The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skyman823000, 2023-02-28 21:43:13

SAHiConFed22

SAHiConFed22

140 e-Prosiding SAHiConfEd’22 digunakan bagi mengukur tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan murid pintar cerdas dan berbakat. Kata kunci: Modul, Kesejahteraan Psikologi, Kesahan, Kebolehpercayaan, Pintar Cerdas dan Berbakat 1. Pengenalan Kesejahteraan psikologi ialah keadaan mental seseorang yang dianggap sihat, berfungsi dengan maksimum dan bebas daripada tekanan dan masalah mental (Ryff & Keyes, 1995). Kesejahteraan psikologi ialah suatu pencapaian tertinggi dari potensi psikologi individu dan keadaan seseorang dapat menerima kekurangan dan kelebihan yang dimiliki, dapat menjalin hubungan baik dengan orang lain, mempunyai tujuan hidup, dapat mengendalikan lingkungannya yang ada di sekitar, tumbuh serta menjadi individu yang mandiri (Rebecca et al., 2020). Kesejahteraan psikologi ialah keadaan kesejahteraan mental, fizikal dan spiritual yang menyebabkan keadaan tubuh menjadi optimum (Isnawati & Yunita, 2019). Remaja ialah golongan yang bakal mengisi tempat sebagai pemimpin masa depan negara. Zaman remaja merupakan tempoh antara bermulanya zaman akil baligh dan memperoleh peranan dan tanggungjawab. Setakat tahun 2019, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan terdapat 1.2 bilion golongan remaja di dunia ini yang berusia antara 15 hingga 24 tahun. Bilangan ini adalah lebih tinggi sekiranya meliputi remaja yang berusia 12 hingga 24 tahun. Pada waktu ini, remaja akan mengalami perubahan yang ketara dari segi fizikal, psikologi, dan sosial serta peningkatan dari segi masalah tingkah laku. Sekiranya remaja mempunyai masalah dari segi tingkah laku, masalah tersebut akan memberikan kesan negatif dalam kehidupannya. Selain itu, zaman remaja juga melibatkan proses perubahan dari segi fungsi sosial dan psikologi serta perkembangan fizikal yang berlaku pesat. Zaman remaja juga menjadi tempoh ketidakseimbangan psikik, penuh dengan konflik dan juga tingkah laku yang tidak menentu. Antara masalah psikologi yang dihadapi oleh remaja ialah konflik ibu bapa dengan remaja, konflik kasih sayang, konflik kebebasan, konflik tanggungjawab, konflik rakan sebaya dan konflik emosi tingkah laku.(Sharif et. al, 2011). Pelajar pintar cerdas dan berbakat (PCB) mempunyai keunikan yang berbeza jika berbanding dengan murid-murid lain. Menurut Rosadah et al. (2009), istilah PCB umumnya merujuk kepada murid yang berpotensi untuk cemerlang dalam bidang-bidang tertentu. pelajar PCB mempunyai daya kognitif yang tinggi berdasarkan pencapaian ujian kecerdasan otak (IQ) mereka. Oleh itu, mereka lebih cepat memahami konsep yang abstrak. Kelebihan ini dapat memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran yang sewajarnya dalam perkembangan potensi mereka sekiranya digilap dengan sebaik-baiknya. 2. Pernyataan Masalah


141 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Pelajar pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan rnotivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm, 1998). Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu golongan yang heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain (Bee, 1999). Keadaan ini hanya akan dapat difahami apabila kita lebih kerap mendampingi mereka (yang juga memiliki persamaan ciri-ciri seperti orang dewasa) seperti yang disebut dalam peribahasa:"birds ofafeather flock together." Contohnya, jika anda adalah seorang yang bersikap mengharapkan sesuatu hasil kerja yang dilakukan adalah tinggi (kerja yang lakukan memperoleh hasil yang maksimum) dan anda juga seorang yang menghargai kesungguhan, anda akan merasa janggal ketika berada dalam sebuah organisasi di mana budaya anggotaanggota organisasi tersebut bercanggah dengan sikap anda. Ketika berdepan dengan masalah perbezaan tersebut, kanak-kanak jenis ini mungkin menggunakan pelbagai strategi termasuk: menafikan kecerdasan mereka; mengelak bergaul dengan orang lain; dan meninggalkan keperluan sosialnya (Chan, 2003). Keadaan ini membawa kepada satu masalah sosial/pendidikan. Pembinaan modul ini adalah sebagai bahan rujukan untuk pensyarah Akademi Sains Pendang, Kedah dalam mengajar mata Pelajaran Pengurusan Diri & Jati Diri bagi pelajar-pelajar Pintar Cerdas dan Berbakakat Akademi Sains Pendang. Beberapa aspek seperti keperluan emosi, kognitif, tingkah laku dan perhubungan telah dikenal pasti. Aspek-aspek tersebut diberikan tumpuan yang lebih mendalam dalam pembinaan modul ini kerana golongan murid pintar cerdas secara amnya memiliki tahap kematangan kognitif yang lebih tinggi daripada golongan murid biasa. 3. Objektif Kajian Objektif utama pembinaan modul ini ialah: ⚫ Meningkatkan kemahiran bagi mencapai kesejahteraan psikologi dalam kalangan murid pintar cerdas. ⚫ Meningkatkan tahap kesejahteraan psikologi yang holistik dari aspek fisiologi, kognitif, emosi dan tingkah laku dalam kalangan murid pintar cerdas. ⚫ Membentuk perkembangan personaliti dan identiti kendiri yang positif dalam kalangan murid pintar cerdas.


142 e-Prosiding SAHiConfEd’22 4. Kerangka Konseptual Pembinaan Modul Kerangka konseptual pembinaan Modul Kesejahteraan Psikologi berdasarkan lima keperluan asas manusia yang diketengahkan oleh teori CTRT dan Model Kesejahteraan Psikologi IKPsi Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai lapan konstruk kesejahteraan psikologi. Walau bagaimanapun, dalam pembinaan Modul , hanya enam faktor dalam Model Kesejahteraan Psikologi IKPsi yang dipilih dalam pembinaan aktiviti berdasarkan kajian keperluan dan kesesuaian kumpulan sasaran. Kerangka konseptual pembinaan modul pintar cerdas adalah berdasarkan teori CTRT dan model Kesejahteraan Psikologi Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai 8 konstruk kesejahteraan psikologi iaitu kesejahteraan emosi, pekerjaan, fizikal, perhubungan, intelektual, spiritual, identiti dan kewangan. Namun bagi tujuan Modul Kesejahteraan Psikologi Pelajar Pintar Cerdas ini, dua konstruk iaitu kesejahteraan pekerjaan dan kewangan tidak diambil kira berdasarkan kesesuaian golongan sasaran iaitu remaja. Rajah 1 merupakan illustrasi konstruk dan sub-konstruk Model Kesejahteraan Psikologi Kementerian Pelajaran Malaysia. Rajah 1: Model Kesejahteraan Psikologi IKPsi Fokus utama pembinaan Modul ini adalah untuk memberikan ilmu dan kemahiran bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi dalam kalangan murid pintar cerdas yang memiliki tahap kognitif tinggi berbanding dengan murid-murid biasa. Modul ini menjangkakan pemantapan kemahiran murid-murid pintar cerdas untuk meningkatkan kesejahteraan emosi, fizikal, perhubungan, intelektual, identiti dan spiritual.


143 e-Prosiding SAHiConfEd’22 SURVIVAL LOVE & BELONGINGG POWER FREEDOM FUN Teori CTRT KESEJAHTERAAN EMOSI * Boba Squad * Zentangle * Shape of My heart KESEJAHTERAAN FIZIKAL * Tik Tok Tik Tok * Hargai Diriku * Squid Game KESEJAHTERAAN PERHUBUNGAN * Aku & Dia * How Deep is Your Love KESEJAHTERAAN INTELEKTUAL * Chipher * Go Search * Fly Me to the Moon KESEJAHTERAAN IDENTITI * Nuguseyo? * ORI-GA-MI-MEE * My Family’s Identity KESEJAHTERAAN SPIRITUAL * Berlian Bernilai * Dendangan Jiwa * Checklist Diri Aktiviti KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI Impak Rajah 2: Kerangka konseptual Modul Kesejahteraan Psikologi Murid Pintar Cerdas 5. Metodologi Pembinaan modul ini berlandaskan garis panduan pembinaan modul oleh pakar bidang Sidek Mohd Noah. Sidek Mohd Noah telah memperkenalkan model integrasi yang komprehensif dalam pembinaan modul pada tahun 2001. Model pendekatan ini mempunyai dua peringkat yang berbeza tujuannya. Peringkat pertama ialah peringkat penyediaan draf modul. Peringkat


144 e-Prosiding SAHiConfEd’22 ini mempunyai sembilan langkah, bermula dengan pembinaan matlamat dan berakhir dengan penyatuan draf modul. Modul yang dihasilkan dipanggil draf kerana modul ini belum dibuktikan kesahan dan kebolehpercayaannya (Sidek & Jamaludin, 2005). Draf modul ini akan melalui peringkat kedua pembinaan, iaitu peringkat percubaan dan penilaian modul. Pada peringkat ini, draf modul yang dibangunkan akan melalui kajian rintis bagi menentukan tahap kesahan dan kebolehpercayaan. Sekiranya kesahan dan kebolehpercayannya modul tersebut tinggi, draf modul tersebut baru dianggap sebagai modul yang lengkap. Model pendekatan pembinaan modul ini adalah seperti yang dipaparkan dalam Rajah 3. Rajah 3: Model Pembinaan Modul Sidek _____ Pembinaan Modul Peringkat I, Penyediaan Draf Modul _____ Pembinaan Modul Peringkat II, Percubaan dan Penilaian Modul Pembinaan matlamat Mengenal pasti teori, rasional, falsafah, konsep, sasaran dan tempoh masa Kajian keperluan Menetapkan objektif Pemilihan isi kandungan Pemilihan strategi Pemilihan logistik Pemilihan media Menguji kesahan dan kebolehpercayaa n Kajian rintis untuk menilai modul DRAF LENGKAP MODUL DIHASILKAN Menyatukan draf modul Penilaian semula Modul TIDAK BERMUTU MODUL BERMUTU MODUL LENGKAP DAN SEDIA UNTUK DIGUNAKAN Penilaian keberkesanan


145 e-Prosiding SAHiConfEd’22 5.1 Peringkat I: Penyediaan Draf Modul 5.1.1 Pembinaan Matlamat Pada peringkat ini, pasukan pembina Modul i-WASP menentukan tujuan umum pembinaan modul yang ingin dihasilkan, iaitu bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi pelajar pintar cerdas di bawah inisiatif #30 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berdasarkan matlamat ini, kandungan modul dan kumpulan sasaran ditentukan. Kandungan modul dibina berlandaskan Model Kesejahteraan Psikologi KPM yang disesuaikan dengan murid pintar cerdas di sekolah-sekolah bawah pengurusan KPM sebagai populasi kumpulan sasaran. 5.1.2 Mengenal Pasti Teori, Rasional, Falsafah, Konsep, Sasaran dan Tempoh Masa Langkah kedua ini memerlukan pembina modul untuk mengenal pasti teori yang menjadi asas atau dasar kepada modul yang bakal dibina. Teori yang digunakan boleh terdiri daripada satu teori atau kombinasi beberapa teori. Teori sangat penting kerana merupakan tunjang kepada kekuatan sebuah modul. Pembina modul juga hendak menjelaskan rasional keperluan dan kehendak dengan lebih spesifik bagi modul yang ingin dihasilkan selain falsafah yang berkaitan dengan kebaikan penggunaan modul berkenaan. Konsep modul juga mestilah ditentukan bagi memberikan gambaran tentang pelaksanaan modul dalam suasana sebenar sama ada berbentuk permainan, latihan, ceramah, latih tubi dan sebagainya. Kumpulan sasaran juga mestilah dikenal pasti secara khusus supaya perjalanan modul bersesuaian dan tepat. Tempoh untuk menyelesaikan sesuatu modul juga mestilah ditentukan dengan tepat agar masa yang diperuntukkan bersesuaian dan mampu mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Setelah menjalankan perbincangan yang mendalam, pasukan pembina modul besetuju untuk menggunakan Teori Pilihan/Terapi Realiti (CTRT) yang dipelopori William Glasser (2002) untuk membina Modul Kesejahteraan Psikologi Murid Pintar Cerdas. Pasukan pembina modul juga bersetuju agar kombinasi pelbagai kaedah pembelajaran digunakan untuk menjadikan modul ini lebih unik, kreatif dan berkesan memandangkan modul ini perlu memenuhi keperluan murid-murid pintar cerdas. Setiap aktiviti dalam modul ini dijalankan selama 60 minit pada setiap minggu. 5.1.3 Kajian Keperluan Setelah teori, rasional, falsafah, konsep, sasaran dan masa ditentukan, langkah penting yang seterusnya ialah pelaksanaan kajian keperluan (needs assessment). Untuk tujuan tersebut, pembina modul perlu membuat kajian tentang pihak yang berkepentingan atau pihak yang berkaitan dengan kumpulan sasaran yang akan menggunakan modul. Maklumat yang diperoleh daripada kajian keperluan akan menentukan aspek-aspek yang perlu diberikan tumpuan dalam pembinaan modul.


