight shank) dan

A21-31-04-LA2-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 16

,

ii) batang tirus (taper shank) seperti yang ditunjukkan dalam rajah di
bawah.

Bagi gerudi batang lurus, ianya dipegang oleh drill chuck manakala gerudi
batang tirus yang menggunakan tirusan morse pula dipasang terus pada alatan
belakang ((tail stock). Jika saiz tirus batang gerudi lebih kecil daripada lubang tirus
alatan belakang, maka batang gerudi tadi perlu menggunakan ‘sleeve’.

Rajah 4. 9: Straight shank drill

Rajah 4. 10 : Taper shank drill

MATA PEMOTONG PELULAS (REAMER TOOL)

Melulas adalah satu proses membesarkan lubang yang telah digerudi atau
digerak. Lubang yang dihasilkan adalah sepusat, tepat dan mempunyai penyudahan
yang licin. Operasi ini dilakukan dengan alat yang dinamakan pelulas. Pelulas
dibahagikan kepada 2 ketegori iaitu pelulas tangan dan pelulas mesin.

A21-31-04-LA2-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 17

,

Bahagian - bahagian pelulas

Rajah 4. 11 : Pelulas mesin

Pelulas mesin dibahagikan kepada dua jenis :
a. Pelulas mengasar yang memotong pada hujung sahaja.
b. Pelulas penyudahan yang memotong pada hujung dan pada
keseluruhan panjang giginya.

JENIS - JENIS PELULAS
PELULAS MENGASAR
Pelulas mengasar direka bentuk untuk melulas dengan cepat kesaiz
0.07 mm hingga 0.10 mm dibawah saiz namaan lubang.Pelulas ros adalah
jenis pelulas mengasar yang selalu digunakan. Hujung gigi pelulas ini
diserongkan 45 darjah dan diberi telusan supaya kesemua potongan dapat
dilakukan pada hujung pelulas tersebut.Pelulas jenis ini biasanya dibuat 0.07
mm hingga 0.12 mm dibawah saiz namaan supaya penyudahan boleh
dilakukan dengan pelulas penyudahan.

A21-31-04-LA2-IS Rajah 4. 12 : Pelulas ros MUKASURAT 18

WIM/L12/12011/S04/P1(?2021)

,

PELULAS PENYUDAHAN
Pelulas jenis ini digunakan untuk menyudahkan lubang yang telah

dilulas dengan pelulas kasar kesaiz yang tepat. Pelulas penyudahan
mempunyai lebih banyak bilangan gigi dari pelulas ros. Ia direka bentuk untuk
melakukan pemotongan pada keseluruhan panjang giginya dan dengan itu
menghasilkan satu lubang yang jitu dan licin.
PELULAS TIRUS

Pelulas tirus dibuat mengikut tirusan piawaian misalnya piawaian
penirusan Morse, Brown & Sharpe dan metrik. Biasanya pelulas ini
mempunyai batang tirus yang boleh dipasang pada spindal alatan belakang.
Kegunaannya adalah untuk menghasilkan lubang tirus yang tepat dan licin
penyudahannya

(a) Pelulas kasar

(b) Pelulas penyudahan

A21-31-04-LA2-IS (c) Pelulas sudut tajam MUKASURAT 19

Rajah 4. 13 : Pelulas tirus

WIM/L12/12011/S04/P1(?2021)

,

MATA ALAT PEMOTONG

Rajah 4. 14 : Bentuk mata alat pemotong

A21-31-04-LA2-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 20

,

SOALAN
1. Berikan LIMA jenis mata alat di mesin larik.
2. Nyatakan EMPAT jenis knurling tool.
3. Terangkan cara menggerudi benda kerja yang panjang di mesin larik.
4. Apakah nama tolok yang di gunakan untuk melaraskan mata alat bebenang skru.
5. Nyatakan LIMA jenis mata alat pemotong berserta dengan gambar

RUJUKAN
1. Technology of Machine Tools 3ED By Krar, Stephen F loc.066
2. Lathe Operation and Maintenance (Modern Machine Shop Books) by John G.
(paperback, 2003)
3. Machinists Library : Basic Machine Shop Vol. 1 by Rex Miller (1983, Hardcover)
4. The Engine Lathe: For the Beginner by J. Randolph Bulgin / machine shop 201

