The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizan sohok, 2022-03-03 09:04:03

ABANG ROMANTIK RUMAH SEBELAH

ABANG ROMANTIK RUMAH SEBELAH

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

menyampaikan pesanan bakal besannya.

Riana menepuk tangannya tanda suka. “Buat yang penting-penting aje pun

tak apa, mama. Cukup akad nikah.”

Cemberut muka Puan Salina. Takkan majlis anaknya nak buat majlis biasa-

biasa sahaja? Kalau boleh, dia nak majlis yang akan berlangsung nanti meriah dan

nampak mewah. Lagipun keluarga Encik Luth Fadhil ada sahaja duit yang boleh

ditaburkan.

“Tak sabarnya nak rampas Luth daripada Faisha.” Pipinya ditampar-tampar

lembut.

“Hmm, seronok tu seronok juga. Tapi, mama nak Riana pandai jaga diri. Riana

darah manis tau.” Pipi Riana disentuh lembut. Dari kecil hingga besar ditatang

anaknya bagaikan minyak yang penuh.

“Hmm, tahulah Riana, mama. Darah manis nak kena pandai jaga diri. Tak

sabar nak tamatkan zaman bujang. Lagi cepat lagi bagus. Tak sabar ni nak singkirkan

si Faisha tu.” Teruja Riana.

“Kita akan singkirkan Faisha daripada hidup Luth. Mama yakin sangat

rancangan kita akan dipermudah. Lepas Aunty Aishah beri Luth minum air ubat tu,

pasti Luth akan teringatkan anak mama. Dia sendiri yang akan cari Riana dan

melutut dan merayu. Percayalah cakap mama ni.”

Yakin sekali Puan Salina dengan dukun Siam yang ditemuinya beberapa kali

itu.

346

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 51

SELEPAS siap menyiram pokok, Fazura duduk di buaian. Perlahan-lahan pergerakan
buaian membuatkannya leka. WhatsApp yang masuk bertalu-talu daripada Fattah
dibaca sambil tersenyum-senyum. Berbalas-balas mesej mereka berdua.

“Amboi, bahagianya orang tu. Dari tadi aku perasan dia asyik senyum sorang-
sorang,” sapa Faisha. Dia berdiri sambil menongkat dagunya di tembok pagar yang
memisahkan rumah mereka.

“Wah, pengantin baru ni keluar juga dari rumah. Isy, kau mai sini.” Fazura
memanggil Faisha.

Faisha mengacah mahu memanjat tembok tengah itu.
“Eh, agak-agaklah kau nak panjat tembok tu. Masuk ikut pagarlah. Malaslah
kau ni,” bebel Fazura.
Faisha tergelak kecil. Kakinya mula diatur keluar dari rumah yang baru
didudukinya. Faisha berlari anak menghampiri Fazura yang duduk di buaian. Badan
Fazura terus dipeluknya.
“Baru beberapa hari tak jumpa, aku dah rindu kat kau.” Faisha memeluk dan
melagakan pipinya dengan pipi Fazura.
“Aku pun sama. Rindu kat kau. Dari tadi aku tunggu kau, tapi tak keluar-keluar
rumah. Semalam kau orang berdua overtime ke? Sampai bangun pagi ni pun lewat.”
“Overtime?” Berkerut-kerut dahi Faisha, tidak dapat menangkap maksud

347

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Fazura.

“Overtime buat anak ke semalam?” soal Fazura tanpa berkias-kias.

Melopong Faisha. Laju sahaja tangannya menampar lengan Fazura. “Jahatlah

soalan kau tu. Ada ke patut tanya macam tu kat aku.”

Tergelak Fazura bila melihat riak wajah Faisha. “Eleh, betullah tu. Cepat-

cepatlah timang anak, ya. Boleh aku jadi mak angkat kat anak kau nanti. Mesti

comel anak kau orang berdua. Aku suka!”

Faisha mencebik. Dia yang berkahwin, Fazura pula yang lebih-lebih. “Mestilah

comel. Kalau ikut muka ayah dia memang tahu dah tak comel.”

Fazura ketawa mengekek. “Abang romantik dengar, merajuk pula dia nanti.”

Faisha tersenyum. “Tak adalah dia nak merajuk dengan aku. Kalau dia

merajuk, aku boleh aje pujuk.”

Fazura mencebik. “Eleh, dulu bukan main kau bencikan laki kau tu. Tengok

sekarang ni, hangat angau kat suami sendiri. Dengki pula aku tengok kau bahagia

dengan abang romantik.”

“Nanti kau manja-manjalah dengan abang romantik kau sendiri. Tak perlu nak

dengki-dengki dengan aku.” Faisha menyigung lengan Fazura.

Tersengih Fazura dah macam kerang busuk. “Kau doa-doakanlah hubungan

kami.”

“Aku selalu doakan untuk semua orang yang aku sayang, termasuk kau.”

Faisha menjatuhkan tangannya ke bahu Fazura.

“Terima kasih. Ini yang buat aku sayangkan kau.” Fazura membalas rangkulan

Faisha.

Hanya Fazura yang Faisha ada dan sudah dianggapnya seperti saudara

sendiri. Faisha menghargai persahabatan antara mereka berdua.

“Kau dengan abang romantik dah berbaik, kan? Dah tak gaduh-gaduh?” soal

Fazura ingin tahu.

Perlahan-lahan Faisha mengangguk sambil tersenyum. “Alhamdulillah, Tuhan

348

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

mudahkan semuanya.”

Fazura menadah tangannya, kemudian diaminkan. Dia tumpang gembira

hubungan yang baru terjalin itu kembali jernih.

“Aku berterima kasih sangat kat kau, Zura. Sebab kau banyak tolong aku.

Kalau kau tak suruh Fattah pesan kat Luth untuk turut serta ke Kedah, mungkin

sampai sekarang kami masih menjauh. Mungkin aku masih bawa diri.” Kelat

senyuman pada wajah Faisha ketika itu.

Fazura mengangguk-anggukkan kepalanya. “Aku sayang kau sebab tu aku

buat semua tu.”

Saat jatuh, Faisha ada sahabat. Saat dia berduka dan memerlukan, dia ada

Luth, orang yang menjadi tulang belakangnya. Faisha cukup bahagia dikelilingi

dengan insan-insan yang tahu menghargainya. Merekalah sahabat dan merekalah

keluarga buatnya.

LUTH meraba-raba tempat tidur di sebelahnya. Kosong, tiada sesiapa di sebelahnya.
“Sayang,” panggil Luth walaupun matanya terpejam.
Beberapa kali memanggil tiada sahutan. Luth bingkas bangun daripada

perbaringan. Memang Faisha tiada bersamanya. Kalut Luth mengatur langkah
mencari isterinya. Kehilangan isterinya cukup-cukup dirisaukannya. Risau jika Faisha
melarikan diri daripadanya lagi.

“Sayang,” panggil Luth sambil kakinya mengatur ke bilik mandi.
Tiada kelibat Faisha di situ. Luth membersihkan wajahnya dan berkumur.
Kemudian, dikeringkan mukanya dengan tuala yang tersangkut di dalam bilik mandi.
Keluar sahaja dari bilik mandi, Luth mengatur langkah ke dapur. Faisha juga
tidak ada di situ. Luth sudah mula gelabah. Telefonnya yang ada di atas meja di
dalam bilik segera diambilnya. Dihubungi Faisha, tapi telefon berbunyi dalam laci
meja yang sama. Luth menarik-tarik rambutnya.

349

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Aduh, lari ke mana pula bini aku ni?” Telefonnya dimasukkan ke dalam poket

seluarnya. Kalut kakinya diatur keluar dari rumah.

Keluar dari rumah sahaja, dia dengar suara ayunan buaian diselangi tawa dan

perbualan dari sebelah rumah. Luth mendekati tembok yang memisahkan

rumahnya dengan rumah sebelah. Nafasnya dihela. Tenang rasanya bila lihat Faisha

ada bersama-sama dengan Fazura. Sangkanya Faisha melarikan diri daripadanya.

Luth takut kehilangan Faisha.

“Ehem.” Luth berdeham. Tidak lepas dia merenung dan memasang telinga,

mendengar apa yang dibualkan mereka.

Faisha berpaling. Dia tersenyum simpul sambil melambai kepada Luth.

“Kat sini rupanya buah hati abang ni. Ingatkan orang tu lari dari rumah,”

getus Luth.

Faisha dan Fazura saling berpandangan dan spontan sama-sama meledakkan

tawa besar.

“Bini awak ni selamat aje dengan saya. Tak perlu risau dah. Kan awak dah

tambat hati Faisha kat hati awak. Kalau dia lari, tak apa, saya ada.” Fazura sudah

pandai guna pick-up line.

Faisha menampar paha Fazura. “Amboi, kau ada nak buat apa?”

“Aku ada untuk tolong bagi tahu kau kat mana.” Fazura tayang sengih sambil

menjongketkan kening. Takkanlah dia nak buat tahi kat kawannya sendiri.

“Bagus.... Bagus... Nanti aku merajuk lari dari rumah, aku tak ajak kau ikut

sekali. Aku lari sorang-sorang. Kau jangan harap boleh ikut aku,” sambut Faisha,

memberi amaran.

Luth menjongketkan keningnya.

“Aik, sayang. Sayang nak lari daripada abang lagi ke?” soal Luth dengan muka

sememeh.

Faisha menggelengkan kepalanya.

“Buat masa sekarang ni, tak larilah. Kan hati saya abang dah tambat kat hati

350

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

abang. Susah dah nak lari ke mana pun,” balas Faisha sambil tergelak kecil.

Dia pun dah pandai nak bagi ayat bunga-bunga. Kalau tak, memang kaku

sahaja lidahnya.

“Cia... cia... cia... Wah, kawan aku dah ada perkembangan. Baguslah kau dah

jadi perempuan sepenuhnya.”

Faisha menjegil Fazura di sebelah. “Kau nak kata aku perempuan tak siaplah,

ya?”

Fazura mengangguk-anggukkan kepalanya. Kemudian, dia berlari menjauhkan

diri daripada Faisha. Mengekek dia ketawa.

Luth hanya tersenyum melihat keakraban hubungan dua sahabat itu. Dia juga

senang melihat perubahan isterinya. Betullah apa yang dikatakan Fazura kepada

isterinya. Faisha bagaikan perempuan tak sempurna sebelum ini kerana sikapnya

yang kasar dengan penampilan dan gayanya bagaikan orang lelaki. Bila Faisha

berubah, kelembutannya terserlah. Keayuannya makin menyerlah.

“Luth, nanti kalau awak risau Faisha ni lari daripada awak, awak tambat aje

dengan tali kat depan pintu rumah. Ikat kejap-kejap dengan rantai.” Fazura seronok

menyakat pasangan pengantin baru itu.

Faisha sudah bangun berdiri. Kedua-dua belah tangannya digosok-gosok dan

dipanas-panaskan. Dah lama juga tangannya tak bagi penampar ala-ala manja kat

Fazura.

Fazura berganjak, sudah bersiap sedia mahu melarikan dirinya. Kalau Faisha

mengejarnya, dia akan lari keluar dari kawasan rumah untuk menyelamatkan diri.

351

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 52

PUAN SALINA terhendap-hendap bagaikan seorang penyiasat. Sekali lagi kebetulan
dia terserempak dengan Encik Luth Fadhil bersama wanita yang sama. Kali ini dia
tidak menghampiri pasangan itu. Dia sekadar melihat dari jauh.

Setiap pergerakan Encik Luth Fadhil dirakamnya untuk dijadikan bukti. Semua
gambar yang dirakamnya itu sangat penting dan boleh digunakannya untuk
mengugut Encik Luth Fadhil.

