Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
dari bibirnya.
Luth tersengih-sengih. “Jangan tanya kalau saya tergoda. Tak sampai kut awak
kat rumah keluarga saya.”
Terlopong mulut Faisha. Tumbukan demi tumbukan Faisha lepaskan ke bahu
Luth. “Kau jangan berani-berani nak apa-apakan aku. Aku tak sukalah.”
Luth mengelak. “Tak sempat sampai rumah sebab saya bawa awak jumpa tok
kadi. Terus ajak nikah.”
“Eh, gatallah kau ni. Tak sempat-sempat nak menikah.” Muka Faisha mula
merona merah. Dibuat acuh tak acuh sahaja walaupun sebenarnya dalam hatinya
sudah berbunga-bunga.
Luth senyum bila perasan perubahan pada riak wajah Faisha. Walaupun hati
Faisha keras, dia dapat merasakan ada suatu perasaan yang singgah dalam hatinya
waktu ini. Dia dapat rasakan dan kata hatinya tidak pernah salah. Dia juga yakin,
Faisha sedikit terusik dengan dirinya.
“Aku nak tanya sikit kat kau.” Faisha gosok-gosok tapak tangannya.
“Boleh.” Luth berdiri menghadap Faisha.
“Kenapa kau nak sangat dengan aku? Aku ni kasar, tak macam perempuan kat
luar sana. Kau tak rasa menyesal ke nak kahwin dengan aku? Boleh ke kau terima
aku yang kasar macam ni?” tanya Faisha serius. Topi di atas kepalanya dibetulkan.
Soalan Faisha didengar dengan teliti. Kemudian nafasnya ditarik dan dihela
perlahan. “Awak tengok muka saya ni ya. Awak dengar jawapan jujur daripada saya
ni.”
Berkerut dahi Faisha. Dia buat isyarat mata mahu Luth meneruskan kata-
katanya.
“Saya nampak awak lain daripada yang lain...”
Tersembur gelak ketawa Faisha.
“Kau ni buta ke apa?” hambur Faisha bersama hilai tawa.
Luth letakkan jari telunjuk di bibir, mahu Faisha diam dan terus dengar
146
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
jawapannya. “Saya tak buta dan saya nampak jelas siapa diri awak, Faisha.
Walaupun awak kasar di mata, tapi saya tahu hati awak lembut bak sutera. Kasar-
kasar awak tu yang buat saya terpikat kat awak.”
Faisha mencebik. Gilalah mamat ni. Sebab dirinya kasar pun nak terpikat.
Entah-entah dia memang suka dengan lelaki. Nak tutup perangai sebenar, dia
melamar Faisha. Jauh Faisha berfikir. Tajam dia merenung muka Luth.
“Kenapa, awak tak percaya ke?”
Berkerut muka Faisha.
“Kau ni suka orang lelaki, kan? Dah tak ada pilihan, kau ajak aku kahwin
sebab nak tutup perangai songsang kau tu. Betul, kan?” soal Faisha.
Kata-kata Faisha buatkan Luth terlopong. Jauh benar otak Faisha berfikir.
“Isy, awak ni cakap saya bukan-bukan pula. Mana ada saya suka kat lelaki.”
Luth menafikan.
“Eleh, nak tutup kebenaran pula. Tadi kau cakap kau suka yang kasar-kasar.”
Luth terbatuk sambil menggelengkan kepalanya. Terburai ketawa besar.
“Awak ingat saya ni tak ada taste langsung ke? Ada ke patut awak cakap saya
macam tu. Mana ada saya suka kat lelaki. Kalau betul saya suka kat lelaki, saya
takkan lamar awak.”
Faisha menutup telinganya. Kepalanya menggeleng laju. “Nak tegakkan
benang yang basah pula.”
“Ya Allah, apalah yang ada dalam fikiran awak tu, Faisha. Kalau saya suka kat
orang lelaki, apa yang saya dapat? Boleh ke lelaki kahwin sesama lelaki? Boleh ke
lelaki berikan saya anak?” soal Luth dengan muka serius.
Faisha mencebik. Nak tutup kebenaranlah tu. Mesti kau terkejut sebab aku
dah tahu perangai kau yang sebenar, Luth. Patutlah beria-ia sangat nak ajak aku
kahwin. Dasar lelaki murahan, hamun Faisha dalam hati.
147
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Bab 22
TERJONGKET kening Fazura. Mulutnya memuncung. Faisha memalingkan mukanya,
melihat ke arah yang dimaksudkan Fazura. Seorang lelaki kelihatan melangkah
keluar dari perut teksi.
Berkerut dahi Faisha saat memandang kelibat lelaki itu. Gayanya berjalan itu
menampakkan kelembutannya.
“Siapa tu?” bisik Faisha kepada Fazura.
Fazura menjongket bahu. Dia juga tidak kenal gerangan pemuda itu.
“Assalamualaikum...” Syafiq beri salam sambil tangannya diangkat tinggi
kepada Faisha dan Fazura.
Terkumat-kamit mulut Faisha dan Fazura berbisik-bisik. Fazura ringankan
kakinya menghampiri pagar.
“Encik cari siapa?” soal Fazura lemah lembut.
Syafiq menyambut pertanyaan Fazura dengan senyum lebar. Lembut jari-
jarinya menyeka air peluh yang menitis di dahinya. Kertas tisu yang ada di dalam
beg sandangnya dikeluarkan sehelai. Ditekap tisu itu ke mukanya berkali-kali.
“Maaf ya. I cari rumah Luth Fahim. Mana satu ya rumah dia?” soal Syafiq
penuh kelembutan.
Faisha yang dengar pertanyaan Syafiq mula telan air liur. Dari hujung rambut
hingga hujung kaki Syafiq ditenungnya lama. Teringat dia tentang perbualannya
dengan Luth tempoh hari.
148
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Sebelah ni rumah Luth. Tapi, sekarang ni Luth tak ada. Kalau dia ada, mesti
kereta pun ada,” jawab Fazura.
Memuncung mulut Syafiq.
“You tahu tak Luth pergi mana?” soal Syafiq kepada Fazura sambil
menghentak-hentakkan kakinya.
Faisha jeling Fazura. Mahu Fazura menjawab pertanyaan Syafiq yang
mengada-ada itu. Mengada-adanya itu lebih daripada orang perempuan.
Kelembutannya boleh dilihat daripada lenggok percakapannya dan cara
penampilannya.
“Saya tak pastilah Luth pergi mana. Eh, kau tahu tak, Faisha?” Fazura pas
soalan itu kepada Faisha.
Faisha menggeleng laju. “Eh, tak tahulah aku.”
“Hmm, tak tahu tak apalah. I call Luth sekejap, ya.” Berkerut-kerut dahi
Syafiq menahan panahan matahari.
Faisha pula tidak lepas mencuri pandang gerak-geri Syafiq. Lemah gemalai
mengalahkan Fazura. Fazura yang lembut pun tak adalah lembut seperti dia.
Menyampah pula Faisha lihat Syafiq yang lemah gemalai tu.
“Hei, Luth. You kat mana ni? Kan I dah cakap nak datang rumah you.”
Merengek-rengek Syafiq ketika berbual di talian.
Berbulu telinga Faisha mendengarnya. Rasa macam nak bagi pelempang pun
ada. Tapi, memikirkan dia tetamu Luth, dia abaikan sahaja. Memang tak salah
tekaannya pasal Luth. Tak sangka Luth seperti yang difikirkannya. Buktinya sudah
datang bergolek depan mata.
“I tunggu you balik. You balik sekarang tau. Jangan lupa belikan I makanan.
Lapar sangat. I tak makan lagi ni. Okay, bye.”
Panggilan dimatikan. Syafiq pandang Fazura dengan pandangan redup.
“Hmm, boleh I tumpang berteduh kat rumah you all? Tak apa, I tak masuk
dalam. Nak tumpang kat luar aje. Kat sini panaslah. Pedih mata I.” Syafiq libas-libas
149
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
tangannya.
Faisha dan Fazura saling berpandangan. Faisha ketap bibir. Tidak mahu Syafiq
melangkah masuk ke kawasan rumah mereka. Tapi, belum sempat mereka
lontarkan jawapan, Syafiq terlebih dahulu buka pagar dan menapak ke dalam
kawasan rumah.
Syafiq henyakkan punggungnya pada kerusi yang ada di hadapan rumah.
“Sorry, I kacau you all berdua. Boleh tak I nak minta segelas air? Nak air kosong aje.
Nak yang sejuk tau.”
Kembung kempis pipi Faisha. Memang tahap mengada-ada minta
pelempang. Fazura yang baru hendak menapak masuk ke dalam rumah dihalang
oleh Faisha. Biar dia sahaja yang ambilkan minuman untuk Syafiq.
Faisha menapak laju ke dalam. Dengan kasar dia menyambar gelas kaca yang
tersusun kemas di rak. Naik turun nafasnya. Entah kenapa dia rasa sakit hati sangat
dengan Syafiq. Padahal Syafiq tak ada buat apa-apa kesalahan kepadanya. Tapi,
tahap sakit hatinya itu meluap-luap. Gelas yang bersih itu dibasuh.
Tiba-tiba Faisha tersenyum. Tiba-tiba sahaja akal jahat menerjah dalam
mindanya. Air paip diisikan penuh ke dalam gelas kaca yang dipegangnya. Penuh
sahaja air di dalam gelas, dia tutup kembali paip. Beberapa ketul ais dimasukkan
dalam gelas agar air itu sejuk. Laju dia atur langkah ke luar rumah.
Gelas yang penuh dengan air paip itu dihulurkan kepada Syafiq. Senang hati
dia bila gelas itu disambut oleh tetamu tak diundang itu. Faisha tersenyum jahat
melihat Syafiq meneguk air yang diberinya hingga habis.
“Leganya rasa tekak bila dapat basahkan dengan air. Terima kasih ya. Eh,
alang-alang berbual, lupa pula I nak kenalkan diri. Nama I Syafiq Iman. Famili
panggil Syafiq, tapi I lagi suka orang panggil I, Iman. Dengar lembut dan manja aje.
You all panggil I Iman, ya.” Syafiq beritahu nama penuhnya.
Faisha tidak boleh lagi menahan ketawanya lantas terburai kuat di hadapan
Syafiq. Berkerut-kerut kening Fazura kerana tidak selesa dengan sikap Faisha yang
150
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
main lepas itu.
“Isy, tak sesuailah nama tu dengan kau. Tak nampak pun nur iman kat muka
kau tu,” ujar Faisha sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Serta-merta air muka Syafiq berubah bila mendengar kata-kata Faisha itu.
Rasa mahu menangis dia di situ. Tapi, ditahan sahaja rasa hatinya.
“Maaflah, Iman. Kawan saya ni memang macam tu, kasar sikit. Cakap tak
pernah simpan, lepas aje semuanya. Hmm, sebelum lupa, saya kenalkan diri. Saya
Fazura. Kawan saya yang garang tu, namanya Faisha. Kami ni jiran abang romantik.”
Fazura bercerita ramah.
“Abang romantik?” Berkerut dahi Syafiq.
“Maaf, maksud saya jiran kami, Luth. Kami gelar dia abang romantik,”
beritahu Fazura akan gelaran yang digelarkan kepada Luth.
Syafiq menekup mulutnya. Tersenyum Syafiq sambil mengangguk-anggukkan
kepalanya.
“Luth memang romantik. Sesuailah tu gelaran tu dengan dia,” sambut Syafiq.
Naik juling biji mata Faisha. Bukan setakat nak muntah hijau, tapi muntah pelangi.
Geli dan berbulu telinganya mendengar.
Mata mereka menyorot pandang kereta Waja putih yang baru berhenti di
hadapan rumah. Luth menapak keluar dari perut keretanya. Tercangak-cangak Luth
mencari kelibat Syafiq, tapi tiada pula.
“Luth!” jerit Syafiq terus bangun berlari dapatkan Luth.
Luth yang ada di depan mata terus dipeluk. Rindu setelah lama tidak berjumpa.
“Kau tengok tu? Gelilah aku tengok drama songsang dia orang tu. Aku masuk
dululah. Sakit pula mata aku ni.” Faisha terus berlalu masuk ke dalam rumah.
