PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
2.0 Penyataan Masalah
JKM PMS mempunyai 23 ruang termasuk ruang pejabat, bilik pensyarah, bengkel, makmal dan bilik
kuliah. Kesemua ruang terdapat aset berserta dokumen-dokumen penting yang mempunyai nilai
kerahsian yang perlu dilindungi. Semua ruang ini mempunyai kunci dan anak kunci yang telah dikodkan
secara khusus. Sebahagian ruang anak kunci dipegang oleh pensyarah yang diberi surat kebenaran
secara khusus oleh Ketua Jabatan dan sebahagian ruang anak kunci berada di dalam peti kunci di pejabat
pentadbiran JKM. Pengurusan dan pengendalian anak kunci di JKM dilakukan secara manual dengan
menulisnya di dalam buku rekod pergerakkan kunci JKM dan diselia oleh seorang pembantu tadbir.
Namun dengan kaedah pengendalian secara manual ini, apabila pemantauan dibuat oleh Ketua Jabatan
didapati timbul beberapa masalah seperti tidak menulis di dalam buku ketika mengambil dan
menghantar anak kunci, terlewat pulang anak kunci, terlupa pulangkan anak kunci dan tersalah letak
anak kunci. Kesemua masalah ini merupakan risiko kepada berlakunya kehilangan anak kunci. Malahan
masalah yang berlaku ini juga mendatangkan kesukaran terutamanya melibatkan ruang yang berkait
dengan PdP. Proses pengesanan anak kunci tidak dapat dibuat dengan cepat bila berlaku masalah yang
dinyatakan. Kerja-kerja pemantauan terhadap pergerakkan anak kunci oleh Ketua Jabatan juga agar
sukar dilaksanakan secara berkesan kerana pengendalian secara manual. Oleh itu satu inovasi
dinamakan ePJKM dibangunkan dan modul pertama berkaitan dengan SPK telah siap untuk diujilari
sebagai langkah mengatasi permasalahan dan kelemahan yang timbul oleh sistem manual.
3.0 Objektif
Inovasi ini telah dibangunkan untuk mencapai objektif berikut:
a) Mereka bentuk SPK di ePJKM
b) Membangunkan SPK di ePJKM
c) Menguji SPK di ePJKM
4.0 Diskripsi Produk
SPK merupakan satu modul yang dibangunkan dibawah ePJKM dengan menggunakan gabungan
aplikasi Google Sheet dan perisian atas talian iaitu Appsheet. Menurut Wikipedia (2019) AppSheet ialah
satu platform pembangunan aplikasi tanpa kod yang menggunakan sumber data seperti Google Drive,
DropBox dan pangkalan data berasaskan awan yang lain. Appsheet dapat diakses dimana-mana sahaja
menerusi capaian internet dan dapat membantu pengguna membangunkan mobile app sendiri dengan
mudah secara atas talian. Kesemua data yang terlibat di dalam penggunaan Appsheet ini kumpulkan di
dalam aplikasi Google Sheet di mana semua pemantauan data boleh dilihat terus melalui aplikasi ini.
Rajah 1 menunjukkan proses menggunakan SPK di EPJKM.
149
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
5.0 Hasil dapatan ujilari SPK di ePJKM
a) Proses check in-check out dapat direkod dan dipaparkan dengan baik.
b) Masa check in dan check out dapat direkod dan dipaparkan dengan baik
c) Semua nama ruang yang digunakan dapat direkod dan dipaparkan dengan baik
d) Nama staf yang menggunakan dapat direkod dan dipaparkan dengan baik
Hasil dapatan ujilari SPK di ePJKM telah memenuhi kriteria garis panduan keselamatan pejabat seperti
mana yang dikeluarkan oleh BHEUU (2013) yang merupakan rentetan daripada Arahan keselamatan
(2017).
150
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
(a) (b) (c) (d)
(e) (f) (g) (h)
(i)
(a) Tekan pada ikon ePJK
(b) Paparan pengurusan kunci akan keluar
dan tekan ikon pengurusan kunci
(c) Tekan pada butang ‘Add’
(d)&(e) Pilih nama staf dan scan QR kod
pada anak kunci
(e) Selepas scan pada QR kod pada anak kunci
nama kunci lokasi akan terpapar secara automatik
Rajah 1: Kaedah menggunakan SPK di ePJKM
151
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
6.0 Rumusan
Inovasi ini penting dalam meningkatkan keberkesanan proses pengurusan kunci secara khusus di JKM
dan secara am di PMS dan pada masa sama memajukan proses pengurusan sokongan akademik secara
atas talian menggunakan teknologi. Sebagai rumusan juda dapat disimpulkan bahawa inovasi ini telah
mencapai objektif yang ditetapkan dan akan digunapakai sepenuhnya bilamana data ujilari mencukupi
untuk pihak pengurusan JKM membuat keputusan akhir penilaian keberkesanan modul SPK di ePJKM.
Rujukan
Arahan keselamatan (2017). Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. Jabatan Perdana
Menteri.
BHEUU (2013) Garia Panduan Keselamatan Pejabat BHEUU. Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Mohd Fariz, A. A., Mohd Khairulazman, A. B., Mohd Faizol, C. M. (2020). Penggunaan Google Sheet
Dan Appsheet Dalam Proses Membangunkan App Pengiraan Markah Penilaian Kerja Kursus.
e-Proceedings of the Green Technology & Engineering 2020 Virtual Conference, 88-97.
Wikipedia (2019) Mobile app. Retrieved from https://en.wikipedia.org/wiki/Mobile_app
152
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
FLIP EXNOTES
Siti Fatimatuz Zahra binti Hussin
Politeknik METrO Johor Bahru
E-mail: [email protected]
Harin Raaghavendra A/L G. Ravichandran
Politeknik METrO Johor Bahru
E-mail: [email protected]
Nur Anis Syahirah binti Kamarudin
Politeknik METrO Johor Bahru
E-mail: [email protected]
Kausalyah A/P Ramash
Politeknik METrO Johor Bahru
E-mail: [email protected]
Abstrak
Pandemik COVID-19 telah memfokuskan semula dunia kepada era pembelajaran dalam talian melalui
penggunaan teknologi digital dan beberapa platform pembelajaran maya yang memudahkan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Namun dengan peralihan negara mendepani fasa peralihan ke endemik,
ibu bapa dan guru kembali membincangkan isu beg sekolah murid yang berat yang telah berlarutan
sejak sekian lama dan hal ini diakui oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon.
Justeru, FLIP EXNOTES dibentuk dengan objektif utama untuk membantu dan memudahkan para
pelajar serta ibu bapa dan guru untuk mendapatkan maklumat dari buku teks dan buku latihan secara
atas dan juga diluar talian. Dengan hanya mengimbas kod QR melalui telefon pintar, pelajar tahun satu
sehingga tahun lima akan dapat mengakses setiap helaian latihan dengan merujuk kepada buku teks
digital dan seterusnya menjawab soalan secara atas talian atau diluar talian dan menghantar terus ke
platform kelas di google classroom masing-masing. Selain daripada menyelesaikan isu beg yang berat
yang harus dipikul pelajar dan juga mengatasi masalah bahan pembelajaran yang sering hilang atau
rosak, inovasi ini juga mesra pengguna dan penyebaran bahan pembelajaran dapat diberikan secara
menyeluruh. Ia juga dapat memudahkan para guru untuk menanda dan merekod prestasi pelajar.
Kesimpulannya, sekiranya inovasi ini dapat disebarluaskan dan digunapakai oleh setiap sekolah, ianya
akan membantu meningkatkan prestasi pelajar secara khususnya dan menyelesaikan isu negara secara
amnya.
Kata Kunci: Flip ExNotes, Aplikasi, Pembelajaran Digital, beg berat
153
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
1.0 Penyataan Masalah
Dengan peralihan fasa pembelajaran kepada fasa endemik, isu beban beg sekolah yang berat kembali
dibincangkan kerana secara tak langsung, ianya adalah satu penderaan senyap buat pelajar yang sedang
membesar. Merujuk kepada kajian Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Laporan Kajian Berat
Beg Murid Sekolah Rendah (2017), muatan buku teks dan buku latihan pelajar menyumbang kepada
28 peratus keberatan beg pelajar. Bebanan membawa beg sekolah setiap hari boleh menyumbang
kepada kesan terhadap fizikal dan emosi pelajar dimana apabila pelajar membawa beg galas yang berat,
ianya boleh menjadi sumber ketegangan kronik; dan boleh menyebabkan sakit bahu, leher dan belakang
pada kanak-kanak. (Avantika Rai1, Shalini Agarwal, Sarita Bharti 2013). Meskipun beg berat adalah
bukan punca utama kepada penyakit tulang bengkok (Adolescence Idiopathic Scoliosis) namun ianya
adalah penyumbang kepada penyakit ini. (Tahirbegolli, B., Obertinca, R., Bytyqi, A., Kryeziu, B.,
Hyseni, B., Taganoviq, B., & Shabani, B. (2021).
Rajah 1: Menunjukkan X-Ray keadaan tulang belakang kanak-kanak yang bengkok
disebabkan oleh beg sekolah yang berat
Oleh itu, membantu dalam menyelesaikan masalah ini, FLIP EXNOTES telah direkabentuk untuk
memudahkan pelajar mendapatkan latihan dan nota tanpa perlu membawa beban beg dan buku yang
banyak. seterusnya memudahkan pelajar dan guru dalam memberikan tenaga dan fokus yang lebih
kepada proses pengajaran dan pembelajaran harian mereka.
