The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur.hanani3003, 2022-08-07 21:38:15

BUKU PROSIDING PPIn 2020/2021

PPIN 20202021_KKSY

10.0 RUJUKAN

1. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/627305/dua-pelajar-ditahan-
kes-buli

2. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/666063/tingkat-
hukuman-mekanisme-cegah-kes-buli

3. https://nasihatdarihati.wordpress.com/buli/
4. https://www.hmetro.com.my/WM/2019/12/524305/semua-pihak-perlu-peka-

isu-buli
5. https://www.sinarharian.com.my/article/65643/BERITA/Jenayah/Empat-

remaja-terlibat-kes-buli-sambung-reman

151

152

1.0 TAJUK
GAME BOARD : CYBER: Bully

2.0 TUJUAN/OBJEKTIF
2.1 Objektif produk ini adalah untuk mengajar pemain tentang bagaimana untuk
bertindak apabila berlaku situasi-situasi yang dipamerkan oleh produk. Jika pemain
tahu tentang bahaya Cyber bully kami percaya bahawa kes-kes yang berpunca dari
kes Cyber bully akan berkurangan.

3.0 LATAR BELAKANG
3.1 Cyber bully adalah satu masalah serius dalam era teknologi kini. Cyber bully
bukan sekadar isu, tetapi ia juga merupakan titik permulaan masalah-masalah lain
contohnya. Kemurungan, kekurangan keyakinan diri dan kes bunuh diri. Oleh itu,
produk ini bertujuan untuk menyedarkan sambil mendidik pemain tentang cara dan
kesan Cyber bully.

4.0 RASIONAL INOVASI
4.1 Inovasi ini dihasilkan untuk mendedahkan tentang bahaya, keasan dan cara
untuk bertindak appabila berlakunya bully siber.
4.2 Inovasi juga boleh mendidik sambil bermain. Cara ini adalah cara paling
effektif untuk mendidik kanak-kanak dan semua peringkat umur.

153

5.0 KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
5.1 Perlaksanaan Flowchart

154

6.0 PERBEZAAN ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI

Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)
Pemberian Poster Pemberitahuan dari segi digital
Terlalu banyak info Mudah difahami dan mudah
dipelajari

7.0 PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI

NAMA TUGAS
Awis Qarney Bin Amir Hakimi Pengasas, pereka Design, pereka
flowchart, Pereka design, penyedia
Shazly Syazwan Bin Kahar bahan, game tester
Raja Mohamad Syafiq Bin Raja Idea dan rekabentuk
Mohamad Noh
Idea,rekabentuk dan game tester

8.0 IMPAK PENGHASILAN PRODUK

8.1 Inovasi ini dihasilkan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dengan
cara lebih effektif.
8.2 Inovasi ini juga boleh mendidik pemain dengan menggunakan konsep belajar
sambil bermain yang telah terbukti berkesan.

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

9.1 Kad situasi boleh ditambah grafik supaya pemain lebih memahami
9.2 Menambah QR code dan aplikasi yang membenarkan pemain lihat situasi itu
secara animasi

155

10.0 RUJUKAN
https://says.com/my/news/malaysia-ranks-2nd-in-asia-for-cyberbullying-among-
children :Malaysia Ranks 2nd In Asia For Cyberbullying Among Youth
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact
=8&ved=2ahUKEwi_0sex1_XuAhVn4jgGHTzuDgsQFjACegQIARAD&url=https%3A
%2F%2Fworldofbuzz.com%2F20yo-girl-from-penang-committed-suicide-after-fb-
page-spread-fake-info-cyberbullied-
her%2F&usg=AOvVaw0g3eqBUueBpcP7RuEQuN4a
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact
=8&ved=2ahUKEwi_0sex1_XuAhVn4jgGHTzuDgsQFjADegQIBRAD&url=https%3A
%2F%2Fwww.nst.com.my%2Fopinion%2Fcolumnists%2F2020%2F03%2F571459%
2Fc yberbullying-c an-be-fatal-too&usg=AOvVaw165f3I1W FQsxDH-d4JO1u9
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact
=8&ved=2ahUKEwi_0sex1_XuAhVn4jgGHTzuDgsQFjAFegQIBBAD&url=https%3A%
2F%2Fwww.asiaone.com%2Fmalaysia%2Fi-tried-kill-myself-says-cyberbullying-
victim&usg=AOvVaw26EVr2rOuf5ONRuYC9p2BR

