Gambar Murid Tahun 5 Iltizam SK Surati dengan Kad Model 1 - Kad Tasrif Sittah ( ٦ )
Gambar Murid Tahun 6 Aspirasi SK Surati dengan Kad Model 2 - Kad Tasrif Sittah ( ٦ )
135
8.6 Perubahan Kad Tasrifus Sittah (٦)
BAHAGIAN
HADAPAN
KAD
TASRIFUS
SITTAH (٦)
BAHAGIAN
BELAKANG KAD
TASRIFUS
SITTAH (٦)
The image
part with
relationship
ID rId51 was
not found in
the file.
136
8.7 Maklum Balas Daripada Beberapa Orang Murid
Responden Pertama:
https://drive.google.com/file/d/10Z0-
Ne7X5_QSDyx_GJDWQ7fQnTxkGran/view?usp=sharing
Responden Kedua:
https://drive.google.com/file/d/19RB8yXmBgQ6A6gV1L-
1guxAYfkPGp6Vk/view?usp=sharing
Responden Ketiga:
https://drive.google.com/file/d/1ygecJzNKCAV4GBgXvdZ_Q6La_x7xmH8k/view?usp=s
haring
8.8 Penambahbaikan
1. Sebar luaskan Kad Inovasi
Saya akan usahakan Kad Tasrifus Sittah ini dsebarkan kepada Guru-guru Bahasa Arab
khasnya di Daerah Papar. Dengan keadaan Pandemik Covid-19 mungkin agak sukar
untuk saya berkongsi bahan secara bersemuka. Insya Allah setelah Kad Inovasi ini
berjaya diterima oleh panel penilai saya akan usahakan sebaran Kad INovasi Imtiyazi
ini secara online kepada guru dan murid.
137
2. Mendapatkan Cetakan Kad yang lebih kemas daripada Syarikat
Pencetak Berdaftar
Dengan adanya cetakan secara pukal mungkin saya boleh dapatkan harga lebih murah
dan membantu meringkan beban murid untuk membelinya.
3. Mendapatkan Perlindungan Hak Cipta
Ini penting agar saya boleh sebarkan hak milik karya saya dengan satu Hak Ekslusif
dan menjamin keaslian serta kaedah pembuktian karya asal.
4. Melaksanakan Ujian Pasca Pada Akhir Bulan November 2020
Saya ingin melihat tahap peningkatan murid selepas memahami penggunaan Kad
Tasrifus Sittah (٦) walaupunterpaksa menghadapi pengajaran dan pembelajaran di
rumah.
138
9. Kesimpulan
Dengan maujudnya produk Kad Tasrifus Sittah (٦) ini, saya berharap rakan Guru
Bahasa Arab Sekolah Rendah akan meneruskan lagi produk seterusnya. Ini kerana
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab amat luas dan memerlukan suatu bahan
yang interaktif bagi menarik minat murid untuk terus belajar secara kendiri atau
berkumpulan. Apabila asas nahu mudah ini dapat disemai dengan baik sekali maka
sudah tentu ianya akan segar sehingga mereka menjejakkan kaki ke Sekolah
Menengah Agama atau sebagainya. Usaha ini bukanlah untuk mendapatkan
Pencapaian A di kalangan murid semata-mata tetapi untuk penerapan ilmu bagi suatu
jangka masa yang lama agar dapat dimanfaatkan di masa mendatang. Malah ilmu nahu
mudah ini suatu disiplin ilmu yang membantu mereka memahami tafsir Al-Quran dan
membetulkan bacaan Tilawah Al-Quran dengan tertib sekali.
139
RUJUKAN
BUKU ‘Abas Hasan (2008). Al-Nahu Al-Wafi, Juz Awal, Dar Al-Maarif.
1.
2. Fuad Ni’mah. Mulakhos Qawaid Al-Lughatul Al-Arabiyyah, Al-Maktab Al-
3. Islami.
4.
5. Dr. Syed Ismail Syed Mustapa Ahmad Subki Miskon (2015). Guru dan
6. Cabaran Semasa, Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya.
7. Mok Soon Sang (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi, Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd. Selangor.
Md Said Bin Md Daimon & SISC+ PPD Batu Pahat (2019). Kompilasi
Panduan Pelaksanaan PdPc PAK21, Cetakan Ketiga.
Md Said Bin Md Daimon (2019). PBD Pentaksiran Bilik, PLC Profesional
Learning Communities: Pelaksanaannya Dalam Merealisasikan
Kemenjadian Murid, Cetakan Ketiga.
DSKP KSSR Bahasa Arab Semakan 2017 (Tahun 4- Tahun 6)
Kementerian Pendidikan Malaysia.
INTERNET Https://jundi75-wordpress-com.cdn.ampproject.org
1. Https://arabmykrk.com
2.
140
PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2021
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
KATEGORI PERTANDINGAN
Sekolah Rendah
TAJUK INOVASI
KuA (Kuku Ajaib)
SINOPSIS
KuA (Kuku Ajaib) merupakan satu inovasi yang digunapakai untuk kemahiran membaca
huruf berbaris bawah (Kasrah) dan depan (Dhommah). Alat ini dapat membantu murid
membunyikan huruf berbaris bawah (Kasrah) dan depan (Dhommah) dengan mudah,
jelas dan tepat. Di samping itu, alat ini dapat mewujudkan pembelajaran kendiri dalam
kalangan murid.
OBJEKTIF INOVASI
1. Mengatasi masalah tidak tahu cara membaca huruf yang berbaris bawah
(Kasrah) dan depan (Dhommah).
2. Membantu murid menguasai asas kemahiran membaca huruf-huruf hijaiyyah
berbaris bawah (Kasrah) dan depan (Dhommah).
3. Memberi keyakinan kepada murid untuk mengamalkan pembelajaran kendiri.
4. Mewujudkan pembelajaran yang menarik minat murid.
KUMPULAN SASARAN
Seramai 3 orang murid tahun 2 (bahan hanya dapat diuji kepada 1 orang murid sahaja
kerana faktor PKPB).
Disediakan oleh: Roslah Idris S.K Pekan Papar 141
LATAR BELAKANG
Idea menghasilkan KuA tercetus ketika saya mendapati ada murid yang tahu membaca
huruf yang berbaris atas sahaja, tetapi, menghadapi kesukaran untuk membaca huruf
yang baris bawah (kasrah) dan baris depan (dhommah).
Jadi, untuk memberitahu mereka cara sebutan yang tepat, saya meminta mereka
menyebut ikut gerakan bibir saya iaitu untuk sebutan baris bawah, bentuk bibir seakan-
akan tersenyum dan sebutan baris depan pula bibir muncung ke depan.
Tetapi, menjadi kesukaran bagi saya untuk sentiasa menunjukkan kepada mereka
bentuk bibir yang betul untuk sebutan setiap baris tersebut.
