The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU (EDISI DIGITAL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noorhaswari Ismail, 2024-05-07 00:40:44

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU (EDISI DIGITAL)

Keywords: BM

343 C. Baca dialog dengan telitinya dan buat tugasan yang diberikan. 1. Senaraikan lima ayat susunan songsang yang terdapat dalam teks dialog. Kemudian, tukarkannya kepada ayat susunan biasa. Bil. Ayat susunan songsang Ayat susunan biasa 1. Apakah rancangan awak selepas ini? Rancangan awak selepas ini apa? 2. Bagaimanakah pula modal untuk membuka kilang? Modal untuk membuka kilang bagaimana pula? 3. Jika tidak mencukupi, kita boleh memohon pinjaman daripada bank. Kita boleh memohon pinjaman daripada bank jika tidak mencukupi. 4. Tentang hal itu, awak tidak perlu risau. Awak tidak perlu risau tentang hal itu. 5. Telah lama kosong kedai itu. Kedai itu telah lama kosong. 6. Menarik juga rancangan ini. Rancangan ini menarik juga.


344 2. Senaraikan lima ayat pasif yang terdapat dalam teks dialog. Kemudian, tukarkannya kepada ayat aktif. Bil. Ayat pasif Ayat aktif 1. Pereka perabot sedang kami cari. Kami sedang mencari pereka perabot. 2. Maksud bekerjasama itu boleh awak jelaskan? Awak boleh menjelaskan maksud kerjasama itu? 3. Ilmu pemasaran pula dikuasai oleh Iqbal. Iqbal menguasai ilmu pemasaran pula. 4. Kemudahan pinjaman juga disediakan oleh kerajaan. Kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman juga. 5. Cadangan awak akan saya fikirkan dengan telitinya. Saya akan memikirkan cadangan awak dengan telitinya. 6. Rancangan ini tidak akan terlaksana oleh kami berdua sahaja. Kami berdua sahaja tidak akan terlaksana rancangan ini. 3. Nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan sikap Hilmi, Syukri, dan Iqbal. i) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah ii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat D. Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah ini kepada ayat tunggal. Ketika jerebu, kita mestilah memakai topeng muka untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit. Kita hendaklah segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan daripada doktor jika mengalami masalah kesihatan. Kita juga perlu membasuh muka sekerapnya dan minum banyak air. i) Ketika jerebu, kita mestilah memakai topeng muka. ii) Topeng muka mengelakkan sebarang jangkitan penyakit. iii) Kita hendaklah segera ke hospital. iv) Kita hendaklah mendapatkan rawatan daripada doktor. v) Kita mengalami masalah kesihatan. vi) Kita juga perlu membasuh muka sekerapnya. vii) Kita juga perlu minum banyak air.


345


346 TEMA 14: EKONOMI MAPAN, NEGARA MAKMUR 14.1 MISI WANG BESAR (HALAMAN 174 - 175) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.5.1 Bersoal jawab untuk mencambahkan idea secara kritis dan bertatasusila. AKTIVITI 1 Murid dipilih secara rawak untuk membaca bahan yang terdapat pada muka surat 174 dan 175. Murid dan guru bersoal jawab tentang bahan yang dibaca. AKTIVITI 2 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan masa untuk berbincang tentang cara-cara mengumpulkan dana. Tip untuk berbincang atau berunding tentang sesuatu perkara: ✓ Memahami perkara pokok yang dibincangkan sepenuhnya. ✓ Berkomunikasi secara terang dan tepat. ✓ Mengawal emosi anda. ✓ Bertutur secara sopan. ✓ Sentiasa ingat bahawa cadangan anda tidak semestinya yang terbaik. ✓ Bersedia untuk menerima pandangan atau kritikan orang lain. ✓ Berfikiran terbuka untuk menerima cadangan orang lain. ✓ Mengelak daripada menolak idea orang lain bulat-bulat. ✓ Mengutamakan kepentingan semua pihak.


347 AKTIVITI 3 Setiap kumpulan membuat pembentangan hasil perbincangan masing-masing. CONTOH CARA-CARA MENGUMPULKAN DANA PROJEK: JUALAN BUAH POTONG ATAU KEREPEK Apa - Bahan jualan ialah buah potong atau kerepek - Kerepek kurang risiko kerana jika tidak habis masih boleh disimpan - Menjual pelbagai jenis kerepek seperti pisang, tempe, ubi, bawang dan lain-lain lagi. - Buah berisiko untuk busuk atau mudah rosak - Buah memerlukan peti sejuk untuk proses penyimpanan Mengapa - Bahan mudah diperolehi - Kerepek mudah disimpan Siapa - Golongan sasaran projek ini ialah guru, rakan-rakan dan jiran tetangga Bila - Waktu persekolahan dan waktu petang Di mana - Di sekolah, kantin, koperasi dan kawasan perumahan Berapa - Berkongsi kos untuk membeli buah atau kerepek - Keuntungan akan dijadikan modal perniagaan pada Hari Keusahawanan Bagaimana - Berdasarkan tempahan, pesanan dan jualan secara langsung - Kerepek dibeli dalam bungkusan besar - Kerepek dibungkus dalam paket kecil dan dijual dengan harga yang berpatutan - Membuat sampel makanan untuk menarik perhatian pelanggan. - Menggunakan buah campuran. - Memastikan buah yang dipotong bersih. - Memastikan timbangan tepat. - Menggunakan plastik kedap udara untuk menjaga kualiti makanan. - Bayaran tunai Sahaja


348 PROJEK: JUALAN BARANG KESAYANGAN Apa - barangan yang tidak diperlukan tetapi masih boleh digunakan. - baju, kasut, novel, beg, tudung, aksesori dan sebagainya. Mengapa - Menjimatkan kos kerana tidak perlu mengeluarkan modal. - Barangan boleh dibawa dari rumah - Barang sendiri atau ahli keluarga masing-masing Siapa - Golongan sasaran projek ini ialah guru, rakan-rakan dan jiran tetangga Bila - Waktu persekolahan dan waktu petang Di mana - Di sekolah dan di kawasan perumahan Berapa - Tidak memerlukan modal - Keuntungan akan dijadikan modal perniagaan pada Hari Keusahawanan Bagaimana - Iklan yang menarik melalui media sosial - Berdasarkan tempahan - Menjual dengan harga lebih murah berbanding harga asal. - Bayaran tunai/secara atas talian PROJEK: MENCUCI KERETA/MOTOSIKAL/BASIKAL/BILIK/RUMAH Apa - Mencuci kereta/motosikal/basikal/bilik/rumah Mengapa - Menjimatkan kos kerana hanya perlu membeli alatan dan sabun pencuci. Siapa - Golongan sasaran projek ini ialah guru, rakan-rakan dan jiran tetangga Bila - Selepas waktu persekolahan dan waktu cuti Di mana - Di sekolah dan di kawasan perumahan Berapa - Berkongsi modal untuk membeli peralatan dan sabun pencuci - Keuntungan akan dijadikan modal perniagaan pada Hari Keusahawanan Bagaimana - Mencuci kereta guru atau jiran tetangga