156

157

LAPORAN – SDH MSG ATIQAH
158

1.0 TAJUK

Easy 1/5 Scale

2.0 TUJUAN

Perubahan pengajaran dan pembelajaran di dalam dunia pendidikan banyak
menyaksikan pelbagai kaedah dalam alat bantuan mengajar dan belajar yang
berubah dan bersesuaian dengan arus perdana . Tujuan pelaksanaan inovasi
ini adalah untuk memperkenalkan kaedah baru di dalam penambahbaikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam subjek SFP 1024 (Pola
Asas Pakaian).

3.0 LATAR BELAKANG

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian,
bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk
menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu,
menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang
pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi
optimum. Pembelajaran pula sebagai proses perubahan dalam seseorang
individu dari penngalaman seseorang. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan
dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman. Proses
pembelajaran berlaku dalam pelbagai bentuk dan melibatkan pengetahuan,
kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku. Perubahan ini memerlukan
perubahan kepada sistem penyampaian yang cekap dan inovatif dan dapat
memenuhi atau melangkaui ekspektasi kehendak pelanggan dan stakeholders.
Penghasilan produk inovasi ini adalah bagi memastikan tugasan yang
dihasilkan seiring dengan kehendak soalan dan markah yang diberikan.
Cabaran dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan
lahirlah idea penghasilan inovasi ini .

159

4.0 RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI

1. Mempelbagaikan kaedah pembelajaran
2. Penggunaan bahan yang menarik dalam proses pembelajaran
3. Menggalakkan pelajar untuk memnghasilkan tugasan dengan lebih kemas
4. Menghasilkan tugasan / pola yang tepat ukurannya
5. Inovasi yang bersifat tahan lasak dan menjimatkan kos pelajar dalam

melaksanakan tugasan

5.0 KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI

Easy 1/5 Scale dapat membantu pelajar untuk menanda bahagian di
tengah-tengah pola kerana sifat material Easy 1/5 Scale yang lut sinar akan
memudahkan pengguna untuk memastikan tandaan mereka adalah tepat.

Selain itu, teknik pemindahan pola ke atas kertas yang lain dapat
mengurangkan berlakunya kesilapan ukuran semasa menanda pola tersebut.
Seterusnya para pelajar dapat menghasilkan tugasan yang lebih kemas dengan
penggunaan material yang dihasilkan daripada Propylene Sheet yang tidak
mudah kemek dan lebih tebal berbanding dengan kertas.

Penghasilan Easy 1/5 Scale ini dapat disimpan dan mudah dibawa ke
mana-mana sahaja, ia juga menjimatkan kos serta mudah dibersihkan kerana
material yang kalis air. pola tersebut lebih tahan lasak dan mesra pengguna.
Easy 1/5 Scale ini amat fleksibel, ia dapat melekat pada permukaan mana-
mana sahaja, ini dapat memperbaiki kelemahan pola biasa yang mudah
bergerak semasa membuat lakaran di atas permukaan yang tidak rata. Kita
memerlukan sedikit perubahan yang lebih efisien dan praktikal dalam proses
pembelajaran untuk memudahkan pelajar dengan berfikiran cekap dan inovatif.

160

6.0 PERBEZAAN ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI

Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)
- mudah koyak / kemek - tahan lasak
- melambatkan masa dalam - menjimatkan masa dalam
menyiapkan tugasan menyiapkan tugasan
- tugasan tidak kemas dan kotor - tugasan lebih kemas dan bersih
- penggunaan pemadam yang kerap - mengurangkan penggunaan
pemadam
- ukuran pada pola kurang tepat - ukuran pada pola lebih tepat

7.0 PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI

Kami pelajar Kolej Komuniti Selayang dari Program Sijil Fesyen & Pakaian
mengambil bahagian dalam penyediaan Easy 1/5 Scale. Proses penyediaan
Easy 1/5 Scale ini turut dibantu oleh pensyarah kami. Kami bersama-sama
terlibat sepenuhnya dalam memberi idea dan menyumbangkan tenaga dalam
langkah-langkah penghasilan projek serta mendapatkan maklum balas dari
pelajar yang lain.

