The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

eProceeding PNiCC'22 ini menghimpunkan koleksi penulisan inovasi peserta bagi penyertaan @PMJB National Innovation & Creativity Competition 2022. Sebarang maklumat lanjut sila layari www.pmjb.edu.my/pnicc

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan e-Prosiding ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran Politeknik METrO Johor Bahru.

Hakcipta @2022 Politeknik METrO Johor Bahru

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurasikin.aziz, 2022-06-28 23:23:53

eProceeding PNiCC'22

eProceeding PNiCC'22 ini menghimpunkan koleksi penulisan inovasi peserta bagi penyertaan @PMJB National Innovation & Creativity Competition 2022. Sebarang maklumat lanjut sila layari www.pmjb.edu.my/pnicc

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan e-Prosiding ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran Politeknik METrO Johor Bahru.

Hakcipta @2022 Politeknik METrO Johor Bahru

Keywords: PNICC,PMJB,eProceeding

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Gambar rajah 1: Contoh kotak jahitan pelajar gunakan bagi menyimpan peralatan menjahit

5.0 Diskripsi Produk Penerangan
Diskripsi
Kotak jahitan yang digunakan oleh pelajar bagi
membawa peralatan menjahit semasa kelas
amali

Kotak jahitan yang digunakan oleh pelajar telah
digantikan dengan Smart Sewing Bag

399

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Diskripsi Penerangan

Rupa bentuk Smart Sewing Bag pada bahagian
dalam beg

Pada bahagian pertama ia mempunyai ruang
meletak peralatan kecil seperti penetas benang,
gelendong, sekoci dan beberapa alatan kecil
yang lain.

Pada bahagian kedua ia mempunyai ruang
meletak peralatan tajam seperti gunting kertas,
gunting fabric dan gunting sulaman.

6.0 Anggaran Kos Bahan Bagi Pembuatan Smart Sewing Bag

400

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

7.0 Faedah Produk
i. Dapat mengatasi masalah peralatan yang berselerak atau tidak tersusun di dalam kotak jahitan.
ii. Mengelakkan pembaziran masa dalam mencari perlatan di dalam kotak jahitan sedia ada yang tidak

tersusun.
iii. Secara tidak langsung dapat menangani masalah jangkitan wabak Covid 19 kerana semua alatan

dapat disimpan dalam beg dan pelajar tidak perlu meminjam alatan daripada kawan.
iv. Bekas yang tahan lama dan kalis air kerana Sewing Bag diperbuat daripada fabric PVC.

8.0 Impak
i. Pelajar dapat menyimpan alatan jahitan dengan kemas dan teratur.
ii. Pelajar dapat mengambil barang dengan mudah dalam ruang penyimpanan yang tersedia.
iii. Alatan seperti gunting yang tajam dapat disimpan dengan selamat dan mudah dikendalikan.
iv. Dapat menjimatkan masa pelajar-pelajar untuk mencari alatan.
v. Smart Bag sangat kemas dan pengguna kelihatan bergaya ketika menggunakan beg ini.

9.0 Kesimpulan/Cadangan Penambaikkan
Produk Sewing Bag sangat membantu para pelajar dalam mengendalikan peralatan menjahit dengan
lebih teratur dan kemas. Produk ini juga sangat efisien dan selesa digunakan dalam bidang seni reka
fesyen. Pengguna akan lebih kelihatan lebih profesional dalam mengendalikan peralatan dan
menjalankan kerja-kerja amali. Produk ini juga boleh dikomersilkan dengan fabrik yang lebih berkualiti
seperti menggunakan genuine leather.

10.0 Gambar Produk

401

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Rujukan
Lee, M. K., Davidoff, S., Zimmerman, J., & Dey, A. K. (2007). Smart bag. Proceedings of the 2007

Conference on Designing Pleasurable Products and Interfaces - DPPI '07.
https://doi.org/10.1145/1314161.1314201
Lee, M. K., Davidoff, S., Zimmerman, J., & Dey, A. K. (2007). Smart bag. Proceedings of the 2007
Conference on Designing Pleasurable Products and Interfaces - DPPI '07.
https://doi.org/10.1145/1314161.1314201
Lovat, R., Watremez, C., Dyck, M., Caenegem, O., Verschuren, F., Hantson, P., & Jacquet, L.-M.
(2007). Smart Bag vs. Standard bag in the temporary substitution of the mechanical ventilation.
Intensive Care Medicine, 34(2), 355–360. https://doi.org/10.1007/S00134-007-0850-5
Publication, I. J. R. A. S. E. T. (2022). Smart Trekking Bag. International Journal for Research in
Applied Science & Engineering Technology (IJRASET), 10(IV), 1137–114.
https://doi.org/10.22214/ijraset.2022.41466

402

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

REKABENTUK KOTAK BENTUK KELULI BAGI HALF SLAB PRA TEGASAN

Raja Noor Alina binti Raja Ali
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

E-mail: [email protected]

Nor Hayati binti Ab. Rahim
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

[email protected]

Hamidah binti Zakaria
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

[email protected]

Rosmida binti Ab Ghani
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

[email protected]

Ts Mohd Yuzha bin Usoff
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

[email protected]

Abstrak

Industrialised Building System (IBS) merupakan teknologi pembinaan yang diaplikasikan di dalam
bidang pembinaan masa kini. Ianya melibatkan pembentukan komponen struktur pasang siap di kilang
pembuatan dan di bawa ke tapak untuk dipasang bagi membentuk sesebuah struktur binaan yang
lengkap. Justeru itu, inovasi kotak bentuk keluli direkabentuk bagi membantu pengeluaran Half Slab
IBS yang lebih efektif. Kotak bentuk ini dicadangkan bersaiz 5034 mm panjang dan 1219 mm lebar
dan dilengkapi dengan vibrator bagi proses pemadatan konkrit serta boleh dilaraskan mengikut saiz
yang dikehendaki. Produk inovasi ini juga dibangunkan secara prototaip berskala 1:10. Inovasi kotak
bentuk ini berkemampuan digunakan secara berulang kali, tahan lasak dan boleh menghasilkan Half
Slab yang menepati spesifikasi yang ditetapkan. Inovasi ini memberikan impak yang tinggi kepada
pengilang dan kontraktor dalam penjimatan masa dan kos, mengurangkan risiko kemalangan atau
kecederaan, meningkatkan kualiti pengeluaran Half Slab, mengurangkan tenaga kerja serta secara tidak
langsung dapat meningkatkan keuntungan. Kesimpulannya, inovasi kotak bentuk ini berpotensi
menghasilkan Half Slab secara efektif, menepati spesifikasi dan ukuran yang memenuhi permintaan
pasaran di seluruh Malaysia amnya.

Kata Kunci: Industrialised Building System (IBS), kotak bentuk, vibrator, pemadatan konkrit, Half Slab,
inovasi.

403

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

1.0 Pengenalan
Pembinaan komponen struktur secara IBS merupakan teknologi yang semakin melonjak naik di negara
kita (M.S. Usman et.al, 2020). Ianya menghasilkan produk pasang-siap yang terdiri daripada dinding,
tiang, half slab dan sebagainya. Teknologi IBS merupakan satu teknologi pembuatan komponon-
komponen struktur pembinaan yang dapat menjimatkan masa. Menurut Trikha & Ali (2004), komponen
pasang-siap yang diperbuat daripada kilang seterusnya akan dihantar ke tapak bina ini telah
menjimatkan masa pembinaan.

2.0 Penyataan Masalah
Produk IBS (Half Slab) dihasilkan secara konvensional menggunakan kotak bentuk kayu. Penggunaan
kotak bentuk kayu memerlukan kos bahan dan tenaga kerja yang tinggi kerana tidak mampu digunakan
secara berulang kali. Selain itu, ianya tidak tahan lasak, tidak boleh dilaraskan dan tidak tahan lama.
Kelemahan kotak bentuk jenis ini ialah menggeleding sekiranya menggunakan kayu yang tidak
berkualiti dan penghasilan Half Slab tidak menepati ukuran.
Oleh yang demikian, inovasi kotak bentuk ini diperbuat daripada besi keluli. Ianya bersaiz 1219 mm
lebar dan 5034mm panjang. Kelebihan produk ini, boleh dilaraskan mengikut saiz yang dikehendaki
oleh pelanggan. Half Slab yang dihasilkan bersaiz antara 200mm – 400mm lebar dan maksimum
sehingga 4700mm panjang.

2.0 Objektif
Produk ini telah direka untuk mencapai objektif berikut:
a) Untuk menghasilkan idea kotak bentuk yang boleh laras, tahan lasak dan boleh digunakan secara

berulang kali.
b) Untuk mencadangkan rekabentuk kotak bentuk keluli bagi half slab pra tegasan kepada pihak

pengeluar produk Industrialised Building System (IBS) di seluruh Malaysia.