146 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Bagi tujuan pembinaan modul ini, soal selidik keperluan dijalankan ke atas beberapa orang responden yang terdiri daripada kaunselor dan guru yang terlibat dalam pendidikan muridmurid pintar cerdas. Beberapa aspek seperti keperluan emosi, kognitif, tingkah laku dan perhubungan telah dikenal pasti. Aspek-aspek tersebut diberikan tumpuan yang lebih mendalam dalam pembinaan modul ini kerana golongan murid pintar cerdas secara amnya memiliki tahap kematangan kognitif yang lebih tinggi daripada golongan murid biasa. 5.1.4 Menetapkan Objektif Setelah kajian keperluan diselesaikan, langkah yang seterusnya ialah membina objektif atau tujuan spesifik modul dengan lebih terperinci. Objektif modul mestilah bersifat tingkah laku, iaitu yang mampu dilihat dan diukur pada akhir pelaksanaan modul. Objektif tersebut mungkin meliputi pihak yang akan terlibat, perkara yang akan dicapai setelah modul selesai dilaksanakan, tahap penguasaan kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai dan jangka masa yang diperlukan untuk mengajar dan menguasai kemahiran. Penentuan objektif ini penting kerana akan menentukan isi kandungan modul serta aktiviti-aktiviti yang akan terkandung dalam modul tersebut. 5.1.5 Pemilihan Isi Kandungan Pasukan pembina modul menyenaraikan, memilih dan menyaring isi kandungan yang ingin dimasukkan dalam modul supaya bertepatan dan bersesuaian. Isi kandungan yang akan dimasukkan dalam modul mesti berupaya mencapai tujuan atau objektif modul yang dibina. Isi kandungan mestilah mengambil kira faktor kumpulan sasaran bagi modul yang dihasilkan. Terdapat enam konstruk yang telah dipilih dalam pembinaan modul ini, iaitu kesejahteraan emosi, kesejahteraan fizikal, kesejahteraan perhubungan, kesejahteraan intelektual, kesejahteraan identiti dan kesejahteraan spiritual. 5.1.6 Pemilihan Strategi Pasukan pembina modul menumpukan perhatian pada strategi, prosedur dan langkah-langkah ke arah kelancaran pelaksanaan modul yang akan dihasilkan. Pelbagai kaedah pelaksanaan telah dikenal pasti agar penyampaian modul mudah difahami oleh guru-guru yang terlibat dan menarik untuk diikuti murid-murid pintar cerdas. Strategi yang ditentukan juga penting bagi memastikan keberkesanan dan ketekalan modul tersebut. 5.1.7 Pemilihan Media Penggubal modul juga menentukan cara modul disampaikan. Untuk Modul Kesejahteraan Psikologi Murid Pintar Cerdas ini, buku digital akan diterbitkan sebagai rujukan fasilitator. Buku digital ini mengandungi kesemua langkah yang perlu dilaksanakan oleh fasilitator untuk menjalankan intervensi modul dengan baik. 5.1.8 Menyatukan Draf Modul


147 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Pembina modul perlu menyatukan draf modul setelah peringkat penentuan objektif, isi kandungan, aktiviti, pemilihan media dan strategi diselesaikan. Kesemua aktiviti yang dibina akan disatukan menjadi draf modul yang lengkap. Draf modul akan melalui peringkat kedua pembinaan, iaitu percubaan dan penilaian modul. 5.2 Peringkat II: Percubaan dan Penilaian Modul 5.2.1 Kajian Rintis Kajian rintis merupakan langkah yang terbaik untuk membantu pengkaji menyelesaikan masalah yang sebenar sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Kajian rintis adalah suatu keperluan bagi mengesan sebarang kelemahan terhadap instrumen. antara tujuan kajian rintis adalah untuk menilai ketekalan dari aspek aras item, objektif, kefahaman tentang arahan yang diberikan.(Merriam, 1998). Peringkat ini memerlukan pembina modul melaksanakan penilaian pakar dan kajian rintis. Penilaian pakar yang dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang mutu modul secara khususnya dari segi kesesuaian kandungan, aktiviti-aktiviti, kesesuaian bahasa dan aras bahasa serta kemungkinan wujudnya kesalahan-kesalahan bahasa. Selepas kesahan kandungan telah dikenal pasti, kajian rintis dijalankan terhadap murid-murid pintar cerdas yang telah melalui setiap aktiviti yang dibina. 5.2.2 Menentukan Kesahan dan Kebolehpercayaan Kesahan modul menggambarkan sejauh mana modul tersebut mencapai objektif yang sepatutnya oleh modul tersebut. Sesuatu modul dikatakan mempunyai tahap kesahan tinggi sekiranya modul itu mempunyai darjah kebolehan tinggi untuk mencapai objektif yang sepatutnya. Sehubungan dengan itu, kebolehpercayaan modul ini juga dikenal pasti selepas kajian rintis dilaksanakan. Kebolehpercayaan sesuatu modul menunjukkan sama ada modul itu adalah konsisten, iaitu berupaya memberikan hasil yang konsisten walaupun dilaksanakan berkali-kali. Sesuatu modul dikatakan mempunyai kebolehpercayaan tinggi sekiranya hasil yang sama diperoleh individu yang sama dengan melalui modul tersebut pada masa yang berbeza. 5.2.3 Penilaian Keberkesanan Penilaian sumatif dibuat bertujuan untuk memastikan setiap peringkat pembinaan modul telah dilalui dengan baik dengan melihat hasil pelaksanaan kepada kumpulan norma. Ini bermaksud modul telah sedia untuk digunakan. Penilaian pada peringkat ini bertujuan untuk melihat keberkesanan modul secara keseluruhan.


148 e-Prosiding SAHiConfEd’22 6. Dapatan Bagi menentukan kesahan kandungan Modul i-WASP, lima orang pakar dilantik bagi menilai kandungan aktiviti-aktiviti yang dibina oleh pembina modul. Pakar-pakar tersebut menjalankan penilaian berdasarkan borang penilaian kesahan kandungan modul. Skala lima mata (1: Sangat Tidak Setuju hingga 5: Sangat Setuju) digunakan oleh pakar-pakar tersebut terhadap item-item yang terdapat dalam borang penilaian kesahan kandungan modul tersebut. Jadual 1 menunjukkan dapatan tentang penilaian kesahan kandungan berdasarkan setiap aktiviti yang dibina. Jadual 1: Nilai Kesahan Kandungan Berdasarkan Penilaian Pakar Konstruk dan Aktiviti Nilai Kesahan Kandungan Aktiviti Nilai Kesahan Kandungan Konstruk Kesejahteraan Emosi .97 Boba Squad .98 Zentangle .98 Shape of My heart .95 Kesejahteraan Fizikal .96 Tik Tok Tik Tok .97 Hargai Diriku .94 Squid Game .98 Kesejahteraan Perhubungan Aku dan Dia .95 .97 How Deep is Your Love .99 Kesejahteraan Intelektual .97 Chipher .93 Go Search .99 Fly Me to the Moon .98 Kesejahteraan Identiti .98 Nuguseyo? .98 ORI-GA-MI-MEE .99 My Family’s Identity .97 Kesejahteraan Spiritual .94 Berlian Bernilai .95 Dendangan Jiwa .97 Checklist Diri .91


149 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Nilai kesahan kandungan yang diperoleh menunjukkan bahawa modul yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi. Oleh itu, Modul i-WASP menepati objektif yang digariskan dan dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasaran. Untuk menentukan tahap kebolehpercayaan setiap aktiviti yang dibina, seramai 36 orang murid pintar cerdas telah dipilih. Selepas mengikuti setiap aktiviti, sampel tersebut berperanan untuk menilai aktiviti-aktiviti yang dibina terhadap objektif-objektif yang perlu dicapai. Penilaian tersebut dilakukan oleh sampel tersebut dengan berdasarkan prosedur penentuan kebolehpercayaan yang dicadangkan oleh Rusell (1974) dan Sidek dan Jamaludin (2005). Pembina modul menyediakan soal selidik berdasarkan objektif-objektif bagi menentukan menguji kebolehpercayaan i-WASP. Item-item dalam soal selidik yang dinilai oleh sampel dianalisis bagi menentukan pekali alfa Cronbach Jadual 2 menunjukkan nilai kebolehpercayaan bagi setiap aktiviti yang telah dibina. Jadual 2: Nilai Kebolehpercayaan Bagi Setiap Konstruk Konstruk Nilai Kebolehpercayaan Konstruk Kesejahteraan Emosi .82 Kesejahteraan Fizikal .80 Kesejahteraan Perhubungan .89 Kesejahteraan Intelektual .80 Kesejahteraan Identiti .81 Kesejahteraan Spiritual .82 7. Perbincangan Golongan pintar cerdas dan berbakat tidak semestinya memiliki keyakinan, apatah lagi, perasaan rendah diri bukannya satu masalah luar biasa (Gallagher & Gallagher, 1994) kerana sikap ini boleh difahami di mana kebolehan yang tidak seimbang menjadi punca kepada masalah mereka. Contohnya, seorang yang kreatif selalunya tidak teratur. Oleh itu, seorang yang pintar cerdas perlu memahami masalah dirinya selain cuba mengatasi cabaran ini kerana kelebihan yang ada pada mereka tidak banyak membantu keyakinan diri mereka. Kebanyakan masalah emosi kanak-kanak pintar cerdas sarna ada dalam bidang akademik mahupun persekolahan adalah disebabkan kegagalan pendekatan pendidikan sedia ada dan juga kurangnya kesedaran guru. Biasanya, guru kurang senang terhadap kanak-kanak yang kreatif. 01eh itu, jika kanak-kanak pintar cerdas tidak diberi pendedahan yang sepatutnya bermakna potensi yang ada pada mereka sukar untuk dikembangkan (Ng Sen Fa et. al 2005).


150 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Justeru itu pembangunan modul ini dapat membantu pelajar pintar cerdas dan berbakat dalam memahami permasalahan dirinya dan memberi pendedahan bermakna dalam mengilap potensi mereka untuk kesejahteraan psikologi yang sembang. 8. Kesimpulan Kesejahteraan psikologi sangat penting untuk diperoleh kerana merupakan keupayaan individu untuk mengawal perasaan, sikap dan tingkah laku yang mempengaruhi aktiviti pembelajaran. Kemahiran penyelesaian masalah secara kreatif dan efikasi kendiri yang mantap juga penting pada era globalisasi yang kian mencabar kini. Ini akan menjadikan seseorang peka terhadap masalah, cuba mencari penyelesaian, mengubah cara bertingkah laku dalam kehidupan, dan akhirnya melaksanakan tindakan yang efektif supaya mewujudkan kesejahteraan psikologi yang holistik dari aspek fisiologi, kognitif, emosi dan tingkah laku. Maka kesimpulannya modul kesejahteraan psikologi menunjukkan bahawa, nilai kesahan kandungan mengikut konstruk adalah tinggi dengan nilai persetujuan pakar antara 0.94 hingga 0.97. Nilai pekali kebolehpercayaan modul mengikut konstruk adalah di antara 0.80 hingga 0.89 Oleh itu, modul yang dibina mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta bersesuaian digunakan bagi mengukur tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan murid pintar cerdas dan berbakat. Rujukan Anthony, K. (2013). Self-regulation development in early childhood: The role of language skills and pre-kindergarten learning behaviors. Disertasi Ph.D, Vanderbilt University. Bee, H. (1999). The growing child: An applied approach (2nd ed.). New York: Longman. Chan, D. W. (2003). Dimensions of emotional intelligence and their relationships with social coping among gifted adolescents in Hong Kong. Journal 0f Youth and Adolescence, 32(6),409. Davis, G. A, & Rimm, S. A. (1998). Education of the gifted and talented (4th ed.). Boston, MA:Allyn. Gallagher, J. J., & Gallagher, S. A. (1994). Teaching the gifted child (4th ed.). Boston, MA: Allyn. Isnawati, I. I., Yunita, R. (2018). Pengaruh Pelatihan Kader Jiwa Terhadap Jumlah Kunjungan Lansia di Desa Karangbong Kecamatan Pajarakan Kabupaten Probolinggo, Jurnal Kesehatan Mesencephalon, 4(2), 67–72. Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education. San Francisco, CA: Jossey-Bass. Ng Sen Fa & Sandiyao Sebastian. (2005). Masalah Sosio-Emosi Kanak-Kanak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Rebecca Sury, Putri, Gazhella Stafy & Pandjaitan, Lena Nessyana. (2020). Efiktifitas Pelatihan Kecerdasan Emosional untuk Meningkatkan Kesejahteraan Psikologis Remaja Panti asuhan. PSIKOHUMANIKA, 12(1). pp.60-78. ISSN 1979-0341. Rusell, J.D.(1974). Modular Instruction: a Guide to the Design Selection, Utilization and Evalution of Modular Materials. New York: Publishing Company.


151 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rosadah Abdul Majid, Noriah Mohd Ishak, Melor Mohd Yunus. (2009). Kepintaran dan Pintar Cerdas dan Berbakat: Definasi dan Makna. Dlm. Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abdul Majid & Siti Fatimah Mohd Yassin. (Penyunting) PERMATApintar: Pengalaman UKM. (hlm. 19-32). Pusat PERMATApintar™ Negara. Ryff, C. D., & Keyes, C. L. M. (1995). The structure of psychological well-being revisited. Journal of Personality and Social Psychology, 69(4), 719–727. Sharif, Zainudin and Mohamad Roslan, Norazmah. (2011).Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education Psychology & Counseling, 1 (7). pp. 115-140. ISSN 2231-735. Sidek Mohd Noah, & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan Modul: Bagaimana Membina Modul Latihan dan Modul Akademik. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Sidek Mohd Noah. (1977). Modul Penilaian dalam Kaunseling. Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL). Serdang: Universiti Putra Malaysia. William Glasser. (2002). The Key to Improving School. An Interview with William Glasser. Phi Delta Kappa International. William Glasser. (2002). Towards social well-being in schools: an implementation study of Involvement Education. Stockholm: HLS .


