The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizan sohok, 2022-03-03 09:04:03

ABANG ROMANTIK RUMAH SEBELAH

ABANG ROMANTIK RUMAH SEBELAH

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Aku mati-mati sangka kau perempuan baik. Kau anak kawan aku dan kau

mampu jadi isteri yang baik untuk Luth. Tapi, tanggapan aku silap,” terjah Puan

Aishah tanpa berselindung lagi.

Terpaku Faisha dengan tuduhan Puan Aishah. Berkerut wajahnya sambil

menggeleng. Dia betul-betul tak faham.

“Mama, apa yang mama merepek ni? Apa yang Faisha dah buat sampai

mama cakap macam tu?” Luth pula hangat hati apabila mamanya menuduh Faisha

begitu.

Puan Aishah ketawa mengejek.

“Tak sangka perempuan yang nampak baik di mata rupanya adalah racun

yang paling berbisa. Kenapa kau boleh jadi menantu aku? Kau kahwin dengan anak

aku sebab apa? Nak sembunyikan sikap buruk kau? Anak siapa yang kau

kandungkan dalam perut tu?” Bertalu-talu soalan yang ditembak dari mulut Puan

Aishah tanpa menyiasat kebenarannya terlebih dahulu.

Melopong Faisha dengan tuduhan emak mertuanya. Kata-kata tuduhan itu

memang sangat menghinanya.

“Allahuakbar! Besar sangat tuduhan mama kat Faisha. Faisha tak

mengandung pun.” Lemah sahaja kata-kata Faisha.

Luth pula sakit hati bila mendengar tuduhan yang meniti di mulut mamanya

sendiri. Terlalu kasar kata-kata mamanya itu. Jika dia yang dengar pun rasa sakit

hati, apatah lagi tuan badan yang dituduh.

“Siapa yang beritahu mama semua ni?” soal Luth tidak puas hati.

Faisha pula sudah tidak dapat mengawal dirinya lagi. Laju sahaja air matanya

membasahi pipi.

“Siapa beritahu tu tak penting. Sekarang ni mama nak tanya, apakah

disebabkan hal ini semua Luth beria-ia nak kahwin dengan Faisha? Tiba-tiba aje

terus nak cepatkan perkahwinan. Apakah anak dalam kandungan Faisha anak

Luth?” Tegang wajah Puan Aishah.

296

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Hancur hati Faisha apabila dituduh begitu. Air matanya tidak dapat dikawal

lagi.

“Cukuplah mama hina Faisha. Faisha sedar diri, Faisha ni bukan sesiapa. Tak

punya keluarga dan hidup merempat. Tapi, mama tak patut tuduh Faisha macam tu.

Mama hina Faisha sampai macam ni sekali.” Teresak-esak Faisha menangis.

“Betul, kan? Kalau tak betul, kenapa orang luar boleh bercerita pasal kau?

Sekarang ni, aku nak kau keluar dari rumah aku. Aku tak mahu bermenantukan

perempuan macam kau,” bising Puan Aishah.

Faisha ketap bibir. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya. “Saya akan keluar,

mama. Faisha akan pergi. Terima kasih sebab bagi kasih sayang kat Faisha untuk

beberapa hari ni.”

Tangan Puan Aishah cuba diraih, tapi ditepis. Faisha akur dan dia terus

berlalu.

“Sayang, jangan pergi. Mama tak ada hak nak tuduh Faisha macam tu.

Sepatutnya mama siasat dulu hujung pangkal cerita yang mama dengar tu. Bukan

terus tuduh Faisha macam tu. Luth kecewa sangat dengan sikap mama,” marah Luth

dengan tindakan Puan Aishah yang menghalau isterinya keluar. Kesabarannya ada

batasnya.

Puan Aishah menghalang langkah Luth. Tangan Luth dipegang kejap.

“Mama tak izinkan Luth teruskan hubungan dengan Faisha lagi. Mama nak

Luth ceraikan dia,” arah Puan Aishah.

“Apa yang mama merepek ni? Luth baru aje kahwin dengan Faisha, mama

nak Luth ceraikan dia? Tak, mama.” Luth menggeleng.

“Mama nak Luth ceraikan Faisha. Luth kahwin dengan Riana, anak Aunty

Salina. Susah sangat ke Luth nak dengar cakap mama?” bising Puan Aishah bila Luth

melawan kata-katanya.

Merah muka Luth menahan marah. “Luth cinta dan sayangkan Faisha. Tak

mungkin Luth akan tinggalkan Faisha semata-mata nak bersama dengan Riana.

297

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Tidak, mama! Faisha seorang isteri yang baik. Luth takkan sia-siakan dia macam tu

aje.”

Makin kejap tangan Luth dipegang. Tidak mahu Luth mengejar langkah

Faisha.

“Luth, sayang. Luth dengar cakap mama ni. Luth tahu tak Faisha dah guna-

gunakan Luth. Dia dah bomohkan Luth dan mama. Patutlah hari pertama mama

tengok dia, mama terus sukakan dia.”

Kata-kata Puan Aishah itu membuatkan Luth meledakkan tawa besar.

Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. Tak sangka begitu mudah mamanya

terpedaya dengan hasutan dan cerita fitnah. Mana iman mamanya hingga begitu

sekali mamanya berubah? Luth merentap tangannya kasar.

“Mama mengucap semula, mama. Mama dah fitnah isteri Luth. Dia tak

pernah buat macam tu kat kita. Astaghfirullah al-azim...” Luth raup mukanya kuat.

Dia kecewa dengan sikap mamanya.

“Luth yang patut mengucap. Baca ayat-ayat al-Quran. Kita pergi berubat, ya.

Luth dah kena guna-guna ni.” Puan Aishah bagaikan orang gila.

Muka Luth disentuh. Dia berharap anaknya akur dengan permintaannya.

Luth menggelengkan kepalanya. “Mama yang patut berubat, bukannya Luth.

Sudah-sudahlah, mama. Kalau macam ni sikap mama, jangan tanya kalau Luth

menghilangkan diri lagi.”

Luth terus mengatur langkah, berlari ke luar rumah hingga ke jalan besar.

Belum sempat dia sampai di perhentian bas, Faisha sudah berlalu dengan menaiki

teksi.

298

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 44

FAISHA menangis teresak-esak. Tak pernah dia rasa begitu sakit sekali. Hatinya
hancur dan terkilan dengan tuduhan emak mertuanya. Begitu mudah Puan Aishah
percayakan orang lain daripada dirinya sendiri.

Bahagia yang ingin dikecapinya hanya sementara dan singkat. Apakah sejarah
lama akan berulang sekali lagi? Pasti dia akan diceraikan oleh Luth dan ditinggalkan
sendirian.

Faisha meraup mukanya. Air mata yang laju menitis pada wajah disapu
dengan hujung bajunya. Sampai sahaja di rumah sewa, Faisha terus bergegas keluar.
Diminta pemandu teksi itu menunggunya sementara dia mengemas pakaiannya.

Laju kaki Faisha melangkah masuk ke dalam rumah. Pakaiannya yang ada di
dalam almari dikeluarkan semuanya. Baju T-shirt dan seluar jean biru diambil lalu
ditukarkan ke badannya. Biar dia jadi Faisha seperti sebelum ini. Tak guna berubah
jika ini yang diterimanya.

Kesemua pakaiannya dimasukkan ke dalam beg. Pantas Faisha mencapai beg
dan berlalu dari biliknya.

“Amboi, kau nak pindah rumah sebelah dah ke?” tegur Fazura ketika
ternampak Faisha memasukkan kesemua pakaiannya ke dalam beg.

Faisha panggung kepala. Fazura di depannya tidak diendahkan langsung. Dia
terus melangkah.

Baru Fazura perasan ada titis air mata pada wajah Faisha. Lengan Faisha

299

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

pantas dipautnya.

“Kau okey ke tak ni? Kenapa kau menangis?” soal Fazura, ambil peduli

tentang teman baiknya itu.

Faisha telan air liur. Air mata yang masih bersisa disekanya. “Aku nak pergi

dari sini. Kalau Luth cari aku, cakap aku dah tak ada. Aku nak pergi jauh dari sini.

Sesiapa pun tak payah cari aku lagi.”

Melopong mulut Fazura. “Isy, pagi tadi dah okey. Sekarang ni dah kenapa

pula? Kenapa sampai nangis-nangis ni? Merah dan bengkak mata kau ni Faisha. Apa

Luth dah buat kat kau?”

Fazura memegang kuat bahu Faisha. Mahu Faisha menjelaskan semuanya

kepadanya. Faisha menggelengkan kepalanya.

“Faisha, susah senang kau dengan aku tau. Kalau kau sedih, aku pun turut

sedih. Selama ni kau yang selalu bagi perhatian kat aku. Tak salah kalau aku prihatin

kat kau.” Sungguh-sungguh Fazura memujuk Faisha.

Faisha melepaskan keluhan kecil. Perlukah dia menceritakan kepada Fazura

bahawa dirinya dihina oleh ibu mertuanya?

“Tolonglah jangan macam ni, Faisha.”

“Aku kena halau dengan mama. Maksud aku, mama Luth. Dia nak Luth

ceraikan aku. Sebelum apa-apa terjadi, baik aku pergi aje. Aku dah tak ada sesiapa

pun. Sejarah lama bakal berulang lagi kat aku,” cerita Faisha sambil teresak-esak.

Fazura menarik badan Faisha ke dalam pelukannya.

“Kau nangis puas-puas atas bahu aku. Kau lepaskan semua kesedihan kau tu.

Kau sabar, ya. Banyak betul dugaan untuk kau hadapi.” Fazura tumpang simpati.

Bila bahagia itu menyelak tirainya, ia ditutupi dengan kepiluan. Bahagia

hanya singgah dan derita yang datang menyapa. Faisha tidak dapat mengawal

perasaannya. Hatinya remuk dan hancur bila semuanya tidak tercapai.

“Kenapa mama Luth halau kau? Apa kau dah buat sampai dia marah kau

macam tu? Hari tu aku tengok okey aje.” Fazura terus menyiasat.

300

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Faisha menggeleng. “Nantilah aku cerita. Teksi tunggu aku kat luar. Aku nak

cepat.”

“Tapi, kau nak ke mana? Nak aku teman? Aku boleh aje ikut kau. Kau tunggu

aku pack pakaian aku sekejap.” Tanpa Faisha semawa, Fazura menawarkan diri.

Beg pakaiannya dicapai. Pakai ambil sahaja apa yang perlu. Bergegas Fazura

mengatur langkah, risau jika Faisha pergi begitu sahaja. Fazura terus masuk ke

dalam perut teksi dan teksi itu terus berlalu meninggalkan kawasan perumahan itu.

SAMPAI sahaja di kawasan perumahannya, Luth terus turun dari kereta. Rumah
sebelah ditujunya dahulu. Tapi, pintu rumah itu berkunci siap bermangga lagi.
Mustahil Faisha ke rumahnya sedangkan Faisha belum ada kunci rumah.

Rambutnya yang tersisir kemas ditarik-tarik. Luth mendengus kuat. Ke mana
Faisha pergi? Telefon pintar dalam poket seluar dikeluarkan. Dihubungi Faisha buat
sekian kalinya. Tapi, panggilannya langsung tidak berjawab.

“Argh!” jerit Luth, melepaskan tekanan.
Luth masuk semula ke dalam kereta. Dia berlalu, mengikut gerak hatinya. Apa
yang penting, dia perlu mencari Faisha sampai jumpa. Takkan dia hendak biarkan
Faisha sendiri membawa diri. Dia tahu, Faisha pasti terkilan dan kecewa dengan
kata-kata mamanya.
Stereng kereta dihempuk-hempuk dengan tangannya. Ke mana dia hendak
cari isterinya? Luth sudah dapat mengagak siapa punya angkara semua ini terjadi.
Luth yakin Puan Salina dan Riana menjadi punca utama keretakan rumah
tangganya. Hanya mereka berdua suspek utama yang berlegar dalam mindanya.
Luth berhenti di tepi bahu jalan. Dihubungi Riana kerana ingin tahu apa
sebenarnya yang terjadi. Hanya keluarga ini sahaja yang tahu apa yang pernah
terjadi kepada Faisha. Mustahil Juliana bekas isterinya pula yang membuka cerita
pasal kisah silam Faisha.

