43 Cara-cara mengatasi masalah badan berbau 1. Mandi dengan kerapnya dan gunakan sabun antiseptik 2. Gunakan deodoran 3. Kerap menukar baju 4. Guna pakaian yang diperbuat daripada kapas atau sutera 5. Bersihkan bulu ketiak dengan kerap 6. Sembur minyak wangi pada titik nadi CONTOH PETIKAN PENDEK Secara asasnya bau badan terjadi akibat pengeluaran peluh berlebihan sehinggakan kebersihan dan penampilan diri seseorang terjejas. Masalah badan berbau ini menyebabkan orang sekeliling akan berasa kurang senang dengan bau badan kita. Oleh itu, untuk mengelakkan bau badan kita harus mandi dengan kerap dan menggunakan sabun antiseptik. Kita juga perlu membersihkan bulu ketiak dengan kerap dan menggunakan deodaran untuk berasa lebih segar. Seterusnya, sembur minyak wangi pada titik nadi juga membantu untuk berasa lebih yakin. Kita juga digalakkan kerap menukar baju selepas melakukan sesuatu aktiviti. Akhir sekali, gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau sutera juga membantu untuk mengatasi masalah bau badan. (100 patah perkataan) AKTIVITI 2: Murid diminta mendendangkan seloka https://youtu.be/Zt94X1SyCqY
44 AKTIVITI 3 Nyatakan maksud tersurat dan huraikan maksud tersirat yang terdapat dalam seloka tersebut. Seloka Besihkan Diri Maksud Tersurat: - Sungguh malang nasib seseorang jika berwajah tampan dan cantik jelita tetapi badan berbau busuk. - Tidak guna berwajah cantik atau berpenampilan menarik jika ke mana-mana sahaja pergi kawan-kawan akan menghindarkan diri. - Bersihkan selalu anggota badan supaya wangi, disukai rakan taulan dan dapat hidup yakin dan tenang. Maksud Tersirat: Seloka ini mengingatkan kita akan kepentingan menjaga kebersihan diri. Kita hendaklah menjaga kebersihan diri dalam pelbagai aspek. Kepentingan utama menjaga kebersihan diri adalah supaya kesihatan fizikal dan mental terjamin. Setiap kali kita ingin membersihkan diri seperti mandi atau mencuci tangan, pasti kita akan menggunakan sabun yang berfungsi sebagai ejen pembersih bakteria-bakteria atau bahan yang mengancam kesihatan diri kita. Perlakuan menjaga kebersihan ini dapat mengelakkan kita daripada dijangkiti penyakit. Manfaat lain daripada menjaga kebersihan diri adalah ia dapat mewujudkan suasana yang kondusif kepada diri dan orang sekeliling kita. Sekiranya kita menjaga kebersihan diri dengan baik, diri kita akan berasa selesa. Begitu juga dengan orang sekeliling. Pada masa yang sama, menjaga kebersihan diri dapat memberikan imej yang baik dan keyakinan diri yang tinggi. Apabila kita menjaga kebersihan diri, secara langsung ketrampilan diri akan menjadi lebih baik. Kekemasan pada diri, wangi dan bersih akan menaikkan imej kita kerana orang sekililing lebih selesa untuk bergaul dengan penampilan yang kemas dan segak. Jika kebersihan diri dititikberatkan oleh setiap orang, pasti negara kita dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera.
45 2.6 PENGUKUHAN: ANDA MAHU SIHAT? (HALAMAN 26) AKTIVITI 1 Teliti maklumat yang diberikan dan tafsirkan maklumat bergambar. Tajuk: Amalan Sihat Sepanjang Masa Gambar 1 – Perkara yang paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Gambar 2 – Selain dapat mengeratkan hubungan, aktiviti riadah dan rekreasi sesama ahli keluarga juga penting untuk mengekalkan kesihatan badan. Gambar 3 – Aktiviti riadah juga dapat menyihatkan fizikal dan mental seseorang. Gambar 4 – Kita perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan diri. Gambar 5 – Kita harus menjaga kebersihan diri dan persekitaran agar dapat menghindari penyakit berjangkit seperti demam denggi dan taun. Gambar 6 – Di samping itu, kita haruslah sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup. Gambar 7 – Kita mesti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu supaya badan kita sihat dan cergas. Gambar 8 – Kita patut mendapat tidur yang berkualiti supaya badan dan minda mendapat rehat yang secukupnya. AKTIVITI 2 Hasilkan penulisan untuk mengemukakan pendapat yang rasional menggunakan ayat yang gramatis. Lihat gambar rajah yang diberi dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
46 Contoh ulasan Pada zaman yang serba moden ini, gaya hidup sihat perlu diamalkan. Pengambilan makanan yang seimbang mengikut pinggan Malaysia suku suku separuh penting untuk menjamin kesihatan diri. Hal ini kerana, piramid makanan menunjukkan kadar makanan harian yang patut kita ambil. Selain itu, kita juga perlu bersenam kerana aktiviti ini dapat membantu badan kita mengeluarkan peluh dan melancarkan perjalanan darah. Kita juga haruslah membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan tahap kesihatan tubuh badan kita dan dapat mengesan penyakit pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Jelaslah bahawa gaya hidup sihat merupakan salah satu cara yang perlu kita amalkan untuk menjamin kesihatan tubuh. (100 patah perkataan)
47
48 TEMA 3: KECERGASAN MENINGKAT, KETRAMPILAN MENINGKAT 3.1 KAYUHAN RIA UNTUK SEJAHTERA (HALAMAN 28-29) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P 1.3.1 Mendengar dan mengkategorikan maklumat yang terdapat dalam pelbagai wacana, serta memberikan respons secara lisan dengan betul, tepat dan bermakna mengikut konteks. AKTIVITI 1: Imbas Kod QR dan murid mendengar ceramah. AKTIVITI 2: Murid mengkategorikan bahan ceramah mengikut jadual berikut secara lisan (bertutur). BAHAN 1 JENIS PENYAKIT FAKTOR KESAN PENYAKIT LANGKAH MENCEGAH PENYAKIT - Sakit jantung dan darah tinggi - Osteoporosis -kolestrol yang tinggi akibat amalan pemakanan yang tidak sihat -tulang kekurangan tisu akibat kekurangan kalsium dan vitamin D -tulang mudah patah -mengalami kesakitan dan terganggu keupayaan fizikal. -mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal seperti berbasikal
49 - Arthritis -berlakunya radang atau bengkak pada sendi BAHAN 2 MANFAAT BERBASIKAL • Merawat artritis. • Merehatkan minda. • Menurunkan kadar kolesterol. • Menguatkan tulang AKTIVITI 3: Secara berpasangan, berbual dengan rakan anda tentang manfaat berbasikal. Contoh jawapan: Izzatul : Hei Izzatul, mari tengok info berbasikal ni! Menarik. Mellisa : Ya, saya sedang tengok ni. Wah, banyaknya kebaikan berbasikal! Izzatul : Ya, betul tu banyak manfaat berbasikal, antaranya dapat menurunkan kadar kolestrol, merawat artritis, serta menguatkan tulang. Mellisa : Oh, selama ini saya berpendapat berbasikal hanya bersantai-santai sambil merehatkan minda dan melihat pemandangan alam sekitar Izzatul : Eh, Mellisa lihat info ni! Berbasikal sejauh 32 kilometer seminggu dapat mengurangkan 50 peratus risiko penyakit jantung. Mellisa : Oh, aktiviti ini bagus untuk orang yang berisiko mendapat penyakit jantung seperti orang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan orang yang mengalami masalah obesiti! Izzatul : Orang yang mahu menurunkan berat badan patut berbasikal, Mellisa. Mellisa : Haah. Betul tu. Menurut info ini, berbasikal selama satu jam dapat membakar 1050 kalori. Izzatul : Ya, cuma kita perlu rajin dan konsisten untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Mellisa : Betul tu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
50 3.2 LARIAN BENDANG (HALAMAN 30-31) KEMAHIRAN MEMBACA DAN ASPEK TATABAHASA SP 2.2.2 Membaca dan menganalisis maklumat daripada pelbagai bentuk panduan dengan memberikan respons peribadi yang sesuai. AKTIVITI 1: Murid membaca poster iklan pertandingan dan analisis maklumat penting dengan mengisi jadual berikut. Apakah nama pertandingan? Bilakah pertandingan ini diadakan? Di manakah pertandingan ini diadakan? Berapa kategori yang dipertandingkan? Siapakah yang boleh menyertai kategori individu? Siapakah yang boleh menyertai kategori keluarga? Yuran penyertaan Siapakah yang dikira pemenang? Bilakah tarikh tutup penyertaan?