3.0 Diskripsi Produk
Rekabentuk Kotak Bentuk Keluli bagi Half Slab Pra-Tegasan ini merupakan kotak bentuk yang
diperbuat daripada besi keluli yang bersaiz 1219mm lebar dan 5034mm panjang. Kelebihan produk ini,
boleh dilaraskan mengikut saiz yang dikehendaki oleh pelanggan.

404

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Rajah 1: Perincian rekabentuk kotak bentuk keluli bagi half slab pra tegasan
Perincian komponen:
i. Base plate with divided wall (5034mm x 1219mm x 50mm)
ii. Coil spring absorber (100mm x 100mm, diameter 60mm)
iii. Split mould - Type 1 (400mm x 50mm x 50mm), Type 2

(200mm x 50mm x 50mm)
iv. Cover split mould - Type 1 (400mm x 58mm x 50mm), Type 2

(200mm x 58mm x 50mm)
v. Concrete vibrator motor (145mm x 110mm, diameter 75mm)
4.0 Impak Produk
Produk ini memberi beberapa manfaat kepada pengguna seperti berikut:
Meningkatkan pengetahuan
Penghasilan produk dapat meningkatkan pengetahuan bagi pelajar terutamanya bagi kursus IBS dan
kursus Civil Engineering Materials.
Membudayakan perkongsian ilmu
Perkongsian ilmu berkaitan IBS dan kotak bentuk half slab dapat dikongsi dengan pensyarah-pensyarah
lain bagi peningkatan ilmu.
Mengembangkan pemikiran kreatif dan kritis
Idea rekabentuk ini dapat memupuk perkembangan pemikiran kreatif dan kritis dikalangan pensyarah
politeknik bagi meningkat pengetahuan dan penggunaan komponen IBS dalam bidang pembinaan yang
memberi kesan kepada komuniti, teknologi, ekonomi dan masyarakat selari dengan Lonjakan 2 –
Kecemerlangan Bakat (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025).
Meningkatkan kecekapan
Kotak Bentuk Keluli bagi Half Slab Pra-Tegasan ini memberikan impak yang tinggi dan efektif kepada
pengilang dari segi penjimatan masa, mengurangkan risiko kemalangan/kecederaan dan menjimatkan
kos. Ianya membantu pihak pengilang untuk meningkatkan produktiviti dalam menghasilkan Half Slab
dan membantu pihak kontraktor dapat menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh masa yang singkat.

405

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Menjimatkan masa
Kotak Bentuk Keluli bagi Half Slab Pra-Tegasan ini dibangunkan berkonsepkan mudah dikendalikan
dan boleh digunakan berulang kali serta memberikan impak dari segi penjimatan masa, tenaga kerja
dan kos binaan.
Meningkatkan Kualiti
Kotak Bentuk Keluli bagi Half Slab Pra-Tegasan yang tahan lasak (durable), boleh laras (flexible)
mengikut saiz yang dikehendaki, tahan lama (long lasting) dan ketepatan ukuran yang jitu serta mudah
diselenggara. Produk ini dilengkapi dengan vibrator untuk proses pemadatan konkrit.
Menambahkan pendapatan
Kotak Bentuk Keluli bagi Half Slab Pra-Tegasan ini membantu pihak pengilang mendapat keuntungan
yang lebih tinggi kerana Half Slab dapat dihasilkan dengan cepat. Ia juga dapat membantu pihak
kontraktor menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh masa yang singkat dan meningkatkan
keuntungan.
Mengurangkan tenaga kerja
Kotak Bentuk Keluli bagi Half Slab Pra-Tegasan dapat mengurangkan dan menjimatkan tenaga kerja
kerana ianya menggunakan teknologi baharu yang mudah dikendalikan semasa penghasilan Half Slab
di kilang dan ditapak bin

5.0 Gambar Produk

Rajah 2: Rekabentuk kotak bentuk keluli bagi half slab pra tegasan

406

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Rajah 3: Pandangan hadapan dan sisi bagi rekabentuk kotak bentuk keluli bagi half slab pra tegasan
Rajah 4: Rekabentuk split mould yang terdiri daripada Type 1 dan Type 2.
407

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Rajah 5: Pre-stressed tendon digunakan bagi menghasilkan half slab pra tegasan
6.0 Kesimpulan
Melalui rekabentuk kotak bentuk keluli bagi half slab pra tegasan ini, ianya memberikan impak yang
positif dan dapat diperkembangkan pada masa akan datang. Ianya dapat meningkatkan pengetahuan,
membudayakan perkongsian ilmu, mengembangkan pemikiran kreatif dan kritis, meningkatkan
kecekapan, menjimatkan masa, meningkatkan kualiti dan menambahkan pendapatan.
Rujukan
CIDB, 2009, Industrialised Building System (IBS): ImplementationStrategy from R&D Perspective,

Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB), Kuala Lumpur.
M.S. Usman, S.I. Shahril Ezral, Tahir M.M., 1 M.F.I Mohd-Nor & Abdul Halim Ismail, (2020).

Keberkesanan Sistem Binaan Berindustri (IBS) Kerangka Keluli Dalam Pembinaan Rumah
Teres, Journal Design + Built, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Trikha& Ali (2004), The Adoption of Industrialised Building System (IBS) Construction in Malaysia:
The History, Policies, Experiences and Lesson Learn

408

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

SISTEM PENGURUSAN TABUNG AKTIVITI UNIT PERHUBUNGAN INDUSTRI DAN
ALUMNI (My-UPIA)

Hasbu bin Hussin
Kolej Komuniti Kuala Terengganu
E-mail: [email protected]

Munirah binti Abdul Manan
Kolej Komuniti Kuala Terengganu
E-mail: [email protected]

Abstrak

Aplikasi atas talian Sistem Pengurusan Tabung Aktiviti Unit Perhubungan Industri Dan Alumni atau
nama singkatannya (My-UPIA) dicetuskan rentetan daripada kesukaran pihak pengurusan dan unit di
Kolej Komuniti Kuala Terengganu memantau dan mendapatkan baki terkini peruntukan kewangan Unit
Perhubungan Industri Dan Alumni. Kesukaran ini menyebabkan kesan ke atas pelaksanaan program-
program yang hendak dijalankan. Justeru itu perlu dibangunkan satu medium capaian maklumat yang
lebih tepat, cepat dan mudah untuk menyelesaikan masalah ini. Penambahbaikan kami cadangkan
adalah dengan menghasilkan satu sistem atas talian yang boleh di capai oleh semua pegawai yang
terlibat yang dinamakan sebagai My-UPIA. Sistem ini adalah satu sistem atas talian yang memaparkan
baki terkini peruntukan kewangan dan rekod penggunaan peruntukan Unit Perhubungan Industri Dan
Alumni Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Pegawai yang terlibat hanya perlu membuat capaian
dengan komputer atau telefon pintar di mana-mana sahaja tanpa perlu berhubung dengan Unit
Perhubungan Industri Dan Alumni terlebih dahulu. Dengan penghasilan My-UPIA ini dapat
memudahkan lagi pihak Unit Perhubungan Industri Dan Alumni dalam mengurus Tabung Aktiviti
manakala bagi pihak pengurusan Kolej Komuniti Kuala Terengganu serta memudahkan proses
pemantauan amnya.

Kata Kunci: My-UPIA

1.0 Penyataan Masalah

Justeru itu perlu dibangunkan satu medium capaian maklumat yang lebih tepat, cepat dan mudah untuk
menyelesaikan masalah ini. Penambahbaikan kami cadangkan adalah dengan menghasilkan satu sistem
atas talian yang boleh di capai oleh semua pegawai yang terlibat yang dinamakan sebagai My-UPIA.
Sistem ini adalah satu sistem atas talian yang memaparkan baki terkini peruntukan kewangan dan rekod
penggunaan peruntukan Unit Perhubungan Industri Dan Alumni Kolej Komuniti Kuala Terengganu.
Pegawai yang terlibat hanya perlu membuat capaian dengan komputer atau telefon pintar di mana-mana
sahaja tanpa perlu berhubung dengan Unit Perhubungan Industri Dan Alumni terlebih dahulu.

409

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

2.0 Objektif

Rasional projek inovasi ini dibangunkan adalah kerana:
i. Timbalan Pengarah Pengurusan dan pegawai berkaitan akan dapat memantau penggunaan dan
mengetahui baki peruntukkan Unit Perhubungan Industri Dan Alumni dengan lebih cepat,
mudah dan terkini.
ii. Membantu melicinkan lagi pengurusan peruntukan kewangan Unit Perhubungan Industri Dan
Alumni.
iii. Menyokong inisiatif IR4.0 sejajar dengan dasar JPPKK semasa.