A21-31-04-LA2-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 21

,

A21-31-04-LA2-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 22

,

SELECT RAW MATERIAL TO BE MACHINED

BAHAN MENTAH UNTUK DIMESIN
Jurumesin mestilah menyelidik dan mengkaji salah satu perkara pokok dalam

proses melarik. Jurumesin mesti tahu dan peka tentang segala jenis dan sifat logam
yang hendak di larik. Dalam bahagian ini akan diterangkan segala aspek yang
bersangkutan dengan kajian metalogi.

JENIS-JENIS LOGAM
Logam terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

FERROUS METAL (LOGAM FEROS)
Adalah logam yang mengandungi campuran karbon. Logam jenis

ini mudah berkarat dan suhu kecairannya tinggi. Ini disebabkan oleh kerana
campuran karbon dalam logam akan menghasilkan suhu kecairan yang tinggi.
Contohnya: Wrought Iron, Mild Steel, Cast Iron, Stainless Steel Dan Stool
Steel.

NON FERROUS METAL (LOGAM BUKAN FEROS)
Adalah logam yang mengandungi sedikit campuran logam karbon

atau tidak mengandungi langsung karbon.
Contohnya: tembaga, Brass, Aluminium, Zink, Lead, Bronze, Silver dsb.

JENIS LOGAM FEROS

BESI JONGKONG
Besi yang lebur dituangkan dalam acuan berbentuk jongkong. Tiap

satu beratnya antara 50ib hingga 100ib. Besi jongkong mengandungi karbon
antara 5.2% hingga 5.9%. Besi jongkong ini keras dan rapuh.

BESI TUANG (CAST IRON)
Mengandungi 4.7 5% karbon dan lain campuran asing seperti

silicon dan sulfur. Dinamakan besi tuangan kerana besi jongkong yang telah
dilebur dituang dalam acuan yang biasa dibuat dari pasir. Acuan inilah yang
akan membentuk bentuk besi tuangan. Bersifat rapuh, tidak boleh ditempa,

A21-31-04-LA3-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 23

,

tidak boleh dibentuk tetapi boleh dikimpal dan dipotong serta dimesin. Jenis
besi tuangan:

a. Besi tuangan kelabu ( Grey Cast Iron)
b. Besi Tuangan Putih (White Cast Iron)
c. Besi Tuangan Liat (Mealleable cast Iron)
d. Besi Tuangan Nodular (Nodular Cast Iron)

KELULI KARBON BIASA (STEEL)

Didapati hasil daripada mengeluarkan benda asing dan kemudian
dicampurkan pula dengan karbon bagi menghasilkan keluli bermutu tinggi.
Bagi menghasilkan keluli semua benda asing ini terbakar ataupun dioksidakan
daripada besi. kandungan karbon akan berkurangan daripada 1% - 0.08%.

JENIS KELULI KARBON BIASA

KELULI BERKARBON RENDAH (LOW KARBON STEEL)

Dikenali juga sebagai keluli lembut (mild steel). Mengandungi Karbon
antara 0.05% hingga 0.30%. Mempunyai sifat mulur dan boleh ditempa. Boleh
dikerjakan semasa sejuk atau panas. Boleh dikeraskan (harden).
Kegunaannya membuat skru, paku, dawai dan lain-lain.

KELULI BERKARBON SEDERHANA (MEDIUM KARBON STEEL)

Mengandungi karbon 0.30% hingga 0.80%. Kandungan karbon tinggi
menjadikannya kasar dan mempunyai keliutan seperti keluli berkarbon
rendah. Menghasilkan kekuatan yang sederhana. Kegunaannya membuat
cranshaft dsb.

KELULI BERKARBON TINGGI

Mengandungi karbon 0.6% hingga 1.5% tetapi kandunga maksima
tidak melebihi 1.7%. Mempunyai kekuatan regangan yang tinggi dan boleh
dikeraskan. Kegunaannya membuat alat luar dan dalam seperti mata gerudi,
alat memotong, kikir dan alat pertanian.

