The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-portfolio skm_Mohammad Nadzmi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdnadzmiamie, 2021-12-26 18:58:37

e-portfolio skm

e-portfolio skm_Mohammad Nadzmi

J)

Akta Pampasan Pekerja 1952 menghendaki semua majikan yang mengambil kurang daripada
lima pekerja , kecuali mereka yang tidak termasuk di bawwah kategori “pekerja” yang
diterangkan di bawah Seksyen 2(1) akta tersebut untuk menginsuranskan pekerja-pekerja
sedemikian dengan polisi insurans pampasan pekerja.Ini untuk memastikan bahawa pekerja-
pekerja tersebut menerima suatu pampasan yang berpatutan akibat sebarang kemalangan
yang mungkin berlaku. Bagaimanapun ,skim PERKESO telah diperluaskan kepada firma-
firma yang mempunyai kurang daripada lima orang pekerja. Ini menunjukkan bahawa Akta
Pampasan Pekerja 1952 akhirnya dibubarkan.

2)
Akta Pendidikan 1996

Akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam sistem pendidikan. Akta ini kawal selia usaha
kearah pertingkatkan dan tinggikan kualiti pendidikan di peringkat prasekolah, pendidikan guru,
pendidikan swasta, pendidikan khas dan pendidikan teknikal. Selain itu, lalui Akta Pendidikan 1996
ini penekanan di buat bagi bolehkan masyarakat kuasai ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni selari
dengan perkembangan dunia yang berdaya saing tinggi bersifat global. Dibawah akta ini kedudukan
bahasa Inggeris sebagai bahasa ke-dua juga diberi penekanan dan pengajaran bahasa-bahasa asing
yang lain juga digalakkan. Akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998.

Akta Pendidikan 1996 adalah lanjutan dan baharuan dari Akta Pelajaran 1961. Walaupun Akta
Pendidikan 1996 adalah perundangan yang baru ia tampilkan sambunagn pada niat serta dasar
pendidikan yang sudah ada. Ia bergantung pada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang
menjadi asas Dasar Pendidikan Kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak kekalkan
peruntukkan yang masih boleh digunakan dari Akta Pelajaran 1961.

3)

Kesatuan pekerja merupakan satu benda penting dalam perhubungan perindustrian. Ia
berdasarkan pada satu bentuk pertubuhan didalam tred, pekerjaan atau industri tertentu yang
berkerja sebagai badan yang jaga dan lindungi perkerja atau ahlinya lalui perbincagan dan perjanjian
bersama dengan majikan untuk menjaga hak dan faedah perkerja. Kebanyakkan pekerja dalam
sektor ekonomi harini libatkan diri didalam kesatuan. Kesatuan sekerja adalah pertubuhan yang

tidak hanya had kepada perkerja-pekerja biasa ia juga termasuk mereka yang didalam kategori
penguruan,penyelia dan sebagainya.

Kelahiran kesatuan pada mulanya bekerja imbangi perbezaan kedudukan diantara majikan
dan perkerja. Dengan wujud kesatuan yang dilabelkan seperti ”orang tengah”, bermacam-macam
masalah yang libatkan majikan dan perkerja dapat di atasi. Selain itu, perkerja juga mendapat
faedah-faedah tertentu ikut perjanjian bersama sebagai mana yang diminta oleh kesatuan tanpa
mengira samada dia adalah anggota kesatuan atau pun tidak.

Antara peranan kesatuan pekerja ialah:

a) Menjaga kebajikan ahlinya.
b) Mewujudkan perhubungan yang baik antara majikan dengan pekerja.
c) Mewakili pekerja dalam tuntutan atau pendakwaan di mahkamah.
d) Mengatur dan mengadakan aktiviti sosial antara anggota kesatuan.
e) Mengajurkan tindakan perusahaan melalui peruntukan undang undang, seperti mogok.