Puan Salina yakin sekali wanita yang dikatakan pekerjanya itu mempunyai
hubungan istimewa dengan Encik Luth Fadhil. Daripada gaya layanan dan
kemesraan Encik Luth Fadhil, nampak bukan biasa-biasa. Wanita itu dilayan
bagaikan seorang puteri.

Keretanya sudah siap dipanaskan enjinnya. Dia sudah bersiap sedia untuk
mengikut kereta itu pergi ke destinasi seterusnya. Sebaik Encik Luth Fadhil
meneruskan perjalanannya, dia mengekorinya dari belakang.

Kereta yang dipandu sampai ke kawasan perumahan. Pintu pagar yang
berkunci terbuka, lalu memasuki kawasan rumah banglo setingkat itu. Beberapa
ketika kemudian, dia lihat Encik Luth Fadhil keluar dari perut keretanya dan berlari
membukakan pintu di sebelah penumpang.

Jelas matanya melihat Encik Luth Fadhil memimpin wanita itu hingga sampai
ke dalam rumah. Lama juga Encik Luth Fadhil di dalam. 10 minit kemudian, baru
kelibat Encik Luth Fadhil kelihatan. Dia berlalu keluar dan kereta itu hilang daripada

352

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

pandangan mata.

Tersenyum senang Puan Salina bila dia sudah dapat mengumpul beberapa

bukti. Cuma dia perlu memikirkan langkah seterusnya. Alamat rumah yang

terpampang itu diambil gambarnya. Selepas itu, dia berlalu dengan hati yang puas.

PUAN AISHAH menerima beberapa pesanan mesej daripada nombor yang tidak
dikenalinya. Selepas itu, siap berserta dengan gambar-gambar dan juga video
rakaman yang berdurasi selama 15 minit.

Naik turun nafas Puan Aishah, sakit hati dengan apa yang dilihatnya. Tak
pernah dia menyangka selama ini dia ditipu bulat-bulat oleh suaminya sendiri.
Patutlah Encik Luth Fadhil selalu sibuk. Rupa-rupanya dia ada wanita lain di luar
sana.

Puan Aishah mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Tidak senang hatinya.
Debaran jantungnya begitu kencang. Makin sakit hatinya bila dihubungi sahaja
suaminya, panggilannya tidak berjawab. Beberapa kali selepas itu, langsung tidak
dapat menembusi talian.

Barangan hiasan yang ada di atas meja ditariknya kasar. Pasu bunga kecil yang
tersusun habis pecah bertaburan di atas lantai. Puan Aishah menjerit kuat,
melepaskan rasa tekanan yang singgah di dadanya.

Tidak dapat menghubungi suaminya, Puan Aishah menghubungi anaknya
Luth pula. Luth pun sama tidak menjawab panggilannya. Malisa yang kebetulan
baru pulang dari hospital terkejut melihat keadaan rumah yang berselerak.

“Mama, kenapa ni?” tegur Malisa.
Beg kerjanya diletakkan di atas sofa. Badan Puan Aishah ditarik ke dalam
pelukan. Teresak-esak Puan Aishah melepaskan tangisannya. Hatinya terlalu sakit.
“Kenapa mama menangis?” soal Malisa lagi.
Puan Aishah meminta Malisa mengambil telefonnya yang diletakkan di atas

353

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

meja. Malisa hanya menurut dan dia juga terkejut melihat gambar-gambar yang

dihantar ke telefon mamanya.

“Lisa tahu ke siapa perempuan ni? Lisa kenal tak?” soal Puan Aishah, mahu

mengorek rahsia.

Malisa menelan air liurnya. Dia kenal wanita yang bersama papanya itu. Itu

Ibu Nasuha, isteri kedua papanya. Kalau dia membuka cerita kepada mamanya, lain

pula yang jadi nanti. Lagipun mamanya masih dalam keadaan marah. Risau pula jika

mamanya melakukan sesuatu yang tak diingini nanti.

“Lisa, mama tanya ni? Lisa kenal tak siapa perempuan ni?” soal Puan Aishah

lagi. Selagi Malisa tidak menjawab, selagi itu dia akan terus bertanya.

Laju Malisa menggelengkan kepalanya. “Lisa tak kenal, mama.”

Malisa terpaksa menipu. Kalau boleh, dia mahu papanya sendiri yang buka

mulut kepada mamanya nanti. Bukan dia yang patut bercerita siapa wanita itu.

Puan Aishah menyeka air matanya. Wajah Malisa dipandang tajam. “Lisa

cakap betul-betul kat mama. Betul ke Lisa tak kenal?”

“Mama, Lisa tak kenal dia siapa. Lisa kan banyak habiskan masa kat hospital

dengan tugas lagi. Masa bila pula Lisa nak ambil tahu semua ni. Lisa minta maaf ya,

mama. Lisa betul-betul tak tahu.” Serba salah Malisa mahu berbohong kepada

mamanya. Tapi, dia terpaksa.

“Kamu telefon papa kamu sekarang. Cakap mama nak papa kamu balik

sekarang juga. Telefon adik kamu Luth sekali. Dua-dua sama aje. Mama call

bukannya nak jawab,” marah Puan Aishah. Dua beranak itu memang suka

membuatnya marah.

Malisa menganggukkan kepalanya. Mahu menyedapkan hati Puan Salina,

Malisa turutkan sahaja permintaan mamanya. Dihubungi berkali-kali, tapi satu

panggilan pun tidak dijawab. Talian papanya pula berada di luar kawasan.

“Dapat tak?” soal Puan Aishah.

Malisa menggelengkan kepalanya.

354

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Puan Aishah menjerit kuat.

“ABANG, telefon abang berbunyi banyak kali tadi,” beritahu Faisha sebaik Luth
keluar dari bilik mandi.

Luth mengeringkan badannya. Kemudian dia menyembur minyak wangi ke
seluruh badannya. “Siapa yang call, sayang? Kenapa tak jawab sekejap bagi tahu
abang mandi.”

Faisha menghela nafasnya. Mulanya memang dia mahu menjawab sahaja
panggilan itu. Bila melihat skrin telefon, pemanggilnya adalah Puan Aishah, dia
mematikan sahaja hasratnya.

“Mama yang call. Abang call semula mama tu. Ada hal penting agaknya
sampai call banyak kali,” pesan Faisha.

Dia tidak mahu Luth terus memusuhi mamanya sendiri. Biar buruk macam
mana sekalipun perangai ibu mertuanya, Puan Aishah tetap ibu yang melahirkan
suaminya. Dia tidak mahu Luth mensia-siakan ibunya.

“Hmm, malaslah abang nak call,” dengus Luth. Baju kemeja hijau dikenakan
ke tubuhnya. Rambutnya disisir kemas.

“Tak bolehlah buat macam tu. Kut ada hal penting yang mama nak cakap
dengan abang tu.” Faisha tidak setuju dengan suaminya.

Luth menghenyakkan punggungnya di katil. “Abang belum bersedia nak
bercakap dengan mama.”

Faisha memandang muka Luth redup. Keruh sahaja wajah Faisha. Dia tidak
mahu kerana dirinya, Luth tidak bertegur sapa dengan Puan Aishah. Syurga seorang
anak lelaki di bawah tapak kaki ibunya. Faisha tidak akan pernah menghalang Luth
untuk mentaati dan menghormati wanita yang sudah melahirkan suaminya itu.
Kerana wanita itulah dia dapat kenal dengan suaminya sekarang.

“Abang jangan jadi anak derhaka pula,” nasihat Faisha.

355

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth melepaskan keluhan kecil. “Abang bukan nak derhaka dengan mama,

sayang. Abang cuma belum bersedia nak jumpa dan bercakap dengan mama. Abang

nak mama tahu abang marah dengan apa yang mama buat kat Faisha. Abang tak

boleh terima bila mama hina dan halau Faisha. Kalau mama halau Faisha, itu bererti

mama halau abang juga.”

Faisha menarik tangan Luth, lalu digenggamnya. “Faisha tahu abang

marahkan mama sebab hal baru-baru ni. Faisha reda mama nak kata apa pun kat

Faisha. Apa yang penting, Allah ada dan Dia tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Tuhan hanya nak uji kita. Nak tengok sejauh mana keimanan kita kepada-Nya.”

Luth mengdengar dan cuba menghadam apa yang dikatakan Faisha. Dia tahu

itu semua ujian yang perlu dia tempuh. Tapi, dia turut merasa tempiasnya apabila

isterinya dihina.

“Abang patut bersyukur masih ada mama dan papa. Faisha ni, kecil-kecil lagi

dah kehilangan papa dan mama. Faisha dah tak ada tempat nak bergantung dan

merasai kasih sayang. Abang dikira bertuah masih ada kedua-duanya tau.” Suara

Faisha kedengaran sayu.

Luth meraup mukanya. Sekali lagi dia melepaskan keluhan. “Sayang ada

abang. Abang akan serah dan curahkan segala kasih sayang abang kepada Faisha. Ini

janji abang kepada diri abang dan Faisha. Abang sayang Faisha sangat-sangat. Abang

tak pernah rasa perasaan macam ni sebelum ni. Abang nak sayang faham. Bila

mama hina orang yang abang sayang, abang tak boleh nak terima.”

Faisha ketap bibir bawahnya lama. Dia terharu mendengar semua itu terbit

dari mulut Luth. Dia bersyukur mempunyai suami yang amat menyayanginya.

“Faisha pun sayangkan abang. Faisha tahu, abang sorang anak yang baik dan

bertanggungjawab. Mungkin hati abang aje yang keras untuk terima kata-kata

mama. Sebab tu abang marah dan merajuk. Sayang nak pesan kat abang satu aje.”

Faisha menyentuh kedua-dua belah pipi suaminya.

“Apa dia sayang?”

356

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Abang jangan marah mama. Jangan merajuk lama-lama. Mama termakan

dengan kata-kata fitnah mak ngah aje tu. Sebelum ni mama okey aje kan dengan

Faisha? Kalau mak ngah tak buat cerita, mama dengan Faisha okey aje. Faisha pun

rindukan mama yang Faisha kenal dulu. Faisha hanya ada mama untuk Faisha

menumpang kasih seorang ibu. Jadi, kita kena jernihkan yang keruh.” Lembut tutur

Faisha.

Terharu Luth mendengar semua itu. Tidak menyesal dia mengahwini wanita

kasar yang berhati lembut itu. Terima kasih, sayang. Terima kasih kerana jadi isteri

yang terbaik buat abang dan menantu yang baik buat papa dan mama.

357

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 53

RIANA rasa puas selepas hantar gambar-gambar dan video rakaman yang ada di
dalam telefon mamanya kepada Puan Aishah. Puas hatinya bila hati wanita itu sakit.
Macam mana sakit hatinya biar Puan Aishah rasa sendiri.

Riana ketawa kuat. Biar padan muka keluarga itu yang akan pincang selepas
ini. Selepas ini, bolehlah dia masuk jarum kononnya dialah penyelamat yang dapat
membantu.

Puan Salina yang mendengar tawa anaknya itu mula menjengah. Dihampiri
Riana yang sedang menghadap telefonnya sambil ketawa terbahak-bahak. Bagaikan
ada cerita yang menggeletek hatinya sahaja.

Terlopong mulut Puan Salina melihat gambar-gambar yang dirakamnya itu
dihantar ke telefon anaknya dan kemudian dihantar pula ke nombor telefon Puan
Aishah. Telefon anaknya itu direbut dan dilihatnya sendiri. Terkejut Puan Salina
kerana Riana telah membuat satu tindakan tanpa memberitahu dan berbincang
dengannya dahulu.