3.0 Diskripsi Produk

Inovasi sistem ini adalah idea asli dan dibangunkan bersama 2 orang kakitangan Kolej Komuniti Kuala
Terengganu. Projek ini dibangunkan berasaskan permasalahan yang timbul di Unit Perhubungan
Industri Dan Alumni, iaitu kesukaran mengakses maklumat peruntukan kewangan aktiviti dalam
tempoh yang cepat dan segera. Inovasi ini dibangunkan sepenuhnya menggunakan aplikasi android
yang menggunakan google web serve sebagai database utama. Urusan merekod data pengeluaran wang
hanya boleh dibuat di Komputer Pegawai Perhubungan Industri Dan Alumni (PPIA). Data seperti baki
dan tarikh cek dikeluarkan boleh dibaca secara automatik di telefon pintar dan komputer setiap pemilik
proses. Dengan adanya sistem ini, capaian data berkenaan peruntukan tabung aktiviti Unit Perhubungan
Industri Dan Alumni boleh dicapai dan dianalisa oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan pegawai
yang terlibat dari masa ke semasa.

4.0 Impak Produk

Impak dari projek inovasi Sistem Pengurusan Tabung Aktiviti Unit Perhubungan Industri Dan Alumni
atau nama singkatannya (My-UPIA) ini telah memberi banyak manafaat khususnya kepada kolej dan
unit umumnya dalam menganjurkan program atau aktiviti pelajar.

Impak Kepada Unit

i. Pihak pengurusan atau unit akan dapat memantau urusan peruntukan kewangan di unit dengan
lebih mudah, cepat dan tepat.

ii. Menyediakan platform terpantas untuk mengetahui program atau aktiviti pelajar yang telah
dijalankan.

iii. Menjimatkan masa pengurusan dan pegawai memantau dan mendapatkan maklumat kedudukan
kewangan unit dalam menjalankan program atau aktiviti pelajar.

Impak Kepada Pensyarah

i. Pensyarah yang terlibat dalam menganjur atau memantau program pelajar di unit dapat
merancang program dengan lebih baik.

ii. Pensyarah juga dapat mengetahui rekod penggunaan peruntukan kewangan di unit dalam
menjalankan program atau aktiviti pelajar.

410

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Impak Kepada Kolej Komuniti Kuala Terengganu

i. Secara tidak langsung, perjalanan pengurusan program atau aktiviti pelajar secara umumnya lebih
kemas dan teratur melalui capaian maklumat peruntukan kewangan daripada Sistem Pengurusan
Tabung Aktiviti Unit Perhubungan Industri Dan Alumni (My-UPIA).

5.0 Gambar Produk
Log –in ke https://myupia2020.wixsite.com/home

Rajah 1: Masukkan Kata Laluan Untuk merekodkan data (ADMIN) atau ingin menyemak baki
(USER)

411

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Rajah 2: Pemilik proses akan dapat melihat baki peruntukan MyUPIA dan rekod penggunaan
MyUPIA.
412

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Rajah 3: Rekod berkenaan My-UPIA akan dipaparkan. Pentadbir akan memilih fail yang berkaitan
untuk merekodkan data.

Rujukan
Yahya Emat (2005). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia, Selangor. IBS Buku Sdn. Bhd.
Zaini Ujang (2007). “Kerjasama Industri – Akademia Galak Inovasi” Rencana Berita Harian 12 April

2007.

413

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

APLIKASI INTERAKTIF MY PERSONAL SOLVING CARD (MYPSC)

Zarina Samin
Kolej Komuniti Ledang
E-mail: [email protected]

Nur Angriani Nurja
Kolej Komuniti Beaufort
E-mail: [email protected]

Khairul Aizal Osman
Kolej Komuniti Masjid Tanah
E-mail: [email protected]

Abstrak

Kemajuan dalam teknologi informasi dan telekomunikasi mempunyai pengaruh yang besar dalam
bidang Pendidikan secara khususnya. Penggunaan ICT mampu mewujudkan suasana pembelajaran
yang menarik dengan aplikasi media pembelajaran dalam perkongsian ilmu bersama pelajar. Sejajar
dengan itu, My Personal Solving Card atau MyPSC telah dibangunkan dengan berpandukan kad fizikal
panduan penyelesaian masalah PSC (Personal Solving Card) yang mempunyai kemudahan ‘padam dan
tulis’ dalam bentuk aplikasi telefon pintar. Menerusi aplikasi MyPSC ini, pengguna akan dibimbing
dan dipandu dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah menggunakan teknik WDEP yang
diperkenalkan oleh tokoh psikologi William Glasser (1965). MyPSC merupakan cetusan idea alat bantu
kaunseling berbentuk dalam talian yang mengadaptasi teknik WDEP (wants, direct, evaluate, plan)
dalam terapi Realiti. Penggunaan MyPSC adalah mudah dan senang difahami bagi menggalakkan
proses perhubungan menolong seseorang individu.

Kata Kunci: Aplikasi Interaktif, Perhubungan Menolong, MyPSC

1.0 Penyataan Masalah

Masalah adalah sebahagian daripada proses perjalanan kehidupan seorang insan. Namun tidak semua
mampu untuk bersifat terbuka dengan bertemu ahli terapi jika mempunyai masalah. Mereka
memerlukan dorongan atau bantuan bagi membantu mereka mendapat celik akal tanpa mengorbankan
ego atau prinsip diri. Panduan sebenar untuk penyelesaian masalah ialah dengan mengambil kira proses
dan bagaimana hasil daripada pilihan individu itu sendiri kerana diri individu itu yang akan menghadapi
kenyataan dan berhadapan dengan pilihan yang dibuat.

Pengalaman pengkaji sebagai kaunselor, terdapat kesukaran memberi kefahaman keperluan kaunseling
kepada golongan aliran teknikal sehinggalah kaunseling diangkat seiring dengan keperluan teknik dan
vokasional. Kepelbagaian atau variasi dalam perkhidmatan kaunseling dianggap satu keperluan yang
dominan apatah lagi kejayaan perkhidmatan ini amat sukar dibuktikan secara nyata bagi pendapat
sesetengah pihak.

414

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Justeru, pengkaji ingin mengetengahkan perkhidmatan kaunseling ini kepada mata umum dengan
menghasilkan satu bentuk aplikasi bagi menambahbaik perkhidmatan ini sekaligus membantu dalam
proses perhubungan menolong. Dengan terciptanya aplikasi ini ianya telah menjadi satu fenomena yang
baharu seiring dengan perkembangan teknologi. Di samping itu, alat bantu kaunseling ini membantu
kelancaran proses kaunseling bagi pelajar aliran teknikal yang sering dikaitkan dengan personaliti
realistik.

2.0 Objektif

Produk ini telah direka untuk mencapai objektif berikut:
a) Berkongsi ilmu psikologi dan kaunseling kepada masyarakat umum dengan cara yang kreatif dan

mudah difahami
b) Sebagai alat bantu mengajar kursus sepenuh masa dan kursus pendek
c) Membantu individu cara menyelesaikan masalah berdasarkan panduan yang diberikan
d) Tidak bergantung kepada kaunselor atau terapis dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi

3.0 Diskripsi Produk

MYPSC bertujuan untuk membantu individu memahami cara penyelesaian masalah berdasarkan
panduan yang diberikan. Secara tidak langsung, pengguna tidak bergantung kepada kaunselor atau
terapis dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pengguna hanya perlu mengisi dan melengkapkan
PSC sebagai garis panduan penyelesaian masalah menggunakan sistem WDEP yang diperkenalkan oleh
tokoh psikologi William Glasser (1965). Inovasi telah direka bentuk secara interaktif dengan
menggunakan pendekatan yang mudah, hanya dengan mengikuti arahan di atas kad dalam aplikasi
telefon pintar. Pengguna akan terbuka minda untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi secara
sendirian atau bimbingan.

4.0 Impak Produk

Produk ini memberi beberapa manfaat kepada pengguna seperti berikut:
a) Penghasilan MyPSC ini dapat membantu individu mengendalikan masalahnya dengan bijak;
b) Individu yang normal dapat menjana pemikirannya sendiri untuk menyelesaikan masalah yang

dihadapi, melalui tindakan, perilaku dan usaha yang terarah dan berterusan;
c) Pengguna hanya perlu melengkapkan arahan yang diberikan dalam MyPSC untuk menyelesaikan

masalah dirinya
d) Maka terlahirlah masyarakat yang harmoni mempunyai ciri human being dan aman serta

berlandaskan pegangan agama masing-masing.

