The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizan sohok, 2022-03-03 09:04:03

ABANG ROMANTIK RUMAH SEBELAH

ABANG ROMANTIK RUMAH SEBELAH

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Matanya menjeling Fazura yang sudah terkunci mulutnya sambil menutup

kedua-dua belah dadanya. Faisha geli hati tengok riak muka Fazura. Terlepas juga

ketawanya. Macam-macamlah Fazura ni.

“Aku tak mahulah jadi lelaki. Aku perempuan.” Fazura menggeleng laju.

“Habis tu, aku ni lelaki? Aku pun perempuan juga. Cuma, penampilan aku aje

macam ni.”

Tersungging senyuman Fazura.

“Faisha, aku ada sesuatu nak cerita kat kau ni.” Fazura mula menundukkan

kepalanya. Bantal kecil yang ada di sisi disambar lalu dikutil-kutil bahagian bucunya.

“Kenapa? Kau nak cakap pasal jiran sebelah atau pasal Kimi?” soal Faisha.

Makin galak tangan Fazura mengutil bantal di tangan.

“Kimi.” Sepatah perkataan sahaja keluar dari mulutnya.

“Kenapa? Isteri Kimi datang serang kau?” soal Faisha lagi.

Fazura menggeleng laju. Bukan masalah isteri Kimi, tapi tentang Kimi yang

mahu menamatkan hubungan mereka berdua. Kimi mahu hubungan yang ada

ditamatkan dengan ikatan yang sah. Dia risau, takut Fazura disambar semula oleh

bekas kekasihnya.

“Kimi ajak aku kahwin,” beritahu Fazura perlahan.

“Kahwin?” Terkejut Faisha. Jantungnya pula yang berdebar-debar kencang.

Dah makin jauh hubungan Fazura dan Kimi. Sampai dah ke tahap mahu

berkahwin.

“Aku tengah fikir lagi ni.” Fazura menghela nafas.

“Hah, eloklah kau fikir balik. Aku nak cakap lebih-lebih nanti, takut kau terasa

hati. Ini bab masa depan dan juga melibatkan perasaan orang. Kalau kau rasa boleh

aje nak hadap semua tu, kau teruskan aje. Kalau aku jadi kau, awal-awal lagi aku

dah minta putus dengan Kimi tu. Tak seleralah aku nak bersuamikan lelaki bekas

orang.” Faisha membalas panjang. Sambil menyelam sempat juga minum air.

46

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Fazura membaling bantal di tangannya kepada Faisha. “Kau ni... Aku cerita,

kau condemn dan hentam pula.”

“Aku bukan condemn atau hentam, cuma bagi tahu pendapat aku aje. Bukan

senang nak hidup berpoligami ni. Kau kena pastikan Kimi layan isteri-isterinya

dengan adil. Kalau dia lebihkan bini tua dia, kau tak cemburu ke? Kalau aku, tak

sanggup. Nak kongsi-kongsi pula tu,” balas Faisha lagi.

Fazura tarik muncung. Badannya disandar rapat ke sofa. “Aku sayangkan

Kimi, Faisha. Dan dia pun sayangkan aku. Kalau dia tak sayangkan aku, takkanlah

dia ajak aku kahwin. Betul tak?”

Faisha menghela nafas. Penat sahaja bercakap dengan Fazura. Kalau otaknya

banyak fikir kebaikan menjadi orang ketiga, dia dah malas nak kata apa lagi. Biarlah

Fazura, kalau itu yang dia pilih. Bukannya dia tak bagi amaran kepada Fazura.

Cuma, Fazura yang tak ambil peduli. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Kau marah aku ke Faisha?” tanya Fazura. Matanya tidak lepas mengerling

Faisha yang leka menonton TV.

“Eh, tak adalah. Aku bukannya isteri Kimi pun. Kalau betul aku ni isteri Kimi,

memang arwah dah kau aku kerjakan. Mujur orang lain. Aku cuma simpati aje kat

isteri Kimi tu. Sebab suami dia tak jujur dan curang kat belakang.”

Makan dalam ayat sindiran Faisha. Tapi, Fazura langsung tak ambil peduli.

Macam Faisha kata, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Macam tak

berperasaan.

47

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 8

FAISHA menggagahkan diri keluar di hadapan rumah. Naik sesak dadanya bila asyik
terperap di dalam rumah. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke taman yang
berhadapan dengan rumahnya. Faisha menghentikan pergerakannya bila ada
kereta memasuki parkir hadapan rumah jirannya. Kemudian, dia kembali mengatur
langkah.

“Faisha?”
Namanya dipanggil. Dipalingkan pandangannya. Luth sudah berlari
mendekatinya.
“Awak buat apa kat sini?” soal Luth. Tak sangka boleh jumpa Faisha di sini.
“Tak buat apa. Kau buat apa kat sini? Kau intip aku ke? Tak pun kau ikut
aku?” Berkerut kening Faisha merenung wajah Luth seperti mahu ditelan sahaja.
Tersungging senyum Luth. “Tak adalah. Saya tinggal kat sini. Baru aje pindah.
Awak tinggal kat sini juga ke?”
Bersemangat Luth. Semalam dia ada ke hospital, tapi Faisha dah tak ada.
Rasa kecewa sangat bila tak dapat bertemu Faisha. Tak sangka pula hari ini boleh
bertembung di sini. Tak besar mana pun dunia ni.
“Oh, kaulah yang tinggal kat sini?” Soalan Luth dibiar tidak berjawab.
Faisha mengatur semula langkah. Mencari kerusi untuk melabuhkan
punggungnya.

48

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Sayalah. Jadi, awak tinggal sekali dengan kawan awak tu? Tak sangka pula

boleh jumpa kat sini. Berjiranlah kita ya? Macam ada jodoh pula kita berdua ni.”

Luth mengikut sahaja langkah Faisha. Punggung turut dilabuhkan di sisi Faisha.

“Hmm, kecil dunia ni. Dalam ramai-ramai orang yang ada, kau juga yang jadi

jiran aku. Macam tak ada orang lain,” keluh Faisha.

“Macam kuat pula jodoh kita. Ada pertemuan demi pertemuan.” Manis tutur

Luth. Tangannya digosok-gosok. Dadanya berdebar kencang.

Berkerut dahi Faisha. Pandangannya yang melabuh pada anak-anak kecil

yang sedang bermain dialihkan tepat pada wajah Luth. Faisha ketawa kecil.

“Kalau bertembung, tak bermakna kita berjodoh. Kebetulan aje tu,” bidas

Faisha.

Luth terus menggosok-gosok tapak tangannya. “Kalau ada jodoh, takkan ke

mana juga. Betul tak apa yang saya cakapkan ni?”

Faisha mendengus. Paha Luth ditumbuk kasar. “Kau jangan nak cakap pasal

jodoh dengan aku. Aku tak sukalah cakap pasal ni.”

“Kenapa pula?”

“Sebab aku tak sukalah,” balas Faisha ringkas. Juling biji matanya menjeling

Luth yang tersenyum-senyum.

“Saya suka cakap pasal jodoh. Sebab, bila kita selalu bertembung, saya rasa

jodoh kita kuat aje.” Lebar senyuman Luth.

“Pergh! Ayat kau boleh tahan juga. Tapi, aku tak layanlah bab-bab nak

bercinta ni. Aku tak suka. Kau silap orang nak cakap ayat-ayat jiwang macam tu.”

Seboleh-bolehnya Faisha memang tak mahu mengundang rasa cinta dalam

hati. Segala perasaan yang datang cuba dilarang masuk ke dalam hati.

“Aisy, kenapa?”

“Sebab aku malas nak buka hati aku ni untuk orang spesies macam kau. Tak

boleh pakai pun,” tembak Faisha.

49

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Kenangan pahit yang singgah dalam hidupnya sebelum ini membuatkan dia

lebih berhati-hati. Daripada hatinya sakit, dia rela hidup sendiri.

Mengekek Luth ketawa. “Awak spesies apa?”

Faisha ketap gigi. Tajam matanya menikam wajah Luth.

Luth mengangkat kedua-dua belah tangannya. Gerun pula melihat wajah

bengis Faisha. Walaupun garang, tapi manisnya tak pernah hilang.

“Okey, saya gurau aje. Tak ada apa-apa maksud pun.”

“Kau jangan nak cari pasal dengan aku.” Faisha memberi amaran.

Laju Luth menggeleng. “Tak, saya tak cari pasal dengan awak. Gurau-gurau

aje.”

Tersungging senyum Luth. Dia melarikan anak matanya daripada terus

bertembung dengan Faisha. Renungan itu bagaikan ada satu magnet yang meresap

ke dalam jiwanya. Argh, takkan semudah itu hatinya tertawan?

Faisha menjuih.

“Faisha...” Meleret sahaja nada Luth memanggil Faisha.

“Apa?” Faisha jadi kurang senang dengan sikap Luth. Bukan main mendayu-

dayu pula memanggil namanya. Meremang bulu roma.

“Janganlah garang sangat. Nak tanya sikit ni.” Kali ini Luth menjatuhkan

tapak tangannya ke atas paha. Berkompang sumbang pula.

“Isy, macam-macamlah kau ni. Cakaplah cepat.” Kasar suara Faisha. Dah

terbiasa bercakap kasar begitu.

“Hmm, semalam kenapa awak tak telefon? Bagi tahu awak dah boleh balik.

Saya boleh aje jemput awak kat hospital. Macam tak biasa pula dengan saya.”

Tertib sahaja Luth membalas walaupun bicara Faisha sedikit kasar.

Bila melihat penampilan Faisha, Luth tak berapa kisah sangat. Dari awal

pertemuan lagi Faisha sudah garang dengannya.

“Buat apa pula nak telefon kau? Kau bukannya saudara aku pun. Lagipun,

memang betul pun aku tak biasa dengan kau.” Selamba sahaja Faisha membalas.

50

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Memanglah bukan saudara. Tapi, saya boleh jadi bakal suami awak.”

Tersungging senyum Luth tayang giginya yang tersusun kemas.

Faisha menghela nafas kasar.

“Bukan main lagi kau bermadah dengan aku. Kau nampak ni?” Faisha

menunjukkan penumbuknya.

Luth mengangguk laju.

“Nampak. Saya nampak bakal isteri saya depan mata tengah tunjuk

penumbuk,” sambut Luth tersengih.

Bergetar badan Faisha. “Kau ni gila ke?”

“Gila tu tak adalah. Cuma, gilakan seorang gadis manis seperti awak.” Luth

menggenggam pula jemarinya.

“Aduh! Sakit jiwa aku dengan kau.” Makin bergetar badan Faisha.

“Janganlah sakitkan jiwa, sebab jiwa saya hanya pada awak.” Lancar sahaja

Luth membalas. Semua itu spontan terbit dari bibirnya.

Naik turun nafas Faisha. “Sudahlah. Malas betul aku nak layan kau.”

Faisha menarik tongkatnya. Mahu berlalu sahaja dari situ. Makin menjadi-

jadi pula Luth dengan ayat-ayat madahnya.

“Eh, nak pergi mana tu?” soal Luth dengan wajah berkerut.

Belum puas lagi bersama dengan Faisha. Sehari tak jumpa, dia terasa rindu.

“Nak baliklah, daripada aku layan perangai tiga suku kau tu.”

Luth mengangkat kedua-dua belah tangannya. Pergerakan Faisha yang

lambat itu dihalangnya. Tongkat yang baru ditegakkan Faisha dirampasnya.

“Eh, bagilah balik tongkat tu.”

“Saya takkan bagi. Saya tak puas lagi berbual-bual dengan awak. Tunggulah

dulu.” Luth meletakkan tongkat Faisha jauh daripada capaian Faisha.

