BBU10203
ASAS GRAFIK
Lampiran A
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
PERANCANGAN KULIAH
LECTURE PLAN
MAKLUMAT KURSUS (COURSE INFORMATION)
SEMESTER / SESI (SEMESTER / SESSION) : SEM II SESI 2016/2017
KOD KURSUS (COURSE CODE) : BBU
NAMA KURSUS (COURSE TITLE) : ASAS GRAFIK
BEBAN AKADEMIK PELAJAR (STUDENT ACADEMIC LOAD) :
Kategori Aktiviti Aktiviti Pembelajaran Jumlah Jam/ Semester
(Category of Activities) (Learning Activities) (Total Hours/ Semester)
Pembelajaran bersemuka
(Face-to-face learning) Kuliah (Lecture) 28
Tutorial / Amali (Tutorial / Practical) 42
Pembelajaran kendiri Aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar lain -
(Independent study) (Other student centered learning activities)
Penyediaan tugasan, projek dan lain-lain 42
Pentaksiran rasmi (Preparing assignment, project and others)
(Formal assessment) Ulangkaji -
(Revision)
Persediaan bagi pentaksiran 4
(Preparation for assessment)
Pentaksiran berterusan 4
(Continuous assessment)
Peperiksaan akhir -
(Final examination)
JUMLAH JAM BELAJAR PELAJAR (JBP) 120
(TOTAL STUDENT LEARNING TIME (SLT))
Kursus Pra-syarat (Prerequisite Course) : TIADA
Nama Staf Akademik (Name of Academic Staff) : DR. NOOR DINA BINTI MD AMIN
(HP: 010-4004465)
Disediakan oleh (Prepared by): Disahkan oleh (Approved by):
Tandatangan (Signature): Tandatangan (Signature):
Nama (Name): Dr. Noor Dina Binti Md Amin Nama (Name): Dr. Saifullizam Bin Puteh
Tarikh (Date): 31 JANUARI 2017 Tarikh (Date): 31 JANUARI 2017
RPP-04 / Prosedur Pelaksanaan Kuliah
Edisi: 4 / No. Semakan: 0
Lampiran A
MATLAMAT (GOALS):
Kursus ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang
konsep-konsep reka bentuk grafik dan visual secara ilustrasi.
SINOPSIS (SYNOPSIS):
Dalam kursus ini, pelajar akan diperkenalkan dengan Grafik Dalam Pendidikan; bagaimana grafik boleh
membantu pendidikan?, grafik aplikasi, Teknologi Aplikasi, Elemen Asas Reka Bentuk Grafik; titik (point),
garisan, permukaan (plane), isipadu (volume), Prinsip-Prinsip Asas Reka Bentuk Grafik; paksi (axis),
simetri, hierarki, datum, ritma, pengulangan, transformasi, kesatuan, perkadaran dan skala, Pengaturan
Dalam Reka Bentuk Grafik; pengaturan berpusat (centralized), pengaturan lelurus (linear), pengaturan jejari
(radial), pengaturan kluster (clustered), pengaturan grid, Bentuk, Ruang dan Tekstur; bentuk, saiz, warna,
tekstur, jenis-jenis ruang, Asas Teori Mewarna; dimensi warna (colour dimension), putaran warna (colour
wheel), nada warna (tone), nilai warna (value), kroma warna (chrome), Teknik Asas Lakaran, Lorekan Dan
Penghurufan; sifat-sifat dan ciri-ciri garisan, teknik-teknik lakaran, teknik-teknik lorekan, jenis-jenis
penghurufan, jarak antara huruf, perkataan dan barisan ayat, pengaplikasian lakaran, lorekan dan
penghurufan dalam grafik rekabentuk, Proses Reka Bentuk Grafik; arahan reka bentuk, menganalisis reka
bentuk, pembangunan konseptual idea, “typhography”, reka bentuk “layout”, illustrasi dan simbol, deraf,
pembersihan dan penyimpanan, Fotografi; prinsip dan konsep fotografi, peraturan dalam fotografi, teknik
mengambil gambar, pengaplikasian teknik fotografi dalam asas grafik.
