393 16.3 BAKAT MENULIS PULANGAN LUMAYAN (HALAMAN 206-207) KEMAHIRAN MENULIS S.P: 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif. AKTIVITI 1 Murid diberi penerangan tentang kerjaya penulisan di Malaysia. AKTIVITI 2 Murid diminta membentuk lima kumpulan. Murid diminta membuat rangka karangan berpandukan maklumat yang terdapat pada halaman 206-207. AKTIVITI 3 Murid diminta menulis karangan yang lengkap dengan menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif. CONTOH KARANGAN BAKAT MENULIS PULANGAN LUMAYAN Karangan Peringkat Cemerlang Bidang penulisan adalah sebuah bidang yang menarik untuk diceburi. Bidang ini juga boleh dijadikan sebagai kerjaya dan menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Semua peringkat umur dan jantina juga boleh menceburi bidang ini tanpa halangan. Malahan, setiap proses dalam bidang penulisan ini juga mempunyai langkah dan cerita yang tersendiri. Setiap penulis yang menceburi bidang ini sudah semestinya mempunyai permulaan yang berbeza-beza. Bermula dengan minat, saya menulis melalui teknik pengalaman sendiri dan kisah benar orang lain. Hal ini demikian kerana, cara ini merupakan rujukan yang paling mudah untuk saya memulakan penulisan. Selain itu, saya juga akan menambah pengisian dalam penulisan melalui teknik membaca bahan bacaan umum dan karya kreatif. Hal ini
394 demikian kerana, saya boleh menulis penulisan saya dengan maklumat yang sahih dan bermaklumat. Contohnya, buku perubatan, kewangan dan novel. Selain itu, saya juga boleh mempelbagaikan gaya penulisan saya melalui bahan bacaan kreatif. Oleh itu, penulisan saya akan menjadi lebih menarik dan berupaya untuk menarik pembaca daripada pelbagai golongan peringkat umur. Tambahan pula, saya juga menggunakan teknik pemerhatian dalam penulisan saya. Hal ini demikian kerana, melalui teknik pemerhatian ini, saya boleh jadikan sebagai rujukan untuk penulisan pemerian. Pemerian adalah penulisan yang saya gambarkan dan dizahirkan dalam bentuk penulisan. Pemerian ini akan memudahkan pembaca untuk mengetahui cerita yang ingin disampaikan. Contoh pemerhatian yang saya lakukan adalah memerhati kehidupan orang lain dan memerhati haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Di samping itu, ilham yang datang pada bila-bila masa. Hal ini demikian kerana, ilham yang hadir dalam fikiran memudahkan saya untuk menulis dan melancarkan proses penulisan. Kadang-kala ilham ini hadir sewaktu saya sedang mengelamun atau melalui bahan bacaan yang saya baca. Kesannya, penulisan yang bakal ditulis akan menjadi lebih menarik dengan gambaran yang amat jelas. Namun begitu, terdapat beberapa proses yang perlu dilaksanakan sebelum penulisan ini diterbitkan. Selesai menulis draf manuskrip, proses mengedit dan menyunting draf manuskrip akan dijalankan. Hal ini demikian kerana, untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, kesalahan bahasa dan menyemak penulisan jika terdapat isu yang menyentuh sensitiviti kaum atau agama. Oleh itu, penulisan yang berkualiti dapat dihasilkan oleh penulis. Seterusnya, proses memurnikan manuskrip. Hal ini demikian kerana, bagi memastikan penulisan tersebut mencapai objektif penulis dari sudut pengisian, umur pembaca dan target pasaran bahan itu. Contohnya, buku bertema perubatan, usia pembaca dari lingkungan remaja hingga dewasa dan pasaran fiksyen atau bukan fiksyen. Akhir sekali, menghantar manuskrip kepada penerbit. Hal ini demikian kerana, proses ini merupakan proses untuk memasarkan hasil penulisan yang telah dihasilkan. Proses ini juga menjadi pemulaan kepada penulis untuk bergelar penulis yang berjaya dan menjadi sumber pendapatan yang kukuh kepada penulis. Kesannya, kedua-dua proses ini amat penting bukan hanya kepada penulis, malah kepada pembaca dan syarikat penerbitan. Kesimpulannya, bakat penulisan tidak hanya memberikan pengalaman hidup kepada penulis tetapi menjadi sebuah pulangan yang lumayan pada kemudian hari. Diharap ramai lagi penulis muda dapat menceburkan diri dalam bidang penulisan dan lebih banyak syarikat penerbitan bakal ditubuhkan agar rakyat Malaysia dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjadikan amalan membaca sebagai nadi kehidupan mereka.