Faisha mendengus kuat. Bahu Luth ditumbuknya berkali-kali dengan sebelah

tanaannya. “Bagi balik! Aku malas dah nak lama-lama kat sini. Kau tu tak habis-

habis bagi pick-up line dengan aku.”

51

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth menghela nafas. Dia diam seketika dan beberapa saat kemudian, dia

meledakkan tawa besar. “Awak takut kunci hati awak tu terbuka untuk saya, ya?”

“Eh, perasan. Hati aku ni memang sentiasa akan terkunci. Kau takkan berjaya

nak membukanya.” Begitu yakin Faisha dengan kata-katanya.

“Kalau awak nak, bagi tahu aje. Insya-Allah, hati saya ni masih tak terisi nama

sesiapa pun. Awak boleh tolong isikan nama awak dalam hati saya.” Luth

mengerdipkan matanya.

“Kau ingat aku main-main ke?” Suara Faisha makin tegang.

Luth meraup wajahnya. “Okey, maaf kalau gurauan saya tu kasar.”

“Orang lelaki memang suka buat salah. Lepas tu senang-senang minta maaf.”

Faisha menyindir sinis.

Eh, dia juga yang kena. Luth menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Isy,

janganlah cakap macam tu. Saya tak buat salah besar pun kat awak. Saya cuma

bergurau aje. Takkan itu pun tak boleh?”

“Tak boleh!” Faisha menjawab pantas. Matanya dijegil.

Luth menyatukan kedua-dua belah tangannya.

“Maaf. Okey, saya serius ni. Betul-betul serius. Saya bergurau aje tadi. Kan

sekarang ramai suka buat pick-up line, jadi saya pun nak cuba juga,” beritahu Luth

sambil tergelak.

“Pick-up line sangat! Kalau perempuan lain, mungkin dia orang akan cair.

Tapi, dengan aku, itu sangat mustahil.”

“Hmm, tak apa. Kalau cair, susah pula, kan? Nanti awak tak boleh tidur

malam pula sebab asyik teringatkan saya. Susah pula saya nanti.” Luth menyambut

spontan kata-kata Faisha.

Dia langsung tak faham dengan sikap Faisha. Kalau siang kelmarin boleh

sahaja Faisha menghulurkan salam perkenalan dan berbual baik dengannya. Tapi,

hari ini dia kembali dingin seperti tiada perkenalan antara mereka berdua. Agaknya

Faisha hilang ingatan atau buat-buat lupa?

52

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Tergelak Faisha. Macam-macamlah mamat di sebelahnya ni. Perasan tak

habis-habis. Tak ada maknanya dia nak cair dengan Luth. Lagipun, hatinya terus

tertutup untuk mana-mana lelaki. Kunci pintu hatinya dah tercicir dan terus hilang.

Kerana insan bergelar lelakilah dia jadi begini.

LUTH tersenyum-senyum sendiri. Sekejap baring, sekejap duduk dan sekejap dia
berjalan mundar-mandir. Pertemuan tanpa disangka-sangka dengan Faisha
membuatkan hatinya kembali berbunga-bunga. Bagaikan ada tarikan pada Faisha
hingga membuatkan dia asyik teringatkan gadis itu. Pelik.

Gadis yang bernama Faisha itu benar-benar membuatnya tidak senang
duduk. Walaupun penampilannya ala-ala tomboi, tapi manisnya tidak dapat
disorokkan dengan cara dan sikapnya yang kasar. Faisha tetap gadis yang menarik
pada pandangan matanya.

Mata bundar Faisha cantik dengan anak mata berwarna coklat. Hidungnya
terpacak tinggi. Bibirnya yang nipis dan merah merekah itu pula sering berbalas
cakap dengannya. Suaranya bagaikan terngiang-ngiang di telinganya. Parah betul
penangan Faisha, hingga serta-merta dia melupakan kenangannya bersama bekas
isterinya.

Luth bangun berdiri di tepi jendela. Terjenguk-jenguk Luth mencari kelibat
seseorang di rumah sebelah. Suara Faisha berbual-bual dengan Fazura di hadapan
rumah membuatkannya makin memanjangkan lehernya.

Dari jauh Luth nampak kelibat Faisha yang sedang duduk di atas buaian yang
ada di laman rumahnya. Tersenyum-senyum dia walaupun hanya sipi-sipi sahaja
bayangan Faisha dapat dilihat. Telefon bimbit yang ada di atas meja disambarnya.

Laju jarinya menyentuh skrin mencari kamera. Buka sahaja kamera, dia
zoomkan ke wajah Faisha agar nampak lebih jelas. Dirakam video Faisha di sebalik
jendela yang dibuka sedikit dan terselindung di sebalik tirai.

53

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Puas mengambil video dan gambar Faisha secara curi-curi, Luth kembali

merebahkan badannya ke sofa. Lebar senyuman Luth hingga ke telinga. Hatinya

sentiasa berbunga-bunga jika dengan Faisha. Dia akan mendekati Faisha sehingga

hati itu dimilikinya. Dia perlu menjadikan Faisha seseorang yang penting dalam

hidupnya.

Ya, Faisha akan jadi miliknya.

54

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 9

FAZURA memanjangkan lehernya. Dari tadi tidak pula nampak kelibat Luth. Faisha
hanya menjeling sahaja melihat gelagat Fazura dari tadi. Bukannya dia tidak
perasan Fazura asyik pandang rumah sebelah.

“Hoi, kau tak ada kerja lain ke duk sekodeng jiran sebelah?” tegur Faisha. Dia
tak suka Fazura berlebih-lebih. Tajam dia menjeling temannya itu.

“Mana ada aku sekodeng. Aku pandang aje pun,” balas Fazura. Sesekali
matanya meleret ke rumah sebelah.

Faisha mencebik. Macam dia tak tahu akal Fazura. Curi-curi pandang Luth.
Tak dapat tengok orang, tengok pintu rumah pun jadi. Akal saja tu.

“Aku nak kenalkan kau kat dia.” Fazura membuka paip air di tepi rumah.
Terus air dipercik ke pokok bunga yang menghiasi halaman rumah.

“Tak payah nak kenalkan kat aku. Malaslah aku nak kenal-kenal dengan
orang lelaki. Kau bukannya tak tahu, aku alah dengan orang lelaki ni.” Faisha
memberi alasan. Sedangkan dia dah tahu pun siapa tuan empunya diri.

Fazura menjuih. Alahlah sangat. Entah-entah dalam diam kekasih keliling
pinggang. Faisha boleh tahan cantik juga. Cuma pakaiannya yang serabut ala-ala
lelaki itu sahaja menampakkan dia tidak menarik. Dengan rambut pendek paras
telinga dan topi yang sentiasa menutupi kepalanya.

55

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kau kena kenal dengan dia dulu. Mana tahu jiran sebelah boleh jadi jodoh

kau yang dirancang. Jodoh tangkap muatlah katakan. Tak nak ke?” Fazura

menyakat Faisha.

Tak pernah dia lihat Faisha dengan mana-mana lelaki. Memang teruk sangat

anti Faisha kepada lelaki.

“Aku tak berminat nak berkenalan dengan sesiapa.” Sekali lagi Faisha

mengulangi bila Fazura beria-ia mahu memperkenalkannya dengan jiran sebelah.

“Janganlah jual mahal sangat, Faisha. Kita orang perempuan ni perlukan

orang lelaki dalam hidup. Tak sempurna hidup kita kalau tak ada mereka.” Fazura

sudah memulakan mukadimahnya.

Kata-kata Fazura itu membuatkan Faisha tergelak kecil.

“Itu kau, bukannya aku. Kau tu memang betul tak boleh hidup tanpa lelaki.

Selama ni aku boleh aje hidup sendiri, tak payah ada orang lelaki kat sisi. Tak ada

masalah pun. Tak mati pun aku bila dia orang tak ada kat sisi.” Faisha membalas

sinis.

Lemah betul Fazura jika hidupnya berharap kepada orang lelaki. Faisha tidak

mahu jadi selemah itu.

“Kau tak jatuh cinta lagi, mana kau tahu. Tunggulah nanti bila kau dah

sukakan seseorang. Masa tu, kau akan fikir macam-macam. Tentang masa depan

dan angan-angan. Percayalah cakap aku,” balas Fazura, tidak mahu mengalah.

Faisha mencebik, tidak setuju dengan pendapat Fazura. Bagi dirinya,

memang tiada istilah itu semua. Hanya menyakit dan mendera hati. Cukup sekali

dia kecewa kerana insan yang bergelar lelaki. Dia sudah serik.

“Kau jangan terlalu taksub sangat dengan cinta, Zura. Lagi-lagi cinta daripada

suami orang. Kau merana nanti kau tahulah betapa sakitnya dikecewakan. Masa tu,

baru kau akan tahu apa itu derita dan merana,” balas Faisha, kembali teringatkan

kejadian dia ditinggalkan dulu.

56

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kau cakap macam pernah ada pengalaman,” teka Fazura dengan

mengecilkan matanya. Lama dia merenung Faisha, inginkan kepastian.

Faisha diam saat matanya berbalas pandang dengan Fazura. “Pengalaman

akan membuatkan kita lebih matang dan berhati-hati.”

“Kau pernah bercinta ke dulu? Ceritalah sikit kat aku.” Fazura teruja ingin

tahu.

Faisha diam. Tidak memberi sebarang respons. Dia buat tak endah sahaja.

“Faisha, ceritalah sikit tentang pengalaman cinta kau tu,” desak Fazura. Dia tak

pernah tahu apa-apa tentang Faisha, apatah lagi tentang kisah cintanya.

“Nak tahu pengalaman aku, bayar seratus. Baru aku cerita kat kau.” Spontan

kata-kata itu keluar dari mulut Faisha. Nak korek rahsialah tu.

“Okey, sekejap.” Fazura meletakkan getah paip ke bawah dan menutup

kepala paip.

Laju kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Beberapa saat kemudian,

dia datang kembali membawa sekeping duit 100. Duit itu dihulurkan kepada Faisha.

Tidak berkelip mata Faisha memandang duit yang dihulurkan Fazura.

“Ambil ni. Aku bayar untuk kau ceritakan pengalaman percintaan kau.”

Fazura menjongketkan keningnya berkali-kali.

Duit 100 di tangan Fazura direbut. “Kau rasa duit ni cukup ke nilainya

dengan kisah yang aku simpan? Kau nak tahu?”

Laju Fazura mengangguk.

Lama Faisha diam. Jauh pandangannya dilabuhkan ke taman yang

berhadapan dengan rumah mereka. Perlahan-lahan dia menghela nafas.

“Ceritalah, Faisha.” Fazura menghenyakkan punggungnya di sebelah Faisha.

“Aku dah pernah kahwin sebelum ni,” ujar Faisha perlahan.

Fazura terlopong. Kedua-dua belah pipinya ditepuk-tepuk. Tak mimpi pun. “Tipulah

kau ni.”

57

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Tadi kau suruh aku cerita. Bila dah cerita, kau cakap aku tipu pula,” dengus

Faisha perlahan.

“Betul ke?” soal Fazura inginkan kepastian.

Perlahan-lahan Faisha mengangguk. “Kisah lama. Perkahwinan aku dengan

bekas suami aku bertahan sehari aje. Lepas sejam sah jadi isteri, aku dah kena

cerai. Malang betul nasib aku. Kalau aku tahu macam tu jadinya, aku takkan kahwin

dengan dia.”

Mendatar suara Faisha. Hatinya masih sakit dengan apa yang terjadi.

