PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
a. mengesan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan guru-guru dan staf sokongan
terhadap visi dan misi sekolah sebagai punca kuasa untuk menjalankan tugas dan
sebagai hala tuju yang hendak dicapai;
b. mendengar sendiri pendapat dan penilaian jujur guru dan staf terhadap prestasi
sekolah secara keseluruhannya;
c. mengumpul maklumat punca yang menjadi penyebab SMK Matang berada di dalam
kategori sekolah berprestasi rendah dari sudut pandangan guru-guru dan staf;
d. mengesan kesan kualiti hubungan dengan amalan kerja sepasukan warga kerja
terhadap prestasi sekolah secara keseluruhannya.
3.0 PELAKSANAAN
Hasil bimbingan pensyarah dan SIP+ serta keputusan Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil.2/2019
penulis telah menetapkan 5 Bidang Keberhasilan Utama (KRA) untuk memajukan sekolah
berdasarkan isu-isu yang telah dibincangkan di atas iaitu:
1. Guru berkualiti
2. Persekitaran PdPc yang positif
3. Pembinaan bakat murid
4. Hubungan komuniti yang mantap
5. Kepimpinan yang berkesan
Sebagai usaha untuk menangani isu kehadiran dan motivasi murid sekolah telah memilih
KRA Pembinaan Bakat Murid melalui pelaksanaan Program “i-Sukses dengan pelaksanaan
PIMAS (Perintis Industri Matang School) untuk kelas aliran kemanusiaan ( 403, 404 dan 405
) sebagai rintis. Keputusan dibuat berdasarkan Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 2/2019
yang dipengerusikan oleh pengetua. Perlaksanaannya bukanlah satu tugas yang mudah kerana
ia perlukan komitmen semua pihak. Isu dan punca masalah yang membelenggu sekolah perlu
diperhalusi untuk diatasi secara berkesan terlebih dahulu kerana menurut Uma Sekaran (2002),
masalah ialah sebarang situasi di mana wujud jurang antara keadaan sebenar dan keadaan ideal.
Hasrat penulis sebagai pengetua ialah membawa SMK Matang menuju ke arah situasi ideal iaitu
daripada situasi sekolah berprestasi rendah kepada sekolah berkesan.
Hasil sesi-sesi perjumpaan, perbualan, perbincangan dan interaksi antara penulis dengan
guru-guru, staf, murid-murid dan barisan pentadbir, maka isu utama yang menyumbang kepada
pencapaian prestasi rendah dapat dikesan dengan tepat dan disahkan secara bersama-sama dengan
warga sekolah. Langkah seterusnya penulis perlu mencari punca masalah yang menyebabkan
wujud isu ketidakhadiran dan motivasi yang rendah. Dalam fasa mencari punca masalah ini penulis
telah mengambil langkah membuat Analisis Persekitaran, Analisis Jurang dan Analisis Tulang
Ikan (Analisis Sebab dan Akibat). Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Rajah 1.11) merupakan alat yang
penulis gunakan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas 4 Progresif dan
4 Proaktif kurang motivasi belajar dan peratus kehadiran rendah.
124 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
Rajah 12.1: Sebab dan Akibat
Analisis sebab dan akibat yang penulis hasilkan menggunakan Rajah Tulang Ikan
Ishikawa menunjukkan bahawa faktor manusia, peralatan, bahan, persekitaran dan kepimpinan
memberi kesan terhadap rendahnya minat murid untuk belajar dan hadir ke sekolah menyebabkan
prestasi sekolah terjejas. Setiap satu faktor ini perlu diatasi jika mahu meningkatkan prestasi
sekolah ke tahap yang lebih baik. Berdasarkan isu-isu yang telah diutarakan sebelum ini dan
penetapan 5 KRA, pihak sekolah telah memilih KRA ke 3 iaitu Pembangunan Bakat Murid
dengan memperkenalkan Projek PIMAS sebagai projek printisan kemajuan sekolah untuk jangka
masa 3 tahun 2019 hingga 2021. Punca kuasa bagi projek PIMAS ini adalah berdasarkan surat
siaran perlaksanaan program PIMA KPM.600-14/1/60 Jld.6(80) bertarikh 12 September 2017.
Projek PIMAS bertujuan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid khususnya kelas-kelas
aliran kemanusiaan dengan menyediakan alternatif pembelajaran dalam bidang kemahiran. Kedua,
untuk menimbulkan minat belajar murid melalui pengalaman pembelajaran secara Hands-On. Di
samping itu, ia juga bertujuan menyediakan laluan kerjaya mengikut minat dan kecenderungan
murid serta mewujudkan kerjasama dengan agensi luar bagi membantu memberi latihan kemahiran.
Kelas 403, 404 dan 405 yang terdiri dariada 45 orang dipilih sebagai perintis untuk
program ini. Kemahiran yang dipilih ialah Sijil Automotif , Sijil Kimpalan bagi murid lelaki dan
Sijil Penyediaan Makanan bagi murid perempuan selama 30 sesi setiap hari khamis bermula jam
9 pagi hingga 2 petang (5 jam) setiap minggu bermula dari Mac 2019. Agensi swasta yang terlibat
ialah Institut NOVEL School bagi Sijil Penyediaan Makanan dan Pusat Latihan USAHA TAAT
untuk Sijil dan tenaga kepakaran guru-guru Votec SMK Matang sebagai tenaga sokongan kepada
program ini. Tiada yuran yang dikenakan kepada murid.
Pelaksanaan projek PIMAS dilaksanakan menggunakan waktu PdPc pada setiap hari Selasa
mulai 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Kesemua kemahiran ini berjalan serentak di bilik masakan dan
di bengkel pertukangan. Pihak sekolah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program PIMAS
di sekolah bagi mengelakkan masalah keselamatan, pengangkutan dan ketidakhadiran murid.
Pihak sekolah bernasib baik kerana memiliki bengkel dan bilik masakan yang tidak digunakan.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 125
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
Penulis tidak melihat semua faktor dan sub-faktor satu persatu tetapi penulis cuba
menyelesaikan kesemuanya sekali gus menggunakan pendekatan killIing two birds with one
stone. Kesemua isu yang dibangkitkan adalah penting dan mesti ditangani sekali gus tetapi dalam
cara yang sistematik. Penulis membangunkan cara berfikir dalam kalangan kesemua penolong
kanan dan pemimpin pertengahan untuk berfikir secara sistemik. Contohnya, penulis mengajak
mereka berfikir murid-murid lemah dalam akademik adalah murid-murid yang sama terlibat dalam
masalah salah laku dan ponteng sekolah. Jika masalah murid ini di atas, bermakna sekolah telah
berjaya menyelesaikan dua atau tiga masalah secara serentak.
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Impak daripada program ini, ada menunjukkan peningkatan kehadiran dan perubahan sikap murid
. Walaupun program ini baru bermula, daripada pemerhatian dan perbualan dengan murid-murid
oleh pihak pentadbir dan penyelaras program En. Osman Guru Bimbingan Dan Kaunseling sekolah
menunjukkan kesan yang positif iaitu murid gembira dan suka untuk hadir ke sekolah dan memberi
kerjasama kepada instruktor. Ini dibuktikan peningkatan kehadiran pada hari selasa yang dapat
disokong dari data kehadiran seperti Jadual 2 dan Rajah 2 di bawah
Hari / Minggu Jadual 12.2: Rekod Mingguan Kehadiran Murid Kelas PIMAS
ISNIN
SELASA KELAS PROGRAM PIMA (42 MURID)
RABU M1 M1 M2 M2 M3 M3 M4 M4 M5 M5 M6 M6 M7 M7
KHAMIS
JUMAAT 28 66.67 33 78.57 21 50 35 83.33 33 78.57 26 61.9 26 61.9
31 73.81 40 95.24 31 73.81 40 95.24 38 90.48 38 90.48 30 71.43
7 16.67 21 50 23 54.76 20 47.62 25 59.52 12 28.57 17 40.48
14 33.33 15 35.71 21 50 20 47.62 18 42.86 17 40.48 21 50
17 40.48 23 54.76 22 52.38 20 47.62 21 50 20 47.62 21 50
Rajah 12.2: Graf Kehadiran Murid
Selanjutnya penulis sendiri meminta kerjasama dariada penyelaras Projek PIMAS, En.
Osman untuk menjalanan sesi temu bual dengan murid-murid yang terlibat dengan PIMAS.
Dapatan dan soalan yang dierolehi dan yang dikemukakan seperti seperti di LAMPIRAN 12-1
dan LAMPIRAN 12-2.
126 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
Laporan daripada temubual tersebut mendapati Projek PIMAS ini bukan sahaja
meningkatkan kehadiran murid khususnya pada hari Selasa tetapi juga menunjukkan ada perubahan
sikap dan motivasi diri murid untuk belajar. Beberapa orang murid yang terlibat dengan projek
PIMAS, menyatakan mereka sangat meminati kemahiran yang telah ajarkan, walaupun pada
mulanya mereka hanya masuk secara suka-suka, mengikut kawan-kawan dan tidak mempunyai
minat yang mendalam. Walau bagaimanapun setelah mengikuti kelas beberapa kali, mereka
mendapati program ini sangat bermanfaat dan seronok untuk dipelajari.
Hasil daripada temubual bersama-sama murid-murid program automotive dan kimpalan,
majoriti mereka merasakan program ini sangat bermanfaat dan menjadikan mereka seorang yang
berkemahiran dan berbeza daripada rakan-rakan yang lain. Mereka juga sangat jelas tentang
kerjaya pilihan mereka selepas sahaja tamat persekolahan. Kebanyakan daripada mereka becita-
cita untuk membuka bengkel sendiri dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakan dan
komuniti mereka. Harapan mereka agar program ini dapat diteruskan pada masa-masa hadapan
dan dapat dilaksanakan selama 3 hari seminggu dan diperluaskan kepada murid-murid lain seperti
mereka, yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berpeluang untuk berjaya jka mengikuti
bidang kemahiran.
Dapatan daripada sesi temubual santai dengan murid-murid kemahiran masakan,
kebanyakan mereka sememangnya mengakui tidak pandai memasak dan tidak pernah turun ke
dapur, tetapi melalui program ini, mereka berpeluang untuk mencungkil bakat sendiri dan hasilnya
kebanyakan daripada mereka kini sudah mampu membuat ‘cup cake’, donat, churos dan juga
spegheti. Mereka juga merasakan diri mereka istimewa daripada rakan yang lain dan bercita-cita
untuk membuka restoran sendiri serta ada yang ingin melanjutkan pelajaran dan menjadi chef
yang terkenal. Motivasi mereka juga sangat tinggi dan berdisiplin kerana setiap kali mereka masuk
ke kelas, mereka perlu memakai apron yang lengkap dan kuku yang pendek dan bersih. Berbeza
dengan keadaan mereka sebelum ini yang sangat suka berkuku panjang. Mereka juga berharap
agar program ini dapat diteruskan dan lebih ramai murid-murid lain diberi peluang serta dapat
dilaksanakan selama 3 atau 4 hari seminggu.
Respon dan maklumbalas daripada guru-guru yang mengajar kelas 403, 404 dan 405,
menyatakan terdapat perubahan sikap yang positif ditunjukkan oleh murid-murid ini. Walaupun
program ini baru bermula tetapi sudah ada menunjukkan perubahan sikap mereka. Menurut
beberapa orang guru mereka ini tidak lagi ponteng kelas, tidak mengantuk , lebih mudah untuk
berkomunikasi dengan mereka dan mematuhi arahan guru. Murid-murid ini kini lebih berdisiplin
dan kemas dari segi pakaian dan perwatakan menarik. Guru-guru juga lebih mudah untuk mengajar
mereka kerana mereka lebih jelas dengan hala tuju kerjaya mereka selepas tamat persekolahan.
Kesan positif ini memberi satu sokongan yang kuat pihak sekolah melaksanakan perluasan projek
PIMAS untuk tahun 2020 dengan membuka 5 kelas (Tingkatan 4, 3 kelas dan Tingkatan 5, 2 kelas)
dan 2021 kepada 5 kelas juga dan melibatkan 2 hari dalam seminggu.
5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP
Usaha memotivasikan dan meningkatkan kehadiran dalam kalangan murid menggunakan Projek
PIMAS SMK Matang telah dapat dijalankan dengan jayanya serta menunjukkan kesan yang positif
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 127
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
Faktor utama yang membawa kepada kejayaan adalah faktor sumber manusia iaitu kekuatan
dari aspek pengurusan dan kepimpinan sekolah dan penyelaras program. Kepimpinan pengetua
merupakan faktor dominan namun perlu disokong oleh faktor-faktor lain seperti sokongan dan
kerjasama daripada Penolong-Penolong Kanan (pemimpin pertengahan), guru-guru serta komuniti
luar. Kegagalan kepimpinan sekolah dan penyelaras program dalam mengurus dan menggerakkan
jawatankuasa, kurang pengetahuan dan pengalaman, kelemahan merancang program serta kurang
pemantauan terhadap kos, masa, kualiti dan skop projek akan menjadi penyebab kepada kegagalan
sesuatu program.
5.1 Aspek Kepimpinan Dan Pengurusan
Pengetua telah melaksanakan tanggungjawab memotivasikan guru-guru, membina pemuafakatan
dalam kalangan PIBG dan komuniti serta memimpin pasukan kerja ke arah pencapaian objektif dan
kejayaan program. Dalam melaksanakan projek ini konsep jalinan kerjasama dan pemuafakatan
telah diberikan penekanan oleh kepimpinan sekolah. C Bernad 1938 disebut dalam Mohd Salleh
Bin Mahad (2004) dalam bukunya berjodol ‘The Functions Of The Executives’ menjelaskan
bahawa; ‘pentadbir perlu menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan mendapat sokongan
dari ahli sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar’. Pengetua berjaya menggunakan hubungan
tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan komuniti untuk melaksanakan aktiviti.
Pengetua sekolah sendiri mengetuai dan memantau pelaksanaan program bagi memastikan
setiap aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan. Pengetua berjaya mengerakkan
Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Guru Bimbingan dan Kauseling dalam
melaksanakan aktiviti. Aspek kebersamaan ini menggambarkan kepercayaan pemimpin kepada
pengurusan dan warga sekolah dalam melakukan tugasan. Keputusan-keputusan penting berkaitan
program ini ditetapkan melalui mesyuarat sama ada bersama-sama pihak pentadbiran mahupun
jawatankuasa program.
5.1.1 Kekuatan Program
Kerjasama dan pemuafakatan sekolah dengan kolej swasta yang terlibat merupakan satu amalan
baik yang harus dipertingkatkan lagi dengan melibatkan lebih banyak komuniti setempat dalam
menangani apa jua masalah di sekolah. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kekuatan
pelaksanaan program. Antaranya ialah:
1. Kerjasama dalam kalangan warga sekolah. Kerjasama yang wujud dalam kalangan warga
sekolah terutamanya antara pentadbir, Ahli Jawatankuasa PIMAS serta guru-guru menjadi
kekuatan utama perlaksanaan program. Mesyuarat dan perbincangan diadakan dalam
urusan perlaksanaan aktiviti, penetapan jadual dan pemilihan tarikh. Tanpa kerjasama
dan komitmen daripada Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah, kelancaran perjalanan
aktiviti mungkin akan terjejas.
2. Komitmen dan sumbangan sosial dari pihak luar seperti Kolej Swasta dan Pibg.
128 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
5.1.2 Kelemahan Program
Projek PIMAS yang dilaksanakan masih belum mantap dan masih pada peringkat awal perlaksanaan.
