The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Inovasi Guru: Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dgnorliah22, 2021-06-24 16:44:47

InGu-21

Inovasi Guru: Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Laporan Pertandingan Guru Inovatif 2020 | Liew WJ
9.0 POTENSI UNTUK DISEBARLUAS KEPADA PIHAK LAIN

Toolkit ini berpotensi luas untuk digunakan oleh pihak lain dan tidak
memerlukan kos yang tinggi, ia cuma memerlukan masa dan tenaga untuk
menghasilkannya sekiranya bahan-bahan semua sudah sedia ada dan tidak perlu
dibeli. Selain itu, subjek lain juga boleh mengubahsuai mengikut kesesuaian
matapelajaran mereka. Penggunaannya yang fleksibel, disamping boleh diletakkan
didalam kelas dan digunakan pada bila-bila masa. Melalui penglibatan guru dalam
pertandingan inovasi, video penggunaan My Coping Spinner Toolkit juga dapat
disebarluaskan kepada pihak lain seperti berikut:

Ø Guru Sekolah Menengah Awam/ Swasta
Ø Guru Kaunseling
Ø Pensyarah IPG/ Pensyarah Progran Transformasi Minda (PTM)
Ø Ibu bapa
Ø Penganjur Program Perkhemahan Perdana
Ø Murid-murid sekolah menengah

324

Laporan Pertandingan Guru Inovatif 2020 | Liew WJ

10.0 KELEBIHAN INOVASI

My Coping Spinner Toolkit dihasilkan dengan warna yang menarik perhatian pelajar
dan terutama yang baru melihatnya, sama ada pelajar ataupun guru. Bahan-bahan
yang digunakan untuk membuat kit ini telah ditambah baik iaitu bersifat kalis air dan
tahan lasak terutamanya pada tempat pelajar menjawab.

My Coping Spinner Toolkit ini sangat ringan dan lengkap berbanding apabila guru
hendak memperbanyakkan kertas untuk pelajar menjawab soalan situasi. Saiz inovasi
ini telah diubahsuai daripada hanya sekeping Kertas A3 Laminate yang terhad dengan
ruang bertulis bagi 4 orang oelajar dalam kumpulan kecil kepada saiz yang sesuai
untuk dipegang seperti beg tangan ataupun fail kulit keras. Ia juga mudah untuk di
simpan kerana tidak memerlukan ruang yang besar.

My Coping Spinner Toolkit bersifat mudah alih, jadi pelajar atau guru boleh
menggunakan kit ini di mana sahaja. Pembelajaran pelajar juga boleh dijalankan di
luar bilik darjah seperti kantin, padang atau di mana-mana sahaja yang sesuai. Pelajar
boleh belajar dengan seronok dan bermakna. Maka, ia akan membantu pelajar
mencapai objektif pembelajaran tanpa membuang masa yang lama. Sesi pdpc akan
dilaksanakan dengan lancar dan menyeronokkan.

My Coping Spinner Toolkit dihasilkan dengan kos yang rendah. Maka, guru atau
pelajar boleh mendapatkan kit ini dengan modal yang rendah. Kit ini tidak akan
memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi malah ia memerlukan kos dari segi tenaga
dan masa sahaja untuk membangunkannya.

325

Laporan Pertandingan Guru Inovatif 2020 | Liew WJ

11.0 KESIMPULAN

Penggunaan My Coping Sinner Toolkit seiring dengan kaedah pembelajaran PAK21
yang menekankan 4K1N. Pelajar-pelajar dapat berkomunikasi dan berkolaboratif
dengan yakin. Pelajar juga lebih berfikiran kritis dan kreatif untuk menyelesaikan
masalah yang diberi apabila bersama-sama rakan yang lain sama ada dengan atau
tanpa kehadiran guru bersama. Daripada aktiviti perbincangan dalam kumpulan ini,
pelajar juga secara tidak langsung dapat diterapkan nilai-nilai murni seperti
bekerjasama dan menghormati pendapat orang lain.

Sebagai kesimpulannya, My Coping Spinner Toolkit yang dihasilkan memberi kesan
yang positif kepada proses pembelajaran para pelajar. Pelajar dapat :

11.1 Meningkatkan penguasaan dalam mengenal pasti dan menguasai tajuk
kebimbangan dalam sukan dan kemahiran psikologi dalam sukan.