KELULI PANCALOGAM (ALLOY STEEL)

Ialah keluli yang mengandungi lebih dari dua elimen, mengandungi
karbon dan lain-lain unsur seperti chromium, silicon, tungsten, vanadium dan

A21-31-04-LA3-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 24

,

sebagainya. Unsur ini akan menjadikan logam tersebut bertambah kukuh,
tahan geseran. Kegunaannya membuat alat memotong logam lain seperti high
speed steel dan keluli stainless steel.

JENIS-JENIS LOGAM BUKAN FEROS

TEMBAGA (COPPER)

Sejenis logam berwarna coklat kemerahan,

mempunyai permukaan yang kilat dan tidak bercalar atau cacat

dipermukaannya. Sifatnya pengalir haba yang baik, suhu kecairan 1980°F

(1100°c) boleh digulung sejuk kepada kepingan nipis, mudah dipotong,

kikir, bengkok dan senag digilap.

LOYANG (BRASS)

Ialah pancalogam tembaga dan zink (Cu + Zn) . Terdapat dua jenis.
Pertama loyang campuranya (70% tembaga + 30% zink) berwarna ungu dan
loyang campuranya (90% + 10% zink) berwarna emas kekuningan.Loyang
apabila dikerjakan akan menjadi keras dengan cepat dan memerlukan proses
annealing (proses melembutkan logam). Loyang senag dipotong, kikir dan
diwarnakan. Suhu kecairannya 940°c.

GANGSA (BRONZE)

Ialah pancalogam tembaga 90% +10%. Pancalogam ini lebih kuat
daripada tembaga dan loyang, menjadikan satu logam yang baik dan
berwarna kekuningan emas. Terdapat juga yang tidak bercampur dengan
timah iaitu gangsa aluminium.Kegunaan utamanya ialah untuk seni logam.
Mudah dipotong dan dikikir. Suhu kecairannya 1562°F hingga 1832°F (850°c
hingga 1000°c).

ALUMINIUM

Berasal dari bijih boksait dalam bentuk batu lembut seperti kapur.
Boksait biasanya mengandungi 32% aluminium. Ia paling ringan, berwarna
putih dan tidak berkarat. Ia juga tidak berbunga api apabila dicanai dan tidak
bertukar warna apabial dipanaskan. Pengalir haba yang baik dan tidak
digunakan dalam bentuk asal tetapi dcampur dengan logam lain seperti
karbon, silicon dan zink. Suhu kecairannya ialah 660°c

A21-31-04-LA3-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 25

,

ZINK
Berwarna putih kebiruan. Logam yang lembut dan mudah dibentuk

dan boleh dituang. Digunakan sebagai pelindung logam lain seperti zinc
galvani. Suhu kecairannya ialah 787°F (419°c).

PERAK (SILVER)
Sejenis logam yang cantik da berkilat berwarna putih. Perak yang tulin

adalah lembut sesuai untuk perhiasan. Merupakan pengalir letrikyang terbaik.
Suhu kecairannya 960°c.

NICKEL.
Logam berwarna putih perak. Ianya keras dan tidak bertukar di udara

kering. Di gunakan untuk membuat pancalogam lain. Bersifat magnatik dan
boleh dikimpal kerana mempunyai karbon. Suhu kecairannya ialah 2770°F
(1520°c)

CHROMIUM
Berwarna putih kelabu dan keras. Tidak bertindak dengan oksigen.

Digunakan untuk membuat pancalogam. Apabila ditambah pada logam yang
lain ia akan menjadikannya keras dan menahan karat. Suhu kecairannya ialah
2770°F (1520°c).

EMAS (GOLD)
Sejenis logam yang berat dan berwarna kekuningan. Logam yang

paling liat. Suhu kecairannya ialah 1900°F (1060°c).

SUASA (MONEL)
Ialah pancalogam campuran 60% nickle, 38% tembaga merah, sedikit

manganese dan aluminium. Logam yang kukuh dan boleh dipotong dan
dimesin, boleh ditempa dan dituang dan boleh menahan daripada hakisan.