Halangan-halangan dari segi sikap murid, kuasa, komitmen jawatankuasa dan komitmen ibu bapa,
dikenalpasti sebagai cabaran kepada tujuan murni perlaksanaan PIMAS. Daripada temubual
dengan pentadbir dan guru-guru dan pemerhatian beberapa kelemahan telah dikenalpasti dalam
pengendalian program ini. Antara kelemahan yang disuarakan ialah:
1. Program hanya sekali (1) seminggu pada hari Khamis. Manakala, pada hari lain kehadiran
murid masih lagi belum memuaskan.
2. Jangkamasa program singkat iaitu hanya 30 sesi sahaja iaitu mulai bulan Mac hingga
Oktober. Sepatutnya perlu diteruskan untuk mengekalkan momentum kehadiran murid.
3. Program hanya menawarkan tiga (3) bidang kemahiran. Ada juga murid yang meminati
bidang kemahiran lain seperti solekan dan dandanan rambut serta bidang elekterik dan
pendingin hawa.
4. Kekangan dari pihak Kolej menyebabkan beberapa sesi kelas terpaksa dibatalkan.
5.1.3 Cadangan Penambahbaikan
Akhir fasa ini, semua murid-murid memiliki SIJIL PENYERTAAN dan yang berminat boleh
terus melanjutkan kemahiran di peringkat DIPLOMA. Program PIMAS diharapkan akan terus
dilaksanakan sebagai satu kaedah penambahbaikan sekolah ke arah menangani isu kehadiran
dan meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar. Antara cadangan penambahbaikan yang
disyorkan bagi projek ini ialah;
a. Melaksanakan program di semua kelas-kelas aliran kemanusiaan untuk mengekalkan
momentum kehadiran dan meningkatkan disiplin murid-murid.
b. Melaksanakan aktiviti bermula awal tahun/sepanjang tahun dan kekerapan yang lebih.
Sememangnya aktiviti-aktiviti ini perlu dilaksanakan dengan berterusan dan tempoh
masa yang panjang untuk melihat keberkesanan setiap sesuatu aktiviti.
c. Menambah aliran kemahiran mengikut bakat dan minat murid seperti kelas solekan
dan dandanan ataupun kemahiran elekterik dan pendingin hawa
d. Menyediakan tabung/bantuan kewangan khususnya kepada murid-murid yang kurang
kemampuan dari segi kewangan.
6.0 RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2017), Surat Siaran Perlaksanaan Program PIMAS
KPM.600-14/1/60 Jld.6(80) bertarikh 12 September 2017.
Mohd Salleh Bin Mahat (2004), Jurnal Penyelidikan MPBL, Jld.5, 2004, Perkongsian Dalam
Pendidikan – Fokus Di Sekolah.
Majalah Pendidik. Mei 2017: Pengiktirafan Sekolah dan Pengorbanan Guru.
Uma Sekaran (2002). A Skill-Building Approach 4th. Edition. John Willy & Son.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 129
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
www.free-management-ebooks.com/news/plan-do-check-act
https://www.researchgate.net/publication/317080334T-TRACEMENINGKATKAN
KEHADIRAN KE SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
Nyika, R & Mercy, K. (2014). Strategies employed by primary teachers in Sazda Cluster in
managing truancy. Greener Journal of Educational Research, Vol. 4 (3), pp. 063-070, May
2014.
Nemec, C. J & Watson, R. A. (2007). Teacher Initiatives to Reduce Truancy Among High School
Student.Retrievedhttp://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:nE12ubPcWJYJ:eric.
ed.gov/%3Fid%3DED4 96096+&cd=1&hl=en&ct=clnk
LAMPIRAN 12-1
VC
Gambar 12.1 & 12.2: Aktiviti Program i-success, PIMAS SMK Matang, Perak
130 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
ANUAR BIN IBRAHIM
SMK Westland, Georgetown
[email protected]
Noor Hashimah Binti Hashim, Ph.D
Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara
[email protected]
Izemar Bin Jamaludin
Pegawai SIP+ PPD Timur laut
ABSTRAK
Projek ini dijalankan di SMK Westlands, untuk menangani isu kehadiran murid rendah. 90
peratus murid berlatar belakang keluarga B40 (miskin bandar). Situasi ponteng sangat kritikal
di mana purata kehadiran 80.92% tahun 2018 dan telah merencatkan prestasi akademik.
Objektif projek untuk meningkatkan kehadiran murid serta membina sahsiah. Intervensi Projek
SInAR diaplikasikan dengan beberapa pendekatan nilai untuk pelanggan dan idea token (Quick
Win`, Kuiz) dan disokong dengan inisiatif Clearance Stock, Dashboard Kehadiran Murid dan
ikon bulanan`D`SeGaK`, SUMur Data dikumpul dengan menggunakan instrumen pemerhatian
berfokus, analisis kehadiran bulanan dan SSDM, dokumen dan soal selidik bagi menyokong projek
ini. Dapatan menunjukkan peningkatan jumlah kehadiran ke sekolah bagi enam bulan pada tahun
2019 berbanding dengan tahun 2018, sembilan (9) kelas atau 52,94% kehadiran melebihi KPI
85%, kehadiran klien berfokus turut bertambah baik dan meningkat, dan peratus purata tahun
2019 meningkat sebanyak 1.05% (81.97%). Sahsiah meningkat 39.04% dengan penampilan diri
Untuk penambahbaikan, proses PdPc bermakna dalam bilik darjah perlu ditingkatkan agar lebih
menarik dengan merujuk SKPMg2 Standard 4 supaya kehadiran murid ke sekolah menyeronokan.
Kata Kunci: Token, Sahsiah, PdPc bermakna
1.0 PROFIL SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Westlands (SMKWs) adalah sebuah sekolah harian Inggeris
terletak dalam lokasi bandar berdekatan Georgetown. Sekolah ini ditubuhkan pada Januari 1957.
Enrolmen murid terikini 298 (Jun 2018) dan pecahan mengikut kaum iaitu Melayu:184, Cina:60,
dan India:148. Bilangan kelas 18 (Peralihan: satu kelas, Tingkatan 1: tiga kelas, Tingkatan 2: tiga
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 131
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
kelas, Tingkatan 3: tiga kelas, Tingkatan 4: empat kelas dan Tingkatan 5: empat kelas). Jumlah
guru 38 orang dan anggota kumpulan pelaksana tujuh orang.
Masalah keluarga, persekitaran menyumbang kepada kemorosotan kehadiran ke sekolah
yang menjadi serius dan menjejaskan pencapaian akademik dan seterusnya kemenjadian murid.
Sebahagian besar murid-murid datang dari keluarga yang berstatus sosio-ekonomi (SES) rendah di
mana 90 peratus adalah B40 (miskin bandar).
Pada Jun tahun 2018, pengetua ditempatkan di SMK Westlands (SMKWs) merupakan
salah sebuah Sekolah Berprestasi Rendah (SBR). Status semasa SMK Westlands menggambarkan
prestasi akademik rendah, tidak menunjukkan peningkatan akademik dalam beberapa tahun
kebelakangan, kadar keciciran murid yang tinggi, berkaitan dengan pencapaian yang rendah, tinggi
kadar keberadaan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), tinggi kadar ponteng sekolah.
Kebanyakan guru danAKP berada dalam zon selesa dan melaksanakan tanggungjawab mereka
secara biasa saja. Kehadiran pengetua telah membuat beberapa perubahan dengan menekankan
kehadiran dan sahsiah murid,serta keberadaan guru. Pengetua mengambil beberapa inisiatif untuk
membuat pembetulan (correctional) sistem pentadbiran dan penambahbaikan kemudahan fizikal
dan persekitaran yang kondusif menjadi satu cabaran yang tinggi. Pengetua percaya perubahan ini
akan memberi impak positif kepada permasalahan yang dihadapi oleh SMKWs.
2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
2.1 Perancangan
SMKWs merupakan Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) yang berada di Band 6 dengan dengan
pencapaian akademiknya sangat rendah iaitu GPS SPM 7.74 (Jadual 13.1).
Jadual 13.1: Pencapaian GPS SPM dan peratus lulus SPM bagi tiga tahun 2015 – 2017
Tahun GPS SPM Peratus Lulus
2015 6.48 74.03
2016 7.17 60.32
2017 7.74 46.55
Hasil permerhatian, perbincangan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) dan analisis
data kehadiran dan dokumen rasmi, info daripada Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD
Timur Laut, bahawa kehadiran ke sekolah adalah isu utama di SMKWs (Jadual 2). Isu peratus
kehadiran rendah (80%) menyebabkan SMKWs disenaraikan sebagai sekolah `Hotspot` di daerah
Timur Laut. Analisis data menunjukkan bahawa SMKWs menghadapi beberapa masalah yang
merencatkan kemenjadian murid sama ada dalam bidang sahsiah dan akademik.
132 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
Jadual 13.2: Peratus kehadiran SMKWs bagi 4 tahun
Tahun Peratus (%)
2015 75.61
2016 75.16
2017 80.02
2018 80.92
Dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), satu ketetapan telah dibuat, bahawa
kehadiran murid ke sekolah diberi perhatian serius. Tindakan segera perlu diambil untuk
menangani isu kehadiran rendah. Kenyataan ini disokong oleh Weston Favell Academy, seseorang
murid akan memperolehi peluang untuk mencapai dan meraikan kejayaan sekiranya kehadiran
adalah sekurang-kurangnya 95%. Oleh itu, data peratus purata kehadiran tahuhan 2018 dijadikan
sebagai Take of Value (TOV) dan KPI bagi 2019 adalah 85%.
2.2 Matlamat
Projek ini adalah untuk menarik minat murid hadir ke sekolah dan meningkat sahsiah yang dapat
menyokong prestasi pencapaian akademik.
2.3 Objektif
Objektifnya berfokus kepada:
2.3.1 Meningkatkan peratus kehadiran murid bulanan dan keseluruhan peratus purata tahunan
2.3.2 2019 berbanding tahun 2018.
Meningkatkan purata peratus kehadiran kelas berbanding TOV tahun 2018 (80.92%) dan
mencapai KPI 2019 (85%).
1.1.3 Meningkatkan lima peratus (5)% kehadiran bagi murid sasaran menengah atas (Julai –
September)
2.3.4 Meningkatkan 25% perubahan sahsiah murid secara fizikal
2.4 Analisis SWOT/C HEM dan TOWS Matriks
Untuk menangani isu kehadiran, analisis SWOT/C HEM dan TOWS Matriks digunakan untuk
menentukan masalah utama dan inisiatif yang berkesan dapat dilaksanakan.
Hasil daripada pembentangan pengetua dan makluman dalam Mesyuarat Pengurusan
Tertinggi, dengan mengambilkira beberapa faktor tenaga, masa, kos, kebolehlaksanaan, Projek
`SInAr` (Saya Ingin Ambil Risiko) dipilih kerana lebih kepada berbentuk psikologi untuk memujuk
dan menjinakkan murid selain tindakan tegas mengikut SOP. Murid-murid perlu diberi perhatian
dan penghargaan serta motivasi di samping meningkatkan keyakinan diri melalui penampilan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 133
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
diri yang kemas. Pendekatan yang menjurus kepada penerapan nilai selari dengan visi sekolah
`Westlands Sekolah Bersahsiah Cemerlang 2021`. Pengetua percaya bahawa murid-murid
sasaran ponteng yang terdiri daripada mereka yang terabai perhatian dan kasih sayang daripada
waris yang sibuk dengan aktiviti untuk kelangsungan kehidupan seharian akan dapat dibantu.
Terdapat beberapa inisiatif dalam Projek `SinAR` yang berkolaboratif sebagai pelengkap untuk
menjaminkan kejayaannya (LAMPIRAN 13-1). Selain itu, carta gantt juga disediakan untuk
memastikan perancangan berjalan lancar. Bersama-sama ini disertakan pemetaan projek untuk
tiga fasa yang melibatkan tiga tahun, iaitu 2019 – 2021 (LAMPIRAN 13-2).
3.0 PELAKSANAAN
Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS) telah dimaklumkan dan dikongsikan oleh
pengetua semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan Mesyuarat Guru serta di perhimpuan rasmi
sebagai info dan tindakan semua warga SMKWs mengenai projek yang akan dilaksanakan dalam
tempoh tiga tahun.
Dalam usaha melaksanakan dan menjayakan InPeKS beberapa strategi dan insiatif telah
ditetapkan dengan penubuhan jawakankuasa dalam kalangan Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi
serta melibatkan guru-guru termasuk guru kelas dan dibantu oleh AKP. Di antara inisiatif Projek
SInAR adalah:
3.1 Carrot n Stick
Pendekatan lembut dan tegas perlu diapllikasi mengikut keperluan situasi bagi SMKWs yang
terdiri daripada semua murid lelaki. Tetapi pemberatan lebih kepada motivasi dan penghargaan.
3.1.1 Quick Win dan Kuiz
Pemberian penghargaan dan motivasi kepada murid-murid yang kehadiran baik setiap bulan.
Nama-nama murid akan dimasukkan ke dalam satu balang oleh Kaunselor yang telah menyemak
kehadiran murid setiap bulan. Cabutan nama secara rawak memberi peluang murid yang bertuah
untuk tampil dan mencabut sampul yang berisi wang tunai RM5/RM10/RM20/RM50. Apabila
murid memilih sampul yang disukainya, akan membuka sampul untuk menunjukkan berapa
jumlah wang yang diperoleh. Sementara kuiz dijalankan oleh pengetua secara terus kepada semua
murid yang berani tampil untuk menjawab soalan dan diberi pelbagai bentuk hadiah. Aktiviti ini
dilaksanakan semasa perhimpunan rasmi mengikut kesesuaian.
3.1.2 Clearance Stock
Tindakan clearance stock adalah hukuman yang dikenakan berdasarkan ketidakhadiran yang
berpanjang sehingga mencukupi tempoh yang ditetapkan dalam SOP untuk dibuang. Murid yang
merayu kemasukan semula akan dikenakan satu perjanjian antara murid, ibu bapa dengan pihak
sekolah untuk mendisplinkan diri dan mematuhi peraturan. Tindakan akan diambil secara tegas
dibuang sekolah semula sekiranya ponteng sekolah tanpa sebab yang kukuh atau melakukan
kesalahan yang melanggar peraturan disiplin.
134 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
3.1.3 Big Win – Cash/Cert
Pemberian hadiah kemuncak adalah berupa wang dan sijil yang disempurnakan semasa Majis
Anugerah Cemerlang (MAC). Murid-murid akan diberi sijil penghargaan dan baucer koperasi
sebagai pengiktirafan sekolah kerana dapat menunjukkan kehadiran yang baik. Begitu juga komen
dalam slip peperiksaan yang mencatatkan hadir cemerlang.
3.2 Program Sahsiah
Elemen sahsiah diberi perhatian yang serius untuk membentuk akhlak murid supaya menjadi
modal insan yang mempunyai nilai-nilai murni dan jati diri kental.
3.2.1 D`SeGaK
Program D`SeGaK memberi perhatian khusus kepada penampilan diri (kekemasan) yang
melibatkan semua warga SMKWs (guru/AKP/ murid). Gimik pelancaran dibuat dan satu sudut
D`SeGak disediakan. Murid-murid Islam digalakkan memakai songkok dengan diteladani oleh
pengetua. Bagi guru-guru dan AKP, pengetua sendiri memberi LDP mengenai etika berpakaian
sebagai pejawat awam.