395 Karangan Peringkat Sederhana / Rendah Pada masa ini, kerjaya sebagai penulis semakin diminati. Bidang ini menjanjikan pulangan lumayan kepada sesiapa yang menceburinya. Terdapat beberapa proses perlu dilakukan untuk menjadi seorang penulis. Seseorang penulis boleh menjadikan pengalaman hidup atau ilham yang terlintas dalam fikiran mereka sebagai idea untuk mula menulis. Selain itu, mereka juga perlu rajin membaca kerana dengan membaca, mereka akan mendapat banyak pengetahuan yang berguna persis peribahasa membaca jambatan ilmu. Seterusnya, pemerhatian terhidup kehidupan orang lain juga turut menjadi ilham kepada penulis. Berdasarkan ilham yang telah mereka peroleh, seseorang penulis perlu melakukan beberapa peringkat untuk mereka menulis. Pertamanya, seseorang penulis perlu menyediakan draf manuskrip mereka. Seterusnya, mereka perlu mengedit dan menyunting draf manuskrip tersebut. Setelah selesai, mereka akan memurnikan manuskrip tersebut sebelum menghantarnya kepada penerbit untuk dicetak. Dalam proses untuk menerbitkan manuskrip yang telah dihasilkan, seseorang penulis juga mempunyai beberapa pilihan. Mereka boleh menghantar manuskrip yang telah ditulis ke syarikat penerbitan yang sedia ada atau seseorang penulis juga boleh menerbitkan karya mereka sendiri. Mereka juga boleh berjinak-jinak untuk menulis dengan menghantar karya mereka ke majalah dan surat khabar untuk diterbitkan. Kesimpulannya, banyak usaha perlu dilakukan oleh seseorang yang ingin menjadi penulis. Persis peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, seseorang individu yang ingin menjadi penulis perlulah tabah menghadapi pelbagai rintangan sebelum dapat menjadi penulis yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
396 16.4 KERJA DAN BERJAYA (HALAMAN 208 – 209) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR ASPEK SENI BAHASA S.P: 4.4.2 Mempersembahkan puisi dalam pelbagai media secara kreatif. 1.8.2 Mengulas dan menyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan audio visual dengan kritis menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVITI 1 Guru mengimbas kod QR pada halaman 208. Murid menonton audio visual tersebut. Murid meneliti bahan untuk mendapatkan maklumat tersurat dan tersirat yang terkandung dalam bahan tersebut. AKTIVITI 2 Beberapa orang murid dipilih untuk membaca bahan pada halaman 208-209. Murid meneliti bahan untuk mendapatkan maklumat tersurat dan tersirat yang terkandung dalam bahan tersebut. AKTIVITI 3 Murid diminta membentuk lima kumpulan. Murid diminta berbincang maklumat tersurat dan tersirat yang terdapat dalam kedua-dua bahan. AKTIVITI 4 Murid diminta membuat ulasan dengan kritis menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVITI 5 Murid diminta berkongsi bersama rakan-rakan kelas yang lain.
397 CONTOH ULASAN Berdasarkan bahan yang dipaparkan, dapat dilihat bahawa jurukimpal di dalam air merupakan satu pekerjaan yang mampu menjana pendapatan tanpa mengira jantina. Malahan kerjaya ini juga memerlukan latihan yang berterusan dari sudut kemahiran menyelam dan kemahiran kimpalan itu sendiri. Seterusnya, kerjaya sebagai penternak lembu, kambing dan rusa. Walaupun kerjaya ini dilihat seperti ketinggalan zaman untuk anak muda tetapi, kerjaya ini tetap memberi pulangan yang lumayan. Malahan, proses penternakan ini dapat dikomersialkan menjadi produk tenusu. Selain itu, kerjaya pelukis mural profesional. Walaupun kerjaya ini dilihat asing di negara kita, tetapi khidmat pelukis mural ini diperlukan bagi sesetengah tempat. Contohnya dijadikan sebagai tarikan pelancongan dan mampu memeriahkan suasana. Kerjaya ini juga memerlukan kemahiran dan memerlukan modal yang besar untuk menghasilkan sesebuah mural. Akhir sekali, pengusaha kraf tangan beg kain. Kerjaya ini memerlukan nilai kesabaran yang tinggi. Selain tu, kemahiran menghasilkan kraf tangan beg kain ini kelihatan ekskelusif kerana penghasilan untuk sesuatu produk adalah terhad dan sukar untuk diperoleh. Kesimpulannya, setiap kemahiran yang ada pada manusia, jika diaplikasikan dengan cara yang betul, maka akan memberikan faedah yang lumayan pada masa akan datang. AKTIVITI 6 Murid mempersembahkan bahasa berirama secara kreatif dengan menggunakan media yang sesuai. AKTIVITI 7 Guru memberi refleksi pembelajaran pada hari tersebut.
