The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding Kolokium PCIP 2020: InPeKS Kohort 2018

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hamsiah, 2020-09-26 11:41:59

Prosiding Kolokium PCIP 2020: InPeKS Kohort 2018

Prosiding Kolokium PCIP 2020: InPeKS Kohort 2018

Keywords: kepimpinan

Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali (Dr.), Abd. Munir bin Mohd Rashid,
Nadimin bin Abdul Aziz, Pemerhatian Guru Meninggalkan
Bilik Darjah Semasa Proses Pembelajaran dan
Pengajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia 22013

174 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

KAPOJE MAPAN

EN MAZLAN BIN ALI
Pengetua SMK Jeneri
[email protected]

HAJAH SITI ARIJA BINTI ABD RAHMAN
Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands

[email protected]

HAJI ASMADI BIN ABDUL RAHIM@YUSOFF,
Pegawai SIP+ PPD Sik

ABSTRAK

Tugas dan tanggungjawab mengurus dan memimpin sesebuah sekolah, amat kompleks dan
mencabar. Pengetua sebagai peneraju sekolah hendaklah bersedia melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan. Persiapan yang mantap
membolehkan pengetua menggabungjalinkan segala bidang-bidang pengurusan kurikulum,
kokurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) dan sebagainya bagi melahirkan pendidikan berkualiti dan
kemenjadian murid. Pengetua dapat menghayati dan menguasai standard kompetensi kepimpinan
apabila mereka mempunyai pengetahuan, memiliki nilai professional dan melakukan amalan
terbaik. Walau bagaimanapun, beberapa ciri lain juga penting dalam proses meningkatkan
kepimpinan pengurus sekolah. Program ini menempatkan pengetua Berprestasi Tinggi di Sekolah
Berprestasi Rendah dan dibimbing SIPartner Plus dari Pejabat Pendidikan Daerah Sik dan
Pensyarah dari Institut Aminuddin Baki dalam misi melonjakkan prestasi sekolah. Program ini
dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri, Sik, Kedah. Program ini dijalankan untuk
menentukan Perubahan Pengurusan Kokurikulum dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah yang
mapan meningkatkan kualiti penglibatan pelajar atau anggota dalam aktiviti PAJSK. Kajian ini
membincangkan pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan aktiviti pelajar dalam kokurikulum
untuk mendapatkan GPS yang lebih tinggi dan mendapat kerjasama penuh daripada agensi-agensi
luar. Data Gred Purata Sekolah (GPS) dalam Pengurusan Kokurikulum adalah berdasarkan dari
GPS dalam Kelab/ Persatuan, GPS dalam Sukan/ Permainan dan GPS dalam Badan Beruniform.

Kata Kunci:Pengurusan Kokurikulum, Pasukan Kadet Polis

1.0 PENGENALAN

Tindakan awal saya sebaik sahaja memulakan tugas sebagai pengetua di SMK Jeneri ialah
mendapatkan maklumat berkenaan profil sekolah daripada Penolong-penolong kanan dan ketua
kerani seterusnya mendapatkan maklumat-maklumat tentang prestasi kurikulum, kokurikulum

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 175

KAPOJE MAPAN

dan disiplin pelajar. Semua perkara di atas perlu saya fahami terlebih dahulu sebelum membuat
sebarang tindakan penambahbaikan. Setelah mendapat penjelasan dan gambaran, saya mengambil
kesempatan untuk memberikan sedikit penerangan dan tanggungjawab pemimpin pertengahan
dan kepentingan 9 bidang keberhasilan utama dalam sesebuah organisasi iaitu pengurusan
kepimpinan dalam orgnisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan HEM, Kewangan, pentadbiran
pejabat, pengurusan persekitaran, pengursan sumber manusia dan hubungan luar.

1.1 Profil Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri mula dibuka pada tahun 1983. Sekolah ini terletak di bawah
kawalan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sik, Kedah. SMK Jeneri adalah sekolah kategori Gred
B dan sekolah luar bandar. Kumpulan pertama pelajar sekolah ini seramai 68 orang dan kini jumlah
keseluruhan pelajar ialah 505 dan terdiri daripada 44 orang guru. Terdiri daripada 15 guru lelaki dan
27 guru perempuan. Pengalaman guru mengajar lebih dari 10 tahun adalah 22 orang, pengalaman
mengajar dari 5 tahun hingga 10 tahun adalah 10 orang dan bawah 10 tahun pengalaman mengajar
ialah 12 orang. Manakala staf sokongan adalah 10 0rang. Sekolah ini juga mempunyai asrama
yang boleh menempatkan 90 0rang pelajar.

Jadual 17.1: Maklumat dan Profil SMK JENERI

Jenis Sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan
Status Sekolah Gred B
Lokasi Luar Bandar
Daerah Pentadbiran Sik
PPD Sik
Sesi  Persekolahan 1 Sesi
Jenis Bantuan Kerajaan
Keluasan Sekolah 96070.8 Meter Persegi
Bilangan Bilik Darjah 20
Kod Sekolah KEA 8019
Nombor Telefon 011-65735188
Nombor Faks -
Emel Sekolah [email protected] /[email protected]
Laman Web Sekolah -
Pengetua En. Mazlan bin Ali
Penolong Kanan Pentadbiran En. Mohamad Nabzrim bin Mohamad Nayan
Penolong Kanan Hal Ehwal- En. Hassan bin Ismail
Murid
Penolong Kanan Kokurikulum En. Abdul Wahab bin Che Ahmat
Bilangan Guru 44 orang
Bilangan Staf sokongan 10 ortang
Bilangan Murid 505 orang
Bilangan Kelas 17

176 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

KAPOJE MAPAN

Mata pelajaran Elektif Kemahiran Hidup - Teknikal
Reka Bentuk & Teknologi

Kelas Aliran Sains
4 Sains & 5 Sains : Fizik, Kimia, Biologi,
Matematik Tambahan

Kelas Aliran Sosial Sains
4&5 Geografi & 4&5Pertanian : Perakaunan/Perniagaan/
Pendidikan Seni Visual/Pertanian

Saya mula melapor diri di SMK Jeneri pada 28 Mei 2018. Ini adalah sekolah pertama saya
sebagai pengetua. Sebelum ini saya bertugas Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Pokok Sena 2.
Pencapaian dalam bidang Kokurikulum sekolah ini adalah kurang memberansangkan pada tahun
2018 dan boleh dibaiki atau penambahbaikan.

Dalam PentaksiranAktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) (Kokurikulum)
Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada 3 komponen iaitu Sukan dan Permainan, Badan
Beruniform dan Kelab dan Persatuan. Dalam kajian ini banyak menekankan Badan Beruniform
iaitu Pasukan Kadet Polis Sekolah. Merujuk pada data PAJSK tahun 2018 adalah seperti berikut
iaitu GPS dalam Kelab/Persatuan adalah 3.01, GPS dalam Badan Beruniform adalah 2.90 dan GPS
dalam Sukan/ Permainan adalah 3.01. Manakala GPS keseluruhan dalam kokurikulum pada tahun
2018 adalah 2.82.

Setelah melihat keadaan sekolah, langkah pertama ialah membuat analisis SWOT
dalam bidang kokurikulum untuk melihat keberadaan sekolah yang sebenar dalam bidang
kokurikulum. Daripada analisis ini, dapati pelajar kurang berminat untuk menyertai Pasukan
dalam Badan Beruniform, oleh sebab itu GPS keseluruhan dalam kokurikulum pada tahun 2018
adalah 2.82

Secara keseluruhan didapati ramai pelajar sekolah ini tidak mempunyai uniform
sendiri atau tidak lengkap. Salah satu faktor ialah Ekonomi persekitaran iaitu 458/505 adalah
terdiri daripada keluarga B40, iaitu 90.69 Peratus dan hanya 47 pelajar sahaja yang terdiri
daripada keluarga bukan B40. Semua data ini berdasarkan atau merujuk kepada data PAJSK yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk meningkatkan Perubahan Pengurusan Kokurikulum (Pasukan Kadet Polis
Sekolah) yang mapan meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK, saya
dan semua warga SMK Jeneri telah merancang satu Perancangan Strategik yang holistik yang
merangkumi sembilan bidang dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia.
Sebagai seorang pengetua, setiap visi dan misi yang dirancang dapat difahami dan jelas kepada
semua guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), pelajar dan warga SMK Jeneri ke arah
mentranformasikan sekolah ke arah peningkatan prestasi kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sekolah.

Sesungguhnya penglibatan semua warga sekolah SMK Jeneri dan komuniti setempat
seperti PDRM, PIBG, Bank Rakyat, Agro Bank, orang perseorangan akan meningkatkan prestasi
kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK selari dengan moto sekolah iaitu Semestinya Kita

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 177

KAPOJE MAPAN

Juara berdasarkan kepada :
A. Ikhlas dan jujur
B. Bertanggungjawab
C. Yakin dan bersedia
D. BerfokuS

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Pengurusan Kokurikulum dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah pada tahun 2018 adalah kurang
mantap dan lancar. Oleh yang demikian, kualiti penglibatan pelajar atau anggota Kadet dalam
aktiviti Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah semakin menurun.
Pada asasnya semasa kehadiran saya di SMK Jeneri, jumlah anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah
adalah seramai 15 orang sahaja dan seorang guru penasihat. Isu pertama yang terdapat di SMK
Jeneri ialah sebahagian besar pelajar/anggota Kadet Polis tidak mempunyai pakaian/ uniform yang
lengkap. Sebahagiannya mempunyai T/Shirt sahaja.

Lantaran itu kekurangan atau kelemahan sekolah sebelum ini perlu ditangani dengan segera
demi kemajuan sekolah. Analisis SWOT dilakukan untuk mengetahui perbandingan keadaan
sekolah dalam bidang kokurikulum.2.1 Analisis Persekitaran

Jadual 17.2: Anaslisis Persekitaran melalui Analisis SWOT

KEKUATAN (STRENGTHS) KELEMAHAN(WEAKNESS)

S1 - Pengetua sangat Komited Standard 1 W1 - Beban tugas guru adalah meningkat

Dlm SKPMg2 2019, skor lebih 90% W2- Pelajar tidak menguasai dalam bidang
Kokurikulum
S2 - Mempunyai 4 orang guru terlatih dalam
Pasukan Kadet Polis W3 - Guru kurang mahir dalam kemahiran bidang
Kokurikulum
S3 - Mempunyai Bilik Khas Pasukan Kadet Polis
W4 - Pengaruh rakan sebaya, pelajar tidak
S4 - Semua Pentadbir dan Guru memberi berminat dalam bidang kokurikulum
sumbangan untuk Pasukan Kadet Polis
W5 - Guru kurang melaksanakan aktiviti
S5 - Mempunyai seorang guru yang dilantik sebagai kokurikulum
Pengerusi Teknik Daerah dalam Pasukan Kadet
Polis. ANCAMAN (TREATS)

PELUANG (OPPORTUNITIES)

O1 - Sekolah mempunyai jaringan dan jalinan yang T1 - Ibu bapa kurang memotivasikan anak-anak

baik dengan SIP+ dan SISC+ pelajar ke arah kecemerlangan Kokurikulum

O2 - Sekolah mempunyai kerjasama yang erat T2 - Ibu bapa kurang mampu untuk menyediakan

dengan PIBG. uniform Pasukan Kadet Polis.

O3 - Mendapat bimbingan dan kerjasama daripada O3 -Masyarakat memberi tumpuan terhadap

Jurulatih PDRM akademik/ kurikulum

O4 - Mendapat sumbangan dan dana dari ALUMNI O4 - Kurang aktiviti kokurikulum di peringkat

SMK Jeneri Daerah.

O5- Mendapat sumbangan dan sokongan moral dari O5 - Kurang peruntukan / Dana khas dalam bidang

komuniti setempat Kokurikulum oleh KPM

178 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

KAPOJE MAPAN

Seterusnya kehadiran pelajar/anggota ke aktiviti kokurikulum adalah rendah iaitu 55 Peratus,
ini menyebabkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti adalah rendah. Aktiviti kokurikulum
kebanyakan dijalankan pada petang hari rabu dan diselang seli dengan Kelab/ Persatuan, Sukan/
Permainan dan Badan Beruniform.

Aktiviti melibatkan ramai pelajar contohnya Perkhemahan Bersepadu melibatkan semua
unit pasukan badan beruniform peringkat sekolah jarang diadakan. Ini adalah untuk memberi
keyakinan kepada pelajar atau ahli kelab dan mencetuskan semangat kerjasama diantara satu
sama lain. Selain daripada itu Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Daerah tidak pernah disertai.
Jadi, semangat setiakawan dan perhubungan dengan ahli-ahli kelab di luar sekolah tak dapat
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Kemahiran guru dalam bidang kokurikulum adalah amat terhad. Tiada guru yang opsyen dalam
bidang Sains Sukan atau dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dapat membantu
dalam bidang kokurikulum. Malahan guru yang diberi kursus khas dalam mentadbir atau mengurus
Pasukan Kadet Polis Sekolah. Banyak kemahiran seperti latihan kawad, ikatan tali, semboyan,
latihan halangan, jalan lasak, perkhemahan dan lain-lain.

Peralatan bersangkutan dengan kelengkapan uniform contoh kasut kawad, topi, wisel,
tali dan sebagainya tidak mencukupi untuk digunakan sebagai latihan personal atau berkumpulan.
Latihan secara personal atau berkumpulan adalah penting untuk menjadikan seseorang yang lasak,
cergas dan berketrampilan. Seterusnya tiada bilik khas untuk digunakan Pasukan Kadet Polis
Sekolah. Bilik khas ini adalah penting, untuk digunakan untuk bermesyuarat, perbincangan dan
menyimpan barang-barang berharga seperti khemah, pinggan mangkuk dan tali.

Melalui Analisis SWOT strategi pelaksanaan telah disusun menggunakan kekuatan,
kelemahan, peluang serta cabaran. Sejajarkan dengan itu, satu perancangan strategik dan taktikal
yang holistik telah dirancang untuk meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di SMK Jeneri.

Pelaksanaan Strategi yang pertama ialah mendapatkan sokongan PIBG, Koperasi Sekolah
dan Komuniti setempat. Oleh itu, inisiatif awal ialah menubuhkan Jawatankuasa Task Force yang
dianggotai oleh komuniti luar untuk membantu pihak sekolah dari segi kewangan. Jawatankuasa
Task Force telah bertindak dengan cemerlang dalam menghulur bantuan kewangan atau dana untuk
menyelesaikan urusan pembelian uniform Pasukan Kadet Polis Sekolah dan sama-sama bertindak
untuk mencari dana daripada syarikat-syarikat korporat. Bersama dengan YDP dan AJK PIBG
bersama-sama mendapatkan kasut kawad di KemTentera. Bantuan juga daripada AJK PIBG untuk
membaiki kasut-kasut kawad yang telah rosak.

Mendapat kerjasama yang erat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik melalui
Pegawai Perhubungan Sekolah untuk mendapatkan Jurulatih kawad Pasukan Kadet Polis Sekolah.
Jurulatih Kawad Polis hadir ke sekolah dua minggu sekali untuk melatih pasukan Kadet Polis.
Sekiranya ada program atau majlis di sekolah yang melibatkan Pasukan Kadet Polis, contohnya
Perbarisan Tabik Hormat, Perbarisan Kejohanan Olahraga Sekolah dan Majlis Hari Anugerah
Sekolah, pihak jurulatih Polis juga turut membantu.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 179

KAPOJE MAPAN

Pihak sekolah juga mendapat kerjasama sepenuhnya dari Ibu Pejabat Polis Negeri Kedah,
kerana telah menyediakan tempat dan memberi peluang 3 orang guru dari SMK Jeneri untuk
mengikuti Kursus Asas Kor Kadet Polis di Pusat Latihan Polis Langkawi pada Julai 2019 untuk
dianugerahkan Pangkat Inspektor Kadet Polis. Segala ilmu, pengetahuan dan maklumat yang
guru-guru penasihat yang dapat semasa berkursus dapat membantu anggota pasukan Kadet Polis
Sekolah.

Berdasarkan Instrumen Pemetaan Perancangan Perubahan tiga tahun. Pada tahun pertama
(Tahun 2019), Pasukan Kadet Polis Sekolah hanya menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet
Polis Peringkat Daerah dan memenangi tempat kelima setiap pertandingan di peringkat daerah.
Walaubagaimanapun pada tahun 2019, 10 anggota dari Pasukan Kadet Polis Sekolah telah terpilih
untuk menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Peringkat Negeri Kedah di Pusat Kokurikulum
Daerah Pendang. Dalam Perkhemahan itu, anggota dari pasukan Kadet Polis sekolah telah
menangi tempat kedua dalam pertandingan Jalan Lasak dan tempat ketiga dalam baca peta. Pada
tahun 2019 juga, seorang anggota dari Pasukan kadet polis sekolah telah dipilih untuk menyertai
Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Peringkat Kebangsaan, di MRSM Kulim. Semua pengalaman
anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah yang menyertai Perkhemahan peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan dapat dikongsi dengan anggota kadet polis yang lain , ini akan mewujudkan perubahan
positif dan akan meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK SMK Jeneri.

