The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizan sohok, 2022-03-03 09:04:03

ABANG ROMANTIK RUMAH SEBELAH

ABANG ROMANTIK RUMAH SEBELAH

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Hmm, tahu pun takut. Macamlah orang harap sangat hadiah daripada dia.

Hati aku tak cairlah dengan apa yang kau buat, bisik hati kecil Faisha sambil

tersenyum sinis.

“Saya tak bagi coklat dah kat awak nanti. Tapi, apa yang saya bagi ni,

tolonglah ambil. Tolong jangan hampakan saya.” Luth raih simpati. Terkerdip-

kerdip matanya memandang Faisha.

Faisha mendengus kasar.

“Kau ada jampi kat coklat tu, kan? Sebab tu kau nak aku terima coklat tu. Kau

nak guna-gunakan aku supaya aku sukakan kau, kan?” terjah Faisha.

Luth ketawa lagi. Kali ini lebih kuat sambil tangan memicit perutnya. Entah

apa-apa yang Faisha merepek. Dia tak sejahat itu nak buat perkara khurafat dan

syirik. Dia tahu tentang hukum dan agama.

“Kau jawab sekarang, Luth. Kau ada jumpa bomoh ke?” soal Faisha serius.

Luth berjeda beberapa ketika. Kedua-dua belah tangannya sudah bersatu lalu

digosok-gosok. “Awak nak saya jawab apa?”

Bergetar badan Faisha.

“Aku nak jawapan yanng betullah!” jawab Faisha kasar.

“Ada dua jawapan. A tiada, B ada. Awak rasa yang mana satu?” Luth masih

bergurau walaupun Faisha serius dengannya.

“Aisy, kau pernah tak makan selipar jepun? Kalau kau nak rasa, aku bagi

aje.” Mendidih pula hati Faisha dengan Luth.

Bagi jawapan pun main-main. Tak serius langsung.

Luth angkat kedua-dua belah tangannya. “Kalau boleh, tak mahulah makan selipar

jepun. Makanan yang mengenyangkan tu mahulah.”

Faisha senyum sinis. Kecut perutlah tu.

“Okey, Faisha. Saya terus teranglah ya. Sebenarnya, saya nak makan awak.

Eh, bukan makan awak, tapi nak makan makanan yang awak masak.”

Naik turun nafas Faisha. Geram teramat dengan gurauan Luth.

96

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Hihihi... Maaf. Untuk pengetahuan awak, saya ni tak pernah bomohkan

awak. Kalau betul saya nakkan awak, bukan begitu caranya. Biarlah bersusah payah

saya rebut hati awak. Macam sekarang dan hari-hari saya berhadapan dengan

awak, begitulah saya yang sebenar.

“Saya usaha dengan cara sendiri, tak perlu nak minta bantuan bomoh. Bukan

selalu nak dapat peluang macam ni. Lagipun, guna bomoh ni perkara khurafat.”

Panjang berjela Luth menjawab.

Faisha ketap bibir bawahnya. Terkena juga dia. Tapi, mana nak tahu hati

orang. Kadang-kadang depan mata bukan main baik lagaknya. Tapi, sebenarnya dia

iblis bertopengkan manusia. Lagipun Faisha tidak mahu cepat berikan kepercayaan

kepada Luth. Hati orang susah nak dinilai kesungguhannya. Apatah lagi dia baru

sahaja kenal dengan Luth.

“Saya sungguh-sungguh nak rapat dengan awak, nak kenal hati awak dan

saya tak pernah terfikir pun nak guna-gunakan awak, Faisha.”

Faisha diam mendengar kata-kata Luth. Tersentuh hatinya. Argh, lelaki

semuanya sama. Mula-mula memang lidah lembut tak bertulang. Lepas dah dapat,

lidah mula bercabang. Faisha nafikan kebaikan Luth.

“Kalau awak beri saya ruang, saya nak ada dalam hati awak. Tak dapat

banyak ruang tu, sikit pun jadilah.” Mendatar kata-kata Luth.

Matanya terus tajam merenung Faisha di hadapannya. Dia berharap Faisha

yakin dengan pengakuannya.

Faisha telan air liur. Jantungnya berdebar-debar tidak menentu.

“Kau buat lawak apa ni Luth?” soal Faisha sambil ketawa, menyorokkan

perasaan yang sedang mengganggu dirinya.

“Saya tak buat lawaklah, Faisha. Saya betul-betul nak bersama awak. Nak

pikat hati awak dan nak awak jadi suri hati saya. Saya betul-betul nak ambil awak

jadi isteri saya. Awak pernah kata awak tak ada sesiapa dalam dunia ni. Jadi, biar

97

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

saya yang jadi seseorang teristimewa dan terpenting bagi awak.” Lembut sahaja

Luth menjawab. Langsung tidak melatah bila Faisha melenting.

Makin bergelora debaran jantung Faisha. Kenapa Luth begitu berterus

terang? Perasaannya bagaikan berada di awangan. Terbang melayang juga. Tapi,

Faisha cepat-cepat menepis perasaan yang singgah dalam hatinya.

“Kalau awak bagi saya peluang, saya janji takkan sia-siakan awak. Saya akan

jadi lelaki terbaik buat awak,” sambung Luth lagi.

Senget muka Faisha. Berkerut-kerut dahinya. Kemudian, dia ledakkan tawa

besar.

“Kau tak payah nak main-mainkan perasaan aku. Aku tahulah aku tak macam

perempuan lain. Bukan tak ada orang cakap aku ni pengkid, tomboi... Kau pun ada

juga kata aku macam tu, kan? Kau ingat aku macam ni, kau ayat aku dengan kata-

kata manis kau tu, aku akan lembut hati? Kau silaplah, Luth. Aku tak mudah

percaya kepada lelaki. Semuanya plastik!” balas Faisha panjang berjela.

Faisha akui hatinya terusik dengan kata-kata Luth. Tapi, dia tak mahu cepat

tersungkur. Dia tak tahu keikhlasan Luth memikatnya. Entah-entah Luth hanya

mahu balas dendam kepadanya. Mahu main-mainkan perasaannya.

Laju Luth menggeleng kepala. Tidak setuju dengan pendapat Faisha. Dia tak

pernah pun kata Faisha macam tu. Apa yang dia lihat daripada mata kasarnya,

Faisha tetap seorang wanita. Dilayan Faisha sebagaimana kedudukan seorang

wanita. Sama sahaja dengan wanita lain di luar sana walaupun penampilan Faisha

berbeza.

“Aku tak suka orang lelaki macam kau mempermain-mainkan perasaan

orang perempuan. Kalau orang lain, kau bolehlah nak mengayat ayat cinta manis

bergula kau tu. Kalau dengan aku, kau silap orang. Aku takkan termakanlah dengan

kata-kata manis kau tu.” Faisha memberi amaran kepada Luth.

98

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth tak tahu macam mana mahu menerangkan lagi kepada Faisha. Keras

betul hati Faisha. Susah juga Faisha hendak menerima kata-katanya. Semua yang

diluahkan datang daripada hatinya. Dia benar-benar ikhlas ingin memiliki Faisha.

“Faisha Irdina, saya serius dengan apa yang saya cakap kat awak ni. Saya tak

main-mainkan perasaan awak, tak mahu mempergunakan awak. Saya betul-betul

ikhlas nak sunting hati awak. Tolong percaya apa yang saya cakap ni. Cuba buka

sikit minda awak, Faisha. Jangan fikir negatif aje.”

Tinggi permintaan Luth. Biar Faisha nampak jelas kejujurannya.

Faisha diam sejenak. Wajah Luth direnung beberapa ketika. Dari atas hingga ke

hujung kaki. “Apa bukti kau betul-betul serius?”

“Saya tak ada bukti, tapi saya mahu jadi yang terbaik kepada awak. Pada

hubungan kita. Kalau awak sudi terima saya, masa tu saya akan buktikan segala-

galanya.” Luth meluahkan perasaannya.

Faisha diam tak berkutik.

“Awak... awak sudi tak terima saya sebagai teman hidup awak? Jadi isteri

saya?”

Terdiam terus Faisha tak terkata. Lamaran Luth kali ini betul-betul buat

jantungnya berdetak laju. Ada bunga yang sedang kembang mewangi dalam hati.

Tersipu malu dia bila mata tajam Luth merenung tepat anak matanya. Cepat-cepat

dilarikan pandangan. Kakinya cepat-cepat melangkah meninggalkan Luth sendirian

di situ.

99

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 15

FAISHA menghempaskan perlahan badannya ke tilam. Terngiang-ngiang lagi ayat-
ayat manis yang keluar dari mulut Luth. Tipulah kalau dia tak tersentuh dan terusik.
Kalau tak terusik langsung, tak adalah jantungnya berdegup laju bila Luth luahkan
hasratnya.

Mukanya disembamkan ke tilam. Berona merah mukanya selepas Luth
melamarnya tadi. Tanpa sedar, terukir senyuman pada wajahnya. Hatinya yang layu
kembali kembang berbunga-bunga. Mekar hatinya dengan haruman mewangi.

Faisha tidak berani tunjuk reaksi wajahnya kepada Luth. Dia tidak mahu
kerana kata-kata lamaran Luth itu, dia terbuai-buai. Dia belum kenal hati budi Luth.
Untuk menerima lamaran itu adalah sangat mustahil, walaupun dia nampak
kesungguhan itu ada.

“Amboi, amboi... Bukan main tersenyum sampai ke telinga. Hati tengah
bahagia ke?” sapa Fazura.

Senyuman yang sedang mekar di bibir mati serta-merta. Masa ini jugalah
Fazura nak masuk ke biliknya. Nak berangan sekejap pun tak boleh. Argh, kacau
daun betul.

“Apa ni masuk bilik orang tak ketuk pintu dulu?” dengus Faisha.
Badannya dipusingkan. Malu bila Fazura melihat gelagatnya tadi. Bantal
dipeluk erat.

100

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Fazura menghampiri katil. Dia berdiri sambil matanya menangkap reaksi

wajah Faisha. “Aku ketuklah pintu sebelum nak masuk tadi. Siap panggil kau lagi.

Kau yang tak dengar.”

Faisha memeluk bantalnya kejap. Muka ditekup dengan bantal. Tidak mahu

Fazura menatap mukanya.

“Tipulah kau tu. Dah, aku nak tidur ni. Mengantuklah.” Faisha memberi

alasan.

Fazura menarik bantal yang dipeluk Faisha. Kekuatan tangannya lagi kuat

daripada tangan Faisha.

“Tadi dah tidur, takkan nak tidur lagi. Tak eloklah tidur petang-petang,” bebel

Fazura.

“Aku tak larat,” balas Faisha ringkas.

“Eleh, tak larat konon. Padahal ada sebab lain. Baik kau cakap kat aku hal

sebenar.” Fazura tahu Faisha sedang menyembunyikan sesuatu.

Faisha menggelengkan kepalanya.

“Mana ada apa-apa.” Faisha menafikan.

Fazura tersenyum senget. “Ini mesti pasal abang romantik rumah sebelah tu.

Betul, kan?”

Laju Faisha menggeleng.

“Tak betul!” nafi Faisha lagi.

“Kau ingat aku tak tahu. Abang romantik lamar kau tadi. Untunglah, ada

orang yang nak.” Tersengih Fazura macam Luth melamarnya pula. Dia pula yang

lebih-lebih.

Faisha bingkas bangun daripada baringannya. Dia duduk menghadap Fazura.

Kedua-dua belah lengan Fazura dipegang kuat. “Kau tahu dari mana? Mesti dia

cerita kat kau, kan?”

Fazura menjongketkan keningnya berkali-kali.

101

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Isy, dia tu kan, apa-apa hal semua dia cerita kat kau. Baik kau aje yang

kahwin dengan dia,” omel Faisha. Sakit hati pula dia dengan keakraban Fazura dan

Luth.

Fazura menjuih. “Dia tak nak kat aku pun. Takkan aku nak terhegeh-hegeh

nak kat dia pula.”

“Zaman sekarang dah tak kisah. Ramai perempuan kejar lelaki.” Faisha

menjawab dengan nada mendatar.