415

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
5.0 Gambar Produk

Rajah 1: Prototaip aplikasi telefon pintar MYPSC

Rajah 2: Prototaip aplikasi telefon pintar MYPSC
416

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Rajah 3: Prototaip aplikasi telefon pintar MYPSC
Rujukan
Wubbolding, R. (2007). Applying counselling theories. NJ: Upper Saddle River. Pearson Education.
Zarina Samin, Khairul Aizal & Nur Angriani Nurja. (2016). Personal Solving Card: An application.

Prosiding ASEAN psychology & counselling conference (APCC), hlm.155-161.
Zuria Mahmud, Noriah Mohd Ishak & Syafrimen Syafril. (2004). Penyesuaian akademik, sosial, dan

emosi pelajar-pelajar di kampus. Jurnal Personalia Pelajar 8: 1-16.

417

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

DURIAN HUSK FIBER FILTER FOR SINK OUTLET TREATMENT

Nur Ain Afrina bt Mohd Saidi
Politeknik Tun Syed Nasir

Muhammad Hafiz b Ismail
Politeknik Tun Syed Nasir

Muhammad Adam Hakimi b Harun
Politeknik Tun Syed Nasir

Abstract

Due to environmental issues and tons of biowaste generation every day, biocomposite has been looking
as a potential renewable material to solve the waste pollution. Biocomposite displays many advantages
in structural and non-structural applications. Domestic kitchen waste is facing a typical problem of
waste water pollution to the public drain that is mixed with cooking oil which produces a bad smell to
the environment. Most natural fiber is inherited with absorption ability. Durian Husk Fiber (DHF), in
particular, has the potential for oil absorption for waste oil treatment (or waste cleaning) purposes. A
filter composite made of DHF is formulated with PLA resin with a ratio of 70:30 of DHF to PLA. DHF
filter is designated to be used in sink trap to clean the oilwaste from kitchen sink outlet. This innovation
can help clean the outlet from kitchen sink for every domestic house.

Keywords: Durian Husk, Biowaste, Kitchen

1.0 Introduction

Durian (Durio Zibethinus Murr) is one of the most important seasonal fruits in tropical countries such
as Indonesia, Thailand, Malaysia, Philippines, etc. Consumption of these fruits and their products is
becoming phenomenal in the global trade market, especially in the Southeast countries. North Sumatra
Indonesia is one of the largest countries with Durian producers with 79,659 tons in 2011 (Sembiring et
al., 2018) [1], and this number has increased sharply during this time. As a result, the abundance of
durian fruit causes environmental problems, where durian seeds and durian skin become a large amount
of biological waste. In common practice, durian waste is burned or sent to landfills, regardless of the
surrounding environment. In contrast, durian seeds grow wild everywhere. Furthermore, agricultural
waste is expected to increase in the future, and if we are not able to efficiently dispose of agricultural
waste, it will lead to social and environmental problems.

Since most solid agricultural wastes are cheap, plentiful and readily available, research has paid
attention to the possibility of low costs of materials that have been derived from agricultural wastes to
produce a wide variety of new materials. The high cellulose content in durian skin makes it a natural
absorbent material. According to (Marzuki & David, 2018) [2], high cellulose content in fruit fiber can
absorb higher value of oil.

418

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Durian skin fiber is a widely produced waste and contains cellulose (47.2 %), hemicellulose (9.63 %),
lignin (9.89 %), ash (4.20 %), (Charoenvai, 2014) [3]. Durian skin is an agricultural product of waste
fiber mainly composed of of cellulose which is a glucose-polymer with a relatively high modulus, often
found as a fibrillar component of many natural composites.

Typically, wastewater generated from cooking activities contains oils and food waste that gradually
contaminate natural water sources if inadvertently discharged into drains. This criterion distinguishes
kitchen wastewater from other domestic wastewater coming from toilets or bathrooms. On the other
hand, durian bark is expected to be a massive agricultural waste causing an additional burden to the
landfill. Therefore, research has been established to produce good cellulose potential in fruit fiber in
order to absorb high amounts of oil. This research highlights the potential of durian skin to treat kitchen
wastewater. Studies on wastewater treatment using durian husk fiber filters can reduce pollutants
entering rivers, where wastewater is treated at source points such as monsoon drains before wastewater
flows into major rivers.

Therefore, it is important to understand the natural physical and mechanical properties so that it can be
used in suitable and diverse applications. The purpose of this study is to study the influence of durian
fiber composition on biomaterial composites as a function of physical and mechanical properties.
It is also hoped to reduce the workload during the treatment process carried out at the wastewater
treatment plant and to avoid or reduce the problem of clogged pipelines due to oil carried along with
running water.

2.0 Problem Statement

The main agents of water quality decline are humans. Human activities through the process of
urbanization have influenced water pollution. In urban areas, waste water from kitchens such as in
restaurants, roadside stalls or in school canteens is usually channeled directly to a nearby drain without
any treatment before being channeled to the main drain or river. According to(Marzuki & Daud, 2018)
[2], the physical characteristics of wastewater in drains include wastewater that is gray in color, smelly
and contains solid food waste and garbage. While its chemical characteristics include the state of oily
wastewater. Therefore, it causes a smelly condition and will attract pests such as rats and cockroaches.
This is due to, oily conditions will increase the biodegradation process which will reduce oxygen levels
and create anaerobic conditions in the wastewater. The management of wastewater in drains has not yet
received due attention, even drain wastewater is also a major contributor to river and sea pollution as
well as flash floods.

For example, when a household is cleaning kitchen utensils in the sink or cleaning something related to
cooking oil, here the issue of simplifying the washing process is taken lightly. This is because they
assume that the waste cooking oil will continue to enter the pipeline and will be fully managed by the
responsible party. However, they did not know that the waste oil would cause clogged drains. This in
turn will result in a foul odor and unpleasant to the local community and the environment.

419

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Solid waste disposal statistics in Malaysia show that durian peel is the main factor contributing to the
largest and heaviest waste especially during the fruit season. Therefore, initiatives need to be taken to
control this waste by utilizing discarded durian skins. One of them is to use it as a medium to absorb oil
in wastewater. Adsorption is the most popular because it is a very simple and time -saving technique.
Furthermore, attention is more focused as it can be used as an alternative absorbent at a lower cost.

Therefore, to solve this problem, fiber filters have been designed from durian skin waste to absorb
cooking oil waste that passes through the pipeline so that the waste does not flow along with the dirty
water waste into the drain.

3.0 Product Objective

This product has been designed to achieve the following objectives:
a) to create fibers from waste materials
b) to develop durian husk fibers as an oil filter

4.0 Product Description

Durian husk fiber is still poorly studied regarding its advantages but it is worth studying because it can
make a significant contribution to technology in the future. Apart from that, it can also improve the
local economy due to the high demand for durian as we already know durian is very popular and always
sold in the market because of its unique taste but if it is also used for development purposes of course
it has a positive impact on the national economy.

Durian Husk Fiber Filter has its own purpose. It is used as an adsorbent to improve water quality. Waste
water is filtered first by using this fiber filter before being drained into the drain. There are several
processes to produce this product. Fresh durian skins are washed clean with tap water to remove any
sticky particles and twilight. The obtained durian skin is then cut into small pieces using a machine and
carried out in the drying stage with a long drying time of 24 hours at a temperature of 70 ° C. After that,
the next step is the durian skin is crushed, pounded and forged in order to enlarge the surface pores. The
dried durian skin that has been ground is then sifted to obtain durian skin powder or fibers. Thereafter,
it was dried in an oven at 60 ºC for 8 h before extrusion. (Charoenvai, 2014)[3]

Durian skin that was processed earlier will be a filter fiber which becomes an oil -absorbing agent. This
filter fiber will be placed in the sink pipeline. Therefore, wastewater mixed with cooking oil will be
filtered first before the waste water enters the drain or sewage plant. And in turn can avoid clogged and
smelly drains.

420

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Diagram 1: Bottle trap with sink pipeline

Durian Husk Fiber area to
be placed

5.0 Product Impact
This product provides several benefits to users. The first visible impact is, the waste of cooking oil
dumped into the drain is reduced. This is because, this durian husk fiber filter product is designed to be
an oil absorption agent in the piping in the sink.
Next is to reduce environmental pollution. Polluted river and drain conditions will result in many living
things dying and in turn will reduce the habitat of flora and fauna. In addition, future generations will
be able to clearly see the depleted habitat and not just see it in pictures.
The next visible advantage is that the community lives in a comfortable, peaceful and peaceful
environment. This is because they can breathe fresh air every day as a result of clean drains or rivers.
And in turn will reduce infectious diseases such as aedes.
The last one is, be able to take advantage of natural ingredients. Thus, it can reduce durian skin waste
during the fruit season. Durian peel has many advantages and nutrients compared to when using

421

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

chemicals. This is because, when it comes to chemicals, consumers should be more careful when
handling them and need to wear appropriate clothing and gloves. Compared to when using natural
materials, there is no serious effect when holding it by hand without gloves.
6.0 Product Images

Figure 1: Durian fruit and its cross-section.

