The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizan sohok, 2022-03-03 09:04:03

ABANG ROMANTIK RUMAH SEBELAH

ABANG ROMANTIK RUMAH SEBELAH

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth segera keluar dari perut rumah bila mendengar bunyi motosikal di luar

rumahnya. Sampaikan bunyi motosikal milik Faisha pun sudah boleh dihadamnya.

Luth sudah berdiri di tembok rumah sambil matanya tidak lepas melihat gelagat

Faisha. Sengaja dia tidak menegur Faisha dan sekadar memerhati sahaja.

Faisha membersihkan dahulu motosikalnya. Tidak mahu ada sedikit habuk

pun pada kenderaan kesayangannya itu.

“Abang pilih yang mana, perawan atau janda?” nyanyi Faisha senang hati

sambil tangan mengelap motosikalnya.

“Perawan memang cantik, janda lagi menawan. Abang pilih Faisha, boleh?”

sambut Luth.

Tersentak Faisha. Pantas dia berpaling. Tajam matanya menikam wajah Luth

yang tersengih-sengih di sebalik tembok rumahnya.

“Hai, buah hati abang,” sapa Luth sambil melambai-lambaikan tangannya.

Faisha mengerling tajam dengan mimik muka tidak selesa. Asyik-asyik ada

sahaja muka Luth. Tak bolehkah lelaki itu tidak mengacaunya dalam sehari?

“Apa buah hati? Tak ada buah hati kau kat sini. Buah penumbuk adalah,”

bentak Faisha garang.

Luth tersenyum menyambut balasan Faisha. Dia suka tengok perangai Faisha

yang garang. Garang-garang pun nampak manis dan menawan. Sikap Faisha itulah

yang membuatkannya terpikat kepada Faisha.

“Tak kisahlah buah penumbuk atau buah apa pun. Janji daripada Faisha,”

sambut Luth tersungging senyum.

Faisha mendengus kasar. Dia berdiri tegak. Kain buruk di tangannya diramas-

ramas geram. Dibalingnya tepat ke badan Luth.

Luth menyambut balingan itu kemas. “Pagi-pagi tak elok marah-marah,

sayang.”

Faisha menarik muka senget.

“Aku tengok muka kau, rasa nak marah. Sakit hati betul!” balas Faisha.

196

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Lah, kenapa pula nak sakit hati? Abang tak buat apa-apa pun kat Faisha.

Salah ke sapa dan tegur bakal isteri sendiri? Tak salah, kan?” Luth jongketkan

keningnya.

Faisha menjuih. “Kau betul ke nak memperisterikan aku? Aku ni tak macam

perempuan lain. Hati batu, perangai macam hantu.”

Luth menyambut kata-kata Faisha dengan ledakan tawa.

“Saya tak kisah apa pun kekurangan awak, Faisha. Sebabkan awak berbeza

dengan perempuan lainlah saya sukakan awak. Kalau perangai awak macam hantu,

saya pun sanggup jadi hantu macam awak juga. Sama-sama kita jadi hantu,” balas

Luth sungguh-sungguh.

Eh, mamat ni. Tak ada perasaan ke? Langsung tak tahu malu memikatnya tak

habis-habis.

“Macam best juga kalau majlis persandingan kita nanti, kita pilih tema seram.

Awak pakai macam puntianak, saya pula pakai macam drakula. Hah, nampak

kelainan. Okey tak Faisha?” Luth menjongketkan keningnya berkali-kali.

Faisha ketawa besar. “Kau tu memang bapak segala hantu.”

Kuat suara Faisha melepaskan tawa. Dia juga terbayang-bayang di minda

majlis persandingan mereka nanti dengan kostum seram. Mahu tetamu yang datang

nanti lari lintang-pukang. Tapi, cadangan Luth tu macam menarik juga. Boleh

diambil kira.

“Hah, padan sangatlah tu, kan? Sama-sama hantu.” Luth sudah

menongkatkan dagunya di tembok.

Makin labuh Faisha menjuih. “Dahlah. Aku nak pergi kerja ni. Layan kau nanti

lambat aku masuk kerja.”

Faisha berjalan menghampiri pagar yang masih tertutup.

“Eh, dah nak kerja ke? Kan hari ni hari minggu. Kita nak pergi butik hari ni

ukur badan awak. Awak lupa ke?” Luth sudah kalut.

“Tengoklah nanti macam mana. Okey, bro. Assalamualaikum...” Faisha terus

197

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

berlalu dengan motosikalnya.

198

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 29

LUTH sudah siap mengenakan baju kemeja biru. Bersemangat Luth hendak ke butik
pengantin menempah busana pengantin yang diidamkannya. Lagi cepat mereka
berdua ke butik, lagi cepat pakaian mereka siap. Kalau boleh, Luth mahu
menempah busana yang istimewa dan menjadi kenangan pada hari bahagia mereka
nanti. Cuma Faisha sahaja yang masih dengan keras kepalanya.

Luth bersiul-siul gembira. Rambutnya sudah dikemas rapi. Dia akan pergi
sendiri dahulu cuci mata ke butik. Mana tahu ada busana sedia siap yang dia
berkenan. Kali ini dia betul-betul teruja, tak seperti ketika dia bercinta dengan
Juliana dahulu.

Sebaik enjin kereta panas, Luth terus bergerak ke destinasi yang perlu
ditujuinya. Dari satu butik ke satu butik Luth terjah. Mencuci mata melihat pakaian
pengantin. Tersenyum Luth bila teringat gurauannya pagi tadi dengan Faisha. Mahu
pakai pakaian ala-ala hantu.

Luth keluar dari busana pengantin tanpa memilih sebarang pakaian. Kalau
boleh, dia mahu memilih pakaian pengantin bersama Faisha.

“Ouch!” jerit Riana. Wajahnya yang tegang tiba-tiba terleret senyum. Tak
sangka bertembung dengan Luth tanpa sengaja di situ.

“Maaf cik saya tak sengaja.” Luth langsung tidak memandang wajah di
hadapannya. Tangannya sibuk dengan WhatsApp di telefonnya.

“Panjang umur awak. Baru tadi saya cakap dengan mama pasal awak, Luth,”

199

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

sapa Riana memulakan bicara. Wajahnya bukan main manis tersenyum seperti

kerang busuk.

Luth telan liur. Kenapalah bertembung dengan minah ni kat sini? Perlahan-

lahan Luth melepaskan keluhan kecil. Dunia ni memang tak besar mana.

“Awak buat apa kat butik pengantin?” soal Riana ingin tahu.

Luth senyum.

“Saya tengok baju pengantin,” terang Luth.

Makin lebar senyuman Riana. Bukan main Luth beria-ia mencari persiapan

busana pengantin mereka. Kembang pula hatinya.

“Kenapa tak ajak Riana?” soal Riana tersengih lebar.

“Buat apa saya nak ajak awak pula? Saya bukan nak kahwin dengan awak

pun,” balas Luth terus terang.

Serta-merta wajah Riana berubah. Tegang semacam.

“Maksud awak? Awak bukan dengan saya?” soal Riana tak puas hati.

Luth menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Riana bukanlah pilihannya.

Mustahil dia mahu menerima Riana sebagai isterinya, jika hatinya sudah mula

bertaut kepada Faisha. Dalam sikap kasar Faisha tetap ada kelembutan.

Berketap gigi Riana. Tajam matanya menikam wajah Luth yang berdiri di

hadapannya.

“Kan mama awak nak jodohkan kita berdua. Awak dah lupa?” tanya Riana tak

puas hati.

Luth tersenyum. “Memang mama nak jodohkan kita berdua. Tapi, saya tak

boleh nak terima cadangan mama. Sebab saya dah beri hati saya kepada orang lain.

Dia cukup istimewa dalam hati saya dan tak mungkin saya akan duakan dia.”

Kuat Riana mendengus. Siapa wanita yang Luth maksudkan? Sampaikan

dirinya yang cantik bergaya tidak dipandang oleh Luth.

“Tapi, mama awak dah janji dengan mama saya nak jodohkan kita. Senang-

senang awak nak tolak saya macam itu aje?” Riana tak puas hati dengan jawapan

200

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth.

Luth mengatur langkahnya ke kereta. Riana mengikutnya dari belakang.

“Antara kita berdua memang tak ada jodoh. Jadi, tolonglah hormati

keputusan saya ni,” terang Luth ingin Riana faham.

Riana buat muka sedih. Memang dia sedih sangat kerana dia telah

mengharap sesuatu pada hubungan mereka berdua. Dia begitu yakin sangat

hubungan mereka berdua akan menjadi. Tak sangka Luth menolaknya mentah-

mentah.

Luth tidak mahu Riana mengharapkan apa-apa dalam hubungan mereka

berdua. Dalam hatinya cuma ada Faisha sahaja. Tak mungkin dia akan menerima

wanita lain. Lagipun dia sudah berjanji akan memiliki hati Faisha yang keras itu.

Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah berperasaan begini. Hatinya kental

untuk mendapatkan hati seseorang. Begitu nekad sekali Luth ingin semuanya jadi

kenyataan.

Muka Riana di hadapannya dipandang sekilas. “Saya minta diri dulu, Riana.

Keluarga saya akan jemput awak ke majlis saya nanti. Saya harap awak akan

menemui seorang lelaki yang lebih baik daripada saya. Antara kita mungkin layak

untuk menjadi teman biasa aje.”

Tak baik memberi harapan kosong kepada Riana. Luth lebih selesa berterus

terang. Biar hati Riana sakit sekarang daripada dia pening kepala berhadapan

dengan Riana di kemudian hari.

FAISHA melepaskan keluhan. Badannya disandarkan. Telefonnya diletak atas meja.
Dia membuang pandang ke luar kedai piza tempatnya bekerja.

“Hoi, jauh termenung.” Fazura menyapa Faisha. Punggungnya dihenyakkan di
kerusi kosong.

Kebetulan awal-awal pagi begini tiada pelanggan yang datang. Sempatlah

201

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

mereka duduk berehat dahulu sebelum meneruskan kerja.

“Isy, kau ni. Suka sangat sergah aku,” dengus Faisha.

“Kau ada masalah dengan abang romantik ke?” soal Fazura sambil

tersenyum.

Tegang wajah Faisha bila Fazura menyebut tentang Luth. Faisha mengerling

tajam Fazura di sebelahnya. Berketap giginya. “Kau ni tahu aje, kan?”

Makin lebar senyuman Fazura sambil menjongketkan keningnya. “Biasalah.

Pasal kawan baik aku. Mestilah aku tahu.”

Faisha menjuih. Kawan baiklah sangat. Sejak kebelakangan ini sahaja mereka

jadi rapat. Kalau sebelum ini, bukan main lagi dia berkepit dengan Kimi.

“Yalah tu, kan?”

Fazura mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Ceritalah kat aku. Abang romantik buat apa kat kau?” Fazura terus

mengorek rahsia.

Perlahan Faisha lepaskan keluhan.

“Dia ajak aku pergi tempah baju kahwin dan ajak beli barang-barang

persiapan perkahwinan kami nanti,” beritahu Faisha.

Spontan Fazura ketawa. Dia tumpang gembira dengan cerita itu. Hubungan

yang sesingkat itu sudah tahu perjalanannya. Tidak seperti hubungannya dengan

Hakimi. Sampai ke saat ini hubungan mereka tidak tahu bagaimana hujung pangkal

pengakhirannya.