4)

Dalam sektor Awam

Sektor awam boleh merujuk kepada badan-badan berkanun, perkhidmatan awam dan pihak
berkuasa tempatan atau dikatakan sektor kerajaan . Contohnya Kesatuan Guru dan Kesatuan Sekerja
Elektronik. Menurut Akta Kesatuan Sekerja 1959 ,pekerja-pekerja sektor awam hanya boleh
menganggotai dan melibatkan diri dalam kesatuan mengikut jenis kementerian dan jabatan yang
serupa dengan kerja awam. Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
adalah kesatuan yang menyelesaikan masalah seperti gaji dan sebagainya.Kesatuan ini akan
membawa masalah ini berbincang dengan pihak kerajaan di peringkat kebangsaan. Pegawai atau
sesiapa yang memegang jawatan dalam kerajaan adalah tidak dibenarkan untuk menyertai mana-
mana anggota kesatuan pekerja , kecuali ia diperkenankan oleh YAng Dipertuan Agong melalui
Warta. Namum bagi sesiapa yang kerja dalam sektor awam, ia mempunyai peluang untuk berkhusus
dari semasa ke semasa dan kerja yang lebih tenang dan selesa kerana kerja tidak sebanyak seperti
sektor swasta. Anggota seperti Polis Diraja Malaysia, anggota perkhidmatan penjara, Angkatan
Bersenjata dikecualikan mengikut kesatuan sekerja.

Dalam sektor Swasta
Dalam sektor swasta, kesatuan sekerja dibahagikan kepada dua iaitu persekutuan kesatuan sekerja
(peringkat kebangsaan) dan kesatuan sekerja dalaman.Kesatuan kebangsaan ini melibatkan semua
pekerja dalam satu bidang perusahaan, perdagangan atau pekerjaan yang sama.Pekerja yang
bekerja dalam sektor swasta tidak terikat dengan syarikat. Contohnya seseorang itu akan diberi
tempoh percubaan untuk bekerja dan jika seseorang itu berasa tidak sesuai boleh berhenti .Selain
itu, dalam sektor swasta, kesatuan sekerja boleh ditubuhkan berasakan kepada sesuatu
“establishment”

5)
Kumpulan Wang Simpanan Malaysia

Carta Organisasi
Penubuhan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang
telah dikuatkuasakan di bawah Undang-Undang Malaysia. Pada tahun 1991, Akta Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja telah diwujudkan iaitu Akta 452 yang menyediakan faedah
persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh
dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para
majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk
mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Ahli yang menyertai KWSP ialah Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor
Awam. Statistik terbaru juga telah menyatakan bahawa sehingga Jun 2012, KWSP
mempunyai seramai 13.35 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai
6.33 juta manakala bilangan majikan aktif pula adalah seramai 496,939 orang. Setiap
caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut
terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan
pekerja. Kadar caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan yang diterima. Pekerja
yang menerima upah/gaji bulanan RM 5,000 dan ke bawah akan dikenakan caruman pekerja
sebanyak 11% dipotong daripada gaji bulanan mereka manakala caruman untuk majikan pula
sebanyak 13%. Bagi pekerja yang menerima upah/gaji melebihi RM 5,000 caruman perkeja
akan dikenakan kekal 11% dan hanya 12% dikenakan bagi caruman oleh majikan.

Hasil daripada caruman bulanan ahli, KWSP telah mengambil inisiatif dengan melaburkan
hasil caruman melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan
pendapatan. Antara agensi yang dilabur ialah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran
Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

Tujuan
tujuan KWSP diwujudkan adalah untuk pengguna menyimpan wang. Wang simpanan ini
akan memperoleh dividen setiap tahun, dimana ia membantu pencarum terus menyimpan
pada zaman bekerja dan sebagai pendapatan selepas bersara.

Objektif

“Objektif KWSP yang utama adalah untuk lindungi simpanan persaraan ahli dengan menjana
pulangan yang melebihi kadar inflasi. Tujuan memperolehi pulangan yang konsisten jangka
panjang dalam had risiko yang boleh diterima bagi setiap kelas aset, KWSP terus memenuhi
komitmen ini dari masa ke semasa menerusi Alokasi Aset Strategik (SAA).”

Peranannya dalam memperjuangkan hak-hak pekerja di Malaysia

 Terima dan kutip caruman daripada majikan.
 Melaburkan semua wang KWSP (simpanan ahli).
 Kembalikan simpanan ahli kepada ahli atau waris ahli melalui proses pengeluaran

simpanan
 Perlindungan kewangan untuk ahli-ahli yang bersara atau meninggal dunia atau

kehilangan keupayaan bekerja.
 Bolehkan ahli-ahli beli rumah dan biayai kos perubatan.