TIMAH HITAM (PLUMBUM)
Sejenis logam yang paling lembut tapi berat. Berwarna putih tetapi

selepas dipotong bertukar menjadi kelabu gelap jika terkena udara. Boleh
bertindak dengan oksigen dalam udara lembab dan boleh menahan dari
tindakkan asid hidroklorid cair dan asid sulfik. Boleh dicampurkan dengan

A21-31-04-LA3-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 26

,

logam timah dan antimoni untuk membuat pewter. Suhu kecairan ialah 621°F
(327°c)

A21-31-04-LA3-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 27

,

SOALAN
1. Namakan DUA jenis logam
2. Nyatakan TIGA jenis logam bukan feros dan terangkan secara ringkas logam
tersebut.
3. Apakah nama lain keluli lembut (mild steel) ?
4. Nyatakan kandungan karbon yang terdapat pada keluli berkarbon sederhana
(medium karbon steel).
5. ̏ Ialah pancalogam campuran 60% nickle, 38% tembaga merah, sedikit manganese
dan aluminium ̋ . Nyatakan nama logam tersebut.

RUJUKAN
1. Logam Bukan Ferus : pengarang oleh Ruhiyuddin Mohd Zaki, Faizul Che Pa,
Murizam Darus & Mohd Arif Anuar Mohd Salleh. Terbitan 2012
2. www.astronomiainumbria.org/advanced_internet_files/meccanica/easyweb.easynet.
co.uk/_chrish/tscrewct.htm , 20/4/2012 @ 12.20pm
3. Technology of Machine Tools 3ED By Krar, Stephen F loc.066
4. Machinists Library : Basic Machine Shop Vol. 1 by Rex Miller (1983, Hardcover)

A21-31-04-LA3-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 28

,

SELECT LATHE MACHINE AND ACCESSORIES

JENIS-JENIS MESIN LARIK
Mesin larik boleh didapati dalam beberapa bentuk dan saiz. Jenis yang terkecil

digunakan dalam pengeluaran komponen kecil seperti jam tangan, sementara yang besar
sekali digunakan untuk memesin syaf berat. Mesin larik boleh dikelaskan kepada dua
kategori iaitu mesin larik Jentera and mesin Pengeluaran.

Mesin larik jentera terbahagi kepada empat (4) jenis iaitu :

JENIS BANGKU

Mesin ini kecil dan boleh dipasang diatas bangku atau kabinet atau kabinet
besi. Ia digunakan untuk menghasilkan kerja yang ringan dan halus.

MESIN LARIK PIAWAI

Jenis ini lebih besar dan berat daripada jenis bangku. Panjang landasan
mesin adalah diantara 1.5 meter hingga 6 meter. Lazimnya mesin ini digunakan
untuk kerja kerja penyelenggaraan sederhana dan juga dalam Institut Latihan
Kemahiran.

JENIS TOOL ROOM

Mesin Jenis ini lebih persis dan digunakan dalam pembinaan Tool dan Die.
Mesin ini juga dilengkapi dengan alat tambahan khas dan eksesori supaya
beberapa operasi Tool dan Die boleh dilakukan.

JENIS GAB BED

Saiz mesin ini lebih besar daripada jenis bangku. Sebahagian daripada
landasannya di bawah cuk boleh ditanggalkan supaya bahan kerja atau komponen
dengan diameter yang lebih besar boleh dipegang.

Mesin larik pengeluaran terbahagi kepada lima (5) jenis iaitu :

PELARIK TURRET PELANA

Pelarik turret pelana juga disebut jenis mesin pelarik turret. Mesin ini
mempunyai kepala turret yang dipasang pada pelana yang bergerak diatas
landasan. Kepala turret boleh memegang beberapa jenis mata pemotong dan boleh
digunakan untuk melarik beberapa operasi tanpa memberhentikan mesin untuk
menukar mata alat.

A21-31-04-LA4-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 29

,

Rajah 4. 15 : Pelarik Turret Pelana
PELARIK KAPSTAN

Pelarik kapstan juga disebut pelarik turret pelantak. Mesin ini kecil sedikit
saiznya dari pada jenis pelarik turret. Ia digunakan untuk melakukan kerja-kerja
sederhana dan ringan sahaja. Kepala turret mesin ini terletak di atas satu kekesot
berbentuk landasan pendek. Landasan pendek ini pula boleh menggelungsur di
atas landasan utama mesin dan boleh dikunci pada sebarang kedudukan yang
dikehendaki.

