439 e-Prosiding SAHiConfEd’22 3. Dapatan Kajian 3.1 Isu-Isu Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling di Luar Negara 3.1.1 Pemisahan Agama dan Spiritual dalam Kaunseling Ilmu psikologi, kaunseling dan psikiatri wujud pada akhir abad ke-19 dan awal ke-20 di Barat (Nelson, 2009). Di Amerika, pada peringkat awalnya isu-isu berkaitan agama dan spiritual merupakan elemen yang diabaikan dalam perkhidmatan kaunseling (Burke et al. 2005). Dari sudut perkembangan sejarah dalam profesion menolong, para sarjana Barat terutamanya di Amerika mempunyai pandangan yang berbeza mengenai nilai agama dan spiritual dalam kaunseling (Hodges, 2013). Freud (1954) melihat elemen agama dan spiritual sebagai suatu ilusi, manakala Ellis (1980) menggambarkan kepercayaan kepada agama dan elemen spiritual sebagai tidak rasional. Jung (1958) pula berpendapat bahawa pandangan intelektual dan moral sahaja tidak mencukupi bagi melihat manusia secara keseluruhan. Bagi pesakitnya yang berusia lebih dari 35 tahun, Jung mendapati bahawa masalah sebenarnya adalah mencari perspektif agama dan spiritual yang sihat terhadap dirinya dan persekitaran agar menemui makna dan tujuan hidup yang lebih menyeluruh (Joan, 2012). Erikson (1969) mengiktiraf elemen agama dan spiritual sebagai proses semula jadi dalam perkembangan orang dewasa, manakala Maslow (1971) menyifatkan bahawa individu yang mencapai kesempurnaan kendiri mempunyai kepentingan nilai-nilai spiritual termasuk pengiktirafan tentang elemen keramat dan kesucian abadi dalam kehidupan. Sebagai tambahan, Frankl (1978) menekankan perlunya seseorang mencari makna dalam kehidupan mereka agar dapat menjalani kehidupan yang sihat dan penyesuaian diri yang baik. Frankl menggambarkan apa yang dinamakannya sebagai kekosongan kewujudan, atau tiada makna dalam kehidupan. Melalui apa yang disebutnya Logotherapy (1967), Frankl menekankan bahawa usaha mencari makna dalam kehidupan seseorang adalah kekuatan motivasi utama pada manusia. Manusia adalah dikatakan sebagai makhluk spiritual, yang mana kemanusiaannya berakar pada dimensi spiritual (Joan, 2012). Pengabaian elemen agama dan spiritual daripada bidang psikologi ini disebabkan oleh faktor seperti sejarah, aliran pemikiran tokoh-tokoh psikologi dan juga kemajuan sains. Kebanyakan teori kaunseling seperti Teori Gestalt, Rasional Emotif, Kewujudan dan Psikoanalitik lebih menitikberatkan ilmu yang berkaitan dengan emosi, tingkah laku dan kognitif tanpa mengambil kira elemen agama dan spiritual (Pargament et al., 2014; Sipon & Hussin, 2009). Sigmund Freud (1989) iaitu pengasas teori Psikoanalisis dalam bukunya yang berjudul The Future of Illusion menganggap bahawa agama sebagai satu ilusi yang diciptakan dalam pemikiran manusia sebagai mekanisme ketidakupayaan menghadapi kebimbangan seperti bencana alam dan perasaan takut mati. Menurutnya lagi, agama boleh mengherotkan pandangan manusia dan menghalang manusia mencapai kematangan dalam kehidupan (Richards & Bergin, 2006).
440 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Begitu juga dengan aliran tingkah laku yang diasaskan oleh John Watson, Thorndike dan BF Skinner yang tidak banyak memberi perhatian kepada elemen agama dan spiritual. Skinner berpendapat bahawa tingkah laku manusia pada umumnya dapat dijelaskan berdasarkan teori pelaziman operan (operant conditioning) yang mana menjelaskan bahawa tingkah laku manusia adalah dari kesan akibat rangsangan daripada persekitaran berupa hukuman dan peneguhan semata-mata (Duane & Sydney, 2013). 3.1.2 Kesejahteraan Spiritual dan Kesihatan Mental Elemen agama dan spiritual sering dikaitkan dengan kesejahteraan dan kesihatan mental (Bowsera et al., 2010). Hal ini kerana elemen jasmani dan spiritual saling berkaitan. Walaupun elemen ini dilihat telah kehilangan kepentingannya di zaman moden disebabkan pembangunan arus teknologi dalam dunia perubatan dan kesihatan. Namun, telah wujud suatu kebangkitan yang melihat elemen agama dan spritualiti berkembang dengan penghasilan kajian-kajian yang menunjukkan bahawa elemen agama dan spiritual dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam proses penyembuhan manusia menuju kesejahteraan dan kesihatan mental yang holistik (Gladding & Crockett, 2019). Banyak para doktor dan terapi mula menyedari bahawa perubatan moden tidak mempunyai kesemua jawapan untuk setiap persoalan kepada kesejahteraan dan kesihatan mental manusia. Oleh demikian, elemen agama dan spiritual diakui sebagai faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan dan kesihatan mental pada kebanyakan orang (Gladding & Crocket, 2019; Bohecker et al., 2017; Oxhandler et al., 2017; Garsen et al., 2020; Bowsera et al., 2020). Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan sebagai “keadaan yang sempurna berkaitan kesejahteraan fizikal, mental, dan sosial”. Walaubagaimanapun, setelah dikaji dengan lebih mendalam dengan beberapa bukti sokongan, WHO memberi cadangan terhadap definisi kesihatan yang baru sebagai “keadaan dinamik serta sempurna dari segi fizikal, mental, kesejahteraan spiritual dan sosial dan bukan sekadar ketiadaan penyakit” (WHO, 1998). Elemen agama dan spiritual dilihat penting dalam cara pesakit menghadapi penyakit, penderitaan dan kehilangan. Di tengah-tengah individu mengalami penderitaan penyakit kronik dan berdepan dengan masalah kesihatan mental, individu sebenarnya mula berhadapan dengan mencari makna dan penerimaan masalah serta gaya hidup mereka. Hal demikian, seperti dalam ungkapan yang dinyatakan oleh Pushalski (2001) bahawa semasa pesakit berjuang dengan aspek fizikal terhadap penyakit mereka, mereka juga mengalami kesakitan lain, iaitu sakit yang berkaitan dengan penderitaan mental dan spiritual. Semasa berada dalam kesakitan yang teruk atau penderitaan, biasanya individu tanpa mengira agama, termasuk atheis atau agnostik, mungkin mengemukakan soalan seperti yang berikut: Kenapa saya yang perlu hadapi semua ini?, Kenapa ini berlaku pada saya sekarang?, Adakah Tuhan itu wujud? Apa yang akan berlaku kepada saya setelah saya mati?. Secara umumnya, semasa seseorang mengalami sesuatu penderitaan atau malapetaka, individu akan kembali kepada aspek agama dan spiritual sama ada kembali kepada Tuhan atau apa yang dianggap sebagai suatu kuasa yang Maha Esa. Dengan makna lain, ketika seseorang dalam kesusahan atau penderitaan yang tidak
441 e-Prosiding SAHiConfEd’22 tertanggung, manusia akan cenderung untuk memanggil Tuhan sebagai suatu bentuk sokongan hidupnya (Utz, 2011). Penekanan kepada elemen ini akan menjadikan proses rawatan lebih berkesan (Bergin & Payne,1991). Hal tersebut dapat memberikan harapan dan keyakinan kepada individu yang berhadapan dengan ketidakpastian dan konflik. Elemen agama dan spiritual juga didapati membantu mengurangkan kebimbangan, meningkatkan konsep kendiri di samping menjadikan intervensi lebih berkesan. Integrasi agama dan spiritual dalam kaunseling dapat memberikan celik akal kepada klien berkaitan kepercayaan yang tertanam dalam diri mereka (Gladding & Crocket, 2019; Bohecker et al., 2017; Oxhandler et al., 2017; Garsen et al., 2020; Bowsera et al., 2020). Pargament (1997) menyatakan bahawa kesejahteraan dan kesihatan mental yang positif terkait dengan penerapan agama dan spiritual yang diinternalisasi, dimotivasi secara intrinsik, dan berdasarkan hubungan yang baik dengan Tuhan, manakala kesejahteraan dan kesihatan mental yang negatif apabila individu memahami agama dan spiritual secara melulu tanpa usul periksa dan menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang renggang dengan Tuhan dan sesama makhluk di dunia. Beliau juga berpendapat bahawa integrasi elemen agama dan spiritual yang positif adalah merangkumi kegiatan seperti mempercayai kasih Tuhan, menggunakan pendekatan pelbagai dalam ajaran agama dalam menghadapi masalah, dan mencari sokongan spiritual dari anggota kumpulan agama mereka. 3.1.3 Konteks Kepelbagaian Budaya Menurut Gockel (2011) klien dari latar belakang budaya yang berbeza mendapati bahawa elemen agama dan spiritual sebagai landasan asas dan percaya bahawa setiap aspek diri perlu ditangani dengan mengintegrasikan elemen agama dan spiritual agar penyembuhan dapat terjadi. Oleh kerana elemen agama dan spiritual dilihat sangat penting dalam pengalaman rawatan dan penyembuhan klien tanpa mengira budaya dan agama, maka kebanyakan dari mereka yang ditemubual mengkonseptualisasikan kaunseling akan menjadi lebih berkesan apabila elemen agama dan spiritual klien turut di beri keutamaan (Baldwin, 2019). Agama, spiritual dan budaya saling berkaitan. Eleman agama dan spiritual wujud dalam budaya, dan terdapat kemungkinan juga sesetengah budaya yang wujud elemen agama dan spiritual tanpa menggunakan ungkapan agama atau spiritual (Fukuyama et al., 2005). Kepercayaan keagamaan dalam kepelbagaian budaya perlu dipertimbangkan secara saksama dan dihormati sebagai teras pembentukan nilai-nilai budaya klien. Perspektif kepelbagaian budaya yang merangkumi isu-isu dan permasalahan yang berkaitan dengan elemen agama dan spiritual perlu diselidik dengan lebih lanjut dan bagaimana elemen tersebut dapat diserap ke dalam kaunseling. Kajian mendapati pemahaman dan sokongan psikologi para terapi dan kaunselor tentang kepelbagaian budaya dapat dijadikan asas memahami dalam kelompok
