SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
8.6 Potensi Untuk Disebar bagi perkongsian pintar.
Modul Bestari Kimia SPM yang menggunakan pendekatan teknilk lipat 4 dapat dan
kemahiran grafik eksperimen boleh diperluaskan untuk kegunaan guru-guru dalam
pengajaran kimia di sekolah bagi menggantikan penggunaan buku amali yang
konvensional.
Perkongsian bahan ini pernah dilaksanakan di beberapa program peningkatan
seperti berikut.
BIL SESI GAMBARFOTO IMPAK
PERKONGSIAN
Perkongsian Peningkatan
bersama SMK SPM SMK
Taman Tun Fuad Taman Tun
Kota Kinabalu Fuad dengan
1 dalam program lonjakan SPM
peningkatan
2018
Kimia SPM
Pada tahun 2017
dan 2018
Perkongsian
bersama SMK
Pengalat Papar Membantu
pelajar
dalam program
meningkatkan
2 peningkatan pencapaian
Kimia SPM KIMIA SPM
Pada tahun
2018
184
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
BIL SESI GAMBARFOTO IMPAK
PERKONGSIAN
Pencapaian
Sesi kolaberasi terbaik Kimia
bersama Pn.
Evaleen – GC SPM 2018
dengan 5
3 KIMIA SMK
Membakut orang
mendapat A
bersama pelajar dalam KIMIA
SMK Kinarut
SPM dan
seorang
mendapat A+
Kimia
Perkongsian Perkongsian
maya bersama bahan dapat
Group Telegram
4 Sabah membantu
Chemistry dan
pelajar di
KIMIA SPM
Malaysia seluruh
negara untuk
peningkatanp
encapaian
KIMIA
Inovasi Teknik 2019 :
Lipat 4 Dapat Bengkel
Teknik Lipat
dalam Modul
4 Dapat
Bestari Kimia
berdasarkan
5 Kini
diperluaskan Modul
PINTAR
untuk
SAINS SPM
penghasilan
kini untuk
Modul Sains perkongsian
SPM
185
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
BIL SESI GAMBARFOTO IMPAK
PERKONGSIAN
Pembentangan
Kajian Tindakan Penyebaran
ke peringkat
6 Teknik Lipat 4 kebangsaan
Dapat dalam
NEC MRSM
2019
Perkongsian Perkongsian
amalan
Amalan Terbaik terbaik
peringkat
7 Kimia dalam negeri
PA21K Sabah
Peringkat
Negeri Sabah
186
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
BIL SESI GAMBARFOTO IMPAK
PERKONGSIAN
Perkongsian Meningkatan
di SMK
prestasi
8 Kemabong, Kimia SPM
Tenom 2019
06 Julai 2019
Perkongsian Membantu
keyakinan
Lipat 4 Dapat
pelajar
9 Sains di SMK dalam
Kuala Penyu menghadapi
peperiksaan
08 Februari
Perkongsian
2020 amalan
terbaik
Perkongsian bersama
Amalan Terbaik guru Kimia
daerah
10 KIMIA Peringkat Papar
Daerah Papar
2 November
2020
187
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
IMPAK TEKNIK LIPAT 4 DAPAT KIMIA SPM DALAM
PENCETUS KECEMERLANGAN PELAJAR
Amalan mengunakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknik Lipat 4
Dapat dapat merangsang pelajar dalam kemahiran saintifik dalam mereka bentuk
eksperimen dan ini dapat membantu pelajar membina keyakinan diri serta mencetus
kecemerlangan pelajar dalam SPM dengan pencapaian semua A dalam SPM serta
peningkatan pencapaian Kimia dalam SPM mencapai gred cemerlang A seramai tiga
pelajar dengan A+ dalam mata pelajaran Kimia dalam SPM 2018.
Merangsang kecemerlangan pelajar dalam SPM 2019 dengan pencapaian A+ dalam
Kimia SPM kepada dua pelajar cemerlang iaiytu Nur Azharawani Abd Kadir dan Nur
Preety Muhammad. Mencapai pencapaian cemerlang dengan mencipta pencapaian
gemilang sehingga seorang pelajar dianugerah kan Biasiswa Cemerlang Negeri
Sabah pada tahun 2020.
188
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
9. PENUTUP
Berdasarkan dapatan didapati penggunaan Teknik Lipat 4 Dapat yang diaplikasikan
dalam pakej Modul Bestari Kimia : Kemahiran Mengeksperimen melalui Grafik ini
didapati memberi impak yang tinggi untuk meningkatkan pencapaian KIMIA SPM.
Perkongsian pengalaman yang diadakan secara bengkel bersama dengan saya
menunjukkan kesan positif kepada rakan di sekolah berdekatan bahawa penggunaan
inovasi Teknik Lipat 4 Dapat ini dapat merangsang pencapaian pelajar kerana ia
memenuhi kriteria PA21K dan pembelajaran berpusatkan kepada pelajar dan
bertepatan dengan kehendak permarkahan Kimia SPM.
10. RUJUKAN
1. Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga ( 2008 ) Putrajaya , Kementerian
Pendidikan Malaysia.
2. Projek Inovasi BBM PPD Papar 2017 Jurnal Penulisan ( 2017 ), Pejabat
Pendidikan Daerah Papar.
3. STEM Amalan Terbaik Bilik Darjah ( 2018 ) Norhaimi Abdul mutalib.
Percetakan Perlis (1990 ) Sdn Bhd.
4. Jurnal Guru Mengajar , Murid belajar SMK Kinarut. ( 2013 ). SMK Kinarut.
5. Kupasan Mutu Jawapan Peperiksaan SPM ( 2018 ) Lembaga Peperiksaan
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
6. Program iTHINK . Membudayakan Kemahiran Berfikir ( 2012 ) Bahagian
Pembangunan Kurukulum, kementerian Pelajaran Malaysia.