301

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Hai, sayang. Cari juga I. You rindukan I, kan?” Terus Riana serkap jarang

sebaik menjawab panggilan daripada Luth.

Gembira hatinya bila orang yang ditunggu-tunggu menghubunginya.

“Riana, awak ada jumpa mama saya, kan? Fitnah apa yang awak dah

taburkan kat mama saya?” soal Luth tidak dapat kawal dirinya.

Riana ketawa sinis.

“Eh, mana ada I jumpa dengan mama you. I bukannya ada kat sini.” Riana

menafikan.

“Riana, sekarang ni cuti sekolah. Takkan awak tak balik jumpa keluarga. Baik

awak mengaku aje apa yang awak buat tadi.” Luth betul-betul hilang sabar.

Riana ketawa di sebalik talian. “Ya Allah. Sumpah, I tak jumpa mama you pun.

Kalau you nak I jumpa mama you sekarang, okey aje. Nanti I pergi jumpa mama

you.”

Luth meraup mukanya. Kalau bukan Riana, mesti Puan Salina. “Mama awak?”

“Hmm, mama memanglah ada keluar tadi. Tapi, tak tahulah mama pergi

mana. Kenapa ya?” soal Riana. Daripada gaya bahasanya, seolah-olah tidak tahu

apa-apa.

Luth menarik nafas dan menghelanya perlahan. “Saya tak syak orang lain lagi

dah. Kalau jadi apa-apa pada hubungan kami, awak dan mama awak yang akan saya

cari sampai ke lubang cacing. Awak ingat tu Riana.”

Luth memberi amaran kepada Riana. Panggilan terus dimatikannya. Tiada

apa-apa lagi yang perlu disoalnya kepada Riana. Dengar lenggok suaranya sahaja

pun sudah menyakitkan hati.

PUAS hati Riana. Hatinya senang bila rumah tangga Luth dan Faisha hanya menanti
belah sahaja. Ternyata mamanya benar-benar pergi berjumpa dengan Puan Aishah.
Tak sangka begitu pendek akal Puan Aishah kerana percaya dengan cerita

302

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

mamanya.

Riana ketawa kuat. Dia puas kerana hubungan yang baru terjalin itu bakal

mengikut jejak silam Faisha sebelum ini. Tidak sabar Riana mahu mendengar cerita

daripada mamanya. Setia dia menanti Puan Salina pulang.

Kereta Alza yang dipandu Puan Salina memasuki kawasan rumah dua tingkat

itu. Belum sempat Puan Salina turun dari kereta, Riana terlebih dahulu

mendapatkannya.

Badan Puan Salina dipeluk erat sebaik dia keluar dari perut kereta. Berkerut-

kerut dahi Puan Salina bila dirinya diserbu oleh anak daranya.

“Terima kasih, mama. Riana sayang mama,” ucap Riana.

Pipi Puan Salina dikucupnya lama. Kemudian, jemari Puan Salina digenggam

kejap.

“Lain macam aje anak mama hari ni. Ada yang tak kena ke?” soal Puan Salina

pelik. Tiba-tiba sahaja Riana menjadi manja dengannya.

“Mama pergi mana tadi?” soal Riana ingin tahu.

Puan Salina menyambut soalan Riana dengan senyuman. Nampak berbeza

hari ini sikap anaknya.

“Mama pergi rumah Aunty Aishah,” beritahu Puan Salina, senang hati.

Terlonjak gembira Riana mendengarnya. Mereka berdua masuk ke dalam

rumah. Tak sabar Riana mahu mendengar dari mulut mamanya sendiri. Beria-ia

Riana menarik mamanya agar sama-sama duduk di sofa.

“Mama jumpa Aunty Aishah? Mama cakap apa kat Aunty Aishah?” soal Riana,

tak sabar ingin tahu.

Puan Salina menjongketkan keningnya. Daripada reaksi Puan Aishah tadi,

Puan Salina yakin pasti ada kejutan yang bakal terjadi. Puan Aishah pasti tidak akan

mendiamkan diri. Dia pasti akan masuk campur dalam urusan rumah tangga anak

menantunya.

“Mama... Tadi Luth call Riana marah-marah,” adu Riana manja.

303

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Sikapnya memang sentiasa berubah-ubah. Sekejap manja dan sekejap suka

memberontak.

Puan Salina puas hati apabila lihat perubahan anaknya. Dia juga senang hati

mendengar perkhabaran tentang hubungan Faisha dan juga Luth. Padan muka

Faisha. Dia tidak akan membiarkan Faisha bahagia di atas penderitaan anaknya.

“Mama rasa Luth dengan Faisha akan bercerai tak?”

Puan Salina menyambut soalan Riana dengan senyuman. Hatinya kuat

mengatakan hubungan pasangan itu hanya menanti belah sahaja. Bukan setakat

fitnah hasutan yang disebarkan Puan Salina, malah dia ada berjumpa dengan dukun

Siam di hujung kampung. Daripada dukun itu, Puan Salina diberikan minyak yang

sudah dijampi.

304

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 45

KESEMUA barang-barang dan pakaian miliknya dan Faisha dikemas dan dimasukkan
ke dalam beg. Luth akan kembali ke rumahnya. Dia akan terus mencari Faisha
sehingga berjumpa. Masih bersisa cuti sekolah. Sebelum bermulanya sesi
persekolahan, Luth perlu selesaikan masalah yang timbul antara mereka berdua.

Beg ditarik keluar dari bilik. Sampai sahaja di ruang tamu, Puan Aishah
menegur Luth. Encik Luth Fadhil juga turut ada bersamanya ketika itu.

“Kamu nak ke mana ni?” soal Puan Aishah.
“Luth nak balik. Tak ada apa-apa kat sini yang boleh bahagiakan Luth.” Luth
menyuarakan kekecewaannya.
Puan Aishah bangun daripada duduknya. Sekeping gambar kenangan
perkahwinan Faisha dan Luth dibawanya bersama. Dikoyak dua gambar itu.
“Kenapa mama koyak gambar perkahwinan kami?” soal Luth tidak puas hati.
“Mama nak hubungan Luth dan Faisha macam ni juga. Sebelum terlewat,
mama nak Luth celik mata. Buka mata Luth tu luas-luas.”
Encik Luth Fadhil yang tadi hanya diam mula bersuara. Lantang suara Encik Luth
Fadhil memecah kesunyian rumah banglo dua tinggat itu.
“Awak tak habis-habis nak masuk campur urusan rumah tangga anak kita.
Awak tu siapa nak tetapkan keputusan untuk anak menantu kita? Awak tu
bukannya Tuhan.” Tegas suara Encik Luth Fadhil menegur cara isterinya yang lantang
itu.

305

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Puan Aishah yang tadi lancang bersuara mula mendiamkan dirinya. Terkulat-

kulat Puan Aishah bila melihat angin puting beliung Encik Luth Fadhil.

“Apa sebenarnya yang terjadi ni? Kenapa dengan Faisha?” soal Encik Luth

Fadhil.

Baru dia perasan menantunya tiada bersama ketika itu.

“Tanya dengan anak abang tu sendiri,” balas Puan Aishah.

Luth menggenggam jemarinya. Cuba bersabar apabila berdepan dengan

orang tuanya. Tindakan mamanya itu memang sudah melampau. Tak patut

mamanya merosakkan hubungannya dengan Faisha yang baru bermula.

Pandangan Encik Luth Fadhil beralih kepada anaknya. Menanti Luth

menceritakan semuanya.

“Papa tanya sendiri dengan mama, apa yang mama dah buat pada Faisha.”

Luth tidak akan buka mulut.

Biar papanya tahu semuanya dari mulut mamanya. Biar Encik Luth Fadhil

dengar sendiri kata-kata fitnah itu lahir dari mulut isterinya.

Puan Aishah membuka cerita kepada Encik Luth Fadhil. Apa sahaja yang Puan

Salina ceritakan kepadanya, diceritakan semula kepada suaminya. Dia tidak mahu

menyimpan menantu yang begitu perangainya.

Berkerut-kerut dahi Encik Luth Fadhil mendengar cerita Puan Aishah. Boleh

dihadam cerita yang disampaikan, tapi untuknya percaya, itu sukar sekali.

“Kita kena bawa anak kita pergi berubat secepat mungkin. Anak kita ni dah

terkena guna-guna si Faisha tu.”

“Astaghfirullah al-azim... Awak tu yang kena pergi berubat. Awak ni memang

suka sangat percaya cakap orang luar daripada ahli keluarga kita sendiri, kan?

Perangai awak dari dulu tak pernah nak berubah. Suka buruk sangka kat orang.”

Encik Luth Fadhil tidak mahu isterinya terlalu taksub.

Satu sahaja sikap isterinya itu yang tidak digemarinya. Isterinya suka percaya

kata-kata nista orang luar daripada bertanya sendiri atau menyiasat kebenaran.

306

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Dah betul. Abang tengok anak kita dah macam orang gila. Semuanya sebab

apa? Itu pun takkan abang tak boleh nak fikir?” Puan Aishah tetap berkeras. Dia

yakin dengan kata-katanya.

“Atau awak tu yang dah macam orang gila? Abang nak tanya awak ni. Awak

dah bersedia ke nak merangkak kat akhirat nanti cari menantu awak yang seorang

tu? Merangkak nak minta ampun dengan fitnah yang awak dah tabur kat dia.

Sudah-sudahlah buat perangai macam ni, Aishah. Awak tak takut seksaan kubur dan

neraka ke?” Tajam mata Encik Luth Fadhil menikam mata isterinya.

“Saya cakap benda yang betul. Kalau tak betul, tak adanya orang nak bawa

cerita. Itulah abang, bila saya cakap sikit aje, ada aje yang abang tak setuju. Abang

juga yang betul. Saya ni langsung tak betul,” bebel Puan Aishah membalas.

Encik Luth Fadhil menyungging senyum. “Dah betul awak tu tak betul. Takkan

saya nak tegakkan benang yang basah pula.”

Bergetar badan Puan Aishah. Dua beranak ini sama sahaja. Apa yang

dicakapkannya semua tak ambil endah. Ada sahaja yang mahu dibalas.

“Kalau tak betul, orang takkan cakap.” Puan Aishah tegas dengan kata-

katanya.

“Sudahlah, mama. Luth tak mahu mama cakap yang bukan-bukan lagi pasal

isteri Luth. Luth kenal siapa isteri Luth. Hati budi Faisha, Luth dah tahu. Luth kecewa

sangat dengan mama. Luth baru nak bahagia, tapi mama dah musnahkan

kebahagiaan Luth. Baru sehari dua kami bersama, hubungan kami pincang sebab

kata-kata mama. Sampai hati mama buat Luth dan Faisha macam ni. Luth kecewa,

mama,” luah Luth sebak.

Beg pakaiannya terus ditariknya keluar. Tiada apa-apa lagi yang perlu

dijelaskannya. Maafkan Luth, papa... mama...

TEKSI berhenti di hadapan rumah kampung yang cantik hiasannya. Terpegun Faisha

307

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

saat matanya memandang pemandangan cantik di rumah kampung itu. Ada dua

buah rumah yang sama dan di belakangnya disajikan dengan pemandangan sawah

bendang.

Turun sahaja dari teksi, Faisha terus meghirup udara segar di kawasan

perkampungan itu. Semalam mereka naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan dan

turun bas di Alor Setar. Sampai sahaja di perhentian bas, mereka mengambil teksi

dan terus ke destinasi yang ingin ditujui.