398 16.5 PERUNDING ACARA (HALAMAN 210 - 211) KEMAHIRAN MENULIS ASPEK TATABAHASA S.P: 3.7.1 Mengedit dan menyunting ayat dalam pelbagai teks tanpa mengubah maksud asal. 5.6.1 Menganalisis dan menggunakan tatabahasa yang betul dalam ayat. AKTIVITI 1 1. Pelajar dibahagi kepada 7 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang setiap kumpulan. 2. Guru membahagikan petikan kepada tujuh bahagian. 3. Wakil setiap kumpulan mengambil sampul yang berisi tugasan Kumpulan. Mereka berbincang untuk menganalisis kesalahan dan membetulkan kesalahan dalam teks. 4. Guru menyemak hasil perbincangan murid. AKTIVITI 2 (GALERY WALK) 2 orang pelajar dalam Kumpulan akan menjaga stesen untuk menerangkan jawapan mereka dan 2 orang pelajar yang lain bergerak ke stesen-stesen untuk mencari jawapan dan mencatat jawapan tersebut. AKTIVITI 3 Murid menyalin jawapan tersebut dalam buku tatabahasa.
399 BAHAN 1 KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI Bil Kesalahan Pembetulan Sebab kesalahan 1. di dalam dalam Kata sendi di dalam menunjukkan lingkungan yang mempunyai ruang. Kata sendi dalam menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang 2. acara dengan majlis acara dan majlis Kesalahan kata hubung 3. Kami yang Kami Ayat tergantung, tiada subjek 4 staff staf Kesalahan ejaan 5 di dalam dalam Kesalahan kata sendi 6 sembarang sebarang Kesalahan ejaan 7. dapati Dapatkan Kesalahan imbuhan 8. dari Daripada Kesalahan kata sendi nama 9. disediakan oleh kami kami sediakan Kesalahan penggunaan frasa kerja pasif diri pertama 10. sedang akan Kesalahan kata bantu 11 atau dan Penggunaan kata hubung 12 dirancang oleh kami kami rancang Kesalahan penggunaan frasa kerja pasif diri pertama 13 belanjawan perbelanjaan belanjawan =peruntukan wang untuk sesuatu keperluan perbelanjaan = perihal berbelanja 14 perkara perkara-perkara Kata ganda 15 pandang-dengar pandang dengar Kata majmuk 16 Cendera mata Cenderamata Kesalahan ejaan 17 Photografi Fotografi Kesalahan ejaan 18 Juru acara Juruacara Imbuhan 19 berminat perkhidmatan berminat dengan perkhidmatan Penggunaan kata sendi nama 20 menawari menawarkan menawari = memberikan sesuatu (diikuti objek bernyawa) menawarkan = menunjukkan sesuatu supaya dibeli (diikuti objek tidak bernyawa) 21 pada di Penggunaan kata sendi nama 22 dan atau Penggunaan kata hubung
400 BAHAN 2 SURAT DARIPADA PELANGGAN Bil Kesalahan Pembetulan Sebab kesalahan 1. Adalah dimaklumkan Dengan ini dimaklumkan Penggunaan kata pemeri 2. Induvidu Individu Kesalahan ejaan 3. 50 reruai 50 buah reruai, Kata penjodoh bilangan 4 Menjalani ekspo Menjalankan ekspo Imbuhan 5 Tempat sesuai menempatkan Tempat yang sesuai untuk menempatkan Kata majmuk pancangan 6 kerja memasakmasak kerja masak-memasak Penggandaan separa 7. Urusetia urus setia Kata majmuk 8 memudahkan memastikan Kesalahan istilah 9 Oleh itu Selain itu Penggunaan penanda wacana 10. Visual visual Kesalahan ejaan 11 Memperhalusi mempertimbangkan Kesa 12. Kerjasama dari Kerjasama daripada Kata sendi nama 13 Terima Kasih Terima kasih Kesalahan ejaan 14 Yang Benar Yang benar Kesalahan ejaan
401 Risalah Asal Kepuasan Anda Keutamaan Kami SURIA KENCANA SENDIRIAN BERHAD menyediakan perkhidmatan perunding acara dan majlis kepada anda. Kami berpengalaman selama 15 tahun di dalam menguruskan pelbagai acara di Lembah Klang. Anda sibuk dan tiada masa untuk menguruskan acara dengan majlis anda? Jangan bimbang. Kami bersedia untuk membantu anda. Kami yang mempunyai staff yang mahir di dalam mengendalikan sembarang acara dan majlis untuk kemudahan anda. • Sambutan hari kelahiran • Majlis perkahwinan * Jamuan akhir tahun • Pameran * Sebarang jamuan atau kenduri • Hari keluarga * Konsert • Majlis pertunangan • Ekspo Segala keperluan anda disediakan oleh