8.0 IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT

Penggunaan inovasi ini mampu membantu pelajar dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran terutamanya dalam
melaksanakan tugasan untuk subjek SFP 1024 (Pola Asas Pakaian). Selain
menjimatkan kos dalam penggunaan dan penghasilannya. Pelajar dapat
menyerlahkan dan mengembangkan daya fikir pelajar dalam skop inovasi dan

161

kreativiti. Daripada inovasi ini, ternyata sesuatu perubahan dapat memberi
manfaat kepada semua.
9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Memperluaskan skop penggunaan kepada pelajar yang akan datang
2. Meluaskan penggunaan di institusi pendidikan yang berkaitan dengan fesyen
dan pakaian
10.0 PRODUK INOVASI

162

163

1.0 TAJUK

8. FUNC_STYLE TOTE – Penggunaan bahan dari bahan terpakai

2.0 TUJUAN

Projek inovasi Func_Style Tote dihasilkan bagi memenuhi keperluan modul subjek
evolusi fesyen, dimana pelajar perlu menghasilkan aksesori atau beg mengikut
kreativiti pelajar. Idea bagi kumpulan pelajar ini sangat menarik kerana menggunakan
bahan terpakai daripada membeli bahan yang baru. Bahan yang digunakan ialah kulit
sofa PVC terpakai dan sejadah terpakai yang diolah menjadi beg pelbagai gaya.

3.0 LATAR BELAKANG

Fesyen merupakan personaliti dan gaya hidup seseorang, lebih-lebih lagi bagi
golongan remaja yang sedang meningkat dewasa. Keperluan fesyen dan pakaian bagi
golongan ini sangat mendapat permintaan tinggi dikalangan pengusaha-pengusaha
gedung fesyen contohnya jenama H & M, Zara, Top shop, max dan sebagainya.
Golongan remaja pada zaman kini dikatakan suka akan eksperimentasi dalam
penampilan mereka yang mana sering membeli pelbagai fesyen pakaian termasuklah
aksesori, beg, jam dan sebagainya.

Namun tidak semua jenama pakaian menawarkan harga yang berpatutan seiring
dengan kualiti yang ditawarkan. Kos pengeluaran sesuatu produk juga tinggi di
Malaysia jika dibandingkan dengan kos sesuatu produk di negara China. Justeru
sebagai pelajar program Sijil Fesyen dan Pakaian yang belajar mengenai seni
pembuatan amatlah digalakan untuk merekacipta produk yang berkonsep ‘’Do It
Yourself’’ dan penggunaan bahan juga penting bagi menentukan nilai estetika sesuatu
produk.

164

Selain itu juga idea ini menyokong mengurangkan kadar pembuangan sisa pepejal
dan mempraktikan konsep bumi hijau yang disarankan oleh kerajaan. Bagi menyokong
isu ini pereka fesyen Hatta Dolmat juga sedang mempromosikan isu kesedaran bumi
hijau ini. ‘’Terbaharu, Hatta berkolaborasi dengan konservasi Ocean Hero dalam
menjayakan rekaan hasil daripada sisa botol plastik melalui inisiatif Ocean'us 2021.

Kempen ini juga merupakan usaha bagi mempromosikan perkembangan industri
teknologi hijau dalam teknologi penghasilan fabrik daripada botol plastik.

Dalam masa sama, Hatta berbangga kerana orang ramai mula menerima rekaan fabrik
yang dihasilkan daripada alam sekitar.

Dalam perkembangan berkaitan, pengasas bersama Ocean Hero Conservation,
Shirene Moong menggesa orang ramai untuk menyambut baik kempen ini sehingga
dapat dipromosikan ke peringkat global.
“Kepentingan kempen ini sememangnya merupakan solusi yang amat besar kerana
dalam proses menghasilkan sehelai baju dapat mengurangkan kira-kira lapan hingga
14 botol plastik dansekali gus dapat mengatasi (masalah) pencemaran botol plastik
yang kini menjejaskan alam sekitar serta lautan kita.
“Justeru, sejak tajun lalu melalui KL Fashion Week kita sudah melancarkan kempen
ini dan semoga akan dilanjutkan lebih mendalam di peringkat global terutamanya
penerimaan daripada anak-anak muda,” katanya

4.0 RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI

Umum mengetahui bahawa zaman sekarang dunia mengalami fasa pendemik
disebabkan virus covid-19. Terdapat banyak sektor yang terjejas seperti pendidikan,
pembuatan, penerbangan dan sebagainya dan ini semua melibatkan isu kewangan
untuk kelangsungan hidup. Justeru kesedaran mengenai konsep 3R sangat rasional
buat masa ini jika dibandingkan dengan kos pembelian barangan baru bagi memenuhi
keperluan gaya hidup. Konsep penggunaan semula, kitar semula dan pengurangan
perlu dititikan beratkan kembali dalam membangunkan inovasi agar seiring dengan
peredaran zaman.