Ikutkan diri, Faisha sendiri tidak ke mana arah tujunya. Dia setuju sahaja

dengan cadangan Fazura mahu pulang ke kampung Fazura di utara. Cuma, mereka

tinggal di homestay tidak jauh dari rumah keluarga Fazura. Lagipun rumah Fazura

penuh dengan adik-adik dan saudaranya.

Faisha mengatur langkah ke tepi batas bendang. Matanya menangkap

pemandangan hijau yang terbentang luas. Dengan kicauan burung bernyanyi

mendamaikan suasana.

“Jomlah masuk. Berehat dulu, nanti dah teduh sikit, aku bawa kau pergi

rumah tok aku.”

“Kau pergilah masuk dulu. Aku nak ambil angin luar dulu. Seronok juga duduk

kat kampung macam ni.” Faisha mahu menenangkan hatinya.

Mujur Fazura mencadangkan tempat ini. Kalau tidak, entah ke manalah arah

tujunya.

Faisha duduk di atas pangkin di tepi rumah. Pangkin itu betul-betul

menghadap sawah bendang yang menghijau. Nafas ditarik dalam-dalam dan

dilepaskan perlahan. Kelat senyuman yang meniti di bibirnya. Hanya singkat masa

bahagia singgah dalam hidupnya. Agaknya, dia memang tidak layak untuk rasa

bahagia. Perlahan-lahan Faisha melepaskan keluhan.

Fazura datang membawa air botol kosong sejuk dan dua gelas kosong.

“Jauh kau termenung, Faisha. Mari minum, basahkan tekak tu dulu.” Air

mineral dituangkan ke dalam gelas yang dibawanya.

308

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Faisha menghadiahkan senyuman kelat kepada Fazura.

“Terima kasih, Zura. Kalau kau tak cadangkan aku ke sini, entah ke manalah

aku nak pergi. Terima kasih sebab temankan aku,” ujar Faisha terharu. Air sejuk

diteguknya laju.

“Alah, apalah sangat. Lagipun aku ni dah lama tak balik kampung. Sejak ayah

aku meninggal, mak dan adik-adik terus balik ke Kedah. Kalau tak, kami semua

duduk kat Pahang, kampung ayah aku. Dah tak ada apa-apa lagi kat sana, mak bawa

kami semua balik sini. Tinggal dengan tok aku kat belakang sana.”

Muncung mulut Fazura menjuih ke rumah di tengah-tengah bendang. Nak

ajak Faisha tinggal di sana risau Faisha tidak selesa. Rumahnya yang macam pondok

itu mana muat untuk diinapi ramai orang.

“Ooo, patutlah kau tak cakap utara. Rupanya kau membesar kat Pahang.”

Fazura mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Tapi, bolehlah sikit-sikit. Nanti kalau aku cakap utara, hang paham ka? Satgi

hang terkebil-kebil bijik mata tu,” sambut Fazura dalam loghat utara.

Faisha hanya tersenyum mendengar Fazura berbahasa utara. Lenggok Fazura

tak berapa sedap didengar, macam dibuat-buat.

“Kau ada nak cerita apa-apa kat aku? Aku sedia dengar luahan hati kau yang

lara tu.” Fazura menyinggung bahunya ke bahu Faisha.

Faisha melepaskan keluhan. “Aku tak tahu macam mana nak berhadapan

dengan Luth lagi, Zura. Aku takut sebenarnya.”

“Takut apa?” soal Fazura dengan wajah yang berkerut.

“Aku takut Luth ceraikan aku. Aku dah mula sayangkan dia. Bila aku dah

sayangkan dia, muncul pula masalah ni semua. Aku takut nak hadapi semua ni lagi.

Aku dah fobia nak dengar ungkapan berpisah tu. Aku dah serik, Zura,” cerita Faisha.

Fazura menjatuhkan tangannya ke bahu Faisha. “Kau kena yakin. Hubungan

kau masih ranum lagi. Kau kenalah selamatkan hubungan yang baru terbina ni.

Jangan cepat mengalah.”

309

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Tapi, mama nak Luth ceraikan aku. Benci betul mama dengan aku.”

Fazura menghela nafas. Belakang Faisha ditepuk-tepuk lembut.

“Aku tak sangka Riana dan mak ngah aku sanggup fitnah aku macam ni. Aku

tak tahu apa yang dia orang mahu daripada aku lagi? Aku dah tak ada apa-apa lagi

dalam dunia ni. Semua yang aku ada, dia orang nak rampas,” cerita Faisha.

Fazura juga sakit hati semasa Faisha bercerita tentang Puan Salina. Rupa-

rupanya, Puan Salina adalah ibu saudara Faisha yang sering mengundang seribu

duka dalam hidup temannya itu.

“Dia orang tu memang ada masalah jiwa. Hati dia orang tu hitam pekat dan

bau busuk. Sebab itulah dia orang tak puas hati dengan kau.” Fazura ketap gigi.

Kalaulah Riana ada di depan matanya, mahu sahaja ditonyoh muka Riana

dengan cili padi.

“Dari dulu dia orang benci dengan aku. Aku pun tak tahu kenapa dia orang

layan aku macam tu. Sekarang, mama Luth pula bencikan aku. Agaknya, aku ni

pembawa malang dalam hidup orang.” Faisha kecewa dengan layanan emak

saudara dan sepupunya itu.

“Kau tak salah pun dalam hal ni, Faisha. Sekarang ni, aku nak kau terangkan

kepada Luth dan mak mertua kau tu. Kau kena jernihkan nama baik kau. Sampai

bila kau nak larikan diri daripada masalah ni?”

Faisha diam. Matanya terus membuang pandang pada burung-burung yang

sedang terbang di langit.

“Kau kena kuat. Jangan terus larikan diri daripada abang romantik kau tu.

Kesian dia. Entah-entah dia gelisah cari kau kat mana.” Fazura dapat merasakan

Luth sedang gelisah mencari isterinya.

Dia tahu, Luth sayang betul dengan Faisha.

“Biarlah dia. Aku nak tenangkan fikiran aku ni. Serabut kepala aku ni. Kalau

mama dia dah bencikan aku, tak guna juga aku mengharapkan apa-apa lagi. Aku

memang patut hidup sendiri, tak perlu berteman.” Faisha merajuk. Dia cukup

310

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

terhina dengan kata-kata Puan Aishah.

“Haisy, tak bolehlah cakap macam tu. Dalam hal ni, abang romantik tak salah

pun. Tak baik kau buat macam tu. Kesian dia...” Fazura tidak setuju dengan Faisha.

Merajuk membawa diri bukanlah jalan penyelesaiannya.

Faisha mencerlung kepada Fazura. Dia bingkas bangun daripada duduknya.

Kakinya diayun laju masuk ke dalam rumah. Dia hendak membersihkan diri. Apa

yang penting sekarang ni, dia perlu bertenang dan menenangkan jiwanya yang lara.

311

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 46

DUGAAN demi dugaan datang bertandang dalam hidupnya. Luth tidak pernah
mengharapkan semua ini terjadi. Jika sebelum ini dia sering diganggu dengan
rayuan Juliana, tapi sekarang hidupnya sesak dengan Riana.

Lega rasanya bila Juliana makin menjauh daripada hidupnya. Mungkin Juliana
sudah serik atau dia sudah bertemu dengan orang yang betul-betul sayangkannya.
Sekarang bukan pasal Juliana yang menjadi punca utamanya, tetapi Riana.

Kenapa gadis itu tiba-tiba muncul dalam hidupnya dan memaksanya
mengikut segala kehendak mereka?

Luth rimas bila dirinya diganggu dan diselubungi dengan kisah yang tidak
patut difikirkannya. Bila mamanya masuk campur, hidupnya jadi kacau-bilau.
Baginya, Riana bukan wannita yang baik dan layak untuk didampinginya. Cukuplah
dengan apa yang dilakukan Riana dan mamanya kepada Faisha.

Luth perlu mencari jalan penyelesaian. Ke mana lagi dia perlu mencari isteri
yang baru dinikahinya itu? Dia tidak mahu hubungan yang baru terikat itu putus di
tengah jalan. Dia takkan biarkan kata-kata fitnah yang tersebar itu menjadi punca
keretakan hubungan mereka.

Luth meletak tangannya atas dahinya. Matanya memandang kipas yang
sedang berputar laju. Sudah habis dia berfikir macam mana mahu memujuk Faisha
dan membawanya pulang bersama. Telefon di sebelah dicapai. Dihubunginya Faisha
buat ke sekian kalinya.

312

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Berpuluh-puluh pesanan mesejnya dihantar pada WhatsApp Faisha, tapi

langsung tidak dilihat dan dibaca oleh Faisha. Luth jadi buntu. Suara salam daripada

seseorang di luar rumah membuatkan Luth tersedar daripada lamunannya.

Tirai diselak dan diperhatikan kelibat di luar. Kelihatan Fattah berdiri di luar

rumahnya. Selepas salam dijawab, Luth melangkah keluar. Fattah dipelawanya

masuk ke dalam rumah.

Liar mata Fattah memandang setiap ruang rumah itu. Kemas dan moden

susunan di dalam rumah itu.

“Ada apa kau cari aku?” soal Luth sedikit lemah.

Seharian dia tidak menjamah sebarang makanan. Fikirannya asyik

memikirkan pasal isterinya.

“Aku datang ni sebab nak ajak kau ikut rombongan meminang Fazura ke

Kedah. Malam ni kami nak bertolak. Fazura yang minta aku ajak kau sekali,”

beritahu Fattah.

Mulanya Fattah mahu menghantar rombongan merisik pada minggu

hadapan. Alang-alang Fazura ada di kampong, tak perlulah dia menunggu sehingga

minggu depan. Lagi cepat lagi bagus.

Luth diam sambil menyentuh dagunya. “Jadi, Fazura tak adalah sekarang ni

kat rumah?”

Fattah mengangguk. “Esok lepas zuhur kami nak merisik dan terus meminang

Fazura. Jadi, awal-awal lagi Fazura dah balik ke kampung.”

“Bila dia balik kampung?”

“Petang semalam,” jawab Fattah.

“Kau nak ikut tak?” soal Fattah lagi.

Laju sahaja Luth mengangguk. Dia sudah habis fikir ke mana Faisha pergi.

Agaknya Faisha ikut Fazura balik ke kampungnya di Kedah. Mana tahu ada rezeki,

dia akan berjumpa dengan isterinya di sana.

“Okey, malam ni kita gerak. Aku naik kereta dengan kau ajelah. Boleh?”

313

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth mengangguk laju. Dia setuju. Tidaklah dia keseorangan sepanjang

perjalanan ke utara tanah air nanti. Apa yang penting, hatinya kuat mengatakan

Faisha ada bersama dengan Fazura.

“Eh, Fattah aku nak tanya sikit.”

Fattah menganggukkan kepalanya. “Boleh.”

“Aku nak tanya pasal emak saudara dan sepupu Faisha.” Luth perlu tahu lebih

lanjut lagi.

“Maksud kau, Mak Ngah Salina dan Riana?” soal Fattah kembali.

Luth petik jarinya. Tepat sekali. Itulah nama mereka.

“Aku nak tahu pasal dia orang berdua. Kalau kau tak keberatanlah, aku nak

tahu pasal mereka berdua. Kenapa perkahwinan kau dan Faisha hanya bertahan

satu jam aje?” soal Luth sambil tidak lepas memandang wajah Fattah.

Dia sangat memerlukan penjelasan Fattah kali ini. Ini kerana ia ada kaitan

dengan mereka berdua.

Fattah membuka cerita mengenai Puan Salina dan Riana setakat yang dia

tahu. Kerana hasutan daripada Riana dan Puan Salinalah dia menceraikan Faisha

tanpa sebab. Dia terlalu percayakan Riana sehinggalah semuanya terungkai. Ketika

mahu memujuk Faisha, gadis itu sudah merajuk membawa diri dan tidak mahu

memaafkannya lagi.

Luth mendengar dengan tenang. Kisah mereka berdua sama. Cuma sekarang,

dia tidak menceraikan Faisha.

“Kenapa kau tanya aku macam tu? Kau ada masalah dengan Faisha ke?” soal

Fattah.