Figure 2: Durian Peel Fiber

422

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
References
(Charoenvai, 2014; Marzuki & Daud, 2018; Sembiring et al., 2018)
Charoenvai, S. (2014). Durian peels fiber and recycled HDPE composites obtained by extrusion.

Energy Procedia, 56(C), 539–546. https://doi.org/10.1016/j.egypro.2014.07.190
Marzuki, A., & Daud, N. H. (2018). Effect of Durian Husk and Palm Fiber on Performance of

“Dukoffilt” to Treat Domestic Waste Water. Modern Environmental Science and
Engineering, 4(2), 169–172. https://doi.org/10.15341/mese(2333-2581)/02.04.2018/007
Sembiring, T., Kristiarawati, Sebayang, K., & Sinuhaji, P. (2018). Characterization of Biocomposite
Materials based on the Durian Fiber (Durio Zibethinus Murr) Reinforced using Polyester
Resin. Journal of Physics: Conference Series, 1116(3). https://doi.org/10.1088/1742-
6596/1116/3/032031

423

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

PurifyMe

Norsela A. Manaf
Politeknik METrO Johor Bahru
E-mail: [email protected]

Asikin Aziz
Politeknik METrO Johor Bahru
E-mail: [email protected]

Bahariatulaini Badri
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: [email protected]

Abstrak

Kewangan sosial merupakan satu inisiatif yang memberi ruang dan peluang kepada golongan yang
terpinggir mendapatkan kemudahan. Kewangan sosial dapat membentuk satu rangsangan kepada
golongan yang memerlukan dalam mengubah tahap ekonomi mereka. Secara tidak langsung, ia mampu
memberi impak yang sangat positif kepada ekosistem ekonomi sesebuah masyarakat dan negara.
Justeru itu, dengan penghasilan idea aplikasi PurifyMe, ia dapat membantu masyarakat memahami,
menggalakkan dan merancang pelaksanaan zakat, derma dan wakaf melalui pendekatan yang lebih
efektif. Aplikasi ini merupakan satu pit-stop bagi merekod transaksi yang melibatkan kewangan sosial,
sebagai memenuhi tanggungjawab menunaikan zakat dan sumbangan melalui derma dan wakaf.
Aplikasi ini membantu individu membuat perancangan dan penetapan sasaran secara tahunan
disamping membantu perekodan untuk penyelarasan cukai pendapatan. Secara tidak langsung,
pengguna turut menyumbang kepada pembangunan sosial masyarakat melalui dorongan daripada
perancangan zakat, derma dan wakaf secara berkesan.

Kata Kunci: Zakat, Wakaf, Kewangan Sosial, Penyucian Harta

1.0 Penyataan Masalah

Kewangan sosial memainkan peranan yang lebih besar dalam landskap kewangan Malaysia, dengan
kewangan Islam sebagai peneraju. Seterusnya, melengkapkan kewangan sektor awam dan penyelesaian
kewangan yang berasas komersial bagi menggalakkan daya tahan sosial yang lebih kukuh. Kewangan
sosial mempunyai dua kualiti unik yang boleh memajukan rangkuman kewangan dengan cara yang
transformatif dan menangani kekangan yang lazimnya dikaitkan dengan kewangan tradisional.
Instrumen pertama dimana kewangan sosial boleh direka bentuk supaya lebih fleksibel, lantas
meningkatkan tahap penyerapan risiko (berbeza daripada kewangan tradisional yang berasaskan
hutang). Instrumen kedua, inisiatif kewangan sosial sering disokong oleh mekanisme pemantauan
impak dan mekanisme membalas kebaikan kepada orang lain dan bukan kepada pemberi asal (pay-it-
forward).

424

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Institusi zakat adalah antara yang terawal memberi bantuan dan sokongan kepada yang memerlukan,
khususnya dalam kalangan masyarakat Islam semasa pandemic Covid-19. Pada 4 Mei 2020, institusi
zakat telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM171.92 juta semasa negara kita dalam keadaan
pandemik. (Hairunnizam, Mohd Ali, 2021). Menurut Bakar & Rahman (2007), cukai dianggap sebagai
elemen penting dalam dasar fiskal, sedangkan zakat lebih dilihat sebagai institusi sukarela semata-mata.
Justeru itu, dengan penghasilan idea aplikasi PurifyMe, ia dapat membantu masyarakat memahami,
menggalakkan dan merancang pelaksanaan zakat, derma dan wakaf melalui pendekatan yang lebih
efektif. Disamping itu, PurifyMe membantu pengguna dalam merancang kewangan peribadi yang lebih
teratur dan sistematik.
2.0 Objektif
Produk ini telah direka untuk mencapai objektif berikut:
a) Membantu pengguna untuk menjejaki jumlah zakat yang perlu dikeluarkan dan mencapai sasaran

yang dirancang
b) Membantu pengguna merekod dan mengenalpasti transaksi derma dan wakaf yang telah

dilaksanakan
3.0 Diskripsi Produk

Rajah 1: Paparan Muka Utama Aplikasi Mobil PurifyMe

425

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

PurifyMe merupakan aplikasi yang membantu pengguna dalam merancang kewangan sosial. PurifyMe
menggabungkan tiga elemen iaitu zakat, derma dan wakaf. Platform zakat membantu individu dalam
mengenalpasti jumlah bayaran zakat yang perlu dilaksanakan dan mengenalpasti sasaran bagi setiap
bayaran zakat yang dilaksanakan. Manakala platform derma dan wakaf membantu individu dalam
merekod segala traksaksi derma dan wakaf yang telah dilaksanakan. Hasil daripada simpanan rekod
tersebut, ia membantu pengguna dalam mengenalpasti jenis derma dan wakaf yang telah dilaksanakan
dari masa ke semasa.
Disamping itu, aplikasi ini dapat menyimpan bukti bayaran bagi setiap transaksi yang telah
dilaksanakan. Secara tidak langsung, aplikasi ini membantu pengguna dalam menguruskan bukti
dokumen bagi proses pelepasan cukai yang ditetapkan oleh kerajaan. Rekod analisis secara graf akan
muncul sebaik sahaja keluar dari peranti dipusingkan. Pada akhir penggunaan, pengguna dapat melihat
peratus keseluruhan kewangan sosial pengguna yang telah dilaksanakan.

Rajah 2: Paparan Antara Muka untuk Zakat, Derma dan Wakaf

426

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Rajah 3: Paparan Muka bagi penetapan sasaran jumlah zakat

Rajah 4: Paparan Muka bagi perekodan jumlah pembayaran zakat, derma dan wakaf
4.0 Impak Produk
Produk ini memberi beberapa manfaat kepada pengguna seperti berikut:
a) Pengguna dapat menunaikan tanggungjawab membayar zakat mengikut nisab yang ditetapkan
b) Pengguna dapat merekod jumlah pembayaran keseluruhan zakat, derma dan wakaf seterusnya

melihat perkembangan bayaran berbanding sasaran
c) Pengguna dapat memantau kerja yang telah dilaksanakan

427

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
5.0 Gambar Produk

Rajah 5: Platform Zakat

Rajah 4: Rumusan

Rujukan

Bernama, (2021). Kewangan sosial Islam dapat beri sokongan kepada pengurangan kadar kemiskinan
Retrieved Disember 3, 2021, daripada
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news_pemerkasa.php?id=2029960

BNM, (2022). Pelan Sektor Kewangan 2022-2026 daripada

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/5915429/fsb3_bm_box4.pdf

Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor (2020). Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran
COVID-19. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Barizah, & Abdul Rahim. (2007). Comparative Study of Zakah and Modern Taxation. J.KAU:
Islamic Econ., Vol. 20, No. 1, pp: 25-40 (2007 A.D./1428 A.H.)