349 PROJEK: JUALAN SURAT KHABAR LAMA DAN BARANG KITAR SEMULA Apa - Surat khabar lama, kotak, kertas, buku lama, botol plastik, botol kaca, tin aluminium dan lain-lain. Mengapa - Tidak memerlukan kos Siapa - Golongan sasaran projek ini ialah guru, rakan-rakan dan jiran tetangga Bila - Selepas waktu persekolahan dan waktu cuti Di mana - Di sekolah, kawasan perumahan dan premis perniagaan Berapa - Tiada kos - Keuntungan akan dijadikan modal perniagaan pada Hari Keusahawanan Bagaimana - Cari di rumah, sekolah, kawasan perumahan dan premis perniagaan - Jual di pusat kitar semula CONTOH SOAL JAWAB Yanna : Hai semua, rasanya sudah lama kita tidak berjumpa. Kelab Usahawan kita akan mengadakan jualan Hari Keusahawanan Novianna : Kita kekurangan dana untuk menjalankan perniagaan kita nanti. Lee Yee Qi : Saya mencadangkan kita melakukan projek mencuci kereta. Projek ini mampu memberi keuntungan yang lumayan. Kita hanya perlu membeli alatan untuk membasuh sahaja. Yanna : Bagus cadangan awak. Bolehlah kita mencuci kereta guru atau jiran tetangga. Faris : Saya fikir tentu ada banyak lagi idea lain yang lebih menarik dan menguntungkan. Yanna : Apa kata kita menjalankan projek jualan buah potong atau kerepek. Saya rasa memang untung besar nanti. Kerja-kerja pembungkusan sahaja yang perlu kita jalankan. Kemudian, kita boleh menjualnya di kantin atau di koperasi sekolah. Faris : Bagus juga cadangan itu. Novianna : Lebih baik jika semua ahli kelab menjual barangan kesayangan masing-masing yang tidak digunakan lagi. Kita semua mesti ada pakaian, beg atau kasut lama yang masih elok dan tidak digunakan lagi. Daripada kita buang lebih baik kita jual, dapat juga duit.


350 Yanna : Semua cadangan memang bagus. Agak-agaknya projek apa yang akan kita mulakan yang mampu menghasilkan pulayan lumayan? Lee Yee Qi : Apa kata pada permulaan ini kita menjual barangan terpakai dahulu? Faris : Saya setuju dengan cadangan awak. Ramai yang akan menyumbangkan barangan terpakai mereka nanti. Apakah pendapat yang lain? Novianna dan Lee Yee Qi : Kami setuju.


351 14.2 LINDUNGI DIRI ANDA (HALAMAN 176-177) KEMAHIRAN MEMBACA ASPEK TATABAHASA S.P: 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat. 5.5.1 Membina dan menukar struktur ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks. AKTIVITI 1 Murid dipilih secara rawak untuk membaca bahan yang disediakan pada halaman 176-177 dengan telitinya. AKTIVITI 2 Murid diminta mengulas maklumat yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut. BAHAN 1 - KENALI INSURANS Bil. Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat 1. Insurans ialah pemindahan risiko daripada individu atau sesebuah syarikat kepada syarikat yang menawarkan pelan insurans tersebut. Syarikat yang menawarkan pelan insurans terbaik di Malaysia, termasuk Takaful Ikhlas, Prudential BSN Takaful, Great Eastern Takaful, AIA Takaful dan Allianz Takaful Malaysia. 2. Jika anda membeli pelan insurans daripada syarikat insurans, anda atau syarikat anda akan dibayar ganti rugi yang anda tanggung apabila berlaku perkara yang tidak diingini. Anda disyorkan supaya membandingkan pelbagai pilihan insurans yang ada, memahami manfaat dan faedah yang ditawarkan. 3. Pembelian pelan insurans adalah untuk mengurangkan beban kewangan anda atau syarikat anda apabila berlakunya Setiap syarikat menawarkan pelbagai produk insurans takaful untuk


352 kerugian atau keadaan yang tidak diingini. memenuhi keperluan individu, keluarga dan syarikat yang berbeza. 4. Pelan insurans memberikan perlindungan bagi kerugian yang dinyatakan dalam pelan insurans yang anda beli. Pelanggan perlu berhati-hati dan meneliti terma dan syarat yang terdapat dalam pelan insurans yang dibeli sebelum menerima dan menandatangani pelan insurans tersebut. 5. Perlindungan yang diberikan kepada anda bergantung pada premium yang anda bayar Lebih tinggi premium yang dibayar, lebih tinggi amaun yang akan diperolehi jika berlaku sesuatu mengikut terma dan syarat. 6. Pembelian pelan insurans bergantung pada keperluan diri anda. Belilah pelan insurans mengikut kemampuan masing-masing. 7. Terdapat beberapa insurans yang mesti dibeli kerana telah ditetapkan dalam undang-undang seperti pelan insurans kenderaan bermotor. Pelan insurans kenderaan bermotor sebaik-baiknya diperbaharui bersama cukai jalan pada setiap tahun. Bahan 2 - PELAN INSURANS TERBAIK SYARIKAT XYZ SDN. BHD. Bil. Maklumat tersurat Maklumat tersirat 1. Insurans perubatan dan kesihatan Insurans perubatan dan kesihatan sudah menjadi keperluan pada masa kini untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik di klinik atau hospital swasta. 2. Insurans pemilikan rumah Insurans pemilikan rumah berguna apabila dilanda bencana alam atau kebakaran. 3. Insurans hayat Insurans hayat sangat penting kerana jika berlaku kematian, wang pampasan boleh membantu ahli keluarga yang ditinggalkan.


353 4. Insurans perjalanan dan kemalangan diri Insurans perjalanan dan kemalangan diri perlu untuk melindungi seseorang jika berlaku sebarang kemalangan seperti kemalangan di jalan raya atau kapal terbang yang dinaiki terhempas. AKTIVITI 3 Murid menonton video tentang perbezaan cakap ajuk dan cakap pindah daripada Youtube https://www.youtube.com/watch?v=NYM35mwQeYc AKTIVITI 4 – MIX-N-MATCH Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mendapat dialog yang berbeza. Setiap kumpulan perlu menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah. Kemudian, mereka perlu mencari dan menyusun kembali perbualan antara cikgu dan murid tersebut. Setiap kumpulan perlu menampal jawapan pada pada papan putih. CONTOH PEMINDAHAN AYAT AYAT CAKAP AJUK AYAT CAKAP PINDAH Cikgu, benarkah maklumat yang saya dengar, iaitu semua murid sekolah di Malaysia dilindungi insurans? Farhana mendapatkan kepastian daripada Cikgu Yusof tentang maklumat yang didengarinya, iaitu semua murid sekolah di Malaysia dilindungi dengan insurans. Benar, pihak kerajaan telah pun membekalkan pelan insurans kepada semua murid bermula pada peringkat prasekolah hingga tingkatan enam Cikgu Yusof mengakui kebenaran tentang maklumat yang didengar oleh Farhana dan menjelaskan bahawa pihak kerajaan telah membekalkan pelan insurans kepada semua murid bermula pada peringkat prasekolah hingga tingkatan enam. Wah, menariknya! Namun, setahu saya, guru kelas tidak pernah meminta muridmurid membayar wang premium insurans tersebut Farhana berasa kagum akan maklumat yang dinyatakan oleh Cikgu Yusof namun menyatakan bahawa guru kelas tidak


354 pernah meminta murid-murid membayar wang premium insurans tersebut. Memang benar. Guru kelas tidak pernah meminta bayaran premium insurans kerana pihak kerajaan telah membayar premium yang bernilai RM 1.50 kepada syarikat insurans yang berkenaan Cikgu Yusof mengakui kata-kata Farhana dan menjelaskan bahawa guru kelas tidak berbuat demikian kerana pihak kerajaan telah membayar premium yang bernilai RM1.50 kepada syarikat insurans yang berkenaan. Apakah bentuk perlindungan yang ditawarkan kepada semua murid melalui pelan insurans ini, cikgu? Seterusnya, Farhana bertanya kepada Cikgu Yusof tentang bentuk perlindungan yang ditawarkan kepada semua murid melalui pelan insurans ini. Nah, bacalah polisi ini! Semua maklumat yang anda perlukan ada di sini. Cikgu Yusof meminta Farhana membaca polisi yang ada padanya kerana semua maklumat yang diperlukan oleh Farhana ada dalam polisi tersebut.