Luth menggelengkan kepalanya. “Aku saja nak tahu kenapa kau dengan

Faisha boleh berpisah. Pelik juga aku. Kalau cerita kat orang, macam susah nak

percaya. Baru beberapa jam kahwin, dah kena cerai.”

Fattah melepaskan keluhan.

“Itulah kebodohan aku dulu. Terlalu cepat percayakan orang luar. Nak

314

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

menyesal pun dah tak guna. Aku harap kau jangan jadi macam aku. Aku tengok

Faisha betul-betul sayangkan kau. Jangan ulang perkara bodoh yang pernah aku

buat kat dia dulu. Sepatutnya sebagai seorang suami, aku patut percayakan isteri

aku. Dengar dulu hal sebenar, bukannya terus menghukum,” cerita Fattah.

Sebenarnya dia tahu apa yang sedang berlaku antara Faisha dan Luth. Fazura

ada bercerita kepadanya. Sebab itu Fazura meminta dia mengajak Luth ikut sekali ke

Kedah.

Luth mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia tahu apa yang perlu dibuat.

Takkan senang-senang sahaja dia nak lepaskan Faisha begitu sahaja. Dia dapat

membezakan baik dan buruk jalan yang dipilihnya.

RIUH-RENDAH suara adik-adik Fazura. Terubat juga hati Faisha bila melihat kerenah
adik-adik temannya itu.

“Kak Faisha ni cantiklah. Lagi cantik daripada Kak Zura.” Afifah, adik Fazura
yang paling kecil suka sangat menempel dengan Faisha.

Dari awal dia bertandang ke rumah keluarga Fazura, Afifah sudah duduk di
sebelahnya.

“Nanti marah Kak Zura tu. Kau Zura pun cantik, kan?” Pipi Afifah disentuh
lembut.

Afifah menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tak pun. Kak Zura tu garang ja.
Mana ada cantik pun.”

Faisha ketawa mengekek mendengar kata-kata Afifah yang berusia tujuh
tahun itu.

Fazura di sebelah menjeling. Bulat matanya menjegil kepada adiknya.
“Haisy, hang tak tau lagi Kak Faisha hang tu lagi garang daripada kak. Sedap-
sedap cakap akak tak cantik. Akak tampar mulut tu baru tau.” Fazura mengangkat
tangannya, mengacah mahu menampar mulut adiknya.

315

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Afifah sedikit berganjak. Dia duduk makin rapat dengan Faisha. Lidahnya

dijelirkan.

“Tak takut pun. Dah betul kak tak cantik. Kak Faisha cantik, baik... Tak macam

akak, macam singa.”

Terhibur Faisha dengan gelagat dua beradik itu. Usia mereka bukan

penghalang untuk mereka rapat.

“Esok keluarga Fattah jadi ke nak datang merisik kau?” soal Faisha sambil

melayan Afifah.

Fazura menganggukkan kepalanya. “Mestilah jadi. Aku pun tak sabar juga nak

ada suami. Harap-harap dipermudah semuanya. Tak sabar sangat dah aku ni pun.”

Bukan main merenyam lagi Fazura. Kegembiraannya itu dapat dilihat dengan

mata kasar.

Faisha tersenyum melihat reaksi Fazura. Dia berharap hubungan Fazura dan

Fattah akan berkekalan hingga ke jannah. Cukuplah dia seorang sahaja yang

merana.

“Aku nak tanya sikit ni. Kau dah bagi tahu Luth kau ada kat sini?” Fazura

menolak pinggan agar-agar santan ke depan Faisha.

Faisha memuncungkan mulutnya. Kepalanya digeleng perlahan. “Aku tak

bersedia lagi nak jumpa dia. Biarlah dulu.”

“Kau ni memang degil kepala batu. Takkanlah kau tak rindukan dia?”

Faisha menjongketkan bahunya. Kepalanya digeleng perlahan.

“Janganlah seksa diri macam tu. Kesian kat diri tu. Nak dibelai, nak dimanja,”

pujuk Fazura seperti hari-hari biasa.

“Sebelum aku terlanjur sayangkan dia, baik aku undur diri. Aku tak mahu dia

derhaka dan melawan cakap mama dia. Aku mengalah aje dengan hubungan ni. Aku

dah fikir masak-masak, Zura.”

Terbuntang biji mata Fazura. Jawapan gila yang dia dengar dari mulut Faisha

membuatkan jantungnya bagai nak luruh. Faisha memang dah nekad. Agaknya dia

316

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

sudah serik dan fobia dengan perjalanan hidupnya. Risau juga kalau-kalau Faisha

melakukan sesuatu yang bodoh seperti bunuh diri. Sebab itulah Fazura tidak mahu

membiarkan Faisha sendirian.

“Janganlah cakap macam tu, Faisha. Aku seronok tengok kau dan Luth

berbaik. Tapi, tak sangka pula kau nak buat keputusan begitu cepat. Luth tu sayang

kau betul-betul tu. Takkan kau nak kecewakan dia?” Fazura tidak setuju dengan

cadangan Faisha.

Faisha meraup mukanya. Nafasnya ditarik dalam-dalam dan dilepaskan

perlahan.

“Aku terpaksa. Biar kami merana sekarang daripada merana selepas ni. Aku

tak mahu dia menjauhkan diri daripada keluarganya lagi. Aku ni tak penting pun jika

nak dibandingkan dengan keluarganya, Zura. Aku ni orang baru dalam hidup dia.

Mama dan papa dia dah lama membesarkan dia. Takkan aku nak rampas hak

mereka tu,” balas Faisha.

Dia dah habis berfikir. Dia sendiri akan pergi ke mahkamah untuk minta

berpisah.

Keruh muka Fazura. Dia tidak mahu ikatan yang baru terjali itu tamat begitu

sahaja. Perkahwinan ini bukanlah satu persinggahan dan permainan. Faisha

sepatutnya menghargai hubungannya dengan Luth. Dia pun tak faham bagaimana

Faisha berfikir.

“Kau fikir dulu, Faisha. Jangan sia-siakan semua ni. Kau perlu jumpa Luth dan

selesaikan masalah kau dengan dia. Lagipun antara kau dengan dia tak ada apa-apa

masalah, cuma mama dia aje. Tolonglah jangan mengalah. Kau jumpa Luth dan

selesaikan dulu masalah yang ada.” Jemari Faisha digenggam erat. Kata-kata

semangat terus diberikan.

Faisha diam. Mindanya kosong. Apa yang dia tahu sekarang, dia mahu

selesaikan semuanya segera. Dia tidak mahu hidupnya dihimpit dengan pelbagai

masalah. Tapi, dia tidak dapat menipu dirinya sendiri. Nama Luth Fahim sudah

317

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

terpahat kuat dalam hatinya.

318

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 47

KELUARGA Fattah turut menyewa homestay bersebelahan homestay yang diinapi
Faisha sebaik sampai ke Alor Setar. Semuanya sudah disediakan oleh Fazura selepas
Fattah memberitahu rancangannya untuk merisik berjalan seperti yang dirancang.

Luth paling tak sabar. Tapi, memandangkan mereka tiba di Kedah pun sudah
lewat, dia menyabarkan diri dahulu. Jika betul jodohnya dengan Faisha kuat, takkan
ke mana. Jauh mana sekalipun Faisha lari, dia pasti akan berjumpa dengan isterinya
itu.

Waktu sampai di Kedah pun sudah hampir subuh. Selepas siap-siap mandi,
mereka solat berjemaah bersama-sama. Walaupun badan keletihan, Luth tidak
mampu merehatkan badannya. Ingatannya kuat kepada Faisha.

Luth tidak sabar hendak mencari Faisha di sini. Mungkin Faisha ada di rumah
keluarga Fazura. Fazura dan Fattah pula tidak menceritakan langsung perihal Faisha.
Membiarkan ia menjadi kejutan.

Luth berdiri di daun tingkap sambil memandang sawah bendang yang
terbentang luas. Memang agak tenang di sini jika dibandingkan dengan suasana di
bandar. Udara pagi disedut dalam-dalam.

Matanya tidak berkelip memandang kelibat seseorang. Matanya ditenyeh-
tenyeh. Memang dia tak salah pandang. Memang kelibat yang dilihatnya itu adalah
isterinya.

Faisha baru keuar dari homestay sebelah dan dia berjalan-jalan ke batas

319

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

bendang. Senyuman Luth sudah sampai ke telinga. Kalut dia bangun daripada

duduknya menuruni anak tangga. Kakinya terus menyarung selipar dan berlari ke

arah batas bendang.

Tidak jauh daripada Faisha, Luth memperlahankan langkahnya. Dia tidak

mahu Faisha menyedari kehadirannya. Dia mahu buat kejutan kepada isterinya.

Perlahan-lahan dia mendekati Faisha. Sampai sahaja di belakang Faisha, mata cantik

isterinya itu ditekup. Terkejut Faisha.

“Haisy, kau dah kenapa ni Zura? Aku tak ada masalah nak main tutup-tutup

mata ni,” dengus Faisha. Tangan itu dikilasnya kasar.

Terjerit Luth bila tangannya dikilas oleh Faisha.

Faisha melepaskan tangan yang dikilasnya. Tak terkata bila wajah itu yang ada

di depan matanya.

“Kenapa lari daripada abang?” soal Luth sambil mengurut lengannya.

Faisha melarikan pandangannya. Kakinya turut diatur laju.

“Kenapa abang ada kat sini?” soal Faisha.

“Abang ada kat sini sebab hati abang kuat mengatakan ada buah hati abang

di sini,” balas Luth sambil mencuit pipi Faisha.

“Ini mesti Fazura bagi tahu, kan?” Faisha ketap gigi.

Luth menggeleng. “Tak ada. Abang call dia pun tak, macam mana dia nak bagi

tahu. Fattah ajak abang ke sini, sebab itu abang setuju. Hati abang ni kuat

mengatakan, sayang ada dengan Fazura kat sini.”

Faisha mencebik. “Tipulah.”

Luth menarik badan Faisha. Mahu Faisha berdiri menghadapnya. Wajah itu

ditatap lama.

“Abang tak tipulah, sayang. Betul rupanya, gerak hati abang tak pernah salah.

Sayang selamat aje kat sini dengan Fazura. Abang ni sorang-sorang terkontang-

kanting macam orang gila cari isteri abang ni.” Luth meluahkan perasaannya.

Faisha buat-buat tak dengar. Kali ini dia duduk di atas batas bendang sambil

320

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

memeluk lutut.

“Sayang, kenapa sayang tinggalkan abang?” Luth duduk di sebelah Faisha.

Tidak kisah seluarnya akan kotor dengan tanah dan selut bendang.

“Dah mama nak abang ceraikan Faisha. Buat apa Faisha nak tunggu lagi.

Sebelum Faisha dengar apa-apa lagi, baik Faisha pergi dari situ. Maaflah, sebab buat

keluarga abang porak-peranda,” ujar Faisha sambil menahan rasa. Ada rajuk dalam

nada suaranya.

“Hei, itu mama yang cakap. Sepatutnya sayang dengar dulu dari mulut abang.

Abang tak cakap apa pun, sayang yang lebih-lebih bawa diri merajuk dengan abang.

Janganlah buat abang macam ni, sayang.” Bahu Faisha dilagakan dengan bahunya.

Faisha diam. Bibir bawahnya digigit. “Faisha tak mahu susahkan abang.”

“Siapa cakap dengan melarikan diri tak menyusahkan abang? Faisha tahu tak

abang ni macam orang gila cari isteri abang ni merata-rata. Kat rumah sewa tak ada,

kat mana lagi nak cari? Abang mesej, WhatsApp, langsung sayang tak tengok.

Sampai hati sayang dera hati abang macam ni.”

Luth sengaja menekankan suaranya. Biar Faisha tahu betapa dia risaukan

keadaannya.

Faisha tertunduk. “Abang tak dengar ke apa yang mama kata pada Faisha?