HASIL PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOMES):
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menganalisis secara kritikal terhadap pertimbangan yang diambilkira dalam menghasilkan
rekabentuk grafik. (C4, PLO1)
2. Mereka cipta grafik yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dengan mengambilkira pelbagai
teknik asas grafik yang dipelajari dalam bentuk portfolio yang diterima oleh pihak industri. (P5,
PLO2)
3. Menghuraikan masalah berkaitan grafik dengan kreatif secara verbal dan visual. (A4, PLO4)
ISI KANDUNGAN (CONTENT):
MINGGU KANDUNGAN PENTAKSIRAN
(WEEK) (CONTENT) (ASSESSMENT)
1 1.0 Grafik Dalam Pendidikan (4 Jam) Tugasan
1.1 Bagaimana Grafik boleh membantu Projek
Pendidikan? Ujian
1.2 Grafik Aplikasi
1.3 Teknologi Aplikasi
2 2.0 Elemen Asas Reka Bentuk Grafik (8 Jam)
2.1 Titik (Point)
2.2 Garisan (Line)
2.3 Permukaan (Plane)
2.4 Isipadu (Volume)
RPP-04 / Prosedur Pelaksanaan Kuliah
Edisi: 4 / No. Semakan: 0
Lampiran A
3 3.0 Prinsip-Prinsip Asas Reka Bentuk Grafik
(11 Jam)
3.1 Paksi (Axis)
3.2 Simetri
3.3 Hierarki
3.4 Datum
4 3.5 Ritma
3.6 Pengulangan
3.7 Transformasi
3.8 Kesatuan
3.9 Perkadaran dan Skala
5 4.0 Pengaturan Dalam Reka Bentuk Grafik
(14 Jam)
4.1 Pengaturan berpusat (centralized)
4.2 Pengaturan Lelurus (Linear)
Tugasan
Projek
6 4.3 Pengaturan jejari (radial)
4.4 Pengaturan kluster (clustered)
4.5 Pengaturan Grid
7 5.0 Bentuk, Ruang dan Tekstur (6 Jam)
5.1 Bentuk
5.2 Saiz
5.3 Warna
5.4 Tekstur
5.5 Jenis-jenis ruang
8 6.0 Asas Teori Mewarna (6 Jam)
6.1 Dimensi Warna (Colour Dimension)
6.2 Putaran Warna (Colour Wheel)
6.3 Nada warna (Tone)
6.4 Nilai warna (Value)
6.5 Kroma warna (Chrome)
9 7.0 Teknik Asas Lakaran, Lorekan Dan
Penghurufan (7 Jam)
7.1 Sifat-sifat dan ciri-ciri garisan
7.2 Teknik-teknik lakaran Tugasan
7.3 Teknik-teknik lorekan SKM
7.4 Jenis-jenis penghurufan Projek
7.5 Jarak antara huruf, perkataan dan barisan
ayat
7.6 Pengaplikasian lakaran, lorekan dan
penghurufan dalam grafik rekabentuk.
RPP-04 / Prosedur Pelaksanaan Kuliah
Edisi: 4 / No. Semakan: 0
Lampiran A
10 8.0 Proses Reka Bentuk Grafik (6 Jam) Tugasan
8.1 Arahan reka bentuk Projek
8.2 Menganalisis reka bentuk
8.3 Pembangunan konseptual idea
11 8.4 “Typhography”
8.5 Reka bentuk “layout”
8.6 Illustrasi dan Simbol
8.7 Deraf, Pembersihan dan Penyimpanan
12 9.0 Fotografi (8 Jam)
9.1 Prinsip dan Konsep Fotografi. Tugasan
9.2 Peraturan dalam Fotografi Projek
9.3 Teknik Mengambil Gambar SKM
9.4 Pengaplikasian teknik fotografi dalam asas
grafik.
13 Pameran Hasil Kerja Pelajar Tugasan, Projek &
14 Penghantaran Porfolio Pembentangan
Kompilasi (semua
Tugasan & Projek)
TUGASAN / PROJEK (ASSIGNMENT / PROJECT):
Tugasan, Projek, Pembentangan
PENTAKSIRAN (ASSESSMENT): :-
1. Kuiz (Quiz)
2. Tugasan (Assignment) : 40%
Tugasan 1 (T1) (10%)
Tugasan 2 (T2) (10%) CLO2
Tugasan 3 (T3) (20%) CLO2
CLO1, CLO2
3. Ujian (Test) : (15%)
CLO1
4. Projek(Project) : 40 %
Projek 1 (Berkumpulan) (15%) CLO1, CLO2
Pembentangan (Projek 1) (5%) CLO3
Projek 2 (Individu) (15%) CLO1, CLO2
Pembentangan (Projek 2) (5%) CLO3
5. Lain-lain (Others) : 5% CLO2
Portfolio
-
6. Peperiksaan Akhir (Final Examination) :
100 %
Jumlah (Total) :
RPP-04 / Prosedur Pelaksanaan Kuliah
Edisi: 4 / No. Semakan: 0
Lampiran A
RUJUKAN (REFERENCES):
1. Arntson, A. E. (2007) Graphic design basics. United States: Thomson/Wadsworth. No panggilan:
NC1000 .A76 2007.
2. Eismann, K., Duggan, S. & Grey, T. (2011) Real world digital photography Berkeley, CA: Peachpit
Press. No panggilan: TR267 .E37 2011
3. Graham, L. (2002) Basics of design: layout and typography for beginners. Albany: Delmar. No
panggilan: Z246 .G72 2002.
4. McKenzie, J. & Overturf, D. (2010) Artificial lighting for photography. Clifton Park: Cengage
Learning. No panggilan: TR590 .M53 2010
5. Peterson, B.L. (2003) Design basics: for creative results. Cincinnati, OH: How Design Books. No
panggilan: NC845 .P47 2003
KEHADIRAN / PERATURAN SEMASA KULIAH (ATTENDANCE / REGULATIONS DURING LECTURE)
1. Pelajar mesti hadir tidak kurang dari 80% masa pertemuan yang ditentukan bagi sesuatu kursus termasuk
kursus Hadir Wajib (HW) dan kursus Hadir Sahaja (HS).
Students must attend not less than 80% of the contact hours specified for a course including Compulsory
Attendance (HW) course and Attendance Only (HS) course.