442 e-Prosiding SAHiConfEd’22 bangsa, jantina, dan etnik tetapi toleransi dan empati profesion tersebut tidak sampai kepada elemen agama dan spiritual klien (Clark, 2002; D'Andrea & Sprenger, 2007; Hodge, 2006 ; Hoge, 1996; Khalid, 2006; Levitt & Balkin, 2003). Elemen agama dan spiritual diakui sebagai salah satu faktor penting dalam pembentukan dan perkembangan budaya sesebuah masyarakat (Fukuyama et al., 2005). Kehidupan seharian dipengaruhi oleh anutan agama seseorang individu kerana setiap tingkah laku dan cara berfikir individu itu dipengaruhi oleh kefahaman dan ajaran agama yang dianuti. Walau bagaimanapun, tahap pengaruh agama dalam kehidupan individu itu bergantung pada individu tersebut dan agama yang dianuti. Terdapat individu yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan ada juga yang menganggap agama hanya untuk upacara ritual tertentu sahaja seperti perayaan dan kematian (Dagang, 2013). Dalam bidang kaunseling kepelbagaian budaya, isu-isu agama dan spiritual didapati dapat mempengaruhi cara klien mengekspresikan masalahnya kepada kaunselor serta memberi kesan terhadap proses rawatan dan intervensi kaunseling (Barnett & Johnson, 2011; Mathai & North, 2003; Sue & Sue, 2013). Agama dan spiritual boleh menjadi sebagai sumber konflik mahupun sokongan dan kekuatan kepada klien (Barnett & Johnson, 2011) seperti isu-isu yang berkaitan dengan kesedihan akibat kematian orang tersayang, ketagihan, pembangunan kendiri, berdepan dengan penyakit kronik dan isu-isu kerjaya. (Briggs & Rayle, 2005). Oleh demikian, elemen agama dan spiritual memainkan peranan penting dalam kehidupan kebanyakan individu, Sue dan Sue (2013) mencadangkan bahawa perlunya ahli terapi seperti kaunselor memahami tentang nilai adat kepercayaan agama dan spiritual klien seperti mana kaunselor memahami isuisu berkaitan kesihatan fizikal dan psikologi klien dan beliau juga berpendapat perlunya mengintegrasikan elemen agama dan spiritual ke dalam kaunseling sekiranya diperlukan oleh klien (Sridhar & Phey, 2016). 3.1.4 Kekurangan Latihan Klinikal Di sebalik kepentingan agama dan spiritual yang didapati daripada hasil kajian yang telah dijalankan oleh Burke, Hackney & Hudson (1999), Hall, Dixon & Mauzey (2004), Shimabukuro, Daniels & D’Andrea (1999), kebanyakan kaunselor merasakan mereka tidak bersedia daripada segi pengetahuan dan pengalaman yang menyentuh elemen agama dan spiritual. Hal ini adalah kerana elemen agama dan spiritual membabitkan kesanggupan kaunselor untuk meneroka sikap dan kepercayaan klien. Hasil kajian mereka juga menunjukkan kaunselor cenderung untuk tidak membabitkan diri dalam aspek tersebut dan mereka melihatnya sebagai isu kecil dalam kehidupan manusia (Dagang, 2013). Kebanyakan kaunselor mempunyai pandangan masing-masing tentang agama dan spiritual, tetapi mereka tidak begitu berminat untuk membicarakan hal ini dengan klien (Holden, Watts & Brookshire 1991). Faktor ini berkemungkinan besar berlaku kerana kurangnya elemen agama
443 e-Prosiding SAHiConfEd’22 dan spiritual dalam latihan klinikal mereka. Kajian yang dijalankan oleh Kelly (1994) mendapati majoriti program kaunseling atau psikologi kaunseling tidak mengandungi atau mengandungi sedikit sahaja subjek yang berkaitan dengan agama dan spiritual. Dapatan kajian itu juga menyatakan secara keseluruhannya, kaunselor tidak begitu fasih dengan isu agama dan spiritual yang ditimbulkan oleh klien. Hanya 45.3 peratus kaunselor yang mengambil bahagian dalam kajian ini menyatakan bahawa agama atau unsur spiritual adalah penting atau sangat penting dalam program kaunseling. Kajian ini merumuskan bahawa walaupun hanya sedikit kurikulum yang mengandungi isu keagamaan, namun agama tidak dipandang sebagai sesuatu yang negatif dalam kaunseling (Dagang, 2013). Menurut Belaire (2000), kaunselor juga dikatakan tidak bersedia untuk mengintegrasikan agama dan spiritual dalam kaunseling disebabkan mereka tidak menerima latihan formal yang mencukupi dalam elemen agama dan spiritual. Berdasarkan kajian tinjauan yang dilakukan oleh Council for Accreditation of Counseling and Related Educational Programs (CACREP) mendapati kurang daripada 25 peratus program yang ditawarkan mempunyai kursus berkaitan aspek agama dan spiritual. Majoriti daripada program yang ditawarkan juga tidak mempunyai penyeliaan berkaitan aspek tersebut (Kelly 1994; Belaire 2000). Kebanyakan kaunselor mempunyai pandangan masing-masing tentang aspek agama dan spiritual, tetapi mereka tidak begitu berminat untuk membicarakan hal ini dengan klien (Holden, Watts & Brookshire 1991). Faktor ini berkemungkinan besar berlaku kerana kurangnya elemen agama dan spiritual dalam latihan klinikal mereka. Kajian yang dijalankan oleh Kelly (1994) mendapati majoriti program kaunseling atau psikologi kaunseling tidak mengandungi atau mengandungi sedikit sahaja subjek yang berkaitan dengan elemen agama dan spiritual. Dapatan kajian itu juga menyatakan secara keseluruhannya, kaunselor tidak begitu fasih dengan isu-isu agama dan spiritual yang ditimbulkan oleh klien. Hanya 45.3 peratus kaunselor yang mengambil bahagian dalam kajian ini menyatakan bahawa agama dan spiritual adalah penting atau sangat penting dalam program kaunseling. Kajian ini merumuskan bahawa walaupun hanya sedikit kurikulum yang mengandungi elemen agama dan spiritual, namun elemen agama dan spiritual tidak dipandang sebagai sesuatu yang negatif dalam kaunseling. 3.1.5 Pertimbangan Etika Sejarah kaunseling mempunyai kaitan dengan teori seperti psikoanalisis yang memberi perspektif tentang “bebas nilai” iaitu nilai-nilai kaunselor tidak dilibatkan semasa proses kaunseling dijalankan. Kemudian dari pandangan sisi lain, terdapat perspektif bahawa kaunselor perlu memahami dan menyedari nilai yang dipegang oleh kaunselor dan klien tetapi perlu berhati-hati agar tidak memaksa klien untuk menerima nilai yang dipegang oleh kaunselor (Patterson, 1989). Menurut Brown dan rakan-rakan (2013), mempunyai sistem nilai yang berbeza terutama dari sudut agama dan spiritual merupakan antara penghalang dan cabaran untuk keterlibatan kaunselor dan klien untuk membina kepercayaan dan suasana yang terapeutik dalam proses kaunseling. Antara faktor-faktor yang menyebabkan ketidakselesaan
444 e-Prosiding SAHiConfEd’22 kaunselor dan klien dalam mengintegrasikan agama dan spiritual dalam kaunseling adalah berkaitan dengan etika, pertentangan dari segi kepercayaan, penolakan dari klien untuk membincangkan isu tersebut, ketidakselesaan peribadi klien mahupun kaunselor untuk menyentuh elemen tersebut, dan menjustifikasi bahawa elemen agama dan spiritual sebagai suatu bentuk tingkah laku yang tidak mengamalkan tuntutan agama semata-mata (Brown, et. al. 2013). McInnes, Korinek, dan Ivey (2006) menyatakan, adalah sangat penting untuk menangani isuisu etika yang relevan untuk menangani isu-isu agama dan spiritual dalam konteks terapi dan kaunseling. Walau bagaimanapun, kaunselor yang cuba mengintegrasikan elemen agama dan spiritual dalam sesi kaunseling juga didapati menghadapi cabaran dari segi isu etika dan profesionalisme dalam amalan kaunseling. Isu-isu etika yang melibatkan elemen agama dan spiritual dalam kaunseling antaranya konflik dwi-peranan antara kaunselor atau pendakwah, berisiko melangkaui sempadan, pelanggaran batasan prosfesionalisma kaunselor dengan meletakkan nilai dan kepercayaan kaunselor kepada klien, terjerat dengan unsur-unsur mistik dan tahyul, mengamalkan di luar batasan kecekapan professional dan terpalit dengan isu meremehkan kepercayaan agama dan spiritual klien (Morrison et al., 2009). Sesungguhnya, tanpa garis panduan yang jelas, ramai ahli terapi sukar untuk mengaplikasikan elemen agama dan spiritual kepada klien mereka (Genia, 2000). Para kaunselor berkemungkinan akan terdedah dengan reaksi kontroversi yang melibatkan isu-isu etika dan professional sekiranya mereka mengamalkan proses kaunseling tanpa memahami isu-isu kepelbagaian budaya dan aspek-aspek agama dan spiritual klien (Sridhar & Pehy, 2016). 3.2 Isu-Isu Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling di Malaysia 3.2.1 Perkembangan Agama dan Spiritual dalam Kaunseling Islam Di Malaysia, isu-isu agama dan spiritual dalam kaunseling telah dibangkitkan semenjak awal perkembangan kaunseling di Malaysia, terutamanya berkaitan perspektif Islam terhadap kaunseling. Integrasi agama dan spiritual dalam psikologi dan kaunseling daripada perspektif Islam mula tercetus dari semangat kebangkitan Islam yang ingin menggali al-Quran dan Sunnah sebagai sumber pengembangan ilmu pengetahuan yang membawa rahmat sekalian alam. Kritikan-kritikan terhadap ilmu modern yang dilihat hanya bersandar kepada kaedah empirikal yang hanya melihat realiti ilmu dalam lingkungan batas deria manusia. Kritikan terhadap ilmu pengetahuan modern muncul dalam kalangan pemikir Muslim sekitar tahun 1970 dengan gerakan Islamisasi Ilmu pengetahuan yang dipelopori oleh Ismail al-Faruqi dan Muhammad Naquib al-Attas. Ismail al-Faruqi berpendapat umat Islam yang mengambil dan meniru ilmu dari barat bulat-bulat boleh menjadikan umat Islam tercabut dari akar budaya dan ideologinya sendiri. Dari satu sisi secara ritual, umat Islam mengamalkan ajaran Islam namun dari sisi lain pula, seperti pola berfikir dan sistem ilmu adalah dari ideologi Barat. Sekiranya hal ini berterusan maka dibimbangi umat Islam terperangkap dengan dualisme bahkan terjadinya keperibadian yang terpisah (split personality) ( Sipon, 2016; Ahmad Arif, 2016).
