Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Dia dapat rasakan sesuatu terjadi kepada menantunya itu selepas kematian
keluarganya.
Faisha menundukkan kepalanya. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab.
Takkan dia mahu beritahu semuanya di bawah jagaan mak ngahnya.
Puan Aishah meraih jemari Faisha. “Faisha boleh cerita kat mama. Ada
masalah ke semua tu?”
Tidak lepas mata Puan Aishah merenung muka menantunya.
Faisha telan air liur. Pandangan mata Puan Aishah dibalas. Perlahan-lahan dia
menganggukkan kepalanya.
“Lepas papa dan mama meninggal, mak ngah dan pak ngah yang uruskan
semuanya. Faisha tak ada apa-apa dan sesiapa.” Kendur suara Faisha meluahkan
rasa.
Terkejut Puan Aishah mendengar jawapan Faisha. Kenapa Faisha tiada apa-
apa sedangkan keluarganya meninggalkan banyak harta? Dia bukan tidak kenal
dengan pasangan suami isteri itu. Hidup mereka mewah dan harta mereka banyak.
Mustahil Faisha tidak memiliki semua harta peninggalan keluarganya?
“Perniagaan papa Faisha siapa yang uruskan sekarang?” soal Puan Aishah.
Faisha menggeleng kepala. Dia tidak ambil tahu dan tak pernah tahu ayahnya
mempunyai perniagaan.
Puan Aishah melepaskan keluhan. Memang sah ada yang tak kena. Walau
macam mana sekalipun, Puan Aishah perlu membantu anak teman baiknya itu. Jika
bukan dia yang ambil peduli, siapa lagi yang akan peduli satu-satunya zuriat
peninggalan arwah.
LAMA Faisha merenung gambar terakhir kenangannya bersama arwah papa dan
mamanya. Terasa seperti baru semalam papa dan mama pergi meninggalkannya.
Belum puas lagi dia merasakan kasih sayang orang tuanya. Tetapi, Tuhan lebih
246
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
menyayangi keluarganya.
Perjalanan hidupnya tanpa kehadiran mama dan papanya banyak
mematangkannya. Sejak pemergian mereka, Faisha terpaksa menempuhi pelbagai
rintangan untuk meneruskan hidupnya. Kasih sayang yang sepatutnya diberi
kepadanya oleh emak saudaranya hanya sekadar dongengan semata-mata. Bukan
kasih sayang yang diberi, tapi dirinya diseksa jiwa dan raga. Otaknya juga terdera
dengan layanan emak saudaranya sendiri.
Faisha tidak akan lupa bagaimana layanan Puan Salina dan Riana terhadapnya
dahulu. Dirinya bagaikan orang gaji di rumah keluarganya sendiri. Biliknya dirampas
dan diberikan kepada Riana. Dia pula diminta tidur di bilik stor. Barang-barang
kesayangan peninggalan arwah mamanya juga dirampas semuanya. Faisha tiada
apa-apa.
Hidupnya bagaikan orang asing di rumah sendiri. Makan minumnya juga tidak
tentu masa. Persekolahannya juga ditamatkan begitu sahaja walaupun dia seorang
yang bijak ketika di sekolah dahulu. Dirinya dijadikan orang gaji kepada keluarga
mamanya sendiri.
Satu per satu apa yang pernah terjadi mengganggu minda Faisha. Tanpa
sedar, air matanya menitis di pipi. Hanya gambar itu tempat dia mengadu segala
perasaannya selama ini.
Jika papa dan mamanya ada, tak mungkin kehidupannya jadi sebegini.
Hidupnya tanpa kasih sayang dan tidak terurus. Dia perlu berdikari hidup sendiri
hinggalah ke saat ini. Banyak cabaran selepas kedua-dua ibu bapanya tiada.
Faisha kian reda di atas pemergian insan tersayang. Kini, harapannya hanya
satu. Dia mengharapkan ada sinar baru dalam hidupnya sebagai seorang isteri. Tapi,
dia tidak mampu untuk membawa dirinya dalam situasi sekarang. Dia masih kekok
dan fobia dengan kegagalan hubungannya sebelum ini.
Kehadiran Riana dan Puan Salina benar-benar mengganggu fikirannya.
Ingatannya kepada mereka yang sudah dibuang jauh kini kembali mengganggu.
247
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Apatah lagi Riana seakan-akan mahu merebut Luth daripadanya.
Faisha melepaskan rasa gundahnya pada gambar papa dan mamanya. Seolah-
olah gambar itu dapat mendengar segala luahan hatinya.
“Mama... papa... Kenapa dari dulu lagi Riana suka rebut hak milik Faisha?
Sekarang dia datang nak rebut suami Faisha pula. Faisha takut sejarah lama
berulang lagi. Apa perlu Faisha buat papa, mama?”
Makin lebat air mata Faisha membasahi pipi. Dia tidak tahu apa lagi yang
perlu dibuatnya.
Luth yang berdiri di sebalik pintu hanya memerhati dan mendengar sahaja
dari tadi. Sedikit sebanyak dia dapat tahu apa yang bersarang dalam hati isterinya.
Dia turut terasa dengan luahan Faisha. Perlahan-lahan Luth menghampiri isterinya.
Punggungnya dihenyakkan di sisi Faisha. Tangannya menyentuh bahu kiri Faisha.
Faisha terkejut dengan sentuhan tangan Luth itu. Air mata yang membasahi
pipinya cepat-cepat diseka dengan hujung jarinya.
“Sayang menangis?” soal Luth lembut.
Faisha kemam bibir bawahnya. Perlahan-lahan dia menggelengkan
kepalanya.
“Mana ada aku menangis,” tipu Faisha.
“Abang nampaklah sayang.” Luth menarik badan Faisha menghadapnya.
Memang masih ada sisa-sisa mata di pipi Faisha. Jemarinya diangkat
menyentuh pipi Faisha. Diseka manik-manik jernih di pipi itu.
Faisha makin terasa sebak. Kenapa dia perlu berperasaan begitu? Dia cuba
menaham perasaan yang sedang meruntun jiwanya saat ini.
“Abang suami Faisha. Faisha tak perlu berahsia apa-apa daripada abang.
Kalau Faisha perlukan abang, bila-bila masa aje abang ada. Bahu abang ni boleh jadi
tempat Faisha bersandar.” Panjang kata-kata itu terbit dari mulut Luth.
Tanpa disangka-sangka, kata-kata Luth itu membuatkan hati Faisha yang keras
selama ini lentur. Esakan yang ditahannya terlepas juga. Makin menjadi-jadi
248
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
tangisannya.
Luth menarik Faisha ke dadanya. Tangannya menyentuh lembut belakang
Faisha. Terasa esakan Faisha.
“Abang akan sentiasa ada dengan Faisha. Sekali akad termeterai antara kita
berdua, itu tandanya hidup kita saling memerlukan. Faisha adalah sebahagian
daripada hidup abang.” Luth mengucup dahi Faisha.
Faisha masih melayan perasaannya. Dilepaskan segala seksaan yang
dipendamnya selama ini. Kali ini dia menangis.
“Aku ni banyak masalah. Hidup aku penuh dengan duri-duri kehidupan. Aku
tak pernah rasa bahagia,” luah Faisha masih membahasakan diri dengan panggilan
aku.
“Shhh... Kenapa sayang cakap macam tu? Sekarang ni peluang dah ada di
depan mata. Abang mahu bahagiakan Faisha. Abang ikhlas dengan hubungan kita.
Abang nak jadi nakhoda pada bahtera kita.”
Luth menarik wajah Faisha. Dagu Faisha disentuh lembut. Matanya
memandang wajah keruh Faisha.
“Tolong beri abang peluang. Faisha kena percaya dengan abang,” sambung
Luth lagi memberikan kata-kata semangat.
Faisha panggung kepala. Matanya dan mata Luth saling bertentangan. Cepat-
cepat Faisha melarikan pandangannya bila Luth menyentuh pipinya. Laju detak
jantungnya.
“Err...aku...” Faisha bersuara dalam rasa gugupnya.
Luth menarik jemari Faisha. “Bukan aku, tapi sayang. Dan jangan panggil kau,
tapi panggil abang. Boleh?”
Tidak lepas Luth merenung muka Faisha. Hingga tidak tentu arah Faisha
dibuatnya.
Takut-takut Faisha nak membalas renungan tajam Luth. Dia memusingkan
badannya. Dia malu sendiri. Tadi dia menangis sambil menyandarkan kepalanya di
249
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
bahu Luth. Kemudian, dengar pula Luth meluahkan perasaannya. Faisha jadi tak
tentu arah.
“Kalau sayang bersedia, abang nak Faisha ceritakan siapa Riana sebenarnya
dengan sayang.” Luth masih tidak berputus asa.
Dia mahu Faisha menceritakan semuanya. Dia tidak mahu ada rahsia antara
mereka berdua.
Perlahan-lahan Faisha melepaskan keluhan kecil. “Riana tu sepupu aku.”
“Aisy, jangan gelar diri tu aku. Sebut sayang. Tolonglah dengar cakap suami
sayang ni.”
Faisha ketap gigi.
“Okey, jadi Riana tu sepupu sayang. Bererti sayang memang kenallah dengan
Riana sebelum ni?”
Faisha mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Dengar sini. Abang nak Faisha tahu, abang tak ada apa-apa perasaan
langsung kepada Riana. Dia aje yang terkejar-kejar dan mengharapkan sesuatu
daripada abang. Jadi, Faisha tak perlu risau kalau Riana nak rampas abang daripada
Faisha. Sebab hati abang dah terlekat sayang kepada Faisha.” Batang hidung Faisha
dicuit.
Faisha tertunduk malu. Argh, makin tak keruan hatinya.
“Dan abang nak tahu, kenapa Faisha seolah-olah mahu melarikan diri
daripada Riana dan Aunty Salina? Boleh abang tahu kenapa?” soal Luth lagi.
Faisha diam sambil mengemam bibirnya. Langsung tidak membalas
pertanyaan suaminya.
Luth melepaskan keluhan kecil. Tak guna dia memaksa Faisha menceritakan
semuanya. Mungkin belum masanya lagi. Faisha pasti belum bersedia mahu
menceritakan hal keluarganya itu.
“Tak apalah, kalau sayang tak bersedia nak ceritakan semuanya. Nanti bila
dah bersedia, Faisha beritahu abang. Abang sudi jadi pendengar setia kepada isteri
250
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
abang ni.” Luth masih berlembut dengan Faisha.
Itu sahaja cara untuk melembutkan hati Faisha yang keras. Tak guna dia
memaksa.
Luth di sebelahnya dipandang. Nafasnya ditarik dalam-dalam dan dilepaskan
perlahan. Terkumat-kamit mulutnya ingin menyusun ayat. Begitu berat mulutnya
untuk bekerjasama.
Bab 37
251
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
MALAM makin pekat. Bintang-bintang dan bulan menghiasi langit. Indah mata
memandang. Angin pula menghembus dingin.
Faisha berdiri sambil mengambil udara dingin di balkoni bilik. Matanya
menangkap bulan dan bintang-bintang yang berkerlipan. Tercalit sedikit senyuman
mekar pada wajahnya. Luth pula berada di bawah bersama keluarganya.
Faisha menarik nafas dan menghelakannya perlahan. Kedua-dua belah tapak
tangan digosok. Matanya ternampak sebuah kereta yang berhenti di luar pagar
rumah. Beberapa ketika kemudian, turun seorang wanita.
“Luth! Buka pagar ni. Ju tahu abang ada kat dalam!” jerit Juliana.
Faisha mengecilkan matanya. Cuba menangkap wajah milik wanita itu.
