The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skyman823000, 2023-02-28 21:43:13

SAHiConFed22

SAHiConFed22

389 e-Prosiding SAHiConfEd’22 juga berpotensi memperoleh peluang yang sama jika kurikulum dan pedagogi guru mengambil kira budaya dan keperluan anak-anak Orang Asli. Rujukan Abd. Aziz Talib (2007). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Edisi 4). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Hassan, Ainon Mohd (Edisi Kemas Kini). (2005). Teknik & Ucapan Berpengaruh. Pulau Pinang: PTS Professional Publishing. Amir Awang. (1986). Teori-Teori Pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Asri, M., & Noor, M. (2012). Advancing the Orang Asli through Malaysia’s Cluster of Excellence Policy. Journal of International and Comparative Education, 1(2), 90–103. Castagno, A. E., Brayboy, B. M. J., Chadwick, D., & Cook, L. (2015). “Learning to Teach” in and for Indian Country: The Promise and Paradox of Preparing Culturally Cesponsive Teachers for Schools Serving Indigenous Students. Honoring Our Elders: Culturally Appropriate Approaches for Teaching Indigenous Students, 61–73. Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2017). Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Orang Asli. Johari Talib, Nazri Muslim. (2007). Bagaimana Kanak-Kanak Orang Asli Gagal di Sekolah. Jurnal Pengajian Umum Bil 8. 51-76. http://doi.org/ISSN 1511-8393. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2015. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Kreativiti dan Inovasi: Elemen Merentas Kurikulum dalam KSSR. Kementerian Pendidikan Malaysia: Putrajaya. Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Md Nor, S., Roslan, S., Mohamed, A., Abu Hassan, K., Mat Ali, M. A., & Abdul Manaf, J. (2011). Dropout Prevention Initiatives for Malaysian Indigenous Orang Asli Children. International Journal on. 42–56. Retrieved from http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal. Mohamad Johdi, S., Norul Khairiah, I., Nur Awanis, A. A., Nurul Huda, Y., & Siti Aisyah, H. (2009). Kajian Terhadap Kesedaran Pendidikan dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli. “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, UMS Sabah. 3–5. Mohd Hasani, D., Abdul Shukor, S., Mohd Izam, G., & Nuraini, Y. (2012). Instilling Literacy Through Developmental Module Approach (DMA) Towards Orang Asli Pupils in Malaysia. Joint AARE APERA International Conference, 1–13. Mohd Kamal, Ab. Rahman. (2009). Penggunaan Pengetahuan Setempat bagi Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis di Sekolah Orang Asli, Dlm Abdul Razaq dan Zalizan. (2009). Masyarakat Orang Asli: Perspektif dan Sosiobudaya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.


390 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Mohd Nazri Abdul Rahman, Nor Asiah Muhamad, Muhamad Ayraf Mansor. (2019). Kecerdasan Kanak-Kanak Orang Asli: Pendekatan Fuzzy Delphi. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik. Januari 2019, Bil.7, Isu 1. Nicholas. C. (2007). Orang Asli After 50 Years of Independence. [Online] Available. http://www.coac.org. Noraida Harun Noor Ashikin Hamid. (2010). Akta Orang Asli 1954 (Akta 134): Sejauh Mana Melindungi Hak Orang Asli : Satu Kajian Perbandingan. 1st International Conference on Public Policy & Social Science (Icops2010). Noriati A.Rashid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor:Oxford Fajar Sdn.Bhd. Norizan Mamat, Aizuddin Md Rami, ,Ramle Abdullah, Hafis Simin. (2019). Malay Language Teaching and Learning Strategies among Orang Asli Students in Terengganu. International Journal of Recent Technology and Engineering (IJRTE). Volume -8. http://ijrte.org/dowload/volume-8-issue-1c2/ Issue-1C2.ISNN:2277-3878. Norizan, M., Aizuddin M.R., & Ramle A. (2018). The Educational Drop Out of Orang Asli in Terengganu. National Academy of Managerial Staff of Culture and Arts Herald. 4(1). http://jrhnamsca.icu/index.php/hnamsca/article/view/373. Norizan Mamat. (2018). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Orang Asli di Terengganu (Thesis PhD). Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin. Rahil Muhyidin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar. (2009). Amalan Pengajaran Berkesan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn.Bhd. Ramle. (2012). Pendidikan Orang Asli Langkah ke Depan, Dlm Ramle Abdullah, Mohamad Hafis Simin, Azlina Abdullah dan Zurina Mamsor.(2014). Pendidikan Orang Asli dalam Arus Perdana.Terengganu : Universiti Sultan Zainal Abidin. Ramle Abdullah. (2014). Orang Asli Pembangunan dan Transformasi. Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin. Ramle Abdullah. (1993). Semaq Beri: Komuniti Orang Asli di Terengganu. Kuala Terengganu: Kolej Agama Sultan Zainal Abidin. Russell Bishop, et al. (2010). Scaling up Education Reform: Addressing the Politics of Disparity. Wellington: Nzcer Press. Safari, S. (2012). The Role of Special Education Department in the Orang Asli Educational Development. In Abdullah et al. (Eds.), Pendidikan and Orang Asli dalam Arus Perdana. Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin. Sharifah Nor Puteh, & Aliza Ali. (2012). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kurikulum Berasaskan Bermain bagi Aspek Perkembangan Bahasa dan Literasi Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 141–159. Shukor, S. A. (2011). Kanak-Kanak Minoriti Orang Asli di Malaysia: Menggapai Literasi Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 59–70. http://doi.org/ISSN:2180-4842. Singh, N. K., & Reyhner, J. (2013). Indigenous Knowledge and Pedagogy for Indigenous Children. Honoring Our Children: Culturally Appropriate Approaches for Teaching Indigenous Students, 37–52.


391 e-Prosiding SAHiConfEd’22 SUHAKAM. (2010). Laporan Status Hak Pendidikan Kanak-kanak Orang Asli. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, 5600, 110. http://doi.org/ISBN 978-963-2523-61-1.


392 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Pengaruh Kepimpinan Transformasi Dan Politik Organisasi Terhadap Kepuasan Kerja Shahril Anuar Bin Abd Manap, Mohammad Nasir Bin Bistamam Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Maklumat, Universiti Sultan Azlan Shah [email protected] Abstrak Kepuasan kerja dalam kalangan guru di Malaysia secara amnya membimbangkan. Bagi mereka tugas sebagai pendidik semakin hilang kepuasan dan keseronokan akibat beban tugas yang dipikul semakin meningkat. KPM telah mengambil pelbagai langkah dalam memastikan kepuasan kerja dalam kalangan guru berada pada tahap yang tinggi namun hasil yang diperolehi adalah sebaliknya. Walaupun kajian berkenaan kepuasan kerja guru telah banyak dijalankan tetapi disebabkan pekerjaan dan juga persekitaran yang sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan semasa maka isu berkaitan dengan kepuasan kerja adalah sentiasa relevan untuk dikaji. Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh kepimpinan transformasi (KT) terhadap kepuasan kerja (KK) dalam kalangan pensyarah kolej vokasional di negeri Perak dengan melihat hubungan mediator politik organisasi (PO) terhadap pengaruh tersebut. KT dikaji berdasarkan dimensi karismatik, mencetus motivasi, merangsang intelek dan pertimbangan individu. KK dikaji berdasarkan dimensi penyeliaan, persekitaran kerja, kerja sebagai guru, peluang kenaikan pangkat dan rakan sekerja manakala PO pula dikaji berdasarkan dimensi tingkah laku umum, mempengaruhi untuk bekerjasama bagi mendapatkan kepentingan dan polisi pembayaran gaji dan kenaikan pangkat. Kajian yang dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif di mana kajian dilakukan dengan menjelaskan secara statistik deskriptif dan juga statistik inferens. Pemilihan responden pula dibuat berdasarkan kepada persampelan rawak berstrata mengikut nisbah dan kadar. Tiga instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu (i) soal selidik “Multifactor


393 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Leadership Questionnaire” (MLQ) yang dibangunkan oleh Avolio & Bass mengandungi 20 soalan, (ii) soal selidik “Perception Of Organizational Politics survey” (POPs) oleh Ferris & Kacmar (1992) mengandungi 21 soalan dan (iii) soal selidik “Teachers Job Satisfaction Questionnaire ” (TJSQ) yang dibangunkan oleh Lester (1987) mengandungi 45 soalan. Datadata dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian ini juga diharapkan boleh dijadikan sebagai panduan oleh KPM dan BPLTV dalam usaha menyelesaikan permasanlah yang berlaku dalam kalangan guru. Isu yang melibatkan kepuasan kerja dan juga politik organisasi haruslah ditangani dengan sewajarnya oleh KPM dan BPLTV agar para guru dapat memberi perkhidmatan terbaik mereka kepada organisasi dan pelajar. 1. Pengenalan Peranan guru sebagai pendidik semakin mencabar pada masa kini mengakibatkan kita sering mendengar rungutan daripada golongan guru berkaitan dengan tugas hakiki mereka sebagai pendidik (Bernarto et al., 2020; Melaku & Hundii, 2020). Bagi mereka tugas sebagai pendidik semakin hilang kepuasan dan keseronokan akibat beban tugas yang dipikul oleh mereka semakin meningkat. Hassan & Wahab, (2017); Mohamad Faisal & Jamallul Lail, (2017); Zuriman, (2013) menyatakan bahawa guru yang mempunyai kepuasan kerja yang rendah lebih cenderung berasa bosan, sering ponteng kerja, mempunyai komitmen yang rendah, selalu merungut, protes, meletak jawatan, memohon untuk bersara awal, hilang kepercayaan kepada majikan, mengalami tekanan, keletihan, prestasi kerja yang merosot serta memohon untuk bertukar (Abdul Rahim, 2007). Hal ini turut dibuktikan dengan kenyataan dari Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin baru-baru ini yang menyatakan bahawa jumlah guru yang mengambil keputusan untuk bersara awal di negara ini dianggarkan sama dengan jumlah guru yang bersara wajib (Rabbani, 2022). Transformasi pendidikan vokasional telah dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2013 dan aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua. Umum beranggapan sekolah vokasional sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi jika dibandingkan dengan sebahagian rakan mereka daripada aliran akademik yang akan memasuki matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM. Pengumuman sistem baharu pendidikan vokasional oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu, telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan negara. Transformasi yang dilakukan ini telah menjanjikan peluang pengajian sehingga ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia malah sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda melalui pewujudan Kolej Vokasional ini. Melalui pelan transformasi ini, sebanyak 84 buah sekolah menengah vokasional dan 8 buah sekolah menengah teknik seluruh Malaysia telah di naik taraf menjadi Kolej Vokasional di mana ia memberi tumpuan kepada kemahiran insaniah dan kemahiran usahawan. Kurikulum standard Kolej Vokasional (KSKV) juga ditransformasikan dengan 70 peratus keutamaan diberikan


394 e-Prosiding SAHiConfEd’22 dalam bidang kemahiran dan 30 peratus lagi dalam bidang akademik bagi memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dalam jasmani, rohani, emosi dan intelek. Akibat transformasi yang berlaku ini, para guru mula menyatakan rasa ketidakpuasan dan mengeluh kerana perkara ini telah menambahkan lagi beban tugas yang sedia ada. Dasar Bahagian Pendidikan Latihan Teknik Dan Vokasional (BPLTV) yang sentiasa berubah-ubah juga menjadi punca berlakunya ketidakpuasan hati para guru yang mengajar di Kolej Vokasional. Hal ini boleh dilihat apabila kebanyakan guru yang jatuh sakit, sengaja memohon cuti rehat, mula memohon bertukar ke sekolah harian biasa dan ada sesetengahnya memohon untuk bersara lebih awal. Hal yang berlaku ini bertepatan dengan kajian Abdul Rahman (2007) yang menyatakan bahawa tanda ketidakpuasan kerja antaranya ponteng kerja, persaraan awal, prestasi kerja yang merosot dan memohon untuk bersara awal. Walaupun kajian berkenaan kepuasan kerja guru telah banyak dijalankan oleh pengkaji tetapi disebabkan pekerjaan dan juga persekitaran yang sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan semasa maka isu berkaitan dengan kepuasan kerja adalah sentiasa relevan untuk dikaji (Mohd Shaladdin Muda et al., 2006). 2. Pernyataan Masalah Kajian yang dijalankan beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan tahap kepuasan guru di Malaysia khususnya berada pada tahap yang membimbangkan. Hal ini disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Ahmad Jawahir (2009) menunjukkan bahawa persepsi para guru terhadap kepuasan kerja adalah sederhana yang menyumbang sebanyak 71.2%. kajian yang dijalankan oleh Anjilus & Roslee (2018) juga turut menunjukkan tahap kepuasan guru berada pada tahap yang sederhana sahaja. Antara punya berlakunya ketidakpuasan kerja dalam kalangan guru adalah disebabkan oleh prosedur kerja yang rumit dan kerja-kerja pendokumentasian yang berlebihan. Daripada hujah-hujah yang diberikan, apakah yang menyebabkan masalah ini berlaku? Apakah faktor yang menyumbang kepada berlakunya isu ini? Atas keperluan dan permasalahan inilah yang mendorong pengkaji untuk mengetahui apakah tahap kepuasan kerja guru serta pengaruh kepimpinan dan politik di dalam organisasi terhadap kepuasan kerja guru ini. Faktor terpenting yang menyumbang dan memberi kesan kepada kepuasan kerja guru adalah faktor kepimpinan pengetua (Hee et al., 2019; Promchart & Potipiroon, 2020). Pengetua yang kurang pengalaman (Saidun et al., 2015), gagal untuk berkomunikasi dengan baik dan berkesan (Ahmad Talal Hashan et al., 2018), dan kurang memberi motivasi kepada pengikutnya (Varma, 2017) dilihat sebagai faktor kelemahan seorang pemimpin. Gaya kepimpinan dalam pendidikan berupaya membentuk dan membimbing para guru bagi memastikan hala tuju sistem pendidikan


395 e-Prosiding SAHiConfEd’22 di Malaysia berada pada landasan yang tepat bagi mencapai visi dan misi negara. Justeru sebagai pemimpin di sekolah, pengetua bertanggungjawab untuk menjalankan tugas dan peranan dengan sebaik mungkin di samping mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai. Disebabkan itu juga, pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasi mampu memberi kesan positif terhadap kepuasan kerja guru khususnya (Aldrin & Yunanto, 2019; Anjilusa et al., 2019; Bernarto et al., 2020; Mohd Akhmarudi Mohd Yusoff et al., 2020). Selain daripada isu kepimpinan, isu politik di dalam organisasi turut menyumbang kepada tahap kepuasan kerja (Vigoda, 2002). Secara umum, politik organisasi dilihat sebagai suatu tingkah laku yang negatif terhadap individu dan juga organisasi. Dalam kajian yang dijalankan oleh Matthews, (2004) didapati bahawa daripada sampel kajian yang dijalankan terhadap lebih daripada seribu pengarah, pengurus dan profesional dalam bahagian sumber manusia, didapati lebih daripada 61 peratus responden yang dikaji terlibat dalam tingkah laku politik. Politik organisasi penting untuk dikaji kerana ini memberikan pemahaman mengenai proses konflik dan kerjasama yang tidak formal dalam organisasi, dan hubungannya terhadap prestasi pekerja (Saleem, 2015). Politik organisasi juga memainkan peranan penting dalam hubungan antara ciri kepimpinan dan sikap pekerja dan juga ia dipengaruhi oleh unsur kepimpinan yang akhirnya menarik intensiti kepuasan dan komitmen pekerja (Uzair et al, 2020). Oleh kerana itu, kajian yang akan dijalankan bertujuan untuk mengisi kelompangan dalam kajian-kajian terdahulu seperti kurangnya kajian yang dilakukan melibatkan pensyarah Kolej Vokasional mendorong pengkaji untuk melakukan kajian ini. Kajian sebelum ini juga hanya melihat hubungan antara kepimpinan transformasi dan kepuasan kerja atau politik organisasi dan kepuasan kerja dan tidak melihat pengaruh antara variabel-variabel yang dikaji. Sehingga kini juga belum ada kajian yang dijalankan untuk melihat hubungan perantara iaitu politik organisasi terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi dan kepuasan kerja guru dalam konteks Pendidikan Teknik Dan Vokasional secara khusus. Maka untuk menyelesaikan isu yang berlaku, pengkaji cuba untuk mencadangkan, memperkenalkan dan seterusnya menguji model Kepimpinan Transformasi – Politik Organisasi – Kepuasan Kerja yang dinamakan sebagai model (KPK). Model KPK ini di andaikan mampu memberi kesan yang besar terhadap kepuasan kerja melalui pengaruh variabel pengantara iaitu politik organisasi. Sekiranya masalah kepuasan kerja guru tidak diselesaikan, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada bertambahnya jumlah ketidakpuasan kerja dalam kalangan guru di Kolej Vokasional khususnya dan memberikan imej buruk kepada KPM dan BPLTV. 3. Tujuan Kajian Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk melihat pengaruh kepimpinan transformasi (KT) terhadap kepuasan kerja (KK) dalam kalangan pensyarah kolej vokasional di negeri Perak dengan melihat hubungan mediator politik organisasi (PO) terhadap pengaruh tersebut. KT dikaji berdasarkan dimensi karismatik, mencetus motivasi, merangsang intelek dan pertimbangan individu. KK dikaji berdasarkan dimensi penyeliaan, persekitaran kerja, kerja sebagai guru, peluang kenaikan pangkat dan rakan sekerja manakala PO pula dikaji berdasarkan