445 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Bertitik tolak terhadap kritikan terhadap psikologi dan kaunseling di Barat menjadi semakin hebat apabila seorang tokoh pemikir Islam iaitu Malik Badri membentangkan kertas yang bertajuk “The Dilemma of Muslim Psychologist” di International Symposium on Psychology and Islam di Universiti Riyadh, Arab Saudi pada tahun 1978. Beliau menekankan betapa penting ahli Psikologi Muslim melihat dan mengkritik ilmu-ilmu psikologi dari Barat agar tidak termasuk dalam lubang biawak (The Lizard Hole). Malik Badri menerangkan tentang gejala peniruan dalam kalangan ahli psikologi Muslim secara membuta tuli terhadap teori-teori barat adalah berlandaskan hadith Nabi s.a.w iaitu yang bermaksud : “Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (HR Musim – Shahih). Malik Badri (2009) meneruskan idea dan konsep Psikologi Islam dengan artikelnya yang bertajuk “The Islamizationof Psychology Its Why, it’s What, Its How and its Who”. Rentetan dari itu terdapat kesedaran mengembalikan psikologi dalam landasan Islam. Tokoh-tokoh lain yang turut menyumbang ke arah pengembangan ilmu psikologi Islam antaranya Muhammad Uthman Najati dengan menerbitan buku ilmu kejiwaan dari pandangan al-Quran “al-Quran wa “ilm al-Nafs (1987). Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2006), telah mengemukakan konsep kaunseling Islam, di mana menurut beliau kaunseling Islam bukan sahaja meliputi perkhidmatan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor terlatih meneroka emosi, nilai, persepsi dan penentuan masa hadapan klien, tetapi lebih jauh lagi kaunseling Islam membincangkan hubungan diri dengan Allah apabila individu menghadapi masalah dan proses mengatasinya. Othman Mohamed (2005) pula menyatakan bahawa kekurangan yang terdapat dalam klasifikasi pendekatan teori kaunseling sebelum ini memerlukan satu klasifikasi yang dapat meletakkan elemen agama dan spiritual ke dalam corak dimensi pendekatan teori kaunseling dan beliau telah mengemukakan satu pendekatan teori Psikologi Kognitif ad-Din untuk membantu menghayati dimensi pendekatan secara komprehensif untuk memahami fitrah perlakuan manusia dari sudut perspektif Islam (Dagang, 2013). 3.2.2 Kepelbagaian Agama dan Budaya di Malaysia Malaysia adalah sebuah negara yang masyarakatnya berbilang budaya dan agama yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, pribumi Sabah dan Sarawak. Masyarakat Melayu keseluruhannya beragama Islam, masyarakat Cina kebanyakannya beragama Buddha dan Kristian manakala masyarakat India pula kebanyakannya beragama Hindu dan Kristian. Islam
446 e-Prosiding SAHiConfEd’22 merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus diiukuti dengan agama Buddha 19.8 peratus, Kristian 9.2 peratus, Hindu 6.3 peratus, 1.3 peratus menganut Konfucius, Taoism dan agama tradisional etnik Cina yang lain, 0.4 peratus lain-lain agama, 1.0 peratus tidak diketahui dan hanya 0.7 peratus yang tidak beragama. Hal ini menggambarkan hampir keseluruhann rakyat Malaysia iaitu 98.3 peratus adalah beragama (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010). Di Malaysia, biarpun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Namun, penganut-penganut agama lain masih lagi bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Hal kebebasan beragama ini diperuntukan dalam "Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan". Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal 11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agamanya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya. Kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama persekutuan (Perlembagaan tidak menyatakan Islam sebagai agama rasmi tetapi sebaliknya hanya sebagai agama persekutuan), tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai dan harmoni (Perkara 3) (Perlembagaan Malaysia, 2020). Elemen agama dan spiritual juga merupakan elemen yang dilihat penting dalam masyarakat di Malaysia. Perkara ini termaktub dalam Rukun Negara dengan lima prinsip sebagai tonggak utama yang mana prinsip pertama adalah kepercayaan kepada Tuhan. Menurut Portal Kerajaan Malaysia (2021), Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang diPertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Lima Prinsip Rukun Negara yang ialah Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Dengan makna lain, elemen agama dan spiritual dianggap sebagai tonggak pertama dan utama dalam asas pembentukan sebuah negara majmuk yang bersatu padu. Elemen agama dan spiritual juga amat dititik berat di Malaysia apabila elemen tersebut diberi penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal demikian disebutkan dengan jelas dalam portal Kementerian Pendidikan Malaysia (2021) bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani (spiritual), emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
447 e-Prosiding SAHiConfEd’22 3.2.3 Kekurangan Latihan Klinikal Elemen agama dan spiritual juga tidak dilihat sebagai salah satu aspek penting dalam kepelbagaian budaya. Semakan yang telah dibuat menunjukkan hanya empat buah universiti daripada empat belas yang menawarkan kursus berkaitan dengan agama dan ianya juga tertumpu kepada agama Islam (Lembaga Kaunselor, Jun 2010). Walaupun terdapat subjeksubjek seperti kaunseling pelbagai budaya dan hubungan etnik, namun persoalan yang timbul, adakah mereka kompeten dari elemen agama dan spiritual, dan adakah ilmu serta latihan yang diperoleh ketika mengikuti program pengajian tersebut mencukupi untuk membolehkan mereka mengintegrasikan agama dan spiritual dalam kaunseling yang mereka jalankan. Seseorang kaunselor boleh dianggap tidak beretika sekiranya mengamalkan perkhidmatan kaunseling di luar bidang kompetensinya sebagaimana yang terkandung dalam Kod etika ACA (2005) di bawah seksyen tanggungjawab professional (c.2.a). Kod etika kaunselor Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA, 2008) juga menyatakan bahawa kaunselor hendaklah memberi perkhidmatan kaunseling mengikut bidang kepakaran dengan tidak melangkaui sempadan kepakaran berasaskan kepada pendidikan, latihan dan pengalaman diselia. Kajian berkaitan dengan integrasi agama dan spiritual dalam kaunseling di Malaysia juga adalah amat terhad (Dagang, 2013). 3.2.4 Pertimbangan Etika Kod etika yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia ada mengariskan dalam bahagian A.4: Perhubungan menolong kurungan b menyatakan bahawa Kaunselor hendaklah sedar akan nilai, sikap, kepercayaan, dan tingkah laku mereka dan menghindari daripada memaksa terima nilai yang tidak tekal dengan matlamat kaunseling. Kaunselor hendaklah juga menghormati kepelbagaian klien, pelatih, dan peserta penyelidikan mereka. Pada Bahagian A.2: Kepekaan terhadap budaya dan perkembangan kurungan c pula ada menyatakan bahawa Kaunselor hendaklah menyampaikan maklumat dengan cara yang sesuai dari segi tahap perkembangan dan budaya klien. Kaunselor hendaklah menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami sewaktu berbincang mengenai isu yang berkaitan dengan persetujuan termaklum. Apabila klien menghadapi masalah memahami bahasa yang digunakan oleh kaunselor, maka kaunselor hendaklah menyediakan perkhidmatan yang perlu (misalnya mendapatkan seorang juru bahasa atau penterjemah yang terlatih) bagi memastikan klien benar–benar faham. Kaunselor hendaklah mengambil kira implikasi dan tatacara persetujuan termaklum, dan di mana boleh, kaunselor hendaklah membuat penyesuaian kepada amalan mereka dengan sewajarnya (Kod Etika Kaunselor. Persatuan Kaunseling Malaysia, semakan 2020). 4. Kesimpulan Ramai professional kaunseling melihat bahawa elemen agama dan spiritual sebagai sebahagian aspek dalam kepelbagaian budaya (Fukuyama & Sevig, 1999; Sue & Sue, 2008; Vogel et al., 2013). Kaunselor yang peka kepada budaya seharusnya melihat kepelbagaian budaya daripada perspektif agama dan spiritual dalam kalangan kliennya bukan sebagai penghalang atau sesuatu
448 e-Prosiding SAHiConfEd’22 yang membebankan. Akan tetapi elemen agama dan spiritual dalam kepelbagaian budaya dapat dijadikan sebagai alat intervensi kaunselor dalam membantu membina suasana harmoni dan terapeutik dalam perkhidmatan kaunseling (Teresa M. Mclellan, 2010). Oleh kerana elemen agama dan spiritual merupakan pengalaman pribadi yang unik, adalah penting bagi ahli terapi dan kaunselor untuk meneroka dan memahami elemen-elemen ini dalam proses membina hubungan yang terapeutik, mendiagnos dan membina perancangan rawatan kepada klien agar perkhidmatan kaunseling menjadi lebih berkesan. Rujukan Ahmad Arif. (2016). Falsafah dan sejarah Psikologi Islam dalam Psikologi Islam: Falsafah, Teori dan Apliksi. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Arkib Negara Malaysia. (2020). 50 Fakta Rukun Negara. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. Badri, M. B. (1979). The dilemma of muslim psychologists. UK: MWH London Publishers. Baldwin, M. (2019). The Effects Of The Counselor’s Spiritual Background And The Participant’s Spirituality On The Participant’s Perceptions Of The Expertness, Attractiveness, And Trustworthiness Of The Counselor. PhD Thesis. The University of Memphis Belaire, Christine & Scott, Y.J. (2000). Influences of Spirituality on counselor selection. Counseling & Values, 3 189-197. Barnett, J. E., & Johnson, W. (2011). Integrating spirituality and religion into psychotherapy: persistentdilemmas, ethical issues, and a proposed decision-making process. Ethics & Behavior, 21(2), 147–164.doi: 10.1080/10508422.2011.551471 Bergin, A. E. (1980). Psychotherapy and religious values. Journal of Consulting and Clinical Psychology, 48(1), 95-105. Bergin, A.E, I.R. (1991). Proposed agenda for a spiritual strategy in personality and psychotherapy. Journal of Psychology and Christianity, 10, 197–210. Bohecker, L., Schellenberg, R., & Silvey, J. (2017). Spirituality and religion: The ninth CACREP core curriculum area. Counseling and values. 62, 128- 143. Bowsera, D., Joseph, M., Crothersb, L.M. , Kolbertb, J.B & Holmess, I.S. (2020). A constructivist approach to promoting spiritual competence in counselor trainees: a pilot study. Journal Of Spirituality In Mental Health. https://doi.org/10.1080/19349637.2020.1844607 Bergin, A. E. (1980). Psychotherapy and religious values. Journal of Consulting and Clinical Psychology, 48(1), 95-105. Bergin, A.E, I.R. (1991). Proposed agenda for a spiritual strategy in personality and psychotherapy. Journal of Psychology and Christianity, 10, 197–210. Bohecker, L., Schellenberg, R., & Silvey, J. (2017). Spirituality and religion: The ninth CACREP core curriculum area. Counseling and values. 62, 128- 143.
449 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Bowsera, D., Joseph, M., Crothersb, L.M. , Kolbertb, J.B & Holmess, I.S. (2020). A constructivist approach to promoting spiritual competence in counselor trainees: a pilot study. Journal Of Spirituality In Mental Health. https://doi.org/10.1080/19349637.2020.1844607 Briggs, M.K. (2005). Incorporating Spirituality Into Core Counseling Courses: Ideas for Classroom Application. Counseling and Values 50(1). DOI: 10.1002/j.2161- 007X.2005.tb00041.x Briggs, M.K., & Rayle, A. D. 2005. Incorporating Spirituality into core counseling courses: Ideas for classroom application. Counseling and Values, 50 (1). Brown, O., Elkonin, D., & Naicker, S. (2013). The use of religion and spirituality inpsychotherapy: Enablers and barriers. Journal of Religion and Health, 52(4), 1131- 1146.doi:10.1007/s10943-011-9551-z Burke, M. T., Hackney, H., Hudson, P., Miranti, J., Watts, G. A., & Epp, L. (1999). Spirituality, religion, and CACREP curriculum standards. Journal of Counseling & Development, 77(3), 251. Burke, T.M., Chauvin, J.C. & Judith G.M (2005). Religious and Spiritual Issues in Counseling. New York: Brunner-Routledge. Cashwell, C. S., & Watts, R. E, (2010). The New ASERVIC competencies for addressing spiritual and religious issues in counseling. Counseling and Values. Vol 55 1-5. Cashwell, C. S., & Young, J. S. (Eds.). (2011). Integrating spirituality and religion into counseling (2nd ed.). Alexandria, VA: American Counseling Association. Christopher M. Adams, Ana Puig, Adrienne Baggs, & Cheryl Pence Wolf. (2015). Integrating Religion and Spirituality Into Counselor Education: Barriers and Strategies. American Counseling Association. Vol 54. D Corey.G. (2017). Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy. (10th ed). Singapore: Cengage Learning Dagang.M (2013). Faktor yang mempengaruhi integrasi kefahaman beragama dalam amalan kaunseling pelbagai budaya di Malaysia. PhD. thesis, Universiti Putra Malaysia. Delaney, H. D., Miller, W. R., & Bisonó, A. M. (2007). Religiosity and spirituality among psychologists: a survey of clinician members of the American Psychological Association. Professional Psychology: Research and Practice, 38(5), 538–546. Duane, P.S. & Sydney, E. S. 2013. Theories of Personality. New York: Jon-David Alderman Frankl, V. E. (2005). Man’s search for meaning. Boston, MA: Beacon Press. Frunza.M, Frunza, S. & Grad.N.O, (2019). The Role Of Spirituality In Therapeutic Practices. Journal for the Study of Religions and Ideologies, vol. 18, issue 53: 60-74 Fukuyama, M. A., & Sevig, T. D. (1997). Spiritual issues in counseling: A new course. Counselor Education & Supervision, 36(3), 233. Fukuyama, M. A., & Sevig, T. D. (1999). Integrating spirituality into multicultural counseling. California: Sage Publications. Fukuyama, M. A., Siahpoush, F., & Sevig, T. D. (2005). Religion and spirituality in a cultural context. American Counseling Association.123–142).