2. Pelajar yang tidak memenuhi perkara 1 di atas tidak dibenarkan menghadiri kuliah dan menduduki
sebarang bentuk pentaksiran selanjutnya. Markah sifar ‘0’ akan diberikan kepada pelajar yang gagal
memenuhi perkara 1. Manakala untuk kursus HW, pelajar yang gagal memenuhi perkara 1 akan diberi
gred Hadir Gagal (HG).
Students who do not fulfill item 1 of the above are not allowed to attend further lecture and sit for any
form of assessment. Zero ‘0’ mark will be given to students who fail to comply with item 1. As for HW
course, students who fail to comply with item 1 will be given Failure Attendance (HG) grade.
3. Pelajar perlu patuh kepada peraturan berpakaian yang berkuatkuasa dan menjaga disiplin diri masing-
masing untuk mengelakkan dari tindakan tatatertib diambil terhadap pelajar.
Students should adhere to the dress regulations in effect and must discipline themselves to avoid from
any disciplinary actions.
4. Pelajar perlu mematuhi peraturan keselamatan sepanjang aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
Students should adhere to the safety regulations throughout the learning and teaching activities.
MATRIK HASIL PEMBELAJARAN KURSUS DAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
(MATRIX OF COURSE LEARNING OUTCOMES AND PROGRAMME LEARNING OUTCOMES)
Dilampirkan.
(Attached).
RPP-04 / Prosedur Pelaksanaan Kuliah
Edisi: 4 / No. Semakan: 0
Lampiran A
MATRIK HASIL PEMBELAJARAN KURSUS DAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
MATRIX OF COURSE LEARNING OUTCOMES AND PROGRAMME LEARNING OUTCOMES
Fakulti (Faculty) : FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Matrik ini perlu digunakan bersama:
(This matrix is to be used with)
Program (Programme) : SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (MULTIMEDIA KREATIF) 1. Objektif Pendidikan Program (PEO)
Kod Kursus (Course Code) : BBU 10203 (Programme Educational Objectives (PEO))
2. Hasil Pembelajaran Program (PLO)
(Programme Learning Outcomes (PLO))
Nama Kursus (Course Title) : ASAS GRAFIK
Pematuhan kepada PLO (Compliance to PLO)
Bil. Hasil Pembelajaran Kursus PLO1 Kaedah Penyampaian Kaedah Pentaksiran KPI
(No.) (Course Learning Outcomes) PLO2 (Method of Delivery) (Method of Assessment)
PLO3
PLO4
PLO5
PLO6
PLO7
PLO8
PLO9
PLO10
PLO11
PLO12
PLO13
1 Menganalisis secara kritikal Kuliah dan amali Task Management
terhadap pertimbangan yang Tugasan
diambilkira dalam C4
menghasilkan rekabentuk
grafik. (C4, PLO1)
Mereka cipta grafik yang Tugasan Task management Sekurang-
2 mempunyai nilai estetika yang Projek Pembentangan kurangnya
70% pelajar
tinggi dengan mengambilkira P5 mendapat
pelbagai teknik asas grafik yang 70 markah
dipelajari dalam bentuk dan ke atas
portfolio yang diterima oleh
pihak industri. (P5, PLO2)
Menghuraikan masalah A4 Tugasan Task management
3 berkaitan grafik dengan kreatif Projek Individu Pembentangan
Projek Berkumpulan
secara verbal dan visual. (A4,
PLO4)
Jumlah (Total)
RPP-04 / Prosedur Pelaksanaan Kuliah
Edisi: 4 / No. Semakan: 0
Lampiran A
Taksonomi Pembelajaran (Learning Taxonomy)
Kognitif (Cognitive) Psikomotor (Psychomotor) Afektif (Affective)
Menerima (Receiving)
C1 Pengetahuan (Knowledge) P1 Persepsi (Perception) A1 Memberikan Maklum Balas (Responding)
C2 Pemahaman (Comprehension) Menilai (Valuing)
C3 Aplikasi (Application) P2 Set (Set) A2 Mengorganisasi (Organising)
C4 Analisis (Analysis) Menghayati Nilai (Internalising)
C5 Sintesis (Synthesis) P3 Respons Berpandu (Guided Response) A3
C6 Penilaian (Evaluation)
P4 Mekanisme (Mechanism) A4
P5 Respons Ketara Kompleks (Complex Overt Response) A5
P6 Adaptasi (Adaptation)
P7 Lakuan Tulen (Origination)
RPP-04 / Prosedur Pelaksanaan Kuliah
Edisi: 4 / No. Semakan: 0
KOD KURSUS : BBU 10203
KURSUS : ASAS GRAFIK
TUGASAN (IND) : 1 (FONT & LETTERING)
OBJEKTIF
Melatih pelajar memahami elemen penghurufan menggunakan tulisan tangan.