154
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
2.0 Objektif
Produk ini telah direka untuk mencapai objektif berikut:
a) Untuk membantu proses pembelajaran kepada pelajar yang sukar untuk ke sekolah kerana sebab
sebab tertentu
b) Sebagai salah satu pendekatan yang boleh digunakan sebagai pembelajaran teradun pada abad ke
21
c) Membantu pelajar yang kurang mampu untuk membeli buku nota & latihan untuk mendapatkan
maklumat
d) Memudahkan proses penyimpanan nota dan latihan pelajar
e) Memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran
f) Membantu guru untuk mengajar pelajar & merekodkan markah mereka dengan menggunakan
kemudahan FLIP EXNOTES
3.0 Deskripsi Produk
FLIP EXNOTES menyediakan buku latihan dan buku teks bagi pelajar tahun 1 sehingga pelajar tahun
5. Dengan hanya menggunakan peranti telefon pintar, pelajar boleh mengimbas kod QR melalui poster
yang disediakan atau hanya mengimbas kod QR yang boleh dikongsi di mana-mana platform yang akan
membawa pelajar ke laman anyflip. Nota dan latihan yang terdapat dilaman web anyflip tersebut boleh
dimuat turun untuk rujukan dan latihan pelajar pada masa akan datang. Langkah kedua, pelajar perlu
mengimbas kod QR mengikut nota dan latihan mengikut tahun yang diduduki pelajar. Langkah ketiga,
pilihan buku bagi setiap mata pelajaran dipaparkan dan pelajar perlu memilih mata pelajaran yang
mereka inginkan. Langkah keempat, skrin akan memaparkan informasi tentang buku yang dipilih.
Langkah terakhir, lampiran bagi mata pelajaran tersebut akan dipaparkan dan pelajar boleh menolak
ketepi untuk pergi ke muka surat sebelah. Setiap nota ini boleh dimuat turun dan setiap Latihan yang
disediakan boleh dijawab secara atas talian atau dicetak di mesin cetak bagi memudahkan proses
pembelajaran.
4.0 Impak Produk
Produk ini memberi beberapa manfaat kepada pelajar seperti berikut:
a) Dapat memudahkan ibu bapa dan anak-anak untuk membuat rujukan tentang mata pelajaran yang
tidak difahami
b) Dapat menjimatkan kos serta dapat menjimatkan masa
c) Tidak mempunyai risiko untuk koyak dan hilang
d) Memudahkan para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran di mana sahaja
155
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
5.0 Gambar Produk
Rajah 2: Aplikasi muka hadapan FLIP EXNOTES
Rajah 3: Paparan pelbagai buku teks dan Latihan
156
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Rajah 4: Paparan buku yang dipilih dan dimuat turun
Rujukan
Rai, A., Agarwal, S., Bharti, S., & Ambedakar, B. B. R. (2013). Postural effect of back packs on
school children: its consequences on their body posture. Int J Health Sci Res, 3(10), 109-16.
Tahirbegolli, B., Obertinca, R., Bytyqi, A., Kryeziu, B., Hyseni, B., Taganoviq, B., & Shabani, B.
(2021). Factors affecting the prevalence of idiopathic scoliosis among children aged 8-15
years in Prishtina, Kosovo. Scientific reports, 11(1), 16786. https://doi.org/10.1038/s41598-
021-96398-1
157
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
CASEANY
Muhammad Asyraaf bin Muhidzir
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Pasir Gudang
Email: [email protected]
Alham Haziq bin Shamsool
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Pasir Gudang
Email: [email protected]
Dania Arrisya binti Ahmad Nizam
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Pasir Gudang
Email: [email protected]
Siti Fatimah binti Ishak
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Pasir Gudang
Email: [email protected]
Razieman bin Mohd Yusoff
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Pasir Gudang
Email: [email protected]
Abstrak
Dalam mendepani pandemik coronavirus yang melanda seluruh dunia pada penghujung 2019, manusia
secara amnya sudah membiasakan diri dengan perubahan ke arah norma baharu dengan pemakaian
pelitup muka dan penggunaan pensanitasi tangan. Dalam usaha menuju ke arah fasa endemik,
pengunaan pensanitasi tangan adalah penting dalam memastikan kebersihan dapat diamalkan, sekaligus
mencegah jangkitan virus ini. Namun demikian, kebanyakkan reka bentuk produk sanitasi ini bersaiz
besar dan tidak mesra pengguna. Oleh itu, bagi memudahkan masyarakat untuk membawa pensanitasi
tangan ini apabila berada di luar rumah, produk yang diilhamkan ini berupaya mengatasi masalah ini.
Menariknya inovasi yang dicadangkan melalui produk ini adalah reka bentuk yang kompak serta
digabungkan bersama menjadi aksesori telefon pintar. Produk ini menyediakan kemudahan kepada
segenap lapisan masyarakat, daripada warga emas sehingga kanak-kanak yang memiliki telefon pintar.
Mudah-mudahan, masalah tertinggal pensanitasi tangan ketika berada di luar dapat diselesaikan dengan
kehadiran produk ini.
Kata Kunci: pensanitasi tangan, pandemik, norma baharu, COVID-19.
158
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
1.0 Penyataan Masalah
Pada penghujung tahun 2019, seluruh dunia digemparkan dengan berita penularan jangkitan penyakit
coronavirus (Covid-19) yang bermula di Wuhan, China (World Health Organization, 2021). Malaysia
juga tidak terkecuali daripada dijangkiti dengan virus ini dan telah menjangkiti rakyatnya yang
menyebabkan lebih dari 35,000 kematian setakat ini (Bernama, 2020). Seperti yang kita tahu, virus
Covid-19 boleh dikatakan sebati dengan kehidupan kita ketika ini. Saban tahun, pelbagai jenis perintah
berkurung telah dilaksanakan dalam usaha mengekang penularan virus berbahaya ini. Sebagai contoh,
perintah kawalan pergerakan, perintah kawalan pergerakan bersyarat, perintah kawalan pergerakan
pemulihan, dan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2021).
Perintah-perintah tersebut diwujudkan bagi mengurangkan angka jangkitan Covid-19 daripada
meningkat naik.
Oleh yang demikian, rakyat Malaysia telah menyesuaikan diri dengan norma baharu yang telah
mengubah kehidupan seharian semua. Hal ini dibuktikan melalui kepatuhan semua rakyat dalam
mematuhi arahan arahan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sekiranya arahan ini dilanggar,
rakyat akan dikenakan tindakan saman kompaun. Antara ikhtiar yang diusahakan kerajaan adalah
pemakaian pelitup muka di tempat yang sesak yang diwajibkan sejak 1 Ogos 2020 (Malik, 2020). Bukan
itu sahaja, pandemik ini mengajar dan mendisplinkan kita semua agar dapat mengekalkan penjarakan
sosial dan sentiasa mencuci tangan sebagai langkah berjaga-jaga. Hasil daripada perkembangan
teknologi, pihak kerajaan telah membangunkan aplikasi MySejahtera, dimana kita hanya perlu
mengimbas kod khusus dan juga mengemaskini maklumat berkaitan penerimaan vaksin. Hal ini dapat
membantu kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam negara ini.
Bagi memudahkan urusan kita semua di luar, pensanitasi tangan amat diperlukan. Hal ini kerana dengan
menggunakan pensanitasi tangan, penjimatkan masa dapat dilaksanakan. Malah, ianya adalah salah satu
cara yang efektif untuk kita melindungi diri dan orang sekeliling. Terdapat situasi di mana pensanitasi
tangan tertinggal ketika ingin keluar rumah atau reka bentuk produk tersebut yang terlalu besar dan
tidak bersifat mudah alih ketika berada di luar. Oleh yang demikian produk inovasi yang dicadangkan
adalah sarung telefon pintar bersama pensanitasi tangan dengan reka bentuk yang lebih eksklusif dan
mesra pengguna.
2.0 Objektif
Produk ini telah direka untuk mencapai objektif berikut:
a) Untuk membantu orang ramai supaya dapat menggunakan produk ini dengan cara yang lebih
mudah,
b) Untuk menjadikan produk ini lebih mudah mesra pelanggan dari segi penggunaanya,
c) Untuk mengurangkan beban orang ramai dalam menggunakan produk ini, dan
d) Untuk memudahkan semua orang dalam penjagaan kebersihan di era Covid-19 ini.
159
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
3.0 Diskripsi Produk
Sarung telefon bimbit CASEANY adalah produk inovasi yang boleh digunakan oleh jenama telefon
bimbit Apple. Sarung telefon ini menyediakan sarung telefon untuk pelbagai model iPhone iaitu
bermula daripada model iPhone 6 hingga iPhone 13 keluaran terkini.
Saiz dan ciri-ciri bekas sanitasi sarung telefon CASEANY:
• Panjang = 15.47cm
• Lebar = 7.95cm
• Tebal = 1.3cm
• Penutup plastik seperti yang digunakan pada bekas minyak rambut atau syampu rambut
• Isipadu sanitizer cecair yang boleh dimuatkan ialah 50ml
Deskripsi:
• Sarung telefon yang mempunyai sarung simpanan sanitasi tangan
• Pelbagai pilihan warna dan corak bagi sarung telefon
• Pengguna boleh membuat pesanan untuk dekorasi sarung telefon menggunakan gambar
pilihan sendiri melalui pra-pesanan
• Tempat sarung simpanan sanitasi tidak mudah tercabut, atau rosak
• Ruang simpanan sanitasi pada sarung telefon tidak terlalu besar dan boleh digunakan sehingga 7
hingga ke 14 kali tanpa diisi semula
• Sarung telefon yang kuat dan tahan lasak, telefon tidak akan mudah rosak apabila terjatuh dari
ketinggian paras almari yang berukuran tinggi 5 kaki
• Sarung telefon tidak terlalu tebal dan mempunyai cengkaman yang kuat supaya telefon tidak
mudah terjatuh apabila memegangnya
4.0 Impak Produk
Produk ini memberi beberapa manfaat kepada pengguna seperti berikut:
a) Produk ini memudahkan pengguna untuk membawa ia ke mana-mana sahaja.
b) Pengguna dapat menjimatkan ruang jika membawa beg untuk ke sesuatu tempat.
c) Pengguna tidak akan terlupa membawa produk ini kerana ianya direka bersama dengan sarung
telefon pintar.
d) Produk ini dapat mengekalkan kebersihan lebih-lebih lagi di era virus Covid-19 ini.