152 e-Prosiding SAHiConfEd’22 ORGA-MECH-FLIP 2 Memacu Pembelajaran Bermakna Mekanisme Kimia Organik Pelajar HIT01 Salwati binti Yaakub1 , Md Shahnon bin Awi2 , Yeoh Guan Thai3 , Husnarisyam binti Abu Hassan4 , Siti Rohana binti Serat5 1 [email protected]; [email protected]; 3 [email protected]; 4 [email protected]; [email protected] Abstract Kajian ini bertujuan untuk menyediakan video Orga-Mech-Flip tentang mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol, meningkatkan penggunaan video dalam kalangan pelajar sebelum dan semasa kelas, menentukan keberkesanan video dan meningkatkan kemahiran digital pensyarah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT). Hasil pemerhatian menunjukkan video adalah sebagai satu medium membantu pelajar menguasai mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol. Penggunaan video Orga-MechFlip dapat membantu pensyarah memantau kekerapan video yang digunakan sebelum dan selepas kelas oleh pelajar. Satu praujian dijalankan ke atas tutorial HIT01 yang melibatkan lapan orang pelajar. Ini disusuli dengan penggunaan video Orga-Mech-Flip oleh pelajar. Maklum balas diperolehi dengan menggunakan praujian, pascaujian, pemerhatian, borang soal selidik, borang tool-kit dan temu bual ringkas dengan pelajar. Hasil analisis pascaujian menunjukkan peningkatan markah pada kesemua lapan orang pelajar tersebut. Seorang pelajar merekodkan peningkatan markah sebanyak 100%, dua orang pelajar meningkat sebanyak 50%, dua orang pelajar meningkat 30% manakala seorang pelajar dengan peningkatan 20%, 40% dan 60% markah masing-masing. Perkongsian ini berjaya meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol dan meningkatkan kemahiran digital pensyarah. Pemulihan dan pengayaan dilakukan dengan menyebarluaskan penggunaan video kepada semua ahli unit.


153 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Implikasinya pembelajaran bermakna berjaya dilaksanakan kerana pensyarah dan pelajar bersedia menggunakan video sebagai pengajaran dalam talian. Kata Kunci: Orga-Mech-Flip, Video, tindak balas mekanisme pendehidratan alkohol, Praujian, Pascaujian 1. Pendahuluan 1.1 Latar Belakang Mekanisme tindak balas kimia organik adalah satu topik yang tidak dapat dipisahkan dari pembelajaran kimia di peringkat matrikulasi. Dalam semester kedua, kertas kimia SK025 melibatkan soalan mekanisme tindak balas. Soalan mekanisme ini ialah soalan yang wajib dijawab oleh pelajar sains matrikulasi. Memandangkan kemahiran menulis mekanisme tindak balas yang masih lemah dalam kalangan pelajar, maka perbincangan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan pensyarah kimia dilakukan bagi mengubah cara pengajaran secara konvensional ke arah pembelajaran kendiri iaitu melalui pembelajaran cara kelas berbalik, “flipped classroom”. Video pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan medium pengajaran ke arah ekosistem digital. Orga-Mech-Flip adalah satu aktiviti PdP yang dilaksanakan dalam usaha memacu pengajaran dan pembelajaran bermakna kimia ke arah ekosistem digital. Ia dilaksanakan bagi menambah baik kaedah konvensional yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sebelum ini. Sistem pendidikan di Malaysia telah dikenal pasti sebagai satu daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama dan menggunakan ekosistem pembelajaran bermakna untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berbakat. Mereka ini akan menjadi enjin yang akan memandu dan memacu negara ke tahap yang lebih tinggi (www.utusan borneo.com.my). Sehubungan dengan itu, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam menjadikan matrikulasi sebagai pusat pembelajaran ekosistem pembelajaran bermakna. Oleh itu, salah satu usaha yang telah dilaksanakan adalah menggunakan Self Learning Aid (SLA) berpandukan video dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia selaras dengan revolusi industri 4.00 serta PdP ke arah mewujudkan ekosistem digital dalam pembelajaran bermakna. Oleh itu, kepesatan pembangunan teknologi seharusnya seiring dengan penggunaan teknologi dalam PdP yang memberi impak terhadap kaedah pengajaran abad ke-21. Maka, penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP yang boleh digunakan ialah video, audio, perisian multimedia dan sistem pembelajaran pintar. Dengan adanya penggunaan teknologi digital digabung jalin dengan pembelajaran maka terhasil pembelajaran bermakna. Pelajar matrikulasi merupakan generasi Z (dilahirkan dalam tahun 1990-2010) yang cukup arif dengan ekosistem digital dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu sebagai seorang pendidik abad ke-21, perlu disinergikan PdP ekosistem digital supaya dapat menarik minat pelajar untuk menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan penggunaan Orga-Mech-Flip dalam


154 e-Prosiding SAHiConfEd’22 pembelajaran mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol dapat membantu pelajar memahami topik berkenaan dengan lebih jelas. 1.2 Tujuan / Kepentingan Tujuan kajian adalah untuk menyediakan pembelajaran bermakna bagi topik mekanisme organik. Justeru Orga-Mech-Flip dicetuskan untuk kegunaan pensyarah dan pelajar dalam membantu mencetuskan idea-idea mengenai mekanisme. Seterusnya dapat mengaitkan mekanisme yang dipelajari dengan menggunakan bahan dan reagen yang berbeza. Apabila pelajar berjaya membuat hubung kait antara pelajaran yang sedia ada dengan yang baru maka boleh ditafsirkan sebagai pembelajaran bermakna telah berlaku. 1.3 Andaian, Nilai & Kepercayaan Pengkaji Terhadap PdP Pembelajaran bermakna adalah satu proses yang dapat menghasilkan pelajar yang mampu untuk menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada dengan pengalaman yang baru. Gabung jalin pengetahuan yang sedia ada dan pengetahuan baru akan menjadikan pelajar lebih kreatif dan kritis maka terhasil pembelajaran bermakna kimia. Justeru gabung jalin antara digital dan kimia akan berjaya menghasilkan pembelajaran bermakna. 2. Refleksi PdP Lalu 2.1 Refleksi Kendiri Pensyarah Proses PdP berpusatkan pelajar sangat sukar dicapai kerana kaedah pengajaran ini adalah konservatif dan membosankan pelajar. Malahan proses PdP di dalam kelas yang tidak dapat melibatkan semua pelajar serta mengasah kebolehan interpersonal serta kemahiran berkomunikasi pelajar. Selain itu, kekurangan penggunaan teknologi terkini dalam PdP oleh pensyarah tidak dapat membantu pelajar membuat visualisasi terhadap mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol. Sebagai langkah penyelesaian, pensyarah mengambil inisiatif untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran agar ia bersesuaian dengan kehendak generasi Z yang suka akan alam teknologi serta cekap dalam penggunaan aplikasi teknologi dalam kehidupan. Kesimpulannya, video ialah salah satu ekosistem digital yang bertindak sebagai medium PdPDT dan ianya bersesuaian dengan era ledakan teknologi yang dapat menghasilkan pembelajaran bermakna untuk meneraju masa hadapan pelajar. 2.2 Refleksi Pelajar Hasil pemerhatian semasa sesi perbincangan soalan tutorial, seramai 50% pelajar dari praktikum HIT01 tidak dapat menyelesaikan masalah berkaitan mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol dengan tepat. Apabila ditanya dalam kelas mengenai masalah dalam pembelajaran mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol, 50% pelajar menunjukkan reaksi menggelengkan kepala dan pelajar menyatakan bahawa mereka tidak tahu bagaimana hendak memulakan langkah untuk menyelesaikan soalan berkaitan mekanisme tindak balas tersebut.


155 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Oleh itu, untuk mengesahkan masalah ini, pensyarah mengadakan praujian dalam topik mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol. Hasil dapatan menunjukkan lapan orang pelajar tidak dapat menulis mekanisme dan menerangkan tindak balas pendehidratan alkohol dengan betul dan tepat. Antara punca-punca masalah yang dihadapi ialah pelajar tidak memahami nota yang dibekalkan, tidak dapat menggambarkan proses kimia yang dinyatakan dalam nota bertulis berbentuk statik, tidak dapat menunjukkan arah anak panah serangan dari nukleofil ke elektrofil dan tidak dapat menulis langkah asas demi langkah asas dalam mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol. 3. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan cara tradisional iaitu berpusatkan pensyarah. Hal ini adalah kerana pensyarah perlu menghabiskan sukatan untuk menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan. Impaknya pelajar tidak memahami apa yang diajar dan tidak dapat mengaitkan pengalaman lepas atau pembelajaran lepas dengan pembelajaran yang baru. Kesannya tidak berlaku pembelajaran bermakna dalam kimia. Justeru itu, Orga-Mech-Flip ialah satu inovasi untuk membantu pensyarah dan pelajar menghasilkan pembelajaran bermakna kimia. Fokus kajian ini adalah untuk menyediakan video mekanisme untuk kegunaan pensyarah dan pelajar. 3.1 Penentuan / Pemilihan Konsep Orga-Mech-Flip ini dipilih berdasarkan kesesuaiannya sebagai salah satu bahan digital yang senang, mudah dan kos yang rendah untuk digunakan oleh pelajar dan pensyarah. 4. Objektif Kajian (a) Menyediakan video mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol (Orga-Mech-Flip) untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. (b) Meningkatkan penggunaan video (Orga-Mech-Flip) dalam kalangan pelajar sebelum dan semasa kelas. (c) Menentukan keberkesanan video (Orga-Mech-Flip) terhadap pelajar dan pensyarah. (d) Meningkatkan kemahiran digital pensyarah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT). 5. Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran adalah pelajar tutorial kelas HIT01 adalah seramai lapan orang. 6. Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan Perancangan pelaksanaan adalah seperti dalam jadual dalam Lampiran 1.


156 e-Prosiding SAHiConfEd’22 (a) Pembinaan Orga-Mech-Flip Orga-Mech-Flip adalah satu video yang bermaksud Organic Mechanism Flipped Classroom. Pengajaran mekanisme tindak balas organik menggunakan kaedah flipped classroom. Ianya merupakan satu strategi pengajaran abad ke-21 menggunakan video sebagai inovasi seiring dengan usaha memacu PdP ke arah ekosistem digital untuk merealisasikan pembelajaran bermakna. Penerbitan video berkenaan adalah bertujuan untuk memperkemas dan memantapkan cara pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan ekosistem digital iaitu penggunaan teknologi dalam PdP. Orga-Mech-Flip dibina menggabungkan powerpoint (ppt) dan rakam layar (SOM) bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna. Salah satu bentuk implementasi ekosistem digital dalam pendidikan ialah media yang memudahkan pembelajaran seperti Screencast-O-Matic (SOM). Penggunaan gabungan ppt dan SOM diyakini dapat memberikan keterujaan dan keseronokan serta penyampaian yang dinamik kepada pelajar untuk mengikuti sesi kuliah dan tutorial kimia. Screencast adalah perakam digital keluaran (output) layar komputer, dikenali sebagai screen capture video dan memuat narasi audio. (b) Pelaksanaan Penggunaan ekosistem digital iaitu video melalui whatsapp dalam PdP dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam pendehidratan alkohol. Dapatan hasil kajian diperolehi melalui kaedah berikut: (a) Maklum balas pembinaan video mekanisme tindak balas pendehidratan alcohol (OrgaMech-Flip) oleh pensyarah. (b) Kekerapan penggunaan video (Orga-Mech-Flip) dalam kalangan pelajar sebelum dan selepas kelas. (c) Borang soal selidik analisis keberkesanan video (Orga-Mech-Flip) terhadap pelajar dan pensyarah. (d) Markah pelajar dalam menyelesaikan mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol. Perancangan pelaksanaan bermula pada 20-23 November 2021. Perjumpaan dengan ahli kumpulan telah diadakan untuk menjalankan ujian rintis pembinaan video Organic Mechanism Flip pada 24 November 2021. Ketua kumpulan menghasilkan video mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol. Kemudian, pada 24 November, video berkenaan dikongsikan dalam kumpulan WhatsApp ahli kumpulan (Orga-Mech- Flipped). Strategi TSS digunakan iaitu show, tell, share di mana semua ahli kumpulan memberikan maklum balas terhadap video mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol. Maklum balas 1: Video ini perlu ditambah baik agar tidak menimbulkan miskonsepsi dalam kalangan pelajar. Seterusnya video ini diperbaiki oleh ketua kumpulan dan disemak oleh semua ahli kumpulan. Apabila video telah siap, ia diedarkan kepada ahli-ahli kumpulan untuk diberi komen bagi kali kedua. Maklum balas 2: Penambahbaikan telah dilakukan. Isi kandungan lebih


157 e-Prosiding SAHiConfEd’22 jelas dan bahasa pun menjadi lebih mudah difahami oleh pelajar. Apabila video telah siap, ia diedarkan kepada ahli-ahli untuk diberi komen bagi kali ketiga. Maklum balas 3: Tiada kesalahan berulang seperti dalam maklum balas 1 dan 2. Video dipersetujui oleh ahli kumpulan untuk digunakan dalam sesi PdP. Rajah 2 menunjukkan ringkasan maklum balas ahli kumpulan mengenai video. Dengan terhasilnya video Orga-Mech-Flipped maka seterusnya ia diuji kepada kelas tutorial HIT01. Seterusnya video ini dikongsikan dengan semua rakan unit kimia sebagaimana strategi TSS kumpulan iaitu show, tell, share. Segala maklum balas daripada rakan pensyarah diambil tindakan dan pengubahsuaian dilakukan. Rajah 1: Ringkasan maklum balas ahli kumpulan mengenai video 6.1 Pengumpulan Data Sebelum / Awal (Kaedah & Isu) Kaedah pembelajaran flipped classroom berpandukan video pengajaran digunakan semasa proses pelaksanaan kajian berdasarkan inovasi Orga-Mech-Flip. Pensyarah menghantar video sebagai rujukan agar pelajar boleh mengulang kaji dengan menonton video berulang kali di luar waktu kelas. Dalam segmen perkongsian pensyarah yang ke-4, pensyarah mendapati bahawa pembelajaran melalui video merangsang penglibatan pelajar secara aktif dengan mewujudkan suasana kelas seperti sebuah bengkel di mana pelajar boleh bertanyakan isi pelajaran dan berinteraksi antara mereka dalam aktiviti hands on. Pelaksanaan “flipped classroom” bermula dengan membekalkan pelajar dua video melalui aplikasi WhatsApp seminggu sebelum kelas pelajar. Melalui pembelajaran kendiri, pelajar belajar topik mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol menggunakan video yang dimuat Video 1 Adakah hasil tindak balasnya memberikan dua jenis alkohol? Perlu dinyatakan karbon yang terikat dengan OH ialah karbon alfa, dan jiran kepada karbon alfa dikenali sebagai karbon beta? H2SO4 ditulis di atas anak panah? Video 2 kemas, simbol thumb’s up (baik, bagus). Penerangan isi kandungan jelas dan bahasa mudah difahami. Video 3 Tiada kesalahan berulang sebagaimana video 1 dan 2. Lebih mantap dan semua setuju dalam pelaksanaan kaedah flipped classroom menggunakan video. MAKLUM BALAS OLEH AHLI KUMPULAN