“Habis tu, kenapa kau kat sini? Kenapa kau tak pergi?” soal Fazura berminat.

“Malaslah. Kan aku dah mula kerja. Biarlah dia cari sendiri semua tu. Aku ada

atau tak ada tak penting pun.”

“Isy, kau ni tak teruja langsung ke? Kalau aku, dia tak ajak aku yang ajak dia.

Apalah kau ni, Faisha. Kau tak ada perasaan ke?” bebel Fazura. Tak faham betullah

dengan sikap Faisha.

“Memang aku tak ada perasaan pun,” balas Faisha tertunduk. Hujung

202

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

kukunya digigit-gigit.

Fazura menjuih. Tak ada perasaanlah sangat. Sebetulnya diri tu terlalu ego.

Tak mahu mengaku apa yang ada dalam hati. Degil.

“Tak sangka orang sebelah rumah tu bakal jadi suami kau. Ingatkan dia jodoh

aku. Rupanya dia jodoh kau,” sambut Fazura tergelak-gelak kecil.

Makin memuncung bibir Faisha. “Jodoh tangkap muat aje pun.”

Fazura meniru gaya muka Faisha. “Isy, kalau dah Allah kata jodoh kau, tetap dia

milik kau, Faisha.”

Faisha raupkan wajahnya. Kedua-dua belah pipinya ditampar-tampar lembut. Dia

juga terfikir, apakah Luth jodoh yang diinginkan selama ini?

BERGETAR badan Riana. Beg tangannya dihempas ke permukaan tilam. Dia
menjerit, melepaskan rasa sakit hatinya.

“Bencinya aku!” jerit Riana. Merah kulit mukanya.
Puan Salina yang mendengar suara anaknya menjerit kalut bergegas ke bilik
anak daranya itu. Laju sahaja tombol pintu bilik dipulasnya.
“Kenapa ni sayang?” soal Puan Salina. Semalam masa sampai dari Kedah,
mood anaknya baik sahaja. Hari ini lain pula mood Riana.
Laju Riana berpaling. Dia turun dari katil lalu mendapatkan Puan Salina.
“Apa semua ni mama? Mama cakap hubungan Riana dengan Luth akan
menjadi. Tapi, sekarang ni apa yang dah jadi?” soal Riana tegang.
Berkerut dahi Puan Salina. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya.
Langsung tak faham dengan maksud Riana.
“Tunggu ajelah mama Luth datang merisik Riana. Cuba bersabar sikit.”
Lembut tutur Puan Salina melayan kerenah Riana.
“Argh! Mama tu asyik cakap kosong aje. Mama tahu ke tak Luth dah nak
kahwin? Tapi, bukan dengan Riana. Dengan perempuan lainlah, mama.” Kasar nada

203

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

percakapan Riana.

Puan Salina mengecilkan matanya. Perlahan-lahan dia menggeleng

kepalanya. Dari mana Riana dapat cerita pasal tu?

“Apa yang Riana merepek ni, sayang?”

“Riana tak merepek. Luth yang beritahu Riana dia akan berkahwin tak lama

lagi. Dia suruh tunggu jemputan kahwin daripada Aunty Aishah.” Apa yang

diberitahu Luth disampaikan pula kepada mamanya.

Puan Salina tersenyum sumbing.

“Luth bergurau aje kut. Sengaja nak sakitkan hati anak mama ni. Atau dia

sengaja nak buat kejutan. Sayang janganlah fikir yang bukan-bukan. Salah faham aje

tu.” Puan Salina cuba menyedapkan hati Riana dan hatinya sendiri.

Diam sahaja Riana membalas renungan Puan Salina. Perlahan-lahan dia

senyum. Harap-harap benarlah kata-kata mamanya. Kalau dia tak dapat Luth,

punahlah harapannya. Dia sudah ada rancangan yang disusun dari awal. Harap

sangat Luth akan menerima dirinya sebagai suri hati.

“Aunty Aishah kan cakap nanti dia akan sedaya upaya pujuk Luth. Mesti Luth

tak boleh menolak.” Puan Salina yakin sekali.

“Mama mesti tanya dengan aunty. Riana tak mahulah rancangan kita ni gagal.

Kalau boleh Riana nak kahwin juga dengan Luth. Sekurang-kurangnya, lepas kahwin

nanti, Riana ada alasan nak buat pertukaran ke sini. Riana tak mahu duduk dalam

hutan sana. Perlu berdepan dengan orang kolot pula tu. Jijiklah Riana, mama,” luah

Riana.

Sebenarnya dia bukannya minat dan ikhlas dengan tugasnya. Semua yang

dilakukan sekadar terpaksa. Hanya pekerjaan itu sahaja yang dapat disandangnya

selepas habis pengajian.

Puan Aishah mengangguk-angguk. “Ya, sayang. Nanti mama akan tanya Aunty

Aishah. Riana sabar ya. Mama akan pastikan Luth akan jadi suami Riana nanti.”

Pipi Riana disentuh lembut. Kebahagiaan Riana, kebahagiaannya juga.

204

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 30

FAISHA akur dengan Luth. Pagi-pagi lagi dia sudah bersiap-siap dengan baju kurung
yang dibeli Luth. Berdetup-detap jantungnya mengalunkan irama dari tadi. Faisha
memandang wajahnya di sebalik cermin. Dia cuba bertenang dan bercakap sendiri
agar rasa gemuruhnya itu hilang sedikit daripada dirinya. Tapi, makin menjadi-jadi
pula rasa gementarnya.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan dilepaskan perlahan. Namun, gemuruh
perasaannya itu tidak dapat dikurangkan. Tangannya menyentuh pipi. Perlahan-
lahan ditampar mukanya sendiri.

“Kau jangan gentar, Faisha. Bukannya kau nak kahwin lagi pun. Nak keluar
dating berdua dengan Luth aje pun dah macam nak kena paksa nikah.” Faisha
bercakap-cakap sendiri. Terus menyedapkan hatinya yang gulana.

Fazura yang melihat di sebalik pintu bilik hanya tersenyum-senyum. Dari tadi
dia mencuri lihat kerenah Faisha. Dia melangkah masuk ke dalam bilik, lalu
punggungnya dihenyakkan di birai katil.

“Kau okey tak ni, Faisha?” soal Fazura.
“Kau nampak aku macam okey ke?” Faisha memulangkan kembali soalan
kepada Fazura.
Fazura menyambut soalan Fazura dengan hilai tawa. “Aku nampak kau tak
okey. Gelisah macam nak menikah hari ni juga.”
Faisha menghela nafas. Wajahnya dipalingkan menghadap Fazura.

205

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Aku rasa lain macamlah. Betul ke keputusan aku nak kahwin dengan dia?

Kadang-kadang hati aku cakap, kau ni dah gila, senang-senang terima orang tu.

Kenal hati budi pun tak sangat.” Faisha meluahkan apa yang dirasakannya.

Fazura ketawa mengekek.

“Kau ni jauh sangat berfikir. Aku rasa kau tak salah. Kalau kau rasa masih

belum kenal dengan abang romantik, aku nak nasihatkan kau agar rapat-

rapatkanlah mana yang renggang tu. Kau belajar untuk kenal hati budi dia. Tak

susah, kan?” Fazura memberi pendapat.

Faisha diam tak berkutik. Betul juga. Tapi, dia rasa segan pula bila perlu buat

baik dengan Luth dan belajar untuk menerima pemuda itu sepenuhnya. Sedangkan

hari-hari sebelum ini dia asyik bertekak sahaja dengan Luth. Ada sahaja perbuatan

Luth yang tidak disenangi dan dibantahnya.

“Kau istighfar banyak-banyak. Cuba bertenang. Insya-Allah, kau akan okey lepas tu.”

Fazura menasihatkan Faisha.

Faisha mengukir senyum. “Terima kasih sebab kau sudi nasihat aku, Fazura. Kau

tahu kan aku tak ada sesiapa dalam dunia ni. Aku dah anggap kau macam saudara

aku sendiri. Aku hargai nasihat kau.”

Faisha mendekati Fazura. Tangannya dijatuhkan atas bahu Fazura.

Terharu Fazura mendengar pengakuan Faisha. Dia tahu Faisha sunyi dan tiada

keluarga terdekat dalam dunia ni. Hanya dia tempat Faisha menumpang kasih.

Sebab itu kalau ada sesuatu yang dilakukannya tidak betul, Faisha akan

menegurnya.

“Aku cantik tak?” Faisha mematikan lamunan Fazura.

Tergelak kecil Fazura menyambut soalan Faisha. Perlahan-lahan dia

menganggukkan kepalanya.

“Kau sentiasa cantik, Faisha. Tak kisahlah macam mana penampilan kau, aku

tetap nampak kau cantik. Bukan setakat paras rupa yang cantik, tapi hati kau juga

bersih,” puji Fazura melangit.

206

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Amboi, ini ayat nak goda aku ke apa?” soal Faisha sambil tergelak kecil.

“Ini pick-up line untuk tawan hati kau semula. Kan sebelum ni aku selalu sakitkan

hati kau aje. Sekarang ni nak kena ambil hati kau semula,” sambut Fazura.

Faisha ketawa mengekek. Ada-ada sahaja Fazura.

LUTH memasang radio kuat-kuat bila mendengar penyampai radio memberitahu
tajuk ceramah yang akan ke udara sebentar lagi. Topik pagi ini ialah Komunikasi
Suami Isteri. Tersenyum-senyum Luth bila mendengar suara Ustaz Amir
memberikan ceramah berkaitan topik perbincangan waktu itu.

“Eh, bagus tajuk ceramah ni. Awak kena dengar betul-betul.” Luth bersuara
kepada Faisha yang dari tadi diam di sebelahnya.

Faisha perasan mata Luth kerap memerhatinya sambil tersenyum-senyum.
“70 persen masalah rumah tangga berpunca daripada kegagalan
berkomunikasi. Komunikasi dalam hubungan suami isteri itu sangat penting.”
Faisha memperlahankan suara radio.
“Eh, dengarlah tu.” Luth menampar lembut tangan Faisha.
Dia kembali memulas tombol suara radio. Biar dengar jelas di telinga Faisha.
Banyak perkara yang diperkatakan dan dihujah ada kena-mengena dengan mereka
berdua. Selama ini antara mereka berdua tiada komunikasi yang baik.
Faisha menghadam dan mencerna apa yang didengarnya. Cuma, dia buat-
buat tidak endah apa yang sedang dibincangkan dalam corong radio.
“Awak dengar tu, sayang. Komunikasi dalam rumah tangga ni penting. Jangan
terkejut kalau ada yang bercerai-berai hanya kerana masalah komunikasi. Ada
masalah, tapi tak diselesaikan. Kita sebagai orang Islam perlu muafakat. Apatah lagi
sebagai suami isteri. Perlu ada masa berdua nak meluahkan. Apa yang tak puas hati,
luahkan. Jangan pendam lama-dalam dalam hati.”
Luth mengangguk sahaja. Memang tajuk ini sesuai ditujukan kepada Faisha.

207

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bukannya dia tidak tahu betapa dinginnya Faisha kepadanya. Layanannya pula acuh

tak acuh sahaja. Tersenyum sinis Luth bila perasan mata Faisha memandang ke

arahnya.

Faisha menggigit bibir bawahnya. Rasa macam nak telan orang sebelahnya

sahaja sekarang ni. Bukan dia tak perasan dari tadi Luth asyik tersengih-sengih

sahaja. Wajah di sebelahnya itu macam kerang busuk minta dihumban ke tempat

pembuangan sahaja.