Fazura tepuk paha Faisha. “Dia tak nak kat aku. Dia nak kat kau. Jadi, kita

kena terima hakikat tu. Lagipun aku dah ada Kimi. Takkan aku nak kejar abang

romantik kau tu.”

“Menyampah pula aku kau gelar dia abang romantik.” Faisha buat muka geli-

geleman.

Fazura ketawa mengekek. “Dah itu kenyataannya. Bukan main romantik lagi

dia dengan kau. Kau aje yang tak nampak.”

“Hmm, yalah tu.” Faisha malas mahu bergaduh dengan Fazura. Dia

mengiakan sahaja kata-kata Fazura. “Mamat romantik tu cerita apa kat kau?”

sambung Faisha lagi.

Kedua-dua belah tangannya digosok-gosok. Kemudian, Fazura menongkat

dagunya. “Dia tak cerita pun kat aku pasal dia lamar kau tadi.”

Berkerut dahi Faisha. Kalau bukan Luth yang cerita kepada Fazura, siapa pula

yang cerita?

“Aku terdengar tadi perbualan kau dengan abang romantik. Sweet sangat dia

tu bila dia cakap manis-manis macam tu.” Fazura merapatkan kedua-dua belah

tangannya.

Mata dipejam. Berangan hidup bahagia bersama lelaki yang cukup romantik.

Faisha mencebik.

“Jadi, kau intip akulah tadi?” Tajam mata Faisha merenung muka Fazura.

Tergelak-gelak kecil Fazura sambil mengangkat tangannya minta ampun.

102

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Aku tak sengaja. Aku nak keluar tadi. Baru buka pintu sikit, aku perasan kau

kat luar sedang berbual dengan abang romantik,” cerita Fazura tanpa berselindung.

“Hmm, yalah tu.”

“Yalah! Dah alang-alang dengar, aku dengarlah sampai habis.” Serius Fazura

bercerita bagaikan orang tidak bersalah.

Pantas tangan Faisha naik ke paha Fazura lantas dicubit halus. Sibuk ambil

tahu hal orang.

“Kawan aku ada orang lamar dah. Aku tumpang bahagia.”

“Eh, dia lamar aku tak bererti aku terima dia tau. Dia tak ada pun aku boleh

hidup bahagia.” Faisha menafikan sekeras-kerasnya perasaan yang singgah dalam

hati.

“Jadi, kau tak bagi jawapan lagi?” soal Fazura sibuk.

“Aku tak bagi jawapan ertinya aku tak mahu. Ada faham?” Dahi Fazura

ditepuk lembut.

Fazura menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Isy, aku betul-betul tak faham dengan kau ni, Faisha. Orang nak kat kau, tapi

kau jual mahal. Tak salah kau terima lamaran abang romantik tu. Bab bercinta,

lepas kahwin pun kau orang boleh bercinta.” Fazura bagi cadangan.

Terbatuk-batuk Faisha dengar cadangan Fazura.

“Eh, biar jual mahal, jangan tergadai maruah. Lambat asalkan tak tersalah

pilih. Kalau betul aku nak tamatkan zaman bujang aku ni, bukan sekarang tau,”

bidas Faisha.

Fazura menyungging senyum. Sensitif betul Faisha dalam hal rumah tangga.

Fobia untuk berkahwin jelas dapat dilihat dengan mata kasar.

“Kau kenal-kenal rapat dulu dengan abang romantik tu. Lepas tu, baru kau

buat kesimpulan. Abang romantik tu pun kerja elok aje. Cikgu sekolah. Nanti kalau

kau kahwin dengan dia, pasti anak kau pun bijak-bijak macam dia.” Fazura jongket-

jongketkan keningnya.

103

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Juling mata Faisha menjeling Fazura. “Jadi, kau nak kata aku ni bodohlah,

kan?”

Fazura angkat kedua-dua belah tangannya lalu digerak-gerakkan ke kiri dan

kanan. “Aku tak kata pun macam tu. Kau tu pun bijak juga, kan?”

Paha Fazura ditepuk lagi. Kemudian Faisha ketawa kecil.

“Aku ni kalau ikutkan hati, nak sambung belajar lagi. Tapi, tak kesampaian.

Minat nak belajar tu tinggi. Nak buat macam mana kan, dah ini nasib aku.” Suara

Faisha mengendur.

Kesal sedikit bab pelajarannya tidak seperti yang diinginkan. Semuanya gara-

gara emak saudaranya.

Fazura menarik Faisha rapat ke bahunya. “Aku tahu kau serba boleh. Lepas ni

kau belajar, lepas tu ambil periksa. Mana tahu ada kesempatan dapat ijazah.”

Makin kuat Faisha ketawa.

“Dah lama aku lupakan hasrat nak sambung belajar. Misi aku sekarang ni nak

kerja. Cari duit dan kumpul harta. Tapi...” Kata-kata Faisha terhenti di situ.

“Tapi, apa?”

“Jadi penghantar piza pun cukup-cukup belanja dan makan aje. Macam mana

nak kumpul harta? Motor kapcai yang aku beli hari tu pun entah boleh naik lagi ke

tak. Runsing aku fikir bab masa depan ni,” keluh Faisha. Risau sangat dengan

ekonomi yang turun naik sekarang ni.

Fazura menepuk-tepuk belakang Faisha. “Insya-Allah, ada rezeki kau tu.

Cakap pasal kerja, Encik Nuhal ada tanya, bila kau boleh masuk kerja. Lama lagi ke

MC kau tu?”

“Rasanya minggu depan dah habis MC. Tapi, aku kena pergi buat rawatan

susulan dulu. Tengok dulu doktor cakap apa. Kalau dah okey kaki aku ni, rasanya

dah boleh mula kerja nanti.”

Faisha pun dah bosan duduk di rumah. Kerjanya asyik makan, minum dan

tidur. Sampai badannya pun sudah mula naik.

104

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Fazura mengangguk tanda faham. Lepas mula kerja, tak adalah dia akan

serempak dengan abang romantik sebelah rumah lagi. Selamat dan aman

hidupnya.

LUTH mengambil telefonnya. Nombor telefon papanya dihubungi. Cakap hanya dua
minit sahaja setakat berbual tanya khabar. Lepas itu panggilan dimatikan kerana
Encik Luth Fadhil ada di luar rumah. Sebelum menamatkan panggilan, Encik Fadhil
meminta Luth menghubungi mamanya, Puan Aishah.

“Assalamualaikum, mama.” Perlahan suara Luth beri salam.
“Waalaikumussalam. Amboi, bertuah punya anak. Malam-malam begini baru
nak telefon mama semula. Susah sangat nak jawab panggilan mama sekarang ni
ya?” bebel Puan Aishah selepas jawab salam.
Luth garu-garu lehernya. Kakinya yang tadi bersila dilunjurkan.
“Luth sibuk sikit kat sekolah, mama. Sekarang ni kat sekolah banyak aktiviti.
Kadang-kadang balik rumah dah letih. Tertidur macam tu aje.”
Luth cipta alasan. Tidak mahu mamanya terasa hati. Dia cuma tertekan
apabila mamanya asyik bercakap perihal mahu menjodohkannya dengan Riana.
“Hmm, yalah tu. Pindah rumah tak bagi tahu mama dan papa pula tu. Luth
tinggal kat mana sekarang ni? Mama pergi rumah asyik berkunci aje,” beritahu
Puan Aishah.
Setiap kali bertandang, pagar rumah anaknya itu dikunci dengan mangga.
Luth berdeham. Berfikir-fikir mahu berterus terang dengan Puan Aishah atau
menyembunyikan sahaja perihal dia sudah berpindah. Kalau beritahu Puan Aishah,
dia risau mamanya beritahu alamatnya kepada Riana. Dah keluar mulut buaya,
masuk mulut singa pula nanti.
“Luth bagi tahu kat mama sekarang, Luth kat mana?”
Luth mengetap bibirnya, sedang berfikir mencari jawapan.

105

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Isy, susah betul Luth nak jawab soalan mama. Nak lari daripada mama ke?”

bebel Puan Aishah lagi.

“Eh, tak adalah, mama. Sebenarnya Luth ada kursus kat luar ni. Seminggu

Luth kena bertugas kat luar daerah. Sebab tu mama pergi rumah asyik tak ada

orang,” tipu Luth.

Kedengaran dengusan nafas Puan Aishah yang sedikit kuat dalam talian.

“Bukan tadi cakap sibuk kat sekolah ke? Ini kata pergi kursus pula. Mana satu yang

betul ni, Luth?”

Luth meraup mukanya. Bab menipu dia memang tak pandai.

“Kursus kat sekolahlah, mama. Petang ada aktiviti sukan,” tipu Luth lagi.

Sebab itu Luth tak suka menipu. Sekali dia menipu, dia sudah terjebak.

“Nak pergi mana-mana tu bagi tahu mama. Luth buat mama risaukan

keadaan Luth aje.”

Luth ketap gigi. Rasa bersalah kerana menipu. Tapi, untuk kebaikan dirinya,

dia terpaksa juga.

“Maafkan Luth ya, mama. Luth lupa nak beritahu mama dan papa.”

“Bila tu nak balik?” soal Puan Aishah beria-ia.

“Minggu depan kut. Nanti dah balik, Luth pergi rumah. Mama jangan

risaukan Luth, ya.”

“Hmm, mama sunyilah kalau Luth tak ada. Kan mama dah cakap, pindah aje

tinggal dengan mama dan papa semula. Tapi, Luth tu degil.” Puan Aishah terus

bebelkan anaknya.

“Kak Malisa pun kadang-kadang balik, kan? Jadilah tu, mama.” Luth sengaja

memberi alasan. Dia bukannya budak kecil lagi nak berkepit dengan mamanya 24

jam.

“Kakak kamu tu sibuk dengan pesakit. Macam tak tahu kerja kakak kamu tu

macam mana. Masa banyak dihabiskan kat hospital.” Puan Aishah tidak mahu

kalah.

106

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth mengetap bibirnya. “Kalau Luth tinggal dengan mama pun, Luth bukan

ada 24 jam dengan mama. Luth kena pergi kerja, petang pula selalu ada aktiviti kat

sekolah.”

Luth memberi alasan, mengelak untuk tinggal bersama dengan orang tuanya.

Bukannya dia tak mahu tinggal bersama dengan keluarga, tapi dia malas hendak

berdepan dengan pilihan mamanya. Dia tahu sangat mamanya nak jodohkannya

dengan Riana.

“Hmm, alasan aje, kan?” keluh Puan Aishah.

“Bukan alasan, mama. Tapi, Luth nak hidup berdikari. Hari cuti, Luth baliklah

ke rumah mama. Ada rumah, takkan nak biarkan macam tu aje, kan?” Laju sahaja

alasan luncur dari mulutnya.

“Macam-macam ajelah alasan kamu, Luth. Rumah yang ada tu boleh aje bagi

orang sewa. Tak kosonglah rumah tu nanti.” Ada sahaja jawapan yang mahu Puan

Aishah balas.

Luth menepuk dahinya. Ada-ada sahaja mamanya itu. Satu alasan

diberikannya, beribu jawapan yang dibalas mamanya.

“Kalau nak sewakan bagi tahu mama. Kalau ada yang nak menyewa, mama

minta dia orang telefon Luth.” Puan Aishah terus memberi cadangan.

“Eh, tak payahlah, mama. Luth tak mahu sewakan rumah kepada sesiapa

pun. Sayang rumah elok. Kalau bagi orang sewa, risau macam-macam jadi nanti.”

Luth menyandarkan kepalanya di kepala sofa. Dia tidak boleh mengelak untuk

menamatkan panggilan.

“Habis tu?”

“Luth harap mama faham. Luth tak boleh nak sewakan kat orang lain. Hmm,

mama telefon Luth banyak kali siang tadi nak bagi tahu apa-apa ke?”

Luth sudah bertanya soalan yang menjerut lehernya. Langsung tak terfikir

soalannya itu hanya membuatkan dia masuk perangkap.

107

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Mama nak jodohkan Luth dengan Riana. Baik budak tu. Rajin tolong mama

kat dapur. Berkenan mama dengan Riana tu.” Puan Aishah puji melangit anak

temannya itu.