160
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
5.0 Gambar Produk
Produk inovasi yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Rajah 1: Rekabantuk CASEANY daripada sisi belakang
161
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Rajah 2: Rekabentuk CASEANY daripada sisi kiri dan kanan
162
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Rajah 3: Rekabentuk CASEANY daripada sisi hadapan
163
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Rujukan
Bernama. (2020). First case of Malaysian positive for coronavirus.
Kementerian Kesihatan Malaysia, K. K. M. (2021). SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(PKP) https://covid-19.moh.gov.my/faqsop/sop-perintah-kawalan-pergerakan-pkp:
Kementerian Kesihatan Malaysia Retrieved from https://covid-19.moh.gov.my/faqsop/sop-perintah-
kawalan-pergerakan-pkp
Malik, H. (2020, 23 July 2020). Pemakaian pelitup muka wajib 1 Ogos, ini lima perkara utama sidang
media Ismail Sabri. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemakaian-
pelitup-muka-wajib-1-ogos-ini-lima-perkara-utama-sidang-media-ismail-sabri-252469
World Health Organization, W. H. O. (2021). Coronavirus disease (COVID-19) pandemic
(Coronavirus disease (COVID-19) outbreak, Issue. W. H. Organization.
https://www.euro.who.int/en/health-topics/health-emergencies/coronavirus-covid-19/novel-
coronavirus-2019-ncov
164
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
PSHBANDAU: PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DIGITAL
Canne Paul
Kolej Komuniti Kota Marudu
E-mail: [email protected]
Abdul Rahman bin Abdul Latip
Kolej Komuniti Kota Marudu
E-mail: [email protected]
Zariah binti Abd Manan
Kolej Komuniti Kota Marudu
E-mail: [email protected]
Salbiah binti Banati
Kolej Komuniti Kota Marudu
E-mail: [email protected]
Abstrak
Pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia kini telah memberikan impak yang sangat besar kepada
pengurusan dan penyampaian maklumat daripada Unit Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) kepada
komuniti sasaran. Pergerakan promosi kursus pendek secara bersemuka dengan melawat kampung-
kampung atau agensi-agensi sasaran menjadi agak terbatas ketika negara masih lagi berjuang untuk
melawan penularan virus Covid-19. Oleh sebab itu, Unit Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej
Komuniti Kota Marudu telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu platform yang dikenali
sebagai PSHBandau bagi memudahkan urusan pendaftaran peserta serta hebahan maklumat kursus
terkini kepada komuniti khususnya di daerah Kota Marudu, Pitas, Kudat dan Kota Belud. Dengan
terciptanya platform PSHBandau ini, penyampaian maklumat kepada peserta lebih mudah serta capaian
borang pendaftaran kursus pendek juga lebih mesra pengguna. Selain itu, penjimatan dari segi kos
percetakan brosur promosi serta borang pendaftaran kursus dan borang penilaian kursus pendek juga
dapat dijimatkan dengan penggunaan platform PSHBandau ini. Gambar-gambar kursus pendek juga
turut boleh dicapai oleh peserta melalui di galeri PSHBandau. Hasil daripada penggunaan platform ini,
pengurusan Unit PSH Kolej Komuniti Kota Marudu lebih berpusat dan teratur dari segi hebahan dan
juga pendaftaran peserta.
Kata kunci: PSHBandau, atas talian, berpusat
165
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
1.0 Penyataan Masalah
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan sebuah unit yang menyasarkan pembelajaran
sepanjang hayat kepada komuniti setempat dengan menawarkan pelbagai kursus pendek dengan yuran
yang berpatutan. Unit ini juga sentiasa terikat dengan Key Perfomance Index (KPI) jabatan yang
berubah-ubah mengikut keadaan semasa. KPI Unit PSH adalah ditentukan berdasarkan jumlah peserta
kursus pendek yang perlu dicapai berdasarkan bilangan pensyarah pensyarah yang berkhidmat di kolej
komuniti tersebut. Selain itu, KPI Unit PSH juga turut menyasarkan bilangan program yang
dilaksanakan pada tahun semasa.
Justeru itu, Unit PSH di Kolej Komuniti Kota Marudu setiap tahun bertungkus-lumus untuk
melaksanakan promosi bagi setiap kursus pendek yang dianjurkan agar mendapat sambutan peserta.
Sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia, gerakan promosi ini biasanya dilaksanakan secara
bersemuka dengan komuniti melalui lawatan ke kampung-kampung atau agensi-agensi yang terdapat
di Kota Marudu serta daerah sekitarnya. Brosur kursus pendek serta borang penyertaan turut diedarkan
kepada komuniti untuk menyebarluas maklumat serta mendapatkan data peserta bagi setiap kursus
pendek yang dianjurkan. Setelah pandemik Covid-19 melanda, keadaan menjadi agak sukar kerana
keterbatasan dari segi pergerakan promosi secara bersemuka serta Standard of Procedure (SOP) yang
telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung penularan virus Covid-19 di negara kita.
Oleh yang demikian, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Kota Marudu telah
mengambil inisiatif dengan membangunkan PSHBandau, iaitu sebuah platform atas talian bagi
memudahkan hebahan maklumat kursus pendek dan juga pemudah cara kepada mekanisme pendaftaran
peserta kursus pendek yang dianjurkan oleh pihak kolej.
2.0 Objektif
Platform atas talian PSHBandau ini dibangunkan untuk mencapai objektif yang berikut:
a) Menyebarluas maklumat kursus pendek kepada komuniti secara atas talian tanpa perlu bersemuka.
b) Menyediakan borang atas talian kepada peserta kursus pendek tanpa menggunakan borang
hardcopy.
c) Menjimatkan kos serta masa percetakan brosur dan borang pendaftaran peserta dengan capaian
maklumat atas talian di platform PSHBandau.
3.0 Diskripsi Produk
PSHBandau ini merupakan platform atas talian yang boleh diakses melalui link, mylink.la/pshbandau
oleh komuniti yang berminat untuk menyertai kursus pendek yang dianjurkan oleh Unit PSH, Kolej
Komuniti Kota Marudu.
166
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Fungsi utama platform ini terbahagi kepada tiga iaitu, Maklumat Kursus Pendek; Pendaftaran Kursus
Pendek dan yang terakhir adalah Borang Penilaian Kursus Pendek yang perlu diisi oleh peserta selepas
menyertai kursus pendek yang dilaksanakan.
Bahagian pertama iaitu berkenaan dengan maklumat kursus pendek ini memaparkan takwim semasa
bagi kursus pendek di Kolej Komuniti Kota Marudu. Selain itu, bahagian ini juga turut menyediakan
link pendaftaran kepada peserta serta maklumat terkini berkenaan dengan kursus yang akan
dilaksanakan dalam masa terdekat. Takwim ini merupakan panduan kepada peserta dan agensi yang
ingin memohon kursus pendek dari Kolej Komuniti Kota Marudu.
Bahagian kedua iaitu berkenaan dengan pendaftaran kursus pendek ini pula memaparkan borang
pendaftaran bagi setiap kursus pendek yang tersenarai di dalam takwim semasa. Peserta boleh
mendaftar bagi kesemua kursus yang diminati yang telah disenarikan. Peserta yang mengisi maklumat
di borang ini dianggap telah melakukan pra-pendaftaran kepada kursus yang tersenarai. Peserta
kemudian akan dihubungi lebih awal melalui nombor telefon yang telah didaftarkan di sistem sekiranya
kursus yang dipohon akan dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat. Maklumat kursus di sistem
berdasarkan hit tertinggi turut memberikan panduan kepada Unit PSH untuk melaksanakan kursus yang
telah mencapai syarat peserta minimum. Selain itu, bahagian ini juga memaparkan maklumat kursus
terkini yang baru dilaksanakan oleh Unit PSH.
Bahagian terakhir pula iaitu berkenaan dengan borang penilaian kursus pendek adalah pemudah cara
kepada penyelaras kursus pendek untuk mendapatkan respon peserta setelah kursus pendek berakhir.
Sebelum platform ini diwujudkan, peserta biasanya mengisi borang secara manual. Namun penggunaan
borang ini agak terbatas sekiranya tempat berkursus tersebut tidak mempunyai capaian internet
khususnya kursus pendek yang dilaksanakan di kawasan pedalaman. Sekiranya keadaan ini masih
berlaku, borang manual masih perlu diedarkan pada akhir kursus pendek tersebut.
Tambahan kepada tiga fungsi utama platform PSHBandau ini ialah Galeri PSH yang memaparkan
gambar-gambar sepanjang kursus pendek dilaksanakan. Peserta boleh mengakses ruangan ini untuk
melihat gambar-gambar kursus lain yang telah dilaksanakan oleh pihak kolej sebagai salah satu strategi
promosi tidak langsung kepada komuniti.