Maka, saya pun mengambil keputusan untuk membuat satu alat yang boleh
menunjukkan kepada mereka rupa bentuk bibir ketika menyebut baris bawah (kasrah)
dan baris depan (dhommah)
ISU/MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI
Tidak dapat membaca huruf yang berbaris di bawah (kasrah) dan di depan (dhammah).
HURAIAN INOVASI
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi:
1. Penyedut minuman saiz besar
2. Kotak dawai kokot
3. Kertas dinding
4. Gambar bentuk mulut menyebut vokal i dan u.
Cara inovasi digunakan:
1. Letakkan penyedut minuman bernombor 1 pada ibu jari, penyedut minuman 2
pada jari telunjuk dan penyedut minuman 3 pada jari tengah.
2. Pastikan gambar bibir berada sama dengan kedudukan kuku.
3. Gunakan jari-jari tersebut sebagai alat penunjuk, penyedut minuman nombor 1
untuk baris atas (Fathah), nombor 2 untuk baris bawah (Kasrah) dan nombor 3
untuk baris depan.
4. Semasa membaca, pastikan baris huruf yang dibaca sama dengan baris pada
penyedut minuman.
Disediakan oleh: Roslah Idris S.K Pekan Papar 142
5. Halakan penyedut minuman nombor 1 pada huruf yang berbaris atas (fathah),
dan sebut bunyi huruf ikut bentuk bibir pada penyedut minuman tersebut.
6. Ulang proses tersebut untuk baris bawah (kasrah) dan baris depan (dhommah).
Kos bagi menghasilkan inovasi:
1. Penyedut minuman = bahan kitar semula
2. Kotak dawai kokot = bahan kitar semula
3. Keratan kertas dinding = bahan kitar semula
4. 2 kertas A4 = rm 0.30
5. Dakwat printer = rm 27
Jumlah = rm 27.30
Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran (sertakan bukti).
Bacaan dengan bantuan
KuA/Kuku Ajaib
Bacaan tanpa KuA/Kuku Ajaib
- Pengujian telah diadakan pada hari pertama murid membaca tanpa bantuan alat
KuA.
- Dapatan menunjukkan murid tidak dapat membaca baris bawah dan depan.
- Hari ke-3 murid menggunakan alat KuA, murid dapat membaca baris bawah dan
depan dengan betul.
- Produk ini berpotensi untuk dikomersilkan dan dijual sebagai Bahan Bantu
Belajar BBB yang boleh dimiliki oleh mana-mana murid.
Disediakan oleh: Roslah Idris S.K Pekan Papar 143
Potensi untuk disebar luaskan kepada pihak lain.
Inovasi ini sangat berpotensi untuk disebar luaskan kerana saiznya yang kecil dan
ringan. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati. Selain itu, inovasi ini mudah
untuk dibuat sendiri dan mengambil masa yang singkat untuk disiapkan.
Keterangan lain yang berkaitan.
-KuA sesuai digunakan oleh murid yang sudah mengenal huruf hijaiyyah dan tahu cara
membunyikan baris atas.
- KuA dapat menarik minat murid kerana alat ini berfungsi seperti permainan kuku
tiruan.
- KuA alat yang menyeronokkan kerana melibatkan pergerakan jari dan bibir.
Disediakan oleh: Roslah Idris S.K Pekan Papar 144
BAHAN INOVASI
SEKOLAH MENENGAH
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
145
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
INOVASI PRODUK PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
BITOKOTUN ZAKIYYATUN
Mohd Azmal Bin Jalaludin*
SMK Pengalat Papar
[email protected]
SINOPSIS
Falsafah Pendidikan Islam menyatakan bahawa “Pendidikan Islam adalah satu usaha
berterusan yang bersepadu dalam menyampaikan ilmu bagi membentuk diri, mengasuh
peribadi, membina kemahiran diri dan contoh tauladan dalam penghayatan cara hidup Islam
berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dengan meningkatkan potensi diri dari sudut spritual,
fizikal, intelek, emosi dan sosial agar menjadi manusia yang bertanggungjawab terhadap Allah,
manusia dan persekitaran alam ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan abadi
di akhirat”. Terciptanya inovasi ini adalah dengan mengambil roh kepada Falsafah Pendidikan
Islam yang menekankan kepada meningkatkan potensi diri dari sudut spritual, fizikal, intelek,
emosi dan sosial. Inovasi Bitokotun Zakiyyatun ini dihasilkan bagi memantapkan kefahaman
murid kepada salah satu rukun Islam iaitu ibadah haji dan umrah. Dalam pemerhatian dan
penilaian guru semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi
tajuk ini didapati bahawa kebanyakan murid tidak dapat memahami tajuk dengan baik. Masalah
yang dihadapi oleh murid ialah murid tidak memahami kebanyakan istilah haji dan umrah,
tidak dapat membezakan antara rukun haji dan umrah, wajib haji dan umrah serta cara
mengerjakan haji dan umrah. Inovasi yang dihasilkan ini dengan memasukkan elemen
Pembelajaran Abad ke-21 iaitu komunikasi, kreativiti, kolaboratif, pemikiran kritis dan nilai
murni diharapkan dapat sekurang-kurangnya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid
dalam memahami tajuk haji dan umrah.
Kata kunci : Falsafah Pendidikan Islam, PAK 21 dan Bitokotun Zakiyyatun
146
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
ISI KANDUNGAN
1.0 KATEGORI PERTANDINGAN 4
2.0 TAJUK INOVASI 4
3.0 SINOPSIS INOVASI 4
4.0 OBJEKTIF INOVASI 6
5.0 KUMPULAN SASARAN 6
6.0 LATAR BELAKANG 7
7.0 ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI 7
8.0 HURAIAN INOVASI
8
8.1 Bahan yang digunakan menghasilkan inovasi 8
8.2 Cara inovasi digunakan 10
8.3 Kos menghasilkan inovasi 10
8.4 Keberkesanan inovasi terhadap pengajaran dan pembelajaran 13
8.5 Potensi disebarluaskan kepada pihak lain 14
8.6 Keterangan lain yang berkaitan 16
RUJUKAN
147
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
1. KATEGORI PERTANDINGAN
Guru Inovatif Individu Sekolah Menengah
2. TAJUK INOVASI
Bitokotun Zakiyyatun
3. SINOPSIS INOVASI
Gamifikasi ialah satu proses penerapan unsur permainan dalam sesuatu subjek yang
bukan permainan bertujuan menjadikannya lebih menarik serta mewujudkan perasaan
gembira bagi setiap individu yang terlibat. Gamifikasi dalam bidang pendidikan pula boleh
difahami sebagai satu proses penerapan unsur permainan dalam menyampaikan ilmu dan
pengetahuan kepada para pelajar. Istilah gamifikasi mula dicetuskan pada tahun 2002 oleh
pencipta permainan warga Britain bernama Nick Pelling dan ia makin banyak digunakan
pada tahun 2010 (Kamasheva et al., 2015).