Kurang jelas apabila dilihat dari posisinya. Hanya pakaiannya sahaja yang jelas pada
pandangan matanya.
“Luth, sayang. Tolonglah jumpa Ju. Tolong bagi Ju ruang dan masa untuk
bercakap dengan abang sekejap. Mama... papa...” Suara yang kuat itu makin
mendayu-dayu di hujungnya.
Faisha terus memasang telinga. Dari jauh dia melihat apa yang bakal terjadi.
Tapi, saat wanita itu memanggil Luth dengan panggilan sayang, jantungnya
bergendang rancak. Hatinya sakit bagai dihiris-hiris.
Beberapa ketika kemudian, Luth mengatur langkah ke pintu pagar. Tangannya
memeluk tubuhnya setelah berhenti di situ.
“Kau nak apa lagi ni? Kan kita dah berpisah,” hambur Luth.
Kedua-dua belah tangan Juliana berpaut kuat pada pagar. Digoyang-
252
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
goyangkannya sambil mulutnya bising mengomel.
“Buka pagar ni, sayang. Ju nak jumpa abang sekejap. Ju nak minta ampun
dengan abang Tolonglah, abang. Maafkan Ju buat kali ini,” rayu Juliana.
Luth hanya ketawa. Kepalanya menggeleng. “Nak buat apa jumpa? Kau kena
ingat Juliana, kita berdua dah berpisah. Kau teruskan dengan kehidupan kau
sekarang. Aku tak mahu kau cari aku lagi merayu dan memujuk bagai. Tolong
hormat aku dan kehidupan aku. Aku tak apa-apakan kau dah cukup baik.”
Kedengaran sayu suara tangisan Juliana. Hatinya sayu.
“Ju sakit, abang. Dah beberapa hari Ju rasa tak sihat. Ju perlukan abang kat
sisi Ju.” Sayu sahaja suara Juliana memujuk Luth.
Luth tegas menggelengkan kepalanya. “Aku dah ada kehidupan aku sendiri.
Aku dah ada isteri dan aku tak mahu isteri aku salah sangka dengan aku. Mana lelaki
yang selalu ada dengan kau dulu, Juliana? Lelaki yang kau cakap boleh
membahagiakan kau? Kau pergilah merayu kat dia, bukannya aku. Aku ni tak ada
apa-apa nak beri kat kau.”
Juliana menghela nafas. Bergoncang badannya dengan tangisan. Andai diberi
peluang, dia mahu melutut di hujung kaki Luth. Mahu Luth menerima dirinya
sebelum semuanya berakhir.
“Ju sakit, abang,” beritahu Juliana mendayu-dayu. Jika lihat daripada
wajahnya yang pucat lesi itu, mungkin Luth boleh mengagak.
“Aku bukan doktor boleh sembuhkan penyakit kau. Kalau kau sakit, tempat
kau kat hospital. Bukan cari penawar kat aku,” bantah Luth. Dah tahu sakit, duduk
sahajalah di rumah.
“Bila abang ada, kesakitan Ju akan berkurang. Ju kuat kalau abang ada depan
Ju.”
Juliana betul-betul mengharapkan Luth menerimanya kembali. Hanya Luth
satu-satunya sinar kebangkitannya. Jika Luth ada, dia pasti mampu melawan
kesakitannya.
253
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Meledak besar ketawa Luth. Lawak apalah yang Juliana cipta kali ini. Dia
sudah tidak mampu menerima setiap kata-kata Juliana.
“Pergilah balik. Aku bukan sesiapa untuk kau lagi. Aku nak luangkan masa aku
dengan isteri aku. Lagi bagus aku dengan isteri aku, daripada aku layan kau kat sini,”
hambur Luth.
PUAN AISHAH terjengah-jengah di sebalik tirai. Dari tadi dia memerhati dari jauh.
Ikutkan hati, mahu sahaja dia pergi masuk campur urusan Luth dab Juliana. Mereka
sudah lama berpisah, tetapi Juliana masih hendak mengganggu anaknya.
Puan Aishah pula yang berbulu mata tengok Juliana ke mari. Mujur suaminya
menghalang dia pergi menyerang bekas menantunya itu. Puan Aishah sedikit
berganjak bila terasa ada seseorang yang berdiri di sebelahnya.
Faisha berdiri di sebelahnya ibu mertuanya. Matanya juga melepas pandang
ke luar rumah. Tapi, Puan Aishah cepat-cepat menarik menantunya agar sama-sama
duduk di sofa.
“Apa yang mama tengokkan tu?” soal Faisha, pura-pura tidak tahu. Padahal
dari awal lagi dia sudah melihat drama antara Luth dengan Juliana.
“Eh, tak ada apa-apalah. Mama sengaja tengok luar. Tadi Luth keluar duduk
kat luar sana, tapi sekarang tak nampak pula bayang dia,” dalih Puan Aishah.
Tidak mahu menantunya salah sangka dengan apa yang dilihatnya nanti.
“Oh, kalau macam tu, Faisha keluar tengok abang ada kat luar ke tak?” acah
Faisha.
Tapi, Puan Aishah pantas menghalang. Puan Aishah meminta Faisha sama-
sama duduk dengannya sambil menonton drama di TV. Faisha akur.
Beberapa ketika kemudian, Luth menapak masuk ke dalam rumah. Terus dia
menghampiri Faisha. Punggungnya direbahkan di sisi isterinya. Spontan tangannya
dijatuhkan atas paha Faisha.
254
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Abang buat apa kat luar tadi?” soal Faisha, ingin tahu jawapan Luth.
Dari situ dia boleh tahu kejujuran Luth dalam perhubungan. Apakah Luth
akan merahsiakan semua itu daripadanya.
Luth memalingkan mukanya, menangkap anak mata Puan Aishah. Dia
perasan mamanya menggelengkan kepalanya. Tidak mahu Luth menceritakan
kepada Faisha. Risau ada masalah yang akan timbul nanti.
Luth membetulkan suaranya dengan dehaman. Dia mengambil masa untuk
menjawab pertanyaan Faisha. Tapi, Luth nampak tenang sahaja berhadapan dengan
soalan Faisha. Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan.
“Juliana, bekas isteri abang datang buat hal kat luar,” beritahu Luth.
Biar Faisha tahu. Antara mereka berdua tidak perlu ada apa-apa rahsia.
Faisha memandang wajah Luth dalam-dalam. Tak sangka Luth berterus
terang dengannya. Hanya emak mertuanya sahaja yang gelisah risaukan sesuatu.
“Dia nak apa?” soal Faisha lagi.
“Nak abang maafkan dia. Katanya dia sakit,” beritahu Luth lagi.
Berkerut dahi Faisha. “Dia sakit apa?”
Luth menjuih dan dalam masa yang sama, bahunya dijongketkan. “Abang tak
tahu dia sakit apa. Dia cakap dia sakit, itu aje. Tak ada pula abang nak tanya lebih-
lebih. Alasan aje tu.”
Luth tahu sangat akal Juliana. Semuanya kerana nak meraih simpati
daripadanya. Tak mungkin Luth akan tunduk dengan begitu mudah.
“Mana abang tahu dia bagi alasan? Macam mana kalau dia betul-betul
sakit?”
Luth menggelengkan kepalanya. Dia senyum senget. “Abang tahu sangatlah
akal dia tu. Nak raih simpati daripada abang. Kenapa Faisha tanya macam-macam
ni? Sayang cemburu ke?”
Serta-merta muka Faisha berubah. Tipulah kalau dia tak cemburu. Rasa
cemburu itu ada terselit dalam dirinya bila melihat Juliana dan Luth tadi. Buktinya,
255
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
jantungnya berdegup kencang dan hatinya terasa sakit bagaikan dicucuk-cucuk. Dan
kerena itulah dia meringankan kaki turun ke bawah, mahu mendapatkan suaminya.
Tapi, lain pula yang jadi. Puan Aishah menghalangnya daripada keluar.
“Kalau cemburu, cakap ajelah.” Batang hidung Faisha dicuitnya lembut.
Puan Aishah tersenyum lihat kerenah pasangan pengantin baru itu. Nampak
bahagia. Bila melihat mereka berdua, teringat masa dia dan suaminya baru kahwin
dahulu.
“Isteri mana tak cemburu. Sebab itulah mama halang Faisha keluar dari
rumah tadi. Maafkan mama, ya. Mama risau takut lain pula yang jadi nanti.” Puan
Aishah menyuarakan sebab kenapa dia menghalang Faisha keluar.
Faisha menyambut kata-kata Puan Aishah dengan anggukan dan senyuman.
Dia mengerti niat Puan Aishah. Dan dia tidak menyalahlah emak mertuanya kerana
menghalangnya. Bukan rezekinya lagi untuk berjumpa dengan bekas isteri Luth.
“Dalam sebuah hubungan perlu ada kejujuran dan saling percaya antara satu
sama lain. Lagi-lagi Faisha dan Luth baru aje kahwin. Kena maniskan hubungan yang
ada tu,” pesan Puan Aishah.
Encik Luth Fadhil diam sahaja, buat tak endah. Mendengar isterinya
menyebut tentang kejujuran dan kepercayaan, dia sudah telan air liur.
“Ya, mama. Kalau kurang manis, kami akan tambahkan gula dalam hubungan
kami. Biar sampai diabetis terlentok manis,” sambut Luth senang hati.
Pantas sahaja tangan Faisha mencubit paha Luth. Kalau Luth tambah gula
dalam hubungan mereka, dia akan tambah cili biar sentiasa panas dan pedas.
Bab 38
256
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
JULIANA berjalan keluar dari Hospital Metro. Longlai langkahnya sebaik menerima
makluman daripada doktor akan masalah kesihatan yang dialaminya. Hasil ujian
darah yang diambil, Juliana disahkan HIV positif.
Sampai di lobi hospital, Juliana tidak mampu untuk meneruskan langkahnya
lagi. Terduduk dia di kerusi yang ada di lobi. Air matanya mengalir laju ke pipi.
Hidupnya kelam dan gelap sahaja bila memikirkan perjalanan hidupnya.
Jemarinya digenggam kejap. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi. Apakah
kerana kehidupan bebasnya melakukan hubungan bebas selama ini? Tangannya
meraup muka.
Telefon dari beg tangan dikeluarkan. Didail nombor telefon Luth, tapi
panggilannya itu tidak berjawab. Namun, Juliana tidak putus asa. Dia terus
menghubungi Luth. Dengan harapan Luth akan menjawab panggilannya.
FAISHA melihat skrin telefon Luth yang bernyala. Telefonnya tidak berdering. Hanya
dari lampu yang berkelip-kelip itu Faisha perasan ada panggilan masuk. Terpapar
nama Juliana di skrin telefon.
Faisha memandang Luth yang terbaring lena di katil. Dicapai telefon
suaminya itu dan berlalu ke balkoni bilik. Panggilan daripada Juliana dijawabnya.
“Waalaikumussalam.” Faisha menjawab salam yang diberikan Juliana di
sebalik talian.
Juliana mengetap bibirnya lama.
257
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Ini isteri Luth ke?” soal Juliana dengan suara bergetar.
“Ya, saya. Awak ni Juliana bekas isteri Luth, kan?” Faisha menyoal Juliana
kembali, walaupun sudah tertera nama itu di skrin telefon.
Juliana diam. Kedengaran suara esakannya, menahan sendu. “Ya, saya. Boleh
saya bercakap dengan Luth sekejap?”
Faisha menggigit bibir bawahnya. Kenapa Juliana mahu bercakap dengan
Luth? Apakah ada perkara penting yang ingin Juliana bincangkan dengan suaminya?
Faisha jadi penasaran.
“Luth tidur. Semalam dia tidur lewat,” sambut Faisha kendur.