Mama hina dan kata macam-macam kat Faisha. Mama menyesal terima Faisha

sebagai menantu. Abang ingat Faisha boleh terus berdiri kat situ dengar semua

penghinaan mama? Faisha sedar diri ni siapa.”

Kendur suara Faisha meluahkan rasa. Matanya mula bergenang dengan air

mata.

Luth menghela nafas. “Itu kata mama. Bukan abang.”

“Tak guna juga kalau mama abang tak sukakan Faisha. Untuk apa kita

teruskan kalau hubungan kita tak direstui?” Faisha sudah berputus asa.

Luth menarik wajah Faisha lembut. “Mana Faisha yang abang kenal dulu? Dia

seorang yang keras hati dan tak cepat mengalah. Kenapa sayang nak mengalah

321

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

cepat sangat ni? Sayang tak sayangkan hubungan kita ni ke? Dah tak sayangkan

abang?”

Faisha menggumam. Mulutnya terkumat-kamit. Tak terluah segala

perasaannya kepada Luth. Memanglah dia sayangkan Luth, tapi hatinya benar-

benar tergores. Terasa betapa hina dirinya kepada keluarga besar itu.

“Semua tu fitnah, sayang. Sayang jangan cepat mengalah dan undur diri.

Sepatutnya sayang pertahankan hubungan kita ni.” Kata-kata semangat itu terbit

dari mulut Luth. Dia tak mahu Faisha mengalah begitu cepat.

Faisha memanggung kepalanya. Pandangan mata Luth dibalas. Ada sinar

harapan di mata suaminya. Dari mata itu dia bagaikan dapat melihat satu harapan.

“Sejauh mana pun sayang pergi, abang akan kejar sayang sampai jumpa.

Jangan lari daripada abang lagi.” Jemari Faisha digenggam erat.

“Faisha tak pernah rasa macam ni sebelum ni. Abang tahu kan, betapa Faisha

sunyi dan abang dah mengisi kekosongan dalam hati Faisha. Tapi, restu itu sangat

penting, abang.” Faisha masih merajuk bila teringat kembali kata-kata penghinaan

Puan Aishah.

Luth menarik tangan Faisha lalu didekatkan ke dadanya.

“Dalam hati abang hanya ada satu nama. Faisha pun tahu kan nama siapa

yang dah berjaya mencuri hati abang ni? Abang tak boleh hidup kalau Faisha tak

ada. Bukan senang abang nak dapat kekuatan untuk berdiri semula, hinggalah

abang jumpa dengan Faisha. Faisha jantung hati abang.” Tajam mata Luth menikam

ke anak mata Faisha.

Faisha memaksa senyuman hadir pada wajahnya. Kelat dan sumbing.

“Kita bersihkan nama sayang. Abang takkan biarkan orang hina isteri abang

ni. Semuanya boleh diselesaikan. Melarikan diri bukan jalan penyelesaian yang baik.

Sayang tahu tak?” Pipi Faisha disentuh lembut.

Faisha gigit bibir. Sungguh dia lemah bila Luth merayunya begitu.

“Doa orang teraniaya selalu dimakbulkan Tuhan. Sayang banyak-banyak

322

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

bersabar dan berdoa. Lambat atau cepat aje, semuanya pasti akan terbalas. Tuhan

ada melihat. Tuhan takkan biarkan orang yang teraniaya terus dianiayai.” Lembut

Luth memujuk Faisha.

Faisha diam dan beberapa ketika kemudian, dia menganggukkan kepalanya.

“Selagi abang bernafas, selagi itu rasa cinta abang kepada Faisha takkan

putus. Nanti sayang ikut abang balik, ya? Kita berdua sama-sama bersihkan nama

sayang.”

Terharunya Faisha dengan layanan Luth kepadanya. Rajuknya tak menjadi bila

Luth melayannya bagaikan seorang puteri. Rasa bahagia itu makin mencengkam

dalam hati. Biar dihina, biar dicerca... Cinta mereka berdua tidak akan pudar dan

akan terus kekal.

Luth mengerutkan dahinya. Dari atas hingga hujung kaki isterinya dipandang.

Isterinya kembali berpenampilan seperti ketika mula-mula mereka berjumpa

dahulu.

“Kenapa abang pandang Faisha sampai berkerut-kerut muka tu?”

“Kenapa pakai macam ni balik? Dah nak jadi tomboi semula ke?” Luth buat muka

garang.

Faisha tekup mukanya. Memang masa sedih dan marahkan Puan Aishah dia

tekad nak kembali kepada keadaan dirinya yang sebelum ini. Kononnya, nak bawa

hati yang merajuk ini dengan berubah seperti sebelum ini.

“Abang tak suka sayang berpakaian ala-ala tomboi macam ni. Sekarang

sayang dah jadi isteri abang. Jadi, apa yang tak betul, abang kena tegur. Tak baik

perempuan menyerupai lelaki,” tegur Luth baik.

Faisha kemam bibir.

“Baju ni aje yang Faisha ada,” jawab Faisha.

“Hmm, tak apa. Nanti kita beli baju yang baru. Kita shopping banyak-banyak

kat sini.” Baik Luth melayan Faisha.

Faisha mencalitkan senyuman. Perlahan-lahan dia menganggukkan

323

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

kepalanya.

“Abang...” Mendayu-dayu Faisha memanggil suaminya.

Luth merenung mata Faisha redup. Dibalasnya dengan isyarat mata.

“Faisha minta ampun dan maaf daripada abang. Faisha tak patut pergi

macam tu aje tinggalkan abang. Faisha terlalu ikutkan perasaan.” Faisha menarik

tangan Luth, lalu dikucupnya.

“Abang maafkan, sayang.” Luth menganggukkan kepalanya. Ubun-ubun

kepala isterinya disentuh lembut.

“Lepas ni, Faisha kena kuat. Hati kena sado.” Faisha meraih semangat yang

ada.

Tergelak Luth mendengar kata-kata semangat Faisha.

“Hah, hati kena sado. Jangan mengalah. Lagi-lagi kalau kita tak salah. Tahu?”

Batang hidung Faisha dicuit lembut.

Faisha senyum sambil mengangguk. Dia faham dan mengerti. Selepas ini, dia

tidak akan mudah melenting.

MAJLIS merisik Fazura akhirnya selesai. Dia kini sudah bergelar tunangan kepada
Fattah sebelum mereka berdua melangsungkan perkahwinan lima bulan dari
sekarang. Dia nekad untuk memutuskan hubungannya dengan Hakimi
memandangkan hubungan cinta mereka tidak akan ke mana sudahnya. Lebih baik
dia fokus pada hubungannya dengan Fattah.

Hubungan Faisha dan Luth juga bertambah baik kini setelah mereka berdua
saling memahami. Cuma, masalah keluarga yang timbul harus diselesaikan secepat
mungkin sebelum masalah lain pula muncul.

“Kau bila nak balik KL, Fattah?” soal Luth kepada Fattah.
“Pagi esok dah nak kena bertugas. Malam nanti kami semua akan bertolak.
Kau tinggal sini dulu ke, honeymoon dengan Faisha?”

324

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Tergelak kecil Luth menyambut soalan Fattah. Memang niat dalam hati nak

bermalam di homestay itu untuk beberapa malam. Lagipun mereka belum lagi

berbulan madu. Apa salahnya tukar angin berbulan madu dengan suasana

kampung.

“Aku ingat nak stay sini beberapa hari. Seronok juga suasana kampung ni.

Nyaman dan mendamaikan,” balas Luth.

Wajah Faisha di sebelahnya dipandang sekilas. Dia perasan muka Faisha

sudah berona merah.

“Aku tinggalkan kereta aku kat kau. Aku balik dengan famili aku ajelah kalau

macam tu. Kunci kereta kau tu, kau bagi aku. Aku pinjam dulu. Boleh?”

Luth diam berfikir. Kemudian dia mengangguk tanda setuju. Asalkan dia ada

bersama dengan Faisha. Dia tak kisah asalkan Faisha ada di sisi.

MALAM itu hanya Faisha dan Luth berdua sahaja di homestay perkampungan itu.
Fattah dan keluarganya sudah bertolak pulang ke Kuala Lumpur selepas solat
maghrib tadi. Fazura juga turut serta memandangkan esok petang dia perlu bekerja.
Inilah peluang yang ada untuk Luth dengan isterinya bersama-sama.

Faisha duduk di pangkin sambil melihat bintang-bintang di langit. Luth
menghenyakkan punggungnya di sebelah Faisha. Kemudian, dia menghembuskan
nafasnya ke telinga Faisha.

Faisha menekup kedua-dua belah telinganya sambil menggeleng-geleng
kepalanya. Wajahnya pula tidak lekang dengan senyuman manis.

“Apa ni tiup-tiup telinga orang?” omel Faisha sedikit manja.
“Nak jampi-jampi kat isteri abang yang manis ni. Biar dia tak lari dari hidup
abang lagi.”
Faisha ketawa mengekek. “Abang nak jadi bomoh ke?”
Luth menjuih sambil menggeleng.

325

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Abang nak jadi nyawa sayang.” Batang hidung Faisha dicuit lembut.

Faisha menjatuhkan kepalanya ke bahu Luth. Jemari Luth dicapai lalu

digenggamnya. “Faisha nak jadi ratu hati abang.”

“Kalau macam tu, biar abang jadi sultan sayang sampai bila-bila, ya.”

Faisha ketawa lagi. Tangan Luth digenggamnya kejap. “Esok kita pergi jalan-

jalan nak tak?”

“Jalan-jalan ke mana?” soal Faisha dengan dahi berkerut.

“Jalan-jalan ke syurga cinta. Cia...cia.. cia,” jawab Luth berjenaka.

Letih Faisha mahu ketawa. Ada-ada sahaja yang Luth lakukan untuk

membuatnya ketawa. Bersama dengan Luth, dia memang tak kering gusi.

“Abang harap malam ni jadi malam paling indah untuk kita berdua.”

Faisha sudah tarik senyum. Lain macam pula rasa bila Luth berbisik begitu di

telinganya. Naik meremang bulu romanya.

“Dah malam ni. Jomlah masuk. Lama-lama sangat kena angin malam ni nanti

demam pula.” Luth mengajak Faisha masuk dalam rumah.

Faisha menggelengkan kepalanya. Belum bersedia hendak masuk. Dia belum

puas lagi ambil angin malam. Dan dia belum puas melihat pemandangan malam

yang indah itu.

“Nantilah masuk. Ambil angin dulu. Bukan selalu pun dapat hirup udara segar

macam ni.”

Luth menghela nafas. Diturutkan sahaja permintaan Faisha. “Abang nak

beritahu sayang sesuatu ni.”

Luth membaringkan badannya. Paha Faisha dijadikan alas kepalanya.

“Beritahu ajelah.”

“Kalau boleh, abang nak anak cepat-cepat. Tak sabar rasanya nak timang

anak sendiri. Kalau anak lelaki, boleh temankan abang main badminton, pergi

memancing. Kalau anak perempuan, abang nak belikan baju cantik-cantik macam

puteri.” Luth sudah membuka cerita perihal anak.

326

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Terbatuk-batuk Faisha. Dia sentuh bab anak pula. Tahulah malam ni malam

Jumaat. Tak perlulah nak berkias-kias dengannya. Macam dia tak tahu taktik Luth

itu.

“Kenapa? Sayang tak mahu anak ke?” Luth memerhatikan muka isterinya

dengan pandangan redup.

Kelat wajah Faisha tayang senyum. “Eh, tak cakap pun tak mahu anak.

Mestilah nak anak. Tapi, sekarang macam awal sangatlah. Kita baru lagi kahwin.

Abang dah bosan dengan Faisha ke?”

Sengaja Faisha mengelak daripada Luth memikirkan yang bukan-bukan.

“Bukan bosan. Abang nak rumah kita riuh-rendah dengan suara anak-anak

kita. Baru seronok.”