11.2 Melakukan kemahiran psikologi sukan dengan menggunakan kaedah
pernafasan, relaksasi otot progresif, imageri, dan kata rangsangan kendiri bagi
menjawab soalan situasi yang telah disediakan; dan

11.3 Pelajar dapat memilih kemahiran psikologi yang sesuai mengikut situasi dan
individu untuk mengatasi masalah kebimbangan tret ataupun kebimbangan
seketika.

326

Laporan Pertandingan Guru Inovatif 2020 | Liew WJ

12.0RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar
(ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah
Johor Bahru, Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Abu, B. et al. (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar
Pelajar Universiti di Fakulti Pendidikan. UTM Johor. 1-10.

Liew Kiong. 2007. ICT in education: An action learning approach using soft system
methodology. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 3: 17-38.

Panduan Pengajaran Sains Sukan Tingkatan 5, Kurikulum Standard Sekolah
Menengah, BPK, KPM 2016.

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Sukan Tingkatan 5. Bahagian
Pembangunan Kurikulum, KPM 2016.

Orang Sumber

© Puan Dg Norliah binti Ali Omar
Pegawai Unit Sains Sosial, Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

© Cik Azalina Binti Abdul Wahap
Ketua Bidang VOTEK
Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan II

327

LAMPIRAN Laporan Pertandingan Guru Inovatif 2020 | Liew WJ
PDPC DALAM KELAS

Penerangan guru tentang Aktiviti Set Induksi.

Pembelajaran kolaboratif berlaku semasa set induksi.
328

Laporan Pertandingan Guru Inovatif 2020 | Liew WJ

Aktiviti 1 : Rock Paper Scissors
(R-P-S /$#"
&%'
*
)()
329

Laporan Pertandingan Guru Inovatif 2020 | Liew WJ

Aktiviti 2 & 3:
Emoji Spinner ./-
dan 1-2-Think 0
2347
8651

330

Laporan Pertandingan Guru Inovatif 2020 | Liew WJ
Aktiviti 4 : Round Table (Pembelajaran Kolaboratif)

Extra Sharing (Pembelajaran Koperatif)

Soalan Pra Ujian Soalan Pasca Ujian
(Markah Skoring dalam PPT 2020 – Ogos) (Markah Skoring Kuiz – September)

331

KRONOLOGI AGI
2020

332

TAKLIMAT KEPADA PEN. KANAN PENTADBIRAN
(10/09/2020)

333

BIMBINGAN SECARA MAYA KEPADA
PARA PESERTA AGI
(08/10/2020)

334

PENJURIAN SECARA MAYA AGI
(13/11/2020)

335

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN
ANUGERAH GURU INOVATIF
(23/11/2020)

DIRASMIKAN OLEH:
EN SUHAIMI BIN HAJI MATSHAH
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PAPAR)

336

PERTANDINGAN AKHIR
ANUGERAH GURU INOVATIF
PERINGKAT DAERAH PAPAR 2020

337

KEPUTUSAN PERTANDINGAN AKHIR
ANUGERAH GURU INOVATIF
PERINGKAT DAERAH PAPAR 2020

338

JURI
ANUGERAH GURU INOVATIF

2020

339

JURI
ANUGERAH GURU INOVATIF
PERINGKAT DAERAH PAPAR 2020

• EN. SUHAIMI BIN HAJI BASRI
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PAPAR
SEKTOR PEMBELAJARAN

• PN. CAROLE ANN JUSTIN
PENSYARAH AKADEMIK
INSTITUT PERGURUAN KAMPUS GAYA
KOTA KINABALU

• DR ROSLITAH BINTI HAJI MADON
PEGAWAI SISC+ UNIT BAHASA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR

• PN CHRISTINA MICHAEL
PEGAWAI SISC+ UNIT SAINS DAN MATEMATIK
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR

• PN FARIDAH BINTI SUHAILI
PEGAWAI SISC+ UNIT SAINS DAN MATEMATIK
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR

• PN DG NORLIAH BINTI ALI OMAR
PEGAWAI SISC+ UNIT SAINS SOSIAL
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR

• PN ANN MARIE ALOYSIUS JUSTINE
PEGAWAI SISC+ UNIT TVET
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR

• EN. PG ILHAM BIN PG MUSA
PEN. PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
UNIT PENDIDIKAN ISLAM
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR

• PN NOORIAH BINTI SALIM
PEN. PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
UNIT SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR

340


Click to View FlipBook Version