3.0 PELAKSANAAN P-O-L-C

Aspek penambahbaikan sekolah merupakan perkara yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Penambahbaikan sekolah adalah berkaitan dengan akauntabiliti
dan kecekapan pihak kepimpinan sekolah menunaikan tuntutan pihak pemegang taruh, masyarakat
khususnya ibu bapa pelajar yang menuntut di sekolah terhadap pencapaian dan kemenjadiaan
anak-anak pelajar. Usaha menambahbaik sekolah adalah sesuatu perubahan yang dilakukan secara
terancang dan dilaksanakan secara langkah demi langkah menggunakan kaedah yang sesuai supaya
membuahkan hasil yang berkesan. Kitaran P-O-L-C menyediakan pendekatan yang mudah lagi
berkesan untuk menyelesaikan masalah dan menguruskan perubahan. Kitaran ini boleh digunakan
dalam pelbagai persekitaran. Realitinya SMK Jeneri mempunyai GPS dalam Badan Beruniform
adalah 2.90 manakala GPS keseluruhan dalam kokurikulum pada tahun 2018 adalah 2.82.

3.1 Planning (Merancang)

Merancang adalah penting dalam pengurusan untuk menetapkan matlamat, objektif serta
menentukan hala tuju yang harus diambil bagi mencapai matlamat serta objektif tersebut. Cabaran
dalam Pengurusan Kokurikulum SMK Jeneri adalah untuk meningkatkan kualiti penglibatan pelajar
dalam aktiviti PAJSK, dengan demikian akan memberi kesan dalam GPS sekolah dalam bidang
Kokurikulum melalui Pasukan Kadet Polis Sekolah. Pemilihan dalam kajian ini, dilakukan semua
pelajar tingkatan 2 seramai 86 pelajar dan terdiri dari 3 kelas pada tahun 2019. Bagi melonjakkan
peningkatan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK, beberapa langkah-langkah perlu
dilakukan:

i. Menentukan misi dan visi

Menentukan misi dan visi SMK Jeneri ialah meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam

180 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

KAPOJE MAPAN

aktiviti PAJSK iaitu SMK Jeneri mempunyai GPS dalam Badan Beruniform adalah 2.90 manakala
GPS keseluruhan dalam kokurikulum pada tahun 2018 adalah 2.82. Sasaran telah dibuat untuk
menentukan pada tahun 2020, GPS dalam Badan Beruniform adalah 2.79 manakala GPS
keseluruhan dalam kokurikulum adalah 2.70. Jumlah anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah pada
tahun 2018 adalah 15 ahli dan pada tahun 2019 adalah 86 anggota.

ii. Menetapkan matlamat dan objektif

Analisis SWOT untuk Pasukan Kadet Polis Sekolah dalam Pengurusan Kokurikulum SMK
Jeneri telah dibuat untuk mengenal pasti kekuatan serta cabaran yang dihadapi oleh guru dan
pelajar. Analisis ini telah membantu dalam menetapkan KPI dan ETR (sasaran),GPS dalam
Badan Beruniform dan GPS ke seluruhan dalam kokurikulum bagi selasa 3 tahun. Beberapa
siri perjumpaan dan dialog antara pengurusan, guru penasihat dan anggota Pasukan Kadet Polis
diadakan untuk mencapai sasaran yang diharapkan.

iii. Menyusun strategi

Bagi mencapai matlamat yang diharapkan, setiap 2 minggu sekali latihan telah dilakukan oleh
Jurulatih daripada Pasukan PDRM Daerah Sik, untuk memberi kemahiran dalam latihan kawad,
undang-undang, motivasi,ilmu kepolisan dan kerjaya. Manakala daripada pihak pengurusan
sekolah, guru, PIBG dan waris mencari sumber kewangan dan dana untuk pembelian uniform dan
peralatan Kadet Polis Sekolah.

iv. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat

Antara perancangan yang dibuat ialah:

A. Pelan Tindakan

Pelan tindakan jangkamasa panjang selama 3 tahun dirangka oleh Persatuan Pasukan Kadet
Polis Sekolah bagi memastikan matlamat dan sasaran tercapai.

B. Pelan Taktikal

Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangkamasa pendek dapat memberi panduan kepada guru
untuk tindakan dan program yang harus dijalankan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

C. Penilaian

Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal pasti
kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh diadakan.

D. Penambahbaikan

Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan dari semasa ke semasa agar program yang
dijalankan lebih mantap dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan kadar yang
segera.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 181

KAPOJE MAPAN

3.2. Organising (Mengurus)

Mengurus ialah proses mengatur dan mengagihkan tugas, kuasa dan sumber yang dirancang
dalam kalangan ahli-ahli organisasi supaya mereka boleh mencapai matlamat organisasi. Sumber
yang ada harus diurus dengan sebaik-baiknya dan cemerlang terutamanya sumber manusia dan
kewangan. Langkah-langkah mengurus adalah seperti berikut mengikut P-O-L-C iaitu:

i. Merangka Struktur Organisasi

Penubuhan Jawatankuasa Pelaksana bagi memantapkan Pasukan Kadet Polis Sekolah bagi
memastikan setiap program berjalan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan. Jawatankuasa
Pelaksana melibatkan Yang Dipertua (YDP) PIBG dan Pegawai Perhubungan Sekolah dari PDRM.

ii. Pengagihan Peruntukan Sumber

Menggunakan sumber yang ada untuk menarik minat pelajar atau anggota pasukan kadet polis
sekolah iaitu menghantar tiga orang guru penasihat Kadet Polis untuk berkursus asas selama 7
hari di Pusat Latihan Polis di Langkawi dan dikurniakan Pangkat Inspektor. Memohon dua orang
Jurulatih dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sik, untuk melatih anggota Kadet Polis Sekolah iaitu dua
minggu sekali. Seterusnya menggunakan saluran PIBG untuk mendapatkan sumbangan dan dana
untuk pembelian uniform dan peralatan anggota Pasukan Kadet Polis. Mendapatkan sumbangan
kasut-kasut kawat dari Kem Tentera di Kelantan dan Lumut, Perak.

iii. Reka Bentuk Kerja

Peningkatan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah perlu
diurus dengan sistematik melalui beberapa kaedah seperti penyediaan jadual latihan, aktiviti,
penyediaan prasarana, pakaian, motivasi, dana untuk makan dan minum semasa latihan. Hasil
daripada bekerjasama dengan PIBG, semua anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah telah mempunyai
uniform yang lengkap dan mempunyai bilik operasi Kadet Polis.

3.3 Leading (Kepimpinan)

Kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkahlaku
seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai matlamat organisasi.
Seorang pemimpin yang berjaya mampu membawa perubahan secara holistik di dalam organisasi
yang dipimpinnya.Kepimpinan adalah penting untuk mencapai matlamat iaitu meningkatkan kualiti
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, khasnya dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah.

Corak kepimpinan yang selalu diguna pakai ialah Kepimpinan Melalui Teladan, contoh dalam
kutipan sumbangan kewangan, pengetua akan menjadi contoh .Untuk SMK Jeneri, pengetua
memberi sumbangan lebih awal. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanan telah menetapkan
semua guru dan AKP dicadangkan untuk memberi sumbangan kewangan.

3.4 Controlling (Kawalan)

Fasa Kawalan adalah amat penting untuk menghasilkan output yang disasarkan dan membentuk
organisasi yang semakin berkembang dan kompleks. Oleh sebab itu penyelarasan dan kawalan

182 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

KAPOJE MAPAN

dari segi pentadbiran adalah amat penting. Kemahiran mengawal adalah perlu bagi mempengaruhi
sumber manusia untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama.

Koordinasi organisasi yang baik dan cemerlang akan menghasilkan hasil yang baik. Kemahiran
menyusun atur sesuatu organisasi dengan cara yang harmoni akan menghasilkan pemimpin yang
disegani dan dihormati.

Oleh dengan demikian, saling hormat menghormati, saling bekerjasama dan tolenrasi diantara satu
sama lain, antara guru penasihat dengan anggota Pasukan Kadet Polis atau Juru latih adalah amat
penting untuk mewujudkan keharmonian untuk mencapai sasaran iaitu untuk meningkatkan kualiti
penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK

Penilaian merupakan satu proses sistematik bagi mengumpul, menganalisis dan mentafsir data
untuk membuat keputusan mengenai keberkesanan program di samping memastikan kawalan
kualiti. Penilaian dibuat untuk melihat keberkesanan dan manfaat program bagi menentukan
program dilaksanakan. Selain daripada itu, penilaian juga dibuat untuk melihat kekuatan dan
kelemahan program bagi tujuan perancangan masa depan.

Selepas mewujudkan KPI dan menetapkan sasaran prestasi bagi setiap KPI, organisasi
atau sekolah hendaklah melaksanakan pengukuran dan penilaian prestasi dengan cara mengumpul
maklumat atau dengan data PAJSK dengan menilai pencapaian dengan membandingkan pencapaian
sebenar dengan sasaran prestasi yang telah ditetapkan.

Untuk mencapai hasrat yang diidamkam, pihak pentadbir dan warga sekolah perlu banyak
berkorban dari wang ringgit, tenaga, masa dan keringat untuk meningkat kualiti penglibatan pelajar
dalam aktiviti Kokurikulum iaitu Pasukan Kadet Polis Sekolah dan memberi kesan dalam PAJSK.

Untuk SMK Jeneri, untuk mendapat sumbangan bermula daripada pengetua, Semua
Penolong Kanan, Semua Guru Kanan, Kaunselor, Semua Guru, Semua AKP, YDP , NYDP dan
AJK PIBG, hasilnya mendapat sumbangan RM 4000.00. Manakala sumbangan dari Koperasi
Sekolah, Penguasa Kantin, Penguasa Dewan Makan Asrama, PIBG, ADUN Jeneri, Parliman Sik
dan orang perseorangan RM 6000.00.Hasil sumbangan ini untuk membeli uniform dan aksesori
pakaian. Semua anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah seramai 86 orang mempunyai pakaian
lengkap.Manakala kasut Kawat mendapat sumbangan daripada Kem Tentera.Dalam masa yang
sama, tidak lupa untuk membuat perubahan dari segi akademik, disiplin dan sahsiah pelajar atau
anggota yang merupakan eleman utama untuk mencapai kecemerlangan. Walaupun demikian,
penekanan harus diberi perhatian terhadap penglibatan pelajar dalam Kurikulum, supaya pelajar
mendapat pendidikan yang seimbang dalam semua aspek pendidikan iaitu dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelaktuai (JERI).

Pada tahun 2018, kekuatan anggota Pasukan Kadet polis Sekolah seramai 15 ahli sahaja, tetapi
setelah Pengurusan Kokurikulum bagi unit beruniform Pasukan Kadet Polis sekolah ditadbir oleh
Jawatankuasa Pelaksana ProPeKS, jumlah kekuatan anggota telah bertambah dari sasaran iaitu 86
ahli berbanding sasaran pada tahun pertama ialah 36 orang ahli. Manakala pada tahun 2020 adalah
113 orang ahli, telah melebihi sasaran cuma 72 orang ahli.Inilah hasil berkat dan kerjasama dari

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 183

KAPOJE MAPAN

semua pihak bermula daripada pengetuan, barisan Penolong Kanan, semua Guru Kanan, Kaunselot
dan semua Guru.

Manakala dalam kategori Pemegang Pangkat dalam Pasukan Kadet pada tahun 2018 ,
tiada pemegang pangkat iaitu hanya kesemua adalah Konstabel. Sasaran pihak sekolah pada tahun
2019, ada anggota yang memegang pangkat Kopral dan pada tahun 2020 ada anggota yang telah
lulus Pangkat Sarjan. Pada tahun sebenar 2019, Pasukan Kadet Polis Sekolah SMK Jeneri telah
lulus tapisan kenaikan pangkat IPD Sik iaitu seramai 5 anggota telah dinaikan Pangkat Kopral..
Manakala pada tahun 2020, Pasukan Kadet Polis Sekolah telah lulus tapisan kenaikan pangkat IPD
Sik iaitu 2 anggota telah dinaikan Pangkat Sarjan.

Manakala dalam menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis di Peringkat Daerah, Negeri
dan Kebangsaan. Sebelum tahun 2019, tiada ada ahli atau anggota yang menyertai perkhemahan
anjuran dari PDRM. Sasaran Jawatankuasa Pelaksana ProPeKS sekolah telah mensasarkan pada
tahun 2019, ada anggota menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Peringkat Daerah dan pada
tahun 2020 telah menyertai Perkhemahan Peringkat Negeri. Untuk tahun sebenar pada tahun
2019 seramai 10 anggota Pasukan Kadet Polis telah menyertai Pekhemahan Peringkat Negeri
dan seorang anggota telah menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di
MRSM Kulim, Kedah.

Dalam Pemetaan sasaran tiga tahun, Pasukan Kadet Polis Sekolah telah mensasarkan
setiap pertandingan yang dipertandingan, haruslah mendapatkan tempat ke5 peringkat Daerah
pada tahun 2019, manakala pada tahun 2020 mendapat tempat ke3 dan pada tahun 2021 mendapat
tempat pertama atau Johan dan dapat mewakili Daerah dalam pertandingan Peringkat Negeri.
Walaubagaimanapun pada tahun 2019, dalam pertandingan peringkat negeri, anggota Kadet
Polis telah berjaya mendapat tempat ke 2 dalam Pertandingan Jalan Lasak dan tempat ke3 dalam
Membaca Peta. Pertandingan di Peringkat Daerah tidak dapat dilakukan oleh Urusetia kerana PPD
baru wujud pada tahun 2019,pecahan daripada PPD Baling Sik.

5.0 RUMUSAN

Sebagai seorang pengetua Berprestasi Tinggi haruslah mampu bertindak sebagai peneraju,
pendorong dan pembimbing dalam mencetus idea, inovasi, kreatif dan imaginasi ke arah melahirkan
sekolah dan pelajar yang berkualiti tinggi. Kejayaan sesebuah sekolah dikaitkan dengan kualiti
kepimpinan. Pengetua yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu pengetua yang dapat
meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik dalam bentuk kemenjadian pelajar.

Dalam usaha menggerakkan perubahan dalam bidang pengurusan kokurikulum iaitu
dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah untuk meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti
PAJSK, pihak Jawatankuasa Pelaksana telah menggadakan Program bersama dengan Pasukan
PALAPES UUM iaitu program bertema Born To Be a Leader selama 3 hari 2 malam. Anggota
Pasukan Palapes sebagai Fasilitator seramai 40 orang anggota dan anggota unit beruniform dari
pelbagai unit dari SMK Jeneri seramai 160 orang. Dalam program ini diselitkan pelbagai aktiviti
seperti Latihan Kawad, Ceramah Motivasi, Ceramah Kerjaya, Latihan Lasak, Membaca Peta,
Pertandingan Masak, Pertolongan Cemas, Ikhtiar Hidup dan Kuliah Agama selepas sembahyang
berjemaah. Program ini telah diadakan pada 18-20 April 2019 di SMK Jeneri.

184 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

KAPOJE MAPAN

Untuk memantapkan lagi Pasukan Unit beruniform SMK Jeneri, pihak pengurusan
sekolah dengan kerjasama agensi-agensi luar atau Jabatan berdekatan telah mengadakan ceramah
dan pameran Jabatan masing-masing. Agensi yang telah turut serta ialah dari Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat
Kesihatan Daerah dan Institut Kemahiran Mara (IKM). Program ini bertema Sahabat Bijak Safe
and Protect, telah diadakan pada 25 Julai 2019.

Setelah setahun pembentukan Pasukan Kadet Polis Sekolah di SMK Jeneri dalam
program ProPeKS ini, kebanyakan Majlis dan Program yang diadakan di sekolah melibatkan
anggota Pasukan Kadet Polis, contohnya Perbarisan Hari Kejohanan Olahraga Sekolah, Perbarisan
Tabik Hormat Mesyuarat Agung PIBG, Perbarisan Tabik Hormat Hari Anugerah Cemerlang,
Kawalan lalu lintas semasa Pertandingan Merentas Desa Sekolah, Pengacara Perhimpunan Pagi
dan Lakonan Sambutan Hari Kemerdekaan.