4.0 Impak Produk
PSHBandau ini memberi beberapa manfaat kepada pengguna seperti berikut:
a) Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Kota Marudu
i.Menyebarluas maklumat kursus pendek secara atas talian tanpa perlu bersemuka dengan lebih
efisien
ii.Menjimatkan kos serta masa yang melibatkan percetakan dan logistik promosi
iii.Melaksanakan kursus pendek berdasarkan hit tertinggi pendaftaran peserta di dalam sistem
iv.Memudahkan analisis penilaian peserta berdasarkan respon borang penilaian peserta kursus
secara atas talian
167
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
b) Komuniti sasaran
i.Mendapat maklumat berkenaan dengan kursus pendek dengan cepat walau di mana mereka
berada
ii.Mendaftar kursus pendek secara atas talian tanpa memerlukan borang hardcopy
c) Peserta kursus pendek
i.Mendapat makluman awal berkenaan dengan pelaksanaan kursus pendek yang telah dipohon
ii.Mempunyai masa persediaan untuk menghadiri kursus pendek (memohon cuti dan sebagainya)
iii.Menjawab borang penilaian peserta secara atas talian selepas menghadiri kursus pendek
5.0 Gambar Produk
Rajah 1: pautan PSHBandau
168
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Rajah 2: Platform PSHBandau
Rajah 3: Paparan Maklumat Kursus Pendek (Takwim)
169
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Rajah 4: Paparan Pendaftaran Kursus Pendek
Rajah 5: paparan butang pendaftaran dan pertanyaan melalui Whatsapp
Rajah 6: Paparan Borang Penilaian Peserta Kursus Pendek
170
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
KKCGP ROOM KEY LOG SYSTEM
Mohamad Haidhir bin Asri
Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah
E-mail: [email protected]
Norhalmizan binti Halim
Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah
E-mail: [email protected]
Logavaani A/P Shanmugam
Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah
E-mail: [email protected]
Abstrak
Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah naungan
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi. Kolej ini beroperasi
di bangunan komersial yang terletak di daerah Iskandar Puteri. Mempunyai satu (1) bilik Pentadbiran,
dua (2) bilik Kuliah, satu (1) bilik Pensyarah, empat (4) makmal komputer, satu (1) perpustakaan, dan
satu (1) bilik Pembelajaran Sepanjang Hayat. Setiap lokasi mempunyai kunci khas yang disimpan di
dalam satu bekas kunci. Permulaannya, rekod peminjaman dan pemulangan kunci telah disimpan dalam
satu buku secara manual bagi merekod pergerakan kunci tersebut. Namun begitu, timbul beberapa isu
yang dikhuatiri seperti kemungkinan berlaku kerosakan, kehilangan buku rekod serta kesukaran
mengesan peminjam akhir kunci jika peminjam terlupa menulis rekod. Justeru, KKCGP Room Key Log
System telah diwujudkan bagi menambah baik proses perekodan kunci dan satu ciri khas iaitu
penerimaan notifikasi melalui saluran Telegram telah ditambah untuk membolehkan Timbalan
Pengarah KKCGP mengenalpasti peminjam akhir bagi setiap kunci. Objektif utama inovasi ini adalah
untuk merekod data peminjaman dan pemulangan kunci secara atas talian dan satu notifikasi yang
memaparkan data peminjam akan dihantar ke saluran notifikasi khas di Telegram dan emel.
Kesimpulannya, pengurusan peminjaman dan pemulangan kunci dapat diuruskan dengan lebih terjamin
dan efektif, seterusnya dapat diperkembangkan fungsinya di masa hadapan.
Kata Kunci: Pengurusan Kunci, Sistem Peminjaman, Notifikasi Telegram
1.0 Penyataan Masalah
KKCGP Room Key Log System merupakan satu projek inovasi yang dibangunkan bagi menambahbaik
sistem pengurusan peminjaman dan pemulangan kunci yang ada di KKCGP. Menurut Zawiyah M.
Yusof (2007), pengurusan rekod dilihat mempunyai hubungan terus dengan peningkatan
pertanggungjawaban dan ketelusan, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan dan
dapat membantu organisasi dengan mudah mempersiapkan diri mendapat pengiktirafan kualiti. Sistem
penyimpanan rekod peminjaman dan pemulangan kunci secara manual adalah dilihat sebagai punca
kepada permasalahan seperti rekod yang dicatat adalah tidak telus, rekod tidak dapat dikesan berikutan
171
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
data yang hilang, dan ada kemungkinan berlaku kerosakan data akibat daripada perkara atau bencana
yang tidak dapat dijangka. Ia boleh menjurus kepada permasalahan yang lebih besar seperti isu
kehilangan kunci dan kehilangan kepercayaan terhadap rakan sekerja. Justeru, adalah wajar untuk
membangunkan inovasi ini bagi mengatasi permasalahan yang jelas boleh menjejaskan system
pengurusan yang berkualiti.
2.0 Objektif
Produk ini telah direka untuk mencapai objektif berikut:
1. Untuk merekod data peminjaman dan pemulangan kunci secara digital menggunakan platform
atas talian supaya pengurusan lebih efisien.
2. Untuk mengelakkan kerosakan dan kehilangan data.
3. Untuk menambah baik proses perekodan kunci dengan membolehkan penerimaan notifikasi
melalui saluran Telegram dan emel supaya peminjam akhir bagi setiap kunci dapat dikenalpasti.
3.0 Diskripsi Produk
KKCGP Room Key Log System adalah hasil inovasi yang telah dibangunkan antaramukanya
menggunakan platform Canva kerana ianya percuma dan mudah untuk diubahsuai. Penggunaan Canva
mampu menjadikan proses rekabentuk berlaku dengan pantas dan secara mudah alih. Malahan sebarang
modifikasi boleh dilakukan secara berkumpulan. Bagi sistem penyimpanan rekod pula, pihak
pembangun menggunakan platform Google Form di mana ianya mudah untuk meyimpan data yang
ringkas dan boleh dikongsi oleh mana-mana pemilik akaun Gmail. Malahan ciri tambahan seperti
notifikasi melalui Telegram dan emel adalah menggunakan platform Form Director yang terdapat dalam
Google Form. Satu Telegram Bot telah dicipta bagi membolehkan integrasi di antara Telegram dan
Google Form dilaksanakan. Ciri ini membenarkan satu makluman rekod peminjaman dan pemulangan
kunci dapat dihantar secara terus ke saluran Telegram yang dibina. Oleh yang demikian, pihak
pengurusan dapat melihat dan menjejak pengguna terakhir bagi sesuatu kunci tersebut. Sebagai
sandaran tambahan, notifikasi secara emel juga dihantar kepada pihak pengurusan.
4.0 Impak Produk
Produk ini memberi beberapa manfaat kepada pengguna seperti berikut:
a) Pengguna boleh mengimbas kod QR yang disediakan mengunakan telefon bimbit masing-masing
bagi mengakses borang peminjaman dan pemulangan kunci secara atas talian.
b) Pengguna dapat mengisi data dengan lebih cepat tanpa perlu menulis.
c) Pengguna dapat melihat rekod peminjam kunci yang terdahulu dengan lebih cepat.
d) Pengguna dapat menguruskan sistem perekodan kunci secara lebih efisien.
e) Pengguna dapat mengetahui secara terus peminjam kunci yang terkini.
172
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
5.0 Gambar Produk
UI MUKA DEPAN UI PEMILIHAN FUNGSI UI PEMILIHAN SENARAI UI REKOD UI REKOD
REKOD PEMINJAMAN PEMULANGAN
Rajah 1: Rekabentuk User Interface aplikasi mudah alih (mobile apps) KKCGP ROOM KEY-
LOG SYSTEM
BORANG PEMINJAMAN KUNCI BORANG PEMULANGAN KUNCI
Rajah 2: Rekabentuk borang peminjaman dan pemulangan kunci.
173
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Rajah 3: Notifikasi rekod peminjaman dan pemulangan melalui Telegram Channel.
Rajah 4: Notifikasi rekod peminjaman dan pemulangan melalui Emel.
Rujukan
Yusof, Zawiyah. (2007). Isu dan Cabaran Pengurusan Rekod.
174
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
SMART ASSET MANAGEMENT (SMART AM)
Stella A/P Stevan
Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah
E-mail: [email protected]
Rosilawati binti Masdar
Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah
E-mail: [email protected]
Muhamad Hamiz bin Azman
Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah
E-mail: [email protected]
Abstrak
Penggunaan ruang/bilik akan menjadi lebih efektif dan efisyen sekiranya maklumat yang berkaitan
pegawai bertanggungjawab, senarai peralatan dan jadual penggunaan diuruskan dengan baik. Bagi
merealisasikan hasrat ini maka aplikasi mudah alih Smart AM telah dibangunkan. Idea ini tercetus
kerana amalan terdahulu pengguna yang perlu merekodkan maklumat aset secara manual. Selain itu,
terdapat juga borang aduan yang dilaporkan secara manual tidak dapat diuruskan dengan baik atas
beberapa kelemahan dari sudut pengurusan dokumen seperti berlakunya kehilangan borang, kerosakan
borang dan lain-lain lagi. Dengan menggunakan aplikasi mudah alih ini, pengguna bilik/ruang boleh
mendapatkan maklumat aset di setiap ruang selain itu pengguna juga dapat menggunakan SMART AM
untuk mengisi maklumat pergerakan aset serta membuat aduan kerosakan secara atas talian.
Penggunaan SMART AM ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat disamping
memperkasakan kaedah pengurusan asset di Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah.
Kata kunci: SMART AM, aset, pergerakan, aduan
1.0 Penyataan Masalah
Penyimpanan rekod adalah penting bagi pengguna melihat data-data yang tersimpan dari semasa ke
semasa. Masalah rekod yang selalunya terjadi biasanya rekod disimpan secara manual, membolehkan
rekod itu hilang pada bila-bila masa jika tidak disimpan ditempat yang betul. Peyimpanan rekod yang
tidak bersistemtik juga akan meningkatkan risiko kehilangan dan kerosakan data rekod aset jika rekod
data tersebut terkena air atau koyak. Pengguna akan mengalami kesukaran dalam membuat carian rekod
yang lepas kerana rekod-rekod yang rosak tidak dapat dibaca dengan jelas. Pengguna juga akan
mengalami kesukaran dalam mencari borang-borang yang terlibat disebabkan penyimpanan rekod tidak
diletakkan ditempat yang betul. Oleh itu, untuk menguruskan dan mengurangkan masalah ini, Smart
Asset Management telah direkabentuk untuk mengenal pasti masalah penyimpanan rekod melalui
penggunaan aplikasi mudah alih yang telah tertanam dengan ikat kepala penginderaan otak, seterusnya
memberikan penyelesaian untuk mengurangkan masalah kehilangan rekod mengikut citarasa dan
kehendak pengguna.