Sudah terbayang di mata bila mereka ada anak sendiri. Dia cemburu melihat

kawan-kawannya mengusung anak mereka ke sana sini. Dia pun nak juga ada anak

sendiri. Mesti anak-anaknya nanti cantik dan comel macam papa dan mamanya.

Faisha menarik muncung seinci.

“Kalau dengan Faisha aje abang tak seronok ke?” Faisha membelek muka

Luth dengan muka cemberut.

“Seronok. Kalau ada anak lagi seronok.”

“Abang tak suka hidup berdua dengan Faisha ke?” soal Faisha lagi.

Luth panggung kepala memandang wajah isterinya. Tangannya menyentuh

lembut pipi si isteri. “Abang minta anak aje dengan sayang. Bukannya abang minta

nak beristeri lain, sayang. Anak-anak kita juga, takkan sayang nak cemburu.”

Faisha jegil biji matanya. “Berani abang nak cari isteri lain? Faisha dapat tahu

abang ada perempuan lain, Faisha siat-siat kulit abang. Tak pun Faisha ikat abang,

tak payah keluar rumah. Gatal sangat.”

Luth tergelak kecil. Dia bingkas bangun.

“Tak adalah abang nak kahwin lain. Isteri abang seorang ni pun dah cukup

buat abang sakit kepala. Nak cari pasal kahwin lagi sorang. Huhuhu... tak nak!” Laju

327

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth menggeleng kepala.

“Tahu pun takut.”

Luth menjatuhkan kakinya ke bawah. Kakinya diluruskan. “Jomlah, masuk.

Dah lewat ni. Abang dah mengantuk ni.”

Luth menekup mulutnya daripada ternganga luas. Dia betul-betul letih

malam ni.

Faisha mencubit lembut paha Luth. “Abang masuklah dulu.”

Luth menggelengkan kepalanya. “Tak elok duduk sorang-sorang kat luar.

Nanti orang jahat datang culik isteri abang ni, menangis tak berlagu abang nanti.

Dah, jom! Jangan nak degil sangat.”

Luth menarik tangan Faisha agar mengikutnya masuk ke dalam rumah.

328

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 48

ENCIK LUTH FADHIL memimpin tangan Nasuha keluar dari klinik. Nasuha sarat
mengandungkan anak sulung mereka berdua. Nasuha adalah isteri keduanya dan
sudah hampir setahun mereka menjadi pasangan suami isteri.

“Jalan hati-hati. Itulah, abang dah cakap jangan buat kerja berat. Mujur
kandungan Nasuha tak apa-apa,” bebel Encik Luth Fadhil kepada isterinya.

“Mana saya tahu nak jadi macam ni. Saya bosan duduk rumah tak buat kerja
apa. Sebab itulah saya buat kerja sikit-sikit. Tak sangka pula nak terjatuh.” Keruh
muka Nasuha. Perutnya yang bulat diurut-urut.

Nasuha dipimpin hingga ke kereta. Siap dibukakan lagi pintu untuk Nasuha.
Tutup sahaja pintu kereta, Encik Luth Fadhil disapa oleh seseorang.

“Amboi, Encik Luth. Siapa tu?” Tiba-tiba Puan Salina menyapanya. Tersenyum
sinis sambil memandang Nasuha di dalam kereta.

“Oh, itu pekerja saya,” tipu Encik Luth Fadhil.
Dia mati kata-kata hendak menjawab. Entah macam mana hari ini boleh
terserempak dengan orang yang dia kenal. Lagi-lagi si mulut puaka Puan Salina.
“Ya ke pekerja? Baik betul Encik Luth, ya? Siap bawa pekerja ke klinik cek
perut.” Sinis sahaja kata-kata Puan Salina sambil tersenyum sumbing.
Tegang wajah Encik Luth Fadhil.
“Apa masalah awak ni, Lina? Salah ke saya nak bawa pekerja saya ke klinik
memandangkan pekerja saya betul-betul ditimpa kecelakaan di depan saya? Nak

329

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

biarkan aje walaupun dah tengok orang dalam kesusahan?” Tinggi suara Encik Luth

Fadhil.

Puan Salina mencebik.

“Saya tak tuduh Encik Luth buat bukan-bukan pun. Kenapa nak marah-marah

pula? Kalau siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya, kan?” sindir Puan

Salina lagi.

Dari awal lagi Puan Salina mengekori Encik Luth Fadhil. Sangkanya tadi, Encik

Luth Fadhil dengan Puan Aishah. Tak sangka pula wanita lain yang dibawa oleh

suami temannya itu.

Bergetar badan Encik Luth Fadhil. Ikutkan hatinya yang marah, mahu sahaja

dia menampar Puan Salina di situ. Tapi, dia tidaklah sekejam itu mahu

mencederakan wanita. Hanya ditahan sahaja rasa amarahnya itu.

“Tak sangka ya, Encik Luth pasang dua. Kalau Puan Aishah tahu, tak tahulah

saya. Mesti perang dunia ketiga.” Mulut Puan Salina terus menyindir.

Tajam mata Encik Luth Fadhil menikam wajah Puan Salina. “Cakap biar ada

bukti. Kerana mulut puaka kau, habis semua rumah tangga anak-beranak aku porak-

peranda. Jangan sampai aku hilang sabar dengan kau.”

Encik Luth Fadhil memberi amaran. Lagi dia melayan Puan Salina, makin sakit

hati dibuatnya.

PUAN AISHAH sudah menyiapkan hidangan untuk tetamu yang akan bertandang ke
rumahnya nanti. Selepas mendapat panggilan daripada Puan Salina, terus dia ke
dapur menyiapkan hidangan.

Bunyi loceng berdenting. Tetamu yang dinantikannya sudah datang
bertandang. Bukan Puan Salina seorang, tetapi dia ditemani dengan anak daranya
Riana. Kedua-dua beranak itu masuk ke dalam rumah selepas dipelawa oleh Puan
Aishah. Bukan main mesra lagi Puan Aishah menyambut kedatangan anak-beranak

330

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

itu.

“Aunty kat rumah dengan siapa ni? Luth dengan Faisha ada?” soal Riana

mesra.

“Aunty sorang aje kat rumah. Luth dengan Faisha entah pergi mana tiga hari

dah tak balik-balik,” jawab Puan Aishah.

Televisyen dipasang. Tidak mahu tetamunya itu sunyi tanpa hiburan.

“Dari mana ni?” soal Puan Aishah. Buah tangan yang diberi oleh Riana

diletakkan atas meja kopi.

“Kami dari klinik tadi. Lepas tu kat sebelah klinik ada kedai kek. Itu yang beli

kek ni buat buah tangan bertandang ke rumah Aishah. Segan pula datang ke sini

dengan tangan kosong,” sambut Puan Salina.

“Oh, ya ke? Terima kasihlah. Susah-susah aje. Kat rumah saya ni macam-

macam dah ada. Lain kali, datang sini tak payah bawa buah tangan. Datang tangan

kosong pun saya tak kisah.”

“Tak ada susah pun. Tanda kita saling mengingati. Eh, Encik Luth Fadhil tak

ada ke?” soal Puan Salina berbasa-basi.

“Oh, macam biasalah dia. Kat tempat kerja. Sibuk dengan tugasan dan klien

sana sini. Sebab tu jarang ada kat rumah. Saya tak kisah sangat pun dia ada ke tak

kat rumah. Lagi senang kerja saya ni kalau dia tak ada.” Puan Aishah yakin dengan

jawapannya.

“Oh, ya ke? Bagus betul Aishah. Kalau saya suami tak ada depan mata, tak

senang duduk saya ni. Sekejap-sekejap saya call tanya dia ada kat mana,” cerita

Puan Salina.

Puan Aishah menyambut kata-kata Puan Aishah dengan hilai tawa. Cara

mereka berbeza. Puan Aishah pula senang hidup bebas sendiri di rumah. Kalau

suaminya ada di rumah pun bukannya boleh membantu apa pun. Asyik nak tegur

sahaja apa yang dilakukannya. Semuanya tak kena pada pandangan mata suaminya.

“Sekarang ni macam-macam cerita yang kita dengar kat laman sosial. Dalam

331

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Facebook tu, macam-macam kisah rumah tangga yang orang kongsikan. Pasal suami

curanglah, suami bosan dengan isterilah, suami kahwin dua... Haisy, macam-macam

cerita. Hati-hati sikit, Aishah. Kena tengok-tengok juga Encik Luth Fadhil tu.” Puan

Salina menasihati Puan Aishah.

Terburai ketawa Puan Aishah. Geli hati kalau suaminya dikaitkan dengan kisah

rumah tangga yang ada.

“Suami saya tu perut macam orang mengandung anak lima bulan. Kepala

macam tengok bias cermin. Siapalah yang nakkan dia, Lina? Saya tak risau sangatlah

pasal suami saya tu.”

Berkerut dahi Puan Salina bila tegurannya disambut begitu oleh Puan Aishah.

Macam tak ada perasaan pula dilihatnya.

“Eh, tak kacak kalau duit penuh poket, orang perempuan pandang, Aishah.

Kena beringat tu.” Puan Salina pula serabut dengan penerimaan Puan Aishah.

Puan Aishah mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia tahulah suaminya

macam mana. Suaminya bukan jenis suka mengayat perempuan di luar sana.

Mustahil dengan umur begitu suaminya mahu mencari pengganti.

“Tentang suami saya tu, saya tak risau sangat. Yang saya risaukan sekarang ni

pasal anak saya, Luth. Degil dan keras kepala betul. Apa yang saya cakap, langsung

dia tak mahu dengar.”

Dengar sahaja nama Luth, Riana bagaikan cacing kepanasan. Kalut dia pasang

telinga cuba menghadam apa yang akan Puan Aishah cakapkan.

“Kenapa dengan Luth?” soal Puan Salina.

Puan Aishah melepaskan keluhan. Wajahnya kembali tegang bila teringatkan

sikap anaknya. “Luth tu degil. Apa yang saya cakap, langsung dia tak mahu percaya.

Macam mana saya nak buat bagi dia percaya dengan kata-kata saya tu?”

Puan Salina mengerling Riana yang duduk di sofa single. Kemudian, matanya

kembali menangkap wajah Puan Aishah.

“Saya tak tahulah kenapa susah sangat Luth nak percaya apa yang saya

332

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

cakap,” keluh Puan Aishah, kecewa dengan anaknya.

Puan Salina berdeham membetulkan suaranya. “Pelan-pelan nanti, dia dapat

tahu juga, Aishah. Perkara macam ni memanglah susah nak percaya. Lagi-lagi Faisha

tu isteri dia. Mestilah dia nak mempertahankan isteri dia tu. Betul tak apa yang saya

cakapkan ni?”

Puan Aishah mengangguk tanda setuju.

“Nanti Luth akan sedar juga siapa isterinya yang sebenarnya tu. Kami

bukannya nak menghasut Aishah bencikan Faisha, tapi kami kasihankan Aishah dan

Luth.” Tak habis-habis Puan Salian cucuk jarum.

Yalah. Betul juga apa yang dikatakan Puan Salina. Puan Aishah tidak salahkan

temannya itu. Kalau dia tahu sesuatu pasal anak menantunya, dia perlu bercerita

kepadanya. Kalau tak, sampai bila-bila pun dia tak tahu Faisha buat onar kepada

keluarganya.

“Harap Luth cepat sedarlah daripada penipuan Faisha tu.”

Hari-hari Puan Aishah mendoakan untuk anaknya. Kalau dahulu bersama

Juliana anaknya merana, dia tidak mahu sejarah lama berulang kembali.

“Sabar banyak-banyak, Aishah. Hah, ini saya ada bawakan ubat untuk Luth.

Aishah masukkan aje dalam minuman Luth, insya-Allah akan menjadi nanti usaha

kita.” Puan Salina menghulurkan air ubat yang dimintanya daripada dukun Siam.

Tanpa waswas Puan Aishah menyambut air di dalam botol kecil itu.

“Saya nak kena bagi Luth minum ke air ni?” soal Puan Aishah.