355 14.3 AYUH, KITA BERNIAGA (HALAMAN 178 – 179) KEMAHIRAN MENULIS ASPEK SENI BAHASA S.P: 3.6.2 Menulis dan mengadaptasi sesuatu bahan grafik kepada prosa menggunakan ayat yang menarik dan gramatis. 4.3.2 Menghasilkan puisi berdasarkan bahan rangsangan yang sesuai menggunakan bahasa yang indah dan menarik. AKTIVITI 1 Murid meneliti poster yang dipaparkan untuk mendapatkan maklumat. AKTIVITI 2 Murid menulis dan mengadaptasi maklumat yang terdapat dalam poster tersebut kepada bentuk prosa dengan menggunakan ayat yang menarik dan gramatis. CONTOH Pada 13 April 2023 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin. Pada hari itu, saya tiba di SMK Bitara Jaya pada pukul 7.20 pagi. Saya berjumpa dengan kawan-kawan di kantin sekolah. Pada pagi itu, kami mengunjungi gerai pameran kraf tangan, buku, produk inovasi dan antidadah. Daripada kunjungan tersebut, kami mendapat banyak ilmu pengetahuan baharu. Kami juga melihat pertandingan “Akulah Bintang” dan pertunjukan silap mata. Kami berasa sangat terhibur kerana dapat menyaksikan persembahan yang mengkagumkan itu. Setelah penat berhibur, kami berasa sangat lapar lalu mengunjungi gerai jualan makanan dan minuman yang terdapat di situ. Saya membeli air teh hijau susu kegemaran saya dan sebungkus ayam gunting. Selepas menjamu selera, kami mengambil kesempatan untuk mengunjungi rumah hantu. Kami juga singgah di gerai permainan dan pakaian. Setelah penat berjalan, saya dan rakan-rakan berhasrat untuk menyertai kempen derma darah. Kami berasa teruja untuk memberikan sumbangan. Malangnya, kami tidak dapat menderma darah kerana masih belum cukup umur. Salah satu syarat untuk menderma


356 darah ialah penderma mesti berumur 18 hingga 60 tahun. Kami baru sahaja menginjak usia 15 tahun. Menjelang petang, saya pulang ke rumah bersama-sama dengan rakan. Walaupun kepenatan tetapi kami gembira kerana dapat melibatkan diri secara aktif dalam penganjuran Hari Kantin sekolah kami. Kami juga mendapat pelbagai pengalaman yang sangat berharga. AKTIVITI 3 Murid diminta melengkapkan syair Kisah Hari Kantin dengan menggunakan bahasa yang indah dan menarik. CONTOH Hendak masuk ke rumah hantu, Teruja dan takut sudah tentu, Sumber kewangan dapat dibantu, Hari Kantin meriah setiap waktu. Sungguh cantik si anak dara, Memikat hati para saudara, Murid-murid berasa gembira, Hadiah menarik untuk juara.


357 14.4 KAWAL PERBELANJAAN ANDA (HALAMAN 180 – 181) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.6.1 Menjana idea dan menyampaikan pidato dengan betul, jelas, dan intonasi yang sesuai menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVITI 1 Berdasarkan bahan, murid berbincang untuk mendapatkan idea lain tentang isu yang dikemukakan. BAHAN 1 Perbelanjaan tidak terkawal 1. Masalah hutang yang berterusan 2. Emosi kurang stabil 3. Ekonomi keluarga terjejas 4. Hubungan keluarga akan terjejas 5. Berlaku pembaziran 6. Tidak mempunyai simpanan untuk masa hadapan 7. Dibelenggu kesempitan hidup BAHAN 2 Cadangan cara-cara mengurangkan belanja atau tidak berbelanja pada hari-hari tertentu 1. Gunakan barang-barang di rumah 2. Rancang makanan harian 3. Membawa bekal ke sekolah atau ke tempat kerja 4. Rancang Perbelanjaan 5. Belanja mengikut keperluan dan bukan kehendak 6. Melakukan perbandingan harga sebelum membeli-belah 7. Membeli barangan secara borong atau sewaktu promosi 8. Kurangkan mengunjungi pasar malam atau pasar raya jika tiada keperluan 9. Mengelakkan diri daripada membuat hutang


358 BAHAN 3 Kesan Amalan Baik 1. Merapatkan hubungan kekeluargaan 2. Emosi menjadi stabil 3. Makan Makanan yang sihat 4. Dapat membuat simpanan untuk masa hadapan 5. Terhindar daripada pembaziran 6. Melahirkan masyarakat yang bijak menguruskan kewangan AKTIVITI 2 Murid mengembangkan idea tersebut menjadi teks pidato. CONTOH TEKS PIDATO Sejambak kasih, sekalung budi saya nobatkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Kombinasi ampuh pihak kehakiman, kelompok pendidik bestari, dan hadirin pendengar yang dikasihi. Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani. Arena pada hari ini saya warnai dengan pidato yang berjudul 'Berjimat Cermat Amalan Mulia'. Hadirin sekalian, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berjimat cermat dedifinisikan sebagai berhemat atau berhati-hati tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu. Amalan mulia pula merupakan sesuatu yang dilakukan sebagai suatu kebiasaan. Lalu, saya simpulkan frasa Berjimat Cermat Amalan Mulia iaitu perbuatan berhati-hati dalam menguruskan perbelanjaan wang. Warga dewan yang budiman, Indikator saya yang pertama, perancangan perbelajaan yang bijak penjana generasi berjimat cermat. Pengguna hendaklah membuat senarai semak barangan yang hendak dibeli dan bukan berbelanja mengikut hawa nafsu semata-mata. Murid-murid pula boleh belajar cara untuk menguruskan wang mereka melalui laman web www.duitsaku.com yang menyediakan banyak panduan pengurusan wang. Jangan pula pantang melihat iklan jualan murah atau jualan penghabisan stok, hati sudah mula meronta. Jangan bersikap begitu hadirin sekalian!. Ingat! Elak pembaziran menjamin masa hadapan.


359 Warga dewan yang bijaksana, Indikator saya yang kedua adalah elakkan hutang kad kredit kunci utama amalan berjimat cermat. Akhbar Metro bertarikh 22 Disember 2012 melaporkan sejak tahun 2005, sebanyak 5.1% masyarakat Malaysia telah diisytiharkan bankrap berpunca daripada sikap pengguna yang tidak berhemah semasa membuat pembelian menggunakan kad kredit. Akibat tidak berhemat akhirnya menderita. Oleh itu hadirin sekalian, berhati-hatilah ketika menggunakan kad kredit agar tidak menyesal kemudian hari. Warga dewan, wahana bangsa, Indikator saya yang ketiga, pelaburan berhemah menjamin masa hadapan. Membuat pelaburan merupakah langkah yang bijak untuk berjimat cermat contohnya melalui pelaburan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pada 17 Februari 2013 yang lalu Lembaga KWSP telah mengisytiharkan kadar dividen 6.15% berbanding 6 % yang dibayar pada tahun 2011. Oleh itu marilah sama-sama kita merebut peluang yang sangat berharga ini. Pulangan yang tinggi akan menjamin masa hadapan bahagia. Rumusannya, ayuh warga bumi bertuah, marilah sama-sama kita melangkah seiring, berganding bahu memupuk amalan berjimat cermat melalui perbelanjaan kewangan yang bijak, elakkan hutang kad kredit dan membuat pelaburan berhemah. Kalau cemerlang biar tiada tembok penghadang Kalau gemilang biar tiada batu penghalang Andai terbilang biar jangan calang-calang. Sekian, terima kasih. Dipetik dan diubah suai daripada: https://suhaibarrumi.blogspot.com/2014/05/teks-pidato-sk-kulai-1-daerah.html# AKTIVITI 2 Murid menyampaikan pidato dengan intonasi yang sesuai.


360 14.5 MENTARI BERSINAR JUA (HALAMAN 182-183) KEMAHIRAN MENULIS S.P: 3.7.1 Mengedit dan menyunting ayat dalam pelbagai teks tanpa mengubah maksud asal. AKTIVITI 1 Murid membaca bahan pada halaman 182-183. AKTIVITI 2 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan menggunakan Popsicle Stick. Setiap kumpulan dikehendaki mengenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan.