51 Contoh jawapan: Apakah nama pertandingan? Larian Bendang Bilakah pertandingan ini diadakan? i) Tarikh:15 Mac 2000 ii) Masa:6.45 Pagi Di manakah pertandingan ini diadakan? Perkarangan Dewan Komuniti, Kuala Sungai Manik, Perak. Berapa kategori yang dipertandingkan? 2 kategori Siapakah yang boleh menyertai kategori individu? Veteran, dewasa dan murid sekolah Siapakah yang boleh menyertai kategori keluarga? Ibu bapa dan seorang anak Yuran penyertaan i) Individu-RM 10.00 ii) Keluarga-RM 20.00 Siapakah yang dikira pemenang? Paling cepat sampai ke garisan penamat dan patuh kepada syarat-syarat larian. Bilakah tarikh tutup penyertaan? 10 Mac 2023 AKTIVITI 2: Murid diminta membina perancangan untuk menyertai aktiviti tersebut menggunakan peta alir. SEBELUM HARI PERTANDINGAN 1. Tekun berlatih untuk membina stamina 2. Fikirkan strategi perlumbaan 3. Ambil air putih secukupnya 4. Jangan minum minuman berais 5. Banyakkan makan sumber protein seperti daging, telur 6. Sediakan pakaian dan kasut bersesuaian SEMASA HARI PERTANDINGAN 1. Datang awal di tempat pertandingan 2. Buat pemanasan dan regangan sebelum berlari 3. Makan tidak lewat dari satu jam sebelum waktu perlumbaan 4. Bawa bekal makanan yang memberi tenaga seperti pisang dan coklat 5. Pakai pakaian bersesuaian dan kasut larian
52 SP 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif dalam ayat mengikut konteks. AKTIVITI 1: Guru menerangkan jenis-jenis kata adjektif Sumber: http://mdfadilmin.blogspot.com/2012/09/kata-adjektif.html AKTIVITI 2: Murid menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam bahan. Cadangan jawapan: Senarai kata adjektif dalam petikan 1. Teruja 2. Lama 3. Dekat 4. Berani 5. Sihat 6. Cepat 7. Patuh 8. Kuat 9. Tekun
53 AKTIVITI 3: Murid membina ayat daripada kata adjektif. Contoh Ayat 1. Murid itu berasa teruja apabila dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. 2. Seorang anggota tentera mestilah mempunyai sifat berani demi mempertahankan negara daripada ancaman musuh. 3. Pesara itu masih sihat dan aktif walaupun sudah bersara selama 25 tahun. 4. Kita perlu memiliki semangat yang kuat jika mahu mencapai kejayaan dalam hidup. 5. Kejayaan murid itu dalam bidang akademik disebabkan dia tekun mengulang kaji pelajaran. 6. Qaisara berjalan dengan cepatnya ke sekolah agar dia tidak lewat sampai kerana dia bangun lewat pada hari itu. 7. Dia hanya berjalan kaki ke sekolah kerana jarak rumahnya dengan sekolahnya begitu dekat sekali. 8. Rumah lama itu masih elok lagi kerana dijaga dengan baik oleh pemiliknya.
54 3.3 MEMACU MUTU SUKAN NEGARA (HALAMAN 32-33) KEMAHIRAN MENULIS DAN ASPEK SENI BAHASA SP 3.2.1 Menulis untuk mengemukakan pendapat yang rasional tentang sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton menggunakan ayat yang gramatis. SP 4.2.1 Menggunakan kiasan dan peribahasa dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 1: Imbas Kod QR. Murid mendengar dan menonton video. http://bukuteks.dbp.gov.my/media/media/zX1whgnyVM.mp4 AKTVITI 2: Murid menganalisis maklumat berdasarkan video yang ditonton dan didengar dengan melengkapan jadual berikut: SEJARAH SUKAN SEA 1.Tarikh sukan S.E.A pertama 2-17 Disember 1959 2. Negara terlibat i. Thailand ii. Burma iii. Malaya/Malaysia iv. Singapura v. Vietnam Selatan vi. Laos vii. Indonesia viii. Filipina ix. Brunei x. Timor Leste
55 3.Nama atlet i. Rabuan Pit ii. Alex Lim 4.Peribahasa i. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi ii. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat iii. Ayam tambatan AKTIVITI 3: Guru menerangkan maksud kiasan dan peribahasa. KIASAN Ibarat, perumpamaan, sindiran PERIBAHASA Peribahasa adalah ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu merujuk kepada maksud berkias, berlapik dan tersirat. AKTIVITI 4: Murid diminta mengenal pasti kiasan dan peribahasa dalam bahan. Cadangan jawapan:
56 Contoh jawapan: KIASAN i. bagaikan jentera yang tidak mengenal lelah ii. seperti harimau lapar yang dahagakan kejayaan PERIBAHASA i. seikat bak sirih, serumpun bak serai ii. ayam tambatan iii. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama iv. buah mulut v. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi AKTIVITI 5: Murid diminta menulis pendapat dalam satu perenggan dengan memasukkan kiasan dan peribahasa daripada bahan. Cadangan jawapan: Sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebanyakan bidang sukan disertai oleh pelbagai kaum. Sebagai contohnya, dalam pasukan bola sepak, hoki dan bola jaring ada membabitkan ketiga-tiga kaum di Malaysia. Apabila pemain-pemain ini bersatu hati untuk meraih kejayaan pasukan mereka, pasti kejayaan menjadi milik mereka. Bayangkan pula ribuan penyokong bagaikan lautan manusia yang berbilang bangsa menyokong pasukan negara di stadium bola sepak, pasti seluruh stadium bergema dengan sorakan kuat bagai halilintar membelah bumi. Kesan daripada sokongan padu ini, hubungan antara kaum semakin diperkukuh seperti peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai. Tegasnya, sukan berjaya memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita.