158 e-Prosiding SAHiConfEd’22 naik oleh pensyarah. Pelajar diberikan masa seminggu sebelum kelas tutoran pada minggu berikutnya. Pelajar juga diminta online bersama pensyarah, pensyarah menetapkan masa online 8.30 malam hingga 9.30 malam pada hari Rabu. Pada waktu tersebut, pelajar diminta menonton video dan sebaik sahaja habis menonton, pensyarah terus bertanyakan soalan yang berkaitan dengan video. Sewaktu pelajar berada di dalam kelas tutorial, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. pensyarah bertanya sekali lagi sama ada semua pelajar sudah menonton video. Sekiranya ada yang masih belum menonton video mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol dan tindak balas penyusunan semula (rearrangment) maka pensyarah terpaksa memperuntukkan masa 10- 15 minit untuk pelajar menonton video berkenaan dalam kumpulan. Semasa berada di dalam kelas, pensyarah akan meminta beberapa orang pelajar dari kumpulan berbeza untuk menerangkan isi pembelajaran yang terdapat dalam video yang diberikan. Pensyarah membuat rumusan tentang mekanisme agar tidak berlaku miskonsepsi oleh pelajar. Dapat dilihat pelajar seronok serta bermotivasi semasa sesi perbincangan dalam kumpulan. Malah pelajar yang baru menonton video tersebut semasa di dalam kelas, kelihatan sangat teruja dan mula menunjukkan minat untuk belajar menulis mekanisme dengan pertolongan ahli kumpulan. Rajah 2: Pelaksanaan Ekosistem Digital Gambar di bawah menunjukkan sesi refleksi pelajar dan perbincangan mengenai video yang ditonton. Pembelajaran kendiri berpandukan video Pembelajaran aktif semasa di dalam kelas Di luar waktu kelas (Online bersama Pensyarah)


159 e-Prosiding SAHiConfEd’22 6.2 Tindakan / Aktiviti PdP (Penggunaan Bahan/Aktiviti, Strategi Pengajaran, Inovasi/Kreativiti & Justifikasi) Tindakan Oleh Ahli Kumpulan Pensyarah Ahli kumpulan dibekalkan dengan kertas-kertas soalan ujian pendehidratan alkohol bertujuan menguji kefahaman pelajar setelah menonton video yang dibekalkan oleh kumpulan pensyarah. Markah– markah hasil jawapan dimasukkan ke dalam template yang disediakan oleh ahli kumpulan sehingga tarikh 10 Disember 2021. Setelah semua markah dimasukkan ke dalam template yang disediakan, perbincangan mengenai analisis markah pelajar dan analisis soal selidik dijalankan. Sesi temu bual juga dijalankan bersama beberapa orang pelajar yang dipilih secara rawak, yang mana pelajar berkenaan menonton video, menduduki soalan ujian dan menjawab soal selidik yang disediakan. Hasil daripada analisis ini, ahli kumpulan mula menjalankan penulisan laporan kajian tindakan. Rajah 3: Carta alir pelaksanaan kajian tindakan 7. Pemerhatian 7.1 Kaedah Penggumpulan Data Instrumen yang digunakan adalah set soalan-soalan ujian, soal selidik keberkesanan penggunaan video serta temu bual ringkas bersama pelajar. Set soalan ujian disediakan secara hardcopy, pelajar diberikan masa untuk menjawab dalam masa 30 minit manakala soal selidik keberkesanan penggunaan video disediakan dalam Google Forms dan temu bual pelajar diadakan secara bersemuka dengan pensyarah ahli kumpulan yang mengambil masa 20 minit untuk lima orang pelajar. Rasional menggunakan soalan secara hardcopy adalah kerana pelajar akan menduduki peperiksaan akhir semester secara bertulis. Rajah 4: Carta Kumpul Data Orga-Mech-Flip Pascaujian Soal-selidik Soal selidikkeberkesanan penggunaan video Kaedah kumpul data


160 e-Prosiding SAHiConfEd’22 7.2 Analisis Data Perkongsian antara Pensyarah Justifikasinya adalah apabila sesi perkongsian dijalankan iaitu show, tell, share maka berlakunya percambahan idea, strategi yang berbeza yang diamalkan oleh pensyarah berlainan dan sumbang saran daripada ahli kumpulan dengan matlamat untuk menghasilkan PdP yang berkesan selaras dengan revolusi perindustrian 4.0. Perkongsian pensyarah yang lebih kerap dilakukan dapat membantu untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik dengan tujuan untuk memantapkan PdP. Perkongsian ilmu ini memberikan peluang kepada ahli-ahli kumpulan pensyarah berkongsi pelbagai pengetahuan, strategi, kaedah, pengalaman, bahan, sumber dalam konteks profesionalisme keguruan seterusnya dapat membantu mencungkil pengalaman dunia keguruan pendidik. Dengan masa yang terhad apabila ahli kumpulan bertemu, masing-masing berkongsi kaedah yang berbeza. Maka masa yang terhad dapat dioptimumkan, hasil daripada perkongsian kaedah yang terbaik dalam PdP. Adakalanya kaedah yang digunakan sama, cuma hasilnya yang berbeza. Perkongsian antara Pensyarah Menggunakan Borang penambahbaikan Tool Kit maklum balas pensyarah Borang penambahbaikan Tool Kit disediakan untuk setiap kali perjumpaan dengan ahli kumpulan. Dalam pelaksanaan kajian tindakan ini sebanyak empat borang Tol Kit telah dilengkapkan (rujuk Lampiran 2). Rajah 5: Tool Kit yang terlibat dalam kajian Analisis Borang Tool Kit bagi video Orga-Mech-Flip Hasil analisis lima orang pensyarah terhadap video Orga-Mech-Flip adalah seperti berikut: P1 Menarik minat pelajar untuk menguasai topik kimia menggunakan teknologi terkini. P2 Penerangan yang ringkas dan padat dapat membantu pensyarah menyampaikan toolkit 1 toolkit 2 toolkit 3 toolkit 4 Orga-Mech-Flip video Bina & salurkan ilmu Prasarana teknologi Sebaran seluas-WhatsApp Sikap kerelaan & kesediaan


161 e-Prosiding SAHiConfEd’22 pengajaran dengan lebih berkesan. P3 Pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja dan bila-bila sahaja mengikut kegemaran pelajar. P4 Video 3 boleh dijadikan alat pengajaran untuk semua pensyarah kimia. P5 Penerangan yang ringkas dan padat dapat menyenangkan pelajar untuk memahami topik tersebut. Maklum balas ringkas daripada pensyarah unit kimia yang lain adalah video Orga-Mech-Flip membantu memudahkan mereka mengendalikan dan menyampaikan tajuk berkaitan dengan mekanisme pendehidratan alkohol Analisis Jawapan Pelajar Pembelajaran melalui ekosistem digital iaitu Aktiviti Orga-Mech–Flip (video) menjadikan kandungan pengajaran lebih mudah diakses dan difahami serta menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada pelajar. Jadual 1 (rujuk Lampiran 3) di bawah menunjukkan Praktikum H1T01 asalnya terdiri daripada 18 orang pelajar. Setelah praujian mengenai mekanisme tindak balas alkohol dijalankan, hasilnya lapan orang pelajar (44.44%) yang mendapat markah kurang daripada 70. Selanjutnya kajian ini diteruskan bersama lapan orang pelajar dengan menggunakan aktiviti Orga-Mech-Flip iaitu pembelajaran ke arah ekosistem digital. Jadual 2 menunjukkan perbandingan praujian dan pascaujian yang dijalankan bersama lapan orang pelajar yang terpilih untuk mengikuti aktiviti Orga-Mech-Flip iaitu pembelajaran bermakna ke arah ekosistem digital Jadual 1: Perbandingan markah pra dan pascaujian serta kenaikan markah.


162 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Peningkatan markah merupakan hasil daripada aktiviti Orga-Mech-Flip iaitu penerapan ekosistem digital. Kelapan-lapan orang pelajar menunjukkan peningkatan markah dalam pascaujian. Pascaujian yang dijalankan selepas menjalankan aktiviti ini menunjukkan peningkatan markah pada kesemua lapan orang pelajar. Merujuk kepada jadual 3, seorang pelajar dengan peningkatan markah sebanyak 100%, 2 orang pelajar dengan peningkatan markah sebanyak 50%, 2 orang pelajar dengan kenaikan 30% manakala seorang pelajar dengan peningkatan 20%, 40% dan 60% markah masing- masing. Pelajar yang tidak dapat menguasai topik ini pada mulanya berjaya meningkatkan markah mereka setelah belajar melalui video yang dibekalkan. Jadual 3 (Rujuk Lampiran 4) menunjukkan hasil soal selidik dalam bentuk Google Forms yang telah diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan video untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan jadual 3 dan 4 di atas dapat disimpulkan bahawa, semakin kerap pelajar menonton video mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol, pelajar semakin faham untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan mekanisme tindak balas tersebut. Item 2 menunjukkan 100% pelajar memahami video yang disediakan berkaitan dengan mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol dengan memberikan jawapannya. Item 3 dijawab oleh pelajar yang memberikan jawapannya kepada soalan memahami video yang ditonton. Item 3.1, 3.2 dan 3.3 adalah item yang berkaitan dengan langkah-langkah asas dalam mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol. Analisis menunjukkan bahawa 100% pelajar memahami setiap langkah asas dalam mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol. Hal ini ditunjukkan dengan jawapan pelajar. Item 4 adalah mengenai komen atau cadangan untuk menambah baik video yang digunakan. Hasil analisis menunjukkan 87.5 % (7 orang pelajar) memberikan jawapan yang video ini baik, bagus, great dan lengkap manakala 12.5% (seorang pelajar) memberikan cadangan untuk menambahkan soalan yang sedia ada dan soalan yang berbeza. 8. Refleksi Dan Kesimpulan 8.1 Penerangan Perubahan Keseluruhan hasil analisis (rujuk Lampiran 5) menunjukkan bahawa ekosistem digital seperti Orga-Mech-Flip video berjaya membantu pelajar melaksanakan Self Learning Aids (SLA) dalam pembelajaran. Hal ini bersesuaian dengan kehendak pendidikan global iaitu revolusi pendidikan 4.0 yang memacu PdP ke arah ekosistem digital. Hasil daripada jawapan praujian pada Lampiran 5 menunjukkan pelajar masih tidak dapat menentukan hasil major dan minor tindak balas pendehidratan alkohol. Pelajar berkenaan juga tidak dapat melukis arah anak panah dengan betul. Selepas pembelajaran menggunakan ekosistem digital iaitu video melalui aplikasi WhatsApp, pelajar berjaya menentukan hasil major dan minor serta boleh melukis arah anak


163 e-Prosiding SAHiConfEd’22 panah dengan betul dalam menyelesaikan soalan mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol. Antara maklum balas pelajar mengenai penggunaan video sebagai flipped classroom adalah seperti dalam Lampiran 6. Berdasarkan maklum balas pelajar di atas, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran ekosistem digital melalui video WhatsApp memberikan impak positif iaitu sangat membantu pelajar memahami mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol. 8.2 Kekuatan & Kelemahan Kajian, Pencapaian Objektif serta Keberkesanan Tindakan / Aktiviti Orga-Mech-Flip video yang dibina mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Antara kekuatan Orga-Mech-Flip video adalah durasi video yang pendek. Durasi atau masa yang pendek dapat membantu pelajar memberi fokus kepada apa yang dibincangkan dalam video. Hanya isi kandungan yang penting dan langkah-langkah yang mudah dimuatkan dalam video yang disediakan. Yang menjadi tarikan dalam aktiviti Orga-Mech-Flip ini adalah kerana ia merupakan kombinasi audio dan video yang mana menjadikan sesi pembelajaran satu sesi yang dinamik dan tidak membosankan. Persembahan videonya secara dwibahasa amat sesuai dijadikan bahan rujukan oleh pelajar secara non-face-to-face bagi meningkatkan pemahaman dalam mekanisme tindak balas. Ia sebagai alat bantu mengajar digital yang terkini berbanding pengajaran kaedah konvensional. Orga-Mech-Flip merupakan satu usaha pensyarah dalam memacu pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran bermakna selaras dengan norma baharu dalam pendidikan negara. Norma baharu merangkumi pengajaran secara atas talian yang mana aspek-aspek ruang pembelajaran, kaedah pengajaran dan kurikulum dimantapkan dengan penggunaan teknologi terkini. Ini membawa kepada kaedah baharu yang mana pelajar dilihat belajar secara Self Learning Aids (SLA), Google Classroom dan sebagainya. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan pada inovasi yang dibina. Kelemahan ini dapat dikenal pasti melalui dapatan yang diperolehi daripada borang soal selidik pelajar. Antara kelemahan tersebut adalah pelajar kurang memahami isi pelajaran dengan baik sekiranya pelajar hanya menonton video sekali tanpa ulangan. Video yang diulang beberapa kali membantu pelajar memahami mekanisme tindak balas pendehidratan alkohol. Selain itu, pelajar juga sukar untuk membuat capaian kerana fail yang bersaiz besar dan memerlukan sistem internet yang laju. Oleh itu edaran bahan Orga-Mech-Flip perlu dalam saiz yang kecil dan sesuai dicapai melalui aplikasi share-it sahaja walaupun WhatsApp menjadi sumber capaian data yang utama. Ini kerana aplikasi share-it tidak memerlukan capaian internet dan hanya berkongsi data melalui telefon pintar sahaja. Kelemahan seterusnya adalah pelajar perlu diingatkan dari semasa ke semasa untuk menonton video sebelum mereka menghadiri kelas tutorial. Sekiranya pelajar datang ke kelas dan masih