361 BAHAN 1 - Pedoman buat Sahabat Bil Kesalahan Pembetulan 1. “Ada masalahkah?” “Ada masalah?” 2. ialah masalah masalah 3. dengan kepada/terhadap 4. kasihankan kasihan akan 5. apa apa-apa 6. angguk mengangguk 7. “Apa lagi, Risha?” Soal Rania. “Ada apa lagi, Risha?” soal Rania. 8. Perbelanjaan Berbelanja 9. meminta-minta apa-apa meminta apa-apa 10. itu ini itu dan ini 11. apabila ketika 12. dengan terhadap 13. sungguh-sungguh bersungguh-sungguh


362 BAHAN 2 - LANGKAH POSITIF MENANGANI MASALAH EKONOMI KELUARGA Bil Kesalahan Pembetulan 1. bila apabila 2. tingkatkan meningkatkan 3. Semua keluarga Semua anggota keluarga 4. membincangkan tentang membincangkan 5. dikenalpasti dikenal pasti 6. saling salah menyalahkan saling menyalahkan/salah menyalahkan AKTIVITI 3 Murid menyunting dengan menyalin semula bahan agar menjadi lebih menarik. BAHAN 1 – Pedoman buat Sahabat Keluarga Rania menghadapi krisis ekonomi. Sebagai sahabat baik, Risha menghulurkan simpatinya sambil memberikan nasihat yang berguna kepada Rania. Suatu petang, ketika murid-murid lain bermain, Rania bersendirian di tepi padang. Dia hanya memerhatikan rakan-rakan lain bermain. Menyedari keadaan itu, Risha mendekati Rania. “Mengapakah awak tidak ikut bermain?” soal Risha, lembut. “Saya tidak ada semangat hendak bermain,” balas Rania. “Ada masalah?” soal Risha kembali. “Ini bukanlah masalah saya seorang. Ini masalah keluarga saya,” balas Rania. “Keluarga saya menghadapi krisis ekonomi,” katanya lagi. “Kasihannya. Saya bersimpati kepada/terhadap keluarga awak,” kata Risha. “Apakah yang patut saya buat? Saya kasihan akan ibu bapa saya,” kata Rania. “Kurangkan perbelanjaan awak, Rania dan bersyukur dengan apa-apa yang awak ada,” nasihat Risha. Jika awak bersyukur, awak akan berpuas hati dengan kehidupan awak. Awak perlulah ingat bahawa ada orang yang lebih sukar hidupnya berbanding dengan awak,” nasihat Risha lagi, panjang lebar. Rania mengangguk sahaja. Ada benarnya kata-kata Risha itu. “Ada apa lagi, Risha?” soal Rania. Nasihat Risha memang berguna untuknya. “Awak janganlah meminta yang bukan-bukan daripada ibu bapa awak,” kata Risha. “Amalkan gaya hidup yang sederhana. Berbelanja secara boros tidak patut awak amalkan,”


363 katanya lagi. “Jika awak berbuat begitu, tentu ringan bebanan ibu bapa awak,” sambungnya pula. “Saya sudah tidak mahu meminta apa-apa lagi daripada ibu bapa saya,” kata Rania. “Walaupun saya teringinkan itu dan ini, saya pendamkan sahaja,” katanya pula, sedih. “Awak perlulah bersabar, Rania. Hidup ini memang penuh dengan dugaan dan cabaran,” nasihat Risha lagi. “Saya diberi risalah ini sewaktu keluar dari Pasar Raya Jimat. Bacalah. Barangkali berguna untuk awak,” kata Risha sambil menghulurkan risalah tersebut kepada Rania. “Terima kasih, Risha. Awak memang seorang kawan yang baik. Awak selalu bersama saya ketika susah dan senang,” kata Rania. Risha sekadar tersenyum nipis. Dia bersimpati terhadap nasib keluarga Rania. Semoga rezeki keluarga Rania akan bertambah lagi selepas ini. Doa Risha bersungguhsungguh. BAHAN 2 - LANGKAH POSITIF MENANGANI MASALAH EKONOMI KELUARGA • Jangan berputus asa apabila berhadapan dengan situasi getir ini. • Ibu bapa perlu meningkatkan usaha untuk mencari rezeki yang halal. • Semua ahli keluarga perlu duduk semeja membincangkan langkah penjimatan perbelanjaan. • Langkah penjimatan yang telah dikenal pasti patut diamalkan secara berterusan. • Ibu bapa dan anak-anak perlu mengatur semula pengurusan kewangan keluarga. • Semua anggota keluarga perlu saling bekerjasama dan bukan saling menyalahkan/ salah menyalahkan terhadap situasi yang berlaku. KSP (Kami Sentiasa Peduli) Kami juga menawarkan perkhidmatan kewangan kepada individu atau keluarga, secara percuma. Kepakaran kami; • Pendidikan Kewangan • Kaunseling Kewangan HUBUNGI KAMI; 03-12345678


364 14.6 PENGUKUHAN: BERITA GEMPAR (Halaman 184) AKTIVITI 1 Baca bahan dengan telitinya. Kemudian, ulas maklumat yang diperoleh daripada kedua-dua bahan tersebut. Lihat bahan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. CONTOH Berdasarkan petikan akhbar yang diberi, kadar muflis golongan muda di Malaysia semakin merisaukan. Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia, sebanyak 97 215 kes kebankrapan dicatatkan di negara ini sepanjang tahun 2012 sehingga bulan September 2016. Salah satu daripada sebab utama kebankrapan ialah kegagalan mereka melunaskan pinjaman sewa beli kenderaan, disusuli pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan. Kebanyakan golongan muda terpengaruh untuk memiliki barangan mewah dan berjenama terkenal yang diluar kemampuan mereka. Kesimpulannya, pengurusan kewangan adalah sangat penting dalam kehidupan terutamanya kepada golongan muda yang baru bekerja supaya dapat menguruskan kewangan dengan berhemah bak kata pepatah “ukur baju di badan sendiri”. (98 patah perkataan)


365 AKTIVITI 2 Berdasarkan perbualan Mashitah dan Vikisawaty, tukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah. CONTOH Ayat Cakap Ajuk Ayat Cakap Pindah. Wah, banyak benar golongan muda yang muflis! Saya rasa tentu ada kesan yang tidak baik jika kita diisytiharkan muflis. Apakah pendapat awak dalam hal ini, Vikisawaty? Mashitah menyatakan perasaan terkejut kerana banyak benar golongan muda yang muflis. Dia berpendapat bahawa tentu ada kesan yang tidak baik jika mereka diisytiharkan muflis. Lalu, dia bertanya pendapat Vikisawaty dalam hal ini. Saya berpendapat bahawa mereka kurang pendidikan tentang pengurusan kewangan. Setahu saya, orang yang diisytiharkan muflis tidak dibenarkan ke luar negara. Ada banyak lagi kesan buruk jika muflis, Mashitah. Vikisawaty menyatakan pendapatnya bahawa mereka kurang pendidikan tentang pengurusan kewangan. Tambah Vikisawaty lagi sepanjang pengetahuannya, orang yang diisytiharkan muflis tidak dibenarkan ke luar negara. Dia juga menyatakan kepada Mashitah bahawa ada banyak lagi kesan buruk jika seseorang itu muflis.


