e-Prosiding SAHiConfEd’22
e-Prosiding SAHiConfEd’22 E- PROSIDING Eseminar Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2022 IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Cetakan Pertama 2023 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian, ilustrasi, isi kandungan dan istilah dalam dokumen ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekali pun sama secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Malaysia. Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Sultan Abdul Halim, 08000 Sungai Petani. ISBN 978-967-2703-04-4 Cetakan Pertama 2023
e-Prosiding SAHiConfEd’22 SIDANG EDITOR Penasihat : Dr. Hj. Ridzuan bin Ahmad Pengarah, IPGK Sultan Abdul Halim : Dr. Aris Fazil bin Haji Ujang Timbalan Pengarah, IPG Kampus Sultan Abdul Halim : Dr. Rohani binti Che Hashim Ketua Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Sultan Abdul Halim Ketua Editor : Dr. Azman bin Fadzil Editor : Puan Siti Haslina binti Mohamad Sahah Dr. Rohani binti Che Hashim Dr. Artiletchemy Suberamaniam Datin Dr. Hjh Wan Roslina binti Wan Ismail Tn. Hj. Abful Rahim bin Othman Muhammad Aiman bin Ismail Pn. Kathleen Dass a/p Danny Dass Dr Hasnul Hisyam bin Hashim Alpian bin Ali Dr. Satirah binti Haji Ahmad Dr Eni Eliza Binti Ghazali Penyelaras : Dr. Ahmad Sharani bin Abdul Seliban Hakcipta Terpelihara – tidak dibenarkan untuk mengeluarkan mana-mana bahagian dalam Jurnal ini dalam apa-apa jua bentuk atau cara tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai. Petani, Kedah Darulaman. © IPG Kampus Sultan Abdul Halim KATA ALU-ALUAN PENGARAH
e-Prosiding SAHiConfEd’22 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah, dengan izin Allah SWT Seminar Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi Peringkat Kebangsaan (SAHiConFed22) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim dapat dilaksanakan. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Seminar IPGKSAH 2022 atas usaha gigih bagi menjayakan seminar ini. Objektif yang digariskan dalam seminar antaranya adalah bagi membina jaringan sokongan dan kolaboratif pendidikan antara IPGM, IPGK, Jabatan Pendidikan Negeri dan institusi pengajian tinggi untuk menyemarakkan amalan penyelidikan dan perkongsian amalan terbaik pengajaran. Hasrat ini dapat dikenal pasti tercapai daripada bilangan kertas penyelidikan dan inovasi yang dibentangkan dalam SAHiConFed22 berjaya mencapai sasaran. Justeru keadaan ini menjadi pemangkin untuk penglibatan yang lebih serius di peringkat yang lebih tinggi pada pada masa akan datang. Walaubagaimana pun, isu pandemik Covid 19 yang membataskan pergerakan secara bersemuka tidak menjadi penghalang kepada kami untuk merealisasikan seminar ini secara dalam talian sepenuhnya. Usaha yang baik dan murni ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan jaringan kolaborasi dengan institusi pendidikan dari luar negara pula. Insya Allah, semoga hasrat ini mendapat keizinan daripada Allah swt. Tema seminar yang dipilih, “Transformasi Pendidikan Bermakna dalam Norma Baharu” amat tepat bagi menyuburkan perkongsian strategi pedagogi yang berteraskan Konsep Kapasiti Padagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) kearah menjadikan kehidupan lebih bermakna. Tahniah diucapkan kepada para penyelidik yang berjaya menemukan kajian-kajian terkini yang dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan dalam dunia pendidikan. Sememangnya dalam sesebuah institusi pendidikan, penyelidikan merupakan faktor terpenting dalam menjadikan institusi sebagai satu badan yang dinamik, progresif dan inovatif. Sekali lagi, syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana SAHiConFed22 kerana telah berjaya menganjurkan eseminar pada tahun ini. Harapan kita semoga dapatan seminar ini dapat dikongsi dan ditambah nilai demi kemajuan pendidikan di negara kita. Terima kasih. Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
e-Prosiding SAHiConfEd’22 Kata-kata Aluan Bismillahirrohmanirrohim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam, selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Saya mengucapkan rasa syukur yang tidak terkira kerana dengan izinNya diberi kelapangan dan kemudahan untuk menyiapkan Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi Sultan Abdul Halim (SAHiConFed22) yang telah diadakan pada 5 hingga 6 Oktober 2022 akhirnya. Pada kesempatan yang sangat berharga ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada sidang editor yang telah bertungkus lumus mencari ruang dan peluang untuk menyiapkan prosiding ini. Prosiding ini merupakan himpunan kertas-kertas penyelidikan bagi SAHiConFed22 yang mana perlaksanaannya telah mendapat sambutan daripada para penyelidik seluruh negara dan juga luar negara. Semoga pendokumentasian kertas-kertas penyelidikan ini mampu menjadi bahan rujukan yang berguna kepada para penyelidik yang baru berjinak-jinak untuk menjalankan kajian di peringkat institusi masing-masing. Harapan saya agar prosiding ini dapat memberi menafaat kepada para penyelidik di luar sana. Akhir kalam saya, saya sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakan seminar SAHiConFed22. (DR.ROHANI BINTI CHE HASHIM) Ketua Jabatan, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Sultan Abdul Halim
e-Prosiding SAHiConfEd’22 Isi Kandungan Mempromosikan Kesedaran Alam Sekitar Melalui Pendidikan Pembangunan Lestari Siswa Guru Institut Pendidikan Guru.....................................................................................................1 Rusmawati Othman, Goh Joey, Chong Wei Shan, Haslina Japri ............................................1 Pengurusan Dokumen Rasmi dan Data Kepakaran dalam Repositori Data Jabatan ...........19 Mohamed Nazul Ismail, Ellyza Karim, P. Vani, Siti Zaritha Salleh & Hartini Kana ..........19 Keberkesanan Intervensi Model Sifir Segitiga Kepada Murid Tahun 4 dalam Menguasai Darab dan Bahagi .................................................................................................................................31 Selvarani A/P Uthra Kummaran ............................................................................................31 Exploring Teachers’ Technology Acceptance During COVID-19 Pandemic for Sustainable Education: A Systematic Review (2020-2022) .........................................................................41 Teo Woon Chun, Melor Md Yunus.......................................................................................41 Pengetahuan Dan Kemahiran Pelaksanaan Terhadap Amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI/IBSE) Di Daerah Tuaran.....................................................................................53 Wan Amirul Amin Bin W.Hussin & Adeline Leong Suk Yee ..............................................53 Hubungan Pengetahuan Dan Cabaran Guru Sains Dalam Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)....................................................65 Wan Nur Atikah Binti Abdul Majid & Adeline Leong Suk Yee...........................................65 Tahap Kemahiran Generik Kepemimpinan Mahasiswa di oliteknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah .........................................................................................................................73 Mohd Khairi Bin Shafie, Zaidatul A’dawiyah Binti Sanuri, Sufian Bin Ahmad ..................73 The Effect of Flipgrid Intercultural Exchange (Fie) in Enhancing Students’ Engagement To Improve Speaking Skills............................................................................................................86 Ang B.I...................................................................................................................................86 Kesediaan Pengetahuan dan Kemahiran Guru Pendidikan Khas Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Atas Talian Semasa Pandemik Covid-19..........................................................104 Nur Ain Nabilah binti Ismail, Dr Sholehah binti Ismail......................................................104 Isu dan Strategi dalam Perkembangan Pendidikan Sains dan Teknologi di Malaysia ............115 Irna Binti Zainuddin, Nur 'Amirah Damia Binti Mohd Rozis, Hajar Aisyah Binti Mohd Fazli, Nur Alia Arisya Binti Mohamad Jamil dan Che Nurul Nur Himadatul Najwa Binti Mohd Noor.....................................................................................................................................115 Pembinaan Dan Keberkesanan Intervensi Modul Maqasid Syariah Dalam Proses Membuat Keputusan Semasa Sesi Kaunseling ........................................................................................126 Noorismail Omar, Mohd Suhadi Mohamed Sidik, Zaidi Fadzil..........................................126 Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Kesejahteraan Psikologi Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat...................................................................................................................................139
e-Prosiding SAHiConfEd’22 Sharifah Hanizah Syed Jaafar, Azmiza Azmiza binti Ahmad, Ida Hartina Ahmed Tharbe 139 ORGA-MECH-FLIP 2 Memacu Pembelajaran Bermakna Mekanisme Kimia Organik Pelajar HIT01.......................................................................................................................................152 Salwati binti Yaakub, Md Shahnon bin Awi, Yeoh Guan Thai, Husnarisyam binti Abu Hassan4 , Siti Rohana binti Serat ..........................................................................................152 Pendigitalan Gallery Walk Dengan Aplikasi Jamboard Dan Google Meet: Kursus Malaysia Dan Hubungan Antarabangsa Semasa Pandemik Covid-19 Di Malaysia.......................................174 Mohd Fadzil Mohd Salleh, Siti Aishah Baharom, Afiqah Mustapat, Nur Asma Liyana Mohd Lutpi, Rusmawati Othman ...................................................................................................174 Kesan Modul Kaunseling SoF-Ea (Solution Focused Brief -Expressive Arts) Terhadap Penyesuaian Pelajar di Institut Pendidikan Guru.....................................................................195 Tengku Norhani Tengku Besar, Nor Shafrin Ahmad, Shahabuddin Hashim, Mohamad Hafedz Salleh.......................................................................................................................195 Menentukan Nilai Skor-Z Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Dalam Aplikasi Z-Score Di Kalangan Pelajar Matrikulasi ..................................................................................................207 1Hamimah binti Ibrahim, Rohani binti Ishak.......................................................................207 Google Sites: To Support A Constructive Learning in The COVID-19 Pandemic.................223 Rusmawati Othman, Anis Kamalia Abdull Khalil, Aida Athirah Mazlan ..........................223 Mengeksplorasi Bentuk 2D Dan 3D Dengan Menggunakan “Magic Shapes Book................239 Punitha A/P Karunakaran ....................................................................................................239 Decline Earnings at the Empty Depot: Case Study At JP Logistics Sdn Bhd .........................251 Hazlin Binti Jamari1 .............................................................................................................251 ELSA: The Application's Efficacy As Well As Students' Attitudes towards Its Use..............265 Maheswaran A/L Muniandy, Grace Gayathri A/P Ramakarsinin .......................................265 E-module Development to Enhance Student's Ability in Reading Comprehension of Historical Text..........................................................................................................................................279 Chery Julida P., Yaser A., Wahidah ....................................................................................279 Faktor Sosial Yang Menyumbang Kepada Motivasi Dalam Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah .................................................................................................................................................291 Muhammad Khawar Hezazy Uthman, Mohd Mahzan Awang............................................291 Memahami Tingkah Laku Delinkuen Remaja Bermasalah Daripada Perspektif Choice Theory Reality Therapy .......................................................................................................................308 Latifah binti Ibrahim, Haryani binti Hanafi, Dr Syed Mohamad bin Syed Abdullah, Nurul Atiqah binti Che U-seman, Mohd Fauzi bin Md Rejab.......................................................308 Kajian Keperluan Pembangunan Projek Inovasi Maklumbalas Kursus ULPL Menggunakan Teknologi Feedback Analytic..................................................................................................321 Suziwati Yusof , Hairi Alias, Ahmad Tarmizi Muhammad ................................................321
