i
KANDUNGAN iii
vi
SETINTA KATA vii
AHLI JAWATANKUASA
RAKAN STRATEGIK 1
1. INOVASI SEKOLAH RENDAH 69
92
I. Bahasa Melayu 141
II. Pendidikan Muzik
III. Bahasa Arab 145
IV. Pendidikan Agama Islam 161
2. INOVASI SEKOLAH MENENGAH 206
I. Bahasa Arab 232
II. Kimia 272
III. Fizik 279
IV. Matematik 332
V. Sejarah 337
VI. Sain Sukan 338
3. KRONOLOGI AGI 2020 339
4. PERTANDINGAN AKHIR
5. PEMENANG AGI 2020
6. JURI AGI 2020
i
SETINTA KATA
ii
SUHAIMI@SUHAINI
BIN HAJI MATSHAH
PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH PAPAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Papar SMART;
Mendukung Aspirasi Mendahului Perubahan
Salam JPN Sabah Hebat, Katakan Tidak kepada Nombor 16, Katakan Ya kepada
10 Terbaik!
Syukur Alhamdulillah,
pada kesempatan ini saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua guru yang berjaya menghasilkan Inovasi 2021 kerana telah
melahirkan idea yang kreatif lagi kritis bagi mengatasi isu pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
Inisiatif yang ditunjukkan oleh guru-guru merupakan salah satu budaya kerja yang
terangkum dalam slogan Papar SMART yang menjurus kepada amalan kerja
Positive Attitude Produce Amazing Result. Saya mengharapkan agar budaya
mereflek seperti ini dalam kalangan guru menjadi satu amalan yang berterusan
kerana ia pastinya memberi impak kepada prestasi pelajar yang dibimbing. Di
samping itu, melalui inovasi yang dihasilkan juga dapat membangunkan potensi
guru ke tahap yang lebih tinggi.
Tidak ketinggalan, tahniah juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa
Inovasi Papar SMART yang telah berjaya menghimpunkan kesemua bahan
sehingga terhasilnya Kompilasi Inovasi ini. Semoga usaha ini akan memberi
manfaat kepada semua warga pelajar dan pendidik di daerah Papar khasnya dan
di Malaysia amnya.
Akhir kata, selamat maju jaya dan semoga Kompilasi Inovasi ini akan menjadi
pemangkin kepada peningkatan prestasi akademik di daerah Papar. Sekian dan
selamat maju jaya
iii
SUHAIMI BIN HAJI BASRI
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH PAPAR
SEKTOR PEMBELAJARAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Papar SMART; Mendukung Aspirasi Mendahului Perubahan
Salam JPN Sabah Hebat, Katakan Tidak kepada Nombor 16, Katakan Ya kepada 10
Terbaik!
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin dan rahmat Allah s.w.t peluang kepada saya
untuk menintakan sekalung penghargaan di dalam Kompilasi Inovasi Bahan Pengajaran
dan Pembelajaran hasil daripada kreativiti guru-guru daerah Papar berjaya dihasilkan
pada tahun ini.
Sesungguhnya usaha berterusan para guru dengan mengamalkan proses Plan – Do –
Check – Action (PDCA) telah membolehkan mereka mengenal pasti isu pembelajaran
murid, dan seterusnya merancang serta melaksanakan intervensi yang difikirkan sesuai
untuk meningkatkan prestasi murid. Amalan sebegini menunjukkan bahawa guru kita
sememangnya menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mereka.
Saya amat berbangga inovasi bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh
guru-guru dalam daerah ini telah berjaya bukan sahaja di peringkat negeri bahkan terpilih
mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan. Justeru, saya ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam penghasilan bahan inovasi pada tahun
2021. Kalian adalah suri tauladan kepada rakan-rakan guru yang lain dan sebagai
pembakar semangat agar lebih ramai lagi guru menghasilkan inovasi mereka.
Kepada ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam memastikan Pertandingan AGI
2021 berjalan dengan lancar, saya ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kerana
komitmen tinggi dan kerja berpasukan yang ditunjukkan amat baik sekali.
Akhir kalam, sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
AGI 2021, semoga AGI poada tahun mendatang akan menarik lebih ramai penyertaan
daripada guru di daerah Papar. Sekian dan terima kasih.
iv
AHLI JAWATANKUASA
PENGERUSI
SUHAIMI@SUHAINI BIN HAJI MATSHAH
TIM. PENGERUSI
SUHAIMI BIN HAJI BASRI
PENYELARAS
DG. NORLIAH BINTI ALI OMAR
AHLI JAWATANKUASA
DR ROSLITAH BINTI HAJI MADON
CHRISTINA MICHAEL
FARIDAH BINTI SUHAILI
ANN MARIE ALOYSIUS LINGAM
PG. MOHD ILHAM BIN PG MUSA
NOORIAH BINTI SALIM
GRAFIK
MOHD. AZMI BIN AWANG LADIS
v
RAKAN STRATEGIK
vi
BAHAN INOVASI
SEKOLAH RENDAH
PERTANDINGAN
GURU INOVATIF 2021
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
PAPAR
Kategori Inovasi:
INDIVIDU
NAMA PESERTA :
DG LATIFAH AG ALIUMAR
SK PEKAN KIMANIS, PAPAR
TAJUK INOVASI:
SMART BOARD
1
SINOPSIS INOVASI
DG LATIFAH BINTI AG. ALIUMAR
SK PEKAN KIMANIS PAPAR
Inovasi ini merupakan penghasilan kit BBB yang dinamakan SMART BOARD
untuk membantu guru bagi wewujudkan iklim bilik darjah yang menepati PdPC PAK21
yang menggalakkan penglibatan secara menyeluruh serta menepati keseimbangan
JERI dalam Falsafah Pendidikan Negara. Murid lebih cepat dan mudah mengasai
kemahiran yang diajar kerana BBB ini menyebabkan murid menggunakan pancaindera
secara menyeluruh dan seimbang. Selain daripada itu, iya dapat mewujudkan situasi
pembelajaran yang menyeronokkan, secara tidak langsung menyuntik minat murid
untuk mendalami kemahiran yang diajar. Di samping itu, penggunakan SMART BOARD
kit ini juga dapat mencungkil dan mengembangkan kreativiti murid dan guru.