3.2.2 SUMur
Program Sahsiah Unggul Murid (SUMur) merupakan inisiatif dari KPM untuk sekolah tertentu
sahaja. Oleh itu, pengetua menggunakannya sebagai pelengkap kepada usaha membina sahsiah
murid. Setiap dua minggu sekali hari Jumaat, perjumpaan murid-murid mengikut kumpulan
akan dipimpin oleh guru menggunakan modul yang telah ditetapkan dengan mengambil masa
30 minit. Manakala bagi minggu lain, amalan membaca Yasin bagi murid Islam dan murid lain
melaksanakan aktiviti nilai mengikut kepercayaan agama masing-masing yang dikendalikan oleh
guru atau penceramah dari luar.
3.2.3 Amalan Terpuji SSDM 2.0
Satu pendekatan untuk melihat dan menggalakkan tingkahlaku positif murid oleh semua guru
diperkenalkan oleh Penolong Kanan HEM (PK HEM). Semua guru boleh mencatatkan kebaikan
(merit) dalam SSDM bagi murid yang telah menunjukkan sikap positif atau membantu guru-guru
dalam sesuatu tugasan/projek sepanjang persekolahan. Jumlah mata (merit) akan dipantau oleh
PK HEM dan yang terbaik akan dinobatkan sebagai ikon SSDM 2.0 bagi setiap bulan semasa
perhimpunan rasmi dengan pemberian sijil dan gambar mereka dilekatkan dipapan kenyataan.
3.3 Memperkasa Guru Kelas
Dalam usaha membaiki kehadiran, personel yang paling dekat dengan murid adalah guru kelas.
Oleh itu, komitmen sebagai guru kelas amat penting.
3.3.1 Briefing/Dialog Prestasi Kehadiran
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 135
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
Guru-guru kelas diberi taklimat oleh pengetua dan PK HEM mengenai tindakan awal bagi mencegah
berlakunya ketidakhadiran yang serius. Kerja buat mereka dengan memberi tumpuan kepada murid
yang bermasalah kehadiran ke sekolah. Pengurusan APDM mesti sentiasa terkini. Guru kelas juga
diberi tips idea kreativiti untuk memastikan murid-murid menyedari tanggungjawab mereka.
3.3.2 KPI Guru Kelas
Untuk memandu guru-guru kelas mengawasi kehadiran murid-muridnya, pentadbir menyatakan
secara jelas KPI peratus kehadiran yang berbeza mengikut kelas masing-masing. KPI ini juga
dijadikan satu daripada aspek Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
bagi guru kelas.
3.4 Zooming
Pendekatan untuk melihat secara berfokus sasaran sebenar yang menjadi isu kehadiran, maka
zooming menggunakan beberapa langkah iaitu:
3.4.1 Briefing/Questionaire
Murid-murid berisiko ponteng dikenal pasti dan dianalisis oleh Kaunselor. Satu perjumpaan khas
dengan pengetua yang memberi taklimat motivasi. Satu soal selidik diedarkan dan dianalisis
oleh Kaunselor untuk melihat pola ketidakhadiran berpunca dari aspek mana (LAMPIRAN 13-
3).
3.4.2 SUDi
Sasaran murid-murid berfokus dikecilkan kepada menengah atas dalam inisiatif Saya Ubah Diri
(SUDi) untuk membantu supaya dapat membaiki diri untuk satu perubahan yang memberi manfaat
untuk masa depan. Satu senarai nama mereka akan dipaparkan di papan kenyataan bulan dan
setiap pagi guru akan menanda kehadiran. Pemaparan nama tersebut dipercayai akan dapat satu
aura untuk ubah diri.
3.4.3 Kaunseling
Murid-murid yang telah menunjukkan perubahan walau pun sedikit dihantar kepada Kaunselor
untuk tindakan kaunseling berterusan. Begitu juga kumpulan sasaran sentiasa di bawah seliaannya.
3.5 Dashboard
Satu mekanisme untuk melihat big data dan dianalisis sebelum membuat sesuatu keputusan.
3.5.1 Dashboard Kehadiran
Dashboard kehadiran memaparkan data kehadiran bagi setiap kelas dengan jumlah peratus
kehadiran bulanan dan ranking yang akan dikemaskin setiap bulan oleh AKP setelah mendapat
data daripada PK HEM. Dashbord ini juga menunjukkan peratus purata keseluruhan setiap bulan.
Maklumat ini akan disampaikan semasa perhimpunan untuk makluman murid dan guru untuk
tindakan seterusnya.
136 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
3.5.2 Dashboard APDM
Semua guru kelas boleh akses untuk kunci masuk kehadiran dan tindakan seterusnya untuk
murid yang tidak hadir setiap hari. Analisis daripada dashboard ini akan menjelaskan pencapaian
kehadiran bagi individu/kelas dan sekolah. PK HEM akan monitor murid untuk tindakan guru-
guru berkenaan sekiranya perlu.
3.5.3 Dashboard SSDM
Dashboard ini dapat menunjukkan laporan guru-guru ke atas kes atau amalan terbaik selain
tindakan untuk cetakan surat amaran/gantung/buang sekolah. Ia juga memaparkan senarai murid
yang perlu dirujuk kepada unit kaunseling dan tindakan. Data ini akan digunakan oleh Pentadbir/
PK HEM untuk tindakan seterusnya.
4.0 PENGAWALAN
Kawalan projek ini dilaksanakan secara berterusan dengan menggunakan beberapa mekanisme:
4.1 Carta Gantt
Penyelaras projek dapat memastikan semua aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual.
Sebarang perubahan dibuat makluman melalui media sosial.
4.2 Dashboard Data Kehadiran Murid
Semakan dashboard setiap awal bulan untuk memastikan ruang dashboard dilengkap dengan data
untuk makluman semua.
4.3 APDM (e-Kehadiran)
Kunci masuk data kehadiran ke APDM setiap hari. Oleh itu semua guru kelas perlu kemaskini
APDM setiap harii dan dipantau setiap hari, minggu dan hujung bulan oleh PK HEM.
4.4 Buku Log Kehadiran
Kehadiran taklimat/mesyuarat/perjumpaan dapat dilihat penglibatan dan tindakan bagi tugasan
setiap ahli. Buku log dijadikan sebagai evidens setiap tindakan.
4.5 Sistem SSDM
Setiap tindakan surat amaran pertama/kedua/ketiga dan buang mesti menggunakan format yang
telah ditetapkan dalam SSDM. Oleh itu, guru kelas perlu segera bagi setiap tindakan untuk
mengeluarkan surat berkaitan apabila telah cukup tempoh mengikut SOP.
4.6 Morning Review
Mengikut keperluan pengetua akan mengingatkan tindakan bagi setiap guru kelas mengenai urusan
kedatangan murid semasa perjumpaan dengan semua guru selepas perhimpunan rasmi supaya
tindakan segera diambil.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 137
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
4.7 Laporan Kedudukan Semasa
Laporan pencapaian peratusan kehadiran dan ranking setiap bulan dimaklumkan pada minggu
pertama setiap bulan di perhimpunan
Kesemua pendekatan pengawalan di atas telah dilaksanakan mengikut ketetapan dan sedikit
keanjalan masa yang disesuaikan kerana kekangan dengan tugasan di luar kawalan atau ad hoc.
5.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Kejayaan projek `SinAR` untuk menangani isu peratus kehadiran ke sekolah rendah dinilai
bersandarkan kepada beberapa indikator yang telah dianalisis. Pelaksanaan projek SinAR dalam
berapa fasa mengikut inisiatif yang ditetapkan di SMKWs telah menunjukkan impak positif di
mana peratus kehadiran telah meningkat.
5.1 Kehadiran Mengikut Bulan
Impak daripada insiatif Projek `SInAR` dengan memberi penekanan sahsiah, penampilan D`SeGaK
dan Quick Win, menunjukkan ada peningkatan kehadiran bulanan berbanding dengan tahun 2018.
Jadual 4 menunjukkan terdapat peratusan peningkatan bagi enam bulan iaitu sebanyak 2.84%
(Mac), 5.38% (Mei), 3.91% (Jun), 6.09% (Julai), 2.04% (Ogos) dan 0.67% (September).
Dapatan juga merekodkan pencapaian terbaik dalam bulan Julai iaitu 83.44% berbanding tahun-
tahun sebelumnya walaupun bulan puasa
Jadual 13.3: Perbandingan peratus purata kehadiran bulanan dan tahunan 2015-2019
BULAN/TAHUN 2015 2016 2017 2018 2019
JAN 97.99 83.75 91.48 93.18 90.85
FEB 77.12 80.08 80.85 84.34 84.28
MAC 81.6 81.11 80.75 81.41 84.25
APR 78.15 75.70 79.35 82.72 81.21
MEI 79.76 75.57 82.45 77.53 82.91
JUN 80.88 75.7 70.03 76.70 80.61
JUL 71.04 70.80 79.29 77.35 83.44
OGOS 77.26 73.81 83.01 79.18 81.22
SEPT 79.35 70.94 82.42 81.78 82.45
OKT 62.64 70.74 81.09 78.94 78.93
NOV 45.93 68.65 69.60 77.04 71.55
JUMLAH 831.72 826.85 880.32 890.17 901.7
% PURATA 75.61 75.16 80.02 80.92 81.97
Peningkatan peratus kehadiran
Keseluruhan peratus purata bagi tahun 2019 meningkat sebanyak 1.05% berbanding tahun 2018.
Walau bagaimanapun belum mencapai KPI 2019 iaitu 85%.
138 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
5.2 Kehadiran Mengikut Kelas
Analisis dapatan bagi kehadiran mengikut kelas secara peratus purata menunjukkan 10 daripada 17
kelas melebihi TOV 2018 iaitu 80.92% (Jadual 5). Manakala peratus mencapai dan melebihi KPI
85% bagi tahun 2019 adalah sebanyak sembilan kelas (52.94%). Peningkatan ini menunjukkan
bahawa insiatif yang dilaksanakan mempunyai kesan positif. Manakala bagi kelas tingkatan tiga
terdapat penurunan peratus kehadiran kerana pada bulan Oktober dan November selepas tamat PT3,
program pasca PT3 kurang berjaya memenangi hati murid tingkatan tiga untuk hadir melibatkan
diri mereka sepenuhnya merupakan salah satu faktor penolak.h
Jadual 13.4: Perbandingan peratus kehadiran kelas tahun 2018 dan 2019
Kelas 2018 (%) 2019 (%)
Earth 85.73 85.00
1 Mars 85.65 86.03
1 Mecury 80.56 86.57
1 Venus 83.18 82.86
2 Mars 92.95 -
2 Mercury 84.01 80.92
2 Venus 71.69 74.17
3 Mars 90.21 76.81
3 Mercury 87.73 87.41
3 Venus 58.70 75.12
4 Jupiter 72.01 74.10
4 Neptune 72.70 75.97
4 Pluto 93.45 93.30
4 Uranus 75.22 91.08
5 Jupiter 74.10 75.95
5 Neptune 68.43 88.07
5 Pluto 92.51 93.21
5 Uranus 75.11 85.87
5.3 Kehadiran Bagi Murid Sasaran (Menengah Atas)
Carta Bar 1 menunjukkan lima murid menengah atas tingkatan 5 yang menjadi sasaran berfokus
dalam SUDi untuk membina harga diri hadir ke sekolah supaya bersedia menduduki SPM bagi
tempoh tiga bulan (Julai – September). Kelima-lima telah menunjukkan peningkatan kehadiran
yang sangat ketara iaitu Muhammad Aiffin 69.5%, Dineshkaran 35%, Navin Kumar 22% 66.7%
dan Deva Kumaar 21.2%. sementara Mohamad Farhan ada sedikt perubahan iaitu 3.8% pada
bulan September berbanding dengan Ogos. Indikator di atas membuktikan bahawa inisiatif SUDi
juga turut memberi kesan yang baik.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 139
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
Rajah 13.1: Peratus kehadiran murid berfokus Tingkatan 5
5.4 Program Sahsiah
Rajah 13.2: Bilangan murid memakai songkok mengikut tingkatan
Pelaksanaan beberapa inisiatif sahsiah telah dapat melahirkan sekumpulan murid yang menampilkan
pemakaian songkok (Carta Bar 2). Selain itu terdapat lapan tokoh D`SeGak dan 10 ikon Amalan
Terpuji SSDM 2.0. D`Segak telah melahirkan beberapa kumpulan murid khusus menengah rendah
untuk memakai songkok secara sukarela berbanding menegah atas iaitu 18 murid T1, 13 murid T2
dan 11 murid T3. Jumlah keseluruhan yang memakai songkok walau pun tidak konsisten adalah
57 daripada 146 murid beragama Islam (2019) iaitu 39.04% melebih sasaran 25%. Ini menujukkan
murid sedia menerima perubahan sekiranya diberi ruang dan peluang serta sokongan moral mahu
pun kewangan. Selain itu Unit HEM juga telah memilih ikon murid Amalan Terpuji SSDM2.0
bagi setiap bulan sebagai satu penghargaan dan pengiktiran untuk membina sahsiah. Manakala
140 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
bagi aktiviti SUMur pula telah berjaya menghabiskan 11 modul yang ditetapkan sepanjang tahun.
5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP
Projek `SInAR`telah dilaksanakan dengan jayanya bermula Januari sehingga November 2019
dengan melibatkan beberapa inisiatif/intervensi sebagai pelengkap dalam usaha menangani isu
kehadiran rendah bagi murid-murid SMK Westlands.
Berdasarkan data yang diperoleh telah menunjukkan ada peningkatan peratus kehadiran
murid tetapi masih belum mencapai KPI 85% yang ditetapkan. Oleh itu, satu postmortem perlu
dijalankan untuk membuat penambahbaikan pada tahun seterusnya. Berpandukan sistem APDM
KPM yang memaparkan kedudukan sebenar status kehadiran murid setiap hari dapat membantu
tindakan segera yang perlu diambil bagi setiap pihak berkaitan (murid guru, ibu bapa dan komuniti/
PPD/JPN) juga boleh diambilkira. Kerjasama guru-guru kelas agar sentiasa peka dan prihatin
terhadap kepentingan kehadiran murid-murid ke sekolah perlu diberi penekanan dan tindakan
segera supaya dapat dielakkan murid dikenakan tindakan buang. Selain itu, PdPc perlulah lebih
menarik yang berkonsepkan PAK 21 dengan melibatkan sepenuhnya murid.
Pandangan dan harapan saya bahawa Pogram ProPeKS ini amat membantu pentadbir
sekolah dalam menguruskan sesuatu isu dengan sistematik. Beberapa penambahbaikan boleh
dilakukan seperti bimbingan yang lebih kerap sama ada bersemuka atau atas talian serta banyakkan
perkongsian idea. Manakala pihak JPN perlu membina satu taskforce/think tank yang dapat
membantu dan bukan sekadar memantau dan mendengar taklimat daripada peserta semata-mata
dan memberi ulasan.