e-Prosiding SAHiConfEd’22 Using Storytelling Methods to Increase the Interest of Year Four Students in the Properties of Materials..................................................................................................................................335 Yap Yin Yee, Asmah Binti Bohari ......................................................................................335 Exploring Marital Readiness and Satisfaction in Married People ...........................................345 Nurliyana Munirah Rosli & Siti Nubailah Mohd Yusof......................................................345 Academic Advising of DLS 1A Class Using the Google Classroom by Looking at the Results of Feedback Among Students at Politeknik METrO Johor Bahru ..........................................363 Hajah Hazlin Binti Jamari....................................................................................................363 Mengukuhkan Kefahaman Murid Berkeperluan Khas Tahun 4 Bagi Matapelajaran Bahasa Melayu Dengan Menggunakan Aplikasi Mybaca Pkhas Tahun 4...........................................370 Mohammad Arif b. Ab Samat, Alias b. Bakar, Nurul Natrah bt Azizan, Siti Hajar binti Mat Isa@Halim, Nur Farah Anis bt Mat Rawi ...........................................................................370 Pemerkasaan Pendidikan Dalam Kalangan Murid Orang Asli: Peluang Dan Cabaran...........379 Norizan Mamat ....................................................................................................................379 Pengaruh Kepimpinan Transformasi Dan Politik Organisasi Terhadap Kepuasan Kerja .......392 Shahril Anuar Bin Abd Manap, Mohammad Nasir Bin Bistamam .....................................392 Menangani Konflik Kehidupan Berdasarkan Pendekatan Imam Al-Ghazali: Satu Keperluan Kaunseling ...............................................................................................................................402 Norhayati Binti Ahmad, Dr. Zaidi Bin Fadzil, Dr. Hernamawarni Binti Abd Majid..........402 I-Notes: Memperkasakan Pembelajaran Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Bagi Subjek Matematik............................................................................418 Nurul Ashikin bt Saat, Usha Devi a/p Ramasundram, Abiramy a/p Subramaniam, Nor Shaharina bt Md Nor ...........................................................................................................418 Isu dan Cabaran Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling ........................................434 Mohd Radhi Abu Shahim, Melati Sumari, Norsafatul Aznin A. Razak............................434 Prototaip Inovasi "Construction": Alternatif dalam Pembelajaran Matematik Tajuk Pembinaan Tingkatan Dua .........................................................................................................................454 Dr. Shahrir Affandi bin Daud, Suziela binti Md. Tahir, Rozaili bin Mohd Ali...................454 NyaSeCip: Amalan Terbaik Kbat Meningkatkan Kemahiran Mengingat Dan Membezakan Huruf Qalqolah ........................................................................................................................465 Rahmawati Binti Mohd Shariff............................................................................................465
1 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Mempromosikan Kesedaran Alam Sekitar Melalui Pendidikan Pembangunan Lestari Siswa Guru Institut Pendidikan Guru Rusmawati Othman1 , Goh Joey2 , Chong Wei Shan3 , Haslina Japri4 1,2,3,4Jabatan Sains dan Matematik, IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah [email protected], [email protected], [email protected] [email protected] Abstrak Pendidikan alam sekitar merujuk kepada usaha terancang untuk memulihara dan menjaga warisan alam sekitar serta memperkenalkan model pembangunan dengan penyelesaian yang mampan. Mutakhir ini, pelbagai isu berkaitan alam sekitar tular disebabkan oleh kerakusan manusia mengeksploitasi hasil bumi sehingga menjejaskan kelestarian alam sekitar. Oleh demikian, satu mini projek yang bertajuk Mempromosikan Kesedaran Melalui Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) telah dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dan berlangsung selama 8 minggu. Siswa guru yang mendaftar elektif terbuka LASS3013 telah dipilih sebagai peserta kajian untuk meneroka pengetahuan siswa guru setelah menyertai kursus serta impak kursus kepada sikap siswa guru. Soal selidik telah ditadbir kepada 100 orang siswa guru dan temu bual dibuat kepada tujuh peserta. Respons soal selidik dianalisis untuk melihat perbezaan min sebelum dan selepas kursus mana kala temu bual pelajar ditafsir melalui koding yang dibina. Daripada soal selidik membuktikan aktiviti-aktiviti lapangan program pendidikan alam sekitar telah membuka minda siswa guru tentang pentingnya pendidikan pembangunan lestari alam sekitar dan kefahaman sejagat diaplikasikan dalam kehidupan yang menjurus kepada peningkatan kesedaran alam sekitar terutamanya di kampus. Analisis temu bual menerbitkan tiga tema iaitu pengetahuan baharu yang diperolehi sepanjang program, kesan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program dan kepentingan program kesedaran alam sekitar. Dapatan kajian ini memberi satu petunjuk bahawa pendidikan merupakan medium terbaik untuk menerapkan kesedaran alam sekitar dan konsep pembangunan lestari terutamanya kepada bakal guru. Interaksi dan perkongsian idea dalam artikel ini diharapkan dapat memberi panduan kepada warga pendidikan lain sekaligus menjadi input yang bermanfaat untuk pengisian latihan dalam perkhidmatan. Kata Kunci: Pembangunan lestari, Aktiviti lapangan, Guru pelatih IPG, Sikap
2 e-Prosiding SAHiConfEd’22 1. Pengenalan Pendidikan alam sekitar adalah proses berterusan yang melibatkan pembelajaran formal dan komunikasi praktikal untuk memulihara dan menjaga warisan alam sekitar melalui model pembangunan dengan penyelesaian yang mampan (Siti Nur Diyana, 2011). Mutakhir ini, pelbagai isu berkaitan alam sekitar dapat dilihat hasil kerakusan tangan-tangan manusia mengeksploitasi hasil bumi sehingga menjejaskan kelestarian alam sekitar. Kursus Pendidikan Lestari Alam Sekitar ditawarkan supaya pelajar dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan alam sekitar untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan di sekolah. Untuk pendedahan aktiviti alam sekitar dalam konteks dunia sebenar, satu mini projek yang bertajuk Mempromosikan Kesedaran Melalui Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) telah dilaksanakan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Permainan alam sekitar, Program Penghijauan, 7-Steps Methodology, Projek 5R/7R/9R, EcoRun, Eco Bazaar, Puisi Alam Sekitar, Ikrar Alam Sekitar dan Khidmat Masyarakat yang bertujuan memperkukuhkan proses pendidikan alam sekitar di samping memupuk nilai, sikap positif dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan persekitaran agar dapat mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik dalam kampus dan pada masa akan datang. Hakikatnya, kesedaran alam sekitar boleh ditanam dengan pelbagai cara yang mudah dalam kehidupan seharian kita (Jamilah et al., 2011). Idea ini mencetuskan rasional untuk memilih siswa guru elektif terbuka LASS 3013 sebagai responden projek ini kerana guru adalah saluran yang paling utama dalam penyampaian ilmu kepada generasi muda di sekolah di samping guru juga merupakan “role model” kepada murid di sekolah bahkan perbuatannya sering menjadi ikutan murid- murid. Susulan itu, projek ini dilaksanakan dan berlangsung selama 2 minggu dengan bantuan serta kerjasama pensyarah-pensyarah Jabatan Sains dan Matematik bagi membantu siswa guru elektif terbuka LASS 3013 untuk membawa perubahan amalan positif alam sekitar untuk diterapkan terhadap diri sendiri, komuniti kampus sekaligus kepada generasi muda pada setiap peringkat pendidikan. 1.1 Latar Belakang Kajian Di Malaysia kajian mengenai tahap kesedaran, pengetahuan dan amalan terhadap alam sekitar telah banyak dijalankan iaitu bermula pada peringkat sekolah rendah sehinggalah peringkat pengajian tinggi (Siti Nur Diyana, 2011). Situasi ini menunjukkan bahawa isu ini adalah suatu isu yang hangat diperkatakan. Tambahan pula, perubahan teknologi yang semakin hari semakin canggih menyebabkan manusia kadang-kadang alpa kesannya terhadap alam sekitar. Hal ini disokong kajian oleh Norfadillah, Halimaton Saadiah dan Norazizah (2011) yang mendapati pelajar kurang mengetahui dengan mendalam tentang konsep pembangunan lestari. Kebanyakan pelajar menyedari peranan mereka dalam pengurusan alam sekitar namun majoriti pelajar kurang bersedia menguruskan aktiviti dan program pembangunan lestari untuk komuniti universiti dan masyarakat luar kampus. Situasi ini memberi gambaran bahawa pendidikan alam sekitar tanpa pengaplikasian adalah tidak berkesan.
3 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Projek ini sangat relevan dijalankan dengan merujuk kepada fokus permasalahan alam sekitar terkini dan sikap siswa guru yang kurang menitikberatkan elemen alam sekitar dalam pendidikan sedangkan setiap subjek yang dipelajari dapat dikaitkan dengan elemen ini. Hazura dan Syarifah (2007) menegaskan bahawa kelestarian alam sekitar amat penting untuk menjamin kehidupan di muka bumi. Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) seiring dengan pengisytiharan PBB berkaitan Sustainable Development Goals (SDG) yang bertujuan merealisasikan konsep pendidikan selaras dengan pembangunan pendidikan lestari. SDG ialah suatu pelan tindakan untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan mampan untuk semua. Terdapat 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digariskan semasa Sidang Kemuncak Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2016. Projek kesedaran lestari alam sekitar menyokong matlamat SDG bagi menangani cabaran global yang kita hadapi, termasuk yang berkaitan dengan kemiskinan, ketidaksamaan, iklim, kemusnahan alam sekitar, kemakmuran, dan keamanan serta keadilan. Maka, projek ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti perubahan pengetahuan dan sikap siswa guru setelah terlibat dengan aktiviti-aktiviti lapangan pendidikan alam sekitar dalam kursus LASS3013. Selain itu, kajian ini meneroka impak pada diri guru pelatih setelah mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program kesedaran alam sekitar melalui kursus pendidikan pembangunan lestari. 1.2 Pernyataan Masalah Di Malaysia, Kosmo Online (2021) telah melaporkan, kejadian bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh kerap kali berlaku dan mengakibatkan kerugian dan kehilangan nyawa. Zanaton dan Nur (2017) membincangkan kepentingan kesedaran masyarakat tentang masalah kemerosotan persekitaran dalam kehidupan seharian telah mencetuskan idea Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1975 di Geneva. Antara isu yang dibincangkan adalah penipisan lapisan ozon, peningkatan suhu dunia dan kemusnahan sumber kepelbagaian biologi. Impak dari persidangan kelestarian alam sekitar seperti ini, usaha mengurangkan peningkatan suhu global yang meningkat sebanyak 2ºC setahun merupakan salah satu agenda penting dalam pembangunan lestari yang menekankan isu kecekapan tenaga sebagai jalan penyelesaiannya. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hampir seluruh dunia juga telah meninggalkan impak yang buruk terhadap alam sekitar (Aragaw, DTorre, & Teshager, 2022). Antara contoh yang ketara dapat dilihat adalah peningkatan sisa buangan domestik mahupun klinikal yang mendadak sepanjang PKP dilaksanakan . Memang tidak dapat dinafikan, bahawa tahap pencemaran udara menurun dan sungai lebih bersih sepanjang perintah berkurung, namun begitu isu pertambahan sisa buangan plastik menyumbang kepada pencemaran plastik. Apatah
4 e-Prosiding SAHiConfEd’22 lagi, perintah kuarantin yang dilaksanakan sebenarnya meningkatkan permintaan pengguna untuk membeli-belah dan menempah makanan melalui talian. Menurut kumpulan penyelidik Aragaw, Dtorre dan Teshager (2022) lagi pencemaran plastik baharu di lautan seperti topeng muka, sarung tangan dan botol pembasmi kuman juga antara yang dikenal pasti mendadak peningkatan sepanjang pandemik Covid-19 menular . Jelasnya, isu ini bertitik tolak dari tiada kesedaran tentang pemeliharaan ekosistem yang mengarah kepada sikap tidak bertanggungjawab dan kegagalan mengurus alam sekitar. Terlalu banyak kemusnahan alam sekitar disebabkan perbuatan manusia yang tidak terkawal ini mencetus idea kepada kumpulan pengkaji untuk meneroka pedagogi yang diperakui di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dalam menangani isu pendidikan pembangunan lestari. 1.3 Objektif Kajian 1. Mengenal pasti perubahan pengetahuan dan sikap siswa guru setelah terlibat dengan aktiviti-aktiviti pendidikan alam sekitar dalam kursus LASS3013. 2. Meneroka impak pada diri siswa guru setelah mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program kesedaran alam sekitar melalui pendidikan pembangunan lestari. 1.4 Persoalan Kajian Persoalan kajian yang dibentuk adalah seperti berikut : 1. Adakah terdapat perubahan pengetahuan dan sikap siswa guru setelah terlibat dengan aktiviti-aktiviti pendidikan alam sekitar dalam kursus LASS3013? 2. Bagaimana aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program kesedaran alam sekitar melalui pendidikan pembangunan lestari memberi impak kepada siswa guru? 1.5 Batasan Kajian Penyelidik percaya jika tiada kesedaran untuk sama-sama menggerakkan kesedaran dan amalan pada peringkat kampus, maka akan menjejaskan usaha secara global untuk merealisasikan kelestarian alam sekitar. Jurang ini perlu dihapuskan kerana kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar adalah penting lebih-lebih lagi melibatkan isu-isu alam sekitar seperti air, udara, tanah, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang bersifat global dan memberi kesan kepada seluruh kehidupan termasuklah manusia yang bergantung kepada unsur-unsur yang ada di dalam dunia ini. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya dibataskan kepada satu kumpulan pelajar PISMP ambilan Jun tahun 2018 yang mengikuti kursus elektif terbuka LASS3013, Pendidikan Lestari Alam Sekitar di satu Institut Pendidikan Guru (IPG) di utara semenanjung Malaysia sahaja.