“Eh, kau suka sangatlah ustaz dalam radio bincangkan pasal topik tu.

Tersengih macam nak minta penampar.” Faisha mula menyuarakan rasa tidak puas

hatinya.

Makin melebar Luth tayang sengihnya. “Betullah apa yang ustaz tu cakap.

Komunikasi suami isteri tu penting. Apa salahnya awak terima saya seadanya.

Belajar untuk kenal hati budi saya. Saya ni bukan orang lain dengan awak nanti.

Saya ni bakal imam awak tau. Kita perlu ada komunikasi yang baik. Takkan awak nak

hubungan kita berdua hambar aje?”

Faisha menggigit bibirnya kejap.

“Biarlah hambar. Aku tak suka pun kat kau,” balas Faisha angkuh.

“Ya ke awak tak suka kat saya? Bukan dalam hati awak tu penuh bunga-bunga cinta

ke kat saya? Baik awak mengaku.” Luth terus mengusik Faisha.

Bohonglah kalau Faisha langsung tak rasa apa-apa bila bersama dengannya.

Sedikit sebanyak mesti ada juga sekelumit perasaan kepadanya.

“Yalah, aku memang tak suka langsung kat kau. Aku terima kau pun sebab

terpaksa. Kau tu jodoh tangkap muat aku aje pun. Bukan jodoh yang aku cari

selama ni.” Ego Faisha melontarkan kata-katanya.

Luth mencebik. Tidak percaya dengan kata-kata Faisha. Dia hanya tersenyum

dengar jawapan Faisha. Tak apa, jika Faisha tidak mahu mengakui perasaannya, dia

akan buat Faisha mengaku juga suatu hari nanti apa yang sedang bersarang dalam

hatinya. Hati Faisha itu akan dirungkainya. Biar Faisha sedar, dalam hatinya ada

208

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

perasaan sayang yang tersembunyi.

209

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 31

KERETA diparkir betul-betul di hadapan butik pengantin. Bukan main bersemangat
lagi Luth dengan persiapan majlisnya bersama Faisha nanti.

Faisha diam sahaja. Tidak memberi respons untuk keluar dari perut kereta.
Dia terus duduk di kerusi sebelah pemandu sambil membelek telefon pintarnya,
melayari Facebook.

Pintu sebelah kiri dibuka. Luth berdeham, memberi isyarat kepada Faisha.
Faisha panggung kepala. “Kau nak aku buat apa?”
Luth menepuk dahinya.
“Saya nak awak turunlah, sayang. Atau awak nak saya dukung awak. Boleh
aje.” Luth mengacah, mahu mendukung Faisha.
Kalut Faisha keluar dari perut kereta. Giginya diketap rapat. Pintu kereta itu ditutup
dengan kasar tanda protes.
“Jangan marah-marah, tuan puteri sayang. Jom, kita masuk ke dalam.” Luth
mempersilakan Faisha yang hanya mengekori langkahnya.
Luth hanya tersenyum melihat reaksi Faisha. Jelingan Faisha memang mahal
dan menggoda. Dia melangkah seiringan masuk ke dalam butik.
“Saya nak awak pilih busana yang awak suka.” Lembut sahaja suara Luth berpesan
kepada Faisha. Senang hati bila dapat membawa Faisha ke butik pengantin.
Faisha diam tak berkutik. Matanya meliar sambil tangannya menyentuh
busana yang siap tergantung. Semuanya cantik-cantik dengan pelbagai warna.

210

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Pelbagai rekaan yang ada untuk dipilihnya. Tapi, dia tidak tahu mana satu yang

perlu dipilihnya.

“Pilihlah. Mana-mana yang awak pilih, saya ikut aje.” Luth berbisik perlahan

ke telinga Faisha.

Faisha mencebik. “Tak ada yang berkenan.”

“Tengoklah pelan-pelan. Banyak pilihan yang ada ni. Semua cantik-cantik.”

Faisha menghela nafas. Luth yang berdiri tidak jauh daripadanya dipandang kosong.

“Bukan tema kita seram ke? Saya cari baju putih kain labuh macam

puntianak. Tapi, tak ada pun.” Faisha menjawab sinis.

Terburai ketawa Luth. “Awak serius ke nak pakai baju puntianak?”

Laju Faisha mengangguk.

“Awak ni biar betul? Orang lain nak nampak cantik masa hari bersejarah,

awak pula nak jadi hantu. Cuba awak bayangkan majlis kita nanti.” Terkial-kial Luth.

Faisha menyapa pekerja butik.

“Kat sini ada pakaian ala-ala hantu tak? Sebab majlis kami nanti tema seram.

Akak nak pakai ala-ala puntianak dan bakal suami akak ni nak pakai pakaian ala-ala

drakula. Ada tak?” soal Faisha tanpa berselindung.

Tersenyum-senyum pekerja butik bila diajukan soalan itu oleh Faisha.

“Kalau macam tu, tak adalah akak. Belum ada lagi permintaan macam tu,”

jawabnya sambil tergelak kecil.

“Hah, awak dengar tu. Mana ada pakaian yang macam awak nak tu.”

“Eh, bukan hari tu kau yang nak tema seram?” balas Faisha sambil

memandang muka Luth.

“Alah, hari tu bergurau aje. Mana nak cari baju puntianak dengan drakula tu

sayang. Agak-agaklah.”

Faisha menjeling. Ringan kakinya melangkah keluar dari butik pengantin itu.

Laju dia pergi ke tampat parkir kereta.

Kalut Luth mengejar langkah Faisha. “Kenapa pula ni? Kita belum pilih lagi

211

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

baju nikah kita.”

Faisha diam sambil memeluk tubuhnya. Hanya matanya sahaja memberi

isyarat.

“Jomlah pilih.”

Faisha menghela nafasnya.

“Aku nak baju puntianak. Masa majlis persandingan kita nanti, baju tu yang

aku nak pakai. Kalau kau tak mahu, kita batalkan aje majlis kita.” Faisha bersuara

tegas.

Luth telan air liur.

“Tak boleh? Kalau tak boleh, batalkan aje,” tegas Faisha.

Luth menghela nafas. “Yalah, kalau itu yang awak nak. Kalau awak dah nak

jadi puntianak, saya jadi drakula. Sekarang ni kita pergi butik kawan saya ajelah.

Buat tempahan kat sana.”

Dikuak pintu kereta seluas-luasnya untuk Faisha. Ringan sahaja kaki Faisha

melangkah masuk ke dalam. Faisha tersenyum sinis melihat reaksi Luth. Tak sangka

Luth mengalah dengannya. Dia mahu tengok setakat mana kesungguhan Luth

dengan majlis mereka nanti.

Luth diam kali ini. Langsung tidak bersembang dengannya. Telefon pintarnya

dikeluarkan dari poket seluarnya dan menghubungi seseorang.

Faisha hanya memerhati sahaja gelagat Luth dengan ekor matanya. Beberapa

ketika kemudian, dia berbual dengan seseorang di corong talian. Dia membuat janji

temu untuk berjumpa dengan seseorang. Jam di tangan dipandang sekilas.

“Dah lewat ni. Tak mahu balik lagi ke? Saya nak rehat, esok nak kerja lagi.”

Faisha mula tak senang duduk. Hari ini sahaja masanya dihabiskan bersama Luth

“Sekejaplah. Kalau boleh, saya nak selesaikan semuanya hari ni. Esok awak

kena cuti lagi. Nak cari barang-barang hantaran,” balas Luth dengan nada serius.

Faisha tidak menjawab. Gerun pula melihat wajah serius Luth.

212

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

KERETA mula masuk ke kawasan parkir. Kali ini Faisha tidak banyak bertanya. Dia
sendiri keluar dari kereta selepas Luth keluar. Tercangak-cangak Faisha melihat
sekeliling. Kedai mana satu yang mahu Luth tuju.

“Jom,” ajak Luth lalu mengatur langkah masuk ke dalam butik pakaian.
Masuk sahaja ke dalam butik itu, Faisha diam sahaja. Dia hanya memerhati
sahaja apa yang mahu dilakukan oleh Luth. Faisha duduk di lobi, manakala Luth
pula sedang berbual-bual dengan seorang lelaki lembut. Mencerlung Faisha melihat
Luth berbual mesra. Agaknya Luth memang suka lelaki lembut, getus Faisha sendiri.
Makin sakit pula hati Faisha melihat mereka berdua mengekek ketawa. Entah
apa yang kelakar sangat dibualkan oleh mereka berdua. Puas berbual agaknya baru
mereka berdua teringatkannya.
Luth dan lelaki lembut itu menghampiri Faisha yang duduk bersendirian.
“Faisha, Jimmy nak ukur badan awak,” beritahu Luth.
Berkerut-kerut muka Faisha.
“Perlu ke? Untuk apa?” soal Faisha kurang senang.
“Nak tengok saiz badan awaklah, sayang. Cakap nak pakai baju puntianak.
Saya minta Jimmy jahitkan untuk awak. Cepatlah, Jimmy nak ambil ukuran badan
awak.”
Terbatuk-batuk Faisha. Namun, dia akur sahaja. Dia berdiri tegak,
membiarkan sahaja Jimmy mengambil ukuran badannya. Selesai sahaja mengambil
ukuran badan, Jimmy berlalu ke kaunter. Apa yang ditulisnya tadi diletakkan di atas
meja.
“Mesti gempak majlis persandingan kamu berdua nanti. I pula yang teruja
nak hadir ke majlis kamu berdua.” Jimmy masih tersenyum-senyum.
“Oh ya, nanti awak datanglah. Mesti gempak.” Faisha berkata sinis.
Tak tahu bagaimana hendak meluahkan perasaannya sekarang. Sama ada
hendak marah, gelak atau menangis.

213

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

FAISHA menghempaskan badannya ke sofa. Dia mengeluh kuat. Tudung yang
menutupi kepalanya dibiarkan sahaja. Dia letih seharian berada di luar. Matanya
dipejamkan.

“Aik, dah balik pun bakal pengantin ni.” Dia baru selesai memasak maggi kari.
Mahu mengisi perutnya yang kosong.

Faisha tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri. Matanya terus dipejam.
Letihnya masih belum hilang, Fazura sudah sibuk bertanya itu dan ini.

Mangkuk yang berasap itu diletakkan di atas meja. Laju tangan Fazura
menarik badan Faisha. Badan itu digoyang-goyangkannya.

“Takkan nak tidur dah? Kalau ya pun, berbuallah dengan aku dulu. Cerita
pasal tadi. Okey, tak?”

“Hmm, okey aje,” jawab Faisha dengan mata terpejam rapat.
“Itu aje? Tak ada apa-apa cerita ke nak cerita kat aku ni?” soal Fazura lagi.
“Nak tahu, tanyalah dekat dia. Aku malas nak cerita lebih-lebih.” Kendur
suara Faisha.
Belakang Faisha ditampar berkali-kali dengan bantal kecil. “Aku nak dengar
dari mulut kau sendiri, Faisha. Kalau aku tanya kat Luth nanti, kau cemburukan aku
dengan dia pula. Tak pasal-pasal kau merajuk dengan aku nanti.”
Faisha mencebik. Matanya yang terpejam dicelik luas. Dia bangun,
menyandarkan badannya di sofa.
“Tak ada maknanya aku nak cemburu. Dah tak ada masa aku nak merajuk
untuk lelaki macam tu.” Laju Faisha menggeleng kepala.
Fazura menjuihkan bibirnya. Mangkuk maggi di atas meja terus disambarnya.
Dia tahu Faisha macam tak baik sahaja moodnya.
“Aku nak cerita pasal tema majlis kami nanti. Aku nak kau jadi pengapit aku
nanti.”