450 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Genia, V. (2000). Religious issues in secularly based psychotherapy. Counseling and Values, 44(3), 213. Gladding, S.T & Crockett, J.E. (2019). Religious and spiritual issues in counseling and therapy: Overcoming clinical barriers. Journal Of Spirituality In Mental Health. 21(2), 152–161. Hall, C.R, Dixon, W.A & Mauzey, E.D. (2004). Spirituality and religion: implications for counselor. Journal of counseling and Development. 82:4, 504-508. Hamjah.S. H. 2016. Pendekatan Kaunseling Spiritual Menurut Al-Ghazali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hodge, D. R. (2011). Using spiritual interventions in practice: developing some guidelines from evidencebased practice. Social Work, 56(2), 149–158. Hodge, D. R. (2013). Implicit spiritual assessment: an alternative approach for assessing client spirituality. Social Work, 58(3), 223–230. Holden, J. M., & Watts, R. E. (1991). Beliefs of professional counselors and clergy about. Counseling & Values, 35(2), 93. Jabatan Perangkaan Malaysia 2020. Retrieved 8 April 2021 from http://www.statistics.gov.my/ Joan S. Davis. (2012). Counselor Perception Of Competence In Addressing Spirituality: Implications For Practice. PhD thesis. Texas A&M University-Commerce. Johnson, B., & Christensen, L. B. (2008). Educational research: Quantitative, qualitative, and mixed approaches. USA: Sage Publications. Johnson, R. (2013). Spirituality in counseling and psychotherapy. Hoboken, NJ: John Wiley. Julie Savage & Sarah Armstrong. (2010). Developing Competency in Spiritual and Religious Aspects of Counseling in Handbook Of Multicultural Counseling Competencies. New Jersey: John Wiley & Sons, Inc. Kelly, E. W., Jr. (1994). The role of religion and spirituality in counselor education: A national survey. Counselor Education and Supervision, 33(4), 227-37. Kelly, E.W. (1994). The role of religion and spirituality in counselor education: a national survey. Counselor Education and Supervision, 33, 227-237. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Retrieved 15 April 2021. from https://www.moe.gov.my/ Kod Etika Kaunselor. Persatuan Kaunseling Malaysia, semakan 2020. Koenig, H. G. (2009). Research on religion, spirituality, and mental health: A review. The Canadian Journal of Psychiatry, 54(5), 283-291. Koenig, H. G., King, D. E., & Carson, V. B. (2012). Handbook of religion and health (2nd ed.). New York, NY: Oxford University Press. Koenig, H. G., McCullough, M. E., & Larson, D. B. (2001). Handbook of religion and health (1st ed.). http:// dx.doi.org/10.1093/acprof:oso/9780195118667.001 .0001 Lembaga Kaunselor Malaysia. 1998. Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Sendirian Berhad. Lembaga Kaunselor Malaysia. 2003. Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. Kuala Lumpur: Lembaga Kaunselor Malaysia.
451 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Malik Badri. (1997). Is the Islamization of Psychological Therapy and Counseling Really Necessary? And are the Contribution of Early Muslim Scholars of any Relevance to Modern Psychotherapists? Seminar Kebangsaan Kaunseling Islam VI. Kuala Lumpur, 20 September. Malik Badri. (2009) The Islamisation of psychology: its "why", its "what", its "how", and its "who". In: Psychology from an Islamic perspective: a guide to teaching and learning. IIUM Press, Kuala Lumpur, pp. 13-41. Mathai, J., & North, A. (2003). Spiritual history of parents of children attending a child and adolescentmental health service. Australasian Psychiatry, 11, 172–174. Matise, M., Ratcliff, J., Mosci, F., (2017). A Working Model for the Integration of Spirituality in Counseling. Journal of Spirituality in Mental Health, DOI:10.1080/19349637.2017.1326091 Mazidah Mohd Dagang, Rusnani Abdul Kadir, Sidek Mohd Noah dan Maznah Baba. 2013. Kopentensi Kaunseling Pelbagai Budaya dan Kopetensi Spiritual Dalam Kalangan Kaunselor Berdaftar di Malaysia. Journal of Business and Social Development. 1(2): 66- 79. Mazidah Mohd Dagang. (2013). Faktor yang mempengaruhi integrasi kefahaman beragama dalam amalan kaunseling pelbagai budaya di Malaysia. PhD. thesis, Universiti Putra Malaysia. Morrison, J. Q., Clutter, S. M., Pritchett, E. M., & Demmitt, A. (2009). Perceptions of clients and counseling professionals regarding spirituality in counseling. Counseling and Values 53(3), 183–194. Mohamed, O. (2005). Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling (2nd ed.). Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.Pargament, K. I. (1997). The Psychology of religion and coping. New York: The Guilford Press. Mohamed, O. (2012). Penulisan tesis dalam bidang sains sosial terapan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Mohamed, O. (2017). Psikologi Kognitif Ad Din Kaunseling Kesihatan Mental. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Oxhandler, H. K., & Pargament, K. I. (2018). Measuring religious and spiritual competence across helping professions: Previous efforts and future directions. Spirituality in Clinical Practice, 5(2), 120. Pargament, K.I., Nichole A. Murray-Swank & Nalini Tarakeshwar (2005).An empiricallybased rationale for a spiritually-integrated psychotherapy. Mental Health, Religion & Culture, 8:3, 155-165, DOI: 10.1080/13694670500138940. Pargament, K. I. (1997). The psychology of religion and coping: Theory, research, and practice. New York: Guilford Press. Pargament, K. I. (2002). The bitter and the sweet: An evaluation of the costs and benefits of religiousness. Psychological Inquiry, 13, 168-181. Pargament, K. I. (2007). Spiritually integrated psychotherapy: Understanding and addressing the sacred. New York: The Guilford Press. Pargament, K. I. (2014). Spiritually integrated psychotherapy. New York, NY: Guilford Press.
452 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Pargament, K. I., & Saunders, S. M. (2005). Introduction to the special issue on spirituality psychotherapy. Journal of Clinical Psychology, 63(10), 903-907. Passalacqua, S., & Cervantes, J. M. (2008). Understanding gender and culture within the context of spirituality. Counseling and Values, 52(3), 224–239. Patterson, C. H. (1989). Invited Paper. Counseling and Values. In Understanding Psychotherapy: Fifty Years of Client-Centered Theory and Practice. pp. 164-176. PCCS Books, 2000. Perlembagaan Persekutuan. 1998. Kuala Lumpur: MDH Printed and Publishers. Richards, L. (2005). Handling qualitative data. London: Sage. Richards, P. S., & Bergin, A. E. (2000). Handbook of psychotherapy and religious diversity. Washington,DC: American Psychological Association. Richards, P. S., & Bergin, A. E. (2006). A spiritual strategy for counseling and psychotherapy. (2nd. Ed.) Washington DC: American Psychological Association. Richards, P. S., & Bergin, A. E. (2011). A spiritual strategy for counseling and psychotherapy. Washington, DC: American Psychological Association. Richards, P. S., & Potts, R. (1995). Spiritual interventions in psychotherapy; A survey of the practices and beliefs of AMCAP members. Association of Mormon Counselors and Psychotherapists Journal, 21, 39–68. Richards, P.S., & Bergin, A.E. (Ed.). (2004). Casebook for a spiritual strategy in counseling and psychotherapy. Washington DC: American Psychological Association. Saper.M.N (2012). Pembinaan Modul Bimbingan ‘Tazkiyah An-Nafs’ dan Kesannya ke atas Religiositi dan Resiliensi Remaja. PhD thesis. Universiti Utara Malaysia. Rukun Negara. (2021) Retrived 25 April 2121 from https://malaysia.gov.my/portal/content Hamjah.S. H. 2016. Pendekatan Kaunseling Spiritual Menurut Al-Ghazali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sipon. S, & Hussin.R, 2010. Teori Kaunseling dan psikoterapi (2nd ed). Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia. Sipon.S (2009). Keperluan elemen agama dalam displin ilmu kaunseling. Dlm Sapora Sipon, Abd. Halim, Zuria Mahmud & Rusnani Abdul Kadir (penyunting). Isu-isu kaunseling di Malaysia. Kuala lumpur: PERKAMA Sipon. S 2016. Kaunseling Daripada Perspektif Islam dan Barat. Nilai: Penerbit USIM. Sigmund Frued. 1989. The Future of Illusion. New York: WW Norton & Co Srividhya Sridhar & Phey Ling Kit. (2016). Singaporean Counselors’ Use of Spirituality in Counseling. Journal of Asia Pacific Counseling. 6(2), 63-85 Sue, D. W., Arredondo, P., & McDavis, R. J. (1992). Multicultural counseling competencies and standards: A call to the profession. Journal of Counseling & Development, 70(4), 477-486.Sue, D.W., & Sue, D. (2013). Counseling the culturally diverse: Theory and practice (6th ed.). Hoboken, NJ:Wiley. Sue, D.W., Ivey, A. E., & Pedersen, P.B. (Eds.). (1996). A theory of multicultural counseling and therapy. Pacific Grove, CA: Brooks/ Cole.