Lagi lama dia di situ, lagi sakit hatinya melihat kerenah Syafiq dan Luth.
Fazura telan air liur. Dia pula jadi serba salah. Faisha bagaikan orang merajuk. Luth
pula rancak berbual dengan Syafiq, siap berpeluk bagai. Takkanlah abang romantik
yang digelarnya itu sukakan orang lelaki? Fazura tertanya-tanya sendiri, cuba
151
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
mencari jawapan.
Selepas beberapa ketika kemudian, Syafiq menapak ke dalam rumah. Luth
pula menghampiri tembok yang memisahkan rumahnya dengan rumah sebelah.
“Mana Faisha? Tadi rasanya dia ada, kan?” tanya Luth sambil matanya liar
mencari kelibat si buah hati.
Fazura tayang sengih.
“Tadi memang ada. Tapi, sekarang dah tak ada. Dia dah masuk ke dalam
rumah. Macam marah-marah aje,” beritahu Fazura.
“Marah-marah kat siapa? Saya ke?” soal Luth, sudah berkerut-kerut dahinya.
Fazura menjongket bahunya dan dalam masa yang sama, mulutnya
memuncung.
“Entah, tadi sebelum kawan awak tu datang, dia okey aje. Lepas Iman datang,
terus berubah air muka dia,” cerita Fazura.
Luth tersenyum lebar sambil menyentuh kedua-dua belah keningnya.
Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. “Takkan dia cemburukan saya dan
Syafiq?”
Berkerut muka Fazura bila Luth memanggil Syafiq Iman dengan panggilan Syafiq.
Teringat tadi Syafiq ada beritahu hanya keluarganya sahaja yang memanggilnya
dengan nama Syafiq.
“Syafiq tu siapa?” tanya Fazura, ingin tahu.
“Syafiq Iman tu adik sepupu saya. Dia tu memang ala-ala perempuan sikit.
Lembut dari kecil. Kenapa? Awak pun ingat saya ada hubungan sejenis ke?” soal
Luth tersenyum-senyum. Rasanya dia sudah dapat menangkap kenapa Faisha
marah-marah.
Fazura menekup mulutnya yang ternganga luas. Beberapa ketika kemudian,
dia lepaskan beban geli hati yang menggeletek hatinya. Mati-mati dia sangka Luth
ada hubungan istimewa dengan Syafiq.
“Maaf, saya tak tahu pun. Saya mati-mati ingat dia kekasih awak.” Fazura
152
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
ketawa.
Luth gelengkan kepalanya. Kalau Fazura berfikir begitu, Faisha mungkin
memikirkan benda yang sama.
“Salah faham aje ni. Isy, takkanlah saya ni tak ada taste langsung. Kalau saya
ada hubungan dengan Syafiq, Faisha saya nak letak mana?”
“Pandai-pandailah awak pujuk buah hati awak tu. Saya rasa dia cemburu
tengok awak dengan adik sepupu awak berpelukan macam kekasih tadi,” beritahu
Fazura sambil tergelak-gelak.
Tak dapat dibayangkan jika Luth yang bergaya dan kacak di depannya ini ada
hubungan songsang.
Luth jongketkan keningnya berkali-kali. Dia dapat idea macam mana nak buat
Faisha mengakui akan perasaannya. Sebelum meneruskan rancangannya, dia
beritahu dulu tanggapan Faisha kepada dirinya. Tak mustahil sekarang Faisha yakin
dengan apa yang dikatakannya semalam.
153
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Bab 23
HONDA kapcai dipanaskan enjinnya. Dah lama sangat dia tak tunggang motosikal
kesayangannya itu. Selepas kemalangan tempoh hari, motosikalnya itu dihantar ke
bengkel oleh Luth untuk dibaiki. Beberapa hari lepas, Luth membawa pulang
motosikalnya itu. Cuma, dia sahaja belum bersedia hendak menunggangnya.
Motosikal merahnya itu digosok-gosok seperti sebelum ini. “Nasib kau okey
lagi. Kalau kau tak ada, macam manalah aku nak pergi kerja.”
Sebelum ini, begitulah gelagat Faisha setiap pagi bila berada di rumah. Dia
akan menggosok-gosok motosikalnya itu sambil bercakap-cakap. Hanya harta itu
sahaja yang ada untuk memudahkan dia ke mana-mana. Dia juga lebih selesa
menghantar piza majikannya menggunakan motosikal buruknya itu.
Topi keledar yang ada di rak luar rumah disambarnya. Lama tak menunggang
motosikal jadi ketagih pula. Alang-alang dah hidupkan enjin, baik dibawanya pusing
satu taman.
“Faisha, kau nak pergi mana tu?” tanya Fazura.
“Aku nak ronda-ronda taman ni. Dah lama aku tak bawa kekasih aku ni jalan-
jalan,” sambut Faisha.
“Apa barang tenggiling tu kekasih kau? Kalau ajak abang romantik rumah
sebelah tu pergi jalan-jalan dapat juga kenal-kenal dengan dia. Kau boleh
berkenalan lebih rapat dengan dia.” Fazura jongket kening selesai menghabiskan
ayatnya.
154
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Isy, kan dia kerja. Kalau dia ada pun, tak mahulah aku ajak dia jalan-jalan.”
Cemberut muka Faisha menyambut kata-kata Fazura.
“Merempitlah. Bawa dia ronda-ronda satu taman ni. Dia kan bakal suami kau
juga nanti,” usik Fazura. Bukan dia tak tahu Faisha sudah menerima lamaran Luth.
Memuncung mulut Faisha. Kepalanya digelengkan.
“Bukan mahram. Tak boleh nak usung ke sana sini. Kau ingat aku macam kau?
Naik motor melentik punggung siap peluk rapat. Kalau ya pun kau nak suruh aku
bonceng Luth tu, tunggu ajelah dia jadi suami aku. Masa tu baru aku akan bawa dia
naik motor kapcai aku ni,” omel Faisha.
“Okey, aku nak tengok nanti. Masa tu kau jangan nak bagi alasan nak
mengelak,” balas Fazura. Tak sabar nak lihat sahabatnya disatukan dengan Luth.
Faisha buat pekak sahaja. Malas nak layan permintaan Fazura. Entah jadi atau
tidak dia kahwin dengan Luth nanti. Dia pun sedang berfikir-fikir, takut merana jiwa
dan raganya nanti. Apatah lagi bila melihat Luth dengan si lembut Syafiq Iman. Naik
geli-geleman sahaja melihat pasangan itu.
Faisha terus membonceng motosikalnya keluar dari kawasan rumah. Baru
bergerak sedikit, dirinya sudah dihalang oleh seseorang. Kereta biru milik Fattah
berhenti betul-betul di hadapannya. Mujur dia sempat brek.
“Aduh, mamat ni! Kau apa hal nak halang aku ni?” jerit Faisha, marahkan
Fattah. Hon dibunyikan berkali-kali tanda protesnya.
Fattah keluar dari perut kereta. Berjalan dengan penuh bergaya menghampiri
Faisha.
“Nak ke mana ni?” tanya Fattah lembut.
“Aku nak pergi mana-mana pun suka hati akulah. Sibuk aje nak tahu,” dengus
Faisha geram.
Asyik-asyik muka Fattah yang muncul di hadapannya. Tak pernah jemu
mengganggunya. Meluat pula dia tengok muka Fattah.
“Sha, kenapa kasar sangat dengan abang ni? Cuba Sha cakap baik-baik
155
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
macam mana Sha cakap dengan abang dulu-dulu.” Fattah menasihati cara
percakapan Faisha.
Dia mahukan Faisha yang dahulu. Yang penuh dengan kelembutan dan baik
budi bicaranya.
Faisha menjolok jari telunjuknya ke dalam mulutnya.
“Uwekkk! Nak termuntah pula aku. Eh, dulu bolehlah aku nak berlembut
dengan kau. Sebab masa tu aku memang lemah lembut kut. Tapi, sekarang ni kau
tahu kan aku macam mana. Aku jadi macam ni pun sebab kau juga. Jadi, kau jangan
nak salahkan aku kalau aku berubah jadi macam ni,” marah betul Faisha. Dilepaskan
rasa tidak puas hatinya kepada Fattah.
Fattah merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya. “Kan abang dah minta
maaf. Maafkanlah segala kesalahan dan kesilapan abang sebelum ni. Bagi abang
peluang untuk tebus dosa-dosa abang kat Sha.”
Faisha menggelengkan kepalanya. Topi keledarnya dibuka daripada terus
tersarung atas kepala. “Kau nampak ni apa? Sebelum helmet ni terbang atas kepala
kau, baik kau pergi dari sini. Tak payah nak merayu memujuk aku. Jijiklah!”
Fattah cuba menyentuh tangan Faisha.
Tapi, Faisha cepat-cepat menepis. Topi keledar dihalakan ke muka Fattah.
Walaupun tidak kuat topi keledar itu melekat ke pipi Fattah, tapi Faisha tetap puas
hati. “Jangan berani nak sentuh-sentuh aku.”
“Kenapa Sha buat abang macam ni? Tergamak Faisha nak sakitkan abang.”
Kendur suara Fattah.
Faisha turun dari motosikalnya. Mendabik dada Faisha ke depan.
“Sebab sangguplah aku buat ni. Isy, pergi baliklah. Aku nak keluar pergi
rumah mak mertua aku ni.” Spontan kata-kata itu keluar dari mulutnya.
Badan Fattah ditolak kasar, kemudian dia kembali mendapatkan
motosikalnya. Terus ditinggalkan Fattah di situ. Motosikal dibonceng tanpa arah
tuju. Mulanya dia mahu meronda dalam taman sahaja, tapi bila ada gangguan
156
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
daripada Fattah, Faisha terpaksa keluar dari taman perumahan itu.
Mahu ke tempatnya bekerja masih belum waktu beroperasi. Kalau dia ke
Amanda Piza, boleh juga dia berbual dengan majikannya. Kalau boleh, esok juga dia
mahu kembali bertugas seperti biasa. Sudah bosan duduk di rumah.
Berhadapan dengan Sekolah Menengah Seri Ampang, tiba-tiba motosikal
yang dibonceng tersemput-semput. Bergerak-gerak perlahan kemudian terus mati
enjinnya. Faisha melepaskan keluhan. Motosikal itu cuba dihidupkan kembali. Tapi,
menemui jalan buntu. Topi keledar di kepala dilucutkan.
“Eh, kau buat perangai pula pasal apa? Masa aku ronda-ronda barulah kau
buat hal. Kenapa awal-awal tadi tak tunjuk tanda protes? Aku ni bukan sengaja tak
mahu bonceng kau tau, tapi sebab aku tak sihat,” bebel Faisha pada motosikal
Hondanya.
Tayar motosikal Hondanya itu ditendang-tendang. Mati akal Faisha apa yang
perlu dilakukannya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia hamun di situ kuat-kuat.
Rambutnya ditarik-tarik. Tekananlah kalau tiba-tiba rosak jauh dari kawasan
rumahnya.
Mulut Faisha terus membebel. Sekali dengan Luth dibebelkannya. Sebab
Luth, motosikalnya jadi macam tu. Diri Luth terus disalahkannya.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Faisha menjawab salam yang diberi. Ada juga orang
baik nak menolongnya. Lega sedikit rasa hati.
“Kenapa dengan motor awak ni? Rosak ke?”
Faisha berpaling. Menangkap wajah pemuda yang menyapanya. Suara
macam kenal, tapi takkan sampai di sini pun nak bertembung dengannya.
“Eh, bakal isteri. Awak rupanya. Patutlah macam kenal aje motor ni.” Luth
terkejut melihat Faisha. Wajah di hadapannya itu nampak bengang sahaja.
Naik turun laju sahaja nafas Faisha.
“Ini kau punya pasallah,” hambur Faisha.
157
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Eh, saya buat apa?” Berkerut-kerut muka Luth.
“Kau ikut aku, ek? Kat mana aku ada, kat situ aje muka kau ada,” bising
Faisha.
Luth tersengih. “Mana ada saya ikut awak. Itu namanya kita berjodoh. Sebab
tu selalu bertembung aje. Betul tak?”
Luth kenyit mata. Cemberut muka Faisha menyambut kenyitan mata Luth.