214

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bulat biji mata Fazura. Laju dia menganggukkan kepalanya.

“Nak... nak... Tema apa kau orang pilih?” soal Fazura teruja walaupun

mulutnya penuh dengan mi maggi.

“Tema hantu,” beritahu Faisha selamba.

Terbatuk Fazura bila dengar apa yang diberitahu Faisha. Hampir tersembur mi

maggi dalam mulutnya. Mukanya yang terkejut mula berubah. Terburai ketawa

Fazura.

“Kau nak bohong aku pun agak-agaklah. Orang kahwin nak pakai baju cantik-

cantik. Takkan kau orang nak pakai macam hantu. Naik seram aku dengar ni.”

“Aku cakap betullah. Kami baru aje balik dari butik. Aku pakai ala-ala

puntianak dan dia tu jadi drakula,” beritahu Faisha kepada Fazura.

Makin galak Fazura ketawa. Pedih ulu hatinya akibat terlebih ketawa. Air

mata yang meleleh di pipi diseka dengan hujung jarinya.

“Habis tu, aku nak pakai apa?”

“Ikut suka kau nak pakai apa pun. Nak balut satu badan macam hantu pocong

pun boleh,” balas Faisha serius.

Langsung tak ambil pusing dengan kawannya itu. Ikut suka hatilah nak

terkejut atau nak gelakkan dia.

Kali ini Fazura menolak mangkuk di hadapannya. Terbantut seleranya nak

menghabiskan mi maggi. Kalau dia pakai berbalut macam tu, mahu berpeluh ketiak.

Dah terbayang bila majlis teman serumahnya itu dipenuhi dengan orang ramai yang

berpakaian hantu. Mahu tular satu dunia.

“Kalau pengapit pengantin perempuan tu hantu pocong, pengapit lelaki nak

pakai apa pula? Hmm...” Fazura cuba membayangkan.

Majlis itu meriah dengan suasana seram. Dengan muzik yang menakutkan.

Dia takut, dia yang lari dulu.

“Pengapit pengantin lelaki nak jadi zombi pun boleh. Kalau kau ada kawan

yang nak jadi pengapit, kau beritahulah kat Luth. Kut dia ada rancangan nanti,”

215

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

sambung Faisha lagi.

Fazura ketawa tak ingat dunia. Macam-macam hantu ada dalam majlis

kahwin Faisha nanti. Kalau ada puntianak, drakula, pocong, zombie, hantu-hantu

lain mesti ada juga. Tak boleh nak bayangkan lagi-lagi kalau majlis diadakan pada

waktu malam. Hidangan utama daging mentah dengan air darah. Hah, boleh

pengsan.

Bab 32

216

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

SELESAI juga majlis akad nikah. Kini Faisha sah menjadi isteri kepada Luth Fahim
dengan berwalikan hakim. Tiada wakil daripada keluarganya untuk menjadi wali
perkahwinan memandangkan ayahnya adalah anak tunggal.

Keluarga arwah mamanya yang tinggal hanya Puan Salina. Mustahil dia akan
mencari semula Puan Salina setelah segala-galannya dirampas daripadanya. Cukup
sekali dia menderita di bawah jagaan Puan Salina dahulu. Layanan emak
saudaranya itu hanya membuatkan dia trauma sahaja.

Berdebar-debar Faisha di bilik persalinan. Faisha terus dibawa ke butik dan
perlu disolek sebelum turun ke majlis resepsi yang bakal berlangsung sekejap lagi.

“Awak dah sedia nak pakai baju puntianak?” soal Luth serius.
Faisha hanya tersenyum bila soalan itu meniti di bibir Luth yang kini sah
menjadi suaminya.
“Kau serius nak majlis kita macam tu ke?” soal Faisha masih tersenyum-
senyum. Entah macam mana rupa pakaiannya nanti.
“Awak pergi tukar persalinan dulu. Saya pun nak pergi tukar sekarang.”
“Sekarang?” soal Faisha sedikit gugup.
Luth menganggukkan kepalanya.
“Yalah, sekarang. Takkan esok kut. Atau awak nak tukar persalinan depan
saya? Nak saya yang pakaikan?” Sempat lagi Luth mengusik Faisha. Matanya
dikenyitkan.
“Eh, kau nak menggatal dengan aku pula kat sini? Aku cepuk baru tahu.”
Luth menggeleng sambil buat muka comel.

217

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Taklah kena cepuk. Kalau kiss saya nak. Boleh awak kiss saya? Tadi lepas kita

bernikah, awak belum lagi cium saya.” Sekali lagi Luth kenyitkan matanya.

Faisha menjuih. Tak kuasa nak sayang cium Luth, apatah lagi di tempat

terbuka macam ni. Persalinan yang diberikan diambil, lalu menapak masuk ke bilik

persalinan.

Lama Faisha membelek baju di tangannya. Nampak jahitannya kemas dan

tidak nampak pula seperti pakaian seram. Tidak puas hati Faisha melangkah keluar.

“Maaf, nak tanya. Betul ke ni baju untuk saya pakai?” tanya Faisha kepada

Jimmy.

Jimmy mengangguk.

“Ya, itu baju you. Kenapa, you tak suka ke?” tanya Jimmy.

Faisha menggeleng. Bukannya dia tak suka. Cuma, dia sangka pakaian

pengantinnya untuk majlis memang benar-benar kain putih kosong yang

mengerbang bagaikan seorang pontianak. Pelan-pelan Faisha tarik senyum.

Luth keluar dari bilik persalinan. Segak dia berbaju Melayu berwarna biru

laut. “Kenapa tak siap lagi? Awak nak saya salinkan ke?”

Cemberut muka Faisha. Laju sahaja kakinya atur masuk kembali ke dalam

bilik persalinan. Terpempan juga dia bila lihat Luth bergaya bagaikan seorang

pahlawan.

Baju kebaya moden berwarna biru laut dipadankan ke badannya. Perlahan-

lahan Faisha menghela nafasnya. Lama dia melihat dirinya di cermin. Pakaian itu

memang cantik dan padan elok di badannya. Tersenyum Faisha saat melihat

wajahnya di cermin. Macam-macam gaya Faisha lakukan di hadapan cermin.

Luth mengetuk pintu. Lama sangat Faisha di dalam.

“Sayang, awak tak siap lagi ke? Kita dah lambat ni. Nak solek awak lagi nanti,”

jerit Luth dari luar bilik.

“Alah, sekejaplah. Nanti aku siap aku keluarlah,” sahut Faisha sedikit

mendengus.

218

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kalau tak boleh nak zip baju tu, saya boleh tolong zipkan. Awak perlukan

pertolongan saya ke?” soal Luth. Telinganya dirapatkan ke daun pintu bilik

persalinan.

Kali ini kasar Faisha mendengus. Pintu dibuka dengan kasar. Tanpa disangka-

sangka, Luth bergerak dan terjatuh betul-betul atas badannya. Mujur Faisha sempat

memaut belakang Luth daripada mereka berdua betul-betul jatuh ke lantai.

Berdebar-debar jantung Faisha bila matanya dan mata Luth saling

bertentangan. Tangannya yang kuat memaut badan Luth dilepaskan. Dibetulkan

posisi berdirinya. Faisha berdeham bila perasan anak mata Luth tajam menikam

anak matanya. Badan itu ditolak dan diaturkan langkahnya.

Luth membetulkan bajunya. Mulutnya tersenyum simpul. Perasan wajah

Faisha yang sudah kemerah-merahan.

“Awak nampak lagi cantik dengan baju kebaya tu,” bisik Luth di sebelah

Faisha.

Faisha jeling Luth tajam.

“Kau ni tak habis-habis cantik. Mata kau memang suka tengok yang cantik

aje, kan?” sindir Faisha.

Luth menghela nafasnya. “Saya puji isteri sendiri pun salah ke? Memang

awak sentiasa cantik di mata saya.”

Jari telunjuk mencuit batang hidung Faisha. Faisha menggumam. Tidak

berbalas kata. Dia terus diam membisu.

“Solekan pemaisuri hati I jangan tebal-tebal sangat, ya. I suka dia natural

beauty.” Luth bersiap dengan memakai samping.

Sementara menanti Faisha disolek, dia duduk di sisi sambil memerhati. Tajam

anak matanya menangkap setiap raut wajah Faisha.

Faisha perasan mata Luth tidak lepas memandangnya. Dia pula berasa cuak

dan tidak selesa. Nak bisingkan Luth mukanya kejung dirias.

219

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

MAJLIS persandingan diadakan di dewan serbaguna taman. Turun sahaja dari
kereta, mereka disambut dengan alunan kompang dan diselangi dengan silat
daripada seorang pesilat. Faisha tidak lepas memandang setiap pergerakan pemuda
yang sedang bersilat di hadapannya.

Luth menarik tangan Faisha dan terus dikepit di lengannya. Mahu harap
Faisha mulakan dahulu, memang sampai ke sudah Faisha tidak akan melakukannya.
Dia lebih rela jadi keras macam patung daripada memaut tangannya seperti
pengantin-pengantin yang lain.

“Wajah tu maniskan dengan senyuman sayang. Senyuman tu satu sedekah,”
bisik Luth di telinga Faisha.

Berubah serta-merta wajah Faisha. dia cuba menarik tangannya, tapi ramai
pula mata yang memandang. Lensa kamera pula bertalu-talu dengan cahaya
membuatkan matanya makin mengecil.

“Hari ni hari bersejarah kita. Saya nak hari terpenting kita ni menjadi satu
kenangan indah buat kita berdua kenang suatu hari nanti,” ucap Luth.

Faisha telan air liur.
“Apa yang kau merepek ni lelaki?” Kasar nada suara Faisha.
Makin Luth memaut lengan Faisha kejap. “Memanglah suami awak ni lelaki.
Kalau saya perempuan tak ada keturunanlah keluarga kita nanti.”
Lembut Luth sambut. Batang hidung Faisha dicuit lembut.
Tertelan liur Faisha. Kata-kata Luth buatkan jantungnya berdegup kencang tak
menentu. Getarannya terasa hingga ke lubuk hati. Makin debarannya tak menentu
bila rasa tangan Luth menjalar di pinggangnya. Memautnya kemas dan meminta
memandang ke arah kamera.
Faisha mendekatkan wajahnya ke telinga Luth. “Kau jangan nak lebih-lebih
ambil kesempatan kat aku. Rimaslah pegang-pegang pinggang aku macam ni.”
“Relakan aje, sayang. Hari bersejarah kita bukan ada hari-hari. Masa inilah

220

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

kita nak jadi rasa sehari. Jangan nak degil, nanti depan orang ramai ni saya buat gila.

Mulut awak tu saya jadikan santapan. Mahu?” usik Luth mengertak Faisha.

Faisha tekup mulutnya. Kepalanya menggeleng laju.

“Eh, Faisha, Luth, boleh tak kau orang buat aksi sempoi sikit. Masa inilah nak

rakam kenangan perkahwinan kau orang. Cium sikit pipi Luth tu Faisha. Nak ambil

gambar ni.”