453 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Sue, S. (1998). In search of cultural competence in psychotherapy and counseling. American Psychologist, 53(4), 440-448. Sue, S. (2003). In defense of cultural competency in psychotherapy and treatment. American Psychologist, 58(11), 964-970. Utz, A. (2011). Psychology from Islamic Perspective. Riyadh: International Islamic Publishing House. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, & Ismail Abdul Ghani. (2006). Islam dan kaunseling: Satu penilaian kritikal terhadap teori dan pendekatan. In Fariza Md. Sham, Siti Rugayah Hj. Tibek & Othman Hj. Talib (Eds.), Dakwah dan kaunseling di malaysia (pp. 130 - 144). Bangi: Penerbit UKM. World Health Organization (WHO). Retrived 4 April 2021 from https://www.who.int/
454 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Prototaip Inovasi "Construction": Alternatif dalam Pembelajaran Matematik Tajuk Pembinaan Tingkatan Dua Dr. Shahrir Affandi bin Daud, Suziela binti Md. Tahir, Rozaili bin Mohd Ali IPGK Perempuan Melayu, Melaka Abstrak Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan inovasi prototaip Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dibangunkan secara kreatif sebagai alternatif bagi menggantikan peralatan sedia ada yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai penyelesaian bagi tajuk Pembinaan (Construction) dalam subjek Matematik Tingkatan 2. Rekabentuk kajian penilaian digunakan berasaskan maklum balas responden setelah menggunakan prototaip ini dalam proses penyelesaian masalah matematik. Ujian Rintis terhadap keberkesanan prototaip telah dijalankan dalam kalangan 35 orang pelajar bagi tujuan pengesanan keberkesanan alat sebelum penggunaannya di lapangan. Responden kajian terdiri daripada 130 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah di negeri Melaka. Instrumen kajian terdiri daripada temubual separa berstruktur dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan prototaip ini menghasilkan jawapan 100% tepat sama seperti penggunaan alat geometri iaitu protaktor dan jangka lukis. Selain itu alat ini dapat menjamin keselamatan pelajar daripada menggunakan peralatan yang tajam, kos pembinaannya amat murah dan boleh dibina sendiri. Hasil kajian juga mendapati penjimatan masa dapat dikurangkan dalam aspek pengurusan alatan dalam penyelesaian masalah dan kaedah penyimpan lebih efisyen. Prototaip ini didapati berkesan dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam tajuk Pembinaan. Kesan yang baik ini membolehkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan alat ini sebagai BBM alternatif dalam pengajaran Cadangan kajian akan datang boleh difokuskan terhadap keberkesanannya dalam pengajaran matapelajaran RBT dan juga lukisan teknik. Kata Kunci: Inovasi Prototaip BBM, Construction, Pembinaan, Alat geometri
455 e-Prosiding SAHiConfEd’22 1. Pendahuluan Tajuk Pembinaan atau Construction merupakan salah satu kemahiran yang diperkenalkan dalam subjek Matematik kepada pelajar tingkatan dua di sekolah menengah. Tajuk ini melibatkan aktiviti hands on di mana pelajar perlu menguasai kemahiran melukis dengan menggunakan skala yang tepat. Kemahiran ini boleh menjuruskan minat pelajar untuk cenderung ke arah kerjaya sebagai seorang jurubina di masa hadapan. Oleh yang demikian, usaha memupuk kemahiran asas dalam mata pelajaran matematik pada usia muda adalah sangat penting seperti yang disarankan oleh Stubblefield (2006) dan Warwick (2008). Melalui pendekatan yang menarik dari guru-guru, nescaya akan dapat menanam minat untuk belajar matematik dalam diri pelajar dengan lebih berkesan. Guru-guru matematik sewajarnya menguasai dan mengetahui strategi-strategi atau kaedah untuk membangunkan minat pelajar mempelajari seterusnya menguasai matematik melalui pendekatan yang kreatif, menarik dan lebih mudah. Hal ini berlaku disebabkan matapelajaran matematik sering dikaitkan dengan angka dan sukar dikuasai oleh pelajar sekolah rendah (Fatimah, 2009; Leong, 2007). Tambahan pula pendekatan yang streotaip dalam pengajaran matematik seperti tunjuk cara tanpa bantuan sebarang medium pengajaran atau pembelajaran tambahan lain menyebabkan minat pelajar terhadap mata pelajaran ini semakin merosot. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi agar pelajar dapat melihat matematik sebagai satu proses pembelajaran yang unik. Kepelbagaian kaedah mampu merangsang minat dan motivasi pelajar untuk mendalami dan memahami konsep-konsep dan kemahiran-kemahiran asas. Teori Humanistik menyatakan setiap individu mempunyai keinginan semula jadi untuk belajar (Choo, 2011) di mana setiap individu termasuklah pelajar, pastinya mempunyai kecenderungan untuk mencapai kesempurnaan diri. Untuk mencapai teori ini, guru-guru amatlah digalakkan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik bagi membolehkan minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik dicetuskan. Sehubungan dengan itu, penggunaan BBM yang sesuai, mudah dan ringkas pastinya membolehkan pelajar meneroka ilmu dengan lebih seronok tanpa rasa tertekan atau bosan. Pendekatan pengajaran yang berteraskan kepada memenuhi keperluan pelajar pastinya dapat meningkatkan motivasi dan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara lebih menarik. Hal ini disokong oleh pernyataan oleh Budi dan Nurul (2019) yang menyatakan bahawa pendekatan pembelajaran humanistik membolehkan proses pengajaran guru disesuaikan dengan tahap intelektual dan aras keupayaan pelajar supaya mereka dapat menyedari potensi yang ada pada dirinya. Perubahan generasi pelajar memerlukan satu pendekatan pengajaran yang dapat menghubungkan ilmu yang cuba disampaikan oleh guru menjadi pengetahuan yang dipelajari pelajar (Shanizan Herman et al., 2015). Kepelbagaian alatan dalam menyokong pembelajaran dilihat sebagai satu keperluan yang perlu dibangunkan oleh guru-guru. Kaedah pengajaran yang berjaya menyuntik keunikan semasa menterjemahkan isi kandungan subjek akan mampu membangunkan minat pelajar untuk menerokai subjek itu secara mendalam dan berterusan. Hal ini selaras dengan kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran matematik dapat
456 e-Prosiding SAHiConfEd’22 dipertingkatkan dan menjana motivasi intrinsik seseorang pelajar (Schell, 2008). Selain itu, motivasi intrinsik yang terbina melalui aktiviti yang menarik akan menggalakkan berlakunya proses pengulangan dan merupakan elemen penting dalam pembelajaran matematik (Eleven et al., 2010; OfenNoy et al., 2003). Menurut Zakaria (2014), dalam teori yang diperkenalkan oleh Gagne dan Berliner pada tahun 1991, menekankan prinsip pendekatan humanisme yang mementingkan aspek perasaan dan emosi dalam pembelajaran. Bagi mencapai kedua-dua aspek yang dinyatakan ini, pengaplikasian inovasi BBM dalam kajian ini adalah bertujuan memberi alternatif kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah tajuk Pembinaan secara lebih mudah, ringkas, seronok yang mampu mencetuskan perasaan gembira semasa belajar. Melalui pendekatan ini motivasi belajar dapat ditingkatkan melalui penggunaan BBM yang lebih mudah. Mengikut aplikasi teori humanistik yang menekankan kebebasan dalam belajar, penggunaan inovasi BBM dalam PdP ini, memberikan peluang kepada pelajar untuk mencuba dan meneroka ilmu dengan kepelbagaian bahan yang boleh digunakan. Oleh itu kajian ini berfokus kepada membangunkan daya kreativiti guru dalam menyediakan satu persekitaran pembelajaran matematik yang menarik. Hal ini berteraskan pada bahan bantu mengajar yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik bagi tajuk Pembinaan/Construction. Pada dasarnya tidak terdapat sebarang masalah dalam pengajaran matematik bagi tajuk ini. dimana penggunaan alatan geometri telah diguna pakai sejak dahulu lagi. Namun dalam kajian ini pengkaji memperkenalkan satu alatan yang boleh dijadikan alternatif sebagai sumber pembelajaran bagi menggantikan peralatan geometri. Inovasi ini adalah lebih ringkas dan mudah untuk digunakan, disimpan dan dibawa oleh pelajar. 2. Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk menilai prototaip inovasi “Construction” yang dijadikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) alternatif. Prototaip ini dibangunkan secara kreatif bagi menggantikan peralatan sedia ada yang telah digunakan oleh pelajar dan juga sebagai alternatif dalam penyelesaian matematik dalam tajuk Pembinaan. Oleh itu, kajian ini berhasrat untuk membuat penilaian terhadap kesesuaian BBM yang disediakan bagi menggantikan alatan sedia sebagai alternatif dalam proses PdP bermakna dan penglibatan yang aktif dalam kalangan pelajar. 2.1 Objektif Kajian Pengkaji menggariskan beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:- i) Mengenal pasti kesesuaian BBM alternatif “Construction” untuk PdP Matematik bagi tajuk Pembinaan. ii. Menentukan kesan penggunaan BBM alternatif “Construction” dari segi masa dalam menyelesaikan masalah matematik. ii) Mengenal pasti kreativiti guru dalam penyediaan BBM alternatif “Construction”. 2.2 Soalan Kajian Soalan kajian yang akan dijawab dalam penyelidikan ini adalah:-
457 e-Prosiding SAHiConfEd’22 i. Adakah BBM alternatif “Construction” sesuai untuk PdP Matematik bagi tajuk Pembinaan? ii. Apakah kesan penggunaan BBM alternatif “Construction” dari segi masa dalam menyelesaikan masalah matematik? iii. iAdakah guru kreatif dalam penyediaan BBM alternatif “Construction”? 3. Metodologi Kajian Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan pendekatan gabungan kuantitatif dan kualitatif. Kajian bertujuan untuk meninjau pandangan pelajar terhadap kebolehgunaan inovasi prototaip BBM “Construction” sebagai alat alternatif dalam penyelesaian masalah-masalah berkaitan tajuk Pembinaan. Maklum balas yang diterima daripada kajian ini digunakan untuk penambahbaikan prototaip. Kajian dijalankan di tiga buah sekolah menengah di negeri Melaka. Seramai 130 orang pelajar Tingkatan 2 digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik keberkesanan prototaip, ujian masa menyelesaikan masalah dan temu bual ringkas. Soal selidik menggunakan skala likert lima mata dalam penilaian terhadap prototaip yang digunakan seperti di bawah. Skala Penilaian Simbol 1 Sangat Tidak Setuju (STS) 2 Tidak Setuju (TS) 3 Tidak Pasti (TP) 4 Setuju (S) 5 Sangat Setuju (SS) Instrumen soal selidik yang telah dibina perlu diuji kesahan dan kebolehpercayaan sebelum diguna dalam mengumpulkan data sebenar kajian. Soal selidik diedarkan kepada pelajar selepas mereka menyelesaikan masalah pembinaan menggunakan prototaip tersebut. Data soal selidik dan ujian masa dianalisis menggunakan kaedah analisis diskriptif manakala kaedah pengkodan data digunakan dalam temubual ringkas yang dijalankan. 4. Prototaip Inovasi Rajah 1: Proses membina inovasi prototaip “Construction”
458 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rajah 2: Penggunaan alat geometri dalam soalan pembinaan 5. Dapatan Kajian Hasil dapatan kajian dibincangkan berdasarkan instrumen yang digunakan dalam proses pengumpulan data. Hal ini dibincangkan seperti di bawah. 5.1 Analisis Soal Selidik Berdasarkan analisis soal selidik tahap kepuasan sampel terhadap penggunaan inovasi prototaip “Construction” didapati kesan yang positif dalam semua aspek yang dikemukakan. Sampel percaya berdasarkan pengalaman mereka melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan inovasi “Construction” didapati tidak terdapat perbezaan ketara terhadap kemahiran berbanding dengan penggunaan kaedah tradisonal yang melibatkan penggunaan alat geometri. Tahap kepuasan sampel terhadap inovasi “Construction” adalah baik. Hasil daripada uji lari yang dilaksanakan mendapati hasil akhir kerja pelajar dalam kedua-dua pendekatan ini adalah sama. Ketepatan dalam pembinaan yang dibuat adalah pada tahap yang baik. Hal ini ditunjukkan seperti Jadual 1 di bawah. Jadual1: Maklum balas sampel terhadap penggunaan inovasi prototaip “Construction” Item STS Pernyataan TS TP S SS 1 Fungsi prototaip ini sama seperti peralatan geometri yang digunakan. 4 3.1% 126 96.9% 2 Prototaip ini lebih mudah digunakan berbanding dengan peralatan geometri. 2 1.5 % 66 50.8% 62 47.7% 3 Ketepatan pembinaan menggunakan prototaip ini adalah setara dengan peralatan geometri. 9 6.9% 121 93.1% 4 Prototaip ini lebih selamat digunakan berbanding dengan peralatan geometri. 5 3.8% 125 96.2% 5 Prototaip ini mudah disimpan berbanding peralatan geometri. 1 0.8% 129 99.2%