Kaedah SMART BOARD ini dapat juga diaplikasi dalam pelbagai subjek
mengikut kreativiti guru. Kaedah ini telah digunakan semasa proses PdP di kelas Tahun
3 Amanah di SK Pekan. Tinjauan awal sebelum pengunaan SMART BOARD telah
dilaksanakan melalui pemerhatian sikap murid semasa aktiviti PdPC di dalam bilik
darjah. Sepanjang pemerhatian, murid kurang menunjukkan minat belajar dan sukar
menguasai kemahiran yang diajar. Selain daripada itu, saya juga membuat temubual
dan soalselidik kepada 5 orang rakan guru dan mendapati mereka juga mengalami
masalah yang sama.
SMART BOARD kit diilhamkan daripada aktiviti inovasi sekolah yang saya
hasilkan iaitu SMART WALL yang merupakan idea utama BBB menggunakan tampalan
pelbagai bahan rangsangan pada dinding kelas yang diubahsuai menjadi ‘Board’.
SMART BOARD dapat digambarkan melalui huruf yang digunakan iaitu S=sukses,
M=mahir. A=aktif, R=rajin dan T=tekun serta BOARD (Papan Paparan). Melalui aplikasi
tampalan pelbagai item/ bahan rangsangan di atas papan SMART BOARD, murid
melakukan aktiviti pembelajaran dengan lebih mudah, seronok, aktif dan pantas kerana
mereka menguasai kemahiran melalui aktiviti yang melibatkan kemahiran pancaindera
yang menyeluruh atau pembelajaran secara ‘hands on’. Murid menjana idea secara
kendiri dan pembelajaran secara interaktif memenuhi kriteria PAK-21.
Kelebihan SMART BOARD memudahkan PdPC guru di dalam kelas di samping
menjimatkan masa dan ruang penyimpanan kerana saiznya yang sederhana dan
mudah alih. SMART BOARD ini juga merupakan alternatif baru untuk ibu bapa
merangsang minat anak belajar sambil bermain di rumah.
2
OBJEKTIF INOVASI
Inovasi SMART BOARD KIT ini dicipta untuk;
1. Merangsang minat murid untuk meneroka semasa belajar.
2. Mewujudkan iklim bilik darjah yang menyeronokkan.
3. Membantu murid menguasai kemahiran yang diajar dengan lebih mudah dan
pantas.
4. Mengurangkan bebean guru untuk menyediakan BBB setiap kali ada PdPC
5. Merangsang kreativiti guru dan murid melalui aktiviti yang melibatkan pelbagai
pancaindera /aktiviti secara ‘hand on’.
KUMPULAN SASARAN
Daripada temubual dan sessi perkongsian dengan beberapa orang guru serta
pemerhatian semasa pdpc dalam Tahun 3 Amanah, didapati pelajar sukar untuk
menguasai kemahiran yang diajar terutama konsep matematik. Penutupan
sementara sekolah kerana pandemic covid 19 menyebabkan saya hanya dapat
memilih 5 orang murid sebagai kumpulan sasaran. Melalui buku latihan, saya menilai
prestasi kumpulan murid ini sebelum dan selepas penggunaan SMART BOARD
untuk mengetahui keberkesanan kit ini dalam menyelesaikan masalah penguasaan
kemahiran kalangan murid tahun 3.
LATAR BELAKANG
Inovasi ini telah dibuat setelah melakukan pemerhatian, temubual dan analisis
penguasaan murid tahun 3 yang saya ajar. Salah satu subjek yang menjadi
pemerhatian saya ialah subjek matematik. Murid mudah hilang minat dalam
menyelesaian masalah pembelajaran jika kaedah yagn digunakan kurang melibatkan
sentuhan dan pancaindera lain. Contohnya, dalam subjek matematik mereka berasa
sukar memahami konsep asas matematikn iaitu operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi dan beberapa kemahiran lain dalam standard kandungan Matematik KSSR
tahun 3. Melalui temubual kepada 5 orang guru pula, saya dapati guru sukar
menyediakan BBB yang dapat menimbulkan minat murid untuk terlibat dalam aktiviti
PdPC tanpa perlu dipaksa.