“Berjodohlah sangat. Kau ikut aku?” soal Faisha tak puas hati sambil jari
telunjuknya menunding tepat ke muka Luth.
Luth menggelengkan kepalanya. “Saya mengajar kat sekolah ni. Kebetulan
minggu ni saya bertugas. Saya ada aje kat depan pagar tu sambut anak-anak ke
sekolah. Tak baik tau tuduh bakal suami awak ni yang bukan-bukan. Macam saya
cakap tadi, kita berjodoh. Kuat aje jodoh kita, kan?”
Berona merah muka Faisha menahan malu. Tapi, dia buat-buat biasa sahaja.
“Argh, ni semua salah kau. Hari tu kau cakap motor aku ni dah elok. Takkan
rosak lagi sebab kau dah hantar bengkel baiki? Siap servis semua. Sekarang ni kau
tengok, kenapa boleh rosak? Rosak dekat tempat kerja kau pula tu. Ke ni memang
kau punya kerja?” Panjang berjela Faisha membebel.
Luth menyambut bebelan Faisha dengan ketawa besar. Ada-ada sahaja Faisha
nak salahkan dirinya. Sampaikan motosikal rosak di hadapan sekolah tempatnya
bekerja pun turut disalahkan. Kelakarlah Faisha.
“Kau gelakkan aku?” Faisha sudah mencekak tangannya ke pinggang.
Luth angkat kedua-dua belah tangannya. Perlahan-lahan dia menggeleng.
“Awak ni memang kelakar sangat.”
Luth terus ketawa. Namun, ketawanya terhenti serta-merta bila perasan akan
jegilan mata Faisha.
“Seronok gelakkan aku?”
“Ops, maaf bakal isteri. Saya tolong tengokkan motor awak ni ya.” Luth
menghampiri motosikal Faisha. Cuba dihidupkan enjin berkali-kali.
158
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Kau tengok. Nak start pun tak boleh. Salah kaulah ni.” Faisha terus
mengomel.
“Okey, salah saya sebab langgar awak hari tu. Sekejap saya tengokkan ya.”
Lembut sahaja tutur Luth melayan Faisha.
Faisha ketap bibir. Dia marah-marah, tapi Luth tak melenting pun. Malah, dia
cakap baik dan lembut sahaja dengannya. Faisha peluk tubuh, dengan mata tak
lepas memandang Luth yang sedang membelek motosikalnya.
Berkerut-kerut dahi Luth. Matanya terus memandang pada meter. Kemudian,
dia meledakkan ketawa besar. Ditepuk dahinya sambil menggeleng-gelengkan
kepala.
Cemberut muka Faisha. Tangannya kembali dicekakkan ke pinggang. Tak ada
angin, tak ada rebut, tiba-tiba sahaja Luth ketawa. “Kau gila ke?”
“Awak ni tahu tunggang aje, kan? Awak tak perasan ke ada minyak ke tak ni?”
Tersenyum Luth di hujung kata-katanya. Keningnya dijongket.
Faisha telan air liur. Pandangannya menangkap pada meter. Memang takuk
minyak sudah sampai ke hujung.
“Kering minyak awak buat kerja. Apalah awak ni.” Luth ketawa kecil.
Berona merah muka Faisha. Malu sendiri. Tapi, egonya tinggi melangit.
“Aku tak perasanlah. Selalu motor aku ni minyak penuh.” Faisha beri alasan.
Tetap tidak mahu nampak salah.
Luth terus ketawa. Perlahan-lahan dia menggeleng kepala. “|Hmm, sekarang
ni macam mana?”
Faisha menggeleng kepala.
“Hmm, awak balik dengan kereta saya ajelah. Motor tu awak tinggal sini.
Nanti saya tolong isikan minyak.” Luth memberi cadangan.
Berkerut-kerut muka Faisha. “Kau nak aku terbang ke?”
“Tak, saya suruh awak balik dengan kereta saya. Awak pandulah balik
rumah,” balas Luth.
159
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Faisha meledakkan tawa besar.
“Kau nak aku mati cepat ke? Aku ni reti merempit aje. Aku tak reti memandu.
Kalau kau nak tengok kereta tu terbang, bolehlah suruh aku pandu.” Selamba Faisha
menjawab. Tak pasal-pasal nanti nyawanya melayang.
“Oh, manalah saya tahu. Saya ingat awak pandai memandu. Hmm, awak
tunggu sekejap. Saya minta kawan saya belikan minyak.” Luth berlalu pergi ke arah
pengawal sekolah.
Ada dua orang pengawal sedang bertugas ketika itu. Salah seorang daripada
mereka diarah untuk membantunya. Luth kembali menghampiri Faisha. Sesekali
jam di tangannya dipandang.
“Kau tak ada kelas ke? Pergilah mengajar. Kesian kat anak murid kau sebab
kau tak masuk kelas.” Faisha tidak mahu kerana dirinya, Luth ditimpa masalah.
“Eh, tak apalah. Sekarang ni memang saya tak ada kelas. Jam 10.00 nanti baru
ada kelas,” jawab Luth, memberi alasan.
“Pergilah. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan pengetua.” Faisha tidak
mahu Luth mendapat susah kerana dirinya.
Luth menggelengkan kepalanya. “Saya teman awak kat sini.”
Luth berkeras mahu menemani Faisha. Dia risaukan keadaan Faisha, jika dia
berlalu.
“Aisy, nanti kalau kau kena tindakan apa-apa, jangan nak salahkan aku pula.
Aku tak minta pun kau temankan aku. Aku tak mahulah nak susahkan diri kau
disebabkan hal ni,” bising Faisha bebelkan Luth. Degil.
“Tak apa. Sekejap aje ni. Hah, tu Mat dah datang.”
Faisha memandang ke arah yang ditunjukkan Luth. Botol mineral yang berisi
minyak diberikan kepada Luth. Dituang minyak itu masuk ke dalam tangki minyak.
Selepas itu, Luth cuba menghidupkan motosikal itu. Alhamdulillah, motosikal
kembali dapat dihidupkan enjinnya.
“Okey, dah siap.” Luth membuang botol mineral bekas minyak itu ke dalam
160
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
tong sampah.
“Terima kasih tolong aku.” Gugup sahaja ucapan terima kasih itu meniti di
bibir Faisha.
Luth senyum senget.
“Sama-sama kasih. Kasih awak dah lama saya terima,” usik Luth menyakat
Faisha. Dalam usikan itu ada kebenarannya yang tak dapat disembunyikan.
Serta-merta muka Faisha berubah. Berona merah mukanya menahan rasa.
“Gediklah. Aku balik dululah.”
Faisha tidak tentu arah bila perasan pandangan mata Luth yang tajam
menikam wajahnya dengan segaris senyuman yang sangat manis.
“Hati-hati. Jangan merempit. Tunggang motor tu jangan laju-laju,” pesan
Luth. Tidak mahu sesuatu terjadi kepada Faisha.
Keras suara Faisha mendengus. “Tahulah aku. Aku bukannya budak-budak
yang baru nak belajar tunggang motosikal. Okey, aku blah dulu. Terima kasih tolong
aku.”
Faisha menyarungkan topi keledar atas kepalanya. Motosikal kapcainya terus
ditunggang meninggalkan Luth. Tanpa sedar, senyuman tercalit pada wajahnya.
“Jangan lupa petang ni. Lepas asar saya jemput awak pergi jumpa mama dan
papa saya!” jerit Luth, mengingatkan Faisha.
161
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Bab 24
FAISHA termenung di hadapan almarinya. Satu per satu pakaiannya dipandang
kosong sahaja. Dia sendiri tidak tahu pakaian apa yang perlu dipakainya petang ini.
Baju kurungnya yang ada semuanya sudah disedekahkan kepada orang lain.
Kononnya mahu mengubah penampilan, habis koleksi pakaian wanitanya tiada
dalam simpanannya.
“Ehem...” Fazura berdeham di hadapan daun pintu bilik Faisha.
Spontan Faisha menutup pintu almarinya. Dia mencerlung pandang Fazura
yang tersengih-sengih. “Kau ni dah kena sampuk apa pula? Tiba-tiba duk tersengih-
sengih.”
“Kau nak aku tolong apa-apa ke?” tanya Fazura. Dia tahu rancangan Luth yang
mahu membawa Faisha berjumpa dengan keluarganya.
“Baik hatilah sangat. Kau tahu apa-apa ke? Luth bagi tahu apa kat kau?”
Faisha tersenyum senget. Sikit-sikit cerita kat Fazura.
Fazura mengerutkan dahinya. “Bagi tahu apa? Aku ni dah lama berdiri depan
pintu bilik kau. Macam-macam mimik muka kau tu aku tengok. Aku dengar kau duk
bebel tak ada baju kurung. Kau ada janji temu dengan abang romantik ke?”
Sengaja Fazura buat-buat tak tahu.
“Isy, mana ada.” Faisha menafikan.
“Eleh, kau tu tak reti nak menipu aku. Kau ingat aku tak tahu ke? Kau sendiri
yang membebel. Aku dengarlah.”
162
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Faisha menghela nafas. “Sibuk ajelah kau tu.”
Fazura menapak ke dalam bilik Faisha.
“Aku tolong pilihkan ya,” pelawa Fazura.
Faisha buat isyarat muka sahaja, membiarkan sahaja Fazura membuka
almarinya. Pasti Fazura akan terkejut jika melihat pakaian yang ada.
“Wei, Faisha. Mana baju kau?” soal Fazura.
“Kau ni rabun ke? Kan dalam almari tu semua baju aku. Takkan tak nampak,”
bising Faisha.
Fazura tepuk dahinya. “Tak ada langsung baju kurung atau baju perempuan?”
Faisha mencebik dan dalam masa yang sama dijongketkan keningnya.
“Itu ajelah baju aku. Kalau nak pakaian perempuan tu, ada aje baju dan
seluar dalam,” seloroh Faisha walaupun nadanya serius.
Fazura pulun gelak. “Kalau yang tu nak buat apa? Kalau kau tak pakai, aku nak
tanya juga kau pakai apa?”
Mengekek Fazura ketawa. Faisha turut tersenyum. Dah boleh agak apa reaksi
sahabatnya itu.
Fazura menarik Faisha agar mengekori langkahnya. Ditarik Faisha masuk ke
dalam biliknya. Almari pakaiannya dikuak seluas-luasnya. Banyak helai pakaian
Fazura yang tersusun dan tersangkut di dalam almari.
“Aku bagi kau pinjam baju aku. Pilihlah mana yang kau nak.” Fazura semawa
Faisha.
Kalau boleh, dia mahu kawannya nampak menarik dan sopan ketika
berjumpa dengan keluarga Luth.
“Tak naklah aku pakai baju kau. Entah-entah badan kau ada kurap. Aku pakai
nanti, habis berjangkit kat aku.” Lantang kata-kata Faisha singgah di pendengaran
Fazura.
Ternganga luas mulut Fazura.
“Hoi, kau agak-agak sikit nak cakap badan aku ada kurap. Sorry sikit ya,”
163
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
marah Fazura bila Faisha bergurau begitu dengannya.
“Mana nak tau, kan?” sambut Faisha.
“Uisy, jaga sikit mulut kau tu, Faisha. Kalau tak percaya sangat, sekarang juga
aku tunjukkan bukti kat kau.” Fazura acah-acah mahu membuka bajunya.
Faisha ketawa kuat. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. “Kau nak
goda aku ke apa ni?”
Laju sahaja nafas Fazura sambil mencebik kea rah Faisha. “Gilalah otak kau
berfikir. Agak-agaklah. Kalau aku nak goda kau, dari awal-awal kita tinggal bersama
aku dah goda.”
Geli hati mendengar penjelasan Fazura. Tangannya terus menyentuh pipinya.
Matanya menangkap pandang Fazura yang sedang membelek-belek pakaiannya
yang tergantung. Beberapa helai pakaian dikeluarkan. Baju kurung kain songket
diletakkan ke badan Faisha.
“Isy, panaslah pakai baju songket ni.” Faisha menggelengkan kepalanya. Tidak
mahu mengenakan baju kurung songket ke badannya.
Fazura mengerutkan dahinya. Cantik sahaja baju kurung songket yang
diberikannya.