BBP20102: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER 1 SESI 2016/2017

TAJUK : PROPOSAL SYARIKAT

HAKIM BIN MOHD NOR (CB160091)
NAMA & NO MATRIK MOHAMMAD NAZMI BIN MOHD NOOR (CB160127)

MUHAMMAD HAMZAH BIN A RAHMAN (CB160148)
MUHAMAD AMIRUL FAIZ BIN ZON ( CB16002)

SEKSYEN 1

NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR MIMI MOHAFFYZA BINTI MOHAMAD

TARIKH HANTAR:
6/12/2016

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN 1
MOTO/VISI/MISI 2
MAKLUMAT SYARIKAT 3
PROGRAM YANG DITAWARKAN 4-5
CARTA ORGANISASI 6
BIODATA AHLI SYARIKAT 7-10
PENYATA MASALAH KAJIAN 11
OBJEKTIF KAJIAN 12
PROGRAM YANG DI JALANKAN 13
14
KESIMPULAN 15-18
LAMPIRAN

PROFIL SYARIKAT

MAHLIGAI ILMU TRAINING & CONSULTANCY
SDN.BHD

(JM0672007-V)

Mahligai Ilmu Training & Consultancy Sdn.Bhd
No 198 Jalan Seroja 5, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.

Nombor Telefon : 07-6989897/ 6989898
Nombor Faks : 07-6989889/ 6989879
E-mel : [email protected]
www.mahligaiilmu.com.my

PENGENALAN

Syarikat Mahligai Ilmu Training & Consultancy Sdn, Bhd adalah sebuah syarikat
latihan dan perunding yang komited dengan usaha membangunkan sumber manusia secara
holistik bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu merangkumi diri, keluarga,
masyarakat dan organisasi. Tenaga penggerak syarikat ini terdiri daripada mereka yang
mempunyai pelbagai latar-belakang pendidikan, minat, kecenderungan dan disiplin ilmu.

Syarikat ini mula berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 12 Julai 2014
di bawah nama Syarikat Mahligai Ilmu Training & Consultancy Sdn, Bhd. Perkhidmatan
terdiri daripada sesi rundingan peribadi, bengkel berkumpulan, seminar dan kursus untuk
organisasi.

Hal ini membuatkan syarikat kami berpotensi untuk lebih maju dari masa ke masa.
Kami juga berasa yakin dengan kewibawaan pakar-pakar motivasi untuk sahut cabaran dunia
global pada hari ini. Seterusnya mengangkat martabat syarikat kami ke persada pentas dunia.

1|Page

MOTO

MEMBANGUN SEIRING BERSAMA ANDA

VISI

Visi Mahligai Ilmu Training & Consultancy Sdn, Bhd ialah menjadi sebuah syarikat
perunding yang bertaraf dunia dengan menyediakan latihan, bimbingan, khidmat perunding,
penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti dalam pelbagai bidang untuk mencapai
kecemerlangan dunia dan akhirat.

MISI

Misi Mahligai Ilmu Training & Consultancy Sdn, Bhd ialah membangunkan potensi
yang terbaik yang ada di dalam diri manusia dengan melaksanakan ‘reengineering’ kaedah
penyampaian ilmu dan latihan dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, inovatif,
holistik serta bersinergi dengan pelbagai pihak.

2|Page

MAKLUMAT SYARIKAT.

Nama Syarikat yang didaftarkan : Mahligai Ilmu Training & Consultancy Sdn.Bhd
Alamat yang didaftarkan : No 198 Jalan Seroja 5, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru,

Johor.
Alamat Peniagaan : No 198 Jalan Seroja 5, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Nombor Pendaftaran Peniagaan : JM0672007-V
Nombor Telefon : 07-6989897/ 6989898
Nombor Faks : 07-6989889/ 6989879
E-mel : [email protected]
Laman Web : www.mahligaiilmu.com.my
Tarikh Pendaftaran Peniagaan: 12 Julai 2014
Status Syarikat : 100% Bumiputra
Taraf Syarikat: Persendirian
Nama Pemilik Syarikat : En Hakim Bin Mohd Nor
Bank : Malayan Banking Berhad (151294773510)

3|Page

KHIDMAT DAN PROGRAM YANG DITAWARKAN

A. TOP PROGRAMS

1. PROTOKOL DAN PENGURUSAN MAJLIS
2. MAKAN BERADAB / DINING ETIQUETTE
3. PENGACARAAN MAJLIS DAN PENYEDIAAN TEKS UCAPAN
4. POWER PRESENCE & APPEARANCE
5. THE POWER OF PROFESSIONAL IMAGE
6. CORPORATE IMAGE MAKEOVERS PROGRAM
7. COMPANY BRANDING