5 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Jumlah peserta yang terlibat dalam kajian temu bual adalah tujuh orang siswa guru sahaja dan kaedah kutipan data hanya melalui pemerhatian sepanjang kursus berlangsug di IPG dan temu bual bersemuka serta instrumen soal selidik melalui google form sahaja. 2. Tinjauan Literatur Laporan terkini daripada World Wide Fund for Nature dalam Jefferson (2019), menegaskan Malaysia antara pengguna plastik tertinggi dalam kalangan negara serantau di mana, setiap rakyat negara ini menggunakan 16.8 kilogram (kg) plastik setahun dan juga penyumbang pembuangan sampah terbesar di dunia dengan 49,670 tan sehari. Keadaan itu diburukkan lagi apabila Mohideen (2021) melaporkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara membongkarkan bahawa Malaysia sebenarnya sudah menjadi 'tuan rumah' kepada sampah daripada 33 negara yang dijalankan secara haram oleh kilang-kilang pengusaha di negara ini. Kebanyakan sampah yang dieksport ini tidak dilupuskan dengan baik atau dibiarkan di tempat pembuangan sampah. Menurut Pichtel (2015), penggunaan bahan plastik semakin meluas kerana ciri ketahanan yang kuat dan tidak mudah rosak oleh cuaca. Hal itu adalah sangat berbahaya pada ekosistem kerana plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk diurai dengan sempurna. Kajian oleh Noor Azizah Samsudin dan Zanaton (2015) telah membuktikan pendidikan melalui amalan oleh pelajar sendiri dapat memberikan impak yang tinggi terhadap kesedaran untuk bersama-sama memberi sumbangan kepada kelestarian alam sekitar. Contohnya melalui refleksi aktiviti Kajian Aplikasi Kendiri Alam Sekitar (KAKAS) yang dilaksanakan dalam kajian ini telah memfokuskan kesedaran dan perubahan amalan yang diamalkan sendiri oleh pelajar untuk menjadi pengamal alam sekitar yang prihatin dan tegar. Hal ini adalah seiring dengan projek yang kami telah laksanakan iaitu mempromosikan pendidikan pembangunan lestari dan pendidikan kefahaman sejagat dalam kalangan siswa guru LASS 3013. Hal ini turut disokong kajian oleh Tan Pei dan Norzaini (2011) mendapati komitmen pelajar terhadap alam sekitar berada pada tahap yang tinggi manakala tahap tingkah laku mesra alam sekitar berada pada tahap sederhana. Situasi ini menunjukkan kurikulum kursus yang berkaitan dengan pendidikan alam sekitar perlulah dipelbagaikan dengan aktiviti-aktiviti serta projek yang melibatkan komuniti dan pembelajaran berasaskan pengalaman. Di Malaysia kajian mengenai tahap kesedaran, pengetahuan dan amalan terhadap alam sekitar telah banyak dijalankan iaitu bermula di peringkat sekolah rendah sehingga peringkat pengajian tinggi. Situasi ini menunjukkan bahawa isu ini adalah suatu isu yang hangat diperkatakan. Tambahan pula, perubahan teknologi yang semakin hari semakin canggih menyebabkan manusia kadang-kadang alpa tentang kesannya terhadap alam sekitar. Hal ini disokong oleh kajian Norfadillah, Halimaton Saadiah dan Norazizah (2011) mendapati pelajar kurang mengetahui dengan mendalam tentang konsep pembangunan lestari. Kebanyakan pelajar menyedari peranan mereka dalam pengurusan alam sekitar namun majoriti pelajar kurang bersedia menguruskan aktiviti dan program pembangunan lestari untuk komuniti universiti dan masyarakat luar kampus. Situasi ini memberi gambaran bahawa pendidikan alam sekitar tanpa pengaplikasian adalah kurang berkesan.
6 e-Prosiding SAHiConfEd’22 3. Metodologi Kajian Mutakhir ini, jika ditelusuri dengan mendalam, pelbagai isu semasa alam sekitar yang timbul seperti masalah pencemaran, pengurusan sisa pepejal tidak terkawal dan hakisan tanah. Malah, situasi menjadi lebih buruk apabila isu alam sekitar ini turut menjejaskan kehidupan manusia. Hal ini disebabkan kurangnya kefahaman dan penerapan elemen pendidikan pembangunan lestari serta kefahaman sejagat dalam diri masyarakat. Bidang mini projek yang dilaksanakan ini adalah di bawah skop isu-isu semasa. Kursus elektif terbuka Pendidikan Lestari Alam Sekitar LASS3013 bertujuan mendidik, mengajar pengetahuan, kemahiran dan perasaan tanggungjawab serta mencari jalan keluar untuk semua masalah yang mementingkan alam sekitar. Rajah 1: Senarai Aktiviti Pendidikan Lestari Alam Sekitar Rajah 1 menunjukkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang pelaksanaan mini projek ini bagi membina pengetahuan siswa guru tentang kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar melalui pendidikan. Secara umumnya, setiap aktiviti yang dilaksanakan ini adalah seiring dengan apa yang telah dipelajari siswa guru LASS3013 sewaktu kuliah dan diaplikasikan secara praktikal. 3.1 Reka bentuk Kajian Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk campuran iaitu gabungan kuantitatif melalui edaran soal selidik dan kaedah kualitatif melalui pendekatan kajian kes. Justifikasi reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan kepada objektif kajian, jumlah peserta kajian dan teknik pengumpulan data. Semua guru pelatih yang mendaftar kursus LASS3013 seramai 100 orang dipilih sebagai responden yang menjawab soal selidik manakala peserta kajian untuk menjawab soalan temu bual terdiri daripada tujuh orang guru pelatih yang terlibat dalam kursus lestari alam sekitar Senarai Aktiviti Pameran Projek Aktiviti Projek 5R/7R/9R Program Penghijaua n 7-Steps Methodology Eco Run Permainan Alam Sekitar Majlis Penutup Ikrar Alam Sekitar Puisi Alam Sekitar
7 e-Prosiding SAHiConfEd’22 LASS. Kesahan instrumen dan kebolehpercayaan tema yang diterbitkan dari respons peserta kajian dibuat melalui semakan dua orang pensyarah yang mempunyai latar belakang doktor falsafah. 3.1 Instrumen Mini projek ini bertujuan mempromosikan kesedaran melalui Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) untuk dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti pendidikan alam sekitar dalam maklumat kursus guru pelatih Institut Pendidikan Guru. Tinjauan perubahan pengetahuan dan sikap pelajar dibuat sebelum dan selepas program melalui soal selidik. Soal selidik berbentuk ujian pra dan ujian pos dengan kandungan lima item skala likert. Ringkasnya, item 1 dan item 2 mencungkil aspek pengetahuan siswa guru berkaitan ESD dan SDG. Item 3 dan item 4 pula menjurus kepada amalan praktikal siswa guru. Seterusnya, kesahan item soalan dibuat dengan semakan dua orang pensyarah pakar dari aspek isi kandungan dan bahasa yang tepat. Kebolehpercayaan item soalan juga dibuat dengan mentadbirkan dahulu soalan ini kepada 30 orang guru pelatih yang tidak terlibat dalam kajian sebenar. Oleh kerana pandemic Covid-19, pengkaji tidak dapat bertemu dengan responden secara fizikal untuk sesi temu bual. Instrumen borang soal selidik diedarkan secara maya menggunakan aplikasi Google Form. Seterusnya, kaedah temu bual dibuat untuk memahami lebih mendalam perubahan pengetahuan dan amalan guru pelatih selepas program berlangsung. Antara soalan terbuka yang diajukan kepada peserta kajian. Soalan 1: Apakah impak pada diri anda setelah mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program kesedaran alam sekitar melalui pendidikan pembangunan lestari dan pendidikan kefahaman sejagat? Soalan 2: Apakah pengetahuan baharu yang anda perolehi daripada program kesedaran alam sekitar melalui pendidikan pembangunan lestari dan pendidikan kefahaman sejagat? Soalan 3: Secara keseluruhannya, apakah pendapat anda terhadap program kesedaran alam sekitar melalui pendidikan pembangunan lestari dan pendidikan kefahaman sejagat? Pemerhatian secara tidak berstruktur juga dibuat sepanjang program berlangsung. Kaedah triangulasi data melalui pemerhatian diaplikasikan dalam kajian ini sebagai sokongan data soal selidik dan temu bual. 3.2 Analisis Data Semua data yang dikumpul daripada instrumen soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Analisis data soal selidik dilaksanakan melalui analisis deskriptif iaitu perbezaan min sebelum dan selepas program.
8 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Untuk respons temubual, data temubual soalan terbuka dianalisis secara tematik. Kajian ini mendapatkan data utama melalui temu bual serta disokong dengan data pemerhatian. Tematema tersebut kemudiannya dirujuk kepada pakar yang dilantik untuk mendapatkan pengesahan. Semasa fasa ini, pengkaji mengesahkan semula pemahaman pengkaji supaya selari dengan tanggapan peserta kajian dari aspek kesesuaian makna. Menurut Braun dan Clarke (2006), triangulasi data melalui data atau lebih sumber kaedah pengumpulan data dapat memudahkan pengesahan data atau dikenali sebagai verifikasi silang. 4. Dapatan Bab ini membincangkan dapatan kajian secara terperinci berdasarkan objektif kajian yang telah dibina. Objektif yang pertama mempamerkan perubahan pengetahuan dan sikap siswa guru setelah terlibat dengan aktiviti-aktiviti pendidikan alam sekitar dalam kursus LASS3013. Objektif kedua membincangkan penerokaan impak pada diri pelajar setelah mengikuti aktivitiaktiviti yang dijalankan sepanjang program kesedaran alam sekitar melalui pendidikan pembangunan lestari. Bagi memperincikan dapatan, pengkaji telah membahagikan dapatan kepada tema-tema kecil bagi tujuan memudahkan pemahaman pembaca. 4.1 Dapatan Soal Selidik Objektif 1:Perubahan pengetahuan dan sikap siswa guru setelah terlibat dengan aktiviti- aktiviti pendidikan alam sekitar dalam kursus LASS3013 UJIAN PRA DAN UJIAN POS 0 Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Sebelum 1.43 1.49 1.43 1.49 2 Selepas 4.51 4.57 4.63 4.54 4.7 Rajah 2: Analisis Purata Keseluruhan Ujian Pra dan Ujian Pos k E K E R
9 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rajah 2 menunjukkan analisis keseluruhan purata ujian pra dan ujian pos berpandukan 5 skala likert. Terdapat perubahan yang ditunjukkan bagi setiap item iaitu merangkumi pengetahuan dan sikap siswa guru setelah terlibat dengan aktiviti-aktiviti pendidikan alam sekitar. Bagi item 1 dan item 2, aspek pengetahuan siswa guru berkaitan ESD dan SDG dapat diukur dengan jelas iaitu dengan nilai purata skala likert 4.51 dan 4.57. Manakala analisis bagi item 3 dan item 4 pula menjurus kepada amalan praktikal siswa guru. Sebelum mini projek ini dilakukan, siswa guru merekodkan data yang rendah dalam mengemukakan cadangan penyelesaian isu masalah alam sekitar dan melaksanakan tindakan penyelesaian. Namun begitu, setelah projek ini dijalankan, siswa guru diberikan peluang membuat penyelesaian masalah berpandukan elemen ESD dan SDG sekaligus mencatatkan purata tertinggi bagi item 5 iaitu 4.70 kerana siswa guru berupaya merumuskan secara kritis amalan gaya hidup lestari hasil daripada amalan praktikal yang dilaksanakan. 4.2 Dapatan Temubual Objektif 2:Meneroka impak pada diri siswa guru setelah mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program kesedaran alam sekitar melalui pendidikan pembangunan lestari Hasil dapatan kajian secara tematik mendapati tiga tema utama diterbitkan. Tema pertama adalah, pengetahuan baharu yang diperolehi sepanjang program. Tema kedua merujuk kesan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program kesedaran alam sekitar dan seterusnya, tema ketiga dibahaskan ialah kepentingan program kesedaran yang menjadi perbincangan. Identiti peserta kajian dilabelkan dengan M1,M2 dan seterusnya sebagai mematuhi etika kerahsiaan dalam penyelidikan. Pengetahuan baharu yang diperolehi sepanjang program kesedaran alam sekitar melalui pendidikan pembangunan lestari Peserta kajian mengaku tidak tahu sebelum ini ada subjek kursus alam sekitar dalam sistem pendidikan kita di Malaysia (M1, M2, M5). Mereka juga teruja dengan pelbagai kaedah untuk mempromosi pendidikan alam sekitar seperti puisi alam sekitar, ikrar alam sekitar dan pameran alam sekitar (M1,M2,M3,M6,M7). Kesemua peserta juga bersetuju pendidikan mengenai alam sekitar merupakan perkara asas yang perlu didedahkan kepada generasi muda bermula di rumah atau di sekolah. Sebelum ini, saya membayangkan program alam sekitar kalau dengar tentang kesedaran alam sekitar. Namun sebenarnya, pendidikan mengenai alam sekitar di rumah atau di sekolah merupakan perkara asas yang perlu didedahkan kepada generasi muda sebagai usaha awal memupuk rasa cinta mereka terhadap alam sekitar. M1 M2 M3
10 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Saya baru tahu ada subjek khusus alam sekitar dalam sistem pendidikan kita di Malaysia. M1, M2, M5 Terdapat pelbagai kaedah untuk memberi pendidikan alam sekitar seperti puisi alam sekitar, ikrar alam sekitar dan pameran alam sekitar. M1,M2,M3,M6,M7 Saya dapat mengetahui tentang sejarah dan objektif utama adanya subjek pendidikan alam sekitar ini. Saya dapat mengetahui tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Saya mendapat pengetahuan mengenai pendidikan alam sekitar dan pembangunan lestari. Saya juga mengenal pasti isu-isu alam sekitar dan cara penyelesaiannya melalui kursus ini. M2,M3,M6 Saya dapat mengembangkan ilmu alam sekitar melalui kursus ini seperti punca dan kesan pencemaran alam sekitar serta cara mengatasinya bagi menjaga kelestarian alam sekitar. M4 Tahu tindakan untuk kekalkan kelestarian alam Tahu bahawa semua individu daripada setiap lapisan perlu jaga persekitaran dan ekosistem. M5,M7 Saya lebih mengetahui cara menjaga alam sekitar, cara menanam pokok dengan betul dan kreatif, haiwan pemuliharaan dan hampir pupus. Saya mendalam satu pengetahuan yang baharu tentang cara penanaman tanaman herba. M1,M3,M5 Kesan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program kesedaran alam sekitar Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program kesedaran alam sekitar telah memberi impak yang positif kepada sikap dan amalan guru pelatih sebagaimana yang ditunjukkan melalui respons temu bual. Saya semakin beringat dan cakna untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Saya mengelakkan diri daripada meminta beg plastik dan membawa beg sendiri dari rumah. M1, M4, M5