396 e-Prosiding SAHiConfEd’22 dimensi tingkah laku umum, mempengaruhi untuk bekerjasama bagi mendapatkan kepentingan dan polisi pembayaran gaji dan kenaikan pangkat. 4. Objektif Kajian Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji pengaruh kepimpinan transformasi dan politik organisasi terhadap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah Kolej Vokasional. Dengan itu, objektif kajian adalah seperti berikut: Mengukur tahap kepimpinan transformasi berdasarkan dimensi karismatik, mencetus motivasi, merangsang intelek dan pertimbangan individu dalam kalangan pengarah kolej vokasional. 1. Mengukur tahap politik organisasi berdasarkan dimensi tingkah laku umum, mempengaruhi untuk bekerjasama bagi mendapatkan kepentingan dan polisi pembayaran gaji dan kenaikan pangkat. 2. Mengukur tahap kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional berdasarkan dimensi penyeliaan, persekitaran kerja, kerja sebagai guru, peluang kenaikan pangkat dan rakan sekerja. 3. Mengukur hubungan antara kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional. 4. Mengukur hubungan antara politik organisasi dengan kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional. 5. Mengukur hubungan antara kepimpinan transformasi dengan politik organisasi pensyarah Kolej Vokasional. 6. Mengukur pengaruh dimensi dalam variabel kepimpinan transformasi terhadap kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional. 8. Mengukur pengaruh dimensi dalam variabel politik organisasi terhadap kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional. 9. Mengukur sejauh mana pengaruh politik organisasi sebagai mediator antara kepimpinan transformasi dan kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional. 10. Mengukur model KPK hubungan antara kepimpinan transformasi pengarah, politik organisasi dan kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional. 5. Persoalan Kajian Persoalan kajian merupakan permasalahan kajian yang dikemukakan menjadi fokus kepada penyelidikan yang dijalankan. Kajian yang dijalankan akan menjawab beberapa persoalan kajian berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Antara persoalan kajian yang akan dikemukakan adalah seperti berikut:


397 e-Prosiding SAHiConfEd’22 1. Apakah tahap kepimpinan transformasi berdasarkan dimensi karismatik, mencetus motivasi, merangsang intelek dan pertimbangan individu dalam kalangan pengarah Kolej Vokasional? 2. Apakah tahap politik organisasi berdasarkan dimensi tingkah laku umum, mempengaruhi untuk bekerjasama bagi mendapatkan kepentingan dan polisi pembayaran gaji dan kenaikan pangkat? 3. Apakah tahap kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional berdasarkan dimensi penyeliaan, persekitaran kerja, kerja sebagai guru, peluang kenaikan pangkat dan rakan sekerja? 4. Adakah terdapat hubungan antara kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional? 5. Adakah terdapat hubungan antara politik organisasi dengan kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional? 6. Adakah terdapat hubungan antara kepimpinan transformasi dengan politik organisasi pensyarah Kolej Vokasional? 7. Adakah terdapat pengaruh dimensi dalam variabel kepimpinan transformasi terhadap kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional? 8. Adakah terdapat pengaruh dimensi dalam variabel politik organisasi terhadap kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional? 9. Sejauh mana pengaruh politik organisasi sebagai mediator antara kepimpinan transformasi dan kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional? 10. Apakah bentuk model KPK dapat mengukur hubungan antara kepimpinan transformasi pengarah, politik organisasi dan kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional? 6. Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini dapat membantu KPM dan BPLTV mereka bentuk kerangka konseptual tentang keadaan sebenar yang berlaku di Kolej Vokasional khususnya sebelum mereka dapat melakukan pemantauan atau penilaian di Kolej Vokasional dalam Malaysia. Hal ini dapat memudahkan lagi proses penyampaian dan pembetulan amalan yang telah diterapkan di KV di bawah KPM. Dapatan kajian ini juga boleh dijadikan sebagai panduan oleh KPM dan BPLTV dalam usaha menyelesaikan permasanlah yang berlaku dalam kalangan para guru. Isu yang melibatkan kepuasan kerja dan juga politik organisasi haruslah ditangani dengan sewajarnya oleh KPM dan BPLTV agar para guru dapat memberi perkhidmatan terbaik mereka terhadap organisasi dan pelajar.


398 e-Prosiding SAHiConfEd’22 KPM dan BPLTV haruslah mencari kaedah terbaik seperti menganjur kursus yang lebih memberi impak kepada kepuasan bekerja para guru dan memberi khidmat nasihat yang bersesuaian apabila guru menghadapi masalah. Aspek penempatan guru, ganjaran dan faedah kenaikan pangkat, penyeliaan pengetua terhadap orang bawahannya juga harus diberikan perhatian kerana aspek ini telah lama tidak diberikan perhatian oleh KPM. Jika aspek ini tidak diberi perhatian sewajarnya, sudah pasti tahap kepuasan kerja akan menurun dan politik organisasi akan terus meningkat. KPM dan juga BPLTV harus memberi penekanan kepada pemimpin sekolah agar mereka sentiasa mengamalkan gaya kepimpinan yang boleh meningkatkan kepuasan kerja ahli di bawah kepimpinannya serta memastikan politik organisasi berada di tahap yang rendah. Menurut (Musliza Mat Jusoh, Siti Noor Ismail, 2020) pihak yang berkepentingan perlu lebih peka dengan perkembangan bidang kepimpinan pendidikan agar menyediakan platform bimbingan dan latihan yang lebih praktikal secara berterusan kepada guru dan pengetua. 7. Metodologi Kajian 1) Kaedah Pengutipan Data Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana kajian dilakukan dengan menjelaskan secara statistik deskriptif dan juga statistik inferens. Kajian ini juga menggunakan kaedah tinjauan (survey) menggunakan borang soal selidik untuk menjawab persoalan kajian yang telah dinyatakan sebelum ini. Data kajian ini dikumpulkan melalui tinjauan soal selidik yang diedarkan kepada responden secara kajian rentas. Kajian rentas dapat dilakukan di mana data dikumpulkan hanya sekali, mungkin selama beberapa hari atau minggu atau bulan, untuk menjawab persoalan penyelidikan (Sekaran, 2003). 2) Sampel / Responden Kajian Responden kajian ini terdiri daripada 300 orang pensyarah dalam kolej vokasional di negeri Perak. Teknik persampelan rawak berstrata mengikut nisbah dan kadar (proportional stratification sampling approach) telah digunakan bagi mendapatkan sampel rawak kajian. Menurut Mohd Majid Konting (2000), persampelan rawak berstrata adalah kaedah yang lebih baik daripada persampelan rawak mudah apabila terdapatnya subkumpulan yang berbeza dalam suatu populasi. 3) Lokasi Kajian Setelah beberapa pertimbangan awal dilakukan, pengkaji telah menetapkan kajian yang dilakukan adalah melibatkan kolej vokasional dalam negeri Perak sahaja. Rasional pemilihan kolej vokasional dalam negeri Perak sebagai lokasi kajian adalah berdasarkan beberapa rasional yang difikirkan sesuai oleh pengkaji seperti faktor masa dan kewangan serta data boleh dikutip dalam tempoh masa yang ditetapkan.


399 e-Prosiding SAHiConfEd’22 4) Instrumen Kajian Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan (Close-Ended Question). Soalan tertutup melibatkan pilihan jawapan di mana responden diminta menjawab dengan menanda, memangkah atau membulatkan jawapan (Rahim, 2013). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C dan bahagian D. Bahagian A merupakan soal selidik berkaitan dengan demografi responden mengandungi 7 item. Bahagian B adalah soal selidik berkaitan dengan kepimpinan transformasi pengarah, instrumen yang digunakan diadaptasi dari soal selidik “Multifactor Leadership Questionnaire” (MLQ) yang dibangunkan oleh Avolio & Bass mengandungi 20 soalan. Bahagian C pula adalah soal selidik berkaitan dengan politik organisasi, instrumen yang digunakan telah diadaptasi dari soal selidik “Perception Of Organizational Politics Survey” (POPs) oleh Ferris & Kacmar (1992) mengandungi 21 soalan dan bahagian D adalah soal selidik berkaitan dengan kepuasan kerja pensyarah pula instrumen yang digunakan telah diadaptasi dari instrumen “Teachers Job Satisfaction Questionnaire ” (TJSQ) yang dibangunkan oleh Lester (1987) mengandungi 45 soalan. 5) Kaedah Analisis Bil Soalan Kajian Teknik Analisis 1. Apakah tahap kepimpinan transformasi pengarah Kolej Vokasional berdasarkan dimensi karismatik, mencetus motivasi, merangsang intelek dan pertimbangan individu. Deskriptif 2. Apakah tahap politik organisasi berdasarkan dimensi tingkah laku umum, mempengaruhi untuk bekerjasama bagi mendapatkan kepentingan dan polisi pembayaran gaji dan kenaikan pangkat. Deskriptif 3. Apakah tahap kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional berdasarkan dimensi penyeliaan, persekitaran kerja, kerja sebagai guru, peluang kenaikan pangkat dan rakan sekerja. Deskriptif 4. Adakah terdapat hubungan antara kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional. Kolerasi Pearson r 5. Adakah terdapat hubungan antara politik organisasi dengan kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional. Kolerasi Pearson r 6. Adakah terdapat hubungan antara kepimpinan transformasi dengan politik organisasi pensyarah Kolej Vokasional. Kolerasi Pearson r 7. Adakah terdapat pengaruh dimensi dalam variabel kepimpinan transformasi terhadap kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional. Regresi Linear Berganda


400 e-Prosiding SAHiConfEd’22 8. Adakah terdapat pengaruh dimensi dalam variabel politik organisasi terhadap kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional. Regresi Linear Berganda 9. Sejauh mana pengaruh politik organisasi sebagai mediator antara kepimpinan transformasi dan kepuasan kerja pensyarah Kolej Vokasional. Regresi Linear Berganda 10. Apakah bentuk model yang dapat dibangunkan untuk meramal kesepadanan hubungan antara kepimpinan transformasi pengarah, politik organisasi dan kepuasan kerja pensyarah kolej vokasional. Structural Equation Modelling (SEM) Analysis Moment of Structural (AMOS) 8. Kesimpulan Secara keseluruhannya, aspek kepuasan kerja dalam kalangan guru wajar untuk dikaji dalam era pendidikan yang semakin mencabar ini. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menyediakan analisis yang lebih teliti dan terperinci tentang hubungan antara kepuasan kerja dengan variabel-variabel yang lain kerana ia berkaitan dengan aspek lain dalam hubungan pekerjaan, seperti faedah dan latihan. Analisis sedemikian akan membantu memberi penerangan tentang kepentingan relatif pekerja terhadap aspek yang menyumbang kepada kepuasan kerja dalam kalangan guru khususnya. Rujukan Ahmad Talal Hashan, Nordin, Mohd, N., & Darusalam, G. (2018). Amalan Komunikasi Kepimpinan Dalam Mempengaruhi Kepuasan Dan Komitmen Guru: Kajian Di SekolahSekolah Menengah Daerah Bentong. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan, 2003, 204–209. Aldrin, N., & Yunanto, K. T. (2019). Job Satisfaction as a Mediator for the Influence of Transformational Leadership and Organizational Culture on Organizational Citizenship Behavior. The Open Psychology Journal, 12(1), 126–134. https://doi.org/10.2174/1874350101912010126 Anjilusa, W., Talipb, R., & Bikar Singh, S. S. (2019). Hubungan Gaya Kepemimpinan Transformasi Dengan Kepuasan Kerja Guru Akademik Tingkatan Enam. Labuan EJournal of Muamalat and Society Hubungan, 1–16. Bernarto, I., Bachtiar, D., Sudibjo, N., Suryawan, I. N., Purwanto, A., & Asbari, M. (2020). Effect of transformational leadership, perceived organizational support, job satisfaction toward life satisfaction: Evidences from indonesian teachers. International Journal of Advanced Science and Technology, 29(3), 5495–5503. Hassan, N., & Wahab, J. A. (2017). Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Zon Bangsar. Seminar Pendidikan Serantau Ke-VIII, 401–408. https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/48-norhazwani-hassan.pdf Hee, O. C., Shukor, M. F. A., Ping, L. L., Kowang, T. O., & Fei, G. C. (2019). Factors Influencing Teacher Job Satisfaction in Malaysia. International Journal of Academic


401 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Research in Business and Social Sciences, 9(1). https://doi.org/10.6007/ijarbss/v9- i1/5628 Khuwaja, U., Ahmed, K., Abid, G., & Adeel, A. (2020). Leadership and employee attitudes: The mediating role of perception of organizational politics. Cogent Business and Management, 7(1). https://doi.org/10.1080/23311975.2020.1720066 Melaku, S. M., & Hundii, T. S. (2020). Factors Affecting Teachers Job Satisfaction in Case of Wachemo University. International Journal of Psychological Studies, 12(3), 28. https://doi.org/10.5539/ijps.v12n3p28 Mohd Akhmarudi Mohd Yusoff, Siti Noor Ismail, & Anis Salwa Abdullah. (2020). Kepimpinan Tranformasional, Kepuasan Kerja Guru dan Peranan Iklim Sekolah Sebagai Mediator. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(2), 1–11. http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/6255/Template 4.pdf Mohd Shaladdin Muda, Nik Wan Omar, Muda, M., & Omar, N. (2006). Model Peramal Kepuasan Kerja Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di Komuniti Pesisir Terengganu. International Journal of Management Studies (IJMS), 13(Special Issue), 123–142. Musliza Mat Jusoh, Siti Noor Ismail, A. S. A. (2020). KEPUASAN KERJA DAN KOMITMEN GURU SEKOLAH MENENGAH CEMERLANG DI KELANTAN. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(January), 53–64. http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/6255/Template 4.pdf Promchart, K., & Potipiroon, W. (2020). Transformational leadership and turnover intentions among school teachers in the deep south of Thailand. Journal of Behavioral Science, 15(2), 16–37. Rahim Bin Utah. (2014). E-book SPSS Versi-21. In IEEE Transactions on Electron Devices (Vol. 61, Issue 8). https://doi.org/10.1109/TED.2014.2327620 Saidun, R., Tahir, L. M., & Musah, M. B. (2015). Problems faced by novice principals in Malaysia: An exploration study. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(4S3), 562–569. https://doi.org/10.5901/mjss.2015.v6n4s3p562 Saleem, H. (2015). The Impact of Leadership Styles on Job Satisfaction and Mediating Role of Perceived Organizational Politics. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 172, 563– 569. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.01.403 Sekaran, U. (2003). Research and Markets: Research Methods for Business - A Skill Building Approach. In John Wiley & Sons. https://doi.org/http://dx.doi.org/10.1108/17506200710779521 Varma, C. (2017). Importance of Employee Motivation & Job Satisfaction for Organizational Performance. International Journal of Social Science & Interdisciplinary Research, 6(2), 10–20. Vigoda, E. (2000). Organizational Politics, Job Attitudes, and Work Outcomes: Exploration and Implications for the Public Sector. Journal of Vocational Behavior, 57(3), 326–347. https://doi.org/10.1006/jvbe.1999.1742