Terbatuk-batuk Luth. Memang seperti yang ditekanya. Puan Aishah carinya

kerana mahu bincangkan hal dia dengan Riana. “Luth tak boleh nak terima Riana,

mama.”

“Kenapa tak boleh?” tanya Puan Aishah tak puas hati.

Luth diam, berfikir mencari alasan yang baik.

“Sebab Luth tak boleh nak bersama Riana. Luth tak sukakan dia,” beritahu

Luth terus terang.

Puan Aishah mendengus kasar di sebalik talian.

“Lama-lama nanti Luth akan suka juga kat Riana, kan? Cuba Luth bagi

peluang kepada Riana. Cuba dulu bersama Riana. Mana tahu akan timbul juga

perasaan pada dia.” Puan Aishah mendesak.

Luth menghela nafas. Kepalanya yang tidak sakit dipicit-picit. “Mama... Boleh tak

jangan paksa Luth terima Riana?”

“Tapi, Riana tu gadis yang baik tau. Keluarga dia pun mama kenal. Mereka

daripada keluarga yang baik-baik.” Puan Aishah memuji Riana dan mereka

sekeluarga tinggi melangit.

“Ya, mama. Tapi, itu tak bermakna Luth perlu terima dia. Luth harap mama

faham sangat. Luth tak mahu dia mengharap apa-apa daripada Luth. Mama jangan

beri harapan kepada Riana.” Luth tetap menolak mentah-mentah.

Dia tak mahu harapan Puan Aishah membuatkan Riana terus mengharapkan

dirinya.

Puan Aishah terdiam di sebalik talian.

“Mama... maafkan Luth sekali lagi, ya.” Luth terus meminta maaf.

“Kenapa Luth tak mahu terima Riana?” soal Puan Aishah.

108

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth telan air liur. Dia bangun daripada duduknya. Kakinya diatur ke tingkap

yang terbuka. Kain tirai yang sudah tertutup ditarik untuk melihat ke luar rumah.

“Luth kena beritahu mama sebab kenapa Luth tak boleh nak terima Riana.”

Puan Aishah masih tak puas hati. Kalau boleh, dia mahu Luth akur dengan

keputusannya.

“Sebab Luth sukakan seseorang. Luth dah lamar dia untuk dijadikan isteri,”

beritahu Luth. Mungkin jawapan itu akan buatkan Puan Aishah terus menutup

cerita pasal Riana.

Puan Aishah diam. Tidak menjawab apa-apa lagi. Terkedu dan terkejut

dengan jawapan Luth. Patutlah Luth menolak cadangannya. Rupanya Luth sudah

ada pilihannya sendiri.

“Nanti Luth bawa dia jumpa mama, ya. Luth tahu kali ini pilihan Luth tak

salah. Dia pasti yang terbaik untuk jadi suri hati Luth.” Luth beri penjelasan atas

penolakannya.

“Hmm, tak apalah kalau macam tu. Nanti Luth balik, Luth singgah rumah

mama. Kita bincang hal ni secara berdepan.” Kendur suara Puan Aishah. Selepas

itu, panggilan terus dimatikan.

Luth hela nafas. Sesak nafasnya bila perlu bersoal jawab dengan mamanya.

Mujur dia mampu jawab dan beri segala alasan untuk menolak niat mamanya.

Kalau tidak, dia terpaksa reda dan menerima Riana yang langsung tidak dikenalinya

itu.

109

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 16

RIANA mundar-mandir. Tidak senang duduknya. Fikirannya asyik memikirkan Luth.
Masih belum ada jawapan daripada keluarga Puan Aishah tentang risikan seperti
yang diperkatakan oleh Puan Aishah. Sudah seminggu diam tanpa berita.

Wajah Luth terbayang dalam fikiran. Pejam mata pun wajah itu juga yang
terpampang dalam mindanya. Betapa kuatnya penangan Luth kepada dirinya.
Wajah Luth yang bersih dan licin itu terus bermain dalam minda. Sungguh dia
terpikat pada wajah Luth yang cukup sempurna pada pandangan matanya.

Mulanya dia keras hati tidak bersetuju dengan mamanya. Bila sudah
berjumpa sendiri dengan Luth, hatinya terusik. Tidak menyesal dia mengikut
permintaan mamanya untuk berjumpa dengan Luth.

Punggungnya dihenyakkan ke sofa. Tangannya mencapai telefon bimbit yang
terletak di meja di hadapannya. Buntu. Tidak tahu macam mana perlu dapatkan
maklumat penuh tentang diri Luth. Apa yang dia tahu sekarang, Luth pernah
berkahwin dan hubungan yang terjalin tidak kekal lama.

Laju jari Riana mencari nama Luth Fahim di Facebook. Mana tahu kalau
bernasib baik, dia akan jumpa dengan Luth Fahim. Taip sahaja nama itu, tertera
berderet nama yang sama. Satu per satu nama pemilik Facebook itu diklik Riana.
Sedikit hampa apabila setiap wajah itu bukan milik Luth yang dicarinya.

Telefonnya dilemparkan ke permukaan tilam. Sekali lagi dia hampa. Riana
lepaskan keluhan kuat. Kalau diberi peluang, mahu sahaja dia mendekati Luth. Tapi,

110

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth seakan-akan tidak mahu menyambut salam perkenalannya. Paling sakit hati

bila Luth langsung tidak memandang kecantikan pada wajah dan tubuh badannya.

Riana bangun. Jemarinya digenggam erat. Dia sudah berjanji pada diri. Jika

hari ini dia hilang khabar dan jejak Luth, esok dia akan terus menjejaki Luth. Biar

esok ada pertemuan kedua antara mereka berdua. Masa masih panjang.

Setiap saat dan masa, Riana berdoa. Berharap hubungannya dan Luth ada

sinar cahaya. Semoga ada jodohnya bersama Luth.

FAISHA mendengus kuat. Sakit hati pula dia dengan bekas suaminya, Fattah.
Tak habis-habis Fattah mengganggu hidupnya. Fattah buat bising di luar rumah
membuatkan Faisha tidak senang duduk. Ada sahaja perkara yang dilakukan Fattah
untuk buatnya geram dan hilang sabar.

Faisha menjengah melihat Fattah yang menjerit-jerit kuat di luar pagar
rumah. Sesekali Fattah goyangkan pintu pagar yang berkunci dengan mangga. Tidak
lepas Faisha merenung bekas suaminya dari lubang tingkap.

Fazura yang datang dari dapur berkerut-kerut mukanya. Pinggan berisi buah
epal dan jambu batu diletakkan di atas meja. Dia turut menjengah ke tingkap.

“Kenapa dia terjerit-jerit kat luar tu? Apa kau dah buat kat dia?” tanya
Fazura.

“Aku tak buat apa-apalah kat dia. Gila talak tu,” jawab Faisha dengan nada
berbisik.

Fazura mengecilkan matanya.
“Kacak, tapi sayang gila talak,” omel Fazura.
Faisha yang serius tadi tergelak kecil. Jarinya pantas mencubit lengan Fazura.
Boleh tahan juga mulut Fazura.

111

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Betullah aku cakap. Muka tu boleh tahan kacak, tapi abang romantik

sebelah rumah lagi kacak kut. Dahlah kacak, romantik pula tu. Eh, bekas suami kau

tu romantik macam jiran sebelah rumah kita tak?” Sempat lagi Fazura bertanya.

“Kan aku cakap setakat romantik aje tak cukup. Hati budi kita kena tahu luar

dalam. Tak kenal luar dalam macam itulah.” Faisha membebel kepada Fazura. Tak

habis-habis nak yang romantik.

Fazura tarik muka seinci.

Faisha undurkan langkah. Biarlah Fattah menjerit seorangan di luar rumah.

Nanti dah bosan, baliklah dia. Takkan nak terus tunggu di depan rumah? Punggung

dihenyakkan kembali ke sofa. Buah epal yang terhidang disambar lalu digigit sedikit

demi sedikit.

“Kau tak mahu jumpa bekas suami kau tu ke? Dah macam orang angau pula

aku tengok.” Fazura masih menghendap Fattah di sebalik tingkap.

“Biarlah dia. Aku tak suruh dia datang sini pun. Macam orang tak ada rumah

aje,” dengus Faisha.

Fazura menutup rapat tirai tingkap. Dia melangkah menghampiri Faisha.

Ruang kosong di sebelah kanan Faisha dipilihnya untuk merebahkan punggungnya.

“Hmm, betul juga tu. Biarlah dia melalak di depan rumah. Tapi, jiran tetangga

tengok tak manis pula. Kecoh nanti.”

Laju Faisha alihkan pandangannya.

“Habis tu, kau nak suruh aku keluar jumpa dia? Kalau aku jumpa dia, macam-

macam drama dia buat. Lagi orang cakap bukan-bukan,” balas Faisha. Matanya

kembali menonton cerita yang tersiar di kaca TV.

Fazura angguk-anggukkan kepalanya. Telinganya pula asyik dengar suara

jeritan Fattah di luar rumah.

“Kalau kau nak pergi jumpa dia, kau pergilah. Tapi, cakap aku tak ada kat

rumah. Pandai-pandailah kau bagi tahu dia.” Faisha perasan dari ekor matanya,

Fazura mencuri pandang Fattah di luar rumah.

112

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kau tak marah ke kalau aku jumpa dia?” Takut-takut Fazura bertanya.

“Langsung tak marah. Pergilah jumpa. Tapi, ingat! Cakap aku tak ada.

Pandai-pandai kaulah bagi alasan.” Faisha dah malas nak ambil tahu lagi.

Fazura berdiri mendabik dada. Rambutnya yang menutupi pipi dilibas ke

belakang. Ton suaranya diperbetul. Perlahan-lahan Fazura mengatur langkah

menghampiri pintu utama dengan penuh yakin.

Faisha bingkas bangun menghampiri tingkap yang ditutupi dengan tirai.

Diselaknya sedikit, mencuri pandang gelagat Fazura. Tidak lepas mata Faisha lihat

Fazura yang makin dekat dengan Fattah.

Tak tentu arah Fattah bila Fazura menghampirinya. Kuat tangannya

memegang besi pagar. “Faisha ada tak?”

“Eh, Faisha tak ada. Dia keluar dengan bakal suami dia. Encik ni siapa ya?”

tanya Fazura buat-buat tak kenal.

Fattah menghela nafas. Tidak percaya Faisha tiada di rumah.

“Awak jangan tipu saya. Saya tahu Faisha ada kat dalam tu, kan?” Fattah

memanjangkan lehernya.

“Betullah apa yang saya cakap. Faisha memang keluar dengan tunang dia.

Cari cincin kahwin,” tipu Fazura.

Fattah terdiam sekejap bila Fazura beritahu buah hatinya keluar mencari

cincin kahwin.

“Bila dia nak kahwin?” tanya Fattah lagi.

Fazura jongketkan bahunya. Kepalanya menggeleng perlahan. “Pasal majlis

dia tu, saya tak tahu pula. Yang saya tahu, Faisha nak kahwin. Encik...”

“Panggil aje saya Fattah. Saya bekas suami Faisha.” Fattah memperkenalkan

dirinya.

“Oh, jadi awaklah bekas suami Faisha. Tak sangka, boleh tahan juga awak.

Gembira dapat kenal awak. Saya Fazura,” puji Fazura, mahu menutup rasa curiga

Fattah.

113

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Fattah menyambut kata-kata Fazura dengan muka tertanya-tanya. “Faisha

pernah cerita pasal saya kat awak ke?”

“Adalah sikit,” jawab Fazura dengan isyarat tangan sekali.

“Betul ke Faisha tak ada ni?” soal Fattah lagi.

Fazura mengangguk laju. “Belum balik lagi. Kalau ada apa-apa pesanan,

awak bagi tahu saya aje. Nanti saya sampaikan kat dia.”

Fattah diam. Muka Fazura di hadapannya itu ditenung redup. Beberapa

ketika kemudian, dia hela nafas panjang.