Rajah 4. 16 :Pelarik Kapstan

A21-31-04-LA4-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 30

,

PELARIK OTOMATIK
Jenis mesin pelarik automatik dicipta untuk pengeluaran kuantiti di antara

beberapa ratus sehingga puluh ribu komponen sehari. Semua pergerakan mata
pemotong dan bahan kerja dikawal oleh sesondol (cam), sistem hidraulik atau
sistem elektro-mekanikal.

Rajah 4. 17 : Pelarik Otomatik
PELARIK KEGUNAAN KHAS

Pelarik jenis ini dicipta untuk melakukan kerja-kerja khas seperti:-
a. Pelarik roda kereta api
b. Pelarik aksel
c. Pelarik penampang
d. Pelarik menegak.

A21-31-04-LA4-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 31

,

Rajah 4. 18 : Mesin Pelarik Roda Keretapi
Rajah 4. 19 : Mesin Pelarik Penampang

A21-31-04-LA4-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 32

,

Rajah 4. 20: Mesin Pelarik Menegak

PELARIK NC DAN CNC
Mesin pelarik terbaru ini berfungsi di bawah kawalan komputer. Mesin ini lebih

produktif dan hasil pengeluarannya lebih persis jika dibandingkan dengan mesin
lain. Terdapat dua jenis mesin:-

a. Jenis yang mempunyai turret dipasang pada landasan mesin sahaja.
b. Jenis yang mempunyai dua turret dimana satu turret dipasang pada

landasan dan satu lagi pada kekesot lintang.

Rajah 4. 21 : Mesin Pelarik Cnc

A21-31-04-LA4-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 33

,

SAIZ MESIN PELARIK
Saiz sebuah mesin pelarik boleh ditentukan dengan pelbagai cara. Di antaranya

adalah:-

C
B

A
D

Rajah 4. 22 : Saiz Mesin Pelarik

AYUNAN (A)
Ayunan adalah diameter terbesar bahan kerja yang boleh dipegang oleh

mesin tanpa terkena landasan.

JARAK DI ANTARA TETENGAH (B)
Ukuran linear bahan kerja terpanjang yang boleh dipegang di antara dua

tetengah mesin tersebut.

PANJANG LANDASAN (C)
Ukuran linear panjang landa-san mesin pada keseluruhannya.

TINGGI TETENGAH (D)
Jarak di antara paksi mesin dan landasan mesin atau separuh ayunan. Mesin

pelarik boleh dijumpai dalam pelbagai saiz. Ayunan mesin adalah di antara 230 mm
hingga 750 mm dalam ukuran metrik. (9 inci hingga 30 inci dalam ukuran Imperial).
Panjang landasan mesin adalah diantara 450 mm hingga 3000 mm dan jarak
diantara tetengah mesin adalah di antara 300 mm hingga 900mm.

A21-31-04-LA4-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 34

,

BAHAGIAN BAHAGIAN MESIN LARIK

Rajah 4. 23 : BAHAGIAN MESIN LARIK

1. All geared headstock 13. Feed reverse lever.
2. Clutch lever 14. Quick change gearbox.
3. Speed change kevers. 15. Feedshaft
4. Chuck. 16. Leadscrew.
5. Bed slideways. 17. Screwcutting dial.
6. Four-way turret. 18. Screwcutting lever.
7. Compound slide 19. Cross-slide handwheel.
8. Apron. 20. Feed engage lever.
9. Sliding handwheel 21. Rack.
10. Tailstock sleeve. 22. Tailstock offset screw
11. Sleeve locking lever. 23. Tailstock handwheel
12. Tailstock clamping lever.

A21-31-04-LA4-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 35

,

Rajah 4. 24 : Bahagian Apron

Rajah 4. 25 : Bahagian Tail Stock

LANDASAN (BED)

Landasan adalah tulang belakang sebuah mesin larik. Kejituan mesin larik
bergantung kepada ketegaran, penjajaran dan ketepatan bahagian landasannya.