366 14.7 PENGAYAAN: KRUP, KRAP, KRUP, KRAP! (Halaman 185) 1. Baca dan kenal pasti kesalahan tatabahasa dalam cerpen. “Amboi, sejak dapat pulas stereng baharu, sekali pun kau tak singgah di gerai aku, Doni,” kata Mak Piah ketika berselisih dengan abang Doni di Kedai runcit Pak Cik Malek. “Tak sempatlah, Mak Piah. Lagipun, selalunya saya bersarapan pagi di kilang,” jawab Doni. “Aku hairan betullah dengan engkau, Doni. Kau tak malu ke bekerja dengan Lokman? Bekerja dengan budak-budak. Umur kau dah lanjut. Patut-patutnya kau yang jadi bos, bukannya si Man Krup Krap tu,” kata Mak Piah, menempelak abang Doni. “Apa pula yang nak dimalukan, Mak Piah. Saya berbangga lagi adalah. Bukannya ramai bos muda seperti dia,” jelas abang Doni. “Bangga? Hisy, memanglah engkau jenis yang tak malu. Bekerja dengan budak-budak. Mendengar arahan budak-budak. Kalau aku, jangan haraplah aku nak bekerja dengan budakbudak seperti tu,” balas Mak Piah, mencebik bibirnya, tanda tidak suka. “Apa pula yang nak dimalunya. Bukannya tak bagus. Mak Piah tengoklah kami sekarang. Dari bekerja di pasar malam dan pasar tani, kami sudah maju. Permintaan kerepek semakin menambah. Tak lama lagi, seluruh negeri Kedah akan dibekalkan dengan kerepek ubi kayu keluaran syarikat kami. Perbualan itu tamat mendadak. Doni cepat-cepat meninggalkan Mak Piah. Dia ingin menghantar kerepek ke kedai lain pula. (Dipetik dan diubah suai daripada novel Man Krup Krap karya Alias Derais, 2008. KarnaDya Solutions Sdn. Bhd.) 2. Edit dan sunting kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam cerpen dan sudahi cerpen tersebut berdasarkan kreativiti anda. “Amboi, sejak dapat pegang stereng baharu, sekali pun kau tak singgah di gerai aku, Doni,” kata Mak Piah ketika berselisih dengan abang Doni di Kedai Runcit Pak Cik Malek. “Tak sempatlah, Mak Piah. Lagipun, selalunya saya bersarapan pagi di kilang,” jawab Doni.


367 “Aku hairan betullah dengan engkau, Doni. Kau tak malu ke bekerja dengan Lokman? Bekerja dengan budak-budak. Umur kau dah lanjut. Sepatutnya kau yang jadi bos, bukannya Si Man Krup Krap tu,” kata Mak Piah, menempelak abang Doni. “Apa pula yang nak dimalukan, Mak Piah. Saya berbangga lagi adalah. Bukannya ramai bos muda seperti dia,” jelas abang Doni. “Bangga? Hish, memanglah engkau jenis yang tak malu. Bekerja dengan budak-budak. Mendengar arahan budak-budak. Kalau aku, jangan haraplah aku nak bekerja dengan budakbudak seperti tu,” balas Mak Piah, mencebik bibirnya, tanda tidak suka. “Apa pula yang nak dimalukan. Bukannya tak bagus. Mak Piah tengoklah kami sekarang. Daripada bekerja di pasar malam dan pasar tani, kami sudah maju. Permintaan kerepek semakin bertambah. Tak lama lagi, seluruh negeri Kedah akan dibekalkan dengan kerepek ubi kayu keluaran syarikat kami. Perbualan itu tamat mendadak. Doni cepat-cepat meninggalkan Mak Piah. Dia ingin menghantar kerepek ke kedai lain pula. Seminggu kemudian, Doni datang ke gerai Mak Piah. “Mak Piah, Lokman bercadang untuk meletakkan rak jualan kerepek ubi kayu keluaran syarikat kami di gerai Mak Piah. Apakah pendapat Mak Piah?” tanya Doni. Mak Piah merenung wajah Doni dengan rasa tidak percaya. “Betul ke ni, Doni?” tanya Mak Piah. “Betul Mak Piah. Lokman ingin meluaskan pasaran kerepek ubi kayu keluaran syarikat kami di semua gerai yang ada di kampung ini. Moga-moga kerepek ubi kayu keluaran syarikat kami dapat menjadi daya tarikan termasuk di gerai Mak Piah. Macam mana? Mak Piah setuju?” tanya Doni lagi. “Kecil tapak tangan, nyiru Mak Piah tadahkan Doni,” ujar Mak Piah. Sejak hari itu, perniagaan Man Krup Krap dan Mak Piah berkembang maju.


368


369 TEMA 15: DESTINASI MISTERI 15.1 MOH KE PERAK (HALAMAN 188-189) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.7.1 Berbincang tentang sesuatu perkara untuk menerima atau menolak pandangan secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun. AKTIVITI 1 Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan. Tajuk diberikan menggunakan kaedah cabutan kad berwarna yang diwakili oleh satu tajuk bagi satu warna. Berdasarkan bahan pada halaman 188-189, murid berbincang untuk menyediakan pakej pelancongan di Perak untuk tiga hari dua malam yang sesuai bagi: i. Kumpulan besar yang terdiri daripada lelaki dan wanita pelbagai usia. ii. Kumpulan besar yang terdiri daripada murid sekolah menengah. iii. Kumpulan kecil yang mahu melancong untuk berehat sepenuhnya. iv. Kumpulan kecil yang mahu melancong dengan kos yang minimum. AKTIVITI 2 Murid menghasilkan brosur tentang pakej pelancongan di Perak untuk tiga hari dua malam mengikut kreativiti masing- masing. AKTIVITI 3 Aktiviti 3 Stray 1 Stay – seorang wakil kumpulan akan bertindak sebagai promoter bagi pakej pelancongan yang telah dihasilkan. 3 orang ahli yang lain akan bergerak ke kumpulan lain untuk melihat promosi yang dijalankan oleh kumpulan tersebut. Murid yang bergerak perlu memberikan penilaian mereka berdasarkan lembaran skor yang diberikan.


370 LEMBARAN SKOR Nama kumpulan: _________________ Skala: 1 - tidak setuju 2 - kurang setuju 3 - setuju 4 - sangat setuju Kriteria brosur 1 2 3 4 Mudah difahami Kombinasi warna yang menarik Isi kandungan tersusun Harga pakej yang berpatutan Adakah anda berminat dengan pakej yang disediakan? Berikan alasan anda. AKTIVITI 4 Dapatan skor setiap kumpulan – selepas selesai AKTIVITI 3, setiap kumpulan akan menerima kembali markah yang diberikan oleh kumpulan lain. Setiap kumpulan akan membuat refleksi dan penambahbaikan berdasarkan pandangan yang diberikan oleh ahli kumpulan lain semasa AKTIVITI 3.


371 15.2 KEMBARA BORNEO (HALAMAN 190 - 191) KEMAHIRAN MEMBACA ASPEK SENI BAHASA S.P: 2.4.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat yang rasional tentang pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen. 4.4.1 Mempersembahkan karya prosa dalam bentuk ilustrasi menggunakan pelbagai media secara kreatif. AKTIVITI 1 Murid membaca bahan menggunakan teknik bacaan QUACK. Teknik Bacaan QUACK Teknik ini menggalakkan pembacaan secara aktif kepada teks yang berbentuk fakta, membuat pertimbangan terhadap maklumat dan menanda maklumat yang tertentu. Maksud Quack Cadangan Jawapan Q Question mark (Tanda soal) diletakkan pada perkataan, rangkai kata & idea yang kabur dan tidak difaham Adat dikelek, hukum dijunjung, pandai besi, berkabung, sogit U Underline (Garis) menggarisi takrif pandai besi, sogit A Asterisk (Asterik) meletakkan tanda * pada maklumat atau idea yang penting atau menarik Semua kerja pembuatan gong terpaksa dihentikan selama 15 hari sebagai tanda berkabung C Circle (Bulatkan) (Bulatkan) membulatkan fakta dan definisi panjang - Adat suku kaum Rungus, bunyibunyian tidak dibolehkan sepanjang mereka berkabung.