“Tolong bagi tahu Faisha, suruh dia call saya. Saya akan tunggu panggilan

daripada dia. Bagi tahu dia, saya ada hal penting nak bincangkan dengan dia. Saya

harap awak sampaikan pesanan saya ni. Boleh?” Laju sahaja kata-kata itu meluncur

dari mulut Fattah. Berharap Fazura dapat membantunya.

Fazura sekadar mengangguk. Pesanan Fattah itu akan disampaikan kepada

Faisha. Jatuh simpati pula kepada pemuda di hadapannya itu. Lihat air mukanya

sahaja buatkannya kasihan.

“Awak tolong pujuk Faisha untuk saya boleh?”

Terkebil-kebil mata Fazura. Minta pujuk pula. Kalau dia pujuk Faisha, mahu

kena kutuk nanti.

“Boleh tak?” tanya Fattah lagi.

“Hmm, pujuk apa tu?” soal Fazura buat-buat blur.

Fattah henyakkan punggungnya di atas bonet kereta. Lengan bajunya yanng

panjang itu dilipat sedikit.

“Pujuk jangan kahwin dengan kekasih dia tu. Saya tahu dia masih sayangkan

saya. Kalau dia sayangkan saya, jangan seksa diri kahwin dengan lelaki lain. Saya

betul-betul nak kembali jernihkan hubungan kami. Saya nak kahwin dengan dia

semula.” Panjang berjela pesanan yang keluar dari mulut Fattah.

“Oh! Err... Nanti saya sampaikan. Saya harap awak sabarlah, ya.” Fazura mati

kata-kata. Hanya itu sahaja yang keluar dari mulutnya.

114

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Fattah menarik nafas dalam-dalam. Beberapa ketika kemudian, dia hela

nafas. Dia bangun daripada terus duduk di bonet kereta. Pintu sebelah kiri

dibukanya. Jambangan bunga mawar merah yang ditempah khas tadi dikeluarkan

dari kereta.

“Tolong berikan bunga ni kepada Faisha.” Kali ini jambangan bunga pula

dihulurkan kepada Fazura

Fazura angguk perlahan-lahan. Boleh tahan juga Fattah. Gubahan bunga

bukan main kreatif. Mesti mahal harganya, detik Fazura dalam hati.

“Okey, nanti saya bagi kepada Faisha.” Bau bunga itu diambil baunya.

Berangan sekejap jambangan bunga itu untuknya.

FAZURA kembali menapak masuk ke dalam rumah. Jambangan bunga
diletakkan di sisi Faisha. Sesekali badannya direndahkan. Mengambil bau bunga
dengan mimik muka mengada-ada.

“Isy, kau ni dah kenapa? Takkan baru jumpa Fattah kau dah jadi macam ni?”
Berkerut-kerut muka Faisha tengok gelagat Fazura. Melentok lain macam sahaja.

“Seronoknya dapat bunga. Kenapalah tak ada orang nak bagi bunga kat aku.
Kau tu hari-hari ada orang bagi hadiah.” Sesekali Fazura berangan jadi seperti
Faisha.

Walaupun Faisha penampilannya nampak kasar, tapi peminatnya boleh
tahan. Ada sahaja mata yang memerhatikannya. Kadang-kadang, dia pula jadi
posmen karat.

“Aku tak suka. Kalau kau nak, ambil aje. Tapi, letak dalam bilik kau, ya. Aku
tak mahu tengok bunga ni.” Jambangan itu diletakkan di atas paha Fazura.

Bulat biji mata Fazura kerana terkejut. Tidak berkelip matanya merenung
Faisha.

“Betul ni kau tak nak?” soal Fazura teruja.

115

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Faisha anggukkan kepala, mengiakan pertanyaan Fazura. Kalau orangnya

pun dia tak sudi nak terima, apatah lagi pemberian daripada orang yang

dibencinya. Sampai bila-bila dia tidak dapat memaafkan perbuatan Fattah

kepadanya. Sekali Fattah gores hatinya, sampai bila-bila akan meninggalkan kesan

parut yang sangat dalam.

“Betul?”

“Yalah. Aku tak mahu apa-apa daripada dia. Setakat bunga, rumah kita pun

ada bunga.” Faisha jeling Fazura di sebelahnya.

Fazura jongketkan keningnya berkali-kali. “Terima kasih sebab kau tak mahu

bunga ni. Dapat juga aku merasa.”

Kening Faisha bertaut dengan wajah berkerut. “Macam-macamlah kau ni.”

“Bekas suami kau tu pun romantik juga rupanya. Nak pujuk siap bagi

hadiah.” Tersenyum-senyum Fazura.

Faisha mencebik. Geli hati pula bila Fazura kata Fattah seorang lelaki

romantik. Kalau betul romantik, mungkin bersebab kut.

“Kau ni tak habis-habis dengan romantik kau tu. Kalau tak romantik tak

bahagia ke?” Naik rimas pula Faisha dengan Fazura.

Sehari kalau tak sebut perkataan romantik tu, tak boleh. Semua lelaki dia nak

cakap romantik.

Fazura tayang sengih. “Dah betul romantik, aku cakaplah romantik.”

“Tak ada maknanya Fattah tu romantik. Setakat bercinta bagai nak rak tu

memanglah selalu ayat manis-manis. Bila dah kahwin, entah apa yang jadi. Entah-

entah Luth pun sama. Dua kali lima,” bidas Faisha.

Fazura terus pegang jambangan bunga pemberian Fattah. Dibawa

jambangan itu masuk ke dalam biliknya.

“Suka hati kaulah Faisha. Aku doakan kau bahagia dengan salah seorang

abang romantik yang ada. Amin.” Fazura bersuara kuat dari dalam biliknya.

116

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 17

LUTH singgah ke rumah orang tuanya. Sebaik sahaja memarkir kereta di hadapan
rumah, Puan Aishah terus meluru mendapatkannya. Tersenyum-senyum Puan
Aishah menyambut kepulangan anak lelakinya.

“Assalamualaikum. Mama sihat?” Luth menyapa Puan Aishah sebaik dia
keluar dari perut kereta. Huluran tangan Puan Aishah disambut lalu dikucupnya.

“Waalaikumussalam. Balik pun anak mama ni.” Puan Aishah menarik tubuh
Luth ke dalam pelukannya. Kemudian, kepala anaknya itu dikepit di bawah
ketiaknya.

Luth ketawa mengekek. Puan Aishah melayannya macam dirinya masih anak
kecil.

“Mama sihat?” Sekali lagi Luth bertanya soalan yang sama.
Puan Aishah menganggukkan kepalanya. Tangan Luth ditarik mengikuti
langkahnya masuk ke dalam rumah. Banyak cerita yang Puan Aishah mahu
ceritakan kepada Luth. Daripada perihal anak-anak kembarnya hinggalah pasal
Riana.
Mata Luth menangkap barang-barang gubahan kecil yang berselerak di
lantai.
“Mama buat hantaran ke?” tanya Luth sebaik matanya melihat barang-
barang itu.

117

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Puan Aishah senyum-senyum bila soalan itu keluar dari mulut anaknya. Dia

menyandarkan kaki dan badannya ke sofa.

“Semua tu barang hantaran Luth,” sambut Puan Aishah.

Terlopong Luth bila mamanya memberitahu semua itu adalah barangnya.

Terkebil-kebil mata Luth merenung Puan Aishah, inginkan jawapan yang lebih jelas.

“Luth tak faham, mama.”

Puan Aishah terus bangun daripada duduknya. Dia berlalu masuk ke dalam

bilik utama. Beberapa ketika kemudian, Puan Aishah kembali dengan membawa

bekas cincin baldu. Diberikan cincin itu kepada Luth.

Takut-takut Luth mahu menyambutnya. Dari bekas baldu itu pun Luth sudah

dapat mengagak. “Apa ni mama?”

“Cincin tanda.”

Sesak nafas Luth dibuatnya. Jantungnya berdegup kencang. Takkan

mamanya mahu menjodohkannya dengan sesiapa?

“Siapa punya?”

“Luth punyalah.” Manis sahaja muka Puan Aishah sebaik Luth menyambut

bekas baldu itu.

Luth diam dan beberapa ketika kemudian, dia meledakkan tawa besar.

“Takkan ada orang merisik Luth, mama?” sambut Luth dengan soalan

gurauan.

“Bukan orang lamar Luth, tapi cincin tu untuk bakal isteri Luth nanti.” Puan

Aishah masih berbasa-basi. Tidak menerangkan rancangannya yang sebenar.

Luth mengecilkan matanya. Kepalanya digeleng.

“Maksudnya, untuk sesiapa pun yang bakal kahwin dengan Luth nanti?” Luth

buat-buat tak faham.

Keruh muka Puan Aishah. “Bukan untuk orang lain. Tapi, untuk Riana.”

Serta-merta muka Luth berubah. Bekas yang dibukanya itu cepat-cepat

ditutup kembali.

118

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Apa ni mama? Kenapa pula Riana? Luth tak mahulah kahwin dengan dia.”

Luth beritahu Puan Aishah dengan nada tegas.

Tegang wajah Puan Aishah. “Mama dah beritahu Riana, Luth akan kahwin

dengan dia. Jadi, mama tak boleh sesuka hati batalkan.”

Luth menggeleng tanda tidak setuju. Mana mungkin dia berkahwin dengan

Riana jika hatinya sudah mula terpaut kepada Faisha. Bersungguh-sungguh dia

mengejar cinta Faisha, takkan dia mahu mengalah dan menerima Riana. Tidak!

“Luth dah ada pilihan sendiri, mama.”

“Siapa? Luth tak serik lagi ke? Luth tengok macam mana hubungan Luth

dengan Juliana. Musnah macam tu aje. Dia sia-siakan Luth dengan mengkhianati

hubungan yang sedia ada. Perempuan macam tu juga ke yang Luth nak?” Puan

Aishah mengungkit tentang hubungan Luth dan bekas isterinya.

Luth meraup mukanya.

“Dah jodoh kami sampai di situ sahaja, mama. Luth bukan Tuhan boleh tahu

semua benda yang bakal terjadi dalam hidup Luth.” Luth mengawal nada suaranya

agar tidak meninggi.

“Mama nak Luth kahwin dengan Riana juga. Mama yakin Riana gadis yang

baik.” Puan Aishah tetap memaksa dengan penuh yakin.

Ikutkan hati, mahu sahaja Luth menjerit sekuat hati kepada Puan Aishah.

Tapi, dia bukan seorang anak yang tidak tahu adab. Dia masih menghormati

mamanya.

“Keluarga Riana pun dah tahu mama nak risik Riana untuk Luth.” Puan Aishah

bersuara lagi. Dengan alasan itu, Luth tidak dapat menolak lagi.

Luth mengetap giginya kuat. Hatinya bertambah sakit apabila Riana yang

menjadi pilihan mamanya. Kenapa mamanya tidak memilih Faisha sebagai suri

hatinya? Luth menghela nafas.

“Mama... Luth cintakan orang lain. Luth sukakan seseorang. Mama tolong

beri sedikit ruang untuk Luth.”

119

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Puan Aishah diam seketika. Luth yang duduk tidak jauh daripadanya

dipandang. “Siapa dia?”

“Faisha Irdina,” beritahu Luth jelas.

Ya, nama itu membuatkan pintu hatinya terbuka untuk bercinta buat kali

kedua. Walaupun dia baru sahaja berpisah dengan Juliana, tetapi kehadiran Faisha

seakan-akan dapat mengubat rasa kecewa dalam hatinya.

“Jadi, Luth nak kahwin dengan dia?” tanya Puan Aishah.

Luth mengangguk. Jika diberi pilihan, dia akan memilih Faisha sebagai

pasangannya. Baginya, Faisha lebih punya harga diri jika dibandingkan dengan

Riana. Baginya, Riana dan Juliana sama sahaja perangai mereka. Tapi, Faisha

tersangatlah istimewa dengan ketegasan dan sikapnya itu. Itulah yang

membuatkan Luth terpikat kepada Faisha.

“Bawa dia jumpa mama.” Puan Aishah bersuara akhirnya.

Berubah riak wajah Luth. Baginya itu sesuatu yang menggembirakan. “Boleh,

mama. Nanti Luth bawa dia jumpa mama.”