164 e-Prosiding SAHiConfEd’22 belum menonton video maka pensyarah terpaksa memberikan masa untuk pelajar menontonnya. Keadaan ini akan mengambil masa yang panjang dan menghadkan PdP. Tindakan untuk menanganinya adalah dengan cara mengedarkan video ini dua minggu lebih awal dan pensyarah akan mengingatkan pelajar untuk menonton video selang dua hari sekali. Bagi meningkatkan keberkesanan Orga-Mech-Flip, kelemahan yang telah dikenal pasti hasil daripada komen pelajar perlu disusuli dengan penambahbaikan berterusan. Setiap maklum balas yang diberikan oleh pelajar dan pensyarah yang menggunakan video ini adalah sangat penting dan perlu diberikan perhatian agar tindakan penambahbaikan dapat dilakukan seperti memperbanyakkan animasi, menggunakan sari kata, dan penggunaan audio yang lebih jelas. Berdasarkan analisis keseluruhan, ia menunjukkan respon yang positif daripada pelajar mengenai penggunaan Orga-Mech-Flip dalam sesi pembelajaran. Harapannya, pada masa akan datang ini boleh diperluaskan dan diimplementasikan untuk topik-topik mekanisme tindak balas kimia yang lain. Pembinaan dan penggunaan Orga-Mech-Flip ini bermanfaat kepada pelajar serta turut membantu meningkatkan profesionalisme pensyarah. Justeru penggunaan Orga-Mech-Flip sebagai satu alat kolaboratif alternatif mampu meningkatkan kemahiran pengajaran pensyarah melalui kepelbagaian teknologi terkini seperti digital ekosistem. OrgaMech-Flip sebagai satu sesi pembelajaran untuk memperkenalkan pembelajaran ekosistem digital kepada pelajar-pelajar matrikulasi. Selain menggunakan kaedah flipped classroom sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran berpandukan video kepada pelajar, penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah pelajar sendiri menyediakan video pembelajaran menggunakan aplikasi digital seperti aplikasi Flipgrid dan juga Padlet. Kedua-dua aplikasi Flipgrid dan Padlet ini juga menggunakan video sebagai medium komunikasi. Penggunaan kedua-dua aplikasi ini juga dapat mendorong pelajar untuk meningkatkan cara berkomunikasi malah berkolaborasi di dalam kumpulan. Secara tidak langsung, pelajar telah didedahkan dengan dunia digital yang semakin berkembang pesat. Malah aplikasi ini juga dapat membantu pensyarah mengubah strategi pengajaran serta penyampaian kandungan pengajaran dengan suasana pembelajaran yang lebih bermakna dan menyeronokkan. Pembelajaran ekosistem digital melalui video WhatsApp telah disebar luas dalam kalangan pensyarah khususnya pensyarah Unit Matematik, amnya pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (rujuk Lampiran 7). Penggunaan ekosistem digital video WhatsApp telah berjaya dikongsikan dengan peserta- peserta Pertandingan Inovasi Pembelajaran (PIP 2019) dan Pertandingan SIRIM Invention, Innovation and Technology EXPO (Si2te 2019) di peringkat antarabangsa.


165 e-Prosiding SAHiConfEd’22 9. Kesimpulan Secara keseluruhannya Orga-Mech-Flip sebagai satu inovasi ekosistem digital dalam PdP mata pelajaran kimia. Penggunaan Orga-Mech-Flip mampu meningkatkan kreativiti pensyarah dalam mempelbagaikan kaedah PdP terutamanya strategi pengajaran secara video WhatsApp selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia memacu PdP ke arah pembelajaran bermakna yang dapat meneraju masa hadapan pelajar. Ekosistem digital dan memanfaatkan teknologi maklumat dalam PdP digabung jalin dalam mata pelajaran kimia. Selain itu, penggunaan ekosistem digital juga dapat memudahkan kefahaman pelajar dalam pembelajaran dan meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan kertas kimia SK025, seterusnya meningkatkan prestasi Unit Kimia. Penggunaan Orga-Mech-Flip video juga berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan berpusatkan pelajar. Justeru itu, keberkesanan Orga-Mech-Flip dapat dipertingkatkan dengan sedikit penambahbaikan dan boleh diimplementasikan bagi topik-topik lain dalam mata pelajaran kimia serta diperluaskan penggunaannya sama ada di peringkat unit, jabatan atau kolej-kolej matrikulasi BMKPM yang belum mempunyai kaedah inovasi. 10. Penghargaan Penghargaan kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian yang memberikan kerjasama dalam menyempurnakan kajian ini. Rujukan Bernama. (2019, Mei 13). BH Online. Didapatkan dari– bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/05/563340/guru-perlu-bersediatempuhrevolusi industri-4.0. Md Shahnon, A., Salwati, Y., Norjalilah, S., & Mazretha, A. (2019). Pentaksiran Kaedah BiBoHaViWa Dalam Meningkatkan Kemahiran Pelajar Dalam Topik Termokimia. Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Bahagian Matrikulasi, KPM. Pulau Pinang: KPM. Salwati, Y., Azfa Ilhamuna, A. B., Satariah, H., & Norazah, A. (2019). Pentaksiran Kaedah Q5AM Dalam Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Mekanisma Radikal Bebas. Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Bahagian Matrikulasi ke-10. Pulau Pinang: KPM. Shanta, & Jamalullail. (2019). Tahap Keberkesanan Pelaksanaan Kaedah Bilik Darjah Songsang (Flipped Classroom) Di Sekolah Menengah. Journal Penyelidikan UKM 2019. Tugong, A. (2019, 08 19). Utusan Borneo Online. Didapatkan dari Utusan Borneo Online: https://www.utusanborneo.com.my/2019/08/19/guru-digesa-guna-pakai-teknologijadikan-pendidikan-lebih-menarik


166 e-Prosiding SAHiConfEd’22 11. Lampiran LAMPIRAN 1 JADUAL 1: Carta Gant bagi pelaksanaan Org-Mech-Flip Bil Tarikh Aktiviti J a n F e b M a c A p r M e i J u n J u l O g o S e p O k t N o v D i s 1 20.11.2021 Penubuhan kumpulan Orga-Mech-Flip 2 21.11– 23.11.2021 Pembinaan video 1 oleh Ketua Kumpulan 3 24.11.2021 Video 1 dikongsikan dengan ahli kumpulan. Ahli memberikan komen 4 26.11.2021 Pemurniaan video 1. Video 2 dihasilkan Soal selidik dibina untuk mengukur keberkesanan penggunaan OrgaMech-Flipped 5 28.11.2021 Video 3 dihasilkan dan dikongsikan bersama ahli kumpulan 6 28.11- 30.11.2019 Video 3 dikongsikan dengan pelajar dengan kaedah flipped classroom 7 6.12.2021 Kertas ujian diedarkan kepada pelajar 8 10.12.2021 Markah dimasukkan ke dalam templat yang disediakan 9 13.12.2021 Perbincangan hasil kajian bersama ahli kumpulan


167 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Gambar video pertama yang dihasilkan LAMPIRAN 2 Toolkit Berikut ialah laporan hasil sesi perkongsian yang telah penyelidik jalankan mengikut Carta Gantt yang ditetapkan. Sesi 1 Sesi Perkongsian Pensyarah Nama Ahli Kumpulan: 1. Md Shahnon b. Awi 2. Dr Salwati bt Yaakub 3. Yeoh Guan Thai 4. Husnarisyam bt Abu Hassan 5. Siti Rohana bt Serat Tempat /Tarikh/Masa: WhatsApp Kumpulan Orga-Mech-Flip 20/11/2021 9.00 mlm Fokus: 1. Membentuk kumpulan PLC-Teacher Sharing 2. Menentukan matlamat perkongsian Interpretasi: 1. Melaksanakan Pembelajaran Abad 21 2. Memperkasakan pelajar dengan Revolusi Industri 4.0 Hasil: 1. Mendapat sumbangsaran idea yang lebih kreatif untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran 2. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui ekosistem digital video WhatsApp. 3. Menarik minat pelajar untuk menguasai topik kimia menggunakan teknologi terkini. Sesi 2 Sesi Perkongsian Pensyarah Nama Ahli Kumpulan: 1. Md Shahnon b. Awi 2. Dr Salwati bt Yaakub 3. Yeoh Guan Thai 4. Husnarisyam bt Abu Hassan 5. Siti Rohana bt Serat


168 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Tempat /Tarikh/Masa: WhatsApp Kumpulan Orga-Mech-Flip 24/11/2021 9.00 mlm Fokus: 1. Menghasilkan video yang menarik untuk sesi pembelajaran pelajar. 2. Menyenaraikan isi kandungan yang kurang tepat 3. Memberi cadangan penambahbaikan video 1. Interpretasi: Semua ahli bersetuju dengan komen yang diberikan dan memberikan idea atau cadangan bagaimana untuk membuat penambahbaikan pada video 1 Hasil: 1. Penerangan yang ringkas dan padat dapat membantu pensyarah menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan menyenangkan pelajar untuk memahami topik tersebut. Sesi 3 Sesi Perkongsian Pensyarah Nama Ahli Kumpulan: 1. Md Shahnon b. Awi 2. Yeoh Guan Thai 3. Dr Salwati bt Yaakub 4. Husnarisyam bt Abu Hassan 5. Siti Rohana bt Serat Tempat /Tarikh/Masa: WhatsApp Kumpulan Orga-Mech-Flip 26/11/2021 9.00 mlm Fokus: 1. Menonton video 2 yang dihasilkan 2. Menilai video 2 yang dihasilkan daripada penambahbaikan video 1. 3. Menambahbaikan soal selidik keberkesanan video Interpretasi: Semua ahli menonton video 2 yang dihasilkan dan berpuashati dengan penerangan yang diberikan. Soal selidik diterima pakai oleh semua ahli kumpulan Hasil: 1. Video 2 boleh dijadikan alat pengajaran untuk semua pensyarah kimia KMPP. 2. Penyelidik membuat kesimpulan bahawa pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja dan bila-bila sahaja mengikut kegemaran pelajar. Sesi 4 Sesi Perkongsian Pensyarah Nama Ahli Kumpulan: 1. Md Shahnon b. Awi 2. Yeoh Guan Thai 3. Dr Salwati bt Yaakub 4. Husnarisyam bt Abu Hassan 5. Siti Rohana bt Serat Tempat /Tarikh/Masa: WhatsApp Kumpulan Orga-Mech-Flip 28/11/2021 9.00 mlm


169 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Fokus: 1. Menonton video 3 yang dihasilkan 2. Menilai video 3 yang dihasilkan 3. Menambah baik video 3 Interpretasi: Semua ahli menonton video 3 yang dihasilkan dan berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. Hasil: 1. Video 3 boleh dijadikan alat pengajaran untuk semua pensyarah kimia 2. Penyelidik membuat kesimpulan bahawa pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja dan bila- bila sahaja mengikut kegemaran pelajar. 3. Penyelidik sebulat suara bersetuju untuk menggunakan video sebagai alat untuk strategi pengajaran Flipped Classroom LAMPIRAN 3 JADUAL 2: Bilangan pelajar dan markah praujian pelajar H1T01 Bil Nama No Matrik Praktiku m Jantina Pra G_Pra 1 A MS1813172540 H1T01A L 60 B2 B MS1913200496 H1T01B L 30 F 3 C MS1913141334 H1T01A P 90 A 4 D MS1913107545 H1T01B L 90 A 5 E MS1824133874 H1T01B P 80 A 6 F MS1913108440 H1T01A P 0 F 7 G MS1913108396 H1T01B P 10 F 8 H MS1813173600 H1T01B P 80 A 9 I MS1813173631 H1T01A P 60 B10 J MS1813173644 H1T01A P 90 A 11 K MS1813173657 H1T01A P 70 B+ 12 L MS1913107935 H1T01A P 50 C 13 M MS1813173818 H1T01B P 70 B+ 14 N MS1913108970 H1T01B P 20 F 15 O MS1913200512 H1T01A P 80 A 16 P MS1913108328 H1T01A P 90 A 17 Q MS1913200480 H1T01B P 80 A 18 R MS1813173927 H1T01B P 50 C


170 e-Prosiding SAHiConfEd’22 LAMPIRAN 4 JADUAL 3: Soal selidik penggunaan video dalam PdP B i l Na ma J a n 1. Berapa kalikah anda menonton video "pendehi dratan alkohol" 2. Adakah anda memaha mi video ya ng ditonton 3. Sekiranya Ya, sila jawab soalan di bawah 3.1 Adakah anda memahami penerangan mengenai "protonatio n of alcohol" 3.2 Adakah anda memahami penerangan mengenai "formation of carbocatio n" 3.3 Adakah anda memahami penerangan mengenai "deprotona ti on" 4. Sila berika n kome n/ cadan gan anda. 1 A L 4-6 kali Ya Ya Ya Ya Ya baik 2 B L 1-3 kali Ya Ya Ya Ya Ya Bagus 3 C P 4-6 kali Ya Ya Ya Ya Ya Mungkin boleh tambah lebih banyak soalan yang berbeza 4 D P 1-3 kali Ya Ya Ya Ya Tiad a, leng kap 5 E P 1-3 kali Ya Faham tapi perlu penerang an dalam kelas Ya Ya Ya Lengk ap, bagus 6 F P > 5 kali Ya Ya Ya Ya Bagus 7 G P > 5 kali Ya Ya Ya Ya Baik 8 H P 1-3 kali Ya Ya Ya Ya Great