“Apa Riana buat ni? Kenapa Riana hantar gambar-gambar ni semua kepada
Aunty Aishah?” soal Puan Salina tidak puas hati.

“Mama tu lambat sangat bertindak,” jawab Riana sambil tersenyum menang.
“Kalau ya pun, cuba tanya mama dulu. Riana nak rosakkan rancangan mama
ke?” soal Puan Salina.
Dia melenting, tidak puas hati dengan anaknya. Kalau ikutkan hatinya, dia

358

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

mahu memberikan gambar itu kepada Encik Luth Fadhil. Dia mahu mengugut lelaki

tua itu agar memberikannya duit atau sebagai balasan, menerima Riana sebagai

gantinya.

“Mama, Riana tahulah apa yang Riana buat ni. Mama ingat Riana ni bodoh

sangat ke? Mama tu nak bagi gambar tu kat uncle sebenarnya, kan? Mama nak ugut

uncle.” Tinggi suara Riana, membalas kata-kata Puan Salina.

Bergetar badan Puan Salina. Riana memang melampau. Langsung tidak

menghormatinya sebagai mamanya.

“Dah tahu mama nak bagi gambar tu kat uncle, kenapa Riana pandai-pandai

bagi kat Aunty Aishah?” balas Puan Salina, turut meninggikan suara.

“Mama, rancangan mama untuk ugut uncle tu apalah sangat. Riana ada

rancangan lagi bagus daripada itu. Riana tahulah mana lagi baik untuk kita semua.”

Berkerut dahi Puan Salina. Keningnya sudah bersambung. “Apa rancangan

Riana?”

Riana tersenyum sambil menjongketkan keningnya berkali-kali.

DADA Encik Luth Fadhil ditumbuk-tumbuk Puan Aishah berkali-kali. Dia melepaskan
amarahnya. Bila Encik Luth Fadhil ada depan mata, terus dilepaskan semuanya.

“Siapa perempuan dalam gambar ni? Dia perempuan simpanan abang, kan?”
soal Puan Aishah, mahu suaminya berlaku jujur. Gambar di dalam telefonnya itu
ditayang kepada suaminya.

Encik Luth Fadhil diam tak berkutik. Tidak tahu macam mana mahu
memulakan semuanya. Tak guna dia membalas dalam keadaan isterinya sedang
marah.

“Abang pekak ke? Kan saya tanya siapa perempuan tu? Susah sangat ke
abang nak bercakap jujur dengan saya? Tolong jawab soalan saya sekarang atau
saya sendiri cari perempuan tu.” Tinggi suara Puan Aishah. Muka merah kerana

359

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

marah.

Encik Luth Fadhil melepaskan keluhannya. Wajah Puan Aishah ditenung

dalam.

“Dia isteri kedua abang,” beritahu Encik Luth Fadhil, membuka cerita. Sudah

masanya untuk dia menceritakan semuanya.

“Abang jahat! Abang curang!” jerit Puan Aishah sambil memukul-mukul dada

Encik Luth Fadhil.

Sudah tidak peduli jika suara bisingnya didengari jiran tetangga.

Encik Luth Fadhil membiarkan sahaja perbuatan Puan Aishah. Memang

salahnya juga kerana merahsiakan perkahwinannya dengan Nasuha. Bukan dia

sengaja mahu merahsiakan, tapi dia terpaksa.

“Saya sangka abang betul-betul sibuk bekerja. Sibuk main golf dengan kawan-

kawan abang. Rupa-rupanya abang sibuk dengan perempuan jalang tu!” Tegang

wajah Puan Aishah.

Malisa yang mendengar suara bising mamanya kalut turun ke ruang tamu.

Dia cuba menenangkan mamanya, tapi Puan Aishah tidak membenarkan dia masuk

campur.

“Dah tua, tapi gatal tak sedar diri. Kahwin pun sebab nak seronok aje.

Fikirkan nafsu abang tu aje, kan? Sampai perempuan tu pun tengah sarat

mengandung,” bising Puan Aishah dengan linangan air mata.

Encik Luth Fadhil menghela nafasnya. “Abang minta maaf.”

“Saya nak abang lepaskan saya. Abang ceraikan saya sekarang juga!” jerit

Puan Aishah minta dilepaskan.

“Mama, mengucap mama. Jangan macam tu.” Malisa cuba menenangkan

Puan Aishah.

Dia tidak mahu hubungan papa dan mamanya berantakan. Malu dengan jiran

tetangga waktu usia begini mereka berpisah. Walaupun Malisa tidak suka dengan

sikap mamanya, itu tidak bererti dia tidak simpati dengan mamanya.

360

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Aku tak mahu hidup dengan lelaki ni lagi. Dah setahun dia tipu aku!” jerit

Puan Aishah.

“Mama, ingat Tuhan,” bisik Malisa.

“Kamu suruh papa kamu yang ingat Tuhan. Rumah dah kata pergi, kubur kata

mari. Duk gatal lagi dengan perempuan kat luar sana. Tak pernah puas dengan apa

yang ada selama ni. Tak reti nak bersyukur.” Mendidih hati Puan Aishah. Badannya

bergetar.

Ikutkan hatinya yang marah itu, macam-macam yang mahu dibuatnya. Cuma

dia cuba mengawal diri.

“Ya, memang salah abang sebab berkahwin tanpa pengetahuan Aishah.

Sepatutnya Aishah tanya pada diri Aishah sendiri, kenapa abang berkahwin dengan

perempuan lain. Apa yang kurang pada diri Aishah. Aishah renungkan sendiri apa

yang Aishah buat kepada abang selama bertahun-tahun kita bertahan ni.” Encik

Luth Fadhil melepaskan ledakan lavanya.

Sudah lama sangat disimpannya dalam hati. Terus Encik Luth Fadhil berlalu

keluar dari rumah meninggalkan Puan Aishah tanpa dipujuk rayu. Dia mahu Puan

Aishah renung kembali diri sendiri. Apa yang terjadi ini semuanya bersebab.

Bukannya dia tidak sayangkan isterinya itu, tapi dia mahu Puan Aishah celik dan

sedar semuanya sendiri.

LUTH melepaskan keluhan kuat. Telefon pintarnya diletakkan semula di atas meja
kopi di hadapannya.

Faisha menarik lengan Luth, lalu dirapatkan kepalanya ke bahu Luth. “Siapa
yang telefon, abang?”

“Kak Malisa.” Ringkas sahaja jawapan Luth.
Hatinya pula yang mendidih sekarang ini. Satu per satu masalah yang timbul
dalam beberapa hari ini. Dia dapat meneka siapa punya angkara. Mesti ini helah

361

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Puan Salina dan anaknya Riana.

“Ada apa-apa hal penting ke?” soal Faisha lagi. Dia perasan lepas berbual

dengan Kak Malisa, wajah suaminya berubah.

“Mama mengamuk.” Wajah Faisha terus ditenung lama.

“Mama marah sebab abang tak tinggalkan Faisha ke?” Kendur sahaja soalan

itu meniti di bibir Faisha.

Luth menggelengkan kepalanya. Kali ini bukan berkaitan dengan mereka

berdua, tapi tentang Encik Luth Fadhil dengan Puan Nasuha.

“Mama dah tahu rahsia papa. Ada orang yang beritahu mama. Siap bagi

gambar dan video lagi,” cerita Luth sambil menarik rambutnya.

“Allahuakbar... Siapa punya angkara ni? Takkan mak ngah dengan Riana?”

Hanya mereka berdua yang terlintas dalam fikiran Faisha sekarang ini.

Luth menjongketkan bahunya. Memang papanya merahsiakan

perkahwinannya dengan Puan Nasuha. Tapi, papanya sudah berjanji akan

memberitahu mamanya bila sampai waktunya nanti.

“Mesti mama tengah bersedih sekarang ni, kan?” Faisha dapat rasakan apa

yang dirasakan Puan Aishah sekarang ini. Memang ia amat menyakitkan bila dapat

tahu diri diduakan.

Luth menganggukkan kepalanya. “Mama mengamuk minta papa ceraikan

dia.”

“Astaghfirullah al-azim... Perkara macam itulah yang menakutkan. Harap

hubungan papa dan mama akan terus kekal sampai bila-bila. Faisha tak mahulah

sampai papa dan mama berpisah.”

Luth menganggukkan kepalanya. “Abang pun tak mahu papa dan mama

berpisah. Kita kena selamatkan rumah tangga papa dan mama.”

Faisha setuju. Sayang hubungan yang terbina berpuluh tahun itu jika tidak

dapat diselamatkan. Tapi, kalau sudah termaktub dalam lohmahfuz hubungan itu

setakat itu sahaja, ia akan terjadi juga. Tak salah mereka berusaha untuk

362

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

menyelamatkan masjid yang sudah lama terbina itu.

“Kita balik rumah papa dan mama.” Faisha memberi cadangan.

Tidak berkelip mata Luth. “Sayang tak kisah ke?”

Faisha mengangguk-anggukkan kepalanya. Mereka sebagai anak perlu

mengingati pengorbanan ibu bapa membesarkan mereka selama ini. Walaupun

Puan Aishah dan Encik Luth Fadhil bukan ayah dan ibunya yang sebenar, tapi dia

tetap menganggap mereka seperti darah dagingnya sendiri.

363

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 54

PUAN AISHAH seperti tiada arah tuju. Akhirnya dia mencari Puan Salina untuk
meluahkan segala isi hatinya. Dia meminta Puan Salina bertandang ke rumahnya
sekarang juga. Dalam setengah jam sahaja, wanita yang dianggap sahabat sejatinya
itu hadir tanpa sebarang alasan.

Puan Aishah menceritakan semuanya yang terjadi antaranya dengan
suaminya. Dilepaskan rasa sakit hatinya itu agar beban itu dapat berkurangan.

“Allah... berat dugaan Aishah. Saya tak tahu nak cakap macam mana kat
Aishah. Awal-awal lagi saya dah pesan kat Aishah, jangan terlalu berikan
kepercayaan sangat kat suami kita. Tapi, perkara dah jadi, kita tak boleh nak kata
apa lagi. Saya simpati dengan Aishah.”

Bukan main lembut lagi lidah Puan Salina. Padahal awal-awal lagi dia sudah
mengetawakan Puan Aishah. Seronok juga bila lihat hubungan itu sedang menanti
belah.

“Saya tak sangka, suami saya sanggup menduakan saya. Kahwin dengan
perempuan lain dan isterinya tengah mengandung pula. Saya tahu saya ni dah tua.
Dah tak boleh nak mengandung.” Kendur suara Puan Aishah.

Puan Salina mengurut belakang Puan Aishah lembut. “Sabar ajelah, Aishah.
Semua ni dugaan. Aishah kenalah kuat.”

“Masalahnya, saya tak kuat nak hadapi semua ni sendiri. Saya perlukan
teman untuk bagi saya semangat. Sebab itulah saya cari awak, Lina. Hanya awak

364

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

kawan yang baik dengan saya selama ni.” Puan Aishah sudah menganggap Puan

Salina sebagai teman sejatinya.

“Saya selalu ada, Aishah. Kan saya dah cakap kat awak, apa-apa hal, awak cari

aje saya. Tak kisah ketika awak susah atau senang, saya akan selalu ada. Kita kan

sahabat.” Pandai Puan Salina menyusun ayatnya.

Terharu Puan Aishah mendengar kata-kata Puan Salina. “Terima kasih, Lina.”

FAISHA menarik nafas dalam-dalam sebelum mengatur langkah masuk ke dalam
rumah. Diminta Luth masuk ke dalam dahulu, sementara dia mengekori dari
belakang.

“Kita masuk sama-sama ajelah, sayang. Sayang tak mahu masuk, abang pun
tak mahu masuklah.”