Puan Aishah tiada pilihan. Dia akur untuk berjumpa dengan gadis pilihan

Luth. Tapi, itu tidak bermakna dia sudah berputus asa untuk menjodohkan anaknya

dengan Riana.

120

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 18

FAISHA tersedak tiba-tiba. Pedih tekaknya. Dia yang tengah baring cepat-cepat
bangun duduk. Tiba-tiba pula dirinya tersedak.

“Eh, ada orang sebut nama kau kut ni? Tiba-tiba tersedak lain macam aje. Ini
mesti abang romantik rumah sebelah sebut nama kau,” tegur Fazura sambil
menjongketkan keningnya.

Faisha urut lehernya. Matanya sempat menjeling Fazura yang tengah
berbaring di bawah.

“Ya, ya kau aje, kan? Entah-entah mamat sebelah tu yang tersedak sebab kau
asyik sebut nama dia,” omel Faisha.

Fazura tergelak.
“Kalau aku yang sebut nama dia, memang tak tersedaklah. Kalau kau sebut,
entah-entah sekejap lagi terjengul depan rumah,” sambut Fazura, terus mengusik
Faisha.
“Yalah tu. Aku nak cuba sebutlah. Kalau betul mulut aku ni masin,
terjengullah Luth abang romantik sekejap lagi, ajak aku berbual dan ajak kahwin.”
Faisha sengaja mengejek.
Fazura menyambut kata-kata Faisha dengan hilai tawa besar.
“Kau tunggulah sekejap lagi. Aku kira sampai 10. Cukup 10, mesti abang
romantik sampai. Kau percayalah cakap aku,” sambut Fazura, seronok menyakat
kawan baiknya itu.

121

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Faisha hanya ketawa. Ada-ada sahaja Fazura.

“Eh, kalau betul cakap kau tu, aku gerenti ikut apa sahaja yang kau suruh.

Aku yakin kata-kata kau tu takkan jadi,” ujar Faisha dengan yakin.

“Kau jangan yakin sangat, Faisha. Kalau betul dia datang lepas aku kira

sampai 10, aku nak cabar kau sesuatu. Boleh?” Fazura bingkas bangun daripada

baringannya. Dia duduk bersimpuh sambil matanya tidak lepas merenung Faisha.

Kata-kata Fazura itu hanya buat Faisha ketawa. “Kau nak cabar apa? Kau

ingat masin sangat ke mulut kau tu?”

“Eh, cakap besar betul kawan baik aku ni. Kau nak tahu aku nak cabar apa?”

Tidak lepas Fazura merenung muka Faisha dengan muka seriusnya.

Faisha jongketkan keningnya, meminta Fazura meneruskan kata-katanya.

“Lepas aku kira sampai 10 nanti, kalau tiba-tiba abang romantik rumah

sebelah datang, aku nak kau terima dia. Kau kena kahwin dengan dia. Boleh?”

cabar Fazura.

Faisha berjeda seketika. Berfikir-fikir. Wajah Faisha yang pada mulanya

tegang tercalit senyuman.

“Okey, aku terima cabaran kau. Kalau betul abang romantik rumah sebelah

tiba-tiba datang nak jumpa, aku terima untuk berkahwin dengan dia. Puas? Hah,

kiralah sampai 10.” Faisha menjawab berani.

Dia yakin Luth takkan memanggilnya. Tadi dia nampak Luth keluar.

Fazura mengangguk. Mulutnya mula mengira sambil mengangkat jarinya.

Sampai kiraan 10, Fazura tersenyum.

“Assalamualaikum, Faisha!” Suara Luth kedengaran jelas memberi salam dari

luar rumah.

Laju degupan jantung Faisha berirama. Dia kenal sangat dengan pemilik

suara yang memanggilnya itu. Faisha terbatuk-batuk.

Fazura pula sudah tersengih lebar sambil jongketkan keningnya.

122

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Pergh! Kau kena kahwin dengan abang romantik. Kau tengok tu, Faisha.

Siapa yang panggil kau tu?” Fazura bingkas bangun. Tangannya segera menarik

tangan Faisha agar pergi berjumpa Luth di luar rumah.

Faisha mengetap giginya. Kepalanya menggeleng-geleng. “Tak nak jumpa.”

“Haisy, tadi kau cakap apa? Kau dah lupa ke?” asak Fazura.

Faisha menggeleng laju. Isy, Luth ni pun satu. Kenapalah dia datang masa ni?

Faisha termakan dengan kata-katanya sendiri. Perit sahaja air liur yang ditelan.

“Pergilah cepat.” Badan Faisha ditolak kuat oleh Fazura. Pintu utama dikuak

luas.

“Waalaikumussalam. Sekejap Luth,” jerit Fazura.

Setiap langkah kakinya dirasakan lemah dan keras. Berubah warna mukanya

apabila sudah berdiri berhadapan dengan Luth. Masa ni dia rasa macam nak telan

sahaja Fazura. Memang dia terkena habis dengan Fazura.

“Ini puan pemaisuri tuanku.” Sempat lagi Fazura bergurau.

Luth menyambut kata-kata Fazura dengan tawa kecil. “Terima kasih tolong

bawakan puan pemaisuri saya ni.”

Faisha mencebik. Dua-dua tiga suku. Luth pun melayan sangat Fazura tu.

Tajam mata Faisha menjeling Fazura dan kemudian Luth.

“Kau jangan lupa janji kau tadi, Faisha. Aku akan tuntut sampai kau

tunaikan.” Fazura ingatkan Faisha. Keningnya dijongket berkali-kali.

Berkerut muka Luth. “Janji apa tu?” soal Luth.

“Faisha akan...”

Belum sempat Fazura habiskan ayatnya, Faisha terlebih dahulu cubit

pinggang Fazura. Terjerit kuat Fazura. Tergelak kecil Fazura bila perasan Faisha jegil

kepadanya.

“Tak ada apa-apalah. Fazura ni memang suka cari pasal dengan aku. Tak apa,

hari ni kau kenakan aku, Zura. Okey...” Faisha buka pintu pagar lantas menghampiri

Luth. Dia akur untuk berjumpa dengan Luth.

123

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Fazura tersenyum mekar. Suka tengok Faisha dan Luth berdua. “Aku masuk

dulu. Kau orang berdua dating dululah, ya. Aku tak mahu kacau daun.”

Fazura mengenyitkan matanya. Beberapa ketika kemudian, dia terus

menapak masuk ke dalam rumah.

Faisha tertunduk. Saat ini jantungnya berdegup kencang. Perasaannya rasa

tidak seperti selalu. Kencang degupan jantungnya mengalunkan irama.

“Hai, awak.” Luth menegur Faisha. Tersenyum manis Luth bila Faisha berdiri

di hadapannya.

“Hai!” jawab Faisha kasar.

“Jom kita pergi taman. Saya ada hal nak cakap dengan awak,” ajak Luth.

“Hmm...” Ringkas jawapan Faisha.

Tangan Luth yang cuba memegangnya ditolak. Dia tahu niat Luth hanya

sekadar mahu memimpin langkahnya.

“Aku boleh jalan sendiri. Kaki aku dah okey. Tangan aku pun dah tak sakit

sangat.”

Luth akur. Mereka sama-sama melangkah dengan perlahan.

“Betul awak dah okey?” tanya Luth.

“Okeylah ni dah boleh jalan. Tak payah nak harapkan tongkat,” balas Faisha.

Punggungnya dihenyakkan di kerusi yang selalu menjadi tempatnya lepak dengan

Luth bila berbual.

“Terima kasih sebab awak sudi jumpa saya. Kalau tak, bukan main susah lagi

awak nak jumpa saya, kan?”

Faisha ledakkan tawanya. Poyo betullah ayat Luth.

“Saya ada hal penting nak cakap dengan awak ni. Saya harap awak sudi

dengar.” Lembut tutur Luth.

Kelat senyuman yang tercalit pada wajah Faisha. “Cakap ajelah. Tak nak

cakap, aku nak balik aje.”

124

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth ambil masa untuk menerangkan kepada Faisha. Nafas ditarik sedalam-

dalamnya, kemudian dihela perlahan. Badannya dipusing menghadap Faisha

walaupun tubuh itu keras menghadap ke depan.

“Awak... sudi tak awak terima saya?” Luth memberanikan diri bertanya

walaupun dia tahu kemungkinan besar Faisha akan menolaknya.

Makin galak Faisha ketawa. “Kau tak habis-habis nak bergurau dengan aku,

kan?”

Faisha menyembunyikan rasa gelisahnya.

Luth berdiri. Tangannya diselukkan ke dalam poket seluarnya. Sebuah bekas

baldu berwarna merah dikeluarkan. Perlahan-lahan Luth merendahkan badannya

ke tanah. Bertinggung di hadapan Faisha sambil mengunjukkan bekas baldu itu

kepada Faisha.

Faisha telan liur. “Kau ni apa hal? Kerusi ni kuat lagilah.” Dia mula gelisah.

“Faisha Irdina... Sudikah awak jadi makmum saya?” soal Luth terus terang.

Makin bergelora jantung Faisha. “Kau nak jadi imam?”

Luth anggukkan kepalanya.

“Jadi ajelah imam. Selama ni kau tak pernah imamkan solat? Ramai aje yang

boleh jadi makmum.” Ada sahaja jawapan Faisha.

Luth gelengkan kepalanya. “Tak, bukan itu maksud saya. Saya nak awak jadi

kekasih saya. Jadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya.”

Lamaran itu meluncur laju dari bibir Luth. Bekas baldu yang sudah dibuka

bekasnya dihulurkan kepada Faisha. Nampak berkilau cincin yang dibeli Luth khas

untuk Faisha dengan bantuan Fazura.

Meledak tawa besar Faisha. “Jauhnya kau fikir. Sampai hal anak-anak.”

Luth anggukkan kepalanya. “Saya dah fikirkan hal kita berdua. Saya nak

kahwin dengan awak dan nak ada anak-anak dengan awak. Saya tahu, awak adalah

wanita yang terbaik untuk saya.”

125

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Eh, kau gila ke?” Bekas baldu di tangan Luth disambar. Ditarik Luth duduk

semula di kerusi. Malu orang tengok Luth melutut di hadapannya begitu.

Luth hela nafas. Memang dia tergila-gilakan Faisha. Kalau dia mengaku,

Faisha percayakah dengan kata-katanya?

“Saya nak awak jadi teman hidup saya, Faisha.” Sekali lagi Luth ulangi

lamarannya.

“Okey. Sudah-sudahlah tu ulang cakap perkara yang sama. Kau ingat aku ni

bodoh sangat ke?”

Luth memusingkan badannya. “Awak terima saya?”

Faisha menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian, perlahan-lahan dia hela

nafas. Cincin yang ada di dalam bekas itu direnung lama. “Bagi aku masa.”

Tersungging senyum Luth. Walaupun itu jawapan Faisha, Luth sudah

berlapang dada. Sekurang-kurangnya Faisha minta masa untuk berfikir.

Faisha ketap bibir kejap. Dia teringat cabaran Fazura. Dia juga teringat Fattah

yang acap kali mengganggunya sejak kebelakangan ini. Apakah dia perlu terima

sahaja lamaran Luth untuk lari daripada masalah yang ada? Faisha tersepit.

“Cincin tu awak simpan, ya. Kalau awak setuju terima saya, awak pakailah

kat jari manis awak tu. Kalau awak tak sudi awak simpan aje cincin tu. Anggap aje

itu hadiah daripada saya.”

Luth akan menunggu jawapan Faisha. Tidak kira cepat atau lambat, janji dia

dapat jawapan daripada Faisha nanti.

Pantas Faisha panggung kepalanya, memandang Luth dengan muka

berkerut. Tak terkeluar kata-kata walaupun ada sahaja yang ingin dijawabnya.

Faisha kembali tunduk setelah puas berbalas renungan dengan Luth. Dia kalah.

“Saya pernah berkahwin sebelum ni. Dan kami baru aje bercerai.” Luth buka

cerita tentang kisah hidupnya.