11 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Saya akan mengubah cara hidup saya yang lebih mesra alam seperti pengurangan beg plastik. Selain itu, saya rasa perlu sebarkan ilmu-ilmu yang saya dapat kepada rakan-rakan sekeliling saya. M1,M2, M3, M6, M7 Saya semakin sedar kepentingan menjaga alam sekitar dan saya cuba untuk ubah cara hidup saya supaya pencemaran alam sekitar berkurang. M1,M2, M3, M4,M5 Saya dapat mempraktikkan langkah-langkah demi melestarikan alam sekitar. Antaranya, kitar semula bahan-bahan buangan. Reuse plastic / avoid plastic use. Saya dapat mengetahui tentang beberapa cara atau kaedah dalam kitar semula barang terpakai menjadi bahan yang baru setelah menyertai kempen serta projek yang dijalankan oleh rakan rakan. M3 Dari aspek praktikal, saya dapat mengetahui cara kitar semula atau menggunakan semula bekas plastik untuk penanaman pokok serta masa yang diambil oleh barangan plastik untuk diurai. M5 Saya berasa sangat gembira kerana saya dapat banyak ilmu pengetahuan mengenai alam sekitar melalui kursus ini. Saya berasa gembira dan bangga kerana mempunyai peluang untuk merasakan keindahan alam sekitar. Seronok dan teruja. Lebih sayang alam sekitar. M1 Kepentingan program kesedaran Peserta kajian menegaskan kepentingan program kesedaran bukan sahaja kepada kumpulan pelajar yang mengambil kursus berkaitan alam sekitar sahaja tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat khususnya generasi muda dan generasi akan datang. Program ini sangat wajar untuk dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal terutamanya kepada generasi muda berkenaan kepentingan memelihara alam sekitar. Selepas mengambil kursus ini, Saya menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam memastikan kelestarian alam sekitar dengan efektif. Menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap isu alam sekitar dan perlu bertindak secara praktikal supaya tidak mencemarkan alam sekitar Saya dapat menanam sifat sayangkan alam sekitar dengan lebih mendalam daripada sebelum ini sebab banyak projek kawan2 saya yang telah menyedarkan saya untuk melestarikan alam sekitar. M1,M3,M4 M5
12 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Kedua-dua program ini suatu usaha yang amat baik dan perlu diteruskan oleh kita dan generasi akan datang.Saya dapat melahirkan sikap bertanggungjawab dengan menghargai dan memelihara sumber alam sekitar dengan baik. Sebagai insan yang bertanggungjawab, saya perlulah menjadi contoh yang terbaik kepada generasi yang akan datang untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. M5,M6,M7 Pada pendapat saya, program pendidikan alam sekitar harus diterapkan kepada semua lapisan masyarakat dan bukan hanya kepada kumpulan pelajar yang mengambil kursus berkaitan alam sekitar sahaja.Elemen mencintai alam sekitar semakin bertambah dan kesedaran akan kepentingan pengaplikasian konsep 3R. M2 M3 M5 Analisis temu bual merumuskan tentang impak yang diperolehi responden setelah melibatkan diri dalam aktiviti mini projek ini. Secara keseluruhannya, kesemua responden mendapat kesedaran yang tinggi apabila mengikuti aktiviti alam sekitar yang berteraskan pendidikan ini dan berupaya mempraktikkan amalan yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Kesedaran yang timbul dalam diri responden telah menyebabkan guru pelatih berhasrat untuk menyebarkan dan mempromosikan kepada rakan-rakan tentang kepentingan pendidikan pembangunan lestari dan pendidikan kefahaman sejagat dalam memelihara alam sekitar. Dapatan juga mendapati peserta kajian lebih peka dengan amalan mengitar semula bagi memelihara dan memulihara alam sekitar. Selain itu, responden juga mempamerkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan alam sekitar di semua peringkat pendidikan supaya dapat memupuk perasaan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar sejajar dengan pendidikan pembangunan lestari dan pendidikan kefahaman sejagat. Contohnya M2 baru menyedari bahawa terdapat pendidikan alam sekitar yang diterapkan di dalam sistem pendidikan di negara kita. 4.3 Dapatan Pemerhatian Hasil analisis temu bual menunjukkan ketiga-tiga responden memperoleh pengetahuan baharu berkaitan dengan aktiviti pendidikan alam sekitar. Jika sebelum ini, masyarakat cenderung melaksanakan kempen dan program alam sekitar bagi meningkatkan kesedaran tentang kelestarian alam sekitar. Namun begitu, mini projek ini membuka peluang kepada responden membuka minda untuk mempelbagaikan kaedah penyampaian berkaitan kesedaran alam sekitar seperti puisi, ikrar, khidmat masyarakat, taman herba dan pameran alam sekitar. Pada bahagian ini, dapatan dalam bentuk gambar dibentangkan sebagai pengukuhan kepada respons temu bual untuk tujuan verifikasi data.
13 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rajah 3: Pameran Projek Rajah 4: Eco Run
14 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rajah 5: Permainan Alam Sekitar Rajah 6: Khidmat Masyarakat Ke Pusat Pemeliharaan Dan Pemulihan Laporan bergambar setiap aktiviti yang dijalankan dalam mini projek ini bersumberkan tugasan aktiviti pendidikan lestari alam sekitar melalui pembelajaran dan pengajaran berasaskan pengalaman langsung dan tidak langsung siswa guru. Satu pameran telah dianjurkan oleh pelajar sebagai satu bentuk penilaian kursus. Antara kiosk yang dipamerkan adalah poster dan brosur mempromosikan kesedaran alam sekitar melalui kempen. Selain itu, aktiviti (3R) juga dibentangkan melalui interaksi dengan pengunjung seperti penghasilan produk inovasi sabun daripada minyak terpakai, penghasilan pasu bunga dari bekas plastik yang terbuang, konsep
15 e-Prosiding SAHiConfEd’22 pengurusan sisa pepejal melalui penghasilan ecobricks. Tidak hanya pameran dalam bangunan, aktiviti lapangan atau projek semulajadi di tapak sebenar juga dibuka untuk lawatan warga kampus. Antaranya, taman herba, projek tanam pokok dalam tayar serta baja kompos. Tidak terkecuali warga siswa telah menganjurkan satu lawatan dan khidmat masyarakat ke pusat pemeliharaan dan pemuliharaan tuntung di Bukit Pinang, Jitra sebagai menghayati pendidikan degradasi biodiversiti. Bukti bergambar ini secara tidak langsung mempamerkan sikap siswa guru yang menepati konsep pendidikan pembangunan lestari dan pendidikan kefahaman sejagat. Contohnya siswa guru saling bekerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan aktiviti seperti pameran dan permainan alam sekitar tanpa mengira jantina, latar belakang keluarga dan kaum. Interaksi dan perkongsian idea sekaligus melengkapkan harapan yang terdapat di dalam pendidikan pembangunan lestari dan pendidikan kefahaman sejagat. 5. Perbincangan Jelaslah bahawa seseorang yang hanya mempunyai kesedaran tentang alam sekitar belum lagi boleh dikatakan seorang yang “Celik Alam Sekitar”. Hal ini demikian, pemahaman hendaklah diiringi dengan kemampuan mengamalkannya dalam bentuk tingkah laku yang boleh membantu mengurangkan masalah isu-isu semasa alam sekitar (Hanifah Mahat et.al, 2014). Merujuk kepada aktiviti yang dilaksanakan dalam mini projek ini membolehkan siswa guru bekerjasama antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa sebagai tonggak komuniti lestari di kampus IPGKDA dalam menyebar luas peranan pendidikan pembangunan lestari alam sekitar. Hasil dapatan telah menunjukkan bahawa objektif projek yang ditetapkan berjaya dicapai. Perkembangan positif melibatkan pengetahuan dan sikap siswa guru terhadap pendidikan alam sekitar dapat dilihat menerusi kelancaran aktiviti-aktiviti dalam Mempromosikan Kesedaran Alam Sekitar Melalui Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) dan Matlamat Pembangunan mapan (SDG). Hal ini dapat dibuktikan melalui analisis soal selidik ujian pra dan ujian pos. Daripada soal selidik ini dapatlah dirumuskan bahawa aktiviti pendidikan alam sekitar telah membuka minda siswa guru LASS3013 tentang pentingnya pendidikan pembangunan lestari alam sekitar dan kefahaman sejagat diaplikasikan dalam kehidupan yang menjurus kepada peningkatan kesedaran alam sekitar terutamanya di kampus. Sesungguhnya, pengetahuan sahaja tidak dapat mengarah kepada perubahan sikap jika tidak dimulai oleh tindakan. Oleh sebab itu, mini projek ini berupaya mendorong siswa guru memulakan langkah pertama dengan tindakan awal dan seterusnya mampu mengulangi tindakan tersebut secara konsisten untuk memberi perubahan kepada sikap positif. Ini ditunjukkan dengan amalan aktiviti kitar semula, berkongsi kereta, mengamalkan penggunaan tenaga secara berhemah serta mampu mengenepikan kemudahan yang ada dalam teknologi
16 e-Prosiding SAHiConfEd’22 semasa dengan elemen membuat sendiri (DIY) demi memelihara alam sekitar. Melalui aktiviti pameran contohnya, siswa guru berpeluang berkongsi pengalaman dan pelaksanaan dalam mengendalikan projek masing-masing. Menurut Haryati Shafii (2012), impak kerja lapangan menimbulkan kesedaran dalam kalangan para pelajar akan kepentingan menjaga alam sekitar berdasarkan pengalaman yang dialami sendiri. Rajah 7: Elemen ESD dan SDG yang Diterapkan dalam Mini Projek “The world conversation strategy” menyatakan pendidikan alam sekitar mempunyai pengukur masyarakat sehingga dapat membentuk etika terhadap alam sekitar (Nurazidawati, Mastura & Kamsiah, 2011). Hal ini seiring dengan tujuan untuk mewujudkan kesedaran alam sekitar, tanggungjawab terhadap alam sekitar dan mempromosikan pengembangan inisiatif yang mencari perlindungan, pemuliharaan dan penggunaan alam sekitar yang tepat. Ringkasnya, mini projek yang dilaksanakan ini berjaya merangkumi elemen-elemen ESD dan SDG pada Rajah 7 dalam diri kumpulan sasaran malah turut menggalakkan kefahaman dan pengamalan konsep kesejahteraan alam sekitar secara menyeluruh dengan penggabungan penyebaran maklumat dan latihan alam sekitar selaras dengan cadangan dalam agenda 21. Contohnya bacaan puisi dan ikrar alam sekitar dalam projek ini memberikan penghayatan yang mendalam buat pendengar untuk terus mengekalkan kesejahteraan alam sekitar. 5.1 Implikasi Kajian Mini projek mempromosikan kesedaran pembangunan lestari alam sekitar yang telah dijalankan pada peringkat kampus pada kajian ini telah membuktikan pendidikan merupakan medium terbaik untuk menerapkan kesedaran alam sekitar dan konsep pembangunan lestari terutamanya kepada bakal guru. Dapatan kajian yang positif menjadi refleksi yang kukuh bahawa melalui aktiviti secara autentik, siswa guru didedahkan dengan proses pembelajaran yang efektif dan telah dizahirkan melalui amalan praktikal yang bersungguh-sungguh. Contohnya membuat pameran dengan merujuk kepelbagaian sumber bahkan menggabungjalinkan maklumat Knowledge Commitment Skills Action Value
17 e-Prosiding SAHiConfEd’22 komponen ESD dan SDG. Jelaslah, salah satu cara yang efektif untuk menangani isu-isu alam sekitar yang kian meruncing ialah melalui pendidikan alam sekitar. Kesemua responden juga bersetuju kesedaran alam sekitar harus diterapkan kepada semua lapisan masyarakat bermula dari pendidikan awal kanak-kanak sehingga kepada golongan dewasa. Mumtazah (2011) menjelaskan dalam usaha mewujudkan persekitaran dan alam sekitar yang sihat serta hijau, kerjasama semua pihak amat diperlukan. Usaha yang dilakukan ini perlu diteruskan dengan penambahbaikan yang sesuai serta disebar luas dalam semua lapisan warga pendidik tidak mengira institusi awam atau swasta, sekolah rendah atau menengah untuk manfaat bersama kerana elemen alam sekitar yang diserap dalam mini projek ini bukan semata-mata input pengetahuan secara nota dan lisan tetapi melibatkan pemindahan pengetahuan secara praktikal. Natijahnya, pendidikan melalui amalan lebih memberi impak yang positif berbanding pendidikan berasaskan input lisan pengetahuan semata-mata. 6. Kesimpulan Secara keseluruhannya kajian ini telah dapat mengenal pasti perubahan pengetahuan dan sikap siswa guru setelah terlibat dengan aktiviti-aktiviti pendidikan alam sekitar dalam kursus LASS3013. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program kesedaran alam sekitar melalui pendidikan pembangunan lestari juga telah memberi impak kepada pelajar. Tiga tema utama diterbitkan dari respons temu bual iaitu pengetahuan baharu yang diperolehi sepanjang program, kesan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program kesedaran alam sekitar dan tema ketiga iaitu kepentingan program kesedaran menjadi satu indikator yang empirik manfaat mini projek alam sekitar kepada siswa guru dalam menyelusuri permasalahan isu-isu semasa alam sekitar dengan mengenengahkan elemen pendidikan pembangunan lestari dan konsep pembangunan mapan dalam kursus LASS3013. Pada masa yang sama, amalan praktikal yang diterapkan dalam mini projek ini berjaya meningkatkan lagi kesedaran dan kepekaan siswa guru. Jelaslah bahawa kesedaran alam sekitar merupakan satu nilai penting dalam mewujudkan kualiti hidup yang seimbang sekaligus melahirkan siswa guru yang bukan sahaja faham, berkebolehan, berkemampuan bahkan mempunyai keprihatinan terhadap pengurusan dan pencemaran alam sekitar terutamanya dalam kampus. Impak dan kepentingan strategi pembelajaran yang kontekstual untuk menyokong kehidupan lestari alam sekitar sebagaimana penemuan kajian ini mengesahkan perlunya amalan lestari alam sekitar disebar luas kepada semua lapisan warga pendidikan. Rujukan Aragaw, T. A., De-la-Torre, G. E., & Teshager, A. A. (2022). Personal protective equipment (PPE) pollution driven by the COVID-19 pandemic along the shoreline of Lake Tana, Bahir Dar, Ethiopia. Science of the Total Environment, 820, 153261. Braun, V., & Clarke, V. (2009). Special Issue: Coming out in higher education. Lesbian & Gay Psychology Review, 10(1), 3-69.