Faisha buat muka kerut. “Isy, mengada-ada pula. Nak masuk pun nak
berteman.”

“Yalah, mestilah nak berteman. Sayang kan permaisuri hati abang. Memang
kena selalu ada dengan abang. Kalau tak ada nanti, pincang langkah abang ni.”

“Hmm, yalah encik suamiku sayang. Faisha ikut abang.” Faisha memaut
lengan Luth.

Faisha cuba bertenang. Sebenarnya dia berdebar-debar mahu bertemu
dengan Puan Aishah. Perasaannya untuk berjumpa dengan ibu mertuanya tidak
sama seperti sebelum ini.

“Assalamulaikum...” Luth memberi salam sebelum melangkah masuk ke
dalam rumah.

Salam yang diberi langsung tidak berjawab. Luth terus masuk ke dalam
rumah. Matanya mencari kelibat Puan Aishah di ruang tamu. Dia mendengar Puan
Aishah seperti sedang berbual-bual dengan seseorang. Dari belakang nampak
kelibat badan seorang wanita dengan mamanya.

365

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth dan Faisha berdiri di hadapan Puan Aishah. Mata Luth tajam menikam

wajah Puan Salina di sebelah mamanya. Renungan yang penuh kemarahan.

“Susah sangat nak jawab panggilan mama. Tahu juga balik cari mama.” Puan

Aishah bersuara sinis kepada Luth.

Matanya menjeling Faisha di sebelah Luth.

“Luth sibuk sikit.” Luth memberi alasan.

“Sibuk sangat dengan isteri kamu tu,” sindir Puan Aishah lagi.

Puan Salina di sebelahnya hanya diam, tidak masuk campur dalam urusan

anak-beranak itu. Tapi, matanya tidak lepas memandang anak saudaranya yang

berdiri di sebelah Luth. Besar kecil sahaja dipandang Faisha.

“Mama, Faisha kan isteri Luth.”

“Siapa suruh kamu bawa perempuan tu datang sini? Kan aku dah suruh

ceraikan dia.” Tinggi suara Puan Aishah memarahi Luth.

“Luth balik sini bukan sebab nak bincangkan hal kami berdua.. Luth ke sini

sebab nak tengok mama.” Luth masih bersabar.

Faisha di sebelah hanya mendiamkan diri. Dia sudah menyiapkan mentalnya

sebelum datang ke sini. Dia sudah mejangka semua ini akan terjadi.

Puan Aishah senyum sinis.

“Papa kamu dah bagi tahu kamu, kan? Kamu tu kan anak papa. Apa yang

papa buat, mesti kamu sokong 100 peratus. Sekarang Luth datang sini sebab nak

ketawakan mama sebenarnya, kan?” tuduh Puan Aishah melulu.

“Astaghfirulallah al-azim... Mama cakap apa ni? Mama ingat Luth ni jahat

sangat nak ketawakan mama. Luth datang ke sini sebab Kak Malisa telefon bagi

tahu semuanya. Bila Luth datang sini, mama tuduh pula Luth macam tu. Apa ni

mama?” Luluh hati Luth dengan tuduhan mamanya.

“Kalau nak datang tak payah bawa perempuan tu sekali. Mama tak suka! Kan

mama dah cakap mama tak mahu tengok muka perempuan ni lagi. Kenapa Luth tak

dengar cakap mama?” Marah Puan Aishah.

366

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Puan Salina yang melihat hanya menahan kegembiraannya. Ditahan

ketawanya daripada terlepas. Padan muka Faisha.

Faisha menarik tangan Luth kuat. Dia tahu hati suaminya mendidih dengan

kata-kata mamanya.

“Mama memang suka cari masalah dengan keluarga sendiri, kan? Mama tahu

tak apa kekurangan mama di mata papa?”

Naik turun nafas Puan Aishah.

“Mama tak pernah ambil peduli hati kami. Mama lagi pentingkan orang luar

daripada kami semua. Mama tak hormat perasaan kami semua.” Luth betul-betul

sudah hilang sabar.

“Sekarang kamu seronoklah kan mama jadi macam ni?” soal Puan Aishah

masih sakit hati.

“Orang yang seronok tengok mama macam ni, dia kat sebelah mama tu.

Bukan kami,” balas Luth. Matanya menjeling Puan Salina di sebelah mamanya.

Puan Salina buat muka terkejut. “Ya Allah, kenapa pula aunty yang kena ni?”

“Memang semuanya kerja aunty, kan? Aunty sengaja burukkan Faisha dengan

cerita yang bukan-bukan. Entah-entah pasal papa, aunty juga yang buka cerita,

kan?” tembak Luth. Melihat Puan Salina yang bermuka-muka itu, dia pula yang sakit

hati.

Puan Salina menekup mulutnya. Kepalanya menggeleng-geleng bagaikan

orang yang dituduh.

“Tergamak Luth tuduh aunty macam tu. Untuk apa aunty nak buat semua

tu?”

“Sebab aunty memang bencikan Faisha dari kecil lagi. Aunty seorang ibu

saudara yang tak bertanggungjawab. Kalau aunty seorang ibu saudara yang baik,

aunty takkan aniaya anak buah sendiri,” hambur Luth kepada Puan Salina.

“Luth, mama tak pernah ajar kamu kurang ajar macam ni.” Puan Aishah

menyampuk.

367

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Mama patut tahu dan kenal siapa diri Aunty Salina dan Riana tu. Jangan

sampai mama hilang keluarga disebabkan hasutan mereka berdua. Aunty jangan

ingat kami semua tak tahu niat buruk aunty. Luth takkan diamkan diri membiarkan

aunty memusnahkan keluarga kami untuk kepentingan diri aunty tu.” Luth memberi

amaran kepada Puan Salina.

“Faisha ni anak buah aunty sendiri pun aunty boleh buang. Buat dia macam

pencacai kepada keluarga aunty. Aunty jangan ingat Luth tak tahu siapa diri aunty

sebenarnya. Mama, dialah mak cik Faisha yang Luth dan Faisha pernah cerita dulu

kat mama. Mama ingat balik apa yang dia dah buat kepada Faisha selepas kematian

arwah papa dan mama Faisha dulu. Inilah orangnya, mama.”

Luth terus merungkai kebenaran. Dia tak akan berdiam diri lagi.

Kesabarannya ada batasnya.

Puan Aishah memandang Puan Salina.

“Lina, awak adik arwah Hana Maryam?” soal Puan Aishah.

Mulut Puan Salina terkumat-kamit, tapi tiada suara yang keluar.

“Aunty Salina satu-satunya waris yang ada untuk menjaga Faisha. Inilah orang

yang mama selalu puji sangat tu,” sambung Luth lagi.

Faisha diam, hanya memerhati sahaja tindakan suaminya. Apa sahaja yang

Luth lakukan, dia menyokong sahaja. Bukan dia mahu membalas dendam kepada

Puan Salina, tapi dia mahu Puan Salina tahu dan merasai keperitan hidupnya

selama ini.

Puan Salina tidak senang duduk. Tanpa menjawab pertanyaan Puan Aishah,

kalut dia berlalu melarikan diri. Sebelum terjadi sesuatu yang lebih besar, baik dia

selamatkan dirinya dahulu.

368

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 55

MENANGIS Faisha bila teringatkan kata-kata ibu mertuanya tadi. Hatinya yang keras
terusik juga dengan kata-kata berbisa Puan Aishah tadi.

“Sayang janganlah sedih-sedih.” Air mata di pipi Faisha diseka dengan hujung
jarinya. Luth tidak suka melihat isterinya menangis.

“Benci betul mama kepada Faisha. Sampai bila mama nak bencikan Faisha?”
Pandangannya dibuang pandang ke luar bilik.

Angin yang menghembus ke wajahnya seakan-akan sedang memujuknya.
“Abang akan pastikan mama buka mata dan sedar semuanya, sayang. Mama
tu pun ego juga. Dia dah malu, lepas tu dia terus tak mahu mengaku salah dan
kalah. Sebab itu mama jadi macam tu.” Luth turut memandang pemandangan luar.
Faisha melepaskan keluhan. Tangannya menggenggam jemarinya lalu
diramas-ramas. Bilakah semua ini akan berakhir? Hidupnya tak pernah tenang dan
ada sahaja masalah. Dia juga mahu hidup bahagia tanpa gangguan seperti keluarga
orang lain juga. Tapi, dugaan demi dugaan tetap hadir dalam hidupnya.
“Abang akan bersihkan nama sayang nanti,” pujuk Luth. Dia sudah berjanji
akan menyelesaikan semuanya.
Faisha senyum bersama keluhan kecil.
“Abang tengok sendiri kan reaksi mama tadi? Mama tak terkesan pun dengan
kata-kata abang tadi. Tak apalah, abang. Faisha reda kalau mama nak benci Faisha
sampai bila-bila. Faisha sedar diri.” Kendur suara Faisha.

369

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Apa sayang merepek ni? Abang nak sayang bagi masa untuk abang pujuk

mama. Insya-Allah, mama akan lembut hati juga.” Luth meyakinkan Faisha.

“Sampai bila?” soal Faisha sambil menatap mata Luth dalam-dalam.

Luth menarik tangan Faisha sambil digoyang-goyangkan lembut. “Masanya

akan tiba juga nanti. Abang nak Faisha sabar, ya. Kita selesaikan satu-satu.”

Faisha menganggukkan kepalanya.

“Faisha perlu ingat dan tahu, abang sayang kat Faisha tau.”

Sekali lagi Faisha mengangguk. “Abang tak menyesal ke kahwin dengan

Faisha?”

Luth jegil mata. Pipi Faisha ditampar manja.

“Apa sayang merepek ni? Kenapa pula nak menyesal? Abang tak pernah pun

menyesal kahwin dengan Faisha. Malah abang bangga dapat memiliki hati Faisha.”

“Kan lepas kehadiran Faisha, macam-macam masalah muncul. Satu per satu

masalah datang dalam keluarga abang. Kadang-kadang Faisha fikir, mungkin sebab

kehadiran Faisha ni yang buat abang jadi macam ni.” Faisha menyalahkan dirinya.

“Tolong jangan macam ni lagi boleh tak? Abang tak pernah salahkan sayang.

Dan semua ni tak ada kena-mengena dengan sayang pun. Semua ni dugaan untuk

kita semua. Apa yang jadi kat mama mungkin itu dah takdir mama. Kita ni manusia

yang hanya merancang. Tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.”

Faisha menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan. Tapi, dia

tidak dapat menipu diri sendiri. Rasa kecil hati dan terasa hati itu tetap tercalit

dalam hati kecilnya. Dia merasakan seolah-olah dialah punca masalah yang

melanda keluarga itu.

“Faisha minta maaf kalau ada buat salah kat abang dan seluruh keluarga

abang.” Kendur suara Faisha. Dia tetap rasa bersalah dengan apa yang terjadi.

“Aisy, kenapa nak minta maaf pula? Kan abang cakap Faisha tak ada apa-apa

salah dengan abang atau dengan keluarga abang sekali pun.”

“Tapi, semua yang jadi tu berpunca daripada keluarga Faisha sendiri. Mak

370

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

ngah dan Riana tu darah daging Faisha. Faisha malu dengan apa yang dia orang buat

pada keluarga abang. Cukuplah kalau dia orang sakitkan hati Faisha. Tapi, kenapa

perlu menyakiti dan merosakkan rumah tangga orang lain?”

Faisha malu dengan apa yang terjadi. Macam mana sekalipun bencinya

kepada mereka, mereka tetap ahli keluarganya juga.

Luth meraup mukanya.