Merujuk pada data PAJSK peringkat sekolah, Gred Purata Sekolah (GPS) dalam bidang
Kelab/ Persatuan, GPS dalam bidang Badan Beruniform, GPS dalam bidang Sukan/ Permainan
dan GPS keseluruhan dalam bidang kokurikulum menunjukkan peningkatan, berbanding tahun
sebelumnya. Secara lebih terperinci untuk GPS dalam Kelab/ Persatuan pada tahun 2018 ialah
GPS 3.01, tahun 2019 ialah GPS 2.95 dan sasaran pada tahun 2020 ialah GPS 2.89. Manakala GPS
dalam Badan Beruniform pada tahun 2018 ialah GPS 2.90, tahun 2019 ialah GPS 2.83 dan sasaran
pada tahun 2020 ialah GPS ialah 2.79. Manakala GPS dalam Sukan/ Permainan pada tahun 2018
ialah GPS 3.01, tahun 2019 ialah GPS 2.92 dan sasaran pada tahun 2020 ialah GPS 2.85. Untuk
keseluruhan GPS dalam Kokurikulum SMK Jeneri pada tahun 2018 ialah 2.82, tahun 2019 ialah
GPS 2.76 dan sasaran pada tahun 2020 ialah GPS ialah 2.70. Ini menunjukkan terdapat peningkatan
dari segi GPS dalam Badan Beruniform dan GPS keseluruhan dalam bidang Kokurikulum.

Hasil kerjasama dan komitmen dari Pentadbir dan warga sekolah SMK Jeneri serta dari
inesiatif dari YDP, NYDP dan AJK PIBG sekolah dan jurulatih dari Ibu pejabat Polis Daerah
Sik dan penyumbang dana untuk meningkatkan kualiti penglibatan pelajar atau anggota Pasukan
Kadet Polis dalam aktiviti PAJSK.

Pengetua Berprestasi Tinggi membuktikan kepimpinan yang ada akan melakukan
perubahan dalam pengurusan kokurikulum (Pasukan Kadet Polis Sekolah) yang mapan akan
meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK dengan visi dan misi yang jelas.
Perancangan berterusan, penglibatan semua warga dalam aktiviti, keputusan secara kolektif dan
pendekatan musyawarah serta hubungan baik dengan komuniti luar atau setempat akan meletakkan
kepimpinan sekolah akan dihormati dan seterusnya akan cemerlangkan SMK Jeneri. Kejayaan
yang dicapai ini bukan satu kejayaan yang mudah. Setinggi penghargaan kepada Pn. Hajah Siti
Arija binti Abdul Rahman, Pensyarah Kanan dari IAB, Tn. Haji Asmadi bin Abdul Rahim, dari
PPD Sik serta warga SMK Jeneri, Sik dan PIBG SMK Jeneri yang telah bekerjasama serta
memberi sumbangan secara langsung serta tidak langsung dalam menghasilkan kajian Perubahan
Pengurusan Kokurikulum (Pasukan Kadet Polis Sekolah) yang mapan meningkatkan kualiti
penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK SMK Jeneri.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 185

KAPOJE MAPAN

6.0 RUJUKAN
Institut Aminuddin Baki (2009), Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan

Pendidikan Ke-16 2009, IAB Genting Highlands.
Institut Aminuddin Baki (2016), Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, IAB

Genting Highlands.
Institut Aminuddin Baki (2016), Dasar dan Hala Tuju, IAB Bandar Enstek
Institut Aminuddin Baki (2016), Mengurus Perubahan dan Inovasi, IAB Bandar Enstek
Md. Said Daimon (2019), Ringkasan SKPMg2, Alat Pengurusan Sekolah. Koperasi Pendidikan

Daerah Batu Pahat Berhad, Johor
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), KPM

186 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

AnAz HEBAT

NUR’ASIKIN BINTI OTHMAN
Pengetua SMK Tunku Abd. Aziz

[email protected]

HAJAH SITI ARIJA BINTI ABD. RAHMAN
Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands

[email protected]

AZIMAH BINTI MAHMUD
Timbalan PPD Kota Setar

ABSTRAK

Isu yang dilihat di SMK Tunku Abd. Aziz ialah kurang rasa bangga terhadap diri sendiri dan
sekolah. Sebab itu lah isu yang dipilih untuk diselesaikan ialah Peningkatan “self esteem”
Dalam Kalangan Murid Untuk Membentuk Kemenjadian Murid. Murid mempunyai potensi untuk
menyerlah dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum .Keputusan yang dicatatkan dalam SPM
menunjukkan potensi meningkat GP dari tahun ke setahun. GP SPM tahun 2016 ialah 5.93 dan
melonjak sebanyak 0.16 kepada 5.77 . Tren prestasi ini terus meningkat pada keputusan SPM 2018
dengan GP 5.45. ETR sebenarnya untuk tahun 2018 adalah 5.5 sejajar dengan misi kurikulum
tahun 2018 ialah #misi5.5. Lonjakan prestasi sebanyak 0.32 adalah kerana usaha pengurusan
terus menerus meningkat “seft esteem” murid untuk mencipta kejayaan.

Kata kunci: Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Kurikulum

1.0 PENGENALAN

Pengetua telah melapor diri di SMK Tunku Abd Aziz pada 16 Februari 2017. Sebelum itu pengetua
bertugas di SMK Tengku Laksamana. Saya dipindahkan ke SMK Tunku Abd. Aziz atas dasar
pertukaran setara. SMK Tunku Abd Aziz adalah sebuah sekolah yang berada di band 6 NKRA
mengikut laporan SKPMg 2016.

SMK Tunku Abd.Aziz adalah sebuah sekolah gred A berada di luar bandar dan telah
ditubuhkan pada tahun 1965. Jumlah enrolmen pelajar setiap tahun semakin menurun kerana faktor
demografi setempat. Kawasan sekeliling sekolah adalah penempatan yang agak lama dan penduduk
terdiri daripada penduduk yang sudah lama tinggal di kawasan itu. Tidak berlaku penempatan
baru yang boleh membantu penambahan enrolmen pelajar. Ini berlaku di hampir semua sekolah
kawasan sekitar.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 187

AnAz Hebat

Jadual 18.1: Enrolmen pelajar 2015- 2019

TAHUN MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH
2015 722 329 12 4 1067
2016 682 307 6 8 1003
2017 616 298 9 3 926
2018 529 235 7 3 841
2019 632 209 10 3 834

SMK Tunku Abd. Aziz mempunyai guru yang mencukupi dan mempunyai pelbagai bidang elektif.
SMK Tunku Abd. Aziz mempunyai paling banyak matapelajar elektif di peringkat SPM yang mana
boleh dipilih oleh pelajar mengikut kesesuaian dan pencapaian mereka.

Jadual 18.2: Mata Pelajaran dan keputusan SPM 2018

BIL MATA PELAJARAN BIL CALON % LULUS

1 BAHASA MELAYU 128 92.19
2 SEJARAH 128 78.9
3 BAHASA INGGERIS 128 57
4 MATEMATIK 128 75.8
5 PENDIDIKAN ISLAM 89 80.7
6 SAINS 107 89.7
7 FIZIK 21 100
8 KIMIA 21 100
9 BIOLOGI 16 100
10 MATEMATIK TAMBAHAN 27 81.5
11 PENDIDIKAN MORAL 39 74.4
12 KESUSASTERAAN MELAYU
13 GEOGRAFI 9 100
14 PENDIDIKAN SENI VISUAL 12 100
15 PERTANIAN 55 100
16 REKA CIPTA 11 100
17 PERAKAUNAN 12 100
18 SAINS RUMAHTANGGA 13 92.3
19 PERNIAGAAN 9 100
20 SAINS KOMPUTER 11 100
21 BAHASA CINA 12 100
22 TASAWUR ISLAM 34 100
23 LANDSKAP DAN NURSERI 7 100
23 100

Hasil pemerhatian dan analisis saya terhadap trend keputusan SPM di SMK Tunku Abd. Aziz ini,
menunjukkan bahawa sekolah ini mempunyai potensi untuk mencipta keputusan yang lebih baik
setiap tahun. Berikut ialah keputusan peperiksaan dari tahun 2014 sehingga 2018.

188 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

Jadual 18.3 : Keputusan SPM 2014 -2018 (Gred Purata) AnAz Hebat

KRITERIA 2014 2015 SPM 2017 2018
Gred Purata Sekolah 2016 5.45
Peratus Semua A 6.72 5.94 5.77 1.56
Peratus minima 6A 0.43 0.53 5.93 0.00 5.47
Peratus layak Sijil 1.72 3.15 0.00 5.50 77.34
Peratus Gagal Semua MP 62.23 76.72 1.59 73.85 0.00
6.87 1.59 75.27 0.00
1.59

Sebagai pemimpin sekolah, saya telah menggunakan segala kekuatan yang ada di sekolah bagi
memacukan sekolah ke arah kecemerlangan dalam berbagai bidang. Dengan sumber yang sedia
ada di sekolah, saya membina pasukan kerja yang mempunyai halatuju mengikut bidang iaitu
pengurusan kurikulum, pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengursan Kokurikulum dan Pengurusan
Tingkatan 6. Saya yakin dengan moto iaitu “ Pelajar Berdispilin Pasti Berjaya”. Oleh kerana itu
saya memilih untuk meningkatkan “self esteem” di kalangan murid bagi membentuk kemenjadian
murid dengan menggunakan #Sahsiah Unggul. Saya juga telah membudayakan warga sekolah
dengan “tagline” , yang menjadi titik fokus setiap pelaksanaan program sekolah mengikut
pengurusan.

1 . #sekolahku_kebanggaanku (umum)

2. #misi5.5(kurikulum)

3. #sahsiah_unggul( HEM)

4. #go4gold(kokurikulum)

5. #sekolahbiasa_pencapaianluarbiasa

6. #bethefirst(2019)

1. MENGENAL PASTI MASALAH DAN ISU

SMK Tunku Abd.Aziz adalah sebuah sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai
kejayaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang bagi meningkatkan
kecemerlangan iaitu isu disiplin. Dengan moto “pelajar berdisiplin pasti berjaya”, masalah disiplin
ditangani dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan kejayaan dalam kemenjadian pelajar dalam
pelbagai bidang.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 189

AnAz Hebat

Jadual 18.4: Analisis isu

ASPEK ISU DALAMAN ISU LUARAN

PENGURUSAN 1. Kehadiran murid ke sekolah di bawah 1. 20% murid datang daripada keluarga
HEM
90%. bermasalah dan sosioekonomi rendah.

2. 30% murid terlibat dalam kesalahan 2. Pengaruh media social seperti
disiplin seperti ponteng kelas. facebook, WhatsApp, Twitter, WeChat,
Youtube dan Instagram.
3. Sikap pelajar yang rendah motovasi
dan kurang keyakinan diri. 3. 10% murid bekerja selepas waktu
sekolah.
4. Rekod disiplin yang kurang tersusun
sebelum STARD. 4. Tahap kesedaran ibubapa terhadap
kepentingan akademik masih rendah.
5. Murid daripada sekolah “feeder”
yang persekitarannya tidak kondusif. 5. Jabatan/PPD sering memerlukan
khidmat guru-guru pada waktu perse-
6. Kompetensi PdPc guru yang masih kolahan.
pada tahap baik (80-89%) – standard 4

Jadual 18.5: Analisis Persekitaran melalui Analisis SWOT

KEKUATAN KELEMAHAN
1. 30% murid terlibat dalam kesalahan disiplin
1. Kerjasama yang sangat baik dengan pihak seperti ponteng, melawan guru dan lain-lain.
pengurusan tertinggi dengan unit disiplin. 2. Sikap murid yang rendah motivasi dan kurang
keyakinan diri
2. 10 orang guru disiplin yang komited. 3. Rekod disiplin tidak tersusun sebelum
“STARD”.
3. Pengetua memberi sepenuhnya sokongan
terhadap program sekolah. ANCAMAN
1. Murid bermasalah datang daripada persekitaran
4. 80% daripada guru memberi idea-idea yang yang tidak konstruktif.
kreatif. 2. 10% keluarga terdiri daripada keluarga
bermasalah.
5. 100% guru memberikan kerjasama sepenuhnya 3. 10% keluarga berpendapatan rendah.
terhadap program-program sekolah.

6.100% warga sekolah menjiwai semangat
perpaduan.

7. Pengunaan Sistem kehadiran Pepatih MySekolah
sejak bulan Januari 2019 sangat membantu untuk
memantau kehadiran murid dan disiplin murid.

PELUANG

1. PIBG menyokong sepenuhnya program sekolah.

2. JKM, PDRM, AADK, Pejabat Pusat Khidmat
Parlimen dan ADUN Pengkalan Kundur
memberikan kerjasama yang baik.

Inovasi STARD (Sistem Terbaik Amalan Rekod Disiplin ) adalah satu inovasi yang telah
diperkenalkan sejak tahun 2005. Pada tahun 2019, sistem ini telah dibuat penambaikkan. Elemen

190 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

AnAz Hebat

penghargaan ditekan melebihi hukuman kerana kita mahu menaikkan semangat pelajar-pelajar
untuk mencipta kejayaan. Kebanggan kepada sekolah adalah kunci kepada usaha memajukan diri
demi menaikkan nama sekolah dalam pelbagai bidang. ‘Sekolahku Kebanggaanku” diperkenalkan
menjadi “tagline” sekolah sehingga hari ini. Mana-mana pelajar yang menyumbang kejayaan
kepada sekolah akan dihargai dengan dengan sebaik mungkin. Nama dan gambar mereka akan
diletakkan di “Laluan Bintang”. Tingkatkan penghargaan dan pujian akan secara tidak langsung
akan mengurangkan masalah disiplin. Pelajar berlumba-lumba berusaha untuk mendapat kejayaan
dalam setiap bidang.

2. PELAKSANAAN (P- 0 – L –C)
Saya sedar banyak yang saya boleh lakukan untuk menaikkan nama SMK Tunku Abd. Aziz di
peringkat daerah, negeri, dan juga kebangsaan. Mengurangkan masalah disiplin dan menaikkan
nama sekolah adalah fokus utama saya.

2.1 Planning ( Merancang)
Merancang adalah penting dalam pengurusan di mana saya harus menetapkan matlamat, objektif
serta menentukan hala tuju yang harus diambil bagi mencapai objektif. Antara cabaran utama
saya ialah meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan umum dan menyerlah dalam
kokurikulum.

i. Menentu arah tuju sekolah

Saya telah menetap arah tuju sekolah dengan menggunakan “hash tag” setiap bidang.

#sekolahku_kebanggaanku(umum)

#misi5.5.(kurikulum)

#sahsiah_unggul(HEM)

#go4gold(kokurikulum)

#sekolahbiasa_pencapaianluarbiasa

Untuk berjaya, seorang murid perlu ada cita-cita untuk membanggakan diri dan sekolah. Rasa
bangga dengan sekolah akan menjadi titik permulaan untuk bergerak mencipta kejayaan.

i. Menetapkan matlamat dan objektif
Analisis SWOT unit HEM dibuat bagi memastikan masalah disiplin tidak lagi menjadi
masalah untuk melonjak kejayaan dalam pelbagai bidang.
ii. Menyusun Strategi
Bagi mencapai matlamat melonjak kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum
pelbagai strategi telah dirangka. Antaranya ialah data Headcount.
iii. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 191

AnAz Hebat

Antara perancangan yang dibuat ialah:
a) Pelan Tindakan
Pelan tindakan 3 tahun untuk unit HEM
b) Pelan Taktikal
Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dapat memberi panduan kepada
guru akan tindakan dan program yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan.
c) Penilaian
Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal
pasti kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh diadakan.
d) Penambahbaikan
Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan dari semasa ke semasa agar program
yang dijalankan lebih mantap dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan
kadar yang segera.

2.2 Organising (Mengurus)

Mengurus ialah proses mengatur dan mengagihkan tugas, kuasa dan sumber dirancang dalam
kalangan ahli-ahli organisasi supaya mereka boleh mencapai matlamat organisasi.

i. Merangka Struktur Organisasi
Jawatankuasa Pelaksana bagi setiap program telah ditubuhkan bagi memastikan program–
program kecemerlangan berjalan dengan lancar.
ii. Pengagihan Peruntukan Sumber
Menyedari akan kepentingan hasil yang bakal didapati nanti dari program HEM ini, jenis
program, impak program dan guru yang terlibat amat penting. Program yang dipilih
mestilah mempunyai impak yang menyeluruh dan tidak menggunakan kos yang tinggi.
iii. Reka Bentuk Kerja
Peningkatan kecemerlangan sekolah telah diuruskan dengan baik bertepatan dengan
sumber yang ada di sekolah. Program Laluan Bintang adalah untuk mengiktiraf pencapaian
pelajar dan guru dalam pelbagai bidang. Saya memaklumkan pada awal lagi bahawa
semua kejayaan murid dan guru akan dihebahkan melalui “banner” yang dipasang dilaluan
utama warga sekolah. Sebagai seorang pengetua saya memastikan sekolah sentiada
menjadi “bualan” ramai dari segi perkara yang baik-baik. Saya membina rangkaian yang
baik dengan media untuk mempromosikan sekolah . Ini bertepatan dengan #sekolahku_
kebanggaanku. Aplikasi yang didapati sesuai digunakan akan diguna pakai seperti
Aplikasi “Pepatih Mysekolah”\. Aplikasi ini memudahkan kerja pengurusan HEM.
Pelan Strategik dan Pelan Taktikal dibuat bagi memastikan program yang dirancang
berjaya.