57 3.4 CHINLONE OH CHINLONE KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P 1.3.2 Mendengar dan menganalisis maklumat yang terdapat dalam pelbagai wacana serta memberikan respons yang betul, tepat dan bermakna. AKTIVITI 1: Murid diminta mendengar bahan rakaman dan menjawab soalan. http://bukuteks.dbp.gov.my/media/media/R56gMjphwJ.mp3 AKTIVITI 2: Murid diminta menjawab soalan tersebut. SOALAN ANALISIS BAHAN MENDENGAR: 1. Berapakah bilangan atlet Malaysia yang berlatih di Myanmar bersama-sama skuad chinlone Myanmar? ----------------------------------------------------------------------------------------------- 2.Berikut merupakan cabaran semasa skuad Malaysia berada di sana kecuali: A. suhu panas mencecah 40 darjah celcius B. makanan C. persekitaran D. Bahasa 3.Tandakan (/) pada penyataan yang benar dan (X) pada penyaatan yang salah terhadap pandangan kapten skuad chinlone negara tentang chinlone. i. Permainan yang sukar ii. Pemain memerlukan masa singkat untuk menguasainya iii. Pemain perlu mempunyai kelembutan iv. Pemain perlu mengawal mata
58 4.Nyatakan dua acara mengembangkan sukan chinlone mengikut pendapat kapten skuad chinlone i. - _________________________________________________________ ii. - __________________________________________________________ Jawapan: 1. Berapakah bilangan atlet Malaysia yang berlatih di Myanmar bersama-sama skuad chinlone Myanmar? 10 atlet 2. Berikut merupakan cabaran semasa skuad Malaysia berada di sana kecuali: A. suhu panas mencecah 40 darjah celcius B. makanan C. persekitaran D. bahasa Jawapan: D 3. Tandakan (/) pada penyataan yang benar dan (X) pada penyaatan yang salah terhadap pandangan kapten skuad chinlone negara tentang chinlone. i. Permainan yang sukar / ii. Pemain memerlukan masa singkat untuk menguasainya X iii. Pemain perlu mempunyai kelembutan / iv. Pemain perlu mengawal mata X
59 4. Nyatakan dua acara mengembangkan sukan chinlone mengikut pendapat kapten skuad chinlone i. chinlone diajar pada peringkat sekolah ii. guru diberikan latihan untuk melatih murid AKTIVITI 3: Murid diminta menghasilkan cerita pendek dan menyampaikan secara kreatif. Cadangan jawapan: Murid mempersembahkan menggunakan puppet. Kembara Chinlone Luqman seorang remaja lelaki yang aktif. Hobinya suka bermain bola sepak dan sepak takraw. Dia mewakili sekolahnya dalam kedua-dua sukan tersebut. Pada suatu hari, semasa waktu makan, ayahnya memberitahu bahawa mereka sekeluarga akan mengikuti ayah mereka bertugas di Myanmar. Dengan berat hati, Luqman terpaksa meninggalkan segala yang diminatinya di Malaysia dan mengikuti ayahnya bertugas di sana. Semasa di Myanmar, Luqman diperkenalkan dengan sukan chinlone. Ayahnya tahu Luqman aktif dan tidak boleh duduk diam. Jadi, ayah Luqman mendaftarkan Luqman dengan pasukan chinlone di sana. Sejak itu, Luqman kerap bermain chinlone dengan rakan-rakan baharunya di Myanmar. Mereka dibimbing oleh jurulatih berpengalaman. Luqman semakin hari semakin mahir berlatih. Pada suatu petang, ketika Luqman baru selesai bermain chinlone, ayahnya memberitahu satu berita. Mereka akan pulang ke Malaysia bulan hadapan kerana tugasan ayahnya di Myanmar sudah tamat. Walaupun dia gembira akan pulang ke tanah air tercinta, namun dia berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan sukan chinlone yang kini diminatinya. Sebelum pulang, Luqman berjumpa dengan jurulatihnya. Jurulatihnya berpesan agar Luqman memartabatkan sukan chinlone di Malaysia. Luqman pegang pesanan itu erat-erat. Setelah dia berada di tanah air, dia meneruskan minatnya terhadap sukan chinlone. Bakat dan kemahirannya tidak disia-siakan. Dia menyertai sukan chinlone negara. Mereka berlatih dengan gigih dan tekun sehingga melayakkan mereka terpilih ke Sukan SEA. Sewaktu perlawanan akhir, skuad chinlone Malaysia bertemu dengan pasukan Myanmar. Luqman terharu dapat bertemu dengan bekas rakan sepasukannya dan bekas jurulatihnya. Walaubagaimanapun dia tetap berusaha gigih untuk mendapatkan kemenangan kepada Malaysia. Perlawanan ketika itu sangat sengit. Akhirnya, skuad negara menang dalam perlawanan itu. Luqman bangga dapat memenangi pihak lawan yang sungguh berpengalaman.
60 3.5 SEBUTIR PERMATA DI PERSADA DUNIA (HALAMAN 36-37) KEMAHIRAN MEMBACA S.P 2.2.3 Membaca dan memahami serta membuat ulasan keseluruhan maksud sesuatu bahan grafik. AKTIVITI 1: Murid menyanyikan lagu Fikirkan Boleh dan guru mengaitkan dengan tema semangat kesukanan. Jika kau fikirkan kau boleh Kau hampir boleh melakukan Jika kau fikirkan ragu-ragu Usahamu tidak menentu Jika kau fikirkan kekalahan Kau hampiri kegagalan Jika kau fikirkan kemenangan Kau hampiri kejayaan Engkaulah apa kau fikirkan Terkandung dalam pemikiran Kau fikir boleh melakukan Fikirkan boleh Percaya apa kau lakukan Tabah apa kau usahakan Bertindak atas kemampuan Engkau boleh
61 AKTIVITI 2: Guru menunjukkan gambar tokoh sukan dan bersoal jawab dengan murid. Soalan Jawapan Siapakah nama tokoh sukan ini? Dato’ Mohd Azizulhasni Awang Apakah bidang sukan yang diceburi oleh beliau? Sukan lumba basikal AKTIVITI 3: Murid membaca petikan dan bahan grafik di halaman 36-37 secara senyap. AKTIVITI 4: Murid diminta menyatakan maklumat isi tersirat dan tersurat yang terdapat dalam bahan grafik halaman 36-37. Isi tersurat Isi tersirat Betisnya pernah tertusuk serpihan kayu pada Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester, 2011 tetapi beliau tetap meneruskan kayuhannya. • Tidak berputus asa untuk meneruskan perjuangan demi mencapai kejayaan walaupun menempuh pelbagai halangan dan cabaran. Beliau melelong sarung tangan yang dipakainya semasa Sukan Olmpik 2016 dan hasil lelongan itu didermakan kepada sebuah pusat pendidikan. • Melakukan usaha murni Digelar The Pocket Rocketman kerana bertubuh kecil dan mempunyai kayuhan yang mantap. • Dikagumi oleh orang lain Rakyat Malaysia yang pertama memenangi pingat gangsa dalam acara lumba basikal (trek) di Sukan Olimpik. • Mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa
62 • 2018-Sukan Asia, Jakarta, Palembang (Pingat Emas Acara Pecut) • 2017-Sukan SEA, Kuala Lumpur (Pingat Emas Acara Pecut dan Keirin) • 2017-Kejohanan Dunia, Hong Kong (Pingat Emas Acara Keirin) • 2017-Kejohanan Asia, New Delhi (Pingat Emas Acara Pecut) • 2016-Sukan Olimpik, Rio Brazil (Pingat Gangsa Acara Keirin) • 2016-Kejohanan Dunia, London (Pingat Gangsa Acara Keirin) • 2015-Kejohanan Dunia, SaintQuentin-enYvelines, Perancis (Pingat Gangsa Acara Keirin) • Menjadi contoh kepada orang lain untuk meraih kejayaan AKTIVITI 5: Murid diminta membuat ulasan daripada isi tersurat dan isi tersirat. Lihat bahan grafik di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan grafik tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Mohd Azizulhasni bin Awang Betisnya pernah tertusuk serpihan kayu pada Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester, 2011 tetapi beliau tetap meneruskan kayuhannya. Beliau melelong sarung tangan yang dipakainya semasa Sukan Olimpik 2016 dan hasil lelongan itu didermakan kepada sebuah pusat pendidikan The Pocket Rocketman kerana bertubuh kecil dan mempunyai kayuhan yang mantap. Rakyat Malaysia yang pertama memenangi pingat gangsa dalam acara lumba basikal (trek) di Sukan Olimpik
63 ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Cadangan jawapan: Mohd Azizulhasni bin Awang merupakan jaguh sukan lumba basikal yang turut dikenali dengan gelaran The Pocket Rocketman kerana bertubuh kecil dan mempunyai kayuhan yang mantap. Beliau telah mencapai pelbagai kejayaan sehingga mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama memenangi pingat gangsa dalam acara lumba basikal (trek) di Sukan Olimpik. Beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam kerjayanya apabila betisnya pernah tersusuk serpihan kayu pada Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester tahun 2011 tetapi beliau tetap meneruskan kayuhannya. Sikap ini menunjukkan bahawa beliau seorang yang tidak berputus asa walaupun menempuh pelbagai halangan. Selain itu, beliau pernah melakukan usaha murni dengan melelong sarung tangan yang dipakainya semasa Sukan Olimpik 2016 dan hasil lelongan itu didermakan kepada sebuah pusat pendidikan. (100 patah perkataan)
64 3.6 PENILAIAN (Halaman 38-40) A. Baca teks di bawah dengan telitinya, kemudian buat tugasan yang berikutnya. KONSEP PEMBELAJARAN MASA DEPAN Dalam tempoh sepuluh tahun lagi, suasana bilik darjah konvensional dengan susunan meja dan bangku yang menghadap papan putih seperti yang terdapat di sekolah sekarang sudah pasti berubah. Dengan cabaran pendidikan yang semakin getir, ruang kuliah yang kondusif dan penggunaan teknologi moden diperlukan untuk melahirkan murid yang berdaya kreatif serta berfikiran luas. Makalah dalam elearningindustry.com menyatakan bahawa susun atur bilik darjah perlu diubah suai bagi menggalakkan pembelajaran secara individu dan kolaboratif. Pengaturan perabot di dalam bilik darjah perlu lebih fleksibel supaya murid dapat bergerak dan menjalankan tugasan sama ada secara individu atau bersama-sama dengan rakan. Bilik darjah juga seharusnya mempunyai ruang untuk murid mengekspresikan idea dan pendapat secara nyata. Mereka boleh menulis pada permukaan meja dan dinding bilik darjah, tidak lagi pada kertas semata-mata. Hal ini bukanlah suasana yang baharu kerana beberapa buah sekolah di luar negara telah mengamalkannya. Murid-murid diberi peluang untuk menjanakan idea dan maklumat secara interaktif dan kreatif. Dalam penggunaan teknologi pula, persekitaran pembelajaran maya menjadi nadi penting kepada murid dan guru untuk berinteraksi. Biasanya, satu laman sesawang akan digunakan untuk guru menyampaikan bahan pengajaran kepada murid. Selain itu, penggunaan teknologi realiti tertambah menyediakan satu pengalaman pembelajaran yang cukup bererti kepada murid. Teknologi ini mampu meningkatkan daya imaginasi murid supaya pembelajaran tampak lebih realistik dengan penggunaan kaca mata khas. Kesimpulannya, suasana pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel diperlukan untuk merangka suasana bilik darjah pada masa hadapan. Hal ini penting untuk membantu perkembangan akal murid secara holistik. Pemikiran kognitif mereka juga akan berkembang secara kreatif dan inovatif bagi melahirkan bangsa yang berilmu dan berfikiran luas. (Dipetik dan diubah suai daripada artikel Pencetus Pembelajaran Interaktif dan Efektif dlm. Dewan Masyarakat Bil. 2, 2018. Dewan Bahasa dan Pustaka)
65 1. Senaraikan empat kata nama pinjaman daripada petikan di atas dan hasilkan ayat daripada perkataan-perkataan tersebut. 2. Mengapakah susun atur bilik darjah pada masa hadapan perlu berbentuk fleksibel berbanding dengan masa sekarang? 3. Pada pendapat anda, wajarkah bidang pendidikan negara kita meningkatkan penggunaan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas? Jelaskan pendapat anda itu. Konsep Pembelajaran Masa Depan Contoh jawapan 1. Empat kata nama pinjaman daripada petikan di atas ialah: Bahasa Inggeris - kreativiti, teknologi, kondusif, moden, individu, kolaboratif, fleksibel, interaktif, konvensional, kreatif, realiti, imaginasi, holistik, kognitif Bahasa Arab – darjah, makalah, akal Bahasa Sanskrit – guru Bahasa Portugis – bangku, meja, kertas. Contoh ayat: a. Pihak sekolah telah menganjurkan pertandingan menghasilkan cerpen atau penulisan karya kreatif yang berbentuk cerita pendek. b. Peranan guru bukan sekadar mendidik malah perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif agar pelajar lebih mudah memahami apa yang ingin disampaikan. c. Pak Mat mencari akal untuk menyelesaikan masalah itu. d. Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kecemerlangan seseorang pelajar dalam pelajaran. 2. Susun atur bilik darjah pada masa hadapan perlu berbentuk fleksibel berbanding dengan masa sekarang untuk menggalakkan pembelajaran secara individu dan kolaboratif. 3. Pada pendapat saya, bidang pendidikan negara kita wajar meningkatkan penggunaan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Selain itu, penggunaan teknologi juga dapat meluaskan pengetahuan murid melalui pembelajaran akses kendiri.