B. MANAGEMENT PROGRAMS

1. LEADERSHIP
2. PERKHIDMATAN PELANGGAN PROFESIONAL
3. KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN INTERPERSONAL
4. PEMANTAPAN KESETIAUSAHAAN
5. TATACARA PENGURUSAN MESYUARAT DAN MINIT BERKESAN
6. COACHING & MENTORING
7. COACHING & COUNSELING
8. KPI – KEY PERFORMANCE INDICATOR
9. PENGURUSAN STRES
10. PUBLIC SPEAKING

4|Page

C. MOTIVATION / TEAM BUILDING

1. MOTIVASI DAN SEMANGAT KERJA BERKUMPULAN
2. MOTIVASI DAN KEPUASAN BEKERJA
3. KEARAH PEMBENTUKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
4. MOTIVASI MENJANA POTENSI DIRI
5. SEMANGAT KERJA BERPASUKAN
6. POSITIVE ATTITUDE / SIKAP KERJA POSITIF

5|Page

CARTA ORGANISASI

PENGURUS URUSAN
EN HAKIM BIN MOHD NOR

EKSEKUTIF KEWANGAN EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA
EN MOHAMMAD NAZMI BIN
EN MUHAMMAD HAMZAH A MOHD NOOR
RAHMAN

EKSEKUTIF PEMASARAN
EN MUHAMMAD AMIRUL FAIZ

BIN ZON

6|Page

BIODATA AHLI SYARIKAT

Nama : En Hakim Bin Mohd Nor
Jawatan : Pengurus Urusan
No. Kad Pengenalan : 951123-01-5389
Alamat : Pos 050-C, Kg Sg Nibong , 83600 Semerah, Batu Pahat
Bangsa : Melayu
Kewarganegaraan : Malaysia
No. Tel : 0111-299 3164
Pengalaman dan kelulusan:

 Beliau merupakan lulusan PhD dalam jurusan Kaunseling Organisasi dari Universiti
Colorado U.S

 Perunding Latihan/Penceramah Motivasi
 Mengendalikan Lebih Dari 1000 kursus- kursus korporat, pelajar, keluarga dan

usahawan.
 Biasa memberi ceramah di seluruh Malaysia dan beberapa buah negara lain Indonesia,

Singapura, Pakistan & Thailand.
 Panel jemputan di beberapa slot di saluran radio tempatan.
 Panel jemputan beberapa rancangan televisyen tempatan
 Merupakan panel penulis beberapa majalah, akhbar dan merupakan pengarang buku

pembangunan insan.

7|Page

Nama : En Muhamad Amirul Faiz Bin Zon
Jawatan : Eksekutif Pemasaran
No. Kad Penganalan : 940709-03-6087
Alamat : No 73 Jalan Halia, Kampung Beris Lalang, 81100 Johor Bahru, Johor.
Bangsa :Melayu
Kewarganegaraan : Malaysia
No. Tel : 014-5136629
Pengalaman dan Kelulusan:

 Merupakan lulusan Master dalam jurusan pemasaran daripada Universiti
Ohio,Amerika Syarikat.

 Pakar dalam bidang pemasaran menggunakan teknologi semasa dan terkini
 Merupakan ahli panel dalam “American Marketing Association”

8|Page

Nama :En Muhamad Hamzah bin A Rahman
Jawatan : Eksekutif Kewangan
No. Kad Penganalan : 941221-03-5843
Alamat : No 008 Kampung Banggol Manok 17000 Pasir Mas Kelantan
Bangsa :Melayu
Kewarganegaraan : Malaysia
No. Tel : 019-5083889
Pengalaman dan Kelulusan:

 Merupakan lulusan Ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan daripada Universiti
Malaya.

 Berpengalaman luas dalam bidang kewangan serta perakaunan.

9|Page

Nama :En Mohammad Nadzmi bin Mohd Nor
Jawatan : Eksekutif Sumber Manusia
No. Kad Penganalan : 941201-08-5671
Alamat : No 899 Taman Jaya Setia Meru 42200 Klang, Selangor
Bangsa :Melayu
Kewarganegaraan : Malaysia
No. Tel : 019-8989011
Pengalaman dan Kelulusan:

 Merupakan lulusan Ijazah sarjana muda dalam bidang jurusan Pembangunan Sumber
Manusia dari Universiti Putra Malaysia.