Mohamad Kamal (1988) menyebut bahawa Pendidikan Islam pada hakikatnya
bukanlah satu mata pelajaran yang cuba menyampaikan satu maklumat yang sempit dan
kaku, malah merupakan satu sistem dan gagasan pembentuk prinsip dan cara hidup berasas
sumber wahyu agung diturunkan sebagai panduan kehidupan manusia sepenuhnya. Namun
realiti yang berlaku pada hari ini jika dilihat kepada konsep pedagogi Pendidikan Islam
lebih menekankan kepada keupayaan dan kebolehan pelajar mengetahui dan menghafal.
Pelajar tidak memahami dan menghayati asas prinsip Pendidikan Islam dan mempelajari
Pendidikan Islam dengan berkesan, menyebabkan pelajar akan cepat bosan. Menurut Wan
Mohd Zahid (1993) satu perkara yang amat ketara dalam pelaksanaan mata pelajaran
Pendidikan Islam masa kini ialah tumpuan yang berlebihan kepada bidang kognitif. Bidang
afektif dan psikomotor kurang diberikan perhatian, malahan dalam bidang kognitif
tumpuan ialah kepada pengumpulan maklumat dan hafalan. Usaha meningkatkan daya
148
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
berfikir, aplikasi, analisis, penilaian dan produktiviti kurang diberikan perhatian malahan
mungkin diabaikan.
Satu inovasi kearah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
dengan tidak mengabaikan keperluan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar bagi
menimbulkan minat dan rasa seronok pelajar dengan melibatkan diri secara aktif perlu
dilaksanakan. Penekanan terhadap penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai menuntut kepada
perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran Pendidikan Islam tidak
akan berkesan tanpa adanya kaedah yang sesuai dan menarik minat pelajar. Kesesuaian
kaedah tersebut pula perlu diteliti supaya tidak membebankan guru dan tidak pula
membosankan pelajar.
Bagi menerapkan unsur gamifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam terutama maka satu inovasi dihasilkan iaitu inovasi “Bitokotun Zakiyyatun”. Nama
inovasi ini diambil daripada perkataan Bahasa Arab iaitu terdiri daripada dua perkataan
iaitu bitokotun ( ) ﺑﻄﺎﻗﺔdan zakiyyatun ()ذﻛﯿﺔ. Perkataan bitokotun ( ) ﺑﻄﺎﻗﺔbermaksud kad.
Manakala perkataan zakiyyatun ( )ذﻛﯿﺔpula bermaksud pintar. Secara ringkasnya, inovasi
ini dinamakan “kad pintar” dalam Bahasa Melayu. Perkataan bitokotun zakiyyatun (ذﻛﯿﺔ
) ﺑﻄﺎﻗﺔini digunakan kerana dalam inovasi ini terdapat bitokotun (kad) yang mengandungi
info dan soalan.
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun ini menerapkan konsep gamifikasi diharapkan dapat
memberi kefahaman kepada murid tentang tajuk yang dipelajari seterusnya menjadikan
murid terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Inovasi ini
mengambil ilham daripada permainan “Jutaria” yang terkenal pada suatu ketika dahulu
dalam awal 20-an. Namun perubahan zaman dengan perkembangan teknologi maklumat
yang semakin pesat pada masa kini menyebabkan permainan ini semakin dilupakan.
149
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun ini berfokus kepada tajuk Haji dan Umrah Tingkatan 4
bagi subjek Pendidikan Islam dengan menggunakan silibus Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) yang baru digunakan pada tahun ini. Melalui pemerhatian dan
penialaian guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran didapati bahawa
kebanyakan pelajar tidak dapat menguasai tajuk ini dengan baik disebabkan kandungan
tajuk yang banyak dan menggunakan beberapa istilah yang jarang didengari oleh pelajar.
4. OBJEKTIF INOVASI
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun dalam subjek Pendidikan Islam khusus bagi tajuk Haji dan
Umrah ini dilaksanakan untuk menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran serta
pentaksiran secara individu atau kumpulan di dalam kelas. Diharapkan agar inovasi ini
dapat :
i. Meningkatkan kefahaman murid kepada isi kandungan tajuk seperti maksud
istilah haji dan umrah, rukun haji dan umrah, wajib haji dan umrah dan cara
mengerjakan haji dan umrah.
ii. Mengukur tahap kefahaman murid kepada tajuk Haji dan Umrah.
iii. Menarik minat murid kepada tajuk Haji dan Umrah.
iv. Mengasah kemahiran insaniah murid serta meningkatkan keyakinan diri
murid.
v. Melahirkan rasa seronok murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran.
5. KUMPULAN SASARAN
Murid Tingkatan 4 bagi subjek Pendidikan Islam
150
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
6. LATAR BELAKANG (KRONOLOGI)
Inovasi ini terhasil daripada soal jawab dengan murid yang dibuat oleh guru pada akhir
sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Haji dan Umrah. Didapati kebanyakan murid
masih tidak dapat menjawab soalan berkaitan Haji dan Umrah dengan betul serta masih
terdapat murid yang masih keliru dengan beberapa istilah yang terdapat dalam tajuk ini.
Kekeliruan istilah oleh murid bagi membezakan maksud haji dan umrah itu sendiri. Masih
ada murid yang tidak dapat membezakan maksud kedua-dua istilah ini. Selain itu, terdapat
murid yang masih keliru antara rukun haji dan rukun umrah, perkara wajib haji dan umrah
dan jenis haji.
Bagi memastikan perkara tersebut diatasi, maka inovasi ini dicipta dan diharapkan agar
inovasi ini dapat memudahkan murid-murid menguasai dan memahami tajuk ini dengan
baik. Inovasi ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada murid betapa pentingnya
ibadah haji dan umrah ini walaupun ibadah ini hanya wajib dilaksanakan sekali seemur
hidup oleh setiap mukallaf. Inovasi ini juga diharap dapat menarik minat murid untuk lebih
mendalami ilmu berkaitan haji dan umrah seterusnya dalam subjek Pendidikan Islam.
7. ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam bagi tajuk Haji dan
Umrah ini. Masalah yang kerap dihadapi ialah seperti berikut :
i. Murid tidak memahami beberapa isi kandungan dalam tajuk Haji dan
Umrah seperti maksud haji dan umrah, rukun haji dan umrah, wajib haji
dan umrah dan cara mengerjakan haji dan umrah.
ii. Isi kandungan dalam tajuk Haji dan Umrah banyak menyebabkan murid
berasa bosan untuk membacanya.
151
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
iii. Murid tidak dapat membezakan antara ibadah haji dan ibadah umrah dalam
beberapa aspek seperti rukun haji dan wajib haji.
iv. Murid cepat hilang fokus kerana isi kandungan tajuk Haji dan Umrah
banyak.
v. Guru mengambil masa yang lama untuk menghabiskan kandungan tajuk ini
kerana kandungannya yang banyak.