18 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Hanifah, M., Shaharuddin, A., Noraziah, A. & Mohamad Suhaily Yusry, C.N. (2015). Tahap amalan penggunaan lestari dalam kalangan guru di Puchong, Sains Humanika, 5(1): 19- 26. Haryati Shafii. (2012). Keselesaan terma rumah kediaman dan pengaruhnya terhadap kualiti hidup penduduk. Malaysia Journal of Society and Space 8(4), 28-43. Hazura, A. B., & Sharifah Norhaidah, S. I. (2007). Pemeliharaan alam tabii bersumberkan pengetahuan Islam. Pendidikan Sains, 1(7), 31-44. Jamilah Hj. Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid, Juliana Abdul Wahab, (2011) Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar. AKADEMIKA, 81 (3). Jefferson, M. (2019). Whither Plastics?—Petrochemicals, plastics and sustainability in a garbage-riddled world. Energy Research & Social Science, 56, 101229. Kosmo Online. (2021). ‘Tangan’ manusia ancam alam sekitar. Diakses pada Disember 18, 2021 daripada https://www.kosmo.com.my/2021/12/15/tangan-manusia-ancam-alam sekitar/. Mohideen Abdul Kader. (2021). Menangani pencemaran plastik di Malaysia. https://www.malaysianow.com/wacana/2021/03/15/menangani-pencemaran-plastik- dimalaysia/ Mumtazah Othman. (2011). Penggunaan lestari: Konsep dan pengenalan. Dlm. Mumtazah Othman dan Nurizan Yahaya (ed.). Penggunaan Lestari: Bagaimana Tingkah Laku Remaja? Serdang: UPM. 1-11. Noor Azizah Samsudin & Zanaton. (2015). Kesedaran alam sekitar melalui aplikasi kendiri alam sekitar (KAKAS). Jurnal Personalia Pelajar 18 (2), 23-31. Norfadillah, D., Halimaton Saadiah, H., & Noraziah, A. (2011). Tahap kelestarian pelajar UKM ke arah kampus lestari. Jurnal Personalia Pelajar, Bil 14: 1-10. Nurazidawati, Mastura, T. & Kamisah. (2011). Pengalaman pembelajaran melalui khidmat komuniti pelajar Sains: Tranformasi dan inovasi dalam pendidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Othman, F. H. (2012). Amalan pembuangan sampah dalam kalangan pensyarah, pelajardan pekerja kafeteria di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Seidman, I. (2013). Interviewing as qualitative Research, 4th ed. A guide for researchers in education & the social sciences. New York, NY: Teachers College Press. Siti Nur Diyana Mahmud. (2011). Faktor mempengaruhi niat dan tingkah laku kitar semula dalam kalangan pelajar: Aplikasi teori tingkah laku terancang. [Tesis Sarjana tidak diterbitkan]. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Tan, Pei San & Norzaini Azman. (2011). Hubungan antara komitmen terhadap alam sekitar dengan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti. Jurnal Pesonalia Pelajar (14). pp. 11-22. ISSN 0128-2735. Zanaton H. Iksan & Nur Khairani Khalid. (2017). Modul 3R: penyebaran kesedaran alam sekitar di Sabah Dan Sarawak. AJTLHE, 9(1), 20-32.
19 e-Prosiding SAHiConfEd’22 —-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ------------------------------------------- Pengurusan Dokumen Rasmi dan Data Kepakaran dalam Repositori Data Jabatan Mohamed Nazul Ismail, Ellyza Karim, P. Vani, Siti Zaritha Salleh & Hartini Kana Jabatan Latihan dan Pembangunan Profesionalisme Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Negeri Sembilan, Malaysia [email protected], [email protected] Abstrak Landskap pengurusan repositori data masa kini telah berubah di mana reka bentuk organisasi dan pengurusan baharu diurus ke arah pemanfaatan digital. Oleh itu, satu kajian tindakan dijalankan bagi menyusun strategi dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengurusan repositori data jabatan. Sebanyak dua kitaran dilaksanakan dalam usaha mencapai pengurusan repositori data yang berkesan merujuk kepada model Kemmis dan McTaggart. Skop kajian ini menjurus kepada penambahbaikan pengurusan dokumen rasmi dalam repositori data agar ianya bersifat hidup dan kaya dengan pengetahuan agar relevan dengan perkembangan dasar revolusi 4.0 industri masa kini. Kaedah pengumpulan data kajian tindakan ini melibatkan pengalaman kendiri, pemerhatian dan temubual. Hasil kajian tindakan ini adalah perubahan positif pengurusan perekodan dokumen rasmi dan data kepakaran menggunakan pemanfaatan digital sedia ada iaitu Google Workspace yang merangkumi aplikasi G Sites, G Drive, G Slides, G Data Studio, G Docs, G Sheets dan G Form. Justeru, impak kajian memberi kesan domino kepada kemudahan pentadbir repositori iaitu warga dalam Jabatan Latihan dan Pembangunan Profesionalisme, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik terhadap proses kerja sekaligus meningkatkan keboleh capaian pengguna yang terdiri dari warga institut ini ke atas pencarian maklumat terutama berkaitan bidang latihan dan kepakaran. Kata kunci: Kajian tindakan, repositori data, dokumen rasmi, data kepakaran, pemanfaatan digital
20 e-Prosiding SAHiConfEd’22 1. Pengenalan Pengurusan repositori data secara digital pada masa ini ternyata banyak memberi manfaat terutama dalam aspek penjimatan ruang dan kewangan. Merujuk kepada bidang Sains Perkhidmatan, pengurusan repositori data di Jabatan Latihan dan Pembangunan Profesionalisme (JLPP), Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) dirangka bagi memahami penciptaan bersama sesuatu yang bernilai iaitu perkhidmatan berterusan yang dibangunkan oleh penyedia perkhidmatan untuk pelanggannya. Setelah ini difahami, model boleh dibuat dan diuji untuk memahami cara perkhidmatan dibangunkan bagi tujuan menambah baik proses di sebaliknya. Bidang Sains Perkhidmatan mengkaji cara organisasi perkhidmatan boleh disusun semula dan pemahaman umum serta penambahbaikan perkhidmatan merentas industri (Kim, 2019). Pembinaan repositori data digital dilaksanakan sebagai penambahbaikan ke atas repositori data maujud yang berciri tradisional (Manaf & Mutalib, 2019). Sehubungan itu, satu kajian tindakan dirancang bagi melihat keberkesanan aplikasi digital ini. Dengan kemajuan teknologi maklumat, pengkomputeran awan adalah platform yang sesuai untuk merealisasikan hasrat kajian tindakan terhadap penambahbaikan pengurusan dokumen menuju kepada ketangkasan perkhidmatan berorientasikan pengkomputeran atau pemanfaatan digital (Lacerda & Jamil, 2021). Aplikasi sedia ada iaitu Google Workspace digunakan bagi pembangunan repositori data digital di JLPP. Kelebihan Google Workspace yang mengandungi pelbagai perisian sesuai bagi pengurusan data seperti G Sites, G Drive, G Slides, G Data Studio, G Docs, G Sheets dan G Form membolehkan manipulasi perisian berkenaan dalam pembangunan repositori data di JLPP IPGKPT. Walau bagaimanapun inovasi pengurusan dokumen rasmi hanya boleh menjadi kenyataan dengan keupayaan pasukan kerja untuk mengambil tindakan yang proaktif dan dinamik di dalam mengimplementasi tugas dan peranan mereka (Faizah, 2016). Boleh dikatakan selain daripada idea penambahbaikan pengurusan, kesediaan teknologi, modal insan yang berkualiti turut menjadi tonggak penggalak transformasi. Sesuai dengan kesempatan dan tempoh kajian yang terbatas, penulisan kajian tindakan ini memberi fokus kepada elemen-elemen kecil dalam pengurusan tetapi mempunyai makna yang besar iaitu penambahbaikan pengurusan dokumen rasmi seperti surat dan memo keluar dan masuk. Selain itu, paparan aktiviti dan data kepakaran turut boleh dicapai oleh pelanggan dalam bentuk Dashboard atau papan pemuka yang dimuat naik dalam G Sites. 2. Fokus Kajian Tujuan penyelidikan ini adalah untuk membincangkan dapatan kajian tindakan pengurusan data seperti dokumen rasmi dalam konteks sains perkhidmatan. Perbincangan di dalam penulisan ini dilengkapkan dengan cabaran dan strategi menjalankan kajian tindakan terhadap penambahbaikan pengurusan dokumen rasmi. Pendekatan kajian tindakan digunakan kerana fokus kajian untuk memperbaiki amalan kerja sedia ada (BPPDP, 2008). Para pemegang taruh
21 e-Prosiding SAHiConfEd’22 adalah di antara pihak yang boleh mendapat manfaat daripada perbincangan kertas kajian ini. Kertas kajian ini menyerlahkan proses mendekatkan penambahbaikan pengurusan kepada sistem pengurusan yang hidup, mengayakan pandangan serta pengetahuan untuk pembangunan teori dan inovasi dalam amalan kerja (Ollia & Yström, 2020). 3. Objektif dan Soalan Kajian 3.1 Objektif Kajian a Memastikan tempoh capaian semula sesuatu dokumen dalam julat tidak melebihi 30 saat. b Menambahbaik proses kerja penyimpanan dokumen dalam bentuk pengurusan digital. 3.2 Soalan Kajian 3.2.1.1.1 Bagaimana mengurangkan masa menunggu sesuatu dokumen yang tidak melebihi 30 saat? 3.2.1.1.2 Bagaimana menambah baik proses kerja penyimpanan dokumen dalam bentuk konvensional ke bentuk digital? 4. Peserta Kajian Ahli JLPP yang terdiri daripada Ketua Jabatan (KJ), ketua-ketua 3 buah unit iaitu Unit Pembangunan Kepakaran, Unit Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) dan Unit Latihan dalam Perkhidmatan bersama para pensyarah dalam unit tersebut, pegawai pengurusan, pembantu tadbir dan pembantu operasi. Jabatan ini terdiri dari 8 orang yang mana 5 orang bertindak sebagai penyelidik. 3 orang ahli jabatan dilantik sebagai responden bersama seorang warga IPGKPT yang lain. 5. Tindakan yang Dijalankan Dalam kajian tindakan kali ini, bermula dengan permasalahan untuk membuat carian terhadap dokumen seperti surat dan memo rasmi serta simpanan data penganugerahan/pelantikan para pensyarah berkaitan dengan kepakaran mereka. Kerap kali surat atau memo yang dihantar menggunakan beberapa saluran elektronik seperti emel, WhatsApp dan telegram kepada KJ. KJ seterusnya memajukannya kepada ahli jabatan dalam kumpulan WhatsApp untuk diambil tindakan. Dokumen-dokumen itu bukan sahaja disimpan di telefon KJ, malah sering juga disimpan di komputer riba ataupun komputer meja. Lalu disusuli dengan memasukkan dokumen-dokumen tersebut ke dalam repositori data jabatan. Adakalanya, KJ menerima surat dalam bentuk salinan keras. Bagi pensyarah yang mendapat lantikan atau anugerah dalam peningkatan profesionalisme kepakaran mereka, hanya mereka dan KJ mereka sahaja yang mengetahui, tanpa dimajukan kepada JLPP. Permasalahannya terdapat beberapa kelemahan seperti:
22 e-Prosiding SAHiConfEd’22 ● Pengulangan simpanan dokumen yang sama ● Lokasi dokumen yang disimpan tidak terurus ● Kesukaran capaian semula dokumen ● Penamaan dokumen yang pelbagai ● Dokumen kepakaran tidak lengkap Kesemua kelemahan ini menggambarkan ketidakcekapan dalam pengurusan. Berpandukan proses kerja dalam kajian tindakan, masalah kajian ini perlu mengikuti empat peringkat berdasarkan dua kitaran. Langkah tersebut ialah refleksi, perancangan, laksana dan pemerhatian (Kemmis & McTaggart, 1988, Soon, 2011, Suliman et al., 2015). Kitaran 1 Peringkat Refleksi: Isu yang timbul ialah kelemahan carian dokumen rasmi dalam repositori data. Hal ini penting bagi meningkatkan produktiviti kerja dan kecekapan urus tadbir. Capaian dokumen didapati kurang cekap di mana masa carian melebihi 30 saat kerana dokumen tidak disusun secara sistematik. Dokumen disimpan berdasarkan perkara berkaitan dokumen itu sendiri tanpa label yang betul. Begitu juga halnya dengan data kepakaran. JLPP tidak menerima surat lantikan mahupun sijil berkaitan kepakaran pensyarah sedangkan jabatan ini mempunyai kaitan dengan pembangunan kepakaran. Mengikut rutin, hanya pensyarah dan Ketua Jabatannya sahaja yang menerima surat berkenaan. Peringkat Perancangan: Para penyelidik berbincang tentang cara dan strategi terbaik dalam menangani isu tersebut. Proses kerja perlu menekankan keharmonian dalam pengurusan dan menurunkan beban kognitif kepada peribadi. Empat pendekatan dipilih bagi menangani isu ini iaitu: 1. Naming Convention, melibatkan penukaran nama dokumen dibuat dan mewujudkan dua fail berbeza untuk surat dan memo. 2. Memasukkan fail terpenting ke dalam bahagian Priority seperti dalam Rajah 1. 3. Teknik RSL (Record, Save or Scan, Link) di mana semua surat dan memo masuk direkod, diimbas dan dipautkan pada pautan tertentu dalam format salinan lembut. 4. Mewujudkan repositori kepakaran menggunakan Google Form yang dipautkan dalam kumpulan WhatsApp rasmi seperti dalam Rajah 2.