kami. Kami sedang memastikan acara atau majlis anda berjalan dengan lancar. Acara atau majlis akan dirancang oleh kami sesuai dengan belanjawan kewangan anda. Perkhidmatan kami meliputi perkara yang berikut: ✓ Katering ✓ Peralatan pandang-dengar ✓ Beg cendera mata ✓Meja dan kerusi ✓ Photografi ✓ Juru acara majlis✓ Dekorasi tempat ✓ Khemah Anda berminat perkhidmatan kami? Kami menawari harga yang istimewa untuk anda. Hubungi kami pada talian 019-123456 dan e-mel kami [email protected]. Anda juga boleh melayari laman sesawang kami www.suriakencana.blogspot.com Bawa risalah ini dan dapatiB diskaun 10% dari kami d 1 d0% dari kami 10%
402 Risalah Disunting Kepuasan Anda Keutamaan Kami SURIA KENCANA SENDIRIAN BERHAD menyediakan perkhidmatan perunding acara dan majlis kepada anda. Kami berpengalaman selama 15 tahun dalam menguruskan pelbagai acara di Lembah Klang. Anda sibuk dan tiada masa untuk menguruskan acara dan majlis anda? Jangan bimbang. Kami bersedia untuk membantu anda. Kami mempunyai staf yang mahir dalam mengendalikan sebarang acara dan majlis untuk kemudahan anda. • Sambutan hari kelahiran • Majlis perkahwinan * Jamuan akhir tahun • Pameran * Sebarang jamuan atau kenduri • Hari keluarga * Konsert • Majlis pertunangan • Ekspo Segala keperluan anda kami sediakan . Kami akan memastikan acara dan majlis anda berjalan dengan lancar. Acara atau majlis akan kami rancang sesuai dengan perbelanjaan kewangan anda. Perkhidmatan kami meliputi perkara-perkara yang berikut: ✓ Katering ✓ Peralatan pandang dengar ✓ Beg cenderamata ✓Meja dan kerusi ✓ Fotografi ✓ Juruacara majlis✓ Dekorasi tempat ✓ Khemah Anda berminat dengan perkhidmatan kami? Kami menawarkan harga yang istimewa untuk anda. Hubungi kami di talian 019-123456 atau e-mel kami [email protected]. Anda juga boleh melayari laman sesawang kami www.suriakencana.blogspot.com Bawa risalah ini dan dapatkanB diskaun 10% daripada kami d 1 d0% dari kami 10%
403 Petikan Asal uan Penjaja Makanan Taman Kejora, Suria Kencana Sendirian Berhad, Jalan Permata 6, Taman Kencana, 43500 Shah Alam. 16 SEPTEMBER 20☐☐. Tuan, Menempah Perkhidmatan untuk Mengendalikan Ekspo Makanan Tradisi. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami berminat untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak tuan. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Penjaja Makanan Taman Kejora akan mengadakan Ekspo Makanan Tradisi tersebut pada 25 November 20XX. Sebanyak 50 induvidu dan syarikat telah bersetuju untuk menyertai ekspo tersebut. 3. Sehubungan dengan itu, kami memerlukan 50 reruai bagi menjalani ekspo tersebut. Kami juga memerlukan tempat sesuai menempatkan reruai tersebut. Tempat yang disediakan itu pula mestilah sesuai untuk kerja memasak-masak. 4. Kami juga memerlukan sebuah bilik urusetia bagi memudahkan pengendalian ekspo tersebut berjalan lancar. Oleh itu, kami juga memerlukan kemudahan pentas dan peralatan audio vizual yang baik. 5. Semoga pihak tuan dapat memperhalusi permohonan kami ini dan seterusnya memberikan maklum balas tentang bayaran dan sebagainya. Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai. Terima Kasih. Sekian, terima kasih. Yang Benar, ……………………………………………………. (WAN FARISYA BINTI WAN HAWARI) ( 03-1234567 [email protected] www.penjajakejora.com Persatuan Penjaja Makanan Taman Kejora, Jalan 4/43B, Taman Kejora, 43400 Shah Alam