165

5.0 KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI

Kulit sofa PVC
dan sejadah
terpakai sebagai
material utama

Kulit sofa PVC
dan sejadah
terpakai sebagai
material utama

166

Lakaran idea
awal tote
bag/recycle

bag/handbag

Proses memotong,
menjahit,

menggosok,
menekan dan
membuat kemasan
akhir produk

167

Satu beg untuk
3 gaya dan stail

yang berbeza

168

6.0 PERBEZAAN ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI

Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)

- Beg yang berharga mahal tetapi - Beg konsep DIY yang murah dan

satu gaya sahaja boleh digayakan dengan pelbagai

- Digunakan untuk membawa barang - Boleh digunakan untuk alas muka

sahaja ketika solat seperti mini sejadah.

- konsep pembelian produk, - Konsep kesedaran bumi hijau, 3R

penjualan produk dan keuntungan dan asas keusahawanan individu

jualan. kreatif.

169

6.1 Kos produk

BAHAN-BAHAN

BIL BAHAN BAHAN KUANTITI HARGA JUMLAH
SEUNIT HARGA
1. Sejadah terpakai 2 helai
½ meter (RM) (RM)
2. Kulit sofa PVC 0.00 0.00
terpakai 1 unit
2 unit 0.00 0.00
3. Benang
1.00 1.00
4. Butang 1.00 2.00

RM3.00

7.0 PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI

Pelajar memenuhi kriteria modul evolusi fesyen dan telah menghasilkan idea diluar
kotak dengan menerapkan elemen bumi hijau, kesedaran 3R dan penjimatan dikala
zaman kejatuhan ekonomi global disebabkan pandemik.

Namun masih memikirkan idea baru untuk berkarya tanpa mengeluarkan modal yang
besar dan boleh dijadikan produk untuk menjana pendapatan sendiri.Pelajar telah
membuat projek ini dibengkel , merekod video produk dan menghantar ke
pertandingan inovasi.

8.0 IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT

Produk ini dapat jual dengan harga yang lebih murah disebabkan kos bahan juga tidak
banyak, ianya hanya memerlukan kreativiti dalam menggabungkan fabrik sejadah
terpakai dan kulit sofa PVC tersebut.

Selain itu melalui perkongsian pelajar mengenai pembuatan beg konsep ‘’DIY’’ ini di
media sosial, boleh membuka mata masyarakat untuk turut serta belajar membuat
sendiri produk selain daripada membeli

170

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Terdapat banyak produk lain yang boleh dihasilkan melalui sejadah terpakai ini seperti
jaket , alas kaki dan sebagainya. selain itu untuk penambaikan mungkin peletakan
nama diatas beg pembeli juga difikirkan perlu bagi menambah nilai ke atas produk ini.
10.0 RUJUKAN
1. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/usaha-hatta-dolmat-mampankan-fesyen-
melalui-perlindungan-marin-283182
2. https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/131
3. https://www.swcorp.gov.my/main/
4.https://www.google.com/search?rlz=1C1GCEU_enMY821MY821&sxsrf=ALeKk03E
KcyfPlQnO89h2fuAgb8vLjIwDw:1613712151051&source=univ&tbm=isch&q=tote+ba
g+drawing&sa=X&ved=2ahUKEwjCy6GcmvXuAhXbFIgKHdjCDlwQjJkEegQIARAB&
biw=1920&bih=1057#imgrc=IUMIl9V6sV5M

171

172

1.0 TAJUK
COUPLE GAME CARD

2.0 TUJUAN
Produk inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan daya pengetahuan
masyarakat terhadap isu pembuangan bayi. Hal ini adalah untuk memberi
kesedaran.