LAMAN WEB
1. BLOG CIKGU HILMI : http://www.cikguhailmi.com/
2. All About Science Cikgu Diana : http://allaboutscience-cikgud.blogspot.com/
3. STEM Aducation for global : https://www.ed.gov/stem
4. What its STEM Education : https://www.livescience.com/43296-what-is-stem-
education.html
5. Pusat Perkembangan Kurikulum. http://bpk.moe.gov.my/
6. https://www.gpsbestari.com/mobile/tip/tip-belajar/guru-ini-kongsi-tip-penting-
apa-calon-perlu-buat-untuk-skor-a-subjek-sains-spm-1.929937
189
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
11. LAMPIRAN
1. LAMPIRAN 1 : KAD KATA KUNCI DAN KAD GAMBARAJAH ( sebahagian dari
MODUL BESTARI KIMIA SPM )
MODUL TEKNIK LIPAT 4 DAPAT®
KATA KUNCI : EKSPERIMEN MELALUI GRAFIK
2013 - 2020 © InderaPutera AZRI
BERSIHKAN
CLEANED QSA : Quantity ConVo + Substance ( Bahan ) + Action ( Kata Kunci )
MODUL TEKNIK LIPAT 4 DAPAT ®
KATA KUNCI : EKSPERIMEN MELALUI GRAFIK
2013 - 2020 © InderaPutera AZRI
TURAS
FILTEREDQSA : Quantity ConVo + Substance ( Bahan ) + Action ( Kata Kunci )
MODUL TEKNIK LIPAT 4 DAPAT ®
KATA KUNCI : EKSPERIMEN MELALUI GRAFIK
2013 - 2020 © InderaPutera AZRI
GUNAKAN
USED QSA : Quantity ConVo + Substance ( Bahan ) + Action ( Kata Kunci )
190
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
MODUL TEKNIK LIPAT 4 DAPAT ®
KATA KUNCI : EKSPERIMEN MELALUI GRAFIK
2013 - 2020 © InderaPutera AZRI
LENGKAPKAN
COMPLETED QSA : Quantity ConVo + Substance ( Bahan ) + ( Kata Kunci )
MODUL TEKNIK LIPAT 4 DAPAT ®
KATA KUNCI : EKSPERIMEN MELALUI GRAFIK
2013 - 2020 © InderaPutera AZRI
HIDUPKAN
SWITCH ONQSA : Quantity ConVo + Substance ( Bahan ) + Action ( Kata Kunci )
MODUL TEKNIK LIPAT 4 DAPAT ®
KATA KUNCI : EKSPERIMEN MELALUI GRAFIK
2013 - 2020 © InderaPutera AZRI
PANASKAN
HEAT SRONGLY / SLOWL
QSA : Quantity ConVo + Substance ( Bahan ) + Action ( Kata Kunci )
191
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
192
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
2. LAMPIRAN 2 : BAHAN CERAMAH TEKNIK LIPAT 4 DAPAT
193
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
RAKAMFOTO : BAHAN CERAMAH TEKNIK LIPAT 4 DAPAT : MODUL BESTARI KIMIA
194
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
3. LAMPIRAN 3 : CONTOH TEMPLATE TEKNIK LIPAT 4 DAPAT
Nota : Template penuh boleh diperolehi dalam Modul Bestari Kimia.
195
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
4. LAMPIRAN 4 : MODUL YANG MENGGUNAKAN TEKNIK LIPAT 4 DAPAT
196
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
5. LAMPIRAN 5 – PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
MODUL LIPAT 4 DAPAT KIMIA
197
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
RAKAMFOTO : BAHAN CERAMAH PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PDPC KIMIA
198
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
6. LAMPIRAN 6 : KIT TEKNIK LIPAT 4 DAPAT KIMIA SPM
FOTO 6.1 : KAD KATA KUNCI dan KIT TEKNIK LIPAT 4 DAPAT KIMIA SPM
FOTO 6.2 : KIT TEKNIK LIPAT 4 DAPAT KIMIA SPM
199
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
FOTO 6.3 : KIT PAMERAN TEKNIK LIPAT 4 DAPAT KIMIA SPM
200
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
7.0 LAMPIRAN 7 :
PANDUAN PENGGUNAAN KIT TEKNIK LIPAT 4 DAPAT SPM
201
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
8.0 LAMPIRAN 8 : PENGHARGAAN DAN PENCAPAIAN
TEKNIK LIPAT 4 DAPAT KIMIA SPM
Foto 7.1 : Perkongsian Teknik Lipat 4 Dapat
dalam GPS Bestari Sinar Harian pada 21 Oktober 2019
https://www.gpsbestari.com/mobile/tip/tip-belajar/guru-ini-kongsi-tip-penting-apa-
calon-perlu-buat-untuk-skor-a-subjek-sains-spm-1.929937
202
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
Foto 7.2 : Perkongsian Teknik Lipat 4 Dapat KIMIA SPM
Semasa Karnival PA21 anjuran JPN Sabah pada 03 Ogos 2019
Foto 7.3 : Perkongsian di NEC 2019 MRSM ( Peringkat Kebangsaan )
203
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
Foto 7.4 : Penghargaan peningkatan GPMP Kimia
dan Anugerah Guru Inovatif SMK Kinarut, Papar, Sabah 2019
204
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
INOVASI
TEKNIK LIPAT 4 DAPAT
KEMAHIRAN
MENGEKSPERIMEN
MELALUI GRAFIK
MODUL BESTARI KIMIA
NORAZRI MAT PIAH
SMK KINARUT, PAPAR, SABAH
HP : 0199630987 Email : [email protected]
205
PERTANDINGAN GURU INOVATIF
Nama : Rachel Jolen de Guzman
No Kad Pengenalan: 860217-12-5526
Sekolah : SMK Pengalat Papar
1.0 Kategori
Individu Menengah
2.0 Tajuk Inovasi
Physics MultiCard Kit
3.0 Sinopsis Inovasi
Physics MultiCard Kit merupakan kad aktiviti pembelajaran Fizik yang terdiri daripada 5 kad
aktiviti pembelajaran iaitu kad definisi Fizik, kad aktiviti konsep Fizik, kad aktiviti rumus Fizik,
kad aktiviti istilah Fizik dan kad aktiviti format soalan SPM Fizik daripada tajuk dalam tingkatan
4 dan 5 Fizik KBSM yang menggunakan pendekatan Bermain dan Belajar (Play and Learn)
secara berkumpulan. Physics MultiCard ini dapat digunakan untuk membantu pengajaran
dan pemudahcaraan (pdpc) dengan cara interaktif, kolaboratif dan dapat meningkatkan
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta memenuhi aspek Pembelajaran Abad Ke 21
(PAK21).
Setiap Multicard ini mempunyai teknik belajar dan bermain yang mengandungi
maklumat pembelajaran merangkumi tajuk-tajuk penting dalam sukatan pelajaran Fizik
KBSM SPM.
4.0 Objektif Inovasi
4.1 Meningkatkan kemahiran mengingat definisi Fizik melalui kaedah kad aktiviti.
4.2 Meningkatkan kemahiran mengingat konsep Fizik melalui kaedah kad aktiviti.
4.3 Meningkatkan kemahiran mengingat rumus Fizik melalui kad aktiviti.
4.4 Menggunakan Physics Multicard Kit dalam pengajaran Fizik supaya mudah
maklumat diingati lebih lama dan berkesan.
4.5 Meningkatkan pefahaman pelajar ke atas setiap topik.
4.6 Membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran.
4.7 Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bentuk interaktif.
4.8 Meningkatkan kemahiran kreatif dan kritis pelajar.
4.9 Memfokuskan pembelajaran berpusatkan pelajar.
4.10 Memupuk kemahiran sosial melalui aktiviti pembelajaran berkumpulan.
4.11 Mencapai matlamat Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21).
206
4.12 Meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran Fizik dan menyumbang
kepada markah dalam peperiksaan.
4.13 Menghidupkan budaya belajar sepanjang masa di sekolah.
5.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada pelajar tingkatan 5 UM SMK Pengalat Papar yang
mengikuti kelas aliran sains tulen. Seramai 19 orang pelajar yang terdiri daripada 4
orang pelajar dan 15 orang pelajar perempuan. Kesemua pelajar ini didapati mengalami
masalah dalam menjawab soalan-soalan berbentuk definisi, rumus dan penerangan konsep.