402 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Menangani Konflik Kehidupan Berdasarkan Pendekatan Imam AlGhazali: Satu Keperluan Kaunseling Norhayati Binti Ahmad1 , Dr. Zaidi Bin Fadzil2 , Dr. Hernamawarni Binti Abd Majid3 1,2Pusat Pengajian Kaunseling dan Psikologi Unishams Kedah 3Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Usm Pulau Pinang 1 [email protected], 2 [email protected], 3 [email protected] Abstrak Kertas konsep ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan bagi menangani konflik kehidupan berdasarkan pendekatan Imam al-Ghazali.Konflik adalah suatu lumrah dalam sesebuah kehidupan.Konflik boleh berlaku dalam rumahtangga, tempat kerja, kejiranan dan sebagainya lagi.Konflik mampu memberi kesan psikologi kepada seseorang yang mengalaminya.Kajian telah membuktikan konflik mengakibatkan stres dalam kehidupan perkahwinan, prestasi kerja, perkembangan anak-anak dan lain-lain lagi.Pendekatan al-Ghazali menyatakan, menangani konflik kehidupan perlu berpandu kepada al-Quran dan Hadis agar seseorang yang mengalami konflik tidak tersasar dan menanganinya dengan keimanan agar tidak lari dari tujuan manusia diciptakan di dunia ini. Selain itu, kertas konsep ini juga menghuraikan kajian - kajian lepas yang membahaskan tentang konflik kehidupan dan kesan dari konflik.Sumber primer bagi kertas konsep ini ialah ayat Al-Quran dan Hadis dan kajian-kajian lepas adalah sebagai bukti konflik dan kesan yang dapat ditangani dengan pendekatan al-Ghazali.Kertas konsep ini juga menggunakan teori kebahagiaan berteraskan Model Islam yang diperkenalkan oleh Imam alGhazali iaitu iman dan amal bagi menangani konflik.Iman adalah perkara aqidah yang menjadi pokok persoalan dalam Islam sementara amal adalah dasar syariat yang dituntut sebagai pembuktian dari pengakuan kalimah syahadah yang telah dilafaskan oleh setiap yang mengaku Islam sehingga menghasilkan keperibadian Islam. Konflik yang ditangani dengan iman dan amal akan menghasilkan bahagia yang hakiki. Dalam pendekatan al-Ghazali, konflik adalah


403 e-Prosiding SAHiConfEd’22 sebahagian dari ujian.Allah menjadikan ujian untuk membuatkan seseorang itu mengingatiNya dengan muhasabah diri, mendekatkan diri kepadaNya dan minta pertolongan dariNya.Dalam kajian ini juga menyatakan akan keperluan kaunseling intervensi dalam membantu klien yang memerlukan bantuan dengan mengabungkan teori Islam dan juga Barat.Para kaunselor yang berilmu dan berwibawa akan membantu klien untuk mencapai matlamat yang sebenar iaitu dengan membantu klien menangani konflik yang dihadapi dan meraih kebahagian yang hakiki iaitu dengan mendapat keredhaan Ilahi. Kata kunci: Konflik, Bahagia, Al-Quran, Hadis, Kaunseling 1. Pengenalan Konflik adalah sesuatu yang tidak diingini oleh sesiapapun kerana konflik menjadikan suasana yang bahagia menjadi huru-hara dan salah faham.Konflik dan bahagia adalah dua perkara yang berlawanan namun kedua-duanya adalah pemberian dan ujian dari Allah yang Maha Esa. Ada yang menafsirkan bahagia dinilai dengan harta yang banyak walhal dengan harta yang banyak juga boleh menimbulkan masalah atau konflik apabila berlaku perebutan harta.Begitu juga, ada yang berpendapat bahagia dinilai dengan kesihatan yang baik namun tetap juga terjadi konflik dengan kesihatan yang baik, seseorang itu menjadi tidak setia.. Namun disisi Allah yang Maha Esa telah menjelaskan pengertian bahagia yang hakiki dalam Al-Qur’an perlu ditandai dengan kesyukuran dalam iman dan amal. Samaada seseorang itu diberi kekayaan atau tidak maka Allah menghendaki manusia itu sentiasa dalam keadaan bersyukur (Azah, 2011).Oleh kerana itu bahagia disisi Islam bukan sahaja kerana perkara yang dihajati diperolehi tetapi mensyukuri kerana dapat mengingati Allah yang Maha Esa dalam apa jua keadaanpun. Begitu juga apabila seseorang itu mengukur kebahagiaan dengan melihat kehidupan orang lain,keadaan ini juga boleh menyebabkan konflik dalam diri dan dibimbangi perbuatan itu akan mengundang perasaan tidak senang hati yang akan mengurangkan keikhlasan dan keinginan untuk bersyukur akan berkurangan. Oleh itu, lihatlah bahagia dari sudut keimanan sehingga sentiasa memperbaiki diri disamping tidak melupakan tujuan hidup yang sebenarnya dan redha dengan ketetapan Allah yang Maha Esa seperti nukilan kata hikmah Ibn ‘Athaillah yang bermaksud, “Mengebunya semangat tak akan menerobos benteng takdir.” Kata hikmah ini dijelaskan oleh Syeikh Fadhlalla Haeri bahawa tidak ada guna, betapa banyak energi yang dicurahkan untuk sebuah niat atau tujuan, tetapi itu tidak akan tercapai jika tidak selari dengan keputusan Allah yang Maha Esa. Manusia tidak akan dapat memenangkan kehendak manusia di atas kehendak Allah yang Maha Esa yang telah mengatur alam serta menetapkan takdir kita semua yang penting bagi seorang manusia itu ialah segala niat dan tujuan hidup adalah kerana Allah yang Maha Esa (Haeri, 2003).Sesuatu yang akan berlaku pasti akan berlaku sekiranya perkara itu sudah ada dalam ketetapanNya.


404 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Salah faham manusia terhadap pengertian bahagia boleh bertukar kepada konflik apabila kebahagiaan itu diukur dengan kebendaan atau keseronokan yang boleh membebankan manusia itu sendiri seperti seseorang itu bahagia kerana memiliki kereta besar namun kebenarannya setiap bulan dalam dilemma untuk melunaskan bayaran bulanan kerana kemampuan yang terbatas. Bahagia yang seperti ini adalah bahagia yang ‘melelahkan’ kerana telah disibukkan dengan keperluan yang mengikut nafsu dan menjadi penyebab kepada kelalaian manusia dari tujuan manusia itu diciptakan (Don, 2017).Walhal yang dituntut kepada manusia ialah melihat setiap aspek kehidupan samada konflik, kebahagian atau kenikmatan sebagai suatu ibadah. Justeru itu,Allah yang Maha Esa melarang pembaziran dan melakukan sesuatu itu sesuai dengan keupayaan diri.Oleh kerana itu, manusia perlu menggunakan akal fikiran agar tindakan yang dilakukan mendapat redha Allah yang Maha Esa Dalam surah alFatihah ayat yang ke 5-7 bermaksud,’’ Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat.”Tiada perbezaan antara konflik dan agama dalam pandangan orang yang beriman kerana kedua keadaan adalah ujian dan perlu ditangani dengan iman. 2. Latarbelakang Manusia merupakan makhluk yang diciptakan Allah yang Maha Esa dengan sebaik-baik bentuk kejadian seperti dijelaskan dalam surah at-Tin ayat 4 ini, bahawa Allah yang Maha Esa telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Ayat ini menjelaskan bahawa manusia diciptakan dengan bentuk yang terbaik yang melebihi makhluk lainnya kerana manusia diberi segala kecukupan, memiliki naluri, akal fikiran dan perasaan. Manusia diciptakan bukan sia-sia tetapi disertakan dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Manusia adalah makhluk paling sempurna yang diciptakan Allah yang Maha Esa diberi akal fikiran untuk menilai perkara baik dan mungkar berpandukan syariat Islam. Sesungguhnya Allah yang Maha Esa menciptakan manusia dengan maksud dan tujuan yang jelas iaitu manusia ditugas dengan tanggung jawab utama sebagai khalifah di bumi ini , sebagaimana firman AllahNya dalam surah al-Baqarah ayat 30, “Dan tatkala Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sungguh Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi’. Kemudian para malaikat berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang berbuat kerusakan dan saling menumpahkan darah. Padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu’. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui’.” Sementara tugas dan tanggung jawab yang kedua ialah manusia dituntut untuk beribadah dengan menyembah Allah yang Maha Esa sebagaimana firmanNya dalam surah adz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud


405 e-Prosiding SAHiConfEd’22 “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” Justeru itu, manusia dan jin tidak diciptakan untuk dinilai manusia semata-mata tetapi adalah untuk beribadah dengan menyembah Allah yang Maha Esa dalam setiap tindakan, fikiran, perasaan, emosi dan sebagainya lagi. Muhammad Abduh dalam penulisannya menjelaskan bahawa ibadah bukan hanya sekadar tunduk dan taat, tetapi merasa tunduk dan patuh seorang hamba terhadap Penciptanya dengan berusaha bersungguh-sungguh mencapai puncak keagungan dalam jiwa seseorang terhadap dzat yang Maha Pencipta (Khozin, 2018) . Dengan keyakinan bahawa pengabdian itu tertuju kepada yang memiliki kekuasaan dan itulah bahagia yang hakiki yang menjamin manusia selamat di dunia dan akhirat, sebagaimana firman Allah yang Maha Esa dalam surah al-An’am ayat 162, yang bermaksud, “Katakanlah, Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan semesta alam.” Surah al-An;am ayat 162 ini menjelaskan setiap amalan manusia adalah ibadah dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik contoh tauladan seperti meniru cara hidup seharian Rasulullah SAW dari sudut pengucapan, perbuatan dan sebagainya lagi. Sesungguhnya, bahagia boleh dicapai dengan mencontohi kehidupan Rasulullah SAW dan yang pasti setiap manusia nanti akan pasti mencari Baginda SAW untuk mendapatkan syafaat dihari Kebangkitan nanti. Demikian, Imam al-Ghazali (1058M-1111M), menjelaskan, bahagia ditafsirkan sebagai penyatuan antara ilmu, amal, rohani dan jasmani. Ciri-ciri kebahagiaan yang dijelaskan oleh alGhazali adalah terletak kepada semua ilmu yang bermanfaat kepada manusia mencakupi ilmu teori dan ilmu amali. Ilmu teori adalah tergolong daripada ilmu mengenal Allah, Malaikat, Kitab, Rasul dan ilmu akidah kerana kesemuanya mempunyai matlamat yang tertinggi iaitu mengenal Allah yang Maha Esa. Al-Ghazali menyatakan ilmu mengenal Allah yang Maha Esa (ma‘rifat Allah) adalah kunci kebahagiaan seperti mana maksudnya: “Bahagia dan kelazatan sejati, ialah bila mana dapat mengingat Allah”.Manakala ilmu amali ialah ilmu yang dipraktikkan dalam perbuatan dan amalan seharian seperti sosial, undang-undang, politik, syariah, ekonomi dan sebagainya seperti yang telah digariskan dalam syariat Islam. Justeru itu, kebahagiaan akan tercapai jika kesemua ilmu-ilmu teori dan amali digabungkan kerana kedua-dua ilmu tersebut memberi kebaikan serta kenikmatan kepada hidup manusia. Menurut al-Ghazali, fungsi tertinggi jiwa atau rohani ialah berminat kepada kebenaran kerana dalam mencerap kebenaran tersebut ia boleh memberikan kesenangan tersendiri. Justeru itu, apabila ia diaplikasikan dalam kehidupan berumahtangga, ia akan membawa kepada kebaikan


406 e-Prosiding SAHiConfEd’22 dalam berkeluarga seperti bersikap baik di antara suami dan isteri adalah merupakan suatu perbuatan yang memberikan rasa santai kepada fikiran dan lebih bersemangat untuk beribadah. Seterusnya, al-Ghazali juga menggariskan wasilah dalam mendapatkan kebahagiaan yang hakiki iaitu melalui rohani dengan mengenal Allah yang Maha Esa.Kebahagian itu dizahirkan melalui akhlak mulia dan amal yang baik. Seseorang yang ingin mendapatkan kebahagiaan harus menyucikan hati melalui amal soleh kerana melalui hati yang bersih, manusia boleh mudah mendapatkan ilmu dan melengkapkan kebahagiaan. Secara ringkasnya dapat difahami dengan jelas bahawa penghayatan terhadap Islam melalui keimanan dan ketaqwaan, kefahaman akidah, pemantapan ilmu mampu memberi kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki kepada manusia. Al-Ghazali juga menyatakan teori kesederhanaan (al-tawasut) dapat mengimbangi akhlak manusia dengan sikap yang bersederhana dan tidak melampaui batas dalam semua aspek kehidupan kerana kebahagiaan yang dibina berlandaskan mengikut hawa nafsu semata-mata adalah kebahagiaan yang sementara, hina dan membawa kehancuran. Beliau menjelaskan pengaruh luar berupa keseronokan dan kesenangan material serta fizikal seperti wang, pangkat, darjat yang hanya bersifat palsu dan sementara yang harus dibendung untuk memberi laluan terhadap kesuburan rohani dan ‘aqliyyah (Jaapar, 2011). Sementara konflik adalah pertikaian,perbalahan atau perselisihan Secara umum, konflik adalah peristiwa atau fenomena sosial di mana terdapat pertikaian antara dua pihak yang berlawanan pandangan seperti individu dan individu, individu dengan kumpulan, kumpulan dengan kumpulan, dan kumpulan dengan kerajaan. Kewujudan konflik dalam kehidupan mampu mengeruhkan suasana dan jika keadaan tersebut berlanjutan akan menyebabkan keharmonian dan kebahagian tergugat dan sebaliknya konflik yang ditangani dengan baik akan menghasilkan pengetahuan dan pengajaran baru yang boleh dipelajari. 3. Permasalahan Dan Kesan Menangani konflik hidup pada hari ini, menuntut individu mempunyai pengetahuan agama kerana ilmu agama dalam Islam mencakupi urusan dunia dan akhirat. Manusia diciptakan Allah yang Maha Esa di dunia ini adalah atas kehendakNya bukan atas kehendak sendiri dan juga bukan suatu kebetulan. Ada yang bernasib baik dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga dan ada juga yang kurang bernasib baik kerana dilahirkan tanpa ibu bapa dan dibesarkan di rumah anak yatim. Apabila menginjak dewasa, manusia berpeluang pula melalui alam rumahtangga dengan pasangan hidup masing-masing sehingga melahirkan zuriat keturunan. Melalui kehidupan perkahwinan, tidak sedikit juga yang gagal di tengah jalan dan menghadapi krisis perkahwinan.Pergolakan demi pergolakan yang terjadi pasti memberi kesan kepada ketahanan jiwa seseorang itu .Konflik ini terberakhir kepada pasangan itu sahaja tetapi mempengaruhi kehidupan berkeluarga terutama anak-anak,ibu bapa, ibu bapa mertua,saudaramara dan sebagainya lagi.Sementara anak-anak yang masih belajar akan hilang tumpuan


407 e-Prosiding SAHiConfEd’22 kepada pelajaran,berasa tidak disayangi dan sering dalam kebimbangan dan mudah terjebak dengan perkara tidak baik seperti pergaulan bebas, dadah, lepak dan sebagainya lagi.Konflik yang berpunca dari masalah rumahtangga melibatkan banyak pihak yang dapat menggugat kestabilan sosial, ekonomi dan politik negara. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan purata kes perceraian yang direkodkan sepanjang tahun 2014-2017 adalah sebanyak 50,978 kes setahun bagi pasangan Islam, manakala pasangan bukan Islam dalam tempoh yang sama adalah 9,933 kes setahun. Berdasarkan statistik mengikut negeri pula, bagi tahun 2017, Selangor mencatat kes tertinggi dengan 12,204 kes seterusnya Johor dengan 4,588 kes, Kelantan 3,652 kes dan Kedah 3,474 kes (Nadzri, 24 JANUARI ). Konflik juga boleh berlaku kerana tekanan dari bebanan kerja yang menyebabkan penumpuan gagal diberikan kepada diri sendiri,keluarga dan masyarakat atau masalah di tempat kerja yang berlarutan sehingga menimbulkan konflik yang berlarutan .Konflik juga boleh berpunca dari perubahan sikap seseorang seperti suami menjadi bengis terhadap isteri yang boleh membawa kepada salah faham atau sikap cemburu yang negatif juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya konflik . Justeru itu, konflik dalam rumahtangga mampu menggugat kebahagiaan dalam rumahtangga dan keadaan ini juga akan memberi kesan kepada psikologi pasangan dan juga anak-anak.Sesiapa saja yang gagal menangani konflik dengan baik memilih untuk menyendiri dan kadang-kadang berakhir dengan hilang keyakinan diri (Portal My Health, 2022). Termasuk juga dengan konflik yang berpunca dari masalah kesihatan terutamanya jika berlaku kepada pasangan yang telah berkahwin Kesihatan yang tidak memuaskan sama ada di pihak suami atau isteri kadangkala dianggap membebankan oleh pasangannya. Masalah seksualiti, ketiadaan zuriat atau tidak berpuas hati dengan zuriat yang ada juga menjadi sebab berlakunya konflik dalam rumahtangga jika tidak diselesaikan dengan cara yang bijak dan bertolak ansur, boleh membawa kepada perceraian. Disamping itu,campur tangan ahli keluarga yang boleh mengeruhkan suasana hingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan ahli keluarga ditambah dengan kemerosotan ekonomi yang mempengaruhi keadaan kewangan diri dan keluarga . Kesimpulannya, konflik boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor, sama ada faktor dalaman ataupun faktor luaran yang menyebabkan bahagia semakin terjejas dan berkurangan, masyarakat menjadi pincang dan terhakis amalan bantu- membantu. Oleh itu, setiap individu dan masyarakat perlu untuk sentiasa muhasabah dan memperbetulkan jalan hidup dengan panduan al-Quran dan hadis yang telah terbukti dapat menangani setiap permasalahan yang berlaku.