Isteri mana yang suka perempuan lain menelefon dan mahu berbual dengan
suaminya. Gilalah dia kalau dia langsung tak rasa marah. Saat ini pun kalau
diikutkan hati, mahu sahaja dia menghambur Juliana dengan makian. Tapi, jika dia
terus melayan Juliana begitu, dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara
suaminya dengan Juliana.
“Oh, tak apalah kalau dia tidur.” Kendur suara Juliana.
“Awak nak apa sebenarnya daripada Luth?” soal Faisha ingin tahu.
Juliana diam beberapa ketika. Kemudian, kedengaran hembusan nafasnya.
“Kalau saya nak jumpa dengan awak boleh?”
Faisha memandang semula ke katil. Risau jika Luth terjaga dari lenanya.
“Bila?”
“Sekarang. Awak boleh datang jumpa saya?” soal Juliana lagi.
Faisha bersetuju untuk berjumpa dengan Juliana. Lepas panggilan dimatikan,
dia meletakkan semula telefon Luth di atas meja. Faisha segera bersiap-siap mahu
keluar sebelum Luth terjaga daripada lenanya.
Laci meja solek ditarik dan dikeluarkan kertas yang ada.
Luth, saya keluar sekejap. Ada hal kecemasan. Maaf saya tak tunggu awak bangun.
258
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Kertas yang ditulis itu diletakkan di bawah telefon pintar Luth. Kakinya diatur
laju keluar dari bilik. Pergerakannya mudah bila Puan Aishah dan Encik Luth Fadhil
tiada di rumah ketika itu.
Faisha terus mengaturkan langkah ke jalan besar. Dia bernasib baik, sebaik
sampai di perhentian bas, ada teksi yang lalu dan berhenti. Selepas diberitahu
lokasi tempat yang hendak dituju, teksi terus meluncur ke destinasi yang
dimaksudkan.
KELUAR sahaja dari perut teksi, Faisha terus mengatur langkah masuk ke kawasan
hospital swasta itu. Liar matanya mencari kelibat wanita yang dilihatnya semalam.
Mereka berjanji akan bertemu di lobi hospital.
Mata Faisha menangkap sebatang tubuh yang duduk bersendirian. Dia
nampak gelisah dan wajahnya suram. Pipinya basah dengan air mata. Faisha cuba
mengamati wajah itu. Kakinya diatur menghampiri wanita itu, lalu disapanya.
Juliana panggung kepalanya.
“Awak Faisha?” soal Juliana sedikit sengau. Matanya tidak lepas memandang
Faisha atas bawah.
Faisha menganggukkan kepalanya. Tangannya dihulurkan kepada Juliana, tapi
langsung tidak berbalas. Perlahan-lahan Faisha menarik semula tangannya dan
memaksa bibirnya mengukir senyuman.
“Ada apa awak nak jumpa dengan saya?” soal Faisha tidak berbasa-basi.
Dia tidak mahu membuang masa di sini. Dia tidak mahu Luth tahu dia
berjumpa dengan Juliana.
Juliana mengesat air mata dengan tisu di tangannya. “Kita cakap kat luar. Kat
sini tak sesuai.”
Faisha sekadar mengangguk. Juliana memulakan langkahnya dahulu. Dia
mencari satu tempat yang agak sunyi daripada orang ramai. Kakinya berhenti di
259
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
sebuah kerusi di bawah pokok yang redup.
“Maaf kalau saya menyusahkan awak, Faisha. Saya terpaksa berjumpa
dengan awak,” ujar Juliana sambil menghenyakkan punggungnya di kerusi.
Faisha turut melabuhkan punggungnya tidak jauh daripada Juliana. Dia
banyak membisu. Mulutnya bagaikan terkunci. Melihat Juliana yang bergaya dan
pakaiannya yang membuntangkan mata setiap lelaki yang memandang. Juliana
selesa dan biasa berkain pendek paras lutut agaknya, teka Faisha dalam hati.
“Saya ada ke rumah mama dan papa semalam nak jumpa dengan Luth. Tapi,
dia halau saya,” cerita Juliana tanpa disoal.
Faisha ketap bibir bawahnya. Tangannya tidak diam. Diramas-ramas
jemarinya.
“Kenapa awak cari dia semalam?” soal Faisha. Duduknya diubah sedikit
posisinya supaya menghadap Juliana.
“Saya sakit. Saya tak ada tempat nak tuju untuk menceritakan kesakitan yang
saya rasakan ni. Sebab tu saya cari Luth. Saya nak dia tahu saya perlukan dia. Tapi,
dia tak mahukan saya lagi,” cerita Juliana tanpa berselindung.
“Habis tu, kenapa sekarang awak nak jumpa saya pula? Awak nak saya tolong
pujuk Luth?” Kendur suara Faisha, tidak rela dengan kata-kata yang keluar dari
bibirnya.
Juliana menggumam. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. Makin
lebat air matanya menitis di pipi. Untuk apa dia mahu memujuk Luth lagi sedangkan
hati itu hanya pada wanita di sebelahnya. Lagipun dia tidak mampu untuk
membahagiakan Luth.
“Habis tu, awak nak apa, Ju? Awak terus terang aje dengan saya. Jangan buat
saya tertanya-tanya.” Sedikit tinggi suara Faisha.
“Saya saja nak jumpa dengan awak. Saya nak kenal dengan awak. Nak kenal
dengan wanita yang dah berjaya mencuri hati Luth. Ternyata awak memang hebat,
Faisha. Awak dah berjaya curi hati Luth daripada terus mencintai saya.” Panjang
260
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
berjela kata-kata Juliana.
Faisha menggelengkan kepalanya. Dia masih belum mengerti maksud Juliana.
Apakah itu kata-kata pujian atau sindiran?
“Awak nak tuduh saya rampas Luth daripada awak ke? Itu ke maksud awak?”
Juliana melepaskan keluhan panjang. Meleret senyumannya mendengar kata-
kata yang terbit dari mulut Faisha.
“Saya tak tuduh awak rampas Luth. Tapi, awak dah berjaya mencuri hati dia
yang sukar hendak dimiliki tu. Awak bertuah sangat sebab dapat memiliki hati dia.
Saya pula tak tahu bersyukur dengan apa yang saya ada sebelum ni. Awak hargailah
dia, Faisha. Jangan jadi macam saya.” Kendur suara Juliana.
Faisha terdiam mendengar kata-kata Juliana. Sangkanya, Juliana mahu dia
mengalah dan menyakiti hatinya, tapi sebaliknya pula yang terjadi.
“Saya tak patut wujud pun dalam hidup dia sebelum ni. Mungkin inilah
balasan dengan apa saya dah buat selama ni.” Juliana tunduk dengan linangan air
mata.
“Awak sakit apa sebenarnya?” Tidak lepas Faisha merenung ke muka Juliana.
Wajah itu terlalu pucat. Daripada reaksi wajahnya pula nampak sangat terlalu
kecewa.
Juliana mengeluarkan keputusan ujian darah yang diterimanya tadi.
Dihulurkan kepada Faisha. Satu per satu Faisha baca. Terlopong Faisha. Tidak
berkelip matanya. HIV positif.
“Mungkin inilah kifarah untuk orang macam saya. Tuhan bayar cash.” Juliana
mengejek dirinya sendiri.
Simpati dengan apa yang terjadi, Faisha tak tahu apa yang perlu
diperkatakannya. Mulutnya terkunci. Memang dia terkejut dengan apa yang
dilihatnya. Patutlah Juliana nampak terlalu sedih. Dan yang berada dalam fikirannya
sekarang adalah tentang Luth.
Apakah dia juga positif HIV seperti Juliana? Tapi, sebelum mereka berkahwin,
261
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
mereka sudah melakukan ujian darah. Dirinya dan Luth sah tiada HIV. Tapi, betul
ke? Faisha jadi penasaran.
Bab 39
262
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
LONGLAI langkah Faisha menaiki anak tangga. Dia masih terkejut dengan apa yang
diceritakan Juliana tadi. Banyak yang Juliana ceritakan kepada Faisha semasa
mereka berjumpa tadi.
Dari awal hubungannya dengan Luth hinggalah bagaimana mereka berdua
berpisah. Jadi, selama ini Luth tak berbohong dengannya. Memang hubungan yang
terpisah itu kerana Luth tidak boleh menerima kesilapan yang telah dilakukan oleh
Juliana.
Bumi ini bulat bagaikan roda. Berputar setiap masa. Begitu juga perjalanan
hidup manusia di bumi ini. Hari ini mungkin di atas, esok lusa tidak semestinya akan
terus kekal di atas.
Faisha jatuh simpati kepada Juliana. Kehidupannya berakhir dengan kisah
duka. Dia hanya mampu berdoa agar Juliana cekal menempuhi liku-liku hidupnya.
Pada mulanya, memang dia mahu membenci Juliana, tapi hatinya tidak sekejam itu.
Sampai sahaja ke bilik, Faisha terus ke balkoni bilik. Dia berdiri di situ sambil
memandang sekeliling. Dia juga berfikir tentang perjalanan hidupnya yang perlu
ditempuh. Sampai bila dia perlu keras hati dan degil menafikan apa yang sedang
bersarang dalam hatinya.
Luth keluar dari bilik mandi. Dia tersenyum apabila melihat Faisha sudah
pulang. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri isterinya. Sebaik berdiri di
belakang Faisha, Luth menekup mata isterinya kejap.
“Jangan nak mengada-adalah. Siapalah yang nak buat macam ni kat bilik
kita.” Daripada bau minyak wangi pun dah tahu orang itu adalah suaminya.
263
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Luth tersenyum senang. “Kalau tahu, cubalah teka.”
Faisha mencebik.
“Hmm, apek jual ikan tepi jalan kat pasar tu, kan?” Sengaja Faisha menyakat
Luth.
Terlepas tangan Luth daripada menutup mata Faisha. Badan Faisha
dipusingkan agar menghadapnya.
“Ooo, cakap abang apek jual ikan.” Luth mencekak pinggangnya.
Faisha meledakkan tawa.
“Dah betul. Hah, tengok… Pakai seluar pendek pula tu. Sebiji macam apek
jual ikan tu,” sambut Faisha masih tergelak kecil.
Luth tidak lepas memandang wajah Faisha yang sakan ketawa. Macam tak
percaya Faisha berubah sikap hari ini. Wajah manis itu dirakamnya dalam benak
minda. Pantas jarinya mencuit batang hidung Faisha.
“Amboi, suka betul panggil abang macam tu. Suka sangat ke?” Sinis sahaja
suara Luth. Senang hatinya melihat Faisha begitu.
Faisha menganggukkan kepalanya. Badannya dipusingkan semula ke
belakang. Melarikan diri daripada pandangan Luth yang tajam menikam wajahnya.
“Dah betul macam apek jual ikan tu. Bau pun lebih kurang aje.”
Melopong mulut Luth. Pipi Faisha dicuitnya lembut. “Ada yang nak kena cium
ni.”
Pantas Faisha menekup mukanya. Kepalanya menggeleng laju.
Luth menarik Faisha dekat kepadanya. Terasa panas nafasnya. Tangan Faisha
yang menekup mukanya ditarik perlahan. Kini, mata itu terpejam rapat. Langsung
tidak membalas renungannya.
“Buka mata tu. Pandang abang sekarang,” arah Luth.
Faisha terus memejamkan matanya. Kepalanya terus menggeleng.
Sebenarnya dia tak berani nak pandang mata Luth. Sungguh, debaran jantungnya
makin kencang.
264
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Bukalah mata tu, sayang. Pandang mata abang ni.” Lembut suara Luth
berbisik di telinga Faisha.