6.0 Latar Belakang
Matapelajaran Fizik di dalam KBSM merupakan matapelajaran yang wajib diambil bagi
para pelajar yang mengikuti aliran sains tulen. Tujuan utama matapelajaran Fizik
diperkenalkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menguasai kemahiran
berfikir dan kemahiran saintifik dan menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi
serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi di
Malaysia. Matapelajaran Fizik amat penting kepada pelajar yang berhasrat meneruskan
pelajaran ke bidang sains dan teknologi. Merujuk kepada format soalan Fizik Peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia, definisi berkaitan teori, konsep, prinsip dan fakta adalah penting
dalam menentukan tahap pemahaman pelajar dalam bidang Fizik yang diuji. Soalan-
soalan berbentuk definisi dan konsep ini seringkali diuji dalam peperiksaan. Soalan
berbentuk definisi dan konsep ini juga merupakan salah satu bentuk soalan bagi menguji
tahap pengetahuan berdasarkan aras Taksonomi Bloom. Untuk menjawab soalan-soalan
berbentuk definisi dan konsep, kemahiran mengingat dan menghurai fakta dan
mengembangkan konsep merupakan aspek yang penting. Oleh itu, melalui Physics Multicard
Kit, dapat membantu pelajar mengingati dan memahami konsep-konsep Fizik dan
memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) seterusnya membantu
pelajar menjawab soalan-soalan pada aras yang lebih tinggi.
Inovasi ini dicipta untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar
semasa mereka menjawab soalan-soalan Fizik SPM. Seramai 19 orang pelajar dari
kelas 5 UM terlibat. Fokus kajian terarah kepada soalan berbentuk definisi definisi, rumus
dan konsep dalam soalan Fizik SPM. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak mempunyai
kemahiran yang mencukupi untuk menjawab soalan aras pengetahuan ini kerana tidak
menghafal definisi-definisi,rumus dan konsep Fizik. Bagi mengatasi masalah ini, para pelajar
diperkenalkan dengan teknik belajar dan bermain menggunakan kad imbasan dan kad
aktiviti. Hasil dapatan inovasi ini, pelajar dapat menjawab soalan tersebut dengan
sistematik, cekap dan mudah.
207
Menurut kajian yang dilakukan oleh Moncada dan Moncada (2014), kaedah
permainan yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri kualiti seperti berikut:
a. Mempunyai objektif pendidikan dan hasil pembelajaran yang jelas.
b. Mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti yang
dijalankan.
c. Memberikan cabaran dan kepuasan melalui kemenangan.
d. Mempunyai warna-warna yang menarik.
e. Mempunyai susunatur yang jelas.
f. Mengandungi arahan yang jelas dan ringkas.
g. Mempunyai peraturan permainan yang mudah difahami.
h. Mempunyai maklumbalas dan ganjaran yang relevan kepada pemain.
i. Mengandungi isi kandungan yang tepat dan relevan.
j. Menggalakkan penglibatan pemain secara berinteraktif.
6.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Teori Pembelajaran Kognitif
Inovasi ini menggunakan Teori kontruktivisme bagi membentuk modul dan aktiviti yang
sesuai bagi pelajar. Fizik merupakan proses pdpc yang melibatkan kemahiran mengkonsepsi
dan mengaplikasi menggunakan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran
Fizik ini juga merupakan proses mencipta pengetahuan baru dan kemampuan
menyelesaikan masalah. Justeru bagi melaksanakan proses pdpc Fizik perlu mengambil kira
keperluan dan pencapaian pelajar. Teori kontruktivisme merupakan pemahaman guru
tentang halangan yang pelajar akan hadapi untuk mempelajari ilmu baru dan menggunakan
pedagogi kontruktivisme umum (Emery dan Johannes, 2007). Menurut Emery dan Johannes
(2007) juga konstruktivisme merupakan satu pemikiran epistemologi pelbagai rupa dan
sesuai dengan implikasi penting untuk pengajaran di bilik darjah seterusnya dapat membantu
masalah ketiadaan pemahaman konsep dan penjelasan. Dalam kajian penggunaan
konstruktivisme dalam pedagogi pendidikan oleh Emery dan Johannes (2007) menganggap
penekanan kepada penyertaan aktif oleh pelajar merupakan implikasi positif konstruktivisme
kerana ia mempengaruhi pelajar ke arah penyertaan kelas dan tertakluk penglibatan aktiviti
dan penglibatan pelajar menggalakkan perhatian yang lebih baik dengan topik dan sejajar
dengan itu meningkatkan pencapaian pembelajaran.
Teori kontruktivisme ini akan membantu guru dalam menghasilkan pembelajaran
yang selari dengan matlamat pengajaran. Konstruktivisme adalah satu teori penting dalam
pembelajaran yang digunakan untuk membimbing pembangunan kaedah pengajaran baru
(Baviskar, Hartle dan Whitney, 2009). Menurut Baviskar, Hartle dan Whitney (2009) dalam
kajiannya mengatakan empat ciri-ciri penting dalam konstruktivisme adalah memperlihatkan
pengetahuan sedia ada, mewujudkan percanggahan kognitif, aplikasi pengetahuan baru
dengan maklum balas, dan refleksi terhadap pembelajaran.
208
Elemen teori ini ialah pelajar yang aktif akan membina pengetahuan baru untuk diri
mereka sendiri, membandingkan maklumat baru dengan fahaman sebelumnya dan
menggunakannya untuk menghasilkan pemahaman baru. Konstruk ini akan menghasilkan
pembelajaran berkesan dan bermakna dan seterusnya membina suatu konsep Fizik dalam
dalam diri pelajar dan akan membentuk pemikiran kritis dan kreatif. Melalui teori ini guru Fizik
seharusnya mengambil kira apa yang pelajar tahu dan cuba untuk mempertingkatkan
interaksi antara mereka agar pembelajaran menjadi lebih seronok dan bermakna. Oleh itu,
persekitaran pembelajaran konstruktivisme dapat meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran Fizik dalam bilik darjah melalui pemahaman kendiri, konsep dan pengetahuan
Fizik menerusi persekitaran pembelajaran yang kondusif. Teori konstruktivisme sesuai
dengan objektrif Physics Multicard Kit iaitu untuk meningkatkan kemahiran mengingat definisi
Fizik melalui kaedah kad aktiviti, meningkatkan kemahiran mengingat konsep Fizik melalui
kaedah kad aktiviti, meningkatkan kemahiran mengingat rumus Fizik melalui kad aktiviti,
menggunakan Physics Multicard Kit dalam pengajaran Fizik supaya mudah maklumat
diingati lebih lama dan berkesan. Meningkatkan pembelajaran yang aktif dan berpusatkan
murid.
Teori Pembelajaran Kognitif adalah perihalan pengetahuan konseptual dan
kemahiran prosedur yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dalam domain tertentu dan
sifat kognitif dirujuk kepada pengetahuan konseptual dan kemahiran pemprosesan yang
digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pembelajaran
(Tan, 2009). Kognitif ini sangat diperlukan bagi membantu tahap pemikiran pelajar sentiasa
meningkat. Penyelesaian masalah dalam Fizik memerlukan daya kognitif yang tinggi. Teori
kognitif dalam Fizik ini saling berkait dan diperlukan dalam pembelajaran terutama yang
melibatkan kemahiran berfikir. Kyttala dan Biorn (2009) dalam kajiannya menyatakan bahawa
pencapaian Fizik pelajar rendah jika tahap kognitif pelajar rendah dan ini memerlukan
sesuatu pendekatan supaya kognitif pelajar dapat ditingkatkan seterusnya menaikkan
semula tahap pencapaian Fizik yang bermasalah.
6.2 Model Kajian Tindakan Kemmis
Model kajian tindakan yang dipilih dalam inovasi ini ialah Model Kajian Tindakan Kemmis.