408 e-Prosiding SAHiConfEd’22 4. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk membuktikan konflik dapat diatasi dan kebahagiaan dapat diraih kembali sekiranya individu atau masyarakat itu dapat menjadi hamba Allah yang bertakwa seperti yang telah dijelaskan oleh al-Ghazali dengan berpandu kepada ajaran Islam mencakupi ilmu teori dan ilmu amali. Ilmu teori adalah persoalan iman iaitu ilmu mengenal Allah, Malaikat, Kitab, Rasul dan ilmu aqidah kerana kesemuanya mempunyai matlamat yang tertinggi iaitu mengenal Allah yang Maha Esa.Ilmu teori juga termasuk perkara kemantapan keimanan seseorang seperti melaksanakan solat,berpuasa dan sebagainya lagi Al-Ghazali menyatakan ilmu mengenal Allah (ma‘rifat Allah) adalah kunci kebahagiaan seperti mana maksudnya: “Bahagia dan kelazatan sejati, ialah bila mana dapat mengingat Allah yang Maha Esa. Manakala ilmu amali adalah ilmu yang dipraktikkan dalam perbuatan dan amalan seharian yang berhubung dengan persoalan ibadah juga seperti sosial, undang-undang, politik, syariah, ekonomi dan sebagainya. Teori al-Ghazali menjelaskan manusia itu secara semulajadi adalah suci dan yang menentukan keadaan baik atau buruk seseorang itu adalah rohaninya.Rohani yang baik membentuk jiwa dan akhlak yang baik.Rohani yang baik bermula dari iman dan amal yang berpandu kepada al-Quran dan Hadis. 5. Metodologi Kertas konsep ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan untuk menangani konflik. Kajian tindakan dalam kertas konsep ini melibatkan proses-proses seperti merancang - bertindak - pemerhatian - refleksi. Reka bentuk kajian ini mengikut model Islam oleh Imam al-Ghazali. Matlamat reka bentuk kajian tindakan adalah untuk menangani konflik dengan bijaksana mengikut garis agama. Dua unsur penting dalam reka bentuk kajian tindakan iaitu kajian dan Tindakan. Kajian kertas konsep ini mengambil rujukan dari ayat-ayat al-Quran dan Hadis sementara tindakan adalah proses membaik jiwa konflik kepada jiwa tenang dengan dipandu pembimbing. Perancangan dan perlaksanaan mengikut model Islam oleh Iman al-Ghazali yang menekan kepada persoalan iman dan amal. 6. Kajian- Kajian Lepas Menurut Iman al-Ghazali, kebahagiaan boleh diperolehi melalui akhlak yang mulia dan amal yang baik dengan menyucikan hati kerana amal soleh mampu membersihkan hati. Kelangsungan dari iman dan amal soleh yang dilakukan seseorang menjadi penyebab manusia dipandu untuk mendapatkan bahagia yang hakiki, Justeru itu, dengan adanya ilmu pengetahuan tentang agama Islam akan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan. Kefahaman aqidah dan amal soleh , mampu membina keperibadian mulia. Sementara keperibadian mulia bukan sahaja memberi kebahagiaan dan ketenangan kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Oleh kerana itu dalam kajian berkenaan‘Perceraian dalam kalangan pasangan dewasa pertengahan di pejabat agama islam daerah hulu langat (paidhl): eksplorasi faktor’ oleh Noor Syaibah (2016) mendapati rumahtangga musnah dan hilang bahagia berpunca dari faktor personaliti diri dan ini bermaksud sikap yang negatif yang ada dalam diri individu samada suami mahupun isteri.


409 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Sikap negatif pada pasangan yang dikenalpasti adalah seperti ego, suka mengongkong dan cemburu yang melampau-lampau yang membawa kepada kerengganggan hubungan suami isteri.Hubungan yang bermasalah ini menimbulkan konflik ke dua iaitu masalah seksualiti di antara pasangan, Keadaan menjadi lebih parah apabila terdapat campur tangan dari bekas isteri yang boleh mengarah kepada gangguan sihir dan juga faktor penyalahgunaan dadah dikalangan anak-anak akibat dari kecewa dengan sikap ibubapa yang menyumbang kepada konflik rumahtangga. Sementara faktor kurang didikan agama sebagai faktor terpenting yang perlu dititikberatkan kepada pasangan beragama islam mahupun bukan beragama islam. ketirisan ilmu agama dalam kalangan pasangan menyebabkan pasangan tidak mengetahui tanggungjawab. (Syaibah, 2016). Sementara itu, dalam kajian ‘ Polimik Perceraian di Malaysia telah menyatakan yang statistik perceraian di Malaysia masih berada pada paras yang membimbangkan. Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah telah mengeluarkan satu rekod yang menunjukkan bahawa purata penceraian bagi tahun 2018 adalah sebanyak 156 pasangan pada setiap hari. Justeru itu, inisiatif seperti kursus pra perkahwinan, mediasi kaunseling, SMARTSTART 2nd Honeymoon yang dijalankan oleh pelbagai pihak antaranya untuk membatu mengatasi konflik rumahtangga ini demi untuk mengembalikan keharmonian dan kebahagian dalam rumahtangga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Agama, Jabatan Bantuan Guaman serta Non Government Organisation (NGO) seperti Women’s Aid Organization (WAO), All Women Action Society (AWAM), Women Crisis Centre (WCC), BEFRIENDERS.Namun usaha ini masih lagi tidak mampu membendung masalah ini daripada terus berlaku. Justeru, setiap inisiatif serta dasar yang disediakan mestilah berfokus dan menjurus kepada jalan penyelesaian kepada punca utama perceraian (Nadzri, 24 JANUARI ). Konflik boleh menyebabakan berlakunya stres dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung stres juga menjadi penyebab kebahagian terganggu. Dalam kajian ’ Pengurusan Stres Menurut Al-Quran Dan Hadith’ menyatakan stress boleh diatasi dengan al-Quran dan Hadis. Dari perspektif Islam, stres adalah merupakan masalah jiwa yang perlu ditangani. Justeru itu, Islam mempunyai kaedah tersendiri berbanding dengan apa yang telah digariskan oleh manusia dalam konteks pengurusan stres. Antara kaedah-kaedah pengurusan stres yang digariskan oleh al-Qur’ān dan Hadis ialah melalui tadabbur al-Qur’ān , tafakkur, bersedekah dan berzikir. AlQur’ān merupakan cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit sama ada hati atau fizikal. Sesungguhnya al-Quran merupakan rahmat untuk sekalian alam. Dengan mentadabbur al-Qur’ān , iaitu memahami, mendalami, dan menghayati isi al-Qur’ān , seseorang itu berupaya menenangkan dan mententeramkan hati dan jasmani. Firman Allah yang Maha Esa yang bermaksud, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Qur’ān yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk


410 e-Prosiding SAHiConfEd’22 untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman” (al-Qur’ān , surah Yunus 10: 57). Malah dalam hadith Rasulullah َ م َّ َو َسل ْي ِه َّى هللاُ َعلَ َصل turut menjelaskan kelebihan bertadabbur alQur’ān: “Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah َ م َّ َو َسل ْي ِه َّى هللاُ َعلَ َصل bersabda: “Barangsiapa membaca satu huruf dari al-Qur’ān maka baginya pahala satu kebaikan, dan setiap satu kebaikan itu dibalas (minima) dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan alim lam miim itu satu huruf, namun alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf dan mim adalah satu huruf.” (HR. Tirmidzi no. 2910, hadits hasan shahih). Imam al-Ghazali telah membawa kaedah-kaedah pembacaan al-Qur’ān seperti memahami alQur’ān itu merupakan percakapan Allah yang Maha Esa dengan menggambarkan keagungan Allah Ta’ala dengan sifat dan asmaul HusnaNya. Disamping itu setiap pembaca mesti meninggalkan segala perkara yang dapat mengganggu konsentrasi dalam pembacaan, memberi tumpuan dengan memikirkan erti al-Qur’ān dan cuba memahami maqasid atau tujuan ayat tersebut. Malah ertiap pembaca merasakan segala ayat al-Qur’ān itu menunjukkan kepada diri sendiri (Syaikh Mahmud 2006:32) (Noor, 2016). Begitu juga dalam kajian’ Pengurusan Stres Remaja Cemerlang’ pengkaji menyimpulkan solat juga dipercayai merupakan ubat stres yang berkesan kerana di dalam solat terdapat zikir yang dapat menenangkan jiwa kerana ketika sujud adalah waktu seorang hamba paling hampir dengan Penciptanya dan menjadikan segala masalah yang dihadapi menjadi kecil di hadapan Allah yang Maha Agung (Nor Azah 2011). Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa amalan ibadat harian seperti solat, zikir, doa, membaca al-Quran dan berpuasa menyumbang kepada kecerdasan emosi para remaja cemerlang di sekolah-sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (Mohd Sabri, Syed Najmuddin & Abdul Halim 2009). Di samping itu,amalan bersedekah juga merupakan salah satu cara untuk mendapat ketenangan jiwa kerana harta juga boleh menjadi punca jiwa tidak tenang (Euis Ismayati Yuniar 2019). Sedekah merupakan amalan yang mempunyai banyak kelebihan dan keajaiban bagi sesiapa yang mengamalkannya (Mu’allim 2018). Remaja cemerlang yang mengalami stres boleh mengamalkan sedekah sebagai pengubat hati. Sedekah tidak perlu kepada jumlah yang banyak dan tidak juga semestinya berbentuk duit. Memudahkan urusan orang lain juga merupakan sedekah.Terdapat pelbagai cara untuk bersedekah antaranya; berkongsi ilmu, membantu rakanrakan yang berada di dalam kesusahan dengan menghulurkan tenaga dan buah fikiran serta sumbangan kewangan mengikut kemampuan masing-masing. Antara adab-adab memberi sedekah ialah hendaklah memberi sedekah semata-mata kerana Allah yang Maha Esa malah dituntut bersedekah ketika masih sihat dan sedekah yang dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain (Harussani 2004).


411 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Begitu juga dengan perkara muhasabah diri bagi setiap diri agar dapat melihat semula kelemahan dan kelebihan yang ada. Dengan muhasabah diri, seseorang yang dalam konflik dan stres akan dapat memperbaiki diri dengan menilai semula kekuatan dan kelemahan yang ada padanya (Andriyani 2017). Remaja cemerlang biasanya akan mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memperbaiki kelemahan diri masing-masing (Sarimah et al. 2011). Dengan bantuan ibu bapa dan guru, remaja akan lebih mudah untuk mengenal pasti kekurangan dan kelebihan yang ada di dalam diri. Yang paling penting selain mencari ikhtiar dan solusi atas masalah yang dihadapi adalah sentiasa memikir dan meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah yang Maha Esa dalam setiap urusan kehidupan dengan memperbanyakkan doa (H. Maman Sutarman 2018) (Izzati, (2020)). Dalam kehidupan yang nyata ini, manusia tidak dapat menafikan atau menolak kehadiran berbagai masaalah dalam kehidupan seperti kata peribahasa ‘disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari’, sama ada seseorang itu bersedia atau tidak, ujian pasti berlaku. Kegagalan seseorang itu untuk melihat konflik sebagai ujian yang perlu ditempuh, akan mengundang suasana yang lebih parah apabila bahagia yang masih tersisa semakin terhakis seperti seorang isteri yang kematian suami, jika isteri terlalu bersedih ke atas kematian suaminya dan tidak bersedia untuk bangkit dari kesedihan itu dan keadaan ini akan memberi kesan yang negatif kepada psikologi anak-anak yang perlu dipelihara, diberi kasih sayang dan diberi pendidikan yang sempurna. Maka inilah kelangsungan perjuangan yang perlu diteruskan.Sebagai seorang Islam,harus meyakini bahawa ujian yang Allah yang Maha Esa hadapkan itu masih dalam batas kemampuan seseorang itu sebagaimana firman Allah yang Maha Esa dalam surah al- Baqarah ayat 286 yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” . Di sisi Islam ujian yang dihadapkan terhadap seseorang adalah sebagai menguji kemantapan iman dan Allah yang Maha Esa tidak menguji hamba-hambaNya di luar batas kemampuan hamba itu sendiri. Manusia itu diciptakan oleh Allah yang Maha Esa, sudah pasti Allah yang Maha Esa mengetahui kerana yang menetapkan takdir juga adalah Allah yang Maha Esa. Dalam tempoh berlakunya sekatan pergerakan akibat berlakunya Covid 19 yang melanda dunia telah mengakibatkan implikasi psikososial berlaku dalam kalangan individu terutama kepada isi rumahtangga. Kehilangan pekerjaan dan sumber kewangan ketika pandemik merupakan situasi yang benar-benar berlaku bagi sebilangan besar penduduk di kebanyakan negara yang mengundang kepada berlakunya krisis sosial dalam kalangan masyarakat. Berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, kebanyakan negara yang melaksanakan perintah berkurung, kuarantin atau sekat keluar masuk (lockdown) telah berhadapan dengan pelbagai cabaran besar seperti peningkatan masalah keganasan rumah tangga (KRT). Malaysia tidak terkecuali dalam mengalami isu KRT ketika pandemik yang menunjukkan statistik peningkatan kes ketika PKP dilaksanakan. Mittal & Singh (2020) menyatakan bahawa perintah