175
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
2.0 Objektif
Produk ini telah direka untuk mencapai objektif berikut:
a) Untuk mewujudkan sistem penyimpanan rekod yang lebih bersistematik,
b) Untuk mengelakkan risiko kehilangan rekod yang tersimpan,
c) Untuk memudahkan pengguna mencari rekod apabila diperlukan.
3.0 Diskripsi Produk
Smart Asset Management, sistem ini dibina untuk memudahkan pengurusan Kolej Komuniti Cawangan
Gelang Patah penyimpanan rekod aset disetiap makmal yang ada dengan lebih tersusun dan sistematik.
Sistem ini boleh dijalankan melalui sistem rangkaian setempat (LAN) dan pegawai-pegawai yang
dipertanggungjawab boleh mengemaskini aset dan inventori di mana-mana lokasi yang ditetapkan. Ini
kerana pada asalnya sistem penyimpanan rekod aset memudahkan pengguna membuat semakan aset
dan inventori juga menetapkan nombor sirinya. Apabila maklumat telah lengkap, beberapa laporan dan
dokumen aset boleh dikeluarkan dalam dua salinan untuk simpanan pejabat dan lokasi. Selain itu,
pengguna boleh mengisi borang pergerakan aset alih dimana pengguna yang memindahkan aset perlu
mengisi borang terlebih dahulu untuk dilaporkan kepada pihak yang berkenaan. Pengguna juga boleh
membuat aduan kerosakan aset yang tidak terpakai agar pihak seterusnya boleh mengambil tindakan
dengan segera.
4.0 Impak Produk
Produk ini memberi beberapa manfaat kepada pengguna seperti berikut:
a) Pengguna boleh mengurangkan masa pencarian rekod,
b) Pengguna dapat melihat rekod dengan mudah jika diperlukan pada bila-bila masa,
c) Pengguna boleh memasukkan data dengan cepat tanpa perlu menulis, dan
d) Pengguna lebih yakin data-data yang tersimpan selamat untuk penggunaan jangka masa panjang.
176
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
5.0 Gambar Produk
Rajah 1: User Interface
Rujukan
Kementerian Kewangan Malaysia. 2015. Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Kerajaan Malaysia.
Diakses pada 14 Mac 2022 dari http://sppa-hq.moh.gov.my/portalSpa/login.cfm
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. 2018. Sistem Pengurusan Aset Alih dan Stor. Diakses pada 15
Mac 2022 dari http://easet.lkim.gov.my/sppa/login2.cfm
Universiti Putra Malaysia. 2018. Sistem Pemantauan Pengurusan Stor. Diakses pada 14 Mac 2022
dari http://estok.upm.edu.my/sppa/login2.cfm
177
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
KKcGP ALUMNI PORTAL
Endran Emmanuel A/L Kanabathy
Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah
E-mail: [email protected]
Juainiah Umi binti Abu Bakar
Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah
E-mail: [email protected]
Abstrak
Alumni merupakan siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti, (Kamus Dewan Edisi
Keempat). Setelah menamatkan tempoh pengajian, maklumat graduan, kemahiran dan maklumbalas
mereka amat penting namun, ketiadaan sebuah pangkalan data yang sehenti, menyukarkan penjejakan
maklumat alumni. Di KKcGP, urusan mendapatkan maklumat graduan ditugaskan kepada Penyelaras
Latihan Industri. KKcGP Alumni Portal dibentuk bagi menjadikan platform untuk graduan berhubung
dan berkolaborasi. Disamping itu, meningkatkan kredibiliti KKcGP melalui pencapaian kejayaan
alumni dikalangan komuniti setempat dan termasuk membantu proses analisa pencapaian PEO yang
dinilai empat (4) tahun setelah pelajar bergraduat. Diharapkan KKcGP Alumni Portal ini mampu
memudahkan gerak kerja pelbagai pihak termasuk PPIA dan para graduan.
Kata Kunci: Alumni, Portal, Graduan
1.0 Penyataan Masalah
Masalah yang dialami adalah sistem sedia ada yang menggunakan perekodan secara manual yang
kurang sistematik, iaitu Penyelaras Alumni perlu mewar-warkan keperluan mengisi borang-borang
tertentu oleh para Alumni melalui kumpulan WhatsApp. Masalah ini menyebabkan rekod akan terlepas
untuk disimpan apabila penyelaras Alumni terputus hubungan dengan alumni tertentu, simpanan rekod
yang disimpan didalam ruang tempat yang berbeza akan kemungkinan mempunyai risiko kehilangan
rekod dan mempunyai risiko kerosakan data rekod apabila berlaku pada komputer.
● Mempunyai sistem perekodan semasa rekod secara manual yang tidak sistematik.
● Mempunyai risiko kehilangan rekod
● Mempunyai risiko kerosakan data rekod
● Mengalami kesukaran dalam membuat carian rekod yang lepas
178
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
2.0 Objektif
Sistem ini telah direka untuk mencapai objektif berikut:
1. Untuk mewujudkan sistem perekodan yang lebih sistematik
2. Untuk mengelakkan risiko kehilangan data rekod
3. Memudahkan carian rekod alumni.
3.0 Diskripsi Produk
KKcGP Alumni Portal yang direka khas untuk menyediakan maklumat terbaharu yang sentiasa
dikemaskini, liputan mendalam tentang berita dan maklumat terkini mengenai aktiviti alumni dan
kejadian semasa di dalam dan sekitar Kolej Komuniti terutama bagi Kolej Komuniti Cawangan Gelang
Patah. Tidak mudah untuk berhubung dengan rakan lama, menganjurkan perjumpaan semula dan
menikmati hubungan sepanjang hayat selepas tamat belajar. Kekal berhubung dengan rakan-rakan
tersayang dan alumni berharga melalui KKcGP Alumni Portal.
4.0 Impak Sistem
Sistem ini memberi beberapa manfaat kepada pengguna seperti berikut:
a) Pengguna boleh menjimatkan masa dengan sistem ini.
b) Pengguna dapat mengenali data individu Alumni.
c) Pengguna akan dapat memudahkan simpanan data atau rekod Alumni.
d) Pengguna boleh menyimpan rekod dengan lebih cepat dan sistematik
179
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Rajah 1: User Interface
Rujukan
https://web.tarc.edu.my/portal/alumni/index.jsp
https://alumni.imu.edu.my/welcome-to-the-imu-alumni-portal/
https://alumni.iium.edu.my/
180
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
ePRO
Siti Syuhaila binti Zahari
Politeknik METrO Betong Sarawak
E-mail: [email protected]
Mohamad Taher bin Kasa
Politeknik METrO Betong Sarawak
E-Mail: [email protected]
Andrew Anak Douglas Gudam
Kolej Komuniti Betong Sarawak
E-Mail: [email protected]
Abstrak
Inovasi ini adalah satu sistem yang dibangunkan dan digunapakai oleh warga Politeknik METrO Betong
Sarawak (PMBS) untuk tujuan peminjaman ruang bagi penggunaan Bilik Mesyuarat (BM). ePRO
merupakan singkatan nama bagi e-Pinjaman Ruang Online. Tercetusnya idea untuk membangunkan
sistem ini adalah kerana peminjam tidak mendapat keputusan pinjaman setelah mereka menghantar
borang dan terdapat pertindihan peminjaman dalam satu-satu masa. Salah satu faktor adalah kerana
tiada sistem peminjaman Bilik Mesyuarat yang disediakan. Objektif utama sistem ini adalah untuk
membina suatu sistem atas talian yang dapat menjimatkan masa, kos dan meningkatkan tahap sistem
pengurusan. Sistem ePRO ini dibangunkan menggunakan platform google data studio dan google form.
Peminjam akan klik pada link yang diberikan atau scan QR Code yang disediakan pada setiap Bilik
Mesyuarat. Setelah melengkapkan google form dan menghantarnya pada sistem, 10 minit kemudian
peminjam akan mendapat keputusan pinjaman samada lulus atau gagal secara automatik. Bedasarkan
keputusan analisis dari pemerhatian yang dibuat, ePRO ini sangat mudah, cepat, menjimatkan kos
percetakkan dan penggunaan kertas, serta menjimatkan masa. Kesimpulannya, sistem ini memberikan
impak yang positif serta mampu meningkatkan kualiti pengurusan. Penggunaan sistem pada alaf 21 ini,
dapat meningkatkan prestasi dan kualiti kerja dalam sesebuah institusi.