Faisha dengar sahaja. Perlahan-lahan dia hela nafas. Rupanya mereka

berdua mempunyai persamaan. “Kenapa kau bercerai dengan bekas isteri kau?”

126

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth paksa senyuman pada wajahnya. “Saya bukan jodoh dia. Sebab itu

hubungan kami hanya setakat itu sahaja.”

Faisha angguk. “Kau tak mahu rujuk dengan bekas isteri kau semula?”

Perlahan-lahan Luth geleng. “Saya tak boleh nak maafkan dia. Dia dah ada

orang lain. Lagipun, hati saya dah cukup terluka dengan apa yang dia dah buat.”

Redup mata Faisha memandang wajah Luth yang keruh. “Mungkin kau boleh

bagi peluang kedua kepada bekas isteri kau tu?”

Luth panggung kepalanya. Perlahan-lahan dia geleng.

“Awak boleh maafkan bekas suami awak?” Soalan Faisha dijawab dengan

soalan juga.

Faisha hela nafas. “Aku tak boleh nak maafkan dia.”

Luth tarik senyum kelat. “Saya pun sama macam awak. Saya tak dapat nak

maafkan dia. Memang tak ada peluang kedua yang dapat saya berikan.”

Faisha hela nafas. Dalam dunia ini, kenapa ada manusia yang bergelar

pengkhianat? Mereka berdua sama. Pernah bercinta dan pernah dikhianati.

“Ya ke tak boleh nak maafkan?”

Luth anggukkan kepalanya. “Bukan mudah nak memaafkan. Setiap apa yang

berlaku meninggalkan kesan yang mendalam.”

Faisha menjuih. “Selalunya orang lelaki yang suka buat perangai. Tapi, betul

ke bukan perpisahan tu disebabkan kau sendiri? Bukan sebab kau ada perempuan

lain?”

Faisha sengaja mahu menguji Luth. Hendak percayakan Luth 100 peratus pun

tak boleh sangat. Orang lelaki, baru kenal memang banyak rahsia yang

disimpannya.

Luth hela nafas. “Terpulang kepada awak nak percaya cerita saya atau tak,

Faisha. Nanti bila tiba masanya, awak akan tahu juga semuanya.”

Kendur suara Luth. Dia faham kenapa Faisha sukar mempercayainya. Tak

salah Faisha nak waswas dengannya, jika itu untuk kebaikannya.

127

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Aku susah nak percayakan orang. Maaf, aku bukan tak percayakan kau, tapi

aku sekadar berjaga-jaga. Orang zaman sekarang ni banyak penipu daripada yang

jujur. Dalam Facebook banyak aje kisah viral pasal suami curang ni.”

Luth menyambut kata-kata Faisha dengan hati yang terbuka. Dia langsung

tidak berkecil hati. Mungkin ada sebab mengapa Faisha meragui kejujurannya. Itu

tidak bermakna dia akan mengalah begitu sahaja. Selagi Faisha ragu-ragu, selagi itu

dia akan buktikan keikhlasan dan kejujurannya.

128

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 19

BEKAS baldu merah yang terletak di atas meja solek hanya dipandang kosong.
Wajah Faisha keruh. Kata-kata Luth terngiang-ngiang di telinganya. Setiap kata-kata
Luth membuatkan jantungnya berdetak kencang.

Bekas baldu itu dibuka kotaknya. Lama Faisha memandang cincin yang
terletak kemas itu. Nampak berkilat dan bersilau warna emasnya. Cincin itu
dikeluarkan dari bekas itu. Diletakkan atas tapak tangannya. Tidak tahu hendak
digambarkan bagaimana perasaannya saat ini. Dia sendiri tidak dapat menilai
perasaan yang bersarang dalam hatinya.

Matanya dipejam. Cincin di tapak tangannya itu digenggam kejap. Wajah
Luth terbayang. Segera mata yang terpejam dicelikkan kembali.

“Patut ke aku terima dia, ya Allah?” Soalan itu terbit juga dari bibir Faisha.
Faisha berada di persimpangan. Tidak tahu jalan mana yang harus dipilihnya.
Sama ada dia mahu menerima atau menolak sahaja lamaran Luth. Hatinya masih
berbelah bahagi.
Perlahan-lahan Faisha hela nafas. Cincin yang digenggamnya tadi diletakkan
kembali ke dalam bekas baldu. Diletakkan kembali bekas itu di atas meja.
Punggungnya dihenyak ke permukaan tilam. Kepala disandarkan di kepala katil dan
kaki dibiarkan melunjur sambil mengoyang-goyangkan hujung kakinya.
“Hai, jauh termenung,” sapa Fazura.

129

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Faisha panggung kepala. Bila dia tengah dilema, Fazura pasti akan muncul.

Wajah Faisha tidak menunjukkan sebarang riak.

Mata Fazura terpandang bekas baldu di atas meja solek. Dia tahu bekas itu

ada cincin pemberian Luth. Maknanya, Luth sudah melamar dan memberi cincin itu

kepada Faisha. Fazura buat-buat tak tahu.

“Macam kotak cincin aje tu?” Fazura melangkah ke meja solek dan

mendapatkan bekas cincin itu. Dibukanya lalu cuba disarungkan ke jari manisnya.

Belum sempat Fazura menyarungkan cincin itu ke jari manisnya, Faisha

merampasnya kasar.

“Eh, apa ni nak pakai cincin orang? Kalau kau nak, suruh Kimi belikan. Ini aku

yang punya, tak boleh nak cuba-cuba,” marah Faisha.

“Eh, cincin kau ke? Aku ingatkan cincin ni aku punya,” sambut Fazura,

menahan tawa daripada terburai. Nampak riak marah pada wajah Faisha ketika itu.

“Cincin akulah kalau dah ada dalam bilik aku. Kalau kau punya, mestilah ada

dalam bilik kau. Isy, sesuka hati kau aje nak ambil pakai.” Faisha menjeling Fazura.

Fazura sengih.

“Bila masa kau beli? Setahu aku, kau ada kat rumah aje. Atau ada sesiapa

bagi kat kau ni? Ada orang lamar kau ya?” soal Fazura, kononnya tidak tahu apa-

apa. Keningnya dijongketkan berkali-kali.

“Adalah. Buat apa aku nak bagi tahu kau.” Faisha terus genggam cincin

pemberian Luth.

Fazura memanjat naik ke atas katil. Punggungnya dihenyak kemas ke tilam

dan menyambar bantal, lalu dipeluk erat.

“Kalau kau tak mahu cincin tu, bagi kat aku aje. Jari manis aku ni kosong aje.

Cincin aku dah masuk kedai pajak. Kalau pakai cincin kau tu, mesti jari aku nampak

cantik.” Pandai Fazura menyusun ayat. Saja nak perangkap perasaan kawan baiknya

itu.

Faisha mencebik.

130

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kau nak, suruh Kimi belikan. Ada ke patut minta orang punya semata-mata

nak cantikkan jari kau tu. Kau fikir jari kau aje tak ada cincin. Jari aku ni pun

samalah. Ada cincin letak kat kedai pajak siapa suruh?” marah betul Faisha.

“Nantilah aku suruh dia belikan. Tapi, aku nak cuba cincin kau sekejap.

Bolehlah, Faisha. Berkenanlah aku. Cantik cincin tu.” Serius sahaja lagak Fazura.

“Tak boleh!” Cincin itu terus digenggam kejap.

“Kau bukan pakai pun. Daripada kau genggam, baik aku yang pakai.” Fazura

sengih menampakkan gigi siungnya yang tajam.

Naik turun nafas Faisha.

“Siapa cakap aku tak mahu pakai? Kau tengok ni.” Cincin yang digenggam itu

terus disarungkan ke jari manisnya.

Fazura ketawa melihat perangai Faisha. Tahu pun sayang cincin pemberian

Luth. Apakah itu bererti Faisha sudah mula sayang dan sukakan Luth? Cuma,

hatinya masih keras untuk mengaku. Rasanya peluang Luth untuk menjadikan

Faisha sebagai isteri bakal menjadi kenyataan tak lama lagi.

“Siapa bagi cincin tu kat kau?” tanya Faisha.

Faisha telan air liur. Takkan dia nak beritahu Luth yang berikan cincin itu

kepadanya? Mana dia nak letak mukanya nanti? Bukan dia tak tahu perangai

Fazura. Kalau dia tahu, tak habis-habis dia kena sakat. Baik dia diamkan sahaja.

“Abang romantik rumah sebelah yang bagi, kan? Tadi kan kau dating dengan

dia kat taman depan rumah kita tu.” Fazura petik nama Luth.

Terbatuk-batuk Faisha bila nama Luth disebut oleh Fazura.

Fazura ketawa dengan reaksi Faisha. “Betullah tu. Kan aku cakap Luth tu

memang romantik gila. Kalau aku jadi kau, memang aku dah terima dia. Kau tahu

tak apa itu sweet?”

Faisha tarik muka. “Tahu. Sweet tu manis. Dan aku nak cakap kat kau

sesuatu.”

“Apa?” soal Fazura sepatah.

131

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kau tu gelojoh. Senang-senang nak terima lelaki. Lelaki romantik sikit dah

cakap sweet. Kalau 10 lelaki yang datang kat kau romantik, takkan semuanya kau

nak? Aisy!” Faisha geleng. Agaknya Kimi tak cukup romantik.

“Orang tua-tua cakap, kalau nak cari jodoh, cari orang yang sayang lebih kat

kita. Kita tak sayang tak apa. Bila dah kahwin nanti, bercintalah dan akan timbul

perasaan sayang,” nasihat Fazura bagaikan orang lebih berpengalaman.

Besar kecil sahaja Faisha merenung Fazura. Tiba-tiba Faisha ledakkan tawa

besar. Nak terima nasihat Fazura, dia pun kurang yakin. Kawannya itu pun

bukannya betul sangat pilihannya. Kalau Fazura bijak, tak adalah dia bercinta

dengan suami orang.

“Cakap kencang! Kau sendiri pun bercinta sebelum kahwin. Kau tu pun tak

berapa nak betul, nak cakap aku tak betul.” Faisha terus ketawa. Geli hati.

Fazura tayang senyum. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu. “Eh, aku tak

kahwin lagi ek? Aku ingat aku dah kahwin.”

Faisha menampar paha Fazura kuat. “Terhegeh-hegehlah kau ni. Gedik!”

Fazura ketawa mengekek.

132

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 20

LUTH bersiul-siul riang. Matanya menjeling ke rumah sebelah. Macam ada jodoh
sahaja dia dengan Faisha. Matanya tak lepas memandang Faisha yang sedang
bersenam.

“Hai, Faisha,” sapa Luth.
Faisha buat tak endah. Dipekakkan sahaja telinganya. Hujung kakinya
digerak-gerakkan mengikut arah jam. Hanya membuat senaman ringan.
“Psttt!” Luth mengambil seketul batu kecil dan membalingnya berdekatan
dengan Faisha.
Faisha tetap tak mengendahkannya. Dia terus bersenam.
Luth teragak-agak mengambil sesuatu. Matanya ternampak sebatang pen di
dalam kereta. Terus dikuak pintu kereta. Pen itu diambil, lalu dibaling kepada
Faisha. Kali ini pen itu betul-betul terkena dada Faisha. Kalut Luth menekup
mulutnya.
Naik turun nafas Faisha. Terus dia menoleh. Matanya dijegilkan kepada Luth.
“Eh, kau apa hal? Baling-baling barang pula kat aku!” sergah Faisha.
Luth tayang sengih. Macam biasa, Faisha garang dengannya.
“Ops, pen saya terjatuhlah awak. Boleh tolong ambilkan?” Laju sahaja ayat
itu meluncur dari mulut Luth.
“Eh, kau baling kat aku, lepas tu suruh ambilkan. Tak kuasa aku nak ambil,”
marah Faisha garang.

133

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Kenapa garang sangat ni?”

“Selama ni memang aku garang dengan kau, kan?” Tajam jelingan Faisha

kepada Luth.

Makin lebar sengih Luth. Dia perasan ada cincin di jari manis Faisha.

“Alah, ambillah sekejap. Kalau awak tak mahu ambil, sekarang juga saya

panjat masuk pergi kat awak,” ugut Luth.