Faisha tidak mengendahkan bisikan Luth. Matanya terus dipejamkan.
Beberapa ketika kemudian, dia terasa panas ciuman singgah di pipinya. Kemudian,
dia dengar ledakan tawa Luth yang mengejeknya.
Mata yang terpejam cepat-cepat dicelik luas. Terlopong mulutnya. Laju
tangannya menampar tangan Luth.
“Berani-berani cium orang.” Bulat biji mata Faisha. Bertalu-talu tangannya
menampar lengan Luth.
Luth ketawa mengekek. “Itulah balasan orang degil. Tak pun, sayang memang
sengaja nak abang cium. Sebab tu buat degil tak nak celik mata tu. Nak lagi?”
Laju Faisha menggelengkan. Mukanya sudah berona merah.
“Mana ada. Kau jangan nak mengada-ada dengan aku boleh?” Faisha masih
kaku.
Cemberut muka Luth. Berkerut-kerut mukanya.
“Kenapa cakap aku kau lagi? Nak kena cium kat mulut pula ke?” Kedua-dua
belah tangan Faisha dipegang kejap. Matanya redup memandang mata Faisha.
Terkumat-kamit mulut Faisha.
Luth mendekatkan wajahnya ke muka Faisha. Jaraknya beberapa inci sahaja
sebelum bibirnya dengan bibir Faisha bersatu.
“Janganlah. Sayang tak cakap macam tu lagi dengan abang.” Spontan Faisha
bersuara. Gugup.
Terloncat Luth mendengar Faisha menggelarkan dirinya sayang dan
memanggilnya dengan panggilan abang. “Yahu! Terima kasih, sayang. Inilah baru
betul. Barulah sweet.”
Berona merah muka Faisha. Langsung tertunduk. Tidak berani memanggung
kepalanya. Kalau terjun dari balkoni tu boleh hilangkan rasa malunya, mahu sahaja
dia terjun. Tapi, memikirkan nyawanya, naik seram pula dia.
265
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Luth menyentuh jemari Faisha. Digenggam lalu dikucupnya. “Kalau dari awal
sayang macam ni, dah lama kita bahagia. Sayang juga yang rugi sekarang ni.”
Faisha mengerutkan dahinya. Gagah dia membalas renungan mata Luth.
“Kenapa pula rugi?”
Batang hidung Faisha dicuit. “Rugi masa untuk kita berkasih sayang. Kalau
tak, dah boleh kita ulit cinta sampai ke bintang.”
Tergelak kecil Faisha. Kembang pula hatinya bila Luth mengayat cintanya
begitu. Hatinya yang keras dah cair macam ketul ais.
“Kalau sayang jadi bintang, abanglah cahaya yang menyinar tu.”
“Hmm, ya ke? Bintang selalu bercahaya ke?” soal Faisha.
“Kalau bintang tak bercahaya, sayang nampak ke?”
Faisha menjongketkan bahunya. Sungguh, jantungnya berdebar-debar. Tak
keruan bila bertentang mata dengan Luth. Pertama kali perasaan indah itu muncul
dalam diri. Semasa dia mengahwini Fattah, tidak pula dia rasa begini. Apakah ini
yang dinamakan cinta?
“Sayang tahu tak kenapa abang terus kejar sayang walaupun sayang jual
mahal dengan abang?” Tangan Faisha kembali diraihnya.
“Kenapa?” soal Faisha dengan kening menjongket.
“Sebab, perasaan sayang dan cinta abang ni lagi mahal daripada jual mahal
sayang tu,” sambut Luth bersemangat.
Gembiranya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Terasa dunia ini bagaikan dia
yang punya.
Faisha tertawa kecil. “Oh, mahal ke?”
Luth menganggukkan kepalanya. “Terlalu mahal hingga tak mampu dijual
beli. Faisha, pandang mata abang dan lihat ke dalam mata abang.”
Faisha hanya mengikut. Redup matanya memandang Luth.
“Sayang nampak tak ada apa dalam mata abang?”
Berkerut-kerut dahi Faisha. Matanya dikecilkan. Biji mata Luth diperhati lama
266
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
tidak berkelip.
“Habuk,” jawab Faisha ragu-ragu.
“Ya ke?” soal Luth kembali.
Faisha menjongketkan keningnya. Mulutnya menjuih.
“Dalam mata abang, hanya ada wajah Faisha aje,” balas Luth tersenyum
manis.
Makin tak tentu arah Faisha. Dia sudah tidak berani membalas pandangan
Luth. Anak matanya dilarikan. Tangan Luth yang menggenggam jemarinya
dilepaskan. Faisha berdeham lalu mengatur langkah masuk ke dalam bilik.
Jantungnya berdetak laju memainkan irama. Makin Luth menghampirinya,
makin dia berdebar-debar. Ayat-ayat bunga Luth membuatkan dia hanyut dalam
alam fantasi cinta.
Luth mengekori langkah Faisha. Badannya direbahkan ke atas tilam.
Telefonnya yang ada di atas meja disambar.
“Tadi sayang pergi mana?” soal Luth, mematikan debaran Faisha.
Faisha telan air liur.
“Keluar sekejap tadi. Jumpa kawan,” tipu Faisha.
Takkan dia mahu beritahu dia pergi berjumpa dengan Juliana. Biarlah
pertemuannya dengan Juliana menjadi satu rahsia.
“Lain kali, geraklah abang. Abang boleh aje hantar sayang jumpa kawan tu.
Abang tak suka sayang keluar sendiri naik teksi atau bas. Kat luar tu bahaya, sayang.
Macam-macam orang ada kat luar tu. Bukan kita tahu hati budi dia orang. Rambut
aje sama hitam, tapi hati lain-lain.” Panjang berjela teguran Luth kepada isterinya.
Faisha menganggukkan kepalanya. “Maaf. Saya keluar tak bagi tahu awak
dulu.”
Tajam renungan mata Luth. Kepalanya menggeleng-geleng.
“Tengok tu. Saya dan awak pula.” Luth jegil matanya sambil menggigit bibir
bawahnya.
267
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Eh, silap. Tak sengaja.” Faisha telan air liur.
Dia masih kekok. Lidahnya masih keras hendak berbahasa lembut.
“Okey, dimaafkan. Lain kali kalau silap aje, abang terus cium Faisha. Abang
tak tanya dah. Sendiri tahu-tahulah, kan?” Luth mengingatkan Faisha.
Faisha senyum senget sambil mengangguk. “Abang...”
Luth senyum manis apabila suara Faisha mendayu-dayu memanggilnya. “Ya,
sayang. Macam itulah. Manja aje abang dengar.”
“Hmm, nak tanya sikit. Abang betul-betul ke dengan hubungan kita ni? Abang
tak menyesal ke kahwin dengan sayang?” soal Faisha.
Tidak berkelip mata Luth memandangnya. Permukaan tilam ditepuk-
tepuknya. Mahu Faisha duduk di sisinya.
Faisha menghenyakkan punggungnya di situ. Matanya tidak lepas
memandang wajah Luth yang sudah bertentangan dengannya.
“Abang nak Faisha tahu dan ingat sampai bila-bila. Dalam hati abang, hanya
ada satu nama aje. Faisha Irdina adalah nama yang dah terpahat dalam hati abang
sampai bila-bila. Tolong jangan ragu dan kecewakan perasaan abang yang tulus ni.
Biar apa pun yang jadi, abang hanya mahukan Faisha. Sayang adalah ratu hati
abang. Faisha adalah tulang rusuk yang abang cari selama ni.”
Jemari Faisha diraih lalu didekatkan ke dadanya. “Sayang dengar tak debaran
jantung abang?”
Faisha menganggukkan kepalanya.
“Selagi debaran jantung ini berdetak, selagi itu perasaan cinta abang kat
sayang takkan hilang. Hanya maut yang dapat memadamkan segala-galanya,”
sambung Luth lagi.
Terpaku Faisha mendengar luahan kasih daripada Luth. Apakah cinta benar-
benar sudah menguasai hati mereka?
Bab 40
268
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
PUAN AISHAH menunjukkan gambar-gambar perkahwinan anak menantunya yang
sempat dirakam di dalam telefonnya kepada Faisha. Tersenyum senang Puan Aishah
apabila hari bahagia anak menantunya berjalan dengan lancar seperti yang
dirancang.
“Cantik Faisha dengan baju biru tu. Nampak keayuan Faisha terserlah,” puji
Puan Aihsha.
“Abang yang tempah baju ni, mama. Faisha ikut aje.” Faisha mengerling Luth
yang sedang berjalan turun dari anak tangga.
Luth senang melihat Puan Aishah dan Faisha. Mereka berdua nampak mesra
sahaja. Seperti ikatan ibu dan anak sudah terjalin antara mereka berdua. Jika mama
dan isterinya rapat begitu, tidaklah Luth berasa risau. Tuhan memudahkan
urusannya. Dia tidak perlu memujuk mamanya untuk menerima Faisha, walaupun
pada hakikatnya, Faisha bukanlah calon pilihan mamanya sebelum ini.
Luth menghampiri mama dan isterinya. Punggungnya dilabuhkan di sisi
Faisha. Tangannya terus dijatuhkan ke bahu Faisha.
“Amboi, tadi dengar macam sebut nama abang. Sayang cakap apa pasal
abang?” Luth terus mencuit hidung Faisha.
“Mana ada cakap apa. Mengumpat sikit aje pun,” tipu Faisha.
Puan Aishah hanya tersenyum melihat gelagat anak dan menantunya.
Berharap kebahagiaan anak-anaknya itu berkekalan hingga hujung nyawa. Teringat
pula akan hubungannya dengan Encik Luth Fadhil masa mula-mula berkahwin
dahulu.
269
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Mengumpat apa?”
Tergelak Faisha bila tangan Luth menggeletek pinggangnya.
“Tak... tak... Kami tak mengumpat pun. Mama cakap baju yang Faisha pakai
masa majlis resepsi hari tu cantik. Faisha cakaplah abang yang tempah. Itu aje.”
Faisha menerangkan kepada Luth.
Luth mencebik. “Itu aje?”
“Yalah. Tak percaya, tanya mama.”
Puan Aishah hanya mengangguk.
“Luth dah rancang ke nak berbulan madu kat mana?” soal Puan Aishah
kepada anaknya.
Luth tayang giginya. Dia tidak merancang lagi ke mana percutian mereka
suami isteri nanti. Apa yang difikirkan selama ini, bagaimana mahu memikat hati
isterinya yang keras bagaikan batu itu. Sampai lupa pula merancang destinasi
berbulan madu.
“Tak fikir lagilah tu.” Puan Aishah bersuara sinis.
“Tak sempat nak fikir lagi, mama.” Luth melunjurkan kakinya.
“Haisy, sepatutnya awal-awal lagi Luth dah fikir pasal bulan madu tu. Rancang
nak pergi bercuti ke mana? Takkan nak berbulan madu dalam bilik aje?” Puan
Aishah menyindir anaknya lagi.
Faisha diam sahaja. Naik segan pula bila dua beranak itu bercakap pasal
berbulan madu. Dia lagilah langsung tak fikirkan pasal rancangan berbulan madu.
Cukuplah semuanya selesai dengan sebaiknya. Bila mendengar perbualan Puan
Aishah dan Luth, dia rasa macam nak sorokkan sahaja mukanya.
“Bilik pun biliklah, mama. Kat mana-mana pun boleh nak berbulan madu.”
Luth menjawab serius.
Makin berona merah muka Faisha. Aisy, Luth ni tak malu ke?
“Malang betul kamu Faisha. Papa kamu dulu buat kejutan kat mama. Beli
tiket kapal terbang ke Paris. Berbulan madu kat negara orang.”