 Pakar dalam selok-belok pembangunan sumber manusia khususnya etika
pembangunan sumber manusia.

10 | P a g e

PERNYATAAN MASALAH

Melalui pernyataan masalah yang dihadapi oleh Pusat Tuisyen Al-Mabrur mendapati
bahawa syarikat tersebut menghadapi masalah kekurangan pelanggan. Melalui kaji selidik
secara lisan dan temu bual serta kajian terhadap masyarakat setempat yang tinggal berdekatan
pusat tuisyen tersebut mendapati bahawa hanya 30% responden yang mengetahui kewujudan
pusat tuisyen tersebut di kawasan berkenaan.

Syarikat konsultansi kami ditawarkan untuk menyelesaikan masalah berikut. Setelah
diadakan perbincangan bersama kakitangan dan pembentangan kertas kerja kami
menawarkan Pusat Tuisyen Al-Mabrur untuk mengadakan kelas Company Rebranding
bersama kakitangan Pusat Tuisyen Al- Mabrur untuk menyelesaikan masalah tersebut.

11 | P a g e

OBJEKTIF KAJIAN

1. Peserta program mampu untuk membuat promosi dan hebahan melalui penggunaan
media sosial dan rangkaian atas talian.

2. Peserta program berkemampuan untuk mengedit dan menjenamakan semula syarikat.
3. Untuk memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain dalam membangun

syarikat.

12 | P a g e

PROGRAM YANG DI JALANKAN

NAMA PROGRAM
”Company Rebranding”
TARIKH / HARI
23 November 2016 (Rabu)
TEMPAT
Bilik Seminar 1 Mahligai Ilmu Training & Consultancy Sdn.Bhd
PENYERTAAN
10 Orang Kakitangan Pusat Tuisyen Al-Mabrur
TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM
Rujuk Lampiran 3

13 | P a g e

KESIMPULAN

Di harap agar program ini dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan. Dalam
pada itu, diharap program ini akan memberikan input yang berguna kepada para peserta yang
menyertai program ini bagi menambahkan ilmu seperti ilmu peniagaan atas talian bagi
mempromosikan syarikat di mata masyarakat dengan jayanya. Semoga segala program dan
aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan amalan terbaik kepada persta.
Justeru itu, diharapkan segala perancangan dan pelaksanaan nanti akan memberikan hasil dan
mencapai objektif yang di kehendaki khususnya kepada para peserta dalam membangunkan
dan memajukan syarikat bersama-sama.

14 | P a g e

LAMPIRAN

Lampiran 1

KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN

1 2 3
Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju

1. Adakah objektif dapat dicapai melalui seminar ini?
2. Adakah modul yang digunakan dapat membantu?
3. Adalah kemudahan yang disediakan begitu selesa?
4. Adakah layanan di berikan begitu baik dan mesra?
5. Adakah program ini terlalu mahal?
6. Cadangan dan penambahbaikan:

15 | P a g e

Lampiran 2

Tentatif Program

8.30 am Pendaftaran Peserta
9.00 am Ice Breaking, Taklimat

10.00am Minum Pagi
10.30
Slot 1:
Teknik Illustrator Dan Photoshop Gempak!

1.30pm Makan Tengahari Dan Solat
2.30 pm
Slot 2:
The Power Of Social Media

4.30 pm Minum Petang Dan Solat
5.00 pm
Slot 3:
Ayat Lentok

6.30 pm Tamat

16 | P a g e

Lampiran 3

Belanjawan program

MAHLIGAI ILMU TRAINING & CONSULTANCY SDN, BHD

Perkara RM/Unit Jumlah(RM)

Makanan RM15 X 10 orang 150.00

Penceramah RM250 X 2 orang 500.00

Tag/fail/booklet RM12.00 X 10 org 120.00
Sijil RM5.00 X 10 orang 50.00

Modul 350.00
JUMLAH KESELURUHAN 1170.00

17 | P a g e

Lampiran 4

Bilik seminar 1
Ruang Makan

18 | P a g e

BBU20303

PENGARANGAN
MULTIMEDIA















UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

BBU 20303 PENGARANGAN MULTIMEDIA

TUGASAN INDIVIDU:
ETIKA DALAM PENGGUNAAN KOMPUTER

(ISU PEMILIKAN DAN HAK CIPTA)