Bahagian atas landasan boleh berbentuk ‘V’ atau rata dan diatasnya terletak
peralatan lain seperti alatan hadapan, kereta dan alatan belakang.

Landasan diperbuat daripada besi tuangan yang bermutu tinggi. Rawatan
haba kekerasan dilakukan ke atasnya supaya boleh tahan haus.

A21-31-04-LA4-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 36

,

Landasan Vee Landasan Rata

Rajah 4. 26 : Bentuk landasan

SELA (SADDLE)
Bahagian ini ialah tuangan berbentuk huruf H dan boleh bergerak diatas

landasan. Apron dan kekesot lintang dipasang pada sela.

Rajah 4. 27 : Saddle

APRON

Bahagian yang diikat di hadapan "Saddle" dikenali sebagai "Apron" dan
membawa gear yang terpilih dan kawalan yang dibenarkan oleh carriage untuk
bergerak (menggunakan tangan atau kuasa) ke atas dan ke bawah bed. Dalaman
jentera juga boleh berhubung dengan screw cutting feeds dan beberapa powered
tool feeds, mereka perlulah padan. Leadscrew digerakkan dengan kuasa shaft
selalunya tersusun melepasi apron.

Rekaan Apron boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu "single-wall" dan "double-
wall". "Single-wall" apron hanya satu ketebalan besi dan menonjol.daripadanya
(tidak disokong oleh luar hujung) iaitu studs yang membawa gears. "Double-wall"
apron lebih kepada struktur yang teguh.

A21-31-04-LA4-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 37

,

COMPOUND SLIDE
Duduk di bahagian atas "cross slide" adalah "Compound slide" yang disifatkan

sebagai, pergerakan melintasi bed dan sering kali bahagian atas "Top Slide" atau
"Tool Slide" dengan tetap mengatur supaya ia boleh disambung dan dikunci dalam
posisi baru.

CARRIAGE
Seluruh gabungan Saddle, Apron,Top and Cross Slide dikenali sebagai

"Carriage".

HEADSTOCK
Headstock adalah bahagian yang berada di hadapan atau dikenali sebagai

alatan hadapan mesin. Headstock memiliki gear box yang membolehkan pertukaran
kelajuan spindle dilakukan mengikut kelajuan yang di kehendaki.

LEADSCREW
Term asalnya ialah "master thread", atau dijelaskan sebagai "leading screw",

tapi sekarang selalu dirujuk sebagai "leadscrew", ini adalah rod panjang thread yang
biasanya terdapat di sepanjang bahagian depan atau bed. Ianya digunakan untuk
membuat proses ulir skru di mesin.

TAILSTOCK
Ianya juga di kenali sebagai alatan belakang yang berfungsi sebagai

penyokong benda kerja dari belakang dan digunakan untuk proses menebuk
lubang.

PROSES-PROSES DI MESIN LARIK
Proses kerja yang dapat dilakukan di mesin larik ialah :
a. Straight turning
b. Facing
c. Drilling
d. Reaming
e. Boring
f. Knurling

A21-31-04-LA4-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 38

,

g. Grooving
h. Step turning
i. Threading - (external and internal)
j. Taper turning
k. Profile turning
l. Eccentric turning

A21-31-04-LA4-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 39

,

SOALAN
1. Namakan LIMA bahagian pada mesin larik.
2. Terangkan maksud head stock.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘ayunan’.
4. Apakah beza antara ‘ayunan’ dengan ‘tinggi tetengah’ ?
5. Nyatakan LIMA proses yang boleh dilakukan di mesin larik.

RUJUKAN
1. Teknologi Bengkel Mesin,Ibrahim Che Muda & N. Ramudaram, DBP 1991
2. Teknologi Bengkel Kejuruteraan – Tukang Larik, N. Ramudaram, Fajar Bakti Sdn.
Bhd. 1993.
3. Machinists Library : Basic Machine Shop Vol. 1 by Rex Miller (1983, Hardcover)
4. Technology of Machine Tools 3ED By Krar, Stephen F loc.066
5. Lathe Operation and Maintenance (Modern Machine Shop Books) by John G.
(paperback, 2003)

A21-31-04-LA4-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 40

,

SET UP WORKPIECE

ALAT PEMEGANG DAN AKSESORI BENDA KERJA
Terdapat berbagai-bagai jenis aksesori pada mesin pelarik dan ia bergantung

kepada bendakerja yang hendak dilarik. Oleb itu pelatih-pelatih mesti boleh mengenali
aksesori tersebut dan kegunaannya.