428

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

APLIKASI GIS DALAM PEMETAAN HOTSPOT KES COVID-19

TPr. Gs. Rozaimi bin Majid
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

E-mail: [email protected]

Nornabila Natasha binti Mohd Adnan
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

E-mail: [email protected]

Nur Syafini binti Samsudin
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

E-mail: [email protected]

Abstrak

Koronavirus atau COVID-19 pertama kali muncul di Wuhan, China pada Disember 2019 dan
diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sehingga kini, COVID-
19 telah meragut sekurang-kurangnya 5,838,469 nyawa. COVID-19 masih lagi menular di Malaysia
semenjak kes pertama yang disahkan pada 25 Januari 2020. Pergerakan manusia masuk ke kawasan
tertumpu penularan wabak boleh mengakibatkan pembawaan keluar COVID-19 ke kawasan-kawasan
yang lain oleh manusia itu sendiri. Oleh itu, pergerakan ini boleh dikawal menerusi aplikasi Sistem
Maklumat Geografi (GIS) dalam pemetaan hotspot COVID-19 sebagai usaha mengawal penularan
wabak. Pemetaan hotspot COVID-19 berupaya memaparkan kawasan hotspot (kejadian kes dan kadar
jangkitan yang tinggi), dan kawasan coldspot (tiada kejadian kes) dengan menggunakan data kejadian
kes positif COVID-19 yang direkodkan. Objektif utama pemetaan hotspot adalah untuk mengenal pasti
taburan lokasi kes COVID-19, dan menghasilkan peta kawasan hotspot serta coldspot. Paparan peta
hotspot yang dihasilkan melalui kaedah analisis ruangan GIS merupakan sumber maklumat dan
peringatan kepada orang ramai supaya mengelakkan diri daripada memasuki ke kawasan tumpuan
wabak (hotspot). Tindakan mengelak ini berupaya mengekang penularan wabak dalam memastikan
semua kawasan berada dalam zon selamat. Oleh yang demikian, pemetaan hotspot ini adalah salah satu
usaha pencegahan dalam proses pengawalan penularan wabak COVID-19.

Kata Kunci: Pemetaan, Hotspot, COVID-19

1.0 Penyataan Masalah

Hubungan antara penyakit dan persekitaran memang telah diketahui sejak beratus tahun dahulu (Lang,
2000). Pakar epidemologi menggunakan peta dalam melakukan analisis hubungan antara lokasi,
persekitaran dan penyakit. Namun kini, hubungan tersebut lebih mudah dilaksanakan melalui
penggunaan kaedah GIS kerana keupayaannya dalam analisis ruangan dan analisis statistik ruangan
disamping memaparkan semula peta tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Peta atau
lakaran yang dilakukan menggunakan kaedah GIS adalah bersifat berujukan ruangan. Oleh yang

429

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
demikian, peta dan lakaran tersebut menggambarkan tempat sebenar diatas permukaan bumi, masa dan
kejadian kes jelas ditunjukkan. Ketepatan dalam mengenal pasti kawasan hotspot ini akan memberi
faedah yang signifikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan barisan hadapan dalam
pengesanan dan kawalan kes COVID-19.
Rakyat boleh mengesan kes positif COVID-19 yang dilaporkan dalam lingkungan satu kilometer dari
kawasan tertentu menggunakan Hotspot Tracker menerusi aplikasi MySejahtera. Ia bagi membantu
orang awam untuk menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan harian secara lebih berhati-
hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko. Namun begitu, Hotspot Tracker ini mempunyai beberapa
kelemahan, antaranya ialah tidak menunjukkan paparan peta kawasan hotspot bagi suatu kawasan
tempatan, daerah atau negeri (rujuk Rajah 1).

Rajah 1: Paparan Hotspot Tracker yang terdapat dalam menu MySejahtera
Dalam kajian kesihatan, teknik GIS amat berfungsi dengan menggantikan kaedah pemprosesan yang
konvensional secara manual, atau menambah baik sistem pengumpulan data di lapangan dalam pelbagai
peringkat projek khususnya dalam bidang kesihatan. Oleh itu, dengan menggunakan GIS maka
pemetaan hotspot kes COVID-19 dapat disediakan kerana peta GIS mempunyai kelebihan berbanding
dengan peta konvensional.

430

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

2.0 Objektif

Aplikasi ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:
a) Untuk mengenal pasti taburan lokasi kes COVID-19 di kawasan kajian,
b) Untuk menghasilkan peta kawasan hotspot kes COVID-19, dan
c) Untuk mengenal pasti kawasan coldspot daripada kes COVID-19.

3.0 Diskripsi Produk

Pemetaan hotspot kes COVID-19 merupakan paparan peta yang menunjukkan kawasan berlakunya
kejadian kes COVID-19 dan kadar jangkitan yang tinggi. Ia dikenali sebagai kawasan hotspot iaitu
sebuah kawasan yang tertumpu dengan penularan wabak, manakala kawasan coldspot pula ialah sebuah
kawasan yang bebas kejadian kes dan tidak berlaku penularan wabak. Penghasilan pemetaan hotspot
adalah melalui satu proses analisis ruangan menggunakan perisian ArcGIS. Kaedah Kernel Density
Estimation (KDE) yang terdapat dalam ArcGIS pula telah digunakan pada rekod data kes COVID-19
yang berlaku dalam daerah Kuala Muda. Data yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) melalui pautan https://m.facebook.com/OfficialJKNKedah/ dan https://t.me/cprckkm
telah direkodkan secara harian mulai Januari hingga April 2021 sebagai data sampel untuk membentuk
peta hotspot. Terdapat 223 lokasi kes COVID-19 yang telah direkod dalam tempoh tersebut dan taburan
lokasi kejadian dalam bentuk data titik boleh dirujuk pada Rajah 2. Kaedah KDE digunakan sebagai
analisis ruangan untuk mendapatkan peta hotspot (rujuk Rajah 3). KDE merupakan satu kaedah analisis
ruangan yang mengukur kepadatan sel raster dengan menggunakan sampel titik diketahui. Setiap titik
yang diketahui disatukan dengan fungsi kernel (M Ansari & Kale, 2014). Peta hotspot yang dihasilkan
telah dikelas kepada 4 jenis kawasan iaitu kawasan panas (hotspot, 1,385 hektar, 73 lokasi), kawasan
sederhana panas (4,120 hektar, 81 lokasi), kawasan kurang panas (11,599 hektar, 98 lokasi), dan
kawasan tidak panas (coldspot, 75,651 hektar) (rujuk Rajah 4, 5 dan 6). Pada akhir penghasilan peta
ialah peta kawasan risiko wabak yang terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan hotspot (berisiko,
17,104 hektar, 18 peratus) dan kawasan coldspot (tidak berisiko, 75,651 hektar, 82 peratus) (rujuk Rajah
7). Justeru itu, orang ramai boleh merancang perjalanan harian dan mengelakkan diri daripada
memasuki ke kawasan tumpuan wabak (hotspot). Oleh itu, pemetaan hotspot ini adalah salah satu usaha
pencegahan dalam proses pengawalan penularan wabak COVID-19.

4.0 Impak Produk

Aplikasi ini memberi beberapa manfaat kepada orang ramai seperti berikut:
a) Orang ramai boleh mengetahui kawasan hotspot COVID-19 melalui peta,
b) Orang ramai dapat mengenal pasti kawasan coldspot melalui peta,
c) Orang ramai boleh mengetahui maklumat terkini kawasan petempatan yang berisiko,
d) Orang ramai lebih yakin untuk melakukan pergerakan dalam daerah tempatan,
e) KKM dan pihak berkuasa dapat mengetahui keluasan (hektar, dan peratus) kawasan berisiko dan

tidak berisiko wabak COVID-19, dan
f) KKM dan pihak berkuasa menjadi lebih mudah membuat pemantauan, kawalan serta perancangan

penularan COVID-19.

431

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
5.0 Gambar Produk

Rajah 2: Taburan lokasi kejadian kes positif COVID-19 dalam bentuk data titik
432

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Rajah 3: Peta hotspot kes positif COVID-19 dan empat kelas kawasan mengikut tahap risiko

433

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Rajah 4: Taburan petempatan yang berisiko Rajah 5: Taburan petempatan yang sederhana
dalam kawasan panas (hotspot) berisiko dalam kawasan sederhana panas

Rajah 6: Taburan petempatan yang kurang
berisiko dalam kawasan kurang panas

434

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Rajah 7: Peta kawasan risiko wabak COVID-19
Rujukan
Ainsworth, P. (2001), Offender Profiling and Crime Analysis, UK, Devon, William Publishing.
Bumpus, S.J. (2012). Analysing and Visualising Areal Crime Data. A Case Study of Residential

Burglary in San Francisco, USA. Dissertation master, Universidade Nova de Lisboa.
Chakravorty, S. (1995). Identifying Crime Clusters: The Spatial Principles. Middle States Geographer,

28, (pp53–58). Dicapai pada 8 Mac 2021 daripada http://msaag.aag.org/wp-
content/uploads/2013/04/7_Chakravorty.pdf.
Chang, K.T. (2012). Introduction to Geographic Information System. Tata McGraw-Hill (4th Edition).
Ferreira, J., Joao, P. & Martins, J. (2012). GIS for Crime Analysis - Geography for Predictive Models.
The Electronic Journal Information Systems Evaluation. Volume 15, Issue 1 2012, (pp36-49).