8. HURAIAN INOVASI
8.1 Bahan yang digunakan menghasilkan inovasi
- Tapak permainan (Art paper size A4)
- 1 Dadu
- 4 Buah Catur
- Kertas warna
- Pen marker
- Laminate
8.2 Cara inovasi digunakan
8.2.1 Pemain
8.2.1.1 Pemain terdiri daripada 4 orang dan seorang pengadil/kapten sekiranya
permainan digunakan dalam kumpulan kecil.
8.2.1.2 Inovasi ini boleh digunakan dalam 4 kumpulan besar yang terdiri
daripada beberapa orang dan seorang pengadil/kapten.
8.2.2 Penggiliran pemain
8.2.2.1 Setiap pemain hendaklah melambungkan dadu.
8.2.2.2 Pemain yang mendapat nombor paling tinggi adalah pemain yang
mendapat giliran nombor 1.
152
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
8.2.2.3 Manakala pemain yang mendapat nombor kedua tertinggi mendapat
giliran kedua dan begitulah sehingga penggiliran pemain selesai.
8.2.3 Penggunaan dadu
8.2.3.1 Penggunaan dadu hanya terhad kepada nombor 1 sehingga 4 sahaja.
8.2.3.2 Bagi nombor 5 mewakili nombor 1 dan nombor enam mewakili
nombor 2.
8.2.4 Peraturan permainan
8.2.4.1 Pemain akan melambungkan dadu bagi memulakan permainan.
8.2.4.2 Robot akan digerakkan mengikut jumlah nombor pada dadu yang
dilambungkan pada tapak permainan.
8.2.4.3 Pemain akan menjawab soalan / membaca info pada bitokoh zakiyyatun
mengikut nombor pada tapak permainan.
8.2.4.4 Masa menjawab bagi setiap soalan adalah 10 saat.
8.2.4.5 Sekiranya pemain tidak dapat menjawab / jawapan salah, maka pengadil
boleh membuka soalan tersebut kepada pemain lain untuk menjawab.
8.2.4.6 Langkah 4.1 hingga 4.5 akan berulang sehingga tamat permainan.
8.2.4.7 Perhatian : Pemain yang mendapat nombor yang sama pada tapak
permainan akan melambungkan dadu untuk menjawab soalan lain
pada tapak permainan.
8.2.5 Pemarkahan
8.2.5.1 Setiap jawapan betul diberikan 10 markah.
8.2.5.2 Jawapan salah / tidak menjawab diberikan 0 markah.
8.2.5.3 Soalan yang dibuka kepada pemain lain diberikan 5 markah.
8.2.5.4 Markah akan dicatat oleh pengadil dalam petak markah yang disediakan.
153
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
8.2.5.5 Pemenang permainan ini ditentukan melalui markah tertinggi yang
diperolehi pemain.
8.3 Kos bagi menghasilkan inovasi
Barang Harga seunit Jumlah
(RM)
Kuantiti
(RM)
1. Art Paper size A4 2.50 1 2.50
2. Dadu & 4 Buah Catur 3.00 1 3.00
3. Kertas A4 tebal 0.20 8 1.60
4. Laminate 1.00 2 2.00
Jumlah 9.10
8.4 Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran
Inovasi ini masih belum digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
akibat kekangan Pandemik Covid 19 yang melandakan negara. Ketika inovasi ini
disiapkan, sekolah di seluruh negeri Sabah ditutup kerana pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Namun bagi memastikan adanya
keberkesanan inovasi ini, beberapa pendekatan diambil untuk mendapatkan data
rintis berkenaan kelebihan inovasi, kelemahan inovasi dan cadangan penambaikan
inovasi.
Data rintis ini diambil daripada soal selidik kepada kumpulan sasar
menggunakan borang ulasan dan cadangan yang dihasilkan dalam bentuk google
form. Borang ulasan dan cadangan ini disebarkan melalui medium google site
bitokotun zakiyyatun yang dihasilkan untuk memudahkan guru-guru atau murid-
murid mendapat maklumat berkenaan inovasi ini.
154
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
Kumpulan sasar adalah terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam daripada
beberapa sekolah dalam daerah Papar dan beberapa sekolah diluar daripada daerah
Papar. Guru-guru yang terlibat dalam soal selidik ini ialah dari SMK Pengalat
Papar, SMK Benoni Papar, SMK Menumbok Kuala Penyu, SMK Likas Kota
Kinabalu dan SMK La Salle Tanjung Aru Kota Kinabalu. Manakala kumpulan sasar
dari kalangan murid hanya melibatkan murid SMK Pengalat, Papar sahaja. Berikut
adalah jadual jumlah guru dan murid yang terlibat dalam soal selidik ini :
Sekolah Jumlah Guru Terlibat Jumlah Murid Terlibat
SMK Pengalat Papar 6 orang 7 orang
SMK Benoni 3 orang 1 orang
SMK Menumbok, Kuala 1 orang -
Penyu
SMK Likas, Kota 2 orang -
Kinabalu
SMK La Salle, Tanjung 1 orang -
Aru 13 orang 7 orang
Jumlah
Dalam borang soal selidik yang diisi oleh guru-guru dan murid-murid ada tiga aspek
utama yang menjadi perhatian iaitu kelebihan inovasi, kelemahan inovasi dan
penambahbaikan inovasi.
Bagi aspek kelebihan inovasi, dapat disimpulkan seperti berikut:
i. Inovasi ini menarik dan kreatif.
ii. Inovasi ini secara tidak langsung menaikkan motivasi murid dalam dan luaran
untuk mempelajari tajuk haji dan umrah.
iii. Inovasi memenuhi syarat pembelajaran berpusatkan murid dan murid aktif
dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.
155
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
iv. Inovasi ini memenuhi kriteria pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) iaitu
mempunyai unsur komunikasi, kreativiti, kolaboratif, pemikiran kritis dan nilai
murni.
v. Bahan inovasi yang ringan dan memudahkan penyediaan bahan pengajaran dan
pembelajaran guru.
vi. Inovasi dapat memudahkan murid memahami tajuk haji dan umrah serta murid
boleh membezakan antara ibadah haji dan ibadah umrah.
Bagi aspek kelemahan inovasi pula dapat disimpulkan seperti berikut :
i. Tapak permainan kurang menarik kerana tidak memasukkan elemen haji dan
umrah seperti gambar Kaabah.
ii. Tidak wujud unsur untung rugi dan kejutan di dalam permainan, hanya ada
perlawanan markah dan giliran sahaja. Perkara ini akan menyebabkan murid
akan akan berasa seronok bermain pada kali pertama sahaja namun tidak
menjadikan murid mahu bermain kali kedua.
iii. Tidak wujud konsep "reward" & "punishment" selain penambahan markah dan
penolakan markah semata-mata.