209
Rajah 1: Model Kajian Kemmis
6.3 Proses Pembinaan Physics Multicard Kit
1. Penyediaan bahan dan penggunakan kotak kitar semula
210
Rajah 2: Peralatan dan bahan yang digunakan, kertas warna, mesin laminate,
gunting, laminate film, double tape dan kotak kitar semula.
2. Mereka grafik dan menyediakan kad aktiviti
Rajah 3: Mereka grafik dan menyediakan kad aktiviti mengguna Microrosoft
PowerPoint
3. Mencetak dan laminate
211
4. Proses membalut kotak
Rajah 4: Membalut kotak
5. Kad aktiviti dan permainan siap dicetak
212
Rajah 5: Permainan Snakes and Ladders Rajah 6: Permainan Ask Me Questions
Rajah 7: Kad konsep Fizik
Rajah 8: Kad definisi Fizik Rajah 9: Permainan Win, Lose or Draw
6. Physics Multicard Kit
213
Rajah 10: Physics Multicard Kit
6.4 Perlaksanaan Kajian
Pemerhatian
Untuk meninjau masalah pelajar, saya telah membuat pemerhatian semasa proses pdpc di
dalam kelas serta menganalisis skrip jawapan Ujian Setara 2020.
Soalan ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca) - Kad Aktiviti Definisi Fizik
Ujian Pra telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian pelajar tanpa
menggunakan kad aktiviti. Ujian Pra yang telah dijalankan terdiri daripada 20 soalan definisi
Tingkatan 5. Selain itu, satu lagi ujian iaitu Ujian Pasca yang diberikan kepada pelajar untuk
mendapatkan keberkesanan setelah menggunakan kad definisi. Ujian ini terdiri daripada 20
soalan berbentuk definisi dan tidak sama dengan soalan untuk soalan ujian pra.
Soalan ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca) - Kad Aktiviti Konsep Fizik
214
Ujian Pra telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian pelajar tanpa
menggunakan kad aktiviti. Ujian Pra yang telah dijalankan terdiri daripada 4 soalan konsep
dalam Bab 1 dan 2 Tingkatan 5. Selain itu, satu lagi ujian iaitu Ujian Pasca yang diberikan
kepada pelajar untuk mendapatkan keberkesanan setelah menggunakan kad aktiviti Fizik.
Ujian ini terdiri daripada 4 soalan berbentuk konsep dan tidak sama dengan soalan untuk
soalan ujian pra.
6.5 Tarikh Perlaksanaan Aktiviti Tarikh Perlaksanaan
Aktiviti 15 September 2020
20 - 24 September 2020
Mencari Isu Semasa Pdpc dan Pengumpulan Maklumat 25 Setember - 2 oktober
Penyediaan Kad Aktiviti
Penggunaan Produk dalam Pdpc 2020
21 September 2020
Perlaksanaan Data Ujian Pra 21 September 2020
Analisis Data dari Ujian Pra
Perlaksanaan Data dari Ujian Pasca 5 Oktober 2020
Analisis Data dari Ujian Pasca 5 Oktober 2020
Refleksi dan Penilaian Produk 8 - 17 Oktober 2020
Pemurniaan Produk 18 - 25 Oktober 2020
Penulisan Pelaporan Inovasi 27 Oktober 2020
Pemurnian Laporan Inovasi 1 November 2020
Penghantara Laporan Inovasi dan Produk 3 November 2020
7.0 Isu Kajian
Sebelum pdpc dijalankan, pra Ujian telah diadakan untuk mengenallpasti adakah pelajar
dapat membantu dapat menjawab definisi-definisi penting dan memahami konsep-konsep
Fizik . Akan tetapi pelajar kurang berminat untuk menjawab soalan-soalan berbentuk definisi
dan tidak dapat menerangkan konsep dengan betul dan sekiranya menjawab, masih
terdapat isi-isi penting yang tidak dinyatakan. Masalah ini dilihat telah menjadi ikutan
kepada pelajar pada tahun-tahunyang berikutnya. Oleh sebab itu, inovasi ini perlu
dilakukan bagi mengelakkan masalah yang sama berulang dan juga bagi meningkatkan
kefahaman pelajar dalam menguasai sesuatu teori, konsep, prinsip dan fakta dalam
matapelajaran Fizik.
Berdasarkan pemerhatian dalam kelas-kelas terdahulu, antara punca pelajar
kurang menjawab soalan-soalan definisi adalah pelajar terlalu ambil mudah pada soalan-
soalan definisi kerana hanya 1 markah sahaja diperuntukkan untuk setiap soalan definisi.
215
Selain itu, pelajar sering memberi jawapan yang tidak cukup lengkap dan tidak mampu
menerangkan konsep serta tidak memenuhi kehendak skema jawapan.
Selain tu , isu yang dihadapi semasa melaksanakan projek ialah kekangan masa di
mana 3 lagi kad aktiviti permainan yang terdapat dalam Physics Multicard Kit tidak dapat
dilaksanakan iaitu kad aktiviti rumus Fizik (Snakes and Ladders), kad aktiviti istilah Fizik
(Win.Lose or Draw) dan kad aktiviti soalan SPM Fizik (Ask Me Question?). Aktiviti permainan
ini tertangguh dan tidak berjaya dilaksanakan kerana pandemik Covid-19. Diharapkan aktiviti
dapat dilaksanakan dan diaplikasikan pada pdpc akan datang. Namun begitu, saya turut
sertakan manual penggunaan ketiga-tiga aktiviti berserta set kad dan tapak permainan
kerana aktiviti ini sudah dirangka pada awal projek inovasi.
8.0 Huraian
8.1 Bahan yang digunakan
Bahan yang digunakan untuk penghasilan Physics Multicard Kit ini ialah kertas warna dan
laminate film.
8.2 Cara Penggunaan Physics Multicard dalam Aktiviti PAK-21
8.2.1 Kad Aktiviti Definisi Fizik
Kad aktiviti definisi Fizik ini mengandungi 176 buah kad yang terdiri daripada kuantiti Fizik,
istilah/hukum/peraturan dan prinsip dan merangkumi semua bab dalam tingkatan 4 dan 5
Fizik. Kad aktiviti ini sesuai digunakan selepas selesai mengajar sesuatu bab atau topik untuk
mengukuhkan pemahaman dan ingatan pelajar terhadap definisi suatu kuantiti Fizik,
istilah/hukum/peraturan dan prinsip Fizik. Setiap kad adalah berlainan warna mengikut bab.