171 e-Prosiding SAHiConfEd’22 LAMPIRAN 5 Praujian: Pascaujian:


172 e-Prosiding SAHiConfEd’22 LAMPIRAN 6 LAMPIRAN 7 Sesi Perkongsian Penggunaan Ekosistem Digital bersama Pensyarah Unit Matematik


173 e -Prosiding SAHiConfEd’22


174 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Pendigitalan Gallery Walk Dengan Aplikasi Jamboard Dan Google Meet: Kursus Malaysia Dan Hubungan Antarabangsa Semasa Pandemik Covid19 Di Malaysia 1Mohd Fadzil Mohd Salleh, 2Siti Aishah Baharom, 3Afiqah Mustapat, 4Nur Asma Liyana Mohd Lutpi, 5Rusmawati Othman 1,2,3,4 Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Jalan Padang Behor, 01000 Kangar, Perlis. 5 Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah [email protected], 2 [email protected], 3 [email protected], 4 [email protected], 5 [email protected] Abstrak COVID-19 telah memberi impak yang kuat kepada institusi pendidikan di seluruh dunia. Memandangkan kadar jangkitan sangat membimbangkan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 2020 dan seterusnya, dilanjutkan sehingga tahun 2021. Bagi mematuhi norma baharu, pelajar diarahkan untuk menghadiri kelas secara maya dari rumah. Namun demikian, guru-guru perlu mengekalkan masa pengajaran dan mematuhi objektif kursus pada prestasi tinggi melalui pembelajaran jarak jauh. Sebagai respons kepada iklim pembelajaran yang mencabar ini, pensyarah di Institut pendidikan Guru telah mempraktik pembelajaran digital dengan menggunakan Jamboard dan Google Meet untuk disepadukan dengan pendekatan kolaboratif Gallery Walk. Satu kajian kes telah dijalankan untuk meneroka pengalaman 12 orang guru pelatih dalam kursus sejarah, Malaysia dan Hubungan Antarabangsa di Utara Malaysia setelah selesai kursus. Data telah dikumpul


175 e-Prosiding SAHiConfEd’22 daripada temu bual dan perbincangan kumpulan serta pemerhatian berfokus. Seterusnya, analisis data dijalankan secara manual menggunakan kaedah pengekodan terbuka dan tematik. Dapatan kajian menemukan tiga tema iaitu Pemampatan kandungan kursus, Kompetensi pelajar dan Kompetensi pensyarah. Kajian ini mencadangkan keperluan warga pendidik untuk beralih kepada pembelajaran digital kerana dapatan menyokong mod pedagogi baharu ini selari dengan matlamat pembelajaran bermakna iaitu memacu pembelajaran sepanjang hayat. Kata kunci: COVID-19, Jamboard dan Google, Pembelajaran digital, Atribut abad ke-21. 1. Pengenalan Dunia mengalami fenomena transformasi pendidikan yang begitu agresif ekoran dari penularan virus Covid-19. Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 telah mempengaruhi secara dramatik pedagogi bersemuka kerana semua institusi pendidikan diarahkan beralih kepada pendidikan dalam talian sebagai kaedah melindungi kesihatan dan keselamatan pelajar. Pada peringkat global, University of Washington menjadi universiti pertama yang membatalkan kelas secara langsung bermula 6 Mac 2020 (Thomason, 2020). Sebagai mana Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan Covid-19 sebagai wabak global, pandemik ini juga telah mengubah cara kita mengajar secara global (Butler-Henderson et al., 2021; Stafford, 2020). Pembelajaran secara atas talian digerakkan dengan melibatkan akses capaian internet dan penggunaan peranti berskrin seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar. Beberapa aplikasi yang dicadangkan dalam melaksanakan pembelajaran antaranya melalui pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV. Kaedah ini membolehkan murid belajar secara segerak. Dalam peralihan dari pembelajaran fizikal di kampus kepada pembelajaran dalam talian, Pothier (2021) telah berkongsi penggunaan Jamboard iaitu satu produk Google dalam interaksi kursus satu universiti di UK. Penyelidik ini menyarankan aplikasi Jamboard kerana produk ini mesra pengguna dan aplikasi dalam sistem Jamboard mampu menyokong pembelajaran bermakna orientasi kendiri secara atas talian. Menariknya, Recuero Virto dan Blasco López (2020) juga mencadangkan Jamboard kerana aplikasi ini dilengkapi fitur yang boleh memberi impak 'keseronokan' dan “motivasi” untuk menarik lagi keterlibatan pelajar walau dari jarak jauh. Sokongan yang sama diperlihatkan dalam refleksi Sweeney et al., (2021) mengenai kelas anatomi maya di Belfast, yang mana pelajarnya sangat teruja dan lebih menyukai Jamboard dari pembelajaran berasaskan modul. Kajian ini juga memanfaatkan aplikasi Jamboard dan Google Meet dalam kelas atas talian dengan menggunapakai model pembelajaran bermakna seperti pada Rajah 1. Dari tinjauan bacaan, diharapkan pada akhir kursus pelajar akan mencapai matlamat pembelajaran bermakna iaitu membangunkan kemahiran pelajar yang berdaya saing dengan atribut abad ke-21 iaitu kemahiran kritis dan kreatif serta masih boleh berkomunikasi dalam persekitaran pembelajaran yang kolaboratif.


176 e-Prosiding SAHiConfEd’22 1.1 Latar Belakang Kajian Pothier (2021) menyebut aplikasi yang tersedia dalam produk Jamboard telah dibuktikan berjaya menyokong pendekatan inkuiri penemuan (discovery learning). Menurut penyelidik ini juga, Jamboard menyediakan satu pelantar yang membolehkan pelajar membuat pelbagai aktiviti berkumpulan di samping pada masa yang sama pelajar dapat sintesis pengetahuan sedia ada pelajar bersumberkan maklumat baru yang diperolehi pelajar secara bebas sebagaimana yang dipelopori oleh Model Discovery Learning. Realitinya, model ini selari dengan pendekatan konstruktisme Bruner yang menekankan kepada pembelajaran bermakna sebagaimana yang dibincangkan dalam dokumen standard kandungan dan pentaksiran sejarah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2018). Rajah 1: Model Pembelajaran Bermakna Kajian ini melaporkan pengalaman penyelidik dalam usaha mengaplikasikan pendigitalan gallery walk dengan aplikasi Jamboard dan Google Meet untuk mengupayakan pembelajaran bermakna guru pelatih dalam kursus SJHK3023, Malaysia Dan Hubungan Antarabangsa semasa pendemik covid-19 di Malaysia. Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran mengenai Malaysia dan hubungan antarabangsa. Kursus ini memberi fokus tentang latar belakang hubungan antarabangsa, hubungan antarabangsa sebagai bidang kajian, Undang-undang Antarabangsa, Dasar-dasar Luar Malaysia (1957 hingga kini), sejarah hubungan serantau, pendirian dan dasar kerajaan Malaysia berhubung isu-isu antarabangsa. Tuntasnya, sistem pembelajaran di IPG juga telah mengalami reformasi selari dengan pembaharuan dalam kurikulum aliran perdana. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


177 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Sejarah telah diubah suai dengan mengangkat elemen pemikiran kritis dan kreatif bagi mendorong murid-murid untuk bersaing pada peringkat antarabangsa (Pusat Perkembangan Kurikulum [PPK], 2018; Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2013) selari dengan teras dua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Justeru, siswa guru di IPG juga telah didedahkan dengan pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang konstruktif dan berpusatkan murid serta melibatkan murid secara aktif melalui aktiviti dan tugasan pembelajaran yang dapat mencabar proses pemikiran. Laporan kajian ini membincangkan cabaran pensyarah dan siswa guru dalam kursus SJHK3023 untuk mengekalkan keterlibatan pelajar secara maya dan pada masa yang sama siswa guru masih dapat menikmati pengalaman kaedah gallery walk dengan aplikasi Jamboard dan google meet. 1.2 Pernyataan Masalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM 2013) telah menggariskan bahawa setiap murid berhak mendapat pendidikan yang terbaik bagi membantu mereka mencapai potensi diri. Walau bagaimanapun, demi mencegah penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga pelajar dan pendidik, perlaksanaan PKP memaksa institut pendidikan seperti sekolah dan universiti menutup premis secara fizikal. Perlaksanaan PKP ini memberi impak terhadap gaya pembelajaran secara keseluruhan kerana semua aktiviti perlu dilakukan dari rumah masing-masing. Menangani isu pembelajaran jarak jauh, penggunaan aplikasi seperti google meet (GM), Zoom, atau Microsoft Teams secara (live streaming) diperkenalkan dalam penyampaian PdPc. Walau bagaimana pun, isu kebosanan pelajar timbul kerana pelaksanaan kuliah semata-mata menerusi Google Classroom dan Google Meet tanpa menggunakan alat-alat digital telah menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran kurang menarik dan suram (Ching,2021). Dalam konteks mata pelajaran sejarah yang terdiri daripada konstruk memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi seperti yang dihasratkan dalam kurikulum sejarah (PPK, 2018), pendekatan deskriptif, naratif dan ekspositori sematamata dibuktikan telah mengakibatkan mata pelajaran sejarah dianggap sebagai mata pelajaran yang membosankan dan tidak disukai oleh murid-murid (Cuban, 2016; Gleeson & D’Souza, 2016; Fitzgerald, 2009; Kobrin, 1996; Omardin Haji Ashaari & Yunus Muhamad, 1996). Adalah diakui bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui kuliah lebih-lebih lagi secara maya yang bersifat sehala tidak mampu untuk meningkatkan kemahiran pemikiran dan tidak dapat menarik perhatian pelajar (Ching, 2021). Justeru, pensyarah IPG perlu bijak memilih dan menggunakan pelbagai alat digital yang bersesuaian untuk tujuan kuliah. Pensyarah IPG perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti alat digital agar penyampaian kurikulum dan ilmu dapat diterima oleh para pelajar secara optimum dalam


178 e-Prosiding SAHiConfEd’22 suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk meneroka pelaksanaan kursus sejarah Malaysia dan Hubungan Antarabangsa melalui pendigitalan gallery walk dengan aplikasi Jamboard dan google meet di IPGK Perlis semasa pendemik covid-19. 1.3 Objektif Kajian 1. Memahami pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sepanjang kursus. 2. Meneroka impak pada diri siswa guru setelah mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang pengajaran dan pembelajaran sepanjang kursus . 1.4 Soalan Kajian Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan kajian seperti berikut: Dalam usaha mengupayakan pembelajaran bermakna guru pelatih dalam kursus sejarah sepanjang pandemik Covid-19, 1. Bagaimanakah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sepanjang kursus? 2. Bagaimanakah kaedah dan aktiviti yang digunakan oleh pensyarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijajarkan dengan kemenjadian murid mengikut elemen kompetensi global 6C? 1.5 Batasan Kajian Kajian ini hanya dibataskan kepada satu kumpulan pelajar PISMP ambilan Jun tahun 2021 yang mengikuti kursus elektif teras SJHK3023, Malaysia Dan Hubungan Antarabangsa di satu IPG di negeri Perlis. Jumlah peserta kajian yang terlibat dalam kajian adalah 12 orang siswa guru dan kaedah kutipan data hanya melalui pemerhatian sepanjang PdPR dan temu bual melalui google form dan google meet sahaja ekoran dari sekatan PKP. 2. Tinjauan Literatur Berdasarkan surat ‘Pemakluman Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)’yang diedarkan pada 8 November 2020 kepada semua Pengarah Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Negeri, guru yang mengajar pada era pandemik Covid-19 diwajibkan berada di rumah. Ini bermakna, proses PdPR perlu dilaksanakan di rumah atau di pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian mengikut keadaan semasa dengan berstruktur dan terancang. Rentetan dari itu, perubahan yang paling ketara dalam pendidikan semasa PKP adalah dari segi penyampaian kurikulum iaitu peralihan dari kaedah penyampaian secara fizikal di dalam kelas kepada strategi e-pembelajaran secara maya.


179 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rentetan itu, satu kaedah pengajaran dan pembelajaran menerusi e-pembelajaran telah banyak diterokai melalui penyelidikan. Menurut Mahiri (2011), definisi alat digital menerusi epembelajaran secara ringkasnya merujuk kepada sebarang jenis perisian atau perkakasan yang boleh digunakan untuk tujuan pendidikan. Antaranya, ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku serta rakaman tugasan dalam talian melalui aplikasi google seperti Jamboard juga dibincangkan. 2.1 Pembelajaran Dalam Talian Menggalakkan penyertaan pelajar melalui kursus dalam talian mampu mewujudkan penglibatan keseluruhan yang lebih baik tanpa menyisihkan isi kandungan subjek. Interaksi yang berlaku secara maya menerusi aktiviti memberikan pelajar pengalaman satu rasa kebersamaan menjadi sebahagian daripada kumpulan kelas. Menurut Sarah et al., (2021) membantu pelajar untuk tidak berasa terasing adalah strategi terbaik yang dapat meningkatkan motivasi dan mencapai hubungan yang lebih erat antara pelajar, baik dari segi sosial dan kognitif. Dalam keupayaan mencipta pengalaman pembelajaran yang menarik untuk pelajar, kemajuan teknologi seharusnya disepadukan untuk mengurus pendidikan. Ini dilaksanakan dengan menggunakan media yang berkesan dalam kedua-duanya sama ada interaksi dan isi kandungan akademik untuk pembelajaran segerak maya yang berkesan. Umumnya, Model Pembelajaran atas Talian bukanlah statik tetapi terdiri daripada satu set elemen yang direka untuk meningkatkan penglibatan pelajar, pengekalan fokus dan kepuasan pembelajaran dan pentaksiran secara keseluruhan (Universiti, 2021). Harasim (2018), turut menyarankan langkah pembelajaran kendiri dalam pembelajaran atas talian tetapi dari pengalaman pembelajaran tidak segerak penyelidik ini. Walau bagaimanapun, tinjauan literatur mengenai penggunaan Jamboard menunjukkan kebanyakan program pembelajaran menggunakan aplikasi Jamboard dengan cara yang segerak. Situasi ini kemungkinan besar didorong dari wabak yang menggerakkan kelas di kampus kepada versi atas talian. Dalam artikel penyelidikan yang dibentangkan oleh Portugal, Bakala et al., (2022) juga membincangkan penggunaan Jamboard untuk mengumpulkan pemikiran kolektif guru tadika dan dirancang untuk mengajar kanak-kanak kemahiran berfikir pengkomputeran. Jamboard juga dimanfaatkan dalam sesi reflektif dalam talian. Bakala et al., (2022) dan Ndwambi et al., (2022) menggunakan aplikasi Jamboard untuk peserta kajian merenung pengalaman pembelajaran masa lalu. Dalam kajian ini, mereka bukan sahaja menggunakan Jamboard untuk belajar melalui refleksi, tetapi mereka juga membuktikan keupayaan pelajar untuk belajar melalui teknologi melalui Model TPACK. Keseluruhannya, kajian aplikasi Jamboard dilaporkan telah berjaya membimbing pendidik untuk memikirkan secara kritis kemahiran peserta kajian dalam komponen teknologi, kemahiran mengajar dan pengetahuan subjek (Koehler & Punya, 2009). Jamboard juga disebut oleh Glowatz dan O'Brien (2018) sebagai salah satu aplikasi yang digunakan pada pembelajaran abad ke-21 kerana menekankan prinsip 4C (communication, critical thinking, creativity dan collaboration).