Bagi aspek penambahbaikan inovasi pula dapat disimpulkan seperti berikut :
i. Menyediakan ganjaran dan hadiah kepada pelajar untuk meningkatkan motivasi
ekstrinsik mereka supaya dapat meningkatkan minat dan mewujudkan
persaingan yang sihat.
ii. Dihasilkan dalam bentuk digital atau interkatif agar guru juga boleh paparkan
terus di hadapan kelas menggunakan LCD.
iii. Menambahkan gambar-gambar berkaitan haji dan umrah pada tapak permainan
untuk menarik minat murid bermain.
156
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
iv. Mewujudkan unsur untung rugi dan kejutan dalam permainan. Contohnya
lambungan dadu bernombor 6 dianggap berhantu kerana akan membatalkan
giliran.
v. Memberikan kelebihan kepada mereka yang sampai awal ke garisan penamat.
Contohnya mendapat soalan bonus dengan markah bonus / berbeza/ lebih
tinggi.
vi. Menerapkan konsep "reward" & "punishment" selain penambahan markah dan
penolakan markah.
vii. Menambahkan ruang pada tapak permainan untuk demonstrasi atau simulasi
yang sesuai dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan haji dan umrah.
viii. Penggunaan tulisan jawi untuk kad soalan dan kad info bagi memantapkan
lagi kemahiran membaca tulisan jawi dalam kalangan murid.
Dapatan daripada ketiga-tiga aspek, dapat disimpulkan bahawa inovasi ini perlu kepada
beberapa penambahbaikan dari segi bahan dan mempelbagaikan kaedah permainan
bagi menambahkan keseronokan terutamanya kepada murid. Bagi keberkesanan
terhadap pemahaman dan penguasaan murid terhadap tajuk haji dan umrah hanya akan
dapat diukur dan dinilai apabila inovasi ini digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
8.5 Potensi disebarluaskan kepada pihak lain
Inovasi pembelajaran ini adalah untuk kegunaan para guru Pendidikan Islam
dalam membantu memantapkan penguasaan murid dalam tajuk Haji dan Umrah.
Bukan itu sahaja, inovasi ini juga boleh dijadikan sebahagian daripada proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Penggunaan inovasi ini diutamakan
untuk para murid semasa melaksanakan aktiviti dalam pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas.
157
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
8.6 Keterangan lain yang berkaitan
Berikut adalah gambar bahan-bahan bagi inovasi Bitokotun Zakiyyatun :
Tapak permainan mengandungi 11 Bitokoh Info dan 22 Bitokoh Soalan
Buah Dadu Buah Catur
Bitokoh Soalan Bitokoh Info
158
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
Soalan dan Jawapan Tapak markah
Manual Penggunaan
159
Inovasi Bitokotun Zakiyyatun
RUJUKAN
Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributor Sdn Bhd.
Abdul Halim Tamuri dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2010). Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala
Lumpur: Quantum Books.
Kamasheva, A. V. (2015). Usage of Gamification Theory for Increase Motivation of
Employees. Mediterranean Journal of Social Sciences. MCSER Publishing: Rome.
Mohd. Kamal, H. (1988). Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu. Kuala
Lumpur : Nurin Enterprise.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan pendidikan: agenda pengisian. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
Wan Mohd Nor Wan Daud. (2005). Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib
Al-Attas Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya.
160
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
INOVASI
TEKNIK LIPAT 4 DAPAT
KEMAHIRAN
MENGEKSPERIMEN
MELALUI GRAFIK
MODUL BESTARI KIMIA
oleh
NORAZRI MAT PIAH
SMK KINARUT, PAPAR, SABAH
HP : 0199630987 Email : [email protected]
161
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
INOVASI
TEKNIK LIPAT 4 DAPAT
KEMAHIRAN
MENGEKSPERIMEN
MELALUI GRAFIK
MODUL BESTARI KIMIA
NORAZRI MAT PIAH
SMK KINARUT, PAPAR, SABAH
HP : 0199630987 Email : [email protected]
162
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
INOVASI TEKNIK LIPAT 4 DAPAT
KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN
MELALUI GRAFIK
MODUL BESTARI KIMIA
oleh
NORAZRI MAT PIAH
SMK KINARUT, PAPAR, SABAH
KANDUNGAN halaman
1.0 Inovasi Teknik Lipat 4 Dapat KIMIA SPM 4
2.0 Senarai Lampiran
2.1 Lampiran 1 – Kad Kata Kunci 26
2.2 Lampiran 2 – Bahan Ceramah Lipat 4 Dapat 29
2.3 Lampiran 3 – Kad Format Lipat 4 Dapat Kimia 31
2.4 Lampiran 4 – Modul Bestari Kimia SPM 32
2.5 Lampiran 5 - Perkongsian Amalan Terbaik
PDPC Kimia SPM 33
2.6 Lampiran 6 - Kit Teknik Lipat 4 Dapat Kimia 35
2.7 Lampiran 7 - Panduan Penggunaan Kit Lipat 4 Dapat SPM 37
2.8 Lampiran 8– Penghargaan dan Pencapaian
Teknik Lipat 4 Dapat Kimia SPM 38
163
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
1. KATEGORI
INDIVIDU KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
2. TAJUK
TEKNIK LIPAT 4 DAPAT : MODUL BESTARI KIMIA
KEMAHIRAN EKSPERIMEN MELALUI GRAFIK
3. SINOPSIS
Teknik Lipat 4 Dapat : Modul Bestari Kimia menggunakan kemahiran grafik untuk
memberi keyakinan kepada pelajar bagi menguasai kemahiran merekabentuk
eksperimen Kiimia dan menguasai kemahiran eksperimen selaras dengan dalam
kertas 3 SPM Kimia. Teknik Lipat 4 Dapat dengan penggunaan kad grafik dan kad
kata kunci memudahkan pelajar menguasai eksperimen serta memberi keyakinan
menjawab soalan selaras dengan kehendak peperiksaan.
4. OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menulis laporan eksperimen.
4.2 Memudahkan pelajar mengelaskan dan mengkategorikan radas dan bahan
eksperimen dengan bantuan gambarajah.
4.3 Membantu pelajar menghubungkait dan menjana idea untuk merekabentuk
langkah-langkah / kaedah / prosedur eksperimen dengan bantuan kad kata kunci
dan kad format eksperimen.
4.4 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam kemahiran
saintifik dan kemahiran mengeksperimen selaras dan seterusnya merekabentuk
eksperimen selaras dengan kehendak kertas 3 Kimia SPM.
5. KUMPULAN SASARAN
Pelajar kelas 5Harmoni seramai 26 pelajar dan 4Alpha seramai 19 orang yang
dikategorikan sebagai pelajar dalam kelompok lemah dalam kemahiran merekabentuk
eksperimen bagi Kimia kertas 3 SPM yang mendapat markah di bawah 10 markah
daripada 18 markah penuh bagi soalan tersebut.