66 B. Baca teks di bawah dengan telitinya, kemudian buat tugasan yang berikutnya. Pada pagi itu, aku duduk di beranda rumah datuk. Penat menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Bumi Kenyalang ini masih terasa. Tiba-tiba datuk muncul di hadapanku. “Adi, mari ikut datuk. Kita ke Pesta Kaul. Di sana macam-macam ada.” Tanpa berlengah, aku menyusun langkah mengikut datuk. Dari jauh aku melihat dua batang kayu tegak berdiri. “Apakah itu, datuk?” Aku bertanya penuh hairan. “Itulah tibow, Adi. Setiap kali Pesta Kaul diadakan, permainan inilah yang popular.” Sekumpulan budak Melanau berlari laju ke arah tiang itu. Salah seorang daripada mereka berbuai riang di tali itu, manakala budak-budak yang lain duduk di tempat duduk bertingkat di belakang buaian itu. Tidak lama kemudian, beberapa orang budak lain melompat ke arah tali yang berbuai itu. Aku kagum akan kelincahan mereka. Mereka menjerit dengan kuatnya. Jeritan mereka benar-benar menggerakkan adrenalinaku. “Kamu tidak mahu bermain tibow itu? Pergilah.” Aku pantas pergi ke tempat duduk yang bertingkat-tingkat itu. Budak-budak yang duduk di situ memberi ruang kepada aku. Apabila tali buaian itu semakin hampir, aku melompat kepada tali itu. Aku memegang tali itu dengan kuat. Perasaan gayat, takut, seronok, dan berdebar bercampur baur dalam diriku. Tanpa aku sedar, aku juga menjerit seperti remaja yang lain. 1. Apakah maksud frasa benar-benar menggerakkan adrenalinaku dalam petikan di atas? 2. Senaraikan lima kata adjektif yang terdapat dalam petikan di atas dan bina ayat. 3. Pada pendapat anda, bagaimanakah permainan tradisional seperti tibow dapat terus dikekalkan untuk generasi yang akan datang? 4. Berdasarkan petikan, tandakan (√) bagi maklumat yang tepat dan (x) bagi maklumat yang salah. a) Permainan tibow dimainkan oleh remaja Melanau pada masa lapang. ( ) b) Datuk Adi cinta akan warisan bangsanya dan mahu Adi kenal akan warisan itu. ( ) c) Permainan tradisional seperti tibow mampu membina sikap positif dalam kalangan remaja. ( )
67 Jawapan 1. Frasa benar-benar menggerakkan adrenalinaku bermaksud begitu kuat mendorong saya. 2. Lima kata adjektif yang terdapat dalam petikan di atas ialah penat, jauh, laju, kagum, seronok. Contoh ayat: a. Syamil tertidur di atas sofa kerana terlalu penat bermain bola. b. Jarak rumah Aminah dengan rumah Sarah agak jauh. c. Sekumpulan budak Melanau berlari laju menuju ke arah buaian itu. d. Adi berasa amat kagum melihat sekumpulan budak Melanau itu bermain tibow. e. Walaupun keletihan bermain tibow, namun Adi berasa seronok kerana mendapat pengalaman baharu. 3. Pada pendapat saya, permainan tradisional seperti tibow dapat terus dikekalkan untuk generasi yang akan datang dengan mengadakan kelab permainan tradisional di sekolah-sekolah. Selain itu, ibu bapa haruslah membawa anak mereka untuk menyaksikan persembahan atau pertandingan permainan ini. 4. Berdasarkan petikan, tandakan (√) bagi maklumat yang tepat dan (x) bagi maklumat yang salah. a. Permainan tibow dimainkan oleh remaja Melanau pada masa lapang. (x) b. Datuk Adi cinta akan warisan bangsanya dan mahu Adi kenal akan warisan itu. (√) c. Permainan tradisional seperti tibow mampu membina sikap positif dalam kalangan remaja. (√)
68 C. Lihat poster di bawah dengan telitinya. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Contoh ulasan Poster tersebut menunjukkan Kempen Derma Darah. Kempen ini dijalankan oleh Pusat Darah Negara untuk menggalakkan masyarakat menderma darah. Tujuan kempen derma darah ini adalah untuk memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Sebagai contohnya orang yang mengalami kekurangan darah akibat kemalangan, pembedahan dan sebagainya. Secara tidak langsung dapat menyelamatkan nyawa. Selain itu, syarat asas penderma ialah mesti sihat tubuh badan. Penderma yang mempunyai masalah kesihatan tidak dibenarkan untuk menderma darah. Selain itu, penderma juga hendaklah mempunyai berat badan 45 kg ke atas. Oleh itu, pihak perubatan akan memastikan berat penderma mencukupi sebelum membenarkannya untuk menderma. Kesimpulannya, kempen derma darah memberikan banyak manfaat kepada masyarakat. (100 patah perkataan)
69
70 TEMA 4: WASPADA SELALU! 4.1 JAGALAH DIRI (HALAMAN 42-43) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.4.1 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. AKTIVITI 1: Murid mendengar rakaman rancangan radio dengan telitinya. Imbas Kod QR (halaman 42) dan dengar rakaman rancangan radio mengenai gangguan seksual. AKTIVITI 2: Murid menganalisis isu yang dibicarakan berdasarkan punca, langkah keselamatan dan tindakan jika berlakunya gangguan seksual menggunakan peta pokok merujuk buku teks (halaman 42). Anda telah mendengar rakaman rancangan radio antara juruhebah radio dan Saudari Najiha mengenai gangguan seksual. 1. Berdasarkan rakaman tersebut, nyatakan punca berlakunya gangguan seksual, langkah untuk mengelakkan gangguan seksual dan tindakan jika berlakunya gangguan seksual.
71 PUNCA • Pakaian yang menggoda • Mudah terpedaya • Pengaruh bahan lucah LANGKAH KESELAMATAN • Berhati-hati dengan orang yang mencurigakan • Belajar seni mempertahankan diri • Memakai pakaian sopan TINDAKAN JIKA DIGANGGU • Buat laporan kepada pihak sekolah • Buat laporan polis • Beritahu ibu bapa AKTIVITI 3: Empat nama murid dipilih melakonkan perbualan antara Syahira dengan kawan-kawannya secara bertatasusila. Empat murid diminta untuk melakukan kaedah main peranan perbualan antara Syahira dengan kawan-kawannya. 1. Situasi perbualan telah dinyatakan, iaitu ketika perjumpaan Pembimbing Rakan Sebaya di Bilik Kaunseling. 2. Murid melakonkan perbualan menggunakan maklumat yang telah dibincangkan termasuklah contoh-contoh gangguan seksual. Isi-isi perbualan • Memberi sapaan, salam dan bertanya khabar. • Berkongsi mengenai isu gangguan seksual yang didengar di radio. • Contoh lain kes gangguan seksual yang pernah dibaca. • Antara jenis-jenis gangguan seksual - gangguan secara fizikal, gangguan secara lisan, gangguan secara visual dan gangguan secara psikologi. • Menjelaskan punca, langkah dan tindakan yang perlu diambil jika berlakunya gangguan seksual. • Memberi peringatan supaya sentiasa berhati-hati. RUJUKAN: http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini/1398-jenisjenis-gangguan-seksual
72 4.2 BERIADAH DENGAN SELAMATNYA (HALAMAN 44-45) KEMAHIRAN MEMBACA S.P: 2.2.3 Membaca dan memahami serta membuat ulasan keseluruhan maksud sesuatu bahan grafik. AKTIVITI 1: Murid membaca bahan grafik menggunakan teknik bacaan KWLH K – Know Perkara yang sudah diketahui sebelum membaca W – What Perkara yang hendak diketahui sebelum membaca L – Learned Perkara yang dipelajari selepas membaca H – How Cara untuk mendapatkan maklumat tambahan yang ingin diketahui (melalui bacaan seterusnya) Murid mencatat maklumat di dalam lajur K carta KWLH berdasarkan tajuk dan subtajuk dalam teks. Murid membina soalan mengenai maklumat yang ingin diketahui tentang tajuk tersebut di dalam lajur W. Murid melakukan pembacaan. Semasa dan selepas membaca teks, murid mengisikan maklumat ke dalam lajur L. Jika tidak semua jawapan bagi soalan di dalam lajur W terdapat dalam teks (Lajur L), catat maklumat yang tidak terjawab di dalam Lajur H berserta dengan cadangan sumber untuk mendapatkan jawapan.
73 CARTA KWLH K – Know (Yang Diketahui) W – What (Ingin Diketahui) L – Learned (Dipelajari) H – How (Bagaimana) • Suasana tenang di sungai atau air terjun. • Sifat sungai yang berbatubatu. • Mempunyai air yang mengalir. • Apakah tandatanda fenomena kepala air? • Apakah langkah keselamatan di air? • Apakah peraturan di kolam renang? • Tanda-tanda fenomena kepala air: - Keadaan langit yang gelap di hulu sungai disertai dengan bunyi guruh yang kuat. - Bunyi dentuman gerakan batu-batu dan air dari hulu sungai. - Air sungai berbuih dan meningkat secara tibatiba • Langkah keselamatan di air: - Tinggalkan kawasan sungai dengan sertamerta jika terdapat tanda-tanda fenomena kepala air. - Mandi di kawasan yang selamat. - Berhati-hati di kawasan yang berbatu. - Usah berenang terlalu jauh ke tengah laut tanpa pengawasan. - Ketahui kemampuan diri. Jangan berenang terlalu lama. • Internet: papan tanda di kawasan riadah yang lain.