NAMA : MOHAMMAD NADZMI BIN MOHD NOOR

NO. MATRIK : CB160127

SEKSYEN : SEKSYEN 2

NAMA PENSYARAH : DR NORHASYIMAH BINTI HAMZAH

1.0 PENGENALAN
Koswer merupakan perisian pendidikan yang dibangunkan bertujuan memberikan kemudahan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi memenuhi keperluan tugasan individu kursus Pengarangan
Multimedia, sebuah koswer perlu dibangunkan bagi kursus yang telah dipelajari pada semester
sebelum ini. Tajuk kursus yang dipilih adalah Etika Dalam Penggunaan Komputer dibawah topik Isu
Pemilikan Dan Hak Cipta.

Topik ini mendedahkan kepada pelajar tentang etika penggunaan komputer yang melibatkan
pemilikan dan hak cipta. Bagaimana pengguna mampu untuk melindungi hak cipta dan pemilikan
atau sejauh mana pengguna dibenarkan untuk menggunakan pemilikan dan hak cipta milik individu
lain. Selain itu, topik ini juga memberikan langkah-langkah kawalan yang boleh dilakukan bagi
membendung masalah berkenaan isu ini.

Topik dua pula menerangkan hak cipta dari sudut perundangan. Bagaimana hak cipta sesuatu produk
dilindungi oleh undang-undang. Topik ketiga menerangkan pemilikan program komputer dan
paradigm undang-undang dan topik terakhir menerangkan tentang kempen anti cetak rompak program
komputer.

Koswer ini juga ditambah lagi dengan aktiviti soalan dan jawapan bagi menguji tahap kefahaman
pengguna dan juga sebagai nilai tambah bagi memenuhi elemen multimedia, terdapat video berkenaan
cetak rompak program disertakan didalam koswer bagi menambah lagi kefahaman pengguna.

3.0 KESIMPULAN
Beberapa aspek amat dipertimbangkan dalam pembangunan rekabentuk bahan pengajaran
menggunakan koswer. Pembangunan bagi sesebuah koswer amat memerlukan rekabentuk grafik, isi
kandungan, interaksi dan susunan antaramuka bagi menghasilkan sebuah koswer yang mampu untuk
mencapai tahap keberkesanan yang tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan yang
tepat terhadap tema, jenis tulisan, jenis butang yang digunakan serta gabungan elemen-elemen
multimedia yang bersesuaian dengan skop pengguna mampu untuk meningkatkan tahap pemahaman
pelajar. Proses pembangunan sesebuah koswer yang dirancang dengan teliti dan bersistematik akan
menjadikan proses pembangunan lebih mudah dan berjalan dengan lancar.

Koswer yang dibangunkan ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam memahami setiap topik dan
kandungan dengan betul bagi mengaplikasikan dalam dunia yang sebenar.

STORYBOARD

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL
DAN VOKASIONAL

BBU 20302: PENGARANGAN MULTIMEDIA
PROJEK BERKUMPULAN:

KOSWER ETIKA DALAM PENGGUNAAN
KOMPUTER

SEKSYEN : 3
NAMA PENSYARAH : DR NORHASYIMAH BINTI HAMZAH

BIL NAMA NO MATRIK
1. MOHAMMAD NADZMI BIN MOHD NOOR CB160127
2. SITI NUR AFIQAH BINTI YAHAYA CB160140
3. SYASYA NABIHAH BINTI MOHD NAZI CB160141
4. NUR FATEHA FARHANA BINTI RAKIMAN AB160058

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 1.0 PENGENALAN 1
OBJEKTIF 2
3 2.0 PENGENALAN KURSUS 3
STRATEGI DAN TEORI PEMBELAJARAN
4 3.0 METODOLOGI 4-9
5 4.0 REKA BENTUK PRODUK/ PAPAN 10-12
CERITA
6 5.0 PENGESAHAN PAKAR 13
7 KESIMPULAN 14
8 RUJUKAN 15

1.0 PENGENALAN

Pada masa ini, penggunaan koswer multimedia sebagai bahan bantu mengajar telah
mula mendapat perhatian dalam sistem pendidikan di Negara kita. Koswer multimedia atau
koswer animasi grafik adalah satu pendekatan baru dalam pendidikan dan sedang
diperkenalkan secara meluas. Konsep interaktif dalam multimedia dikatakan mampu
mengatasi batasan-batasan yang terdapat dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
tradisional di mana suasana pembelajaran secara konvensional tidak menyediakan peluang
kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dalam kelas (Ab
Aziz et al.,2005). Daripada gabungan komponen-komponen yang menghasilkan multimedia
interaktif, animasi adalah salah satu komponen penting dalam multimedia bagi tujuan proses
pengajaran dan pembelajaran.