Puan Salina menganggukkan kepalanya.

“Masukkan setitis dalam minuman atau makanan dia pun dah cukup. Lepas

tu, Aishah boleh tengok perubahan Luth beberapa hari selepas tu. Tak payah nak

susah payah nasihatkan dia,” beritahu Puan Salina, apa yang disampaikan dukun

Siam itu kepadanya semalam.

Botol air kosong itu dipandang lama. Dia pula yang gelisah.

“Aishah juga bagi tahu yang Luth tak mahu pergi berubat. Jadi, saya minta

333

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

ustaz yang selalu saya pergi tu buatkan air penawar untuk Luth. Harap-harap sangat

ia dapat membantu.”

Hebat sekali helah Puan Salina. Pandai dia menipu dan mengaburi mata Puan

Aishah supaya percayakannya.

“Terima kasihlah. Susahkan Lina aje. Saya harap Luth akan baliklah nanti.

Boleh saya campurkan ke dalam minumannya nanti.”

Senang hati Puan Salina mendengar kata-kata Puan Aishah. Senang sangat

nak memperbodoh Puan Aishah. Kalau Puan Aishah pun boleh diguna-gunakannya

dengan hanya sedikit calitan, mustahil dia tidak berjaya untuk menundukkan Luth.

Riana hanya tersenyum. Tak lama lagi, pasti Luth akan datang merayu

kepadanya. Tak sabarnya nak rebut hati Luth Fahim menjadi kekasih hatinya.

334

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 49

FAISHA dan Luth sudah bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Ada perkara penting yang
perlu mereka selesaikan. Nama buruk Faisha perlu dibersihkan dahulu. Jika
dibiarkan sahaja, nama Faisha akan terus busuk dengan cerita-cerita fitnah yang
dicipta oleh saudaranya sendiri. Selesai sahaja masalah, mereka akan fikirkan
tempat percutian untuk berbulan madu nanti.

Sampai sahaja di Kuala Lumpur, Luth membawa Faisha ke satu kawasan
perumahan yang tidak pernah dia pergi. Kereta diparkir di hadapan sebuah rumah
banglo setingkat yang tidak terlalu besar.

“Kita turun dulu, sayang.” Luth menolak pintu kereta bahagian pemandu.
Badannya yang lenguh diregangkan.

“Rumah siapa ni?” soal Faisha.
Matanya terus menangkap pemandangan sekeliling rumah itu. Walaupun
tidak terlalu mewah, tapi ia cukup selesa baginya. Mata Faisha tertumpu pada
kereta Encik Luth Fadhil yang terparkir di hadapan rumah.
Luth menarik tangan Faisha mengikutnya ke dalam rumah. Pertanyaan Faisha
langsung tidak dijawab. Luth seolah-olah sudah biasa dengan rumah itu. Selepas
memberi salam, dia terus menapak masuk ke dalam rumah. Dipelawa Faisha masuk
bersama.
Mata Faisha tertumpu pada ruang tamu rumah yang baru dimasukinya.
Susunannya kemas dan sedap mata memandang. Mata Faisha tertumpu pada satu

335

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

potret yang tergantung di dinding. Ada gambar ayah mertuanya, Encik Luth Fadhil

dan seorang wanita bertudung. Tidak terlalu berusia dan tidak terlalu muda.

Luth menarik tangan isterinya ke sofa. Punggungnya terus dihenyakkan dan

melepaskan rasa penat memandu dari Kedah tadi.

“Hah, dah sampai pun anak menantu kita, Nasuha.” Encik Luth Fadhil keluar

dari sebuah bilik dengan berkain pelekat dan berbaju Melayu. Di atas kepalanya

yang beruban ditutupi dengan songkok.

Faisha terkejut dengan sapaan Encik Luth Fadhil. Siapa Nasuha? Faisha terus

tertanya-tanya. Faisha menyambut tangan bapa mertuanya. Dia masih terkejut dan

agak kekok dengan situasi yang dialaminya sekarang. Beberapa ketika kemudian,

keluar seorang wanita bertudung berjalan perlahan-lahan menghampiri ruang

tamu.

Mata Faisha tidak lepas memandang kelibat yang berjalan menuju ke arah

mereka. Mungkin itulah Nasuha yang dipanggil ayah mertuanya tadi.

“Faisha, papa nak kenalkan Faisha dengan seseorang.” Encik Luth Fadhil

bagaikan tahu apa yang sedang bersarang dalam minda menantunya.

Faisha tidak tahu bagaimana reaksi yang perlu ditunjukkan. Sungguh dia

terkejut dengan kejutan ini. Otaknya ligat berfikir dan meneka siapa wanita itu

kepada ayah mertuanya.

“Ini isteri papa, Nasuha. Faisha panggil aje ibu.” Encik Luth Fadhil

memperkenalkan Faisha kepada Puan Nasuha.

Faisha menghulurkan salam perkenalannya. Tapi, mulutnya masih terkunci

untuk bertanya. Hanya kuntuman senyuman yang mampu dicalit pada wajahnya.

Faisha betul-betul tak sangka, dalam diam-diam ayah mertuanya ada seorang lagi

isteri. Siap sudah mengandung lagi.

“Inilah menantu kita. Nasuha ingat dan kenal tak?” soal Encik Luth Fadhil.

Terkebil-kebil mata Faisha. Ingat dan kenal? Mereka pernah berjumpakah

sebelum ini? Serabut kepalanya memikirkan siapa wanita di depannya itu.

336

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kenallah, ni isteri Luth. Kan hari tu masa kenduri dah jumpa.” Nasuha

tersenyum saat memandang wajah manis Faisha. Umurnya dengan Faisha hanya

berbeza 10 tahun.

“Maaf, saya tak perasan agaknya.” Serba salah pula Faisha.

Mungkin dalam ramai-ramai tetamu yang bertandang, Puan Nasuha ada

bersama. Cuma, dia sahaja yang tidak perasan.

“Ibu datang dengan kawan-kawan kerja hari tu. Mungkin Faisha tak perasan.

Cantik Faisha masa hari perkahwinan.” Lembut tangan Puan Nasuha menyentuh

wajah Faisha.

“Sekarang ni isteri Luth tak cantik ke, ibu?” soal Luth, membuatkan yang ada

di situ ketawa.

Puan Nasuha turut ketawa.

“Cantik. Wajah asli Faisha lagi manis,” puji Puan Nasuha.

“Kembanglah punggung orang tu ibu puji. Nanti habis terkoyak kain yang dia

pakai tu, ibu.” Luth menyakat Faisha.

Faisha menjeling Luth tajam. Ada sahaja nak disakatnya.

“Seronok ke berbulan madu kat Kedah?” soal Encik Luth Fadhil.

Dia tahu anaknya Luth Fahim ke Kedah pergi memujuk menantunya yang lari

membawa diri. Kalau bukan kerana mulut isterinya Puan Aishah, tak adalah semua

ini terjadi.

Tersenyum-senyum Luth. “Tak sempat nak berbulan madu lama-lama, papa.

Semalam aje kat sana terus balik ke sini. Tak senang Luth nak duduk kat sana lama-

lama. Teringat macam-macam kat sini.”

Faisha menjongketkan keningnya. “Teringatkan siapa?”

“Teringat tentang masalah kitalah, sayang. Hangat punggung ni selagi

masalah ni tak selesai,” sambut Luth.

Luth memandang papanya. “Mama bising-bising lagi ke, papa?”

Encik Luth Fadhil menarik nafas dan menghelanya perlahan. Kepalanya

337

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

mengangguk-angguk. “Papa tak tahu nak cakap apa lagi kat mama kamu tu, Luth.

Papa tegur, langsung dia tak mahu dengar. Dia aje yang betul.”

Luth melepaskan keluhannya. Tangannya dijatuhkan atas paha Faisha.

“Mama tu suka sangat percaya cakap orang luar. Kita ni macam tak penting

pun kat dia.” Luth meluahkan apa yang bersarang dalam hatinya selama ini. Dari

dulu lagi sikap Puan Aishah begitu.

“Papa ni dah berbuih mulut cakap dengan mama. Kadang-kadang papa rasa

macam diri ni tak wujud pun. Suami, tapi tak macam suami. Apa aje yang papa

cakap nak dibantah. Aisy, bila mama kamu nak sedar pun tak tahulah.” Encik Luth

Fadhil sudah lama bersabar dengan isterinya, Puan Aishah.

Sudahlah Puan Aishah asyik pentingkan teman-temannya sahaja. Kadang-

kadang masanya dihabiskan melepak di luar dengan kawan-kawannya. Sesekali dia

sibuk dengan mesyuarat kelab. Cuma, sejak kenal dengan Puan Salina, isterinya

kurang sikit dengan aktiviti kelabnya. Masanya banyak dihabiskan bersama

temannya itu.

Encik Luth Fadhil memandang mata Faisha.

“Salina tu mak cik, Faisha?” soal Encik Luth Fadhil, mahu mendengar dari

mulut Faisha sendiri.

Lama Faisha diam. Beberapa ketika kemudian, dia mengangguk.

“Mak Ngah Salina adik kedua mama. Mama anak sulung. Pak su pula dah

lama meninggal semasa darjah dua sebab demam panas,” cerita Faisha kepada

Encik Luth Fadhil.

Encik Luth Fadhil melepaskan keluhan lelahnya. Dunia ini terlalu kecil. Ke

sana sini mereka jumpa orang yang dikenali juga walaupun sudah lama terpisah.

Encik Luth Fadhil sudah tahu serba sedikit kisah hubungan Faisha dan Puan Salina

daripada anaknya sendiri. Luth ada datang berjumpa dengannya sebelum ke Kedah

dan menceritakan semuanya.

“Papa simpati dengan apa terjadi kepada diri Faisha selama ni. Kalau Faisha

338

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

nak tegakkan kebenaran, papa boleh tolong selesaikan.” Encik Luth Fadhil

menawarkan diri untuk membantu menantunya.

Berkerut dahi Faisha. Dia langsung tidak faham maksud ayah mertuanya. Apa

yang boleh Encik Luth Fadhil lakukan?

“Papa tak sangka Puan Salina tu tergamak aniaya anak saudaranya sendiri.

Makan harta anak yatim. Salah perbuatan tu di sisi undang-undang dan agama kita.

Tuhan melaknat apa yang mak ngah Faisha buat tu.” Tenang sahaja Encik Luth

Fadhil melontarkan suaranya.

Faisha diam sahaja sambil menggigit bibir bawahnya. Dia sengaja

mendiamkan diri. Dia tak kisah mak ngahnya mengambil semua harta benda papa

dan mamanya yang ditinggalkan untuknya selama ini. Tapi, dia tak boleh terima jika

mereka mahu merampas suaminya. Jika dulu dia boleh relakan, tapi sekarang dia

tidak akan berdiam diri.

“Semalam papa jumpa dengan mak ngah Faisha. Masa tu papa dengan ibu.”

Encik Luth Fadhil membuka cerita pertemuan yang tidak disangka itu. Semuanya

diceritakan kepada anak dan menantunya.

Bergetar badan Faisha. Entah kenapa, mendengar sahaja nama Puan Salina

dan perlakuan mak ngahnya itu, hatinya jadi hangat. Mungkin kerana dia terlalu

lama memendamkan perasaannya.

“Kita tak boleh biarkan Aunty Salina porak-perandakan rumah tangga kita,

papa. Sejak dia muncul, macam-macam kejadian aneh berlaku. Paksa Luth kahwin

dengan Rianalah. Luth tak suka kena paksa-paksa macam tu. Tak dapat Luth, dia

orang buruk-burukkan pula Faisha.” Luth bersemangat hendak menundukkan dua

beranak itu.

Encik Luth Fadhil menganggukkan kepalanya. Puan Salina dan Riana perlu

diajar dan diberi pengajaran. Dengan apa yang dilakukan kepada Faisha selama ini

pun tidak boleh dimaafkan.