6.0 RUJUKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6./1995: Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah 5 September
1995
https://www.youtube.com/watch?v=_3A8hX2CcsM
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ponteng
http://www.westonfavellacademy.org/page/?title=Attendance&pid=70
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 141
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
LAMPIRAN 13-1
142 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
LAMPIRAN 13-2
Jadual 13.5: Carta Gantt Projek `SinAR`
BULAN
BIL AKTIVITI NOV
OKT
SEPT
OGOS
JUL
JUN
MEI
APR
MAC
FEB
JAN
1. Analisis Persekitaran
a. Semakan data
b. Perbincangan/pemerhatian
2 Pembentukan JK
a. Mesyuarat MPT
b. Mesyuarat/Perjumpaan Guru
c. Mesyuarat PIBG
3 Pemerkasaan Guru Kelas
a. TaklimatAPDM
b. Dialog Prestasi
c. KPI Guru Kelas
4 Carrot n Stick
a. Kuiz / Quick Win
b. Clearance Stock
c. Big Win – Cash/Cert
5 Program Sahsiah
a. D`SeGaK
b. Ikon SSDM 2.0
c. SUMur
6 Zooming
a. Briefing/Questionarie
b. SUDi
c. Kaunseling
7 Dashboard
a. Kehadiran Kelas Bulan/Tahun
b. BSSDM/APDM
8 Penilaian dan Post Mortem
a. Analisis Dashboard
b. Analisis Maklumat
9 Dokumentasi
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 143
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
LAMPIRAN 13-3
SOAL SELIDIK KAJIAN KES PONTENG SIRI 1-2 /2019
Tandakan [] pada ruang yang disediakan. Anda boleh menanda lebih daripada satu bagi setiap
ruang.
FAKTOR BIL PERNYATAAN TANDA []
KELUARGA
DIRI SENDIRI 1 Bapa Tidak Hantar Ke Sekolah - tiada duit
SEKOLAH
2 Bapa Tidak Hantar Ke Sekolah - tiada kenderaan
RAKAN
LAIN-LAIN 3 Bapa Tidak Hantar Ke Sekolah - kerja malam
4 Miskin (tiada duit/tiada sarapan)
5 Ibu Bapa Berpisah
6 Kurang Mendapat Perhatian Di Rumah
7 Ibu bapa tidak kisah saya hadir ke sekolah
8 Saya Bekerja
9 Tidak Berminat
10 Lewat Bangun / Malas bangun
11 Saya Selalu Sakit
12 Saya Tidak Faham dan Tidak Dapat Mengikuti
Pelajaran di Sekolah
13 Tidak minat/suka dengan sesetengah guru di sekolah
14 Peraturan Sekolah Ketat. - Sering didenda
15 Kaedah Pembelajaran Membosankan - tiada faktor menarik
16 Kerja rumah banyak
17 Tidak Hadir Rabu - Tiada Uniform
18 Sekolah habis lewat (nak balik awal 2.00ptg)
19 Sekolah tidak ceria atau menarik
20 Guru Tidak/Mahu mengajar -tiada perhatian daripada guru
21 Pengaruh Rakan Sebaya
22 Tiada rakan di sekolah
23 Saya ada masalah dengan rakan di sekolah
24 Saya ada masalah cinta
25 Saya dibuli oleh rakan-rakan
25 Jarak rumah dari sekolah sangat jauh
26 Cuaca (Seperti Hujan) dan panas
27 Saya tidak dipedulikan di sekolah
28 Tidak suka ke sekolah pada hari ganti
144 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (CAKNA AKHLAK DAN AKADEMIK)
ROSLAN BIN YUSOF, PhD.
Pengetua, SMK Hutching, Georgetown
[email protected]
NOOR HASHIMAH BINTI HASHIM, Ph.D
Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara
[email protected]
ROLAND @ ROZAIDI BIN ABU HASSAN,
SIP+ PPD Timur Laut Penang
ABSTRAK
Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) adalah selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah anjakan ke-5 yang telah menggariskan
salah satu tranformasi utama sistem pendidikan, iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah. Program ini menempatkan PGB Berprestasi Tinggi di Sekolah
Berprestasi Rendah dan dibimbing oleh SIPartner+, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pensyarah Institut Aminuddin Baki dalam misi melonjakkan
prestasi Sekolah Berprestasi Rendah. Sampel diambil daripada Sekolah Berprestasi Rendah iaitu
SMK Hutchings yang mempunyai enrolmen murid yang kecil iaitu 171 orang pada tahun 2019.
Sekolah ini dipilih oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri
untuk mengambil bahagian dalam ProPeKS yang akan dijalankan selama tiga tahun dari 2019
hingga 2021.Pelaksanaan program ini adalah untuk melihat satu perubahan yang signifikan dalam
pencapaian akademik dan sahsiah murid SMK Hutchings melalui Program Budaya Cakna Peneraju
Hutchings yang akan diterjemahkan melalui aktiviti yang berimpak tinggi ke arah Kecemerlangan
Akhlak dan Akademik Murid SMK Hutchings. Hasil ProPeKS menunjukkan terdapat perubahan
dari segi akademik dan kehadiran murid dalam kalangan murid SMk Hutchings pada tahun 2019.
Peratus lulus BM dan Sejarah sekolah diukur daripada Peperiksaan Percubaaan SPM telah
melonjak daripada 72.97 masing-masing pada tahun 2018 kepada 84.62 dan 87.50 pada tahun
2019. Peratus kehadiran 7 daripada 11 kelas juga menunjukkan peningkatan lebih daripada nilai
TOV iaitu 82.90%.
Kata kunci: pencapaian akademik, sahsiah murid, nilai kasih sayang
1.0 PENGENALAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Hutchings merupakan sebuah sekolah yang mempunyai enrolmen
yang kecil iaitu terdiri daripada 171 orang murid pada awal tahun 2019. Kepimpinan sekolah
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 145
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
ini diterajui oleh Dr. Roslan bin Yusof yang memikul tanggungjawab sebagai pengetua di SMK
Hutchings pada bulan Julai 2017 apabila beliau menerima kenaikan pangkat sebagai pengetua
daripada jawatan Penolong Kanan Pentadbiran. Kehadiran beliau di SMK Hutchings adalah
untuk bersama-sama membantu sekolah yang berada di band 6 ini supaya meningkat ke Band 5.
Sebenarnya tugas yang diamanahkan kepada Dr. Roslan memang berat memandangkan prestasi
akademik dan motivasai murid-murid sekolah ini agak rendah. Hal ini menjadi hambatan yang
besar untuk mengeluarkan sekolah ini daripada Band 6. Namun begitu, hasil pemantauan dan
penganalisisan oleh pengetua, beliau akhirnya telah mengenal pasti permasalahan dan merancang
pelan strategik untuk mengatasinya.
Pada peringkat awal Dr. Roslan menyandang jawatan pengetua di sekolah ini, prestasi
sekolah yang diukur dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) bagi peperiksaan SPM dan peratus
layak dapat sijil juga rendah. GPS sekolah bagi tahun 2018 ialah 7.42 berbanding dengan GPS
pada tahun 2017 ialah 7.16. Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS)
yang bermula pada tahun 2019 telah membuka satu lembaran baru bagi SMK Hutchings kerana
Dr. Roslan bin Yusof telah diberikan satu mandat apabila dianugerahkan pengetua Berprestasi
Cemerlang pada tahun 2018. Sebagai langkah permulaan, semua pendidik yang berkhidmat di
sekolah ini telah duduk bersama-sama dan memerah otak serta melahirkan idea-idea yang bernas
untuk mengeluarkan sekolah dari kepompong prestasi yang rendah. Dalam tempoh masa sembilan
bulan, pelaksanaan ProPeKS telah menyaksikan satu kemajuan yang posiitf walaupun tidak begitu
ketara.
Secara umumnya, tahap motivasi murid dalam pelajaran di sekolah ini rendah kerana
kehadiran murid dan pelibatan mereka dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum berada pada
tahap yang rendah juga. Pada tahun 2017, peratus kehadiran empat tingkatan daripada keseluruhan
adalah kurang daripada 82%. Walau bagaimanapun, hasil Program Akhlak Terpuji yang
diperkenalkan oleh Dr. Roslan, kehadiran pada tahun 2018 menunjukkan sedikit peningkatan iaitu
tiga daripada empat tingkatan yang menghadapi masalah kehadiran itu mencatatkan kehadiran
lebih daripada 84%.
Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah pasti akan membawa satu harapan baru
kepada SMK Hutchings yang dikategorikan sebagai Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) yang
bermaksud sekolah yang berada pada band 6 dan 7 berasaskan pengukuran Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPMg2) dan Gred Purata Sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2018). Pelabelan SBR harus diubah dengan melonjakkan prestasi sekolah supaya keluar dari Band
6 NKRA. Falsafah Dr. Roslan bin Yusof iaitu Budaya Cakna Ke Arah Kecemerlangan Akhlak
Dan Akademik Murid SMK Hutchings sentiasa dijadikan landasan kepada pelaksanaan ProPeKS.
Di samping itu, beliau juga berpegang kuat kepada prinsip-prinsip berikut untuk memantapkan
pelaksanaan ProPeKS iaitu:
a) Cakna agama
b) Cakna ibu bapa
c) Cakna kebajikan guru
d) Cakna kemenjadian murid
e) Cakna S4M2B ( Senyum, Salam, Sayang, Sabar, Maaf, Berilmu dan Beramal)
146 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Masalah utama yang dihadapi oleh SMK Hutchings ialah murid-murid kurang berminat dalam
aktiviti pembelajaran. Natijahnya, keputusan SPM iaitu GPS 7.42 pada tahun 2018, tidak
memberangsangkan lalu meletakkan sekolah di Band 6. Peratus murid yang layak mendapat sijil
SPM iaitu murid-murid yang lulus mata pelajaran teras Bahasa Melayu dan Sejarah adalah rendah.
Murid yang layak mendapat sijil SPM pada tahun 2016 ialah 55.56%, pada tahun 2017 ialah
62.96% dan pada tahun 2018 ialah 70.27%. Walaupun terdapat peningkatan dalam peratus murid
yang layak mendapat sijil SPM tetapi pencapaian tersebut masih rendah memandangkan murid
mempelajari Bahasa Melayu sejak di sekolah rendah lagi, lagi pun bahasa Melayu merupakan
bahasa pengantar dan juga bahasa kebangsaan negara kita.
Begitu juga dengan mata pelajaran Sejarah yang merangkumi tajuk-tajuk penting tentang
sejarah Malaysia dan negara-negara lain di dunia. Faktor kegagalan murid dalam peperiksaan SPM
ialah kegagalan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Pencapaian mata pelajaran
Bahasa Melayu dalam SPM pada tahun 2018 menunjukkan penurunan kerana catatan Gred
Purata Mata Pelajaran (GPMP) ialah 7.51 jika dibandingkan dengan tahun 2017, GPMP Bahasa
Melayu ialah 6.56. Mata pelajaran Sejarah juga merosot kerana pada tahun 2018, GPMP ialah 7.46
sedangkan pada tahun 2017 catatan GPMP ialah 7.06.
Isu kedua yang menjadi fokus dalam ProPeKS ialah masalah ketidakhadiran murid ke
sekolah. Purata kehadiran pada tahun 2017 hanya 78.24% dan pada tahun 2018 ialah 82.90% sahaja.
Masalah ketidakhadiran ini berlaku disebabkan murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab
yang kukuh. Terdapat juga segelintir murid yang tidak hadir ke sekolah kerana bekerja sambilan
atau membantu ibu bapa mereka menjaja. Kehadiran yang rendah lebih ketara dalam kalangan
murid-murid dari kelas yang berpencapaian akademik yang rendah juga. Contohnya, pada tahun
2017, kehadiran kelas 3 Arif ialah 55.00% manakala kelas 4 Innovative ialah 62.06% sahaja. Pada
tahun 2018 pula, kedua-dua kelas ini masih mencatatkan kehadiran yang paling rendah iaitu kelas
3A ialah 75.74% dan kelas 4 Innovative ialah 71.85%.
Akibat masalah-masalah ini, guru-guru menghadapi kesukaran menjalankan aktiviti
pembelajaran dan kokurikulum secara berkesan. Guru-guru juga menghadapi masalah disiplin
murid yang berpunca daripada murid-murid yang tidak mengamalkan tingkah laku yang berakhlak
mulia. Kesalahan-kesalahan yang ringan adalah seperti lewat datang ke sekolah dan tidak
berpakaian kemas, justeru bilangan salah laku murid bagi tahun 2018 adalah sebanyak 19 kes.
Walaupun bilangan ini kecil tetapi mencatatkan 11% daripada enrolmen murid iaitu 171 orang.
Masalah-masalah ini telah menyebabkan guru-guru di sekolah ini tidak bersemangat dan kurang
mengamalkan budaya kerja berpasukan. Buktinya, skor Standard 4 SKPMg2 pada tahun 2018
hanya 83.48 sahaja. Tambahan pula guru yang mencapai mata kredit dalam bidang pengurusan
sumber manusia ialah 3.33% sahaja dan angka ini sememangnya sangat rendah.
Masalah-masalah lain yang menjadi penyumbang kepada isu pencapaian akademik dan
kehadiran ialah kekurangan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi termasuk komputer
dan LCD. Komputer notebook yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang
disimpan di Makmal Komputer kebanyakannya telah rosak. Bilik darjah pula tidak ceria dan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 147
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
catnya sudah pudar serta pintu bilik darjah sudah rosak. Tandas yang rosak dan kurang selesa,
ketiadaan sebuah padang untuk melatih mereka dalam bidang sukan terutamanya bidang olahraga
dan bola sepak. Peralatan sukan seperti raket badminton dan bola tidak mencukupi. Ibu bapa juga
kurang memberikan sokongan dan tidak begitu mengambil berat tentang pembelajaran anak-anak
mereka. Perkara ini ternyata apabila peratus kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung pada tahun
2019 ini hanya mencapai 24.55% sahaja.
Oleh yang demikian, bagi meningkatkan pencapaian sekolah dan melahirkan murid-
murid yang bersahsiah tinggi, pengetua bersama-sama Ahli Jawatankuasa ProPeKS SMK
Hutchings telah membuat suatu perancangan yang strategik untuk mengatasi masalah atau isu di
SMK Hutchings.
3.0 PELAKSANAAN P-O-L-C
Bagi menjayakan ProPeKS di SMK Hutchings, langkah-langkah yang bijak dan rapi telah
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan menggunakan konsep Planning, Organizing,
Leading dan Controlling (P-O-L-C) yang menjadi panduan kepada setiap pengurus atau pentadbir
yang mengetuai sesebuah organisasi seperti sekolah.
3.1. Planning ( Merancang)
Bagi memastikan pelaksanaan ProPeKS berjalan dengan lancar, kolaboratif antara pentadbir dan
guru-guru SMK Hutchings untuk menghasilkan satu perancangan strategik dan pelan taktikal
yang memfokuskan dua strategi utama iaitu meningkatkan pencapaian iaitu dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Sejarah dan peratus kehadiran murid telah diwujudkan. Dalam mencapai
objektif tersebut, pengetua telah melaksanakan beberapa perancangan. Antaranya ialah;
i. Menentukan visi, misi dan moto
ii. Menetapkan matlamat dan objektif
iii. Menyusun strategi
Bagi mencapai matlamat melonjakkan kecemerlangan akademik dan pembentukan akhlak terpuji,
pihak sekolah merangka dua strategi utama iaitu meningkatkan prestasi akademik dan kehadiran
murid-murid SMK Hutchings. Pelbagai aktiviti telah dirancang di bawah Program Budaya Cakna
Peneraju Hutchings.
iv. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat.