“Isy, kau ni sengaja nak menyusahkan aku,” dengus Faisha.

Dia tunduk mengambil pen Luth. Tanpa berfikir panjang, pen di tangannya

itu dipatahkan lalu diserahkan kepada Luth.

Ternganga luas mulut Luth.

“Sampai hati awak patahkan pen saya.” Luth buat mimik muka sedih.

“Padan muka kau. Siapa suruh kau baling kat aku.” Faisha menjawab sinis

sambil tersenyum.

Luth menyambut kata-kata Faisha dengan sengihan. “Sampai hati awak,

Faisha. Tapi, saya lagi sampai hati nak serahkan hati saya kat awak bila tengok jari

awak tersarung cincin pemberian saya tu.”

Faisha terkedu. Baru perasan di jari manisnya memang tersarung cincin yang

diberikan Luth kepadanya. Dia memang lupa mahu menanggalkannya kembali.

Cepat-cepat disorokkan tangannya di belakang badannya.

Luth tersenyum-senyum sambil kenyit mata. “Saya ada cakap, kan? Kalau

awak setuju, awak akan pakai cincin tu. Itu maknanya sekarang awak dah terima

lamaran sayalah, kan?”

“Mana ada!” nafi Faisha laju.

“Ya ke? Habis, tu?” Luth memuncungkan mulutnya ke jari manis Faisha.

Faisha mati kata. Tidak tahu apa yang mahu dibalasnya. Laju kakinya

melangkah masuk ke dalam rumah. Kelam-kabut Faisha berlari bila perasan Fazura

mengintipnya.

134

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

CINCIN yang tersarung di jari manisnya dilucutkan. Dimasukkan kembali ke
dalam bekasnya. Giginya diketap kejap. Merah mukanya menahan malu.

“Kenapa kau buang cincin tu dari jari kau, Faisha?” tanya Fazura di sebalik
pintu yang dikuak.

Faisha terus ketap gigi. Tidak tahu nak jawab apa. Perlahan-lahan dia
panggung kepala, membalas renungan Fazura yang masih berdiri di pintu biliknya.

“Faisha, kalau Luth yang lamar kau, tak salah kau terima. Aku sokong kalau
kau terima lamaran Luth.” Fazura menyusun ayat memujuk. Mahu hubungan yang
terjalin makin berputik dan mekar.

“Tapi, aku tak boleh nak terima dia,” balas Faisha kendur.
“Kenapa pula tak boleh? Semua atas diri kau. Bagi aku, Luth tu okey aje. Baik
dan kau perasan tak, dia macam taruh hati kat kau. Kalau tak, takkanlah dia nak
lamar kau jadi isteri dia.”
Faisha raup mukanya. Kemudian, dilepaskan keluhan kecil.
“Mana kau tahu dia ada hati kat aku? Kau bukannya boleh baca hati dia
pun,” bidas Faisha. Sempat dijeling Fazura yang berjalan beberapa langkah
menghampirinya.
Fazura mengangkat jari telunjuknya dan digerakkan ke kiri dan kanan. “Kau
silap. Dari mata kasar kita ni pun boleh nampak kesungguhan dia. Kau sendiri boleh
rasa, kan?”
Faisha diam. Dia dapat rasakan kesungguhan Luth. Tapi, dia tidak yakin
mahu menjalinkan hubungan baru ini. Sebelum ini, dia pernah kecewa dengan
perjalanan hidupnya. Jadi, dia tak mahu tersalah membuat pilihan.
“Kalau susah sangat nak buat pilihan, kau solat istikharah. Insya-Allah, nanti
Tuhan akan berikan petunjuk,” pesan Fazura.
Rugi jika Faisha menolak lamaran daripada Luth. Tolak tuah namanya.

135

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Faisha hela nafas. Sebenarnya dia takut untuk mencuba lagi. Kisah lalu buat

dirinya trauma untuk berkahwin dengan sesiapa pun. Dia takut sejarah lama

berulang kembali dalam hidupnya. Perpisahan itu sangat menyakitkan.

“Faisha, kau cuba bagi abang romantik tu peluang. Kau tak cuba, kau tak

tahu. Semua kena cuba dulu. Aku yakin abang romantik tu memang takkan

kecewakan kau.” Fazura berikan semangat kepada Faisha.

Sampai bila Faisha nak benci kepada lelaki? Dia perlu memberi ruang kepada

lelaki yang layak mendampinginya.

“Kau cakap macam perkara ni mudah dan senang. Aku ni serik kau tahu,

kan? Aku pernah ditinggalkan, dikecewakan dan maruah aku sebagai seorang isteri

dipijak-pijak. Tak sampai sehari status isteri tu aku pegang, Fazura. Lepas tu aku

diceraikan. Aku tak mahu semua tu berulang lagi. Hati aku sakit!” luah Faisha.

Semua itu takkan mudah untuk dilupakan.

Fazura menghampiri Faisha. Punggungnya dihenyakkan di sebelah Faisha.

Tangan kanannya dijatuhkan ke paha Faisha.

“Aku tahu kenangan lalu kau tu terlalu perit untuk kau hadapi. Itu tak

bermakna kau tak ada peluang untuk hidup bahagia dengan orang yang betul. Kau

perlu yakin, setiap percaturan ni Allah dah tentukan. Dia tahu apa yang terbaik buat

kau. Kau kuat sebab itu Tuhan uji kau hingga macam tu sekali.”

Tanpa disangka, mata Faisha mulai berkaca. Hatinya yang keras selama ini

terkesan juga dengan kata-kata Fazura. Tanpa disedari, air mata mula membasahi

pipinya.

“Kau perlu rasa bahagia. Aku kenal kau, Faisha. Bagi aku, kau seorang yang

sangat baik hati dan perempuan yang baik pasti untuk lelaki yang baik. Luth pula

bagi aku, dia juga seorang lelaki yang baik dan dia layak untuk mendampingi kau.

Sesiapa pun dalam dunia ni nakkan yang terbaik dalam hidup mereka.” Fazura

menepuk-nepuk perlahan belakang Faisha.

136

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Faisha ketap bibir bawahnya lama. Air mata yang membasahi pipi diseka

dengan jari. Tak sangka hari ini air matanya gugur di hadapan Fazura. Lemah dia

hari ini tidak seperti hari-hari biasa.

“Kau fikirlah dulu, Faisha. Maafkan aku kalau aku buat kau teringatkan kisah

lama kau dengan Fattah. Aku tahu kau trauma sangat dengan kisah lalu kau tu.

Tapi, itu tak bererti kau perlu berdendam dengan semua lelaki. Yang bermasalah tu

Fattah, bukan Luth.”

“Memang betullah apa yang kau cakapkan tu. Tapi, kau tahu ke Luth tak

bermasalah? Kalau dia tak bermasalah, kenapa dia bercerai dengan isteri dia

sebelum ni?” soal Faisha.

Terkebil-kebil Fazura. Dia tidak tahu-menahu langsung pasal status Luth

sebagai seorang duda. Dia langsung tak menyangka Luth pernah berkahwin

sebelum ini. Sangkanya, Luth memang lelaki bujang. Tapi, baginya itu tidak menjadi

masalah.

“Kalau dia dengan isteri sebelum ini boleh berpisah, tak mustahil kalau

kahwin dengan aku nanti pun kami akan berpisah.” Faisha menyuarakan apa yang

sedang bersarang dalam fikirannya.

Fazura geleng kepala. “Aku tak setuju dengan kau, Faisha. Tak bermakna

Luth tu yang bermasalah. Mungkin isteri dia yang buat hal sebelum ni. Dia ada

cerita sebab dia berpisah dengan bekas isteri dia?”

Faisha hanya menjongketkan bahunya. Memang Luth ada cerita sedikit pasal

bekas isternya. Tapi, tidak terlalu banyak yang diceritakan. Cuma Luth beritahu

nasib kita sama sahaja. Nak percaya sepenuhnya kepada kata-kata Luth pun tak

boleh. Biasalah, lidah lelaki. Pandai belit. Habis cerita diputarbelitkan untuk raih

simpati.

“Kenapa kau asyik fikir yang bukan-bukan aje pasal Luth? Dia ada buat salah

kat kau ke?” tanya Fazura.

137

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Memang dia ada buat salah dengan aku. Dia langgar aku sampai aku

terlantar kat hospital tak boleh berjalan dan tak boleh nak kerja. Memang aku

marah sangat dengan dia,” hambur Faisha, lepaskan amarahnya.

Fazura tepuk dahi. “Sebab tu aje?”

“Yalah,” jawab Faisha sepatah.

“Isy, sebab tu tak ada kena-mengena kau nak tolak lamaran dia. Aku

maksudkan dia ada sakitkan hati kau ke?” Fazura tak puas hati.

Tahu sangat dengan sikap Faisha yang seakan-akan mahu mengelak. Tadi

nampak macam beria-ia sangat. Sekarang dia menafikan pula.

“Aku tak boleh.” Faisha gelengkan kepalanya.

“Kau boleh. Malam ni kau buat solat istikharah. Insya-Allah, Tuhan akan

berikan jawapan pada persoalan kau tu.”

Faisha diam. Perasaannya berbelah bahagi. Sama ada mahu menerima

lamaran Luth atau menolaknya sahaja.

Suasana sepi seketika. Ketika masing-masing melayan perasaan, mereka

dikejutkan dengan suara Fattah yang memekik di luar rumah.

“Faisha, keluarlah!” Fattah menjerit, memanggil-manggil nama Faisha. Pintu

diketuk berkali-kali.

Tercengang Faisha dan Fazura sambil berpandangan antara satu sama lain.

“Sha, buka pintu ni sayang.” Fattah merayu lagi.

Jika sebelum ini dia hanya berada di luar pagar rumah, kali ini dia berani

masuk hingga ke kawasan rumah. Dia perlu berkeras menunjukkan

kesungguhannya untuk memikat semula hati Faisha.

“Beraninya dia masuk kawasan rumah kita ni. Isy!” dengus Faisha tidak puas

hati. Turun naik nafasnya menahan geram.

“Kau tengok tu, Faisha. Fattah pula macam orang gila talak. Dah ceraikan

kau, sekarang ni nak merayu pula. Sebab tu aku cakap kau kena kahwin dengan

138

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Luth. Terima saja lamaran Luth.” Fazura menyuarakan apa yang sedang bersarung

dalam hatinya.

Faisha menarik-narik rambutnya. “Kau gila nak suruh aku terima lamaran

dia?”

Fazura menarik Faisha ke tingkap biliknya. Dari biliknya, dia dapat lihat

tetamu tak diundang yang datang bertandang. Memuncung mulut Fazura juih ke

arah Fattah.

“Kalau kau tamatkan zaman janda kau tu, Fattah takkan ganggu kau lagi.”

Faisha jegil mata kepada Fazura. Jari telunjuknya dituding tepat ke hidung

Fazura.

Fazura tersengih sambil menggeleng. “Ops, maaf. Aku maksudkan kau

tamatkan zaman bujang.”

Faisha melepaskan satu tumbukan perlahan ke bahu Fazura.

“Sha, buka pintu ni sayang. Abang nak jumpa dengan Sha, bincang hal kita

berdua, sayang.” Fattah terus mengetuk pintu rumah.

Faisha beri isyarat tangan kepada Fazura. Mahu Fazura pergi berjumpa

dengan Fattah. Faisha kalau boleh tidak mahu berdepan dengan bekas suaminya

itu. Bila melihat wajah itu, hatinya kembali sakit.

Fazura buat mimik muka. Perlahan-lahan dia menggeleng. Dia pun malas nak

berdepan dengan Fattah. Lebih baik mereka berdua duduk diam sahaja di dalam

rumah.

“Faisha, keluarlah! Abang tahu Sha ada kat dalam tu. Selagi Sha tak keluar,

selagi itu abang akan tunggu kat depan pintu ni.” Fattah ugut Faisha.

Dia perlu berkeras. Kalau dia berlalu pergi, pasti sampai bila-bila dia tidak

akan berjumpa dengan Faisha. Hubungan yang keruh antara mereka berdua perlu

dijernihkan. Dia akan terus menagih kemaafan daripada Faisha dengan harapan

jodoh itu kembali menjadi miliknya.