74 - Ketahui kedalaman kolam renang. - Gunakan tangga. • peraturan di kolam renang: - Awasi anak anda. - Jangan berlari. - Pakai pakaian renang. - Dilarang terjun, kolam cetek. - Basahkan badan. - Dilarang berenang bersendirian. AKTIVITI 2: Murid menjawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan bahan grafik. i. Nyatakan tanda-tanda fenomena kepala air. ii. Apakah amaran yang perlu dipatuhi semasa beriadah di air? iii. Jelaskan cara untuk memastikan keselamatan diri semasa beriadah di air. i.Tanda-tanda fenomena kepala air antaranya: - Keadaan langit yang gelap di hulu sungai disertai dengan bunyi guruh yang kuat. - Bunyi dentuman gerakan batu-batu dan air dari hulu sungai. - Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba.
75 ii.Amaran yang perlu dipatuhi semasa beriadah di air antaranya mematuhi semua peraturan dan simbol keselamatan yang berada di kawasan air. SIMBOL MAKSUD Simbol dilarang berlari di tepi kolam Simbol dilarang terjun, kolam cetek. Simbol dilarang berenang bersendirian Simbol awasi anak anda Simbol pakai pakaian renang Simbol basahkan badan iii.Cara untuk memastikan keselamatan diri semasa beriadah di air: 1. memastikan air yang digunakan untuk aktiviti beriadah bersih, tidak keruh, tiada najis binatang dan tidak berbau. 2. memakai pakaian yang sesuai dan selesa seperti pakaian mandi. 3. menggunakan peralatan yang selamat, bersih, tahan lama, tidak berkarat, tidak tajam dan tidak mudah rosak. 4. memastikan kedalaman air yang bersesuaian dengan usia. 5. kanak-kanak dipantau oleh orang dewasa. AKTIVITI 3: Berdasarkan bahan grafik, murid menulis ulasan keseluruhan tentang keselamatan semasa beriadah di air. Lihat bahan grafik di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan grafik tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
76 Contoh jawapan: Beriadah di air merupakan aktiviti yang menjadi kesukaan ramai terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana air bersifat terapeutik dan mampu memberi ketenangan. Walau bagaimanapun, aspek-aspek keselamatan semasa beriadah di air perlu dititikberatkan antaranya mandi di kawasan yang selamat. Selain itu, semua orang perlu berhati-hati di kawasan yang berbatu kerana kawasan tersebut licin. Di samping itu, usah berenang terlalu jauh ke tengah laut tanpa pengawasan orang dewasa terutamanya bagi kanak-kanak. Seterusnya, ketahui kemampuan diri dan jangan berenang terlalu lama kerana aktiviti berenang memerlukan tenaga yang banyak dan akan meletihkan. Akhir sekali, gunakan pelampung jika tidak tahu berenang. (99 patah perkataan) RUJUKAN: http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2013/03/teknik-membaca-kwlh.html https://kolambali.com/tanda-peringatan/ https://awal.my/5-tips-keselamatan-semasa-aktiviti-main-air/ https://fppmkolejuniti.blogspot.com/2018/10/tujuh-tip-keselamatan-semasa-aktiviti.html Keselamatan Semasa Beriadah di Air Mandi di kawasan yang selamat. Berhati-hati di kawasan yang berbatu. Usah berenang terlalu jauh ke tengah laut tanpa pengawasan. Ketahui kemampuan diri. Jangan berenang terlalu lama. Gunakan pelampung jika tidak tahu berenang.
77 4.3 BERHEMAH DI JALAN RAYA (HALAMAN 46-47) KEMAHIRAN MENULIS S.P:3.4.1 Menulis kerangka penulisan dengan menyusun isi secara terancang. PANDUAN GURU: Murid menganalisis soalan sebelum isi dan menyediakan kerangka penulisan. Soalan: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) mula diperkenalkan pada tahun 2007 dan dijalankan melalui penyerapan ilmu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Huraikan manfaat yang diperoleh daripada pelaksanaan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) ini. Analisis soalan: T – tema K – kehendak soalan S – siapa F – format UM – ungkapan menarik (kiasan, peribahasa, slogan, hadis dll.) Tema Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Kehendak soalan Manfaat Siapa Murid sekolah Format Tidak berformat/fakta/perbincangan Ungkapan menarik Melentur buluh biarlah dari rebungnya
78 AKTIVITI 1: Murid membaca dan mengenal pasti isi yang terdapat dalam bahan. Pendahuluan: Isi 1: Isi 2: Isi 3: Kesimpulan:
79 PERENGGAN PENDAHULUAN - TEKNIK TRA AT: Ayat Tema berdasarkan tema. AR: Ayat Rangsangan berdasarkan tema. AA: Ayat Arahan dikaitkan dengan arahan/kehendak soalan. Kerangka penulisan pendahuluan: Ayat Tema Ayat Rangsangan Ayat Arahan PERENGGAN ISI - TEKNIK ATAH-ACAP AT: Ayat Topik berdasarkan arahan/kehendak soalan/isi/idea utama AH: Ayat Huraian menggunakan formula 5W + 1H + 2I (5W=What, When, Who, Why, Where) + (1 H=How) + (2I= Impak/kesan) AC: Ayat Contoh - Masukkan contoh / peribahasa AP: Ayat Penyimpul / penegas bagi isi / idea utama Kerangka penulisan isi 1: Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penyimpul Kerangka penulisan isi 2: Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penyimpul Kerangka penulisan isi 3: Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penyimpul Lembaran Kerja
80 PERENGGAN PENUTUP/KESIMPULAN - TEKNIK RCH R: Ayat Rumusan – masukkan rumusan secara keseluruhan yang merangkumi keseluruhan karangan dalam satu penerangan yang padat. C: Ayat Cadangan – masukkan cadangan secara umum. H: Ayat Harapan – masukkan harapan secara umum. Kerangka penulisan kesimpulan: Ayat Rumusan Ayat Cadangan Ayat Harapan AKTIVITI 2: Murid menyusun isi dan menyediakan kerangka penulisan. Jawapan: Kerangka penulisan pendahuluan: Ayat Tema Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) - 2007 Ayat Rangsangan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu Ayat Arahan memberikan manfaat kepada murid Kerangka penulisan isi 1: Ayat Topik murid dapat mempelajari peraturan-peraturan jalan raya Ayat Huraian mereka belajar cara melintas jalan dan menunggang basikal Ayat Contoh mereka belajar maksud lambang-lambang di jalan raya Ayat Penyimpul penting untuk menjadikan mereka pengguna jalan raya yang berhemah Kerangka penulisan isi 2: Ayat Topik mendidik murid-murid tentang nilai-nilai murni di jalan raya Ayat Huraian patut dipelajari agar mereka tidak bertindak ganas Ayat Contoh mereka tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba Ayat Penyimpul dapat menyedarkan mereka agar menggunakan jalan raya dengan selamatnya Kerangka penulisan isi 3:
81 Ayat Topik Kerajaan berharap dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya Ayat Huraian kesedaran tentang keselamatan jalan raya perlu dipupuk sejak kecil Ayat Contoh melentur buluh biarlah dari rebungnya Ayat Penyimpul murid-murid menjadi pengguna yang mematuhi peraturan jalan raya PERENGGAN PENUTUP/KESIMPULAN - TEKNIK RCH R: Ayat Rumusan – masukkan rumusan secara keseluruhan yang merangkumi keseluruhan karangan dalam satu penerangan yang padat. C: Ayat Cadangan – masukkan cadangan secara umum. H: Ayat Harapan – masukkan harapan secara umum. Kerangka penulisan kesimpulan: Ayat Rumusan banyak manfaat PKJR di sekolah Ayat Cadangan perlu diteruskan dan dilakukan penambahbaikan Ayat Harapan kita berharap agar jalan raya di Malaysia menjadi tempat yang selamat AKTIVITI 3: Murid memberikan tajuk yang sesuai untuk kerangka penulisan tersebut. Contoh jawapan murid: Kepentingan/Manfaat Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
82 4.4 BERHATI-HATI DI ALAM SIBER (HALAMAN 48-49) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR ASPEK SENI BAHASA S.P: 1.5.1 Bersoal jawab untuk mencambahkan idea secara kritis dan bertatasusila. 4.3.1 Menghasilkan cerpen secara terancang dengan menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan menarik. AKTIVITI 1: Set Induksi - Murid diterangkan statistik buli siber sebagai contoh penyalahgunaan media sosial.