Antara perancangan yang dibuat ialah:
e) Pemetaan 3 Tahun (LAMPIRAN 14-1).
f) Pelan Tindakan / Taktikal (LAMPIRAN 14-2).
3.2. Organising (Mengurus)
Beberapa langkah telah diambil oleh pengetua untuk menguruskan sumber manusia dan kewangan
mengikut kerangka P-O-L- C iaitu:
148 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
i. Merangka Struktur Organisasi
ii. Pengagihan Peruntukan Sumber
iii. Reka Bentuk Kerja
iv. Pelaksanaan
Antara program intervensi yang dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sejarah
untuk meningkatkan pencapaian akademik adalah seperti berikut;
a) Anak Bestari ( Murid Cemerlang-BM)
b) Jantung Hati (Murid Sederhana-BM)
c) Marilah Sayang (Murid Lemah-BM)
d) Imbasan 2018 (Murid Cemerlang-Sejarah)
e) Old is Gold (Murid Galus-Sejarah)
Aktiviti-aktiviti untuk memantapkan sahsiah murid ke arah melahirkan murid yang berakhlak
cemerlang telah dilaksanakan secara kolaboratif oleh Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kokurikulum
dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Beberapa aktiviti yang diharapkan mampu menarik minat
murid untuk hadir ke sekolah dan melibatkan diri dalam proses pengajaran secara berkesan adalah
seperti berikut:
a) Kelas Berwatak Kasih Sayang (HEM)
b) Guru Penyayang (Unit Bimbingan dan Kaunseling)
c) Sentuhan Jiwa (Unit Kurikulum)
d) Ada Yang Peduli (Unit HEM)
e) Ziarah Cakna (Unit HEM)
f) Cergas dan Cerdas (Unit Kokurikulum)
3.3. Leading (Kepimpinan)
Secara amnya kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap
dan tingkah laku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai
matlamat organisasi. Gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh pengetua dalam mencapai matlamat
ProPeKS merupakan kombinasi antara gaya kepimpinan Islam, transformasional dan demokratik.
Beliau percaya bahawa dengan berpegang pada konsep pemupukan budaya cakna yang meletakkan
kasih sayang sebagai nilai yang tonggak dalam kalangan warga sekolah terutama dalam kalangan
guru akan melahirkan murid-murid yang berakhlak terpuji dan cemerlang dalam akademik.
Pengetua juga selalu memberikan peluang kepada guru-guru untuk meluahkan pendapat
dan idea berkaitan dengan ProPeKS supaya perasaan kekitaan wujud dalam kalangan guru. Maklum
balas dan pendapat guru-guru amat penting untuk penambahbaikan aktiviti-aktiviti Program
Budaya Cakna Peneraju Hutchings. Corak kepimpinan pengetua yang menghargai daya usaha
guru-guru yang merancang, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti tersebut menjadi pendorong
kepada mereka untuk terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada kemajuan sekolah.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 149
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
3.4. Controlling (Kawalan)
Bagi membentuk dan membangunkan organisasi yang semakin berkembang dan kompleks
memerlukan penyelarasan dan kawalan menguruskannya. Oleh itu, kemahiran mengawal adalah
perlu bagi mempengaruhi sumber manusia untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama dan
mewujudkan keadaan untuk tindak balas secara kolektif.
Sebagai seorang pemimpin, pengetua mengkoordinasi sumber tenaga dalam organisasi
dengan cemerlang bagi mendapat hasil yang terbaik. Kemahiran menyusun atur sesuatu organisasi
dengan cara yang harmoni dan berhemah meletakkan beliau sebagai pemimpin dihormati serta
dijadikan teladan oleh guru-guru di bawah pentadbirannya.
Bagi memastikan pencapaian KPI yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan, pengetua telah
mengimplimentasikan beberapa kaedah kawalan yang membawa kejayaan dalam ProPeKS seperti
melalui Penyemakan Buku Rekod Mengajar, Pencerapan, Dialog Prestasi, Mesyuarat Kurikulum
dan Mesyuarat Guru, Taklimat, Penyemakan Buku Latihan, Kawalan e-Hadir Murid, Perbincangan
Dari Hati Ke Hati, Buku Pemantauan Kawalan Pelajar, Buku Pemantauan Pengurusan dan Sesi
Refleksi Bersama Guru.
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Penilaian dan impak diukur berdasarkan kepada dua elemen iaitu akademik dan kehadiran murid.
4.1. Penilaian dan Impak terhadap Akademik
Dari segi akademik, peningkatan diukur dalam kalangan murid tingkatan 5 memandangkan
keputusan SPM dijadikan penentu kepada Gred Purata Sekolah. Keputusan Peperiksaan Percubaan
(PPC) SPM 2019 telah memperlihatkan satu peningkatan dalam peratus kelulusan untuk mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Bahasa Melayu mencatatkan GPMP sebanyak 5.19
berbanding dengan pencapaian GPMP dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) iaitu 6.81.
Peratus murid yang lulus BM juga meningkat kepada 84.62 % daripada 53.85 % iaitu peningkatan
sebanyak 30.77 %. Mata pelajaran Sejarah juga menunjukkan peningkatan yang cemerlang. GPMP
dalam PPT ialah 6.91 manakala GPMP PPC SPM ialah 5.17. Peratus kelulusan Sejarah juga
melonjak daripada 41.18% kepada 87.50%. Murid yang mendapat Gred A dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu adalah sebanyak 7 orang. Dalam mata pelajaran Sejarah murid yang mendapat
gred A ialah 5 orang. Pencapaian ini merupakan satu peningkatan yang baik kerana markah TOV
menunjukkan hanya 2 orang murid mendapat A dalam Bahasa Melayu. Data pencapaian murid
tingkatan 5 tahun 2019 ditunjukkan dalam LAMPIRAN 14-3).
Sebenarnya, dua daripada tiga objektif yang ditetapkan dalam pencapaian murid-murid
SPM iaitu 79% murid lulus SPM dan layak mendapat sijil dalam peperiksaan SPM pada tahun
2021 dan GPS 6.50 dalam peperiksaan SPM pada tahun 2021 telah dicapai dalam Peperiksaan
Percubaan SPM 2019 ini iaitu masing-masing 84.62 % dan 87.50 % murid telah lulus mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah berbanding dengan sasaran yang ditetapkan untuk tahun
2019 ialah 75% sahaja.
150 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
4.2 Penilaian Dan Impak Data
Impak daripada intervensi-intervensi sahsiah yang dilaksanakan bagi membudayakan kecaknaan
dalam kalangan murid-murid dengan memupuk nilai kasih sayang terhadap diri sendiri dan
sekolah, kehadiran murid ke sekolah meningkat. Peningkatan ini sangat ketara dalam kalangan
murid menengah rendah. Jadual 14.1 di bawah menunjukkan data kehadiran bagi setiap tingkatan
bagi tahun 2017 hingga tahun 2019.
Jadual 14.1: Peratus Kehadiran Kelas Mengikut Tahun 2017, 2018 dan 2019
Kelas 2017 2018 2019
(%) (%) (%)
Peralihan Bestari 76.38 92.19 86.55
1 Arif 82.65 88.47 85.34
1 Bestari 87.61 92.97 86.45
2 Arif 75.17 82.52 86.80
2 Bestari 88.70 88.03 93.62
3 Arif 55.03 75.74 74.92
3 Bestari 78.66 86.38 87.16
4 Quantum 89.62 80.34
4.Corporate 77.65 71.88 -
4 Innovative 62.06 74.97 79.32
5 Corporate 83.41 91.48 69.76
5 Innovative 66.42 67.94 85.59
63.11
Apabila dihantar ke SMK Hutchings sebagai pengetua pada tahun 2017, peratus
kehadiran beberapa tingkatan agak rendah tetapi telah memperlihatkan kenaikan yang baik pada
tahun 2019. Peningkatan yang paling signifikan ialah kelas 3A mencatatkan kehadiran sebanyak
55.03% sahaja pada tahun 2017 tetapi telah meningkat kepada 74.92% pada tahun 2019 dengan
peningkatannya sebanyak 19.89%. Kehadiran 2A telah meningkat daripada 75.17% pada tahun
2017 kepada 86.80% pada tahun 2019 iaitu sebanyak 11.63%. kedua-dua kelas ini juga telah
memenangi Pertandingan Kelas Berwatak Kasih Sayang 2019. Sebuah kelas lagi yang menunjukkan
peningkatan ialah 4 Innovative iaitu sebanyak 62.06% pada tahun 2017 kepada 69.76% pada tahun
2019. Peningkatan ketiga-tiga kelas ini sangat bermakna kepada pihak sekolah kerana kelas-kelas
biasanya terdiri daripada murid-murid yang lemah dari segi akademik dan juga bermotivasi rendah
serta mempunyai peratus ketidakhadiran yang sangat tinggi.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 151
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
Kehadiran bagi tahun 2019 yang ditinjau selepas aktiviti Kelas Berwatak Kasih Sayang
dijalankan, kelas-kelas tertentu seperti 2 Arif, 2 Bestari, 3 Arif, 3 Bestari, 4 Corporate, 4 Innovative
dan 5 Corporate telah mencatatkan peningkatan. Berdasarkan Jadual 1, tiga kelas yang mencatatkan
peningkatan kehadiran yang paling ketara ialah kelas 4 Corporate yang meningkat daripada 75.70%
pada bulan Jun kepada 89.73% pada bulan September iaitu peningkatan sebanyak 14.03%. Kelas
5 Innovative juga menunjukkan kenaikan iaitu daripada 55.74% pada bulan Jun kepada 68.75%
pada bulan September yang mencatatkan perbezaan sebanyak 13.01%. Kelas 4 Innovative juga
mencatatkan peningkatan sebanyak 9.25% iaitu pada bulan Jun, kehadirannya ialah 70.13% tetapi
pada bulan September, kehadirannya ialah 79.38% .
5.0. RUMUSAN DAN PENUTUP
Gaya kepemimpinan menjadi jentera yang menggerakkan pentadbiran sesebuah sekolah. Jatuh
bangun sesebuah sekolah bergantung kepada kepimpinan pengetua sekolah tersebut. Matlamat
sekolah yang dimanifestasikan dalam Perancangan Strategik hanya akan tercapai dengan kecekapan
pengetua mentadbir sekolah untuk melonjakkan kecemerlangan sekolahnya. Selaras dengan itu,
adalah amat penting bagi warga sekolah tersebut untuk menghayati satu budaya yang menjadi serasi
dan diamalkan secara kolektif. Menyedari hal ini, pengetua SMK Hutchings, telah memilih budaya
yang berteraskan nilai kasih sayang iaitu Budaya Cakna Peneraju Hutchings yang dijadikan senjata
untuk mencapai segala sasaran yang ditentukan dalam ProPeKS ini. Dengan berlandaskan budaya
tersebut, pengetua telah menentukan hala tuju organisasi dengan jelas kepada warga sekolah untuk
menonjolkan dan mengembangkan potensi diri dalam lapangan intelek, kokurikulum dan sahsiah.
Persefahaman semua warga dalam semua aktiviti, keputusan dan pendekatan
musyawarah serta hubungan baik dengan pelbagai pihak luar, antaranya pensyarah pembimbing
dari IAB, pegawai - pegawai JPN Pulau Pinang, PPD, PIBG, Alumni serta warga SMK Hutchings
telah memberikan sumbangan secara langsung serta tidak langsung dalam meletakkan kepimpinan
Tn.Roslan bin Yusof sebagai pengetua Berpretasi Cemerlang untuk merealisasikan matlamat
ProPeKS yang bertemakan Budaya Cakna Ke Arah Kecemerlangan Akhlak Dan Akademik Murid
SMK Hutchings.
6.0 RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2017), Surat Siaran Perlaksanaan Program PIMAS
KPM.600-14/1/60 Jld.6(80) bertarikh 12 September 2017.
Mohd Salleh Bin Mahat (2004), Jurnal Penyelidikan MPBL, Jld.5, 2004, Perkongsian Dalam
Pendidikan – Fokus Di Sekolah.