372 - Jika larangan dilanggar, sogit akan dikenakan. - Formasi batu-batuan terbentuk akibat hakisan angin begitu unik. K Keyword (Kata kunci) Letakkan huruf besar K di sebelah kata kunci (biasanya berhuruf tebal atau condong) AKTIVITI 2 Perbincangan kumpulan – guru bertindak sebagai fasilitator semasa murid berbincang bersama ahli kumpulan berkaitan maklumat yang tidak difahami ketika melakukan pembacaan teknik QUACK. AKTIVITI 3 Aktiviti Round Table - Secara berpasukan (empat orang) murid bergilir-gilir memberi respon berkaitan bahan bacaan “Adat Dikelek, Hukum Dijunjung” dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama. AKTIVITI 4 Aktiviti Gallery Tour – Hasil dapatan ketika aktiviti Round Table ditampal di atas meja untuk kumpulan lain membacanya. Setiap kumpulan perlu meletakkan kertas dan pensel di atas meja supaya pasukan lain yang datang melawat boleh memberi komen atau pengukuhan hasil dapatan mereka. Ahli kumpulan diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen yang lain. Setelah selesai, semua murid kembali semula ke kumpulan masing-masing dan melaporkan pembelajaran serta pendapat yang mereka perolehi.


373 AKTIVITI 5 (Pengukuhan) Penghasilan buku skrap – murid menghasilkan sebuah buku skrap berkaitan tempat menarik, adat budaya dan tradisi serta alat tradisional yang ada di Borneo. Buku skrap perlu mengandungi perkara berikut: i. Isi kandungan ii. Tempat menarik iii. Adat budaya dan tradisi iv. Alat tradisional v. Penutup Murid diberi masa seminggu untuk menyiapkan buku skrap tersebut. Kriteria pemarkahan untuk rujukan guru Kekemasan – 10 markah Isi kandungan – 60 markah Kreativiti – 30 markah


374 15.3 KEAJAIBAN DASAR LAUT (HALAMAN 192 – 193) KEMAHIRAN MENULIS S.P: 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif. AKTIVITI 1 Murid membaca bahan pada halaman 192-193 menggunakan teknik bacaan QUACK. AKTIVITI 2 Murid membina peta buih tentang kepentingan taman laut di papan putih. KEPENTINGAN TAMAN LAUT Sumber ekonomi dalam sektor perikanan Memajukan sektor pelancongan Melindungi keindahan alam semulajadi Memelihara khazanah laut


375 AKTIVITI 3 1. Dalam kumpulan, murid diberikan jadual huraian isi menggunakan teknik 5W1H. 2. Setiap kumpulan ditugaskan menghuraikan satu isi yang diberikan oleh guru secara rawak. 3. Setiap ahli kumpulan bergilir-gilir melengkapkan jadual dengan teknik Round Table. 4. Guru menyemak hasil kerja murid. 5. Semua murid menulis semula hasil kerja setiap kumpulan dalam bentuk karangan lengkap dalam buku latihan masing-masing. KEPENTINGAN TAMAN LAUT: What (Apa) Sumber ekonomi dalam sektor perikanan Who (Siapa) Hidupan marin akuatik Why (Mengapa) Hidupan dan habitatnya dilindungi When (Bila) Hidupan akuatik dapat membiak sepanjang masa tanpa gangguan Where (Di mana) Di kawasan taman laut How (Bagaimana) Masyarakat dilarang meneroka dan menangkap hasil laut What (Apa) Memelihara khazanah laut Who (Siapa) Di bawah kawalan Jabatan Taman Laut Malaysia Why (Mengapa) Khazanah laut kian terancam dan kian pupus When (Bila) Pada era moden yang kian mencemari laut akibat pembangunan dan perindustrian yang pesat Where (Di mana) Kawasan perairan laut sejauh dua batu nautika How (Bagaimana) Manjaga spesies terumbu karang dunia yang terdapat di Malaysia dengan menetapkan akta What (Apa) Memajukan sektor pelancongan Who (Siapa) Pelancong meminati aktiviti bersnorkel dan selam skuba Why (Mengapa) Perairan negara mempunyai ekosistem yang produktif dan kaya dengan kepelbagaian biologi marin When (Bila) Di luar musim tengkujuh Where (Di mana) Kawasan laut termasuklah kawasan pantai dan dasarnya How (Bagaimana) Memelihara taman laut dengan cara mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa berkunjung ke sana


376 What (Apa) Melindungi keindahan alam semulajadi Who (Siapa) Jabatan Taman Laut Malaysia Why (Mengapa) Taman Laut menjadi suatu kawasan yang dilindungi daripada sebarang aktiviti haram manusia When (Bila) - Where (Di mana) Keindahan dasar laut yang penuh dengan karangan dan hidupan akuatik, serta pantainya yang dipayungi fauna How (Bagaimana) Memulihara kerosakan yang berlaku akibat kerakusan manusia atau faktor semula jadi dengan cara penanaman atau pembenihan semula


377 15.4 DARI MATA TURUN KE HATI (HALAMAN 194 – 195) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR ASPEK TATABAHASA SP: 1.8.1 Mengkritik secara membina tentang sesuatu isu kemasyarakatan dengan kritis dan jelas menggunakan ayat yang gramatis. 5.6.1 Menganalisis dan menggunakan tatabahasa yang betul dalam ayat. AKTIVITI 1 Tiga nama murid dipilih menggunakan Popsicle Sticks untuk membaca petikan Dari Mata Turun ke Hati pada halaman 194 & 195. AKTIVITI 2 Berdasarkan bahan, murid mengenal pasti isu pembuatan kraf tangan tempatan. 1) Negara memerlukan lebih banyak cenderamata yang unik dan beridentiti kenegaraan. 2) Kualiti produk cenderamata. 3) Kepelbagaian produk cenderamata. 4) Pereka perlu lebih kreatif dan inovatif. AKTIVITI 3 1. Murid diminta menulis warna yang digemari di atas sekeping kertas. 2. Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut jenis warna yang sama. 3. Murid diberikan isu secara rawak melalui cara cabutan. 4. Murid diberikan masa selama 10 minit berbincang dalam kumpulan. 5. Murid menjalankan aktiviti Round Robin. 6. Murid memberikan pendapat tentang isu tersebut.


378 ISU CONTOH PENDAPAT 1. Negara memerlukan lebih banyak cenderamata yang unik dan beridentiti kenegaraan. Pada pendapat saya, - reka bentuk yang menarik, berbeza dan asli perlu dihasilkan. - bahan-bahan tempatan dan semula jadi perlu gunakan. - produk yang dihasilkan mesti mempunyai nilai estetika yang tinggi. 2. Kualiti produk cenderamata Pada pendapat saya, - produk yang dihasilkan mesti bersifat tahan lama/tahan lasak. - produk yang dihasilkan mesti bernilai tinggi. - produk mesti dihasilkan dalam bentuk edisi terhad dan tidak terdapat di negara lain. 3. Kepelbagaian produk cenderamata Pada pendapat saya, - produk cenderamata yang dihasilkan mesti bervariasi. - pengusaha perlu menghasilkan pelbagai produk daripada kain songket. - pengusaha perlu menghasilkan produk yang sesuai dengan semua peringkat umur. 4. Pereka perlu lebih kreatif dan inovatif Pada pendapat saya, - pereka perlu menambah baik produk sedia ada mengikut peredaran zaman. - pereka perlu menghasilkan produk yang bukan sekadar dijadikan hiasan, sebaliknya boleh digunakan.