459 e-Prosiding SAHiConfEd’22 6 Prototaip ini mempunyai kepelbagaian penggunaannya. 2 1.5% 128 98.5% 7 Saya rasa selesa menggunakan prototaip ini. 12 9.2% 118 90.8% 8 Prototaip ini menjimatan masa dalam penyelesaian masalah pembinaan. 1 0.8% 129 99.2% 9 Saya suka menyelesaikan masalah pembinaan dengan menggunakan prototaip ini. 54 41.5% 76 58.5 % 10 Prototaip ini mengurangkan tekanan saya dalam menyelesaikan masalah pembinaan. 72 55.4% 58 44.6 % 5.2 Analisis Ujian Masa Hasil analisis ujian masa dalam menyelesaikan 6 masalah yang diberi dalam kalangan 10 orang sampel yang mempunyai kebolehan yang sama didapati kaedah penyelesaian dengan menggunakan inovasi prototaip “Construction” dapat menjimat masa berbanding dengan penggunaan alat geometri. Sampel didapati dapat menyelesaikan masalah yang diberi dalam tempoh masa yang lebih singkat berbanding dengan penggunaan alat geometri. Hal ini disebabkan mereka tidak perlu memilih alat yang perlu digunakan, memasang kelengkapan peralatan dan menukar alat bagi kemahiran yang berbeza. Berbanding dengan penggunaan inovasi “Construction” peserta berasa selesa dan mudah disebabkan alat tersebut dilengkapkan dengan 3 alat bagi kemahiran yang berbeza. Sampel juga tidak perlu memasang atau menukar peralatan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang diberi. Dapatan ini selari dengan hasil yang ditunjukkan pada Jadual 1 di atas. Dapatan ujian masa ditunjukkan seperti pada Rajah 3 di bawah. Rajah 3: Perbandingan Ujian masa antara penggunaan alat geometri dengan inovasi prototaip “Construction”
460 e-Prosiding SAHiConfEd’22 5.3 Analisis Hasil Pelajar Berdasarkan analisis dokumen hasil kerja pelajar didapati bahawa kualiti pembinaan yang dihasilkan dengan menggunakan inovasi prototaip “Construction” adalah sama seperti penggunaan alat geometri. Hal ini disebabkan fungsi pembinaan inovasi “Construction” adalah berdasarkan kepada fungsi alat geometri. Namun pelajar perlu membiasakan diri dengan menggunakan alat ini disebabkan kemahiran mengawal pergerakan tangan perlu dibiasakan. Namun berdasarkan ujian masa, didapati tahap kemahiran menyelesaikan masalah lebih cepat berbanding kaedah penggunaan alat geometri. Hal ini turut disokong dengan hasil tinjauan melalui soal selidik yang diedarkan. Hasil kerja pelajar ditunjukkan seperti dalam Rajah 4 di bawah. AD1-SM1 AD2-SM2 AD3-SM3 Rajah 4: Analisis dokumen kerja pelajar menggunakan inovasi prototaip “Construction” 5.4 Analisis Temubual Hasil daripada temu bual dalam kalangan1 orang pelajar yang dipilih secara rawak menunjukkan penggunaan inovasi prototaip “Construction” banyak memberi kesan positif terhadap gaya pembelajaran mereka. Hasil temu bual menunjukkan keupayaan bahan inovasi ini dapat digunakan secara mudah dan ringkas serta memberi kesan positif berdasarkan persepsi pelajar. Kemampuan alat digunakan dengan cepat membolehkan penyelesaian masalah dilakukan dengan penjimatan masa yang ketara berbanding dengan penggunaan alat geometri. Minat 1 6 Perbincangan Dapatan Kajian Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) amat penting dalam kalangan guru dalam memberi kesan positif terhadap keberkesanan pembelajaran yang lebih bermakna. Dapatan kajian menunjukkan hasil kerja pelajar tidak menunjukkan perbezaan dari aspek kualiti lukisan pembinaan. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan inovasi prototaip “Construction” sebagai BBM boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik bagi tajuk ini. Selain itu, soal selidik pula menunjukkan maklum balas positif dari aspek keberkesanan. Pelajar berpendapat BBM ini mudah dan senang digunakan, menjimatkan masa dalam menyelesaikan masalah serta
461 e-Prosiding SAHiConfEd’22 mereka terhadap keunikan inovasi tersebut telah merangsang motivasi untuk belajar. Hal ini ditunjukkan seperti keratan temu bual di bawah. “Alat ini mudah digunakan…tidak perlu untuk pasang macam alat geometri. Terus guna masa nak selesaikan soalan…Jimat masa…” M7-L/SM1/020220 tukar alat “Mudah sangat. Tak perlu nak pasang dan. Semua alat dah ada sini. Saya tak perlu risau sama ada alat cukup atau tidak. Saya suka alat ini kerana lebih mudah” M12-P/SM2/040220 “Alat ini membolehkan saya menyelesaikan soalan dengan lebih cepat. Saya tidak perlulah nak pasang jangka lukis atau cari protraktor untuk ukur. Semua ada sini. Lagipun dalam tajuk ini memang kita guna tiga alat ini sahaja…pembaris, jangka lukis dan protraktor… Tidaklah saya buang masa untuk mengukur sebab semuanya dah disediakan disini” alat ini lebih mudah … Jimat masa dan lebih cepat “Saya rasaberbanding dengan guna jangka lukis…” M24-P/SM3/030220 “Saya rasa alat ini mudah digunakan. Tidak perlu bawa banyak alat. Semuanya ada disini untuk digunakan bagi menyelesaikan soalan pembinaan… Senang. Alat ini banyak masa dapat dijimatkan…tak perlu nak pilih-pilih alat. Memudahkan saya untuk belajar…” M4-L/SM3/030220 mempunyai fungsi yang setara berbanding dengan alatan geometri. Dapatan kajian ini disokong oleh Jasmi et al. (2011) dan Ilias et al. (2013) yang menunjukkan bahawa penggunaan BBM meningkatkan tahap fokus dan minat pelajar semasa proses PdP dijalankan. Berdasarkan dapatan kajian juga menunjukkan sampel lebih berminat dengan penggunaan BBM “Construction” berbanding dengan alatan geometri dari aspek penggunaan yang lebih mudah, menjimatkan masa, mudah disimpan dan juga aspek keselamatan. Perkara ini juga turut dibuktikan melalui temu bual yang dijalankan di mana pelajar berpuashati dengan keberkesanan penggunaan BBM ini dalam latihan yang diberikan. Ini jelas menunjukkan bahawa guru harus kreatif dalam mencetuskan idea bagi menghasilkan BBM yang sesuai dan dapat menarik perhatian pelajar. Oleh sebab itu, BBM yang digunakan oleh guru bukanlah hanya sekadar menggunakan peralatan sedia ada tetapi boleh mencetuskan minat dan motivasi pelajar untuk
462 e-Prosiding SAHiConfEd’22 terus tekal dan memberi tumpuan dalam aktiviti pembelajaran. Hal ini bertepatan dengan ciriciri pemilihan BBM iaitu memberi kesan positif terhadap hasil dan minat pelajar secara langsung (Jasmi dan Tamuri, 2007). Selain itu ciri BBM yang baik adalah disebabkan oleh inisiatif guru yang menggunakan pelbagai sumber dalam persediaan sebelum menggunakan BBM tersebut di dalam bilik darjah. Kegagalan untuk menarik minat pelajar meminati matematik disebabkan kurangnya usaha guru menceriakan persekitaran pembelajaran. Kaedah tradisional yang streotaip menyebabkan sebahagian pelajar berasa bosan dengan sogokan cara lama yang digunakan dalam bilik darjah. Oleh sebab itu idea kreatif guru adalah penting dan menjadi suatu tuntutan bagi membolehkan minat dan motivasi pelajar berterusan ketika belajar. Hal ini disokong melalui dapatan kajian oleh beberapa pengkaji lepas yang mendapati kekangan guru menterjemahkan pembelajaran secara inovatif memberi kesan kepada pembelajaran pelajar. Antaranya seperti dapatan Othman (2007) yang menyatakan bahawa guru di Malaysia dikongkong dengan pendekatan tradisional dengan sumber yang terbatas. Manakala Mahidi (2011) pula menyatakan pendedahan yang terbatas dalam kalangan guru-guru terhadap sumber pengajaran menyebabkan tidak berlaku perkongsian BBM antara guru dan pelajar. Kajian oleh Jasmi et al., (2011) pula menunjukkan kesan kekurangan sumber dalam mempelbagaikan BBM telah menyebabkan guru gagal menjadi pemudah cara berkesan. Akhirnya proses PdP tidak mampu menarik minat pelajar untuk belajar kerana penggunaan kaedah tradisional kurang menarik minat pelajar untuk turut serta dalam PdP. 7. Cadangan Kajian Akan Datang Berdasarkan kajian ini, penggunaan prototaip “Construction” telah berjaya memberi impak positif dalam kalangan pelajar-pelajar yang menggunakannya. Oleh sebab penyelidikan ini bersifat penilaian terhadap keberkesanan BBM alternatif maka proses refleksi berterusan masih perlu dijalankan dalam menentukan bahan yang sesuai untuk mereka bentuk prototaip ini. Inovasi ini hanya menggunakan transperensi yang lembut dalam proses penyediaannya. Satu kajian lanjutan boleh dilaksanakan dalam mempelbagaikan sumber yang boleh menggantikan penggunaan transperensi supaya memberi kesan yang lebih baik. 8. Kesimpulan Kajian ini telah membuktikan keberkesanan penggunaan inovasi prototaip “Construction” sebagai BBM alternatif bagi menggantikan penggunaan alat geometri sedia ada dalam penyelesaian masalah subjek matematik dalam tajuk Pembinaan. Dapatan menunjukkan pelajar berminat dengan penggunaan BBM ini disebabkan cirinya yang mudah untuk digunakan dan dapat menjimatkan masa. Konsep inovasi prototaip “Construction” yang meletakkan semua alat bersama-sama dalam satu produk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran.
463 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Fungsi prototaip “Construction” sebagai BBM ini bukanlah untuk menidakkan fungsi alatan geometri sedia ada tetapi sebagai satu penyelidikan inovasi untuk menyediakan bahan pembelajaran alternatif kepada pelajar bagi menyediakan suasana pembelajaran yang lebih mudah. Hasil daripada soal selidik yang ditadbir menunjukkan penerimaan positif dalam kalangan sampel yang diuji. Manakala ujian masa juga menunjukkan pelajar dapat menyelesaikan masalah yang diberi dengan lebih cepat berbanding dengan amalan biasa menggunakan alat geometri. BBM ini juga telah memudahkan pelajar dalam menggunakan alatan baharu dalam menyelesaikan masalah pembinaan. BBM ini amat mudah digunakan dan membolehkan pelajar menggunakannya dengan cepat. Perkara ini turut disokong melalui temu bual yang dijalankan dalam kalangan beberapa orang sampel berdasarkan pengalaman yang telah mereka lalui dalam pembelajaran yang menggunakan BBM ini. Penggunaan BBM “Construction” juga menunjukkan minat dan motivasi pelajar dapat ditingkatkan melalui cetusan idea kreatif ini. Penelitian terhadap hasil kerja pelajar menunjukkan tidak terdapat sebarang perbezaan dari aspek kualiti dan ketepatan dalam menyelesaikan masalah yang diberi. Usaha membangunkan BBM “Construction” dalam kajian ini bolehlah dilihat sebagai platform yang ideal dalam menyediakan alatan pembelajaran alternatif menyelesaikan masalah yang sama dengan menggunakan bahan yang berbeza. Rujukan Budi, A. S. & Nurul Ahmad. (2019). Teori Belajar Humanistik dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran Pendidikan Agama Islam. Jurnal Pendidikan Dasar, 3(2), 1-18. Eleven, K., Learn, R. T., Triangle, L., Broadcasting, P., & Corporation, S. (2010). Learning Through the Early Years : The Benefits of Repetition and Variation Repetition is the mother of learning and is an Learning Through the Early Years : The Benefits of Repetition and Variation, 1–28. Fatimah, S. (2009). Strategi Bagi Membantu Murid Sekolah Rendah Menguasai Matematik. DP, 9(2), 56–65. Ilias, M. F., Ismail, M. F. & Jasmi, K. A. (2013). Faktor dorongan dan halangan penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru pendidikan Islam di sekolah bestari, 3rd. International Conference on IslamicEducation 2013 (ICIED2013). EPF Institute, Malaysia, pp. 943-953. Jasmi, K. A. & Tamuri, A. H. (2007). Pendidikan Islam : Kaedah pengajaran & pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM. Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H. & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education. 3(1), pp. 59-74. Leong, L. K. (2007). Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah Dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang, 1–8.