Kata Kunci: ePRO, Aplikasi, Pengurusan
1.0 Penyataan Masalah
Di Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) terdapat 3 buah Bilik Mesyuarat (BM). BM ini boleh
digunakan untuk urusan mesyuarat, taklimat, bengkel dan urusan rasmi yang lain. Setiap BM boleh
memuatkan 20 hingga 30 orang dalam satu-satu masa. PMBS/BORANG/001 merupakan borang yang
digunakan oleh warga PMBS sekiranya ingin menggunakan BM. Mereka akan mengambil borang di
kaunter dan menghantarnya semula selepas melengkapkannya. Peminjam akan menghubungi PO
(Pembantu Operasi) untuk mengetahui status lulus atau tidak. Peminjam tidak dapat mengetahui jadual
penggunaan BM. Selain daripada peminjaman secara manual terdapat juga masalah lain berkaitan
dengan Bilik Mesyuarat ini. Pengguna tidak merekodkan pinjaman dan sering berlaku lampu dan
181
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
penghawa dingin tidak ditutup. Pelajar juga sering menggunakan BM tanpa pengetahuan dan
kebenaran. Ini adalah kerana pintu bilik mesyuarat tidak berkunci. Pergerakan aset juga sering berlaku
terutamanya kerusi. Pihak pengurusan juga tidak mengetahui tahap penggunaan Bilik Mesyuarat. Ini
antara masalah yang dihadapi oleh pengurusan. Oleh itu, ePRO diwujudkan untuk membantu bagi
mengatasi masalah-masalah ini.
mengambil borang di
Kaunter
mengisi borang
menghantar borang
kepada PO (Pembantu
Operasi)
PO akan berikan kepada
PIC Bilik Mesyuarat
pensyarah akan hubungi
PO untuk mengetahui
status pinjaman
PO akan bertanya
kepada PIC samada lulus
atau tidak
Rajah 1: Carta Alir sebelum Inovasi
2.0 Objektif
Sistem ePRO ini dibuat untuk membantu dalam menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi.
Berikut merupakan objektif ePRO:
a) Memudahkan proses peminjaman Bilik Mesyuarat.
b) Mempercepatkan keputusan pinjaman Bilik Mesyuarat.
c) Menjimatkan masa, menjimatkan kos percetakan dan penggunaan kertas.
d) Penambahbaikan kepada sistem penempahan Bilik Mesyuarat PMBS.
182
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
3.0 Diskripsi Produk
ePRO merupakan satu sistem peminjaman Bilik Mesyuarat (BM) di Politeknik METrO Betong Sarawak
(PMBS). ePRO ini dibangunkan menggunakan platform google data studio dan google form. Peminjam
akan klik pada link yang diberikan atau scan QR Code yang disediakan pada setiap Bilik Mesyuarat.
Setelah melengkapkan google form dan menghantarnya pada sistem, 10 minit kemudian peminjam akan
mendapat keputusan pinjaman samada lulus atau gagal secara automatik. Sekiranya peminjam ingin
membatalkan peminjaman mereka boleh hubungi pentadbir sistem. Pengguna boleh melihat status
penggunaan BM di link yang diberikan. Sistem ePRO terbahagi 2 bahagian iaitu pinjaman BM dan
pinjaman alat audio. Pengguna hanya klik paparan yang diberikan tanpa banyak icon. Pengguna juga
boleh lihat data penggunaan bilik.
4.0 Impak Produk
a) Memudahkan proses peminjaman Bilik Mesyuarat (BM) dan mempercepatkan keputusan pinjaman
BM.
b) Menjimatkan masa, menjimatkan kos percetakan dan penggunaan kertas.
c) Penambahbaikan kepada sistem penempahan Bilik Mesyuarat PMBS.
d) Capaian yang cepat.
e) Menyelesaikan masalah pengurusan.
f) Warga PMBS dapat melihat paparan penggunaan BM dari masa ke semasa.
g) Menyimpan rekod penggunaan dengan tepat dan cepat.
h) Mengurangkan ruang penyimpanan rekod.
183
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
5.0 Gambar Produk
Atau klik link : https://forms.gle/mTjydV7aSM4aNCxd6
Pengguna akan dipaparkan paparan ini untuk mengetahui status
penggunaan Bilik Mesyuarat.
Klik pada BORANG TEMPAHAN BILIK untuk tempahan
Lengkapkan google form selepas itu tekan SUBMIT
Rajah 2: Tatacara Penggunaan ePRO
184
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Rujukan
eFILE Penyelaras Kursus Siti Hawa Aziz, Nor Lian Bt Mohd Nordin, Zuliana Abdul Mutalib Politeknik
Ungku Omar Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 1 (2021):
Special Issues NICERS’20 eISSN: 0128-0821 http://upikpolimas.edu.my/ojs/
e-QRA Prof Dr Madzlan Aziz, Prof Dr. Wan Aini Wan Ibrahim Fakulti Sains, university Teknologi
Malaysia.
E- Rayuan (Sistem Semakan Rayuan Penilaian) 2019, Mohd Hariz bin Ibrahim, Nooradilah Binti Abdul
Samat, Fazlin Binti Mohd Hairi, Journal of Technical and Vocational Education (2019).
Volume 1. Page 97-105
Halimatus Saadiah Kariya & Evelyn (2020). e-PYPaper & e-ExamGuide. Politeknik Metro Betong
Sarawak: Sarawak.
QR-Codes Di Perpustakaan: Inisiatif Perpustakaan Digital Open University Malaysia (OUM), Shahril
Effendi Ibrahim, Mohd Afiq Rusly. Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia, Melaka 2013.
185
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
LAPORAN INOVASI
PNiCC 2022
KATEGORI C:
Pengajaran dan Pembelajaran
186
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
KAD PERMAINAN PDP
Muhamad Ali bin Romizan
Politeknik Bagan Datuk
E-mail: [email protected]
Abstrak
Proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) amat penting bagi seluruh institusi Pendidikan. Hal ini
kerana penyampaian pdp yang kurang menarik akan memberi suatu impak yang negative kepada
pelajar. Penyampaian yang baik amat dititikberatkan bagi pdp yang berkesan. Oleh itu, maka tercetus
idea untuk membuat satu inovasi kreatif yang boleh memberi kebaikkan kepada pelajar semasa proses
pdp sedang berlangsung. Idea inovasi tersebut diberi nama kad permainan pdp yang mana ia digunakan
semasa proses pdp sedang berjalan. Objektifnya ialah untuk menjadikan pdp lebih menarik dan boleh
digunakan untuk semua subjek pdp di institusi. Contohnya, pelajar diberi pilihan untuk memilih kad
permainan dan dibelakangnya mangandungi soalan yang berlainan yang perlu dijawab oleh pelajar
dengan pelbagai kaedah supaya pelajar dapat berinteraksi dengan pensyarah dan juga rakan-rakannya.
Impaknya pdp yang dilaksanakan tidak membosankan serta pelajar dan pensyarah dapat berinterkasi
antara satu sama lain dengan baik dan lancar. Kefahaman pelajar akan lebih meningkat dengan adanya
kad permainan pdp.
Kata Kunci: Kad permainan pdp, Fokus, Sentiasa bersedia
1.0 Penyataan Masalah
Menurut (Kamarul Azmi Jasmi, 2016), Pengajaran tidak akan berjaya tanpa tiga unsur, iaitu guru,
pelajar dan kaedah pengajaran yang menjadikan bahan bantu mengajar (BBM) sebagai perantara guru
untuk menyampaikan kefahaman kepada pelajarnya. Manakala pembelajaran pula menurut (Gergers,
2005), merujuk bagaimana pelajar boleh belajar menguasai sifat, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang
memberikan manfaat kepada diri mereka. Selain itu, menurut (Aziz et al., n.d.) penumpuan di dalam
kelas amat penting kerana sekiranya pelajar memberi tumpuan semasa aktiviti P&P, maka seseorang
pelajar itu dapat meningkatkan kecerdasan minda. Oleh itu, bagi meningkatkan fokus dan cakna pelajar
didalam setiap aktiviti pdp yang sedang berlangsung maka kad permainan pdp telah direkabentuk.
Kewujudan kad permainan ini dapat menyelesaikan masalah pelajar kurang fokus didalam kelas serta
memberi pelajar sentiasa bersedia dalam aktivti pdp yang sedang berlangsung.
2.0 Objektif
Produk ini telah direka untuk mencapai objektif berikut:
a) Untuk membantu proses pdp berjalan lancar dan menarik
b) Untuk membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam mengenai subjek yang dipelajar
c) Untuk membantu pelajar supaya sentiasa bersedia dalam aktivti pdp yang dilaksanakan.
187
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
3.0 Diskripsi Produk
Kad permainan pdp ini dihasilkan berdasarkan kos yang sangat sedikit. iaitu dengan menggunakan
kertas A4 yang di ‘laminate’. Kad tersebut dibahagikan sebanyak 12 keping kad iaitu A hingga L.
Dibelakang kad tersebut terdapat kata kunci permulaan soalan yang boleh diolah oleh pensyarah
mengajar mengikut kesesuaian subjek atau sub topik. Kata kunci soalan itu juga mempunyai kognitif
level yang berbeza mengikut kad permainan. Pelajar dibenarkan mengambil 1 sahaja kad permainan
secara rawak. Soalan akan dikemukakan oleh pensyarah mengajar mengikut sub topik yang telah
dipelajari. Pelajar perlu menjawab di hadapan pelajar lain sama ada secara individu atau berkumpulan
mengikut jenis soalan yang diperolehi. Kad permainan pdp ini boleh digunakan sebelum atau selepas
proses pdp dilaksanakan. Ia juga boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu. Selain itu ia juga,
dapat menguji kefahaman pelajar terhadap sesuatu subjek atau kursus yang dipelajari serta pelajar akan
lebih bersedia dan fokus terhadap soalan yang bakal disoal oleh pensyarah.
4.0 Impak Produk
Produk ini memberi beberapa manfaat kepada pengguna seperti:
a) Pelajar akan lebih memahami mengenai subjek yang dipelajari
b) Pelajar dapat meningkatkan fokus dengan adanya pelbagai aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan
soalan yang diperolehi
c) Pensyarah dan pelajar dapat berinteraksi secara menyeluruh semasa pdp dilaksanakan
d) Pelajar lebih yakin dengan diri mereka sendiri dengan melontarkan idea atau pendapat berdasarkan
soalan yang diperolehi.
e) Terdapat kad permainan pdp yang mempunyai kata kunci soalan mengikut kognitif level yang
bersesuaian.
188
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
5.0 Gambar Produk
Rajah 1: 12 Keping kad permainan pdp yang telah dipotong A hingga L.