2.3 Leading (Kepimpinan)

Secara amnya kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap
dan tingkahlaku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai

192 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

AnAz Hebat

matlamat organisasi. Sebagai seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab untuk membina
kejayaan di SMK Tunku Abd.Aziz, saya telah berusaha membentuk SMK Tunku Abd Aziz menjaya
mendapat pengiktirafan inovasi terbaik disipilin peringkat kebangsaan dan seterusnya menjadi
bualan masyarakat di luar sana sebagai sebuah sekolah yang “viral” di media elektronik(TV) dan
media cetak(akhbar).

Antara corak kepimpinan yang telah saya terapkan ialah SMKTAA.
S : Self Esteem
M : Mahir
K : Keterbukaan
T : Teknologi
A : Akrab

A : Amal

2.4 Controlling (Kawalan)

Bagi membentuk dan membangunkan organisasi yang semakin berkembang dan kompleks
memerlukan penyelarasan dan kawalan menguruskannya. Oleh itu, kemahiran mengawal adalah
perlu bagi mempengaruhi sumber manusia untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama dan
mewujudkan keadaan untuk tindak balas secara kolektif.

Sebagai seorang pemimpin saya mampu mengkoordinasi organisasi dengan cemerlang bagi
mendapat hasil yang terbaik. Kemahiran menyusun atur sesuatu organisasi dengan cara yang
harmoni meletakkan saya sebagai pemimpin yang disegani dan dihormati serta menjadi contoh dalam
kepimpinan. Kajian personaliti dan kajian sikap pekerjaan dalam Behavioral Science memberikan
pandangan penting mengenai keperluan untuk penyelarasan dan kawalan.

Oleh itu, menjadi keutamaan untuk saya mewujudkan keharmonian antara usaha individu ke arah
mencapai matlamat organisasi. Antara inisiatif kawalan yang membawa impak kejayaan adalah
melalui Management by Walk About, Pencerapan PdPc Guru, Dialog Prestasi,Team Building,
Pemimpin Turun Padang, Pemantauan Kehadiran Murid dan Guru.

3.0 PENILAIAN DAN IMPAK

SMK Tunku Abd. Aziz telah menempa nama di peringkat tertinggi sehingga tahun 2019. Hasil
kerja keras semua warga SMK Tunku Abd. Aziz secara kerjasama kami telah menjadi sebutan
komuniti setempat dan luar. SMK Tunku Abd. Aziz di kenali sebagai sebuah sekolah yang viral di
media cetak dan media elektronik.

Impak Kejayaan SMK Tunku Abd.Aziz di bahagikan kepada 3 bidang.

(a) Kurikulum (#misi5.5 /2018 dan #misi5.29 /2019)

Keputusan SPM telah menunjukkan tren menaik.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 193

AnAz Hebat

KRITERIA 2014 2015 SPM 2017 2018
Gred Purata Sekolah 2016
Peratus Semua A 6.72 5.94 5.77 5.45
Peratus minima 6A 0.43 0.53 5.93 0.00 1.56
Peratus layak Sijil 1.72 3.15 0.00 5.50 5.47
Peratus Gagal Semua MP 62.23 76.72 1.59 73.85 77.34
6.87 1.59 75.27 0.00 0.00
1.59

Rajah 18.1: Analisis SPM 2014 –SPM 2018

Dengan keputusan SPM yang mengikut tren meningkat ini, memberi keyakinan kepada guru-
guru dan juga komuniti setempat bahawa SMK Tunku Abd. Aziz berada di landasan yang betul
untuk mencipta kejayaan seterusnya. Tren memberi kepercayaan kepada komuniti setempat
untuk terus memastikan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran peringkat menengah di
SMK Tunku Abd Aziz.

(a) Kokurikulum (#go4gold)

SMK Tunku Abd Aziz telah mendapat kejayaan yang sangat membanggakan dalam bidang
sukan dan permainan dan juga koakademik. Untuk membentuk rasa bangga mewakili sekolah,
saya telah membina satu nama khas bagi setiap pasukan. Murid yang mewakili sekolah dalam
setiap pasukan membawa nama pasukan dan nama sekolah dengan rasa bangga.
Pasukan Robotik : ARC (Aziz Robotic Club)
Pasukan Merentas Desa : DTCC (Dream Team Cross Country)
Pasukan Olahraga : ATF (Aziz Track and Field )
Pasukan Choral Speaking : Golden Teens Team Choral Speaking

Pencapaian mereka sangat membanggakan sekolah dan mendapat perhatian pelbagai pihak.
Pada baru-baru ini Caltex Cevron MyKasih Foundation telah menyumbang 2 set robot EV3
dalam program FUEL YOUR SCHOOL bersama 27 sekolah yang lain di negeri Kedah.
Lokasi sekolah pula terpilih untuk membuat penggambaran bagi tujuan promosi program
tersebut.

Gambar 18.1:Sumbangan dari Caltex Cevron Gambar 18.2 : Sesi penggambaran video Fuel

My Kasih Foundation : 2 set EV3 Lego Robotic Your School

194 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

AnAz Hebat

Kejayaan murid dalam bidang robotik ini telah menaikkan semangat anak-anak murid
yang ratanya dari kampong untuk terus berjaya. Mereka lebih yakin dan tidak segan-segan
menyatakan bahawa mereka adalah pelajar SMK Tunku Abd.Aziz.
(c) Hal Ehwal Murid (#Sahsial Unggul)
Mengurangkan Salah Laku dalam Kalangan Pelajar
Penggunaan STARD ini telah banyak membantu pihak sekolah dalam menanggani isu-isu
disiplin dikalangan murid. Isu-isu disiplin utama sekolah seperti ponteng sekolah, tidak minat
belajar, perkauman, vandalism dan kekemasan diri Berjaya dikurangkan.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA
4.1 Meningkatkan Pencapaian Akademik
Selain daripada mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan kehadiran pelajar,
penggunaan STARD ini secara lansung dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan
pencapaian akademik pelajar. Apabila masalah disiplin dapat dikurangkan dan kehadiran
pelajar kesekolah meningkat, sudah pasti pelajar mempunyai motivasi untuk belajar dengan
lebih lagi. Motivasi yang tinggi untuk belajar yang tinggi ini akan memberi kejayaan kepada
pelajar. Jika dilihat pada Analisis Pencapaian Akademik SPM dari 2014 hingga 2018, ia
menunjukkan penurunan Gred Purata Sekolah. Penurunan Gred Purata ini menunjukkan
peningkatan kelulusan pelajar.

Gambar 18.3 : Suasana harmoni di sekolah dengan pelbagai kaum

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 195

AnAz Hebat

Penggunaan STARD juga dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.
Murid yang mendapat surat saman ini dikehendaki memberitahu waris untuk berjumpa ketua Guru
Disiplin atau pihak Pengurusan Sekolah. Hasil daripada perjumpaan ini, waris akan diberitahu
mengenai masalah yang berkaitan dengan anak mereka.
Dalam perbincangan ini, Guru-guru lebih suka menyelesaikan sesuatu isu murid secara
‘win-win situation’ dengan waris. Perbincangan secara ‘win-win situation’ ini akan mewujudkan
hubungan yang baik antara guru dan waris.
Perhubungan yang baik ini bukan hanya pada waktu persekolahan sahaja, malah lebih
daripada itu. Contohnya semasa ada kematian guru akan menziarahi, mengunjungi ke rumah
murid, memberi bantuan kepada keluarga murid miskin dan lain-lain.

Kejayaan Unit HEM Di Peringkat Kebangsaan
Unit HEM khasnya bahagian Disiplin telah diberi pengikhtirafan Penarafan 5 Bintang Pengurusan
Disiplin Cemerlang peringkat Kebangsaan pada 13 November 2019 semasa Simposium dan Ekspo
Kaunseling Serta Pembangunan Sahsiah Murid Peringkat Kebangsaan Kali ke 6:

Gambar 18.4 : Sijil Pengikhtirafan Unit HEM Peringkat Kebangsaan

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP
Berjaya atau tidak sesebuah organisasi adalah bergantung kepada pemimpinnya. Di antara ciri-ciri
pengetua berprestasi tinggi ialah bekerja dengan guru berkaitan dengan guru dan bukan sekadar
memberi arahan sahaja. Pemimpin yang hebat tidak takut mengambil pendekatan memberi kuasa
berpasukan kepada kebanyakan perkara dan mencipta komuniti pembelajaran dalam sekolah
mereka. Saya memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru untuk bersama-sama mencipta
pembelajaran yang berkesan secara bersama. Pembelajaran bukan setakat berjaya di dalam bidang
kurikulum sahaja tetapi juga berjaya di dalam bidang kokurikulum dan juga dalam bidang sahsiah.
Pengetua percaya murid yang berdisiplin pasti berjaya. Oleh kerana itu untuk menghasilkan
kejayaan kepada sekolah, sumbernya iaitu murid mesti berdisiplin.
Murid dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati
mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling

196 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

AnAz Hebat

penting, pada waktu dulu para murid tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan
popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang
paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh
bezanya.  

Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk murid menimba ilmu sehingga
tidak ada ruang langsung pun untuk murid berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk
memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan murid sekarang banyak
berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk
para pelanggannya iaitu para murid.

Pengetua yakin apabila murid telah mempunyai “self esteem” yang tinggi mereka akan
rasa malu untuk melakukan kesilapan. Mereka akan berusaha untuk menempa kejayaan demi
diri dan sekolah yang mereka banggakan. Mereka tahu setiap kejayaan mereka akan dihargai dan
dinyatakan secara fikizal oleh pihak sekolah dan dimaklumkan kepada semua warga sekolah.
Ini menaikkan harga diri mereka. Satu usaha yang saya lakukan ialah memberi penghargaan
kepada setiap kejayaan murid samada dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah dalam
perhimpunan rasmi dan perhimpunan harian. Gambar-gambar mereka akan diletakkan dilaluan
masuk utama sekolah. Nama laluan ini Laluan Bintang.

Sebagai seorang pemimpin sekolah, saya berusaha untuk memperkenalkan sekolah
dipentas yang lebih luas. Setiap program yang memberi impak tinggi kepada kemenjadian murid,
saya akan berusaha untuk dimuatkan di media cetak dan media elektronik. “Sekolah Viral” ,
“Pengetua Viral” sudah menjadikan SMK Tunku Abd Aziz di kenali. Impak ini saya dan warga
sekolah ras apabila ramai lebih mengenali SMK Tunku Abd. Aziz. Bekas murid pun sekarang lebih
bangga mengaku yang mereka pernah belajar di sekolah ini. Anak-anak murid SMK Tunku Abd
Aziz sudah tidak rasa malu untuk memakai baju berlencanakan lambing sekolah dan nama sekolah
.Ini adalah satu kejayaan menaikkan “self esteem” murid.

Pemegang Taruh seperti PPD juga telah memberi kepercayaan kepada pihak sekolah
untuk mengendalikan beberapa program penting di peringkat daerah dan juga kebangsaan. Sekolah
menjadi tuan rumah pertandingan Choral Speaking peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2019.
Sekolah juga pernah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah pertandingan Petrosains peringkat
negeri pada tahun 2018. Pertandingan memasak Maggi peringkat negeri juga pernah di adakan di
dewan sekolah. Guru-guru SMK Tunku Abd. Aziz dilantik menjadi urusetia untuk pertandingan
peringkat kebangsaan di Hotel Grand Alora pada tahun 2018. Semua kepercayaan yang diberikan
oleh pihak PPD dan JPN menunjukkan mereka yakin dan percaya warga SMK Tunku Abd. Aziz
boleh menjalan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.

Tahun 2019 adalah tahun yang penuh dengan cabaran kerana saya sebagai pemimpin
sekolah mempunyai tanggungjawab untuk merubah iklim sekolah menjadikan SMK Tunku Abd.
Aziz menjadi seorang luar bandar yang sebelum ini terkenal dengan masalah disipilin kepada
sebuah sekolah yang diikhtiraf sebagai sekolah yang diberi penarafan 5 Bintang Pengurusan
Disiplin. Selari dengan penarafan itu,”self-esteem” sekolah sendiri telah melonjak naik. Saya
mempunyai barisan guru yang mahu berubah dan berusaha menjadi yang terbaik .

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 197

AnAz Hebat

Sebagai seorang pengetua berasa sangat bangga dengan warga sekolah. Peningkatan “Self-
Esteem” dalam kalangan murid ternyata dapat menbentuk kemenjadian murid yang diharapkan.
Sumbangan semua guru, kepercayaan ibubapa, harapan PPD dan JPN akan kami realisasikan
dalam bentuk kejayaan yang lebih hebat. Sebelum ini pun, SMK Tunku Abd. Aziz menjadi sekolah
yang dilawati dalam program penandarasan pengetua dan guru besar PPW Wilayah Keramat. Kami
semua di SMK Tunku Abd Aziz bangga kerana mereka yang lebih hebat di luar sana, sudi datang
untuk berkongsi amalan terbaik kami di SMK Tunku Abd. Aziz. Teruskan membanggakan sekolah
dan membina legasi kejayaan sekolah luar bandar di mata dunia.
6.0 RUJUKAN
Institut Aminuddin Baki (2009), Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan

Pendidikan Ke-16 2009, IAB Genting Highlands.
Institut Aminuddin Baki (2016), Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, IAB

Genting Highlands.
Institut Aminuddin Baki (2016), Dasar dan Hala Tuju, IAB Bandar Enstek

198 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

PROGRAM BARAKAH: CAHAYA PASTI MENYINAR

HAJAH SAHILAH BINTI AHMAD
Pengetua SMK Pokok Sena 2
[email protected]

DR. ABD WAHAB BIN MUDA
Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands

[email protected]

SALLEH BIN YUSOF
Pegawai SIP+ PPD Kota Setar

ABSTRAK

Program Barakah merupakan beberapa inisiatif dan amalan baik yang kreatif. Program Barakah
menitikberatkan aktiviti keagamaan merupakan AMALAN BAIK yang diadakan setiap pagi dari
jam 7.20 hingga 7.40 pagi. Bacaan Matsurat dilaksanakan setiap hari Isnin dan Selasa. Hari
Rabu hafalan ayat-ayat lazim, doa iftitah dan doa qunut manakala pada hari Khamis bacaan
Yaasin. Semua aktiviti ini diketuai oleh pelajar yang celik AlQuran daripada pelbagai tingkatan
dan dibimbing oleh guru bertugas mingguan. Program yang mantap ini bertujuan mendisiplinkan
pelajar untuk belajar dan akur mengikuti semua program yang dirancang oleh pihak sekolah agar
lebih produktif dan berdaya maju. Impak daripada program ini diharap menampakkan perubahan
dari sikap pelajar yang boleh sampai ke sekolah seawal jam 7.15 pagi. Sikap pelajar terhadap
pembelajaran dan persekitaran yang ceria dan kondusif untuk belajar semakin menampakkan
hasil melalui keputusan Ujian 1 (AR1). Pengetua di bawah program ProPeKS bertanggungjawab
membentuk persekitaran pembelajaran yang teratur, serius, berfokus serta memberi cetusan
semangat bekerja di kalangan upper leader, midle leader dan guru-guru agar lebih kreatif dan
inovatif demi mencapai sinar kejayaan dan kegemilangan. Ini kerana pencapaian akademik sering
dijadikan kayu pengukur kejayaan sesebuah sekolah samada di bandar mahu pun di luar bandar.
Pembugaran pedagogi yang menitikberatkan PAK21 dan PLC ditekankan kepada semua guru agar
semua pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dengan baik. “Love, Happiness and Mutual
respect” dibudayakan dalam sekolah di bawah satu kata kunci Sederap Melonjak Kecemerlangan
Sekolah 2019. Budaya Kerja pengetua yang peduli dan ambil tahu tentang perkembangan terbaru
dunia pendidikan, pasti membolehkan SMKPS2 duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
sekolah-sekolah cemerlang di daerah ini melalui Program Barakah, InsyaAllah.