1. FONT STUDY
ARAHAN
Anda dikehendaki menjalankan kajian awal tentang ‘Font’ dan maklumat mestilah
ditulis dengan tangan. Perincian dan keperluan penghantaran tugasan adalah seperti
berikut:
Format : Huruf besar sahaja
Medium : Pensil H, 2B dan 3B / 4B (bold)
Komponen : Serif dan Sanserif
2. LETTERING
ARAHAN
Anda diminta untuk menulis menggunakan pensil. Perincian dan keperluan
penghantaran tugasan adalah seperti berikut:
Format : Kertas A3, huruf besar sahaja (10mm borderline)
Medium : Pensil H, 2B dan 3B / 4B (bold)
Susun atur : Portrait atau Landscape
Komponen : Garisan dan Penghurufan
PENILAIAN
Kekemasan stroke | Keseragaman | Konsisten | Ketepatan
SKEMA PEMARKAHAN
100 markah mewakili 10% daripada keseluruhan markah kerja kursus
50 markah - 5% font study
50 markah - 5% lettering
TARIKH PENGHANTARAN
BBU10203 asas grafik | FPTV
LAMPIRAN
Kertas A3
10mm all round
Border line
Teks
A QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG 5mm
3mm
A QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG 5mm
Teknik Penghurufan
BBU10203 asas grafik | FPTV
COURSE CODE : BBU 10203
COURSE TITLE : BASIC OF GRAPHIC
PRACTICE 1 : CREATING VALUES IN DRAWING
OBJECTIVE
To understand line, stroke and the placement of values in the composition of a picture
by using different grade pencils for different values.
INSTRUCTION
Lines
1. You can make all the values between white and black with different pencils.
2. Make a chart of all ten values using the pencils suggested here (8B, 6B, 4B, 2B,
HB, H, 2H, 4H, and 6H).
3. Make a chart of a grades tone from value 0 (black)to 10(white)
4. Make each square 1-inch (2.5cm) and create the tones with vertical lines,
horizontal lines, and cross-hatching. Do each value as carefully and accurately
as you can (see Appendix 1)
Strokes
1. Make a chart of 15 types of strokes and patterns (see Appendix 2)
2. By using the 2H,HB,and 2B pencils, make
Short vertical strokes (A-E) with a 2H pencil varying the direction, even
pressure.
Short, curved strokes (F-J) in one direction, leaving white spaces, with HB
pencil.
Combination of 2H,HB, 2B pencils to vary short angular strokes (K-O) in various
directions
ASSESSMENT
Basic element of graphic > lines and strokes
MARKING SCHEME
100 marks (10% of the whole course assessment)
SUBMISSION DATE
Appendix 1
To create all the values between black and white, use the following pencils:
Values Pencil Values Pencil
0 8B (more pressure 5 HB
1 8B 6 H
2 6B 7 2H
3 4B 8 4H
4 2B 9 6H
10 White paper
Vertical lines diagonal lines/ slant strokes
Cross-hatching
Appendix 2
Type Pencil Examples
A
B
C 2H
D
E
F
G
H HB
I
J
K
L 2H
M HB
N 2B
O
KOD KURSUS : BBU 10203
KURSUS : ASAS GRAFIK
TUGASAN (IND) : 2 ME, MYSELF AND 1
OBJEKTIF
Menghasilkan satu ilustrasi yang menarik dan kreatif dengan menggabungkan
elemen asas grafik; titik (point), garisan (line), permukaan (plane), isipadu (volume)
dan tekstur (texture).
ARAHAN
Anda diminta untuk menghasilkan satu ilustrasi grafik tentang diri anda sendiri.
Gunakan sekurang-kurangnya 3 prinsip asas rekabentuk grafik dalam ilustrasi tersebut.
Format : kertas A3, huruf besar sahaja (10mm borderline)
Medium : Pensil H, HB, 2B - 7B
Pensil arang (light, medium, dark)
Susun atur : Portrait atau landscape
Komponen : Font, lakaran, lorekan
PENILAIAN
Elemen asas grafik | Prinsip asas reka bentuk grafik | Kekemasan & Kreativiti
SKEMA PEMARKAHAN
100 markah 10% daripada keseluruhan markah kursus
TARIKH PENGHANTARAN
LAMPIRAN
Tuliskan butIran berikut pada sudut kanan bawah , bahagian belakang kertas lukisan
anda.
NAMA: 5cm
NO MATRIK:
TAJUK TUGASAN:
DISEMAK OLEH:
8-10cm
BBU10203 asas grafik | FPTV
KOD KURSUS : BBU 10203
KURSUS : ASAS GRAFIK
TUGASAN (IND) : 3A - OBJEK
#MOTIF
OBJEKTIF
Melatih pelajar untuk menghasilkan satu ilustrasi yang menarik dan kreatif dengan
mengaplikasikan pelbagai teknik asas lorekan.
ARAHAN
Anda diminta untuk mendapatkan satu objek (benda hidup).
1. Ambil gambar dan lakar semula objek tersebut
2. Hasilkan motif yang kreatif dan menarik tentang objek tersebut menggunakan
pensil dan pensil warna.