404 Petikan Disunting Suria Kencana Sendirian Berhad, Jalan Permata 6, Taman Kencana, 43500 Shah Alam. 16 SEPTEMBER 20☐☐. Tuan, Menempah Perkhidmatan untuk Mengendalikan Ekspo Makanan Tradisi. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami berminat untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak tuan. 2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Persatuan Penjaja Makanan Taman Kejora akan mengadakan Ekspo Makanan Tradisi tersebut pada 25 November 20XX. Sebanyak 50 individu dan syarikat telah bersetuju untuk menyertai ekspo tersebut. 3. Sehubungan dengan itu, kami memerlukan 50 buah reruai bagi menjalankan ekspo tersebut. Kami juga memerlukan tempat yang sesuai untuk menempatkan reruai tersebut. Tempat yang disediakan itu pula mestilah sesuai untuk kerja masak-memasak. 4. Kami juga memerlukan sebuah bilik urus setia bagi memastikan pengendalian ekspo tersebut berjalan lancar. Selain itu, kami juga memerlukan kemudahan pentas dan peralatan audio visual yang baik. 5. Semoga pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan seterusnya memberikan maklum balas tentang bayaran dan sebagainya. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai. Terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, ……………………………………………………. (WAN FARISYA BINTI WAN HAWARI) ( 03-1234567 [email protected] www.penjajakejora.com Persatuan Penjaja Makanan Taman Kejora, Jalan 4/43B, Taman Kejora, 43400 Shah Alam
405 16.6 PENILAIAN (Halaman 212-213) A. Baca dan fahami kedua-dua bahan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan Bagi membangunkan industri pelancongan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman Dana Pelancongan, iaitu Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan. Tujuan dana ini adalah untuk membantu pengusaha yang ingin membangunkan atau mengembangkan produk-produk pelancongan tempatan. Antara projek yang diberikan keutamaan adalah seperti yang berikut: a) Dewan persidangan. b) Galeri dan pusat maklumat. c) Restoran atau kedai berkaitan dengan pelancongan. d) Pelbagai kemudahan pengangkutan bersepadu, terminal limousin, dan laluan pejalan kaki bagi menyediakan jalinan perhubungan yang efisien dari satu kawasan ke kawasan yang lain. e) Pembangunan sungai dan waterfront serta pelancongan marin.
406 (Sumber: Diubah suai daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia) 10. Berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut: • dana: kumpulan wang untuk sesuatu tujuan atau kegunaan • efisien: cekap 11. Jenis pelancongan yang tidak tersenarai sebagai produk pelancongan ialah A. ekopelancongan B. pelancongan pendidikan C. pelancongan kesihatan 12. Encik Hakimi telah mencadangkan satu projek pembangunan produk pelancongan, namun cadangannya ditolak. Pada pendapat anda, projek manakah yang dicadangkan oleh Encik Hakimi? A. Projek Taman Tema Pertanian di Pahang B. Projek Pusat Maklumat Bergerak di setiap negeri C. Projek Akuarium Dasar Lautan di Pulau Ubin, Singapura 13. Pada pendapat anda, mengapakah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia mahu membantu pengusaha untuk membangunkan atau mengembangkan produk-produk pelancongan? Pada pendapat saya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia mahu membantu penguasaha untuk membangunkan produk pelancongan adalah selari dengan dasar Kerajaan iaitu 1 kampung 1 produk dalam meningkatkan pendapatan masyarakat kampung yang kaya dengan sumber dan dalam masa yang sama dapat menggunakan sumber dengan optimum. 14. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks dan grafik, cadangkan satu produk pelancongan serta jelaskan sebab-sebab projek tersebut dicadangkan. Ekopelangcongan. Ekopelancongan merupakan salah satu pelancongan yang semakin popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang mendedahkan masyarakat tentang kepelbagaian biodiversiti di Malaysia. Kekayaan flora dan fauna serta hidupan akuatik yang lebih daripada 3000 spesies di Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak yang mampu menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara. Dalam masa yang sama dapat meningkatkan pendapat negara saban tahun.