23 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rajah 1: Memanfaatkan Fungsi Priority Rajah 2: Kemudahan akses data kepakaran dipautkan dalam kumpulan WhatsApp rasmi Peringkat Laksana: Peringkat ini melibatkan pelaksanaan perancangan bagi tujuan penambahbaikan. Penyelidik perlu sentiasa membuat pemerhatian dan bertindak balas mengikut hasil pemerhatian. Pada peringkat ini, nama fail diubah mengikut format <Tarikh> <Surat @ Memo> < Ringkasan perkara dalam surat>. Pengasingan direktori dilaksanakan dengan mencipta dua fail iaitu yang pertama ialah fail bagi “Surat keluar, masuk dan draf” dan kedua, fail bagi “Memo keluar, masuk dan draf”. Hal ini dilaksanakan bagi kedua-dua format surat dan memo yang diterima sama ada dalam bentuk salinan keras atau salinan lembut. Scan dalam Teknik RSL digunakan bagi mengimbas dokumen yang diterima dalam bentuk salinan keras. Bagi data kepakaran, data Google Sheet yang diperoleh dari pentadbiran Google Form digunakan sebagai repositori kepakaran.
24 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Peringkat Pemerhatian: Susunan dokumen masih tidak konsisten. Sesekali paparan dipersembahkan dengan cara susunan menaik dan menurun. Kesannya masa carian sesuatu dokumen kerja masih lagi melebihi 30 saat untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan semula. Bagi data kepakaran, data Google Sheet yang diperoleh dari pentadbiran Google Form dijelmakan ke dalam Papan Pemuka Google Data Studio yang dapat dikongsi secara global. Di akhir kitaran pertama kajian tindakan, penyelidik akan membuat pemerhatian keseluruhan bagi memastikan kesan pelaksanaan perancangan di dalam menangani isu yang telah dikenal pasti. Hasil pemerhatian ini juga merupakan refleksi penyelidik untuk keperluan kitaran seterusnya di dalam kajian tindakan ini. Secara tidak langsung, kitaran pertama kajian tindakan ini mencetuskan idea penambahbaikan bagi kitaran kedua. Satu perkara yang menarik dan membezakan di antara kajian tindakan dan jenis penyelidikan yang lain adalah kajian tindakan boleh melibatkan beberapa kitaran. Setiap kitaran akan bermula dengan peringkat ‘Refleksi’ dan diakhiri dengan peringkat ‘Pemerhatian’. Bilangan kitaran ini adalah tidak tetap dan boleh ditentukan sendiri oleh penyelidik memandangkan keperluan untuk meneruskan kajian tindakan ke kitaran yang seterusnya adalah berdasarkan kepuasan beliau berdasarkan hasil pemerhatian di dalam kitaran yang terakhir. Yang utama adalah penyelidik tersebut telah berpuas hati dengan hasil kajian tindakannya yang telah menghasilkan kesan yang positif ke atas isu yang dikaji. Rajah 3 merumuskan proses yang telah dihuraikan tersebut. Rajah 3: Kajian tindakan ini melibatkan dua kitaran
25 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Kitaran 2 Peringkat Refleksi: Isu meningkatkan kecekapan capaian fail kerja kurang daripada 30 saat cuba ditangani dalam kitaran kedua. Malah, susunan fail juga didapati tidak konsisten apabila dipersembahkan dengan cara susunan menaik dan menurun serta masalah simpanan terhad kepada 25 dokumen sahaja bagi setiap Google Workspace. Bagi data kepakaran, maklum balas yang diperoleh dari Google Form tidak mencapai 50 data. Perkara ini mungkin terjadi kerana pensyarah tidak dapat memuatkan bukti surat atau sijil yang dikehendaki pada masa yang dikehendaki lalu lupa mengisinya walaupun pada hari lain. Peringkat Perancangan: Dokumen yang telah disimpan dalam bentuk salinan lembut berdasarkan Teknik RSL (Record, Save or Scan, Link) dikategorikan mengikut fail-fail kerja dalam Priority iaitu satu dari aplikasi dalam Google Workspace. Bagi menambahbaik kelemahan akses dokumen, rekod dokumen dilabelkan berdasarkan metadata seperti nombor rujukan dokumen, tarikh dokumen, tarikh terima, perkara dokumen, penerimaan dokumen menggunakan Google Form seperti Rajah 4. Hal ini dilaksanakan bagi mencipta pautan yang boleh dilihat dalam Google Sheet pada Rajah 5. Idea ini timbul apabila muncul masalah simpanan terhad kepada 25 dokumen sahaja bagi setiap Google Workspace. Papan pemuka Google Data Studio sebegini merupakan penyelesaian kepada masalah ini. Bagi pengumpulan data kepakaran dalam Google Form pula, tindakan diambil dengan memberi pelepasan daripada pensyarah menghantar bukti kepakaran. Kepercayaan diberi sepenuhnya ke atas pensyarah untuk mengisi data kepakaran tanpa perlu menyertakan bukti. Sebarang keraguan akan diusulkan kepada KJ masing-masing. Rajah 4: Google Form yang direka cipta untuk merekodkan metadata sesuatu dokumen
26 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rajah 5: Google Sheet yang digunakan untuk menyimpan metadata dokumen dan pautan untuk mengakses dokumen Peringkat Pelaksanaan: Google Workspace merupakan ruang simpanan bagi semua fail kerja. Penyelesaian masalah simpanan dokumen terhad kepada 25 sahaja dalam Google Workspace ini dapat diatasi menerusi langkah berikut: 1. Penerimaan surat atau memo yang telah diimbas atau disimpan secara salinan lembut disimpan dalam direktori repositori. 2. Cipta satu borang menggunakan Google Form. Item soalan merujuk kepada metadata yang disimpan dari direktori repositori. 3. Data dari pengisian Google Form tersimpan dalam Google Sheet. Hal ini mencipta pautan secara automatik bagi kesemua dokumen yang telah diisi dalam Google Form tadi. 4. Kesemua data dipersembahkan dalam Papan Pemuka Google Data Studio. 5. Bagi carian dokumen, hanya gunakan pautan dokumen dalam Google Sheet. Bagi pengumpulan data kepakaran, para pensyarah diberi peringatan sekali lagi untuk mengisi Google Form tanpa menyatakan bukti. Oleh kerana pautan ini telah diletakkan dalam kumpulan WhatsApp rasmi maka data boleh dikumpul pada bila-bila masa. Peringkat Pemerhatian: Tindakan penggunaan data dari Google Form berjaya meningkatkan kecekapan capaian dokumen dengan menggunakan butang Find / Search menggunakan metadata dalam Google Sheet. Malah, Filter boleh digunakan berpandukan metadata. Hal ini membawa kejayaan di mana masa capaian carian dokumen kerja kurang dari 30 saat dan bilangan dokumen tidak lagi terhad dalam sesebuah ruang maya. Bagi pengumpulan data kepakaran pensyarah, selepas perubahan dibuat, maklum balas yang dapat dikumpul berjaya melebihi 50 data seperti dalam Rajah 6. Penambahbaikan ini merubah rutin ke atas pengurusan dokumen rasmi. Kajian tindakan ini ternyata membawa perubahan dalam amalan kerja harian bagi menghasilkan impak positif.
27 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rajah 6: Papan pemuka kepakaran pensyarah menggunakan Google Data Studio 6. Dapatan Kajian 6.1 Pemerhatian Pemerhatian proses kerja ahli JLPP menunjukkan perubahan dalam mengendalikan dokumen. Semua dokumen masuk atau keluar didaftarkan menggunakan kaedah RSL (Record, Save or Scan, Link). Capaian dokumen menjadikan jauh lebih cepat kerana ahli JLPP yang mengendalikan proses kerja ini boleh mencapai sesuatu dokumen melalui tempat duduk masing-masing dalam tempoh kurang dari 30 saat. Semua dokumen mempunyai nama dokumen dan fail digital yang telah disepakati cara penamaannya. Kesan daripada itu, dokumen-dokumen tersebut mudah untuk dibuat carian sama ada menggunakan kaedah carian dalam repositori data JLPP atau menggunakan kaedah saring (Filter) pada dokumen helaian lembaran yang merekodkan metadata bagi sesuatu dokumen. Pengoptimuman penggunaan pengkomputeran awam menjadikan produktiviti di JLPP meningkat. Berpandukan papan pemuka (dashboard) JLPP, rekod menunjukkan sehingga bulan September 2022, JLPP telah menguruskan melebihi 120 jenis latihan dan pembangunan profesionalisme terhadap warga kampus dan komuniti guru. Dalam jumlah ini, JLPP sendiri telah menganjurkan lebih 35 jenis latihan dan pembangunan profesionalisme. Data kepakaran yang dapat dikumpul adalah melebihi 50 data.
28 e-Prosiding SAHiConfEd’22 6.2 Temubual Temu bual di bawah menunjukkan dua tema yang dikenal pasti dalam kekuatan proses kerja iaitu memudahkan pengurusan dan menjimatkan kos. Namun, terdapat juga sedikit kelemahan yang dapat ditemui semasa temu bual. Memudahkan pengurusan …Saya lebih senang mendapatkan maklumat pensyarah, maklumat kursus yang dihadiri melalui dashboard JLPP, dan semua kerja saya masukkan dalam google drive. (R1) … lebih mudah bila guna kaedah digital. Dulu orang kena datang JLPP jika nak mohon pautan SPLKPM. Sekarang kita dah wujudkan borang dalam Google Form, semua klik sana je untuk dapatkan pautan sekarang. (R3) … penulisan laporan kursus telah diringkaskan dengan perkongsian Google Docs. Satu ke dua muka surat sahaja. Tak perlu lagi isi borang secara bertulis yang sebelum ni hingga 4 helai. Malah dalam GDocs, pelapor boleh masukkan gambar, laporan jadi lebih terperinci berbanding sebelum ni. (R1) … walaupun secara dalam talian, tapi semua dokumen ni masih mematuhi EOMS. Kita memang ikut manual prosedur kualiti untuk latihan yang telah ditetapkan. (R2) … Kalau 30 orang peserta, bayangkan berapa tebal nak kena simpan semua borang tu. Kemudian semasa nak analisis borang penilaian, kita kena key-in satu persatu. Selepas adanya GForm, lebih mudah nak analisis borang penilaian sebab cuma copy paste. Borang-borang softcopy tu pun disimpan dalam GDrive. Tak perlu guna banyak fail, lebih lestari. (R2) … lebih senang, terperinci dan cepat sejak guna data digital. Sebelum ni semua kena isi dalam fail. Sampai naik tebal fail tu sebab ada borang penilaian dan laporan kursus. (R2) Menjimatkan kos … Tak perlulah membeli banyak kertas A4 untuk cetak, seperti memo dalaman, kertas kerja, penilaian peserta dan sebagainya. Jimat wang sikit. (R1) … Tak beli fail dah. Rak pun tak perlu ditambah sebab semua simpan dalam komputer. (R3)
29 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Namun begitu peserta kajian juga ada memberi pandangan mengenai kelemahan aplikasi digital ini. … kelemahan cuma bila tiada elektrik dan internet je la, masa tu baru tak boleh buat kerja. Tapi, jarang berlaku. Internet kita pakai line, bukan wifi jadi stabil. Satu lagi takut kena godam je, tapi tak pernah berlaku. Selain simpan dalam Google Drive kita back up dalam desktop. (R3) 6.3 Pengalaman Kendiri Berasaskan pengalaman pengurusan, sebahagian besar ahli JLPP mempunyai kemahiran interpersonal yang kuat. Gerak kerja yang ditunjukkan mempamerkan ahli JLPP mempunyai pengetahuan dan celik digital pada tahap yang sesuai. Semua ahli memperlihatkan sokongan terhadap transformasi khidmat secara digital. Mereka juga sedia untuk berubah ke arah digitalisasi. Boleh dikatakan ahli JLPP mempunyai personaliti ‘neophiliac’ iaitu ada keinginan yang kuat untuk pembaharuan. Selain itu sepanjang kajian ini juga, dapat diperhatikan kesediaan ahli JLPP menerima sebarang bentuk risiko dan sedia untuk beradaptasi mempertingkatkan pengurusan sebagai contoh sedia untuk imbas semua dokumen, penamaan dokumen digital mengikut konvensi, meletakkan dokumen digital ke lokasi yang betul dalam repositori dan cetakan ke dalam fail maujud yang sepatutnya. Ketiga-tiga kaedah ini iaitu pemerhatian, temu bual dan pengalaman kendiri menjadi triangulasi yang saling menyokong impak positif kajian tindakan ini. Triangulasi data dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian tindakan. 7. Kesimpulan Kekuatan yang dapat dikenal pasti dalam hasil dapatan kajian tindakan ini ialah perubahan yang positif dalam menguruskan perekodan dokumen rasmi dan data kepakaran. Seseorang yang memiliki jiwa profesionalisme sentiasa mendorong dirinya untuk mewujudkan kerja yang profesional juga (Rahardja dan Nursetianingsih, 2015) Kepimpinan digital perlu dijadikan tonggak untuk transformasi khidmat yang diberikan. Banyak peluang pembangunan sumber daya manusia dapat diwujudkan (Wijoy. H dan Sukatin, 2021). Memanfaatkan alatan digital yang sedia ada iaitu Google Workspace yang merangkumi aplikasi G Sites, G Drive, G Slides, G Data Studio, G Docs, G Sheets dan G Form menjadikan pengurusan di JLPP lebih cekap. JLPP IPGKPT tidak lagi perlu menguruskan proses kerja secara manual. Dengan pemanfaatan digital, banyak kos dapat dioptimumkan. Justeru, impak kajian memberi kesan domino kepada kemudahan pentadbir repositori iaitu warga dalam JLPP IPGKPT terhadap transformasi proses kerja. Kaedah ini dapat meningkatkan keboleh capaian pengguna yang terdiri dari warga institut ini ke atas pencarian maklumat terutama berkaitan bidang latihan dan kepakaran. Selain itu, kajian tindakan yang seterusnya ataupun kitaran yang seterusnya diperlukan untuk meneroka pemanfaatan peralatan digital dalam meringankan tugas-tugas perekodan dokumen rasmi dan data kepakaran dalam sistem sesebuah organisasi. Hasil dapatan dapat digunakan oleh pihak berkepentingan atau pembuat dasar dalam menentukan cara terbaik untuk
30 e-Prosiding SAHiConfEd’22 menguruskan dokumen rasmi dan data kepakaran. Sebagai penegasan, teknologi digital dapat memberikan keuntungan kepada semua pihak sekiranya digunakan dengan cara yang betul (Mohd Norakmar Omar, Siti noor Ismail & Abd Latif Kasim, 2020). Rujukan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Kementerian Pelajaran Malaysia. Faizah Abd Majid. (2016). Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan 2016 di USM. Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Victoria, Australia: Deakin University. Kim, H. (2019). Service Science: Past, Present, and Future. J Serv Sci Res 11, 117–132. https://doi.org/10.1007/s12927-019-0006-5 Lacerda, B. D. & Jamil, G. L. (2021). Digital Transformation for Businesses: Adapt or Die! Reflections on How to Rethink Your Business in the Digital Transformation Context. In Anunciação, P. F., Pessoa, R. M. & Jamil, G. L (Eds) Digital Transformation and Challenges to Data Security and Privacy (pp. 252-268). Manaf, H. A., & Mutalib, R. A. (2019). Transformasi Sumber Manusia dalam Sektor Awam. UUM Press. Mohd Norakmar Omar, Siti Noor Ismail & Abd Latif Kasim, (2020). Karekter Kepimpinan Teknologi Pengetua Dalam Pengiktegrasian ICT di Sekolah Menengah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Bil 7(1). ms. 28-46. Ollila, S and Yström, A. (2020). Action research for innovation management: three benefits, three challenges, and three spaces. R&D Management (pp396- 411). Rahardja, U., Sholeh, O., & Nursetianingsih, F. (2015). Penggunaan Dashboard untuk Mengontrol Kinerja Absensi Pegawai Guna Meningkatkan Profesionalisme Pegawai pada PT. Sinarmas Land property. Semnasteknomedia Online, 3(1). Soon, S. T. (2011). Kajian Tindakan Dan Pengurusan Sekolah. Jurnal Kajian Tindakan: Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki. Suliman Melan, Md Rahaimi Rashid, Muhd Khairiltitov Zainuddin & Jefferi Idris. (2015). Meningkatkan Penghasilan Kajian Tindakan dalam Kalangan Pemimpin Sekolah melalui Portal E-Pembelajaran (eP). Laporan Kajian Tindakan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki. Wijoyo. H & Sukatin (2021). Leadership di Era Digital. Penerbit Insan Cendekia Mandiri. Sumatra Barat. Indonesia.