435

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Hart, T. & Zandbergen, P. (2009). Kernel Density Estimation and Hotspot Mapping: Examining The
Influence of Interpolation Method, Grid Cell Size, And Bandwidth On Crime Forecasting.
Dicapai pada 9 Oktober 2015 daripada
http://www.emeraldinsight.com/doi/pdfplus/10.1108/PIJPSM-04-2013-0039.

Lang, A. (2000). The Limited Capacity Model of Medicated Message Processing. Journal of
Communicating. Volume 50, Issues 1, (pp46-70). Dicapai pada 21 Mac 2021 daripada
https://doi.org/10.1111/j.1460-2466.2000.tb02833.x.

M. Ansari, S. & Kale, K.V. (2014a). Methods for Crime Analysis Using GIS. International Journal of
Scientific & Engineering Research. Volume 5, Issue 12, 1330 ISSN 2229-5518.

Sinar Harian. (2021). Wuhan Kembali Normal Selepas Setahun. Dicapai pada 14 April 2022 daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/120637/GLOBAL/Wuhan-kembali-normal-selepas-
setahun.

W. Azhar, W. Abdullah. (2022). Strategi Dos Penggalak Tidak Munasabah. Kosmo Digital. Dicapai
pada 14 April 2022 daripada https://www.kosmo.com.my/2022/02/19/strategi-dos-penggalak-
tidak-munasabah/.

436

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

“MINI PORTABLE 3C”

Muhammad Faris bin Rosman
Daniel Hakim bin Khairul Anuar
Nurnajmina Alia binti Mohd Yusof
Muhammad Afiq bin Hairuzam
Nurul Maisarah binti Mohd Yussof

Universiti Teknologi MARA
[email protected]

Abstrak

Panas seperti selalu menjadi masalah di setiap negara seperti Malaysia. Disebabkan itu, mereka
memerlukan kaedah alternatif untuk menangani cuaca panas, terutama untuk aktiviti luar seperti
mendaki dan memancing. Mini Portable “3C” boleh ditakrifkan sebagai cooling, comforting dan
conditioning. Matlamat kami untuk projek ini adalah untuk membuat mini penghawa dingin mudah alih
yang mampu milik dan konsisten sejuk kecil terkurung untuk masa dan ruang yang terhad. Mini
Portable 3C (MP3C) juga mudah alih dari satu lokasi ke lokasi lain yang akan menjadikannya lebih
mudah untuk menggunakannya di mana-mana dan pada bila-bila masa. Elemen projek ini ialah paip,
bekas kitar semula atau mana-mana kotak polisterin, ais dan kipas mini. Bagi membolehkan MP3C
berfungsi dengan baik, ia hendaklah diletakkan berhampiran dan terus di hadapan orang ramai. Di
samping itu, pengguna mesti menyediakan bateri untuk menyambungkan kipas. Akibatnya, sesiapa
sahaja boleh memasang MP3C ini dengan mudah ke mana-mana yang mereka mahu menggunakan
prosedur pemasangan yang paling mudah dan menjimatkan tenaga apabila ia digunakan secara
berterusan tanpa orang menggunakannya, yang membazirkan tenaga.

Kata kunci: Mini Portable, Kipas, Panas.

1.0 Penyataan Masalah

Apabila suhu meningkat pada bulan-bulan musim panas, penghawa dingin mudah alih biasa tidak boleh
berfungsi tanpa elektrik serta mempunyai saiz besar yang boleh menjadi satu masalah jika pengguna
ingin membawa untuk berkelah atau untuk melakukan aktiviti luar. Anda akan merasa tidak selesa
dalam suasana yang panas dan lembap. Keperluan untuk penghawa dingin mudah alih adalah
berdasarkan gaya hidup yang lebih fleksibel masa kini, di mana

Selain itu, permintaan untuk dapat memilih bila dan di mana untuk menggunakan penghawa dingin
menjadi faktor yang lebih penting bagi pengguna. Di beberapa negara yang mengalami perbezaan iklim
sepanjang tahun, ia boleh menjadi faedah untuk dapat menanggalkan penghawa dingin apabila
penyejukan tidak perlu lagi. Juga, penghawa dingin yang dipasang secara kekal memerlukan
pengubahsuaian untuk digunakan yang bermakna usaha dan kos tambahan.

Oleh itu, bagi menanganikan masalah tersebut kami telah menginovasi MP3C untuk memudahkan
pengguna menggunakannya dimana dan bila-bila masa sahaja.

437

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

2.0 Objektif
Produk ini telah direka untuk mencapai objektif berikut:
i) Untuk meningkatkan keberkesanan penghawa dingin mudah alih berbanding produk biasa dengan

menggunakan mekanisme yang mudah didapati.
ii) Untuk menghasilkan produk mampu milik secara altenatif untuk semua pengguna.
iii) Untuk memudahkan pengguna membawa produk kemana sahaja

3.0 Diskripsi Produk
Mini Portable 3C adalah sistem yang digunakan untuk menyejukkan suhu dalam ruang dalam dengan
mengeluarkan haba dan kelembapan sedia ada dari bilik. Pada asasnya, mereka bekerja dengan
mengambil udara hangat ke dalam sistem dan menyebarkan udara sejuk, tetapi terdapat banyak lagi
proses ini. Mini Portable 3C ini juga merupakan penghawa dingin mudah alih yang mampu milik dan
konsisten sejuk kecil terkurung untuk masa dan ruang yang terhad. Mini Portable 3C (MP3C) juga
mudah alih dari satu lokasi ke lokasi lain yang akan menjadikannya lebih mudah untuk
menggunakannya di mana-mana dan pada bila-bila masa. Elemen projek ini ialah paip, bekas kitar
semula atau mana-mana kotak polisterin, ais dan kipas mini. Fungsi kipas hanya mengedarkan udara di
dalam tempat anda gunakan. Sesetengah penghawa dingin mudah alih mempunyai keupayaan
menyejukkan, membolehkan anda memastikan suhu selesa.

4.0 Impak Produk
a) Jimat kos kerana bahan yang digunakan mudah didapati.
b) Mudah alih untuk dibawa kemana dan bila-bila masa sahaja.
c) Mampu milik untuk semua pengguna.
d) Selesa digunakan didalam ruang yang kecil dan tertutup.

438

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
5.0 Gambar Produk

439

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

E-NOTICE BOARD SPP KKPPG

Feuna Anasius Joitun
Kolej Komuniti Penampang
E-mail: [email protected]

Johan Severinus Tati
Politeknik Kota Kinabalu
E-mail: [email protected]

Abstrak

Pandemik Covid-19 telah mengubah pelbagai aspek dalam dunia pendidikan. Pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran sektor pendidikan serta penyampaian maklumat kepada
komuniti organisasi turut mengaplikasikan sistem atas talian. Bagi pelajar program Sijil Pengoperasian
Perniagaan di Kolej Komuniti Penampang Sabah, semua hebahan maklumat penting akan dipaparkan
dipapan kenyataan (Notice board). Namun, tidak semua pelajar mengambil inisiatif untuk membaca
maklumat yang dipaparkan. Hal ini menyebabkan maklumat tidak sampai kepada pelajar dengan
efisien. Ini menyebabkan keciciran maklumat berlaku di kalangan pelajar program Sijil Pengoperasian
Perniagaan. E-Notice Board SPP KKPPG dibangunkan untuk menyampaikan hebahan atau
pengumuman penting secara atas talian kepada pelajar SPP melalui penggunaan aplikasi mudah alih
yang telah dibangunkan menggunakan Padlet. Padlet merupakan satu platform atas talian melaksanakan
e-pembelajaran namun diinovasikan sebagai e-Notice Board. E-Notice Board ini menggunakan telefon
pintar Android dan semua maklumat dapat diakses dengan mudah melalui telefon pintar pelajar.
Kesimpulannya, pelajar dapat mengakses semua maklumat bagi Unit Pengoperasian Perniagaan dengan
segera atas talian.