Pada awalnya, saya telah menghasilkan inovasi SMART WALL yang
mengubahsuai separuh ketinggian dinding kelas menjadi ‘Board’ untuk murid
3
melakukan aktiviti berkumpulan dengan menyediakan pelbagai bahan rangsangan
seperti kad gambar, kad huruf dan tali yang boleh diubahsuai. Melalui inovasi dalam
kelas inilah lahirnya SMART BOARD yang merupakan bahagian kecil BBB daripada
SMART WALL yang sesuai digunakan dalam pelbagai subjek. SMART BOARD kit ini
bersifat lebih kecil dan mudah alih. SMART BOARD ini juga boleh diguna pakai untuk
aktiviti luar bilik darjah kerana keadaan fizikalnya yang tahan lasak dan mudah alih.Di
dalam kelas pula, aktiviti PdPC dijalankan dengan lebih mudah, mesra dan
menimbulkan iklim bilik darjah yang menyeronokkan dan meningkatkan penglibatan
murid secara menyeluruh.saya juga telah menyenaraikan 5 orang murid sebagai
subjek untuk mengkaji keberkesanan kit SMART BOARD ini.Saya merekod
pencapain mereka sebelum dan selepas penggunaan SMART BOARD.
Saya telah membuat perancangan teliti dengan memilih bahan-bahan yang
murah dan mudah didapati di sekitar daerah Papar. Saya telah mereka dan membina
sendiri kit SMART BOARD yang saya jangka dapat digunakan di dalam bilik darjah
atau di luar bilik darjah secara efektif. Malah BBB yang saya reka ini boleh digunakan
oleh mana-mana individu kerana ia ringan dan mudah alih dan dilengkapi dengan kad
cadangan penggunaan. Saya menggambarkan ibu bapa juga dapat menggunakan kit
ini dalam membantu anak-anak mereka menguasai kemahiran asas matematik dan
kemahiran subek-subjek yang lain amnya.
Akhirnya terhasillah satu KIT SMART BOARD yang lengkap dengan tali dan
pelbagai jenis kad seperti kad nombor, kad gambar, kad warna dan sebagainya. Saya
telah menguji keberkesanan kit SMART BOARD ini kepada 5 orang murid dan
menyaksikan peratus peningkatan yang besar dalam menyelesaikan kemahiran asas
matematik terutama operasi bahagi dan pecahan.
Secara keseluruhan, SMART ROPE ini telah memberi perubahan
tingkahlaku murid yang sangat ketara kerana aktiviti yang dijalankan mengikuti
PAK-21 dan menerapkan kemahiran komunikasi, kolaboratif, kreatif, pemikiran
kritis dan nilai-nilai murni. Inovasi yang dihasilkan juga memberi peluang murid
menjalankan aktiviti ‘hands on’ yang menambahkan minat mereka dalam
pembelajaran.
4
ISU/MASALAH YANG DAPAT DITANGANI OLEH INOVASI
Isu yang saya dihadapi ialah murid tahap 1 di sekolah rendah khususnya
tahun 3 sering kali menghadapi kesukaran menumpukan perhatian dan kurang
menunjukkan minat semasa mengikuti PdPC. Pemerhatian saya juga
menunjukkan iklim bilik darjah yang hambar dan kurang menyeronokkan
menyebabkan murid sukar menguasai kemahiran yang diajar. Guru juga
menghadapi kesukaran mempelbagaikan BBB semasa menjalankan PdPC
kerana kekangan masa dan kekurangan bahan.
Berdasarkan isu tersebut maka saya telah menghasilkan inovasi SMART
BOARD Kit sebagai bahan bantu mengajar untuk pelbagai subjek. Walau
bagaimanapun, kesukaran murid menguasai topik operasi asas matematik dan
pecahan mengilhamkan saya untuk menambah elemen SMART ROPE di dalam
SMART BOARD kit saya .Smart Rope ini mempunyai tali- tali yang mempunyai
panjang yang berbeza-beza dan dilengkapi dengan pelekat/ zap on cellotape.
Tali-tali ini didatangkan bersama dengan pelbagai bahan rangsangan
berbentuk kad-kad nombor, gambar dan pelbagai kad-kad berwarna warni yang
boleh dilekatkan pada ‘board’ yang dicipta khas. Tali-tali berkenaan akan
menjadi asas kepada pemahaman konsep operasi matematik dengan mudah.
Murid sendiri akan melekatkan tali-tali berkenaan mengikut arahan atau soalan
rangsangan daripada guru. Itu merupakan salah satu daripada elemen yang
terdapat dalam SMART BOARD kit selain pelbagai elemen lain yang sesuai
digunakan dalam pelbagai subjek.
Secara keseluruhan, SMART BOARD kit memberi peluang kepada murid
merasai sendiri alat berkenaan melalui sentuhan dan murid juga dapat
mengalami peluang belajar melalui penerokaan pengalaman sebenar. Aktiviti
PdPC menggunakan SMART BOARD sangan menepati kehendak pembelajaran
PAK-21 dan menerapkan kemahiran komunikasi, kolaboratif, kreatif, pemikiran
kritis dan nilai-nilai murni. Peranan guru semasa aktiviti berlangsung lebih
kepada fasilitator yang memberi panduan dan bimbingan supaya murid
mendapat kemahiran yang diperlukan dengan mudah dan menyeronokkan.