Format : kertas A3 (10mm invisible borderline)
susun atur - portrait atau landscape
Media : Pensil (pensil warna)
Pengaturan : berpusat, lelurus, jejari, kluster atau grid
(pilih satu sahaja)
Komponen : Font (huruf besar sahaja), lakaran, lorekan
PENILAIAN
Elemen Asas Grafik | Prinsip Asas Reka Bentuk Grafik | Aplikasi Teknik Lakaran &
Lorekan | Kekemasan & Kreativiti
SKEMA PEMARKAHAN
100 markah
**markah tugasan 3A mewakili 15% daripada keseluruhan markah kursus
TARIKH PENGHANTARAN
Bbu10203 asas grafik | fptv
KOD KURSUS : BBU 10203
KURSUS : ASAS GRAFIK
TUGASAN (IND) : 3B - OBJEK
#WARNA AIR
OBJEKTIF
Melatih pelajar untuk menghasilkan satu ilustrasi yang menarik dan kreatif tentang
objek dengan menggunakan media kombinasi warna air dan warna pensil
ARAHAN
Anda dikehendaki mendapatkan satu objek (benda bukan hidup).
3. Ambil gambar dan lakar semula objek tersebut
4. Hasilkan ilustrasi yang kreatif dan menarik tentang objek tersebut berdasarkan
keperluan berikut;
Format : Kertas A3 (10mm borderline)
Susun atur : Portrait atau landscape
Media : Kombinasi warna air dan warna pensil
Tips : Gunakan pensil warna untuk perincian dan bayang
PENILAIAN
Elemen Asas Grafik | Prinsip Asas Reka Bentuk Grafik | Aplikasi Teknik Lakaran &
Lorekan | Kekemasan & Kreativiti
SKEMA PEMARKAHAN
50 markah
**Markah tugasan 3B mewakili 5% daripada keseluruhan markah kursus
TARIKH PENGHANTARAN
Bbu10203 asas grafik | fptv
KOD KURSUS : BBU 10203
KURSUS : ASAS GRAFIK
PROJEK 1 (IND) : POTRET
OBJEKTIF
Melatih pelajar menganalisis secara kritikal terhadap pertimbangan yang diambilkira
dalam menghasilkan rekabentuk grafik.
ARAHAN
Pihak fakulti ingin mempamerkan potret wajah staf akademik yang sentiasa berusaha
untuk membangunklan bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional kearah
kecemerlangan dan kelestarian fakulti di masa hadapan.
Anda dikehendaki:
1. Membentuk satu kumpulan dengan 2 orang ahli.
2. Menjalankan temuramah secara berkumpulan keatas staf akademik yang dipilih
3. Menganalisis keperluan dan menjalin maklumat yang berkaitan tentang
personaliti yang dipilih
4. Menghasilkan sebuah potret wajah yang menarik dan kreatif tentang personaliti
pilihan tersebut.
Tips: Gabungan teknik lorekan, teknik graf/ koordinat
KEPERLUAN PENGHANTARAN
Perincian seperti di bawah.
Format : Mounting board saiz A3 x 2 keping
(1- Story board (biodata & hasil temuramah), 2- Potret)
susun atur - portrait atau landscape
Media : Pensil (gabungan semua jenis pensil B dan pensil arang)
atau warna (pelbagai - warna pensil, warna air, dll)
Pengaturan : Berpusat, lelurus, jejari, kluster atau grid
Story Board (pilih satu atau gabungan antara 2 atau lebih)
Komponen : Font (huruf besar sahaja), lakaran, lorekan, warna &
gambar (opsyen), dll
PENILAIAN
Story Board | Elemen & Prinsip Asas Reka Bentuk Grafik | Typography | Kekemasan &
Kreativiti
SKEMA PEMARKAHAN
100 markah (mewakili 10% daripada keseluruhan markah kursus)
- 50 markah hasil akhir | 50 markah storey board (biodata & hasil
temuramah)
10 markah pembentangan (5%)
TARIKH PENGHANTARAN
Bbu10203 asas grafik | fptv
KOD KURSUS : BBU 10203
KURSUS : ASAS GRAFIK
PROJEK KHAS : VIDEO OF COLORING TECHNIQUE
OBJEKTIF
Menghasilkan sebuah Video Teknik Mewarna menggunakan media campuran
ARAHAN
1. Anda dikehendaki mendapatkan beberapa objek.
2. Hasilkan ilustrasi grafik tentang objek tersebut dengan menggunakan pelbagai
media campuran (pensil warna dan warna air)
3. Hasilkan sebuah video tentang teknik mewarna menggunakan warna pensil,
warna air dan media campuran.
KEPERLUAN PENGHANTARAN
Sebuah video berdurasi tidak lebih dari 30 minit
1. Sila tentukan format video
2. Isi kandungan:
a. Pengenalan peralatan yang diperlukan
b. Teknik mewarna media campuran,
c. Kombinasi elemen audio, teks dan video
3. Sila upload video anda di YouTube
4. Simpan video anda di dalam CD beserta kulit CD bercetak, sertakan sekali
power point (3-4 slaid tentang skop tugas masing-masing dan senarai nama
masing-masing )
PENILAIAN
Teknik mewarna |Audio | Video | Grafik | Kreativiti
SKEMA PEMARKAHAN
100 markah (mewakili 10% daripada keseluruhan markah kursus)
TARIKH PENGHANTARAN
Minggu ke 13
Bbu10203 asas grafik | fptv
BBP20102
PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA
BBP 20102 Pengurusan Sumber Manusia
Tugasan Individu 1
Arahan : Sila jawab semua soalan dibawah dengan memberikan contoh-contoh
yang bersesuaian. Tugasan hendaklah dihantar pada waktu yang
ditetapkan.