407 B. Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 180 patah perkataan. i. Kerjaya Pilihan Saya. ii. Jauh berjalan, luas pemandangan ialah peribahasa yang membawa pengertian bahawa jika kita banyak merantau, banyaklah perkara yang kita saksikan dan bertambahlah pengalaman kita. Berdasarkan peribahasa tersebut, tulis sebuah karangan. iii. Sekolah anda telah menyertai Pertandingan Sekolah Contoh Peringkat Negeri. Salah satu syarat penyertaan ialah sumber kewangan hendaklah diperoleh melalui projek pengumpulan dana yang diusahakan oleh murid-murid. Tulis sebuah karangan tentang projek pengumpulan dana yang diusahakan oleh murid-murid sekolah anda bagi menyertai pertandingan tersebut. JAWAPAN Kerjaya pilihan saya Kerjaya merupakan permulaan kehidupan sebagai seorang dewasa yang mengimpikan kehidupan yang terbaik. Pada masa kini, pelbagai kerjaya telah dibina seiringan dengan pembagunan sains dan teknologi serta revolusi industri tahap keempat. Kepelbagaian ini menjadi nadi kepada masyarakat dalam memilih kerjaya pada masa hadapan terutama kepada anak remaja lepasan persekolah. Kerjaya sebagai seorang guru dianggap penting dalam membina Masyarakat pada masa akan datang. Guru merupakan kerjaya yang mencabar pada masa kini. Malahannya, kerjaya guru memerlukan komitmen yang sangat tinggi dan fokus yang tidak berbelah bagi. Mungkin tanggapan masyarakat tentang kerjaya guru merupakan kerjaya yang mudah dan mempunyai cuti yang sangat banyak jika dibandingkan dengan kerjaya lain di Malaysia. Itu sekadar luaran sahaja tetapi realitinya masyarakat tidak tahu mengenai tugas guru yang semakin mencabar dan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kental. Tidak hairanlah jika kita melihat ramai guru di Malaysia mempunyai masalah emosi dan mental yang terjejas pada setiap tahun. Malah peratus terus meningkat setiap masa. Malah ia juga disokong dengan data kesihatan yang dikeluarkan oleh
408 pihak kementerian kesihatan yang menunjukkan guru menjadi penyumbang angka tertinggi bagi masalah tekanan mental dan emosi. Masalah-masalah ini disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran kerjaya yang menjadi pemangkin kepada masalah ini. Jika minat sahaja menjadi asbab seseorang mahu menceburi bidang perguruan. Ia tidak menjamin seseorang itu mampu kekal lama sehingga 30 - 35 tahun perkhidmatan. Betulkan kata bekas-bekas guru lama. Jika seseorang itu ada jiwa sebagai pendidik ia akan ada jiwa tersebut dan jiwa tersebut yang membuatkan ia bertahan dari segenap cabaran dalam membina generasi masa hadapan. Kesimpulannya, kerjaya guru tidaklah semudah yang diperkatakan tetapi bidang ini memerlukan komitmen yang tinggi untuk membentuk generasi modal insan yang terbaik. Sektor pendidikan telah mengalami perubahan seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Guru kita mampu mendidik anak-anak menggunakan pelbagai medium digital yang memudahkan urusan dalam menyampaikan mesej dan ilmu pengetahuan. C. Analisis kesalahan tatabahasa dalam bahan. Kemudian, tulis kesalahan tersebut dan betulkannya. Cara Mengenal Penipuan Skim Pelaburan Kita sering berhadapan dengan pelbagai skim baru. Skim yang menawarkan ganjaran menarik dengan modal yang rendah. Seringkali pelabur yang tertarik dan menyertainya. Namun, akhirnya apa yang dijanjikan itu tidak kesampaian dan modal yang dikeluarkan itu lesap begitu sahaja. Oleh itu, sebagai langkah-langkah berjaga demi mengelakkan daripada tertipu, sentiasa ingat senarai petua-petua pelindungan berikut: 1. Hindarkan pelaburan yang menjamin keuntungan tetap dan tinggi bagi satu pelaburan kecil di dalam jangkamasa yang pendek. 2. Berhati-hati dengan pelan yang menumpukan kepada membayar anda untuk melatih atau melantik orang lain di bawah anda. 3. Jangan sesekali bersetuju menyertai apa-apa peluang dalam keadaan mendesak. 4. Elakkan membuat bayaran wang pendahuluan sebelum menyertai skim. 5. Jangan melayani panggilan telefon mengenai pelaburan dari pihak yang anda tidak kenal.