“Habis tu, kau nak pakai apa? Kau pilihlah sendiri mana yang kau nak pakai.
Sebelah kiri ni semua baju aku beli tak pakai lagi. Ada yang tak padan. Kalau kau nak
pakai, ambil aje. Tengoklah mana yang berkenan.” Fazura mahu Faisha yang
membuat pilihan sendiri.
Cemberut muka Faisha. Satu per satu pakaian yang tergantung itu ditengok
sekilas lalu. Matanya tertumpu pada baju kurung moden berwarna hijau dan
berbelang merah jambu. Baju kurung itu diambil dari almari. Diletakkan ke
badannya.
“Hah, baju ni memang cantik sangat. Memang aku berkenan sebab tu aku
beli online. Sampai aje, tak padanlah pula. Kalau dengan badan kau, memang padan
rasanya. Kau cubalah.”
164
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Aku cuba?”
Fazura menganggukkan kepalanya. Dia pun tak pernah lagi tengok Faisha
berpakaian wanita. Baju kurung sekali pun tak pernah dikenakan ke tubuhnya.
Selalunya dia hanya mengenakan seluar jean dengan T-shirt sahaja.
“Aku cuba kat bilik akulah.” Baju kurung yang dipilihnya itu dipegang dan
dibawa ke biliknya.
Sampai sahaja di biliknya, pintu terus ditutup rapat. Nafas ditarik dalam dan
dilepaskan perlahan. Pakaian di tubuh dilucutkan dan baju kurung moden berganti
ke tubuhnya.
Faisha menghela nafas. Takut-takut dia berjalan menghampiri cermin solek.
Tubuhnya yang lengkap berpakaian baju kurung moden diperhati di sebalik bias
cermin. Faisha menelan air liur apabila melihat refleksi dirinya. Dihadirkan
senyuman, namun kelat sahaja. Masih ada kekurangan pada dirinya. Faisha meraup
mukanya. Kemudian, dia memandang kembali cermin di hadapannya. Rambutnya
diusap perlahan.
“Isy, rambut aku ni tak sesuailah kalau pakai baju kurung.” Cemberut muka
Faisha melihat rambutnya pendek.
“Okey tak, Faisha? Bukalah pintu, aku nak tengok. Cepatlah, sekejap nanti aku
nak pergi kerja dah!” jerit Fazura dari luar bilik.
Faisha mengetap bibir bawahnya. Perlahan sahaja kakinya melangkah ke
pintu bilik. Tombol pintu dipulas. Terkuak sahaja pintu bilik, Fazura menjerit
bagaikan histeria.
Fazura menapak ke depan. Badan Faisha dikelilinginya.
“Cantiklah kau, Faisha. Sesuailah baju ni dengan kau,” puji Fazura
melambung.
Berkerut-kerut muka Faisha.
“Rambut aku ni macam peliklah. Pakai baju kurung, tapi rambut macam
jantan,” omel Faisha sambil tangannya menyentuh rambutnya.
165
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Fazura tergelak-gelak bila mendengar Faisha merungut tentang penampilan
dirinya sendiri.
“Hmm, kau nak sembunyikan rambut pendek kau tu?” soal Fazura masih
bersisa ketawanya.
Faisha mengangguk. Malulah dengan keluarga Luth. Lagipun, rambut
pendeknya tak sesuai dengan pakaian yang dikenakan.
“Kau tunggu sekejap.” Fazura berlalu keluar dari bilik Faisha.
Beberapa ketika kemudian, dia kembali ke bilik Faisha. Di tangannya ada
shawl berwarna merah jambu dan juga anak tudung kepala. Anak tudung kepala
terus disarungkan ke kepala Faisha.
Tergelak kecil Faisha.
“Kau pakai shawl ni. Kau nak pergi jam berapa ni?” Fazura memandang jam di
tangannya. Lagi 10 minit dia akan keluar pergi bekerja seperti biasa.
“Lepas asar dia jemput aku,” jawab Faisha tanpa berselindung.
Nampak sedikit kelembutan dalam bicara Faisha kali ini. Kalau tidak, bukan
main kasar cara percakapannya.
Fazura tepuk-tepuk belakang Faisha. “Aku tak sempat nak tolong kau. Aku nak
keluar pergi kerja dah ni. Kau reti tak nak pakai shawl ni?”
Berkerut dahi Fazura. Entah apalah jadi kalau Faisha pakai nanti.
Faisha menyambut soalan Fazura dengan senyuman kelat. Tahu atau tak tahu,
pandai-pandailah dia nanti. Lagipun, bukannya sebelum ini dia tak pernah pakai
tudung.
“Sis cuba,” jawab Faisha ringkas.
“Betul ni?” Fazura pula risaukan Faisha. Mana tahu nanti Faisha pakai jadi
fesyen puntianak.
Faisha mengangguk. “Hashtag sis cuba.”
Kata-kata Faisha buat Fazura meledakkan tawa besar. Pandai-pandailah
Faisha. Kalau tak tahu, dia boleh cari di Facebook atau Youtube bagaimana cara nak
166
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
pakai shawl. Fazura keluar kembali dari bilik itu dan datang kembali dengan
membawa kotak simpanan jarum dan kerongsang tudungnya.
“Dalam ni ada jarum dan kerongsang. Kau ambillah mana yang kau rasa
sesuai. Aku nak kena keluar dah ni.” Tergesa-gesa Fazura berpesan kepada Faisha.
“Okey. Terima kasih untuk semua ni,” ucap Faisha tanda terima kasihnya.
Fazura mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Aku pergi dulu, Faisha. Selamat maju jaya. Harap kau luluslah nanti. Aku
doakan keluarga Luth sukakan kau. Good luck!” Fazura memberikan kata-kata
semangat sebelum berlalu pergi.
SEBELUM masuk waktu asar, Faisha sudah bersiap-siap membersihkan diri. Dengar
sahaja azan asar, dia terus solat. Usai solat, tanpa membuang masa, dia terus
bersiap-siap. Baju kurung moden yang dipinjamkan Fazura dikenakan ke tubuhnya.
Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan dilepaskan perlahan. Senyuman cuba
dicalitkan pada wajahnya, tapi senyumannya nampak sumbing. Senuah kotak yang
ada di dalam laci almari dikeluarkan. Dihembus kotak yang berhabuk itu. Terbatuk-
batuk Faisha bila habuk itu masuk ke rongga hidungnya. Kotak itu dibuka penuh
hati-hati.
Beberapa alat solek yang dibelinya yang tersimpan di dalam kotak itu dibelek-
belek. Semuanya dibeli diam-diam dan disorokkan di dalam bekas itu.
Sekali lagi dia menghela nafas. Mukanya yang bersih itu disapukan dengan
bedak Miyami. Kemudian, dia sapukan pula pemerah pipi bagi menampakkan
pipinya sedikit kemerahan. Gincu pula dicalitkan di bibirnya. Dikemam beberapa
ketika.
Sudah lama dia tidak bersolek seperti ini. Sesekali dia rasa rindu saat merias
wajahnya. Hari ini dia kembali bersolek merias wajahnya kerana ingin nampak
kewanitaannya terserlah di hadapan keluarga Luth. Mujur Fazura tiada di rumah.
167
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Jika tidak, pasti Fazura akan terkejut melihat dirinya.
Anak tudung disarungkan di kepalanya. Shawl yang siap diseterikanya tadi
diletakkan atas kepala. Sebelah dipanjangkan dan sebelah lagi dipendekkan.
Kemudian, dia memulakan sesi melilit shawl. Setiap langkah cara memakai shawl
diingatinya. Tersenyum puas bila dia berjaya memakai shawl seperti yang
diinginkan.
Telefonnya mula berdering. Terkejut Faisha. Telefonnya yang ada di atas meja
disambar pantas. Tertera nama Luth Maco di skrin.
“Hai, awak. Dah siap ke?” Sebaik sahaja menjawab panggilan, Luth terus
menerjahnya dengan soalan.
Faisha berdeham, membetulkan nada suaranya.
“Dah siap. Kau ada kat mana?” tanya Faisha. Jantungnya sudah berdegup
kencang.
“Saya dah ada kat dalam hati awak,” jawab Luth lembut. Kedengaran tawa
kecil di hujung talian.
Aduh, makin kencang debaran jantung Faisha. Tanpa sedar, satu calitan
senyuman manis meleret pada wajahnya. Kata-kata Luth membuatkan hatinya
berbunga-bunga. Tapi, dia cepat-cepat sedar.
“Eh, kau ni main-main betul. Aku tanya betul-betul ni. Kau ada kat mana?”
Faisha membalas kasar.
“Kan dah cakap tadi. Saya ada dalam hati awak.”
Faisha mendengus.
“Okey, aku tak jadilah nak pergi jumpa keluarga kau. Aku tanya betul-betul,
kau asyik jawab tak serius aje.” Bibir bawahnya digigit kejap.
Masih bersisa ketawa Luth. “Okey, saya ada kat depan rumah. Bukalah pintu
tu. Saya nak jemput bakal isteri saya.”
Faisha menelan air liur yang dirasa kesat. Kalut Faisha keluar dari biliknya. Dia
menghendap dari tingkap ruang tamu rumahnya. Memang Luth sedang
168
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
menunggunya di hadapan pintu rumah. Makin tak keruan Faisha bila melihat Luth
begitu bergaya dengan baju kemeja yang sama warna dengannya.
Panggilan dimatikan. Tersandar Faisha di hadapan pintu. Berombak kencang
irama jantungnya mengalunkan debarannya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan
dilepaskan perlahan. Dia cuba bertenang, tapi entah kenapa makin menjadi-jadi
debaran jantungnya.
Pintu rumah diketuk bertalu-talu oleh Luth dari luar rumah.
“Faisha, keluarlah. Saya tunggu awak ni. Kalau awak tak keluar, saya masuk
terus ni,” acah Luth, mengugut Faisha.
Tanpa berfikir logic, Faisha terus memulas tombol pintu rumahnya. Terkuak
luas pintu utama itu.
Luth yang berdiri di hadapan pintu terlopong melihat penampilan Faisha.
Faisha nampak begitu ayu dengan berbaju kurung moden siap bertudung merah
jambu. Wajah itu nampak lebih berseri-seri bila dirias dengan solekan. Ternganga
luas mulut Luth, tidak lepas merenung muka Faisha. Sungguh jantungnya berdegup
kencang.
Faisha mendengus kasar. Pintu rumah ditutup kuat. Terus dia menyarungkan
kasut kanvas merah yang ada di depan pintu. Hanya kasut itu sahaja yang paling
elok yang dia ada.
“Kau nak pergi ke tak ni?” bising Faisha selepas rumah siap dikunci. Luth
masih berdiri keras ternganga tidak berkelip-kelip mata memandangnya.
Luth telan air liur. Laju dia mengangguk.
“Jom.” Sepatah sahaja Luth menjawab.
Faisha terus mengatur langkah menghampiri kereta Luth yang diparkir di
hadapan rumahnya. Laju Luth memintas Faisha, membuka pintu untuk si kekasih
hati. Senget senyuman Luth bila matanya tertumpu pada kasut yang dipakai Faisha.
Hanya kasut kanvas?
Luth menapak masuk ke dalam perut kereta. Dia cuba bertenang. Bila Faisha
169
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
ada di sebelahnya, dia jadi tidak keruan. Nafasnya rasa sesak apabila wanita yang
digilainya selama ini sudi berjumpa dengan keluarganya.
Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan. Faisha juga tidak
keruan bila duduk berduaan dengan Luth di dalam kereta. Lagi tidak keruan bila
perasan Luth asyik mencuri pandang ke arahnya. Faisha juga perasan dari ekor
matanya, wajah di sebelah itu tersenyum-senyum sahaja dari tadi.
“Awak nampak sangat ayu, cantik dan terlalu manis hari ni, Faisha,” puji Luth
ikhlas.
Dia suka tengok Faisha berpenampilan begitu. Nampak kewanitaannya itu
terserlah, jika mahu dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini.
“Huh, dia dah buat dramalah pula!” dengus Faisha, cuba menyembunyikan
perasaan yang sedang bersarang dalam hati.
Dah berkali-kali dia telan air liur macam tak lepas sahaja. Gemuruh dan
gementar.