Faisha jegil matanya pada Fazura. Amboi, dah pandai mengarahnya buat itu

ini. Baru jadi pengapit dah lebih pula.

NAIK turun nafas Riana melihat kemesraan Luth dengan pasangannya. Hatinya
sakit. Walaupun dia tidak kenal lebih rapat dengan Luth, tapi dia sudah menyimpan
hasrat untuk memiliki Luth. Bibit cinta sudah mula bertaut dalam hati walaupun
pada mulanya dia hanya menjadikan Luth sebagai sandaran tempatnya melepaskan
segala yang terjadi. Bila lihat sahaja Luth, jantungnya berdetak laju. Ada satu aliran
yang mengalir ke jantungnya.

Puan Salina menolak bahunya ke bahu Riana. “Kawal sikit diri. Jangan
malukan diri kat sini. Ramai orang ada.”

Perlahan Puan Salina berbisik ke telinga anaknya. Risau jika anaknya buat
sesuatu di luar jangkaan.

Menjeling tajam Riana kepada Puan Salina. Ini semua salah mamanya. Terlalu
bersangka baik dengan apa yang Luth Fahim katakan. Akhirnya, dia juga yang
merana. Nak dapatkan hati kumbang yang diinginkan bukannya mudah. Apatah lagi
Luth sudah berpunya.

“Mama tahu Riana marahkan mama. Tolonglah jangan buat mama macam
ni.” Kendur suara Puan Salina. Dia rasa begitu bersalah dengan apa yang terjadi.

“Semua ni salah mama. Sebab mama Luth kahwin dengan orang lain. Bukan
dengan Riana. Riana benci mama!” bentak Riana walaupun suaranya tidak jelas

221

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

kedengaran.

Kakinya diatur meninggalkan Puan Salina. Riana menghampiri pasangan

pengantin yang nampak mesra itu. Berdiri dia di belakang mereka berdua

memerhati. Dari jauh dilihat pengantin perempuan, Riana seakan-akan kenal susuk

tubuh itu. Dari jauh tadi pun dia seakan-akan perasan akan wajah itu. Pernah dia

lihat sebelum ini. Sebab itu dia memberanikan diri mendekati pasangan itu.

“Ehem!” Riana berdeham kuat.

Serentak Luth dan Faisha berpaling.

Faisha pula cepat-cepat melarikan matanya daripada terus bertentangan

dengan Riana. Kenapa Riana ada di majlisnya bersama Luth? Apakah kehadiran

Riana mahu menghancurkan hubungan yang baru terbina antaranya dengan Luth?

Sepertimana dia menghancurkan hubungannya dengan Fattah dahulu?

“Hai, pengantin baru. Tahniah,” ucap Riana dengan mata tajam menikam

wajah Faisha. Sinis sahaja senyum melirik pada wajahnya.

“Terima kasih sebab sudi datang ke majlis kami. Ini saya kenalkan my lovely

wife...”

“Faisha Irdina binti Mujahid,” sambung Riana.

Manakan dia tidak kenal pada musuh utamanya itu. Sepupunya sendiri yang

berdiri di sebelah Luth sebagai pengantin perempuan.

Luth pandang Faisha dan Riana berganti-ganti. Luth perasan wajah Faisha

yang cuak dengan kehadiran Riana. Langsung tiada riak senyuman pada wajah itu.

“Saling kenal ke?” soal Luth kepada mereka berdua.

“Of course kenal. Takkanlah tak kenal dengan Faisha. Kenal sangat-sangat!”

Riana menekan kata-kata hujungnya.

Faisha terus berlalu meninggalkan Riana. Dia tidak boleh berdepan dengan

Riana. Hatinya jadi sakit. Luth juga mengikut sahaja langkah Faisha. Dia tidak mahu

membiarkan isterinya bersendirian.

222

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 33

223

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

FAISHA menghela nafas perlahan. Wajahnya berubah serta-merta apabila
menyedari kehadiran ibu saudara dan sepupunya ke majlis bersejarahnya dengan
Luth. Sungguh hatinya tidak tenang dari tadi lagi.

Faisha bagaikan cacing kepanasan. Satu per satu kenangannya mengganggu
minda. Kehadiran Puan Salina dan Riana benar-benar mengganggu emosinya.
Kenapa mereka perlu hadir ke majlisnya? Kenapa mereka hadir di saat dia mula
mahu memulakan hidup baru?

Luth perasan wajah sugul Faisha. Dia perasan perubahan wajah Faisha
selepas Riana menyapa mereka berdua tadi. Dan yang peliknya, kenapa Faisha
seakan-akan menjauhkan diri daripada Riana? Dari tadi Luth tertanya-tanya.

Faisha yang duduk bersendiri dihampiri. Punggungnya dihenyakkan di sisi
Faisha. Perlahan-lahan tangannya dijatuhkan di bahu kanan Faisha.

“Kenapa ni? Saya perasan wajah awak sugul dari tadi. Faisha tak sihat ke?”
soal Luth, risaukan keadaan Faisha.

Terkejut Faisha dengan pertanyaan Luth. Perlahan-lahan dia melepaskan
keluhan. Wajah Luth dipandang redup.

“Aku tak apa-apa. Aku cuma penat sikit.”
Luth meraih jemari Faisha. Digenggamnya kejap. “Lepas selesai majlis, kita
terus balik berehat. Tapi, kalau awak rasa tak sihat, kita balik aje.”
Faisha menganggukkan kepalanya. Dia mahukan melarikan dirinya daripada
emak saudara dan sepupunya itu. Hingga sekarang mereka berdua masih ada di
majlis mereka.

224

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kalau macam tu, kita balik sama-sama. Kita rehat aje.”

Kita rehat bersama? Baru Faisha sedar dia secara tak langsung

memerangkapkan dirinya untuk berdua-duaan dengan Luth. Kalut dia panggung

kepala.

“Eh, tak mahulah. Tak jadilah.” Laju Faisha menggeleng kepala.

“Eh, mana satu betul ni? Nak balik rehat tak?” soal Luth lagi. Berkerut

wajahnya. Dia sedar ada sesuatu yang membuatkan Faisha tak senang duduk.

Faisha diam sejenak. Sekejap mengangguk, sekejap menggeleng.

“Mana satu yang betul ni, sayang? Main-main pula dia. Gigit mulut tu baru

tahu.” Pandangan Luth menangkap wajah Faisha.

Faisha ketap gigi. Lengan Luth dipegang kemas. “Kita baliklah.”

Luth akur. Dia bangun, mahu memberitahu mamanya bahawa Faisha tidak

sihat.

“Tak sangka dunia ni kecil sangat. Setelah sekian lama, berjumpa juga kita kat

sini. Tak sangka isteri Luth Fahim ialah kau.” Tiba-tiba Riana menyapa.

Kali ini dia tidak mahu terlepas daripada bertemu dan berdepan dengan

pasangan itu sendiri. Lebih-lebih lagi, Faisha adalah sepupu yang dimusuhinya

selama ini.

Tegang wajah Faisha membalas renungan Riana.

“Maaf, aku tak kenal kau siapa.” Tegas nada suara Faisha.

Luth pula diam. Dua-dua wajah itu dipandangnya.

“Eh, Faisha. Tipulah kau tak kenal dengan sepupu kau sendiri. Kalau kau tak

kenal, kau pandang aku dalam-dalam dan ingat.”

Faisha mencerlung tajam. “Kau nak apa daripada aku? Aku tak ada sesiapa

pun dalam dunia ni. Kau bukan saudara aku selepas apa yang kau dah buat kat aku.

Aku takkan lupa apa yang kau sekeluarga buat kat aku, Riana. Aku akan ingat sampai

mati.”

Luth berdeham. Kini baru dia tahu. Faisha dan Riana adalah bersaudara.

225

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Badan Faisha dipautnya tanda dia memberi sokongan padu kepada isterinya

walaupun dia tidak tahu akan kisah sebenar.

“Luth, sebelum awak menikahi Faisha, awak tahu ke siapa diri dia ni? Awak

tahu status dia?” Riana menyoal Luth.

Luth menarik nafas dan dilepaskan tenang. Perlahan-lahan dia

menganggukkan kepalanya.

“Dia janda,” beritahu Riana.

Sekali lagi Luth menganggukkan kepalanya. “Saya tahu status dia. Faisha tak

pernah merahsiakan status dia selama ini. Apa pun status dia, saya terima dia

seadanya. Semuanya tak menjadi penghalang hubungan kami berdua. Awak ada

masalah dengan hubungan kami berdua ke?”

Riana ketap gigi. Sesekali dia memandang Faisha dengan renungan tidak puas

hati. Dari dulu lagi apa yang ada pada Faisha berjaya dirampasnya. Mustahil jika dia

tidak boleh merampas Luth daripada Faisha.

“Saya sayang awak, Luth. Dari pertama kali berjumpa lagi saya dah jatuh cinta

kat awak,” luah Riana.

Berombak kencang dada Faisha. Dari dulu Riana tak habis-habis hendak

merampas haknya. Riana memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada.

“Maaf, saya tak ada perasaan langsung kat awak, Riana,” sambut Luth.

Cukuplah Faisha yang ada dalam hatinya. Bukan mudah untuk dia membuka

pintu hatinya selepas dikecewakan oleh bekas isterinya.

Riana memegang kejap lengan Faisha. “Aku benci kau, Faisha.”

Luth meleraikan pegangan kuat Riana. Ditarik Faisha ke dalam pelukannya.

“Jangan sesekali sakiti isteri saya.” Badan Faisha dipeluknya dari belakang.

Luth terus menarik Faisha mengikut langkahnya. Meninggalkan Riana yang

gila bayang di situ. Dia tidak mahu hubungan yang baru terikat itu retak gara-gara

Riana.

Kedua-dua pengantin itu berlalu meninggalkan majlis. Mereka berdua

226

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

berjalan menuju ke kawasan rumah yang tidak jauh dari dewan itu.

Faisha merentap tangannya. Langkahnya diperlahankan. Kasut bertumit yang

dipakainya dilucutkan dari kakinya.

“Kenapa buka kasut? Nanti luka kaki tu,” tegur Luth.

“Aku tak selesa. Kau pun agak-agaklah nak suruh aku pakai kasut tumit tinggi

macam KLCC tu,” bidas Faisha.

Dia melangkah dengan berkaki ayam. Lagi senang dia nak berjalan tanpa

kasut tumit tinggi itu.

“Masa kat kedai tadi, kenapa tak cakap awak tak selesa? Tak apa, saya tolong

awak.” Tanpa bertanya, Luth terus memaut badan Faisha dan mencempungnya.

Rumah pun dah tak jauh dari tempat mereka berdiri.

Perbuatan spontan Luth benar-benar membuat Faisha tersentak. Tak

terkeluar kata-katanya. Mati begitu sahaja. Hanya matanya tajam merenung anak

mata Luth. Wajah itu ditenungnya lama. Tanpa sedar, satu senyuman terukir pada

wajahnya.

“Riana tu sepupu awak ya?” soal Luth tiba-tiba.

Faisha cepat-cepat melarikan pandangannya. Rasa bencinya kepada Riana

tidak pernah padam.

“Aku nak turun. Turunkan aku.” Faisha meronta mahu turun daripada

dukungan Luth.

“Saya takkan turunkan awak. Melainkan awak janji akan ceritakan tentang

perihal keluarga awak. Saya nak kenal isteri saya sepenuhnya. Siapa diri awak dan

keluarga awak. Boleh, sayang?” Bisikan Luth menyapa ke gegendang telinga Faisha.