Kata Kunci: pengurusan hal ehwal murid, kemenjadian murid, sahsiah,akhlak, celik Al-Quran

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 199

Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

1.0 PENGENALAN

Antara ukuran kejayaan sesebuah sekolah adalah kepercayaan ibu bapa dan masyarakat serta
pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang khususnya kurikulum, kokurikulum, disiplin dan
sahsiah. Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2 (SMKPS2) dalam meniti usia ke-9 tahun,
masih muda dan masih banyak perlu dibuat penambahbaikan. Dalam erti kata lain sekolah ini
masih memerlukan perhatian yang cukup istimewa daripada PPD dan JPN sekiranya inginkan
SMKPS2 duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah lain di sekitarnya malah
dalam daerah Kota Setar juga.

Tidak dinafikan, pihak sekolah telah dan sentiasa berusaha merancang, mengelola,
membimbing dan memantau program-program yang dirancang secara berkesan. Namun begitu,
tuntutan tugas kurikulum dan akauntabiliti guru semakin meningkat, sedangkan pengajaran dan
sumber kewangan sekolah adalah terhad menyebabkan mandat dan harapan tinggi sering menemui
jalan buntu. Sehubungan itu, pihak pentadbir sekolah seharusnya bijak memainkan peranan yang
penting dalam melakar landskap sekolah secara berkesan agar mampu memanipulasi modal
tenaga kerja, masa dan sumber kewangan yang terhad demi perkembangan maksimum anak-anak
pelajarnya. Usaha demi usaha telah dijana oleh pihak pentadbir SMKPS2 demi perkembangan
yang seimbang setiap pelajarnya.

Sungguhpun begitu, pencapaian akademik telah menjadi tajuk utama untuk diketengahkan di
sekolah ini, Qualiti Diungguli dapat menjadi cetusan semangat bekerja dalam kalangan guru-guru
agar lebih kreatif dan inovatif meletakkan harapan yang tinggi. Ini kerana guru-guru mempunyai
kelayakan dan pengalaman dalam satu-satu bidang untuk menyampaikan ilmu dalam bilik darjah
sedangkan tugas pengetua ialah menyediakan satu persekitaran yang kodusif untuk memastikan
guru mengajar, murid belajar dengan berkesan sekali.

1.1 Profil Sekolah

SMKPS2 merupakan sekolah menengah yang keempat dibina di daerah Pokok Sena yang
memulakan pengoperasiannya secara rasmi pada bulan Julai tahun 2010. Pada peringkat awalnya
sekolah ini hanya mempunyai pelajar seramai 170 orang dan 29 orang guru. Seramai empat orang
pengetua telah pun mencurah khidmat kepakaran mereka di sekolah ini. Pengetua ProPeKS adalah
pengetua kelima (mula 17 Oktober 2018) dengan barisan Penolong Kanan HEM dan Kokurikulum
yang baru di samping PKP dan 4 orang GKM yang sedia ada.

Bangunan sekolah yang berkonsepkan kolej pengajian tinggi menjadikan sekolah ini “gah”
pada pandangan luarannya. Sekolah yang mempunyai empat (4) blok termasuk 24 buah bilik
darjah, Sembilan (9) buah makmal sains, dua (2) buah makmal komputer, sebuah bilik Pendidikan
Seni Visual, sebuah bilik PAK21, sebuah Perpustakaan, sebuah bilik tayangan, sebuah bilik operasi
buku teks, bilik kaunseling, bilik kesihatan, dua (2) bilik akses kendiri, dua (2) bilik ko-kurikulum,
sebuah bilik peperiksaan, sebuah bilik mesyuarat utama, sebuah bilik mesyuarat kecil, sebuah
billik sajian makanan, sebuah surau, dewan utama, dewan kedua dan bilik-bilik Pendidikan Khas.
Sangat teruja kerana semua prasarana disediakan mencukupi untuk menebarkan ilmu.

200 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

Tanggal 26 Julai 2018, saya mula menjejakkan kaki sebagai pengetua yang ke-5 dan disambut
mesra oleh En Azman Jaga sekolah. Terdetik di hati, bagusnya sekolah baru ini, sunyi kerana
PdPc sedang berjalan – positive thinking. Padang luas saujana mata memandang dan tersergam
bangunan yang sangat strategik sebagai sebuah pusat pengajian. Sebaik sahaja melangkah di
lobi, terdengar suara riuh rendah pelajar. Pelajar-pelajar berjalan di ruang legar di tengah-tengah
bangunan. Ada sekumpulan pelajar sedang membeli minuman di koperasi sekolah, enam (6) orang
pelajar duduk memakan aiskrim di hujung bangunan berhampiran koperasi serta dua tiga orang
pelajar perempuan keluar masuk tandas. Persekitaran yang luas menyaksikan sampah (pembalut
gula-gula dan botol serta kotak minuman bertaburan di koridor dan longkang. Kerusi dan meja
pelajar terdapat di setiap hujung bangunan. Tandas tersumbat dan berbau. Tingkap banyak yang
rosak manakala dewan utama tidak berfungsi (letrik dan penyerap bunyi tidak berfungsi).

Sebaik sahaja masuk ke pejabat, terdapat tiga (3) orang pekerja dan suasana pejabat suram
walaupun ianya baru 8 tahun beroperasi. Tandas guru dalam pejabat rosak dan tidak selesa. Terdapat
beberapa orang guru dan pelajar keluar masuk ke pejabat tanpa ada sekatan kerana dalam pejabat
terletaknya bilik peperiksaan yang dihuni oleh lima (5) orang guru iaitu Setiausaha Peperiksaan,
SU SPM, SUPT3, SU Peperiksaan Dalaman dan SU PBS. Suasana pejabat riuh, tiada tegahan
untuk pelajar dan guru keluar masuk.

Sebentar kemudian, saya disapa oleh Cikgu Nek Yusof, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
Beliau terus membawa saya ke bilik pengetua. Besar, luas dan sangat selesa laksana bilik seorang
Pengarah Kolej Universiti. Senario pencapaian akademik dibentangkan satu persatu menunjukkan
pencapaian akademik SMKPS2 tidak membanggakan dan masih jauh ketinggalan berbanding
sekolah SMK Pokok Sena. Dari segi kokurikulum pula (sukan) tiada sebarang pingat yang dipungut.
Akan tetapi masih ada juga ruang untuk dibanggakan dalam koakademik bila saya mendapati
terdapat sijil, plak dan mok cek RM 5000 dan RM 3000 kerana berjaya dalam pertandingan Eco
Youth dan EEC pada tahun 2015. Kisah pelajar lelaki yang sinonim dengan rokok dan air daun
ketom sangat menyesakkan dada apabila mendengar perkabaran daripada GPK. Saya mula “scan”
sekolah dari pelbagai aspek. Ternyata sekolah baru, tetapi banyak kemudahan yang disediakan
menggambarkan warganya tidak cakna terhadap kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Pengetua dapat mengenal pasti beberapa amalan guru yang amat mengejutkan. Antaranya ialah
guru-guru tidak masuk kelas pada waktu yang sepatutnya, Banyak kerusi meja dirosakkan. Tandas
rosak, paip patah, tandas tersumbat dengan botol plastik dan bumbung bocor merata tempat. Dewan
utama tiada bekalan elektrik sejaka tahun 2104. Surau tidak diselenggarakan dengan baik di mana
sejadah untuk pelajar solat tidak mencukupi.

Guru-guru berada di kantin sepanjang hari dan ada yang keluar dari kawasan sekolah untuk
urusan pribadi. Kekurangan kawalan dan pemantauan yang longgar daripada pihak pentadbir
memberi peluang kepada guru-guru bertindak sesuka hati asalkan tidak ada teguran daripada pihak
pentadbir. Bilik guru polos dan lengang dan berada pada tahap yang memuaskan. Masih terdapat
kerusi meja yang disediakan kosong kerana guru mempunyai bilik-bilik seperti bilik peperiksaan,
bilik geografi, bilik tayangan dan bilik di pusat sumber. Jelas tidak menampakkan kesepakatan.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 201

Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

Pada bulan Oktober apabila saya terpilih sebagai pengetua ProPeKS di IAB Genting
Highlands tanpa menoleh kebelakang, saya mengorak langkah dengan semangat yang tinggi untuk
mengubah lanskap sekolah dari terus dibayangi SMKPS@ adalah picisan daripada SMK Pokok
Sena, Sekolah besar, tetapi jumlah pelajar yang sedikit menjelaskan ‘ada sesuatu’ yang tidak
kena. Sebagai pengetua, saya terlebih dahulu mesti mendapat kepercayaan daripada komuniti dan
daripada pelbagai stakeholder sekolah ini.

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2 mula dibina pada bulan Julai 2007 di atas tapak
berkeluasan 5.9 hektar (14.579 ekar). Perancangan pembinaan sekolah ini adalah untuk mengatasi
masalah kekurangan sekolah menengah di sekitar daerah Pokok Sena serta bagi menampung
lebihan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena.

SMKPS2 telah beroperasi secara rasmi pada 01 Julai 2010 dan mula menerima para pelajar pada
04 Julai 2010 di tapaknya sendiri dengan muridnya seramai 178 orang pelajar - tingkatan 2 (3
kelas) dan ting 4 (3 kelas) dan gurunya pula seramai 29 orang.

Pada tahun 2011, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah meluluskan pembukaan kelas
Pendidikan Khas bagi murid-murid yang mempunyai maslah pembelajaran. Buat pertama kalinya
seramai 6 orang murid diambil dengan 2 orang guru untuk Pendidikan Khas.

Seiring dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang menetapkan dasar pembelajaran
aliran di sekolah iaitu 60:40, maka SMKPS2 turut diberi mandat mewujudkan kelas aliran sains
tulen untuk tingkatan 4 bermula pada tahun 2012. Dengan ini, SMKPS2 mempunyai kepelbagaian
aliran seperti aliran sains, aliran sains sosial, aliran (perdagangan) dan Pendidikan Khas Inklusif.
Kini SMKPS2 mempunyai enrolmen pelajar seramai 425 orang dan 48 orang guru.

Berpaksikan moto sekolah “Qualiti Diungguli”, barisan pengurusan disokong oleh guru-guru
yang berkelayakan telah sederap menggerakkan pelbagai inisiatif untuk melahirkan pelajar
yang berakhlak mulia, berbudi luhur, bersahsiah kamil dan cemerlang dalam akademik. Hal ini
bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) untuk melahirkan pelajar yang holistik dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Selama hampir 8 tahun beroperasi, SMKPS2 telah diterajui oleh lima orang pengetua iaitu Tn. Haji
Ramlee bin Mohd Shariff (2010-2011, Tn. Haji Marzuki bin Daud (2011-2012), Tn. Haji Md. Zain
bin Abu Bakar (2012-2015), Pn. Farihah binti Hussein dan Pn. Hajah Sahilah binti Ahmad (2018
hingga kini).

Pelbagai kejayaan manis telah dicapai terutama dalam bidang kurikulum apabila keputusan
Peperiksaan SPM telah meningkat dari setahun kesetahun yang bermula dari GP7.36 (2013),
GP6.86 (2014), GP6.62 (2015), GP6.28 (2017), GP6.13 (2017) dan GP5.44 (2018). Dalam bidang
kokurikulum pula, seorang pelajar telah terpilih mewakili Negeri Kedah dalam pertandingan
softball. SMKPS2 telah muncul johan dalam pertandingan Electric Eficiency Challenge (EEC),
Toyota Youth Eco.

202 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Antara isu yang dikenalpasti ialah pelajar hadir lewat ke sekolah setiap hari, pelajar ponteng ke
sekolah, pelajar tidak patuh peraturan disiplin di dalam sekolah, kepimpinan pengawas sekolah
yang lemah dan pematuhan pakaian seragam sekolah yang lemah. Manakala guru pula kurang
pematuhan PdPc di dalam kelas, kurang komitmen terhadap tugas sebagai guru disiplin dan
penghantaran rekod merit demerit lambat. Isu yang agak ketara pula ialah Gred Purata Sekolah
yang rendah dan fizikal sekolah kurang ceria.

2.1 Tindakan Segera Yang Diambil

Bagi menangani isu-isu tersebut, beberapa inisiatif telah diambil mengikut urutan yang sesuai.
Terdapat juga inisiatif dilaksanakan secara serentak tanpa menunggu satu-satu isu diselesaikan
terlebih dahulu.

2.1.1 Langkah pertama: Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk PdPc

Tindakan pertama saya ialah mewarna pintu masuk ke sekolah dengan meletakkan gambar barisan
pentadbir, Rukun Negara dan banner mengalu-alukan kedatangan pelajar. Tindakan ini dilakukan
untuk menampakkan sekolah ada ‘ruh’apabila orang luar melangkah masuk ke sekolah. Saya dapati,
hampir 100% dinding dan laluan ke kelas, makmal dan kantin pudar kesan terdedah pada hujan dan
panas mentari. Saya mula mengarahkan setiap jabatan dan panitia mengambil inisiatif mengecat
dan membuat landskap di ruang dan kawasan yang terbiar sebaik sahaja tamat peperikasaan akhir
tahun pada bulan Oktober 2018. Melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling, dana sebanyak RM 3000
berjaya dikumpul daripada sumbangan guru, PIBG, Kedai Koperasi dan kantin sekolah. Laluan ke
pejabat diletakkan gambar pentadbir. Ruang pejabat dicat semula agar lebih segar dan hidup untuk
menwujudkan suasana ceria semasa bekerja. Tiang-tiang yang berdiri megah di laluan ke kantin
telah dicat untuk menghidupkan jalan berkenaan dan diletakkan perkataan dalam Bahasa Inggeris
sesuai dengan Laluan Ilmu. Kerja-kerja mengecat diteruskan oleh guru, murid dan pekerja swasta
pada musim cuti persekolahan akhir tahun 2018 dengan pengawasan oleh pihak pengurusan.

2.1.2 Langkah Kedua: Pemantauan Salah Laku Pelajar

Walaupun Kawasan sekolah sudah menjadi selesa dan cantik, disiplin pelajar mesti dipertingkatkan.
Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin yang berat telah digantung antara seminggu
hingga dua minggu serta dirotan oleh PK HEM dan guru disiplin. Pelajar juga dilarang keluar dari
kelas tanpa menggunakan pas keluar. Keluar masuk guru-guru juga dipantau iaitu mesti maklum
dan mendapat kebenaran daripada pengetua untuk sebarang urusan rasmi mahu pun urusan
peribadi. Mereka diarahkan masuk ke kelas mengikut masa yang telah ditetapkan, dan kurangkan
berbual kosong di kantin. Pada peringkat awal, langkah ini telah menimbulkan ‘silent conflict’
antara pengetua dengan segelintir guru-guru. Namun begitu keadaan ini mudah terkawal kerana
pengetua sering menyatakan bahawa semua yang diarahkan adalah mengikut SOP.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 203

Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

2.1.3 Langkah Ketiga: Pemantauan Pencapaian Pelajar

Fasa ini merupakan fasa yang penting kerana ianya melibatkan ‘co-business’ guru-guru iaitu guru
mengajar, murid belajar. Fasa ini penting untuk melihat pencapaian akademik pelajar-pelajar dan
ianya akan menjadi kayu ukur kemampuan Pengetua ProPeKS memulihkan sekolah yang dipimpin
menjadi cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Setelah dua hari berada di SMK Pokok Sena 2 ialah dengan memanggil mesyuarat guru dan
menyatakan kehendak Pengetua untuk sekolah. Pengetua berharap semua warga guru akan sederap
melonjak kecemerlangan sekolah dengan menjadikan masa PdPc selama 30 minit amat berkualiti.
Saya yakinkan kepada guru-guru bahawa pelajar sekolah ini bergantung 100% kepada guru yang
mengajar di dalam kelas. Faktor ekonomi keluarga memaksa mereka tidak mengambil tuisyen
di luar. Pemantauan PdPc menggunakan borang SKPMg2, Pengetua sering meronda sekolah 2
kali sehari. Kaedah ini telah menimbulkan keresahan di kalangan guru menyebabkan Pengetua
mengiayakan kata-kata Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Datin Paduka Dato Azuyah
binti Hassan iaitu “ones you terima memo lantikan sebagai Pengetua, you will be lonely’. Namun
begitu saya tetap kuatkan semangat kerana saya yakin apa yang saya lakukan adalah mengikut sop
dan bertujuan untuk melihat peratus lulus dan GPS meningkat.

Saya mula nampak, Program Barakah (PB) yang sedia ada harus dimantapkan lagi.
Dengan memastikan pelajar datang jam 7.15 pagi dan PB akan bermula tepat jam 7.20 pagi. Situasi
ini akan memaksa guru bertugas mingguan datang awal dan tahu peranan mereka untuk berada
bersama-sama pelajar dalam PB. Bagi saya, sekiranya pelajar boleh datang awal dan PB tamat
pada jam 7.30 pagi, maka kelas / waktu pertama akan bermula jam 7.40 dalam suasana yang segar
dan bersedia. Guru-guru pun akan berada di sekolah awal setiap hari. PdPc akan lebih berkualiti,
akan memberi impak positif kepada kemenjadian pelajar untuk belajar kerana “guru bersemangat
mengajar, pelajar minat untuk belajar”.