152 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Jadual 14.2: Pemetaan 3 Tahun (2019-2021)
9 BIDANG TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3
SKKSM 2019 2020 2021
Tahun1: 2 bidang KPI TOV SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN
PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR
Tahun 2: 5 bidang
(Percubaan SPM)
Tahun 3: 9 bidang
KURIKULUM 1, Peratus lulus BM 72.97 % 75 % 84.62 % 77 % 79 %
2. Peratus lulus Sejarah 72.97 % 75 % 87.50 % 77 % 79 %
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)1.Peningkatan GPMP BM 7.516.275.196.26.1
LAMPIRAN 14-12.Peningkatan GPMP7.46 6.395.176.26.1
Sejarah
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 153
HEM Peratus Kehadiran 82.90 % 85 % 7 / 11 kelas 86 % 87 %
melebihi 85 %
154 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang Jadual 14.3: Pelan Tindakan / Taktikal Sekolah 2019 CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
Bil Bidang/Fokus Program/ Aktiviti Sasaran Mula Tamat Penyelaras Catatan
Projek November
November PK Pentadbiran
1 Peningkatan Program Anak Bimbingan Individu dan Murid Cemerlang Januari September Guru Kanan Bidang
GPMP
Bestari Secara Kumpulan November PK Pentadbiran
Guru Kanan Bidang
Program Minda Bimbingan Individu dan Murid Baik Januari November
Oktober Ketua Panitia
Cerdas Secara Kumpulan Oktober
Oktober Guru Kanan
Program Teknik Menjawab Murid Baik dan Jun November Ketua Panitia
Teleskop November
Soalan Peperiksaan dan Cemerlang Guru Kanan
Ketua Panitia
Soalan KBAT Pengetua, PK,
2 Peningkatan Program Bimbingan Secara Murid Sederhana Februari Kaunselor
Individu dan Lemah PK Pentadbiran,
Peratus Lulus Menggilap
Kaunselor
BM dan Sejarah Bintang AJK 3K, Setiausaha
Program Jati Diri Persembahan dalam Murid Sederhana Februari PIBG
Perhimpunan dan Kuiz dan Lemah PKHEM , Guru Kelas
3 Meningkatkan Guru Penyayang Menyambut Murid di Semua murid Januari PK HEM
Kehadiran Murid Pintu Pagar
Sentuhan Jiwa Memberikan Sarapan Semua murid Jun
Pagi
Kelas Berwatak Menceriakan Kelas Semua murid Jun
Kasih Sayang
LAMPIRAN 14-2
Ziarah Cakna Lawatan ke Rumah Murid yang tidak Februari
hadir tanpa sebab
Ada Yang Peduli Merekodkan kelewatan Murid yang lewat Februari
ke sekolah dan dihantar
kepada kaunselor
Analisis Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2019
Bil MP A+ A A- B+ B C+ C D E G
Lulus
GPMP
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 BM 1 3.85 1 3.85 5 19.23 3 11.54 1 3.85 1 3.85 3 11.54 0 0 7 26.92 4 15.38 22 84.62 5.19
2 BI 0 0 2 8 2 8 1 4 2 8 1 4 4 16 1 4 1 4 11 44 14 56 6.4
3 PI 0 0 0 0 0 0 0 0 3 25 0 0 2 16.67 0 0 2 16.67 5 41.67 7 58.33 7.08
4 SEJ 1 4.17 3 12.5 1 4.17 1 4.17 4 16.67 3 12.5 4 16.67 0 0 4 16.67 3 12.5 21 87.5 5.17
5 MT 0 0 1 3.7 0 0 0 0 0 0 0 0 1 3.7 0 0 3 11.11 22 81.48 5 18.52 8.48
6 MAT 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 100 0 0 9
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
0
LAMPIRAN 14-3
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 155
7 SC 0 1 3.7 2 7.41 0 0 1 3.7 2 7.41 1 3.7 1 3.7 9 33.33 10 37.04 17 62.96 7.19
8 BIO 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 50 1 50 0 0 0 0 0 0 2 100 5.5
9 FIZIK 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 50 0 0 1 50 1 50 8
10 KIMIA 0 0 0 0 0 0 0 0 1 50 0 0 0 0 0 0 1 50 0 0 2 100 6
11 BC 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 66.67 0 0 0 0 1 33.33 2 66.67 7
12 PSV 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 4 23.53 8 47.06 4 23.53 1 5.88 0 0 17 100 6.12
13 PA 0 0 1 20 0 0 0 0 1 20 0 0 1 20 0 0 1 20 1 20 4 80 5.6
14 PM 0 0 2 14.29 0 0 1 7.14 0 0 3 21.43 0 0 0 0 1 7.14 7 50 7 50 6.5
15 PRN 0 0 1 14.29 0 0 0 0 1 14.29 0 0 2 28.57 1 14.29 1 14.29 1 14.29 6 85.71 5.86
156 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK DOUBLE-C
PURIZAH BINTI ABD. LATEH
Pengetua, SMK Guar Nangka
[email protected]
NORIHAN BINTI AZIZAN
Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Utara
[email protected]
SITI HATIFAH BINTI YAHYA
Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran)
JPN Perlis
ABSTRAK
Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeks) adalah selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah anjakan ke-5 yang telah menggariskan
salah satu tranformasi utama sistem pendidikan, iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah. Program ini menempatkan PGB Berprestasi Tinggi di Sekolah
Berprestasi Rendah dan dibimbing SIPartner+, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dan Pensyarah
Institut Aminuddin Baki dalam misi melonjakkan prestasi Sekolah Berprestasi Rendah. Sampel
diambil dari Sekolah Berprestasi Rendah iaitu SMK Guar Nangka yang dipilih oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri. Kajian ini bertujuan untuk
melihat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi pelajar di Sekolah Berprestasi Rendah di
bawah kepimpinan pengetua Berprestasi Tinggi, melalui pendekatan Projek Double ‘C’ dalam
PdP berasaskan PAK21 untuk Peningkatan Kecemerlangan Akademik Dalam Membentuk
Kemenjadian Murid. Kajian ini membincangkan pendekatan yang sesuai dan boleh digunakan oleh
pemimpin untuk menghadapi isu-isu dalam organisasi pendidikan. Hasil kajian dapat disimpulkan
bahawa peningkatan PdP yang berkualiti dapat memberi impak yang positif kepada kecemerlangan
akademik dan seterusnya dalam membentuk kemenjadian murid. Pedagogi yang menarik dan
sesuai dengan keperluan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) amat menitikberatkan penglibatan
murid sebagai pembelajar aktif, di samping mampu menggalakkan murid untuk berkolaboratif,
berfikiran kritis dan kreatif serta mampu menyatakan idea mereka dengan bentuk komunikasi yang
berkesan. Selaras dengan perubahan kepimpinan didapati peningkatan PdP guru yang berkualiti
telah dapat melonjakkan prestasi akademik pelajar SMK Guar Nangka dari GPS SPM iaitu 6.76
pada tahun 2018 melonjak kepada 6.14 (lonjakan 0.63) dalam peperiksaan percubaan SPM pada
tahun 2019 baru-baru ini. Semoga program ini akan dapat meningkatkan peratus lulus SPM 2019
yang sebenar dan seterusnya menjadikan GPS SPM 2019 SMK Guar Nangka semakin meningkat.
Kata kunci: pengurusan kurikulum, pak21, PdPc
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 157
Projek Double-C
1.0. PROFIL SEKOLAH
Saya telah melapor diri di SMK Guar Nangka pada 03 September 2018. Sebelum itu saya
memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Syed Alwi, Kangar, Perlis dan
mempunyai pengalaman pentadbiran selama 17 tahun.
SMK Guar Nangka mula beroperasi pada 16 Jun 2014 dengan satu sesi persekolahan dan
mempunyai bilangan pelajar pada mulanya seramai 114 orang, 19 orang guru dan 8 orang Anggota
Kumpulan Pelaksana. Sebelum ini, 3 orang pengetua yang mentadbir telah berjaya menempa
kejayaan demi kejayaan.
Langkah pertama saya apabila berada di SMK Guar Nangka ialah membuat satu analisis
persekitaran untuk melihat isu utama sekolah yang sebenar. Daripada analisis ini saya dapati
bahawa sekolah ini ada potensi untuk meningkat dari pelbagai aspek. Sebelum ini SMK Guar
Nangka merupakan sebuah sekolah SBR yang berada di kedudukan Band 7 NKRA di mana GPS
SPM pada tahun 2015 ialah 6.76. Pada tahun 2016 GPS melonjak naik kepada 5.83 dan seterusnya
5.75 pada tahun 2017. Walau bagaimanapun GPS SPM pada tahun 2018 telah menurun semula
kepada 6.57.
Dalam konteks pembangunan fizikal, walaupun secara keseluruhan sekolah ini baru beroperasi
dalam tempoh 5 tahun tetapi kebanyakan kemudahan asas dan prasarana sekolah telah banyak
mengalami kerosakan dan perlu dibaik pulih . Secara umumnya kerosakan kemudahan asas dan
prasarana berada dalam keadaan yang kurang memuaskan.
Sementara itu, peratus kehadiran murid secara puratanya adalah antara 87% hingga 89% pada
tahun 2017. Petunjuk ini adalah jauh daripada KPI yang dihasratkan oleh KPM iaitu 95% ke atas
dan ini telah menunjukkan motivasi pembelajaran murid juga pada tahap yang tidak memuaskan.
Sebagai pengetua saya akan membawa visi dan misi yang jelas untuk mentransformasikan
SMK Guar Nangka ke arah lonjakan Peningkatan Kecemerlangan Akademik dan Membentuk
Kemenjadian Murid melalui pelbagai bidang seiring dengan perubahan iklim yang kondusif
dengan memberi penekanan kepada peningkatan kualiti guru dalam PdP berasaskan PAK21.
2.0. ISU DAN PENAMBAHBAIKAN
Antara alat yang saya gunakan untuk mengurus perubahan SMK Guar Nangka ialah Tulang
Ikan Ishikawa untuk mengenal pasti punca-punca, sebab dan akibat sesuatu isu dan analisis
SWOT. Tools analisis SWOT bertujuan untuk menilai faktor dalaman dan faktor luaran yang dapat
memberi impak terhadap kejayaan sekolah. Analisis SWOT juga merupakan satu kaedah yang
sistematik untuk merangka Pelan Strategik, Pemetaan 3 tahun dan Pelan Tindakan . Disamping itu
juga ia disokong oleh data driven, headcount, aplikasi APDM, aplikasi SAPS, aplikasi SKPMg2 ,
pemerhatian dan soal selidik untuk mengurus isu-isu perubahan yang berlaku di sekolah.
Hasil dari pemerhatian dan analisis persekitaran yang dijalankan didapati isu utama di SMK
Guar Nangka ialah kebanyakan PdP guru adalah kurang menarik. Berdasarkan tulang ikan ishikawa
didapati terdapat beberapa punca yang menyebabkan PdP guru menjadi kurang menarik. Antara
158 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Double-C
punca-punca itu adalah berkaitan dengan penggunaan BBM yang kurang menarik. Di samping
itu juga kebanyakan kelas tidak mengikut persekitaran pengajaran PAK21. Ini menyebabkan bilik
darjah dan bilik-bilik khas menjadi tidak ceria dan menarik. Dari aspek pengurusan sumber manusia
pula didapati kursus-kursus LDP yang dilaksanakan kurang berkesan kerana guru-guru masih lagi
kurang bermotivasi untuk mengambil tindakan dalam membuat persediaan awal sebelum masuk
ke kelas bagi memulakan PdP. Manakala dari aspek pedagogi guru didapati kaedah PdP guru masih
lagi berpusatkan guru dan kurang berpusatkan murid seperti yang ada dalam ciri-ciri PAK21.
Justeru itu, untuk mengatasi masalah PdP guru yang kurang menarik ini maka saya telah
menjalankan satu strategi dengan menetapkan setiap guru diberi kelas yang tetap di bawah
program Subject Based Classroom (SBC) di mana para pelajar akan bergerak dari kelas ke kelas
mengikut jadual waktu yang ditetapkan semasa PdP. Manakala guru pula akan berada di kelas
masing-masing menunggu kehadiran murid ke kelas. Dalam fasa 1 pelaksanaan SBC ini, setiap
guru hendaklah memberi penekanan kepada penyediaan persekitaran pengajaran dan susun atur
kelas masing-masing mengikut ciri-ciri PAK21.
Penambahbaikan ini secara tidak langsung dapat memberi impak yang positif kepada guru
untuk menjadikan PdP guru lebih menarik. Dalam usaha untuk memberi galakan kepada guru agar
melaksanakan aktiviti ini maka pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah memberi penghargaan
kepada kelas yang terbaik PAK21 dengan menyediakan anugerah khas kelas terbaik pada setiap
bulan bermula pada bulan Ogos tahun 2019. Sehingga bulan Oktober 2019 didapati hampir 80%
guru telah berusaha untuk menyediakan persekitaran pengajaran kelas mengikut ciri-ciri kelas
PAK21.
Manakala bilik-bilik khas telah dibuat penambahbaikan dengan meningkatkan penyediaan
bahan-bahan PdP dan peralatan bengkel yang diperlukan. Pembaikan dan penyelenggaran yang
mendapat peruntukan daripada pihak JPN dan Kerajaan Negeri akan diteruskan dari masa ke
semasa sehinggalah keadaan kelas dan bilik khas serta keseluruhan kawasan sekolah menjadi lebih
kondusif untuk menjalankan PdP dengan lebih menarik dan berkesan.
Melalui Analisis SWOT beberapa strategi pelaksanaan telah disusun berdasarkan kekuatan,
kelemahan, peluang serta cabaran untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid
SMK Guar Nangka. Antara pelaksanaan strategi itu ialah untuk meningkatkan pedagogi dan
kompetensi guru dalam PdP dengan kerjasama IPGM dan sokongan PIBG. Inisiatif pertama ialah
dengan menjemput pensyarah IPGM Perlis untuk mengadakan bengkel PAK21 kepada semua
guru. Tujuan LDP ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu
kepada semua guru tentang bagaimana untuk menjalankan aktiviti PAK21 yang menarik dan
berkesan semasa PdP.
Berdasarkan Pelan tindakan 3 tahun , pihak sekolah telah berjaya membantu guru-guru untuk
melengkapkan kelas dengan prasarana PAK 21 melalui sumbangan individu dan PIBG. Banyak
program peningkatan akademik telah dirancang dan dilaksanakan. Fokus utama saya ialah untuk
memperkasakan panitia mata pelajaran. Contohnya Panitia Bahasa Melayu telah menunjukkan
peningkatan akademik dalam peperiksaan awam iaitu SPM. Hal ini telah memberikan impak yang
tinggi terhadap kecemerlangan akademik dan kemenjadian murid sekolah ini.
Saya juga telah membuat beberapa penambahbaikan dan menaik taraf Pusat Sumber Sekolah,
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 159
Projek Double-C
Dewan Terbuka, Bilik Dokumentasi, Makmal Komputer, Bilik SAL, Bilik Peperiksaan, Bilik
Pengurusan Bidang dan Bilik Mesyuarat. Situasi ini telah memberi impak yang positif dalam
peningkatan kecemerlangan akademik dan membentuk kemenjadian murid.
Dalam meningkatkan budaya kerja warga sekolah, saya telah mengambil Prinsip Total Quality
Management (TQM) dengan menjadikan mutu pengajaran dan pembelajaran sebagai elemen
utama memperkasakan sekolah. Contohnya dengan mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan dan
aktiviti kerja berpasukan (Team Building) telah mewujudkan perubahan positif dari segi budaya
kerja dan amalan guru dalam bilik darjah. Kesannya dapat meningkatkan prestasi akademik dan
membentuk kemenjadian murid.
3.0. PELAKSANAAN P- O -L - C
Terdapat 3 aspek harus dilaksanakan;
3.1. PLANNING ( MERANCANG)
Satu perancangan strategik dan pelan taktikal telah dirangka merangkumi sembilan bidang
keberhasilan NKRA. Dalam kajian ini, saya memilih untuk meningkatkan kualiti PdP guru dengan
menjalankan aktiviti PAK21 di dalam bilik darjah untuk pelonjakan prestasi akademik dan
kemenjadian murid. Terdapat beberapa langkah yang diambil;
i. Menentukan misi dan visi
Saya telah menetapkan misi dan visi untuk mengeluarkan SMK Guar Nangka dari sekolah
berprestasi rendah (SBR) Band 7 ke prestasi sekolah yang lebih baik . Realitinya GP sekolah
peratus layak sijil harus dilonjakkan dari 6.57 pada tahun 2018 ke 5.95 menjelang tahun 2019.
Manakala peratus layak sijil harus dilonjakkan dari 64.29% kepada 80%.
ii. Menetapkan matlamat dan objektif
Analisis SWOT bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah telah dibuat untuk mengenal
pasti kekuatan serta cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid. Analisis ini telah membantu
dalam menetapkan KPI dari segi GPMP, peratus murid mencapai gred A serta peratus murid
yang lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bagi 3 tahun yang akan datang. Beberapa siri
dialog prestasi antara pengurusan, guru dan murid juga diadakan agar setiap yang terlibat jelas
akan matlamat dan objektif yang telah saya tetapkan. Maklumbalas berkualiti dalam dialog
prestasi telah membantu dalam melakukan intervensi secara tepat dan segera.
iii. Menyusun strategi
Bagi mencapai matlamat melonjakkan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah, pelbagai strategi telah dirangka seperti Headcount, Program Kecemerlangan dan
Intervensi berdasarkan data driven dan isu telah dikenal pasti secara berfokus.
iv. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat
Antara perancangan yang dibuat ialah:
a) Pelan Tindakan
Pelan tindakan jangka masa panjang selama 3 tahun dirangka bagi memastikan matlamat
yang ditetapkan oleh pengetua tercapai.
b) Pelan Taktikal
Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dapat memberi panduan kepada
160 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Double-C
guru apa yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
c) Penilaian
Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal
pasti kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh diadakan.
d) Penambahbaikan dan Tindakan Susulan
Penambahbaikan program sentiasa dilakukan agar program yang dijalankan lebih mantap
dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan kadar segera.
3.2. ORGANISING (MENGURUS)
Beberapa langkah telah saya ambil bagi menguruskan sumber–
sumber tersebut mengikut kerangka P-O-L- C iaitu:
i. Merangka Struktur Organisasi
Membentuk Jawatankuasa Pelaksana bagi setiap program bagi memastikan program–
program kecemerlangan berjalan dengan lancar.
ii. Pengagihan Peruntukan Sumber
Modul Program Kecemerlangan disediakan oleh guru–guru untuk membantu murid dalam
peningkatan akademik mereka.
iii. Reka Bentuk Kerja
Setiap guru diberi kelas dan dikehendaki menyusun atur mengikut susunan kelas PAK21
untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mudah. Bilik-bilik khas
seperti Makmal Sains, Bengkel, dan lain lain telah dinaik taraf bagi menepati ciri-ciri bilik
darjah PAK 21. Reka bentuk kerja ini diperkukuhkan dengan pemantauan dan penyeliaan
yang dilakukan oleh pihak pengurusan.