Selain digunakan semasa pdpc, pelajar juga boleh mencetak kad definisi ini untuk mengulang
kaji pelajaran. Sebelum memulakan aktiviti ini, pelajar diberikan masa untuk mengulangkaji
dan mengingat semua definisi agar aktiviti pdpc berjalan dengan lancar. Berikut merupakan
bilangan kad aktiviti definisi Fizik berserta objektif pembelajaran yang terdapat dalam Physics
Multicard Kit :
Ting Bab Objektif Pembelajaran Bil Warna
216
1: Pengenalan kepada 1.2 Memahami kuantiti asas dan kuantiti 2 Putih
Fizik Terbitan
1.3 Memahami kuantiti skalar dan vektor 3
1.4 Memahami pengukuran 6
1.5 Menganalisa penyiasatan saintifik 4
Jumlah 16
2: Daya dan Gerakan 2.1 Menganalisa gerakan linear 7 Kuning
2.3 Memahami Inersia 2
2.4 Analisa momentum 4
2.5 Memahami kesan daya 3
2.6 Analisa impuls dan daya impuls 2
2.7 Memahami graviti 3
2.8 Analisa daya dalam keseimbangan 1
2.9 Memahami kerja, tenaga,kuasa dan 7
kecekapan
2.11 Memahami kekenyalan 6
4 Jumlah 35
3: Daya dan Tekanan 3.1 Memahami tekanan 1 Peach
3.2 Memahami tekanan dalam cecair 1
3.3 Memahami tekanan gas dan tekanan 2
atmosfera
3.4 Aplikasi Prinsip Pascal 1
3.5 Aplikasi Prinsip Archimedes 1
3.6 Aplikasi Prinsip Bernoulli 1
Jumlah 8
4: Haba 4.1 Keseimbangan terma 2 Merah
4.2 Memahami muatan haba tentu 2 jambu
4.3 Memahami haba pendam tentu 9
4.4. Memahami Hukum Gas 3
Jumlah 15
5: Cahaya 5.1 Memahami Pantulan Cahaya 2 Oren
5.2 Memahami Pembiasan Cahaya 6
5.3 Memahami Pantulan Dalam Penuh 1
5.4 Memahami Kanta 4
Jumlah 77 13
1: Gelombang 1.1 Memahami Gelombang 14
217
5 1.2 Menganalisis pantulan gelombang 6 Hijau
2: Elektrik muda
1.3 Menganalisis pembiasan gelombang 3
3: Elektromagnet Biru
1.4 Menganalisis pembelauan gelombang 1 muda
1.5 Menganalisis interferens gelombang 9 Ungu
1.6 Menganalisis gelombang bunyi 2
Jumlah 35
2.1 Menganalisis medan elektrik dan 1
pengaliran cas
2.2 Menganalisis hubungan antara arus 4
elektrik dan beza keupayaan
2.4 Menganalisis daya gerak elektrik dan 4
rintangan dalam
2.5 Menganalisis tenaga dan kuasa 1
elektrik
Jumlah 10
3.1 Menganalisiskesan magnet ke atas 4
suatu konduktor pembawa arus
3.3 Menganalisis aruhan elektomagnet 5
3.4 Menganalisis transformer 3
4: Elektronik 3.5 Memahami penjanaan dan 1
5: Radioaktif 21 penghantaran elektrik
13
Jumlah 2 Kuning
4.1 Memahami penggunaan Osiloskop
7
Sinar Katod (O.S.K.) 1
4.2 Memahami diod semikonduktor 10
4.3 Memahami transistor 8 Merah
Jumlah 6
5.1 Memahami nukleus bagi suatu atom 5
5.2 Menganalisis reputan radioaktif 2
5.3 Memahami penggunaan radioisotop 21
5.4 Memahami tenaga nuklear 176
Jumlah 89 +77
Jumlah keseluruhan
Objektif
1. Meningkatkan kemahiran mengingat definisi Fizik melalui kaedah kad aktiviti.
218
2. Meningkatkan kemahiran kreatif dan kritis pelajar
3. Memfokuskan pembelajaran berpusatkan pelajar
4. Memupuk kemahiran sosial melalui aktiviti pembelajaran berkumpulan
5. Mencapai matlamat Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21)
6. Memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran
7. Meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran Fizik dan menyumbang kepada
markah dalam peperiksaan
Penggunaan kad dalam pembelajaran koperatif (PAK-21)
1. Aktiviti PAK-21 Fan-N-Pick
Masa: 30 minit
Bilangan murid terlibat: 1 kumpulan 4 orang
Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir- gilir:
Pelajar 1 : Susun kad seperti kipas.
Pelajar 2 : Pilih kad dan bacakan maklumat pada kad.
Pelajar 3 : Menjawab soalan dan Mendefinisikan maksud istilah/hukum/ kuantiti
Fizik/peraturan/prinsip Fizik pada kad.
Pelajar 4 : Beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi.
2. Aktiviti Pak-21 Inside-Outside Circle
Masa : 30 minit
Bilangan murid terlibat: 1 kumpulan 2 orang
Pelajar mencari pasangan dan membentuk dua bulatan, pelajar satu di dalam
(Bulatan 1) dan pelajar satu lagi di luar (Bulatan 2). Pelajar berdiri menghadapi
pasangan masing-masing.Guru memberi soalan kepada pelajar dalam Bulatan 1.
Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakannya hanya mendengar. Beri pujian
atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap. Kemudian
tukar peranan dengan soalan baru Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan ] di
sebelah kanan dalam bulatan.
3. Aktiviti Pak-21 Rally Robin
Masa: 30 minit
Bilangan murid terlibat: 1 kumpulan 2 orang
Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang definisi kad
secara lisan. Contohnya dalam Bab 4, pelajar 1 mengambil kad dan menyoal pelajar
2 tentang definisi pada kad. Pelajar 2 memberi respon.
219
4. Aktiviti Pak-21 Team Stand-N-Share
Masa: 30 minit
Bilangan murid terlibat: 1 kumpulan maksimum 6 orang
Ahli pasukan berdiri. Guru memberi soalan dalam kad. Pasukan hanya boleh duduk
jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain.
5. Aktiviti Pak-21 Showdown
Masa: 30 minit
Bilangan murid terlibat: 1 kumpulan 4 orang
Satu ahli mengambil kad dan menyebut kuantiti Fizik/istilah/hukum/peraturan atau
prinsip yang tertera pada kad. Ahli pasukan yang lain menulis definisi pada kertas.
Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak. Setiap
ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan mereka. Aktiviti ini dimain
secara bergilir-gilir.
8.2.2 Kad Aktiviti Konsep Fizik
Kad aktiviti konsep Fizik ini mengandungi 159 buah kad yang terdiri daripada soalan
penerangan konsep berserta gambar dan merangkumi semua topik tingkatan 4 dan 5 Fizik.
Kad aktiviti ini sesuai digunakan selepas selesai mengajar sesuatu bab atau topik untuk
mengukuhkan pemahaman dan ingatan pelajar terhadap konsep Fizik. Setiap kad adalah
berlainan warna mengikut bab. Selain digunakan semasa pdpc, pelajar juga boleh mencetak
kad konsep ini untuk mengulang kaji pelajaran dan juga dijadikan sebagai kad mini nota yang
boleh dibawa di mana-mana sahaja.
Sebelum memulakan aktiviti ini, guru mendedahkan pelajar dengan teknik LA-
OCRECS untuk membantu pelajar membina penerangan konsep Fizik dalam soalan esei
dengan tersusun dan lengkap. LA- label iaitu menggunakan label pada rajah sebagai
panduan untuk menulis penerangan. OCRECS adalah akronim dari
‘object,compare,relate,effect, concept dan statement. Akronim ini digunakan untuk
melengkapkan penerangan pelajar. Pelajar diberikan masa untuk mengulangkaji dan
memahami semua contoh soalan penerangan konsep agar aktiviti pdpc berjalan dengan
lancar. Untuk inovasi ini pelajar diarahkan untuk memahami konsep Fizik dalam Bab 1
Gelombang dan Bab 2 Elektrik Tingkatan 5. Aktiviti PAK-21 yang diaplikasikan dalam inovasi
ini ialah Simultaneous dan Think-Pair-Share.