2.2 Program Barakah

Rasional Program Barakah dilaksanakan di sekolah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya
ramai pelajar, baik lelaki mahupun perempuan tidak mengaplikasikan aktiviti keagamaan di
dalam kehidupan seharian sehingga mereka merasakan solat itu tidak penting. Kesan yang paling
menyedihkan ialah para pelajar tidak tahu dan tidak mempunyai matlamat hidup dan datang ke
sekolah suka-suka, takut emak marah dan seronok jumpa kawan. Oleh itu Program Barakah yang
bersifat keagamaan ini diharap dapat melahirkan modal insan yang berkebolehan, berketrampilan,
nilai pekerti yang luhur dan berdaya maju. Program ini diharap dapat digerakkan dengan lebih
sistematik, terancang dan dapat memberi suntikan baru kepada pelajar serta mampu menyekat
pelajar dari terjebak kedalam kancah yang tidak sihat.

2.1 Objektif Program Barakah

Terdapat lima objektif utama program ini. Objektif-objektif tersebut ialah untuk mendisiplinkan
pelajar sepanjang berada di dalam kawasan sekolah, membina motivasi dalaman untuk menjadi

204 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

pelajar yang cemerlang, melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, berbudi luhur dan bersahsiah
kamil, melonjak pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam dari segi kualiti dan kuantiti dan
memperkasakan pencapaian akademik pelajar berdasarkan potensi diri

2.2 Pelaksanaan Program Barakah

Program Barakah dilakukan diluar waktu PdPc iaitu di awal pagi pada jam 7.20 sebelum kelas
bermula. Semua pelajar dan guru akan berada di tapak perhimpunan. Aktiviti yang dilakukan
mengikut hari dalam program tersebut adalah membaca matsurat pada hari Isnin dan Selasa,
menghafal ayat-ayat Al Quran yang terdapat dalam buku Pendidikan Islam pada hari Rabu dan
bacaan surat Yaasin pada hari khamis. Program ini diselia oleh Guru Bertugas Mingguan dan juga
melibatkan GPK HEM dan Kaunselor Sekolah. Pelajar sendiri yang memimpin dan mengacarakan
majlis mengikut giliran bertugas.

2.3 Kejayaan Jangka Pendek

Antara kesan segera yang dapat diperhatikan terhadap pelajar dari sudut sahsiah termasuklah,
pelajar datang awal ke sekolah, pelajar dapat memulakan hari persekolahan dengan santapan
rohani yang tidak diperolehi di rumah, pelajar dapat memupuk bakat memimpin melalui tugasan
yang diberikan, pelajar lebih bertanggungjawab dan pelajar lebih berdisiplin dalam kelakuan
dan berpakaian. Guru turut sama datang awal ke sekolah dan kelas dapat bermula tepat pada
waktunya. Untuk meraikan kejayaan kelas yang mencapai kehadiran penuh dan lancar bacaan,
hadiah penghargaan disediakan. Diharap PB akan menjadi satu wadah untuk “menjadikan” pelajar
berjaya dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah meningkat. Selain itu PB diharapkan dapat
membantu pihak sekolah mendisiplinkan pelajar kerana disiplin adalah kunci kejayaan seseorang
dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

3.0 RUMUSAN

Setiap sekolah mengimpikan sifar ponteng dan salah laku di sekolah. Pihak sekolah lebih-lebih
lagi Pengetua, mengimpikan pelajar yang mempunyai semangat cintakan sekolah yang tinggi.
Hasrat ini boleh dicapai sekiranya semua pelajar dititipkan dengan santapan rohani dan program
berunsur keagamaan dengan baik setiap awal pagi sebelum sesi persekolahan bermula. Jika pelajar
dapat mengikuti Program Barakah dengan penuh disiplin iaitu datang tepat jam 7.20 pagi, bersedia
membaca matsurat dan yaasin, insyaAllah mereka akan rasa bahagia dan Allah bantu mereka untuk
mudah belajar. Dengan menghadiri PB setiap pagi tepat ikut masa, semua warga sekolah akan
tenang dan gembira untuk belajar. Jika ini dapat diterapkan, pelajar akan lebih bersemangat untuk
belajar dan impak yang besar ialah proses PdPc sekolah akan berjalan dengan penuh bermakna
kerana pelajar suka datang ke sekolah dan guru senang mengajar. Pencapaian dalam semua
peperiksaan akan meningkat.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 205

Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

#sekolahku_kebanggaanku
#misi5.45

#SahsiahUnggul
#go4gold

#sekolahbiasa_pencapaianluarbiasa.
#bethefirst

6.0 RUJUKAN
Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi
Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah
Kelantan.

206 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

PEMBUGARAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

SITI RUBIAH BINTI MOHD ARSHAD
Pengetua SMK Jerlun
[email protected]

DR.ABD WAHAB BIN MUDA
Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands

[email protected]

MUKHTAR MANSOR
Pegawai SIP+, PPD Jerlun

ABSTRAK

Pendidikan Abad 21 terus menjadi agenda KPM, justeru saya memberi fokus kepada Pembudayaan
Pendidikan Abad 21 di SMK Jerlun dengan mengambil kira Naratif Baharu Amalan Pendidikan
yang menekankan 3 sub naratif. Sub Naratif 1 (Perubahan pedagogi) menekankan aspek PdPc
berpusatkan guru kepada berpusatkan murid, Sub Naratif 2 (Pembangunan kapasiti guru) dan
Sub Naratif 3 (Pengurusan pendidikan). SKPMg2 sebagai instrumen yang dijadikan rujukan
dalam pengoperasian dan pemantauan pelaksanaan. Justeru, dalam memastikan pelaksanaan
pembelajaran abad 21 berlaku di sekolah perkara utama adalah memastikan persediaan guru-
guru dari segi pengetahuan, kemahiran, fizikal dan mental perlu dibangunkan seiring dengan
matlamat yang hendak dicapai. Saya memilih projek pembugaran PLC dalam meningkatkan
kualiti guru sebagaimana yang terkandung dalam sub naratif ke-2, Naratif Baharu dalam usaha
memacu kualiti sekolah.

Kata Kunci: pengurusan kurikulum, pak21, PdPc

1.0 PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kubang Pasu Kedah Darulaman dibina di atas tanah
bendang yang berkeluasan 6.3311 hektar. Mula dibina pada 31 Mac 2011 dan siap pada 12 Disember
2013. Mula beroperasi pada 1 Januari 2014. Di kelilingi sawah padi dan terletak berhadapan jalan
utama Jerlun ke Air Hitam. Sekolah yang menempatkan anak-anak yang tinggal di 13 kampung
sebelum ini terpaksa ke SMK Air Hitam atau SMK Alor Janggus yang agak jauh dengan kediaman.
Sekolah yang memiliki nostalgia tersendiri bagi penduduk kampung sekitar seperti Kampung
Tengah, Kampung Jeruju dan Kuala Jerlun. Hampir 40% waris pelajar bekerja sebagai petani, 40%
bekerja sebagai nelayan dan 20% bekerja sebagai pekerja am rendah, tukang rumah dan lain-lain.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 207

Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sentiasa menyokong penuh setiap aktiviti yang dianjurkan
oleh sekolah terutama dalam tempoh 3 tahun pertama penubuhan SMK Jerlun (2014-2016)

Berdasarkan fizikal sekolah, SMK Jerlun memiliki 5 blok bangunan. Mempunyai bentuk bangunan
moden dan tata letak yang kemas dan teratur serta dilengkapi prasarana asas seperti ruangan pejabat,
bilik guru, bilik darjah, bengkel, makmal sains, makmal ICT, Pusat Sumber Sekolah (PSS), surau,
kantin, tandas dan kawasan padang dan permainan yang lengkap. Sekolah ini dirasmikan oleh YB
Dato’ Seri Muhyiddin Yassin. Beliau ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan
Malaysia. Sekolah ini pada awal penubuhan sering digunakan sebagai pusat kegiatan komuniti
setempat dan antara sekolah yang kerap dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin negara.

Dalam tempoh 5 tahun penubuhannya, SMK Jerlun telah ditadbir oleh 3 orang Pengetua.
Penulis mula ditempatkan di SMK Jerlun pada 1 Februari 2018. Berbekalkan pengalaman sebagai
pentadbir (Guru Kanan selama 10 tahun), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid selama 5 tahun) dan
Penolong Kanan Pentadbiran selama 6 tahun) saya menerima tanggungjawab sebagai pengetua
dengan berberapa perkara yang menjadi harapan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah ketika itu.
Antaranya ialah mengembalikan kepercayaan masyarakat sekitar terhadap kepimpinan sekolah,
membina semula hubungan dengan masyarakat sekitar terutama PIBG yang sebelum ini menolak
kepimpinan pengetua yang terdahulu dan membina etos sekolah lebih-lebih lagi sekolah yang
masih baharu beroperasi.

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Antara isu yang dikenalpasti antaranya ialah wujud jurang hubungan dan komunikasi dalam
kalangan Guru-guru Penolong Kanan dan Ketua Bidang, keadaan fizikal sekolah yang tidak ceria,
penggunaan bilik kelas dan bilik khas tidak dioptimumkan, guru kurang mengamalkan PdPc
Pembelajaran Abad Ke 21, kehadiran pelajar ke sekolah tidak memuaskan dan pencapaian murid
dibidang kokurikulum kurang menyerlah.

2.1 Merapatkan Barisan Kepimpinan

Terdapat jurang dalam hubungan dan komunikasi dalam kalangan guru-guru penolong kanan
dan ketua-ketua bidang. Peranan utama saya adalah memantapkan hubungan dan mengupayakan
barisan hadapan sekolah khususnya dalam kalangan “Senior Leader Team (Penolong-Penolong
Kanan) dengan “middle leader team” (Guru-guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang).

2.2 Fizikal Bersih Ceria dan Bermaklumat

Aspek “Bersih, Ceria dan Bermaklumat” masih tidak dibudayakan di sekolah ini. Bilik-bilik khas
ada yang tidak beroperasi, kantin agak kotor dengan najis burung dan tidak ceria, perkhidmatan
kantin bermasalah, bilik kesihatan kurang diselia, bilik pengawas kurang beroperasi, penggunaan
Pusat Sumber tidak dioptimumkan. Kemudahan fizikal sekolah tidak memberikan banyak
masalah. Perancangan strategik dibangunkan yang merangkumi 9 bidang Standard kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) untuk terus melonjakkan kecemerlangan sekolah dan
kemenjadian murid amnya.

208 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional

2.3 Pengurusan Kurikulum

Selaku pemimpin instruksional saya sedapat mungkin cuba menterjemahkan pendekatan
berdasarkan kerangka Instruksional oleh Hallinger dan Murphy (1985). Saya cuba melengkapkan
diri dengan kemahiran yang terkandung dalam Standard 1, SKPMg2 terutama dalam ruang lingkup,
Pengetua sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong.

Pelaksanaan PAK21 sejak tahun 2014 masih berlegar dalam konteks dasar dan pemahaman
asas. Hasil pemerhatian saya di SMK Jerlun, hampir keseluruhan guru faham tentang transformasi
pendidikan dan pembelajaran abad 21, namun begitu, pelaksanaan masih bersifat “chalk and
talk” dan PdPc masih berpusatkan guru. Ini akan menjadi fokus utama dalam meningkatkan
kecemerlangan kurikulum sekolah.

Untuk mencapai kejayaan jangka pendek, Program Merealisasikan ETR, telah dicadangkan
kerana sesuai dengan masalah pelajar yang sebilangan besar menganggap belajar di rumah tidak
selesa, banyak gangguan dan sebagainya. Justeru, pihak sekolah mencadangkan supaya aktiviti
pembelajaran hujung minggu dibuat di sekolah. Projek ini mendapat kerjasama semua pihak
termasuk para waris. Akhirnya pada tahun 2018, GPS SPM meningkat daripada 5.17 kepada 5.11.

2.4 Pengurusan Hal Ehwal Murid

Peratus kehadiran murid tidak mencapai sasaran 95 sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Sasaran sekolah sebanyak 90% juga tidak tercapai. Peratus kehadiran
pada tahun 2017 sebanyak 85.6 dan 2018 sebanyak 89.99. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan
oleh 16 guru tingkatan berkaitan punca ketidakhadiran murid ke sekolah mendapati, daripada 64
orang murid yang tidak hadir melebihi 10 hari berturut-turut, 45% malas bangun awal, 20% tidak
minat terhadap pembelajaran, 15% masalah keluarga, 10% bekerja, 5% suasana sekolah dan 5%
masalah dengan kawan. Situasi ini memberi kesan kepada pencapaian akademik secara holistik
dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sekolah memperhebat program ziarah cakna ke rumah pelajar
yang ponteng. Usaha ini menampakkan sedikit peningkatan dari segi kehadiran.

Kes-kes disiplin masih ditahap rendah dan boleh dikawal, namun kes penyalahgunaan
dadah dikesan dari 3 kes pada tahun 2018 meningkat kepada 4 kes pada tahun 2019. Kawasan
persekitaran sekolah terutama di Jerlun antara beberapa kawasan yang menjadi “hot spot”
pengedaran dadah dan memberi ancaman kepada sekolah. Usaha-usaha bersepadu telah dilakukan
antara pihak sekolah di bawah Unit Bimbingan & Kaunseling dengan Agensi Anti Dadah
kebangsaan (AADK) serta kerjasama PDRM, PIBG dan Komuniti setempat dalam menangani
bersama masalah penagihan dadah ini. Selain mewujudkan kerjasama pihak sekolah turut
melaksanakan pelbagai program pembagunan insan dengan kerjasama Biro Pendidikan dalam
usaha meningkatkan kemenjadian murid dalam pelbagai bidang.

2.4 Pegurusan Kokurikulum

Dalam bidang kokurikulum, sekolah masih lagi berusaha membina etos yang tersendiri. Penglibatan
murid dalam beberapa acara / aktiviti yang dipertandingkan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan
dan antarabangsa setiap tahun menunjukkan peningkatan. Bersandarkan prinsip “merebut peluang
mencipta kejayaan” anak-anak SMK Jerlun turut mencipta kejayaan dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum. Pencapaian terbaik aktiviti kokurikulum 2014-2017 pada tahap Daerah sahaja.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 209

Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional

3.0 PELAKSANAAN PROJEK

Antara cabaran saya diawal perkhidmatan di SMK Jerlun adalah apabila keputusan SPM 2017
diumumkan. Berlaku peningkatan GPS dari 6.05 kepada 5.17 (peningkatan sebanyak 0.88) satu
peningkatan yang tinggi yang memberikan cabaran kepada saya untuk memastikan GPS SPM
pada tahun berikutnya adalah lebih baik. Hal ini sedikit sebanyak menguji kredibiliti saya sebagai
pengetua baharu menggantikan pengetua yang lama. Hasil maklum balas, saya mendapati antara
sebab kenaikan GP SPM 2017 kerana berlaku peningkatan terhadap mata pelajaran kritikal
sebelum ini yakni sejarah. Gred Purata mata pelajaran sejarah telah meningkat daripada 7.53
(2016) kepada GP 5.39 atau % lulus daripada 73.33 kepada 80.60. Peningkatan tersebut antara lain
disumbangkan oleh Guru Cemerlang Sains bersama-sama guru sejarah melaksanakan “teacher
sharing” dari segi kaedah membantu pelajar menguasai fakta dan menguasai soalan-soalan KBAT.
Amalan kolaboratif ini sebahagian daripada PLC yang menjadi kunci dan memberi impak kepada
peningkatan SPM 2017. Namun pelaksanaanya tidak menyeluruh dan kurang sistematik.

Pelaksanaan PAK21 telah dilaksanakan sejak tahun 2014, namun ia masih berlegar dalam
konteks dasar dan pemahaman asas. Berdasarkan pemerhatian saya, hampir keseluruhan guru
memahami transformasi pendidikan dan pembelajaran abad 21, namun begitu, pada peringkat
amalan masih bersifat “chalk and talk” dan PdPc masih berpusatkan guru.