164
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
6. LATAR BELAKANG
Penguasaan pelajar dalam kemahiran mengeksperimen terdiri daripada tiga kategori
utama iaitu,
Kategori Pelajar / Eksperimen Laporan
Kemahiran ( menjalankan eksperimen ) ( menulis laporan )
Pelajar 1
MInat Tidak Minat
Pelajar 2
Tidak Minat Minat
Pelajar 3 ( boleh merujuk kepada
Pelajar 4 Tidak Minat
Minat buku amali )
Tidak Minat
MInat
Penggunaan simulasi eksperimen dalam soalan peperiksaan SPM dapat dianalisa
mengikut kekerapan / bilangan soalan pada setiap tahun. Dengan menganggarkan
pelajar dapat menjawab soalan yang menggunakan simulasi gambarajah, guru akan
dapat memberikan keyakinan kepada pelajar untuk lulus dan kepujian.
Bilangan Soalan / Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3
Kertas
Bilangan 20 daripada 50 8 daripada 10 2
soalan
Gambarajah 50
Markah Penuh 50 100 20
Markah Sasaran**
20 60
Purata Markah**
( 20 + 60 + 20 ) / 2 = 50 markah
Mencapai gred kepujian
Berdasarkan analisa tersebut, sekiranya pelajar menumpukan soalan yang
bersimulasi gambarajah akan dapat membantu pelajar mencapai markah kepujian
dalam peperiksaan Kimia SPM. Dengan ini MODUL BESTARI KIMIA : KEMAHIRAN
EKSPERIMEN MELALUI GRAFIK melalui Teknik Lipat 4 Dapat dapat membantu
untuk peningkatan Kimia SPM.
165
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
EVOLUSI MODUL BESTARI KIMIA :
KEMAHRAN MENGEKSPERIMEN MELALUI GRAFIK dan TEKNIK LIPAT 4
DAPAT :
BIL Modul Pembangunan Modul Penerangan
2013 : Modul Mengumpul koleksi
lebih 200
1 Graphic for
Experiment gambarajah simulasi
eksperimen
Chemistry
Melukis semula dan
melabel gambarajah
dengan nota padat
2016 - 2017 : Penggunaan koleksi
Modul Grafik gambarajah
2 untuk eksperimen dengan
penulisan laporan
Eksperimen melalui template
KIMIA SPM khas QSA : Kuantiti +
Bahan + Kata Kunci
50 kata kunci
eksperimen
diperkenalkan
166
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
EVOLUSI MODUL BESTARI KIMIA : KEMAHRAN MENGEKSPERIMEN MELALUI
GRAFIK dan TEKNIK LIPAT 4 DAPAT :
BIL Modul Pembangunan Modul Penerangan
2017 : Penggunaan koleksi
gambarajah / grafik
Modul Bestari
Kimia dan penggunaan
3 Eksperimen template Teknik
Lipat 4 Dapat
Melalui Grafik
diperkenakan untuk
( Edisi Bahasa
Melayu ) menulis kaedah
eksperimen
2018 - 2020 : Penggunaan edisi
dwibahasa dan
Modul Bestari kemaskini Teknik
Lipat 4 Dapat
4 Kimia dan penggunaan
Eksperimen
KAD KATA KUNCI
Melalui Grafik EKSPERIMEN
dan KAD
( Edisi DLP ) GAMBARAJAH
2020 Pembinaan Kit
KIT TEKNIK
5 LIPAT Teknik Lipat 4 Dapat
4 DAPAT KIMIA SPM
KIMIA SPM Mengandungi Kad
167 Kata Kunci, Kad
Lakaran, Kad
Format Eksperimen
dan Modul Bestari
Kimia menjadikan
bahan bantu mudah
alih yang
meningkatkan
kemahiran
merekabentuk
eksperimen
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
7. ISU / MASALAH YANG DITANGANI
Aplikasi Teknik Lipat 4 Dapat dan Modul Bestari Kimia yang menggunakan kemahiran
mengeksperimen melalui grafik dapat menangani masalah / isu yang difokuskan
berikut :
BIl Isu / Masalah Inovasi yang mengatasi
1 Pelajar kurang mahir dalam Koleksi gambarajah eksperimen
dan kad gambarajah membantu
melaksanakan proses mengklasifikasi
dan menjana idea reka bentuk pelajar memahami , mengelaskan
eksperimen dan menjana idea radas
eksperimen secara lakaran grafik
Kad Kata Kunci Eksperimen –
terdapat 50 kata kunci eksperimen
Pelajar tidak menghubung kait, yang dibina membantu pelajar
2 membuat urutan secara jelas bagi membuat urutan dan menjana idea
menjana idea kaedah atau prosedur kaedah eksperimen menggunakan
eksperimen Kad Kata Kunci
QSA : Quantiti Substance Action
Kuantiti + Bahan + Kata Kunci
Pelajar seringkali merasakan masa Teknik Lipat 4 Dapat membantu
tidak mencukupi untuk menjawab pelajar menentukan rangka
3 soalan mengeksperimen dan menulis jawapan dan dapat memberi
jawapan terlalu panjang atau terlalu keyakinan menjawab soalan dalam
ringkas sehingga kehilangan markah masa yang ditetapkan
Modul Bestari Kimia dilengkapi
Pelajar tidak mempunyai latihan yang dengan semua eksperimen dalam
4 mencukupi sebagai persediaan HSP Kimia T4 dan T5 serta latihan
peperiksaan sebenar sebenar berformatkan SPM bagi
soalan Kertas 3 Mengeksperimen
8. HURAIAN
8.1 Bahan Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Inovasi
a. Kad Kata Kunci Eksperimen - 50 kata kunci eksperimen
b. Kad Gambarajah Eksperimen Modul Bestari Kimia
c. Kad Format Eksperimen Teknik Lipat 4 Dapat
d. Modul Bestari KIMIA SPM
168
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
8.2 Penerangan bahan
8.2.1 Kad Kata Kunci Eksperimen
50 unit Kad Kata Kunci
Eksperimen yang
menyenaraikan kata kunci
eksperimen yang digunakan
dalam penulis kaedah /
prosedur eksperimen.
Pelajar akan dibimbing
menggunakan kad kata kunci
dengan kod QSA “ Quantity
Substance Action “ – Kuantiti +
Bahan + Kata Kunci Eksperimen
dalam menulis kaedah
eksperimen
Semasa aktiviti pdpc beberapa
kad akan diberikan kepada
pelajar untuk membentuk
kaedah eksperimen
8.2.2 Kad Gambarajah Eksperimen Modul Bestari Kimia
Modul Bestari Kimia
menyediakan koleksi
gambarajah radas eksperimen
mengikut sukatan pelajaran
Kimia SPM
Kad Gambarajah Eksperimen
membantu pelajar melukis dan
melabel gambarajah
eksperimen
Kad Gambarajah Eksperimen Berdasarkan kad gambarajah
ini pelajar akan menentukan
senarai radas dan bahan kimia
yang digunakan dalam sesuatu
eksperimen.