412 e-Prosiding SAHiConfEd’22 berkurung telah menyebabkan perubahan gaya hidup individu yang drastik saban hari. Perintah berkurung juga memburukkan lagi keadaan golongan rentan terutama wanita yang sudah sedia bermasalah dengan kes-kes keganasan dan tekanan ekonomi semasa menghadapi krisis pandemik. (Ramli, 2021) Dalam sebuah kajian menyatakan terdapat dua faktor utama yang mendorong kepada berlakunya konflik atau keruntuhan rumahtangga di kalangan masyarakat iaitu faktor dalaman dan faktor luaran iaitu kesedaran terhadap hak dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Bagi Islam dua perkara ini adalah faktor yang sangat penting dalam membincangkan perihal rumahtangga. Secara hakikatnya perkahwinan menghalalkan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan seterusnya menimbulkan hak dan kewajipan antara keduadua mereka. Sebaliknya konflik berlaku mengakibat kehidupan suami isteri sentiasa berada di dalam suasana yang tidak harmoni dan berkonflik dan saling benci-membenci di antara satu sama lain dan bahagia yang diharapkan berakhir dengan penderitaan contoh suami isteri mudah bertengkar, saling tuduh menuduh, dan maki hamun sesama sendiri, atau berlaku perselisihan suami isteri, sementara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan mereka kelihatan damai tetapi hakikatnya kehidupan mereka hambar, tidak mesra dan renggang. Keadaan rumahtangga yang sedemikian memberi kesan yang mendalam terhadap pertumbuhan jiwa anak-anak (Rahman, 2020). Konflik hubungan yang wujud dalam rumah tangga atau keluarga sering menimbulkan perasaan negatif dalam hubungan rumah tangga, jika tidak diuruskan dengan efektif, boleh mencetuskan bibit-bibit keretakan dalam hubungan suami dan isteri. Sekiranya masalah ini tidak dapat ditangani dengan baik dan matang, dibimbangi berlakunya perceraian ekoran masalah rumah tangga yang dihadapi (Abe Sophian et al., 2014). Oleh kerana itu menangani konflik ialah dengan melihat dan memahami permasalahan yang dihadapi agar konflik yang wujud dapat diselesaikan dengan sempurna (Edward De Bono, 1985). Berbagai usaha dilakukan untuk membendung konflik dalam rumahtangga namun proses ini menemui kegagalan dan konflik rumahtangga membawa kepada perceraian. Kadar perceraian semakin meningkat dari masa ke semasa. Justeru kerana kegagalan ini telah menimbulkan konflik baru yang melibatkan anak-anak, guru, saudara mara dan juga perhubungan kekeluargaan dan sebagainya lagi.Pengaruh konflik dalam rumahtangga ini sebenarnya sangat besar kepada keharmonian sosial, ekonomi dan politik setempat. (MANSOR, 2022) (REPORTERS, 2021). 7. Kaunseling Individu Dengan Pendekatan Al-Ghazali Konflik boleh tangani dengan mendapat perkhidmatan kaunseling kerana proses pertolongan yang professional dari kaunselor dapat membantu individu untuk memahami punca konflik yang sedang berlaku. Kaunseling bukan nasihat tetapi dalam perkhidmatan kaunseling dapat


413 e-Prosiding SAHiConfEd’22 membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Kebimbangan pasangan atau rumahtangga terhadap konflik yang berlaku agar sentiasa dalam kerahsiaan dapat diatasi kerana setiap kaunselor memegang amanah itu. Kaunseling memegang prinsip kerahsiaan. Ini bermakna segala rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling adalah RAHSIA dan SULIT mengikut Peraturan Kaunselor (Kelakuan dan Tatatertib) 1999 dan Akta Kaunselor 1998 (Unit Pengurusan Psikologi, 2017). Sehubungan dengan ini juga, kaunseling mempunyai objektif yang jelas seperti meningkatkan pembangunan personel potensi diri dan kematangan sosial dan juga membolehkan individu lebih bertanggungjawab dan mampu mengendalikan tingkahlakunya. Perkhidmatan kaunseling juga membantu individu agar lebih bersikap terbuka dan mampu membuat pilihan yang terbaik bagi diri sendiri disamping membantu klien dari berterusan dalam gangguan emosi dan pemikiran yang celaru (inexplicable) , Disamping itu dapat membantu individu menyesuaikan diri dengan cabaran dalam suasana persekitaran dan membantu individu menilai kekuatan dan kelemahan diri. Namun proses membantu ini belum dapat mencapai tujuan yang sebenar sekiranya seorang kaunselor gagal membawa klien untuk mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa seperti dalam firmanNya dalam surah adz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” Sesungguhnya bahagia yang hakiki adalah apabila seorang hamba itu dapat mengabdikan dirinya kepada Allah yang Maha Esa. Sementara konflik atau masaalah adalah asam garam dalam kehidupan berumahtangga yang harus dilihat sebagai ujian kehidupan bagi seseorang yang perlu ditempoh dan diselesaikan dengan berhikmah berpandu kepada ajaran Islam. Firman Allah yang Maha Esa dalam surah Al-‘Ankabut ayat 2 – 3 yang bermaksud “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah yang Maha Esa tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta. Demikian Allah yang Maha Esa akan menguji manusia melalui bencana, malapetaka, kesusahan dan kepayahan bagi melatih kesabaran serta memperteguhkan keimanan dalam melaksanakan perintah dan menjauhi laranganNya seperti yang dinyatakan dalam firman Allah yang Maha Esa dalam Surah al-Baqarah ayat 155-156 yang bermaksud “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu


414 e-Prosiding SAHiConfEd’22 kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah Subhana-HuaTa’ala dan kepada-Nyalah kami kembali.” Sesungguhnya Allah yang Maha Esa menjadikan ujian untuk menguji manusia.Bagaimana manusia itu menangani ujian-ujian tersebut dan kepada siapa harus manusia itu meminta pertolongan akan menjadi kayu ukur kepada keimanan seseorang kepada PenciptaNya.Adakah seseorang itu akan berakhir hanya dengan meminta pertolongan kepada manusia sahaja tanpa melihat yang menyelesaikan masaalah atau meleraikan konflik sebenarnya adalah Allah yang Maha Esa Adakah rasa syukur hanya kerana perkara dihajati diperolehi tanpa melihat hikmah dari pemberian itu perlu mendapat keredhoan Allah.Adakah apabila sesuatu konflik tidak dapat diselesaikan maka musnahlah segala harapan dan berputus asa tanpa melihat keagungan Allah yang Maha Esa yang mampu mengantikan sesuatu yang lebih baik dari itu. Sebenarnya dari ujian atau konflik itu terdapat beberapa ilmu tentang kehidupan yang bakal diperolehi agar manusia itu meyakini bahawa setiap kejadian bencana atau konflik merupakan ujian dan peringatan atas ketentuan dan kekuasaan Allah yang Maha Esa. Sebagai takdir yang telah tertulis dan manusia dituntut untuk menyedari hikmah di sebalik bencana yang menimpa yang perlu diinsafi dan diambil iktibar (JAKIM, 2018). Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4 Fasa 5 Proses membina hubungan & Pengstrukturan Proses penerokaan Mengenal pasti masalah Proses mengambil tindakan. Proses penamatan dan susulan Repo Mendapat kepercayaan klien Membina matlamat Pelbagaikan tindakan Kaunselor membuat penamatan Tujuan Kaunseling Tempoh masa 30-45 min Penerangan klien Mencadangkan berbagai alternatif Pilihan ditangan klien Program pemantapan Rajah 1: Proses kaunseling individu (membina hubungan, penerokaan, mengenal pasti masalah, membina matlamat, menyemak alternatif, mengambil tindakan, penamatan, dan susulan.) 8. Menangani Ujian Dengan Iman Justeru itu, konflik perlu ditangani dengan iman. Manusia sebagai hamba Allah yang Maha Esa harus senantiasa menghambakan diri dengan menyembah hanya kepada Allah yang Maha Esa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala laranganNya. Hamba Allah ertinya hidupnya hanya untuk beribadah kepada Allah yang Maha Esa. Oleh itu setiap pekerjaan seperti mencari harta, mencari rezeki, mencari ilmu, mencari pangkat atau kedudukan, semuanya harus diniatkan untuk mengabdi kepada Allah yang Maha Esa semata-semata.


415 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Seperti yang dijelaskan, dua tugas utama manusia iaitu sebagai khalifah (wakil) Allah di bumi dan sebagai hamba Allah yang senantiasa beribadah kepada-Nya. Oleh kerana itu, manusia senantiasa berikhtiar dengan benar dan berdaya-upaya dengan sungguh-sungguh dan dengan pemikiran yang matang bertindak bersandarkan dalil al-Quran dan Hadis serta mendapat nasihat daripada mereka yang arif. Selanjutnya setelah berusaha dengan diiringi dengan doa dan menyerah sepenuhnya kepada Allah Ta’ala Dzat Yang Maha Mengetahui. Jelasnya, tanpa agama jiwa manusia akan kosong, ketenangan dan kebahagiaan akan hilang. Kekosongan jiwa manusia boleh diisi dengan mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Esa. Manusia adalah makhluk yang fitrahnya cenderung kepada agama seperti dinyatakan dalam firman Allah surah ar-Rum ayat 30, “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,” Menurut Iman al-Ghazali, jiwa manusia ada dua kecenderungan iaitu ke arah syahwat dan amarah yang boleh membawa kepada kerakusan sekira tidak dibendung.Keadaan ini boleh berlaku kerana lemahnya akal dan kelalaian manusia dalam mengingati Allah. Sebaliknya kalau jiwa itu dikawali dengan iman akan menghasilkan perilaku yang sihat, tenang, merasa bersyukur dan kecukupan ,takwa, malu dan sebagainya lagi (Azah, 2011).Oleh itu jiwa perlu diisi dengan sentiasa mengingat Yang Maha Berkuasa. seperti firman Allah dalam surah arRad ayat 28 yang bermaksud, “orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” Menangani konflik dalam kehidupan memerlukan kesabaran kerana ada masalah yang tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat dalam rumah tangga antaranya sikap kerjasama antara dua pihak yang berkonflik dan mencari alternatif penyelesaian untuk kepentingan bersama (Zainal Ariffin Ahmad, 2007). Selain itu, pihak ketiga berperanan dalam membantu menyelesaikan sesuatu konflik yang berlaku. Nilai, ketrampilan dan pola interaksi dalam keluarga yang berkualiti berupaya mencorak keluarga yang kukuh dan berperanan serta tiada konflik (Rozumah & Rumaya, 2013) (Mariam Abd Majid, Palm Garden Hotel, Putrajaya 2018). 9. Kesimpulan Menikmati bahagia dalam hidup adalah impian setiap manusia, namun konflik berlaku juga mencabar keimanan dan kesabaran.Islam mengajar manusia untuk menangani konflik dengan keimanan dengan mencontohi peribadi-peribadi mulia.Setiap konflik yang ditangani dengan


416 e-Prosiding SAHiConfEd’22 iman dan amal akan mencegah manusia dari putus asa, kecewa yang melampau dan perlakuan yang merugikan diri sendiri. Seorang yang beriman akan menangani konflik dengan mengharap petunjuk dan pertolongan dari Allah yang Maha Esa. Selain dari itu, seseorang itu boleh mendapatkan bantuan seperti perkhidmatan kaunseling agar dapat celik akal dan mengatasi konflik dengan bijaksana. Sesungguhnya banyak perkara yang tak terjangkau oleh fikiran, berlaku tanpa diduga dan setiap manusia tidak mempunyai kemampuan untuk menjangka dengan tepat bilakah saat ujian itu akan berlaku walaupun manusia telah berusaha mengambil langkah-langkah bagi mempastikan perkara itu tidak terjadi seperti kata peribahasa ‘disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari’. Dengan kerana itu, sebagai hamba Allah, matlamat terakhir yang ingin dicapai ialah menerima ketentuan Allah yang Maha Esa dengan sabar dengan mengharap keredhaanNya. Rujukan Azah, N. (2011). Kaedah menangani Strees dengan Solat. Journail of Islam and Arabic Education. Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/3158/1/31.pdf Don, A. (2017, Oct — 12). SEISMIK. Retrieved from https://says.com/my/seismik/tabiat-malasrakyat-malaysia-yang-membazirkan-wang Haeri, S. F. (2003). Al-Hikam. In Al-Hikam (L. D. Fuaida, Trans., 1 ed., p. 19). Jakarta, Indonesia: PT SERAMBI ILMU SEMESTA. Ithnin, H. (2022). Harian Metro. Retrieved from https://www.msn.com/en-my/news/berita/jadimatang-lepas-cerai/arAA10HnW9?ocid=msedgntp&cvid=77457340974f4e03b3c5390521138423: [email protected] Izzati, N. ((2020)). Pengurusan Stres Remaja Cemerlang. Jurnal Hadhari 12 (2), 127 - 155. Jaapar, N. Z. (2011). Model Keluarga Bahagia Menurut . Jurnal Fiqh, No. 8 , 25-44. JAKIM (Ed.). (2018, OKTOBER 5). Hikmah Di Sebalik Ujian Allah Swt. Retrieved from https://www.islam.gov.my/images/eKhutbah/Khutbah Khozin, M. (2018, November). Muhammad Abduh dan Pemikiran-Nya. SASTRANESIA Jurnal Indonesia Program Pengajian Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia 3(3). doi:DOI:10.32682/sastranesia.v3i3.850 MANSOR, Z. (2022, OGOS 21). KOSMO. Retrieved from KOSMO: https://www.kosmo.com.my/2021/08/24/sehari-132-pasangan-bercerai/ MANZOR, Z. (2022, gos 21). KOSMO. Retrieved from KOSMO. Mariam Abd Majid. (Palm Garden Hotel, Putrajaya 2018, August 7 ). FAKTOR KONFLIK RUMAHTANGGA DAN KAEDAH MENGATASI:. INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th((5th IRMIC 2018)). Nadzri, S. I. ( 24 JANUARI ). Polemik Perceraian di Malaysia . Perspektif TSIS, 2020. Noor, A. Y. (2016, August ). PENGURUSAN STRESS MENURUT AL-QURAN DAN HADITH. RESEARCH GATE. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/307639750


417 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rahman, N. S. (2020, November 24 & 25). KERUNTUHAN RUMAH TANGGA: PUNCA DAN SOLUSINYA. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020) – Dalam Talian. Ramli, M. W. (2021). Pandemik COVID-19 dan keganasan rumah tangga: Suatu tinjauan semasa. Malaysian Journal of Society and Space 17( issue 3), 137-152. doi:2021-1703- 10 REPORTERS, F. (2021, September 15). Retrieved from FREE MALAYSIA TODAY: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan Saniah, W. (n.d.). Academia. Retrieved from https://www.academia.edu/5753108/Apa_Apa_Itu_Itu_Kaunseling_Kaunseling_: e-- mail:[email protected]@kukum.edu.my Syaibah, N. (2016). PERCERAIAN DALAM KALANGAN PASANGAN DEWASA PERTENGAHAN DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT (PAIDHL): EKSPLORASI FAKTOR. Malaysian, Journal of Social Science, 36-52. Unit Pengurusan Psikologi, K. (2017). Kaunseling. Retrieved from https://www.mohr.gov.my/psikologi/index.php/about-us. .


418 e-Prosiding SAHiConfEd’22 I-Notes: Memperkasakan Pembelajaran Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Bagi Subjek Matematik Nurul Ashikin bt Saat, Usha Devi a/p Ramasundram, Abiramy a/p Subramaniam, Nor Shaharina bt Md Nor [email protected] Abstrak Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) interaktif adalah satu pendekatan interaksi secara digital. Konsep pembelajaran abad ke -21 ini adalah sejajar dengan revolusi industri keempat (IR4.0) serta visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian ini dijalankan untuk mengkaji bagaimana bahan pembelajaran digital dapat memperkasakan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ). Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, pelajar KMKJ didapati kurang berminat dan kurang bermotivasi untuk melakukan pembelajaran kendiri dalam subjek Matematik kerana bahan rujukan yang dibekalkan tidak menarik. Bagi menangani masalah ini, kaedah interaksi interaktif I-Notes telah dihasilkan untuk topik Number System. I-Notes adalah bahan interaktif dengan gabungan beberapa aplikasi digital yang dihasilkan oleh pensyarah Matematik KMKJ. Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada 52 orang pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Instrumen kajian telah diadaptasi dari RATTC Self-Directed Learning Scale dan ARCS Model of Motivation. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan min bagi keberkesanan I-Notes terhadap pembelajaran kendiri pelajar sebanyak 2.651 manakala peningkatan min bagi tahap motivasi pelajar untuk melakukan pembelajaran kendiri juga telah meningkat sebanyak 3.139. Ini membuktikan bahawa kaedah PdP interaktif memberi impak positif terhadap keinginan pelajar untuk melakukan pembelajaran kendiri. Selain itu pendigitalan bahan PdP dapat merealisasikan pengajaran dan pembelajaran bermakna ke arah kecemerlangan pendidikan. I-Notes boleh ditambahbaik dengan menjadikan ia sebagai satu aplikasi mudah alih untuk telefon pintar.