31 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Keberkesanan Intervensi Model Sifir Segitiga Kepada Murid Tahun 4 dalam Menguasai Darab dan Bahagi Selvarani A/P Uthra Kummaran SJK(T) Ladang Banopdane, Bidor, Perak [email protected] Abstrak Operasi darab dan bahagi merupakan konsep asas penting dalam Matematik.Namun begitu, sebagai seorang guru, pengkaji mendapati murid tidak dapat mengingat sifir dan murid tidak dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi. Hal yang demikian, objektif kajian ini adalah murid dapat mengingat sifir dengan membina model sifir segitiga untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi dan murid dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi dengan menggunakan model sifir segitiga. Kajian tindakan ini menggunakan model ADDIE dengan menggunakan dua instrumen iaitu pemerhatian dan analisis dokumen. Kajian ini melibatkan 5 orang murid tahun 4 yang mempunyai tahap penguasaan yang sederhana dalam matematik dan tidak menguasai darab dan bahagi dalam ujian matematik. Intervensi yang digunakan adalah model sifir sgitiga dalam darab dan bahagi. Berdasarkan interversi yang telah diaplikasikan murid telah melukis model sifir segitiga untuk menguasai kemahiran sifir dan dapat menyelesaikan operasi darab dan bahagi satu digit. Kata Kunci: Matematik, Model Sifir Segitiga dan Kajian Tindakan
32 e-Prosiding SAHiConfEd’22 1. Pendahuluan ‘Pendidikan untuk Semua’ merupakan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memastikan semua kanak-kanak di Malaysia menerima pendidikan yang menyeluruh supaya negara kita menjadi setaraf tinggi dan maju pada Wawasan 2020. Pernyataan ini disokong oleh Menteri Pendidikan, Mantan Dr Maszlee Malik mengikut BPPDP Bil. (04) 2018, Edisi Julai - Ogos. Selaras dengan hasrat tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memberi peluang kepada semua murid di Malaysia untuk mempelajari mata pelajaran matematik sejak kecil lagi. Matematik berkaitan dengan kemahiran pengiraan aritmetik, iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian nombor bulat, pecahan dan perpuluhan ( Marzita Puteh, 2002). Matematik dianggap sebagai mata pelajaran kritikal dalam pendidikan STEM (Cheah et al. 2016). Dalam skor ujian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menunjukkan jurang taburan pencapaian yang besar dalam mata pelajaran matematik di kalangan murid pada kitaran TIMSS 2019 dan perlu mengubahsuai strategi dalam mengendalikan domain kognitif matematik. ( KPM 2020 : TIMSS 2019 ) Pengkaji merupakan seorang guru yang mengajar mata pelajaran matematik tahap 2 iaitu tahun 4 di salah sebuah sekolah di daerah Batang Padang, Perak. Dalam pemerhatian dan refleksi oleh pengkaji, terdapat dua isu yang wujud semasa mengajar subjek matematik dalam penguasaan operasi darab dan operasi bahagi. Berikut adalah dua isu yang diperhatikan oleh guru semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Antaranya, murid tidak dapat mengingat sifir untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi dan murid juga tidak dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi. 2. Refleksi Amalan/ Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Murid tidak dapat mengingat sifir untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi. Hal ini dapat diperhatikan semasa pemerhatian dalam kelas.Murid - murid tidak dapat menjawab soalan darab dan bahagi dengan betul kerana murid tidak mengingati sifir. Pengkaji memberi beberapa soalan secara lisan untuk melihat tahap penguasaan darab dan bahagi. Murid tidak boleh menjawab soalan yang bertanya kerana tidak tahu sifir. Malah, murid - murid juga tidak berminat membuat soalan darab dan bahagi kerana beranggap operasi darab dan bahagi adalah susah untuk dijawab. Murid tidak dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi. Hal ini dapat dilihat dalam Ujian Bulanan Matematik Sekolah Rendah. Murid - murid boleh menjawab soalan topik tambah dan tolak dengan betul. Murid - murid menjawab topik darab dan bahagi dengan salah kerana tidak tahu sifir atau tidak ingat sifir. Dalam penyelesaian topik darab dan bahagi, ada juga terdapat kecuaian murid dalam menjawab soalan darab dan bahagi. Kecuaian murid menyebabkan jawapan yang diperoleh menjadi salah. Hal ini menyebabkan murid kurang minat untuk menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi.
33 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rajah 1: Refleksi Murid 3. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan Kajian tindakan yang dijalankan ini merupakan tindakan terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Tindakan PdP dilakukan kepada mata pelajaran Matematik Sekolah Rendah iaitu murid tahun 4. Penguasaan darab dan bahagi sangat penting dalam matapelajaran Matematik. Fokus utama kajian ini adalah memperkenalkan Model Sifir Segitiga untuk murid menguasai darab dan bahagi tanpa menghafal sifir. Pengkaji ingin melihat Keberkesanan Model Sifir Segitiga untuk Topik Darab dan Bahagi bagi murid Sekolah Rendah. 4. Objektif dan Soalan Kajian Objektif kajian tindakan ini dilaksanakan dibahagikan kepada objektif am dan khusus. 4.1 Objektif Khas Selepas kajian tindakan ini selesai dilaksanakan, pengkaji berharap agar proses pengajaran dan pemudahcaraan bagi mata pelajaran matematik dapat dipertingkatkan khususnya berkenaan operasi darab dan bahagi dapat diselesaikan. Seterusnya melalui kajian tindakan ini, guru dapat mereflek amalan pengajaran supaya kualiti dapat dipertingkatkan. 4.2 Objektif Khusus 1. Murid dapat mengingat sifir dengan membina Model Sifir Segitiga untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi 2. Murid dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi dengan menggunakan model Sifir Segitiga. 4.3 Soalan Kajian 1. Adakah murid dapat mengingat sifir dengan membina Model Sifir Segitiga untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi ?
34 e-Prosiding SAHiConfEd’22 2. Sejauh manakah murid dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi dengan menggunakan model Sifir Segitiga? 5. Kumpulan Sasaran Kajian tindakan ini melibatkan murid tahap 2 iaitu murid tahun 4 seramai 5 orang dari SJK(T) Ladang Banopdane, Bidor, Perak. Kajian ini melibatkan 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Kajian tindakan ini dilakukan terhadap murid - murid yang mempunyai tahap penguasaan yang sederhana dalam mata pelajaran Matematik. Peserta kajian ini didapati tidak menguasai darab dan bahagi dalam Ujian Bulanan Matematik. 6. Pelaksanaan Tindakan/Kajian Tindakan yang dijalankan perlulah direkodkan bagi memungut data untuk dinilai secara terperinci terhadap aplikasi Kaedah Sifir Segitiga dalam operasi Darab dan Bahagi. Hal ini yang demikian, langkah seterusnya pengkaji perlu melakukan proses pemerhatian dalam kajian. Beberapa alat pemerhatian (instrumen) yang digunakan bagi memerhati tindakan dalam kajian ini adalah seperti berikut: Jadual 1: Alat Memungut Data (Instrumen) Objektif Alat Pemerhatian (Instrumen) 1. Murid dapat mengingat sifir dengan membina Model Sifir Segitiga untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi Pemerhatian , Analisis Dokumen 2. Murid dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi dengan menggunakan model Sifir Segitiga. Analisis Dokumen Hasil daripada pelaksanaan intervensi menggunakan Model Sifir Segitiga dalam operasi darab dan bahagi. Murid telah dapat menguasai topik darab dan bahagi dan guru dapat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik Tahun 4. Berikut adalah dapatan melalui kajian yang telah dilaksanakan ini. Seterusnya pengkaji akan menghuraikan dapatan kajian berdasarkan kepada dua objektif kajian yang telah dirangka sebelum ini. Pemerhatian Di dalam kajian eksperimen ini, pengkaji telah memerhatikan dulu pengajaran dan pembelajaran matematik yang dijalankan di dalam bilik darjah dengan menggunakan lampiran pemerhatian sebelum memulakan kajian. Pemerhatian juga dilakukan sepanjang kajian ini dibuat iaitu dari awal pembelajaran hinggalah di akhir pembelajaran.