Namun begitu, saya telah menyediakan ke semua contoh konsep bagi semua bab
tingkatan 4 dan 5 agar pelajar dapat menggunakannya untuk mengulangkaji pelajaran dan
menjawab soalan. Saya juga menyediakan aktiviti PAK-21 yang sesuai dan boleh digunakan
dalam aktiviti konsep Fizik. Berikut merupakan kad aktiviti konsep Fizik yang terdapat dalam
Physics Multicard Kit :
220
Ting Bab Bil Warna
16 Peach
4 2: Daya dan Gerakan 28 Ungu
24 Hijau muda
3: Daya dan Tekanan 12 Kuning
22 Biru
4: Haba 14 Kuning
20 Pink
5: Cahaya 13 Oren
10 Biru muda
1: Gelombang 159
5 2: Elektrik
3: Elektromagnet
4: Elektronik
5: Radioaktif
Jumlah Keseluruhan
Objektif
1. Meningkatkan kemahiran mengingat konsep Fizik melalui kaedah kad aktiviti.
2. mendedahkan pelajar dengan teknik LA-OCRECS untuk membantu pelajar membina
penerangan konsep Fizik dalam soalan esei dengan tersusun dan lengkap.
3. Menggunakan Physics Multicard dalam pengajaran Fizik supaya mudah maklumat
diingati lebih lama dan berkesan.
4. Meningkatkan pefahaman pelajar ke atas setiap topik
5. Membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran
6. Memfokuskan pembelajaran berpusatkan pelajar
7. Mencapai matlamat Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21)
8. Menghidupkan budaya belajar sepanjang masa di sekolah mahupun di rumah
Penggunaan kad dalam pembelajaran koperatif (PAK-21)
1. Aktiviti PAK-21 Simultaneous Round Table
Masa: 30 minit - 1 jam
Bilangan murid: 1 kumpulan 4 orang.
Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-
masing.Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam
supaya setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.
2. Aktiviti PAK-21 Round Table
Masa: 30 minit - 1jam
Bilangan murid terlibat: 1 kumpulan 4 orang
221
Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang soalan
pada kad secara lisan. Contohnya dalam Bab 1, pelajar 1 mengambil kad dan
menyoal pelajar tentang soalan pada kad. Pelajar 2 memberi respon.
3. Aktiviti PAK-21 Team Stand-N-Share
Masa: 30 minit - 1 jam
Bilangan murid: 1 kumpulan 6 orang
Ahli pasukan berdiri. Guru atau rakan lain memberi soalan dalam kad. Pasukan hanya
boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain.
4. Aktiviti PAK-21 Think-Pair-Share
Masa: 30 minit - 1 jam
Bilangan murid: 1 kumpulan 4 orang
Guru kemukakan soalan kepada ahli pasukan. Setiap ahli diberi masa untuk berfikir,
kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan.
Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah.
5. Aktiviti PAK-21 Fan-N-Pick
Masa: 30 minit - 1 jam
Bilangan murid: 1 kumpulan 4 orang
Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir- gilir:
Pelajar 1 : Susun kad seperti kipas.
Pelajar 2 : Pilih kad dan bacakan soalan pada kad.
Pelajar 3 : Menjawab soalan.
Pelajar 4 : Beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi.
6. Aktiviti PAK-21 Three Stray, One Stay
Masa: 30 minit - 1 jam
Bilangan murid: 1 kumpulan 4 orang
Guru memberikan soalan dalam setiap kumpulan. 1 kumpulan 1 soalan. Tiga ahli
pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain. Seorang
tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan
kedudukan /hasil kerja pasukannya. Bila selesai pelajar 2 pula tinggal dan
jalankan tugas di atas.Kemudian pelajar 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.
7. Aktiviti PAK-21 Rotating Review
Masa: 30 minit - 1 jam
Bilangan murid: 1 kumpulan 4 orang
222
Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di
kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing .Setiap pasukan
akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil
kerja setiap pasukan. Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea
atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna pen yang
berbeza.
8.2.3 Kad Aktiviti Win, Lose or Draw Fizik
Aktiviti Permainan PAK-21 - Win, Lose or Draw
Aktiviti permainan Win, Lose or Draw adalah satu aktiviti permainan minda yang memerlukan
kemahiran melukis, membuat gambaran mental dan mengenal pasti fakta berasaskan
pengetahuan dalam aspek tertentu. Aktiviti ini juga menyentuh aspek Emotional Intelligence
(EQ) dan menekankann hubungan baik dan ceria dari segi intrapersonal dan interpersonal.
Kad Aktiviti Win, Lose or Draw Fizik ini sesuai digunakan selepas guru selesai mengajar
semua bab dalam tingkatan 4 dan 5. Kad ini mengandungi 40 keping kad Tingkatan 4 dan 40
keping kad Tingkatan 5 yang terdiri daripada kosakata Fizik/istilah/kuantiti
Fizik/hukum/prinsip atau peraturan Fizik dalam setiap bab. Sesuai digunakan untuk kelas
yang kecil melibatkan 20 orang pelajar. Pelajar 5 UM berjumlah 19 orang. 16 orang pelajar
dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli. 1 orang
pelajar akan menjadi penjaga kad, 1 orang pelajar pencatat markah dan 1 orang pelajar lagi
akan menjaga masa.
Kandungan dalam Physics Multicard Kit (Win, Lose or Draw)
- 80 keping kad
- Peraturan permainan
Objektif
1. Menggalakkan pelajar memikir dan mengingat fakta-fakta berkaitan alat/ istilah/kuantiti
Fizik/ hukum/prinsip atau peraturan Fizik.
2. Membolehkan pelajar mempamerkan idea-idea dan kosakata saintifik dalam pelbagai
bentuk komunikasi.
3. Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai bentuk pembelajaran dan
pertandingan secara aktik,kritis dan kreatif.
Peraturan Permainan
1. 4 orang pelajar dalam satu kumpulan termasuk seorang pelukis.
2. Pelukis akan menerima 10 kad.
3. Pelukis melukis rajah/ilustrasi bagi maklumat pada kad yang diberikan oleh penjaga kad.
223
4. Tiga ahli lain cuba meneka perkataan yang terdapat pada kad.
5. Pelukis boleh menyebut bab 1-5 dan alat,hukum,prinsip atau peraturan Fizik yang
terdapat pada kad.
6. Pelukis boleh menulis perkataan yang berkaitan hanya setelah disebut oleh ahli dalam
kumpulannya.
7. Pelukis boleh “pass” kad soalan jika menghadapi masalah, dan kembali ke kad
berkenaan kemudiaanya.
8. Pelukis boleh diganti dalam kalangan ahli tetapi pelukis pertama tidak dibenarkan
untuk meneka perkataan sehingga tamat permainan.
9. Masa yang diperuntukkan ialah 15 minit.
10. Markah untuk setiap kad yang berjaya ialah 3 markah.
11. Kumpulan yang berjaga mengumpul markah tertinggi adalah pemenang.
12. Kumpulan pemenang akan diberikan hadiah.
8.2.4 Kad Aktiviti Rumus Fizik
Aktiviti Permainan Pak-21 - Snakes and Ladders
Aktiviti permainan Snakes and Ladders digunakan dalam mengingat rumus Fizik. Rasional
projek inovasi ini dijalankan untuk membantu proses pengajaran di dalam dan di luar kelas.