Penggunaan sebuah mesin larik boleh dipelbagaikan jika dibekalkan dengan
beberapa jenis aksesori. Aksesori ini boleh dipasang kepada beberapa bahagian ,utama
mesin pelarik seperti Stok Kepala (headstock), Stok Ekor ( Tails stock), landasan (bed)
dan kereta angkut (carriage dibekalkan dengan beberapa jenis aksesori. Aksesori ini
boleh dipasang kepad@a beberapa babagian ,utama mesin pelarik seperti alatan
hadapan (headstock), alatan belakang (tailstock), landasan (bed) dan kereta (carriage).

JENIS-JENIS ALAT PEMEGANG BENDA KERJA
Terdapat 5 jenis alat pemegang benda kerja yang kebiasaannya digunakan

pada mesin larik iaitu:-
1. Cuk / Bindu (Chuck)
2. Piring permukaan (face plate)
3. Piring pemandu (driving plate)
4. Pengapit Pelarik(lathe dog / lathe carrier)
5. Mandrel (Mandrel)

Cuk/ Bindu (Chuck)
Cuk terbahagi kepada 3 jenis:-

Cuk Tiga Rahang (3 jaws chuck)

A21-31-04-LA5-IS Rajah 4. 28 : Bindu 3 rahang MUKASURAT 41

WIM/L12/12011/S04/P1(?2021)

,

Cuk tiga rahang digunakan untuk memegang bahan-bahan yang bulat
dan enam segi sahaja . Rahang-rahang di cuk ini dikuasai oleh gear tirus yang
digerakkan oleh ulir tatal (scroll). Dua set rahang dibekalkan untuk setiap cuk
kerana bentuk ulir tatal tidak membolehkan rahang itu diterbalikkan. Apabila
benda kerja dikunci di dalam cuk ini, ketiga-tiga rahang akan bergerak sekata
dan memusatkan benda kerja.

Cuk Empat Rahang ( 4 jaws Chuck )
Cuk empat rahang boleh digunakan untuk memegang bendakerja

yang bulat, persegi dan bentuk yang tidak sama rupanya. Setiap rahang cuk
ini bergerak bebas dan boleh diterbalikan. Pada permukaan cuk ini terdapat
lengkung-lengkung sepusat yang boleh digunakan sebagai panduan untuk
memusatkan bendakerja. Cuk jenis ini lebih kuat dan komponen-komponen
yang telah di mesin terlebih awal dahalu boleh di laraskan kembali dengan
lebih tepat.

Lengkung Rahang
sepusat Skru rahang

Rajah 4. 29 : Bindu 4 rahang
Cuk Kolet ( Collet Chuck )

i. Draw back collet chuck

Rajah dibawah menunjukkan kaedah memegang benda kerja dengan
cuk kolet jenis ‘draw back’. Cuk Kolet ini biasanya digunakan untuk
memegang dan memesin bendakerja yang kecil dengan cepat dan tepat.
Untuk mengunci , bar penarik diputarkan dan ini menyebabkan Kolet di tarik
kedalam sarung tirus. Proses ini membolehkan kolet mencengkam bendakerja
dengan jitu dan tepat.

A21-31-04-LA5-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 42

,

Rajah 4. 30 : Draw back collet chuck
ii. Rubber Jacob collet chuck

la mempunyai pemutar tangan yang hampir dengan muncung spindal
utama. Ini membolehkan bahan kerja dikunci atau dikeluarkan dengan lebih
mudah. Untuk mengunci, pemutar tangan diputarkan mengikut arah jam dan
ini akan menyebabkan kolet mencengkam serta memegang bahan kerja.