83 AKTIVITI 2: Murid membaca bahan pada muka surat 48-49. Etika dalam Media Sosial Anda dilarang: - Mendedahkan maklumat sulit - Menyebarkan aib, berita palsu, fitnah, dan isu sensitif - Memberikan komen negatif - Mengikuti akaun media sosial yang merosakkan fikiran - Berkongsi maklumat yang tidak sahih - Membuli pengguna media sosial Amalan terbaik: Kegunaan media sosial adalah seperti berikut: - Berbincang tentang pelajaran dengan guru dan rakan-rakan. - Berkongsi nota-nota ulang kaji. - Berkongsi maklumat yang memberikan manfaat. - Bercerita tentang pengalaman yang wajar dikongsi. - Menambah kenalan yang berfikiran positif. AKTIVITI 3: Murid bersoal jawab secara bertatasusila berdasarkan bahan untuk mencambahkan idea tentang etika penggunaan media sosial menggunakan Teknik Kerusi Panas. Teknik Kerusi Panas: 1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. 2. Kumpulan pertama diminta membina soalan berdasarkan topik Etika dalam Media Sosial. 3. Kumpulan kedua diminta membina soalan berdasarkan topik Amalan Terbaik Ketika Menggunakan Media Sosial. 4. Soalan yang dibina akan diajukan kepada wakil kumpulan yang akan duduk di kerusi panas. 5. Setelah soalan disiapkan, seorang wakil diminta duduk di kerusi di hadapan kelas. 6. Ahli kumpulan yang lain akan mengajukan soalan kepadanya tentang topik yang telah diberikan dan dia akan menjawabnya secara spontan.
84 Contoh soalan: Etika dalam Media Sosial 1. Adakah anda boleh berkongsi maklumat yang tidak sahih di media sosial? Mengapa? 2. Adakah anda boleh menyebarkan aib, berita palsu, fitnah, dan isu sensitif di media sosial? Mengapa? 3. Mengapakah anda tidak boleh memberikan sebarang komen negatif di media sosial? 4. Mengapakah anda dilarang mendedahkan maklumat sulit di media sosial? 5. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika murid-murid mengikuti akaun media sosial yang merosakkan fikiran? 6. Pada pendapat anda, apakah kesan buli kepada pengguna media sosial? Amalan terbaik: 1. Adakah anda boleh berbincang tentang pelajaran dengan guru dan rakan-rakan melalui media sosial? 2. Adakah anda boleh berkongsi nota-nota ulang kaji melalui media sosial? 3. Apakah maklumat bermanfaat yang boleh dikongsi di media sosial? 4. Bolehkah anda bercerita tentang pengalaman yang tidak wajar di media sosial? Mengapa? 5. Wajarkah anda mencari kenalan di media sosial? Mengapa? AKTIVITI 4: Berdasarkan bahan, murid memikirkan satu idea untuk menghasilkan kerangka cerpen dengan menggunakan teknik meja bulat. Teknik meja bulat: 1. Murid duduk dalam Kumpulan. 2. Guru mengemukakan satu topik - menghasilkan kerangka cerpen bertemakan Berhati-hati di Alam Siber. 3. Murid mencatat idea masing-masing secara bergilir-gilir menggunakan pen dan kertas yang sama. 4. Hasil idea tersebut dibentangkan.
85 Contoh kerangka cerpen: * formula 5W + 1H (5W=What, When, Who, Why, Where) + (1 H=How) Apa - teknologi A.I. atau artificial intelligence - kecerdasan buatan - cabang sains yang mempunyai kepintaran sama seperti manusia. - membolehkan mesin juga mampu belajar seperti manusia. - memberikan kebaikan dan keburukan kepada manusia Bila - 4 minit - 3 hari Siapa - Aku/Emy, - @jaychan/Uncle Jay - ibu - ayah Mengapa - ketagihan telefon pintar - ketagihan melayari media sosial Di mana - alam siber - di dalam bilik - balai polis Bagaimana - terpengaruh dengan teknologi terkini
86 AKTIVITI 5: Berdasarkan kerangka tersebut, murid menghasilkan cerpen. Contoh jawapan murid: ANGKARA A.I. Ting, ting. @jaychan: Saya ada nak kasi sesuatu untuk Emy… Pesanan itu dibiarkan begitu sahaja. Empat minit berlalu dan aku menerima satu notifikasi. Ting... Telefonku berdenting. Mesej tersebut merupakan sebuah video. Aku membuka video tersebut. Video tersebut terkandung satu susuk yang amat aku kenali. Oh, tidak! Siapakah @jaychan yang sesungguhnya? Dup dap dup dap... Jantungku berdegup kencang. Aku tertanya-tanya, bagaimanakah aku boleh menari sebegitu? Peluh dingin mula memercik ke seluruh tubuhku. Badanku menggigil. Aku membaling telefon pintar pemberian ayah sekuat-kuat hati. Fikiranku bercelaru. Aku memikirkan tentang kemungkinan Uncle Jay yang membuat diriku menjadi A.I? Tiga hari berlalu dan aku masih dibelenggu oleh dentingan telefon pintar itu. Aku berasa takut untuk membuka akaun media sosial. Ibu cuba mengetuk pintu kayu bilikku yang berkunci itu. Kali ini ibu memaksa aku membuka pintu. Aku membukanya dengan lemah dan longlai. Kini ibu ada di depan pintu. Dia terkejut melihat mukaku yang pucat lesi. Dia memelukku. Erat. Aku menceritakan segala peristiwa yang membelenggu diriku. Ibu segera menelefon ayah. Ayah segera membawa kami ke balai polis untuk membuat laporan. Ibu mengambil keputusan untuk membawaku berjumpa doktor. Kini, ibu lebih banyak menghabiskan masa denganku berbanding perniagaannya. Baru kini aku sedar ketagihan telefon pintar memberikan kemudaratan. Aku menutup semua akaun media sosial. Aku kini sedar sesiapa sahaja boleh dipergunakan melalui teknologi A.I. atau artificial intelligence yang bermaksud kecerdasan buatan. Ia merupakan cabang sains yang mempunyai kepintaran sama seperti manusia. Ia membolehkan mesin juga mampu belajar seperti manusia. A.I memberikan kebaikan dan keburukan kepada manusia dan aku telah menjadi mangsa manusia durjana. Rujukan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/370155/ancaman-buli-siber
87 4.5 AWAS, PENYAKIT BERJANGKIT! (HALAMAN 50-51) KEMAHIRAN MENULIS S.P: 3.3.2 Menulis dan menjawab pelbagai soalan secara kritis dengan betul. AKTIVITI 1: Murid membaca bahan. AKTIVITI 2: Berdasarkan bahan, murid menulis jawapan bagi soalan-soalan yang berikut secara kritis. i. Bagaimanakah cara untuk mengenal penyakit rabies? ii. Berdasarkan jadual, nyatakan sejauh mana perkembangan penyakit rabies di Malaysia. iii. Pada pandangan anda, apakah peranan masyarakat dalam mengawal penyakit rabies? Jawapan: i.Cara untuk mengenal penyakit rabies - Demam - Sakit dan lenguh pada tempat gigitan - Kelesuan otot badan - Sakit kepala ii.Perkembangan penyakit rabies di Malaysia semakin meningkat dari tahun 1992 hingga tahun 2013. iii.Peranan masyarakat dalam mengawal penyakit rabies - Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun terutamanya selepas kontaks dengan haiwan seperti anjing, kucing, dan kelawar. - Dapatkan rawatan segera jika digigit binatang peliharaan seperti anjing, kucing atau anjing liar. - Melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya mengesan kewujudan anjing liar di kawasan kediaman.