“Sayang... Tolonglah jangan terus rasa bersalah. Abang tak mahu Faisha

salahkan diri sendiri. Kalau abang dengar lagi sayang salahkan diri sayang, abang tak

mahu kawan dengan sayang. Abang nak merajuk dengan sayang.” Luth memberi

amaran.

Faisha diam. Dia tidak berkata apa-apa lagi. Kalau Luth merajuk dengannya,

memang tak senang duduknya nanti.

“MAMA tu sibuk sangat pergi rumah Aunty Aishah buat apa?” Riana melenting bila
dapat tahu apa yang terjadi di kediaman Puan Aishah tadi.

“Kenapa Riana nak marah-marah sangat kat mama?” soal Puan Salina
kembali.

“Sebab mamalah semua ni jadi macam ni,” dengus Riana.
Satu tamparan naik ke pipi Riana. “Riana makin melampau dengan mama
sekarang, kan? Riana dah tak tahu nak hormat mama. Siapa mama ni kepada
Riana?”
Terdiam Riana sambil mengetap bibirnya. Nafasnya naik turun dengan laju.
Badannya bergetar menahan marah.
“Sebab mamalah Riana jadi macam ni. Dari kecil lagi mama yang ajar Riana
jadi macam ni, kan? Mama yang ajar Riana bencikan Faisha. Sekarang ni mama
jangan nak salahkan Riana sorang. Mama yang salah dalam hal ni!” Tinggi suara
Riana membalas.

371

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Tanpa sedar, menitis air mata Puan Salina. Dia tidak menyangka anaknya

sendiri sanggup melawan dan meninggikan suara kepadanya.

“Mama yang manjakan Riana selama ni. Apa yang tak betul Riana buat,

mama betulkan semuanya.” Riana mengungkit semuanya. Tangannya tidak lepas

memegang pipinya yang terasa perit.

“Kenapa Riana sanggup layan mama macam ni? Susah sangat ke Riana nak

hormatkan mama sebagai ibu yang mengandung dan melahirkan Riana?” soal Puan

Riana hiba.

Bergetar badannya. Terlalu sedih dengan sikap anaknya sendiri.

“Riana benci dengan mama. Kalau Luth tak mahu kahwin dengan Riana,

mama anggap aje Riana dah mati. Macam mana sekalipun, Riana nak Luth jadi

suami Riana.”

Puan Salina mendengus perlahan. Macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia

ni. Luth Fahim juga yang mahu direbutnya.

FAZURA balik dari kursus kahwin. Beberapa barang persiapan perkahwinannya
dengan Fattah sudah siap dibeli dan disimpan di rumah sewa Fazura. Mereka
membuat persiapan awal kerana tidak mahu terlalu kalut ketika tiba majlis
perkahwinan mereka nanti.

“Saya balik dululah, ya. Esok awak jangan lupa kita ada janji temu dengan
Butik Sakinah untuk ukuran badan baju pengantin,” pesan Fattah sebelum berlalu
pergi.

Fazura menyambut dengan anggukan dan senyuman. Ini sudah masuk kali
ketiga Fattah mengingatkannya. Fazura melambai-lambai ketika Fattah ingin berlalu.
Baru mahu menapak masuk ke dalam rumah, Fazura dipanggil oleh seseorang yang
sangat dikenalinya.

Fazura mencerlung pandang Hakimi yang mendekatinya. Fazura kaku saat itu.

372

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Dia tergamam bila Hakimi datang mencarinya. Mulutnya terkunci daripada berkata-

kata.

“Zura, saya ada hal nak jumpa dengan awak.” Hakimi sudah berdiri

berhadapan dengan Fazura.

Tidak lepas Fazura merenung wajah Hakimi di depannya.

“Ada apa awak nak jumpa saya?” soal Fazura. Agak tenggelam suaranya.

“Siapa lelaki tadi?” soal Hakimi ingin tahu lebih lanjut.

Sudah lama dia menunggu Fazura di dalam kereta. Bila nampak sahaja Fazura

dengan lelaki lain keluar dari kereta, dia jadi sakit hati.

“Dia tunang saya. Bakal suami saya,” beritahu Fazura, tidak mahu berahsia

lagi. Biar Hakimi tahu dia sudah ada pengganti baru.

Tergamam Hakimi. Kedua-dua bahu Fazura dipegang kejap dan digoyang-

goyang.

“Kenapa Zura? Kan awak tahu saya sayangkan awak?” marah Hakimi.

Fazura menggelengkan kepalanya.

“Saya tak mahu rampas hak orang. Sepatutnya awak bersyukur sebab dah

ada isteri yang baik, Kimi. Saya tak mahu jadi orang ketiga,” terang Fazura.

“Eh, awak tak boleh kahwin dengan orang lain. Awak dah janji nak bersama

saya. Awak jangan sampai saya buat sesuatu kat awak.” Tegang wajah Hakimi.

Fazura menepis tangan Hakimi yang memegang bahunya. Tak guna dia

melayan Hakimi.

“Saya tak mahu jadi perampas suami orang. Awak faham tak?” Kuat suara

Fazura marahkan Hakimi.

Suara Fazura yang kuat itu membuatkan Faisha yang ada di sebelah cepat-

cepat menjengah ke tingkap. Nampak sahaja Hakimi mengganggu Fazura, segera dia

mengatur langkah. Sebelum keluar, dia memberitahu suaminya akan kedatangan

Hakimi yang mengganggu Fazura.

“Kimi, kau tak payah nak rayu dan tagih cinta Zura. Kau kan dah ada isteri dan

373

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

anak-anak. Aku tak suka kau ada apa-apa hubungan dengan kawan aku.” Faisha

terus masuk campur. Laju dia menghampiri mereka berdua.

“Kau jangan nak masuk campur urusan aku, Faisha.” Hakimi memberi

amaran.

“Hal Zura ada kaitan dengan aku. Dia kawan baik aku dan aku dah anggap dia

macam saudara aku sendiri. Kau tak ada hak nak apa-apakan Zura,” balas Faisha

kasar.

Hakimi menarik Fazura agar mengikut langkahnya masuk ke dalam kereta. Dia

tidak mahu Faisha mengganggu mereka berdua. Belum sempat Fazura ditolak ke

dalam perut keretanya, Luth terlebih dahulu datang menghalang. Tangan Hakimi

ditarik kasar. Satu tumbukan singgah ke muka Hakimi.

“Kau nak bawa Zura pergi mana?” soal Luth serius. Hakimi dipandang dari

atas hingga bawah.

“Suka hati akulah. Kau ada hak apa nak halang aku?” Tegang suara Hakimi

marahkan Faisha dan Luth yang menghalangnya.

“Dia saudara kami. Kalau kau berani sentuh Zura lagi, jangan tanya kenapa

aku buat kau nanti.” Faisha terus memberi amaran. Fazura ditarik jauh daripada

Hakimi.

Hakimi yang geram dengan kedua suami isteri itu terus membalas tumbukan

Luth. Bertalu-talu Luth dan Hakimi berbalas tumbukan. Suara riuh-rendah Faisha

dan Fazura menjerit membuatkan orang taman berpakat meluru dan datang

membantu.

Melihat orang ramai yang mula bising, Hakimi segera berlalu masuk ke dalam

keretanya.

“Aku takkan diamkan diri. Kau tunggu, Fazura!” jerit Hakimi sebelum dia

berlalu pergi.

Faisha memapah Fazura masuk ke dalam rumah. Luth pula menenangkan

keadaan dan menjawab pertanyaan jiran-jiran yang bertanya.

374

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kau okey tak ni, Zura?”

Mereka sama-sama menghenyakkan punggung ke sofa. Risau Faisha dengan

keadaan Fazura. Mujur mereka ada di rumah hari ini. Kalau tak, tak pasal-pasal

Fazura dibawa pergi oleh Hakimi.

“Aku okey. Cuma aku terkejut sikit dengan tindakan Kimi tu. Tak sangka dia

bertindak sampai macam tu sekali.” Dada Fazura masih berdebar-debar. Tidak tahu

apa akan jadi kalau Faisha dan Luth tidak datang membantu.

“Lepas ni kau kena hati-hati, Zura. Kalau dia selalu sangat kacau kau, nanti

kita pergi buat laporan polis. Atau kita pergi jumpa aje isteri Kimi tu, bagi tahu

perangai buruk suami dia tu. Kalau tak, sampai bila-bila pun dia takkan berhenti

kacau kau,” nasihat Faisha.

Dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada temannya itu.

“Aku rasa dia takkan kacau aku dah.”

“Eh, dia dah bagi amaran tadi, kan? Kau jangan nak buat pasal. Orang zaman

sekarang ni banyak yang gila, kau tahu tak? Aku tak mahu dia buat sesuatu kat kau.

Kalau hari ni dia tak berjaya nak bawa kau pergi, aku risau esok-esok dia bawa kau

lari. Kau bukan tak tahu Kimi tu orangnya macam mana.”

Faisha tidak setuju dengan Fazura. Banyak buruk dari yang baiknya. Sebelum

sesuatu kejadian buruk berlaku, baik Fazura berjaga-jaga. Semuanya demi

keselamatan dirinya.

375

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 56

FAISHA dan Luth memaksa Fazura membuat laporan polis. Pasangan suami isteri itu
juga yang membawa Fazura ke balai polis. Selepas selesai membuat laporan polis,
mereka menunggu Fattah di Restoran Singgah Sana.

“Lepas ni, kalau Kimi tu datang lagi kacau kau, kau jerit kuat-kuat. Biar dia
kena belasah dengan orang taman.” Faisha pula yang sakit hati dengan tindakan
Hakimi.

Dah beristeri, buatlah seperti dah beristeri. Ini tidak, terkejar-kejar
perempuan lain pula.

“Amboi, bukan main lagi isteri abang ni. Nak suruh orang tu kena belasah,”
ujar Luth sambil tergelak kecil.

“Tengok kakilah. Kalau berani, marilah,” sambut Faisha.
Luth menggeleng. Tidak suka isterinya cakap besar. “Sayang tu perempuan.
Jangan nak buat berani sangat. Nanti kalau Hakimi tu datang, sayang cepat-cepat
call abang kalau abang tak ada. Tak pun jerit kuat-kuat minta tolong.”
Fazura yang menongkat dagu hanya memerhati sahaja dua pasangan itu.
Berkelip-kelip matanya. Sekejap pandang Faisha, sekejap pandang Luth.
“Kau orang bercinta bukan main lagi depan aku. Aku ni terkial-kial macam
tunggul kayu.” Fazura menjuih. Sirap limau ais disedutnya perlahan.
“Alah, nanti kau dengan Fattah pun macam ini juga. Dah tak lama lagi kau nak
jadi isteri Fattah tu. Bolehlah nak manja-manja bercinta macam kami. Entah-entah

376

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

kau orang tu berkepit tak mahu berpisah.” Faisha menjongketkan keningnya.

Fazura senyum hingga ke telinga. “Aku seronok tengok kau orang berdua.

Bahagia dan sweet aje.”

“Sweet tahap diabetis, Zura. Faisha sekarang ni manjanya lain macam. Itulah,

dulu awal-awal jual mahal. Bila dah dapat, tak mahu lepas. Nak berkepit aje 24

jam.” Bahu Faisha dilanggar dengan bahunya. Seronok Luth menyakat isterinya.

Faisha menjuih. “Dia tu yang nak berkepit dengan orang 24 jam. Orang pula

yang dapat nama.”

Sedang rancak usik-mengusik, Fattah datang setelah 20 minit menunggu.

Tergesa-gesa Fattah datang duduk di sebelah Fazura.

“Awak okey tak?” soal Fattah yang risaukan keadaan Fazura.