379 AKTIVITI 4 Murid menganalisis kesalahan bahasa dalam bahan dan membetulkan kesalahan tersebut.


380 BAHAN 1 – Buah Tangan Merakamkan Kenangan BIL. KESALAHAN BAHASA PEMBETULAN SEBAB KESALAHAN 1. macam semacam macam = keadaan sesuatu benda semacam = sebagai 2. Oleh kerana Oleh sebab kerana ialah kata hubung keterangan 3. makin lama semakin semakin lama semakin makin … makin semakin … semakin 4. pusat kemahiran kemahiran kata nama 5. berorientasi pembuat berorientasikan pembuatan pembuat = orang yang membuat pembuatan = proses membuat sesuatu 6. dapat mendapat dapat = boleh mendapat = memperoleh 7. beridentiti kenegaraan beridentitikan negara kesalahan imbuhan 8. pelbagaian produkproduk kepelbagaian produk pelbagaian = tidak membawa apaapa maksud kepelbagaian = keadaan yang pelbagai 9. kreativiti kreatif kreativiti = kebolehan mencipta kreatif = mempunyai kebolehan mencipta 10. inovasi inovatif inovasi = memperkenalkan sesuatu yang baharu inovatif = bersifat inovasi


381 BAHAN 2 - Pembuatan Kotak Serba Guna Daun Serdang BIL. KESALAHAN BAHASA PEMBETULAN SEBAB KESALAHAN 1. Antara bahan-bahan Antara bahan / Bahan-bahan kesilapan menggandakan kata yang mengikuti kata yang bermaksud kumpulan 2. adalah ialah penggunaan kata pemeri 3. ikut mengikut kesalahan imbuhan 4. anyaman keris-keris atau renda anyaman atau renda kata nama 5. cantum cantumkan kesalahan imbuhan 6. ambilkan ambil kesalahan imbuhan 7. pada dua kepada dua kesalahan sendi nama 8. kotak bawah bawah kotak hukum D-M 9. penjualan dijual kesalahan imbuhan


382 15.5 MAHUT KUALA GANDAH (HALAMAN 196-197) KEMAHIRAN MENULIS S.P: 3.7.1 Mengedit dan menyunting ayat dalam pelbagai teks tanpa mengubah maksud asal. AKTIVITI 1 1. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan. 2. Guru membahagikan petikan kepada 6 bahagian 3. Setiap kumpulan diberi satu keratan petikan daripada halaman 196-197. 4. Murid membaca dan menganalisis bahan untuk mengenal pasti kesalahan bahasa. CONTOH JAWAPAN Bil. Kesalahan Pembetulan 1. ke kiri, kanan, atas, dan bawah ke kiri, ke kanan, ke atas, dan ke bawah 2. apa keistimewaannya? apakah keistimewaannya? 3. Untuk tahu jawapannya Untuk mengetahui jawapannya 4. kunjungilah ke pusat kunjungilah pusat/ berkunjunglah ke pusat 5. dari daripada 6. paling menarik sekali paling menarik/menarik sekali 7. eko pelancongan ekopelancongan 8. Di antara aktiviti Antara aktiviti 9. adalah ialah 10. di dalam dalam 11. beberapa aktiviti-aktiviti beberapa aktiviti / aktiviti-aktiviti 12. memberi memberikan 13. mengenengahkan mengetengahkan 14. voluntourism voluntourism/ “voluntourism” 15. Selain dari itu Selain itu 16. Adalah diharapkan Diharapkan aktiviti 17. kesedaran kepada pengunjung kesedaran pengunjung 18. lihat melihat 19. Sanum dan Linang. Sanum, dan Linang


383 20. mematuhilah patuhilah 21. para-para para 22. aturan peraturan 23. seolah seolah-olah 24. pegang memegang 25. belai membelai 26. beri memberi 27. terindah sekali terindah/indah sekali 28. memandi memandikan 29. menyedia menyediakan 30. tengahari tengah hari 31. Memerhati Memerhatikan 32. menyelamat menyelamatkan 33. pertunjukkan pertunjukan 34. Memandi Memandikan 35. memerhati memerhatikan AKTIVITI 2 Wakil daripada setiap kumpulan membentangkan jawapan mereka di hadapan kelas. Guru menilai jawapan murid. AKTIVITI 3 Murid-murid menyalin jawapan yang lengkap dalam buku latihan tatabahasa tanpa mengubah maksud asal petikan.


384 15.6 PENGAYAAN: PERCUTIAN TANPA TANGISAN (Halaman 198-199) AKTIVITI 1 Berpandukan gambar, berbincanglah tentang masalah yang berlaku dan cadangan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.


385 AKTIVITI 2 Berdasarkan bahan, tulis cerpen yang bertemakan isu kesihatan dan keselamatan semasa melancong dengan menggunakan bahasa yang kreatif. CONTOH CERPEN Persiapan perlu dibuat untuk percutian kami. Hendak membawa anak-anak melancong memang seronok tetapi hendak menyiapkan mereka juga perlu ada perancangan yang rapi. Amsyar dan Amin sudah besar sedikit, kuranglah bekalan yang remeh-temeh. Hanya pakaian dan keperluan diri. Tetapi keperluan Sophea lebih-lebih lagi susunya yang paling aku takuti. Kalau tertinggal baju boleh jugalah dibeli tapi kalau susu mungkin aku terpaksa duduk di bilik seharian untuk memujuknya supaya minum susu nanti. Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi untuk kami berangkat. Anak kembar kami memang riang tidak terkira kerana mendapat tahu perjalanan kami nanti akan menggunakan kapal terbang. Apakah yang seronoknya? Entahlah. Ayah dan ibu mereka ini kadang-kadang tidak mahu lagi rasanya menaiki kapal terbang. Bosan. Tapi… kalau tidak menaiki kapal terbang tidak mungkin kami akan sampai ke Australia. Destinasi ini kami pilih kerana paling dekat dan tarikan Gold Coast untuk memenuhi Impian anak-anak. Sebenarnya percutian kali ini tidak begitu menarik minatku. Aku sendiri tertanya-tanya akan sebab aku berasa sedih dan tidak gembira. Puas juga aku mencari tetapi jawapannya masih tidak pasti. Suara merdu kakitangan lapangan terbang membuat pengumuman untuk menaiki pesawat memecah gegendang telingaku. Seperti selalu penumpang yang mempunyai anak-anak kecil akan didahulukan. Ketika menunggu giliran untuk memasuki perut pesawat, kepalaku tiba-tiba berasa sakit yang amat sangat. Setelah berlepas aku, hanya mematikan diri, anak-anak tidak banyak ragam ketika di dalam pesawat. Cuma yang aku bimbangkan hanyalah Sophea kerana dia masih kecil walaupun bukan penerbangannya yang pertama. Aku cuba melelapkan mata. Namun gagal. Kami mendarat di Sydney International Airport dengan selamat. Suasana yang indah dan cuaca yang nyaman menyambut kedatangan kami. Aku tahu suamiku teliti orangnya dalam membuat perancangan. Begitu juga dengan percutian ini. Apartmen kami menghadap Sydney Harbour. Pemandangan yang indah dari sini dan matahari mula menampakkan sinarnya. Kami disambut mesra oleh penyambut tetamu. Menjelang petang kami menyusuri persekitaran Sydney Harbour sambil menikmati kebiruan airnya. Anak-anak sangat gembira ketika dapat melihat banyak kapal layar, kapal persiaran mewah dan juga feri. Becok mulut mereka bertanya itu dan ini. “Ayah… boleh kita naik bot?” tanya Amsyar.