“Mana ada saya berdrama dengan awak. Saya betul-betul ikhlas puji awak ni.
Awak cantik sangat. Saya suka tengok awak berpakaian macam ni. Nampak lembut.”
Luth terus mengiakan apa yang dirasakannya.
“Huh! Tak payah nak puji sangatlah. Aku tahulah kau pelik tengok aku macam
ni.” Kendur suara Faisha.
Luth menggeleng laju.
“Tak peliklah. Tapi, awak nampak sweet sangat. Buat jantung saya ni
berdegup tak menentu. Awak dah cuit hati saya sekali lagi, Faisha.” Tersungging
senyum Luth saat dia menghabiskan kata-katanya.
Memuncung mulut Faisha. Kata-kata orang lelaki bukan boleh dipercayai
sangat. Pantang nampak perempuan cantik, mulalah nak mengayat. Ada-ada sahaja
ayat manis yang keluar dari mulut mereka.
“Kalau hari-hari awak macam ni, saya rasa memang saya kena diabetis. Manis
sangat!”
170
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Juling biji mata Faisha menjeling Luth di sebelahnya. Memujinya tinggi
melangit.
“Kau puji aku sangat ni kau nak bodek ke? Kau ingat aku ni makan dengan
pujian kau?” hambur Faisha sedikit kasar. Tidak sesuai dengan penampilannya
sekarang.
“Ya Allah, mana ada saya nak bodek awak. Saya betul-betul puji awak cantik,
sebab awak memang cantik. Kalau awak tak bersolek pun saya suka tengok muka
awak yang natural beauty tu. Awak tahu tak yang selama ini awak terlalu cantik?”
Luth terus memuji Faisha. Meyakinkan Faisha akan kata-katanya.
Kuat Faisha meledakkan tawanya. Geli hati. “Orang lelaki ni memanglah
macam tu, kan? Memang dari azali suka pandang dan lihat yang cantik-cantik aje.
Kalau muka aku ni senget, mulut sumbing, kau rasa kau nak ke kat aku?”
Luth menghela nafas.
“Kenapa pula nak persoalkan macam tu? Awak dah cukup sempurna. Dan
awak patut bersyukur sebab awak ada semuanya, Faisha. Tak perlu awak nak tanya
soalan begitu kat saya. Semua ni kerja Allah. Walau bagaimanapun rupa awak, kalau
kita berdua ni berjodoh, kita tetap akan bersatu juga, kan?” Panjang berjela Luth
meneruskan hujah tentang hati dan perasaan.
Faisha menghela nafas. “Tapi, kebanyakannya memang macam tu, kan? Kalau
aku ni buruk, entah-entah sebelah mata pun kau tak pandang aku. Tahu sangatlah
perangai orang lelaki ni.”
Luth menyambut kata-kata Faisha dengan senyuman sinis. Dia sukakan Faisha
bukan kerana paras rupanya, tapi kerana hatinya sendiri terpikat dengan cara
wanita yang ada pada Faisha. Ketegasan Faisha melayan orang lelaki membuat
hatinya terpaut.
Dia tak kisah jika orang kata cara dia jatuh cinta itu sangat pelik. Tapi, itulah
kebenarannya.
171
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Bab 25
BERDEBAR-DEBAR jantung Faisha bila kereta mula memasuki kawasan rumah dua
tingkat yang tertulis Vila Sentosa. Agak besar juga rumah keluarga Luth dengan
taman kecil yang menghiasi ruang hadapan vila itu.
Faisha jadi tidak keruan apabila kereta yang dipandu Luth sudah parkir dalam
kawasan vila itu. Dia telan air liur. Gemuruh perasaannya saat ini.
“Dah sampai pun rumah keluarga saya. Jom...” Luth keluar dari perut kereta.
Begitu juga dengan Faisha.
Mata Faisha memandang sekeliling kawasan vila yang luas itu. Makin tidak
menentu perasaannya bila dapat tahu rupanya Luth datang daripada keluarga yang
agak senang juga.
“Jomlah. Kenapa tercegat kat situ lagi?” ajak Luth.
Takut-takut Faisha mengatur langkah mengikuti langkah Luth dari belakang.
“Keluarga kau garang tak?” soal Faisha sedikit berbisik.
Luth tersenyum mendengar soalan itu. Kasar-kasar Faisha, sangkanya hatinya
kental.
“Hmm, boleh tahan jugalah.”
Faisha telan air liur. Gerun pula dia. “Aku nak cakap apa dengan keluarga kau
ni? Aku tak retilah.”
“Jawab ajelah. Cuma, satu aje saya nak pesan kat awak. Depan keluarga saya
nanti, janganlah gelar aku atau kau. Nanti keluarga saya fikir apa pula nanti. Bagi
172
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
nampak hubungan kita ni real,” pesan Luth berbisik.
“Isy, tak kuasalah aku nak berlembut dengan kau,” dengus Faisha.
“Kena kuasalah, sayang. Awak tu bakal jadi isteri saya tau,” balas Luth lembut.
Makin tak keruan Faisha. Perkataan sayang yang terbit dari mulut Luth
membuatkan perasaannya makin jadi gemuruh. Jantungnya laju mengalunkan
debaran. Perasaan asing itu mengalir hingga meresap ke jiwa.
Pintu utama dikuak luas. Dalam waktu yang sama, salam diberi. Luth
mempelawa Faisha masuk ke dalam rumah itu. Pandangan Faisha meliar pandang
susunan dalam rumah yang tersusun cantik dan kemas.
“Mama... papa... Luth balik bawa menantu ni!” Kuat suara Luth memanggil
kedua-dua orang tuanya.
Faisha sudah tak senang hati. Luth seperti sengaja hendak memalukan
dirinya. Terkial-kial Faisha tidak tentu arah. Akhirnya dihenyakkan puggungnya di
sofa hadapan ruang tamu.
Puan Aishah menuruni anak tangga sebaik mendengar suara Luth
memanggil-manggilnya. Mahu juga dia melihat pilihan Luth kali ini. Mana tahu
pilihan anaknya sama seperti sebelum ini. Juliana memang nampak sangat
bebasnya.
Faisha yang duduk kalut berdiri. Nampak sahaja Puan Aishah, dia terus berdiri
dan menerpa wanita tua itu. Tangan itu disambut lalu dikucupnya.
Puan Aishah tidak lepas memandang wajah Faisha. Wajah itu seolah-olah
pernah dilihatnya. Tapi, dia masih samar-samar untuk mengingatinya. Rasanya
sudah berbelas tahun berlalu. Wajah itu memang ada iras seseorang yang pernah
rapat dengannya dahulu.
Puan Aishah menyambut Faisha dengan baik. Kelembutan wajah Faisha
membuatkan hatinya sejuk saat pertama kali memandangnya. Sikap Faisha itu
membuatkannya tertarik dan ingin tahu tentang diri buah hati anaknya itu.
“Aunty sihat?” soal Faisha memulakan bicara. Kalau diam, dia akan rasa lebih
173
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
kekok.
“Alhamdulillah, aunty sihat aje,” sambut Puan Aishah mesra.
“Papa mana, mama?” soal Luth. Masa sampai tadi, tiada pula kereta papanya.
“Hmm, papa macam biasalah. Tak habis-habis keluar. Ada aje aktiviti tu
mengalahkan orang muda,” omel Puan Aishah.
Encik Luth Fadhil memang kerap keluar dan menghabiskan masanya di luar
rumah.
“Hmm, papa keluar main golf kut, mama.” Luth mahu menyedapkan hati
Puan Aishah.
Kesian pula jika dia membuka cerita sebenar tentang papanya yang sudah
setahun beristeri muda.
“Biarlah papa kamu tu. Ni kamu tak nak kenalkan dengan mama ke?” Puan
Aishah terus memandang Faisha.
Dia tersenyum lebar. Dia lupa akan niatnya yang sebelum ini mahu
menjodohkan Luth dengan Riana.
Tersengih Luth menampakkan batang giginya yang tersusun kemas. Lupa pula
mahu kenalkan Faisha kepada Puan Aishah. “Lupa pula. Ingatkan mama dah kenal.”
Luth menggaru pangkal lehernya. Faisha yang duduk di sebelahnya
tersenyum kelat.
“Manis bakal menantu mama ni,” puji Puan Aishah. Pipi lembut Faisha
dielusnya perlahan.
“Bakal menantu mama ni namanya Faisha Irdina binti...” Luth memalingkan
mukanya kepada Faisha.
Dia hanya tahu nama penuh Faisha, tidak tahu pula nama ayahnya.
“Binti Mujahid,” sambung Faisha.
Puan Aishah terlopong bila nama itu meniti dari mulut Faisha. “Nama ibu
kamu?”
“Hana Maryam.”
174
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Hana Maryam binti Romli?” Laju soalan itu meniti dari bibir Puan Aishah.
Faisha menelan air liurnya. Siapa sebenarnya Puan Aishah? Kenapa dia kenal
dengan orang tuanya? Apakah mereka bersahabat atau bermusuh? Faisha tertanya-
tanya Faisha. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.
Lebar senyuman Puan Aishah bila Faisha mengangguk. Badan Faisha ditarik
rapat lalu dipeluk erat.
“Allahuakbar! Tak besar mana dunia ni. Ibu dan ayah kamu sihat?” soal Puan
Aishah.
18 tahun dia terpisah dengan kawan baiknya itu. Mereka terus putus khabar
berita apabila pasangan itu berpindah ke luar negara 18 tahun lalu.
“Mama...” Lembut Luth memanggil mamanya.
Dia perasan wajah Faisha yang sudah keruh. Matanya pula sudah berkaca.
“Mama dan papa dah tak ada. Mereka meninggal dunia semasa saya kecil
lagi,” cerita Faisha sebak. Laju sahaja air matanya mengalir ke pipinya.
Puan Aishah jadi serba salah. Tanpa sedar, air matanya turut mengalir. Badan
Faisha dipeluk sekali lagi. “Maafkan aunty. Aunty betul-betul tak tahu pasal ni.”
Faisha memaksa diri untuk tersenyum. “Tak apa, aunty.”
Luth pula terkunci rapat mulutnya. Jadi, benarlah pasal pengakuan Faisha
dahulu tentang dirinya yang sebatang kara. Dia anak yatim piatu. Sangkanya, Faisha
ada masalah dengan keluarganya. Sebab itu dia bagi alasan begitu.
Air mata di pipi Faisha diseka dengan jari-jari gemuk Puan Aishah. Kerana
soalannya itu, anak muda di hadapannya itu menangis pilu. Nafas ditarik dan
dilepaskan perlahan.
“Okey, tak mahu sedih-sedih. Faisha boleh aje datang jumpa aunty kalau
rindukan mama Faisha.” Tergelak Puan Aishah pada ayat terakhirnya.
“Mama kenal dengan keluarga Faisha dah lama juga, kan?” soal Luth.
Puan Aishah mengangguk.
“Mama Faisha, Hana Maryam, memang kawan baik mama dari sekolah
175
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
rendah lagi. Keakraban kami macam adik-beradik,” cerita Puan Aishah.
Faisha hanya mendengar sahaja apa yang diceritakan Puan Aishah.
“Hana Maryam seorang wanita bijak dan mempunyai kerjaya yang baik.
Begitu juga dengan suaminya, Mujahid.”
Faisha hanya senyum bila Puan Aishah memuji kedua-dua orang tuanya.
Memang itu tidak dapat dinafikan. Dulu dia sangat bahagia dengan kasih sayang
kedua orang tuanya. Tetapi, kehilangan mereka dalam sekelip mata meragut
kebahagiaannya. Hidupnya selepas itu hanya ditemani air mata dan derita.
Selepas kematian orang tuanya, Faisha dipelihara oleh ibu saudaranya, adik
kepada mamanya, Puan Salina. Satu demi satu harta miliknya direbut daripadanya.
Selepas orang tuanya meninggal, Puan Salina dan suaminya terus menetap di
rumah keluarganya. Rumah yang dianggap istana selama ini mula bertukar menjadi
neraka buatnya.