270
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Faisha hanya tersenyum.
“Amboi, mama. Kasarnya sindiran. Sayang cakap aje nak pergi mana. Mama
ingat mama aje boleh? Luth pun boleh bawa Faisha ke Paris,” sambut Luth.
“Abang, Faisha tak kisah pun pergi mana. Dalam Malaysia pun dah okey.”
Faisha selalu merendah diri.
Dia tidak suka berbangga-bangga dengan apa yang dilakukan. Dia sudah biasa
hidup susah selama ini.
Luth menjatuhkan tangannya di atas paha Faisha. Ditepuk-tepuk lembut.
“Okey, sayang. Nanti abang buat kejutan kat sayang. Kita pergi mana-mana
untuk berbulan madu. Tunggu cuti sekolah lama sikit. Boleh bulan madu puas-
puas.”
Faisha jegilkan matanya kepada Luth. Ikut lepas cakap aje.
“Mama, kami naik bilik dululah ya. Dah lewat ni.” Luth meminta diri.
Sebenarnya dia tidak sabar hendak mengajak isterinya masuk ke bilik. Bila
dah turun ke ruang tamu, jadi lain pula. Masa dihabiskan dengan berbual-bual
sahaja.
“Hmm, naiklah. Berbulan madulah dalam bilik tu. Cepat sikit mama dapat
cucu,” usik Puan Aishah.
MASUK sahaja ke dalam bilik, hidung Faisha terbau wangian yang menyenangkan.
Kakinya melangkah menghampiri katil bersaiz king. Matanya tertumpu pada bunga
ros putih dan merah yang bertaburan di atas permukaan katil. Dan ada tulisan I love
you yang dibentuk daripada kuntuman bunga ros itu.
Terlopong Faisha. Mulutnya yang ternganga luas itu cepat-cepat ditekup
dengan hujung jemarinya. Terpegun dan teruja. Faisha berpaling bila dengar bunyi
pintu terkuak. Pandangannya dan pandangan Luth bersabung. Faisha menyambut
renungan Luth dengan senyuman manis.
271
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Perlahan Luth mengatur langkah mendekati Faisha.
“Abang buat semua ni ke?’ soal Faisha.
Sebenarnya, dia tak tahu nak kata apa lagi. Ada sahaja kejutan yang Luth
berikan.
Luth menarik tangan Faisha dan digenggamnya kejap. Ditarik pula
genggaman itu ke bibirnya. Manis sahaja wajah Luth mengukir senyuman. Mata
yang memandang itu sangat memukau pandangannya.
“Sayang suka tak?” soal Luth mendayu-dayu.
Meremang bulu roma Faisha.
“Su… su… suka.” Faisha menjawab gugup.
Luth meraih pula belakang Faisha. Kencang jantung Faisha mengalunkan iramanya.
Terasa hangat nafas Luth kena pada wajahnya. Ditarik badan Faisha supaya sama-
sama duduk di atas katil.
Perit tekak Faisha apabila menelan liur. Argh, berdebar lagi kencang
jantungnya. Apa Luth mahu lakukan kepadanya?
“Faisha...” Lembut dan mendayu-dayu suara Luth menyebut nama isterinya.
Faisha telan air liurnya lagi.
“Abang nak...”
Laju Faisha menggelengkan kepalanya. Dia masih belum bersedia nak
bersama dengan Luth.
“Faisha tak bersedia lagi, abang. Malam ni Faisha letih.” Laju Faisha memintas
cakap Luth.
Luth memusingkan sikit badannya menghadap Faisha. Serius wajahnya
merenung wajah itu. Wajah Faisha berona merah dan dia nampak gelisah. Berkerut
dahi Luth.
“Kenapa?”
“Faisha belum bersedia. Maafkan Faisha.” Faisha tunduk, tidak berani
membalas renungan suaminya.
272
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Luth mengukir senyuman pada wajahnya. Dahinya yang tidak gatal digaru-
garu. Poket sebelah kanan seluarnya diseluk. Bekas baldu dikeluarkan dari
poketnya.
“Abang nak bagi ni kat Faisha.” Bekas baldu itu dibukanya.
Terlihat rantai emas dengan loket tertulis nama Luth dan Faisha. Di antara
nama mereka ada bentuk hati di tengah-tengahnya.
Faisha ketap gigi. Dia malu sendiri. Jauh otaknya berfikir. Terasa kebas
seluruh wajahnya menahan malu. Kenapa dengan kau ni Faisha? Faisha memarahi
dirinya sendiri.
“Abang beli rantai ni sebelum majlis kenduri kita lagi. Cuma tunggu loket
siap. Tak sempat nak bagi masa kenduri kita. Jadi, abang nak bagi kat sayang hari
ni.”
“Kenapa susah-susah nak bagi semua ni kat Faisha? Kan dah ada cincin
kahwin? Gelang daripada mama pun dah ada.” Faisha menyembunyikan rasa
malunya tadi. Dibuat-buat biasa sahaja walaupun sebenarnya tahap malunya tidak
dapat dikawal lagi.
“Sebab abang nak isteri abang cantik. Seorang isteri adalah perhiasan buat
suaminya. Biar isteri abang sentiasa cantik pada pandangan mata abang ni. Lagipun
abang saja nak hadiahkan sesuatu kepada Faisha. Sebagai tanda ingatan abang
kepada Faisha.” Luth menyambut soalan isterinya.
Faisha meleretkan senyuman pada wajahnya. Terharu mendengarnya.
“Terima kasih, abang. Faisha tak tahu nak cakap apa lagi.”
Faisha rasa terharu. Dirinya rasa dihargai oleh Luth. Tak pernah dia rasa
dihargai sebegini. Bukan kerana pemberian bernilai itu, tapi keikhlasan dan
ketulusan hati Luth membuatkan dia rasa terlalu istimewa.
“Sama-sama, sayang. Kasih Faisha dah lama abang terima.” Batang hidung
Faisha dicuit lembut.
Tersipu malu Faisha.
273
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Abang pakaikan kat leher Faisha, ya?” Rantai emas sudah di tangan Luth.
Hanya mahu dipakaikan ke leher Faisha sahaja.
Luth mencari panahan mata Faisha. Bila mata mereka saling berpandangan,
Luth menguntumkan senyuman. Walaupun Faisha ada di hadapannya, wajah itu
tidak puas dipandangnya. Faisha jadi tak tentu arah bila mata Luth menikam
pandangannya.
“Kenapa pandang macam tu? Kata nak pakaikan rantai tu.” Faisha cuba
menarik perhatian Luth.
“Abang suka tengok muka Faisha. Tak puas pandang. Abang nak pandang
sampai puas.” Jemari Luth menyentuh lembut wajah Faisha.
Argh, sudah! Makin kencang debaran jantung Faisha. Kenapalah Luth begitu
romantik malam ni? Dia pula yang gerun dan rasa seperti mahu rebah sahaja.
Godaan betul bila Luth melayannya begitu. Tergugat juga imannya.
“Sudah-sudahlah pandang. Macamlah esok-esok tak boleh nak pandang
muka ni.” Faisha melarikan matanya.
“Abang nak rakam wajah Faisha puas-puas. Biar wajah Faisha tersemat dalam
minda abang ni. Hari-hari abang nak rakam wajah Faisha. Dalam kepala abang ni
ada kamera tau, sayang. Setiap kali abang pandang wajah Faisha, memori ingatan
abang akan rakam wajah manis isteri kesayangan abang ni.” Pipi Faisha dicuit
lembut.
Tergelak kecil Faisha. Rasa seperti lori gula dah tumpah di dalam biliknya.
“Macam-macalah abang ni.” Faisha memusingkan badannya. Paha Luth
ditampar lembut. Malu pula bila Luth bermadah di hadapannya.
“Betullah. Abang rasa dunia ni abang yang punya. Bahagianya abang bila
Faisha jadi isteri abang. Keras-keras Faisha, akhirnya lembut juga dengan abang.”
Luth menarik jemari Faisha.
Digenggamnya ke dalam genggamannya. Terasa sejuk sahaja jemari Faisha.
“Hmm, kata nak pakaikan rantai. Jadi ke tak nak bagi rantai tu?” Faisha sedaya
274
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
upaya melarikan perbualan manja Luth. Mahu dia yang tersungkur dulu nanti.
Luth menyambut soalan Faisha dengan ledakan tawa. Lupa pula dia. Rantai
di tangannya diletakkan di leher Faisha. Kemudian, dipusingkan badan Faisha agar
duduk menghadapnya sekali lagi.
“Hmm, cantik sangat isteri abang pakai rantai ni. Tapi, kan... isteri abang lagi
cantik kalau rambut panjang. Apa kata lepas ni Faisha simpan rambut panjang sikit.
Bolehlah abang tolong ikatkan tocang. Tak pun abang boleh tolong dandankan,”
cadang Luth.
Dia lagi suka kalau Faisha berambut panjang.
Tergelak Faisha.
“Boleh tak?”
Faisha menganggukkan kepalanya.
“Boleh. Abang nak Faisha simpan rambut panjang sampai mana? Bontot atau
kaki?” soal Faisha, masih tergelak.
“Sampai bawah bahu pun dah cukup. Kalau sampai kaki, dah macam hantu
pula. Kalau kat bontot, nanti abang asyik tengok bontot Faisha pula,” sambut Luth
tersengih-sengih.
Dah terbayang di matanya rambut Faisha yang mengurai hingga ke pinggul.
Jauh Luth berimaginasi.
Pantas sahaja tangan Faisha menampar paha Luth. Matanya menjegil bulat.
“Gatallah abang ni.”
“Gatal dengan isteri tak apa, kan? Kalau abang gatal dengan orang lain haru
pula nanti.” Luth menyahut kata-kata Faisha. Bukannya orang lain pun. Tak salah
nak beramah mesra lebih sikit.
Faisha menarik cuping telinga Luth, lalu dipulasnya lembut.
“Berani abang menggatal dengan perempuan lain kat luar sana. Nanti telinga
ni Faisha pulas sampai putus. Berani buatlah!” Faisha memberi amaran.
Berkerut-kerut muka Luth. “Tak sakit pun.”
275
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Faisha pulas lagi kuat telinga Luth. Kali ini dipegangnya kejap.
“Ouch! Aduh, sakitlah. Aduh!!” Kuat suara Luth menjerit. Satu rumah boleh
dengar suara Luth yang kuat itu.
Kalut Faisha menekup mulut Luth. Matanya dijegilkan sambil menggeleng
kepala. “Apa ni jerit kuat-kuat? Mama dan papa dengar nanti.”
“Aduh!” Luth mengerang kesakitan. Terguling-guling Luth sambil memegang
telinganya.
Faisha menelan liurnya.
“Abang... sakit kat mana? Kuat sangat ke Faisha pulas telinga abang tu?” soal
Faisha.
Dia cuba meraih tempat yang ditekup oleh Luth. Dia pula tidak senang duduk.
Rasanya dia pulas telinga Luth tidaklah sekuat mana.
“Sakitnya tuh di sini, di dalam hatiku,” sambut Luth, diselangi hilai tawanya.
Sayang juga Faisha kepadanya. Ingatkan Faisha tidak menghiraukannya. Bila
dia mengadu sakit, gelisah Faisha.
Bab 41
276
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
TERJAGA sahaja daripada tidur, terus Luth mengejutkan Faisha. Jam sudah
menunjukkan ke angka 6.30 pagi. Masih bersisa waktu subuh.
Faisha menarik selimut rapat hingga ke muka. Pagi ini memang dingin sekali.
Semalaman hujan turun dan pagi ini sejuk menyentuh tubuh. Minta dibuai-buai
mimpi agar lebih panjang. Luth menarik selimut daripada terus menutup muka
Faisha.