1) Terangkan berserta gambarajah yang sesuai Kerangka Pengurusan
Sumber Manusia dan faktor-faktor yang mempengaruhi Sumber
Manusia termasuk perancangan, pengrekrutan, pemilihan, latihan,
pampas an, penilaian, kesihatan, keselamatan pekerja, hubungan
pekerja dan sebagainya.
2) Apakah bentuk-bentuk cabaran yang dihadapi oleh Pengurus Sumber
Manusia pada masa kini?
Kesihatan dan Perancangan Pengrekrutan
keselamatan Pemilihan
Pengurusan
pekerja Sumber
Manusia
Penilaian
Pampasan Latihan
Pengurusan sumber manusia lebih kepada amalan, sistem dan dasar yang
mempengaruhi tingkahlaku, prestasi dan sikap pekerja. Antara amalan-amalan pengurusan
sumber manusia seperti menarik pekerja yang berkelayakan (perekrutan), menentukan
memilih pekerja (pemilihan), mengajar pekerja bagaimana untuk melaksanakan kerja dan
menyediakan mereka untuk masa depan (latihan dan pengembangan), memberi ganjaran
kepada pekerja (pampasan), menilai prestasi pekerja (penilaian prestasi), dan membentuk
persekitaran kerja yang positif dan harmoni (perhubungan pekerja).
Faktor-faktor yang mempengaruhi Sumber Manusia
Pemilihan Sumber Manusia, Perekrutan dan Perancangan
Membuat analisa pekerjaan bagi melakukan keperluan yang spesifik bagi tugas-
tugas individu dalam organisasi.
Meramal keperluan sumber manusia bagi mencapai objektif sesebuah organisasi.
Melaksanakan dan membangunkan rancangan bagi mencapai keperluan tersebut.
Mengambil dan merekrut sumber manusia bagi memenuhi tugas-tugas spesifik
dalam organisasi.
Latihan
Latihan adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang bertujuan meningkatkan
prestasi seseorang individu dalam jawatan semasanya atau pekerjaan yang
berkaitan dengannya
Pampasan
Pampasan membawa maksud “ganjaran” atau “faedah dan gaji”. mentadbir atau
mengurus pampasan bermaksud mengelola atau menyelia suatu bentuk sistem
gaji, upah dan lain-lain kemudahan yang ditawarkan oleh organisasi kepada
setiap pekerjanya
Kesihatan dan keselamatan pekerja
Implimentasi dan reka program yang memastikan kesihatan dan keselamatan
pekerja terjamin.
Memberi pertolongan kepada pekerja yang mempunyai masalah peribadi yang
boleh mempengaruhi prestasi kerja mereka.
Hubungan pekerja
Satu interaksi formal di antara pekerja dengan majikannya. Sekiranya syarikat
tidak mempunyai kesatuan sekerja, persekitran dan sekeliling tempat kerja jadi
tidak seronok dan tidak mempunyai seperfahaman antara mereka.
Ekonomi
Perubahan kepada ekonomi negara akan mempengaruhi dasar-dasar pengurusan
sumber manusia. Sekiranya berlaku kemerosotan ekonomi negara, ramai pekerja
yang akan diberhentikan dan syarikat terpaksa membayar pampasan kepada
pekerja terbabit.
Antara bentuk-bentuk cabaran yang dihadapi oleh pengurus sumber manusia
pada masa kini adalah:
Isu globalisasi
Globalisasi mempunyai pelbagai makna, antaranya mereka megaitkannya
dengan makna dunia tanpa sempadan, dunia maya atau siber, dunia satelit dan
akhir-akhir ini globalisasi dikaitkan dengan zaman peperangan siber. Globalisasi
di sini lebih merujuk kepada kecenderungan syarikat untuk memperluaskan jualan
mereka, pemilikan, atau perkilangan ke pasaran baru di negara-negara lain [2]. Isu
globalisasi merupakan cabaran yang amat mendesak kerana ia akan menentukan
keupayaan daya saing organisasi di dalam melahirkan warga cemerlang.
Pendapatan yang tinggi
Pada zaman ekonomi yang semakin meningkat ini, pekerja semua
menginginkan pendapatan yang tinggi. Disebabkan pekerja di Malaysia
kebanyakkannya memilih pekerjaan berdasarkan gaji yang diterima, majikan
terpaksa mengajikan warga asing untuk bekerja
Kepemimpinan
Bagi melahirkan warga yang berwawasan, isu kepemimpinan di dalam
organisasi juga harus dititikberatkan kerana didapati pelbagai cabaran yang perlu
dihadapi oleh organisasi. Pengurusan yang sempurna bermula daripada pemimpin
yang bijak merancang, melaksana, mengurus dan mengawal atau memantau
pengimplementasian sesuatu yang telah dirancang dan sumber-sumber di bawah
kawalannya.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi,menyebabkan struktur
pekerjaan berubah dari masa ke semasa. Oleh itu, pengurus harus mengikut
perkembangan era teknologi masa kini.Contohnya, memberi pekerjaan hanya
melalui online dan membolehkan membuat pekerjaan tersebut dirumah atau
mengunakan teknologi yang terkini untuk memudahkan sesuatu pekerjaan.