Fazura menganggukkan kepalanya.

“Makin risau pula saya. Apa kata awak tinggal dengan keluarga saya buat

sementara waktu ni? Sekurang-kurangnya, Hakimi tak tahu awak kat mana.

Sudahlah awak tinggal sorang-sorang.” Fattah menyuarakan kerisauannya.

Laju sahaja Faisha menganggukkan kepalanya. Setuju dengan cadangan

Fattah. “Betul tu Zura. Kau tak selamat tinggal sorang-sorang sekarang ni.”

“Isy, seganlah nak tinggal kat sana. Bukannya kita ni dah sah jadi suami isteri

nak tinggal dengan keluarga awak. Nanti mulut orang tak boleh nak tutup.” Fazura

memikirkan semuanya.

“Saya tinggal kat rumah lain. Awak pula dengan papa dan mama. Bukannya

tinggal serumah dengan saya. Rasanya tak ada masalah pun. Mama mesti suka

kalau awak ada sekali. Lagi senang kita nak buat persiapan perkahwinan kita.” Beria-

ia Fattah mempelawa Fazura.

Fazura mengerdipkan matanya. Muka Faisha dipandang seolah-olah mahu

meminta pertolongan. “Saya boleh aje tinggal dengan Faisha.”

Fattah mengerutkan mukanya. “Jangan degil sangat. Faisha pun tak ada masa

untuk awak. Dia nak beri tumpuan kat suami dia lagi.”

377

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Fazura mencemik. Tangan Faisha ditarik-tarik.

“Untuk kebaikan kau juga, Zura. Semua orang sayangkan kau. Kau ikut aje apa

yang Fattah cakapkan tu.” Fazura tak ada pilihan lagi.

Betul juga kata-kata Fattah. Dia mana ada masa nak tengok-tengokkan

Fazura. Masanya banyak dihabiskan dengan Luth. Lagi-lagi Luth masih bercuti.

Fazura memuncungkan mulutnya. Dia kekok sebenarnya hendak tinggal

bersama dengan keluarga Fattah.

“Masa inilah awak nak kenal dengan mama dan papa saya. Insya-Allah, papa

dan mama okey aje. Lagipun saya dah cakap kat mama dan papa tadi. Ada orang

nak cederakan awak sebab awak nak kahwin dengan saya.” Fattah meyakinkan

Fazura.

Faisha dan Luth turut setuju dengan permintaan Fattah. Fazura lagi selamat

di sana. Mahu tak mahu, Fazura memang perlu bersembunyi dahulu sebelum

semua masalah selesai.

LUTH memberhentikan kereta di tepi jalan. Faisha meminta suaminya
memberhentikan kereta kerana mahu membeli sedikit barang di kedai runcit.
Selepas masuk ke dalam kedai, Faisha keluar dengan membawa beberapa
bungkusan di tangannya.

Ketika berjalan keluar, ada sebuah kereta Honda Civic putih menerkam laju
seolah-olah sengaja mahu melanggarnnya. Apabila perasan kereta yang meluru laju
itu, kalut Faisha mengelak menyebabkannya terjatuh ke jalan tar.

“Sayang!” jerit Luth.
Segera dia turun dari kereta mendapatkan Faisha yang sudah jatuh terduduk.
Lutut seluarnya sedikit terkoyak. Laju sahaja nafas Faisha. Masih terkejut dengan
apa yang terjadi. Dia beristighfar berkali-kali, cuba menenangkan diri.
“Sayang tak apa-apa ke?” soal Luth sambil menggosok-gosok tangan Faisha

378

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

yang kotor dengan pasir jalan.

Faisha menelan air liur. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. “Tak

apa-apa, abang. Sikit aje ni.”

Badan Faisha dipapah masuk ke dalam kereta. Kemudian, Luth berlari ke

tempat kejadian mendapatkan semula bungkusan yang bertaburan di atas jalan.

“Sayang sakit kat mana-mana tak?” soal Luth risau. Bungkusan yang diambil

tadi diletakkan di seat belakang.

“Sakit sikit kat lengan ni.” Faisha memegang lengannya dan dipicit-picitnya

perlahan.

“Sakit sangat ke?”

“Tak adalah sakit sangat. Tak apalah, abang jangan risau sangat. Faisha okey

aje ni.” Faisha menafikan kesakitan yang dirasakannya sekarang. Kuat juga dia

terhempas atas di atas jalan tadi.

“Tipulah. Mujur sayang sempat mengelak tadi. Kalau tak, teruk sayang kena

langgar tadi.”

Faisha diam. Dia cuba mengingati kelibat seseorang di dalam kereta tadi. Dia

perasan rambut perang orang itu seperti seseorang yang dikenalinya. Tapi, Faisha

mendiamkan diri sahaja daripada membuka mulut.

“Kita pergi klinik. Buat x-ray dan rawatan. Abang tak mahu isteri kesayangan

abang ni jadi apa-apa.” Luth bertegas mahu membawa Faisha ke klinik.

Di luar keadaan memang nampak biasa seperti tiada apa-apa. Tapi,

kecederaan dalaman tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Faisha akur. Dia tahu Luth risaukan keadaannya. Untuk memuaskan hati Luth,

dia tidak mahu berkeras.

“Sayang... Kenapa abang rasa tak sedap hati sangat? Kereta putih tadi tu

macam sengaja nak langgar sayang. Sayang perasan tak?” Luth menyuarakan apa

yang dirasakannya.

Faisha diam tak berkutik. Sebenarnya dia juga merasakan perkara yang sama.

379

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Dan apatah lagi bila melihat orang yang memandu kereta itu sangat dikenalinya.

Memang niat pemandu itu mahu mencederakannya.

“Orang tu tak perasan Faisha kut.” Apa yang Faisha perasan tidak diceritakan

kepada Luth.

“Eh, abang perasanlah kereta tu memang sengaja nak langgar Faisha. Mata

abang ni tak salah pandang.”

“Perasaan abang aje tu,” nafi Faisha.

“Tak apa, nanti balik kita tengok kamera rakaman kereta ni. Masa tu kita

tengok sendiri. Dapat nombor plat kereta pun tak apa. Kita buat aje laporan polis

ada orang cuba langgar sayang,” tegas Luth.

Faisha melepaskan keluhan kecil. “Abang yakin sangat ke?”

“Ya! Sayang tu ramai musuh. Juliana, Riana dan sekarang Hakimi pula.

Mungkin salah seorang daripada mereka tu yang cuba cederakan sayang. Kita cuma

tak tahu antara mereka bertiga, siapa punya angkara.” Luth menyuarakan apa yang

bersarang dalam hatinya.

Kuat sekali hatinya mengatakan kejadian tadi ada kena-mengena dengan rasa

sakit hati dan dendam.

“Juliana tak mungkin buat macam tu.” Faisha cuba membersihkan nama

Juliana.

“Mana sayang tahu Juliana takkan apa-apakan sayang? Kan dia marahkan

sayang.”

Ada perasaan benci terselit dalam hatinya kepada Juliana. Kerana wanita itu

pernah buat dia patah hati.

“Tak baik tuduh orang yang bukan-bukan. Juliana dah lama tak ganggu kita.

Jangan terlalu cepat menghukum,” tegur Faisha.

Jika benar Juliana pernah melakukan kesalahan sebelum ini, tidak semestinya

dia akan melakukan perkara yang sama. Setiap manusia tak pernah tidak melakukan

kesilapan.”

380

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Mana nak tahu. Kita tak tahu apa yang dia nak lagi.”

Faisha hanya tersenyum sambil menggeleng perlahan.

“Abang, Juliana takkan buat macam tu. Sekarang dia dah tak ada kat sini. Dia

balik kampung,” beritahu Faisha sambil tersenyum kelat.

Dia bersyukur kerana Juliana tidak merebut Luth dairpadanya. Dia cuma

bersimpati dengan apa yang terjadi kepada bekas isteri suaminya.

“Maksud sayang?”

“Abang ingat tak masa lepas kita kahwin, Faisha ada keluar tanpa beritahu

abang. Sebenarnya, Faisha jumpa dengan Juliana. Dia call dan Faisha jawab

panggilan tu. Dia nak jumpa Faisha dan kami jumpa dekat luar Hospital Metro.”

Faisha mengimbas kembali kisah pertemuannya dengan Juliana. Diceritakan

semuanya kenapa Juliana hendak berjumpa dengannya.

Perlahan-lahan Luth melepaskan keluhan kecil selepas mendengar penjelasan

isterinya. Patutlah Juliana sepi tanpa khabar berita. Rupa-rupanya dia telah

membawa diri pulang ke Sarawak.

“Abang maafkan ajelah dia. Lupakan kisah lalu. Mungkin itu kifarah di atas

apa yang dia dah buat kat abang sebelum ni,” sambung Faisha lagi.

Luth diam. Beberapa saat kemudian, dia menganggukkan kepalanya.

Menyesal pula dia menuduh yang bukan-bukan pasal Juliana. Dia turut simpati di

atas apa yang terjadi terhadap Juliana. Dia berasa lega hasil ujian HIV, dirinya

selamat daripada sebarang penyakit membunuh itu.

381

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 57

RIANA melempar barang-barang di atas meja soleknya. Bertaburan semuanya ke
lantai. Kemudian, diselangi dengan suara jeritannya. Rambutnya ditarik-tarik kuat.

“Argh, kenapa dia tak mati?”
Mukanya ditampar-tampar. Rambutnya ditarik kuat disertai jeritan
melepaskan tekanan. Segala bantal-bantal dan cadar di atas katil turut ditarik dan
dibaling ke lantai.
“Bodoh betul. Kenapa kau tak kena langgar tadi? Biar mati, baru puas hati
aku.” Gambar Faisha ditumbuk-tumbuk dengan tangannya.
Daun pintu bilik Riana dibuka. “Kenapa ni Riana?”
Mata Puan Salina memandang keadaan sekeliling bilik anaknya. Berselerak.
“Riana nak bunuh Faisha!” jerit Riana kuat.
“Dah kenapa sampai nak bunuh orang? Macam tak ada cara lain lagi nak
buat. Jangan nak cari masalah, Riana?” bantah Puan Salina.
Melihat anaknya makin tak terurus, dia jadi tak menentu. Kenapa perlu jadi
sampai begini sekali?
“Dah mama tak mahu ikut kehendak Riana. Selagi Faisha ada dalam hidup
Luth, Luth takkan tinggal Faisha, mama. Mahu tak mahu, Riana perlu bertindak
sendiri. Biar Riana buat perkara gila sekalipun asalkan Riana tak kalah kepada
Faisha.” Riana bersuara hampa.
Linangan air mata membasahi pipinya. Entah kenapa kali ini dia rasa terlalu

382

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

tercabar dengan Faisha. Dia memiliki segala-galanya, tapi Luth tetap tidak

memandangnya. Luth memilih Faisha berbanding dirinya. Itu yang membuatkannya

bertambah sakit hati.

“Sabarlah, sayang. Kan sekarang sayang dah bertunang dengan Luth. Majlis

pun dah tak lama akan berlangsung. Tengok jari manis Riana tu... Kan ada cincin

tanda daripada pihak Luth. Riana cuma perlu bersabar aje.” Puan Salina cuba

menenangkan anaknya.

Esakan Riana sedikit kendur. Getarannya makin berkurang. “Mama tak tipu?”

Puan Salina menganggukkan kepalanya.

“Malam ni kita pergi ke rumah dukun Siam. Kita minta tok tolong Riana

dapatkan Luth.” Puan Salina menghenyakkan punggungnya di birai katil.

“Dukun tu boleh percaya ke mama? Kan mama dah berikan air kat aunty.