3.0 LATAR BELAKANG
Couple Game Card adalah sebuah permainan kad yang telah dicipta oleh pelajar dari
program Diploma Games Art, Kolej Komuniti Selayang. Permainanini dicipta untuk
meningatkan lagi pengetahuan pemain dalam memberi kesedaran kepada
masyarakat khususnya pada semua golongan betapa pentingnya isu pembuangan
bayi ini.

4.0 RASIONAL INOVASI

Rasional inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu dalam memberi pengetahuan
kepada masyarakat mengenai isu pembuangan bayi dan isu “couple” dalam
masyarakat kita. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat masyarakat
khususnya golongan kana-kanak dan remaja kerana ianya adalah permainan dan
ketika bermain, mereka menambah pengetahuan. Golongan ini mendapat ilmus
pengetahuan sambil bermain kad ini.Projek ini juga dapat digunakan dalam pelbagai
cara, seperti boleh digunakan oleh guru-guru ketika PdP di dalam kelas.

173

5.0 PERBEZAAN ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI

Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)
 Lebih efektif.
 Kurang efektif.  Berinteraktif.
 Tidak berinteraktif.  Boleh menarik minat
 Kurang menarik minat.
disebabkan ianya adalah
permainan.

6.0 PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI

Peranan calon adalah perlu memastikan inovasi yang dicipta mampu
membantu menyelesaikan masalah gejala sosial yang tidak sihat di kalangan
remaja. Selain itu, setiap calon perlu bekerjasama dalam penyediaan projek
inovasi dan setiap calon juga perlu mempunyai pemikiran kreatif, inovatif dan
berpemikiran jauh dalam menyelesaikan masalah yang di hadapi. Kami diberi
tugas masing – masing seperti:

NAMA PERANAN
Muhammad Aqifth Aiman Bin Mamat Tarmizi
Muhammad Amer Arif Bin Mohamad Azlan - Game design
Muhammad Firdaus Bin Mohamad Mustaffa - Pembekal idea
- Penyunting video
- Pembikin dokumen

- Rekabentuk Grafik
- Penyunting video

- Rekabentuk grafik
- Game design
- Videografi
- Pembikin dokumen

174

7.0 KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
Fasa pertama penghasilan permainan “Couple Game Card” ini, kami telah

membuat satu sesi “Brainstorming" terlebih dahulu untuk menghasilkan perjalanan
permainan ini. Setelah itu, Carta Alir Permainan dihasilkan.

Permainan ini mempunyai lima jenis kad:
175

1. Kad Situasi

Kad Situasi adalah kad yang memberitahu suasana dan
keadaan.

Gambar 1

2. Kad Kesan Baik

Gambar 2

3. Kad Kesan Buruk

Gambar 3
176

4. Kad Nilai Murni

Gambar 4

5. Kad Nasihat

Gambar 5

177

8.0 TATACARA PERMAINAN

8.1. Permainan ini memerlukan empat orang pemain.
8.2. Setiap seorang akan mendapat 6 Kad Kesan dan 2 Kad Nilai Murni

secara rawak. Pemain pertama akan membaca Kad Situasi. Setelah
itusemua pemain akan meletakkan Kad Kesan yang telah diberikan.
8.3. Pemain yang meletakkan Kad Kesan Baik akan teruskan permainan,
manakala pemain yang meletakkan Kad Kesan Buruk hendak
membukasatu Kad Nasihat dan dibaca, seterusnya pemain itu perlu
mengambil Kad Kesan secara rawak.
8.4. Bagi pemain yang mempunyai Kad Kesan Buruk boleh menggunakan
Kad Nilai Murni untuk meneruskan permainan/menamatkan
permainan sekiranya tidak mahu menggambil Kad Kesan yang lain.
8.5. Bagi pemain yang mempunyai Kad Kesan Baik yang terakhir mereka
akan menghabiskan permain dengan lebih awal

9.0 IMPAK PENGHASILAN PRODUK

Diharapkan dengan wujudnya permainan kad ini, dapat membantu kanak-
kanak dan remaja serta dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan
kes pembuangan bayi dan kebaikan serta keburukan bercinta sebelum
berkahwin.

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan yang perlu ada tentang permainan ini. Kami perlu
menambahbaik reka bentuk dan tatacara permainan. Ini kerana dapat
memberikan pemahaman cara bermain serta pengetahuan mengenaipermainan
ini.