5
HURAIAN INOVASI
GAMBAR KETERANGAN
BAHAN DAN KOS
YANG DIGUNAKAN Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi ini
UNTUK adalaha bahan-bahan yang mudah didapati di daerah Papar. Kos
MENGHASILKAN pula agak murah kerana inovasi ini hanya menggunakan
INOVASI
sebahagian kecil daripada bahan-bahan berkenaan. Berikut
merupakan bahan-bahan yang saya gunakan beserta dengan kos
i. 1/6 Papar Lapis = RM5
ii. 1/3 meter karpet = RM 4.50
iii. 2 meter zap on cellotape = RM 12
iv. Tali. = RM 3.50
v. Plastik Kadboard = RM 5
Jumlah keseluruhan kos adalah kira-kira RM30
CARA INOVASI Inovasi ini dapat digunakan dalam pelbagai cara. Ia dapat
DIGUNAKAN digunakan sebagai BBB dalam pelbagai subjek di dalam bilik darjah
(Contoh cara
atau pembelajaran di luar bilik darjah. Inovasi ini akan mewujudkan
inovasi digunakan) iklim bilik darjah yang menyeronokkan kerana ia menerapkan
pembelajaran melalui pemngalaman sebenar di samping boleh
digunakan sebagai alat permainan.
Selain daripada itu, inovasi ini juga dapat membantu ibu bapa di
rumah untuk mengurangkan keasyikan anak-anak dengan
peralatan eletronik dan gadget. Tali-tali Smart Rope boleeh
dilekatkan dan menukarkan SMART BOARD ini kepada permainan
Dam.
Terdapat pelbagai item yang dicipta bersama inovasi itu seperti
Smart Rope( Tali pelbagai guna), kad-kad gambar, kad-kad puzzle,
kad-kad nombor dan kad-kad huruf. Semua golongan sama ada
murid, guru mahupun ibu bapa boleh berkreativiti menggunakan
pelbagai item yang ada pada SMART BOARD kit ini.
KEBERKESANAN Berdasarkan kepada pemerhatian dan temubual beberapa orang
INOVASI murid dan guru, saya dapati, murid menunjukkan minat yang jauh
lebih tinggi untuk mengikuti aktiviti PdPC berbanding sebelum
menggunakan SMART BOARDkit ini. Keseronokan meneroka dan
menyentuh alat ini menyebabkan murid lebih mudah menguasai
kemahiran yang diajar.
Saya memilih subjek matematik dalam SK 2.4 Bahagi dalam
lingkungan 10 ribu, SP 2.4.1 Menyelesaikan ayat matematik
bahagibagi sebarang nombor dalam lingkungan 10 ribu dengan
6
nombor 1 digit. Saya telah menguji 5 orang murid tahun 3 Amanah
sebelum dan selepas penggunaan SMART BOARD. Sebelum
penggunaan SMART BOARD kit , hanya 40% murid yang
menguasai kemahiran operasi bahagi. Pencapaian murid
meningkat sehingga 100% selepas saya menggunakan BBB
SMART BOARD ini sebagai medium PdPC saya. Berikut
merupakan bukti keberkesanan BBB yang telah saya cipta.
TAHAP PENCAPAIAN MURID ( PRA POST
SASARAN) 35
BIL NAMA 24
1 NURQISTINA IMTIAZ 35
1 CAHAYA ALIYA 24
3 DAYANG FASHA DIRA 24
4 NURFARISHA ADRINA 24
5 MOHD NADZMI ERSYAD
6 NUR IZZAH ALYEAH
TAHAP PENGUASAAN MURID( OPERASI
BAHAGI)
5 6
4 POST
3 60
2 60
60
1
0
12345
PRA POST
MARKAH PENCERAPAN GURU SEBELUM & SELEPAS
INOVASI
NAMA PENCERAP PRA
P. KANAN 1 (EN. AJMAIN) 49
MIDLE LEADER ( PN. AZIZAH) 49
PEG. LEAPED (MDM JASMEEN 49
7
MARKAH PENCERAPAN
80
60
40
20
0
123
PRA POST
POTENSI UNTUK Maklumat graf du atas merupakan pembuktian keberkesanan PdPC
DISEBARLUASKAN guru sebelum dan selepas penggunaan SMART BOARD kit di
KEPADA PIHAK dalam kelas. Markah pencerapan disertakan dalam lampiran
LAIN dokumen ini.
Sebenarnya, kaedah ini telahpun disebarluas di peringkat sekolah
saya sendiri. Pentadbir telah melancarkan kaedah penggunaan
BBB ini diperingkat sekolah. Majlis pelancaran telah diadakan pada
minggu pertama persekolahan selepas penutupan sekolah semasa
PKP yang pertama. Pentadbir juga telah mengaarahkan agar
kaedah ini menjadi projek mega amalan terbaik PdPC di dalam bilik
darjah setelah melihat keberkesanan kaedah ini dalam
meningkatkan tahap penguasaan murid.
Pihak sekolah juga telah menyebarluaskan kaedah SMART
BOARD ini semasa CPD bersama SLT/MLT 5 buah sekolah
amanah di Sabah, PPD , JPN dan LEAPED. Pihak sekolah juga
telah mendapat maklumbalas yang sangat positif.
Saya percaya, SMART BOARD kit ini mampu berada dimana
sahaja dan digunakan oleh semua golongan sama ada murid, guru
biasa, guru ganti malah murid atau guru berkeperluan khas.
8
KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN
Berikut merupakan gambar-gambar berkaitan dengan SMART BOARD Kit yang
dapat menggambarkan keseluruhan keistimewaan dan kepelbagaian fungsinya.