Sehingga ke saat ini ia meninggalkan parut hitam dalam hatinya.

Fazura simpati mendengar cerita Faisha. Memang kasihan sangat dengan

apa yang menimpa diri Faisha. Tidak hairanlah kenapa Faisha berubah menjadi

wanita yang keras hati.

“Menyesal aku terima lamaran dia.” Faisha mengetap bibirnya. Menahan

rasa sedih yang bersarang dalam hati.

Kerana kisah itulah dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai liku. Dia perlu

tabahkan hati. Ikatan yang hanya kekal satu jam itu menjadi buah mulut orang

kampung. Maruahnya dipijak-pijak begitu sahaja.

“Tak apalah, Faisha. Dah bukan jodoh kau dengan dia. Mungkin Tuhan nak

berikan yang lebih baik daripada bekas suami kau tu. Janganlah sedih-sedih. Maaf,

kalau aku paksa kau bercerita tentang kisah lalu kau tu.” Serba salah pula Fazura.

Faisha menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan. Perlahan-lahan

dia mengukir senyuman di bibir. “Buang masa aku nak sedih-sedih. Kalau aku terus

sedih, apa pun tak dapat. Buang air mata aje. Buang masa pun ya juga.”

“Kau okey ke ni?” soal Fazura. Dia perasan perubahan pada wajah Faisha.

Faisha cuba menyorokkan perasaannya dengan wajah cerianya.

“Okey aje. Kau aje yang rasa aku sedih.”

Fazura menghela nafas. Rupanya Faisha jadi begitu kerana bersebab.

Sabarlah, sahabat.

58

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

LUTH mencuri dengar perbualan Faisha dan Fazura. Kisah Faisha begitu menyentuh
hati. Rupa-rupanya dia dan Faisha mempunyai persamaan. Masing-masing pernah
berkahwin, cuma yang membezakan mereka hanya usia perkahwinan.

Usia perkahwinan Faisha dan bekas suaminya bertahan satu hari. Dia pula
bertahan setahun sahaja. Masing-masing dikecewakan dan dikhianati.

Dengar sahaja kisah Faisha membuatkan Luth mahu mendekati wanita itu.
Baginya, Faisha begitu hebat pada pandangan matanya. Dia yakin Tuhan hantarkan
Faisha untuk dia melupakan kisah lalunya.

Ringan kaki Luth mengatur langkah. Menapak laju menghala ke pintu utama.
Makin ringan kakinya menghampiri tembok yang memisahkan rumahnya dan
rumah sebelah.

“Ehem.” Luth berdeham, mahu dua gadis itu perasan akan kehadirannya di
situ.

Fazura tersenyum sebaik berpaling.
“Hai, panjang umur. Kami berdua baru aje cakap pasal awak. Tiba-tiba
terjengul.” Beria-ia Fazura meneruskan perbualan.
Faisha pula menundukkan pandangannya. Dia perasan mata Luth sedang
memandangnya dari tadi.
“Patutlah saya terbatuk-batuk. Rupanya awak berdua mengumpat saya,”
ujar Luth. Matanya melirik kepada Faisha.
Faisha langsung tidak membalas renungan Luth.
“Eh, mana ada mengumpat. Kami tunggu awaklah, Luth. Saya nak kenalkan
awak dengan kawan serumah saya ni. Nama dia Faisha Irdina. Faisha, inilah jiran
baru yang aku cerita kat kau tu.” Fazura memperkenalkan mereka berdua.
Meleret senyuman Luth.

59

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Hai, Faisha. Saya Luth Fahim. Salam perkenalan.” Luth mengangkat

tangannya sebagai tanda perkenalan.

Faisha tarik muka. Eh, mamat ni buat-buat tak kenal pula. Faisha menjeling tajam.

Fazura menolak Faisha dengan bahunya. Dia perasan Faisha tarik muka.

“Faisha, Luth tegur kau tu. Janganlah jual mahal sangat.”

Malas-malas Faisha panggung kepala. Dipaksa diri supaya tersenyum. “Hai,

Luth.”

Naik menyampah pula. Muka dah macam kerang busuk dia tengok muka

Luth.

“Nanti jumpa boleh ingat kan muka dia ni? Muka kawan saya ni memang

ketat selalu. Susah nak tengok muka dia manis.” Fazura berkata sinis. Sempat lagi

dia kenakan Faisha.

Terjerit kecil Fazura lepas Faisha mencubit pahanya. Laju Fazura menggosok-

gosok pahanya yang pedih.

“Tak apa. Muka ketat, janji hati manis dan baik.” Sejak beberapa hari kenal

Faisha, dia dapat rasakan hati budi Faisha.

Juling biji mata Faisha menjeling Luth. Muka ketat hati manis konon.

Macamlah dia dah masak dengan perangai aku. Mata tu nanti aku cungkil juga

sampai terkeluar, hamun Faisha dalam hati. Entah kenapa dia rasa sakit hati

sangat-sangat dengan Luth. Padahal Luth awal-awal tadi dah minta maaf.

“Kawan saya ni tak manis, tapi sentiasa pedas. Bab-bab ayat sentap pedas

dan rasa menusuk sampai ke hati,” tambah Fazura lagi.

Faisha menjeling Fazura pula. Bukan main lagi Fazura sama naik dengan

Luth. Banggalah tu sebab dapat berdepan dengan Luth. Rasa macam nak tampar-

tampar sahaja muka Fazura. Lepas itu nak hempuk kepala mereka.

“Faisha, saya rasa kita pernah jumpalah sebelum ni. Tapi, kat mana ya?”

Luth pura-pura bertanya.

“Entahlah. Tak ingatlah kat mana. Kita pernah jumpa ke?” Faisha buat-buat tanya.

60

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Pernah rasanya. Kita pernah jumpa dalam taman hati saya,” jawab Luth

sambil tertawa kecil di hujung ayatnya.

Melopong Fazura mendengar kata-kata Luth.

“Banyaklah taman hati kau.” Faisha memeluk tubuhnya.

“Tak banyak. Ada satu aje. Dalam taman tu tertera nama Faisha Irdina,”

jawab Luth sambil menunjukkan jari telunjuknya kepada Faisha.

Faisha menjuih dengan jawapan Luth itu.

Fazura pula terkebil-kebil melihat mereka berdua. Daripada gaya mereka,

macam dah lama kenal. Sebab Luth asyik mengusik Faisha. Daripada pandangan

matanya pula, dia perasan Luth asyik curi pandang ke arah Faisha. Aisy, macam ada

sesuatu antara mereka berdua.

“Eh, kau orang berdua ni macam dah lama kenal aje. Ada apa-apa yang aku

tak tahu ke?” soal Fazura, menamatkan pertanyaan yang bermain dalam minda.

Muka Faisha dan Luth dipandang berganti-ganti. Musykil betul.

Faisha menjeling Luth yang berdiri di sebalik tembok yang memisahkan

rumah mereka.

“Kau tanyalah dia sendiri. Kalau aku, memang aku tak kenal dia,” balas Faisha

kasar. Sempat lagi dia menjeling tajam kepada Luth.

“Kenal sangat. Faisha ni bakal isteri saya nanti.” Laju Luth menjawab.

Terlopong Fazura mendengar jawapan Luth. Terkebil-kebil matanya.

Faisha bingkas berdiri. Digagahkan diri menghampiri Luth. Jemarinya

digenggam dan ditunjukkan kepada Luth.

“Kau kenal ni?” tanya Faisha.

Luth angguk kepala. “Tu penumbuk.”

“Nak rasa?” Tegang wajah Faisha ketika itu.

Luth tarik senyum senget.

61

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kalau itu penumbuk cinta, saya mahu aje. Janji tinggalkan kesan kat hati

saya. Kalau awak nak tumbuk, tumbuk aje di sini. Dekat dengan hati saya.” Luth

meletakkan tapak tangannya ke dadanya.

Fazura yang mendengar hanya tergelak. Dia lihat mereka berdua bagaikan

ada sesuatu. Fazura akhirnya menapak masuk ke dalam rumah. Memberi Luth

ruang untuk bersendiri dengan Faisha. Dia tak jadi nak kacau daun.

“Kau cakap lagi bukan-bukan depan Fazura, siap kau.” Faisha memberi

amaran.

“Awak nak buat apa kat saya?” soal Luth, tidak lepas memandang wajah

Faisha. Garang-garang pun tetap manis bila dipandang.

“Aku... aku... Argh, adalah aku nak buat apa nanti.” Kalut Faisha melarikan

pandangannya.

Tajam betul mata Luth merenung mukanya. Naik seram pula dia. Jantungnya

pula jangan ditanya. Memang berdegup laju berbanding biasa.

“Kenapa awak? Awak nak buat apa kat saya?” soal Luth lembut.

“Isy, jangan nak cakap lembut-lembut macam tu dengan aku. Seram aku

dengar.” Faisha mula menggelabah.

Bila Luth cakap lembut begitu, dia terasa seperti berada di awangan. Lemah

lutut dan boleh rebah kalau macam ni.

“Suka hati sayalah. Dayuslah saya kalau cakap kasar-kasar dengan awak.

Sedangkan awak tak ada buat apa-apa salah pun dengan saya.” Makin lembut kata-

kata Luth.

Berdebar-debar jantung Faisha bila lama-lama berdepan dengan Luth.

Ayatnya sahaja buat jantungnya berdetak tak menentu. Tak pernah ada lelaki yang

melayannya sebaik Luth melayannya. Luth ni memang berbeza sangat dengan lelaki

lain.

“Aku masuk dululah.” Faisha dah tak tentu arah.

62

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kalau dah masuk dalam rumah, jangan lupa keluar nanti. Kalau dah masuk

dalam hati saya, awak takkan jumpa jalan keluar dah. Itu saya tak kisah.” Luth

mengerdipkan matanya.

Faisha mengeluh perlahan. Ada-ada sahaja Luth ni. Agakya dah buang tabiat.

Atau dia memang sengaja nak main-mainkan perasaannya? Jangan cepat cair,

Faisha. Jangan terjatuh cinta dan termakan dengan ayat-ayat manis dia. Hati Faisha

berbisik, nasihatkan dirinya.

63

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 10

FAZURA duduk di sebelah Faisha. Bantal kecil disambar lalu dipegangnya. Kedua-
dua belah tangannya menongkat dagu. Tidak lepas matanya merenung wajah
Faisha dengan pandangan penuh dengan seribu persoalan.

Faisha perasan reaksi Fazura. Nafasnya ditarik dalam-dalam dan dilepaskan
kuat. “Apa hal dengan kau ni? Kau pun nak jadi macam mamat sebelah tu ke?
Tenung muka aku macam nak telan.”

Fazura menegakkan badannya. Bantal yang dipegang dipeluk pula. “Kau
memang dah kenal dengan Luth ke?”

Fazura cuba mengorek rahsia. Dia habis fikir untuk mencari jawapan. Tadi
masa dia meninggalkan Faisha dan Luth di luar, sempat juga Fazura mengintip dan
mencuri dengar perbualan mereka berdua. Bukan main jual mahal lagi Faisha
melayan Luth. Kalau dia yang jadi Faisha, memang dia sambut dah kata-kata Luth.
Langkah kanan, boleh terus kahwin.

Faisha melirik Fazura. Sekali lagi dia menghela nafas. “Kan aku cakap tak
kenal.”

Fazura tarik muka. Tak percayalah!
“Eleh, kau nak tipu aku, silap oranglah, Faisha. Gaya kau dengan Luth
memang macam dah saling kenal. Kau tak nak mengaku juga?” Fazura
menyuarakan apa yang bersarang dalam hatinya.
“Tak ada maknanya.” Ringkas sahaja jawapan Faisha.