“Sayang, bangun.” Lembut suara Luth memanggil isterinya.
“Hmm, sejuk...” Faisha makin menggulung tubuhnya di dalam selimut.
Luth menghela nafas. Susah juga nak gerak Faisha pagi ni. Batang hidung
Faisha disentuh, tapi Faisha tidak mengendahkannya. Dia tetap tidur.
“Sayang... Dah subuh ni. Jom kita berjemaah sekali.” Badan Faisha digoyang-
goyang perlahan.
Faisha tidak peduli. Matanya terus terpejam. Luth mendekatkan mukanya ke
muka Faisha. Satu kucupan diberikan pada bibir merah Faisha. Tergamam Faisha
bila terasa mulutnya basah. Segeran dia menolak badan Luth.
“Aduh...” Luth mengaduh apabila punggungnya mencecah lantai.
“Isy, Faisha tidur abang ambil kesempatan pula,” bising Faisha sambil
menggosok-gosok matanya.
“Sampai hati sayang tolak abang sampai jatuh katil. Sepatutnya Faisha terima
ciuman abang tu. Ini tak, kena tolak pula. Dapat sakit aje,” rungut Luth. Dia sudah
berdiri.
Faisha menekup mulutnya. Dia segera bangun mendapatkan tubuh Luth.
277
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Belakang Luth diurut-urutnya.
“Maaf... maaf... Faisha tak sengaja nak tolak abang. Abanglah, cium mulut
Faisha buat apa? Terkejut Faisha.” Faisha rasa bersalah kerana berkasar dengan
suaminya.
“Abang kejut, Faisha tak mahu bangun. Abang ciumlah mulut busuk penuh air
liur basi tu,” balas Luth serius.
Melopong mulut Faisha. Laju tangannya menampar lengan suaminya. Pagi-
pagi dah kena usik dengan Luth.
“Sayang tu abang kejut tak mahu bangun. Dah, jom mandi. Subuh dah tak
lama nak habis ni. Sayanglah ni,” bising Luth.
Tuala sudah diletakkan atas kepalanya. Tangannya pula tidak lepas pegang
tangan Faisha. Mahu isterinya ikut mandi sekali.
“Abang mandilah dulu.”
“Kita mandi sama-samalah. Waktu dah singkat ni. Nanti cerah terlepas subuh
kita.” Luth berkeras mahu Faisha mengikut kemahuannya.
Faisha menggeleng kepala. Tak mahulah mandi bersama-sama dengan Luth.
Dia malu. “Tak nak!”
“Mandi aje pun. Abang bukannya nak buat apa-apa kat Faisha.”
Faisha tetap tegas tidak mahu mandi sekali dengan Luth. Dia rela mandi
sendiri daripada mandi dengan Luth di dalam bilik mandi yang sama.
Luth tidak mengendahkan jawapan Faisha. Badan kurus Faisha terus
dicempungnya. Tanpa banyak soal, badan itu terus dibawa masuk ke dalam bilik
mandi. Mahu tak mahu, dia mahu Faisha mandi sekali dengannya pagi ini.
USAI solat subuh, Luth memanjatkan doa. Kemudian, Luth akhiri bacaan doanya
dengan membaca al-Mathurat.
Faisha menyambut huluran tangan Luth. Tangan itu dikucup lama. Sebaik dia
278
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
panggung kepala, Luth terus mengucup dahinya. Faisha membalas renungan mata
Luth dengan sebuah senyuman.
“Terima kasih sayang sebab sudi jadi isteri abang.” Entah untuk kali ke berapa
ucapan terima kasih itu terluah di bibir Luth.
Faisha mengangguk. Batang hidung Luth dicuitnya buat pertama kali. “Sama-
sama. Sepatutnya, Faisha yang ucap terima kasih kat abang. Sebab abang sudi
jadikan Faisha isteri abang yang sah.”
“Faisha pernah terfikir tak dapat suami macam abang ni? Suami yang baik,
bertanggungjawab, manja, romantik dan yang paling penting, abang sayangkan
Faisha.”
Faisha tergelak kecil. “Eh, masuk bakul angkat sendiri pula.”
Luth meletakkan tangannya di kepala Faisha. “Abang janji akan terus
menyayangi Faisha. Abang akan terus mencintai Faisha selagi ada hayat abang.
Abang ikhlas dengan hubungan kita ni.”
Faisha kemam bibirnya. Terharu mendengar ucapan itu meniti di bibir Luth.
“Abang nak Faisha jadi isteri yang sempurna kepada abang. Sempurna kepada
abang maksudnya, abang nak Faisha jadi isteri yang solehah, pandai jaga diri dan
maruah abang. Lepas ni, abang nak Faisha tutup aurat betul-betul. Tak mahu
sekejap pakai, sekejap buka tudung atas kepala tu. Boleh, sayang?” Batang hidung
Faisha dicuit lembut.
“Boleh. Insya-Allah, Faisha akan cuba jadi yang terbaik. Pasal bertudung tu,
insya-Allah Faisha dah bersedia untuk berubah.”
Luth menarik nafas dan menghelanya perlahan. “Menurut riwayat Muslim,
dikatakan perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang
cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada
perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh
masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu
tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. Abang nak isteri abang ikut jalan
279
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
yang betul.”
Faisha mengangguk tanda faham dengan apa yang diterangkan oleh
suaminya.
“Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah ialah azab yang amat
pedih, antaranya balasan wanita yang membuka rambut kepalanya kepada selain
suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga
menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja
dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan digantung atas api neraka
dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai
penggantungnya. Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang,
pedihnya tidak terkira,” sambung Luth lagi.
“Ya, abang. Faisha akan tutup aurat dengan sempurna. Faisha tak mahu
abang pun terseret ke neraka kerana cara pemakaian Faisha. Kalau ada apa-apa
khilaf Faisha, abang tegurlah ya.” Faisha menggenggam jemari Luth. Dikucupnya
sekali lagi.
LEPAS sarapan pagi, Luth meminta Faisha bersiap-siap. Dia mahu membawa Faisha
pergi beli pakaian baru. Dia tahu isterinya kurang pakaian yang cantik-cantik.
Sebagai seorang suami, dia perlu menyediakan semua itu kepada isterinya.
Faisha sudah siap memakai baju kurung yang pernah dipakainya masa
pertama kali keluar dengan Luth. Pakaian itu sahaja yang paling elok yang dia ada.
Kebanyakan pakaiannya ala-ala pakaian suaminya. Seluar jean dan T-shirt.
Faisha yang sedang berdiri di hadapan cermin dipautnya dari belakang.
Dagunya ditongkat pada bahu Faisha.
“Cantiknya isteri abang,” puji Luth.
“Terima kasih. Faisha tahu tu.” Meleret senyuman pada wajah Faisha. Pin
dicucuk di tudung bahagian kepalanya. Tidak mahu tudung yang dipakainya itu
280
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
bergerak-gerak.
“Wangi,” puji Luth lagi bila hidungnya melekat pada leher Faisha.
Faisha menarik tangan Luth. Direntap badan Luth agar berada di hadapannya.
Pandangan mereka saling bertentangan antara satu sama lain.
“Kenapa nakal sangat ni?” Faisha buat muka garang.
Luth tayang giginya. “Sesekali nak nakal. Bukan selalu.”
Faisha mencebik.
“Bukan setiap masa abang nakal?” Hidung Luth dipicit beberapa saat.
“Oh, ya ke? Tak perasan pula.”
“Yalah. Abang tu memang nakal. Ada aje helah abang nak usik Faisha. Tak
bosan ke?” Tangan Faisha sudah berada di dada Luth. Kolar baju Luth dibetulkan.
Luth menggeleng kepalanya. Dalam masa yang sama, bibirnya mencemik.
“Tak pernah bosan pun kalau dengan isteri abang ni. Kalau boleh, dah tak mahu
pergi kerja. Abang nak berkepit aje dengan Faisha setiap masa.”
“Isy, kalau abang tak kerja, kita nak makan apa? Siapa nak bagi nafkah kat
Faisha?” Faisha membalas renungan Luth. Pagi ini Faisha pun jadi romantik seperti
Luth.
“Kita makan sesama kitalah. Abang makan Faisha, Faisha makan abang,”
sambut Luth. Di hujung bicaranya dia tergelak geli hati. Dia turut perasan akan
muka cuak Faisha.
“Hah! Tak naklah makan abang. Tak kenyang pun.” Faisha menepuk lembut
dada Luth.
Dia sudah bergerak daripada terus menghadap wajah Luth. Beg tangan
hadiah hantaran disambarnya. Digalasnya tanda dia sudah sedia untuk bergerak.
“Kenyang perut boleh dapat anak,” bisik Luth mengusik Faisha.
Beg yang tergalas di bahu diayun pada badan Luth. Mengekek Luth ketawa.
Luth berlari menyelamatkan dirinya. Dia tahu, Faisha belum puas lagi
mengerjakannya.
281
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Sampai di ruang tamu, Faisha mengawal dirinya. Dia tidak mahu Puan Aishah
dan Encik Luth Fadhil melihat perangai buruknya itu. Di hadapan mertuanya itu, dia
menjadi seorang gadis gemalai. Pijak semut pun tak mati.
Setelah berbual-bual sekejap dengan mertuanya, Luth terus mengajak Faisha
keluar. Dia tidak sabar hendak berdua-duaan dengan Faisha. Selalunya dia membeli-
belah sendiri. Kali ini dia berdua. Sudah ada isteri yang boleh dipimpin tangan masa
berjalan nanti.
Muncung Faisha sudah seinci. Masih marah dengan usikan Luth tadi. Luth
yang memandu perasan muncung isterinya itu.
“Isy, tadi rasanya bawa bini. Tapi, yang ada kat sebelah ni itik. Tajam betul
muncung dia,” sindir Luth kasar.
Mata Faisha menjegil. “Abang panggil Faisha itik?”
Luth hanya tayang sengih. Mulut muncung Faisha diejeknya. “Kalau dah muncung
macam ni, bukannya nama itik?”
Faisha yang mahu merajuk tidak jadi hendak merajuk. Dia meledakkan tawa
besar. “Yalah, itik. Itik inilah yang abang suka, kan?”
Luth menganggukkan kepalanya. “Itik pun itiklah. Dah, tak mahu jadi macam
itik. Jadi comel macam Faisha yang abang pandang hari-hari.”
Faisha menjatuhkan tangannya atas paha Luth. Dihadiahkan cubitan halus di
situ.
“Kenapa cubit abang? Tak sayang abang ke?” getus Luth.
“Abanglah tak sayang Faisha. Abang samakan Faisha dengan itik.” Mendatar
sahaja suara Faisha. Buat-buat merajuk.
Luth mengerling sekilas Faisha di sebelahnya. Sempat lagi dia mencuit
batang hidung Faisha.
“ Alolo… merajuk ke sayang? Sayang merajuk buat abang geram aje kat
sayang.” Luth menggigit bibir bawahnya.
Faisha perasan dari ekor matanya akan mimik muka Luth itu. “Eh, mana ada
282
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Faisha merajuk. Tak merajuk pun.”
“Oh, tak merajuk?” soal Luth serius.
Faisha menganggukkan kepalanya. “Yalah. Abang ingat Faisha ni cengeng ke? Silap
oranglah abang.”
“Manalah tahu. Keras-keras Faisha tu, hati macam tisu.” Luth terus pandang
ke depan. Matanya fokus pada pemanduannya.
“Tak adalah hati tisu. Abang tu kut hati tisu. Manja dan mengada-ada. Entah-
entah masa Faisha tak layan abang, marah abang... abang masuk rumah menangis.”