Rujukan
[1] Balakrishnan Parasuraman, “Hubungan Industri & Pengurusan Sumber Manusia,” Pearson
Prentice Hall, Malaysia, 2002.
[2] D ESSLER, G., AND TAN, C. H. Human Resource Management: An Asian Perspective, 10th ed.
Pearson Prentice Hall, Singapore, 2005.
[3] HASZAILE BIN HJ HASSAN, “Pengurusan Pampasan,” 2012. Diperoleh dari:
http://gaban17172.blog.com/2012/12/22/blog-3pengurusan-pampasan/
[4] Mohd Iqbal, “Pengenalan Pengurusan Sumber Manusia,” 2014. Diperoleh dari:
http://www.slideshare.net/si_iqbal/pengenalan-pengurusan-sumber-manusia
BBP 20102 Pengurusan Sumber Manusia
Tugasan Kumpulan
Arahan :
1. Sila jawab semua soalan dibawah dengan lengkap dan sertakan contoh-contoh yang
bersesuaian.
2. Sebarang bentuk plagiat dan meniru adalah dilarang.
3. Senarai rujukan yang lengkap dan terkini haruslah disertakan.
4. Tugasan hendaklah dihantar pada waktu yang ditetapkan.
1) Terangkan berserta contoh dan gambarajah yang sesuai Akta dan Undang-undang
pekerjaan yang digunakan di dalam organisasi di Malaysia.
a. Akta Kerja 1955 (Semakan 1981) (Pindaan 1989);
b. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951;
c. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994;
d. Akta Perhubungan Industri 1967;
e. Akta Pembangunan Sumber Manusia 1992;
f. Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Semakan 1981) (Pindaan 1989);
g. Akta Perhubungan Perusahaan 1957 (Pindaan 1980, 1989);
h. Akta Sosial Pekera 1969;
i. Akta Kilang dan Jentera 1967; dan
j. akta-akta atau undang lain yang berkaitan.
2) Terangkan jenis Akta dan Undang-undang yang diguna pakai oleh penjawat awam di
Malaysia khasnya golongan pendidik (guru, pengajar, jurulatih dan pensyarah)?
3) Terangkan kepentingan Kesatuan Sekerja dari segi penubuhan, tujuan, objektif, dan
peranannya dalam orhanisasi di Malaysia.
4) Terangkan kepentingan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan
Industri 1967 dalam mengawal aktiviti kesatuan sekerja dalam sektor awam dan
sektor swasta di Malaysia.
5) Pilih satu (1) Kesatuan Sekerja yang anda minat, wujud dan berfungsi di Malaysia,
lukiskan carta organisasi dan terangkan dengan lengkap penubuhan, tujuan,
objektif, dan peranannya dalam memperjuangkan hak-hak pekerja di Malaysia.
A)
Akta Kerja 1955 ialah akta yang memperuntukkanterma dan syarat minimum
pekerjaan yang standard bagi pekerjaan sektor swasta.
Akta pekerja 1955 adalah akta yang digubal pada tahun 1955 dan telah dipinda
hampir keseluruh pada tahun 1998.
Akta ini mempunyai peruntukkan hak-hak dan keistimewaan pekerja asing
eksploitasi oleh majikan dan letakkan faedah yang sedikit yang perlu diberi pada
perkerja yang dilindung dibawah akta ini.
Contohnya, salah satu hak pekerja adalah hak terhadap upah, maka adalah
menjadi tanggungjawab majikan untuk membayar upah kepada pekerja. Pekerja
pula bertanggunjawab untuk mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan.
B)
Melindungi dan memelihara kebajikan pekerja-pekerja
Mewajibkan skim persimpanan untuk persaraan
Berperanan dalam memastikan pembayaran caruman harus dibayar oleh majikan
kepada Lembaga KWSP
Jika majikan gagal membayar dalam masa yang ditetapkan, majikan akan disabitkan
kesalahan penjara mengikut tempoh tidak melebihi 3 tahun serta boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
C)
Dalam pengurusan manusia, keselamatan dan kesihatan pekerja
sangat penting dan perlu memastikan organisasi sebagai majikan
menyediakan tempat dan persekitaran kerja yang selamat dan sihat bagi
pekerja. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 memaktubkan
majikan untuk:
1. Menghindari risiko ke atas keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja
di tempat kerja.
2. Menggalakkan persekitaran kerja yang yang kondusif kepada keperluan
fisiologikal dan psikologikal pekerja
3. Mengamalkan peraturan atau kod industri yang mengekalkan atau
meningkatkan standard keselamatan dan kesihatan.
Salah satu contoh yang ditekankan dalam keselamatan dan kesihatan
pekerja ialah kemalangan di tempat kerja. Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (MTUC) merakamkan kebimbangan mereka tentang kemalangan di
tempat kerja atau dipanggil kemalangan industri. Pengerusi Institut
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Datuk Lee Lam
Thye melaporkan 117,231 kemalangan industri dilaporkan dalam tahun 1996
berbanding dengan 125,536 pada tahun sebelumnya. Kemalangan industri
telah meragut 1167 nyawa dalam tahun 1996 meningkat dari 737 pada tahun
1995. Perkara sebegini didakwa oleh MTUC adalah kerana kegagalan
majikan mematuhi Akta ini.