Faisha menggigit bibir bawahnya. “Kalau aku tak mahu cerita?”

“Saya takkan lepaskan awak. Sampai dalam rumah pun saya dukung awak,

peluk awak... Lepas tu, saya....”

Tak sempat Luth menghabiskan ayatnya, Faisha cepat-cepat memotong.

“Okey, aku setuju. Aku akan ceritakan tentang keluarga aku.”

227

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth tersenyum. Tahu takut. Itu baru gertak. Kalau betul-betul, mahu dia

sendiri yang tergoda tak boleh nak lepaskan Faisha. Sampai sahaja di kaki lima

rumah, Luth terus menurunkan Faisha.

Faisha berlari masuk ke dalam rumah. Sebenarnya dia malu dengan kata-kata

Luth. Dia pula yang gelisah.

228

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 34

FATTAH menjerit di luar rumah sewa Faisha dan Fazura. Dari siang tadi dia
bertandang ke rumah itu, tapi tiada sesiapa. Balik sahaja daripada kerja, sekali lagi
dia singgah ke rumah itu.

Fazura yang baru sampai ke rumah menyapa Fattah yang berdiri di hadapan
rumah. Atas bawah dipandangnya Fattah.

“Ehem...” Fazura berdeham, menyapa Fattah yang menunggu betul-betul di
hadapan pintu rumah.

Pantas Fattah memalingkan tubuhnya. Wajah Fazura ditenungnya.
“Faisha tak ada,” beritahu Fazura tanpa disoal.
Dia tahu hajat Fattah bertandang ke rumah bujangnya. Semestinya Fattah
mencari Faisha.
“Dia pergi mana?” soal Fattah lagi.
Dia ada dengar khabar angin daripada teman-temannya bahawa Faisha akan
menamatkan zaman bujangnya hari ini. Tapi, dia tidak berjaya menjejak di mana
majlis itu berlangsung.
Fazura menghela nafasnya. Muka Fattah ditenungnya dalam-dalam.
“Kan dia kahwin hari ni. Faisha tak jemput awak ke majlis perkahwinan dia ke
siang tadi?” soal Fazura.
Dia letih seharian di majlis Faisha. Dia pulang sebaik menerima panggilan
daripada teman serumahnya itu memintanya pulang sahaja.

229

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Awak jangan nak main-main.” Fattah tidak mahu percaya.

“Isy, betullah. Awak tengok ni saya pakai cantik-cantik. Mestilah saya balik

dari majlis dia. Takkan saya pula yang kahwin,” ujar Fazura bersungguh-sungguh

sambil menunjukkan pakaiannya. Semuanya ditaja oleh Luth.

“Tipu. Saya takkan percaya selagi tak ada bukti,” tegas Fattah.

Fazura menghela nafas kuat. Telefon bimbitnya yang ada di dalam beg

tangannya dikeluarkan. Gambar kenangan hari istimewa Faisha dan Luth sempat

dirakamnya. Faisha dan Luth nampak cantik duduk di pelamin. Bagaikan pinang

dibelah dua.

Fattah melepaskan keluhan kuat. “Jadi, betullah dia dah kahwin?”

Fazura menganggukkan kepalanya.

Pantas tangan Fattah menarik rambutnya. Mukanya diusap beberapa kali.

Kesal kerana tidak dapat menghalang ikatan yang terbina itu.

“Awak kena terima kenyataan. Faisha dah jadi isteri orang. Kalau awak masih

berharap sesuatu daripada Faisha pun tak guna juga. Dia benci sangat kat awak dan

takkan maafkan awak. Sebab hati dia dah tertutup untuk terima awak semula.

Bunga bukan sekuntum, awak. Saya pun bunga yang belum dipetik lagi. Kalau Faisha

tak mahu, saya mahu.”

Panjang berjela Fazura menyusun ayat. Dalam menasihati Fattah, sempat lagi

dia menyelam sambil minum air.

Tidak lepas Fattah merenung muka Fazura.

“Apa awak cakap yang hujung tadi? Boleh ulang tak?” Bersambung kedua-dua

belah kening Fattah.

Fazura tersengih. Dia menggedik samnil melentokkan badan ke kiri dan

kanan.

“Saya pun solo lagi. Daripada awak kejar Faisha, baik awak kejar saya. Saya ni

bunga yang belum dipetik orang. Kalau nak usik, tak ada sesiapa pun nak marah.”

Fazura berani jual minyak. Kalau tak dapat Luth, dapat Fattah pun jadi.

230

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Berkerut muka Fattah. Cepat-cepat dia meminta diri. Lagi lama dia di situ,

entah apa lagilah yang Fazura nak buat.

Fazura tersenyum gedik. “Nanti datang lagi, ya. Saya ada aje masa nak keluar

dan berkenalan dengan awak dengan lebih rapat.”

Fazura bersuara kuat, mahu Fattah mendengar pesanannya. Fazura

melambai-lambai sehingga Fattah hilang daripada pandangannya.

HABIS barang-barang di atas meja solek ditolak Riana kasar. Suaranya kuat menjerit
dan mendengus. Rambutnya ditarik-tarik. Mukanya diraup kasar.

“Argh! Kenapa perempuan tu yang kau pilih? Kenapa dia?” Riana menjerit-
jerit bagaikan orang meracau.

Habis barang-barang di atas meja dan tilamnya menjadi mangsa. Bantal-
bantal dibalingnya. Cadar tilam yang terletak elok dicabut. Hatinya betul-betul sakit.
Jika selama ini dia berjaya mengambil apa sahaja milik Faisha tapi hari ini, Luth
boleh terlepas begitu mudah kepada Faisha.

Puan Salina yang mendengar bunyi bising di bilik Riana segera masuk ke bilik
anaknya. Terkejut Puan Salina melihat keadaan bilik yang berselerak dan keadaan
Riana yang tidak terurus. Rambutnya kusut-masai bagaikan hantu.

“Riana, kenapa buat macam ni sayang?” Puan Salina menarik tubuh Riana.
Dipeluknya kemas.

“Riana benci, mama!” jerit Riana sambil menolak pelukan Puan Salina.
“Kenapa Riana nak bencikan mama? Mama buat apa kat Riana?” Puan Salina
memegang kejap bahu Riana.
Merah muka Riana. “Mama tengok sendiri dengan siapa Luth kahwin. Mama
tahu kan Riana tak pernah kalah dengan dia selama ni. Tapi, bab ni, kenapa Riana
boleh kalah?”
Riana tidak boleh terima kenyataan.

231

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Habis tu, Riana nak mama buat apa? Bukan kita tahu pun sebelum ni Faisha

dan Luth ada hubungan. Kita tahu pun selepas mereka berdua dah selamat jadi

suami isteri.”

Puan Salina pun tidak tahu pasangan itu bercinta selama ini. Kalau dia tahu,

dari awal lagi dia dah kerjakan Faisha.

“Riana nak Luth. Macam mana sekalipun, Riana nak mereka berdua berpisah.

Mama kena dapatkan Luth untuk Riana. Macam mana caranya, Riana tak mahu

tahu. Apa yang penting, apa yang Riana nak mesti dapat. Macam mana Riana

dapatkan hak-hak Faisha dulu.” Tinggi suara Riana.

Dia tidak pernah menghormati Puan Salina sebagai ibunya. Apa yang penting,

keinginannya itu tercapai.

Puan Salina melepaskan keluhan. Anaknya itu memang degil. Kalau dia

mahukan sesuatu, dia tetap mahukannya juga. Dari kecil lagi perangainya sudah

begitu. Tak boleh ditegur. Pasti dia akan memberontak.

“Ramai lagi pemuda yang lebih baik daripada Luth, sayang. Cari yang lebih

besar pengaruhnya. Kerja bagus, poket biarlah tebal dan boleh sara anak mama ni.

Luth tu setakat kerja cikgu sekolah aje pun sayang. Tak hebat mana pun.” Puan

Salina malas hendak memikirkan pasal Luth.

Lagipun bukan hebat mana kerjaya yang disandang Luth. Tak ada apa yang

perlu dibanggakan jika dia bermenantukan Luth.

Merah mata Riana menjegil kepada Puan Salina. Bergetar badannya.

“Riana tetap nak Luth! Mama faham tak, Riana nak Luth! Dari dulu Riana tak

pernah kalah dengan Faisha, mama tahu tu kan? Sekarang ni mama nak Riana kalah

dengan perempuan sial tu?”

Sakit hati Riana kepada Faisha masih belum reda. Mamanya pula

menambahkan sakit hatinya bila meminta dia melupakan Luth begitu sahaja. Riana

menarik-narik rambutnya. Ke hulur ke hilir bagaikan orang gila. Terbayang-bayang

Faisha dan Luth duduk bersanding. Nampak gembira Luth bila Faisha di

232

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

sampingnya.

Tapi, dia perasan wajah Faisha bagaikan menyembunyikan sesuatu. Dia tak

gembirakah dengan hubungan mereka itu? Tiba-tiba semua itu terlintas dalam

fikirannya.

FAISHA gugup apabila duduk berdua-duaan di dalam bilik dengan Luth. Jantungnya
berirama kencang sejak dari tadi lagi. Gelisah bila matanya dan mata Luth
bertentang. Namun, Faisha buat seperti biasa sahaja. Dia tidak mahu Luth tahu dia
gelisah saat ini.

Tangan Faisha terus menyentuh skrin telefonnya. Dari tadi dia asyik melayan
Facebook dan WhatsApp. Sebenarnya dia tidak tentu arah dan tidak tahu
bagaimana hendak berhadapan dengan Luth. Jadi, dia pura-pura sibuk.

“Ehem!” Luth berdeham.
Dia cuba mendekati Faisha, tapi dari tadi Faisha seakan-akan melarikan diri.
Kali ini Luth duduk di sisi Faisha. Faisha buat tak endah sahaja walaupun dia dengar
deheman Luth. Dia ralit dengan telefon di tangannya.
Luth tahu Faisha sengaja menyibukkan diri. Kali ini Luth berganjak duduknya
hingga bahunya dan bahu Faisha bersentuhan. Sekali lagi dia berdeham lebih kuat.
Faisha segera berganjak. Tetap tidak mengendahkan apa yang dilakukan Luth.
Malas nak melayan Luth di sebelahnya. Luth menandang Faisha di sisinya. Dia turut
berganjak. Satu kucupan singgah ke pipi Faisha. Lepas itu dia tersenyum sendiri.
“Isy, apa ni? Berani kau cium aku.” Faisha bingkas bangun. Berdiri dia
memandang Luth di hadapannya.
Luth turut berdiri. Kedua-dua belah bahu Faisha dipegangnya kemas. “Kenapa
awak lari?”
Faisha mendengus kuat. “Kau jangan nak apa-apakan aku. Nanti aku jerit
nanti.”

233

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Kata-kata Faisha membuatkan Luth tersenyum.

“Jeritlah. Biar mama dan papa dengar jeritan awak tu,” balas Luth sempat

mengusik Faisha.

“Haisy, kau nak apa ni? Jangan nak buat apa-apa. Aku tak bersedia lagilah nak

bersama kau. Tak ada malam pertama hari ni.” Faisha mengundurkan langkahnya.

Kepalanya menggeleng laju.

Luth ketawa mengekek.