Faisha mengusik Luth pula.
“Isy, mana ada abang macam tu. Abang ni tak adalah suka menangis. Kalau
manja tu, betullah. Bab suka menangis tu tak betul. Faisha jangan nak fitnah
abang.” Luth buat mimik muka merajuk.
Dia pun nak merajuk juga. Teringin sangat dipujuk oleh Faisha.
“Ya ke? Tak percayalah. Orang manja ni memang suka menangis. Itu
kebenarannya.” Faisha tidak mahu mengalah. Sengaja dia mahu menyakat Luth.
Dia perlu bijak berkomunikasi dengan suaminya. Kalau tidak, hubungan yang
terjalin itu akan menjadi hambar.
“Haisy, nak kena ni. Nanti abang berhenti tepi jalan ni siap sayang. Abang
makan mulut Faisha tu sampai tak boleh nak bukak dah,” ugut Luth.
“Sikit-sikit ugut nak cium mulut. Dah basi sangat alasan ugutan abang tu. Tak
hairanlah!” getus Faisha sambil tersenyum-senyum.
Dia yakin Luth tidak akan memberhentikan keretanya semata-mata mahu
melunaskan ugutannya.
Luth kerling Faisha yang sedang tersenyum. Tercabar pula Luth dengan kata-
kata Faisha. Kereta yang meluncur di atas jalan dibelok ke kiri. Diberhentikan kereta
di tepi jalan, lalu terus ditarik muka Faisha. Kucupannya hinggap ke bibir Faisha.
Faisha tergamam dengan tindakan Luth. Langsung tidak menyangka Luth
betul-betul menghadiahkan ciuman di bibir mungilnya. Laju sahaja dia menelan
283
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
liurnya.
Luth kembali menyambung pemanduannya. Lebar senyuman yang melekat
pada wajahnya, mengejek Faisha yang terpaku.
“Lain kali kalau nak abang cium cakap ajelah. Tak payah nak tunggu abang
ugut. Alah, abang tahu sangatlah akal Faisha tu. Kalau nak, cakap ajelah. Bukan
susah pun. Cakap macam ni, abang... nak kiss. Lepas tu, kenyit-kenyit mata sikit.
Hah, macam tu.”
Luth terus senyum. Langsung tidak mempedulikan Faisha yang sedang
marahkannya. Seronok sangat bila dapat mengusik Faisha begitu.
Bab 42
284
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
FAZURA melirik ke rumah sebelah. Syafiq adik sepupu Luth sedang memasukkan
barang-barangnya ke dalam kereta.
“Nak ke mana tu, yang?” sapa Fazura sambil memaut tangannya pada
tembok tengah rumahnya.
“I ambil baranglah. I dah dapat kerja kat butik. Dan bos I ada bagi tempat
tinggal. Memandangkan sepupu I yang kacak tu dah kahwin, I kenalah keluar. Nanti
mesti Luth nak bawa balik isteri dia kat sini. Takkan I nak menyibuk pula,” sambut
Syafiq dengan gemalai suaranya.
“Kat butik mana kerja nanti?” soal Fazura ingin tahu.
Sunyi juga kalau Syafiq pun berpindah. Sudahlah Faisha masih di rumah
mertuanya. Sampai hari ini belum balik ke rumah sewa mereka lagi.
Gemalai sahaja langkah Syafiq menghampiri tembok. “I kerja dengan pereka
fesyen terkenal tau. Dia selalu taja artis dan buat pakaian untuk artis aje. Nanti
kalau you nak kahwin, jangan panggil orang lain. I pun boleh rekakan baju
pengantin untuk you. Jangan jadi macam Luth tu, bukannya dia nak bagi peluang
kat I. Kedekut.”
Tergelak kecil Fazura, mengiakan sahaja apa yang dicakapkan Syafiq. Puas
berbual, Syafiq berlalu juga. Sejak Faisha kahwin, rumah mereka sunyi. Kalau tak,
riuh sahaja rumah itu dengan suara Faisha. Tak pun, sesekali terdengar suara Faisha
membebel.
Sebaik kereta yang dinaiki Syafiq berlalu, berhenti pula kereta Fattah. Kalau
tadi arnab dah keluar, sakarang singa pula datang mengaum kepadanya. Fattah
285
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
keluar dari perut kereta lalu berdiri di luar pagar.
“Faisha tak ada, awak. Dia masih kat rumah mertua dengan suami dia. Sudah-
sudahlah awak kejar Faisha tu. Dia dah jadi isteri orang pun. Awak tu bukannya tak
ada rupa. Ada aje rupa, tapi tetap juga nak kejar Faisha,” beritahu Fazura sebelum
Fattah bertanya.
Berkerut dahi Fattah. Kepalanya menggeleng-geleng. “Eh, saya datang ni
sebab nak ajak awak keluar. Awak free tak sekarang ni?”
Terlopong mulut Fazura. Berkelip-kelip matanya. Dia yang salah dengar ke?
“Eh, awak cakap apa tadi?” soal Fazura.
“Saya nak ajak awak keluar makan. Boleh ke?” Sekali lagi Fattah bertanyakan
soalan yang sama.
Fazura telan air liur pula. “Saya tengah mimpi ke ni? Awak tolong saya sekejap
boleh?”
“Ya, awak nak saya buat apa?” Berkerut dahi Fattah sambil memandang
Fazura.
Fazura menghulurkan tangannya. “Tolong cubit.”
Berkali-kali Fattah bertanya. Biar betul Fazura mahu dia mencubit gadis itu.
Bila Fazura bertegas, Fattah ikutkan juga. Dicubit lengan Fazura kuat.
Fazura menjerit kesakitan. “Tak mimpilah ni?”
Fattah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum sinis.
“Kalau betul awak ajak saya keluar, saya nak bersiap sekejap. Awak bagi saya
masa 10 minit aje tau. Saya nak salin baju dulu.”
“Tak payah tukar. Macam ni pun dah cantik.” Beria-ia Fattah memuji. Dia tak
mahu membuang masa yang ada.
Terlentok mengada-ada Fazura bila Fattah memujinya begitu. “Kalau macam
tu, saya kunci pintu rumah dulu, ya.”
Fattah mengangguk. Dia menunggu Fazura di dalam keretanya. Beberapa
ketika kemudian, Fazura kembali dan terus menapak masuk ke dalam perut
286
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
keretanya.
Kereta terus meluncur keluar dari kawasan perumahan dan berlalu ke jalan
utama. Fazura senyum-senyum sahaja dari tadi. Tak tahu apa yang hendak
dibualkan. Bila lama sangat berdiam diri, terasa kekok pula. Dia mencari idea untuk
berbual-bual dengan Fattah.
“Boleh saya tahu, kenapa awak ajak saya keluar?” soal Fazura ingin tahu.
“Nak ajak awak teman saya makan.” Kereta yang dipandu akhirnya berhenti
di sebuah restoran.
Sebaik sahaja berhenti, Fattah keluar dari keretanya. Belum sempat Fazura
menguak pintu, Fattah terlebih dahulu membukakan pintu untuknya. Makin
kembanglah hati Fazura bila dilayan begitu oleh Fattah. Liar mata Fazura
memandang sekeliling restoran.
“Nak makan kat sini ke? Okey tak baju saya ni? Macam selekeh aje ni.” Fazura
bertanya dengan nada risau.
Sudahlah dia pakai seluar jean dan T-shirt kelabu corak reben sahaja. Nanti
Fattah pula yang malu dengan penampilan biasanya.
Fattah menyambut soalan Fazura dengan senyuman.
“Tak apa. Sini bukannya restoran lima bintang pun. Semua jenis orang boleh
datang.” Fattah cuba menyedapkan hati Fazura.
Fazura akur juga sambil mengekori langkah Fattah. Berbeza penampilan
mereka berdua. Fattah nampak gayanya seperti berkerjaya elok. Dia pula bagaikan
orang bawahan sahaja.
Punggung dihenyakkan ke kerusi. Kerusinya sahaja sudah empuk. Sesekali
matanya meliar dalam kawasan restoran. Memang selesa. Selepas sampai hidangan
yang dipesan, mereka menjamu selera sambil berbual-bual kosong. Langsung tidak
menyentuh perihal Faisha.
“Awak nak saya buat sesuatu ke kat Faisha?” soal Fazura tiba-tiba. Tidak
berkelip mata Fazura memandang Fattah.
287
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Terbuntang biji mata Fattah. Dia beristighfar.
“Awak ingat saya ni jahat ke nak buat sesuatu kat Faisha. Muka saya ni
macam orang jahat ke?” soal Fattah balik.
“Daripada muka, kita tak boleh nak agak. Daripada muka awak tu, tak
nampaklah awak jahat,” teka Fazura.
Fattah ketawa mengekek. “Kalau saya ni jahat, saya dah bawa awak masuk
hutan. Tak pun saya jual aje awak kat rumah ayam.”
Cemberut muka Fazura. Pinggannya ditolak ke tepi. Air di hadapannya terus
diteguk licin.
“Habis tu, awak nak apa?”
Fattah memandang tepat ke dalam anak mata Fazura.
“Saya nak minta tolong awak sikit.” Perlahan sahaja suara Fattah.
Fazura senyum senget. Dia sudah agak niat Fattah dari awal lagi.
“Saya nak awak beritahu kelebihan suami Faisha. Boleh?”
Fazura menghela nafas. Seperti yang diagaknya, Fattah langsung tak berminat
dengannya pun. Kalau ajak keluar, mesti nak tahu pasal Faisha. Dia sahaja yang
perasan dan syok sendiri Fattah hendak menguratnya.
“Apa yang awak nak tahu pasal suami Faisha?”
“Apa-apa aje yang boleh awak cerita.”
Fazura menjuih. Kepalanya menggeleng.
“Buat apa pula nak cerita kat awak? Kalau awak nak tahu, awak tanya ajelah
dengan tuan badannya sendiri. Tak perlu nak ajak saya keluar, belanja makan bagai.”
Fazura mula hangat hati. Dia benar-benar rasa tertipu.
Fattah berdeham kecil. Perlahan-lahan dia melepaskan keluhan kecil. “Taklah.
Saya cuma nak tahu kehebatan yang ada pada suami Faisha. Sampai Faisha tak
dapat nak maafkan saya. Apa yang Faisha pandang pada suami dia? Itu aje saya nak
tanya.”
Fazura menarik nafas dan dihela tenang.
288
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Sebab Luth memahami dan menerima dia seadanya. Kelebihannya pula
sebab dia percayakan Faisha dan tak pernah ada rahsia dengan dia. Awak tahu tak,
kejujuran dan ketulusan hati itu yang penting dalam sesebuah hubungan. Begitu
jugalah yang Faisha harapkan.” Dalam menjawab, sempat juga dia menyindir Fattah.
Fattah hanya tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya tanda mengerti.
“Saya banyak buat salah dengan Faisha. Kalau dia bahagia dengan pilihannya,
tak apalah. Saya takkan ganggu kebahagiaan dia lagi. Tapi, yang saya kesal sangat,
dia tak beri saya peluang langsung,” luah Fattah.
Fazura menarik gelas di hadapannya. Dihirup air bandung cincau yang masih
berbaki sedikit. “Dah bukan jodoh awak dengan Faisha. Mungkin ramai lagi
perempuan kat luar sana yang boleh terima awak.”
Fattah mengangguk-anggukkan kepalanya. “Kalau macam tu, awak ajelah jadi
isteri saya. Awak dah berpunya ke?”
Tidak berkelip mata Fazura kali ini. Soalan Fattah membuatkannya rebah
pitam tidak sedarkan diri.