Rajah 2: Terdapat kata kunci soalan di belakang kad permainan pdp
189
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Rajah 3: Contoh soalan yang mempunyai kognitif level (C1 dan C2)
Rujukan
Aziz, M., Bin, S., Arip, M., Binti, F., Sa'ad, M., Binti, N., … Manusia, P. (n.d.). Faktor, Kesan Dan
Strategi Menangani Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah Di Dalam
Kelas: Suatu Kajian Kualitatif. Retrieved from http://digilib.unimed.ac.id/4781/1/Fulltext.pdf
Gergers, M.G. 2005. Mu ‘jam Mustalahat al-Tarbiyyah wa al-Ta ‘lim. Beirut: Dar al-Nahdah al-
‘Arabiyyah.
Kamarul Azmi Jasmi. (2016, December). Pengajaran dan Pembelajaran. Retrieved May 9, 2022, from
ResearchGate website:
https://www.researchgate.net/publication/318044555_Pengajaran_dan_Pembelajaran
190
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MODEL CTIE BAGI PENSYARAH PENDIDIKAN
ISLAM POLITEKNIK
Norfarahi Binti Zulkifli
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: [email protected]
Mohd Isa Bin Hamzah
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: [email protected]
Khadijah binti Abdul Razak
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: [email protected]
Abstrak
Kecenderungan pensyarah menyampaikan fakta tanpa memberi perhatian terhadap kebolehan dan minat
pelajar menjadikan suasana pembelajaran lesu dan membosankan. Senario ini hanya menyebabkan
pengajaran dan pembelajaran kurang menarik dan kurang berkesan terutamanya dalam bidang
Pendidikan Islam. Kaedah pengajaran secara konvensional iaitu penyampaian kuliah oleh pensyarah
banyak dilaksanakan di institusi pendidikan. Oleh kerana perubahan pesat dalam lanskap pendidikan
masa kini, maka tuntutan kaedah pengajaran secara kreatif melalui Model CTIE dilihat relevan bagi
mengatasi masalah ini. Model CTIE direkabentuk dan dibangunkan dengan pendekatan Design and
Development Research (DDR) sebagai satu panduan untuk pensyarah Pendidikan Islam mengamalkan
pengajaran kreatif berasaskan kepada strategi dan kemahiran pengajaran yang diketengahkan dalam
model ini. Elemen-elemen yang terkandung dalam model ini telah melalui proses saringan dan
mendapat konsensus pakar melalui teknik Fuzzy Delphi (FDM) dan seterusnya model dijana melalui
Interpretive Structural Modelling (ISM) dengan berbantukan perisian Concept Star. Penilaian
kebolehgunaan model telah dijalankan dan mendapati model ini sesuai untuk digunakan oleh pensyarah
Pendidikan Islam politeknik.
Kata Kunci: Model, Pengajaran Kreatif, Pensyarah, Pendidikan Islam, Politeknik
1.0 Penyataan Masalah
Pensyarah Pendidikan Islam di politeknik ditugaskan untuk mengajar Kursus Pengajian Umum atau
dikenali sebagai Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) yang ditawarkan kepada pelajar dari pelbagai
latar belakang bidang pengajian. Kursus Pengajian Umum ini dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Am
di politeknik. Pelaksanaan Kursus Pengajian Umum berteraskan Pendidikan Islam di Politeknik ini
dapat membangunkan modal insan yang seimbang (Wan Mohd Tarmizi & Munirah, 2014). Kursus ini
juga sebagai pelengkap kepada kursus teras dan memberi penekanan kepada keseimbangan
pengetahuan dan kemahiran. Kursus umum universiti memberikan pengetahuan am yang terkini dan
kemahiran yang relevan kepada pembentukan mahaisiswa yang seimbang dan harmonis dari segi
191
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
kognitif, sikap, jasmani dan rohani (Abdul Latif, 2000). Hairol Anuar et. al (2017) dalam kajiannya
menghujah mengenai pembahagian kelompok Mata pelajaran Pengajian Umum ini adalah selaras
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Kementerian Pengajian Tinggi, 2016).
Kursus ini juga telah dirancang dengan baik oleh Jabatan Pendidikan Tinggi dengan menggabungkan
kemahiran abad ke-21 dengan kursus MPU dengan harapan dapat melahirkan graduan yang mempunyai
pengetahuan dan moral, dan dilengkapi dengan pemikiran, tingkah laku dan etika yang baik (Amalan
Pendidikan Berimpak Tinggi dalam Mata Pelajaran Umum, 2019).
Ini membuktikan Kursus Pengajian Umum adalah penting dalam menghasilkan graduan
pendidikan teknikal yang dapat mendepani cabaran global di samping dapat menyemai dan memupuk
sikap, kemahiran dan penghayaran nilai dalam kehidupan pelajar sebagai agen utama pembangunan
negara di masa akan datang. Justeru, para pensyarah Pendidikan Islam perlu meningkatkan pengajaran
ke arah yang lebih kreatif untuk memastikan kandungan kursus ini disampaikan dan dihayati oleh
pelajar. Namun, masih wujud isu pengajaran pensyarah di institusi pengajian tinggi (IPT) dari aspek
kelemahan kaedah dan strategi pengajaran yang memebri kesan kepada pelajar dan menunjukkan
kelemahan pengajaran pensyarah. Kajian Lu (2013) menunjukkan kecekapan pedagogi pensyarah di
IPT masih berada pada tahap sederhana. Pendekatan tradisional yang diamalkan oleh pensyarah juga
menyebabkan mahasiswa dan mahasiswi hadir ke kuliah ialah untuk lulus peperiksaan semata-mata
(Mohd Ali Haniffa et al, 2019). Kajian Mailis et al. (2020) di sebuah IPT juga mendapati bahawa
interaksi, maklumbalas dan strategi motivasi pensyarah terhadap pelajar berada pada tahap yang
sederhana.
Kaedah pengajaran secara konvensional iaitu penyampaian kuliah oleh pensyarah banyak
dilaksanakan di institusi pendidikan yang boleh menimbulkan kebosan dan menjadikan pembelajaran
tidak mearik. Justeru, tuntutan kaedah pengajaran secara kreatif dilihat relevan bagi mengatasi masalah
ini. Dalam konteks pendidikan hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran yang lebih
kreatif perlu dicerna (Buntat & Ahamad, 2011; Marzuki, 2005). Dalam menyatakan polemik yang sama
juga, Samsudin et.al (2013) berpandangan satu usaha harus dilakukan agar suasana amalan pengajaran
yang lebih kreatif dapat diwujudkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam
bilik darjah. Usaha untuk memudahkan proses pembelajaran melalui strategi pengajaran kreatif perlu
dipertingkatkan dengan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang minda pelajar (Ahmad Faizuddin et al.
2016). Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dikaitkan dengan pembangunan material
dan pendekatan yang menggalakkan minat pelajar dan motivasi mereka. Oleh itu, pemilihan teknik dan
aktiviti pengajaran yang baik dapat memastikan pembelajaran berjalan lancar dan memudahkan pelajar
memahami isi kandungan pelajaran yang disampaikan (Irma Martiny et al. 2017)
Pendidik perlu berpengetahuan dan dilengkapi dengan kemahiran mengajar yang merangkumi
aktiviti perancangan, pengurusan, penyampaian, bimbingan dan penilaian untuk menyampaikan
pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan berkesan (Fkrudin, Yusoff, Hashim, & Muhamad,
2021). Justeru, Model CTIE telah dibangunkan bagi mengatasi masalah ini. Model CTIE direkabentuk
dan dibangunkan dengan pendekatan Design and Development Research (DDR) sebagai satu panduan
untuk pensyarah Pendidikan Islam mengamalkan pengajaran kreatif berasaskan kepada strategi dan
kemahiran pengajaran yang diketengahkan dalam model ini.
192
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
2.0 Objektif
Model ini telah dibangunkan bagi mencapai objektif berikut:
a) Untuk membantu para pensyarah Pendidikan Islam melaksanakan pengajaran kreatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di politeknik.
b) Untuk menghasilkan elemen-elemen pengajaran kreatif yang sesuai untuk pensyarah Pendidikan
Islam politeknik.
3.0 Diskripsi Model
Model CTIE telah dibangunkan dengan menggunakan pendekatan Design and Development Research
(DDR) yang melibatkan 3 fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa rekabentuk dan pembangunan serta
fasa penilaian kebolehgunaan. Model CTIE ini dibangunkan setelah melihat kekangan-kekangan yang
wujud dalam kalangan pensyarah Pendidikan Islam untuk melaksanakan pengajaran kreatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik. Pada fasa rekabentuk dan pembangunan pula, 39
elemen telah dihasilkan melalui gabungan teori, model, prinsip pengajaran kreatif serta dapatan analisis
keperluan. 39 elemen ini juga melalui proses saringan bersama kumpulan pakar seramai 14 orang
dengan menggunakan Fuzzy Delphi Method (FDM) dan sebuah model prototaip telah dibangunkan
melalui Intepretive Structural Modelling (ISM) bersama 7 orang pakar yang telah dilantik dan
menggunakan perisian Concept Star untuk menjana model. Pada fasa akhir iaitu fasa penilaian
kebolehgunaan, model prototaip ini telah dinilai oleh pengguna model sebagai pakar kajian iaitu
pensyarah Pendidikan Islam politeknik seramai 30 orang dengan menggunakan Nominal Group
Technique (NGT).
4.0 Impak Model
Model ini memberi impak seperti berikut;
a) Pensyarah Pendidikan Islam politeknik boleh meningkatkan strategi pengajaran yang kreatif
dalam proses PdP.
b) Pensyarah Pendidikan Islam politeknik lebih jelas mengenai persediaan pengajaran,
perkembangan strategi pengajaran, penilaian dan peluang peningkatan strategi dan kemahiran
dalam pelaksanaan pengajaran kreatif.
c) Memberi satu garis panduan yang holistik melalui model yang telah terhasil melalui kepelbagaian
metod serta berdasarkan pandangan dan konsensus pakar.