178

11.0 RUJUKAN
1. Journal of Social and Humanities, 2012.
https://www.researchgate.net/publication/277799291_Hamil_luar_nikah
_memahami_remaja_sebagai_asas_intervensi_keluarga
2. Harian Metro, 2019. Buang bayi setiap 3 hari.
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/448917/buang-bayi-setiap-3-hari

179

12.0 LAMPIRAN
180

181

1.0 TAJUK

GAME BOARD : LIFE COMB

2.0 TUJUAN

Permainan ini bertujuan memberikan kesedaran kepada manusia akan
kemusnahan yang berlaku di dunia ini yang dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu manusia, haiwan, alam semula jadi (Hutan) dan mengajar
pemain tidak mengira umur yang main permainanini akan mempelajari sedikit
sebanyak cara untuk menyelesaikan pelbagai pemasalahan dengan
menggunakan kaedah permikiran kreatif.

3.0 LATAR BELAKANG

Life Comb adalah sebuah permainan “board game” yang dicipta oleh
pelajar Diploma Games Art Semester 2, Kolej Komuniti Selayang.
Permainan ini dicipta untuk memberi kesedaran kepada masyarakat
khususnya pada semua golongan tentang kepentingan untuk peka akan
bumi kita yang semakin hacur kian hari. Jika kesedaran tentang penjagaan
bumi tidak dipupuk dari kecil maka kesannya akan dikhuatiri mampu
menjejaskan bumi kita yang kian hacur disebabkkan perbuataan masing-
masing, secara keseluruhannya pada masa akan datang. Permainan ini
mempunyai 3 bahagiaan untuk pemain. Kategori pertama 1 (manusia),
sebagai pemain anda yang memegang sebagai (manusia hendak menjaga
skala kerosakkan yang ada pada papan permainan itu, kategori kedua 2
(haiwan) dan kategori ketiga 3 (alam semulajadi)

182

4.0 RASIONAL INOVASI

STRENGTH  Meningkatkan pengatahuan masyarakat berkenaan alam
sekitar.

 Memupuk masyarakat untuk menyelesaikan sesuatu
masalah denganmenggunakan pemikiran kreatif.

 Dapat membentuk hubungan yang lebih sihat dalm institusi
kekeluargaankerana masyarakat boleh meluahkan lebih
masa bersama keluarga
dengan aktiviti yang berfaedah.

WEAKNESS  Tidak semua Masyarakat Peka akan permasalahan yang

berlaku di sekeliling mereka. Maka permainan ini mungkin

tidak dapat menarik minatmereka.

 Disebabkan permainan ini memakan kos yang agak
tinggi untuk
dikormesialkan kebanyakan masyarakat mungkin tidak
mampu untuk memilikinya.

183

5.0 KAEDAH PERLAKSANAAN
184

6.0 PERBEZAAN ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI

Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)
Cepat dan efektif
 Lambat dan tidak efektif Berinteraktif
Melalui perbualaan semasa
 Tidak interaktif bermainan bersama keluarga
Melalui “game board”
 Melalui iklan Lebih warna warni
dan surat Menarik perhatian
khabar

 Melalui berita tvBosan

7.0 PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI

1.MUHAMMAD ARIF BIN MOHD OTHMAN
Producer

8.0 IMPAK PENGHASILAN PRODUK

Diharapkan dengan wujudnya permainan ini, dapat membantu memberi
kesedarankepada semua golongan tentang penjagaan alam sekitar.

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan, kami akan menambah lagi untuk tajuk besar yang lain,
mungkin tentang rasuah, tentang budaya , mempelajari bahasa untuk bangsa lain.
Kami akan pelbagaikan tema dengan cara permainan yang lebih kurang sama.

185

10.0 RUJUKAN
1. Artikel Penuh: https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/
2. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/09/475250/tamak-punca-

pencemaran-alam-sekitar
3. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/580404/sisa-toksik-

bawah- tanah-punca-pencemaran-di-pasir-gudang

186

187

1.0 TAJUK

Ahli kumpulan kami telah memilih satu produk inovasi iaitu Croissant Bayam
Brazil atau nama unik lainnya “Spicrest Rolls”.

4. TUJUAN

a. Menarik minat pelajar di dalam pecerapan nilai-nilai berinovasi di
dalam diri.

b. Membantu pensyarah untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-
aktiviti pengajaran serta meningkatkan kecekapan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

c. Menghasilkan sesuatu produk yang mempunyai nilai kebolehan dalam
pasaran yang tinggi.