409 Jawapan Bil. Kesalahan Pembetulan 1. baru baharu 2. langkah-langkah berjaga langkah berjaga-jaga 3. senarai petua-petua pelindungan senarai petua perlindungan 4. Hindarkan Hindari 5. di dalam jangkamasa dalam jangka masa 6. dari daripada D. Dengan berpandukan poster yang berikut, secara berpasangan, berbincanglah tentang Kembara Kerjaya.
410 Jawapan Alia : Assalamualaikum Aini. Aini : Waalaikumussalam Alia. Alia : Kembara Kerjaya Swadaya Insan Johor 5.0 akan diadakan di beberapa lokasi. Saya ingin mengajak awak ke sana. Aini : Wah, menarik tu! Di manakah lokasinya Alia? Alia : Ada lima lokasi semuanya. Saya rasa lebih baik kita pergi ke lokasi yang berdekatan dengan rumah kita. Pejabat Unit Swadaya Insan Negeri Johor, Iskandar Puteri. Aini : Bilakah kita akan pergi Alia? Alia : Kita akan pergi pada 29 Ogos 2023. Aini : Baik. Tetapi saya mesti meminta izin daripada kedua ibu bapa saya terlebih dahulu. Boleh saya tahu apakah yang ada di sana? Alia : Di sana akan diadakan pameran tentang kerjaya. Pameran ini akan disertai oleh 50 agensi kerajaan dan swasta serta 100 majikan. Terdapat 2500 peluang latihan kemahiran dan 10 000 peluang pekerjaan. Aini : Menariknya. Nanti saya akan hubungi awak. Terima kasih Alia.
411 RUJUKAN 1. Zanariah binti Abdol, Amir Hazlin bin Lin, Alias bin Derais@Idris, Azahar bin Bahari, 2018. Bahasa Melayu Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Ujang Mohamed Lazim, Yazid Ambia, Zahir Hussain Amirdin, Mod Izwan Abd Wahab & Nor Artika Roha, 2021. Modul Cendekia Bahasa Melayu: Sistem dan Aplikasi Bahasa. 3. Gambar Sultan Mahmud Syah: https://tahutuai.com/daulat-derhaka/ 4. Gambar Bendahara Paduka Raja: https://pdfcoffee.com/qdownload/folio-sejarahtahun-4-pdf-free.html 5. Kepentingan Pokok dan Tumbuhan untuk Kehidupan Manusia ▷➡️ Postposmo | Postposm 6. Nature Cinematic | Video Sinematik Alam KEREN - YouTube 7. Extinction of Sumatran Rhino in Malaysia - YouTube 8. https://www.youtube.com/watch?v=Sw5haWj1Tts 9. https://www.youtube.com/watch?v=NF4sfH4f95A 10. https://youtu.be/dK-bJJtUVbA?si=yLXEJ1VRtIAWi0wL 11. https://youtu.be/Zt94X1SyCqY 12. http://mdfadilmin.blogspot.com/2012/09/kata-adjektif.html 13. http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini/1398- jenis-jenis-gangguan-seksual 14. http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2013/03/teknik-membaca-kwlh.html 15. https://kolambali.com/tanda-peringatan/ 16. https://awal.my/5-tips-keselamatan-semasa-aktiviti-main-air/ 17. https://fppmkolejuniti.blogspot.com/2018/10/tujuh-tip-keselamatan-semasa-aktiviti.html 18. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/370155/ancaman-buli-siber 19. https://ecentral.my/bunga-raya-kebangsaan-malaysia/ 20. https://ecentral.my/lagu-negaraku/ 21. https://rolkl.jwp.gov.my/ms/posts/bangunan-sultan-abdul-samad 22. https://youtu.be/iCQWrWaRTCE 23. https://www.youtube.com/watch?v=HVZRAzHH6jI 24. https://www.youtube.com/watch?v=Zqr1JutJnIQ 25. https://www.youtube.com/watch?v=_c6IMtVPos8 26. https://youtu.be/BLg7zpYujK0?si=BjdkgsvkrqBsMe2_ 27. https://youtu.be/scCcmAWLgn8?features=shared 28. https://stpm-study.blogspot.com/2013/09/isi-budaya-tradisional.html 29. https://zaizak69.blogspot.com/2011/09/kepentingan-permainan-tradisional.html
412 30. https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-permainan-tradisional.html 31. https://www.youtube.com/watch?v=KCAhSZjeGRo 32. https://youtu.be/vEHHoDpmK-M?si=bObMqIML_5YxDgKW 33. https://www.youtube.com/watch?v=NYM35mwQeYc 34. https://www.cikgunas.com/2023/01/teknik-mengarang-karangan-spm-tohucokep.html
413 Koleksi Bahan daripada: BIL NAMA SEKOLAH 1. ZUBAIDAH BINTI MUHAMMAD NOR SMK TAN SRI MOHAMED RAHMAT 2. NOR ASMIDA BINTI MUDA SMK TASEK UTARA 2 3. NORSHANIZA BINTI JAMAL SMK TAMAN UNIVERSITI 2 4. SAADAH BINTI ZAKARIA SMK AMINUDDIN BAKI 5. NURUL HAZWANI BINTI RUSHDI SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH 6. NUR ALIA NABILAH BINTI ABD AZIZ SMK TAMAN DAMANSARA ALIFF 7. AZILA BINTI TAMBI SMA AL QURAN WADDIN 8. NOR NADIAH BINTI MOHED SMK TAMAN MUTIARA RINI 2 9. MASKADAR BINTI BAHA @ MAJIDI SMK DATO' USMAN AWANG 10. ZURAIDAH BINTI ABD HAMID SMK TAMAN UNIVERSITI 11. MARYATUL MAZNUN BT ABDUL RASHID SMK BANDAR BARU UDA 12. NURHAYATI BINTI RIZA SMK BANDAR UDA UTAMA 13. NORIZAN BINTI MUSA SMK DAMAI JAYA 14. SA'DIAH BINTI SAGEH SMK INFANT JESUS CONVENT 15. NURUL ZAHIRA BINTI ABDUL WAHAB SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN 16. M. AIDIL BIN ISHAK SMK DATO JAAFAR 17. NURULAIN BINTI ABDULLAH SMK GELANG PATAH 18. SITI NUR RAHIMAH BINTI TUMIRAN SMK IMPIAN EMAS 19. WARDATU AQILAH AWANG SMK TAMAN DESA SKUDAI 20. MUHAMMAD ANWAR BIN MOHD FADZIL SMK MOHD KHALID 21. NUR AISYAH BINTI ISMAIL SMK TASEK UTARA 22. SHANTHI A/P RAJAN SMK MEDINI 23. NORHAYATI BINTI NORDIN SMK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 24. DIANA BINTI HAMAD HAZAM SMK MAJIDI BARU 2 25. KAMARULZAMAN BIN IBRAHIM SMK SKUDAI 26. NORKARMILA BINTI MOHD KHLIB SMK SRI RAHMAT 27. MOHD MUSTAQIM BIN MAT HASSAN MAKTAB SULTAN ABU BAKAR 28. NAJAH HUSNA BINTI RUDAINI SMK SULTAN ISMAIL 29. OWI PEY HUA SMK MUTIARA RINI 30. SYAHZANANI HUSNA BINTI ZAMRI SMK SAINT JOSEPH 31. NUR FARHANA BINTI ROSLE SMK TAMAN SUTERA 32. NUR NADZIRAH BINTI JOHARI SMK TAMAN BUKIT INDAH
414 33. NUR SHAHIDA BINTI MOHD NOR SMK TAMAN SELESA JAYA 2 34. NORAIDAH BINTI SIKAS SMK TAMAN SELESA JAYA 35. SITI ROSAMIRA BINTI HASBI SMK TAMAN TUN AMINAH 36. NURSYAFIKA BINTI YA'AKOB SMK TAMAN NUSAJAYA 37. KHAIRUNISA BINTI JUMA’IN SMK TAMAN PELANGI 38. TIANG SOON GIN SMK SRI TEBRAU 39. HAZANIZA BINTI DAHALAN SMK SERI PERLING 40. NOOR FIRDAUS BINTI MAT SALLEH SEKOLAH MENENGAH SRI TENBY