Subjek yang telah kami pilih adalah Etika dalam Penggunaan Komputer. Topik ini
akan memberi pendedahan kepada pengguna terhadap etika-etika dalam penggunaan
komputer. Topik ini mengandungi 4 subtopik utama iaitu definisi etika, kepentingan etika
dalam penggunaan komputer, perbezaan antara etika dan undang-undang dan 10 rukun etika
komputer. Di dalam koswer yang dibangunkan ini, pengguna boleh menonton video
pengajaran yang berkaitan dengan topik ini. Terdapat juga aktiviti yang terdiri daripada
soalan-soalan untuk menguji tahap kefahaman pengguna. Elemen-elemen yang digunakan
dalam koswer ini ialah teks, animasi, grafik, audio dan video.

OBJEKTIF

1. Membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam pembelajaran.
3. Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.

2.0 PENGENALAN KURSUS

Kursus yang kami pilih untuk pembangunan koswer adalah Etika dalam Penggunaan
Komputer. Kursus ini merupakan kursus yang telah kami pelajari semasa Semester 1 yang
lalu. Untuk pembangunan koswer, kami memilih empat subtopik utama iaitu definisi etika,
kepentingan etika dalam penggunaan komputer, perbezaan antara etika dan undang-undang
dan 10 rukun etika komputer. Koswer ini menerangkan secara terperinci tentang etika-etika
dalam penggunaan komputer yang boleh digunakan dalam sesi pembelajaran untuk
mengukuhkan kefahaman pelajar dalam sesi PdP.

Dalam koswer ini, strategi pembelajaran yang boleh diterapkan ialah pembelajaran
secara hypermedia di mana ia memiliki unsur interaktif dan pembelajaran secara visual.
Secara tidak langsung dapat menggalakkan pengguna untuk mendalami isi kandungan
pelajaran. Seterusnya pembelajaran secara tutorial juga digunakan di akhir pembelajaran di
mana telah disertakan dengan latihan pengukuhan untuk meningkatkan kefahaman pengguna
terhadap koswer pembelajaran ini. Dalam latihan tersebut, pelajar dikehendaki untuk memilih
jawapan yang tepat bagi soalan-soalan yang telah diberikan.

3.0 METODOLOGI i. Mengenal pasti pelajar
ii. Mengenal pasti permasalahan
ANALISIS/ ANALYSIS iii. Menetapkan objektif

PEMBANGUNAN/ i. Memilih kaedah, media dan bahan untuk
DEVELOPMENT membangunkan koswer multimedia
interaktif.
REKA BENTUK/
DESIGN ii. Mereka bentuk antara muka

Pembangunan koswer multimedia interaktif

IMPLEMENTASI/ Senarai semak Penilaian Formatif
IMPLEMENTATION
Kerja lapangan persembahan kepada pelajar di
PENILAIAN/ fakulti
EVALUATION
Penilaian dan pengubahsuaian

Rajah 1 : Model ADDIE

Koswer ini dibangunkan berdasarkan kepada metode model ADDIE. Model ADDIE
adalah pendekatan asas dan sistematik dalam mereka bentuk pembelajaran berasaskan
web. Terdapat beberapa peringkat proses dalam model yang terdiri daripada Analisis
(Analyze), reka bentuk (Design), Pembangunan (Development), pelaksanaan
(Implement) dan fasa terakhir ialah penilaian (Evaluation) untuk membantu penyelidik
membangunikan laman web atau koswer yang dapat mencapai tujuan dan matlamat serta
menepati keperluan kumpulan sasaran.

i. Analisis (Analyze)

Bagi memastikan sebuah koswer yang dibangunkan ini menepati objektif
atau matlamat pembelajaran, pelbagai bantuan perlaksanaan fasa kerja
disediakan. Proses menganalisis keperluan dan proses mereka bentuk
merupakan fasa kerja yang perlu diberikan perhatian sebelum sebuah koswer
dibangunkan (Sumarni, 2014). Di fasa ini, kami telah mengenal pasti sasaran
penggunan, dan telah menetapkan objektif untuk membangunkan koswer ini.
Hal ini bertujuan untuk menentukan keperluan pembangunan koswer ini agar
koswer ini menepati serta memenuhi kehendak mereka.