Aktiviti ini boleh menarik minat pelajar terhadap permainan tradisional dan seterusnya
mengukuhkan pengetahuan tentang rumus Fizik. Pelajar mendapat ilmu pengetahuan sambil
bermain Snake and Ladder yang diminati pelajar. Aktiviti ini boleh dilaksanakan selepas guru
selesai mengajar sesuatu bab. Dalam kit ini juga, disertakan 2 set kad dadu, 1 set tapak
permainan Snakes and Ladders.
Kandungan dalam Physics Multicard Kit (Snakes and Ladders)
- 30 kad pintar
- 1 set tapak permainan
- 2 keping dadu
- Skema Jawapan untuk guru
- Peraturan permainan
Objektif
1. Menggalakkan pelajar berfikir rumus Fizik yang telah dipelajari.
2. Menarik minat pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran.
3. Memupuk dan meningkatkan tahap kerjasama dalam kalangan pelajar.
4. Menyelesaikan masalah-masalah pdpc yang membosankan.
Peraturan Permainan
224
1. Pemain terdiri daripada dua hingga 4 orang.
2. Satu orang akan menjadi penjaga kepada kad pintar yang mengandungi soalan definisi,
rumus dan unit serta jawapan.
3. Setiap pemain perlu menggunakan dua buah dadu untuk menentukan kedudukannya.
Baling kedua-dua batu serentak. Tambahkan bilangan dadu 1 dan bilangan dadu 2.
4. Jika pemain terkena pada nombor yang mempunyai tangga, pemain perlu mencabut satu
kad pintar yang mengandungi definisi dan rumus Fizik.
5. Jika pemain pemain berjaya menjawab definisi atau rumus Fizik itu, maka ganjaran untuk
menaiki tangga akan diberikan, jika gagal pemain tidak dibenarkan untuk menaiki tangga.
6. Manakala jika pemain terkena pada nombor yang mempunyai ular, pemain perlu
mencabut kad pintar yang mengandungi definisi atau rumus Fizik.
7. Jika pemain berjaya menjawab soalan tersebut, maka pemain dapat mengelak dari
dimakan ular. Jika pemain gagal menjawab soalan, pemain akan turun ke petak bawah
di hujung ekor ular.
8. Sesiapa yang sampai paling awal akan diisytiharkan sebagai pemenang.
9. Ganjaran diberikan kepada pemenang agar pelajar lebih seronak bermain dan belajar
Fizik.
8.2.5 Kad Aktiviti Soalan SPM Fizik
Aktiviti Permainan PAK-21 - Ask me question?
Aktiviti permainan ini merangkumi soalan berbentuk format SPM, di mana pelajar belajar
sambil bermain untuk memberi pendedahan dan mengukuhkan kefahaman pelajar tentang
soalan SPM. Untuk inovasi ini, soalan dalam Bab 4 Daya dan Tekanan Tingkatan 4 dijadikan
contoh. 1 set kad soalan, 1 set dadu dan 1 set papan permainan akan disertakan dalam
Physics MultiCard Kit ini. Permainan ini sesuai dilaksanakan pada akhir aktiviti kerana
melibatkan soalan pelbagai aras.
Kandungan dalam Physics Multicard Kit (Ask Me Questions?)
- 36 keping soalan pelbagai aras
- 1 set papan permainan
- 1 keping dadu
- Skema Jawapan untuk guru
- Peraturan permainan
Objektif
1. Menyesuaikan pelajar dengan soalan berbentuk SPM dengan kaedah pelajar dan bermain.
225
2. Menarik minat pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran.
3. Memupuk dan meningkatkan tahap kerjasama dalam kalangan pelajar.
4. Menyelesaikan masalah-masalah pdpc yang membosankan.
Manual Permainan:
1. Pemain terdiri daripada dua hingga 4 orang.
2. Satu orang akan menjadi penjaga kepada kad soalan yang mengandungi soalan serta
jawapan.
3. Setiap pemain perlu menggunakan 1 buah dadu untuk menentukan kedudukannya.
4. Pemain yang mendapat skor balingan dadu paling tinggi akan memulakan permainan.
5. Jika pemain terkena pada kotak yang mempunyai tanda , pemain perlu mencabut
satu kad soalan.
6. Jika pemain pemain berjaya menjawab soalan dengan betul, maka pemain akan bergerak
ke
depan dua kali. Jika gagal pemain akan bergerak dua kali ke belakang.
7. Sesiapa yang sampai paling awal akan diisytiharkan sebagai pemenang.
8. Ganjaran diberikan kepada pemenang agar pelajar lebih seronak bermain dan belajar
Fizik.
8.3 Kos menghasilkan inovasi
Kos untuk menghasilkan inovasi ini adalah sangat rendah. Kotak yang digunakan adalah
kotak yang dikitar semula. Kad hanya perlu dicetak pada kertas warna dan dilapik dengan
kertas laminate. Berikut merupakan kos menghasilkan inovasi:
BIL BAHAN HARGA SEUNIT (RM) HARGA (RM)
1 KERTAS WARNA 2.60 x 2 RM5.20
226
2 LAMINATE FILM 17.50 x 30 RM5.40
JUMLAH 100 10.60
8.4 Keberkesanan Inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran
Keberkesanan inovasi ini bergantung kepada tindakan secara menyeluruh langkah
intervensi yang telah dirancang. Saya amat percaya jika kita tidak mempelbagaikan
aktiviti dalam pdpc kita, maka semakin ramai pelajar yang akan berasa Fizik adalah
subjek yang sukar. Kemahiran menghafal pelajar dititikberatkan supaya pelajar mampu
menjawab soalan pada aras pengetahuan secara menyeluruh. Selain itu, daripada inovasi
ini, pelajar juga menjadi lebih kreatif bagi memastikan pembelajaran menjadi lebih menarik
dan menyeronokkan. Penggunaan kaedah kad aktiviti ini ternyata dapat membantu
pelajar mengingati definisi, konsep, dan rumus lebih lama dan berkesan dan juga memberi
alternatif baharu kepada pelajar untuk memperkembangkan teknik ataupun kaedah
pembelajaran yang lebih berkesan.
Di samping itu, inovasi ini telah berjaya mengatasi masalah pembelajaran seperti
bosan, tiada minat, rasa tertekan, tidak dapat mengingati fakta atau pengetahuan, rendah diri,
diam, tidak mahu menglibatkan diri, kurang tumpuan dalam kalangan pelajar. Pelajar
kelihatan ceria apabila bermain sambil belajar. Mereka kelihatan lebih yakin walaupun sekali
sekala tidak dapat memberikan jawapan yang betul dalam aktiviti berbantukan bahan inovasi
yang dihasilkan. Pelajar juga dapat bermain dan belajar dengan daripada kesilapan pelajar
juga dapat menyelesaikan latihan yang diberi dalam masa yang ditetapkan.