Gambar-gambar tersebut juga dapat menunjukkan situasi dan cara penggunaan
SMART BOARD Kit.
SITUASI PENGGUNAAN
9
AKTIVITI INDIVIDU
10
AKTIVITI BERPASANGAN
11
AKTIVITI BERKUMPULAN
CONTOH PENGGUNAAN SMART ROPE PADA SMART BOARD Kit
MATEMATIK( OPERASI BAHAGI)
12
MATEMATIK( OPERASI DARAB)
MATEMAITK ( OPERASI TAMBAH)
13
MATEMATIK( OPERASI TOLAK)
MATEMATIK( OPERASI PECAHAN)
14
AKTIVITI PERMAINAN MENGGUNAKAN SMART BOARD KIT
PICTURE PUZZLE
TAPAK PERMAINAN DAM
15
Lampiran
SEBELUM INOVASI
16
SELEPAS INOVASI
#Maklumat / dokumen asal difailkan di sekolah. Sekian terima kasih.
17
PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2021
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
TAJUK INOVASI :
Papan ‘SAD’ 2.0
Disediakan oleh
Dayang Norlela bt Ali Omar
Guru Bahasa Melayu Tahun 3
SK Buang Sayang Papar, Sabah.
18
KATEGORI PERTANDINGAN
Individu
TAJUK INOVASI
Papan SAD 2.0
SINOPSIS INOVASI
Papan SAD 2.0 merupakan bahan inovasi yang saya hasilkan. Nama SAD saya
gunakan sempena teknik dalam membina ayat . Manakala 2.0 ialah sempena
tahun inovasi ini dihasilkan iaitu pada tahun 2020. Inovasi ini diilhamkan oleh
saya selepas melihat kelemahan murid dalam membina ayat. Inovasi ini sangat
mudah dihasilkan dan jimat kos kerana menggunakan bahan-bahan terbuang
seperti buku teks lama, kotak, lidi dan batang aiskrim.
Papan ini terbahagi kepada 3 iaitu S, A dan D (SAD) merupakan kata kunci
yang digunakan untuk menghasilkan sebuah ayat tunggal yang lengkap. Petak
S bagi mewakili siapa yang melakukan, A pula ialah apa yang dilakukan.
Manakala D ialah di mana perkara tersebut berlaku. Teknik SAD sangat mudah
diaplikasi terutama kepada murid tahap satu yang baru belajar membina ayat.
Pemilihan pelbagai warna dalam menghasilkan Papan SAD 2.0 adalah bagi
menarik minat murid untuk belajar.
OBJEKTIF INOVASI
1. Murid dapat membina ayat tunggal yang lengkap menggunakan Teknik
SAD 2.0
2. Murid dapat menjana kemahiran berfikir melalui aktiviti menggunakan
Papan SAD 2.0.
3. Melahirkan murid yang mempunyai ciri abad ke-21 iaitu yakin
berkomunikasi, berkolaboratif, kreatif dan kritis serta membentuk nilai
murni dalam kalangan murid melalui aktiviti yang disertai.
4. Membantu guru dalam mengajar murid yang lemah dalam membina
ayat.
KUMPULAN SASARAN
Murid tahun 1 hingga tahun 3 terutama murid yang lemah dan mencapai tahap
penguasaan TP1 dan TP2.
19
LATAR BELAKANG
(penjelasan tentang proses penghasilan inovasi mengikut kronologi)
Mengumpul bahan seperti Potong kotak dan Bahagikan kotak
kotak, kertas warna, lidi, bentukkan sehingga
batang aiskrim, buku teks berdiri. Balut belakang kepada 3 bahagian iaitu
kotak menggunakan
lama dan gam. buku teks lama. S, A dan D. Buat
pembahagi antara
bahagian menggunakan
batang aiskrim
Susun batang aiskrim di Gunakan lidi untuk Papan SAD 2.0 siap
setiap petak mengikut membentuk tajuk sedia untuk digunakan
kreativiti. Batang PAPAN SAD 2.0 .
aiskrim berfungsi Gunakan sedikit manik oleh guru.
sebagai tapak perkataan. sebagai hiasan
ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI
Murid dapat membina ayat tunggal dengan betul dan tepat
20
HURAIAN INOVASI
BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN INOVASI
• Kotak
• Buku teks lama
• Kertas berwarna
• Gam
• Lidi
• Batang Aiskrim
• Manik
• Gunting
CARA INOVASI DIGUNAKAN
• Papan ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu S, A dan D
• S – siapa yang melakukan, A – apa yang dilakukan, D – dimana perkara
tersebut berlaku.
• Murid akan menulis seberapa banyak watak berdasarkan bahan
rangsangan dan melekatkannya di petak S. Selepas itu, murid lain pula
akan menjana idea tentang apa yang dilakukan (kata kerja) berdasarkan
gambar rangsangan dan melekatkannya di petak A. Kemudian, murid
yang lain akan menulis dimana kah lokasi berdasarkan gambar sebagai
bahan rangsangan dan melekatkan jawapan mereka di petak D.
• Akhir sekali, murid akan menyambung setiap perkataan dalam petak
menjadi ayat tunggal yang lengkap.