88 ASPEK TATABAHASA S.P: 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata tugas dalam ayat mengikut konteks. AKTIVITI 1: Murid membaca nota kata sendi nama. Nota kata sendi nama. KATA SENDI NAMA Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata Sendi Nama Penggunaannya Contoh Ayat di merujuk tempat Kami bermain bola di padang. ke 1. merujuk tempat atau arah dituju 1. Ayah berangkat ke Ipoh esok. 2. merujuk masa atau waktu 2. Acara itu berlangsung dari pukul 8.00 pagi ke pukul 8.45 pagi. dari 1. merujuk arah dan tempat 1. Bunyi itu dating dari arah belakang rumah. 2. merujuk masa atau waktu 2. Berita itu telah tersebar dari semalam. daripada 1. menyatakan punca 1. Remaja perlu menjauhkan diri daripada dadah. 2. menyatakan sumber atau asal kejadian 2. Beg itu dibuat daripada kulit yang bermutu. 3. menunjukkan perbezaan atau perbandingan 3. Suasana kampung lebih selesa daripada bandar bagi saya. kepada 1. menunjukkan sasaran sesuatu 1. Berikan buku ini kepada Ganesh. 2. menyatakan pecahan 2. Kami dibahagikan kepada lima kumpulan.
89 3. menyatakan perubahan 3. Wajahnya yang ceria berubah kepada murung apabila mengenang peristiwa tersebut. pada 1. menunjukkan keterangan waktu 1. Kami akan bertolak pada pukul 5.00 petang. 2. selepas kata ada 2. Peralatan sukan itu ada pada Salina. 3. Menunjukkan tempat 3. Nabil melukis mural pada dinding sekolah. untuk/bagi 1. menunjukkan kegunaan bagi sesuatu 1. Derma bagi/untuk mangsa kebakaran sedang dikutip. 2. menunjukkan bahagian yang telah ditetapkan. (Dalam ayat ini, kata untuk tidak boleh ditukar dengan kata bagi.) 2. Makanan yang lazat ini untuk para tetamu yang hadir. (bukan: *Makanan yang lazat ini bagi para tetamu yang hadir) demi membawa makan tujuan Para perajurit sanggup berkorban demi negara. tentang unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu Mereka berbual tentang masa hadapan setelah tamat persekolahan. seperti, bagai, umpama, laksana membawa maksud perbandingan Dia bergerak dengan tangkasnya seperti/bagai/umpama/laksana harimau. dengan 1. bermaksud bersama-sama 1. Tanusha pergi ke taman permainan dengan adiknya. 2. bermaksud cara melakukan sesuatu 2. Mereka menerima berita kemennagan itu dengan gembiranya. 3. bermaksud memakai atau menggunakan 3. Zaihara menggali tanah itu dengan cangkul. 4. bermaksud perbandingan yang serupa 4. Warna kain batik ibu sama dengan warna bajunya. sejak/semenjak penanda waktu selain menyatakan maksud di samping atau bersama, dan hanya atau kecuali Mereka juga tidak boleh pergi selain kami.
90 akan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan didahului kata adjektif Farid telah sedar akan kesalahan yang dilakukannya. oleh 1. menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif 1. Rumah tradisional ini dibina oleh datuk. 2. membawa maksud sebab 2. Kamil tidak turun ke padang oleh sebab hujan. hingga/sampai bermaksud perihal peringkat dan had masa Mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh hingga/sampai mahir. dalam, antara lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak 1. Kita mestilah bleh bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan. 2. Persahabatan antara mereka berkekakan sehingga sekarang. AKTIVITI 2: Murid menyenaraikan kata sendi nama yang terdapat dalam bahan. Contoh jawapan: 1. oleh 2. daripada 3. ke 4. dengan 5. bagi 6. pada 7. di 8. akan 9. kepada
91 AKTIVITI 3: Murid membina ayat dalam perenggan dengan menggunakan kata sendi nama tersebut. Contoh jawapan 1: Ramzi melihat seekor anjing berwarna hitam seperti arang. Bulu pada badan anjing itu mencacak manakala gigi dan gusinya kelihatan. Menurut maklumat yang didapati oleh Ramzi daripada pembacaan, dia tahu bahawa anjing itu ialah pembawa rabies. Ramzi meninggalkan lorong itu lalu bertemu dengan ketua kampung. Beliau telah melaporkan kewujudan anjing itu kepada pihak berkuasa tempatan. Tidak lama selepas itu, para petugas telah pergi ke lorong tersebut untuk menangkap anjing itu. Ramzi bimbang akan penyakit rabies merebak jika anjing itu tidak ditangkap. Sejak peristiwa itu, Ramzi tidak berani berjalan seorang diri di lorong tersebut. Contoh jawapan 2: Kemajuan dalam teknologi dapat memberikan banyak faedah kepada masyarakat. Teknologi ini digunakan bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi pada masa ini. Salah satu fungsi kemajuan teknologi dapat dilihat dalam bidang perubatan. Sebagai contoh, kemajuan teknologi membolehkan pakar perubatan membuat penyelidikan dengan tepat. Kemajuan teknologi membolehkan saintis perubatan mencipta penawar bagi penyakit seperi H1N1 dan SARS. Ubat-ubatan dan mesin perubatan yang digunakan di hospital membantu dalam menyelamatkan banyak nyawa. Jelaslah bahawa, kemajuan dalam teknologi memberikan faedah kepada masyarakat. RUJUKAN: Ujang Mohamed Lazim, Yazid Ambia, Zahir Hussain Amirdin, Mod Izwan Abd Wahab & Nor Artika Roha. (2021). Modul Cendekia Bahasa Melayu: Sistem dan Aplikasi Bahasa.
92 4.6 PENGAYAAN: TEKA SILANG KATA (HALAMAN 52) AKTIVITI 1 Lengkapkan teka silang kata di bawah dengan perkataan yang tepat dan bandingkan jawapan dengan rakan anda. .