Tapi, kenapa macam tak berkesan aje?” soal Riana agak ragu-ragu.

Puan Salina tersenyum kelat. “Macam mana nak berkesan kalau Luth

langsung tak minum air yang mama bagi aunty tu. Sekarang ni kita cari cara lain

pula. Mama yakin Luth akan melutut kat kaki anak mama yang cantik ni.”

Pipi Riana disentuh, lalu diusap lembut. Wajah yang keruh itu kembali

tersenyum. Riana tidak sabar hendak menyingkirkan Faisha daripada hidup Luth.

Dia yang akan berdiri gah di sisi Luth selepas ini. Kau tunggu Faisha, aku akan

musnahkan hidup kau sampai bila-bila.

JAUH Puan Aishah membuang pandang. Perlahan-lahan dia menarik nafas dan
dihela lambat-lambat. Beberapa hari duduk bersendirian, dia akhirnya memperolegi
jawapan pada pertanyaan yang dicarinya beberapa hari ini.

Ketenangan yang dicari akhirnya ditemuinya juga. Hanya dengan mendekati
dirinya dengan Tuhan, hatinya yang keras menjadi tenang. Apalah sangat
masalahnya jika mahu dibandingkan dengan orang lain.

383

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Puan Aishah bersyukur dengan apa yang dia ada. Suaminya melayannya

dengan baik selama ini, cuma dia sahaja yang melayan suaminya acuh tak acuh.

Segala teguran suaminya langsung tidak diendahkannya.

Hati wanita mana tidak terusik bila dirinya diduakan, apatah lagi usia

perkahwinan mereka sudah mencapai usia berpuluh tahun. Tapi, itu tidak

melemahkan semangatnya. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kepada

dirinya selama ini.

Jam di dinding dipandang sekilas. Puan Aishah meninggalkan pesanan kepada

semua ahli keluarga besarnya meminta mereka datang dan duduk berbincang untuk

menyelesaikan masalah keluarga mereka. Dia tidak mahu kehilangan keluarga besar

yang dibina sekian lama ini.

Kerusi malas bergerak perlahan-lahan mengikut ayunan. Puan Aishah setia

menanti kedatangan dan kepulangan suami dan anak-anaknya.

“Aishah...” Nama Puan Aishah dipanggil lembut oleh Encik Luth Fadhil.

Perlahan-lahan Encik Luth Fadhil berjalan menghampiri isterinya. Puan

Aishah yang duduk bingkas bangun berdepan dengan suaminya. Pandangan dan

renungan suaminya dibalas tunak. Matanya sudah mula berkaca.

Encik Luth Fadhil menyentuh ubun-ubun Puan Aishah, lalu dikucupnya

lembut.

“Aishah, abang minta maaf sebab menduakan awak. Maafkan abang.” Kendur

sahaja kata-kata maaf itu meniti di bibir Encik Luth Fadhil.

Puan Aishah diam. Hanya linangan air mata yang menemaninya saat ini.

Encik Luth Fadhil menyeka air mata yang membasahi pipi isterinya. Badan

Puan Aishah diraih, lalu dipeluk erat. Tangisan Puan Aishah makin menjadi-jadi.

Puan Aishah menolak lembut pelukan Encik Luth Fadhil. Tangan suaminya itu

diraih, lalu dikucupnya.

“Aishah minta ampun dan maaf kat abang. Aishah tahu kenapa dan mengapa

semua ni terjadi kepada Aishah, abang. Aishah terima dan Aisha reda.”

384

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Maafkan abang.” Kata maaf bermain di bibir Encik Luth Fadhil lagi.

“Aishah dah maafkan abang. Aishah banyak dosa kepada abang. Aishah tak

layan abang dengan sebaiknya dan Aishah juga lebih pentingkan kawan-kawan

Aishah. Tak apa, Aishah reda dengan ketentuan Tuhan untuk Aishah. Aishah perlu

terima. Aishah yang patut minta ampun dan maaf kat abang selama ni.” Teresak-

esak tangisan Puan Aishah.

Encik Luth Fadhil menganggukkan kepalanya. Tubuh Puan Aishah kembali

diraih dan dahi licin isterinya dikucup mesra.

Malisa dan Luth masuk serentak ke dalam rumah. Dari tadi mereka berdua

hanya memerhati sahaja di sebalik pintu utama.

“Papa... mama...” Malisa menghampiri Encik Luth Fadhil dan Puan Aishah.

Dia senang dan gembira melihat papa dan mamanya sudah berbaik semula.

Kedua-dua pasangan suami isteri itu dirangkulnya.

“Luth...” Puan Aishah memanggil Luth Fahim.

Dia mahu Luth juga sama-sama berada dalam pelukannya. Banyak kesalahan

yang dilakukan kepada anaknya itu.

Perlahan-lahan Luth menghampiri keluarganya. Wajahnya ditundukkan,

langsung tidak memandang wajah Puan Aishah.

“Luth, mama nak minta maaf sebab masuk campur dalam urusan rumah

tangga Luth. Mata mama dibutakan dengan kebencian. Maafkan mama ya sayang?”

Puan Aishah merayu kemaafan anak lelakinya.

Luth panggung kepala. Matanya yang merah kembali bertakung dengan air

mata.

“Luth sayang mama. Dan Luth juga sayangkan Faisha. Bila mama minta Luth

tinggalkan Faisha, sungguh Luth tak mampu, mama. Hanya Faisha yang dapat

membahagiakan Luth,” ujar Luth dengan suara yang tersekat-sekat.

Puan Aishah menarik Luth ke dalam pelukannya. “Maafkan mama sebab

paksa Luth tinggalkan Faisha. Mama takkan minta Luth tinggalkan Faisha lagi. Mama

385

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

yang bersalah dalam hal ni. Mama terlalu percayakan Aunty Salina.”

“Faisha seorang isteri yang baik, mama. Sebelum semua ini terjadi, Faisha

dah ceritakan siapa Aunty Salina tu kepada Luth. Bagaimana seksanya dia selepas

kematian papa dan mama dia. Dia perlu hidup menumpang kasih mak saudaranya,

tapi mereka melayannya seperti orang luar yang tak ada ikatan pertalian darah.

Harta-harta milik Faisha semuanya Aunty Salina rampas. Barang-barang milik Faisha

diberikan semuanya kepada Riana.

“Sampailah Faisha buat keputusan untuk melarikan diri daripada kehidupan

yang menyeksakan dirinya. Hidup Faisha dah cukup menderita. Luth nak bagi sinar

bahagia yang Faisha tak pernah rasa sebelum ni. Luth nak bahagiakan Faisha.”

Panjang berjela luahan Luth kepada Puan Aishah.

Cerita yang meniti di bibir Luth membuatkan Puan Aishah makin sebak.

Betapa kejamnya dia melayan anak kawan baiknya sendiri. Dituduh Faisha tanpa

usul periksa selepas mendengar kata-kata fitnah Puan Salina.

“Faisha gembira bila mama terima dia dengan baik. Layan dia macam puteri.

Sekurang-kurangnya Faisha dapat melepaskan rasa rindunya kepada arwah

mamanya. Tapi, semuanya hancur bila mama mula bencikan dia,” sambung Luth

lagi.

“Mana menantu mama? Mana Faisha?” Liar mata Puan Aishah mencari

kelibat menantunya.

Dia mahu meminta maaf dan ampun kepada menantunya itu. Dia terlalu

kejam kerana menghukum tanpa bukti yang sahih.

“Faisha ada kat rumah. Luth minta dia tunggu kat rumah aje.”

Luth sengaja mahu Faisha menunggunya di rumah. Dia cukup takut jika hati

Faisha disakiti lagi dengan kata-kata berbisa mamanya.

“Nanti Luth bawa Faisha jumpa mama. Mama nak minta ampun dan maaf

kepada Faisha. Memang Faisha baik, cuma mama aje yang buat-buat buta.” Puan

Aishah menyesal dengan sikapnya sebelum ini. Dia berharap Faisha akan

386

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

memaafkannya.

Luth senang mendengar kata-kata mamanya itu. Akhirnya, masalah mereka

sekeluarga dapat diselesaikan.

“Abang... Aishah nak jumpa dengan Nasuha. Abang izinkan tak?” soal Puan

Aishah kepada suaminya.

Encik Luth Fadhil berjeda seketika. Kemudian, perlahan-lahan dia

menganggukkan kepalanya.

“Abang jangan risau. Aishah takkan marah dia. Aishah nak berdamai.” Kendur

suara Puan Aishah.

Dia sudah fikir semasak-masaknya apa yang perlu dilakukannya.

Encik Luth Fadhil dan Luth saling berpandangan antara satu sama lain. Puan

Nasuha ada sahaja mengikut mereka ketika ini. Cuma, dia menunggu di luar sahaja,

memberikan ruang untuk mereka sekeluarga menyelesaikan masalah mereka.

“Assalamualaikum...” Puan Nasuha memberi salam. Langkah kakinya berhenti

betul-betul di hadapan pintu utama rumah itu.

Semuanya serentak memandang Puan Nasuha yang tegak berdiri di daun

pintu.

Puan Aishah sendiri menapak ke depan. Makin dihampiri Puan Nasuha,

makin laju debaran di dadanya. Puan Nasuha tunduk kerana rasa bersalah.

Tangan Puan Nasuha ditarik lembut oleh Puan Aishah. Kemudian, tubuh itu

ditarik ke dalam pelukannya.

“Akak minta maaf.” Kendur suara Puan Aishah.

Puan Nasuha menggelengkan kepalanya. “Akak tak salah apa-apa dengan

saya. Saya yang salah dengan akak. Tanpa minta izin akak, saya kahwin dengan

abang. Maafkan saya sekali lagi, kak.”

Pelukan tadi terlerai. Puan Aishah menarik tangan Puan Nasuha agar

mengikut langkahnya masuk ke dalam rumah. Dia berjalan sambil memimpin

tangan Puan Nasuha.

387

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Tak perlu minta maaf. Dah ini takdir kita. Dah jodoh Nasuha dengan abang.

Akak reda.”

Mereka berdua sudah berdiri di hadapan Encik Luth Fadhil. Hubungan

mereka bertiga berakhir dengan saling memaafkan.

388

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 58

“SEKEJAP!”
Kalut Faisha keluar dari bilik mandi. Cepat-cepat dia menyarungkan pakaian

ke badannya. Bising Faisha bebelkan Luth. Baru tadi dia lihat Luth tertinggal kunci
rumah. Selalunya kalau pulang ke rumah, Luth tidak meminta dibukakan pintu
untuknya.

Siap mengenakan pakaian ke tubuhnya, Faisha berlari keluar ke pintu. Tanpa
rasa syak, pintu utama itu dikuak luas. Terpempan Faisha sebaik sahaja pintu
dikuak, kelihatan Riana berdiri di hadapan pintu sambil tersengih.

“Kau nak apa ni?” soal Faisha masih terkejut.
Tanpa dipelawa, Riana masuk ke dalam rumah itu. Badan Faisha ditolak
supaya senang dia meloloskan badannya ke dalam. Masuk sahaja ke dalam rumah
itu, dia terus menerpa ke sofa. Punggungnya dihenyakkan di sofa.
“Aku datang sini sebab nak buat perhitungan dengan kau,” sambut Riana
masih tersenyum kelat.
“Perhitungan apa lagi, Riana? Kau dan mak ngah tak puas-puas lagi ke nak
sakitkan hati aku?” balas Faisha tidak puas hati. Tangannya memeluk tubuhnya.
“Aku nak kau tinggalkan Luth,” pinta Riana.
Permintaan Riana membuatkan Faisha ketawa sinis. “Eh, aku ni isteri Luth
tau. Sepatutnya aku yang bagi amaran kat kau jangan ganggu Luth. Ni kenapa kau
pula yang sibuk-sibuk minta aku tinggalkan Luth?”