Gambar (bahan rangsangan) Murid membina ayat tunggal
berdasarkan bahan rangsangan
21
Ayat tunggal yang dapat dibina;-
1. Nurul bersenam di taman
2. Ayas belajar di bilik
3. Faris bermain layang-layang di padang
KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI
Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)
1 Kertas Warna 3 keping 2.00
2 Gam / cellotape 1 roll 2.00
3 Manik 1 bungkus 1.00
4 Batang Aiskrim 1 pek 1.20
5 Talian Internet 10.00
16.20
JUMLAH
KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (SERTAKAN BUKTI)
1. Inovasi Papan SAD 2.0 dapat meningkatkan motivasi murid untuk
belajar. Murid berasa seronok menggunakan BBM yang baharu dan
berwarna-warni. Ini bertepatan dengan Teori Pembelajaran Kognitif
oleh Jean Piaget. Teori ini menyatakan bahawa kanak-kanak akan
mengalami perkembangan pesat dalam operasi kognitif dan
mengaplikasi kemahiran apabila melihat objek dan orang sekeliling.
Maka, penggunaan bahan inovasi ini dapat menarik minat murid untuk
belajar. Menurut Lucas dan Bernstein 2005, dengan memasukkan
kandungan yang berfaedah yang telah anda rancang, anda akan
mendapat semula penglibatan kelas. Mempunyai fleksibeliti dalam kelas
anda berpeluang besar untuk mendapat perhatian di dalam kelas. (lihat
respon murid ketika melakukan aktiviti dalam video pembentangan)
2. PdPc melalui Inovasi Papan SAD 2.0 ini dapat melahirkan murid yang
mempunyai ciri abad ke-21 iaitu mahir berkomunikasi, berkolaborasi,
mempunyai pemikiran kritis dan kreatif serta dapat membentuk nilai
murni dalam diri murid. Murid akan dibimbing untuk sentiasa
bekerjasama dalam kumpulan, membentang hasil tugasan di hadapan
rakan serta menghasilkan tugasan berdasarkan idea-idea kreatif dalam
kumpulan. Melalui aktiviti ini juga, dapat membentuk nilai bekerjasama,
berani, rajin, bertoleransi dan menyemai keyakinan diri seorang murid.
22
3. Selain itu, penggunaan inovasi Papan SAD 2.0 dapat meningkatkan
tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis dan membina
ayat. Murid yang mencapai tahap penguasaan minimun (TP1 dan TP2)
iaitu murid mempamerkan tahap penguasan menulis dan membina ayat
yang sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan
guru. Akhirnya, meningkat sekurang-kurangnya kepada tahap
penguasaan 3 (TP3) iaitu murid dapat menguasai kemahiran menulis dan
membina ayat dengan sederhana tanpa bimbingan guru.
4. Penggunaan inovasi ini juga dapat menambah kemahiran pedagogi
guru. Dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik, guru berada pada
tahap kemahiran yang sederhana apabila tidak dapat menggunakan
bahan pengajaran secara optimum. Ketidakcekapan ini mendorong
murid bertindak pasif dan menjejaskan pelajaran. Maka, tanpa
pengetahuan yang mendalam, ilmu tidak dapat disampaikan secara
berkesan (Tajul Ariffin, 1995). Maka, murid akan lebih yakin kepada
guru yang berwibawa dan berkemahiran dalam mengendalikan bahan
pengajaran berbanding guru yang tidak tahu. Ini bertepatan dengan
pernyataan Mok, 2000 bahawa dari kaca mata murid, guru merupakan
golongan yang bijaksana, berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab.
POTENSI UNTUK DISEBAR LUASKAN KEPADA PIHAK LAIN
Inovasi Papan SAD 2.0 ini sangat berpotensi untuk disebar luas kepada pihak
lain kerana kosnya rendah. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat
papan ini kebanyakkannya bahan kitar semula. Papan SAD ini juga mudah
dibuat dan tidak menggunakan masa yang panjang. Oleh itu, guru-guru boleh
membuat inovasi ini sendiri pada masa lapang. Apabila guru dapat menyiapkan
sendiri bahan mengajar, guru menjadi lebih seronok, lebih berkeyakinan dan
bermotivasi.
Selain itu, Teknik SAD 2.0 telah digunakan dalam modul PDPR versi PKP.
Melalui penggunaan Teknik ini dalam pdp membuktikan bahawa inovasi ini
boleh diguna pakai kepada semua murid tahap satu bagi menambah kemahiran
murid dalam menulis dan membina ayat. Sebanyak empat modul telah
disiapkan yang kesemuanya menggunakan Teknik SAD 2.0 sebagai aktiviti
utama dalam langkah pembelajaran. (rujuk lampiran 1)
23
Saya juga berhasrat menjadikan bahan inovasi ini sebagai hak cipta dan saya
juga akan mempromosikan Papan SAD 2.0 kepada sekolah-sekolah lain di
daerah Papar. Saya akan menjualnya dengan harga berpatutan dan menjadikan
bahan ini sebagai sumber dana tambahan kepada pusat sumber sekolah saya
iaitu Pusat Sumber SK Buang Sayang yang dikenali sebagai PSSSMART. Saya
optimis bahawa inovasi ini mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan
dalam membantu PdPc guru.
24
KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN
Bahan-bahan yang digunakan Papan SAD 2.0 yang telah siap
Guru memberi penerangan kepada murid Murid memerhati gambar sebagai bahan
sebelum memulakan aktiviti rangsangan
Murid menjana idea dengan menulis Murid menampal jawapan di dalam petak yang
jawapan di kertas kreatif (kertas berwarna) disediakan.