Biliknya yang dihias cantik, dipaksa diberikan kepada sepupunya, Riana. Dia
pula diminta duduk di bilik yang dijadikan stor berdekatan dengan dapur. Hidup
Faisha berubah 200 peratus selepas ketiadaan ibu bapanya.
Dirinya dipaksa berhenti sekolah dan melakukan semua urusan di rumah itu.
Dirinya dijadikan orang gaji tak berbayar. Hidupnya ditemani dengan air mata.
Cukup terseksa sehinggalah dia mengenali bekas suaminya, Fattah. Namun, baru
sehari mereka diijabkabulkan, Fattah tega menceraikannya. Semuanya kerana gara-
gara Fattah termakan dengan hasutan Riana dan Puan Salina.
Serik hidup berendam air mata, Faisha meninggalkan keluarga itu. Selepas
berpisah dengan Fattah, dia mula berhijrah dan memulakan kehidupan baru. Masa
itulah dia mula kenal dengan Fazura kerana mereka bekerja di tempat yang sama.
Kebetulan Fazura juga sedang mencari rakan penyewa untuk rumah yang
disewanya. Di situlah bermulanya perjalanan baru Faisha. Daripada seorang yang
lembut menjadi wanita yang kasar.
Perlahan-lahan Faisha menghela nafas. Kisahnya yang perit itu kembali
176
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
mengganggu fikirannya. Apakah pertemuan ini akan menjadi pertemuan yang
membahagiakannya atau menghadirkan derita? Faisha takut hendak melaluinya
lagi.
“Faisha tinggal dengan siapa selepas kematian papa dan mama?” soal Puan
Aishah lagi.
Faisha telan air liur. Perlukah dia menceritakan kisah sebenarnya? Tapi, dia
tidak perlu meraih simpati sesiapa pun. Dia tidak perlu menjaja kisah deritanya itu
kepada orang luar. Biarlah dia simpan derita itu sebagai cerita pahit yang pernah
dilaluinya.
“Saya tinggal dengan ibu saudara, adik mama. Tapi, sekarang saya tinggal
dengan kawan sekerja,” beritahu Faisha ringkas.
Dia harap sangat tiada lagi soalan daripada mama Luth. Dia tidak selesa
apabila disoal tentang kisah hidupnya yang pincang itu.
Luth berdeham. Dia perasan wajah Faisha berubah keruh. Dia tidak mahu
soalan-soalan mamanya membuatkan mood Faisha berubah.
“Mama, mama masak apa petang ni?” tanya Luth, sengaja melarikan topik.
“Oh, lupa pula mama. Mama ada masak laksa macam Luth pesan tu. Jomlah
kita pergi dapur. Sedap makan laksa kuah panas-panas ni,” pelawa Puan Aishah.
Teruja sebenarnya bila dia berjumpa dengan anak kawan baik yang dicarinya
selama ini. Malangnya, mereka sudah tiada.
Faisha mengekori dua beranak itu ke dapur. Memang rumah itu luas dan
dapurnya juga cantik susunannya. Melihat suasana rumah ini membuatkan Faisha
teringatkan rumah peninggalan papa dan mamanya. Rumah banglo besar
keluarganya yang ada di kampung entah apa rupanya sekarang. Sudah lama Faisha
tidak menjejakkan kakinya ke sana.
“Hmm, sedapnya bau kuah laksa.” Faisha mengambil bau kuah laksa yang
memenuhi ruangan dapur.
Puan Aishah tersenyum. “Faisha kena cuba rasa laksa yang aunty masak ni.
177
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Mama Faisha dulu memang suka sangat dengan laksa yang aunty masak.”
Faisha mengangguk-anggukkan kepalanya bersama calitan senyuman. Dia
juga ringan tulang membantu Puan Aishah menghidangkan laksa ke meja makan.
Ketika Faisha sibuk di dapur membancuh minuman, Luth mendekati Puan
Aishah. Sempat dia berbisik kepada mamanya agar tidak bertanya soalan tentang
keluarga Faisha yang sudah tiada. Dia perasan Faisha seperti sedang menahan
perasaan.
178
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Bab 26
SEPANJANG perjalanan pulang, Faisha mendiamkan diri sahaja. Wajahnya nampak
keruh dan sedikit letih. Sesekali Luth memandang Faisha dari ekor matanya.
“Awak okey tak ni?” tanya Luth.
Faisha menghela nafas.
“Okey.” Sepatah sahaja yang dijawab Faisha.
“Saya minta maaf kalau mama saya buat awak sedih.” Luth rasa serba salah.
Tak sangka mamanya kenal dengan keluarga Faisha.
Faisha cuba memaksa senyuman pada wajahnya. Namun, senyuman yang
melekat pada wajahnya sumbing sahaja. Perlahan-lahan dia menggelengkan
kepalanya.
“Aku okey aje. Cuma, aku terkejut sikit sebab mama kau kenal rapat dengan
mama dan papa aku. Tak sangka dunia ni kecil aje.”
Luth memandang sekilas Faisha di sebelahnya. “Maaf sekali lagi, ya?”
Kali ini Faisha mendengus kuat.
“Aku tak apa-apalah. Aku tak marah pun mama kau tanyakan pasal arwah
mama dan papa aku. Cuma, aku ni kekok aje nak jawab pasal papa dan mama.”
Suara Faisha kendur di hujung ayatnya.
“Kalau awak perlukan seseorang, awak boleh cari saya, Faisha. Saya boleh jadi
pendengar setia awak. Awak nak luahkan apa-apa, awak luahkan aje kat saya.” Luth
semawakan dirinya.
179
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Mana tahu Faisha perlukan seseorang untuk dilepaskan rasa dan tekanannya.
Faisha meledakkan tawanya. “Kau nak jadi pendengar setia aku?”
Laju Luth mengangguk. “Saya selalu ada untuk awak, Faisha. Susah, senang,
suka dan duka kalau boleh saya nak ada di sisi awak.”
Luth serius dengan kata-katanya. Ia bukan ayat ingin menyedapkan hati
Faisha.
“Tak payah nak baik hati sangatlah, Luth. Aku tak perlukan sesiapa untuk aku
ceritakan masalah. Selama ini aku boleh aje hidup tanpa menceritakan masalah aku
kepada sesiapa. Hidup aku lagi tenang jika tak melibatkan sesiapa.”
Faisha lagi selesa menyimpan masalahnya sendiri. Lagipun Luth bukan
sesiapa kepada dirinya.
Luth menghela nafas. Sepanjang perkenalannya dengan Faisha, satu yang dia
dapat hidu tentang sikap Faisha. Dia seorang yang degil dan sukar untuk
ditundukkan. Dia lebih suka berdikari dan bersendiri.
“Saya ni bakal jadi separuh jiwa awak nanti, Faisha. Mama pun dah setuju
majlis kita dipercepat. Jadi, apa-apa awak perlulah berkongsi dengan saya. Belajar
untuk berkongsi hidup dengan saya. Boleh?” Luth bersuara lembut.
Orang seperti Faisha tak guna dipaksa secara keras.
Faisha mencebik. “Tak naklah aku berkongsi hidup dengan kau.”
Luth ketawa kecil sambil mengecilkan matanya.
“Tadi awak setuju dengan mama nak tamatkan zaman bujang kita. Awak juga
setuju tadi nak jadi isteri saya. Awak dah lupa ke?” Luth mengingatkan Faisha pada
perbincangan mereka bertiga tadi.
Faisha mendengus kuat. “Memanglah aku setuju. Tapi, itu tak bererti aku
sanggup berkongsi semuanya dengan kau. Aku setuju kahwin dengan kau pun
sebab nak mengelak daripada Fattah.”
Faisha memberi alasan. Tidak ditunjukkan perasaan yang sedang bersarang
dalam hatinya. Sebenarnya dia masih keliru dengan perasaannya sendiri.
180
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Luth menyungging senyum.
“Okey, tak apa. Saya sanggup tunggu hingga awak betul-betul bersedia untuk
jadi isteri saya yang sempurna. Berapa tahun pun awak nak ambil masa untuk
belajar mencintai, saya akan terus tunggu.” Lembut tutur Luth.
Faisha telan air liur. Luth yang memandu dikerlingnya. Wajah itu dirakam
sejenak dalam mindanya. Wajah itu nampak tenang dan langsung tak melenting
walaupun dilayan kasar. Luth sabar sahaja melayannya.
“Aku nak tanya kat kau beberapa soalan. Aku nak kau jawab dengan jujur.”
Mendatar nada suara Faisha.
Luth mengangguk-anggukakan kepalanya. “Boleh. Untuk awak, apa sahaja
boleh. Tanyalah...”
Wajah itu memang tak pernah lekang dengan senyuman yang menawan.
“Aku nak tahu, kenapa kau berpisah dengan bekas isteri kau sebelum ni? Aku
tak mahu kau bagi alasan yang tak betul. Tolong jujur.” Faisha tidak mahu hidupnya
penuh dengan pertanyaan.
Perkahwinan sebenarnya adalah satu ikatan yang menghubungkan dua hati.
Walaupun hatinya keras menidakkan perasaan yang singgah dalam hati, tapi dia
tetap tidak mahu terluka. Biar semua kisah tentang Luth jelas pada
pengetahuannya.
“Kami berpisah sebab bukan jodoh kami,” jawab Luth ringkas.
“Aku tak mahu dengar alasan tu. Kalau macam tu, aku dengan Fattah pun
berpisah sebab kami tak ada jodoh. Aku nak tahu alasan perpisahan kau dan dia.”
Tegas suara Faisha mendesak.
Luth menghela nafas. Dia terpaksa membuka aib bekas isterinya.
“Sebab bekas isteri saya ada lelaki lain. Mereka berdua kena tangkap basah,”
cerita Luth.
Terkejut Faisha dengan cerita Luth. Patutlah Luth seakan-akan mengelak bila
dia bertanya punca hubungan mereka berdua putus. Tapi, betulkah semua itu
181
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
sebabnya? Bagaimana jika Luth sengaja hendak menyalahkan bekas isterinya?
“Saya percayakan dia selama ini. Tak sangka dia menduakan saya. Saya tak
boleh nak maafkan dia lagi walaupun dia merayu kepada saya. Sampai sekarang pun
dia tak jemu-jemu pujuk saya untuk terima dia semula.” Luth bercerita tentang
dirinya dan Juliana.
Dia tidak mahu ada masalah dengan Faisha bila mereka berdua bersatu
sebagai suami isteri nanti.
“Kau tak sayangkan dia lagi?” soal Faisha bagaikan seorang penyiasat.
Luth menjuih lalu menggeleng. “Semuanya hilang lepas dia khianati saya,
Faisha. Tak guna sayangkan orang yang tak jujur dan ikhlas terhadap diri kita.”
Faisha tertawa kecil mendengar penjelasan Luth.
“Habis tu, awak nak berkahwin dengan saya nanti, macam mana pula? Saya
tak jujur dan ikhlas dengan hubungan yang bakal terjalin antara kita nanti.” Faisha
menjongketkan sebelah keningnya.
Luth memberhentikan keretanya di bahu jalan. Wajah Faisha di sebelahnya
ditenung sedalam-dalamnya. Tapi, Faisha cepat-cepat melarikan pandangan
matanya. Dia tidak keruan bila mata Luth menikam pandangannya.
“Situasinya tak sama. Dia merelakan kehadiran lelaki lain dalam hidup dia.
Awak pula tak boleh terima saya mungkin awak ni anti dengan lelaki. Mungkin juga
sebab kisah lalu awak dengan bekas suami awak membuatkan awak membenci
orang lelaki. Saya faham, awak tentu masih trauma.” Panjang penjelasan Luth.
Faisha menjuih.
“Aku mungkin trauma, tapi kau tu aku nak tahu juga. Kau dengan Syafiq Iman
tu memang rapat?” soal Faisha.
“Rapatlah juga. Kenapa?” Luth buat-buat tak tahu pasal Faisha yang
cemburukan sepupunya itu.
Faisha senyum sinis. Seperti yang dijangka, mesti Luth dan Syafiq ada
hubungan istimewa. Bukan main menggedik lagi Syafiq bila Luth ada.
182
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Hari tu kau tak mengaku ada hubungan songsang dengan kaum sejenis.