139

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Bab 21

“EHEM...” Luth berdeham di belakang Fattah.
Sebaik keluar dari kereta, dia dengar suara bising Fattah. Atas rasa

tanggungjawab kejiranan, dia perlu menegur Fattah yang berada dalam kawasan
rumah gadis bujang.

Fattah menoleh. Naik turun nafasnya membalas pandangan Luth. Fattah
tersenyum sinis menyambut sapaan Luth. “Sibuk aje kau. Nak jadi herolah tu
konon.”

Luth jongket keningnya.
“Memanglah aku hero kat hati Faisha. Seorang hero mestilah lindungi
heroinnya,” sambut Luth selamba.
Bergelora jantung Fattah. Makin kuat nafasnya. Berhadapan dengan Luth
memang buat dia rasa tercabar. Ada sahaja kata-kata Luth yang membuatkannya
sakit hati. Tak habis-habis nak mengganggunya.
“Ada aku kisah kau nak jadi hero? Selagi Faisha bukan isteri kau, aku ada hak
nak jumpa dia. Aku boleh buat dia kembali dalam hidup aku!” tegas Fattah.
Dia tidak kisah jika Luth ada. Apa yang penting, hati Faisha perlu direbutnya
kembali.
Luth gerakkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan berulang-ulang. “Aku takkan
benarkan kau kacau bakal isteri aku. Aku memang takkan diam diri jika kau terus
kacau hidup Faisha. Kalau kau berani, kau langkah mayat aku dulu.”

140

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Fattah mendabik dada. Tanpa berfikir panjang, satu tumbukan dilepaskan ke

wajah Luth.

“Kau ingat aku tak berani?” Bertalu-talu Fattah menumbuk Luth.

“Fattah!” jerit Faisha yang tiba-tiba muncul. Luth yang terbaring di laman

rumahnya ditarik.

“Sha, dia kacau hubungan kita. Dia nak halang abang daripada berjumpa

dengan Sha,” adu Fattah.

Bila Fattah mahu mendekati Faisha, dia cepat-cepat berdiri dekat dengan

Luth.

“Memang dia patut halang sebab kami dah nak kahwin. Cuba kau faham sikit

antara kita memang tak ada apa-apa hubungan dah. Kalau Luth tak halang

sekalipun, aku takkan jumpa dengan kau. Aku tak bolehlah nak hadap muka kau,

Fattah,” marah Faisha.

“Sha...”

“Aku tak mahu dengar apa-apa lagi dari mulut kau. Kau memang melampau.

Kalau kau tak percaya sangat kami nak kahwin, kau tunggu aje jemputan

perkahwinan daripada kami. Aku akan jemput kau nanti,” ujar Faisha dengan wajah

tegang.

Luth pula menahan rasa sakit. Dia sengaja tidak berlawan dengan Fattah.

Belum masanya lagi dia tunjukkan kelelakiannya. Lagipun dia masih boleh bersabar.

Jangan sampai Fattah lakukan apa-apa kepada Faisha. Masa itu dia sendiri yang

akan memulakan dahulu.

“Abang...”

“Sudah! Kau pergi berhambus dari rumah aku. Kau pergi!” jerit Faisha kuat

berserta dengan gerak tangan memberi arahan agar Fattah keluar dari kawasan

rumahnya.

Fattah ketap gigi kejap. Kata-kata Faisha membuatkan dia rasa makin

tercabar. Perlahan-lahan dia atur langkah meninggalkan pasangan itu berdua. Sakit

141

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

hati betul bila dilihatnya Faisha cuba memapah Luth duduk di buaian di laman

rumah itu.

LEBAM di muka Luth didemah dengan ketul ais. Berulang kali Faisha mengulangi
langkah itu.
Luth tidak lepas memandang wajah Faisha. Nampak riak risau itu daripada wajah
Faisha. Luth senyum senget.
Faisha tarik muka. Kesan lebam di pipi Luth ditekan kuat sebaik sahaja dia perasan
mata Luth tidak lepas memandang mukanya.
“Aduh... aduh... Sakitlah, awak.” Luth mendesah kesakitan.
“Kau tengok muka aku lepas tu senyum-senyum apa hal?” marah Faisha.
“Sayang juga awak kat saya, kan?” Luth terus tersenyum.
Faisha jegil mata kepada Luth. “Jangan nak perasan sangatlah. Aku tolong kau
sebab kesian. Tak ada maknanya aku nak sayang kat kau. Kau bukan sesiapa pun aku
nak sayang-sayang.”
“Ya ke? Jadi, awak tak mahu kahwin dengan saya ke?” Keruh air muka Luth. Muka
Faisha terus ditatap dengan pandangan redup.
Faisha tertunduk. Bibir bawahnya diketap rapat.
“Awak tak mahu saya jadi suami awak? Saya akan lindungi awak jika awak jadi isteri
saya.” Luth tidak lepas memandang wajah Faisha. Ingin sekali dia mendengar
pengakuan daripada Faisha.
“Kalau aku kahwin dengan kau, apa yang kau boleh bagi kat aku?” Faisha panggung
kepala, balas pandangan Luth.
Luth sengih. Keningnya dijongket-jongket.

“Saya akan bagi anak kat awak.” Laju sahaja Luth menjawab.
Faisha jegil mata. “Kau cakap macam tu lagi, lebam muka kau sebelah lagi aku
tumbuk.”

142

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

Faisha sudah mengacah mahu bagi penumbuk. Luth menyambutnya dengan

gelak besar.

“Janganlah tumbuk muka saya ni. Awak tak kesian kat saya ke?” rengek Luth.

Faisha mencebik. “Padan muka kau. Gatal sangat dengan aku.”

“Betullah apa yang saya cakap tu, kan? Bila kita dah kahwin, saya akan bagi

awak zuriat yang soleh dan solehah. Mesti anak kita comel macam mama dan papa

dia nanti.” Jauh Luth berangan.

Faisha cubit paha Luth. “Kau tak ada benda lain ke nak fikir? Tak habis-habis

fikir nak buat anak.”

Juling biji mata Faisha. Faisha menyandarkan badannya di buaian yang

bergerak perlahan. Dia penat sebenarnya bila perlu berhadapan dengan Fattah. Tak

habis-habis Fattah mengganggunya. Memang sah Fattah gila talak walaupun

perpisahan mereka sudah lama berlalu.

“Mestilah. Cuba awak tanya kepada sesiapa yang dah kahwin. Mereka mesti

fikirkan perkara yang sama macam saya. Nak ada anak.” Luth tidak mahu kalah

dengan Faisha.

Faisha diam. Kata-kata Fazura terngiang-ngiang di telinganya. Terima saja

Luth jadi suami. Lepas tu, pasti Fattah takkan ganggu hidupnya lagi. Kepalanya yang

tidak sakit dipicit-picit.

“Awak okey tak ni, Faisha?” tanya Luth bila dilihatnya wajah Faisha yang mula

pucat.

Faisha gelengkan kepalanya.

“Aku akan kahwin dengan kau. Aku terima lamaran kau untuk jadi suami aku.”

Faisha sudah tidak fikir panjang. Jawapan itu meluncur laju dari mulut mungilnya.

Tercengang Luth bila Faisha berikan persetujuan untuk mengahwininya.

Terasa seperti sedang bermimpi di siang hari.

“Betul ke apa yang saya dengar ni? Awak setuju?” Luth bertanyakan Faisha

untuk kepastian. Sukar baginya mahu percaya.

143

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

“Yalah, aku setuju kahwin dengan kau. Tapi...” Kata-kata Faisha terhenti di

situ sahaja. Sebelah keningnya dibiarkan terangkat.

“Tapi apa awak? Tolonglah jangan bagi isyarat pelik-pelik untuk awak terima

saya.”

Faisha diam sejenak. Masih berfikir-fikir apa yang perlu dia lakukan agar Luth

tidak ambil kesempatan ke atas dirinya.

“Saya akan jadi suami awak yang baik di dunia dan akhirat. Insya-Allah,” ucap

Luth sepenuh hati.

Berkerut-kerut dahi Faisha. Hatinya terkesan dengan ucapan yang keluar dari

mulut Luth dan dalam masa yang sama, dia dibayangi dengan sejarah lama.

“Kau nak kahwin dengan aku berapa lama?” soal Faisha.

“Selama-lamanya. Perkahwinan bukan barang permainan yang boleh diambil

dan dibuang, Faisha. Awak perlu tahu apa erti perkahwinan. Ia merupakan satu

impian bagi setiap pasangan. Tak ada pun orang nak kahwin sebab suka-suka.” Luth

jawab tenang.

“Tapi, aku tak pernah terfikir pun perkahwinan ni merupakan impian yang

aku harapkan. Dan aku terima kau sebab nak lari daripada Fattah aje. Kau cakap nak

lindungi aku, jadi sebab itu aku terima kau.”

Tinggi ego dalam diri Faisha. Susah mahu mengaku apa yang mengganggu

hatinya.

Kata-kata Faisha hanya buatkan Luth tersenyum.

“Okey, tak ada masalah. Saya tak kisah pun asalkan awak sudi terima lamaran

saya. Saya nak tengok sampai tahap mana awak nak sembunyikan perasaan yang

bersarang dalam hati awak tu.” Luth sengaja cabar Faisha. Keningnya dijongketkan

berkali-kali.

“Jangan nak perasanlah. Aku terima kau pun bukan sebab aku suka kat kau.

Aku nak lari daripada Fattah aje pun.” Faisha menjawab dengan nada angkuh.

Kalau tiada langsung perasaannya kepada Luth, itu memang bohong. Mana

144

Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman

mungkin dia mahu menerima lelaki yang langsung tidak dikenalinya.

“Kalau suka, cakap ajelah. Tak payah nak sembunyikan perasaan tu,” sambut

Luth, mengusik Faisha. Seronok dia melihat riak muka Faisha.

Muka Faisha berkerut-kerut dengan riak tidak selesa. Bahu Luth ditolaknya.

“Tak jadi kahwinlah macam ni. Batal!”

Luth terbatuk-batuk disambung dengan hilai tawa besar. “Aisy, mana boleh

tarik balik. Saya tak kira. Awak dah setuju tadi. Esok juga saya nak bawa awak jumpa

keluarga saya. Awak mahu atau tak, saya nak awak ikut juga.”

“Malaslah aku. Nak kena jumpa keluarga kau tu aku tak bersedia. Nanti mak

dan bapak kau tengok aku, terus dia orang cakap tak mahu.” Faisha geleng laju.

Luth angguk-anggukkan kepalanya. “Bolehlah. Kita kenalah pergi minta restu

mama dan papa saya. Boleh ya? Lepas habis kerja, saya datang jemput awak. Awak

kenalah pakai cantik-cantik. Nampak lemah lembut.”

Juling biji mata Faisha jeling Luth di sebelahnya. Kalau Luth sukakan dirinya,

Luth pasti tidak kisah pasal penampilannya. Dia akan berpakaian seperti biasa. Tak

ada maknanya dia nak berpakaian yang menampakkan dirinya lemah gemalai.

Selama ini memang pakaiannya semua sopan, cuma gayanya yang tidak sesuai

seperti pakaian lelaki.

“Esok saya jemput awak, ya?” Luth mengerdipkan matanya, buat muka

simpati.

“Kalau kau nak aku ikut esok, jangan memandai nak minta aku berpakaian

wanita. Nak suruh pakai mini skirt atau baju kurung. Maaf, aku tak boleh.”

Mendatar kata-kata Faisha sambil menggeleng-geleng kepalanya.

Kata-kata Faisha buatkan Luth geli hati.

“Okey, saya takkan paksa awak. Awak pakai aje apa-apa pakaian yang awak

selesa. Janji tak pakai pakaian yang terdedah sana sini,” pesan Luth.

“Kalau aku pakai juga pakaian yang terdedah sana sini?” Sengaja Faisha

menguji Luth dengan pertanyaannya. Dia sendiri tidak menyangka soalan itu keluar

145


Click to View FlipBook Version