“Faisha tak mahu buat laporan polis atas salah guna kuasa ke? Kut nak guna

339

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

peguam ke? Kalau nak, papa boleh tanyakan peguam papa.” Encik Luth Fadhil

bertanya kepada Faisha.

Sebab terlalu lama menganiaya, mereka sekeluarga makin menjadi-jadi.

Hidup atas kesenangan hak milik orang lain.

Faisha ketap bibir bawahnya. Lama dia diam. Luth di sebelahnya dipandang.

Daripada lirikan matanya, dia berharap Luth dapat membantunya dengan memberi

cadangan.

“Semuanya terletak pada diri sayang. Kalau sayang nak ambil tindakan, kita

akan lantik peguam.” Luth menyuarakan pendapatnya.

Faisha meraup mukanya. Kalau dia mengambil tindakan kepada emak

saudaranya, nanti kasihan pula hidup mereka. Faisha tidak begitu kejam untuk

menghukum mereka begitu. Tangannya diramas-ramas.

“Faisha fikir dulu. Nanti apa-apa, Faisha bagi tahu abang dan papa.” Faisha

keberatan untuk memberi jawapan. Dia perlukan masa.

Luth menarik tangan Faisha. Digenggamnya jemari isterinya tanda

memberikan semangat. Kalau Faisha susah, dialah orang yang akan selalu ada di sisi

isterinya.

“Tak apa, sayang. Sayang ambil masa dan fikir dulu. Atau sayang ada cara lain

nak sedarkan dia orang tu?” Luth tidak mahu memaksa.

Faisha menghela nafas. Jika dia ada cara untuk sedarkan mereka, sudah lama

keluarga itu sedar. Masalahnya, mereka semua sudah jauh menyimpang. Rumah

banglo keluarganya di kampung pun dia tidak tahu apa dah jadi. Sama ada dijual

atau masih menjadi miliknya.

340

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 50

SELEPAS mandi, Faisha duduk lama di hadapan cermin. Wajahnya direnung di
sebalik cermin. Tapak tangannya dicalit dengan losen dan disapukan rata ke
pergelangan tangannya. Luth yang baru keluar dari bilik mandi dipandangnya dari
balik cermin.

Lepas siap berpakaian, Luth merebahkan badannya ke tilam. Badan dan
otaknya keletihan bila terlalu banyak berfikir.

“Abang...” Faisha memanggil suaminya.
Luth panggung kepala. Badannya disandarkan pada kepala katil.
“Abang letihlah malam ni, sayang. Malam ni tak boleh,” sambut Luth.
Terbuntang biji mata Faisha. Mulutnya terlopong luas. Badannya pantas
dialihkan memandang suaminya yang duduk menyandar di katil.
“Otak abang ni fikir apa?” Berkerut dahi Faisha.
“Oh, bukan ya? Ingatkan sayang nak ajak abang manja-manja.” Luth tergelak
kecil.
Memuncung mulut Faisha. Tajam dia menjeling Luth. Dalam menjeling pun
nampak manja sahaja gayanya.
“Faisha nak tanya pasal papa.” Faisha menggosok-gosok tapak tangannya.
Meratakan losen yang masih berbaki.
“Hmm, boleh. Tanya aje,” sambut Luth. Hujung kakinya disilangkan sambil
digoyang-goyangkan.

341

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Dah lama ke papa dan ibu kahwin?” soal Faisha ingin tahu.

“Dah setahun lebih juga. Ibu tu staf papa. Tak sangka pula mereka berdua ada

jodoh. Kalau dah jodoh papa, kita tak boleh nak kata apa, kan?”

Luth tidak mahu Faisha salah sangka kepada Encik Luth Fadhil dan Puan

Nasuha. Begitu juga kepada mamanya Puan Aishah. Tapi, dia tahu apa yang papanya

lakukan itu bersebab.

Faisha menjuih. Berkerut-kerut mukanya.

“Mama tahu?” soal Faisha lagi bagaikan seorang penyiasat.

Luth menggelengkan kepalanya. Kalau mamanya tahu, memang perang

besarlah. Papanya belum bersedia untuk berterus terang dengan Puan Aishah.

Hanya menunggu masa untuk menceritakan semuanya.

“Abang dah lama tahu pasal perkahwinan papa dengan ibu?” soal Faisha lagi.

Mata Luth tidak lepas direnungnya.

Luth diam sejenak. Sedang berfikir dan mengagak bila dia dapat tahu

semuanya. Jarinya bergerak-gerak mengira tempoh yang dia tahu tentang hubungan

itu terjalin.

“Hmm, dah enam bulan abang tahu pasal papa dan ibu.”

Faisha mengangguk-angguk. “Kak Malisa tahu pasal ni?”

“Tahu. Papa panggil kami berdua hari tu. Papa ceritakan semuanya dan

jelaskan kepada kami berdua. Nak melenting dan marah, itu papa kami. Mahu tak

mahu, kami terpaksa reda. Lagipun, ibu layan kami berdua dengan baik,” cerita

Luth, tidak mahu ada apa-apa rahsia lagi antara mereka.

“Hmm, abang pernah fikir tak... Bila mama dapat tahu pasal papa dan ibu?

Lepas tu, dia dapat tahu anak-anak dia tahu pasal hubungan ni. Faisha rasa mama

mesti kecewa dan terluka sangat.” Faisha melontarkan pendapatnya.

Dia memang suka membaca buah fikiran orang. Tanpa sedar dia akan

meramal apa yang ditempuh walaupun tidak benar tekaannya. Imaginasi Faisha

agak tinggi.

342

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth melepaskan keluhan. Dia tahu, hati Puan Aishah pasti akan terluka jika

dapat tahu mereka merahsiakan hal Encik Luth Fadhil yang sudah beristeri dua.

“Hmm, nak tanya lagi. Abang macam papa juga ke? Ada pasang niat nak

beristeri dua atau lebih?” Faisha terus bertanya. Risau pula dia.

Luth ketawa kuat. Kantuknya tadi serta-merta hilang. “Papa tu kahwin lain

bersebab. Bukan saja-saja nak tambah cawangan. Sayang waswas dengan abang

ke?”

Faisha bangun daripada duduknya. Punggungnya direbahkan pula atas tilam.

Kakinya yang terjuntai di bawah diangkat kedua-duanya.

“Kalau Faisha dapat tahu abang ada orang lain, siap abang Faisha kerjakan.”

Kedua-dua belah pipi Luth dipicit-picit.

“Taklah, sayang. Abang setia pada yang satu. Tak ada pasang niat pun nak cari

yang kedua, ketiga atau keempat. Sayang sorang pun dah cukup penuhkan hati

abang ni.” Luth menyentuh pipi isterinya lembut.

“Betul ni?”

Luth menganggukkan kepalanya.

“Betullah, sayang. Takkanlah abang nak buat sayang abang ni sedih. Sudahlah

nak dapatkan sayang pun susah. Abang takkan sia-siakan sayang. Abang hargai

hubungan kita ni.” Lembut lidah Luth. Redup pandangan matanya kepada isterinya.

Manis senyuman yang menghiasi wajah Faisha. Kembang pula hatinya.

“Abang janji takkan duakan Faisha. Janji dulu!”

“Ya, janji.” Luth mengaitkan jari kelengkengnya dengan jari kelengkeng Faisha.

“Abang tak tipu?”

“Tak!”

Faisha menghadiahkan senyuman kepada Luth. Tangan Luth ditarik lalu

dikucupnya. Kemudian, ditarik tangan Luth dan diletakkan di dadanya.

“Abang dapat rasa apa-apa tak?” Manja Faisha malam ini dengan Luth.

Luth menganggukkan kepalanya. “Debaran cinta.”

343

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Manis wajah Faisha tersenyum. “Faisha nak abang tahu, dalam hati Faisha

cuma ada abang aje. Faisha tak pernah rasa perasaan macam ni dengan orang lain.

Bila dengan abang, Faisha dapat rasakan sesuatu yang indah.”

Terharu Luth mendengar luahan Faisha. Bukan mudah untuk dia dengar

Faisha meluahkan perasaannya. Inilah peluang yang baik untuk mereka berdua

menyatukan hati mereka menjadi satu.

“Abang janji takkan tinggalkan Faisha, ya?”

“Ya, sayang buah hati abang. Abang takkan tinggalkan Faisha. Susah senang,

kita berdua akan tetap bersama. Faisha pun jangan tinggalkan abang lagi. Gelap

hidup abang bila Faisha larikan diri hari tu. Kesian kat abang. Baru kahwin dah kena

tinggal.”

Memuncung mulut Luth. Siap buat mimik muka sedih untuk meraih simpati.

“Alolo, kesiannya. Maaflah, hari tu Faisha tinggalkan abang. Lepas ni, Faisha

janji takkan tinggalkan abang lagi. Tak kira apa pun dugaan yang datang melanda

hubungan kita berdua, Faisha akan ada bersama-sama abang.” Pinggang Luth

dirangkul erat. Kepalanya terus terlentok atas bahu Luth.

“Sweetnya isteri abang ni.”

Faisha menegakkan badannya. “Semestinya! Abang tu aje yang tak tahu isteri

abang ni sweet, romatik dan manja.”

Luth menjongketkan keningnya. “Dengan abang aje kan sayang macam tu?”

Faisha mengangguk kepalanya. Sebuah kucupan singgah di dahi Luth.

“Ini kucupan tanda terima kasih sayang kepada abang.” Lembut suara Faisha

berbisik manja.

Luth membalas kucupan di dahi Faisha. “Ini kucupan tanda sayang abang

untuk buah hati abang. I love you, sayang.”

“I love you too.”

344

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“KAU ingat aku nak sangat kat dia? Aku cuma perlukan dia. Lagi sakit hati aku bila

kau yang dia pilih. Aku mana pernah kalah dengan kau, Faisha.”

Gambar Faisha dicucuk-cucuk dengan pen yang tajam muncungnya. Pantang

betul kalau dirinya kalah kepada sepupunya itu. Dia tidak pernah kalah dalam

merebut apa-apa. Kali ini pun sama. Dia takkan biarkan Faisha menang. Dia akan

rampas Luth daripada Faisha.

Riana makin benci kepada Faisha. Jika dahulu dia pernah memusnahkan

hubungan Faisha dengan Fattah, tak mustahil kali dia dapat merobohkan benteng

yang dibina itu. Tunggu masa dan waktu sahaja kedua-duanya akan tersungkur. Dia

akan buat Luth merayu kepadanya.

Pintu biliknya diketuk bertalu-talu dari luar. Mamanya memanggil dari luar.

“Masuklah, mama. Pintu tak kunci pun!” jerit Riana.

Pintu bilik itu dikuak luas. Sebaik pintu dibuka, Puan Salina terus menapak

masuk ke dalam. Tersenyum-senyum Puan Salina menghampiri anaknya.

“Kenapa mama? Macam suka aje,” soal Riana.

Puan Salina menghulurkan sebekas baldu merah kepada anaknya. Riana

menyambutnya lalu dibuka bekas baldu itu. Terpegun Riana saat matanya

menangkap bentuk cincin yang terletak kemas di dalam bekas itu.

“Siapa punya ni? Siapa bagi?” soal Riana tidak sabar ingin tahu.

“Aunty Aishah yang bagi kat Riana. Katanya ini cincin tanda. Nanti dia akan

bagi tarikh pula untuk majlis pernikahan anak mama ni dengan Luth.”

Terlopong mulut Riana. “Betul ke mama? Mama tak tipu?”

Tangan Puan Salina dipaut kemas. Teruja dia mendengar berita itu.

Puan Salina mengangguk-angguk. Baru tadi dia dan Puan Aishah keluar

bersama-sama ke kedai emas. Ingatkan mahu beli cincin untuk dirinya sendiri. Tak

sangka cincin itu untuk puterinya. Kalau dari awal-awal dia tahu untuk Riana, pasti

dipilih cincin yang paling mahal yang ada di situ.

“Minggu depan Aunty Aishah akan bagi tahu bila tarikh majlis.” Puan Salina

345


Click to View FlipBook Version