Lepas Syafiq datang, terungkai jugalah siapa diri kau yang sebenarnya. Tak sangka
pula aku kau ni gay,” hambur Faisha tanpa memikirkan perasaan Luth.
Luth geli hati. Dia meledakkan tawa besar. Ada sahaja kata-kata Faisha yang
membuatkan dia mahu ketawa.
“Ini kes cemburu ke apa ni?”
“Tak cemburu pun,” bidas Faisha, menafikan.
“Kalau tak cemburu kenapa sebut?” Luth menjongketkan keningnya.
Cemberut muka Faisha. “Dah betul. Mata aku ni celik luas lagi nampak dia
peluk kau. Lepas tu, nampak mesra sangat. Aku sebut bukan sebab cemburu, ya.”
Luth kembali menyambung perjalanan. Kereta dipandu kembali.
“Suka hati awaklah, Faisha. Kalau saya ni gay buat apa saya ajak awak
kahwin? Itu pun awak boleh fikir sendiri.”
“Kau nak sembunyikan hal sebenarnya daripada keluarga kau. Sebab tu kau
ajak aku kahwin sebab nak sembunyikan perangai songsang kau tu. Betul kan
tekaan aku ni?” Yakin sekali Faisha dengan tekaan yang bersarang dalam mindanya.
Luth diam tidak membalas kata-kata Faisha kali ini. Bila bercakap dengan
Faisha, gadis itu mahu menang sahaja. Nanti bila tiba masanya, Faisha akan tahu
juga siapa dirinya dengan Syafiq. Masa itu Faisha tidak akan mempertikaikannya
lagi. Sekarang, biarlah Faisha berfikiran negatif tentang dirinya. Dari situ juga dia
boleh lihat tahap cemburu Faisha kepada dirinya. Bukannya dia tidak perasan.
“Hah, diam tu tanda betullah tu,” getus Faisha tidak puas hati.
“Suka hati awaklah, sayang. Awak nak cakap saya gay ke, songsang ke, janji
Tuhan tahu apa yang ada dalam hati saya ni,” jawab Luth. Dia nampak tenang sahaja
berhadapan dengan Faisha yang tidak habis-habis mencurigai dirinya.
Makin cemberut muka Faisha bila Luth memanggilnya sayang. Nak
termuntah pula dengar. Kat dia panggil sayang, kat Syafiq dia panggil apa pula?
Faisha buat muka geli-geleman.
183
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Kereta yang dipandu berhenti dan diparkir di bangunan dua tingkat.
“Jom keluar.” Luth mengajak setelah mematikan enjin.
“Eh, nak pergi mana pula ni?” soal Faisha dengan muka berkerut seribu.
“Ikut ajelah,” jawab Luth ringkas.
Dia sudah menanti Faisha di luar kereta. Siap dibukakan pintu untuk Faisha
lagi. Faisha menghentakkan kakinya tanda protes.
“Nak pergi mana pun nak berahsia. Bukannya susah pun nak cakap.” Faisha
membebel kepada Luth.
“Jangan banyak cakaplah. Awak ikut aje. Kalau awak tak mahu ikut, saya tarik
tangan awak tu.” Luth menjongketkan keningnya berkali-kali dengan mulut
memuncung ke tangan Faisha.
Faisha mendengus kuat. Setuju sahaja.
Langkah Faisha diikutnya dari belakang. Luth berjalan memasuki kedai kasut
milik kawan sekolahnya yang berbangsa Cina. Kedatangan Luth disambut baik.
Sempat Luth memperkenalkan Faisha kepada Miss Low sebagai bakal isterinya.
Terjegil mata Faisha tanda dia tak suka.
Melihatkan kasut yang dipakai Faisha membuatkan dia mahu membelikan
sepasang kasut yang sesuai untuk Faisha. Mujur masa pulang tadi mamanya tak
perasan kasut yang dipakai Faisha. Terkejut mamanya kalau lihat Faisha cantik
berbaju kurung moden, tapi berkasut kanvas.
“Saya nak awak pilih kasut. Biar nampak sesuai dengan pakaian awak
sekarang. Peliklah tadi awak pakai kasut kanvas tu. Kan lagi cantik kalau awak pakai
sandal.” Sambil memberitahu niatnya, tangannya menyentuh sandal yang mana
berkenan dalam hati.
Faisha menggerutu dalam hati. “Oh, kau nak cakap aku ni peliklah?”
“Saya nak awak lagi cantik di hadapan saya. Saya tak ada niat lain pun.” Luth
merapatkan kedua-dua belah tangannya. Mohon maaf daripada Faisha.
Faisha menjeling tajam Luth di sebelahnya. Matanya tertumpu pada kasut-
184
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
kasut wanita. Memanglah teruja bila tengok semua itu. Sudah lama dia tidak
membeli sandal dan kasut yang menampakkan kewanitaannya. Di depan matanya
sekarang ini pun ada pilihan yang berkenan dalam hati. Tapi, dia buat-buat tak
berminat.
“Saya pilihkan untuk awak, ya.” Mata Luth meliar mencari kasut yang cantik
untuk disarungkan ke kaki Faisha. Kali ini biar Faisha menjadi Cinderella kepada
dirinya.
Faisha menurut sahaja. Beberapa jenis kasut sudah dia cuba. Semuanya
pilihan Luth. Hinggalah kasut yang terakhir barulah Luth berpuas hati.
185
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Bab 27
BUNYI telefon yang nyaring di sebelah telinga membuatkan Faisha terkejut. Hujung
kakinya digerak-gerakkan. Mata masih terpejam dan tangan meraba mencari
telefonnya yang berbunyi.
“Hello...” Meleret suara Faisha menyambut panggilan.
“Hai, sayang. Tengah buat apa tu?” soal Luth di sebalik talian.
“Tidur. Mengantuk sangat. Abang kat mana?” soal Faisha. Tangan terus
menarik selimutnya.
Tergelak kecil Luth di talian. Macam tak percaya Faisha memanggilnya dengan
panggilan abang. Pipinya ditampar perlahan. Memang dia tidak bermimpi sekarang
ni.
“Abang dalam hati sayanglah. Ada rasa tak?” Luth pun bukan main lagi
membalas.
Memang itu yang diimpikannya. Kalau boleh dia mahu Faisha memanggilnya
begitu. Baru bibit bahagia itu dapat dirasai.
Faisha mengekek ketawa manja.
“Mengada-ada tau.” Faisha merengek.
“Abang mengada-ada dengan sayang aje. Sayang...”
Alang-alang Faisha manja macam nak terlentok begitu, Luth pun sama naik.
Mengada-ada juga macam orang sedang hangat bercinta.
“Hmm... Abang rindukan sayang ya?” soal Faisha kemudian dia tertawa
186
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
manja.
“Rindu. Sayang rindukan abang?” soal Luth pula.
“Mestilah rindu. Rindu sangat-sangat. Sayang tak sabar nak jadi isteri abang,”
sambut Faisha manja.
Terjerit gembira Luth di sebalik talian sana. Daripada nada suara Faisha tak
nampak seperti Faisha permain-mainkannya. Memang Faisha betul-betul bercakap
lembut dan manja dengannya.
“Malam ni mama jemput sayang datang rumah. Lepas maghrib nanti sayang
siap-siaplah ya. Abang jemput sayang lepas maghrib,” pesan Luth.
“Okey.” Faisha menjawab ringkas.
“Okey, sayang. Nanti kita jumpa. Miss you!”
“Miss you too, sayang,” jawab Faisha.
Telefon yang ada di tangan terlepas dari tangannya. Nyenyak dia tidur tidak
mengendahkan waktu yang makin berlalu.
KALUT Faisha bangun daripada tidurnya. Mukanya diraup beberapa kali. Rambutnya
yang kusut ditarik-tarik pula. Berkerut-kerut mukanya. Rasanya tadi dia bersembang
dengan Luth. Agaknya dia bermimpi.
Faisha turun dari katil, berjalan perlahan kemudian terhendap-hendap di
tingkap biliknya. Tiada pula kereta Luth di hadapan rumah. Tak puas hati, Faisha
kuak luas tingkap biliknya. Lehernya dipanjangkan. Memang tiada kereta Luth di
dalam atau luar pagar.
Faisha tergelak sendiri. Terlalu memikirkan apa panggilannya kepada Luth
semalam, dia termimpi-mimpi bercakap dengan Luth. Bukan main manja lagi dia
bercakap dengan Luth. Macam orang angau bercinta.
Faisha melangkah keluar dari biliknya, menghala ke dapur. Ayam yang
dikeluarkannya pagi tadi Fazura masukkan kembali ke dalam peti ais. Dia
187
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
mengelurkan bekas yang berisi ayam itu dan diletakkan di tepi singki.
Telefon bimbitnya berdering kuat. Tertera nama Fazura di skrin. Pantas Faisha
menjawab panggilan.
“Kau buat apa tu, Faisha?” soal Fazura di talian.
“Aku nak nak masaklah. Kau balik awal ke lambat malam ni?” Faisha tolak
ayam tadi ke bawah paip. Penuh sahaja air tadahan, ditutupnya semula paip air.
“Eh, kau bukan ada janji dengan abang romantik ke? Nak masak apanya lagi?
Siapa yang nak makan?” bising Fazura di talian.
Berkerut muka Faisha.
“Bila masa aku janji nak makan malam dengan dia? Kau ni buat cerita ajelah,”
dengus Faisha perlahan. Punggungnya dihenyakkan ke kerusi.
Fazura melepaskan keluhan.
“Tadi aku terserempak dengan abang romantik. Dia cakap malam ni kau dan
dia ada dating lepas maghrib. Bukan kau ada janji dengan dia ke? Takkan dia saja-
saja cakap macam tu kat aku? Dah dia bagi tahu aku kau orang ada janji temu, aku
nak suruh kau ambil baju aku dalam almari. Kau kan tak ada baju.” Panjang omelan
Fazura.
Faisha membulatkan matanya. Dia berjanji dengan Luth ke tadi? Pangkal
lehernya yang tidak gatal digaru-garu.
“Eh, kau jangan buat cerita.” Faisha waswas. Sangkanya dia hanya bermimpi
sahaja tadi.
“Aisy, apa yang kau ingat?” bising Fazura.
Panggilan terus dimatikan serta-merta oleh Faisha. Kalut jarinya menyentuh
skrin telefonnya, mencari bukti panggilan daripada Luth. Terlopong mulut Faisha.
Memang ada panggilan daripada Luth tadi. Tempoh perbualan hampir lima minit.
“Assalamualaikum.” Suara Luth memberi salam di luar rumah membuatkan
Faisha menggelabah. Nama Faisha dipanggil berkali-kali.
Pintu utama dikuak. Tiada kelibat Luth di hadapan rumah.
188
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Hai, sayang. Tidur lagi ke?” soal Luth, mematikan pencarian Faisha. Rupa-
rupanya Luth memanggilnya dari sebelah.
Faisha tarik muka kelat.
“Dah ready ke malam ni? Dah ada pakaian?” soal Luth lagi.
Kerutan di muka Faisha makin menjadi-jadi.
“Nak pergi mana?” Faisha memulangkan soalan kepada Luth.
“Kan abang dah cakap tadi, mama jemput makan malam kat rumah. Abang
nak kenalkan sayang dengan papa pula. Kan hari tu sayang belum jumpa dengan
papa.” Luth memegang kedua-dua belah tembok yang memisahkan rumah mereka
berdua.
“Eee, apa ni gelar abang dan sayang ni? Kau buang tabiat ke petang-petang
ni?” hambur Faisha.
Sebenarnya jantungnya sudah berdetak laju. Dia cuba menyembunyikan
perasaannya sekarang.
Luth sudah tarik muka tegang. Baru tadi dia menghubungi Faisha dan gelaran
itu Faisha yang sebut dahulu. Sekarang kenapa pula nak pertikaikan?
“Tadi masa call, dia yang mulakan dulu. Panggil abang dan diri tu gelar
sayang. Sekarang nak tanya pula.”
“Bila? Mana ada aku panggil kau abang? Kau bermimpi ni Luth. Tak adalah.”
Faisha menafikan kebenaran yang dia sendiri tahu.
“Isy, lupalah tu. Hah, ni yang tak suka. Siap cakap rindu. Ni buat macam
hilang ingatan pula,” dengus Luth perlahan
Faisha telan air liur.