180 e-Prosiding SAHiConfEd’22 3. Metodologi Kajian 3.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan kajian kes. Justifikasi reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan kepada objektif kajian, jumlah peserta kajian dan teknik pengumpulan data. Untuk kajian ini, tajuk hubungan antarabangsa dalam konteks dunia sebenar didedahkan kepada pelajar melalui pendigitalan gallery walk dengan aplikasi Jamboard dan google meet. Satu tugasan berkaitan Pendirian dan Dasar Kerajaan Malaysia Berhubung IsuIsu Antarabangsa telah dikongsi dalam google classroom. Pelajar diminta bekerja dalam kumpulan. Setelah kumpulan dibentuk, wakil kelas akan membina satu kelas Jamboard dan setiap pelajar diberi satu pautan dengan setting semua boleh edit. Setiap kumpulan akan memilih panel virtual papan putih untuk berkarya dan menghias mengikut kreativiti masingmasing. Pelajar diberi masa untuk melengkapkan tugasan secara atas talian dalam mode segerak dan tidak segerak. Kaedah ini memberi satu pelantar digital kepada pelajar memperkukuhkan proses carian kerana pelajar telah sedia berada atas talian. Hasil carian diolah untuk menepati kehendak tugasan pensyarah. 3.2 Peserta Kajian Guru pelatih kumpulan PISMP Ambilan Jun 2021 yang mengambil kursus elektif SJHK3023 Malaysia Dan Hubungan Antarabangsa telah terlibat sebagai peserta kajian melalui persampelan bertujuan. Menurut Sabitha Marican (2005), persampelan bertujuan adalah kelompok peserta yang mewakili populasi yang hendak dikaji dan dikenal pasti mewakili situasi yang hendak dikaji. Perincian 12 orang guru pelatih yang terlibat sebagai peserta dalam kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1: Perincian Peserta kajian Berdasar Opsyen dan Jantina Opsyen Lelaki Perempuan Bahasa Melayu 1 5 Bimbingan Dan kaunseling 1 3 Reka bentuk Dan Teknologi 2 3.3 Instrumen Instrumen dalam kajian ini adalah soalan terbuka yang memerlukan respons pelajar selepas kursus berakhir. Disebabkan PKP, temu bual bersemuka tidak dijalankan tetapi soalan terbuka dalam format google form telah dihantar secara peribadi melalui satu pautan. Soalan ini terdiri daripada lima item soalan terbuka. Soalan-soalan dibina berkaitan menilai perasaan, refleksi penggunaan Jamboard dan pengetahuan baharu yang diperoleh sepanjang kursus. Bentuk kajian ini juga adalah sebagai usaha untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam tentang


181 e-Prosiding SAHiConfEd’22 sesuatu perkara baharu yang diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian secara tidak berstruktur juga dibuat sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 3.4 Analisis Data Data utama kajian diperolehi melalui temu bual daripada google form sebanyak lima soalan terbuka serta disokong dengan data pemerhatian. Untuk respons temu bual, data google form soalan terbuka dianalisis secara tematik. Contoh item dalam soalan tersebut adalah: Apakah pengetahuan baharu yang anda perolehi dari lawatan digital "gallery walk" Jamboard? Ini bertujuan untuk melihat pengetahuan baharu yang diperoleh oleh siswa pelatih. Untuk mendapat maklum balas penambahbaikan yang perlu dibuat oleh siswa, soalan yang dibina ialah sekiranya diberi peluang sekali lagi, apakah penambahbaikan yang akan anda buat supaya pembelajaran digital memberi impak yang lebih besar lagi. Bagaimanakah penggunaan Jamboard dapat membantu anda dalam penerokaan kursus ini? Soalan ini pula bagi menilai impak penggunaan Jamboard. Selesai peserta kajian menjawab soalan google form, satu pertemuan segerak dalam google meet telah ditetapkan tarikh untuk semua peserta kajian mengesahkan pemahaman penyelidik dan makna dari respons peserta kajian. Kaedah ini dibuat sebagai triangulasi kaedah sebagaimana yang diusulkan oleh Braun dan Clarke (2006). Triangulasi kaedah melalui strategi mendapatkan maklumat atau data meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data atau dikenali sebagai verifikasi silang. Tema-tema yang diterbitkan dari interpretasi coding dalam kajian ini kemudiannya dirujuk kepada dua pakar yang dikenal pasti dalam bidang pedagogi untuk mendapatkan kesahan coding. Triangulasi dapatan melalui hasil pemerhatian juga dibuat dalam kajian ini untuk kesahan konsistensi penemuan yang diperoleh melalui instrumen yang temu bual. 4. Dapatan dan Perbincangan Bahagian ini membincangkan dapatan kajian secara terperinci berdasarkan objektif kajian yang telah dibina iaitu meneroka pelaksanaan kursus SJHK3023, Malaysia dan Hubungan Antarabangsa melalui pendigitalan gallery walk dengan aplikasi Jamboard dan google meet di IPGK perlis semasa pandemik covid-19. Secara khususnya, objektif kajian dapat memberi gambaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sepanjang kursus. Respons temu bual juga menggariskan secara terperinci impak pada diri siswa guru setelah mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang pengajaran dan pembelajaran sepanjang kursus. Dalam kajian ini, dapatan dipersembahkan dalam kategori tema terbitan dari respons peserta kajian. 1) Pemampatan Isi kandungan 2) Kompetensi Pelajar yang terdiri daripada 4 komponen iaitu kreativiti, pemikiran kritikal, komunikasi dan kolaborasi dan 3) iaitu Kompetensi Pensyarah terdiri daripada dua komponen iaitu amalan pedagogi dan persekitaran pembelajaran. Dapatan dipersembahkan mengikut soalan kajian. Peserta kajian dilabelkan sebagai T1, T2 sehingga T12 untuk melindungi identiti peserta dan mematuhi nilai kerahsiaan penyelidikan.


182 e-Prosiding SAHiConfEd’22 4.1 Soalan kajian 1 Bagaimanakah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sepanjang kursus? Dapatan pada soalan kajian pertama dipersembahkan melalui tema pertama dan tema ketiga iaitu Pemantapan Isi Kandungan dan Kompetensi Pensyarah dengan triangulasi data melalui gambar-gambar bukti pemerhatian untuk menguat dan mengesahkan lagi kebolehpercayaan respons peserta kajian. Tema pertama: Pemantapan isi kandungan Dalam menghadapi suasana pandemik dengan arahan pergerakan yang terlalu terhad, pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) melalui talian adalah pilihan yang terbaik kepada warga pendidik. Walau bagaimanapun, isu kecelaruan emosi kerana faktor terlalu lama berada di hadapan skrin komputer maka tempoh layar dalam PdPR telah dibincangkan (Stafford, 2020). Menurut sumber www.eyepromise.com (2020), tempoh maksimum penggunaan peranti mengikut umur dengan merujuk kepada The American Academiy of Pediatrics (AAP) dan World Health Organization (WHO) adalah seperti berikut: Jadual 2: Tempoh-Tempoh Layar Peranti Mengikut Tahap Persekolahan Tahap Persekolahan Tempoh Masa Layar Peranti Prasekolah 1 jam Rendah 1 – 2 jam Menengah 2 – 3 jam Menengah Atas 3 – 4 jam Rentetan dari itu, kaedah Pdpr luar talian atau kaedah pembelajaran tidak segerak diperkenalkan. Kaedah ini membenarkan murid membuat carian internet bukan pada waktu kelas yang formal. Ini bermakna pembelajaran boleh berlaku secara atas talian pada bila-bila masa atau carian bukan atas talian dengan menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain. Mengambil kira kekangan ini, pensyarah perlu bijak memilih alat digital yang sesuai untuk memenuhi jurang jam pembelajaran pelajar (slt) dan limitasi fizikal TETAPI pelajar dapat menghasilkan produk seperti mana yang diinginkan oleh pensyarah. Aplikasi Jamboard yang pensyarah telah aplikasi dalam kajian ini telah memberi impak pada pemantapan isi kandungan kursus. Ini divisualisasikan dalam respons temu bual peserta kajian. Membolehkan saya memahami pembelajaran dari sudut persepsi pelajar lain yang sekaligus dapat membolehkan saya menambah pengetahuan. (T11) Penggunaan Jamboard telah membantu saya untuk


183 e-Prosiding SAHiConfEd’22 memahami konteks pembelajaran kursus ini dengan lebih kreatif dan efisien. Melalui aktiviti gallery walk tersebut pengetahuan baharu yang saya peroleh ialah berkaitan hubungan Malaysia dengan negara lain. Pengetahuan tersebut diperoleh melalui pembacaan peta minda yang telah disediakan oleh rakan-rakan yang lain di dalam Jamboard (T8) Jelasnya, Pemantapan isi kandungan disokong dari fitur yang terdapat pada google Jamboard. Binaan menu yang terdapat pada Jamboard mudah untuk pelajar manfaat dalam menghasilkan produk pembelajaran yang ada ciri menarik dan “semua orang boleh tengok”. Dari respons peserta kajian, peta minda yang dikongsi dalam panel Jamboard oleh kumpulan pelajar berbeza memberi impak bermakna kepada pelajar kerana mereka dapat memahami pembelajaran dari sudut persepsi pelajar lain seterusnya dapat meringkaskan topik pembelajaran atau kata lain dapat mengecilkan skop tajuk. Melalui aktiviti ini saya dapat melihat ringkasan maklumat daripada rakan yang lain dan dapat mengukuhkan lagi pemahaman saya dalam topik yang dipelajari. (T12) Dapat meringkaskan topik pembelajaran. Dapat mengecilkan skop tajuk (T1). Menggunakan Jamboard (rumusan kuliah) untuk tujuan tutorial individu (T3). Respons peserta dalam kajian ini selari dengan perkongsian Google (2022) yang mengatakan fitur yang dalam Jamboard membolehkan pengguna bekerjasama dalam talian. Hanya melalui perkongsian satu pautan semua individu di seluruh dunia boleh mengakses material yang sama. Teks, sticky notes, fitur memasukkan imej, atau dengan melukis pada papan putih tersedia secara percuma. Dalam konteks ini, pelajar dan guru hanya perlu mempunyai akaun Google untuk mengakses Jamboard dan dapat berkongsi semua hasil kerja dalam satu fail tetapi berbeza panel sahaja. Tema ketiga: Kompetensi pensyarah komponen amalan pedagogi Perubahan yang paling ketara dalam pendidikan adalah dari segi penyampaian kurikulum yakni berubah dari kaedah penyampaian secara fizikal di dalam kelas hingga munculnya epembelajaran secara maya. Justeru, satu kaedah pengajaran dan pembelajaran menerusi epembelajaran yang boleh digunakan ialah aplikasi Jamboard. Stafford (2022) membincangkan pengalaman guru dan jurulatih mempraktik peranti pedagogi baru alat EdTech seperti Jamboard. Sambil pada masa yang sama menstrukturkan sesi dengan cara yang menunjukkan


184 e-Prosiding SAHiConfEd’22 peserta kajian menjalani latihan amali di bilik darjah mereka sendiri. Dalam tema ini, penyelidik berjaya meneroka impak Jamboard sebagai amalan pedagogi. Mengikut pandangan penyelidik komponen ini berada dalam tema kompetensi pensyarah dan menjawab soalan kajian pertama kerana impak ini hanya akan terbit dari gaya penyampaian, amalan, kemahiran atau kreativiti pensyarah. Antara respons peserta kajian berkenaan aktiviti gallery walk melalui Jamboard yang dikenal pasti dari tema ini adalah: Saya dapat meneroka penggunaan teknologi kini. (T2) Melalui penggunaan Jamboard dan google meet, secara tidak langsung ianya telah meningkatkan kemahiran saya untuk berkolaborasi bersama rakan-rakan secara maya. Oleh itu, saya dapati bahawa pembelajaran secara maya turut membantu dalam memperkembangkan kemahiran melakukan aktiviti secara berkumpulan. (T8) Dapat sesuatu yg penting utk membantu dlm pdpc dan pdpr. Mengubah teknik pengajaran (T2) Perkongsian cara mudah pentaksiran yang selaras. (T5) Pelbagai strategi pengajaran telah menjadi normalisasi baharu pedagogi dalam tempoh pandemik virus Covid-19. Ini bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara berterusan walau pelbagai cabaran dan rintangan. Jamboard adalah salah satu amalan pedagogi yang boleh diketengahkan dan menjadikan pembelajaran bermakna kepada pelajar. Ini akan mengukuhkan lagi proses pembelajaran walaupun secara dalam talian. Kenyataan ini disokong oleh Ndwambi et al., (2022) dan menjadi model kepada para pendidik berhubung penyepaduan nilai hormat-menghormati, perkongsian, kewarganegaraan dan integriti manusia, melalui Jamboard. Tema ketiga: Kompetensi pensyarah komponen persekitaran pembelajaran Fungsi alat bantu mengajar format digital berevolusi selari dengan keperluan pendidikan dan teknologi digital yang semakin berkembang. Igbaria, Parasuraman dan Baroudi (1996) menyatakan bahawa keseronokan dalam konteks penerimaan teknologi dapat didefinisikan sebagai penghargaan yang diperoleh melalui penggunaan teknologi atau perkhidmatan yang ditunjukkan melalui kepuasan pengguna. Dalam tema ini, penyelidik berjaya meneroka impak Jamboard sebagai persekitaran pembelajaran. Mengikut pandangan penyelidik komponen ini