8.4.1 Soalan ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca) - Kad Aktiviti Definisi Fizik
Ujian Pra
Melalui keputusan Ujian Pra, didapati keputusan yang diperolehi oleh murid amat tidak
memuaskan kerana daripada 19 orang pelajar yang diuji mendapat markah 49-40%
sebanyak 4 orang pelajar. Seramai 2 orang pelajar memperolehi markah kurang daripada 20%
manakala 8 orang lagi memperolehi markah 20%-39%. 4 orang pelajar berada pada aras 50%
-59%. Hanya seorang sahaja yang memperolehi markah 60%-79. Lebih menyedihkan
apabila tiada seorang pun murid yang berjaya memperoleh markah melebihi 80%
Ujian Pra telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian pelajar tanpa
menggunakan kad aktiviti. Ujian Pra yang telah dijalankan terdiri daripada 20 soalan definisi
Tingkatan 5. Selain itu, satu lagi ujian iaitu Ujian Pasca yang diberikan kepada pelajar untuk
227
mendapatkan keberkesanan setelah menggunakan kad definisi. Ujian ini terdiri daripada 20
soalan berbentuk definisi 5 dan tidak sama dengan soalan untuk soalan ujian pra.
Calo 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 1 1 1 1 1 17 1 1
n 0123456 89
% 1 3 2 1 2 1 2 5 4 2 2 2 3 6 5 4 55 4 4
0500550005050000 55
Gred G G G G G G G C E G G G G B C E C D D
+
Jadual 1: Keputusan Ujian Pra
Ujian Pasca
Melalui keputusan Ujian Pasca, didapati keputusan yang diperolehi oleh murid menunjukkan
peningkatan. Sebanyak 9 orang murid mendapat markah 50 - 69%, 6 orang mendapat 70-
89%, dan 3 orang mendapat markah 90 - 99% dan 1 orang pelajar mendapat 100%.
Calon 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
% 50 60 55 65 50 60 65 80 75 75 65 65 80 100 80 90 90 70 95
Gred C B C+ B+ C B B+ A+ E A- B+ B+ A- A+ A A+ A+ B+ A+
Jadual 2 : Keputusan Ujian Pasca
8.4.2 Soalan Ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca) - Kad Aktiviti Konsep Fizik
Ujian Pra
Ujian Pra telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian pelajar tanpa
menggunakan kad aktiviti. Ujian Pra yang telah dijalankan terdiri daripada 4 soalan konsep
dalam Bab 1 dan 2 Tingkatan 5. Selain itu, satu lagi ujian iaitu Ujian Pasca yang diberikan
kepada pelajar untuk mendapatkan keberkesanan setelah menggunakan kad aktiviti Fizik.
Ujian ini terdiri daripada 4 soalan berbentuk konsep dan tidak sama dengan soalan untuk
soalan ujian pra.
Melalui keputusan Ujian Pra, didapati keputusan yang diperolehi oleh murid juga
amat tidak memuaskan. 6 orang pelajar gagal kerana mendapat peratus markah kurang
daripada 39% ke bawah, 4 orang mendapat dalam lingkungan 40-49%, dan 9 orang
mendapat markah dalam 50 - 59% markah. Ternyata pelajar amat lemah dalam
menerangkan soalan konsep dan menghubungkaitkan soalan dengan konsep Fizik yang
sesuai.
228
Calo 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 1 1 14 1 1 1 1 1
n 0123 56789
% 1 2 2 4 5 5 5 3 4 5 3 1 4 56 4 5 5 5 5
9554000840894 40000
Gred G G G E C C C G E C G G E C E C C C C
+
Jadual 3: Keputusan Ujian Pra
Ujian Pasca
Melalui keputusan Ujian Pasca, didapati keputusan yang diperolehi oleh murid menunjukkan
peningkatan yang ketara. Sebanyak 1 orang murid mendapat markah 50 - 59%, 3 orang
mendapat 60 - 69%, 5 orang mendapat markah 70 - 79%, 3 orang mendapat 80 - 89% markah,
5 orang mendapat markah 90 - 99% dan 2 orang pelajar mendapat 100%.
Penggunaan kad konsep dengan mendedahkan pelajar dengan teknik LA-OCRECS untuk
membantu pelajar membina penerangan konsep Fizik dalam soalan esei menunjukkan
keberkesanan yang ketara.
Calon 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
% 56 69 69 75 75 100 94 69 94 94 81 75 94 100 81 94 75 81 75
Gred C+ B+ B+ A- A- A+ A+ B+ A+ A+ A A- A+ A A A+ A- A A-
Jadual 4 : Keputusan Ujian Pasca
8.5 Potensi untuk disebarkan kepada pihak lain
Produk ini sesuai digunakan oleh guru Fizik Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Maklumat, lukisan
yang berbentuk softcopy seperti latihan dan permainan dan boleh disebarkan secara meluas
melalui internet. Produk inovasi ini unik kerana belum ada produk yang serupa ini dihasilkan
sebelum ini. Selain itu, ia juga tidak susah dibina, berkos rendah dan boleh diaplikasikan ke
dalam subjek yang lain. Ia juga dibina berdasarkan keperluan pelajar dari segi psikologi,
mental dan fizikal. Ia juga mampu untuk melahirkan pelajar yang aktif, bekeyakinan, bermaya,
mempunyai daya kepimpinan dan dapat bersosial, berinteraksi dan berkomunikasi dengan
rakan dan guru. Pelajar-pelajar juga boleh menggunakan produk ini semasa ketiadaan guru
contohnya pada waktu rehat kerana pelajar yang menjadi penguji boleh menguji dan
mencatat markah yang diperolehi oleh kawan.
9.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pendekatan belajar melalui bermain adalah sangat penting dan
memberikan banyak impak yang positif terhadap pelajar. Selain mampu menarik minat
229
pelajar untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pdpc, pendekatan melalui bermain
dan belajar memberikan persekitaran pdpc yang menyeronokkan. Impak yang diperoleh
bukan sahaja melibatkan pencapaian akademik pelajar, namun menyeluruh melibatkan
perkembangan intelek, rohani, jasmani, dan sosial pelajar.
Namun begitu terdapat masalah lain seperti kekangan masa disebabkan oleh
Pandemic Covid-19 di mana inovasi ini tidak sepenuhnya dilaksanakan iaitu Permainan
Win,Lose or Draw, Permainan Snakes and Ladders dan Ask me Question. Namun semua
manual penggunaan dan kad disertakan di dalam Physics Multicard Kit. Diharapkan hasil
inovasi ini akan dapat membantu banyak pihak yang masih lagi mempersoalkan kekerapan
pendekatan belajar melalui bermain yang dilaksanakan di kelas.
230
RUJUKAN
Antunes, M., Pacheco, M. A. R., & Giovanela, M. (2012). Design and implementation of an
educational game for teaching chemistry in higher education. Journal of Chemical Education,
89(4), 517–521.
Larson, L. C., & Miller, T. N. (2011). 21st Century Skills: Prepare Students for the Future.
Kappa Delta Pi Record, 47(3), 121–123.
Li, M.-C., & Tsai, C.-C. (2013). Game-Based Learning in Science Education: A Review of
Relevant Research. Journal of Science Education and Technology, 22(6), 877–898.
Liu, E. Z. F., & Chen, P.-K. (2013). The Effect of Game-Based Learning on Students’ Learning
Performance in Science Learning – A Case of “Conveyance Go.” Procedia - Social and
Behavioral Sciences, 103, 1044–1051.
231
232
Nama
NOORAINI BINTI AWANG JAMBOL
830411125282
Kategori
INDIVIDU
SEKOLAH MENENGAH
Sekolah
SMK ST JOSEPH, PAPAR
Mata Pelajaran
MATEMATIK
Tajuk Inovasi
MONEY-G BOARD
233