Murid membaca hasil jawapan Murid menulis ayat tunggal menggunakan
peta pemikiran
25
Murid menunjukkan hasil tugasan yang Murid dan guru bersama Papan SAD 2.0
telah siap
Ayat tunggal yang dibuat dengan menggunakan Swafoto ketika menyiapkan tugasan
Papan SAD 2.0
26
LAMPIRAN 1
MODUL BAHASA MELAYU
TAHUN 3 / TAHAP 1
MELATIH KEMAHIRAN BERFIKIR
MEMBINA DAN MENULIS AYAT TUNGGAL DENGAN DUA LANGKAH MUDAH
Nama Murid :.............…………………………………………………….
Kelas : ……………………………………….................................
DISEDIAKAN OLEH:
DG NORLELA BT ALI OMAR
GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3
SK BUANG SAYANG PAPAR
2020
27
MODUL 1
MINGGU 16 (19 HINGGA 23 OKTOBER 2020)
Hari Selasa
Tarikh 20 Oktober 2020
Kelas Tahun 3 Wira
Tema PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
Tajuk Lawatan Ke Kilang Nanas Manis
Standard 3.2
Kandungan Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna
Standard 3.2.1
Pembelajaran Membina dan menulis ayat tunggal
Objektif Murid dapat membina 4 ayat tunggal dengan betul dan tepat.
Kaedah Bertulis
Pentaksiran
Instrumen Lembaran aktiviti menggunakan Teknik SAD 2.0
Pentaksiran Lembaran aktiviti menggunakan peta pemikiran.
NOTA
AYAT TUNGGAL
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis
PETA PEMIKIRAN
3. Peta Pemikiran (I-Think) merupakan salah satu unsur Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Peta Pemikiran amat digalakkan untuk
diaplikasi dalam aktiviti PdPc bagi melahirkan murid yang mempunyai
ciri abad ke-21 iaitu mahir berkomunikasi, berkolaborasi, kreatif dan
kritis serta membentuk nilai murni.
4. Terdapat 8 jenis Peta Pemikiran iaitu:-
28
Peta Bulatan
i. Peta Bulatan – digunakan untuk sumbangsaran idea, mendefinisikan
sesuatu perkara dan menilai sesuatu perkara
Peta Buih
ii. Peta Buih – digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi
mengenal pasti atau menerangkan sesuatu perkara. Biasanya
menggunakan perkataan berbentuk huraian.
Peta Buih Berganda
iii. Peta Buih Berganda – digunakan untuk membanding beza sesuatu
perkara atau situasi.
29
Peta Pokok
iv. Peta Pokok – digunakan untuk menyusun maklumat dengan cara
mengklasifikasi sesuatu perkara mengikut kelas atau kategori.
Peta Dakap
v. Peta Dakap – digunakan untuk menganalisis sesuatu perkara secara
menyeluruh. Garisan sebelah kiri adalah sesuatu perkara yang
menyeluruh. Garisan bahagian kedua adalah bahagian utama.
Manakala garisan yang ketiga merupakan perincian kepada garisan
kedua.
Peta Alir
30
vi. Peta Alir – digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses atau
kronologi.
Peta Pelbagai Alir
vii. Peta Pelbagai Alir – digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis
hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah
peristiwa penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab
peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah
akibat daripada peristiwa tersebut.
Peta Titi
viii. Peta Titi – digunakan untuk memberi peluang kepada murid untuk
mengaplikasikan proses analogi dalam PdPc dengan menggunakan
faktor hubungan.
ARAHAN
1. Murid membaca petikan bertajuk Lawatan Ke Kilang Nanas Manis
(buku teks Jilid 2 m/s 59.
2. Bina ayat berdasarkan gambar menggunakan ‘kata kunci’ yang diberi.
S – Siapa (siapa yang melakukan) A – apa (apa yang dilakukan), D –
dimana (dimana perkara itu berlaku) .
3. Tulis jawapan dalam petak yang disediakan.
4. Sambung perkataan menjadi ayat tunggal yang lengkap.
5. Tulis 4 ayat tunggal menggunakan peta pemikiran.
31
LANGKAH 1
Tulis jawapan dalam petak yang disediakan menggunakan ‘kata kunci’ yang
diberi.
Teknik SAD 2.0
S – siapa yang A – apa yang D - di mana perkara itu
melakukan dilakukan berlaku
LANGKAH 2
Sambung perkataan menjadi ayat tunggal yang lengkap
1. ……………………………………………………….
2. ……………………………………………………….
3. ……………………………………………………….
4. ……………………………………………………….
5. ……………………………………………………….
32
Tulis 4 ayat tunggal menggunakan peta pemikiran
Ayat tunggal
Nota : ayat tunggal yang lain menggunakan idea masing-masing.
33
PANDUAN RUBRIK PENTAKSIRAN
TAHAP KRITERIA
PENGUASAAN
Murid mempamerkan tahap penguasaan menulis dan membina ayat
1 yang sangat lemah., sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan,
panduan dan latihan dalam menulis dan membina ayat.