419 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Kata Kunci : I-Notes, Pembelajaran kendiri, Interaktif, Bahan digital 1. Pendahuluan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berevolusi sejajar dengan perkembangan semasa dan keperluan terkini. Kini, demi melahirkan modal insan yang lebih bersedia untuk revolusi industri 4.0, Program Matrikulasi menuntut pelajar-pelajar untuk menjadi aktif dan bertanggungjawab dalam mengelola pembelajaran kendiri. Pembelajaran kendiri adalah salah satu strategi alternatif yang menyumbang kepada pencapaian akademik (Ali et al., 2012; Muhammad & Kutty, 2021). Pembelajaran kendiri juga membolehkan pelajar untuk memilih secara sukarela aktiviti pembelajaran mereka dan menetapkan matlamat pembelajaran mereka sendiri (Salman & Mohamad Rasli, 2021). Number System adalah topik dalam kursus Matematik bagi Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Topik ini adalah topik pertama yang akan dipelajari dalam Semester 1. Berdasarkan spesifikasi kurikulum yang dibekalkan, masa yang diperuntukkan untuk mengajar topik ini adalah 3 jam kuliah dan 4 jam tutorial. Manakala masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran kendiri bagi topik ini ialah 7 jam. Namun begitu, para pendidik mendapati pelajar-pelajar di kolej Matrikulasi jarang sekali melakukan pembelajaran kendiri, terutamanya dalam subjek Matematik. Oleh itu, penyelidikan ini dilaksanakan untuk meninjau strategi pelaksanaan pembelajaran kendiri di kalangan pelajar dan membangunkan bahan interaktif untuk topik Number System menggunakan platform digital. Kajian menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung menggunakan platform digital untuk mempelajari topik Number System (Azita Ali et al., 2021). Ini adalah kerana platform digital didapati lebih efektif, menarik dan sesuai dengan perkembangan dan kehendak pembelajaran semasa (Salma et al., 2021). Penggunaan bahan interaktif juga mampu meningkatkan tahap kognitif pelajar dalam subjek matematik (Gufron et al., 2018). Maka, objektif kajian ini adalah untuk mengetahui keberkesanan bahan pembelajaran kendiri yang dibangunkan dan sejauh manakah bahan tersebut dapat memotivasikan pelajar untuk melakukan pembelajaran kendiri jika dibandingkan dengan bahan pembelajaran konvensional, iaitu nota kuliah.


420 e-Prosiding SAHiConfEd’22 2. Pernyataan Masalah Para pensyarah Matematik sering berhadapan dengan isu di mana para pelajar tidak dapat menjawab soalan yang diberikan semasa sesi tutorial walaupun sudah diajar di dalam kuliah. Terdapat pelajar yang menunjukkan reaksi bosan apabila disuruh merujuk nota yang dibekalkan. Apabila diberikan kuiz untuk topik tersebut, kebanyakan pelajar mendapat markah yang rendah. Pensyarah mendapati para pelajar ini kurang bermotivasi untuk melakukan pembelajaran kendiri dan nota kuliah mereka juga tidak diisi dengan penyelesaian yang lengkap. Apabila pensyarah bertanyakan kepada pelajar tentang sebab mereka tidak melakukan pembelajaran kendiri, mereka memberikan beberapa alasan. Antaranya, bahan yang dibekalkan tidak menarik dan tidak interaktif. Selain itu, apabila mereka ingin mencari sendiri bahan rujukan, mereka mendapati sebahagiannya tidak menepati silibus matrikulasi dan ia memakan masa yang lama untuk mendapatkan bahan yang sesuai. Pelajar A: “Saya tidak dapat mencari bahan dari internet..agak susah nak tentukan yang mana satu yang berkait dengan topik ini” Pelajar B: “....entah kandungan dalam youtube tu betul atau tidak....nanti madam akan marah kalau saya guna cara yang salah..” Pelajar C: “.....maaf madam, saya macam tak sempat je nak buat pembelajaran kendiri...saya lupa..” Pelajar D: “ ....saya terlelap bila nak buat pembelajaran kendiri...saya perasan dah beberapa kali saya cuba baca, mesti terlelap...” Pelajar E: “...hmmm...buku rujukan yang saya jumpa tu...cara yang ditulis tu lain sikit daripada apa yang madam ajar...saya tak tahu yang mana nak ikut...” Pelajar F: “ Saya tak jumpa buku rujukan di perpustakaan....hmm..mungkin saya tak pandai nak cari..” Pensyarah juga mendapati sesetengah bahan rujukan yang boleh diperolehi dari alam maya kurang tepat, tidak sahih dan boleh menyebabkan pelajar tersalah konsep. Oleh itu, pensyarahpensyarah Matematik telah merancang untuk menyediakan bahan rujukan yang boleh digunakan oleh pelajar untuk melakukan pembelajaran kendiri. 3. Objektif Objektif umum: Meningkatkan keinginan pelajar untuk melaksanakan pembelajaran kendiri.


421 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Objektif khusus: 1. Mengkaji keberkesanan bahan pembelajaran kendiri yang dibangunkan. 2. Mengukur tahap motivasi pelajar untuk melakukan pembelajaran kendiri menggunakan bahan yang dibangunkan. 4. Bahan dan Kaedah Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan bagi melihat perubahan pada sikap pelajar untuk melakukan pembelajaran kendiri dalam subjek Matematik. Proses menjalankan kajian tindakan mengikut gelung dilakukan berdasarkan Model Kemmis dan Mc Taggart (1998) di mana kajian tindakan dijalankan dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat; mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Kajian ini melibatkan dua gelung seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Rajah 1: Kitaran Kajian Tindakan (Sumber: Model Kemmis dan Mc Taggart 1998) Pada gelung yang pertama, iaitu pada Fasa Pertama kajian, seramai lapan orang pensyarah unit Matematik telah membuat perbincangan mengenai proses pembelajaran kendiri yang harus dilakukan oleh pelajar Matrikulasi sebagai sebahagian daripada Student’s Learning Time (SLT) seperti yang termaktub di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik bagi Program Matrikulasi. Jika sebelum ini, pelajar dikehendaki menulis nota sendiri sewaktu kuliah, kini para pensyarah telah merancang untuk menyediakan nota kuliah supaya pelajar lebih mudah untuk merujuk dan melakukan pembelajaran kendiri.


422 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Proses penyediaan ini telah mengambil masa selama 3 bulan dan bahan yang disediakan adalah untuk topik pertama dalam semester satu pengajian Matrikulasi. Nota kuliah yang disediakan disertakan dengan latihan dan kuiz bertulis. Seterusnya, nota yang disediakan diedarkan kepada pelajar sesi 2020/2021 dan setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi topik yang pertama untuk semester satu iaitu Number System, para penyelidik telah mendapatkan maklum balas daripada pelajar-pelajar. Pada gelung yang kedua, iaitu pada Fasa Dua kajian ini, proses refleksi dilakukan berdasarkan dapatan daripada soal-selidik yang dijalankan pada Fasa Pertama. Hasil kajian menunjukkan pelajar masih tidak berminat dan kurang melakukan pembelajaran kendiri bagi topik Number System. Dapatan kajian juga menjurus kepada keperluan untuk menghasilkan nota dalam bentuk digital yang lebih interaktif. Oleh yang demikian, idea untuk menghasilkan I-Notes tercetus di kalangan penyelidik. Sekumpulan penyelidik yang mempunyai pengalaman yang luas dalam mengajar subjek Matematik serta kepakaran dalam bidang pendigitalan telah bergandingan untuk menghasilkan I-Notes. Rajah 2 menunjukkan metodologi yang digunakan untuk membangunkan I-Notes berpandukan model ADDIE. Rajah 2: Fasa dalam pembangunan I-Notes menggunakan Model ADDIE Model ADDIE telah dipilih berdasarkan objektif kajian dan batasan penyelidikan. Model ini digunakan untuk membangunkan bahan interaktif secara berstruktur dan sistematik secara langkah demi langkah. Elemen yang digunakan dalam penyediaan I-Notes termasuk teks, audio, video, animasi, grafik dan latihan dalam bentuk yang lebih interaktif. Rajah 3 menunjukkan paparan utama dalam I-Notes.


423 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rajah 3: Paparan utama dalam I-Notes Pilihan sampel adalah 104 orang pelajar daripada jurusan Elektrik dan Elektronik dari sesi 2021/2022. Pemilihan sampel adalah daripada kumpulan pelajar yang diajar oleh pensyarah yang sama bagi memastikan tiada pengaruh gaya pengajaran pensyarah kuliah yang berbeza pada kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan. Pensyarah membekalkan nota kuliah konvensional kepada pelajar dalam kumpulan kawalan dan I-Notes kepada pelajar dalam kumpulan sasaran pada minggu pertama bulan Julai. Pelajar kemudian diberi masa selama sebulan untuk menggunakan bahan yang dibekalkan sebagai rujukan untuk melakukan pembelajaran kendiri. Keberkesanan I-Notes dalam mengubah sikap pelajar untuk melakukan pembelajaran kendiri telah diukur dengan menggunakan kaedah soal-selidik. Borang soal selidik yang disediakan telah diadaptasi daripada RATTC Self-Directed Learning Scale (Kirwan et al., 2014) dan ARCS Model of Motivation (Keller, 2012). Pada Bahagian A, keberkesanan bahan yang dibekalkan telah diukur menggunakan empat konstruk iaitu, perubahan dari segi pengetahuan dan tanggungjawab kendiri serta keupayaan sebagai strategi pembelajaran dan bahan interaktif. Pada Bahagian B pula, motivasi pelajar untuk menggunakan bahan yang dibekalkan bagi pembelajaran kendiri diukur menggunakan empat konstruk iaitu, minat, kebolehgunaan, keyakinan diri dan kepuasan. Kedua-dua kumpulan pelajar, sasaran dan kawalan telah menjalani sesi soal selidik menggunakan dua set borang soal selidik disediakan melalui Google Forms. Responden diminta untuk memberikan maklum balas dengan menandakan pada ruang berkenaan berdasarkan skala Likert 5-tahap.


424 e-Prosiding SAHiConfEd’22 5. Dapatan Kajian Untuk tujuan analisis, data kajian telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama melibatkan soalan yang mengkaji tahap keberkesanan bahan yang dibekalkan terhadap pembelajaran kendiri pelajar manakala bahagian kedua melibatkan soalan yang mengkaji tahap motivasi pelajar melakukan pembelajaran kendiri menggunakan bahan yang dibekalkan. Datadata ini kemudiannya diproses menggunakan perisian SPSS 26 for Windows. Bagi analisis data deskriptif, kajian ini menggunakan min dan sisihan piawai. Interpretasi tahap berdasarkan nilai min adalah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Interpretasi julat min skala Likert 5 tahap Julat min Tahap 1.00-2.33 Rendah 2.34-3.67 Sederhana 3.68-5.00 Tinggi (Sumber: Jamil 2002) Berdasarkan jadual 1, nilai min di antara 1.00 hingga 2.33 menunjukkan interpretasi persepsi pada tahap yang rendah, nilai min 2.34 hingga 3.67 pula menunjukkan persepsi pada tahap yang sederhana. Manakala nilai min 3.68 hingga 5.00 menunjukkan nilai min persepsi pada tahap tinggi. 5.1 Tahap Keberkesanan Nota Kuliah Terhadap Pembelajaran Kendiri Pelajar Tahap keberkesanan nota kuliah terhadap pembelajaran kendiri pelajar ditentukan mengikut empat konstruk yang diukur iaitu pengetahuan, tanggungjawab kendiri, strategi pembelajaran dan interaktif. Hasil analisis daripada kumpulan kawalan menunjukkan, aspek pengetahuan berada pada tahap sederhana (min=2.99, s.p=0.069) dan aspek tanggungjawab kendiri berada pada tahap rendah (min=1.075, s.p=0.246). Bagi aspek strategi pembelajaran pula, ia berada pada tahap sederhana (min=3.5, s.p=0.269) manakala aspek interaktif berada pada tahap rendah (min=1.986, s.p=0.217). Hasil analisis mencadangkan bahawa tahap keberkesanan nota kuliah terhadap pembelajaran kendiri pelajar berada pada tahap rendah dengan nilai min keseluruhan 2.3075 dan sisihan piawai 0.1371. Berdasarkan dapatan tersebut, persepsi pelajar secara keseluruhan didapati agak negatif terhadap penggunaan nota kuliah seperti dalam Jadual 2.


425 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Jadual 2: Tahap Keberkesanan Nota Kuliah Terhadap Pembelajaran Kendiri Pelajar Mengikut Konstruk Konstruk Min s.p Tahap Pengetahuan 2.990 0.069 Sederhana Tanggungjawab kendiri 1.075 0.246 Rendah Strategi pembelajaran 3.500 0.269 Sederhana Interaktif 1.986 0.217 Rendah 5.2 Tahap Motivasi Pelajar Melakukan Pembelajaran Kendiri Dengan Menggunakan Nota Kuliah Tahap motivasi pelajar melakukan pembelajaran kendiri pelajar menggunakan nota kuliah diukur mengikut empat konstruk iaitu minat, kebolehgunaan, keyakinan diri dan kepuasan. Hasil analisis daripada kumpulan kawalan menunjukkan, aspek minat berada pada tahap rendah (min=1.045, s.p=0.127), aspek kebolehgunaan pada tahap rendah (min=1.057, s.p=0.146), aspek keyakinan diri pada tahap sederhana (min=3.66, s.p=0.139) dan aspek kepuasan berada pada tahap rendah (min=1.00, s.p=0.00). Tahap keberkesanan nota kuliah terhadap pembelajaran kendiri pelajar berada pada tahap rendah dengan nilai min keseluruhan 1.826 dan sisihan piawai 0.1451. Dapatan tersebut mencadangkan tahap motivasi pelajar adalah sangat rendah ketika menggunakan nota kuliah seperti dalam Jadual 3. Jadual 3: Tahap Motivasi Pelajar Melakukan Pembelajaran Kendiri Dengan Menggunakan Nota Kuliah Mengikut Konstruk Konstruk Min s.p Tahap Minat 1.045 0.127 Rendah Kebolehgunaan 1.057 0.146 Rendah Keyakinan Diri 3.660 0.139 Sederhana Kepuasan 1.000 0.000 Rendah 5.3 Tahap Keberkesanan I-Notes Terhadap Pembelajaran Kendiri Pelajar Tahap keberkesanan I-Notes terhadap pembelajaran kendiri pelajar diukur mengikut empat konstruk iaitu pengetahuan, tanggungjawab kendiri, strategi pembelajaran dan interaktif. Hasil analisis mendapati aspek pengetahuan berada pada tahap tinggi (min=5.00, s.p=0.00), aspek tanggungjawab kendiri berada pada tahap tinggi (min=4.971, s.p=0.118), aspek strategi pembelajaran pada tahap tinggi (min=4.968, s.p=0.099) dan aspek interaktif juga berada pada tahap tinggi (min=4.910, s.p=0.288). Analisis menunjukkan keberkesanan I-Notes terhadap pembelajaran kendiri pelajar berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan 4.958 dan


426 e-Prosiding SAHiConfEd’22 sisihan piawai 0.14. Berdasarkan dapatan tersebut, persepsi pelajar secara keseluruhan didapati sangat positif terhadap penggunaan I-Notes seperti dalam Jadual 4. Jadual 4: Tahap Keberkesanan I-Notes Terhadap Pembelajaran Kendiri Pelajar Mengikut Konstruk Konstruk Min s.p Tahap Pengetahuan 5.000 0.000 Tinggi Tanggungjawab kendiri 4.971 0.118 Tinggi Strategi pembelajaran 4.968 0.099 Tinggi Interaktif 4.910 0.288 Tinggi 5.4 Tahap Motivasi Pelajar Melakukan Pembelajaran Kendiri Dengan Menggunakan INotes Tahap motivasi pelajar kumpulan sasaran melakukan pembelajaran kendiri menggunakan INotes diukur mengikut empat konstruk iaitu minat, kebolehgunaan, keyakinan diri dan kepuasan. Hasil analisis mencadangkan, aspek minat berada pada tahap tinggi (min=4.946, s.p=0.173) dan aspek kebolehgunaan juga berada pada tahap tinggi (min=5.000, s.p=0.000). Bagi aspek keyakinan diri pula, ia berada pada tahap tinggi (min=4.962, s.p=0.135) dan aspek kepuasan juga berada pada tahap tinggi (min=5.00, s.p=0.00). Dapatan ini menjelaskan tahap keberkesanan I-Notes terhadap pembelajaran kendiri pelajar berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan 4.965 dan sisihan piawai 0.113. Ini membuktikan tahap motivasi pelajar adalah sangat tinggi setelah menggunakan I-Notes seperti dalam Jadual 5. Jadual 5: Tahap Motivasi Pelajar Melakukan Pembelajaran Kendiri Dengan Menggunakan INotes Mengikut Konstruk Konstruk Min s.p Tahap Minat 4.946 0.173 Tinggi Kebolehgunaan 5.000 0.000 Tinggi Keyakinan Diri 4.962 0.135 Tinggi Kepuasan 5.000 0.000 Tinggi 5.5 Keberkesanan nota kuliah dan I-Notes Terhadap Pembelajaran Kendiri Pelajar Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar lebih cenderung untuk melakukan pembelajaran kendiri dengan menggunakan I-Notes untuk topik Number System. Keberkesanan bahan yang dibekalkan telah diukur berdasarkan empat konstruk, iaitu pengetahuan, tanggungjawab kendiri, strategi pembelajaran dan interaktif. Hasil tinjauan mendapati pengetahuan pelajar