BUKA sahaja mata, orang pertama yang dilihat ialah Faisha. Kepalanya yang pening-
pening lalat dipicit perlahan-lahan dengan muka penuh kerutan.
“Aku kat mana ni, Faisha?” soal Fazura.
“Dekat rumahlah. Kau dah okey ke ni?” soal Faisha lagi. Pelik dengan sikap
kawan serumahnya.
“Tadi aku mimpi, Fattah lamar aku jadi isteri dia. Entah macam mana aku
boleh pitam, Faisha. Aku bukan boleh gelabah,” cerita Fazura kepada Faisha.
Mengekek ketawa Faisha mendengar cerita Fazura. Memang Fazura sangka
dia hanya bermimpi. Sebenarnya, dia datang ke sini pun selepas Fattah
menghubunginya menggunakan telefon milik temannya itu. Bergegas dia dengan
Luth datang ke rumah sewanya.
289
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
“Habis tu, kau terima tak?” Sengaja Faisha bertanya.
Fazura menggelengkan kepalanya.
“Tak sempatlah aku nak jawab apa-apa, aku pitam. Mimpi aku tak habis lagi
tu.” Fazura beria-ia bercerita kepada Faisha.
Faisha jongket kening.
“Andai kata betul Fattah lamar kau? Kau nak terima tak?” soal Faisha.
Dengar sahaja soalan Faisha, Fazura melentok-lentokkan badannya ke kiri dan
ke kanan. Tersenyum-senyum sambil menggeliatkan badannya.
“Eh, gediklah kau ni. Aku Tanya, kau duk terlentok sana sini apa pasal?” bebel
Faisha.
Rimas pula tengok gelagat Fazura. Bukannya susah sangat nak jawab
soalannya. Ya atau tidak sahaja jawapannya.
“Aku... aku...” Bantal di tangannya digentel-gentel pula.
Faisha mendengus kuat. Pipi Fazura ditampar-tamparnya perlahan. “Susah
betul kau nak bagi jawapan. Kau nak tak Fattah jadi suami kau?”
Fazura tersenyum malu-malu sambil kepalanya mengangguk laju. “Nak, tapi
tak mungkinlah dia suka kat aku. Dia kan suka kat kau lagi. Kalau betul pun aku
terima dia, Kimi tu aku nak letak mana? Aku dah bercinta bagai nak rak dengan dia
tau.”
Kendur hujung suara Fazura. Tiba-tiba dia teringatkan Hakimi kekasihnya.
Bulat biji mata Faisha memandang Fazura. “Kau sanggup bermadu ke?”
Fazura cuba menghadam soalan Faisha. Beberapa saat kemudian, dia
menggelengkan kepalanya.
“Tahu tak sanggup, tapi kenapa nak juga kat suami orang? Kan aku dah pesan
banyak kali kat kau. Kalau boleh, tolong jauhkan diri daripada bercinta dengan
suami orang. Kita ni perempuan, mesti faham perasaan orang perempuan. Dia
orang tu cari yang lain sebab nak dapatkan keseronokan aje. Nak berfoya-foya.
“Kononnya isteri kat rumah tak cantiklah, busuklah, macam-macam alasan
290
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
dia orang bagi. Tapi, nak puaskan nafsu cari juga si isteri. Macam tu ke suami yang
kau nak? Kalau aku jadi kau, memang aku bagi tahu isteri Hakimi tu apa yang suami
dia buat kat belakang. Gatal sangat bercinta di belakang isteri.” Panjang berjela
Faisha membebel.
Dia cukup tak suka dan benci kepada lelaki yang tidak tahu menghargai isteri.
Baginya, mereka tidak layak untuk didampingi.
Diam tak berkutik Fazura mendengar bebelan Faisha. Perlahan-lahan dia
melepaskan keluhan.
“Nak buat macam mana kalau itu aje yang nak kat aku? Kalau Fattah betul-
betul lamar aku, mungkin aku boleh lupakan Kimi tu. Masalahnya, aku cuma mimpi.
Kau tahu tak apa tu mimpi?”
Faisha menepuk dahi Fazura. “Kau yakin sangat ke kau bermimpi?”
Fazura meraup mukanya. Pipinya ditampar-tampar. Pertemuannya dengan
Fattah masih segar dalam mindanya. Tapi, bila dia sedar sahaja dia sudah terbaring
di dalam biliknya. Bukan bermimpikah? Kalau tak bermimpi, tak ada pula Fattah
depan mata.
“Tadi kau keluar dengan Fattah, kan? Keluar makan-makan kat restoran, lepas
tu dia ajak kau kahwin. Betul tak?” soal Faisha.
Terlopong mulut Fazura luas. “Mana kau tahu?”
Sekali lagi dahi Fazura ditepuknya.
“Fattah cerita kat aku dengan Luth. Dia call aku guna telefon kau. Kalutlah
kami berdua ni keluar sebab Fattah cakap tak tahu nak buat apa kat kau. Nanti dia
bawa kau balik rumah dia, lain pulk yang jadi,” cerita Faisha.
Kelopak mata Fazura berkelip-kelip. Liurnya ditelan. Mulutnya ternganga luas.
Bermakna dia tak bermimpilah. Wajahnya yang kelat mula nampak senyuman
mekar.
“Yalah, dia lamar aku. Lepas dengar aje dia ajak aku kahwin, kau pitam tak
sedarkan diri.” Fazura mengiakan cerita Faisha.
291
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Tersungging senyum gembira di bibir Fazura. Mukanya itu ditampar berkali-
kali.
Sabar sahajalah dengan perangai kawannya yang seorang ni. Benar-benar
terjadi dikatanya bermimpi. Faisha tumpang gembira jika Fazura pun mahu
menamatkan zaman bujangnya. Tapi, dia tak mahu Fattah mempermain-mainkan
Fazura dan mengulangi kesilapan lama yang pernah dilakukan kepadanya dahulu.
Bab 43
292
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
PUAN SALINA bertandang lagi ke rumah Puan Aishah. Kali ini Puan Salina nekad
mahu menceritakan perihal Faisha kepada Puan Aishah. Tidak sanggup dibiarkan
anaknya makan hati berulam jantung dengan pernikahan Faisha dan Luth.
Sepatutnya, anaknya yang menjadi isteri Luth, bukan anak saudaranya, Faisha.
Puan Aishah menghidangkan tetamu dengan air sirap selasih juga keropok
lekor yang baru siap digorengnya.
“Jemputlah makan, Lina. Keropok lekor ni saya yang buat sendiri,” semawa
Puan Aishah. Langsung tidak mengesyaki kedatangan Puan Salina.
Puan Salina mengangguk. Keropok lekor yang masih panas itu diambil lalu
dicicah dengan sos. Keenakan keropok lekor asli hasil air tangan Puan Aishah benar-
benar enak.
“Sedap sangat keropok ni. Pandai Aishah buat,” puji Puan Salina.
Tersenyum senang Puan Aishah dengan pujian Puan Salina.
“Terima kasih. Bolehlah saya buka bisnes keropok lekor kat sini,” sambut
Puan Aishah bergurau.
Puan Salina mengangguk-anggukkan kepalanya. Kalau Puan Aishah berjaya,
sekurang-kurangnya dia juga yang boleh menumpang kesenangannya nanti.
Setakat beri kata semangat pun dah mencukupi.
“Sebenarnya, saya datang sini ada hal nak cerita kepada Lina.” Puan Salina
berbasa-basi memulakan ayat-ayatnya.
Puan Aishah memberi tumpuan kepada tetamunya itu. “Nak cerita apa tu?
Kalau pasal Luth kahwin dan tak terima Riana tu, awal-awal saya nak minta maaflah.
293
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Luth berkeras nak kahwin dengan pilihan hatinya sendiri.”
Puan Salina melepaskan keluhan kecil.
“Sejak Luth kahwin, Riana dah lain. Dia banyak mendiamkan diri. Dia kecewa
sebab tak dapat bersama dengan Luth,” cerita Puan Salina dengan wajah penuh
kecewa.
Puan Aishah pula jadi serba salah. Kerana mulutnya yang gatal terlepas cakap
berjanji, ada masalah yang timbul.
“Saya minta maaf, Lina. Salah saya sebab tabur janji kepada Riana.”
Puan Salina senyum kelat.
“Riana dah macam tak betul. Lagi-lagi bila dia dapat tahu, isteri Luth tu
musuh ketatnya,” beritahu Puan Salina, mula memburukkan Faisha.
Berkerut dahi Puan Aishah.
“Faisha musuh ketat Riana ke?” soal Puan Aishah, mahukan penjelasan.
Puan Salina menganggukkan kepalanya. Diceritakan hubungannya dengan
Faisha dan perjalanan hidup Faisha. Diri Faisha yang berkahwin dan bercerai juga
diceritakan kepada Puan Aishah. Segala keburukan Faisha ditabur ke pendengaran
Puan Aishah.
Tidak lepas Puan Aishah memandang muka Puan Salina yang ramah bercerita
akan keburukan Faisha. Hatinya bagai dicucuk-cucuk bila dapat tahu Faisha
mempunyai jalan hidup yang gelap sebelum ini. Rupa-rupanya Faisha seorang
janda. Kenapa dia tidak tahu sebelum ini?
LANGKAH kaki mereka ke dalam rumah itu riuh dengan suara ketawa. Ketawa Luth
riuh bila Faisha bercerita tentang Fazura. Tapi, langkah kaki dan gelak ketawa
mereka terhenti apabila Puan Aishah menyambut kepulangan mereka berdua
dengan muka serius.
Belum sempat bersuara, Puan Aishah menerjah dua pasangan itu. Langkah
294
Abang Romantik Rumah Sebelah Ezdiani Abd Rahman
Puan Aishah terhenti betul-betul di hadapan Faisha. Tajam matanya wajah
menantunya itu.
“Kenapa sebelum kahwin Faisha tak pernah cerita siapa diri Faisha yang
sebenarnya?” soal Puan Aishah dengan pandangan tajam.
Tersentak Faisha dengan soalan Puan Aishah yang tiba-tiba itu.
“Apa maksud mama?” soal Luth.
Pandangan Puan Aishah beralih pula kepada anaknya, Luth.
“Kenapa mama tak pernah tahu pun selama ini Faisha seorang janda? Dia
diceraikan pada hari pertama dia bernikah. Mama cuma nak tahu, betul ke semua
tu? Kalau betul, kenapa mama perlu tahu daripada orang luar?” soal Puan Aishah
dengan nada serius.
Faisha memandang Luth di sebelahnya. Bibirnya diketap. Entah kenapa dia
rasa ada sesuatu yang bakal terjadi.
“Tak penting pun mama,” jawab Luth bagi pihak isterinya.
Wajah Puan Aishah tegang.
“Kenapa pula tak penting? Mama sepatutnya tahu awal-awal hubungan kau
orang berdua. Sekarang ni dah macam-macam orang bawa mulut pasal menantu
mama. Mana mama nak letak muka ni?” Tinggi suara Puan Aishah.
Faisha terkejut dengan amukan Puan Aishah. Tertunduk dia tidak berani
panggung kepala. Kegembiraannya tadi begitu cepat sekali diragut. Faisha sudah
dapat menangkap siapa yang punya angkara.
“Mama, Faisha minta maaf. Faisha mengaku, Faisha pernah berkahwin
sebelum ni. Tak sampai sehari Faisha kena cerai.” Faisha memberanikan dirinya
membuka mulut.
Puan Aishah mencerlung kepadanya sambil menggeleng kepala. Tersenyum
sinis Puan Aishah dengan pengakuan Faisha. Sebab Faisha diceraikan memang
membuatkannya begitu kecewa. Kalau tidak, takkan bekas suami Faisha
menceraikannya selepas satu jam dinikahkan.
295