64

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Tak ada maknanya konon. Kau tak dengar Luth cakap kau tu bakal isteri

dia? Eh, kau orang memang bercinta ke? Faisha, kau ceritalah kat aku. Dengan aku

pun kau nak berahsia.” Paha Faisha ditepuk-tepuk lembut.

“Mana ada aku bercinta dengan dia. Aku tak kenal pun hati budi dia. Buat

apa pula nak kahwin dengan dia? Cakap aje lebih mamat tu. Andai kata betul

sekalipun aku nak kahwin dengan dia, tak adanya aku nak layan dia macam tu. Itu

kau boleh fikir sendiri, kan?” Faisha tetap menafikan.

Fazura tergelak kecil. Geli hati dengan sikap jual mahal Faisha. Nampak

sangat Faisha gelabah bila dia bertanyakan tentang hubungannya dengan Luth.

“Kalau kau tak nak Luth, bagi kat aku aje. Kau tak nak, aku nak aje,” usik

Fazura.

Naik turun nafas Faisha. Sakit hati pula dengan Fazura.

“Kalau kau nak, ambil aje. Aku tak kisah pun. Tapi, mana kau nak letak Kimi

kau tu? Semua orang kau nak,” dengus Faisha.

Tergelak besar Fazura. Ada bau cemburu daripada nada Faisha. Takkan

Faisha reti cemburu?

“Dah kau tak nak, bagi ajelah kat aku. Kau tak nak, kan?” Seronok pula

tengok air muka Faisha yang berubah. Muka orang tak puas hati yang cuba

disembunyikan itu dapat dibacanya.

Makin kencang degupan jantung Faisha.

“Ambillah!” Faisha bersuara lantang.

“Okey, terima kasih sebab bagi Luth kat aku. Nanti kau jangan gigit jari kalau

dia nak jadikan aku isteri dia.” Seronok betul Fazura menyakat Faisha. Macamlah

dia tak tahu Faisha sedang menyembunyikan perasaannya.

Faisha mendengus kuat. Dia menggagahkan diri menapak masuk ke dalam

bilik. Kuat bunyi pintu biliknya dihempas tanda protes. Fazura tergelak, geli hati

dengan sikap Faisha. Tahu cemburu juga kawannya itu. Ingatkan hati batu tak ada

perasaan.

65

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

PINCANG langkah Faisha menapak ke katil. Punggung dihenyak ke permukaan katil.
Jemarinya menggenggam kejap permukaan tilam yang bersarung itu. Sakit hati pula
dia dengan Fazura.

Semua Fazura mahu. Bercinta bagai nak rak dengan Kimi. Luth pun dia nak.
Semua dia nak kebas. Argh, tak patut dia menghalang. Dia dengan Luth bukannya
sesiapa pun. Hanya kenal gitu-gitu sahaja. Tak patut dia berperasaan begitu.

Faisha cepat-cepat membuang rasa cemburu yang cuba bersarang dalam
hati. Tak patut dia biarkan perasaan itu menguasai dirinya. Dia patut sedar dirinya
tidak layak pun untuk mendampingi sesiapa. Dia juga perlu beringat kerana insan
bergelar lelakilah dirinya terbuang jauh. Terkapai-kapai meneruskan kehidupannya
sendirian. Dengan kedua-dua kakinya itu, dia bejaya melangkah tanpa lelaki
bergelar suami di sisi.

Apa yang terjadi dalam hidupnya selama ini meninggalkan kesan yang amat
dalam kepada dirinya. Bukan mudah untuknya melupakan apa yang pernah terjadi
sebelum ini. Dia sendiri tidak percaya dirinya pernah memberikan ruang kepada
lelaki dan terus bersetuju untuk berkahwin. Kini, dia tidak mahu sejarah lama
berulang lagi.

Faisha trauma untuk bercinta. Dia jadi fobia bila terkenangkan
perjalanannya yang kecundang ketika saat bahagia itu menjadi miliknya. Betapa
hampa dan kecewanya perasaannya saat itu. Disebabkan kekecewaan itulah dia
kembali berdiri dan menjadi dirinya yang sekarang.

Faisha menghela nafas. WhatsApp yang masuk menyedarkannya daripada
terus berada dalam lamunan kenangan lalu. Telefon bimbitnya yang ada di atas
meja solek itu disambar. Skrin telefon itu disentuh. Perlahan-lahan Faisha
menghela nafas.

66

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bakal isteri, jom kita keluar makan malam.

Faisha tarik muka sebaik baca teks WhatsApp yang masuk ke dalam telefonnya.

Siapa bakal isteri kau? Kau salah nombor ni.

Laju sahaja Faisha menaip mesej kepada Luth. Tiba-tiba WhatsApp
memanggilnya dengan panggilan bakal isteri. Macamlah betul dia nak kahwin
dengan Luth. Pandai-pandai memanggilnya dengan gelaran itu.

Awaklah bakal isteri saya. Takkan Fazura pula.

Terbatuk-batuk Faisha membaca WhatsApp yang baru masuk ke dalam
telefonnya.

Dah. Jangan nak mengada-ada. Berangan aje lebih. Kalau kau kahwin dengan aku,
gelap masa depan kau.

Pantas Faisha menaip lalu dihantar kepada Luth. Dia menuruni katilnya.
Kakinya mengatur langkah menghampiri tingkap yang terbuka luas. Dapat didengar
dengan jelas suara Luth ketawa dan saat itu jugalah Faisha memanjangkan
lehernya. Rupa-rupanya Luth sedang duduk bertenggek di hadapan rumahnya.

Tak cuba mana tahu, kan? Jom kita kahwin dulu. Dah kahwin, baru kita boleh tahu
cerah atau gelap masa depan kita.

Terbeliak biji mata Faisha membaca WhatsApp daripada Luth. Dijengukkan
kepalanya di tingkap yang terbuka luas itu.

67

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Hoi, tak ada maknanya masa depan aku cerah kalau kahwin dengan kau!”

jerit Faisha kuat. Berona merah mukanya menahan marah.

Luth memalingkan wajahnya. Tangannya diangkat tinggi. Tersengih Luth bila

melihat wajah Faisha terjengul di situ.

“Hati-hati, awak. Jangan terjatuh keluar dari tingkap tu. Kalau terjatuh cinta

kat saya, boleh saya tangkap cinta awak tu.” Makin galak Luth bersuara. Manis

wajah Luth bila melihat Faisha ada di depan matanya.

“Eh, tak ada maknanya saya nak jatuh cinta kat awak. Buang masa dan

karan,” bidas Faisha kasar.

“Hidup awak akan bermakna kalau jatuh cinta kepada saya. Tak percaya, jom

kita becinta,” semawa Luth dengan sengih lebar.

Faisha mencebik bersama gelengan kepala. “Tak naklah. Aku tak suka.”

“Kenapa tak nak? Awak tak suka orang lelaki?” tanya Luth dengan dahi

berkerut.

“Memang pun. Aku benci orang lelaki. Kau nak ajak aku bercinta banyak kali

pun jawapan aku tetap sama. Tak nak!”

Membulat biji mata Luth.

Faisha terus menutup tingkap biliknya kasar. Tanda protesnya kepada Luth.

Berani Luth mengajaknya bercinta. Faisha menghenyakkan punggungnya ke kerusi.

Hatinya gelisah sebenarnya. Betulkah Luth mahu bercinta dengannya?

68

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 11

LUTH tersenyum-senyum sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada-ada
sahaja alasan Faisha menjawab. Jual mahal betul. Lagi Faisha jual mahal, lagi dia
tercabar nak memikat hati batu milik gadis itu.

Terbayang wajah Faisha dalam benaknya. Parah. Memang dia asyik
terbayangkan wajah manis Faisha. Garang-garang macam Faisha pun dia boleh
terpikat. Tergelak Luth bila teringat reaksi Faisha tadi. Siap jengul kepala di daun
tingkap yang terbuka. Terkejut juga dia bila disergah Faisha.

Melihat wajah Faisha yang garang membuatkan Luth makin ingin
mendekatinya. Selalunya gadis yang berhati keras ini dia lebih tahu menjaga diri.
Tidak melayan lelaki di luar sana sesuka hati. Biar nampak sombong asalkan
maruah diri terjaga dengan baik.

Luth merebahkan badannya. Wajah mulus Faisha benar-benar sudah
mencuri hatinya. Gadis itu betul-betul sudah berjaya mengetuk pintu hatinya.
Walaupun Faisha garang, Luth dapat merasakan kelembutan yang disembunyikan
Faisha. Mungkin kisah lalu Faisha yang membuatkan dia berubah jadi begitu.

Sedikit sebanyak kisah perjalanan hidup Faisha yang didengarnya itu
membuatkan dia dapat mengagak Faisha bagaimana orangnya. Hati itu pernah
terluka dan dilukai. Sebab kisah lalu itulah Faisha menjauhkan diri daripada insan
yang bergelar lelaki.

69

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Faisha... kita berdua sama sahaja. Kau dan aku pernah rasa kecewa

dikhianati. Kalau kita bersama, pasti perasaan pedih itu tak mengganggu hidup

kita.” Luth bercakap sendiri sambil menatap wajah Faisha yang dirakam di dalam

telefonnya.

Skrin telefon yang memaparkan wajah Faisha itu ditenung redup. Kata

hatinya kuat mengatakan Faisha adalah pengganti yang bakal memecahkan tembok

duka dalam hatinya. Faisha bakal menghapuskan rasa duka yang singgah dalam

hidupnya. Dan dia yakin dapat menghapuskan kedukaan yang dialami Faisha.

“Assalamualaikum.”

Luth mengerutkan dahinya. Siapa yang memberi salam di luar? Luth

menjengah melalui tingkap ruang tamu rumahnya, berselindung di sebalik tirai.

“Assalamualaikum. Luth...” Suara itu makin jelas kedengaran. Tapi, kelibat

wajah milik suara itu tidak pula kelihatan.

Luth perasan Fazura berdiri di sebalik tembok yang memisahkan rumah

mereka. Luth menapak keluar dari dalam rumah.

“Ada apa Fazura?” tanya Luth, tidak lepas memandang Fazura.

Fazura mengangkat mangkuk yang dipegangnya untuk ditunjukkan kepada Luth.

Mi bandung yang masih panas itu disuakan kepada Luth.

“Mi bandung untuk Luth,” getus Fazura sambil tergelak kecil. Kononnya

bagai satu tajuk novel untuk kisah cinta dua sejoli itu.

Luth menyambut mangkuk yang berisi mi bandung itu. Baunya sahaja sudah

menaikkan selera makannya. Macam tahu-tahu sahaja perutnya sedang

berkeroncong lapar.

“Terima kasih. Awak masak ke?” soal Luth sebaik mangkuk itu berganti

tangan.

Laju Fazura menggeleng kepala. “Faisha yang masak ni. Saya cuma bagi kat

awak aje. Rasalah masakan Faisha. Pasti awak akan teringat lepas makan mi

bandung air tangan Faisha.” Perlahan sahaja Fazura memberitahu Luth.

70

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Sesekali dia memandang ke arah rumah. Mana tahu tiba-tiba Faisha terjengul

keluar. Marah pula Faisha sebab memberikan mi bandung yang dimasaknya itu

kepada Luth.

Terkebil-kebil mata Luth.

“Faisha masak?” soal Luth bagaikan tidak percaya.

“Yalah, Faisha yang masak. Kalau saya masak, entah rasa apa nanti. Cubalah

dulu.”

Luth menguntumkan senyuman pada wajahnya. Kalau Faisha yang masak,

memang dia akan makan sampai habis.