427 e-Prosiding SAHiConfEd’22 yang menggunakan nota kuliah berada pada tahap sederhana berbanding dengan pengetahuan pelajar yang menggunakan I-Notes berada pada tahap tinggi. Tanggungjawab kendiri pelajar didapati telah meningkat setelah menggunakan I-Notes. Pelajar didapati lebih cenderung mengamalkan pembelajaran kendiri sebagai strategi pembelajaran setelah didedahkan dengan I-Notes. Ini adalah kerana pelajar dapat belajar sendiri tanpa mengharapkan pensyarah dan kuliah semata-mata. Pelajar juga menyatakan bahawa I-Notes lebih interaktif dan menarik berbanding dengan nota kuliah. Dapatan ini selari dengan kajian-kajian lepas yang menunjukkan bahan pembelajaran yang dibekalkan kepada pelajar mempengaruhi kecenderungan pelajar melakukan pembelajaran kendiri. Menurut kajian Muhammad dan Kutty (2021) pencapaian akademik melalui amalan regulasi kendiri mampu mempengaruhi dan meningkatkan pencapaian akademik. Penggunaan bahan PdP interaktif dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan yang tinggi (Hafifi & Corresponding, 2021; Salman & Mohamad Rasli, 2021). Kajian Örs (2018) telah melaporkan bahawa konstruk tanggungjawab kendiri telah meningkat hasil daripada pembelajaran kendiri. Strategi pembelajaran kendiri juga dilihat sebagai satu strategi yang berkesan dalam PdP. 5.6 Motivasi Pelajar Melakukan Pembelajaran Kendiri Kajian ini juga mendapati motivasi pelajar untuk melakukan pembelajaran kendiri meningkat setelah menggunakan I-Notes. Dapatan ini selari dengan kajian Jediut et al., (2021) yang mendapati teknologi sebagai media pembelajaran berupaya meningkatkan motivasi belajar siswa. Motivasi pelajar untuk melakukan pembelajaran kendiri telah diukur berdasarkan empat konstruk, iaitu minat, kebolehgunaan, keyakinan diri dan kepuasan. Hasil tinjauan mendapati minat pelajar yang menggunakan nota kuliah berada pada tahap sederhana berbanding dengan pelajar yang menggunakan I-Notes yang berada pada tahap tinggi. Dapatan ini disokong oleh kajian Joon Woei et al., (2021) di mana penggunaan bahan digital dalam PdP Sejarah turut mengubah minat dan sikap murid untuk belajar. Dari segi aspek kebolehgunaan, min bagi keberkesanan nota kuliah berada pada tahap rendah manakala min bagi keberkesanan I-Notes berada pada tahap tinggi. Laili & Rohayati (2018) juga mendapati kebolehgunaan bahan digital dengan pendekatan saintifik adalah gabungan yang sangat baik. Keyakinan diri pelajar juga meningkat apabila pelajar menggunakan I-Notes berbanding dengan nota kuliah. Menurut kajian Azita Ali et al., (2021) dan Daud et al., (2020) bahan yang menarik dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk melaksanakan pembelajaran kendiri sekali gus mewujudkan peluang yang bermakna untuk belajar. Pelajar juga menyatakan rasa kepuasan yang tinggi semasa menggunakan I-Notes berbanding dengan nota kuliah. Kajian Ramadhani et al., (2021) menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara bahan pembelajaran digital dan kepuasan belajar di kalangan pelajar siswa.


428 e-Prosiding SAHiConfEd’22 6. Kesimpulan Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa bahan pembelajaran dalam bentuk digital dapat menggalakkan pembelajaran kendiri di kalangan pelajar, terutamanya dalam subjek Matematik. Pelajar lebih melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran kendiri apabila dibekalkan bahan yang menarik dan interaktif kerana generasi Z adalah generasi yang telah terpengaruh oleh kemajuan teknologi dan mereka lebih cenderung menggunakan platform digital dalam pembelajaran. Selain itu, tanggungjawab pelajar pada proses pembelajarannya juga turut meningkat. Pensyarah juga berpuas hati dengan peningkatan prestasi pelajar mereka dan berasa lebih bersemangat untuk menjalankan proses PdP. I-Notes yang dibekalkan telah menjimatkan masa pensyarah untuk mengajar topik Number System dan menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Maka, adalah penting untuk para pendidik menitikberatkan elemen bahan interaktif dan aplikasi digital dalam penghasilan bahan PdP supaya pelajar lebih bermotivasi melakukan pembelajaran kendiri justeru mencapai hasil pembelajaran. I-Notes yang dibangunkan mudah dicapai dan mengikut silibus matrikulasi yang terkini. Kaedah penyelesaian masalah yang digunakan dalam I-Notes adalah yang paling mudah untuk difahami pelajar. Pensyarah menggunakan teknik Akronim untuk memudahkan pelajar mengingat semua langkah-langkah yang diperlukan dengan mudah. I-Notes juga mempunyai kuiz interaktif yang membolehkan pelajar terus menguji kefahaman mereka dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka. Selain itu, pelajar boleh mengakses video pendek yang disertakan dalam I-Notes. Video interaktif pendek yang menarik disertakan dalam I-Notes untuk menerangkan konsep - konsep yang sukar difahami. Pelajar hanya perlu mengimbas kod QR atau menekan pautan yang telah disertakan untuk melihat video dalam I-Notes. Pelajar mudah menjalankan pembelajaran kendiri dengan menggunakan I-Notes kerana I-Notes mempunyai elemen interaktif yang dapat menarik minat pelajar generasi Z. Namun begitu, I-Notes hanya boleh diakses dengan capaian internet. Pelajar juga memerlukan peranti elektronik untuk mengakses I-Notes. Selain itu, pelajar tidak boleh menambah sebarang catatan di dalam nota tersebut. I-Notes boleh ditambah baik dengan menjadikan keseluruhan nota tersebut sebagai satu video animasi pendek. Ini adalah kerana pelajar generasi Z lebih cenderung untuk menonton video kerana ia memudahkan mereka untuk menggarap dan mengingat konsep yang ingin diajar. I-Notes juga boleh dijadikan sebagai satu aplikasi mudah alih untuk telefon pintar. Rujukan Ahmad, J. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu penilaian [Inculcation of research culture among teachers in schools: An evaluation]. The National University of Malaysia.


429 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Ali, N., Abdullah, M. H., & Ab Rahman, A. (2012). Keberkesanan Modul Pembelajaran Kendiri Strategi Pemahaman Membaca Teks Bahasa Arab ( Mpk Spmba ) Untuk. 722– 739. Azita Ali, Lutfiah Natrah Abbas, & Azrinba Mohamad Sabiri. (2021). Keberkesanan Pembelajaran Gamifikasi dalam Pencapaian Pelajar bagi Topik Nombor Kompleks. Online Journal for TVET Practitioners, 6(2), 108–122. Daud, R., Abd Raman, N. A., & Abd Jalil, Z. (2020). Penggunaan Augmented Reality Video di Dalam Pendidikan TVET. International Journal of Education and Pedagogy, 2(1), 253–263. http://103.8.145.246/index.php/ijeap/article/view/8948/4024 Gufron, A., Darwan, D., & Winarso, W. (2018). Penggunaan Bahan Ajar Berbasis Multimedia Interaktif Terhadap Hasil Belajar Matematika Siswa. Inspiramatika, 4(2), 77–88. Hafifi, M., & Corresponding, P. (2021). Penggunaan Video Sebagai Medium Pembelajaran Kendiri Untuk Meningkatkan Produktiviti Belia Tani ( Using Video As Medium for SelfLearning To Elevate Youth Farming Productivity ). 4(1), 43–56. Jediut, M., Sennen, E., Ameli, C. V., Pgsd, P., Santu, U., Ruteng, P., Jend, J., & Yani, A. (2021). Manfaat Media Pembelajaran Digital Dalam Meningkatkan Motivasi Belajar Siswa SD Selama Pandemi Covid-19 Motivation of Elementary School Students During the Covid-19 Pandemic. Jurnal Literasi Pendidikan Dasar, 2(2), 1–5. Joon Woei, R. L., Bikar, S. S., Rathakrishnan, B., & Rabe, Z. (2021). Integrasi Permainan Media Word Wall dalam Pendidikan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(4), 69–78. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i4.765 Keller, J. M. (2012). ARCS Model of Motivation. Encyclopedia of the Sciences of Learning, 304–305. https://doi.org/10.1007/978-1-4419-1428-6_217 Kirwan, J. R., Lounsbury, J. W., & Gibson, L. W. (2014). An examination of learner selfdirection in relation to the big five and narrow personality traits. SAGE Open, 4(2). https://doi.org/10.1177/2158244014534857 Laili, Y. N., & Rohayati, S. (2018). Pengembangan Bahan Ajar Elektronik Berbasis Android Dengan Pendekatan Saintifik Pada Mata Pelajaran Perbankan Dasar SMK Negeri 2 Kediri. Jurnal Pendidikan Akuntansi (JPAK), 6(3), 255–262. Lomax, P. A. M. E. L. A. (1994). Action Research for Managing Change. In Improving Educational Management through Research and Consultancy. SAGE Publications. Muhammad, N., & Kutty, F. M. (2021). Hubungan Antara Pembelajaran Regulasi Kendiri dan Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik Abstrak The Relationship Between SelfRegulation and Motivation Towards Academic Achievement Abstract Pengenalan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(9), 215–229. Örs, M. (2018). The self-directed learning readiness level of the undergraduate students of midwife and nurse in terms of sustainability in nursing and midwifery education. Sustainability (Switzerland), 10(10), 1–14. https://doi.org/10.3390/su10103574 Ramadhani, Anwar, K., & Yuliansyah, M. (2021). Pengaruh Pembelajaran Digital Terhadap Motivasi Dan Kepuasan Belajar Siswa Pada Masa Pandemi Covid 19 Di Sman 7 Banjarmasin. Univeritas Islam Kalimantan. http://eprints.uniskabjm.ac.id/id/eprint/8865 Salma, S., Shokri, M., Salihan, S., Hafizan, M., & Hamid, A. (2021). Inovasi digital dalam


430 e-Prosiding SAHiConfEd’22 pengajaran & pembelajaran program Tahfiz di Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN ) [ Digital innovation in teaching & learning Tahfiz programme at Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN )]. 6(1), 495–507. Salman, N. A., & Mohamad Rasli, R. (2021). Koswer Multimedia Interaktif Berasaskan Web Bagi Tajuk ‘Discovering Computer’ Berkonsepkan Strategi Pembelajaran Kendiri. Journal of Engineering, Technology, and Applied Science, 3(3), 128–143. https://doi.org/10.36079/lamintang.jetas-0303.318


431 e-Prosiding SAHiConfEd’22 LAMPIRAN 1 Jadual 6: Tahap Keberkesanan Nota Kuliah Terhadap Pembelajaran Kendiri Pelajar No Item Min s.p Tahap 1 Saya mendapati nota kuliah yang dibekalkan sangat interaktif 1 0 Rendah 2 Saya lebih cekap mencari penyelesaian bagi soalan menggunakan nota kuliah 1.1132 0.2977 Rendah 3 Saya menggunakan nota kuliah yang dibekalkan untuk memahami perkara yang tidak diperjelaskan oleh pensyarah sewaktu PdP 2.0755 0.2691 Rendah 4 Nota kuliah yang dibekalkan tidak membantu saya untuk memahami topik Number System 4.9245 0.2691 Tinggi 5 Nota kuliah yang dibekalkan meningkatkan inisiatif saya untuk melakukan pembelajaran kendiri 1.0377 0.1942 Rendah 6 Saya dapat mencapai matlamat pembelajaran saya semasa melakukan pembelajaran kendiri menggunakan nota kuliah yang dibekalkan 1.0189 0.1387 Rendah 7 Nota kuliah yang dibekalkan telah mewujudkan peluang yang bermakna untuk belajar 1.0943 0.2977 Rendah 8 Nota kuliah yang dibekalkan mampu memberi peneguhan dalam topik Number System 1 0 Rendah 9 Nota kuliah yang dibekalkan tidak memberi sebarang kesan positif terhadap strategi pembelajaran saya 4.8302 0.4303 Tinggi 10 Saya berpendapat nota kuliah yang dibekalkan perlu disediakan dalam bentuk interaktif 4.9811 0.1387 Tinggi Min Keseluruhan 2.3075 0.1371 Rendah Jadual 7: Tahap Motivasi Pelajar Melakukan Pembelajaran Kendiri Dengan Menggunakan Nota Kuliah No Item Min s.p Tahap 1 Saya lebih kerap melaksanakan pembelajaran kendiri menggunakan nota kuliah yang dibekalkan 1.1132 0.3226 Rendah 2 Nota kuliah yang dibekalkan mampu merangsang sikap inkuiri saya 1 0 Rendah 3 Saya mampu mengekalkan perhatian saya sepanjang mempelajari bab ini dengan menggunakan nota kuliah yang dibekalkan 1.0189 0.1387 Rendah 4 Saya kurang bermotivasi untuk menggunakan nota kuliah yang dibekalkan 1.0566 0.416 Rendah 5 Nota kuliah yang dibekalkan mempengaruhi minat saya untuk melaksanakan pembelajaran kendiri 1 0 Rendah 6 Nota kuliah yang dibekalkan memberikan saya pengalaman yang baik dalam pembelajaran kendiri 1.0189 0.1387 Rendah 7 Nota kuliah yang dibekalkan tidak dapat membina harapan positif untuk kejayaan diri saya 4.9811 0.1387 Tinggi


432 e-Prosiding SAHiConfEd’22 8 Saya akan lebih bertanggungjawab ke atas pembelajaran saya sekiranya dibekalkan nota kuliah dalam bentuk digital 4.9811 0.1387 Tinggi 9 Saya lebih cenderung merujuk Nota kuliah daripada bahan rujukan lain bagi topik Number System 1.0943 0.2977 Rendah 10 Nota kuliah yang dibekalkan sejajar dengan pembelajaran abad ke -21 1 0 Rendah Min Keseluruhan 1.8264 0.1451 Rendah Jadual 8: Tahap Keberkesanan I-Notes Terhadap Pembelajaran Kendiri Pelajar No Item Min s.p Tahap 1 Saya mendapati I-Notes yang dibekalkan sangat interaktif 5.000 0.000 Tinggi 2 Saya lebih cekap mencari penyelesaian bagi soalan menggunakan I-Notes 4.904 0.298 Tinggi 3 Saya menggunakan I-Notes untuk memahami perkara yang tidak diperjelaskan oleh pensyarah sewaktu PdP 5.000 0.000 Tinggi 4 Saya dapati tiada perbezaan dari segi kefahaman saya dalam topik Number system sebelum dan setelah menggunakan I-Notes 1.058 0.235 Rendah 5 Bahan PdP interaktif seperti I-Notes meningkatkan inisiatif saya untuk melakukan pembelajaran kendiri 5.000 0.000 Tinggi 6 Saya dapat mencapai matlamat pembelajaran saya semasa melakukan pembelajaran kendiri menggunakan I-Notes 4.904 0.298 Tinggi 7 I-Notes yang dibekalkan telah mewujudkan peluang yang bermakna untuk belajar 4.904 0.298 Tinggi 8 I-Notes yang dibekalkan mampu memberi peneguhan dalam topik Number System 5.000 0.000 Tinggi 9 I-Notes tidak memberi sebarang kesan positif terhadap strategi pembelajaran saya 1.077 0.269 Rendah 10 Saya dapati tiada sebarang kelebihan pada I-Notes jika dibandingkan dengan bahan rujukan lain untuk mendorong pembelajaran kendiri 1.000 0.000 Rendah Min Keseluruhan 4.958 0.14 Tinggi Jadual 9: Tahap Motivasi Pelajar Melakukan Pembelajaran Kendiri Dengan Menggunakan INotes No Item Min s.p Tahap 1 Saya lebih kerap melaksanakan pembelajaran kendiri setelah menggunakan I-Notes 5.000 0.000 Tinggi 2 I-Notes yang dibekalkan mampu merangsang sikap inkuiri saya 4.923 0.269 Tinggi 3 Saya mampu mengekalkan perhatian saya sepanjang mempelajari bab ini dengan menggunakan I-Notes yang dibekalkan. 4.904 0.298 Tinggi 4 Saya lebih bermotivasi selepas menggunakan I-Notes yang dibekalkan 5.000 0.000 Tinggi 5 I-Notes yang dibekalkan mempengaruhi minat saya untuk melaksanakan pembelajaran kendiri 5.000 0.000 Tinggi