3.3. LEADING (KEPIMPINAN)
Antara corak kepimpinan yang telah saya terapkan ialah Kepimpinan Melalui
Teladan, Mewujudkan Prasarana Yang Kondusif, Menyediakan Sumber Yang
Mencukupi, LDP Kepimpinan, Kerja Berpasukan (Team Building), Lawatan Penanda
Aras, Memperkasakan peranan Middle Leaders melalui empowerment, kemahiran
membuat keputusan yang tepat secara kolektif dan kebersamaan secara turun padang dan
juga membuat pemantauan secara berfokus. Pendekatan ini menepati kehendak KPM
memastikan sekolah berada dalam ekosistem yang penyayang, hormat menghormati dan
gembira. Situasi ini dapat membantu semua guru dan staf melaksanakan kerja dengan
bersemangat dan kreatif.
3.4. CONTROLLING (KAWALAN)
Antara inisiatif kawalan yang membawa impak kejayaan adalah melalui Management by
Walk About, Pencerapan PdPc Guru Standard 4, Semakan Buku Latihan, Kawalan e-Hadir Murid,
Buku Pemantauan Kawalan Pelajar, Buku Pemantauan Pengurusan dan Dialog Prestasi.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 161
Projek Double-C
4.0. PENILAIAN DAN IMPAK
Pelaksanaan Subject Based Classroom (SBC) yang secara tidak langsung telah dapat memberi
impak positif dalam aspek organisasi, guru, murid dan masyarakat. Dari aspek organisasi didapati
pengurusan pentadbiran menjadi lebih sistematik kerana proses pemantauan lebih berfokus.
Manakala pengurusan PdP dapat berjalan dengan baik dan terancang dan lebih berpusatkan murid.
Pelaksanaan SBC ini juga dapat memberi impak yang positif dalam PdP guru. Pergerakan guru
dari kelas ke kelas dapat dikurangkan kerana mereka telah diberi kelas PdP yang tetap. Pengisian
masa guru dapat di gunakan dengan berkesan di mana guru boleh membuat persediaan PdP
dengan lebih terancang dan dapat menceriakan kelas masing-masing mengikut ciri-ciri PAK21
agar aktiviti PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan supaya lebih berpusatkan kepada murid.
Manakala impak yang positif dari aspek murid pula ialah dapat mengurangkan vandalisme
di dalam bilik darjah kerana pelajar tidak lagi berada di dalam kelas terlalu lama . Pelajar terpaksa
bergerak dari kelas ke kelas untuk bersama dengan guru PdP yang telah ditetapkan mengikut
jadual waktu masing-masing. Di samping itu, pelajar dapat mengurus masa dengan berkualiti
dan berkesan kerana mereka kurang merayau-rayau dan mengganggu rakan di kelas yang lain,
murid menjadi lebih proaktif, , masalah ponteng kelas dapat dikurangkan dan murid menjadi lebih
berdisiplin dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan.
Melalui Analisis SWOT didapati terdapat banyak elemen kekuatan sekolah di mana 80%
bilik darjah dan bilik khas ceria dan lengkap serta mengikut susun atur meja PAK21 hasil dari
hubungan baik pihak sekolah dengan PIBG, PIBK dan semua stake holders yang telah memberi
impak yang optima. Jalinan bersama komuniti setempat dan Polis melalui Pegawai Perhubungan
Sekolah (PPS) telah menyelesaikan isu disiplin dan kehadiran pelajar melalui program Town
Hall , Ziarah Cakna ke rumah pelajar bermasalah , Program bersama Polis, Program AADK dan
Program Kesihatan dengan sasaran pelajar berisiko. Program ini telah memberi impak yang positif
terhadap kehadiran pelajar setiap bulan di mana peratus kehadiran sentiasa melebihi KPI sekolah
iaitu sebanyak 90% . Manakala kadar peratus salah laku disiplin pelajar berat, sederhana dan kecil
semakin menurun dan amalan baik SSDM semakin meningkat. Tindakan yang diambil kepada
murid-murid yang selalu ponteng adalah berbentuk ilmiah dan kunjungan mesra ke rumah murid
untuk mengetahui punca sebenar yang dihadapi oleh murid.
Manakala program peningkatan akademik yang diadakan seperti Program Gerak Gempur,
Program Jom Pulun, Pecutan Akhir, Kem Gemilang SPM, Perhimpunan Berfokus, Program
Menjejak Jaya dan sebagainya dapat memberi impak yang sangat positif dalam keputusan
peperiksaan percubaan SPM SMK Guar Nangka tahun 2019. Berikut adalah analisis keputusan
peperiksaan pertengahan tahun 2019 berbanding dengan percubaan SPM 2019 dalam GPS dan
peratus layak sijil.
Jadual 15.1: Perbandingan Analisis Peperiksaan Tahun 2019
PERBANDINGAN ANALISIS PEPERIKSAAN TAHUN 2019
PERKARA GPS PERATUS LAYAK SIJIL
PERTENGAHAN TAHUN 7.11 56%
PERCUBAAN SPM 6.14 76%
ETR SPM 5.95 82.4%
162 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Double-C
5.0. RUMUSAN DAN PENUTUP
Kejayaan dalam melaksanakan projek double ‘C’ ini banyak bergantung kepada kreativiti
seseorang guru. Guru haruslah mempunyai ciri-ciri guru abad ke 21. Di samping guru, pelajar
juga harus menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam menjadi murid abad ke
21 yang mampu bersaing di peringkat global. Dalam memastikan kemahiran dan kesediaan guru
berada di tahap optimum, guru perlu diberi pembugaran semula secara berterusan, sebagai contoh
pemantapan pengisian kursus dalaman dan PLC. Kemudahan sedia ada juga perlu dimantapkan dan
dimanfaatkan seperti susun atur bilik darjah mengikut PAK21 dengan sokongan pihak KPM dan
JPN, pihak sekolah dan juga ibubapa bagi membantu pelajar melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran dan pengetahuan PAK21.
Saya juga memerlukan pasukan yang benar-benar komited dan sanggup berkerja keras untuk
memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Setiap guru
harus memastikan bilik darjah dinaik taraf ke arah PAK21 manakala sekolah perlu menyediakan
persekitaran yang kondusif. Pengetua akan sentiasa membuat semakan dan pemantauan terancang
melalui penilaian program serta membuat penambahbaikan dalam setiap program yang dirancang.
Falsafah ‘Disiplin Pertama Akademik Utama’, meletakkan kecemerlangan kepimpinan
pengetua dan menjadikan SMK Guar Nangka terus cemerlang pada masa akan datang. Saya
merakamkan penghargaan kepada pensyarah pembimbing dari IAB, pegawai JPN Perlis serta warga
SMK Guar Nangka yang telah memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam
menghasilkan kajian Projek Double ‘C’ dalam PdP berasaskan PAK21 untuk Peningkatan
Akademik dalam Membentuk Kemenjadian Murid.
6.0 RUJUKAN
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional, Kembali Kepada Yang
Asas, Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar,
Kementerian Pendidikan Malaysia 2013.
Rose Aza bin Che Arifin (2017), Meningkatkan Keberadaan Guru
Dalam Kelas Sewaktu Jadual Ganti. Jurnal Pendidikan
MPSM Kebangsaan, KPM Putrajaya.
Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali (Dr.), Abd. Munir bin Mohd Rashid,
Nadimin bin Abdul Aziz, Pemerhatian Guru Meninggalkan
Bilik Darjah Semasa Proses Pembelajaran dan
Pengajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia 22013
Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom ke Sekolah
Peringkat Kebangsaan Tahun 2019, KPM Putrajaya
Ibrahim Mamat, (1996) , Reka bentuk dan pengurusan latihan-
konsep dan amalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 163
Projek Double-C
Ishikawa, K. (1985). What is total quality control ? The Japanese way.
New York : Prentice Hall
Kotter,P. (1996), Leading Change, USA : Harvard Business School
Press.
Mortimore, P. (1993), School Effectiveness and The Management of
Effective Learning and Teaching. School Effective and School
Improvement , 4(4), 290 - 310
Perunding Kanan IAB, (2008). Program melonjakkan kecemerlangan
sekolah melalui Pembangunan Organisasi (PROD).
Institut Aminuddin Baki
Sharifah Md. Nor, (2010) . Keberkesanan sekolah Satu perspektif
sosiologi, Selangor. Penerbit: Universiti Putra Malaysia.
https://web.archive.org/web/20081203070029/http://www.insead.edu/alumni/newsletter/
February2005/Interview.pdf
164 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MELANGKAH KE SEKOLAH
AZMI BIN OTHMAN
SMK Pengkalan Lebai Man
NORIHAN BINTI AZIZAN
Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara
DR. AZAHARI BIN ABDULLAH
Pegawai SIP+ PPD Kuala Muda/Yan
ABSTRAK
Program ini adalah untuk menangani isu utama yang membelenggu Sekolah Menengah
Kebangsaan Pengkalan Lebai Man iaitu peratus kehadiran murid yang sangat rendah sehingga
menyebabkan pencapaian akademik juga rendah. Program ini memberikan fokus terhadap semua
pelajar tingkatan lima sesi 2019 yang berjumlah 126 orang. Punca utama masalah ini adalah
tahap motivasi mereka yang rendah sekaligus tidak berminat untuk hadir ke sekolah. Di samping
itu kebanyakan latar sosioekonomi keluarga yang berada dalam kemiskinan menyebabkan
mereka terjebak dengan pekerjaan sambilan. Program ini mensasarkan pemantapan minat dan
motivasi pelajar untuk hadir ke sekolah dengan menggarapkan teori pelaziman klasik, yakni
rangsangan(Pavlof) dan peneguhan(Skinner). Data kehadiran lima tahun sebelum ini dijadikan
TOV manakala purata kehadiran Januari hingga September (SSDM) sebagai penandaaras
kejayaan(output), di samping prestasi akademik peperiksaan percubaan SPM(outcome). Sasaran
program ini adalah pada akhirnya purata kehadiran Januari hingga September adalah 90%.
Berdasarkan data dalam SSDM dan pemerhatian didapati, program ini telah berjaya meningkatkan
peratus kehadiran sehingga 89.04% dan prestasi akademik juga telah meningkat dari aspek
GPS dan peratus lulus semua mata pelajaran. Rumusannya, program ini bukan sahaja dapat
meningkatkan kehadiran murid, malahan dapat meningkatkan semangat guru untuk mengajar
sekaligus meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Kata Kunci:
1.0 LATAR BELAKANG
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man ditubuhkan dengan rasminya di bawah
Akta Pendidikan Malaysia pada 1 Januari 2000. Pada peringkat awal, pelajar sekolah ini berjumlah
282 orang, iaitu sebanyak 8 kelas dan 21 orang guru serta 4 orang staf sokongan. Sekolah ini
ditumpangkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya pada sesi petang sehingga
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 165
Melangkah Ke Sekolah
Disember 2000, dan berpindah ke bangunan sekarang pada 1 Januari 2001 bersamaan 5 Syawal
1421.
Sekolah ini dibina berhampiran dengan taman-taman perumahan seperti Taman Berangan,
Taman Beringin, Taman Seri Wang dan Taman Keladi. Kos pembinaan sekolah ini mendapat
peruntukan daripada Rancangan Lima Tahun Malaysia ke-7 dan dibina oleh Syarikat Maju Holding
Sdn. Bhd. Siap dibina pada April 2000, mengandungi 6 blok yang menempatkan bilik-bilik darjah,
makmal-makmal, bengkel, bilik-bilik khas seperti bilik Muzik, stor SPBT, bilik Kaunseling, bilik
Koperasi, Pusat Sumber Sekolah, Makmal Bahasa, Bilik Media, bilik Kemanusiaan di samping
kemudahan kantin dan surau.
Sekolah ini mula beroperasi di bangunan yang ada sekarang pada tahun 2001.Pada
peringkat awal beroperasi, enrolmennya agak tinggi sehingga mencecah 1500 pelajar yang terdiri
daripada kaum Melayu, India dan Cina dan terpaksa dilaksanakan persekolahan dua sesi. Namun
enrolmennya semakin merosot apabila beberapa sekolah menengah, seperti SMK Sg Pasir Kechil,
SMK Bandar Puteri Jaya dan SMK Taman Ria dibuka. Apabila enrolmennya berada di bawah 1000
maka SMK Pengkalan Lebai Man terpaksa beroperasi satu sesi pada tahun 2014. Seramai lapan
orang pengetua telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 2000. SMK Pengkalan Lebai Man telah
dipimpin oleh pengetua sekarang bermula Januari 2018.
SMK Pengkalan Lebai Man sejak ditubuhkan sering terbelenggu dengan prestasi akademik
yang rendah sehingga mengurangkan keyakinan kepada para waris tertentu untuk menghantar
anak-anak mereka ke sini. Prestasi akademik, terutamanya Sijil pelajaran Malaysia(SPM), SMK
Pengkalan Lebai Man hanya mampu mancatatkan gred purata sekolah 6 dan ke atas serta belum
pernah mencatatkan prestasi GPS di bawah 6.0. Sekolah ini juga sering dikaitkan dengan masalah
disiplin terutamanya pergaduhan dua kelompok utama iaitu pelajar Melayu dan pelajar India.
2.0 MENGENAL PASTI ISU
Bagi mendapatkan gambaran yang sebenar tentang isu-isu yang dihadapi oleh SMK Pengkalan
Lebai Man, beberapa kaedah pengumpulan data telah dilaksanakan, antaranya kaedah analisa data,
pemerhatian, temubual dan Sumbangsaran (Brainstroming)
2.1 Sumbangsaran (Branstroming).
Untuk mendapat maklumat yang tepat pandangan dan pendapat kumpulan
pengurusan serta beberapa guru yang senior telah diambil. Berdasarkan pandangan
mereka,kebanyakan kumpulan pengurusan dan guru senior memberikan pendapat
yang sama berkaitan dengan isu utama SMK Pengkalan lebai Man(SMKPLM), yakni
isu pencapaian akademik yang rendah, isu peratus kehadiran dan motivasi murid pada
tahap yang rendah serta isu disiplin yang meruncing. Berdasarkan sumbangsaran ini,
adalah didapati semua mereka bersetuju bahawa faktor ketidakhadiran yang tinggi telah
memberikan impak yang negatif terhadap prestasi akademik. Hal ini adalah kerana
faktor kurang motivasi menyebabkan minat untuk hadir ke sekolah juga rendah sekaligus
menjejaskan prestasi akademik sekolah secara keseluruhannya.
166 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah
2.2 Temubual
Melalui temubual dalam kalangan guru pula, menjelaskan bahawa ketidakhadiran pelajar
juga bukan sahaja berlaku pada hari persekolahan biasa, malahan pelajar juga turut tidak hadir
pada hari peperiksaan. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk guru merencanakan program-
program untuk mereka. Terdapat juga pelajar yang akan berhenti sekolah untuk bekerja pada
hujung tahun dan akan datang untuk menduduki peperiksaan SPM . Hal ini sekaligus memberikan
impak negatif terhadap prestasi SPM sekolah. Kehadiran pelajar untuk kelas –kelas tambahan juga
sangat rendah malahan kadang-kadang tidak mencecah 20 peratus. Berdasarkan temubual dengan
beberapa pelajar, didapati bahawa mereka tidak rasa bersalah atau kerugian jika mereka tidak hadir
ke sekolah. Oleh itu, semua pentadbir dan guru-guru yang ditemui bersetuju bahawa isu kehadiran
pelajar perlulah ditangani terlebih dahulu sebelum merencanakan program-program peningkatan
prestasi. Majoriti bersetuju bahawa seandainya peratus kehadiran meningkat, prestasi akademik
juga akan menerima impak yang positif.