Berkerut-kerut muka Luth. “Faisha tak tahu ke ni awak bagi saya?”

Laju Fazura mengangguk.

“Saya nak bagi awak rasa masakan Faisha. Saya makan sedap. Kalau awak

makan kut terus nak ajak kahwin,” terang Fazura sambil tergelak kecil.

Luth menahan ketawanya daripada terburai. Tahu-tahu sahaja Fazura apa

yang sedang bersarang dalam hatinya. “Mesti sedap.”

“Awak rasalah nanti, ya. Makan panas-panas ni sedap.”

Luth menganggukkan kepalanya.

“Saya masuk dulu.”

Luth mengangguk. Dia pun tak sabar nak merasa masakan daripada air

tangan Faisha. Nampak sahaja gaya tomboi, tapi pandai juga Faisha memasak.

Memang tabik springlah.

“Eh, Zura. Sekejap,” panggil Luth bila dia terfikirkan sesuatu.

Fazura memberi sepenuh tumpuan kepada Luth. Tidak berkelip matanya

memandang muka Luth.

Nanti kalau Faisha ada masak lebih, jangan lupakan saya.” Malu-malu Luth

bersuara.

Fazura tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. “Nanti saya

bagi lagi.”

71

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Senang hati Luth mendengar jawapan Fazura. Apa sahaja yang berkaitan

Faisha sudah membuatkan hatinya berbunga-bunga. Daripada makanan hingga ke

orangnya, ada sahaja membuatkan hatinya berbaur sayang.

“Nanti kirim salam rindu saya kat dia, ya.” Luth meninggalkan pesanannya

kepada Fazura.

Fazura mengangguk tanda setuju.

MI bandung diambil bau sedalam-dalamnya. Disudukan kuah mahu merasai
keenakan masakan air tangan Faisha. Terkedu Luth bila mula merasa keenakan
masakan Faisha. Dari mahu rasa, Luth terus jamah tanpa menoleh lagi.

Mi bandung yang Faisha masak memang enak. Sekali hadap terus habis.
Mangkuk kosong itu diletak ke tepi. Luth tersandar kekenyangan sambil tangan
meraba perutnya.

Luth tersenyum sendiri. Kalau begini sedapnya masakan yang dimasak
Faisha, boleh dah dibuat isteri. Tak sia-sia dia tersuka kepada gadis lasak itu. Lasak-
lasaknya pun, memasak boleh tahan.

Kaki disilang. Kepala memandang kipas di siling yang sedang berputar
perlahan. Ketika itu juga otaknya ligat berfikir bagaimana mahu memikat hati
Faisha. Nak bermanis lidah dengan Faisha, tapi cara itu langsung tak jalan. Dia perlu
mengatur strategi untuk memikat hati Faisha yang keras seperti batu itu.

“Hmm, Faisha ni suka apa ya?” Tiba-tiba soalan itu meluncur dari bibirnya.
Agaknya Faisha macam perempuan lain tak? Suka hadiah. Hmm, susah juga
nak pikat hati Faisha. Argh, itu bukan alasan untuk dia berputus asa. Lagi buat dia
tercabar untuk mendekati Faisha.
Seribu langkah Faisha lari, seribu langkah Luth akan mengejar. Kalau Faisha
terjun ke laut, dia akan turut terjun jika itu saja caranya untuk mendapatkan hati

72

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Faisha. Dia perlu gigih berusaha untuk memenangi hati Faisha. Biar

kesungguhannya itu buat Faisha rasa dihargai.

Luth bangun daripada duduknya bila mendengar suara Faisha di luar rumah.

Bukan main rancak lagi Faisha berbual dengan seseorang. Dengar seolah-olah dia

sedang marahkan seseorang. Luth mencuri pandang dari tingkap biliknya. Kelihatan

wajah tegang Faisha, tapi dia hanya bersendiri. Tiada sesiapa bersamanya. Luth

pasang telinga ingin dengar apa yang dibisingkan oleh Faisha.

TEGANG wajah Faisha. Hatinya betul-betul sakit.
“Kau nak apa lagi daripada aku? Kita dah bukan suami isteri. Kau tahu, kan?”

marah Faisha. Langsung tak pandang kanan kiri.
“Sha, abang tahu sebelum ni salah abang. Abang terlalu cepat menghukum

Sha. Tolong bagi abang peluang.”
“Peluang tahi kucing kau. Kau kahwin dengan aku sehari, lepas tu kau

ceraikan aku. Kau tahu tak sejam aje aku jadi isteri kau. Aku tahulah aku ni bodoh.
Sekolah pun tak tinggi. Tapi, itu tak bermakna kau boleh memperbodoh-bodohkan
aku. Kau dah ceraikan aku, sekarang cari aku pula. Aku ni kan jahat. Buat apa kau
nak cari aku lagi?” Faisha mengungkit kembali.

Kalau Fattah tak ganggu dan cari dia, mungkin dia boleh diamkan sahaja. Bila
Fattah kembali merayu begini, dia terpaksa mengungkit apa yang Fattah lakukan
kepadanya.

“Sha, tolong jangan berkasar dengan abang,” rayu Fattah.
“Eh, sebab kau juga aku jadi macam ni. Kau dah hancurkan hati aku. Biarlah
aku nak berkasar ke nak maki kau ke. Kau bukannya suami aku lagi nak hormat-
hormat. Kau sendiri tak hormat aku,” balas Faisha geram.

73

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Fattah melepaskan keluhan kecil. “Maafkan abang, Sha. Abang tahu

kekhilafan abang sebelum ni. Abang percaya sangat dengan kata-kata Riana. Abang

termakan dengan tipu muslihat dia.”

Pengakuan Fattah hanya membuatkan Faisha tergelak sinis. Senangnya dia.

Kalau dalam hati penuh dengan rasa kepercayaan, Fattah takkan mencurigai

dirinya. Riana baru buka cerita, hati dan kepercayaannya dah tergugat. Terus

dilafazkan perkataan cerai. Lelaki macam Fattah memang tak layak untuk memiliki

hatinya.

“Abang harap Sha bagi abang peluang kedua.” Fattah merayu lagi, cuba

memujuk Faisha.

Makin galak Faisha ketawa. “Kau ni dah gila ke? Peluang kedua apa lagi?

Sekali kau dah buang aku daripada hidup kau, aku takkan patah balik ke dalam

hidup kau. Sekali kau dah buang aku, akan aku ingat sampai bila-bila.”

“Abang minta maaf.” Kendur suara Fattah dalam talian.

“Salah aje minta maaf. Kesalahan kau kat aku memang tak layak dimaafkan.

Kau dah ludah aku, lepas tu nak jilat semula. Kau ada akal ke tak? Tak ingat ke kata-

kata hina kau kat aku dulu? Kau dah lupa?” Faisha mengingatkan Fattah kembali,

biar Fattah ingat kata-kata hinaannya kepada Faisha selepas kata cerai dilafazkan.

“Err... Abang...” Fattah mati kata-kata.

“Kau ingat lagi kan muka aku? Muka aku ni yang kau kutuk. Diri aku yang kau

hina sampai tak ada belas kasihan. Aku merayu kat kau, tapi kau tak endahkan pun.

Malah, kau hina aku macam aku tak ada maruah diri. Kau ingat senang-senang aku

nak maafkan kau? Hati aku dah cukup sakit dengan apa yang kau buat kat aku. Kau

tak percayakan aku. Kalau kau percayakan Riana, kau kahwin ajelah dengan dia. Tak

payah nak cari aku lagi.”

Panjang Faisha menghamburkan kata-kata kepada Fattah. Biar Fattah tahu

dirinya tidak dapat memaafkan kesalahan yang dilakukan Fattah.

74

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Sha... hukumlah abang. Buatlah apa yang Sha nak buat kat abang. Asalkan

Sha maafkan abang.” Fattah terus merayu. Dia mengaku akan kesilapan dirinya.

“Aku nak hidup tenang tanpa gangguan kau. Itu aje yang aku nak.” Suara

Faisha mula mengendur.

“Tak boleh. Abang nak bersama Sha semula.”

“Pintu hati aku dah tertutup untuk kau, Fattah. Jangan sesekali kau datang

dalam hidup aku lagi. Jangan nak merayu bagai lagi. Simpan perasaan kau tu untuk

mana-mana perempuan. Aku ni tak layak untuk kau. Aku ni perempuan murahan.

Selalu berkepit dengan lelaki. Tidur dengan lelaki sana sini. Buat apa kau nak aku

lagi? Aku ni hina, kan?”

Ditahan perasaannya. Kata-kata hinaan itu tiba-tiba terngiang-ngiang

kembali di telinganya.

“Sha...”

“Eh, kau boleh hidup tanpa aku, kan?” Sinis sahaja soalan Faisha.

“Dengar dulu penjelasan abang.”

“Aduh. Kau tak payah nak berlembut lidah sebut abang. Kau bukannya

abang aku pun. Dan kau bukan sesiapa pun kepada aku. Kau tu cuma bekas suami

aku. Itu aje,” dengus Faisha sambil menarik-narik rambutnya.

Fattah melepaskan keluhan panjang. Hati Faisha memang keras macam

batu. Tiada lagi kelembutan pada diri Faisha. Faisha berubah sepenuhnya. Memang

salahnya juga. Kerana dirinya, Faisha jadi begitu.

“Lepas ni jangan cari aku dah. Aku memang takkan maafkan kau. Aku

bahagia dengan cara hidup aku sekarang ni,” pesan Faisha.

Dia tidak mahu Fattah kembali dalam hidupnya. Buang masa sahaja merayu,

menagih cintanya. Semua perasaannya kepada Fattah sudah dibuangnya jauh-jauh.

Yang ada tertanam dalam hati hanya perasaan benci dan dendam.

“Abang nak bersama Sha macam dulu. Sha fikirlah dulu. Abang tahu Sha

masih sayangkan abang.”

75

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Faisha melepaskan keluhan kuat. Susah nak terangkan kepada orang yang

tak faham bahasa. Berulang kali Faisha mengulangi kata-kata yang sama. Tapi,

Fattah tetap tak mahu faham. Tak tahu bagaimana lagi perlu diterangkan kepada

Fattah.

“Suka hati kaulah. Kau hiduplah dengan angan-angan tak kesampaian kau tu.

Kalau nak aku kembali dalam hidup kau, kirim salam ajelah. Pintu hati aku ni bukan

macam pintu Doraemon boleh buka simpan.” Faisha bersuara dengan nada

bengang.

Fattah memang dah gila talak. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata

inilah padahnya. Tak guna nak diingatkan lagi. Sudah hampir lima bulan hubungan

mereka berakhir.

76

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 12

CADBURY yang dibeli tadi disusun di atas meja. Selepas habis waktu kerja tadi, Luth
singgah di Giant. Beli stok barang memasak yang kehabisan. Ketika sampai di rak
coklat, matanya tertumpu pada paket plastik berwarna ungu itu.

Beberapa jenis coklat disambar Luth dan dimasukkan ke dalam troli.
Sekejap lagi dia akan bungkus dan berikan kepada Faisha. Tak salah dia mencuba.
Mana tahu Faisha suka makan coklat.

Rasa letih hilang bila teringatkan Faisha di rumah sebelah. Entah apa yang
Faisha sedang buat. Agak-agak, Faisha sedang fikirkan dirinya tak? Kalau dirinya
pula, memang setiap masa teringatkan Faisha. Memang dah angau.

Kakinya dilunjurkan dan hujung kakinya disilangkan, tengah fikir bagaimana
dia mahu memberikan coklat-coklat itu kepada Faisha.