433 e-Prosiding SAHiConfEd’22 6 I-Notes yang dibekalkan memberikan saya pengalaman yang baik dalam pembelajaran kendiri 5.000 0.000 Tinggi 7 I-Notes yang dibekalkan tidak dapat membina harapan positif untuk kejayaan diri saya 1.000 0.000 Rendah 8 Saya lebih bertanggungjawab ke atas pembelajaran saya setelah menggunakan I-Notes 4.923 0.269 Tinggi 9 Saya lebih cenderung merujuk I-Notes daripada bahan rujukan lain bagi topik Number System 4.904 0.298 Tinggi 10 I-Notes yang dibekalkan menambatkan perasaan positif dalam diri saya 5.000 0.000 Tinggi Min Keseluruhan 4.965 0.113 Tinggi


434 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Isu dan Cabaran Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling Mohd Radhi Abu Shahim1 , Melati Sumari2 , Norsafatul Aznin A. Razak3 1,2,3 Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya [email protected], [email protected] , 3 [email protected] Abstrak Keperluan yang semakin meningkat untuk kaunselor mengintegrasi agama dan spiritual dalam kaunseling adalah berdasarkan kepentingan manusia dilihat dalam konteks yang lebih menyeluruh dan holistik yang mana elemen agama dan spiritual menjadi bahagian yang signifikan, malah proses terapi dan kaunseling akan menjadi lebih berkesan apabila elemen fizikal, minda dan spiritual (body, mind, and spirit) diintegrasikan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mana secara khususnya menggunakan kaedah kepustakaan dengan menganalisis dokumen melalui artikel, buku dan bab dalam buku bagi memahami dan merungkai isu-isu dan cabaran-cabaran dalam mengintegrasi agama dan spiritual dalam kaunseling. Terdapat dua hasil kajian yang dibahagikan kepada isu dan cabaran luar negara dan dalam negara. Isu dan cabaran luar negara ialah pemisahan agama dan spiritual dalam kaunseling, kesejahteraan spiritual dan kesihatan mental, konteks kepelbagaian budaya, kekurangan latihan klinikal, dan pertimbangan etika, manakala dalam negara melibatkan isu dan cabaran perkembangan kaunseling Islam, kepelbagaian agama dan budaya di Malaysia, kekurangan latihan klinikal, dan pertimbangan etika. Kaunselor yang peka kepada budaya seharusnya melihat kepelbagaian budaya daripada perspektif agama dan spiritual dalam kalangan kliennya bukan sebagai penghalang atau sesuatu yang membebankan. Oleh kerana elemen agama dan spiritual merupakan pengalaman pribadi yang unik, adalah penting bagi ahli terapi dan kaunselor untuk meneroka dan memahami elemen-elemen ini dalam proses membina


435 e-Prosiding SAHiConfEd’22 hubungan yang terapeutik, mendiagnos dan membina perancangan rawatan kepada klien agar perkhidmatan kaunseling menjadi lebih berkesan. Kata kunci: Agama, spiritual, integrasi, kaunseling, kesihatan mental Abstract The increasing need for counselors to integrate religion and spirituality in counseling is based on human interests seen in a more comprehensive and holistic context in which religious and spiritual elements become a significant part, even the therapy and counseling process will be more effective when the physical elements, mind and spiritual integrated. This study uses a qualitative method which specifically uses analyzing documents through journal articles, books, chapters in books to understand and unravel the issues and challenges in integrating religion and spirituality in counseling. There are two finding which are divided into foreign and domestic issues and challenges. Issues and challenges abroad are the separation of religion and spirituality in counseling, spiritual well-being, and mental health, the context of cultural diversity, lack of clinical training, and ethical considerations, while domestically involve issues and challenges in the development of Islamic counseling, religious and cultural diversity in Malaysia, lack of clinical training, and ethical considerations. Counselors who are sensitive to culture should see cultural diversity from a religious and spiritual perspective among their clients, not as an obstacle or something that burdens them. Religious and spiritual elements are unique personal experiences, therapists and counselors need to explore and understand these elements in the process of building a therapeutic relationship, diagnosing, and building a treatment plan for the client so that the counseling service becomes more effective. Keywords: Religion, spirituality, integration, counseling, mental health 1. Pendahuluan Menurut Kamus Dewan edisi keempat, agama merujuk kepada kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Agama berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu tradisi, peraturan hidup, sesuatu yang tidak bergerak atau tidak ada kekacauan (a = tidak, gama= kacau). Istilah Latin religio menunjukkan ikatan, hubungan antara Tuhan dan manusia (Frunza et al. 2019). Menurut Garssen et al., (2020) agama merujuk kepada sistem amalan formal atau ritual yang teratur yang dikongsi dengan sekumpulan orang lain dengan kepercayaan tertentu. Agama juga berkaitan dengan kepatuhan seseorang kepada kepercayaan, nilai, dan amalan yang dicadangkan oleh institusi yang teratur yang mengabdikan diri untuk mencari ketuhanan melalui cara yang ditetapkan untuk melihat dan menjalani kehidupan seharian. Manakala perkataan spiritual berasal daripada akar Latin 'spiritus' yang pada asalnya bermaksud "nafas" dan merupakan salah satu daripada banyak perkataan seperti psyche (Greek), atman (Sanskrit) dan ruach (Ibrani) yang mengaitkan nafas dengan kehidupan. (Maamor et al., 2017).


436 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Istilah agama dan spiritual saling berkait dan mempunyai makna yang bertindih (Glading & Crockett, 2019). Kadang-kadang individu boleh menganggap dirinya sebagai spiritual tetapi tidak beragama, malah ada juga orang yang beragama tetapi tidak ada spiritual. Dalam agama ada unsur spiritual, malah dengan spiritual kadang-kala membawa kepada perkembangan ritual keagamaan (Lucchetti et al. 2015). Walau bagaimanapun, pada dasarnya, agama adalah mengenai satu set kepercayaan dan nilai yang teratur yang dikongsi oleh sekumpulan orang yang berkaitan dengan perkara-perkara suci, seperti kuasa yang lebih tinggi. Kepercayaan dan nilai ini biasanya diinstitusikan dalam amalan, ritual, dan selalunya tempat ibadat (Jensen, 2014; Oman, 2013). Spiritual berbeza dan boleh digambarkan sebagai pencarian manusia untuk makna dan tujuan dalam kehidupan, dan sebagai pencarian untuk kebenaran yang melangkaui batasan pancaindera. Spiritual biasanya lebih intrapersonal berbanding interpersonal walaupun kepercayaan spiritual mungkin dikongsi di kalangan individu (Gladding & Crockett, 2019) Agama dan spiritual adalah elemen penting dalam kehidupan kebanyakan individu (Barnett & Johnson, 2011). Kajian lepas menunjukkan bahawa agama dan spiritual mempengaruhi banyak bidang kehidupan seseorang, termasuk kesejahteraan, permasalahan, kepuasan hidup dan kualiti hidup (Garsen et al., 2020). Menurut Frunza et al. (2019), agama dan spiritual adalah elemen yang tidak terpisah dari manusia kerana manusia perlu dilihat dari elemen yang holistik iaitu yang merangkumi elemen fizikal, mental, emosi dan juga spiritual. Malah menurut Frankl (2005), spiritual adalah elemen asas bagi manusia, di mana kepercayaan agama dan spiritual selalunya menjadi elemen penting dalam membimbing inidvidu untuk menentukan tujuan dan makna hidup yang lebih realistik. Elemen agama dan spiritual sering dikaitkan dengan kesejahteraan dan kesihatan mental. Kebanyakan kajian tentang agama dan spiritual menunjukkan terdapat hubungan kesejahteraan dan kesihatan mental yang positif. Individu yang terlibat dalam aktiviti agama dan spiritual (berdoa, membaca kitab suci, bermeditasi, mendapatkan sokongan daripada pemimpin agama dan masyarakat) semasa menghadapi tekanan cenderung untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik kepada krisis dan masalah. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa orang yang meminta pertolongan daripada Tuhan dalam menghadapi tekanan mempunyai tahap kebimbangan yang lebih rendah, kurang kemurungan, harga diri yang lebih tinggi, dan kecekapan psikososial yang lebih tinggi (Pargament, 1997; Koenig et al.,2001; Plante & Sherman, 2001). Hal ini kerana elemen jasmani dan spiritual saling berkaitan dalam menentukan tahap kesihatan mental seseorang (Bohecker et al., 2017). Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial. Ia mempengaruhi cara seseorang itu berfikir, merasa dan bertindak. Kesihatan mental juga membantu menentukan cara seseorang mengendalikan tekanan, berhubung dengan orang lain dan membuat pilihan. Kesihatan mental adalah penting pada setiap peringkat kehidupan, dari zaman kanak-kanak dan remaja hingga dewasa (About Mental Health, 2022).


437 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Peranan agama dan spiritual dalam proses terapi dan kaunseling sudah lama diperdebatkan dalam kalangan sarjana-sarjana di Barat terutama di Amerika Syarikat (Caswell & Young, 2011; Barnett & Johnson, 2013; Richard & Bergin, 2000; Pargament, 2005). Dari segi sejarah, ahli terapi dan kaunselor telah ada satu pandangan yang agak bercanggah tentang peranan agama dan spiritual dalam proses terapi dan kaunseling (Dailey et al., 2015). Freud (1923/1961) melihat elemen agama dan spiritual sebagai satu ilusi yang diciptakan dalam pemikiran manusia sebagai mekanisma ketidakupayaan menghadapi kebimbangan seperti bencana alam dan perasaan takut mati. Menurutnya lagi, agama boleh mengherotkan pandangan manusia dan menghalang manusia mencapai kematangan dalam kehidupan (Dailey et al., 2015). Ellis (1980) menyifatkan agama sebagai setara dengan pemikiran yang tidak rasional dan gangguan emosi. William James (1902/1985) melihat agama dan spiritual sebagai penyumbang positif kepada kesejahteraan manusia dalam mengatasi masalah dalam kehidupan manusia. Adler dan Jung (1958) dilihat ada mengintegrasi agama dan spiritual dalam teori mereka yang dikenali dengan teori psikologi individu dan psikologi analitikal (Dailey et al., 2015). Berdasarkan peningkatan populasi dunia manusia atau klien yang lahir dari latar belakang pelbagai budaya yang telah menghadiri sesi terapi dan kaunseling mendapati bahawa elemen agama dan spiritual dilaporkan menjadi aspek utama dalam memahami identiti dan pandangan umum klien (Cashwell & Young; Scott et al., 2016). Menurut Corey (2017) untuk menjadikan sesi terapi dan kaunseling lebih berkesan, elemen mida, badan dan spiritual perlu diintegrasikan. Berdasarkan kepada beberapa kajian lepas, integrasi agama dan spiritual dalam proses terapi dan kaunseling boleh menjadi sebahagian daripada teknik intervensi, malah terdapat juga isuisu agama dan spiritual yang boleh menjadi punca kepada permasalahan klien. Oleh demikian, klien memerlukan bantuan yang melibatkan penyelesaian intervensi agama dan spiritual dan menurut Gladding (2019), agama dan spiritual tidak boleh dipisahkan daripada proses terapi dan kaunseling kerana pentingnya elemen tersebut sebagai teknik intervensi (Galding & Crockett, 2019; Barnett & Johnson, 2011; Richard & Bergin, 2000; Pargament et al., 2005; Cashwell & Young, 2011) Menurut Chistopher et al. (2015), kekurangan perhatian terhadap isu-isu agama dan spiritual serba sedikit dapat menjejaskan proses kaunseling. Hal ini kerana, terdapat bukti bahawa kaunselor mungkin membuat kesilapan dalam mendiagnosis dan membina perancangan rawatan yang tidak sesuai (Christopher, et. al 2015; O'Connor & Vandenberg, 2005). Menurut Adam et al., (2015) pengabaian isu agama dan spiritual adalah merugikan klien kerana elemen tersebut merupakan elemen penting dalam kesihatan mental dan membentuk pandangan umum (world view) klien. Burke et al (1999) mendapati bahawa kaunselor lebih berkemungkinan secara tidak sedar meletakkan nilai dan kepercayaan mereka kepada klien sekiranya isu-isu


438 e-Prosiding SAHiConfEd’22 agama dan spiritual tidak diberi perhatian khusus dalam kaunseling. Helminiak (2001) memberi amaran bahawa mengabaikan isu agama dan spiritual dalam kaunseling boleh menyebabkan kaunselor tidak peka terhadap kepelbagaian budaya terutama yang melibatkan isu-isu kebimbangan agama dan spiritual klien. Kaunselor juga dikatakan mudah terdedah dengan pemindahan timbal balas (countertransference) yang tinggi sekiranya menjalankan kaunseling tanpa memahami agama dan spiritual dalam konteks pelbagai budaya klien (Passalacqua & Cervantes, 2008). Walaupun terdapat kajian-kajian lepas yang menunjukkan wujudnya integrasi agama dan spiritual dalam kaunseling terutamanya di Malaysia (Dagang, 2013; Hanim Hamjah, 2016, Sipon, 2016; Saper, 2012). Namun demikian, masih kurang kajian kualitatif yang menyentuh pengalaman kaunselor mengintegrasikan agama dan spiritual terutama dalam konteks Malaysia yang pelbagai budaya dengan lebih mendalam. Kajian ini dilihat penting, memandangkan Malaysia merupakan negara yang berbilang agama dan budaya (Jabatan Perangkaan Negara, 2020), malah Malaysia merupakan negara yang berpegang kepada ideologi beragama yang mempercayai wujudnya Tuhan (Arkib Negara Malaysia, 2020; Rukun Negara, 2021). Elemen agama dan spiritual juga merupakan elemen yang dilihat penting dalam masyarakat di Malaysia kerana diberi penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani (spiritual), emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2021). Menurut Mohamed (2017), kekurangan yang terdapat dalam klasifikasi pendekatan teori kaunseling sebelum ini memerlukan satu klasifikasi yang dapat mengintegrasikan agama dan spiritual ke dalam corak dimensi pendekatan teori kaunseling yang lebih komprehensif dengan menggabungkan elemen jasmani dan rohani manusia. Malah menurut Deraman et al., (2018), persepsi masyarakat Malaysia kepada keperluan mengintegrasikan agama dan spiritual dalam kaunseling adalah tinggi iaitu sebanyak 91 peratus (91 orang). Justeru, penting bagi seorang kaunselor memahami isu dan cabaran mengintegrasi agama dan spiritual dalam kaunseling bagi memastikan proses kaunseling dapat dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan. 2. Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif biasanya melibatkan analisis teks (seperti artikel, skrip temu bual, buku atau bab) dan data atau maklumat diperolehi bukan bersifat penomboran atau menggunakan kaedah bukan statistik untuk memahami tema utama kajian (Sinkovics et al., 2005; Chism et al., 2008). Secara khususnya kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan menganalisis dokumen melalui artikel jounal, buku dan bab dalam buku bagi memahami dan merungkai isu-isu dan cabaran-cabaran dalam mengintegrasi agama dan spiritual dalam kaunseling.


Click to View FlipBook Version