464 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Ofen-Noy, N., Dudai, Y., & Karni, a. (2003). Skill learning in mirror reading: How repetition determines acquisition. Cognitive Brain Research, 17(2), 507– 521. http://doi.org/10.1016/S0926-6410(03)00166-6 Schell, J. (2008). The Art Of Game Design: A Book Of Lenses. Morgan Kaufmann Publishers. http://doi.org/9780123694966 Shanizan Herman, M. R., Mohd Zukuwwan, Z. A., Asif Zamri, Z., & Puteri Azwa, A. (2015). Board Game Pengurusan Pelabuhan: Satu Pendekatan Pembelajaran Inovatif Stubblefield, L. (2006). Mathematics anxiety among GED recipients in four-year institutions. Journal of Mathematics Science & Mathematics Education, 1, 19–23. Warwick, J. (2008). Investigating Mathematical Anxiety Among Non-Specialist Undergraduate Students. Mathitudes, 1(1), 1–9. Zakaria Omar. (2014). Pendekatan Konstruktif dalam Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Kolej Vokasional. Latihan Ilmiah. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
465 e-Prosiding SAHiConfEd’22 NyaSeCip: Amalan Terbaik Kbat Meningkatkan Kemahiran Mengingat Dan Membezakan Huruf Qalqolah Rahmawati Binti Mohd Shariff SK Putrajaya Presint 5(1) Jalan P5A/5 Presint 5 62200 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA [email protected] Abstrak Qalqolah merupakan salah satu tajuk yang terkandung di dalam Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 4. Sebelum menguasai cara bacaan Qalqolah murid perlu tahu huruf Qalqolah itu terlebih dahulu. Kumpulan sasaran terdiri daripada seorang murid Kelas 4 Sapphire. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan dengan berpandukan kepada Model Gelung Kajian Tindakan oleh Kemmis & Mc Taggart (1988). Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menambahbaik amalan saya dalam mengingat dan membezakan huruf Qalqolah dengan menggunakan teknik NyaSeCip (nyanyi, sebut dan cipta). Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang dirancang dalam kajian ini dapat membantu guru menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek amalan terbaik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di mana murid mampu mencapai tahap tertinggi KBAT dan boleh menjadi contoh tauladan kepada murid yang lain. Peserta kajian turut dapat menyebut, membezakan dan mencipta lima huruf Qalqolah iaitu qof, to, ba, jim dan dal. NyaSeCip juga merupakan sebuah teknik yang merentasi elemen kurikulum (EMK) dan bersesuaian dengan situasi norma baharu.
466 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Kata kunci: KBAT, NyaSeCip, EMK, Qalqolah 1. Pengenalan SK Putrajaya Presint 5(1) terletak di Presint 5 Putrajaya iaitu di hadapan Putrajaya International Convention Centre (PICC) sebagai mercu tanda. Bilangan murid setiap kelas adalah seramai 40 orang secara purata. Samaada di dalam bilik darjah ataupun di dalam kelas atas talian google meet, bilangan murid yang ramai ini memerlukan kawalan kelas yang bijaksana oleh guru. Penerapan ilmu tajwid dalam setiap pembacaan al Quran amatlah penting. Ini bertujuan untuk memelihara kemurnian isi al Quran di samping untuk membantu mengelakkan berlakunya perubahan maksud pada ayat al Quran. Untuk menguasai ilmu Tajwid, murid perlu menguasai perkara-perkara asas dalam ilmu Tajwid itu terlebih dahulu. Semasa saya mengendalikan kelas PdPR, didapati ada murid yang tidak dapat menguasai hukum tajwid Qalqolah. Murid tersebut didapati keliru dan mudah terlupa tentang huruf Qalqolah. Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada murid kerana murid terpaksa mengikuti kelas secara PdPR dan belajar secara dalam talian. Namun, situasi ini tidak menghalang guru melakukan aktiviti hands on dan kerja projek yang menggunakan penyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran berfikir guru dan murid terutama dalam konteks KBAT merupakan perkara keperluan atau keutamaan dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Melalui KBAT, murid tidak hanya menghafal tetapi juga faham dan tahu apa yang mereka pelajari dan akhirnya mencapai aras yang tertinggi dalam KBAT bagi tajuk yang mereka pelajari. 1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya merupakan Guru Pendidikan Islam yang mengajar bidang al Quran dan Tasmik Kelas 4 Sapphire. Didapati seorang murid yang sangat rajin namun beliau memiliki latar belakang kemahiran berfikir aras rendah. Murid ini merupakan murid Kelas Pemulihan pada tahun lalu. Semasa kelas bersemuka saya meletakkan murid ini di hadapan sekali kelas. Murid ini juga saya dapati akan kelihatan tersenyum lebar setiap kali dipuji saya. Ini bermaksud motivasi murid meningkat setiap kali dipuji oleh guru. Apabila ditanya, murid menjawab pernah mendengar perkataan Qalqolah semasa Kelas Kafa tetapi ingatan itu hanya sekadar perkataan Qalqolah sahaja. Murid ini memberitahu subjek Pendidikan Islam lebih mudah sedikit untuk difahami berbanding Bahasa Arab kerana ia merupakan bahasa asing. Tahap rekod bacaan Tasmik murid ini tidak menentu iaitu ada satu masa beliau boleh membaca Iqra’ 3 namun pada akhirnya terpaksa turun kepada bacaan Iqra’ 2. Melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang dijalankan, masalah yang berjaya dikenalpasti bagi tajuk Qalqolah ini adalah murid masih lagi tidak menguasai perkara asas dalam tajuk Qalqolah iaitu murid tidak dapat mengingat dan membezakan huruf Qalqolah. Saya berasa rendah diri terhadap diri sendiri kerana murid tersebut tidak dapat mengingat dan membezakan 5 huruf Qalqolah iaitu Qof, To, Ba, Jim, Dal. Saya berasa sangat sedih kerana terdapat seorang murid saya tercicir untuk menguasai perkara asas dalam tajuk Qalqolah iaitu huruf Qalqolah. Oleh yang demikian, saya melakukan satu kajian menggunakan Teknik Nyanyi, sebut dan cipta (NyaSeCip) bagi
467 e-Prosiding SAHiConfEd’22 menambah baik amalan KBAT dalam PdPR norma baharu bagi membantu murid mengingat dan membezakan huruf Qalqolah. 1.2 Pengumpulan Data Awal Analisis telah dibuat untuk kesemua tinjauan masalah supaya data yang diperolehi sahih. Data awal dikutip berdasarkan pemerhatian awal dan sesi temu bual a) Analisis pemerhatian awal Semasa kelas online PdPR Google Meet tajuk Qalqolah didapati murid kurang memberi respon dan tidak yakin dengan jawapan sendiri semasa ditanya oleh guru. Murid juga didapati menjawab dengan suara perlahan dan akhirnya memberi jawapan yang tergantung. Murid juga keliru untuk mengingat dan membezakan huruf Qalqolah. Selain itu murid juga kurang aktif mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. b) Analisis temu bual Saya telah membuat sesi temu bual Google Meet secara individu pada hujung minggu bagi bertanyakan beberapa soalan kepada murid. Antara soalan yang ditanyakan kepada murid ialah Ini bermaksud ingatan murid terhadap penguasaan tajuk Qalqolah sangat rendah. Hanya 10% sahaja ingatan murid terhadap isi kandungan tajuk tersebut iaitu murid sekadar pernah mendengar tajuk Qalqolah sahaja. Soalan berikutnya saya bertanya lagi kepada murid: “Hukum Tajwid merupakan perkara yang mesti dikuasai oleh murid supaya murid dapat membaca al Quran dengan dengan Tajwid yang betul. Sejauh manakah kefahaman anda tentang tajuk Qalqolah?”. Murid menjawab: Saya pernah mendengar perkataan Qalqolah semasa Kelas Kafa tapi ingatingat lupalah ustazah. “Huruf Qalqolah sangat mudah diingati kerana hanya ada 5 sahaja. Boleh bantu ustazah dengan menyebut 5 huruf Qalqolah?” Murid menjawab: yang saya ingat huruf ba yang lain saya lupalah. Murid didapati hanya mengingat huruf yang selalu dan mudah didengar iaitu huruf ba. Tambahan huruf ba selalu disebut selepas huruf alif.
468 e-Prosiding SAHiConfEd’22 2. Fokus Kajian Kajian ini menambahbaik amalan pengajaran saya bagi membantu murid mengingat dan membezakan huruf Qalqolah menggunakan Teknik NyaSeCip Menurut Ahmad Munawar dan Zakaria Stapa (2011) di mana seseorang individu murid itu akan cenderung untuk memperoleh kemahiran berkenaan dengan sesuatu perkara apabila seiring dengan strategi pembelajaran yang berkesan. 3. Objektif Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif berikut: a)Murid dapat mengingat, menyebut, membeza dan mencipta huruf Qalqolah dengan menggunakan Teknik NyaSeCip 4. Soalan Kajian Kajian yang dijalankan ini akan menjawab persoalan kajian yang berikut: a)Adakah murid dapat mengingat, menyebut, membeza dan mencipta huruf Qalqolah dengan menggunakan Teknik NyaSeCip? 5. Peserta Kajian Peserta kajian terdiri daripada seorang murid perempuan Kelas 4 Sapphire SK Putrajaya Presint 5(1) yang menghadapi masalah mengingat dan membezakan huruf Qalqolah. Daripada pemerhatian, beliau merupakan murid yang sangat memerlukan bantuan. Saya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian ke atas murid ini untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi dalam membantu murid ini yang memiliki tahap penguasaan rendah. 6. Tindakan Yang Dijalankan Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan berdasarkan kepada Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988). Model ini mengandungi empat peringkat yang perlu dilalui iaitu merancang, bertindak, memerhati dan refleksi. Proses perancangan kajian dilakukan berdasarkan kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Seterusnya guru melakukan proses tindakan berdasarkan intervensi yang telah dirangka dalam kajian tindakan. Selepas itu proses pemerhatian dijalankan sebelum melakukan refleksi terhadap kajian yang dijalankan.
469 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rajah 1: Model Kajian Tindakan: Kemmis & Mc Taggart (1988) Jadual 1: Pelaksanaan kajian Bulan Minggu Aktiviti Catatan Julai 1 Tinjauan awal - 1 Analisis data tinjauan awal - 1 Merancang dan menyusun aktiviti intervensi - 2 Intervensi kajian dijalankan-aktiviti 1 - 3 Intervensi kajian dijalankan-aktiviti 2 - 4 Intervensi kajian dijalankan-aktiviti 3 - Ogos 1 Intervensi kajian dijalankan-aktiviti 4 - 2 Kutipan data kajian - 2 Analisis data kajian - 2 Refleksi kajian - 3 Menulis pelaporan kajian Tindakan - 6.1 Perancangan Tindakan Jadual 2: Aktiviti pelaksanaan Teknik NyaSeCip Aktiviti Perkara 1 Memperkenalkan teknik NyaSeCip 2 Memperkenalkan aktiviti – Nyanyian 3 Memperkenalkan aktiviti - Menyebut dan berimaginasi 4 Memperkenalkan aktiviti – Mencipta Berdasarkan jadual di atas, murid akan melalui sebanyak 4 jenis aktiviti yang berbeza iaitu pada aktiviti 1 guru akan memperkenalkan terlebih dahulu teknik NyaSecip. Pada aktiviti 2 guru akan memperkenalkan aktiviti nyanyian. Pada aktiviti 3 guru akan meminta murid menyanyi iaitu sambil menyebut murid dikehendaki membuat imaginasi bentuk huruf Qalqolah juga. Aktiviti 4 guru akan meminta murid mencipta huruf Qalqolah.