Tiba-tiba terdengar bunyi kereta di luar rumah. Cepat-cepat Luth bangun
menapak ke tingkap. Diintainya dari jauh. Kelibat seorang lelaki bergaya memakai
kemeja dan bertali leher sedang berdiri di hadapan pagar rumah jirannya. Matanya
dikecilkan, cuba melihat kelibat yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Berkali-kali suara salam diberi, tetapi tidak bersambut. Siapakah lelaki itu?
Adakah dia kekasih Faisha? Argh! Soalan itu mengganggu mindanya. Mungkin juga
lelaki itu kekasih Fazura. Luth cuba menyedapkan hatinya. Dia masih berdiri di situ
melihat gerangan di sana.

“Faisha! Keluarlah, sayang.”

77

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Tersentap hati Luth apabila mendengar ungkapan dari mulut lelaki itu.

Tegang wajah Luth menahan rasa hati. Dia terus setia menanti.

“Sha, sayang keluarlah. Abang tahu Sha ada kat dalam. Keluarlah.” Suara itu

makin kuat kedengaran. Pagar yang menghalangnya digoyang-goyang.

“Faisha! Keluarlah!” jeritnya lagi.

Luth yang melihat mula hangat hati. Naik turun nafasnya. Ikutkan hati, mahu

sahaja dia keluar sekarang. Tapi, dia takut tindakannya itu hanya akan buatkan

Faisha bertambah benci kepadanya.

Luth terus diam di situ. Berdiri di sisi jendela bagaikan tiang besi. Hanya anak

matanya sahaja memerhati tindakan lelaki itu dari jauh. Apa yang dilakukan

pemuda itu terus diperhati.

“Faisha!” Makin kuat suaranya. Pagar rumah juga digegar dengan kuat.

“Eh, kau ni apa hal buat bising kat rumah orang?”

Luth dapat menangkap suara lunak Faisha. Beberapa ketika kemudian,

kelihatan Faisha menghampiri pemuda itu.

“Sayang...”

“Eh, panggil aku sayang pula dah. Aku tak cair pun. Cair tahi telinga ni

adalah.” Faisha buat mimik muka tidak suka. Nak termuntah bila Fattah

memanggilnya dengan panggilan sayang.

Fattah terus memandang Faisha yang keras di dalam. Dari atas hingga ke

bawah dipandangnya. “Sayang, awak kenapa ni? Sha tak bagi tahu abang pun Sha

macam ni.”

Faisha melabuhkan ketawa besar. “Buat apa nak bagi tahu kau? Dah ada

orang nak jaga aku. Baik aku hargai orang yang tahu hargai aku. Senget-senget aku

jalan macam ni pun dia sayang aku.”

Pantas sahaja mulut Faisha menjawab. Dia pun tak tahu kenapa ayat itu

meluncur laju dari mulutnya.

78

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Siapa? Siapa dia, Sha? Abang tak percaya sayang dah ada pengganti abang.”

Kejap tangan Fattah menggenggam besi pagar yang memisahkan mereka berdua.

Faisha menjeling tajam. Sesekali dia memandang rumah Luth. Tak keluar pula

mamat ni.

“Sha tipu abang,” nafi Fattah.

Dia tidak percaya Faisha sudah ada pengganti dirinya. Dia tahu sebelum ini,

Faisha terlalu mencintainya. Mustahil Faisha sudah ada pengganti.

“Tak. Kau tak percaya ke?” Faisha membulatkan matanya.

Fattah mengangguk. Memang dia tak percaya.

“Luth Fahim!” Faisha memanggil nama penuh Luth.

Luth yang tadi mencuri pandang di sebalik tingkap cepat-cepat berdiri. Nafas

ditarik dalam dan dilepaskan perlahan. Berdebar-debar jantungnya bila Faisha

memanggil namanya. Laju sahaja dia mengatur langkah. Pintu utama dikuak luas

dan dia keluar.

“Luth...” Meleret-leret nada suara Faisha. Mendayu-dayu dan manja

bunyinya.

Luth tersenyum. “Ya...”

Meleret-leret juga Luth menyahut. Tersungging senyum Luth. Macam dapat

lampu hijau sahaja. Laju Luth mengatur langkahnya keluar mendapatkan Faisha.

“Luth... awak bagi tahu dekat dia ni. Saya ni siapa?”

Luth terkebil-kebil. Nak bagi tahu apa? Nanti silap cakap, Faisha marah pula.

Jadi, dia hanya diam sambil tersenyum-senyum malu.

“Awak... bagi tahulah. Apa yang awak cakap kat saya tu. Saya ni bakal...”

Belum habis Faisha berkata, Luth menyambut laju.

“Faisha bakal isteri aku. Kami akan kahwin tak lama lagi.” Luth menjawab

dengan yakin.

Laju Faisha mengangguk. “Kau dengar tu Fattah. Aku ni bakal isteri Luth. Kau

ingat Luth akan diamkan diri kalau kau asyik ganggu aku?”

79

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Kalut Luth mengangguk tanda setuju.

“Mestilah takkan biarkan. Langkah mayat aku dulu kalau kau ganggu Faisha.”

Berani Luth menyergah Fattah. Atas bawah ditenung Fattah bagaikan tidak puas

hati.

Fattah tarik muka.

“Baru bakal isteri. Belum isteri lagi,” balas Fattah, tidak peduli akan

pengakuan Luth dan Faisha.

Langsung dia tak kisah. Apa yang dia mahu sekarang adalah mendapatkan

Faisha kembali. Dia mahu Faisha kembali ke pangkuannya.

“Eh, dah nama bakal isteri. Akan jadi isteri akulah tak lama lagi. Mestilah aku

peduli. Dah, jangan nak ganggu hidup Faisha lagi.” Masa inilah Luth nak tunjuk

hero. Biar Faisha rasa selamat bila dengannya.

Mengekek ketawa Fattah sambil menolak sikit batang hidungnya. “Aku tak

kisah. Sayang, abang tahu sayang masih tunggu abang, kan?”

Fattah cuba meraih tangan Faisha melalui lubang pagar yang tertutup.

Faisha berundur ke belakang, tidak mahu Fattah mengambil kesempatan terhadap

dirinya.

Luth yang tadi berdiri di kawasan rumahnya mula tak senang hati. Rasa

membara pula hatinya bila Fattah cuba menarik Faisha. Kalut Luth melangkah

keluar dari kawasan rumahnya. Dihampiri Fattah yang berdiri di luar pagar rumah

Faisha. Bahu Fattah ditepuk lembut.

“Orang tak nak jangan paksalah, bro.” Luth berkata sinis sambil tersenyum.

Tegang wajah Fattah. Dadanya berombak kencang. Jemari sudah tergenggam rapi.

Diangkat genggaman itu, mahu dihalakan ke muka Luth. Faisha yang melihat

tindakan Fattah menjerit kuat cuba menghalang tindakan Fattah.

Luth perasan tangan Fattah yang dihalakan ke wajahnya. Laju sahaja tangan

Luth menangkap pergerakan tangan Fattah. Dikilas tangan Fattah ke belakang.

Fattah memang bukan lawannya.

80

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Tak payah nak berkasar dengan aku. Aku tegur cara baik tadi, kan? Kalau

orang tak suka, jangan dipaksa. Hati orang tak boleh nak dipaksa-paksa. Jadi,

tolonglah hormat perasaan orang perempuan,” tegur Luth. Tangan Fattah

dilepaskan.

Naik turun nafas Fattah. Tak puas hati dengan Luth. Tajam matanya

menikam wajah Luth. Berbekas pergelangan tangannya dengan cengkaman Luth.

“Kau tak ada hak nak halang aku.”

“Sekarang mungkin tak ada hak. Tapi, aku ada hak nak halang orang

daripada ganggu Faisha. Sebab dia tu bakal isteri aku. Mestilah aku nak halang

kalau orang cuba ganggu dan sakiti dia. Sebab aku ni bakal jadi suami dia yang sah

nanti.” Tegas dan yakin sekali Luth menyusun ayatnya.

“Aku tak hairanlah! Aku lagi kenal siapa Faisha. Aku tahu Faisha masih

sayangkan aku. Kami pernah hidup bersama. Kau tu baru nak jadi suami. Belum jadi

suami Faisha lagi.” Fattah bangga dengan kata-katanya.

Faisha yang hanya memerhati perbalahan Fattah dan Luth tidak boleh

berdiam diri. Dia juga yang mengheret Luth ke dalam masalahnya. Takkan dia mahu

biarkan sahaja Luth berbalah sendirian dengan Fattah. Kunci mangga dikeluarkan

dari poket seluar jean. Sebaik dibuka, dia menghampiri kedua-dua pemuda itu. Dia

memilih untuk berdiri di sisi Luth.

“Fattah, aku dah tak ada apa-apa lagi perasaan kat kau. Kau aje perasan aku

masih sayangkan kau. Kau fikir logik sikit. Kau dah sakiti hati aku, dah hancurkan

hati aku, takkan aku ni bodoh sangat nak mengharapkan kau lagi? Nak sayangkan

kau lagi?

“Aku tak harap apa-apa lagi daripada kau. Sebab tu aku buat pilihan nak

kahwin dengan Luth. Tolong jangan paksa aku terima kau lagi. Bab kita bersama,

aku cuma jadi isteri kau satu jam aje. Kau pun masih belum kenal aku sepenuhnya.”

Faisha melepaskan semuanya.

81

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Fattah menggeleng laju. Tidak mahu mendengar kata-kata yang meluncur

dari mulut mungil Faisha.

“Abang nak Sha kembali dalam hidup abang.” Bergetar suara Fattah.

“Aku tak boleh nak hidup dengan kau. Kau tak nampak pun kebaikan aku.

Sia-sia aje kita bercinta bertahun-tahun kalau hati budi aku pun kau tak tahu,”

bidas Faisha, tidak mahu mengalah.

“Kau dengar tu.. Faisha tak boleh nak hidup dengan kau. Jadi, baik bagi

peluang kepada Faisha untuk hidup bahagia.”

Berdegup laju jantung Fattah. Hatinya sudah memaki hamun macam-macam

kepada Luth. Memang dia tak puas hati sangat dengan Luth. Tiba-tiba sahaja

datang menghalangnya. Namun, Fattah mengalah juga daripada terus berlawan.

Pasti dia akan kalah. Langkahnya diundur mendekati keretanya.

“Aku takkan diamkan. Aku juga takkan biarkan kau orang berdua berkahwin.

Faisha milik aku!” Fattah memberi amaran sebelum dia masuk ke dalam perut

keretanya.

FAISHA menghela nafas. Pergi juga Fattah dari kawasan rumahnya. Luth yang
berdiri di hadapannya dipandang. Dia cuba menangkap pandangan mata Luth, tapi
cepat-cepat dia melarikan semula anak matanya.

“Terima kasih tolong aku,” ucap Faisha.
“Sama-sama kasih. Untuk awak, saya sanggup lakukan apa sahaja. Asalkan
awak selamat,” sambut Luth sambil tersenyum.
Faisha tarik muka ketat. “Kau jangan nak perasan sangat.”
“Saya tak perasan. Tapi, saya rasa cukup bahagia bila awak cakap awak bakal
isteri saya. Kalau betul, sekarang juga kita keluar. Saya belikan cincin kat awak.”
Hati Luth yang kembang sudah berbunga-bunga.

82

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Eii! Masa bila aku nak kahwin dengan kau? Aku tak cakap pun nak kahwin

dengan kau.” Laju Faisha menggeleng kepala.

Menepis semua kata-kata Luth. Sangat mustahil dia hendak berkahwin

dengan Luth.