2 Murid mempamerkan tahap penguasaan menulis dan membina ayat
yang lemah., terhad dan memerlukan bimbingan, panduan dan latihan
3 dalam menulis dan membina ayat
Murid mempamerkan tahap penguasaan menulis dan membina ayat
4 yang sederhana tanpa memerlukan bimbingan, panduan dan latihan
dalam menulis dan membina ayat
5 Murid berupaya menulis dan membina ayat yang baik, dapat menguasai
kemahiran berfikir dan melaksanakan pembelajaran kendiri secara
6 minimum.
Murid mempamerkan tahap penguasaan menulis dan membina ayat
yang sangat baik. Mempunyai idea yang sangat jelas dan terperinci.
Dapat menguasai kemahiran berfikir dengan kreatif dan kritis, mampu
berkolaborasi dan berkomunikasi dengan sangat baik.
Murid mempamerkan tahap penguasaan menulis dan membina ayat
yang cemerlang dan konsisten. Mempunyai idea yang sangat jelas dan
terperinci. Dapat menguasai kemahiran berfikir dengan kreatif dan
kritis, mampu berkolaborasi dan berkomunikasi dengan cemerlang dan
menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan.
34
MODUL BAHASA MELAYU
TAHUN 3 / TAHAP 1
MELATIH KEMAHIRAN BERFIKIR
MEMBINA DAN MENULIS AYAT TUNGGAL DENGAN DUA LANGKAH MUDAH
Nama Murid :.............…………………………………………………….
Kelas : ……………………………………….................................
DISEDIAKAN OLEH:
DG NORLELA BT ALI OMAR
GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3
SK BUANG SAYANG PAPAR
2020
35
MODUL 2
MINGGU 17 (26 HINGGA 30 OKTOBER 2020)
Hari Selasa
Tarikh 27 Oktober 2020
Kelas Tahun 3 Wira
Tema PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
Tajuk Suasana Di Kampung Datuk
Standard 3.2
Kandungan Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna
Standard 3.2.1
Pembelajaran Membina dan menulis ayat tunggal
Objektif Murid dapat membina 5 ayat tunggal dengan betul dan tepat.
Kaedah Bertulis
Pentaksiran
Instrumen Lembaran aktiviti menggunakan Teknik SAD 2.0
Pentaksiran Lembaran aktiviti menggunakan peta pemikiran.
NOTA
AYAT TUNGGAL
5. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat
6. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis
PETA PEMIKIRAN
7. Peta Pemikiran (I-Think) merupakan salah satu unsur Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Peta Pemikiran amat digalakkan untuk
diaplikasi dalam aktiviti PdPc bagi melahirkan murid yang mempunyai
ciri abad ke-21 iaitu mahir berkomunikasi, berkolaborasi, kreatif dan
kritis serta membentuk nilai murni.
8. Terdapat 8 jenis Peta Pemikiran iaitu:-
36
Peta Bulatan
i. Peta Bulatan – digunakan untuk sumbangsaran idea, mendefinisikan
sesuatu perkara dan menilai sesuatu perkara
Peta Buih
ii. Peta Buih – digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi
mengenal pasti atau menerangkan sesuatu perkara. Biasanya
menggunakan perkataan berbentuk huraian.
Peta Buih Berganda
iii. Peta Buih Berganda – digunakan untuk membanding beza sesuatu
perkara atau situasi.
37
Peta Pokok
iv. Peta Pokok – digunakan untuk menyusun maklumat dengan cara
mengklasifikasi sesuatu perkara mengikut kelas atau kategori.
Peta Dakap
v. Peta Dakap – digunakan untuk menganalisis sesuatu perkara secara
menyeluruh. Garisan sebelah kiri adalah sesuatu perkara yang
menyeluruh. Garisan bahagian kedua adalah bahagian utama.
Manakala garisan yang ketiga merupakan perincian kepada garisan
kedua.
Peta Alir
38
vi. Peta Alir – digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses atau
kronologi.
Peta Pelbagai Alir
vii. Peta Pelbagai Alir – digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis
hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah
peristiwa penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab
peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah
akibat daripada peristiwa tersebut.
Peta Titi
viii. Peta Titi – digunakan untuk memberi peluang kepada murid untuk
mengaplikasikan proses analogi dalam PdPc dengan menggunakan
faktor hubungan.
ARAHAN
1. Murid memerhati bahan rangsangan bertajuk ‘Suasana di Kampung
Datuk’.
2. Bina ayat berdasarkan gambar menggunakan ‘kata kunci’ yang diberi.
S – Siapa (siapa yang melakukan) A – apa (apa yang dilakukan), D –
dimana (dimana perkara itu berlaku) .
3. Tulis jawapan dalam petak yang disediakan.
4. Sambung perkataan menjadi ayat tunggal yang lengkap.
5. Tulis 4 ayat tunggal menggunakan peta pemikiran.
39
SUASANA DI KAMPUNG DATUK
40
LANGKAH 1
Tulis jawapan dalam petak yang disediakan menggunakan ‘kata kunci’ yang
diberi.
Teknik SAD 2.0
S – siapa yang A – apa yang D - di mana perkara itu
melakukan dilakukan berlaku
LANGKAH 2
Sambung perkataan menjadi ayat tunggal yang lengkap
1. ……………………………………………………….
2. ……………………………………………………….
3. ……………………………………………………….
4. ……………………………………………………….
5. ……………………………………………………….
41
Bina 4 ayat tunggal menggunakan peta pemikiran
Ayat tunggal
Nota : ayat tunggal yang lain menggunakan idea masing-masing.
42