35 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Ujian Pra Ujian pra ini telah diberikan untuk mendapatkan tahap prestasi murid dalam operasi darab dan bahagi sebelum kaedah sifir segitiga dimulakan dalam topik Darab. Ujian Pos Ujian pos ini telah diberikan setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan kaedah sifir segitiga untuk mengetahui keberkesanan kaedah sifir segitiga dalam topik darab. Ujian ini dapat membandingkan beza pencapaian murid-murid tersebut. Rajah 1 : Model Sifir Segitiga Rajah 2: Operasi Darab Pengkaji telah menyediakan jadual pelaksanaan tindakan yang mengggunakan model sifir segitiga seperti dibawah. Dengan pembelajaran model sifir segitiga, murid-murid dapat mengembangkan minat mereka terhadap darab dan bahagi untuk meningkatakan prestasi dalam matapelajaran matematik. Model ini juga membantu murid dalam menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menguasai fakta asas darab dan bahagi matematik yang diajar. Model ini mengutamakan pemahaman murid dalam sifir supaya operasi darab dan bahagi diselesaikan dengan betul. Murid-murid dapat terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
36 e-Prosiding SAHiConfEd’22 aktif dan seronok. Mereka juga tidak berasa bosan kerana fakta asas darab dan bahagi mudah dikuasai dengan model sifir segitiga. fakta asas darab dan bahagi mudah dikuasai dengan model sifir segitiga. Perkara ini pasti dapat meningkatkan kedudukan prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik. Hasil kajian ini juga memberi peluang kepada pendidik untuk menangani masalah tanggapan beserta pendapat murid mengenai model sifir segitiga. Justeru, kajian ini dapat meneroka minat dan motivasi murid-murid dalam subjek matematik. 7. Pemerhatian dan Dapatan Kajian Graf menunjukkan peratusan pencapaian keseluruhan ujian Pra dan ujian Pos bagi kelas kajian. Dalam kajian ini, tinjauan dapat dilihat dengan jelas bahawa seorang daripada 5 orang murid dalam kelas tersebut telah lulus dalam ujian Pra dan mencapai sebanyak 20 %. Seramai 4 orang murid telah gagal dalam ujian tersebut iaitu sebanyak 80 %. Didapati terdapat perubahan keputusan dalam ujian pos. Peratus kelulusan telah mencapai 100% iaitu semua murid telah lulus dalam kelas tersebut dengan baik. Rajah 3: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos 7.1 Murid Dapat Mengingat Sifir dengan Membina Model Sifir Segitiga untuk Menyelesaikan Operasi Darab dan Bahagi Berdasarkan analisis pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, murid telah menunjukkan mereka memahami Model Sifir segitiga kerana seramai 5 orang murid dapat melukis Model Sifir Segitiga dengan betul. Situasi ini menunjukkan murid dapat memahami model Sifir Segitiga dengan mudah berbanding sebelum ini,mereka tidak berminat untuk menghafal sifir. Selain itu, sewaktu sesi melukis sifir segitiga murid kelihatan yakin melukis sifir segitiga dan mengisi nombor mengikut sifir secara penambahan nombor. Contohnya tiga orang murid yang dulunya susah menghafal sifir kini lebih bersemangat untuk melukis dan mengisi nombor dalam sifir segitiga. Situasi ini jelas menunjukkan ada peningkatan dalam menyelesaikan operasi darab dan bahagi. Akhir sekali, sewaktu pengkaji memilih murid secara rawak untuk disoal pada akhir PdPc, murid yang dipilih terus menjawab soalan dengan cepat dan semua jawapan adalah betul. Perubahan tingkah laku yang positif ini membuktikan keberkesanan Model Sifir Segitiga. Selain itu, berdasarkan kepada analisis dokumen melalui latihan operasi darab dan bahagi yang diberikan kepada murid, mereka telah dapat melukis sifir segitiga dan menyelesaikan soalan
37 e-Prosiding SAHiConfEd’22 dengan betul setelah menggunakan intervensi Model Sifir Segitiga. Contohnya 2 orang murid sebelum ini tidak berminat untuk menjawab soalan darab dan bahagi dan sering meninggalkan beberapa soalan tidak berjawab namun selepas menggunakan Model Sifir Segitiga, 2 orang murid tersebut sudah berjaya menjawab semua soalan dengan betul. Berdasarkan jawapan yang diberikan murid, jelas menunjukkan mereka telah dapat memahami Model sifir segitiga dan menyelesaikan operasi darab dan bahagi. Dapatan-dapatan melalui pemerhatian dan analisis dokumen ini, jelas menunjukkan keberkesanan dalam penggunaan intervensi Model sifir segitiga kerana murid sudah dapat menyelesaikan operasi darab dan bahagi tanpa menghafal sifir dengan betul. Rajah 4: Penglibatan murid dalam penghasilan Sifir segitiga 7.2 Murid Dapat Menyelesaikan Soalan - soalan Dari Topik Darab dan Bahagi dengan Menggunakan Model Sifir Segitiga Berdasarkan kepada analisis dokumen melalui soalan topik darab dan bahagi yang diberikan kepada murid, mereka telah berjaya menyelesaikan soalan topik darab dan bahagi dengan betul. Sebelum intervensi Model Sifir Segitiga diperkenalkan, kebanyakan murid tidak berminat untuk menghafal sifir dan mereka tidak dapat menjawab operasi darab dan bahagi dengan betul. Selepas mereka menggunakan model sifir segitiga, pengkaji dapati murid yang dilengkapkan model sifir segitiga dengan nombor adalah betul dan jelas menunjukkan kefahaman mereka dalam topik darab dan bahagi semakin meningkat. Selain itu, pengkaji turut mendapatkan analisis dokumen dalam latihan pengukuhan untuk menilai kefahaman murid dalam menyelesaikan operasi darab dan bahagi ternyata kefahaman murid melukis Model sifir segitiga dan menyelesaikan topik darab dan bahagi adalah meningkat selepas Model Sifir Segitiga diperkenalkan. Hasil dapatan menunjukkan murid berjaya melukis sifir segitiga dengan baik
38 e-Prosiding SAHiConfEd’22 dan berjaya menjawab soalan darab dan bahagi dengan betul selepas menggunakan intervensi Model Sifir Segitiga. Hasil dapatan dalam analisis dokumen diatas untuk mengenalpasti kebolehan murid menjawab soalan topik darab dan bahagi, pengkaji mendapati murid telah berjaya menyelesaikan soalan topik darab dan bahagi dengan betul selepas intervensi Model sifir Segitiga diperkenalkan. Rajah 5: Penyelesaian darab dengan model segitiga Rajah 6: Penyelesaian Bahagi dengan Model Segi tiga 8. Refleksi dan Kesimpulan Kajian 8.1 Refleksi Terhadap Murid Selepas model sifir segitiga diperkenalkan, murid dapat mempertingkatkan minat mereka dalam konsep pendaraban dan bahagi. Penggunaan bahan bantu mengajar dan kaedah pengajaran yang berkesan dapat menarik perhatian pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut kajian Chusnul et al. (2017), pelajar kerap melakukan
39 e-Prosiding SAHiConfEd’22 kesilapan dalam proses pengiraan kerana pelajar keliru dalam memilih formula atau operasi yang digunakan.Terbukti, model sifir segitiga ini akan menjadi satu penyelesaian yang baharu kepada murid. Murid-murid juga dapat menguasai sifir dengan model sifir segitiga dengan teknik tersendiri guru. Model sifir segitiga yang dibina dapat membantu pendidik dalam PdP sejurus menarik minat dan perhatian pelajar. 8.2 Refleksi Terhadap Guru ( Pengkaji ) Seorang guru harus mempamerkan kreativiti dalam pengajaran agar menarik minat murid supaya terus mengikuti pembelajaran dengan baik dan berfokus. Model sifir segitiga yang dihasilkan dalam kajian ini telah membantu memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran penyelidik. Kajian ini juga telah menyedarkan penyelidik akan kepentingan topik pendaraban kepada setiap murid. Menurut (Suriati, 2016), pengajar harus mempunyai pelbagai kepakaran dan ilmu pengetahuan untuk mengendalikan kaedah pengajaran dengan lebih efektif. Model ini pasti menjadi bahan rujukan dan panduan kepada guru dan murid dalam topik darab dan bahagi. Di samping itu, model ini juga dijadikan sebagai contoh dan rujukan kepada semua di Sekolah Rendah untuk menghasilkan model pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk murid - murid. Justeru, sebagai seorang guru matematik yang kreatif dan inovatif, kita harus meningkatkan tahap penguasaan kemahiran matematik pendidik dan beryakin untuk menghasilkan pelbagai bahan bantu mengajar yang baru untuk membantu murid-murid yang lemah menguasai sesuatu kemahiran. 8.3 Kesimpulan Melalui penyelidikan tindakan ini intervensi berkaitan model sifir segitiga telah dapat menyelesaikan dan penambahbaikan terhadap 2 isu seperti yang telah dibincangkan di awal penulisan ini. Murid telah dapat mengingat sifir dengan membina model sifir segitiga untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi dan murid dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi dengan menggunakan model sifir segitiga. Berdasarkan kajian tindakan ini pengkaji juga dapat membuat refleksi terhadap diri pengkaji iaitu guru bagi mata pelajaran ini disebar luas kepada semua guru di sekolah supaya model sifir segitiga ini membantu murid - murid yang lemah dalam menguasai sifir dan membantu menyelesaikan operasi darab dan bahagi dan murid juga dapat memahami fakta asas darab dan bahagi dan masalah hafal sifir diganti dengan model sifir segitiga. Melalui penyelidikan ini pengkaji sedar bahawa seorang guru wajar mengubah landskap pengajaran agar murid berupaya meningkat mutu dan kualiti pada masa akan datang. Pengkaji berharap agar penyelidikan dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekiranya kali ini pengkaji menyelesaikan isu operasi darab dan bahagi, pada masa akan datang pengkaji akan meneroka pula isu dalam penyelesaian masalah. Rujukan Ali Ab. Ghani (2010). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun Satu. Halaman 1-30.
40 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bil. (04) 2018, Edisi Julai - Ogos Cheah U. H., Teong M. M., Tan K. K., Ng S. M. & Noor Adillah O. 2016. Kesukaran murid menjawab soalan ujian literasi matematik sekolah menengah. Dalam TIMSS dan PISA Kajian Malaysia, pp. 23-62. Chusnul, R. C., Mardiyana, & Retro, D. S. (2017). Error analysis of problem solving using the Newman stage after applying cooperative learning of TTW type. International Conference and Workshop on Mathematical Analysis and Its Applications (ICWOMAA 2017). doi.org/10.1063/1.5016662 Gustafson, K., Branch, R.M. (1997). Instructional Design Models. NY: ERIC Clearinghouse on Information and Technology. KPM. 2020. Laporan TIMSS 2019 - Trends in International Mathematics and Sciences Study. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Morrison, Gary R. (2010). Designing Effective Instruction, 6th Edition. New York: John Wiley & Sons. Suriati Abdul Aziz (2016). Model Konsep Persembahan Multimedia Bersepadu bagi Guru di Malaysia. Kolej Sastera & Sains. Universiti Utara Malaysia
41 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Exploring Teachers’ Technology Acceptance During COVID-19 Pandemic for Sustainable Education: A Systematic Review (2020-2022) Teo Woon Chun1,2, Melor Md Yunus2 1Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peay Min, Teluk Ramunia, Pengerang, Johor, Malaysia 2Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia 1 [email protected], [email protected] Abstract The emergence of COVID-19 caused teachers shifting from conventional mode to emergency remote teaching with technology use. Nevertheless, review of technology acceptance level of teachers towards technology is limited, despite its significance in sustaining education during the pandemic. This study aimed to explore teachers’ technology acceptance level and factors affecting their intentions of accepting technology in the COVID-19 pandemic. With the adherence of Preferred Reporting Items for Systematic Review and Meta-Analyses (PRISMA) 2020 statement and list of inclusion and exclusion criteria, 22 articles which were published from 2020 to present and related to the research focus had been identified from Scopus and Web of Science databases. The findings depicted that most teachers hold a high acceptance level towards using technology to deliver lessons during the COVID-19 outbreak. There were 5 key factors affecting teachers’ intentions in accepting technology, namely perceived usefulness, perceived ease-of-use, attitude, social influence as well as facilitating conditions. This study has provided an insight to stakeholders on teachers’ technology acceptance in the pandemic. Future studies are recommended to conduct systematic reviews on technology acceptance from students’ perspective by identifying published papers from more databases such as ERIC and Google Scholar. Keywords: education, technology acceptance, teachers, COVID-19 pandemic, systematic literature review
42 e-Prosiding SAHiConfEd’22 1. Introduction Technology is significant in providing opportunities and possibilities to warrant everyone receiving comprehensive and unbiased quality education and opportunities for lifelong learning (Rosa, 2017). The emergence of novel coronavirus disease 2019 (COVID-19) in the beginning of 2020 worldwide resulted in a swift and drastic educational system disruption at a global context. Consequently, all countries worldwide that were plagued with COVID-19 shifted from the conventional teaching mode to a full-fledged online teaching mode instantly. Hence, technology had become the teachers’ forced choice regardless of their technology competency and acceptance level to ensure the continuance of students’ learning during the pandemic (Sahu, 2020). After almost two years, most countries had shifted from pandemic to a more manageable endemic mode, and various studies on the adoption of technology during the pandemic were conducted by researchers in the educational field. Nevertheless, systematic reviews on teachers’ technology acceptance during the COVID-19 pandemic are scarce, thereby leaving a gap. Therefore, it is worth investigating to predict the future educational trends and identify their intentions to accept and integrate technology in their post-COVID-19 teaching and learning sessions for sustainable education in alignment with the Sustainable Development Goals (Sung et al., 2020). This study was intended to explore teachers’ technology acceptance level and factors affecting them towards accepting use of technology for emergency remote teaching. 2. Literature Review 2.1 Emergency Remote Teaching The existence of COVID-19 virus had shifted face-to-face to emergency remote teaching mode. However, it differs from the normal online teaching which exists prior to the COVID-19 pandemic. Yew and Tan (2020) further elaborated that such transition serves a different purpose compared to the existing online teaching, in which the emergency remote teaching tends to be served as a provisional alteration of instructional delivery mode because of inevitable circumstances such as emergency and crisis (Hodges et al., 2020). It is different from usual online teaching modes such as blended learning and flipped classroom approach which is wellplanned and meaningfully contrasted to deal with certain crises. In conjunction with approximately 200 country-wide educational institutions’ closure which impacted approximately 1.5 billion learners due to COVID-19 pandemic (UNICEF, n.d.), teachers transformed their traditional to distanced-learning environments by employing emergency remote teaching with the adoption of technological tools as an effort to provide a harmless and comprehensive learning environment for all learners as aspired by UNICEF (n.d.). However, the COVID-19 crisis had uncovered a gap in which teachers might not be ready for teaching online without adequate training and time for preparation as found by Shim and Lee (2020).