“Tadi kan awak cakap nak kahwin dengan saya. Tak lama lagi awak akan jadi

isteri saya.” Luth sempat bermain mata dengan Faisha.

Tapi, Faisha melarikan mata coklatnya itu daripada memandangnya.

“Eh, mana ada. Itu alasan nak mengelak daripada Fattah ganggu aku aje. Aku

cakap tadi bukan serius pun. Huh, minta simpang!” Ketat muka Faisha.

Luth ketawa.

“Saya tak kira. Awak dah cakap tadi, awak kena kahwin juga dengan saya,”

usik Luth menyakat Faisha.

“Tak mahulah!” Laju Faisha menggeleng kepala.

“Jom kita cari cincin. Lepas tu, kita uruskan hal pernikahan kita,” sambung

Luth lagi.

Seronok melihat reaksi Faisha. Nampak Faisha betul-betul gelabah walaupun

dia cuba sembunyikan perasaannya. Tinggi betul ego Faisha.

“Argh! Kau pun sama gila macam Fattah,” dengus Faisha.

Luth ketawa mengekek. “Suka hati cakap saya gila. Tak baik tau.”

Faisha telan air liur. Kenapalah jantungnya berdebar-debar?

83

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 13

JAM di tangan dipandang sekilas. Petang ini ada aktiviti sukan di sekolah. Luth
menjadi jurulatih badminton bagi pasukan sekolahnya. Ada empat kumpulan yang
dilatihnya terpilih. Selepas itu, dia akan buat saringan bagi memilih yang terbaik
untuk mewakili sekolah.

Luth lengkap berpakaian sukan. Penuh bergaya Luth berjalan keluar dari
rumahnya. Siap mengunci pintu rumah, Luth menjengah ke sebelah rumahnya.
Dapat tengok kelibat Faisha pun jadilah.

“Hai, Luth!” tegur Fazura.
Terkejut Luth bila tiba-tiba sahaja Fazura terjengul dari bawah. Rupa-
rupanya sudah lama dia duduk bertinggung di situ menarik rumput kecil yang
tumbuh di dalam pasu bunganya.
“Awak ni buat saya terkejut ajelah.” Dadanya diurut perlahan.
Fazura ketawa kuat. “Awak ingat saya ni hantu?”
Luth tersengih sambil memegang pangkal lehernya.
“Awak jenguk-jenguk sini cari Faisha ke?” soal Fazura. Geli hati Fazura
tengok Luth terjengah-jengah dengan mimik muka kecewa. Tak habis-habis nak
mengintip Faisha.
Tersungging senyum Luth.
“Faisha tengah rehat tu. Tadi dia tidur. Nak saya panggilkan Faisha ke? Kalau
nak jumpa buah hati awak tu, saya boleh panggilkan.” Fazura sudah berdiri.

84

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Kesian pula tengok Luth yang terjengah-jengah mencari kelibat kawannya itu.

“Eh, tak payahlah ganggu Faisha tidur. Balik sekolah nantilah saya cari dia. Dia letih

tu. Saya faham.” Luth menolak pelawaan Fazura.

Biarlah Faisha berehat. Lagipun dia mahu segera ke sekolah.

“Amboi, awak ni Luth. Sebut aje pasal Faisha, sengih tu sampai ke telinga. Kalau

nakkan Faisha tu, cepat-cepatlah hantar rombongan. Takut nanti bunga yang dipuja

dipetik orang.” Fazura setuju jika Faisha dan Luth disatukan.

Tergelak kecil Luth menyambut kata-kata Fazura. Macam tahu-tahu sahaja apa

yang bersarang dalam hatinya.

“Kalau perlukan bantuan saya, awak bagi tahu aje. Insya-Allah, saya boleh tolong.”

Beria-ia Fazura menawarkan bantuan.

Luth sekadar mengangguk. “Kalau ada jodoh, tak ke mana. Sebelah rumah aje pun.

Hahaha.”

Luth menyeluk tangannya ke dalam beg sandangnya. Sempat tadi dia

mengambil gubahan coklat Cadbury dan dimasukkan ke dalam beg sandangnya.

Gubahan coklat bagaikan gubahan bunga itu dihulurkan kepada Fazura.

“Awak tolong bagi hadiah ni kat Faisha. Saya nak bagi bunga, rasanya Faisha

macam tak suka bunga.” Tersipu-sipu Luth menahan malu.

“Boleh. Nanti saya bagi kat Faisha, ya.” Fazura menyambut hadiah

pemberian Luth. Hatinya pula yang kembang berbunga-bunga.

“Saya nak pergi sekolah, ada aktiviti. Saya pergi dululah, ya. Sampaikan salam

saya kepada Faisha.” Luth meminta diri.

Segan pula nak berbual-bual dengan Fazura. Kalau sekarang di depannya

Faisha, memang berat hati jugalah nak mengundurkan diri. Mujur Fazura sahaja

yang ada saat ini.

“Okey. Nanti saya sampaikan salam awak tu kat Faisha. Hati-hati, awak!”

Melebar senyuman Fazura.

85

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Matanya menangkap gubahan coklat yang dipegangnnya. Semuanya coklat

Cadbury daripada pelbagai perisa. Romantik juga abang rumah sebelah ni.

PERLAHAN-LAHAN Faisha berjalan menuruni anak tangga. Dia sudah tidak
menggunakan tongkat seperti sebelum ini. Sakit di kakinya sudah berkurangan.
Tangannya juga sudah boleh bergerak-gerak sedikit.

Perlahan-lahan dia mengatur langkah menghampiri sofa. Dihenyakkan
punggungnya perlahan-lahan ke sofa. Terjongket keningnya melihat jambangan
bunga yang diselitkan beberapa jenis coklat. Tersenyum-senyum Faisha. Ini mesti
Kimi hadiahkan kepada Fazura.

Faisha memang pantang nampak coklat Cadbury. Lagipun perutnya sedang
berkeroncong lapar. Coklat yang melekat ditarik satu. Plastik berwarna ungu itu
dibuka balutannya. Digigit sedikit demi sedikit. Pandai-pandailah nanti dia beritahu
Fazura. Siapa suruh letak coklat kegemarannya di situ?

Habis Faisha makan coklat yang bersaiz besar. Hingga menjilat jari agar tiada
sisa yang lekat di hujung jari. Tersenyum Faisha sebaik Fazura menapak masuk ke
dalam rumah. Fazura menapak ke dapur dan beberapa ketika kemudian, dia
kembali ke ruang tamu membawa dua cawan kosong dengan teko berisi air Milo
panas.

“Amboi, kau Zura. Senang hati nampak?” tegur Faisha.
Fazura menyambut teguran Faisha dengan menjongketkan keningnya.
“Tahulah kau tengah bahagia. Beruntunglah buah hati hadiahkan coklat. Aku
ambik satu bungkus tadi. Dah habis aku telan. Sorry, aku makan dulu baru bagi tahu
kau. Lapar sangat,” beritahu Faisha.
Air Milo panas yang sudah siap dituang ke dalam cawan diambil lalu diteguk
perlahan.

86

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Makan ajelah, Faisha. Aku tahu kau memang suka sangat dengan coklat tu.”

Fazura menghirup air Milo panas itu dengan berhati-hati.

Faisha senyum lagi. Fazura yang duduk di sebelahnya ditarik rapat lalu

dikucup pipinya. Mengelupur Fazura menyapu ciuman yang baru singgah di

pipinya.

“Kau jangan buat macam ni, Faisha. Gelilah aku.”

Faisha ketawa kuat.

“Alah, tak luak pun kalau aku cium sikit. Tahulah pipi kau tu untuk Kimi

cium,” sambut Faisha sinis kepada Fazura.

“Mana ada aku bagi Kimi cium pipi aku. Memanglah kami bercinta, tapi tak

adalah sampai aku nak bagi dia sentuh aku. Agak-agaklah,” jeling Fazura.

Walaupun dia bercinta dengan suami orang, itu tak bererti maruahnya

diberikan sesuka hati.

“Baguslah kalau tak bagi. Jaga diri sampai kau sah jadi isteri dia,” nasihat

Faisha.

Fazura mengangguk tanda faham.

“Aku nak makan semua coklat ni boleh? Kau bukan makan coklat pun,” pinta

Faisha.

“Ambik ajelah semua tu, Faisha. Memang hadiah tu untuk kau pun. Bukan

aku punya,” beritahu Fazura.

Terbatuk-batuk Faisha. “Aku punya? Kau ni jangan nak main-mainkan aku.”

Bahu Fazura ditepuk lembut. Langsung tak percaya. Kemudian, dia ketawa.

Siapalah yang nak berikannya hadiah?

“Isy, mana ada main-main. Memang kau punya pun. Buah hati kesayangan

kau yang bagi tadi,” beritahu Fazura. Air Milo dihirup lagi sambil mata memandang

kaca TV yang terpasang.

Bulat mata Faisha. Mulutnya terlopong luas. Terkebil-kebil matanya

merenung Fazura.

87

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kenapa kau tak cakap awal-awal? Aku dah makan habis satu plastik coklat

tu. Macam mana kalau ada jampi-jampi kat coklat tu? Nanti aku makan, aku

teringat kat dia. Siapa bagi ni?” Mulutnya ditonyoh-tonyoh.

“Abang romantik rumah sebelah,” beritahu Fazura sambil mulutnya

memuncung ke rumah sebelah.

“Luth?”

Fazura mengangguk. “Siapa lagi kalau bukan Luth. Romantik gitu.”

Faisha tarik muka. Geli-geleman dengar. Romantiklah sangat. “Orang lelaki

memang macam tu. Sebelum kahwin bukan main romantik lagi. Bila dah kahwin,

nampak semuanya plastik.”

“Faisha... Kau tak suka ke kat abang romantik rumah sebelah kita tu? Rugilah

kau...” Bahu Faisha ditolak lembut dengan bahunya.

Faisha menjuih sambil menggeleng kepala. “Nak termuntahlah kalau lelaki

romantik sangat.”

“Eleh, nak termuntah konon. Aku rasa kau tersepit nanti. Dah dapat peluk,

tak mahu lepas nanti.” Fazura menyindir sinis.

Paha Fazura ditampar lembut.

“Haip, tak boleh nak peluk-peluk. Bukan mahram tak boleh nak buat macam

tu,” omel Faisha sempat menjeling Fazura dengan pandangan tajam.

Fazura memusingkan badannya menghadap Faisha. “Lepas kahwinlah kau

peluk dia. Kalau kau dah kahwin dengan dia, mesti kau angau. Terlentok angau

cintakan dia. Kau percayalah cakap aku ni.”

Faisha memusingkan badannya. Pandangan Fazura dibalas tajam. Kemudian,

pipi Fazura ditampar-tampar.

“Kau ni bukan main lagi nak kenakan aku dengan abang romantik kau tu.

Kalau kau rasa dia romantik sangat, kau ambil ajelah. Bahagia hidup kalau lelaki

romantik macam tu,” sindir Faisha sinis.

88

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Kalau romantik sahaja tak cukup. Biar hati mahu ikhlas dan tulus dalam

sesebuah hubungan. Takut nanti sana sini perempuan dilayan sampai tergolek

angau.

Mulut Fazura ternganga luas. Kedua-dua belah tangannya digosok-gosok.

Laju dia mengangguk. “Aku nak. Terima kasih sebab kau bagi abang romantik tu kat

aku. Tak sabarnya...”

Faisha melepaskan keluhan berat. Entah kenapa dia rasa jantungnya

berdebar-debar hebat. Apa yang dikatakan Fazura benar-benar buatkan hatinya

sakit. Tak mungkinlah dia sukakan Luth. Mereka bukan ada apa-apa ikatan pun.