Rajah 4. 31 : Kolet Jacob Getah

PIRING PERMUKAAN (FACE PLATE)

Untuk memegang bendakerja yang tidak boleh dipotong dengan cara
dipegang oleh tetengah atau cuk, contohnya bendakerja yang tidak bulat atau
bersegi. la mempunyai lurah-lurah atau lubang untuk dimasukkan bol bagi
memegang satu-satu bendakerja itu. Pemasangannya pada stok kepada
spindle nose adalah mengikut pada bentuk-bentuk spindle nose itu sendiri.

A21-31-04-LA5-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 43

,

Sumber : https://smithy.com/accessories/turning/lathe
Rajah 4. 32: Piring permukaan

PIRING PEMANDU (DRIVING PLATE)

Ukuran kecil sedikit daripada piring permukaan, pasang pada spindle
nose, mempunyai lurah (slot). Ada juga yang mempunyai adjusting pin yang
mana akan memandu bendakerja yang dipotong diantara 2 tetengah dengan
bantuan pengapit pelarik (lathe dog) atau lathe carrier yang dipasangkan pada
bendakerja.

Rajah 4. 33 : Cara memasang Piring Pemandu dengan Selamat

A21-31-04-LA5-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 44

,

PENGAPIT PELARIK (LATHE DOG / LATHE CARRIER)
Alat ini dipasangkan pada bendakerja untuk membolehkan bendakerja

tersebut berpusing bersama-sama driving plate. Dibawah ini dinyatakan jenis-
jenis lathe dog yang disertakan dengan rajah.

i. Bent tail lathe dog with headless screw
ii. Straight tail lathe dog
iii. Bent tail clamp lathe dog

(i) (ii (iii)
)

Rajah 4. 34 : Jenis-jenis Pengapit Pelarik

MANDREL
Digunakan bagi menyudahkan bendakerja yang telah dilubang bagi

mendapatkan bahagian-bahagian luar, bulat dan tepat. Bahagian luarnya
mempunyai ketepatan ukuran yang paling tinggi dan mempunyai sedikit tirus
lebih kurang 0.010" dalam satu kaki.

Rajah 4. 35 : a) Mandrel tapered 0.05 mm at a length of 100 mm, b)
workpiece

A21-31-04-LA5-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 45

,

JENIS-JENIS ALAT PENYOKONG

Terdapat 2 jenis alat pepenyokong benda kerja yang kebiasaannya
digunakan pada mesin larik iaitu:-

a. Sangga (Steadies)

b. Tetengah (Centers)

SANGGA (STEADIES)
Sangga terbahagi kepada 2 iaitu sangga tetap dan sangga bergerak

1. Sangga Tetap ( Fixed steady / Steady Rest )

Rajah 4. 36 : Sangga tetap

Digunakan untuk rnemegang benda kerja berbentuk silinder yang
panjang, dipasangkan pada landasan rnesin larik, mempunyai 3 rahang yang
boleh mengampu bendakerja yang panjang dan kecil apabila memesin antara
2 tetengah serta mengampu bendakerja yang panjang untuk diratakan
permukaannya, melubang dan menggerudi.

2. Sangga Bergerak ( Following Steady )

A21-31-04-LA5-IS Rajah 4. 37 : Sangga bergerak MUKASURAT 46

WIM/L12/12011/S04/P1(?2021)

,

Dipasangkan pada saddle yang mana bergerak bersama-sama
carriage. Mempunyai 2 rahang yang menahan bendakerja dari tekanan
pernotongan.

TETENGAH (CENTRES)

Jadual 4. 2 : jenis,rajah dan fungsi tetengah

Jenis Tetengah Gambarajah Tetengah Fungsi Tetengah

a) Tetengah biasa Untuk kegunaan am

b) Tetengah separuh Untuk kegunaan melarik
c) Tetengah karbida penampang
d) Tetengah Bulat
e) Tetengah Paip Untuk kerja-kerja berat dibuat
f) Tetengah Berputar daripada bahan karbida

Untuk kegunaan melarik tirus
diantara dua tetengah

Untuk menyokong bendakerja
berlubang seperti paip

Untuk kegunaan kerja-kerja berat
pada RPM tinggi

A21-31-04-LA5-IS WIM/L12/12011/S04/P1(?2021) MUKASURAT 47


Click to View FlipBook Version