Membantu untuk menjana idea
pelajar merekabentuk
eksperimen
169
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
Seterusnya pelajar akan dapat
menentukan KATA KUNCI
EKSPERIMEN untuk menulis
kaedah / prosedur eksperimen
Koleksi Gambarajah Eksperimen
dalam Modul Bestari Kimia SPM
Melakar dan Melabel Gambarajah
dengan bantuan Kad Gambarajah
170
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
8.2.3 Kad Format Teknik Lipat 4 Dapat
Teknik Lipat 4 Dapat :
Inovasi ini dihasilkan dengan
menggunakan kertas kajang
seperti kertas jawapan
peperiksaan sebenar akan
didedahkan kepada pelajar.
Teknik ini akan memberi
keyakinan kepada pelajar
membentuk rangka jawapan
dan seterusnya menulis kaedah
eksperimen dalam masa yang
ditetapkan.
Huraian lanjut Teknik Lipat 4
Dapat dijelaskan dalam slaid
powerpoint yang akan
dijelaskan oleh guru.
171
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
KAD FORMAT
LIPAT 4 DAPAT
Untuk membimbing pelajar
merangka jawapan kaedah
eksperimen
( Segmen 1 dan 2 )
KAD TEMPLATE
LIPAT 4 DAPAT
Untuk membimbing pelajar
merangka jawapan kaedah
eksperimen
( Segmen 3 dan 4 )
8.2.4 Modul Bestari KIMIA SPM
Modul Bestari KIMIA SPM
dibekalkan kepada pelajar bagi
meningkatkan kemahiran
merekabentuk eksperimen selaras
dengan Kemahiran
mengeksperimen
Kertas 3 SPM Kimia
172
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
8.3 Cara Inovasi Digunakan
Modul Bestari Kimia yang menggabungkan kad kata kunci ekspeimen, kad
lakaran gambarajah eksperimen dan kad format eksperimen teknik lipat 4
dapat digunakan secara bersama dalam aktiviti pdpc kelas dengan
menggunakan pendekatan PA21 dan gabungjalin dengan elemen kelas digital.
Pendekatan 1 :
Pelajar didedahkan dengan gambarajah eksperimen dan dikehendaki melukis
semula dan melabelkannya. Ia dijadikan sebagai bahan pameran hasil kerja
pelajar dalam kelas.
Rajah 1 : Koleksi Gambarajah Eksperimen Rajah 2 : Melukis dan Melabel
Rajah 3 : Hasil kerja pelajar dipamerkan dalam kelas
Impak Pendekatan :
Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengklasifikasi, membuat urutan dan
menjana idea bagi merekabentuk eksperimen Kimia dengan ini pelajar akan
menguasai kemahiran menentukan pemboleh ubah, membuat hipotesis dan
menjana idea kaedah atau prosedur eksperimen.
173
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
Pendekatan 2 :
Penggunaan kad kata kunci dalam aktiviti pelajar dalam kelas untuk membantu
pelajar menulis kaedah / prosedur eksperimen.
Rajah 4 :
Pelajar menggunakan kad kata kunci untuk mengingat kaedah eksperimen
dan membuat susunan mengikut turutan kaedah yang betul.
Pendekatan 3 :
Pelajar akan didedahkan Teknik Lipat 4 Dapat oleh guru untuk memahami
kaedah penulisan laporan eksperimen dengan menggunakan Modul Bestari
Kimia dalam bimbingan berterusan.
174
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
Pendekatan 4 :
Bengkel Teknik Lipat 4 Dapat dilaksanakan sebagai program persediaan
peperiksaan SPM
Penganjuran Bengkel SPM 2018 untuk peningkatan akademik bagi pelajar yang lemah untuk
didedahkan dengan Teknik Lipat 4 Dapat oleh En. Norazri Mat Piah pada 02 November 2018.
Impak Pendekatan Teknik Lipat 4 Dapat SPM :
Memberi keyakinan kepada pelajar dalam kemahiran mereka bentuk eksperimen yang
dilaksanakan secara bentuk permainan Kad Kata Kunci dan Kad Format Eksperimen yang
menjadikan pembelajaran lebih menyeronokan dan bermakna.
175
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
8.4 Kos Bagi Menghasilkan Inovasi
Bil Item Harga Kuantiti Jumlah Catatan
seunit diperlukan RM 25.00 Rekasendiri
RM 25.00 Rekasendiri
1. Kad Kata Kunci RM0.50 50 unit
Eksperimen per kelas
2. Kad Gambarajah RM0.50 50 unit
Eksperimen per kelas
40 unit per
Kad Format kelas Kertas tulis
peperiksaan
3. Teknik RM0.20 ( mengikut RM 8.00
Lipat 4 Dapat bilangan
pelajar )
4. Banner Template RM 50.00 01 unit RM 50.00 Cetakan
Teknik Lipat 4 Dapat RM 18.00 Cetakan
RM 126.00
5. Modul Bestari Kimia RM 18.00 Mengikut
pelajar
Jumlah Kos Kit Teknik Lipat 4 Dapat :
Modul Bestari Kimia
8.5 Impak Keberkesanan Inovasi Kepada Pdpc (Sertakan Bukti)
8.5.1 Peningkatan penguasaan murid.
Apabila guru menjalankan pengajaran Kimia terutama apabila mengajar
eksperimen selain menggunakan eksperimen sebenar di makmal. Penggunaan
teknik grafik ini dapat membantu pelajar untuk MENGINGAT, MEMAHAMI ,
MENULIS dan MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN KIMIA dengan baik.
Keberkesanan penggunaan teknik dan Modul Bestari Kimia dapat dilihat secara
relevan dengan peningkatan pencapaian matapelajaran Kimia dalam peperiksaan
SPM dari 2010 hingga 2018
ANALISA SPM KIMIA TAHUN 2010 HINGGA 2019
TAHUN CALON TH A+ A A- B+ B C+ C D E G LULUS % GAGAL % GPMP
8 10.67 7.25
2010 75 0 1 0 0 1 1 5 3 13 43 8 67 89.333 0 6.76
1 0 6.64
2011 38 0 0 0 1 1 4 0 1 18 13 0 38 100 3 2.778 6.98
0 7.5 6.48
2012 36 0 0 1 1 2 2 1 3 10 15 1 35 97.222 0 6.79
1 0 6.97
2013 40 0 0 0 2 0 0 0 5 8 18 3 33 82.5 0 0 6.39
2 3.448 6.09
2014 40 0 0 0 4 0 0 2 8 15 11 0 40 100 0 0 6.25
6.06
2015 39 0 0 0 1 1 1 3 3 17 13 0 39 100 0.00
2016 29 0 0 0 0 0 2 0 5 13 8 1 28 96.552
2017 31 0 0 0 2 1 1 0 6 17 4 0 1 100
2018 33 0 1 1 3 0 1 4 3 10 8 2 31 93.94
2019 28 0 1 0 1 0 1 4 4 11 6 0 28 100.00
176
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
Jadual 1 : Analisa Kimia SPM 2010 – 2019 menunjukkan peningkatan
pencapaian Kimia sejak penggunaan Modul Bestari Kimia Teknik Lipat 4 Dapat Kimia
SPM dari tahun 2016 – 2019.