“Kimi kesayangan kau tu nak letak mana?” soal Faisha setelah beberapa saat

dia diam.

“Dia kan dah ada isteri. Biarlah isteri dia yang jaga. Aku akan pilih abang

romantik sebagai teman hidup. Jadi, kau tak boleh marah-marah aku dah sebab

kawan dengan suami orang. Aku pilih yang single. Lagipun, kau tak nak abang

romantik tu, kan?”

Fazura menjongketkan keningnya. Sengaja nak mendera perasaan Faisha.

Jual mahal sangat dengan Luth.

Faisha menjeling tajam. Hatinya membara. Namun, disembunyikan segala

perasaan yang sedang mengganggu hatinya.

“Ada aku kisah? Kahwinlah kalau nak sangat,” bentak Faisha, menahan rasa.

“Nak kahwinlah. Tapi, aku nak kena susun strategi dulu. Dia kan suka kat kau,

bukannya aku. Maknanya, aku nak kena pikat dulu hati abang romantik tu.” Fazura

merapatkan kedua-dua belah tangannya. Matanya dipejam.

Kononnya sedang membayangkan hidupnya dengan Luth.

“Kahwinlah! Ikut suka hati kaulah nak buat macam mana pun. Aku malas nak

ambil tahu.” Faisha bersuara laju.

Nada suaranya tidak puas hati. Punggungnya terasa panas untuk terus duduk

di situ bersama Fazura. Lantas dia bangun dan beredar dari situ.

89

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Faisha! Kau okey tak? Kalau kau tak bagi, aku tak teruskan.” Sengaja Fazura

menguji perasaan Faisha. Ditahan sahaja rasa geli hati.

Faisha meneruskan langkahnya.

“Suka hati kaulah!” Faisha membalas kuat seraya kaki diatur menuju ke

biliknya.

Fazura melepaskan juga ketawa yang ditahan-tahannya tadi. Termakan juga

Faisha dengan lakonannya tadi. Cuak muka Faisha bila dia kata mahu kahwin dan

pikat hati Luth. Cemburu tak mahu tunjuk, tapi nampak jelas wajah cemburu

Faisha. Mulut kata tak mahu, tapi hati mahu.

90

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 14

PUAN AISHAH melepaskan keluhan kecil. Luth semakin sibuk sejak beberapa hari
ini. Sudah tiga hari Luth tidak singgah pulang ke rumah. Bila pergi ke rumah
anaknya, rumah itu kosong tidak berpenghuni. Bila telefon langsung tidak dijawab.

Puan Aishah bersandar di kepala katil sambil tangan tidak lepas memegang
telefon bimbitnya. Nombor telefon Luth terus dihubungi berkali-kali, namun tetap
mengecewakan. Luth tidak menjawab panggilannya.

“Awak telefon siapa ni? Dari tadi tak habis-habis awak dail,” tegur Encik Luth
Fadhil, suami Puan Aishah.

“Saya telefon anak kita tulah, Luth. Telefon tak reti nak angkat,” dengus
Puan Aishah

“Sibuklah tu,” jawab Encik Luth Fadhil ringkas.
“Orang lain pun sibuk juga. Tapi, tak adalah sampai tak jawab panggilan,”
bebel Puan Aishah lagi.
Encik Luth Fadhil menggeleng perlahan. “Awak asyik mengeluh perkara yang
sama aje. Awak nak Luth ada depan mata awak lagi ke?”
“Saya ada hal sikit dengan Luth tu. Bila saya telefon bukannya dia nak
jawab.” Puan Aishah terus membebel.
“Awak nak paksa anak kita tu terima Riana ke?” Encik Luth Fadhil meneka.
Tahu sangat niat isterinya yang mahu menjodohkan Luth dengan anak teman
baiknya itu.

91

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Redup sahaja renungan mata Puan Aishah memandang suaminya.

“Awak tahu sebab apa anak kita tak mahu balik sini?” soal Encik Luth Fadhil.

Puan Aishah menggelengkan kepalanya.

“Hah, sebab awak nak paksa dia kahwin dengan anak kawan awak tu. Awak

ingat anak kita tu budak kecil nak paksa ikut cakap awak aje? Anak kecil zaman

sekarang pun nak kita aje ikut cakap dia orang.” Encik Luth Fadhil mula bisingkan

isterinya.

Puan Aishah letak telefon bimbitnya di atas meja solek. Matanya bulat

menikam wajah Encik Luth Fadhil. “Saya buat semua ni demi kebaikan anak kita tu.

Saya nak anak kita hidup bahagia dengan pilihan yang betul.”

Encik Luth Fadhil lepaskan keluhan.

“Biarlah dia tentukan sendiri hala tuju hidup dia. Kita ni ikut aje pilihan dia

nanti. Jangan dipaksa,” tegur Encik Luth Fadhil, kurang setuju dengan rancangan

isterinya.

“Saya tak mahu sejarah lama berulang lagi. Kerana pilihan sendirilah anak

kita merana. Tak bahagia pun.” Puan Aishah balas teguran suaminya.

Encik Luth Fadhil gelengkan kepalanya. “Dah bukan jodoh mereka untuk

terus bersama.”

“Samalah juga dengan mana-mana perempuan. Tak kisah pun kalau jodoh

pilihan kita. Mana tahu jodoh pilihan kita ni akan ada sinar baru untuk Luth.

Mungkin Luth akan lebih bahagia.” Setiap kali suaminya jawab, dia akan balas.

Mahu menang sahaja.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan awak. Kalau anak kita

setuju tak apa juga. Masalahya, Luth langsung tak mahu. Kalau awak nak Luth terus

larikan diri, paksalah lagi. Jangan sampai dia tak balik jumpa kita dah lepas ni.”

Encik Luth Fadhil berikan amaran kepada isterinya.

Puan Aishah menjuih.

92

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Tak adalah. Takkan Luth nak buang kita?” Puan Aishah pamer senyum

senget.

“Ikut suka hati awaklah, Aishah. Saya dah tegur, tapi awak tak mahu dengar.”

Suara Encik Luth Fadhil mula mengendur.

Dia bangun daripada duduknya. Kaki diatur menuju ke bilik mandi. Bersiap-

siap mandi, mahu keluar jumpa seseorang.

LUTH lepaskan keluhan. Telefonnya yang tertera nama mamanya itu hanya
dipandang kosong. Dia berfikir-fikir mahu hubungi nombor itu kembali atau biarkan
sahaja. Serba salah dibuatnya. Akhirnya telefon bimbitnya itu disimpan kembali ke
dalam poket seluarnya.

Enjin kereta dimatikan. Pintu kereta dikuak seluasnya. Luth menapak keluar
dari perut kereta. Seperti biasa, matanya tidak lepas memandang rumah sebelah
mencari kelibat Faisha. Namun, perasaannya sedikit hampa apabila kelibat yang
dicari langsung tidak kelihatan.

Luth lepaskan keluhan kecil. Dia menapak ke pintu utama. Pintu rumah yang
berkunci itu dibuka. Tombol pintu dipulas dan terkuak luas pintu rumah.

“Hoi!” sergah Faisha, menyapa Luth.
Baru setapak melangkah ke dalam rumah, ada suara menyergahnya dari
rumah sebelah. Tersungging senyum Luth bila mendengar suara itu.
“Woi, Luth!” panggil Faisha lagi. Seperti biasa, nada suaranya kedengaran
kasar.
Luth mengundurkan kembali langkahnya. Luth tayang sengih kepada Faisha.
“Sayang panggil abang ke?”
Terjegil biji mata Faisha. Nak kena betul Luth ni.
“Apa kau merepek ni? Sayang? Abang?” Berkerut seribu muka Faisha. Ada
juga yang nak kena cepuk dengannya nanti.

93

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth menyambut pertanyaan Faisha dengan ledakan tawa besar. “Ops.

Tersilaplah. Tapi, sedap juga kan kalau panggil macam tu. Romantik sikit.”

Faisha mencebik.

“Eee, romantik apanya? Geli lubang telinga aku ni. Cair habis tahi telinga.

Huh!” dengus Faisha dengan jelingan tajam.

“Hahaha... Cair juga tu. Okeylah tu daripada tak cair, kan?” sambut Luth geli

hati.

Faisha pandang Luth serius. Langsung tak geli hati dan tak tercuit hati.

Mukanya bagaikan singa kelaparan mencari mangsa.

Luth yang tadi galak ketawa serta-merta menghentikan tawanya. Mukanya

serius sebaik memandang wajah Faisha.

“Puas dah gelak?” soal Faisha garang. Renungan matanya sahaja sudah

mampu menikam hati yang memandang.

Perlahan-lahan Luth geleng.

“Tak puas lagi, teruskanlah gelak,” sindir Faisha.

“Tak apalah. Tak jadi nak gelak, nanti muka terlebih manis.” Luth buat muka

serius. Matanya ditumpukan pada wajah Faisha.

Faisha menjuih. Terlebih manislah sangat. Perasan tak habis-habis. Kalau

terlebih manis, dah lama perempuan di luar sana merebut hati Luth.

“Aku nak tanya sikit kat kau.” Faisha bersuara kasar. Matanya pula tak lepas

merenung muka Luth.

“Tanyalah.” Sepatah sahaja Luth menyahut.

Faisha tarik nafas dan dilepaskan perlahan. Sebelah tangannya memegang tembok

tengah yang memisahkan rumah mereka.

“Kau ke yang bagi hadiah coklat kat aku?” tanya Faisha.

“Ya. Awak suka coklat, kan?” sambut Luth laju. Kedua-dua belah tangannya

sudah memegang tembok tengah itu.

94

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Tak! Aku tak suka makan coklat. Manis. Tak elok untuk kesihatan.” Faisha

menafikan kesukaannya.

“Manislah sedap.” Luth jawab lembut.

Argh, mamat ni bukan main gemalai suaranya. Matanya pula buatnya tak

tentu arah. Cepat-cepat Faisha larikan anak matanya, memandang ke arah lain.

“Manis sangat pun tak elok. Rosak gigi, nanti rongak gigi.” Spontan Faisha

menjawab.

Luth yang tidak mahu ketawa kembali meledakkan ketawa besar. “Eh,

janganlah rongak. Nanti tak comel.”

Faisha mendengus kasar. “Suka hati akulah nak rongak ke tak.”

Luth memegang pangkal lehernya. “Kalau awak rongak, saya tetap sukakan

awak, Faisha. Manis awak makin terserlah. Saya suka!”

Terlopong Faisha. Terbayang dalam minda seandainya giginya rongak.

Cepat-cepat Faisha geleng kepala. Tinggi sangat imaginasinya sampai boleh

terbayang.

“Kau ambil balik coklat-coklat ni.” Tangannya menghulurkan bungkusan yang

masih berbaki.

Luth gelengkan kepalanya. Dia tak mahu Faisha mengembalikan hadiah yang

diberinya tadi.

“Saya tak mahu ambil balik. Buruk siku.” Laju Luth geleng kepala.

“Aku cakap aku tak nak!” Keras suara Faisha.

“Saya dah bagi tu ambil aje. Kalau tak mahu, awak bagi aje kat Fazura. Tak

mahu bagi, awak buang aje dalam tong sampah.” Luth juga turut berkeras. Dia

tidak mahu menerima kembali pemberiannya itu.

“Isy, kau ni apa hal baik sangat dengan aku? Bagi hadiah bagai. Aku tak

sukalah.” Faisha hamburkan apa yang dipendamnya tadi.

“Kalau tak suka tak apalah. Nanti saya tak bagi dah.”

95


Click to View FlipBook Version