470 e-Prosiding SAHiConfEd’22 SWOT Berdasarkan SWOT (Kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman) di atas, saya sertakan sekali agar hasil kajian lebih berilmiah. Antara kekuatan Teknik NyaSecip adalah penglibatan murid sangat aktif dalam aktiviti hands on dan kerja projek menghasilkan huruf Qalqolah. Murid dan guru menjadi lebih inovatif dan kreatif dalam nyanyian dan penciptaan huruf Qalqolah. Guru lebih yakin untuk memberikan soalan KBAT dan murid turut yakin untuk menjawab soalan KBAT yang diberikan oleh guru. KBAT merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Tahap pemikiran yang digambarkan dalam Taksonomi Bloom semakan Anderson menunjukkan tahap pemikiran meningkat daripada (KBAR) Kemahiran Berfikir Aras Rendah iaitu aras mengingat dan memahami kepada aras mengaplikasi, menganalisa, menilai hingga mencipta. Tahap berfikir dalam KBAT ialah mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan mencipta. Melalui Teknik NyaSeCip, murid akhirnya boleh mencapai aras paling tinggi dalam KBAT iaitu mencipta sesuatu dan menjadi contoh tauladan kepada murid yang lain. Ini kerana akhirnya murid akan mencipta huruf Qalqolah daripada pelbagai bahan kitar semula atau apa sahaja bahan yang ada di rumah masing-masing. Hasil penciptaan murid apabila dikongsikan dengan rakan yang lain sudah tentu menjadi contoh tauladan kepada murid lain kerana ingin menghasilkan sesuatu yang hebat seperti rakan yang membuat perkongsian projek huruf Qalqolah. KBAT juga merupakan salah satu aspek penting dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Setiap murid perlu menguasai kemahiran berfikir dalam usaha melahirkan generasi yang mampu mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi baharu. Kemahiran berfikir KEKUATAN Penglibatan murid aktif dalam aktiviti hands on dan kerja projek Murid dan guru menjadi lebih inovatif dan kreatif Guru lebih yakin untuk memberikan soalan KBAT dan murid yakin untuk menjawab soalan KBAT Melibatkan emk subjek lain iaitu Bahasa Arab, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Bahasa Melayu Guru menggunakan platform Youtube untuk perkongsian KELEMAHAN Guru tidak dapat memantau keselamatan murid Bahan aktiviti hands on perlu disediakan terlebih dahulu PELUANG Guru dapat memaksimakan aktiviti hands on kerana minat murid bertambah. Penglibatan murid aktif dalam kelas google meet semakin meningkat ANCAMAN Kekangan masa semasa kelas online menyebabkan tidak semua murid boleh menyiapkan tugasan dengan pantas semasa kelas online Murid yang tidak sihat tidak dapat mengikuti kelas online dan berlaku keciciran aktiviti SWOT
471 e-Prosiding SAHiConfEd’22 ini dapat disemai dalam kalangan murid apabila mereka didedahkan dengan pembelajaran berasaskan projek contohnya. Teknik NyaSecip melibatkan emk (elemen merentas kurikulum) subjek lain iaitu Bahasa Arab, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Bahasa Melayu. Huruf Qalqolah itu juga merupakan huruf yang diperkenalkan dalam subjek Bahasa Arab. Murid memilih untuk mencipta huruf Qalqolah mengikut kemahiran Seni Visual iaitu contohnya mencipta kolaj huruf to. Pendidikan Seni Muzik diaplikasikan semasa menyanyi lagu huruf Qalqolah versi Bangau Oh Bangau. Kemahiran Bahasa Melayu juga diaplikasi apabila murid membaca menyanyi mengikut skrip yang ditulis dalam tulisan rumi. Guru juga menggunakan platform youtube untuk perkongsian dan memperkenalkan Teknik NyaSeCip pada orang lain agar mendapat manfaat bersama juga berpotensi menjadi amalan dan bukannya merupakan one off projek. Diharapkan teknik ini dapat diperkembangkan dan dilebarkan sayapnya melalui program jalinan mahupun jaringan dengan pihak lain. Antara peluang yang diperolehi guru adalah dapat memaksimakan aktiviti hands on kerana minat murid bertambah. Penglibatan murid yang aktif dalam kelas google meet semakin meningkat kerana terdapat aktiviti hands on iaitu mencipta huruf Qalqolah. Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah guru tidak dapat memantau keselamatan murid kerana murid secara maya sahaja apabila dalam sidang google meet juga jauh dari pemantauan guru apabila off line iaitu murid melaksanakan projek di rumah. Selain itu bahan aktiviti hands on juga perlu disediakan terlebih dahulu oleh murid sebelum mencipta huruf Qalqolah. Antara ancaman yang dihadapi adalah kekangan masa semasa kelas online menyebabkan tidak semua murid boleh menyiapkan tugasan dengan pantas semasa kelas online. Sekiranya murid tidak sihat dan tidak dapat mengikuti kelas online maka berlaku keciciran aktiviti dan guru perlu menunggu murid sihat semula dan menyertai kelas serta mengulang aktiviti yang tercicir oleh murid. 6.2 Pelaksanaan Tindakan Pelaksanaan Aktiviti 1: Memperkenalkan NyaSeCip Guru menerangkan tentang NyaSeCip yang merupakan akronim daripada perkataan Nya iaitu nyanyian, Se iaitu sebut dan Cip iaitu Cipta. Dalam aktiviti ini murid hanya perlu faham dan kenal akronim dan sebutan penuh istilah akronim tersebut. Murid diminta menyebut NyaSeCip dan sebutan penuh perkataan di sebalik akronim tersebut.
472 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Soalan tugasan kepada murid: Takrifkan perkataan NyaSeCip mengikut pemahaman anda? Refleksi aktiviti 1: Saya membimbing murid menyebut mengikut suku kata dengan jelas terlebih dahulu sebelum murid boleh menyebut perkataan NyaSeCip dengan betul. Murid gigih menyebut NyaSeCip banyak kali sehingga lancar. Kemudian barulah murid boleh memahami dan mengingat sebutan penuh akronim NyaSeCip. Pelaksanaan Aktiviti 2: Memperkenalkan aktiviti – Nyanyian Murid diminta menyanyi lagu huruf Qolqolah versi rentak lagu rakyat Bangau oh Bangau. Murid boleh menyanyi sambil melihat skrip lagu. Soalan tugasan kepada murid: Aktiviti nyanyian sangat menghiburkan juga santai, sila nyanyikan lagu huruf Qalqolah versi rentak lagu rakyat Bangau oh Bangau Refleksi aktiviti 2: Murid kelihatan terhibur dan seronok menyanyi lagu huruf Qalqolah versi rentak lagu rakyat Bangau oh Bangau. Lagu ini sangat mudah dinyanyikan oleh murid. Rajah 2: Murid menyanyi lagu huruf Qolqolah
473 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rajah 3: Seni kata lagu huruf Qalqolah Pelaksanaan Aktiviti 3: Memperkenalkan aktiviti - Menyebut dan berimaginasi Murid diminta menyebut huruf Qalqolah sambil berimaginasi bentuk huruf Qalqolah. Soalan tugasan kepada murid: Bandingkan dan kenal pasti 5 huruf Qalqolah ? Refleksi aktiviti 3: Murid teruja menyebut huruf Qalqolah sambil berimaginasi bentuk huruf Qalqolah dengan membuat lakaran bentuk huruf di udara. Aktiviti ini membantu murid mengukuhkan lagi ingatan dan membezakan antara huruf Qolqolah. Pelaksanaan Aktiviti 4: Memperkenalkan aktiviti – Mencipta Murid diminta mencipta huruf Qalqolah mengikut kreativiti dan inovasi masing-masing. Soalan tugasan kepada murid: Cipta huruf Qalqolah menggunakan bahan yang berbeza bagi setiap huruf? Refleksi aktiviti 4:
474 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Daya kreativiti dan inovasi murid terserlah di samping aras KBAT yang tertinggi iaitu mencipta tercapai apabila murid berjaya mencipta huruf Qalqolah daripada bermacam bahan kitar semula di rumah tanpa melibatkan sebarang kos ataupun zero kos. Rajah 4: Huruf Qof (daripada tanah liat) Rajah 5: Huruf To (daripada kolaj) Rajah 6: Huruf Ba (daripada manik makanan) Rajah 7: Huruf Jim (daripada kain jean lama)
475 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rajah 8: Huruf Dal (daripada kotak yang diwarna water colour) 7. Dapatan Kajian Soalan 1 : Adakah murid dapat mengingat, menyebut, membeza dan mencipta huruf Qalqolah dengan menggunakan Teknik NyaSeCip? Analisis keseluruhan menunjukkan murid dapat menyanyi, mengingat dan mencipta huruf Qalqolah menggunakan Teknik NyaSeCip yang dipraktikkan. Analisis hasil kerja murid dan pemerhatian menunjukkan murid memahami dengan lebih jelas apa yang diajar oleh saya selaku guru berbanding dengan menggunakan kaedah konvensional. Melalui pemerhatian saya, murid lebih teruja menyiapkan tugasan yang diberikan. Berikut merupakan dapatan sebelum dan selepas Teknik NyaSeCip dilaksanakan: Jadual 3: Data sebelum dan selepas kajian Murid Situasi Sebelum kajian Selepas kajian /5 soalan (5 markah) /5 soalan (5 markah) Murid A 1 5
476 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Rajah 9: Kertas Ujian Sebelum Intervensi Rajah 10: Kertas Ujian Selepas Intervensi Berdasarkan jadual ujian sebelum dan ujian selepas di atas, didapati sebelum Teknik NyaSeCip diperkenalkan, murid hanya dapat menjawab 1 daripada 5 soalan dengan betul. Ini bermaksud murid hanya menguasai 20% kemahiran mengingat dan membezakan huruf Qalqolah sebelum kajian dijalankan. Manakala selepas kajian dijalankan didapati murid berjaya menjawab 5 daripada 5 soalan iaitu semua soalan berjaya dijawab dengan betul. Ini menunjukkan murid berjaya menguasai 100% kemahiran mengingat dan membezakan huruf Qalqolah selepas kajian dijalankan. 8. Refleksi Implikasi Terhadap Peserta Kajian Kajian ini menunjukkan Teknik Nyanyian sambil berimaginasi ringkas dapat membantu murid mengingat dan membezakan 5 huruf Qalqolah iaitu Qof To Ba Jim dan Dal. Kreativiti dan inovasi murid dalam mencipta huruf Qalqolah dapat mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap huruf Qalqolah di samping melahirkan murid yang memiliki Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
477 e-Prosiding SAHiConfEd’22 (KBAT). Murid terhibur dengan nyanyian sendiri dan seronok untuk belajar. Alhamdulillah menurut Al Kaylani & Mar Majid (2005) tercapailah matlamat Pendidikan Islam di sekolah untuk membolehkan Pendidikan Islam menjadi panduan dalam seluruh kehidupan. Implikasi Terhadap Amalan Kendiri Sebagai seorang guru, saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila dapat melihat peningkatan skor markah murid saya yang lemah. Kajian Tindakan ini bersesuaian dengan murid saya. Di samping itu saya dapat membaiki kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga menjadikan saya supaya lebih peka menilai cara dan teknik dalam pdpc mahupun pdpr yang dijalankan dan mengubahsuai mengikut kesesuaian. Sebagai seorang insan guru perlu ada sikap ingin sentiasa melakukan penambahbaikan mahupun anjakan paradigma supaya ada nilai tambah yang baru dalam pdpc mahupun pdpr. Implikasi Terhadap Kurikulum Menerapkan Pendidikan Al Quran ke dalam diri anak-anak ibarat menanamkan roh islam di dalam diri mereka. Firman Allah SWT dalam Surah Al Isra, yang bermaksud: Maksudnya: Sesungguhnya Al Quran ini memberi petunjuk ke jalan agama Islam dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Surah Al Isra’ 17:9) Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam, kandungannya menekankan murid untuk menguasai teori bacaan tajwid, talaqqi musyafahah dan tasmik bacaan bertajwid. Bagi mencapai hasrat DSKP, masalah asas murid ketika pdpr Tajwid perlu diatasi terlebih dahulu. Kajian ini membantu mencapai Hasrat DSKP. 9. Cadangan Tindakan Susulan Kajian tindakan ini telah mencapai objektifnya. Kajian ini turut membantu memperbaiki amalan PdPR saya di samping diri teruja seronok melihat hasil nyanyian dan hasil penciptaan murid. Pada pandangan saya murid perlu diberi ruang mencipta sesuatu yang kreatif dan inovatif ketika PdPR. Rujukan Al Quran Karim terjemahan Yayasan Penyelenggara Penerjemah al Quran. Ahmad Munawar Ismail dan Zakaria Stapa. (2011). Strategi Pembelajaran Penuntut Aliran Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Al Kaylani & Mar Majid Arsan. (2005). Tujuan Tarbiyyah Islamiyyah. Dubai: Dar al Qalam.
478 e-Prosiding SAHiConfEd’22 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2018). Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 19 tahun 2018. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2019). Buku Prosiding Persidangan Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Kali Ke 15 Tahun 2019. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Pendidikan Islam Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Kursus Orientasi KSSR Pendidikan Islam DSKP Tahun 4. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum . https://youtu.be/NBDPGhsQUCw.