Kata Kunci: E-Notice Board, Sijil Pengoperasian Perniagaan, Kolej Komuniti Penampang

1.0 Penyataan Masalah

Pandemik Covid-19 telah mengubah pelbagai aspek dalam dunia pendidikan. Pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran sektor pendidikan serta penyampaian maklumat kepada
komuniti organisasi turut mengaplikasikan sistem atas talian. Bagi pelajar program Sijil Pengoperasian
Perniagaan (SPP) di Kolej Komuniti Penampang Sabah, semua hebahan maklumat penting akan
dipaparkan dipapan kenyataan (Notice board). Namun, tidak semua pelajar mengambil inisiatif untuk
membaca maklumat yang dipaparkan. Hal ini menyebabkan maklumat tidak sampai kepada pelajar
dengan efisien. Ini menyebabkan keciciran maklumat berlaku di kalangan pelajar program Sijil
Pengoperasian Perniagaan (SPP). Oleh itu, peranan pendidik adalah perlu dalam memastikan
keberkesanan penggunaan teknologi (Khalid & M Zuki, 2016). Selain itu, kebergantungan kepada
kaedah penggunaan teknologi terkini seperti aplikasi Whatapps dan Telegram sebagai saluran kepada
penyampaian maklumat dapat memudahkan tetapi turut mempunyai kekangan (Dzainudin, 2020).

440

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Rajah 1: Papan Kenyataan bagi memaparkan jadual waktu pelajar Program Sijil Pengoperasian
Perniagaan di Kolej Komuniti Penampang

Rajah 2: Papan Kenyataan Galeri Aktiviti Pelajar Program Sijil Pengoperasian Perniagaan di Kolej
Komuniti Penampang
441

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Rajah 3: Papan kenyataan jadual waktu pensyarah yang terletak berhampiran bilik pensyarah.
2.0 Objektif
Produk ini telah direka untuk mencapai objektif berikut:
a) Untuk menyampaikan maklumat secara atas talian.
b) Untuk memastikan maklumat mudah dan cepat diterima oleh pelajar.
c) Untuk menjimatkan kos percetakan, kertas dan masa.
d) Untuk menyokong kempen Go Green di institusi pendidikan melalui pelaksanaan paperless.
e) Untuk mengoptimumkan aplikasi Teknologi Maklumat dan telefon pintar sebagai medium

paperless communication.
3.0 Diskripsi Produk
E-Notice Board SPP KKPPG dibangunkan untuk menyampaikan hebahan atau pengumuman penting
secara atas talian kepada pelajar SPP melalui penggunaan aplikasi mudah alih yang telah dibangunkan
menggunakan Padlet. Padlet merupakan satu platform atas talian melaksanakan e-pembelajaran namun
diinovasikan sebagai e-Notice Board. E-Notice Board ini menggunakan telefon pintar Android dan
semua maklumat dapat diakses dengan mudah melalui telefon pintar pelajar. Pelajar boleh mengakses
e-Notice Board menggunakan QR Code atau link yang telah disediakan dengan mudah apabila pelajar
telah memuat turun aplikasi Padlet ke telefon pintar.

442

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
4.0 Impak Produk
E-Notice Board SPP KKPPG ini memberi beberapa manfaat kepada pengguna seperti berikut:
a) Pelajar SPP Kolej Komuniti Penampang boleh merujuk dan mendapatkan hebahan maklumat

terkini pada bila-bila masa melalui telefon pintar mereka.
b) Pensyarah boleh memuat naik (upload) sebarang maklumat untuk dihebahkan dengan lebih

mudah dan segera pada bila-bila masa.
c) Pelajar dan pensyarah program SPP dapat capai maklumat penting walaupun di luar waktu

bekerja atau berada di luar kawasan kolej.
d) Pelajar dan pensyarah dapat berkomunikasi secara maya dalam E-Notice Board.
5.0 Gambar Produk

Rajah 4: Rekabentuk SPP eNotice Board menggunakan aplikasi Padlet

443

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Rajah 5: Pelajar sedang mengekses SPP eNotice Board menggunakan telefon pintar

Rajah 6: Paparan SPP eNotice Board apabila diakses menggunakan telefon pintar

444

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Rujukan
Dzainudin, N. H. (2020). Pengajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan

Pergerakan. Journal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaaan (Special Issues) ,Vol 9, 18
-28.
Khalid, F., & M Zuki, N. S. (2016). Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Pendidikan Abad ke-21.
Retrieved from https://www.researchgate.net/profile/Fariza-
Khalid/publication/301678067_Penggunaan_Aplikasi_Web_20_dalam_Pendidikan_Abad_Ke
-21/links/57217c3c08ae0926eb45c269/Penggunaan-Aplikasi-Web-20-dalam-Pendidikan-
Abad-Ke-21.pdf

445

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

THE DEVELOPMENT OF A VEHICLE TRACKER IN EPSON

Muhammad Shamirul Naim bin Mahyuddin
Politeknik METrO Johor Bahru

E-mail: [email protected]:[email protected]

Muhamad Nabil bin Md Khalid
Politeknik METrO Johor Bahru
E-mail: [email protected]

Abstract

Transportation system is a very common technology in EPSON and this world. Besides, transportation
is very important in the field of logistics where every day happens in its cycle. Therefore, In journal
from Seok Ju Lee, Girma Tewolde and Jaerock Kwon from Department of Electrical and Computer
Engineering, it explained about how concept of Vehicle Tracking system by using GPS module and
Smartphone Application. So, vehicle tracking system will be built to track the whereabouts of cars that
have been registered using GPS coordinates. Besides, service for receiving or delivering goods, the
commodities' safety and condition must always be maintained when the items delivered by the truck
driver. The driver must arrive safely and in good shape. Therefore, objective this project is to design
and develop a smart vehicle tracker. Next is to track and trace the vehicle stolen by using GPS module
and GSM module. Lastly, to develop a vehicle tracker that powered by battery and can monitored on
Google Maps using Smartphone application. Concept of this project is to track the exact location of a
moving stationary vehicle in real time. Smartphone application has been created to display a vehicle
location Google Map and can track a vehicle’s location anytime. In conclution, when the vehicle's GPS
and GSM are installed, vehicle's location information and send it to the owner at regular intervals
according on the user's choices, ensuring that the owner is always up to date.

Keywords: Tracking, Application

1.0 Penyataan Masalah

Ia kerap berlaku di kilang apabila barang yang dihantar oleh pemandu lori lewat, dan ia menimbulkan
persoalan sama ada keadaan barang yang dihantar selamat atau tidak. Tidak kira sama ada setiap barang
dihantar atau diterima, barang mesti tiba dengan selamat dan dalam keadaan baik. Ia juga menjadi isu
apabila pemandu barang tiba secara mengejut, menyebabkan pekerja tidak bersedia bagaimana untuk
mengatur lokasi barang yang tiba, lebih teruk jika ia berlaku pada waktu hujan.

446

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

2.0 Objektif

Produk ini telah direka untuk mencapai objektif berikut:
a) Untuk bentuk dan membangunkan penjejak kenderaan pintar.
b) Untuk mengesan dan mengesan kenderaan yang dicuri menggunakan modul GPS dan modul GSM.
c) Untuk membangunkan penjejak kenderaan yang dikuasakan oleh bateri dan boleh dipantau pada

Peta Google menggunakan aplikasi Telefon Pintar

3.0 Diskripsi Produk

Jika lori yang membawa barang itu dicuri atau mengalami sebarang kemalangan, ia sukar untuk dikesan.
Kami boleh menjejak lokasi di Peta Google dengan produk ini. Produk ini mungkin dapat membantu
kami dalam meningkatkan keselamatan pemandu dan komoditi yang mereka angkut. Realitinya,
pengurusan kilang akan dapat mengesan barangan mereka dengan pantas dan berjaya meningkatkan
keselamatan pemandu sebagai pengguna kenderaan dengan menggunakan sistem GPS yang boleh
diurus dan dipantau daripada aplikasi Telefon Pintar.

4.0 Impak Produk

Produk ini memberi beberapa manfaat kepada pengguna seperti berikut:
a) Dapat membantu pekerja gudang dalam jabatan
b) Memudahkan pihak pengurusan gudang menyediakan susur atur barang keluar/masuk
c) Dapat memastikan barang tiba tepat masa

5.0 Gambar Produk

Rajah 1: Susun atur sistem pengesan kenderaan yang dicadangkan

447

PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22

Rajah 2: Gambar rajah blok berdasarkan sistem GPS dan GSM
Rujukan
Dukare, S. S., Patil, D. A., & Rane, K. P. (2015). Vehicle tracking, monitoring and alerting system: a

review. International Journal of Computer Applications, 119(10).
Lee, S., Tewolde, G., & Kwon, J. (2014, March). Design and implementation of vehicle tracking system

using GPS/GSM/GPRS technology and smartphone application. In 2014 IEEE world forum on
internet of things (WF-IoT) (pp. 353-358). IEEE.
Shinde, P. A., & Mane, Y. B. (2015, January). Advanced vehicle monitoring and tracking system based
on Raspberry Pi. In 2015 IEEE 9th International Conference on Intelligent Systems and Control
(ISCO) (pp. 1-6). IEEE.

448


Click to View FlipBook Version