Jadual 2 : Analisa SPM menunjukkan peningkatan GPMP
dengan penggunaan Modul Bestari Kimia
Jadual 3: Analisa TOV – SPM peningkatan GPMP
dengan penggunaan Modul Bestari Kimia
177
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
8.5.2 Perbandingan dapatan pra-ujian dan pasca ujian.
Peningkatan kualiti jawapan yang ketara dengan pendedahan Teknik Lipat 4
Dapat : Modul Bestari Kimia – Kemahiran Eksperimen Melalui Grafik dapat dilihat
melalui perbezaan pra-ujian ( sebelum pendedahan Teknik Lipat 4 Dapat ) dan
pasca-ujian ( selepas pendedahan Teknik Lipat 4 Dapat ) bagi pelajar kelas
4Harmoni dalam ujian Kimia yang dilaksanakan.
SUBJEK : KIMIA
KELAS : 4ALPHA 2019 / 5ALPHA 2020
PRA PASCA PASCA2020
BIL NAMA PELAJAR KOD EKSP B1/17 EKSP EKSP B3/17
1 ADRINE K001 10 B2/17 12
2 AHMAD ZAMANI K002 6 10
3 BAEVRENDRA K003 11 15 16
4 BENILDA K004 6 15 15
5 BERNICE K005 18 15 16
6 CAROLINE K006 11 14 16
7 CLIFF WAYNER K007 6 18 11
8 FEVIANDRA K008 2 12 15
9 HENRY K009 5 15 11
10 KRISTINE EVE K010 6 14 13
11 MOHD FAKHRI K011 5 12 12
12 MOHD SUARDI K012 5 13 5
12
MUHAMMAD K013 5 12 13
13 ATIFF K014 4
14 NUR SARINA 13 14
K015 10 13
NURUL K016 8 12
15 NURHIKMAH K017 7 15
16 SITI SARAH K018 4 13 12
17 VIONETA K019 5 11 15
18 DAWUD 8 6
19 MAHNOR 11 12
178
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
BIL JULAT BIL PRA PRA BIL PASCA PASCA BIL PASCA
MARKAH UJIAN UJIAN PASCA UJIAN
2020 2020
1 0 - 5 8 42.11% 1 5.26% 1 5.26%
2 6 - 9. 6 31.58% 1 5.26% 1 5.26%
3 10 - 14. 4 21.05% 11 57.89% 11 57.89%
4 >14 1 5.26% 6 31.58% 6 31.58%
JUMLAH 19 100.00% 19 100.00% 19 100.00%
PERBANDINGAN PENCAPAIAN PRA - PASCA LIPAT 4 DAPAT
KIMIA SPM
12 11
10 6
8
8
6
6
4
4
2 42.11%15.26% 5.26% 31.58%15.26% 5.26% 21.05%57.89%57.89% 1 31.58%31.58%
5.26%
0
0-5 6 - 9. 10 - 14. >14
BIL PRA PRA UJIAN BIL PASCA PASCA UJIAN BIL PASCA 2020 PASCA UJIAN 2020
179
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
PENCAPAIAN KIMIA KERTAS 3 SOALAN
MENGEKSPERIMEN
KELAS
: 5 HARMONI 2019
BIL PELAJAR UI/17 U2/17 U3/17
1 ABBYGAIL MAYVE DANIEL 15 16 16
2 AMIRAH ADLINA BINTI JUMAT 13 16 17
3 AMIRUL EDZRAN BIN EDUAN 10 16 14
4 ATHIRAH ALYAA BINTI ZAINUDDIN 11 16 15
5 DOMMIE ENEEK 5 10 15
6 ESWANDI BIN EMASAIN 13 17 17
7 HAZNIZAM BIN AZME 11 15 13
8 KASIH NURAISYAH BT RAMADDY 11 15 13
RICKY
9 KENNETH MAXLENO MENSON 4 7 16
10 LAWRENCE HENRY NOUDIN 11 15 12
11 MOHAMAD AIMAN HAKIMI B. 13 16 16
MATBEH
12 MOHAMAD FERDAUS BIN OSMAN 11 16 15
13 MOHAMMAD SHAFIQ SHAZUAN 6 11 15
BIN ROSNIN
14 MUHAMAD NUR FAKHRUDDIN BIN 11 15 15
MATASSIM
15 MUHAMMAD AFIQ BIN ZAMLEE 12 14 15
16 MUHAMMAD ZULHIJAR BIN DJABIR 8 15 13
17 NUR ASYIQIN BINTI MAD SAID 8 11 15
18 NUR AZ ZAHRAWANI BINTI KADIR 13 13 17
19 NUR FARYSHA BINTI AGYUS 11 16 15
ELBASHIR
20 NUR NISRIINA 'ATHIRAH BINTI 15 17 15
MOHAMED RASHID
21 NUR PRETTY BINTI MUHAMMAD 7 11 16
22 NURUL ATHIRAH IZZATI BINTI 8 10 14
KAMIL
23 NURUL IZZATIE MOHD AFFENDY 4 8 12
24 ROSDIANA BINTI HAMSAH 11 16 16
25 SHARIFAH NURSAHIRAH SH SUHOR 8 12 15
26 WILLIBRORD ANTHONY TAMBUD 5 11 16
UJIAN UI/17 U2/17 U3/17
amat lemah : skor < 7 50 0
baik : skor 8 - 14 19 11 7
cemerlang : skor > 15 2 15 19
JUMLAH PELAJAR 26 26 26
180
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
PERBANDINGAN SKOR S2 K3 KIMIA 2019
HARMONI
cemerlang : skor > 15 2 15 19
19
baik : skor 8 - 14 7 20
11
amat lemah : skor < 7 0
0
0 5 10 15
U2/17 UI/17
5
U3/17
Jadual 4 : Perbandingan Kualiti Penulisan Jawapan bagi Soalan Mengeksperimen Kimia.
CONTOH JAWAPAN CONTOH JAWAPAN SELEPAS
KES SEBELUM TEKNIK TEKNIK LIPAT 4 DAPAT
LIPAT 4 DAPAT
1
181
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
Perbandingan Kualiti Penulisan Jawapan bagi Soalan Mengeksperimen Kimia bagi pelajar
yang menggunakan Teknik Lipat 4 Dapat berbanding cara tradisional.
CONTOH JAWAPAN CONTOH JAWAPAN SELEPAS
TEKNIK LIPAT 4 DAPAT
CARA TRADISIONAL
KES SEBELUM TEKNIK
LIPAT 4 DAPAT
1
2
182
SEK. MEN. KEB. KINARUT, PAPAR, SABAH
2020
3
183