Bersandarkan pemerhatian tersebut saya melihat PLC boleh dibugarkan semula di SMK
Jerlun ke arah mentransformasikan minda dan kesediaan guru dalam mendepani pendidikan alaf
baharu. SMK Jerlun memiliki sumber manusia sebagai aset yang dapat membantu menggerakkan
lagi pemahaman dan pelaksanaan pembelajaran abad 21. Cikgu Norhailmi bin Abd Mutalib satu-
satunya Guru Cemerlang Sains, merupakan ikon PAK 21 kebangsaan. Melalui beliau saya berkongsi
bagaimana untuk membudayakan PAK21 dalam kalangan guru-guru di SMK Jerlun kerana
berdasarkan pemerhatian tidak sampai 20% guru atau (8 daripada 36 guru) yang melaksanakan
PAK21 di dalam bilik darjah. Satu kaji selidik tentang kefahaman Amalan PAK21 dibuat kepada
33 daripada 36 guru di SMK Jerlun. Hasil kajian mendapati kebanyakan guru mengetahui
tentang PAK21 dan memberi respon yang agak baik dalam soalan-soalan yang berkaitan PAK21.
Walaubagaimanapun untuk melaksanakan PAK21 guru-guru perlu mempunyai kesediaan dari
segi pengetahuan, kemahiran, fizikal dan mental. Antara kekangan yang disuarakan tidak sempat
menghabiskan sukatan, tiada masa merancang, beban tugas lain, kurang kefahaman dan lain-lain.
Bertitik tolak daripada maklum balas ini saya meletakkan satu matlamat untuk menjadikan sekolah
sebagai hub pendidikan abad 21 dalam tempoh 3 tahun. Untuk mencapai matlamat tersebut perlu
segala bentuk pengetahuan dan kemahiran diterapkan kepada guru-guru dengan lebih terancang.

3.1 Planning (Merancang)

Pada peringkat ini saya telah membentuk jawatankuasa PAK21 yang terdiri daripada Ketua Bidang,
Guru Cemerlang, Guru-guru muda yang berpotensi. Menetapkan matlamat berdasarkan pemetaan
3 tahun (2019 -2021) dan Perancangan Strategik tentang Pembugaran PLC yang berfokuskan
kepada pembudayaan PAK 21.

210 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional

Antara perkara yang dilaksanakan di peringkat planning (merancang) termasuklah
membentuk JK, menetapkan matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh tiga tahun (2019 – 2021),
menyediakan jadual aktiviti PLC dan pelan pemantauan projek. Hanya aktiviti PLC sahaja yang
dilaksanakan di peringkat sekolah dan direkodkan dalam eSPLG guru. Tahun 2019 menyasarkan
50 Aktiviti PLC yang akan dilaksanakan dengan mengambil kira 10 panitia utama. Setiap panitia
diperuntukkan 5 kali untuk melaksankan PLC. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti PLC berdasarkan
pelan taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dan dapat memberi panduan kepada guru
akan tindakan dan program yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Pelan
Operasi disediakan untuk program-program yang terpilih supaya pelaksanaan yang dibuat lebih
terancang dan berkesan.

3.2 Organising (Mengurus)

Mengurus adalah proses mengatur dan mengagihkan tugas, kuasa dan sumber yang dirancang dalam
kalangan ahli organisasi supaya mereka boleh mencapai matlamat organisasi. Antara perkara yang
diurus termasuklah memastikan pelaksanaan aktiviti dan peranan setiap jawatankuasa seperti JK,
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) atau Pembangunan Prosfesionalisme Berterusan (PPB).
PPB dilakukan secara bersiri meliputi perkongsian pengetahuan dan kemahiran PAK 21 melalui
PLC. Antara PLC yang disusun meliputi Rondaan Pembelajaran (Learning Walks), Perkongsian
Guru (Teacher Sharing), Bimbingan Rakan Sebaya atau Peer Coaching, Analisis Data, Lesson
study dan video critic.

Kerjasama dengan PPD melalui SIP+ dan SISC+ dalam memberikan latihan dan
bimbingan pedagogi guru-guru selaras dengan program Transformasi Daerah. Kajian Tindakan dan
Projek Base Learning (PBL) dilaksanakan sebagai aktiviti sokongan untuk meningkatkan kualiti
PdPc guru. Berdasarkan strategi PLC yang telah diperkenalkan kepada guru-guru, saya mendapati
kefahaman guru-guru terhadap pembelajaran abad 21 lebih baik dan berfokus. Penerapan elemen
PAK 21 guru lebih jelas dan disesuaikan dengan SKPMg2 Standard 4.

3.3 Leading (Memimpin)

Secara amnya kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap
dan tingkah laku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai
matlamat organisasi. Bimbingan dan pementoran diberikan kepada SLT dan MLT sebelum
memberikan “empowerment” kepada mereka memimpin strategi yang ditetapkan. Sebagai contoh
dalam melaksanakan Learning Walks, pengetua akan membimbing SLT dan MLT, a: menetapkan
fokus LW, tarikh, masa dan guru atau kelas yang akan dironda menggunakan SKPMg2 standard
4 sebagai instrumen panduan. b: proses rondaan perjumpaan selepas LW, c: berkongsi maklumat
dengan guru-guru dan membuat laporan.

3.4 Controlling (Kawalan)

Antara aktiviti yang terkandung dalam kawalan seperti menyelaras, memantau, mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan untuk penambahbaikan. Saya memanfaatkan saranan Kotter demi

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 211

Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional

memastikan matlamat meningkatkan kualiti guru dapat dicapai. Walaupun bukan mudah tetapi
tidak mustahil. Kejayaan–kejayaan melaksanakan PLC di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan telah menjadikan SMK Jerlun antara sekolah yang sering dikunjungi sama ada oleh
sekolah di negeri Kedah mahupun dari negeri lain. Perkongsian pembelajaran PAK 21, Pelaksanaan
PLC, One Page Report antara bahan utama yang akan dikongsikan dengan sekolah-sekolah luar.
Pada masa yang sama sekolah-sekolah yang membuat lawatan juga akan berkongsi amalan terbaik
di sekolah masing-masing sebagai perkongsian yang boleh dimanfaatkan. Beberapa kejayaan
yang dicapai oleh guru-guru turut menyuntik semangat guru-guru ketika menerima latihan dan
bimbingan yang berterusan sama ada dari kalangan guru-guru ikon PAK21 mahunpun daripada
SISC PPD Kubang Pasu. Aktiviti PLC yang dilaksanakan termasuklah Lesson Study, teacher
sharing session, Analisis Data, Learning Walks dan Video Critics.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Menurut Ibrahim (1996) aspek penilaian merujuk kepada perbandingan hasil dengan kriteria atau
piawai yang telah dibentuk dan dilakukan secara tersusun dan sistematik yang digunakan untuk
mendapatkan kepastian atau keputusan dengan tujuan membuat penambahbaikan kepada sesuatu
program. Peningkatan SPM 2018 dari GPS 5.17 kepada 5.11 telah membuka mata pegawai-
pegawai JPN dan PPD serta masyarakat bahawa warga SMK Jerlun mampu merealisasikan KPI.
Peningkatan 3 tahun berturut-turut telah memberi impak yang postif kepada warga sekolah untuk
meningkatkan kejayaan dalam apa juga bidang serta mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.
Berbekalkan semangat “together we strive for excellence” warga sekolah mula menampakkan
usaha yang gigih untuk menjelmakan kejayaan. Kejayaan jangka pendek yang kami perolehi ialah
peningkatan jumlah PLC dari 5 kepada 50 (telah mencapai sasaran) dan 70% guru yang telah
melaksanakan PAK21 dan menepati SKPMg2 Std 4.

Antara kejayaan diperingkat daerah dan negeri yang dicipta termasuklah johan dan
tempat ke -4 pertandingan inovasi Daerah, 2019; Inovasi Ustaz Asrulnizam Mohd Yusuf tempat ke
tiga peringkat negeri; Cikgu Norhailmi Mutalib dan Ustaz Asrulnizam Mohd Yusuf tersenarai 10
Adiwira PAK 21 peringkat kebangsaan dan Cikgu Norhailmi mendapat Naib Johan.

Di samping itu, lima orang guru terpilih membentangkan amalan terbaik bagi mata
pelajaran masing-masing di peringkat Daerah Kubang Pasu. Untuk perkongsian amalan terbaik
PAK 21, antara sekolah yang dikunjungi oleh SMK Jerlun termasuklah SMK Jalan Tiga, Selangor,
PPD dan MPSM/PGB Daerah Kerian Kelantan, SMK Tunku Sopiah Kedah, SMK Jengka 2
Pahang, SK Padang Pekan, Kedah, SMK Tasek Permai, Selangor, SMKA Maahad Hamidiah
Kajang Selangor dan SMK Abdul Jalil Hulu Langat, Selangor.

Untuk memastikan pembelajaran abad 21 yang menekankan 4 K 1N (Kolaboratif,
Komunikasi, Pemikiran kritis, Kreativiti dan Nilai Murni) diterjemahkan oleh guru-guru dalam
PdPc, pihak pengurusan kurikulum menekankan penggunaan kaedah 5E (Engage, Explore, Explain,
Elaborate and Evaluate) dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan pelaksanaan
PdPc di dalam bilik darjah. Kaedah ini dapat membantu guru menyediakan PdPc yang berpusatkan
murid. Pada setiap fasa 5E akan membolehkan pembelajaran secara inkuiri dilaksanakan kepada
murid.

212 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP
Dalam mengemudi pendidikan abad 21, kefahaman kepada guru-guru perlu didahulukan. Guru-
guru perlu memahami bahawa sistem pendidikan abad 21 memberi fokus kepada kemenjadian
murid di samping menekankan aspek “soft skill” murid-murid melalui eleman 4K1N (Kolaborasi,
Komunikasi, kritis, kreativiti dan Nilai). Guru tidak lagi berperanan menyampaikan ilmu dan
pengetahuan semata-mata tetapi boleh membekalkan kemahiran pembelajaran supaya murid
mampu meneroka pelbagai ilmu daripada pelbagai bidang. Justeru, guru tidak boleh bekerja secara
“silo’ sebaliknya bekerja secara kolektif. Pada dasarnya projek pembugaran PLC di SMK Jerlun
sering dijadikan contoh oleh sekolah-sekolah di Daerah kubang Pasu dan turut dikongsikan kepada
sekolah-sekolah di luar dari negeri Kedah.

6.0 RUJUKAN
Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications

& Distributors Sdn. Bhd.
Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi Masalah

Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah
Kelantan.
Universiti Teknologi malaysia. Tesis Sarjana MudaPendidikan.
Johari Bin Hassan & Nik Selma Bt Muhammad ( 2012). Faktor Yang

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 213

214 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

DAJ DI HATI KU

MOHAMAD BIN MUDA
SMK Datuk Awang Jabar
[email protected]

DR. HAJAH AKMA BINTI HJ. ABD. HAMID
Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands

[email protected]

Abdul Rahim Bin Mat Zin
Pegawai SIP+ PPD Marang

ABSTRAK

Kehadiran ke sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi akademik
sesebuah sekolah. Berdasarkan analisis peratus kehadiran murid sepanjang tahun 2018, SMK
Datuk Awang Jabar, Marang, Terengganu mencatat kehadiran 88.03 peratus. Tindakan yang
drastik diambil bagi mengatasi masalah ini. Projek DAJ DI HATIKU dirancang dan dilaksana
bagi melahirkan rasa sayang pada sekolah serta mengurangkan masalah ketidakhadiran murid ke
sekolah. Projek ini telah dimulakan seawal bulan Januari dan setiap minggu data kehadiran murid
dianalisis. Sebelas aktiviti dilaksanakan iaitu DAJ-PKG, DAJ-RoM, DAJ-MeMe, DAJ-CaP, DAJ-
CIB, DAJ-ZiM, DAJ-JJ, DAJ-PIB, DAJ-AT, DAJ-RSS, DAJ-PsPS. Berdasarkan data kehadiran
bulanan bermula bulan Januari hingga September 2019, peratus kehadiran keseluruhan pelajar
SMK Datuk Awang Jabar semakin meningkat dan mencapai KPI yang ditetapkan.

Kata kunci: DAJ di hatiku, Kehadiran Murid, Prestasi Akademik, Motivasi.

1.0 PENGENALAN

SMK Datuk Awang Jabar ialah sebuah sekolah harian biasa. Terletak kira-kira 53km dari pusat
bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini dikelilingi oleh suasana kampung yang mana majoriti
penduduknya berada pada kategori B40. Kebanyakan penduduk di kampung ini bekerja sebagai
nelayan dan petani. Selain dari itu, terdapat sebahagian kecil dalam kalangan mereka berniaga
dan bekerja dengan kerajaan dan swasta. SMK Datuk Awang Jabar telah mula dibina pada tahun
2004 dan memulakan sesi persekolahan pada tahun 2006. Sejak sekolah ini dibuka sehingga ke
hari ini sekolah ini telah diterajui oleh sepuluh orang pengetua. Sebelum kewujudan sekolah ini,
murid-murid di kampung Jambu Bongkok dan Kampung Pasir Puteh mendapat pendidikan di
SMK Merchang yang mana jaraknya kira-kira 14km.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 215

DAJ di Hatiku

Murid-murid yang belajar di sekolah ini datangnya dari Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh
dan Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok. Jumlah pelajar kini seramai 187 orang iaitu 97 lelaki
dan 90 perempuan dengan bilangan kelas sebanyak 11 kelas. Daripada jumlah tersebut 97 orang
tinggal di asrama manakala selebihnya tinggal di rumah masing-masing. Jumlah guru pula seramai
26 orang, AKP seramai 6 orang, pekerja kebersihan 6 orang dan pengawal keselamatan seramai 4
orang.

Saya mula dilantik dan bertugas sebagai pengetua di sekolah ini pada 24 April 2016
menggantikan pengetua yang kesembilan yang bertukar ke SMK Pengkalan Berangan.
Berdasarkan kemudahan dan infrastruktur yang ada di sekolah ini agak mencukupi serta bilangan
murid yang tidak begitu ramai saya berkeyakinan akan dapat berbuat sesuatu bagi melonjakkan
lagi kemenjadian pelajar. Beberapa isu yang dikenal pasti apabila melangkah ke sekolah ini
antaranya adalah seperti dari segi akademik GPS PT3 masih rendah iaitu 3.52 pada tahun 2016,
3.72 (2017) dan 3.69 pada tahun 2018 manakala GPS SPM juga masih rendah iaitu 6.38 pada tahun
2016, 6.42 (2017) dan 5.42 pada tahun 2018. Pada tahun 2018 berlaku peningkatan mendadak iaitu
berada pada ranking kedua peringkat negeri Terengganu yang mana GPS SMK Datuk Awang Jabar
meningkat sebanyak 0.99 unit berbanding tahun sebelumnya. Dari segi disiplin pula tidak ada
masalah besar yang berlaku di sekolah ini melainkan peratus kehadiran pelajar ke sekolah semakin
merosot. Peratus kehadiran pada tahun 2016 ialah 93.5 peratus, 2017 iaitu 91.09 peratus dan pada
tahun 2018 semakin menurun iaitu 88.03 peratus.

Objektif Program
Program ini bertujuan untuk mengurang dan mengatasi masalah kehadiran pelajar ke sekolah yang
tidak konsisten pada setiap bulan.

i. Mengenal pasti punca murid tidak hadir ke sekolah.
ii. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan hadir ke sekolah.
iii. Membimbing murid-murid yang terlibat melalui sesi kaunseling dan progran kesedaran.
iv. Meningkatkan peratus kehadiran ke sekolah pada setiap hari.

2.0 MENGENAL PASTI ISU

Berdasarkan data e-kehadiran tiga tahun: 2016, 2017 dan 2018 didapati peratus kehadiran pelajar-
pelajar SMK Datuk Awang Jabar semakin merosot.