“Saya panggil awak, tapi awak buat tak tahu aje. Bila saya cium, pandai pula

awak bagi reaksi. Lain kali kalau saya tegur awak buat tak tahu, lebih daripada itu

saya buat. Jangan terkejut,” ugut Luth.

Terbuntang biji mata Faisha. Mulutnya pula terlopong luas. “Kau jangan nak

macam-macam.”

Luth membetulkan suaranya. Makin Faisha berganjak ke belakang, semakin

rapat dia mengikut. Hingga Faisha tidak dapat larikan diri ke mana-mana lagi.

Dikunci pergerakan Faisha agar tidak dapat lari.

Berdegup kencang jantung Faisha. Air liurnya ditelan. Wajah Luth yang rapat

ke wajahnya membuatkan nafasnya turun naik.

“Jangan cuba larikan diri daripada saya. Awak tu isteri saya tau. Awak kena

ingat. Komunikasi suami isteri dalam rumah tangga tu penting. Awak perlu pandai

memainkan peranan.” Luth berbisik.

Kedua-dua belah tangan Faisha menolak dada Luth di hadapannya. Tidak

mahu badan Luth terlalu hampir dengannya.

“Awak nak saya cium awak lagi ke?” Luth sengaja mengacah dengan dekatkan

wajahnya ke wajah Faisha.

Laju Faisha menggeleng. Matanya dipejamkan rapat. Berkali-kali dia telan air

liur. Risau jika sesuatu terjadi antara dia dengan Luth. Dia belum bersedia. Beberapa

ketika kemudian, Faisha mencelikkan semula matanya bila Luth ketawa.

Luth sudah duduk di birai katil dengan hanya bertuala putih. Terjerit kecil

234

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Faisha lantas cepat-cepat menutup matanya.

“Apa kau nak buat ni? Kau jangan nak macam-macam.” Faisha cuba

mengawal lontaran suaranya. Tidak mahu ahli keluarga Luth mendengar suaranya.

Tersungging senyum Luth bila melihat reaksi Faisha. Bukan main gelisah

Faisha takut diapa-apakan. Makin galak dia mengusik Faisha. Jemari Faisha yang

menutup muka ditariknya.

“Tengoklah sini. Saya nak tunjukkan awak sesuatu. Buka mata tu,” bisik Luth

di telinga Faisha.

Hangat nafas Luth mengenai mukanya. Matanya terus dipejam. Kepala

menggeleng-geleng, tidak mahu ikut arahan seperti yang diminta Luth. Gila dia nak

buka mata dan lihat apa yang mahu ditunjukkan kepadanya. Mahu dia pitam kalau

lihat apa yang tidak sepatutnya.

“Bukalah, sayang. Saya nak tunjukkan sesuatu ni. Mesti awak suka.”

Berbulu pula telinga Faisha mendengar suara meleret Luth. Lain macam

sahaja nada suaranya. Macam nak menggodanya pun ada. Dah naik kejung Faisha

berdiri di situ.

Luth menahan tawanya daripada terburai. Gelabah lain macam pula Faisha.

Jari telunjuknya mencuit telinga Faisha. Kemudian, dihembuskannya pula. Kedua-

dua belah tangannya menarik jemari Faisha yang menutup wajahnya. Kemudian,

dia mencuit batang hidung Faisha.

“Baik awak buka mata, sayang. Kalau awak tak buka, saya cium mulut awak tu

sampai awak lemas,” ugut Luth.

Naik meremang bulu romanya mendengar suara Luth yang seakan-akan

menggoda. Cepat-cepat dia celikkan matanya. Tapi, sebelah tangannya sudah

bersedia untuk menutup mukanya semula jika terlihat sesuatu.

Luth di hadapan sudah tersenyum-senyum sambil menjongketkan keningnya.

“Kenapa awak takut sangat? Awak fikir saya nak tunjuk apa kat awak ni,

hah?” soal Luth sinis.

235

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Faisha telan air liur. Telefon yang dihulurkan Luth cepat-cepat disambarnya.

Ada beberapa gambar persandingan mereka berdua yang dihantar oleh rakannya.

Sengaja Luth mahu kongsikan dengan Faisha. Tak sangka Faisha tersalah sangka

kepadanya pula.

Bab 35

236

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

FAISHA dan Luth sudah bersiap-siap untuk turun ke bawah. Sebelum Faisha
memulas tombol pintu bilik, sempat Luth menarik lengan Faisha. Dia risau dengan
layanan dan sikap kasar Faisha terhadapnya.

“Lepaslah. Kan kita nak turun bawah.” Faisha mendengus.
“Ya, kita berdua nak turun bawah. Tapi, awak tu ingat tak pesanan saya?
Tolong jangan tunjuk sangat sikap dingin awak tu kat saya,” pesan Luth.
Sebelum turun, sempat Luth berpesan kepada Faisha. Dia tidak mahu
keluarganya perasankan hubungan mereka yang hambar. Biar mata keluarganya
memandang mereka sebagai pasangan yang bahagia. Luth risau jika mamanya
dapat menghidu sesuatu tentang hubungan mereka berdua.
Faisha mengangguk kepalanya. “Ya, aku tahulah.”
“Kata tahu. Tapi, kenapa masih cakap kau aku dengan saya. Awak panggil saya
abang. Saya panggil awak sayang. Boleh?” Tidak berkelip mata Luth merenung
muka Faisha.
“Tahulah aku. Tak payah nak pesan banyak kali,” balas Faisha.
Luth tarik muka. “Sekarang juga panggil abang. Kalau tak, abang takkan
lepaskan sayang malam ni. Abang ikat sayang dengan pelukan abang. Biar sayang
lemas dalam pelukan abang.”
Faisha menelan air liur. Cepat-cepat dia membuang rasa gelisahnya.
“Kau jangan nak ugut aku. Sebelum kau peluk aku, aku parang kau dulu.”
Faisha menjawab kasar.
Luth menjuih. Berani Faisha nak parangkannya. Takut malam nanti Faisha

237

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

terlentok tak mahu melepaskannya. Jual mahallah sangat. Tapi, dalam hati mahu.

Luth tersenyum sendiri.

Faisha malas hendak melayan Luth lebih-lebih. Tombol pintu dipulas. Kuak

sahaja pintu, dia terus melangkah keluar. Tidak mahu Luth menghalang langkahnya

lagi.

Puan Aishah dan Encik Luth Fadhil yang ada di ruang tamu disapanya.

Meramahkan dirinya dengan keluarga mertuanya. Dia rela bersama keluarga Luth

daripada berkurung di dalam bilik bersama suaminya.

“Eh, Faisha dah sihat ke?” soal Encik Luth Fadhil.

Faisha menganggukkan kepalanya sambil tersenyum simpul.

“Dah okey papa lepas telan Panadol tadi. Kalau tak, memang berdenyut

sangat kepala ni,” tipu Faisha.

“Kalau tak sihat lagi, rehatlah dulu.” Puan Aishah tidak mahu menantunya itu

memaksa diri untuk berkumpul dengan keluarganya. Kesian pula dengan Faisha.

Faisha tersenyum manis. “Faisha okey, mama.”

Puan Aishah bangun mengubah tempat duduknya. Punggungnya

dihenyakkan di sisi Faisha. Tangannya dijatuhkan ke bahu Faisha. Perlahan-lahan dia

mengurut belakang menantunya.

“Mama gembira Faisha jadi menantu mama. Impian mama dan arwah mama

Faisha tercapai juga nak jodohkan kamu berdua. Alhamdulillah, tercapai juga hajat

arwah mama Faisha.” Puan Aishah masih tidak lupa janji-janjinya dengan arwah

sahabatnya.

Faisha tersenyum. Jika itu hajat arwah mamanya, itu bererti tinggi harapan

arwah mamanya terhadap hubungannya dengan Luth. Sekurang-kurangnya, dia

mampu melaksanakan hajat arwah mamanya. Tapi, bagaimana dengan masa

depannya? Apakah dia boleh bahagia hidup dengan Luth Fahim? Faisha tidak pasti.

Puan Aishah menggenggam jemari Faisha kejap.

“Mama harap hubungan Faisha dan Luth berkekalan selama-lamanya. Mama

238

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

tak mahu hubungan ini cuma satu persinggahan. Mama tak mahu sejarah lama

berulang kembali,” ucap Puan Aishah.

Terlopong Faisha dengan kata-kata Puan Aishah. Sejarah lama apa yang

dimaksudkan Puan Aishah?

“Luth pernah berkahwin dan kecundang dalam rumah tangganya sebelum ni.

Mama harap dengan Faisha, hubungan ini akan terus kekal. Jadi isteri yang baik dan

ibu yang baik untuk suami dan anak-anak,” nasihat Puan Aishah.

Faisha menganggukkan kepalanya. Genggaman Puan Aishah dibalas mesra.

“Mama doakan hubungan kami berdua kekal hingga ke jannah. Jangan lupa

doakan kami dapat anak satu pasukan bola sepak.” Tiba-tiba sahaja Luth

menyampuk.

Terbatuk-batuk Faisha mendengar kata-kata Luth. Serta-merta wajah Faisha

berubah. Memang ada yang nak kena dengannya malam ni. Nak anak satu pasukan

bola sepak. Ingat dia kilang buat anak ke? hamun Faisha dalam hati. Tetapi, dia

masih mampu tersenyum walaupun hatinya sakit.

Tergelak Puan Aishah.

“Ramai sangat kalau satu pasukan bola sepak tu. Tak terjaga nanti Luth.” Puan

Aishah sambut.

“Rezeki anak. Mana tahu makin bertambah rezeki kalau anak ramai. Rumah

mama juga yang riuh-rendah nanti dengan suara cucu-cucu mama.” Bab merapu

Luth nombor satu. Angan-angannya tinggi melangit.

“Abang tu jangan nak mengada-ada. Abang ingat Faisha ni kilang buat anak

ke? Agak-agaklah nak anak ramai. Faisha dengar pengalaman orang bersalin pun

gerun. Inikan pula nak beranak satu pasukan bola sepak. Pengsan nanti.” Faisha

menyambut permainan Luth.

Ketawa besar Puan Aishah melihat reaksi wajah Faisha. Teringat pula dia

kepada arwah besannya. Kata-kata itu juga pernah terbit dari mulut arwah dahulu.

Dia gerun nak melahirkan anak. Tapi, bila dah melahirkan seorang, arwah suarakan

239

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

hasratnya nak menimang anak lagi. Tapi, rezekinya tiada. Rupa-rupanya, arwah

pergi pada usia yang muda. Wajah yang ceria berubah suram.

“Mama Faisha dulu pun macam ni. Masa mula-mula kahwin, arwah selalu

cakap takut nak beranak bila dengar macam-macam cerita. Tapi, bila dah selamat

lahirkan Faisha, dia lupa rasa sakit tu. Dia nak lagi anak. Tak sangka arwah cuma ada

Faisha sebagai warisnya,” cerita Puan Aishah.

Faisha hanya tersenyum. Banyak kenangan Puan Aishah dengan arwah

mamanya. Kalaulah mama dia ada, pasti dia gembira. Tapi, jodoh, ajal dan maut

semuanya di tangan Tuhan. Siapalah dia untuk menafikan semuanya.

“Isteri abang ni kuat. Mestilah isteri abang ni mampu berikan abang anak-

anak yang ramai.”

Terlopong mulut Faisha. Apa maksud Luth? Kuat dari segi apa? Meremang

pula bulu romanya dengan pujian Luth.