“Dah betul tak ingat,” tipu Faisha.
Luth tarik muka. Dijeling-jeling manja kepada Faisha. Baru hati nak kembang
berbunga, Faisha nak nafikan pula.
“Dah, dah. Jangan nak buat muka simpati. Aku tak tahu langsung pun. Kau
aje yang buat cerita. Sengaja nak kenakan aku, kan?”
189
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Luth menjuih. Pelan-pelan senyum tersungging pada bibirnya. “Eleh, awak
buat-buat tak ingat. Malulah tu, kan? Saya ada bukti tau.”
Gelabah Faisha. Bukti apalah yang dimaksudkan Luth.
Luth mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Kebetulan masa itu
terdetik untuk Luth merakam perbualan mereka berdua.
Tertelan liur Faisha bila mendengar kembali rakaman suaranya berbual manja
dengan Luth. Serta-merta wajah Faisha berubah.
Luth menjongketkan keningnya berkali-kali sambil tersenyum sinis kepada
Faisha.
“Ni suara siapa? Bukan suara sayang ke? Bukan main manja lagi. Kan sedap
dengar panggil saya abang dan gelarkan diri tu sayang. Kembang hati abang tau.”
Luth tersenyum manis.
Wajah Faisha rasa membahang bagai dibakar api. Memang dia malu sangat
dengar suara dia merengek manja begitu. Diam tak berkutik Faisha.
“Tak salah awak panggil saya abang. Kan lebih sweet hubungan kita ni.”
Faisha mendengus kuat. Mata dibulatkan kepada Luth.
“Eh, kau jangan perasan. Aku betul-betul tak sedar apa yang aku cakap. Kau
telefon aku masa aku tengah mamai. Memanglah aku cakap merapu.” Faisha cuba
menyelamatkan dirinya.
Luth meledakkan tawanya. “Oh, macam tu ke?”
“Yalah. Kau ingat aku nak sangat panggil kau abang? Nak cakap tangkap leleh
macam tu?” Faisha menyembunyikan perasaannya yang sebenar.
Padahal dia dah malu tak tahu mana nak disorokkan mukanya lagi. Mahu tak
mahu, dia terpaksa mencari alasan.
“Okey. Agaknya kan, orang tu malu nak mengaku. Kalau betul mamai dalam
tidur, selalunya orang tu mengigau cakap perkara betul.” Luth sengaja mengusik
Faisha. Bukan dia tidak perasan perubahan pada wajah Faisha.
“Eh, kau sebut sekali lagi pasal hal ni, aku tak mahu ikut kau jumpa famili
190
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
kau. Aku batalkan. Kau pergilah sendiri,” tegas Faisha memberikan peringatan pada
Luth.
Luth tarik muka kurang senang.
“Eh, mana boleh tak ikut. Awak dah janji tadi dengan saya. Kalau awak tak
mahu pergi, saya dukung awak pergi sana. Biarlah awak nak menjerit ke, nak
menangis ke... Saya dah tak peduli.” Luth bersuara tegas.
Faisha menjuih. “Tak nak pergi!”
Faisha sudah memeluk tubuhnya.
“Alah, janganlah macam tu sayang cik intan payung. Kalau tak mahu pergi,
siapa yang nak pergi jumpa papa dan mama?” Gemalai suara Luth memujuk Faisha.
Faisha tarik muka.
“Pergilah sendiri. Tak pun awak bawa aje kekasih hati awak yang ada tu. Biar
terlopong mama dan papa awak tengok,” balas Faisha. Wajah Luth langsung tidak
mahu dipandangnya.
“Awaklah kekasih saya. Mana ada orang lain dah.”
“Dalam rumah awak tu kan ada kekasih awak. Entah apa awak buat dengan
dia beberapa hari ni. Bawa ajelah dia gantikan saya.” Bukan main lagi Faisha
menyindir Luth.
Sakit hatinya kepada Syafiq tak habis lagi. Lagi lama Syafiq di situ, lagi
bertambah bara dalam hatinya.
Galak Luth ketawa. “Awak cemburu, tapi tak mahu nak mengaku. Lepas tu
duk berkias-kias dengan saya. Apa salahnya awak mengaku awak cemburukan si
Sayfiq tu? Tak susah pun, kan?”
Huh! Faisha tarik muka seinci. Wajahnya makin tegang bila nama itu disebut-
sebut. Entah macam manalah dia boleh terima lamaran Luth sedangkan dia tahu
diri sebenar Luth. Argh, ini semua kerja gila.
191
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Bab 28
RIUH-RENDAH suara keluarga itu berbual. Meriah sekali.
Encik Luth Fadhil turut teruja dapat berjumpa dengan anak dara teman
lamanya. Memang wajah Faisha seiras arwah mamanya. Wajah itu sentiasa manis
dengan senyuman. Patutlah anaknya itu senang dan sukakan gadis itu.
Selesai makan malam, mereka sempat berbual dan berbincang tentang majlis
pernikahan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Faisha tak terkata memotong
dan menyelit perbualan keluarga itu. Semuanya sudah ditetapkan dan majlis yang
bakal berlangsung bulan hadapan.
Bila sebut pasal wali, Faisha tertunduk. Saat itu ada renik air mata gugur pada
wajahnya. Dia tiada sesiapa pun. Pernikahannya dengan Fattah sebelum ini pun
diwalikan dengan wali hakim.
“Faisha, awak okey tak ni?” tegur Luth apabila perasan wajah Faisha berubah.
Faisha mengetap bibirnya. Wajahnya tu cuba dimaniskan dengan senyuman.
“Saya okey.”
“Betul ke?” soal Luth masih tidak sedap hati.
Luth duduk di sebelah Faisha sebaik mama dan papanya berlalu ke atas.
“Awak tak selesa dengan keluarga saya ke?”
Faisha menggelengkan kepalanya.
“Tak adalah. Bukan sebab tak selesa, tapi aku terharu dengan layanan
192
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
keluarga kau.” Suara Faisha yang perlahan tenggelam dengan perasaan sebak.
Tidak lepas Luth merenung wajah Faisha. Dia seakan-akan dapat menyelami
apa yang bersarang dalam hati Faisha. Dia tahu perasaan Faisha terganggu dan
tersentuh. Tapi, sebab apa? Luth terus tertanya-tanya.
“Esok awak free tak? Saya nak bawa awak pergi tempah baju kahwin. Lepas
tu, kita cari barang-barang keperluan kahwin kita.”
Faisha menarik nafas dan menghelanya perlahan.
“Esok dah mula kerja,” beritahu Faisha.
“Hmm, awak dah betul-betul sihat ke nak kerja esok? Risau pula saya kalau
jadi apa-apa kat awak nanti.” Luth menyuarakan kerisauannya.
Faisha mencebik. Luth pula lebih-lebih risaukannya. Tahulah dia jaga diri. Dia
bukannya budak kecil yang baru belajar berjalan.
“Awak tak payah kerjalah sebagai penghantar piza. Risau pula jadi apa-apa
kat awak masa atas jalan tu.” Luth masih tak puas hati.
Faisha tarik muka kurang senang. “Eh, aku cedera kemalangan dulu pun
sebab kecuaian kau. Bukan sebab aku tak hati-hati.”
“Shhh, cuba cakap pelan-pelan sikit. Nanti papa dan mama dengar awak
cakap kasar macam tu dengan saya. Tak seronoklah. Nanti apa pula papa dan mama
fikir.”
Faisha menjeling Luth tajam.
“Panggil abang tau. Nampak mesra sikit,” pinta Luth sudah tersenyum galak.
Faisha ketap gigi atas bawah. Matanya makin tajam menikam wajah Luth di
sebelahnya. Spontan satu genggaman penumbuk ditunjukkan kepada Luth.
Menjegil bulat matanya.
Luth berganjak sedikit daripada Faisha. Tergelak kecil sambil mengangkat
tangannya. “Janganlah tenung macam tu. Abang tahu abang kacak. Faisha mesti tak
puas pandang abang, kan?”
Makin kembang sahaja anak tekak Faisha. Dua jarinya diarahkan ke mulutnya
193
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
dengan mimik muka nak muntah. “Loya aku.”
Baru nak mengusik Faisha, kedua-dua orang tuanya mula menuruni anak
tangga. Di tangan Puan Aishah ada satu kotak kecil. Sampai di ruang tamu,
punggungnya dihenyakkan di sofa bersebelahan dengan suaminya. Kotak kecil di
tangan tidak dilepaskannya.
“Apa tu mama?” soal Luth. Matanya tidak lepas memandang kotak kecil di
tangan Puan Aishah.
Puan Aishah menyambut soalan Luth dengan senyuman. Kotak di tangannya
itu dibuka. Isi yang ada dalam kotak itu dikeluarkan. Gelang emas di dalam kotak itu
dikeluarkan. Perlahan Puan Aishah melepaskan keluhan kecil.
“Gelang ni penuh kenangan,” cerita Puan Aishah, tapi masih penuh tanda
tanya.
Encik Luth Fadhil pula mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.
Berkerut dahi Luth. Matanya tidak lepas memandang papa dan mamanya.
“Luth tak faham. Apa maksud mama?” soal Luth ingin tahu.
Puan Aishah mengimbas kembali kenangan di sebalik gelang tangan emas tu.
Ia adalah pemberian kawan baiknya, mama kepada Faisha. Puan Aishah berkeras
menolak semasa hadiah itu diberikan. Ditolak hadiah pemberian itu kerana
harganya begitu tinggi nilainya. Sehingga Puan Aishah pernah berkata jika anak kita
berdua disatukan, dia akan berikan gelang itu kepada bakal menantunya, anak
kepada kawan baiknya, Hana Maryam.
Tangan Faisha ditarik dekat. Disarungkan gelang pemberian sahabat baiknya
itu kepada Faisha dengan linangan air mata. Tidak berkelip mata Faisha merenung
muka Puan Aishah dengan wajah berkerut.
“Gelang ni adalah hadiah daripada mama Faisha untuk aunty dulu,” beritahu
Puan Aishah, menjawab pertanyaan Faisha dan Luth.
“Kalau hadiah daripada mama, kenapa aunty beri kepada Faisha? Sepatutnya
aunty simpan aje. Bukan beri kepada Faisha.” Faisha menggelengkan kepalanya
194
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
perlahan.
Puan Aishah tersenyum menyambut soalan Faisha. “Sebab ini janji aunty
kepada arwah. Kalau kamu berdua bersatu, gelang ini akan jadi milik Faisha.”
Faisha memandang Luth sekilas. Kemudian, pandangannya beralih kepada
Puan Aishah kembali.
“Sayang pakai aje. Kan cantik tangan tu dihias dengan gelang pemberian
arwah mama sayang. Sekurang-kurangnya dapat lepaskan rindu sayang kat arwah.”
Lembut bicara Luth.
Jantung Faisha berdegup laju. Suka hati Luth sahaja nak memanggilnya manja
begitu di hadapan orang tuanya. Naik tebal mukanya berdepan dengan Encik Luth
Fadhil dan Puan Aishah. Luth di sebelahnya dicubit halus dari tepi. Memang nak
kena.
“Betul cakap Luth tu. Jangan risau. Aunty dengan rela hati sarungkan gelang
ni kat Faisha. Faisha kan menantu aunty.”
Tersipu-sipu malu Faisha. Pelan-pelan dia tarik senyum.
Pertemuan mereka berlarutan hingga lewat malam. Bermacam rancangan
yang dirancangkan untuk majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi. Senang dan
kembang hati Luth bila semuanya dipermudah.
SETELAH bercuti lama, Faisha akan memulakan kembali tugasnya sebagai
penghantar piza. Dia sudah bosan berehat di rumah terlalu lama. Faisha sudah
bersiap-siap mengenakan seluar jean biru dan baju seragam berwarna hitam
merah. Gayanya juga tidak berubah seperti sebelum ini.
Topi keledar disarungkan atas kepala. Sesekali mulutnya bernyanyi riang.
Lepas dia mulakan kerja, pasti masanya akan banyak dihabiskan di luar. Tak perlulah
dia berhadapan dengan jiran sebelahnya.
Motosikal dipanaskan enjin terlebih dahulu.
195