Jadual 22.1: Peratus Kehadiran Murid bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018

TAHUN PERATUS
2016 93.50
2017 91.09
2018 88.03

216 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

DAJ di Hatiku

Hasil tinjauan daripada 60 responden, iaitu 22 orang murid Tingkatan 4AF dan 18 orang
murid Tingkatan 2AF (dua kelas yang paling banyak menyumbang ketidakhadiran murid ke
sekolah), maklumat ini diperolehi dan dianalisis oleh lima (5) orang guru disiplin, dua (2) orang
guru kelas dan 13 orang pengawas terlibat dalam menjayakan projek ini. Dapatan analisis yang
diperolehi mendapati punca murid tidak berminat hadir ke sekolah iaitu;

1. Sikap murid yang kurang berminat terhadap pelajaran – 85%.

2. Kurang motivasi – 81.7%.

3. Tidur lewat malam kerana bermain gajet – 68.3%.

4. Bekerja sampingan dan ada pendapatan sendiri – 65.0%.

5. Tiada hala tuju – 25.0%.

6. Ibu bapa tidak dapat memujuk anak sendiri – 18.3%.

Analisis persekitaran kawasan sekolah (SWOT) turut dilaksanakan. Dapatan analisis SWOT
adalah seperti berikut;

Jadual 22.2: Analisis Persekitaran (SWOT)

KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
1. Pengurusan sangat mengambil 1. Peratus tidak hadir ke sekolah

berat terhadap pelajar. lebih kurang 7-10% setiap
2. Budaya kerja berpasukan bulan.
2. Bilangan guru yang sedikit (26
menjadi budaya sekolah. orang) tugas yang banyak.
3. Dua orang guru berasal dari 3. Ketiadaan guru di sekolah atas
tugas luar (antara 5 -10%)
Kg. Jambu bongkok. sebulan.
4. Guru Disiplin orang Kg Jambu 4. Pelaksanaan PA-21 tidak
menyeluruh, PdPc kurang
Bongkok. menarik.
5. Kemudahan fizikal mencukupi. 5. Badan pengawas tidak
berfungsi dengan maksima.
PELUANG (O)
1. PIBG sangat komited dalam CABARAN (T)
1. Pengaruh elemen negatif di
membantu sekolah.
2. Jarak rumah dan sekolah luar kawasan sekolah.
2. Komitmen ibu bapa yang
dalam lingkungan 3km.
3. Jalinan yang baik dengan kurang terhadap anak mereka.
3. Sikap kurang ambil peduli oleh
Tatiuc, Tesdec, MSU, UiTM,
ILP, Pejabat Agama Daerah. masyarakat setempat.
4. MPKK sentiasa memberi 4. Persekitaran kampung yang
kerjasama kepada sekolah.
5. Pemimpin kerajaan sentiasa tidak menarik untuk belajar.
membantu dari sudut 5. Kebanyakan murid mempunyai
kewangan.
gajet dan motosikal.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 217

DAJ di Hatiku

3.0 PELAKSANAAN
3.1 Strategi SO
3.1.1 Meningkatkan kerjasama ibu bapa dan guru dalam semua aktiviti sekolah.
3.1.2 Membina hubungan yang erat antara murid, guru dan ibu bapa.
3.1.3 Mempelawa ibu bapa ke sekolah pada bila-bila masa untuk melihat suasana
PdPc dalam bilik darjah dan melihat perkembangan anak-anak mereka.

3.2 Strategi WO
3.2.1 Mengadakan LADAP untuk memantapkan PdPc guru.
3.2.2 Memperkasakan PLC dalam kalangan guru.
3.2.3 Memperkasakan PdPc dengan menggunakan kaedah PA-21.

3.3 Strategi ST
3.3.1 Melaksanakan proses mendidik murid secara berterusan tanpa jemu.
3.3.2 Mewujudkan kumpulan whatsApps ibu bapa dan PIBG.
3.3.3 Menjalinkan kerjasama dengan Majlis Pemuafakatan Komuniti Kampung
(MPKK).
3.3.4 Menggunakan khidmat rakan strategik untuk membuka minda murid.

3.4 Strategi WT
3.4.1 Sentiasa memberi peringatan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan
kepatuhan kepada disiplin sekolah.
3.4.2 Program guru penyayang diperkasakan.
3.4.3 Program cakna kaunselor.
3.4.4 Program ziarah mahabah ke rumah murid.

Tindakan Dan Intervensi

1. DAJ PKG: Pembangunan Kendiri Guru
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kendiri guru. Guru diberi pendedahan tentang

218 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

DAJ di Hatiku

kepentingan menjadi seorang pendidikan yang mempunyai sifat kasih sayang, bertanggungjawab,
sabar, ikhlas dalam mendidik para pelajar. Untuk mencapai hasrat ini pelbagai kursus (LADAP)
diberi kepada guru-guru seperti Budaya Kerja Berpasukan, Kerja sebagai Ibadah, Pendedahan
tentang Naratif Baharu, Kursus PLC, Kursus pemantapan PA-21, dan Taklimat tentang Semua
Guru adalah Guru Disiplin. Kursus-kursus seumpama ini dapat memantapkan lagi kendiri para
guru dalam mendepani murid-murid serta dapat mengimplimantasikan dalam bilik darjah semasa
PdPc.

2. DAJ RoM: Pembangunan Rohani Murid

Program ini bertujuan untuk membangunkan rohani murid dengan mengadakan majlis bacaan
yaasin, solat dhuha, solat hajat dan tazkirah pagi kepada murid- murid pada setiap hari supaya
murid mendapat pendedahan tentang amalan murni berkenaan, selain melatih mereka mengerjakan
ibadah sunat. Melalui program ini juga diharapkan mereka dapat membiasakan diri dengan bacaan
surah yaasin dan ayat-ayat al Quran manakala melalui tazkirah mereka diperingatkan tentang
kepentingan mengerjakan amalan kebaikan dan meninggalkan amalan yang sia-sia yang merugikan
masa depan mereka.

3. DAJ MeMe: Mentor Mentee

Program ini khusus dilaksanakan oleh guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) .
Murid-murid yang kerap tidak hadir ke sekolah diambil oleh kaunselor untuk diberi bimbingan dan
kaunseling. Mereka diberi kesedaran tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan, mereka dibimbing
untuk mengenal diri sendiri serta berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik. Kaunselor
juga cuba mengenal pasti segala masalah yang dihadapi oleh murid dan cuba menyelesaikannya.
Kaunselor juga mengadakan kem di luar sekolah dengan menggunakan khidmat rakan strategik
untuk melatih dan membimbing murid yang berisiko tinggi ini supaya dapat menghadapi pelbagai
cabaran yang disusun semasa kem tersebut. Selain itu, ceramah kerjaya juga diadakan untuk
memberi pendedahan kepada murid tentang bidang-bidang yang dapat diikuti oleh murid selepas
SPM. Lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi turut diadakan supaya murid mendapat pengalaman
dan melihat sendiri suasana di pusat pengajian tersebut.

4. DAJ CaP: Program Cakna Pengurusan

Pengurusan sekolah yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum mengadakan majlis santai bersama-
sama murid yang kerap tidak hadir ke sekolah setiap bulan bagi memberi nasihat dan kesedaran
serta mengenal pasti dan menyelami kemahuan murid- murid berkenaan selain dapat mengeratkan
hubungan antara pentadbir dengan murid.

5. DAJ CIB : Program Cakna Ibu Bapa

Program Cakna Ibu Bapa bertujuan mengeratkan ibu bapa dengan pihak sekolah, program ini
menekankan konsep “tidak kenal maka tidak cinta” untuk memastikan ibu bapa cintakan anak-anak,

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 219

DAJ di Hatiku

ibu bapa perlu tahu perkembangan anak masing-masing. Pihak sekolah mengadakan perjumpaan
dengan ibu bapa murid yang kerap tidak hadir dengan mengundang mereka ke sekolah. Pihak
sekolah mengadakan dialog dengan ibu bapa tentang bagaimana cara terbaik agar anak-anak
mereka berminat untuk hadir ke sekolah. Selain berbincang tentang kehadiran, perkara-perkara
lain juga dibincangkan seperti tingkah laku dan sahsiah pelajar, prestasi akademik, kerja-kerja
sekolah yang perlu disiapkan dan kerja kursus supaya ibu dapat mengetahui perkembangan anak-
anak mereka.

6. DAJ ZiM: Program Ziarah Mahabbah

Ziarah Mahabbah merupakan program bagi mengenal punca sebenar ketidakhadiran murid ke
sekolah dan memujuk murid untuk hadir ke sekolah. Pihak sekolah telah mengunjungi rumah-
rumah murid yang kerap tidak hadir ke sekolah bagi mengenal pasti sebab-sebab ketidakhadiran
mereka ke sekolah. Alasan yang sering diberi oleh ibu mereka ialah anak tidak mahu bangun dari
tidur dan ada antara ibu pelajar yang meminta guru mengejutkan anak mereka kerana anak tersebut
tidak lagi mendengar arahan ibu mereka. Ada sesetengah murid apabila guru mengunjungi rumah
mereka, mereka akan berubah tetapi bagi murid tegar kunjungan guru ini tidak mendatangkan apa-
apa kesan pun kepada mereka.

7. DAJ JJ: Program Jaringan dan Jalinan
Memperkasakan Rakan Jaringan dan Jalinan Sekolah yang terdiri daripada PIBG dan MPKK
(Majlis Pemuafakatan Komuniti Kampung). Rakan strategi sekolah sangat penting dalam
membantu pihak sekolah mengatasi beberapa isu yang berlaku kepada murid-murid terutama
berkaitan dengan ketidakhadiran murid ke sekolah, gejala negatif seperti terlibat dengan penagihan
dadah, aktiviti sosial, lumba haram dan lain-lain yang berlaku di luar kawasan sekolah. PIBG dan
MPKK memaklumkan kepada ibu bapa murid berkenaan dan juga kepada pihak sekolah akan
perkara-perkara yang dilakukan murid di luar kawasan sekolah.

8. DAJ PIB: Program Peningkatan Pengetahuan Ibu bapa

Program Peningkatan Pengetahuan Ibu Bapa bertujuan menyediakan pengetahuan dan nilai tambah
kepada Ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Pihak sekolah telah mengadakan tiga siri ceramah
keibubapaan sepanjang tahun 2018 kepada semua ibu bapa supaya mereka mendapat pengetahuan
tentang bagaimana mendidik anak-anak pada zaman teknologi maklumat ini. Penceramah dan
kaunselor dari luar telah dijemput khas agar mereka dapat berkongsi maklumat bersama ibu bapa
tentang keperluan kecaknaan ibu bapa terhadap anak-anak yang berada pada zaman dunia tanpa
sempadan ini. Kealpaan ibu bapa serta kesilapan anak-anak memilih jalan hidup yang betul boleh
mengundang padah dan masa depan anak-anak mungkin hancur.

220 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

DAJ di Hatiku

9. DAJ AT: Program Atas Talian

Program ini bertujuan mewujudkan Group WhatsApps Guru, PIBG dan murid. Pihak sekolah
menubuhkan Group WhatsApps guru, PIBG dan murid bagi menyalurkan maklumat terutama
ketidakhadiran murid ke sekolah, ke kelas-kelas tambahan, masalah kesihatan dan apa-apa sahaja
yang berlaku dalam kalangan murid. PIBG akan dimaklumkan setiap hari bilangan pelajar yang
tidak hadir ke sekolah atau tidak hadir kelas tambahan yang diadakan di sekolah. PIBG akan
menghantar maklumat teresebut kepada ibu bapa dalam group mereka. Walaupun begitu ramai
juga ibu bapa yang tidak mempunyai whatsapps group.

10. DAJ RSS: Program Rakan Strategi Sekolah

Pihak sekolah sentiasa menggunakan khidmat Rakan Strategik bagi membantu mengatasi beberapa
masalah terutama berkait dengan kewangan. Rakan strategik yang sering membantu sekolah ialah
MAIDAM, Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, Wakil Rakyat dan Exco Negeri.
Rakan strategik ini telah memberi sumbangan kewangan kepada sekolah bagi menjayakan kursus
kesedaran pelajar, ceramah keibubapaan, kem solat dan kerohanian serta kem-kem akademik yang
sekolah laksanakan. Bantuan yang mereka hulurkan dapat menampung pelaksanaan dan perjalanan
majlis tersebut.

11. DAJ PsPS: Memperkasakan Pegawai Polis Perhubungan Sekolah.

Sepanjang tahun 2018 pihak sekolah telah menjemput Pegawai Polis Perhubungan Sekolah
sebanyak lima kali datang ke sekolah untuk memberi ceramah kepada murid-murid berkaitan dengan
keselamatan jalan raya, menjauhkan diri daripada najis dadah, Budaya Buli dan Gengsterisme,
Hukuman terhadap Kesalahan Jenayah, dan Masalah Sosial yang sering melibatkan remaja masa
kini. Pegawai Polis Perhubungan Sekolah sangat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan
sentiasa memenuhi setiap undangan yang diminta.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Setelah melaksanakan Pojek DAJ DI HATIKU selama sembilan bulan bermula bulan Januari
sehingga September 2019 didapati berlaku peningkatan kehadiran murid ke sekolah. Purata (min)
kehadiran sepanjang sembilan bulan ialah 92.07 peratus manakala TOV ialah 88,03 peratus dan
KPI yang ditetapkan bagi tahun 2019 ialah 90.03 peratus. Berlaku peningkatan sebanyak 4.04
peratus berbanding TOV dan meningkat sebanyak 2.04 peratus berbanding KPI yang ditetapkan
bagi tahun 2019. Hal ini ternyata semua aktiviti yang telah dilaksanakan telah memberi impak
positif dan mencapai sasaran dan melebihi KPI yang ditetapkan. Di bawah ini ditunjukkan data
kehadiran ke sekolah pelajar-pelajar SMK Datuk Awang Jabar bermula bulan Januari sehingga
bulan September 2019. Data diambil dari e-kehadiran.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 221

DAJ di Hatiku

Jadual 22.3: Peratus e-Kehadiran Setengah Tahun Pertama

BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN
95.05 91.09 91.36 91.34
PERATUS 91.68 88.78
(%)

Jadual 22.4: Peratus Kehadiran Murid SMK Datuk Awang Jabar (Julai – September 2019)

BULAN JUL OGO SEP SEP TOV MIN KPI

PERATUS 92.37 92.90 93.19 91.68 88.03 92.07 90.03
(%)

Peratus kehadiran pelajar SMK Datuk Awang Jabar dari bulan Januari hingga bulan September
2019.

Sumber: Data ekehadiran KPM

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Program PROJEK DAJ DI HATIKU yang telah dilaksanakan bermula bulan Januari sehingga bulan
September 2019 dengan penggemblengan tenaga jawatankuasa yang telah ditubuhkan melalui 11
tindakan dan intervensi telah memperlihatkan kejayaan dalam usaha untuk mengurangkan masalah
ketidakhadiran pelajar-pelajar SMK Datuk Awang Jabar ke sekolah. Segala aktiviti yang telah
dilaksanakan telah membantu serta mengubah sikap para pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah
sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Hal ini dapat dilihat berdasarkan data ekehadiran
yang telah dipaparrkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setiap hari.

Berdasarkan pemerhatian semasa, walaupun berlaku peningkatan dari segi peratus dari
semasa ke semasa namun peranan semua pihak termasuk guru di sekolah, ibu bapa di rumah
serta PIBG dan komuniti sangat dituntut agar sentiasa memainkan peranan masing-masing secara
berterusan tanpa jemu agar peratus kehadiran ke sekolah ini walaupun kini telah melepasi KPI
namun biarlah berlaku peningkatan yang lebih tinggi lagi sebagaimana sasaran Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu sebanyak 93 peratus dan Pejabat Pendidikan Daerah Marang sebanyak 95
peratus.

Pihak pengurusan khususnya saya selaku pengetua yang merupakan peneraju utama
perlulah sentiasa berusaha lebih gigih lagi serta menggunakan perlbagai strategi agar kehadiran
pelajar-pelajar saya sentiasa meningkat. Kerjasama yang erat, kerja secara sepasukan serta
saling mempercayai antara satu sama lain merupakan antara prinsip yang saya amalkan dalam
pengurusan saya. Saya dan rakan pengurusan akan terus mengawal dan memantau program ini dan
penambahbaikan akan kita laksanakan dari semasa kesemasa apabila berlaku keperluan.

222 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

DAJ di Hatiku

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah Pembimbing saya Dr.
Hajah Akma bt Hj. Abd. Hamid dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
yang banyak membimbing dan membantu dalam menjayakan Projek ini. Saya juga mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada SIP+ En. Abdul Rahim bin Mat Zin atas pandangan dan tunjuk
ajar yang diberikan dalam merealisasikan projek ini. Juga jutaan terima kasih saya kepada rakan
pengurusan saya yang tidak pernah jemu membantu dan melaksanakan semua urusan yang berkait
dengan program ini dan amat membanggakan lagi rakan-rakan jawatankuasa yang menjadi nadi
utama menggerakkan projek ini. Jutaan terima kasih tidak terhingga.
Harapan saya semoga Program PROPEKS ini dapat diteruskan ke sekolah-sekolah lain di
seluruh negara kerana melalui program ini banyak isu dapat kita selesaikan atau paling tidak dapat
kita kurangkan ke tahap yang minimum.

6.0 RUJUKAN
Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications

& Distributors Sdn. Bhd.
Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi

Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah
Merah Kelantan.
Universiti Teknologi malaysia. Tesis Sarjana MudaPendidikan.
Johari Bin Hassan & Nik Selma Bt Muhammad ( 2012). Faktor Yang
Menyebabkan Masalah Ponteng Sekolah di Sekolah Menengah Daerah Kulai Johor.
Fakulti Pendidikan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Azif bin Shukor (2017). Ini Cara Unik Boleh Dipraktikkan Pihak Sekolah Untuk Tangani
Murid Lewat Ke sekolah. Portal GPS Bestari.
Afiqah Hussain (2018). Masalah kaki Ponteng Sekolah, Antara Sebahagian Puncanya. Berita
Mediacorp.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 223


Click to View FlipBook Version