5. LATAR BELAKANG

Produk inovasi kami iaitu “Spicres Rolls” ini telah dicipta bagi menarik minat
orang ramai tentang kebaikan bayam Brazil dimana ia boleh dipelbagaikan cara
untuk digunakan dalam sesuatu masakan seperti idea inovasi kami membuat
resepi Croissant bersama bayam Brazil ini.

a. Antara pengunaan bahan yang kami gunakan adalah seperti tepung,
gula, yeast, garam, susu, croissant butter dan bahan istimewa kami
iaitu bayam Brazil.

b. Seperti mana yang diketahui bayam Brazil ini mempunyai banyak
khasiatnya yang tersendiri seperti vitamin C, kalsium, zat besi dan
sebagainya.

c. Bayam Brazil yang digunakan untuk produk inovasi ini dihasilkan
dengan du acara iaitu bayam yang dicampurkan ke dalam croissant

188

d. butter ini dikisar bersama menjadi paste dan satu lagi adalah teknik
pengeringan dan menjadikan ia serbuk atau flakes.

4.0 RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
Rasional Membangunkan Inovasi ini adalah disebabkan oleh antara perkara
berikut:
4.1 Spicres Rolls merupakan sajian yang dihasilkan oleh kumpulan kami bagi
menarik minat orang ramai untuk mencubanya.
4.2 Spicres Rolls kami ini juga dapat dinikmati oleh semua orang dan bagi
mereka yang tidak minat terhadap sayur juga boleh memakannya terutama
kanak-kanak.

189

5.0 KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI

BIL PERKARA GAMBAR RAJAH
1 Menyediakan
bahan Spicres
Rolls.

2 Membuat
lapisan doh
Spicres Rolls
iaitu single
folding dan

double booklet
folding.

BIL PERKARA GAMBAR RAJAH
190
3 Membuat ukuran
sebelum doh
dipotong dan
digulungkan

menjadi Spicres
Rolls.

4 Spicres Rolls
yang telah

dibentuk seperti
‘crescent’
disapukan

dengan egg
wash dan di
proof selama

satu jam
sebelum
dibakar.

5 Hasil produk
inovasi Spicres
Rolls.

6.0 PERBEZAAN ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI

Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)

Memberikan karbohidrat dan nutrisi yang Menambah khasiat yang tersendiri

biasa. daripada bayam Brazil.

191

Croissant biasa yang seperti di kedai Spicres Rolls di inovasi kan menjadi

biasa. croissant variasi sayuran dan sihat.

Rupa bentuk croissant yang biasa dilihat. Memperbaharui rupa bentuk croissant
seperti bentuk bulan sabit.

7.0 PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI

Ahli kumpulan kami telah dibahagikan tugas dalam menyediakan produk
inovasi “Spicres Rolls” iaitu dalam menyediakan bahan, membuat lapisan doh
Spicrest Rolls, mengeluarkan idea bentuk yang ingin dihasilkan dan membuat
R&D terhadap produk inovasi kami dengan mengambil kira tinggi dan lebar doh
sebelum dibakar untuk mendapatkan hasil yang baik.

8.0 IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT

Antara impak pengunaan produk ‘Spicres Rolls’ ini di kalangan masyarakat
adalah sangat baik dimana kami mendapat maklum balas iaitu ia mempunyai
rupa yang menarik minat orang ramai untuk mencubanya. Selain itu, produk
‘Spicres Rolls’ ini yang mempunyai khasiatnya tersendiri yang sangat baik
untuk orang ramai iaitu bayam Brazil yang diinovasikan oleh kami dengan
mencampurkan bayam Brazil ini ke dalam produk kami ini supaya dapat dirasai
semua orang dan kanak-kanak juga dapat memakannya bagi mereka yang
kurang berminat dengan sayur.

192

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan dari ahli kumpulan kami berharap dapat
menjadikan produk inovasi kami ini boleh digunapakai dan menaikkan nama
produk inovasi ini ke pasaran luar. Selain itu, bayam Brazil ini boleh menjadi
terkenal lagi dengan menjadikan ia pelbagai jenis produk dari bayam Brazil
seperti jadikan ia Spinach flakes atau yang dikeringkan. Seterusnya, kami
berharap produk Spicres Rolls ini dapat dipelbagaikan dari segi bentuk dan
variasi pada masa yang akan datang.