ii. Mereka Bentuk (Design)

Dalam proses reka bentuk koswer ini dibahagikan kepada beberapa fasa
yang utama. Penyelidik membahagikan setiap fasa kerja ini mengikut proses dan
kesesuaian terhadap keperluan. Fasa yang dilakukan terbahagi kepada 3
bahagian utama iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan reka
bentuk antara muka atau persembahan.

a) Reka bentuk informasi

Dalam fasa ini, pengkaji akan menentukan produk atau jenis
koswer yang akan dibangunkan serta strategi yang akan digunakan. Reka

bentuk informasi merujuk kepada isi kandungan yang dipilih berdasarkan
tajuk topic. Maklumat berkaitan dengan topik turut disertakan untuk tujuan
rujukan kepada pengguna. Seterusnya, kami perlu merancang dan
mengatur isi kandungan dan matlamat yang ingin disampaikan akan
dilaksanakan Hierarki maklumat dalam koswer ini dari segi pembinaan isi
kandungannya akan dibahgikan kepada unit-unit kecil dan akan
membentuk hubungan di antara unit sehingga menghasilkan hierarki dalam
koswer.

b) Reka bentuk interaksi

Dalam fasa ini, kami akan menentukan bagaimana koswer ini
berfungsi dan beroperasi. Interaksi menentukan dimana atau bagaimana
kuasa kawalan akan diberikan kepada pengguna bagi membolehkan
mereka berkomunikasi atau berinteraksi dengan komputer. Kami akan
mereka bentuk sistem navigasi dan organisasi kandungan dalam koswer,
kejadian yang berlaku pada setiap skrin, mereka bentuk kawalan bagi
tujuan interaktif dan menghasilkan papan cerita bagi koswer yang hendak
dibangunkan.

c) Reka bentuk antara muka atau persembahan

Dalam proses ini setiap elemen atau media yang ingin digunakan di
dalam persembahan akan ditetapkan spesifikasi setiap kegunaannya
mengikut kesesuaian dan keperluan koswer yang dibangunkan.

iii. Pembangunan (Development)

Dalam fasa ini, kami mengambil kira papan cerita dan reka bentuk antara
muka. Di peringkat ini, pembangunan koswer melibatkan kerja-kerja teknikal
untuk menyiapkan setiap komponen yang akan diintergrasikan menjadi
komponen koswer yang lengkap. Dalam fasa ini juga kami memnyediakan isi

kandungan koswer yang telah ditetapkan mengikut topik/ tajuk. Membina bahan
interaktif yang akan dimasukkan kedalam koswer seperti video atau animasi.
Keperluan dari segi perkakasan dan perisisan yang aan digunakan untuk
membangunkan koswer. Untuk pembangunan koswer ini, kami telah
menggunakan persisian Adobe Flash untuk membangunkan koswer multimedia
interaktif. Perkakasan yang digunakan adalah komputer/ laptop untuk digunakan
untuk membangunkan koswer ini.

a) Perkakasan (Hardware)
b) Perkakas

Bil. Perkakasan Maklumat
1. Komputer Peribadi/ Laptop - ASUS X550L
- Intel Core i5
- Nvidia Gforce 720M
Graphic card.

Jadual 1: Maklumat perkakasan/ hardware yang digunakan untuk
membangunkan koswer multimedia interaktif.

c) Perisian/ Software Maklumat
Bil. Perkakasan
1. Adobe Flash Professional CS6 - Perisian ini digunakan untuk
mereka bentik dan
2. Adobe Illustrator CS6 membangunkan koswer
multimedia interaktif.

- Perisian ini digunakan untuk

3. Audacity mereka bentuk dan
4. Vegas Pro 14 mengubahsuai image atau grafik
yang diperlukan dalam
pembangunan koswer.

- Perisian ini digunakan untuk
mengubhsuai bunyi rakaman
atau muzik latar yang digunakan
dalam pembangunan koswer ini.

- Perisian ini digunakan untuk
mengubahsuai dan
menghasilkan video yang akan
dimasukkan ke dalam koswer
ini.

Jadual 2: Maklumat perisian/ software yang digunakan untuk membangunkan
koswer multimedia interaktif.

Rajah 1: Menunjukkan carta alir reka bentuk koswer.


Click to View FlipBook Version