Encik Luth Fadhil hanya senyum melihat gelagat anak dan menantunya. Dia

sentiasa mendoakan kebahagiaan anak dan menantunya itu. Dia yakin, Faisha

mampu menjadi isteri yang baik kepada Luth. Dan dia juga yakin hubungan mereka

berdua akan kekal selama-lamanya. Dia akan mendoakan kebahagiaan anak dan

menantunya.

Rancak perbualan mereka sekeluarga. Pelbagai cerita Puan Aishah buka

tentang Luth dari kecil hinggalah besar. Rupa-rupanya masa kecil-kecil dahulu,

Faisha dan Luth pernah berkawan dan bermain bersama-sama. Sehinggalah

keluarga Faisha berpindah ke luar negara, hubungan mereka terpisah.

Puan Aishah juga tidak lepas bercerita pasal Luth anak lelaki yang manja.

Lebih manja daripada kakaknya. Hati tisu kerana suka menangis. Hatinya mudah

tersentuh.

Faisha hanya senyum mendengar cerita papa dan mama mertuanya pasal

Luth. Manja rupanya. Patutlah bukan main lagi bila dengannya.

“Mama cerita habis rahsia Luth. Mama ni... malulah Luth.”

240

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Faisha hanya ketawa. Di situ dia nampak kelembutan hati Luth.

“Eleh, nak malu pula. Abang tu bukannya jenis malu. Nak malu apanya?”

sakat Faisha, sengaja mahu menceriakan suasana.

Luth sengaja menekup mukanya. Padahal dia sengaja menyambut usikan

Faisha. Mahu hubungan mereka yang hambar itu nampak mesra. Lakonan tetap

lakonan. Semuanya demi kebaikan kedua-dua pihak. Biar hubungan yang terjalin itu

akan terbit rasa sayang walaupun dia perlu mengambil masa.

JULIANA menangis teresak-esak selepas mendapat tahu Luth sudah menamatkan
zaman dudanya. Baru lagi hubungan mereka berakhir, Luth sudah ada pengganti.
Cepat sekali Luth melupakannya.

Juliana memandang wajahnya di sebalik cermin. Wajahnya makin cengkung
dan matanya seakan-akan terbenam ke dalam. Dirinya juga tidak bermaya seperti
sebelum ini. Badannya lemah sejak beberapa hari ini. Selera makannya juga sudah
tiada.

Badan Juliana yang sedikit berisi makin susut. Tubuhnya terlalu kurus
bagaikan papan yang melayang. Kesihatannya menjunam tiba-tiba.

Gambar perkahwinan Luth dan pasangannya yang dihantar melalui
WhatsApp diperhati berkali-kali. Cantik isteri Luth. Mungkin disebabkan itu, begitu
cepat Luth melupakannya. Argh, tapi dia tahu Luth bagaimana orangnya. Bukan
rupa yang menjadi pilihannya. Tapi, semuanya terletak pada hatinya.

Air mata Juliana menitis laju. Tidak dapat dikawal lagi perasaannya bila
melihat bekas suaminya sudah menemui pengganti. Sedangkan dia diulit rasa sedih
yang tak berpenghujung. Dia tiada sesiapa untuk berdamping dan menumpang
kasih. Jika sebelum ini Luth bagaikan tulang belakangnya, tapi sekarang dia tiada
sesiapa.

Sesalannya sudah terlewat. Dia hilang segala-galanya kerana perbuatannya

241

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

sebelum ini. Kecurangannya kepada suami membuatkannya terdampar jauh

daripada manusia lain. Semua yang rapat dengannya makin menjauhkan diri. Insan

yang disangka akan sentiasa bersama dengannya juga sudah menjauhkan diri.

Setelah puas memuaskan nafsunya, dirinya ditinggalkan begitu sahaja.

Suami yang menyayanginya sebelum ini juga sudah tawar hati untuk

meneruskan hubungan. Semuanya salahnya sendiri. Dia menyesal dan semuanya

tak mampu diulangnya kembali. Andainya dia dapat putarkan masa, dia akan hargai

apa yang dia ada. Tapi, semua itu tidak mungkin terjadi.

“Luth, maafkan aku. Aku khianati hubungan kita berdua. Aku curang pada

hubungan kita. Tuhan bayar tunai dengan setiap perbuatan aku.” Meleret kata-kata

itu terbit dari mulut Juliana. Semuanya sudah terlambat.

LAMA Fattah merenung gambar perkahwinan Faisha dan Luth yang masuk ke dalam
WhatsAppnya. Hatinya sakit melihat insan yang disayangi duduk di pelamin dengan
lelaki lain.

Fattah mendengus kuat. Dia tak boleh terima Faisha sudah menjadi milik
Luth. Menangis tak berlagu Fattah bila melihat kebahagiaan pasangan itu. Terlalu
menyeksa hatinya. Kesalahannya terhadap Faisha tidak sempat ditebusnya.

“Faisha, kenapa kau kahwin dengan dia? Kenapa terlalu cepat berubah
fikiran?” soal Fattah sendiri.

Fattah menarik rambutnya. Melepaskan tekanan yang membebani
perasaannya. Dia tidak akan membiarkan Faisha bahagia dengan suaminya. Dia
akan merebut kembali hati Faisha. Biar perlu mengambil banyak masa sekalipun,
dia akan cuba mendapatkan kembali hati Faisha.

Sejauh manapun mereka terpisah, tiada sesiapa dapat memadamkan
perasaannya kepada Faisha. Rasa cintanya kepada Faisha tidak akan padam begitu
sahaja.

242

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

PUAN SALINA habis berfikir apa yang perlu dilakukannya untuk membuatkan
anaknya Riana kembali seperti sediakala. Dia tidak mahu Riana berterusan begitu.
Risau sekali dia melihat keadaan Riana.

Lidahnya sudah lembut mengatur ayat memujuk, tapi Riana tetap keras hati.
Apa yang dinasihatinya langsung tidak diendahkannya. Dia tetap bertegas mahukan
Luth. Naik pusing kepalanya mencari jalan bagaimana hendak membuat Luth
menerima Riana.

Kepalanya dipicit-picit. Puan Salina tersandar di kepala katil sambil kakinya
disilangkan. Wajah Faisha tiba-tiba sahaja menerjah mindanya. Berketap giginya
bila mengenangkan Faisha. Kenapa apa yang Riana suka selalu menjadi milik
Faisha? Sengaja mahu menaikkan darahnya.

Kasar Puan Salina melepaskan keluhannya. Anak saudaranya itu selalu
mendapat perhatian dan anaknya selalu kalah di tangan Faisha. Seperti sebelum ini,
dia tidak akan membiarkan anak kesayangan di bawah. Walau macam mana
sekalipun, dia akan mendapatkan hak untuk anaknya.

Puan Salina tersenyum senget. Kalau segala harta benda milik Faisha sudah
berjaya dimilikinya, mustahil Luth tidak berjaya dirampasnya. Dia hanya perlu bijak
mengatur rancangan sahaja.

Puan Salina tersedar daripada lamunannya apabila telefonnya berbunyi.
Lebar senyuman Puan Salina bila lihat gerangan pemanggil di talian.

Cepat-cepat Puan Salina menjawab panggilan daripada Puan Aishah.
Bagaikan langkah kanan sahaja untuknya mengatur rancangan. Malam esok Puan
Aishah menjemputnya sekeluarga makan malam bersama. Lubuk emas jangan
ditolak begitu sahaja.

Bab 36

243

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

FAISHA menyibukkan dirinya di dapur. Pinggan mangkuk yang ada di atas meja
dikutipnya. Dibersihkan kesemuanya hingga tiada lagi pinggan mangkuk kotor yang
ada. Selepas itu, Faisha menyapu lantai di dapur yang sedikit berhabuk. Dia tidak
mahu keluarga mertuanya mengatanya malas. Sebelum ditegur, dia terlebih dahulu
melakukan semua itu.

“Eh, Faisha buat apa pagi-pagi ni?” Puan Aishah menegur menantunya.
Usai dia solat subuh, dia dengar bunyi sesuatu di dapur. Sangkanya ada
pencuri masuk ke rumah, rupa-rupanya Faisha.
Faisha menyambut sapaan Puan Aishah dengan senyuman. Bukannya dia tak
biasa melakukan semua tugas ini. Dia sudah arif dalam melakukan tugasan rumah
tangga.
“Pengantin baru tak payahlah buat semua kerja ni. Fikirkan hal-hal nak
berbulan madu dengan suami sudah.” Sempat Puan Aishah menyakat Faisha.
Tergelak kecil Faisha menyambut teguran Puan Aishah.
“Apalah sangat mama. Tak susah mana pun nak buat semua kerja ni. Bab
bulan madu tu bila-bila pun boleh,” sambut Faisha. Tangannya mula mengelap
permukaan meja dengan kain yang sedikit dibasahkan.
Puan Aishah membuka pintu peti ais bahagian beku. Daging di dalam bekas
dikeluarkan. Kemudian, bahan-bahan lain di bahagian bawah peti ais turut dibawa
keluar.
“Pagi ni mama nak masak apa?” soal Faisha. Daripada bahan-bahan yang
dikeluarkan, Faisha tidak dapat menangkap menu yang ingin Puan Aishah masak.

244

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bekas daging beku diletakkan ke dalam singki. Air paip dibuka perlahan.

Manakala sayur-sayur dibersihkannya sekali lagi. “Kita masak bihun Singapura nak?

Faisha makan tak?”

Laju sahaja Faisha menganggukkan kepalanya. Bab makan semua dia bedal.

Tolak kayu dan batu sahaja. Faisha membantu apa yang patut. Bihun yang ada di

dalam kabinet dikeluarkan. Dua bungkus bihun direndamkannya dalam air dan

dibiarkan ia kembang.

Puan Aishah hanya memerhati sahaja apa yang dilakukan Faisha. Dia tidak

menegur atau memuji. Daripada gaya Faisha seolah-olah dia sangat biasa

melakukan tugas di dapur. Puan Aishah pula memotong sayur-sayur dan diletakkan

semuanya di dalam satu bekas.

“Faisha, lepas arwah mama meninggal, Faisha tinggal dengan siapa?” soal

Puan Aishah tiba-tiba.

Terbatuk-batuk Faisha bila mendengar soalan Puan Aishah itu.

“Err, Faisha tinggal dengan mak ngah, adik mama,” jawab Faisha sejujurnya.

“Oh, sekarang mak ngah Faisha dah tak ada ke? Faisha tak jemput dia ke

majlis kahwin Faisha dengan Luth?” Ramah Puan Aishah bertanya. Ada sahaja yang

ingin ditanya.

Faisha melepaskan keluhan. Apakah dia perlu menceritakan keburukan ibu

saudaranya itu kepada Puan Aishah? Faisha mengangkat sedikit wajahnya. Puan

Aishah yang duduk di kerusi berhadapannya itu dipandang redup.

“Faisha tinggal sekejap aje dengan mak ngah. Lepas tu Faisha bawa diri dan

hidup sendiri,” cerita Faisha, cuba mengawal perasaannya.

Puan Aishah sekadar mengangguk. “Faisha menyewa kat luar?”

Faisha menganggukkan kepalanya.

“Rumah peninggalan arwah papa dan mama? Setahu mama, keluarga Faisha

bukan calang-calang orang. Papa dan mama Faisha memang orang yang hebat.”

Puan Aishah tidak puas hati.

245


Click to View FlipBook Version