mampu memberi kebaikkan bukan sahaja kepada kesihatan malah kepada sumber
pendapatan tambahan masyarakat individu.
9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penggunaan gula tambahan dan butter dilihat mengurangkan khasiat kulit tat yang
dihasilkan. Oleh yang demikian pemilihan gula ganti dari jenis yang mesra untuk
pesakit diabetis serta butter yang rendah kolesterol adalah dicadangkan untuk
penambahbaikkan adunan OATTART ini.
10.0 RUJUKAN
Suhaidah Abd Wahab, 7 Sebab Kenapa Bijirin Oat Sangat Baik Diambil Ketika
Sarapan Pagi, Nu Ideaktiv, tarikh bahan diakses Januari 4, 2021 dari laman
web https://www.mingguanwanita.my/7-sebab-kenapa-bijirin-oat-sangat-baik-
diambil-ketika-sarapan-pagi/
Faridah Talib, Langkah Buat Kulit Tart Rapuh Enak, Cubalah Resipi Tart Bercoklat
Ni, Nu Ideaktiv, tarikh bahan diakses Januari 4, 2021 dari laman web
https://www.rasa.my/ni-caranya-buat-kulit-tart-rapuh-enak-cubalah-resipi-tart-
bercoklat-ni/
401
402
1.0 TAJUK
DECOUPAGE KIT
2.0 TUJUAN
Tujuan inovasi ini dilakukan adalah sebagai pemudahcara untuk pembelajaran
dan penyimpanan bahan-bahan kursus pendek Decoupage yang ditawarkan
kepada peserta iaitu komuniti di bawah Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat.
3.0 LATAR BELAKANG
Decoupage adalah teknik melekatkan tisu hiasan tanpa kedutan dan tanpa
terkoyak ke atas permukaan yang keras dengan gam. Kerja-kerja ini
memerlukan individu yang teliti agar mendapat hasil yang berkualiti dan tahan
lama. Tisu hiasan ini boleh dilekatkan pada permukaan kotak tisu, balang kuih,
tudung saji, kasut, tiffin, beg mengkuang dan lain-lain lagi. Teknik-teknik yang
biasa diaplikasi dalam menyiapkan decoupage ini adalah berbeza mengikut
permukaan bekas. Antaranya ialah distress technique, wrapping technique dan
stencil technique. Bahan-bahan yang diperlukan pula untuk menghasilkan
produk decoupage ialah tisu hiasan, gam, glaze, warna dan varnish. Manakala
peralatannya ialah berus, span dan skrap.
4.0 RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
Bagi penggunaan produk inovasi ini, ia dilihat mempunyai potensi yang sangat
tinggi kerana faktor penjimatan bahan dan peralatan serta fungsi yang tersedia.
Ini sangat membantu penganjur membuat persediaan sebelum kursus
dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah:
i. Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan biasanya didatangkan
dalam pakej berasingan dan botol yang besar.
403
ii. Penggunaan bahan tanpa pengawasan boleh mengakibatkan bahan
terdedah kepada udara dan berlaku pembaziran kerana bahan kursus
decoupage adalah mahal.
iii. Decoupage Kit dibekalkan kepada setiap peserta dalam pek yang
lengkap dan mudah dibawa serta menjimatkan masa.
iv. Decoupage Kit berpotensi untuk dijual kepada komuniti dengan harga
yang berpatutan.
5.0 KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
i. Gambar di bawah menunjukkan persediaan bahan sebelum sesi kursus dijalankan
ii. Gambar di bawah menunjukkan kedudukan bahan dan peralatan ketika kursus berlangsung
– bahan terdedah kepada udara yang boleh mengakibatkan ia menjadi kering seterusnya
berlaku pembaziran
404
iii. Gambar di bawah menunjukkan Decoupage Kit yang telah diinovasikan
6.0 PERBEZAAN ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI
Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)
Bahan-bahan diedarkan satu-persatu Dengan adanya kit ini, ianya dapat
dan memakan masa yang lama serta
menggunakan tenaga kerja yang ramai menjimatkan masa untuk
untuk membantu
pengagihan bahan
Pembelian bahan dalam botol yang
besar dan mahal. Lebih kompak, mudah disimpan dan
dibawa
Sebelum kit ini dibangunkan penganjur
dan peserta menghadapi kesulitan Dengan kit ini, semua bahan yang
dalam menyusun dan menyimpan diperlukan oleh setiap peserta
bahan-bahan secara teratur dibekalkan dalam kit yang kompak
lebih kemas dan teratur.
7.0 PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
Kesemua calon merupakan individu yang bertanggungjawab dalam
menghasilkan produk inovasi ini. Tidak sahaja terlibat dari segi idea malah juga
405
merupakan individu yang bertanggungjawab mengajar, menghasilkan dan
merekabentuk untuk disesuaikan dengan keperluan semasa.
8.0 IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT
Penghasilan produk ini adalah sangat membantu dan memberi kemudahan
kepada penganjur kursus serta peserta yang hadir. Persediaan yang lebih
cepat dan kemas serta pembelajaran yang berkualiti dapat disampaikan
kepada peserta kursus.
9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pembungkusan yang lebih baik boleh dihasilkan.
10.0 RUJUKAN
www.thesprucecrafts.com
Instagram: @idaazrinazainalabidin
406
407
1.0 TAJUK
COVID-19 TRAVELLER KITS
2.0 TUJUAN
Set asas peralatan bagi kegunaan orang awam/kumpulan.
3.0 LATAR BELAKANG
Produk ini dibangunkan bagi memudahkan orang ramai menggunakan semasa
melakukan perjalanan. Antara peralatan yang terdapat ialah termometer,
pelitup muka, hand sanitiser, sarung tangan dan bekas ultraviolet.
4.0 RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
Memudahkan orang ramai untuk menggunakannya dalam masa yang
singkat/kecemasan.
5.0 KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
Produk dilaksanakan dengan pembuatan bekas ultraviolet (UV lighyt) bersama
dengan perlatan.
408
6.0 PERBEZAAN ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI
Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)
Semua perlatan disediakan secara Dikumpul dalam satu bekas UV
berasingan
Setiap peralatan disanitise
Mobility
7.0 PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
Ketua Projek
8.0 IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT
Membantu orang awam dalam penjagaan SOP Covid 19
9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pembuatan bekas yang lebih mudah pengguna dan kukuh
10.0 RUJUKAN
GARIS PANDUAN COVID 19 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
409