386 “Boleh. Esok kita akan menaiki feri yang akan membawa kita mengelilingi Pelabuhan Sydney. Lepas tu, kita boleh berhenti di Taronga Zoo. Kita juga akan singgah ke pantai. Namanya Bondi Beach. Kalau Amsyar dan Amin tak penat kita boleh menaiki Sydney Harbour Bridge,” jawab suamiku panjang lebar. Aku tenggelam juga dengan keindahan sekeliling apabila cahaya malam mula menampakkan sinarnya. Anak-anak memang seronok apabila ke pantai dan pantai yang luas serta bersih ini lebih menarik minat mereka. Mereka berlari dan bermain layang-layang, membina istana pasir dan terjun ke dalam air. Aku hanya menjadi pemerhati sambil melayan kerenah Sophea yang mula nak rasa pasir di pantai. Becok mulutnya berkata-kata walaupun aku tidak memahami maksudnya. Dia berlari mendapatkan ayah dan abang-abangnya apabila mereka mula menghampiri. Gold Coast destinasi kami yang seterusnya. Kami akan kembali ke Sydney sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur nanti. Perancangan awal kami berada di sini selama lima hari. Amsyar dan Amin sudah mula teruja apabila kami diserahkan brosur tentang Gold Coast sebelum mendarat tadi. Bermulalah episod soal dan jawab. Gold Coast memang terkenal dalam kalangan pelancong dan juga warga tempatan dengan pelbagai aktiviti yang tidak menjemukan. Kepenatan dah mula terbayang di wajah anak-anak dan masanya juga telah tiba untuk kami bersiap dan berangkat pulang ke Sydney dan seterusnya pulang ke tanah air. Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas lima hari bercuti di Australia. Mujurlah tiada apa-apa yang buruk berlaku kerana perancangan rapi dalam aspek kesihatan dan keselamatan telah kami ambil kira sebelum melancong ke sana. Dipetik dan diubah suai daripada https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=693663&extra=page%3D1


387


388 TEMA 16: MENCAPAI IMPIAN, MENUNAI KEJAYAAN 16.1 LANGKA TETAPI BERHARGA (HALAMAN 202-203) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P 1.7.2 Berunding untuk membuat pertimbangan tentang sesuatu pilihan secara rasional menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun. AKTIVITI 1 4 orang murid diminta membaca petikan pada halaman 202-203. Beberapa orang murid memberi pendapat mereka berdasarkan bahan yang dibaca. AKTIVITI 2 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru mengedarkan contoh dialog rundingan untuk membuat pertimbangan tentang sesuatu pilihan secara rasional menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun. AKTIVITI 3 Berdasarkan bahan pada halaman 202 hingga 203, murid mengisi tempat kosong dalam dialog di bawah. Ahmad: Selamat sejahtera ___________________. Saya Ahmad. Saya telah melihat iklan jualan Koleksi Jauhari di media sosial Instagram Encik __________. Kussaini: Selamat sejahtera __________. Benar, saya menjual Koleksi Jauhari iaitu koleksi barangan lama. Adakah kamu berminat dengan koleksi tersebut? Ahmad: Ya, saya tertarik dengan iklan tersebut. Saya gemar mengumpul barangan lama untuk dijadikan koleksi. Kussaini: Kalau begitu, boleh saya tahu koleksi mana yang kamu tertarik? Ahmad: Saya tertarik dengan koleksi ________________________. Sudah lama saya mencari koleksi tersebut. Berapakah harga bagi koleksi tersebut? Kussaini: Koleksi __________ merupakan koleksi yang menjadi __________ bagi penggemar-penggemar koleksi barangan lama. Harganya juga masih tinggi. Saya menjualnya dengan harga ___________. Ahmad: Wah, saya berminat dengan harga yang ditawarkan! Bagaimanakah pula cara pembelian boleh dilakukan? Kussaini: Kamu boleh hubungi saya menerusi ____________. Bayaran boleh dilakukan secara __________________. Manakala barangan tersebut akan dihantar kepada kamu melalui ___________________. Ahmad: Baik Encik ____________. Terima kasih atas layanan yang diberikan. Kussaini: Sama-sama. Saya harap kamu berpuas hati dengan layanan yang diberikan.


389 AKTIVITI 4 Setiap kumpulan melakonkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. AKTIVITI 5 Setiap kumpulan diberi borang penilaian. Mereka memberi penilaian terhadap lakonan rakanrakan mereka. INTONASI 25 markah PENGHAYATAN / GAYA 25 markah PERSEMBAHAN 25 markah KERJASAMA 25 markah JUMLAH 100 markah KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3 KUMPULAN 4 KUMPULAN 5 KUMPULAN 6 KUMPULAN 7


390 16.2 BERJAYA DALAM PEMBINAAN (HALAMAN 204-205) KEMAHIRAN MEMBACA S.P: 2.4.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat yang rasional tentang pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen AKTIVITI 1 Murid membaca teks pada halaman 204 dengan menggunakan Teknik ACID. AKTIVITI 2 Murid melakonkan dialog pada halaman 205. AKTIVITI 3 Murid memberikan pendapat tentang kerjaya dalam bidang pembinaan. BAHAN 1 Bil. Ayat Pendapat (ACID) 1. Arkitek ialah orang yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk sesuatu binaan. Saya bersetuju. Arkitek ialah orang yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk sesuatu binaan. 2. Arkitek menganalisis keperluan pelanggan dan lokasi yang dicadangkan sebelum menyediakan lakaran berdasarkan konsep reka bentuk bangunan yang sesuai. Saya bersetuju. Seseorang arkitek perlu menganalisis keperluan pelanggan dan lokasi yang dicadangkan sebelum menyediakan lakaran berdasarkan konsep reka bentuk bangunan yang sesuai. Jika analisis tidak dilakukan berkemungkinan tinggi pemaju akan mengalami kerugian. 3. Arkitek akan menyediakan pelan untuk diluluskan oleh pihak berkuasa. Seterusnya, arkitek akan membuat lukisan-lukisan Saya rasa, semua tugasan ini sangat menarik. Saya berminat untuk menjadi seorang arkitek.


391 BAHAN 2 bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan. Selain itu, arkitek terlibat dalam pemilihan kontraktor. 4. Arkitek menyelia kerja pembinaan dari semasa ke semasa. Saya tidak bersetuju. Pada pendapat saya, semua pihak yang terlibat perlu menyelia kerja pembinaan dari semasa ke semasa. 5. Mereka menjadi orang tengah dalam perkara yang melibatkan tuan punya bangunan dengan kontraktor. Pada pendapat saya, perkara ini agak mengelirukan. 6. Arkitek turut memberikan khidmat nasihat berhubung dengan spesifikasi bangunan, mutu kerja, maklumat pembayaran, dan perkara lain yang berkaitan dengan pembinaan bangunan. Saya tidak bersetuju. Pada pendapat saya, tugasan ini lebih sesuai dengan kerjaya sebagai jurutera. Bil. Ayat Pendapat 1. Jadi, selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, ayah memohon kursus Diploma Seni Bina. Saya rasa menarik. Selepas SPM saya ingin memohon kursus Diploma Seni Bina. 2. Kalau berminat, Fateh perlu mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik Moden atau Matematik Tambahan, dan Pendidikan Seni Visual atau Grafik Komunikasi Teknikal pada peringkat SPM. Saya bersetuju kerana saya memang meminati subjek Bahasa Melayu, Matematik Moden, Matematik Tambahan, dan Pendidikan Seni Visual. 3. Bagus juga ayah menjadi arkitek, Fateh. Tidak lama lagi, bolehlah Saya rasa idea ini sangat menarik.


392 ayah membina rumah mengikut cita rasa kita sendiri. 4. Ya, Fateh. Sudah lama kita tinggal di rumah sewa ini. Telah tiba masanya untuk kita tinggal di rumah sendiri. Ayah hendak membina rumah batu tetapi mempunyai ciri-ciri rumah tradisional Melayu. Saya sangat bersetuju kerana tinggal di rumah sendiri lebih menguntungkan. 5. Kalau begitu, Fateh mahu tingkap bilik Fateh menghadap taman mini. Tentu seronok membaca buku sambil mendengar bunyi air pancuran dari taman di luar rumah Saya rasa idea ini sangat menarik. 6. Wah, hebat juga permintaan anak ayah ini! Baiklah, ayah akan membina tiga taman mini di rumah kita. Satu di halaman rumah, satu di belakang dapur dan satu lagi di antara bilik Fateh dengan bilik ayah dan ibu. Saya sangat bersetuju. Pada pendapat saya, taman mini akan mewujudkan persekitaran yang ceria dan nyaman. 7. Abang akan menyediakan pelan vila yang kita impikan itu dahulu. Setelah pelan itu diluluskan oleh majlis perbandaran, pembinaan akan dimulakan. Dalam sebulan atau dua bulan lagi, rumah itu mungkin akan mula dibina. Saya sangat bersetuju. Pada pendapat saya, kita perlu mengikut lunas undangundang agar tidak timbul masalah kemudian hari.


Click to View FlipBook Version