10.0 RUJUKAN
 Resepi croissant yang diberikan oleh Pensyarah.

193

194

1.0 TAJUK
Inovasi “Pate A Choux Template “

2.0 TUJUAN

Inovasi Pate a Choux Template ini dihasilkan bagi memudah cara pelajar
untuk menghasilkan bentuk asas yang sama saiz dan rupa daripada adunan
choux paste dalam menghasilkan dessert sejuk bagi modul SPT 3014
International Dessert .

Rupabentuk Pate a choux template adalah merupakan gambarajah jenis-
jenis bentuk dan saiz yang berbeza. Template ini dicipta bagi membolehkan
pelajar untuk mengenalpasti bentuk dan saiz yang perlu dihasilkan daripada
adunan choux paste.

Pate a Choux Template mempunyai cara penggunaan yang sangat jelas
iaitu mempunyai nama dan bentuk asas yang ingin diketengahkan serta
gambarajah penghasilan.

3.0 LATAR BELAKANG

Inovasi ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan proses
pembelajaran pelajar bagi modul SPT 3014 International Dessert. Sebelum ini
pelajar menghadapi kesukaran menghasilkan bentuk asas daripada adunan
choux paste dengan hanya berpandukan demonstrasi pensyarah dan gambar
sahaja.. Dengan adanya Pate a Choux Template ini , pelajar berkemampuan
menghasilkan bentuk asas daripada adunan choux paste yang standard dan
berkualiti serta tahap motivasi pelajar juga dapat ditingkatkan.

195

4.0 RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
Inovasi ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memberi peluang yang

sama rata kepada pelajar yang mempunyai tahap kemahiran yang berbeza-
beza. Inovasi ini dihasilkan untuk membantu proses kerja pelajar daripada
mengambil masa yang lama untuk menghasilkan bentuk daripada adunan
choux paste yang standard dan tepat.
5.0 KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI

Inovasi ini dilakukan dalam aktiviti PDP bagi modul SPT 3014 International
Dessert bagi pelajar semester 3 yang didedahkan dengan penghasilan
dessert daripada adunan choux paste yang akan menghasilkan bebarapa jenis
bentuk samada secara teori dan amali.
SEBELUM INOVASI

Antara bentuk asas yang dihasilkan daripada adunan choux paste. Setiap pelajar
perlu berpandukan demonstrasi daripada pensyarah untuk menghasilkan bentuk
yang di paip diatas slicon paper/mat.

196

SELEPAS INOVASI
197

6.0 PERBEZAAN ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI

Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)

 Pelajar tiada template dan alat  Pelajar berkemampuan untuk
bantu mengajar yang khusus bagi menghasilkan beberapa jenis
membolehkan mereka mengikut bentuk daripad adunan choux
corak dan bentuk yang dihasilkan paste. Bentuk yang dihasilkan perlu
daripada adunan choux paste. mempunyai saiz yang sama atau
standard bagi menghasilkan produk
yang berkualiti.

 Pelajar perlu berpandukan bentuk  Menjimatkan masa dan pelajar
yang telah ditunjukkan oleh mampu menguasai kemahiran/
pengajar dalam bentuk teknik paip dan seterusnya
demonstrasi. menghasikan bentuk yang tepat.

198

7.0 PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
Calon telah menghasilkan inovasi dengan menggunakan template atau
gambarajah serta teknik penghasilan yang sesuai digunakan dan mudah
dikendalikan. Calon juga telah menjalankan kaji selidik impak keberkesanan
penggunaan template tersebut kepada pelajar yang lain.

8.0 IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT
Inovasi ini telah membuktikan bahawa okjektif inovasi telah tercapai dengan :
 Pelajar lebih kompeten dengan penghasilan beberapa jenis bentuk
daripada adunan choux paste .
 Penjimatan masa kerja
 Meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar
 Membantu pelajar yang lemah untuk menguasai modul pembelajaran

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara penambahbaikan yang boleh dicadangkan adalah seperti berikut:
 Memperluaskan skop penggunaan dan kepelbagaian bentuk dan saiz.

10.0 RUJUKAN
1. Modul Pdp SPT 3014 – International dessert
2. Buku rujukan Professional of Baking.

199

200


Click to View FlipBook Version