185 e-Prosiding SAHiConfEd’22 berada dalam tema kompetensi pensyarah kerana impak ini hanya akan terbit dari arahan, kemahiran atau kreativiti pensyarah. Antara respons peserta kajian berkenaan aktiviti gallery walk melalui Jamboard yang dikenal pasti dari tema ini adalah: Saya berasa tertarik untuk belajar secara online kerana saya dapat meneroka benda baharu. (T4) Penguasaan dalam bidang ICT. Ini kerana penggunaan ICT dalam pembelajaran sangat meluas seperti adanya aplikasi atau alat digital yang lebih menarik. Saya akan lebih meneroka benda-benda baharu yang boleh menarik perhatian supaya pembelajaran tidak membosankan dan lebih berkesan pada masa akan datang. (T9,T10) Lebih menarik perhatian dan lebih fokus untuk dengar arahan lecturer. (T5) Sangat menarik. Maklumat dapat diperolehi dengan mudah serta melibatkan semua pelajar secara aktif walaupun secara atas talian sahaja. (T3) Memastikan jadual tidak terlalu padat dan pandai menguruskan masa agar lebih fokus semasa pembelajaran digital berlangsung. (T12) Ringkasnya, Jamboard digunakan untuk menggantikan persembahan slaid Power Point yang direka khusus untuk presentasi pembelajaran ekspositori satu arah. Walaupun fitur kelihatan serupa tetapi Jamboard mempunyai lebih kekuatan kerana kemas kini tugasan boleh berlaku segerak secara kolaboratif manakala dalam Power Point tiada menu untuk kolaborasi antara hos dan peserta. Ini mengehadkan persembahan kepada kandungan yang telah disediakan terlebih dahulu sahaja. Perkara yang sama diperkatakan oleh peserta kajian dengan menyebut kaedah gallery walk yang pensyarah aplikasi dalam kursus ini. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui bahawa banyak info yang pelbagai yang mana sesuatu pengetahuan tidak terhad daripada setiap "gallery walk" yang telah dilaksanakan. Ini kerana terdapat kumpulan yang memberi pandangan yang berlainan dan maklumat baru. Selain itu, daripada lawatan digital ini juga membuatkan saya ingin mencuba sesuatu yang baru apabila melihat cara penyampaian dan kekreatifan pelajar lain dalam menggunakan digital ini. (T8) menarik. hal ini kerana lebih memudahkan aktiviti berkumpulan. selain itu, dapat meneroka nota yang dibuat oleh kumpulan lain dengan pelbagai kreativiti yang menarik. yang paling penting, nota yang dibuat amat ringkas dan mudah difahami. (T6, T10) Gallery walk ini membolehkan setiap kumpulan melihat dan membaca nota setiap kumpulan. setiap kumpulan membuat nota dengan sangat kreatif dan menarik untuk dibaca serta mudah untuk difahami. (T6)


186 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Perbincangan sama dikongsi oleh Salmon (2022) yang mengesyorkan Jamboard digunakan untuk memudahkan tugasan berkumpulan dengan nilai kebersamaan dioperasikan dari menu share yang membenarkan beberapa penulis berkolaborasi tugasan dan sama-sama kreatif dalam ruang panel papan tulis virtual atastalian. Chung dan Sara Beden (2020) menegaskan Jamboard yakni alat interaktif papan putih merupakan edisi terbaharu yang ada pada G Suite untuk Google Classroom. Pada asasnya, apa-apa yang ditulis pada papan tersebut akan kelihatan seolah-olah ‘real-time’ oleh para pelajar, walaupun guru sedang mengajar pelajar melalui Google meet atau Zoom. Menurut Edwards (2020) pula, Google Jamboard ialah satu alat inovatif yang membolehkan para guru berinteraksi dengan pelajar dengan menggunakan ‘papan putih’. Edwards (2020) turut menambah bahawa Google Jamboard adalah sebahagian daripada aplikasi G Suite yang diintegrasikan dengan Google Classroom (GC). Oleh itu, guru dapat berkongsi tugasan melalui Google Jamboard di dalam GC yang membolehkan para pelajar melihat, berkolaboratif atau membuat tugasan secara individu seperti fail Google yang lain. Nilai tambah Jamboard ialah ia boleh menggalakkan kerjasama melalui teks, bukan sahaja dalam tetapan pembelajaran segerak dan tak segerak, tetapi dalam reka bentuk yang lebih menarik secara visual berbanding forum dalam talian. Nilai individu dan kebersamaan dalam hasil kerja berkumpulan disebut juga oleh peserta kajian dalam respons temu bual. Penggunaan Jamboard juga merupakan satu alternatif yang dapat memudahkan proses mengulangkaji topik-topik di dalam kursus ini Akhir sekali, saya dapat mencerminkan perwatakan diri saya dari segi tingkah laku ketika pembelajaran secara online. Misalnya, kejujuran saya dalam memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pembelajaran. (T8) Saya setuju bahawa penggunaan google Jamboard sangat menarik. hal ini kerana, ia adalah pembelajaran yang menyeronokkan dan tidak membosankan. sesetengah tugasan yang diberikan akan menjadi bosan apabila tidak dimasukkan unsur-unsur kreatif. memandangkan diri saya yang lebih sukakan kecantikan dan kesenian, maka saya sangat seronok semasa menghias Jamboard saya dengan cantik dan saya lebih bersemangat. (T12) Respons peserta kajian ini juga konsisten dengan Pinto dan Leite (2020) yang menjalankan kajian terhadap teknologi digital dalam menyokong pembelajaran pelajar di institusi pengajian tinggi. Dapatan kajian Pinto dan Leite (2020) mendapati kesan daripada penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran pelajar menunjukkan impak yang positif, terutama dalam aspek keterlibatan secara autentik dan berjaya menarik perhatian pelajar untuk aktif dalam jangka panjang sepanjang proses pembelajaran. 5. Dapatan Pemerhatian Hasil analisis temu bual menunjukkan kedua belas responden memperoleh pengetahuan baharu berkaitan dengan pendigitalan gallery walk dengan aplikasi Jamboard dan google


187 e-Prosiding SAHiConfEd’22 meet. Jika sebelum ini, pelajar melaksanakan aktiviti gallery walk secara bersemuka di dalam kelas tetapi dalam situasi pandemik kini, gallery walk telah dijalankan melalui aplikasi google meet. Sesungguhnya, pelaksanaan aktiviti gallery walk melalui aplikasi Jamboard dan google meet ini telah membuka peluang kepada responden membuka minda untuk mempelbagaikan kaedah penyampaian aktiviti pembelajaran meskipun dalam situasi pandemik. Pada bahagian ini, dapatan dalam bentuk gambar dibentangkan sebagai pengukuhan kepada respons temu bual sebagai triangulasi data. Gambar-gambar ini menonjolkan lagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk hubungan antarabangsa dalam konteks dunia sebenar. Keterlibatan setiap ahli dalam kumpulan sebenarnya dapat memupuk nilai dan sikap positif dan bertanggungjawab serta cinta akan Malaysia. Diharapkan kemahiran isi kandungan sejarah dan kemahiran kepemimpinan, komunikasi, kolaborasi dan pembelajaran sepanjang hayat pelajar dapat diintegrasikan melalui aktiviti dalam panel Jamboard bagi mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik dalam kampus dan pada masa akan datang. Rajah 2: Hasil kreativiti gallery walk pelajar melalui aplikasi Jamboard


188 e-Prosiding SAHiConfEd’22 5.2 Soalan kajian 2 Bagaimanakah kaedah dan aktiviti digunakan oleh guru sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijajarkan dengan kemenjadian murid mengikut elemen kompetensi global 6C? Untuk menjawab soalan kajian kedua, penyelidik membincangkan dapatan melalui persembahan tema kedua iaitu Kompetensi Pelajar. Daripada respons peserta kajian, penyelidik telah memecahkan tema kompetensi pelajar kepada tiga komponen iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran komunikasi dan kolaboratif. Dapat dirumuskan, pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 pada masa kini menekankan setiap pelajar mengaplikasikan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, komunikasi dan kolaboratif. Dapatan kajian ini konsisten dengan matlamat pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang berfokuskan kepada hasil berpusatkan pelajar selari dengan hasrat pendidikan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kompeten dan berkebolehan dalam atribut abad ke-21. Alat pembelajaran digital Jamboard dalam kajian ini berupaya memacu pendidikan ke arah kecemerlangan ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama meningkatkan kompetensi 4C dalam kalangan siswa guru sebagaimana yang terlakar dalam model pembelajaran bermakna. Tema kedua: Kompetensi pelajar komponen pemikiran kritis dan kreatif Antara respons peserta kajian berkenaan aktiviti gallery walk melalui Jamboard yang dikenal pasti dari tema ini adalah: Sangat membantu saya terutama menjadi seorang yang kreatif dan kritis. (T4, T7) Contohnya, penerokaan melalui pembacaan jurnal-jurnal, Surat khabar online dan lain-lain dilihat memainkan peranan dalam mengasah kemahiran saya untuk mencari maklumat secara online. (T3, T4) Menarik jugak sebab ada nota warna warni dan boleh letak gambar2 menarik (T5) Tambahan lagi, dapat melihat pelbagai kreativiti dalam membuat nota yang ringkas dan bermakna (T6) Menjadikan pelajar lebih kreatif untuk memaparkan maklumat dengan gambaran yang menarik (T8, T11) Respons peserta kajian menunjukkan penggunaan Jamboard berupaya merangsang kognitif pelajar dalam berfikir secara kritikal. Menurut Vanessa Stafford (2022), pelajar-pelajar bukan sahaja boleh belajar melalui rakan sebaya tetapi mereka juga mempelajari cara untuk menyelidik maklumat di internet dan menulis kenyataan secara ringkas di halaman Jamboard.


189 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Hasil perkongsian pelajar-pelajar di halaman Jamboard akan membawa mereka kepada sebuah perbincangan bagi semua kumpulan. Tambahan pula dengan elemen-elemen santai dan menyeronokkan tersebut dapat menjadikan mereka lebih bersemangat untuk menjalankan aktiviti. Kemahiran berfikir secara kritis mendorong pelajar-pelajar menggunakan minda mereka untuk mengenal pasti, menganalisis serta menilai kewajaran sesuatu idea. Mengikut pandangan penyelidik, komponen ini berada dalam tema kompetensi pelajar kerana implikasi ini akan terbukti apabila pelajar menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dalam menghasilkan sesuatu idea. Ini dapat dikenal pasti melalui pelajar-pelajar yang menggunakan Jamboard sebagai media pembelajaran dalam menyelesaikan masalah atau memberi pendapat mereka secara berdikari. Antara respons peserta kajian berkenaan penggunaan Jamboard sebagai alat bantu mengajar yang boleh merangsang pemikiran secara kritis melalui tema ini adalah: Membantu kami membuat nota ringkas menerusi peta ithink dan sebagainya yang mudah difahami dan boleh digunakan dan dibaca untuk menghadapi peperiksaan. Menarik kerana saya boleh meluahkan kekreatifan saya dalam meringkaskan maklumat (T11, T12) Saya mempelajari cara untuk mengorganisasikan serta menyusun pelbagai maklumat dengan cara yang betul dan mudah difahami. (T12) Seterusnya ia juga melibatkan pemikiran secara kritis di mana kami perlu menghuraikan segala isi yang kami paparkan di Jamboard semasa pembentangan. (T7) Penggunaan Jamboard suatu yang menarik kerana melalui aplikasi ini saya dapat menghasilkan satu bentuk peta minda yang kreatif dan fleksibel. (T8) Secara ringkasnya, alat bantu mengajar menggunakan Jamboard boleh meningkatkan kemahiran setiap pelajar dalam berfikir secara kritis. Pelbagai cara dan kreativiti pelajar semasa mempamerkan idea masing-masing di Jamboard. Setiap maklumat disusun dengan teratur dan mudah difahami. Tambahan pula, penggunaan peta i-think atau peta minda boleh diaplikasikan dalam media tersebut dengan warna dan grafik yang berbagai-bagai. Tema kedua: Kompetensi pelajar komponen komunikasi Aspek komunikasi yang efektif merupakan elemen utama dalam mewujudkan sikap saling membantu antara pelajar, memupuk nilai akhlak mulia dan menjalinkan hubungan yang baik bagi melahirkan komuniti masyarakat yang baik (Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail, 2018). Pembelajaran secara atas talian ini juga dapat menerapkan aspek komunikasi secara lebih aktif meskipun pembelajaran jarak jauh menjadi halangan fizikal. Hal ini dibuktikan juga melalui pernyataan Harasim (2018) dan Salmon (2022). Model 5 Peringkat


Click to View FlipBook Version