389

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Riana berdiri tegak, melawan pandangan mata Faisha. “Sebab dia hak aku.

Sebelum kau kahwin dengan dia, kami memang dah nak disatukan. Entah kau

muncul dari celah mana, rampas dia daripada aku.”

“Kalau kau orang akan disatukan, kenapa mama Luth terima aku? Kenapa

kami boleh disatukan? Eh, aku tahu sangat dengan perangai kau, Riana. Kau tak

pernah puas dengan apa yang kau ada. Kau dari dulu memang suka rampas hak aku.

Apa yang aku ada, semuanya kau mahu. Aku dah masak sangat dengan perangai kau

yang busuk tu,” bidas Faisha.

Bukan Rianalah namanya jika tidak merebut hak Faisha.

Riana ketawa sambil menepuk tangan.

“Pandai pun kau. Aku memang tak pernah kalah dengan kau, kan? Bab Luth

pun sama. Aku takkan kalah kepada kau.” Tinggi keyakinan Riana kali ini.

“Aku takkan undur diri, sebab dia hak aku. Kalau kau nak hidup berpasangan,

ramai lagi lelaki hebat kat luar sana yang kau boleh cari. Suami aku tu kerja biasa aje

pun. Bukannya orang kaya sampai kau nak tergila-gilakannya.” Faisha akan terus

mempertahankan haknya.

Tiada sesiapa yang berhak memisahkan mereka berdua, melainkan Tuhan

yang menentukan segalanya.

“Suka hati akulah nak pilih siapa pun. Kalau aku dah suka, aku nak juga

sampai aku dapat. Kau tahu kan aku macam mana?” Batang hidung Faisha dicuit.

Bergetar badan Faisha. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mengajar Riana. Besar

kecil sahaja dia pandang Riana.

“Kau nampak tak cincin kat jari manis aku ni?” Riana sengaja menayangkan

tangan kanannya kepada Faisha.

Faisha ketap gigi.

“Kalau kau nak tahu, ni cincin pertunangan aku dengan Luth. Tak lama lagi

kami berdua akan disatukan. Luth akan jadi suami aku juga. Suami kau pun suami

aku juga nanti.” Riana beritahu Faisha dengan penuh rasa bangga.

390

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kau tipu! Aku tak percaya.” Faisha menafikan. Dia takkan mudah percaya

dengan kata-kata Riana.

Riana mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya. Rakaman

perbincangan mereka pasal majlis persandingan juga turut dibincangkan bersama.

“Kau dengar, kan? Ini rakaman beberapa hari lepas. Hmm, tak sabarnya aku

nak jadi madu kau. Lepas ni, kita bolehlah share suami sama-sama. Hmm... tak

sabarnya!” Sinis sahaja kata-kata Riana diselangi dengan tawa besar.

Makin berdegup laju jantung Faisha. Jadi, Puan Aishah sudah mengaturkan

rancangan untuk menyatukan Riana dengan Luth dalam diam? Mungkin Puan

Aishah memanggil Luth pulang untuk membincangkan hal ini. Faisha jadi sebak, tapi

ditahan rasa sedihnya daripada dilihat oleh Riana.

“Kau bersiap sedia tau, Faisha. Aku akan pastikan kau tersingkir daripada

hidup Luth sampai bila-bila.” Riana memberi amaran.

Riana mengatur langkahnya ke kabinet yang tersusun dengan potret

pasangan suami isteri itu. Matanya tertumpu pada gambar perkahwinan mereka

berdua. Dicapainya, lalu ditenung lama.

“Kau keluar dari rumah aku sekarang sebelum aku telefon polis.”

Riana menjuih. Potret gambar yang dipegangnya tadi dilepaskan ke lantai.

“Ops, terlepas pula gambar kahwin kau dengan Luth. Hmm, dah pecah. Mesti ada

sesuatu yang tak elok nak jadi ni,” ujar Riana sambil tersenyum sinis. Terus dia

mengatur langkah ke pintu.

“Kurang ajar kau Riana!” Faisha cuba mengawal dirinya.

“Hmm, janganlah marah, bakal madu. Sebelum terlupa, aku nak bagi kat kau

satu jemputan. Kau datang, ya.” Kad di dalam sampul dibaling kepada Faisha.

Dia terus berlalu meninggalkan Faisha sendirian. Riana ketawa kuat. Puas hati

apabila dapat menyakitkan hati Faisha. Kebetulan semalam dia nampak Faisha dan

Luth di kedai makan. Dia mengekori pasangan suami isteri itu sehingga sampai ke

rumah. Semuanya memudahkan tugasnya.

391

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Riana puas bila kad jemputan yang ditempahnya diberikan kepada Faisha.

Biar Faisha meroyan dan menangis bila dapat tahu suami kesayangannya akan

berkahwin dengannya nanti. Padan muka kau Faisha.

KAD jemputan di atas lantai diambil oleh Faisha. Terketar-ketar tangannya
membuka sampul itu. Dalam debar, dibuka juga sampul dan melihat isi di dalamnya.

Bertakung air matanya sebaik sahaja melihat isi kandungan yang tertulis pada
kad jemputan itu. Tertera nama Luth dan Riana pada kad itu. Tanpa sedar, air
matanya mengalir laju.

Kenapa semua itu terjadi kepada dirinya? Dia sudah dapat mengagak Luth ke
rumah keluarganya kerana membincangkan hal ini. Faisha makin sebak. Dadanya
makin kencang dengan alunan debaran yang menyakitkan.

Dia cuba mempertahankan cinta mereka, tetapi kenapa ini pula yang terjadi
dalam hubungan mereka berdua? Faisha terkilan dengan tindakan Puan Aishah.
Benci sekali Puan Aishah kepadanya hingga tetap berkeras mahu menjodohkan
Riana dengan suaminya.

Faisha kecewa. Laju kakinya melangkah masuk ke dalam bilik. Tanpa berfikir
panjang, dia mengeluarkan beberapa helai pakaiannya dari dalam almari. Beg yang
ada di atas almari diturunkan dan diisi pakaian yang ingin dibawanya.

Kertas kecil dikeluarkan dari laci meja, lalu dititipkan sedikit surat untuk
tatapan Luth.

Abang, maafkan Faisha sebab terpaksa pergi dari sini. Faisha minta izin daripada
abang untuk tenangkan hati ini. Faisha akan sentiasa mendoakan abang dan
segala-galanya agar berjalan dengan lancar.
Faisha minta ampun dan maaf sebab tak mampu jadi isteri yang baik buat abang.
Faisha tak mampu nak menyenangkan hati mama abang. Faisha bukan pilihan

392

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

yang mama inginkan untuk abang.

Abang, berikan sedikit ruang untuk Faisha. Faisha terpaksa tinggalkan abang buat

sementara waktu. Ampunkan Faisha dan halalkan makan minum Faisha selama ini.

Salam kemaafan,
Faisha Irdina

Kertas itu diselitkan bawah bekas kotak cincin baldu berwarna merah. Cincin
di jari manisnya dilucutkan dan diletakkan ke dalam bekas baldu itu semula.

Beg yang siap diisi dengan pakaian ditarik keluar dari bilik. Kakinya
melangkah meninggalkan rumah yang baru diinapnya beberapa hari.

Pintu rumah itu ditutup rapat tanpa dikunci. Pagar pun ditariknya kemas. Dia
hanya berdoa dan tawakal moga-moga rumahnya selamat tanpa diceroboh. Beg
ditarik hingga ke jalan besar. Baru duduk beberapa saat, sebuah teksi berhenti di
hadapannya. Cermin teksi itu diturunkan.

“Adik nak ke mana?” soal pemandu teksi itu.
“Saya nak ke TBS. Boleh pak cik hantarkan?” soal Faisha.
“Boleh. Masuklah.”
Pintu teksi dikuak. Begnya pula diletakkan di dalam bonet oleh pemandu
teksi itu. Dia mahu ke TBS? Ke mana arah tujunya kali ini? Dia juga hilang arah tuju
sebenarnya. Biar kakinya membawanya ke mana sahaja.

393

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 59

SELEPAS solat berjemaah bersama ahli keluarganya, Luth terus meminta izin untuk
pulang. Dia mahu menjemput Faisha untuk berjumpa dengan mamanya. Malam ini,
keluarga mereka akan mengadakan jamuan kesyukuran.

Hatinya girang tak terkata. Bernyanyi-nyanyi riang Luth sepanjang
perjalanannya. Sengaja dia mahu membuat kejutan kepada isterinya. Kereta yang
dipandu diberhentikan di hadapan kedai bunga.

Jambangan bunga yang paling cantik dibelikannya untuk dihadiahkan kepada
Faisha. Diteruskan perjalanannya dengan hati yang kembang seperti bunga yang
dibelinya tadi.

Sampai sahaja di rumah Luth terus keluar dari kereta. Jambangan bunga yang
dibelinya tidak dilepaskannya daripada genggaman. Tombol pintu dipulas. Terkuak
pintu yang tidak dikunci dari dalam.

“Assalamualaikum, sayang...” Meleret, tapi kuat suara Luth.
Jambangan bunga itu diletakkan di atas meja kopi di hadapan televisyen.
“Sayang, abang balik ni! Sayang,” panggil Luth lagi.
Suasana ketika itu sunyi sepi. Tiada sahutan daripada Faisha. Ligat Luth
mengatur langkah mencari kelibat isterinya. Tiada. Luth kembali turun ke bawah.
“Sayang menyorok ya? Mesti sayang kat dapur, kan?” Luth melangkah ke
dapur.

394

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Tapi, tiada sesiapa di situ. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu. Ke mana

pula Faisha pergi?

“Faisha Irdina...”

Langkah Luth terhenti. Matanya terpandangkan serpihan kaca potret yang

bertaburan di atas lantai. Hati-hati gambar itu diambilnya. Gambar kenangan

perkahwinannya dengan Faisha yang jatuh ke lantai itu diletakkan semula di atas

kabinet. Serpihan kaca dibersihkannya dan dibuang ke dalam tong sampah di luar

rumah.

Kakinya diatur pula ke taman di hadapan rumah mereka. Tapi, tidak kelihatan

Faisha di situ. Luth mengeluarkan telefon pintar dari poketnya. Didail nombor

telefon Faisha, tapi nombor isterinya itu berada di luar kawasan. Makin tak sedap

pula hati Luth bila memikirkan keadaan Faisha.

Kakinya diatur semula ke dalam bilik mereka. Baru dia perasan pintu almari

yang terkuak. Beg di atas almari juga tiada di tempatnya. Kemudian, matanya

tertumpu pula pada kertas yang terselit di bawah bekas cincin perkahwinannya

bersama Faisha. Terletak kemas cincin itu di tempatnya.

Kertas yang terselit di bawah bekas baldu itu diambilnya. Dibaca semuanya

hingga habis ayat yang ditulis.

“Sayang... Ke mana pula sayang pergi ni? Kenapa jadi macam ni?” Luth

terduduk di birai katil.

Kertas yang bertulis itu digenggamnya, lalu dibaling ke lantai. Rambutnya

ditarik-tarik. Kusut kepalanya bila memikirkan punca Faisha melarikan diri.

“Kenapa Faisha pergi tinggalkan abang? Faisha dah lupa ke janji abang kepada

Faisha? Abang minta masa untuk bersabar aje,” rintih Luth.

Kunci kereta yang diletakkan di meja kopi bersama jambangan bunga

dicapainya. Dia mahu mencari isterinya sebelum terlewat.

395


Click to View FlipBook Version