193
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
5.0 Gambar Produk
Rajah 1: Model CTIE
Rujukan
Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi dalam Mata Pelajaran Umum. (2019). Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Abdul Latif Samian dan Mohamad Sabri Haron. (2000). Pengajian Umum di Alaf Baru. Dalam Wan
Kamal Mujani (eds.). Tamadun Islam DalamPendidikan Liberal: Pendekatan Yang
Sewajarnya Pada Alaf Baru. Cet. 1. Bangi: Pusat Pengajian Umum UKM.
Faizuddin, A. & Al-, A. S. (2016). Exploring Teachers’ Creative Teaching Strategies in Teaching
Arabic as a Foreign Language at a Private Islamic Secondary School in Malaysia 2: 21–37.
Hairol Anuar Hj Mak Din, Khairul Hamimah Mohd Jodi dan Faridah Che Hussain. 2017. Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Pengajian Malaysia: Kajian Tinjauan di Universiti Islam
Antarabangsa Selangor. Community 3(1): 171–179.
Haniffa, M. A., Rathakrishnan, M., Omar, S., & Ismail, N. H. (2019). Problem Based Learning dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Kenegaraan Malaysia di Universiti Utara Malaysia.
International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4 (32), 351-366.
194
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
Irma Martiny Md Yasim, Maimun Aqsha Lubis, Zaid Arafat Mohd Noor & Aisyah Sjahrony. (2017).
Penggunaan teknik pembelajaran aspek kosa kata bahasa Arab dalam kalangan murid. ASEAN
Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) 1(1): 14-24.
Lu, H. Y. (2013). Technology integration and pedagogical innovations in Malaysian higher education
institutions. Tesis Dr. Fal. Institute of Educational Leadership, UM Kuala Lumpur
Mailis, M. I., Zaini, Z. H. & Hassan, N. H. (2020). Persepsi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka
Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Secara Atas Talian. Jurnal Kesidang 5(1): 88–99.
Marzuki, S. (2005). Amalan Pengajaran Guru yang Berkesan: Kajian di beberapa Sekolah Menengah
di Malaysia. Jurnal Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, 1–14.
Samsudin, M. Z., Tun, U., Onn, H., Tun, U., Onn, H., Tun, U. & Onn, H. (2013). Amalan Kreativiti
Guru Dalam Pengajaran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) (October 2014).
doi:10.13140/2.1.4265.2161
Wan Mohd Tarmizi Wan Othman, Munirah Mustaffa. 2014. Pelaksanaan Kursus Pengajian Umum
Berteraskan Pendidikan Islam Dalam Pembinaan Modal Insan: Pengalaman Politeknik.
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014) Batu Pahat, Johor, 9 –
10 April 2014
Yahya Buntat & Lailinanita Ahamad. (2012). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan
Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru. Journal of Technical,
Vocational & Engineering Education, 6(June): 44–58.
195
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
ESPLORE
Ili Akmal binti Ismail
Kolej Komuniti Hulu Selangor
E-mail: [email protected]
Noraida binti Abu Seman
Kolej Komuniti Hulu Selangor
E-mail: [email protected]
Norazwani binti Suhaimi
Kolej Komuniti Hulu Selangor
E-mail: [email protected]
Sharifah Nozi binti Syed Hamid
Kolej Komuniti Hulu Selangor
E-mail: [email protected]
Abstrak
eSPLore merupakan sebuah aplikasi pembelajaran mobil (mobile learning) yang dibangunkan untuk
memperkasa penyampaian dan pelaksanaan TVET yang lebih efektif kepada para pelajar terutamanya
untuk pelajar program Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL). Inisiatif untuk membangunkan aplikasi
ini tercetus melalui pemerhatian yang dibuat berdasarkan keadaan pelajar di mana keperluan pelajar
untuk melaksanakan pembelajaran kendiri di luar waktu kuliah dalam meningkatkan kefahaman kursus
yang dipelajari amat terhad dan pelajar juga tidak memiliki buku nota dan bahan rujukan khusus yang
disimpan dalam satu lokasi penyimpanan khas. Situasi ini menyukarkan pelajar untuk mengulang kaji
sekiranya terdapat kuiz, tugasan dan ujian yang perlu dilaksanakan. Pelajar didapati mempunyai
kebergantungan yang tinggi terhadap penerangan pensyarah di dalam kelas. Hal ini kurang efektif
dalam menyokong pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, aplikasi ini dibangunkan untuk dimuat turun oleh
pelajar bagi memudahkan pelajar mengakses nota atau bahan rujukan yang berkaitan dan membantu
pelajar untuk belajar secara kendiri tanpa batasan masa dan tempat. Keistimewaan aplikasi ini adalah
dari segi kandungan yang boleh dimuat turun oleh pelajar yang tidak terhad kepada satu kursus sahaja.
Aplikasi ini menggabungkan semua kursus yang diambil oleh pelajar untuk satu semester. Secara
umumnya, aplikasi eSPLore ini dapat menjimatkan masa dan membantu pelajar dalam menguruskan
pembelajaran kendiri dengan lebih sistematik.
Kata Kunci: aplikasi mobil, pembelajaran kendiri, bahan rujukan
1.0 Pernyataan Masalah
Masalah utama yang dihadapi semasa melaksanakan PdP ialah pelajar tiada buku nota atau
bahan rujukan khusus untuk kursus yang diajar. Oleh itu, pelajar hanya mendapat penerangan tentang
kandungan kursus melalui pensyarah di dalam kelas sahaja. Ini menimbulkan kesukaran kepada pelajar
196
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
untuk mengulang kaji sekiranya terdapat kuiz, tugasan dan ujian yang perlu dilaksanakan. Selain itu,
berdasarkan amalan yang lepas, tidak dinafikan terdapat nota atau bahan rujukan yang diberikan secara
dalam talian namun, medium untuk kursus-kursus tersebut diberikan secara berasingan mengikut kursus
masing-masing.
Perkara ini mencetuskan idea untuk pembangun inovasi menggabungkan semua nota, bahan rujukan
dan latihan di dalam satu platform yang sama dan sekali gus menjadi hab pengumpulan dan
memudahkan akses kepada pelajar.
2.0 Objektif Produk
a) Memudahkan pelajar mengakses nota atau bahan rujukan yang berkaitan dengan kursus.
b) Membantu pelajar mengulang kaji pelajaran tanpa mengira masa dan tempat.
c) Membantu pelajar untuk lebih memahami kursus dengan menyediakan soalan-soalan kuiz yang
berkaitan dengan kursus.
3.0 Diskripsi Produk
Perkembangan dalam dunia teknologi membuka rangkaian baharu dalam sektor pendidikan apabila
penggunaan peranti dan aplikasi digital semakin diterapkan dalam penyampaian PdP (Nevarez &
McGovern, 2018). Seiring dengan arus perkembangan digital, aplikasi eSPLore dibangunkan dan direka
bentuk agar dapat memudahkan pelajar mengakses nota atau bahan rujukan serta dapat menjawab
soalan-soalan kuiz yang disediakan supaya penyampaian PdP lebih efektif. Penggunaan soalan latihan
dan kuiz dalam bentuk interaktif boleh meningkatkan pengalaman pelajar dalam meneroka
pembelajaran dengan suasana yang menarik (Iasha, et al, 2018).
Aplikasi ini boleh diakses dengan menggunakan telefon pintar sesuai dengan saranan Kementerian
Pengajian Tinggi iaitu menjalankan proses PdP secara dalam talian dengan mengambil kira situasi
Covid-19 yang melanda dunia. Menurut Naciri, et. Al (2020), penggunaan telefon pintar membolehkan
pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi, dan ia tidak terhad kepada satu
lokasi.
Proses pembangunan aplikasi mudah alih melibatkan lima fasa utama iaitu yang diadaptasi daripada
Model ADDIE (Analyze, Design, Develop, Implement and Evaluate). Model ADDIE dipilih untuk
membangunkan aplikasi ini kerana ADDIE menggalakkan pengulangan untuk setiap fasa dan setiap
fasa berkait rapat dengan fasa sebelumnya. Buat masa ini, aplikasi ini menggabungkan semua kursus
yang perlu diambil oleh pelajar Semester 1 program Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL).
Berteraskan model ADDIE, platform google site digunakan sebagai asas pembangunan aplikasi ini.
Pelajar hanya perlu memuat naik aplikasi eSPLore ini melalui perisian Android Package Kit (APK).
Melalui penggunaan eSPLore, pengguna bukan sahaja dapat mengakses nota, malahan maklumat
tambahan dalam bentuk video juga disediakan. Selain itu, bagi membantu pelajar mengukuhkan
kefahaman, latihan dan kuiz dalam bentuk gamifikasi juga disediakan. Pelajar hanya perlu memuat
turun aplikasi ini secara percuma melalui internet ke dalam telefon pintar masing-masing dan seterusnya
boleh mengakses semua maklumat yang ada dalam aplikasi tersebut mengikut pilihan kursus masing-
masing.
197
PMJB NATIONAL INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION 2022 l PNiCC’22
4.0 Impak Produk
Produk ini memberi beberapa manfaat kepada pengguna seperti berikut:
a) boleh digunakan oleh semua pelajar program SPL kolej komuniti di seluruh Malaysia kerana mudah
diakses.
b) prestasi pelajar dalam menjawab kuiz boleh meningkat kerana ia membantu pelajar mengingati
fakta semasa mengulang kaji pelajaran.
c) aplikasi ini boleh dikembangkan penggunaannya untuk semester-semester lain.
5.0 Gambar Produk
Rajah 1: Paparan antara muka aplikasi (muka hadapan)
198