Implikasi Akta ini kepada majikan ialah majikan yang mempunyai 40
atau lebih pekerja wajib menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan sebagai
forum bagi wakil pekerja dan majikan untuk membincang dan membentuk
budaya kerja yang selamat di tempat kerja. Selalunya ini akan dilaksanakan
olej Jabatan Sumber Manusia. Pada peringkat kerajaan, satu Majlis
Penasihat Kebangsaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah
ditubuhkan untuk mengenalpasti dasar berkenaan yang bakal digubal oleh
kerajaan.
D)
Akta Perhubungan Perindustrian 1967 (APP) adalah status yang menyediakan
peraturan perhubungan diantara majikan dengan perkerja dan kesatuan sekerja mereka.
Sebarang permasalahan, pertikaian atau kekeliruaan yang wujud daripada perhubungan ini
secara amnya akan dikendalikan dan diputuskan melalui peruntukan yang digariskan dibawah
akta ini.
Seperti mana yang kita sudah sedia maklum, bagi mencapai wawasan negara maju,
negara amat bergantung pada sektor perindustrian atau perkilangan. Sektor perindustrian
tidak akan bergerak maju dan mantap tanpa bergantung kepada tenaga manusia. Bukan sahaja
sektor perindustrian malah semua bentuk organisasi akan melibatkan hubungan dua hala iaitu
majikan dan pekerja. Memandangkan kedua-dua pihak saling memerlukan antara satu dengan
yang lain maka amat wajarlah peruntukan, peraturan, kod amalan dan undang-undang
diwujudkan demi mewujudkan suasana harmoni dalam perindustrian.
E)
Akta Pembangunan Sumber Manusia 1992 ditubuhkan bertujuan
mengalakkan majikan melatih kembali dan tingkatkan kemahiran pekerja selari
dengan keperluan organisasi mereka. Majikan mencarum 1 peratus jumlah upah
bulanan dan elaun tetap sebagai levi ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan
Sumber Manusia dan boleh menggunakannya melalui skim di bawah Majlis
Pembangunan Sumber Manusia.
F)
Akta Kesatuan Sekerja 1959 adalah akta yang mengawal aktiviti kesatuan
sekerja dan hal-hal yang berhubungan dengan pertikaian, penggunaan dan sumber
dana, penubuhan dan persekutuan kesatuan-kesatuan sekerja. Akta ini mengawal
kuasa kesatuan sekerja, pegawai-pegawai, ahli-ahli dan pendaftar-pendaftar kesatuan
sekerja.
Pada masa ini, peruntukkan-peruntukkan tertentu TUA 1959 tidak mematuhi
prinsip-prinsip kebebasan berpersatuan seperti yang dikehendaki oleh piawaian buruh
antarabangsa.
Sejak mula dikuatkuasa pada 1 Jun 1959 (Semenanjung Malaysia), 25 Mac
1965 (Sabah) dan 19 Ogos 1965 (Sarawak), Akta ini telah dipinda sebanyak 7 kali
dan pindaan terakhir berkuat kuasa pada 28 Februari 2008.
G)
Akta Perhubungan Perusahaan 1957 adalah undang-undang buruh utama.Ia mengawal
selia perhubungan dan mengekalkan keharmonian industri antara majikan, pekerja
dan kesatuan sekerja di sektor swasta. Akta ini mengandungi peuntukan-peruntukan
mengenai hak majikan dan pekerja dalam penyelesaian pertikaian perusahaan. Sejak
mula dikuatkuasakan pada 7 Ogos 1957, Akta 177 telah melalui proses pindaan
sebanyak 7 kali dengan pindaan terakhir yang dibuat pada tahun 2015
H)
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP) adalah statut yang diluluskan oleh
Parlimen untuk melindungi pekerja berdasarkan konsep insurans. Akta ini berkuat kuasa di
seluruh Malaysia. Majikan dan pekerja perlu mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan
Sosial Pekerja (PERKESO). Skim ini adalah berdasarkan prinsip non-fault claim di mana
pekerja tidak perlu membuktikan yang majikan telah melakukan kecuaian untuk berjaya
dalam tuntutan atau permohonan kepada PERKESO.
Tujuan utama AKSP adalah untuk membolehkan PERKESO memberikan ganti rugi
atau faedah kepada pekerja yang mengalami kecederaan atau kepada waris jika berlaku
kematian.Caruman perlu dibuat oleh majikan bagi pihak pekerja. Caruman ertinya jumlah
wang yang kena dibayar oleh majikan utama . Adalah menjadi suatu kesalahan jika majikan
gagal membuat caruman kepada PERKESO, majikan akan didakwa dan jika sabit kesalahan
boleh dipenjarakan atau didenda atau kedua-duanya sekali.
I)
Akta kilang jentera 1967 dikuatkuasakan untuk mengawal kilang-kilang berkaitan dengan
perkara-perkara keselamatan, kesihatan dan kebajikan individu yang terlibat di dalamnya,
pendaftaran dan pemerikasaan jentera-jentera dan hal-hal lain yang berkaitan. Akta ini telah
disemak semula dan bermula dari tarikh ini dekenali sebagai Akta 139. Walaupun akta ini
digubal pada tahun 1967 tetapi penguatkuasaan sepenuhnya hanya berlaku pada tahun 1970.