2.3 Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian saya sejak mula melaporkan diri di sekolah ini, isu utama
yang dihadapi oleh SMKPLM adalah isu kehadiran yang rendah, prestasi akademik yang tidak
memberangsangkan, motivasi murid dan tahap disiplin yang rendah disamping beberapa kelemahan
dalam pengurusan dan juga aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, sikap
dan attitude para guru yang seolah-olah telah berada pada zon selesa juga menjadi penyumbang
kepada kemerosotan isu-isu utama yang diperkatakan tadi. Pada pemerhatian saya juga, para warga
sekolah ini seakan-akan telah menerima hakikat bahawa prestasi SMKPLM yang merosot.
2.4 Data Semasa
Saya juga turut meneliti data pencapaian SPM dan Kehadiran SMKPLM sejak lima tahun
kebelakangan ini. Hasil penelitian saya didapati peratus kehadiran murid tidak pernah melepasi
90 peratus, manakala GPS dalam peperiksaan SPM tidak pernah berada di bawah 6.0. Begitu juga
dari aspek peratus lulus, SMKPLM tidak pernah mencatatkan peratus lulus melebihi 50 peratus.
Bandingan dua aspek ini, jelas menunjukkan bahawa adanya kolerasi antara peratus kehadiran
dengan pencapaian prestasi akademik SMKPLM.
2.5 Rumusan
Berdasarkan analisis persekitaran yang dijalankan di atas, telah didapati bahawa isu
kehadiran murid yang rendah telah mempengaruhi prestasi akademik SMKPLM. Oleh itu, isu
kehadiran yang rendah ini perlulah diatasi segera agar prestasi akademik akan dapat dipertingkatkan.
Saya telah menggunakan kaedah analisis SWOC untuk menjana strategi yang sesuai untuk program
ini.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 167
Melangkah Ke Sekolah
3.0 PELAKSANAAN
3.1 Pendahuluan
Berdasarkan analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang dilaksanakan
didapati isu utama SMKPLM adalah masalah kehadiran pelajar dan pencapaian prestasi akademik.
Walaupun isu pencapaian akademik juga serius, namun hasil analisa didapati bahawa isu kehadiran
perlu diberikan keutamaan terlebih dahulu kerana isu ini juga memberikan impak terhadap prestasi
akademik. Pelaksanaan program menangani masalah kehadiran ini diharapkan dapat meningkatkan
kehadiran pelajar (output) dan sekaligus meningkatkan prestasi akademik(outcome). Strategi
menangani masalah kehadiran terlebih dahulu dengan harapan memberikan impak yang positif
terhadap prestasi akademik adalah dilihat sebagai suatu mekanisme yang terbaik buat masa ini.
3.2 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran(SWOC)
Analisis persekitaran perlu dijalankan terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat status
quo,sebelum menjana sebarang strategi. Maklumat ini amat berguna untuk mendapat maklumat
terkini tentang sekolah sebelum sesuatu perancangan dijana. Analisis SWOC adalah digunakan bagi
mengenal pasti kekuatan,kelemahan,peluang dan cabaran sebelum menjana sebarang perancangan
penambahbaikan. Analisis SWOC menegaskan bahawa sesuatu strategi yang baik adalah strategi
yang menggarapkan kekuatan dan cuba meminimakan kesan kelemahan yang terdapat dalam
organisasi itu, disamping cuba mengambil segala kelebihan yang ada di persekitaran. Berdasarkan
perbincangan,pemerhatian dan temubual maka semua kekuatan,kelemahan,peluang dan cabaran
yang dikenal pasti telah dirumuskan seperti jadual di bawah.
Jadual 16. 1: Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran (SWOC)
PENJANAAN STRATEGI
KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
FAKTOR S1 Mempunyai 2 orang kaunselor W1 Guru-guru berada pada zon
DALAMAN yang sangat rajin selesa sudah lama.
S2 Majoriti guru mudah menerima W2 Motivasi murid terhadap
perubahan dan bersemangat pendidikan rendah.
tinggi
S3 JK Disiplin yang sentiasa W3 Kadar kehadiran murid ke
memberikan komitmen yang sekolah di bawah 86 %.
tinggi
w4 Kadar ketidakhadiran pelajar
S4 Prasana sekolah yang lengkap dalam peperiksaan juga tinggi
dan cantik
FAKTOR S5 Barisan kepimpinan yang
LUARAN mempunyai komitmen tinggi
S6 Kebanyakan murid berdisiplin.
S7 Tiada masalah disiplin yang serius
168 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah
PELUANG (O) S1+S2+S3+O1+O2 W2+O1+O2
O1 AJK PIBG yang komited Melaksanakan program meningkatkan Memantapkan motivasi murid dengan
dengan program sekolah. kehadiran murid ke sekolah komitmen bantuan kepakaran komuniti.
guru dan kerjasama PIBG dan agensi
O2 Mempunyai hubungan baik luar (Strategi 2)
dengan komuniti seperti
polis, AADK dan MSU (Strategi 1) W3+O1+O2
College
Mengadakan program mencegah
O3 Sokongan kuat ibu bapa / ponteng sekolah dengan kerjasama
penjaga PIBG dan komuniti
(Strategi 3
CABARAN ( C )
C1Kebanyakan pelajar yang berma- S1+S4+S5+C1+C3
salah, bekerja pada waktu petang
dan malam. Mengadakan sesi dialog atau ceramah
dengan para waris dari semasa ke sema-
C2 Tekanan stakeholders terhadap sa dengan pihak sekolah
kualiti disiplin dan tahap kehadiran
amat tinggi. (Strategi 4)
C3 Sikap ibu bapa yang tidak ber-
sungguh-sungguh dalam pendidikan
anak-anak
3.3 Penjanaan Strategi
Kekuatan yang ada dalam organisasi adalah unsur utama yang digembelengkan di samping peluang
yang ada dalam penjanaan strategi bagi menangani kelemahan yang ada dalam organisasi itu.
Penjanaan stategi ini dilakukan adalah untuk memastikan strategi yang dipilih adalah tepat dan
sesuai untuk mencapai objektif yan ditetapkan. Empat strategi telah dikenal pasti hasil daripada
perbincangan dengan kumpulan pengurusan. Pemilihan strategi pula dibuat berdasarkan analisa
dari aspek kesesuaian, kos dan kebolehlaksanaan.
3.4 Pemilihan Strategik
Pemilihan strategi adalah berdasarkan susunan atau ranking yang telah dibuat berdasarkan skala
yang telah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dibincangkan seperti di bawah. Skala 1
menggambarkan sangat kurang hingga skala 5 menggambarkan sangat banyak.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 169
Melangkah Ke Sekolah
Jadual 16.2: Kriteria Pemilihan Strategi
Kriteria Pemilihan S1 S2 S3 S4
Tahap kesukaran pelaksaan program 2 24 5
Sumber kewangan dan kos pembiayaan yang terlibat 5 43 3
Kemampuan guru yang bertanggungjawab 5 53 3
Peluang dan harapan mendapatkan impak dan kerjasama 5 42 2
Kemudahan infrastuktur dan peralatan. 5 55 5
Jangkaan kerjasama daripada pihak waris 4 42 2
Tahap kesesuaian dengan keperluan terkini 4 42 2
Jumlah Skor 30 28 21 22
3
Keputusan 1 24
UlasanS1; Menjadi keutamaan dalam pemilihan strategi kerana tahap
pemberatan yang tinggi dalam potensi memberikan impak yang baik
3.5 Pelan Taktikal
Strategi : Melaksanakan program meningkatkan kehadiran murid ke sekolah komitmen guru dan
kerjasama PIBG dan agensi luar
Jadual 16.3 : Pelan Taktikal
Bil Bidang/ Program/ Aktiviti Sasaran Mula Tamat Penyelaras Catatan
Okt Kaunselor
objektif Projek
1 HEM DOKUMENTASI Dilaksanakan kepada Jan
Meningkatkan Melangkah -Fail Disiplin semua pelajar yang
ponteng melebihi 3
Kehadiran ke Sekolah -urusetia hari .
pelajar-pelajar kehadiran
tingkatan 5
AMARAN -Dilaksanakan Jan Okt SU HEM
-i notification kepada pelajar yang
-Sistem Kad ponteng melebihi 5
hari(hijau)6 hingga
10(kuning)dan
yang melebihi 15
hari(merah)
-Dikuatkuasakan
kepada pelajar yang
ponteng melebihi
20 hari
170 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah
MOTIVASI 1 kali setiap bulan
-i touch Dilaksanakan
DIALOG kepada waris
WARIS pelajar yang tahap
ponteng melebihi
- I call 10 hari
TINDAKAN Setiap hari oleh
SUSULAN urusetia kehadiran
-i see u Setiap bulan sekali
DIALOG melibatkan semua
KEHADIRAN yang ponteng bulan
tersebut.
LAWATAN
SUSULAN Dilaksanakan
kepada pelajar
SISTEM yang ponteng
GANJARAN melebihi 10 hari
-I Reward
(cabutan Cabutan bertuah
bertuah) diadakan
- academik setiap bulan di
outreach perhimpunan
untuk pelajar
yang Mengekalkan
bilangan kehadiran
bulanan melebihi
90%
3.6 Pelan Operasi Jadual 16.4: Pelan Operasi
STRATEGI Melaksanakan Program Meningkatkan Kehadiran Murid
PROGRAM Ke Sekolah Komitmen Guru Dan Kerjasama PIBG Dan
OBJEKTIF Agensi Luar.
TEMPOH MASA Melangkah Ke Sekolah
KPI
Meningkatkan Kehadiran Pelajar Tingkatan 5
Januari – Oktober 2019
Peratus Kehadiran 90 Peratus
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 171
Melangkah Ke Sekolah
LANGKAH PROSES KERJA T.JAWAB MASA
1 Taklimat dan Perbincangan bersama Pengetua Januari
pentadbir (Minggu 2)
2 Pembentukan Jawatan kuasa kerja Pengetua Januari
(Minggu 2)
3 Mesyuarat Jawatan kuasa PK HEM Januari
(Minggu 3)
Taklimat kepada guru dan murid
4 Pengetua Januari
(Minggu 4)
5 Pelaksanaan program
6 Pemantauan Kaunselor 1 Feb-Okt
7 Refleksi dan laporan semasa
8 Penambahbaikan GKM Feb-Okt
9 Pendokumentasian
Kaunselor 2 April -Julai
PK HEM JulaI
SU HEM Okt
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Program ini ternyata telah memberikan impak terhadap peratusan kehadiran tingkatan 5, iaitu
secara purata peratusannya mencatatkan 89.04 peratus,walaupun gagal mencapai sasaran KPI
yang telah ditetapkan,yakni 90 peratus. Berdasarkan data yang diambil daripada sistem APDM
Kementerian Pendidikan Malaysia, didapati prestasi kehadiran tingkatan 5 dari bulan Januari
hingga Mei mencatatkan peratusan kehadiran yang agak baik sejajar dengan KPI yang telah
ditetapkan. Namun peratusan ini mulai menurun ke 87.9 peratus bermula bulan Jun hingga
September. Secara umumnya program ini berjaya meningkatkan peratus kehadiran sama ada
kepada kumpulan Sasaran iaitu Tingkatan 5 mahu pun prestasi kehadiran semua tingkatan di
SMKPLM. Purata peratusan kehadiran yang dicatatkan , iaitu sebamyak 89.04 ternyata agak jauh
meningkat berbanding peratusan kehadiran sebelum ini, iaitu di bawah 85 peratus.
Dari aspek prestasi akademik pula, didapati terdapat peningkatan yang agak besar dari
segi gred purata sekolah, iaitu 7.42 dalam peperiksaan awal tahun dan telah meningkat kepada 6.87
dalam peperiksaan pertengahan tahun dan 6.70 dalam peperiksaan percubaan SPM. Begitu juga
dari aspek peratus lulus semua mata pelajaran, prestasi pelajar tingkatan 5 juga telah menunjukkan
peningkatan iaitu sebanyak 5.6% dalam peperiksaan awal tahun, telah meningkat ke 13.82 dan
16.67%, dalam peperiksaan pertengahan dan peperiksaan percubaan. Situasi ini jelas menunjukkan
bahawa wujudnya kolerasi antara peratus kehadiran murid dengan prestasi akademik. Kehadiran
murid yang semakin baik juga telah meningkatkan semangat guru di dalam kelas, malahan
semakin bersemangat untuk menyusun jadual-jadual kelas tambahan secara sukarela pada hari cuti
persekolahan.
172 Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah
Kesimpulannya, faktor kehadiran murid dilihat menjadi penggerak kepada kecemerlangan
SMKPLM. Hal ini adalah kerana peningkatan peratus kehadiran murid telah menyuntik semangat
para guru di dalam kelas, sekaligus mempengaruhi peningkatan prestasi akademik SMKPLM.
Jadual 16.5 : Data Kehadiran
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEPT
% Kehadiran 5 94.38 88.95 93.89 87.87 90.19 87.9 87.12 87.93 83.16
%Kehadiran Sekolah 93.38 91.38 93.13 89.76 90.98 86.18 87.10 88.22 85.13
% LULUS T5 5.60 13.82 16.67
GPS T5 7.42 6.87 6.70
5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP
Program untuk meningkatkan peratusan kehadiran wajar diteruskan pelaksanaannya
dengan beberapa penambahbaikkan dalam intervensinya. Berdasarkan pelaksanaan program
ini, didapati tiga kelas yakni kelas 5 UTM,5UPM dan 5UUM telah mencatatkan peratusan
ketidakhadiran yang tinggi. Secara kebetulan, tiga kelas ini dikenali sebagai ‘kelas belakang’ dan
ini memberikan suatu gambaran bahawa kelas-kelas yang dikenali sebagai ‘kelas belakang’ ini
memerlukan perhatian yang lebih sama ada dari aspek kehadiran, motivasi mahu pun prestasi
akademik.
Keberadaan murid di dalam sekolah dan di dalam kelas merupakan nadi segala
kecermerlangan di sekolah. Apabila murid menunjukkan tahap kehadiran yang tinggi, secara tidak
langsung telah meyuntik semangat para guru untuk lebih kreatif dan inovatif untuk meningkatkan
prestasi para pelajar sama ada dalam bidang kurikulum mahupun dalam kokurikulum. Para guru
lebih bersemangat untuk melaksanakan program-program kecemerlaangan akademik. Hal ini
sekaligus meningkatkan prestasi akademik SMKPLM.
6.0 RUJUKAN
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional, Kembali Kepada Yang
Asas, Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar,
Kementerian Pendidikan Malaysia 2013.
Rose Aza bin Che Arifin (2017), Meningkatkan Keberadaan Guru
Dalam Kelas Sewaktu Jadual Ganti. Jurnal Pendidikan
MPSM Kebangsaan, KPM Putrajaya.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang 173